The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Covid-19 Ujian Kepada Manusia Dan
Peringatan Allah , Menghargai Masa Semasa Covid , Selepas Covid Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja.
Cara Solat Jumaat Semasa Covid-19.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DatukMohamadDin, 2022-05-09 19:38:55

Covid-19

Covid-19 Ujian Kepada Manusia Dan
Peringatan Allah , Menghargai Masa Semasa Covid , Selepas Covid Dan Mencuri Masa Di Tempat Bekerja.
Cara Solat Jumaat Semasa Covid-19.

30hb. Jun 2020 - Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif
Persatuan Hotel Malaysia. Industri Peruncitan Malaysia
menyaksikan jualan runcit jatuh 60% di sepanjang PKP.
Industri Perumahan Negara jatuh sebanyak 19%
dalam tempoh 3 bulan COVID-19. Genting Malaysia
memberhentikan lebih 5000 pekerja Taman Temanya
yang tidak beroperasi.

59. Turut terkesan oleh wabak COVID-19 ini adalah industri kreatif,
usahawan sosial, bidang pelancongan tempatan, teknologi dan
e-dagang, pendidikan, perumahan, perkilangan, perubatan
swasta, perkhidmatan profesional, pertanian dan beberapa
sektor lagi.

60. Sesungguhnya wabak COVID-19 ini bukan saja menjejaskan
“kesihatan” hidup (nyawa) manusia bahkan ianya turut
menjejaskan “kesihatan“ kehidupan (ekonomi) manusia secara
langsung. Sejauh mana negara boleh pulih dari segi ekonomi
akibat COVID-19 bergantung sebahagian besarnya oleh
peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak yang
berkepentingan.

61. Justeru, dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 bilion dijangka
akan dapat membantu meringankan beban rakyat dan komuniti
perniagaan. Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion
disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion
untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi
negara manakala RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam
pakej rangsangan sebelum ini.

62. Bagi meringankan beban rakyat kerajaan juga menyediakan
Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off
dengan peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kali
akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Golongan ini
termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan,
peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40
dan ke bawah.

63. Secara keseluruhannya, Pakej PRIHATIN ini telah
menggariskan pelbagai langkah bagi meringankan beban

41

rakyat daripada wabak COVID-19 ini terutamanya isi rumah
dan perniagaan. Melalui pelaksanaan pakej ini, Kerajaan
yakin wabak penyakit ini dapat dibendung sepenuhnya dan
kesejahteraan hidup rakyat dapat dikembalikan ke landasan
asal. Langkah pakej ini diharapkan dapat memberi sedikit
kelegaan kepada rakyat dari segi bantuan pendapatan serta
membantu peniaga dari segi dana modal serta aliran tunai
untuk mengekalkan perniagaan dan pekerja.

64. Kerajaan juga memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk
membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam situasi yang
sukar ini, Kerajaan berharap para pekerja tidak dibuang dan
hilang pendapatan. Menerusi program ini, Kerajaan akan
menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap
pekerja untuk tempoh tiga bulan.

65. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan
di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan
pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti
memastikan pekerja tidak dibuang atau diarah mengambil cuti
tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini
dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan
memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka
memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan
sebanyak RM5.9 bilion.

66. Langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej ini bertujuan
untuk memastikan aktiviti ekonomi yang berterusan
terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin
Nasional. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti
pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang
tinggi untuk melindungi pekerjaan. Bagi menzahirkan
keprihatinan dan kepedulian pimpinan Kerajaan terhadap
keperitan rakyat pada masa ini, Perdana Menteri, Jemaah
Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju agar dua bulan gaji
mereka dipotong dan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.
Selain itu, semua Kementerian diarah mengkaji semula
belanjawan masing-masing untuk mengenal pasti penjimatan
agar ianya dapat digunakan untuk menampung langkah dalam
pakej ini.

42

Ekonomi Dunia merudum.
43

44

IMPAK COVID-19 KEPADA UMAT ISLAM

Keadaan solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKP/B) berkuatkuasa.

67. COVID-19 memberi impak tersendiri terhadap aktiviti
keagamaan dan kerohanian umat Islam. Proses melaksanakan
perintah Allah SWT wajib dilaksanakan walaupun dengan
norma baharu. Umat Islam sememangnya terdidik untuk terus
mendirikan perintah Allah SWT dalam apa jua keadaan. Sifat
Islam yang praktikal bagi setiap keadaan dapat diamalkan
meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

68. Ujian ini menambahkan keyakinan umat Islam bahawa apa saja
yang berlaku adalah ketentuan, kehendak dan kekuasaan
Allah SWT kerana dalam ujian ini ada rahmat dan hikmah
tersendiri. Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia umumnya
menerima ketetapan pemerintah dengan pewartaan fatwa
yang mengutamakan maslahat kesihatan bersesuaian dengan
kaedah syarak.

69. Dari sudut lain, COVID-19 membawa sinar baru kepada umat
Islam khususnya di Eropah. Walaupun sesetengah negara-
negara Eropah ada yang tidak membenarkan laungan azan

45

secara terbuka, namun di kala krisis wabak COVID-19 melanda
dilihat beberapa buah negara mengizinkan laungan azan
sebagai pembangkit semangat melawan COVID-19.

70. Jerman dan Belanda antara negara yang tidak membenarkan
laungan azan melalui pembesar suara kecuali upacara khas.
Namun, video yang dikongsi menerusi laman ISLAM21C
menunjukkan azan berkumandang melalui pembesar suara
pada hari Jumaat. Dikatakan lebih kurang 100 masjid di Jerman
dan Belanda melaungkan laungan azan sebagai tanda solidariti
dan pemangkin semangat rohani umat Islam melawan wabak
COVID-19. Untuk rekod, Jerman merekodkan 100,000 pesakit
COVID-19 dengan 2,000 lebih kematian manakala Belanda
mempunyai lebih 19,000 kes dengan lebih 2,000 kematian telah
dicatatkan.

71. Musibah COVID-19 juga, memberikan pengajaran yang tidak
kurang pentingnya dalam mendirikan solat berjemaah dan
solat Jumaat. Disebabkan virus ini mudah berjangkit melalui
sentuhan dan seumpamanya, sebarang bentuk perhimpunan
tidak dibenarkan. Larangan ini memberi kesan moral kepada
solat Jumaat yang umumnya dihadiri ramai umat Islam dan
satu alternatif baru perlu dilaksanakan untuk meminimumkan
bilangan jemaah yang hadir.

72. Justeru, persoalan mendirikan solat Jumaat menjadi topik
panas setelah sekian lama terhenti kerana dibimbangi ia akan
membawa kepada menular dan tersebarnya virus yang
berbahaya ini. Namun, dengan adanya sedikit kelonggaran
timbul pula kaedah dan cara yang berbeza di setiap negeri
di Malaysia dalam mendirikan solat Jumaat. Oleh itu, buku ini
datang bagi menjawab cara pelaksanaan solat Jumaat ketika
berlakunya darurat dengan kupasan yang jelas dan padat.

COVID INI MUSIBAH, MELAINKAN KITA BERTAWAKAL,
BERDOA DAN MEMOHON KEPADA ALLAH SWT YANG
MEMPUNYAI KUASA MUTLAK SUPAYA WABAK INI DAPAT
DIHAPUSKAN
73. Kesimpulan, dari COVID-19 ini apakah ianya akan berhenti
dari segi penularannya sebagaimana HIV, demam denggi
biasa, selepas itu demam denggi berdarah sampai sekarang
tiadanya vaksin, begitu juga radang otak (meningitis).

46

Pengalaman penulis membawa jemaah haji tahun 2001 jemaah
disuntik lebih awal sebelum ke tanah suci menggunakan vaksin
ACYW-134 tetapi ada jemaah yang terkena jangkitan ada yang
meninggal dan ada yang koma hampir 9 hari termasuk jemaah
haji penulis dari Utas Travel and Tours Sdn Bhd. Pada tahun
2002 vaksin ditukar kepada ACYW-135 keterangan ini yang
diberi oleh Dato’ Dr Azmi bin Haji Ahmad (allahyarham)
sebagai Pengurus Besar Kanan (Haji) Jabatan Haji. Apakah
COVID-19 ini kalau berlaku mutasi baru (lebih kuat), vaksin
yang ada boleh digunakan atau tidak sebagaimana yang
berlaku radang otak (meningitis) vaksin ACYW-134 ditukar
kepada ACYW-135, jika COVID-19 ini tidak boleh dihapuskan
begitu sahaja maka cara hidup manusia/masyarakat kena
ikut norma baru dalam semua aktiviti termasuk kesihatan,
keselamatan, ekonomi, pelajaran, pelancongan dan lain-lain
lagi. Walau apa pun musibah covid ini tidak boleh dihapuskan
secara serta merta melainkan kita bertawakal, berdoa dan
memohon kepada Allah yang mempunyai kuasa mutlak
supaya wabak ini dapat dihapuskan di bumi Malaysia dan dunia
amnya, terutama dengan bertahajud di waktu sepertiga malam
terakhir.

PANDUAN BERDOA

DOA RINGKAS MEMOHON KEPADA ALLAH SWT DALAM
MENGHADAPI MUSIBAH COVID DAN LAIN-LAIN
74.

“Ya Allah, jauhilah dan lindungilah diri dan keluarga kami,
kaum muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia dan
dunia amnya dari wabak Koronavirus @ COVID-19 dan jauhi juga
jangkitan mutasi baru (yang lebih kuat) dan penularannya ke
hadapan. Hapuskan wabak ini di bumi dan udara Malaysia serta
seluruh dunia amnya”.

