ABSTRAK
PERANAN RAJA-RAJA MELAYU SEBAGAI KETUA AGAMA:
SOROTAN ISU-ISU BERKAITAN AGAMA ISLAM DI
MALAYSIA
Zanariah Dimon
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan menggunakan sistem
pemerintahan beraja. Ia diperkukuhkan lagi di dalam Perlembagaan
Persekutuan menerusi konsep Raja Berperlembagaan. Konsep tersebut
merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia. Ini kerana,
konsep Raja Berperlembagaan merupakan salah satu daripada unsur-unsur
tradisi dalam Perlembagaan Malaysia selain agama Islam, kedudukan istimewa
orang-orang Melayu dan bahasa Melayu. Institusi beraja ini juga dikaitkan
dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan mengekalkan raja-raja Melayu sebagai Ketua
Agama di negeri-negeri Melayu beraja berdasarkan peruntukan dalam Perkara
3(2). Oleh itu, Raja-raja Melayu berperanan sebagai Ketua Agama di negeri
masing-masing dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam,
memperkenan penggubalan undang-undang Islam serta menubuhkan Majlis
Agama Islam di peringkat negeri. Dalam menjalankan peranannya sebagai
Ketua Agama, Raja-raja dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam dalam
perkara-perkara berkaitan agama Islam. Justeru, artikel ini akan membuat
sorotan terhadap peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama dalam isu-isu
berkaitan agama Islam di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian
kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa semua
perkara yang berkait dengan agama Islam mestilah mendapat perkenan Raja-
raja Melayu sebagai Ketua Agama. Peranan ini menggambarkan kekuasaan
dan tanggungjawab Raja-raja Melayu terhadap Islam. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan mengenai pentingnya peranan dan status turun temurun Raja-raja
Melayu dalam menjaga dan mempertahankan agama Islam dalam keadaan
selamat dan terpelihara serta dihormati dalam apa jua keadaan.
Kata Kunci: Raja-raja Melayu, Ketua Agama, Islam, perundangan.
99
ABSTRAK
KERANGKA AKIDAH DALAM KURIKULUM
PENDIDIKAN RENDAH DI MALAYSIA
Mohd Haidi bin Mohd Kasran
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
[email protected]
Rozeha binti Harun
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan akidah dengan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).
Kajian ini juga untuk meninjau unsur akidah dalam Kurikulum Pendidikan
Islam serta meneliti kerangka akidah Islam dalam Kurikulum Sekolah Rendah.
Kaedah kepustakaan melalui bahan-bahan ilmiah dan analisis dokumen melalui
teks pendidikan Islam sekolah rendah secara analisis kandungan (Content
Analysis) digunakan dalam memperoleh maklumat kajian. Dapatan kajian dapat
diteliti, unsur akidah telah terpancar melalui wadah pendidikan di peringkat
rendah lagi di Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Islam dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mendasari
keyakinan umat Islam di negara ini.
Kata Kunci: Akidah, Islam, Ahli Sunnah Wal Jamaah
100
ABSTRAK
PENGGUNAAN GANJA DALAM PERUBATAN: TINJAUAN
DARI SUDUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Sharifah Hana Binti Abd Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Zaini Yusnita Mat Jusoh
Nor Hidayah Binti Ibrahim
ABSTRAK
Penggunaan ganja dalam perubatan di Malaysia merupakan suatu isu baharu
yang dibangkitkan pada masa kini. Ini kerana, terdapat masyarakat yang
menggunakannya sebagai rawatan alternatif kepada penyakit yang tidak dapat
dirawat oleh pakar perubatan. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk
menjelaskan tentang status penggunaan ganja dalam bidang perubatan di
Malaysia sekaligus mengenalpasti peruntukan-perutukan yang terdapat dalam
statut di negara ini. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini dijalankan secara
kualitatif melalui kajian kepustakaan dan kajian dokumentasi. Data-data kajian
kepustakaan diperoleh melalui pembacaan buku-buku dan himpunan koleksi
kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penulis-penulis terdahulu. Selain itu,
data-data juga diperolehi daripada disertasi, laman sesawang dan jurnal-jurnal
tempatan dan antarabangsa. Malaysia menggunakan peruntukan di dalam Akta
Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 untuk menetapkan tentang
larangan kepada penggunaan ganja dalam bidang perubatan dan
penyalahgunaan tersebut boleh dikenakan hukuman yang paling maksimum.
Seterusnya, isu ini juga mendapat pelbagai respon daripada kementerian dan
juga pakar perubatan yang menyatakan bahawa sekiranya tiada kajian yang
kukuh bagi membuktikan bahawa ganja boleh merawat penyakit maka pihak
kerajaan tidak akan membuat apa-apa perubahan di dalam peruntukan yang
sedia ada malah menegaskan larangan menggunakannya sebagai alternatif
kepada pesakit. Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan untuk
penambaikan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu ganja dalam
perubatan di Malaysia.
101
ABSTRAK
بناء موقع ويب لرسم شجرة الأسانيد للأسانيد المحولة عند الإمام مسلم في
صحيحه(باستخدام منهج الخوارزمية)
Phayilah Yama
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
[email protected]
Siti Mursyidah Mohd Zin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
[email protected]
Muhammad Aizat Syimir Rozaini
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
[email protected]
Aisyah Mat Jasin
Universiti Teknologi Mara, UiTM
[email protected]
Nur Saadah Hamisan@Khair
Universiti Sains Islam Malaysia, USIM
[email protected]
الملخص
تعد منهج الإمام مسلم في صحيحه قد تمييز في صناعة الأسانيد وفق منهج مبتكر ،حيث
جمع بْي الاستعاب والاختصار ،وجعل لكل حديث موضعا واحدا يسرد فيه جميع الطرق
التي يريد ذكرها والأسانيد المتعددة والألفاظ المختلفة .مما يصعب رسم شجرة الأسانيد بطريقة
صحيحة .ومن ظهور التطورات التكنولوجيا وكثرة البرامج الحاسوبية مما حثنا على بناء موقع
خاص في تعليم خطوات رسم شجرة الأسانيد للأسانيد المحولة عند الإمام مسلم في صحيحه
باستخدام الخوارزمية في تخزين البيانات المطلوبة .لتسهيل الدارس والمدرس في رسمها بطرقة
صحيحة.
كلمات مفتاحية :الأسانيد المحولة ،موقع ويب ،الإمام مسلم ،شجرة الأسانيد ،الخوارزمية
102
ABSTRAK
القصة الملايوية في الخمسينيات (1950م)
Khalid Bin Ludin @ Jamaluddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS
[email protected]
ملخص
انصبت هذه الدراسة إلى معرفة ماهية القصة الملايوية في عصر الخمسينيات (1950م).
فجاءت التساؤلات عن محاور تلك القصص؟ وما هي الجوانب التي حكت هذه القصص
من خلال موضوعاتها؟ وحم ْن ُهم الُّرواد الذين اشتهروا في ذلك العصر؟ .فمنهج هذه الدراسة
قام على المنهج الاستقرائي المكتبي؛ وذلك بقراءة المراجع والنقاط المتعلقة والتعليق عليها.
فكانت المحصلة أ َّن حقبة الخمسينيات تميزت بصفة عامة عن المجتمع والسياسة والدين ،حيث
كانت موضوعاته عن الفقر وتوابعه ،خاصة حياة العمال والمزارعْي .وفي السياسة؛ كان
التركيز على موضوع النضال والكفاح في وجه المستعمر حتى َتقيق الاستقلال .أما الدين؛
فتطرق عن المعاصي وجزاؤها أجنة أم نار ،ومكانة المسجد ودوره في أي مجتمع إنساني مسلم.
فكانت نهضة عصر القصة الملايوية في تلك الفترة هي العصر الفعلي لنهضة الأدب الملايوي
بوجه عام ،ومنها القصة والسبب في ذلك أنهاكانت في زمن الاستقلال لدولة ماليزيا.
103
ABSTRAK
المجامع اللغوية و فعاليتها في مواجهة تحديات اللغة العربية
Muhammad Bin Hashimee
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Diyak Ulrahman Bin Mat Saad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Mohd Shafie Bin Zulkifli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
الملخص
تهدف هذه الدراسة في تقديم الرؤيا الشاملة عن المجامع اللغوية ،وذلك عبر تناول حول مدى فعالية هذه
المؤسسات المرموقة التي أصبحت تتوزرع في جميع أصقاع البلدان العربية شرقا وغربا ،في ظل تراكم الأزمات
التي عاشتها العربية لغة وشعبا وحضارة وثقافة َتت هيمنة المستعمرين من جهة ،وتخاذل المنتسبْي من جهة
أخرى .ما يحصل على إثر ذلك ،وجود العقبات والعوائق التي َتول بْي اللغة العربية والدور الذي تفرضه
على المجتمع .المشهد الذي يجوز اعتباره بمثابة التحديات أمام المجامع اللغوية التي أنشئت لخدمة اللغة العربية
والنهوض بأمجادها الشامخة ،والواجب على هذه المجامع اللغوية أن تجري على بكرة أبيها وراء هذه التحديات
للقضاء عليها قضاءا مبرما .تعتمد هذه الدراسة على المنهج الوصفي التحليلي؛ وذلك بتتبع المواد العلمية
حول المجامع اللغوية على الصعيد النظري ،وبيان حول ملامح عامة عن هذه المجامع ووظائفها وأبرز مجهوداتها
التي قدمتها في سبيل خدمة اللغة العربية ،ثم تناول بعض التحديات التي َتيط باللغة العربية في الواقع المعاصر
وكيفيات تعامل المجامع اللغوية إزاء هذه الإشكاليات والتطرق إلى ذكر بعض التوصيات والاقتراحات حولها.
تستنتج هذه الدارسة أن العوامل الرئيسة التي َتد من فعالية المجامع اللغوية في حل قضايا اللغة العربية هي
تفكك وحدة هذه المجامع التي باتت تشهد خلافات حادة حول سبل التعامل مع اللغة العربية ،وكان من
نصيب هذه النزاعات الداخلية التي نشبت بْي المجامع اللغوية خلق الثغرات العميقة بينها وبْي المجتمع فلم
تعد قرارات المجاميع اللغوية لها دور ملموس على الصعيد الاجتماعي ،ما يزيد الطْي بلة تأخر المجاميع اللغوية
في مواكبة التطورات التكنوليجيا الحديثة لدواعي النقص في الإيرادات المالية والإرادات السياسية.
الكلمات المفتاحية :المجاميع اللغوية،التحديات ،اللغة العربية ،الحضارة العربية ،الفعالية.
104
ABSTRAK
اتجاهات الطلاب نحو ملف الإنجاز الإلكتروني بالجامعة مارا للتكنولوجيا شاه عالم :
دراسة تحليلية
Fitri Nurul’ain Nordin
UiTM Shah Alam
[email protected]
Nur Syuhadah Mohamad Noor
[email protected]
ملخص
إن ملفات الإنجاز الإلكترونية جزء من عملية التعلم فهي مجموعة من أعمال المتعلم
وانعكاسات التي تظهر نموه على مدار العملية التعليمية ،تخزن في أشكال إلكترونية مما جعل
المتعلم يركز على عملية التعلم أكثر .فهدفت هذه الدراسة إلى معرفة اتجاهات الطلاب نحو
ملف الإنجاز الإلكتروني بأكاديمية الدراسات اللغوية.تعتبر ملف الإنجاز الإلكتروني أداة من
أدوات تقويم طلاب البكالوريوس في علم اللغة التطبيقي للاتصالات المهنية بالجامعة مارا
للتكنولوجيا .اعتمدت الباحثتان على المنهج الكمي في إجراء البحث ،حيث اختارتا
الاستبانة كأداة الدراسة .قد تم جمع البيانات من 56طالبا من الفصل الثالث في الفصل
الدراسي الأول 2020/2019م .ظهرت نتائج الدراسة بأن استخدام ملف الإنجاز
الإلكتروني يؤثر بشكل إيجابي على الطلاب لغرض تعلم اللغة العربية ،كما أنه يسمح لهم
التعلم مع الطلاب الآخرين والمحاضرين ،وهو نجحت في تعزيز مهارة الاتصال لدى الطلاب.
