ABSTRAK
PERANAN KEMAHIRAN META-TINGKAH LAKU TERHADAP
PENCAPAIAN PEMBELAJARAN
Muhammad Syawal Amran
Universiti Kebangsaan Malaysia
syawal@ukm.my
Suriana Mohd Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia.
p99147@siswa.ukm.edu.my
ABSTRAK
Kemahiran meta-tingkah laku ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang
terlibat sebelum seseorang individu melakukan sesuatu tindakan. Kemahiran ini
amat penting dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar untuk merancang,
mengawal dan menilai tindakan terutamanya dalam konteks akademik. Tujuan
penulisan artikel ini adalah untuk membincangkan peranan kemahiran meta-
tingkah laku yang melibatkan meta pengetahuan dan strategi meta-tingkah laku
dalam meningkatkan kemahiran pelajar untuk menguasai pembelajaran secara
berkesan. Malahan penulisan ini turut membincangkan secara terperinci tentang
isu dan cabaran yang dihadapi pelajar dalam menentukan tindakan untuk
menguasai pencapaian akademik. Di samping itu, penulisan ini juga
menghuraikan kajian-kajian lepas yang mengaitkan kemahiran meta-tingkah-
laku dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, penulisan ini
membahaskan teori-teori yang mengaitkan kemahiran meta–tingkah laku yang
relevan dan sesuai dalam proses pengajaran guru. Kelemahan pelajar dalam
merancang proses pembelajaran boleh memberikan kesan kepada pencapaian
akademik mereka. Justeru, input penulisan ini boleh dijadikan sebagai panduan
dalam membantu guru untuk menerapkan kemahiran meta- tingkah laku
kepada pelajar semasa proses pengajaran. Adalah wajar kemahiran ini
diperkenalkan secara awal dan inventif kepada pelajar agar matlamat dan
tindakan mereka jelas dalam melonjakkan pencapaian akademik mereka.Oleh
yang demikian, penulisan ini dapat dijadikan lembaran baharu dalam usaha
guru melestarikan potensi pelajar kerana beberapa masalah pencapaian
pembelajaran berpotensi diselesaikan melalui pengukuhan kemahiran meta-
tingkah laku.
Kata kunci :kemahiran meta-tingkah laku, pencapaian, pembelajaran.
199
ABSTRAK
KOMPETENSI SYARIKAT JUARA TRAVEL BAGI AKTIVITI
HAJI DAN UMRAH DALAM MENDEPANI CABARAN COVID19
Muhammad Yusuf Marlon Abdullah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
yusufmarlon@kuis.edu.my
Ahmad A’toa’ Bin Mokhtar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Mohd Hakim Arshad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Juara Travel & Tours adalah satu agensi pelancongan yang menggunakan
perkhidmatan pelancongan Haji dan Umrah sejak tahun 1994 sehingga kini
dengan mempunyai 30 cawangan di dalam dan luar negara. Objektif utama
kajian ini adalah untuk mengkaji kompetensi Syarikat Juara Travel bagi
mendepani cabaran Covid19. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah
kualitatif bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk menjawab
objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa Syarikat Juara Travel & Tours
mengalami kerugian sebanyak 1.4 juta ringgit dan langsung tiada income atau
sales sejak pandemik melanda negara. Tidak termasuk hamper seramai 70 orang
diberikan cuti tanpa gaji. Bukan itu sahaja, seramai 4400 jemaah umrah
terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali kerana belum ada kata putus daripada
kerajaan Arab Saudi.
Kata Kunci: Kompetensi, Syarikat Juara Travel, Cabaran, COVID19
200
ABSTRAK
PELAKSANAAN KAEDAH NEURO NADI DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM DALAM SISTEM PEMBACAAN AL-QUR'AN
Nurhamizah Binti Jasni
Universiti Islam Sultan Sharif Ali,
18mr407@siswa.unissa.edu.bn
Dr Mariam Binti Abdul Rahman
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
mariam.rahman@unissa.edu.bn
ABSTRAK
Pengetahuan asas al-Qur'an adalah penting untuk menuju ke arah kebolehbacaan al-Qur'an
yang elok dan sempurna. Kaedah Neuro Nadi ataupun Al-Baghdadi diperkenalkan di Negara
Brunei Darussalam pada tahun 2016 oleh Pusat Pengajian Nadi Quranic. Pusat ini
menawarkan pembelajaran al-Qur'an kepada masyarakat yang berumur 3 tahun sehingga 70
tahun. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan dan keberkesanan kaedah Neuro
Nadi di Negara Brunei Darussalam berdasarkan pemerhatian turut serta dan analisis dokumen.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 aspek kelebihan kaedah ini yang sekaligus
memberikan faktor keberkesanan dalam mempelajari asas al-Qur'an iaitu mudah, padat, cepat
dan menarik. Kaedah ini juga merangkumi dua proses utama iaitu pembelajaran dan
pengukuhan. Selain itu, pengendalian guru-guru dalam mengolah sesi pembelajaran juga
menambah tahap keberkesanan kaedah ini. Satu peranan penting dalam kaedah ini ialah
penggunaan alat ketuk. Alat ini digunakan bagi membentuk tempo bacaan serta membentuk
disiplin bacaan yang tinggi bagi mewujudkan pola bacaan al-Qur’an mengikut intonasi yang
tersusun. Kesimpulannya, kaedah Neuro Nadi ini berkesan serta dapat diaplikasikan kepada
semua lapisan masyarakat terutama sekali kepada golongan kanak-kanak.
Kata Kunci: Kaedah, Neuro Nadi, Al-Qur'an, Keberkesanan, Bacaan.
201
ABSTRAK
PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN BIDANG
TAJWID MURID TAHUN 1 BAGI SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA (SJKC) DI DAERAH HULU LANGAT
Amirul Shafiq Rodin
Universiti Kebangsaan Malaysia
amirulshafiqrodin@gmail.com
Isa Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia
Isa_hamzah@ukm.edu.my
ABSTRAK
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) merupakan sekolah beraliran vernakular yang telah
diiktiraf dan mendapat sokongan daripada pihak kerajaan Malaysia. Awalnya, SJKC
ditubuhkan sebagai sekolah persendirian yang bertujuan untuk memberikan pendidikan
kepada kaum Cina. Namun selepas status sekolah persendirian ini bertukar kepada status
sekolah kerajaan, kaum-kaum lain seperti kaum Melayu dan India mula berminat untuk
menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah berkenaan. Manakala,
mata pelajaran Pendidikan Islam mula diajarkan di SJKC kerana terdapat anak-anak Melayu
beragama Islam di sekolah tersebut seterusnya menjadikan SJKC salah sebuah institusi
penting untuk murid beragama Islam memperolehi pendidikan agama. Ilmu tajwid merupakan
cabang ilmu dalam Pendidikan Islam yang perlu dipelajari oleh semua orang bagi
mendapatkan kemahiran membaca al-Quran yang berkualiti. Kajian seperti ini yang telah
dijalankan sebelumnya memfokuskan kepada persekitaran yang Islamik dimana hasil
keputusannya menunjukkan keputusan yang baik. Namun, kajian yang memfokuskan
persekitaran bukan Islamik sangat kurang dijalankan oleh para penyelidik. Oleh itu, kajian ini
akan mengenal pasti persepsi guru terhadap pembelajaran ilmu Tajwid khususnya di SJKC
dan mengenal pasti masalah yang wujud semasa proses pengajaran disampaikan serta
cadangan untuk mengatasinya. Kajian ini telah menggunakan instrumen borang soal selidik
yang telah diedarkan kepada responden iaitu guru-guru agama di SJKC sekitar Hulu Langat.
Data yang diperoleh akan diproses secara deskriptif dan dipapar dalam bentuk analisis
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai menerusi perisian Statistic Package for Social
Sciences (SPSS). Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kandungan silibus
pembelajaran ilmu Tajwid didalam buku teks murid tahun 1 terlalu tinggi untuk dikuasai oleh
murid dari sekolah vernakular. Cadangan kajian ini ialah perlu diwujudkan silibus Pendidikan
Islam khusus bagi murid SJKC yang lebih rendah aras penguasaannya untuk memasstikan
murid tidak ketinggalan terlalu jauh.
Kata Kunci: SJKC, Pendidikan Islam, al-Quran, Tajwid
202
ABSTRAK
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DI INSTITUT
PENDIDIKAN: SATU KAJIAN PERUNDANGAN
Nawal Binti Sholehuddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
nawal@kuis.edu.my
ABSTRAK
Data merupakan komoditi yang berharga kerana ia memberi kelebihan kepada sesiapa yang
memilikinya terutama dari aspek komersil. Oleh itu, isu yang sering dibincangkan ialah
berkaitan dengan privasi dan juga keselamatan data. Privasi membolehkan seseorang
mengawal bagaimana data atau khususnya data peribadi diambil, diproses serta disimpan. Ini
penting supaya kebocoran data yang mampu menjadi punca berlakunya jenayah seperti
kecurian identiti dan juga jenayah scam yang berleluasa sekarang ini dapat dikekang. Selain
daripada kebocoran data, privasi penting untuk mengelakkan data peribadi disalahguna oleh
pengguna data atau lebih buruk, ia jatuh ke tangan pihak ketiga yang tidak mendapat
persetujuan dari pemilik data. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan definisi privasi
dan data peribadi serta keperluan penyediaan notis privasi oleh pengguna data. Metodologi
yang digunakan ialah penyelidikan kualitatif yang merangkumi sumber dan bacaan
perpustakaan seperti buku dan jurnal artikel dalam memperoleh data dan maklumat yang
relevan. Kajian ini juga menggunakan analisis deduktif. Hasil kajian mendapati terdapat
keperluan untuk memambahbaik undang-undang perlindungan data peribadi terutamanya
berkaitan keperluan notis perlindungan data peribadi.
Kata Kunci: Data Peribadi, Akta Perlindungan Data Peribadi, Notis Perlindungan Data
Peribadi, Institut Pengajian Tinggi, Malaysia
203
ABSTRAK
INVENTORI KONSONAN VARIAN MELANAU DALAT
SARAWAK
Norfazila Ab. Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norfazila@kuis.edu.my
ABSTRAK
Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di
Sarawak iaitu varian Melanau Dalat (VM DLT). Objektif kajian dalam makalah
ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum
mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM DLT terutamanya
dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan
menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem
fonologi VM DLT dengan memaparkan penyebaran bunyi konsonan dan
melihat keberadaan alternasi dalam VM DLT ini. Pendekatan yang
dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural.
Hasil kajian membuktikan bahawa VM DLT mempunyai 21 fonem konsonan
yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, /, dua konsonan
letusan /t, d/, empat konsonan geseran /s, , , h/, empat konsonan nasal
/m, n, , / satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan
separuh vokal /w, j/. Kajian ini secara tidak langsung dapat menguak tabir yang
tersembunyi dengan merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-
kajian yang lepas dan menghasilkan satu penemuan yang baharu.