“Ya Allah, limpahilah rezeki yang halal pada keluarga kami
dan jauhilah dari rezeki yang haram, pulihkan ekonomi keluarga
kami, rakyat Malaysia dan ekonomi negara akibat dari musibah
covid ini, serta sembuhkanlah mereka yang terkena jangkitan.

47

Engkaulah Yang Maha Penyembuh”.

“Ya Allah, hindarilah keluarga kami, zuriat kami, rakyat

Malaysia amnya supaya tidak terlibat dan melibatkan diri dalam

rasuah (pemberi, penerima dan orang tengah), Sesungguhnya

memakan harta rasuah ianya memakan harta batil, Allah SWT

akan mencampakkannya ke neraka jahanam (kami

berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut)”.

“Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada

keluarga kami, rakyat Malaysia dan dunia amnya. Kau kurniakan

kepada Kami untuk menjadi hamba yang beriman dan beramal

soleh, Kau hindarilah mereka yang tidak bertanggungjawab untuk

membuat fasad (kerosakan/kemusnahan) kepada agama, rakyat

dan negara sebaliknya Kau kurniakanlah kemakmuran, keamanan,

kesejahteraan dan keselamatan khususnya negara kami dan dunia

amnya. Kau lindungilah mereka yang terlibat dalam menangani

musibah covid terutama mereka yang berada di barisan hadapan.

Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa kami,

keluarga kami dan mereka yang telah berbakti kepada agama,

bangsa dan negara sama ada yang hidup atau yang telah mati

semasa wabak ini.”

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA
75. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT pasti tidak

terlepas daripada ujian. Dalam hidup ini berbagai ujian menanti
manusia, ada di antara mereka yang diuji dengan kesempitan hidup,
kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap keimanan
mereka kepada Allah SWT. Di antara ujian yang sering berlaku
kepada manusia ialah mereka ditimpa dengan penyakit yang
pelbagai, ada ketikanya berat dan ada ketikanya ringan. Dalam
keadaan tertentu penyakit tersebut tidak dapat dirawat sehingga
penjadi penyebab kepada kematian. Bagi orang yang beriman
kepada Allah SWT mereka wajib meyakini bahawa Allah SWT yang
mendatangkan penyakit tersebut dan Dia lah juga penyembuh
kepada semua jenis penyakit. Kita juga wajib meyakini bahawa
setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa penyembuh penyakit itu
adalah dengan kekuasaan Allah SWT sahaja. Ubat tidak
menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab bagi
kesembuhan, sepertimana firman Allah SWT dalam surah
al-Syu’ara’ ayat 80.

Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah Allah yang
menyembuhkan penyakitku;”

48

Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah SWT kita
hendaklah berikhtiar dan bertawakal dalam mengubati sesuatu
penyakit dengan cara yang tidak bertentangan dengan prinsip-
prinsip yang ditetapkan oleh Islam, seperti penggunaan ilmu
hitam atau lain cara yang ditegah oleh Allah SWT dan bahan-
bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan
kehendak Islam seperti suci dan tidak dari najis/bernajis kecuali
dalam keadaan terpaksa (darurat yang amat sangat). Justeru,
sesuai dengan kehendak syarak bahawa penjagaan kesihatan
adalah salah satu ibadah daripada aspek yang perlu dipelihara
maka sebarang rawatan dengan mengambil ubat tertentu
dituntut dalam agama demi menggugurkan kesakitan dan
memulihkan kesihatan. Rasulullah SAW sendiri menjelaskan
kepada kita bahawa Allah SWT telah menyediakan bagi setiap
penyakit itu ada ubatnya. Daripada Jabir ra dari Nabi SAW
sabdanya yang bermaksud: “Setiap penyakit ada ubatnya.
Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit itu, ia sembuh dengan
izin Allah SWT”. [Maksud hadis riwayat Muslim]

Dalam situasi COVID-19 melanda dunia dan negara kita
pada hari ini, setelah sekian lama pakar-pakar mencari vaksin
alhamdulillah penemuan vaksin untuk mencegah dan merawat
telah ditemui. Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT dengan
sebanyak-banyaknya walaupun keberkesanannya masih belum
teruji setidak-tidaknya memberikan sedikit kelegaan kepada
kita. Kita semua berharap agar vaksin ini mampu membantu kita
untuk kembali kepada kehidupan seperti biasa dengan izin
Allah SWT. Penulis mengajak pembaca untuk merenung dan
menghayati ayat-ayat al-Quran berikut dengan terjemahannya
sekali agar kita lebih memahami keagongan dan kebesaran
Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 40:

Maksudnya: “Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia
memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu;
kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara
makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu
sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang
tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa
yang mereka sekutukan (denganNya)”.

49

Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 33:

Maksudnya: “Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu
bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan
keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila
Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya,
tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu
yang lain dengan Tuhannya;”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 41:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan, kemusnahan
dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 63:

Maksudnya: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad)
tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: “Sesungguhnya
pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. “Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa
datangnya tidak lama lagi”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 65:

Maksudnya: “Kekallah mereka di dalamnya (neraka) selama-
lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang
akan menjadi pelindung atau penolong”.

50

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 66:

Maksudnya: “Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam
neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya
kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta
taat kepada Rasul Allah”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 67:

Maksudnya: “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan
orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari
jalan yang benar”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 68:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara
dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang
sebesar-besarnya!”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 53:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana
hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk
menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa

51

sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada
waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka
hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk
bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang
demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia
merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu,
sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan
apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-
isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara
yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan
kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak
boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat
selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu
adalah amat besar dosanya di sisi Allah”.

PENGAJARAN DAN RUMUSAN BENCANA COVID-19
SECARA TERSURAT DAN TERSIRAT
76. Alam buana ini adalah penciptaan Allah SWT yang paling
agung. Segala peraturan alam telah ditentukan oleh Allah SWT
secara “law of nature” atau sunnatullah. Keseimbangan,
kestabilan dan keharmonian alam kosmos telah diamanahkan
kepada manusia selaku khalifah di muka bumi. Anak kunci
kepada keseimbangan dan kelestarian alam ini ialah dengan
umat manusia keseluruhannya akur dan patuh kepada
perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Bencana
pasti berlaku apabila manusia melanggari hukum syariatullah
ini seperti mana yang berlaku kepada umat-umat sebelumnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 49:

i. BALASAN MENGINGKARI HUKUM TUHAN

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di
antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah

52

dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka
ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka
dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan
sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah
orang-orang yang fasik.

Tahun 2020 merupakan tahun yang sarat dengan ujian
besar akibat daripada penularan wabak COVID-19 di
seluruh dunia. Wabak tersebut telah mengorbankan lebih
100 orang rakyat Malaysia dan ratusan ribu manusia
di seluruh dunia dalam tempoh yang singkat. Ekoran
daripada itu, ia telah menimbulkan ketakutan dan
merencatkan perkembangan ekonomi dalam kalangan
penduduk dunia. Namun, sebagai umat Islam yang
berpegang kepada aqidah yang lurus dan kebergantungan
kepada Allah sesungguhnya kita yakin bahawa wabak ini
adalah sebahagian daripada ujian Allah kepada umat
manusia di abad ini. Benarlah firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah, ayat 155:

ii. MANUSIA SENTIASA DIUJI

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan,
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT yang maha
perkasa lagi bijaksana, sudah pasti meyakini bahawa di
sebalik ujian wabak yang sedang kita hadapi ini
sememangnya terdapat banyak hikmah dan pengajaran
yang berharga yang perlu kita hayati. Perkara pokok yang
wajib diakui oleh semua orang beriman, bahawa wabak
ini mengajar kita bahawa kehendak dan kekuasaan

53

Allah SWT yang maha mengetahui mengatasi kehendak
dan kekuasaan manusia. Firman Allah SWT dalam
surah al-An’am, ayat 59:

iii. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI PERKARA GHAIB
DAN TIDAK GUGUR SEHELAI DAUN PUN MELAINKAN
DIA MENGETAHUINYA

Maksudnya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang
mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Dia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak
gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi
dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan
(semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata.

Segala kepintaran akal dan kecanggihan teknologi
ciptaan manusia masih belum menemui penawar bagi
menghadapi virus yang sekecil itu setakat buku ini ditulis.
Semua manusia sama ada Islam atau pun tidak terpaksa
akur dan berserah kepada kehendak dan kekuasaan
Allah SWT Pencipta sekalian alam.

Penangan bencana COVID-19 ini sebenarnya banyak
terselindung di sebaliknya 1001 pengajaran secara tersurat.
Seandainya kita ingin memperincikan satu persatu
pengajaran tersebut sudah barang pasti akan mengambil
ruang dan muka surat yang tebal. Hakikatnya kita perlu
akur dengan firman Allah SWT dalam surah al-Rum,
ayat 41:

iv. TANGAN MANUSIA YANG MEROSAKKAN ALAM

54

Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Dalam ayat ini secara jelas Allah SWT mengingatkan kita
tentang tingkah laku manusia yang berlawanan dengan
fitrah penciptaan Tuhan, serta mencabar perintah dan
larangan-Nya pasti mengundang kepada bencana yang
besar. Bala bencana ini apabila ditakdirkan berlaku tidak
akan menimpa golongan tertentu sahaja, akan tetapi
menimpa semua orang sama ada yang melakukan dosa
atau pun tidak. Sepertimana firman Allah SWT dalam
surah al-Anfal, ayat 25 di bawah:

v. AZAB ALLAH UNTUK SEMUA MANUSIA

Maksudnya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya)
dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara
kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara
umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab
seksaNya.

