The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzadesign art, 2020-11-24 04:37:18

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

ABSTRAK

PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU TERPILIH OLEH
PELAJAR MENENGAH

Sharil Nizam Sha’ri
Universiti Putra Malaysia

[email protected]
Hasnah Mohamad
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Rohaidah Kamaruddin
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Norazlina Mohd Kiram
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

Zuraini Jusoh
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Mohammad Habibi Saleh, Wan Shahira Mardhiah Wan Zahari, Adiba
Nur’Ain Shaharuddin, Saiful Ibrahim Abas Saiful Bahri, Muhammad Syahmi

Hamzah
Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK
Benarkah peribahasa semakin sukar untuk dibaca dalam bentuk bercetak
sehingga menyebabkan generasi muda semakin terpinggir untuk mengetahui
makna dan penggunaan peribahasa pada hari ini? Justeru, kajian ini mengenal
pasti buku-buku bercetak terpilih tentang peribahasa, mengenal pasti dan
membincangkan penguasaan peribahasa Melayu terpilih dalam kalangan
pelajar sekolah di Cheras Jaya, Balakong, Selangor. Teori Realitiviti Linguistik
yang menjadi dasar Hipotesis Sapir-Whorf (1921) diterapkan dalam analisis
dapatan kajian ini. Seramai 50 responden secara rawak dalam kalangan pelajar
sekitar di Balakong dipilih secara rawak untuk mengisi kuiz peribahasa. Secara
rasionalnya, pemilihan responden ini dilakukan sempena berlangsungnya
Program Jelajah Bahasa dengan kerjasama pejabat DUN Balakong, Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Jaya, Balakong pada Januari 2020. Kuiz peribahasa ini memberikan imej
terdekat, gambar bersesuaian dan makna bagi 10 peribahasa terpilih, setiap
responden dikehendaki menulis peribahasa yang tepat berdasarkan maklumat
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima judul atau teks
yang menerbitkan peribahasa untuk dibaca oleh masyarakat dan hanya seorang
sahaja responden yang berjaya menulis peribahasa dengan tepat berbanding
dengan responden yang lain. Dalam hal ini, didapati pengetahuan dan minat
yang berkait dengan bahasa, kebudayaan dan jalan fikiran menjadi elemen
penting dalam penguasaan peribahasa.

Kata kunci: peribahasa Melayu, penguasaan, pengetahuan, bahan bercetak,
kuiz peribahasa

49

ABSTRAK

“AIR TANGAN IBU” DALAM BUDAYA MAKANAN MELAYU
BERDASARKAN CERPEN-CERPEN MELAYU PILIHAN

Kamariah Kamarudin
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Dalam budaya Melayu, konsep “air tangan ibu” secara umumnya dikenali
sebagai suatu usaha mulia seseorang yang bergelar wanita yang memiliki anak
untuk menyediakan hidangan dalam masakan. Namun, secara falsafahnya “air
tangan ibu” bukan sekadar berbentuk hidangan dalam masakan bahkan
sebenarnya merupakan aliran kasih-sayang, kesungguhan, dan ketulusan hati
seseorang ibu yang menyediakan masakan untuk anaknya. Maka, dengan hati
itulah sebenarnya yang mengalirkan “air tangan ibu” yang menjadi obor
kekuatan terhadap seseorang anak untuk mengingati dan mengenangi jasa
ibunya. Malahan dalam konteks Islam, falsafah “air tangan” ini juga dapat
disejajarkan dengan dorongan Rasulullah SAW agar setiap manusia di muka
bumi ini memperelokkan kerja sehari-harian sebagaimana sabdanya menerusi
terjemahan Hadis Riwayat al-Baihaqi: “bahawasanya Allah SWT suka apabila
seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan
kerjanya”. Justeru, kajian ini akan meneliti cerpen-cerpen Melayu pilihan yang
memperlihatkan kreativiti pengarang dalam mengutarakan “air tangan ibu”
menerusi menu yang disajikan dalam karya masing-masing. Kajian akan
merungkai “air tangan ibu” sebagai tunjang keluarga, “air tangan ibu” sebagai
inspirasi anak-anak dan “air tangan ibu” sebagai wanita solehah berdasarkan
cerpen Kerana Kuih Koci, Bihun Goreng Berkuah Laksa, Jeruk Maman Emak,
Gulai Tempoyak Ikan Sebarau dan Ambuyat. Berdasarkan kajian jelas
menunjukkan bahawa “air tangan ibu” dalam budaya Melayu menyerlahkan
keupayaan pengarang mengutarakan kreativiti makanan Melayu dalam cerpen-
cerpen masing-masing, yang akhirnya memberikan makna dalam kehidupan
manusia sejagat.

Kata kunci: “air tangan ibu”, budaya makanan Melayu, cerpen-cerpen Melayu
pilihan

50

ABSTRAK

NILAI-NILAI SEJAGAT DALAM KARYA SASTERA KANAK-
KANAK MELAYU

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Awang Azman Awang Pawi
Universiti Malaya
[email protected]
ABSTRAK

Sistem nilai memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju
masyarakat dan pilihan-pilihan yang dibuat untuk menjalankan urusan hidup.
Sebahagian daripada nilai-nilai ini merupakan nilai moral sejagat yang perlu
digunakan sebagai panduan atau prinsip hidup ahli komuniti untuk menjaga
kebaikan bersama. Sastera kanak-kanak merupakan medium asas untuk
menyemai nilai-nilai sejagat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Kanak-kanak mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui dan
mempelajari tentang kehidupan lain selain daripada apa yang mereka ketahui.
Mereka mula mengenali nilai-nilai yang ada pada diri dan cuba
membandingkan dirinya dengan orang lain. Kanak-kanak mempelajari nilai dan
budaya melalui sesebuah cerita. Mereka belajar tentang apa yang mereka boleh
lakukan dan diterima oleh masyarakat dan juga perkara yang tidak boleh
dilakukan. Mereka juga belajar emosi simpati dan empati untuk sesuatu
perkara. Hal ini secara tidak langsung mendidik kemahiran sosial pada diri
kanak-kanak. Sejauh manakah nilai-nilai sejagat ini diterapkan dalam sastera
kanak-kanak? Justeru, kajian ini untuk mengklasifikasi dan menganalisis nilai-
nilai sejagat dalam karya sastera kanak-kanak. Kajian ini akan berlandaskan
pendekatan psikologi. Nilai-nilai sejagat sangat penting untuk diterapkan dalam
bahan bacaan kanak-kanak di negara yang berbilang kaum.
Kata kunci: nilai-nilai sejagat, kanak-kanak, sastera, Melayu

51

ABSTRAK

TAHAP KEMAHIRAN MENULIS PELAJAR DIPLOMA BAHASA
ARAB DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
BERDASARKAN PERSEPSI DAN UJIAN PENGESANAN

Mohamad Rofian Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Ahmad Redzaudin Ghazali

[email protected]
Khairatul Akmar Bin Abdul Latif

[email protected]
Fahed Bin Maromar
[email protected]
Saupi Bin Man
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan dan perbezaan
antara persepsi pelajar dan ujian pengesanan pelajar Diploma Bahasa Arab
dalam menguasai kemahiran menulis. Sebanyak 140 orang responden daripada
empat buah institusi pengajian tinggi Malaysia (IPTM) dipilih iaitu Universiti
Sultan Zainal Abidin (90 orang), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(25 orang), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (9 orang), dan
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (16 orang) sebagai sample kajian.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif perbandingan
skor min digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara
penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang
bersumberkan Jamil Ahmad (1993). Dapatan kajian menunjukkan skor min
keseluruhan pada persepsi pelajar ialah 3.44(SP=0.80), manakala skor min bagi
ujian pengesanan kemahiran menulis pelajar ialah 2.34(SP=1.022). Hal ini
menunjukkan skor min persepsi pelajar berada pada tahap sederhana manakala
skor min pada ujian pengesanan kemahiran menulis bahasa Arab berada pada
tahap yang rendah. Perbandingan di antara dua skor min mendapati bahawa
persepsi pelajar yang sederhana akan mempengaruhi kemahiran menulis
pelajar. Ia menunjukkan signifikan di antara kedua skor min tersebut. Jika
dilihat pada setiap item dalam konstruk tahap penguasaan menulis bahasa Arab
mengikut persepsi pelajar didapati persepsi pelajar terhadap penulisan bahasa
Arab berada pada tahap yang sederhana iaitu pada tahap pertengahan dan
memuaskan. Manakala ujian pengesanan yang dijalankan ke atas pelajar pula
menunjukkan tahap kemahiran menulis mereka berada pada tahap yang rendah.
Justeru, persepsi yang rendah atau sederhana sebenarnya mempunyai potensi
untuk memberi impak yang penting dalam mempengaruhi ujian kemahiran
menulis bahasa Arab.

Kata kunci: Kemahiran Menulis, Diploma Bahasa Arab, Persepsi, Ujian
Pengesanan

52

ABSTRAK

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP TAHAP MEREKA DALAM
MENGUASAI ILMU MA’ANI DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

Ahmad Redzaudin Ghazali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Mohamad Rofian Ismail
[email protected]
Khairatul Akmar Abdul Latif
[email protected]
Mohamad Syukri Abdul Rahman
[email protected]

Md. Nor Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
tahap mereka dalam menguasai ilmu ma’ani di intitusi pengajian tinggi
malaysia. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif. Sebanyak 105
pelajar diploma Bahasa Arab dari empat buah institusi pengajian iaitu Kolej
Universiti Islam Malaysia (KUIS), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Azlan
Shah (KUIPSAS), Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA) diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 22.0. Analisis data bagi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif
iaitu kaedah analisis deskriptif mudah skor min telah digunakan untuk
memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data kajian, pengkaji
menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993).
Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati nilai min yang diperoleh
daripada keempat-empat universiti untuk 13 item yang dikaji berada interpretasi
min yang tinggi iaitu 3.83 (SP=0.81). Secara keseluruhannya, pelajar Diploma
bahasa Arab di IPT Malaysia berpandangan bahawa mereka dapat menguasai
Ilmu Ma’ani. Hal ini dinyatakan pada 13 item yang berada pada tahap min yang
tinggi dalam konstruk yang dikaji. Justeru, kajian ini telah berjaya
mendedahkan tahap sebenar penguasaan pelajar diploma bahasa Arab mengikut
persepsi mereka dalam menguasai ilmu ma’ani di intitusi pengajian tinggi
Malaysia.

