The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABCG4103 Komunikasi Global

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by burhanuddin, 2021-03-23 21:36:32

Dakwah Islam 2

ABCG4103 Komunikasi Global

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  185

AKTIVITI 10.4

Internet di Malaysia dilihat sebagai satu perantara maklumat dan
komunikasi. Malah, semenjak diperkenalkan Koridor Raya Multimedia
[Multimedia Super Corridor (MSC)], penggunaannya sudah menjadi
semakin penting. Cuba dapatkan maklumat berikut:
1." Berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia?
2." Apakah kadar penetrasi Internet di negara ini?
3." Apakah profil demografi pengguna Internet di Malaysia?
4." Apakah kegiatan utama pengguna atas talian Internet di

Malaysia?

Kini, Internet boleh diakses hampir di setiap tempat dengan pelbagai cara,
termasuk peralatan Internet mudah alih seperti telefon mudah alih, iPad dan
komputer riba (notebook). Sesetengah pengguna menggunakan tempat awam
untuk mengakses Internet termasuk perpustakaan dan kafe Internet. Walaupun
bahasa Inggeris merupakan bahasa utama komunikasi untuk Internet dan
komunikasi global, bahasa lain seperti bahasa Cina boleh digunakan dengan
adanya teknologi maklumat dan komunikasi.

10.6.1 Penggunaan Internet di Asia Pasifik

Berdasarkan Asia Pacific Digital Marketing Yearbook 2011, Asia Pasifik
mempunyai lebih 825 juta pengguna Internet dan penggunaan ini dijangka akan
meningkat lagi terutama dengan revolusi jalur lebar (lihat Jadual 10.3). Mobiliti
juga akan dianggap satu faktor pertumbuhan. Pada awal tahun 2011, terdapat 2.6
bilion pelanggan dan 400 juta pengguna dengan akses kepada Internet mudah
alih. Walaupun terdapat kelembapan pada kadar pertumbuhan dalam pasaran
telekomunikasi, Asia Pasifik dijangka menjual 100 juta telefon pintar pada tahun
2011, mewakili hampir 20% daripada semua peralatan mudah alih yang dijual di
seluruh rantau ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

186  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

Jadual 10.3: Pengguna Internet Asia Pasifik 2010

Gender: 59.6%
Lelaki 40.4%
Perempuan

Pendidikan:

Sekolah hingga usia 16 tahun 2.0%
Sekolah hingga usia 18 tahun 12.5%
Sekolah perdagangan/ teknikal/kolej 23.2%
Universiti 50.3%
Pascasiswazah 11.9%

Status Pekerjaan 58.8%
Pekerja sepenuh masa 6.3%
Pekerja separuh masa 5.1%
Bebas 4.8%
Bekerja sendiri 3.2%
Ibu bapa sepenuh masa
Dalam pendidikan 13.5%
Tidak bekerja 3.1%
Lain-lain 5.2%

Sumber: Asia Pacific Digital Marketing Yearbook (2011)

Laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen menunjukkan bahawa akses Internet
melalui telefon mudah alih dan komputer desktop oleh isi rumah di Malaysia
adalah sama, yakni 77%, turun 2% berbanding komputer atas riba (laptop)
sementara 18% terlibat dengan penggunaan tablet. Ini berbeza dengan Indonesia,
yang mencatatkan peratus tertinggi penggunaan telefon mudah alih yakni 78%
berbanding komputer desktop (31%) dan laptop (29%). Ini adalah kerana
Indonesia adalah pasaran mudah alih ketiga terbesar di Asia Pasifik selepas
China dan India.