PENGERTIAN BALA DAN KISAH SEKAWAN SEMUT HITAM
77. Secara simboliknya untuk memahami maksud bala

bencana, penulis suka menceritakan sebuah kisah berkenaan
seorang anak muda dengan sekawan semut hitam. Kisahnya
bermula, bagaimana seorang anak murid yang menuntut ilmu
agama bertanya gurunya, apakah yang dimaksudkan dengan
bala? Jawab guru: Jawapannya tidak dapat aku berikan
sekarang, ada baiknya engkau keluar mendapatkannya sendiri.
Anak muda itu pun keluar mencari maksud bala dalam tempoh
berbulan-bulan namun jawapannya masih tidak dapat

55

memuaskan hatinya. Suatu hari beliau membuat keputusan
untuk kembali kepada gurunya semula, namun disebabkan
keletihan yang amat sangat anak muda ini tadi tertidur dengan
bersandar di sebatang pokok. Beliau hanya tersedar apabila
merasa sakit seperti sengatan serangga di bahagian badannya.
Rupa-rupanya sekawan semut hitam mengerumuni batang
tubuhnya, lantas beliau menggosok dan memicit-micit semua
semut itu tadi tanpa mengetahui semut manakah yang
menggigitnya. Apabila sampai ke rumah gurunya anak muda
ini tadi menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang
dikerumuni semut hitam, yang menggigitnya hanyalah seekor,
yang dibunuhnya tidak terkira banyaknya. Lantas jawab guru
apa yang kamu lakukan itulah maksud simbolik di sebalik bala
yang kamu cari. Semut yang menggigit kamu tak dapat kamu
kenal pasti melainkan dengan kamu memicit kesemuanya
sekali. Itulah maksud ayat Allah SWT dalam surah al-Anfal
ayat 25 tadi.

78. Oleh itu, penulis suka untuk merumuskan beberapa perkara
penting yang perlu difahami dan dihayati bersama sebagai
suatu pengajaran dan hikmah dari bencana besar ini, agar kita
terhindar dari sebarang bencana besar pada masa akan datang.
Marilah sama-sama kita menghayati dan menghargai hikmah
dari bencana ini dengan lensa positif lagi terbuka.

PERINGATAN AYAT-AYAT ALLAH KEPADA MANUSIA

HIKMAH DAN PENGAJARAN DARI SUDUT NEGATIF:
KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN MANUSIA
79. Keangkuhan negara-negara kuasa besar dan moden amat
cukup teruji dengan COVID-19. COVID-19 sudah meragut
660,000 nyawa dan menjangkiti lebih 16.7 juta (kes) penduduk
dunia, berdasarkan kiraan rasmi AFP, namun pakar
berpandangan kadar jangkitan sebenar mungkin jauh lebih
tinggi.

80. Negara Polis Dunia Amerika Syarikat dengan kekuatan rejim
pertahanannya, keberahian nafsu ketenteraannya melanggar
Vietnam, membelasah Iraq, menganyang Afghanistan dan
Syria akhirnya tersembam di tangan kekuasaan Tuhan. Hanya
dengan virus kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar
menyebabkan mereka menjadi kucar kacir. Bagi umat Islam

56

virus kecil seperti Koronavirus ini merupakan salah satu
daripada tentera Allah SWT yang diutuskan untuk menguji
keimanan umat Islam dan membawa bencana kepada orang
kafir. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 26:

i. TENTERA ALLAH TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN
MATA KASAR

Maksudnya: … dan Allah menurunkan tentera yang kamu
tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu
(dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang
demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Jumlah kematian akibat wabak itu di AS mencecah
jumlah yang tidak pernah dicapai sejak pertengahan Mei
lalu, apabila hampir 1,600 kematian direkodkan dalam
tempoh 24 jam menurut laporan Universiti Johns Hopkins.
Inilah balasan Allah ke atas keegoan Amerika yang
merasakan persenjataan yang dimiliknya cukup canggih
(sofistikated) tapi senjata Allah SWT lebih canggih
(sofistikated). Barulah mereka sedar bahawa Allah SWT
maha berkuasa lagi maha besar hanya dengan virus sekecil
kuman mereka telah menjadi porak peranda.

Namun, egonya tidak mahu kalah, Trump dalam
kenyataannya pada 21 Mac 2020 lalu mengatakan “Negara
kita – bukan dibina untuk ditutup, anda boleh memusnahkan
sebuah negara dengan menutupnya. Saya suka negara ini
dibuka dan terus bergerak ke depan menjelang sambutan
Easter,”. Demikianlah katanya melalui siaran Fox News
sambil mengisytiharkan beliau dapat melihat ‘cahaya di
hujung terowong’. Bagi krisis penularan COVID-19 di AS
nampaknya, hingga hari ini suasana di USA semakin
malap.

Di benua Asia kuasa ekonomi dunia negara China
kembali merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dalam
tempoh tiga bulan. Sedangkan sebelumnya negara tersebut

57

telah berjaya mengekang penularan pandemik ini hingga
ke akar umbinya. China kini menguatkuasa perintah
berkurung tegas ke atas hampir setengah juta penduduk
di sekitar ibu negaranya Beijing untuk mengawal kluster
baharu COVID-19 yang disifatkan masih ‘teruk dan rumit’.
Penguatkuasa Kesihatan hari ini memerintahkan negeri
Anxin yang berada 150 kilometer dari Beijing ditutup dan
dikawal sepenuhnya, menyamai langkah yang diambil di
Wuhan awal tahun ini.

Di Eropah negara Itali yang menumpangkan tamadun
Roman yang berusia 1,000 tahun ini antara paling teruk
terjejas. Siapa tidak kenal negara ini? Melalui sukan bola
sepak, Itali adalah juara “World Cup” sebanyak 4 kali.
Sukan yang dianggap sebagai perayaan dunia yang
disambut dan dirayakan oleh negara yang paling akhir
sekali kedudukannya di ranking dunia ketika ini. Semua
mengetahui tentang kemasyhuran Itali di samping beberapa
kehebatan lainnya, Itali adalah pusat rujukan fesyen dari
seluruh dunia. Pengeluar jentera jalan raya paling hebat
di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

Manakala Jerman, pusat ekonomi dan kecanggihan
teknologi automatif. Kuasa besar yang mencatur perang
dunia kedua. Negara pemenang 4 kali Piala Dunia yang
bersilih ganti mendatangkan saingan kepada negara bapa
bola sepak dunia – Brazil. Kehebatan ekonomi dan
teknologi Jerman tidak ada yang bantah. BMW, Mercedes
Benz cukup menaikkan ego pemandunya di jalan raya
ratusan negara di dunia. Pendek kata, produk buatan
Jerman, kata orang “laku deras”. Teknologi yang dihasilkan
negara ini mendapat pengiktirafan dunia. Namun, pada
masa ini negara tersebut sedang dibuli oleh makhluk
halimunan bernama Koronavirus ini.

Tidak terkecuali negara-negara lain, semuanya
menghadapi nasib sama yang dideritai negara-negara
raksasa ekonomi dan teknologi ini termasuklah negara-
negara miskin yang selalu dibuli, negara yang tidak pernah
bermimpi suara mereka akan didengari, negara yang hasil
mahsul buminya hanya untuk memenuhi tembolok kuasa
besar dunia.

Justeru, kesombongan dan keangkuhan merupakan
sifat syaitan yang Allah murka. Seandainya sifat tersebut
turut sama ada pada manusia, rejim, kerajaan dan sesiapa

58

sahaja maka mereka adalah rakan syaitan dan selayaknya
mengundang kemurkaan Allah SWT, seperti mana
firmannya dalam surah al-A’raf, ayat 40:
ii. SYURGA TIDAK DIBUKAKAN UNTUK ORANG YANG
SOMBONG

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang mendusta-
kan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa
dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan
dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak
akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang
jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang
melakukan kesalahan.
Dalam ayat 146 daripada surah al-A’raf, Allah SWT
menempelak golongan yang diberikan kepada mereka
kebenaran tetapi tetap memilih jalan kebatilan kerana
kesombongan mereka sendiri. Firman Allah SWT:
iii. ORANG SOMBONG JAUH DARI HIDAYAH ALLAH

Maksudnya: Aku akan memalingkan (hati) orang-orang
yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan
yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang
menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat
demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti),

59

mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat
jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka
tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan
sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka
terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang
demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

LALAI DENGAN KESENANGAN DUNIA
81. Musibah terbesar yang menimpa diri seseorang adalah

lalai dari petunjuk dan berpaling dari jalan agama, kerana
terlampau mengikuti hawa nafsu dan mengutamakan kehidupan
dunia. Musibah ini akan mematikan hati, menghancurkan
badan dan akhirnya merosakkan hubungan hamba dengan
penciptanya (Khaliq). Oleh itu, Allah SWT di dalam al-Quran
sentiasa mencela orang-orang yang lalai, menyebut mereka
dengan sifat-sifat buruk dan mengancam dengan seksa yang
dahsyat. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 32:

i. DUNIA HANYALAH MAINAN HIDUP

Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah
kamu mahu berfikir?

Allah SWT mengajak hamba-hambanya agar sentiasa
waspada dan berada atas landasan sebenar sebagai
seorang hamba. Ini kerana kealpaan dari mengingati
Allah SWT akan mengundang kepada perkara-perkara
yang tidak diredhai-Nya. Firman Allah dalam surah Taha,
ayat 124-127:

ii. KEINGKARAN KEPADA PERINTAH ALLAH MEMBAWA
KEPADA KESEMPITAN

60

Maksudnya: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan
dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia
pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai
Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam
keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”. Allah
berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-
ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan
serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada
hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. Dan demikianlah
Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak
beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan
demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan
lebih kekal.

