The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABCG4103 Komunikasi Global

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by burhanuddin, 2021-03-23 21:36:32

Dakwah Islam 2

ABCG4103 Komunikasi Global

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  135

7.4.2 Egyptian Radio and Television Union (ERTU)

Presiden Nasser dari Mesir, adalah pemimpin politik pertama yang memahami
kuasa media. Beliau mengedarkan radio ke kawasan luar bandar dan
menggunakan radio sebagai alat pembangunan. Perkhidmatan radio Mesir mula
diterima oleh banyak negara di bawah siaran „Voice of the Arabs‰.

Pada tahun 1960, perkhidmatan televisyen memulakan operasinya yang terdiri
daripada dua saluran terestrial nasional dan enam saluran serantau. Mesir juga
merupakan negara pertama melancarkan satelit komunikasinya, Nilesat 101.
Egyptian Radio and Television Union (ERTU) mengawal perkhidmatan dan
penyiaran Nile TV International dan mula menyiarkan beberapa program dalam
bahasa Inggeris dan Hebrew.

Mesir adalah negara awal yang membekalkan program televisyen ke dunia Arab
dan ia mengekalkan sebuah perpustakaan filem Mesir yang besar yang terus
menjadi kegemaran ramai hingga kini. Drama soap opera Mesir amat berjaya di
rantau ini, menjana pendapatan yang banyak untuk ERTU. Pada tahun 1995,
drama televisyen membawa masuk USD18 juta.

7.4.3 Al Jazeera

Seperti yang dinyatakan dalam Topik 5, BBC telah merancang untuk memulakan
stesen bahasa Arab tetapi gagal dilaksanakan. Idea ini diambil oleh Sheikh
Hammad bin Khalifa, anak raja Qatar yang memberikan dana sebanyak USD140
juta, lantas melancarkan sebuah saluran bahasa Arab yang sama seperti CNN
yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1996. Entiti media baru ini, Al
Jazeera, adalah yang pertama di dunia Arab. Tiba-tiba orang Arab dari seluruh
rantau, sama ada militan atau pengkritik politik, mula memanggil, dan
menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka dan menawarkan idea serta
cadangan untuk memperbaiki kehidupan dan kerajaan mereka. Tidaklah
menghairankan jika sesetengah negara Arab mahu menyekatkan siaran Al
Jazeera daripada masuk ke dalam negara mereka. Amat ketara bahawa
rangkaian baharu ini mula menawarkan pandangan yang berbeza, lalu mencabar
kerajaan tempatan dan memberikan aliran kontra kepada dominasi berita
Amerika.

Bagaimanapun, selepas peristiwa 9/11, Al Jazeera mula memberikan perhatian
kepada tindakan Amerika menceroboh Afghanistan dan Iraq. Presiden Bush dan
pentadbirannya mengkritik rangkaian ini sebagai berat sebelah terhadap
Amerika dan pada suatu ketika pentadbiran negara ini terpaksa meminta negara
lain di dunia supaya tidak menyiarkan petikan siaran Osama bin Laden yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

disiarkan menerusi Al Jazeera. Ketua bironya di Washington DC, Abderrahim
Foukara, menggambarkan perasaan penduduk Arab dalam jawapannya:

Kebijaksanaan TV Satelit Arab ialah dengan cara menawan satu keperitan
mendalam bersama yang telah lama wujud yang dikenali sebagai sensitiviti
Arab (Arab sensibility) dan menukarkannya menjadi perawian bergambar
yang berinteraksi kepada sesuatu yang menyusuk ke dalam jiwa masyarakat
Arab.

(McPhail, 2010)

Al Jazeera kini mengukuhkan dirinya sebagai suara pan-Arab di Qatar. Dengan
menjadi Global Arab Village yang baharu, ia telah mula mengambil alih peranan
radio Voice of the Arabs di Kaherah. Al Jazeera mula menambahkan program
lain seperti bual bicara More Than One Opinion, The Opinion of the Other
Opinion dan The Opposite Direction, dan berjaya mengumpulkan pelbagai
orang yang berbeza gaya pemikiran untuk berbicara kepada khalayak di dunia
Arab dan di negara luar yang lain. Terdapat satu semangat baharu dalam
berbincang dan berdebat tentang topik berhubung status dan peranan wanita
Arab, agama dan pemimpin negara mereka.

Sifat kandungan Al Jazeera dan senarai tetamunya telah menyebabkan
timbulnya konfrantasi langsung dengan pengiklan, dan terpaksa diselamatkan
oleh pemilik mereka pada tahun 2003 setelah mengalami kerugian sebanyak 19
juta pound. Stesen tersebut enggan menapis programnya dan terus
membekalkan perkhidmatan alternatif kepada dunia Arab. Semasa perang di
Afghanistan, Al Jazeera menjual rakaman peperangannya kepada saluran berita
lain. Akibatnya, pejabat Al Jazeera di Kabul menjadi sasaran bom pintar
Amerika. Pada waktu lain, Al Jazeera menyiarkan gambaran sebenar
peperangan dan imej perang yang amat mengejutkan ke seluruh dunia,
menafikan dakwaan Amerika tentang perang „tanpa darah, tidak berkos tinggi,
dan perang bersih di Iraq‰. Oleh sebab itu, bironya di Baghdad turut dibom pada
tahun 2001.

Bagaimanapun, dalam usahanya untuk mewujudkan persaingan dengan Al
Jazeera, rangkaian Al-Arabiya dilancarkan pada tahun 2003. Al-Arabiya dibiayai
oleh kepentingan Saudi yang mula memberikan perkhidmatan terkemuka di
Arab Saudi dan negara Teluk.

Al Jazeera berupaya membina khalayak sebanyak 50 juta pada tahun 2000 dan
pada tahun 2003 stesen ini menandatangani perjanjian untuk berkongsi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  137

perkhidmatan dengan BBC dan CNN, lalu mempersembahkan wajah biasa dari
CNN dan BBC muncul dalam rangkaian Arab ini.

7.4.4 Dubai Media City (DMC)

Terdapat persaingan yang semakin bertambah dalam industri media yang subur
dalam rantau ini. Perkembangan terakhir boleh dikesan dengan perkembangan
projek Dubai Media City (DMC) yang dilancarkan pada Januari 2001 dengan
objektif untuk menjadikan Dubai sebagai pusat komunikasi dan hab media
untuk rantau ini. DMI adalah sebahagian daripada Dubai Holding, sebuah
kumpulan pelaburan kerajaan. DMC menerima 100% pemilikan asing dan
menawarkan pengecualian cukai korporat dan individu selama 50 tahun kepada
orang media serta perbadanannya.

Dubai adalah sebuah negara Arab yang pesat membangun, yang berpegang
kepada semangat globalisasi dan kapitalisme di samping mengekalkan imej
Timur Tengahnya. Kedudukannya yang strategik di persimpangan Timur
Tengah, Afrika dan Asia Selatan memberikannya kelebihan yang besar untuk
berkhidmatan sebagai hab media dan pusat komersil di rantau yang sedang
maju. Dengan menumpukan perhatian kepada pembinaan pusat media
komersil, Dubai berupaya mengelak daripada terjebak dalam persaingan
penyiaran politik pemain Arab lain dalam rantau ini. Kerajaan juga telah
melabur sebanyak USD800 juta dan berusaha menawarkan teknologi terkini dan
kemudahan pemancaran serba baharu.

Dubai Internet City (DIC) telah menarik syarikat komputer terbaik di dunia dan
juga kepulangan syarikat anak negeri yang telah berhijrah ke luar negara. Antara
syarikat yang telah menampakkan kehadiran mereka termasuk Microsoft,
Oracle, Compaq, Sun Microsystems dan Hewlett-Packard.

Visi hab medianya sedang menjadi kenyataan kerana MBC, konglomerat media
Timur Tengah terbesar telah menempatkan semula entitinya dari London ke
DMC. Organisasi media lain termasuk Arabian Radio Network (ARN), BBC
World, CNN, Reuters, Sony dan Showtime Arabia.

AKTIVITI 7.2

Terdapat beberapa cabaran serius yang dihadapi Al Jazeera dalam
mencapai khalayak Arab. Huraikan sebahagian cabaran tersebut dan
bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil yang anda jangkakan
akan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

7.5 PENGIKLANAN DAN PERHUBUNGAN
AWAM

Sekarang, anda mungkin menyedari bahawa negara di Timur Tengah dan Afrika
Utara telah menghadapi satu jangka masa yang lama di bawah penjajahan,
persengketaan dalaman dan peperangan. Bagaimanapun, negara ini terus
merancang untuk pembangunan masyarakat dan melihat ke hadapan seperti
negara lain dalam dunia globalisasi.

Seperti yang dapat dilihat dalam sektor pengiklanan dan perhubungan awam di
dunia Arab, negara-negara seperti Mesir, Jordan, dan sedikit sebanyak Kuwait
dan Arab Saudi telah menunjukkan sedikit sebanyak tahap pertumbuhan dalam
industri ini. De Beer & Merrill (2009) juga melaporkan mengenai usaha-usaha
pengiklanan dan perhubungan awam (PR) di negara-negara seperti Qatar dan
Bahrain.

Dr Mahmoud El Ghaury dari Mesir dianggap sebagai pengasas pusat Arab
Public Relations Society yang memulakan kegiatannya pada tahun 1996. Beliau
juga bertanggungjawab menubuhkan Public Relations Institute. Seperti yang
telah kita simpulkan dalam subtopik sebelum ini, kebanyakan kerajaan di negara
Arab berminat dengan sektor komunikasi kerana keperluan untuk aktiviti hal
ehwal awam. Negara Qatar, misalnya, menggunakan pejabat perhubungan
awam untuk memastikan maklumat mengenai kegiatan kerajaan mengalir
kepada orang ramai.

Kerajaan Saudi juga menggunakan institut perhubungan awam nasional dan
antarabangsa sebagai cabang komunikasi korporat kerajaan. Dengan
menambahkan kegiatan komersil dalam negara bermakna bahawa ada
keperluan untuk perhubungan awam menjadi rangsangan untuk perdagangan
antarabangsa, komunikasi pengurusan dan komunikasi pemasaran.

Kerajaan Kuwait juga telah menubuhkan institut pertubuhan perhubungan
awam nasional. Sepertimana negara Arab lain, pengiklanan dan perhubungan
awam diperlukan untuk memenuhi aktiviti perdagangan antarabangsa dan
kegiatan komersil nasional yang semakin bertambah.

Kegiatan PR masa kini juga diuruskan oleh agensi yang mewujudkan Middle
East Public Relations Association (MEPRA). Ia ditubuhkan pada tahun 2001 oleh
sekumpulan agensi PR yang berusaha meningkatkan kesedaran bidang ini untuk
sampai kepada khalayak yang lebih ramai terutama untuk memenuhi standard
antarabangsa dan etika. Satu lagi agensi, Active PR and Marketing
Communications Consultancy telah diwujudkan di Dubai Media City selain
lokasinya di Riyadh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  139

Agensi PR bukan peribumi seperti Bell Pottinger, yang dianggap salah sebuah
perniagaan komunikasi dunia yang terkemuka, beroperasi di Abu Dhabi, Dubai,
Doha dan Bahrain. Hill and Knowlton telah begitu banyak melabur di
pejabatnya di Timur Tengah iaitu di Abu Dhabi, Jeddah, Riyadh, Doha, bandar
raya Kuwait dan Kaherah.

Laman web mengenai agensi pengiklanan di Timur Tengah menyenaraikan
kesemua agensi periklanan di rantau ini, bermula dengan Bahrain, Kuwait,
Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Yemen. Ini menjadi
petunjuk bagaimana rantau ini telah membangun dari segi aktiviti komunikasi
global.

• Pertumbuhan dramatik dalam media Pan-Arab telah membawa kepada
penghayatan program berita dan televisyen yang pesat.

• Dari satu segi, pertumbuhan pesat penyiaran transnasional Arab telah
memberikan alternatif kepada aliran berita Amerika.

• Terdapat penyiar pro-Barat yang kelihatan seperti suara moderat Arab.

• Terdapat kemunculan model komunikasi global dari Timur Tengah.

Masyarakat Arab tradisional Suara Arab moderat
Pendemokrasian dunia Arab

De Beer, A. S., & Merrill, J. C. (2009). Global journalism: Topical issues and media
systems. Boston, MA: Pearson Education.

McPhail, T. L. (2010). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
New York, NY: Blackwell.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

Press Freedom in 2011: Breakthroughs and Pushback in the Middle East, 2012.
Freedom House.