10.6.2 Penggunaan Media Sosial

Penggunaan media sosial adalah salah satu aplikasi Internet yang telah menjadi
fenomena global dan Asia merupakan pasaran terbesar dari segi penyertaan
pengguna. Satu kajian yang dijalankan oleh Universal McCann pada tahun 2009,
melibatkan 17,000 pengguna di 29 buah negara, mendapati bahawa semua
platform media sosial telah meningkat dengan signifikan dan menunjukkan satu
pertambahan dalam kadar penetrasi dari 33% pada tahun 2005 ke 83% pada
tahun 2008. Media sosial merupakan kegilaan terkini dalam rantau Asia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  187

Jika dilihat dari perspektif aktiviti dalam talian di pasaran Asia-Pasifik, Jadual
10.4 menunjukkan bahawa menonton klip video, menguruskan profil jaringan,
memuat naik foto dan instant messaging (IM) adalah antara aktiviti dalam talian
yang paling kerap.

Jadual 10.4: Aktiviti Dalam Talian di Asia Pasifik

Aktiviti % Pengguna Internet
Menonton klip video 66.0
Muat naik video dalam talian 28.5
Uruskan profil jaringan sosial 45.3
Tulis blog sendiri 37.7
Gunakan perkhidmatan blog mikro 30.4
Melanggan RSS feed 15.4
Menggunakan agregator 13.3
Menggunakan instant messenger 52.4
Membuat panggilan telefon dalam talian 21.8
Menggunakan mel Web 70.3
Menggunakan aplikasi pejabat dalam talian 42.1
Menguruskan laman Web sendiri 20.5
Menggunakan perbankan Internet 65.1
Meninggalkan komen dalam cerita di laman Web 40.5
Menulis cerita/makalah 22.0
Membeli produk secara dalam talian 32.4
Mengkaji produk atau jenama dalam talian 58.3
Menggunakan perkhidmatan bookmark sosial 23.0
Memasang aplikasi dalam browser 44.5
Mengepos komen dalam forum/papan mesej 43.7
Memuat naik foto atas talian 51.9

Sumber: Asia Pacific Digital Marketing Yearbook (2011)

Menurut Guan (2008), sejumlah 456 juta pengguna di Asia, iaitu satu pertiga
penduduk dunia atas talian, terlibat dalam aktiviti media sosial. Di Singapura,
sebagai contoh, aktiviti paling digemari adalah blogging, berjaringan sosial dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

188  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

forum dalam talian, manakala di Malaysia, anggaran 11 juta pengguna media
sosial dikatakan menggunakan media ini untuk meluahkan pandangan mereka
dalam blog dan berinteraksi dalam laman sosial seperti Facebook dan
Malaysiakini. Pengguna di negara Thai lebih tertarik kepada kewartawanan
rakyat (citizen-journalism), atau sebarang bentuk perkongsian berita, sementara
di Indonesia, kebanyakannya menggunakan mesej segera dan mel elektronik
untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam ruang siber.

10.7 VIRUS KOMPUTER

Virus komputer adalah buatan manusia dan muncul dengan wujudnya Internet.
Ia boleh dirujuk sebagai kesan akibat program atau kod memusnahkan yang
dimuat naik ke dalam komputer tanpa pengetahuan pengguna. Virus boleh
mereplikasi dirinya dan bertebaran dari sebuah komputer ke komputer yang
lain. Stang (1992) memerhatikan bahawa sesetengah virus boleh memusnahkan
semua maklumat manakala beberapa virus lain menunjukkan mesej tidak
berkaitan di skrin atau terus menggerakkan perubahan dalam program
komputer.

Kebanyakan kita kadangkala menggunakan istilah „virus‰, „cacing‰ dan „kuda
Trojan‰ secara bertukar ganti. Walaupun semuanya ialah program jahat yang
boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer, terdapat perbezaan antara
ketiga-tiganya – sama ada seseorang itu memerlukan program hos dan/atau
membuat salinannya sendiri. Cacing adalah perisian yang direka untuk
mengembangkan, dan mungkin memusnah atau memodifikasi fail dan
menggandakan dirinya secara automatik kepada komputer lain menerusi
jaringan manakala kuda Trojan adalah program yang kelihatan tidak berbahaya
tetapi menyembunyikan fungsi jahatnya (Stang, 1992). Ketiga-tiganya boleh
merosakkan data sistem atau prestasi komputer (lihat Jadual 10.5).

