The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABCG4103 Komunikasi Global

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by burhanuddin, 2021-03-23 21:36:32

Dakwah Islam 2

ABCG4103 Komunikasi Global

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  35

Rajah 2.1: Jenama Viacom
Sumber: www.viacom.com

Viacom International memegang hak majoriti filem Elvis Presley yang
diterbitkan oleh Paramount Pictures seperti Blue Hawaii dan King Creole. Ia juga
mempunyai syarikat penerbitan dalaman untuk rangkaiannya yang pelbagai
termasuk Pinky Dinky Doo, Dora the Explorer, SpongeBob Square Pants, Invader
Zim, The Fairly Odd Parents, Big Time Rush, Behind The Music dan iCarly.

2.5 NEWS CORPORATION

News Corporation atau News Corp, telah ditubuh dan dikendalikan oleh ahli
perniagaan warga Australia-Amerika, Rupert Murdoch, dan anggota
keluarganya. Syarikat induk bernilai USD50 bilion ini beroperasi sebagai salah
sebuah konglomerat media terbesar di dunia. Perniagaan News Corp termasuk
televisyen, hiburan filem, rancangan rangkaian satelit dan kabel, majalah,
akhbar, penerbitan buku, teknologi televisyen digital, muzik dan rancangan
dalam talian.
Ia memiliki 40% STAPLES Center, iaitu pangkalan pasukan bola keranjang Los
Angeles Lakers dan pasukan hoki ais Los Angeles Kings; 85% Fox Entertainment
Group, dan pasukan besbol liga utama Los Angeles Dodgers (McPhail, 2011).
Hampir 75% pendapatan firma ini datang daripada perniagaan di Amerika,
sementara baki 25% datang dari Eropah, Kanada, United Kingdom, Amerika
Latin, Australia dan rantau Pacific Basin (www.fundinguniverse.com).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

36  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

2.5.1 Sejarah

News Corp diwujudkan oleh Rupert Murdoch yang memperoleh The Adelaide
News sebagai akhbarnya yang pertama setelah bapanya meninggal dunia pada
tahun 1952. Apabila beliau kembali ke Australia pada tahun 1953 setelah
menghabiskan pengajian di University of Oxford, beliau mengendalikan akhbar
tersebut dan mula menyelamatkan perniagaannya.

Beliau kemudiannya membeli Sydney Daily Mirror, sebuah akhbar dari rantaian
akhbar New South Wales, akhbar Cumberland dan Truth dari Brisbane dan
Melbourne. Beliau juga membeli saham dalam syarikat media terbesar di New
Zealand, Wellington Publishing, pada tahun 1964.

Murdoch memasuki pasaran Amerika pada tahun 1974 dengan mengambil alih
San Antonio Express News, kemudian Village Voice, New York Post dan New
York Magazine pada tahun 1976. Pada tahun 1979 Murdoch menubuhkan News
Corporation sebagai sebuah syarikat induk global. Dengan adanya News Corp
dalam repositori perniagaannya, Murdoch juga telah mendirikan sebuah
empayar media, teknologi dan francais sukan antarabangsa.

Firma tersebut mengambil alih The Sunday Times dan The Times pada tahun
yang sama daripada Thomson Group. Tahun 1980-an menyaksikan News Corp
memperoleh South China Morning Post dan Harper & Row Publishers (1987),
20th Century Fox (1985) dan British Sky Broadcasting (BSkyB) (1989).

Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1992, ia telah mengumpulkan hutang
yang banyak dan memaksa Murdoch menjual kebanyakan kepentingannya
dalam majalah Amerika yang telah dibelinya pada pertengahan tahun 1980-an.
Kebanyakan hutang beliau datang daripada sahamnya dalam rangkaian satelit
Sky Television di United Kingdom yang banyak menanggung kerugian.

Menyedari pasaran multimedia Amerika sebagai yang terpenting di dunia, News
Corp mengisytiharkan yang ia akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke
Amerika pada tahun 2004. Menurut McPhail (2011), tindakan tersebut adalah
untuk meluaskan tapak, skop dan permintaan pemegang saham, dengan
menjadikannya sebuah syarikat Amerika kerana lebih 75% pendapatan dan
keuntungannya adalah daripada operasi multimedianya di sana.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  37

2.5.2 Perniagaan

Dengan pendapatan sebanyak USD33.4 bilion pada tahun 2011, News Corp
dianggap sebagai sebuah syarikat media global yang pelbagai (lihat Rajah 2.2).
Berdasarkan laman web News Corp (www.newscorp.com), firma tersebut
mengendalikan enam segmen seperti berikut:
(a)" Rancangan Rangkaian Kabel

Segmen ini menghasil dan melesenkan rancangan untuk diedarkan ke
sistem televisyen kabel dan platform penyiaran satelit langsung di Amerika
dan Asia. Segmen perniagaan ini termasuk FOX Business Network, FOX
News Channel FX, Big Ten Network, STAR dan beberapa saluran TV
berbayar lain yang popular.
(b)" Hiburan Filem
Segmen ini dikendalikan oleh pemimpin global dalam pengeluaran dan
pengedaran filem hiburan. 20th Century Fox Film yang bertanggungjawab
ke atas sebilangan besar filem berpendapatan tinggi sepanjang masa,
termasuk filem terlaris dalam sejarah seperti Avatar dan Titanic.
20th Fox Television dan studio TV lain milik syarikat ini, membikin dan
mengedarkan banyak rancangan televisyen yang paling popular di dunia.
Studio TV syarikat ini merupakan pemimpin dalam siri animasi yang
membekalkan kebanyakan siri-siri animasi paling popular kepada setiap
rangkaian utama di Amerika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

38  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Rajah 2.2: Hartanah News Corporation
Sumber: Metue.com

AKTIVITI 2.5

News Corp ialah perbadanan komunikasi global yang pelbagai
dengan operasi dan induk dalam setiap negara pusat dan pinggiran
dan juga rantau lain. Antaranya ialah Kumpulan British Sky
Broadcasting (BSkyB) dan STAR TV (Asia). Dengan rakan-rakan
sekursus anda, bincangkan profil dan aktiviti Kumpulan BSkyB dan
STAR TV sebagai hak milik News Corp.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  39

(c)" Televisyen
Perniagaan televisyen News Corp menawan penonton dari kumpulan
demografi yang lebih diingini. Urus niaganya termasuk 27 buah stesen
dalam kumpulan stesen Fox Television dan pelbagai operasi televisyen
seluruh dunia termasuk Fox Broadcasting Company (rangkaian nombor
satu di Amerika), Fox Sports, Fox Sports Australia dan MyNetworkTV.

(d)" Siaran Terus Televisyen Satelit
News Corp memiliki syarikat TV berbayar paling popular di Itali, SKY
Italia, yang mempunyai lebih empat juta pelanggan. Syarikat ini juga
mempunyai induk utama di platform TV digital berbayar di UK, British
Sky Broadcasting, yang sampai kepada hampir sepertiga isi rumah dan
penyiar wayang gambar, sukan, berita dan hiburan terkemuka. News Corp
juga memiliki TATA SKY Asia dan FOXTEL di Australia dan New Zealand,
serta Sky Deutschland yang terkemuka di Jerman.

(e)" Penerbitan
Ia juga terlibat dalam urus niaga penerbitan, terutama menerusi anak
syarikatnya seperti HarperCollins Publishers, News International, Dow
Jones dan News Limited yang memiliki 146 akhbar di Australia. Segmen
penerbitan News Corp merangkumi akhbar bahasa Inggeris terkemuka di
dunia dan jenama digitalnya termasuk New York Post dan Wall Street
Journal.

(f)" Lain-lain
Sebilangan besar asetnya ialah hartanah media generasi akan datang
seperti Disney (laman video dalam talian terkemuka) dan Hulu (suatu
usaha sama dengan NBC Universal untuk membantu mencari dan berhibur
dengan kandungan video premium dunia bila, di mana, dan bagaimana
mereka berkehendakkannya). Yang lain-lain termasuk News Outdoor;
Making Fun, News America Marketing Group; Fox Library; IGN
Entertainment, Inc; dan AmericanIdol.com Wireless Generation.

2.6 GENERAL ELECTRIC

General Electric (GE) diperbadankan di New York dengan ibu pejabatnya di
Fairfield, Connecticut. GE adalah salah sebuah konglomerat multinasional
dengan pelbagai jenis produk. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak
3% di Amerika dan kadar pertumbuhan global sebanyak 6%, GE berada di
tangga keenam syarikat terbesar di Amerika pada tahun 2011 menurut majalah
Fortune.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

40  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Senarai perniagaan GE berbeza mengikut masa akibat pemerolehan,
penswastaan dan perombakan semula. GE beroperasi dalam lebih 100 buah
negara dan mempunyai kira-kira 300,000 pekerja. Ia mengandungi empat
segmen utama, yakni, infrastruktur teknologi, kuasa tenaga, pengguna, modal
kewangan dan industri. Kepentingan penyiaran GE boleh dilihat selepas ia
memperoleh rangkaian televisyen National Broadcasting Company (NBC) pada
tahun 1986. Semenjak itu NBC menjadi sebahagian daripada strategi
pengembangan global GE.

2.6.1 Sejarah

Sejarah GE bermula pada tahun 1878 dengan tertubuhnya Syarikat Edison
Electric Light oleh Thomas A. Edison. Pada tahun 1892, General Electric
Company lahir setelah berlakunya gabungan antara Edison General Electric
Company dengan Thomson-Houston Electric Company. GE juga ialah sebuah
syarikat yang tersenarai dalam Indeks Industri Dow Jones dewasa ini yang juga
termasuk dalam indeks asal pada tahun 1896 (www.fundinguniverse.com).

Menjelang tahun 2001, Jeffrey R. Immelt menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif (KPE) GE. Beliau bertanggungjawab meletakkan visi untuk beberapa
daya usaha GE termasuk inisiatif keterhubungan digital. Immelt kini telah
dicalonkan sebanyak tiga kali sebagai salah seorang „KPE Terbaik Dunia‰ oleh
Barron. Jadual 2.2 menyenaraikan peristiwa-peristiwa GE yang penting dan
terkemuka.

1986 Jadual 2.2: Peristiwa Penting dan Terkemuka di GE
1993
GE menjadi syarikat induk NBC.
1996
2000 NBC melancarkan Canal De Noticias, perkhidmatan berita 24 jam yang
2002 dipancarkan ke Amerika daripada ibu pejabat saluran berita NBC di
2004 Charlotte, North Carolina, Amerika.

Rangkaian pertama waktu perdana di Amerika.

Today Show, Friends dan The West Wing mendominasi perkadaran
(ratings).

NBC memperoleh Telemundo (rangkaian TV Amerika yang bersiaran dalam
bahasa Sepanyol) dan Bravo (saluran TV kabel Amerika).

GE memperoleh 80% daripada hartanah universal Vivendi (Vivendi ialah
syarikat media dan telekomunikasi berpangkalan di Paris).
NBC Universal dibangunkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  41

2007 Hulu dilancarkan dengan rakan perkongsian FOX Entertainment dan
Disney. Hulu ialah laman web dan perkhidmatan langganan tertinggi (over-
2007– the-top) yang menawarkan rancangan hiburan muzik TV penstriman video
2009 atas permintaan yang disokong iklan untuk program televisyen, filem,
2010 webisodes dan media baharu lainnya, treler, klip video, dan rakaman di
2011 belakang tirai daripada NBC, Fox, ABC, Nickelodeon, dan banyak lagi
2012 rangkaian dan studio lain.

NBC Universal mengejar projek di seberang laut dengan gabungan-
gabungan yang menghasilkan hak milik NBC Universal Global Networks,
Carnival Films dan Gencon Universal Entertainment Jepun.

Menyiarkan sukan Vancouver Winter Olympics.

NBC Universal dan sekutunya membeli Universal Orlando, sebuah pusat
peranginan taman tema di Orlando, Florida.

NBC Sports Network mula menyiarkan acara sukan menerusi Broadcast
London Summer Olympic.

2.6.2 Perniagaan

GE memiliki NBC yang berfungsi untuk kepentingan 15 buah stesen yang
dimiliki dan dikendalikannya. Syarikat induk yang pelbagai ini mempunyai
rangkaian televisyen NBC, stesen yang dimilik dan dikendalikan oleh NBC,
Hiburan NBC, Berita NBC, Sukan NBC, CBNC, MSNBC, NBC Cable, NBC
Antarabangsa, NBC Interaktif dan MSNBC Desktop Video. NBC adalah
sebahagian daripada NBC Universal yang ditubuhkan pada Mei 2004 menerusi
gabungan NBC milik GE dan Vivendi Universal Entertainment milik Vivendi,
GE dan operator TV kabel AS, Comcast, juga mengumumkan perjanjian belian
untuk syarikat pada 3 Disember 2009. Susulan kelulusan peraturan, maka
transaksi disempurnakan pada 28 Januari 2011. Comcast kini memiliki 51% NBC
Universal manakala GE memiliki 49%. NBC Universal kini dikenali sebagai NBC
Universal Media, LLC. Ia memiliki dan dikendalikan oleh rangkaian televisyen
Amerika, pelbagai saluran kabel, dan sekumpulan stesen tempatan di Amerika
Syarikat, dan syarikat wayang gambar, beberapa syarikat penerbitan televisyen,
dan taman tema berjenama.

