Maksudnya: Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata:
“Sesungguhnya aku bermimpi melihat: tujuh ekor lembu
yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus,
dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan
tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum
(yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini,
jika kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”. Mereka
menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang
bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang
mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu”. Dan
(pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara
mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan
pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut:
“Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh
itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang
mengetahui tafsirannya) “. (Setelah ia berjumpa dengan
Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar
(pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang
bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan
oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-
bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering;
(tafsirkanlah) supaya aku boleh sampaikan kepada orang-
orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat
mengetahui tafsirannya”. Yusuf menjawab: “Hendaklah
kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-
turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia
pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang
kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas
91
tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan
menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya;
kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan
benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun
yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan
padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)”.
Kisahnya bermula apabila Mesir berada dalam
kegawatan ekonomi menyebabkan raja bermimpi buruk
(adghasu ahlam) tentang tujuh ekor lembu dimakan oleh
tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh tangkai biji-bijian yang
hijau dan tujuh lagi yang kering. Ketika situasi buntu inilah
Nabi Yusuf ditampilkan untuk mentafsirkan mimpi raja
tersebut ketika baginda sedang meringkuk dalam penjara,
bukan kerana salah, tetapi kerana fitnah. Nabi Yusuf as
mentafsirkan kepada raja tanpa syarat dan tidak pernah
sama sekali mengambil kesempatan untuk membebaskan
dirinya daripada penjara. Setelah itu, Baginda diangkat
menjadi Menteri Ekonomi yang merancang dan mentadbir
urusan kewangan Mesir.
Hasil tafsiran dan nasihat Nabi Yusuf as, Mesir telah
berjaya mendepani cabaran kemarau teruk untuk tempoh
tujuh tahun. Beberapa formula telah disusun oleh Nabi
Yusuf as agar Mesir mampu bertahan ketika musim
kemarau tersebut. Formula kejayaan itu, boleh digariskan
dalam 3 perkara: Keyakinan kepada Allah sebagai
Tuhan dan bertakwa kepadanya, simpan dahulu
berbelanja kemudian dan utamakan yang utama.
Formula pertama: Dalam menyelesaikan dan
berhadapan dengan krisis kemarau Mesir pada ketika itu,
ianya bermula dengan bertunjangkan aqidah melalui
fasa yakin bahawa Allah SWT itu ada dan perlunya
kembali kepada jalan yang benar serta bertakwa
kepadanya. Oleh itu, jika kita menghadapi krisis ekonomi,
kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu ada dan
hendaklah ditangani oleh mereka yang cukup berwibawa
dalam erti kata memiliki keutuhan moral, kompetensi dan
pengetahuan yang meyakinkan. Peranan moral dalam krisis
ekonomi tidak harus diremehkan, kerana ia sekaligus
adalah juga krisis kepercayaan. Tidak akan berlaku
pemulihan ekonomi tanpa pemulihan kepercayaan dengan
92
menampilkan orang-orang yang bersih dari sebarang
kecacatan moral dan rasuah, kronisme, nepotisme dan
sebagainya. Ianya sesuai dengan firman Allah dalam
surah al-Qasas, ayat 26:
ii. CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang
diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi beramanah”.
Formula kedua: Nabi Yusuf as dalam menyelesaikan
isu kemarau yang melanda Mesir pada ketika itu
mencadangkan plan kontigensi yang perlu dilaksanakan
segera. Penyelesaiannya dengan bercucuk tanam
selama tujuh tahun berturut-turut dalam skala besar dan
bersungguh-sungguh. Baginda menggariskan tiga langkah
penting yang perlu dipatuhi seluruh rakyat Mesir.
• Pertama, kesungguhan bercucuk tanam untuk tempoh
tujuh tahun pertama sahaja sebagai plan persiapan
menghadapi musim kemarau.
• Kedua, Nabi Yusuf as mengingatkan rakyat Mesir
dengan kaedah ancaman, iaitu sekiranya mereka tidak
bersungguh-sungguh, maka tujuh tahun berikutnya
seluruh rakyat Mesir akan menderita, kerana segala
apa yang disimpan kemungkinan akan habis, apatah
lagi sekiranya tidak menyimpan.
• Ketiga, baginda meletakkan sasaran dengan
menyampaikan berita gembira bahawa mereka pasti
akan selamat dari bencana besar ini sekiranya
berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT dengan
mendapat hujan dengan kelimpahan rezeki yang
melimpah ruah.
Dalam menyelesaikan masalah kemarau Mesir,
Nabi Yusuf AS mengajarkan tentang formula simpan
dahulu berbelanja kemudian. Baginda mengatakan,
apabila tiba musim menuai, jangan semua yang dituai
dijadikan makanan dan hendaklah sebahagiannya
93
disimpan di tempat simpanan yang selamat. Baginda
turut mengajar kepada rakyat Mesir supaya
mengekalkan kesegaran gandum yang disimpan di
tempat simpanan dengan tidak membuang kulitnya
beserta tangkainya, agar dalam tempoh tujuh tahun,
gandum tersebut masih lagi segar untuk digunakan.
Formula ketiga: Perihal mimpi Raja Mesir juga
mengajarkan kita, bahawa utamakan yang utama terlebih
dahulu. Secara simboliknya lembu dan tangkai gandum
yang disebutkan dalam ayat tadi sinonim dengan bidang
pertanian pada zaman dahulu. Oleh itu, mengutamakan dan
merancakkan kegiatan pertanian terlebih dahulu daripada
aspek-aspek lain merupakan jalan penyelamat kepada
rakyat Mesir keseluruhannya. Kemewahan hasil tanaman
dapat disimpan untuk masa kegawatan dan selebihnya
dinikmati sewaktu zaman kemakmuran. Utamakan yang
utama diingatkan oleh Nabi Yusuf as agar rezeki yang kita
perolehi tidak digunakan mengikut hawa nafsu dengan
sewenang-wenangnya.
Justeru, pengajaran daripada ayat 43 hingga 49, boleh
disimpulkan bahawa setiap negara secara agregat perlu
menyediakan satu pelan jangka masa panjang bagi
menghadapi satu keadaan kemuncupan ekonomi yang
tidak diduga. Model yang telah dibuat oleh Nabi Yusuf as
berdasarkan mimpi Raja adalah sesuai dipraktikkan
kerajaan dan juga individu pada hari ini. Menurut model
kitaran ekonomi Surah Yusuf, jumlah rizab makanan
dinaikkan dan penggunaan dikekang dalam nisbah yang
kecil pada tempoh ekonomi mengembang. Manakala
apabila tiba suatu musim kemarau, rezab makanan inilah
yang digunakan kerana penduduk tidak mampu menuai
hasil baru. Akan tetapi, satu bahagian makanan perlu
disimpan untuk dijadikan benih atau perlaburan sehingga
keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Hakikatnya, betapa ramai sekali pengguna pada ketika
ini tidak mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku
di dalam Surah Yusuf. Keadaan keberhutangan rakyat
Malaysia berada pada tahap tenat. Jumlah hutang isi
rumah di Malaysia hari ini melebihi RM 1 trilion. Laporan
Pemantau Ekonomi Bank Dunia menunjukkan kira-kira
27% isi rumah di Kuala Lumpur menerima gaji minimum
94
bulanan sebanyak RM2,700 sebulan (dewasa tunggal)
dan RM4,500 (suami-isteri). Kecenderungan mengambil
pinjaman pembiayaan peribadi dan kad kredit untuk
bersaing dalam aspek gaya hidup merupakan penyebab
utama kepada timbunan hutang. Isu hutang ini adalah faktor
utama kepada kes kebankrapan yang tinggi. Kajian laporan
ini juga mendapati kes muflis (kebankrapan) yang
disebabkan oleh hutang lapuk telah meningkat sebanyak
104 peratus pada tahun 2018. Apa yang membimbangkan
adalah fakta bahawa 60% kes kebankrapan ini
membabitkan mereka yang berumur di antara 25-34 tahun.
Statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia mencatatkan
rekod bilangan kes kebankrapan pada akhir tahun 2019
adalah seramai 80,625 kes bankrap dengan 56% atau
45,147 kes terdiri daripada orang Melayu, diikuti 26% Cina,
11.3% India dan 6.7% lain-lain bangsa.
Jabatan Perangkaan Malaysia melakukan satu kajian
secara dalam talian (pusingan 1) untuk menilai kesan
COVID-19 kepada ekonomi dan individu bagi tempoh
antara 18 hingga 31 Mac lalu. Hasil kajian ini mendapati
sebanyak 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri
mempunyai simpanan yang hanya mencukupi untuk
tempoh kurang daripada sebulan. Kaji selidik juga
menunjukkan majoriti rakyat Malaysia cenderung berhabis
untuk kepuasan segera dan bukannya merancang untuk
jangka masa panjang. Ini jelas menunjukkan bahawa
secara umumnya rakyat Malaysia tidak mempunyai dana
kecemasan yang mencukupi sekiranya berlaku perkara
di luar jangkaan.
Statistik di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat
Malaysia mempunyai risiko yang amat tinggi untuk
berhadapan dengan masalah kewangan peribadi yang
serius sekiranya mereka tidak menyemai sikap suka
menyimpan dan mempunyai simpanan yang mencukupi
bagi keperluan masa kecemasan. Dana kecemasan amat
diperlukan dan diasingkan untuk tujuan perbelanjaan
keperluan pada masa kecemasan atau keadaan tertentu
yang berlaku di luar daripada jangka.
Setiap individu harus pandai membahagikan
perbelanjaan kepada tiga perkara utama iaitu barang
keperluan terdesak, barang keselesaan dan barang
kemewahan. Keperluan terdesak adalah perkara dharuri
95
yang sangat diperlukan seperti makanan, rumah dan
pakaian. Barang keselesaan pula adalah keperluan
tambahan yang dapat membantu urusan hidup. Pengguna
tidak akan mati tanpanya, tetapi memerlukannya untuk
menjalani hidup yang lebih baik seperti kereta, komputer
dan lain-lain. Barang kemewahan pula seperti kereta
berjenama mewah, rumah banglo bertingkat-tingkat dan
sebagainya adalah keperluan lebihan yang digunakan
sekadar untuk menambahkan nilai keperluan yang sedia
ada. Ia sebenarnya tidak diperlukan, akan tetapi
sesetengah orang merasakan ia perlu sebagai satu
ekspresi kemampuan masing-masing agar dipandang
tinggi dan gah dalam masyarakat.
ADA BAIKNYA MENJADI SEORANG PEMILIK BARANG
KEMAS YANG BERATUR PANJANG DI DEPAN KEDAI
PAJAK GADAI ATAU KEDAI PAJAK ISLAM (AR-RAHNU)
DARIPADA BERKELANA MENGETUK PINTU PEJABAT
ZAKAT DAN PIHAK-PIHAK TERTENTU
88. Kesan daripada tiada simpanan kecemasan menyebabkan
ramai di kalangan rakyat Malaysia pada ketika COVID-19
melanda berada dalam keadaan tidak menentu. Ada di
kalangan mereka memohon bantuan pejabat zakat dan
pihak-pihak lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Mujurlah Kerajaan hari ini prihatin menyediakan peruntukan
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) membabitkan dana
RM11.14 bilion, memberikan penangguhan bayaran
(moratorium) bulanan pinjaman selama 6 bulan secara
automatik dan lain-lain lagi.
89. Persoalannya sampai bilakah rakyat perlu bergantung kepada
bantuan kerajaan atau swasta?. Bagaimana pula keadaannya
apabila berakhir tempoh moratorium pada bulan September
2020?. Keadaan sudah pasti akan kembali gawat sekiranya
dalam tempoh 6 bulan tersebut tidak langsung mengubah
cara hidup suka melakukan pembaziran di kalangan rakyat
Malaysia. Ada baiknya menjadi seorang pemilik barang kemas
yang beratur panjang di depan kedai pajak gadai Islam
(Ar-Rahnu) daripada berkelana mengetuk pintu pejabat zakat
dan pihak-pihak tertentu. Bahkan pemilik barang kemas
walaupun sedikit, patut disanjung kerana menyediakan payung
sebelum hujan daripada sudah terhantuk baru tengadah.
96
90. Justeru, penulis mengajak semua pembaca untuk kembali
kepada ajaran al-Quran dengan mengambil semangat daripada
kisah Nabi Allah Yusuf. Banyak nilai positif yang dapat dipetik
daripada al-Quran seandainya kita menghayati dan memahami
intisari al-Quran itu sendiri. Al-Quran bukan sekadar hanya
dibaca untuk mendapatkan sebanyak mungkin pahala, ianya
perlu diterjemahkan dengan penghayatan. Dalam erti kata lain
segala suruhan dan perintah al-Quran kita patuhi dan segala
larangan dan tegahan kita jauhi.
97
ANJAKAN PARADIGMA
91. Kemunculan pandemik COVID-19 merupakan fakta dan
fenomena baru dalam sejarah Malaysia. Segala kesulitan
dan cabaran yang sedang di alami seluruh rakyat Malaysia
khususnya masyarakat Melayu perlu ditangani bersama.
