The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzadesign art, 2020-11-24 04:37:18

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

e-Buku Program PASAK5 2020_V2

ABSTRAK

EMERGENCE OF LIBERAL ISLAM IN MALAYSIA

Ahmad Luqman Fahmi Abdul Fattah
Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected]
ABSTRACT

The development of Islamic thought in Malaysia portrays its uniqueness when there is a belief
that aims to uphold the rational and logical approach in interpreting Islam. For instance,
Mahmoud Mohamed Taha argues that Islam emphasizes the absolute individual freedom (al-
ḥurriyyah al-muṭlaqah) as long as the person knows his or her limit and do not harm other
people. Liberal Muslim groups also argue that Islam will emerge and will be more accepted
by promoting open discourses to discuss Islam in public. Furthermore, this group criticizes
the scholars who so-called fundamentalist and conservative Islam that bring rigidness and
intolerance in most teaching, particularly in Islamic jurisprudence. In vice versa, the opposite
group claims that the Liberal Islam group was too influenced by the western liberal-secular
view that could destroy the purity of Islam. Prior to understanding this issue, it is compulsory
to know the root of the Liberal Islam historical perspective, particularly in Malaysia. Thus,
this study aims to explore the emergence of liberal Islam in Malaysia then analyze the key
issues and the dilemmas that existed along the way of their survival. This research found that
the terminology of “Liberal Islam” itself was discussed in the parliamentary debate since
1967. However, the word “liberal” seems to connote as a bad word when it refers to the
religious issue, especially in recent years. Surprisingly, some Muslim political actors
significantly supported the liberal Islam discourses by joining their program and defend them
in parliamentary debates.
Keywords: Liberal Islam, Liberal Islam in Malaysia, freedom, Islamic Institution

249

ABSTRAK

MENANGANI KESALAHAN AKIDAH MELALUI AMALAN
ISTITABAH: PENDEKATAN JABATAN MUFTI DAN
MAHKAMAH SYARIAH DI NEGERI SEMBILAN

Nazneen binti Ismail1, Nurzatil Ismah Azizan1, Zanariah Dimon1, Hamidi Abd. Ghani2,
Nordin Mat Piah2 & Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria2
1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[email protected]
ABSTRAK

Masalah akidah merupakan perkara yang serius dalam Islam kerana ia berkait dengan seluruh
kehidupan seorang Muslim termasuk ibadah, munakahat, muamalat dan jinayat.
Pengisytiharan keluar daripada agama Islam menyebabkan seseorang boleh dikenakan
hukuman yang berat iaitu bunuh. Di samping itu, termasuk dalam masalah akidah ialah
amalan ajaran sesat yang menyeleweng daripada manhaj Ahli Sunnah wa al-Jamaah secara
khususnya. Penetapan murtad atau sesat bagi seseorang atau satu kumpulan adalah tertakluk
kepada pihak berkuasa seperti institusi fatwa atau kehakiman Islam. Sehubungan itu,
penulisan ini bertujuan menjelaskan amalan istitabah yang digunakan oleh Jabatan Mufti dan
Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan dalam menangani kes kesalahan akidah. Kajian
dijalankan secara kualitatif melalui kaedah temubual separa berstruktur dengan wakil
daripada kedua-dua institusi tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa Jabatan Mufti dan
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan mempunyai kerjasama yang erat dalam menetapkan
perintah istitabah kepada golongan yang terlibat dengan kesalahan akidah sama ada sebagai
pemohon keluar agama ataupun terlibat dalam ajaran sesat. Kaedah istitabah yang digunakan
adalah bersifat runding cara akidah di bawah kelolaan panel khusus lantikan Jabatan Mufti.
Hasil daripada runding cara akan dilaporkan kepada mahkamah dari masa ke masa. Kajian ini
diharapkan memberi gambaran tentang amalan istitabah di Negeri Sembilan dan
kepentingannya dalam memelihara hak beragama umat Islam.

Kata kunci: masalah akidah, murtad, ajaran sesat, istitabah, rundingcara akidah

250

ABSTRAK

HUKUM TASWIYAH DAN TAFDIL HIBAH KEPADA ANAK-
ANAK: ANALISIS MENURUT IMAM SYAFI’I DAN AL-

SYIRBINI MENERUSI KARYA AL-UMM DAN MUGHNI AL-
MUHTAJ

Noor Syahida Abdul Rahman
Hasliza Talib

Nurul Syafini Abd Rahman
[email protected], [email protected], [email protected].

ABSTRAK
Hibah merupakan satu amalan yang digalakkan dalam Islam terutama hibah kepada anak-anak
sendiri kerana boleh mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan anak-anak. Namun,
tindakan taswiyah (menyamaratakan) dan tafdil (melebihkan) pemberian salah seorang anak
daripada anak yang lain menjadi isu dan perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha. Artikel
ini membincangkan dan menganalisis mengenainya menurut pendapat Imam al-Syafi’i dan
al-Syirbini dengan memfokuskan kepada kitab al-Umm dan Mughni al-Muhtaj di samping
mengemukakan pendapat fuqaha yang lain. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian
kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian ini secara
deskriptif mendapati taswiyah hibah kepada ana-anak menurut Imam Syafi’i dan al-Syirbini
serta majoriti fuqaha adalah sunat dan tafdil adalah makruh. Sementara itu, terdapat fuqaha
yang mewajibkan taswiyah hibah dan hibah yang bersifat tafdil adalah terbatal. Namun
makruh dan terbatalnya tafdil hibah kepada anak-anak bukannya secara mutlak melihat
kepada situasi dan fakta kes. Asas kepada pendapat keduanya adalah berdasarkan kepada
hadis, qiyas dan athar sahabat. Perselisihan yang berlaku di antara fuqaha adalah berpunca
daripada perbezaan pandangan mereka dalam memahami hadis berkenaan “hukm al-taswiyah
wa al-tafdil bayn al-awlad fi al-hibah”.
Kata Kunci: Imam Syafi’i, al-Syirbini, Taswiyah dan Tafdil Hibah.