Jadual 10.5: Virus, Cacing dan Kuda Trojan

Perlukan Hos? Replikasi?

Virus Ya, dengan memasukkan diri Ya, semua virus buat salinan dirinya
Cacing mereka sendiri dalam mana-mana sendiri, menjangkiti sektor boot lain,
program yang ada dan program sektor boot master atau program
boleh laksana, sukar dikesan dan apabila timbul peluang.
pastikan ia boleh berjalan dari
semasa ke semasa.

Tidak, hos tidak diperlukan sebab Ya, cacing membuat salinan dirinya
cacing adalah masalah mainframe sendiri bila dapat peluang.
dan tidak perlu selindung dari
kebanyakan pengguna.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  189

Kuda Tidak, sementara istilah ini Tidak, kebanyakan kuda Trojan aktif
Trojan kadangkala merujuk program yang apabila sedang „berlari‰, dan
mengandungi kod pemusnah, istilah cenderung merosakkan struktur
ini lebih kerap digunakan untuk pemicu yang ada, lalu memusnahkan
merujuk keseluruhan com. atau exe. dirinya dalam proses tersebut.

Sumber: Stang (1992)

Bilangan virus yang menyebabkan kebanyakan jangkitan semakin bertambah
setiap tahun: sesetengahnya meninggalkan kesan manakala yang lainnya gagal.
Dari tahun 1989 hingga tahun 1991, Amerika mengalami pertumbuhan dari segi
kepelbagaian jangkitan. Stone virus adalah yang paling biasa, dari 8% jangkitan
ke 42%; Jerusalem-B secara relatifnya menjadi kurang kerap, berubah-ubah
daripada 62% jangkitan kepada 32% (Stang, 1992). Menurut Gery Menegaz
dalam ZDNet, lima virus komputer paling jahat adalah Mellisa, the Anna
Kournikova Virus, MyDoom, Sasser & Netsky, dan 2007 Strom Worm.

Jangkitan virus boleh mengakibatkan masalah serius terutama kepada syarikat
perbadanan besar kerana potensinya membebaskan data yang dilindungi,
menghapuskan data, memodifikasi data atau membekukan atau mengambil alih
sistem komputer. Dikatakan terdapat lebih 100 virus baharu setiap minggu
(McPhail, 2010). Dengan penyebarluasan penggunaan Internet dan e-dagang
sebagai rutin harian untuk kebanyakan orang, impak virus amatlah
membimbangkan. Ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta dolar dari segi
masa dan perniagaan.

10.8 BLOGGING

Blogging bukan sahaja melibatkan individu tetapi juga syarikat, organisasi,
media dan lain-lain. Blogging adalah cara termudah untuk mempersembahkan
diri kita kepada Web dan membolehkan suara kita didengari, dikenali dan
mendapatkan tindak balas mereka yang berminat. Ia boleh dianggap platform
yang baharu dan untuk masa hadapan bagi penerbitan segera dan penerbitan
peribadi. Ia telah mengubah konsep penerbitan dalam media tradisional.

Lazimnya media adalah entiti yang mengenal pasti berita; syarikat adalah
mereka yang menjual produk; penerbit mengeluarkan buku; firma rakaman
menghasilkan kaset atau CD; dan kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan
untuk membelinya. Untuk menjadikan bahan penerbitan kita diterima dan
diterbitkan oleh media tradisional adalah sesuatu yang mencabar. Dalam
penerbitan cetak seperti laporan akhbar, makalah, novel atau buku teks,
pengarang tidak berperanan memikirkan bagaimana rupa bentuk karyanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

190  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

Sebelum blogging menjadi popular, komuniti siber menggunakan pelbagai
bentuk, termasuk Usenet, papan buletin dan forum dalam talian. Blogging
dengan segera mendapat perhatian apabila penggunaan blog bertambah pada
tahun 1999.

