The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Covid-19 Ujian Kepada Manusia Dan
Peringatan Allah , Menghargai Masa Semasa Covid , Selepas Covid Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja.
Cara Solat Jumaat Semasa Covid-19.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DatukMohamadDin, 2022-05-09 19:38:55

Covid-19

Covid-19 Ujian Kepada Manusia Dan
Peringatan Allah , Menghargai Masa Semasa Covid , Selepas Covid Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja.
Cara Solat Jumaat Semasa Covid-19.

Cetakan Pertama 2020
Cetakan Kedua 2021
Cetakan Ketiga 2021
Cetakan Keempat 2021
Cetakan Kelima 2021
© Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan.

COVID-19
UJIAN KEPADA MANUSIA DAN PERINGATAN ALLAH,
MENGHARGAI MASA SEMASA COVID, SELEPAS COVID

DAN MENCURI MASA DI TEMPAT BEKERJA,
CARA SOLAT JUMAAT SEMASA COVID

ISBN 978-983-3022-18-2

Diterbitkan dan dicetak oleh:
Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Plot 29, Jalan IKS BK 2, Taman IKS Bukit Katil,

75450 Bukit Katil, Melaka
No. Tel.: 06-232 4475 No. Fax: 06-232 4960

ii

Penulis ingin berkongsi dan mengajak mana-mana pihak, individu,
institusi-institusi, syarikat dan untuk bacaan sendiri atau yang ingin
pembelian bagi tujuan diwakafkan buku ini kepada Perpustakaan
Negeri, Pusat Pengajian Tinggi, Sekolah, Masjid, Surau dan
mana-mana institusi lain serta individu sebagai wakaf ilmu.

Sila hubungi whatsapp sahaja : 012-467 9582.

Dengan ini saya Datuk Mohamad Din Bin Yusoh (Penulis), dengan
rendah diri, ikhlas dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Harga
asal buku ini termasuk keuntungan ialah RM 25.00 untuk sebuah
buku. Setelah ditolak keuntungan, harga edaran hanya RM 15.00
sahaja. Keuntungan yang berbeza RM 10.00 itu saya wakafkan
sebagai wakaf ilmu, hasil daripada kajian, idea, fikiran dan penulisan
serta manfaatnya kerana Allah SWT. Pahalanya saya hadiahkan
kepada kedua ibu bapa, ibu bapa mertua, ustaz-ustaz serta ahli
keluarga yang telah kembali ke rahmatullah sebagai mengenang
jasa mereka yang tidak ternilai. Mudah-mudahan wakaf saya ini
diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariah dan sebagai amal soleh
buat diri saya.

Diharapkan kita semua mendapat rahmat, berkat, keampunan dan
kasih sayang dari Allah SWT, juga mendapat kebahagiaan di dunia
dan di akhirat, serta terselamat dari azab kubur dan azab neraka
seterusnya dimasukkan ke dalam syurga al Firdaus.
Amin Ya Rabbal Alamin.

PANDUAN NIAT BERWAKAF :

Wakaf kedua daripada orang ramai, Lafaznya :

Buku ini yang bernilai RM 15.00 sahaja dan manfaatnya diwakafkan
sebagai wakaf ilmu daripada saya Ali bin Ahmad kerana Allah SWT.

NAMA PEWAKAF

iii

KANDUNGAN MUKA
SURAT

Refleksi Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka 1
Refleksi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 2
Prakata Penulis 4

Intro dan Soal Jawab Penulis, 6
Cara Solat Jumaat Semasa Covid

Sejarah Ringkas Imam Syafie 10

Muqaddimah 14

Latar Belakang COVID-19 (Pandemik Koronavirus 2019) 16

Tan Sri Dr Noor Hisham bersama dalam 20
Majlis Jasamu Dikenang pada 14 Julai 2012 di Kolej Islam 20

: Tan Sri Dr Noor Hisham dan penulis bekas pelajar
Kolej Islam Klang. Minat awal Tan Sri ingin menjadi
mufti, akhir memilih jurusan perubatan

Sumbangan Kumpulan Penggiat Ekonomi 21
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Abd Halim Husin Dalam Masa COVID-19 25
30
: Biodata Tan Sri Dr Noor Hisham

: Biodata Abd Halim Husin, Presiden DPMM

COVID-19 Ujian Kepada Manusia dan Peringatan Allah 33
33
: Pandemik COVID-19 Dikenali Sebagai Pandemik
Virus Korona 36
45
: Impak COVID-19 Kepada Ekonomi Dunia 46

: Impak COVID-19 Kepada Umat Islam

: Covid Ini Musibah, Melainkan Kita Bertawakal,
Berdoa Dan Memohon Kepada Allah SWT Yang
Mempunyai Kuasa Mutlak Supaya Wabak Ini Dapat
Dihapuskan

iv

Panduan Berdoa 47
47
: Doa Ringkas Memohon Kepada Allah SWT
Dalam Menghadapi Musibah Covid Dan Lain-Lain 48

: Setiap Penyakit Ada Ubatnya 52

Pengajaran dan Rumusan Bencana COVID-19 52
Secara Tersurat dan Tersirat 53
54
i) Balasan Mengingkari Hukum Tuhan
ii) Manusia Sentiasa Diuji 54
iii) Hanya Allah Yang Mengetahui Perkara Ghaib Dan 55

Tidak Gugur Sehelai Daun Pun Melainkan Dia 55
Mengetahuinya
iv) Tangan Manusia Yang Merosakkan Alam 56
v) Azab Allah Untuk Semua Manusia
56
Pengertian Bala Dan Kisah Sekawan Semut Hitam
57
Peringatan Ayat-Ayat Allah Kepada Manusia
59
: Hikmah dan Pengajaran Dari Sudut Negatif:
Keangkuhan Dan Kesombongan Manusia 59

i) Tentera Allah Tidak Dapat Dilihat Dengan 60
Mata Kasar 60
60
ii) Syurga Tidak Dibukakan Untuk Orang Yang
Sombong 62

iii) Orang Sombong Jauh Dari Hidayah Allah 63

: Lalai Dengan Kesenangan Dunia 64
64
i) Dunia Hanyalah Mainan Hidup 65
ii) Keingkaran Kepada Perintah Allah Membawa 65

Kepada Kesempitan
iii) Penghuni Neraka Dari Kalangan Mereka Yang

Tidak Menggunakan Pancaindera
iv) Balasan Orang Yang Cintakan Dunia Lebih

Dari Allah Dan Rasul
v) Nilai Harta Qarun
vi) Takbur Memakan Diri Qarun
vii) Balasan Keangkuhan Qarun
viii) Kewajipan Berbakti Kepada Dua Ibu Bapa

v

ix) Balasan Akibat Derhaka Anak Nabi Nuh 67
x) Kewajipan Mensyukuri Jasa Kedua Ibu Bapa 68

: Perlu Diingat Bahawa Perjalanan Seorang Anak 69
Boleh Bertukar Menjadi Jalan Pintas Ke Neraka

i) Menjaga Tingkah Laku Dan Tutur Kata Kepada 69
Dua Ibu Bapa 70
71
ii) Bala Akan Berlaku Ketika Manusia Lalai Dengan
Kesenangan

iii) Azab Allah Datang Tanpa Sebarang Petanda

: Korupsi, Rasuah Dan Maksiat Berleluasa 71

i) Larangan Memakan Rasuah 72

ii) Larangan Mengurangkan Hak Orang Lain @ 74

Kerajaan Dari Segi Percukaian Secara Tidak Jujur

: Filem P.Ramlee Dalam Kisah Tiga Abdul 76
“Jual Orang Lebih Untung Dari Jual Unta”
76
i) Nabi Yusuf Dijual Di Pasar Hamba 78
ii) Kewajipan Melaksanakan Amanah 78
iii) Nilai Kejujuran Dan Kepatuhan Kepada
82
Undang-Undang, Tidak Kira Sama Ada Kecil 84
Atau Pun Besar
iv) Bala Apabila Turun Menimpa Semua Orang
v) Amalan Seks Songsang Mengundang Binasa

: Hampirnya Dengan Hari Kiamat 86
i) Setiap Yang Bermula Pasti Berakhir 87

: Hikmah Dan Pengajaran Dari Sudut Positif: 88
- Membentuk Tabiat Murni 88
i) Allah Kasih Kepada Orang Yang Bersih 88