Pengucupan ekonomi, kehilangan kerja, pengangguran dan
lain-lain tidak akan ada kesudahannya sekiranya semua individu
hanya menanti bantuan kerajaan semata-mata. Walhal
Allah SWT menganugerahkan sumber kekayaan dan rezeki
yang cukup luas kepada negara kita Malaysia. Anak kuncinya
hanyalah dengan kita perlu berubah minda dan sikap dari
negatif kepada positif. Firman Allah SWT dalam surah al-Ra’d,
ayat 11 di bawah:
MENGUBAH NASIB ATAS KEMAHUAN SENDIRI
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang
ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang
ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.
Firman Allah SWT juga dalam surah al-Anfal, ayat 53:
Maksudnya: (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat
yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
98
Oleh itu, anjakan paradigma bangsa melayu selaku
tunjang dalam negara ini perlu dilaksanakan segera. Teori
anjakan paradigma yang diperkenalkan oleh Thomas
S. Kuhn suatu masa dahulu dalam bidang sains tabii amat
relevan dalam situasi semasa kita pada hari ini. Setiap
anggota masyarakat sewajarnya melakukan anjakan
paradigma ke arah yang lebih baik dan masyarakat yang
sukar melakukan anjakan paradigma biasanya sukar
menerima pembaharuan ibarat hidup segan mati tak
mahu.
Negara pasti berada dalam ambang krisis buruk dari
sudut ekonomi sekiranya masyarakat hanya mengharapkan
kerajaan semata-mata. Mereka-mereka yang hilang sumber
pendapatan akibat dibuang kerja dan seumpamanya harus
bersikap positif dalam mencipta kemahiran baru dalam
suasana baru (new normal) demi kelangsungan hidup dan
keluarga. Sikap cemas dan perasaan takut tidak mampu
bertahan sepatutnya dibuang jauh ke laut.
Krisis COVID-19 menyebabkan keadaan panik
melanda rakyat Malaysia pada suatu ketika menyebabkan
pembelian keperluan makanan secara sekala besar dan
keperluan makanan negara tidak mencukupi. Kebimbangan
ini ada benarnya kerana negara masih mengimport
makanan dengan sekurang-kurangnya 30% ke 40%
daripada jumlah keseluruhan bekalan makanan diimport.
Ini bermakna Malaysia masih lagi tidak mencapai tahap
keberdikarian (self-sufficiency) dalam bekalan makanan.
Dengan kadar import yang tinggi menunjukkan bahawa
wujud permintaan produk makanan yang tinggi dalam
negara dan pasaran tempatan tidak mampu untuk
memenuhi kadar permintaan tersebut. Keadaan akan
bertambah sukar sekiranya simpanan beras negara
tergugat akibat daripada bencana yang berpanjangan.
Pada saya persediaan untuk tempoh jangka masa panjang
perlu dilaksanakan semula dengan mengambil pengajaran
daripada kisah Nabi Yusuf dalam ayat yang telah dikupas
terdahulu.
Secara teorinya, permintaan yang tinggi untuk sesuatu
produk akan mendorong pengeluaran atau bekalan yang
lebih tinggi. Namun, apabila berlaku peningkatan dalam
permintaan produk tempatan masih tidak memenuhi
keperluan pengguna domestik. Ini disebabkan oleh
99
ketidakcekapan dalam pengurusan pengeluaran hasil
pertanian, termasuk saiz tanah yang diusahakan dengan
tanaman bersekala besar masih lagi kurang. Sebagai
contoh bekalan sayur negara dari Cameron Highlands
hanya mampu membekalkan 10% daripada keperluan
sayur-sayuran di semenanjung. Bagaimana pula dengan
beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia yang
mana penggunaan beras dijangka meningkat daripada
2.30 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 2.69 juta tan
metrik pada tahun 2020 iaitu pertumbuhan sebanyak
1.6% setahun disebabkan oleh pertambahan penduduk.
REALITI TANAH TERBIAR, ISU SAWAH DAN PENGLIBATAN
BANGSA MELAYU
92. Malaysia sebuah negara BERTUAH, Tanahnya yang subur
dan luas dengan cuaca panas lembab sepanjang tahun
(berbanding dengan negara 4 musim) mengizinkan aktiviti
pertanian boleh dijalankan sepanjang tahun. Statistik Jabatan
Pertanian (2016) menunjukkan tidak kurang 119,273 hektar
tanah yang sesuai untuk pertanian tidak diusahakan dan tinggal
sebagai tanah terbiar di seluruh negara. Di Semenanjung
Malaysia saja dilaporkan lebih kurang 117,198 hektar tanah
terbiar. Manakala menurut Yayasan Wakaf negara, pada
tahun 2016 terdapat kira-kira 24,000 hektar atau 80% tanah
wakaf di seluruh negara menjadi tanah terbiar. 80% tanah
terbiar ini pula merupakan tanah berstatus Tanah Rezab
Melayu, Tanah Adat Melayu, Tanah Pegangan Melayu dan
Tanah Wakaf.
Persoalannya adalah kenapa bangsa Melayu yang banyak
memiliki tanah terbiar ini tidak mengusahakannya
untuk meningkatkan ekonomi bangsa Melayu sendiri?
Di mana silapnya? Adakah sikap malas bangsa Melayu ini
gagal menjadi bangsa pengeluar bahan pertanian tetapi
menjadikannya sebagai bangsa pengguna bahan pertanian.
93. Bangsa Melayu perlu sedar dan insaf suatu ketika dulu
kehadiran bangsa Cina dari tanah besar China ke negara
Malaysia ini bermula dengan kesusahan mereka dengan
hanya menyewa tanah bangsa Melayu untuk membangunkan
ekonomi pertanian. Namun, secara sedikit demi sedikit mereka
telah berjaya memiliki dan membangunkan tanah-tanah tersebut
dengan ekonomi pertanian.
100
94. Penulis berpengalaman melihat dan mengalami sendiri
bagaimana di beberapa buah negara yang pernah penulis
lawati, telah memperlihatkan kegunaan tanah secara optima
dan maksima. Semasa melawat negara Korea Utara pada
awal tahun 1990’an, penulis dapat lihat sikap disiplin bangsa
Korea ini dengan melaksanakan aktiviti pertanian menanam
padi secara berkumpulan yang besar (semua rakyat terlibat,
orang awam, askar, guru, pelajar dan lain-lain). Mereka
menanam tepat pada waktunya. Ini bagi mengelakkan bencana
banjir besar dan menuai padi tepat pada masanya. Sepanjang
perjalanan sejauh lebih kurang 120 km yang penulis lalui
ketika itu, tidak nampak langsung tanah yang terbiar dan tidak
diusahakan. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan tanaman padi.
Begitu juga semasa lawatan penulis ke negara Jepun, Thailand,
Taiwan, Cairns Australia, Indonesia dan beberapa buah negara
lain, jarang sekali dapat dilihat tanah-tanah kosong tanpa aktiviti
pertanian yang terbiar.
95. Menurut pengamatan penulis juga, tanaman padi secara khusus
di Malaysia perlu kepada tranformasi dan inovasi moden.
101
Penulis bergambar di Hotel Pyongyang Korea Utara awal 90-an.
Statistik menunjukkan penghasilan padi di Kedah, Selangor dan
negeri-negeri lain hanya menyumbang sekitar 70% daripada
keseluruhan sumber beras negara. Dalam erti kata lain
tanaman padi negara hanya memenuhi 70% daripada keperluan
pengguna domestik. Manakala penghasilan beras berkualiti
hanya dihasilkan di Sekinchan, Selangor tidak di negeri-negeri
lain.
96. Justeru, tranformasi ke arah meningkatkan penanaman padi
dalam skala besar-besaran di Malaysia perlu dilaksanakan
segera. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pihak luar
terutamanya ketika dunia berada diambang krisis pandemik
pada hari ini. Ketika bermulanya COVID-19 dahulu negara-
negara pengeksport beras dunia seperti Thailand, Pakistan,
India dan Vietnam melahirkan kebimbangan sekiranya
bencana terus berpanjangan kemungkinan eksport beras
terpaksa dihentikan. Jika ini berlaku, keadaan pasti bertambah
sukar akibat kebergantungan negara kepada eksport beras
dari luar.
97. Penulis masih ingat, secara sinis bekas Menteri Besar Kedah
Tan Sri Sanusi Junid pernah melontarkan idea menanam
padi di bumbung rumah. Walaupun idea tersebut nampak
kelakar tetapi ianya memberikan sindiran tajam kepada sikap
orang melayu selaku tuan tanah. Kelemahan bangsa Melayu
amat ketara dalam perkara ini sedangkan mereka merupakan
102
tuan-tuan tanah yang berpotensi untuk diusahakan. Begitu juga
penduduk-penduduk rumah taman boleh juga melakukan
tanaman sayur-sayuran dalam polybag yang menghijau
menggantikan tanaman pokok bunga, hasilnya kita sendiri yang
dapat faedahnya. Pepatah melayu mengatakan “hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih”. Ini juga norma baru dalam PKP
dan selepas PKP boleh diteruskan (COVID-19).
98. Oleh itu, pada pandangan penulis pihak kerajaan telah banyak
melakukan kerja-kerja penambahbaikan sistem pengairan
dari cara lama kepada yang lebih moden. Di Kedah sistem
pengairan lama telah bertukar kepada sistem baru yang
memberi manfaat kepada 1300 hektar tanah termasuk tanah
sawah terbiar bermula 2014-2016 bermula di Jitra, Kedah. Kos
projek ini melalui tender terbuka menelan belanja RM 10.5 juta.
Kerja-kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian sistem
pengairan lama kepada sistem baru turut sama dilaksanakan
kerajaan di daerah Muar, Johor bermula dari tahun 2018 hingga
2019. Hasil penambahbaikan ini memberi manfaat kepada
800 hektar sawah termasuk sawah terbiar dengan peruntukan
RM 6.5 juta.
99. Hakikatnya hasil tanaman padi yang diusahakan di Kedah,
Kelantan dan negeri-negeri lain masih jauh terkebelakang jika
dibandingkan dengan kualiti dan kuantiti padi yang dihasilkan di
Selangor Barat iaitu di Sekinchan, Kuala Selangor, Sabak Bernam
dan lain-lain. Nisbah pengeluaran satu ekar di kawasan tersebut
sahaja melebihi daripada pengeluaran negeri-negeri lain dalam
saiz yang sama. Persoalannya, adakah disebabkan masalah baja
yang digunakan atau atas faktor-faktor lain? Kerajaan telah
memainkan peranan dengan membantu dari sudut prasarana
bagaimana pula kesungguhan bangsa Melayu dalam
meningkatkan produktiviti beras negara?
100. Pada pandangan penulis kerakusan pemaju perumahan dan
pemilik tanah menimbus kawasan sawah juga merupakan
satu cabaran kepada penghasilan beras negara. Oleh itu,
menjadikan tanah-tanah sawah sebagai tapak perumahan
perlu dihentikan segera. Hal ini kerana, negara perlu kekalkan
rizab tanah sawah yang mencukupi untuk penanaman padi
dalam skala besar. Penulis dengan tulus hati memohon
kepada pihak berwajib agar menggariskan satu undang-
undang bagi menghalang perkara tersebut dilakukan dengan
sewenang-wenangnya. Kesannya pada masa akan datang
103
boleh membawa padah kepada negara dan hanya
menguntungkan pihak tertentu sahaja. Tujuannya agar negara
bebas daripada bergantung kepada rantaian import beras dari
negara-negara luar. Satu hari nanti Malaysia juga, boleh
menjadi sebuah negara pengeksport beras dunia seperti yang
dapat dilaksanakan oleh negara jiran kita Indonesia pada
zaman pemerintahan Suharto. Presiden Jokowi pula
meluaskan tanaman padi secara besar-besaran di Kalimantan
Borneo untuk di eksport. Pelabur luar ramai yang datang
sebab pandemik rasuah dapat dibanteras dan mungkin
Indonesia akan menjadi negara gergasi ekonomi di rantau
Asia Tenggara dan dunia mengatasi Singapura dan sebaris
dengan China, Amerika dan India. Bagaimana kita pula?
101. Penulis juga, berpendapat Dasar Pertanian negara yang
digubal untuk meningkatkan ekonomi pertanian dengan
membangunkan tanah-tanah terbiar ini perlu disemak
dan diperhalusi semula dan tindakan secara proaktif
dan holistik perlu dilaksanakan. Juga modul dan silibus
pendidikan digubal semula dengan pendedahan awal
dididik kepada para pelajar dari peringkat sekolah rendah
lagi dalam bidang kemahiran pertanian dan kemahiran
hidup lain seperti mewujudkan subjek perkebunan
pertanian, teknologi pertanian, kemahiran kerja tangan
dan sebagainya. Pendedahan awal kepada pelajar melalui
modul dan silibus ini akan dapat menanam minat mereka
untuk menceburi bidang pertanian ini melalui kaedah usaha
yang mendatangkan keberhasilan tinggi.