وقد طرح الطلاب عدة اقتراحات نحو تصميم ملف الإنجاز الإلكتروني الجيد.
الكلمات الافتتاحية :ملف الإنجاز الإلكتروني ،تعلم اللغة العربية ،اتجاهات الطلاب.
105
ABSTRAK
"التقديم والتأخير في القرآن الكريم" (دراسة تحليلية وصفية)
Diallo Faizatou
طالبة دكتوراه بكلية اللغة العربية،
جامعة السلطان الشريف علي الإسلامية
[email protected]
ملخص
هذا بحث يحاول دراسة موضوع ارتبط باللغة من حيث الجوار من عدمه ،وبالبلاغة من حيث
معرفة صورة من أهم صور علم المعاني ،والوقوف على أسرار البلاغة الكامنة خلفها،كما أنه
حظي باهتمام المفسرين ،وكتب علوم القرآن.
والموضوعكبير واسع ،سأحاول دراسته في المباحث التالية:
المقدمة.
المبحث الأول :التقديم والتأخير في اللغة والبلاغة.
المبحث الثاني :أهمية معرفة التقديم والتأخير في البيان القرآني.
المبحث الثالث :أقسام التقديم والتأخير في البيان القرآني.
المبحث الرابع :أنواع التقديم والتأخير في البيان القرآني.
الخاتمة.
106
ABSTRAK
بالكلية الجامعية الإسلامية بسلانجور
Dr. Fahed Marmar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
[email protected]
Mohamad Rofian Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
[email protected]
Ahmad Rezdaudin Bin Ghazali
[email protected]
Dr. Khairatul Akmar Bin Abdul Latif
[email protected]
ملخص
تسعى هذه الورقة إلى بيان موقف طلبة اللغة العربية تجاه تعلمهم لمهارة الكتابة باللغة العربية
في مركز الإعدادي بالكلية الجامعية الإسلامية بسلانجور ،حيث تعد من أهم المهارات اللغوية
فيما بينهم أثناء دراستهم ،وكذلك بعد توظيفهم في المجال التعليمي .وقد اعتمد البحث على
المنهج الكمي الوصفي للدراسة ،حيث اختار البحث عينة عشوائية للبحث مكونة من ()30
فرداً من قسم اللغة العربية بالمركز ،وقام بتوزيع الاستبيانات للطلبة المعنيْي ،ثم استخدم برنامج
التحليل الإحصائي ) (SPSSلتحليل البيانات ،ثم عرضها في قائمة الجداول باستعمال
التوزيع التكراري والنسب المئوية ،وأوضحت نتائج البحث أن إجمالية للمتوسطات الحسابية
ل ( )15وجهة نظر أو موقف تجاه تعلم المهارة المذكورة تبلغ قدرها ( )3.46وانحراف معياري
قدره ( ،)0.88وبهذا يشير الاستنتاج بشكل عام إلى أن مواقف طلبة اللغة العربية بمركز
الإعدادي تجاه تعلم مهارة الكتابة تتمركز في المستوى المتوسط للمتوسط الحسابي ،ومن تلك
المواقف :موقف طلبة القسم تجاه تمارين الكتابة باللغة العربية ،ومشاركتهم في الأنشطة الثقافية
للغة العربية ،وحبهم لأنشطة الكتابة العربية ،فضلاً عن انعقاد أنشطة الكتابة العربية بشكل
مستمر وفي كل حْي ،وفي نهاية الورقة قدم البحث بعض الحلول والاقتراحات التي تساعد
على معالجة تلك المواقف ،ورفع مستوى فنون مهارة الكتابة العربية لدى الطلبة.
الكلمات المفتاحية :الموقف ،مركز الإعداد الجامعي ،مهارة الكتابة ،المهارة اللغوية.
107
ABSTRAK
PERSPEKTIF MAHASISWA TERHADAP FAKTOR
PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Fazilah Mohd Othman
Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur
[email protected]
Rozita Abdul Mutalib
Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur
Riska Manjamain
Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau pandangan mahasiswa tentang faktor
pengangguran di Malaysia. Fenomena pengangguran telah menjadi isu yang
sering berbangkit di Malaysia sejak dua abad yang lalu. Walaupun faktor luaran
seperti keadaan atau kestabilan ekonomi global selalunya menjadi tunggak
pengaruh pasaran buruh dan kadar pengangguran secara tidak langung, namun
faktor dalaman juga tidak kurang pentingnya. Ini kerana faktor dalaman ini
mempunyai perkaitan secara langsung dengan diri individu. Kajian ini
mengenalpasti dan menganalisis lima faktor pengangguran iaitu: Kegagalan
individu memiliki kemahiran teknikal, Sikap memilih pekerjaan, Kegagalan
penguasaan Bahasa Inggeris, Kurang persiapan dalam menghadiri proses
temuduga dan Kemahiran yang dimiliki tidak selari dengan jawatan. Seramai
351 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan dalam kajian
kuantitatif ini. Responden tersebut terdiri daripada para pelajar yang mengikuti
pelbagai program Ijazah Sarjana Muda Kolej Undang-undang, Kerajaan &
Pengajian antarabangsa di kampus induk UUM. Dapatan kajian menunjukkan
Sikap memilih pekerjaan merupakan faktor yang paling mempengaruhi
pengangguran. Secara kesimpulan, kerjasama semua pihak termasuk usaha dan
intervensi kerajaan juga dibincangkan dalam menangani pengangguran.
Kata Kunci: Faktor pengangguran, Ekonomi, Mahasiswa, Universiti, Kerajaan
108
ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TAJWID
MENGGUNAKAN INOVASI PRO TAJWEED KIT
Aina Aqilah bt Aziz
Wan Farisha Amira bt Wan Mansor
Nur Liyana Natasya bt Mohd Razni
Nur Fatihah Najwa bt Mohd Nazri
Salbiah bt Mohamed Salleh
Norasma bt Mohamed Salleh.
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan - Inovasi Tajweed Pro Kit merupakan bahan bantu mengajar yang direka
khas bagi menarik minat murid untuk lebih mendalami ilmu tajwid dengan
menggunakan kaedah fun-learning. Fokus utama ialah keterlibatan murid secara
kolaboratif bagi membolehkan murid melaksanakan tugasan yang diberi dengan
tepat. Tajweed Pro Kit juga berperanan sebagai faktor sokongan pembelajaran dan
pencapaian murid dalam ilmu tajwid.
Metodologi - Kajian tindakan telah digunakan untuk mengumpul data melibatkan
28 orang murid Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan yang terdiri
daripada kesemua murid perempuan yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pra
ujian sebelum penggunaan dan pasca ujian selepas penggunaan bagi melihat
keberkesanan penggunaan Tajweed Pro Kit yang telah dibangunkan. Selepas pra
ujian dilakukan, kumpulan murid diberikan pendedahan melalui penggunaan
Tajweed Pro Kit dalam pembelajaran. Kaedah ini dipilih kerana pengkaji dapat
mengenal pasti sama ada berlaku peningkatan dalam pencapaian murid selepas
menggunakan Tajweed Pro Kit ini.
Dapatan - Dapatan kajian telah menunjukkan ramai murid mula cenderung untuk
lebih menguasai bidang tajwid. Secara langsung kit ini telah menyumbang kepada
peningkatan dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan sekolah
menengah.Di samping menggunakan elemen fizikal yang berasaskan buku nota
dan teks, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, animasi,
video dan grafik sesuai digunakan dalam pembelajaran. Ini jelas membuktikan
bahawa pembelajaran berasaskan elemen digital ini mampu menarik minat pelajar.
Dengan adanya penggunaan grafik di dalam permainan digital ini, pelajar dapat
menumpukan perhatian mereka lebih terhadap pembelajaran.
Kepentingan - Penggunaan Tajweed Pro Kit dapat meningkatkan daya ingatan
serta pencapaian murid dalam bidang tajwid. Tajweed Pro Kit ini juga mampu
merapatkan jurang komunikasi antara murid ketika melakukan aktiviti dalam
kumpulan.
Kata kunci : fun-learning, inovasi tajwid, kolaboratif, Pendidikan Islam, PAK21
109
ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM BAHASA
INGGERIS MENGGUNAKAN INOVASI PYRA WORLD
Farisha Shahira Bt Fakarudin, Batrisyia Qistina Bt Abdul Razak, Nur Ain Aqilah Bt Mohd
Sufian, Amalin Aisyah Bt Yusoff, bt Mohamed Salleh & Salbiah bt Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
[email protected]
ABSTRAK
TUJUAN - Inovasi Pyra World merupakan permainan didik hibur Bahasa Inggeris yang
digunakan sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar di sekolah. PYRA merujuk kepada
piramid kerana struktur produk inovasi ini ialah bukaan piramid. Produk ini direka khas untuk
membantu murid mempelajari Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan produk ini murid–
murid dapat meningkatkan Bahasa Inggeris terutama sekali dalam bidang ‘grammar’ dan
‘vocabulary’. Sekaligus menaikkan lagi taraf pencapaian akademik mereka. Melalui
penggunaan produk ini murid dapat menambahkan perbendaharaan kata dan menguasai
Bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan efektif. Dalam masa yang sama, pelajar dapat belajar
dalam suasana yang terbuka bersama kawan-kawan dan dibimbing oleh guru. Selain itu, murid
juga dapat menjana kreativiti semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Melalui aktiviti ini
juga, guru-guru dapat mengajar dengan tenang dan ceria tanpa menghadapi sebarang tekanan
terhadap pelajar yang gagal untuk fokus di dalam kelas kerana tidak berminat untuk
mendalami Bahasa Inggeris sekaligus dapat menjana satu hubungan yang baik di antara murid
dengan guru kerana murid akan lebih terbuka untuk berkomunikasi sesama mereka dan
bersama guru menggunakan Bahasa Inggeris.
METODOLOG – Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dilakukan setelah menjalankan
analisis bagi keputusan peperiksaan Ujian Selaras Satu (2019) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Sampel kajian adalah seramai 108 orang pelajar yang merupakan pelajar tingkatan 5 sesi 2020
di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Malaysia. Berdasarkan analisis, didapati subjek
Bahasa Inggeris merupakan subjek paling kritikal untuk menghasilkan pelajar yang mendapat
gred A dalam peperiksaan. Antara permasalahan yang dapat dikenal pasti ialah kurang minat
dalam kalangan murid kerana mereka lebih selesa menggunakan bahasa ibunda dalam
kehidupan seharian mereka.
KEPENTINGAN - Kepentingan projek inovasi ini ialah dapat meningkatkan keberanian
serta kaedah berkomunikasi, murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tanpa rasa
segan dan dapat mengurangkan pelajar yang buta IT kerana produk inovasi ini juga
mengandungi penggunaan teknologi seperti QR code.
DAPATAN HASIL – Keputusan Ujian Pertengahan Tahun dalam subjek Bahasa Inggeris
telah menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara bagi semua murid. Penggunaan inovasi
Pyra World ini telah menunjukkan hasil yang positif seterusnya memberi impak besar dalam
penguasaan subjek bahasa Inggeris secara keseluruhannya.
KATA KUNCI: Inovasi Bahasa Inggeris, PAK21, teknologi dan multimedia, kolaboratif
110
ABSTRAK
BIOMASS: ALTERNATIVE ENERGY SOURCES
Nur Adiba Alya Binti Shamsul Kamalrujan, Ku An Nur Amalin Binti Ku Hasan, Nur Alia
Ainida Binti Azman, Ain Zulaikha Binti Zakaria, Salbiah bt Mohamed Salleh, Norasma bt
Mohamed Salleh.