Keadaan Ekonomi Negara dan Masyarakat Malaysia 89
Semasa Dalam PKP dan Selepasnya Bagaimana?
89
: Membudaya Sikap Suka Menabung 90
93
i) Formula Nabi Yusuf Ketika Negara Diancam
Kebuluran

ii) Ciri-Ciri Seorang Pemimpin

vi

: Ada Baiknya Menjadi Seorang Pemilik Barang Kemas 96
Yang Beratur Panjang Di Depan Kedai Pajak Gadai
Atau Kedai Pajak Islam (Ar-Rahnu) Daripada
Berkelana Mengetuk Pintu Pejabat Zakat Dan
Pihak-Pihak Tertentu

: Anjakan Paradigma 98

: Mengubah Nasib Atas Kemahuan Sendiri 98

: Realiti Tanah Terbiar, Isu Sawah Dan Penglibatan 100
Bangsa Melayu

: Menyingkap Minda Dan Sikap Bangsa Melayu 104

: Definisi Malas Dan Rajin 105

: Sebab Musabab Bangsa Melayu Malas 107

: Malas Dan Kurang Berusaha 107

Saranan Penulis Kepada Belia Kita Supaya Berhijrah 108
Sebagaimana Belia Lain-Lain Negara Berhijrah 108
110
: Pandangan, Penelitian Dan Pengalaman Penulis 115
Mengenai Sikap Bangsa Melayu 118

: Contoh 3 Siswazah Di Negara Kita Yang Berjaya
Di Dalam Kerjaya Masing-Masing

: Penubuhan Tabung Umrah Nasional
– Cadangan Penulis

: Teladan Dari Kisah Sheikh Ahmad Lampong
Datang Ke Tanah Melayu Pada Umur 20 Tahun
Mencari Jemaah Haji

Menghargai Masa Semasa Covid, Selepas Covid 121
Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja
122
: Sikap Menghargai Dan Menepati Masa 124
: Menepati Janji Sifat Orang Beriman 124
: Menepati Janji Amalan Ahli Syurga 125
: Masa Menunggu Untuk Mati 126
: Masa Untuk Beribadah Separuh Malam

vii

: Amalan Solat Tahajjud 127

: Formula Pengiraan 1/3, 1/2 Dan 2/3 Malam 131

(Pada Setiap Malam Allah SWT Menurunkan Rahmat

Ke Langit Bumi Serta Kasih Sayang Kepada Makhluk/

Manusia, Mengkabulkan Segala Doa/Permintaan

Dan Memberi Keampunan Kepada Hamba-Nya)

: Allah SWT Tidak Turun Ke Langit Dunia Dengan 132
Zat-Nya Tetapi Menurunkan Rahmat Kepada
Hamba-Nya Yang Bersolat Tahajjud Ketika Hanya
Berbaki Sepertiga Malam. Keistimewaan Ini Akan
Terus Berlanjutan Hingga Datang Waktu Fajar

: Amalan Solat Witir 134

: Panduan Ringkas Solat Tahajjud 136

: Bacaan Surah Dalam Solat Tahajjud 137

: Solat Witir Boleh 1 Rakaat Atau 3 Rakaat 137

: Solat Jamak Tamam (Taqdim Dan Ta’khir) 138
Ketika Darurah (Bukan Bermusafir)

: Larangan Mengulangi Witir 140

: Masa Untuk Membaca Al-Quran 142

: Baca Dan Faham Isi Kandungan Al-Quran 143

: Membaca Al-Quran Sepertiga Malam, 144
Separuh Malam dan Dua Pertiga Malam

: Menghargai Masa Amat Penting Dalam Kehidupan 146
Seharian

: Perbuatan Mencuri Masa Hukumnya Berdosa Besar 150

: Mengambil Harta Secara Batil 152

: Pandangan Ulama’ Mengenai Mengambil Harta 155
Secara Batil

: Mencuri Masa Bekerja Sifat Orang Munafik 156

: Membawa Tubuh Badan Dari Hasil Batil Ke Kubur 157

: Anggota Badan Menjadi Saksi Di Akhirat 158

: Harta Akan Dipersoalkan Di Akhirat 159

viii

: Seksaan Neraka Bagi Orang Yang Tidak Amanah, 159
Makan Hasil Batil

: Masa Huru Hara Hari Kiamat 162

: Orang Yang Amanah Akan Bersama Para Nabi 164

: Solat Mencegah Perbuatan Keji Dan Mungkar 165

: Taubat Membawa Kejayaan Ke Syurga 166

: Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan dan Kebenaran 169
Ciri Umat Nabi Muhammad SAW

: Perpecahan Umat 170

: Rasulullah SAW Berdakwah Tanpa Meminta 171
Bayaran (Upah), Musibah Covid Tugas Siapa?

Solat Jumaat Minima Orang Didirikan Juga 173

: Hari Jumaat Dalam Sejarah 173

: Kelebihan Hari Jumaat 174
i) Hari Paling Mulia 174
ii) Hari Kemenangan Bagi Umat Islam 175
iii) Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat 175
iv) Hari Mustajab Berdoa 176

: Adab-Adab Hari Jumaat 176

: Sejarah Pensyariatan Solat Jumaat 179

: Hikmat Pensyariatan Solat Jumaat 184

: Hukum Solat Jumaat 185

: Hukum Membaca Surah Al-Fatihah, Bismillah 188
Dan Qunut Dalam Solat Menurut Mazhab Empat 188
i) Bagi Imam Dan Orang Yang Menunaikan Solat 188
Secara Bersendirian (Munfarid)
ii) Bagi Makmum Yang Mengikuti Imam

: Bacaan Qunut Dalam 4 Mazhab 189

: Syarat-Syarat Wajib Jumaat 191

: Syarat-Syarat Sah Jumaat 194

ix

: Memahami Cara Bagaimana Untuk Mendapat 195
Solat Jumaat 2 Rakaat Penuh, 1 Rakaat Dan
Tidak Mendapat Keseluruhan Solat Jumaat Atau
Tidak Sempurna Solat Jumaat Itu

1. Solat Jumaat Sempurna (2 Rakaat Sahaja) 195

i) Makmum yang mendapat 2 rakaat penuh 195

bersama imam

ii) Makmum yang mendapat sekurang-kurangnya 196

satu rakaat

2. Solat Jumaat Tidak Sempurna Dan Wajib 196

Meneruskan 4 Rakaat Automatik Solat Zohor

i) Makmum Yang Tidak Sempat Walaupun Dalam 196

Satu Rakaat Bersama Imam

ii) Makmum Yang Tidak Sempat Masuk Bersama 196

Imam Dalam Semua Solat Jumaat

: Rukun-Rukun Jumaat 197

: Khutbah Musim COVID-19 198
- Khutbah Sabar Menghadapi Ujian JAIM 198

: Bilangan Minima Jemaah Menurut Mazhab Empat 204
- Mazhab Hanafi 204
- Mazhab Maliki 206
- Mazhab Syafie 207
- Mazhab Hanbali 211

: Bilangan Minima Menurut Mazhab Syafie Dan 211
Kupasannya
212
: Ijtihad Imam Syafie Dalam Qaul Qadim Dan
Qaul Jadid 214

: Perlaksanaan Solat Jumaat Ketika PKP/B 216

: Qaul Qadim dan Kesesuaiannya Ketika COVID-19
dan Darurat

Rumusan 220
Daftar Istilah 222
Rujukan 225

x

Refleksi
Sahibus Samahah
Mufti Negeri Melaka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT
yang sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah-Nya sehingga kita
pada saat ini dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam di muka
bumi ini. Selawat dan salam dipanjangkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW., ahli keluarga, para sahabat, tabi’in serta
generasi seterusnya yang mengikuti jejak langkah baginda SAW
sehingga ke akhir zaman.

Saya mengucapkan syabas kepada sahabat lama saya
al-Fadhil Datuk Ustaz Mohamad Din Yusoh dengan kesungguhan
dan keazaman beliau menulis buku ini bagi mengisi keperluan rohani
umat Islam di negara ini. Pada saya, lahirnya buku ini ketika negara
Malaysia dan dunia sedang berhadapan dengan bencana COVID-19
tepat pada masanya. Ini kerana pada saya, buku ini memberikan
jawapan yang bernas kepada persoalan solat jumaat ketika darurat,
merungkai permasalahan musibah dan bala dari perspektif agama
dan hala tuju umat Islam khususnya bangsa Melayu ketika negara
berada di ambang kegawatan ekonomi.