Kata Kunci: Fonologi; Struktural; Melanau Dalat; Fonem; Konsonan
204
ABSTRAK
KOMUNIKASI LISAN VARIAN AIR HANGAT LANGKAWI
Norfazila Ab. Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norfazila@kuis.edu.my
Norhasliza Ramli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norhasliza@kuis.edu.my
Riduan Makhtar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
riduan@kuis.edu.my
ABSTRAK
Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Langkawi (DML)
yang terdapat di Pulau Langkawi Kedah, iaitu varian Air Hangat (VAH).
Objektif kajian dalam kertas kerja ini ialah menilai dan memperbaiki semula
aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap
beberapa kajian tentang VAH terutamanya dalam menentukan jumlah inventori
fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi
dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VAH dengan memaparkan
penyebaran bunyi konsonan pada posisi kata sama ada di awal, tengah, dan
akhir kata serta melihat keberadaan alternasi dalam VAH ini. Pendekatan yang
dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural.
Hasil kajian membuktikan bahawa VAH mempunyai 20 fonem konsonan; tujuh
buah konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, q, dan /, dua konsonan letusan / t, d/,
empat konsonan geseran /s, , h/, empat konsonan nasal /m, n, , /, satu
konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Hasil kajian ini
secara tidak langsung memperlihatkan komunikasi lisan yang dapat merungkai
permasalahan kajian lampau dan memberikan satu sumbangan yang baharu
dalam bidang linguistik.
Kata Kunci: Dialek; Varian Air Hangat (Vah); Pendekatan Struktural; Fonem;
Konsonan
205
ABSTRAK
PERANAN PENGASUH TASKA DALAM MENDIDIK GENERASI
RABBANI DI TASKA: KAJIAN LITERATUR
Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norsaadah@kuis.edu.my
Kamal Azmi bin Abdul Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
kamalazmi@kuis.edu.my
ABSTRAK
Pendidikan rabbani merupakan perkara asas dalam kehidupan seseorang
muslim. Ini kerana ia merangkumi tiga elemen penting iaitu adanya pegangan
kuat berasaskan keyakinan. Kedua, adanya unsur ketundukan yang tulus dalam
hati sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan ketiga, adanya unsur
cetusan atau rangsangan dalaman diri individu tersebut untuk menterjemahkan
seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk
menyelaraskan seluruh aktiviti hidup harian yang dilaluinya berasaskan nilai-
nilai rabbani. Maka objektif penulisan ini dilakukan untuk menjelaskan konsep
rabbani yang menekankan kepada peranan pengasuh taska dalam mendidik
kanak-kanak dengan sifat rabbaniyyah. Kaedah penulisan ini berbentuk
kualitatif berdasarkan kajian-kajian dan penyelidikan yang terdahulu menerusi
dokumen, jurnal dan buku-buku yang berkaitan dengan perbincangan mengenai
pendidikan rabbani peringkat awal kanak-kanak. Kaedah kepustakaan adalah
asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara induktif dan deduktif
menggunakan dalil-dalil al-Quran dan hadis sehingga mencapai satu
kesimpulan yang kukuh dalam mengenal komponen pendidikan rabbani. Hasil
penulisan mendapati bahawa peranan pengasuh taska sangat penting kerana
mereka sebagai penyubur nilai mulia dalam jiwa anak-anak di taska. Sebagai
pengasuh mereka perlu menerapkan nilai diri yang holistik merangkumi dari
aspek akidah, ibadah dan akhlak serta kemahiran bagi meningkatkan prestasi
pendidikan yang rabbani dalam mendidik kanak-kanak asuhan.
Kata Kunci: Pengasuh Taska, Generasi Rabbani, Taska, Literatur
206
ABSTRAK
RULING ON USING PIRATED SOFTWARE CONSIDERING
ISLAMIC LAW
Muhammad Yosef Niteh
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
dryosefppt@gmail.com
Ahmad Bin Muhammad Husni
International Islamic University Malaysia
ahmedking25@gmail.com
Maad Ahmad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
فإنه مما لا شك فيه أن في أوائل بداية العقد الثاني من القرن الواحد والعشرين بدأت ثورة
استخدام البرامج المقرصنة لأسباب عديدةكونها توفر خدمة مدفوعة بغير مقابل أو بالأحرى
بالمجان بغض النظر عن حكم قرصنة البرامج الحاسوبية فإننا نسعى في هذا البحث لتقصي
حكم استخدام هذه البرامج المقرصنة فهذا الأمر أصبح أمرا أساسيا لكثير من الناس في هذا
الزمان فهو أمرا لا يمكن إنكاره في حياتنا الإلكترونية فكان اختيارنا السعي في معالجة الأمر
والإجابة على المسائل ألا وهي ماهية هذه البرامج وحكم استخدامها من ناحية الجواز أو
التحريم مع الأدلة وذكر الأمثلة العملية لهذه البرامج ،ونهج الباحث إلى منهجْي ،المنهجْي
الاستقرائي و التحليلي لحاجتنا لقراءة ماكتب عن هذه المواضيع من قبل المختصْي ثم محاولة
استنتاج المحاور الرئيسية لحكم استخدام هذه البرامج وماهيتها ،نحاول أن نميز فيها عن بقية
المقالات الأخرى ببضعة أمور لعل من أهمها سهولة التعبير عن القضايا التي سوف نتناولها
مع محاولة عدم المساس بمضمون الكلام و كذلك لا ننسى معاصرة الخطاب حتى يتمكن
الجميع من الاستفادة من هذا العمل.
الكلمة المفتاحية :القرصنة ،البرامج ،مقاصد الشريعة
207
ABSTRAK
APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN BERASASKAN MODEL
PENGAJARAN IBNU KHALDUN (732H/1332M – 808H/1406M)
Noraini Mohamad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
norainimohamad@kuis.edu.my
Siti Zaleha Ibrahim
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
sitizaleha@kuis.edu.my
Siti Rashidah Abd. Razak
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
sitirashidah@kuis.edu.my
ABSTRAK
Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh tenaga pengajar dalam aktiviti pengajaran terhadap
pelajar. Aktiviti pengajaran yang dilaksanakan perlu sesuai dengan tahap dan kemampuan
pelajar di setiap peringkat. Tokoh ilmuan terkenal Ibnu Khaldun (732H/1332M–
808H/1406M) ada membincangkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh diterapkan
kepada pelajar. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan
oleh tenaga pengajar dalam menyampaikan aktiviti pengajaran. Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif menggunakan teknik pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan
melalui rangkaian internet. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang mahasiswa Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menjalani sesi pengajaran pada sesi I
2020/2021 di KUIS. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan pelajar terhadap aplikasi
kaedah pengajaran berdasarkan tahap kemampuan pelajar adalah 50%, tahap persediaan
pelajar 55.7%, ulasan ringkas di permulaan aktiviti pengajaran 57.1%, kaedah membantu
pelajar 60.9%, huraian yang jelas dan terperinci 67.1%, proses pengulangan 35.7%,
kemampuan pelajar berdasarkan latar belakang 37.1%, tempoh pengajaran yang sesuai 58.6%,
aktiviti ulang kaji 42.9% dan aplikasi pengajaran berdasarkan konsep beransur-ansur
sebanyak 52.9%. Kajian ini diharap dapat memberi ruang untuk tenaga pengajar melihat
semula teknik-teknik yang digunakan dalam sesi pengajaran, selain ia juga boleh dijadikan
panduan untuk penambahbaikan dalam sesi pengajaran yang akan datang.
208
ABSTRAK
APLIKASI SULH DALAM PENYELESAIAN KONFLIK DI
TANAH MELAYU
Mohammad Nor Anwar Bin Mohd Sabri
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
anwar_alwalid@yahoo.com
Nor’Adha Bt Abdul Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
noradha@kuis.edu.my
ABSTRAK
Agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T kepada rasulNya, junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W adalah merupakan sebuah agama yang lengkap lagi syumul bagi
menghadapi segala permasalahan manusia di dunia ini. Sistemnya yang bersifat bersepadu
dan semulajadi sesuai dilaksanakan di semua tempat, masa dan keadaan. Segala hukum dan
peraturannya tidak bertentangan dengan norma-norma dan fitrah semulajadi manusia. Ini
semata-mata untuk menjamin sebuah kehidupan yang harmoni, bebas dari segala
persengketaan dan dan pertelingkahan yang boleh memporak-perandakan kehidupan manusia.
Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia sering kali tidak dapat lari daripada
berhadapan dengan berbagai kesulitan, masalah, perselisihan dan pertikaian. Untuk itu, Islam
tidak membiarkan umatnya tercari-cari jalan penyelesaian pada perkara tersebut tanpa
memberikan jalan keluar dan meniupkan roh Islamiyyah ke dalamnya. Kaedah sulh
merupakan satu konsep penyelesaian pertikaian di luar dan kaedah ini telah dijalankan di
seluruh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Perdamaian membawa takrifan salah satu
ajaran pokok di dalam Islam yang membawa kepada hal atau perbuatan untuk berdamai.
Kajian kualitatif ini menggunakan metod kajian perpustakaan serta dokumen seperti Al-
Quran, buku dan kertas kajian. Kertas kerja ini memperhalusi konsep Sulh dalam Islam dan
penggunaanya dalam masyarakat di Tanah Melayu ini, sejarah dan menilai aplikasi Sulh yang
kini semakin dipandang sepi oleh masyarakat. Kajian ini penting dalam memartabatkan
konsep dan hikmah Sulh yang perlu dititikberatkan dalam Islam agar mampu dihayati serta
diharmonikan oleh masyarakat khususnya bangsa Melayu di Malaysia.
Kata Kunci: Sulh, Perdamaian, Islam, Aplikasi, Pertikaian
209
ABSTRAK
BUKU TEKS SEJARAH SEBAGAI HISTORIOGRAFI RASMI:
ANALISIS PERBANDINGAN MALAYSIA-SINGAPURA
Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
adibakmal@kuis.edu.my
ABSTRAK
Buku teks sejarah sebagai rekonstruksi masa lalu kerapkali dipermasalahkan di Malaysia. Ia
bukan sahaja dipolemikkan para akademik dari pelbagai bidang, tetapi turut mengundang
suara masyarakat awam. Masyarakat mempersoalkan isi kandungan dan orientasi penulisan
buku teks, malah mengharap ia diperhalusi kembali. Sasaran kritik lazimnya terhala pada
cakupan teks yang dilihat tidak inklusif dalam mengambarkan kepelbagaian sosial.