Perubahan utama yang pertama berlaku pada NBC apabila GE memperoleh
Radio Corporation of America (RCA) dan menjadi syarikat induk NBC. Pada
tahun 1993, ia melancarkan Canal de Noticias NBC, perkhidmatan berita bahasa
Sepanyol 24 jam merentasi Amerika Latin yang bermula di stesen kabel di AS
pada tahun 1994. Consumer News and Business Channel (CNBC) ditubuhkan
apabila dua buah syarikat media terkemuka, Dow Jones (yang menghasilkan
perniagaan penting di dunia dan berita serta maklumat kewangan) dan NBC
(rangkaian televisyen terkemuka di Amerika) bergabung pada Disember 1997.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

42  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Kemudian, NBC bersetuju memperoleh 32% saham di Perbadanan Komunikasi
Paxson yang berpangkalan di West Palm Beach, Florida pada tahun 1999 yang
membawa kepada gabungan jenama NBC dengan pemilik stesen televisyen
paling banyak di Amerika. NBC juga memiliki Bravo, sebuah rangkaian seni dan
budaya yang mempunyai lebih 80 juta isi rumah seluruh Amerika Utara.
GE mengambil langkah media yang signifikan pada tahun 2004 dengan
memperoleh 80% saham televisyen Universal dan wayang gambar serta menjadi
pihak berkepentingan global yang lebih besar dalam sektor multimedia global.
Firma ini beroperasi dalam empat bahagian, yakni, operasi rangkaian,
pengeluaran, filem dan taman tema. Ini termasuk 10 stesen TV, penyiar AS
berbahasa Sepanyol, Telemundo, rangkaian TV yang keempat tertinggi di
Amerika, pengeluaran televisyen dan operasi penyiaran, saham dalam Saluran
Cuaca, dan saluran kabel Bravo dan Oxygen. Ia juga memiliki filem dan
pengeluaran DVD serta pengedaran Universal Studios, dan Focus Features serta
taman dan pusat peranginan di Sepanyol dan Jepun. Rajah 2.3 menunjukkan
hartanah yang dimiliki NBC.

Rajah 2.3: Hartanah NBC (2011)
Sumber: http://www.nbcuni.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  43

GE mempunyai saham dalam beberapa urus niaga dan kedai media di Eropah
termasuk Super Channel, yang menawarkan rancangan ke bilik-bilik hotel dan
70 juta isi rumah di 44 buah negara. Perkhidmatan berita bahasa Sepanyolnya
sampai ke 21 buah negara di Amerika Latin. Ia juga mempunyai perkhidmatan
Asia. Selain itu, NBC juga ikut serta XOOM.com dan CNET untuk mewujudkan
NBC Internet yang membolehkannya menawarkan „laman Internet yang ketujuh
besarnya berdasarkan jangkauan pengguna‰ (www.fundinguniverse.com).

2.7 DOW JONES & COMPANY

Dow Jones & Company ialah sebuah akhbar perniagaan yang dipandang tinggi
di seluruh dunia. Ia mempunyai akhbar, wayar berita, laman web, apps, surat
berita, majalah dan pangkalan data hartanah. Dengan lebih daripada 5,000
kakitangan di serata dunia, termasuk lebih 2,000 wartawan di 58 buah negara
(www.dowjones.com), ia menjadi anak syarikat Perbadanan Berita milik Rupert
Murdoch.

2.7.1 Sejarah

Dow Jones & Company ditubuhkan oleh tiga orang pemberita, Charles Hendry
Dow, Edward Jones dan Charles Bergstesser pada tahun 1882. Akhir-akhir ini,
saham syarikat ini diniagakan kepada orang awam tetapi dikawal secara
persendirian. Dow Jones dibeli pada tahun 1902 oleh Clarence Barron, wartawan
kewangan yang terkemuka pada masa itu.

Dalam masa 30 tahun seterusnya, Barron telah merekrut dan melatih satu
generasi wartawan yang kemudiannya membantu meningkatkan imej
keunggulan Dow Jones. Barney Kilgore mengambil alih sebagai pengarang
urusan Jurnal pada tahun 1941 dan menjadi CEO Dow Jones pada tahun 1945.

Setelah kematian Kilgore pada tahun 1967, ia memasuki satu era baharu di mana
berita memasuki ruang angkasa dan dalam talian. Dow Jones memulakan usaha
menggunakan satelit untuk menghantar halaman akhbar dan benar-benar
memungkinkan akhbar harian pada skala nasional. Sebelum ciptaan Internet,
Dow Jones menyimpan dan mengekod beritanya secara digital supaya ia boleh
diakses dalam talian. Laman webnya, Factiva.com, membantu pencari berita dan
maklumat perniagaan mendapatkan, memantau dan menginterpretasi maklumat
yang perlu untuk keperluan individu atau organisasi. The Journal, Newswires
dan Dow Jones Indexes mempunyai francais di Eropah dan Asia
(www.dowjones.com).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

44  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

Syarikat ini dibeli oleh News Corporation dan menjadi anak syarikatnya pada
tahun 2007 bernilai USD5 bilion. Ini memberikan News Corp kawalan terhadap
The Wall Street Journal dan menamatkan hak milik keluarga Bancroft selama 105
tahun. Pada tahun 2010, CME Group mengumumkan pembelian 90% Dow Jones
Indexes dengan harga USD60.7 juta, termasuk Dow Jones Industrial Average.

2.7.2 Perniagaan

Syarikat ini dikenali dengan Wall Street Journal yang wujud semenjak tahun
1889. Ia juga dikenali kerana Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang telah
ditubuhkan pada tahun 1896 dan hari ini mempunyai 30 perbadanan cip biru
Amerika termasuk IBM, Microsoft dan GE.
Ia memulakan Far Eastern Economic Review (1946), The Asian Wall Street
Journal (1976), The Wall Street Journal Europe (1983), dan juga berkongsi dengan
Financial Times of London dan Independent Media. Dow Jones juga mempunyai
perikatan global utama dengan CNBC yang membekalkannya dengan rancangan
perniagaan dan berita.

Rajah 2.4: Media bercetak dan digital Dow Jones & Company
Sumber: Laman web Dow Jones & Company

Jenama utamanya termasuk The Wall Street Journal, Factiva, BarronÊs,
MarketWatch, SmartMoney, Dow Jones Newswires dan All Things D (rujuk
Rajah 2.4). Dow Jones Local Media Group menerbitkan akhbar kejiranan, laman
web dan produk lain di enam buah negeri di Amerika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  45

2.8 GANNETT COMPANY

Gannett Company ialah syarikat penyelesaian (solutions) media dan pasaran
dengan pelbagai pilihan syarikat penyiaran, digital, mudah alih dan penerbitan.
Ia ialah syarikat antarabangsa yang membekalkan pengguna dengan akses
mudah kepada pelbagai berita dan maklumat.

Beribu pejabat di Arlington, Virginia, Amerika, Gannet Company memiliki 101
akhbar harian, termasuk USA Today, akhbar paling laris, yang menjadikan
syarikat ini penerbit akhbar Amerika yang terbesar. Akhbarnya yang signifikan
termasuk The Cincinnati Enquirer, The Indianapolis Star, The Democrat and
Chronicle, The News-Press dan The Courier Journal.

Dengan 53,000 kakitangan dan pendapatan jualan sebanyak USD6.71 bilion pada
tahun 2003, Gannett juga memiliki lebih 20 stesen televisyen yang meliputi 17%
laman web di Amerika dan 130 laman web di Amerika dan 80 di United
Kingdom. Firma ini mempunyai pejabat di 43 buah negeri, dan negara seperti
Guam, Belgium, Jerman, Itali dan Hong Kong.

2.8.1 Sejarah

Gannett Co. diwujudkan di Rochester, New York pada tahun 1923 oleh Frank
Gannett, lulusan Cornell University, semasa membeli saham rakan kongsinya
dalam The Empire State Group. Gannett memilih Frank Tripp sebagai pengurus
besar untuk membantu mengendalikan pengeluaran hariannya sementara
Gannett menumpukan perhatian kepada bahagian timur laut. Pada tahun 1947,
syarikat ini menguruskan 21 buah akhbar dan stesen radio.

Pada tahun 1929, Gannett bersama-sama mereka cipta teletypesetter yang boleh
digunakan untuk mengirim dan menerima mesej yang ditaip dari satu lokasi ke
satu lokasi dan satu lokasi ke pelbagai lokasi melalui pelbagai jenis saluran
komunikasi. Ia juga membekalkan kapal terbang korporat yang membantu
pemberita mereka untuk sampai ke lokasi berita dengan cepat. Percetakan
Gannett juga terkemuka dari segi penggunaan warna.

Syarikat ini berpindah lokasi ke Arlington, Virginia pada tahun 1986. Pada tahun
2001, syarikat ini memindahkan operasinya ke ibu pejabat sekarang di Tysons
Corner, Washington DC.

Gannet mempunyai kumpulan 82 akhbar harian Amerika, termasuk USA
TODAY, yang ada di 60 buah negara di seluruh dunia. Ia mempunyai pembaca
seramai 11.6 juta setiap hari bekerja dan 12 juta setiap Ahad sementara USA
TODAY.com boleh mencapai sejumlah 5.9 juta pembaca setiap hari. USA

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

46  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

TODAY, yang memulakan penerbitannya pada tahun 1982 dianggap sebagai
akhbar No. 1 di Amerika (www.gannett.com).
Gannet mempunyai 23 buah stesen televisyen yang bersiaran ke 21 juta isi rumah
yakni 18.2% penduduk Amerika. Anak syarikatnya, the Broadcasting Division
membekalkan berita, maklumat, dan periklanan di 9,500 skrin video yang
diedarkan di menara pejabat dan lobi hotel di 25 buah bandar raya besar yang
terdapat di seluruh Amerika Utara (www.gannett.com).
Pada tahun 1999, Gannett mengambil alih Newsquest dan menjadi salah sebuah
pembekal berita komuniti serantau UK yang terkemuka. Akhbar digital ini
diakses oleh 7.5 juta pengguna setiap bulan (www.fundinguniverse.com;
www.gannet.com). Melihat kepada laman webnya, terdapat portfolio 17 akhbar
harian lain dan lebih 200 akhbar, majalah dan penerbitan perdagangan. Selain
itu, Newsquest menguruskan SI, penerbit atas talian yang juga laman
pengambilan yang terkemuka di Scotland (www.gannett.com).

2.8.2 Perniagaan

Syarikat ini memiliki 99 akhbar yang antaranya merupakan 100 yang tertinggi
dari segi edaran dan 22 stesen televisyen yang menjangkau 17.4% pasaran
Amerika.

Gannet juga mempunyai 200 penerbitan bukan harian di Amerika, termasuk
USA Weekend, sebuah majalah akhbar. Ia juga menerbitkan Newsquest di
United Kingdom (UK), dengan kira-kira 300 judul, termasuk 15 akhbar harian
(rujuk Rajah 2.5). Adalah jelas bahawa Gannett merupakan pemimpin Internet
dan penganjur laman webnya di kebanyakan stesen TV dan akhbar termasuk
USATODAY.com, yang telah berubah menjadi salah sebuah laman web berita
paling popular (www.gannett.com).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  47

Rajah 2.5: Hartanah Utama Gannett
Sumber: www.gannett.com

Gannet juga mengikuti pembangunan teknologi digital. Syarikat ini
mengaplikasikan konsep wartawan mudah alih (dikenali sebagai mojo) yang
mengelilingi komuniti menerusi Wi-Fi untuk mendapatkan berita bagi laman
web News-Press.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

48  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

USA TODAY, mengekalkan kedudukannya sebagai yang paling terkemuka
dalam ruang mudah alih, dengan lebih 7 juta pemohon untuk memuat turun,
termasuk iPad, iPhone dan Android apps. Gannett Broadcasting juga berusaha
membantu membangunkan Digital Mobile TV. USA Today – menerusi
akhbarnya, laman web dan platform mudah alih – dengan kejayaannya
mencapai 5.4 juta pembaca sehari, dan menjadi pembekal paling terkemuka
dalam aplikasi mudah alih dengan hampir 11 juta yang memuat turun di alat
mudah alihnya.

Salah satu sektor pasarannya, PointRoll, ialah pemimpin dalam penyelesaian
periklanan media beraneka (rich media) dan teknologi, dan memperkuatkan
lebih 50% kempen media beraneka dalam talian serta membekalkan kira-kira 150
bilion kesan iklan (ad impression) setiap tahun. Satu lagi sektor pasaran,
ShopLocal, menghubungkan peruncit dengan pembeli lalu membantu lebih 100
peruncit terkemuka negara mengadakan pautan terus dengan pembeli mengenai
promosi tempatan.

