The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABCG4103 Komunikasi Global

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by burhanuddin, 2021-03-23 21:36:32

Dakwah Islam 2

ABCG4103 Komunikasi Global

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  85

Kemajuan teknologi menjamin penyebaran produk ke seluruh dunia melalui
radio FM, satelit, televisyen kabel dan Internet. Teknologi ini membantu
menyebarluaskan bentuk-bentuk muzik, daripada tarian rap ke muzik dunia.
Inilah sebabnya mengapa dunia melihat kemunculan industri muzik global,
serantau, nasional dan tempatan yang menghasilkan pelbagai genre dan pasaran
yang luas. Kumpulan Amerika dan Britain amat popular pada masa kini dan
lagu-lagu mereka dimainkan anak muda di seluruh dunia. Pada 1960-an, bakat
Britain terdapat dalam carta muzik Amerika, daripada kumpulan seperti Beatles,
dan kemudian Rolling Stones. Pada tahun 1983, dunia tertawan dengan album
Thriller oleh Michael Jackson yang terjual dengan keuntungan yang jauh lebih
tinggi dalam bentuk cakera padat atau CD. Kebanyakan artis rakaman yang
sedang popular ialah artis Amerika dan Britain, terdiri daripada nama-nama
mega seperti Madonna, Beyonce, Britney Spears, Jennifer Lopez dari Amerika
dan Spice Girls dari Britain.

4.3 MTV: KETERHUBUNGAN MUZIK GLOBAL
DOMINAN

Pada 1980-an, satu perkembangan penting mulai terbentuk dalam industri
muzik, iaitu kemunculan muzik video popular dan penubuhan Music Television
(MTV) milik Viacom. Artis-artis rakaman terkemuka 1980-an, seperti Paula
Abdul, Bon Jovi dan Madonna terhutang budi dengan MTV (Dominick, 1999).
Menurut McPhail (2010), MTV bersiaran kepada lebih 340 juta penonton di 140
buah negara. Khalayaknya terdiri daripada pra-remaja, remaja dan belia. Rajah
4.4 menunjukkan senarai MTV di seluruh dunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

86  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

Rajah 4.4: MTV seluruh dunia
Sumber: McPhail (2010)

MTV ialah perkhidmatan muzik pertama yang bersiaran 24 jam, 7 hari
seminggu. Kebanyakan pendapatannya dijana dari pengiklanan yang disasarkan
kepada kumpulan berusia 12 hingga 34 tahun. Laman webnya, MTV.com, masih
paling popular antara kira-kira 80,000 laman web muzik yang lain.
Salah satu strategi yang menentukan kejayaan MTV ialah kerana ia memperakui
hubungannya yang erat dengan hiburan tempatan, lantas menjadikan MTV
tempat untuk khalayak Amerika dan juga muzik tempatan. Walau
bagaimanapun, muzik pop Amerika masih mengatasi kebanyakan carta dunia.
Contohnya, lagu-lagu ratu pop Madonna dan Rolling Stones sering berada di
tangga paling tinggi dalam carta MTV Latina. MTV Eropah juga didominasi oleh
artis Amerika walaupun terdapat peraturan yang berkehendakkan 30% siaran
artis tempatan dari Eropah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  87

Salah satu dasar yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Eropah untuk
melindungi industri membuat program peribumi ialah Television Without
Frontiers (TWF) yang menyebut kuota wajib pemancaran output tempatan.
Artikel 4 dalam TWF menyatakan perkara berikut:

Negara-negara anggota akan memastikan di mana sesuai dan mengikut cara
yang sesuai supaya para penyiar memberikan keutamaan kepada hasil kerja
Eropah⁄ bahagian majoriti waktu siaran, kecuali waktu yang
diperuntukkan kepada berita, acara sukan, permainan, periklanan dan
perkhidmatan teleteks. Bahagian ini ⁄ perlu dicapai secara progresif, atas
dasar kriteria yang sesuai.

Doyle (2002) melihatnya sebagai masalah ekonomi dalam erti kata imbangan
perdagangan negatif dan kehilangan peluang pekerjaan serta penciptaan
kekayaan (CEC, 1977). Terdapat juga kebimbangan bahawa pencerobohan
kandungan televisyen asing mungkin merupakan ancaman kepada bahasa dan
nilai peribumi.

Tehranian (1999) memerhatikan bahawa MTV berjaya dalam mengeksport nilai
budaya remaja Amerika ke seberang Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin. Ia
mempromosikan jualan muzik yang dipersembahkannya dan industri muzik
tempatan cepat bertindak balas dengan repertoire tempatan. Dalam hal ini, MTV
merupakan pemain global yang berpengaruh bukan sahaja budaya pop Amerika
tetapi juga budaya peribumi.

Bagaimanapun, McPhail melihat bahawa MTV, menerusi penjajahan elektronik
telah meminggirkan artis tempatan dan genre muzik peribumi, dengan
memberikan contoh-contoh muzik orang asli Afrika dan Australia. McPhail
menyatakan lagi bahawa objektif MTV adalah untuk merayu kepada pasaran
remaja dunia dan menjajah serta mengambil kesempatan terhadap budaya
remaja. Dalam usaha niaga Internetnya yang terkini, MTVi Group, iaitu
perkhidmatan Internet MTV, menyasarkan remaja yang mempunyai kad kredit,
yang boleh membeli muzik dengan cara memuat turun muzik dan bahan-bahan
dagangannya yang lain. Dalam erti kata lain, MTV amat menyedari potensi
industri muzik dan adalah cukup kuat untuk mempengaruhi bentuk budaya
popular global dalam kalangan remaja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

88  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV

AKTIVITI 4.2

1." Apakah muzik dunia?
2." Mengapakah ia begitu menarik kepada pasaran global?

• Peti televisyen telah digunakan secara meluas di Amerika menjelang 1950-an.

• Program televisyen awal Amerika dikuasai oleh pengiklan yang
menghasilkan kandungan.

• Amerika Syarikat ialah pengeksport muzik terkemuka dan pendapatan
industri hiburan banyak diperoleh daripada program televisyen.

• Berita, senarai berita, dan foto global yang dibekalkan oleh CNN, BBC, AP,
Getty dan Reuters ialah pengeksport utama dunia. Begitu juga, program
televisyen dan filem kebanyakannya adalah dari Barat. Amerika juga
membekalkan kepada lebih dua pertiga program video global.

• Amerika mendominasi program televisyen antarabangsa sama seperti ia
mendominasi bekalan filem.

• Amerika mendominasi bekalan program televisyen global tetapi terdapat
pemain lain yang menjual pakej kepada pasaran nasional dan geo-budaya
mereka seperti Amerika Latin dan Korea.

• Dalam industri muzik global terdapat enam syarikat yang unggul atau Big
Six, empat daripadanya ialah negara-negara teras Barat seperti EMI Group
(UK), Time Warner Music (Amerika), Bertelsmann RCA/BMG (Jerman) dan
Philips/Polygram (Holland).

• Pada 1980-an, satu perkembangan baharu mula terbentuk dalam industri
muzik, yakni, kemunculan video muzik popular dan penubuhan Music
Television (MTV) milik Viacom.

• Televisyen global dan entiti muzik global terbesar jelas telah bertapak kuat di
banyak negara di dunia. Mereka berupaya untuk memutuskan pemilihan
label dan artis, dan cukup berpengaruh untuk menentukan cita rasa dan
trend dalam kalangan remaja di dunia. Konglomerat ini amat berkuasa dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV  89

mereka berupaya menjana pulangan ekonomi yang amat besar daripada
pasaran produk budaya yang berkembang pesat.

Amerikanisasi Pengantarabangsaan
Budaya peribumi Penghomogenan
Geobudaya Produk budaya popular
Konglomerat Televisyen global

Appadurai, A. (1990). Disjuncture and difference in the global cultural economy.
Public Culture, 2, 2, 1–24.

Boyd-Barret, O. (1977). Media imperialism: Towards an international framework
for the analysis of media systems. In Curran, J., Gurevitch, M., &
Woollacott, J. ( Peny.). Mass Communication and Society. London, England:
Edward Arnold.

CEC. (1977). Television without frontiers (The Broadcasting Directive).
97/36/EC.

Dominick, J. R. (1999). The dynamics of mass communication. Boston, MA:
McGraw-Hill College.

Doyle, G. (2002). Understanding media economics. London, England: Sage.

Hesmondhalgh, D. (2002). The cultural industries. London, England: Sage.

ITVE.org. (2009). TV Market Data. Dicapai dari http://www.international-
television.org.

McPhail, T. M. (2010). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
Sussex, England: John Wiley & Sons.

Robertson, R. (1992). Globalisation: Social history and global culture. London,
England: Sage.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

90  TOPIK 4 ISU GLOBAL, MUZIK DAN MTV
Schiller, H. I. (1992). Mass communication and the American empire. New York,

NY: International Arts and Sciences Press.
Straubhaar, J., & LaRose, R. (2004). Media now: Understanding media, culture

and technology. Belmont, CA: Wadsworth.
Tehranian, M. (1999). Global communication and world politics: Domination,

development, and discourse. London, England: Lynne Reiner.
Thussu, D. K. (2000). International communication: Continuity and change.

London, England: Arnold.
Tunstall, J. (1994). The media are American: Anglo-American media in the world

(Edisi ke-2.). London, England: Constable.
UNESCO. (1998). World culture report 1998: Culture, Creativity and Markets.

Paris, Perancis: UNESCO.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  CNN dan

5 Saluran Berita
Antarabangsa
Lain

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan tiga jenis saluran berita antarabangsa;
2. Membincangkan peranan CNN dalam pembangunan saluran berita

antarabangsa; dan
3. Mengenal pasti pemain-pemain yang bersaing dalam persekitaran

penyiaran baharu antarabangsa.

" PENGENALAN

Topik ini merupakan perbincangan awal tentang saluran berita antarabangsa.
Umumnya, ini adalah saluran berita televisyen 24 jam yang boleh ditonton oleh
khalayak di beberapa buah negara dan rantau dunia yang berbeza menerusi
satelit, kabel dan Internet. Dengan penontonan yang merentasi sempadan
nasional, siaran berita antarabangsa sedang membentuk satu „persekitaran
masyarakat global‰ (Hannerz, 1996; Volkmer, 2003) yang media dianggap
elemen penting dalam wacana awam, persekitaran awam dan komunikasi
politik.

Dianggarkan terdapat 37 saluran berita antarabangsa yang bersiaran menerusi
satelit sekurang-kurangnya di dua bahagian dunia, mungkin lebih (Rai & Cottle,
2010). Jumlah ini hanya mengambil kira pancaran saluran berita antarabangsa

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

92  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

menerusi satelit silang sempadan dan tidak termasuk cara dalam talian untuk
memancarkan berita kewartawanan siaran melintasi sempadan, contohnya,
video atas permintaan (video-on-demand) (contohnya, YouTube) atau penstriman
langsung (contohnya, Live Station).

Topik ini membincangkan peranan CNN sebagai perintis penyiaran saluran
berita berterusan 24 jam (rolling news), genre dan berita antarabangsa. Ia juga
memperkenalkan anda kepada saluran berita antarabangsa utama yang
merekayasa persekitaran global siaran berita antarabangsa masa kini.

SEMAK KENDIRI 5.1

Lihat senarai saluran berita antarabangsa dalam Jadual 5.1 dan jawab
soalan-soalan berikut:

1." Biasakah anda dengan saluran-saluran berita ini?

2." Apakah tanggapan anda tentang bilangan saluran berita
antarabangsa yang ada? Adakah anda fikir ia terlalu banyak atau
terlalu sedikit? Bincangkan.

3." Adakah negara anda mempunyai saluran berita antarabangsa?
Lihat Saluran Penyiaran Dunia dalam Internet.

Jadual 5.1: Saluran Berita Antarabangsa

Saluran Berita Hak Milik dan Bahasa Jangkauan Antarabangsa
CNN dan CNNI Global
Komersil: Time Warner, Global
BBC World pelbagai bahasa Global
Global
CNBC UK Siarawan Awam/Komersil, Global
bahasa Inggeris
Bloomberg TV
Komersil: NBC dan Dow Jones,
Fox News, Sky bahasa Inggeris
News dan Star
News Komersil: Michael Bloomberg,
Al Jazeera bahasa Inggeris

Komersil: News Corporation,
pelbagai bahasa

Dibiayai kerajaan Qatar, bahasa Global
Arab dan Inggeris

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  93

Todo Noticias Kumpulan Clarin Argentina, Amerika Selatan dan beberapa
Euronews bahasa Sepanyol bahagian Amerika Utara
France 24 Siarawan Awam Eropah,
pelbagai bahasa. Eropah, Asia Tengah
Russia Today Siarawan Awam Perancis,
TVE 24 Horas bahasa Perancis, Inggeris dan Eropah, Timur Tengah, Afrika
NTV Arab dan Asia Tengah
Hak milik kerajaan Rusia,
Al Arabiya bahasa Inggeris Eropah, Timur Tengah, Asia
Siarawan Awam Sepanyol, Tengah
El Ekhbariya bahasa Sepanyol
Al Hurra Komersil: NTV Media Group, Sepanyol dan beberapa
bahasa Turki bahagian Amerika Utara
Press TV
Kumpulan Saudi MBC Turki, beberapa bahagian
Zee News berpangkalan di Dubai, bahasa Afrika Tengah/Utara, dan Asia
Arab Tengah
NDTV Milik kerajaan Arab Saudi,
bahasa Arab Afrika Tengah/Utara, dan
Sun News Dibiayai kerajaan Amerika, beberapa bahagian Asia Tengah
berpangkalan di Amerika,
Asianet bahasa Arab Afrika Tengah/Utara, dan
Indiavision dan Milik kerajaan Iran, bahasa beberapa bahagian Asia Tengah
TV9 Inggeris
Afrika Tengah/Utara, dan
Kumpulan Essel India, bahasa beberapa bahagian Asia Tengah
Hindi
Afrika Tengah/Utara, dan
Kumpulan NDTV India, bahasa beberapa bahagian Eropah dan
Hindi dan Inggeris Asia

Rangkaian Sun India, bahasa Benua India Selatan, beberapa
Tamil bahagian Afrika Tengah/Utara,
Eropah dan Afrika
Asianet Ltd. milik India,
pelbagai bahasa Benua India Selatan, beberapa
Rangkaian India swasta, bahasa bahagian Afrika Tengah/Utara,
Malayalam dan Telugu. Eropah dan Afrika

Benua India Selatan, beberapa
bahagian Afrika Tengah/Utara,
beberapa bahagian Amerika
Utara dan Asia.