Sumbangan dan bakti ilmu dalam buku ini telah merungkai
pelbagai persoalan dan permasalahan yang berlaku di dalam
masyarakat ke arah memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan
di akhirat. Saya mengharapkan semoga sumbangan dan bakti ilmu
dalam buku ini dapat memberi panduan kepada semua lapisan
masyarakat di negara kita Malaysia khususnya dalam mengurus
kewangan secara berhemah. Akhir kata, saya selaku bekas penuntut
Kolej Islam Klang bersama-sama dengan Datuk Mohamad Din Yusoh
berterima kasih kepada beliau semoga dengan penerbitan buku ini,
ia dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua
umat Islam di Malaysia dan usaha ini mendapat keredhaan daripada
Allah SWT. Wallahu Ta’ala A’lam.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka
Datuk Wira Hj. Abdul Halim Tawil

1

Refleksi
Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah SWT., selawat dan
salam buat junjungan Rasulullah SAW., kaum keluarga baginda,
para sahabat baginda serta semua umat yang mengikuti jejak
langkah baginda sehingga hari kiamat.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Datuk Ustaz Mohamad Din Yusoh kerana
sudi memberikan ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata dalam buku ini.

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini
memberikan kesan yang mendalam terutamanya kepada masyarakat
Islam di negara ini. Kecaknaan kepimpinan negara dan agamawan
dalam memerangi pandemik COVID-19 di negara ini dapat dilihat
apabila Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan untuk
menangguhkan semua ibadah dan aktiviti-aktiviti di masjid seperti
solat Jumaat, solat fardu berjemaah dan kelas-kelas Al-Quran dan
fardu ain demi kemaslahatan nyawa, ummah dan negara.

Ujian Allah SWT dalam pandemik COVID-19 ini mengajar
masyarakat Islam di Malaysia tentang hikmat kesabaran dan
ketabahan, pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah,
ketaatan kepada ulama dan umarak atau pemerintah, persahabatan
dan persaudaraan, dan juga agar saling menghormati dan
melengkapi antara satu sama lain. Norma baru ini memberikan
peluang kepada masyarakat Islam di negara ini untuk mengukuhkan
lagi institusi kekeluargaan menerusi ibadah solat fardu berjemaah,
tarawih dan juga solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga
yang pada kebiasaannya hanya dilakukan di masjid.

Dalam masa yang sama juga, pandemik COVID-19 ini telah
memberi pengajaran kepada kita akan kepentingan kerjasama dan
kepercayaan di antara rakyat dan kerajaan dalam menghadapi
ancaman “musuh” yang tidak kelihatan ini. Jentera kerajaan juga

2

telah bersatu padu menggembleng tenaga dalam satu barisan demi
memelihara kesihatan awam dan keselamatan negara. Pengalaman
ini pastinya akan menjadi bekalan yang berharga dalam membina
kapasiti dan aset negara bagi menghadapi mana-mana ancaman
pandemik atau wabak di masa hadapan.

Bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya ingin
menyeru masyarakat Islam di negara ini agar terus beristiqamah,
tidak alpa dan tidak mengambil mudah pematuhan kepada Standard
of Practice (SOP) dan norma baharu ini di samping sentiasa menjaga
kebersihan diri seperti yang digalakkan dalam syariat Islam. Saya
berdoa agar segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian
penularan jangkitan COVID-19 sentiasa diteruskan oleh semua pihak
terutamanya masyarakat Islam di negara ini.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

3

Prakata Penulis

Datuk Mohamad Din Yusoh
DMSM, JP.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT., selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Penulis terpanggil
menulis buku ini dalam masa perintah berkurung (PKP) yang mana
solat Jumaat tidak dapat didirikan. Hasil daripada kajian dan
penulisan buku ini saya (penulis) mewakafkannya sebagai
wakaf ilmu. Buku ini mungkin tidak terlepas daripada membuat
sebarang kesalahan dan kesilapan. Sekiranya terdapat mohon
segera diperbetulkan dan maklumkan kepada kami.

Yang bernama manusia itu tetap ada kelemahan dan tidak
terlepas daripada menerima kritikan dan teguran. Apa pun buku
yang ditulis ini mungkin tiada yang sempurna melainkan yang
sempurna itu ialah al-Quran.

Sebelum buku ini ditulis, penulis ada mengeluarkan beberapa
artikel yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian
dan melalui media sosial dalam bidang agama, hukum hakam,
ekonomi dan puisi-puisi (sajak). Antara puisi-puisi yang mendapat
tempat bertajuk “Jerebu Kau Yang Tak Diundang” Sinar Harian
menyiarkannya pada 29 September 2015. Manakala The Star pula
pada 30 September 2015 dengan izin penulis, untuk membuat
pandangan dan ulasan. Penulis juga mengeluarkan buku sejarah
Islam dan buku bertajuk “Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu
Dan Masalah Masa Depan Mereka” serta menyediakan kertas kerja
dari sudut ekonomi yang dibentang dan dicadangkan kepada pihak
berwajib. Selepas ini menyusul buku kedua dalam masa PKP juga
bertajuk “Anak Derhaka Anak Yang Soleh Apa Bezanya”.

Buku bertajuk COVID-19 Ujian Kepada Manusia dan
Peringatan Allah, Menghargai Masa Semasa Covid, Selepas
Covid dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja, Cara Solat Jumaat

4

Semasa Covid ini berjaya diterbitkan. Buku ini tercetus daripada
musibah COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara
kita Malaysia. Bencana dan implikasi COVID-19 amat besar
kesannya kepada umat manusia keseluruhannya dari sudut ekonomi,
industri pelancongan, penerbangan, perhotelan, pengangkutan dan
lain-lain terjejas teruk.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pada 28 Jun 2020
negaranya mengalami kerugian sebanyak 14 Bilion USD bersamaan
dengan lebih 60 Bilion Ringgit Malaysia untuk satu musim haji tahun
ini. Paling terjejas teruk ialah hotel-hotel dan pusat-pusat membeli
belah khususnya di Mekah dan Madinah. Begitu juga ratusan ribu
kambing biri-biri yang diimport dari luar tidak dapat dilaksanakan
untuk dibuat korban dan dam.

Sudah berbulan-bulan solat Jumaat dan solat Jemaah di masjid
tidak dapat dilaksanakan secara sempurna dan perkara ini tidak
boleh dibiarkan berlarutan hanyalah disebabkan “social distancing”.
Umum mengetahui pengamalan hukum Islam negeri-negeri di
Malaysia berlandas mazhab Syafie difahamkan kecuali negeri Perlis
yang tidak terikat kepada mana-mana mazhab fiqh sebagai
pegangan negeri atau lebih dikenali pegangan al-Quran dan
al-Sunnah (al-Hadis).

Oleh itu, buku ini cuba menjawab kekeliruan tersebut dalam
bingkai mazhab Imam Syafie sebagai alternatif untuk melaksanakan
syariat Islam. Kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan buku
ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semoga
buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan diberikan
ganjaran pahala yang berkekalan untuk semua.

Huraian makna LOGO di sebalik reka bentuk kulit buku ini,
COVID: Coronavirus Disease. Angka 19 Merah (dalam bulatan):
Bahaya ancaman Covid bermula di Wuhan, China pada tahun 2019.
Warna Putih: Kita jaga kebersihan diri dan patuh SOP. Warna
Merah (dalam bulatan): Covid melanda negara dan dunia. Covid
(di luar bulatan), Warna Merah Muda: Pesakit dalam rawatan.
Warna Biru Muda: Individu dalam kuarantin wajib.

Sekalung penghargaan saya rakamkan buat isteri, anak-anak
dan cucu-cucu yang tersayang dengan sokongan mereka dapat saya
menyelesaikan buku ini. Sekalung penghargaan dan juga doa buat
almarhum kedua ibu bapa saya semoga ganjaran dari buku ini
sampai kepada kedua-duanya.

Datuk Mohamad Din Yusoh

5

INTRO DAN SOAL JAWAB VERBAL PENULIS MELALUI MEDIA
SOSIAL, CARA SOLAT JUMAAT SEMASA COVID

1. Soalan: Yang Berbahagia Ustaz, mohon respon ustaz berkaitan
perlaksanaan solat Jumaat sewaktu musim COVID-19 ini.
Di Perlis difahamkan minima 3 orang sahaja termasuk imam,
sedangkan pihak Jakim memutuskan di Wilayah Persekutuan
minima 3 orang tidak termasuk imam. Masalahnya Masjid
Negara Wilayah Persekutuan difahamkan melaksanakannya
dengan minima 12 orang termasuk imam, ini menyebabkan
saya keliru. Pertama mazhab mana yang kita pegang? Kedua:
macam mana kaedahnya dalam mazhab kita mazhab Syafi’e?...
mohon jawapan ustaz… Terima kasih.

