JILID 7/ 2022
JURNAL
PENYELIDIKAN AKADEMIK
IPGM
JILID 7/2022
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 7/2022
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8312 6666
Faks : 03-8312 6655
Website : http://ipgm.moe.edu.my/
ISSN 2550-2034
© Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2022
Semua hak cipta terpelihara. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh
diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau
disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada
penerbit.
Disember 2022
SIDANG EDITORIAL
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 7/2022
PENAUNG
Rusmini Ku Ahmad, PhD
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT
Mohd. Nasrudin Basar, PhD
Timbalan Rektor
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
KETUA EDITOR
Wan Azani Wan Mustafa, PhD (Universiti Malaysia Perlis)
EDITOR
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Salmiah Md Salleh (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Shamsazila Sa’aban, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Azahar Aziz, PhD (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
PANEL PENILAI
Wan Azani Wan Mustafa, PhD Universiti Malaysia Perlis
Norhannan Ramli, PhD IPG Kampus Pendidikan Islam
Arni Yuzie Mohd Arshad, PhD Institut Pendidikan Guru Malaysia
Mohammad Rusdi Ab Majid, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Aznida Aziz, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Wan Mariana Wan Mohamad, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Yuslaini Yunus, PhD IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Wan Marfazila Wan Mahmud, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mohd Firdaus Yahaya, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mustafa Che Omar, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Siti Fatimah Salleh, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Mohd Hasrul Shuhari, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Norhashimah Yahya, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Zuriani Ahmad Zukarnain, PhD Universiti Sultan Zainal Abidin
Suriani Mat Jusoh, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Hailan Salamun, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Norasyikin Osman, PhD Universiti Malaysia Terengganu
Amnah Zanariah Abdul Razak, PhD Universiti Sains Islam Malaysia
Nadhilah Abdul Pisal, PhD Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis
Che Mohd Zaid Yusof, PhD Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
Norhisham Haron, PhD Universiti Utara Malaysia
Mohamad Azrien Mohamed Adnan, PhD Universiti Malaya
Marzni Mohamed Mokhtar, PhD Universiti Putra Malaysia
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1 MENGANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL 1
LATIHAN RESILIENSI DAN KESEDIAAN GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU SEBAGAI JURULATIH:
SATU KAJIAN KUALITATIF
Zulaini binti Husin; Mohd Zarawi Bin Mat Nor, PhD; Muhamad
Saiful Bahri Bin Yusoff, PhD; Mohd. Azhar Bin Mohd Yasin,
PhD; Raishan Shafini Binti Bakar, PhD
2 KEBERKESANAN PELAKSANAAN e-FOLIO SEBAGAI 12
DOKUMEN PENGURUSAN KURIKULUM DALAM
KALANGAN PENSYARAH
Rosmani Ali, PhD; Nik Azleena Nik Ismail, PhD; Salma Abd
Razak, PhD; Abd. Halim bin Ismail, PhD; Ghazali ismail, PhD
3 KUALITI GURU BAHARU LULUSAN INSTITUT PENDIDIKAN 22
GURU MALAYSIA
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD; Shamsazila Sa’aban,PhD;
Azahar Aziz,PhD; Salmiah Md. Salleh
4 TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI COVID-19 DAN 36
KESEDIAAN GURU MENGAJAR DALAM NORMA BAHARU
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Najamuddin Bachora, PhD; Hanis Nabila Syahirah
Najamuddin; Hanis Nabila Syakilah Najamuddi
5 PENILAIAN KURIKULUM ELEKTIF TERAS KAJIAN 51
KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Amat Tarop Sumo
6 PENGARUH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS TERHADAP 66
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
KOMPETENSI PENGAJARAN SISWA GURU DI MALAYSIA
Badruddin Hassan, PhD; Mas Norbany Abu Samah, PhD.
Mat Ali Abd Ghani, PhD
7 PERSEPSI GURU ALIRAN PERDANA TERHADAP 77
KESEDIAAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Nik Nurul Afiqah Wan Zainodin; Zizawati Fauzi; Nor Haslynda
A.Rahman
8 PENGUASAAN AMALAN PENGAJARAN DAN 85
HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI GURU
PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUALA NERUS
Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi; Mohammad Rusdi Ab.
Majid, PhD; Aisyah Balqis Mohd Nizam; Nur Husnina Anuar
9 HUBUNGAN PELIBATAN DALAM PROGRAM KEROHANIAN 101
DENGAN PENGHAYATAN AKHLAK ISLAMIAH SISWA
GURU IPGKDRI
Nurul Nadia Mohamed @ Mahmood; Mohd Hasaidi Hassan
10 KOMPETENSI GURU ALIRAN PERDANA DALAM 116
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INKLUSIF
Nur Syaza Isamudin; Suziela Md. Tahir; Kamarudin Abu
Hassan, PhD
11 TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU PENDIDIKAN 126
ISLAM DALAM PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN SEKITAR KOTA
SAMARAHAN, SARAWAK
Halimatul Saadiah Raffee; Nik Zul Azhar Nik Hassan; Musliha
Binti Ismail
12 TAHAP PENGETAHUAN TMK, TAHAP KEMAHIRAN TMK 135
DAN TAHAP AMALAN GURU PELATIH TERHADAP
PENGGUNAAN TMK DALAM PROSES PDPC SAINS
Nurul Amni Athirah Mat Hussin; Hairiah Munip, PhD
13 KESAN PENGGUNAAN MINECRAFT YANG DIINTEGRASI 146
PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DAN MODEL POLYA
TERHADAP PENCAPAIAN MURID
DALAM PECAHAN
Rayner Tangkui, PhD
14 PEMANFAATAN DIGITAL DALAM KALANGAN PENSYARAH 167
PENDIDIKAN AWAL KANAK (PAKK) MELALUI KAPASITI
PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
Razila Aw Kamaludin, PhD; Siti Iwana Sharizah Abu Samah,
PhD; Luqman Hakim Harun
15 PEMUPUKAN KEMAHIRAN VISUALISASI MENTAL DALAM 184
KALANGAN GURU PELATIH IPG DI BANDAR ENSTEK
Azerai Azmi, PhD; Muhammad Mirza Mohd Masa’ud; Abdul
Muhaimin Muhsin; Muhamad Faizzuddin Zaidin
16 KOMPETENSI TEKNOLOGI DIGITAL PENSYARAH DALAM 194
PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN
BERMAKNA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Abdul Hadi Mat Dawi, PhD; Zulkufli Mahayudin; Kartini Abdul
Mutalib, PhD; Jurina Ibrahim; Razila Aw Kamaluddin, PhD
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 1
MENGANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN RESILIENSI
DAN KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SEBAGAI
JURULATIH: SATU KAJIAN KUALITATIF
1
Zulaini Husin ([email protected]),
2
Mohd Zarawi Mat Nor, PhD ([email protected])
Muhamad Saiful Bahri Yusoff, PhD ([email protected])
3
4
Mohd. Azhar Mohd Yasin, PhD ([email protected])
Raishan Shafini Bakar, PhD ([email protected])
5
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
2,3,4,5 Universiti Sains Malaysia
Abstrak
Memahami isu kesihatan mental yang dihadapi oleh pelajar sekolah adalah sangat
penting. Justeru tujuan kajian ialah untuk melihat keperluan pembinaan Modul Latihan
Resiliensi (MoLaR) untuk guru pelatih bagi menangani isu kesihatan mental murid di
sekolah rendah. Seterusnya diharapkan ianya dapat digunapakai oleh guru-guru
sewaktu dalam latihan dan dalam perkhidmatan selepas mereka menamatkan
pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Data diperolehi melalui temu
bual separa berstruktur. Sampel dipilih secara purposive sampling. Kriteria pemilihan
sample ialah guru pelatih Institut pendidikan guru, kaunselor Institut Pendidikan Guru,
pentadbir Institut Pendidikan Guru, guru sekolah dan murid sekolah. Data dianalisis
menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian terdapat beberapa punca
masalah kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah rendah. Punca kepada
masalah yang wujud adalah 1) Faktor Personaliti Murid, 2) Faktor persekitaran, 3)
Faktor Keluarga, 4) Faktor Rakan Sebaya dan 5) Faktor Krisis semasa. Modul ini
adalah sebagai alternatif intervensi yang berstruktur dalam memastikan
kesejahteraan mental murid-murid sekolah rendah dan sekaligus warga sekolah.
Selain dari itu modul ini boleh digunakan untuk melatih Guru Pelatih sebagai jurulatih
yang berjaya kelak, yang mana bakal - bakal guru ini akan belajar bagaimana cara
untuk mengesan simpton kesihatan mental di kalangan murid dan seterusnya dengan
ilmu yang dipelajari dari modul ini mereka dapat aplikasikan.
Kata Kunci: Modul Latihan, Resiliensi, Menangani isu Kesihatan Mental, Jurulatih,
Guru Pelatih Kementerian Pendidikan Malaysia
Abstract
Understanding the mental health issues faced by school students is very important.
The purpose of the study is to see the need for the construction of a Resilience Training
Module (MoLaR) for trainee teachers to deal with the mental health issues of students
in primary schools. Next, it is hoped that it can be used by teachers during training and
in service after they graduate from the Malaysian Teacher Education Institute (IPGM).
Data were obtained through semi-structured interviews. The sample was selected by
purposive sampling. The selection criteria for the sample is Teacher Education Institute
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 2
trainee teachers, Teacher Education Institute counselors, Teacher Education Institute
administrators, school teachers and school students. Data were analyzed using
thematic analysis methods. The results of the study revealed several causes of mental
health problems among primary school students. The cause of the existing problem is
1) Student Personality Factor, 2) Environmental Factor, 3) Family Factor, 4) Peer
Factor and 5) Current Crisis Factor. This module is an alternative structured
intervention in ensuring the mental well-being of students’ primary school and at the
same time school citizens. Apart from that, this module can be used to train Teacher
Trainers as successful trainers in the future, where these future teachers will learn how
to detect mental health symptoms among students and then with the knowledge
learned from this module they can apply.
Keywords: Training Module. Resilience, Dealing with Mental Health issues, Trainers,
Teacher Trainers Ministry of Education Malaysia
PENGENALAN
Kesihatan mental ialah tahap kesejahteraan psikologi atau ketiadaan penyakit mental.
Ia merupakan keadaan seseorang yang berfungsi pada tahap penyesuaian emosi dan
tingkah laku yang memuaskan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
kesihatan mental termasuk kesejahteraan subjektif, dianggap keberkesanan diri,
autonomi, kecekapan, kebergantungan antara generasi, dan aktualisasi diri potensi
intelektual dan emosi seseorang (Nor’Aina, 2020). WHO selanjutnya menyatakan
bahawa kesejahteraan individu disepadukan dalam merealisasikan kemampuan
mereka, menghadapi tekanan normal kehidupan, kerja produktif dan sumbangan
kepada komuniti mereka. Perbezaan budaya, penilaian subjektif, dan teori profesional
yang bersaing semuanya mempengaruhi bagaimana seseorang mentakrifkan
kesihatan mental.
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap
kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang,
masalah kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan
terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam
kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap
kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia
menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan
memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala
masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah
kehidupan yang dihadapi (Amran, 2018). Namun tidak semua di antara mereka yang
tahu cara yang terbaik dan proaktif dalam menanganinya. Walaupun hanya segelintir
yang menghadapi kepayahan seperti ini, namun langkah-langkah kesedaran perlu
dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil tidak menjurus kepada
kemusnahan dan tingkahlaku berisiko tinggi serta berbahaya. Kita tidak mahu ada
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 3
anggota masyarakat yang menggunakan pendekatan sendiri seperti mengambil
dadah, meminum arak, merokok, menganjurkan seks bebas, atau membunuh diri bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan
dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap
pesakit, keluarga mereka, majikan, kehilangan produktiviti dan pendapatan,
seterusnya menjejaskan ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan. Memang
sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan gangguan tingkahlaku
turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain. Ia bukan
sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap
keperibadian dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai
penyakit mental dan fizikal lain serta ada yang berakhir dengan kematian.
PENYATAAN MASALAH
Statistik menunjukkan 2.3% rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami
masalah kesihatan mental. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata,
kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan
remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi prevalen
idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir
setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi.
Penaung Befrienders Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kajian NHSM
2019 itu juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental
(Berita Harian, 2020). Beliau berkata, pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan
persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan
pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.
Tekanan dan masalah hidup yang dialami oleh masyarakat pada hari ini
mempunyai kesan yang besar terhadap kesejahteraan psikologi mereka. Hal ini
kerana tekanan yang teruk akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang
serius. Perkara ini terjadi apabila tekanan tersebut tidak dapat diuruskan dengan baik
serta tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan emosi yang betul.
Menurut (Melissa & Balan, 2019), faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada
peningkatan ini adalah disebabkan masalah kewangan, masalah akademik dan
masalah keluarga seperti perceraian dan faktor persekitaran. Aspek kesihatan mental
juga sering dikaitkan dengan kecerdasan emosi, pilihan strategi tingkah laku dan
kesejahteraan psikologi.
Masalah tingkah laku murid-murid dan pelajar sekolah di negara ini berada
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 4
pada tahap yang membimbangkan. Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial
yang melibatkan kanak-kanak sekolah dan remaja bukan sahaja membimbangkan
ibu bapa dan masyarakat, malah turut mempengaruhi prestasi guru dan sekolah
(Baharom, 2006; Suboh, Azizi & Hamzah, 2011; Yahaya & Baharom, 2010). Kanak-
kanak di sekolah rendah juga menghadapi pelbagai masalah yang serius. Kanak-
kanak sekolah rendah didapati berhadapan pelbagai masalah tingkah laku terutama
berkaitan pelanggaran disiplin, malah, turut melibatkan masalah yang lebih serius
seperti pencapaian akademik yang rendah, kurang motivasi atau malas, tidak
menghadiri kelas, ponteng, tingkah laku memusnah, ponteng tegar, mencuri,
membawa dan mengedar bahan lucah, mengalami penderaan fizikal dan seksual,
merokok dan ketagihan ganja, serta terdedah dengan pelacuran (Talib, 2009).