Kata kunci: Persepsi, Tahap Penguasaan, Ilmu Ma’ani, IPT

53

ABSTRAK

PENGARUH BUDAYA DALAM KEHARMONIAN ETNIK DI
SABAH

Sharifah Darmia Binti Sharif Adam
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang pengaruh budaya dalam keharmonian
etnik di Sabah. Sabah terkenal kerana keunikan masyarakatnya yang terdiri
daripada 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang dikelaskan sebagai
bumiputera dan bukan bumiputera. Etnik - etnik di Sabah menggunakan hampir
50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek masing-masing. Setiap etnik di
Sabah juga mempunyai amalan budaya, adat tradisi, agama dan bahasa yang
berlainan menjadikannya sebagai sebuah negeri yang mempunyai
keistimewaan tersendiri. Keistimewaan ini turut dapat dilihat melalui pelbagai
amalan budaya yang dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah.
Dalam masyarakat Sabah wujud sikap saling menghormati dan meraikan
budaya yang mencerminkan keharmonian hidup masyarakatnya. Walaupun
terdapat perbezaan pendapat dan kepercayaan tetapi kesemuanya ditangani
dengan berhemah dan bermusyawarah supaya keharmonian antara etnik terus
terpelihara. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan analisis
kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan
untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu
analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau
merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat
terhadap usaha mengukuhkan hubungan antara etnik yang harmoni di Sabah.
Kata kunci: Budaya, Hubungan etnik dan bumiputera Sabah

54

ABSTRAK

THE PHYSICAL AND MENTAL EFFECTS EXPERIENCED BY
ROHINGNYA VICTIMS OF VIOLENCE

Hairunnisa Zakaria
National Defence University of Malaysia

[email protected]
Noraini Zulkafli @ Zulkifli

National Defence University of Malaysia
[email protected]
ABSTRAK

Rohingya women have been raped and sexually assaulted repeatedly by the
Burmese military, police and Buddhism. The reproductive organs, body and
post-traumatic stress disorder (PTSD) suffered severe injuries. They are also
burdened with pregnancy because they are raped. This situation immediately
requires access to sexual and reproductive health and psychological services.
The study examined Rohingnya women and girls victims of violence
experienced the physical and mental consequences based on primary and
secondary data from 2012 to 2018. The primary data were collected from
structured interviews involving informants consist of Rohingnya refugee and
specialized in Rohingnya crisis. Secondary data from scientific material, theses,
journal papers and online data were collected. This study has three objectives,
namely 1) to identifying Rohingnya women's physical and mental impacts; 2)
to classifying sexual gender-based violence (SBGV) at mega camps and 3) to
examine physical and mental treatment provided to Rohingnya women. The
findings revealed Rohingnya women and girls experienced three different
situations of SBGV, 1) during conflict; 2) during flight and 3) in the country of
asylum affected their physical and mental effects.
Keywords: Mental Effects, Physical Effects, Rohingnya, Sexual Gender-Based
Violence, Women

55

ABSTRAK

INTEGRASI ELEMEN DHARURIYYAT, HAJIYYAT DAN
TAHSINIYYAT DALAM INTERVENSI KAUNSELING

Mohd Suhadi Mohamed Sidik
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

[email protected]
ABSTRAK

Kertas kerja ini akan mengemukakan hasil kajian yang dilakukan untuk melihat
pengintegrasian elemen dalam maqasid syariah seperti dharuriyyat, hajiyyat
dan tahsiniyyat ketika sesi kaunseling. Kaedah kajian adalah secara kualitatif
dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Data telah dikutip melalui aktiviti
pemerhatian terhadap 3 sesi kaunseling dan temu bual dengan 6 orang peserta
yang terdiri daripada kaunselor dan pegawai runding cara. Data telah dianalisis
dengan menggunakan Model 3C Licthman (2006). Dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa wujudnya pengintegrasian penggunaan elemen-elemen
dharuriyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dalam sesi kaunseling. Elemen-elemen ini
dijadikan sebagai panduan dalam menentukan sesuatu keputusan dalam
memelihara aspek utama kehidupan seperti agama, nyawa, akal, keturunan dan
harta demi mewujudkan kehidupan yang sejahtera secara holistik.
Kata kunci: Kaunseling, Psikologi, Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat,
Maqasid Syariah

56

ABSTRAK

PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI DALAM AL-QURAN

Zulkefli Muhammad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Faradillah Iqmar Omar

Norziah Othman

ABSTRAK
Komunikasi merupakan keperluan dan fitrah untuk manusia menjalankan
aktiviti kehidupan seharian. Manusia adalah makhluk sosial yang saling
berinteraksi di antara satu dengan yang lain untuk mencapai keperluan diri
mahupun bersama. Komunikasi interpersonal dilakukan untuk memujuk,
mengajak, mengubah pendapat serta sikap dan perilaku seseorang melalui
proses komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal. Dewasa ini, medium dan
bentuk komunikasi bukan sahaja melalui percakapan, malah dilakukan
menggunakan teknologi seperti internet, telefon, media sosial dan media massa.
Walau apa pun medium dan bentuk komunikasi yang digunakan, Islam amat
menitikberatkan isi kandungan komunikasi yang mesti berpaksi kepada
kebenaran, memahami latar belakang pendengar, kaedah komunikasi yang
digunakan dan matlamat akhir adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Islam tidak membenarkan komunikasi digunakan untuk menyampaikan perkara
kebatilan ataupun berita palsu. Ini adalah untuk mencegah keburukan fitnah dan
mudarat yang boleh berlaku di dalam masyarakat. Al-Quran dalam surah al-
Hujurat ayat 13 menjelaskan kejadian manusia yang berlainan latarbelakang,
berbeza bangsa dan suku kaum adalah untuk kenal mengenal di antara satu
dengan yang lain. Seterusnya, kemuliaan manusia bukan ditentukan oleh
kelebihan keturunan atau bangsanya, tetapi sifat ketaqwaan kepada Allah SWT.
Dalam mencapai proses perkenalan sesama manusia dan meraikan perbezaan,
elemen komunikasi sangat penting untuk mencapai kemakmuran dan
kebahagian dalam hidup bermasyarakat. Artikel ini akan membincangkan
prinsip - prinsip komunikasi yang terdapat dalam al-Quran melalui sorotan
literatur kajian oleh pengkaji - pengkaji yang lepas serta menjelaskan model
prinsip-prinsip komunikasi dalam Al-Quran. Hasil artikel ini diharap dapat
menjadi nilai tambah kepada kajian sedia ada dalam memberi kesedaran
berkenaan prinsip - prinsip komunikasi yang terdapat dalam al-Quran untuk
diamalkan oleh kita semua dalam kehidupan.

Kata kunci: Prinsip, Komunikasi, Islam, al-Quran

57

ABSTRAK

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DISCLOSURE OF
MALAYSIAN SHARIAH PUBLIC LISTED COMPANIES

Muhamad Fikri Aziz
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
Razali Haron

International Islamic University Malaysia
[email protected]
ABSTRAK

Corporate social responsibility disclosure (CSRD) is a crucial tool for
communicating with stakeholders regarding a company's social responsibility
activities. All CSR information will be disclosed in the annual report. This
research aims to examine the level of CSRD of 175 annual reports of Malaysian
Shariah Public Listed Companies (MSPLCs) listed in the Bursa Malaysia from
2007 to 2017. The level of disclosure is measured using newly developed
content analysis. The results show that, the level of CSRD of MSPLCs is
increasing but still at a low level. The “community” theme is the most CSR
items disclosed, while “workplace” theme is the least CSR item disclosed in the
annual report. There is need further encouragement from the government or
Bursa Malaysia to attract all PLCs in Malaysia to disclose their CSR activities
in the annual report.
Keywords: CSRD, Content Analysis, Shariah Companies

58

ABSTRAK

THE VULNERABILITY TO A DENGUE OUTBREAK IN
MALAYSIA, 2003-2017: A DESCRIPTIVE ANALYSIS OF 15

YEARS DATA

Zuliana Azwa Zulkifli
Universiti Sains Malaysia
[email protected]
Azeem Fazwan Ahmad Farouk
Dayang Haszelinna Abang Ali

ABSTRAK
Dengue had first been reported in Malaysia in 1902 and since then, Dengue had
been spread throughout Malaysia and caused a significant health burden to
Malaysian. This study describe the vulnerability of dengue in Malaysia during
the period of 15 years, to identify high-low risk areas among sample of studies
(except Wilayah Persekutuan Putrajaya).We describe the dengue reported cases
in Malaysia using data provided by the Disease Control Division Vector,
Ministry of Health Malaysia (MOH) from 2003-2017. As per literature, we
identify factors influencing vulnerability to infectious disease outbreak as
population density, urbanization, medical care workforce, medical care
infrastructure, public health delivery, safe water and sanitation, and economic
strength. We test this framework to empirical cases of Dengue outbreak in
Malaysia. The dataset is using widely available data (e.g from the Department
of Statistics Malaysia (DOSM) and Health Indicator Report by MOH). From
2003-2017, 829,299 cases were reported in Malaysia. The highest number was
recorded in 2015 (63198, Selangor). The key findings from our assessment
include a color shading table reflecting the normed scores for all the states about
their vulnerability and the actual dengue reported cases. The result also
conclude that the framework prediction did not match the actual outbreak
reported. Recently in Malaysia, the reported cases have increased steadily in
most areas. The surveillance and control strategies should be strengthened
especially for the area with the most vulnerable to dengue outbreak without
deprioritize least vulnerable state. Further research should be conducted to
explore other drivers that may reflect the vulnerability.

Keywords: Dengue, Outbreak, Vulnerability, Malaysia, State-Rank, WADI,
IDVI

59

ABSTRAK

ISU-ISU SALAH FAHAM HADITH DI MALAYSIA: SATU
TINJAUAN

Amran Abdul Halim
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]

Abdulloh Salaeh
Shumsuddin Yabi
Walid Mohd Said
Mesbahul Haque

Helimy Aris

ABSTRAK
Kedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam telah diakui oleh Al-
Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama-ulama Islam dari masa lalu hingga
kini. Kepentingannya tidak dapat dinafikan tanpa hadis manusia yang tidak
dapat mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Allah yang terkandung
dalam Al-Quran. Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke
semasa dan tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia
sentiasa memerlukan pengetahuan kerana dengan pengetahuan itu mereka akan
menjadi lebih dekat satu sama lain dengan pencipta mereka. Oleh itu, penulisan
kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah
faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti
dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan
akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu salah faham hadith di
Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat
terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat
dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama,
menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa
mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan
lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik
khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah
saw dengan baik tanpa ada sebarang kekeliruan dan seterusnya masyarakat
Islam tidak lagi terjebak dengan kekeliruan yang boleh memesongkan akidah
mereka dan seterusnya dapat beramal dengan baik bertepatan dengan ajaran al-
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Keywords: Sunnah, media massa, anti hadith, Islam Liberal

60

ABSTRAK

SIGNIFIKAN PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
DI MALAYSIA TERHADAP PERKEMBANGAN SENI
TARANNUM TANAHAIR

Anuar bin Hasin
Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]
Norazman bin Alias

Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
Zainora bt Daud

Universiti Sains IslammMalaysia
[email protected]

ABSTRAK
Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang telah menganjurkan
pertandingan membaca Al-Quran iaitu pada tahun 1960. Dikenali sebagai
Majlis Tilawah Al-Quran ataupun MTQ, penganjurannya bermula di peringkat
Kebangsaan dan disusuli dengan peringkat Antarabangsa pada tahun 1961,
majlis ini telah melahirkan qari dan qariah terkemuka di peringkat nasional dan
internasional. Banyak negara-negara Islam lain di dunia kemudiannya telah
mencontohi Malaysia dalam menganjurkan majlis perujian tilawah yang serupa
dengan Malaysia antaranya Iran, Indonesia, Mesir, Kuwait dan lain-lain lagi.
Majlis seumpama ini dilihat telah menyemarakkan lagi kecintaan umat Islam
terhadap Kalamullah. Justeru, kertas kerja ini adalah untuk melihat sejauh mana
penganjuran majlis ini memainkan peranan yang signifikan terhadap
perkembangan seni tarannum Al-Quran di Malaysia khususnya dalam aspek
melahirkan tokoh pakar dan tahap pengajian bidang ini di Malaysia. Selain itu,
ia juga adalah untuk mengkaji kesan-kesan positif yang diperolehi oleh
masyarakat Islam daripada penganjuran majlis ini saban tahun. Kaedah
kualitatif diaplikasikan bagi tujuan memperolehi maklumat-maklumat yang
berkaitan antaranya kajian keperpustakaan terhadap bahan-bahan berkaitan
sejarah pengajuran majlis ini serta temubual bersama tokoh-tokoh qari dan
qariah negara. Hasil kajian mendapati bahawa penganjuran Majlis Tilawah Al-
Quran di Malaysia adalah sangat penting khusunya dalam melahirkan qari dan
qariah yang mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang tinggi dan berkualiti
selain menjadi pemangkin terhadap kewujudan institusi-institusi pendidikan
yang menawarkan ruang pengajian dan kajian secara lebih tersusun dan
sistematik serta diiktiraf bermula daripada peringkat rendah hinggalah di
menara gading.