102. Justeru, penghayatan dan pengajaran daripada surah Yusuf
ayat 43-49 boleh diterapkan dalam anjakan paradigma yang
mengutamakan agenda pertanian. Tidak dinafikan hasil
pertanian tidak datang bergolek dengan sekelip mata, tetapi
bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
MENYINGKAP MINDA DAN SIKAP BANGSA MELAYU
103. Melayu satu rumpun bangsa berdaulat yang menetap
secara meluas di wilayah Nusantara. Satu rumpun bangsa
yang sinonim dengan agama Islam secara fitrah seolah-olah
Islam dan Melayu itu berpisah tiada. Menjadi kebanggaan kita
semua bahawa Islam telah berjaya mendidik dan mengasuh
minda dan jasmani agar sentiasa berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Bangsa Melayu bukan bangsa melukut di tepi
104
gantang, bangsa yang tidak mempunyai jati diri dan akar
sejarahnya. Sejarah membuktikan sifat kemanusiaan,
kerohanian, keperibadian dengan sopan santun dan budi pekerti
mulia merupakan acuan semulajadi bangsa Melayu, manakala
sifat latah dan cepat mengamuk pasti terjadi apabila mereka
tersinggung. Bangsa Melayu dari sudut ekonomi merupakan
bangsa yang mengamalkan tradisi pertanian dan perikanan
secara tradisi, mereka juga golongan pedagang laut yang hebat
dan pernah menjadi kuasa dominan di Lautan Hindi dan Pasifik
sebelum kedatangan kuasa Barat. Sejarah juga telah
membuktikan kehebatan bangsa Melayu sepanjang zaman,
namun dalam kehebatan ada kelemahannya tersendiri.
Kelemahan inilah yang menyebabkan bangsa Melayu kian
terhakis di buminya sendiri, sedangkan bangsa ini merupakan
tuan tanah (land lord). Oleh itu, mengkaji sikap bangsa Melayu,
mencabar minda dan mengkritik perwatakan mereka tidak
bererti mencaci dan mencela bangsa sendiri. Unsur negatif
dalam minda Melayu perlu dibuang dari akar umbinya untuk
kekal relevan dalam tamadun manusia.
104. Bagi penulis, orang Melayu bukannya tidak cerdik, tidak pintar
dan tidak boleh jadi seorang yang berpencapaian tinggi dan
terbilang (towering personality). Cabaran yang paling utama
bagi orang Melayu adalah MENGURUS SIKAP yang ada pada
diri mereka sendiri. Banyak sikap negatif yang masih ada
dalam diri sanubari bangsa Melayu yang perlu dikikis dan
dibuang untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai satu
bangsa yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
di persada dunia.
DEFINISI MALAS DAN RAJIN
105. Sebelum penulis mengupas lebih lanjut dengan aspek sikap
bangsa Melayu yang dikatakan malas dan tidak rajin bekerja
dan berusaha, elok kita melihat dan memahami definisi malas
dan rajin itu sendiri dalam erti kata sebenar agar konsep malas
dan rajin itu dapat dinilai dengan sebenarnya di dalam konteks
sikap bangsa Melayu itu sendiri.
106. Di sini sikap MALAS bererti keengganan untuk melakukan
sesuatu sama ada secara minda (fikiran) ataupun fizikal
(perbuatan); Manakala sikap RAJIN pula merupakan gerak-
kerja yang berkesinambungan secara minda (fikiran) ataupun
105
fizikal (perbuatan) yang menghasilkan sesuatu keberhasilan
(outcome) yang tinggi dan produktif.
107. MALAS terbahagi kepada dua iaitu :-
a) Malas positif - enggan melakukan hal yang tidak bermanfaat
seperti melamun, selalu tidur, tidak berfikir dan sebagainya;
b) Malas negatif - enggan melakukan hal yang bermanfaat
seperti tidak kuat bekerja dan berusaha, tidur sebagai
hobi, menyerah kepada nasib dan sebagainya.
108. Manakala RAJIN juga terbahagi kepada dua iaitu :-
a) Rajin positif - kuat bekerja dan kuat berfikir dengan
pengeluaran keberhasilan yang tinggi dan produktif ;
b) Rajin negatif - giat bekerja dan berusaha tetapi tidak
mendatangkan sesuatu yang produktif dan keberhasilan
tinggi seperti berkelahi, termenung, hasad-dengki,
melakukan sesuatu tanpa ilmu yang cukup dan sebagainya.
109. Justeru itu melalui penulisan ini, penulis ingin berkongsi
pengetahuan dan pengalaman berkaitan sebab musabab
aspek KEGAGALAN bangsa Melayu menjadi bangsa
yang TERBILANG :
110. Pernah dengar ada orang kata “Melayu Malas”, “Melayu
Miskin”, “Melayu tak pandai berniaga”, “Melayu Jahat”,
“Melayu kaki tipu” dan berbagai istilah lain? Ada pemimpin
politik kata orang Melayu pemalas; Ada pensyarah
Universiti kata pelajar Melayu manja; Ada majikan syarikat
kata pekerja Melayu tidak boleh diharap; Ada pelanggan
kata peniaga Melayu tidak menjual barangan berkualiti;
Ada Ketua Jabatan kata pekerja Melayu tidak cekap.
111. Penulis tidak nafikan sememangnya masih wujud ramai
Melayu yang bersikap dan berwatakan seperti di atas dan
ini telah menimbulkan banyak polemik mengenai sikap malas
orang Melayu. Namun bukan semua Melayu begitu. Itu sifat
individu bangsa Melayu itu sendiri. Ramai Melayu yang rajin,
ramai Melayu yang jujur dan ramai Melayu yang kaya, tetapi
ini jarang disebut-sebut.
106
SEBAB MUSABAB BANGSA MELAYU MALAS
112. Persoalannya adalah, kenapa bangsa Melayu masih
dianggap sebagai satu bangsa yang belum maju, masih tidak
rajin bekerja dan berusaha yang dianggap sebagai satu bangsa
yang masih MALAS? Di sini penulis ingin mengupasnya
dengan lebih lanjut dan teliti akan sebab musabab ianya terjadi.
Pada penulis, terdapat 20 perkara sifat orang Melayu yang
mempengaruhi dan mewujudkannya iaitu :-
1) Malas dan kurang berusaha.
2) Malas dan kurang hendak membaca.
3) Kurang berdisiplin dalam beberapa perkara duniawi
dan ukhrawi.
4) Tidak ada keyakinan diri.
5) Mudah mengalah namun jika sebaliknya maka dia saja
yang betul (menegak benang basah).
6) Menyerahkan diri kepada takdir.
7) Mudah berpuas hati dengan pencapaian.
8) Pergantungan kepada bantuan kerajaan.
9) Suka menyalahkan orang lain.
10) Lebih suka dengar apa orang kata tanpa tapisan.
11) Sifat suka bermegah.
12) Sifat mementingkan nilai Estetika.
13) Suka berhibur, tiada wawasan dan matlamat hidup.
14) Kurang sifat merancang dan lemah di dalam mengurus
hal-ehwal kewangan.
15) Kurang amanah serta tidak menepati masa dan janji.
16) Belia/graduan jangan memilih kerja/gaji, dulu kini
sudah berbeza.
17) Malas dan kurang mahu memahami sesuatu perkara.
18) Suka makan gaji daripada bekerja sendiri. Kalau
bekerja tiada kesungguhan, kerja suka bertangguh.
19) Suka mencari keuntungan tanpa tapisan.
20) Bangga dengan pencapaian akademik yang tiada nilai
dalam pasaran.
113. Ulasan penulis berdasarkan pemerhatian, dan pengalaman
terhadap subjek yang diperbahaskan di sini iaitu sikap bangsa
Melayu itu sendiri :-
MALAS DAN KURANG BERUSAHA
114. Isu Melayu telah dibicarakan sejak sebelum merdeka lagi.
Munshi Abdullah dalam tulisan dan tanggapannya dalam
buku “Hikayat Abdullah Munshi” menyatakan Bangsa
Melayu ini malas, suka berlipur-lara (hiburan), suka membuang
masa, dan gemar bercinta. Pendeta Zaaba dalam bukunya
“Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” sering
107
membicarakan isu Melayu yang miliki sikap malas, tidak serius
dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, dalam
tulisan dan pemikirannya. Selepas merdeka, Datuk Senu
Abd. Rahman dalam bukunya “Revolusi Mental” mengupas
masalah orang Melayu yang perlu diubah. Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam bukunya “Dilema Melayu” juga memberi
analisis tentang bangsa Melayu dan di akhiri kepimpinannya
sebagai Perdana Menteri Keempat menyatakan “Melayu
Mudah Lupa”. Nasihat penulis, Melayu mahu maju dan berjaya
20 perkara itu mesti difikir-fikirkan dan diambil tindakan.
SARANAN PENULIS KEPADA BELIA KITA SUPAYA BERHIJRAH
SEBAGAIMANA BELIA LAIN-LAIN NEGARA BERHIJRAH
PANDANGAN, PENELITIAN DAN PENGALAMAN PENULIS
MENGENAI SIKAP BANGSA MELAYU
115. Penulis beranggapan kelemahan bangsa Melayu yang
amat ketara sekali ialah mereka kurang berusaha dan kurang
sanggup bekerja keras. Dalam erti kata sebenar, mereka
MALAS. Pernah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir
menyatakan beliau mempunyai satu fokus sahaja iaitu, RAJIN.
Sebab itu beliau cuba tunjukkan semasa menyandang jawatan
Perdana Menteri keempat, sejak hari pertamanya dengan
slogan “KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN”. Bagi beliau
kalau pemimpin malas, janganlah diharapkan orang yang
di belakang mereka rajin. Sebab itulah beliau bekerja lebih
daripada orang lain. Setelah bersara, beliau masih tetap bekerja
sedangkan orang lain yang sudah bersara, hanya menumpukan
kepada aktiviti melancong, mengerjakan umrah setiap tahun,
tinggal di rumah tanpa usaha yang produktif, bermain golf
atau hobi yang tidak produktif, hanya ke masjid dan majlis-
majlis tertentu sahaja dan sebagainya. Beliau juga memberi
contoh bagaimana orang Melayu masih malas dan belum
rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Di Universiti Tempatan
terdapat lebih 70% pelajar perempuan. sementara pelajar
lelaki jadi Mat Rempit (majoriti Melayu). Itu disifatkan Tun
tidak rajin dan kalau belajar pun, tidak bersungguh-sungguh.
Kenyataan Tun Dr. Mahathir ini 100% benar.
116. Pelajar-pelajar Melayu yang ingin menuntut di Universiti
pula malas untuk berfikir secara mendalam dan terperinci
dan belajar dengan rajin bagi melengkapkan diri mereka
dengan ilmu dan kursus-kursus sebenar yang sesuai dengan
kerjaya dan keperluan semasa seperti bidang-bidang baru
108
Pendidikan ekonomi, revolusi Industri 4.0, Pendidikan secara
Maya, Ilmu Pendigitalan dan sebagainya. Kebanyakan mereka
masih memilih kursus pengajian yang mudah yang tidak
memerlukan kerja dan usaha keras dan rajin untuk belajar
serta tidak relevan dengan keperluan semasa. Ini menyebabkan
apabila mereka keluar daripada Universiti dengan segulung
Ijazah, ianya tiada nilai pasaran dan mereka akhirnya menjadi
penganggur. Itulah sebabnya di kalangan 350,000 siswazah
yang menganggur sekarang ini, 75% adalah terdiri daripada
kalangan bangsa Melayu. Sepatutnya mereka ini dari awal
lagi sebelum memasuki Universiti perlu rajin berusaha dan
berfikir untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting dari
sumber-sumber yang ada seperti Kementerian Sumber
Manusia, Job@Malaysia dan sebagainya agar dapat membantu
dalam hala-tuju mereka memilih bidang-bidang pengajian di
Universiti yang memenuhi pasaran semasa sama ada di dalam
negeri atau di luar negara. Juga di kalangan graduan Universiti
ini, segulung Ijazah tidak akan bermakna dan tidak akan
membawa mereka ke mana-mana untuk mencapai kejayaan
hidup seandainya mereka hanya berbangga dengan Ijazah yang
dimiliki. Kata Menteri Sumber Manusia, Datuk M.Saravanan
jumlah penganggur di negara ini telah mencecah kira-kira sejuta
orang yang antara lainnya berpunca daripada pemberhentian
pekerja kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jumlah
itu termasuk 500,000 orang belia yang hilang pekerjaan, serta
350,000 graduan. Pada masa yang sama, katanya kira-kira
200,000 pekerja tempatan yang bekerja di luar negara akan
pulang ke tanah air kerana pandemik.
117. Universiti atau Pusat Pengajian Tinggi merupakan “Gedung
Ilmu” bagi mereka menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran
dan bukannya sebagai tempat memastikan bagi mereka
mendapatkan pekerjaan atau kerjaya setelah mereka “lahir”
atau keluar daripada Universiti atau “Gedung Ilmu” berkenaan.
Dengan kata lain kerajaan@swasta membina universiti untuk
pelajar menimba ilmu dan bukannya menyediakan peluang
pekerjaan. Peluang pekerjaan pelajarlah yang mencarinya
sepertimana rakyat negara-negara lain yang ramai berhijrah
ke negara kita, seperti Bangladesh dan lain-lain. Mereka
sepatutnya berusaha gigih dan mengambil inisiatif sendiri
untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang
mereka ATAU berdikari sendiri (berusaha) dengan ilmu dan
kemahiran yang diperolehi dengan membuat sesuatu pekerjaan
109
yang produktif seperti bertani, berniaga dan sebagainya. Lihat
sahaja tenaga-kerja asing yang membanjiri negara kita dengan
merebut banyak peluang pekerjaan yang ada yang tidak mahu
diisi oleh pekerja tempatan dengan alasan mereka seorang
siswazah daripada Universiti atau Pusat Pengajian Tinggi.