Sekolah yang terletak di kawasan bandar pula berhadapan dengan golongan murid-
murid sekolah rendah yang lebih agresifsifatnya. Ada dalam kalangan mereka
melibatkan diri dengan kegiatan membuli murid-murid lain yang lebih muda. Kegiatan
ini menular dan berterusan sehingga murid tadi memasuki sekolah menengah
(Yaakub, Nagappan & Jusoh, 2010).
Pembangunan modul ini dibina sebagai alternatif intervensi pendekatan
kaunseling dan dapat digunakan oleh guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru
secara sistematik untuk menangani isu-isu kesihatan mental di kalangan murid
sekolah rendah dan mengetahui kesediaan guru pelatih dilatih sebagai Jurulatih
MoLaR dan mereka boleh menggunakan modul ini sebagai langkah pencegahan awal
untuk mengatasi isu-isu kesihatan mental dikalangan murid-murid sekolah rendah.
SOROTAN LITERATUR
Wujud banyak kajian yang mendapati pertalian rapat di antara penyakit mental seperti
kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung
kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya. Pesakit kemurungan dan skizofrenia
juga berisiko untuk menghidapi penyakit diabetes dan obesiti. (Hazli, 2020). Pelajar
universiti juga cenderung kepada masalah mental akibat pelbagai perubahan
psikososial dan tekanan akademik. Lantas pelajar universiti perlu menyesuaikan diri
terhadap perubahan-perubahan ini bagi menyiapkan diri untuk kerjaya profesional
yang lebih mencabar Secara tidak langsung, golongan pelajar ini mengalami tekanan
akibat jangkaan yang berlebihan ke atas mereka sehingga membahayakan kesihatan
fizikal dan mental mereka (Pfeiffer, 2001; Shamsuddin et al., 2013).
Masalah keluarga dan pembelajaran juga menyumbang kepada gangguan
emosi pelajar (Sherina et al., 2003). Masalah kemurungan, kebimbangan dan tekanan
merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar termasuk yang berada di pusat
pengajian tinggi (Sohana, 2019). Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar sekolah, kolej dan universiti boleh dipengaruhi oleh masalah
kemurungan (Andrews & Wilding, 2004; Stark & Brookman, 1994), kebimbangan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 5
(Andrews & Wilding, 2004; Seligman & Wuyek, 2007) dan tekanan (Demakis &
McAdams, 1994; Md Aris, & Mariam Adawiah, 2011).
Bersandarkan banyak kajian didapati bahawa kebanyakan murid bermasalah
tingkah laku datangnya daripada keluarga berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi
(SES) yang rendah. Tiga aspek utama SES ialah pendapatan isi rumah, tahap
pendidikan dan status kerjaya ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai latar belakang
SES tinggi mampu memberikan pelbagai kemudahan uuk kanak-kanak belajar serta
berkemampuan untuk tinggal di kawasan kediaman yang lebih selesa (Bradley &
Corwyn, 2002; Ready, 2010; Talib, 2003; Talib, 2009; Yaakub et al., 2010). Kanak-
kanak yang bermasalah tingkah laku kurang menarik perhatian rakan sebaya di
sekolah. Mereka kurang menguasai kemahiran sosial untuk menyesuaikan diri dalam
budaya sekolah yang berbentuk persaingan, tetapi mudah dipengaruhi oleh kumpulan
rakan sebaya (Suboh, Azizi & Hamzah, 2011).
Johari et al. (2017) dalam kajiannya secara asasnya menjelaskan tentang
keperluan terhadap ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah untuk memberikan
perhatian kepada kanak-kanak yang mempunyai pencapaian rendah. Golongan murid
sebegini juga kebiasaannya turut mempunyai pelbagai masalah pembelajaran dan
tingkah laku. Kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah ini datang daripada
keluarga berpendapatan rendah (SES rendah) dan ibu bapa mereka adalah kurang
mampu untuk memberikan sokogan tambahan bagi membaiki pencapaian pelajaran
anak-anak. Kanak-kanak ini tidak sepatutnya didiskriminasikan oleh sistem
persekolahan, sebaliknya, merekalah yang patut menerima peruntukan kewangan
yang lebih besar kerana jumlah murid sederhana dan lemah ini juga lebih besar
jumlahnya berbanding jumlah murid cemerlang dan terbilang. Dalam jangka masa
panjang, pihak yang membina polisi perlu memberi perhatian kepada golongan
berpendapatan rendah dengan mengurangkan beban mereka seperti pengenalan
kepada khidmat bas sekolah percuma, sarapan yang lebih bermutu, pakaian sekolah
percuma dan mengurangkan beban pelbagai bayaran tambahan di sekolah. Bagi
membolehkan guru lebih prihatin dengan keperluan murid pencapaian sederhana dan
lemah atau murid bermasalah, kursus asuhan kanak- kanak/keibubapaan perlu
diwajibkan kepada semua bakal guru.
Kemahiran menangani kes- kes murd berpencapaian sederhana dan lemah,
ataupun murid yang bermasalah ini membolehkan guru lebih menghayati peranan
mereka di sekolah sebagai ganti kepada ibu bapa, seterusya berkebolehan
membimbing ibu bapa dalam aspek keibubapaan. Sekolah perlu dijadikan medan
yang selesa bagi kanak-kanak miskin dan mereka tidak merasa diri mereka dibezakan
dalam apa bentuk sekali pun. Permasalahan anak-anak jalanan telah menjadi satu
masalah yang besar dan membawa kepada permasalahan kepada kesihatan mental.
Tugas membimbing anak-anak jalanan ini untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan
berpendidikan tidak boleh diserahkan kepada satu pihak sahaja. Ibu bapa, guru, pihak
sekolah, badan-badan kebajikan, pemimpin dalam sesebuah masyarakat,
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 6
masyarakat sendiri perlu berganding bahu memberi kerjasama yang padu untuk
mengatasi masalah ini (Jalanan et al., 2017).
Munirah (2013) dalam kajiannya menyatakan sejak beberapa tahun yang lepas,
negara telah mencatatkan peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pelajar. Pada
masa yang sama, masalah salah laku disiplin dalam kalangan pelajar terus
meningkat. Statistik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2010b)
menunjukkan sebanyak 72,557 orang pelajar sekolah menengah terbabit dalam
pelbagai salah laku disiplin pada tahun 2010. Antara kes salah laku yang sering
dilakukan termasuklah jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), kelakuan
kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa
(17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vandalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563
kes). Statistik ini dapat menggambarkan kejadian salah laku disiplin yang berlaku di
sekolah dan membuktikan tentang kewujudan pelajar berisiko yang perlu ditangani
oleh semua warga sekolah. Statistik ini juga secara tidak langsung dapat mencabar
kredibiliti guru bimbingan dan kaunseling serta keupayaan mereka dalam memberikan
intervensi yang berkesan boleh dipersoalkan. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang diuruskan oleh guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah tidak lagi boleh bersifat reaktif tetapi perlu menjadi proaktif, preventif dan
komprehensif dalam menguruskan intervensi kaunseling bagi pelajar berisiko.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ialah untuk menganalisis keperluan pembangunan modul latihan
resiliensi dan kesediaan guru pelatih institut pendidikan guru sebagai jurulatih modul.
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Menganalisis keperluan pembangunan modul latihan resiliensi untuk guru
pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG);
2. Mengumpul maklumat mengenai kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan
Guru (IPG) untuk menjadi jurulatih modul.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah Modul Latihan Resiliensi menjadi satu keperluan dikalangan guru
pelatih Institut pendidikan guru, kaunselor Institut Pendidikan, pentadbir Institut
Pendidikan Guru dan guru sekolah;
2. Adakah guru pelatih KPM bersedia menjadi jurulatih MoLaR semasa dalam
latihan dan selepas menamatkan latihan perguruan?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 7
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Responden kajian terdiri
daripada ialah guru pelatih Institut pendidikan guru, kaunselor Institut Pendidikan
Guru, pentadbir Institut Pendidikan Guru, guru sekolah dan murid sekolah. Temubual
separa berstruktur digunakan untuk mengutip data. Setelah temubual selesai semua
data dianalisis dengan menggunakan proses Tematik Analisis dan dilaksanakan
secara manual untuk menjawab soalan kajian. Temu bual di rakam dengan kebenaran
responden. Kemudian penyelidik akan melakukan proses transkrip data dan proses
koding data untuk menjawab soalan kajian.
DAPATAN KAJIAN
1. Adakah Modul Latihan Resiliensi menjadi satu keperluan dikalangan guru pelatih
Institut pendidikan guru (IPG), kaunselor Institut Pendidikan Guru (IPG), pentadbir
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan guru sekolah?
Dapatan kajian menunjukkan modul ini menjadi satu keperluan dikalangan guru
pelatih IPG, kaunselor IPG, pentadbir IPG dan guru sekolah. Keperluan yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
1.1. Modul ini dapat menjadi satu elemen kepakaran yang baru kepada guru pelatih
Guru Pelatih IPG untuk membimbing murid dalam kelas. Hal ini dapat dilihat
seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian seperti berikut
“Saya berpendapat modul Molar ini sangat perlu kerana
memandangkan ianya merupakan satu modul yang akan membimbing
murid-murid sekolah rendah mendapatkan daya tahan diri mereka.
Selain itu modul ini akan memberi satu tambahan kepakaran baru
kepada kami siswa pendidik dalam opsyen yang berlainan selain dari
opsyen Bimbingan dan Kaunseling”( R24/GPKL/28/1/2022- 3)
1.2. Modul ini sebagai garis panduan bagi proses pembentukan jati diri murid sekolah
rendah. Hal ini dapat dilihat seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian seperti
berikut
“Bagi pendapat saya pembinaan modul ini menjadi satu keperluan
dan ianya sangat penting dalam pembentukan jati diri murid sekolah
rendah. Sepanjang saya dalam bidang Pendidikan belum ada lagi
modul yang khusus dan memfokuskan resiliensi di peringkat yang
lebih tinggi iaitu khususnya di IPGM dan KPM. Semestinya sebelum
ini memang ada modul-modul yang berkaitan untuk mengatasi
masalah kesihatan mental, namun yang berfokus kepada resiliensi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 8
seperti MoLar ini belum ada” (R15/ KK/ 18/1/2022-5)
1.3. Modul ini sebagai satu elemen kompetensi kepada guru pelatih IPG. Hal ini dapat
dilihat seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian seperti berikut
“Modul ini Sangat bagus untuk dilaksanakan di IPG kerana guru pelatih
bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dalam
bidang-bidang lain juga. Hal ini bertujuan untuk menyediakan guru
pelatih yang kompeten, mempunyai jati diri yang tinggi, daya tahan
yang tinggi dan kesihatan mental yang sihat supaya dapat menghadapi
dunia luar seperti pandemik yang tidak diduga dan isu-isu semasa yang
tidak diduga.” (R67/PT/22/2/2022-7)
2. Adakah guru pelatih KPM bersedia menjadi jurulatih MoLaR semasa dalam latihan
dan selepas menamatkan latihan perguruan?
Hasil dapatan kajian menunjukkan guru pelatih IPG bersedia untuk menjadi jurulatih
MoLaR semasa dalam latihan dan selepas menamatkan latihan perguruan. Hal ini
dapat dilihat seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian seperti berikut:
“Saya juga berminat untuk menjadi jurulatih modul latihan Resiliensi
dan bersedia untuk menjadi jurulatih ketika berkhidmat sebagai guru.
Saya berminat untuk menjadi jurulatih tersebut kerana ingin
menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam kompentensi resiliensi
dan meningkatkan kualiti pengajaran saya. (R36/GPK/11/2/2022- 4)
“Ya dan saya bersedia untuk menjadi jurulatih modul ini. Saya ingin
memastikan bahawa semua murid saya tidak kebimbangan,
kemurungan dan sentiasa gembira ketika berada di sekolah. Jadi
sebagai guru yang baru di sekolah saya memerlukan kepakaran
sebagai jurulatih modul dan Molar ini adalah modul yang terbaik untuk
saya aplikasikan kepada murid murid sekolah.” (R33/GPK/8/2/2022-
3)
“Jika diberikan kesempatan menjadi fasilitator modul ini, saya akan
menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
dan pengalaman itu saya boleh menggunakannya semasa
berkhidmat sebagai guru kelak. Bagi saya, saya berminat kerana
ianya adalah pemerolehan ilmu dan pengalaman yang boleh
diaplikasikan semasa menjadi guru kelak dalam pengurusan murid-
murid di sekolah dengan memastikan murid-murid mendapatkan
daya tahan diri yang sesuai dengan mereka agar dapat mengelakkan
dari masalah yang serius sepanjang pembelajaran khususnya
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 9
masalah kesihatan mental” (R70/PT/25/2/2022-2)
“Memandangkan saya masih baru dalam bidang pendidikan, jadi
saya bersedia untuk mendapatkan ilmu yang baru sebagai fasilitator
dan seterusnya jurulatih modul ini. Dalam proses mendidik murid
sekolah bukan semata-mata peningkatan kepada akademik tetapi
adalah pembinaan jati diri murid sekolah rendah. Jadi saya ingin
jadikan pengalaman dan ilmu dalam modul molar ini bagi
memantapkan diri supaya saya akan lebih komited dalam
menjalankan tugas dan sehubungan itu, jika diberikan peluang saya
akan menggunakannya sebaik mungkin”. (R27/GPKL/31/1/2022- 4)
KESIMPULAN
Hasil temu bual dari peserta kajian, pengkaji mendapati bahawa Modul Latihan
Reseliensi ini sememangnya menjadi satu keperluan di IPG untuk menambahkan ilmu
dan kompentensi guru pelatih serta persediaan untuk guru pelatih membimbing murid
kelak. Guru pelatih juga berminat dan bersedia untuk menjadi jurulatih modul ini
dengan bimbingan yang berstruktur dan sistematik dari pengkaji. Pengkaji
mengharapkan agar Modul ini akan memberikan manfaat kepada guru pelatih dan
mereka dapat aplikasikan ketika mereka berkhidmat di sekolah kelak kerana murid
sekolah merupakan permata gemilang yang perlu dibimbing oleh guru untuk
kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah diri murid. Mereka juga adalah
pelapis untuk kemenjadian pelbagai sektor kehidupan. Pengkaji juga berharap kajian
ini akan memberi manfaat kepada IPGM, KPM, guru, ibubapa, murid dan seterusnya
ahli akademik dan kajian ini boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan.