2.9 WALMART

Walmart Store, Inc dikenali sebagai perbadanan peruncit multinasional Amerika
yang mengendalikan rantaian gudang dan kedai diskaun besar-besaran.
Menurut Forbes, Mart dianggap perbadanan awam ke-18 terbesar di dunia dari
segi pendapatan, dan merupakan sebuah sumber terkemuka untuk berita
perniagaan dan maklumat kewangan yang boleh dipercayai. Dengan sejumlah
8,500 kedai di 15 buah negara, ia mempunyai lebih dua juta pekerja, lantas
dianggap korporat terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, dari segi
komunikasi antarabangsa, ia merupakan pihak berkepentingan global yang
baharu.

Perniagaan yang dimiliki dan dikuasai oleh keluarga Walton ini, beroperasi
menggunakan nama yang berbeza-beza di merata tempat di dunia: di Mexico ia
terkenal sebagai „Walmex‰, di United Kingdom „Asda‰, di Jepun „Seiyu‰ dan di
India „Best Price.‰ Ia juga beroperasi di Argentina, Brazil dan Kanada. Walaupun
perniagaannya berjaya di luar Amerika Utara, operasinya di Jerman dan Korea
Selatan tidak memperlihatkan kejayaan yang serupa.

2.9.1 Sejarah

Kelahiran Walmart pada tahun 1962 bermula dengan cita-cita Samuel Walton
untuk memiliki kedainya sendiri berdasarkan konsep berkhidmat kepada orang
lain, bukan untuk matlamat keuntungan. Cita-cita berkenaan bermula di
Newport, Arkansas tetapi kedai pertamanya gagal. Beliau meneruskan cita-

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  49

citanya dengan membuka sebuah kedai lagi di Bentonville, Arkansas, dan
menjadi pemegang francais terbesar Ben Franklin dengan tertubuhnya 15 buah
kedai diskaun.

Perniagaan tersebut berjaya. Syarikat ini berkembang menjadi 24 buah kedai di
seluruh Arkansas dan mempunyai jualan sebanyak USD12.6 juta dalam masa
lima tahun sahaja. Kedai pertamanya di luar Arkansas dibuka di Missouri dan
Oklahoma pada tahun 1969. Walmart diperbadankan pada Oktober 1969 dan
membuka pejabat (home office) dan pusat pengedarannya yang pertama di
Bentonville, Arkansas pada tahun 1970. Pada tahun 1980-an, syarikat ini terus
berkembang dan pada tahun 1987 ia menyempurnakan rangkaian satelitnya
untuk memudahkan penghantaran data dan komunikasi video antara kesemua
unit yang beroperasi dengan pejabatnya di Bentonville. Pada tahun 2005,
syarikat ini memperoleh USD312.4 bilion jualan dengan lebih daripada 6,200
kemudahannya di seluruh dunia.

2.9.2 Perniagaan

Walmart telah berkembang dari sebuah kedai kepada syarikat antarabangsa
yang terbesar. Ia boleh dilihat di kebanyakan tempat di Amerika, Puerto Rico,
Mexico, Indonesia, Kanada, Argentina, China dan Brazil. Dengan jualan
tahunannya sekitar USD165 bilion, bahagian syarikat ini termasuk Walmart
Stores US, Walmart Supercenter, Supermecado de Walmart, Marketside,
Walmart Express, dan Walmart International.

Dari segi multimedia, Walmart mempunyai dua sektor, yakni jualan kedai runcit
dan jualan Internet, iaitu penjual media paling cepat pertumbuhannya. Kedai-
kedai Walmart menjual DVD, CD, sistem permainan dan kaset. Malah, syarikat
ini menjual lebih banyak DVD berbanding peruncit lain. Ia juga peruncit terbesar
filem blockbuster baharu. Oleh yang demikian, syarikat ini merupakan
pelanggan terbesar Hollywood dengan 40% keseluruhan jualan DVD (McPhail,
2011).

Kehadiran syarikat ini dalam ruang siber berlaku pada tahun 1996 bila laman
webnya, Walmart.com, diwujudkan untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi
kepada pelanggan. Dalam perniagaan dalam taliannya, Walmart menawarkan
tiga produk media:

(a)" Sewaan DVD menerusi mel;

(b)" Muat turun muzik pada harga kurang satu dolar satu lagu daripada
sebarang genre; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

50  TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA

(c)" DVD, wayang gambar VHS, dan produk lain yang ada hubungan dengan
audio visual.

Beberapa ahli muzik menandatangani kontrak eksklusif dengan Walmart seperti
Garth Brooks yang mengeluarkan satu set kotak eksklusif, yang pada hari
pertamanya berjaya menjual lebih setengah juta set. Artis-artis lain juga
dikatakan sedang beratur menunggu giliran untuk mencapai kejayaan komersil
akan datang sebagai eksklusif Walmart.

• Konglomerat media Amerika mendominasi sektor media dan komunikasi di
seluruh dunia dengan kemampuan mereka menembusi pasaran domestik
negara-negara pinggiran.

• Syarikat gergasi media Amerika telah berkembang menerusi rakan kongsi
serantau, usaha sama antarabangsa dan pengambilalihan terus.

• Time Warner, Disney, GE, Viacom, News Corporation, Gannett Company,
dan Dow Jones & Company adalah antara perbadanan multimedia terbesar
dari segi pendapatan.

Hollywood Perolehan
Konglomerat media Produk budaya
Negara-negara pinggiran

Krasniewicz, L. (2010). Walt Disney: A biography. Santa Barbara, CA: ABC-
CLIO.

Mannheim, S. (2002). Walt Disney and the quest for community. Burlington, VT:
Ashgate.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 SYARIKAT GERGASI MULTIMEDIA AMERIKA  51
McPhail, T. L. (2005, 2011). Global communication: Theories, stakeholders, and

trends. New York, NY: Blackwell.
Newspaper Division announces four appointments. (2001). Gannett. Dicapai dari

http://www.gannett.com.
Plunkett, J. W. (2009). PlunkettÊs entertainment and media industry almanac

2009. Houston, TX: Plunkett Research.
Laman web rasmi Time Warner, Gannet Company, Disney, Viacom, News

Corporation, Generic Electric, Dow Jones & Company.
Verma, K. K. (tidak bertarikh.). The AOL/Time Warner merger: Where

traditional media met new media. Archipelle. Dicapai dari
http://archipelle.com.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pihak

3 Berkepentingan
Bukan Amerika
dalam Sistem
Komunikasi
Global

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan impak dominasi budaya;
2. Mendefinisikan teori penjajahan budaya;
3. Mengenal pasti pengeluar produk budaya bukan Barat; dan
4. Menjelaskan sumbangan produk budaya bukan Eropah dan bukan

Amerika kepada pasaran antarabangsa.

" PENGENALAN

Hampir semua orang mengenali kartun Disney dan filem Hollywood. Di
samping itu, jenama seperti HBO, Nickelodeon, CNN, MTV dan majalah Time
telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Kesemua ini adalah produk media
Amerika dan mempunyai pengaruh tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Eksport media hiburan Amerika memperoleh lebih 90% saham dalam pasaran
antarabangsa kerana minat dunia yang tinggi terhadap produk mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  53

KOMUNIKASI GLOBAL

Dalam topik ini kita akan melihat peranan pihak-pihak berkepentingan bukan
Amerika dalam budaya dan ekonomi kreatif dunia yang bersaing dengan
pasaran Amerika. Sebagai contoh, Sony dari Jepun dan Bertelsmann dari Jerman
terkenal dengan produk media hiburan mereka pada peringkat antarabangsa
dan mempunyai pasaran di seluruh dunia.

SEMAK KENDIRI 3.1

Bincangkan impak pengembangan media global ke atas:

(a)" Khalayak media;

(b)" Pengeluaran media; dan

(c)" Jati diri tempatan.

3.1 PENJAJAHAN BUDAYA

Apakah maksud penjajahan budaya? Ini merupakan isu yang hangat
diperbincangkan dalam kajian mengenai impak komunikasi massa global.
Pemangkin utama perdebatan ini adalah tamatnya Perang Dingin dan kegagalan
usaha kumpulan negara-negara yang mendesak penubuhan Order Baru
Maklumat dan Komunikasi Dunia (NWICO  New World Information and
Communication Order). Kegagalan agenda NWICO telah mendedahkan pasaran
dunia kepada kegiatan komersialisasi dan pengantarabangsaan industri media
negara-negara maju. Aktiviti perdagangan antarabangsa yang bertambah dalam
produk media bermula pada 1970-an dan Amerika yang paling berjaya dalam
meluaskan perdagangannya ke seluruh dunia.

Para sarjana mula mengkaji secara kritis dan memantau kegiatan serta perolehan
ekonomi, dan impak ketidakseimbangan aliran perdagangan antarabangsa
dalam industri budaya, terutama di negara-negara Dunia Ketiga yang menerima
bahang ketidakseimbangan ini. Kebanyakan negara prihatin dengan aliran
produk Amerika yang sedemikian banyak, biasanya filem, program TV, muzik,
majalah, buku, berita dan maklumat. Tentu sekali mereka amat bimbang bahawa
penggunaan dan pendedahan yang berlebihan ini akan membawa implikasi
negatif kepada negara-negara pengimport dan budaya peribumi mereka.

Terdapat kebimbangan yang serius bahawa nilai budaya Barat akan mengambil
alih budaya negara-negara lain, suatu kuasa baharu penjajahan, penjajahan
budaya, dan pencerobohan budaya peribumi tempatan oleh negara asing yang
berkuasa dan dominan menerusi komunikasi massa. Pada keseluruhannya,
pengkritik globalisasi produk media dan komunikasi dalam pasaran mengenal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

54  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

pasti tiga kebimbangan: bahawa ia boleh membentuk kehomogenan gaya hidup
baharu dunia, aliran produk tidak seimbang daripada Dunia Pertama ke Dunia
Ketiga dan satu bentuk penjajahan budaya dan media.

Seorang sarjana terkemuka dalam penyelidikan ini ialah Herbert Schiller, yang
bertugas di University of California (1969 hingga 1992). Beliau menghasilkan
karyanya mengenai subjek ini dalam penerbitan penting bertajuk Mass
Communications and the American Empire dalam tahun 1969. Dengan
menggunakan pendekatan neo-Marxist, Schiller mula melihat struktur kuasa
global dalam industri media antarabangsa dan mengesan pola-pola kepentingan
perniagaan transnasional, khususnya peserta-peserta mega. Schiller menyatakan
bahawa sebahagian organisasi media berkenaan mempunyai hubungan
perniagaan dengan pembekal senjata dan ketenteraan utama yang berpangkalan
di Amerika Syarikat. Dalam sebuah buku lain, Communication and Cultural
Domination, Schiller memberikan takrifan penjajahan media kepada para
pembaca dan penyelidik:

Jumlah proses di mana sesebuah masyarakat dibawa ke sistem dunia
moden dan bagaimana strata yang mendominasinya menarik minat,
menekan, memaksa, dan kadangkala disogok untuk membentuk institusi
sosial yang sesuai dengan, ataupun untuk mempromosi, nilai dan struktur
pusat dominan sistem tersebut.

Tambah beliau lagi, dominasi komersialisasi industri media yang semakin
bertambah telah mengisi kekosongan yang dicipta oleh pengaruh kuasa-kuasa
dunia yang semakin mengecil di Eropah, seperti Sepanyol, Britain, Holland dan
Perancis. Jelas bahawa pengaruh kuasa bekas penjajah kini diambil alih oleh
kuasa Empayar Amerika yang sedang muncul.

AKTIVITI 3.1

Seorang sejarawan dari Burkina Faso, Afrika Barat, Joseph Ki-Zerbo
berkata, „Budaya kita sedang dihakis sedikit demi sedikit hingga
menjadi kosong. Teknologi-teknologi ini tiada pasport dan visa tetapi ia
sedang meninggalkan kesan kepada kita dan membentuk kita.‰

Bincangkan penyataan di atas berdasarkan konteks Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  55

KOMUNIKASI GLOBAL

Penjajahan atau Globalisasi?
Sesetengah sarjana memilih untuk melihat perkembangan perdagangan
antarabangsa dalam produk media massa sebagai kesan globalisasi, bukannya
suatu perkembangan yang didorong hasrat meluaskan jajahan. Oleh itu, untuk
mematah hujah yang menyokong teori penjajahan budaya ini, kita boleh berkata
bahawa kita tidak boleh lagi menganggap teras tradisional negara Barat ialah
untuk membekalkan bahan mengikut aliran sehala sahaja. Premis ini tidak boleh
lagi diguna pakai kerana keanggotaan para pengeluar dan pengeksport utama
kini telah pun diperluas kepada pengeksport utama dari Timur seperti Jepun,
China dan Korea Selatan.

