The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzadesign art, 2020-11-24 04:37:18

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

ABSTRAK

PENGAJARAN BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN
(PERHOTELAN)

Diyak Ulrahman bin Mat Saad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Muhammad bin Hashimee

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Mohd Shafie bin Zulkiflee

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRAK
Malaysia adalah sebuah negara yang mengutamakan penyediaan pakej pelancongan Asia
Barat. Pelancong yang menjadikan Bahasa Arab sebagai Bahasa ibunda mereka telah mula
menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka khususnya pada
percutian musim panas. Sektor pelancongan di Malaysia berpotensi besar bagi melonjakkan
pendapatan negara dengan memberikan pulangan dalam bentuk tukaran wang asing. Untuk
itu, Malaysia perlu mengorak langkah dengan meneroka lebih banyak peluang yang ada dalam
industri ini kerana Malaysia banyak mempunyai keunikan dan kepelbagaian sumber yang
sesuai untuk dimajukan sebagai tarikan pelancong. Kajian mengenai Bahasa Arab dan
perhotelan masih belum ada dihasilkan secara khusus. Terdapat beberapa kajian berkaitan
Bahasa Arab dan pelancongan antaranya kaedah penggunaan Bahasa Arab dan keupayaan
berbahasa arab sebagai pemandu pelancong dan Model Pembangunan Kurikulum Bahasa
Arab Untuk Pelancongan Mengikut Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli. Namun kajian ini
bertujuan membangunkan kurikulum Bahasa Arab Untuk Pelancongan. Melihat dari situasi
ini, penulis merasakan perlu adanya satu model Bahasa Arab untuk perhotelan supaya
pelancong yang datang dari asia barat ini lebih rasa dihargai dan diraikan sepanjang
keberadaan mereka di Malaysia.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Pelancongan,Perhotelan

149

ABSTRAK

UNSUR-UNSUR PEMATEMATIKAN DALAM AL-AS'ILAH WA
AL-AJWIBAH ANTARA IBN SĪNĀ DAN AL-BĪRŪNĪ

Muhammad Ikhwan bin Azlan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK
Salah satu unsur yang membezakan sains moden dengan sains sebelumnya ialah aspek yang
dinamakan sebagai “pematematikan”. Tesis pematematikan menyatakan bahawa kemunculan
“sains moden” menerusi “revolusi sains” pada abad ke-17 adalah disebabkan proses
pematematikan ilmu. Walaupun begitu, perbahasan seumpama ini tidak hanya berlaku
menjelang abad ke-17 Eropah, tetapi lebih lama sebelum itu di kalangan ahli-ahli falsafah dan
sains, ahli-ahli nahu dan mantik. Salah satu dokumen yang menyentuh perbahasan ini ialah
al-As’ilah wa’l-Ajwibah yang merupakan salinan surat-surat yang diutus antara Ibn Sīnā
(m.1037) dan al-Biruni (m.1048). Surat-surat ini mengandungi 18 soal-jawab berkenaan
dengan kosmologi dan falsafah tabii. Makalah ini meneliti beberapa hujah yang dikemukakan
dalam dokumen-dokumen tersebut dengan tujuan untuk menzahirkan kerangka ilmiah yang
menjadi landasan kedua-dua tokoh yang terlibat dalam mempertahankan pendirian masing-
masing tentang hakikat dan kesahihan proses pematematikan bidang-bidang ilmu yang
dibicarakan. Analisis ke atas kandungan surat-surat ini menunjukkan di sebalik hujah-hujah
yang pelbagai ini terdapatnya suatu ketekalan dalam menyatakan pendirian masing-masing
mengenai status ontologi objek-objek matematik, kesahihan epistemologi tesis
pematematikan berserta had-hadnya, serta kedudukan pematematikan dalam psikologi
manusia sebagai satu proses pentajridan objek-objek ilmu. Perbahasan seumpama ini juga
boleh didapati berlaku di Eropah pada abad ke-17. Hasil kajian ini memperkayakan lagi naratif
“revolusi sains” yang selama ini hanya tertumpu kepada sumbangan ahli-ahli ilmu di Eropah.
Kata Kunci : Unsur-unsur Pematikan, al-As'ilah wa al-Ajwibah, Ibn Sīnā dan al-Bīrūni

150

ABSTRAK

APLIKASI MAJLIS SULH DALAM MENYELESAIKAN
TUNTUTAN MAL DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

Tuan Nurhafiza Raja Abdul Aziz
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK
Pasca perceraian merupakan tempoh yang amat sukar bagi pasangan dalam menghadapi
tuntutan mal di Mahkamah Syariah. Dalam pengurusan tuntutan mal secara lazimnya
mengambil masa yang panjang sehingga suatu perintah dikeluarkan oleh hakim. Dalam
prinsip Islam, menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan perdamaian amatlah
ditekankan. Kaedah Sulh menjadi penyelesaian pertikaian alternatif bagi menyelesaikan
pertikaian tuntutan antara pihak yang terlibat. Objektif dalam kajian ini akan mengenalpasti
bidangkuasa pegawai Sulh di dalam Majlis Sulh khususnya di Mahkamah Rendah Syariah.
Seterusnya kajian ini akan menganalisis sumber peruntukan utama pegawai Sulh di dalam
menjalankan Majlis Sulh. Sebagai kajian perundangan metodologi yang digunakan di dalam
kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan yang dikumpul melalui
akta, kes-kes, peraturan dan amalan, kajian kepustakaan bagi mendapatkan isu semasa yang
melibatkan Majlis Sulh di Mahkamah Rendah Syariah. Dapatan kajian mendapati
bidangkuasa pegawai Sulh adalah terhad kepada tuntutan-tuntutan tertentu sahaja di
Mahkamah Rendah Syariah dan tidak berbidangkuasa dalam keseluruhan kes mal yang
difailkan. Selain itu dapatan kajian mendapati peruntukan untuk menjalankan Majlis Sulh
diperuntukkan secara khusus di dalam Enakmen atau Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah
namun manual kerja ketika melaksanakan Majlis Sulh masih perlu diperkemaskan.

Kata Kunci: Tuntutan Mal, Pegawai Sulh, Mahkamah Rendah Syariah

151

ABSTRAK

IDENTITY CONSTRUCTION OF RAVI IN K.S MANIAM’S
NOVEL, ‘THE RETURN’

Siti Masitah Binti Md. Zin
Selangor International Islamic University College

[email protected]
ABSTRACT

The issues of identity are very significant in most diasporic writings in the setting of colonial
era in Malaya. The British implemented the ‘Divide and Rule’ policy to segregate the Malays,
Chinese, and Indians demographically and socially. This policy had minimized the interaction
of these three races except at certain social settings. The gap between these different races
also created a pluralized set of people who are living side by side but with lack or no
connection with the others outside their racial community. Hence, one’s identity is very much
influenced by his or her community due to the lack of exposure of other cultures. However,
identity can be challenged by other elements once a person steps out of his or her communal
circle. This research will focus on Ravi, with the foundation of his identity built up within the
context of a plural society in K.S Maniam’s novel ‘The Return’. In depth reading revealed
that caste system, colonial education, and race played important roles in forming his diasporic
Indian identity in old Malayan setting.
Key Words: Identity, Caste System, Colonial Education, Race

152

ABSTRAK

AUDITORS ‘S PERCEPTIONS ON SHARIAH AUDIT FUNCTION
IN TAKAFUL OPERATORS: A QUALITATIVE APPROACH

Noor Aimi Mohamad Puad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRACT

Ineffective governance practice in any Islamic Financial Institutions will lead to the possibility
of facing shariah risk and incident of shariah risk in their activities and operation. Shariah
audit function is one of the component of governance that play a role in ensuring Islamic
Financial Institutions to have a sound and effective internal control system of shariah
compliance. This study aim to examine the auditors perception on the objective of shariah
audit function. Semi-structured interviews was conducted with the auditors whom involved in
the shariah audit . Data were analysed by using thematic analysis. The finding discovers that
there are different understanding demonstrated on the shariah audit function by the auditors.
Exploring the practitioners’ perception on shariah audit may contribute to better provision of
shariah audit function. Therefore, the results may be used to find proper interventions to
enhance the knowledge and understanding of practitioners on this important function.
Keywords: Shariah audit, Takaful, risk-based, Shariah non-compliance risk, Shariah
Governance

153

ABSTRAK

TAHAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
BIDANG AL-QURAN: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP
GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DI
SARAWAK

Nur Afiqah Fatin binti Saipullah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Mohd. Isa bin Hamzah (PhD)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

ABSTRAK
Peningkatan minat murid terhadap Bahasa Arab dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bidang al-Quran boleh dilakukan dengan melaksanakan proses PdPc berasaskan multimedia
interaktif (Andri et al. 2017). Sehubungan itu, kajian rintis ini berhasrat untuk meninjau tahap
penggunaan multimedia dalam PdPc bidang al-Quran dalam kalangan guru Pendidikan Islam
(GPI) sekolah rendah di Sarawak serta tahap kesediaan GPI ini menggunakan multimedia
dalam PdPc bidang al-Quran. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi meninjau sama ada
terdapat perbezaan dalam tahap penggunaan multimedia dan tahap kesediaan mengikut
jantina GPI. Sampel untuk kajian rintis ini hanya seramai 32 orang GPI dari pelbagai sekolah
rendah di Sarawak. Instrumen soal selidik Tahap Penggunaan Multimedia dalam bidang al-
Quran mengandungi 22 item dan dua dimensi (tahap penggunaan dan tahap kesediaan). Tahap
penggunaan diukur dengan 5 poin skala likert yang terdiri dari “Sangat Tidak kerap” kepada
“Sangat kerap” manakala tahap kesediaan diukur menggunakan 5 poin skala likert yang terdiri
dari “Sangat Tidak Setuju” kepada “Sangat Setuju”. Dapatan kajian menunjukkan kekerapan
menggunakan multimedia dalam PdPc bidang al-Quran adalah pada tahap sederhana (3.39,
SP=.71) sementara kesediaan GPI menggunakan multimedia dalam PdPc bidang al-Quran
adalah pada tahap sederhana (Min= 4.18, SP= .39). Selain daripada itu, dapatan kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina untuk tahap
penggunaan (t=-.32, p>.05) dan tahap kesediaan (t=.18, p>.05). Implikasi kajian terhadap
teori dan praktik tentang keperluan meningkatkan tahap penggunaan multimedia serta
meningkatkan tahap kesediaan GPI dalam PdPc bidang al-Quran juga dibincangkan.

Kata Kunci: Guru Pendidikan Islam (GPI), Multimedia, Bidang Al-Quran, Sekolah
Rendah, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

154

ABSTRAK

USING CAPTIONED VIDEOS IN TEACHING ENGLISH
VOCABULARY: A CASE STUDY ON A PRIMARY SCHOOL

TEACHER

Nur Syairah Rahim
International Islamic University Malaysia (IIUM)

[email protected]
Afina Nazira Afnizul

University Selangor (UNISEL)
[email protected]
ABSTRACT

Videos are regarded as one of the audio-visual materials that can be used in the teaching and
learning of English language. Videos provide different elements that can provide exposure
and practice on various language skills which include vocabulary mastery. Therefore, this
study sought to find out how a teacher can use captioned videos to teach vocabulary in the
primary school setting. The respondent is a practicing English teacher in a primary school in
Pahang and he was chosen using purposive sampling. The data was collected using semi-
structured interviews and then analyzed using thematic analysis. There are four themes
emerged based on the data analysis which are Intrinsic Motivation, Planning, Implementation
and Teacher’s Role. The findings are in hope to give light to ESL teachers on how to use
captioned videos in teaching vocabulary.
Keywords: Captioned Videos, Vocabulary, Teaching Method, Mayer’s Theory, Multimedia.