Ramai daripada tenaga-kerja asing ini terutamanya dari India,
Bangladesh ataupun Indonesia memiliki Ijazah / Diploma
daripada Universiti negara asal mereka tetapi sanggup berhijrah
keluar dan melakukan pekerjaan yang tidak diminati oleh
siswazah tempatan. Penulis sendiri berpengalaman di dalam
hal ini yang mana tukang gunting rambut yang dikunjungi
penulis sebulan sekali, merupakan siswazah lulusan bidang
elektronik dari Universiti negara asalnya. Bila ditanya kenapa
melakukan pekerjaan ini di sini, alasan yang diberi adalah untuk
mengumpul wang dan menimba pengalaman di tempat orang
sebelum pulang semula ke negara asal mereka untuk
menceburi bidang yang ingin diterokai kelak. Sifat dan sikap
beginilah yang sering diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir agar
siswazah jangan memilih kerja pada peringkat awalnya tetapi
harus menceburi apa jua bidang yang pada peringkat mulanya
agak susah, tetapi berkat kegigihan, dedikasi dan usaha rajin
yang kuat, akan mendatangkan pulangan yang tinggi
imbuhannya kepada mereka atas apa yang diusahakan.
CONTOH 3 SISWAZAH DI NEGARA KITA YANG BERJAYA
DI DALAM KERJAYA MASING-MASING
118. Di sini penulis ingin berkongsi Cerita Kejayaan (Success
Story) mengenai tiga Siswazah di negara kita ini yang berjaya
di dalam kerjaya masing-masing hasil daripada usaha mereka
sendiri tanpa bergantung penuh kepada Bantuan Kerajaan atau
orang lain.
119. Salah satu sebab yang membawa kejayaan kepada mereka
adalah kerana mereka berani berubah dan menggunakan
aplikasi teknologi terkini dalam menjalankan urusan kerjaya
masing-masing.
120. Pertama ialah seorang anak muda berumur 25 tahun yang
membuka perniagaan pertamanya di sebuah bandar kecil di
Pahang. Setelah tamat pengajiannya di salah sebuah Universiti
tempatan, beliau telah bekerja di beberapa restoran makanan
untuk menimba pengalaman di samping menghadiri kursus
kursus pemakanan untuk menambah ilmu dalam bidang yang
diterokainya. Imbuhan gaji yang diterimanya semasa bekerja
110
di beberapa restoran makanan tidaklah seberapa tetapi yang
penting bagi beliau ialah pengalaman dan ilmu.
121. Beliau memulakan perniagaan restorannya sendiri dengan
modal kecil (hasil simpanan dari pekerjaannya) dalam tempoh
beberapa tahun. Berkat keyakinan dirinya, pengalaman dan
ilmu yang ada, menjaga kualiti makanan, disiplin diri dan
menggunakan aplikasi teknologi digital terkini (whatsapp, IG,
FaceBook dan lain-lain) sebagai media pemasaran restorannya,
perniagaan restoran yang dijalankan melonjak naik dengan
hasil jualan melebihi RM5,000 sehari. Kebanjiran pelanggan
yang datang dari jauh ke restorannya untuk menikmati
menu masakan yang disediakan adalah hasil daripada usaha
beliau menularkan ‘Viral’ menu masakan restorannya melalui
aplikasi teknologi ini. Berkat menjaga kualiti makanan serta
perkhidmatan pelanggan yang baik yang diberikannya,
perniagaannya bertambah maju dari sehari ke sehari. Perkara
ini tidak akan beliau perolehi jika masih bergantung dengan
pekerjaan “makan gaji”.
122. Kedua kita boleh baca melalui catatan salah seorang
Personaliti TV yang terkenal iaitu Neelofa. Setelah tamat
pengajiannya di MRSM Langkawi Kedah, beliau melanjutkan
pelajarannya di luar negara dalam bidang Komunikasi. Setelah
tamat Pengajiannya di Universiti tersebut beliau menceburi
bidang lakonan dan penerbitan filem. Kejayaannya dalam
kedua-dua bidang ini telah melahirkan satu rangkaian kumpulan
peminat-peminat setianya yang berjumlah beratus-ribu orang.
Beliau seterusnya terjun di bidang jualan pakaian wanita iaitu
mini telekung, baju dan kain wanita, aksesori wanita dan
sebagainya dengan semua produk di bawah jenama “Neelofa”.
Berkat usaha yang rajin, berfikir secara bijak, model perniagaan
yang tepat dan berkesan dengan menjadikan kumpulan
peminatnya yang berjumlah ratusan-ribu sebagai rangkaian
pemasarannya (net-working) dan penggunaan aplikasi teknologi
baru melalui pemasaran ‘on-line’, beliau telah berjaya dalam
perniagaannya dan dikatakan menjadi seorang “jutawan”
sebelum berumur 30 tahun.
123. Ketiga adalah kisah kejayaan seorang wanita kelulusan
Universiti dari Terengganu yang menjual nasi kerabunya yang
dihantar melalui penerbangan awal pagi menggunakan kapal
terbang MAS dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
111
setiap pagi. Dengan kaedah teknologi pembungkusan yang
membolehkan makanan sentiasa segar, terima pesanan melalui
penghantaran yang pantas dan cekap, setiap pagi beliau
menyediakan dan menghantar melalui kapal terbang tidak
kurang dari 3000 bungkusan nasi kerabu Terengganu ke
Kuala Lumpur di mana pelanggannya berada. Kejayaan yang
dicapai melalui idea perniagaan yang bernas ini serta usaha
rajin dan berdisiplin, membuahkan kejayaan yang besar baginya
di bidang peniagaan yang dijalankan.
124. Justeru, penulis berpendapat untuk berjaya dalam sesuatu
bidang yang dibuat, keyakinan diri, rajin, berubah kepada
yang baru, disiplin diri dan sebagainya amatlah penting dan
mesti ada pada seseorang itu khususnya Bangsa Melayu
sendiri. Universiti adalah Gedung Ilmu dan bukannya Gedung
Menyediakan Kerjaya atau Pekerjaan. Usaha-rajin dan Inisiatif
sendiri yang akan menentukan kejayaan kita dalam hidup ini.
125. Baru-baru ini kenyataan yang telah dibuat oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia
dalam ucapannya di beberapa platform rasmi iaitu
Kongres Maruah Melayu dan lain-lain, dengan menyatakan
bahawa Melayu itu malas, masih malas, kurang berusaha
dan jangan bergantung kepada orang lain untuk maju,
telah dikritik hebat oleh beberapa NGO Melayu dan mereka
yang menafikan perkara ini.
126. Pada Penulis, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu ada
kebenarannya dan merupakan satu kenyataan yang ikhlas
sebagai seorang Negarawan Ulung yang dilontarkan kepada
masyarakat Melayu supaya masyarakat Melayu berubah
ke arah yang lebih baik dan berintegriti.
127. Pengalaman dan pemerhatian yang beliau lalui selama ini
mendapati masih ramai orang Melayu tidak mahu bekerja
atau masih malas bekerja dan berusaha gigih dalam bidang
yang dilakukan. Beliau menyifatkan orang Melayu tidak
sanggup membuat kerja berat dan kasar kerana beranggapan
ia pekerjaan yang hina dan berpendapatan kecil. Ia berbeza
dengan warga Cina dan India Malaysia dan warga asing
yang datang ke negara ini yang sanggup bekerja dalam
pekerjaan yang dianggap kotor, sukar dan berbahaya tetapi
112
akhirnya berjaya memajukan diri.
128. Beliau turut menyatakan sebagai seorang manusia, kita perlu
menegur orang terutamanya bangsanya sendiri jika dilihat
melakukan sesuatu yang tidak betul. Kalau tidak boleh tegur
orang, bagaimana nak betulkan orang? Kalau sekiranya
seseorang itu membuat salah dan dipuji maka itu adalah
salah. Penulis bersetuju penuh dengan kenyataannya ini dan
beranggapan ianya merupakan satu cabaran besar kepada
bangsa Melayu kerana Tun Dr. Mahathir ingin melihat bangsa
Melayu menjadi satu bangsa yang terulung, berkarisma dengan
kuat berusaha dan bekerja, maju dalam semua bidang dan
setaraf dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia ini.
129. Apa yang penting adalah sikap rajin berusaha dalam bidang
apa sekali pun yang diceburi, teruskan membaca dan terus
belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang ada, ambil
contoh dari pengalaman tokoh-tokoh tempatan yang telah
berjaya bertaraf dunia seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
(dari seorang penjual lembu yang tidak mempunyai kelulusan
tinggi bersijil tetapi berjaya beralih kepada ahli korporat di
bidang Telekomunikasi, Media Cetak Elektronik, Penjana Letrik
Bebas, Kenderaan Bermotor, Industri Kewangan dan lain-lain).
Pada beliau sifat malu tidak ada dalam kamus hidupnya,
kita yang bersijil sepatut malu kepadanya. Tokoh-tokoh lain,
Tan Sri Robert Kuok (dari penjual beras dan gula kepada
Industri Perhotelan, Perbankan, Industri Komoditi, Hartanah
dan lain-lain), Tan Sri Lim Goh Tong (seorang yang tiada
Pendidikan formal menjadi seorang kontraktor kecil kepada
Pemaju Pusat Peranginan Genting Highland, Perkapalan,
Hartanah dan lain-lain), Tan Sri Vincent Tan (seorang kerani
bank kepada bidang Hartanah, Jualan Langsung, Gedung
Perniagaan dan lain-lain), Tan Sri Ananda Krishna (dari seorang
pedagang kecil kepada korporat Telekomunikasi, Infrastruktur,
Perindustrian dan lain-lain), Datuk Kamaruddian Meranun
(dari seorang pengurus dana kepada Perniagaan Udara Air
Asia) dan ramai lagi di kalangan mereka.
130. Manakala di kalangan tokoh-tokoh luar negara yang telah
berjaya dan bertaraf dunia adalah seperti Aristotle Ornasis
(berbangsa Greek dari seorang penjual besi buruk kepada
pemilik rangkaian kapal-kapal dagang terbesar di dunia),
113
Bill Gates (seorang ‘College drop-out’ kepada tokoh korporat
bidang IT (Microsoft), Jack Ma (seorang Guru Bahasa Inggeris
kepada tokoh perniagaan ‘on-line’ terbesar iaitu Ali-Baba),
Narayana Murthy (tokoh korporat IT dan Call-Centre (Infosys)
terbesar di dunia yang bermula dari perniagaan menjual minyak
sapi), Kim Dae Woo (dari seorang penjual kereta terpakai
kepada pembuat kereta terbesar di Korea Selatan iaitu Hyundai
Industries), Carlos Sim (seorang gelandangan di Brazil kepada
ahli Korporat Telekomunikasi dan Industri Pemakanan terbesar)
dan ramai lagi di kalangan mereka.
131. Kita lihat pula aspek kegagalan Melayu untuk merebut syer 30%
ekuiti ekonomi negara yang disasarkan oleh Kerajaan melalui
Dasar Ekonomi Baru dan seterusnya Dasar Wawasan 2020.
Sejak Malaysia merdeka lagi, Kerajaan Malaysia telah
melaksanakan banyak dasar yang telah digubal, usaha
dilaksanakan dan program yang berterusan dengan fokus
dan matlamatnya untuk meningkat dan memartabatkan
bangsa Melayu Bumiputera di bidang ekonomi. Lihat saja
pencapaian Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan dan
mula dilaksanakan pada tahun 1970. Dasar ini mempunyai
matlamat serampang dua mata iaitu merapatkan jurang
ekonomi di antara semua kaum di negara ini, dan sasaran 30%
penyertaan dan pemilikan ekuiti Melayu Bumiputera dalam
ekonomi Malaysia menjelang tahun 1990. Prinsip dan matlamat
Dasar Ekonomi Baru ini diteruskan dengan Dasar Wawasan
2020 bermatlamat untuk mencapai objektif yang sama.
132. Malangnya dengan segala dasar, usaha dan program yang
dilaksanakan, setelah hampir lebih 39 tahun perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru dan disambung dengan Dasar Wawasan
2020, kedudukan penyertaan dan pemilikan ekuiti ekonomi
bangsa Melayu Bumiputera tidak sampai 20% daripada sasaran
30%. Itu pun sebahagian besar peratusnya adalah secara
penyertaan dalam saham amanah yang diperuntukkan kepada
mereka seperti simpanan di dalam Amanah Saham Nasional
dan Amanah Saham Bumiputera. Selain itu sebahagian besar
peratus ekuiti ekonomi Melayu Bumiputera adalah dipegang
oleh Agensi-agensi Amanah seperti Perbadanan Nasional Bhd,
Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Koperasi
Islam dan lain-lain lagi. Kegagalan mencapai matlamat ekonomi
ini adalah kerana usaha dan kerja keras bangsa Melayu masih
114
amat kurang walaupun bermacam-macam peluang telah
disediakan untuk mereka. Sifat malas merebut peluang ekonomi
yang disediakan masih menebal di kalangan bangsa Melayu.
PENUBUHAN TABUNG UMRAH NASIONAL – CADANGAN
PENULIS
133. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia sinonim dan
bergerak seiring dan sejalan dalam melayari kehidupan ini.
