The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2023-02-04 07:27:47

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM JILID 7/2022

J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 45


Dapatan kajian ini turut disokong dengan kajian oleh Siti Nurbaizura dan
Nurfaradilla (2020) yang menjalankan kajian ke atas 351 orang guru di Kuala Lumpur
yang mendapati guru-guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dalam talian
semasa pandemik ini dengan min 4.12 menggunakan peranti yang sesuai seperti
Google Classroom, meet dan zoom. Kajian oleh Lapada et al. (2020) ke atas 2300
orang guru di Filipina juga menunjukkan sebahagian besar darinya bersedia mengajar
menggunakan peranti pembelajaran yang sesuai apabila melaksanakan
pembelajaran secara jarak jauh sepanjang tempoh pandemik. Begitu juga dengan
kajian yang dijalankan oleh Yogeswary dan Helmi (2021) ke atas 205 guru sekolah
Tamil di Klang serta Nornadiba dan Shahlan (2022) terhadap 132 orang guru KAFA di
Pontian, Johor yang turut menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian oleh Mohd Rohiman et al. (2021)
ke atas 3 orang guru cemerlang yang mendapati kesemua guru ini bersedia
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan
yang sesuai bagi menarik perhatian murid melibatkan diri dalam sesi pembelajaran
dalam talian. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan kursus pembangunan
profesionalisme bagi meningkatkan kefahaman mereka. Bagaimanapun, kajian
Moralista dan Oducaro (2020) terhadap 27 pensyarah di State College Phillipines
berkaitan pelaksanaan pengajaran secara dalam talian mendapati bahawa
sebahagian besar responden menghadapi masalah dari segi kemahiran
mengendalikan ICT serta tiada latihan mengajar dalam talian di samping isu talian
internet yang tidak stabil. Mereka menyarankan agar permasalahan ini diberikan
perhatian agar pengajaran secara dalam talian dapat dilaksanakan dengan berkesan.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, negara kita telah berjaya mengharungi wabak covid-19 ini dengan
sebaiknya dengan mengambil tindakan pantas melaksanakan PKP di seluruh negara
apabila kes aktif semakin meningkat dari masa ke semasa. Walaupun tindakan ini
memberikan kesan yang besar kepada pergerakkan orang ramai serta menjejaskan
ekonomi negara, namun ianya berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Malahan,
sebaran maklumat yang tidak putus-putus melalui pelbagai saluran media telah
membantu memahamkan orang ramai betapa seriusnya wabak ini dan perlu
dielakkan. Tingkat pengetahuan dan pemahaman orang ramai sedikit sebanyak
membantu KKM khususnya dalam melandaikan keluk penularan wabak ini di dalam
masyarakat.

Di samping itu itu juga, pelaksanaan PKP telah membuka ruang dan peluang
untuk para guru khususnya untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari
rumah dengan pengaplikasian teknologi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pengajaran dalam talian ini telah menyediakan ruang dan peluang untuk mengajar
dan belajar secara inovatif yang tidak sama dengan pengajaran dan pembelajaran


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 46


dalam bilik darjah. Penggunaan pedagogi yang sesuai dengan pembelajaran dalam
talian memerlukan kepakaran dan kemahiran mengendalikan ICT oleh guru dan
pelajar. Antara yang biasa digunakan seperti Microsoft Teams, Google Classroom,
google meet dan pelbagai lagi aplikasi ICT.

Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan yang terjejas dan menghadapi
masalah mengikuti pembelajaran di dalam talian ini. Antaranya ialah kumpulan rentan
dan kurang berkemampuan dikatakan menghadapi masalah untuk mengakses dan
mengikuti pembelajaran dalam talian. Dengan sebab itu, golongan ini perlu dibantu
untuk menyediakan kemudahan yang sesuai agar dapat mengikut pembelajaran
dengan lancar. Malahan, jurang jalur lebar di antara kawasan bandar dan luar bandar
perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan agar masalah capaian internet tidak
menjadi penghalang kepada pembelajaran dalam talian terutamanya yang tinggal di
luar bandar. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu disediakan dengan kemahiran
mengendalikan ICT melalui kursus-kursus yang bersesuaian agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Tanpa kemahiran ini,
guru akan menghadapi masalah melaksanakan pdpr sekiranya wabak ini melanda
kembali yang memaksa pembelajaran dijalankan di dalam talian. Bahkan, pengajaran
tradisional yang bergantung sepenuhnya kepada interaksi fizikal secara bersemuka
akan kembali menjadi kegemaran guru berbanding secara dalam talian. Namun,
usaha ini tidak akan bermakna tanpa adanya komitmen dan kesungguhan guru sendiri
untuk mempelajari teknologi ini. Dalam kata lain, guru hendaklah mempunyai inisiatif
sendiri untuk menguasai kemahiran ICT ini agar tidak ketinggalan.


CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan
guru mengajar pada masa pandemik berlaku dan selepasnya dengan menjadikan
guru baharu sebagai responden. Oleh yang demikian, kelompok yang menjadi
sasaran kajian ini adalah kecil dan tidak menggambarkan keseluruhan warga guru
khususnya. Sebagai guru baharu, mereka ini sudah pastinya mempunyai motivasi
yang tinggi untuk mengajar selepas sekian lama menuntut ilmu. Ini menyebabkan
tahap kesediaan mengajar mereka juga adalah tinggi. Dengan sebab itu, adalah
dicadangkan agar kajian seumpama ini dijalankan pula kepada kelompok guru yang
telah lama berkhidmat di sekolah. Kelompok ini biasanya sudah sebati dengan
pengajaran tradisional iaitu bersemuka secara fizikal dengan murid di bilik darjah
berbanding pengajaran dalam talian dan menggunakan peralatan ICT.

Di samping itu juga, amalan pedagogi guru dari segi perancangan,
pelaksanaan dan pentaksiran juga boleh dijadikan bahan kajian lanjutan terutamanya
pada era pandemik ini. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas perancangan KPM bagi
membina apabila pengajaran terpaksa dilaksanakan dari rumah atau dalam talian.
Bukan itu sahaja, isu berbangkit dari pelaksanaan pengajaran dalam talian atau dari


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 47


rumah juga boleh dijadikan bahan kajian lanjutan kerana dapatannya itu boleh juga
dijadikan asas perancangan KPM agar pelaksanaan pengajaran guru lebih berkesan
dan sampai kepada murid walau di mana mereka berada.


Rujukan

Alabed, Ali A. Alabed, Asita Elengoe, Elan Selvi Anandan & Abdullah Y. Almahdi.
(2020). recent perspectives and awareness on transmission, clinical
manifestation, quarantine measures, prevention and treatment of COVID-19
among people living in malaysia in 2020. Journal of Public Health: From Theory
to Practice. 30(2): 1133-1142

Arina Anis Azlan, Mohammad Rezal Hamzah, Sern, T.J., Suffian Hadi, & Emma
Mohammad. (2020). Public Knowledge, Attitudes and Practices Towards
COVID-19: A Cross-Sectional Study in Malaysia. Plos One. Vol. 15(5) : 1-10

Asan Ali Golam Hassana, Nanthakumar Loganathan, Maznieda Mahjom, Nor Asiah
Muhamad, Aminuddin Mohamed & Johari Alwi. (2020). Impak covid-19 ke atas
status sosioekonomi dan kesihatan masyarakat orang asli.
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/346417025_Impak_Covid-
19_Ke_Atas_Status_Sosioekonomi_dan_Kesihatan_Masyarakat_OrangAsli

Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. (2020). Are we prepared enough? A case
study of challenges in online learning in a private higher learning institution during
the covid-19 outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journa. Vol. 7(5):
205-212.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah:
satu penilaian. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kapasia, N., Paul, P., Roy, A., Saha, J., Zaveri, A., Mallick, R., Barman, B., Das, P., &
Chouhan, P. (2020). Impact of lockdown on leraning status of undergraduate and
postgraduate students during COVID-19 pandemic in West Bengal, India.
Children dan Youth Services Review. Vol. 116: 1-5.