Dari itu, orang-orang lalai lebih sesat daripada binatang
ternak. Hanya nerakalah sahaja balasan atas kelalaian
mereka, dan neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal. Hal
itu kerana mereka membatasi tujuan hidup mereka hanya
pada makan, minum, dan berseronok dengan kemewahan
yang dianugerahkan kepada mereka. Manusia hanyut
dalam hawa nafsu dan menikmati syahwat dan lalai dari
mematuhi perintah pencipta langit dan bumi serta
memekakkan telinga mereka dari mendengarkan
kebenaran. Telinga hanya digunakan untuk mendengar
muzik, lagu dan hiburan. Tidak ada masa untuk mendengar
isi kandungan Al-Quran dan kitab-kitab agama.

Mata orang yang lalai buta dari mengambil pengajaran
dan melihat kebenaran. Mata mereka hanya untuk melihat
perkara lagha dan haram. Tidak ada masa untuk mereka
melihat wajah orang alim atau bertalaqqi 4 penjuru mata,
mendengar kuliah-kuliah agama apatah lagi menghadiri

61

kuliah-kuliah subuh dan maghrib yang dianjurkan masjid-
masjid dan surau-surau. Mereka tidak mempunyai masa
untuk mengambil endah tentang perkara-perkara yang
mengingatkan hari akhirat. Kepuasan hidup mereka
hanyalah memikirkan bagaimana mendapatkan duit dan
menjadi kaya. Tidak langsung menggunakan akal dan hati
untuk memikirkan nasib diri yang tidak ada amal soleh,
memikirkan kekurangan dan kesilapan serta dosa yang
sudah terlalu banyak dilakukan. Firman Allah SWT dalam
surah al-A’raf, ayat 179:

iii. PENGHUNI NERAKA DARI KALANGAN MEREKA YANG
TIDAK MENGGUNAKAN PANCAINDERA

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai
hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat
Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu
melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai.

Kelalaian juga, menyebabkan ramai di kalangan hartawan
dan golongan tertentu enggan mengeluarkan sebahagian
dari rezeki yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk
mengeluarkan zakat, infak dan sedekah. Mereka lebih suka
menghabiskan harta untuk menuruti syahwat haramnya.
Bangga menjadi kaya dengan menunjuk-nunjuk
kemewahan dan kekayaan mereka dalam masa yang sama
merekalah musuh Allah yang paling nyata. Perhatikan
ancaman Allah dengan kebinasaan akibat tamakkan dunia
dalam surah al-Taubah, ayat 24:

62

iv. BALASAN ORANG YANG CINTAKAN DUNIA LEBIH
DARI ALLAH DAN RASUL

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-
bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara
kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya
itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka).

Allah SWT secara panjang lebar menceritakan watak
orang yang sombong dan angkuh dengan harta yang
dimiliki ibarat Qarun. Ketika hayatnya Qarun merupakan
salah seorang ulama’ besar Bani Israel yang mempunyai
ikatan keluarga dengan Nabi Musa. Pada awalnya
kehidupan Qarun tersangatlah miskin dengan memiliki
ramai anak. Pada suatu kesempatan, Qarun telah
memohon Nabi Musa a.s untuk mendoakan kepada
Allah SWT agar dirinya dianugerahkan kekayaan harta
benda. Akhirnya permintaan tersebut telah dikabulkan oleh
Allah SWT setelah Nabi Musa a.s berdoa untuknya.
Kehidupan Qarun berubah dengan sekelip mata menjadi
kaya raya. Apabila saat Qarun leka dengan harta
kekayaannya itu, Qarun telah menggunakan hartanya ke
arah kesesatan, kezaliman, dan permusuhan serta

63

membuatkan dirinya semakin sombong.
Nabi Musa a.s telah mendapat perintah dari Allah SWT

untuk mengutip zakat dari orang-orang kaya Bani Israel
termasuklah Qarun. Namun begitu, apabila tiba utusan
Nabi Musa a.s, ke banglo mewah Qarun ia telah diusir
oleh Qarun. Dengan angkuh Qarun berkata “Harta-harta
ini milik peribadi aku yang aku usahakan dengan ilmu
dan kudrat aku sendiri’. Lantas, kesombongan yang telah
nyata dilakukannya itu mengundang kemurkaan dari
Allah SWT. Maka Allah SWT menghancurkan serta
membenamkan Qarun, ahli keluarganya, harta dan
banglo mewahnya ke dalam perut bumi. Perhatikan ayat-
ayat berikut yang mengisahkan keangkuhan dan
kesombongan Qarun. Firman Allah SWT dalam surah
al-Qasas, ayat 76:

v. NILAI HARTA QARUN

Maksudnya: Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum
Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim
terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari
berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi
beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan
orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika
kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau
bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-
megah (seperti lagakmu itu).” Firman Allah SWT dalam
surah al-Ankabut, ayat 39:

vi. TAKBUR MEMAKAN DIRI QARUN

64

Maksudnya: Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan)
Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya
Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa
keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu
mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakan-
nya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari
azab Allah). Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas,
ayat 81:

vii. BALASAN KEANGKUHAN QARUN

Maksudnya: Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama
dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia
mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya
dari azab Allah” dan ia pula tidak dapat menolong dirinya
sendiri.

Ada juga di kalangan golongan kaya di negara kita
yang tidak putus-putus saban tahun pergi melancong
ke serata dunia, menunaikan umrah berkali-kali setahun
serta berulang-ulang kali menunaikan haji. Walhal, haji
hanya dituntut sekali sahaja seumur hidup. Sedarkah kita
tempoh giliran menunggu untuk melaksanakan haji pada
hari ini dicatat pada kadar 116 tahun ke depan. Barangkali
mereka lupa tentang tanggungjawab dan keutamaan yang
lebih mendesak untuk membantu golongan susah
khususnya, kaum kerabat sendiri.

Sepatutnya kelebihan rezeki anugerah Allah
sewajarnya dikongsikan bersama dengan adik beradik
dan sanak saudara sebelah ibu dan bapa yang susah,
bagaimana pula sekiranya yang berada dalam kesusahan
tersebut ibu bapa sendiri. Firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah, ayat 83:

viii. KEWAJIPAN BERBAKTI KEPADA DUA IBU BAPA

65

Maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami
mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan
berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,
dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum
kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin;
dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-
perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta
berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan
(perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari
kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak
menghiraukan perjanjian setianya.

Satu bencana besar akibat daripada kealpaan
umat pada zaman moden hari ini ialah pengabaian
tanggungjawab terhadap dua ibu bapa. Ada di kalangan
anak-anak membuang ibu bapa yang telah uzur di rumah
orang tua atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Sungguh
kejam hati seorang anak tergamak berbuat demikian
kepada ibu-ayahnya sendiri sedangkan bapa lah yang telah
bersusah payah mencari sesuap nasi untuk membesarkan
anak-anaknya dengan sempurna, manakala ibu pula
mendidik dan membelai si anak dengan penuh kasih
sayang ibarat menatang minyak yang penuh. Kasih sayang
ibu bapa terhadap anak mereka tiada titik noktahnya. Tidak
kurang juga anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka
terbiar, bahkan sanggup mencederakan orang tuanya
hanya kerana permintaan si anak tidak ditunaikan oleh
ibu atau bapa.

Fenomena anak derhaka zaman moden memberikan
gambaran seolah-olah anak-anak pada masa kini sudah
hilang rasa hormat, taat setia dan pekerti mulia serta
sifat belas ihsan terhadap ibu bapa mereka sendiri.
Ingatlah, jasa kedua ibu bapa ketika kecil tidak pernah
jemu menghantar anak-anak ke sekolah dan mengambilnya
kembali selepas tamat waktu persekolahan. Setelah
semakin besar anak-anak pula dihantar ke asrama, saban
minggu bapa menjemput mereka pulang. Namun, setelah

66

anak-anak dewasa, berkerjaya, bergaji besar mereka pula
berlumba-lumba menghantar ibu bapa ke asrama orang
tua dan tidak menjemput mereka kembali ke rumah
buat selama-lamanya. Dalam setahun 365 hari berapa
ramai dari kalangan anak-anak hari ini menghargai kedua
ibu bapa untuk pulang menjenguk mereka di kampung
pada hujung minggu atau setidak-tidaknya bertanya
khabar dan memenuhi hajat mereka melalui telefon.
Terkadang ibu dan ayah tidak inginkan apa-apa dari
anak-anak mereka, hanya sekadar ingin mendengar
suara sang anak yang suatu masa dahulu merupakan
penawar beban dan keletihan mereka. Kadang-kadang
nyamuk yang tidak diundang di malam hari, bapa takut
nyamuk menyedut darah anaknya, pun bangun tercari-cari
untuk membunuh nyamuk sampai mati. Bayangkanlah
sayangnya orang tua terhadap anak, tidak lelap tidur
sampai ke pagi. Kedua orang tua merenung jauh nasib
mereka, banyaknya air mata berguguran membasahi
pipi dari air hujan yang turun membasahi bumi setiap hari.
Benarlah kata orang tua-tua dahulu 10 orang anak
boleh dibela kedua ibu bapa, tetapi belum tentu
10 orang anak mampu membela dua ibu bapa. Apakah
perbuatan seperti ini tidak mengundang kemurkaan
Allah SWT? Lihat bagaimana balasan Allah kepada anak
Nabi Nuh yang derhaka kepada beliau? Renungkan
ayat 42-43 dari surah Hud:

ix. BALASAN AKIBAT DERHAKA ANAK NABI NUH

Maksudnya: Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang
berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai
anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah
engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”. Anaknya
menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung

67

yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan
oleh air”. Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun
yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang
yang dikasihani olehNya”. Dan dengan serta-merta ombak
itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah
ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang
ditenggelamkan oleh taufan.

