ditegah dan hukumnya adalah dilarang menurut kesepakatan
empat mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Namun
demikian, persepsi sebahagian masyarakat Islam di negara kita
yang merasakan tidak boleh melakukan solat-solat sunat
yang lain seperti tahajjud, hajat, tasbih dan lain-lain sekiranya
telah berwitir, khususnya bersama dengan imam pada bulan
Ramadan perlu diperbetulkan. Ini kerana melakukan solat-solat
sunat tersebut meskipun telah melakukan solat witir sekalipun
bersama imam ketika solat tarawih dibolehkan dalam semua
mazhab empat. Sebagai contoh ada di kalangan ahli jemaah
masjid terkeliru selepas menunaikan 8 rakaat solat tarawih
kemudian ditutup dengan witir, selepas lewat malam ingin
menambah 12 rakaat lagi solat terawih bagi mencukupi
20 rakaat. Boleh atau tidak?. Hukumnya adalah diharuskan,
dan tidak membatalkan solat witir yang telah dilakukan
sebelumnya. Ini kerana mazhab empat sepakat membolehkan
solat-solat sunat lain seperti solat tahajjud, hajat dan tasbih
dilakukan selepas melaksanakan solat witir seperti perincian
berikut:
Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali hukumnya adalah harus
(Mubah) berbuat demikian, kerana Nabi SAW dalam hadis
riwayat A’ishah ra katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya
Nabi SAW pernah menunaikan solat dua rakaat selepas
baginda menunaikan solat witir dalam keadaan duduk”
[Maksud hadis riwayat Muslim]. Menurut Imam Nawawi dalam
al-Majmu’ bahawa hadis di atas menunjukkan kepada
kemungkinan Nabi SAW solat dua rakaat selepas melakukan
witir dan sekaligus menjelaskan kebolehan untuk melakukan
solat sunat meskipun telah melakukan witir. Manakala dalam
mazhab Maliki melakukan solat-solat sunat lain (tahajjud, hajat,
tasbih dan lain-lain) juga hukumnya harus tetapi makruh.
Lafaz niat solat sunat witir dua rakaat :
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana
Allah Taala”.
Pada rakaat pertama, digalakkan membaca surah al-Fatihah
dan surah al-A’laq. Pada rakaat kedua pula, digalakkan
membaca surah Al-Fatihah dan surah al-Kafirun. Boleh juga
membaca apa-apa surah lazim yang dihafal.
141
Lafaz niat solat sunat witir satu rakaat :
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana
Allah Taala”.
Setelah membaca surah al-Fatihah, bacakan surah al-Ikhlas,
al-Falaq, dan surah An-Nas. Boleh juga membaca apa-apa
surah yang dihafal.
MASA UNTUK MEMBACA AL-QURAN
171. Setelah kita bangun menghidupkan amalan di sepertiga
malam dengan solat tahajjud, maka sebaiknya diteruskan
dengan membaca al-Quran. Mungkin ada sebilangan kita
apabila telah selesai menunaikan tahajjud mata tidak dapat tidur
semula, maka digalakkan kepada kita untuk membaca al-Quran.
Kemuliaan dan Izzah al-Quran ini terletak pada bacaannya.
172. Maka disebabkan itu al-Quran ini dituntut untuk dibaca terlebih
dahulu sebelum kita memahaminya. Sesuai dengan ayat
pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada awal
kerasulan baginda. Firman Allah SWT dalam surah Al-‘Alaq
ayat 1-5:
Bacalah: (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
173. Membaca al-Quran ini perlu dipelajari baik yang muda mahupun
yang tua. Sebagai contoh, di antara rukun solat adalah
membaca surah al-Fatihah. Mana mungkin solat boleh menjadi
sah jika terdapat kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah
di dalam solat. Ada huruf yang keluar lidah, ada huruf di hujung
lidah dan sebagainya. Jika kita mengabaikan kepentingan
142
mempelajari al-Quran maka sah atau tidak solat kita mungkin
boleh dipersoalkan.
174. Pelbagai kaedah untuk mempelajari al-Quran pada masa kini
selaras dengan kecanggihan teknologi. Sebagai contoh, untuk
golongan muda atau warga emas yang mungkin tidak mampu
membaca al-Quran dengan baik disebabkan mata sudah rabun,
tidak dapat membaca tulisan yang halus, maka penulis
mencadangkan agar warga emas boleh mempelajari al-Quran
menggunakan al-Quran digital. Ini suatu kaedah yang boleh
diguna pakai dan dimanfaatkan oleh warga emas. Bukan
sahaja warga emas tetapi golongan muda juga. Kita dapat
mengikuti bacaan yang jelas dengan mendengar bacaan
menggunakan al-Quran digital ini. Di sini juga kita dapat
memahami isi al-Quran yang di dalamnya terdapat pelbagai
kisah para Nabi dan Rasul, di sana juga kita dapat mengambil
pengajaran dari hukum-hakam dan peraturan-peraturan yang
boleh membentuk peribadi kita yang dahulu akan menjadi yang
terbaik pada masa hadapan. Di sinilah kita dapat menginsafi
diri dari amal yang minima dengan mempertingkatkannya
ke tahap yang lebih baik. Oleh itu, sebabnya kita dapati mereka
yang baru masuk ke dalam agama Islam dengan meninggalkan
agama asal mereka, bukan hanya membaca al-Quran semata-
mata, akan tetapi mereka berusaha mendalami intipati al-Quran
sehingga mereka menjadi hamba Allah yang taat dan kuat
beribadat. Terkadang perilaku mereka lebih Islam daripada
orang Islam itu sendiri. Tidak seperti kita pada hari ini di mana
kita menghantar anak-anak ke kelas al-Quran tetapi gurunya
tidak mengajarkan intipati maksud al-Quran itu sendiri, hanyalah
sekadar membaca sahaja. Oleh itu kita sekeluargalah yang
bersama-sama membaca al-Quran dan menghayati isi
kandungan al-Quran untuk mendapat pengajaran dan faedah
daripadanya.
BACA DAN FAHAM ISI KANDUNGAN AL-QURAN
175. Setelah kita mempelajari cara bacaan al-Quran dengan
pelbagai kaedah seperti yang dijelaskan tadi, maka peringkat
seterusnya adalah untuk memahami al-Quran. Kita sedia
maklum al-Quran ini diturunkan dalam bahasa Arab
sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah
Yusuf ayat ke 2 :
143
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu
sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu
(menggunakan akal untuk) memahaminya.”
Sungguh pun al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab akan
tetapi al-Quran ini bukanlah diturunkan untuk menyusahkan
kita untuk membaca, memahami serta mengamalkannya.
Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 1 dan 2 :
Maksudnya : “Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu
(Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan”.
Al-Quran adalah sebuah kitab yang penuh keberkatan
untuk kita mengambil pengajaran dengan memikirkan segala
ajaran dan tuntutannya. Firman Allah SWT dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 10:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada
kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara
yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu,
maka mengapa kamu tidak memahami maksudnya (dan
bersyukur akan nikmat yang besar itu)?”
MEMBACA AL-QURAN SEPERTIGA MALAM, SEPARUH
MALAM DAN DUA PERTIGA MALAM
176. Membaca al-Quran pada tiga masa yang di atas pada
waktu malam adalah sangat baik. Selain bertahajjud dan witir
pada waktu malam dan membaca ayat-ayat dari surah-surah
al-Quran ada baiknya selepas solat tahajjud atau mana-mana
masa yang terluang dari masa yang tersebut diisi untuk
membaca al-Quran. Ini kerana waktu siang digunakan untuk
bekerja mencari rezeki.
177. Membaca al-Quran di sepertiga malam atau dua pertiga malam
adalah sangat baik. Sesungguhnya membaca al- Quran adalah
144
lebih utama berbanding dengan amalan yang lain. Berdasarkan
hadis dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Sebaik- baik ibadat umatku adalah
membaca Al-Quran.” [Maksud hadis riwayat al-Baihaqi]
178. Peruntukkanlah masa kita dengan istiqamah satu hari satu
muka surat sekurang-kurangnya kalau boleh, kalau banyak
adalah lebih baik sama ada selepas solat atau mana-mana
masa yang terluang. Dengan demikian kita akan dapat
mengkhatamkan al-Quran dalam masa 2 tahun untuk satu
muka surat yang dibaca. Jika kita dapat meluangkan masa
membaca surat khabar, menonton televisyen, berbual kosong
dengan rakan-rakan di warung kopi, sudah tentu kita dapat
meluangkan masa bersama al-Quran.
179. Ini kerana membaca setiap hurufnya akan diberi ganjaran
pahala oleh Allah SWT dengan sepuluh kali ganjaran. Ganjaran
ini tidak pernah diberikan kepada umat yang terdahulu untuk
membaca kitab-kitab yang lain seperti Taurat, Zabur dan Injil.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka
baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan.
Tidaklah aku katakan yang Alif, Lam dan Mim itu satu huruf.
Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
[Maksud hadis riwayat al-Tirmizi]
180. Inilah kemuliaan al-Quran. Kemuliaan ini diberikan kepada umat
Nabi Muhammad SAW. Maka secara tidak langsungnya orang
yang membaca al-Quran akan dimuliakan oleh Allah SWT.
Apatah lagi jika al-Quran dibaca di dalam solat, sudah tentu
kualiti solat kita akan lebih bernilai di sisi Allah SWT. Hubung
kait membaca al-Quran dengan solat adalah sangat rapat.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut
ayat 45:
145
Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan
apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah
sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.”
181. Al-Quran mengangkat darjat kita di akhirat nanti. Daripada
Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah
dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia.
Sesungguhnya tempat kamu (di Syurga) adalah pada ayat
terakhir yang kamu bacakannya.” [Maksud hadis riwayat Abu
Daud]
182. Al-Quran juga akan membantu memberi syafaat kepada
pembacanya di dunia ketika di akhirat nanti. Hadis daripada
Abu Umamah r.a, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya
ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para
pembacanya”. [Maksud hadis riwayat Abu Daud]
183. Inilah keuntungan kepada pembaca-pembaca al-Quran di dunia.
Suatu keuntungan yang tidak pernah akan rugi. Keuntungan
yang tidak nampak di dunia akan tetapi keuntungan yang
diperlukan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Firman
Allah SWT dalam surah Fathir ayat 29 :
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca
Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan
sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka
secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada
amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan
mengalami kerugian”.
MENGHARGAI MASA AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
184. Oleh itu, menghargai masa amat penting dalam kehidupan
seharian semua manusia, khususnya golongan pekerja dalam
146
semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Setiap pekerja
mempunyai masa kerjanya tersendiri, guru terikat dengan
waktu kehadirannya ke sekolah jam 7.30 pagi, pekerja kilang
dengan tempoh bertugasnya mengikut giliran tertentu dengan
tempohnya tersendiri dan begitulah seterusnya. Seorang yang
bercadang untuk melancong ke luar negara sebagai contoh,
sudah pasti mempunyai jadual perlepasan pesawatnya
tersendiri dan terikat dengan masa perlepasan tersebut.
Seorang pelancong yang bijak akan tiba terlebih awal di
lapangan terbang sebelum pesawat dijadualkan berlepas dalam
tempoh 3 jam dalam negeri dan 4 jam untuk keluar negara.
