The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABCG4103 Komunikasi Global

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by burhanuddin, 2021-03-23 21:36:32

Dakwah Islam 2

ABCG4103 Komunikasi Global

ABCG4103
KOMUNIKASI GLOBAL

Prof Dr Azizah Hamzah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek: Prof Dato' Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Penulis Modul: Open University Malaysia
Penterjemah:
Dibangunkan oleh: Prof Dr Azizah Hamzah
Dicetak oleh: Universiti Malaya

Prof Dr Rahmah Hashim

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi
Open University Malaysia

Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2015
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2015, ABCG4103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Isi Kandungan

Panduan Kursus xi-xvi

Topik 1 Komunikasi Global 1
1.1 Impak Media yang Semakin Meningkat 3
3
1.1.1 Impak Budaya 5
1.1.2 Impak Ekonomi 6
1.2 Order Baru Maklumat dan Komunikasi Dunia 10
1.3 Falsafah Media 11
1.4 Komunikasi Pembangunan 12
1.5 Model Pertumbuhan Ekonomi 15
1.6 Tradisi Penyelidikan 19
1.7 Teori Penjajahan Elektronik (TPE) 20
1.8 Teori Sistem Dunia 21
1.9 Perhubungan: Teori Penjajahan Elektronik
dan Sistem Dunia 22
Rumusan 22
Kata Kunci 22
Rujukan
25
Topik 2 Syarikat Gergasi Multimedia Amerika 26
2.1 Gambaran Keseluruhan 27
2.2 Time Warner 27
28
2.2.1 Sejarah 31
2.2.2 Perniagaan 31
2.3 Disney 31
2.3.1 Sejarah 33
2.3.2 Perniagaan 33
2.4 Viacom 34
2.4.1 Sejarah 35
2.4.2 Perniagaan 36
2.5 News Corporation 37
2.5.1 Sejarah 39
2.5.2 Perniagaan 40
2.6 General Electric 41
2.6.1 Sejarah 43
2.6.2 Perniagaan 43
2.7 Dow Jones & Company
2.7.1 Sejarah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

iv  ISI KANDUNGAN

2.7.2 Perniagaan 44
2.8 Gannett Company 45
45
2.8.1 Sejarah 46
2.8.2 Perniagaan 48
2.9 Walmart 48
2.9.1 Sejarah 49
2.9.2 Perniagaan 50
Rumusan 50
Kata Kunci 50
Rujukan
52
Topik 3 Pihak Berkepentingan Bukan Amerika dalam
Sistem Komunikasi Global 53
3.1 Penjajahan Budaya 56
3.2 Kesatuan Eropah 57
63
3.2.1 Syarikat Media dalam Kesatuan Eropah
3.2.2 Syarikat Media Eropah Bersiaran 63
65
di Negara Eropah yang Lain 65
3.3 Perbadanan Multimedia Berpangkalan di Negara Asing 66
68
3.3.1 Amerika Latin 68
3.3.2 China 69
3.4 Bollywood: Industri Filem India
Rumusan 71
Kata Kunci 71
Rujukan 72
74
Topik 4 Isu Global, Muzik dan MTV 75
4.1 Televisyen Global 76
78
4.1.1 Televisyen Awal 83
4.1.2 British Television Broadcasting 85
4.1.3 Pencerobohan Elektronik dan Penjajahan Media 88
4.1.4 Amerikanisasi dan Televisyen Global 89
4.1.5 Pasaran Televisyen Geobudaya 89
4.2 Industri Muzik Antarabangsa
4.3 MTV: Keterhubungan Muzik Global Dominan
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 CNN dan Saluran Berita Antarabangsa Lain 91
5.1 Gambaran Keseluruhan 94
95
5.1.1 Peranan dan Tujuan Saluran Berita Antarabangsa 96
5.1.2 Persaingan Global 99
5.2 CNN 100
5.2.1 CNN: Perintis Format Berita Berterusan
101
dan Berita TV Antarabangsa
5.2.2 Impak Saluran Berita Antarabangsa dan 102
103
„Kesan CNN‰ 104
5.3 Berita Dunia BBC 105
5.4 Fox News dan Sky News 105
5.5 Al Jazeera English 106
5.6 Saluran Berita Serantau 108
108
5.6.1 Eropah 108
5.6.2 Asia
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 6 Peranan Agensi Berita Global 111
6.1 Reuters 113
6.2 The Associated Press 115
6.3 United Press International 116
6.4 Agence France-Presse 117
6.5 Bloomberg 118
6.6 Dow Jones and Company 119
6.7 Xinhua 120
6.8 Inter Press Service 122
Rumusan 123
Kata Kunci 124
Rujukan 124

Topik 7 Media di Timur Tengah dan Afrika Utara 126
7.1 Akhbar Liberal Demokratik 127
7.2 Sifat Berita Arab 128
7.3 Penerbitan Akhbar Transnasional 129
7.4 Penyiaran Transnasional 133
134
7.4.1 Middle East Broadcasting Centre (MBC) 135
7.4.2 Egyptian Radio and Television Union (ERTU) 135
7.4.3 Al Jazeera 137
7.4.4 Dubai Media City (DMC) 138
7.5 Pengiklanan dan Perhubungan Awam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

vi  ISI KANDUNGAN

Rumusan 139
Kata Kunci 139
Rujukan 139

Topik 8 Peranan Agensi Periklanan Global 141
8.1 Omnicom Group Inc 142
8.2 WPP Group 144
8.3 Interpublic Group of Companies 146
8.4 Dentsu Inc 148
8.5 Publicis Group 151
8.6 Havas Advertising 153
Rumusan 155
Kata Kunci 156
Rujukan 156

Topik 9 Sistem Telekomunikasi Global 158
9.1 International Telecommunications Union (ITU) 159
160
9.1.1 Sejarah ITU 161
9.1.2 Suruhanjaya Maitland 164
9.1.3 Perubahan Peranan dan Jangkaan ITU 165
9.2 International Telecommunications Satellite
Organisation (INTELSAT) 166
9.2.1 Sejarah Intelsat 167
9.2.2 Persaingan Intelsat 169
9.3 World Trade Organisation (WTO) 170
9.3.1 Perdagangan lawan Budaya 171
9.3.2 WTO dan Hak Perlindungan Harta Intelek 172
9.4 Organisation For Economic Co-Operation and
Development (OECD) 174
Rumusan 174
Kata Kunci 174
Rujukan
176
Topik 10 Internet: Suatu Wilayah Baharu 177
10.1 World Wide Web 179
10.2 Sejarah Internet 180
10.3 Impak Internet 182
10.4 Isu Internet dan Televisyen Global 183
10.5 Internet dan Filem Hollywood 183
10.6 Pengguna Internet 185
186
10.6.1 Penggunaan Internet di Asia Pasifik 188
10.6.2 Penggunaan Media Sosial
10.7 Virus Komputer

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

10.8 Blogging ISI KANDUNGAN  vii
10.8.1 Apakah Blog?
10.8.2 Penggunaan Blog 189
190
Rumusan 191
Kata Kunci 192
Rujukan 192
192

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda mesti membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga ke
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa yang anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

ABCG4103 Komunikasi Global ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Ijazah
Sarjana Muda Komunikasi. Modul ini bertujuan menyampaikan asas komunikasi
global dan peserta utama dalam landskap media komunikasi. Modul ini
seharusnya berupaya memberikan asas ilmu yang kuat dan pemikiran kritis
dalam dinamik senario komunikasi global.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan
pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran yang
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xii X PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami
secara ringkas kandungan kursus 3
Memahami modul
60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1." Memberikan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai komunikasi

global yang kompleks;
2." Menghuraikan implikasi perubahan kepada landskap media seluruh dunia;
3." Menghuraikan impak keluasan media global ke atas industri komunikasi

dan negara kurang membangun;
4." Membincangkan isu yang timbul daripada kemunculan penyiaran global,

pengiklanan global dan kewartawanan global; dan
5." Mengenal pasti konglomerat media yang mengawal sistem media global.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik disenaraikan
seperti berikut:

Topik 1 memperkenalkan aspek utama dalam komunikasi global. Topik ini
memberi fokus yang lebih kepada perkembangan globalisasi dan implikasinya
terhadap komunikasi global. Oleh itu, ada beberapa model dan teori yang
berkaitan akan dibincangkan dalam topik ini untuk meningkatkan pemahaman
tentang landskap komunikasi global.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS W xiii

Topik 2 membincangkan konglomerat media utama yang mendominasi media
global dan pasaran global berkaitan media, iaitu Time Warner, Disney, Viacom,
News Corporation, General Electric, Dow Jones & Company, Gannet Company
dan Walmart.

Topik 3 membincangkan peranan pihak bukan Amerika yang berkepentingan
dalam budaya dunia dan ekonomi kreatif. Negara Eropah, dominasi Bollywood
dalam industri filem India, dan perbadanan multimedia kumpulan bukan Barat
akan diteliti dari segi operasi dan pengaruh mereka dalam industri budaya
dunia.

Topik 4 membincangkan beberapa isu utama dalam globalisasi media
komunikasi. Tumpuan adalah lebih kepada perkembangan televisyen global dan
industri muzik serta impaknya ke atas budaya tempatan.

Topik 5 mengetengahkan perbincangan awal tentang saluran berita
antarabangsa. Perbincangan menekankan peranan CNN sebagai pemain utama
dan pesaingnya seperti BBC, CNA dan VOA dalam bidang penyiaran berita
antarabangsa.

Topik 6 membincangkan peranan agensi berita utama pada peringkat
antarabangsa. Antaranya ialah Reuter, AP, UPI, AFP, Bloomberg dan Xinhua
yang diperakui sebagai sumber atau pembekal berita sedunia.

Topik 7 berfokus kepada perkembangan media Arab di Timur Tengah dan
Afrika Utara dan menjejak perubahan daripada entiti tradisional dan dikawal
ketat kepada sesuatu yang sedang melalui arus modenisasi yang deras. Ia juga
meliputi sejarah keterbukaan baharu ini, menandakan suatu permulaan baharu
untuk media di rantau ini.

Topik 8 meneliti agensi periklanan global utama dan perkembangannya pada
tahap antarabangsa. Topik ini membincangkan sejarah dan aktiviti Kumpulan
Omnicom, Kumpulan WPP, Kumpulan Syarikat Interpublic, Dentsu Inc dan
Kumpulan Publicis.

Topik 9 berfokus kepada pihak berkepentingan yang utama dalam penilaian
infrastruktur telekomunikasi seperti ITU, Intelsat dan WTO. Ia meliputi peranan
dan kepentingan mereka dalam senario komunikasi global serta isu yang telah
ditimbulkan mengenai peranan mereka di tahap antarabangsa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xiv X PANDUAN KURSUS

Topik 10 berfokus kepada Internet dan penggunaannya sebagai salah satu media
komunikasi dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Topik ini
membincangkan sejarah media baharu ini dan kaedah komunikasi serta
impaknya ke atas industri media dan komunikasi.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS W xv

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas yang diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN

Albarran, A. B. (2002). Media economics: Understanding markets, industries and
concepts (Ed. ke-2.). Ames, IA: Iowa State University Press.