Pemikiran sebelum ini yang menganggap bahawa aliran sehala produk media
massa Barat akan meninggalkan impak negatif kepada budaya tempatan kini
mendakwa bahawa tidak ada satu tradisi pun yang tidak pernah "dicemari"
budaya asing (Hesmondhalgh, 2002). Mereka tidak boleh menerima tanggapan
bahawa pendedahan kepada budaya yang dominan boleh menggugat tradisi
peribumi; sebaliknya interaksi tempatan dan global boleh mengukuhkan budaya
tempatan menjadi budaya campuran (hybrid culture).

Satu lagi perbahasan mengenai kesan sehala penjajahan secara langsung ialah
tanggapan tentang khalayak yang aktif seperti yang dilaporkan dalam sebuah
penyelidikan oleh sarjana, Liebes dan Katz (1993). Hasil kajian tersebut
menunjukkan bahawa terdapat beberapa tahap penerimaan dan jenis
penerimaan yang berbeza oleh negara-negara yang menerima pengaliran produk
asing. Suatu kajian tentang siri drama TV, Dallas, menunjukkan pola penerimaan
yang berbeza-beza daripada khalayak yang berbeza, mengesahkan teori
khalayak aktif dalam pengajian komunikasi liberal-pluralis.

Straubhaar dan LaRose (2000) juga membincangkan kuasa teori penjajahan yang
semakin lemah kerana jumlah negara pengeluar dan pengeksport yang semakin
bertambah dalam kalangan negara penerima. Untuk berjaya sebagai pengeluar,
beberapa buah negara beralih kepada dasar perlindungan perdagangan. Sebagai
contoh, Perancis mula memperkenalkan subsidi nasional untuk industri filem
tempatan sementara negara seperti Brazil dan Taiwan memilih untuk
mengenakan tekanan kepada kerajaan mereka supaya menambahkan
kandungan dan rancangan tempatan.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah persoalan sempadan negara yang
semakin pudar dalam dunia globalisasi yang semakin berleluasa dan juga
kehadiran satelit dan Internet. Lantaran itu, kita kini dalam keadaan yang
BBCWorld sedang bersiaran kepada khalayak global dalam 40 bahasa. CNN
menggunakan lebih 15 satelit untuk memancarkan siaran kepada satu bilion
penonton di 200 buah negara dan rancangan K-pop mendominasi keseluruhan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

56  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

Asia Tenggara. Satu contoh globalisasi yang lain ialah Columbia Pictures yang
dimiliki oleh Sony, satu kumpulan korporat Jepun, bekerjasama dengan 21st
Century Fox yang dimiliki oleh Murdoch, seorang warga Australia.

AKTIVITI 3.2

Terdapat kemungkinan bahawa penjajahan budaya dan globalisasi
dipersepsikan sebagai perkara yang sama. Bincangkan persamaan dan
perbezaan antara kedua-duanya.

Untuk membantu anda dalam latihan ini, baca Cultural Globalisation
and Cultural Imperialism oleh John Tomlinson (dalam Ali
Mohammadi, 1997).

3.2 KESATUAN EROPAH

Idea Eropah yang bersatu bukanlah suatu yang sangat baharu. Pada abad ke-19,
pemimpin Eropah seperti Napoleon Bonaparte telah pun mengimpikan
penubuhan persekutuan negara-negara Eropah, Etats-Unis dÊEurope. Victor
Hugo juga bercakap tentang persekutuan tersebut dalam ucapannya mengenai
Syarikat Negara-negara Eropah di Paris pada tahun 1849. Ucapan tersebut
disampaikan dalam Persidangan Keamanan Antarabangsa di mana beliau telah
mendesak supaya diwujudkan senat yang sama.

Pada tahun 1949 siri pertama mesyuarat Council of Europe berjumpa di dewan
bandar raya di Strasbourg untuk membincangkan idea menubuhkan sebuah
persekutuan bagi benua Eropah. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh menteri-
menteri luar negeri Britain, Perancis, Itali, Belgium, Holland, Sweden,
Luxembourg, Norway, Denmark dan Ireland. Salah seorang tokoh terkenal yang
hadir ialah Winston Churchill, pemimpin Britain semasa Perang Dunia Kedua.
Beliau lebih berminat mendapatkan pihak-pihak yang menang dan kalah dalam
peperangan itu untuk bersatu teguh bagi menghalang kemaraan dan
pengembangan Kesatuan Soviet. Pada masa itu Churchill menyatakan dengan
jelas bahawa Britain tidak akan menjadi sebahagian daripada Eropah kerana
terdapatnya hubungan yang sedia wujud dengan negara-negara Komanwel, satu
kesatuan yang juga mampu untuk menghalang perkembangan Kesatuan Soviet.

Kesatuan Eropah pada masa kini ditubuhkan secara rasmi selepas Perjanjian
Maastricht ditandatangani pada November 1993. Perkembangan geopolitik
sekarang dengan anggotanya sebanyak 27 buah negara Kesatuan Eropah (USE –
United States of Europe) telah memperkukuhkan idea penubuhan sebuah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  57

KOMUNIKASI GLOBAL

Eropah yang bersatu. Komentar-komentar (Op-ed pieces) dalam akhbar-akhbar
yang berpengaruh di Britain mendakwa bahawa sekarang, Kesatuan Eropah
lebih menonjol berbanding dahulu (The Independent, Jun 2012). Antara cabaran
terkini Kesatuan Eropah yang paling genting dihadapi ialah krisis Euro yang
melanda Greece dan kini Sepanyol.

Pakar ekonomi dan penganalisis politik media mendakwa bahawa krisis zon
Euro perlu diselesaikan dalam beberapa bulan. Ironi keadaan masa kini amat
jelas kepada semua orang, kerana Jerman, sebuah negara yang telah
menyebabkan tercetusnya dua peperangan besar di Eropah dan seluruh dunia
dalam masa 100 tahun yang lalu, kini sedang berusaha menyelamatkan Eropah.
Angela Merkel, Canselor Jerman dan pemimpin Majlis Eropah (European
Council) telah dapat menangani krisis kewangan Greece dan kini sedang melihat
bagaimana untuk memenuhi permintaan Sepanyol untuk menyelamatkan
banknya. Jelas sekali negara Jerman berada di barisan hadapan dalam pergelutan
Eropah menangani krisis ekonominya. Eropah sedang berharap yang Jerman
akan menyelesaikan hutang Greece, Sepanyol, Itali, Portugal dan Ireland yang
dianggarkan berjumlah satu trilion dolar.

Canselor Jerman telah mengulangi pendiriannya tentang integrasi Eropah seperti
yang dilaporkan dalam The Independent, Jun 2012:

Kita perlukan lebih banyak anggota Eropah. Kita perlukan bukan sahaja
kesatuan kewangan, malah memerlukan apa yang dipanggil kesatuan fiskal,
lebih banyak dasar bajet yang sama. Dan lebih penting lagi, kita perlukan
kesatuan politik. Ini bermakna kita mesti selangkah demi selangkah mara ke
hadapan, serta menyerahkan kuasa kepada Eropah.

3.2.1 Syarikat Media dalam Kesatuan Eropah

Sistem media Eropah sebelum tahun 1980 sama ada dimiliki atau berada di
bawah kawalan kerajaan. Berikutan zaman pembatalan kawal selia dan
liberalisasi industri media pada 1980-an, Eropah segera memulakan penswastaan
sektor komunikasi massa kerajaan seperti radio dan televisyen. Pusat
pengeluaran media yang kecil-kecil diambil alih oleh perbadanan yang besar,
yang mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan menarik minat
pengiklan melalui khalayak yang meluas. McPhail (2010) melihat ini sebagai
langkah ke arah pembentukan Kesatuan Eropah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

58  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

Selepas kejatuhan era Soviet, Amerika mendesak supaya diadakan polisi
mengekalkan dominasinya sebagai kuasa besar dalam mengeksport „kuasa keras
dan lembut‰ (Nye, 1996) ke seluruh dunia. Dominasi Amerika dalam media
massa terbukti menjadi perkara yang amat membimbangkan seluruh dunia.
Dominasi ini dibantu oleh perkembangan teknologi media yang menjadikan
peralatan dan produk media lebih murah dan lebih mudah alih, serta
membolehkan percambahan produk-produk berkenaan di dalam dan di luar
sempadan negara.

Era liberalisasi pasaran media diterima dengan penuh kebimbangan oleh
kerajaan-kerajaan kerana mereka terpaksa menerima kesan ketidakseimbangan
aliran perdagangan. Tambahan pula dominasi produk-produk berkenaan mula
meninggalkan impak terhadap negara-negara yang sedang berusaha
mengekalkan kedaulatan mereka dengan menghasilkan produk budaya mereka
sendiri. Para pemimpin Eropah dan dunia Islam hingga ke China dan India telah
menyuarakan kekhuatiran mereka. Pada September 1996, dalam ucapannya
kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mantan
Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad bercakap tentang sebahagian
impak negatif media Barat yang „menghancurkan ⁄ nilai-nilai dan kepelbagaian
budaya yang disanjungi ⁄‰ (Thussu, 2000, 180).

Begitu juga Suruhanjaya Eropah (EC  European Commission) mulai mengambil
sikap lebih melindungi dan berusaha mengurangkan akses pasaran produk
Amerika ke Eropah dengan memperkenalkan kuota. Negara Perancis, misalnya,
mencadangkan kuota untuk mengimport rancangan televisyen, dan EC pula
meluluskan rancangan untuk mewujudkan pasaran yang bersatu untuk
mempromosi pasaran terbuka untuk rancangan TV. EC menganggap industri
audio-visual sebagai sebuah „industri budaya yang setaraf kecemerlangannya‰
(EC, 1999).

Oleh itu, ternyata walaupun media Amerika memainkan peranan yang dominan
dalam persekitaran global, industri media dari negara lain turut berminat untuk
memainkan peranan utama dalam pasaran. Straubhaar dan LaRose (2004)
mengenal pasti firma media massa yang terkemuka dalam Rajah 3.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  59

KOMUNIKASI GLOBAL

Rajah 3.1: Firma media massa tertinggi
Sumber: Straubhaar & LaRose (2004)
Dalam senarai tersebut, pemain utama diwakili oleh syarikat-syarikat Amerika
Syarikat, tiga buah syarikat Eropah dari Jerman, Perancis, dan Britain, dan setiap
satu dari Jepun dan Kanada. Badan korporat terbesar di Eropah ialah
Bertelsmann dan Kirch Group dari Jerman, Hachette dan Havas dari Perancis,
dan Reed Elsevier, EMI dan Reuters dari Britain.
Antara ketiga-tiga buah negara, Perancis mempunyai tradisi campur tangan
kerajaan paling lama dalam industri budaya. Bermula pada tahun 1960-an
hingga 1970-an, Perancis telah banyak melabur dalam perkakasan media dan
telekomunikasi. Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an, Perancis berusaha

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

60  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

bersungguh-sungguh untuk memasarkan produk penyiarannya, terutama di
bawah pentadbiran Presiden Francois Mitterrand (1981 hingga 1995). Di bawah
kerajaan Chirac, saluran komersil dilancarkan dan TFI diswastakan, termasuk
Havas, sebuah syarikat TV dan periklanan.

Kerajaan Britain turut melaksanakan rancangan penswastaan walaupun ia tidak
menswastakan BBC dan Channel 4. Media gergasi seperti media yang dimiliki
Rupert Murdoch, rakan sekutu Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, cuba
mengubah landskap penyiaran. Murdoch, melalui British Sky Broadcasting
(BSkyB) berjaya menguasai teknologi TV dan menjelang pertengahan tahun
1990-an News Corporation telah memonopoli TV berbayar di United Kingdom.

Dalam industri muzik, tiga buah syarikat Eropah adalah dalam senarai enam
yang terkemuka di dunia, seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3.1. Big Three
di Eropah ialah Netherlands, Jerman dan United Kingdom manakala dua lagi
adalah dari Jepun dan satu dari Amerika.

Jadual 3.1: Gergasi dalam Industri Muzik Antarabangsa

Syarikat Negara Asal Jualan Sedunia (1992)
Sony Jepun USD3.5 bilion
Philips/Polygram Netherlands USD3.3 bilion
Time Warner Amerika Syarikat USD3.2 bilion
Bertelsmann/RCA Jerman USD2.5 bilion
Thorn/EMI United Kingdom USD2.2 bilion
Matsushita/MCA Jepun USD300 juta

Sumber: Straubhaar & LaRose (2004)

Syarikat-syarikat Eropah juga dipacu oleh keinginan untuk menguasai pasaran
Eropah dan terus menguruskan beberapa syarikat media yang mendapat
keuntungan. Memang ada keprihatinan untuk mengekalkan kepelbagaian
kandungan dan mengurangkan kebergantungan terhadap perbadanan
transnasional. Eropah juga menyedari betapa pentingnya mengekalkan
keterikatan tradisional Eropah dalam kalangan awam.