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
[email protected]
ABSTRACT
Purpose - The use of biomass to provide energy has been fundamental to the
development of civilisation. In recent times pressures on the global environment
have led to calls for an increased use of renewable energy sources, in lieu of
fossil fuels. This research project is conducted to produce a dry cell that uses
natural ingredients without polluting nature and is renewable and reduces
pollution cases that are often a hot issue among the people. At the same time, it
creates a new, more energetic and environmentally friendly innovation. The
materials used are all from natural plants that are easily available and selected
based on the methods of trying to find alternatives to replace existing products
to be more environmentally friendly, productive and have high commercial
value.
Methodology – This experiment was carried out from January 2019 until April
2019 at Chemistry Laboratory 1, in Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh and
Laboratory 1 in UniSZA. In order to make this experiment happens, we had
collected three different types of branches, which were rambutan branches, rhu
branches and mangoesteen branches. We also used sodium hydroxide and
manganese oxide in this experiment. All type of branch is burned. After it
turned to black, it is put in mortar. The burning branch is grinded with pestle.
Then, it is sieving with the sieve to get the refine and smooth materials. The tree
dust is weighed and pour into beaker. Then, manganese oxide (MnO₂) and
NaOH are weighed and measured. After that it is put in the same beaker with
carbon. All materials is mixed together until the solution looked smooth. Then,
it is poured into the cylindrical aluminium. The carbon rod is put in the middle
of the solution. As the precaution, do not let the carbon rod touched the bottom
of the cylindrical aluminium to avoid short circuit.
Findings - After the experiment is done, we finally find out that we can obtain
a higher voltage and current value which can be used to turn low power
electronic equipment. Rambutan has been selected as it produced highest
voltage value among others and it can produce a voltage about 1.5 V.
Significance – The product obtained from this experiment shows us that
biomass is another alternative energy sources as it can produce dry cell that only
uses natural ingredients without polluting nature. This can help our country to
produce more useful products that are renewable and does not bring harm to
others.
Keywords - Biomass, dry cell, renewable, nature
111
ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM IBADAH
HAJI MENGGUNAKAN INOVASI KEM-HAJJ
Salbiah bt Mohamed Salleh, Ahmad Sahli bin Hasan, Ain Zulaikha bt Zakaria & Norasma
bt Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Sekolah Menengah Sains Machang
[email protected]
ABSTRAK
TUJUAN - Inovasi Kem-Hajj merupakan satu kelainan yang dibawa dalam
pengajaran Haji dan Umrah bagi subjek Pendidikan Islam (KSSM). Haji dan
Umrah merupakan topik ibadat yang paling sukar diajar kerana murid tidak
dapat membayangkan situasi ibadat yang dilaksanakan kerana kurangnya
pengetahuan dan praktikal dalam PdP yang dilaksanakan. Maka, inovasi Kem-
Hajj merupakan kembara haji dan umrah yang menerapkan unsur video virtual
reality bagi membolehkan murid melaksanakan sendiri pengembaraan virtual
haji dan umrah.
METODOLOGI – Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dilakukan
setelah melaksanakan analisis terhadap ujian dalaman sekolah. Sampel bagi
kajian tindakan adalah seramai 50 orang murid tingkatan 4 sesi 2019 di Sekolah
Menengah Sains Pasir Puteh, Malaysia. Didapati kebanyakan murid masih
lemah bahagian ibadat terutamanya dalam topik Lambaian Kaabah. Temubual
ringkas juga dilaksanakan terhadap lima orang sampel dan mereka menjelaskan
bahawa kesukaran membayangkan suasana praktikal ibadat haji dan umrah
menyebabkan mereka sukar faham dan tidak dapat mengingat fakta dengan
baik.
KEPENTINGAN – Kem-Hajj merupakan inovasi masa kini yang bertepatan
dengan PAK21. Inovasi yang menghadirkan dunia sebenar kepada murid,
membawa mereka mengembara ke bumi padang pasir ini berjaya menarik
minat, menambah kefahaman dan seterusnya memberi impak peningkatan
akademik dalam subjek Pendidikan Islam khususnya. Selain itu, inovasi ini
dapat digunakan kepada jemaah haji dan umrah bagi memberikan bayangan
sebenar serta memberi lebih kefahaman perjalanan haji dan umrah kepada
mereka.
DAPATAN HASIL – Peningkatan gred A sebanyak 20% bagi subjek
Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2019 membuktikan inovasi
ini berjaya membantu murid secara keseluruhannya.
KATA KUNCI: Inovasi Pendidikan Islam, PAK21, virtual haji, haji dan umrah
112
ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM BAHASA
MELAYU MENGGUNAKAN INOVASI T-SMART HEX
Wan Nur Shahmina Bt. Wan Mahyudin, Yasmin Salsabila Bt. Sahaimi, Nur Syaqila Bt.
Mohd Razali, Nur Adleena Bt Mohd Affandi, Norasma bt Mohamed Salleh & Salbiah bt
Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan- Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk lebih
mendalami bidang tatabahasa dengan menggunakan konsep game-based
learning. Inovasi T-Smart ini juga dapat memudahkan murid untuk memahami
konsep tatabahasa dengan tepat dan mantap melalui kaedah Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC) didik hibur. Ia juga dapat memastikan murid mampu
menguasai aspek tatabahasa secara maksimum.
Metodologi- Laporan keputusan peperiksaan murid dalam Ujian Selaras Satu
(2019) digunakan untuk mengumpul data bagi mengenal pasti masalah murid
dalam aspek tatabahasa. Sampel kajian adalah seramai 279 orang murid yang
berumur 13 hingga 15 tahun dari Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,
Malaysia. Laporan keputusan peperiksaan murid yang diambil digunakan untuk
mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran. Setelah
permasalahan murid telah dikenal pasti, perancangan produk inovasi dijalankan
bagi menambahbaik keputusan pelajar untuk peperiksaan akan datang. Pasca
Ujian juga telah dijalankan selepas produk inovasi selesai dibangunkan bagi
mengenal pasti peningkatan murid dalam aspek tatabahasa dan juga
menganalisis keberkesanan produk terhadap PdPC murid.
Dapatan- Dapatan kajian menunjukkan peningkatan keputusan peperiksaan
murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (2019) setelah menggunakan T-
Smart Hex. Semua murid kelas menengah bawah Sekolah Menengah Sains
Pasir Puteh lebih bersemangat untuk belajar dan lebih fasih dalam pengetahuan
tatabahasa. Murid-murid juga lebih fokus di dalam kelas semasa proses PdPC
berlangsung.
Kepentingan- Penggunaan produk inovasi T-Smart Hex ini dapat
meningkatkan daya ingatan murid terhadap bidang tatabahasa. Produk ini juga
mampu mengukuhkan teknik komunikasi murid ketika melakukan aktiviti
berkumpulan. Produk ini sesuai digunakan oleh semua murid terutama kepada
calon UPSR dan calon PT3 kerana, kebiasaannya murid-murid dalam
lingkungan belasan tahun lebih minat untuk bersaing dengan kawan-kawan
yang lain untuk mencapai kejayaan.
Kata kunci: game-based learning, inovasi tatabahasa, Bahasa Melayu,
pembelajaran kolaboratif, PAK21
113
ABSTRAK
EVOLUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU TERHADAP
BATU-BATU NISAN ABAD KE-14 HINGGA 15: SATU
TINJAUAN AWAL.
Zurina Abdullah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Adi Yasran Abdul Aziz
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan terhadap evolusi bahasa Melayu
terhadap batu-batu nisan atau dikenali dengan inskripsi sekitar abad ke-14
hingga 15. Dalam penulisan ini dua buah inskripsi telah diteliti berdasarkan
kajian kepustakaan, iaitu batu nisan Ratu al-Ala yang bertarikh 1389M di
Minye Tujuh, Aceh yang dikenali sebagai Batu Bersurat Minye Tujuh (BBMT)
dan batu nisan Syeikh Ahmad Majanu bertarikh 1463M di Pengkalan Kempas,
Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Batu Bersurat Pengkalan Kempas
(BBPK). Kenyataan oleh Noriah (1999), batu bersurat (inskripsi) ini menjadi
penanda dan menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah
memaparkan kemajuannya apabila bersifat dwibahasa dan dwiaksara.
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini, BBMT
memperlihatkan penggunaan aksara Kawi (bahasa Melayu/Jawa kuno) dengan
Arab (bahasa Arab) manakala BBPK memperlihatkan penggunaan aksara Kawi
dan Jawi Tua. Andaian yang boleh dibuat terhadap penggunaan dwiaksara dan
dwibahasa berdasarkan kedua-dua batu bersurat ini melibatkan dua
kemungkinan. Pertama, kedua-dua inskripsi ini dimiliki oleh seseorang yang
berkedudukan dan dihormati yang hidup pada zaman kerajaan yang penting,
dan kedua dipengaruhi oleh Islamisasi bahasa Melayu, iaitu pengaruh agama
Islam dalam bahasa serta budaya tempatan. Justeru, penulisan pada batu
bersurat ini ditulis sebegitu sebagai tanda penghormatan.
Kata kunci: evolusi bahasa, inskripsi, batu nisan, kajian tinjauan.
114
ABSTRAK
EMOTIVE WORDS IN NEWS REPORTING. THE CASE OF
AWANI NEWS REPORT
Hamdi Khalis
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
Nidana Yahya
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
ABSTRACT
It’s the truth, but not the whole truth. The lexical element in headlines is as
important as ever because headlines are what make readers to click on the news.
News reporting needs readers’ engagement in order to stay relevant on the
business. But, how far are they willing to go? Subtle misinformation is a state
where a news article can be misleading without being false. It emphasizes the
secondary information that is more flaming instead on focusing on the primary
information. This strategy then is able to spice up the Internet users’ discussion
of the issue in the news resulting the increase number of users’ engagements.
However, in Malaysia where the news media is still being controlled strictly by
regulations and ethics, is emotive word the commonly employed strategy by
journalists? This study looked into the subtle misinformation in news headlines
by Awani News. The data for this study were the ‘viral’ news articles on social
media, Twitter. The tweets with mass number of engagements were taken and
the article from the link attached with those tweets were analysed. From the
analysis, there was a huge number of ‘viral’ news articles that uses subtle
misinformation in their headlines as most of the headlines focuses more on the
controversial and provoking information. This strategy was able to ignite
readers’ emotion towards the news and lead them to engage in discussion
through social media.
Keywords: Awani News, Internet users, lexical elements, subtle
misinformation, news reporting.
115
ABSTRAK
SUBTLE MISINFORMATION IN NEWS REPORTING. THE
CASE OF 'VIRAL' NEWS IN MALAYSIA MEDIA
Hamdi Khalis
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
ABSTRACT
Employing emotive words in news writing is one of the most common strategies
in today’s newspaper reporting. Emotive words are usually used in writings to
evoke readers’ emotion on the subject. It’s important for a reader to be aware
of this phenomenon so they would not be easily manipulated by provoking news
articles. However, in Malaysia where the news media is still being controlled
strictly by regulations and ethics, is emotive word the commonly employed
strategy by journalists? This study intends to discover the usage of emotive
words in news reporting in Awani News. The data for this study are the ‘viral’
news articles on social media, Twitter. The tweets with mass number of
engagements are taken and the article from the link attached with those tweets
were analysed. From the analysis, the researcher found that generally, Awani
News had been able to keep their objectivity in reporting the news. However,
there were also some instances where the news channel used emotive words
heavily in their news reporting. Out of 15 news articles analysed, there were 13
headlines that contained emotive words/phrases and 32 emotive words/phrases
within the news articles. But, the employment of emotive words in the news
articles is not even as there are news articles that have 9 emotive words/phrases
and there are also news articles that do not contain any of them.
Key words: Awani News, Emotive words, Objecitvity in news reporting, ‘viral’
116
ABSTRAK
A NATIONAL COLLECTIVE MEMORY OF MALAYA AND THE
PARADIGM OF MALAYNESS IN THE ENEMY IN THE
BLANKET BY ANTHONY BURGESS
Ida Baizura Bahar
Universiti Putra Malaysia.