Khayriyyah Mohd Hanafiah & Chang Da Wan. (2020) Public knowledge, perception
and communication behavior surrounding COVID-19 in Malaysia.
https://doi.org/10.31124/advance.12102816.v1.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga lepas Menengah). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 48


Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis panduan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakkan disebabkan
penularan jangkitan covid-19. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 3 Tahun 2020 bertarikh 27 Mac 2020.

Khan, M.A., Vivek, Nabi, M.K., Khojah, M., Tahir, M. (2021). Students’ perception
towards e-learning during Covid-19 pandemic in india: an empirical study.
Sustainability. 13:1-14.
https://dx.doi.org/10.3390/su13010057

Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba
Farooqi. (2020). Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education
experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges.
International Journal of Learning, Teaching and Educational Research. Vol.
19(6): 127-144.

Law, S., Leung, A. W., & Xu, C. (2020). Severe acute respiratory syndrome (SARS)
and coronavirus disease-2019 (COVID-19): From causes to preventions in Hong
Kong. International Journal of Infectious Diseases. Vol 94: 156–163.

Lin, Q., Zhao, S., Gao, D., Lou, Y., Yang, S., Musa, S. S., Wang, M. H., Cai, Y., Wang,
W., Yang, L., & He, D. (2020). A conceptual model for the coronavirus disease
2019 (COVID-19) outbreak in Wuhan, China with individual reaction and
governmental action. International Journal of Infectious Diseases. 93: 211–216.

Maheran Zakaria & Khamisah Abd Manaf. (2020), Investigating advantages and
difficulties of embracing google classroom in the point of view of higher learning
institution’s students. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural
Sciences. Vol 20(1): 57-68.

Mahyoob, M. (2020). Challenges of e-Learning during the COVID-19 pandemic
experienced by EFL Learners. Arab World English Journal. Vol 11(4): 351-362.

Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. (2021).
Pelaksanaan pengajaran guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
ketika pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes. PENDETA Journal of Malay
Language, Education and Literature. Jilid 12 Edisi Khas: 21-32

Moralista, R, B., & Oducado, R. M. F., (2020). Faculty perception toward online
education in a State College in the Philippines during the coronavirus disease 19
(COVID-19) Pandemic. Universal Journal of Educational Research. Vol 8(10):
4736-4742.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 49


Nik Azmi Nik Omar, Nur Zainie Abd Hamid, Nabila Ahmad, Mohd Fazil Jamaludin &
Siti Fairuza Hassam. (2021). Pandemik Covid-19: Keberkesanan penyebaran
maklumat oleh kerajaan dan pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP). Journal of Public Security and Safety. Vol. 11(1): 127-147.

Nur Amirah Adibah Norashikin, Nur Izzati Jaafar Sidek, Nur Ainiza Johari, Mohamad
Izzuan Mohd Ishar. (2021). Kesan norma baharu terhadap pengguna dari aspek
aktiviti sosial. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. Vol 6(3):
159-170.


Nur Nadiya Baharuddin & Maslawati Mohamad. (2020). Integrating eduBlog in the
teaching of narrative writing in primary school. Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol.
45(1) Isu Khas: 75-85.

Nor Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin,
Jalihah Md Shah, Suhailah Abdul Muin, Oliver Valentine Eboy, Budi Anto Mohd
Tamring, Datu Razali Datu Eranza, Jashmaira Kipli, Nur Fitriaida Jamali,
Rosdiana Betare. (2020). Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya
semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 di Kota Kinabalu,
Sabah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences. Vol.
21 (1): 90-105

Nur Haiza Nordin & Nur Naddia Nordin. (2020). Impact of pandemic covid-19 to the
online learning: case of higher education institution in Malaysia. Universal Journal
of Educational Research. Vol 8(12A): 7607-7615


Nornadiba Huda Maat & Shahlan Surat. (2022). Kesediaan PdPR dan kemahiran
mengawal tekanan psikologikal semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan
guru KAFA. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. Vol 7 (3): 1-
18.

Pokhrel, S. & Chhetri, R. (2021). A literature review on impact of covid-19 pandemic
on teaching and learning. Higher Education for the Future. Vol 8(1): 133–141.

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru
terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning
(HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay
Language, Education and Literature. Jilid 11 Edisi Khas: 46-57

Umeizudike, K. A., Isiekwe, I, G., Fadeju, A. D., Akinbobye, B. O., & Aladenika, E. T.,
(2021). Nigerian undergraduate dental students’ knowledge perception and
attitude to covid-19 and infection control practices. Journal Dental Education. Vol.
85: 187-196.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 50


Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran teknologi dan kesediaan
melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era
pandemik dalam kalangan guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia
Pendidikan. Vol. 3(1): 428–441.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 51


PENILAIAN KURIKULUM ELEKTIF TERAS KAJIAN KURIKULUM BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Amat Tarop Sumo ([email protected])

IPG Kampus Ilmu Khas


Abstrak

Kajian ini menilai kurikulum elektif teras kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah di IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Model Penilaian Stufflebeam 1971 iaitu Konteks, Input, Produk, dan Proses (KIPP)
telah digunakan. Empat aspek utama kajian ialah hasil pembelajaran dan isi
kandungan, pengetahuan kandungan, pedagogi, dan pentaksiran. Kaedah kajian ialah
kuantitatif dengan disokong oleh kaedah kualitatif. Data kuantitatif diperoleh melalui
soal selidik daripada 119 orang siswa guru selepas kajian rintis dijalankan manakala
data kualitatif diperoleh daripada tiga orang pensyarah menggunakan temu bual
semistruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kursus ini memberi impak yang
positif dalam aspek konteks, input, proses, dan produk terhadap siswa guru bukan
opsyen BM. Kursus ini wajar diambil oleh siswa guru sebagai subjek elektif kerana
memberi nilai tambah dari segi pengetahuan tentang Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP). Kurikulum ini wajar dinilai dari semasa ke semasa bagi
melahirkan siswa guru yang kompeten.

Kata kunci: kurikulum, elektif teras, impak, dimensi


Abstract

This study evaluates the core elective curriculum of the Primary School Malay
Language Curriculum Study course at IPG for the Bachelor of Teaching Degree
Program (PISMP). Stufflebeam's 1971 Context, Input, Product, and Process (KIPP)
Evaluation Model was used. The four main aspects of the study are learning outcomes
and content, content knowledge, pedagogy, and assessment. The research method is
quantitative supported by qualitative methods. Quantitative data was obtained through
a questionnaire from 119 student teachers after a pilot study was conducted while
qualitative data was obtained from three lecturers using semi-structured interviews.
The findings of the study show that this course has a positive impact in terms of
context, input, process, and product for non-BM option teacher students. This course
should be taken by student teachers as an elective subject because it provides added
value in terms of knowledge about the Standard Curriculum and Assessment
Document (DSKP). This curriculum should be evaluated from time to time to produce
competent student teachers.

Keywords: Curriculum, Core Elective, Impact, Dimension


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 52


PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan demi mendepani
cabaran pendidikan masa ini dan selari dengan dasar-dasar kerajaan khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Hanifah, Vincent dan Muhammad
Idris (2019), pendidikan merupakan elemen utama yang menjadi asas untuk
merealisasikan aspirasi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perubahan yang
berlaku di peringkat global memberi kesan dan cabaran terhadap perancangan
pendidikan negara (UNESCO, 2015).

Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2017), pendidikan berkualiti boleh
didefinisikan sebagai sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan harapan
pengguna serta melalui proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara
berterusan. Mohd Huzaimi, Zolkepli dan Norasmah (2020), pendidikan memainkan
peranan utama menyumbang ke arah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan melalui sistem persekolahan,
merupakan antara elemen terpenting bagi sesebuah negara dalam usaha menjadikan
rakyat yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran melalui sistem pendidikan
yang berkualiti selaras dengan kemahiran abad ke-21.

Kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat di
seluruh dunia memerlukan KPM membuat penyesuaian dan penambahbaikan
terhadap sistem pendidikan yang sedia ada termasuk di peringkat institusi pengajian
tinggi (IPT). Oleh sebab itu, penilaian terhadap kurikulum seharusnya dilakukan agar
kurikulum tersebut sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Dalam hal ini,
Rohana et al. (2019) menyatakan bahawa proses penilaian merupakan komponen
penting kurikulum untuk memastikan keberkesanan program akademik yang
dilaksanakan serta perlu menjadikan falsafah pendidikan sebagai teras kepada
perencanaannya.