155

ABSTRAK

PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN NEGERI BRUNEI 1959:
SATU SOROTAN SEJARAH

Siti Nor Anis Nadiah Haji Mohamad
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

[email protected]
Dr Mariam Abdul Rahman

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
[email protected]
ABSTRAK

Pertapakan kuasa barat di Negara Brunei Darussalam telah mengubah corak pemerintahan
negara. Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang dianggap sebagai dasar kepada corak
pemerintahan dan pentadbiran bagi Negara Brunei Darussalam adalah merupakan antara
kebijaksanaan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei Ke-
28 bagi melepaskan Negeri Brunei dari terus berada di bawah naungan British. Kertas kerja
ini membincangkan sejarah penggubalan Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Kajian yang
berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan daripada pelbagai sumber
sekunder dan juga sumber primer bagi menghuraikan peristiwa-peristiwa yang berkaitan
dengannya. Hasil kajian mendapati bahawa penggubalan Perlembagaan Negeri Brunei 1959
telah dapat mengembalikan kedudukan Negeri Brunei Darussalam sebagai sebuah negara
berkerajaan sendiri yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja. Kekuatan
Perlembagaan ini telah memperkukuhkan tamadun Islam di Negara Brunei Darussalam.
Kata Kunci: Sejarah, Perlembagaan, Negeri Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddien III.

156

ABSTRAK

PSIKOLINGUISTIK DALAM PROSES PEMBELAJARAN
BAHASA SERTA KAITANNYA DENGAN PENDIDIKAN

BAHASA ARAB

Izan Mohd Yusoff
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
ABSTRAK

Dalam konteks pendidikan, Psikolinguistik merupakan satu bidang yang sangat penting
dalam pembelajaran bahasa termasuklah pendidikan bahasa Arab. Ia merupakan gabungan
perkataan psikologi dan linguistik yang bermaksud ilmu yang berkaitan dengan hubungan
antara bahasa dengan perilaku dan akal manusia. Melalui psikolinguistik, bahasa yang
digunakan perlulah tersusun dan mempunyai unsur tatabahasa yang baik. Manakala dalam
konteks perkembangan bahasa pula, kanak-kanak sebenarnya mempunyai tahap
perkembangannya tersendiri dalam mempelajari bahasa. Penulisan ini akan mengemukakan
huraian psikolinguistik dan kepentingannya melalui pembelajaran bahasa. Seterusnya,
perbincangan tentang bahasa pertama dan bahasa kedua dalam perkembangan kanak- kanak.
Selain itu, prinsip pengajaran bahasa kedua serta perbezaan cara pemerolehan bahasa pertama
dengan cara pembelajaran bahasa kedua dari segi prinsip serta kaedah dan strategi. Hasil
kajian ini menyimpulkan bahawa, psikolinguistik dan bahasa Arab mempunyai kaitan dalam
perkembangan pemerolehan dan pembelajaran bahasa kedua seperti yang difokuskan dalam
perbincangan iaitu kaitannya dengan pendidikan bahasa Arab.
Kata Kunci: Psikolinguistik, Proses Pembelajaran Bahasa, Bahasa Arab.

157

ABSTRAK

PENGGUNAAN APLIKASI PEMBELAJARAN MAYA DALAM
KALANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN

Siti Nur Fatihah Harun
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Rosadah Abd Majid

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]

ABSTRAK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang begitu pesat dalam dunia hari ini.
Perkembangan ini turut memberi kesan kepada perkembangan dunia pendidikan.
Perkembangan ICT telah berjaya mewujudkan beberapa aplikasi untuk digunakan oleh guru
untuk melaksanakan persekitaran pembelajaran maya. Persekitaran pembelajaran maya
merupakan satu idea yang bagus dan diperlukan, walaupun ianya bukanlah medan utama
dalam dunia pendidikan. Bermula tahun 2011, Malaysia telah memulakan persekitaran
pembelajaran maya. Pembelajaran maya ini telah diperkenalkan kepada murid tipikal dan juga
murid khas. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kesediaan dan tahap
penerimaan guru-guru pendidikan khas Daearah Dungun terhadap penggunaan aplikasi
pembelajaran maya. Para guru memainkan peranan penting untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran maya ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Seramai 91 orang guru pendidikan
khas telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis secara deskriptif dan korelasi pearson
digunakan. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan
guru dan juga tahap penerimaan guru dengan tahap sikap penggunaan guru terhadap aplikasi
pembelajaran maya. Dalam kajian ini, tahap kesediaan dan tahap penerimaan guru pendidikan
khas Daerah Dungun dalam penggunaan aplikasi pembelajaran maya kedua-duanya berada
pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini memberikan gambaran bahawa tahap kesediaan
dan tahap penerimaan para guru pendidikan khas perlu sentiasa dipertingkatkan agar tercapai
matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengintegrasikan teknologi dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini amat perlu agar murid-murid pendidikan khas
tidak terus ketinggalan dalam bidang teknologi.

Kata Kunci: Aplikasi Pembelajaran Maya, Tahap Kesediaan Guru, Tahap Penerimaan
Guru, Sikap Guru

158

ABSTRAK

JAWAPAN PERSOALAN HUKUM PENGGUNAAN FACEAPPS:
SATU TINJAUAN DI MALAYSIA

Abdul Hakim Baharudin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRAK

Penggunaan aplikasi FaceApps membolehkan pengguna melakukan modifikasi pada foto
wajah seseorang dengan pelbagai variasi, sama ada untuk menampakkan foto mereka lebih
tua, lebih muda atau jantina berlawanan. Secara amnya, penggunaan aplikasi ini adalah untuk
tujuan hiburan atau ada kalanya sebagai ejekan. Penularan penggunaan aplikasi ini
menimbulkan persoalan hukum penggunaannya dan telah mendapat respon daripada golongan
agamawan dan institusi fatwa di Malaysia. Analisis dilakukan terhadap jawapan hukum oleh
agamawan dan institusi fatwa di Malaysia, disamping pandangan individu mahupun pihak
tertentu di luar daripada Malaysia dijadikan rujukan dan perbandingan. Umumnya,
penggunaan aplikasi ini dihukumkan sebagai haram dengan mengaitkan pengharaman
merubah ciptaan Allah S.W.T seperti dalam Surah Ar-Rum ayat 30. Disamping itu,
penerangan hukum yang diberikan tidak dikhususkan kepada penggunaan aplikasi semata-
mata tetapi dikaitkan dengan elemen-elemen lain yang kemungkinan wujud dalam
penggunaan aplikasi.
Kata Kunci: FaceApps, Fatwa, Jawapan Hukum, Aplikasi Peranti Pintar

159

ABSTRAK

ASPEK RETORIK LAFAZ AL-SAHAB DALAM AYAT-AYAT AL-
QUR’AN

Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli
Universiti Teknologi Mara (UITM)
[email protected]
Burhanuddin Haji Wahab
Universiti Teknologi Mara (UITM)
[email protected]
Ahmad Fauzi Yahaya
Universiti Teknologi Mara (UITM)
[email protected]
Mohd Zulkhairi Abd Hamid
Universiti Teknologi Mara (UITM)
[email protected]

ABSTRAK
Al-sahab atau awan merupakan salah satu daripada penciptaan alam yang menjadi tanda
kekuasaan Allah. Berdasarkan al-Qur’an, terdapat beberapa perkataan atau lafaz awan yang
telah dinyatakan oleh pengkaji terdahulu dan antaranya ialah al-sahab. Namun, perkataan
tersebut lebih cenderung kepada perbincangan dari konteks perkataan, tafsir, dilalah dan
bahasa. Perincian terhadap aspek retorik bagi lafaz tersebut dalam setiap ayat al-Qur’an yang
berbeza kurang diberikan perhatian. Kekurangan tersebut menjadi lompangan utama yang
perlu dikaji. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis perkataan al-sahab dalam al-Qur’an
menerusi perspektif retorik serta melihat penggunaannya dalam konteks ayat. Kajian ini
mendasari pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dengan
menjadikan al-Qur’an sebagai sumber premier untuk mengenalpasti dan menganalisis lafaz
al-sahab. Sebanyak sembilan lafaz al-sahab dikenalpasti untuk dikaji dan pemilihan
perkataan tersebut turut dibantu oleh Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an al-Karim untuk
mengenalpasti kedudukannya dalam ayat-ayat yang berbeza. Kemudian, ia disusuli dengan
perkamusan Arab, retorik, linguistik dan rujukan tatabahasa Arab yang turut dijadikan
sandaran dalam kajian. Data pula dianalisis secara deskriptif dengan berpandukan pandangan
para sarjana terhadap isu yang dibangkitkan oleh mereka. Hasil kajian mendapati bahawa
pengungkapan lafaz al-sahab dalam al-Qur’an mempamerkan maksud tersendiri di sebalik
kontekstual sesuatu ayat dan ia mampu dibuktikan menerusi nazm, tashbih, al-taqdim wa al-
ta’khir dan al-tankir.

Kata Kunci: Al-Sahab, Retorik, Al-Qur’an, Leksikografi

160

ABSTRAK

KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM ANDALUS PANDUAN
PEMBENTUKAN MODENISASI MASYARAKAT ISLAM

Nur Afiqah binti Jabaruddin
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Dr. Isa bin Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]
ABSTRAK

Masyarakat Islam mutakhir ini giat bersaing meletakkan diri setanding masyarakat bukan
Islam dari segala aspek modenisasi. Senario ini bukan asing lagi, malah sangat digalakkan
demi kemajuan Islam itu sendiri. Tamadun Andalus merupakan empayar Islam yang sudah
mencapai pelbagai kecemerlangan pada zamannya. Sekitar lapan abad tamadun ini dikatakan
telah bertapak dalam khilafah Islamiyyah, bermula tahun 710M sehingga 1492M. Sepanjang
tempoh tersebut, Andalus menjadi kawasan tumpuan utama benua Eropah. Justeru, dalam
kertas konsep ini, penekanan diberikan kepada faktor utama yang memacu kegemilangan
Andalus; iaitu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Budaya keilmuan menjadi
antara tarikan utama yang mempamerkan kehebatan tamadun ini, dengan kelahiran ramai
sarjana Islam. Faktor kejatuhan Tamadun Andalus turut disertakan pada bahagian akhir
penulisan, bagi membangkitkan kesedaran masyarakat di Malaysia akan peri pentingnya
mematuhi garis panduan Islam tanpa memisahkannya dari arus kemodenan. Malahan, kertas
konsep ini bertujuan menajam pemikiran masyarakat Islam agar menelusuri keunggulan
sistem pemerintahan Tamadun Andalus, yang wajar dijadikan kayu ukur bagi merancakkan
pembentukan modenisasi masyarakat Islam kini, selari dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Kata Kunci: Tamadun Andalus, Faktor Kegemilangan, Modenisasi, Masyarakat Islam,
Malaysia.