251

ABSTRAK

POPULARITI VS KUALITI: PERANAN RTM DALAM
MEMBINA CITRA BANGSA RAKYAT MALAYSIA

Rahmahtunnisah Sailin1, Mohd Daly Daud1, Md. Rozalafri Johori1, Rosidayu Sabran (PhD)2
1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
ABSTRAK

Matlamat RTM diawal penubuhannya sejak tujuh dekad lalu sebagai agen kemerdekaan
negara, kekal relevan hingga hari ini melalui slogan barunya sebagai ‘Penghubung Generasi’
bersempana ulang tahun ke-74nya tahun ini. RTM sebagai Saluran TV dan radio rasmi
kerajaan, kekal mengangkat identiti, bahasa, jati diri bangsa walaupun melalui perubahan
kerajaan yang menerajuinya. Kertas kerja ini akan menyorot peranan RTM dalam membina
Citra Bangsa rakyat Malaysia melalui kandungan siarannya. Mengambil kira populariti yang
dikecapi stesen radio swasta dalam meraih perhatian pendengar, RTM tetap kekal dengan
objektif penubuhannya yang seiring dengan perkembangan masa dan perubahan dalam
negara. Perbincangan berdasarkan dapatan temubual mendalam bersama Pengarah Radio
Kelantanfm dan Selangorfm mendapati bahawa radio negeri sangat berperanan dalam
menjaga kualiti berita, informasi dan siaran hiburan dalam usaha membina citra bangsa rakyat
Malaysia.
Kata kunci: kualiti siaran, citra bangsa, mendidik, kreativiti penerbit, Radio RTM,
penerimaan pendengar.

252

ABSTRAK

PENGARUH SOLAT FARDHU DI DALAM PEMBENTUKAN
AKHLAK PELAJAR: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN LAWAS, SARAWAK

Mohd Zaini bin Abdul Samad
Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]
Mohd Isa Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]

ABSTRAK
Solat merupakan ibadah yang paling utama di dalam agama Islam. Dengan melaksanakan
perintah solat, dapat membentuk sifat dan akhlak yang baik kepada umatnya. Justeru, kajian
ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh solat fardhu di dalam pembentukan
akhlak pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Kajian ini melibatkan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas di Sarawak iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan
empat dan tingkatan lima. Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua lampiran untuk
mengumpulkan data kajian. Pada lampiran I mengandungi maklumat demografi sampel
responden. Manakala pada lampiran II pula memfokuskan kepada empat pecahan bahagian
yang berkait dengan kajian iaitu amalan dan pelaksaan solat pelajar yang mempunyai 40 item.
Secara kesimpulannya, kajian ini akan dapat menunjukkan tahap pelaksanaan solat fardhu di
kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Lawas dan hubungannya dengan pembentukan
akhlak di kalangan pelajar. Implikasi daripada kajian ini adalah para guru serta ibu bapa akan
sama-sama berganding bahu dan bersatu tenaga di dalam memberi penekanan berkaitan
kewajipan pelaksanaan solat di kalangan anak-anak pelajar sekolah menengah di Daerah
Lawas, Sarawak. Di samping itu adalah boleh dilaksanakan beberapa cadangan
penambahbaikan yang lain contohnya seperti Kem Solat, bengkel tarbiyyah kepada para
pelajar dan lain-lain lagi serta juga penambahbaikan kaedah pengumpulan data pada masa
akan datang lagi.

Kata kunci: Solat fardhu, pembentukan akhlak.

253

ABSTRAK

PEMBANGUNAN KONSTRUK INSTRUMEN UPBAL (UJIAN
PENGUASAAN BALAGHAH) PERINGKAT PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA

Shuhaida Hanim Mohamad Suhane
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kaseh Abu Bakar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Md Nor Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang proses pembangunan konstruk instrumen
UPBal yang dijalankan dalam kajian pembinaan instrumen UPBal. Pendekatan
yang digunakan untuk menjalankan proses pembangunan konstruk
menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis kandungan dan
analisis dokumen. Justeru, perbincangan subtopik adalah berdasarkan
rekabentuk kajian pembinaan instrumen UPBal yang melibatkan fasa utama
kajian iaitu fasa pembinaan instrumen. Manakala perbincangan secara
terperinci beberapa aspek penting yang mendasari kajian ini, ialah melibatkan
4 proses utama dalam pembinaan konstruk iaitu: (a)proses penentuan objektif
PnP, (b) proses pemilihan kaedah pengukuran dan pengujian, (c) proses
penyediaan JSU (Jadual Spesifikasi Kandungan), (d) proses pembinaan item
ujian. Selain meletakkan rangka rujuk yang berasas mengenai perkara-perkara
yang berkaitan iaitu reka bentuk kajian, tujuan dan prosedur kajian, pembinaan
konstruk, analisis proses dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan.
Kata kunci: Pembangunan, konstruk, instrumen UPbal, Peringkat Pengajian
Tinggi.

254


Click to View FlipBook Version