Surendran & Norazlinda (2019) pula berpendapat penilaian merupakan
komponen penting untuk memastikan pencapaian objektif pendidikan sesebuah
institusi pengajian. Penilaian ialah satu aspek yang sangat diperlukan dalam
pelaksanaan sesuatu program kerana dapat memberikan pelbagai maklum balas yang
tepat dan berkesan terhadap sesuatu program yang dinilai (Shamsa Aziz, Munazza
Mahmood & Zahra Rehman, 2018). Penyataan ini disokong oleh Syed Kamaruzaman,
Faizul dan Norkhalid (2018) yang menyatakan bahawa kurikulum adalah segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan yang telah ditentukan oleh KPM.

Seterusnya, Muhammad Fawiz et al. (2020) menyatakan bahawa kurikulum
merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti
kerana kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi,
evaluasi, dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 53


Menurut Ornstein dan Hunkins (2012) kurikulum merupakan suatu dokumen
perancangan manakala Habibah et al. (2020) menyatakan bahawa pelaksanaan
kurikulum merujuk kepada cara guru menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut
dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bersandarkan kefahaman guru
serta kemampuan melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan. Oleh hal
yang demikian kurikulum Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
juga perlu dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan kurikulum tersebut
memberi kesan positif kepada siswa guru. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan
mengkaji kurikulum yang terkandung dalam kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kod kursus ini ialah BMMB3043 yang mempunyai tiga jam nilai kredit dan mula
dipelajari oleh siswa guru pada semester dua pengajian. Kursus ini memberi
penjelasan tentang Kurikulum Standard BM Sekolah Rendah, organisasi kandungan,
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek
seni bahasa, aspek tatabahasa, pengisian kurikulum sebagai kemahiran bernilai
tambah, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan kepelbagaian sumber dan bahan.
Hasil pembelajaran bagi kursus ini ialah mentafsir reka bentuk kurikulum berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran BM Sekolah Rendah (DSKP BM SR),
menghuraikan organisasi kandungan kurikulum berdasarkan DSKP BM SR,
mengaplikasikan standard pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa,
mengintergrasikan elemen pengisian kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan menginterpretasikan pentaksiran sekolah rendah berdasarkan
DSKP BM SR. Strategi pengajaran dan pembelajaran ialah kuliah dan tutorial
(perbincangan dan pembentangan kumpulan) manakala kaedah pentaksiran kursus
ini ialah 60% kerja kursus dan 40% peperiksaan akhir.


PENYATAAN MASALAH

Kajian ini akan memfokuskan kurikulum elektif teras BM bagi kursus Kajian Kurikulum
BM Sekolah Rendah dalam kalangan siswa guru bukan opsyen BM di IPG. Oleh hal
yang demikian, beberapa masalah berkaitan dengan kajian ini telah dikenal pasti.
Antaranya ialah hasil pembelajaran dan isi kandungan kurikulum elektif teras BM di
IPG seharusnya selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 (KPM 2013) agar memberi kesan yang positif kepada siswa guru bukan
opsyen BM. Dalam hal ini, Zedda, Bernardelli dan Maran (2017) menyatakan bahawa
penilaian kurikulum dari segi hasil pembelajaran dan kandungan kurikulum harus
dijalankan untuk memastikan pelajar memperoleh kepuasan dalam pembelajaran.
Muhamad Hafizan dan Anuar (2017) menyatakan bahawa pengetahuan isi kandungan
merupakan suatu pengetahuan yang unik dan penting bagi seseorang yang bergelar
guru. Kepuasan dalam pembelajaran BM sangat penting kerana kebanyakan siswa
guru menganggap mata pelajaran BM adalah sangat sukar, justeru kajian ini


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 54


dijalankan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Tay
Meng Guat dan Wong Shia Ho (2016) memandangkan BM merupakan mata pelajaran
yang penting dalam kurikulum pendidikan, maka pelajar seharusnya mempunyai sikap
yang positif terhadap pembelajaran BM.

Skop kursus elektif teras BM yang merangkumi aspek pengetahuan
kandungan, pedagogi, dan pentaksiran haruslah dikaji dan diteliti kerana ketiga-tiga
aspek ini memainkan peranan yang penting dalam proses pelaksanaannya terhadap
siswa guru bukan opsyen BM. Sering kali berlaku masalah dalam kalangan siswa guru
bukan opsyen BM yang masih kurang mahir dari segi pengetahuan kandungan,
pedagogi, dan pentaksiran. Hal ini selari dengan pandangan Faizah Ja’apar (2017)
yang menyatakan bahawa amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah berkait rapat
dengan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran. Perkara ini disokong
oleh Mohammad Rusdi (2017) yang menyatakan bahawa setiap guru perlulah
memastikan mereka mempunyai pengetahuan pedagogi kandungan yang terkini agar
selari dengan kehendak dan perkembangan sistem pendidikan negara. Realitinya,
tidak semua guru BM bukan opsyen mengetahui dan mampu mengaplikasikan strategi
dan teknik pengajaran yang berkesan dalam pengajaran mereka, justeru kajian dalam
aspek pengetahuan kandungan, pedagogi, dan pentaksiran semestinya dilakukan
untuk melihat keberkesanannya kepada siswa guru bukan opsyen BM.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. mengenal pasti kesan hasil pembelajaran dan isi kandungan kurikulum
terhadap siswa guru bukan opsyen BM dari segi konteks;
2. menganalisis kesan pengetahuan kandungan kurikulum terhadap siswa
guru bukan opsyen BM dari segi input;
3. menganalisis kesan pedagogi terhadap siswa guru bukan opsyen BM dari
segi proses;
4. menilai kesan pentaksiran kurikulum terhadap siswa guru bukan opsyen BM
dari segi produk.


SOROTAN LITERATUR

Dedek, Badrun dan Samsul (2018) telah menjalankan kajian membangunkan
instrumen untuk menilai kurikulum tempatan yang telah dibangunkan oleh pihak
kerajaan Indonesia. Kajian tersebut menilai pelaksanaan kurikulum tempatan dalam
kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum tempatan yang
dibangunkan oleh kerajaan sesuai digunakan mengikut keunikan tempatan atau
wilayah. Fetus dan Kurumeh (2015) menyatakan bahawa pelaksanaan penilaian
kurikulum merangkumi jumlah aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dialami


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 55


oleh pelajar dengan bimbingan sekolah. Akinoglu (2017) mengaitkan penilaian
pelaksanaan kurikulum dengan elemen asas dalam sistem pendidikan yang
merangkumi standard yang diharapkan untuk dicapai oleh seseorang pelajar. Hal ini
selari dengan kurikulum kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah Rendah yang
dibangunkan mengikut keperluan semasa IPG iaitu untuk melahirkan siswa guru yang
lebih kompeten.

Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Nurul Ashikin, Chew dan Zuraidah
(2020) menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang perlu
dikuasai oleh setiap guru BM merujuk kepada pengetahuan kurikulum, pengetahuan
isi kurikulum, pengetahuan pedagogi mengajar, dan pengetahuan tentang ciri-ciri
murid. Guru BM perlu mengambil kira perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan. Guru-guru BM perlu mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan
tahap pengetahuan pedagogi kandungan berada pada tahap yang tinggi kerana
memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian yang dibincangkan, pengkaji berpendapat penilaian
kurikulum terhadap hasil pembelajaran dan isi kandungan, pengetahuan kandungan,
pedagogi, dan pentaksiran wajar dilakukan untuk melihat kesannya kepada siswa guru
bukan opsyen BM. Hal ini dikatakan demikian kerana elemen-elemen ini penting untuk
memastikan guru dapat menyampaikan pengajaran BM dengan baik dan berkesan
semasa mengajar di dalam bilik darjah. Menurut kajian oleh Md Nor Bakar dan Syed
Muammar Billah (2017) mencadangkan guru perlu mempelbagaikan pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan alat bantu mengajar yang
lebih berkesan bagi mengesan sebarang kekeliruan konsep semasa pengajaran.