Thussu, D. K. (2000). International communication: Continuity and change.
London, England: Arnold.

Vivian, J. (2011). The media of mass communication. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Peranan

8 Agensi
Periklanan
Global

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan agensi periklanan global utama;
2. Menghuraikan kepentingan agensi periklanan dalam ekonomi global;

dan
3. Membincangkan aktiviti syarikat ini dalam ekonomi global dan

pertumbuhannya dengan adanya teknologi.

" PENGENALAN

Dalam era globalisasi, pengiklanan dilihat sebagai satu faktor penyumbang
kepada kejayaan syarikat dalam pasaran yang semakin bersaing. Kepada
McPhail (2010), pengiklanan adalah satu komponen yang perlu ada dalam
ekonomi global untuk mewujudkan kesedaran konsumer dan meningkatkan
jualan tempatan dan antarabangsa. Dengan adanya Internet, pengguna boleh
mempelajari tentang produk di negara lain dan membelinya.

Oleh itu, pengiklanan global atau antarabangsa melibatkan penyebaran mesej
pengiklanan kepada khalayak sasaran lebih daripada sebuah negara.
Bagaimanapun, syarikat yang mengiklan di tahap antarabangsa berhadapan
dengan cabaran yang lebih banyak walaupun mempunyai kelebihan dari segi
kewangan dan imej jenama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

Pengiklanan bukan sahaja dianggap sebagai satu proses komunikasi, tetapi ia
juga boleh dilihat sebagai satu amalan perniagaan dan sebagai industri.
Berdasarkan ZDnet.com, pengiklanan meningkat daripada USD33.3 bilion pada
tahun 2007 kepada USD41.4 bilion sedunia pada tahun 2012. Kini, industri
periklanan tidak terbatas kepada saluran media tradisional seperti radio,
televisyen, akhbar dan majalah sahaja, tetapi ia telah beralih ke konsep baharu
seperti penempatan produk, rakaman video digital, permainan video dan
pemasaran muzik.

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada syarikat periklanan global utama
yang terangkum dalam senarai firma terbesar dunia seperti WPP Group,
Omnicom Group, Dentsu Inc, Interpublic Group of Company dan Publicis
Group. Syarikat ini berpangkalan di negara maju dan membawa bersama mereka
nilai, sikap dan amalan perniagaan ke negara lain, termasuk negara sedang
membangun dan kurang membangun dari segi ekonomi.

SEMAK KENDIRI 8.1

Pengiklanan antarabangsa boleh menjadi suatu kegiatan perniagaan,
suatu industri dan suatu tenaga sosial. Jelaskan penyataan ini.

8.1 OMNICOM GROUP INC

Sebagai salah sebuah syarikat perkhidmatan periklanan dan komunikasi
pemasaran terkemuka, Omnicom Group telah dilihat oleh The New York Times
sebagai salah sebuah agensi periklanan „Big Four‰, bersama-sama WPP,
Interpublic dan Publicis. Dengan ibu pejabatnya di New York City, jaringan
berjenama Omnicom dan firma khususnya memberikan pengiklanan, pemasaran
digital dan interaktif, perancangan dan pembelian media strategik, perhubungan
awam, pemasaran langsung dan promosi, serta lain-lain perkhidmatan
komunikasi khusus kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara (Plunkett,
2009).

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986 dengan penyatuan tiga gergasi
pengiklanan Amerika, iaitu, Doyle Dane Bernbach, BBDO, dan Needham Harper
Worldwide. Hingga kini, ia mempunyai 1,500 agensi anak syarikat yang aktif
dalam bidang pemerolehan, termasuk Wolf Aolins (perunding jenama
antarabangsa) pada Mei 2001, Allyn & Company (sebuah firma perhubungan
awam bebas di Texas) pada Januari 2002, dan Aaron Walton Entertainment
(agensi pemasaran hiburan berpangkalan di Los Angeles) pada April 2002.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  143

Hasil percantuman serta pemerolehan, Omnicom Group kini berfungsi sebagai
syarikat induk untuk tiga jaringan agensi yang berasingan dan berprestij – BBDO
Worldwide, DDB Worldwide dan TBWA Worldwide – serta beberapa agensi
periklanan nasional berpangkalan di Amerika yang bebas dan terkemuka seperti
Goodby, Arnell, Zimmerman Partners dan GSD&M, serta juga jaringan
perkhidmatan pemasaran, Diversified Agency Services (DAS). Menerusi DAS,
Omnicom Group membekalkan perkhidmatan dalam pemasaran langsung,
pasaran promosi, perhubungan awam dan komunikasi khusus (specialty). DAS
termasuk RAPP, agensi pemasaran langsung yang terkemuka, dan Fleishman-
Hillard, antara firma perhubungan awam terbesar dunia (www.omnicom.com).

AKTIVITI 8.1

Omnicom Group Inc., terdiri daripada tiga agensi periklanan global:
BBDO, DDB dan TBWA. Setiap satu mempunyai pelanggannya yang
bernilai di seluruh dunia. Dapatkan maklumat mengenai setiap satu
dan bincangkan perkara berikut:
(a)" Sejarah;
(b)" Pelanggan; dan
(c)" Pengiktirafan/Anugerah yang diterima.

Omnicom Group Inc juga menguruskan Omnicom Media Group (OMG) yang
ditubuhkan daripada jabatan media tiga buah agensi periklanan globalnya. OMG
terdiri daripada tiga buah syarikat media perkhidmatan penuh, yakni PHD
Network, OMD Worldwide dan Prometheus. Di bawah kumpulan ini terdapat
syarikat pakar media dalam hiburan, cetak, iklan luar, dan lain-lain.

Kira-kira 60% pendapatan pengiklanannya adalah daripada TBWA International
dan Goodby, DDB Needham Worldwide, BBDO Worldwide; sementara 40%
pendapatannya adalah daripada syarikat pengiklanan khusus dan perkhidmatan
pemasaran (www.fundinguniverse.com).

Ketiga-tiga rangkaian agensi globalnya berada pada tahap 10 teratas agensi
periklanan global dan banyak menerima anugerah berstatus tinggi. Pada tahun
1996, BBDO diiktiraf sebagai "Rangkaian Agensi Paling Kreatif‰ (The Most
Creative Agency Network) oleh Advertising Age International. Pada tahun 1996,
DDB Needham berjaya mendapat anugerah paling banyak dalam Festival
Periklanan Antarabangsa Cannes.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

Pada tahun 1996, TBWA membuka pejabat barunya di Asia (Singapura, Hong
Kong dan China), Amerika Latin (Brazil, Chile dan Argentina), Afrika Selatan
dan Eropah (Warsaw, Munich, Berlin dan Cyprus) (www.fundinguniverse.com).

8.2 WPP GROUP

Wire and Plastic Products (WPP) Group yang pada asalnya merupakan
pengeluar bakul wayar di UK, telah diwujudkan pada tahun 1971 dan diberi
nama baharu WPP Group pada tahun 1987. Ia merupakan salah sebuah
kumpulan perkhidmatan periklanan dan komunikasi utama di dunia dengan
pendapatan sebanyak ₤10 bilion pada 31 Disember 2011. Pelanggan WPP
termasuk lebih 300 daripada syarikat yang tersenarai dalam Fortune Global 500
dan lebih separuh daripada NASDAQ 100. Kumpulan ini mempunyai 3,000
pejabat di lebih 110 negara dan syarikatnya membekalkan perkhidmatan dalam
pengiklanan, maklumat dan perundingan, pengurusan pelaburan media,
penjenamaan dan identiti, perhubungan awam dan hal ehwal awam, dan
komunikasi khusus (www.wpp.com). Rajah 8.1 menunjukkan senarai syarikat
WPP.

Rajah 8.1: Senarai syarikat WPP
Sumber: www.wpp.com

Dengan kira-kira 162,000 pekerja, misi kumpulan ini ialah untuk memaju,
mengurus, merangsang, menyokong dan menggunakan bakat untuk unit

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  145

pengoperasiannya, melepaskan kebanyakan mereka daripada tanggungjawab
pentadbiran dan kewangan dengan mencapai kecekapan dalam teknologi
maklumat, pemerolehan, pembangunan profesional dan koordinasi pelanggan
supaya tiada satu syarikat individu pun akan mencapainya dengan sendiri.

Syarikat ini mula membina perkhidmatan pemasaran seluruh dunia menerusi
pengambil alihan yang banyak dan tinggi oleh seorang usahawan bangsa
Inggeris, Martin Sorrell, seorang pengarah kewangan terkenal dari syarikat
gergasi periklanan, Saatchi & Saatchi. Dengan pusat pentadbirannya di London,
UK, dan pejabat eksekutifnya didaftarkan di Dublin, Ireland, WPP mempunyai
empat jaringan periklanan global: Ogilvy Group, Young & Rubicam Brands,
Grey Group, dan JWT (J. Walter Thompson) yang diperoleh apabila WPP
mengalihkan perhatiannya ke AS.

WPP membeli JWT Group Inc, sebuah agensi periklanan media yang
menghadapi masalah kewangan pada Jun 1987. Pembelian tersebut termasuk
Hill & Knowlton Inc, gergasi perhubungan awam, dan beberapa firma satelit.
Pada tahun 1989, ia memperoleh Ogilvy Group dengan harga USD864 juta dan
membina ikatan dengan Asatsu-DK In dari Jepun pada tahun 1998. WPP
memasuki alaf baharu dengan memfokus kepada perluasan dan mendapatkan
satu lagi perhatian dengan membida untuk Tempus Group bernilai USD630 juta.
Ia juga membeli Young & Rubicam (Y&R) pada tahun 2000 dengan perolehan
sebanyak USD4.7 bilion untuk membentuk kumpulan perkhidmatan periklanan
terbesar dunia. Dengan adanya Y & R dan Tempus, perkhidmatan
pemasarannya menambahkan 65% jumlah pendapatannya.

Pada tahun 2008, Y&R menjadi agensi periklanan keempat terbesar di AS dengan
16,000 kakitangan di 186 pejabat di seluruh dunia. Ia menawarkan pelbagai jenis
perkhidmatan periklanan, media dan komunikasi serta gergasi perhubungan
awam yang dikuasai iaitu Burson-Marsteller. Agensi ini menggunakan laman
berpangkalan global untuk konferens-televideo bagi pengurusan dan pelanggan.
Ia juga mempunyai sebuah anak syarikat pemasaran global utama bernama
Wunderman, yang memfokus kepada teknologi supaya dapat membantu
pelanggan dengan e-dagang dan memenuhi keperluan serta penyelesaian
pemasaran berasaskan Internet. Kumpulan ini sedang bergerak masuk ke bidang
baharu seperti Internet, perlombongan data (data mining), model tingkah laku
(behaviour modelling) dan tugas pengekalan pelanggan.

Kumpulan ini telah menguruskan portfolio pelaburan dan pengambilalihan
menerusi WPP. Digital WPP telah berjaya mendapatkan akaun global seperti
HSBC dan Samsung, akaun berprestij Dell, IBM, Kraft Foods, Johnson & Johnson,
Nestle dan Unilever.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

AKTIVITI 8.2

Sebagai salah sebuah syarikat periklanan yang menonjol, WPP telah
menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Bersama-sama rakan
anda, senaraikan anugerah berkenaan.

8.3 INTERPUBLIC GROUP OF COMPANIES

Beribu pejabat di New York City, Interpublic Group of Companies (IPG)
dianggap sebagai perintis kepada syarikat komunikasi pemasaran global
(www.interpublic.com). Sebagai salah sebuah syarikat agensi periklanan global
„Big Four‰, kumpulan dari kota New York ini mempunyai 42,400 pekerja
dengan pendapatan sebanyak USD7 bilion pada tahun 2011. Lebih separuh
pendapatan IPG diperoleh daripada pengiklan media cetak dan tradisional,
manakala baki 42% lagi datang daripada perkhidmatan pemasaran
(www.wikiinvest.com). Anak syarikatnya mengkhusus dalam perancangan dan
pembelian pengiklan konsumer, perhubungan awam, pemasaran interaktif dan
disiplin pengkhususan lain seperti pemasaran acara dan sukan.

AKTIVITI 8.3

Sebagai salah sebuah agensi periklanan global, IPG mempunyai ramai
pelanggan yang terdiri daripada syarikat utama dan jenama terkenal.
Senaraikan pelanggan utama IPG.