Ingatlah, dosa orang yang menderhakai kedua ibu
bapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT balasannya
di dunia lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda yang
bermaksud : “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah
hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat
kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya
Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa
hidup sebelum kematian lagi.” [Maksud hadis riwayat
al-Hakim]

Keutamaan berbuat kebajikan dalam Islam perlu
dilakukan kepada ibu melebihi kebajikan kepada seorang
bapa. Ini kerana ibu menanggung derita demi derita,
bermula daripada mengandungkan anak dengan keadaan
lemah yang bertambah-tambah sehinggalah anak itu
selamat dilahirkan, kemudian dibesarkan dengan penuh
kasih sayang. Allah SWT menceritakan kesukaran seorang
ibu melalui firman-Nya dalam surah Luqman, ayat 14 :

x. KEWAJIPAN MENSYUKURI JASA KEDUA IBU BAPA

Maksudnya: DAN KAMI WAJIBKAN MANUSIA BERBUAT
BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPANYA; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).

68

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A
ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW
yang bermaksud : ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia
yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?’’.
Maka Rasulullah SAW menjawab: Ibu kamu (adalah
manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik
kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu,
kemudian bapa kamu. [Maksud hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim]

Jangan pula sekali-kali kita lupa dengan perintah
Allah SWT dalam surah al-Isra, ayat 23:

PERLU DIINGAT BAHAWA PERJALANAN SEORANG ANAK
BOLEH BERTUKAR MENJADI JALAN PINTAS KE NERAKA

82. i. MENJAGA TINGKAH LAKU DAN TUTUR KATA KEPADA
DUA IBU BAPA

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-
mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
“Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).

Justeru, menjaga hubungan baik dan berbakti kepada
kedua ibu bapa serta taat kepada mereka merupakan suatu
keutamaan yang perlu didahulukan sebelum perkara lain.
Ianya merupakan jalan mudah menuju ke syurga Allah SWT
sekiranya seorang anak patuh dan berbuat bakti kepada
keduanya. Namun, perlu diingat bahawa perjalanan

69

seorang anak boleh bertukar menjadi jalan pintas ke neraka
sepantas kilat sekiranya seorang anak itu lalai dan
menderhakai kedua ibu bapanya.

Oleh itu, apabila peringatan demi peringatan tidak
diindahkan, manusia hanyut dalam kesenangan dan
kelalaian. Angan-angan mereka terlalu panjang sehingga
melalaikan dari ketaatan dan tidak ada kesudahannya
melainkan bertemu dengan kesesatan yang nyata.
Ditambah pula dengan kemaksiatan melanggari perintah
Allah yang berleluasa seperti seks, seks songsang (LGBT),
zina, pembuangan bayi hasil dari anak luar nikah, minum
arak, riba, pecah amanah, derhaka kepada ibu bapa dan
lain-lain. Ketika itu, datanglah ujian Allah SWT secara tiba-
tiba seperti Koronavirus ini, ketika mereka lalai dalam
keseronokan dan dosa. Ujian tersebut merupakan salah
satu daripada isyarat Allah SWT agar manusia sentiasa
ingat dan akur bahawa dirinya merupakan hamba kepada
Allah yang tidak mampu melawan qada dan qadarnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 44:

ii. BALA AKAN BERLAKU KETIKA MANUSIA LALAI
DENGAN KESENANGAN

Maksudnya: Kemudian apabila mereka melupakan apa
yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami
bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan
dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan
bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada
mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan
bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun
berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Dalam surah al-A’raf, ayat 97-99 Allah SWT menceritakan
pula, bagaimana keadaannya ketika bala bencana itu turun
dalam keadaan manusia masih senang lenang, leka
dengan kehidupan dunia dan masih bersukaria.

70

iii. AZAB ALLAH DATANG TANPA SEBARANG PETANDA

Maksudnya: Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap
hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami
kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang
tidur?. Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap
hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami
kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang
leka bermain-main?.Patutkah mereka (bersukaria) sehingga
mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan
azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada
yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab)
yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

KORUPSI, RASUAH DAN MAKSIAT BERLELUASA
83. Perbuatan korupsi iaitu menggelapkan harta awam atau

pihak lain dengan tujuan memperkaya diri sendiri dan memberi
atau menerima rasuah merupakan satu perbuatan keji dan
dilaknat dalam Islam. Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn
‘Amr rda meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW
melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” [Maksud hadis
riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah]

Rasuah melalui perspektif Islam bermaksud sogokan, wang
suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang
satu iaitu, agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan
menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan
segera dan menguntungkan. Dalam erti kata lain, memberikan
harta kepada seseorang sebagai imbalan pelaksanaan tugas
atau kewajiban yang mana tugas itu harus dilaksanakan tanpa
menunggu imbalan atau wang komisyen.

Manakala korupsi memiliki makna yang lebih luas, apa
sahaja penyalahgunaan dan penyelewengan seperti pecah
amanah, khianat, menipu dan seumpamanya dengan
memperjudikan nyawa dan harta awam atau orang lain adalah
sebahagian daripada korupsi. Oleh itu, perbuatan korupsi dan

71

rasuah ini merugikan orang lain, bangsa dan negara.
Penyalahgunaan kuasa, melawan hukum, norma dan moral
dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu
menjadi kaya dalam masa singkat. Berhubung dengan
persoalan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah
al-Baqarah, ayat 188:

i. LARANGAN MEMAKAN RASUAH

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan harta-harta atau
mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kerana hendak memakan atau mengambil
sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal
kamu mengetahui salahnya (mereka yang terlibat dalam
amalan rasuah ialah memakan harta batil tempatnya ialah di
neraka jahanam. Di negara China difahamkan kesalahan
rasuah hukumannya ditembak sampai mati).

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Buraidah RA
dari ayahnya, dari Nabi SAW baginda bersabda yang
bermaksud: “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk
melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya
sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya
selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)". [Maksud hadis
riwayat Abu Daud]

Pengkhianatan yang dimaksudkan dalam hadis itu boleh
berlaku dalam pelbagai bentuk contoh wang ringgit, diskaun,
komisyen, hadiah, jawatan, kontrak, tuntutan palsu dan
sebagainya.

Saidina Umar al-Khattab turut memperingatkan gejala
hadiah ini dengan katanya “Berjaga-jagalah dengan hadiah
kerana ia merupakan rasuah”. Tidak hairanlah Saidina Umar
pernah memulangkan semula hadiah yang diberikan oleh
anak Kaisar Rom kepada isterinya dan menegahnya
menerima apa-apa hadiah lagi. Saidina Ali juga pernah
mengingatkan kita: “Zaman akan datang, manusia
menghalalkan rasuah dengan (nama) hadiah”.

Cadangan penulis, untuk menghapuskan dan
menghindari rasuah termasuklah dadah, perjudian, dan

72

sebagainya bermula dari sekolah, universiti dan diadakan
satu subjek wajib untuk mereka. Seterusnya masyarakat
awam, pendakwah, ilmuan, agamawan, penjawat awam dan
pemimpin berganding bahu berterusan selagi hari tidak
kiamat bagi membasmikannya sehingga ke akar umbi.

Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak
memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya
mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
Sebagai umat Islam, keredaan dan keberkatan daripada
Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan.
Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan
budaya ini.

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik
pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah hanya
akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik
pandai negara kita. Selain itu, kerajaan menjadi lemah
kerana setiap kali rasuah berlaku, kerajaan kehilangan hasil
yang begitu banyak. Kesan yang paling besar daripada
gejala rasuah ini akan menyebabkan pentadbiran sesebuah
negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian
kepentingan masyarakat dan sebagainya.

Pengertian korupsi ini sebenarnya amat luas, ia bukan
hanya tertumpu kepada masalah kewangan sahaja, tetapi
juga termasuk penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah
terhadap perkara yang diamanahkan. Perbuatan curang
pada zaman moden hari ini bukan hanya sekadar
mengurangkan berat timbangan dan sukatan dalam hal
berjual beli seperti makanan dan barang keperluan manusia
semata-mata, malahan perkara yang sama juga berlaku di
peringkat yang lebih tinggi dan impaknya nyawa manusia
diperjudikan. Sebagai contoh pembida kontrak memenangi
bidaan dengan spesifikasi tertentu seperti binaan konkrit
bangunan. Namun apa yang berlaku ketika kerja-kerja
pembinaan dilakukan pembida kontrak tidak mengikut
spesifikasi yang telah dimuktamatkan seperti dalam kontrak
kelulusan.

Sebagai contoh, pembekal konkrit simen dalam
sebutan tender yang dimasukkan untuk konkrit simen
bangunan (ready-mix) ialah gred 35, tetapi ditukarkan
kepada gred 30 dan sebagainya ketika penghantaran
berlaku. Begitu juga untuk membina tiang bangunan dan

73

tapak (column & footing) sebutan tender besi yang
sepatutnya ialah jenis besi Y18 tapi digantikan dengan Y16.
Keadaannya sama berlaku, kepada syarikat pembekal
komputer yang memenangi tender dengan spesifikasi
yang tertentu tetapi apabila yang dibekalkan adalah
tidak mengikut spesifikasi sebenar. Ini merupakan salah
satu cara untuk mendapat keuntungan secara mudah
kerana penguatkuasa tutup mata, apakah ini tidak berlaku
rasuah?. Dengan bahasa mudah ibarat penjual buah
berjanji membekal buah apel gred A tetapi yang dibekalkan
apel gred B. Firman Allah SWT dalam surah al-‘Araf, ayat 85:
ii. LARANGAN MENGURANGKAN HAK ORANG LAIN@
KERAJAAN DARI SEGI PERCUKAIAN SECARA TIDAK
JUJUR

Maksudnya: Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan
timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia
akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi
haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka
bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur)
dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi
kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. Firman
Allah SWT dalam surah Hud, ayat 84-85.