TEORI DAN KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini menggunakan model Konteks, Input, Proses, dan Produk KIPP yang
dipelopori oleh Daniel L. Stufflebeam yang mula dibentuk pada tahun 1971. Tujuan
model ini adalah untuk memenuhi kehendak penilaian yang menjadi sains
pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan yang sewajarnya terhadap
pelaksanaan sesuatu kurikulum.

Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan model CIPP Stufflebeam 1971.
Konteks mengenal pasti hasil pembelajaran dan isi kandungan, input menganalisis
pengetahuan kandungan, proses menganalisis pedagogi, dan produk akan menilai
pentaksiran. Kempat-empat dimensi ini memainkan peranan yang penting dalam
kajian ini. Kerangka konseptual kajian ini adalah berdasarkan Rajah 1 di bawah:


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 56

























Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian


METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan disokong oleh kaedah kualitatif.
Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik daripada 119 orang siswa guru selepas
kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang siswa guru bukan opsyen. Secara
keseluruhannya, populasi kajian ini adalah seramai 149 orang siswa guru bukan
opsyen BM. Seterusnya, data kualitatif diperoleh dalam kalangan tiga orang
pensyarah BM menggunakan temu bual semi-struktur bagi menyokong data
kuantitatif. Empat buah IPGK yang terlibat dalam kajian iaitu IPG Kampus Ilmu Khas,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Pulau Pinang, dan IPG Kampus Tun
Abdul Razak, Sarawak. Hal ini dikatakan demikian kerana empat IPGK ini sahaja yang
menawarkan kurikulum elektif teras BM kepada siswa guru bukan opsyen BM.
Daripada 119 orang responden tersebut, 33 orang lelaki manakala 86 orang
perempuan.


DAPATAN KAJIAN

Dapatan deskriptif dilaporkan dengan membentangkan nilai min setiap pemboleh
ubah yang dikaji. Pengkaji menginterpretasikan skor min dalam tiga tahap seperti yang
dipamerkan dalam Jadual 1 di bawah ini:

Jadual 1: Skala Interpretasi Min


Min Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.67 Sederhana
3.68 - 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Majid Konting (2000)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 57


Kesan hasil pembelajaran dan isi kandungan kurikulum terhadap siswa guru
bukan opsyen BM dari segi konteks.

Jadual 2: Kesan Hasil Pembelajaran dan Isi Kandungan Kurikulum bagi Kursus Kajian
Kurikulum BM Sekolah Rendah terhadap Siswa Guru Bukan Opsyen BM

Dimensi Item Min SP

Konteks Meningkatkan kualiti diri sebagai siswa guru 4.72 0.47
Meningkatkan pengetahuan 4.68 0.49
Meningkatkan keupayaan berfikir secara
kreatif dan kritis. 4.66 0.54
Mengetahui objektif pembelajaran 4.64 0.58
Memperoleh ilmu baharu berkenaan isi
kandungan 4.61 0.51

Berdasarkan Jadual 2, hasil dapatan menunjukkan bahawa item yang paling tinggi
ialah meningkatkan kualiti sebagai siswa guru dengan min 4.72 (S.P = 0.47).
Seterusnya, min meningkatkan pengetahuan ialah 4.68 (S.P = 0.49). Selanjutnya
meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis memperoleh min 4.66 (S.P
= 0.54). Diikuti dengan min mengetahui objektif pembelajaran ialah 4.64 (S.P = 0.58).
Sementara itu, min memperoleh ilmu baharu berkenaan isi kandungan adalah
sebanyak 4.61 (S.P = 0.51). Dapatan ini diperkukuh melalui dapatan temu bual
terhadap tiga orang pensyarah seperti berikut:

P1: Ya, memberikan kesan dari segi pengetahuan dan ilmu baharu.
P2: Saya lihat siswa guru lebih jelas berkenaan isi kandungan kurikulum.
P3: Aaa menyediakan bakal guru yang lebih yakin untuk mengajar di
dalam kelas.

Kedua-dua dapatan tersebut menunjukkan bahawa hasil pembelajaran dan isi
kandungan memberi kesan yang positif terhadap siswa guru bukan opsyen
berdasarkan dimensi konteks. Hal ini selari dengan kajian Anuar (2017) yang
menyatakan bahawa hasil pembelajaran dan isi kandungan merupakan suatu
pengetahuan yang penting bagi seseorang yang bergelar guru. Perkara ini secara
tidak langsung akan membantu siswa guru bukan opsyen BM menjadi lebih mahir dan
semakin yakin untuk mengajarkan subjek BM dan subjek lain semasa di lapangan
sebenar nanti.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 58


Kesan pengetahuan kandungan kurikulum terhadap siswa guru bukan opsyen
BM dari segi input.

Jadual 3: Kesan Pengetahuan Kandungan Kurikulum bagi Kursus Kajian Kurikulum
BM Sekolah Rendah terhadap Siswa Guru Bukan Opsyen BM


Dimensi Item Min SP

Input Meningkatkan pengetahuan tentang RMK 4.46 0.59
Memperoleh maklumat berkenaan isi pelajaran 4.44 0.61
Menghasilkan kerja kursus yang berkualiti 4.42 0.64
Jelas berkenaan hasil pembelajaran 4.36 0.70
Menghapuskan tanggapan BM subjek sukar 4.34 0.75
Menjawab peperiksaan dengan cemerlang 4.33 0.65
Jelas dengan isi kandungan kurikulum 4.29 0.68

Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa meningkatkan pengetahuan tentang
Rancangan Maklumat Kursus (RMK) memperoleh nilai min yang paling tinggi iaitu 4.46
(S.P = 0.59). Seterusnya, memperoleh maklumat berkenaan isi pelajaran min 4.44
(S.P = 0.61). Min menghasilkan kerja kursus yang berkualiti ialah 4.42 (S.P = 0.64)
dan jelas berkenaan hasil pembelajaran 4.36 (S.P = 0.70). Selanjutnya, min bagi
menghapuskan tanggapan BM subjek sukar, menjawab peperiksaan dengan
cemerlang, dan jelas denga isi kandungan masing-masing ialah 4.34 (S.P = 0.75),
4.33 (0.65), dan 4.29 (S.P = 0.68). Dapatan ini disokong oleh dapatan temu bual
dengan pensyarah seperti yang berikut:

P1: Berkait dengan pengetahuan kandungan RMK, membantu siswa guru
memahami topik-topik yang berkaitan dengan pengajaran Abad ke-21.
P2: Pengetahuan kandungan membantu siswa guru menguasai kandungan
kurikulum dan yakin melaksanakan PdP Bahasa Melayu di dalam kelas.
P3: Melatih siswa guru menjadi bakal guru BM yang bagus kerana mereka
semakin mantap dari segi maklumat yang terkandung dalam kurikulum
tersebut.

Dapatan yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan
tentang kurikulum kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah Rendah memberi kesan yang
besar kepada siswa guru bukan opsyen BM dari segi input. Kesan tersebut dapat
dilihat dari segi pengetahuan siswa guru tentang RMK dan topik yang terkandung
dalam kursus semakin meningkat. Mereka juga memperoleh maklumat tentang isi
pelajaran dengan jelas dan tidak menganggap subjek BM sebagai subjek yang sukar.
Di samping itu, mereka juga dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti dan
menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Kesan positif daripda input-input
tersebut dapat dijadikan sebagai persediaan kepada siswa guru untuk menjadi guru
BM yang bagus dan mantap semasa di sekolah nanti. Penyataan ini disokong oleh
Nurul Ashikin, Chew & Zuraidah (2020) yang menyatakan bahawa pengetahuan
kandungan merupakan elemen penting yang mesti dimiliki oleh guru semasa


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 59


melaksanakan proses PdP. Kepentingan ini selari dengan dapatan kajian Rozaiman
et al. (2016) yang menyatakan bahawa guru BM perlu mempunyai pengetahuan yang
baik berkenaan pengetahuan kandungan BM kerana guru merupakan fasilitator dalam
proses pembelajaran murid.

Kesan pedagogi terhadap siswa guru bukan opsyen BM dari segi proses.