Nota penting:
Sepanjang perlaksanaan PKP Negeri-negeri di Malaysia
mendirikan solat Jumaat paling minima dengan 4 cara:

1. Syarat minima 3 orang termasuk imam.
2. Syarat minima 3 orang tidak termasuk imam.
3. Syarat minima 12 orang termasuk imam.
4. Syarat minima 40 orang termasuk imam.

Jika tidak mencukupi bilangan minima tersebut walaupun
seorang dalam mana-mana cara di atas solat Zohor
hendaklah dilakukan.

Jawapan: Pada Jumaat yang lepas saya telah memberikan
pandangan dan ulasan berkaitan solat Jumaat dalam keadaan
darurat waktu COVID-19 pada ketika ini. Namun demikian,
masih ada lagi kekeliruan berkaitan pengumuman pihak
berwajib yang menyebut solat Jumaat di Wilayah Persekutuan
minima 3 orang tidak termasuk imam dan maksimanya 30
orang. Kemungkinan berlaku sedikit tersalah pandang pihak
berwajib tidak mengumumkan perkara tersebut sebenarnya dari
mazhab Syafie, sebab dalam mazhab Hanafi yang muktamad
sama bilangan orang seperti mazhab Syafie dalam qaul qadim.
Iaitu minima 3 orang tidak termasuk imam atau dengan kata lain
4 orang termasuk imam.

2. Berkenaan dengan negeri Perlis yang mendahului solat Jumaat
daripada lain-lain negeri dan difahamkan Perlis melakukan solat

6

Jumaat yang mensyaratkan minima 3 orang termasuk imam.
Ini saya tidak dapat pastikan. Jika seorang tidak hadir hendaklah
ditunaikan solat Zohor. Ini mungkin diambil daripada kitab
mazhab Hanafi Maraqi al-Falah, 3 orang termasuk imam
adalah datang dari pendapat Abu Yusof, Muhammad bin
al-Hasan al-Syaibani dan Imam Syafie sendiri, yang berguru
dengan Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani. Kemudian,
Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani meninggalkan pendapat
3 orang termasuk imam dan menyokong pendapat Imam
Abu Hanifah sebagai pengasas mazhab Hanafi yang berautoriti.
Iaitu syarat minima 3 orang tidak termasuk imam dengan
kata lain 4 orang termasuk imam sebagai pendapat yang
muktamad dalam mazhab Hanafi. Pendapat Abu Yusuf 3 orang
termasuk imam adalah lemah kerana bercanggah dengan
pendapat pengasas mazhab Imam Abu Hanifah sendiri.

3. Kewajipan solat Jumaat merupakan perintah Allah SWT dan

hukumnya fardu Ain bersandarkan kepada ayat 9 surah

al-Jumu’ah yang berbunyi bersegeralah

kita mengingati Allah. Perkataan Fas A’uw dalam bahasa Arab

merupakan jamak (plural). Kurang daripada tiga ialah dua dan

dua tersebut dikira menyokong kepada tiga. Atas dasar itu,

sekiranya kita merujuk kepada Tafsir Ruhul Ma’ani ada disebut

bilangan jemaah dari sekecil-kecil bilangan orang kepada

bilangan yang lebih besar bagi melakukan solat Jumaat.

Antaranya cara 1 : Syarat minima 2 orang termasuk imam,

cara 2: Syarat minima 3 orang termasuk imam, cara 3: Syarat

minima 3 orang tidak termasuk imam, dalam erti kata lain

4 orang termasuk imam. Cara yang ketiga inilah yang digunakan

oleh mazhab Syafi’e dalam qaul qadim dan merupakan

pendapat yang muktamad, manakala 3 orang termasuk imam

telah ditolak oleh imam Nawawi dalam al-Majmu’ Syarah

al-Muhazzab sebab riwayatnya adalah (gharib) terpencil kerana

diriwayatkan oleh seorang sahaja.

4. Antara lain juga disebut dalam Tafsir Ruhul Ma’ani syarat
minima solat Jumaat 12 orang yang diriwayatkan oleh Rabi’ah
bin Abdul Rahman guru kepada Imam Malik bin Anas Imam
mazhab Maliki, Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, al-Awza’i
dan al-Zuhri. Menurut al-Zuhri ada riwayat yang mengatakan
Mus’ab bin Umair menunaikan solat Jumaat di Madinah
bersama-sama para sahabat dan salah seorang daripada

7

mereka As’ad bin Zurarah. Ini jelas angka 12 itu, membolehkan
kita mendirikan Jumaat dengan 12 orang termasuk imam.

5. Ada juga pendapat yang mengatakan minima 13 orang
termasuk imam. Pendapat ini dikemukakan oleh Ishaq bin
Rahuyah, namun pendapat ini dianggap terpencil kerana hanya
beliau seorang sahaja yang menyatakan demikian berbanding
pendapat 12 orang termasuk imam. Manakala, menurut imam
al-Suyuti ada 14 cara solat Jumaat dalam erti kata terlebih satu
daripada Tafsir Ruhul Ma’ani yang mana solat Jumaatnya
13 cara. Iaitulah 41 orang termasuk imam dalam satu riwayat
daripada imam Syafi’e.

6. Solat Jumaat yang dilakukan di masjid Negara pada 4 minggu
yang lepas dipersoalkan, kenapa dilaksanakan dengan tidak
mengikut arahan pihak berwajib, 3 orang tidak termasuk imam
kerana di sana dilaksanakan 12 termasuk imam apakah ianya
betul. Jika 11 orang sahaja yang datang maka solat Jumaat
tidak boleh didirikan dan perlu diganti dengan solat Zohor.
Justeru, pengumuman pihak berwajib berkenaan solat Jumaat
minima 3 orang tidak termasuk imam menimbulkan kekeliruan,
di mana orang ramai beranggapan apakah kita kena mengikut
mazhab Hanafi, kerana di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
terdapat dua buah masjid, masjid India dan Pakistan yang
bermazhab Hanafi.

7. Orang bertanya saya, sekiranya saya solat Jumaat apakah perlu
mengambil wuduk bertaklid mazhab Hanafi? Dan bagaimana
pula wuduk tersebut batal adakah mengikut mazhab Syafie atau
mazhab Hanafi? Walhal perlaksanaan solat Jumaat tersebut di
Masjid Negara dikatakan dilaksanakan syarat minima 12 orang
termasuk imam dan maksimanya dikatakan 30 orang. Pada
saya, sepatutnya pihak berwajib menjelaskan kepada umum
bahawa 3 orang tidak termasuk imam atau 4 orang termasuk
imam adalah mengikut pendapat mazhab Syafie daripada qaul
qadim dan boleh dilaksanakan ketika darurat seperti COVID-19
pada hari ini. Seterusnya syarat minima 40 orang termasuk
imam adalah pendapat mazhab Syafie yang muktamad dari qaul
jadid. Mazhab Hanbali juga adalah sama dengan mazhab
Syafie kerana Imam Ahmad bin Hanbal pernah berguru dengan
Imam Syafie.

8

8. Persoalannya kenapa ketika berlakunya Covid ini, kita tercari-
cari untuk solat Jumaat sebab perintah Allah SWT itu fardhu ain
yang wajib kita laksanakan dalam apa cara sekalipun? Tidak
berlaku dalam sejarah seperti mana berlakunya sekarang, maka
seboleh-bolehnya kita jangan tinggalkan solat Jumaat. Pada
saya sekiranya berlaku pada suatu ketika pada masa depan
rusuhan besar dan peperangan besar yang tidak membolehkan
kita menunaikan solat Jumaat, maka kita perlu tunaikan seperti
musim Covid pada hari ini.

9. Maka solat Jumaat boleh dilakukan terutama mereka yang
bertugas di pedalaman seperti guru-guru yang bertugas di
Sabah dan Sarawak selama tiga keempat tahun tak bertemu
untuk solat Jumaat. Keadaan yang sama berlaku kepada
petugas kedutaan, pekerja dan para pelajar di luar negara
dalam tempoh empat kelima tahun tidak menunaikan solat
Jumaat. Oleh itu kaedah darurat ini boleh dilakukan dalam
erti kata perintah Allah jangan kita abaikan.