Ia berbuat demikian kerana memahami konsep penumpang
menunggu kapal terbang bukan kapal terbang menunggu
penumpang. Dalam erti kata mudah kita menunggu kapal
terbang atau kapal terbang menunggu kita? (kalau kita yang
menunggu kapal terbang kita akan tiba dengan selamat ke
destinasi yang ditujui, tetapi kalau kapal terbang yang
menunggu kita sudah pasti kita tidak akan ke mana-mana).
Dengan adanya sikap menghargai masa dan peraturan
seperti ini produktiviti dapat dipertingkatkan dan semua perkara
akan berjalan lancar. Apa yang akan berlaku sekiranya seorang
guru datang lewat ke kelas, sudah pasti murid di dalam
kelas ibarat kambing mengembek begitulah juga dalam
sektor-sektor lain.
185. Kehidupan duniawi ibarat suatu perniagaan yang sedang
diusahakan, di mana laba atau keuntungannya akan kita
peroleh di hari akhirat kelak. Namun, sebahagian pekerja tidak
begitu sensitif terhadap “modal masa”, berbanding modal yang
berupa “wang ringgit” kerana itu pembaziran masa berlaku
sewenang-wenangnya melalui perbualan-perbualan kosong,
masa interaksi di media sosial yang tidak berfaedah dan
pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain untuk “menghabiskan masa”.
Masa sepatutnya bukan “dihabiskan” tetapi digunakan untuk
perkara-perkara bermanfaat kerana masa itu sebenarnya usia
kita dan menghabiskan masa itu bermakna kita membazirkan
usia kita sendiri. Penjawat awam sebagai contoh, jika leka
dengan waktu rehat sambil makan dan minum sehingga terabai
tugas hakiki membawa kepada pengabaian tugas dan mencuri
masa sedangkan ianya merupakan suatu amanah waktu,
bukankah perkara tersebut merupakan suatu perbuatan khianat
dan berdosa. Masa yang diperuntukkan untuk minum atau
147
rehat tempohnya hanya sekadar masa tertentu sahaja tetapi
yang digunakannya berjam-berjam. Dari sudut lain mutu kerja
tidak memuaskan, produktiviti tidak efisyen dan kesannya
perolehan kerajaan terjejas sedangkan manfaatnya untuk
kesejahteraan semua rakyat jelata. Siapa yang patut
dipersalahkan kalau bukan sikap pekerja yang tidak menghargai
masa. Di sektor swasta seperti perkilangan, perkara yang sama
juga berlaku di mana syarikat mensasarkan pengeluaran
dengan angka dan unit tertentu. Apa yang berlaku dengan
duduk berjam-jam, berborak kosong dan melepak
menyebabkan KPI yang disasarkan syarikat tidak terlaksana
dan kuantiti pengeluaran merosot.
186. Dalam melaksanakan suatu urusan harian juga, kerja-kerja yang
boleh dilaksanakan pada hari tersebut tidak sepatutnya ditunda
ke hari lain. Terkadang ramai di kalangan kita sering
bertangguh-tangguh dan tidak melaksanakannya dalam tempoh
yang sepatutnya. Kerja yang sepatutnya dapat diselesaikan
dalam tempoh satu hari menjadi berhari-hari disebabkan sikap
tidak menghargai masa. Namun, sekiranya suatu urusan
tersebut perlu kepada tempoh tertentu untuk disiapkan atau
pembekal memerlukan masa tambahan untuk menghantar
pesanan maka Islam mengajarkan umatnya suatu konsep yang
amat mudah dalam membuat perancangan dan menunaikan
janji. Setiap janji tersebut hendaklah diiringi dengan perkataan
insya-Allah yang bermaksud dengan izin Allah. Ucapan ini
diungkapkan ketika berjanji atau merancang untuk melakukan
sesuatu pada waktu yang akan datang. Seorang pekerja yang
diminta melaksanakan tugasnya dalam tempoh tertentu seperti
dua atau tiga hari tidak sepatutnya memberikan alasan kepada
pihak atasan nanti saya siapkan atau seumpamanya. Ini kerana
ramai di kalangan pekerja khususnya peniaga yang berurusan
dengan pelanggan untuk membekalkan barang tertentu pada
masa akan datang hanya sekadar menyebut “Ok, besok saya
hantar ke rumah”. Cara seperti ini tidak betul dan perlu
diperbaiki untuk menunjukkan kesungguhan bahawa perkara
tersebut boleh atau pasti dilaksanakan. Firman Allah SWT
dalam surah al-Kahfi ayat 23-24:
148
Bermaksud: “Dan janganlah sekali-kali engkau berkata
mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan
lakukan yang demikian itu, besok hari”. Melainkan (hendaklah
disertakan dengan berkata): “Insya Allah” yakni jika dikehendaki
Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau
lupa dan katakanlah mudah-mudahan Tuhanku memimpinku
ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
187. Ayat ini jelas mengingatkan kita mengenai kekuasaan dan
kesempurnaan mutlak hanya milik Allah SWT. Ketika
melafazkan janji, mengikrarkan sumpah atau membuat
perancangan dengan menyebut insya-Allah atau dengan izin
Allah manusia sebenarnya mengakui bahawa dirinya hanyalah
makhluk yang lemah dan segala yang keluar dari mulut itu
akan jadi kenyataan jika diizinkan Allah. Ungkapan ‘insya-Allah’
juga bukan perkara yang boleh dibuat main, sama ada ketika
hendak merancang sesuatu atau pun semasa perancangan
telah dibuat. Ini kerana, janji wajib ditunaikan tepat pada
masanya dan dengan menyebut insya-Allah ibarat satu doa,
dengan mengharapkan reda Allah supaya memberikan
kekuatan dan kejayaan dalam menunaikan janji dan membuat
perancangan. Apabila segala bentuk urusan diserahkan kepada
Allah ianya bermakna bertawakal selepas melakukan segala
usaha yang perlu dan patut. Orang yang mengucapkan
‘insya-Allah’, haruslah dengan penuh sedar, tekad yang ikhlas
dan ada kesungguhan yang padu melaksanakan segala janji.
Jangan jadikan ‘insya-Allah’ sekadar menanam tebu di bibir
tetapi hakikatnya dalam hati sememangnya bertekad untuk tidak
mahu melunaskan janji.
188. Justeru itu, marilah sama-sama kita menginsafi bahawa modal
yang kita miliki dalam perniagaan kita di atas muka bumi ini
ialah masa yang kita miliki. Setiap saat berlalu, maka berlalulah
modal tersebut sama ada ianya telah memberikan keuntungan
kepada kita pada hari Akhirat kelak atau sebaliknya, ianya
terpulanglah bagaimana cara kita menguruskannya. Benarlah
pepatah Arab yang bermaksud; (masa ibarat pedang jika
kamu tidak menggunakannya untuk memotong, ia akan
memotong kamu).
149
189. Hidup ini cukup singkat untuk dibazirkan dengan perkara-
perkara lalai yang tidak mendatangkan faedah. Sewajarnya
setiap mukmin menggunakan anugerah waktu yang dimiliki
dengan membangunkan diri melalui perbuatan yang akan
membawanya menghuni syurga Allah SWT. Ini kerana jika di
dunia ini waktu yang dihabiskan dengan perkara yang sia-sia
sesungguhnya akan mendatangkan penyesalan buat selama-
lamanya. Oleh itu, janganlah menjadi orang-orang yang
berada dalam kerugian kerana kesudahan hidup seseorang
mukmin itu ditentukan oleh bagaimana dia menguruskan
kehidupannya. Masa yang pergi tidak akan kembali lagi, waktu
yang telah ditinggalkan tidak mungkin akan dapat digenggam
semula. Hanya yang mampu kembali adalah amal soleh
yang telah dilakukan di muka ini. Buatlah sebanyak mungkin
kebaikan kepada manusia, beribadat dan taat kepada Allah
kerana inilah saham yang akan menentukan tempat seseorang
mukmin di akhirat kelak.
PERBUATAN MENCURI MASA HUKUMNYA BERDOSA
BESAR
190. Mencari rezeki yang halal dengan bekerja sama ada sendiri
atau dibayar gaji merupakan suatu tuntutan fardhu ain kepada
semua manusia yang beriman kepada Allah SWT. Malah
Islam menganggap ‘kasbu al-halal’ atau bekerja untuk
memperoleh pendapatan yang halal adalah suatu jihad.
Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya bekerja keras untuk
kebaikan di akhirat dan kecemerlangan hidup di dunia. Usaha
setiap manusia untuk mencari nafkah halal bagi menyara diri,
keluarga atau membantu kaum kerabat dan jiran tetangga
pada hakikatnya diletakkan setaraf dengan kedudukan berjihad
di jalan Allah. Dengan bekerja secara jujur dan beramanah
seseorang pencari rezeki telah melaksanakan suatu tuntutan
ibadat yang cukup besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan golongan
sahabatnya dan umat Islam agar bekerja bersungguh-sungguh
bagi mencari rezeki yang halal dan sah. Setiap pekerjaan baik
merupakan ibadah yang bakal mendapat ganjaran dan
keampunan Allah SWT. Daripada Anas ra sabda Nabi SAW
yang bermaksud: “Sesiapa yang bermalam dalam keadaan
penat kerana mencari rezeki yang halal maka dia bermalam
dalam keampunan (Tuhan)”. [Maksud hadis riwayat Ibnu
Asakir). Ini kerana pekerja tersebut menyedari bahawa hakikat
150
tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-
baiknya, maka ia berusaha mengelakkan diri dari sebarang
penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa,
sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.
191. Kita sering membaca di media cetak dan media massa lain
laporan kes-kes pecah amanah, penyalahgunaan wang
organisasi, penindasan pekerja bawahan dan sebagainya yang
dilakukan oleh sebilangan pekerja dalam pelbagai sektor
pekerjaan di negara kita. Malah ada di kalangan para pekerja
yang dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat dari
pekerjaan. Di antara perbuatan curang yang sering mendapat
perhatian umum dan berlaku secara berleluasa dalam alam
pekerjaan ialah mencuri masa ketika bekerja. Perbuatan seperti
ini sinonim dengan perbuatan berikut:
i. Tidur, membuang masa atau keluar minum sesuka hati
dalam waktu kerja.
ii. Meninggalkan tempat kerja waktu pejabat untuk
menjalankan urusan peribadi seperti: pergi bayar bil, ambil
anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya.
iii. Menggunakan waktu pejabat bagi melaksanakan urusan
yang tiada bersangkutan dengan kerja seperti menjalankan
perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih,
promosi Multi Level Marketing dan sebagainya), berbual-
bual kosong, bergayut di telefon berkenaan urusan peribadi.
iv. Menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja
untuk urusan peribadi (melayari internet, download movie
dan muzik, buat blog, layari facebook, Instagram dan
lain-lain lagi).
v. Menggunakan atau menipu semasa waktu kerja overtime
untuk balik ke rumah dan datang semula hanya untuk
punch out atau meminta rakan mengetip kehadiran dan
pulang, bak kata orang datang lewat balik awal.
vi. Mengambil cuti sakit sedangkan pekerja tersebut tidak sakit.