Jadual 4: Kesan Pedagogi bagi Kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah Rendah
terhadap Siswa Guru Bukan Opsyen BM

Dimensi Item Min SP

Proses Mempelbagaikan kaedah pengajaran 4.56 0.58
Memberi maklumat tentang kepentingan
kursus 4.54 0.58
Mempelbagaikan teknik pengajaran 4.52 0.64
Mudah mengaitkan hasil pembelajaran
dengan isi pelajaran kurikulum elektif
teras BM 4.52 0.62
Memberi motivasi untuk mendalami
kurikulum elektif teras BM 4.47 0.59

Berdasarkan Jadual 4, didapati mempelbagaikan kaedah pengajaran adalah paling
tinggi iaitu 4.56 (S.P = 0.58). Diikuti dengan memberi maklumat tentang kepentingan
kursus min 4.54 (S.P = 0.58). Seterusnya, min bagi mempelbagaikan teknik
pengajaran ialah 4.52 (S.P = 0.64) dan mudah mengaitkan hasil pembelajaran dengan
isi pelajaran kurikulum elektif teras BM ialah 4.52 (S.P = 0.62). Akhir sekali, memberi
motivasi untuk mendalami kurikulum elektif teras BM ialah 4.47 (S.P = 0.59). Dapatan
ini telah disokong berdasarkan temu bual dengan pensyarah seperti berikut:

P1: Mereka menggunakan pelbagai kaedah dan teknik semasa praktikum.
P2: Siswa guru mengalami sendiri proses pengajaran dan pembelajaran semasa
praktikum dalam talian.
P3: Siswa guru dapat menterjemahkan kurikulum dalam bentuk latih amal. Mereka
aplikasikan pedagogi BM dalam subjek major mereka.

Menerusi kedua-dua dapatan ini, didapati pedagogi sangat memberi kesan
kepada siswa dari segi proses pelaksanaan kurikulum. Antara kesannya ialah siswa
guru memperoleh maklumat tentang kaedah dan teknik pengajaran, kepentingan
kursus, dan dapat menterjemahkan ilmu yang diperoleh semasa praktikum. Kesan
yang diperoleh ini boleh diaplikasikan apabila mereka berada di sekolah nanti.
Menurut Mohammad Rusdi (2017), setiap guru perlulah memastikan mereka
mempunyai pengetahuan pedagogi yang terkini agar selari dengan kehendak dan
perkembangan sistem pendidikan negara.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 60


Kesan pentaksiran kurikulum terhadap siswa guru bukan opsyen BM dari segi
produk

Jadual 5: Kesan Pentaksiran Kurikulum bagi Kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah
Rendah terhadap Siswa Guru Bukan Opsyen BM

Dimensi Item Min SP
Produk Menghasilkan inovasi BM berasaskan TMK 4.57 0.60
Mempelbagaikan bahan rujukan 4.56 0.55
Meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis 4.54 0.59
Mengaitkan isi pelajaran dengan peperiksaan 4.52 0.64
Menilai kehendak kerja kursus secara kritikal 4.45 0.59

Berdasarkan Jadual 5, hasil dapatan menunjukkan bahawa menghasilkan inovasi BM
berasaskan TMK ialah 4.57 (S.P = 0.60). Diikuti dengan mempelbagaikan bahan
rujukan 4.56 (S.P = 0.55). Min bagi meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis ialah
4.55 (S.P = 0.59). Seterusnya membantu mengaitkan isi pelajaran dengan
peperiksaan ialah 4.52 (S.P = 0.64). Akhir sekali, menilai kehendak kerja kursus
secara kritikal ialah 4.45 (S.P = 0.59). Dapatan ini disokong oleh dapatan temu bual
pensyarah seperti berikut:

P1:Aaa bagi saya mereka memperoleh pengetahuan PAK 21 lebih kreatif dan kritis
P2:Buat kerja kursus dapat kukuhkan pengetahuan lah tentang kursus elektif BM.
P3:Meningkat lah aaa pengetahuan siswa guru tu tentang cara nak cari maklumat.

Dapatan menunjukkan bahawa kesan pentaksiran terhadap siswa guru bukan
opsyen berdasarkan dimensi produk adalah tinggi. Dapatan ini juga sangat selari
dengan pendapat McMillan (2008) yang menyatakan bahawa pentaksiran
pembelajaran adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Manakala Azizi et al. (2010) berpendapat pentaksiran merangkumi
pelbagai maklum balas daripada murid serta perbincangan untuk mengukur dan
menilai kualiti pembelajaran. Oleh itu, dari segi dimensi produk pentaksiran terhadap
siswa guru memberi kesan yang positif untuk melahirkan siswa guru bukan opsyen
yang boleh mengajar subjek BM dengan baik semasa di sekolah nanti.


PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian ini didapati kurikulum bagi kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah
Rendah memberikan kesan yang positif kepada siswa guru mengikut dimensi konteks,
input, proses, dan produk. Kesan dimensi konteks ialah siswa guru menjadi lebih
faham akan hasil pembelajaran dan isi kandungan kursus sekali gus mereka lebih
jelas dengan matlamat sesuatu kurikulum itu dibangunkan. Hal ini dapat memberi nilai
tambah kepada siswa guru dari segi mentafsir DSKP BM dengan baik berdasarkan
matlamat kurikulum semasa mengajar di sekolah nanti demi melahirkan murid-murid
yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini selari dengan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 61


kajian Dahlan (2020) yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran merujuk kepada
perubahan tingkah laku individu secara keseluruhan yang meliputi semua aspek iaitu
kognitif, konatif, afektif, dan motor. Hal ini diperkukuh dengan kajian Anuar (2017) yang
menyatakan bahawa pengetahuan isi kandungan merupakan suatu pengetahuan
yang penting bagi seseorang yang bergelar guru.

Dari segi dimensi input, pengetahuan kandungan kurikulum sangat membantu
untuk memastikan segala perancangan program dapat dilaksanakan dengan lancar.
Hal ini dikatakan demikian kerana pengetahuan kandungan kurikulum dan siswa guru
merupakan input yang penting untuk mencapai matlamat kurikulum. Pengetahuan
kandungan tersebut boleh diaplikasikan oleh siswa guru untuk memahami kandungan
sukatan pelajaran BM supaya dapat melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah
dengan cemerlang. Menurut kajian Zakaria et al. (2021) mendapati bahawa seorang
guru atau dikenali sebagai jurulatih perlu mempersiapkan diri mereka dengan
pengetahuan kandungan mengenai mata pelajaran yang diajar kepada murid supaya
PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pedagogi turut memberi kesan terhadap dimensi proses kerana pengetahuan
tentang teknik dan kaedah pengajaran membantu siswa guru melaksanakan
pengajaran dengan berkesan. Hal ini selari dengan matlamat penilaian proses yang
mengintegrasikan objektif, tujuan, dan falsafah kurikulum dengan sukatan pelajaran
untuk mencapai objektif pengajaran. Cathrine Masingan dan Sabariah (2019) dalam
kajian mereka menyatakan bahawa pedagogi yang berkesan adalah penting agar guru
dapat mengoptimumkan hasil pembelajaran yang diterima dan seterusnya
merangsang minat pelajar untuk menjadi generasi abad ke-21 yang berkualiti.

Akhir sekali, dimensi produk yang menilai matlamat, objektif serta hasil
pembelajaran kursus secara keseluruhan telah berjaya dicapai pada akhir kursus ini.
Buktinya siswa guru yang menjalani pentaksiran telah memperoleh kesan positif dari
segi keupayaan menghasilkan inovasi, mempelbagaikan bahan rujukan, dan
pemikiran kreatif dan kritis yang merupakan aspirasi IPGM untuk melahirkan guru
yang berkualiti. Kesan positif ini amat berkait rapat dengan kajian Kausalya & Faridah
(2022) yang menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses yang mengukur
perkembangan murid secara berterusan dan bersifat holistik, iaitu menilai aspek
kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Rumusannya, kurikulum yang terkandung dalam kursus Kajian Kurikulum BM
Sekolah Rendah ini sangat memberi kesan positif kepada siswa guru mengikut
dimensi konteks, input, proses, dan produk. Keempat-empat dimensi ini saling
mempengaruhi untuk melahirkan siswa guru dan bakal guru yang kompeten selari
dengan matlamat IPGM dan KPM.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 62


KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian terdapat beberapa syor yang boleh dicadangkan kepada
pemegang taruh kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah Rendah iaitu IPGM. Pihak
IPGM dan jawatankuasa yang membangunkan kurikulum ini harus mengekalkan
kursus ini sebagai subjek elektif teras BM kerana memberi impak yang positif kepada
siswa guru bukan opsyen BM. Keberkesanan kursus ini bukan sahaja terhadap subjek
BM malah subjek lain yang merupakan subjek major siswa guru seperti Matematik,
Pendidkan Khas, Pendidikan Islam, Sains, Reka Bentuk dan Teknologi, dan
Pendidikan Jasmani. Buktinya, ilmu pedagogi yang diperoleh daripada kursus ini
diaplikasikan oleh siswa guru semasa mengajar subjek major.