McPhail, T. L. (2011). Global communication: Theories, stakeholders and trends.
New York, NY: Blackwell.

Paterson, C., & Sreberny, A. (2004). International news in the 21st century. Luton,
England: John Libbey.

Tehranian, M. (1999). Global communication and world politics: Domination,
development and discourse. London, England: Lynne Reiner.

Thussu, D. K. ( Penyunting.). (2010). International communication: A reader.
Milton Park; NY: Routledge.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xvi X PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR
ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bahan cetak dan
dalam talian untuk kegunaan para pelajar. Perpustakaan digital yang
komprehensif ini boleh diakses melalui portal OUM, memberikan akses kepada
lebih 30 pangkalan data yang ada meliputi jurnal elektronik, tesis elektronik,
buku elektronik dan bermacam-macam lagi. Contoh pangkalan data yang ada
ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Buku247, Buku InfoSci, Emerald
Management Plus, dan Buku Elektronik Ebrary. Sebagai pelajar OUM, anda
digalakkan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang sedia ada dalam
perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Komunikasi

1 Global

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kesan teknologi, ekonomi, politik dan budaya

komunikasi global pada awal abad ke-21;
2. Menjelaskan perkembangan komunikasi global dengan lintasan yang

berbeza; dan
3. Menjelaskan teori sistem dunia dan hubung kaitnya dengan

penjajahan elektronik.

" PENGENALAN

Sebarang perbincangan mengenai keadaan komunikasi massa antarabangsa
akhirnya akan menyentuh perkembangan utama globalisasi dan implikasinya
terhadap komunikasi global. Sebagai pelajar komunikasi global, anda perlu
memahami cara bagaimana media terkesan dengan globalisasi dan
internasionalisasi, impaknya terhadap masyarakat sepertimana yang disaksikan
menerusi perbelanjaan dan penggunaan bahan yang berlebih-lebihan,
ekstremisme, sikap tidak bertoleransi dan ultranasionalisme.

Isu lain dalam media dan komunikasi global termasuklah konsentrasi atau
konglomerasi media, e-penjajahan, konsumerisme dan materialisme. Terdapat
pelbagai cara berbeza untuk mentakrif globalisasi. Para sarjana, kumpulan sivik
dan wartawan mungkin mempunyai konseptualisasi mereka yang tersendiri
tentangnya dan ini mungkin mengelirukan pelajar yang telahpun menghadapi
masalah memahami dan menerima satu pentafsirannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

2  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

Walau bagaimanapun, satu takrifan yang mudah diterima oleh semua adalah
daripada penulis, penyunting dan wartawan New York Times yang terkenal,
Thomas L. Friedman (Februari 1997) yang memberikan takrifan globalisasi
seperti berikut:

„... integrasi jaringan kewangan, maklumat dan perdagangan untuk
mewujudkan satu pasaran global berkelajuan tinggi.‰

McKenzie (2006) pula mendefinisikannya sebagai:

„... sejenis iklim global di mana manusia, industri, kerajaan, dan negara di
seluruh dunia sedang digerakkan ke suatu kesatuan politik, ekonomi dan
budaya yang semakin rapat.‰

Herman dan McChesney dalam McKenzie (2006) menghuraikannya sebagai:

„... inisiatif membuat keuntungan korporat yang melepasi pasaran domestik
dan menjangkau ke pasaran asing yang lebih menguntungkan untuk
memastikan perolehan tenaga buruh dan bahan mentah yang lebih murah,
dan memperoleh konsumer baharu untuk produk dan perkhidmatan yang
sedia ada dan yang bakal terhasil.‰

Pakar sosiologi Britain, Giddens (1999), mengaitkannya dengan dimensi budaya
dan politik dan menekankan bahawa:

„... suatu kesilapan asas ialah untuk mengkonseptualkan globalisasi
mengikut istilah ekonomi semata-mata kerana globalisasi, pada hemat saya,
pada asasnya ialah sosial, budaya dan politik . . . „

Giddens pula menekankan interpretasi sosiologi globalisasi sebagai
pengembangan kemodenan budaya.

Dalam bidang pengajian media antarabangsa, idea sebenarnya menjurus kepada
hubungan ekonomi yang kuat yang menggalakkan pengaliran produk budaya
dan teknologi maklumat serta komunikasi yang boleh mengindoktrinasi dan
memaksa nilai dalam imej budaya asing. Oleh itu, terdapat kemungkinan suatu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  3

aliran sehala akhirnya akan mencipta kehomogenan yang wujud dalam bentuk
dan imej pembuat ideologi dan teknologi yang dominan.

1.1 IMPAK MEDIA YANG SEMAKIN
MENINGKAT

Media terus memainkan peranan penting dalam semua masyarakat. Ia wujud di
sekeliling kita, daripada televisyen dan radio, ke buku dan majalah yang kita
baca setiap hari. Internet dan media baharu juga sudah mula menjadi sebati
dengan manusia sehinggakan hidup tanpa media baharu tidak dapat dibayang
dan dianggap mustahil.

Polemik perihal perdebatan tentang kebanjiran maklumat dan kandungan media
daripada sumber yang pelbagai ke dalam komuniti nasional masih menjadi isu
yang didebatkan. Terdapat kerisauan mengenai aliran sehala daripada yang
kaya media di utara kepada yang miskin media di Selatan, khususnya bagi
komuniti di pedalaman. Terdapat juga kebimbangan bahawa sesetengah
komuniti di Myanmar, Afghanistan dan kawasan pedalaman lain di dunia akan
menjadi penerima pelbagai kandungan asing yang tidak berkesudahan, yang
akan menghakis kepentingan bentuk dan kandungan budaya asal mereka.
Sepatutnya mereka diperkayakan dengan nilai budaya mereka sendiri tetapi
malangnya, masyarakat di kawasan pedalaman ini akan menjadi sasaran
penerimaan kandungan budaya asing.

Ahli teori media bangsa Kanada, Marshall McLuhan (dari tahun 1911 hingga
1980), sejak tahun 1969 lagi telah berbicara mengenai impak perubahan media
terhadap masyarakat. Prinsip inovasi teknologi menghasilkan impak besar ke
atas manusia dan masyarakat bermula secara langsung daripada ledakan
teknologi cetak pada abad ke-16. Teknologi percetakan telah memulakan
pengagihan buku yang dihasilkan secara besar-besaran, dan setiap bentuk media
cetak kepada mereka yang boleh membaca. Dalam konteks sedemikianlah
McLuhan bercakap tentang kelahiran masyarakat yang kembali berpuak-puak
dan penyahpusatan maklumat.

1.1.1 Impak Budaya

Pada akhir tahun 1960-an dan 1970-an, muncul suatu pemikiran baharu
mengenai bagaimana perbadanan transnasional (TNC), terutamanya dari utara,
yang menggunakan pengaruh mereka dan menyebarluaskan pasaran mereka ke
Selatan. Schiller (1976), yang berusaha sama dengan University of California,
telah mengemukakan idea bahawa perbadanan transnasional besar yang
bertapak di Amerika Syarikat bersama-sama pihak tentera dan kumpulan ahli

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

4  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

politik di sana sedang menceroboh ke dalam autonomi budaya negara sedang
membangun di Selatan dan melambakkan produk perkakasan dan perisian
mereka ke pasaran tersebut. Teori penjajahan budaya Schiller menyatakan
bahawa:

Jumlah proses yang masyarakat dibawa ke dalam sistem dunia moden dan
bagaimana -lapisan masyarakat yang mendominasi tertarik, tertekan,
terpaksa dan kadangkala disogok supaya membentuk institusi sosial yang
bersesuaian dengan, ataupun untuk mempromosikan nilai dan struktur
pusat dominan sistem berkenaan.

(Schiller, 1976)

Oleh itu, industri media dunia juga boleh meninggalkan kesan ke atas institusi
sosial, politik dan budaya serta anggota masyarakat perlu menentukan kesan
kumulatif media dan memerhati dan mengkaji kesan tersebut supaya dapat
mengehadkan kesannya serta tidak leka dengan impaknya. Sesetengah pihak
berandaian bahawa kesan media ke atas domain budaya adalah lebih
merunsingkan daripada. Contohnya, sektor ekonomi, pendidikan, sains dan juga
sektor ketenteraan.

Satu lagi impak komunikasi massa antarabangsa dilihat menerusi
kecenderungan ke arah perbadanan korporat khususnya dalam hartanah media
termasuk cetak, penyiaran dan kini digital, di bawah hartawan gergasi atau
kapten industri media antarabangsa. Akhirnya, kita melihat pergerakan pola hak
milik media yang dipunyai oleh ramai kepada media yang dimiliki segelintir
manusia, yang berusaha mendapatkan keuntungan yang tidak berkesudahan.

Tehranian (1999) juga mengemukakan idea bahawa impak komunikasi global
terhadap kehidupan budaya antarabangsa ialah sesuatu yang cepat merebak dan
boleh dilihat. Beliau memberikan beberapa contoh media antarabangsa yang
menampakkan kesan sepanjang Jalan Sutera pada tahun 1992. Madonna dan
Michael Jackson digambarkan dalam siaran sepanjang perjalanan beliau melalui
bandar besar seperti Almaty di Kazakhstan, Dushanbe di Tajikistan, Tashkent di
Uzbekistan dan Tehran di Iran. Antara penghibur antarabangsa dan personaliti
media lain yang turut serta termasuklah O. J. Simpson yang cuba mengelak
daripada ditangkap, dan pendakwah Kristian Jimmy Swaggert yang bercakap
dalam bahasa Kazakh.

Hari biasa dalam kehidupan seorang penonton Malaysia menyaksikan hidangan
program tempatan bercampur dengan pilihan program Amerika yang banyak, k-
pop dan melodrama Korea, sinetron Indonesia dan produk lain yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  5

didatangkan melalui program televisyen satelit dari Bollywood, Mollywood,
Hong Kong, Taiwan dan China. Media di dunia yang membangun amat tidak
bersetuju dengan dominasi sedemikian kerana kebimbangan rakyatnya yang
bersebab, ekoran pendedahan yang terlalu banyak kepada nilai dan imej asing,
terutamanya nilai etnosentrik Barat seperti persembahan politik, ekonomi dan
lain-lain yang terlalu menonjolkan kehebatan Barat, bukannya nilai universal.