Rujukan
Ahmad Tamizi Abu, Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid &, & Salmiza Saleh. (2020).
Pembinaan Modul Pengajaran Al-Quran (A-Alaq) dengan menggunakan model
instruksional ADDIE. Bitara International Journal of Civilizational Studies and
Human Sciences. 3(3), 152-167.
Alias Musa. (2017). Pembangunan profesionalisme guru berdasarkan analisis
keperluan latihan bagi guru sekolah kebangsaan di Terengganu. Universiti
Malaya.
Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015). Modul pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan keprofesionalan guru prasekolah melaksanakan kurikulum
berpusatkan murid dan berasaskan standard. ASEAN Comparative Education
Research Network Conference 2015, September.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 10
Amran, H. (2018). Hubungan Tekanan Terhadap Kesejahteraan Umum dalam
Kalangan Penjawat Awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, June 2014.
Cyrill Frederick Ganing, M. M. H. &, & Wan Nur Nazihah Wan Hamzah. (2020).
Faktor- faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja di kalangan Kakitangan
Hospital Kerajaan. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 5(10),
151–177.
Habibah @ Artini Ramlie. (2017). Pembangunan Model Profesionalisme Guru
Pendidikan Islam Berasaskan “Riadhah Ruhiyyah”. (Vol. 4). Universiti Malaya.
Haryati, K. (2013). Faktor Tekanan Kerja dalam Kalangan Kakitangan Mains Holdings
Sdn.Bhd. Universiti Terbuka Malaysia.
Hazli, Z.(2020). Panduan Kesihatan Mental. In Malaysian Psychiatric Association.
Jalanan, A., Jalan, D. I., Kit, C., & Lumpur, K. (2017). Persekitaran keluarga dan
kesannya terhadap pendidikan anak. September.
https://doi.org/10.13140/RG.2.2.15130.75202
Johari, T., Maharam, M., Maznah, I., & Zulkifli, M. (2017). Perbaikan tingkah laku
bermasalah kanak-Kanak sekolah rendah melalui terapi kognitif–tingkah laku.
Southeast Asia Psychology Journal, 5(October 2018), 1–11.
www.cseap.edu.my/sapj/index.php/journal/full/5-1.pdf
Khairul Anwar, A. B. (2014). Tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru
dalam Latihan Mengajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Khairul Azhar, I. (2010). Agama dan kelestarian tamadun – Laman Web Rasmi:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Utusan Malaysia.
http://www.ikim.gov.my/index.php/2017/02/20/agama-dan-kelestarian
tamadun/
Manak, E. K. & Farhana, K. B. (2020). Kesedaran tentang masalah kemurungan
dalam kalangan guru. Malaysian Journal of Society and Space, 16(4), 273-284.
https://doi.org/10.17576/geo-2020-1604-20
Md Noor, S. (2012). Pembinaan Modul Bimbingan “Tazkiyah An-Nafs” dan kesannya
ke atas religiositi dan resiliensi remaja. In Universiti Utara Malaysia. Universiti
Utara Malaysia.
Mohd. Nor, J. & Ismail, M. L. (2007). Kajian stress guru pelatih praktikum KPLI J.Qaf.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, 1993, 1–10.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 11
Mohd Alwi, M. M. (2018). Hubungan antara kesejahteraan subjektif dengan kesihatan
mental di kalangan penjawat awam yang akan bersara. Human Sustainability
Procedia, November 7–8.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 12
KEBERKESANAN PELAKSANAAN e-FOLIO SEBAGAI DOKUMEN
PENGURUSAN KURIKULUM DALAM KALANGAN PENSYARAH
1
Rosmani Ali ([email protected])
2
Nik Azleena Nik Ismail ([email protected])
3
Salma Abd Razak ([email protected])
Abd. Halim bin Ismail ([email protected])
4
Ghazali ismail ([email protected])
5
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Abstrak
Gelombang pendigitalan dalam pendidikan hari ini berupaya membina sistem
pengurusan dokumen kurikulum yang sistematik sebagai salah satu pembentukan
budaya perkhidmatan yang cemerlang di institusi pendidikan. Berdasarkan keperluan
ini penggunaan e-Folio telah dilaksanakan oleh pensyarah di IPG Kampus Dato’
Razali Ismail. Sehubungan itu kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti
keberkesanan pelaksanaan e-Folio sebagai dokumen pengurusan kurikulum yang
diamalkan. Seramai 54 orang pensyarah (47%) terlibat sebagai responden kajian ini
yang dilaksanakan secara tinjauan. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi
22. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan e-Folio dalam semua
aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu pengetahuan penyediaan pengurusan dokumen
secara digital (95.5%), kemahiran TMK (90.0%) dan pengurusan kos, ruang, masa
(90.0%). Hasil kajian ini dapat memberi implikasi bahawa para pensyarah sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti pengurusan dokumen
penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan dokumen
secara digital yang bersistem dan harmonis akan dapat menghasilkan suatu proses
kerja yang berkualiti dengan berkesan. Situasi sebegini amat penting memandangkan
kestabilan intelektual dan emosi pensyarah perlu terus berada dalam keadaan
kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengurusan dokumen
yang bermakna dalam pelbagai situasi keperluan perubahan persekitaran terkini.
Kata kunci: Pendigitalan, Pengurusan kurikulum, e-Folio, Pandemik Covid19
Abstract
The wave of digitisation in education today can build a systematic curriculum document
management system as one of the formations of an excellent service culture in
educational institutions. Based on these requirements, lecturers at IPG Dato' Razali
Ismail Campus have implemented e-Folio. Accordingly, this study was carried out to
identify the effectiveness of e-Folio implementation as a curriculum document
management. Fifty-four lecturers (47%) were involved as respondents in this study,
which was conducted as a survey. The research data was analysed using SPSS
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 13
version 22. The results of the study show that the effectiveness of using e-Folio in all
aspects is high, namely the knowledge of digital document management preparation
(95.5%), ICT skills (90.0%) and cost, space, and time management (90.0 %). The
results of this study indicate that the lecturers always provide a high commitment
towards ensuring the quality of curriculum delivery document management can be
implemented effectively. Systematic and harmonious digital document management
will produce a more effective quality work process. This circumstance is significant
considering that the intellectual and emotional stability of the lecturers needs to remain
in a conducive state and can create an atmosphere of acceptance towards the
document management process that is meaningful in various situations of the latest
environmental changes.
Keywords: digitisation, curriculum management, e-Folio, Covid19 Pandemic
PENDAHULUAN
Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kini menuntut perubahan dalam teknologi
pendigitalan turut memberi kesan terhadap sektor perkhidmatan termasuklah dalam
bidang pendidikan. Dalam merealisasikan usaha ini, semua pihak perlu membuat
persediaan secara komprehensif di era revolusi digital untuk terus kekal berdaya saing
dan merancakkan kemajuan serta mencorakkan kegemilangan dalam landskap
pendidikan negara. Revolusi sebegini juga turut memberi perubahan dalam
pengurusan sistem pendidikan yang turut menggalakkan penggunaan pendigitalan
teknologi dan internet seperti platform Google Classroom bagi memudahkan
pelaksanaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kesediaan perubahan yang
sebegini dilihat telah memberikan impak positif serta keberkesanannya terhadap
sistem pengurusan dokumen yang berkualiti.
Platform Google Classroom merupakan perkhidmatan laman web secara
percuma yang telah direkabentuk oleh pihak google pada tahun 2014 kepada pihak
sekolah atau ahli-ahli akademik serta guru-guru dalam membantu pelaksanaan proses
pembelajaran secara maya. Kajian ini menggunakan Google Classroom sebagai
medium pengurusan dokumen secara pendigitalan yang sistematik bagi menghasilkan
suatu proses kerja yang berkualiti dan berkesan. Situasi sebegini amat penting
memandangkan kestabilan intelektual dan emosi pensyarah perlu terus berada dalam
keadaan kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengurusan
dokumen yang bermakna dalam pelbagai situasi perubahan persekitaran terkini.
PENYATAAN MASALAH
Seluruh dunia menghadapi implikasi secara global ekoran gelombang penyakit
Coronavirus (COVID-19). Di Malaysia, bagi menangani wabak ini kerajaan telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah membawa implikasi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 14
yang besar kepada semua sektor termasuk pendidikan. Antara implikasi yang berlaku
dalam pendidikan adalah penggunaan peralatan digital sebagai medium pengurusan
pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Malah, sektor pendidikan di
Malaysia merupakan antara penyumbang penggunaan pembelajaran secara digital
melalui Google Classroom yang tertinggi di dunia (Sinar Harian, 2020).
Kepesatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terkini
bukan hanya berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran, malahan juga telah
merubah sistem pengurusan dan perkhidmatan sesebuah organisasi. Kemajuan
sesebuah organisasi dilihat apabila sistem pengurusan dan perkhidmatan yang
disediakan bersifat efisyen dan berkesan serta dapat memenuhi standard kualiti yang
diperlukan. Penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan sesebuah organisasi
merupakan satu penanda aras terhadap kecekapan dan kemajuan organisasi tersebut
dalam mengendali dan mengurus perkhidmatan yang disediakan (Isa & Said, 2016).
Pelbagai kelebihan penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan
khususnya telah dikenal pasti dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.
Penggunaan teknologi juga berupaya mengurangkan penggunaan kertas dalam
penyediaan dokumen, menjimatkan masa dan kos. Malahan bebanan kerja manusia
juga dapat dikurangkan di samping dapat menyelesaikan permasalahan dengan cepat
(Karimova & Kirpichnikova, 2016).
Berdasarkan kelebihan-kelebihan teknologi dalam pengurusan dokumen
sebegini, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Terengganu (IPGKDRI)
mengambil inisiatif mewujudkan e-Folio kepada para pensyarah bertujuan
mempertingkatkan kualiti pengurusan organisasi khususnya dalam pengurusan
dokumen kurikulum (Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum). Penyediaan
dokumen pengurusan kurikulum oleh setiap pensyarah adalah satu kewajipan rutin
bagi memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti ISO IPG KPM-EOMS. Sistem
pengurusan dokumen yang sistematik sentiasa diperlukan sebagai salah satu
pembentukan budaya kecemerlangan institusi pendidikan terutama dalam menangani
perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat dinamik.
Dokumen perlu direkodkan dan disimpan dengan selamat sebagai rujukan di masa
akan datang kerana jika maklumat tidak direkodkan dan didokumentasi, sesuatu
perkara tersebut dianggap seolah-olah tidak berlaku (Stier, 2014).
Di IPGKDRI, penyediaan dokumen pengurusan kurikulum perlu disediakan
bagi memenuhi Prosedur Kualiti Sistem Pengurusan MS ISO (Mulai Januari 2021
pengurusan kualiti IPG-KPM menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti EOMS).
Penyediaan dokumen yang diperlukan secara fizikal sering kali menimbulkan
beberapa kekangan lambakan dokumen ekoran beban pengajaran pensyarah yang
semakin bertambah dari segi bilangan kursus, kelas dan pelajar yang diajar. Bagi
menyediakan dokumen kurikulum seperti keperluan MS ISO juga melibatkan kos yang
banyak untuk penyediaan fail dan urusan pencetakan dokumen. Penyimpanan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 15
dokumen secara fizikal juga melibatkan ruang penyimpanan yang besar.
Menguruskan fail secara fizikal menyukarkan apabila perlu mendapatkannya semula
dokumen yang disimpan di pelbagai tempat penyimpanan. Malahan berkemungkinan
risiko kehilangan dokumen yang diperlukan juga adalah tinggi. Di samping itu,
dokumen yang disediakan secara fizikal juga cepat rosak.
Berdasarkan keperluan ini, Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGKDRI
sebagai penggerak Prosedur Teras PT03 (Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum)
telah mencadangkan agar pengurusan dokumen kurikulum yang perlu disediakan oleh
pensyarah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Google
Classroom yang dikenali sebagai e-Folio. Cadangan ini telah mendapat kelulusan dari
pihak pengurusan dan amalan penyediaan dokumen kurikulum PT03 secara e-Folio
ini dilaksanakan secara rintis bermula sesi pengajian Jun-Disember 2020 melibatkan
seramai 5 orang pensyarah. Sehingga kini penggunaan e-Folio telah diperluaskan
kepada semua pensyarah di IPGKDRI.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti aspek keberkesanan pelaksanaan e-Folio
sebagai dokumen pengurusan kurikulum di IPGKDRI. Antara aspek yang dikaji adalah
keberkesanan penggunaan e-Folio terhadap peningkatan pengetahuan, kemahiran
TMK, pengurusan ruang, masa dan kos. Berdasarkan keperluan ini, objektif bagi
kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan
pensyarah terhadap peningkatan pengetahuan.
2. Mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan
pensyarah terhadap peningkatan kemahiran TMK.
3. Mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan
pensyarah terhadap pengurusan kos, ruang dan masa.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian berikut:
1. Apakah tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan pensyarah
terhadap peningkatan pengetahuan?
2. Apakah tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan pensyarah
terhadap peningkatan kemahiran TMK?
3. Apakah tahap keberkesanan penggunaan e-Folio dalam kalangan pensyarah
terhadap pengurusan kos, ruang dan masa?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 16
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang
dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam
talian. Menurut Cresswell (2014), penyelidikan deskriptif digunakan untuk mendapat
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Pemilihan lokasi bagi
kajian ini adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI).
Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada semua pensyarah yang sedang mengajar
di IPG berkenaan seramai 113 orang. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kaedah
persampelan rawak mudah supaya setiap individu mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih sebagai sampel yang mewakili populasi kajian. Sampel bagi kajian ini
adalah seramai 54 responden iaitu sebanyak 47% daripada jumlah keseluruhan
pensyarah yang menjawab soal selidik kajian secara dalam talian.
Pembinaan instrumen kajian dibina sendiri oleh kumpulan pengkaji
berdasarkan sumber literatur. Soal selidik dalam kajian ini menggunakan skala Likert
mata 10, di mana (1) sebagai Sangat Tidak Setuju (STS) dan (10) sebagai Sangat
Setuju (SS). Pemilihan skala Likert mata 10 berdasarkan pandangan Li (2013) yang
menegaskan bahawa soal selidik yang baik memberi kebebasan dan pilihan yang
lebih banyak kepada responden dalam membuat keputusan. Dengan pemilihan skala
yang lebih banyak memberi peluang justifikasi pemilihan yang lebih tepat untuk
responden menjawab. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
Versi 22. Interpretasi skor min mengikut pandangan Li (2013) adalah seperti berikut.
Jadual 1: Interpretasi Tahap Min
Skor Min Interpretasi Tahap Min
1.00 – 3.33 Rendah
3.34 – 6.67 Sederhana
6.68 – 10.00 Tinggi
Sumber: Li, Q. 2013
DAPATAN KAJIAN
1) Keberkesanan penggunaan e-Folio terhadap peningkatan pengetahuan
Jadual 2 memaparkan purata keseluruhan keberkesanan penggunaan e-Folio oleh
pensyarah dari aspek peningkatan pengetahuan adalah tinggi iaitu min 8.87 dengan
92.5% . Item bagi setiap aspek pengetahuan adalah tinggi iaitu antara min 8.62-9.25.
Dapatan ini menggambarkan bahawa secara purata penggunaan e-Folio oleh
pensyarah berupaya meningkatkan pengetahuan mereka. Hal ini terbukti apabila
dimensi pengetahuan penggunaan Google Classroom memperoleh skor min yang
tertinggi iaitu 9.25, diikuti pengetahuan penyediaan e-Folio sebagai dokumen PT03
dengan min 8.74, pengetahuan pengurusan dokumen PT03 (eFolio) dengan min 8.62.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 17
Jadual 2: Keberkesanan penggunaan e-Folio oleh pensyarah terhadap peningkatan
pengetahuan
Aspek Peratus Min SP Tahap
a. Pengetahuan penggunaan 98.1% 9.25 1.27 Tinggi
Google Clasroom
b. Pengetahuan penyediaan e-Folio
sebagai dokumen PT03 90.6% 8.74 2.12 Tinggi
c. Pengetahuan pengurusan 88.8% 8.62 1.98 Tinggi
dokumen PT03
Keseluruhan 92.5% 8.87 1.79 Tinggi
2) Keberkesanan penggunaan e-Folio terhadap peningkatan kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Jadual 3 menunjukkan keberkesanan penggunaan e-Folio oleh pensyarah dari aspek
peningkatan kemahiran TMK juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min
keseluruhan 8.75 dengan 90.0%. Pensyarah menunjukkan kemahiran yang tinggi
dalam aspek penyediaan dokumen PT03 secara digital setelah menggunakan e-Folio
dengan nilai min 8.74. Seterusnya, nilai min yang menjelaskan e-Folio sebagai satu
platform yang sangat relevan dengan situasi masa kini dalam aspek pengurusan
dokumen ialah 8.79 dan pensyarah sangat bersetuju bahawa e-Folio menjadikan
mereka lebih mahir dalam penggunaan TMK memberi nilai min 8.72.
Jadual 3: Keberkesanan penggunaan e-Folio oleh pensyarah terhadap peningkatan
kemahiran TMK.
Aspek Peratus Min SP Tahap
a. e-Folio sangat berkesan dalam
aspek penyediaan dokumen 90.6% 8.74 2.12 Tinggi
PT03 secara digital
b. e-Folio sangat relevan dengan
situasi masa kini dalam aspek 90.7% 8.79 1.78 Tinggi
pengurusan dokumen
c. e-Folio menjadikan lebih mahir 8.72 1.87 Tinggi
dalam penggunaan TMK 88.8%
Keseluruhan 90.0% 8.75 1.92 Tinggi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 18
3) Keberkesanan penggunaan e-Folio terhadap pengurusan kos, ruang dan
masa.
Jadual 4 pula memaparkan keberkesanan penggunaan e-Folio oleh pensyarah
terhadap pengurusan kos, ruang dan masa juga berada pada tahap tinggi dengan
min keseluruhan 8.79 dengan 90.0%. Dapatan ini menggambarkan bahawa
penggunaan e-Folio amat berkesan dalam menjimatkan ruang dengan perolehan skor
min yang tertinggi iaitu 9.01, dan diikuti keberkesanan e-Folio dalam menjimatkan kos
dengan skor min 9.00. Manakala e-Folio juga berkesan dalam menjimatkan masa
pensyarah dengan nilai min 8.37. Dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan tahap
keberkesanan pelaksanaan e-Folio dari segi kos, ruang dan masa pensyarah adalah
tinggi.
Jadual 4: Keberkesanan penggunaan e-Folio oleh pensyarah terhadap pengurusan
kos masa dan ruang
Aspek Peratus Min SP Tahap
a. e-Folio dapat menjimatkan
masa bagi penyediaan 86.9% 8.37 2.10 Tinggi
dokumen PT03
b. e-Folio dapat menjimatkan
kos dalam penyediaan 90.7% 9.00 1.79 Tinggi
dokumen PT03
c. e-Folio dapat menjimatkan 9.01 1.73 Tinggi
ruang di tempat kerja 92.5%
Keseluruhan 90.0% 8.79 1.87 Tinggi
PERBINCANGAN
Keberkesanan pensyarah menggunakan e-Folio berkait dengan pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki bagi melaksanakannya. Hasil dapatan kajian, menunjukkan
pensyarah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk menggunakan
e-Folio. Hal ini jelas menunjukkan pensyarah memahami dasar dan konsep Google
Classroom dan bagaimana untuk melaksanakan e-Folio ini di dalam pengurusan
dokumen kurikulum mengikut cara yang betul.
Pensyarah dapat menyediakan dokumen pengurusan kurikulum yang
diperlukan dalam Google Classroom mengikut format yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan berdasarkan pengalaman mereka menyediakan Google Classroom
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Selain itu
pensyarah juga sering mendapat latihan dan bimbingan daripada penyelaras Unit
Pembelajaran Digital di setiap jabatan. Pengetahuan dan kemahiran yang sebegini
dapat memberi satu impak keberkesanan yang amat baik kepada semua pensyarah
untuk meneruskan penggunaan Google Classroom bagi pelbagai keperluan pihak
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 19
pengurusan. Dapatan kajian ini seiring dengan kajian Khairudin & Wan Ahmad Jaafar
(2021) dan Fauzan & Fatkhul (2019) yang membincang faktor keberkesanan dan
kesediaan pensyarah menerima perubahan pengurusan maklumat secara digital.
Malahan dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Noraashikin et al., (2020) yang
menunjukkan tahap kesediaan pensyarah adalah tinggi dan tahap pemahaman
pensyarah terhadap kepentingan pengurusan atas talian juga adalah tinggi.
Dapatan kajian ini menunjukkan keperluan dari aspek peralatan digital, kos dan
masa memberi kesan keberkesanan yang tinggi terhadap penggunaan e-Folio.
Dengan menggunakan e-Folio pensyarah dapat menyediakan dokumen kurikulum
yang diperlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sahaja dengan hanya
menggunakan telefon pintar atau komputer riba. Selain itu, pemantauan oleh ketua
jabatan terhadap pengurusan dokumen kurikulum juga menjadi semakin mudah dan
cepat. Sebarang ketidakakuran dapat dikesan lebih awal oleh ketua jabatan dan
penambahbaikan dapat dibuat dengan segera. Ini memberi petanda bahawa aspek ini
amat penting dan sangat membantu pensyarah dalam menyediakan dokumen
pengurusan kurikulum yang diperlukan. Kos dan masa amat menyumbang terhadap
pembinaan e-Folio yang boleh dilaksanakan oleh para pensyarah pada bila-bila masa
dan di mana sahaja pensyarah berada dalam lingkungan rangkaian internet. Dapatan
ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Sukmawati (2020) dan Swita &
Heri (2019) yang turut menjelaskan bahawa aplikasi Google Classroom memberikan
satu implikasi terhadap pemanfaatan digital yang amat berkesan di samping
mempertingkatkan kecekapan pengurusan.
Umum mengetahui bahawa prinsip pengurusan penyampaian perkhidmatan
digital dalam perkhidmatan awam diperincikan dalam Pelan Strategik ICT Sektor
Awam (2016 – 2020) dan Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan.
Sehubungan itu, penggunaan e-Folio amat bertepatan dengan kedua-dua pelan ini
sebagai usaha meningkatkan kecekapan sistem pengurusan dokumen kurikulum yang
diperlukan. Melalui penyediaan perkhidmatan digital sebegini dapat mereformasikan
tadbir urus pengurusan dokumen kurikulum di IPGKDRI ke arah yang lebih cekap dan
berkualiti. Justeru dapatan kajian ini amat bertepatan terhadap keperluan bagi
memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dengan mengambil
kira pendigitalan dalam pengurusan perkhidmatan yang lebih mampan.
Oleh yang demikian, penggunaan Google Classroom dan Google Drive
sebagai platform utama pengurusan dan pentadbiran dokumen dan penyampaian
maklumat kurikulum merupakan suatu idea yang terbaik. Ini kerana penggunaan
Google Classroom dan Google Drive dalam kalangan pensyarah selaku ahli akademik
adalah tidak asing lagi. Sukmawati (2020) ada menyatakan dalam kajiannya,
penggunaan aplikasi Google ini merupakan salah satu revolusi pendidikan yang mana
pembinaan tingkah laku pendidik dan pelajar wujud hasil daripada aktiviti pemanfaatan
digital dan teknologi yang efektif dan efisien.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 20
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan kajian dapat dirumuskan bahawa penggunaan e-Folio ini
perlu diperkasakan bukan hanya kepada semua pensyarah, malah seluruh sektor juga
amat wajar menggunakan e-Folio dalam sistem pengurusan dokumen yang
dilaksanakan. Perubahan dalam sistem pengurusan telah menggalakkan penggunaan
teknologi dan internet yang dapat memudahkan pelaksanaan pengurusan dalam
perkhidmatan. Keberkesanan menangani perubahan yang sebegini dilihat telah
memberikan impak positif terhadap sistem pengurusan dokumen yang berkualiti.
Di samping itu, pembudayaan kemahiran IT dalam kalangan pensyarah juga
dapat dipertingkatkan agar dapat memperkasakan peningkatan kompetensi dan
profesionalisme perkhidmatan organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Semua
pensyarah menerima pelaksanaan e-FOLIO dan bersedia mendapatkan latihan dan
bengkel pemantapan kemahiran digital. Situasi sebegini akan dapat memberikan satu
gambaran terbaik dalam meningkatkan kompetensi pensyarah dari aspek
pemanafaatan digital pendidikan di masa hadapan. Seterusnya pemantapan
kecemerlangan organisasi turut dapat dipertingkatkan. Dapatan kajian ini juga dapat
memberikan satu gambaran penting bagi memastikan tahap kemampuan peluasan
penggunaan e-Folio sebagai satu pengurusan dokumen yang mampan dalam
pembudayaan perkhidmatan IPGKDRI yang lebih cemerlang.
Rujukan
Akta Arkib Negara (2003). Undang-Undang Malaysia Akta 629
Angie Q. E. & Steffanie K. M. (2021) Understanding in-service teachers’ learning
experience while developing an electronic portfolio. Journal Teaching English
with Technology, 21(4), 2021, 19-34, http://www.tewtjournal.org
Azreen Nur S., Mohd Ezry, M. R. T., & Mohd Ghadafi, S. (2020). Kesediaan dan
kekangan penggunaan big blue button di kalangan pensyarah Politeknik
METRO Johor Bahru. https://www.researchgate.net/publication/347178235
Cresswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative and Quantitative approaches
(4th ed.). SAGE Publications.
Davis, F. D. (1989). Information Technology Introduction. 13(3), 319 340.
Fauzan & Fatkhul Arifin (2019). The effectiveness of Google Classroom media on the
students’ learning outcomes of Madrasah Ibtidaiyah Teacher Education
Department. AL IBTIDA: Jurnal Pendidikan Guru Mi, 6(2), 271-285.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 21
Karimova, L. K., & Kirpichnikova, A. A. (2016). Application of information analysis
system in the sphere of historical education: advantages and problems. The
Turkish Online Journal of Design, Art and Communication:769-772.
Khairudin, A. & Wan Ahmad Jaafar, W. Y. (2021). Model kesediaan pengamalan
Sistem Pengurusan Peperiksaan IPGM.
https://www.researchgate.net/publication/350886521
Li, Q. 2013. A novel likert scale based on fuzzy sets theory. Expert systems with
applications, 40(5):1609-1618.
Noorashikin, N., Siti Dianah, A. B., & Madihah, P. (2015). Tahap kesediaan pensyarah
terhadap pelaksanaan Fail Rekod Pensyarah secara atas talian
(e-FRP) di Politeknik Sultan Idris Shah.
https://www.researchgate.net/publication/346668314
Parasuraman, A. (2000). Technology Readiness Index (TRI): A Multipleitem scale to
measure readiness to embrace new technologies. Journal Of Service Research,
2:307.
Sinar Harian (2020). Carian ‘Google Classroom’ di Malaysia Tertinggi di Dunia.
https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-
Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-dunia
Senognoeva, N., Sadovnikova, N., Maleeva, E., & Lopatnikov, P. (2020). Formation
of the university teachers’ readiness for organizing the process based on using
digital educational environment resources. In International Scientific Conference
on Philosophy of Education, Law and Science in the Era of Globalization
(PELSEG 2020) (pp. 322-327). Atlantis Press.