IPG adalah syarikat induk agensi periklanan McCann Erickson dan syarikat
media Universal McCann. Ia mempunyai pejabat di lebih 100 buah negara.
Kumpulan ini mengendalikan dua segmen perniagaan utama seperti berikut
(www.wikinvest.com):

(a)" Integrated Agency Networks (IAN)
Ia menyumbang kepada kebanyakan perniagaan IPG dan memiliki agensi
perdana - Lowe, Draftfcb dan McCann, agensi media, dan agensi berdiri
sendiri. Kumpulan agensi McCann adalah jenama IPG yang paling
dikenali, dan ia beroperasi di lebih 100 buah negara.

(b)" Constituency Management Group (CMG)
Ini adalah segmen yang lebih kecil, yang menjana hanya 16%
pendapatannya pada tahun 2007. Ia termasuk tawaran perkhidmatan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  147

pemasaran khusus. Jenama segmen termasuk MWW Group, Jack Morton,
Weber Shandwick, De Vries, FutureBrand, Golin Harris dan Octacon.
Walaupun IPG diwujudkan pada awal tahun 1960-an dengan persatuan dua
agensi, McCann Erikson Worldwide dan McCann-Markshalk, sejarahnya boleh
dikesan kembali lebih 100 tahun sebelumnya. Ia mula diperbadankan pada
tahun 1930 di bawah nama McCann-Erickson Incorporated, menggantikan
agensi periklanan yang telah dimulakan oleh A.W. Erikson dan pada tahun 1911
oleh Harrison K. McCann (Gralpois, 2010). Kemudian IPG menambahkan lagi 38
agensi, syarikat komunikasi dan firma PR menjelang tahun 1966.
IPG telah menjadi organisasi yang tertumpu pelanggan semenjak permulaannya.
Misi syarikat ini adalah untuk membangunkan perdagangan dan jenama
pelanggan, dengan penekanan kepada pembinaan jenama global menerusi
program pemasaran tempatan dan secara serentak. Syarikat induk ini adalah
antara lima konglomerat periklanan terkemuka dari segi pendapatan di dunia.
Ia mempunyai tiga agensi periklanan global, yakni, Draftfcb, McCann
Worldgroup dan Lowe and Partners serta agensi perkhidmatan penuh AS
(seperti Deutsch, Campbell Mithun dan The Martin Agency and Mullen). Rajah
8.2 menunjukkan pendapatan IPG dan pendapatan bersih manakala Rajah 8.3
menunjukkan pendapatan IPG mengikut kawasan geografi.

Rajah 8.2: Pendapatan IPG dan pendapatan bersih
Sumber: www.wikiinvest.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

Rajah 8.3: Pendapatan IPG mengikut kawasan geografi pada tahun 2007
Sumber: www.wikiinvest.com

Sebagai reaksi kepada pertumbuhan pengiklanan Internet dan persaingan
daripada firma pengkhususan, IPG telah mewujudkan rakan kongsi dan usaha
sama seperti dengan SocialVibe untuk menumpukan kepada kuasa pemasaran
jaringan sosial. IPG juga telah mengembangkan penawaran digitalnya sendiri
seperti R/GA, sebuah agensi khas yang mereka cipta kempen interaktif untuk
pelanggan (www.interpublic.com).

8.4 DENTSU INC

Dentsu Inc ialah syarikat periklanan terkemuka Jepun dengan peratusan jualan
bersih yang tertinggi (Rajah 8.4). Syarikat ini juga mempunyai cawangan
seberang laut dan anak syarikat di empat benua. Ia adalah antara syarikat
terkemuka di dunia dari segi pendapatan dengan jualan bersih berjumlah
USD18,041,897,000 pada tahun yang berakhir pada 31 Mac 2010. Bagi Sugiyama
dan Andree (2010), Dentsu merupakan agensi periklanan kedua terbesar dunia
selepas Amerika dengan saham pemasaran periklanan media pada sekitar 22%.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  149

Rajah 8.4: Perbelanjaan pengiklanan di Jepun mengikut peratusan jualan bersih sehingga
tahun 2010

Sumber: www.dentsu.com

* HDY merujuk jumlah jualan bukan disatukan bersih pengiklanan hakuhodo,
pengiklanan daiko dan pengiklanan yomiuri.
Asal usul Dentsu bermula pada tahun 1901 apabila Hoshiri Mitsunaga
memulakan Telegraphic Service Company. Pada tahun 1936, Dentsu mereka
cipta dirinya kembali menjadi agensi periklanan khusus. Menjelang tahun 1959,
Dentsu telah memulakan perluasan atarabangsanya dengan menubuhkan
pejabat dan anak syarikat di New York, London, Paris, Moscow, Taipei dan
Beijing. Dentsu bergabung dengan Young & Rubicam menjadi firma usaha sama
untuk beberapa akaun utama. Ia terus berkembang secara global. Dentsu
kemudiannya mengalih pandangan ke Asia dan memperluas serta membeli
agensi periklanan Asia.
Beribu pejabat di Minato, Tokyo, Dentsu beroperasi di 27 buah negara seluruh
dunia dan mempunyai lebih 6,000 pelanggan termasuk multinasional dalam
pasaran yang telah lama wujud seperti Canon dan Bell Atlantic di Amerika dan
Eropah serta syarikat dari ekonomi baru muncul di Afrika Selatan dan Asia.
Dominasinya disebabkan oleh kepelbagaian portfolio pelanggan dan
mempunyai kuasa membeli dalam kesemua format utama media massa di

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

samping mengekalkan saham terbesar dalam kesemua format media massa di
Jepun. Dalam usahanya untuk menawarkan penyelesaian komunikasi yang
paling unggul, inovatif dan pelbagai kepada pelanggannya, Dentsu
membahagikan perkhidmatannya seperti berikut (Plunkett, 2009):
(a)" Keseluruhan perkhidmatan pengiklanan – perkembangan kreatif,

perancangan strategik dan perkhidmatan media;
(b)" Perkhidmatan pemasaran – perkhidmatan pengiklanan dan jualan;
(c)" Perkhidmatan e-penyelesaian – perundingan e-dagang dan perkhidmatan

integrasi sistem;
(d)" Perniagaan kandungan – jualan penyiaran dan penajaan; dan
(e)" Operasi seberang laut – membekalkan perkhidmatan komunikasi kepada

pelanggan seberang laut.

Dengan menjalankan operasinya dalam kerangka „Integrated Communication
Design‰, ia telah berkembang di luar parameter tradisional perniagaan
pengiklanan. Ia melakukan rekaan imej korporat, penjenamaan, penyelidikan
pemasaran, publisiti, perencanaan produk baharu, perancangan acara utama dan
reka cipta untuk sukan dan pameran. Dentsu beroperasi dalam empat pasaran
yang jelas, iaitu (www.dentsu.com):
(a)" Pasaran domestik – pengiklanan media massa yang kebanyakannya

tradisional;
(b)" Pasaran yang berkait dengan pengiklanan – promosi jualan dan

perkhidmatan pemasaran khusus;
(c)" Pasaran baharu – termasuk pemasaran sukan dan hiburan; dan
(d) Pasaran seberang laut.

Dentsu sentiasa berada di hadapan dalam pasaran domestik dengan
kesediaannya yang terancang dalam media pertumbuhan tinggi seperti Internet.
Syarikat ini melancarkan Dentsu Tec Inc dan memulakan satu lagi kerjasama
perniagaan pengiklanan Internet dengan Softbank Corporation Tokyo bernama
Cyber Communication, Inc (CCI). Dengan adanya teknologi, Dentsu tidak
membuang masa dan membuat perjanjian rasmi serta penglibatan dalam Bcom3
Group, yang mempunyai sejumlah 520 pejabat di 90 buah negara pada Mac 2000
(www.dentsu.com).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  151

AKTIVITI 8.4

Dengan „Inovasi Baik‰ (Good Innovation) sebagai falsafah
korporatnya, Dentsu menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk
yang berikut:
(a)" Penyelesaian strategik;
(b)" Reka bentuk komunikasi;
(c)" Sfera kreatif;
(d)" Promosi;
(e)" Digital;
(f)" Kandungan media; dan
(g)" Penyelesaian sosial.

Jelaskan setiap satu perkhidmatan Dentsu.

Kini Internet diintegrasikan sepenuhnya ke dalam penawaran Dentsu dan
dipakej sekali dengan media lain. Menurut Sugiyama dan Adree (2010),
pendekatan ini bukan sahaja memperbaiki perkhidmatan untuk pelanggan,
tetapi juga mewujudkan akauntabiliti.

8.5 PUBLICIS GROUP

Dengan aktiviti yang meliputi 104 buah negara dalam lima benua dan
memberikan pekerjaan kepada hampir 49,000 profesional, Publicis Group
dianggap antara konglomerat periklanan dan media terbesar dan syarikat induk
periklanan ketiga terbesar di dunia (McPhail, 2010). Dengan ibu pejabatnya di
Paris, Perancis, kumpulan ini membekalkan tiga kategori perkhidmatan utama:
pengiklanan tradisional, agensi khusus dan operasi pemasaran dan media.
Menurut Gralpois (2010), Publicis Group adalah sebuah keluarga besar syarikat
yang mempunyai autonomi untuk memupuk budayanya sendiri tetapi masih
mengambil bahagian dalam komuniti kumpulan.

Publicis ditubuhkan pada tahun 1926 oleh seorang perintis pengiklanan bangsa
Perancis, Marcel Bleustein-Blanchet yang berusia 20 tahun. Setelah membuka
pejabatnya di New York pada tahun 1957, menerusi percantuman dan ikatan
strategik dengan Foote, Cone dan Belding pada tahun 1988, Publicis memasuki
pasaran Amerika dan membesar di luar Eropah pada pertengahan 1990-an
dengan pembelian saham di agensi utama di Asia, Amerika Latin, dan Kanada.
Kira-kira 59% pendapatan syarikat ini dijana di Eropah, kecuali Perancis. Pada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

tahun 1999, Publicis membeli 49% Burell Communications, sebuah agensi
periklanan besar yang mengkhusus dalam pasaran Afrika-Amerika yang ada
beberapa pelanggan utama termasuk Coca-cola, McDonaldÊs dan Sears.
Publicis Group terbentuk pada tahun 2000 apabila Publicis, agensi yang
berpangkalan di Paris, memperoleh Saatchi & Saatchi, syarikat induk
antarabangsa yang mengendalikan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi
serta mengambil 6,000 pekerja untuk USD1.7 bilion. Syarikat yang sama nama
dengannya mempunyai kira-kira 150 pejabat dan berkhidmat untuk pelanggan
global seperti Procter & Gamble, Toyota dan General Mills. Kumpulan ini
kemudian bercantum dengan Bcom3 Group di bawah kepimpinan Maurice Levy
sebagai CEO. Ia juga membentuk perkongsian strategik dengan Dentsu,
kumpulan terbesar Jepun, untuk memperkukuh jangkauan globalnya di Asia.
Rajah 8.5 menunjukkan perangkaan utama Publicis pada tahun 2011.

Rajah 8.5: Perangkaan utama Publicis untuk tahun 2011
Sumber: www.publicisgroupe.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  153

Keseluruhannya, dengan „Viva La Difference‰ sebagai slogannya, Publicis
Group kini termasuk yang berikut (Plunkett, 2007):

(a)" Tiga rangkaian periklanan global – Publicis, Leo Burnett dan Saatchi &
Saatchi;

(b)" Tiga rangkaian multi-hab – Barthe Bogie Hegarty dan Fallon Worldwide;

(c)" Agensi serantau – Beacon Communications (Tokyo), Kaplan Thaler Group
(New York) dan Marcel (Paris); dan

(d)" Dua rangkaian perundingan media dan pembelian global –
ZenithOptimedia dan Starcom MediaVest Group.

Firma yang bercantum memberikan perkhidmatan yang pelbagai jenis seperti
pengiklanan, perhubungan awam, penyelidikan pemasaran dan pembelian serta
perancangan media. Salah seorang rakan kongsinya, Leo Burnett mempunyai
sejarah yang masyhur dan telah bekerja dengan pelanggan berprestij selama
beberapa tahun seperti LÊOreal, Nestle, HP, Whirlpool, Toyota, Nintendo, Walt
Disney dan General Motors.

Dengan objektif utamanya untuk menjadi pemimpin dalam sektor digital,
kumpulan ini memperoleh Digitas (agensi perkhidmatan pemasaran keempat
terbesar di AS dan agensi interaktif terbesar ketika itu) pada Disember 2006, dan
Rzarfish daripada pemerolehan aQuantive sebelumnya oleh Microsoft, untuk
memperbaiki keupayaan digitalnya semenjak meningkatnya pengiklanan
berasaskan Internet. Di bawah tiang Vivaki dalam Publicis Group, ia membina
platform teknologinya yang disokong oleh Google, Microsoft, Yahoo! dan AOL
yang mengesyorkan kepada pengiklan kemungkinan supaya menyasarkan
khalayak yang benar-benar difahami dalam satu kempen dengan pelbagai
jaringan.