Penglibatan pemerintah dalam proses pembinaan naratif secara umumnya dinilai sebagai
tenaga utama yang mendorong teks tersebut bercorak idealistik. Pandangan ini mengukuh
apabila intipati wacana buku teks biasanya kelihatan selaras dengan aspirasi politik
pemerintah, khususnya dalam hal berkait identiti dan gagasan pembinaan bangsa. Fenomena
ini bukan sahaja mengheret buku teks dan naratifnya ke tengah krisis persetujuan kolektif,
tetapi juga telah meletakkan ia sebagai subjek pertentangan dalam ‘politik sejarah’ yang
dinamik. Kertas kerja ini menghujahkan, ‘politik sejarah’ yang berlaku di Malaysia bukan
sahaja rancak ekoran fakta penglibatan pemerintah, tetapi juga terkait dengan status buku teks
sebagai ‘historiografi rasmi’. Ekoran kedudukan tersebut, individu dan kumpulan sosial
tertentu merasa wajar naratif buku teks bersifat lebih terangkum untuk mewakili kepelbagaian
pengalaman sejarah yang wujud di negara ini. Selain meneliti kes Malaysia, kertas ini akan
menyentuh sedikit perkembangan di Singapura sebagai perbandingan.
Kata Kunci : Buku Teks Sejarah, Historiografi Rasmi, Politik Sejarah, Malaysia, Singapura.
210
ABSTRAK
PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG
HAYAT (PISH) KOLEJ KOMUNITI TAPAH DAN IMPLIKASINYA
TERHADAP MAAHAD TAHFIZ DI SEKITAR TAPAH
Nor Atikah Mohd Nawi
Kolej Komuniti Tapah
noratikah@kktapah.edu.my
ABSTRAK
Pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Kolej Komuniti Tapah
merupakan salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang berkonsepkan
kesinambungan Pendidikan Islam secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat. Ia
bertujuan memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti
pelajar Maahad Tahfiz dan pelajar sekolah pondok. Kajian ini bertujuan untuk melihat
bagaimana pelaksanaan program PISH Kolej Komuniti Tapah dan seterusnya melihat apakah
implikasi pelaksanaannya terhadap Maahad Tahfiz sekitar Tapah. Kaedah pemerhatian dan
temubual telah digunakan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan pelaksanaan PISH Kolej Komuniti Tapah memberi implikasi yang positif
terhadap Maahad Tahfiz di sekitar Tapah dari pelbagai aspek dan seterusnya dapat
menjalankan fungsinya dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui
tawaran kursus pendek. Akhirnya, kertas ini telah mengemukakan beberapa cadangan agar
pelaksanaan program ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Kata Kunci : Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Implikasi,
Maahad Tahfiz
211
ABSTRAK
ANALISIS KESALAHAN MORFOLOGI PENULISAN
AKADEMIK BAHASA ARAB TERHADAP PELAJAR BUKAN
PENUTUR JATI: KAJIAN KORPUS
Diyak Ulrahman Bin Mat Saad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
diyakulrahman@kuis.edu.my
Hibriyatul Rifhan Binti Abu Bakar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
hibriyatulrifhan@kuis.edu.my
Hanis Najwa Binti Shaharuddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
hanisnajwa@uitm.edu.my
Siti Nor Atiqah Binti Amran
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
atiqamran96@gmail.com
ABSTRAK
Bahasa Arab tidak asing lagi di negara Malaysia, ia adalah salah satu bahasa yang dipelajari
oleh pelajar di peringkat sekolah mahupun diperingkat pengajian tinggi. Namun begitu, sejauh
manakah pelajar dapat mengaplikasikan bahasa Arab dalam penulisan apabila telah masuk ke
alam university. Maka dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji satu sudut Morfologi
daripada hasil penulisan karangan bahasa Arab pelajar semester 2 di KUIS. Sebanyak 66 teks
yang ditulis dalam perenggan pendek. Morfologi adalah kajian, pengenalpastian, analisis dan
penerangan tentang unit makna yang membentuk satu perkataan. Kajian terhadap asas-asas
pembentukan suatu kata dengan mengenalpasti susunan perkataan secara berstruktur dan
bagaimana perkataan tersebut bercantum sehingga mewujudkan struktur kata yang membawa
maksud tertentu. Jenis kesalahan di dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu kesalahan
membina kalimah yang sesuai, kesalahan penggunaan kata kerja, dan kesalahan lain yang
berkaitan morfologi.
Kata Kunci : Morfologi, Penulisan Bahasa Arab, Korpus
212
ABSTRAK
PENERAPAN LINGUISTIK TERHADAP QIRĀʼĀT AL-QURAN
Muhammad Hatta bin Shafri (APB, UiTM)
muhammadhatta@uitm.edu.my
Muhammad Aizat Syimir bin Rozani (FPPI, KUIS)
aizatsyimir@kuis.edu.my
Fudzla Suraiyya Abdul Raup (APB, UiTM)
fudzlasuraiyya@uitm.edu.my
ABSTRAK
Qirāʼāt al-Quran merupakan salah satu cabang ‘ulūm al-Quran. Ia merupakan ilmu yang
membincangkan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran. Ia juga menjelaskan
perbandingan bacaan antara imam-imam qirāʼāt. Ia telah dibincangkan dalam kalangan
ilmuwan terdahulu hingga kini. Namun, kebanyakan kajian qirāʼāt al-Quran di Malaysia
adalah bersifat monodisiplin sedangkan disiplin ilmu ini memerlukan penelitian dan
penerapan daripada disiplin ilmu lain dalam mengupas sesebuah permasalahan. Antara
disiplin ilmu yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan ilmu qirāʼāt al-Quran adalah
ilmu linguistik. Asimilasi kedua-dua bidang ilmu ini akan memberikan kefahaman yang lebih
jelas berkaitan sebab berlaku perbezaan bagi sesuatu bacaan dalam kalangan imam-imam
qirāʼāt. Oleh itu, Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubung kait ilmu qirāʼāt al-Quran
dengan ilmu linguistik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kajian-kajian lepas
berkaitan penerapan ilmu linguistik terhadap qirāʼāt al-Quran yang telah dijalankan di
Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan untuk
mendapatkan data kajian. Analisis linguistik yang dilakukan terhadap ayat-ayat yang dibaca
dengan cara berbeza oleh para imam untuk menjelaskan bentuk penerapan linguistik terhadap
qirāʼāt al-Quran. Kajian mendapati bahawa ilmu linguistik mempunyai hubung kait yang kuat
dengan ilmu qirāʼāt al-Quran dan berfungsi sebagai satu alat untuk memahami sebab dan
kesan perbezaan bacaan para imam qirāʼāt. Hasil kajian juga menunjukkan kajian penerapan
bidang linguistik terhadap qirāʼāt al-Quran di Malaysia masih kurang. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan agar kajian penerapan linguistik terhadap qirāʼāt al-Quran dapat dilakukan
dengan lebih meluas dalam kalangan ilmuwan dan sarjana di Malaysia kerana ia dapat
membantu para ilmuwan dan sarjana dalam memahami sebab dan kesan perbezaan bacaan
para imam qirā’at al-Quran dengan lebih baik.
Kata Kunci: Qirāʼāt Al-Quran, Linguistik, Bahasa Arab, Saktah.
213
ABSTRAK
GENERASI BAHARU AL-FATEH: ENAM ATRIBUT
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DI UPNM
Hj. Hasan Al-Banna Mohamed
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
hasanalbanna@upnm.edu.my
Noor Azmi Mohd Zainol
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
nnoorazmi@upnm.edu.my
Burhanuddin Jalal
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
burhanuddin@upm.edu.my
Ariffin Ismail
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
ariffin@upnm.edu.my
Wan Hashim Wan Teh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
hashim@upnm.edu.my
Ahmad Thamrini Fadzlin Syed Mohamed
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
thamrini@upnm.edu.my
Hilmi Azani Husain
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
hilmiazani@upm.edu.my
ABSTRAK
Kepimpinan Muhammad Al-Fateh merupakan suatu model kepimpinan yang diilhamkan oleh
Junjungan Nabi Muhammad SAW dan dibuktikan selepas 600 tahun kemudiannya seperti
yang disabdakan oleh Baginda SAW semasa Peperangan Khandak sebelum itu. Model
kepimpinan Al- Fateh ini telah mula dibangunkan selepas itu sehinggalah pada zaman Sultan
Muhammad II di Turki. Kepimpinan unggul yang merangkumi kedua-dua dimensi jasmani
dan rohani telah menjadi inspirasi kepada pembangunan model-model kepimpinan
seterusnya. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan mengupas secara terperinci
berkaitan satu model kepimpinan yang telah dibangun dan sedang dilaksanakan di Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Model kepimpinan ini dikenali sebagai ‘Leaders of
Character’ yang membabitkan enam atribut utama iaitu (i) Bergraduan, (ii) Imam atau
Pemimpin Kerohanian, (iii) Pentauliahan, (iv) Seni Mempertahankan Diri atau Tali
Pinggang Hitam, (v) Bersukan, dan (vi) Pegawai Budiman. Kesemua atribut tersebut akan
dibincangkan dalam kertas kerja ini dengan huraiannya berteraskan model kepimpinan bagi
generasi baharu Al-Fateh agar dapat menjadi teladan sepanjang zaman.
Kata Kunci: Model Kepimpinan, Leaders of Character, Atribut, Al-Fateh
214
ABSTRAK
CABARAN GLOBALISASI KE ATAS MASYARAKAT
MALAYSIA: KUPASAN TERHADAP KOLEKSI IKLAN OLEH
YASMIN AHMAD
Rohaini binti Amin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
rohaini@kuis.edu.my
Nor Azlina binti Endut
norazlina@kuis.edu.my
Rosfazila binti Abd Rahman
rosfazila@kuis.edu.my
ABSTRAK
Globalisasi adalah merupakan suatu proses yang menjadikan manusia di dunia ini akan
kelihatan seperti satu masyarakat dunia (single world society) atau masyarakat global.
Globalisasi menjadikan jarak, ruang dan waktu bersifat maya dan pendek, dimensinya
boleh digerakkan sepantas yang mungkin. Melalui jaringan komunikasi, manusia
semakin cepat dan dekat. Maklumat dapat disalur dan diterima hanya dalam beberapa
saat. Sekaligus, globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan
tamadun hidup manusia (Fariza, 2000). Dunia seakan tidak mempunyai sempadan
geografi dan pengaruh globalisasi telah mencapai batas ekonomi, teknologi, bahasa,
budaya, ideologi, politik dan keseluruhan aspek kehidupan manusia. Globalisasi juga
merujuk kepada pemindahan nilai, terutama pemindahan pemikiran dan tingkah laku
dari bahagian Barat ke bahagian Timur. Fenomena globalisasi pada masyarakat moden
mempunyai sisi positif yang membawa kebaikan dan manfaat, namun fenomena ini
tidak lari daripada sisi negatif yang membawa keburukan dan kemusnahan. Malah, era
globalisasi telah membawa perubahan dan telah memberikan impak yang besar ke atas
tamadun Islam dan tamadun Asia. Walaupun globalisasi menghasilkan impak yang
positif dari segi teknologi yang canggih dan seiring dengan era zaman moden, namun
terdapat ketirisan atau penghakisan tamadun akibat globalisasi. Perubahan masyarakat
Malaysia akibat globalisasi akan dinilai melalui kupasan ke atas iklan-iklan yang
dihasilkan dan dikendalikan oleh pengarah tersohor iaitu Allahyarham Yasmin Ahmad.