Kandungan India Selatan dan
Afrika Tengah/Utara

Benua India Selatan dan Afrika
Tengah/Utara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

94  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

Gemini News Rangkaian Sun India, bahasa Kandungan India Selatan dan
Telugu. Afrika Tengah/Utara

ETV Network Rangkaian Eenadu India, Kandungan India Selatan dan
pelbagai saluran serantau, Afrika Tengah/Utara
pelbagai bahasa

PTV News Siarawan kerajaan Pakistan, Benua India Selatan, beberapa
bahasa Urdu dan Inggeris bahagian Asia Tengah dan
Afrika Tengah/Utara

ARY News Rangkaian ARY Pakistan, Benua India Selatan, beberapa
bahasa Urdu dan Inggeris. bahagian Asia Tengah dan
Afrika Tengah/Utara

CCTV-9 Siarawan kerajaan China, Asia, Amerika Utara Asia
(International) dan bahasa Inggeris dan bahasa Tengah, Afrika, benua India
CCTV Mandarin Selatan

Phoenix News Phoenix Holdings (Hong Kong) Asia
dan News Corp (pemilik saham
minoriti)

Channel News Asia Media Corp Singapura (hak Asia, beberapa bahagian Asia
milik kerajaan), bahasa Tengah
Inggeris.

NHK World TV Siarawan Awam Jepun, bahasa Asia ( Jepun), beberapa
Inggeris bahagian Amerika Utara dan
Eropah

YTN Korea State Electric Corp, Asia (Korea) dan beberapa
Rakan Kongsi CNN , bahasa bahagian Amerika Utara
Korea

ABS-CBN News Keluarga Lopez Filipina, bahasa Asia (Filipina), beberapa
Channel Tagalog dan Inggeris bahagian Amerika Utara dan
Afrika Tengah, Timur dan
Utara.

Sumber: Diadaptasi daripada Rai & Cottle (2010)

5.1 GAMBARAN KESELURUHAN

Penyiaran berita antarabangsa telah bermula pada abad ke-20 dan semakin giat
pada abad ke-21 dengan bertambahnya saluran berita berterusan (rolling news)
yang dipancarkan menerusi satelit atau disalurkan melalui Internet (Paterson &
Sreberny, 2004; Thussu, 2010). Cable News Network (CNN) ialah perintis
penyiaran satelit dan siaran berita televisyen global 24 jam (Volkmer, 1999).
Lanjutan daripada kejayaan dan populariti CNN, beberapa saluran berita

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  95

televisyen, contohnya, saluran berita satelit British Broadcasting Corporation
(BBC), Euro News dan banyak yang lain telah muncul (Cushion, 2010; Rai &
Cottle, 2010). Bersama-sama dengan saluran berita satelit ini, beberapa usaha
untuk menyiarkan berita antarabangsa seperti Voice of America (VOA) telah
mengujudkan persekitaran berita televisyen antarabangsa (Cushion, 2010; Rai &
Cottle, 2010; Volkmer, 1999).

5.1.1 Peranan dan Tujuan Saluran Berita
Antarabangsa

Kebanyakan penyiar berita antarabangsa dianggap mempunyai hubungan rapat
dengan negara tuan rumah, mungkin kerana sebahagian saluran berita tersebut
banyak bertumpu kepada peristiwa-peristiwa berita yang berlaku dalam rantau
geopolitik yang berkepentingan dengan negara tuan rumah, dan mereka juga
cenderung melaporkan peristiwa berita global dari perspektif tempatan
(Clausen, 2003, 2004).

Umumnya, saluran berita antarabangsa bersiaran kepada khalayak global.
Kebanyakan organisasi berita antarabangsa ini menawarkan satu saluran utama
berbahasa Inggeris yang menyiarkan berita kepada khalayak global. Contohnya,
CNN International, BBC World dan Al Jazeera English. Sesetengah penyiar berita
antarabangsa ini juga menawarkan beberapa saluran serantau yang menyiarkan
berita dalam beberapa bahasa, umpamanya, BBC Parsi, CNN Chile dan CNN
Perancis 24 jam dalam bahasa Arab.

Sementara penyiar berita antarabangsa seperti CNN (dimiliki oleh Time Warner
Inc) dan Fox News (dimiliki oleh News Corp Rupert Murdoch) dipacu oleh
kepentingan kewangan, banyak lagi penyiar berita antarabangsa yang
ditubuhkan dengan tujuan melaporkan berita dunia dari perspektif rantau
tertentu. Pada masa yang sama, ia menyiarkan berita serantau atau tempatan
kepada khalayak antarabangsa, contohnya, Channel News Asia, China Central
Television (CCTV) dan France 24. Ada juga yang lain seperti BBC World, Euro
News dan lain-lain, yang ditubuhkan sebagai penyiar perkhidmatan awam, yang
dibiayai oleh geran kerajaan, tetapi editorialnya bebas daripada kawalan
kerajaan.

Di samping itu terdapat juga beberapa penyiar antarabangsa yang diwujudkan
oleh kerajaan di negara-negara pusat dan negara pinggiran yang berhasrat
memberikan kuasa lembut (soft power) di pentas antarabangsa, terutamanya
dalam rantau geopolitik yang ada kepentingan di negara penyiar (Boyd-Barrett
& Boyd-Barrett, 2010a, 2010b; Jirik, 2010). Sesetengah sarjana menyamakan
penggunaan media dengan penggunaan kuasa lembut atau propaganda. Para

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

96  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

penyiar ini bertujuan mempengaruhi pendapat awam supaya lebih memihak
kepada negara penyiar (Hafez, 2005, 2007). Contohnya ialah Voice of America
dan Al Hurra, kedua-duanya dibiayai oleh Jabatan Kerajaan Amerika. Contoh-
contoh lain termasuk Press TV (Iran) dan CCTV (China).

Walaupun terdapat beberapa jenis penyiar berita antarabangsa yang berbeza-
beza, (komersil, nasional, kuasa lembut), ciri-ciri berkenaan tidaklah jauh
berbeza. Dengan kata lain, saluran berita satelit komersil mungkin sejajar dengan
dasar kerajaan dan kelihatan seolah-olah mengenakan kuasa kuasa lembut bagi
pihak kerajaan (contohnya, liputan berita CNN mengenai perang Amerika-Iraq
dan Afghanistan sering kali dipersepsikan sebagai terlalu Amerika-sentrik).
Begitu juga, organisasi berita antarabangsa, mungkin juga dipacu oleh pasaran,
atau bergantung pada periklanan dan langganan untuk membiayai aktivitinya.
Sebagai contoh, BBC yang berpangkalan di United Kingdom beroperasi dan
dibiayai oleh lesen pemerintah. Bahagian swastanya, BBC Enterprise, ialah entiti
pasaran.

AKTIVITI 5.1

1." Pilih satu saluran berita yang dimiliki atau yang bergabung rapat
dengan sebuah kerajaan. Cari definisi untuk „kuasa lembut‰ (soft
power).

2." Pilih satu saluran berita antarabangsa yang bergabung rapat
dengan sebuah negara (contohnya, Australia Network, CCTV,
Channel News Asia, France 24, Press TV). Ikuti siaran berita/
video antarabangsa dan cari liputan berita saluran tersebut
daripada negara berkenaan. Anda boleh mengaksesnya dalam
laman web saluran tersebut, YouTube atau laman „web
streaming‰ (siaran langsung). Tulis satu kertas pendek mengenai
bagaimana liputan berita tempatan di saluran tersebut membantu
negara tuan rumah mengenakan kuasa lembut.

5.1.2 Persaingan Global

Tidak kira apa peranan sesuatu saluran, sama ada untuk mencari duit, atau
untuk memberikan perkhidmatan awam dengan membawa berita berkualiti
tinggi dan objektif kepada khalayaknya, atau untuk membawa perspektif
sesebuah rantau atau negara kepada berita dunia, atau untuk menyebarkan
propaganda, saluran-saluran berita ini kesemuanya bertujuan mendapatkan
perhatian khalayak. Lebih ramai orang menonton sesebuah saluran, lebih berjaya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  97

saluran berkenaan memperoleh periklanan dan langganan, dan lebih berjaya
saluran tersebut mendidik orang awam, dan mempersembahkan perspektif
beritanya tentang sesuatu peristiwa, dan lebih ramai orang dapat dijangkau
dalam usaha diplomasinya. Apa yang dimaksudkan ialah saluran berita
antarabangsa bersaing antara satu sama lain dan juga dengan media berita
tempatan untuk mendapatkan khalayak. Dengan tertubuhnya lebih banyak
saluran berita, setiap satu berusaha sebaik mungkin untuk bersaing
mendapatkan perhatian khalayak. Waktu mereka bererti duit, termasuk saluran-
saluran berdasarkan langganan.

Walaupun terdapat banyak saluran berita antarabangsa yang menjangkau
kebanyakan rantau dunia, adalah penting menyatakan bahawa terdapat
perbezaan antara „jangkauan‰ saluran berita dengan „akses‰ khalayak kepada
pelbagai saluran berita yang terdapat dalam rantau ini (Rai & Cottle, 2010).
Umumnya, penyiar berita antarabangsa berunding dengan operator rangkaian
yang mengedar (iaitu sistem satelit, kabel dan IPTV) untuk menyalurkan
saluran-saluran berita mereka dan membenarkan penyiar antarabangsa ini
meluaskan „jangkauan‰ mereka merentasi rantau geografi yang luas dan
pelbagai. Saluran televisyen terrestrial pula sampai kepada khalayak umum
secara percuma (contohnya, saluran televisyen Malaysia, RTM dan Media
Prima), dan berbeza halnya dengan saluran satelit, kabel dan juga IPTV.

Di beberapa buah negara, khalayak perlu membayar yuran langganan yang agak
tinggi untuk menonton saluran antarabangsa yang dibawa para pembekal
televisyen silang-sempadan. Contohnya, penonton Malaysia mesti melanggan
Astro, operator satelit atau salah satu pembekal IPTV jalur lebar (contohnya,
Unifi, Maxis Home) untuk menonton Al Jazeera English, BBC World, CCTV-9
dan CNNI Malaysia di televisyen. Oleh sebab itu, „jangkauan‰ global sesebuah
saluran berita antarabangsa akan selalu terbatas oleh akses sebenar saluran
tersebut kepada khalayak televisyen. Bilangan khalayak yang mempunyai akses
kepada saluran-saluran tersebut juga terbatas kepada golongan masyarakat yang
berada, yang mampu untuk membayar yuran langganan TV berbayar (lihat
Cottle & Rai, 2008, hal. 67 hingga 70).

Oleh itu, saluran televisyen antarabangsa bersaing antara satu sama lain untuk
mendapatkan perhatian yang agak terbatas dan sumber kewangan yang juga
terhad daripada jumlah khalayak yang secara relatifnya kecil (berbanding
dengan bilangan khalayak yang mempunyai akses kepada saluran terrestrial).
Dalam persekitaran persaingan saluran berita antarabangsa, saluran berita
Baratlah yang banyak mendahului persaingan ini, yakni CNNI, BBC World dan
Fox News. Satu pendatang baharu dalam kumpulan saluran berita antarabangsa
elit ini ialah Al Jazeera English, yang ditubuhkan pada tahun 2006, tetapi sudah
mengukir nama di arena berita global. Saluran-saluran berita antarabangsa

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

98  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

terkemuka ini berupaya mengakses bilangan khalayak yang lebih ramai di
hampir keseluruhan rantau dunia, sedangkan saluran antarabangsa lainnya
sukar untuk menembusi pasaran di luar rantau mereka sendiri. Mughda Rai dan
Simon Cottle (2010) menjelaskan:

Sementara lebih banyak saluran bukan Barat dipancarkan menerusi ruang
angkasa negara Barat, tetapi pengedaran dan ketersediaan saluran tersebut
kepada isi rumah Barat sering kali agak terbatas. Sebagai analogi mudah,
CNNI sedia ada dalam hampir setiap isi rumah di India yang ada televisyen
satelit, sementara di Amerika jauh lebih sukar dan mahal untuk
mendapatkan akses kepada siaran ZEE News. Struktur pengedaran ini
mewujudkan paradoks yang agak menarik di mana pasaran berita dunia
bukan Barat ini, dalam banyak kes adalah lebih pluralistik, dan menawarkan
campuran saluran serantau dan nasional di samping peserta utama Barat,
sementara pasaran berita Barat kekal didominasi oleh saluran mereka sendiri
dengan pilihan saluran bukan Barat yang sedikit.

AKTIVITI 5.2

Kenal pasti sekurang-kurangnya satu sistem pengedaran televisyen
berbayar utama di negara kita, termasuk operator televisyen satelit,
sistem televisyen kabel, pembekal IPTV jalur lebar dan lain-lain. Untuk
operator televisyen berbayar pilihan anda itu, kenal pasti saluran
berita antarabangsa 24 jam yang ditawarkan kepada pelanggan. Berapa
banyakkah saluran antarabangsa Barat dalam bahasa Inggeris? Berapa
banyakkah saluran berita yang berasal dari negara bukan Barat?
Antara saluran antarabangsa tersebut yang bersiaran dalam bahasa
selain bahasa Inggeris, berapa banyakkah yang sebenarnya dimiliki
oleh, atau bergabung dengan saluran berita Barat (contohnya, France
24 Arabic)?

Halaman-halaman berikut ini akan memberikan profil saluran berita
antarabangsa yang sedang beroperasi masa kini di beberapa rantau dunia. Kita
akan memulakan dengan perintis dan „pemimpin pasaran‰ berita televisyen
antarabangsa, CNN International, diikuti dengan beberapa pesaing global yang
utama. Kemudian, kita akan kemukakan profil sebahagian saluran berita
serantau utama di Eropah, Amerika Selatan dan Asia Pasifik. Walau
bagaimanapun, kita akan bincangkan media berita di Timur Tengah dan Afrika
Utara dalam Topik 7.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  99

5.2 CNN

CNN International merupakan saluran berita global Cable News Network
(CNN), yang dimiliki oleh konglomerat media transnasional berpangkalan di
Amerika, Time Warner Inc.