Aliran berita masih didominasi oleh agensi hebat dari Barat seperti Associated
Press, Reuters, Agence France-Presse dan Agencia Efe. Pembekal perkhidmatan
video dan berita televisyen satelit lainnya juga didominasi oleh Visnews, Cable
News Network, World International Network dan Sky TV. Agensi ini
mengekalkan agenda etnosentrik dan mempromosi rasa keunggulan menerusi
jumlah acara Dunia Pertama yang banyak, yang tidak seimbang dengan liputan
berita dari Dunia Ketiga.

AKTIVITI 1.1

Aliran maklumat dari Utara ke Selatan, yang didominasi oleh agensi
berita antarabangsa, telah menimbulkan banyak kebimbangan dalam
kalangan orang ramai.

Mengapakah begitu? Bincangkan sekurang-kurangnya empat sebab.

1.1.2 Impak Ekonomi

Raymond Williams (1981) mengenal pasti tiga era dalam perkembangan
penerbitan budaya. Era pertama bermula dengan hubungan sosial antara
pencipta asal seni dan penaungnya, yang sering kali melibatkan penaung diraja
dan anggota aristokrat lain. Para sarjana, pemuisi dan pelukis berkembang maju
di bawah naungan raja-raja. Ibnu Sina ialah salah seorang contoh sarjana. Di
samping itu, Sejarah Melayu merupakan rujukan baik berkenaan sistem naungan
semasa era Kesultanan Melayu.

Era kedua yang bermula pada abad ke-19, menyaksikan bahan budaya dan seni
dijual dan disimpan dalam koleksi peribadi para pembeli. Ia menandakan
permulaan simbol kreatif diuruskan sebagai produk pasaran. Hasil kerja seni
mula dijual oleh pencetak dan penjual buku serta orang tengah, menandakan
kegiatan urus niaga dan pengumpulan urusan dan keuntungan perniagaan.
Berlakunya perkongsian keuntungan menerusi pembayaran royalti kepada
pengasas produk seni.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

6  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

Menjelang abad ke-20, profesional korporat mula membentuk tapak yang kuat,
berurusan dengan jual beli hasil kerja pencipta dan menawarkannya di pasaran.
Dengan perkembangan pengeluaran secara besar-besaran menerusi teknologi
moden, dunia korporat mengambil keuntungan daripada intensifikasi
pengeluaran budaya dan mula meluaskan urus niaganya menjadi apa yang kita
kenali sekarang sebagai globalisasi dan pengantarabangsaan industri budaya.

Menurut Schiller (1976), impak komunikasi dunia pada ekonomi adalah salah
satu antara perkara yang paling banyak dikaji dalam dunia akademik.
Penekanannya ditujukan kepada proses pengeluaran, pengagihan, perdagangan
antarabangsa, perbankan dan kewangan dunia. Aktiviti perbadanan
transnasional jelas menunjukkan gerakan ke arah menyahpusat jaringan
pengeluaran dan pengagihan mereka dengan objektif untuk memaksimumkan
keuntungan. Sudah menjadi suatu kebiasaan untuk menempatkan semula kilang
mereka ke negara yang buruhnya berpendapatan lebih rendah dan lebih murah
sumber bahannya.

Beberapa contoh negara maju yang sedang mencari pasaran lebih baik dengan
kos operasi lebih rendah di tempat lain adalah seperti yang berikut:

(a)" Peluasan rangkaian TV satelit Rupert Murdoch, BSky Network, yang
bertapak di Hong Kong ke India; dan

(b)" Yahoo Inc yang bertapak di Amerika membayar USD1 bilion untuk
membeli kepentingan 40% dalam firma perdagangan dalam talian,
alibaba.com.

Perbadanan transnasional telah membuat persediaan untuk menempatkan diri di
pasaran yang baharu muncul seperti di Amerika Latin, China, Indonesia dan
India. Biagi (2010) menyatakan bahawa bilangan peti televisyen telah mencecah
angka lebih satu bilion, pertambahan lebih daripada 50% dalam masa lima tahun
yang lalu. International Herald Tribune juga telah berkembang luas ke 35 lokasi
di seluruh dunia. Dengan jumlah edaran sebanyak 241,000 naskhah, IHT bakal
menjadi pembentuk pandangan dunia yang utama.

1.2 ORDER BARU MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI DUNIA

Pada asasnya, negara membangun mengkritik dominasi aliran maklumat oleh
Dunia Pertama apabila mereka mula mengesan sikap berat sebelah Barat
terhadap aliran maklumat yang berlegar di seluruh dunia. Terdapat
kebimbangan bahawa dominasi sedemikian akan menghasilkan satu bentuk
penjajahan budaya oleh Barat terhadap negara membangun dan akan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  7

meninggalkan impak negatif terhadap ekonomi, tatanegara dan masyarakat
negara membangun.

Kebanyakan agensi berita antarabangsa terletak di Barat. Lima agensi utama di
Eropah yang dipanggil The Big Five termasuk Reuters dan The Associated Press di
United Kingdom, Agence France-Presse (AFP) di Perancis, Deutsche Presse
Agentur di Jerman dan Agencia Efe di Sepanyol. Monopoli oleh agensi ini telah
menimbulkan situasi kebergantungan yang seterusnya mengakibatkan
ketaksamaan antara negara di Utara dan Selatan. Aliran berita dari Barat tidak
seimbang dengan aliran dari negara membangun menyebabkan jumlah maklumat
yang begitu banyak mengenai Barat terus membayangi laporan daripada dunia
membangun.

Semasa Perang Dingin, suatu yang amat ketara ialah pertikaian sengit dalam
aliran maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal dunia. Kedua-dua belah
pihak, Amerika dan Kesatuan Soviet, bertelagah untuk menawan hati dan minda
masyarakat dunia. Pihak Barat amat bimbang akan agenda Soviet dan risau
dengan keinginannya untuk menguasai pengaruh ekonomi, budaya dan politik
dunia.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk membanteras sifat eksploitasi media
Barat, pengkritik dan pemimpin Dunia Ketiga memulakan gerakan yang dikenali
sebagai Order Baru Maklumat dan Komunikasi Dunia (NWICO ‒ New World
Information and Communication Order). Kumpulan tersebut dipimpin oleh
Mustapha Masmoudi, Menteri Penerangan Tunisia. Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Komunikasi Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) merupakan badan
antarabangsa yang aktif menganjurkan persidangan dan perdebatan mengenai
aliran berita dan maklumat serta komunikasi global. Lantaran itu, UNESCO
menjadi pemimpin yang menggerakkan usaha ini dan menjadi terlibat secara
langsung dengan Order Baharu Maklumat dan Komunikasi Dunia (NWICO).
Kumpulan Masmoudi membentangkan satu jadual isu untuk dibincang dan
diluluskan, termasuk perkara berikut (Masmoudi, 1979):

(a) Oleh sebab terdapat ketidakseimbangan sosioteknologi, maka wujud aliran
sehala maklumat dari „pusat‰ ke „pinggiran‰, yang mewujudkan jurang
yang luas antara yang kaya dengan yang miskin;

(b) Pihak yang mempunyai banyak maklumat berada dalam kedudukan yang
mereka boleh menetapkan syarat kepada yang kurang maklumat, lalu
mewujudkan satu struktur kebergantungan dengan kesan ekonomi, politik
dan sosial bagi masyarakat miskin;

(c) Aliran menegak (berbanding aliran maklumat global mendatar yang lebih
bermanfaat) didominasi oleh perbadanan transnasional yang berpangkalan
di Barat;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

8  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

(d) Maklumat dicipta oleh media transnasional sebagai suatu komoditi yang
tertakluk kepada peraturan pasaran; dan

(e) Keseluruhan order maklumat dan komunikasi merupakan sebahagian
daripada, yang seterusnya menambahkan, ketaksamaan antarabangsa yang
mewujudkan dan mengekalkan mekanisme neokolonialisme atau
penjajahan baharu.

Terdapat sarjana lain yang menyokong pandangan Masmoudi bahawa
ketidakseimbangan tersebut amatlah tidak adil bagi negara-negara membangun,
mewujudkan hegemoni de facto dan keazaman untuk mendominasi. Dengan
beroperasi menerusi Pergerakan Berkecuali, NWICO telah mengadakan
beberapa pertemuan, kebanyakannya di Algiers pada tahun 1973 dan Tunis pada
tahun 1976. Akhirnya pada tahun 1978, UNESCO menerima pakai
Pengisytiharan Media Massa 1978 semasa Persidangan Umum UNESCO
menyatakan sokongan bagi prinsip komunikasi berdikari dan penentuan bebas
bagi negara-negara untuk menentukan peranan media massa dalam
pembangunan.

UNESCO menubuhkan Suruhanjaya Antarabangsa bagi mengkaji masalah
komunikasi dan melantik Sean MacBride, negarawan dari Ireland, sebagai
Pengerusi. Suruhanjaya tersebut mempunyai 16 negara anggota UNESCO
termasuk Amerika, Perancis, Zaire, Kanada dan Indonesia. Suruhanjaya tersebut
akhirnya menerbitkan Laporan MacBride pada tahun 1980 yang memasukkan
antara lain, 82 cara untuk membantu mencapai NWICO. Sebahagian resolusi
yang dicadangkan termasuk perkara-perkara berikut (UNESCO, 1980):

(a)" Penghapusan ketidakseimbangan dan ketaksamaan yang mencirikan
keadaan sekarang;

(b)" Penghapusan kesan-kesan negatif beberapa pemonopoli tertentu, awam
atau swasta, dan konsentrasi yang berlebihan;

(c)" Penyingkiran sekatan dalaman dan luaran kepada aliran bebas dan
pengagihan maklumat dan idea yang lebih luas dan lebih seimbang;

(d)" Kepelbagaian sumber dan saluran maklumat;

(e)" Kebebasan wartawan dan semua profesional dalam media komunikasi,
kebebasan yang tidak terpisah daripada tanggungjawab;

(f)" Kemampuan negara-negara membangun mencapai penambahbaikan
keadaan mereka sendiri, terutama dengan menyediakan peralatan mereka
sendiri, melatih kakitangan mereka, menambahbaikkan infrastruktur dan
menjadikan maklumat dan media komunikasi sesuai dengan keperluan
dan aspirasi mereka, dan kemahuan ikhlas negara maju untuk membantu
mereka mencapai objektif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  9

(g)" Menghormati setiap jati diri budaya dan hak setiap negara untuk
memaklumkan kepada dunia mengenai kepentingannya, aspirasinya dan
nilai sosial serta budayanya;

(h)" Menghormati hak semua orang untuk ikut serta dalam pertukaran
maklumat antarabangsa atas dasar persamaan, keadilan dan keuntungan
bersama; dan

(i)" Menghormati hak orang awam, kumpulan etnik dan sosial, dan individu
untuk mengakses sumber maklumat dan ikut serta secara aktif dalam
proses komunikasi.