Syor yang seterusnya adalah kepada pihak IPGK khususnya Jabatan Pengajian
Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kursus ini supaya
membuka kursus ini di IPGK masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana
setakat ini hanya empat buah IPGK sahaja yang menawarkan kursus ini. Oleh itu,
kesan positif kursus ini dapat disebarluaskan secara menyeluruh sekiranya lebih IPGK
menawarkan kursus ini.

Walaupun kurikulum kursus Kajian Kurikulum BM Sekolah Rendah banyak
memberi impak positif namun kurikulum kursus ini perlu dibuat semakan dan dinilai
dari semasa ke semasa. Menurut Ornstein dan Hunkins (2012) penilaian merupakan
langkah penting bagi menilai keberkesanan dan kualiti sesuatu program supaya
menepati objektif dan tujuan yang telah ditetapkan. Semakan dan penilaian semula ini
sangat penting supaya kurikulum yang dibangunkan sentiasa relevan dengan
matlamat IPGM dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, KPM.


Rujukan

Akınoğlu, O. (2017). Pre-Service teachers’ metaphorical perceptions regarding the
concept of curriculum. International Journal of Instruction, 10(2), 263-278.

Anuar Ahmad. (2017). Pengaruh pengetahuan isi kandungan terhadap aplikasi
pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru sejarah. international
conference on global education v “global education, common wealth, and
cultural diversity”. Universitas Ekasakti, Padang, 10-11 April.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abd Rahim Hamdan
(2010) Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis & interpretasi
Data. Selangor: PTS Professional Publishing.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 63


Cathrine, M. (2019). Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) guru bukan
pengkhususan reka bentuk dan teknologi (RBT) di Sekolah Menengah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6), 64-71.

Dahlan Lama Bawa. (2020). Pengaruh kualifikasi akademik dosen terhadap mutu
pembelajaran pendidikan agama islam. Journal of Islamic Education (JIE) Vol.V
No. 1 Mei.

Dedek Andrian, Badrun Kartowagiran & Samsul Hadi. (2018). The instrument
development to evaluate local curriculum in indonesia. International Journal of
Instruction, Oktober 2018. Vol.11. No.4. 921-934.

Faizah Ja’apar (2017), Bahan bantu mengajar (BBM) untuk pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia.

Fetus, A.B. & Kurumeh, M.S. (2015). Effects of emotional intelligence skills acquisition
on students achievement in senior secondary school geometry in keffi education
zone, Nasarawa State, Nigera. Asian Journal of Education and e-Learning, 03
(04), 243-253.
www.ajouronline.com

Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan
Mohammad & Saifulazry Mokhtar. (2020). Analisis kandungan kemahiran
Bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia. PENDETA Journal of
Malay Language, Education and Literature Jilid 11 No.1.

Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare @ Bahari. (2019). Modul
membaca awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori
psikolinguistik kognitif dan aplikasi kaedah belajar melalui bermain. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 44(1): 45-48

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan hala tuju pendidikan Bahasa
Melayu 2016- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kausalya a/p Gopala Pilai & Faridah Mydin Kutty. (2022). Sikap guru bahasa melayu
dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH). Volume 7, Issue 5, e001522


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 64


Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad. (2017). Masalah
pembelajaran pelajar sekolah menengah dalam mata pelajaran sains Tingkatan
2 Tajuk: Fotosintesis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2017.

McMillan, J.H. (2008). Educational Research: Fundamentals for the Consumer.
Boston: Allyin and Bacon.

Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Aron & Norasmah Othman. (2020). Penilaian
pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) di Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Integrasi.Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). 9-16.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan.
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Keberkesanan permulaan
pengajaran menerusi amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam
mata pelajaran pendidikan islam sekolah rendah negeri Perak. Online
Journal of Islamic Educationoctober 2016, Vol. 4, Issue 2.

Muhammad Fawiz Bakri, Zulkifli Osman. Anida Sarudin & Husna Faredza Mohamed
Redzwan. (2020). Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula
kurikulum bahasa melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, Vol. 8, (1), 2020. Budiman
Writers Association of Malaysia (Budiman).

Muhammad Rusdi Abdul Majid (2017). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan.
guru bahasa arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhamad Hafizan Mohd Suhairi & Anuar Ahmad. (2017). pengaruh pengetahuan isi
kandungan terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-
guru sejarah. International Conference on Global Education V, ‘Global
Education, Common Wealth, and Cultural Diversity’. Universitas Ekasakti,
Padang. 10-11 April 2017.

Nurul Ashikin Md. Yatim, Chew Fong Peng & Zuraidah Abdullah. (2020). Tahap
pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa melayu sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 10, Bil.2 (Nov. 2020): 43-53.

Ornstein, A.C. & Hunkins F.P. (2012). Curriculum: Foundations, principles, and
issues. United States. (6th ed.) Pearson.

Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali & Christina Andin @
Nur Qistina Abdullah. (2019). Pembangunan model penilaian kurikulum
berteraskan nilai universal bagi program pendidikan berasaskan teknologi &


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 65


kejuruteraan: Satu kerangka konseptual. International Journal of Humanities
Technology and Civilization (IJHTC) Issue 7, Vol 2 Disember. 55-68.


Rozaiman Makmun, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib, & A. Rahman Haron.
(2016). Pengetahuan teknologi pedagogikal kandungan kesusasteraan
melayu: Peranan guru sastera dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (2): 85-98.

Shamsa Aziz, Munazza Mahmood & Zehra Rehman. (2018). Implementation of CIPP
model for quality evaluation at school level: a case study. Journal of Education
and Educational Development.

Stufflebeam, D.L. (1971). Education evaluation and decision making. Itasca, Illinois:
F.E. Peacock Publisher, Inc.

Surendran Sankaran dan Norazlinda Saad. (2019). Penilaian program sarjana muda
pendidikan: model cipp sebagai asas. Volume: 2 Issues: 8.132-140. International
Journal of Modern Trends in Social Sciences. Journal website: ijmtss.com.

.
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Faizul Mat Som & Norkhalid Salimin (2018).
Pelaksanaan penilaian dalam mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah
menengah. International Journal of Education, Psychology and
Counseling.Volume 3, No. 13.10-17.

Tay Meng Guat & Wong Shia Ho. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap
pembelajaran bahasa melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGKBL.13,
53-63.

UNESCO. (2015). Quality physical education (QPE): Guidelines for policy-maker.
France: United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO).

Zedda, M., Bernardelli, S., & Maran, D.A. (2017). Students’ Satisfaction with the Group
Work Method and its Performance Evaluation: A survey in an Italian University.
International Journal of Instruction, 10(3), 1-14.