[email protected]
Kamariah Kamarudin
Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Pabiyah Haji Maming
Universiti Putra Malaysia.
[email protected]
ABSTRACT
Although the themes of religion, ethnicity and nationhood are aspects framing
the lives of the Malayan society in its struggles towards independence in the
second installment of The Malayan Trilogy (1964), The Enemy in the Blanket
(1958), by the English author, Anthony Burgess (1917-1993), the text is thought
to have been undermined in the Malaysian literary context. Burgess first wrote
Time for a Tiger (1956) and the final one, Beds in the East (1959), inspired by
his perceptions and understandings of the practices of Islam and the culture by
the Malays. Believed to have been shaped by his experiences living and
working in Peninsular Malaya (1954 to 1959), Burgess’ experiences can be
argued as contributing to a form of individual memory also known as a personal
interpretation of an event from one’s own life, which is a binarist concept to
collective memory (Hanneman, 2010). We hypothesise in this paper that the
social group Burgess identified with, namely the Malays, may have influenced
his opinions, beliefs, and attitude although term ‘individual’ implies that
Burgess’ experience is the only one contributing to his memory formation of
Malaya. As such, we contest this view by exploring how Islam and the Malay
ethnicity are depicted by Burgess by applying the concept of the paradigm of
Malayness (Ida Baizura Bahar, 2010). Our findings demonstrate that elements
of a national individual memory of Malayness and the national collective
memory of Malaysia are indeed reflected through Burgess’ portrayals of
Muslim Malay characters in the text.
Keywords: Anthony Burgess, collective memory, Muslim Malay characters,
The Enemy in the Blanket, the paradigm of Malayness.
117
ABSTRAK
KEPENTINGAN PEMBINAAN KELUARGA SAKINAH: KAJIAN
PERSEPSI MASYARAKAT DI SELANGOR
Hasri Harun
Universiti Selangor
[email protected]
Ahmad Tarmizi Zakaria
Universiti Selangor
[email protected]
Mohd Wazir Muslat
Universiti Selangor
[email protected]
Irny Suzila Ishak
Universiti Selangor
[email protected]
Saliyah Kahar
Universiti Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Pembinaan keluarga bahagia menurut Islam dicirikan sebagai al-sakinah yang
berteraskan prinsip mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih sayang). Namun
begitu, keruntuhan institusi keluarga banyak berleluasa berlaku pada masa kini.
Pasangan berkeluarga memerlukan ilmu,sistem sokongan keluarga dan
masyarakat yang mencukupi untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga.
Keperluan memahami persediaan dan tanggungjawab sebelum, semasa dan
selepas perkahwinan adalah perkara utama bagi membangun Keluarga Sakinah.
Artikel ini adalah bertujuan untuk mengkaji pengetahuan pasangan Islam
tentang ilmu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan yang dibina. Di
samping itu juga, ia bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri dan faktor kritikal
yang diperlukan dalam membina sebuah keluarga bahagia. Kajian ini
menggunakan kaedah kaji selidik dengan mengumpul data responden melalui
borang soal selidik yang menggunakan skala likert. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social Science). Hasil
kajian ini mendapati penerapan kepentingan memahami ilmu perkahwinan serta
persiapan diri pasangan adalah menjadi asas penting dalam melahirkan keluarga
sakinah dan masyarakat Selangor yang celik syariah.
Kata kunci : keluarga sakinah. persiapan berkeluarga, celik Syariah.
118
ABSTRAK
KRITIKAN SOSIAL MELALUI KARAKTER DALAM CERITA
RAKYAT MELAYU
Siti Zubaidah binti Raja Mhd Shahnuddin
Universiti Teknologi MARA
[email protected]
Ros syafiqah binti Hasnan
Universiti Teknologi MARA
[email protected]
Ibrahim bin Jamaluddin
Universiti Teknologi MARA
[email protected]
ABSTRAK
Kritikan sosial dalam cerita rakyat merupakan suatu sindiran kepada
masyarakat Melayu yang diselitkan melalui karakter utama. Karakter dalam
cerita rakyat memainkan peranan yang penting sehingga watak yang dibawa
dikenali oleh masyarakat. Cerita rakyat yang bersifat santai bukan sahaja dilihat
dari unsur jenakanya, malahan terdapat nilai moral dan unsur pengajaran secara
halus. Cerita jenaka meskipun dilihat sebagai suatu bentuk hiburan namun
secara tidak langsung menyampaikan kritikan sosial menerusi watak dan
perwatakannya. Menerusi kajian kualitatif, teks cerita rakyat dianalisis
menggunakan gaya bahasa sindiran dan mengkaji kritikan sosial melalui
karakter yang ditampilkan oleh lima watak utama iaitu Pak Pandir, Lebai
Malang, Mat Jenin, Pak Kaduk dan Pak Belalang. Dengan penggunaan analisis
teks juga, karakter utama yang melambangkan sikap masyarakat Melayu telah
dikenalpasti bahawa setiap satunya mempunyai unsur kritikan sosial. Malahan
cerita jenaka bukanlah hanya memberi hiburan semata-mata namun sebagai
wadah untuk membuka mata masyarakat untuk melihat dan menilai tentang
perkara yang berlaku di dalam sesebuah kelompok masyarakat.
Kata kunci: Kritikan sosial, cerita rakyat, cerita jenaka, karakter.
119
ABSTRAK
PEMBANGUNAN KONSTRUK INSTRUMEN UPBAL (UJIAN
PENGUASAAN BALAGHAH) PERINGKAT PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA
Shuhaida Hanim Mohamad Suhane
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kaseh Abu Bakar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Md Nor Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang proses pembangunan konstruk instrumen
UPBal yang dijalankan dalam kajian pembinaan instrumen UPBal. Pendekatan
yang digunakan untuk menjalankan proses pembangunan konstruk
menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis kandungan dan
analisis dokumen. Justeru, perbincangan subtopik adalah berdasarkan
rekabentuk kajian pembinaan instrumen UPBal yang melibatkan fasa utama
kajian iaitu fasa pembinaan instrumen. Manakala perbincangan secara
terperinci beberapa aspek penting yang mendasari kajian ini, ialah melibatkan
4 proses utama dalam pembinaan konstruk iaitu: (a)proses penentuan objektif
PnP, (b) proses pemilihan kaedah pengukuran dan pengujian, (c) proses
penyediaan JSU (Jadual Spesifikasi Kandungan), (d) proses pembinaan item
ujian. Selain meletakkan rangka rujuk yang berasas mengenai perkara-perkara
yang berkaitan iaitu reka bentuk kajian, tujuan dan prosedur kajian, pembinaan
konstruk, analisis proses dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan.
Kata kunci: Pembangunan, konstruk, instrumen UPbal, Peringkat Pengajian
Tinggi.
120
ABSTRAK
AMALAN ZIKIR TAREQAT NAQSHABANDI MUJADDIDI
AHMADI OLEH SHAYKH ISLAM NEGERI KEDAH HAJI WAN
SULAIMAN B. WAN SIDIK (1872M-1935M)
Muhammad Khairi Mahyuddin
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
Ahmad Najaa Mohkhtar
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
Mohd Hamidi Ismail
[email protected]
Universiti Sains Islam Malaysia
Abdul Rashid Abdul Aziz
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
Roslee Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Amalan zikir adalah ruh ibadah yang amat penting untuk diamalkan oleh setiap
muslim dalam kehidupan seharian. Shaykh Islam Negeri Kedah Wan Sulaiman
Wan Siddik merupakan tokoh ulama sufi Melayu yang mempunyai peranan
besar perkembangan Tareqat Naqshabandi Mujadidi Ahmadi di negeri Kedah.
Beliau mengajar amalan zikir sebagai tarbiah perbersihan jiwa bagi mencapai
makrifah Allah dan ibadah kepadaNya. Metodologi kajian ini ialah metode
sejarah dan analisa kandungan teks. Objektif kajian pula ialah untuk
menjelaskan pendekatan, pengaruh, sumber amalan zikir dalam tareqat
Tareqat Naqshabandi Mujaddidi Ahmadi yang diajar oleh Shaykh Islam Islam
Haji Wan Sulaiman terhadap masyarakat Islam di zamannya. Hasil kajian
mendapati bahawa amalan zikir dalam Tareqat Naqshabandi Mujaddidi
Ahmadi oleh Wan Sulaiman dipengaruhi oleh ajaran sufi shaykh Ahmad b Abd
al-Ahad al-Sirhindi dalam kitab al-Maktubat dan Shaykh Muhammad Murad
Abdullah al-Quzani dalam kitab al-Rashahat, bersumberkan al-Quran dan al-
sunnah serta berpegang teguh dengan shariat Islam .
Kata kunci: zikir, tareqat, Wan Sulaiman, shariat
121
ABSTRAK
PEMERKASAAN JATI DIRI MELAYU-ISLAM MELALUI
KARYA-KARYA HAMKA DALAM MENDEPANI ARUS
GLOBALISASI
Norzaliza Haji Ghazali
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Zeety Kartini Abdul Hamid
[email protected]
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurazwani Bt Zakaria
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurul Imtiaz Abd Gani
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Pada abad ke-21, warga dunia menghadapi cabaran, dan mengalami perubahan
moden dalam metodologi berfikir. Nilai akhlak dalam kalangan masyarakat
terbentuk daripada akulturasi nilai-nilai kerohanian yang mutlak dan suci yang
termaktub dalam ajaran agama, terutamanya agama Islam. Di samping itu, nilai-
nilai tradisi yang tidak bercanggah dengan sistem nilai, menjadi panduan
kepada kelakuan, tatatertib, maruah dan perbuatan lahiriah yang mencerminkan
akal budi dan keimanan masyarakat Malaysia. Era mutakhir ini telah
memperlihat campur aduk antara nilai tradisi yang dicengkam oleh
perkembangan budaya barat sekular yang berleluasa dalam segenap aspek
kehidupan orang Melayu. Apabila agenda mencorakkan gaya hidup moden
berlangsung tanpa melalui proses tapisan, maka impaknya akan menimbulkan
pelbagai masalah sosial yang bertentangan dengan sosio-budaya tempatan.
Pendekatan yang multi dimensi diperlukan untuk mengajak masyarakat, supaya
sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia langit terbuka. Dalam
hal ini, karya-karya Hamka mampu membantu pembaca untuk memperkasakan
jati diri Melayu-Islam. Hamka bijak menggabung-jalin ilmu-ilmu duniawi dan
akhirat dengan realiti kehidupan masyarakat. Justeru, kertas kerja ini
membincangkan pemerkasaan jati diri melalui penulisan Hamka dalam
mendepani kebejatan akhlak. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan
biografi yang mengkaji pemikiran tokoh. Data dikumpulkan menggunakan
kaedah dokumentasi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis
kandungan. Hasil kajian mendapati Hamka, sebagai seorang sasterawan dan
pemikir Islam yang sentiasa melahirkan gagasan dan idea yang berlandaskan
Al-quran dan As Sunnah melalui karya-karya beliau.
Kata kunci : Naratif Islam, Hamka, jati diri dan kebejatan akhlak.