Yasmin menerusi kerja-kerja seninya sentiasa berjaya memaparkan cabaran stigma buat
masyarakat Malaysia. Karya seni beliau yang bersifat malar segar sentiasa memberi
mesej besar kepada masyarakat Malaysia tentang hal-hal kemasyarakatan dan
kehidupan. Perbincangan lanjut mengenai tajuk ini akan dikupas dalam kertas kerja
penuh seminar.
215
ABSTRAK
PEDAGOGICAL PRACTICES IN DELIVERING
SUSTAINABILITY AND SOCIETY IN HIGHER INSTITUTION
Kalthom Husain
Albukhary International University
kalthom.husain@aiu.edu.my
Puziah Abd Wahab
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
puziah@kuis.edu.my
Haniza Othman
hanizaothman@kuis.edu.my
Aishah Amirah Zainal Abidin
aishahamirah@kuis.edu.my
ABSTRACT
The call for the need of education policies to be (re)oriented towards social
change, sustainability and preparing students for life in a global society. This
area of pedagogy is not free from problem. When policy is turned into practice
instructors in higher education need to take a number of factors into account,
especially when global sustainability issues are complex. The present research
aims at engaging life experience on pedagogical practices which include
approaches and methods from four instructors who had experience in teaching
sustainability and society course at Albukhary International University, a
private philanthropy higher institution. These instructors articulated different
ways of enacting pedagogies related to their teaching. The research adopt
qualitative approach via focus group interview to gather the desired data. The
data was analysed using thematic analysis. There were three themes identified
of which one is an emerging theme. It includes tips in teaching sustainability
and society, the approaches and methods. The conclusion is that these
instructors’ experiences can help us to understand this work and how it can be
developed.
Keyword: Burns Model, Sustainability Pedagogy, Approaches, Methods and
Higher Education
216
ABSTRAK
KEWUJUDAN SIMPTOM PENYAKIT PSIKOLOGI DALAM
BUDAYA TROLL DI MEDIA SOSIAL: SATU TINJAUAN
Ahmad Nazeer Zainal Arifin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ahmadnazeer@kuis.edu.my
Muhammad Adham Hambali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
adhamhambali@kuis.edu.my
ABSTRAK
Perkembangan media sosial yang begitu pesat dan mempunyai kepelbagaian
bentuk serta fungsi telah membawa membawa kepada gaya hidup sosial baharu
dalam masyarakat. Media sosial ini, yang telah menjadi medium utama
masyarakat dalam bersosial pada masa kini, telah memberikan banyak kesan-
kesan positif dalam membantu masyarakat berhubung antara satu sama lain
dengan cara yang lebih pantas, cekap dan menepati keperluan. Namun begitu,
terdapat juga beberapa budaya yang muncul dalam kalangan pengguna media
sosial ini yang dinilai sebagai tindakan yang bertentangan dengan moral, etika,
akhlak dan ajaran agama. Antaranya ialah budaya troll, iaitu perbuatan
mempersenda serta mempermainkan individu atau kumpulan lain di media
sosial dengan tujuan untuk memalukan, menjatuhkan maruah dan menimbulkan
pertelingkahan. Kajian ini dilakukan untuk melihat kewujudan simptom-
simptom yang boleh dikaitkan dengan penyakit psikologi dalam kalangan
pengguna media sosial yang mengamalkan budaya troll. Kajian menggunakan
pendekatan kajian pustakaan dalam memahami bentuk-bentuk penyakit
psikologi yang boleh dikaitkan dengan simptom-simptom yang ada pada
pengguna. Pemerhatian juga dilakukan terhadap beberapa halaman-halaman
utama di media sosial yang terkenal dengan budaya troll ini. Antara dapatan
utama kajian ialah terdapat simptom-simptom asas yang boleh dikaitkan dengan
beberapa bentuk penyakit psikologi. Justeru, kajian ini menyediakan beberapa
saranan bagi memastikan budaya troll ini tidak menjadi semakin parah dan
dianggap sebagai sesuatu yang tidak bermasalah.
Kata Kunci: Simptom, Penyakit Psikologi, Budaya Troll, Media Sosial
217
ABSTRAK
DEFINISI DAN KONSEP KEMISKINAN BANDAR: SATU
KAJIAN LITERATUR
Zahanim Ahmad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
zahanim@kuis.edu.my
ABSTRAK
Kemiskinan merupakan masalah yang amat rumit dan memberi impak kepada
pembangunan negara. Semua pihak perlu memandang isu kemiskinan sebagai
suatu isu yang boleh dilihat dari pelbagai aspek dan perspektif sama ada dari
sudut perumahan, keperluan pendidikan, kemiskinan bandar dan sebagainya.
Isu-isu golongan miskin di bandar perlu ditangani dengan lebih serius kerana
60 peratus daripada penduduk negara tinggal di kawasan bandar. Kertas kerja
ini akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut berasaskan kepada
kajian literatur khususnya di Malaysia. Selanjutnya kertas kerja ini juga akan
merumuskan faktor yang menyumbang kepada kemiskinan bandar dan
cadangan beberapa pendekatan yang berkesan untuk mengatasinya kearah
mencapai kesejahteraan bandar.
218
ABSTRAK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM
TALIAN: PERSEPSI DAN CABARAN PELAJAR DI KUIS
Ku Fatahiyah Ku Azizan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
kufatahiyah@kuis.edy.my
Wazzainab Ismail
wazzainab@kuis.edu.my
Hairun Najuwah Jamali
hairunnajuwah@kuis.edu.my
Awatif Abdul Rahman
awatif@kuis.edu.my
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) merangkumi empat kemahiran asas iaitu
mendengar, membaca, bertutur dan menulis di samping pengajaran dan
pembelajarn tatabahasa. Susulan daripada pandemik COVID-19, metod
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka telah digantikan kepada dalam
talian. Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar
terhadap PdP bahasa Arab secara dalam talian serta cabaran yang dihadapi oleh
pelajar. Kajian yang dijalankan turut bertujuan untuk mengenalpasti tahap
kesukaran PdP bagi setiap kemahiran dalam kalangan pelajar. Instrumen bagi
kajian ini adalah berbentuk soal selidik dan diedarkan kepada pelajar semester
3 yang mendaftar subjek NBWU2102 Al Arabiah Al A’liyah Li Dirasat
Islamiyyah III.
Kata Kunci: Kemahiran Bahasa Arab, PdP dalam Talian, Persepsi, Cabaran,
Aras Kesukaran
219
ABSTRAK
KESESATAN DAN STRATEGI MELAWAN PROPAGANDA
SYIAH DI MALAYSIA
Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Muhammad Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Kepesatan perkembangan aliran Syiah di seluruh dunia kesan daripada
beberapa krisis di Timur Tengah telah mempengaruhi masyarakat Islam di
Malaysia. Perkembangan pengaruh ajaran Syiah begitu pesat di seluruh
sebenarnya bercanggah dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah yang diamalkan
di negara ini. Perkembangan ini menjadi semakin serius apabila mereka berani
dan lantang menyuarakan bantahan terhadap fatwa berkaitan pengharaman
ajaran Syiah. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kesesatan dan
strategi melawan propaganda Syiah di Malaysia. Hasil kajian mendapati
kesesatan Syiah meliputi penyelewengan daripada sudut akidah dan amalan.
Begitu juga kertas kerja ini mendapati beberapa elemen utama propaganda
Syiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Di samping itu kertas kerja ini
menyenaraikan strategi untuk melawan propaganda Syiah dalam
mempengaruhi masyakarat di Malaysia. Kertas kerja ini menyimpulkan bahawa
pengharaman pergerakan Syiah di Malaysia adalah kerana doktrin atau
ajarannya yang melampau dan menyebabkan terbatalnya akidah Islam. Selain
itu, Syiah di Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai suatu ajaran sesat, malah
ianya mengancam aspek keselamatan negara. Penyebaran Syiah ini
diumpamakan seperti ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik
mungkin. Hal ini kerana, penyebaran doktrin Syiah ini akan menjadi ancaman
kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahbelahkan
perpaduan umat Islam negara ini.
Kata Kunci: Syiah, Ahli Sunnah wal jamaah, Kesesatan, Propaganda,
Malaysia
220
ABSTRAK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM
TALIAN KETIKA PKPP: PENGALAMAN DI KUIS
Hairun Najuwah Jamali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
hairunnajuwah@kuis.edu.my
Wazzainab Ismail
wazzainab@kuis.edu.my
Ku fatahiyah Ku Azizan
kufatahiyah@kuis.edu.my
Awatif Abdul Rahman
awatif@kuis.edu.my
ABSTRAK
Susulan daripada pandemik COVID-19, pengajaran dan pembelajaran dalam
talian bukan lagi satu pilihan. Arahan kerajaan Malaysia mengambil langkah
menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan
penutupan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bersemuka telah digantikan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Sebagai salah sebuah IPT, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga tidak ketinggalan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Oleh itu kertas kerja
ini ingin membincangkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam
talian berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh penulis bersama para pelajar
peringkat Ijazah Sarjana Muda seramai 57 orang. Kertas kerja ini dihasilkan
berdasarkan pemerhatian dan temubual antara penulis dengan para pelajar
tersebut. Intipati utama kertas kerja ini membincangkan berkaitan cabaran, dan
kelebihan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam
talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.
Kata Kunci : P&P dalam Talian, Bahasa Arab, PKP, Cabaran, Kelebihan
221
ABSTRAK
KEMATANGAN POLITIK DALAM KALANGAN BELIA DI
MALAYSIA: SATU SOROTAN
Nor Azlina Endut
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
norazlina@kuis.edu.my
Rohaini Amin
rohaini@kuis.edu.my
Rosfazila Abd. Rahman
rosfazila@kuis.edu.my
ABSTRAK
Kesinambungan kejayaan dan kemakmuran sesebuah negara pada masa kini bergantung
kepada aset penting yang dimiliki negara iaitu golongan belia. Manakala kematangan politik
belia merupakan salah satu penanda aras kepada keharmonian dan perpaduan di seluruh
pelusuk dunia termasuk Malaysia dan antara cabaran politik yang perlu terus diberikan
perhatian bagi menjamin kestabilan negara yang bertunjangkan masyarakat majmuk. Kajian
ini dibuat adalah berdasarkan kepada kaedah analisis dokumen dan sorotan kajian lepas.
Analisa yang telah dikaji mendapati kematangan belia dalam politik amat penting supaya
golongan belia dapat menilai dan mengurus isu-isu nasional secara lebih terdidik. Golongan
belia atau politikus muda yang dikatakan memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi,
tetapi bercakap di luar konteks kewarasan, memperbodohkan diri dengan kenyataan yang
tidak masuk akal, selain menyerlahkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan terhadap
negara. Justeru, puncak kepada integrasi rakyat terutamanya golongan belia adalah
mempunyai kefahaman yang jitu dalam ilmu berbentuk politik sebelum menyertai lapangan
politik secara aktif seperti penglibatan dalam pilihan raya atau penyertaan dalam parti politik.