10. Cadangan penulis yang boleh dipertimbangkan oleh pihak
berkuasa agama seperti Jabatan Mufti dan Jabatan Agama
setiap negeri, membenarkan surau-surau yang ada di seluruh
negara dibenarkan untuk didirikan solat Jumaat. Jika masih
tidak mencukupi, balai-balai raya boleh juga diberikan
kebenaran untuk berbuat demikian. Tujuannya bagi
mengelakkan kesesakan dan penjarakan sosial dapat
dilaksanakan. Walau apapun saya ingin mencadangkan kepada
pihak berkenaan agar surau-surau yang bukan berstatus masjid
diberikan kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat sama ada
ketika Covid atau di luar waktu Covid. Ini kerana masjid-masjid
sedia ada, cukup terhad ruang solatnya dan kawasan parkir
kenderaan, secara tidak langsung surau-surau ini dapat
diimarahkan dan dapat menampung keperluan penjawat-
penjawat awam, kerajaan dan swasta, pekerja-pekerja kilang
yang waktu rehat mereka untuk menunaikan solat Jumaat cukup
terhad. Dalam masa yang sama golongan tua dan kejiranan
setempat dapat menunaikan solat Jumaat lebih mudah kerana
berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Saya berpandangan
cadangan ini perlu diberi perhatian agar kewajipan solat Jumaat
tidak diabaikan dengan alasan tertentu seperti jarak masjid jauh,
ruang parkir terhad, masa tidak mencukupi dan sebagainya.
Sekadar itu dulu yang dapat saya berikan pandangan semoga

9

kita semua mendapat hidayah dari Allah dan saya sendiri juga
mendapat sesuatu yang boleh saya lakukan untuk faedah
semua.

11. Kesimpulan penulis, perbezaan pendapat biasanya berlaku
kerana perbezaan latar belakang seorang mujtahid,
berdasarkan keadaan setempat (waqi’). Sebagai orang awam
kita perlu patuh kepada ketetapan pemerintah (Ulilamri) sesuai
dengan firman Allah SWT dalam ayat 59, surah al-Nisa:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan
kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan
kamu.

Sekiranya ada salah silap saya minta maaf sekian,
Wallahu A’lam.

SEJARAH RINGKAS IMAM SYAFIE

12. Al-Imam al-Syafi’e Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Abbas
bin Uthman bin Syafi’e bin Saib bin Ubaid bin Abdu Yazid bin
Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abdul Manaf bin Qusay. Nasab
keturunan beliau bertemu dengan Nabi SAW pada Abdul Manaf
dari suku Quraish. Dilahirkan di Asqalan, Gaza pada bulan
Rejab tahun 150 Hijrah. Pada tahun yang sama juga wafatnya
ulama besar yang hebat iaitu Imam Abu Hanifah pengasas
Mazhab Hanafi.

13. Ketika berusia 2 tahun Imam Syafi’e dibawa berpindah ke
Mekah bersama-sama ibunya setelah kematian bapa beliau.
Urusan membesarkan beliau diambil alih oleh datuknya yang
amat mementingkan didikan agama. Imam Syafie menghafal
al-Quran ketika usia tujuh tahun dan menghafal kitab Muwatta’
Imam Malik yang memiliki hampir 70,000 hadis ketika berusia
10 tahun. Kecerdikan dan daya ingatan beliau amat luar biasa
ini terbukti apabila beliau dibenarkan memberi fatwa sewaktu
berusia 15 tahun.

10

14. Imam Syafi’e mula menuntut ilmu al-Quran dan al-Sunnah
sebelum beralih kepada ilmu fiqh al-Hadis. Di Mekah beliau
menuntut dengan sebilangan ulama ternama seperti berikut:

1. Muslim bin Khalid al-Zanji (mufti Mekah).
2. Sufyan bin ‘Uyainah.
3. Daud bin Abdul Rahman al-‘Attar.
4. Sa’ed bin Salim al-Qaddah.
5. Abdul Hamid bin Abdul Aziz bin Abi Daud.

15. Ketika berusia 13 tahun beliau bertandang ke Madinah untuk
menuntut pula dengan sebilangan ulama besar Madinah seperti
berikut:

1. Imam Malik bin Anas (Imam mazhab Maliki).
2. Ibrahim bin Sa’d al-Ansari.
3. Abdul Aziz bin Muhammad al-Darawardi.
4. Ibrahim bin Abi Yahya al-‘Usami.
5. Mohammad bin Abi Said bin Abi Fadik.
6. Abdullah bin Nafi’ al-San’a sahabat Ibnu Abi Dza’ub.

16. Setelah beberapa lama berguru di Madinah beliau pergi ke
Yaman untuk beberapa ketika dan sempat berguru dengan
beberapa tokoh ulama terbilang di sana seperti berikut:

1. Mutharrif bin Mazin.
2. Hisham bin Yusuf (Hakim San’a).
3. Umar bin Abi Salamah (sahabat al-Auza’i).
4. Yahya bin Hasan (sahabat al-Laith bin Sa’d).

17. Semangat cintakan ilmu pengetahuan membawa Imam Syafie
ke Baghdad. Selama 10 tahun di sana dari 184 Hijrah ke 194
Hijrah, beliau sempat berguru dengan sebilangan ulama Iraq
seperti berikut:

1. Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani (anak murid kanan
Imam Abu Hanifah).

2. Waqi’ bin al-Jarrah.
3. Ismail bin ‘Ulayyah.
4. Abu Usamah Hammad bin Usamah.
5. Abdul Wahhab bin Abdul Majid al-Bashriyani.

11

18. Walaupun tidak sempat berguru dengan Imam Abu Hanifah
yang meninggal tahun 150 Hijrah akan tetapi ketajaman ilmu
logika dan qiyas mazhab Hanafi dapat ditimba melalui gurunya
Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani.

19. Setelah Imam Syafi’e pulang semula ke Mekah dan mula
menggalas tugas sebagai seorang guru dengan mengajar di
Masjidil Haram. Halaqah ilmu beliau dihadiri ramai penuntut
yang dahagakan ilmu pengetahuan. Namun tidak lama
kemudian, beliau pulang semula ke Baghdad sekitar tahun
195 Hijrah. Dalam tempoh keberadaan beliau di Baghdad
pada kali ini, lahirlah kitab-kitab beliau seperti al-Hujjah dan
al-Risalah edisi Iraq. Intipati kitab-kitab tersebut mengumpulkan
sebahagian besar kupasan fiqh dan metode baru dalam cara
menganalisa teks al-Quran dan al-Sunnah berorentasikan
mazhab Syafie.

20. Pada tahun 199 Hijrah Imam Syafie meninggalkan Mekah
menuju ke Mesir untuk tujuan ziarah. Umumnya umat Islam di
Mesir ketika itu kuat dengan pengaruh Imam Malik, Abu Hanifah
dan al-Laith bin Sa’ad. Dengan kepelbagaian mazhab dan
ijtihad yang ada di Mesir menambahkan lagi kematangan ilmu
dan pemikiran Imam Syafie dalam berijtihad. Secara tidak
langsung perkara ini menyebabkan beliau kembali merujuk
kepada pendapat-pendapat lama sebelum berhijrah dan
merubah sebahagian ijtihad tersebut bersandarkan (istinbat)
kaedah mengeluarkan hukum. Hal ini kepada penyatuan
mazhab yang pelbagai di Mesir di bawah mazhab Imam Syafie.

21. Daud bin Ali al-Asfahani mengatakan: Pada diri Imam
Asy-Syafi’e terhimpun berbagai kemuliaan yang tidak terhimpun
pada orang lain. Di antaranya adalah kemuliaan nasab dan
status sosialnya, beliau merupakan kerabat Nabi SAW,
pegangan agamanya benar, aqidahnya bebas daripada hawa
nafsu dan bid’ah, orangnya dermawan, pengetahuannya
tentang hadis sahih dan hadis cacat serta hadis yang
berkedudukan sebagai nasikh dan mansukh amat luas,
menghafal al-Quran dan al-Sunnah, memahami sirah Nabi
dan khalifah baginda, berkemampuan untuk membuktikan
kesalahan pebagai pihak yang bertentangan dengan al-Quran
dan al-Sunnah.

12

22. Legasi ilmu dan akhlak Imam Syafie diteruskan oleh anak-anak
murid beliau yang bertebaran di merata tempat. Di antara anak
murid beliau: Sulaiman bin Daud al-Hasyimi, Abu Bakar
Abdullah bin al-Zubair al-Humaidi, Abu Thawr Ibrahim bin
Khalid, Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Yaakob bin Yahya
al-Buwaithi, Harmalah, al-Muzani, al-Rabi’ bin Sulaiman
al-Muradi, Amr bin Sawad al-Amiri, al-Za’farani, Abul Walid
Musa bin Abi Jarud al-Makki dan lain-lain.

23. Imam Syafie turut menghasilkan lebih daripada 100 buah
kitab sepanjang hayat beliau. Ada dua kategori kitab yang
disandarkan kepada Imam Syafie.