Amerika telah mengetuai satu kumpulan pembangkang yang kuat menentang
cadangan tersebut dan membayangkan kehadiran Kesatuan Soviet dalam
kalangan negara Dunia Ketiga ialah untuk mengetengahkan isu berkenaan
sebagai sebahagian daripada Perang Dingin antara kedua-dua belah negara
tersebut. Dengan mendakwa bahawa Laporan MacBride adalah bercanggah
dengan semangat bebas dan liberal dunia Barat, pihak yang menentang NWICO
juga mendakwa ia merupakan muslihat pemimpin dan diktator Dunia Ketiga
untuk mengenakan kawalan terhadap media dan untuk menyekat kehadiran
wartawan asing dalam negara mereka.

Laporan ini akhirnya diserahkan kepada Sesi Persidangan Umum UNESCO ke-
31 yang diadakan di Belgrade, Yugoslavia pada tahun 1980. Persidangan
Belgrade telah meluluskan resolusi NWICO. Walau bagaimanapun, pada tahun
1983, pentadbiran Reagan di Washington menarik balik bantuan sokongan
sebanyak USD50 juta kepada UNESCO. Memandangkan Amerika merupakan
penyumbang kewangan terbesar, penarikan ini merupakan satu halangan utama
bagi UNESCO. Presiden Reagan telah memulakan satu fasa baharu Perang
Dingin dan Washington tetap bertegas dalam penentangannya terhadap apa jua
gerakan untuk menyerahkan kuasa media massa kepada kerajaan Selatan. Oleh
itu, Amerika telah menarik diri daripada UNESCO, dengan menyatakan
tentangannya terhadap Suruhanjaya MacBride pada tahun 1985. Kerajaan Britain
di bawah Thatcher, sekutu Reagan, menyusul pada tahun 1986, mengesahkan
perubahan ideologi era kerajaan sayap kanan Reagan-Thatcher pada tahun 1980-
an.

Maka dengan itu, NWICO hanya kekal sebagai suatu idea teoretikal, untuk dikaji
dan dibincangkan oleh sarjana dan pelajar media dan komunikasi serta
pengajian antarabangsa dan strategik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

10  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

1.3 FALSAFAH MEDIA

Para sarjana media telah lama memerhatikan bahawa beberapa polisi media
tertentu di beberapa buah negara dilaksanakan mengikut kerangka falsafah yang
memandu dan mempengaruhi operasi sistem media mereka. Unsur kerangka
falsafah sistem media ini bergantung pada struktur yang menjalankan sistem
tersebut. Oleh yang demikian, unsur sistem media ini boleh diumpamakan
seperti sistem akar bagi sebuah pokok yang membekalkan semua nutrien
penting yang boleh memantulkan persekitaran budaya tertentu. Dengan kata
lain, negara yang berbeza ditadbir oleh falsafah sistem media yang berlainan
(McKenzie, 2006). Idea mengenai media dan masyarakat boleh dikesan daripada
ahli falsafah abad ke-18, Dr Samuel Johnson, yang bercakap tentang keperluan
masyarakat memastikan wujudnya keselamatan dan ketenteraman awam:

Setiap masyarakat berhak untuk memelihara keamanan dan ketenteraman
awam, dan dengan yang demikian berhak melarang sebarang penyebaran
yang mempunyai kecenderungan yang berbahaya.

Terdapat suatu badan penyelidikan yang luas dalam bidang pengajian media
antarabangsa mengenai sistem media di dunia yang sebenarnya telah bermula
semenjak tahun 1956, dengan terhasilnya karya asli Siebert, Peterson dan
Schramm yang penting bertajuk Four Theories of the Press. Buku ini meneliti
pelbagai sistem persuratkhabaran pada masa tersebut dan tujuan media secara
keseluruhannya.

Legasi ini boleh dikesan kembali ke beberapa dekad dan abad sebelumnya dan
dibangunkan mengikut falsafah Barat berdasarkan persekitaran sejarah, politik
dan budaya mereka, falsafah legasi disusuli dengan dua falsafah kontemporari
untuk memenuhi permintaan baharu masyarakat yang telah berkembang di luar
acuan Barat. Falsafah kontemporari yang ditambah untuk menjelaskan media
massa masa kini ialah teori Pembangunan dan Penyertaan Demokratik. McQuail
(1983) merujuk enam teori ini sebagai teori normatif tujuan media yang juga
berkait dengan cara kerajaan mengurus penghantaran maklumat, komen dan
luahan pemikiran.

Perbincangan tentang perkembangan tradisi bukan Barat sering kali
memasukkan perbincangan tentang bagaimana tradisi budaya yang berbeza
bercanggah dengan konsep Barat tentang konsep kebebasan media dan
demokrasi. Salah satu contoh ialah perbincangan tentang falsafah kontemporari
yang memperincikan prinsip falsafah pembangunan persuratkhabaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  11

AKTIVITI 1.2

Empat teori yang dinyatakan sebelum ini juga dirujuk sebagai Falsafah
Legasi persuratkhabaran adalah seperti yang berikut:
(a)" Autoritarian
(b)" Libertarian
(c)" Komunis
(d)" Tanggungjawab sosial

Bersama rakan sekelas, rujuk teori-teori ini dan terangkan setiap teori
satu per satu.

1.4 KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

Falsafah komunikasi pembangunan juga dikenali sebagai teori Dunia Ketiga, dan
memfokus kepada isu bahawa media di dunia sedang membangun perlu
tertumpu kepada tugas memperbaiki keadaan sosial dunia sedang membangun,
perdebatan terhadap falsafah ini boleh dikesan kembali kepada perdebatan
komunikasi di UNESCO pada 1970-an. Suara dari negara sedang membangun,
kurang membangun atau negara miskin mula kedengaran memuncak, dan
berakhir dengan laporan Sean MacBride, Many Voices, One World (1980) yang
diterbitkan oleh UNESCO. Beberapa orang sarjana juga telah menulis mengenai
perkara yang sama seperti Mass Media and National Development oleh Wilbur
Schramm (1984) dan Agents of Power (1984) oleh J. H. Altschull.

Menurut Hachten (1992), prinsip utamanya adalah seperti yang berikut:
(a)" Kesemua alat komunikasi massa perlulah dimanfaatkan untuk membantu

peranan tersebut;
(b)" Media dijangka menyokong kerajaan dan bukan untuk mencabar;
(c)" Media memainkan peranan sosial dan politik;
(d)" Media melaporkan berita-berita positif;
(e)" Maklumat harus mengalir dari atas ke bawah;
(f)" Kebebasan individu dan sivik harus berada pada tahap keutamaan yang

lebih rendah berbanding isu buta huruf; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

12  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

(g)" Media harus membuat liputan tentang isu kemiskinan, perkauman dan
kesihatan.

Kerajaan yang mengamalkan sistem ini diingatkan bahawa falsafah ini harus
dipandu dengan dua penekanan lain. Peringatan pertama ialah media
berkhidmat sebagai pemerhati yang memantau kegiatan kerajaan dalam
membina infrastruktur utama seperti jalan raya, jambatan, penjagaan kesihatan
dan bekalan kemudahan asas. Polisi kerajaan yang utama seharusnya untuk
kesejahteraan rakyat. Ini juga bermakna bahawa dasar kerajaan dan media
seharusnya menggalakkan persekolahan di kawasan pedalaman, dan
perancangan penduduk dan perancangan kawalan kelahiran. Penekanan kedua
ialah media harus menggalakkan autonomi budaya yang sebenarnya amat
penting untuk negara yang terdedah kepada aliran produk media asing. Media
harus memastikan kandungan tempatan boleh diakses dengan mudah oleh
penduduk tempatan.

Malaysia ialah negara sedang membangun yang juga menyedari legasi
penjajahnya. Setelah mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, kebanyakan
perhatian kerajaan terarah kepada pengurusan masyarakat dengan kepelbagaian
kumpulan etnik, agama dan budaya. Oleh yang demikian, rancangan
pembangunan di Malaysia direncanakan dengan objektif untuk mengekalkan
kestabilan politik dan mengurus sifat perpecahan masyarakat heterogen.
Sepanjang tahun 1990-an dan masuk ke alaf baharu, Malaysia telah mencatatkan
kemajuan yang mengagumkan dalam erti kata transformasi struktur ekonomi
dan mengekalkan kehidupan yang aman dalam kalangan penduduk berbilang
kaum (Azizah, 2009). Selain itu, kerajaan Malaysia sentiasa dicabar oleh
keinginan untuk mengimbangkan kewujudan perspektif agama dan sekular, dan
memupuk masyarakat yang menghormati raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen.

1.5 MODEL PERTUMBUHAN EKONOMI

Pelajar pengajian media dan komunikasi sering kali diingatkan tentang
bagaimana pengajian media dan komunikasi kerap meminjam prinsip, konsep
dan kaedah penyelidikan daripada disiplin yang lain seperti ekonomi, bahasa
dan kesusasteraan, undang-undang, psikologi dan sosiologi. Dalam hal ini,
pengajian perkembangan dan industri media, yang disebut sebagai ekonomi
media, adalah berkait rapat dengan pengaplikasian prinsip ekonomi.

Albarran (2002), sarjana ekonomi media yang terkenal, menyatakan bahawa
perkembangan media massa mula menarik perhatian penyelidikan dalam aspek
pengeluaran dan sumbangan ekonomi pada tahun 1950-an. Beliau mengambil

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  13

contoh penyelidikan pembuat kandungan sebagai pembekal manakala pengguna
dan pengiklan dianggap berada di pihak permintaan industri.

Yang paling utama dalam kajian ekonomi media ini ialah tanggapan bahawa
industri media mempromosi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan negara. Banyak bahan penyelidikan menunjukkan bahawa
media yang bebas menggalakkan pertumbuhan. Idea yang sama mencadangkan
bahawa satu sistem media yang bebas daripada kawalan kerajaan juga
menyumbang kepada kestabilan politik dalam jangka masa panjang, yang
kemudiannya menggerakkan pula pertumbuhan ekonomi seterusnya. Dalam
model pertumbuhan ini terdapat satu model persamaan (equation model) yang
mencadangkan bahawa kebebasan media menggalakkan kestabilan sosiopolitik
yang menyumbang kepada iklim pelaburan yang lebih baik.

Sarjana yang dikenali dunia, Stiglitz (2002), mengulangi bahawa pertumbuhan
ekonomi hanya akan berlaku apabila kerajaan melaksanakan kebebasan media
yang membenarkan aliran bebas maklumat, yang juga turut menunjukkan
ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

Industri Media sebagai Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi

Kita telah menyaksikan revolusi sektor teknologi maklumat dan komunikasi
yang membekalkan kita dengan peralatan termoden dan kandungan media
seperti program televisyen digital, percetakan digital dan media silang. Kita juga
telah melihat negara-negara seperti Jepun dan Korea membangunkan industri
kandungan kreatif mereka, memacukan mereka menjadi pengeksport kuasa
perisian (soft power) yang utama dalam pasaran global. Harimau Asia iaitu
Jepun, Korea, Hong Kong dan Taiwan, mempunyai model pertumbuhan yang
berlandaskan kemampuan mereka mengeluarkan eksport kandungan media
yang banyak seperti filem, drama dan dokumentari. Hallyu (gelombang) Korea
ialah contoh pertumbuhan ekonomi industri kandungan yang baik. Bermula
pada tahun 1990-an, Korea telah menjadi pengeksport produk media ke Asia
hingga ke Eropah dan Amerika.