Perkara-perkara yang disebutkan di atas merupakan
amalan-amalan buruk semasa bekerja yang boleh mencacatkan
151
kesempurnaan dan keberkatan bekerja. Menurut kajian
Greenfield dan Davis yang dilakukan pada 2002 melaporkan
bahawa anggaran masa yang dihabiskan berkaitan dengan
mencuri masa oleh golongan responden dalam melayari internet
sahaja ialah antara 2 jam 30 minit sehingga 3 jam seminggu.
192. Sebagai seorang pekerja, amanah yang perlu di pikul antaranya
ialah waktu bekerja. Waktu bekerja yang telah ditetapkan
oleh majikan adalah suatu amanah yang perlu dipertanggung-
jawabkan oleh pekerja. Ini dapat kita lihat bahawa kadang
kala pekerja lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan dalam mengurus masa bekerja yang telah ditetapkan.
Ada juga pekerja yang meninggalkan tugasnya sehingga tugas
terpaksa diambil alih rakan sekerja yang sekaligus terpaksa
melakukan dua tugas serentak. Sikap tersebut mengakibatkan
satu-satu operasi menjadi lemah dan tidak efisyen. Tabiat buruk
seperti ini sepatutnya dijauhi bukan saja bagi memastikan
operasi sesebuah organisasi berjalan lancar bahkan ianya
juga memberikan persepsi buruk kepada organisasi tersebut.
Apabila seseorang itu gagal dalam menjalankan amanah yang
diberikan, maka hilanglah kejujuran dalam dirinya. Hadis dari
Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Hendaknya kamu jujur kerana kejujuran itu akan
membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu akan membawa
ke dalam syurga.” [Maksud hadis riwayat al-Bukhari]
MENGAMBIL HARTA SECARA BATIL
193. Kita sering mendengar perbuatan mencuri seperti mencuri
kasut, telur, hasil tanaman dan seumpamanya. Dalam sejarah
manusia pernah berlaku kes rompakan besar-besaran seperti
“The Great Train Robbery” yang berlaku di England pada
8 Ogos 1963. Dianggarkan sejumlah £2.6 juta berjaya dilarikan
perompak dengan kadar pertukaran mata wang setelah
mengambil kira faktor inflasi bersamaan USD60 juta dengan
nilai semasa. Walaupun kisah tersebut sudah berlaku puluhan
tahun perompak-perompak tersebut sehingga hari ini belum
dapat dikenalpasti malahan wang hasil rompakan tersebut
lesap begitu sahaja. Walaupun keretapi tersebut mempunyai
gerabak khas untuk menyimpan barang-barang berharga
penjenayah mempunyai perancangan lebih teliti dan hanya
mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk memindahkan
wang tersebut ke kenderaan lain.
152
194. Moral dari kisah tersebut bermaksud mencuri dalam erti kata
sebenar mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi
dan diambil daripada tempat yang disimpan secara zahirnya
di tempat selamat. Namun ada sejenis lagi perbuatan mencuri
sama ada sedar ataupun tidak di mana ianya sering berlaku
di mana-mana. Perbuatan tersebut ialah mencuri masa atau
lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ ketika bekerja.
Curi tulang berlaku apabila pekerja mengabaikan tugas dan
tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya
sama sekali kerja dengan pelbagai helah dan cara. Budaya curi
tulang dalam kalangan pekerja adalah isu yang serius dan perlu
ditangani bagi menjamin kestabilan sesebuah institusi.
Sesebuah institusi akan mengalami kerugian, menjatuhkan
integriti dan mencemarkan imej perkhidmatan di institusi
berkenaan jika budaya ini tidak dibendung di peringkat awal.
195. Oleh itu, perbuatan mencuri masa yang dikategorikan sebagai
khianat dengan amanah masa, juga termasuk dalam maksud
mencuri dari sudut makna, seperti mencuri harta batil. Namun
demikian perbuatan mencuri sama ada harta atau khianat
kepada amanah keduanya-duanya termasuk salah satu
daripada dosa-dosa besar. Firman Allah SWT dalam surah
al-Anfal, ayat 27:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
196. Setiap pekerja di dalam sektor kerajaan atau swasta pasti
akan menerima surat tawaran kerja yang tercatat di dalamnya
perintah tetap atau “standing orders” mengenai bidang tugas
yang dipertanggungjawabkan. Sebarang perbuatan dan
tingkahlaku ketika bekerja yang tidak patuh kepada “standing
orders” bermaksud curang ataupun khianat. Termasuklah
di sana perbuatan mencuri tulang yang ianya memberikan
implikasi tersendiri dari sudut hukum dengan gaji yang
diperolehi pada setiap hujung bulan atau awal bulan. Cuba
fikirkan, apakah adil jika kita menerima upah atau gaji, tetapi
kita tidak melaksanakan kerja kita dengan beretika, amanah
dan sebaik-baiknya? Kemudian apakah berkat dan halal
wang gaji yang kita peroleh itu untuk kita gunakan bagi menyara
153
kehidupan isteri dan anak-anak? Patutkah seorang yang
bekerja sambil lewa dengan mencuri masa membawa pulang
gaji penuh setiap bulan? Jawapannya sudah pasti tidak kerana
menurut hukum fiqh dalam bab Ijarah sebarang ganjaran
tertakluk kepada terma yang dipersetujui bersama dalam
kontrak. Gaji hanya patut dibayar secara sempurna sekiranya
terma tersebut tidak dilanggari. Perkara ini ditegaskan dalam
firman Allah SWT dari surah al-Maidah, ayat 1:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Patuhilah setiap
perkara yang kalian akadkan (terma yang termaktub dalam
kontrak)”.
197. Justeru, setiap kontrak seperti jadual masa kerja, skop dan
tanggungjawab kerja ditandatangani antara dua pihak adalah
wajib dipatuhi selagi mengikuti prinsip dan syariat. Implikasi
kontrak dimeterai bukan sahaja terhadap hak sesama manusia,
malah kesannya terkait langsung dengan hak Allah. Seorang
pekerja yang mengambil gaji atau upah dengan cara mencuri
masa ia boleh dikategorikan sebagai harta batil. Ini kerana
hilangnya sifat amanah dan kejujuran seseorang pekerja itu
dalam melaksanakan kewajipannya ketika sedang bekerja.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 29-30 :
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara
kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. Dan sesiapa
berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami
akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang
154
sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun
yang dapat menghalangnya).
PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI MENGAMBIL HARTA
SECARA BATIL
198. Syeikh Rashid Ridha seorang ulama' besar yang lahir
pada 1282 H dalam tafsirnya iaitu tafsir al-Manar yang telah
meluaskan makna ‘batil’ iaitu;
Maksudnya: “Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai
timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan
syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti batil.”
199. Oleh itu, seorang pekerja yang jujur tidak akan mengambil
hak orang lain secara batil. Dalam erti lain, jika tempoh bekerja
seharian digunakan sebagai contoh 1 jam untuk urusan
peribadi, melepak di kedai kopi, keluar tanpa kebenaran dan
seumpamanya yang melanggari terma pekerjaan ganjaran
atau upah untuk tempoh tersebut tidak boleh diambil. Pekerja
tersebut wajib memulangkan semula kepada majikan masing-
masing sama ada di sektor kerajaan atau swasta, kerana
ganjaran tersebut bukan miliknya lagi. Persoalannya berapa
ramai daripada golongan pekerja yang berbuat demikian?.
Perkiraan kasar contoh seperti jadual di bawah:
1. 1 bulan = 26 hari
26 hari x 8 jam sehari = 208 jam
1 jam sehari = 26 jam sebulan
Gaji RM4000 sebulan.
RM4000 × (26/208) = RM500 (dipulangkan)
2. Kalau 2 jam sehari = 52 jam sebulan
RM4000 × (52/208) = RM1,000 (dipulangkan)
3. 3 jam sehari 3x26 = 78
RM4000 x (78/208) = RM1500 (dipulangkan)
200. Atas sebab kecurangan tersebutlah kita sering mendengar
ada golongan pekerja tidak pernah cukup dengan pendapatan
untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Bila dapat
gaji hujung bulan, kadang-kadang rasa tak cukup untuk
perbelanjaan dan untuk disimpan kerana gaji halal dah
bercampur dengan gaji haram kerana curi tulang!. Ada juga
yang mengeluh gajinya banyak tetapi tidak menjamin hidup
155
selesa dan bahagia. Hakikatnya fenomena sebegitu amat
terkait dengan perilaku sendiri dalam melaksanakan amanah
dalam pekerjaan seharian. Memang masih ramai tidak segan
silu melakukan perbuatan curang dalam pekerjaan seharian.
Mungkin kita tidak menyedari kerja dilakukan dengan penuh
dedikasi tanpa unsur penyelewengan akan membawa berkat.
Manakala, perlakuan curang dalam pekerjaan akan membawa
padah. Selain daripada masalah rasuah, mencuri masa di
tempat bekerja atau curi tulang, mungkin ada yang terlepas
pandang. Contohnya pendrive yang begitu kecil saiznya boleh
digunakan oleh seseorang mencuri masa di tempat bekerjanya
dengan membuat dua kerja akaun bagi dua organisasi. Satu
akaun syarikat tempat beliau bekerja dan satu lagi akaun
syarikat lain untuk beliau menambah pendapatan sampingan.
Perkara ini amat licik walaupun di pejabatnya dipasang CCTV
dan menggunakan thumbprint untuk merekod kehadiran.
Perlakuan tersebut sukar dikesan kerana beliau bekerja
kelihatan sangat tekun dan kehadiran juga sangat baik.
Akibatnya, dalam tempoh yang panjang, organisasi kerugian
bukan setakat ratusan juta malah boleh hingga berbilion.
Curang dimaksudkan penulis adalah sikap tidak amanah
mencuri masa atau curi tulang, kerja sambil lewa, menipu
kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak memenuhi
kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai dengan majikan.
Walhal Islam memandang serius aspek amanah dalam
mengotakan setiap apa yang dipersetujui majikan dan pekerja
sebagaimana kontrak yang ditandatangani.
MENCURI MASA BEKERJA SIFAT ORANG MUNAFIK
201. Perkataan mencuri adalah suatu kata kerja yang dipandang
hina. Mencuri dalam Islam adalah suatu perbuatan yang
mendapat dosa dan kemurkaan di sisi Allah SWT. Banyak
kisah-kisah di media massa mengenai kes orang yang mencuri.
Mencuri wang di bank, curi kereta, curi motosikal, curi
kenderaan polis sehingga Allahyarham P.Ramlee juga
membuat filem dalam kisah Ali Baba 40 penyamun, tetapi
tidak ramai di kalangan masyarakat membicarakan mengenai
suatu perbuatan yang berlegar dalam kalangan masyarakat iaitu
“curi masa dalam bekerja”.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik ada
tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji
156
tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianat”. [Maksud
hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jelas dari hadis di atas, bahawa orang yang mengkhianati
amanah adalah di antara sifat-sifat orang munafik. Sedangkan
seksaan terhadap orang munafik di akhirat nanti sangatlah
berat. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 145:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu
ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari
(lapisan-lapisan dalam) neraka, dan kamu tidak sekali-kali akan
mendapati sesiapa pun yang boleh menolong mereka”.