Sebagai seorang Melayu yang menganuti ajaran Islam,
bangsa Melayu seboleh-bolehnya ingin menjadi seorang Islam
yang baik dan senantiasa mengikut dan mengamalkan ajaran
Islam. Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam
yang wajib dilaksanakan oleh setiap bangsa Melayu Islam
yang berkemampuan sekali seumur hidupnya. Manakala
Ibadah umrah hanya merupakan satu kewajipan bagi kali
yang pertama, bagi kali yang kedua dan seterusnya adalah
sunat (buat dapat pahala tak buat tidak mengapa) kecuali
dinazarkan. Tetapi apa yang dapat dilihat saban hari setiap
tahun bilangan bangsa Melayu selain bilangan yang
mengerjakan ibadah Haji meningkat, bilangan mereka yang
mengerjakan ibadah Umrah juga meningkat berkali ganda.
Statistik yang diperolehi menunjukkan setiap tahun tidak
kurang daripada 280,000 bangsa Melayu Islam dari negara
ini mengerjakan ibadah Umrah ke Tanah Suci Mekah dan
Madinah dengan perbelanjaan purata RM6,000 seorang.
Aliran keluar wang ini jika dikali dengan bilangan yang
mengerjakan Umrah setahun menjadikannya sebanyak
RM1.68 bilion wang yang boleh dikumpul dan dibelanjakan
dari simpanan bangsa Melayu setiap tahun. Jika 50%
sahaja yang boleh menangguhkan perlaksanaan ibadah
Umrah pada tahun berikutnya oleh kerana ia hanyalah
ibadah yang sunnah, sebanyak lebih kurang RM840,000,00
(Ringgit Malaysia Lapan Ratus Empat Puluh Juta) dapat
dikumpulkan setiap tahun. Ini bermakna amaun ini jika
dikumpulkan boleh dijadikan sebagai dana yang besar
sebagai satu lagi bentuk pelaburan untuk menjana ekonomi
Bangsa Melayu ke arah yang lebih terbilang lagi.
134. Kenapa bangsa Melayu tidak memikirkan kekuatan
ekonomi Melayu yang boleh dibina secara ini atau sengaja
malas untuk berfikir dan malas berusaha untuk
merealisasikannya? Penulis telah lama berfikir dan
115
mempunyai pandangan dalam membina kekuatan ekonomi
bangsa Melayu dalam perkara ini. Sekurang-kurangnya ia
dapat menambahkan penglibatan Bumiputera dalam
merealisasikan Dasar Ekonomi Baru/Dasar Wawasan 2020.
Jika Lembaga Tabung Haji (Koperasi) boleh ditubuhkan
oleh Kerajaan untuk mengendalikan urusan Ibadah Haji dan
sebagai simpanan pelaburan bagi bangsa Melayu, maka
satu lagi Koperasi boleh ditubuhkan yang mungkin boleh
dinamakan sebagai Lembaga Tabung Umrah Nasional
(Koperasi) yang berperanan sebagai badan mengurus
hal-ehwal Umrah dan sebagai satu lagi simpanan pelaburan
besar bagi bangsa Melayu Islam. Ia bolehlah diuruskan
oleh Agensi Kerajaan atau Swasta yang berpengalaman
mengendalikannya mengikut kewangan Islam (patuh Syariah).
Atau pun di peringkat yang lebih kecil, bangsa Melayu boleh
berperanan dari segi ekonomi dengan menubuhkan Koperasi
di peringkat keluarga yang bertindak sebagai agen pelaburan
simpanan ahli keluarga.
135. Justeru, kelemahan ketara bangsa Melayu tiada keyakinan diri
sendiri, cepat mengalah dan kerap menyerah nasib kepada
takdir perlu dibongkarkan habis-habisan. Pepatah Melayu
asli “rezeki secupak tak akan jadi segantang” sudah tidak
releven dalam meningkatkan mutu dan kualiti hidup. Wujudnya
pepatah seperti ini menjadikan pemikiran Melayu terkongkong
serta sukar untuk memajukan diri sendiri. Melakukan suatu
pekerjaan tanpa usaha gigih, rajin, berdisiplin dan berilmu perlu
diperbaiki.
136. Formula bekerja hangat-hangat taik ayam, ibarat pahat
dengan penukul perlu dihapuskan. Apa yang saya lihat ketika
berkuatkuasanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) segelintir bangsa Melayu bagaikan histeria
akibat sukar mencari rezeki secara mudah. Maka ramainya
orang berlumba bekerja selaku pemandu kenderaan “e-hailing”
seperti grab car, food fanda dan seumpamanya. Bilangan
pemandu lebih ramai daripada penumpang, di laut pula lebih
banyak menjadi nelayan daripada ikan yang ada di bawah laut.
Suatu ketika dulu saya masih ingat pada masa 13 Mei,
Pasar Dato’ Keramat, Kuala Lumpur ditubuhkan bagi memberi
pilihan kepada bangsa Melayu yang biasa membeli barang
keperluan di Pasar Chow Kit beralih ke Dato’ Keramat. Dalam
116
tempoh yang cukup singkat melaut bangsa Melayu yang
berniaga dan membeli barang keperluan, namun ibarat
cendawan busut tumbuh merata datangnya panas, layu dan
menyembah ke bumi. Inilah wajah sebenar bangsa Melayu
yang hanya tersentak ketika dalam kesusahan dan tidak
bersungguh-sungguh dalam melakukan satu-satu pekerjaan.
Siapakah yang mengambil tempat bangsa Melayu sudah pasti
orang asing berbangsa Minang, Jawa, Kemboja, Thailand
(kedai tomyamnya) Acheh, Bangladesh, Pakistan, Myanmar,
Rohingya, Nepal dan lain-lain.
137. Dengan pengalaman penulis berkecimpung dalam usaha
dakwah dan dunia korporat, isu berkaitan sikap dan disiplin
bangsa Melayu telah dikupas dalam buku penulis bertajuk
“Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu Dan Masalah
Masa Depan Mereka”. Oleh itu, penulis tidak berhasrat untuk
mengulangi isu-isu tersebut di dalam buku ini. Pembaca-
pembaca yang budiman boleh mendapatkan buku tersebut
untuk dihayati agar lonjakan paradigma dalam erti kata yang
sebenar dapat dilaksanakan. Paling penting jika kita ingin
maju ke hadapan budaya negatif, mungkir janji, tidak menepati
masa, malas, acuh tak acuh, membazir, tiada perancangan
dan ilmu pengetahuan dalam urusan kewangan, suka bermegah
diri, mementingkan diri dan darjat, bergantung kepada “tongkat”
dan tidak yakin kepada diri sendiri serta unsur-unsur negatif
perlu dibuang. Orang tua-tua dahulu pernah berkata jangan
jadi katak bawah tempurung segera melompat ke dalam gelas
kaca. Lihatlah di sekeliling bangunan pencakar langit siapa
punya, hotel 5 bintang, syarikat gergasi, gedung-gedung
membeli-belah siapa punya? Oleh itu kita perlu berhijrah dari
negeri ke negeri, negara ke negara, dari benua ke benua
seperti mana bangsa Cina dari tanah besar begitu juga
bangsa Cina daripada Hong Kong Malaysia, Indonesia,
Singapura, Taiwan berhijrah dan lain-lain lagi mereka semua
berhijrah. Dengan berhijrah inilah menjadikan mereka kaya
raya di mana sahaja mereka bertapak. Kita di Malaysia
setiap tahun meraikan Maal Hijrah dengan berbagai acara
dan yang paling penting perlu ada pengisian untuk memberikan
kesedaran kepada generasi anak muda pada hari ini agar
mengubah cara hidup.
117
TELADAN DARI KISAH SHEIKH AHMAD LAMPONG
DATANG KE TANAH MELAYU PADA UMUR 20 TAHUN
MENCARI JEMAAH HAJI
138. Penulis terpanggil untuk memaparkan di sini kisah seorang
pemuda yang melakar kejayaan luar biasa hasil daripada
mempraktikkan maksud hijrah dalam hidupnya. Pemuda
tersebut ialah Sheikh Ahmad Lampong yang sinonim dengan
kata-kata “Ingat haji, ingat Sheikh Ahmad Lampong, ingat
Sheikh Ahmad Lampong, ingat haji”. Sheikh Ahmad Fathullah
Lampong adalah antara pengendali jemaah haji (Sheikh Haji)
di Malaysia yang menjadi pilihan ramai jemaah pada tahun-
tahun 50an hingga tahun 2006. Beliau dilahirkan pada tahun
1919 di Mekah dan meninggal pada pertengahan Ramadan
1438 pada usia 98 tahun. Datuknya seorang ulama, berasal
daripada keturunan Moroko, berkahwin dengan anak raja
Bentan, Indonesia, yang dikatakan ada kaitan dengan peristiwa
Lampong Karam yang berlaku pada tahun 1883. Peristiwa
Lampong Karam dijadikan filem oleh pengarah S.Kadarisman
pada tahun 1967.
Dokumen-dokumen Perjalanan Sheikh Ahmad Lampong ketika berumur
20 tahun mengambil jemaah haji dari Tanah Melayu.
Ketika berusia 20 tahun Syeikh Ahmad buat pertama
kalinya datang ke Tanah Melayu (Malaysia) bagi mengendalikan
jemaah haji seramai 25 orang. Selepas itu, pada tahun-tahun
berikutnya, bilangan jemaah haji yang dibawa oleh Syeikh
Ahmad Lampong bertambah dari tahun ke tahun. Ketika di
Tanah Melayu melalui seorang ketua kampung bernama
Haji Salleh daripada Kampung Jawa Klang yang pernah
118
Dari kiri Syed Ahmad Lampong, Datuk Mohamad Din Yusoh (tengah)
dan Mohd Ghazi Fatani.
mengerjakan ibadat haji bersama bapanya, Syeikh Ahmad
mendapat maklumat tentang jemaah yang hendak mengerjakan
haji. Seterusnya, maklumat tersebar luas melalui mulut
ke mulut dari semasa ke semasa, oleh jemaah-jemaah haji
yang menggunakan perkhidmatan Syeikh Ahmad. Dalam
setahun Syeikh Ahmad akan berada selama enam bulan di
Malaysia, termasuk perjalanan pergi-balik dan enam bulan
lagi di Mekah dan Madinah bersama-sama jemaah. Banyak
kenangan pahit manis dialami ketika berada di Tanah Melayu
antaranya, ketika berada di Batu 8 Tanjung Karang, Selangor,
pada tahun 1950, tahun kedua mengendalikan jemaah haji
dari Malaysia. Syeikh Ahmad terpaksa memikul basikalnya
selepas hujan lebat, kerana basikalnya tidak dapat ditunggangi
akibat jalan yang berlumpur dengan tanah liat menyebabkan
roda basikalnya tidak dapat berpusing.
Jemaah haji kemudiannya dibawa dari Tanah Melayu
ke Tanah Suci dengan menggunakan kapal Kargo Malampus
yang dikenali juga sebagai kapal Serombong Biru. Ia
menggunakan kuasa arang batu yang mengambil masa 24 hari
perjalanan dari Singapura ke Jeddah, dan singgah di Ceylon
(Sri Lanka). Sheikh Ahmad Lampong turut belayar bersama
jemaahnya. Dua tahun selepas itu barulah jemaah haji dibawa
menggunakan kapal khas yang diberi nama kapal Suklup, yang
menggunakan kuasa minyak. Kapal itu sebenarnya adalah
kapal barang yang diubahsuai bagi membawa jemaah. Ini
119
kerana pada ketika itu tidak ada kapal penumpang yang
berulang alik terus dari Singapura ke Jeddah.
Keberkatan sumber pendapatannya dari hasil pengendalian
haji dalam membesarkan anak-anaknya begitu terserlah.
Anak-anaknya satu demi satu telah melakar kejayaan dalam
pelajaran dan bidang kerjaya masing-masing. Anak sulungnya
seorang perempuan berkelulusan Doktor Falsafah (Phd) dalam
bidang sains daripada universiti di London. Anak keduanya
juga seorang perempuan, yang merupakan seorang doktor
pakar dalam bidang sakit puan (keluarga). Anak ketiganya
juga perempuan keluaran Universiti dari London yang bekerja
sebagai seorang doktor gigi. Anaknya yang keempat seorang
perempuan berkelulusan Sarjana dalam bidang sejarah.
Anaknya yang kelima adalah lelaki, merupakan seorang doktor
pakar bedah dan anak bongsunya juga lelaki, seorang doktor
gigi. Sheikh Ahmad Lampong juga pada tahun 2010, telah
membina sebuah hotel berkapasiti melebihi 400 orang
tetamu di kawasan bersebelahan rumah beliau di Aziziyah,
Mekah.
Penulis secara peribadi mula mengenali Sheikh Ahmad
Lampong dari tahun 1984, iaitu apabila bermulanya sistem
muassasah, di mana pada masa itu syarikat Utas Travel & Tours
menempatkan jemaah haji kurang dari 50 meter dari tempat
melontar. Perkara ini berlarutan hingga tahun 2006, iaitu
dengan mengambil perkhidmatan khemah yang berdekatan
dengan tempat melontar disediakan oleh Sheikh Ahmad
Lampong. Hubungan penulis dengan Sheikh Ahmad Lampong
terjalin begitu mesra dari tahun ke tahun ibarat seorang adik
dengan abang, sehingga penulis pernah tidur bermalam di
rumah beliau atas pelawaannya pada musim haji, semalam
dua malam. Jarang sekali orang Arab membenarkan orang
luar tidur di rumah mereka. Begitulah sikap Sheikh Ahmad
Lampong terhadap penulis.