Majlis Eropah amat mengawasi kesan kandungan media transnasional yang
berpengaruh dan telah menyarankan beberapa tindakan untuk melindungi
pluralisme media. Sebahagian tindakan tersebut adalah seperti yang berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  61

KOMUNIKASI GLOBAL

(a)" Majlis Eropah perlu mengambil usaha berterusan untuk memantau
konsentrasi media transnasional, dan memberikan perhatian kepada
evolusi landskap media dan cara orang ramai menggunakan media.

(b)" Negara-negara anggota Majlis Eropah perlu menyokong penyiar
perkhidmatan awam, sebagai pembekal pelbagai kandungan yang spesifik.

(c)" Negara-negara anggota perlu memberikan sumbangan kepada kebebasan
bersuara dan maklumat serta kepelbagaian pendapat.

(d)" Negara-negara anggota perlu mengukuhkan tindakan mereka bagi
memastikan supaya pluralisme media dan kebebasan editorial terjamin
menerusi perundangan atau cara lain.

(e)" Negara-negara anggota perlu menguatkuasakan suatu pemisahan yang
jelas antara pihak berkuasa politik dengan media dan memastikan yang
semua keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa awam mengenai
media adalah telus.

Rajah 3.2 menunjukkan bagaimana kadar pusing ganti (turnover) syarikat media
terbesar di Eropah pada tahun 2008.

Jadual 3.2: Syarikat Media Terbesar Eropah Mengikut Kadar Pusing Ganti
pada Tahun 2008

Syarikat Media Deskripsi
Vivendi SA
Vivendi Universal ialah syarikat ketiga terbesar di dunia menjelang
Bertelsmann pusing ganti pada tahun 2002. Syarikat yang beroperasi dalam Vivendi
ialah Canal, Universal Music Group, Vivendi Universal Games, NBC
Lagardere Universal dan pengendali telekom di Perancis dan Maghribi (Morocco).
Media Ia memperoleh Seagram Co milik Kanada dalam penggabungan USD55
bilion. Ini bermakna Vivendi menguasai Universal Studios, Universal
Pictures dan Universal Music Group yang juga bermakna Vivendi boleh
dianggap versi Hollywood di Eropah.

Ia merupakan syarikat media ketujuh terbesar di dunia. Kumpulan di
bawah syarikat ini termasuk kumpulan penyiaran swasta terbesar di
Eropah, RTL Group, syarikat penerbitan Random House, syarikat
muzik BMG, firma percetakan Arvato, penerbitan majalah dan akhbar
di bawah Gruner + Jahr dan Prisma Presse.

Ia merupakan sebuah syarikat Perancis dengan kegiatan perniagaan
yang pelbagai seperti penerbitan dan kepentingan media termasuk
badan yang bergabung dengan pihak ketenteraan dan industri. Ia
merupakan penerbit majalah terbesar di dunia masa kini dan penerbit
majalah ke-10 terbesar di Amerika. Majalah Elle diterbitkan dalam 39
edisi. Ia mempunyai 40 juta pembaca di seluruh dunia. Ia memasar dan
mempromosikan saluran Elle bersama-sama dengan syarikat kosmetik
Paris jenama Estee Lauder Clinique.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

62  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

Reed Elsevier Syarikat media yang ke-8 terbesar di dunia dan penerbit terkemuka
dunia untuk maklumat bagi kegunaan golongan profesional.

Pearson Syarikat penerbitan Pearson adalah syarikat media ke-10 terbesar di
dunia. Tiga bahagian utama dalam syarikat ini merupakan penerbit di
bawah nama Pearson Education, Financial Times Group, dan Penguin
Books.

ARD Ia merupakan penyiar perkhidmatan awam terbesar di Jerman.

BBC BBC ialah penyiar perkhidmatan awam terbesar di Britain dan
pengeksport utama rancangan televisyen di Eropah dan dunia.

RTL Group Syarikat ini adalah anak syarikat Bertelsmann, kumpulan penyiaran
swasta terbesar yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih sepuluh
buah negara Eropah. Lebih 120 juta khalayak Eropah menonton
siarannya setiap hari.

EMI Penerbit muzik global.

BSkyB Ia sebuah syarikat televisyen digital satelit yang beroperasi sebagai anak
syarikat News Corporation, kumpulan media keempat terbesar di dunia
di bawah kuasa Rupert Murdoch.

Daily Mail and Ia mempunyai kepentingan penerbitan akhbar dan juga radio tempatan
General Trust serta penerbitan maklumat di Britain.

TFI TFI merupakan televisyen percuma untuk disiarkan atau free-to-air
yang terbesar di Perancis dan mengawal saluran Eurosport.

Mediaset Ia merupakan penyiar swasta terbesar di Itali dan dikuasai oleh mantan
Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Sumber: Pasaran Media Nordicomm pada tahun 2008 dalam McPhail (2010)

AKTIVITI 3.3

Jadual 3.2 menunjukkan beberapa perbadanan media global dan
pengaruh mereka dalam pasaran antarabangsa.

Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang membawa kepada
kemunculan perbadanan media global ini?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  63

KOMUNIKASI GLOBAL

3.2.2 Syarikat Media Eropah Bersiaran di Negara
Eropah yang Lain

Dengan pemasangan satelit di seluruh Eropah, para penyiar kini berupaya
menjangkau khalayak merentasi sempadan nasional. Lebih banyak penyiar TV
dan radio dari sesebuah negara kini berupaya bersiaran ke negara-negara lain
dalam benua Eropah. Stesen-stesen bersaing untuk mendapatkan khalayak
terbesar merentasi sempadan. Aliran maklumat, data dan produk budaya
merentasi sempadan (transborder) kini semakin bertambah akibat kemajuan
pesat teknologi seperti komunikasi satelit. Sebagai contoh, RTL Group adalah
penyiar swasta yang terbesar. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 selepas
penggabungan antara stesen TV dan radio yang dimiliki Bertelsmann, GBL,
Kumpulan Belgium-Kanada dan Pearson TV dari UK. Gabungan tersebut
menghasilkan saluran TV yang bersiaran ke Jerman, Perancis, UK, Holland,
Belgium, Hungary, Sepanyol, Croatia dan Luxembourg.

Satu lagi penyiar utama ialah syarikat Sweden, Modern Times Group, yang
menawarkan perkhidmatan TV ke Sweden, Norway, Denmark, Finland, Estonia,
Lithuania, Latvia, Hungary dan Rusia. SBS Broadcasting pula beroperasi di
Holland, Hungary, Sweden, Norway, Denmark, Belgium dan Romania.

Dari segi perkhidmatan Internet, jaringan sejagat (World Wide Web) telah
diterima dengan begitu baik di negara-negara Scandinavia, sehingga ia melebihi
populasi Amerika. Negara-negara ini mempunyai kadar penembusan Internet
tertinggi di dunia.

3.3 PERBADANAN MULTIMEDIA
BERPANGKALAN DI NEGARA ASING

Kini kita dapat lihat bahawa pemain media utama di dunia ialah Amerika,
Eropah, Kanada dan Jepun. Kumpulan utama yang kedua terdiri daripada kira-
kira tiga atau empat dozen firma media yang berpendapatan kira-kira USD1
bilion hingga USD6 bilion setahun. Angka-angka ini adalah besar dan tentu
sekali menguntungkan para penerbit. Bila negara-negara Barat mengubah dasar
milik awam kepada pemasaran, negara-negara lain di dunia telah mulai merebut
peluang untuk membatalkan kawal selia dan mendesak penswastaan sektor
media yang dikawal kerajaan. Tambahan lagi, seperti yang disebut sebelum ini,
negara-negara yang akhirnya menerima kesan aliran produk budaya yang tak
seimbang mulai memikirkan perkara ini dan mula mencari jalan untuk
menewaskan usaha Amerikanisasi produk media.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

64  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

Yang berikut ialah senarai syarikat utama bukan Amerika dan Kesatuan Eropah
(McPhail, 2010):

(a)" CanWest Global Communications Corp (Kanada)

(b)" WETV (Kanada)

(c)" Aboriginal PeopleÊs Television (Kanada)

(d)" Grupo Televisa (Mexico)

(e)" Globo Communications (Brazil)

(f)" Cisneros Group (Venezuela)

(g)" Sony (Jepun)

(h)" Bollywood (India)

(i)" Zodiac Entertainment (Itali)

Kumpulan bukan Barat yang lain di dunia termasuk kumpulan budaya dan
linguistik syarikat Amerika Latin seperti TV Globo, Televisa dan Cisneros/
Venevision. Di Timur Tengah, televisyen geolinguistik serantau membawa
kepada tertubuhnya saluran pan-Arab seperti Middle East Broadcasting Centre,
(MBO) yang dimiliki oleh kepentingan Arab Saudi (Thussu, 2000). Walaupun
Arab Saudi baru terlibat dalam kegiatan media, mereka dengan cepatnya
menonjol dalam dunia media dalam masa beberapa dekad. Kepentingan media
mereka termasuk satelit pan-Arab, akhbar seperti Al-Hayat dan Al-Sharq Ai
Awsat dan rangkaian TV seperti MBC, Orbit, ART dan Rotana. MBO mula
bersiaran merentasi Eropah dan Afrika Utara dan Timur Tengah menerusi
Arabsat. Ia mempunyai khalayak berpotensi lebih daripada 100 juta penduduk
Arab yang bersaing dengan saluran berpengaruh Al-Jazeera di Doha.

Saluran Arab lainnya termasuk Arab Radio and Television (ART), yang dimiliki
oleh Putera Saudi al-Waleed bin Talal. Sinclair (1996) mengiktiraf Mesir sebagai
pengeluar utama untuk pasaran geo-budaya Arab. Mesir mengendalikan saluran
satelitnya Spacenet pada tahun 1991 dan membekalkan berita alternatif
mengenai Perang Teluk kepada warga Arab lain yang berada di seberang laut.

Di Asia, syarikat multimedia yang besar diwakili kebanyakannya oleh firma
Jepun seperti Sony, NHK, Asahi, TVB dan syarikat seperti Chinese Central TV
(CCTV) dari China dan Hollywood di Timur, iaitu industri filem India. Studio
Bollywood menghasilkan filem untuk diaspora India di Afrika, Asia dan negeri-
negeri Teluk. Dari segi ekonomi komputer, Bangalore di India diperakui sebagai
hab perisian teknologi yang berjaya bersama-sama dengan Taiwan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  65

KOMUNIKASI GLOBAL

AKTIVITI 3.4

Lihat senarai rancangan televisyen di semua saluran dalam negara
anda. Kenal pasti perkara berikut:

(a)" Yang manakah rancangan yang diimport?

(b)" Apakah jenis rancangan import yang paling biasa?
(c)" Dari manakah rancangan tersebut diimport?

(d)" Pada pandangan anda, apakah sebab-sebab rancangan jenis ini
ditayangkan melalui saluran televisyen tempatan?

3.3.1 Amerika Latin

Sebagai tindak balas perlindungan dagang terhadap aliran sehala Amerikanisasi
media Barat, kerajaan-kerajaan Amerika Latin cuba membataskan import budaya
asing dan mempromosi produk budaya yang dihasilkan dari dalam negeri dan
untuk mengurangkan impak penjajahan budaya. Syarikat seperti TV Globo dan
Televisa ternyata berjaya menjadi pengeluar telenovela (soap opera Amerika
Latin) yang amat berpengaruh. TV Globo dari Brazil dimiliki oleh keluarga
Marinho yang mempunyai perniagaan yang luas dalam industri akhbar dan
memiliki kepentingan dalam pengedaran piring hitam dan video, galeri seni dan
periklanan. Ia juga sebahagian daripada Rede Globo, salah sebuah konglomerat
multimedia terbesar dengan kepentingan perniagaan dalam industri
telekomunikasi dan satelit. Di Brazil, TV Globo mempunyai saham pasaran kira-
kira 76% daripada 160 juta penduduk (Sinclair, 1996).