Zakaria, M. A., Ahmad, M. F. & Abdul Rahman, M. K. (2021). Model pembangunan
identiti guru: pendekatan pengajaran seni teater dalam pendidikan di Malaysia.
Proceedings of International Conference on Social Sciences and Humanities
(ICSSH) 2021 (173-186). Isu-Isu Pendidikan. Tanjung Malim, Perak.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 66


PENGARUH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SERTA KOMPETENSI PENGAJARAN SISWA GURU DI
MALAYSIA


1
Badruddin Hassan, PhD ([email protected])
2
Mas Norbany Abu Samah, PhD ([email protected])
3
Mat Ali Abd Ghani, PhD ([email protected])

1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail


Abstrak

Kemahiran Berfikir Kritis yang terdapat dalam sistem latihan di Institut Pendidikan
Guru Malaysia menjadi kriteria penting dalam merancang, mengelola dan mentafsir
kebolehan siswa gurunya. Tujuannya untuk memastikan semua siswa guru yang
tamat pengajian mereka memiliki kompetensi yang tinggi untuk menggalas tugas
sebagai seorang guru terlatih. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan
kaedah tinjauan rentas terhadap siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Soal
selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu demografi, kemahiran berfikir kritis (KBK),
strategi pengajaran dan pembelajaran (SPdP) serta kompetensi pengajaran guru
(KPG) diedarkan kepada responden kajian. Analisis deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) telah menunjukkan
tahap min KBK, SPdP dan KPG siswa guru adalah tinggi. Ujian regresi yang
digunakan menunjukkan terdapat pengaruh yang sederhana antara KBK dan SPdP
dan KPG. Dapatan ini menunjukkan pengupayaan siswa guru semasa menjalani
latihan perlu ditambahbaik terutama dengan menyediakan kaedah latihan dan
pentaksiran yang menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini
diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesediaan pihak penyedia
latihan perguruan meningkatkan kompetensi siswa guru di masa hadapan.

Kata kunci: Kemahiran berfikir kritis, strategi pengajaran dan pembelajaran,
kompetensi pengajaran, siswa guru


Abstract

Critical Thinking Skills found in the training system at the Malaysian Teacher Education
Institute are important criteria in planning, managing and interpreting the abilities of
preservice teachers. The purpose is to ensure that preservice teachers who complete
their studies have a high level of competence to carry out their duties as trained
teachers. This study uses a quantitative design with a cross-sectional survey method
on preservice teachers at the Malaysian Institute of Teacher Education. The
questionnaire consists of four parts, namely demographics, critical thinking skills
(CTS), teaching and learning strategies (TLS) and teacher competencies (TC)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 67


distributed to the study respondents. Descriptive and inferential analysis using the
Statistical Package for Social Science (SPSS) has shown that the mean level of CTS,
TLS and TC of preservice teachers is high. The regression test used shows that there
is a moderate influence between CTS and TLS and TC. This finding shows that the
ability of preservice teachers during training needs to be improved, especially by
providing training and assessment methods aimed at high-level thinking skills. This
study is expected to increase the knowledge and willingness of teacher training
providers to improve the competence of preservice teacher in the future.

Keywords: Critical thinking skills, teaching and learning strategy, teacher’s
competency, preservice teacher


PENDAHULUAN

Hasrat KPM untuk melahirkan guru yang berkualiti dan mencapai sistem pendidikan
guru bertaraf dunia berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semakin jelas dengan menaikkan taraf 27
IPG di seluruh Malaysia pada 13 Julai 2005 daripada melatih siswa guru peringkat sijil
dan diploma kepada peringkat ijazah sarjana muda (Sufean, 2014). Usaha ini sebagai
memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 dengan matlamat membangunkan
Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) bagi membolehkan siswa guru menyesuaikan diri
dalam arus pendidikan yang lebih mencabar (Baharuddin, et al., 2015).


PENYATAAN MASALAH

Penekanan terhadap penguasaan KBK dalam kalangan siswa guru yang mengikuti
pengajian di IPT penting bagi menggalakkan mereka menguasai KBK (Shim &
Walczak, 2012; Gellin, 2003). Namun terdapat siswa guru masih belum memiliki
pengetahuan dan penguasaan terhadap KBK untuk disampaikan di dalam kelas
secara berkesan. Ini menyukarkan proses pemindahan pengetahuan KBK kepada
pelajar. Laporan oleh Bahagian Pendidikan Amerika Syarikat pada tahun 2006
mendapati bahawa tahap penguasaan KBK yang rendah dalam kalangan siswa guru
disebabkan oleh kaedah PdP yang dilaksanakan tidak memberi penekanan sejak di
peringkat universiti lagi (Willingham & Rottherham, 2010). Hal ini menjadi faktor
penghalang pengaplikasian KBK di dalam bilik darjah apabila siswa guru ditempatkan
di sekolah nanti.

Keupayaan berfikir jelas merupakan satu proses semula jadi, namun kemahiran
ini mesti dipertingkatkan lagi oleh siswa guru semasa proses PdP yang dilaksanakan
di dalam kelas (Gashan, 2015). Siswa guru tidak menyedari sepenuhnya kaedah dan
strategi bagi menyampaikan KBK semasa proses PdP di dalam kelas apabila mereka
hanya bergantung kepada kaedah syarahan dan pembentangan input PdP melalui
tayangan slaid PowerPoint semata-mata (Lauer, 2005). Di samping itu, persepsi siswa


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 68


guru terhadap KBK mempunyai kesan terhadap peningkatan KBK dalam kalangan
pelajar (Gashan, 2015). Apatah lagi apabila siswa guru tidak mempunyai pengetahuan
yang mencukupi mengenai teori dan amalan mengenai KBK untuk disampaikan
kepada pelajar di dalam kelas (Gillies, 2016).

Kajian oleh Qing et al., (2012) mendapati bahawa persepsi siswa guru terhadap
kesedaran berkaitan KBK ini memberi impak bagaimana mereka berinteraksi dengan
pelajar dan juga ketika menguruskan tugasan rutin dalam kelas. Siswa guru percaya
menggalakkan pelajar untuk menggunakan KBK, cara pelajar menerima maklumat
atau proses PdP daripada guru secara pasif perlu diganti dengan kaedah atau strategi
yang lebih aktif (Qing et al., 2012). Persepsi siswa guru terhadap pelajar yang tidak
mampu untuk belajar sendiri dalam menguasai KBK juga perlu dielakkan, sebaliknya
siswa guru perlu perbanyakkan membuat semakan sejauh mana penyampaian PdP
dapat meningkatkan kebolehan pelajar menguasai dan belajar tentang KBK yang
disampaikan oleh guru (Choy & Cheah, 2009).

Aliakbari dan Sadeghdaghighi (2013) dalam kajian terhadap 100 orang guru
bahasa Inggeris mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan terhadap
pelaksanaan KBK di dalam kelas. Antara yang disenaraikan ialah faktor kekurangan
pengetahuan KBK dalam kalangan guru, guru kurang keyakinan untuk
mengaplikasikan KBK dalam PdP, kurang bersedia untuk menggunakan strategi
baharu bagi memperkenalkan KBK, tidak menyedari kepentingan KBK sebagai
objektif utama dalam PdP, kekurangan masa untuk membuat persiapan
melaksanakan KBK di dalam kelas dan tumpuan masa lebih kepada aktiviti
pentadbiran kelas dan penyelidikan sebagai punca kurang persediaan untuk
mempraktikkan KBK. Selain daripada faktor ini, kajian oleh Aliakbari dan
Sadeghdaghighi (2013) ini mendapati faktor ciri-ciri pelajar juga menyumbang kepada
kekangan pelaksanaan KBK seperti kekurangan motivasi, tumpuan kepada
pencapaian gred yang baik dan kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran aktif.

Latihan praktikum yang dilalui siswa guru sebagai satu pelantar untuk
menyampaikan kemahiran berkaitan KBK semasa melakukan aktiviti PdP di dalam
kelas (Athanases, Bennett, & Wahleithner, 2015; Darling-Hammond & Bransford,
2005). Melalui latihan ini siswa guru akan mendapat maklum balas daripada guru
pembimbing dan pensyarah mereka tentang sejauh mana kecekapan dan kebolehan
mereka menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam KBK terhadap aktiviti
PdP tersebut (Grossman et al., 2009). Namun dapatan kajian oleh Hernandez dan
Fletcher (2019) terhadap amalan KBK semasa praktikum mendapati siswa guru
mengamalkan KBK secara cuba jaya sahaja bagi melaksanakan kemahiran
pembelajaran berasaskan masalah (PBM) di dalam kelas yang mereka kendalikan.
Hal ini berlaku disebabkan oleh rasa kurang yakin dan kurang persediaan daripada
aspek pengetahuan dan kemahiran KBK. Sehubungan itu, Hernendez dan Fletcher
(2019) mencadangkan agar siswa guru lebih diberi pendedahan dalam KBK kepada


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 69


siswa guru secara intensif, berkomunikasi secara berkesan untuk mereka
mendapatkan bantuan daripada guru pembimbing semasa mereka mengikuti latihan
pada masa hadapan.