161

ABSTRAK

KREATIVITI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Nurrabi’atul Mardhiah Binti Rushdi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Muhammad Syawal Bin Amran
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
ABSTRAK

Revolusi industri 4.0 menuntut kemahiran futuristik yang memerlukan kemahiran berfikir
kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam apa jua
situasi yang dihadapi. Pengetahuan dan kemahiran yang meluas bermula daripada pemikiran
kreatif yang diterapkan sejak persekolahan. Selaras dengan hasrat tersebut, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia menenkankan pengajaran yang berkesan dan boleh
membantu lebih ramai pelajar untuk lebih kreatif dalam memahami sesuatu topik pengajaran
secara mendalam. Atas dasar itu, penyelidik terdahulu telah menggunakan pelbagai metod
untuk meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Kertas konsep ini akan
membincangkan kreativiti secara amnya dan menghuraikan definisi kreativiti. Selain itu,
kertas konsep ini turut mengutarakan model-model kreativiti yang telah dibina oleh penyelidik
terdahulu dan akhir sekali penerapan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui kertas konsep ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada para pendidik
untuk membentuk kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Kata Kunci: Kreativiti, Model Kreativiti, Pengajaran dan Pembelajaran

162

ABSTRAK

TAHAP AMALAN PENGHAYATAN PENDIDIKAN ISLAM
DALAM KALANGAN PELAJAR ISLAM DI SEKOLAH JENIS

KEBANGSAAN CINA (SJKC)

Nur Hafizah Binti Abdullah Hadi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Mohd Isa Bin Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]

ABSTRAK
Pendidikan merupakan proses dalam memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, memupuk
nilai murni dalam diri setiap individu. Pendidikan Islam ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh
umat Islam bagi menyelamatkan umat daripada terpesong dari landasan ajaran yang
dianjurkan dalam Islam. Tambahan lagi, melalui Ilmu Pendidikan Islam ini, seseorang itu
dapat membentuk sebuah peribadi yang baik. Berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam di
sekolah rendah, ianya merangkumi enam aspek yang terdiri daripada bidang Asuhan Tilawah
al-Quran, Ulum Syariah Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Jawi. Melalui bidang-bidang ini,
pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang bersesuaian dengan mereka supaya para pelajar
dapat meningkatkan tahap amalan mereka seterusnya dapat menghayati ilmu Pendidikan
Islam dengan baik. Kertas konsep ini membincangkan tentang tahap amalan penghayatan
pelajar di SJKC dalam ilmu Pendidikan Islam yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
ibu bapa, guru, rakan sebaya, persekitaran sekolah dan media massa. Dalam mengkaji tahap
penghayatan amalan pelajar mendapati bahawa terdapat beberapa isu yang berlaku kepada
pelajar beragama Islam di SJKC. Antara isu yang pernah diutarakan ialah seperti kekurangan
guru, waktu sesi pengajaran bagi subjek Pendidikan Islam dipendekkan berbanding sekolah
kebangsaan lain, kurangnya kemudahan seperti surau untuk melakukan aktiviti keagamaan
misalnya amali whuduk, solat dan lain-lain. Hasil daripada pembentukkan kurikulum
Pendidikan Islam yang menerapkan enam aspek itu dapat membentuk pelajar yang
menghayati dan beramal dengan ilmu yang diperoleh di sekolah di samping dapat menjadikan
peribadi pelajar Islam yang unggul di mata dunia. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini
dihasilkan agar dapat membantu pihak yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu
tersebut seterusnya dapat memperbaiki mutu sistem pengajaran di sekolah dari masa ke masa.

Kata Kunci: Konsep, Bidang, Pendidikan Islam, Faktor Tahap Amalan

163

ABSTRAK

PENGAMAL SANAD KITAB TURATH HADIS
KONTEMPORARI DI MALAYSIA

Farhah Zaidar Mohamed Ramli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Mohd. Khafidz Soroni

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Zikmal Fuad

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRAK

Al-Athbat merupakan kumpulan karya penting yang merekodkan rantaian salasilah sanad
keilmuan Islam berteraskan kitab-kitab turath dalam pelbagai bidang termasuk hadis.
Pengkaryaan ini muncul hasil implementasi daripada pengaruh periwayatan salasilah sanad
yang masih diaplikasikan oleh ilmuwan Islam pada setiap kurun sehingga kini. Dampak
ketara kelansungan kegiatan ini dipertahankan adalah untuk pengekalan kesinambungan
sanad kepada Rasulullah  berwasilahkan pengarang kitab turath hadis terutamanya. Namun
pengamal sanad kitab turath hadis di Malaysia masih kurang diperkenalkan dan jarang
ditonjolkan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil pengamal sanad kitab turath
hadis di Malaysia. Data dikumpul menerusi metode analisis dokumen karya thabat dan
temubual lapangan yang membabitkan seorang partisipan tempatan. Analisis data dilakukan
secara deskriptif. Dapatan menunjukkan partisipan memiliki rantaian sanad terhadap tujuh
buah kitab induk hadis iaitu kutub sittah dan muwatta'. Rantaian sanad ini disebarkan di
Malaysia menerusi sebuah karya thabat daripada jenis awa’il yg berjudul Qurrah al’Ain bi
Asanid Maulana Hussayn. Penemuan ini menunjukkan ilmuwan Malaysia arus perdana
masih memiliki kesarjanaan serta kepakaran dalam arena ilmu periwayatan sanad kitab turath
hadis serta turut memainkan peranan penting dalam meneruskan kesinambungan rantaian
tersebut demi mengekal kelansungan mata rantai keilmuan hadis di benua Nusantara.

Kata Kunci: Pengamal, Sanad, Kitab, Turath, Hadis.

164

ABSTRAK

KEPENTINGAN TAJWID DAN KESANNYA TERHADAP
BACAAN AL-QURAN

Muhammad Syukri Zahari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

[email protected]
Daud Mohamed Salleh

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]
Amnah Saayah Ismail

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]

Mohamad Muntaha bin Hj Saleh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

[email protected]
ABSTRAK

Displin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu adalah sangat diberatkan dalam Islam untuk
mengamalkannya. Tanpa displin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu akan menyebabkan
kurangnya penguasaan terhadap ilmu yang dituntut. Begitulah juga kepentingan
mengamalkan dan penguasaan terhadap hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran. Menurut
Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca
secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan
lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah 1994). Artikel ini
bertujuan untuk mengkaji konsep memahami dan menguasai ilmu tajwid menurut ulama’ serta
kepentingan dan kesannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, analisis kandungan dan
kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Hasil kajian ini mendapati penguasaan
tajwid akan memberi kesan betul dan tepatnya pada bacaan al-Quran.
Kata Kunci: Displin, Penguasaan, Kesan dan Bacaan al-Quran.

165

ABSTRAK

KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN: PERANAN DAN

CABARAN

Saidatul Nadhirah Binti Jamaluddin
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Mohd Isa Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]
ABSTRAK

Komunikasi merupakan proses sosial yang penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Komunikasi yang berkesan dapat melancarkan sesi pengajaran dan pemudahcaraan di dalam
kelas. Salah satu komunikasi yang harus diberi perhatian adalah komunikasi interpersonal. Ia
merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri seorang tenaga pengajar. Kemahiran
interpersonal ini dapat ditingkatkan melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Secara
khususnya, kajian ini melihat kepada peranan guru dalam mengaplikasikan komunikasi
interpersonal sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran komunikasi
interpersonal guru dapat membantu seseorang guru itu dalam menjalankan tugas. Kemahiran
ini turut membantu guru dalam menyampaikan maklumat atau pengetahuan dengan lebih
tepat. Kajian ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menguasai kemahiran
komunikasi interpersonal oleh tenaga pengajar disamping membantu dalam meluaskan
pengetahuan mengenai komunikasi interpersonal yang baik. Tenaga pengajar yang menguasai
kemahiran komunikasi interpersonal mampu menjadikan pengajaran lebih menarik dan
berkesan.
Kata Kunci: Komunikasi, Interpersonal, Pengajaran Dan Pemudahcaraan

166

ABSTRAK

PERANAN JURULATIH TERHADAP KEBERKESANAN
LATIHAN PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI

PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Norfazira Azman
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

[email protected]
Noorazmi Mohd Zainol

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]
Zahimi Zainol Abidin

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengukur peranan jurulatih terhadap keberkesanan latihan. Peranan
jurulatih merupakan salah satu faktor yang penting di dalam melatih anggota tentera menjadi
seorang pemimpin pada masa akan datang. Tinjauan mendalam terhadap literatur mendapati
bahawa beberapa permasalahan yang dihadapi oleh jurulatih ialah, (1) kaedah pengajaran
yang menarik perhatian pelatih; (2) kemampuan komunikasi oleh jurulatih; dan (3) sikap yang
ditunjukkan dalam mempengaruhi tindakan pelatih. Ketiga-tiga elemen ini didapati
mempunyai pengaruh terhadap keberkesanan latihan. Dalam kajian ini, pengujian terhadap
278 sampel menggunakan borang soal selidik sebagai prosedur utama yang terdiri daripada
ketiga-ketiga peringkat Pegawai Kadet PALAPES iaitu Junior, Intermediate, dan Senior
dengan menggunakan analisis laluan model SmartPLS versi 3.0 bagi menguji model kesan
langsung dan model pemboleh ubah mencelah. Dapatan pengujian hipotesis model kesan
langsung menunjukkan bahawa ketiga-tiga elemen bagi peranan jurulatih (kaedah pengajaran,
komunikasi dan sikap) mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan latihan.
Ini membuktikan bahawa peranan jurulatih mampu bertindak sebagai peramal yang penting
kepada keberkesanan latihan dalam Pegawai Kadet PALAPES. Manakala, analisis terhadap
model pemboleh ubah mencelah menghasilkan dapatan bahawa motivasi latihan memberi
kesan sebagai pemboleh ubah mencelah dalam hubungan tersebut dan menunjukkan
perhubungan di antara peranan jurulatih dengan motivasi latihan dapat meningkatkan lagi
keberkesanan latihan yang terbaik dalam kalangan Pegawai Kadet PALAPES.
Kesimpulannya, ketiga-tiga elemen peranan jurulatih iaitu kaedah pengajaran, komunikasi
dan sikap mampu mempengaruhi peningkatan motivasi latihan para pelatih seterusnya
mendorong kepada keberkesanan latihan yang berjaya.

Kata Kunci: Kaedah Pengajaran, Komunikasi, Sikap, Motivasi, Keberkesanan Latihan.

167

ABSTRAK

TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, DAN TAHAP
LATIHAN GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM PENGAJARAN

PENDIDIKAN KHAS

Suhartika Kasimun
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]
Rosadah Bt Abdul Majid

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]
ABSTRAK

Transfomasi pendidikan bukan sahaja mengubah pendidikan bagi golongan murid tipikal
bahkan juga pendidikan bagi golongan berkeperluan khas juga turut berkembang. Selaras
dengan transformasi pendidikan khas, peranan dan tanggungjawab seorang guru pendidikan
khas semakin mencabar dengan perkembangan pesat dan peningkatan kesedaran terhadap
keperluan murid berkeperluan khas. Kajian tinjauan ini memfokuskan kepada tahap
pengetahuan dan kemahiran, dan tahap latihan guru pendidikan khas dalam melaksanakan
pengajaran kepada murid berkeperluan khas. Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang
guru pendidikan khas di Kuching, Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan
dan kemahiran dan tahap latihan guru pendidikan khas dalam pengajaran pendidikan khas
adalah pada tahap yang tinggi. Walaubagaimapun, hasil perbandingan skor min menunjukkan
terdapat perbezaan antara skor min kumpulan guru opsyen pendidikan khas dan guru bukan
ospyen pendidikan khas dalam pengajaran. Namun, bagi tempoh pengalaman mengajar pula
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran dan
tahap latihan guru pendidikan khas. Dari segi hubungan di antara kedua-dua konstruk iaitu
tahap pengetahuan dan kemahiran dengan tahap latihan menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara keduanya di dalam kajian ini.
Kata Kunci: Pengetahuan, Kemahiran, Latihan, Pengajaran Guru Pendidikan Khas.