Untuk memahami genesis CNN International, amat berguna jika kita lihat
sepintas lalu saluran induknya, CNN. Pada awal tahun 1980-an, hartawan media
Ted Turner dan Turner Broadcasting System (TBS) milik beliau melihat betapa
perlunya saluran televisyen yang diperuntukkan khas kepada berita dan
maklumat. Turner menubuhkan Cable News Network sebagai saluran berita 24
jam, yang boleh diakses oleh khalayak Amerika menerusi isyarat satelit dan
sistem televisyen kabel.

Pada tahun berikutnya, Turner melancarkan saluran kedua, CNN2 atau CNN
Headline News dengan siaran segmen berita 30 minit secara berterusan,
membolehkan penonton mendapatkan berita pada bila-bila masa dalam sehari.
Dengan cara itu, Turner dan CNN menjadi perintis format berita berterusan dan
mengujudkan genre berita 24 jam. CNN Headline News akhirnya dikenali
sebagai Head Line News (HLN), iaitu saluran berita hiburan dan selebriti.

Pada tahun 1985, CNN International (CNNI) dilancarkan, menjadi saluran berita
antarabangsa yang pertama. Di kebanyakan rantau di luar Amerika, CNNI
dikenali hanya sebagai CNN.

Pada tahun 1996 pula, syarikat induk CNN, Turner Broadcasting System (TBS)
bergabung dengan Time Warner Inc. Dalam gabungan tersebut, pengasas TBS
dan CNN, Ted Turner, mengekalkan kuasa ke atas bahagian rangkaian kabel
TBS. Beliau juga diberikan jawatan Timbalan Pengerusi Time Warner, dan satu
kerusi dalam lembaga pengarah syarikat gabungan tersebut. Walau
bagaimanapun, perbezaan pendapat antara Turner dan CEO Time Warner,
Gerald Levin, mengenai pembelian sebuah syarikat dotcom, America Online
(AOL), akhirnya menyebabkan peletakan jawatan Turner pada tahun 2003
daripada jawatan Timbalan Pengerusi, dan juga daripada lembaga pengarah
Time Warner pada tahun 2006. Turner Broadcasting System, dan CNN,
kemudiannya dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Time Warner Inc.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

100  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

5.2.1 CNN: Perintis Format Berita Berterusan dan
Berita TV Antarabangsa

CNN diberikan kredit sebagai perintis genre berita berterusan (Cushion, 2010;
Flournoy, 2001; Volkmer, 1999). Pada peringkat awalnya, CNN dianggap satu
usaha niaga yang amat berisiko, kerana ia bersaing dengan CBS, NBC dan ABC,
tiga rangkaian berita televisyen gergasi Amerika. Rangkaian-rangkaian tersebut
„mempunyai cengkaman kuat ke atas khalayak berita televisyen setiap malam
dan dianggap mempunyai kemampuan kewangan yang lebih utuh‰ (Cushion,
2010). Walau bagaimanapun, format berita CNN menekankan „berita terkini‰
(breaking news), liputan „secara langsung‰ (live) dan visual atas siaran skrip
berita. Pada tahun 1980-an, konvensyen berita baharu ini dilihat dengan agak
skeptikal oleh sumber berita lain dan juga para akademik. Bagaimanapun,
dengan bertambahnya saluran berita yang mencontohi CNN, konvensi
kewartawanan baharu itu mulai menjadi rutin.

Menurut sarjana media Stephen Cushion (2010), inovasi berita yang
diperkenalkan CNN itu menandakan fasa pertama dalam peningkatan berita
televisyen 24 jam. Ini diikuti fasa kedua yang ditandai dengan peningkatan
siaran saluran berita transnasional merentasi sempadan nasional. Fasa
peningkatan jumlah saluran berita 24 jam yang diinspirasikan oleh CNN, berlaku
apabila negara dan organisasi berita di dunia mula menubuhkan saluran berita
transnasional, dengan tujuan meluaskan jangkauan dan pengaruh di luar
sempadan nasional masing-masing.

Pada tahun 1980, CNN boleh diterima oleh kira-kira 1.7 juta isi rumah Amerika.
Dalam dekad kedua abad ke-21, dianggarkan bahawa CNN boleh menjangkau
kira-kira dua bilion penonton di lebih 200 negara menerusi CNN (juga dikenali
sebagai CNN/U.S), CNNI dan beberapa rangkaian CNN lainnya. Jangkauan
antarabangsa CNN yang begitu luas menerusi pancaran satelit secara langsung,
mencipta kemungkinan pertama wujudnya persekitaran awam yang global,
mengujudkan agenda berita antarabangsa untuk penonton di seluruh dunia.
Dengan berbuat demikian, CNN „membentuk semula agenda konvensional
berita antarabangsa atau ÊasingÊ dan mencipta platform untuk komunikasi
seluruh dunia‰ (Volkmer, 1999, hal. 2). Sebagai saluran berita antarabangsa
pertama, CNN juga terkehadapan dalam mendapatkan pengaruh transnasional
dan mencipta agenda berita global.

Titik penting di mana CNN menjadi pemimpin berita global berlaku semasa
Perang Teluk ketika Iraq menyerang Kuwait, lalu menggerakkan tentera
bersekutu antarabangsa yang dipimpin Amerika untuk campur tangan.
Kebanyakan wartawan antarabangsa diminta keluar dari Iraq pada awal
peperangan, tetapi wartawan CNN dibenarkan berada di sana. Dengan itu, CNN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  101

berjaya membuat liputan perang secara langsung dari dalam Baghdad. Ini
bermakna bahawa organisasi berita di seluruh dunia bergantung sepenuhnya
pada visual dan laporan CNN. Dalam kata lain, organisasi berita terpaksa
bergantung pada perspektif CNN tentang perang tersebut. Ini menjadi suatu
dorongan kepada negara dan organisasi berita lain untuk menubuhkan saluran
berita transnasional mereka masing-masing.

Semenjak akhir tahun 1990-an, dunia menyaksikan pertumbuhan saluran berita
satelit 24 jam dengan saluran transnasional yang banyak, dan juga saluran
nasional tempatan yang ditubuhkan di negara-negara maju dan sedang
membangun di seluruh dunia. Seperti yang telah disebut sebelum ini, sesetengah
tujuan utama menubuhkan saluran berita antarabangsa itu adalah termasuk
keuntungan komersil; keinginan untuk membuat liputan peristiwa berita
antarabangsa menerusi perspektif serantau atau nasional tertentu; ada juga
negara-negara yang bertujuan mengenakan „kuasa lembut‰ dengan memberikan
maklumat dan berita (positif) kepada penonton antarabangsa mengenai
peristiwa berita tempatan.

5.2.2 Impak Saluran Berita Antarabangsa dan
“Kesan CNN”

Di samping peranannya sebagai perintis berita 24 jam dan saluran berita
antarabangsa, CNN juga diberi kredit sebagai saluran yang banyak
mempengaruhi dasar luar AS dan beberapa negara pusat lain, dan campur
tangan dalam krisis negara luar. Fenomena yang diistilahkan sebagai „kesan
CNN‰, ini ialah di mana liputan krisis besar oleh CNN (contohnya, konflik
bersenjata, malapetaka alam, pelanggaran hak asasi manusia) mempengaruhi
dasar luar negara dan campur tangan tentera atau bantuan kemanusiaan.

Asal „kesan‰ terletak pada reaksi dan tindak balas kerajaan Amerika dan negara
pusat terhadap liputan yang komprehensif dan kuat berhubung peristiwa/krisis
besar dunia oleh CNN, yakni protes pro-demokrasi China di Tiananmen Square
pada tahun 1989, kejatuhan Komunisme dan runtuhnya Tembok Berlin di
Eropah moden, Perang Teluk pertama dan Perang Mogadishu. Dalam setiap
peristiwa, liputan CNN dan pengaruhnya terhadap agenda publik di dalam dan
di luar negara menyebabkan kerajaan Amerika dan negara pusat yang lain
berasa tertekan untuk mengeluarkan kenyataan dan menyatakan pendirian, dan
juga untuk campur tangan.

„Kesan CNN‰ pada mulanya merujuk kepada pengaruh CNN terhadap arena
politik dunia, terutama pada abad ke-20. Bagaimanapun, pertambahan saluran
berita antarabangsa global pada abad ke-21 telah meluaskan maksud „kesan
CNN‰ untuk meliputi saluran berita antarabangsa yang lain. Secara khusus,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

102  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

„kesan CNN‰ merujuk pengaruh besar saluran berita dunia utama, yakni CNN,
BBC, Fox dan saluran berita Sky milik Rupert Murdoch dan rangkaian Al Jazeera
yang berpangkalan di Qatar (Cushion, 2010; Flournoy, 2001; Gilboa, 2005;
McPhail, 2010; Robinson, 2002; Seib, 2008; Volkmer, 1999).

5.3 BERITA DUNIA BBC

British Broadcasting Corporation (BBC) ialah penyiar awam United Kingdom
yang diwujudkan sebagai penyiar radio pada tahun 1922 dan ditubuhkan
sebagai penyiar awam pada tahun 1927. Dengan terciptanya televisyen pada
tahun 1936, BBC pun mengujudkan perkhidmatan televisyen awam yang
pertama di dunia (McPhail, 2010, h. 260). Siaran televisyen BBC tergendala pada
Perang Dunia Kedua dari tahun 1939 hingga tahun 1946, tetapi telah disambung
semula dengan liputan perbarisan kemenangan pihak perikatan (AlliesÊ Victory
parade) di London pada Jun 1946.

BBC World News dilancarkan pada tahun 1991 sebagai BBC World Service
Television di luar Eropah, yang akhirnya dikenali sebagai BBC World pada
tahun 1995 dan tahun 1996 tatkala dilancarkan kembali sebagai saluran berita 24
jam. Nama tersebut kemudian ditukarkan kepada BBC World News pada tahun
2008.

BBC World News dimiliki dan dikendalikan oleh BBC World Ltd., salah satu
syarikat komersil BBC yang menjana pendapatan daripada yuran langganan dan
iklan. BBC World News bersiaran dalam bahasa Inggeris ke lebih 200 buah
negara dan wilayah di seluruh dunia dengan anggaran khalayak yang
menjangkau lebih 75 juta penonton.

Saluran BBC World News berasal dari BBC World Service yang telah
memberikan perkhidmatan radio ke Empayar Britain semenjak tahun 1932, dan
siaran televisyen sedia ada semenjak akhir Perang Dunia Kedua. BBC World
Service dibiayai sebahagiannya oleh British Foreign Office dan juga yuran lesen
televisyen yang membiayai operasi BBC di dalam UK, ditambah dengan
kegiatan komersil anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya, BBC Worldwide Ltd.
BBC World News pada asasnya ialah saluran berita bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, seperti CNN, BBC juga mengendalikan beberapa saluran berita
serantau di bawah bahagian BBC World Service, secara berasingan daripada BBC
World News, termasuk BBC Arabic, BBC Hindi dan BBC Persian.

BBC World News berfungsi sebagai saluran percuma (free-to-air channel) di
beberapa buah negara; sebahagiannya sebagai langganan TV berbayar di
beberapa buah negara lain. Seperti mana saluran berita antarabangsa lain, BBC

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  103

World News diedarkan menerusi satelit, kabel, IPTV dan juga Internet
streaming. BBC World News ialah pesaing terkemuka untuk CNN International.

AKTIVITI 5.3

1." Walaupun kegiatan berita antarabangsa BBC tidak dibiaya
secara komersil, saluran seperti BBC World News sering kali
dibincangkan dari segi perkhidmatan awam. Rancangan
bermutu tinggi ialah penanda kegiatan kewartawanan BBC. Cari
maksud perkhidmatan awam dan rancangan bermutu tinggi.

2." Tonton buletin utama berita dari saluran berita televisyen BBC
dengan seorang rakan (sebaik-baiknya BBC World News).
Sekiranya anda tidak dapat mengakses BBC pada waktu
sebenar, anda boleh menggantikannya dengan menonton video
berita dalam talian saluran yang dipilih itu, sama ada pada
laman webnya atau di YouTube. Anda dan rakan anda boleh
menonton berita tersebut secara berasingan, tetapi pastikan
anda menonton saluran yang sama. Bincangkan bagaimana
buletin berita BBC mencerminkan ethos „perkhidmatan awam‰
dan „program berkualiti.‰

5.4 FOX NEWS DAN SKY NEWS

Fox News ialah saluran berita antarabangsa yang berpangkalan di Amerika di
bawah News Corporation (News Corp) yang dimiliki hartawan media Rupert
Murdoch. Sky News International adalah satu lagi saluran di bawah Fox News
Channel.

Fox News Channel yang dilancarkan di Amerika pada tahun 1996, memberikan
persaingan yang hebat kepada CNN di Amerika. Sekiranya CNN menjadi
perintis genre berita berterusan, BBC pula menekankan fungsi perkhidmatan
awam sebagai pembekal program berkualiti. Fox News menumpukan perhatian
kepada persembahan visual berita. Fox News banyak menggunakan grafik dan
teks yang menarik perhatian yang mengilustrasi dan merumuskan perkara-
perkara utama jalan cerita dalam sesebuah berita. Walaupun Fox News Channel
membawa slogan „fair and balanced‰ (adil dan seimbang), rangkaian ini kerap
dikritik di Amerika dan antarabangsa kerana sikapnya yang berat sebelah
terhadap Amerika dan Parti Republikan di sana, dan gerakan neokonservatif
dalam tindakan dan dasar domestik dan luar negara. Perkhidmatan Fox News

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

104  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

ada di Amerika dan antarabangsa menerusi beberapa satelit, kabel, IPTV dan
sistem Web TV.

Di samping Fox News, News Corp juga memiliki saham dalam Sky News. Sky
News dimiliki oleh operator televisyen satelit UK, British Sky Broadcasting
(BSkyB). News Corp. memegang saham minoriti dalam BSkyB, dan memiliki
separuh daripada Sky News yang menyediakan perkhidmatan saluran
antarabangsa yang dikenali sebagai Sky News International. Selain Sky News
International, terdapat juga beberapa perubahan serantau kepada saluran ini,
termasuk Sky News Arabia, Sky News Australia. Seperti CNNI dan BBC World
News dan CNN, Sky News International juga menyediakan saluran
antarabangsa menerusi satelit, kabel, IPTV dan Web-TV.