Kata Kunci: Majlis Tilawah Al-Quran, Tarannum, Tokoh, Qari, Qariah

61

ABSTRAK

PERANAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN: SATU
PENEROKAAN AWAL TERHADAP WORLDVIEW PELAJAR

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Solahuddin Abdul Hamid
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Kajian pengalaman beragama merupakan satu proses yang kompleks kerana
melibatkan ideologi, amalan keagamaan, penglibatan dalam organisasi
keagamaan, perasaan kagum, hubungan dengan kuasa ghaib dan sebagainya.
Individu yang berpersonaliti beragama lebih cenderung untuk diandaikan
mempunyai kepercayaan keagamaan dan begitulah sebaliknya. Tetapi, ia tidak
bermaksud pemikiran keagamaan atau apa yang terdapat dalam minda
seseorang dapat diketahui melalui pelakuannya semata-mata. Kajian ini
merupakan satu penerokaan awal terhadap worldview para pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) mengenai kedudukan agama dalam kehidupan
mereka. Pelajar IPT merupakan generasi pelapis kepada tampuk kepimpinan
dan pentadbiran negara pada masa hadapan. Pembentukan persoanliti dan
tingkah laku kepimpinan mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk
menentukan hala tuju pentadbiran negara, malahan perlu berusaha
mengekalkan jati diri masyarakat dan negara, kesejahteraan serta keharmonian
yang telah dinikmati sejak sekian lama. Elemen spiritual adalah pelengkap
kepada pembangunan personaliti kepimpinan mereka dalam mengangani
pelbagai isu terutamanya dalam kalangan masyarakat multi etnik, budaya dan
agama di negara ini.
Kata kunci: peranan agama, penerokaan, worldview, pelajar IPT

62

ABSTRAK

KEPERCAYAAN DAN AMALAN GURU DALAM PDP
TATABAHASA BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH

Faizah Ahmad
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
Yusniza Yaakub

[email protected]
Nuraini Yusoff

[email protected]

ABSTRAK
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan
perlu diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa.
Banyak masa telah digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu,
khususnya tatabahasa di dalam bilik darjah, iaitu selama enam tahun di sekolah
rendah dan lima hingga tujuh tahun di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun, daripada sorotan kajian-kajian terdahulu, didapati pelajar masih
gagal mencapai tahap penguasaan yang memuaskan bagi sesetengah aspek
tatabahasa. Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar, proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa yang berkesan amat diperlukan untuk membolehkan
mereka menguasai bahasa, khususnya aspek tatabahasa dengan baik. Justeru,
kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimanakah guru mengajar tatabahasa
di dalam kelas dan menyelisik kepercayaan mereka terhadap pengajaran
tatabahasa. Dua orang Guru Cemerlang dicerap dan ditemu bual dan hasil
dapatan menunjukkan tidak terdapat satu panduan yang jelas tentang
pengajaran tatabahasa. Ini menyebabkan guru berpegang kepada kepercayaan
mereka sendiri sebagai pendekatan untuk mengajar tatabahasa dan kepercayaan
ini amat mempengaruhi perancangan dan amalan pengajaran guru di dalam
bilik darjah.

Kata kunci: sukatan pelajaran Bahasa Melayu, pengajaran tatabahasa,
kepercayaan guru, amalan pengajaran

63

ABSTRAK

DIMENSI BAHARU UNGKAPAN DARJAH PENGHABISAN
DIALEK KEDAH

Yusniza Yaakub
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
Faizah Ahmad

[email protected]
Hishamuddin Isam
[email protected]
ABSTRAK

Kertas kerja ini dihasilkan bagi menelusur perkembangan ungkapan darjah
penghabisan dialek Kedah yang digunakan oleh penuturnya. Darjah
penghabisan ialah pernyataan perbandingan yang paling tinggi yang hadirnya
selepas kata adjektif. Selaras dengan sifat bahasa yang dinamik dan luwes,
dialek Kedah juga telah mengalami perkembangan dan perubahan dari segi
kosa kata dan istilahnya. Perubahan ini berlaku akibat daripada pengaruh media
yang mendominasi kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja.
Terdapat perubahan penggunaan kosa kata oleh golongan ini bagi disesuaikan
dengan situasi semasa. Tumpuan kajian ialah penggunaan ungkapan darjah
penghabisan yang dipadankan dengan jenis kata adjektif seperti yang
dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan (2014) dan Nahu Melayu Mutakhir
(2009). Seramai 20 responden telah dijadikan subjek kajian bagi menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan. Hasil kajian diharap dapat memaparkan pola
terkini penggunaan ungkapan darjah penghabisan dialek Kedah, di samping
menambah khazanah kosa kata bahasa Melayu.
Kata kunci: dimensi baharu, ungkapan darjah penghabisan, kata adjektif,
penutur dialek Kedah, dialek Kedah

64

ABSTRAK

RETORIK MUBALAGHAH DALAM TAUKID KIASAN BAHASA
MELAYU

Abu Hassan Abdul
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

[email protected]
Wahibah Twahir

Muhammad Hakim Kamal

ABSTRAK
Konsep taukid merupakan persoalan linguistik yang amat jarang dikaji dalam
bidang pengajian Melayu. Hakikat ini kerana elemen taukid lebih banyak
dibincangkan sebagai partikel penegas dalam ilmu nahuan dan balaghah Arab.
Dalam bahasa Melayu, seni taukid bukan sahaja wujud dalam tatabahasa
sebagai frasa penguat, penegas dan penekan, tetapi juga dalam seni retorik.
Tetapi perbincangan secara tuntas akan bentuk dan fungsi taukid sebagai seni
retorik Melayu belum berkembang luas dalam tradisi ilmiah di Nusantara.
Makalah ini meneliti 20 taukid bentuk kiasan dalam novel dan teks Hikayat
Hang Tuah iaitu jenis kiasan di awal ayat dan di akhir ayat. Penelitian ini bagi
membuktikan keunikan taukid jenis kiasan serta memberi persepsi baharu
terhadap konsep taukid dalam bahasa Melayu daripada bentuk nahuan yang
terhad dan statik kepada bentuk kiasan yang lebih komprehensif sekali gus
memperluas cakupan ilmu dalam bidang retorik Melayu. Kajian berbentuk
kualitatif ini berpandukan ilmu balaghah Arab yang telah dimodifikasi dan
disesuaikan dengan pola fikir dan budaya masyarakat Melayu. Analisis
membuktikan taukid jenis kiasan menyamai konsep mubalaghah dalam ilmu
badi’ yang bertujuan mengindahkan makna secara hiperbola sama ada makna
dalam bentuk tersurat, tersirat, boleh diterima akal atau tidak mungkin berlaku
dalam kehidupan normal. Dengan peluasan rumus seperti ini, fungsi taukid
sebagai seni retorik Melayu akan menyerlahkan nilai baharu yang lebih mekar
dalam pengajian Melayu kontemporari.

Kata kunci: Taukid, bahasa Melayu, retorik, komunikasi Melayu

65

ABSTRAK

ANALISIS KEPERLUAN PEMBACA TERHADAP KANDUNGAN
AKHBAR: SATU KAJIAN AWAL

Ahmad Rizqan Zainuddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Mohammad Zaid Adnan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Faradillah Iqmar Omar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRAK
Kepelbagaian maklumat boleh didapati daripada pembacaan akhbar yang dapat
memperkayakan pengetahuan. Suatu ketika, akhbar merupakan media yang
menjadi pilihan utama pembaca untuk mendapatkan berita. Walau
bagaimanapun, tren hari ini memperlihatkan kuasa media baharu mendahului
berita tanpa sempadan dan ini memberi impak kepada institusi siaran akhbar itu
sendiri. Perkara ini juga secara tidak langsung memberi impak terhadap
pembaca kerana kuasa memilih berada di tangan mereka. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembaca mahasiswa KUIS terhadap
kandungan akhbar agar insitusi akhbar dapat memaparkan berita atau
kandungan yang memenuhi kehendak dan keperluan pembaca muda hari ini.
Antara objektif kajian adalah untuk meninjau jenis-jenis kandungan akhbar
yang menjadi pilihan mahasiswa KUIS serta ciri-ciri kandungan akhbar yang
menarik minat pembaca. Teori Kegunaan dan Kepuasan dijadikan dasar kajian
ini dengan empat keperluan yang dikenal pasti iaitu keparluan kognitif,
eskapisme, afektif dan peribadi sosial. Kaedah kuantitatif melalui tinjauan kaji
selidik digunakan dan sebanyak 100 borang soal selidik diedarkan secara rawak
berlapis kepada mahasiswa di lima buah fakulti di KUIS. Data yang dikumpul
dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil
dapatan kajian menunjukkan responden memperoleh kepuasan dari sudut
keperluan kognitif mereka melalui pembacaan akhbar. Ini dapat menjelaskan
bahawa pemikiran mereka turut terkesan dengan membaca berita dan maklumat
yang disampaikan dalam akhbar. Selain itu, responden turut bersetuju bahawa
kandungan akhbar yang paling diminati adalah kandungan berita sukan. Secara
keseluruhan, kajian mendapati bahawa responden membaca akhbar adalah
bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan informasi. Perkara ini
seharusnya diperhalusi agar generasi muda masa kini dapat membudayakan
sikap membaca.

Kata kunci: Akhbar, kandungan akhbar, keperluan pembaca.