Penulis juga pernah belayar ke Labuan Sabah, untuk
menjadi guru sementara di Sekolah St Anthony, sementara
menunggu keputusan SPM, untuk menyambung pelajaran ke
Tingkatan Enam. Belayar dengan kapal dagang bernama
'KUNAK', dilambung ombak 5 hari 4 malam dari Pelabuhan
Singapura untuk mencari pengalaman. Keluar dari kapal
berjalan terjengket ke kanan, terjengket ke kiri, terhoyong
hayang ke depan, tersenget ke kiri, mabuknya tidak hilang satu
dua hari. Itulah pengalaman penulis yang tidak boleh dilupakan.
120
Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT
yang mengingatkan kita tentang masa dan sifat rugi dalam
surah al-‘Asr:
MENGHARGAI MASA SEMASA COVID, SELEPAS COVID DAN
MENCURI MASA DI TEMPAT BEKERJA
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
139. Masa adalah sebuah kehidupan dan kehidupan itu adalah masa
yang dihabiskan bermula pada saat kelahiran seorang manusia
sehingga ke saat kematiannya. Manusia seringkali terleka
dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan
fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk
menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang
jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.
Begitulah hakikat manusia yang diciptakan oleh Allah SWT di
muka bumi ini. Allah SWT telah memperingatkan kita akan
kepentingan masa melalui firmannya di dalam al-Quran.
140. Allah SWT telah bersumpah dengan masa kerana masa itu
adalah sangat penting pada seseorang insan. Seseorang insan
itu berjaya atau gagal di dunia ini adalah berkait rapat dengan
pengurusan masanya, sama ada ia dimanfaatkan dengan
sebaiknya atau dia membiarkan masa berlalu begitu sahaja
tanpa dimanfaatkan. Masa dapat dikaitkan dengan amanah,
masa dikaitkan dengan amal soleh, masa dikaitkan dengan
pengalaman, masa dikaitkan dengan kehidupan masa juga
dikaitkan dengan janji. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Abbas ra bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud : “ Rebutlah lima perkara sebelum
datang lima perkara, waktu muda mu sebelum tua mu, waktu
sihat mu sebelum waktu sakit mu, waktu kaya sebelum waktu
121
miskin mu, waktu lapang mu sebelum waktu sibuk mu, waktu
hidup mu sebelum waktu mati mu”. [Maksud hadis riwayat
al-Baihaqi]
141. Surah al-Asr ini sininom dengan kehidupan semua makhluk
ciptaan Allah di atas muka bumi. Setiap makhluk diberikan
tempoh jangka hayat tertentu sebelum segalanya musnah
dan kembali menjadi tanah, iaitulah asal kejadian makhluk yang
bernama manusia. Allah SWT memberikan suatu modal yang
amat berharga dan tiada galang gantinya. Dengan modal ini
manusia, bahkan binatang dapat meneruskan kehidupan
sehariannya dengan cukup sempurna sekiranya dilakukan
secara berhemah. Modal tersebut sudah tentunya “masa” yang
tiada galang gantinya apabila terlepas dan tidak diisikan dengan
perkara yang sepatutnya. Namun berapa ramaikah di kalangan
kita yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas? Terlalu
ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila
dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela
menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang
membawa kepada keseronokan, yang dapat menghiburkan hati
mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang
saban hari mendekati mereka dan kita semua.
SIKAP MENGHARGAI DAN MENEPATI MASA
142. Makhluk kerdil ciptaan Allah SWT seperti burung secara
fitrahnya bijak menghargai masa, ketika keluar mencari makan
untuk di bawa pulang kepada anak-anaknya dan kembali
semula ke sarangnya tetap dengan masanya, kalau tidak anak-
anak burung akan kelaparan, bagaimana pula dengan
manusia? Atas dasar itulah Nabi Muhammad SAW memberikan
contoh di dalam hadis baginda berkaitan mencari rezeki dengan
mengaitkannya dengan sikap burung yang tubuhnya kecil
tetapi tawakal dan kecekalannya ibarat gunung. Sabda Nabi
Muhammad SAW daripada riwayat Umar bin al-Khattab ra
yang bermaksud: “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal
kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada
kamu seperti mana Dia memberi rezeki kepada burung, ia
keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan pulang
pada petang harinya dengan perut kenyang.” [Maksud hadis
riwayat al-Tirmidzi]
143. Manusia memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk
memenuhi masa. Ringkasnya masa memerlukan komitmen,
122
jika anda tidak mampu memberikan komitmen kepada masa,
mungkin anda bukan orang yang menepati masa. Seterusnya
jika anda bukan orang yang tidak menepati masa, maka anda
juga bukan orang yang menepati janji. Jika anda bukan orang
yang boleh menepati janji maka anda mempunyai sifat-sifat
seorang munafik. Hadis daripada Abu Hurairah r.a, bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda
orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta,
apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia
khianati”. [Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
144. Hadis di atas jelas kepada kita begitu penting kepada seseorang
itu menepati janji yang pada awalnya bermula pada masa.
Ada orang berjanji bertemu dengan rakannya pada jam 9 pagi
tetapi sampai jam 10 pagi. Sebagai contoh yang mudah waktu
masuk ke pejabat yang telah ditetapkan oleh majikan jam
8.30 pagi, tetapi ada sebilangan pekerja masuk jam 9 pagi.
Ini semua berkait dengan masa dan janji. Ingatlah setiap janji
itu akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Isra', ayat 34:
Maksudnya : “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah
dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan
ditanya”.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Nahl ayat 91:
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan
perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah
kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu
menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah
menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu;
Sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu
lakukan.”
123
MENEPATI JANJI SIFAT ORANG BERIMAN
145. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 1 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta
sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”.
Menurut Tafsir al-Munir karangan Sheikh Dr Wahbah
al-Zuhaili beliau mengatakan: “Janji adalah satu sifat yang
terpuji. Menyalahi janji adalah satu sifat khianat dan nifaq.
Mengingkari perjanjian yang telah dibuat merupakan sikap yang
boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan. Maka, secara
syarak, wajib untuk menepati janji. Sesiapa yang menyalahi
dan tidak menepati janji yang telah dilakukan, sebenarnya dia
telah melakukan maksiat dan dosa. Daripada Anas r.a, beliau
berkata: Rasulullah SAW pernah memberikan khutbah kepada
kami. Baginda bersabda yang bermaksud: “Tiada iman (kurang
iman) bagi yang tiada sifat amanah. Tiada agama (kurang
agama) bagi yang tidak menepati janji.” [Maksud hadis riwayat
al-Baihaqi]
MENEPATI JANJI AMALAN AHLI SYURGA
146. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mu'minun ayat 8 hingga
ayat 11:
Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka
itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Mereka itulah orang-
orang yang akan mewarisi syurga al-Firdaus; mereka kekal di
dalamnya dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”.
Mereka yang memenuhi janji-janji dan amanah, mereka
akan mendapat balasan syurga dan penghormatan di
124
dalamnya. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'arij ayat 32
hingga 35 :
Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar
lagi adil (semasa mereka menjadi saksi), dan mereka yang
tetap memelihara solatnya. Mereka (yang demikian sifatnya)
ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan penghormatan”.
MASA MENUNGGU UNTUK MATI
147. Masa berlalu begitu pantas. Masa tidak menunggu kita.
Masa yang berlalu tidak mungkin kita ulangi, hanya kenangan
yang terukir di masa lalu. Masa juga tidak mengenal usia, akan
tetapi masa telah memamah usia kita. Sedar atau tidak, usia
kita sudah hampir kepada penghujungnya. Masa kematian yang
di tunggu-tunggu semakin menghampiri kita, mungkin esok,
mungkin lusa atau mungkin juga hari ini. Ini semua disebabkan
oleh masa. Masa yang telah ditentukan oleh Tuhan Yang
Maha Esa.
Graduan menganggur berlaku setiap tahun dan masa
pantas berlalu pergi, masa mengejar kita atau kita mengejar
masa, peluang mencari kita atau kita mencari peluang.
Dalam erti kata lain, kitalah yang mencipta peluang tanpa
mengharap peluang pekerjaan dari kerajaan dan mana-mana
pihak. Oleh sebab itu, kita perlu memanfaatkan masa kita,
baik yang muda mahupun yang tua. Kerana kematian itu
tidak mengenal siapa muda siapa yang tua. Ramai orang
beranggapan yang tua akan mati dahulu. Itu semua hanya
angan-angan untuk menyedapkan hati si pemuda. Yang
sebetulnya, mati tidak mengenal siapa. Apabila telah sampai
masa kematian maka ia pun pergi menemui Tuhan
Yang Maha Esa. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut
ayat 57 :
Maksudnya: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk
menerima balasan)”.
125
Justeru, marilah kita gunakan masa yang ada ini untuk
memperbanyakkan amal soleh kita untuk dibawa sebagai
bekalan di alam kubur. Yang muda gunakan usia muda dengan
menambah ilmu sebanyaknya untuk meningkatkan kualiti
amalan di hari tua. Manakala yang tua, jangan gunakan masa
tua hanya banyak termenung mengenang kisah muda yang
banyak lekanya. Gunakan masa yang ada untuk amal soleh
yang pasti menerangi kubur yang gelap gelita. Tidak kira apa
jua kebaikan di dunia ini jangan kita persiakan. Walaupun ianya
kecil tapi besar bila di timbang di neraca Allah.
MASA UNTUK BERIBADAH SEPARUH MALAM
148. Allah SWT kurniakan kepada kita masa yang secukupnya.
Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk beriadah, ada masa
untuk berehat, ada masa untuk makan, dan ada juga masa
untuk beramal ibadah. Hanya kita sahaja yang perlu bijak untuk
mengurus dan mengatur masa.
Terdapat ayat dalam al-Quran yang menyebutkan tentang
masa beribadah. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah
Al-Isra' ayat 79 :
Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu
malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya,
sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat
yang terpuji.”
Jelas kepada kita, Allah SWT menerangkan secara khusus
kepada kita suatu masa di waktu malam untuk kita bangun
beribadah kepadaNya. Beribadah di waktu malam adalah
sebaik-baik waktu untuk mendekatkan diri kepadaNya. Ada
di antara kita seperti golongan warga emas yang kadang kala
waktu malam tidak dapat tidur lena, atau sering terjaga pada
sepertiga malam, maka amalan tahajjud dan witir ini adalah
amat di tuntut untuk kita laksanakan sebagai amalan tambahan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 1-3:
126
Maksudnya: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah
solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa
yang tak dapat tidak untuk berehat, iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu”.
Inilah di antara amalan Rasulullah SAW dan para sahabat
r.a, seterusnya diikuti oleh para ulama' yang muktabar untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bangun
bertahajjud di setiap malam dan biasanya dilakukan sebanyak
11 rakaat termasuk solat witir. Dalam hadis riwayat A’ishah ra
katanya yang bermaksud: “Nabi SAW menunaikan solat malam
(tahajjud) sebanyak 11 rakaat dengan satu rakaat daripadanya
adalah solat witir”. [Maksud hadis riwayat Muslim]
AMALAN SOLAT TAHAJJUD
149. Para ulama berbeza pendapat pada menentukan hukum
perlaksanaan tahajjud pada diri Nabi SAW, sama ada wajib
atau sunat. Menurut Tafsir al-Qurtubi berpandukan kepada
dalil-dalil naqli yang ada memperkuatkan pendapat bahawa
perlaksanaannya pada diri baginda hukumnya wajib. Hal
ini dikukuhkan lagi dengan Nabi SAW melaksanakan solat
tahajjud pada setiap malam secara terus menerus. Jika
hukumnya sunat sahaja maka Nabi SAW tidak akan
melakukannya pada setiap malam.
Pada awal turunnya ayat pertama dari surah al-Muzammil
di mana Allah SWT menyeru “Hai orang yang berselimut,
Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam” sahabat
Nabi SAW turut sama melaksanakan solat tahajjud selama
8 bulan, ada riwayat mengatakan selama setahun menurut
satu riwayat dari Ibnu Abbas r.a, ada riwayat menyebut 16 bulan
menurut A’ishah r.a dan riwayat terakhir selama 10 tahun
seperti yang dikemukakan dalam tafsir al-Qurtubi. Dalam
erti kata perlaksanaan solat tahajjud itu wajib kepada Nabi SAW
dan para sahabat pada peringkat awal mengambil kira
daripada perintah Allah SWT yang bersifat umum. Setelah
itu ayat pertama tersebut dibatalkan amalannya dengan
turunnya ayat baru pada surah yang sama ayat 20 yang
berbunyi:
127
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad)
mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang
Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama
satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian
juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang
terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan
tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa
kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar
masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu
(dengan memberi kemudahan) kepada kamu;”.
Oleh kerana itu, perlaksanaan solat tahajjud yang pada
awalnya wajib kepada umat baginda diubah hukumnya
menjadi sunat, dan hukum ini berkekalan sehinggalah
tibanya hari kiamat kelak.