5.5 AL JAZEERA ENGLISH

Dalam topik ini, kita akan hanya membincangkan Al Jazeera secara ringkas
dengan memberikan profil pendek Al Jazeera English berhubung siaran berita
global. Penyiaran transnasional di Timur Tengah akan dibincangkan secara lebih
mendalam dalam Topik 7.

Al Jazeera English ialah saluran bahasa Inggeris untuk sebuah saluran berita
pan-Arab yang paling berjaya, iaitu Al Jazeera. Ia saluran bahasa Inggeris global
pertama yang beribu pejabat di Timur Tengah. Al Jazeera English dilancarkan
pada tahun 2006 sebagai saluran berita global, yang bersiaran secara komited
dari pusat-pusat berita di Doha (Qatar), London (United Kingdom), Washington
DC (Amerika) dan Kuala Lumpur (Malaysia), dengan 70 buah biro di seluruh
dunia (Kugelman, 2008).

Pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011, penstrukturan semula organisasi
rangkaian Al Jazeera dikecilkan di pusat penyiaran Kuala Lumpur dan
Washington DC, dan hanya mengekalkan pusatnya di Doha dan London.

Semenjak pelancarannya, Al Jazeera English berupaya meluaskan jangkauannya
ke lebih banyak tempat di dunia, tetapi masih menghadapi penentangan hebat
daripada pembawa khidmat satelit dan kabel Amerika. Ia dipercayai bahawa
mereka ini dipengaruhi oleh gerakan neo-konservatif yang menentang Al Jazeera
English. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, stesen ini akhirnya berjaya
mendapatkan hak penyiaran melalui satelit dan kabel di beberapa buah bandar
raya di Amerika, sebahagiannya kerana kejayaan kempen mendapatkan khidmat
Al Jazeera English di Amerika. Kempen tersebut terus diadakan bagi tujuan
mencapai matlamat menambahkan jangkauannya ke seluruh Amerika
(http://www.aljazeera.com/demandaljazeera/).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  105

Walaupun Al Jazeera English agak baharu dalam persekitaran berita global, ia
kelihatan sebagai pesaing yang serius kepada saluran berita antarabangsa seperti
CNNI dan BBC World News. Sementara CNN, BBC, dan pemain utama global
lain seperti Fox News Channel dan Sky News ialah organisasi yang dimiliki
Barat, Al Jazeera English ialah saluran global utama yang pertama dan hingga
kini merupakan satu-satunya peserta dari rantau bukan Barat (Pedrosa, 2008).

5.6 SALURAN BERITA SERANTAU

Peranan antarabangsa dan persaingan CNN kadangkala dibincangkan dari
sudut perdebatan imperialis, yang sering memetik perbahasan menyokong dan
menentang kecenderungan hegemoni media Barat dan Amerika. Walau
bagaimanapun, pada dekad kedua abad ke-21 ini, di mana pertambahan saluran
berita dalam negara pusat dan pinggiran memberikan persaingan penting
kepada aliran berita daripada CNN, isu penjajahan dan hegemoni menjadi
kurang relevan. Di samping saluran global utama, seperti BBC World News, Fox
News, Al Jazeera English, terdapat beberapa organisasi berita serantau lain yang
sedang menjadi pesaing kepada CNNI terutamanya di Eropah dan Asia.
Perbincangan seterusnya dalam topik ini akan tertumpu kepada beberapa
penyiar berita antarabangsa utama yang berasal dari Eropah dan Asia.

5.6.1 Eropah

Sama seperti BBC World News dan latar belakang siaran awamnya, Eropah juga
berbangga dengan beberapa penyiar berita antarabangsa perkhidmatan awam.
Antaranya ialah Euronews, Deutsche Welle dari Jerman, dan France 24. Seperti
BBC World News, penyiar berita ini juga berpegang kepada etika perkhidmatan
awamnya.

(a) Euronews
Euronews dilancarkan pada tahun 1992 oleh European Broadcasting Union
sebagai tindak balas kepada CNN dan liputan eksklusifnya mengenai
Perang Teluk yang pertama. Saluran ini meliputi peristiwa berita Eropah
dan dunia dari perspektif pan-Eropah. Euronews dianggotai oleh penyiar
awam dan stesen televisyen kerajaan di seluruh Eropah.

Euronews beroperasi dengan bertukar-tukar berita antara anggota penyiar.
Ini bermakna saluran ini menggunakan rakaman berita dan maklumat
daripada rakan kongsinya, dan juga agensi berita seperti Associated Press
Television News (APTN) dan Reuters TV, dengan mempakej semula visual
dan maklumat menjadi bahan beritanya sendiri, menggunakan suara latar
(voice over) yang dirakam oleh kakitangan Euronews. Berbeza dengan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

106  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

penyiaran berita lain, stesen ini pada mulanya tidak mempunyai studio,
anchors, ataupun pasukan berita di lokasi (Baisnée & Marchetti, 2006).
Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, Euronews mula menambah
kandungan pertukaran beritanya dengan menghantar wartawan untuk
membuat liputan dengan cara yang sama sepertimana yang dilakukan oleh
kebanyakan sumber berita lain. Jangkauan saluran ini menerusi satelit,
kabel dan IPTV meliputi seluruh rantau dunia, termasuk Malaysia melalui
HyppTV. Euronews membekalkan berita dalam lebih sepuluh bahasa, iaitu
bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali, Portugis, Rusia, Arab,
Turki, Parsi, Ukraine dan Poland.

(b) Deutsche Welle
Deutsche Welle (DW) ialah penyiar berita dan maklumat antarabangsa
Jerman. Menurut laman web rasminya, penyiar awam ini „mewakili
Jerman dalam landskap media antarabangsa‰, dengan memfokuskan
kepada „dialog antara budaya‰. DW Television dilancarkan pada tahun
1992 sebagai saluran berita antarabangsa, dan menjadi saluran 24 jam
sejurus kemudian pada tahun 1996. DW Television bersiaran dalam bahasa
Jerman dan Inggeris. Saluran ini ada menerusi satelit di kebanyakan rantau
dunia, tetapi tidak termasuk Asia. Bagaimanapun, menerusi televisyen
Internet, iaitu Livestation, saluran ini boleh ditonton dari mana-mana
tempat di dunia (http://www.dw.de)

5.6.2 Asia

Terdapat beberapa penyiar berita antarabangsa di seluruh Asia. Antara penyiar
utamanya ialah Nippon Hōsō Kyōkai World (NHK World), Jepun, Channel
News Asia (International) Singapura dan China Central Television News (CCTV
News).

(a) NHK
NHK ialah penyiar awam Jepun. Stesen televisyen NHK World dilancarkan
pada tahun 1995 bertujuan untuk mensasarkan ekspatriat Jepun di Asia,
dan dikenali sebagai NHK Asia TV. Dengan berkembangnya organisasi ini
melepasi rantau Asia, ia dinamakan semula NHK World Television pada
tahun 1996. Saluran berita dan maklumat NHK World Television
diwujudkan pada tahun 2009 sebagai penyiar berita saluran bahasa
Inggeris. Ia menjadi saluran berita 24 jam pada awal tahun 2012, dengan
menjangkau penonton di seluruh dunia melalui satelit, kabel dan IPTV. Di
samping membekalkan berita dan maklumat, NHK World juga bertujuan
„memupuk saling persefahaman antara Jepun dan negara lain serta
mempromosi pertukaran persahabatan dan budaya‰
(http://www3.nhk.or.jp).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  107

(b) Channel News Asia
Channel News Asia (International), yang ditubuhkan pada tahun 2000,
adalah saluran berita rantau Asia yang dimiliki oleh Media Corp, sebuah
konglomerat media milik Singapura. Menurut laman web rasmi saluran ini,
ia „melaporkan perkembangan global dari perspektif Asia.‰ Saluran ini
mengekalkan koresponden di bandar raya Asia dan Barat. Jangkauan
Channel News Asia meliputi kebanyakan Asia Pasifik melalui satelit, kabel
dan IPTV.

(c) China Central Television
China Central Television News (CCTV News) ialah penyiar berita
televisyen antarabangsa China yang dilancarkan pada tahun 2004 sebagai
saluran bahasa Inggeris. Ia dikenali sebelum itu sebagai CCTV-9 sehingga
namanya diubah pada tahun 2010. Stesen ini menjangkau lebih 100 buah
negara di seluruh dunia melalui satelit, kabel dan IPTV. Sebagai tambahan,
saluran global CCTV News juga membekalkan perkhidmatan berita dalam
bahasa Perancis, Sepanyol, Arab dan Rusia. Pada awal tahun 2012, stesen
ini melancarkan dua saluran serantau tambahan, iaitu CCTV Africa dan
CCTV America (Jirik, 2010).

AKTIVITI 5.4

Adakah anda mengikuti sebarang saluran berita antarabangsa
tertentu? Jika tidak, cuba ambil masa seminggu untuk mengikuti
saluran berita, sama ada di televisyen atau melalui Internet. Fikirkan
negara dan jenis berita yang sering kali mendapat liputan oleh saluran
berkenaan. Fikirkan bagaimana liputan berita antarabangsa saluran ini
membentuk pemahaman dan persepsi anda mengenai rantau dunia
yang berbeza-beza dan isu global masa kini. Sekiranya anda memang
ada mengikutinya, bagaimanakah saluran berita antarabangsa
tersebut membentuk pemahaman dan persepsi anda tentang rantau
dunia yang berbeza-beza dan isu global masa kini? Bincangkan
dengan rakan sekursus anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

108  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

• CNN ialah perintis format berita berterusan 24 jam dan genre siaran berita
televisyen antarabangsa.

• Penyiar berita antarabangsa utama adalah daripada negara-negara pusat
Amerika dan UK. Mereka ialah CNN International, BBC World News dan
saluran berita Fox/Sky News milik News Corp. Satu-satunya penyiar berita
global bukan Barat ialah Al Jazeera English.

• Organisasi berita antarabangsa boleh memainkan peranan komersil,
perkhidmatan awam, atau „kuasa lembut‰ (soft power).

• Impak utama penyiar berita antarabangsa ialah „kesan CNN.‰

Berita berterusan (rolling news) Kuasa lembut
Jangkauan dan akses Penyiaran perkhidmatan awam
Kesan CNN Saluran berita antarabangsa

Baisnée, O., & Marchetti, D. (2006). The economy of just-in-time television
newscasting. Ethnography, 7(1), 99–123.

Boyd-Barrett, C., & Boyd-Barrett, O. (2010a). 24/7 news as counter-hegemonic
soft power in Latin America. Dalam S. Cushion & J. Lewis (Peny.), The rise
of 24-hour news television: Global perspectives (hlmn. 199–220). New York,
NY: Peter Lang.

Boyd-Barrett, C., & Boyd-Barrett, O. (2010b). Latin American 24/7 News Battle
for Honduras. Globam Media Journal, 9(16), Makalah No. 6.

Clausen, L. (2003). Global news production. Copenhagen, Denmark: Copenhagen
Business School.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN  109

Clausen, L. (2004). Localizing the global: „Domestication‰ processes in
international news production. Media, Culture & Society 26(1), 25–44.

Cottle, S., & Rai, M. (2008). Television news in South Africa: Mediating an
emerging democracy. Journal of Southern African Studies 34(2), 344–358.

Cushion, S. (2010). Three phases of 24-hour news television. Dalam S. Cushion &
J. Lewis (Peny..), The rise of 24-hour news television: Global perspectives
(hal.. 15–29). New York, NY: Peter Lang.

Flournoy, D. (2001). Coverage, competition and credibility: The CNN
international standard. In T. Silvia (Peny.), Global news: Perspecitves on the
information age (pp. 15–43). Ames, IA: Iowa State University.

Gilboa, E. (2005). The CNN effect: The search for a communication theory of
international relations. Political communication 22(1), 27–44. Dicapai dari
http://www.informaworld.com.

Hafez, K. (2005). Globalization, regionalization, and democratization: The
interaction of three paradigms in the field. Dalam R. A. Hackett & Y. Zhao
(Peny..), Democratizing global media: One world, many struggles (hlmn.
145–163). Lanham: Rowman & Littlefield.

Hafez, K. (2007). The myth of media globalization (A. Skinner, Terj.). Cambridge,
MA: Polity.

Hannerz, U. (1996). Transnational connections: Culture, people, places. London,
England: Routledge.

Jirik, J. (2010). 24-hour television news in the PeopleÊs Republic of China. Dalam
S. A. Cushio & J. Lewis (Peny..), The rise of 24-hour news television: Global
perspectives (hlmn. 282–298). New York, NY: Peter Lang.

Kugelman, M. (Peny..). (2008). Kuala Lumpur calling: Al Jazeera English in Asia.
Washington DC: Woodrow Wilson International Center for Scholars.

McPhail, T. L. (2010). Global communication: Theories, stakeholders, and trends
(3rd ed.). New York: Blackwell.

Paterson, C., & Sreberny, A. (2004). International news in the 21st century:
Dicetak oleh John Libbey Pub. untuk University of Luton Press.

Pedrosa, V. (2008). Working for Al Jazeera: The realities. Dalam M. Kugelman
(Peny.), Kuala Lumpur calling: Al Jazeera English in Asia (hal. . 57–64).
Washington DC: Woodrow Wilson International Center for Scholars.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

110  TOPIK 5 CNN DAN SALURAN BERITA ANTARABANGSA LAIN

Rai, M., & Cottle, S. (2010). Global news revisited: Mapping the contemporary
landscape of satellite television news. In S. Cushion & J. Lewis (Eds.), The
rise of 24-hour news television: Global perspectives (pp. 51–79). New York,
NY: Peter Lang.

Robinson, P. (2002). The CNN effect: The myth of news, foreign policy and
intervention. London, England: Routledge.

Seib, P. (2008). The Al Jazeera effect: How the new global media are re-shaping
world politics. Washington DC: Potomac Books.

Thussu, D. K. (Peny.). (2010). International communication: A reader. New York,
NY: Routledge.

Volkmer, I. (1999). News in the global sphere: A study of CNN and its impact on
global communication. Luton, United Kingdom: University of Luton Press.