8.6 HAVAS ADVERTISING

Havas Advertising telah menukarkan namanya kepada Havas pada tahun 2002.
Syarikat ini merupakan agensi pan-Eropah terkemuka dan beroperasi di lebih 88
buah negara di samping Eropah. Ia mengambil sekitar 15,000 pekerja di seluruh
dunia. Dengan ibu pejabatnya di Puteaux, Perancis, syarikat ini menawarkan
pelbagai perkhidmatan perundingan komunikasi, termasuk pengiklanan
tradisional; perkhidmatan strategi jenama dan perundingan; pemasaran digital
dan dalam talian; pengiklanan; komunikasi korporat, kewangan dan sumber
manusia; pemasaran pengalaman (experiential) dan reka bentuk; pemasaran
sukan; pemasaran kesihatan; dan perkhidmatan kepakaran media, serta
perkhidmatan pemasaran perhubungan, promosi dan interaktif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

154  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

Berdasarkan laman webnya (www.havas.com), Havas beroperasi menerusi dua
unit perniagaannya, iaitu:

(a) Havas Worldwide
Havas Worldwide mengintegrasikan jaringan Euro RSCG Worldwide yang
mempunyai 233 pejabat di 75 buah negara, dengan Arnold Micronetwork
yang mempunyai 16 agensi di 15 buah negara, serta agensi lain yang
mempunyai identiti tempatan yang kukuh. Ia berfokus kepada tiga
bahagian utama, yakni:

(i)" Model dan integrasi digitalnya sebagai teras;

(ii)" Keupayaannya untuk mempengaruhi perlakuan konsumer sebagai
jaringan global; dan

(iii)" Fokus kepada usaha menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam
industri.

(b) Havas Media
Ia meliputi 100 buah negara dan merangkumi Arena Media, MPG, Havas
Digital networks dan Havas Sports & Entertainment. Ia mencapai prestasi
yang mantap pada tahun 2011, dengan pertumbuhan dua digit pada tahap
teratas dan melihat peningkatan dari segi keuntungan. Semua bahagian
menyumbang kepada prestasi tersebut, terutama sekali di LATAM
(dipimpin oleh Mexico), Asia Pasifik (terutama di China), kawasan NEC
dan Jerman, serta Amerika Utara, Perancis dan Sepanyol.

Pada tahun 2011, Havas Media meneruskan pelaburan dalam tiga bahagian
utama, yakni:

(i)" Membangunkan wawasan pasaran dengan tumpuan membantu
pelanggannya dan jenama mereka membina hubungan yang lebih
bermakna;

(ii)" Melabur dalam produknya menerusi inisiatif baharu, khususnya
dalam bahagian digital;

(iii)" Memperkukuhkan jaringan antarabangsa.

Sebagai kumpulan perkhidmatan pengiklanan dan komunikasi global, ia juga
membekalkan pengiklanan, promosi, reka bentuk dan kandungan berjenama;
dan mereka cipta aplikasi dan produk untuk (teknologi) mudah alih, media
sosial media, pengagihan dan penglibatan komuniti. Dengan pendapatan
sebanyak €1,645 juta pada tahun 2011, ia berbangga dengan pertalian yang telah
dibinanya bukan sahaja dengan firma antarabangsa yang besar tetapi juga
dengan pelanggan serantau dan tempatan yang penting seperti Unilever, Sony,
Volvo, Dell, Coca-Cola, Clarins dan KIA. Eropah mewakili 59% pendapatannya,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  155

dengan Perancis sebagai pemain utamanya. Amerika Utara menyumbang 30%
daripada pendapatan Havas. Dengan kewujudan teknologi, Havas telah
membawa persekitaran digital ke dalam teras kesemua agensinya,
menjadikannya salah satu daripada pemimpin industri dalam ruang media
sosial.

• Pengiklanan global atau antarabangsa melibatkan pengedaran mesej
komersil kepada khalayak sasaran dalam lebih daripada satu negara.

• Agensi periklanan utama adalah berdasarkan negara pusat, seperti Omnicon,
WPP, IPG dan Dentsu Inc.

• Sebagai salah sebuah syarikat perkhidmatan pengiklanan dan pemasaran
terkemuka, Omnicom Group dilihat oleh The New York Times sebagai salah
sebuah syarikat agensi „Big Four‰ di samping WPP, IPG dan Publicis.

• Sebagai agensi periklanan terbesar Jepun, Dentsu berada jauh di hadapan
pasaran domestik dalam kategori media pertumbuhan tinggi seperti Internet.
Syarikat ini melancarkan Dentsu Tec Inc dan menubuhkan satu lagi usaha
sama pengiklanan Internet dengan Softbank Corporation di Tokyo bernama
Cyber Communication, Inc.

• Firma yang telah bergabung dalam Publicis Group membekalkan pelbagai
perkhidmatan komunikasi seperti pengiklanan, perhubungan awam,
penyelidikan pemasaran, dan pembelian serta perancangan media. Dengan
objektif utamanya untuk menjadi pemimpin dalam digital, kumpulan ini
telah mengambil alih Digitas dan Razorfish untuk memperbaiki keupayaan
digitalnya semenjak meningkatnya pengiklanan berasaskan Internet.

• Havas ialah sebuah agensi pan-Eropah terkemuka yang telah membawa
persekitaran digital ke dalam teras kesemua agensinya untuk menjustifikasi
kedudukannya sebagai salah satu pemimpin industri dalam ruang media
sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

156  TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL

Jenama Pembelian dan perancangan media
Media Sosial Perolehan
Pengiklanan antarabangsa Reka bentuk komunikasi berintegrasi

Douglos, S. P., & Craig, S. (2002). International advertising. Dalam International
encyclopedia of social and behavioural sciences. London, England: Elsevier.

Firth, K. T., & Mueller, B. (2010). Advertising and societies: Global issues. New
York, NY: Peter Lang.

Funding Universe Website. (t.t.). Diambil daripada www.fundinguniverse.com.

Gotemba, G., & Iwamoto, Y. (2006). Japan on the upswing: Why the bubble burst
and JapanÊs economic renewal. New York, NY: Algora.

Gralpois, B. (2010). Agency mania: Harnessing the madness of client/agency
relationships for high-impact results. Minneapolis, MN: Green.

McPhail, T. L. (2005, 2010). Global communication: Theories, stakeholders, and
trends. New York, NY: Blackwell.

Milenkovic, M. (2009). Global advertising in a cultural context. Hamburg,
Germany: Diplomica Verlag.

Omnicom Group Inc., WPP Group, Interpublic Group of Companies, Dentsu Inc,
Havas, Publicis Group Websites. (t.t..). Dicapai dari www.havas.com.

Plunkett, J. W. (2007, 2009). PlunkettÊs advertising and branding industry
almanac 2007 (e-book). Houston, TX: Plunkett Research Ltd.

Sugiyama, K., & Andree T. (2010). The Dentsu way. London, England: McGraw-
Hill Professional.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 PERANAN AGENSI PERIKLANAN GLOBAL  157

www.dentsu.com
www.interpublic.com
www.wpp.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Sistem

9 Telekomunikasi
Global

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan pemegang taruh utama dalam evolusi sistem

telekomunikasi;
2. Membincangkan peranan pemegang taruh utama terpilih dalam

sistem komunikasi global;
3. Menjelaskan kepentingan mereka kepada komunikasi global; dan
4. Mengenal pasti isu kewujudan penting dalam infrastruktur

telekomunikasi global.

" PENGENALAN

Kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi membantu mengalirkan
maklumat dengan lebih mudah lagi. Dunia telah benar-benar menjadi desa
sejagat seperti yang diramalkan oleh Marshall McLuhan.

Dengan terciptanya parabola atau mangkuk satelit, kemunculan Internet, jalur
lebar, wayarles, kabel fiber optik dan telefoni mudah alih, pemancaran
kandungan bergantung penuh pada keberkesanan infrastruktur telekomunikasi.
Oleh itu, setiap negara terutama negara metropolis, memerlukan sistem
telekomunikasi yang baik bagi memastikan komunikasi berkesan dan akses serta
pengagihan maklumat berlaku dengan efisien.

Sistem telekomunikasi global ibarat sistem saraf pusat bagi ekonomi global. Oleh
itu, satu sistem atau infrastruktur pemancaran teknikal antarabangsa diperlukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  159

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada pemain utama yang terpilih
dalam infrastruktur telekomunikasi global. Perbincangan akan tertumpu kepada
Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa [International Telecommunications
Union (ITU)], sebuah agensi telekomunikasi global di bawah Bangsa-bangsa
Bersatu [United Nations (UN)]. Penumpuan kita adalah kepada International
Telecommunications Satellite Organisation (INTELSAT) dan pemain lain yang
turut terlibat dalam sistem telekomunikasi global.

AKTIVITI 9.1

Satu ungkapan popular dalam buku McLuhan, Understanding Media:
The Extensions of Man, adalah „medium itu mesej‰. Apakah maksud
ungkapan tersebut? Bincangkan dengan rakan sekursus anda.

9.1 INTERNATIONAL TELECOMMUNICATIONS
UNION (ITU)

International Telecommunications Union (ITU) komited „kepada misinya untuk
berhubung dengan semua penduduk dunia‰. ITU bertujuan „untuk memberikan
perlindungan dan menegakkan hak berkomunikasi untuk semua‰ (www.itu.int).
ITU berlokasi di Geneva, Switzerland, dan mempunyai 193 negara anggota serta
700 perbadanan swasta.

Sebagai sebuah agensi antarabangsa di bawah UN, ITU memainkan peranan
sebagai platform untuk pertemuan dan pameran antarabangsa, dan berfungsi
sebagai satu forum untuk mempertemukan para pegawai daripada industri
telekomunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi kerajaan dan swasta
untuk berkongsi idea, pengetahuan dan teknologi. Ia mengadakan persidangan
global utama untuk memantau piawai teknikal dunia serta isu yang
meninggalkan impak kepada perniagaan telekomunikasi. Bagaimanapun,
kadangkala ia seolah-olah satu medan perang antara negara pusat dengan
negara pinggiran, terutama dalam menangani isu mengenai Order Baru
Maklumat dan Komunikasi Dunia [New World Information and Communication
Order (NWICO)].

Kini, semua negara pusat mempunyai teknologi komunikasi terkini, manakala
negara pinggiran kurang mempunyainya. Oleh yang demikian, objektif utama
ITU ialah untuk merapatkan „jurang digital‰ antara negara metropolis dan
pinggiran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

160  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

9.1.1 Sejarah ITU

ITU bermula di Paris dan menggerakkan operasinya sebagai International
Telegraph Union pada tahun 1865 di bawah Konvensyen Telegraf Antarabangsa
(International Telegraph Convention) yang ditandatangani oleh 20 negara Eropah.
Ia dinamakan semula ITU pada tahun 1934 dan beransur-ansur berubah menjadi
sebuah unit khusus di bawah UN pada tahun 1947. Ia boleh dianggap organisasi
antarabangsa paling penting untuk regulasi komunikasi.

Ia dibentuk untuk mempiawaikan peraturan penggunaan rangkaian telegraf. Ini
diikuti dengan pemberian paten dalam perundangan telefon bagi mengawal selia
perniagaan telefoni.

Kewujudan telegrafi wayarles pada tahun 1896 dan penggunaan teknologi
berkenaan untuk tujuan maritim menggerakkan satu Persidangan Radiotelegraf
Antarabangsa yang bermula pada tahun 1906 di Berlin. Ini membawa kepada
pengenalan regulasi radio.

Menjelang tahun 1927, semasa suatu persidangan di Washington DC,
Jawatankuasa Konsultatif Radio Antarabangsa [International Radio Consultative
Committee (CCIR)] ditubuhkan. Ini diikuti kemudiannya dengan Jawatankuasa
Konsultatif Telefon Antarabangsa [The International Telephone Consultative
Committee (CCIF), yang ditubuhkan pada tahun 1924)], dan Jawatankuasa
Konsultatif Telegraf Antarabangsa [the International Telegraph Consultative
Committee (CCIT), pada tahun 1925]. CCIR dipertanggungjawabkan menyelaras
pengajian, ujian dan ukuran teknikal yang dijalankan dalam pelbagai bidang
telekomunikasi. Kemudian mereka juga dipertanggungjawab mendrafkan
piawaian antarabangsa.