Tahajjud bermaksud amalan solat sunat yang didirikan
pada waktu malam selepas seseorang itu bangun daripada
tidurnya walaupun sebentar. Waktunya bermula selepas
menunaikan solat Isya’ dan berakhir sebelum masuknya waktu
subuh. Manakala melaksanakan solat tahajjud hukumnya
adalah sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat
digalakkan. Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah ra yang
bermaksud: “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah
solat malam (solat tahajjud)”. [Maksud hadis riwayat al-Baihaqi]
Waktu yang digalakkan untuk solat tahajjud bermula
pada pertengahan malam. Contoh jika waktu solat maghrib
masuk pada jam 7.15 malam dan berakhir waktu isya’ bermakna
malam sudah berlalu ataupun terbitnya fajar seperti dalam
surah al-Fajr ayat 1-4.
128
Maksudnya: “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh
(yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang
genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu”.
Menurut Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya perkataan “ ”
dalam ayat di atas merujuk kepada tersingkapnya kegelapan
malam kerana datangnya waktu siang pada setiap hari. Ianya
diungkapkan demikian kerana dengan adanya fajar bermulanya
awal waktu siang dan waktu malam pun berlalu pergi.
Maksud terbitnya fajar di dalam ayat tadi ialah Fajar Sadiq
iaitulah fajar yang melintang bercahaya sedikit atau berbalam-
balam di kaki langit bahagian terbitnya matahari. Apabila
terbitnya fajar tersebut maka masuklah waktu solat Subuh
atau juga disebut solat Fajar di negara Arab pada jam 5.45 pagi.
Ini bererti tempoh malam tersebut ialah 10 jam 30 minit, maka
pertengahan malam bermula jam 12.30 minit tengah malam.
Waktu yang paling terbaik (afdhal) dilakukan solat tahajjud ini
ketika waktu sahur sepertimana firman Allah SWT dalam surah
al-Zariyat ayat 18.
Maksudnya: “Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula,
mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
Dalam surah al-Muzammil ayat 20, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad)
mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang
Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan
selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya, dan
(demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang
yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah
yang terdahulu), padahal Allah jualah yang menentukan
dengan tepat kadar masa malam dan siang”.
Ayat ini memberi maksud waktu sahur pada bulan
Ramadan dan waktu solat subuh antara negara ke negara
129
di dunia ini berbeza-beza waktu siang dan waktu malamnya.
Contoh di Malaysia waktu solat subuh bermula pada jam
5.45 pagi. Oleh itu, waktu yang dimaksudkan dalam ayat ini
merangkumi 1/2, 1/3 atau 2/3 mengikut iklim negara yang
berbeza pada siang dan malamnya.
Untuk memudahkan kita memahami pecahan waktu malam
berikut dikemukakan carta kedudukan malam mengikut
pecahannya bersandarkan kepada ayat 20 surah Muzammil.
Masuk waktu Maghrib Masuk waktu Subuh
(7.15 malam) (5.45 pagi)
Tempoh masa 10 jam 30 minit
1. Carta solat tahajjud untuk pecahan 1/3 malam
(3 jam 30 minit)
• Satu pertiga malam (pertama) :
7.15 malam hingga 10.45 malam.
• Satu pertiga malam (kedua) :
10.45 malam hingga 2.15 pagi.
• Satu pertiga malam (ketiga) :
2.15 malam hingga 5.45 pagi.
2. Carta solat tahajjud untuk pecahan 1/2 malam
(5 jam 15 minit)
• Satu perdua malam (awal/pertama) :
7.15 malam hingga 12.30 pagi.
• Satu perdua malam (kedua/terakhir) :
12.30 pagi hingga 5.45 pagi.
3. Carta solat tahajjud untuk pecahan 2/3 malam
(7 jam)
• Dua pertiga malam (pertama) :
7.15 malam hingga 2.15 pagi. (7 jam)
• Satu pertiga malam (terakhir) :
2.15 pagi hingga 5.45 pagi. (3.30 jam)
130
FORMULA PENGIRAAN 1/3, 1/2 DAN 2/3 MALAM
(PADA SETIAP MALAM ALLAH SWT MENURUNKAN RAHMAT
KE LANGIT BUMI SERTA KASIH SAYANG KEPADA MAKHLUK/
MANUSIA, MENGKABULKAN SEGALA DOA/PERMINTAAN
DAN MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA HAMBA-NYA)
150. Berikut pengiraan sekiranya waktu solat Maghrib dan Subuh
berubah maka boleh berpandukan kepada carta di bawah.
CONTOH : Mula masuk waktu maghrib : 7.15 malam.
Mula masuk waktu subuh : 5.45 pagi.
Jumlah masa dari mula waktu maghrib hingga masuk waktu subuh
10 jam 30 minit atau 10.5 jam (matematik).
*Formula untuk mendapatkan 30 minit (0.5 jam x 60 minit = 30 minit)
Perincian kiraan masa untuk seperdua (1/2) malam dalam jam
dan minit.
• 1/2 x 10.5 = 5.25 jam = 5 jam 15 minit formula untuk
mendapatkan 15 minit (0.25 jam x 60 minit =15 minit)
• 5 jam 15 minit 7.15 malam + 5 jam 15 minit = 12.30 pagi
(1/2 malam pertama)
• 12.30 pagi + 5 jam 15 minit = 5.45 pagi (Subuh)
(1/2 malam kedua)
Perincian kiraan masa untuk sepertiga (1/3) dalam jam dan minit.
• 1/3 x 10.5 jam = 3.5 jam atau 3 jam 30 minit.
Maka 1/3 malam pertama : Mulai masuk waktu maghrib ditambah
3 jam 30 minit 7.15 + 3 jam 30 minit = 10.45 malam.
➞
➞➞ ➞
➞ ➞ ➞1/3 malam pertama
1/3 malam kedua 1/3 malam terakhir
➞➞
➞➞
➞➞
➞➞
➞➞
➞➞
➞➞
➞➞
Maghrib 7.15 mlm (1/3 + 1/3 + 1/3 = 3/3 = 1 malam) Subuh 5.45 pagi
➞ ➞2/3 (dua pertiga malam)
1/3 malam terakhir
(2/3 + 1/3 = 3/3 = 1 malam)
Kiraan dua pertiga malam (pertama) 2/3 x 10.5 = 7 jam.
Maka 2/3 malam pertama dikira dari mulai masuk waktu maghrib
dan ditambah 7 jam : 7.15 malam + 7 jam = 14.15 pagi (ikut kiraan
jam tangan/dinding = 2.15 pagi). Kiraan 1/3 malam terakhir dikira
mulai dari jam 2.15 pagi hingga masuk waktu subuh (2.15 pagi
+ 3 jam 30 minit = 5.45 pagi).
131
ALLAH SWT TIDAK TURUN KE LANGIT DUNIA DENGAN
ZAT-NYA TETAPI MENURUNKAN RAHMAT KEPADA
HAMBA-NYA YANG BERSOLAT TAHAJJUD KETIKA HANYA
BERBAKI SEPERTIGA MALAM. KEISTIMEWAAN INI
AKAN TERUS BERLANJUTAN HINGGA DATANG WAKTU
FAJAR
151. Menurut Ibnu Hajar dan al-Qastalani bahawa Allah SWT
turun ke langit dunia disebut dalam tafsir al-Qurtubi (W:671H)
daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda
yang bermaksud: “Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap
malam di saat sepertiga malam telah berlalu, Allah berfirman
yang bermaksud: “Aku adalah Raja diraja, Aku adalah Raja
diraja, barangsiapa yang meminta sesuatu kepada-Ku maka
Aku akan memberikan permintaannya, barangsiapa yang
meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.
Keistimewaan ini akan terus berlanjutan hingga datangnya fajar.
[Maksud hadis riwayat Muslim]
152. Menurut Ibnu Hajar al-‘Asqalani (L:773H/W:852H) dalam kitab
Fath al-Bari syarah kepada al-Bukhari, hadis 1145 jilid 3 m/s 37
dengan ditahqiq oleh Abd Qadir Syaibah al-Hamd cetakan
Saudi: Mengekalkan makna perkataan turun secara harfiah
perkataan yanzilu boleh membawa kepada kesesatan kerana
mensabitkan Allah SWT dengan arah iaitu berada di atas dan
di bawah. Jumhur ulama ahli sunnah wa al-Jamaah menolak
kefahaman seperti ini kerana Allah SWT tidak bertempat dan
perbuatan tersebut boleh membawa kepada tashbih dan
tajsim atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk dan
sudah pasti perkara tersebut mustahil kepada Allah. Oleh itu,
jalan paling selamat ialah mengembalikan maksud sebenar
kepada Allah SWT dengan sifat yang layak dengan zat-Nya
Yang Maha Tinggi atau mentafsirkan (takwil) perkataan
tersebut kepada maksud yang bersesuaian dengan cara yang
difahami orang Arab berpandukan laras bahasa yang difahami
mereka. Yanzilu di sini boleh ditafsirkan dengan dua bentuk.
Pertama: Turunnya perintah Allah SWT bukan zat-Nya atau
turunnya para Malaikat dengan perintah Allah SWT.
Kedua: Perkataan turun ini membawa maksud secara tersirat
yang boleh ditafsirkan dengan sifat kelembutan Allah Yang
Maha Mendengar dan menerima permintaan hamba-Nya dan
seumpamanya.
132
153. Tambah Ibnu Hajar lagi: “menurut Ibnu Furak: Perkataan Yanzilu
dibaca Yunzilu seperti mana dalam sebahagian riwayat
dari kalangan sebilangan ulama, membawa maksud Allah SWT
menurunkan Malaikat. Pendapat ini boleh disokong dengan
hadis riwayat al-Nasaei di mana Allah SWT meminta Malaikat
menyeru yang bermaksud: “Adakah masih ada di kalangan
hamba-Ku yang meminta untuk diberikan permintaannya”.
154. Menurut Ibnu Furak (W.406H) dalam kitab Mushkil al-Hadith
wa Gharibihu m/s 472 cetakan ‘Alam al-Kutub, Beirut :
Turun dalam hadis ini bermaksud turunnya para Malaikat
dengan perintah Allah, atas dasar itu perkataan yanzilu
disandarkan kepada Allah selaku pemberi perintah.
155. Menurut Shihabuddin al-Qastalani dalam kitab Irshad al-Sari
syarah kepada al-Bukhari cetakan dar al-Kutub ‘al-Ilmiah,
Beirut hadis 1145 jilid 3 m/s 199 : Turun Allah SWT bermaksud
turunnya rahmat Allah, kelembutan dan mengkabulkan
permintaan dan taubat dari hamba-hamba-Nya seperti mana
sikap seorang raja yang pemurah dan mempunyai sifat belas
kepada hamba rakyatnya ketika mendapat berita kesengsaraan
rakyatnya. Ianya tidak membawa maksud Allah SWT turun
secara fizikal dari atas ke bawah kerana sifat tersebut mustahil
bagi Allah menyerupai makhluk/manusia akan tetapi membawa
makna tersirat (maknawi).
156. Tambah al-Qastalani (L:851h /W:923h) lagi: “Menurut Ibnu
Furak: Perkataan Yanzilu dibaca Yunzilu seperti
mana dalam sebahagian riwayat dari kalangan sebilangan
ulama. Dalam bacaan perlu kepada maf’ul disebabkan
fi’il tersebut Muta’addi, maka menurut al-Qurtubi tafsirannya
ialah: Allah SWT menurunkan para Malaikat dan pendapat
ini boleh disokong dengan hadis riwayat al-Nasaei di mana
Allah SWT meminta malaikat menyeru yang bermaksud:
Apabila berlalunya separuh malam yang pertama Allah SWT
meminta Malaikat untuk menyeru “Adakah masih ada di
kalangan hamba-Ku yang meminta untuk diberikan
permintaannya”.
157. Kesimpulannya, hadis ini bukanlah membawa maksud
Allah SWT itu turun dengan zat-Nya sehingga boleh ditafsirkan
Allah SWT itu berjisim seperti manusia. Maksud sebenar hadis
133
ini adalah secara tersiratnya yang turun itu ialah rahmat dan
kasih sayang Allah SWT pada setiap malam kepada hamba-
hamba-Nya yang bersusah payah bangun menunaikan solat
tahajjud dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
158. Rumusan hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra mengenai
Allah turun ke langit bumi adalah bermaksud seperti berikut :
“Pada setiap malam Allah SWT menurunkan rahmat ke langit
bumi serta kasih sayang kepada makhluk/manusia,
mengkabulkan segala doa/permintaan, taubat dan memberikan
keampunan kepada hamba-Nya (terutama hanya berbaki
sepertiga malam). Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Barangsiapa yang meminta kepadaKu, maka akan Aku
berikan permintaannya, barangsiapa yang berdoa kepadaKu
maka akan Aku mengkabulkannya, barangsiapa yang meminta
keampunan-Ku maka Aku akan mengampuninya, keistimewaan
ini terus berlanjutan hingga datangnya waktu fajar”.
AMALAN SOLAT WITIR
159. Witir pada asalnya dalam bahasa Arab bermaksud tunggal
(bilangan yang ganjil). Dari sudut istilahnya pula bermaksud
solat tertentu yang dilakukan pada waktu malam bertujuan
menutup solat-solat malam, sama ada dilakukan pada awal
malam, pertengahan, atau pengakhiran malam di antara isya’
dan sebelum masuk waktu subuh. Bilangan rakaatnya adalah
bilangan yang ganjil dan disebabkan itulah ia dinamakan
sebagai witir. Solat Witir juga berada dalam kategori sunat
muakkad yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam
menurut semua mazhab kecuali mazhab Hanafi yang pada
mazhab mereka hukumnya adalah wajib (perintah
melakukannya datang dari dalil zhanni dan melaksanakannya
merupakan wajib yang kedudukannya lebih rendah daripada
fardhu). Terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan
tentang anjuran dan galakan Nabi SAW melakukan solat ini.