Cunningham, Banks dan Potts (2008), dalam kertas mereka untuk Persidangan
WIPO 2007, mengingatkan para peserta bagaimana industri budaya dan
kreativiti boleh dilihat sebagai penyokong pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi. Mereka juga menyatakan bahawa industri budaya boleh dianalisis
dalam konteks empat model budaya dan ekonomi. Model tersebut ialah model
pertumbuhan ekonomi, model persaingan, model inovasi dan model
pertumbuhan. Model pertumbuhan ekonomi secara kebetulan boleh
diaplikasikan secara langsung dalam pertumbuhan industri kreatif, yakni
penyumbang utama keseluruhan pertumbuhan ekonomi masa kini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

14  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

Di Asia, Eropah dan Amerika, industri kreatif dilihat secara positif sebagai
pemacu pertumbuhan kerana kemampuan industri ini untuk menyumbang
kepada ciptaan kekayaan dan nilai baharu. Industri kreatif dihubungkaitkan
dengan kebangkitan ekonomi pasaran global. Contohnya, mulai tahun 1990-an,
Korea menjadi pengeksport produk media ke Asia dan menjangkau ke Eropah
dan Amerika (lihat Jadual 1.1 dan 1.2).

Jadual 1.1: Barangan Kreatif: Eksport oleh Kumpulan Ekonomi, 2002 dan 2008
(dalam RM juta)

Dunia Ekonomi Maju Ekonomi Ekonomi
Membangun Peralihan
2002 2008 2002 2008 2002 2008 2002 2008
76,836 176,211 1,210 3,678
Semua industri 204,948 406,992 127,903 227,103
kreatif 9,202 20,715 45 164
35 75 3 10
Seni kraf 17,503 32,323 8,256 11,443
53,362 122,439 362 1,716
Audiovisual 462 811 425 726 5,908 14,423 36 82
43 274
Reka bentuk 114,692 241,972 60,967 117,816 698 3,323 690 1,376
3,157 8,138 31 56
Media baharu 17,365 27,754 11,422 13,248 3,474 7,097

Seni lakon 9,689 26,136 8,947 22,539

Percetakan 29,817 48,266 25,970 38,753

Seni visual 15,421 29,730 11,916 22,578

Sumber: UNCTAD, berdasarkan data rasmi dalam pangkalan data UN COMTRADE

Jadual 1.2: Barangan Kreatif: Import, oleh Kumpulan Ekonomi, 2002 dan 2008
(dalam RM juta)

Dunia Ekonomi Maju Ekonomi Ekonomi
Membangun Peralihan

2002 2008 2002 2008 2002 2008 2002 2008

Semua 225,590 420,783 187,170 317,058 36,692 93,721 1,728 10,003
industri
kreatif

Seni kraf 20,341 29,272 15,336 20,836 4,858 7,641 147 795
83 181 2 34
Audiovisual 411 699 326 483
21,905 56,376 939 6,172
Reka bentuk 129,232 248,358 106,388 185,810 3,031 9,064 132 420

Media baharu 17,681 36,361 14,519 26,878

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  15

Seni lakon 11,134 28,022 9,651 22,241 1,421 5,322 61 458
Percetakan 29,633 49,107 25,166 36,351 4,068 10,915 399 1,841
Seni visual 17,158 28,964 15,784 24,460 1,327 4,222 48 282

Sumber: UNCTAD berdasarkan data rasmi dalam pangkalan data UN COMTRADE

AKTIVITI 1.3

Apakah makna istilah „industri kreatif‰? Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Budaya Malaysia telah memperkenalkan Dasar
Industri Kreatif Kebangsaan pada tahun 2011. Bagaimanakah dasar ini
penting kepada industri kreatif negara?

1.6 TRADISI PENYELIDIKAN

Pelajar pengajian media dan komunikasi perlu menjadi penyelidik yang aktif
dalam pengajian media supaya mendapat pemahaman yang lebih baik dalam
mata pelajaran tersebut. Watson (1998) bercakap tentang penyelidikan sebagai
penerokaan dan agen perubahan. Biagi (2010) menegaskan bahawa penyelidikan
media adalah seperti penyelidikan bidang sains sosial lain yang merupakan
penerusan pemikiran, setiap penerokaan dan penemuan penyelidikan
menghasilkan kemajuan dan tanggapan yang baharu. Pelajar media perlu
mengetahui satu bidang penyelidikan penting yang telah dijalankan oleh
seorang sarjana terkenal, Marshall McLuhan, pada tahun 1960-an. Beliau melihat
kepada persoalan penontonan televisyen dan memperkenalkan frasa terkenalnya
The Medium is the Message (medium ialah mesej). Beliau membincangkan
perihal pengajian televisyen yang semakin penting dan mencatatkan kesan
berpuak-puak yang membawa kepada penciptaan satu lagi istilah terkenal, iaitu
„desa sejagat‰ dalam konteks komunikasi global.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

16  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

AKTIVITI 1.4

Pandangan McLuhan tentang komunikasi yang ditentukan oleh
teknologi mengetengahkan tanggapan tentang kesan sosial media
terhadap masyarakat dan budaya global yang berbeza (McLuhan,
1965). Pandangan beliau mengenai televisyen global memperkenalkan
idea „desa sejagat‰ yang dipacu oleh pembangunan dan
penyebarluasan penyiaran satelit secara langsung pada tahun 1980-an
dan Internet pada tahun 1990-an.
Apakah yang dimaksudkan dengan „desa sejagat‰? Bersama-sama
rakan anda, bincang dan berikan contoh-contoh yang pernah berlaku.
Tradisi kesarjanaan dalam media massa kini melihat kepada pola kesan media
dan kandungan, terutamanya kajian impak ke atas pelbagai khalayak. Salah satu
contoh, ialah pengaplikasian model Lasswell untuk mengkaji impak media ke
atas pendengar radio, penonton televisyen dan pembaca akhbar. Rajah 1.1
memberikan gambaran visual pelbagai kaedah penilaian berhubung khalayak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  17

Rajah 1.1: Mengukur khalayak
Sumber: Vivian (2011)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

18  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

Rajah 1.2 menggambarkan model Lasswell dalam menganalisis proses
komunikasi. Jenis penyelidikan ini banyak bergantung pada pendekatan
kuantitatif yang perlu diuji secara empirikal dan disahkan.

Rajah1.2: Model Lasswell
Sumber: Biagi (2010)

Terdapat juga satu badan penyelidikan yang aktif dalam kesarjanaan media,
yang lebih fokus kepada aspek ekonomi industri media. Sebagai contoh, Miller
dan Grandy (1991) yang melaporkan semenjak beberapa dekad sebelum itu.
Ekonomi media telah menjadi suatu bidang penyelidikan yang telah
menyumbang kepada jumlah makalah yang semakin meningkat mengenai
ekonomi media untuk jurnal media dan komunikasi seperti Journal of
Broadcasting and Electronic Media, Journalism and Mass Communication
Quarterly dan Journal of Communication.
Penyelidikan ekonomi media mencerminkan industri media yang semakin
bertambah di seluruh dunia dan meninjau aplikasi teori ekonomi dan
menggunakan kerangka konsep untuk menganalisis pengeluaran utama, pasaran
dan prestasi pasaran. Jika kita mengesan perkembangan khusus ini, kita dapat
melihat bahawa kajian awal melihat kepada konsep mikroekonomi seperti
struktur hak milik, konsentrasi dan persaingan industri persuratkhabaran, dan
industri radio serta televisyen. Albarran (2002) juga menyatakan bahawa
penyelidikan media telah memberikan tumpuan semula kepada ekonomi makro
industri ini. Dengan itu, tajuk penyelidikan seperti pertumbuhan ekonomi,
pekerjaan, agregat pengeluaran, konsumerisme, inflasi dan ekonomi politik terus
menjadi bidang penyelidikan yang popular.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  19

Sudah tentu tajuk globalisasi juga menjadi cabaran kepada penyelidik media.
Persaingan untuk pasaran global bermakna penyelidik akan melihat kepada
program televisyen antarabangsa, jualan dan sewa filem serta muat turun muzik.
Kehadiran urus niaga transglobal bermakna penyelidik perlu melihat kepada
data kewangan global dan bahagian khalayak dalam pasaran domestik dan
global. Oleh yang demikian, ekonomi media global akan tetap menjadi satu
bahagian penting dalam kajian komunikasi global. Ia adalah penting untuk
mengikuti perkembangan isu ekonomi dalam industri media supaya
sumbangannya kepada masyarakat dapat dipantau dan dinilai.

1.7 TEORI PENJAJAHAN ELEKTRONIK (TPE)

Kita telah melihat bagaimana kemajuan teknologi telah meluaskan lagi jurang
antara yang kaya dengan yang miskin, dan entiti zon pusat ternyata mempunyai
pengaruh dalam kebanyakan aspek zon semi pinggiran dan pinggiran di dunia.
Oleh itu, kita boleh membuat suatu kesimpulan bahawa wujud manipulasi aliran
maklumat dan bekalan ilmu mengenai barangan dan perkhidmatan. Kerangka
teori ini membentuk asas apa yang dirujuk sebagai Teori Penjajahan Elektronik
(TPE). Kerangka ini dikaitkan dengan Thomas L. McPhail, khusus melalui hasil
penulisannya dalam Global Communication: Theories, Stakeholders and Trends
(2002). Teori ini berhubung kait dengan isu mengenai aliran maklumat dan berita
tak seimbang dari pusat yang kaya kepada pusat yang kaya di pinggiran, lantas
mengurangkan peluang untuk Dunia Ketiga mendapatkan ilmu dan data yang
penting.

McPhail dikaitkan dengan sarjana media Kanada McLuhan. Semasa bertugas di
UNESCO, McPhail telah diberikan tugas oleh Sage untuk menulis tentang
penjajahan elektronik, khususnya mengenai impak kebanjiran imej Barat di
dunia bukan Barat. Judul ini mengingatkan kembali akan perbuatan penjajah
dunia Barat sebelum itu yang menjajah negara asing dan mengeksploitasi
sumber bahan mentah, demi empayar mereka. Kecuali sekarang ini, Barat
mengejar pula pasaran baharu dan juga pengguna baharu untuk produk
elektronik mereka, yang kini dipakej dengan menarik ke dalam bentuk digital
yang berkualiti.