122
ABSTRAK
PENGGUNAAN TADOKU SEBAGAI SATU MEDIUM
PENDIDIKAN NILAI BUDAYA MASYARAKAT JEPUN DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN DI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA
Zeety Kartini Abdul Hamid
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurazwani Bt Zakaria
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Norzaliza Haji Ghazali
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurul Imtiaz Abd Gani
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Membaca jambatan ilmu, satu ungkapan yang tidak dapat dinafikan
kebenarannya. Membaca bukan sahaja dapat meluangkan masa dengan pekara
yang berfaedah, ia juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Pelbagai
kaedah pengajaran yang telah digunakan untuk memastikan kursus Bahasa
Jepun memenuhi kehendak pasaran. Kursus Bahasa Jepun di Universiti Utara
Malaysia telah menggunakan salah satu kaedah iaitu kaedah Tadoku. Kaedah
tadoku ini telah diterapkan oleh pengajar Bahasa Jepun kerana pelajar bukan
sahaja dapat mempelajari Bahasa Jepun, pada masa yang sama dapat
mempelajari nilai-nilai budaya dan gaya hidup masyarakat Jepun melalui bahan
bacaan yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk melihat apakah nilai-nilai
budaya yang terdapat dalam buku tadoku ini. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif yang menggunakan 5 buku tadoku yang telah dipilih iaitu Anata he
no mittsu no onegai (あなたへのみっつのおねがい), Kongouzan(金剛山)、
Fushigidana (ふしぎだな)、Sumimasen (すみません) dan Shibainu Dina
chan, aki no Kyouto he iku (柴犬ディナちゃん、秋の京都へ行く) untuk
melihat adab dan gaya hidup masyarakat Jepun yang diadaptasikan dalam buku-
buku ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa nilai-nilai budaya Jepun
seperti cinta kepada kecantikan, alam semulajadi dan kesantunan berbahasa.
Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan tadoku dapat
menambahkan ilmu pengetahuan bukan sekadar bahasa Jepun, malah budaya
masyarakat Jepun.
Kata kunci: Tadoku, buku tadoku, bahasa dan budaya Jepun
123
ABSTRAK
HUBUNGAN CIRI PERSONALITI, EFIKASI KENDIRI,
JANGKAAN HASIL DAN MINAT TERHADAP MATLAMAT
KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN DALAM KALANGAN
MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Sazali Bin Saad
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Iskandar Bin Adon
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Mohd Raime Bin Ramlan
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Aidi Bin Ahmi
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Dzarfan Bin Abdul Kadir
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Dasar Pembangunan
Keusahawanan yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan
pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan
mahasiswa. Dalam konteks pendidikan, kurikulum yang berhubung kait dengan
komponen usahawan perlu diberi penekanan dalam usaha menanam minat
keusahawanan kepada mahasiswa. Sehubungan itu, program yang berkait
dengan kecenderungan keusahawanan perlu dilaksanakan untuk menjayakan
matlamat pembudayaan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Tanpa
penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam program yang dijalankan,
memperlahankan usaha membentuk pelajar ke arah kerjaya keusahawanan.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan ciri personaliti, efikasi
kendiri, jangkaan hasil dan minat terhadap matlamat kerjaya sebagai usahawan
dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik bagi mengumpul data,
melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Asas Keusahawanan
di UUM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa untuk menjadi usahawan, ciri
personaliti, efikasi kendiri, jangkaan hasil dan minat adalah elemen yang
menjadi satu keperluan.
Kata kunci : Keusahawanan, ciri personaliti, efikasi kendiri, jangkaan hasil
dan minat
124
ABSTRAK
PEMBANGUNAN PROTOTAIP APLIKASI MUDAH ALIH
UNTUK PENILAIAN PENGETAHUAN CETAKAN AWAL
KANAK-KANAK
Norazly Nordin
Universiti Selangor
[email protected]
Juppri Bacotang
Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu prototaip aplikasi mudah alih
yang dikenali sebagai E-Print Concept Awareness atau E-PCA untuk menilai
pengetahuan cetakan awal kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kajian
pembangunan yang menggunakan Model ADDIE (Analyze, Design,
Development, Implementation and Evaluation). Di dalam kajian ini, hanya tiga
fasa sahaja yang difokuskan iaitu fasa analisis, reka bentuk dan pembangunan.
Di dalam fasa analisis, satu temubual telah dijalankan ke atas tiga orang
infroman bagi mengumpulkan maklumat berkenaan keperluan menggunakan
aplikasi mudah alih dalam penilaian pengetahuan cetakan awal kanak-kanak
dan menentukan ciri-ciri prototaip. Dapatan kajian mendapati adalah menjadi
satu keperluan untuk menggunakan aplikasi mudah alih semasa menjalankan
pemerhatian dan penilaian pengetahuan cetakan awal kanak-kanak kerana para
pendidik taska menghadapi masalah daripada aspek masa, kompetensi dan
penyimpanan rekod. Prototaip ini juga telah dinilai dengan menggunakan
instrument Post-Study System Usability Questionnaire (PPSUQ) dan dapatan
menunjukkan prototaip memenuhi kriteria sistem dari aspek Kebolehfungsian
(80%), Reka bentuk dan reka letak (80%) dan kemudahgunaan (73%).
Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar prototaip ini dapat
dikembangkan menjadi aplikasi mudah alih yang sebenar dan seterusnya boleh
digunakan untuk memerhati dan menilai pengetahuan cetakan awal kanak-
kanak.
Kata kunci: Pembangunan, Prototaip, Pengetahuan Cetakan.
125
ABSTRAK
RUMAH NGAJI @ AN-NUR TTJ; PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN TAHFIZ SEPARUH
MASA
Norazman bin Alias
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
Zainora binti Daud
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
Anuar bin Hasin
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
ABSTRAK
Kertas kerja ini yang bersifat kualitatif akan menyentuh kepada penggunaan
teknologi multimedia dalam kem hafazan separuh masa cuti sekolah yang
dianjurkan oleh Rumah Ngaji @ An-Nur Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut,
Negeri Sembilan. Mendepani anak-anak zaman gajet kini seawal usia mereka
tujuh tahun dalam proses PdP bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang
guru dalam dunia pendidikan apatah lagi dalam bidang pengajaran tahfiz. Hal
ini adalah kerana, anak-anak gen Z dan A ini membesar serta terdedah dengan
perkembangan dunia teknologi, internet dan gajet lebih pantas daripada ibu
bapa mereka serta para guru. Menurut pakar pembelajaran abad ke-21, Profesor
Datuk Dr. Norazah Mohd. Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
mendedahkan bahawa anak-anak alaf baharu cenderung untuk menjadikan
pembelajaran lebih bersifat persendirian dan mereka mahu sentiasa
dihubungkan. Menurut beliau lagi, anak-anak yang natif kepada gajet moden
ini memerlukan guru yang kreatif dan sering melakukan inovasi dalam
penyampaian ilmu. Namun, sejauh mana guru-guru mengambil tahu tentang
perkara ini perlu dilakukan penyelidikan lebih lanjut. Menyedari hal ini, Rumah
Ngaji @ An-Nur TTJ cuba mendepani cabaran tersebut dengan mengaplikasi
metode penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran tahfiz kem
hafazan separuh masa cuti sekolah. Kem hafazan yang bersifat separuh masa
ini mensasarkan anak-anak yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Kajian
mendapati pada penganjuran pertama kem hafazan ini, seramai 30 peserta di
kalangan anak-anak yang menyertainya dan sejumlah 6% iaitu dua peserta yang
berjaya menamatkan sukatan hafazan surah al-Naba’ dengan cemerlang bagi
tempoh dua jam dan 30 minit.
Kata Kunci: Rumah Ngaji @ An-Nur, Teknologi Multimedia, Tahfiz Separuh
Masa
126
ABSTRAK
FACTORS INFLUENCING THE INTENTION TO PARTICIPATE
IN MOTOR TAKAFUL AMONG JAKIM STAFF
Mohd Naim bin Mustafa
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurul Huda binti Abdul Majid
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Industri takaful telah mula bertapak Di Malaysia sejak 30 tahun yang lepas
sebagai insuran patuh Shariah walaubagaimanapun, tahap penguasaannya
didapati rendah berbanding insurans konvensional. Dari segi penguasaan
pasaran, dominasi insurans konvensional jauh kehadapan. Adakah penyertaan
dalam jenis perlindungan insuran kenderaan dan kaitannya boleh memberi
jawapan kepada isu rendahnya penguasaan takaful merupakan satu persoalan .
Justeru, kajian ini dibuat bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi niat
umat islam untuk menyertai takaful kenderaan berbanding insuran kenderaan
lain, khususnya di kalangan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) di Putrajaya. Bersandarkan Theory of Reasoned Action (TRA) atau
teori tindakan beralasan, soal selidik dijalankan bagi mengenalpasti kaitan
faktor kesedaran risiko, sikap dan norma subjektif terhadap niat kakitangan
JAKIM untuk menyertai insurans berasaskan takaful atas kenderaan mereka.
Regresi Linear Berganda digunakan untuk menganalisis hubungan antara
pemboleh ubah bebas(niat) dan pemboleh ubah bersandar (kesan kesedaran
risiko,sikap,norma subjektif). Dapatan kajian menunjukkan hanya norma
subjektif secara signifikan tidak mempengaruhi niat manakala faktor-faktor lain
adalah signifikan. Rumusannya, sikap dan kesan kesedaran risiko
mempengaruhi niat secara signifikan dalam umat islam membuat pilihan untuk
menyertai takaful kenderaan. Kajian ini membantu memberikan pemahaman
yang lebih baik mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna
kenderaan, khususnya umat islam dalam memilih insuran berasaskan takaful.
Ianya penting sebagai salah satu sumbangan kecil khususnya kepada syarikat
takaful dalam memperkasakan industri takaful dan kepada sistem kewangan
Islam secara umum di Malaysia.
Kata Kunci: Takaful kenderaan, teori tindakan beralasan, niat
127
ABSTRAK
KAEDAH PENGAJARAN GURU DALAM AWAL MATEMATIK
KEPADA KANAK-KANAK DI TADIKA SWASTA DI
SELANGOR: SATU KAJIAN KUALITATIF
Siti Nur Nadirah Ibrahim
Universiti Selangor
[email protected]
Nor Syaidah Bahri
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Nura Zafirah Zailan
Universiti Selangor
[email protected]
Karimah Kassim
[email protected]
Alia Izzati Safuan
[email protected]
ABSTRAK
Kertas kajian ini bertujuan meneroka kaedah pengajaran yang digunakan oleh
guru dalam awal matematik kepada kanak-kanak tadika swasta di kawasan
Puncak Alam. Kajian yang menggunakan reka bentuk kajian penerokaan
kualitatif ini menggunakan enam sampel yang dipilih melalui kaedah
pensampelan bertujuan. Data dipungut dengan menggunakan protokol temu
bual. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru menggunakan bahan-bahan yang
terdapat di sekeliling mereka; menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan sebagai rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
menggunakan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar, mengamalkan
kemahiran dalam keadaan yang bermakna dan sebenar; menyediakan
Rancangan Pelajaran Slot; menggunakan permainan berkaitan matematik yang
sesuai; melakukan aktiviti matematik dalam persekitaran luar bilik darjah;
menggunakan buku cerita yang mempunyai kandungan matematik untuk
mengembangkan pemahaman kanak-kanak; menggunakan muzik dan lagu
untuk membangunkan corak, idea, konsep serta bahasa matematik dan
menggunakan teknologi seperti komputer, programmable mainan dalam
pembelajaran awal matematik. Dapatan ini boleh memberi implikasi kepada
perlunya pembelajaran awal matematik kepada kanak-kanak kerana mereka
akan terlibat secara langsung pada masa akan datang. Guru memainkan peranan
yang besar dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran matematik yang
berkesan agar dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak kepada yang lebih
baik.
Kata Kunci: Kaedah Pengajaran, Awal Matematik, Tadika Swasta, Kualitatif.