Pertama : Kitab-kitab yang disandarkan kepada Iman Syafie.
Menurut para sejarawan dan perawi kitab-kitab ini
di antaranya al-Risalah, al-Umm, Ikhtilaf Iraqiyyin
dan Iklhtilaf Ali Wa Abdullah dan yang lain-lainnya.

Kedua : Kitab-kitab yang disandarkan kepada sahabat-
sahabat Iman Syafie. Kitab-kitab ini merupakan
ringkasan daripada perkataan beliau, di antaranya
Mukhtasar al-Buwaithi dan Mukhtasar al-Muzani.

24. Tidak diragukan lagi bahawa kitab-kitab Imam Syafie yang
disandarkan kepada para sahabatnya merupakan tulisan para
sahabat beliau dan ringkasan mereka terhadap perkataan-
perkataan beliau. Pendapat-pendapat yang terdapat di dalam
kedua-dua jenis kitab ini, semuanya sama-sama disandarkan
kepada Imam Syafie. Namun demikian, kitab-kitab jenis
pertama, bentuk-bentuk kalimat dan makna-maknanya murni
dari Imam Syafie, sedangkan kitab-kitab jenis kedua, hanya
maknanya sahaja yang berasal dari Imam Syafie. Adapun
bentuk-bentuk kalimat dan pengungkapannya berasal daripada
sahabat beliau.

25. Keadaan kitab-kitab Imam Syafie jenis kedua ini sama seperti
kitab-kitab karangan kitab-kitab Muhammad bin al-Hasan
al-Syaibani dari mazhab Hanafi. Ini bermaksud kitab-kitab jenis
pertama merupakan karangan beliau sendiri yang tidak boleh
dipertikaikan.

13

26. Pada akhir hayatnya Imam Syafie menderita dengan beberapa
jenis penyakit dan beliau kembali ke rahmatullah pada malam
Jumaat 29 Rejab 204 Hijrah.

MUQADDIMAH

27. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin-Nya, buku ini dapat ditulis dan diterbitkan.

28. Solat Jumaat merupakan anugerah khusus daripada Allah SWT
kepada umat Nabi Muhammad SAW. Menunaikan solat jumaat
merupakan fardu ‘ain yang tidak dapat tidak mesti dilaksanakan
setiap lelaki muslim apabila sempurna syarat-syaratnya.
Tuntutan ini diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Surah
al-Jumu’ah, ayat 9, dengan firmannya:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat)
dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian
adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).”

29. Akibat serangan COVID-19 yang merbahaya dan mudah
menimpa manusia melalui salaman, sentuhan dan
seumpamanya, sebarang bentuk perhimpunan tidak dibenarkan
dan perlu dihentikan dengan segera. Justeru, solat Jumaat yang
umumnya dihadiri ramai umat Islam tidak dibenarkan untuk
dilaksanakan buat masa ini, kecuali di tempat-tempat terpilih
dengan angka kehadiran yang minima. Larangan ini secara
tidak langsung menyebabkan syiar Islam tidak dapat
dilaksanakan secara sempurna dalam keadaan darurat.

14

30. Umumnya di Malaysia, mazhab fiqh dijadikan rujukan utama di
mahkamah syariah adalah mazhab Syafie. Sebarang perkara
yang melibatkan perundangan syariah, mazhab lain tidak
dijadikan sandaran kecuali jika dibenarkan oleh Majlis Fatwa
di peringkat negeri-negeri. Oleh itu, dalam pengamalan solat
Jumaat di Malaysia terikat dengan pendapat yang menyatakan
bilangan minima bagi solat jumaat adalah seramai 40 orang
termasuk imam. Namun demikian, angka dan jumlah kehadiran
yang nampak agak besar tidak boleh dijadikan alasan kerana
fiqh itu sendiri bersifat fleksibel. Dengan adanya perbezaan
pendapat di kalangan mazhab muktabar malah di kalangan
ulama mazhab itu sendiri maka ianya memberikan suatu
kemudahan yang tidak seharusnya diketepikan.

31. Disebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan umat Islam
di Malaysia berkaitan pelaksanaan solat Jumaat ketika PKP/B
dari sudut kehadiran minimum ahli jemaah dan maksimum yang
dibenarkan pihak berkuasa. Satu jawapan secara tuntas dan
selari dengan mazhab pegangan negara iaitulah mazhab Syafie
perlu dikemukakan untuk menjawab kekeliruan tersebut.
Justeru, risalah ringkas ini cuba menjawab persoalan tersebut
agar pegangan mazhab Syafie sentiasa diutamakan dalam
setiap permasalahan yang berbangkit sebelum merujuk atau
bertaklid kepada mazhab muktabar yang lain.

32. Risalah ini juga boleh dijadikan panduan pada masa-masa akan

datang sekiranya berlaku (kami berlindung

dengan Allah daripada perkara tersebut) sebarang musibah
atau darurat melanda negara, sebagai suatu pilihan untuk
umat Islam melaksanakan kewajipan solat Jumaat. Malah
lebih baik daripada menunda atau menggantung sementara
pelaksanaannya, sekiranya langkah-langkah pencegahan dapat
dilaksanakan dan keadaan masih terkawal.

15

LATAR BELAKANG COVID-19 (PANDEMIK KORONAVIRUS 2019)

Orang awam beratur panjang untuk membeli barang harian ketika
COVID-19. Pemeriksaan suhu badan setiap individu dijalankan.

33. Di Malaysia, pandemik COVID-19 mula dikesan menular ketika
negara berada di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri
Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir bin Muhammad. Setelah
penularannya merebak dengan cepat, kerajaan yang diketuai
oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Muhyiddin
bin Mohamad Yassin dengan dibantu oleh Menteri Kanan
Keselamatan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Kementerian
Kesihatan di bawah kendalian Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan barisan
hadapan (frontliner) telah berusaha mengekang supaya wabak
ini tidak merebak dan menular jauh ke hadapan. Bersama
ini dilampirkan Carta Status COVID-19 bertarikh pada
21 Disember 2020.

16

Penjarakan yang tidak mengikut SOP.

17

18

Keadaan solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKP/B) berkuatkuasa.

19

Akad nikah sedang berjalan.

TAN SRI DR NOOR HISHAM BERSAMA DALAM MAJLIS JASAMU
DIKENANG PADA 14 JULAI 2012 DI KOLEJ ISLAM

TAN SRI DR NOOR HISHAM DAN PENULIS BEKAS PELAJAR
DI KOLEJ ISLAM KLANG. MINAT AWAL TAN SRI INGIN
MENJADI MUFTI, AKHIR MEMILIH JURUSAN PERUBATAN
34. Saya mengenali Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bekas
penuntut Kolej Islam dalam Majlis Jasamu Dikenang untuk
Allahyarham Ustaz Nik Mohd Mohyideen bin Wan Musa
(bekas Pengetua Kolej Islam, bapa angkat merangkap bapa
mertua kepada Tan Sri Dr Noor Hisham) bertarikh 14 Julai 2012
di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KIK).

35. Penulis sebagai pengerusi Majlis Jasamu Dikenang tersebut
menjemput Tan Sri Dr Noor Hisham dan ibu mertuanya untuk
diperkenalkan kepada tetamu yang hadir. Di majlis itulah
penulis menerangkan kejayaan beliau sebagai seorang doktor
pakar. Pada awalnya beliau berminat untuk menjuruskan dalam
bidang agama dan bercita-cita menjadi mufti tetapi beliau
terus mengambil jurusan perubatan. Bersama ini dilampirkan
biodatanya.

36. Bagi penulis yang belajar di bawah bumbung Kolej Islam apa
lagi Tan Sri Dr Noor Hisham juga belajar di bawah bumbung
yang sama, maka seluruh warga alumni Kolej Islam merasa
bangga dan bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan
keizinanNya. Semoga kejayaan beliau dapat diteladani oleh

20

generasi Kolej Islam pada masa akan datang untuk agama,
negara dan rakyat Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh lebih 2,500
orang alumni Kolej Islam Klang.
SUMBANGAN KUMPULAN PENGGIAT EKONOMI PRESIDEN
DPMM ABD HALIM HUSIN DALAM MASA COVID-19
37. Dalam kita membincangkan aspek kumpulan barisan
hadapan (frontliners) yang menjadi Wira dalam membanteras
wabak virus ini, terdapat juga satu lagi kumpulan yang
merupakan frontliners yang boleh dianggap sebagai wira yang
tidak didendangkan (Unsung Heroes). Mereka terdiri daripada
pakar penggiat ekonomi yang telah bertungkus-lumus memberi
idea melalui sesi perbincangan dan percambahan fikiran untuk
mencari kaedah yang sebaiknya untuk berdepan dengan segala
masalah ekonomi dan kewangan yang turut menjejaskan
kehidupan rakyat. Salah seorang daripadanya saudara Abdul
Halim bin Husin, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
(DPMM). Biodata beliau dilampirkan.