3.3.2 China

Penduduk China yang berjumlah lebih satu bilion secara automatik menjadi
salah satu khalayak terbesar di dunia. Industri media telah berkembang pesat
dan kadar penontonan telah bertambah daripada 18 juta pada tahun 1975 kepada
1,020 juta pada tahun 1995. Pada tahun 1980-an dan 1990-an jumlah peti TV di
China telah meningkat kepada lebih 80 juta (Dominick, 1999). Chinese Central
Television (CCTV) adalah sebuah saluran satelit yang menjangkau 900 juta
penonton dalam 29 wilayah di China dan negara lain di Asia, Australia dan
Afrika. Meskipun demikian, kerajaan China mengekalkan kawalan yang amat
ketat terhadap media di China dan ada masanya kawalan yang dilonggarkan
akan disusuli dengan pelbagai sekatan. Sebagai contoh, pada pertengahan tahun
1990-an, kerajaan telah mengharamkan parabola satelit dan warganegara China

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

66  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak polis sekiranya ingin
menggunakan Internet.
Hong Kong, sebuah negara bekas jajahan British yang penduduknya sekitar 12
juta orang, telah diserahkan kembali kepada kuasa China pada tahun 1997.
Kebanyakan orang menjangka wilayah baharu China ini juga akan dikenakan
kawalan ketat tetapi kerajaan pusat negara China telah memutuskan untuk
melonggarkan kawalan terhadap industri media di sana. Salah seorang pemilik
media raksasa yang memahami pasaran media China yang luas dan
menguntungkan itu ialah Rupert Murdoch yang menubuhkan saluran Phoenix
dalam bahasa Cina menerusi News Corporation. Phoenix menawarkan
rancangan bahasa Mandarin 24 jam kepada penonton di China dan juga 30 juta
diaspora China di Asia Tenggara dan Amerika Utara. Pada tahun 1999, saluran
tersebut ditonton oleh lebih 47.5 juta isi rumah di Tanah Besar China. Dengan
keyakinan bahawa bersiaran menggunakan rancangan tempatan adalah model
terbaik, Phoenix, seperti Zee TV di India menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada bahan tempatan seperti rancangan menjadi jodoh yang popular, Perfect
Match.

3.4 BOLLYWOOD: INDUSTRI FILEM INDIA

India ialah pengeluar filem terbesar di dunia. Jadual 3.3 menunjukkan bahawa
pada tahun 1999 India mencatatkan purata 787 buah filem setahun untuk jangka
masa 1989 hingga 1998. Amerika mencatatkan 591 buah filem, 296 oleh China
dan 255 oleh Jepun pada masa yang sama (Thussu, 2000; Hesmondhalgh, 2002).
Doyle (2002) menyatakan bahawa ia juga salah sebuah industri peribumi yang
mampu menahan pengaruh Hollywood yang amat kuat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  67

KOMUNIKASI GLOBAL

Jadual 3.3: Negara Pengeluar Filem Terbesar

Negara Purata Jumlah Filem yang Purata Pelaburan Setiap
Diterbitkan Setahun antara Penerbitan dalam USD Juta pada
India
Amerika Tahun 1989 hingga 1998 Tahun 1998
Jepun
Hong Kong 787 0.08
Filipina 591 14.00
Perancis 255
China (PRC) 169 3.57
Persekutuan 160 0.58
Rusia 148 angka tidak diberikan
Itali 127 5.26
Thailand 124 0.42
Korea Selatan 105 angka tidak diberikan
United 3.93
Kingdom 73 0.15
73 0.72
67 8.25

Sumber: Hesmondhalgh (2002)

Filem pertama diterbitkan di India pada tahun 1913, dan kajian masa kini
menunjukkan bahawa India mengeluarkan kira-kira 1,200 filem setiap tahun,
sekali ganda Amerika Syarikat. Dunia mula memberikan perhatian kepada
pengeluaran besar-besaran yang didatangkan dari Bombay (kini Mumbai),
lantaran itu dipanggil Bollywood, iaitu kombinasi studio di Timur dan Barat,
Bombay dan Hollywood.

Filem-filem India pasca kemerdekaan mulai membangunkan formula Bollywood
yang menarik khalayak India merentasi jurang sosial dan agama. Ia
mengandungi genre filem yang menjadi terkenal dengan campuran masala pada
tahun 1970-an. Masala ialah istilah India untuk ramuan rempah ratus, yang
merujuk kepada satu campuran percintaan, drama, komedi serta sekuen
nyanyian dan tarian.

Rakan eksport filem utama ialah negara-negara jiran berbudaya sama seperti
Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara yang mempunyai jumlah
warga India yang ramai seperti Nepal, Myanmar, Afrika Selatan dan Sri Lanka.
Pada tahun 1988, produk filem India dieksport ke negara-negara Telok Arab,
Indonesia, Sri Lanka dan Malaysia. Kini, dengan diaspora India pasca
kemerdekaan serta warganegara muda yang melanjutkan pengajian dan mencari

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

68  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

peluang pekerjaan di Amerika, populasi ekspatriat India telah berkembang luas
ke Amerika, UK, Emiriyah Arab Bersatu, Kanada, Singapura, Australia, Kuwait
dan Oman. Ekspatriat India kemudiannya membekalkan dana balik ke India.

Pada tahun 1990-an, Bollywood mengeksport ke diaspora India di UK, Amerika
dan negara Arab, diikuti dengan permintaan daripada pasaran Asia Timur dan
Australia. Satu laporan daripada Ernst & Young (2008) menunjukkan bahawa
Amerika dan UK menjana 50% hingga 60% pendapatan eksport India. Di
Amerika, filem-filem popular memperoleh pendapatan USD 1 juta pada
permulaan hujung minggu (Times of India, 2006).

Firma pengeluar filem paling berjaya ialah Yash Raj Films yang mencatat
pendapatan tertinggi sebanyak USD 100 juta pada tahun 2005. Hollywood tidak
berupaya menembusi pasaran kelas menengah India yang begitu besar, tetapi
syarikat seperti Reliance dari Bollywood berupaya melabur dalam Dreamworks,
cabang perdana Hollywood (Lorenzen, 2009). McPhail (2010) melaporkan
bahawa Bollywood mempunyai enam juta pekerja dalam sektor wayang gambar,
menghasilkan filem-filem pecah panggung seperti Slumdog Millionaire yang
meraih keuntungan sebanyak USD300 juta serta memenangi lapan anugerah
Oscar, termasuk untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

• Mungkin dapat disarankan bahawa globalisasi dan pengantarabangsaan
telah menjadi pendorong perkembangan pesat industri budaya di dunia.

• Ia merupakan pemacu utama dalam pengurusan dan pengeluaran produk
budaya berinovatif daripada kelompok budaya di seluruh dunia.

Amerikanisasi Penjajahan budaya
Globalisasi Produk budaya
Pengantarabangsaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM  69

KOMUNIKASI GLOBAL

Dominick, J. R. (1999). The dynamics of mass communication. Boston, MA:
McGraw-Hill College.

Doyle, G. (2002). Understanding media economics. London, England: Sage.
European Commission. (1999). Principles and Guidelines for the CommunityÊs

audio-visual policy in the Digital Age. Document (99) 657, 14 Disember,
Brussels: European Commission.
Hesmondhalgh, D. (2002). The cultural industries. London, England: Sage.
Liebes, T., & Katz, E. (1993). The export of meaning: Cross-cultural readings of
Dallas. Cambridge, England: Polity.
Lorenzen, M. (2009). Creativity and Context: Content, cost, chance, and collection
in the organization of the film industry. In Jeffcut, P., & A. Pratt: Creativity
and innovation in the cultural economy. London, England: Routledge: 93–
117.
McPhail, T. M. (2010). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
Sussex, England: John Wiley & Sons.
NordicommÊs Nordic Media Market (2003).
Nye, J. (1990). Soft Power, Foreign Policy, 80, 153–71.
Schiller, H. (1976). Communication and cultural domination. New York, NY:
M. E. Sharpe.
Sinclair, J. (1996). Mexico, Brazil, and the Latin World. In Jacka, E. et al. (Peny.),
New Patterns in Global Television. Oxford, England: Oxford University.
Straubhaar, J., & LaRose, R. (2004). Media now: Understanding media, culture
and technology. Wadsworth: Thomson.
Thussu, D. K. (2000). International communication: Continuity and change.
London, England: Arnold.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

70  TOPIK 3 PIHAK BERKEPENTINGAN BUKAN AMERIKA DALAM SISTEM

KOMUNIKASI GLOBAL

Times of India. (2006). Bollywood makes a killing overseas with more prints.
Dicapai dari www.timesof india.indiatimes.com.

Tomlinson, J. (1997). Cultural globalization and cultural imperialisme. Dalam
Ali Mohammadi Peny. International communication and glibalization: A
critical introduction. New York, NY: Sage.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Isu Global,

4 Muzik dan
MTV

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan antara industri budaya global, serantau dan tempatan;
2. Menjelaskan perkembangan televisyen global;
3. Menjelaskan perkembangan konglomerat muzik dunia; dan
4. Menganalisis impak televisyen global dan industri muzik terhadap

budaya tempatan.

" PENGENALAN

Urus niaga komunikasi, media dan maklumat sudah menjadi trend yang tidak
boleh diabaikan. Dalam topik ini, kita akan memfokus kepada pasaran
antarabangsa barangan budaya – khususnya filem, televisyen, muzik dan berita
yang telah diedar atau disebarkan dari negara-negara perindustrian ke pasaran
seluruh dunia. Barangan budaya ini bukan sahaja digunakan oleh hampir semua
negara, tetapi cenderung meninggalkan kesan kepada nilai budaya tempatan.

4.1 TELEVISYEN GLOBAL

Negara Dunia Ketiga amat bimbang sekiranya aliran bebas maklumat merentasi
sempadan akan mengurangkan kedaulatan negara mereka sendiri (Straubhaar &
LaRose, 2000). Terdapat kebimbangan bahawa dasar-dasar ekonomi, politik dan
budaya akan kucar-kacir sekiranya mereka tidak dapat mengawal aliran masuk
maklumat dan barangan budaya asing ke dalam negara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

72  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

Kebanyakan negara di dunia cenderung untuk mengawal selia industri
penyiaran melampau daripada media cetak. Malaysia, umpamanya, mempunyai
peraturan yang mencukupi untuk media cetak. Walau bagaimanapun,
kebanyakan negara mengekalkan sesetengah bentuk kawalan untuk media
penyiaran.

Satu lagi kebimbangan ialah dasar perdagangan antarabangsa yang melibatkan
barangan budaya negara-negara tertentu untuk mengukuhkan kedudukan
mereka dalam perdagangan antara negara. Amerika tetap dengan pendiriannya
supaya imbangan perdagangan antara negara mesti dipatuhi. Sebagai contoh,
aliran VCR, radio dan produk elektrik Jepun yang lain mahu diseimbangkan
dengan eksport industri media Amerika. Negara-negara seperti Perancis dan
Kanada menyuarakan kebimbangan mereka untuk mengekalkan pengeluaran
tempatan dan budaya nasional dalam televisyen, filem dan muzik. Sebagai
tindakan balas, Amerika mencadangkan langkah-langkah tegas menerusi
Organisasi Perdagangan Dunia (WTO  World Trade Organisation) untuk
mengenakan peraturan baharu perdagangan antarabangsa bagi bahan-bahan
audio visual supaya tidak membenarkan mana-mana negara mengamalkan
dasar perlindungan. Walau apa juga usaha untuk melindungi bahan media
tempatan, hakikatnya ialah hampir semua rancangan televisyen dan filem
dihasilkan oleh negara Barat. McPhail (2010) melaporkan bahawa lebih dua
pertiga rancangan video global adalah berasal dari Amerika Syarikat.

4.1.1 Televisyen Awal

Usaha-usaha awal mencipta televisyen ialah daya usaha dua orang Amerika,
Philo Farnsworth dan Vladimir Zworykin. Zworykin bertugas untuk NBC yang
dimiliki oleh RCA apabila NBC memberikan demonstrasi awal televisyen pada
tahun 1939 di New York World Fair. Menjelang tahun 1950-an, peti TV telah
menjadi barangan isi rumah yang digunakan secara berleluasa di Amerika.
Rancangan awal televisyen di Amerika dikawal oleh pengiklan yang
menghasilkan kandungan. Keempat-empat rangkaian yang beroperasi ketika itu
ialah CBS, NBC, ABC dan DuMont. Program meliputi rancangan permainan,
temu bual, dan beraneka drama lipur lara (soap opera), cerita koboi (cowboy),
komedi dan sukan. Menjelang tahun 1959 cerita-cerita koboi di studio menjadi
siri Amerika yang popular, menghasilkan 26 buah cerita cowboy pada waktu
perdana. Siri komedi seperti Beverly Hillbillies (1962 hingga 1971) menarik 60
juta penonton setiap minggu. Perdebatan Kennedy/Nixon disaksikan oleh 65
juta penonton pada tahun 1960. Pada tahun 1969, seluruh dunia menonton
liputan secara langsung pendaratan di bulan dan angkasawan Neil Armstrong
berjalan di permukaan bulan. Lihat Rajah 4.1 untuk mengikuti beberapa
peristiwa penting dalam sejarah televisyen Amerika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  73

Rajah 4.1: Peristiwa-peristiwa penting Televisyen
Sumber: Straubhaar & LaRose (2002)

Tahun-tahun 1970-an ditandai dengan kesedaran bahawa keganasan dalam
rancangan televisyen meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada khalayak,
khususnya kanak-kanak. Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC  Federal
Communications Commission) dan kumpulan pendesak mula mengenakan
tekanan kepada rangkaian televisyen supaya menyiarkan rancangan yang sesuai
pada waktu penontonan keluarga. Isu ini telah dibawa ke muka pengadilan. Pada
tahun 1980-an dan 1990-an, persaingan antara studio memuncak dan pada tahun
1987, Fox Broadcasting Company milik Murdoch memasuki pasaran. Murdoch
meningkatkan aktivitinya dengan mendapatkan CBS untuk beralih ke rangkaian
Fox dan membeli hak penyiaran pertandingan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL –
National Football League) Amerika. Pada tahun 1995, syarikat Disney memperoleh
ABC pada harga USD19 bilion.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

74  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

4.1.2 British Television Broadcasting

Televisyen mulai tersebar ke tempat-tempat lain di dunia. Britain menyiarkan
siaran pertamanya pada tahun 1935. British Broadcasting Corporation (BBC)
ditubuhkan pada tahun 1922. BBC memulakan operasinya sebagai syarikat yang
berkaitan dengan radio. Ia juga stesen pertama yang memulakan perkhidmatan
televisyen awam di dunia pada 2 November 1936. Siarannya dapat diikuti
menerusi 400 peti televisyen. Dengan tercetusnya Peperangan Dunia Kedua, BBC
menghentikan operasi televisyennya dan memfokus kepada siaran berita perang
menerusi radio, khususnya Laporan Perang yang ke udara setiap malam.
Semenjak itu, peranan BBC sebagai siarawan berita menjadi terkenal di seluruh
dunia.