168

ABSTRAK

ISLAM DAN DOKTRIN KETENTERAAN

Burhanuddin Jalal
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

[email protected]
Amnah Saayah Ismail

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]
Sayuti Ab Ghani

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]
Muntaha Haji Salleh

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
[email protected]
ABSTRAK

Islam merupakan agama perdamaian. Mengaitkan Islam dengan doktrin ketenteraan
memerlukan penjelasan yang tepat dan berhemah. Sirah Islam telah menjelaskan tentang
kehadiran Islam serta dalam menyebar luaskan syairnya turut melibatkan pelbagai konflik dan
peperangan dan ini bukanlah bererti bahawa Islam berkembang atas faktor ketenteraan dan
peperangan. Pembinaan dan pembangunan institusi ketenteraan dalam Islam ialah untuk
memenuhi keperluan bagi mempertahankan diri serta memperkukuh keselamatan umat dan
negara dari terus diganggu gugat atau untuk membina kekuatan umat dari terus di ceroboh
dan ditindas. Organisasi ketenteraan Islam berkembang selaras dengan kemajuan dan
kenegaraan Islam dan secara umumnya Islam membataskan peperangan atas alasan yang
kukuh iaitu faktor waktu, tempat peperangan dan juga disiplin serta doktrin ketenteraan yang
tegas dalam peperangan. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan
sebagai kaedah utama dalam kajian ini dan dapatan kajian menunjukkan Islam mempunyai
peraturan yang jelas dalam aspek ketenteraan dan juga hukum-hukum tertentu berkaitan
dengan peperangan demi kemaslahatan agama, umat dan syiar Islam.

Kata kunci: Doktrin, Keselamatan, Ketenteraan, Peperangan, Pertahanan

169

ABSTRAK

ANALISIS METAFORA DALAM PENAFSIRAN IDEOLOGI
DALAM WACANA MANIFESTO PAKATAN HARAPAN

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya
Universiti Malaya
Rohaidah Haron
Universiti Malaya

ABSTRAK
Aspek metafora yang dimanfaatkan dalam wacana dapat menjelaskan sesuatu
perkara yang bukan lumrah untuk lebih mudah difahami. Selain dapat
menjadikan wacana indah dari segi bahasa, metafora yang digembleng dalam
wacana dapat membantu penyampaian ideologi sesuatu parti. Kajian ini
merupakan kajian analisis wacana kritis yang bertujuan untuk menafsir ideologi
yang tersirat dalam wacana manifesto Pakatan Harapan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti aspek metafora dalam wacana manifesto Pakatan
Harapan serta menganalisis metafora dalam wacana tersebut. Dengan
berpandukan konsep wacana yang dibangunkan oleh beberapa orang penahu,
maka terdapat empat metafora yang telah digembleng dalam wacana manifesto
Pakatan Harapan, iaitu metafora perbuatan, metafora air, metafora pertanian
dan metafora peperangan. Keempat-empat metafora ini telah digembleng oleh
pewacana dalam usaha memperjuangkan ideologi menyejahterakan rakyat.
Keupayaan pewacana memanfaatkan aspek metafora secara tidak langsung
dapat memperomosikan ideologi Pakatan Harapan kepada rakyat dengan lebih
jelas dan tersusun.
Kata Kunci : Metafora, Wacana, Kritis, Ideologi, Pakatan Harapan

170

ABSTRAK

TAHAP KEBERKESANAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA
PERUBAHAN EKONOMI PELAJAR: KAJIAN DI KOLEJ
PROFESIONAL BAITULMAL (KPBKL)

Badriah Nordin
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

[email protected]
Nur Hasanah Ishar

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Siti Syarwani Ghazali

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan bantuan
pendidikan terhadap pembangunan ekonomi para alumni Kolej Profesional
Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Kajian ini dijalankan terhadap 100 orang
alumni yang berkelulusan daripada kursus-kursus yang ditawarkan di KPBKL
seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Zakat dan
Wakaf, Diploma Pengurusan Muamalat, Diploma Pengurusan Industri Halal,
LCCI, CAT dan juga program UiTM. Mereka terdiri daripada 3 asnaf berbeza
iaitu fakir, miskin dan fi sabilillah yang menerima bantuan pendidikan daripada
MAIWP, LZS dan lain-lain. Julat keseluruhan min ialah 3.95 dan ini
menunjukkan skor min yang tinggi. Kajian ini mendapati bantuan pendidikan
telah membantu responden untuk membeli keperluan belajar dan sekaligus
membantu responden untuk mendapatkan peluang pekerjaan, Keseluruhan
kajian menunjukkan bantuan pendidikan ini telah memberikan kesan yang baik
kepada responden dari sudut ekonomi samada ketika atau selepas pengajian.

171

ABSTRAK

PENINGKATAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS MURID
MASALAH PEMBELAJARAN MELALUI PENGGUNAAN

MODUL MENGOYAK DAN MERAMAS

Nurul Izati bt Md Yaacob
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
Manisah bt Mohd.Ali
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan modul aktiviti mengoyak
dan meramas ke atas perkembangan kemahiran motor halus murid pendidikan
khas. Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kesan aktiviti
mengoyak dan meramas terhadap perkembangan kemahiran motor murid
pendidikan khas. Kajian terdiri dari dua kumpulan iaitu satu kumpulan
merupakan kumpulan kawalan dan satu kumpulan lagi ialah kumpulan rawatan.
Sampel seramai lapan murid pendidikan khas yang mempunyai masalah
dalam perkembangan kemahiran motor halus. Instrumen kajian ialah Ujian Pra
dan Pos dan sesi temubual. Analisis deskriptif digunakan bagi skor markah
yang diperoleh dari Ujian Pra dan juga Ujian Pos. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tiada kenaikan yang signifikan bagi kumpulan kawalan iaitu dengan
nilai purata skor iaitu 7.75 (ujian pra) kepada 9.25 (ujian pos). Namun, terdapat
peningkatan yang signifikan bagi kumpulan rawatan selepas intervensi dengan
kenaikan purata skor dari 7.75 (ujian pra) kepada 16.26 (ujian pos). Dapatan
kajian ini menunjukkan Modul Aktiviti Mengoyak dan Meramas mempunyai
kesan yang baik terhadap perkembangan kemahiran motor halus murid
pendidikan khas. Dapatan kajian ini juga memberi manfaat kepada pendidik
serta ahli disiplin yang lain untuk membantu murid yang mengalami
perkembangan motor halus yang lemah bagi meningkatkan kemahiran mereka
dalam menjalani aktiviti seharian.

Kata Kunci : Kemahiran Motor Halus, Mengoyak dan Meramas, Pendidikan
Khas

172

ABSTRAK

KEHUJAHAN ḤADĪTH DALAM SINTAKSIS BAHASA ARAB
MENURUT AL-SUYUṬI

Mohammad Roshimi bin Abdullah
Kolej Universiti Islam Perlis
[email protected]
Muhammad Ihsan bin Idris
Kolej Universiti Islam Perlis
[email protected]

ABSTRAK
Rasullullah ‫ ﷺ‬dikurniakan kefasihan dalam bertutur yang tidak dapat disangkal
oleh mana-mana sarjana Islam. Namun, para sarjana sintaksis (nahu) bahasa
Arab berselisih pendapat sama ada untuk menerima atau menolak hadith
sebagai sumber penghujahan (shahid) dalam pengkaedahan sintaksis bahasa
Arab. Hal ini bertitik tolak daripada kebanyakan lafaz ḥadīth diriwayatkan
dengan makna dan berlakunya laḥn (gubahan) terhadap lafaz ḥadīth kerana
terdapat dalam kalangan periwayat yang terdiri daripada bukan Arab. Kajian-
kajian lepas menunjukkan antara tokoh sintaksis bahasa Arab yang dikatakan
menolak hadith dalam pengkaedahan sintaksis bahasa Arab ialah al-Suyuti.
Namun, terdapat kajian yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di
antara menerima dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan
untuk melihat perbincangan para pengkaji terhadap pandangan al-Suyuti dalam
menerima hadith sebagai sumber pengkaedahan sintaksis bahasa Arab. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data
menggunakan analisis kajian-kajian para pengkaji dan hujah-hujah mereka.
Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti menerima ḥadīth sebagai sumber
penghujahan dalam kaedah sintaksis bahasa Arab tetapi hanya menerima
ḥadīth-ḥadīth yang diriwayatkan dengan lafaz Rasulullah ‫ ﷺ‬dan bertepatan
dengan kaedah sintaksis bahasa Arab. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
pandangan beliau dalam karya al-Iqtirāḥ fī ‘Ilm Uṣūl al-Naḥw dan beliau turut
mendatangkan banyak ḥadīth sebagai hujah pengkaedahan sintaksis bahasa
Arab dalam karyanya Ham‘ al-Hawāmi‘ fī Sharḥ Jam‘ al-Jawāmi‘ dan kitab al-
Ashbāh wa al-Naẓā’ir fī al-Naḥw.

Kata Kunci : Hadith, Sintaksis, Bahasa Arab, Tokoh, Al-Suyuti

173

ABSTRAK

PENINGKATAN PENGUASAAN SUKU KATA MELALUI
PENGGUNAAN CARTA CE-KAP TERHADAP MURID
PEMULIHAN KHAS: SATU KAJIAN KES

Nurain Naquiah Ruslan
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Manisah Mohd Ali
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Penguasaan suku kata adalah asas penting dalam membantu murid menguasai
kemahiran mengeja dan menulis perkataan sehingga membentuk ayat mudah.
Murid Pemulihan Khas adalah dalam kalangan murid yang sering mengalami
masalah penguasaan suku kata khususnya suku kata KV, KVK dan KVKK.
Kajian kuasi eksperimen ini dilaksanakan bagi mengenalpasti peningkatan
penguasaan suku kata dengan menggunakan bahan pengajaran Carta Ce-kap
yang digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 4 orang murid yang tidak
menguasai suku kata yang mengandungi struktur KV, KVK, dan KVKK
dijadikan sampel bagi kumpulan rawatan. 4 orang murid lain yang telah
menguasai kemahiran suku kata yang mengandungi struktur KV, KVK dan
KVKK dipilih sebagai sampel kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan
sampel adalah terdiri daripada murid tahun 3 dan dipilih berdasarkan ujian
saringan yang telah dilaksanakan. Dua jenis ujian kepada kedua-dua kumpulan
iaitu ujian pra yang dijalankan sebelum menggunakan Carta Ce-kap manakala
ujian pasca akan diberikan kepada sampel pada akhir kajian. Data dianalisis
daripada markah ujian pra dan ujian pasca sampel yang dikumpul dan diskorkan
kepada 30 markah. Terdapat perbezaan min antara kumpulan kawalan rawatan
dengan kumpulan kawalan pada markah ujian pra. Dapatan kajian
menunjukkan skor min markah ujian pra dan ujian pasca setiap sampel rawatan
meningkat. Skor min markah pada ujian pra kumpulan rawatan adalah 16.5
manakala skor min markah kumpulan kawalan adalah sebanyak 30.0. Skor min
markah kumpulan rawatan dalam ujian pasca menunjukkan peningkatan kepada
28.0 manakala skor min markah kumpulan kawalan adalah kekal pada 30.0.
Hasil kajian menunjukkan penggunaan Carta Ce-kap dapat memberikan
kesedaran kepada pendidik bahawa bahan pengajaran yang sesuai mampu
membantu meningkatkan tahap pencapaian murid.