Penulis sedang menyampaikan Kuliah Subuh dalam dewan@surau
di rumahnya. Turut hadir Imam Besar Masjid Negeri Selangor,
Muhammad Farhan bin Wijaya, SMS sebelum covid.

Sebahagian orang ramai yang datang mendengar kuliah Subuh
di dewan@surau di rumah penulis sebelum covid.

21

Pengerusi Majlis Jasamu Dikenang Datuk Mohamad Din Yusoh
berucap mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Tan Sri Dr Noor Hisham dan Datuk Mohamad Din Yusoh (penulis)
pada 14 Julai 2012 sebelum covid.

Datuk Mohamad Din Yusoh (penulis) bergambar kenangan selepas selesai
menyerahkan buku-buku wakaf kepada Kolej Islam pada 3 Julai 2013.

Duduk dari kanan Hj. Abdul Hamid bin Hj. Abdullah, alumni KIK dari Brunei,
penulis (tengah) dan mantan Pengetua Kolej Islam, Abdullah bin Jusoh.
Barisan di belakang guru-guru.

22

Buku Biografi Ulama Malaysia: Nik Mohd Mohyideen Wan Musa
Perintis Pendidikan Islam Di Malaysia.

23

Selepas seminggu Majlis Jasamu Dikenang, Tan Sri Dr Noor Hisham,
Datuk Mohamad Din Yusoh (penulis) dan Datuk Deris@Abdullah bin Daud
bertemu di Hotel JW Marriott. Pada tahun 2013, Tan Sri Dr Noor Hisham

dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

24

25

26

Tan Sri Dr Noor Hisham menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota
(PSM).

Tan Sri Dr Noor Hisham dan Puan Sri Nik Suwaida
Haji Nik Mohd Mohyideen (isteri).

27

Tan Sri Dr Noor Hisham menghadap Sultan Selangor.

28

Tan Sri Dr Noor Hisham menerima Anugerah “Outstanding Brand Leadership
Award” (The World Brands Foundation) pada 17 Julai 2020. Sebelum itu,
beliau menerima award dari negara China dan New Zealand berkenaan
dengan COVID-19.

Tan Sri Dr Noor Hisham melihat dan mendengar sesuatu
daripada Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tan Sri Dr Noor Hisham dan barisan KKM dalam sidang media.

29

BARISAN HADAPAN PAKAR PENGGIAT EKONOMI

Presiden,
Dewan Perniagaan

Melayu Malaysia

30

31

32

COVID-19 UJIAN KEPADA MANUSIA DAN PERINGATAN ALLAH

PANDEMIK COVID-19 DIKENALI SEBAGAI PANDEMIK
VIRUS KORONA
38. Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik virus
korona ialah wabak penyakit berjangkit paling dahsyat dan
mengerikan bermula pada tahun 2019. Wabak ini berpunca
daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2
(SARS-CoV-2). COVID-19 pada mulanya dikesan pada
pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China
dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 30 Jun 2020,
lebih daripada 11,851,350 kes jangkitan termasuk 531,806
kematian dalam tempoh masa 6 bulan direkodkan seluruh
dunia.

39. Setakat 30 Jun 2020 juga, Amerika Syarikat terus merekodkan
kes jangkitan tertinggi seluruh dunia sebanyak 2,833,552 kes
jangkitan dan 129,408 kes kematian. Manakala bagi Negara
Malaysia pula dengan tindakan pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang Pro-aktif, tindakan kerja yang profesional
serta barisan “Front-Liners” yang berwibawa dan kawalan
keselamatan yang ketat pada pergerakan rakyat dan seluruh
pintu masuk negara serta didukungi oleh Kerajaan Malaysia
yang amat prihatin dan responsif, wabak jangkitan COVID-19
ini dapat dikawal dan dipulihkan dengan baik dengan 8,639 kes
jangkitan dan 121 kes kematian dituruti dengan kadar
pemulihan yang tinggi iaitu 94%.

40. Angka jangkitan wabak COVID-19 ini yang dialami dunia
menunjukkan jangkitan COVID-19 mengatasi wabak influenza
H1N1 sebelum ini yang membabitkan 762,630,000 kes
jangkitan dan 284,500 kematian pada tahun 2009. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengakui bahawa wabak
COVID-19 merebak cepat dengan 10 kali ganda kematian
melangkaui wabak H1N1.

41. Salah satu usaha yang dilaksanakan oleh banyak negara
untuk membendung wabak COVID-19 di dunia ini, adalah
dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ke atas seluruh rakyatnya bagi sesuatu tempoh masa yang
ditetapkan. Melainkan sektor-sektor ekonomi dan sosial yang

33

dianggap kritikal kepada rakyat seperti sektor perubatan,
perbankan, keselamatan dan beberapa lagi, lain-lain sektor
tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh PKP tersebut.

42. Bagi Negara Malaysia, sehingga kini (6 Julai 2020) Kerajaan
telah melaksanakan PKP mengikut 4 Fasa mulai 18 Mac 2020
sehingga 31 Ogos 2020 yang meliputi :-

i. Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ii. Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
iii. Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD

– Kawasan Merah)
iv. Fasa Perintah Kawalan Pemulihan (mulai 10 Jun - 31 Ogos

2020)

43. Hasil tindakan dan pendekatan mantap Kerajaan Malaysia
menangani wabak COVID-19 mendapat penghargaan dan
pengiktirafan dunia melalui kenyataan World Health
Organisation (WHO) dan Negara China sendiri di mana wabak
ini mula menular. Portal berita berbahasa Inggeris, Chinese
Global TV Network (CGTN), bukan saja memuji, malah
mengiktiraf Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr
Noor Hisham Abdullah sebagai seorang pakar perubatan unggul
dunia. Pengiktirafan ini setanding dengan 2 nama besar lain
iaitu pakar bidang jangkitan di Amerika Syarikat, Dr. Anthony
Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley
Bloomfield. Malaysia juga diletakkan sebarisan dengan negara-
negara dunia yang berjaya menangani penularan wabak
COVID-19 ini seperti New Zealand, Taiwan, Korea dan Jepun.

44. Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan
cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan
daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit
apabila seseorang itu menerima tanda gejala tertentu seperti
demam, batuk, dan sesak nafas. Masa antara pendedahan dan
permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar
antara dua hingga empat belas hari. Pada masa ini tiada vaksin
atau rawatan antivirus tertentu hanya langkah-langkah
pencegahan yang disyorkan boleh dilakukan seperti membasuh
tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari
orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan
pemantauan serta pengasingan diri selama 14 hari untuk orang

34

yang mengesyaki mereka dijangkiti.

45. Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosio-ekonomi
global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan,
keagamaan dan kesukanan. Pelbagai andaian dan teori
konspirasi mengenai virus itu telah tersebar secara dalam talian
dan mendapat liputan luas penduduk dunia. Walaupun
maklumat tidak boleh dibina berlandaskan andaian semata-
mata, namun secara prinsipnya suatu perkara tidak akan
berlaku tanpa adanya sebarang sebab musabab.

46. Asas berlakunya COVID-19 bertitik tolak daripada persaingan
tidak sihat dua kuasa besar ekonomi dunia Amerika Syarikat
dan China. Kedua-dua negara ini dilihat sering bersaing antara
satu sama lain dan berhasrat untuk memperkukuhkan hegemoni
masing-masing. Justeru, dikatakan Amerika Syarikat mencipta
virus ini bertujuan untuk memusnahkan ekonomi pesaing
terdekatnya China. Teori konspirasi ini disokong dengan
beberapa bukti yang datang daripada AS sendiri, antaranya
beberapa firma AS seperti Yayasan Bill & Melinda Gates dan
John Hopkins Center for Health Security dengan kerjasama
Forum Ekonomi Dunia pernah melakukan ujian makmal virus
baru. Beberapa bulan setelah itu berlakunya serangan Covid
di Wuhan.