Teori Penjajahan Elektronik mengingatkan kembali transformasi status kuasa
keras negara-negara Barat yang mengeksport produk kuasa keras seperti
teknologi dan perkakasan ketenteraan ke negara-negara bekas jajahan, supaya
menjadi kuasa lembut negara-negara Barat yang mengeksport produk minda
untuk menawan hati Selatan; „menarik orang lain supaya mahukan hasil yang
anda ingini‰ (Nye & Owens, 1996). Ini perbahasan utama teori penjajahan
elektronik, bahawa media massa dan Internet ialah pembina empayar baharu,
memperoleh pasaran dan minda baharu dengan menjual kuasa lembut perisian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

20  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

Hasilnya, empayar elektronik baharu dapat mendominasi minda, sikap, nilai dan
bahasa orang ramai.

1.8 TEORI SISTEM DUNIA

Menurut Tehranian (1999), konsep sistem dunia merujuk pola pembangunan
ekonomi global yang bermula pada abad ke-16. Pandangan ini juga selaras
dengan pandangan seorang lagi ahli teori sistem dunia, Immanuel Wallerstein,
yang juga menekankan sejarah dunia moden perlu dilihat sebagai sejarah
kapitalisme sebagai satu sistem dunia (Viotti & Kauppi, 1993). Wallerstein
memulakan penulisannya mengenai sistem dunia dengan menganalisis
kemunculan kapitalisme di Eropah yang akhirnya berkembang menjadi sistem
dunia kapitalis yang diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu:

(a)" Pusat;

(b)" Pinggiran; dan

(c)" Semi pinggiran.

Pelajar komunikasi massa dunia perlu memahami sistem dunia sebagai dunia
yang terbahagi kepada tiga jenis kumpulan negara  pusat, pinggiran dan semi
pinggiran. Wallerstein menekankan bahawa pengembangan ekonomi global
bermula dengan suatu kelompok negara pusat yang kemudiannya tersebar ke
dua zon pinggiran dan semi pinggiran yang lain. Zon pinggiran dan semi
pinggiran diwakili oleh apa yang dikenali sebagai negara-negara kurang
membangun (LDC  less developed coutries). Negara-negara pusat disifatkan
sebagai negara yang mempunyai sejarah penglibatan yang panjang dengan
kegiatan ekonomi maju seperti perbankan, pembuatan dan kini negara-negara
yang celik teknologi. Negara-negara dalam zon pusat kini menjadi sebahagian
daripada penjajahan informatif seperti industri penjanaan pengetahuan yang
beroperasi sebagai perbadanan transnasional (TNC  transnational corporations),
dan konglomerat media atau perbadanan media transnasional (TMC 
transnational media corporations), organisasi kerajaan antarabangsa (IGO 
international government organisations) atau organisasi bukan kerajaan (NGO 
non-governmental organisations).

Negara-negara pinggiran dipaksa untuk menjual produk pada kadar harga yang
amat murah tetapi sebagai ganti perlu membeli balik produk pengeluaran
daripada negara-negara pusat pada harga yang secara relatif lebih tinggi. Oleh
itu, terdapat elemen eksploitasi kerana sumber kekayaan mengalir dari
pinggiran ke pusat tanpa keseimbangan seterusnya pada pertumbuhan ekonomi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  21

Dalam pengklasifikasian masa kini, negara-negara zon pusat termasuk Amerika,
Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, dan Jepun. Zon pinggiran ialah negara-
negara seperti sebahagian besar benua Afrika, Amerika Latin dan sebahagian
besar Asia. Negara-negara semi pinggiran akan diwakili oleh negara-negara
seperti Austria, Brazil, China, Finland, Sweden, Korea Selatan, Singapura, India,
Argentina, Mexico dan Mesir. Oleh yang demikian, sebagai suatu rumusan,
sistem dunia bercakap tentang konsep negara pusat lawan negara pinggiran,
iaitu idea turun-temurun negara lemah berlawanan negara berkuasa. Kemajuan
teknologi dan pengeluaran produk canggih dan kompleks dari pusat Barat
berbanding negara pinggiran Selatan yang miskin dan sedang membangun,
dengan sumber bahan mentah, hasil pertanian dan tenaga kerja yang murah.

1.9 PERHUBUNGAN: TEORI PENJAJAHAN
ELEKTRONIK DAN SISTEM DUNIA

Kedua-dua teori ini adalah sama dalam erti kata bahawa kedua-duanya
membincangkan ketidakseimbangan dalam geopolitik dan sistem media dunia.
Susur-galur teori sistem dunia Wallerstein boleh mengikut sejarah awal
pelayaran Eropah dalam mencari wilayah baharu untuk meletakkan kedudukan
kawalan mereka ke atas tanah-tanah baharu yang dijumpai. Pelayaran ini
memperkaya dan memperkasakan kedudukan mereka di Eropah dan dunia,
yang berakhir dengan kubu perdagangan dalam ideologi kuasa keras
perkakasan dan kuasa lembut perisian yang berterusan hingga ke hari ini. Satu
elemen penting dalam sistem dunia ialah klasifikasi tanah jajahan dunia kepada
tiga zon:
(a)" Zon pusat negara-negara maju Barat;
(b)" Zon negara-negara Selatan yang tidak membangun; dan
(c)" Zon tengah negara-negara membangun baharu.

Penjajahan elektronik McPhail juga melihat keadaan yang amat memalukan di
negara-negara yang terperangkap dalam putaran ganas ketidakseimbangan
perdagangan dan maklumat yang berterusan tanpa kawalan. Kedua-dua teori ini
amat luar biasa dalam berkongsi paradigma pergantungan media di negara-
negara membangun, dan penonjolan kebergantungan sistem maklumat dan
berita global sehala dari perspektif Barat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

22  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL

• Kita dapat melihat bahawa globalisasi, konglomerat media, penjajahan
elektronik, imperialisme media, penggunaan dan materialisme yang
melampau ialah manifestasi utama keadaan komunikasi massa global masa
kini.

• Pemain-pemain utama sedang berebut-rebut untuk mendapatkan
kedudukan bagi menguasai pengeluaran, pengagihan dan pengaruh ke atas
pasaran global. Pulangan ekonomi, ideologi dan dominasi politik kekal
menjadi objektif teras kuasa korporat antarabangsa.

Globalisasi Pengantarabangsaan
Konglomerat media Sistem dunia
Negara-negara pinggiran Teori Penjajahan Elektronik (TPE)

Albarran, A. B. (2002). Media economics: Understanding markets, industries and
concepts ( Edisi Ke-2.). Ames, IA: Iowa State University.

Altschull, J. H. (1984). Agents of power: Media and public policy. White Plains,
NY: Longman.

Azizah Hamzah. (2009). MalaysiaÊs role in national development: Media policy
and national stability. Malaysian Journal of Media Studies, 11(1), 49–57.

Biagi, S. (2010). Media impact: An introduction to mass media (Edisi ke-9.).
Sacramento, CA: California State University.

Cunningham, S., Banks, J., & Potts, J. (2008). Dlm. Anheir, H., and Isar, R., (Peny.
Cultural economy. London, England: Sage.

Giddens, A. (1999). The DirectorÊs Lectures: „Runaway World: The Reith
Lectures Revisited.‰ Lecture No 1:10, November.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL  23

Hachten, W. A. (1992). The world news prism. Ames, IA: Iowa State University
Press.

Herman, E. S., & McChesny, R. W. (2006). Dlm. McKenzie, R., Comparing media
from around the world. Boston, MA: Pearson Education.

Masmoudi, M. (1979). The new world information order. Journal of
Communication, 29(2), 172–179.

McKenzie, R. (2006). Comparing media from around the world. Boston, MA:
Pearson Education.

McLuhan, M. (1965). Understanding media: The extensions of man. New York,
NY: McGraw-Hill.

McPhail, T. L. (2002). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
New York, NY: Blackwell.

McQuail, D. (1983). Mass communication theory: An introduction. London,
England: Sage.

Miller, K. M., & Gandy, O. H. (1991). Paradigmatic drift: A bibliographic review
of the spread of economic analysis in the literature of communication.
Journalism Quarterly, 68, 663–871.

Nye, Joseph, S., Jr., & Owens, W. A. (1996). AmericaÊs information edge. Foreign
Affairs, March/April, 20–36.

Schiller, H. I. (1976). Communication and cultural domination. New York, NY:
International Arts and Sciences.

Schramm, W. (1984). Mass media and national development: The role of
information in developing countries. Stanford, CA: Stanford University.

Siebert, F. S., Peterson, T., & Schramm, W. (1956). Four theories of the press.
Urbana, IL: University of Illinois.

Stiglitz, J. E. (2002). Globalization and its discontents. New York, NY: W. W.
Norton.

Tehranian, M. (1999). Global communication and world politics: Domination,
development and discourse. London, England: Lynne Reiner.

UNESCO. (1980). Many voices, one world: Communication society today and
tomorrow. Paris, Perancis: UNESCO.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

24  TOPIK 1 KOMUNIKASI GLOBAL
Viotti, P. R., & Kauppi, M. K. (1993). International relations theory: Realism,

pluralism, globalism. New York, NY: Macmillan.
Vivian, J. (2011). The media of mass communication. Boston, MA: Pearson

Education, .
Wallerstein, I. (1974). The capitalist world-economy. Cambridge, England:

Cambridge University.
Watson, J. (1998). Media communication: An introduction to theory and process.

London, England: Macmillan.
Williams, R. (1981). The society of culture. Chicago, IL: University of Chicago.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Syarikat

2 Gergasi
Multimedia
Amerika

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti konglomerat multimedia utama;
2. Menghuraikan peranan multimedia gergasi Amerika dalam industri

media; dan
3. Membincangkan implikasi pasaran media dan industri komunikasi

global.

" PENGENALAN

Pengeluaran produk media dari Amerika, khususnya produk audio dan visual
seperti filem, rancangan televisyen dan muzik, kelihatan mendominasi industri
media di seluruh dunia. Amerika memiliki salah satu industri filem tertua di
dunia dan juga yang terbesar dari segi penjanaan pendapatan. Hollywood,
studio filem pertama dalam industri filem global, ditubuhkan pada tahun 1911.

Industri filem dan muzik Amerika mendahului dunia dengan sejumlah 20,620
syarikat yang menjana USD95.4 bilion dari segi pendapatan pada tahun 2010.
Amerika mempunyai jumlah terbesar perbadanan multinasional yang terlibat
dalam urus niaga televisyen, akhbar, kabel dan majalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

26  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan syarikat media utama
Amerika yang mempunyai impak ke atas pasaran media global. Media gergasi
Amerika ini telah berkembang menerusi rakan perkongsian serantau, usaha
sama antarabangsa dan pengambilalihan secara terang-terangan.