Televisyen BBC memulakan semula perkhidmatannya pada tahun 1946 dengan
tugas khusus menyiarkan perbarisan kemenangan (Victory Parade). Ia dikenali
sebagai BBC TV yang kemudiannya ditukar ke BBC One. Pada tahun 1951,
terdapat 600,000 penonton televisyen di United Kingdom dan menjelang tahun
1956 telah meningkat menjadi enam juta penonton. Stesen-stesen lain mula
muncul, bermula dengan Independent Television (ITV) pada tahun 1955,
mengakhiri monopoli BBC dalam penyiaran elektronik Britain. BBC Two
dilancarkan pada tahun 1964 sebagai stesen warna pertama (McPhail, 2010).
Berikutan minat Thatcher untuk mengadakan stesen komersil, BBC mula
mencari jalan untuk membesar dan membangunkan perkhidmatan luar negara
di Amerika. Ini berakhir dengan pelancaran perkhidmatan digital BBC World
pada tahun 1991, dan menjadikannya salah sebuah pembekal berita dunia
terkemuka.

Pada tahun 1995, program televisyen paling popular ialah Coronation Street (16
juta penonton), Eastenders (14 juta penonton), Peak Practice (14 juta penonton),
The National Lottery (12 juta penonton) dan The Bill (12 juta penonton).

Rupert Murdoch berjaya mendapatkan saluran kabel dan satelit, British Sky
Broadcasting (BSkyB), pada 1993 dan menggunakan saluran sukan untuk
menarik pelanggan. Menerusi usaha tersebut, boleh dikatakan Murdoch juga
berjaya memperoleh monopoli teknologi televisyen di United Kingdom dan
mendominasi televisyen-berbayar di sana (Hesmondhalgh, 2002). Menjelang
tahun 1999, BSkyB melaporkan jumlah langganan mencecah lapan juta. BBC
menumpukan perhatian kepada peranannya sebagai pembekal perkhidmatan
awam yang bermutu tinggi dan kini merupakan pengeksport program televisyen
terbesar di seluruh Eropah, bersiaran ke 554 organisasi media di 67 buah negara.
Pada tahun 1998, eksport program TVnya menjana 135 juta pound. Pada tahun
1998, saluran BBC Worldwide ditonton oleh 230 juta isi rumah di seluruh dunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  75

Dengan itu, BBC penting kerana kedudukannya sebagai pesaing kepada CNN
dan rangkaian televisyen antarabangsa serantau dan antarabangsa yang lain.

4.1.3 Pencerobohan Elektronik dan Penjajahan Media

Teori pergantungan adalah huraian yang baik mengenai bagaimana perbadanan
transnasional (TNC) dari Utara mulai mempengaruhi dan menguasai pasaran
antarabangsa. Di belakang TNC ialah kerajaan nasional masing-masing yang
memberikan sokongan penuh melaksanakan strategi mereka mendominasi
pasaran, sumber bahan, pengeluaran dan buruh (Thussu, 2000). Teori ini berasal
dari Amerika Latin pada akhir tahun 1960-an bila Amerika Utara mula
memberikan sokongan kepada diktator sayap kanan dalam kerajaan Amerika
Latin. Ini mengingatkan tentang teori sistem dunia di mana negara-negara
pengeluar teras cuba mendominasi negara-negara pinggiran dan semipinggiran
dan memastikan yang negara-negara ini terus menerus bergantung kepada Barat.

Karya Herbert Schiller, Mass Communication and the American Empire (1992),
menunjukkan bagaimana Amerika membangunkan perkhidmatan komunikasi
dalam usahanya untuk menentang apa yang didakwa oleh kerajaan Amerika
sebagai ancaman daripada perkembangan Soviet. Dominasi Amerika dalam
komunikasi satelit untuk tujuan pengawasan kemudiannya berkembang menjadi
penyiaran komersil, dengan dibiayai oleh pendapatan daripada pengiklanan.
Seperti kata Schiller:

Viabiliti ekonomi perindustrian Amerika itu sendiri terlibat dalam gerakan
untuk mengkomersialisasikan penyiaran antarabangsa. Ekonomi swasta
yang terurus bergantung pada pengiklanan. Jika tiada rasa keterujaan dan
manipulasi permintaan konsumer, maka industri ini akan diancam dengan
kelembapan.

Satu lagi pandangan komunikasi global dan teori kebergantungan juga
ditimbulkan oleh sarjana Oliver Boyd-Barrett pada 1970-an. Boyd-Barrett (1977)
memperkenalkan istilah penjajahan media yang ditakrifkan sebagai:

Proses di mana hak milik, struktur, pengedaran atau kandungan media dari
mana-mana negara, sama ada secara individu atau bersama, dikenakan
tekanan daripada media negara atau negara-negara lain yang
berkepentingan, tanpa balasan yang seimbang daripada negara yang terlibat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

76  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

4.1.4 Amerikanisasi dan Televisyen Global

Menurut laporan UNESCO, antara tahun 1980 hingga 1991, perdagangan global
dalam barangan budaya, khususnya filem, televisyen, bahan cetak, muzik dan
komputer bertambah dari USD67 bilion pada tahun 1980 ke USD200 bilion pada
tahun 1991 (UNESCO, 1998). Amerika merupakan pengeksport terkemuka, dan
pendapatan utama industri hiburan di sana diperoleh daripada program
televisyen.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berita televisyen global, senarai berita dan
foto yang dibekalkan oleh CNN, BBC, AP, Getty dan Reuters ialah bahan-bahan
eksport utama dunia. Program televisyen dan filem juga kebanyakannya dari
Barat. Amerika membekalkan lebih dua pertiga program video global.

Tunstall (1994) menarik perhatian kepada pengantarabangsaan program
televisyen abad ke-20 dari Amerika. Industri televisyen Amerika telah
membangun jauh lebih awal daripada kebanyakan negara lain. Mulai era
keemasan televisyen Amerika pada 1960-an, eksport televisyen telah meningkat
ke sekitar USD100 juta setahun pada 1970-an. Faktor utama kejayaan televisyen
Amerika boleh dilihat dari segi peranan kerajaan dalam mempromosikan
industri budaya berkenaan ke seberang laut. Sebagai contoh, wakil-wakil
Amerika dalam mesyuarat antarabangsa akan menyarankan aliran bebas
maklumat dan hiburan seluruh dunia. Wakil-wakil kerajaan Amerika akan
menggesa supaya bantuan diberikan kepada negara-negara asing dengan syarat
negara-negara berkenaan tidak membataskan eksport budaya Amerika.
Langkah-langkah tersebut kemudiannya menghasilkan ledakan dalam eksport
Amerika dan akhirnya keuntungan untuk industri televisyen dan hiburan di
sana, seterusnya membawa kepada peningkatan repertoire televisyen. Jadual 4.1
menunjukkan syarikat terkemuka media Amerika yang utama, yang terlibat
dengan program televisyen.

Jadual 4.1: Syarikat Pengeluar Program Hiburan Televisyen Amerika yang Terkemuka

Syarikat Negara Pendapatan Keuntungan
(USD juta) (USD juta)
Walt Disney Amerika
Time Warner Amerika 22,976 1,850
News Corporation Australia 14,582 168
Viacom Amerika 12,995
Seagram Kanada 12,096 1 153
10,734 (122)
946

Sumber: Thussu (2000)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  77

Jadual 4.2: Syarikat Media Terkemuka dan Pendapatan daripada Televisyen

Syarikat 1998 Jumlah Pendapatan 1998 Pendapatan % Jumlah
(USD bilion) TV(USD bilion) Pendapatan
Time Warner
TCI 26.83 18.46 69
Walt Disney 7.35 7.35 100
CBS 22.97 7.14
6.80 4.91 31
72

Sumber: Thussu (2000)

Jumlah dagangan antarabangsa dalam produk budaya serta kemampuannya
mengeluarkan dan memasarkannya dengan begitu berjaya, memastikan
kejayaan industri ini secara berterusan. Kebanyakan negara akan mengimport
program Amerika, lantas mengekalkannya sebagai negara pembekal pasaran
televisyen terkehadapan di dunia. Jadual 4.3 menunjukkan pasaran televisyen
terbesar dunia dan Jadual 4.4 menunjukkan pemain utama dalam televisyen
global.

Jadual 4.3: Pasaran Televisyen Global

Negara Penonton TV di Penonton TV Kabel Penonton TV Satelit
Rumah (juta) (juta) (juta)
China 340 57 0.80
Amerika 98 66 8
India 79 19 2.5
Rusia 45 14.5 0.35
Jepun 41 14 12
Jerman 37 19 11
Brazil 36 1.3 2.4
Britain 24 2.3 4.3
Indonesia 20 0.02 3
Itali 19 0.01 0.76

Sumber: Thussu (2000)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

78  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

Jadual 4.4: TV Global, 1998

Rangkaian Jenis Hak Milik Jumlah Isi Rumah
(juta)
MTV Networks Muzik Remaja Viacom, Amerika 310
ESPN Sukan Walt Disney, Hearst 250
Corp
CNN International Berita Time Warner, 221
Amerika
NBC Berita NBC, Amerika 200
Discovery Channel Dokumentari Discovery Comm. 144
CNBC Berita Kewangan NBC 142
TNT Filem Time Warner 140
Cartoon Network Kartun Time Warner 125
BBC World Berita BBC
60

Sumber: Thussu (2000)

Industri televisyen Amerika dan eksportnya ke seluruh dunia telah menjadi
usaha perdagangan yang begitu menguntungkan, dan pengeluar serta studio
utama memastikan bahawa produk mereka mengekalkan kedudukan sebagai
pemimpin dengan cara menaik taraf pengetahuan teknologi mereka dan
mengekalkan strategi komunikasi pemasaran yang banyak untuk
memaksimumkan keuntungan daripada pasaran seberang laut. Contoh-contoh
keghairahan Amerika dalam menakluki pasaran luar ialah pengeluaran The
Hunchback of Notre Dame untuk pasaran Eropah dan Mulan untuk pasaran
China.

4.1.5 Pasaran Televisyen Geobudaya

Hesmondhalgh (2002) mengakui dominasi Amerika dalam program televisyen
antarabangsa sepertimana Amerika juga mendominasi bekalan filem sebelum
itu. Sepanjang dekad 1960-an hingga 1970-an, produk budaya Amerika seperti
filem, sitkom, pengembaraan aksi (action adventure) dan kartun telah dieksport
ke seluruh dunia. Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap kesan aliran
sedemikian khususnya bila para sarjana mula menghubungkan pola-pola
tersebut kepada teori penjajahan budaya dan media. Walau bagaimanapun,
terdapat jawapan balas yang mengatakan bahawa kesan terhadap khalayak
tidaklah secara langsung sepertimana kesan teori peluru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  79

Perdebatan lain yang mengatakan Barat adalah pusat yang mendominasi
kesemua negara Dunia Ketiga juga dipersoalkan oleh sesetengah sarjana kerana
terdapat beberapa kelompok negara yang lebih dipengaruhi oleh kelompok
geobudaya mereka (Hesmondhalgh, 2002). Sebagai contoh, negara-negara
Eropah Timur mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Rusia kerana
negara-negara tersebut berkongsi bahasa yang sama. Kelompok-kelompok
geobudaya lain adalah Mexico dan Brazil di Amerika Selatan, Taiwan dan Hong
Kong dengan China serta penduduk Malaysia dan Singapura yang berbahasa
Cina. Mesir pula ialah pusat pengeluar program TV berbahasa Arab dan
mengeksport ke beberapa buah negara di Afrika Utara dan Timur Tengah. Ibu
kota budaya Kaherah, Mumbai, Hong Kong dan Mexico ialah pengeluar dan
pengeksport produk budaya utama ke pasaran geo-budaya mereka masing-
masing.