66

ABSTRAK

PERANAN AL-SUNNAH DALAM MEMBENDUNG SIFAT
GHULUW

Muhammad Ihsan bin Idris
Kolej Universiti Islam Perlis

[email protected]
Mohammad Roshimi bin Abdullah

Kolej Universiti Islam Perlis
, [email protected]
Dr. Mohammad Dhiya’ul Hafidh bin Fatah Yasin
Kolej Universiti Islam Perlis

[email protected]

ABSTRAK
Sifat ghuluw atau melampau sering dikaitkan dengan agama hingga
menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. Ironinya,
sama ada disedari atau tidak, penyakit ekstrem ini tidak hanya melibatkan isu
keagamaan bahkan ianya mencakup setiap aspek hidup manusia. Siapa saja
tanpa mengenal usia, warna kulit mahupun pangkat mungkin terjebak dalam
gejala ghuluw. Sejarah dunia merakamkan kegagalan mengenal pasti seterusnya
membendung bentuk-bentuk ghuluw dalam masyarakat telah mengakibatkan
kepincangan hidup umat manusia. Melihat dari sudut perspektif Islam, sunnah
atau petunjuk Nabi Muhammad SAW yang berkonsepkan rahmatan lil ‘alamin
telah berjaya melestarikan nilai peradaban yang tinggi dan keharmonian dalam
hidup manusia sejagat. Hakikat ini sangat wajar dilihat sebagai satu teras utama
dalam pembentukan jati diri manusia. Justeru, dengan mengkaji peranan al-
Sunnah dalam membendung sifat ghuluw, penyelidikan bersifat kualitatif ini
dilakukan sebagai satu syifa’ dalam menangani isu ekstremisme atau ghuluw
dalam masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan ghuluw boleh berlaku kepada
siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang pendidikan. Para
sahabat juga tidak terlepas daripada unsur ghuluw namun baginda SAW segera
membetulkan kekhilafan yang berlaku. Hasil kajian menyimpulkan bahawa
penerapan sikap adil dalam setiap tindakan merupakan asas utama dalam
membendung sifat ghuluw. Adil dalam erti kata meletakkan sesuatu pada
tempatnya mendidik manusia untuk memberikan hak kepada yang berhak, telus
dalam menilai dan menghukum serta bersikap amanah dan jujur dalam apa juga
profesionalisme.

Kata kunci: Ghuluw, Ekstrem, al-Sunnah

67

ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GEJALA
PONTENG SEKOLAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA KOTA
BHARU, KELANTAN

Rogis Baker
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Noor Mazlina Ariffin
Ahmad Azan Ridzuan

Hasimi Sallehudin
Jessica Ong Hai Liaw,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Noor Azmi Mohd Zainol
Universiti Kebangsaan Malaysia.

ABSTRAK
Gejala ponteng merupakan merupakan isu utama yang sering membelenggu
sistem pendidikan negara. Gejala ini juga menjadi penyumbang tertinggi
kepada kes-kes salahlaku pelajar di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti hubungan antara tiga faktor utama iaitu sikap pelajar, faktor
hubungan keluarga dan faktor persekitaran sekolah dalam mempengaruhi gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Seramai 148 pelajar yang terdiri
daripada pelajar tingkatan empat dan tingkat lima di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan telah dipilih sebagai
responden dalam kajian ini. Kajian secara tinjauan ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah pengumpulan data melalui instrumen soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) telah digunakan dalam proses penganalisisan data
secara deskriptif dan hubungan kolerasi antara pemboleh ubah. Hasil daripada
proses penganalisian ini menunjukkan faktor-faktor seperti sikap pelajar,
hubungan keluarga dan persekitaran sekolah mempunyai hubungan yang
signifikan dengan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pihak
sekolah khususnya dan pihak kementerian amnya seharusnya menjadikan
faktor-faktor ini sebagai agenda utama dalam merangka program dan aktiviti
untuk membendung gejala ini daripada terus membelenggu sistem pendidikan
negara. Malah peranan ibubapa juga tidak terkecuali dalam usaha membendung
gejala ini daripada terus berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Kata kunci: Sikap, hubungan keluarga, persekitaran, ponteng sekolah

68

ABSTRAK

KEMUSNAHAN KEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT
AKIBAT BENCANA ALAM

Noor Diyana Fazan Ahmad
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Ahmad Azan Ridzua

Noor Azmi Mohd Zainol
Mohd Muhaimin Ridwan Wong

Jessica Ong Hai Liaw
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Bencana alam merupakan suatu peristiwa buruk yang terhasil tanpa diduga
daripada proses alam semulajadi. Sesuatu bencana alam seperti contoh banjir,
ribut taufan, tanah runtuh, tsunami, gempa bumi dan lain-lain boleh
menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kemusnahan alam
sekitar dan terkesan ke atas ekonomi dan mampu menyebabkan kemusnahan
serta mangsa merana. Kerosakan akibat bencana alam mampu melumpuhkan
ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat sesebuah negara, terutama jika
terkesan kepada sebuah negara yang sedang membangun akan mudah terjejas
dari masalah bencana. Pengetahuan mengenai pemeliharaan alam sekitar sangat
penting dalam pengurusan bencana, sama ada di peringkat sebelum mahupun
semasa dan selepas bencana. Kertas kerja ini membincangkan sebahagian dari
kejadian bencana alam yang menyebabkan kemusnahan masyarakat setempat
seperti tsunami di Aceh, tsunami di Tohoku, gempa bumi di Christchurch, ribut
taufan Takloban, letusan gunung berapi di anak Karakatau dan banjir kuning di
Kelantan. Kejadian bencana alam yang dibincangkan sepatutnya menjadi
pengajaran dan panduan kepada sesuatu masyarakat bagi menghindarkan
kemusnahan dan mampu menyerap secara maksimum jika berlakunya bencana.
Persediaan dan mitigasi yang berkesan perlu dirancang agar dapat
mengurangkan kesan kemusnahan dari sesuatu bencana alam yang berlaku.

Kata Kunci: Bencana alam, masyarakat setempat, kemusnahan.

69

ABSTRAK

CRISIS IN SYRIA: IMPLICATION TO THEIR NATION
BUILDING AND CHALLENGES

Lt Col Dr Mohammad Daud (R)
National Defence University of Malaysia

[email protected]
Maj Azzidin,
AP Dr Jassica

National Defence University of Malaysia
[email protected]

Maj Ts Wong Wai Loong
National Defence University of Malaysia

[email protected]

ABSTRACT
Syria today, is torn by a major civil war and apparently without the prospect of
peaceful solution. This civil war is an offshoot of the Arab Spring, the
widespread protests which began in Tunisia 2010 and spread across the region.
The Syrian crisis, which started in 2011 as an anti-government protest against
President Bashar al-Assad, transformed into a civil war in the first quarter of
2012. Since then, the war continued unabated resulting as one of the worst
humanitarian crises after the WW2 by killing more than 470,000 people and
displacing half of the Syria’s total population either internally or externally. It
has also dragged regional and global powers to wage proxy war in its territory
and caused spill-over effects within and beyond the region. This study will
analyse the Syrian crisis and its implications which bring catastrophe to their
nation, and the challenges of nation building in Syria. It also will identify the
response and recommendation for the measures which may be taken to tackle
the challenges in order to build up again the Syrian nation. It will be the
important step and gives with a significant value since it will identifies and
analyse on the current issues of the Syrian crisis with the all possible way and
measures to be taken in addressing the challenges in order to build up again
their nation.

Keyword:

70

ABSTRAK

THE IMPACT OF GLOBALIZATION TOWARDS STATE’S
AUTONOMY

Wong Wai Loong
National Defence University of Malaysia

[email protected]
Jessica Ong Hai Liaw

National Defence University of Malaysia
[email protected]
Mohd Daud bin Johari

National Defence University of Malaysia
[email protected]

Mahendra K. Sekaran Nair
National Defence University of Malaysia

[email protected]

ABSTRACT
The issue of autonomy is central to the advance of the forces of globalization
and the practices and the prospects of social movements that oppose them, both
local and global. The rule of law, freedom of association and expression, freely
contested elections, as minimum conditions, however imperfectly sustained, are
as necessary in the long run for mass market based global consumerist
capitalism as they are for alternative social systems. The most significant
impact of globalization on autonomy of states is that it has altered the scope of
state authority and control rather than to generate some fundamentally new way
to organize life. The idea of states as autonomous, independent entities is
collapsing under the combined onslaught of monetary unions, the internet,
governmental and non-governmental organizations. In this paper, we intend to
study the effect of globalization on the notion and incidence of autonomy of
states. Most states criticize that multilateral institutions such as the International
Monetary Fund, World Trade Organization and United Nations, had overstep
their authority by promoting universal standards for everything, which in turn
alter the scope of state autonomy. It is our intention to consider just how much
globalization has affected state authority in term of economic, social and
information technology.
.
Keyword: Autonomy, globalization, state, economic, social, information
technology

71

ABSTRAK

SUSILA DAN AKHLAK: KONSEP ETIKA DARI PERSPEKTIF TAMADUN INDIA
DAN TAMADUN ISLAM

Jessica Ong Hai Liaw
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Abdul Hamid Moiden
Mohammad Daud Johari

Wong Wai Loong
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Rogis Baker

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]

Noor Azmi Mohd Zainol
Ahmad Azan Ridzuan

ABSTRAK
Etika merupakan elemen penting dalam kehidupan setiap manusia. Hampir
semua tamadun utama dunia meletakkan etika pada martabat yang tinggi.
Tamadun India menobatkan etika sebagai susila iaitu corak kehidupan yang
baik yang mesti diamalkan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.
Tamadun Islam pula mencorakkan etika sebagai akhlak manusia. Akhlak ini
merangkumi hubungan manusia dengan Allah, hubungan sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam. Makalah ini menghuraikan konsep etika dari
perspektif tamadun India dan Islam. Selain itu, kertas ini menjelaskan
perbandingan konsep susila dalam tamadun India dan konsep akhlak dalam
tamadun Islam. Kajian berbentuk analisis dokumen dan kajian perpustakaan.
Kajian ini hanya tertumpu pada konsep susila dan akhlak dalam tamadun India
dan Islam. Data kajian dianalisis melalui analisis komparatif secara kualitatif.
Dapatan kajian menunjukkan konsep susila dan akhlak mempunyai beberapa
persamaan dan perbezaan yang ketara.

Kata Kunci: Etika, susila, akhlak, tamadun India, tamadun Islam.

72

ABSTRAK

WESTERN CEFR ENGLISH TEXTBOOKS FOR ADVANCED
ESL LEARNERS IN ISLAMIC MALAYSIAN HIGHER
LEARNING INSTITUTIONS

Aina Al Mardhia Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Farahnaz Mohd Khalib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Nur Shafiqah Abdullah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRACT
Since the official implementation of The Common European Framework of
Reference for Languages (CEFR: an international standard for describing
language aptitude) in Malaysian schools in 2018, Malaysian higher learning
institutions too; have CEFR aligned their English language learning curriculum.
In the process of adapting to the CEFR system, the Malaysian education
institutions have employed CEFR endorsed English language learning
textbooks issued by western established publishers. Aligning the Malaysian
context English language learning syllabus to the CEFR scales is significant to
meet the globalised community standards. However, issues of intercultural
norms and intercultural pragmatics should be notably considered in the
provided language learning materials. This concern is furthermore complicated
in the Malaysian Islamic context that has certain restrictions opposing the
customs of the western culture and society. To explore this issue, this paper
aims to analyse western published CEFR English language textbooks for
advanced learners. The research analysed western published CEFR certified
textbooks for tertiary level learners (CEFR level A2, B1+, B2). The analysis
focused on topics of discussion, linguistic communicative explications, and
graphic representations. The findings illustrate that the analysed textbooks
predominantly represent the use of communicative language in the western
context and represent the worldview of westerners in general.