Volkmer, I. (2003). The global network society and the global public sphere.
(Bahagian Tematik). development 46(1), 9–16.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Peranan

6 Agensi Berita
Global

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perkembangan awal syarikat akhbar antarabangsa;
2. Mengenal pasti agensi berita utama pada peringkat antarabangsa;

dan
3. Menjelaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi berita

global.

" PENGENALAN

Aliran berita telah merentasi sempadan semenjak zaman dahulu kala – melalui
kuda, burung merpati, utusan pejalan kaki, kapal merentasi lautan dan benua,
membawa maklumat untuk perdagangan, peperangan dan penerokaan
geopolitik ke dunia baharu. Syarikat akhbar adalah syarikat media paling awal
yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Secara strategik, banyak syarikat
akhbar menubuhkan agensi di seberang laut supaya mereka dapat membekalkan
berita balik ke pangkalan dan memenuhi pelbagai keperluan kerajaan dan
pembaca mereka. Semasa perluasan empayar kolonial, perkhidmatan berkenaan
lebih penting untuk tujuan pentadbiran dan perusahaan ekonomi.

Perluasan syarikat berita dan peningkatan aliran berita dibantu secara signifikan
oleh perkhidmatan penghantaran berita berdasarkan teknologi telegrafik yang
dicipta oleh Samuel Morse pada tahun 1837. Hasil ciptaan tersebut
membolehkan penghantaran segera maklumat penting dan membantu proses
penyatuan Empayar British ketika itu. Telegraf memainkan peranan penting

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

112  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

dalam konsolidasi perdagangan British dengan wilayahnya, terutamanya dalam
eksport dan import kapas dari Mesir atau India ke England.

Telegraf juga penting untuk operasi ketenteraan melawan Rusia semasa Perang
Crimea. Sistem telegraf antarabangsa turut membawa kepada kelahiran agensi
berita, satu perkembangan penting dalam sejarah persuratkhabaran.

Perancis menubuhkan Agensi French Havas, pelopor Agence France Presse
(AFP) pada tahun 1835. AFP berkhidmat khusus kepada Perancis sementara
Havas mengawal pasaran di Amerika Selatan dan Indo-China. Ini diikuti dengan
pembentukan Associated Press (AP) yang memulakan operasi sebagai akhbar
koperasi di Amerika pada tahun 1846. Kemudian Britain menubuhkan Reuters
pada tahun 1851 untuk membekalkan berita antarabangsa ke Empayar British.

United Press International (UPI) bermula sebagai operator perkhidmatan yang
bersaing (Straubhaar & LaRose, 2002; Vivian, 2002).

Pada peringkat awal perkhidmatan penghantaran berita, agensi baharu tersebut
menjual berita dan gambar kaku (still photographs) tetapi dalam persekitaran
multimedia dan percantuman teknologi masa kini, mereka membekalkan suapan
video untuk media penyiaran dan pangkalan data maklumat serta kewangan
(Thussu, 2000). Hari ini, syarikat media menubuhkan agensi mereka di seluruh
dunia dan melantik koresponden untuk memastikan berita mereka dibeli
terlebih dahulu oleh media dunia. Agensi berita baharu ini menawarkan
perkhidmatan wayar (penghantaran berita) kepada pasaran dunia dan
digerakkan dengan motif keuntungan. Senarai berikut adalah contoh agensi
berita global utama:
(a)" Thomson Reuters
(b)" The Associated Press (AP)
(c)" Agence France-Presse (AFP)
(d)" Bloomberg
(e)" Dow Jones & Company
(f)" Xinhua News Agency
(g)" Inter Press Services (IPS)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  113

Jadual 6.1 memberikan output ketiga-tiga agensi terkemuka.

Jadual 6.1: Tiga Agensi Berita Dunia Terkemuka

Biro di seluruh dunia Associated Press Reuters Agence France-Presse
(Amerika) (UK) ( Perancis)
Negara yang diliputi 237 183 140
112 157 165
Bahasa yang 6 23 6
digunakan
3421 2072 1200
Wartawan yang
diambil bekerja 20 juta 3 juta 2 juta

Output berita
(perkataan sehari)

Sumber: www.ap.org, www.reuters.com dan www. afp.com

SEMAK KENDIRI 6.1

1." Apakah peranan agensi berita?
2." Bincangkan kepentingan agensi berita global.
3." Selain agensi yang dinyatakan di atas, senaraikan agensi berita

global yang lain.

6.1 REUTERS

Perluasan Empayar British antara tahun 1880 dan 1914 juga memainkan peranan
penting kepada perkembangan Reuters. Penyebaran Empayar ini disokong oleh
perluasan perdagangan dan pelaburan asing pada abad ke-19. Dengan
terciptanya telegraf, teknologi komunikasi pada masa itu, Reuters turut bersedia
diperkembangkan bersama-sama dengan Empayar British. Telegram yang
dihantar ke pejabat Reuters turut sampai ke pejabat-pejabat kolonial di New
Zealand dan Afrika Selatan.

Reuters memulakan perkhidmatan penghantaran beritanya pada Oktober 1851.
Paul Julius Reuter, seorang pendatang Jerman, membuka pejabatnya di London
untuk membekalkan maklumat perniagaan, terutamanya sebut harga pasaran
saham, ke London dan Paris. Menurut McPhail (2010), Reuters kemudiannya
mengendalikan operasinya sebagai sumber berita dan mula melaporkan berita

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

114  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

peperangan dan pilihan raya. Selepas itu, ia berkhidmat dengan akhbar British,
negara jajahan dan negara Eropah. Pada tahun 1855, ia menjadi syarikat
penghantaran berita pertama di Eropah dan antara lain melaporkan berita
pembunuhan Presiden Lincoln di Amerika. Menjelang tahun 1870-an, Reuters
mendirikan pejabat cawangannya di ibu negara tanah jajahannya di Calcutta,
Bombay, dan Sri Lanka serta perkhidmatan di Asia Tenggara, China, Jepun dan
Australia. Di Timur Asia, Shanghai menjadi ibu pejabat Reuters. India menjadi
pangkalan operasi dan pasaran berita yang penting kerana kepentingannya
sebagai lokasi paling berharga untuk Empayar British (Read, 1992),

Reuters terus berperanan sebagai pembekal maklumat antarabangsa sehingga ke
tahun-tahun 1870 hingga 1914. Selepas Peperangan, kuasa United Kingdom telah
mula merosot dan dunia melihat kemunculan Amerika, yang membawa
bersama-samanya kehadiran perkhidmatan berita Amerika yang semakin ketara,
terutama sekali Associated Press. Reuters terus mengendalikan usaha utamanya
membekalkan maklumat komersil untuk sektor perniagaan dan mengekalkan
kepimpinannya dalam komoditi, mata wang, ekuiti, dan pasaran kewangan
(Tunstall & Palmer, 1991).

Penglibatan awal Reuters menyebabkannya terus menjadi salah sebuah agensi
maklumat perniagaan yang terkemuka hingga ke hari ini. Pada tahun 1999,
Reuters berjaya mendapatkan kedudukan pertama sebagai perbadanan
multimedia terbesar dunia, membekalkan pasaran kewangan global dan media
berita dengan pelbagai maklumat dan produk berita. Reuters telah menjadi
agensi berita antarabangsa terbesar dunia, dan terkenal di seluruh dunia sebagai
pembekal perkhidmatan berita dan maklumat multimedia yang terkini atau real-
time, dan berimpak tinggi kepada akhbar, rangkaian televisyen dan kabel, stesen
radio dan laman web di serata dunia.

Pada tahun 2008, Thomson Corporation, konglomerat komunikasi Kanada yang
terkemuka telah membeli Reuters. Thomson Corporation dan Reuters Group
PLC bergabung untuk membentuk Thomson Reuters dan saham biasa syarikat
disenaraikan dalam New York Stock Exchange dan Toronto Stock Exchange. Di
bawah Thomson Reuters, syarikat ini telah melancarkan beberapa inisiatif
termasuk perkara berikut:

(a)" Trustlaw, perkhidmatan global untuk mendapatkan bantuan perundangan
secara percuma;

(b)" Reuters Insider, platform multimedia yang membekalkan program dan
kandungan multimedia kepada 150 rakan kongsi di dunia; dan

(c)" WestlawNext, sistem penyelidikan yang menghasilkan ciptaan analisis dan
inovasi teknologi mewakili para peguam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  115

Reuters memberikan perkhidmatan kepada 60,000 syarikat media seluruh dunia.
Ia mempunyai 120 biro di 80 buah negara, dan syarikat menawarkan
perkhidmatannya dalam 11 bahasa dan mempunyai 27,000 pelanggan di seluruh
dunia (Vivian, 2002).

6.2 THE ASSOCIATED PRESS

The Associated Press (AP) bermula semenjak pertengahan tahun 1800-an. Ia
merupakan entiti sektor swasta pertama di Amerika dan pernah menghantar
berita menggunakan burung merpati, kereta kuda ekspres, kereta api, kapal stim,
dan juga alat seperti telegraf dan teletaip semenjak zaman awal lagi. Mengakui
hakikat bahawa kos mengumpul berita dan membuat laporan berita semakin
meningkat, maka pegawai yang mewakili enam akhbar bandar raya New York
telah berjumpa pada Mei 1846 untuk membincangkan cara untuk mengurangkan
kos. Mesyuarat tersebut mencadangkan pembentukan sebuah koperasi oleh
enam buah akhbar yang bersaing antara satu lain di bawah satu payung yang
dikenali sebagai Associated Press atau AP. Dengan itu, AP memulakan
operasinya sebagai sebuah koperasi berita dan mengekalkan struktur ini hingga
sekarang. AP juga mendakwa telah melaporkan semua peristiwa penting dan
membekalkan perkhidmatan berita bermutu tinggi sepanjang 166 tahun. Ia
sebuah organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan dan kini mempunyai
lebih 1,700 anggota dari beribu-ribu stesen berita dan televisyen. Anggota ini
mencalonkan 18 anggota lembaga untuk memantau perkara berkenaan dasar
dan pengenaan yuran.

Pada tahun 1849, AP telah menubuhkan biro di Halifax, Nova Scotia, iaitu
sebuah pelabuhan penting untuk perkhidmatan perkapalan Cunard. Thussu
(2000) menyatakan bahawa dari segi output berita keseluruhannya, AP adalah
syarikat pengumpulan berita terbesar, yang memberikan perkhidmatan kepada
15,000 organisasi berita di seluruh dunia, membekalkan berita, foto, grafik, audio
dan video ke pasaran global. Perkhidmatan AP juga terdapat dalam bahasa
Jerman, Sweden, Belanda, Perancis dan Sepanyol. Agensi ini telah memenangi
sebanyak 50 anugerah Pulitzer termasuk 30 anugerah foto Pulitzer.

AP beribu pejabat di New York sebelah West Side Manhattan dan pada masa
kini memberi pekerjaan kepada lebih 3,700 orang pekerja, dua pertiga
daripadanya adalah wartawan dan editor di lebih 300 lokasi di seluruh dunia.
AP diberi kredit kerana berjaya meneruskan kewujudannya hingga hari ini
kerana „pragmatisme dan keupayaannya menyesuaikan diri kepada permintaan
baharu dalam teknologi maklumat dan komunikasi‰. Pangkalan datanya kini
mengandungi kesemua kandungan AP, memenuhi keperluan teknologi yang
berubah-ubah pada masa kini. Ia bergerak dalam bit digital ke setiap platform,
daripada akhbar ke tablet. AP juga mengendalikan berita video global, APTN.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

116  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

Pengumpulan berita videonya terletak di 70 biro dengan lebih daripada 300
pelanggan termasuk penyiar berita utama seperti ABC, NBC, CNN, CBS, saluran
FOX News dan Univision.

AP melancarkan AP All News Radio (ANR), siaran berita radio 24 jam. Lebih 50
stesen radio kini menjadi sebahagian daripada format „semua berita‰ yang
menguntungkan. Kegiatannya yang lain adalah seperti berikut :

(a)" Jualan pakej berita kepada bukan ahli seperti kerajaan dan perbadanan;

(b)" Jualan AP Online, satu kumpulan penghantar berita mengikut subjek
tertentu yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan;

(c)" Jualan foto menerusi anak syarikat AP Wide World;

(d)" Kumpulan AP Adsend menjual iklan daripada agensi dan peruncit kepada
akhbar;

(e)" AP mengendalikan Jabatan Perkhidmatan Multimedia untuk ahli;

(f)" AP memperkenalkan AP Leaf Picture Desk untuk memudahkan
penerimaan foto dalam komputer untuk tujuan mengedit dan penerbitan
akhbar Amerika;

(g)" Mengendalikan Bank Grafik, arkib grafik atas talian pertama untuk
televisyen; dan

(h)" AP membekalkan kamera digital pertama untuk wartawan foto, iaitu AP
News Camera 200.

AP banyak memperkenalkan khidmat yang pertama dalam berita dunia.
Bagaimanapun, sepertimana perniagaan akhbar di seluruh dunia, AP juga
menghadapi cabaran yang banyak seperti desakan untuk menarik balik
keanggotaan dan tekanan untuk mengurangkan yuran serta permintaan untuk
mendapatkan diskaun bagi perkhidmatan mereka. Kepelbagaian aktivitinya juga
menimbulkan beberapa isu hak cipta.

6.3 UNITED PRESS INTERNATIONAL

United Press International (UPI), sebuah agensi berita berpengaruh yang
berpangkalan di Amerika ditubuhkan oleh E. W. Scripps pada tahun 1907.
Semenjak penubuhannya itu, UPI telah menjadi pembekal berita terkemuka
untuk stesen radio Amerika, sumber media, kerajaan, perniagaan dan para
penyelidk di seluruh dunia. UPI telah bergabung dengan outfit William
Randolph Hearst, International News Service pada tahun 1958 untuk menjadi
United Press International, atau UPI. UPI adalah sebuah perbadanan global
dengan beribu pejabat di Washington DC dan mempunyai agensi di Beirut,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  117

Hong Kong, London, Santiago, Seoul dan Tokyo. Pada tahun 1960-an, UPI
mempunyai lebih 6,000 pekerja dan lebih 5,000 pelanggan berita. Manakala pada
tahun 1980-an, UPI memperkenalkan rangkaian radio penghantaran berita dunia
pertama, yang memberikan laporan suara daripada koresponden di seluruh
dunia. Perkhidmatan ini membenarkan para pelanggan memilih kandungan
tertentu dan bukannya menjual topik umum yang luas. Pada tahun 1995, UPI
memancarkan siaran satelit global dan menamatkan perkhidmatan talian darat.