Dalam Persidangan Madrid pada tahun 1932, ITU membuat keputusan untuk
menggabungkan ITC 1865 dengan IRC 1906 untuk membentuk Konvensyen
Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommunication Convention).
Pada tahun 1956, CCIT dan CCIF pula digabungkan menjadi Jawatankuasa
Konsultatif Telefon dan Telegraf Antarabangsa [International Telephone and
Telegraph Consultative Committee (CCITT)], supaya dapat bertindak balas
dengan lebih berkesan kepada keperluan yang terjana dengan perkembangan
dua jenis komunikasi ini.

Pada tahun 1959, CCIR mewujudkan satu kumpulan kajian yang
bertanggungjawab mengkaji komunikasi radio angkasa sebagai satu cara
menangani cabaran sistem komunikasi angkasa yang baharu. Pengenalan sistem
telekomunikasi angkasa memerlukan penambahbaikan prosedur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  161

ITU menjadi agensi utama mengendalikan World Summit on the Information
Society (WSIS) yang bertujuan merapatkan jurang digital. WSIS menjadi badan
untuk memastikan terbentuknya masyarakat bermaklumat berteraskan insan
(www.itu.nt).

9.1.2 Suruhanjaya Maitland

Walaupun ITU ialah platform untuk membincangkan isu berhubung kait dengan
ICT, negara pinggiran kelihatan kurang bersemangat untuk menolak idea Order
Baru Maklumat dan Komunikasi Dunia atau NWICO kepada ITU disebabkan
beberapa faktor seperti berikut (McPhail, 2011):
(a)" Akan ada mesyuarat global yang lain yang ditaja ITU di mana mereka boleh

memajukan kes mereka dan mengorak langkah ke hadapan ke arah
mendapatkan bahagian yang lebih adil untuk spektrum radio dan ruang
meletakkan satelit di ruang orbit;
(b)" Tekanan daripada pelbagai negara, khususnya Amerika, untuk memastikan
spektrum teratur tetap tidak berubah, terutama satelit;
(c)" Hampir kesemua negara mahu melihat sistem domestik mereka terus
beroperasi tanpa perubahan yang besar; dan
(d)" Kepentingan yang berbeza dan bercanggah dalam kalangan negara
pinggiran menghalang terbentuknya satu blok undian yang kuat dan bersatu
padu yang boleh membentangkan resolusi dan pindaan mendesak
perubahan radikal dalam ITU.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

162  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

Rajah 9.1: Populasi dan telefon mengikut kelompok ekonomi negara Laporan
Suruhanjaya Maitland 1985
Sumber: www.itu.int

Bagi mengurangkan kritikan daripada negara pinggiran, ITU bertindak
menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk Pembangunan Telekomunikasi Sedunia:
Pautan yang Hilang (Independent Commission for Worldwide Telecommunications
Development: The Missing Link), yang lebih dikenali sebagai Suruhanjaya
Maitland (Maitland Commission) yang dipengerusikan oleh Sir Donald Maitland
pada tahun 1980-an. Laporan yang diterbitkan ITU pada tahun 1985 menangani
isu ketaksamaan dalam pengagihan sistem telekomunikasi dan perkhidmatan
antara negara maju dan negara lain.
Sebagai contoh, laporan tersebut menyebut bahawa 96% pengedaran telefon global
adalah dalam kalangan negara berpendapatan tinggi atau atas menengah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1. Ia menunjukkan dua pertiga daripada populasi
dunia tidak mempunyai perkhidmatan telefon. Di kebanyakan negara sedang
membangun, perkhidmatan ini adalah di bawah piawai dunia dan model
telekomunikasi terkini tidak boleh didapati, kecuali di bandar besar dan pusat
perjumpaan komersil.
Menurut suruhanjaya, terdapat pelbagai sebab ketaksamaan, termasuk perbezaan
dari segi keupayaan ekonomi, keupayaan masa lalu dan keutamaan yang berbeza
yang diberikan kepada pelaburan dalam telekomunikasi antara kedua-dua

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  163

kumpulan. Di negara maju atau negara perindustrian, individu menikmati
penggunaan lebih satu telefon untuk dua orang. Semua perniagaan dan
kebanyakan isi rumah sudah pun „berada di jaringan telefon‰. Pelanggan
mengharapkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan apabila berlaku kesilapan,
pengurusan rangkaian dikritik hebat. Tambahan lagi, telekomunikasi benar-benar
merupakan sistem saraf pusat bagi masyarakat bermaklumat yang baru muncul.

Ketidakseimbangan tersebut perlu dihapuskan untuk memperoleh manfaat
daripada kepentingan sistem telekomunikasi:

Dengan peranan penting yang dimainkan oleh telekomunikasi bukan sahaja
dalam bidang-bidang yang jelas pentingnya seperti darurat, kesihatan dan
perkhidmatan sosial yang lain, pentadbiran dan perdagangan, bahkan juga
dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti
hidup, mewujudkan jaringan berkesan di seluruh dunia yang boleh
membawa manfaat yang amat besar. Pertambahan dalam trafik
antarabangsa akan menjana dana yang boleh ditumpukan kepada
penambahbaikan dan pembangunan perkhidmatan telekomunikasi. Aliran
perdagangan dan maklumat yang bertambah akan menyumbang kepada
hubungan antarabangsa yang lebih baik. Proses mengadakan jaringan
sedunia yang berkesan akan memberikan pasaran baharu untuk teknologi
tinggi dan industri lain⁄

AKTIVITI 9.2

Berdasarkan Suruhanjaya Maitland, terdapat perbezaan besar dalam
jurang digital antara negara perindustrian dengan negara sedang
membangun. Bagaimanakah keadaannya sekarang, setelah 20 tahun
laporan tersebut diterbitkan? Adakah anda fikir keadaan itu telah
berubah?

Baca laporan „Twenty Years of Measuring The Missing Link‰
daripada laman web ITU (http://www.itu.int/osg/spu/sfo/
missinglink/kelly-20-years.pdf) dan bincangkannya.

Sistem telekomunikasi kini dilihat sebagai komponen penting pembangunan. Ia
merupakan prasyarat untuk sebarang jenis pembangunan sosial atau ekonomi
dalam negara membangun atau pinggiran. Oleh itu, aktiviti pembangunan
telekomunikasi moden adalah penting, seperti berikut (www.itu.int):

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

164  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

(a)" Kerajaan, agensi pembangunan dan institusi kewangan perlu memberikan
keutamaan kepada pelaburan dalam sektor telekomunikasi;

(b)" Negara membangun perlu menyemak semula rancangan pembangunan
mereka untuk memastikan keutamaan yang mencukupi diberikan kepada
pelaburan dalam telekomunikasi;

(c)" Rangkaian yang sedia ada perlu menjadi lebih berkesan serta berdaya maju
dan secara beransur-ansur menjadi berdikari; dan

(d)" Kesemua projek atau aktiviti pembangunan yang ada komponen ekonomi
dan sosial perlu ada elemen telekomunikasi di dalamnya.

Kini, ICT sudah menjadi alat yang amat penting untuk pembangunan ekonomi
dan sosial. Malah, Internet kini dilihat sebagai teknologi utama untuk semua
keperluan. Oleh itu, akses kepada jalur lebar sepatutnya menjadi keperluan asas
sepertimana kuasa elektrik dan jalan raya pernah menjadi keutamaan
pembangunan satu masa dahulu. Mempunyai akses kepada Internet seharusnya
menjadi hak setiap warganegara.

9.1.3 Perubahan Peranan dan Jangkaan ITU

ITU berusaha meningkatkan peranannya dalam menghadapi persekitaran
baharu, khususnya dalam globalisasi dan perluasan ekonomi global, di samping
inovasi pesat dalam sektor ICT. Salah satu daripadanya ialah penswastaan
sistem dan perkhidmatan telekomunikasi.

Penswastaan kini mendominasi landskap telekomunikasi, yang menyaksikan
kemunculan pihak berkepentingan baharu yang tidak mempunyai hubungan
atau sedikit sahaja hubungan dengan kerajaan mereka sama ada dari segi hak
milik atau kuasa. Pihak berkepentingan dalam sektor swasta seperti Hewlett-
Packard, Microsoft, Intel dan IBM membekalkan kepakaran teknikal untuk
telekomunikasi wayarles dan teknologi satelit. Entiti sektor swasta dianggarkan
boleh memberikan lebih 90% perkhidmatan intelektual dan teknikal yang
menyokong syor dan piawai teknikal ITU (McPhail, 2005). ITU perlu menangani
situasi ini untuk mengekalkan peranan membuat keputusannya dalam aspek
teknikal pada peringkat dunia.

Pada tahun 2010, ITU World Telecommunication Development Conference
menjelaskan bahawa kehadiran serantau ITU sangat penting „dalam menyokong
dan menggalakkan pembangunan kelengkapan ICT yang bertambah baik di
negara anggota, terutama negara membangun dan lebih spesifik lagi negara
miskin‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  165

Negara membangun kini menikmati status mengundi di ITU dan tidak mahu
melihat ia dilemahkan dengan menambahkan hak mengundi sektor swasta.
Negara ini bimbang bahawa hak mengundi sektor swasta akan pergi ke
perbadanan multinasional yang berpangkalan di negara-negara maju seperti
Amerika, Eropah atau Jepun. Suara kecil daripada negara membangun akan
berkurangan sekiranya ITU memenuhi permintaan sektor swasta. Walau
bagaimanapun, sekiranya ITU gagal bertindak balas, banyak pemain utama ICT
akan memindahkan kepentingan, peranan dan nasihat mereka kepada
kumpulan serantau yang lain.

Pada masa yang sama, ITU menyedari bahawa reformasi diperlukan. Dalam
Pelan Strategik 2008 hingga 2011, dokumen perancangan utama ITU
memperakui peranan penting yang harus dimainkan mereka dalam konteks
ekonomi global yang lebih luas. Ia menyedari cabaran terhadap trend masa kini
ICT dan telekomunikasi serta berusaha memperbaiki kedudukannya dalam
perdebatan telekomunikasi antarabangsa. ITU berusaha menyelesaikan masalah
jurang digital dengan mengendalikan World Summit on the Information Society
(WSIS) sebagai sebuah forum global dengan janjinya untuk membina
Masyarakat Bermaklumat berorientasikan pembangunan berteraskan insan. Ini
diikuti dengan permulaan proses pengambilan stok WSIS pada tahun 2004.
Tujuannya adalah untuk mengadakan suatu daftar aktiviti yang dijalankan oleh
kerajaan, organisasi antarabangsa, sektor perniagaan, masyarakat sivil, dan entiti
lain, untuk mengetengahkan kemajuan yang telah dicapai semenjak peristiwa
sejarah berkenaan.

Dengan wujudnya telekomunikasi dan ICT sebagai pusat sistem saraf ekonomi
global, ITU boleh dianggap sebagai platform penting untuk masa depan
komunikasi global. Ia kini berusaha untuk mengekalkan kepimpinan globalnya
dalam organisasi antara kerajaan yang terkenal, di mana publik dan swasta
bekerja dengan cara yang tersusun dan adil.

9.2 INTERNATIONAL TELECOMMUNICATIONS
SATELLITE ORGANISATION (INTELSAT)

Kewujudan Intelsat boleh dianggap suatu mercu tanda dalam pengkomersilan
aktiviti angkasa. Ia ditubuhkan hasil resolusi Perhimpunan Agung PBB bahawa
„komunikasi menggunakan satelit seharusnya disediakan kepada negara di dunia
seberapa segera mungkin, pada tahap global dan tanpa diskriminasi‰ (Murphy,
2002).

Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh 11 negara peserta pada 20 Ogos
1964, ia membawa kepada pembentukan International Telecommunications
Satellite Consortium, sebuah badan antara kerajaan. Tujuannya ialah untuk reka

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

166  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

bentuk, pembangunan, pembinaan, penubuhan, operasi, dan penyelenggaraan
sistem satelit telekomunikasi komersil. Ia beroperasi sebagai pemborong yang
membekalkan perkhidmatan satelit kepada pengguna menerusi anggota Intelsat di
setiap negara.

Bermula dengan sebuah satelit selepas pelancaran Intelsat I pada tahun 1965,
sistem Intelsat telah menjadi rangkaian global menggunakan satelit yang banyak.
Pada Mac 2011, Intelsat mengendalikan sebanyak 52 satelit komunikasi dengan
ibu pejabat korporat mereka di Luxembourg, dan ia merupakan pembekal
perkhidmatan satelit terkemuka di seluruh dunia. Dengan tujuan untuk
membantu komuniti global, Intelsat adalah alat penting dalam beberapa
organisasi antarabangsa, seperti Palang Merah dan World Vision yang
meneruskan perkhidmatan mereka untuk kebaikan kemanusiaan di seluruh
dunia.