MEMBAWA TUBUH BADAN DARI HASIL BATIL KE KUBUR
202. Ingatlah, suatu hari nanti kita akan menghadapi hari yang
dijanjikan oleh Allah SWT iaitu hari kematian. Hari kematian
yang pasti tanpa diragukan lagi. Kita akan kembali menemui
Allah SWT dengan seorang diri. Firman Allah SWT dalam
surah Maryam ayat 95 :
Maksudnya: “Dan mereka masing-masing akan datang
mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.”
Membawa tubuh badan yang dibaluti dengan tiga lapisan
kain kafan serta diiringi oleh ahli keluarga dan rakan taulan.
Tubuh badan yang berasal dari tanah maka akan dikembalikan
kepada tanah. Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 55 :
Maksudnya: “Dari tanah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya
Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami
akan mengeluarkan kamu sekali lagi.”
Apakah perasaan mereka yang memakan dari hasil batil
ketika dimasukkan ke dalam kubur yang sempit itu? Apakah
mereka lupa tubuh badan hasil dari yang haram adalah neraka
yang paling layak untuk mereka?
157
ANGGOTA BADAN MENJADI SAKSI DI AKHIRAT
203. Seorang pekerja yang telah menerima sesuatu
tanggungjawab yang diberikan oleh majikannya dalam semua
sektor maka ianya merupakan suatu amanah. Sebagai contoh,
waktu rehat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan hanyalah
1 jam sahaja untuk digunakan makan, minum dan solat (bagi
yang beragama Islam) maka perbuatan mengambil masa lebih
daripada itu hukumnya haram dan berdosa besar kerana
berlakunya khianat. Fenomena inilah yang sering kita lihat
berlaku di kalangan para pekerja di mana kebanyakan pekerja
tidak dapat menjalankan amanah waktu kerja ini dengan
sebaiknya. Malah kita dapati juga pekerja sering lambat waktu
ke pejabat dan pulang awal atau kita juga dapati ada sebilangan
kakitangan yang keluar rehat awal dan masuk semula ke
pejabat dengan lambat. Inilah yang disebutkan dengan curi
masa dalam bekerja. Kadang kala pekerja lupa dan tidak
mengakui yang mereka tidak mencuri masa dalam bekerja.
Mungkin pihak majikan tidak mengetahui kecurangan tersebut
ataupun tidak dapat mengawal sepenuhnya pergerakan
pekerja-pekerjanya, akan tetapi Allah SWT Maha Mengetahui
segala-galanya. Firman Allah dalam surah al-An’am, ayat 59.
Maksudnya: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang
mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui
apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai
daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir
biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah
dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam
kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata”.
Ingatlah! Tubuh badan akan menjadi saksi di hadapan
Allah SWT tentang apa yang telah diusahakan. Firman
Allah SWT dalam surah Yasin ayat 65:
158
Maksudnya: “Pada waktu itu, Kami meteraikan mulut mereka
(sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka
memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah
usahakan”.
Dan Allah SWT juga Maha Mengetahui apa yang telah
dilakukan oleh hamba-hambaNya. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Mujadalah ayat 13:
Maksudnya: “Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan
segala amalan yang kamu lakukan”.
HARTA AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT
204. Janganlah kita lupa bahawa setiap anak Adam akan
dipersoalkan oleh Allah SWT tentang umurnya, tubuh badannya,
ilmu dan hartanya. Di dunia mungkin tiada siapa akan
mempersoalkan tentang gaji yang diperolehi setiap bulan,
akan tetapi di akhirat nanti harta yang diperolehi akan
dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Seperti mana yang telah
diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslami, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Kedua kaki seorang hamba tidak
akan beranjak dari tempat hisabnya pada hari kiamat hingga ia
ditanya mengenai empat perkara : tentang umurnya, ke mana
ia habiskan, tentang jasadnya, untuk apakah ia gunakan,
tentang ilmunya, apakah telah ia amalkan, tentang hartanya,
dari mana ia peroleh dan belanjakan”. [Maksud hadis Riwayat
al-Tirmizi]
Bagaimana jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat nanti
mengenai harta kita, jika harta yang diperolehi adalah dari hasil
mencuri masa dalam bekerja?
SEKSAAN NERAKA BAGI ORANG YANG TIDAK AMANAH,
MAKAN HASIL BATIL
205. Sesungguhnya seksaan neraka amatlah mengerikan.
Banyak ayat al-Quran menggambarkan keadaan ahli neraka
mendapat seksaan yang dahsyat. Salah satu seksaannya
159
ialah mereka akan dipakaikan dengan pakaian dari neraka
serta dicurahkan kepala dari air yang menggelegak, maka
hancur perut dan kulit mereka. Firman Allah SWT dalam surah
Al-Hajj ayat 19-20 :
Maksudnya: “Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang
berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang
yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api
neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang
menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada
dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.”
206. Seksaan neraka terdiri dari pelbagai seksaan yang telah
tersedia kepada mereka yang tidak amanah dan mengambil
harta dengan cara batil sama ada memakan atau meminumnya
dan sebagainya. Salah satu seksaan yang pedih yang
disebutkan dalam Al-Quran ialah mereka ini akan dihumban
ke dalam neraka Jahanam. Firman Allah SWT dalam surah
Maryam ayat 86-87:
Maksudnya: “Dan Kami akan menghalau orang-orang yang
bersalah ke neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga. Mereka
tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang
yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang
soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya”.
Ahli neraka akan diberi makan dari pohon Zaqqum. Sejenis
pohon di dalam neraka yang buahnya diberi makan kepada
golongan yang memakan harta secara batil. Di dalam firman
Allah SWT dalam Ad-Dukhan ayat 43 hingga 46 :
160
Maksudnya : “(Ingatlah), Sesungguhnya pokok Zaqqum,
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam
neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair,
mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-
luap panasnya.”
207. Allah SWT menjelaskan lagi dalam surah al-Waqiah ayat 52
hingga 54 :
Maksudnya : “Mereka tetap akan memakan (pada hari itu) dari
sebatang pokok, iaitu pokok Zaqqum, maka kamu akan
memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu.
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang
menggelegak".
208. Allah menjelaskan mengenai seksaan kepada ahli neraka
dengan seksaan memakan pokok Zaqqum dalam surah
As-Saffat ayat 62 hingga ayat 66 :
Maksudnya : “Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang
termaklum itu atau pokok Zaqqum? Sesungguhnya Kami
jadikan pokok Zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang
zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka
yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-
161
syaitan. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya
(sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut
darinya”.
209. Ahli neraka akan merintih kesakitan, dan menjerit di dalam
neraka. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 100 :
Maksudnya: “Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam
neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu
yang menyenangkan”.
210. Oleh yang demikian itu, kita perlu mempersiapkan diri kita
dengan memperbanyakkan amal soleh, mengajak ahli keluarga
mentaati segala perintah Allah SWT, berdakwah kepada
masyarakat untuk mentauhidkan Allah SWT sama ada dengan
berceramah, mewakafkan buku-buku agama sebagai wakaf
ilmu, atau sebagainya. Ini semua adalah sebagai persiapan
diri kita untuk bertemu Allah SWT di akhirat kelak.
MASA HURU HARA HARI KIAMAT
211. Hari kiamat adalah suatu perkara yang wajib kita imani.
Hari kiamat pasti akan berlaku. Keadaan hari kiamat ini
pastinya amat mengerikan. Bayangkan sahaja tsunami yang
berlaku di Acheh sudah menakutkan seluruh dunia. Ribuan
orang yang mati disebabkan gempa bumi itu. Bayangkan
keadaan hari kiamat nanti. Allah SWT berfirman dalam surah
al-Hajj ayat 1 dan 2:
Maksudnya : “Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan
kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara
yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa
162
yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan
anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang
mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya, dan
engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka
sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat,
mengerikan”.
212. Pengarang Tafsir Al-Munir Prof Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam
menafsirkan dua ayat ini menjelaskan bahawa menurut riwayat
dua ayat ini turun pada malam hari ketika kejadian perang
Musthalaq. Lalu Rasulullah SAW membacakan kedua ayat
ini kepada para sahabat sehinggakan tidak pernah ada orang
yang menangis luar biasa selain malam itu. Malahan tidak ada
seorang pun yang tidak menangis atau duduk dengan raut
muka sedih dan termenung. Pada hari kiamat nanti semuanya
akan hancur, tiada satu pun yang akan kekal. Langit yang kukuh
akan hancur serta akan digulung-gulung seperti lembaran
kertas. Bagaimana keadaan manusia ketika ini? Firman
Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 104 :
Maksudnya: “(Ingatlah) Hari Kami menggulung langit seperti
menggulung lembaran surat catitan, sebagaimana Kami
mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi;
sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami, sesungguhnya
Kami tetap melaksanakannya.”
213. Langit yang diciptakan oleh Allah SWT yang asalnya bercantum
maka akhirnya akan hancur apabila terjadinya hari kiamat.
Inilah satu teori yang dinamakan oleh barat iaitu teori Big Bang.
Ahli Astronomi Barat mengatakan bahawa matahari, planet-
planet dan bumi asalnya adalah satu. Allah SWT telah
menjelaskan lebih awal lagi kejadian langit dan bumi ini seperti
yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Anbiya’
ayat 30:
163
Maksudnya: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan
dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu
pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?”
214. Ketika hari kiamat tiada lagi bumi yang menjadi tempat
kediaman yang selesa. Semuanya akan hancur dan menjadi
rata. Firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr ayat 21 :
Maksudnya: “Jangan sekali-kali bersikap demikian!
(sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada
di atasnya dan) diratakan serata-ratanya”.
215. Bumi juga akan dihempas. Firman Allah SWT dalam surah
Al-Haqqah ayat 14 :
Maksudnya: “Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari
tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur.”
ORANG YANG AMANAH AKAN BERSAMA PARA NABI
216. Orang yang mempunyai sifat amanah dan berintegriti
tinggi menjalankan sesuatu kerja dengan penuh amanah
maka ganjaran dan kedudukannya adalah mulia di sisi
Allah SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id r.a, bahawa
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Peniaga yang jujur
dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan
orang yang syahid.” [Maksud hadis riwayat al-Tirmizi]
217. Orang-orang yang telah menjalankan amanah dengan
sebaiknya mereka akan bersama para nabi dan para syuhada'.
Inilah impian bagi setiap orang yang mukmin. Mereka akan
diberi segala kenikmatan di dalam syurga oleh Allah SWT kelak.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahf ayat 31 :
164
Maksudnya: “Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal,
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan
di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai
pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang
bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring
di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan
yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat
yang semolek-moleknya”.
SOLAT MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR
218. Untuk menjadi insan yang benar-benar beriman kepada
Allah SWT maka perkara utama yang perlu dilihat ialah
solatnya. Maka jika solatnya benar, benarlah segala perilaku
dan tindakannya dalam kehidupan. Ini kerana solat yang
sempurna sahaja yang dapat mencegah diri insan itu dari
melakukan perkara yang dilarang termasuk mengkhianati
amanah, mencuri masa bekerja dan lain-lain lagi. Sebagaimana
firmankan Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan
apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah
sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
219. Solat yang sempurna dapat mendidik hati dengan khusyu' dan
mentakzimkan Allah dalam kehidupan sehariannya. Justeru,
Allah SWT telah mewajibkan kepada orang mukmin untuk
sentiasa mendirikan solat sebagai mengingati Allah. Hanya
dengan bersolat kita akan lebih fokus mengingati Allah. Firman
165
Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 :
Maksudnya : “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan
melainkan Aku; Oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati Daku.”