Kata Kunci : Penguasaan Suku Kata, Carta Ce-Kap, Pemulihan Khas, Kuasi
Eksperimen, Peningkatan Min Markah,

174

ABSTRAK

PERBANDINGAN DICTIONARY OF THE MALAYAN
LANGUAGE OLEH WILLIAM MARSDEN (1812) DENGAN

KAMUS DWI BAHASA LONGMAN (2008) DARI SUDUT
HURAIAN MAKNA

Hasnah Mohamad
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Ilmu perkamusan Melayu telah berkembang sejak lama dahulu. Kegiatan
penyusunan daftar kata dan kamus bermula sejak bermulanya kepulauan
Melayu dikunjungi oleh orang luar yang terdiri daripada penutur pelbagai jenis
bahasa dengan tujuan asal mereka antaranya untuk berniaga, menyebarkan
agama, meluaskan kuasa politik, atau menjadi tempat persinggahan sementara
dalam perjalanan ke tempat-tempat lain. Pertembungan penutur pelbagai bahasa
ini dengan penduduk tempatan memerlukan daftar kata dan seterusnya kamus
disusun bagi membolehkan berlakunya komunikasi dua hala antara penutur
pelbagai bahasa tersebut dengan penduduk tempatan. Kajian ini akan
membandingkan perkembangan perkamusan Melayu dari sudut huraian makna
entri dalam Dictionary of the Malayan Language oleh William Marsden dengan
Kamus Dewan Edisi Keempat. Objektif kajian adalah untuk mengelaskan
komponen takrif dalam Dictionary of the Malayan Language oleh William
Marsden dan Kamus Dewan Edisi Keempat, seterusnya menghuraikan
komponen takrif dalam kedua-dua kamus tersebut berdasarkan pendekatan
takrif tekstual serta merumuskan persamaan dan perbezaan takrif dalam kedua-
dua kamus yang dikaji. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis
dokumen, yang sampelnya terdiri daripada entri kategori kata kerja, kata
adjektif dan kata sendi dalam Dictionary of the Malayan Language oleh William
Marsden, dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Pengelasan komponen takrif
dibuat berpandukan pengelasan komponen utama takrif oleh Hartmann & James
(1988) dan penghuraian takrif dijelaskan berpandukan pendekatan takrif
tekstual. Kajian ini dapat merumuskan perkembangan kosa kata bahasa Melayu
dari sudut makna menurut kamus.

Kata Kunci : Daftar Kata, Kamus, Takrif, Entri, Pendekatan Takrif Tekstual.

175

ABSTRAK

SEJARAH MELAYU DAN HIKAYAT RAJA PASAI SEBAGAI
PENGUKUHAN ASPEK PENSEJARAHAN DALAM KALANGAN

MASYARAKAT MELAYU

Siti Fatimah binti Mamat
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Roslina Binti Abu Bakar
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

Arbai’e bin Sujud
Universiti Putra Malaysia

arba’[email protected]

ABSTRAK
Sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku dan diakui
kewujudannya sehingga ke hari ini. Namun begitu, terdapatnya sarjana
terutamanya dari Barat yang tidak mengiktiraf naskhah historiografi Melayu
sebagai teks sejarah. Kajian ini menfokuskan kepada aspek pensejarahan yang
terdapat di dalam naskhah historiografi Melayu iaitu Sulalatus Salatin dan
Hikayat Raja-raja Pasai dan mengkaji sejauh mana kebenaran peristiwa yang
dipaparkan. Bagi mencapai objektif tersebut, metod yang digunakan ialah
kaedah kepustakaan dan analisis teks iaitu kajian merujuk sumber seperti buku,
jurnal, artikel, kertas kerja, majalah dan sebagainya. Hasil kajian mendapati
bahawa aspek-aspek pensejarahan yang didapati di dalam naskhah historiografi
tersebut iaitu Sulalatus Salalatin dan Hikayat Raja-raja Pasai adalah
merupakan sebuah naskhah yang sememangnya diakui sebagai teks yang
berbentuk sejarah. Kajian ini menggunakan teori Historisisme Baru
diperkenalkan oleh Greenblatt. Kajian diakhiri dengan kesimpulan yang
menunjukkan bahawa aspek-aspek pensejarahan yang didapati di dalam
naskhah historiografi Melayu merupakan kebenaran sejarah yang sukar
disangkal dan dinafikan kebenarannya. Hal ini kerana, sejarah merupakan salah
satu daripada harta yang sangat berharga dan bernilai kepada generasi yang
seterusnya.

Kata Kunci : Sejarah, Naskah historiografi Melayu, Sejarah Melayu, Raja
Pasai

176

‫‪ABSTRAK‬‬

‫مستوى ترجمة معاني الكلمات العربية لدى طلبة الشهادة العالية الدينية الماليزية‬

‫عزة شاكرة بنت معروف‬
‫جامعة العلوم الإسلامية الماليزية‬

‫‪[email protected]‬‬

‫ملخص البحث‬
‫ارتفع عدد حملة ‪ STAM‬الحاصلْي على درجة ممتازة كل سنة‪ ،‬ومع ذلك ارتفعت أيضا‬
‫نسبة الطلاب الماليزيْي الراسبْي الذين جلسوا في امتحان القبول بجامعة الأزهر‪ .‬ويهدف هذا‬
‫البحث إلى معرفة مستوى ترجمة معاني الكلمات من الأسماء والأفعال وأدوات الربط لدى‬
‫طلبة السنة السادسة بإحدى مدارس ثانوية دينية بولاية سلانجور‪ .‬ويستخدم البحث المنهج‬
‫الوصفي المتمثل في النسبة المئوية‪ ،‬حيث تم اختيار ‪ 80‬طالبا وطالبة عشوائيا من عدد طلبة‬
‫السنة السادسة بتلك المدرسة‪ .‬ولجمع المعلومات البحث تم استخدام الاختبار الذي تم‬
‫توريعها على عينة البحث لترجمة ‪ 66‬كلمة مختارة من الكتب المقررة‪ .‬وقد توصل البحث إلى‬
‫النتائج ومؤداها أن مستوى ترجمة معانيكلمة الأسماء والأفعال وأدوات الربط ضعيف‪ .‬ويوصى‬
‫البحث أن تقوم الجهات المعينة بتدريب الطلبة على الترجمة في عملية تعلم اللغة العربية سواء‬

‫كانت في الأنشطة الصفية واللاصفية‪.‬‬
‫الكلمات المفتاحية‪ :‬اللغة العربية‪ ،‬معانى الكلمات‪ ،‬الترجمة‪ ،‬الاستراتيجية‪ ،‬المدرسة الدينية‪.‬‬

‫‪177‬‬

ABSTRAK

HUBUNGAN EFIKASI KENDIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
TERHADAP TINGKAH LAKU INOVATIF DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

Roslaili bt Abdullah
UKM Bangi Selangor, Malaysia

[email protected]
Manisah bt Mohd.Ali

UKM Bangi Selangor, Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Efikasi kendiri ialah keyakinan diri dalam mengawal diri seseorang individu
dari aspek pemikiran, motivasi dan tingkah laku. Tingkah laku inovatif pula
merupakan perlakuan inovatif seseorang untuk melakukan sesuatu kreativiti
dari aspek inovasi yang merangkumi jangkaan termasuklah penerimaan,
penghasilan dan penerimaan idea-idea baharu. Tujuan utama kajian adalah
untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri, tahap tingkah laku inovatif dan
hubungan efikasi kendiri terhadap tingkah laku inovatif guru pendidikan khas
dalam pengajaran pendidikan keusahawanan. Kajian ini melibatkan 118 orang
guru pendidikan khas daripada 10 buah sekolah menengah di Daerah Pasir
Gudang . Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan
dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Teori
Efikasi Kendiri Tschannen-Moran & Hoy (1998, 2001) dan Teori Tingkah Laku
Inovatif oleh De Jong & Den Hartog (2010). Terdapat tiga dimensi efikasi
kendiri yang dikaji iaitu dimensi pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran,
dan penglibatan murid. Manakala tahap tingkah laku inovatif pula ditentukan
oleh empat peringkat utama iaitu eksplorasi idea, penjanaan idea, kejuaraan
idea dan perlaksanaan idea. Maklum balas soal selidik dianalisis melibatkan
nilai, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan
skor min dan sisihan piawai tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas di
daerah Pasir Gudang berada pada tahap yang tinggi (M = 4.02; S.P = 0.63) dan
tahap tingkah laku inovatif guru pada tahap yang tinggi (min = 3.76; s.p =
0.54). Hasil kajian mendapati nilai korelasi ialah r = .697, p < 0.001. Ini
menunjukkan hubungan pada aras sederhana antara efikasi kendiri guru dengan
tingkah laku inovatif guru. Efikasi kendiri yang tinggi menyumbang dalam
peningkatan tingkah laku inovatif guru di dalam pengajaran pendidikan
keusahawanan. Kajian ini memberi implikasi kepada penyediaan guru
pendidikan khas yang lebih inovatif dan pengenalpastian faktor-faktor lain yang
menjadi pemangkin dalam meningkatkan efikasi kendiri guru dan tingkah laku
inovatif.

Kata Kunci: Efikasi Kendiri, Tingkah Laku Inovatif, Pendidikan
Keusahawanan, Guru Pendidikan Khas. Murid Berkeperluan Khas.