Organisasi ini dikawal dan dimiliki 144 buah negara anggota untuk menyebarkan
maklumat dan program hiburan untuk kebanyakan rumah media
antarabangsanya dan juga syarikat miliknya, Pembekal Perkhidmatan Internet,
dan badan kerajaan. Unit pusat Intelsat memberikan suapan kepada jaringan
satelit tetap dunia, teleport dan jaringan infrastruktur fiber. Oleh itu, pusat nadi
Intelsat membekalkan sokongan dan kekuatan yang diperlukan untuk
komunikasi nasional, serantau dan global.

9.2.1 Sejarah Intelsat

Pada pertengahan tahun 1960-an, Intelsat melancarkan satelit – disebabkan oleh
keupayaan satelit komunikasi yang terbukti – untuk memperoleh maklumat
dalam empat bidang:

(a)" Lebihan hujan yang diperlukan di stesen bumi;

(b)" Reaksi pengguna telefon terhadap kelewatan pemancaran;

(c)" Operasi jangka panjang stesen yang menjaga injap kawalan; dan

(d)" Kebolehgunaan satelit komunikasi untuk kegunaan telefon komersil.

Early Bird (juga dikenali sebagai Intelsat I) digunakan untuk perkhidmatan
komersil biasa pada tahun 1965, dan kemudiannya dikontrakkan untuk
pengeluaran dan pelancaran beberapa buah satelit.

Menjelang tahun 1969, ia memberikan liputan televisyen global mengenai
pendaratan di bulan kepada khalayak yang dianggarkan melebihi 500 juta
penonton. Pada tahun 1978, Intelsat menghubungkan lebih 1 bilion penonton TV
di 42 buah negara ke pertandingan bola sepak Piala Dunia. Menjelang tahun

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  167

1997, ia telah mewujudkan tiga pusat sokongan serantau – Rim Pasifik, Tenggara
Asia, dan Eropah – untuk menambahkan kesedaran pasaran dan
mengembangkan perniagaan telekomunikasi selanjutnya. Pada tahun 2000,
berbilion orang menonton siaran Sukan Olimpik Sydney melalui 10 satelitnya
(McPhail, 2011).

Intelsat beroperasi sebagai koperasi kewangan. Hak miliknya dikongsi bersama
dengan semua penandatangan yang direka oleh anggotanya, yang menyumbang
kepada keperluan modal organisasi mengikut kadar saham pelaburan mereka.
Ahli mungkin kerajaan atau „entiti komunikasi, awam atau swasta‰ seperti
COMSAT, yang dimiliki oleh Amerika. Dari awal lagi, Amerika merupakan
peserta utama dan negara pusat terkemuka dalam ITU.

Walau apa pun kejayaan Intelsat, persaingan dalam bidang komunikasi satelit
telah bertambah, dan adalah nyata bahawa untuk Intelsat terus hidup dalam
pasaran global ia perlu beroperasi dengan lebih fleksibel. Pada masa yang sama,
para pesaingnya mengkritik statusnya sebagai sebuah organisasi antarabangsa
yang memberikannya imuniti daripada sebarang undang-undang anti-pakatan
dan peraturan cukai. Oleh yang demikian, sebagai salah satu kesan langsung
sokongan ramai dan promosi PanAmSat, operator satelit Amerika, Kongres
Amerika meluluskan Akta Open Market Reorganisation for Betterment of
International Telecommunications untuk memperbadankannya.

Hampir 37 tahun selepas pengoperasiannya sebagai entiti antara kerajaan, pada
18 Julai 2001, Intelsat menjadi badan perniagaan swasta yang dikenali sebagai
Intelsat Ltd. Ia mula melabur dalam infrastruktur satelit bumi dan satelit
berorientasikan media serta membekalkan penyelesaian hujung ke hujung
menerusi rangkaian teleport, sewaan fiber, dan poin kehadirannya di sekitar
dunia. Pada tahun 2005, Intelsat diperoleh satu kumpulan pelabur swasta,
sebelum selesai urusan penggabungannya dengan Perbadanan PanAmSat
Holding pada Julai 2006.

9.2.2 Persaingan Intelsat

Walaupun Intelsat dapat dianggap sebagai pemimpin dalam telekomunikasi
global, namun ia terpaksa menghadapi persaingan untuk kekal hingga ke hari
ini. Salah satu daripada cabaran tersebut ialah revolusi teknologi fiber optik
yang mengatasi teknologi satelit dalam dua aspek: kejelasan dan keselamatan
isyarat yang dipancarkan. Panggilan telefon fiber optik tidak ada kelewatan
setengah saat yang berlaku dalam panggilan satelit GSO, dan telefon fiber optik
langsung tiada herotan (distortion). Di samping itu, isyarat yang dihantar
melalui talian fiber optik hampir tidak mungkin dapat dipintasi. Persaingan ini
dijelaskan oleh Ketua Pengarah Intelsat sebagai berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

168  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

Keupayaan fiber-optik global telah berganda setiap tahun dalam masa lima
tahun yang lalu. Dalam masa lima tahun akan datang, ia dijangkakan
berganda lagi⁄ Akibat pertumbuhan keupayaan fiber optik, migrasi
daripada satelit ke fiber di laluan berdensiti tinggi telah banyak
mengurangkan pertumbuhan Intelsat dalam perkhidmatan telefoni.
Sesetengah konsumer yang berpindah ke kabel fiber optik adalah ahli-ahli
dalam kumpulan pelanggan Intelsat yang rapat (yakni penandatangan)
yang selalunya pelabur dan pemaju rangkaian kabel.

(Bender, 1998)

Terdapat beberapa syarikat yang kini memberikan perkhidmatan telekomunikasi
yang tertumpu satelit atau satellite centric dan bersaing terus dengan Intelsat
untuk pengguna yang tinggi jumlah (high-volume) dan perniagaan
telekomunikasi merentasi lautan. Persaingan daripada pelancar satelit bebas juga
mengancam ekonomi Intelsat sebagai organisasi satelit yang mengendalikan dua
pertiga dari semua trafik telefon antarabangsa (Bender, 1998).

Menurut McPhail (2011), kedua-dua kumpulan yang bersaing ini mengendalikan
laluan yang memberi banyak keuntungan. Mereka tidak berkhidmat kepada
negara tidak membangun, kawasan kurang penduduk, atau laluan rendah
keuntungan yang tidak terdapat minat yang tinggi untuk memeperoleh
komunikasi berkemampuan tinggi atau komunikasi digital berkelajuan tinggi.
Walau bagaimanapun, Intelsat adalah pembekal talian hayat untuk akses
universal bagi perkhidmatan satelit; dan operator satelit ini mempunyai peluang
yang besar untuk mendominasi pasaran Amerika Utara dan menjadi pencabar
kuat dalam persekitaran global setelah bergabung dengan PanAmSat kelak.

Keupayaan satelit Intelsat membekalkan komunikasi penting untuk aplikasi
kritikal yang meluaskan kehadiran pendidikan dan kesihatan bagi organisasi
tertentu seperti ChildrenÊs National Medical Center dan Mindset Network.
Sebagai pemimpin dalam industri satelit, organisasi ini menyokong usaha
kemanusiaan, pendidikan, inisiatif kualiti hidup dan organisasi yang membantu
kehidupan menerusi kesukarelaan, bantuan dari segi barangan, dan pemberian
hadiah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  169

AKTIVITI 9.3

Selain Intelsat, terdapat beberapa pembekal satelit lain seperti
tersenarai di bawah ini. Bersama-sama dengan rakan sekursus anda,
dapatkan maklumat mengenai pembekal satelit ini:
(a)" Eutelsat;
(b)" Immarsat;
(c)" Intersputnik; dan
(d)" SES S.A.

9.3 WORLD TRADE ORGANISATION (WTO)

World Trade Organisation (WTO) boleh dikesan dari awal penubuhan organisasi
tersebut yang membentuk General Agreement on Tariffs and Trade (GATT),
yang diwujudkan oleh negara perindustrian pada tahun 1947. Tujuan WTO ialah
mewujudkan prosedur antarabangsa bagi menggalakkan perdagangan bebas
dengan membataskan jumlah tarif dan bantuan kerajaan. GATT ialah perjanjian
multilateral di mana beberapa buah negara telah berjanji menurunkan tarif
supaya dapat memudahkan pertumbuhan perdagangan dan ekonomi global.

WTO bermula secara rasmi dan bergerak sesudah GATT pada Januari 1995 di
bawah Perjanjian Marrakech. Sebagai organisasi antarabangsa global yang
berurusan menangani peraturan perdagangan antara negara, ia ditubuhkan
untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan
prosedur untuk merasmikan perjanjian perdagangan dan memberikan kerangka
untuk menyelesaikan perselisihan faham antara negara. Dengan 155 negara
anggota, dan 117 daripadanya adalah daripada negara sedang membangun,
aktiviti WTO ditadbirkan oleh Sekretariat yang dibantu oleh 700 kakitangan
yang berpangkalan di Geneva, Switzerland di bawah pengurusan Ketua
Pengarah WTO.

Peranan dan pengaruh WTO menjadi lebih penting dengan bertambahnya
perdagangan global, termasuk berlakunya beberapa penggabungan dan
pengambilalihan antarabangsa dalam sektor komunikasi. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kontroversi dalam peranan yang dimainkan oleh WTO.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

170  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

9.3.1 Perdagangan lawan Budaya

Perluasan kawalan WTO ke atas perkhidmatan audiovisual dan hak intelek
dalam Rundingan Uruguay merupakan satu perkara yang membimbangkan
negara anggota. Suatu perkara yang dipertikaikan ialah soal hubung kait antara
tanggapan industri dan budaya.

Gerakan ke arah liberalisasi komersil menjadi sesuatu yang menguntungkan
industri yang besar dan telah lama wujud. Namun ada industri budaya
terutamanya industri perfileman yang masih baru di kebanyakan negara. Usaha
liberalisasi dalam WTO telah menimbulkan beberapa kepentingan bukan
komersil. Ini telah menimbulkan perbahasan yang menampakkan wujudnya
elemen dikotomi:

.... liberalisasi yang dipromosikan melalui rundingan WTO mengikut
prinsip bukan-diskriminasi, yang dinyatakan terutama oleh peraturan
layanan nasional (bukan-diskriminasi antara produk kebangsaan dan
produk asing yang sama) dan layanan kepada negara yang paling digemari
(bukan diskriminasi antara ahli negara asing).

Sebaliknya, memandangkan sesetengah negara mempunyai industri budaya
yang lebih berkuasa berbanding negara lain, beberapa pandangan boleh
dikemukakan bahawa dalam pasaran terbuka sektor budaya boleh
membawa kepada piawaian budaya sekiranya negara-negara ahli tidak
mahu menerima pakai dan mengekalkan dasar budaya untuk mengekalkan
ungkapan budaya mereka.

(Hanania, t.t)

Walau bagaimanapun, Amerika masih tetap dengan pendiriannya bahawa
produk media seperti filem, buku dan majalah diambil kira sebagai pengeluaran
produknya yang lain, yakni bukan produk budaya. Ini bertentangan dengan
kepentingan beberapa buah negara yang memandang produk budaya ini sebagai
paksi kepada sejarah mereka, jati diri nasional, bahasa dan budaya. Oleh yang
demikian, beberapa pihak telah mengancam untuk keluar daripada rundingan
GATT kerana ingin menegakkan hak mereka iaitu dengan mengecualikan
industri budaya dan produk dalam rundingan berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  171

AKTIVITI 9.4

Dengan evolusi dan kewujudan teknologi dalam pasaran
audiovisual, sukar untuk membezakan dengan jelas antara barangan
budaya dan perkhidmatan budaya.
1." Bagaimanakah dengan pemancaran program televisyen atau

jualan perkhidmatan audiovisual melalui Internet? Apa
pandangan anda?
2." Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk membezakan
antara barangan dengan produk budaya?
3." Patutkah semua produk perdagangan dianggap sama dan
boleh masuk ke pasaran lain atas nama perdagangan bebas?

9.3.2 WTO dan Hak Perlindungan Harta Intelek

Terdapat juga kritikan kerana memasukkan beberapa aspek perlindungan harta
intelek dalam Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property
Rights (TRIPS) di piagam WTO. TRIPS WTO, yang dimasukkan dalam
rundingan Uruguay antara tahun 1986 hingga 1994, telah memperkenalkan hak
harta intelek dalam perdagangan multilateral antara negara buat pertama
kalinya. Pengenalan tersebut diusahakan untuk merapatkan jurang dalam hal
berkait dengan hak intelek dari seluruh dunia, lantas meletakkannya di bawah
suatu badan yang mentadbir. Ia memastikan tahap asas perlindungan setiap
kerajaan harus perhatikan dalam memberikan hak perlindungan harta intelek
dalam kalangan anggota WTO.

Sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang dikehendaki kini, terutama
dengan perluasan perbadanan komunikasi global; keupayaan memberikan
anugerah dan menentukan hak milik karya kreatif sedang menjadi bermasalah.
Walau bagaimanapun, seorang profesor ekonomi dan undang-undang di
Colombia University, Jagdish Bhagwati, menegaskan bahawa hak perlindungan
harta intelek bukan milik WTO, kerana melindunginya hanya melibatkan
pengumpulan royalti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

172  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

9.4 ORGANISATION FOR ECONOMIC CO-
OPERATION AND DEVELOPMENT (OECD)

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bertujuan
mempromosikan prinsip yang akan memperbaiki status ekonomi manusia di
seluruh dunia. Bersama-sama dengan kerajaan negara anggota, OECD bertujuan
mempamerkan nasib penerbit budaya dan membangkitkan kesedaran supaya
membawa perubahan kepada situasi ekonomi, sosial dan persekitaran mereka.
Maka, OECD memulakan polisi tersebut untuk membawa perubahan kepada
sesuatu yang lebih baik.

OECD berasal daripada Organisation for European Economic Cooperation
(OEEC) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua, dengan keazaman untuk
menjauhkan diri daripada kesilapan yang dilakukan semasa Perang Dunia
Pertama. Para pemimpin Eropah menyedari bahawa cara terbaik untuk
memastikan wujudnya keamanan adalah untuk menggalakkan kerjasama dan
pembinaan semula, bukan menghukum yang kalah. OECD dibentuk oleh 20
buah negara di Eropah dan Amerika Utara pada 30 September 1961 selepas
anggota OEEC menandatangani Konvensyen baharu OECD.

Sebagai sebuah organisasi perdagangan antarabangsa yang beribu pejabat di
Paris, kini OECD mempunyai 34 negara anggota di seluruh dunia dan bertujuan
merangsangkan kemajuan ekonomi dan perdagangan dunia. Kebanyakan
anggota OECD dianggap sebagai negara maju dan mempunyai indeks
pembangunan manusia. Ia mempunyai hubungan dengan 70 negara lain dan
beberapa buah NGO.

OECD telah dituduh memihak kepada negara kaya. Ia juga dikritik kerana draf
Multilateral Agreement on Investment dilihat sebagai mengancam kualiti
perlindungan hak asasi manusia, buruh dan persekitaran.

Penerbitan OECD adalah wahana utama untuk menyebarkan penerbitan
penyelidikannya. OECD memberikan laporan cetak dan digital, ringkasan
keseluruhan tahunan, dan analisis statistik perbandingan. Contohnya adalah
OECD Economic Outlook, OECD Factbook, OECD Economic Surveys dan Going
for Growth. Hasil penerbitan lain memfokus kepada impak perdagangan global,
termasuk teknologi media dari video ke Internet. Ia juga memberikan data
mengenai pelbagai topik berkait dengan media massa seperti yang ditunjukkan
berikut (McPhail, 2011):

(a)" Penggabungan media;

(b)" Pendekatan baharu sosial dan ekonomi kepada dunia multimedia;

(c)" Implikasi penumpuan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  173

(d)" Infrastruktur maklumat global;
(e)" Persaingan dan perundangan dalam penyiaran;
(f)" Undang-undang dan polisi persaingan; dan
(g)" Perundangan telekomunikasi: Struktur institusi dan tanggungjawab.

Selain penerbitan antara 300 hingga 500 buah buku setiap tahun yang
kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis, OECD juga
mengeluarkan buku OECD Communication Outlook dan OECD Information
Technology Outlook dua tahun sekali. Penerbitan tersebut mengandungi laporan
status, ramalan dan analisis perbandingan antara negara.

Bagi organisasi ini, teknologi komunikasi dianggap salah satu faktor kritikal
dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Ia memberikan asas keterhubungan
untuk pelbagai aplikasi inovatif dalam bidang seperti tenaga bestari,
perkhidmatan kesihatan elektronik dan kerajaan elektronik. Satu faktor utama
dalam memastikan perkhidmatan disediakan untuk pelanggan dan perniagaan
pada harga yang tidak mahal ialah menggalakkan persaingan dan inovasi.
Berdasarkan OECD Communications Outlook 2011, negara OECD mempunyai
rekod yang kukuh dalam pasaran telekomunikasi yang liberal, kerana kerangka
perundangan telah mencapai suatu tahap yang matang. Walau bagaimanapun,
inisiatif seharusnya dilengkapkan untuk menggunakan infrastruktur komunikasi
dan mencapai persaingan yang berkesan yang boleh menambahkan pelanggan
dan perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan komunikasi, mencipta
model perniagaan baharu dan mengintegrasikannya dalam kehidupan mereka.

AKTIVITI 9.5

Cuba dapatkan OECD Communications Outlook 2011 daripada laman
web rasmi OECD dan baca mengenai saiz pasaran telekomunikasi,
pembangunan rangkaian dan infrastruktur Internet. Kemudian jawab
soalan-soalan berikut:
(a)" Bandingkan data dan penemuan dalam konteks Malaysia.
(b)" Apakah pandangan anda mengenai perkembangan ICT Malaysia

berasaskan perbandingan yang telah anda lakukan?
(c)" Pada pandangan anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk

mewujudkan persaingan dan inovasi dalam sektor ini?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

174  TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL

• ITU adalah sebuah agensi UN dengan 144 negara anggota yang memainkan
peranan sebagai platform untuk pameran dan forum sedunia dalam
membawa bersama perwakilan kerajaan dan industri telekomunikasi serta
ICT untuk pertukaran idea, ilmu pengetahuan dan teknologi.

• ITU kadangkala menjadi medan perang antara negara pusat dan pinggiran,
terutama mengenai Order Baru Maklumat dan Komunikasi Dunia [New
World Information and Communication Order (NWICO)].

• Intelsat boleh dianggap sebagai mercu tanda perdagangan aktiviti ruang
angkasa. Organisasi ini mengedarkan data, maklumat dan laporan mengenai
industri hiburan entiti media dan jaringan terkemuka, perbadanan
multinasional, Pembekal Perkhidmatan Internet dan agensi kerajaan.

• Peranan WTO lebih penting dengan meningkatnya perdagangan global,
termasuk dalam sektor komunikasi.

• OECD menggunakan kekayaan maklumatnya mengenai pelbagai tajuk yang
luas untuk membantu memastikan implikasi pembangunan ekonomi dan
sosial diambil kira dalam persekitaran. Penerbitan OECD adalah wahana
utama untuk menyebarkan output penyelidikannya.

Liberalisasi Penswastaan
Negara perindustrian Produk budaya
Negara sedang membangun Ungkapan budaya
NWICO WSIS

Bender, R. (1998). Launching and operating satellites: legal issues. US: Wolters
Kluwer. [Part IV: Competition on satellite Operation]

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 SISTEM TELEKOMUNIKASI GLOBAL  175
Hanania, L, R. ( t.t.). The international commercial rules on the exchange of cultural

goods and services. Dicapai dari http://b2bcdn.timeinc.com/tw/
ourcompany/TWX_AR_2011.pdf.
ITU: Committed to connecting the world. (t.t.). Dicapai dari www.itu.int/
osg/spu/sfo/missinglink/kelly-20-years.pdf.
McPhail, T. L. (2005, 2011). Global communication: Theories, stakeholders, and
trends. New York, NY: Blackwell. [Chapter 6: Global Technologies and
Organizations].
Murphy, S. D. (2002). United States practice in international law: 1999–2001.
Cambridge: Cambridge University Press. [Chapter VII: International Oceans,
Environment, health and Aviation Law]
OECD official website. ((t.t. ) Dicapai dari http://www.oecd.org.
WTO official website. ( (t.t.) Dicapai dari http://www.wto.org.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Internet: Suatu

10 Wilayah
Baharu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perubahan komunikasi dalam era Internet;
2. Menjelaskan perkembangan Internet sebagai media massa yang

baharu;
3. Mengenal pasti fenomena Internet dalam kalangan Netizen; dan
4. Menganalisis impak Internet terhadap industri media dan

komunikasi.

" PENGENALAN

Topik terakhir ini akan tertumpu kepada Internet dan penggunaannya dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi. Anda akan didedahkan kepada sejarah
media baharu ini dan impaknya terhadap industri media dan komunikasi.

Kemunculan Internet telah mengubah wajah komunikasi massa. Teknologi
media baharu ini menyebarkan pelbagai maklumat dan mencipta suatu
persekitaran realiti maya.

Internet menghidangkan pelbagai jenis kandungan, dari berita kepada hiburan
dan dari maklumat umum kepada yang amat peribadi. Internet dianggap
sebagai tulang belakang kepada komunikasi pengantara masa kini (Chafee &
Metzger, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  177

AKTIVITI 10.1

Pergi ke www.netaddiction.com dan ambil Ujian Ketagihan Internet
[Internet Addiction Test (IAT)] yang diberi dalam Ujian Kendiri di
bawah Recovery Resources. Apakah skor anda? Adakah anda
ketagih kepada Internet?

10.1 WORLD WIDE WEB

Perkembangan World Wide Web (WWW), yang lebih dikenali sebagai Web,
telah membawa kepada ledakan Internet. Daripada alat yang sukar digunakan
oleh para akademik dan juruteknik, Internet telah berubah menjadi alat paling
mudah untuk mencari dan berkongsi pelbagai jenis maklumat.

Sebelum Web, Internet hanya merupakan jaringan komputer yang dihubungkan
antara satu sama lain dengan begitu banyak sekali. Ia begitu berorientasikan
teks, hitam putih dan bebas imej. Ia lebih digunakan oleh perbadanan besar dan
institut penyelidikan untuk berkongsi maklumat. Dengan memperkenalkan
Web, berjuta-juta pengguna Internet telah menjadikannya satu repositori
maklumat.

Kettel (2002) menyatakan bahawa:

Web ibarat sebuah ensiklopedia, satu koleksi rakaman, satu kedai video dan
sudut pidato, semua dalam satu dan boleh diakses menerusi sebarang
komputer.

Menurut Christian (2000):

Ia juga boleh dilihat seperti sebuah perpustakaan, bukan diisi dengan buku
tetapi dengan helaian-helaian laman Web.

Pada asalnya Web hanya merupakan satu cara berkomunikasi antara ahli sains.
Ia direka bentuk sebagai satu projek saintifik oleh Tim Berners-Lee di European
Organisation for Nuclear Research (CERN) di Switzerland. Sejarah Web bermula
apabila Berners-Lee membina sebuah sistem untuk menyusun, menghubung dan
meneroka dunia maya dalam komputer pada tahun 1989.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

178  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

Dari tahun 1991 hingga tahun 1993, Berners-Lee terus mengubah Web menjadi
entiti yang amat berfungsi. Beliau mula membuat perancangan untuk laman
Web dan menyelaraskan syor pengguna mengenai internet. Pada tahun 1992,
organisasi penyelidikan di Netherlands, Jerman dan Amerika menjadi begitu
komited kepada Web.

Perkataan „Internet‰ dan „World Wide Web‰ telah digunakan setiap hari seolah-
olah tiada perbezaan langsung walaupun kedua-duanya tidak sama. Internet
ialah sebuah sistem jaringan komputer yang dihubungkan sementara Web ialah
salah satu perkhidmatan dalam Internet. Jadual 10.1 memberikan pelbagai
takrifan Web.

Jadual 10.1: Beberapa Takrifan Web

Pawan Lingras dan ... satu „infrastruktur perisian‰ yang terdiri daripada beberapa
Porter Scobey (2012) piawai komunikasi untuk mendapatkan akses kepada

maklumat, dan bertukar maklumat melalui Internet.

Gavin Hoole dan ... ialah sebahagian Internet di mana seseorang boleh
Cheryl Smith (2007) mengakses berjuta-juta fail yang ada dalam hampir semua
komputer yang dihubungkan seluruh dunia menerusi Internet –
teks, fotograf dan imej lain, serta fail bunyi dan video.

Gary B. Shelly dan ⁄ ialah sebahagian daripada Internet yang menyokong
Denise M. Woods multimedia dan terdiri daripada koleksi dokumen yang
(2008) terhubung.