Maksudnya: Dan kepada penduduk "Madyan" Kami
utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada
Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu

74

mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya
aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan
sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari
yang meliputi (orang-orang yang bersalah). Dan wahai
kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan
adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-
benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

Dalam surah Hud di atas Allah SWT menyebut dua ayat
yang mengandungi maksud yang sama iaitulah larangan
daripada mengurangkan timbangan. Ayat 84 sudah cukup
untuk menjelaskan maksud larangan tersebut, namun
Allah SWT mengulanginya lagi pada ayat 85. Ini
membuktikan apabila dua ayat yang mengandungi makna
yang sama diulang-ulangkan secara berurutan maka
arahan tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu, Allah SWT memberi peringatan dan larangan
keras agar tidak mengambil hak orang lain secara batil.
Perbuatan tersebut dalam ayat ini berlaku dengan cara
mengurangi mata dacing timbangan dalam erti kata lain
mencuri secara terhormat. Seorang penjual yang menjual
sekilo gula sebagai contoh, wajib menimbang dengan kadar
1000 gram. Seandainya kadar timbangan tersebut hanyalah
990 gram sahaja, maka baki 10 gram dianggap mencuri hak
orang lain dan haram mengambil manfaat daripada bayaran
yang dikenakan. Keadaan yang sama mungkin berlaku bagi
pihak pembekal yang mendapat tender sama ada dari
kerajaan atau swasta untuk membekalkan suatu barang
dengan gred tertentu kemudian penghantaran dilakukan
dengan menukar kepada gred yang lebih rendah. Begitu
juga pengimport makanan berupa sayuran, buahan, daging
dan sebagainya dari aspek kesihatan, kesucian dan
halalnya bagaimana?

Perbuatan curang seperti ini sering kali berlaku kepada
manusia yang tidak jujur dan kurang nilai keimanannya
kepada Allah SWT. Tidak kira perbuatan tersebut dilakukan
kepada individu tertentu atau institusi tertentu. Institusi
Kerajaan yang memungut cukai untuk dipulangkan kepada
rakyat dalam bentuk perkhidmatan dan pembinaan
prasarana sering berhadapan dengan situasi ini. Mungkin
ada segelintir golongan peniaga yang tidak jujur ketika
mengisytiharkan dalam borang kastam bagi barangan

75

yang diimport oleh mereka biasanya lebih rendah daripada
nilai dan kuantiti yang sebenar. Hal yang sama berlaku
kepada sebahagian pelancong domestik yang berkunjung
ke luar negara kemudian membawa pulang barangan
yang dikenakan cukai dengan kadar tertentu. Apa yang
berlaku pelancong-pelancong ini tidak mengisytiharkan
cukai atau mengisytiharkan dengan kadar yang tidak
sepatutnya ketika tiba di pintu masuk negara. Perbuatan
seperti ini mendatangkan kerugian yang besar kepada
negara kerana kutipan cukai yang sepatutnya lebih tinggi
tidak dapat dikutip. Akibatnya kerajaan kerugian hasil
berbilion ringgit setiap tahun dan sepatutnya hasil tersebut
dapat dimanfaatkan untuk rakyat jelata.

Justeru, Allah SWT kerap kali mengulangi ayat-ayat
yang berkaitan dengan timbangan dalam pelbagai surah
yang berbeza. Tujuannya untuk memberikan peringatan
seandainya manusia tidak mengambil endah dalam hal
ini nantikan balasan azab yang berat dari Allah SWT.
FILEM P.RAMLEE DALAM KISAH TIGA ABDUL “JUAL
ORANG LEBIH UNTUNG DARI JUAL UNTA”
84. Tidak cukup dengan itu, manusia terdorong untuk
melakukan perkara mungkar dan bertentangan dengan undang-
undang serta norma-norma kemanusiaan. Semuanya berlaku
kerana tamak dan inginkan keselesaan hidup secara mudah.
Kalau zaman dahulu perniagaan menjual manusia di pasar-
pasar amat menguntungkan seperti mana yang dilakonkan oleh
Allahyarham P.Ramlee dalam filem “Tiga Abdul”. Kisahnya
menceritakan bagaimana seorang penjual unta mengatakan
dalam dialognya “jual orang lebih untung dari jual unta”. Hari ini
berdagang dadah, judi, persundalan, menjual pemain bola
sepak, pekerja asing dan seumpamanya membawa pulangan
yang besar. Hal inilah yang diceritakan oleh Allah SWT tentang
sikap tamak saudara-saudara Nabi Yusuf yang bertindak cuba
membunuhnya dan akhirnya baginda dijual untuk dijadikan
hamba. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 19-21:
i. NABI YUSUF DIJUAL DI PASAR HAMBA

76

Maksudnya: Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datang-lah
ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang
dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang
pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu)
dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat
Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan
katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah
seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah
mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang)
serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya
(untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha
Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. Dan (setelah
berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga
yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan
mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. Dan
(setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang
yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan
yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau
kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kami
menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk
dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya
sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa
melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Oleh kerana tamak haloba pelaku korupsi merasakan
rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup
mewah di luar kemampuan mereka. Jelas, mereka yang
dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup
mewah, memburu kekayaan dengan cepat serta alpa
bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan
Allah SWT.

Al-Quran sentiasa memberikan kita peringatan demi
peringatan agar umat Islam sentiasa berlaku jujur dan
beramanah dalam segala tingkah laku. Ini kerana, hanya

77

dengan beramanah dan berintegriti tinggi sebuah tamadun
manusia dan negara disanjung tinggi di mata dunia. Firman
Allah dalam surah al-Nisa, ayat 58:
ii. KEWAJIPAN MELAKSANAKAN AMANAH

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa Melihat.
Justeru, korupsi adalah termasuk perbuatan mungkar
yang menjadi tugas bersama umat Islam menghentikannya.
Pembanterasan korupsi adalah tanggungjawab bersama
kerana azab dunia tidak hanya menimpa pelaku kejahatan
tetapi juga akan menimpa orang yang tidak mencegah dosa
itu daripada berlaku.
iii. NILAI KEJUJURAN DAN KEPATUHAN KEPADA
UNDANG-UNDANG, TIDAK KIRA SAMA ADA KECIL
ATAU PUN BESAR

Dalam kehidupan masyarakat yang beragama di dunia
ini di mana sahaja tempatnya termasuk di Malaysia,
kepercayaan kepada tuhan adalah perkara asas dalam
kehidupan sebagai makhluk tuhan. Dalam Islam, rukun
Iman dan rukun Islam mewajibkan umatnya menuruti dan
mematuhi perintah serta kewajiban kepada Allah S.W.T.
Oleh itu, persoalan tentang nilai, etika kerja dan
profesionalisme adalah bertitik tolak dalam soal sejauh
mana keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada
penciptanya. Manakala undang-undang ciptaan manusia
hanyalah sekadar kawalan dalam bentuk longgar yang
boleh dicerobohi oleh mana-mana manusia yang tiada nilai
keimanan dalam jiwanya. Longgarnya nilai keimanan dan
ketakwaan itulah menyebabkan manusia (termasuk

78

penjawat awam) mula lupa aspek Allah SWT sentiasa
melihat dan memerhatikan segala tingkah laku manusia.
Kesannya dapat dilihat dalam beberapa tindakan yang
dilakukan — amalan rasuah, pecah amanah, penyelewengan,
berlaku tidak adil, hasad dengki dan sebagainya.

Penulis selaku pengusaha pelancongan sekitar 90-an
pernah membawa rombongan ke New Zealand. Antara
tempat yang dilawati ketika itu tasik Turangi di mana kami
menyewa sebuah bot untuk memancing ikan diketuai oleh
seorang pemandu bot berbangsa Inggeris. Pada mulanya
kami dapat mendaratkan beberapa ekor ikan bersaiz

79

sederhana besar. Kemudian kami berjaya mendaratkan

pula beberapa ekor ikan bersaiz kecil. Pemandu bot apabila

melihat kami ingin memasukkan ikan tersebut ke dalam

bakul untuk dibawa pulang meminta kami melepaskannya

semula ke dalam tasik. Menurut beliau ikan yang bersaiz

kurang daripada 12 inci tidak dibenarkan untuk diambil

kerana ikan tersebut belum sempat membiak benih anak-

anak ikan. Waktu itu, penulis bertanya apalah salahnya

sekiranya kami membawa pulang ikan-ikan bersaiz

kecil ini tidak ada seorang pun penguatkuasa yang

melihat hanyalah pemandu dan ahli rombongan sahaja.

Dengan tegas pemandu bot berkata: “Walaupun tiada

siapa yang nampak tetapi peraturan tetap peraturan di

negara kami yang wajib dipatuhi semua rakyat kami

termasuk pelancong asing. Kalau nak memancing sila

ikut peraturan negara kami sama ada kami nampak

ataupun kami tak nampak”. Dalam suatu situasi lain, juga

sekitar tahun 90-an saya membawa rombongan ke Sungai

Nil di Mesir untuk tujuan memancing. Ketika kami

memancing ada di kalangan ahli rombongan berjaya

mendaratkan ikan besar dan ada juga bersaiz kecil. Kami

pun bertanya kepada pemandu pelancong bolehkah kami

membawa pulang ikan yang bersaiz kecil bersama. Jawab

pemandu pelancong (ikut suka kamu yang mana

kamu nak bawa balik kecil atau besar). Penulis ketika itu

termenung panjang bagaimana sebuah negara bukan Islam

seperti New Zealand mempraktikkan undang-undang

Penulis menerima award jualan tiket MAS (Malaysia Airlines)
kategori Emas (Gold) di Cape Town, Afrika Selatan.