Kata Kunci: Kematangan Politik, Literasi Politik, Belia
222
ABSTRAK
NILAI SEJAGAT DALAM ADAT PERPATIH MENDEPANI
MASALAH SOSIAL DALAM ARUS GLOBALISASI
Ani Omar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ani.omar@fbk.upsi.edu.my
ABSTRAK
Tutur yang didengar, waris yang diterima dan tulisan yang dibaca serta dari
beberapa kepustakaan menyatakan bahawa adat adalah peraturan hidup,
menghilangkan yang buruk dan menimbulkan yang baik, bak kata pepatah
‘hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’. Pemahaman yang tepat
membolehkan individu itu bertingkah laku dan menyesuaikan diri mengikut
kehendak masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud didalam
lingkungan sosialnya seperti kata perumpamaan ‘di mana bumi dipijak di
situlah langit dijunjung’. Sehubungan dengan itu Negeri Sembilan sering
disinonimkan dengan negeri beradat. Konotasi istilah beradat bererti
bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun dan melakukan sesuatu secara
sistematik, teratur dan tersusun. Negeri Sembilan telah mengamalkan Adat
Perpatih sejak lebih 600 tahun yang lalu. Adat Perpatih merangkumi suatu
sistem sosiobudaya yang kompleks dan lengkap serta murni. Sekiranya
diamalkan secara terurus ia boleh membina masyarakat yang berbudi bahasa,
adil, sejahtera dan bersatu padu di mana nilai sejagat ini semakin terhakis.
Berasaskan kepada falsafah dan nilai sejagat yang terkandung di dalamnya
maka Adat Perpatih boleh diintegrasikan sebagai panduan hidup harian
bermasyarakat. Seperti kata perbilangan ‘dianjak layu, dicabut mati, gemuk
berpupuk, segar bersiram’. Ini bermaksud adat menjadi subur jika diamalkan
dan terus dipelihara dalam membentuk lahiriah murni manusia bagi menangani
masalah sosial yang sering melanda masyarakat moden arus globalisasi masa
kini.
Kata Kunci : Nilai Sejagat, Adat Perpatih, Masalah Sosial, Globalisasi
223
ABSTRAK
GAYA BAHASA BALAGHAH LAFAZ AL-MA’ DALAM AL-
QUR'AN
Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli
Universiti Kebangsaan Malaysia
rose_mujahid@yahoo.com
Md. Nor Bin Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia
monab@ukm.edu.my
Suhaila Binti Zailani@Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
suzail@ukm.edu.my
ABSTRAK
Al-ma’ atau air merupakan penciptaan terawal sebelum kewujudan langit dan
bumi. Kewujudannya di atas muka bumi membuktikan kewujudan pencipta
yang maha kuasa sebagaimana telah dibuktikan menerusi al-Qur’an. Menerusi
kajian yang telah direalisasikan oleh para ilmuan terdahulu dan terkini, lafaz al-
ma’ diungkapkan sebanyak 63 kali kekerapan dalam ayat-ayat yang berbeza.
Namun, kupasan dan perbahasannya lebih cenderung perbincangan aspek
perkataan dan tafsir sahaja. Pencerahan terhadap setiap pemilihan lafaz al-ma’
dalam semua ayat yang berbagai-bagai tidak dihuraikan. Bahkan,
kecenderungan kajian terhadap aspek retorik kurang diberikan fokus. Oleh itu,
kajian ini bertujuan menganalisis dan merungkaikan aspek retorik yang
terkandung di sebalik lafaz al-ma’ pada setiap ayat yang berlainan. Kajian ini
berbentuk kualitatif dengan menjadikan al-Qur'an sebagai teras utama dalam
mengenalpasti dan menganalisis lafaz al-ma’. Sebanyak lima ayat dikenalpasti
mengandungi lafaz al-ma’ yang hakiki untuk dikaji. Pemilihan ayat-ayat
tersebut berpandukan kepada al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an untuk
mengetahui lafaz al-ma’ dalam setiap ayat yang berbeza. Kemudian, ia disusuli
dengan kupasan aspek balaghah yang dibahaskan secara deskriptif berdasarkan
hujah para sarjana terdahulu berkaitan dengan isu berbangkit. Hasil kajian
mendapati bahawa pengungkapan lafaz al-ma’ dalam al-Qur’an menyerlahkan
aspek retorik tersendiri dan ia dapat dibuktikan melalui gaya bahasa balaghah,
nazm, ketepatan pemilihan perkataan dan kontekstual ayat.
Kata Kunci : al-ma’, al-Qur’an, retorik
224
ABSTRAK
PENERIMAAN PENILAIAN PRESTASI DALAM KALANGAN
KAKITANGAN AWAM
Suhaily Rozali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
suhaily@mpob.gov.my
ABSTRAK
Penilaian prestasi adalah merupakan suatu pendekatan yang digunakan oleh
pihak pengurusan untuk mengukur prestasi pekerja berdasarkan piawaian yang
telah ditetapkan oleh jabatan dan cadangan bagi penambahbaikan bagi
memudahkan pencapaian matlamat selari dengan misi dan visi organisasi.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penerimaan dan
keberkesanan sistem pelaksanaan penilaian prestasi berdasarkan pada persepsi
kakitangan yang dinilai. Perbincangan bagaimana Model Peningkatan Prestasi
Kerja oleh Fajar Alpian (2019) menyokong kajian ini disamping
penambahbaikan dari majikan dan pekerja. Lima faktor yang mempengaruhi
tahap keberkesanan penilaian prestasi turut dikaji. Faktor-faktor tersebut ialah
pegawai penilai, konflik, komunikasi, kepuasan kerja dan etika kerja. Hasil
kajian menunjukkan bahawa faktor penilai yang terlatih, maklum balas yang
berterusan bagi tujuan peningkatan kualiti, hubungan penilai-pekerja,
kesefahaman dua pihak dan kriteria prestasi mempunyai kolerasi dengan tahap
keberkesanan penilaian prestasi. Percanggahan pendapat yang wujud dan salah
faham mengenai penilaian prestasi menyebabkan kegagalan proses penilaian
prestasi. Oleh sebab itu, sokongan daripada pihak pengurusan atas dan
kerjasama antara pegawai penilai dan pekerja yang dinilai amat penting bagi
membolehkan penilaian prestasi berjaya supaya organisasi akan dapat bersaing
dalam pasaran.
Kata Kunci: penilaian prestasi, kepuasan bekerja, konflik, komunikasi,
pegawai penilai, etika kerja
225
ABSTRAK
PENILAIAN PEPERIKSAAN DALAM TALIAN (ONLINE)
KURSUS BAHASA ARAB, PUSAT PENGAJIAN TERAS, KUIS
Norfaezah Mohd Hamidin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
norfaezah@kuis.edu.my
ABSTRAK
KUIS merupakan institusi pengajian tinggi Islam swasta (IPTIS), yang
bernaung di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ia merupakan pusat
pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian Islam dan bahasa Arab
yang merupakan bahasa pengantar utama selain bahasa Melayu. Penawaran
kursus ini seharusnya mencapai objektifnya untuk melahirkan golongan
cendekiawan yang berkemahiran dalam bahasa Arab untuk menguasai kursus-
kursus pengajian Islam. Kursus ini diajar secara tutorial atau kuliah secara
bersemuka dengan pelajar. Namun, selepas pandemik Covid-19 melanda dunia
awal tahun 2020, sistem pendidikan juga berubah daripada bersemuka kepada
dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti komponen
pembelajaran bahasa Arab yang perlu ditambah baik dalam PdP bahasa Arab
melalui analisis soalan peperiksaan Google Form terhadap 271 responden
pelajar diploma pengajian Islam semester tiga yang merupakan semester akhir
pembelajaran bahasa Arab di KUIS. Pengkaji akan melihat jumlah pelajar yang
mendapat markah sedikit bagi setiap 20 soalan. Kelemahan pelajar dalam
menjawab soalan tersebut akan dikenalpasti untuk cadangan penambahbaikan
PdP selepas ini. Selepas dikenalpasti, terdapat tiga kelemahan pelajar semasa
menjawab peperiksaan akhir bagi kursus Al Arabiah Li Dirasat Islamiyyah III
(NDWU2102), iaitu penguasaan kosa kata Arab, pengetahuan tentang kalimah
Arab dari segi muradif dan mudhad dan kata nama mufrad dan jama’. Kajian
ini akan mencadangkan beberapa strategi untuk memantapkan lagi proses PdP
yang sesuai untuk pengajian Islam melalui pemerkasaan bahasa Arab untuk
mencapai objektif kursus.
Kata kunci: Penilaian dalam Talian, Bahasa Arab, Strategi Pengajaran
226
ABSTRAK
KOMPETENSI GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA: SATU
IMPLIKASI
Awatif Abdul Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
awatif@kuis.edu.my
Mohd Shafie Zulkifli
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mohdshafie@kuis.edu.my
Muhammad Hashimee
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
muhammad@kuis.edu.my
Ainon Wazir
45Institut Perguruan Guru Kampus Pendidikan Islam
aaiwaz@yahoo.com
Muafah Sayed
45Institut Perguruan Guru Kampus Pendidikan Islam
muzaiha@yahoo.com.my
Naqibah Mansor
mansornaqibah@gmail.com
ABSTRAK
Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas,
kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan
dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja
yang dipertanggungjawabkan merentasi semua bidang. Dalam senario
pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, memberi fokus kepada meningkatkan standard
profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM).
Dalam konteks guru bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah
penguasaan bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menilai tahap
kompetensi guru bahasa Arab dari aspek nahu Bahasa Arab, dan mengenalpasti
tajuk nahu yang menjadi kesukaran dalam kalangan guru bahasa Arab di SABK
di Malaysia. Kajian ini melibatkan 218 guru bahasa Arab di SABK meliputi
empat zon iaitu zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah. Kajian ini berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan instrumen satu set soalan ujian kompetensi
guru bahasa Arab yang diadaptasi dan dibangunkan berdasarkan kriteria guru
bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna pakai oleh National Center for
Assessment in Higher Education, Saudi Arabia. Instrumen kajian ini telah
melalui proses kesahan pakar dan telah dirintis sebelum digunakan dalam kajian
ini. Data yang diperoleh daripada soalan ujian kompetensi dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
empat implikasi utama bertujuan untuk penambahbaikan dan pemantapan tahap
kompetensi guru bahasa Arab di Malaysia.
Kata kunci : Kompetensi, guru, bahasa Arab, implikasi, SABK, Malaysia.