AKTIVITI 2.1

Hak milik multimedia sering kali melibatkan empayar media gergasi
yang memiliki segala-galanya daripada akhbar ke stesen TV ke pusat-
pusat pengedaran maklumat, seperti kedai buku dan syarikat
penerbitan. Apakah yang anda faham dengan multimedia gergasi ini?
Namakan beberapa media gergasi dalam negara anda.

2.1 GAMBARAN KESELURUHAN

Kebanyakan perbadanan di Amerika dikendalikan secara global. Walaupun
perbadanan global utama yang lain kelihatan seperti bersaing dengan Amerika
seperti Sony (Jepun) dan Bertelsmann (Jerman), firma Amerika masih menguasai
kebanyakan jualan asing dalam pasaran komunikasi global. Eksport media
hiburan Amerika memperoleh saham pasaran antarabangsa lebih daripada 90
peratus akibat minat dunia yang tinggi terhadap produk mereka. Sektor ini
menikmati lebihan dagangan sebanyak USD11.9 bilion pada tahun 2009
(selecusa.commerce.gov).

Pemimpin media global (McPhail, 2011) yang tersenarai berikut ialah perbadanan
multimedia mengikut pendapatan dan aset:
(a)" Time Warner (Amerika);
(b)" Disney (Amerika);
(c)" News Corporation (Amerika);
(d)" Viacom + CBS (Amerika);
(e)" General Electric-NBC Universal (Amerika);
(f)" Sony (Jepun);
(g)" Berterlsmann (Jerman);
(h)" VNU (Belanda);
(i)" Vivendi (Perancis); dan
(j)" Discovery Communications.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  27

Kebanyakan pemimpin media tersebut ialah syarikat milik Amerika dengan
aktiviti pasaran yang banyak. Konglomerat multimedia ini meletakkan semula
kedudukan mereka secara strategik sebagai perbadanan global dalam peluasan ke
panggung wayang, sistem kabel, sistem pengedaran satelit, dan juga kedai muzik
dan video. Sesetengah pengkritik menganggap aktiviti ekonomi global ini sebagai
penjajahan baharu atau penjajahan elektronik kerana sejajar dengan
perkembangan mereka, konglomerat media ini turut membawa bersama mereka
nilai, sejarah, budaya dan bahasa mereka ke persada dunia, lantas meninggalkan
kesan ke atas media domestik dan pandangan dunia negara lain.

AKTIVITI 2.2

Dominasi konglomerat besar ini telah menimbulkan kritikan yang
banyak. Bincangkan contoh-contoh kritikan ini bersama rakan-rakan
kursus anda.

2.2 TIME WARNER

Time Warner, yang berpangkalan di bandar raya New York, dilihat sebagai salah
satu pemimpin global dalam urus niaga media dan hiburan di samping pemilik
rangkaian televisyen, hiburan filem dan TV, serta percetakan. Firma ini pada
asalnya terdiri daripada dua buah syarikat berasingan, iaitu Time Inc. dan Warner
Communications. Kini, ia memiliki Time Inc, New Line Cinema, HBO, rangkaian
televisyen CW, WB.com, Turner Broadcasting System, Warner Bros. Animation,
Cartoon Network Studios dan Castle Rock Entertainment. Dari segi pendapatan,
Time Warner ialah konglomerat media dan hiburan kedua terbesar pada
pertengahan tahun 2010.

2.2.1 Sejarah

Pada mulanya Time Warner dikenali sebagai Warner Brothers pada tahun 1923.
Pada tahun 1972, ia dikenali pula sebagai Warner Communications Inc. Pada
tahun 1975, ia bekerjasama dengan American Express, dan membawa bersama-
samanya MTV, Nickelodeon dan Saluran Movie. Pada tahun 1985, kumpulan ini
dijual kepada Viacom.

Pada tahun 1989, ia bergabung dengan Time Inc, lalu menubuhkan Time Warner.
Pada bulan Oktober 1996, Ted Turner memperolehnya menerusi Turner
Broadcasting System, lalu membentuk rangkaian televisyen kabel kedua
terbesar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

28  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Time Warner dibeli oleh AOL pada bulan Januari 2000 dengan harga USD164
bilion, lalu dikenali sebagai AOL Time Warner. Penggabungan tersebut ternyata
mengucar-ngacirkan kedudukan kewangan dan saham mereka jatuh menjunam.
Syarikat tersebut membuang AOL daripada nama mereka pada tahun 2003
untuk membersihkan imej aset terasnya. AOL kemudian menjadi sebuah
syarikat bebas dan terasing pada tarikh 9 Disember 2009. Time Warner
kemudiannya menubuhkan hubungan kerjasama dengan CNN Chile. Stesen
televisyen Chile yang bersiaran ke seluruh negara kemudiannya dibeli oleh Time
Warner bahagian Amerika Latin pada Ogos 2010.

AKTIVITI 2.3

Gabungan AOL dan Time Warner tidak berhasil seperti yang
diharapkan. Bersama-sama dengan rakan sekursus anda, bincangkan
mengapa gabungan ini gagal.

2.2.2 Perniagaan

Laporan Tahunan Time Warner 2011, mengklasifikasikan perniagaannya kepada
tiga segmen, yakni, rangkaian televisyen, hiburan filem dan penerbitan.

(a)" Rangkaian Televisyen
Urus niaga rangkaian televisyen mengandungi laman web yang berusaha-
sama dengan sebuah jenama, dan dimiliki oleh Turner Broadcasting System
atau Turner Networks. Ia dikendalikan oleh Home Box Office (HBO) dan
Cinemax.

Turner Networks dan Home Box Office (HBO) menjana pendapatan
dengan menawarkan barangannya kepada pengedar perkhidmatan satelit,
syarikat telefon, pengeluaran program kepada operator sistem kabel, dan
perkhidmatan lain termasuk pengeluaran program dan jualan periklanan.
Periklanan dijual pada peringkat nasional di Amerika dan pada peringkat
serantau (pan-regional) atau berdasarkan suapan bahasa tempatan di luar
negara tersebut. HBO menjana pendapatan sendiri dalam bentuk DVD dan
program asal versi Blu-ray.

Rangkaian Turner di Amerika mempunyai hiburan seperti Turner Classic
Movie, TNT, Cartoon Network, TBS, truTV dan Boomerang; rangkaian
berita, termasuk CNN dan HLN. Dalam tahun 2011, Turner meluaskan
produk mudah alih dan dalam talian untuk tontonan berdasarkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  29

permintaan dan penstriman langsung (live-streaming) kepada
pelanggannya daripada rangkaian CNN dan HLN.

Turner sentiasa membangunkan produk mudah alih dan dalam talian. Ia
membekalkan berita dan rancangan hiburan kepada syarikat telefon,
perkhidmatan pengedaran satelit, operator sistem Internet Protocol
Television, operator peralatan mudah alih, operator sistem kabel, penyiar
dan lain-lain untuk penghantaran kepada penonton domestik, hotel dan
penonton lain di beberapa buah negara di dunia.

Menjelang 31 Disember 2011, Turner telah mengedarkan jenama hiburan
globalnya kepada lebih 70 rantau tertentu, rangkaian bahasa tempatan dan
57 rangkaian jenama hiburan serantau di lebih 200 buah negara di seluruh
dunia (www.timewarner.com). Baru-baru ini Turner telah menubuhkan
pejabatnya di Afrika, Asia (contohnya di Emiriah Arab Bersatu, India,
Korea dan Jepun), kawasan Baltik, Amerika Latin, Turki, Jerman dan
Scandinavia.

(b)" Hiburan Filem
Menerusi Warner Bros. Entertainment, ia telah mengeluarkan dan
mengedarkan filem-filem televisyen dan wayang gambar, program-
program lain dan permainan video, serta produk video rumah. Filem-
filemnya terdapat dalam pelbagai jenis yang beraneka rupa, bakat dan
dana, termasuk beberapa filem acara setiap tahun. Ia juga mencipta serta
mengeksploit filem-filem seperti Batman, The Lord of the Rings dan Harry
Potter.

Pada tahun 2011, Warner Bros. mengeluarkan 22 filem asal yang diterbitkan
untuk panggung wayang, termasuk The Hangover Part II, Green Lantern,
Horrible Bosses, Harry Potter and the Deathly Hollows: Part 2, dan
Sherlock Holmes: A Game of Shadows. Syarikat ini juga telah mengedarkan

filem-filem yang telah diperoleh atau dikeluarkan untuk panggung wayang
di lebih 125 lokasi di dunia. Di samping menghasilkan 20 buah filem
Inggeris pada tahun yang sama, Warner Bros. juga mengeluarkan 23 buah
filem dalam bahasa tempatan. Di Amerika dan kebanyakan pasaran utama
antarabangsa, Warner Bros. umumnya pada masa yang sama
mengeluarkan filem-filem dan DVD serta jualan cakera Blu-ray, video atas
permintaan dan jualan elektronik.

Warner Bros. Television Group (WBTVG) adalah salah satu pembekal
rancangan televisyen yang utama. Ia mengedarkan program ke Amerika
dan seluruh dunia. Ia membekalkan rancangan hiburan berasaskan realiti,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

30  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

rancangan televisyen bersiri, dan rancangan animasi seperti Gossip Girls,
The Vampire Diaries, Nikita dan The Bachelor.

(c)" Penerbitan
Urus niaga penerbitan dikendalikan oleh Time Inc. Ia juga mengendalikan
beberapa laman web dan penerbitan buku. Menjelang akhir tahun 2011, ia
telah menerbitkan 21 majalah bercetak di Amerika dan lebih 70 majalah di
luar negara tersebut menerusi media IPS di United Kingdom dan Grupo
Expansion di Mexico. Firma ini memberikan lesen untuk lebih 55 edisi
penerbitan majalah cetak kepada penerbit di 25 buah negara di luar
Amerika Syarikat dan lesen untuk bahan digital kepada pengendali
platform digital dan mudah alih di lebih 50 buah negara di luar Amerika
Syarikat (b2bcdn.timeinc.com).

Time Inc juga menerbitkan kandungan majalah dalam pelbagai alat dan
platform digital. Pada 31 Disember 2011, kesemua majalah Time Inc di
Amerika juga dikeluarkan dalam edisi tablet. Time Inc juga menawarkan
model „semua akses‰ (all access) untuk majalah Amerikanya yang
membekalkan langganan cetak berserta akses silang platform digital
kepada pelanggan. Pada alat dan platform digital tertentu, Time Inc
menawarkan langganan digital sahaja dan isu senaskhah untuk setiap
majalahnya. Time Inc juga melanjutkan jenamanya dengan cara meluas dan
memulakan apps percuma dan berbayar yang boleh dimuat turun melalui
peralatan dan platform seperti InStyle Hairstyle Try-On, EWÊs Must List,
People Celebrity News Tracker, SI Swimsuit dan Real Simple: To-Do List,
dan versi mudah alih SI.com, CNNMoney.com, dan Time.com.