TAUBAT MEMBAWA KEJAYAAN KE SYURGA
220. Di keheningan malam setelah selesai kita membaca
Al-Quran, kita berdoa memohon keampunan Allah SWT di atas
dosa-dosa yang telah kita lakukan. Di saat inilah segala
penyesalan yang benar-benar timbul dalam hati akan
mengharapkan rahmat dari Allah SWT. Dengan bertaubat
maka ianya membawa kita jalan menuju ke syurga. Firman
Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 8 :
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kamu kepada Allah dengan “taubat Nasuha", mudah-mudahan
Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai”.
221. Orang yang bertaubat ialah orang yang mendapat kejayaan
di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31:
Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
222. Maka taubat yang benar-benar datang dari penyesalan di hati
serta memenuhi syarat-syarat taubat seperti yang telah
ditetapkan oleh ulama’ maka kita yakin ianya akan diterima oleh
Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 17 :
166
Maksudnya: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup
oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan
disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat,
maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah
taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.”
223. Allah SWT menjanjikan syurga kepada mereka yang telah
diampunkan segala dosa dan kesalahannya. Maka mereka
akan merasai segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT di
dalam syurga berupa keindahan, kelazatan dan apa sahaja
yang mereka inginkan. Syurga yang menjadi idaman kepada
setiap orang yang beriman. Sebahagian nikmat syurga telah
Allah sebutkan dalam surah Al-Waqiah ayat 28 hingga 37 :
Maksudnya: “Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon
bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang
tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang tetap terbentang,
Dan air yang sentiasa mengalir, serta buah-buahan yang
banyak. Tidak putus-putus dan tidak pula terlarang
mendapatnya. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi
keadaannya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-
isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). Yang tetap
mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya.”
224. Alangkah indahnya jika syurga yang bakal didiami oleh mereka
yang sentiasa bertaubat kepada Allah dapat dimasuki bersama-
sama ahli keluarga kita. Di dunia ini kita mungkin sahaja
167
mempunyai kemampuan untuk menunaikan umrah atau haji
bersama ahli keluarga kita. Indah dan terasa nikmat
kebahagiaannya kerana menunaikan ibadah bersama ahli
keluarga. Maka bayangkan pula jika kita dapat memasuki
syurga satu keluarga. Inilah kemuncak kejayaan hidup
berkeluarga. Di dalam syurga kita dapat bersenang-senang
dengan kenikmatan yang disediakan oleh Allah bersama ibu
dan ayah kita, isteri dan anak-anak serta cucu-cucu kita.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’d ayat 23 :
Maksudnya: “Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan
memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan
amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta
anak-anak mereka, sedang malaikat-malaikat pula akan masuk
kepada mereka dari tiap-tiap pintu”.
225. Justeru, budaya kerja yang berpaksikan nilai agama dan
kefahaman kepada hukum diharapkan dapat menghindari
perbuatan tidak bermoral dalam pekerjaan seperti mencuri
masa dan lain-lain. Keikhlasan bekerja kerana Allah perlu
dipupuk agar ianya menjadi suatu ibadat dan akhirnya menjana
pahala selain keberkatan dalam rezeki yang dianugerahkan
oleh Allah. Curang dalam melaksanakan amanah bererti
mengundang hilangnya keberkatan dan akhirnya manusia
tidak lagi memperoleh kebahagiaan hakiki dan ketenangan
dalam hidup yang dijanjikan Allah SWT kepada orang-orang
beriman. Akibatnya, hidup berada dalam kesulitan, hubungan
suami isteri berantakan, anak bermasalah dan rezeki yang
diperoleh tidak pernah rasa cukup. Sebaliknya rezeki yang
berkat walaupun sedikit tetap cukup dan memenuhi keperluan
hidup yang pelbagai. Menurut ulama, keberkatan sebagai
“as-Sa’adah al-Haqiqiyah” (kebahagiaan hakiki) dan
“az-Ziyadah” (nilai tambah) dalam kehidupan. Ini tentunya dapat
menceriakan diri dan memenuhi keperluan rumahtangga.
Begitulah pentingnya mencari rezeki halal dengan berpegang
teguh kepada segala peraturan, prinsip dan nilai sebagaimana
digariskan Islam. Mudah-mudahan dengan bekerja bersungguh-
sungguh mencari rezeki halal itu kita sentiasa berada dalam
168
kebahagiaan dan ketenangan lantaran dilimpahi rahmat dan
berkat dari Allah sentiasa.
BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN DAN
KEBENARAN CIRI UMAT NABI MUHAMMAD SAW
226. Kebenaran merupakan salah satu daripada empat
rukun yang terkandung di dalam surah al-Asr. Dengan
melaksanakannya dan berdakwah kepada orang ramai untuk
melaksanakannya dapat melepaskan manusia daripada
kerugian di dunia dan di akhirat. Keempat-empat rukun yang
terkandung di dalam surah tersebut adalah; beriman, beramal
soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan
dengan kesabaran.
227. Di antara berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-
pesan dengan kebenaran kedua-duanya mempunyai hubungan
yang cukup erat dan saling memerlukan antara satu sama
lain. Hubungan tersebut sudah pasti berkisarkan kepada
amanah Allah SWT yang dipikulkan kepada manusia
sepertimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan
memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya
(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada
padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan
suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan”.
228. Oleh kerana melaksanakannya merupakan suatu perkara
yang sukar dan bebanannya cukup besar maka penerima
amanah tersebut iaitulah manusia perlu memperkasakan diri
dengan kebenaran yang dikhabarkan kepadanya bagi
memantapkan diri dengan kesabaran semasa berada di jalan
itu. Kebenaran itu tidak akan berjaya ditegakkan tanpa sifat
169
sabar dalam diri, keluarga, institusi, industri, syarikat dan
negara.
229. Kemuncak kepada kebenaran adalah dengan mengajak
manusia sejagat bersatu di bawah kesatuan umat Nabi
Muhammad SAW berpegang dengan agama tauhid iaitu
agama Islam. Islam adalah agama yang disepakati oleh semua
para nabi. Oleh kerana itu kita perlu berada di atas agama itu.
Islam mengajar dan mendidik kita untuk mentauhidkan Allah.
Tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa pun.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 92:
Maksudnya : “Sesungguhnya Agama Islam Inilah Agama kamu,
Agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu akan Daku”.
230. Pengakuan Islam ini sebagai agama yang satu bukan sahaja
pada syariat Nabi Muhammad SAW semata-mata, akan tetapi
adalah agama semua para nabi. Inilah kesatuan agama
yang dibawa oleh para nabi-nabi. Walaupun umat manusia
ketika dahulu berbeza-beza dalam syariat masing-masing
akan tetapi bukanlah dalam aspek aqidah.
PERPECAHAN UMAT
231. Sesungguhnya umat manusia mempunyai sikap yang
berbeza-beza. Ini termasuk dalam urusan agama. Umat
terdahulu juga mempunyai pandangan yang berbeza-beza
terhadap rasul mereka. Ada di kalangan mereka mempercayai
dan ada pula yang mengingkari. Hal ini bukanlah berlaku
di masa umat terdahulu sahaja bahkan sehingga ke hari ini
perpecahan umat terjadi dalam kalangan umat Islam sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya’ ayat 93:
Maksudnya: “(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan
berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah)
mereka semuanya akan kembali kepada Kami (untuk menerima
balasan)”.
170
232. Perpecahan dalam kalangan umat Islam dalam perkara agama
adalah suatu keadaan yang buruk dan tercela. Mereka
menjadikan umat Islam keliru disebabkan masing-masing ingin
meraih keuntungan. Akhirnya mereka semua akan dikembalikan
kepada Allah seperti yang disebutkan dalam ayat di atas.
RASULULLAH SAW BERDAKWAH TANPA MEMINTA
BAYARAN (UPAH), MUSIBAH COVID TUGAS SIAPA?
233. Berbagai pendapat dan pandangan dari ilmuan yang
bercelaru terhadap musibah COVID ini, tanyalah yang arif
dalam bidang ini; tanyalah mereka yang lebih tahu seperti-
mana firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 43, yang
bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang
yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”.
Ada yang kata kita hanya takut kepada Allah kenapa perlu
takut COVID, ia juga makhluk Allah juga. Kita ambil contoh
melawan virus kanser tubuh badan manusia yang sakit, apakah
kita berserah sahaja kepada Allah tanpa berbuat sesuatu untuk
menyembuhkannya. Ada juga yang berfahaman aliran Jabariyah
yang bertentangan dengan Ahli sunnah wal jamaah ikutan kita.
Itulah tugas pendakwah bersama-sama dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia bagi menepis kenyataan-kenyataan yang
mengelirukan terhadap orang ramai. Tugas pendakwah adalah
susah dan rumit.
Semasa tahun 2020 PKP jangkitan covid hanyalah sekadar
ratusan ataupun sekitar dua angka sehari berbanding PKP tahun
2021 telah mencecah 5 ribu ke atas dalam sehari. Bilik-bilik ICU
dan alat bantuan pernafasan (oksigen) difahamkan semakin
berkurangan pada ketika ini, orang ramai jangan mengambil
mudah musibah ini, ada yang mempersoalkan kenapa solat di
masjid sama ada jumaat atau fardu perlu dihadkan? Kenapa
pula ke pasar raya dibolehkan beramai-ramai?. Perlu diingat
solat fardu 5 waktu boleh dibuat pilihan sama ada di masjid atau
di rumah. Tetapi susu anak, barang dapur terputus tidak ada
pilihan, keperluan makanan untuk hidup. Begitu juga dalam
masa PKP, contoh arahan melaksanakan kenduri kahwin hanya
200 orang dengan SOP-nya tetapi kenduri dibuat berlebihan
1000 orang, ada yang buat berzanji dan berkompang dan
sebagainya. Contoh dua perkara yang ditentukan dengan
SOP-nya seperti solat di masjid dan nikah kahwin dibuat ialah
bagi menghindari kadar jangkitan COVID-19 begitu juga
kumpulan dan perhimpunan yang lain, tetapi bagi menghadkan
bilangan orang ramai ke pasar raya fikir-fikirlah.
Tugas berdakwah untuk semua orang yang berilmu
171
Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin berdakwah tanpa
mengambil upah. Firman Allah SWT dalam surah Shaad ayat
86:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak
meminta bayaran (upah) sedikitpun padamu atas dakwahku dan
bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan”.
Dalam mazhab Syafie harus menerima upah dengan
syarat tanpa meminta (demand) dan keikhlasan pemberi.
Mazhab Hanafi hukum menerimanya haram bersandarkan
surah Shaad ayat 86 tadi dan ayat-ayat berikut. Firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 41 yang bermaksud:
“Dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai
harga untuk mendapatkan keuntungan) untuk membeli
kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada
Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa”.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Yasin ayat 21 yang
bermaksud: “Turutlah orang-orang yang tidak meminta
kepada kamu sesuatu balasan (upah), sedang mereka
adalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.
Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Syura ayat 23
yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran
Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah
kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian
kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya
aku tidak disakiti)”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu
perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan
menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan
sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur
kepadaNya)”.