Stier, R. F. (2014). Food safety assurance systems: Documentation and record
keeping. In Y. Motarjemi (Ed.), Encyclopedia of Food Safety (pp. 268-275).
Waltham
Sukmawati. (2020). Implementasi Pemanfaatan Google Classroom dalam Proses
Pembelajaran Online di Era Industri 4.0. Jurnal Kreatif Online, 8(1), 39-46
Swita, A.H. & Heri, P. (2019). Pemanfaatan google classroom sebagai media
pembelajaran online di Universitas Dian Nuswantoro. WACANA, 18(2), 225-233
Zurina Hamid & Sanitah Mohd Yusof.(2013). Pelaksanaan Rekod Mengajar Secara
On-Line. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE
2013).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 22
KUALITI GURU BAHARU LULUSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD ( [email protected])
1
2
Shamsazila Sa’aban, PhD ([email protected])
3
Azahar Aziz, PhD ([email protected])
4
Salmiah Md. Salleh ([email protected])
1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Malaysia
Abstrak
Institut Pendidikan Guru (IPG) bertanggungjawab untuk melahirkan guru permulaan
yang berkualiti, berfikiran reflektif, kreatif dan kritis yang mampu menyelesaikan
pelbagai masalah di dalam konteks sebenar di bilik darjah kelak. Kajian ini dijalankan
untuk meninjau kualiti guru baharu lulusan IPG berdasarkan maklum balas pentadbir
sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 2,180 (97.54%) guru baharu yang dinilai oleh
2,180 orang pentadbir sekolah setelah setahun ditempatkan di sekolah. Kajian ini
menggunakan reka bentuk tinjauan hirisan rentas dengan pengumpulan data utama
secara kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Dapatan keseluruhan menunjukkan
bahawa pentadbir sekolah berpuas hati (99.33%) terhadap kualiti guru baharu dalam
kelima-lima aspek dengan catatan min=4.38 (sp=.47). Seterusnya dapatan kajian
menunjukkan bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) memperoleh
peratus kepuasan tertinggi (99.59%; min= 4.47; sp.= 0.45) dan diikuti dengan aspek
penyelesaian masalah (99.00%; min 4.25; sp=.56). Disamping itu dapatan kajian
dalam aspek komunikasi (99.33%) pula mencatatkan min 4.45 (sp= .48) manakala
dalam aspek pengurusan maklumat (99.26%) dengan min 4.36 (sp.=.53). Selain itu
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 99.1% daripada pentadbir sekolah berpuas
hati dengan kualiti guru. Data kualitatif pula menunjukkan bahawa guru baharu perlu
bersikap terbuka dalam menerima teguran, tunjuk ajar dan bimbingan (86 respon;
21.18%); perlu lebih beretika ketika berkomunikasi (69 respon; 20.29%); dan perlu
meningkatkan kemahiran dalam pengendalian maklumat (41 respon; 19.71%).
Pengkaji mencadangkan agar Sistem e-SSKP perlu ditambahbaik supaya lebih mesra
pengguna dan memudahkan penyelaras mengendalikannya ketika mengumpul data
dan menganalisis data. Instrumen soal selidik kepuasan pelanggan perlu dinilai
semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian penggunaannya dan sentiasa
ditambahbaik agar instrumen ini sentiasa relevan mengikut keperluan semasa.
Kata Kunci: kualiti guru, pengajaran dan pembelajaran, komunikasi, pengurusan
maklumat, pembelajaran sepanjang hayat.
Abstract
The mission of the Institute for Teacher Education (IPG) is to develop prospective
teachers' skills in quality, reflection, creativity, and critical thinking so that they are able
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 23
to solve a variety of problems in a practical classroom setting. This study was
conducted to investigate the quality of prospective teachers who graduated from the
Institute of IPG based on the information provided by school administrators. The
sample of this study included 2,180 (97.54%) new teachers evaluated by 2,180 school
administrators after one year of employment. In this study, key data are collected
quantitatively using a questionnaire in a cross-sectional survey. The overall results of
the study indicate that school administrators were generally satisfied (99.33 percent)
with the standard of new teachers in all five aspects, with an average score of 4.38
(SD=.47). In addition, the results showed that the teaching and learning aspect (PdP)
achieved the highest percentage of satisfaction (99.59%; mean=4.47; SD=.45),
followed by the problem solving aspect (99.00%) with a mean of 4.25 (SD = .56).
Additionally, the results of the study showed that the information management element
(99.26 percent) had a mean of 4.36 (SD = .53) and the communication aspect (99.33
percent) had a mean of 4.45 (SD =.48). Furthermore, the results of the study also show
that 99.1% of school administrators are satisfied with the quality of new teachers
trained by IPG. From the qualitative data, new teachers need to be open to advice,
guidance, and tutoring (86 responses; 21.18%), be more ethical in communication (69
responses; 20.29%) and improve their information handling skills (41 responses;
19.71%). The researcher recommended that the e-SSKP system be updated to
facilitate coordinators' use in data collection and analysis. Customer satisfaction
survey tools need to be re-evaluated regularly to ensure they are appropriate and
relevant to users.
Keywords: quality of prospective teachers, teaching and learning, communication,
information management, lifelong learning.
PENDAHULUAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai Peneraju Kecemerlangan
Pendidikan Guru telah diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah dan menengah yang terlatih. Selain
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru (IPG)
KPM juga mengendalikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP), Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) dan Program Diploma
Perguruan Malaysia (PDPM). IPG melaksanakan latihan perguruan melalui mod
sepenuh masa dan mod sambilan (IPGM, 2017).
Sebagai sebuah institusi latihan keguruan, IPG sentiasa berusaha untuk
menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik dengan memberikan
penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran di IPG
diharapkan akan dapat melahirkan guru yang berfikiran reflektif, kreatif dan kritis yang
mampu menyelesaikan pelbagai masalah di dalam konteks sebenar di bilik darjah
kelak. Bagi mencapai tahap kecemerlangan ini, IPG perlu mendapatkan maklum balas
mengenai kepuasan pelanggan secara terancang dan sistematik bagi meningkatkan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 24
kualiti perkhidmatan pendidikan keguruan dan ini juga adalah selaras dengan
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Hasil dapatan maklum balas pelanggan boleh
digunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan keseluruhan program
PISMP IPG.
Maklum balas kepuasan pelanggan tersebut merupakan satu prosedur yang
digunakan oleh IPGM / IPG untuk menilai kepuasan pelanggan (sekolah) terhadap
guru baharu lepasan program praperkhidmatan IPG. Guru Baharu tersebut merujuk
kepada guru lepasan IPG yang pertama kali ditempatkan di sekolah sebagai guru
terlatih dalam tempoh setahun (1) pertama perkhidmatan mereka. Menerusi maklum
balas pelanggan, terdapat lima (5) aspek yang dinilai oleh pentadbir sekolah terhadap
guru-guru baharu yang telah ditempatkan di sekolah. Aspek tersebut adalah
pengajaran dan pembelajaran, penyelesaian masalah, komunikasi, pengurusan
maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
Kajian maklum balas pelanggan ini digerakkan oleh sebuah Jawatankuasa
Maklum Balas Pelanggan (JKMP) yang bertanggungjawab untuk memantau Soal
Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) secara dalam talian dan membuat analisis
terhadap instrumen kepuasan pelanggan untuk dimaklumkan dan diambil tindakan
oleh Jawatankuasa Penambahbaikan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab
untuk menilai kekuatan dan kelemahan pelaksanaan SSKP yang telah dilaksanakan
secara dalam talian. Selain itu jawatankuasa juga akan mengambil tindakan susulan
dengan membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan SSKP dalam talian serta
jika perlu akan membuat penambahbaikan terhadap instrumen SSKP yang digunakan
tersebut.
PENYATAAN MASALAH
Tugas yang digalas oleh seseorang guru untuk mendidik murid merupakan satu
pekerjaan yang mencabar dari segi fizikal dan mental (Desouky & Allam, 2017). Oleh
yang demikian, setiap guru perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk mengajar
di dalam kelas, mengurus kehidupan harian serta memberikan komitmen terhadap
keluarganya. Ketidakupayaan dan kegagalan menguruskan tugasan harian ini
menyumbang kepada masalah tekanan dalam diri guru (Desouky & Allam, 2017).
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru baharu yang berada dalam
transisi dari latihan di institusi dan ditempatkan di sekolah mengalami kejutan kerana
mereka mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi
sebenar (Amin & Othman, 2019). Guru baharu juga sering menghadapi masalah
kerana suasana pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah serta
kepelbagaian latar belakang murid adalah unik dan kompleks serta tidak sama dengan
teori yang mereka pelajari semasa mengikuti latihan perguruan (Norasmah & Rofilah,
2013).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 25
Seterusnya kajian menunjukkan bahawa terdapat juga guru baharu merasakan
yang mereka masih belum cukup bersedia untuk menghadapi cabaran pada tahun
pertama bertugas sebagai guru. Guru-guru baharu ini mendapati bahawa masa
mengajar yang banyak, pengurusan kelas, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan
kokurikulum, dan bahan pengajaran merupakan satu bebanan kerja kepada mereka
(Mohd Hasani, 2010). Selain itu guru baharu juga menghadapi masalah untuk
mengendalikan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah dengan berkesan dan agak sukar
untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran (Maguire,
Sheridan, Draper & Cutts, 2019; Zembytska, 2016).
Di samping itu terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa guru-guru
baharu tidak dapat mengaplikasi kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran
yang berkesan. Ini menyebabkan murid kurang berminat untuk mengikuti sesi
pembelajaran dan tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Situasi
seperti ini akan menyebabkan berlakunya masalah disiplin, ditambah pula dengan
kegagalan guru mengawal kelas akan lebih membebankan guru baharu tersebut.
Hasil kajian yang sama juga menunjukkan bahawa guru baharu memerlukan
bimbingan pementoran dari guru-guru yang lebih berpengalaman, khsusnya dalam
aspek pedagogi pengajaran (Juairiah, Siti Hajar & Noralina, 2020).
Hasil kajian terhadap guru novis Pendidikan Islam pula mendapati bahawa
mereka menghadapi isu dan cabaran dalam tempoh lima (5) tahun awal
perkhidmatan. Beberapa cabaran yang dihadapi mereka antaranya adalah seperti
menghadapi tekanan akibat berjauhan daripada keluarga, kaedah menguruskan
tingkah laku murid dan bebanan kerja seharian (Tengku Sarina Aini & Fatimah Sahida,
2018). Selain itu antara beberapa masalah lain guru novis di Malaysia adalah
menguruskan kawalan bilik darjah, penyediaan rancangan pengajaran harian,
pengetahuan mereka terhadap pedagogi dan kaedah untuk memahami keperluan
murid (Goh, Qismullah & Wong, 2017).
SOROTAN LITERATUR
Kebanyakan guru baharu mengalami kejutan budaya apabila mereka ditempatkan di
sekolah kerana latihan yang telah mereka ikuti lebih memberikan penekanan kepada
teori dan amali. Sebaliknya situasi di sekolah merupakan satu situasi sebenar dan
memerlukan pelbagai kemahiran yang mungkin tidak diperoleh ketika mereka berada
di bilik-bilik kuliah (Aney Marinda & Norasmah, 2019).
Seterusnya terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa tahap beban tugas
akademik, bukan akademik dan tahap beban tugas guru adalah tinggi. Ini
menyebabkan tahap motivasi pengajaran guru akan menjadi sederhana. Kajian yang
sama juga mendapati bahawa keperluan fisiologi murid dan penyediaan fizikal bilik
darjah perlu dipenuhkan terlebih dahulu untuk membolehkan murid memberikan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 26
tumpuan kepada pembelajaran. Ini pastinya dapat mengurangkan beban tugas guru
dalam menangani masalah disiplin murid-murid. Pengurangan beban tugas berkaitan
disiplin dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja kepada guru (Norashid
Othman & Hamzah Md. Omar, 2014).
Walau bagaimanapun terdapat kajian yang menunjukkan bahawa guru-guru
baharu berjaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, membina
hubungan dan kerjasama antara guru dengan murid dalam bilik darjah, dan mengawal
disiplin bilik darjah. Selain itu mereka juga berupaya untuk menguruskan aspek
persekitaran pembelajaran kondusif, memberi keutamaan kepada susun atur tempat
duduk murid, mewujudkan suasana yang ceria dan persekitaran yang bersih di bilik
darjah. Hal ini bermakna guru baharu dapat menyediakan persekitaran pembelajaran
yang selesa untuk menarik minat, menggalakkan penglibatan aktif serta membina
hubungan baik dengan murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan
(Aney Marinda & Norasmah, 2019).
Selain itu terdapat telah dijalankan untuk mengetahui perbezaan pengurusan
bilik darjah antara guru baharu dengan guru berpengalaman berdasarkan empat
aspek iaitu pembelajaran murid, disiplin murid, interaksi guru dan pengaruh guru
terhadap murid. Hasil kajian mendapati bahawa guru baharu lebih cenderung kepada
menguruskan disiplin dan tingkah laku murid berbanding memberi tumpuan terhadap
pedagogi dan pembelajaran murid di bilik darjah. Kajian yang sama juga mendapati
bahawa guru berpengalaman dan guru mentor seharusnya membimbing guru baharu
dalam mengenali dan memahami hubungan asas antara pengurusan yang berkesan
dan pembelajaran yang berkesan (Wolff et. al., 2014).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kualiti guru baharu lulusan Institut Pendidikan
Guru, Kementarian Pendidikan Malaysia, berdasarkan kepuasan pentadbir sekolah.
Fokus kajian adalah terhadap lima aspek (5) iaitu pengajaran dan pembelajaran
(PdP), penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, pengurusan maklumat
dan komunikasi.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meninjau kepuasan pentadbir sekolah terhadap kualiti guru baharu lulusan
Institut Pendidikan Guru.