227
ABSTRAK
METODE PENSEJARAHAN DALAM KAJIAN ANTARA
AGAMA: SATU PERBANDINGAN DARI SUDUT ISLAM-BARAT
Aemy Elyani Mat Zain
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
aemyelyani@kuis.edu.my
Jaffary Awang
Universiti Kebangsaan Malaysia
jaffaryawang@gmail.com
ABSTRAK
Kajian antara agama merupakan salah satu bidang ilmu Islam yang semakin
mendapat perhatian ramai. Namun dari sudut metodologinya masih kurang
dikenali ramai. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan salah satu metode
dalam kajian antara agama iaitu pensejarahan yang dibincangkan oleh para
sarjana yang lebih menumpukan kepada perbandingan dari kaca mata Islam-
Barat. Hasil kajian mendapati bahawa perbincangan mengenai metode
pensejarahan mengikut acuan Islam-Barat adalah sangat berbeza dan sedikit
sebanyak perbezaan ini boleh menyebabkan kefahaman mereka tentang
wujudnya agama lain juga berbeza.
Kata kunci: metode, pensejarahan, kajian antara agama
228
ABSTRAK
BUDAYA BAHASA TULISAN PARA PELAJAR DI KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS):
SATU PEMERHATIAN
Norhasliza Ramli
norhasliza@kuis.edu.my
Norfazila Ab. Hamid
norfazila@kuis.edu.my
Riduan Makhtar
riduan@kuis.edu.my
ABSTRAK
Kemampuan berbahasa manusia dapat dimanifestasikan melalui dua medium
utama, iaitu menerusi bahasa lisan dan bahasa tulisan. Bagaimanapun, fokus
penulisan ini ialah untuk melihat budaya bahasa tulisan para pelajar di KUIS
yang kerapkali ditemui oleh pengkaji tatkala menyemak hasil penulisan esei
bahasa Melayu mereka. Dalam pemerhatian secara langsung ini, pengkaji
mendapati bahawa terdapat sebilangan besar penulisan esei pelajar banyak
meminggirkan aspek morfologi dan sintaksis semasa menulis. Pelajar masih
menggunakan bahasa dalam pesanan ringkas (sms) atau Whatsapp, penggunaan
kata singkatan, ejaan yang salah, salah penggunaan tanda bacaan, penggunaan
bahasa rojak, dan menggunakan ayat yang tidak gramatis. Permasalahan yang
timbul ini didapati disebabkan oleh beberapa faktor dan penulis juga memberi
saranan langkah mengatasi untuk jangka masa panjang agar budaya penulisan
sebegini dapat dibendung daripada merebak. Budaya bahasa tulisan pelajar
yang tidak mengikut norma yang sepatutnya dikhuatiri meninggalkan impak
yang negatif ke atas kemahiran berbahasa pelajar seterusnya mampu menggugat
kredibiliti bahasa Melayu itu sebagai satu wahana bahasa tulisan aras tinggi.
Kata kunci; budaya, bahasa tulisan, pelajar KUIS, faktor-faktor; langkah-
langkah
229
ABSTRAK
PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG TERHADAP KANAK-
KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-UNDANG:
KAJIAN TERHADAP PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-
KANAK
Norazla Abdul Wahab
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norazla@kuis.edu.my
Nur Zulfah Md Abdul Salam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
nurzulfah@kuis.edu.my
Hammad Mohamad Dahalan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
hammad@kuis.edu.my
ABSTRAK
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara merupakan satu dasar yang
mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras
dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-
Kanak 2001. Ia turut merangkumi pesalah kanak-kanak yang akan diadili di
dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia. Walaupun sistem keadilan jenayah
kanak-kanak yang bermula sejak penguatkuasaan Akta Mahkamah Juvana 1947
telah ditambahbaik dengan penggubalan Akta Kanak-kanak 2001, namun
terdapat beberapa isu perundangan yang perlu diberikan perhatian dalam
memberikan perlindungan sewajarnya kepada pesalah kanak-kanak.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perlindungan
undang-undang yang diberikan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan
undang-undang di dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia.
Analisis akan dibuat terhadap polisi, akta dan instrument antarabangsa yang
berkaitan. Ttemubual separa struktur turut dijalankan dengan beberapa pihak
yang terlibat di dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak seperti penasihat
mahkamah bagi kanak-kanak serta peguambela dan peguamcara. Kajian
mendapati walaupun Akta Kanak-kanak 2001 memberikan perlindungan
kepada pesalah kanak-kanak dengan penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak
namun terdapat beberapa isu berkaitan pesalah kanak-kanak yang perlu diberi
perhatian seperti bentuk hukuman dan prosiding di mahkamah.
Kata kunci: Kanak-kanak, mahkamah, perlindungan, pesalah kanak-kanak,
sistem keadilan jenayah.
230
ABSTRAK
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA: SATU SOROTAN
BERDASARKAN KARYA HISTORIOGRAFI
Ayu Nor Azilah Mohamad
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ayunorazilah@kuis.edu.my
Mohamed Ali Haniffa
Universiti Utara Malaysia
m.ali@uum.edu.my
Wayu Nor Asikin Mohamad
Kolej Universiti Bestari, Terengganu
wayu@ucbestari.edu.my
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang kesetiaan kepada raja dan negara. Kupasan
kajian lebih menjurus kepada karya-karya historiografi yang terpilih. Terdapat
beberapa peristiwa yang mencerminkan kesetiaan rakyat kepada raja dan
negara. Contohnya seperti watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah yang
tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Ini termasuk juga watak Hang Jebat
dan Bendahara Paduka Raja dalam Sejarah Melayu. Kesemua peristiwa yang
berkaitan dengan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara serta kesetiaan raja
kepada negara akan dikupas menggunakan kajian kepustakaan. Dalam konteks
Malaysia hari ini, kesetiaan kepada raja dan negara ini terkandung dalam
prinsip kedua Rukun Negara. Persamaan kedua-dua ini sama ada berdasarkan
kepada karya-karya historiografi Melayu atau pun Rukun Negara, matlamatnya
adalah sama iaitu seluruh warganegara harus menumpahkan taat setia kepada
raja dan negara. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa aspek kesetiaan
merupakan elemen penting yang perlu ada dalam kehidupan masyarakat
bernegara. Hal ini merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum
demi kejayaan serta kestabilan Malaysia.
Kata kunci : Hang Tuah, Rukun Negara, Kesetiaan, Raja dan negara.
231
ABSTRAK
TINJAUAN AWAL: FAKTOR LUARAN YANG
MEMPENGARUHI PELAJAR PERAKAUNAN KUIS UNTUK
MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ANDROID
GAMING
Norfaizuryana Zainal Abidin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Yusri Abdullah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Shuhaimi Jaafar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Nor Suhaily Bakar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Generasi digital adalah terarah kepada pembelajaran berasaskan teknologi yang
interaktif, mencabar dan mempunyai sokongan multimedia kreatif. Justeru,
pembelajaran berasaskan Android Gaming merupakan pendekatan terkini bagi
menarik minat pelajar dalam bidang perakaunan. Namun, sebelum pendekatan
ini direka bentuk, dibangunkan dan diaplikasikan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP), tiga faktor luaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu, iaitu;
Efikasi Kendiri, Inovasi Personal dan Kesediaan Diri. Sehubungan itu, satu
tinjauan awal soal-selidik telah dijalankan terhadap seramai 75 pelajar
perakaunan KUIS. Tinjauan ini menumpukan kepada dapatan deskriptif item-
item soal-selidik iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan
menunjukkan pelajar KUIS mempunyai Efikasi Kendiri, Inovasi Personal dan
Kesediaan Diri yang baik untuk menggunakan Android Gaming dalam
pembelajaran perakaunan. Hal ini menunjukkan bahawa Android Gaming
berpotensi untuk diaplikasikan dalam PdP perakaunan dan juga dalam bidang
pembelajaran yang lain.
Kata kunci: Faktor Luaran, Android Gaming, PdP Perakaunan.
232
ABSTRAK
KAJIAN KEBOLEHPASARAN SISWAZAH FAKULTI SAINS
PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI, UITM
Nor Azira Ayob
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
norazira@uitm.edu.my
Suzei Mat Nuruddin
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Zarina Mohd Zain
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Nor Suhaiza Md Khalid
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
ABSTRAK
Kebolehpasaran siswazah menjadi isu yang sentiasa diperbincangkan
diperingkat global masa kini oleh pihak kerajaan, industri dan universiti.
Graduan yang memiliki faktor modal insan yang berpengetahuan dan dalam
masa yang sama mempunyai kemahiran merupakan faktor yang penting dalam
meningkatkan ekonomi negara. Sejajar untuk mencapai taraf negara maju dan
berpendapatan tinggi, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kemasukkan pelajar ke institut pengajian tinggi di pelbagai peringkat pengajian.
Bagi tujuan tersebut, dengan pertambahan graduan, mereka perlu dilengkapkan
dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh pihak industri dan
majikan. Oleh yang demikian, objektif kajian mengenai kebolehpasaran
siswazah ini adalah untuk melihat samaada para alumni fakulti telah bekerja
atau tidak, sektor pekerjaan yang terlibat, menggunakan ilmu dan kemahiran
yang dimiliki semasa di universiti, menggunakan kelulusan yang dimiliki
semasa mencari pekerjaan, mendapatkan pekerjaan dan menggunakan ilmu dan
kemahiran tersebut di organisasi dalam pekerjaan seharian. Terdapat tiga (3)
program dalam Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) yang
terlibat dalam kajian ini iaitu Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Sarjana
Muda Sains Pentadbiran (BAS) dan Sarjana Pentadbiran Eksekutif (EMAS).
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mana borang soal selidik
diedarkan kepada alumni bagi tiga program terlibat dan diedarkan secara atas
talian (google form). Hasil kajian menunjukkan 92.6 peratus alumni dari
ketiga-tiga program telah bekerja dan hanya 7.4 peratus sahaja tidak bekerja.
Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan 66.2 peratus bekerja di sektor swasta
dan 22.1 peratus bekerja di sektor kerajaan dan 11.8 peratus bekerja sendiri atau
sebagai usahawan. Kajian juga mendapati bahawa 63.2 peratus alumni
menggunakan kelulusan dan kelayakkan semasa di universiti dan menerima gaji
yang setimpal dengan kelayakkan mereka. Ironinya, adalah penting bagi pihak
kerajaan dan universiti berusaha untuk melahirkan graduan yang berilmu dan
mempunyai ciri modal insan yang baik bagi menepati ciri keperluan daripada
pihak industri dan majikan.
Kata kunci: kebolehpasaran siswazah, graduan, modal insan, fakulti
233
ABSTRAK
A CONCEPTUAL ANALYSIS IN ENHANCING STUDENT’S
LEARNING SKILLS IN BLENDED LEARNING
Puziah Abd Wahab
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
puziah@kuis.edu.my
Kalthom Husain
Albukhary International University
kalthom.husain@aiu.edu.my
Aishah Amirah Zainal Abidin
aishahamirah@kuis.edu.my
Haniza Othman
hanizaothman@kuis.edu.my
ABSTRACT
This paper presents a conceptual analysis on enhancing students learning skills
in blended learning. Basically, learning skills are habits that are used throughout
life to complete tasks and communicate effectively. In learning context, it is
the learners cognitive style in processing and learning new information either
visual, auditory or kinaesthetic whereas blended learning combines self-study
with valuable face-to-face interaction with a teacher. The method adopted in
extracting the related concepts is done via conceptual analysis. A conceptual
analysis is a technique that treats concepts classes of objects, events, properties,
or relationships. The technique involves precisely defining the meaning of a
given concept by identifying and specifying within the scope of study. The
findings from this conceptual analysis show that the right pedagogical adopted
by the teacher is directly beneficial to enhance learning skills as well as
autonomous learning and learner motivation.