Keywords: CEFR, English as a Second Language for Advanced Learners,
Learning Materials, Islamic Malaysian Higher Learning Institutions

73

ABSTRAK

SUSTAINING TA’AWUN DRIVEN STRATEGIC COOPERATION
THROUGH TAKMIL WAL ISTIKMAL AMONG ISLAMIC
PRIVATE SCHOOLS IN MALAYSIA

Rohaziah Yahya
Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir

[email protected]
Suhaimi Mhd Sarif

International Islamic University Malaysia
[email protected]

ABSTRACT
Sustainability is crucial in recent years to maintain and sustain competitiveness
in any organisation. For profit or not for profit organisations are included. This
is critical for Islamic education sectors. There have been growing preferences
among parents to send their children to Islamic Private Schools, particularly
Islamic schools with integrated curriculum. This situation has motivated
ta’awun driven strategic cooperation among Islamic Private Schools to share
resources and professional development on win-win situation. This study aims
to explore the influence of takmil wal istikmal (reciprocal perfecting) among
Islamic Private Schools. This study uses personal interview with headmasters
of Islamic Private Schools in Selangor. The results showed that ta’awun driven
strategic cooperation and takmil wal istikmal occurs at minimal level in a few
areas, namely sharing of curriculum development, exchange of examination
papers, sharing of teaching training, and student development. The main reason
for the minimal reciprocal perfecting collaboration is due to individual school
governance preference. The informants suggest for formalization of the
strategic cooperation through formal council or entity at the Ministry of
Education through the private school department.

Keywords: Strategic Cooperation; Islamic Private Schools; Malaysia

74

ABSTRAK

SOFTWARE TESTING CHALLENGES IN MACHINE
LEARNING APPLICATION

Muhamad Adham Hambali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Ahmad Nazeer Zainal Arifin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRACT
Machine learning applications have gained excellence results in many parts
and produced an effective solution to deal with many issues of sub-field
products such as image recognition, automatic driven, voice processing etc. As
these machine learning applications are affected by multiple critical interfaces
and areas, their reliability and robustness become more crucial. Software testing
is the best way to ensure the quality of applications. It is understood that to test
machine learning applications is very complicated. This paper discusses
fundamentally several major testing challenges on machine learning
applications and the solutions recommended from the experts.
Keywords: Machine Learning Application; Software Testing. Testing Challenges

75

ABSTRAK

SERVICE LEARNING AS A TRAINING GROUND FOR THE
RIGHT EXPOSURE TOWARDS WORK READINESS
OUTCOMES

Anita Paul
Sunway University
[email protected]
Haslinda Abdullah
National Defence University Malaysia
[email protected]; [email protected]

ABSTRACT
In the heat of the discussion on effective graduate employability and graduates
lack of preparedness for the workforce, employers and scholars are increasingly
concerned about the situation. An acute deficiency in highly essential attributes
such as graduate’s problem solving ability and exposure to real-world scenarios
are some of the issues that may have an effect on graduate unemployability.
Thus, this research serves to suggest for Service-Learning courses to be adapted
in the Malaysian higher education institutions as a means to address some of
the deficiencies in graduate readiness. The study indicates how service learning
courses can expose students to real-world social issues and ultimately enhance
work-readiness through broadening currently demanded skill sets.
Undergraduate students in a Service-learning course across three semesters
from a local private university were asked feedback through a survey on how
they felt about the course and how much it could aid potential graduates in
specific areas. Additionally, comments from reflective forms were also
captured for the qualitative component of this study. Findings reveal that
students perceived the service learning course positively despite being a
University Core Subject (MPU mata pelajaran umum) and gained useful
demonstrative attributes in the service learning process for future employment,
thus, indicating that the exposure and experience added value to their
professional development. The contribution of this study would be highly
beneficial to the consideration of Service Learning programs in university to
replace basic community service programs to thoughtfully incorporate
professional development outcomes and serve as a practical training ground so
graduates are better equipped for the demands of the current workplace.

Keywords:

76

ABSTRAK

PENELITIAN KONSEP KESALAHAN BAHASA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT

Abdul Hamid Moiden
[email protected]

Jessica Ong Hai Liaw
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

ABSTRAK
Kajian ini menyelidik konsep kesalahan bahasa dari perspektif sarjana Barat.
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan. Metode
analisis dokumen digunakan untuk memperincikan pandangan sarjana barat.
Dapatan kajian menunjukkan penutur bahasa pertama dan penutur bahasa kedua
melakukan kesalahan bahasa. Oleh yang demikian, kesalahan bahasa dalam
penulisan mahupun pertuturan tidak dapat dielakkan oleh penutur bahasa
pertama dan bahasa kedua. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan bahasa
dapat dikurangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran bahasa secara
teratur dan sistematik.
Kata kunci : Kesalahan bahasa, sarjana Barat.

77

ABSTRAK

PERSAMAAN MAKNA IMPLISIT DALAM PERIBAHASA
MELAYU DAN SEPANYOL BERUNSURKAN HAIWAN

Hairul Nisma Wahab
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

hairulnisma.upnm.edu.my

ABSTRAK
Setiap masyarakat mempunyai cara yang tersendiri bagi menyampaikan buah
fikiran sama ada melalui komunikasi lisan atau tulisan. Salah satu cara
penyampaian buah fikiran yang masih relevan digunakan adalah melalui
peribahasa. Peribahasa merupakan warisan setiap bangsa di dunia yang perlu
ditafsir dan difahami maknanya secara tersirat kerana penggunaan lambang
yang digunakan perlu dikenali dan difahami sifatnya. Lambang haiwan
seringkali ditemui dalam kebanyakan peribahasa di dunia kerana aktiviti
masyarakat tradisional yang akrab dengan sumber alam termasuk haiwan.
Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persamaan makna implisit
dalam peribahasa Melayu dan Sepanyol yang menggunakan lambang haiwan.
Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dipilih, dikaji sifatnya
berlandaskan Teori Segi tiga Odgen & Richards (1923) untuk melihat
padanannya dengan tingkah laku manusia.Teori ini mengetengahkan tiga
elemen penting iaitu lambang, konsep dan rujukan. Dapatan menunjukkan
terdapat persamaan makna implisit dalam kedua-dua peribahasa walaupun
haiwan yang digunakan adalah berbeza kerana didasari oleh faktor peranan,
pengalaman dan budaya dalam Masyarakat Sepanyol dan Melayu itu sendiri.
Ini menunjukkan makna yang sama dalam kedua-dua peribahasa ini
membuktikan terdapatnya persamaan pemikiran, pengamatan, pengalaman
masyarakat tradisional dan cara hidup mereka yang berinteraksi dengan alam
sekeliling.
Kata kunci: Peribahasa Melayu, Peribahasa Sepanyol, lambang haiwan,
makna implisit

78

ABSTRAK

COVID-19: KHIDMAT KOMUNITI SECARA ATAS TALIAN

Amnah Saayah binti Ismail
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Nur Surayya binti Mohd Saudi
Nor Nazimi bt Mohd Mustaffa
Nurhana binti Mohd Rafiuddin,
Aida Nasirah binti Abdullah

ABSTRAK
Pandemik Covid-19 telah menjadi ancaman kepada seluruh termasuk Malaysia.
Keadaan ini menyebabkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan
masyarakat. Pelbagai program dibuat oleh banyak pihak untuk memberi
kesedaran dan pengetahuan berkenaan bahaya pandemik ini. Justeru penulisan
ini akan membincangkan berkenaan khidmat komuniti secara atas talian yang
dibuat oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sewaktu tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia tempohari. Medium atas talian yang
digunakan untuk program khidmat komuniti atas talian ini ialah Youtube dan
Instagram. Metodologi penulisan ini ialah kualitatif dengan memberi
penekanan kepada kajian kepustakaan dan analisis kandungan serta
pemerhatian. Penulisan juga akan mengenengahkan data tontonan, menyukai
dan komen yang diperolehi sepanjang video dimuatnaik oleh pelajar.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Youtube terdapat 643 tontotan, 202
menyukai dan 15 komen sepanjang satu minggu tempoh tayangan. Manakala di
saluran Instagram pula terdapat 2038 tontonan dan 97 menyukai video yang
dimuatnaik oleh peserta khidmat komuniti. Berdasarkan data yang diperolehi
menunjukkan terdapat sambutan yang baik dalam kalangan warga maya dengan
video yang dimuatnaik berkenaan kesedaran, keselamatan dan pengetahuan
berkenaan Covid-19.
Kata kunci: Atas talian, Covid-19, Khidmat Komunti, Pelajar.

79

ABSTRAK

PELAKSANAAN KAEDAH CEPAT BACA AL-QURAN DALAM
KALANGAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Mohamad Muntaha bin Haji Saleh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]
Daud bin Mohamed Saleh
Mohd Norr Azmi bin Zainol
Amnah Saayah binti Ismail
Mohd Syukri bin Zahari

ABSTRAK
Kaedah Cepat Baca Al-Quran (CBQ) adalah satu modul yang dibangunkan
khusus bagi meningkatkan tahap kemampuan membaca Al-Quran kalangan
warga Angkatan tentera Malaysia. Kaedah CBQ telah diarahkan supaya
dilaksanakan mulai tahun 2007 di seluruh kem ATM. Justeru penulisan ini ingin
mengkaji pelaksanaan kaedah CBQ dalam warga Angkatan Tentera Malaysia.
Penulisan ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan alat ukur soalan
kajiselidik yang dianalisas dengan SPSS. Hasil analisa mendapati Kaedah CBQ
berjaya dilaksanakan dalam kalangan warga ATM dengan skor yang tinggi.
Justeru, Kaedah CBQ sangat signifikan dalam usaha meningkatkan tahap
bacaan Al-Quran warga ATM kerana ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik
walaupun berdepan dengan pelbagai tugasan pertahanan negara.
Kata Kunci: Angkatan Tentera Malaysia, Kaedah CBQ, Pelaksanaan

80

ABSTRAK

TAHAP KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP
PENGAJARAN MURID PENDIDIKAN KHAS DI SARAWAK

Dayang Kamaliah binti Abg Abdillah
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected],
Norshidah Mohamad Salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Tanggungjawab mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid
pendidikan khas tidak lagi terletak di bahu guru beropsyen pendidikan Islam
pendidikan khas semata-mata sejak pemansuhan norma lama guru pendidikan
Islam yang pelbagai kepada guru pendidikan Islam (GPI) pada tahun 2015.
Kajian ini wujud bagi mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan guru
pendidikan Islam terhadap pengajaran murid pendidikan khas di dua buah
daerah di Sarawak. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif
berbentuk kajian tinjauan. Seramai 52 orang guru pendidikan Islam di dua buah
daerah di Sarawak terlibat dalam kajian ini. Dapatan hasil kajian kajian
menjelaskan tahap kesediaan guru pendidikan Islam dalam aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap adalah pada tahap tinggi. Manakala aspek pengajaran
terhadap murid pendidikan khas adalah pada tahap sederhana. Analisa korelasi
kajian ini mendapati tahap kesediaan guru pendidikan Islam mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh
GPI terhadap murid pendidikan khas. Ini membuktikan bahawa guru
pendidikan Islam di daerah Mukah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
dalam pengajaran murid pendidikan khas tetapi kurang dari segi pelaksanaan
pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap mereka. Justeru, guru pendidikan
Islam memerlukan latihan dan dorongan yang berterusan bagi memastikan
pelaksanaan pengajaran terhadap murid pendidikan khas yang diajar dapat
dilakukan secara holistik dan efisien kerana guru pendidikan Islam bukan
sahaja mengajar murid untuk menggapai kecemerlangan di dunia tetapi juga
demi untuk mencapai kesejahteraan di akhirat.