2. Mengenal pasti aspek penambahbaikan terhadap kualiti guru baharu lulusan
Institut Pendidikan Guru berdasarkan maklum balas pentadbir sekolah.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 27
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kepuasan pentadbir sekolah terhadap kualiti guru baharu lulusan
Institut Pendidikan Guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP),
penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, pengurusan maklumat
dan komunikasi?
2. Sejauhmana kepuasan pentadbir sekolah terhadap kualiti guru baharu?
3. Apakah aspek penambahbaikan terhadap kualiti guru baharu lulusan Institut
Pendidikan Guru berdasarkan maklum balas pentadbir sekolah?
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan hirisan rentas (cross sectional), dengan
pengumpulan data utama secara kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Satu set
instrumen kajian telah diedarkan secara dalam talian kepada semua pentadbir sekolah
berkenaan. Instrumen tersebut merupakan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP).
Soal selidik dibina dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu aneka pilihan, skala
Likert lima (5) mata, dan soalan subjektif terbuka. Soal selidik dibina dengan
menggunakan ayat yang pendek, ringkas, mudah difahami, tidak mengelirukan dan
dibina bertujuan untuk mewakili dengan tepat konsep yang ingin diukur (Chua Yan
Piaw, 2014).
Instrumen tersebut mempunyai 7 bahagian yang perlu dilengkapkan iaitu
Bahagian A (Maklumat Guru Baharu); Bahagian B (Maklumat Pentadbir); Bahagian C
(Penilaian Terhadap Aspek Pengajaran dan Pembelajaran); Bahagian D (Penilaian
Terhadap Aspek Penyelesaian Masalah); Bahagian E (Penilaian Terhadap Aspek
Komunikasi); Bahagian F (Penilaian Terhadap Aspek Pengurusan Maklumat);
Bahagian G (Penilaian Terhadap Aspek Pembelajaran Sepanjang Hayat); dan
Bahagian H (Soalan Respon Terbuka). Setiap item dijawab berdasarkan Skala Likert
dengan 1. Sangat tidak setuju; 2. Tidak setuju; 3. Kurang setuju; 4. setuju; dan 5.
Sangat setuju.
Model Kualiti Guru
Setiap guru baharu yang dihasilkan oleh IPG merupakan guru permulaan dan mereka
perlu berusaha untuk menjadi sebagai seorang guru yang berkualiti. Guru-guru baharu
ini boleh menjadikan Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai rujukan asas ke arah
membentuk diri menjadi guru berkualiti seperti yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). SGM 2.0 adalah dokumen rujukan berkaitan kompetensi
yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru
di Malaysia.
SGM 2.0 terdiri dari dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika
Keguruan. Dimensi Kompetensi menjelaskan kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru
pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan PdP dengan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 28
berkesan. Manakala Etika Keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang
seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan
profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh
masyarakat.
Berdasarkan Model SGM 2.0, tiga pihak iaitu guru pelatih, guru dan Pengetua
atau Guru Besar dapat memanfaatkan SGM dalam usaha meningkatkan kompetensi
dan kualiti perkhidmatan masing-masing. SGM 2.0 boleh dijadikan rujukan kepada
setiap pihak berdasarkan seperti yang berikut;
i) Guru Pelatih: panduan bagi mengenal pasti keperluan kompetensi dan etika
dalam persediaan untuk melengkapkan diri sebelum memasuki profesion
keguruan.
ii) Guru: panduan untuk menjadi guru yang professional dan diguna pakai untuk
mengenal pasti kompetensi dan etika sedia ada, kompetensi dan etika yang
boleh dibangunkan, serta ruang penambahbaikan untuk merancang keperluan
pembangunan profesionalisme guru;
iii) Pengetua / Guru Besar: rujukan untuk mengenal pasti kompetensi guru di
sekolah bagi merancang dan melaksanakan PPB agar guru sentiasa berkualiti
tinggi ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diuji kesahan melalui kesahan
kandungan dengan merujuk empat (4) orang yang pakar. Segala komen dan teguran
yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi
memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang digunakan.
Kebolehpercayaan instrumen kajian merujuk kepada kestabilan dan ketekalan
dalaman soal selidik (Cresswell, 2012). Kebolehpercayaan kajian adalah penting
kerana ralat pengukuran dapat dikurangkan dan hubungan antara item atau pemboleh
ubah dapat diukur dengan tepat. Bagi mengukur ketekalan dalaman sesuatu kontruk,
nilai Cronbach Alpha sering kali dirujuk (Cronbach & Shavelson, 2004). Sehubungan
itu, dalam kajian rintis, data-data telah dikumpulkan dan diukur tahap
kebolehpercayaannya menggunakan Ujian Statistik Cronbach Alpha dengan
menggunakan perisian IBM SPSS. Pallant (2013) menyatakan nilai Cronbach Alfa
yang melebihi 0.60 sering kali digunakan dalam mengukur indeks kebolehpercayaan
sesuatu instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan alpha (α) adalah bagi setiap
konstruk dalam kajian ini adalah antara 0.802 hingga 0.875. Ini bermaksud semua
item menepati nilai minimum melebihi 0.60 iaitu pada tahap boleh diterima (acceptable
reliability).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 29
Data kualitatif bagi item subjektif terbuka yang telah dikumpulkan oleh sistem i-
SSKP daripada pentadbir, dianalisis menggunakan analisis pelbagai respons (Chua,
2014). Data yang dikumpulkan dikodkan mengikut kategori terlebih dahulu sebelum
dianalisis. Dapatan dilaporkan dalam kekerapan dan peratus.
DAPATAN KAJIAN
Data-data yang diperoleh dianalisis dengan berpandukan program `Statistical
Package for the Social Science (SPSS) Version 22.0. Bagi analisis tahap pengukuran,
skor min diukur berdasarkan interpretasi oleh Jamil Ahmad (2002) seperti yang
berikut:
Jadual 1: Jadual Penentuan Min
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67– 5.00 Tinggi
Jamil Ahmad, 2002
Taburan sampel bagi kajian ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2: Bil Keseluruhan Sampel
Institut Pendidikan Guru Jumlah Guru Jumlah Guru Baharu Peratus
Kampus (IPGK) Baharu Yang Nilai (%)
Bahasa Antarabangsa 53 51 96.23
Batu Lintang 74 74 100.00
Bahasa Melayu 74 73 98.65
Darulaman 110 108 98.18
Dato' Razali Ismail 56 56 100.00
Gaya 47 47 100.00
Ilmu Khas 120 117 97.50
Ipoh 136 132 97.06
Kota Bharu 60 58 96.67
Keningau 56 51 91.07
Kent 52 51 98.08
Perlis 128 114 89.06
Pendidikan Islam 103 102 99.03
Perempuan Melayu 61 59 96.72
Pulau Pinang 79 77 97.47
Pendidikan Teknik 85 82 96.47
Rajang 48 46 95.83
Raja Melewar 123 121 98.37
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 30
Sultan Abdul Halim 64 64 100.00
Sarawak 73 70 95.89
Sultan Mizan 99 97 97.98
Tengku Ampuan Afzan 91 90 98.90
Tun Abdul Razak 56 54 96.43
Tawau 64 64 100.00
Tuanku Bainun 95 95 100.00
Tun Hussien Onn 142 141 99.30
Temenggong Ibrahim 86 86 100.00
Jumlah 2,235 2,180 97.54
Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya terdapat 2180 (97.54%) orang guru
baharu telah dinilai oleh pentadbir sekolah. Merujuk kepada jadual tersebut, terdapat
tujuh (7) buah IPG Kampus yang kesemua guru baharu mereka telah dinilai seratus
peritus (100%) oleh pentadbir sekolah. IPG berkenaan adalah IPGK Batu Lintang,
IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Gaya, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Tawau, IPGK
Tuanku Bainun dan IPGK Temenggung Ibrahim. Dua puluh (20) IPGK yang lain turut
mencatatkan penilaian yang melebih daripada 90% manakala hanya IPGK Perlis
sahaja yang guru baharunya dinilai kurang daripada 90% iaitu 89.06%.
Untuk menjawab persoalan pertama kajian iaitu apakah tahap kepuasan
pentadbir sekolah terhadap kualiti guru baharu lulusan Institut Pendidikan Guru dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), penyelesaian masalah, pembelajaran
sepanjang hayat, pengurusan maklumat dan komunikasi, dapatan kajian ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Jadual 3: Tahap Kualiti Guru Baharu Berdasarkan Kepuasan Pentadbir Sekolah
Peratus (%)
Bil Aspek Min S.P Tahap
Kepuasan
1 Pengajaran dan 99.59 4.47 0.45 Tinggi
Pembelajaran (PdP)
2 Penyelesaian Masalah 99.00 4.25 0.56 Tinggi
3 Komunikasi 99.33 4.45 0.48 Tinggi
4 Pengurusan Maklumat 99.44 4.37 0.53 Tinggi
5 Pembelajaran Sepanjang 99.26 4.36 0.54 Tinggi
Hayat
Keseluruhan 99.33 4.38 0.47 Tinggi
Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa 99.33% daripada guru
baharu mencapai tahap kualiti yang tinggi dalam kelima-lima aspek dengan catatan
min 4.38 (sp=.47) berdasarkan maklum balas pentadbir sekolah. Aspek PdP
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 31
mencatatkan tahap kepuasan tertinggi dengan catatan min 4.47 (sp=.45) dan ini
mewakili 99.59% daripada keseluruhan guru baharu tersebut. Walaupun berada pada
tahap kualiti yang tinggi, namun begitu 99.0% daripada guru baharu ini mencatatkan
kualiti terendah dalam aspek penyelesaian masalah dengan catatan min=4.25
(sp=.56).
Seterusnya untuk menjawab persoalan kedua kajian iaitu sejauh mana
kepuasan pentadbir sekolah terhadap kualiti guru baharu, dapatan kajian ditunjukkan
dalam Jadual 4.
Jadual 4: Pandangan Pentadbir Terhadap Kualiti Guru Baharu
Bil Pandangan Pentadbir Terhadap Kualiti Bilangan Peratus
Guru Baharu Pentadbir (%)
1 Berpuashati 2,160 99.1
2 Tidak Berpuashati 20 0.9
Jumlah Keseluruhan 2,180 100
Berdasarkan Jadual 4, 99.1% daripada pentadbir sekolah berpuas hati dengan kualiti
guru baharu yang dihasilkan oleh IPG. Sebanyak 2,719 respons yang diterima
daripada pentadbir berkaitan dengan sebab mereka berpuas hati dengan prestasi
guru baharu lulusan IPG. Memandangkan data yang diperoleh adalah pelbagai dari
item subjektif dan terbuka, maka responden berpeluang memberi jawapan yang
pelbagai. Bagi menentukan maklum balas terhadap sebab pentadbir berpuashati telah
dikodkan mengikut kategori dan tiga (3) sebab tertinggi sebab kepuasan tersebut
adalah guru-guru baharu ini begitu komited (475); bertanggungjawab (350) dan
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik dan cemerlang (345).
Untuk menjawab persoalan ketiga kajian iaitu apakah aspek penambahbaikan
terhadap kualiti guru baharu lulusan Institut Pendidikan Guru berdasarkan maklum
balas pentadbir sekolah, pengkaji telah menganalisis respon terbuka dan dua (2) tema
tertinggi dari setiap aspek ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5: Aspek Penambahbaikan Terhadap Kualiti Guru Baharu
Penambahbahbaikan Jumlah Peratus
Bil Aspek
Berdasarkan Tema Respons (%)
Memerlukan teguran, bimbingan 95 16.35
dan dorongan untuk
Pengajaran dan menambahbaik PdP;
1
Pembelajaran 59 10.15
Kemahiran kawalan kelas dan
displin murid.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 32
Mengamalkan sikap 86 21.18
keterbukaan dalam menerima
teguran, tunjuk ajar, bimbingan
Penyelesaian serta cadangan;
2
Masalah 62 15.27
Perlu bersikap positif, yakin,
berani dan bijak menyelesaikan
sesuatu masalah.
Mengamalkan etika dan tingkah 69 20.29
laku yang sopan ketika
berkomunikasi;
3 Komunikasi
Meningkatkan keupayaan 47 13.82
memberi pandangan dan
berkongsi idea.
Meningkatkan pengetahuan dan 41 19.71
kemahiran dalam pengendalian
maklumat;
Pengurusan
4
Maklumat 34 16.35
Memerlukan lebih dorongan dan
bimbingan dalam pengurusan
maklumat.
Perlukan bimbingan dan 41 5.63
dorongan untuk meningkatkan
diri;
Pembelajaran
5
Sepanjang Hayat Mengamalkan kesediaan dan
keinginan untuk menimba ilmu 37 5.08
dan meningkatkan diri
Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya
bahawa aspek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti
guru baharu menurut maklumbalas pentadbir sekolah (95 orang= 16.35%) adalah
guru-guru ini memerlukan teguran, bimbingan dan dorongan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran dan 86 orang (21.18%) lagi menyatakan
bahawa guru-guru ini perlu mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima
teguran, tunjuk ajar, bimbingan serta cadangan daripada pentadbir. Dalam aspek
komunikasi pula, 69 orang (20.29%) pentadbir sekolah mencadangkan
penambahbaikan dengan menyarankan guru-guru baharu tersebut perlu
mengamalkan etika dan tingkah laku yang sopan ketika berkomunikasi. Dalam aspek
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, masing-masing 41 orang
mencadangkan agar guru-guru baharu ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam pengendalian maklumat serta memerlukan bimbingan dan dorongan untuk
meningkatkan diri.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 33
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan keseluruhan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa pentadbir
sekolah berpuas hati terhadap kualiti guru baharu lepasan IPGM dalam kelima-lima
aspek iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelesaian masalah, komunikasi,
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dan nilai peratus kepuasan
melebihi nilai yang disasarkan iaitu melebihi 92%. Dapatan ini juga adalah selari
dengan kajian terdahulu yang mendapati bahawa guru baharu dapat menyediakan
persekitaran pembelajaran yang selesa untuk menarik minat, menggalakkan
penglibatan aktif serta membina hubungan baik dengan murid agar pembelajaran
berjalan dengan lancar dan berkesan (Aney Marinda & Norasmah, 2019).