Majalah Time Inc dan laman web kembarnya dikendalikan mengikut
empat unit perniagaan:

(i)" Gaya Hidup – Health, Real Simple, Cooking Light, Southern Living,
All You dan Sunset;

(ii)" Stail dan Hiburan – InStlye, People, Essence dan Entertainment
Weekly;

(iii)" Berita – Time, Fortune and Money; dan
(iv)" Sukan – Sport Illustrated dan Golf.

Daya usaha ini membolehkan Time Inc memfokus kepada kuasa produk
dan penurunan kos dengan menumpukan perhatian kepada produk
pengurusan yang ada permintaan di pasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  31

2.3 DISNEY

Walt Disney Company atau umumnya dikenali hanya sebagai Disney ialah salah
sebuah syarikat media massa multinasional di Amerika Syarikat. Ia merupakan
konglomerat media terbesar di dunia (McPhail, 2011) dengan pendapatan
tahunan sekitar USD38 bilion. Ibu pejabat Disney ialah di Walt Disney Studios,
California, Amerika Syarikat.

Syarikat yang dikenali dengan produk-produk Walt Disney Motion Picture
Group ini, mempunyai objektif „menjadi pemimpin dalam industri animasi
Amerika‰ (www.fundinguniverse.com). Ia mempelbagaikan produknya dengan
pengeluaran filem aksi hidup, televisyen, radio, teater, penerbitan, muzik dan
media dalam talian (www.disney.com).

2.3.1 Sejarah

Sejarah Disney bermula pada tahun 1923 dengan penubuhan Disney Brothers
Cartoon Studios oleh Walter Disney dan Roy Disney. Walter Disney mempunyai
visi profesional menggunakan kartun animasi dan wayang gambar sebagai
usaha perdagangan utama, sementara saudaranya Roy menyediakan kepintaran
kewangan untuk membantu membina media gergasi tersebut. Usaha itu
menghasilkan beberapa ikon global termasuk watak-watak yang dikenali ramai
seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Cinderella dan Snow White. Disney
Brothers Cartoon Studios kemudiannya diubah menjadi Walt Disney
Productions pada tahun 1929.

Kemudian Walter Disney membina taman tema berorientasikan keluarga yang
dikenali sebagai Disneyland pada bulan Julai 1955 di South Carolina, Amerika
Syarikat. Taman tema tersebut menarik hampir lima juta pengunjung dan
menjadi model untuk taman-taman tema selepas itu (Krasniewics, 2010). Taman
tema yang hampir sama dibina kemudiannya di California dan Florida, dan
kemudian berkembang pula ke peringkat antarabangsa dengan terbinanya
Disneyland di Jepun, Perancis dan China. Dengan kejayaan penubuhan
Disneyland, Walter Disney disenaraikan oleh majalah Time sebagai „salah satu
daripada 20 inovator yang mengubah dunia pada abad ke-20‰ (Mannheim, 2002).

2.3.2 Perniagaan

Penciptaan kartun Disney Brothers seperti Mickey Mouse dan Donald Duck
dianggap sebagai ikon budaya popular dan diketahui setiap orang di seluruh
dunia. Kini Disney telah meneroka wilayah baharu seperti pasukan hoki, iaitu
the Mighty Ducks, tambahan saluran kabel Disney dan Disney Music.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

32  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

AKTIVITI 2.4

Disney mengendalikan lima bahagian utama: Media Networks, Parks
and Resorts, the Walt Disney Studios, Disney Consumer Products dan
Disney Interactive Media Group. Bincangkan aktiviti setiap bahagian
dan senaraikan anak syarikatnya dengan rakan sekursus anda.

Mulai tahun 1984, Disney menikmati penjanaan semula kewangan dan kreativiti
yang banyak di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Michael
Eisner, terutama melalui pencapaian anak-anak syarikat seperti Hollywood
Pictures, Touchstone Films, Buena Vista Distribution, The Disney Studios, Buena
Vista Home Video dan The Disney Channel.

Pada tahun 1996, di bawah pengurusan Eisner, Disney mengambil alih Capital
Cities/ABC, suatu urusan perniagaan bernilai USD19 bilion yang begitu banyak
memperbaiki kedudukan syarikat. Pengambilalihan Capital Cities/ABC
memberikan Disney kuasa penyiaran dan kemampuan mendapatkan kandungan
hiburan yang lebih baik menerusi rancangan – di samping pasukan sukan
profesional, kapal pelayaran (cruise), taman tema, dan perniagaan lain yang
dijalankan oleh syarikat. Pada akhir tahun 1990-an, syarikat telah memasuki
ruang siber dan menggunakan pendekatan bersepadu untuk penyambungan
antarabangsa.

Dengan aset yang bernilai USD55 bilion dan nilai pasaran sekitar USD57 bilion,
Disney Interactive Media Group ditubuhkan pada tahun 2008 untuk mencipta
hiburan interaktif bermutu tinggi merentasi platform media digital, termasuk
permainan sosial dan konsol (console), permainan mudah alih yang berjaya
(blockbuster mobile), dunia virtual dalam talian dan jaringan laman web the
Moms and Family serta destinasi web teratas Disney.com (www.disney.com).

Pada masa ini, unit Disney yang terbesar ialah label filemnya, termasuk Disney,
Buena Vista, Touchstone, Dimension Film, Pixar, Hollywood Pictures, dan filem
Miramax yang membuat filem untuk pasaran pilihan ABC dan pasaran global.
Disney menggunakan teknologi terkini dan maklumat pasaran untuk
meningkatkan pasaran saham tahunannya. Jadual 2.1 menunjukkan kadar
keuntungan Walt Disney Co. dari tahun 2006 hingga tahun 2011.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  33

Jadual 2.1: Nisbah Keuntungan Walt Disney Co.

Pulangan atas Jualan Okt 1 , Okt 2, Okt 3, Sep 27, Sep 29, Sep 30,
2011 2010 2009 2008 2007 2006
Margin keuntungan
operasi 18.89% 16.96% 14.40% 19.57% 19.10% 16.03%

Margin keuntungan 11.76% 10.41% 9.15% 11.70% 13.20% 9.84%
bersih

Pulangan atas Pelaburan

Pulangan ke atas 12.86% 10.56% 9.80% 13.70% 15.24% 10.60%
ekuiti 5.73% 5.24% 7.08% 7.69% 5.62%

Pulangan ke atas aset 6.66%

Sumber: Laporan Tahunan Walt Disney Co.

2.4 VIACOM

Dengan jumlah pendapatan sebanyak kira-kira USD 14.9 bilion pada tahun 2011,
Viacom Inc dianggap sebagai konglomerat media keempat terbesar di dunia
(McPhail, 2011). Viacom, (nama singkatan untuk Video and Audio
Communications), dimiliki oleh National Amusement Inc yang mengurus lebih
daripada 160 rangkaian yang sampai kepada lebih 600 juta orang di seluruh
dunia (www.viacom.com). Harta syarikat kebanyakannya dalam bidang
pengeluaran dan pengedaran, juga dalam rangkaian televisyen kabel.

Viacom yang ada sekarang ini telah ditubuhkan pada 31 Disember 2005. Firma
ini menjalankan perniagaan wayang gambar, televisyen, platform dalam talian
dan mudah alih di lebih 160 buah negara dan sempadan menerusi firmanya yang
termasuk BET Networks, MTV Networks dan Paramount Pictures.

2.4.1 Sejarah

Viacom ditubuhkan oleh Columbia Broadcasting System (CBS) pada tahun 1970
untuk memenuhi keperluan Federal Communications Commission (FCC) di
Amerika yang tidak membenarkan rangkaian televisyen memiliki sistem TV
kabel atau menjual programnya sendiri dalam negara tersebut. Secara rasminya,
ia menjadi syarikat berasingan apabila CBS menjual saham Viacom kepada
pemegang sahamnya pada tahun 1971 (www.fundinguniverse.com).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

34  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Apabila FCC menarik balik larangan terhadap rangkaian televisyen memiliki
syarikat penerbitan mereka sendiri pada tahun 1995, Viacom mulai menjadi
syarikat syndication video secara besar-besaran dengan jangkauan global anak-
anak syarikatnya seperti MTV, Paramount Pictures, King World International,
United Paramount, Infinity, Penerbit Simon & Schuster dan beratus-ratus
panggung wayang di Kanada, Eropah dan Afrika Selatan.

Pada Mac 2005, Viacom memberikan publisiti meluas tentang hasratnya untuk
berpecah menjadi dua buah syarikat perniagaan. Sebuah syarikat baharu,
Viacom yang ada sekarang ini, telah dibina dan dipimpin oleh Freston dan
terdiri daripada MTV Networks, BET Networks dan Paramount Pictures
Corporation.

2.4.2 Perniagaan

Viacom akhirnya menjadi „raksasa hiburan‰ dan mengembangkan wilayahnya
menerusi gabungan dan pengambilalihan serta gabungan strategik dan
kepelbagaian produk. Antaranya ialah gabungan dengan Blockbuster pada
Januari 1994. Viacom terpaksa membayar transformasi tersebut dengan kos yang
tinggi; firma terpaksa menanggung hutang yang banyak dan pihak pengurusan
menghadapi cabaran serta ancaman akibat perkembangan pesat industri media.

Walau bagaimanapun, dengan kemampuannya mengawal kos, mengurus
kewangan dengan baik, dan sumber bahan yang baik seperti hak syndication
untuk beberapa program televisyen yang popular, barisan produk yang
bercambah, penjenamaan dan perikatan strategik, ia berjaya mengatasi cabaran
dan menjadi pihak berkepentingan pada peringkat antarabangsa dalam pasaran
utama media, daripada wayang gambar kepada televisyen, penerbitan, rekreasi
dan pengedaran video.

Operasi Viacom Inc terbahagi kepada enam segmen: televisyen, rangkaian kabel,
radio, hiburan, iklan luar dan video. Rangkaian kabel Viacom termasuk
Nickelodeon, MTV, Nick at Night, Showtime dan VH1, sementara televisyennya
terdiri daripada rangkaian televisyen UPN dan CBS, Paramount Television dan
King World Productions. Radio Infinity memiliki dan mengendalikan beberapa
stesen radio.

Segmen hiburan termasuk penerbit Simon & Schuster, tarikan taman tema
Paramount Parks, dan Paramount Pictures, pengeluar dan pengedar wayang
gambar semenjak tahun 1912. Viacom Outdoor terlibat dalam paparan iklan.
Blockbuster Inc menjalankan dan memfrancaiskan kedai-kedai video di seluruh
dunia (www.viacom.com). Rajah 2.1 menunjukkan senarai jenama Viacom.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version