Kata kunci: guru pendidikan Islam, pengajaran, murid pendidikan khas

81

ABSTRAK

KAJIAN DIALEK MELAYU KEDAH (DMK): SATU SOROTAN
AWAL

Mashetoh Abd. Mutalib
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
Hishamudin Isam

Universiti Utara Malaysia
[email protected],
Yusniza Yaakub

Universiti Utara Malaysia
[email protected],
Maralina Mansor

Universiti Utara Malaysia
[email protected],

Faizah Ahmad
Universiti Utara Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Bahasa dan identiti tidak boleh dipisahkan kerana dengan bahasalah kita dapat
mengetahui daripada mana asalnya, kelompok mana datangnya, dengan siapa
dituturkan dan sebagainya. Dengan bahasa juga, jati diri dan identiti masyarakat
dapat dikenal pasti sama ada berlaku pengekalan ataupun sebaliknya. Selain itu,
dalam pengkajian bahasa juga khususnya linguistik, identiti dan jati diri juga
sebagai fokus utama untuk diterokai. Jika diselisik, kajian tentang dialek telah
banyak diterokai oleh sarjana tempatan mahupun barat. Begitu juga dengan
kajian mengenai dialek Melayu Kedah yang sering menjadi tumpuan para
sarjana. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menyorot kajian mengenai
dialek Melayu Kedah yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
Menurut Asmah (2015) Dielek Melayu Kedah (DMK) boleh dilihat dalam tiga
(3) golongan, iaitu golongan yang pertama ialah orang Melayu Kedah yang
menuturkan bahasa yang sama dengan subdialek Kedah persisiran, golongan
kedua pula terdiri daripada pendatang dari Petani manakala golongan ketiga
ialah hasil daripada perkahwinan golongan pertama dan kedua. Selain itu,
Dielek Melayu Kedah (DMK) begitu kaya dengan kosa kata tempatan, ada juga
sebahagiannya dikongsi bersama dengan Bahasa Melayu standard atau
mempunyai ciri sepunya dan ada sebahagiannya didapati berbeza antara satu
sama lain.

Kata kunci: Dialek Melayu Kedah, subdialek Kedah, bahasa dan identiti

82

ABSTRAK

MAKNA AIR DAN WAKTU DALAM PUISI SASTERAWAN
NEGARA MUHAMMAD HAJI SALLEH

Phat a/l Awang Deng
Universiti Utara Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Puisi merupakan genre sastera yang berbahasa ringkas, terputus-putus dalam
pengucapan dan rentak iramanya. Isi puisi jelas merangkum suatu dunia dalam
pelbagai makna melalui bahasa. Pengalaman hidup, pendidikan, fikir percaya
seseorang penelaah memainkan peranan penting kepada mereka untuk
mentafsir makna di permukaan, malahan falsafah yang mendap di dasar
sesebuah puisi itu. Walaupun hasil interpretasi itu sering berbeza dengan orang
lain, namun itulah kekayaan atau perbezaan yang seharusnya diraikan dalam
ruangan keilmuan. Premis ini bertolak untuk memperkatakan makna alam dan
fenomena alam, iaitu air dan waktu dalam puisi Sasterawan Negara Muhammad
Haji Salleh yang mempunyai makna yang berlapis-lapis. Penggunaan air dan
waktu sebagai kias lambang dan metafora selain bertujuan untuk keindahan,
juga kaya dengan makna yang boleh diberikan pelbagai interpretasi dalam
mencari suatu erti kebijaksanaan penyair, masyarakat dan bangsa Melayu
secara keseluruhan. Oleh itu, kajian ini tujuan mengenal pasti dan menganalisis
elemen air dan waktu dalam sebuah lembah ku namakan tanah air (Muhammad
Haji Salleh, 2019), sebuah kumpulan puisi yang menggarapkan pelbagai
pengalaman dan pemikiran penyair. Hasilnya, akan menemukan makna air dan
waktu yang menyerlahkan idea penyair berlegar sekitar dunia luar, dan dunia
dalam diri yang beraneka sifat, mungkin baharu serta berbeza dengan orang
lain.
Kata kunci: Air, Waktu, Puisi, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh

83

ABSTRAK

PERSIDANGAN KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL
1966: KAJIAN DARI SEGI NILAI DAN CIRI-CIRI

Jazliza Jamaluddin
Universiti Utara Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel yang diadakan dua tahun sekali
adalah mesyuarat yang berbentuk multi-diplomasi dihadiri oleh negara-negara
anggota Komanwel. Fokus utama kajian ini adalah meneliti nilai dan ciri-ciri
dua persidangan Komanwel yang telah diadakan dalam tahun 1966 di Lagos
dan di London. Ini berikutan apabila terdapat isu pergeseran hubungan antara
negara United Kingdom dengan negara-negara anggota dari Afrika terhadap
satu agenda mesyuarat yang sangat penting melibatkan isu Rhodesia.
Permasalahan kajian ini melihat meskipun persidangan Komanwel hampir
dimansuhkan akibat kekeruhan hubungan di kalangan negara anggotanya,
namun persidangan ini masih tetap bertahan. Objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui nilai dan ciri-ciri persidangan Komanwel pada tahun 1966 dalam
mempertahankan hubungan di kalangan negara-negara anggota Komanwel.
Kajian ini adalah berdasarkan kepada analisis dokumen yang diperolehi dari
ibupejabat Komanwel dan British National Archives di London. Dapatan kajian
ini menjelaskan bahawa nilai kesepakatan dan ciri-ciri asas dalam persidangan
Komanwel telah menjadi keutamaan untuk mempertahankan persidangan ini
dari dimansuhkan. Kajian ini mencadangkan kepentingan mempertahankan dan
mencapai kesepakatan di persidangan yang melibatkan lebih dari satu negara
anggota adalah sangat mustahak demi melestarikan hubungan dan keamanan
sejagat. Ini kerana tanpa mencapai kata sepakat akan menyebabkan persidangan
di peringkat kemuncak tertangguh persetujuan bersama dan ketua-ketua
kerajaan pulang dari persidangan dalam keadaan yang merugikan, hampa dan
meletihkan.

Kata kunci: Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel, nilai, ciri-ciri.
kesepakatan

84

ABSTRAK

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM
TATABAHASA BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN RACE

PUZZLE

Norasma bt Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

[email protected]
Salbiah bt Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Nurin Nazifa bt Mohd Safrurazi
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Nurul ‘Adnin bt Kamaluddin
Maahad Muhammadi Lilbanat

ABSTRAK
Tujuan- Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid supaya lebih mendalami bidang
karangan dengan menggunakan pendekatan game-based learning. Inovasi Race Puzzle ini
juga dapat memudahkan murid untuk memahami konsep jenis-jenis karangan dengan tepat
dan mantap melalui kaedah didik hibur. Ia juga dapat memastikan murid mampu menguasai
aspek karangan secara maksimum.
Metodologi- Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dilakukan setelah menganalisis
keputusan peperiksaan Ujian Selaras Satu (2019) dalam bidang karangan. Sampel kajian
adalah seramai 85 orang murid perempuan yang berumur 13 tahun dari Sekolah Menengah
Sains Pasir Puteh, Malaysia. Laporan keputusan peperiksaan murid yang diambil digunakan
untuk mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran. Setelah permasalahan murid
telah dikenalpasti, perancangan produk inovasi dijalankan bagi menambahbaik keputusan
pelajar untuk peperiksaan akan datang. Pasca Ujian juga telah dijalankan selepas produk
inovasi selesai dibangunkan bagi mengenal pasti peningkatan murid dalam bidang karangan
dan juga menganalisis keberkesanan produk terhadap PdPC murid.
Dapatan- Dapatan kajian menunjukkan peningkatan keputusan peperiksaan murid dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun (2019) setelah menggunakan Race Puzzle. Semua sampel
kajian (85 orang) Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Malaysia lebih bersemangat untuk
belajar dan lebih fasih berkaitan karangan. Murid-murid juga lebih fokus di dalam kelas
semasa proses PdPC berlangsung.
Kepentingan- Penggunaan produk inovasi Race Puzzle ini dapat meningkatkan daya ingatan
murid terhadap bidang karangan. Produk ini juga mampu mengukuhkan teknik komunikasi
murid ketika melakukan aktiviti berkumpulan. Produk ini sesuai digunakan oleh semua murid
terutama kepada calon PT3 kerana kebiasaannya murid-murid dalam lingkungan belasan
tahun lebih minat untuk bersaing dengan kawan-kawan yang lain untuk mencapai kejayaan.

Kata kunci: inovasi karangan, Bahasa Melayu, game-based learning, permainan bahasa,
kolaboratif

85

ABSTRAK

KERANGKA PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL
KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB BERASASKAN

REGULASI KENDIRI

Sumaiyah Sulaiman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

[email protected]
Nik Farhan Mustapha

Universiti Putra Malaysia
[email protected]

Pabiyah Toklubok@Haji Maming
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

Wan Muhammad Wan Sulong
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Abd Rashid Zainal

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya
[email protected]

ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai bahasa
Arab, namun kajian terdahulu menunjukkan penulisan bahasa Arab masih belum memuaskan
walaupun telah berada di peringkat pengajian tinggi. Kelemahan ini berpunca dari bahan
pembelajaran yang ada lebih memberikan tumpuan pada pembelajaran dalam bilik kuliah
dan kurang bercirikan pembelajaran kendiri. Kajian ini bertujuan membangunkan suatu
modul pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri TZ Kitabah
bagi pelajar Instutut Pendidikan Guru Malaysia. Kerangka pembangunan dan penilaian
modul ini berdasarkan pendekatan kajian Reka Bentuk dan Pembangunan yang melibatkan
tiga fasa, iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka bentuk dan Pembangunan, dan
(3) Fasa Pelaksanaan dan Penilaian. Gabungan teori regulasi kendiri, model S2R (Oxford,
2011), model Mengarang Flower & Hayes (1989) dan strategi Metafizik menjadi asas utama
dalam membina modul ini. Kajian ini berusaha menekankan bahawa kemahiran menulis
boleh dipertingkatkan dengan pendedahan unsur psikologi seperti strategi yang berasaskan
regulasi kendiri. Hal ini bersesuaian dengan kemahiran yang diperlukan dalam PdPc abad
ke-21, iaitu kemahiran interpersonal dan arahan kendiri. Apabila pelajar diberi pendedahan
seterusnya menjadikan sebagai satu kebiasaan (habit) dalam pembelajaran, maka proses
menulis yang dianggap rumit akan menjadi lebih mudah.