Walau bagaimanapun terdapat segelintir pentadbir yang memberikan maklum
balas negatif dan menyatakan rasa tidak puashati terhadap guru baharu di sekolah
mereka. Namun demikian bilangan maklum balas yang diterima hanyalah dalam
jumlah yang kecil. Dapatan ini juga adalah selari dengan kajian terdahulu yang
menyatakan bahawa guru baharu seringkali menghadapi masalah kerana suasana
pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah serta latar belakang murid adalah
unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang mereka lalui semasa
mengikuti Latihan keguruan (Norasmah & Rofilah, 2013).
Data secara kualitatif pula menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek
penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti guru baharu, antaranya
adalah seperti memerlukan teguran, bimbingan dan dorongan untuk menambahbaik
amalan PdP, bersikap terbuka dalam menerima teguran, tunjuk ajar dan bimbingan,
perlu lebih beretika ketika berkomunikasi, meningkatkan kemahiran dalam
pengendalian maklumat dan terus berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kompetensi
diri. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa guru berpengalaman dan guru mentor
seharusnya membimbing guru baharu dalam mengenali dan memahami hubungan
asas antara pengurusan yang berkesan dan pembelajaran yang berkesan (Wolff et.
al., 2014).
Pengkaji mencadangkan agar Sistem e-SSKP perlu ditambahbaik supaya lebih
mesra pengguna dan memudahkan penyelaras mengendalikannya ketika mengumpul
data dan menganalisis data. Seterusnya pengkaji turut mencadangkan agar instrumen
soal selidik kepuasan pelanggan perlu dinilai semula dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian penggunaannya dan sentiasa ditambahbaik supaya instrumen
ini sentiasa relevan mengikut keperluan semasa.
Selain itu pengkaji turut mencadangkan agar Pusat-pusat berkaitan di IPGM
menggunakan dapatan kajian ini untuk meningkatkan lagi kualiti kurikulum PISMP. Di
samping itu IPG kampus disyorkan untuk menjalankan kajian lanjutan untuk meneroka
lebih mendalam apakah masalah yang dihadapi oleh guru baharu lulusan IPG
sehinggakan pentadbir memberikan maklum balas negatif terhadap mereka. Pengkaji
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 34
turut mencadangkan agar Laporan Maklum Balas Pelanggan yang telah dibentangkan
perlu diterbitkan. Selain itu, data yang dikumpulkan melalui sistem e-SSKP boleh
digunakan untuk penulisan artikel untuk tujuan diterbitkan dalam jurnal terpilih atau
dibentangkan di seminar peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Rujukan
Ahmad Tamizi Abu, Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid &, & Salmiza Saleh. (2020).
Pembinaan Modul Pengajaran Al-Quran (A-Alaq) dengan menggunakan model
instruksional ADDIE. Bitara International Journal of Civilizational Studies and
Human Sciences. 3(3), 152–167.
Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik
darjah guru baharu yang mengikuti program pembangunan guru baharu
(PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia; 44(1); 21-27.
Che Mohd Syaharuddin Che Cob, Bahyah Abdul Halim & Aziz Amin. (2017). Faktor-
faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam: Satu
kajian teoritikal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(1), 2289-8042.
Chua, Y. P. (2014). Asas statisik penyelidikan buku 2: Asas statistik penyelidikan
(Edisi Ketiga). Mc Graw Hill Education.
Cresswell, J. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating
qualitative and quantitative research (4th ed.). Pearson Education Inc.
Cronbach, L.J. & Shavelson, R.J. (2004). My current thoughts on coefficient alpha and
successor procedures. Educational and Psychological Measurement, 64, 391-
418.
Goh, P. S. C., Qismullah Yusuf & Wong, K. T. 2017. Lived experience: Perceptions of
competency of novice teachers. International Journal of Instruction, 10(1): 21-36
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah:
Satu penilaian. Tesis Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Standard Guru Malaysia SGM (2.0).
Putrajaya
Maguire, J., Sheridan, N., Draper, S., & Cutts, Q. (2019). Mentoring mentors in
cooperative software engineering education programmes. Paper presented at
the Proceedings of the 2019 ACM Conference on International Computing
Education Research.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 35
Norashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban tugas dan motivasi
pengajaran guru di sekolah menengah daerah Ranau. Jurnal Pemikir
Pendidikan. Vol. 5;35-57.
Norashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2013). Tahap kesediaan guru sekolah
menengah harian mengamalkan kepimpinan tersebar. Sains Humanika, 64(1),
93-100.
Pallant, J. (2013). SPSS a step by step guide to data analysis using IBM SPSS
Survival Manual (5th ed.). New York: Mc Graw Hill.
Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kepujian (2014). Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Fatimah Sahida Abdurajak. (2018). Pengalaman
pengajaran guru novis pendidikan islam: Implikasi terhadap reka bentuk
kurikulum latihan pendidikan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia: 43(1);59-66.
Wolff, C.E., Bogert, N.V.D., Jarodzka, H. & Boshuizen, P.A. (2014). Keeping an eye
on learning: differences between expert and novice teachers’ representations of
classroom management events. Journal of Teacher Education: 1-18.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 36
TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI COVID-19 DAN KESEDIAAN GURU
MENGAJAR DALAM NORMA BAHARU SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
1
Najamuddin Bachora, PhD ([email protected])
2
Hanis Nabila Syahirah Najamuddin ([email protected])
3
Hanis Nabila Syakilah Najamuddin ([email protected])
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
²Universiti Putra Malaysia
³Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi guru baharu mengenai tahap
pengetahuan mengenai covid-19 dan kesediaan mengajar dalam norma baharu
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aspek-aspek yang dikaji adalah tahap
pengetahuan guru mengenai covid-19, serta kesediaan guru mengajar dari aspek
kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku pelajar dan keperluan latihan.
Responden kajian ini adalah guru-guru baharu yang mengikuti Program Transformasi
Minda (PTM) bagi siri 2 & siri 3 seramai 216 orang. Pengkaji menggunakan
pendekatan kuantitatif di dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah tinjauan
melalui soal selidik skala likert 5 mata yang diubahsuai dari kajian lepas sebagai
instrumen untuk mengutip data dan diedar menggunakan google form. Prosedur
analisis data melibatkan statistik deskriptif sahaja. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa sebahagian besar responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
mengenai covid-19. Begitu juga dengan tahap kesediaan yang tinggi untuk mengajar
dalam kalangan guru baharu ini dari aspek yang dikaji. Sesungguhnya, dapatan ini
memberikan kesan yang positif kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
kerana guru-guru baharu ini tidak mempunyai masalah untuk mengajar walaupun
kaedah dan cara yang berbeza sebelum era pandemic covid-19 ini. Adalah diharapkan
agar halangan yang dihadapi di dalam melaksanakannya di era pandemik covid19 ini
akan menjadikan guru-guru ini lebih cemerlang pada masa hadapan.
Kata Kunci: Covid-19, guru baharu, tahap kesediaan, norma baharu
Abstract
This study aims to identify the level of perception of new teachers regarding the level
of knowledge about Covid-19 and their willingness to teach in the new norms during
the Movement Control Order (MCO). Areas covered are the level of knowledge about
Covid-19 as well as willingness to teach from the aspects of pedagogical skills, student
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 37
behaviour management and training needs. The respondents of this study were 216
new teachers who participated in the Mind Transformation Program (PTM) Series 2 &
Series 3. The researcher employed quantitative approach in this study by using a
survey method using a 5-point likert scale questionnaire adapted from a previous study
as an instrument for data collection and distributed using google form. The data
analysis procedure involved descriptive statistics only. The findings show that the
majority of respondents have high level of knowledge about Covid-19 as well as high
level of willingness to teach from the aspects investigated. Indeed, these findings have
positive impact on the Ministry of Education, Malaysia (KPM) because these new
teachers do not have issue to teach despite different methods of teaching and learning
as compared to pre Covid-19 pandemic era. It is hoped that the obstacles faced in
terms of implimenting new teaching methods during the Covid-19 pandemic will make
these new teachers become more excellent in the future.
Keyword: Covid-19, new teachers, level of willingness, new norm
PENGENALAN
Dunia dikejutkan dengan penularan wabak covid-19 yang dikatakan bermula pada
bulan disember di Wuhan, China dan terus merebak ke seluruh dunia (Lin et al., 2020).
Akibat daripada penularannya yang sangat pantas hingga menyebabkan pelbagai
kesan buruk timbul dalam sesebuah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan pada 31 Januari 2020 dan
diisytiharkan Pandemik pada 11 Mac 2020 (Nor Ina et al., 2020). Di negara kita, wabak
ini mula dikesan pada 25 Januari 2020 yang melibatkan 3 pelancong China yang
memasuki Malaysia melalui Johor. Sejak itu, kes semakin bertambah menyebabkan
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) mula dilaksanakan 18 Mac 2020 bagi
menyekang penularan wabak ini (Asan Ali et al., 2020).
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center setakat jam 9.30 pagi pada
28 Jun 2021 menunjukkan terdapat 181,000,826 kes Covid-19 dan 3,921,800
kematian manakala di negara kita, dicatatkan sebanyak 734,048 kes telah dilaporkan
dengan bilangan kematian seramai 4.944 orang. Ini menunjukkan bahawa wabak ini
telah merebak dengan pantas apatah lagi, belum ditemui penawar atau ubat untuk
merawat pesakit yang dijangkiti wabak ini. Buat masa ini, seluruh dunia membuat
langkah pengawalan dengan menyarankan agar kerap membasuh tangan, memakai
pelitup muka serta melakukan penjarakan sosial. Malahan, strategi lockdown serta
sentiasa berada di dalam rumah turut diambil bagi melandaikan keluk dan mengawal
penyebaran wabak ini (Pokhrel & Chhetri, 2021).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 38
SOROTAN LITERATUR
Gelombang awal Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikatakan bermula dalam dua
gelombang iaitu bermula 24 Januari sehingga 14 Februari 2020 yang melibatkan 22
kes berpunca dari pelancong dari China dan gelombang kedua bermula 27 Februari
2020 apabila semakin bertambah penularan kes covid-19 ini. Keadaan ini memaksa
kerajaan mengisytiarkan PKP bermula 18 Mac 2020 apabila kes aktif yang dilaporkan
menjadi 790 kes (Khayriyyah & Chang, 2020). Dengan pengumuman kerajaan ini
menyebabkan kegiatan masyarakat terpaksa dihentikan dan disarankan duduk di
dalam rumah melainkan agensi-agensi penguatkuasa.
Zafir et al. (2020) menyatakan bahawa rebakan wabak pandemik Covid-19
telah memberi impak terhadap psikologi dan emosi, kemahiran individu, kos sara
hidup, pergerakan dan aktiviti sosial, makanan dan barangan keperluan, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, status pekerjaan dan kelangsungan perniagaan yang
menimbulkan pelbagai perasaan kepada segenap lapisan masyarakat.
Sesungguhnya, wabak yang melanda Malaysia ini telah memberi kesan yang sangat
besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara.
Sepanjang wabak COVID-19 ini, individu, pekerja, pelajar, mahupun institusi keluarga
perlu mengoptimumkan penggunaan masa yang ada di sepanjang tempoh PKP
dengan sebaik mungkin.
Tahap Pengetahuan mengenai Covid-19
Pada awal kemunculan wabak covid ini, masyarakat dunia berlumba-lumba mencari
maklumat mengenainya sama ada sumber dari dalam negara mahupun luar negara
(Alabed et al., 2020). Ini kerana ketidakpastian mengenai wabak ini menyebabkan
orang ramai tertanya-tanya punca dan cara untuk mengekangnya agar langkah-
langkah pencegahan dapat diambil dan tidak dijangkiti. Dengan sebab itu, pelbagai
agensi yang berkaitan dengan kesihatan umum telah membantu menyebarkan
maklumat mengenai wabak ini agar masyarakat memahaminya. Tahap pengetahuan
khususnya dalam mencegah penularan wabak ini sangat berguna yang secara tidak
langsung dapat membantu orang ramai menghadapi ancamannya (Law et al., 2020).
Menurut Nik Azmi et al. (2021) dalam kajiannya terhadap 1211 orang awam di
seluruh negara mendapati 66% responden berpuashati bahawa kerajaan Malaysia
berjaya dalam usaha menyebar dan menyampaikan maklumat berkaitan pandemik
covid-19 kepada rakyat. Penyebaran maklumat ini bukan sahaja dimainkan oleh
media elektronik, media cetak atau media sosial tetapi juga hasil usaha yang tidak
jemu-jemu yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman wab masing-masing.
Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Alabed et. al. (2020) ke atas 520
responden yang berumur 18 tahun ke atas yang secara sukarela menjadi responden
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 39
kajian mendapati bahawa 99.4% responden mengetahui tentang covid-19, cara
penularan dan bagaimana cara umum untuk mencegahnya daripada dijangkiti yang
kebanyakkannya memperolehi maklumat itu daripada media sosial dan dibantu
dengan sebaran maklumat oleh KKM. Malahan, kajian oleh Khayriyyah dan Chang
(2020) terhadap 1075 orang responden yang dihubungi secara dalam talian pada
minggu pertama PKP dilaksanakan menunjukkan tahap pengetahuan yang tinggi
mengenai covid-19. Demikian juga kajian oleh Baidi dan Mohd Khairuddin (2021) di
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu yang menunjukkan
tahap pengetahuan yang tinggi dalam kalangan responden kajian.
Tahap Kesediaan Guru Mengajar
Situasi pandemik ini memberikan impak yang besar di dalam kehidupan manusia yang
memerlukan tindakan luar dari kebiasaan termasuklah dalam dunia pendidikan.
Kebiasaan mengajar bersemuka secara fizikal terpaksa diubah menjadi pengajaran
dan pembelajaran di dalam talian yang semuanya dijalankan di tempat tinggal masing-
masing terutamanya semasa tempoh PKP. Ini memaksa tenaga pendidik
menggunakan pelbagai inovasi dan kaedah pengajaran berasaskan teknologi (Khan
et al., 2021; Nur Haiza & Nur Naddia, 2020; Moralista & Oducado, 2020) manakala
pelajar pula memerlukan persekitaran pembelajaran yang baharu (Mahyoob, 2020).