10.8.1 Apakah Blog?

Apakah sebenarnya blog? Blog direka daripada perkataan „weblog‰ yang
merujuk laman web yang dimiliki kumpulan tertentu atau seseorang di mana
semua entrinya boleh dibaca dan dikomen. Menurut Harris (2008), perkataan
„blog‰ boleh juga diaplikasikan sebagai perbuatan yang bermaksud „untuk
menambah dan mengekalkan entri kandungan ke dalam sebuah laman blog‰.

Idea blogging tiba pada akhir tahun 1980-an apabila sesetengah orang belajar
bagaimana menghantar entri menggunakan jaringan tertentu. Walau
bagaimanapun, hanya pada akhir tahun 1990-an barulah perkataan „weblog‰
digunakan dan perkataan „blog‰ menjadi popular dalam kalangan awam.
Penggunaan blog meletup pada tahun 1999 dan menjadi popular dengan
ketibaan hos laman web awal seperti Open Diary, Live Journal dan Blogger.

Menurut Werbach (2001), definisi blog ialah:

Laman Web peribadi yang selalu dikemas kini dengan berita, tajuk berita,
pandangan, komentari, dan yang memberikan pautan dan/atau entri diari,
umumnya disusun ikut kronologi. Weblog diakui sebagai satu weblog dalam
erti kata ia disusun ikut kronologi dan direka untuk kemas kini yang ringkas
dan kerap.

Blog moden mula terbentuk daripada diari dalam talian individu yang
digunakan untuk mencatat kegiatan kehidupan seharian mereka. Kandungan
blog dipamerkan mengikut urutan tarikh, maklumat paling terkini pada
bahagian teratas halaman. Dengan itu, blog yang tetap aktif akan membangun
dan berkembang dari sehari ke sehari dengan sokongan pengikut atau pembaca
setia. Antara hos blog yang popular adalah Blogger, WordPress dan Moveable
Type.

Umumnya, seseorang yang mengepos entri ini dikenali sebagai blogger.
Bagaimanapun, mereka juga boleh digelar „penyimpan diari‰ (diarists),
wartawan atau „journallers‰. Banyak blog menyediakan komentari,
membezakannya daripada laman web biasa atau statik. Ini menjadikan blog

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  191

sebahagian media interaktif yang membenarkan tetamu meninggalkan komen
dan mesej.

SEMAK KENDIRI 10.1

Blog boleh dikenal pasti melalui cara kandungan diberikan atau ditulis.
Oleh itu, banyak istilah digunakan sekarang. Huraikan setiap satu
daripada jenis blog berikut;
(a)" vblog
(b)" linklog
(c)" photoblog
(d)" tumblelogs
(e)" mblog

10.8.2 Penggunaan Blog

Blogging menjadi amat popular pada permulaan abad ke-21 dan telah menjadi
salah satu asas web sosial. Blogging menjadi aktiviti web arus perdana
menjelang tahun 2004, sehinggakan Merriam-Webster Online Dictionary
mengiktiraf „blog‰ sebagai perkataan pada tahun tersebut. Kini, terdapat berjuta
weblog – blog yang boleh berdiri sendiri (self-contained) dan blog dalam
komunikasi dalam talian seperti MySpace, Vox dan LiveJournal – yang dikemas
kini setiap hari di Web oleh individu, kumpulan dan perniagaan antarabangsa.