128
ABSTRAK
ATTITUDE, TRAINING, MOTIVATION AND LEADERSHIP
TOWARDS PATRIOTISM AMONG MALAYSIAN ARMY
PERSONNEL
Nora Ibrahim
National Defense University of Malaysia
[email protected]
Jessica Ong Hai Liaw
National Defense University of Malaysia
S. Inderjit
National Defense University of Malaysia
Wong Wai Loong
National Defense University of Malaysia
ABSTRACT
Patriotism involves the mind, the heart and the instincts that involve the soul
and the spirit as well as love and affection. Nowadays, some of the army
personnel are found to be lacking in their spirit of the Patriotism, they also lack
discipline, drug abuse and there is a lot of criminal cases and exposed to the
mass media. The objective of this study is to determine the relationship of the
attitude, training, and motivation with the patriotism among Malaysian Army
personnel in Kuala Lumpur and Selangor. Quantitative research methods were
conducted using questionnaires with 350 respondents from the Malaysian Army
using the Statistical Packages for the Social Sciences 23.0. The results for this
study are the relationship between Attitudes (r = 0.891; p = 0.001), Training (r
= 0.773; p = 0.001) Motivation (r = 0.769; p = 0.001). All these three factors
contribute towards patriotism in the Malaysian Army. The Beta coefficient
is .277 for training and has the highest t-statistic of 3.535 with Beta value for
motivation was the second highest .217. and lastly the Beta value for
satisfaction on attitude was the third highest at .186. Training is the most
significant factor in influencing patriotism among Malaysian Army followed by
motivation and attitude. The military minds aspirations should be given priority
in Malaysian Army to continue to enliven the spirit of patriotism at the forefront
of national defense. In terms of practical implication Malaysian Army have
employ the right strategies and use effective training to enhance personnel
interest and understanding of history which will also help to enhance their level
of patriotism and find ways to unite the young generation of Malaysian Army
by bridging their gap in patriotism.
Keywords: Patriotism, Attitude, Training and Motivation
129
ABSTRAK
PERANAN INSTITUSI DAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
DALAM PENINGKATAN EKONOMI MASYARAKAT ORANG
ASLI
Nor Azira Ayob
Universiti Teknologi MARA (UiTM, Raub Pahang)
[email protected]
Mohd Amar Aziz
[email protected]
Noor Hadzlida Ayob
[email protected]
Nurul Nadia Abu Hassan
[email protected]
ABSTRAK
Teori institusi merupakan teori yang menjelaskan kegiatan institusi-institusi
yang terlibat secara langsung dalam proses perancangan, pembuatan,
pelaksanaan, penguatkuasaan dan juga penilaian. Institusi-institusi (agensi
kerajaan) mempunyai kuasa yang sah bagi melaksanakan dasar yang telah
diluluskan oleh pihak kerajaan. Menerusi peranan institusi, kerajaan berupaya
menyalurkan dasar yang digubal sampai kepada semua lapisan masyarakat.
Lantaran itu, institusi merupakan penghubung di antara kerajaan dan rakyat
(dalam kajian ini kepada golongan usahawan orang asli) dan merupakan faktor
luaran yang membantu meningkatkan prestasi usahawan. Kerajaan
menggunakan institusi untuk melaksanakan hasrat kerajaan, manakala rakyat
pula menggunakan institusi untuk mencapai dan mendapatkan kehendak
mereka. Justeru peranan institusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
adalah sangat penting bagi membangunkan aktiviti keusahawanan dan
seterusnya meningkatkan prestasi usahawan dalam kalangan orang asli menjadi
lebih baik dan cemerlang. Keadaan ini seterusnya akan memastikan golongan
ini lebih berdikari dan berdaya saing serta membantu dalam ekonomi dan
meringankan kos sara hidup keluarga. Objektif kajian ini adalah untuk melihat
apakah program yang diperkenalkan oleh institusi bagi membantu golongan ini
dan untuk melihat apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan mereka dalam
menjalankan aktiviti keusahawanan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mana
temubual dilakukan terhadap informan yang terdiri daripada pegawai terlibat
dan juga responden (orang asli) sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan
program seperti pembinaan premis perniagaan atau ruang niaga, bantuan dan
bimbingan, kursus dan latihan keusahawanan, promosi dan pembangunan
koperasi oleh pihak institusi kepada mereka merupakan program dan penentu
kepada kejayaan usahawan orang asli dalam aktiviti keusahawanan. Justeru,
adalah penting peranan institusi dalam membantu meningkatkan prestasi
usahawan orang asli.
Kata Kunci: Institusi, Keusahawanan, Orang Asli, Kejayaan.
130
ABSTRAK
DAKWAH DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL IBU BAPA
TERHADAP ANAK-ANAK
Safinah Binti Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Muhammad Aufa Haziq Bin Nor Azman
Muhammad Aiman Syakir Bin Aziz
Mohamad Safarudin Bin Rahim
Abstrak
Komunikasi interpersonal ibu bapa terhadap anak-anak penting bagi
membentuk anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Hal ini adalah salah
satu dakwah yang perlu diaplikasikan oleh semua ibu bapa. Walau
bagaimanapun, terdapat ibu bapa yang kurang menguasai ilmu keibubapaan
bahkan teknik komunikasi menyebabkan anak-anak terlibat dengan keruntuhan
moral. Oleh itu, artikel ini akan membahaskan tentang komunikasi
interpersonal ibu bapa, kepentingan dakwah dan komunikasi interpersonal
antara ibu bapa dan anak-anak, ciri-ciri komunikasi interpersonal dan peranan
komunikasi interpersonal dalam dakwah serta aspek penting dakwah melalui
komunikasi interpersonal. Metodologi kajian yang digunakan dalam artikel
adalah metode kajian kepustakaan berdasarkan bahan-bahan penulisan yang
berkaitan dengan dakwah dan komunikasi serta kekeluargaan. Justeru, bahan-
bahan ini telah dianalisis secara deskriptif melalui buku-buku dan jurnal. Hasil
dapatan kajian ini mendapati bahawa komunikasi interpersonal juga boleh
dijadikan sebagai alat dalam membantu mengeratkan perhubungan antara ibu
bapa dan anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi contoh yang
positif kepada anak-anak sebagai model untuk mereka ikuti sama ada dari sudur
bahasa, perlakuan atau penonjolan afektif. Antara ciri komunikasi adalah secara
bersemuka, kedudukan jarak semasa berkomunikasi hendaklah rapat, berlaku
secara verbal dan nonverbal, bercakap benar, tepat ringkas dan bukan bercakap
kepada perkara yang sia-sia. Di samping itu, aspek penting dakwah melalui
komunikasi interpersonal adalah kebenaran, menunaikan perkara yang
diperkatakan, gaya bahasa yang indah, kekerasan dan kelembutan dan
keterbukaan. Diharapkan artikel ini dapat memberi ilmu berkenaan dakwah dan
komunikasi interpersonal khususnya kepada ibu bapa dalam berkomunikasi
dengan anak-anak.
131
ABSTRAK
THE USE OF MALAYSIAN PODCASTS: EXPOSING THE
MALAYSIAN-ENGLISH ACCENT TO UUM INTERNATIONAL
STUDENTS FOR MUET LISTENING PREPARATION
Nurazwani Zakaria
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Nurul Imtiaz Abd Gani
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRACT
In Malaysia, most of the universities are using Malaysian University English
Test (MUET) as a standard benchmark to allow students to pursue their studies
in Higher Education Institution (HEI). In Universiti Utara Malaysia (UUM),
there are MUET preparation classes to prepare the international students for
MUET. Due to this situation, to familiarise the international students with
Malaysian-English (Manglish) accent, podcast is being used. A podcast is an
episodic series of spoken word digital audio files that a user can download to a
personal device for easy listening. Listening is one of the four skills tested in
MUET and the listening audio text used is in Manglish accent. This has created
problems to international students to familiarise themselves with the Manglish
accent which inadvertently made them unable to answer the listening test.
Consequently, it may affect their listening test result considering that they could
not understand the content of the audio text. This study involves international
students in Intensive English class at UUM. The study applied qualitative
research method and used observation and interview as the instruments. The
result of the study show that there is an improvement on the students’ listening
ability to summarise the content of the podcasts. Nevertheless, the findings
suggest that podcasts can be an effective tool in improving students’ English
listening skill.
Keyword: Podcasts, listening skill, Manglish, MUET
132
ABSTRAK
ISU DAN CABARAN DALAM PENTAKSIRAN KANAK-KANAK
DI TASKA
Norazly Nordin
Universiti Selangor
[email protected]
Muhammad Safar Abdurahman
Universiti Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Pentaksiran adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk
mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
Pentaksiran dijalankan oleh pendidik secara professional dengan kerjasama ibu
bapa menggunakan kaedah pemerhatian dan beberapa ujian standard yang lain.
Pentaksiran sangat penting untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta
sokongan atau intervensi yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak bagi
mengoptimumkan lagi perkembangan mereka. Setiap institusi taska hendaklah
melaksanakan proses pentaksiran bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat
berkembang dengan baik, holistik dan juga seimbang. Sehubungan itu, kajian
kualitatif menggunakan kaedah temu bual ini telah dijalankan di sebuah Taska
swasta di Negeri Selangor melibatkan seorang pengusaha, seorang penyelia dan
empat orang pendidik bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh
mereka dalam melaksanakan pentaksiran kanak-kanak. Hasil kajian mendapati
bahawa aspek kompetensi pendidik, kerjasama daripada ibu bapa, kekangan
masa dan pengurusan rekod merupakan isu dan cabaran utama dalam
melaksanakan proses pentaksiran. Para informan juga mencadangkan agar
latihan berterusan kepada para pendidik dan usaha advokasi secara berterusan
harus digerakkan bagi tujuan memberi pencerahan kepada masyarakat serta
perlunya pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
menjamin kelancaran dalam proses pentaksiran kanak-kanak.
Kata Kunci: Pentaksiran, perkembangan, taska.
133
ABSTRAK
ISLAMIC DISCOURSE EXPOSURE AMONG TERTIARY LEVEL
MALAYSIAN ESL LEARNERS
Aina Al Mardhia Ismail
International Islamic University College Selangor
[email protected]
ABSTRACT
Muslims around the globe are multicultural, from different age range, and from
multi
socioeconomic backgrounds. This highlights the importance of exploring the
lingua franca of the multilingual Muslims in communicating Islamic related
genres in multiple forms of discourses. Currently, studies exploring how
Malaysian multilingual tertiary level students approach Islamic spoken and
written discourses, have been insufficiently limited. In relation to this,
appropriateness, aptness, unambiguousness of interpretation, and clarity of
comprehensibility of English as a second language are pragmatic aspects to be
scrutinised in examining multilingual ESL language users. This study aims to
analyse tertiary level Malaysian ESL learners’ linguistics and semiotics
interpretations of Islamic lectures in English medium. A total of 30 infographic
materials developed by tertiary level Malaysian ESL learners were analysed in
terms of their language and graphic representations of what they have aurally
perceived. These infographic materials correspond to the learners’
understanding of Islamic English lectures discussing on supplication,
repentance, the End Time, and matters of the heart. The findings show that in
tassawuf (process of realizing ethical and spiritual ideals) related matters, the
ESL learners tend to represent their understanding more linguistically rather
than visually. This is related to the intangible elements of this subject matter,
which limit in signifying the depictions of what is comprehended and
interpreted.
Keywords: Intercultural Pragmatics, English as a Second Language for
Advanced Learners, Islamic Discourse.
134
ABSTRAK
PENGARUH DIMENSI JAMINAN TERHADAP KEPUASAN
PELANGGAN DI ILMI
Wan Efendi Wan Mamat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Daud Mohamed Salleh
Hasan al-Banna Mohamed
ABSTRAK
Dalam masyarakat yang semakin celik hak kepenggunaan, kualiti perkhidmatan
sentiasa diperhatikan bagi memenuhi kepuasan dan penilaian seseorang individu.
Ia adalah merupakan penilaian persepsi pengguna melalui perbandingan yang
dibuat antara kepuasan dan perkhidmatan. Organisasi dan pembekal yang
berobjektifkan kecemerlangan perkhidmatan pendidikan sentiasa mengambil tahu
berkaitan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Penilaian pengguna mampu
membantu organisasi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan
terhadap kualiti perkhidmatan pendidikan dan latihan di Institut Latihan dan
Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam kalangan peserta kursus kerjaya KAGAT.