Ini bermakna, pengintegrasian pedagogi dan teknologi diperlukan untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar terutamanya semasa krisis Covid-19 ini.
Siti Nurbaizura dan Nurfadilla (2020) menjalankan kajian ke atas 351 guru
Kuala Lumpur mendapati majoriti guru memberi pandangan yang positif terhadap
pembelajaran secara atas talian semasa tempoh pandemik ini. Guru-guru juga
bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan
modul bercetak dan bahan pembelajaran yang terdapat di internet seperti Youtube
meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ini kerana terdapat kebaikan
melaksanakan pembelajaran dalam talian seperti pengurusan kelas, interaksi dalam
talian serta penghantaran tugasan yang tidak memerlukan kertas.
Walau bagaimanapun, kajian oleh Maheran dan Khamisah (2020) mendapati
terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan juga seperti masalah talian, capaian
internet, masalah komunikasi serta tiada hubungan yang mesra. Begitu juga dengan
kajian oleh Kapasia et al. (2020) di dalam kajian ke atas kesan lockdown terhadap
pembelajaran 232 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah universiti di Benggala
Barat India mendapati sebahagian besar responden mengalami kemurungan,
sambungan internet yang kurang baik serta persekitaran pembelajaran yang tidak
kondusif di rumah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan terpencil dan rentan.
Biarpun begitu, banyak juga kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru tetap
memperlihatkan tahap kesediaan yang tinggi untuk mengajar dalam tempoh pandemik
ini. Di antaranya seperti kajian oleh Lapada et al. (2020), Yogeswary dan Helmi (2021)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 40
serta Nornadiba dan Shahlan (2022) yang memperlihatkan komtimen dan
kesungguhan guru-guru untuk mengajar secara dalam talian sepanjang PKP
walaupun pelbagai masalah yang dihadapi demi memastikan anak murid tidak
ketinggalan di dalam pelajaran mereka.
PENYATAAN MASALAH
Pandemik covid-19 merupakan isu global dan tidak hanya dihadapi oleh negara kita
sahaja. Dalam menghadapi wabak ini, setiap negara mengambil langkah tersendiri
menghadapinya yang disesuaikan dengan situasi semasa penduduknya. Bagi negara
kita, bagi mengekang penularan wabak ini, PKP terpaksa dilaksanakan walaupun
memberikan impak besar kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, keberkesanan PKP bergantung juga kepada kerjasama
semua orang terutamanya dalam mengamalkan normal baharu dan mematuhi
prosedur serta piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditentukan (Norashikin et.
al., 2021). Bagi mencegah merebaknya wabak ini juga, tahap pengetahuan
masyarakat mengenainya sangat berguna yang secara tidak langsung dapat
membantu masyarakat untuk menghadapinya (Law et al., 2020). Dengan dasar langit
terbuka, maklumat berkaitan wabak ini dengan mudah sampai kepada orang ramai
dan ini menjadikan mereka lebih peka dengan ancaman di persekitaran mereka (Nik
Azmi et al., 2021).
Akibat daripada penularan wabak covid 19 juga, ianya turut memberi kesan
kepada sistem pendidikan di negara kita. Pembelajaran yang selama ini banyak
memberi fokus kepada interaksi bersemuka secara fizikal, telah terhenti dan
digantikan dengan pembelajaran di atas talian. Mahu tidak mahu atau suka tidak suka,
semua guru terpaksa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian. Apa yang menjadi persoalan ialah sejauhmanakah kesediaan guru mengajar di
dalam situasi yang tidak dijangkakan ini bagi memastikan anak murid tidak ketinggalan
dalam pelajaran mereka.
Kajian oleh Pokhrell dan Chettri (2021) mendapati penggunaan pedagogi yang
sesuai dengan pembelajaran dalam talian memerlukan kepakaran dan kemahiran
mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh guru serta
menyesuaikannya dengan persekitaran pembelajaran baharu memandangkan tidak
ada satu pedagoi pembelajaran yang sesuai untuk semua keadaan. Walaupun
tuntutan pelaksanaan pembelajaran dalam talian sudah lama diperkenalkan, namun
tiada penegasan dalam melaksanakannya (Siti Norbaizura & Nurfaradilla, 2020).
Malahan, di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia turut menyentuh
keperluan guru-guru mentransformasi diri mereka dengan keperluan pendidikan abad
ke21 terutamanya kemahiran ICT (KPM 2013). Pelbagai aplikasi digital telah
digunakan seperti Whatsapp, Google Classroom, Zoom, Webex, YouTube dan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 41
sebagainya yang menuntut kemahiran pendidik untuk meneruskan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di rumah (Pdpr) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang diarahkan oleh kerajaan.
Namun begitu, terdapat juga guru yang memiliki kekurangan kemahiran dalam
melaksanakan pengajaran dalam talian (Siti Norbaizura & Nurfaradilla, 2020; Bibi &
Jihan, 2020; Moralista & Oducado, 2020), pengurusan tingkah laku pelajar seperti
kehadiran dalam talian (Bibi & Jihan, 2020; Kapasia et al., 2020) dan kurang menerima
maklum balas pelajar (Maheran & Khamisah, 2020). Peralihan dari pembelajaran
bersemuka yang tradisional kepada pembelajaran atas talian yang merupakan
perkara baharu kepada pendidik dan pelajar namun perlu juga menyesuaiakan diri
dengan perubahan baharu itu (Pokhrel & Chhetri, 2021). Keadaan yang genting ini
menyebabkan guru mesti melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang
diperlukan bagi melaksanakan pengajaran dalam talian melalui kursus pembangunan
profesionalisme.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap persepsi guru baharu mengenai tahap pengetahuan
mengenai covid-19 iaitu dari segi maklumat asas covid-19, gejala dan langkah
pencegahan.
2. Mengenal pasti tahap persepsi guru baharu mengenai kesediaan guru
mengajar dari aspek kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku pelajar dan
keperluan latihan
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap persepsi guru baharu mengenai tahap pengetahuan mengenai
covid-19 iaitu dari segi maklumat asas covid-19, gejala dan langkah
pencegahan?
2. Apakah tahap persepsi guru baharu mengenai kesediaan guru mengajar dari
aspek kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku pelajar dan keperluan
latihan?
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal
selidik sebagai instumen utama untuk mengutip data. Soal selidik ini telah diubah
dalam bentuk google form (GF) bagi memudahkan mendapatkan maklum balas
daripada guru-guru ini. Sampel kajian adalah seramai 216 orang yang terdiri daripada
peserta kursus Program Transformasi Minda (PTM) yang dikendalikan oleh IPG
kampus Tawau untuk siri 2 dan siri 3. Oleh kerana, penyelidikan ini menggunakan soal
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 42
selidik sebagai instrumen utama di dalam pengumpulan data, maka set soal selidik
dibina berpandukan kepada kajian-kajian lepas yang mengandungi item-item skala
likert 5 mata serta terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A adalah mengenai
demografi responden. Bahagian B pula adalah mengenai tahap pengetahuan guru
mengenai covid-19 iaitu dari segi maklumat asas tentang covid-19, gejala dan langkah
pencegahan. Bahagian C adalah mengenai persepsi guru mengenai tahap kesediaan
guru mengajar dalam norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari
aspek kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku pelajar dan keperluan latihan.
Dari aspek kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan, analisis dibuat ke
atas 30 orang guru baharu dari siri 1 PTM menggunakan GF dan mendapati nilai alpha
soal selidik ini adalah 0.915. Ini bermakna, kebolehpercayaan item soal selidik ini
adalah tinggi dan boleh digunakan untuk guru baharu yang lain. Pengkaji turut
menjalankan ujian skewness dan kurtosis yang menunjukkan nilai di antara -2.46
hingga -0.68 dan diperkukuhkan dengan analisis kolmogorov-smirnov dan shapiro-
wilk (0.28 – 0.95). Ini menunjukkan bahawa pengkaji boleh menggunakan analisis
parametrik di dalam analisis statistik kajian ini. Dari segi jenis statistik yang digunakan
di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif iaitu min sahaja
memandangkan objektif kajian ini hanyalah berkisar mengenai tahap persepsi guru
baharu sahaja. Penentuan tahap persepsi guru ini diukur berdasarkan interpretasi skor
min yang dicadangkan oleh Jamil (2002) dan Zahara Aziz et al. (2009) seperti jadual
1 di bawah;
Jadual 1: Interpretasi skor min
SKOR MIN TAHAP
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber : Jamil (2002) & Zahara Aziz et. al. (2009)
DAPATAN KAJIAN
Analisis mengenai profil responden adalah mengenai jantina, kategori sekolah dan
lokasi sekolah yang ditunjukkan di dalam jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Profil Responden
Profil Aspek Bilangan Peratus
Lelaki 75 34.7
Jantina
Perempuan 141 65.3
Kategori Sekolah Sekolah Rendah 92 42.6
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 43
Sekolah Menengah 124 57.4
Bandar 61 28.2
Lokasi Sekolah
Luar Bandar 155 71.8
Jumlah 216
Berdasarkan jadual 2 di atas, bilangan guru lelaki seramai 75 orang (34.7%)
berbanding guru perempuan yang lebih ramai iaitu seramai 141 orang atau 65.3%.
Dari segi kategori sekolah iaitu guru yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah
menengah, didapati responden kajian ini mempunyai guru yang mengajar di sekolah
menengah lebih ramai daripada guru yang mengajar di sekolah rendah. Responden
dari sekolah menengah adalah seramai 124 orang (57.4%) manakala guru dari
sekolah rendah yang menjadi responden kajian ini seramai 92 orang. Dari segi lokasi
sekolah mengajar pula, guru yang mengajar di lokasi bandar adalah kurang (61 orang
atau 28.2%) daripada guru yang mengajar di luar bandar (155 orang/71.8%) yang
menjadi responden kajian ini.
1. Apakah tahap persepsi guru mengenai tahap pengetahuan mengenai
covid-19 iaitu dari segi maklumat asas covid-19, gejala dan langkah
pencegahan?
Jadual 3: Rumusan keseluruhan tahap persepsi guru mengenai pengetahuan
mengenai covid-19 dari segi maklumat asas, gejala dan langkah
pencegahan
Konstruk Min Interpretasi Tahap
Maklumat asas mengenai covid-19 4.88 Tinggi
Gejala covid-19 4.82 Tinggi
Langkah pencegahan 4.89 Tinggi
Min Tahap Pengetahuan 4.86 Tinggi
Berdasarkan dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
mengenai covid-19 adalah tinggi dalam kalangan guru-guru baharu seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 3 di atas. Keadaan ini tidak menghairankan kerana
meluasnya sebaran media sosial sepanjang PKP membantu masyarakat lebih
memahami wabak ini serta bersedia berhadapan dengannya. Tindakan pantas Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam
menyebarkan maklumat berkaitan wabak ini juga membuatkan masyarakat lebih peka
dengan ancaman yang berlaku di persekitaran. Secara tidak langsung, orang ramai
lebih patuh kepada seruan sepanjang PKP dilaksanakan.
Dapatan kajian ini seiring dengan beberapa kajian yang dijalankan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat mengenai covid-19 ini yang
menunjukkan tahap yang tinggi kesan daripada sebaran maklumat yang meluas
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 44
seperti sebaran media sosial dan televisyen. Di antaranya ialah kajian ke atas 244
orang asli oleh Asan et al. (2020), kajian oleh Baidi dan Mohd Khairuddin (2021)
terhadap 267 staf Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu,
95.1% daripada 102 orang pelajar Fakulti Pergigian di Nigeria yang dikaji oleh
Umeizudike et al (2021) turut mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi kerana
akses terhadap media sosial dan televisyen yang meluas serta beberapa kajian lain
seperti Alabed et. al. (2020) dan Arina et al. (2020).
Ini menunjukkan bahawa negara kita berjaya menyampaikan maklumat ke
seluruh negara sehinggakan orang ramai tidak mempunyai masalah untuk
mengetahui mengenai wabak ini. Fenomena langit terbuka memberikan impak positif
kepada penyebaran maklumat ini dan ditambah dengan tindakan pantas KKM/MKN
yang menggunakan media elektronik, media sosial dan laman web masing-masing
bagi memberikan maklumat mengenai covid-19 ini. Dengan adanya tahap
pengetahuan yang tinggi dalam kalangan guru-guru baharu ini juga adalah diharapkan
maklumat berkaitan covid-19 ini turut dapat disebarkan kepada murid-murid yang
berada di sekolah dan ini dapat mempercepatkan menanamkan kefahaman mengenai
wabak ini dalam generasi muda.
2. Apakah tahap persepsi guru mengenai kesediaan guru mengajar dari aspek
kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku pelajar dan keperluan
latihan
Analisis dapatan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 iaitu persepsi guru
mengenai tahap kesediaa guru mengajar adalah pada tahap tinggi iaitu dengan nilai
min 4.39 yang menunjukkan guru-guru baharu ini tidak ada masalah besar di dalam
melaksanakan pengajaran semasa dan selepas era pandemik covid-19 ini. Dapatan
ini tidak menghairankan kerana KPM telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran semasa tempoh PKP bagi menjamin pembelajaran
murid tidak terjejas (KPM, 2020). Sekurang-kurangnya garis panduan ini memberikan
keyakinan kepada guru baharu ini untuk melaksanakan pengajaran mereka secara
dalam talian.
Jadual 4: Rumusan keseluruhan tahap persepsi guru mengenai kesediaan guru
mengajar dari aspek kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah laku
pelajar dan keperluan latihan
Konstruk Min Interpretasi Tahap
Kemahiran Pedagogi 4.38 Tinggi
Pengurusan tingkah laku pelajar 4.38 Tinggi
Keperluan latihan 4.42 Tinggi
Min Tahap Kesediaan Guru Mengajar 4.39 Tinggi