Kata kunci: modul pembelajaran, bahasa Arab, kemahiran menulis, regulasi kendiri, Institut
Pendidikan Guru

86

ABSTRAK

PENELITIAN ISU KAJIAN DIALEK TERENGGANU

Riduan Makhtar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Norfazila Ab Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]

Norhasliza Ramli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Shahidi A. Hamid

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]

ABSTRAK
Makalah ini membicarakan sedikit sebanyak berkenaan dengan isu penelitian
lepas dialek Terengganu. Pemerhatian pengkaji terarah kepada memaparkan
sorotan kajian lepas-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji lalu baik
pengkaji dari luar mahupun dalam negara. Hasil daripada penelitian penulis
mendapati bahawa penyelidik-penyelidik sebelum ini telah melakukan
penelitian mereka pada banyak aspek terhadap dialek Terengganu. Namun
begitu, masih terdapat reruang yang boleh di isi oleh pengkaji akan datang
dalam usaha melengkapkan dan mengisi kelompangan dialek Terengganu.
Kata Kunci: Dialek Terengganu, kelompangan, reruang.

87

‫‪ABSTRAK‬‬

‫ترتيب أقسام علم البيان‪ :‬دراسة تحليلية مقارنة‬

‫‪Wazzainab Binti Ismail‬‬
‫‪Pusat Pengajian Teras, KUIS‬‬

‫‪[email protected]‬‬
‫‪Prof. Dr. Rosni Bin Samah‬‬
‫‪Universiti Sains Islam Malaysia‬‬

‫‪[email protected]‬‬

‫الملخص‬

‫إن مفهوم البيان لغوي هو الفصاحة والتوضيح والإظهار‪ .‬وهذه الفصاحة َحتحَّقحق ْت بالطرق‬
‫المختلفةكما هي واردة في مفهومها اصطلا ًحا بلاغيًا‪ .‬وأما هذه الطرق فهي عبارة عن أقسام‬
‫البيان كالآتي‪ -1 :‬التشبيه‪ -2 ،‬المجاز‪ -3 ،‬الاستعارة‪ -4 ،‬الكناية‪ .‬بعض كتب البلاغة‬
‫تُحق ِّسُم طرحق البيا ِّن إلى ثلاثة‪ :‬التشبيه‪ ،‬والمجاز‪ ،‬والكناية‪ .‬وبعضها إلى أربعة‪ :‬التشبيه والمجاز‬
‫والاستعارة والكناية‪ .‬فحذفت الاستعارة في التقسيم الأول لأنها جزء من علم التشبيه‪ .‬وقيل‬

‫أيضا أنها‪ :‬أصلان ذاتياً‪ ،‬وهما‪ :‬المجاز والكناية‪ .‬وأصل واحد ووسيلة‪ ،‬وهو التشبيه‪ .‬وأصل‬
‫يُطل ُق على‬ ‫فإن البيان‬ ‫آخر‬ ‫الاستعارة‪ .‬وبناء على تقسيم‬ ‫أصل‪ ،‬وهي‬ ‫واحد‪ ،‬وجزء من‬
‫من المعاني‪،‬‬ ‫في النفس‬ ‫يختلج‬ ‫يشمل الإفصاح عن كل ما‬ ‫أدبي واسع‪،‬‬ ‫معنيِّْْي‪ -1:‬معنى‬

‫والأفكار والأحاسيس والمشاعر بأساليب لها حظها الممتاز من الدقة والإصابة والوضوح‬
‫والمجال‪ .‬وهو بهذا التعميم يجمع فنون البلاغة الثلاثة‪ :‬المعاني والبيان والبديع‪ -2 .‬معنى علمي‬

‫ضيق‪ ،‬وهو التعبير عن المعنى الواحد بطريقة الحقيقة أو المجاز أو الكناية‪ .‬فالدراسة تهدف في‬
‫تركيز على ترتيب أقسام البيان‪ .‬وحاولت الدراسة على َتديد سر أسباب هذا التقسيم‪.‬‬
‫والبحث هو بحث وصفي َتليلي بحيث يحلل فيه الدراسات السابقة والكتب في ضوء هذه‬

‫القضية المهمة في علم البلاغة‪ .‬فالنتيجة تظهر أن ترتيب أقسام علم البيان يختلف في تقسيمه‬
‫لأسباب الدراسي والعلمي والأدبي‪.‬‬

‫الكلمات الافتتاحية‪ :‬ترتيب‪ ،‬أقسام‪ ،‬علم البيان‪ ،‬أسباب‪َ ،‬تليلية‬

‫‪88‬‬

ABSTRAK

TAHAP KEBERKESANAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA
PERUBAHAN SOSIAL PELAJAR: KAJIAN DI KOLEJ
PROFESIONAL BAITULMAL (KPBKL)

Siti Nur Azzyati Saharudin
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

[email protected]
Amirah Hakimah Halimi
Nur Azatul Asya Nura Mohd Zakaria

ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan bantuan
pendidikan terhadap pembangunan ekonomi para alumni Kolej Profesional
Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Kajian ini dijalankan terhadap 100 orang
alumni yang berkelulusan daripada kursus-kursus yang ditawarkan di KPBKL
seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Zakat dan
Wakaf, Diploma Pengurusan Muamalat, Diploma Pengurusan Industri Halal,
LCCI, CAT dan juga program UiTM. Mereka terdiri daripada 3 asnaf berbeza
iaitu fakir, miskin dan fi sabilillah yang menerima bantuan pendidikan daripada
MAIWP, LZS dan lain-lain. Julat keseluruhan min ialah 3.95 dan ini
menunjukkan skor min yang tinggi. Kajian mendapati bantuan pendidikan ini
telah membantu mereka untuk belajar bersungguh-sungguh sekaligus
meningkatkan taraf kehidupan responden. Keseluruhan kajian menunjukkan
bantuan pendidikan ini telah memberikan kesan yang baik kepada responden
dari sudut sosial samada ketika atau selepas pengajian.

89

ABSTRAK

TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DISEBABKAN
KEMATIAN DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA: SATU

KAJIAN KES

Jamal Mohd Lokman bin Sulaiman
Institut Islam Hadhari

Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Nasran bin Mohamad
Mohd Al Adib bin Samuri

Noor Lizza Binti Mohamed Said

ABSTRAK
Harta sepencarian tidak pernah dinyatakan di dalam al Quran ataupun Hadis
tetapi telah dijadikan sebagai satu peruntukan undang-undang di dalam statut
Undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sepertimana tuntutan harta
sepencarian disebabkan perceraian dan poligami, undang-undang juga telah
mengizinkan tuntutan harta sepencarian disebabkan kematian didengar dan
diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Namun demikian, tidak ada
sebarang peruntukan khusus di dalam statut Undang-undang Keluarga Islam di
Malaysia sehingga menyebabkan tuntutan seumpama ini pernah dihalang dari
dituntut di Mahkamah Syariah. Namun ianya telah berubah dewasa ini setelah
Mahkamah Syariah membuka ruang untuk mendengar dan memutuskannya
bersandarkan kepada beberapa Arahan Amalan yang telah dikeluarkan.. Kajian
ini adalah berpandukan kepada kes-kes yang telah dilaporkan di dalam Jurnal
Hukum dan juga kes-kes yang tidak dilaporkan dengan melihat kepada corak
keputusan yang diberikan berpandukan kepada Alasan Penghakiman yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah semasa memutuskan tuntutan seumpana
ini. Cara pembuktian tuntutan harta sepencarian disebabkan kematian ini juga
akan diberikan tumpuan dengan menitik beratkan corak sumbangan yang
diberikan oleh Pihak Menuntut. Kedudukan waris-waris juga akan diberikan
perhatian samada waris-waris si mati boleh menuntut harta sepencarian bagi
pihak yang telah meninggal dunia. Hasil dapatan kajian mendapati masih
terdapat kelompangan undang-undang yang perlu diberikan perhatian bagi
menjadikan tuntutan seumpama ini mendapat tempat yang khusus di dalam
statut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Kata Kunci : Harta sepencarian, Undang-undang Keluarga Islam, orang
Islam,Mahkamah Syariah, Kematian salah satu pihak.

90

ABSTRAK

PERCATURAN POLITIK DAN STRATEGI POLITIKING
DALAM PEREBUTAN KUASA DI SARAWAK, 1841-1846: “BIAR

HIDUP BERKALANG TANAH, JANGAN MATI BERKALANG
BANGKAI”

Nordi Achie
Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kertas ini bertujuan merungkai kelincahan dan kelicikan tokoh-tokoh politik
(patriot atau imperialis) yang pernah bergelut dalam kancah perebutan takhta
politik di Sarawak (1841-1846), di samping menilai semula pandangan
beberapa sarjana Barat yang mencemuh patriot-patriot Bumi Kenyalang
sebagai pemberontak (begitu juga dalam konteks sejarah Malaysia secara
umumnya). Persoalannya, benarkah dan layakkah mereka ini dihukum sebagai
penderhaka? Sejarah merupakan akar kekuatan bangsa: tidak ada sejarah tanpa
manusia, dan tidak ada manusia yang tidak ada sejarahnya; namun, sejarah
bukanlah rempah hidup yang mudah dihadami, dan sejarah bukanlah rencah
pemikiran yang remeh difahami. Lantaran itu, penulis menyoroti setiap gerak
nadi percaturan dan arus nafas pertembungan politik yang rumit dalam proses
sejarah yang menarik untuk digarap berlunaskan falsafah dan pensejarahan
ilmiah. Seterusnya, kita dapat menoreh pelbagai hikmah (iktibar dan ikhtiar)
menerusi topik kerdil ini berlunaskan fakta dan pentafsiran sejarah. Sejarah
ialah disiplin perdebatan, dan justeru kerana itu, isu dan persoalan dalam sejarah
tidak akan putus-putus diperdebatkan menerusi pentas diskusi ilmiah dan
wacana intelektual. Di sinilah benih ilmu bertunas segar dan mercu ilmu
menyerlahkan tuas kebenarannya.
Kata Kunci: Strategi Politik, Percaturan Kuasa, Sejarah Sarawak

91

ABSTRAK

KESEDIAAN DAN KESEDARAN MASYARAKAT MELAYU
PINGGIR BANDAR TERHADAP TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA

`Adlina Binti Abdul Khalil
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (UniSHAMS)

Rosfazila Binti Abd Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Nur Hidayu Binti Jaafar
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (UniSHAMS)

ABSTRAK
Perubahan dalam pendidikan negara adalah penting untuk membentuk
masyarakat yang mampu berdaya saing di arena antarabangsa. Bagi melahirkan
golongan yang hebat dalam penguasaan teknologi, ekonomi, pengurusan dan
pelbagai ilmu lain, rakyat Malaysia seharusnya tidak memandang remeh
terhadap kepentingan pendidikan rendah sehinggalah ke peringkat pengajian
tinggi. Tujuan kajian ini dibuat untuk melihat kesediaan dan kesedaran
masyarakat Melayu pinggir bandar terhadap transformasi yang telah digariskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025. Keistimewaan bangsa Melayu boleh dilihat dalam konteks
`ketuanan Melayu’. Mereka merupakan masyarakat yang menjadi kelompok
majoriti dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Masyarakat
Melayu perlu rancak merancang pembangunan diri dalam sistem pendidikan,
politik dan juga ekonomi agar tidak ketinggalan dengan kaum-kaum lain. Fokus
kajian adalah golongan pelajar Melayu yang sedang megikuti pengajian di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kajian dibuat adalah
untuk melihat bagaimana masyarakat Melayu menongkah arus perkembangan
Revolusi Industri 4.0, aspek-aspek yang mempengaruhi kesediaan dan
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan pada masa kini seperti
disiplin di sekolah, faktor ekonomi dan latar belakang pendidikan keluarga.
Dapatan kajian menunjukkan masalah disiplin menjadi faktor kepada
pencapaian dan kecemerlangan akademik pelajar. Manakala senario ekonomi
dan latar belakang pendidikan keluarga bukanlah menjadi halangan besar bagi
sebahagian responden dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dalam
pengajian.