Teori SERVQUAL yang melibatkan dimensi jaminan telah digunakan dalam
kajian ini bagi mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan. Borang soal selidik
telah diedarkan kepada sejumlah 334 orang responden yang terdiri daripada peserta
kursus yang menggunakan ILMI sebagai tempat menimba ilmu. Data yang
diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5.
Ujian bootstrapping menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di
antara jaminan dengan kualiti perkhidmatan ILMI. Secara keseluruhannya elemen
ketara telah membuktikan bahawa tahap kualiti perkhidmatan berada pada tahap
yang sederhana melalui nilai R2.
Kata Kunci: jaminan, kualiti perkhidmatan, SERVQUAL, ILMI.
135
ABSTRAK
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-
21 GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH CAMERON
HIGHLANDS, PAHANG
Muhammad Hisyamuddin Bin Kamarudin
Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
Mohd Isa Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 guru-guru pendidikan Islam di daerah Cameron
Highlands serta mengenal pasti tahap kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran
kolaborasi, kemahiran komunikasi, kreativiti dan kemahiran inovasi, kemahiran
teknologi, kemahiran refleksi, kemahiran pentaksiran dan kemahiran
penyelesaian masalah dalam amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
guru-guru pendidikan islam di daerah Cameron Highlands. Kajian ini
melibatkan 97 orang guru pendidikan islam di daerah Cameron Highlands,
Pahang. Instrumen soal selidik yang mengandungi 2 bahagian digunakan untuk
mengumpul data kajian. Bahagian A mengandungi maklumat demografi sampel
iaitu jantina, umur, bangsa, agama, opsyen, pengalaman mengajar dan
kelulusan akademik. Manakala, bahagian B pula memfokuskan kepada
kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang mempunyai 37 item. Penganalisisan
Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk menganalisis data kajian melalui
kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Kajian rintis yang melibatkan 30 orang
guru di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan telah dijalankan untuk
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Hasil ujian
kebolehpercayaan instrument kajian adalah berada pada tahap tinggi iaitu nilai
Alpha Cronbach keseluruhan item ialah 0.933. Kesimpulannya, kajian ini akan
menunjukkan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 guru-guru
pendidikan agama Islam daerah Cameron Highlands, Pahang. Implikasi kajian
ini adalah guru-guru perlu menjalani Latihan Profesional Berterusan (CPD) dan
meningkatkan kemudahan prasarana di sekolah, Di samping itu, beberapa
cadangan turut dinyatakan untuk menambah baik kajian ini pada masa akan
datang seperti mempelbagaikan kaedah pengumpulan data dan instrument
kajian.
Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran abad ke 21,tahap amalan,
pendidikan Islam.
136
ABSTRAK
PENGARUH ELEMEN KETARA TERHADAP KEPUASAN
ANGGOTA ATM LEMBAH KLANG
Mior Zulfakar Mior Ri
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Daud Mohamed Salleh
Zahimi Zainal Abidin
ABSTRAK
Kualiti perkhidmatan dewasa ini sentiasa dituntut dan diberikan perhatian serius
oleh para pengguna perkhidmatan. Tahap pengetahuan pengguna semakin
meningkat mengenai hak-hak kepenggunaan bagi mencari kepuasan dalam
perkhidmatan yang mereka gunakan. Persaingan perniagaan yang
berorientasikan perkhidmatan juga semakin sengit. Semua pembekal
perkhidmatan semakin akur dengan tuntutan pelanggan dan mereka bersedia
untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mengungguli persaingan
sesama organisasi. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan
pelanggan yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
berkhidmat di Lembah Klang terhadap mutu perkhidmatan Kor Agama
Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) di pasukan Tentera Darat. Teori
SERVQUAL yang melibatkan elemen ketara telah digunakan dalam kajian ini
bagi mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada warga
tentera di Lembah Klang. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis
menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara ketara
dengan kualiti perkhidmatan KAGAT. Secara keseluruhannya elemen ketara
telah membuktikan bahawa tahap kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang
sederhana melalui nilai R2.
Kata Kunci: ketara, kualiti perkhidmatan, SERVQUAL, KAGAT
137
ABSTRAK
KOMUNIKASI IBU BAPA DALAM AL-QUR’AN
Farhana Ideris
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
Nur Hadirah Binti Harun
Nurul `Iffah Binti Abd Wahab
Safinah Ismail
ABSTRAK
Komunikasi ibu bapa terhadap anak-anak merupakan suatu elemen penting
dalam membina hubungan kekeluargaan. Allah menyeru supaya ibu bapa
berkomunikasi dengan baik terhadap anak-anak sebagaimana yang termaktub
di dalam al-Qur’an. Al-Qur’an sebagai panduan hidup utama dalam kehidupan
umat Islam menjelaskan komunikasi ibu bapa terhadap anak yang perlu
dijadikan contoh oleh setiap ibu bapa. Ini perlu dilaksanakan oleh setiap ibu
bapa bagi memastikan jiwa anak-anak dapat dididik dengan nilai dan akhlak
Islam melalui komunikasi yang betul dan berlandaskan al-Qur’an di samping
membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Justeru, kajian ini dilakukan bagi
mengkaji komunikasi ibu bapa terhadap anak yang terdapat dalam al-Qur’an.
Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode
penyelidikan deskriptif terhadap tiga nabi iaitu Nabi Yaakub AS. Nabi Nuh AS
dan Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya. Analisis data berdasarkan kandungan
ayat al-Quran berkaitan komunikasi bapa terhadap anak daripada beberapa
kitab tafsir al-Qur’an, jurnal, buku dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati
komunikasi ibu bapa terhadap anak telah berlaku dan dibahaskan dalam al-
Qur’an iaitu komunikasi Nabi Yaakub AS, Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS
terhadap anaknya. Komunikasi digunakan dalam perbincangan dua hala, kasih
sayang, ajakan yang baik, larangan, keakraban dan doa. Komunikasi ibu bapa
terhadap anak menerusi kisah para anbiya’ ini boleh dijadikan panduan bagi
setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Kata Kunci: Komunikasi, Ibu bapa, Al-Qur’an
138
ABSTRAK
PENGARUH INTELEK TERHADAP KEFAHAMAN PESERTA
BAGI PENGANJURAN KURSUS PENDIDIKAN ISLAM DAN
FARDHU AIN (PIFA) DI UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
Muhammad Ridwan bin Hashim
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Daud bin Mohamed Salleh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Noor Azmi bin Mohd Zainol
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Membangunkan modal insan (MI) perlu memenuhi objektif utama iaitu
membangunkan empat teras utama yang terdiri daripada jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Berdasarkan objektif teras, kajian memfokuskan kepada intelek
bagi mengenalpasti tahap kefahaman peserta Kursus Pendidikan Islam dan
Fardhu Ain (PIFA) di UPNM. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang peserta
yang terdiri daripada staf UPNM dan staf anggota tentera dari lain-lain pangkat.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini telah menggunakan tujuh skala Likert
bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis
menggunakan pakej perisian SPSS dan SmartPLS. Ujian bootstrapping
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen
intelek dengan kefahaman dalam kalangan peserta yang mengikuti kursus PIFA
di UPNM. Secara keseluruhannya elemen intelek mampu mempengaruhi tahap
kefahaman dalam kalangan peserta kursus PIFA di UPNM.
Kata Kunci: Intelek, Kefahaman, PIFA dan Modal Insan.
139
ABSTRAK
KEPIMPINAN BERTANGGUNGJAWAB: MEMBENTUK
MODEL BERTERASKAN SPIRITUAL ISLAM
Rafizul Rozlee
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Noor Azmi Mohd Zainol
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Daud Mohamed Salleh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Usaha pembentukan sahsiah kepimpinan bukan hanya bertumpu kepada aspek intelektual,
teknikal dan kemahiran seperti kaedah pembuatan keputusan dan kemahiran interpersonal
semata-mata, tetapi ia perlu diselaraskan dengan mengambil kira pembangunan spiritual
sebagai dasar kepada pembangunan pemimpin. Kajian sarjana terdahulu membuktikan
bahawa kekuatan spiritual merupakan komponen penting dalam melahirkan pemimpin
berkarisma dan memiliki daya kepimpinan berkesan. Dalam konteks pembangunan pelajar,
pengabaian aspek spiritual dalam kajian kepimpinan menyebabkan kelompongan pemahaman
terhadap lapisan kompleks dalam pembangunan kepimpinan dan ia sekaligus tidak dapat
diterokai sepenuhnya. Kajian ini mengupas literatur tentang hubungan di antara kekuatan
spiritual yang merangkumi tiga elemen iaitu akidah, ibadah dan akhlak yang menjadi teras
terhadap keberkesanan kepimpinan bertanggungjawab. Selanjutnya, penelitian mendalam
terhadap literatur berkaitan turut membuktikan bahawa aspek spiritual tidak boleh dipisahkan
dengan kepercayaan agama dan seterusnya memberikan satu definisi alternatif yang konkrit
terhadap kajian pengkaji Barat yang lazimnya mengaitkan spiritual dengan hubungan
humanisme semata-mata. Secara spesifiknya, literatur atau penerokaan ilmiah bersabit
hubungan antara spiritual dan kepimpinan pelajar perlu diperhalusi kerana faktor tersebut
bakal mencorak tingkah laku, rasa tanggungjawab dan displin diri mereka sebagai bakal
pemimpin terhadap kepimpinan serta organisasi. Kajian ini turut mencadangkan sebuah model
konseptual dalam konteks tetapan Islam sebagai panduan dan boleh diukur keberkesanannya
dalam kajian-kajian yang akan datang.
Kata Kunci: akidah, ibadah, akhlak, spiritual Islam, kepimpinan bertanggungjawab.
140
ABSTRAK
QUALITIES OF LECTURERS THE STUDENTS MOST VALUE:
EVIDENCE FROM THE DEFENSE TRAINING INSTITUTION
Asniah Alias
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Fatin Amirah Ahmad Shukri
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
Mohd Syazwan Mohamad Anuar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
The question on what qualities that lecturers should possess become a central
part of any new or established institution of higher learning. It is always
important, but even more in the case of study when lecturers or educators need
to adapt to an explicit and exceptional teaching environment that suits the needs
of military students. A sample of 457 military students from three different
academic backgrounds involved in the survey. A five-point Likert scale was
used to assess students’ ratings on the lecturers’ characteristics, their teaching
performances, and evaluation skills. The last item was left open-ended for
students to fill up other desirable qualities of a lecturer. The research found that
teaching characteristics are highly rated by the students and their views on an
ideal lecturer is more a matter of how a lecturer presents him/herself than
performance or skill. These students’ perspectives contribute but are not limited
to the general understanding of a good lecturer or educator.
Keywords: lecturers’ characteristics, teaching performances, evaluation skills,
students’ perspectives.
141
ABSTRAK
KEPENTINGAN HURUF SERTA BARIS DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB – SATU PERBANDINGAN
Zati Azmina Binti Jaafar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Setiap bahasa mempunyai keunikan sebutan yang tersendiri termasuk bahasa Arab. Diantara
keunikan bahasa Arab dapat diperhalusi melalui perbezaan yang terdapat pada sebutan dan
penulisan huruf serta baris pada satu perkataan boleh memberikan kepelbagaian makna. Oleh
kerana itu, pembelajaran bahasa Arab yang melibatkan empat kemahiran penting iaitu
kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis perlu menitik beratkan aspek sebutan
dan penulisan huruf serta baris yang tepat. Hal ini kerana, apabila berlaku kesilapan dalam
bertutur, mendengar, membaca serta menulis secara tidak langsung akan menyebabkan
sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dan difahami sebaiknya. Kesilapan yang sering
berlaku dalam sebutan atau penulisan huruf serta baris dalam bahasa Arab, akan menyebabkan
perubahan dari sudut makna dan juga merubah makna penyampaian serta kefahaman. Justeru
kajian ini dibuat bertujuan membuat beberapa perbandingan sebutan dan penulisan huruf serta
baris perkataan bahasa Arab yang hampir sama, tetapi membawa makna yang berbeza apabila
berlaku pertukaran huruf, dan baris. Melalui perbandingan ini, pemahaman terhadap
kepentingan huruf serta baris boleh dipertingkatkan khusus kepada pelajar-pelajar dalam
pengkhususan bahasa Arab.