Fenomena blogging telah mengubah fungsi Internet di mana sesiapa pun boleh
menggunakan Internet untuk poskan pemikiran dan pandangannya. Laman web
persendirian boleh dipaut ke laman dalam talian lain – terutama blogroll,
permalink dan trackback. Bersama enjin carian, blog membolehkan pengguna
mengikuti dan mengesan talian blog (blog threads) yang menghubungkan
mereka dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Blog boleh mempengaruhi orang yang mengikuti acara atau peristiwa atau isu
tertentu yang mungkin tidak diliputi oleh media arus perdana seperti skandal
Rathergate di mana Dan Rather, wartawan siaran, memberikan pandangan yang
berbeza dengan versi arus perdana berhubung rekod perkhidmatan tentera
Presiden Bush. Ini memberikan tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi
kepada blog sebagai alat penyebaran berita. Walaupun ia sering dilihat sebagai
gosip pengikut, kadangkala blogger memberikan arah tuju dan menunjuk cara
maklumat disebarkan kepada awam, tidak seperti media tradisional yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

192  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU

dipengaruhi terus oleh pemilik media. Oleh itu, kata sesetengah orang, blogging
telah membentuk semula wajah kewartawanan dan dikenali sebagai
„kewartawanan dalam talian‰.

• Penggunaan Internet yang tumbuh secara dramatik pada tahun 1990-an
adalah disebabkan oleh pembangunan World Wide Web.

• Pada masa ini Web digunakan dengan meluas untuk menyebarkan
maklumat dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan untuk tujuan
pemasaran.

• Internet telah menjadikan dunia ini jauh lebih kecil kerana ia membolehkan
seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang lain di mana-mana tempat
di dunia.

• Apa pun manfaatnya, pertumbuhan dalam penggunaan Internet juga
menimbulkan kebimbangan kerana bertambahnya kegiatan melanggar hak
cipta dan kemunculan virus komputer yang boleh memberikan kesan kepada
industri.

Blogging Masyarakat siber
Cacing Pendemokrasian
Kuda Trojan Revolusi politik
Masyarakat global Virus komputer

Chaffee, S. H., & Metzger, M. J. (2001). The end of mass communication? Mass
Communication & Society, 4(4), 365–379.

Christian, P. (2000). Web publishing for genealogy. Baltimore, MD: Genealogical.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU  193

Deuze, M. (2001). Online journalism: modelling the first generation of news
media on the World Wide Web. First Monday. 6, No 10.

Guan, N. (2008). Asia Social Media Report 2008 (Can Brands Have A Social
Life?). (2008). Dicapai dari http://www.slideshare.net.

Harris, D. (2008). Blogging 100 success secrets. Dicapai dari http://www.
lulu.com.

Hoole, G., & Smith, C (2007). The really really really easy step-by-step computer
book 1 (XP). New South Wales, Australia: New Holland Publisher.

Kerbs, V. (2001). The impact of the Internet on Myanmar. First Monday. Dicapai
dari www.firstmonday.org.

Kettell, B. (2002). Valuation of Internet and technology stocks. London, England:
Butterworth-Heinemann.

Levine, J. R., & Young, M. L. (2011). The Internet for dummies. London, England:
John Wiley & Sons.

Lingras, P. (2012). Web programming and Internet technologies: An e-commerce
approach. Brentwood, TN: Jones & Barlett.

Liu, B. (2011). Web data mining: Exploring hyperlinks, contents and usage data.
London, England: Springer.

McPhail, T. L. (2011). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
New York, NY: Blackwell.

Scobey, P., & Lingras, P. (2012). Web programming and Internet technologies: An
e-commerce approach. Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning.

Shelly, G. B., & Woods, D. M. (2008). HTML: Complete concepts and techniques.
London, England: Cengage Learning.

Stang, D. J. (1992). Computer virus survival guide. Washington, DC: Virus
Research Center, International Computer Security Association.

Volker, I. (1999). News in global sphere: a study of CNN and its impact on global
communication. Luton, England: University of Luton.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

194  TOPIK 10 INTERNET: SUATU WILAYAH BAHARU
Walsh, B. (2007). Clear blogging: how people blogging are changing the world

and how you can join them. New York, NY: Appress.
Werbach, K. (2001). Triumph of the weblogs. Eadventure . Dicapai dari

www.eadventure.com.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK

MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:
1. E-mail your comment or feedback to [email protected]
OR
2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.
Thank you.
Centre for Instructional Design and Technology
(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version