Antaranya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Kharijah bin Huzafah ra katanya bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT
menganugerahkan kepada kamu satu jenis solat yang lebih
baik untuk kamu daripada seekor unta berwarna merah; iaitulah
solat Witir, maka laksanakanlah solat itu antara isya’ dan
sebelum masuk waktu subuh” [Maksud hadis riwayat Ahmad,
Ibnu Majah, Abu Daud dan al-Tirmizi]. Dalam sebuah hadis lain
134
daripada Abu Hurairah ra beliau berkata yang bermaksud:
Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya
melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap
bulan (Islam), dua rakaat dhuha dan melakukan solat witir
sebelum tidur. [Maksud hadis riwayat al-Bukhari]
160. Bersandarkan kepada hadis Kharijah tadi menurut mazhab
Syafie witir hanya boleh dilakukan selepas menunaikan solat
isya’ terlebih dahulu walaupun diluar waktunya. Ini bererti
orang yang menunaikan solat maghrib dan isya’ secara jama’
dalam waktu maghrib (jamak takdim) boleh terus melaksanakan
solat witir selesai daripada solat isya’ yang dijamakkan tadi.
Oleh kerana solat witir tujuannya untuk menutup solat-solat
malam maka amat digalakkan untuk dilakukan segera selepas
solat sunat isya’ (ba’diyah) bagi yang tidak berhasrat untuk
bangun malam menunaikan tahajjud atau tidak yakin dapat
bangun. Bagi yang berazam untuk melakukan qiyamullail
atau sudah menjadi rutinnya, sunat untuk dilewatkan kemudian.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar ra bahawa Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Jadikan solat kamu yang terakhir pada waktu
malam berakhir dengan solat witir.” [Maksud hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim]
161. Justeru, persepsi masyarakat Islam di Malaysia khususnya
yang beranggapan witir hanya dilakukan mulai 16 Ramadan
selepas solat tarawih adalah salah dan perlu diperbetulkan. Ini
kerana tuntutan melaksanakan sunat witir amat banyak sekali
disebutkan dalam hadis-hadis Nabi SAW dan tidak terhad
dalam musim-musim tertentu. Malahan ulama fiqh sentiasa
mengingatkan kita kepada suatu kaedah umum iaitu keluar
dari khilaf itu adalah lebih utama atau lebih afdhal’. Ini bererti
dengan melaksanakan solat witir secara istiqomah kita juga
telah meraikan pendapat mazhab Hanafi yang mewajibkan
solat witir. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya
kita menjunjung sunnah baginda dengan sebaik mungkin,
apatah lagi baginda sentiasa beribadah dan bermunajat kepada
Allah sehingga bengkak kakinya dengan melaksanakan solat
tahajjud dan witir. Hadis dari Urwah Bin Zubair r.a Aisyah ra
berkata yang bermaksud: “Ketika menunaikan solat Rasulullah
SAW berdiri hingga kaki baginda bengkak. Aisyah berkata:
Wahai Rasulullah, kenapa kamu melakukan ini padahal
Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah berlalu dan
135
yang dikemudian. Baginda bersabda: Apakah aku tidak menjadi
hamba yang bersyukur?.” [Maksud hadis riwayat Muslim]
162. Begitulah kemuliaan Rasulullah SAW, walaupun telah dipilih
sebagai kekasih Allah SWT, tetapi baginda tetap meneruskan
ibadah kepada Allah SWT dengan penuh ketekunan dan
keikhlasan sebagai tanda syukur kepada Allah. Oleh itu kita
sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah berusaha keras
untuk melakukan solat tahajjud walaupun hanya sekadar
dua rakaat sebelum masuknya waktu subuh sepertimana
sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Apabila seseorang di kalangan kamu bangun pada waktu
malam hendaklah ia menunaikan solat dua (tahajjud) rakaat
secara ringkas”. [Maksud hadis riwayat Muslim]
PANDUAN RINGKAS SOLAT TAHAJJUD
163. Ilmu tanpa beramal tidak memberikan sebarang hasil dalam
kehidupan apa lagi keuntungan di akhirat kelak. Seperti mana
yang disebutkan dalam pepatah Arab
(Ilmu tanpa beramal ibarat pokok yang tidak berbuah). Untuk itu
dikemukakan di sini panduan ringkas untuk mempermudahkan
kita menunaikan solat tahajjud dan witir secara konsisten,
khususnya bagi golongan tua yang berkeuzuran dan
seumpamanya. Tujuannya agar kita dapat menghidupkan
sunnah Nabi Muhammad SAW dan mendapat kelazatan
beribadah.
164. Solat sunat tahajjud hendaklah dilaksanakan sekurang-
kurangnya 2 rakaat dengan satu salam. Jika berhasrat untuk
meneruskannya lagi, maka setelah selesai 2 rakaat yang
pertama, bolehlah disambung untuk 2 rakaat lagi dan
seterusnya mengikut kemampuan masing-masing.
Lafaz niat solat Tahajjud:
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana
Allah Ta’ala”.
136
BACAAN SURAH DALAM SOLAT TAHAJJUD
165. Tiada bacaan khusus untuk solat sunat tahajjud. Boleh
dibacakan apa sahaja surah dalam al-Quran sama ada yang
pendek mahupun panjang. Namun, bagi mereka yang tidak
menghafal surah-surah panjang, anda boleh melazimi surah
berikut sebagai panduan solat tahajjud.
Rakaat Pertama
– Membaca surah al-Fatihah diikuti Surah al-Kafirun
Rakaat Kedua
– Membaca surah al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas
SOLAT WITIR BOLEH 1 RAKAAT ATAU 3 RAKAAT
166. Cara paling sempurna dan afdhal melaksanakan solat Witir
dengan 3 rakaat dengan dua salam (2+1) dengan niat witir
menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki. Cara perlaksanaan
seperti ini berpandukan kepada hadis Nabi SAW daripada
Ibnu Umar r.a dengan katanya yang bermaksud:
Rasulullah SAW memberikan salam di antara satu rakaat dan
dua rakaat ketika solat witir, sehingga baginda mengarahkan
kepada sebahagian keperluannya” [Maksud hadis riwayat
al-Bukhari]. Boleh juga dilaksanakan secara 3 rakaat sekaligus
dengan satu salam menurut semua mazhab tadi termasuk
mazhab Hanafi mengikut perincian dalam mazhab masing-
masing seperti berikut:
1. Mazhab Syafie dan Hanbali: Solat tiga rakaat witir
dengan satu tasyahhud (tasyhhud akhir) dan satu salam
sahaja.
2. Mazhab Hanafi: Solat tiga rakaat witir dengan dua
tasyahhud dan satu salam seperti solat Maghrib.
3. Mazhab Maliki : Melaksanakan witir dengan satu salam
sama ada seperti mazhab Syafie dan Hanbali atau mazhab
Hanafi seperti 1 dan 2 di atas, namun kedua-duanya cara
tersebut hukumnya makruh.
Solat witir juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu
rakaat sahaja dalam mazhab Syafie dan Hanbali dan
hukumnya adalah harus, berpandukan kepada hadis daripada
137
Ibnu Umar r.a dan Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Solat witir itu satu rakaat dilakukan ketika
akhir malam”. [Maksud hadis riwayat Muslim]. Namun dalam
mazhab Maliki dan Hanafi perbuatan tersebut hukumnya adalah
makruh. Menurut al-Sharkhawi di kalangan ulama Syafie dalam
al-Tanqih melakukan solat witir satu rakaat sahaja secara
berterusan (konsisten) hukumnya adalah makruh kerana
bertentangan dengan perkara yang lebih afdhal iaitu;
melaksanakannya dengan cara yang paling sempurna 3 rakaat.
Selain dari orang yang sihat solat witir satu rakaat ini ianya
memberi kemudahan dan galakan kepada golongan uzur,
usia emas, yang tidak bertenaga seperti parkinson, sakit saraf,
sakit pinggang, tidak boleh duduk lama atas kerusi, kepenatan,
asma dan sebagainya.
Rumusan: Solat witir boleh dilakukan dengan 4 cara berikut:
1. Solat tiga rakaat witir dengan satu tasyahhud dan satu
salam sahaja.
2. Solat tiga rakaat witir dengan dua tasyahhud dan satu
salam seperti solat Maghrib.
3. Solat dua rakaat kemudian memberi salam. Setelah itu
diikuti dengan solat satu rakaat. (paling afdhal dalam
mazhab Syafie - 2+1)
4. Solat satu rakaat witir dengan satu tasyahhud dan satu
salam.
SOLAT JAMAK TAMAM (TAQDIM DAN TA’KHIR) KETIKA
DARURAH (BUKAN BERMUSAFIR)
167. Penulis juga, terpanggil untuk menjelaskan bahawa hukum
fiqh dalam Islam tujuannya untuk memberikan keringanan yang
tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya dalam
semua keadaan. Ini semata-mata untuk makluman amalan
dan tindakan umum. Sebagai contoh, solat jamak dan qasar
pada asal hukumnya hanyalah dibenarkan ketika musafir dan
dibolehkan juga untuk jamak tamam zohor dan asar atau
maghrib dan isyak jika berada dalam keadaan takut
dan hujan lebat bersandarkan kepada dalil-dalil yang kuat lagi
sahih. Namun solat jamak tamam boleh dilaksanakan ketika
berhadapan dengan suatu hajat yang terdesak dan tidak boleh
ditangguhkan seperti pesakit yang akan dilaksanakan
pembedahan oleh doktor dan pembantu (orang Islam) dan
138
seumpamanya.
Perkara ini boleh dilakukan kerana ada riwayat daripada
Abdullah bin Abbas r.a dengan katanya yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah menunaikan solat zohor dan asar
dan solat maghrib dan isya’ dengan menjamakkan kesemuanya
sekali (tamam) di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan
dan juga bermusafir. Kata Abu Zubair: Aku telah bertanyakan
Sa’id: Mengapa dilakukan sebegitu? Maka jawab Sa’id:
Aku telah bertanyakan Ibnu Abbas soalan seperti yang kamu
tanyakan, maka jawab Ibnu Abbas: Rasulullah SAW
mengkehendaki untuk tidak menyusahkan umatnya. [Maksud
hadis riwayat al-Tirmizi dan Muslim]
Hadis di atas menjurus kepada harus menjamakkan solat
secara taqdim atau ta’khir, contoh maghrib dan isyak (3+4 jamak
ta’khir dengan niat solat maghrib dita’khirkan ke isyak) kerana
waktu solat maghrib masanya pendek. Meninggalkan solat
maghrib dengan sengaja hukumnya berdosa. Antara sebab
lain yang harus dilakukan (3+4 jamak tamam ta’khir) ialah
disebabkan darurah kerana kesihatan dan keselamatan yang
tidak boleh tidak dilakukan.
1. Frontliners, doktor, pembantu dan pihak keselamatan
semasa COVID (PKP).
2. Bomba penyelamat menyelamatkan mangsa kebakaran
dan sebagainya.
3. Orang yang bukan bermusafir balik ke rumah sendiri
terperangkap dalam kemalangan jalan raya dan kesesakan
yang kuat jalan keluar tidak membolehkan.
4. Orang yang balik dari bermusafir lebih 2 marhalah, 56 batu
bersamaan 90.123 km atau pakaian tiada yang bersih
(bernajis) atau terperangkap dalam kemalangan atau
kesesakan lebuh raya yang kuat, solatnya di rumah 3+4
jamak ta’khir tamam bukan (3+2 kategori musafir bukan
jamak qasar).
5. Keuzuran yang sangat bersangatan (jamak tamam).
Peringatan: Contoh perkara-perkara di atas tidak boleh
berterusan (konsisten) atau amalan. Sekiranya sebab perkara
139
itu hilang maka keharusannya hilang juga kerana keharusan
ini adalah sementara (muaqqat). Firman Allah SWT dalam
surah al-Nisa, ayat 103:
Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati
Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu
berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram
(berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang
itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya
sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
LARANGAN MENGULANGI WITIR
168. Jika witir telah dilakukan selepas solat isya’ tidak perlu lagi
diulangi semula kerana Nabi SAW melarang daripada berbuat
demikian. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Talq bin Ali ra
katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud; “Tidak ada pelaksanaan solat Witir dua kali
pada satu malam”. [Maksud hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i
dan Abu Daud].
169. Menurut Ibn Hajar di dalam Tuhfah al-Muhtaj dan al-Ramli di
dalam Nihayah al-Muhtaj dari kalangan ulama mazhab Syafie,
tidak dituntut untuk mengulangi semula solat witir dalam satu
malam. Sekiranya solat witir tersebut dilakukan kembali dengan
niat witir pada satu malam dengan sengaja dan mengetahui
hukumnya maka solat tersebut tidak sah. Bahkan, menurut
al-Ramli perbuatan tersebut adalah haram sekiranya ia
dilakukan dalam keadaan sengaja dan tahu akan hukumnya.
Namun, jika pengulangan witir tersebut dilakukan kerana jahil
ataupun terlupa, maka solat witir tersebut dikirakan sebagai
sunat mutlak).
170. Justeru, mengulangi kembali solat witir untuk kali kedua adalah
140