80

Datuk Muhammad Din Yusoh (penulis) bergambar bersama Andrew Nari
pramugara Malaysia Airlines di salah sebuah hotel di Perth Australia.  
Sebulan selepas bergambar kejadian MH370 hilang termasuklah
Andrew Nari. Penulis membuat artikel dalam akhbar Sinar Harian
diambil oleh BeritaHariannet.com. Hari pertama like 100,000 lebih
dengan tajuk “Kain Putih Berguguran Dari Udara”. Di sini juga penulis
ingin menggambarkan dan menunjukkan kenapa penulis bergambar
di belakang paparan “Larangan Tidak Boleh Merokok” begitu besar
dan jelas. Disitulah menunjukkan undang-undang itu walaupun
nampaknya kecil tetapi peraturan mestilah diikuti oleh semua orang.

secara kendiri lebih daripada negara umat Islam sendiri,
sedangkan negara Islam seperti Mesir peraturan dan
undang-undang tidak diambil endah sama sekali.

Pengalaman penulis tidak terhenti di situ sahaja,
penulis pernah suatu ketika melawat Cape Town, Afrika
Selatan sekitar 90-an juga. Waktu kami melakukan lawatan
di tempat pertemuan dua lautan di antara lautan Atlantik dan
lautan Pasifik seperti yang diceritakan oleh Allah dalam
surah al-Rahman, ayat 19-20. Ketika kami pulang dari
tempat tersebut kami singgah di sebuah bandar kecil dan
pemandu pelancong memaklumkan kepada kami di bandar
ini tegas dengan peraturan-peraturannya. Di antaranya
arak tidak dibenarkan sama sekali untuk diminum atau
dibawa dari luar. Negara tersebut bukanlah sebuah negara
Islam meskipun terdapat komuniti Muslim yang menetap
di sana majoritinya penduduknya tidak beragama Islam
namun mereka tegas dengan peraturan yang tidak popular
ini. Penghujung 80-an saya pernah berkunjung ke Australia
dan menginap di sebuah hotel di sana. Ketika itu ada
sebilangan ahli rombongan menghisap rokok di Coffee

81

House, mereka telah diminta dengan penuh hormat untuk
tidak menghisap rokok. Setelah larangan tersebut tidak
diendahkan pelayan hotel datang menjemput mereka untuk
dibawa keluar dari hotel. Larangan menghisap rokok dalam
premis hotel di Sydney Australia telah dikuatkuasa
semenjak lama lagi berbanding di negara kita Malaysia di
mana masyarakat masih lagi ada yang membantah. Pada
penulis seandainya semua pihak akur kepada apa sahaja
peraturan sama ada kecil atau besar yang penting ianya
berlunaskan undang-undang pasti peraturan akan berjalan
dengan baik dan sempurna. Namun jika berlaku sebaliknya,
undang-undang tidak dapat berjalan dengan baik maka
negara akan terjerumus ke arah negara yang tidak
berperaturan.

Saya mengajak pembaca merenung dalam masa PKP
COVID @ CORONA VIRUS DISEASE, apakah semua
orang ramai mengikut peraturan SOP yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Pandangan penulis,
hanya sebahagian daripada mereka yang tidak mengikut
peraturan seperti tidak memakai topeng, penjarakan
sosial, tidak mencuci tangan dan lain-lain lagi, ataupun
mereka ini memandang remeh terhadap peraturan ini.
Akibat kesan itu, lihat beberapa buah negara, antaranya
yang terbaru, India, satu hari positif 90 - 98 ribu. Lihat data
jangkitan COVID-19 seluruh dunia dalam buku ini. Apakah
kita mahu perkara ini berlaku? Sama-samalah kita berfikir.

Justeru, setiap orang ramai, penjawat awam, pekerja
swasta dan lain-lain individu yang mempercayai bahawa
institusi nilai sangat penting untuk diterapkan dalam jiwa
secara kendiri agar undang-undang yang digubal dapat
dilaksanakan secara sempurna. Matlamatnya adalah
untuk membentuk nilai yang mulia dengan kepatuhan
kepada peraturan dan undang-undang integriti dapat
dilaksanakan dan tidak akan terdorong atau tergoda untuk
melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak beretika yang
banyak didorong oleh hawa nafsu. Firman Allah dalam
surah al-Anfal, ayat 25 :

iv. BALA APABILA TURUN MENIMPA SEMUA ORANG

82

Maksudnya: Dan jagalah dirimu daripada (berlakunya)
dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja
akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu
secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum)
dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.

Tidak kurang juga maksiat dan gejala sosial yang
berleluasa pada hari ini dan dilakukan secara terang-
terangan turut sama mengundang bala dari Allah SWT.
Umpamanya fenomena Lesbian, Gay, Biseksual &
Transgender (LGBT) semakin hari semakin menjadi isu
utama yang mendorong wujudnya tingkah laku songsang
dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutama dalam
kalangan generasi muda.

Budaya LGBT sememangnya menyimpang daripada
norma masyarakat di Malaysia terutama apabila ia
melibatkan isu berkaitan agama dan budaya di negara ini.
Kewujudan fenomena ini mencetuskan kontroversi
terutamanya apabila ia benar-benar menyimpang daripada
ajaran agama Islam yang sebenar di mana Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang berpegang kepada
ajaran Islam sebagai agama rasmi.

Amalan hidup homoseksual atau gay merupakan
maksiat tertua dalam sejarah tamadun manusia. al-Quran
telah menyorotkan kisah ini daripada perlakuan kaum
Nabi Luth AS yang bukan hanya mereka melakukan
perbuatan syirik kepada Allah SWT tetapi mereka juga
disebut sebagai pelaku pertama perlakuan homoseksual
di kalangan lelaki mahupun wanita. Keburukan kaum
tersebut tiada tolok bandingnya kerana mereka melakukan
dosa yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari
anak Adam, iaitu seorang lelaki menggauli lelaki dan
enggan berkahwin dengan wanita yang Allah jadikan untuk
orang-orang soleh.

Untuk tidak menjadikan umatnya hancur binasa,
Nabi Luth as cuba menghalang mereka dengan berdakwah
dan mengingatkan mereka tentang azab yang menunggu.
Namun, sikap kaumnya bertambah-bertambah rakus
dengan pelbagai jenis maksiat lain yang kemuncaknya
syirik kepada Allah SWT. Bahkan mereka juga mencabar

83

Nabi Luth untuk memohon kepada Allah menurunkan azab
buat mereka.

Setelah peringatan demi peringatan tidak diendahkan
mereka, Nabi Luth as berdoa kepada Allah untuk
ditimpakan azab kepada mereka. Baginda memohon
kepada Allah SWT untuk dimenangkan di atas kaumnya
yang membuat kerosakan. Justeru, Allah SWT menjadikan
kisah binasanya kaum Luth akibat perbuatan keji mereka
sebagai pengajaran bagi seluruh manusia. Allah SWT
berfirman dalam surah al-A'raf, ayat 80-84:
v. AMALAN SEKS SONGSANG MENGUNDANG BINASA

Maksudnya: Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah
ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum
kamu?. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada
berkata: “Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikut-
nya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta
pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari

84

orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani
mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu,
lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan
kesalahan.

Dalam ayat lain melalui surah al-Hijr, ayat 73-74 firman
Allah SWT:

Maksudnya : Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan
suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
Maka Kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang-balik
(tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami
hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

Menurut ulama Tafsir dan Ahli Sejarah kesan
peninggalan tempat kaum Nabi Luth as berada di kawasan
Laut Mati (Dead Sea) yang terletak di sempadan Jordan
dan Tebing Barat (Israel) pada hari ini. Dikatakan Laut
Mati itu sendiri tempat bersemadinya kaum Nabi Luth AS
yang hilang di telan perut bumi. Buktinya terdapat
kesan-kesan peninggalan negeri yang berdekatan dengan
Laut Mati (Tasik Luth). Ahli pengkaji sejarah kuno menemui
kesan-kesan peninggalan seperti benteng lama yang
terletak di atas permukaan air laut setinggi 500 kaki.
Di sisinya terdapat tempat penyembelihan, iaitu batu
yang berbentuk seperti tiang bagi membuktikan kaum
tersebut pernah mempersembahkan binatang-binatang
korban mereka. Begitu juga ada bukti Laut Mati telah
menenggelamkan lima kota yang terdapat di daerah
Jordan itu. Oleh itu, pakar geologi berpendapat mengatakan
laut tersebut pernah menenggelamkan sebuah negeri yang
mempunyai bilangan penduduk yang ramai.

Maka balasan azab yang diturunkan kepada kaum
Nabi Luth as bukan suatu peringatan kepada umat manusia
pada hari ini?. Bukankah dunia dan negara kita Malaysia
pernah diserang badai Tsunami beberapa tahun dahulu?.
Oleh itu, kita perlu menginsafi dan berwaspada dengan
ancaman Allah SWT akibat maksiat yang berleluasa.

85

Di Malaysia, sebagaimana dilaporkan akhbar
tempatan, data pada 2016 menunjukkan bahawa hubungan
homoseksual direkodkan sebagai penyumbang utama bagi
kes-kes jangkitan HIV terbaharu. Terdapat sejumlah 1,553
kes HIV baharu dalam kalangan homoseksual dan biseksual
berbanding dengan 1,311 melibatkan heteroseksual. Empat
puluh peratus golongan homoseksual dan biseksual yang
dijangkiti virus HIV adalah dalam lingkungan usia 19 hingga
29 tahun dan kebanyakannya adalah pelajar. Sejumlah
31 peratus pula dalam lingkungan usia 30 hingga 39 tahun
yang merupakan golongan profesional.