Kata Kunci : Huruf, Baris, Pembelajaran Bahasa Arab
142
ABSTRAK
COVID 19: TEACHERS’ READINESS AND CHALLENGES IN
CONDUCTING ONLINE CLASSES
Nidana Yahya
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Hamdi Khalis
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Siti Fatimah Shaffiee
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Rosmawar Mohamed
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Covid 19 hits the entire world, with all fields affected. One of the most prominent industries,
education is also grappling in this pandemic to ensure the students continue their studies. Since
the government issued the first MCO (Movement Control Order), schools and higher learning
institutions closed its door to be the centre to nurture students’ potential and their individual
abilities. The next move was to conduct the classes online, where teachers and students need
to engage in an online environment to pursue their syllabus. Given the short duration to
embrace this technology, there are issues raised from this new environment. This paper will
look at two important areas : readiness of the teachers and the challenges that they faced in
their first encounter with these online classes. The issues need to be addressed and solved
before the classes continue to be done on the same platform so that the teaching and learning
will be more meaningful to the students and less burdening to the teachers. Therefore, study
is done in terms of readiness and challenges during the journey. The ways to overcome these
issues are also identified and discussed in this paper.
Key Word: Teachers’ Readiness, Challenges, Online Classes, Online Learning
143
ABSTRAK
PENGGUNAAN ELEMEN MAQĀṢID SHARĪ`AH DALAM
INSTITUSI FATWA DI MALAYSIA
Nora`inan Bt. Bahari
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Pemakaian elemen maqāṣid sharī‘ah jelas diaplikasikan dalam pelbagai hukum termasuk
muamalat jelas dalam zaman Rasulullah SAW, sahabat dan tabi`in. Pemakaiannya kemudian
diperluaskan oleh kalangan sarjana masa kini yang merumuskan bahawa hukum transaksi
muamalat secara umum diharuskan sekiranya memberikan kemanfaatan terhadap masyarakat
dan diharamkan apabilamembawa kerosakan terhadap kehidupan. Justeru, kajian secara
kualitatif ini akan menganalisis dan menilai pemakaian maqāṣid sharī‘ah dalam fatwa
berkaitan muamalat di Malaysia. Kajian melibatkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan menjelaskan latar belakang
institusi-institusi ini, kaedah penetapan fatwa atau hukum dan penerbitan-penerbitan utama
yang dijadikan rujukan untuk menghuraikan pemakaian maqāṣid sharī‘ah dalam fatwa.
Berdasarkan analisis dan penilaian yang dilakukan terhadap beberapa sampel pandangan
hukum oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri terdapat
pemakaian lima elemen maqāṣid sharī‘ah. Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa pemakaian
maqāṣid sharī‘ah boleh menambahbaik pandangan hukum dan fatwa yang diputuskan, justeru
tindakan bersepadu dalam pelbagai aspek perlu dilakukan bagi membolehkan kaedah
pemakaian yang tepat dengan Syariat bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini sesuai
dengan prinsip maqāṣid sharī‘ah untuk melestarikan kemaslahatan dan mengelakkan
kemudaratan di dunia dan akhirat.
Kata Kunci : MAQĀṢID SHARĪ`AH, Fatwa,Muamalat,Hukum
144
ABSTRAK
FALSAFAH KETUHANAN DALAM HIKAYAT HAYY IBN
YAQZAN
Mohd Shafie bin Zulkifli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Muhammad bin Hashimee
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Diyak Ulrahman bin Mat Saad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected]
Salah satu karya yang dianggap kekuatan sastera Andalusia ialah Hikayat Hayy ibn Yaqzan,
sebuah karya sastera ilmiah dan sekaligus juga merupakan alegori sufi bercorak falsafah.
Novel ini dikarang oleh Ibn Tufayl, seorang ahli falsafah, ilmuwan, ahli perubatan dan
sasterawan besar Andalusia (Sepanyol Arab). Hayy ibn Yaqzan adalah novel falsafah, alegori
falsafah, atau alegori sufi bercorak falsafah, yang ditulis dalam bentuk ‘science fiction’.
Dalam novel ini beliau mengungkapkan pandangan falsafahnya tentang alam semesta,
epistemologi falsafah ilmu pengetahuan tentang Tuhan, agama, moral, manusia dan watak-
wataknya, dalam bentuk bahasa sastera yang bermutu tinggi dan cemerlang. Dalam karya Ibn
Tufayl ini menerapkan beberapa ‘subtopic’ tersirat antaranya tentang ketuhanan. Penciptaan
dunia yang lambat laun itu mensyaratkan adanya satu pencipta yang mesti bersifat agung
kerana kejadian dan penciptaan dunia dan seisinya diciptakan oleh satu pencipta. Dunia tidak
boleh wujud dengan sendirinya, pasti dan harus ada penciptanya. Jika Tuhan bersifat material,
maka akan membawa suatu kemunduran yang tiada akhir. Oleh kerana itu, Dia bersifat
immaterial, maka kita tidak bisa mengenaliNya melalui pancaindera manusia atau melalui
imaginasi kerana imaginasi hanya menggambarkan hal-hal yang dapat digambarkan oleh
pancaindera. Unsur ini dijadikan sebagai ‘subtopic’ tersirat oleh Ibn Tufayl dalam karya
agungnya “Hayy Ibn Yaqzan”.
Kata kunci: Falsafah, Ketuhanan, Hayy Ibn Yaqzan
145
ABSTRAK
KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TARIKH ISLAMI DI SEBUAH IPG
Noraziah binti Ahmad Nadzim
IPG Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang
[email protected]
Mohd Nizam bin Sahad
IPG Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang
ABSTRAK
Kecemerlangan pelajar secara holistik merupakan matlamat kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pada masa kini, penggunaan elemen permainan dalam pengajaran digunakan
untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Permainan secara atas talian
merupakan salah satu kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21.
Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sirah yang membawa kepada kemerosotan minat, motivasi dan prestasi pelajar itu sendiri.
Oleh itu, pengajaran Tarikh Islami iaitu berkaitan sejarah Islam memerlukan pendekatan
pembelajaran aktif yang dilihat bersesuaian dengan keperluan guru pelatih. Tujuan kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti penerimaan guru pelatih terhadap reka bentuk aplikasi
Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Tarikh Islami. Dalam kajian ini, seramai 61
sampel guru pelatih terlibat. Instrumen soal selidik secara google form digunakan dan
diedarkan melalui link yang diberikan. Kajian yang dijalankan sepanjang semester lepas telah
menunjukkan hasil yang positif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Tarikh Islami.
Penggunaan aplikasi Kahoot dalam bentuk latih tubi dan ulang kaji dalam talian meningkatkan
minat dan kefahaman guru pelatih terhadap kursus Tarikh Islami. Maka dengan itu, kaedah
pengajaran menggunakan aplikasi Kahoot ini merupakan medium alternatif yang efektif dan
perlu digunakan secara lebih meluas khususnya di dalam bidang Pendidikan Islam.
Kata Kunci: Kahoot, Pengajaran dan Pembelajaran, Sirah, Tarikh Islami
146
ABSTRAK
KAJIAN RINTIS TERHADAP TAHAP KEFAHAMAN WANITA
ISLAM BEKERJAYA DI SELANGOR MENGENAI HUKUM-
HUKUM BERKAITAN LARANGAN (IHDAD) DALAM TEMPOH
IDDAH KEMATIAN SUAMI
Zanariah Dimon
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
Norita Kamaruddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Maffuza Salleh
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Naqibah Mansor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Fiqh usrah telah menetapkan hukum berkaitan iddah dan ihdad terhadap isteri apabila berlaku
perceraian atau kematian suami. Bagi perempuan yang kematian suami tempoh ihdad
disyariatkan sebagai tempoh berkabung bagi menghormati perkahwinan terdahulu. Sepanjang
tempoh iddah tersebut isteri kematian suami perlu menjaga diri daripada melakukan larangan
dalam tempoh tersebut atau berihdad sebagai tanda menjaga hak suami dan menzahirkan
kesetiaan isteri kepada suaminya. Walau bagaimanapun, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi hari ini turut memberi impak dan cabaran terhadap cara
dan gaya hidup wanita Islam berkerja dalam memenuhi tuntutan syariat mengenai ihdad dan
kerjaya mereka sepanjang tempoh iddah kematian suami. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti tahap kefahaman wanita Islam berkerjaya di Selangor mengenai hukum-
hukum berkaitan larangan (ihdad) dalam tempoh iddah kematian suami. Kajian ini juga
mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap isu-isu berkaitan ihdad sepanjang
tempoh iddah tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui instrumen
soal selidik dengan menggunakan Skala Likert lima mata (sangat setuju, setuju, tidak pasti,
sangat tidak setuju, tidak setuju). Satu ujian rintis telah dilaksanakan terhadap 33 responden
dalam kalangan wanita Islam bekerjaya di negeri Selangor melalui Google Form. Data-data
ini kemudiannya diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences ver
25. Dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi konstruk ‘kefahaman hukum-
hukum ihdad (berkabung) adalah α = .770 membawa maksud stabil (stability coefficients).
Manakala bagi konstruk ‘kesedaran mengenai isu semasa ihdad’ adalah darjah kefahaman
wanita Islam bekerjaya terhadap item-item berkenaan adalah α = .508 iaitu tidak menepati
pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima. Oleh yang demikian, adalah
menjadi keperluan kepada penyelidik untuk menyemak semula setiap item yang terdapat
dalam konstruk ‘kesedaran mengenai isu semasa ihdad’ dan membuang item yang dapat
memberikan nilai pekali kebolehpercayaan boleh diterima. Selepas penyesuaian dibuat
berdasarkan dapatan rintis tersebut, maka instrumen kajian ini sesuai untuk digunakan dalam
pengumpulan data yang sebenar terhadap responden kajian.
Kata Kunci: Rintis, Ihdad, Iddah, Kematian Suami, Wanita Islam Bekerjaya
147
ABSTRAK
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR
BAHASA ARAB MELALUI APLIKASI TELEGRAM
Zati Azmina Binti Jaafar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected],
ABSTRAK
Pembelajaran bahasa kedua meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis yang perlu dikuasai oleh penutur bahasa kedua. Aspek bertutur atau komunikasi
memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran bahasa kedua seperti bahasa
Arab, kerana ianya bertujuan untuk diaplikasikan sebagai medium komunikasi bersama
penutur asing dan juga bertujuan memperoleh serta menyebarkan maklumat dalam bahasa
sasaran. Pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan masyarakat umumnya bertujuan untuk
menguasai aspek pertuturan bahasa sasaran. Aspek pertuturan memainkan peranan penting
dalam pemerolehan bahasa. Justeru terdapat pelbagai cara dan medium yang boleh digunakan
bagi merealisasikan matlamat seseorang individu dalam menguasai bahasa kedua khususnya
pada aspek pertuturan contohnya dengan menggunakan aplikasi perbualan melalui telegram.
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pembelajaran kemahiran bertutur dalam
kalangan orang awam yang menyertai kursus Bicara Arab melalui aplikasi telegram bagi tahap
1 dan 2. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Soal selidik diedarkan kepada responden
yang mewakili kelas tahap 1 dan 2. Hasil kajian mendapati pembelajaran kemahiran bertutur
melalui aplikasi telegram ini, sedikit sebanyak membantu mereka untuk menguasai bahasa
kedua seperti bahasa Arab.
Kata Kunci : Keberkesanan, Kemahiran Bertutur Bahasa Arab, Telegram.
148