Saham UPI pada tahun 1990-an dimiliki oleh kepentingan media Saudi tetapi
mulai tahun 2000 telah dibeli oleh News World Communications (NWC), sebuah
syarikat multimedia global. Sebahagian pemilik baharunya adalah Unification
Church yang diketuai oleh Reverend Sun Myung Moon. Kini NWC beroperasi
di 20 buah akhbar pada peringkat global termasuk The Washington Times.

Akibat masalah beberapa buah organisasi dan korporat, UPI mula
memperkecilkan perkhidmatan berita domestiknya. Ia terpaksa menjual
perniagaan berita penyiarannya yang berpangkalan di Amerika kepada rakan
pesaing tradisinya, AP, pada tahun 1999 (McPhail, 2010).

6.4 AGENCE FRANCE-PRESSE

Thussu (2000) dan McPhail (2010) meletakkan Agence France-Presse (AFP)
sebagai perkhidmatan penghantaran berita di tempat ketiga terbesar selepas
Reuters and AP. Ia merupakan perkhidmatan berita tertua kerana telah
memulakan perkhidmatannya pada tahun 1835. Perkhidmatan bahasa Inggeris
AFP diagihkan ke seluruh dunia dan kerajaan Perancis membantu agensi ini
menerusi sokongan dalam bentuk langganan kerajaan dan kedutaan Perancis.

AFP kini sebuah agensi berita global yang beroperasi daripada bironya yang
terletak di 110 buah negara, menggunakan 1,200 wartawan dan juru foto serta
2,000 pemberita sambilan. AFP juga mempunyai 102 koresponden di negara
pinggiran – 22 di Amerika Latin dan Mexico, dan 80 lagi di Afrika dan Asia.
Dengan itu, ia mempunyai perwakilan dari lima zon geografi, iaitu Amerika
Utara, Tengah dan Selatan, Afrika, Eropah, Asia dan Timur Tengah.

AFP adalah agensi berita pertama yang melaporkan kematian Stalin, Pope John
Paul I dan Indira Gandhi. Ia juga dipuji kerana liputannya mengenai peperangan
di Balkan pada tahun 1999 dan konflik di Chechnya. AFP jugalah agensi yang
tidak termakan dengan teori senjata pemusnah besar-besaran (weapons of mass
destruction) yang diputarbelitkan oleh agensi dunia lainnya.

Pada tahun 1997, suapan berita dari AFP telah diterima oleh skrin maklumat
pelbagai panel Bloomberg yang dihasilkan di London menggunakan satelit

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

118  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

European Canal. AFP terus membekalkan perkhidmatan yang sampai kepada
ribuan pelanggan termasuk radio, televisyen, akhbar, perbadanan dari ibu
pejabatnya di Paris dan juga pejabatnya di Washington DC, Hong Kong, Nicosia
dan Montevideo.

6.5 BLOOMBERG

Bloomberg ditubuhkan pada tahun 1982 di New York oleh Michael Bloomberg
dengan bantuan Duncan MacMillan, Thomas Secunda dan Charles Zegar. Ia
ditubuhkan sebagai Innovative Market Systems sebelum dikenali dengan
namanya Bloomberg LP pada tahun 1986. Bloomberg adalah syarikat berita dan
media yang memberikan perkhidmatan maklumat global, perniagaan teras firma
ini, the Bloomberg Professional, menghantar bahan atas talian kepada Terminal
Bloomberg yang berkhidmat kepada pejabat dan agensi kerajaan, perbadanan,
industri perkhidmatan kewangan, dan organisasi berita di 192 lokasi (Plunkett,
2009; www.bloomberg.com). Kini, dengan kira-kira 15,000 pekerja dan
pendapatan sebanyak USD6.9 bilion pada tahun 2010, Bloomberg telah
berkembang sebagai perkhidmatan berita global.

AKTIVITI 6,1

Bloomberg Professional terdiri daripada empat perkhidmatan utama
berikut:
(a)" Bloomberg Tradebook
(b)" Bloomberg Electronic Trading
(c)" Bloomberg Data Licences
(d)" Bloomberg Roadshows

Bincangkan setiap satu fungsi utamanya dengan rakan sekursus anda.

Bloomberg membuka pejabatnya di London, UK dan Sydney, Australia pada
akhir tahun 1980-an, dengan menawarkan perkhidmatan kewangan, kemudian
meluaskannya kepada berita perniagaan. Bloomberg News memulakan operasi
pada tahun 1990. Kini, dengan kakitangan sebanyak 2,300 profesional di 146 biro
di seluruh dunia, ia memfailkan lebih 5,000 berita setiap hari dan syndicates
kepada lebih 450 akhbar di seluruh dunia. Fokus liputannya ialah dalam bidang
ekonomi, perniagaan, pasaran kewangan, teknologi dan pasaran saham serta
trend global. Ia disediakan dalam lima bahasa, yakni bahasa Inggeris, Perancis,
Sepanyol, Jerman dan Jepun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  119

Dilancarkan pada tahun 1994, produk televisyen Bloomberg yang pertama
digelar Bloomberg Business News, diikuti dengan Bloomberg Information TV
dan akhirnya European Bloomberg Information TV. Bloomberg Television
menawarkan saluran berita kewangan 24 jam yang memberikan maklumat
mengenai berita ekonomi dan politik yang meninggalkan kesan kepada pasaran.
Ia mempunyai skrin data TV yang unggul yang menawarkan tajuk utama berita
terkini dan data kewangan pada setiap masa. Ia juga menawarkan 50 berita
utama terpenting setiap setengah jam, 24 jam sehari (McPhail, 2010).

Umumnya, Bloomberg News terdiri daripada yang berikut (Plunkett, 2009):
(a)" Bloomberg Radio – membekalkan berita perniagaan kepada 750 syarikat

gabungannya di seluruh dunia;
(b)" Bloomberg Television – bersiaran dalam tujuh bahasa merentasi 10

rangkaian yang memasuki 200 juta isi rumah menerusi pengedaran kabel
nasional, USA Network, DIRECTV dan perkhidmatan Bloomberg.
(c)" Bloomberg.com – menawarkan berita kewangan dan maklumat; dan
(d)" Bloomberg Magazines – diedit khas untuk pelanggan Bloomberg
Professional; yang terdiri daripada Bloomberg Businessweek dan
Bloomberg Markets.

Menjelang pertengahan tahun 1990-an, syarikat ini bukan sahaja dapat bersaing
dengan Reuters dan Dow Jones tetapi juga menyamai dan mungkin juga
mengatasi mereka sebagai gergasi multimedia global. Terminal dan
perkhidmatan berita Bloomberg mula berkembang di pasaran luar negara,
termasuk Malaysia.

6.6 DOW JONES AND COMPANY

Seperti yang dibincangkan dalam Topik 2, Dow Jones & Company ialah penerbit
berita perniagaan yang membekalkan berita perniagaan setiap hari kepada para
pelanggan. Dow Jones bersaing secara terus dengan Bloomberg dan Thomson
Reuters untuk kerajaan dan pelanggan korporat.

Syarikat ini lebih dikenali kerana akhbar perdananya, The Wall Street Journal,
akhbar harian utama global yang meliputi berita kewangan, perniagaan, nasional
dan antarabangsa semenjak tahun 1886. Ia juga memulakan beberapa penerbitan
terkenal seperti Asian Wall Street Journal (1976), Wall Street Journal Europe
(1983), The Wall Street Journal Special Editions, BarronÊs (1921) dan Far Eastern
Economic Review (1946).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

Lain-lain penerbitan Dow Jones berorientasikan konsumer termasuk Hedomosti,
usaha sama dengan Rusia pada 1990-an; SmartMoney, majalah konsumer yang
dimiliki bersama dengan Hearst Corporation; MarketWatch.com, laman web
berita kewangan atas talian; dan The Daily, aplikasi berita iPad pertama dunia di
Amerika dan Australia. Pemilik Dow Jones Local Media Group juga menguasai
rantaian akhbar Ottaway dengan 19 akhbar harian dan 15 akhbar mingguan
(McPhail, 2010).

Dalam bidang penyiaran, Dow Jones memiliki separuh daripada CNBC Europe
dan CNBC Asia dan membekalkan kandungan berita kepada mereka. Syarikat
ini bergabung dengan Reuters untuk mewujudkan perkhidmatan elektronik
interaktif baharu untuk membekalkan maklumat perniagaan bagi pelanggan
korporat dan profesional. Syarikat penghantaran beritanya mempunyai lebih
satu juta pelanggan di seluruh dunia. Pada akhir tahun 2004, ia mengambil alih
MarketWatch Inc, entiti berita dan maklumat kewangan dalam talian yang
sangat menguntungkan, dengan nilai USD519 juta.

Semenjak tahun 2007, ia menjadi anak syarikat News Corporation sepenuhnya.
Bagaimanapun, ia masih memainkan peranan penting dalam ekonomi global
dan arena komunikasi global dengan kemunculannya dalam program
perniagaan di akhbar, majalah, radio dan televisyen seluruh dunia.

AKTIVITI 6.2

Sebagai syarikat yang mengkhusus kepada berita perniagaan dan
kewangan, Dow Jones perlu bersaing dengan para pesaingnya. Apakah
yang ditawarkan Dow Jones kepada pelanggannya yang dianggap
berbeza daripada agensi berita lain? Bincangkan dengan rakan
sekursus anda.

6.7 XINHUA

Xinhua dimulakan pada November 1931 sebagai Agensi Berita Red China,
Xinhua. Ia beribu pejabat di Beijing, dan merupakan penerbit serta agensi berita
kerajaan. Ia memiliki lebih 20 akhbar dan sedozen majalah (Shrivastava, 2007).
Agensi ini telah mendirikan jaringan seluruh dunia yang mencantumkan
teknologi komunikasi satelit dengan kabel fiber optik. Ia menghantar berita
dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Cina, Rusia, Perancis, Inggeris, Portugis,
Arab, Jepun dan Sepanyol.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  121

Xinhua membangunkan keupayaan penyiaran seberang laut semasa Perang
Pasifik. Bagaimanapun, rangkaian pemancaran berita dan maklumat dipusatkan
di Beijing dengan pusat geganti serantaunya di Hong Kong, New York, Paris dan
London. Ia juga telah membuat perjanjian untuk menggantikan berita dan berita
bergambar dengan lebih 80 agensi berita asing atau jabatan politik kerajaan.

Rangkaian ini membolehkan Xinhua mengeluarkan berita dan maklumat
serentak sepanjang hari dalam bentuk teks, foto, rajah, audio, serta video dan
memberikan perkhidmatan maklumat lain di seluruh dunia. Xinhua juga
mempunyai 31 biro domestik dan sub-biro di seluruh China. Dengan lebih 10,000
pekerja dan 107 biro di seluruh dunia (Shrivastava, 2007), ia merupakan pusat
terbesar untuk mengumpulkan maklumat dan persidangan akhbar di negara
terbesar di Asia.

Dalam laman webnya, Xinhua mula menubuhkan satu bahagian baharu untuk
AsiaNet dan membekalkan imej, siaran asal dalam bahasa Inggeris, terjemahan
dalam bahasa Cina dan terjemahan yang diedit (www.asianetnews.net).

Pada tahun 2001, Sing Tao News Corporation Limited, sebuah syarikat media
yang tersenarai di Hong Kong, melabur dalam usaha sama dengan Xinhua untuk
mendirikan laman web maklumat pasaran dan menawarkan perkhidmatan
audiovisual untuk perancangan dan perundingan. Dengan pangkalan data
multimedianya, para editor di Xinhua telah berupaya memproses dan
mengedarkan berita multimedia dan produk maklumat semenjak Julai 2003. Ia
juga boleh membekalkan para pelanggan media dan bukan media dengan berita
multimedia dan produk maklumat yang diperlukan. Ia berkhidmat sebagai
sebuah platform kerja digital, mengintegrasikan penyuntingan, pemprosesan,
pengurusan, pemasaran serta perkhidmatan berita dan maklumat (Shrivastava,
2007).

AKTIVITI 6.3

Xinhua terkenal dengan makalahnya yang panjang dan
membosankan yang mengelak daripada mengkritik pegawai kerajaan
negara China atau tindakannya, dan ditapis dengan banyak. Adakah
ini baik atau buruk untuk pelanggannya? Bincangkan dengan rakan
sekursus anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

6.8 INTER PRESS SERVICE

Inter Press Service (IPS) berfokus kepada isu seperti hak asasi manusia,
persekitaran, pembangunan dan masyarakat sivil. IPS ditubuhkan pada tahun
1964 oleh Roberto Savio dan Pablo Piacentini di Rome, Itali. Ia merupakan
koperatif wartawan antarabangsa bukan keuntungan yang bertujuan
mempromosi komunikasi global dengan membawa bersama masyarakat sivil,
penggubal dasar, dan media nasional serta antarabangsa. Ia mempromosikan
aliran berita mendatar berdasarkan kerjasama dalam kalangan negara sedang
membangun. Ia merupakan satu-satunya organisasi berita global dengan lebih
70% penyumbang yang berpangkalan secara tetap dalam negara di hemisfera
Selatan. Kebanyakan mereka bekerja dari negara sendiri atau rantau asal mereka.

Pada asalnya, objektif utama IPS adalah „untuk memenuhi jurang maklumat
antara Eropah dan Amerika Latin menerusi perkhidmatan berita yang
menggunakan mel biasa‰ (www.ips-tv.net). Ia kemudian meluaskan objektifnya
„untuk memenuhi harapan negara dan rakyat Dunia Ketiga untuk mencapai
order baru ekonomi antarabangsa‰ (www.ips-tv.net). Ia mengedarkan maklumat
mengenai negara sedang membangun kepada negara perindustrian. Ini
membawa kepada pembentukan struktur serantau · IPS Afrika (Harare,
Zimbabwe), IPS Asia (Manila, Filipina), IPS Amerika Latin (San Jose, Costa Rica),
IPS Eropah dan Mediterranean, IPS Timur Tengah, dan IPS Amerika Utara dan
Caribbean (New York).