Ia dipanggil Web sebab setiap lamannya boleh dipautkan untuk membolehkan
pembaca membaca daripada satu halaman ke halaman lain. Web boleh
dianggap sebagai medium untuk mencetak sebarang maklumat dalam Internet.
Christian (2000) membezakan Web dengan media percetakan yang lain dengan
menyatakan bahawa ia adalah salah satu daripada berikut:

(a)" Sistem multimedia;

(b)" Sistem hiperteks;

(c)" Sistem akses awam;

(d)" Sistem pencarian;

(e)" Sistem pengagihan; dan

(f)" Sistem dinamik.

Pertumbuhan Web yang pesat adalah hasil kemajuan yang begitu banyak
tercapai dalam teknologi Web. Web digunakan dengan meluas kini untuk
menyebarkan maklumat dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  179

tujuan pemasaran. Banyak syarikat yang telah membangunkan laman web
mereka sendiri untuk bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitif.

10.2 SEJARAH INTERNET

Sejarah Internet dapat dikesan dari tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Rajah 10.1
menunjukkan garis masa ringkas yang menunjukkan beberapa perkembangan
masa lalu yang telah membentuk wajah Internet pada hari ini.
Berdasarkan garis masa tersebut, nyatalah bahawa teknologi Internet sentiasa
mengalami pertumbuhan dan berubah pada setiap masa. Pada tahun 2000,
pertumbuhan tersebut tidak dapat lagi dibendung kerana penggunaannya yang
tinggi. Sebagai contoh, Yahoo.com telah menjangkau 55 juta pengunjung,
sementara Google.com dan MSN.com masing-masing menjangkau 35 juta dan
25 juta pelawat. Blog menjadi suatu trend pada tahun 2002. Ia juga
memperlihatkan kelahiran Friendster, laman jaringan sosial yang popular satu
masa dahulu. Kemudian kita lihat kemunculan media sosial lain seperti
Facebook, MySpace, Wikipedia, Second Life, Flickr, YouTube dan Twitter.
Tambahan pula, Internet telah dapat digunakan dalam telefon pintar.
Kelahiran Internet telah memudahkan proses komunikasi dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, hiburan, dan perniagaan untuk memberi atau mendapatkan
maklumat. Tanpa menghiraukan jarak, masa dan tempat, maklumat boleh
disebarkan kepada khalayak secara lebih meluas dengan segera.

AKTIVITI 10.2

Dalam cara tertentu, Internet menyerupai media massa tradisional
yang menghantar mesej dari satu poin pemancaran pusat. Namun ia
lebih daripada itu. Bincangkan dengan rakan-rakan sekursus anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

180  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

Rajah 10.1: Timeline Internet
Sumber: www.courses.psu.edu

10.3 IMPAK INTERNET

Semenjak kewujudannya, Internet telah digunakan dengan begitu meluas dalam
kehidupan kita sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pekerjaan
dalam pelbagai bidang. Ia tidak boleh tidak, perlu ada dalam banyak aspek
kehidupan, daripada pendidikan kepada politik, daripada individu kepada
masyarakat global kerana ia telah menjadi platform komunikasi global dan suatu
fenomena semenjak tahun 1990-an.
Internet telah mengecilkan dunia ini kerana ia membolehkan manusia dari
mana-mana tempat di dunia untuk berkomunikasi dengan manusia di negara
lain pada masa yang sama. Ia juga membantu hubungan antara perseorangan
kerana keupayaannya menghubung melalui pelbagai kaedah seperti e-mel, mesej
segera, chat dan papan mesej, tanpa mengira jarak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  181

Media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan LinkedIn dianggap sebagai
alat jaringan yang berkesan kerana ia membantu menghubungkan semula orang
ramai dengan rakan yang telah lama tidak dihubungi dan tidak pernah bercakap
semenjak bertahun-tahun lamanya atau untuk membina jaringan hubungan bagi
tujuan perniagaan dengan mudah. Selain itu, individu boleh mengemas kini
senarai rakan dan anggota keluarga dengan apa yang sedang berlaku dalam
kehidupan tanpa perlu menghubungi mereka secara individu.

Internet boleh dianggap sebagai media yang telah diglobalkan. Ia memberikan
akses kepada ruang siber dan membolehkan orang ramai meluahkan kata tanpa
batas. Kerbs (2001) menyenaraikan dua perbezaan utama antara media lain
dengan Internet:

(a)" Dengan Internet, semua orang yang ada modem, komputer dan talian
telefon boleh dihubungkan dan boleh menerima serta mengeluarkan
maklumat; dan

(b)" Internet bukan sahaja mengubah pengedaran imej tetapi juga dokumen
bercetak.

Menurut McPhail (2010), editor berita, pundit dan ahli politik tidak boleh lagi
bertindak sebagai pengampang yang mengawal, menyemak, memutar belit, atau
membataskan maklumat dalam berita. Dengan kemunculan media sosial, kini
terdapat ledakan kandungan yang dijana oleh pengguna. Internet sentiasa
dibekalkan kandungan peribadi yang baharu menerusi laman Web, blog dan
forum atas talian yang membolehkan semua orang memperoleh maklumat
dengan lebih segera dan percuma. Oleh yang demikian, masyarakat global lebih
bermaklumat. Mereka kini menjadi juri awam, dibekalkan dengan maklumat
mengenai isu politik yang besar dan isu lain.

Media baharu ini digunakan sebagai alat politik oleh kumpulan politik untuk
mendapatkan sokongan publik atau untuk menjayakan misi mereka. Ini telah
membawa kepada peningkatan aktivisme Internet seperti yang ditunjukkan
dalam Arab Spring. Impaknya dapat dilihat di Mesir, Libya, Tunisia dan
beberapa bahagian dunia Arab di mana Facebook dan Twitter digunakan sebagai
alat dalam demokrasi moden untuk menyuarakan pandangan mengenai isu
yang berbangkit dan menyatupadukan komuniti. Contohnya, kerajaan Myanmar
menerima tekanan bukan sahaja daripada komuniti antarabangsa tetapi juga
daripada rakyatnya sendiri.

Walaupun pendedahan dokumen peribadi, rahsia dan sulit seperti dokumen
Wikileaks itu sesuatu yang amat mengejutkan, ia merupakan contoh kebebasan
siber dan proses pendemokrasian. Walau bagaimanapun, ia juga menunjukkan
bahawa Internet tiada privacy. Semuanya terbuka luas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

182  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

AKTIVITI 10.3

Istilah „siber demokrasi‰ dan „masyarakat siber‰ yang wujud dalam
budaya media perindustrian Barat boleh dianggap sebagai mitos
Internet.
1." Huraikan maksud kedua-dua istilah.
2." Pada pandangan anda, sejauh manakah situasi sedemikian

memanfaatkan masyarakat global?

10.4 ISU INTERNET DAN TELEVISYEN GLOBAL

Dengan Internet, banyak perkara boleh dilakukan. Kita tidak lagi bergantung
hanya pada peti televisyen untuk menghiburkan diri. Kita boleh mengakses
program hiburan melalui Internet. YouTube, umpamanya, menawarkan berjuta-
juta pilihan kepada pengguna Internet, daripada video klip amatur kepada apa
juga program televisyen yang telah disiarkan di saluran televisyen tempatan di
seluruh dunia.

Kita mempunyai pilihan untuk menonton video secara langsung daripada
Internet. Walau bagaimanapun, ini boleh menimbulkan masalah terutama dari
segi hak cipta kerana pemegang hak cipta mungkin tidak menyedari bahawa
produk mereka telah disebarluaskan tanpa kebenaran. Undang-undang hak cipta
memberikan hak moral dan ekonomi kepada pengeluar atau penerbit untuk
karya mereka. Undang-undang melarang mana-mana pihak daripada menyalin,
mengeluar atau menyebarkan hasil kerja pihak lain untuk tujuan komersil.

Pertemuan televisyen dan Internet telah membawa kepada kelahiran televisyen
global. Terdapat perbahasan bahawa laman Internet telah melanggar undang-
undang hak cipta dan melanggar peraturan tanda niaga (trademark). Sebagai
contoh, Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL) Amerika yang berpangkalan di
Amerika telah mengambil tindakan undang-undang kerana pengguna Internet
menonton perlawanan NFL menerusi ulang siaran stesen televisyen di laman
Internet iCraveTV (McPhail, 2010).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  183

10.5 INTERNET DAN FILEM HOLLYWOOD

Internet juga dilihat sebagai suatu ancaman kepada pasaran hiburan, termasuk
produk Hollywood. Walaupun Hollywood biasanya akan memasar dan
mengedarkan produknya di seluruh dunia, kini amat sukar untuknya
menghalang atau menyembunyikan produk Hollywood daripada orang awam
sebelum pelancaran atau pembukaannya di panggung wayang.

Umumnya, studio utama Hollywood akan mengeluarkan filem mereka di
Amerika terlebih dahulu dan kemudian ke negara lain di dunia, ke negara Barat
kemudian barulah kepada khalayak di negara-negara selatan. Pengedarannya
mengambil masa berbulan-bulan dan mungkin setahun untuk ditonton oleh
khalayak di negara kecil seperti di Eropah Timur.

Dengan wujudnya teknologi media baharu, pasaran hiburan global boleh
mendapatkan maklumat dengan cepat mengenai filem Hollywood yang baharu
sahaja dikeluarkan melalui laman web. Dengan menggunakan beberapa kaedah
seperti FTP, e-mel dan P2P, banyak video boleh dicari dan dimuat turun di
Amerika. Sesetengah pengguna boleh membeli filem melalui kedai dalam talian
atau perniagaan e-dagang yang fokus kepada peredaran filem, terutama
teknologi cakera DVD. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk industri
filem mengkaji semula polisi pengedaran globalnya disebabkan oleh Internet.

10.6 PENGGUNA INTERNET

Bilangan pengguna Internet telah bertambah setiap tahun. Data daripada
Internet World Stat menunjukkan terdapat 16 juta pengguna pada tahun 1996
tetapi angka ini melonjak ke 360 juta pada akhir tahun 2000. Menjelang tahun
2011, bilangan pengguna Internet di dunia telah menjangkau 1,349 juta. China
merakamkan jumlah tertinggi pengguna Internet pada tiga bulan pertama 2012
dengan 513,100,000 pengguna (lihat Jadual 10.2). Mengikut rantau, 44.8%
pengguna Internet di dunia adalah di Asia, diikuti dengan Eropah (22.1%) dan
Amerika Utara (12%).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

184  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

Jadual 10.2: Pengguna Internet Tertinggi di Sepuluh Negara pada Tahun 2011

# Negara atau Populasi, 2011 Pengguna Pengguna Penetrasi %
Rantau (Anggaran) Internet Tahun Internet Data (% Penduduk) Pengguna

1. China 2000 Terkini Dunia
2. Amerika
3. India 1,336,718,015 22,500,000 513,100,000 38.4% 22.5%
4. Jepun
5. Brazil 313,232,044 95,354,000 245,203,319 78.3% 10.8%
6. Jerman
7. Rusia 1,189,172,906 5,000,000 121,000,000 10.2% 5.3%
8. Indonesia
9. United 126,475,664 47,080,000 101,228,736 80.0% 4.4%

Kingdom 194,037,075 5,000,000 81,798,000 42.2% 3.6%
10. Perancis
81,471,834 24,000,000 67,364,898 82.7% 3.0%

138,739,892 3,100,000 61,472,011 44.3% 2.7%

245,613,043 2,000,000 55,000,000 22.4% 2.4%

62,698,362 15,400,000 52,731,209 84.1% 2.3%

65,102,719 8,500,000 50,290,226 77.2% 2.2%

Sumber: Internet World Stat

Penggunaan Internet menunjukkan trend menaik secara signifikan dan
menunjukkan bahawa media baharu ini semakin banyak digunakan. Malah, ia
telah menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang. Di samping menjadi
sumber rujukan atau „perpustakaan‰ untuk semua bentuk maklumat dan ilmu
pengetahuan, media ini ialah alat untuk komunikasi berkesan. Internet adalah
suatu dimensi baharu komunikasi yang telah mengubah cara orang
berkomunikasi (St Amant & Zemliansky, 2004; Anja, 2004).

Daripada mel elektronik (e-mel) ke papan buletin, Internet Relay Chat, domain
pelbagai guna dan Web, Internet telah menjadi alat komunikasi popular dalam
kalangan kita. Dengan teknologi ini, komunikasi dengan keluarga, rakan, rakan
kongsi perniagaan, organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau individu
boleh dilakukan dengan mudah tanpa dibataskan oleh jarak, kawasan atau masa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version