178

ABSTRAK

PEMBENTUKAN NILAI MURNI MELALUI PEMIKIRAN
ARIFIN ARIF

Norazlina Mohd Kiram
Universiti Putra Malaysia

[email protected]
Adiba Nur’ain Shaharuddin
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Pemimpin memainkan peranan penting dalam kecemerlangan pembangunan
negara dan juga menjadi ikon kepada masyarakat. Mereka mempunyai ‘kuasa’
yang bukan sedikit untuk mempengaruhi masyarakat dalam tutur kata dan
tingkah laku. Pada masa ini, kebanyakan pemimpin berkongsi idea dan aspirasi
mereka dalam media massa. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
menghuraikan nilai murni yang dicetuskan oleh pemimpin masyarakat Arifin
Arif dalam penulisannya di laman Muka Buku dan merumuskan penerimaan
pengikutnya terhadap mesej yang disampaikan. Data kajian dikumpul melalui
ungkapan idea yang ditulis oleh Arifin Arif, iaitu ADUN Membakut, Sabah
sepanjang tahun 2019 dalam laman Muka Buku. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Data dianalisis
menggunakan 12 Nilai Murni yang menyokong Etika Kerja Universiti Putra
Malaysia. Nilai murni tersebut ialah (1) amanah, (2) adil, (3) benar dan telus,
(4) bijaksana, (5)bersyukur dan bersabar, (6) cekap, cepat dan tepat, (7) ikhlas,
(8) penyayang, (9) Berdisiplin, (10) Bersih, (11) bertanggungjawab dan (12)
berdedikasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ungkapan yang ditulis oleh
Arifin Arif mencerminkan pemikiran yang bersih dan teratur serta mengandungi
nilai murni yang digariskan. Selain itu, ungkapan tersebut juga mengandungi
mesej tersirat kepada pembaca supaya sentiasa berwaspada dalam tindak
tanduk, meliputi lisan dan perbuatan. Konklusinya, kajian ini diharapkan dapat
memberikan suntikan semangat kepada pemimpin yang ada supaya sentiasa
berhati-hati dan berusaha menyampaikan penulisan yang teratur dan
mempunyai mesej yang baik kepada pembaca. Hal ini penting kerana pemimpin
merupakan agen perubahan masyarakat dan peranan mereka sangat besar dalam
mempengaruhi sikap dan tingkah laku masyarakat, khususnya generasi muda.

Kata Kunci : Pemimpin, Kuasa, Nilai Murni, Pemikiran, Arifin Arif

179

ABSTRAK

ATTITUDE AND PERCEPTION OF UNIVERSITY STUDENTS
TOWARDS COMMUNITY SERVICE

Sohana Abdul Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
ABSTRACT

Service-learning has a long and distinguished history of providing valuable
experiences to students across all academic levels. Professional disciplines are
well situated to provide students with opportunities related to service-learning
to community. This article this issue describes a service-learning initiative
implemented in a bachelor student t and diploma’s student, whose taking
service learning subject. The purposes of the program were to enhance students'
soft skills in leadership, teamwork, communication, decision making, problem
solving, critical thinking and networking. Data on students' perceptions were
collected for semester four of the program. Students perceived gains in soft
skills are listed. For this reason, it is of crucial importance to investigate the
attitude and perception of university students towards community service. The
study area was University Selangor College Islamic Selangor. The simple
random technique was used to select 200 students from the university
community from almost all faculties using frequency and percentage tables in
the analysis of the data. The researcher observed from the findings that students
are altruistic towards voluntary activities and that previous knowledge and
experience influences their attitude and perception towards community service.
In spite of this revelation students do not usually join voluntary associations
Therefore researchers are hopeful that this work will lead to further research
into the reasons why students do not join voluntary associations on campus
though they have good community service experience and participation.
Keywords : Service- Learning, Community Service, University Student,
Attitudes, Perception

180

ABSTRAK

ANALISIS KESALAHAN PENULISAN BAHASA ARAB
MENERUSI KAEDAH IMLA’ DALAM KALANGAN PELAJAR

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL (KPBKL)

Siti Nabilah Misnan
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

[email protected]
Alif Fahmi Abdullah

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
[email protected]

Najmuddin Mohamad Said
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

[email protected]

ABSTRAK
Penerapan metode yang sesuai dalam kegiatan pembelajaran akan
mempengaruhi hasil akhir dalam pembelajaran pelajar. Kompetensi berbahasa
dilihat sebagai aspek penting dalam pembelajaran bahasa asing, khususnya
bahasa Arab. Walaupun, kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran
bahasa yang berkesinambungan dalam kemahiran komunikasi secara tidak
langsung. Namun, pada hakikatnya pelajar masih berhadapan dengan kesukaran
dan kesulitan dalam pembelajaran menulis bahasa Arab. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam menguasai
kemahiran menulis bahasa Arab menerusi kaedah imla’ seterusnya dapat
difikirkan langkah penyelesaian terhadap masalah ini. Justeru, bagi
mendapatkan data kajian, kajian ini dilakukan ke atas 30 orang pelajar yang
mengambil kursus Bahasa Arab Muamalat (AFB2133) di Kolej Profesional
Baitulmal Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan penulisan sampel imla’ yang
bertajuk “Bermuamalat di Bank” sebagai hasil dapatan kajian. Dapatan kajian
mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam penulisan melibatkan imla’ iaitu
memisahkan kata yang seharusnya bersambung, menyambung kata yang
seharusnya terpisah, kesalahan penulisan huruf ta’ maftuhah dan marbutah,
pengguguran huruf illah, membezakan bunyi huruf yang hampir sama. Kajian
menyimpulkan bahawa pendekatan imla’ harus diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Arab.

Kata Kunci : Kelemahan, Imla’, Menulis, Bahasa Arab

181

ABSTRAK

PEMBENTUKAN WATAK EKSTREMIS: TINJAUAN DARI
PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN INDOKTRINASI

Dr. Mohd Hamidi Ismail
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK
Terorisme sebagai kemuncak ekstremisme adalah fasa terakhir proses doktrin
radikalisme, fanatisme, teokrasi dan anti-autoriti. Namun proses ini tidak
berjaya mencapai objektifnya dengan sendiri. Ia memerlukan paradigma yang
kuat bagi menyokong ketahanan kehendak dalam diri ekstremis ‘berjihad’
kerana cabarannya sangat dahsyat. Malah paradigma itu mestilah
bercenderungan ukhrawi yang memberikan suntikan keinsafan, semangat
membara mempertahankan agama dan menentang perlembagaan autokrasi
mahupun birokrasi. Mengupas perkara ini, kertas kerja ini dengan menumpukan
objektif mengenal pasti elemen yang mencorakkan peribadi ekstrem salafi-
jihadi, menggunakan metode kuantitatif berhasil dengan dapatan awal,
mendapati psikologi individu yang menyertai jihad telah mengalami sindrom
kognitif vakum yang memudahkan doktrin pincang memberi kesan padanya
(psikologi jihadis).
Kata Kunci : Watak, Ekstremis, Psikologi, Doktrin

182

ABSTRAK

PENDEKATAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI

SEKOLAH RENDAH

Zaidatul Akmar Zahari
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meninjau pelaksanaan kaedah konstruktivisme yang
akan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Ia bertujuan untuk mengenalpasti minat murid di
peringkat sekolah rendah terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan
pelaksanaan kaedah konstruktivisme, supaya dapat meningkatkan tahap prestasi
dan pembentukan sahsiah murid. Pembelajaran melalui teori konstruktivisme
sangat penting kerana ia telah terbukti sangat dominan dalam pendidikan hari
ini kerana ia adalah satu anjakan paradigm kepada pendekatan yang lebih
berasaskan kognitif daripada pendekatan tradisional kepada behaviorisme.
Kajian ini menggunakan teknik pendekatan kuantitatif, di mana kaedah
pengumpulan data akan digunakan oleh penyelidik berdasarkan rekabentuk soal
selidik sebagai satu set soal selidik. Responden terdiri daripada 70 orang murid
tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching,
Sarawak. Data yang diperolehi, akan dianalisis menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26 bagi memperolehi hasil dapatan
kajian dan keputusan dari set soal selidik yang telah diedarkan melalui borang
google secara dalam talian, whatsapp, emel dan telegram. Di akhir kajian,
pengkaji akan melihat hasil dapatan kajian data kajian deskriptif bagi mencapai
objektif serta tujuan kajian secara keseluruhannya.

183

ABSTRAK

MEMIKIRKAN SEMULA METAFORA DALAM MEMPELAJARI
ALGEBRA MENERUSI ASPEK KOGNITIF DAN AFEKTIF

Nur Syahirah Salehin
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Muhammad Syawal Amran
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Metafora atau analogi sering dikaitkan dengan linguistik. Tanpa disedari,
penggunaan metafora dalam pengajaran berpotensi untuk membantu pelajar
menguasai konsep abstrak matematik khususnya dalam topik algebra. Hal ini
kerana, konsep algebra dalam subjek matematik banyak diaplikasikan dan
relevan dalam konteks kehidupan seharian pelajar. Artikel ini bertujuan
untuk membincangkan secara komprehensif isu - isu berkaitan dengan
pembelajaran algebra dan konsep metafora dalam pembelajaran matematik. Di
samping itu, penulisan ini juga, menghuraikan dengan lanjut kajian-kajian lepas
yang menerapkan penggunaan metafora dalam pembelajaran algebra. Malahan
artikel ini turut mengulas kesan penggunaan metafora terhadap emosi dan
miskonsepsi pelajar. Menariknya, penggunaan metafora dalam pembelajaran
algebra dapat meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis pelajar. Walau
bagaimanapun peranan guru amat penting dalam merancang strategi dan
pelaksanaannya di kelas. Oleh itu, artikel ini juga mencadangkan secara
terperinci strategi perancangan dan pelaksanaaanya bagi memastikan pelajar
dapat memahami dan mengaplikasikan pengajaran yang disampaikan.
Kesimpulannya, artikel ini mencadangkan agar kajian akan datang dapat
mereka bentuk bahan pengajaran yang mengandungi konsep metafora dalam
pembelajaran matematik bagi mengatasi masalah pelajar dalam belajar dan
memahami konsep algebra.

Kata Kunci : Metafora, Algebra, Kognitif, Afektif

184

ABSTRAK

KEKANGAN PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI DALAM PENGAJARAN KURIKULUM BERSEPADU

DINI DAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ

Dr. Nursafra Mohd Zhaffar
UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

[email protected]
Wan Ali Akbar Wan Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Dr. Mohd Syaubari Othman
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

[email protected]
Norasmahani Nor

SMKA Maahad Hamidiah, Kajang
[email protected]
Nor Anisa Musa

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
selari dengan matlamat utamanya iaitu mahu melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang
berasaskan ‘aqli dan naqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf. Hal ini
kerana keupayaan mengaitkan ‘aqli dan naqli memerlukan ketrampilan kognitif berupa
kekuatan daya fikir yang fleksibel. Namun, KBD dan KBT adalah kurikulum yang baru
diangkat sebagai Kurikulum Kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka
kekangan-kekangan yang dialami oleh para guru dalam menjalankan pengajaran berasaskan
KBAT dalam kurikulum KBD/KBT. Kajian ini berbentuk kajian kes kualitatif dijalankan ke
atas sekelompok 8 orang pakar yang terlibat secara langsung dalam sistem KBD/KBT. Data
dikutip menggunakan temu bual mendalam dan dianalisis secara bertema. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat lima kekangan utama yang dihadapi oleh para guru iaitu berkaitan
dengan penguasaan Bahasa Arab, kefahaman untuk aplikasi KBAT, pengetahuan tentang
pedagogi, penguasaan isi kandungan dan faktor kesediaan murid. Kajian ini diharapkan dapat
memberi cadangan kepada Bahagian Pendidikan Islam dan pihak Kementerian Pendidikan
dari aspek pemerkasaan keberkesanan pengajaran KBD dan KBT di Malaysia.

Kata kunci: KBAT, Kurikulum Bersepadu Dini, Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Pengajaran
dan Pembelajaran, Kekangan.