Operasi IPS terdiri daripada yang berikut:

(a)" IPS News – penghantaran berita global bebas;

(b)" IPS Telecommunications – menawarkan kepakaran teknikal untuk
menaiktarafkan infrastruktur komunikasi dan maklumat negara
membangun; dan

(c)" IPS Projects – diwujudkan untuk mereka cipta, mengurus, dan melaporkan
tentang projek dalam lapangan latihan, maklumat dan pertukaran serta
meningkatkan kesedaran awam dan media mengenai kepentingan isu
global.

Terdapat lebih 250 wartawan yang berkhidmat dengan IPS di lebih 100 buah
negara. IPS membekalkan perkhidmatan berita dan maklumat kepada lebih 1,000
pelanggan, dalam kalangan media konvensional dan baharu. IPS menggunakan
sumber kewangan daripada pelanggan dan klien media. Sebagai dermawan
daripada pelbagai yayasan, IPS berupaya menjadi organisasi pengumpulan
berita antarabangsa yang keenam terbesar (Rauch, 2003, p. 89).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  123

Berita IPS diperoleh dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol, dan dalam bentuk
terjemahan dalam 10 bahasa tambahan termasuk bahasa Arab, Belanda, Finland,
Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Portugis, Swahili dan Sweden. Ia mengendalikan
lima buah akhbar di bawah bahagian penerbitan cetak, yakni, Terra Viva
Conference Daily, Terra Viva Europe Daily Journal, G-77 Journal, IPS Features
dan Rural Development, dan juga buletin seperti Rural Development dan Africa
Bulletin. Perkhidmatan Kolumnis IPS memberikan beberapa siri ruangan
eksklusif yang ditulis oleh negarawan, pembikin pendapat, pemimpin
pembangkang, para pegawai dan pakar yang menawarkan wawasan mereka
tentang isu-isu utama (McPhail, 2010).

IPS sedang mengasimilasi perubahan pesat dalam bidang komunikasi, dan
mentransformasikan dirinya daripada agensi berita cetak menjadi pemain
multimedia, menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai bahasa dan format.
Dengan kelahiran Internet, IPS telah bekerja keras untuk meningkatkan
kehadirannya menerusi beberapa laman web berita dan laman web berasaskan
projek, yang menjana kira-kira 45 juta pengunjung halaman sebulan. Laman
web IPS menghasilkan 34 surat berita berkala dalam tujuh bahasa (bahasa Arab,
Belanda, Inggeris, Perancis, Itali, Portugis dan Sepanyol), dikirimkan kepada
kira-kira 350,000 pelanggan e-mel. Kesemua cerita dalam bahasa Inggeris dan
Sepanyol dapat dikongsi bersama pembaca media sosial (Digg, Del.icio.us,
Newsvine, Reddit, Stumbleupon, yahoomyweb), membolehkan IPS
menambahkan lagi pembaca dan pengedaran.

Pada tahun 2010, IPS menghasilkan 332 podcast dalam bahasa Inggeris dan 339
dalam bahasa Sepanyol dan juga 18 video asal secara global. Sebanyak 38
daripada video ini diedarkan dan boleh didapati di IPS-TV. Ia juga menjadi hos
untuk blog seperti Gender Masa, Lobelog dan Heavy Metal de Colombia
(www.ips.org). Ini menunjukkan bahawa walaupun IPS mewakili negara-negara
sedang membangun, ia telah banyak berusaha untuk mempersembahkan satu
model kewartawanan pembangunan.

• Agensi berita global utama beroperasi dalam persekitaran yang sangat tinggi
persaingannya.

• Kesemua perkhidmatan utama berpangkalan di negara pusat dengan
jaringan biro yang meluas di negara pusat yang lain dan juga hampir
kesemua negara pinggiran.

• AP dan Reuters, pemimpin agensi berita global, dimiliki oleh Amerika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

124  TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL

• Kedua-dua Bloomberg dan Dow Jones and Company mengkhusus dalam
pasaran tertumpu (niche market), yakni berita dan maklumat perniagaan
dan kewangan bersama pelanggan di seluruh dunia.

• Sebagai agensi berita rasmi PRC, Xinhua dianggap sebagai „mata dan lidah‰
parti untuk mengamati apa yang penting untuk rakyat dan menyampaikan
maklumat tersebut kepada kerajaan.

• IPS ialah sebuah koperasi wartawan antarabangsa bukan keuntungan yang
ingin memenuhi jurang maklumat antara Eropah dan Amerika Latin
menerusi perkhidmatan berita rencana yang memenuhi harapan negara
Dunia Ketiga.

Masyarakat sivil (masyarakat madani) Pengumpulan berita
Kewartawanan pembangunan Telegraf
Penghantaran berita

Markham, J. (1967). Voices of the red giants. Ames, IA: Iowa State University.

McPhail, T. L. (2010). Global communication: Theories, stakeholders, and trends.
New York, NY: Blackwell.

Plunkett, J. W. (2009). PlunkettÊs advertising and branding industry almanac 2007
(e-book). Houston, TX: Plunkett Research.

Rauch, J. (2003). Rooted in nations, blossoming in globalization? A cultural
perspective on the content of a „Northern‰ Mainstream and a „Southern‰
Alternative News Agency. Journal of communication inquiry, Jil. 27, no. 1,
hal. 87–103. London: Sage.

Read, D. (1992). The power of news: the history of Reuters, 1849–1989. Oxford,
England: Oxford University.

Shrivastava, K. M. (2007). News agencies: From pigeon to Internet. New Delhi,
India: Sterling.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 PERANAN AGENSI BERITA GLOBAL  125
Straubhaar, J., & LaRose, R. (2000). Media now: Communication media in the

information age. Belmont, CA: Wadsworth.
Thussu, D. K. (2000). International communication: Continuity and change.

London, England: Arnold.
Tunstall, J., & Palme, M. (1991). Media moguls. London, England: Routledge.
Vivian, J. (2011). The media of mass communication. Boston, MA: Allyn & Bacon.
www.asianetnews.net
www.bloomberg.com
www.ips.org
www.ips-tv.net

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Media di Timur

7 Tengah dan
Afrika Utara

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perubahan dalam lanskap media Timur Tengah dan

Afrika Utara;
2. Menjelaskan perkembangan sistem media demokratik di rantau ini;
3. Mengenal pasti pemain-pemain yang muncul di rantau ini; dan
4. Membincangkan organisasi-organisasi transnasional Arab yang

terkemuka.

" PENGENALAN

Topik ini akan menumpu kepada perkembangan media Arab di Timur Tengah
dan Afrika Utara. Kita akan mengesan perubahan daripada entiti tradisional dan
yang dikawal ketat kepada sesuatu entiti yang sedang melalui proses modenisasi
pesat, lantas melenyapkan imej tertutup dan ultra konservatif. Anda akan
didedahkan kepada sejarah keterbukaan baharu ini, yang menandakan satu
permulaan baharu untuk media di rantau ini.

Genesis media Arab boleh dikesan kepada peristiwa yang berlaku semasa
Perang Dunia Pertama dan pengakhiran muktamad era Empayar Uthmaniyyah
yang memerintah Timur Tengah dan bahagian Afrika Utara selama 400 tahun
(De Beer & Merrill, 2009; McPhail, 2010). Kejatuhan Timur Tengah dan Afrika
Utara telah membolehkan Britain menakluki Mesir dan Teluk Arab. Menerusi
Liga Bangsa-bangsa, Britain turut menguasai Palestin, Jordan dan Iraq,
sementara Perancis mengambil alih Maghribi, Tunisia dan Algeria di Afrika
Utara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  127

Semasa tempoh ini dalam sejarah, Turki moden diperintah di bawah Kamal
Ataturk yang menukarkan negara tersebut menjadi sebuah negara Barat dan
sekular pada tahun 1923. Kemudian, selepas Perang Dunia Kedua pada tahun
1948 berlaku pula peristiwa pembentukan Israel di tengah-tengah dunia Arab
dan bermulanya perjuangan rakyat Palestin dalam negara mereka sendiri. Suara-
suara Arab mula bersatu menentang pendudukan Israel, dan pada tahun 1960-an
radio Voice of the Arabs di Mesir mula membangkitkan semangat nasionalisme
Arab.

Perbincangan dalam Topik 7 berpusat kepada perkembangan baharu dan
kemunculan pusat berita dan penyiaran Arab pada tahun 1990-an. Ini telah
mengubah wajah komunikasi massa di rantau ini apabila rakyat mula mencari
maklumat untuk disebarkan, dan melahirkan masyarakat lebih bermaklumat
serta terbuka dalam sebuah persekitaran sosiopolitik yang sebelumnya dikawal
ketat. Itu sebabnya mengapa perkembangan terbaru amat menarik untuk
diperhatikan kerana persekitaran media yang lebih bebas telah menghasilkan
keterbukaan masyarakat yang sebelumnya tertutup, lantas menawarkan
semangat bebas bermaklumat kepada majoriti rakyatnya.

AKTIVITI 7.1

1." Namakan negara-negara di Timur Tengah.
2." Apakah negara-negara yang dirujuk sebagai Afrika Utara?

7.1 AKHBAR LIBERAL DEMOKRATIK

Pertumbuhan dramatik dalam industri media di negara Arab dan Afrika Utara
menjadi tarikan utama para pemerhati dan sarjana media seluruh dunia pada
tahun 1990-an. Sebelum itu, dunia pan-Arab dipengaruhi serta dikuasai oleh
kerajaan mereka dan menjadi lidah rasmi pihak berkuasa. Vivian (2011)
menganggap sesetengah negara Islam (yang terdiri daripada negara di Afrika
Utara hingga Asia Tenggara) sebagai negara yang bagai katak di bawah
tempurung terperangkap di bawah kawalan ulama yang bertanggungjawab
terhadap pembentukan polisi negara. De Beer & Merrill (2010) menyenaraikan
beberapa perkembangan terbaru dalam dinamika masyarakat Arab di Timur
Tengah dan Afrika Utara seperti berikut:
(a)" Perpecahan Kesatuan Soviet dan pengunduran Arab bersayap kiri;
(b)" Kebangkitan fundamentalisme agama;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

(c)" Perubahan dalam ekonomi dan kandungan media akibat globalisasi dan
penswastaan;

(d)" Permulaan perundingan keamanan Palestin-Israel, yang walaupun gagal
telah mengubah hubungan media dunia Arab dengan Israel;

(e)" Pertumbuhan organisasi bukan kerajaan yang memantau hubungan
kerajaan dengan akhbar;

(f)" Peralihan kuasa kepada pemimpin baharu yang lebih muda dan relatif
lebih terbuka daripada pemimpin sebelumnya;

(g)" Perbezaan pendapat tentang 11 September 2001 yang mengakibatkan
undang-undang anti-keganasan kerap kali digunakan terhadap mereka
yang menentang pemerintah, bukan untuk melawan keganasan;

(h)" Pada tahun 2001, pencerobohan Iraq yang mencetuskan perpecahan serta
peledakan tenaga kuasa agama yang telah membawa kepada kemahiran
menggunakan media baharu, seperti yang dapat dilihat melalui YouTube
dan Internet.

Para sarjana di dunia Arab sering kali mengingatkan pembaca bahawa istilah
„media Arab‰ adalah mengelirukan kerana tiada elemen kesatuan dalam dunia
Arab, apatah lagi dalam persekitaran media. Vivian (2011) melihat sistem media
di sesetengah negara Timur Tengah sebagai sistem politik yang berbeza-beza,
yang dipacu oleh teologi walaupun orientasi sesetengah negara secara pragmatik
lebih ke arah mewujudkan khalayak massa pan-Arab. Terdapat perbezaan yang
luas dari segi infrastruktur, kemampuan teknikal dan kandungan dalam
sesetengah negara Arab seperti dalam akhbar liberal demokratik yang terhasil.

7.2 SIFAT BERITA ARAB

Pelajar kewartawanan akan mengingat kembali soalan standard tentang apakah
yang dianggap berita dalam kelas kewartawanan mereka. Hampir setiap kali, ia
akan membawa kepada pernyataan lazim, „Anjing menggigit manusia bukannya
berita. Manusia menggigit anjing adalah berita!‰

Di UK, berita hebat tahun ini ialah penggodaman telefon beberapa warga Britain
yang terkenal oleh wartawan News of the World atau NoW. Akibatnya NoW
telah ditamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kepada orang awam British
selama 168 tahun. Dalam pada itu, tajuk berita di Eropah adalah krisis kewangan
terbesar yang membawa kepada kelumpuhan bank di Greece dan kini Sepanyol.
Sementara itu, perhatian telah beralih pada negara China tentang bagaimana
negara tersebut sedang mengalami ledakan ekonomi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  129

BBC mula mewujudkan Arabic Service pada tahun 1938. Kuasa Barat
mensasarkan Timur Tengah kerana kepentingan geo-strategi rantau tersebut
sebagai sumber bekalan minyak terbesar dunia. Oleh itu, sesetengah sistem
media di negara Arab mula dipengaruhi oleh ideologi Barat manakala yang
lainnya cuba menentukan falsafah media masing-masing dan berupaya
mengekalkan kandungan peribumi mereka. Di Mesir, Presiden Gamal Nasser
terpaksa mencari jalan keluar dengan menggunakan radio untuk menangkis
penyiaran Barat di rantau Arab (Thussu, 2000). Ini membawa kepada kelahiran
„Voice of the Arabs‰ dan promosi pan-Arab pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-
an. Pan-Arab juga mengambil tanggungjawab mengendalikan radio pembebasan
Palestin yang disiarkan dari Kaherah, Beirut, Algiers, Baghdad dan Tripoli.

BBC mencuba lagi untuk mewujudkan perkhidmatan saluran berita berbahasa
Arab tetapi ia gagal dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja pada tahun 1996.
Bagaimanapun, inisiatif diambil kemudiannya oleh negara Teluk di Qatar yang
memulakan perkhidmatan berita 24/7 seperti mana CNN yang berpangkalan di
Atlanta.