Selain itu, pendakwah-pendakwah hendaklah berani dan
bertanggungjawab untuk berdakwah dalam membanteras
rasuah, menagih dan mengedar dadah, perjudian, pelacuran,
anak luar nikah, perbuatan merempit, belia melepak, skim cepat
kaya, terbabas dalam akidah yang mewujudkan ajaran agama
baru yang sesat dan nyata. Kewajipan berdakwah tidak hanya
di masjid dan surau akan tetapi usaha dakwah mestilah
berterusan dan istiqamah. Berdakwahlah dengan penuh hikmah
dan kebijaksanaan agar hasil dakwah itu akan terkesan di hati
172
insan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 125 :
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk”.
SOLAT JUMAAT MINIMA ORANG DIDIRIKAN JUGA
HARI JUMAAT DALAM SEJARAH
234. Perkataan Jumaat berasal dari bahasa Arab bermaksud
hari berkumpulnya orang ramai. Dalam bahasa Arab disebut
Jum’ah, Jumu’ah dan Jumaat. Sebutan paling tepat ialah
Jumu’ah mengikut sebutan Bani Tamim salah satu suku
besar Qabilah Arab di Semenanjung Tanah Arab. Sebelum
kedatangan Islam hari Jumaat dikenali dengan nama al-‘Urubah
yang membawa maksud jelas dan nampak nyata.
235. Dalam sejarah nama-nama hari tidak disebut seperti mana
yang digunakan pada hari ini. Masyarakat Arab Jahiliyah
meletakkan nama-nama tersendiri untuk setiap nama hari
seperti Awal untuk Ahad, Ahwan untuk Isnin, Jubar untuk
Selasa, Dubar untuk Rabu, Mu’nis untuk Khamis, ‘Urubah untuk
Jumaat dan Shiyar untuk Sabtu.
236. Ka’ab bin Luaiy salah seorang daripada moyang Nabi SAW
merupakan orang yang pertama merubah kepada nama Jumaat.
Perubahan tersebut dilakukan kerana mendapat petunjuk bahawa
masyarakat Arab akan dibangkitkan di kalangan mereka seorang
Nabi. Lantas beliau menghimpunkan masyarakat Quraisy pada
hari tersebut dan mengingatkan mereka agar sentiasa bersyukur
serta menjaga kehormatan Kaabah.
237. Setelah kedatangan Islam hari Jumaat diangkat sebagai salah satu
hari yang istimewa untuk umat Islam dengan adanya ibadat solat
Jumaat dan keistimewaan-keistimewaan yang lain. Semua ini
merupakan anugerah Allah SWT khusus kepada umat Islam
sehingga Jumaat layak digelar sebagai penghulu segala hari.
238. Anugerah ini diberikan oleh Allah SWT sebagai suatu hadiah
173
kepada umat Nabi SAW yang tidak dikurniakan kepada mana-
mana umat terdahulu. Pernah satu ketika Bani Israel meminta
daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan
menumpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa mencadangkan
mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan
memilih Sabtu. Begitu juga orang Nasrani memilih hari Ahad
sebagai untuk melaksanakan ibadat mereka. Oleh itu, umat Islam
mendahului Yahudi dan Nasrani dengan melaksanakan tuntutan
ibadah pada hari Jumaat sebelum tibanya hari Sabtu dan Ahad.
239. Jika diteliti, Ahad dikira sebagai hari pertama sehinggalah Khamis
sebagai hari kelima berdasarkan hitungan hari dalam bahasa Arab.
Jumaat tidak disebut sebagai hari keenam kerana Allah memberi
keistimewaan yang tinggi pada hari itu dengan panggilan Jumaat
dan sewajarnya Jumaat merupakan pembuka pintu untuk segala
hari-hari dan kebaikan. Justeru, umat Islam wajib mensyukuri
nikmat Allah dengan melaksanakan sebanyak-banyak amal
kebajikan pada hari ini khususnya dengan menunaikan solat
Jumaat serta meraikan segala adab-adabnya.
KELEBIHAN HARI JUMAAT
240. Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari ber-
sandarkan kepada hadis-hadis yang begitu banyak menceritakan
kelebihannya. Hari Jumaat juga mempunyai banyak kelebihan,
keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain.
241. Di antara keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:
i. HARI PALING MULIA
Daripada Abu Lubabah bin Abd al-Munzir RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu
kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah,
174
yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung
berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana,
pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu:
Pada hari Jumaat Adam diciptakan oleh Allah dan
diturunkan ke bumi dari syurga pada hari Jumaat dan
wafatnya juga pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat itu
terdapat satu masa, apabila seseorang itu meminta sesuatu
kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagi mana
dia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari Jumaat
akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga tidak ada
Malaikat yang dekat dengan Allah. Langit, bumi, angin,
gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari
Jumaat.” [Maksud hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad]
ii. HARI KEMENANGAN BAGI UMAT ISLAM
Daripada Huzaifah dan Rib’ei bin Hirash RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah menyesatkan orang-orang sebelum
kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan
Nasrani pada hari Ahad. Kemudian Allah mendatangkan
kami dan memberikan petunjuk pada hari Jumaat setelah
itu barulah terciptanya Sabtu dan Ahad. Umat sebelum
kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah
umat yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang
pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum
umat yang lain.”
[Maksud hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah]
Hari Jumaat adalah hari perhimpunan atau perkumpulan
menunjukkan bersoladiriti untuk bersolat Jumaat oleh
orang-orang Islam dan saling berkenalan antara satu
dengan lain. Bagi orang Yahudi adalah pada hari Sabtu
mereka berkumpul untuk hari keagamaan mereka dan bagi
orang Nasrani mereka berkumpul di gereja.
175
iii. HARI PERHIMPUNAN BAGI SOLAT JUMAAT
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang mandi dengan sempurna
seperti mandi junub kemudian hadir solat Jumaat pada
saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban
seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat
pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti
memberi berkorban seekor ibu ayam. Sesiapa hadir solat
pada saat kelima, dia seolah-olah berkorban sebiji telur.
Ketika Imam naik berkhutbah para malaikat hadir sama
mendengar.” [Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
iv. HARI MUSTAJAB BERDOA
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat suatu masa di
mana seorang hamba mukmin yang mendirikan solat
kemudian berdoa kepada Allah SWT dengan sesuatu
kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya”.
[Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
ADAB-ADAB HARI JUMAAT
242. Di antara adab-adab yang seharusnya dilaksanakan umat
Islam secara berterusan pada hari Jumaat, khususnya bagi
golongan lelaki yang menghadiri solat Jumaat seperti berikut:
176
i. Mandi Sunat Hari Jumaat, Memakai Pakaian Yang
Paling Baik Dan Menggunakan Wangi-Wangian.
Daripada Abu Said RA daripada Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Setiap orang Islam wajib (menurut mazhab
Hanafi dan sunat menurut Syafie) mandi pada hari Jumaat,
memakai pakaian yang elok dan menggunakan minyak
wangi jika ada.” [Maksud hadis riwayat Ahmad]
ii. Keluar Awal Ke Masjid Sebelum Masuk Waktu Solat
Jumaat.
Dalilnya seperti hadis yang telah disebutkan sebelumnya
daripada Abu Hurairah RA.
iii. Menunaikan Solat Tahiyyatul Masjid Dua Rakaat Secara
Ringkas.
Daripada Jarir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu datang pada hari
Jumaat ketika imam sedang berkhutbah maka rukuklah
(solatlah) dua rakaat. Lakukanlah dengan ringkas.”
[Maksud hadis riwayat Muslim]
iv. Menjadikan Ibadat Solat Kondusif Untuk Semua.
Daripada Salman al-Farisi RA bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seseorang itu mandi pada hari
Jumaat, bersuci sekadar termampu dan memakai minyak
rambut atau memakai wangi-wangian yang ada di rumah-
nya. Setelah itu dia pergi ke masjid dan tidak memisahkan
dua orang (yang sedang duduk di dalam masjid). Apabila
177
berada di dalam masjid dia mengerjakan solat yang
diwajibkan kepadanya serta diam ketika imam berkhutbah
nescaya diampunkan dosa-dosanya (yang kecil) dari
Jumaat ke Jumaat yang lain.”
[Maksud hadis riwayat al-Bukhari]
v. Makruh Melangkah Jemaah Dan Memisahkan Antara
Dua Orang Yang Sedang Duduk.
Daripada Abdullah bin Busr RA katanya: Rasulullah SAW
sedang berkhutbah datang seorang lelaki melangkah
atas paras bahu jemaah yang lain. Lantas Nabi bersabda
kepada seorang sahabat yang melakukan perbuatan
tersebut yang bermaksud : “Duduklah kerana kau telah
menyakiti jemaah yang duduk.”
[Maksud hadis riwayat Abu Dawud]
vi. Haram Melakukan Urusan Jual Beli Ketika Azan Jumaat
Dikumandangkan.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang
beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi
(ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada
saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” [al-Jumu’ah ayat: 9]
vii. Menumpukan Perhatian Kepada Khatib Ketika
Berkhutbah.
Daripada Nafi’ katanya yang bermaksud : “Abdullah bin
Umar RA menggerak-gerakkan tasbihnya pada hari Jumaat
sebelum daripada Imam naik ke atas mimbar. Sebaik
sahaja imam naik ke atas mimbar belum pun sempat ia
duduk Ibnu Umar sudah siap menghadapkan wajahnya
kepada imam.” [Maksud hadis riwayat al-Baihaqi]
viii. Membaca Surah Al-Kahfi.
Daripada Abu Said RA daripada Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada
hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya
di antara dua Jumaat.” [Maksud hadis riwayat al-Baihaqi]
178
ix. Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad
SAW.
Daripada Anas bin Malik RA sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Perbanyakkan selawat ke atasku pada
hari Jumaat dan pada malam Jumaat. Sesiapa yang
melakukannya aku menjadi saksi dan pemberi syafaat
kepadanya pada hari Kiamat kelak.”
[Maksud hadis riwayat al-Baihaqi]
x. Memperbanyakkan Doa Kepada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat
satu masa apabila seorang hamba Muslim berdoa kepada
Allah akan kebaikan bertepatan dengan masa itu maka
Allah akan memperkenankan apa yang diminta.”
[Maksud hadis riwayat Ahmad]
SEJARAH PENSYARIATAN SOLAT JUMAAT
243. Kefarduan melaksanakan solat Jumaat telah diwajibkan di
Mekah sebelum daripada berlakunya hijrah Nabi SAW. Namun
tidak dapat dilaksanakan kerana umat Islam masih lemah dan
tidak mempunyai kemampuan untuk berkumpul serta mendirikan
solat tersebut. Menurut Ibnu Hajar pula kefarduan solat Jumaat
difardukan di Madinah bersesuaian dengan ayat 9 dalam surah
al-Jumu’ah yang berada dalam kategori Madaniyyah.
244. Oleh kerana kefarduan tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT
terlebih awal sebelum daripada ketibaan Nabi SAW ke
Madinah, perlaksanaannya telah dilakukan di sana. Sahabat
Nabi SAW bernama As’ad bin Zurarah RA mengambil inisiatif
mengumpulkan para sahabat di perkampungan Bani Bayadah
untuk mendirikan solat Jumaat. Beliau berbuat demikian setelah
diperintahkan oleh Mus’ab bin ‘Umair RA yang diutuskan khas
untuk menyampaikan Islam kepada golongan Ansar. Hasil
daripada inisiatif beliau terkumpulnya para sahabat seramai
40 orang dan mereka menyempurnakan solat tersebut.