185

ABSTRAK

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
BERDASARKAN METODE PEMBELAJARAN SURAH AN-

NAHL AYAT 125

Syed Abu Bakar bin Tuan Dalam
Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]
Mohd Isa bin Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]

ABSTRAK
Proses pembelajaran dalam Islam merupakan suatu proses tarbiah yang mempunyai kaitan
dengan proses pembentukan keseluruhan elemen yang wujud dalam kehidupan seseorang
merangkumi aspek pemikiran, fizikal, rohani, spiritual disamping membaiki hubungan
manusia sesama manusia dalam konteks sosial. Dalam dunia pendidikan hari ini, proses
pembelajaran yang dilaksanakan perlu seiring dengan perkembangan arus pendidikan masa
kini. Dasar pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang telah diperkenalkan adalah bertujuan
untuk menarik minat murid untuk seterusnya mampu meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid tentang sesuatu topik yang dipelajari. Bagi memastikan proses
pembelajaran ini mencapai objektif yang disasarkan, kaedah pengajaran yang berkesan perlu
diberi perhatian. Ianya perlu ditambah baik sesuai dengan peredaran zaman agar proses
pengajaran tidak hanya terikat kepada kaedah tradisional. Justeru itu, pelaksanaan PAK-21 ini
perlu diintegrasikan dengan nilai-nilai Islam agar ianya lebih sesuai untuk diamalkan dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk itu, kajian ini menggunakan proses penganalisisan
secara analisis kepustakaan dengan meneliti aspek yang berkaitan di antara PAK-21 dengan
kandungan ayat 125 surah an-Nahl. Dapatan penilitian ini menunjukkan terdapat tiga metode
utama yang boleh diaplikasikan ke dalam PAK-21 iaitu metode hikmah (bijaksana),
percakapan yang baik dan perdebatan yang baik. Ini merupakan asas yang perlu diterapkan ke
dalam PAK-21 agar ianya sesuai untuk diaplikasikan ke dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PAK-21 merupakan sesuatu pembaharuan yang
perlu dilaksanakan tetapi perlu disesuaikan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan di
dalam al-Quran.

Kata Kunci: PAK-21; Metode pengajaran; Pendidikan Islam; Surah an-Nahl: 125

186

ABSTRAK

PENGAJARAN MEMBACA DALAM PEMBELAJARAN
BAHASA KEDUA: APLIKASI KEMAHIRAN DAN STRATEGI

Izan Mohd Yusoff
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
Prof Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusofff

Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Menurut Elaine Kolker Horwitz dalam bukunya Becoming a Language Teacher-A Practical
Guide to Second Language Learning and Teaching, kemahiran dalam pengajaran membaca
bahasa kedua merupakan proses yang kompleks dan memerlukan komunikasi aktif antara
pembaca dan teks. Dalam menguasai sesuatu bahasa, aspek penguasaan meliputi kemahiran
serta kefahaman menggunakan ayat, ungkapan dan teknik untuk memudahkan pelajar.
Pembacaan intensif dan ekstensif serta teknik membaca SQ3R antara elemen penting yang
boleh diaplikasi dalam pembelajaran kemahiran membaca bahasa pertama (B1) mahupun
bahasa kedua (B2). Penulisan ini menampilkan kepentingan aspek pengajaran kemahiran
membaca bahasa kedua dalam kurikulum bahasa Arab. Seterusnya jenis, kaedah bacaan serta
bentuk bahan yang membantu dan perlu dititikberatkan. Pengajaran membaca bahasa kedua
harus di sertakan dengan pengetahuan, strategi dan model sebagaimana hubungkait Model
Kognitif Kefahaman McKenna dan Stahl yang menghubungkan tiga dimensi keupayaan
pembaca dengan kefahaman. Hasil penulisan mendapati, daripada empat kemahiran asas yang
perlu dikuasai dalam pengajaran kemahiran bahasa Arab, kemahiran membaca merupakan
kemahiran yang holistik dan perlu diberi keutamaan. Malah, kepentingan penguasaan
kemahiran ini menjadikan kefahaman dalam kemahiran membaca bahasa kedua sebagai satu
aspek pelajaran yang wajib bagi pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pengajian.
Kata kunci: Kemahiran membaca, bahasa kedua, bahasa Arab

187

ABSTRAK

PENDIDIKAN KEROHANIAN UNTUK MEMBINA
KEMAMPANAN IDENTITI REMAJA MUSLIM

Wan Haslinawati Wan Hassan
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
Mohd Isa Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
ABSTRAK

Remaja muslim adalah pewaris pemimpin dan kehidupan akan datang yang perlu
dibangunkan identitinya sesuai dengan perkembangan dan keperluan negara bertamadun.
Kemampanan identiti generasi remaja yang berkualiti dan berdaya tahan akan terserlah
sekiranya kefahaman dan penghayatan agama dijadikan sebagai panduan utama untuk
memimpin masyarakat ke arah kejayaan. Remaja perlu mempunyai pegangan teguh kepada
agama serta mengaplikasikan konsep yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan seharian
mereka. Sejarah ketamadunan Islam melakarkan kejayaan Rasulullah SAW membentuk
remaja muslim yang hebat seperti Zubair bin al-Awwam dan Talhah bin Ubaidah. Justeru itu,
kajian ini akan membincangkan pendidikan kerohanian sebagai penghayatan hidup beragama
dalam membentuk identiti diri remaja muslim. Kajian ini menggunakan analisis dan sintesis
daripada literatur kajian lepas. Elemen-elemen dalam kajian ini membantu tahap
perkembangan remaja kepada destinasi yang penuh dengan kesejahteraan, kebahagiaan, dan
keamanan. Kerjasama dari semua pihak yang berpengalaman dapat membantu bagi membina
identiti remaja muslim yang cemerlang.

Kata kunci: Pendidikan Kerohanian, Penghayatan Agama, Remaja Islam.

188

ABSTRAK

RELEVANKAH PERKAHWINAN KANAK-KANAK BAWAH
UMUR

Wan Haslinawati Wan Hassan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
Mohd Isa Hamzah

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
ABSTRAK

Perkahwinan kanak-kanak dianggap sebagai masalah global yang merentasi negara, budaya,
agama, dan etnik. Amalan ini berlaku secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
Islam bahkan juga melibatkan budaya silam masyarakat dunia yang lain. Amalan ini dilihat
telah melanggar perjanjian hak asasi manusia antarabangsa sebagai amalan global yang
menerapkan diskriminasi dan berbahaya bagi sesebuah negara. Pemahaman dalam mentafsir
undang-undang bagi menangani isu-isu seperti ini dalam kalangan umat Islam akan
menyebabkan konflik dalam masyarakat. Justeru perbincangan mengenai perkahwinan kanak-
kanak amat penting untuk dibincangkan dari aspek masalah akil baligh menurut Islam,
penetapan had umur minima, undang-undang serta pendekatan yang diambil oleh negara-
negara Islam, termasuk Malaysia bagi mengatasi masalah tersebut. Artikel ini juga
membincangkan situasi semasa amalan perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di negara
ini dengan negara lain serta perbandingan undang-undang Islam dan undang-undang di negara
lain serta faktor-faktor perkahwinan bawah umur. Hasil penulisan ini mendapati seseorang
yang akan berkahwin diusia muda memerlukan pertolongan dari pelbagai pihak, terutamanya
ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat agar tidak menjadi stigma akibat berkahwin diusia
yang muda.

Kata kunci:Perkahwinan kanak-kanak, Had umur minimum, Undang-undang keluarga
Islam.

189

ABSTRAK

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA: PUNCA DAN SOLUSINYA

Nurul Syafini bt Abd Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

[email protected]
Hasliza bt Talib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
[email protected]

Noor Syahida Binti Abdul Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

[email protected]
ABSTRAK

Sistem keluarga atau rumah tangga amat dipandang berat oleh syariah Islam kerana ia
merupakan suatu kumpulan dari masyarakat terkecil yang terdiri dari pasangan suami isteri,
anak-anak, mertua, dan sebagainya. Maka wujudlah rumah tangga yang sah setelah akad nikah
atau perkahwinan, sesuai dengan ajaran agama dan undang-undang. Kajian ini
membincangkan punca dan solusi keruntuhan rumahtangga di kalangan masyarakat Islam.
Terdapat dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Kajian ini menggunakan
metod pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan terhadap bahan-bahan semasa yang
berkaitan. Hasil kajian mendapati, kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab dalam rumah
tangga yang berlandaskan hukum agama menjadi asas utama dalam menangani isu keruntuhan
rumahtangga.

Kata kunci: keruntuhan rumahtangga, punca, solusi

190

ABSTRAK

KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PENGURUSAN
NAFKAH ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

Siti Zaleha binti Ibrahim
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Hasliza binti Talib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]

Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]
Noraini binti Mohamad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
, ,[email protected]
Prof Madya Dr Mek Wok binti Mahmud
[email protected]
Siti Nur Husna Abd Rahman
[email protected]

ABSTRAK
Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada wali, pengurus rumah anak
yatim, ibu tunggal/balu, kakitangan Jabatan Kebajikaan Masyarakat (JKM) dan
masyarakat awam yang terdiri daripada beberapa buah daerah di negeri
Selangor antaranya ialah Daerah Sepang, Daerah Hulu Selangor dan Daerah
Klang. Sebanyak 400 set soal selidik diedarkan dan sebanyak 400 set soal
selidik berjaya dikutip dan dianalisis setelah mendapat kerjasama daripada
responden yang berumur lingkungan 20-70 tahun bagi mengumpulkan
pandangan mereka mengenai kesedaran masyarakat terhadap pengurusan
nafkah anak yatim di Negeri Selangor. Kajian ini merupakan jenis atau teknik
kajian bagi komponen kuantitatif yang menekankan pengukuran dan pencarian
hubungan atau hubungan antara variable sebagai penyokong data kualitatif.
Jenis kajian ini adalah kajian korelasi dan dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap pengurusan nafkah anak
yatim di negeri Selangor adalah berada pada tahap skor yang tinggi. Hasil kajian
diharapkan agar masyarakat dapat memahami peranan dan tanggungjawab
menguruskan nafkah anak yatim sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam
bagi memastikan institusi keluarga dan kebajikan anak-anak yatim terus
terpelihara.

.
Kata kunci: kesedaran masyarakat, pengurusan nafkah, anak yatim di Negeri
Selangor

191

ABSTRAK

PERUBAHAN TARAF HIDUP MASYARAKAT : IMPAK
TERHADAP ASPEK PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

Nurhidayah binti Mohd Hasidin
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Mohd Isa Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Pendidikan merupakan salah satu cabang yang sangat penting dan ia menjadi
satu keperluan kepada masyarakat kini. Hal ini kerana pendidikan merupakan
dasar kepada pembangunan modal insan diri seseorang itu dalam menentukan
hala tuju serta membentuk keperibadiaan diri masing-masing. Dengan
memupuk sistem pendidikan yang berkualiti dalam diri seseorang individu,
tidak mustahil ianya dapat mengubah kehidupan seseorang untuk melahirkan
generasi yang mampu memenuhi aspirasi negara. Di Malaysia, jurang
perbezaan taraf sosial dapat dilihat melalui pendapatan isi rumah yang mana
ianya dikategorikan kepada 3 iaitu golongan B40, M40 dan T20. Kertas konsep
ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan perubahan taraf hidup masyarakat dari
aspek pendidikan dan teknologi. Perkembangan teknologi yang semakin
meluas pada era pasca modenisasi ini akan memberikan pelbagai kesan yang
positif dan negatif kepada seseorang individu. Memandangkan negara kita
sedang dalam Wawasan 2020, perkembangan teknologi pendidikan itu perlu
dititikberatkan dalam pendidikan selaras dengan Revolusi Perindustrian IR 4.
Kertas konsep ini akan membincangkan definisi golongan perbezaan taraf
sosial, isu-isu yang berbangkit, kesan perubahan taraf hidup masyarakat dari
aspek pendidikan dan teknologi serta langkah-langkah bagi meningkatkan
perubahan taraf hidup masyarakat. Saya berharap agar ianya akan menjadi
maklumat tambahan untuk membantu pelbagai pihak khususnya kerajaan
dalam memastikan hasrat untuk membangunkan negara dalam bidang
pendidikan dan teknologi dapat dikekalkan dan ditambah baik di samping dapat
menaikkan nama negara di mata negara luar.