Justeru, Larangan Islam terhadap gaya hidup
homoseksual menunjukkan bahawa LGBT hakikatnya
bukan sekadar masalah moral, sebaliknya dalam neraca
Islam sebagai al-Dīn, ia mempunyai kaitan langsung
dengan amalan beragama umat Islam. LGBT adalah suatu
amalan yang dilarang secara jelas sama ada di dalam
al-Quran mahupun Hadith. Pengiktirafan kumpulan LGBT
dan membenarkan perkahwinan sesama jantina akan
menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan sosial umat
Islam. Apatah lagi kebanyakan pensyariatan Islam juga
mempunyai kaitan dengan fitrah ketetapan jantina manusia
seperti aurat, perkahwinan, nasab atau keturunan, farā’id
(pembahagian harta pusaka) dan lain-lain.

HAMPIRNYA DENGAN HARI KIAMAT
85. Berlakunya pandemik dalam sejarah kehidupan manusia

merupakan perkara biasa semenjak dahulu kala. Antara tahun
1346-1353M, pandemik The Black Death menyerang benua
Eropah, Afrika dan Asia. Penyakit hawar ini berpunca daripada
tikus dan kuman yang diangkut menerusi kapal dagangan
menerusi laluan laut. Sekurang-kurangnya 75 juta nyawa
manusia terkorban. Pada zaman moden, dengan populasi
manusia semakin bertambah selain kemudahan pengangkutan
udara dan laut merentas benua, pandemik bukanlah satu
perkara yang pelik. Pandemik influenza yang melanda dunia
sekitar tahun 1918 hingga 1920, mengorbankan hampir 50 juta
nyawa dalam tempoh yang singkat.

Ketika ini tamadun manusia diuji lagi dengan pandemik
COVID-19. Dalam masa yang pantas, jutaan manusia daripada
seluruh pelusuk dunia telah dijangkiti. Penularannya kini sukar
untuk dibendung daripada merentasi sempadan pelbagai

86

negara. Ujian demi ujian Allah SWT turunkan kepada umat
manusia untuk memberikan mereka pengajaran bahawa
kematian adalah pasti dan kehancuran alam buana ini juga
adalah pasti. Walaupun kita perlu redha dengan ketentuan Allah
SWT dan wajib berikhtiar untuk menyelamatkan diri, keluarga
dan negara dari ancaman pandemik ini dengan pelbagai
langkah-langkah pencegahan, namun kita juga perlu sentiasa
muhasabah diri dengan sentiasa bertaubat dan memohon
keampunan dari Allah sentiasa dan setiap masa.

Naratif eskatologi atau petanda akhir zaman, bahawa dunia
sudah menghampiri penghujungnya hendaklah sentiasa segar
dan sedar dalam jiwa umat Islam. Berlakunya pelbagai petanda-
petanda kiamat kecil termasuklah pandemik dan pelbagai
bencana lain yang silih berganti. Oleh itu, umat Islam perlu
diajak benar-benar beriman dengan hari kiamat yang pasti akan
terjadi, dengan mula membuat persiapan semasa hidup
sebelum tiba tanda kiamat besar datang. Menyesal kemudian
tidak ada gunanya. Antara tanda besar ialah matahari terbit
dari Barat, manakala pintu taubat tertutup. Firman Allah SWT
dalam surah al-‘Araf, ayat 34:

i. SETIAP YANG BERMULA PASTI BERAKHIR

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang
telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak
dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak
dapat pula mereka didahulukan.

Justeru, sebelum sampai kepada huru-hara akhir zaman
dan fitnah Dajal, kita diingatkan dengan berlakunya
COVID-19 atau Koronavirus dan lain-lain. Secara tidak
langsung ianya memberikan pengajaran agar kita sentiasa
bertaubat dan meninggalkan perbuatan maksiat serta
memperbanyak amal ibadat agar beroleh kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat. Kita hendaklah sentiasa ingat
akan pesanan seorang sahabat Nabi SAW ‘Abdullah
bin ‘Amr bin al-‘Ash: “Beramallah untuk duniamu seolah-
oleh kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah

87

untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan
harinya.”

HIKMAH DAN PENGAJARAN DARI SUDUT POSITIF:

MEMBENTUK TABIAT MURNI
86. Tidak dapat dinafikan untuk membentuk satu tabiat itu

ada permulaannya dan memerlukan disiplin yang kuat untuk
mengekalkan tabiat tersebut sepanjang masa, terutamanya
ketika berlaku suatu musibah.

Pandemik COVID-19 ini memberikan pengajaran buat
masyarakat dunia tentang erti amalan kebersihan sebenar
dalam kehidupan sendiri dan bermasyarakat. Malah ia adalah
pengalaman baru bagi kebanyakan orang apabila mereka
terpaksa membiasakan diri dengan amalan kebersihan yang
mungkin kurang diberi perhatian sebelum ini. Kebanyakan
penularan penyakit berjangkit sememangnya bermula dengan
amalan kebersihan yang diambil mudah. Ramai yang bersikap
tidak kisah dengan kebersihan diri, dengan pakaian yang kotor,
tangan yang tidak dibasuh, batuk dan meludah di sana sini,
malah ada yang lebih teruk sehinggakan sanggup membuang
air kecil di tempat yang tidak sepatutnya. Menjadikan haiwan
eksotik sebagai makanan rutin juga sudah menjadi amalan
sesetengah manusia. Mereka mungkin tidak kisah atau jahil
terhadap kesan amalan pengotor terhadap diri sendiri, tetapi
yang lebih menyedihkan, mereka tidak mempedulikan kesan
amalan itu kepada orang di sekeliling hatta ahli keluarga
sendiri.

Oleh itu, kebersihan amat dituntut dalam Islam dan ianya
merupakan sebahagian daripada iman. Bukan sahaja
kebersihan hati bahkan kebersihan luaran (fizikal). Islam hadir
membawa seribu kebaikan dan kemudahan kepada setiap
manusia. Islam itu indah dan keindahan itu akan terserlah jika
umatnya turut mengamalkannya. Kita sering diperingatkan
tentang kebersihan melalui ayat al-Quran yang berulang kali
menyebut tentangnya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,
ayat 222:

i. ALLAH KASIH KEPADA ORANG YANG BERSIH

88

Maksudnya: SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri.

Justeru, amalan kebersihan ketika berhadapan
dengan krisis ini amat ditekankan. Kerap membersihkan
tangan adalah satu amalan yang paling penting dan
disarankan oleh WHO. Malah lebih penting daripada
memakai sarung tangan getah dan memakai topeng muka
(bagi orang awam). Ini kerana tangan adalah organ badan
utama yang boleh menyebabkan jangkitan virus berlaku.
Terdapat banyak kuman (meliputi bakteria, virus, kulat dan
lain-lain) pada tangan kita melalui sentuhan kepada
pelbagai objek dan permukaan, dan kuman dapat hidup
pada permukaan tangan kita dalam jangkamasa yang
pelbagai bergantung kepada pelbagai faktor. Beberapa
kajian juga menunjukkan kita menyentuh muka kita
dengan tangan antara 8 ke 23 kali sejam, kebiasaannya
tanpa disedari. Jadi dengan kerap membasuh tangan
dengan sabun atau sanitasi tangan beralkohol akan dapat
memutuskan rantaian jangkitan virus ke muka kita. Sudah
menjadi budaya kita malah saranan agama untuk sentiasa
membasuh tangan sebelum makan sebagai salah satu
asas amalan kebersihan.

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang ingin
Allah memperbanyak kebaikan di dalam rumahnya,
hendaklah dia mencuci tangan sebelum makan dan
selepas dari selesai makan. [Maksud hadis riwayat Abu
Daud]

Hakikatnya, tabiat menjaga kebersihan ini bukan
hanya perlu diwujudkan ketika kita menghadapi krisis ini.
Namun, inilah masanya untuk kita pertingkatkan dan
mulakan satu tabiat murni dan cuba mengekalkannya
sepanjang hayat.

KEADAAN EKONOMI NEGARA DAN MASYARAKAT MALAYSIA
SEMASA DALAM PKP DAN SELEPASNYA BAGAIMANA?

MEMBUDAYA SIKAP SUKA MENABUNG
87. Penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia

ketika ini bukan hanya mendatangkan kerisauan berkaitan
kesihatan namun cukup memberikan impak besar kepada

89

ekonomi. Berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
menjejaskan perniagaan dan kehidupan individu dalam
masyarakat.

Ujian COVID-19 menuntut semua pihak termasuk individu
untuk melakukan pengubahsuaian dalam cara hidup
termasuklah dalam menguruskan kewangan. Pihak kerajaan
sahaja tidak mampu untuk memberikan sokongan kewangan
sepenuhnya bagi membolehkan keseluruhan rakyat hidup
dengan sempurna sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Perancangan kewangan yang bijak selain berbelanja
mengikut keperluan amat penting dalam menghadapi situasi ini.
Semua pihak sama ada kaya, pertengahan dan miskin perlu
mengubah gaya hidup yang bersederhana dan berbelanja
mengikut keperluan bukan kehendak kerana keperluan adalah
perkara penting untuk kita meneruskan kehidupan. Oleh itu,
amalan menabung dan mengurus ekonomi secara bijak
merupakan jalan keluar terbaik daripada sebarang krisis
kewangan.

Sebagai mukmin sejati, pedoman yang semestinya perlu
kita rujuk adalah menerusi kitab Al-Quran yang sudah pastinya
memberikan jawapan dan jalan keluar daripada sebarang
musibah. Justeru, Allah SWT menceritakan pelbagai kisah
menerusi Al-Quran, sudah pasti ia bukan semata-mata releven
untuk zaman tersebut sahaja, bahkan ia sesuai untuk menjadi
pengajaran sampai bila-bila. Antara kisah penting berkaitan
pengurusan ekonomi yang sangat relevan dengan situasi
semasa dirakamkan dalam surah Yusuf. Firman Allah SWT
melalui surah Yusuf, ayat 43 – 49 boleh dijadikan panduan.

i. FORMULA NABI YUSUF KETIKA NEGARA DIANCAM
KEBULURAN

90


Click to View FlipBook Version