Keyword: Conceptual Analysis, Learning Skills, Blended Learning, Classroom
Practice
234
ABSTRAK
مسالك الكشف عن حكمة التشريع عند الإمام القفال الشاشي
معاد أحمد
الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور
maad@kuis.edu.my
محمد يوسف ني تيه
الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور
myosef@kuis.edu.my.
لقمان عبد المطلب
جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا
lukman@usim.edu.my
أحمد محمد حسني
الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا
ahmedking@iium.edu.my
ملخص البحث
إن العلم بحكمة التشريع وأسراره يزيد المسلم تيقنا ويشرح صدره للقبول والانقياد ،إذ أن الله سبحانه وتعالى لم يشرع حكما من الأحكام إلا
ويحتوي ذلك الحكم على حكم جليلة وغايات عظيمة تعود إلى جلب المصالح للعباد ودرء المفاسد عنهم في العاجل والآجل .وقد سلك
العلماء عدة مسالك في الكشف عن حكمة التشريع والوقوف على عللها وأسرارها .والإمام القفال الشاشي من أوائل العلماء اهتماما بهذا
الجانب غير أن كل كتبه مفقودة وخاصة شرحه لكتاب الرسالة ولم يصل إلينا إلا كتاب محاسن الشريعة في فروع الشافعية .لذا ،تهدف هذه
الدراسة إلى معرفة مسالك الكشف عن الحكمة عند الإمام القفال في هذا الكتاب المهم .انتهج الباحث في هذه الدراسة المنهج الاستقرائي
والتحليلي وتوصل الباحث إلى أن الإمام القفال الشاشي اعتمد على ثمانية مسالك في الكشف عن الحكمة وأهمها نصوص الكتاب والسنة
بعدة صيغها وألفاظها ثم يتبع ذلك استخدام العقل ،وملاحظة العادات والظن المعتبر والتجارب الشخصي في المجتمع.
الكلمات المفتاحية :حكمة ،القفال ،مسالك التعليل
235
ABSTRAK
FACTORS INFLUENCING CONSUMER’S PURCHASE
INTENTION TOWARDS COUNTERFEIT PRODUCTS AMONG
STUDENTS IN UITM KOTA BHARU CAMPUS
Junaidi Awang
UiTM Caw. Kelantan Machang
junaidi042@uitm.edu.my
Firdaus Abdul Rahman
UiTM Caw. Kedah, Merbok
Siti Aswani Mohd Ghazali
UiTM Caw. Kelantan Machang
Fadhilah Mohd Ishak
fadhi513@uitm.edu.my
Khadijah Abdul Rahman
khadijah10@uitm.edu.my
Nur Shaliza Sapiai
nurshaliza@uitm.edu.my
ABSTRACT
This study aims to examine the factors influence customers purchase intention towards
counterfeit products among student UiTM Campus Kota Bharu and the researchers also
interested to find out which factor that most influence on consumers purchase intention
towards counterfeit products. There are consist of attitude, novelty seeking and personality
traits on consumers’ purchase intention towards counterfeit products. In collection data , the
researcher used both primary and secondary data .Moreover , this study also used
questionnaire that been distribute for the 100 respondents , which is students UiTM Kota
Bharu. The data collected was then tested on its reliability and then further analyzed using
frequency analysis. Moreover , Pearson Correlation and multiple regression was use in this
study to test the hypothesis. Based on the result obtained from this study, the researcher
suggest some recommendation that can help consumers and marketer for further action.
Keyword: Counterfeit, Attitude , Novelty Seeking , Personality Trait
236
ABSTRAK
MANIFESTASI HUBUNGAN SOSIAL DALAM POTRET
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Hairol Anuar Hj Mak Din
Mansor Mohd Noor
ABSTRAK
Kajian hubungan etnik perlu mengenal pasti kategori sosial dalam masyarakat
kerana ia adalah bersifat perbandingan antara kumpulan etnik dengan dimensi
sosial yang lain. Perkara ini perlu dilakukan kerana identiti etnik adalah
dinamik dan batas kumpulan etnik sentiasa berubah. Pada masa ini kedinamikan
hubungan etnik terzahir melalui hubungan sosial dan dijelaskan melalui
pendekatan teori pilihan rasional dan teori struktural sosial bagi menjelaskan
batas etnik yang boleh berubah dari menipis, menebal atau ke arah kepupusan.
Justeru pembentangan ini membungar sebahagian dari penemuan penyelidikan
Prof Dr Mansor Mohd Nor yang bertajuk ‘Kerencaman Sosial dan Penipisan
Batas Etnik: Kepelbagaian Etnik dan Perkongsian Hidup Bersama di Malaysia
yang disampaikan dalam Syarahan Umum Perdana Jawatan Profesor Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kata Kunci: Hubungan Sosial, Hubungan Etnik, Teori Pilihan Rasional, Teori
Struktural Sosial
237
ABSTRAK
INDUSTRIAL TRAINING FRUSTRATIONS DURING THE
COVID-19 PANDEMIC: IN THE CASE OF UNISSA
Dr Hajah Halimaturradiah binti Dato Seri Setia Haji Metussin
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam
radiah.metussin@unissa.edu.bn
ABSTRACT
From the onset of COVID-19, many educational institutions throughout the world were
affected. In Brunei Darussalam, Business Continuity Plan (BCP) were introduced to all higher
education institutions under the Ministry of Education, as part of precautionary measures in
ensuring that the infection was contained. The BCP, however, have an impact on the methods
of engagements with students, through teaching and learning, as well as the implementation
of Industrial Training (IT) for students prior to the graduation. Precautionary measures such
as practicing social distance and limitation in usual capacity in common areas, have caused
many inconveniences in organizations of placements to accommodate students who were
going to undertake IT. Other issues such as the lack of space available, fear and anxiety about
COVID-19, also results in many rejections of students in IT. Due to the restrictions and
limitations, student were frustrated that they could not undergo IT. This article aim to
elaborate this situation and examine the steps undertaken by the higher education institutions,
particularly in Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) in the amidst of COVID-19
pandemic.
238
ABSTRAK
TEKNOLOGI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN
TERHADAP WAHED INVEST
Hasliza Talib
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
hasliza@kuis.edu.my
Nurhayati Abdul Ghani
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
nurhayati.ag@kuis.edu.my
ABSTRAK
Teknologi kewangan atau fintech telah banyak mengubah kehidupan masyarakat dan ekonomi
masa kini. Fintech dapat membantu masyarakat awam mengakses produk kewangan dengan
cekap, cepat dan selamat. Walaubagaimananapun dengan kelajuan perkembangan teknlogi
masih ramai lagi segmen masyarakat yang tidak mendapat pendedahan terperinci berkaitan
dengan fintech terutama teknologi kewangan patuh Syariah di Malaysia. Maka objektif kajian
ini akan menjelaskan perkembangan teknologi kewangan Islam di Malaysia dengan kajian
khusus kepada Wahed Invest yang merupakan syarikat teknologi kewangan Islam pertama di
dunia yang menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 buah negara, termasuk
pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Afrika Utara. Dengan
menggunapakai kaedah analisa dokumen kajian ini mendapati Wahid Invest diperakui sebagai
Islamic fintech pertama bersifat global dan menjadi pemangkin kepada kemunculan platform
Islamic fintech di Malaysia. masyarakat Islam di Malaysia perlu mengambil peluang dalam
pelaburan Islamic fintech kerana inilah masa depan dunia kewangan tanpa sempadan.
Kata Kunci: Teknologi Kewangan, Fintech, Wahed Invest, Pelaburan, Patuh Syariah
239
ABSTRAK
FACTORS INFLUENCING INTENTION TO PARTICIPATE IN A
CROWDFUNDING PROJECT
,
Siti Maziah Ab Rahman
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
maziah650@uitm.edu.my
Muhammad Firdaus Mohd Rujhan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Mariam Setapa,Nur Hazelen Mat Rusok
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Nur Shaliza Sapia
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
Siti Aswani Mohd Ghazali
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
ABSTRACT
This study aims to analyze public motivation to participate financially to a project that
wants to create something new. The principle of public pooling their money together in
order to support a specific project initiated by someone else, is referred to as crowdfunding.
From a practical point of view, it is essential for everybody, who wants to use crowdfunding
to finance the realization of a project to understand the motive forces of potential
supporters. Moreover, theory of consumption value is used as a framework to capture three
value dimensions relevant for driving motives to participate in crowdfunding activities.
Three direct effects on the intention to participate were identified. An associated
questionnaire was developed. The results of 57 respondents illustrated various values that
drive the intention to participate in a crowdfunding project. Furthermore, the most
contributing factors were found within the factor of financial value, social value and
emotional value.
Keyword: Crowdfunding, Emotional Value, Financial Value, Social Value
240
ABSTRAK
SHIFTING PERSPECTIVES ON SPEAKING ASSESSMENT IN
TERTIARY LEVEL: LESSON LEARNED FROM ONLINE
LEARNING CLASSROOM
Aishah Amirah Zainal Abidin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
aishahamirah@kuis.edu.my
Puziah Abd Wahab
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Kalthom Husain
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRACT
The face-to-face assessment in traditional classroom was forcefully halted and replaced with
online assessment. This change is due to the global pandemic currently raging the world in
2020. Much of this change is met with bewilderment and outcry, but there is no way of
escaping it. Educators worldwide is put to task to bring the face-to-face assessment into online
setting. This has resulted in challenges and constraints inherent to online learning. The crucial
assessment on speaking can be considered mostly affected as it required a face-to-face setting
for it to be effective. Hence, the current study is looking into how the perspectives and practice
of speaking assessment have shifted and changed in the online classroom. Action research
methodology was employed as the study design. Educators who taught the course and the
students who were enrolled in the course which include speaking assessment as part of its
course requirement were chosen as the respondents. Findings shown that students have mixed
response on how they view online speaking assessment and the educators have shared their
feedback on how the speaking assessment can be improved to bridge the gap between the
traditional face-to-face assessment to online assessment.