179
Masjid Jum’at di Madinah.
245. Bilangan jemaah yang hadir daripada inisiatif As’ad bin
Zurarah RA dalam pelbagai riwayat menunjukkan berlakunya
perbezaan angka yang ketara. Dalam satu riwayat daripada
al-Zuhri katanya: Sesungguhnya Mus’ab bin ‘Umair RA ketika
diutuskan Nabi SAW ke Madinah beliau menghimpunkan para
sahabat menunaikan solat Jumaat dan bilangan mereka semua
12 orang sahabat salah seorang daripada mereka As’ad bin
Zurarah RA sendiri. [Maksud hadis riwayat al-Baihaqi] Dalam
satu riwayat lain menyebut angkanya 17 orang.
246. Setelah berlalu beberapa lama baginda Nabi SAW tiba di Quba’
dalam perjalanan ke Madinah. Dalam peristiwa tersebut
Rasulullah berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf dan menetap di situ
selama beberapa hari bermula Isnin hingga hari Khamis. Pada
hari Jumaat berikutnya Baginda meneruskan perjalanan ke
Madinah dan masuknya waktu zohor ketika Baginda telah sampai
di perkampungan Bani Salim bin Auf. Penduduk perkampungan
tersebut sememangnya telah menyediakan suatu tempat solat
(musalla) di kawasan lembah untuk mereka mendirikan solat
berjemaah. Maka Nabi SAW menunaikan solat Jumaat bersama-
sama mereka di situ. Menurut satu riwayat bilangan golongan
lelaki yang bersama-sama dengan Nabi SAW ketika baginda
menunaikan solat jumaat di perkampungan Bani Salim bin ‘Auf
seramai 100 orang.
247. Untuk rekod tempat tersebut pada hari ini merupakan sebuah
masjid besar yang dikenali dengan nama Masjid Jumaat sekitar
2.5 kilometer dari Masjid Nabi SAW.
180
181
248. Setelah sampai di Madinah dengan selamat baginda Nabi SAW
membina bersama-sama dengan para sahabat sebuah masjid
di perkampungan Bani Malik bin al-Najjar kemudiannya dikenali
dengan Masjid Nabawi. Pada asalnya Madinah hanyalah
sebuah mukim kecil yang merangkumi beberapa kampung.
Dengan adanya masjid ini, ianya menghimpunkan keseluruhan
penduduk untuk menunaikan solat Jemaah dan Jumaat secara
kolektif.
249. Sepanjang berada di Madinah selama 10 tahun baginda
Nabi SAW melaksanakan solat Jumaat di masjid baginda.
Ada direkodkan di dalam hadis daripada Ibnu Abbas RA
bahawa Nabi SAW pernah menunaikan Jumaat di luar
kota Madinah. Ianya berlaku di sebuah tempat bernama
Jawasa perkampungan Qabilah Bani Qais terletak di jajahan
al-Ihsa timur negara Saudi.
250. Tidak dapat dipastikan secara jelas bilangan sahabat yang
hadir bersama-sama dengan Nabi SAW sama ada bermula
40 orang, kurang atau lebih. Dalam satu riwayat daripada
Jabir r.a menceritakan bagaimana ketika Rasulullah SAW
sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba datang rombongan
dagang dari luar ke Madinah yang menyebabkan ramai sahabat
meninggalkan Nabi SAW yang sedang berkhutbah. Kata
Jabir r.a: “Lalu mereka (jemaah solat) berpaling (untuk pergi)
ke rombongan dagang tersebut sehinggakan yang tinggal
bersama dengan Rasulullah hanyalah 12 orang sahaja.
[Maksud hadis riwayat al-Bukhari]
251. Riwayat ini tidak menjelaskan bilangan sahabat yang
meninggalkan Nabi SAW dalam bentuk angka, hanya sekadar
menyebut yang masih berbaki. Oleh itu, tidak dapat dipastikan
berapakah sebenarnya angka para sahabat yang mendirikan
solat Jumaat bersama-sama dengan Nabi SAW secara tepat.
Atas dasar itu, berlakunya perbezaan ketara di kalangan ulama
dalam menentukan kadar minima.
252. Ulama mazhab Syafie seperti Imam al-Suyuti mengemukakan
14 pendapat berkaitan bilangan minima jemaah dan Mahmod
al-Alusi pula dalam Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-Azim
mengemukakan 13 pendapat. Berikut dikemukakan pendapat
mengikut susunan bilangan dari kecil ke besar menurut
Mahmod al-Alusi:
182
Pertama : 2 orang termasuk imam menurut al-Nakhaei,
Kedua al-Hasan bin Salih dan Daud al-Zahiri.
Ketiga : 3 orang termasuk imam menurut Abu Yusuf,
Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, al-
Keempat Awza’i dan Imam Syafie dengan direkodkan
Kelima oleh al-Rafie dari pandangan lama Imam
Keenam Syafie (Qaul Qadim).
Ketujuh : 4 orang termasuk imam menurut Imam Abu
Kelapan Hanifah, Muhammad bin al-Hasan al-
Kesembilan Syaibani dalam rekod al-Majmu’ Syarah
Kesepuluh al-Muhazzab, al-Thawri, al-Laythi, Abi Thawr,
al-Awzaei dengan direkodkan oleh Ibnu
al-Munzir dan pendapat Imam Syafie dalam
qaul qadim dengan direkodkan oleh
pengarang al-Talkhis.
Menurut Imam al-Suyuti: “Pendapat ini
diperakukan oleh al-Muzani dengan direkod-
kan oleh al-Azra’i dan aku memilih pendapat
ini”.
: 7 orang dalam riwayat ‘Ikrimah.
: 9 orang dalam riwayat Rabi’ah bin Abi Abdul
Rahman guru Imam Malik.
: 12 orang termasuk imam dalam riwayat
Rabi’ah Abi Abdul Rahman, al-Zuhri, al-
Awza’i dan Muhammad bin al-Hasan al-
Syaibani dengan direkodkan oleh al-
Mawardi.
: 13 orang termasuk imam menurut Ishaq bin
Rahuyah. Pendapat yang terpencil seorang
sahaja (gharib).
: 20 orang dalam riwayat Ibnu Habib dari
Imam Malik.
: 30 orang menurut satu riwayat Imam Malik.
: 40 orang termasuk imam menurut Ubaidullah
bin Abdullah bin Utbah dan Imam Syafie
183
dalam pendapat baru (qawl jadid) dan
merupakan pendapat Imam Ahmad bin
Hanbal yang masyhur serta salah satu
pendapat dari Umar bin Abdul Aziz.
Kesebelas : 50 orang dalam satu riwayat daripada Umar
bin Abdul Aziz.
Kedua belas : 80 orang menurut al-Mazari dari kalangan
ulama Maliki.
Ketiga belas : Tanpa had tertentu menurut mazhab Maliki
dalam pendapat yang masyhur.
Keempat belas : Tambahan daripada al-Suyuti 41 orang
termasuk imam dalam salah satu riwayat
daripada Imam Syafie.
HIKMAT PENSYARIATAN SOLAT JUMAAT
253. Antara hikmah terpenting solat Jumaat disyariatkan ialah
umat Islam dapat bertemu bagi peringkat qaryah di masjid
masing-masing setiap minggu. Pertemuan tersebut akan
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka yang
pada hari-hari lain mereka sibuk dengan tugas seharian.
254. Pertemuan mingguan tersebut juga dapat merapatkan jurang
di kalangan golongan kaya dan miskin, berpangkat dan orang
biasa, kuat dan lemah untuk mereka sama-sama mengagung-
kan Allah SWT serta menghayati kemuliaan di sisiNya hanyalah
milik orang yang bertakwa.
255. Dalam pada masa yang sama juga para jemaah bersama-sama
mendengar dan menerima nasihat daripada khatib secara
berkala. Tidak semua orang berkesempatan mendengar nasihat
dan menimba ilmu pengetahuan disebabkan kesibukan kerja
dan alasan-alasan lain. Paling tidak sedikit ilmu yang mereka
dapat, berguna untuk memperbaiki amal ibadat.
256. Paling utama, solat Jumaat merupakan syiar Islam berskala
besar yang dapat memberikan mesej kepada orang bukan Islam
betapa kuatnya kesatuan dan persaudaraan di kalangan
penganutnya.
184
HUKUM SOLAT JUMAAT
257. Solat Jumaat hukumnya fardhu ‘Ain berpandukan kepada
ayat al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama. Tuntutan tersebut
tertakluk kepada individu muslim yang memenuhi syarat-syarat
tertentu (mukallaf).
258. Orang Islam yang mengingkari hukum kewajipannya menurut
semua mazhab empat adalah kafir terkeluar daripada agama
Islam kerana bertentangan dengan firman Allah SWT. Hal
ini kerana kefarduan mendirikan solat Jumaat ditegaskan dalam
al-Quran secara jelas, sebarang penafian kepada perintah
Allah di dalam al-Quran sama seperti menolak al-Quran
keseluruhannya.
259. Hal ini bertentangan dengan pegangan Syiah yang menolak
kewajipan solat Jumaat. Pada mereka solat Jumaat hanyalah
wajib dilaksanakan apabila Imam Mahdi dibangkitkan suatu hari
nanti. Pegangan seperti inilah yang dilaksanakan di negara Iran
yang beraliran Syiah Imamiah berbeza dengan aliran Zaidiah
yang mewajibkan solat Jumaat.
260. Penulis melalui pengalaman peribadi sekitar awal 90an, pernah
berkunjung ke bandar Isfahan di Iran bersama-sama Datuk
Bandar Kuala Lumpur dan rombongan seramai 15 orang.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) waktu itu memilih
penulis selaku ketua rombongan yang menguruskan kunjungan
mereka ke sana. Apa yang berlaku semasa di Isfahan kebetulan
pada hari Jumaat, kami turut serta bersolat Jumaat di saf
pertama di belakang imam. Selesai sahaja solat Jumaat
2 rakaat imam meneruskan sembahyang Asar 4 rakaat yang
dilakukan dalam waktu Zohor. Perkara ini menyebabkan kami
semua keliru sehingga ada ahli rombongan di sebelah saya
bertanya: Solat apakah ini?, saya hanya berdiam diri sahaja
pada waktu itu bagi menghormati tuan rumah. Saya teringat
bahawa orang Syiah Imamiah 12 atau pun Ja’fariah menunaikan
solat Asar dijamakkan selepas solat Jumaat. Pada mereka juga
apabila selesai melaksanakan solat Zohor bererti waktu Zohor
sudah tamat dan masuknya waktu Asar. Atas sebab itu mereka
melaksanakan solat Asar selepas solat Zohor dilaksanakan.
261. Sekembali kami ke hotel penginapan, saya memberikan taklimat
kepada ahli rombongan dan meminta mereka menunaikan solat
Asar secara Jamak dan Qasar semula. Penganut syiah hanya
185
menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid utama dalam
wilayah-wilayah Iran seperti Isfahan, Qum dan lain-lain sebagai
lambang solidariti Islam (mungkin wilayah-wilayah ini bermakna
negeri-negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan
sebagainya). Di Tehran solat Jumaat hanya dilaksanakan di
Masjid Universiti Tehran. Ianya tidak dilakukan di daerah-daerah
dan kampung-kampung. Di tempat kita surau-surau dijadikan
tempat solat Jumaat untuk kemudahan orang ramai.