Kata Kunci: Masyarakat Melayu, pinggir bandar, transformasi, pendidikan

92

ABSTRAK

KEPERLUAN KEHADIRAN ISTERI SEDIA ADA DALAM
PERMOHONAN POLIGAMI : SATU TINJAUAN AWAL

Azizah Mohd Rapini
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Nur Zulfah Md Abdul Salam

[email protected]

ABSTRAK
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Tahun 2003 (Negeri Selangor)
(EUKIS) memperuntukkan bahawa suami yang ingin berpoligami perlu
mendapatkan sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada dalam tuntutan
kebenaran berpoligami. Peruntukan tersebut jelas difahami sekiranya tiada
sebarang keizinan daripada isteri, mahkamah syariah perlu merekodkan
pandangan isteri sedia ada terhadap tuntutan kebenaran poligami yang difailkan
suaminya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melibatkan pengumpulan data
melalui sumber temubual dan dokumen-dokumen perundangan seperti statut,
rekod kes mahkamah syariah dan Jurnal Hukum. Tujuan kajian dijalankan
adalah untuk melihat ketelusan prosedur atau tatacara yang diaplikasikan dalam
tuntutan ini serta keselariannya dengan elemen maqasid syariah. Kajian ini
juga cuba melihat kepada hak-hak keadilan yang boleh dijadikan dalihan oleh
seorang isteri dalam menyatakan pandangannya terhadap permohonan poligami
pihak suami. Kajian awal mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu
diteliti semula khususnya dari sudut dokumentasi dalam sebarang permohonan
poligami bagi mempastikan kebenaran poligami yang diputuskan oleh
mahkamah telah mengambil kira aspek keadilan kepada pihak isteri sedia ada.
Justeru, kajian cuba mengemukaka beberapa cadangan terhadap ketelusan
sistem dan proses dokumentasi yang perlu diberi perhatian oleh mahkamah bagi
mengelakkan sebarang bentuk kezaliman kepada pihak isteri sekaligus
memelihara kredibiliti pentadbiran keadilan mahkamah syariah.

Kata Kunci: poligami, keizinan, permohonan, kehakiman, keadilan

93

ABSTRAK

KEPERLUAN RUNDING CARA DALAM PENYELESAIAN
KONFLIK KEKELUARGAAN: KAJIAN AWAL DI KLINIK
RUNDING CARA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, KUIS

Nur Zulfah Md Abdul Salam,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Azizah Mohd Rapini
Surianom Miskam

ABSTRAK
Runding Cara merupakan salah satu kaedah yang diaplikasikan bagi membantu
menyelesaikan masalah dan konflik rumah tangga dikalangan masyarakat
Islam. Pengendalian runding cara dilakukan sama ada oleh para Peguam Syarie
atau Pegawai Runding Cara yang ditempatkan di Jabatan Agama Islam Negeri.
Kebanyakan hasil kajian terdahulu mendapati bahawa runding cara yang
dilaksanakan diperingkat awal dapat membantu mengatasi konflik
rumahtangga menjadi tegang sekaligus mampu mengubah fikiran pasangan
daripada ingin bercerai atau menamatkan masalah rumah tangga. Runding Cara
bersifat proses rundingan dua hala antara pihak perunding dan pihak satu lagi
(klien) bagi membincangkan langkah-langkah terbaik dalam mengatasi
masalah atau kecelaruan yang terjadi dalam rumah tangga. Kajian ini dijalankan
menggunakan kaedah kualitatif yang mana hasil dapatan kajian adalah melalui
sumber-sumber daripada buku, jurnal, artikel dan akhbar semasa. Malah, kajian
turut melaksanakan kaedah temubual bersama pihak tertentu yang terlibat
secara langsung dalam pengendalian runding cara. Tujuan artikel ini dijalankan
adalah membincangkan pelaksanaan dan keberkesanan keperluan runding cara
dalam kes-kes konflik rumah tangga. Kajian melihat kepada trend kes-kes yang
direkodkan di Klinik Runding Cara Syariah dan Undang-undang, KUIS dari
aspek jenis kes yang terlibat, pihak yang memerlukan runding cara, alasan
memilih melaksanakan runding cara dan respon pihak-pihak selepas runding
cara dilaksanakan.Berdasarkan rekod sedia ada, dapat disimpulkan bahawa
runding cara merupakan satu keperluan pihak-pihak yang terlibat dalam
masalah atau konflik rumah tangga. Runding cara boleh dikategorikan ‘first
stage’ yang disarankan untuk diikuti oleh pihak-pihak lebih-lebih lagi dalam
masalah atau kes-kes melibatkan perceraian. Adakalanya, selepas proses
runding cara dilaksanakan, pihak-pihak boleh jadi mendapatkan gambaran atau
penyelesaian terbaik bagi mengatasi konflik dalam rumah tangga mereka.

Kata Kunci: Runding Cara, Kekeluargaan, Perceraian, Pengendalian, Rumah
Tangga

94

ABSTRAK

PERUNTUKAN KESALAHAN GANGGUAN ORANG KETIGA
DALAM PERKAHWINAN: SATU TINJAUAN DI BAWAH

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA

Zaini Yusnita Mat Jusoh
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Sharifah Hana Abdul Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Zanariah Dimon

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]

ABSTRAK
Pasangan suami isteri tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai konflik
dan perselisihan faham sepanjang mengendalikan rumah tangga. Konflik yang
berlaku dalam perkahwinan berpunca dari faktor-faktor dalaman mahupun
luaran dan ini termasuklah isu berkaitan orang ketiga. Tiada definisi yang jelas
mengenai orang ketiga dalam undang-undang di Malaysia. Orang ketiga boleh
jadi sesiapa sahaja daripada kalangan keluarga sendiri sama ada ibu bapa,
mertua, adik beradik, ipar duai, sepupu dan sebagainya. Enakmen Jenayah
Syariah Negeri-negeri di Malaysia ada memperuntukan mengenai kesalahan
jenayah yang melibatkan orang ketiga ini. Namun, jika dilihat daripada aspek
pendakwaan kesalahan jenayah syariah, kebiasaannya fokus penguatkuasaan
dan pendakwaan hanya melibatkan kes-kes jenayah syariah berhubung akidah
dan kesalahan berkaitan kesusilaan seperti khalwat. Dapatan awal daripada
tinjauan dan kajian yang telah dilakukan, belum ada orang ketiga yang diheret
dan didakwa di Mahkamah Syariah sedangkan peruntukan undang-undang
berkaitan telah lama wujud. Hasil kajian juga mendapati tidak banyak kajian
lepas didalam jurnal ilmiah, artikel prosiding mahupun didalam media massa
yang membincangkan tentang isu ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan
membincangkan tentang kesalahan gangguan orang ketiga menurut peruntukan
undang-undang jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia. Hal ini akan dilihat
dengan lebih lanjut dalam kertas kerja ini dan dilakukan secara kajian
perpustakaan dan dokumentasi.

Kata Kunci: Kesalahan, gangguan orang ketiga, perkahwinan, peruntukan
undang-undang, jenayah syariah

95

ABSTRAK

KESEDARAN DAN PENGETAHUAN IBU BAPA TERHADAP
DISLEKSIA DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI PUTRAJAYA

Suzita Binti Samsudin
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran dan pengetahuan ibu bapa
terhadap disleksia di sebuah sekolah rendah di Putrajaya. Kajian tinjauan ini
menggunakan pendekatan kajian kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah
digunakan dalam pemilihan sampel kajian melibatkan seramai 150 orang ibu
bapa murid tahun 1 di sebuah sekolah rendah di Putrajaya. Instrumen kajian
menggunakan soal selidik. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk
min, frekuensi dan peratus untuk statistik deskriptif manakala ujian t bebas dan
korelasi Pearson untuk statistik inferensi. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa terdapat kesedaran dan pengetahuan ibu bapa terhadap ciri-ciri
disleksia mempengaruhi tingkahlaku dan emosi kanak-kanak disleksia. Kajian
ini memberi implikasi terhadap kesedaran ibu bapa serta strategi bagi
meningkatkan penglibatan mereka dalam program yang di anjurkan oleh pihak
sekolah mahupun organisasi luar.

96

ABSTRAK

AMALAN KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA
DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH

Nurul Hani Bt Shah Jan
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau tahap amalan komunikasi guru besar dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru-guru sekolah . Kajian ini juga
bertujuan mengenal pasti pengaruh demografi guru seperti umur, pengalaman
mengajar dan gred jawatan. Sebanyak 3 buah sekolah rendah dengan 32 orang
guru terlatih sebagai responden terlibat dalam kajian ini. Persampelan adalah
secara rawak berstrata. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal
selidik. Analisis data secara statistik deskriptif . Pengujian hipotesis adalah
dengan menggunakan Korelasi Pearson-r, Regresi Berganda, ANOVA Sehala
dan Ujian-t. Secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru sekolah adalah di
tahap yang tinggi Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
perspektif dalam kalangan guru terhadap amalan komunikasi guru besar
berdasarkan faktor demografi seperti , umur, pengalaman mengajar dan gred
jawatan. Justeru, guru besar perlulah mengambil tindakan wajar dan memberi
perhatian yang serius terhadap amalan komunikasi yang menyumbang kepada
kepuasan bekerja guru.

97

ABSTRAK

GLOBALISASI: CABARAN KELAS TAHFIZ UMMAH BANDAR
BARU BANGI MENGHADAPI PENGINTEGRASIAN ILMU

Hamizan bin Abdul Karim
Kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi

[email protected]
Mat Azid bin Kadir

Kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi
[email protected]

Hj. Abdul Rahman bin Mohd Yasin
Tafhim Sdn. Bhd.

[email protected]
Hj. Mokhtar bin Adnan
[email protected]

ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan cabaran globalisasi terhadap pengintegrasian
ilmu dalam pengajian Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dari perspektif dan
pengalaman Kelas Tahfiz Ummah (KTU) Bandar Baru Bangi yang didasari
oleh 5M (menulis, membaca, megira, memahami, menghayati) dan Pendidikan
al-Hikmah. Menurut Qutb (1987), matlamat akhir kurikulum Pendidikan Islam
adalah untuk melahirkan manusia soleh dalam erti kata kemanusiaan yang
sebenarnya iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Metode yang digunakan
ialah kepustakaan melalui sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk kajian,
temu bual dan focus group discussion. Hasil kajian mendapati bahawa cabaran
mengintegrasikan ilmu Pendidikan Islam di KTU dalam arus globalisasi perlu
dilaksanakan dengan terancang supaya manfaat secara holistik kepada
kemenjadian murid diperoleh. Kesimpulannya, globalisasi yang berlaku hari ini
mendesak supaya pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam proses
PdPc KAFA dapat diintegrasikan selari dengan tuntutan peredaran zaman dan
perkembangan teknologi masakini.

Kata Kunci: Globalisasi, integrasi ilmu, pendidikan Islam, kemenjadian murid.

98


Click to View FlipBook Version