Keyword: Speaking Assessment, Online Assessment
241
ABSTRAK
KEPERLUAN PROMOSI TERHADAP KETERLIBATAN
PELAJAR DALAM USAHA KE ARAH KAMPUS LESTARI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: SUATU TINJAUAN
LITERATUR
Nazhatul Ain Binti Hisamudin
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL-MAIWP)
Er. A.C
Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM)
ABSTRAK
Pembentukan kampus lestari adalah penting bagi menjamin kehidupan yang selesa dan
persekitaran yang sihat kepada komunitinya. UKM telah merangka dan melaksanakan
program pembinaan keupayaan terhadap kelestarian di kalangan komunitinya terutama
pelajar, untuk mencapai hasrat universiti untuk membentuk sebuah kampus lestari menjelang
2020. Penglibatan komuniti secara langsung dan menyeluruh adalah penting dalam
meningkatkan tahap kelestarian kampus. Makalah ini adalah bertujuan untuk melihat
pelaksanaan program yang dijalankan sama ada lebih teratur dan berterusan sebagai suatu
amalan kelestarian yang dapat dijadikan budaya dalam kehidupan seharian pelajar.
Seterusnya, aspek pemantapan sistem pengurusan dalam memberi sokongan kepada setiap
usaha promosi yang dijalankan oleh pihak universiti terutama di kalangan pelajar. Makalah
ini dijangka memberi kepentingan kepada satu peningkatan dalam korpus ilmu berkaitan
keperluan promosi terhadap keterlibatan pelajar dalam usaha ke arah kampus lestari di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kata kunci : kelestarian kampus, penglibatan pelajar, keperluan promosi
242
ABSTRAK
KECENDERUNGAN GAYA PENGAJARAN, TAHAP
PENGGUNAAN DAN EFIKASI KENDIRI GURU PERAKAUNAN
TERHADAP PENGGUNAAN VLE SEBAGAI PLATFORM E-
PEMBELAJARAN
Noor Lela Ahmad
Rohaila Yusof
Zuriadah Ismail
Rusliza Yahaya
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABSTRAK
Persekitaran pembelajaran maya atau VLE telah diaplikasikan di pelbagai lokasi pendidikan
seperti universiti, politeknik, pusat latihan dan sekolah bagi menyokong secara sistematik
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji
kecenderungan gaya pengajaran, pengaruh sosial dan efikasi kendiri guru terhadap
penggunaan persekitaran maya dalam pengajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan
menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpul data. Responden kajian dipilih
menggunakan kaedah persampelan bertujuan dimana seramai 156 orang guru perakaunan dari
sekolah-sekolah di Malaysia dipilih sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan ujian
deskriptif yang mengukur nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai serta analisis
inferensi melibatkan ujian Korelasi Pearson bagi menguji perkaitan antara pembolehubah.
Dapatan menunjukkan guru-guru cenderung mengutamakan gaya pengajaran secara
moden/kontemporari dalam proses PdPc. Kajian mendapati pengaruh sosial merupakan faktor
yang paling signifikan mempengaruhi guru mengaplikasi VLE di bilik darjah seperti
sokongan rakan sejawat, pentadbir, kecekapan fasiliti sekolah memberi impak kepada aplikasi
inovasi VLE Frog. Berikutnya, faktor pengaruh sosial dan efikasi kendiri guru mempunyai
hubungan positif yang signifikan dengan penggunaan VLE. Kajian merumuskan guru-guru
perlu diberi latihan dan motivasi berterusan bagi meningkatkan kemahiran mereka
menggunakan teknologi terkini. Kemudahan insfrastruktur di sekolah perlu dipertingkatkan
supaya perlaksanaan pembelajaran menggunakan e-teknologi berupaya menggalakkan proses
pendidikan berkesan.
Kata kunci: VLE Frog, guru perakaunan, efikasi kendiri, teknologi, pembelajaran maya
243
ABSTRAK
PERASAAN TERHADAP ETNIK LAIN DI MALAYSIA: KAJIAN
TINJAUAN TERHADAP PELAJAR USIM
Khadijah Muda
Pusat Pengajian Teras, USIM
Nur Ayuni Mohd Isa
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, UPM
ABSTRAK
Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkang berkenaan perasaan umum pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap etnik lain di Malaysia. Objektif kajian
adalah mengenal pasti perasaan pelajar USIM terhadap etnik lain. Perasaan yang diukur
adalah perasaan suka, marah, cemburu, terancam dan layanan yang diberikan. Kaedah yang
digunakan adalah secara keratan rentas menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu soal selidik
diedarkan secara atas talian kepada 234 orang pelajar USIM tahun satu. Pelajar dipilih secara
rawak berkelompok dari pelbagai fakulti. Hasil dapatan menunjukkan perasaan pelajar USIM
terhadap etnik lain di Malaysia adalah perasaan yang positif iaitu rasa suka pada etnik lain.
Kata kunci: perasaan, etnik, perpaduan
244
ABSTRAK
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT: PROSPEK MASA
DEPAN KE ARAH PEMBANGUNAN PERADABAN MANUSIA
Wan Haslinawati Wan Hassan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
wanhaslinawati@gmail.com
Mohd Isa Hamzah
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
isa_hamzah@ukm.edu.my
ABSTRAK
Pembentukan sesebuah tamadun atau peradaban berkait rapat dengan elemen pembangunan
peradaban manusia. Kemajuan sesebuah tamadun juga disebabkan oleh masyarakat yang
sentiasa berusaha membina peradaban mereka. Islam mempunyai cara tersendiri dalam
membangunkan peradaban manusia iaitu merujuk kepada ajaran yang telah dibawa oleh
Rasulullah SAW dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Pembangunan peradaban yang
menepati roh Islam akan menghasilkan suasana masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Walau bagaimanapun, berbeza pula daripada perspektif barat, pembangunan peradaban
manusia boleh mengabaikan aspek agama dan budaya hidup. Falsafah sekularisme yang
dibawa oleh tamadun barat telah mengabaikan aspek agama dan budaya yang merupakan
penyumbang utama kepada pembangunan peradaban dan tamadun yang baik.. Justeru kajian
ini akan membincangkan prospek futuristik ke arah pembangunan peradaban manusia yang
lebih berwawasan agar tamadun yang kukuh dapat dibina sebaiknya. Sokongan dari segala
aspek amat diperlukan agar peradaban manusia yang direncana dapat direalisasikan sebaiknya
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Hasil penulisan ini mendapati untuk
membina sebuah peradaban atau tamadun manusia yang utuh, ianya perlu kepada gabungan
semua aspek dalam kehidupan. Nilai-nilai baik yang terdapat dalam tamadun barat juga boleh
diadaptasikan dalam membina tamadun manusia di negara kita tanpa mengenepikan nilai-nilai
agama yang digariskan oleh Islam.
Kata kunci: Tamadun Islam, Tamadun Barat, Peradaban Islam.
245
ABSTRAK
IMPAK PENGAJARAN KURSUS TITAS TERHADAP PEMBENTUKAN AKHLAK
PELAJAR: SUATU KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA
Faridah Che Husain, Che Zarrina Saari, Nurul Husna Mansor & Zawiah Hj. Mat
ABSTRAK
Kursus TITAS merupakan kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar.
Pelaksanaan kursus TITAS di peringkat institusi pengajian tinggi adalah sangat signifikan dan
relevan dalam konteks dunia hari ini yang semakin mencabar kewibawaan akhlak dan moral
manusia. Pembentukan akhlak dan moral dalam kalangan pelajar merupakan agenda utama
dalam aspirasi pendidikan negara. Justeru, kajian ini menumpukan impak pengajaran kursus
TITAS terhadap pembentukan akhlak dan moral pelajar khususnya di Universiti Malaya dari
aspek kebijaksanaan, keberanian, kesederhanaan, keadilan dan pembangunan diri. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada pelajar
yang mengikuti kursus TITAS di Universiti Malaya pada Semester 1, 2017/2018. Sebanyak
384 borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 24. Hasil kajian
mendapati sumbangan kursus TITAS terhadap pembentukan akhlak dan moral pelajar adalah
signifikan.
246
ABSTRAK
RENEGOTIATING THE EAST ASIAN FEMALE IDENTITY IN
RICE WITHOUT RAIN THROUGH THE TRANSCULTURAL
SELF BY MINFONG HO
Syamsina Zahurin Shamsuddin
Universiti Putra Malaysia.
szahurin@gmail.com
Ida Baizura Bahar*
Universiti Putra Malaysia.
idabb@upm.edu.my
ABSTRACT
Minfong Ho (b. 1951) is a contemporary Chinese American author whose focal point in her
fiction has been the lives of young women living in Southeast Asia struggling through poverty,
hardship, and injustices. Previous studies have focused more on psychological approaches and
the identity of Jinda Boonrueng, the protagonist of Rice without Rain (1986), as shaped by her
grandmother, but have yet to attempt to highlight how Jinda moulds her own identity which
does not seem to reflect the stereotypical Thai female. Thus, this paper examines Jinda in her
practice of culture in Thai society as we explore the pervasive Western perspective of the East
Asian female identity as voiceless, submissive, and hypersexual. This paper utilises the
concept of transculture/ality, or the intermingling of cultures, as conceptualised by the
transcultural scholar, Arianna Dagnino (2015), as we aim to investigate how the process of
cultural intermingling, reflected through Jinda, depicts identities that are flexible and diverse
in her practice of culture in Thai society as her identity evolves. Using textual analysis, Ho’s
portrayal of Jinda demonstrates that there are indeed patterns of transculture/ality, namely the
refusal to view culture as pure and how there are overlapping cultural borders within society.
Additionally, the cultural individual formation is dynamic with human agency where culture
is viewed as fluid and constantly shifting, and is reflected through Jinda. This in turn magnifies
her renegotiation of a fluid and transcultural self.
Keywords: East Asian female identity; identity fluidity; Minfong Ho; Rice without Rain;
transculture/ality
247
ABSTRAK
IDENTIFY SIMILARITY IN METAPHORICAL CONCEPT
BETWEEN FRENCH & MALAY PROVERB
Farah Farhana Binti Awang
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
farhana@upnm.edu.my
Chiew Geiok Hong
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
chiewgeiok@upnm.edu.my
ABSTRACT
Proverbs has existed in every part of the world as a metaphorical saying to represent a valuable
meaning. Proverbs has been influenced by the differences in languages and cultures especially
between two different language family such as French language which is a Romance, a
member of the Indo-European family and Malay language, Malayo-Polynesian as part of
Austronesian language. Both languages has proverbs with the similar meaning but different
subjects used to represent the proverbs. Therefore, this paper examine the comparison between
selected proverbs in French and Malay Languages by taking into account of their similarity
and differences in meaning and to identify the cultural and lifestyle related to the proverbs.
Contrastive Analysis is applied as the method for this qualitative research in order to identified
the structural differences and similarities between 10 French Proverbs and 10 Malay proverbs.
The data for French and Malay language is collected via proverbs collection through online
as well as printed dictionary. The result showed both French and Malay Proverbs contents
identical message with different and some slightly similar concepts and metaphorical subjects.
In conclusion, French and Malay proverbs shared some similarity but has its own uniqueness
in metaphorical concepts, value and thinking in order to send the right message to their own
societies.
keyword: proverbs, French proverbs, Malay proverbs, comparison, French
248