47. Dari sudut lain, China sendiri merupakan penyebab kepada
berlakunya pandemik ini. Menurut pengkaji virus berkenaan
berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak
kurang beberapa batu dari pasar awam tempat terawal kes ini
dikesan. Menurut mereka virus ini bukan berasal dari pasar
di Wuhan kerana pakar epidemiologi di China yang menjalankan
kajian mendapati kes asal jangkitan virus berkenaan tidak
mempunyai hubungan dengan makanan di pasar berkenaan,
sebaliknya virus itu dibawa ke pasar berkenaan. Ini jelas
menunjukkan berlakunya kesilapan manusia sama ada secara
sengaja ataupun sebaliknya.

48. Ada juga teori yang mengaitkan kemunculan COVID-19
berpunca daripada binatang-binatang eksotik. Ianya berlaku
disebabkan tabiat penduduk setempat di China yang suka
makan binatang liar seperti ular, kelawar, tikus dan
seumpamanya yang biasanya bukan makanan manusia, jadi

35

Data jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sehingga 20 Disember 2020.

virus yang ada dalam binatang ini telah masuk ke dalam badan
manusia, berinteraksi dengan badan manusia dan seterusnya
menyebabkan penyakit yang mengganggu saluran pernafasan.

IMPAK COVID-19 KEPADA EKONOMI DUNIA
49. Penularan wabak COVID-19 ini di seluruh dunia bukan saja

meninggalkan kesan kepada manusia (kematian), tetapi juga
kesan mendalam kepada aspek kemanusiaan (kehidupan)
terutamanya di bidang ekonomi. Pandemik COVID-19 ini
mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan
antarabangsa dan domestik seperti industri makanan dan
minuman, industri pembinaan dan pembuatan (perkilangan),
industri pelancongan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan

36

Deretan pesawat tidak terbang ketika COVID-19.

yang dijangka merudum dan lumpuh di kebanyakan negara di
dunia ini. Sebanyak 22.5 juta (sehingga 30 Jun 2020) orang
hilang pekerjaan di Amerika Syarikat saja dan merupakan
situasi yang paling teruk sekali berlaku dengan bilangannya
semakin meningkat dari sehari ke sehari. Bank Dunia
menganggarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dunia menguncup sepanjang tahun 2020 ini adalah
pada tahap -2.5% (negative 2.5%) dengan anggaran bilangan
perniagaan yang terjejas dan ditutup seluruh dunia sehingga
hujung tahun ini dalam lingkungan 3.5 juta yang mengakibatkan
bilangan pengangguran melebihi 100 juta orang. Ini bermakna
kerugian ekonomi kepada dunia ialah sebanyak AS$3.5 trilion.
Laporan IMF menganggarkan 500 juta penduduk dunia akan

37

jatuh miskin kesan dari ekonomi dunia yang terjejas teruk.
Penduduk rantau Asia Pasifik paling terkesan dengan unjuran
240 juta orang, hampir ½ daripada penduduk dunia.

50. Syarikat Air-Bus mengisytiharkan pemberhentian 15,000
pekerjanya di serata dunia oleh kerana perniagaannya
menjunam 40%. Virgin Australia isytihar bankrap dengan
pembuangan 3000 pekerja termasuk 600 juruterbang. Thai
Airways, Air Mauritius dan South African Airways diisytihar
muflis. Kelab-kelab Bola Sepak Profesional Inggeris kerugian
melebihi 3.5 bilion Pound British dalam musim perlawanan bola
sepak ini. STARBUCK COFFEE umumkan penutupan 400
out-letnya seluruh dunia, Victoria Secret rangkaian gedung
pakaian terkemuka di UK isytihar bankrap dan penutupan
350 kedai dan pemberhentian 6000 pekerja, rangkaian gedung
ZARA umum penutupan 2500 store. Syarikat pakaian sukan
NIKE kerugian USD 23 bilion dengan kemerosotan perniagaan
dirangkaiannya di seluruh dunia. Pengasas Air Bnb
menyatakan wabak COVID-19 telah menyebabkan perniagaan
yang diasaskannya selama 12 tahun, runtuh dalam masa
6 minggu. Industri Perhotelan dunia menjangka kerugian USD
6 bilion manakala beratus ribu perniagaan industri kecil dan
sederhana serata dunia akan mengalami kerugian besar
dengan penguncupan perniagaan yang adanya sehingga 80%.

51. Ekonomi Malaysia turut terkesan secara langsung dengan
wabak COVID-19 ini. Menurut Perdana Menteri Malaysia dalam
perutusan khas sempena Hari Pekerja baru-baru ini, Negara
mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion sehari, menjadikan
jumlah keseluruhan dianggarkan RM63 bilion sepanjang
tempoh perlaksanaan PKP Fasa 1 disebabkan penutupan
perniagaan atau “down-sizing, bilangan pengangguran pula
mencatit peningkatan kadar 17.1%, kepada 600,500 berbanding
521,300 orang bilangan sama tahun lepas. Bank Negara
Malaysia turut mengunjurkan penguncupan ekonomi Malaysia
antara -1% hingga -4% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) sepanjang tahun 2020 ini dan pemulihan ekonomi
dijangka mula pulih pada suku kedua tahun 2021.

52. Pelancongan yang menjana RM66 bilion kepada pendapatan
negara turut terjejas di mana sekatan perjalanan antara negara
masih berkuat kuasa mungkin sehingga hujung tahun 2020.

38

Kerajaan Malaysia menganggarkan kerugian keseluruhan
dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020
sebanyak RM3.37 bilion. Industri perhotelan sahaja mengalami
kerugian besar lebih daripada 500 juta ringgit dan menjejaskan
56,229 pekerja.

53. Ekonomi domestik paling teruk terjejas dengan kebanyakan
industri seperti pembuatan dari sektor IKS kerugian pendapatan
hampir 50 peratus sehingga mereka terpaksa memberhentikan
pekerja, memaksa cuti tanpa gaji atau pengurangan gaji.

54. Menurut data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
kehilangan pekerjaan berdasarkan negeri dan Wilayah
Persekutuan membabitkan sektor pembinaan, kewangan dan
insurans, ICT, pembuatan, profesional dan teknikal, berkaitan
pelancongan dan sebagainya, merekodkan Selangor sebanyak
(6,128), Kuala Lumpur (4,959), Johor (1,457), Kedah (1,297),
Pulau Pinang (1,296), Sabah (1,183), Sarawak (845), Perak
(727), Pahang (428), Melaka (284), Kelantan (196), Terengganu
(171), Negeri Sembilan (159), Perlis (55), Labuan (38) dan
Putrajaya (17). Sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan
berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor,
Kedah dan Pulau Pinang.

55. Dapatan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia secara atas talian
pada 18 Mac – 31 Mac 2020 mendapati lebih daripada dua
pertiga (71.4%) responden yang bekerja sendiri mempunyai
simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1 bulan
sahaja. 77.2% majikan dan 82.7% pekerja swasta pula
mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga
2 bulan.

56. Negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh
PKP adalah Sabah (66.7%), diikuti oleh Kelantan (65.5%) dan
Perlis (64.0%). Sektor pertanian dan perkhidmatan mencatat
peratusan kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi berbanding
sektor lain kesan daripada COVID-19 iaitu masing-masing
sebanyak 21.9 peratus dan 15.0 peratus. Bagi sektor
perkhidmatan, pekerja di sub sektor perkhidmatan makanan &
minuman kehilangan pekerjaan sebanyak 35.4 peratus diikuti
sub sektor pengangkutan & penyimpanan, 18.7 peratus.

39

Rajah impak kewangan dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

57. Menurut Datuk Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif,
Persekutuan Majikan Malaysia, bilangan syarikat-syarikat yang
akan melaksanakan pemberhentian/pengurangan pekerja di
jangka akan meningkat sebanyak 33% daripada ahlinya yang
seramai lebih 165,000 syarikat yang mengakibatkan jangkaan
bilangan pengangguran akan meningkat kepada 1 juta hingga
1.5 juta orang sehingga akhir tahun 2020 ini.

58. Antara syarikat-syarikat di Malaysia yang terkesan teruk dengan
wabak COVID-19 ini adalah :-

i. Malindo Air Malaysia mengumumkan potongan gaji antara
30%-40% bagi keseluruhan kakitangannya untuk tempoh
sehingga akhir tahun 2020. Air Asia dijangka menamatkan
perkhidmatan 170 juruterbang dan 100 anak kapalnya dan
akan disusuli dengan penamatan lebih 3,000 kakitangan
di bawah anak syarikat Air Asia Bhd. Industri Perhotelan
dijangka mengalami kerugian sebanyak RM3 bilion
sehingga akhir Julai 2020 ini dengan pemberhentian
pekerja dalam sektor ini seramai 7,041 orang sehingga

40


Click to View FlipBook Version