262. Menurut fahaman aliran Syiah Imamiah solat Jumaat hukumnya
wajib secara pilihan, dalam erti kata harus bagi penganutnya
menunaikan sembahyang Jumaat atau Zohor secara pilihan.
Hukum ini hanya berubah menjadi wajib secara fardhu ain
dengan tiada pilihan lain, apabila datangnya (muncul) Imam
Mahdi yang merupakan Imam ke 12 di kalangan mereka.
263. Pengalaman kami ini jelas menyaksikan mereka yang
berfahaman Syiah ini yang tidak menunaikan sembahyang
Jumaat amat menyeleweng akidah dan ibadatnya serta
bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah anutan
Imam 4 iaitu Imam Hanafi, Hanbali, Maliki dan Syafie. Juga
kewajipan menunaikan solat Jumaat jelas seperti mana yang
diwajibkan di dalam Islam seperti firman Allah SWT di dalam
al-Quran yang bermaksud seperti berikut: “Hai orang-orang
yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat,
maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah SWT dan
tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu
jika kamu mengetahui”. [al-Jumu’ah 62:9]
264. Kewajipan mengerjakan sembahyang Jumaat ini juga, terdapat
di dalam hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang
bermaksud: “Solat Jumaat itu satu kewajipan yang mesti
dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali
empat jenis manusia iaitu hamba sahaya yang dimiliki,
perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. [Maksud hadis
riwayat Abu Dawud dan al-Hakim]
265. Di sini jelas dari pengalaman saya dan ahli rombongan dari
lawatan ini, kami menyimpulkan dari segi akidah dan ibadah
fahaman Syiah ini jauh tersasar dari apa yang termaktub di
dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW serta pegangan Ahli
Sunnah Waljamaah. Perkara berlainan aqidah dan ibadah ini
serupa seperti mana pernah terjadi di Malaysia dengan
186
kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan.
266. Isu fahaman Syiah di negara kita ini juga telah diperdebatkan
dan diperhalusi dengan mendalam oleh Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan yang bersidang pada 2 dan 3 Mei 1996 telah
membuat keputusan bahawa menganuti fahaman dan
ajaran Syiah adalah haram di negara ini dan memperakui
ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Waljamaah
adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-
undang Islam. Oleh yang demikian, anutan dan penyebaran
apa-apa ajaran lain daripada Ahli Sunnah Waljamaah adalah
haram dan dilarang.
267. Justeru, tidak mewajibkan Jumaat menurut fahaman Syiah
amat menyeleweng dari sudut aqidah dan ibadah serta
bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah anutan
imam 4 mazhab Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali. Ini kerana
kewajipan menunaikan solat Jumaat jelas diperintahkan
oleh Allah di dalam al-Quran, menafikan perintah al-Quran
membawa kepada kekufuran terkeluar daripada agama Islam
dan pelakunya dihukumkan kafir.
268. Solat Jumaat juga, tertegak secara berasingan bukan sekadar
menggantikan solat Zohor walaupun dilaksanakan pada
waktunya. Tuntutannya lebih kuat daripada solat Zohor itu
sendiri dan melaksanakannya lebih afdhal daripada semua
kategori solat dalam Islam sama ada fardu atau sunat. Atas
dasar itu, keistimewaan hari Jumaat banyak sekali seperti mana
yang telah dijelaskan terdahulu.
269. Dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a dan Ibnu Umar r.a
menceritakan larangan keras baginda Nabi SAW bagi mereka
yang mengambil ringan dalam pelaksanaannya.
Maksudnya: “Hendaklah sesuatu kaum itu berhenti daripada
meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutup hati-hati
mereka, akibatnya mereka akan menjadi orang yang lalai.”
[Maksud hadis riwayat Muslim dan lain-lain]
187
HUKUM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, BISMILLAH DAN
QUNUT DALAM SOLAT MENURUT MAZHAB EMPAT
270. Membaca al-Fatihah dalam solat merupakan perkara
pokok dalam solat sama ada fardu ataupun sunat. Semua
mazhab kecuali Hanafi meletakkan bacaan Fatihah sebagai
rukun qauli yang wajib dibaca dan jika tidak dilaksanakan solat
tersebut tidak sah dan wajib diulangi semula jika waktu masih
ada atau mengqada’kannya semula jika waktu telah tamat.
Membaca Fatihah dan hukumnya menurut mazhab 4
mengambil kira kedudukan orang yang menunaikan solat
seperti kupasan berikut:
i. BAGI IMAM DAN ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT
SECARA BERSENDIRIAN (MUNFARID)
Membaca surah al-Fatihah dalam semua rakaat
merupakan wajib dalam setiap rakaat mazhab Syafie,
Hanbali dan Maliki dalam pendapat yang masyhur kerana
ianya rukun dalam solat. Manakala menurut mazhab Hanafi
membaca Fatihah hukumnya wajib dan bukan fardhu
untuk 2 rakaat pertama sahaja, manakala 2 rakaat yang
berbaki hukumnya harus dengan diberi pilihan sama ada
membaca Fatihah, tasbih atau berdiam diri sahaja. Namun
yang afdhalnya adalah dengan membaca Fatihah.
ii. BAGI MAKMUM YANG MENGIKUTI IMAM
Membaca surah al-Fatihah menurut mazhab Syafie
hukumnya wajib pada setiap rakaat sama ada solat Jahar
(Maghrib, Isya’ dan Subuh) atau Sir (Zohor dan Asar).
Menurut mazhab Maliki dan Hanbali sunat membaca
Fatihah dalam solat Sir dan makruh dalam solat Jahar
dalam setiap rakaat. Dalam mazhab Hanafi hukum
membaca Fatihah oleh makmum hukumnya makruh tahrim
(berdosa) kerana imam telah menanggung bacaan mereka
dalam setiap rakaat tersebut.
271. Apabila membicarakan bacaan al-Fatihah tidak dapat tidak
dengan membicarakan bersama bacaan Bismillah sama
ada wajib atau tidak dan adakah termasuk dalam satu
ayat daripada surah al-Fatihah. Berikut dikemukakan
hukumnya menurut mazhab empat.
i. Mazhab Hanafi
Bismillah bukanlah satu ayat daripada surah al-Fatihah,
188
begitu juga pada semua surah-surah yang yang lain kecuali
dalam surah al-Naml ayat 30. Justeru, membaca bismillah
secara perlahan hukumnya adalah sunat sebelum
membaca surah Fatihah bagi imam dan sesiapa yang
mendirikan solat secara bersendirian (munfarid) hukumnya
adalah sunat juga. Adapun makmum yang mengikut imam
makruh tahrim (berdosa) membaca Bismillah dan hanya
berdiam diri dalam semua rakaat.
ii. Mazhab Maliki
Bismillah bukanlah satu ayat daripada surah al-Fatihah.
Justeru, seorang imam, makmum dan yang menunaikan
solat bersendirian (munfarid) tidak perlu membaca Bismillah
sama ada bersama Fatihah atau bersama surah-surah yang
lain. Kalau dibaca juga hukumnya makruh.
iii. Mazhab Syafie
Bismillah merupakan satu ayat daripada surah
al-Fatihah. Justeru, seorang imam, makmum dan yang
menunaikan solat bersendirian (munfarid) wajib membaca
Bismillah termasuk bersama dengan surah-surah yang lain.
Bismillah juga perlu dinyaringkan bacaannya dalam solat
kategori Jahar (Magrib, Isya’ dan Subuh).
iv. Mazhab Hanbali
Bismillah merupakan satu ayat daripada surah
al-Fatihah. Justeru seorang imam, makmum dan yang
menunaikan solat bersendirian (munfarid) wajib membaca
Bismillah, akan tetapi perlu diperlahankan bacaannya
ketika solat Jahar (Maghrib, Isya’ dan Subuh).
BACAAN QUNUT DALAM 4 MAZHAB
272. Penulis juga terpanggil untuk mengemukakan bersama
di sini perbahasan Qunut dalam solat subuh. Justifikasinya
kerana sebahagian dari kalangan pengikut mazhab Syafie
sendiri tidak memahami kedudukan qunut dan hukumnya serta
pengamalannya dalam mazhab-mazhab selain Syafie.
273. Qunut dari sudut bahasa bermaksud diam dari berbicara,
manakala dari sudut istilah membawa maksud berdiri dalam
jangka masa agak panjang. Dalam sebuah hadis Nabi SAW
pernah ditanya bagaimanakah caranya solat yang paling
afdhal? Jawab baginda yang bermaksud: “Panjangnya qunut”.
189
[Maksud hadis riwayat al-Bukhari] Menurut Imam Nawawi yang
Nabi maksudkan dengan panjangnya qunut itu ialah berdiri
dalam jangka masa agak panjang. Oleh itu, pertalian di antara
maksud qunut dari sudut bahasa dengan istilah ialah apabila
qunut dibacakan oleh orang yang menunaikan solat ketika
berdiri betul (qiyam) akan menambahkan rasa khusyuk dan
kehambaan kepada Allah SWT. Atas dasar itulah, qunut
dilakukan ketika berdiri betul.
274. Qunut pada asasnya diperakukan oleh semua mazhab 4 namun
mereka berbeza pandangan dari sudut hukum dan posisi qunut
dilaksanakan. Perbezaan pendapat tersebut sudah pasti
mengambil kira kepada dalil dan kaedah pendalilan yang
digunapakai pada setiap mazhab. Berikut dikemukakan hukum
qunut dan posisinya menurut mazhab 4:
i. Mazhab Hanafi
Qunut adalah wajib dan bukan fardu dilakukan
sebelum rukuk pada rakaat kedua ketika solat witir sahaja.
Ini bererti qunut tidak dibacakan sama sekali ketika solat
subuh. Meninggalkan qunut dengan sengaja membawa
kepada berdosa kerana ada dalilnya tersendiri.
ii. Mazhab Maliki
Qunut hukumnya sunat dan dilakukan ketika solat
subuh dan witir sebelum daripada rukuk pada rakaat yang
kedua dengan dibaca secara perlahan (Sir). Jika tidak
membaca qunut sama ada dengan sengaja ataupun
sebaliknya tidak perlu diganti dengan sujud sahwi.
iii. Mazhab Syafie
Qunut hukumnya sunat muakkad dan dilakukan ketika
solat subuh dan witir selepas daripada rukuk dan selesai
menyebut pada rakaat kedua dalam
mazhab Syafie. Namun kupasan sunat tersebut diperhalusi
secara terperinci dalam mazhab Syafie. Menurut mazhab
Syafie qunut berada dalam kategori Sunat Ab’adh yang
perlu diganti dengan sujud sahwi jika ditinggalkan secara
tidak sengaja. Perkataan Ab’adh membawa maksud
sebahagian dalam erti kata hanya sebahagian sahaja
daripada perkara-perkara sunat ketika solat perlu digantikan
dengan sujud sahwi. Bahkan ulama Syafie seperti Imam
Nawawi dalam al-Majmu’ mentarjihkan orang yang
190