Industri televisyen Amerika Latin, terutama Brazil dan Mexico telah berkembang
pesat semenjak 1960-an. Negara-negara ini kini pengeksport utama ke pasaran
geobudaya Hispanic dan pasaran di Amerika, Eropah dan UK. Televisa di
Mexico dan TV Globo di Brazil merupakan pengeluar program televisyen
terbesar dalam bahasa Sepanyol. Satu lagi pengeluaran utama televisyen
Amerika Latin ialah drama lipur lara popular, iaitu telenovela, siri melodrama
bahasa Sepanyol yang amat berjaya, yang bersiaran hingga episod ke-100 dalam
waktu perdana. Ia terus berjaya bertapak di seluruh dunia khususnya dalam
pasaran geobudaya Latina dari Mexico ke seluruh benua Amerika Latin dan
dieksport ke Sepanyol, Cuba, Rusia, Puerto Rico serta negara-negara bukan
berbahasa Inggeris. Ia berasal daripada drama radio dan terus mencapai
kejayaan dengan formula melodramatiknya yang menggunakan jalan cerita yang
mudah berhubung cinta dan hubungan keluarga serta pelakon-pelakon yang
telegenic atau mempunyai kecantikan yang sesuai untuk televisyen.

TV Globo menghasilkan telenovela Escrava Isaura (Isaura Gadis Hamba), epik
sejarah yang amat popular di Itali, Perancis, Czechoslovakia, negara bekas
Kesatuan Soviet dan China. Di negara China, 450 juta penonton menjadi ketagih
dan versi buku melodrama ini telah diterjemahkan ke bahasa Cina. Di Rusia, The
Rich also Cry mendapat sambutan yang hangat dan telenovela Gabriela menjadi
popular di Angola. Sesetengah telenovela dialih bahasa ke bahasa-bahasa lain
dan pada tahun 1990, program hiburan TV Globo dieksport ke 130 buah negara,
menjana pendapatan TV sebanyak USD4.4 bilion.

Organisasi penyelidikan di Eropah, seperti International Television Expert
Group (ITVE.org), melaporkan pada tahun 2009 bahawa jumlah penontonan
sehari telah bertambah di seluruh dunia daripada tiga jam 12 minit „menonton
lebih banyak dan menonton secara berbeza!‰ Gambaran keseluruhan laporan
tersebut menyatakan bahawa selain daripada perkembangan teknologi,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

80  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

kandungan ialah faktor pemutus. Fiksyen kekal popular, khususnya siri drama,
soap opera, telenovela, wayang di TV dan kartun.
Sebuah organisasi penyelidikan lain di Eropah, IDATE (2011), melaporkan
bahawa pasaran televisyen di seluruh dunia pada tahun 2010 bernilai 289.3 bilion
EUR, pertambahan sebanyak 7.1% berbanding 2009. Laporan tersebut melihat
bahawa AS masih pasaran televisyen terbesar dengan perolehan sebanyak 103
bilion EUR pada tahun 2010, satu peningkatan sebanyak 4.5%. Negara pengeluar
terkemuka Eropah ialah United Kingdom, Jerman dan Perancis. Pasaran
televisyen Asia didominasi oleh Jepun, India dan China, kesemuanya
merekodkan pertambahan daripada kadar 2009.
IDATE juga melaporkan bahawa Amerika Latin menunjukkan satu tahap
pertumbuhan yang baik dalam pasaran TV di Brazil selaku pasaran terbesar,
berjaya memperoleh 44% daripada keseluruhan pasaran Amerika Latin.
Bagaimanapun, sebagai perbandingan, rantau ini masih pengeluar yang kecil,
memperoleh hanya 7.8% daripada pasaran dunia. Pasaran Afrika/Timur Tengah
adalah pasaran serantau yang paling kecil, memperoleh 3.6 % daripada pasaran
dunia.
Di Asia, program televisyen Jepun mulai memasuki tanah bekas jajahannya
seperti Korea Selatan. Korea Selatan hanya membenarkan kemasukan program
TV Jepun pada 1990-an selepas suatu jangka masa embargo yang lama. Taiwan
hanya mula mengimport program Jepun pada tahun 1993. McPhail (2010)
melaporkan bahawa drama TV Jepun mula disiarkan di STAR TV pada 1990-an.
Oshin, kisah seorang gadis yang bertugas sebagai orang gaji, menjadi sangat
popular di 28 negara Asia. Rajah 4.2 menunjukkan eksport program TV Jepun
mengikut rantau manakala Rajah 4.3 menunjukkan eksport mengikut genre.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  81

Rajah 4.2: Eksport program TV Jepun mengikut rantau
Sumber: McPhail (2010)

Rajah 4.3: Eksport program TV Jepun mengikut genre
Sumber: McPhail (2010)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

82  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

Korea Selatan merupakan muka baharu dalam pasaran di Asia. Produk
televisyennya, terutama drama mula menembusi negara-negara Asia yang lain.
Kementerian Budaya dan Pelancongan Korea adalah contoh kerajaan yang amat
berjaya mempromosikan industri budayanya menghasilkan eksport bernilai
sejumlah USD1.6 bilion termasuk animasi, kartun, program televisyen, dan pita
muzik rakaman. Pada tahun 2006, PricewaterhouseCoopers (PWC) melaporkan
bahawa Korea mempunyai pasaran hiburan ketiga terbesar di rantau Asia
Pasifik. Kegilaan untuk produk hiburan Korea dinamakan Hallyu. Gelombang
hiburan Korea bermula di China dan kemudiannya ke seluruh Asia, termasuk
Hallyu besar yang melanda Asia Tenggara. Kini program TV Korea ditunjukkan
ke seluruh Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan. Hiburan Korea juga mula
menarik perhatian di Eropah dan Amerika Utara (lihat Jadual 4.5).

Jadual 4.5: Pengimport Produk Budaya Korea mengikut Kategori

China Jepun AsiaTenggara Amerika Eropah Lain- Jumlah
Utara lain
5.8% 39.4% 100.0%
Audiovisual 10.6% 11.6% 15.5% 27.6% 7.6% 4.1% 100.0%
Buku 10.3% 15.4% 100.0%
Kartun 30.9% 31.1% 11.5% 42.7% 9.3% 14.4% 100.0%
Permainan 15.5% 100.0%
Watak 2.3% 12.8% 23.1% 38.5% 0.0% 100.0%
Hiburan 3.9% 52.9% 100.0%
Jumlah 21.8% 25.3% 13.2% 17.7% 5.3% 1.8%
perolehan
6.7% 33.9% 21.3% 20.4%

3.9% 15.7% 5.9% 17.6%

12.3% 25.3% 8.6% 6.8%

Sumber: McPhail (2010)

Amerika mendominasi bekalan program televisyen di dunia tetapi terdapat
pemain lain yang menjual pakej ke pasaran nasional dan geo-budaya juga. Para
penyelidik telah memberikan beberapa jawapan mengapa kandungan televisyen
bukan Barat meningkat naik. Salah satu kemungkinan ialah bahawa melodrama
TV ialah wakil „kesejagatan‰ baharu, dan ia memberikan jalan untuk
menyelesaikan beberapa masalah kehidupan seharian dalam bentuk komedi,
tragedi, hiburan, aksi dan percintaan.

Kepelbagaian sedemikian juga menolak mitos penghomogenan
(homogenisation) budaya dunia. Sebaliknya, ia mempromosikan idea
keheterogenan (heterogeneity), pluraliti dan kepelbagaian. Appadurai (1990)
tetap menyatakan bahawa budaya dunia lebih mencerminkan budaya hibrid dan
bukan menjadi dunia yang homogen. Salah satu kecenderungan ialah sempadan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  83

negara yang telah mula pudar antara moden dengan tradisional, budaya tinggi
dan rendah, dan budaya nasional serta budaya global, suatu fenomena yang
dirujuk sebagai „glokalisasi‰ (Robertson, 1992).

AKTIVITI 4.1

Program televisyen Amerika mendominasi pasaran antarabangsa tetapi
negara lain juga banyak yang menjadi pengeluar utama. Bincangkan.

4.2 INDUSTRI MUZIK ANTARABANGSA

McPhail (2010) melaporkan bahawa dalam dekad pertama tahun 2000, jualan
industri muzik global telah mencapai USD40 bilion dan jualan terbesar adalah
dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Kebanyakan lagu adalah dalam
bahasa Inggeris walaupun pasaran bahasa Sepanyol juga semakin cepat
pertumbuhannya.

Jadual 4.6 menunjukkan Big Six dalam industri muzik global, empat
daripadanya ialah negara teras Barat seperti EMI Group (UK), Time Warner
Music (Amerika), Bertelsmann RCA/BMG (Jerman) dan Philips/Polygram
(Holland). Sony dan Matsushita dari Jepun adalah dua gergasi Asia dalam
kumpulan ini. Seperti yang mudah difahami, industri muzik dunia diuruskan
oleh entiti ini.

Jadual 4.6: Big Six dalam Industri Muzik Antarabangsa

Syarikat Negara Asal Jualan Seluruh Dunia (1992)

Sony Jepun USD3.5 bilion
Philips/Polygram Netherlands USD3.3 bilion
Time Warner Amerika USD3.2 bilion
Bertelsmann/RCA Jerman USD2.5 bilion
Thorn/EMI United Kingdom USD2.2 bilion
Matsushita/MCA Jepun USD300 juta

Sumber: Straubhaar & LaRose (2004)

McPhail (2010) mengenal pasti satu struktur yang berbeza sedikit dalam industri
muzik global terkemuka. Beliau mengiktiraf lima pemain utama dan kelima-lima
ini adalah dari negara teras, iaitu Universal Music Group (UMG) dari Perancis,
Sony Music dari Jepun, EMI Group dari UK, Warner Music dari Amerika, dan
Bertelsmann dari Jerman. Bagaimanapun, pada tahun 2003, Sony Music telah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

84  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

bergabung dengan Bertelsmann. Jadual 4.7 menyenaraikan nama-nama
terkemuka dalam industri muzik global.

Jadual 4.7: Industri Muzik Global Terkemuka

Universal Music UMG, yang dimiliki Vivendi, Perancis, ialah kumpulan terbesar
Group dunia. Ia mempunyai dua unit utama, muzik rakaman dan
penerbitan muzik. Ia mempunyai cawangan dalam 77 buah
Sony Music negara dan mengambil 10,000 kakitangan. UMG mempunyai 18
label dan artis-artisnya yang terkenal termasuk ABBA, Bryan
Warner Music Adams, Rolling Stones, Sting, Julio Iglesias, Black Eyed Peas, dan
Group ramai lagi penghibur bertaraf dunia.

EMI Group Ia menjadi syarikat muzik kedua terbesar selepas Sony Music

Entertainment Group dari Jepun bergabung dengan Bertelsmann

dari Jerman. Artis di bawah kumpulan ini termasuk Celine Dion,

Mariah Carey, Barbra Streisand, Bob Dylan dan Will Smith. Rakan

kongsi Sony, Bertelsmann Music Group (BMG) mempunyai artis

seperti Elvis Presley, Frank Sinatra dan Carlos Santana. Kumpulan

muzik Sony menulis muzik untuk Playstation 3 dan

menandatangani perjanjian dengan YouTube.

Kumpulan ini adalah konglomerat ketiga terbesar selepas Time
Inc, membeli Warner Bros. pada akhir 1980-an. Terdapat 1,000
artis di bawah pelbagai label termasuk Eric Clapton, Faith Hill
dan Red Hot Chili Peppers. Artis-artis mereka ini ada dalam
laman web dalam talian dan lebih 150 buah kedai di seluruh
dunia.

EMI adalah perbadanan muzik keempat terbesar. Labelnya
termasuk EMI, Capitol dan Virgin Records. Artis di bawah
portfolio ini termasuk Diana Ross, the Beatles, the Beach Boys,
Spice Girls, Keith Urban dan Ice Cube. EMI kini sedang
menghadapi beberapa pengubahsuaian dalaman setelah gagal
bergabung dengan Time Warner pada tahun 1999 dalam
usahanya menubuhkan kumpulan muzik terbesar di dunia.

Perjanjian USD20 bilion ini disemak oleh Pasukan Bertugas
Penggabungan Kesatuan Eropah (European UnionÊs Merger Task
Force).

Muzik, terutama muzik popular untuk khalayak muda adalah satu genre
kandungan antarabangsa yang kelihatan lebih global daripada yang lain kerana
muzik popular tidak terlalu bergantung pada bahasa. Muzik popular Barat
mempunyai asal usul dari pelbagai tradisi dan budaya dan telah banyak
menyerap muzik itu ke dalam bunyi baharu, „muzik dunia‰, yang terdiri
daripada pelbagai bunyi dari serata dunia. Bunyi-bunyi baharu ini lebih mudah
diterima khalayak dunia, terutama khalayak lebih muda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version