Kata kunci: Perubahan taraf hidup, impak, pendidikan, teknologi

192

ABSTRAK

MEMPERKASAKAN KREATIVITI GURU DALAM
PENDIDIKAN STEM PRA SEKOLAH

Amirul Anwar Bin Mohd Shafie
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Kreativiti dalam pendidikan STEM pra sekolah merupakan pengajaran yang
menekankan kemahiran kreativiti dalam menyepadukan empat disiplin ilmu
secara bersamaan iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.
Pengajaran ini memberikan pengalaman sebenar kepada kanak- kanak untuk
meneroka dan melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam
menyelesaikan masalah. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan
kepentingan kemahiran kreativiti dalam pengajaran STEM. Malahan penulisan
juga menghuraikan isu dan cabaran yang dihadapi guru dalam menerapkan
kemahiran kreativiti STEM pra sekolah. Penulisan ini juga membincangkan
dengan lanjut kajian- kajian lepas berkaitan dengan kemahiran kreativiti dalam
pendidikan STEM pra sekolah bagi menambah input tentang pelaksanaan
sebenar kemahiran kreativiti dalam pengajaran STEM prasekolah. Bagi
memperkasakan peranan guru pra sekolah penulisan ini juga turut mengaitkan
teori-teori berkaitan dengan kemahiran kreativiti dalam pendidikan STEM
sebagai panduan guru untuk menyampaikan pengajaran dengan kreatif. Selain
itu, penulisan ini menerangkan implikasi pelaksanaan kemahiran kreativiti
dalam pengajaran STEM bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru. Untuk
memperkayakan kajian akan datang penulis juga mencadangkan beberapa
aspek yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan amalan dan kemahiran
kreativiti STEM dalam pengajaran. Kesimpulannya, kemahiran kreativiti
dalam pengajaran STEM amat penting dalam memperkembangkan kreativiti
kanak- kanak untuk merangsang mereka berfikir dan menyelesaikan masalah
secara kreatif

Kata kunci : Kreativiti, Pengajaran STEM, Prasekolah

193

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI, LATIHAN DAN
KESESUAIAN KERJA DENGAN PRESTASI:KAJIAN

TERHADAP PEKERJA DI SEKTOR SWASTA

Rogis Baker
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nurul Nazatul ‘Ain
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Mohd Amran
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Haliza Mohd Zahari
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Noor Azmi Mohd Zainol
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nur Surayya Mohd Saudi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Hasimi Sallehudin
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Prestasi kerja merupakan faktor yang penting terhadap kejayaan sesebuah
organisasi dalam sektor swasta yang berorientasikan keuntungan. Kemerosotan
prestasi dalam kalangan pekerja akan memberi kesan negatif terhadap kualiti
dan produktiviti organisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji
hubungan antara motivasi, latihan, dan kesesuaian kerja terhadap prestasi
pekerja yang bekerja di Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd, Bukit Kayu
Hitam, Kedah. Seramai 136 responden telah terlibat dalam kajian ini melalui
pengedaran soal selidik kajian dengan kadar peratusan maklum balas adalah
sebanyak 68%. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan
korelasi yang sederhana dan ketara antara motivasi, latihan, dan kesesuaian
kerja dengan prestasi pekerja. Walaubagaimanapun, faktor motivasi merupakan
faktor yang paling menyumbang terhadap prestasi pekerja. Kajian ini
mendapati bahawa motivasi merupakan faktor yang paling penting dalam
meningkatkan prestasi pekerja. Pekerja akan lebih bersemangat dan berusaha
dalam melaksanakan tugas mereka jika mereka bermotivasi. Selain itu, latihan
dan kesesuaian kerja juga penting merupakan elemen yang penting dalam
menentukan tahap prestasi dalam kalangan pekerja.

Kata Kunci: Motivasi, Latihan, Kesesuaian Kerja, Prestasi

194

ABSTRAK

KUALITI PENYELENGGARAN DAN TAHAP KESELAMATAN
KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN

Syed Lamsah Syed Chear
Universiti Selangor

[email protected]
Sareena Hanim Hamzah
Universiti Malaya
[email protected]

ABSTRAK
Taman permainan diketahui sangat penting terhadap perkembangan kanak-
kanak khususnya daripada aspek komunikasi dan sosial kerana di situ mereka
dapat berinteraksi dan belajar kemahiran baru bersama rakan-rakan.
Kepentingan untuk mengurus taman permainan dan rekreasi secara berkesan
telah disuarakan oleh ramai pengkaji begitu juga isu yang berkaitan dengan
keselamatan alatan mainan dan rekabentuk taman. Laporan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan terdapat kira-kira 3,000 kes
kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan yang lazimnya
melibatkan kanak-kanak berumur antara lima hingga sembilan tahun. Objektif
kajian adalah untuk meninjau tahap kualiti penyelenggaraan taman permainan,
menilai persepsi orang awam terhadap tanggungjawab memelihara taman
awam, dan meneroka peluang untuk mewujudkan kolaborasi dan kesediaan
menyumbang komuniti setempat berkaitan keselamatan kanak-kanak dan
penyelenggaraan lebih berkualiti taman-taman awam. Kajian ini dilakukan
dalam daerah Kuala Selangor iaitu di tujuh buah kampung dalam mukim Api-
Api/Ijok (tradisi) dan tiga buah kampung dalam mukim Bestari Jaya/Hulu
Tinggi (tradisi). Pengumpulan data menggunakan tiga instrumen iaitu senarai
semak pemerhatian terhadap reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan di taman
permainan, borang soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas komuniti
setempat serta catatan temubual berstruktur dengan pemegang taruh. Kajian ini
menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kualiti
penyelenggaraan taman permainan dan kesedaran orang awam terhadap isu
keselamatan kanak-kanak. Taman permainan di kawasan perumahan “gated and
guarded” didapati lebih terurus dan selamat untuk kanak-kanak berbanding
taman permainan di perumahan terbuka. Kajian ini mencadangkan diwujudkan
kolaborasi yang lebih efektif antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju
perumahan dan orang awam dalam memelihara taman permainan sekaligus
keselamatan semua pengguna khususnya kanak-kanak.

Kata kunci: Taman permainan kanak-kanak, kualiti penyelenggaraan,
keselamatan kanak-kanak

195

ABSTRAK

PERLAKSANAAN ‘NEGARA ZIKIR’ DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM

Siti Nabilah Karim
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
[email protected]
Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

[email protected]
ABSTRAK

Agama Islam mula bertapak di Negara Brunei Darussalam pada kurun masihi
ke-13 dan ajarannya dihayati sejak kurun masihi ke-15. Agama Islam
disemarakkan dan dikukuhkan lagi dengan gabungan perkataan “Negara Zikir”
yang telah ilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di
Pertuan, Pada 09 Zulhijjah 1428H bersamaan 19 Disember 2007M. Baginda
bertitah menyatakan keazaman untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai
sebuah ‘Negara Zikir’ iaitu menuju ke jalan yang diredai oleh Allah
Subnahanahu wa Ta‘ala, negara yang baik yang disebut dalam Al-Quran
sebagai Negara Baldatun Tayyibatun Warrabun Ghafur. Kertas kerja ini
memfokuskan kepada perbincangan bagaimana perlaksanaan kerajaan Negara
Brunei Darussalam bagi mendukung hasrat baginda dari aspek pemerintah,
pentadbiran, ekonomi, undang-undang, sosiobudaya dan pendidikan. Kajian
berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan daripada
sumber-sumber sekunder di samping sumber primer bagi menghuraikan
perlaksanaan Negara Zikir dalam setiap aspek. Hasil sorotan mendapati bahawa
Kerajaan Negara Brunei Darussalam sememangnya mendukung hasrat baginda
dalam membentuk Negara Zikir.
Kata Kunci: Negara Zikir, Negara Brunei Darussalam

196

ABSTRAK

MOTIVASI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
BAHASA ARAB DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN

PELAJAR

Nor hafizhoh Binti Azizan
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
Mohd Isa Bin Hamzah, Ph.D
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Perkembangan pendidikan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengubal
perubahan mata pelajaran pendidikan Islam lebih sistematik bagi memastikan kokurikulum
berteraskan pendidikan dan pendidikan Islam dapat memainkan peranan penting terhadap
pendidikan persekolahan pada masa kini. Pembelajaran bahasa Arab telah memberi cabaran
hebat antara guru dan pelajar semasa Pdpc dilaksanakan dalam kelas. Tujuan kajian ini adalah
mengenal pasti tahap motivasi, hubungan dan pencapaian dalam pembelajaran kemahiran
mendengar bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan
dengan seramai 30 pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian. Dengan terbina persoalan-
persoalan kajian ini, penghasilan dua instrument untuk mengumpulkan data kajian iaitu soal
selidik dan ujian kemahiran mendengar bahasa Arab. Hasil daripada dapatan kajian dapat
dilihat tahap motivasi pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap
tinggi, sederhana dan rendah. Begitu juga, terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi
dan pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab dan perbezaan yang signifikan antara tiga
kumpulan motivasi pembelajaran. Garisan panduan pendidikan perlulah memainkan peranan
utama dari keluarga, guru dan masyarakat dalam usaha meningkatkan prestasi serta dapat
menghasilkan model insan yang berilmu dan beramal di masa hadapan.
Kata Kunci: Motivasi, hubungan dan pencapaian pembelajaran bahasa Arab

197

ABSTRAK

KESAN MEMBACA TERHADAP TAHAP EMOSI
MAHASISWA/I KUIS SEPANJANG TEMPOH PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Marziana binti Abdul Majid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]
Zurina binti Abdullah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sama ada aktiviti membaca dapat
melegakan emosi para mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) yang berada di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula sejak 18 Mac 2020. Tempoh
masa yang diambil melibatkan PKP Fasa 1 hingga Fasa 3. Kajian yang bersifat
kuantitatif ini dilakukan menggunakan borang soal selidik. Seramai 54 orang
responden telah menjawab soal selidik yang terdiri daripada pelbagai bidang
pengajian. Responden yang terlibat merupakan para pelajar yang terkandas di
KUIS disebabkan PKP dan ada antara mereka yang perlu menghadapi
peperiksaan akhir secara dalam talian. Dapatan menunjukkan aktiviti membaca
ternyata dapat memberi kesan positif dalam menguruskan emosi mereka.
Responden bersetuju bahawa aktiviti membaca dapat menghilangkan
kebosanan mereka sepanjang berada di kolej kediaman, tidak membuatkan
mereka berasa tersisih dan mendidik mereka untuk melakukan aktiviti yang
lebih berfaedah.
Kata kunci: kesan membaca, perintah kawalan pergerakan, mahasiswa/i
KUIS, soal selidik.

198


Click to View FlipBook Version