Dunia Arab kini dicengkam oleh laporan berita mengenai Arab Spring (Thaurah
Syabab) yang membawa kepada kejatuhan rejim autoritarian di Tunisia, Libya
dan Mesir. Hingga kini, dunia Arab melaporkan tentang situasi sosiopolitik
yang huru-hara di Syria. Sebelum itu, akhbar bahasa Arab enggan
mengenepikan berita tentang Perang Teluk yang akhirnya menjatuhkan Saddam
Hussein, diikuti dengan serangan 11 September 2001 di New York yang didakwa
berkait dengan Al-Qaeda. Stesen satelit Al Jazeera mula menyiarkan pita Osama
bin Laden selepas 11 September 2001 dan semenjak itu suatu fenomena media
baharu mula berkembang di Qatar, mencabar dominasi Amerika dalam berita
antarabangsa.

Dengan itu, agensi berita Arab yang pernah membantu kerajaan menyebarkan
maklumat kerajaan dan mengawal aliran masuk berita daripada sumber asing
kini mengalami satu tujuan baharu dan berusaha membebaskan diri daripada
kawalan kerajaan.

7.3 PENERBITAN AKHBAR TRANSNASIONAL

Terdapat 22 buah negara Arab dan tentu sekali terdapat perbezaan besar dalam
pengoperasian akhbar mereka. Terdapat perbezaan dalam sistem media dan
polisi, dalam infrastruktur dan pengetahuan teknikal. Oleh sebab liberalisasi
media cetak di beberapa bahagian dunia Arab, beberapa kerajaan tertentu dilihat
bersikap lebih toleransi terhadap pengendalian akhbar. Kesimpulan yang tidak
dapat dielakkan ialah, kuasa kerajaan sedang dicabar oleh orang awam yang
terdedah kepada Internet dan media baharu. Freedom House (2012), badan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

antarabangsa yang melaporkan tentang kebebasan media di dunia, secara
konsisten melaporkan kedudukan sistem media di sesetengah negara di Timur
Tengah sebagai „Tidak Bebas‰, yakni negara seperti Arab Saudi, Syria, Bahrain,
Yemen, Emirat Arab Bersatu, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Negara
seperti Lebanon, Tunisia, Mesir, Kuwait, dan Libya dianggap „Separa Bebas‰
pada tahun 2012 (lihat Jadual 7.1). Sebagai contoh, Arab Saudi dan Syria
mengawal sistem persuratkhabaran mereka tetapi paradoksnya, Arab Saudi,
sebagai contoh, longgar kawalannya bila tiba ke Internet, mengakuinya sebagai
penting kepada perdagangan antarabangsa, pembangunan ekonomi dan
kemajuan budaya.

Jadual 7.1: Kebebasan Akhbar di Timur Tengah dan Afrika Utara

Kedudukan Negara Perkadaran Status
2012
1 Israel 30 Bebas
2 Lubnan 51 Separa Bebas
Tunisia 51 Separa Bebas
4 Mesir 57 Separa Bebas
Kuwait 57 Separa Bebas
6 Libya 60 Separa Bebas
7 Algeria 62 Tidak Bebas
8 Jordan 63 Tidak Bebas
9 Qatar 67 Tidak Bebas
10 Maghribi 68 Tidak Bebas
11 Iraq 69 Tidak Bebas
12 Oman 71 Tidak Bebas
13 Emiriyah Arab Bersatu 72 Tidak Bebas
14 Tebing Barat dan 83 Tidak Bebas
Semenanjung Gaza
16 Yaman 83 Tidak Bebas
Bahrain 84 Tidak Bebas
18 Arab Saudi 84 Tidak Bebas
19 Syria 89 Tidak Bebas
Iran 92 Tidak Bebas

Sumber: Freedom House (2012)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  131

Satu faktor penyatu yang membentuk akhbar Arab menjadi satu suara adalah
retorika anti penjajah yang wujud dalam penulisan menentang pembentukan
negara Israel pada tahun 1948 dan pendudukan Palestin oleh Israel (De Beer &
Merrill, 2009), yang kemudiannya menyebabkan kira-kira 520,000 hingga 850,000
rakyat Palestin menjadi pelarian. Pendudukan Palestin membakar semangat
nasionalisme Pan-Arab dan ini ditunjukkan dalam kebanyakan akhbar Arab
walaupun terdapat perbezaan besar antara 22 negara Arab tersebut.

Di bawah ini ada beberapa contoh kegiatan media berita Arab:

(a) Negara-negara Teluk: Saudi Arabia dan Kuwait

(i) Arab Saudi
Dari segi sejarah, kebanyakan negara Teluk adalah naungan British
sehingga selewat-lewatnya tahun 1971. Oleh sebab kepentingan
strategik dan geopolitik mereka, negara ini menjadi tumpuan semasa
timbul isu Palestin, Perang Iran-Iraq dan Perang Teluk.

Pusat berkuasa kerajaan Arab Saudi adalah di tangan keluarga di-
Raja Al-Saud. Kerajaan tersebut mencapai kemerdekaannya pada
tahun 1932 dan diperintah oleh golongan Islam yang sangat
konservatif. Organisasi medianya diletakkan di bawah kawalan
kerajaan dan sebuah jawatankuasa pusat yang amat ketat
penapisannya, yang menyelia kandungan media tempatan dan asing.

Agensi Akhbar Saudi [Saudi Press Agency (SBPA)] adalah di bawah
pengurusan kerajaan yang mengekalkan penyeliaan rapi ke atas
kandungan, manakala editornya sering kali diingatkan akan
tanggungjawab mereka terhadap negara.

Bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang kaya, organisasi media
Saudi berupaya memperoleh peralatan maklumat dan komunikasi
dengan mudah dan kerajaan Saudi sering kali membiayai penerbitan
akhbar Arab di seberang laut terutama di Eropah. London adalah
pusat akhbar yang disokong kerajaan Saudi dan umumnya
penerbitan ini lebih bebas berbanding di dalam negara sendiri.

(ii) Kuwait
The Freedom House Index (2012) menyenaraikan sistem media
Kuwait sebagai separa bebas. Ia sebuah negara pemerintahan beraja
moden berparlimen yang dilantik dan akhbar Kuwait disokong
dengan kemudahan teknologi tinggi serta jenama kewartawanan
yang boleh diterima di mata Barat mengikut standard media mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

Pada tahun 2006, kerajaan memperkenalkan undang-undang baharu
media yang menamatkan monopoli kerajaan terhadap akhbar. Hanya
mahkamah berhak membatalkan atau menggantung media. Undang-
undang negara juga menghapuskan hukuman penjara terhadap
golongan wartawan. Bagaimanapun, pihak berkuasa meletakkan satu
undang-undang yang melarang kekufuran terutama kepada „Allah,
Rasul-Nya, para sahabat Baginda dan al-Quran‰.

(b) Afrika Utara: Algeria dan Lubnan

(i) Algeria
Berbeza dengan negara Teluk, negara Afrika Utara yang terdiri
daripada Algeria, Maghribi dan Tunisia merupakan negara bekas
jajahan Perancis. Algeria dijajah Perancis selama satu abad sehingga
mereka mencapai kemerdekaan pada tahun 1962. Algeria mempunyai
sejarah perjuangan antara Parti Islamic Salvation Front (FIS) yang
fundamentalis dengan pihak berkuasa Algeria. Bila FIS memenangi
pusingan pertama pilihan raya pada Disember 1991, pihak tentera
telah mengambil tindakan keras dan cuba meletakkan parti politik
pro-kerajaan dalam pilihan raya berikutnya.

The Freedom House mengklasifikasikan akhbar sebagai „Tidak
Bebas‰ dan sistem media mula berubah selepas perlembagaan Algeria
memperkenalkan satu bentuk pluralisme politik dan kepelbagaian
sumber maklumat pada tahun 1989. Pada jangka masa pelonggaran
kawalan pusat ini, kira-kira 65 parti politik ditubuhkan dan terdapat
satu tempoh rejuvenasi dan kesedaran politik yang aktif.

Akhbar tumbuh ibarat cendawan hingga kira-kira 630 akhbar harian
dan penerbitan mingguan tetapi jumlah ini dikurangkan kemudiannya
kepada 45 akhbar harian bahasa Arab dan bahasa Perancis pada tahun
2007. Jumlah pengedarannya dilaporkan sebanyak 1.5 juta naskah.

Suatu suasana keterbukaan jelas kelihatan pada tahun 2006 apabila
Presiden Boutteflika membebaskan 67 orang wartawan yang pernah
didakwa bersalah kerana pelbagai kesalahan termasuk memfitnah
institusi kerajaan. Pada masa ini media Algeria sedang membahaskan
tentang penyalahgunaan hak asasi manusia pada masa silam dan
peranan golongan Islam dalam politik Algeria.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA  133

(ii) Lubnan
McPhail (2010) menganggap Lubnan ibarat menara Babel bagi dunia
media Arab. Seorang wartawan Lubnan memulakan akhbar Mesir,
al-Ahram dan selepas itu menggerakkan penerbitan di Sudan,
Maghribi dan Qatar. Lubnan menjadi ibu kota kewartawanan Arab
dan pusat akhbar politik yang aktif (De Beer & Merrill, 2009). Suasana
yang lebih bebas di negara ini menarik minat pemimpin Arab dan
perjuangan politik mereka diterbitkan dalam akhbar di Lubnan.

Bagaimanapun, kemajuan dan keterbukaan masyarakat Lubnan telah
berakhir apabila Israel menaklukinya pada tahun 1982 untuk
menghalau pelarian Palestin dari ibu kota Lubnan. Di samping
merosakkan infrastrukturnya, pencerobohan Israel mengakibatkan
„kematian‰ industri akhbar Lubnan yang sedang berkembang maju.
Namun demikian, kebanyakan wartawan yang terlatih di Lubnan
mula mengamalkannya di akhbar Arab lain dan sesetengah mereka
mula menerbitkan berita di London, termasuk akhbar yang disokong
Arab Saudi, Al-Hayat, yang memulakan operasi di London pada
tahun 1988. Al-Hayat juga dicetak di ibu kota yang lain seperti
Riyadh, Frankfurt dan New York. London akhirnya menjadi pusat
media intra-Arab, iaitu ibu pejabat media pan-Arab. Hingga kini,
akhbar Palestin Al Quds al Arabi dan sebuah lagi akhbar yang
disokong Saudi, Ashary Alawat, meneruskan penerbitan mereka.

7.4 PENYIARAN TRANSNASIONAL

Nasionalisme Pan-Arab juga menjadi tema dominan dalam penyiaran Arab,
terutama penyiaran satelit pan-Arab. Pertumbuhan televisyen pan-Arab adalah
salah satu perkembangan penting dalam media Arab pada tahun 1990-an.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, rantau ini adalah antara baki wilayah
yang diawasi kerajaan dengan ketat tetapi satu kajian kandungan televisyen
daripada sesetengah pusat penyiaran televisyen mungkin akan menghairankan
kerana ketidaksesuaian kandungannya dengan masyarakat tradisional dan kuat
beragama di dunia Arab.

Awal penghasilan program televisyen Arab moden boleh dikesan semasa
berlakunya Perang Teluk pada tahun 1990 hingga 1991 apabila tentera Iraq mula
mencerobohi Kuwait. Penduduk di negara Arab ketika itu sedang mencari-cari
perkembangan berita terkini dan terpaksa bergantung pada sumber luar seperti
BBC dan CNN dengan menggunakan satelit yang ketika itu masih diharamkan
penggunaannya. Peristiwa demikian mencetuskan keinginan kerajaan Arab
untuk segera menubuhkan saluran maklumat mereka sendiri supaya mereka
tidak diketepikan oleh rakyat mereka sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 7 MEDIA DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA

Oleh itu, kerajaan Arab mengambil inisiatif melancarkan penyiaran televisyen
mereka sendiri. Kerajaan Saudi mendahului dengan penubuhan the Middle East
Broadcasting Centre (MBC), sebuah saluran satelit pan-Arab yang membekalkan
berita dan program hiburan umum. Pusat media ini dimiliki keluarga di Raja
Saudi dan beribu pejabat di London. Dari segi kandungan, MBC berupaya
beroperasi bebas daripada kawalan kerajaan dan mengikut format saluran
penyiaran Barat.

Liberalisasi kandungan yang baharu ini adalah hasil penubuhan stesen
penyiaran baharu yang menyiarkan program dalam bahasa Arab kepada
penduduk Arab yang tinggal di seberang laut. Terdapat anggaran lima juta
warga Arab yang tinggal di Eropah dan kira-kira dua juta di Amerika Utara
(Thussu, 2000), membentuk satu pasaran media Arab yang kaya.

7.4.1 Middle East Broadcasting Centre (MBC)

Penyiar televisyen seperti yang telah dinyatakan sebelum ini adalah Middle East
Broadcasting Centre (MBC) yang dilancarkan dengan modal awal sebanyak
USD300 juta. Ia berpangkalan di London, dan menjangkau khalayak merentasi
Eropah, Afrika Utara menerusi satelit Eutelsat II dan merentasi Timur Tengah
melalui satelit Arabsat. MBC telah mempamerkan keupayaan penerbitan dan
standard profesional yang bermutu tinggi kepada kira-kira 100 hingga 120 juta
penonton di dunia Arab pada tahun 1999. Ia disokong dengan perkhidmatan
koresponden di kebanyakan negara Arab dan Amerika, Perancis, Jerman, Rusia,
India, Itali, Sweden dan Bosnia. Ia telah berkembang menjadi Middle East
Broadcasting (MBC) Group dan kini berlokasi di Dubai Media City.

MBC menawarkan penyiaran berita berkualiti dan program lain seperti hal
ehwal semasa, bual bicara, muzikal, program mengenai sesuatu topik dan
terbitan bersiri. Ia bermula dengan sebuah program hasil kolaborasi dengan
Voice of America bertajuk "Dialogue with the West". Voice of America (VOA)
adalah perkhidmatan penyiaran yang dikendalikan oleh kerajaan Amerika ke
negara yang dikenal pasti sebagai di bawah kawalan kerajaan.

MBC dimiliki oleh Shaikh Walid al-Ibrahim, usahawan Saudi dari keluarga di
Raja Saud yang kaya-raya. Kekuatan kewangan tersebut memungkinkan MBC
memperoleh teknologi satelit dan peralatan teknologi komunikasi terkini. Shaikh
Walid juga mempunyai kepentingan dalam agensi berita UPI dan menyokong
kewartawanan serta pembangunan kandungan gaya Barat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version