Siswa guru perlu memiliki tahap penguasaan yang tinggi dalam KBK bagi
meningkatkan penyampaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (SPdP) dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Dalam masa yang sama, KPG dilihat amat perlu bagi
menilai keupayaan seseorang guru terhadap sikap, kebolehan, pengetahuan dan nilai
profesional mereka dari semasa ke semasa (Moreno-Murcia et al., 2015). Melalui
penerokaan terhadap literatur berkaitan KBK, SPdP dan KPG, penyelidik mengenal
pasti beberapa aspek dalam kompetensi seperti pengetahuan, pematuhan,
infrastruktur, kurikulum, metodologi, bahan bantu mengajar, sikap guru, penilaian dan
kepuasan (César et al., 2013), interaksi dengan pelajar, tanggungjawab guru, kaedah
mengajar, sumber (López-Barajas & Carrascosa, 2005), infrastruktur, pengetahuan
kurikulum, metodologi (Martinez, 2008), perancangan, pembangunan dan pencapaian
(Moreno-Murcia et al., 2015) memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh
mana kompetensi yang dicapai oleh guru-guru untuk mempertingkatkan kualiti guru
semasa melaksanakan SPdP secara berkesan.

Menurut Çansoy et al. (2018), tahap kecenderungan siswa guru berkaitan
aplikasi KBK adalah rendah berdasarkan refleksi penulisan jurnal yang diperoleh
daripada laman sesawang seperti Scopus. Ini menimbulkan keraguan terhadap
keupayaan siswa guru mengaplikasikan KBK di dalam bilik darjah apabila mereka
menjalani latihan praktikum atau ditempatkan di sekolah-sekolah apabila tamat latihan
kelak. Cansoy et al. (2018) mengkritik penyebab utama kelemahan yang berlaku
dalam kalangan siswa guru adalah disebabkan oleh kurikulum latihan perguruan yang
tidak banyak menekankan elemen KBK secara eksplisit dalam aktiviti PdP di bilik
kuliah. Pandangan ini selari dengan pandangan awal oleh McMillan (1987) dan
Ghavifekr dan Rosdy (2015) yang menegaskan bahawa keadaan ini boleh
menyebabkan siswa guru menghadapi suasana kabur dalam aplikasi KBK.
Sehubungan itu, pembangunan kurikulum dalam latihan perguruan perlu menekankan
kandungan KBK dalam setiap kursus yang diikuti oleh siswa guru bagi
membangunkan kompetensi dan kecenderungan mereka terhadap KBK supaya dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan menggunakan SPdP yang berkesan.

Guru perlu meningkatkan kompetensi dengan mempelbagaikan SPdP bagi
meningkatkan KBK. Namun masih terdapat ruang dan lompang yang belum dikuasai
oleh guru dalam usaha menggalakkan pelajar untuk berfikir pada peringkat yang lebih
tinggi. Secara jelas dapat dikatakan bahawa setiap guru hendaklah sentiasa
menyediakan ruang yang cukup untuk mengembangkan daya pemikiran pelajar ke
tahap yang lebih tinggi. Mahamod dan Lim (2011) menyarankan dalam kajian mereka
bahawa pembelajaran di dalam bilik darjah perlu dalam keadaan yang
menyeronokkan, mencabar dan memberangsangkan dengan mewujudkan hubungan
dua hala antara guru dan pelajarnya. Ini dapat dilakukan apabila guru dapat


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 70


menyediakan soalan-soalan dan tugasan yang boleh membantu membina
pemahaman membaca mereka. Dapatan kajian Mahamod dan Lim (2011)
menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum menguasai KBK dengan baik
walaupun perkara ini telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan di dalam
negara. Berdasarkan sorotan kajian-kajian yang ditemui ini telah mendorong satu
kajian dilaksanakan dalam siswa guru bagi mendapatkan penjelasan berkaitan
pengaruh KBK terhadap SPdP dan KPG


OBJEKTIF KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini akan memberi tumpuan kepada strategi pengajaran kemahiran
berfikir kritis (KBK), strategi pengajaran dan pembelajaran (SPdP) serta kompetensi
pengajaran guru (KPG) dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) semasa menjalani latihan praktikum. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berikut:

1. Menganalisis pengaruh tahap KBK berdasarkan faktor pengetahuan dan
halangan terhadap tahap SPdP dalam kalangan siswa guru di IPGM;
2. Menganalisis pengaruh tahap KBK berdasarkan faktor pengetahuan dan
halangan terhadap tahap KPG dalam kalangan siswa guru di IPGM;

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang dibina, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan
berikut:

1. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara tahap KBK berdasarkan
faktor pengetahuan dan halangan terhadap tahap SPdP dalam kalangan siswa
guru di IPGM?
2. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara tahap KBK berdasarkan
faktor pengetahuan dan halangan terhadap tahap KPG dalam kalangan siswa
guru di IPGM?


KEPENTINGAN KAJIAN

Menerusi kajian ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada beberapa pihak
yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan agenda latihan perguruan
terutama kepada siswa guru di IPG kampus khususnya kepada siswa guru yang akan
menjalani latihan praktikum. Hasil daripada kajian ini dapat mempertingkatkan dan
menambahkan lagi kemahiran, pengetahuan dan tahap kesediaan pengajaran siswa
guru untuk menjadi guru yang cemerlang daripada pelbagai bidang dan dapat
mencorakkan pengajaran yang berkesan terutama dalam menghadapi cabaran
pendidikan di abad ke 21. Tambahan pula, data kajian ini diperoleh semasa siswa


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 71


guru menjalani latihan praktikum. Justeru, maklumat dan idea bagi meningkatkan
bimbingan serta panduan kepada siswa guru dapat diperoleh. Data-data yang
dikumpul akan memberi gambaran dan maklumat yang jelas tentang aspek-aspek
yang perlu diberi perhatian secara khusus oleh penyelia praktikum, iaitu pensyarah
dan guru pembimbing kepada siswa guru agar proses PdP di dalam kelas menjadi
berkesan dan mampu mengintegrasikan KBK dalam PdP yang terkini serta dapat
meningkatkan prestasi pelajar.

Kajian ini dapat memberi input kepada pihak IPG sebagai sumber perancang
kepada pelaksanaan agenda latihan kepada siswa guru di seluruh IPG. Dalam
konteks pendidikan abad 21, adalah menjadi harapan dan matlamat negara untuk
melahirkan siswa guru yang memiliki tahap KBK yang tinggi apabila golongan ini
berada di sekolah kelak dengan memiliki kesediaan KBK yang berkualiti dapat
dihasilkan. Di samping itu, memberi maklum balas ke atas implementasi input bahan
kurikulum latihan perguruan yang digubal oleh panel penggubal kurikulum dalam
melatih siswa guru. Dapatan kajian berupaya membantu para penggubal kurikulum
menilai semula aspek KBK untuk ditingkatkan dengan lebih efektif. Data-data
empirikal kepada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan, KPM
agar dapat membuat penambahbaikan peruntukan serta sebaran maklumat dapatan
kajian kepada pihak berkepentingan terhadap pembangunan kurikulum latihan
perguruan di IPG agar elemen KBK dijadikan bahan utama dalam proses penggubalan
kurikulum. Oleh itu, diyakini kajian yang dilaksanakan ini mampu membuka satu
lembaran baru kepada guru untuk melaksanakan proses KBK secara lebih efisien dan
lebih menyeluruh.


METODOLOGI

Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan kaedah tinjauan rentas. Data kajian
dikumpul daripada 473 siswa guru di Institut Pendidikan Guru di Malaysia semasa
menjalani latihan praktikum di sekolah. Pemilihan sampel berdasarkan sampel rawak
mudah. Instrumen soal selidik diedarkan kepada sampel kajian dengan memberi fokus
kepada tiga komponen, kemahiran berfikir kritis (KBK), Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran (SPdP) serta Kompetensi Pengajaran Guru (KPG). Data dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
22. Data yang dikumpul dianalisis secara inferensi menggunakan regresi linear
pelbagai bagi mendapatkan keputusan pengaruh KBK terhadap SPdP dan KPG siswa
guru.


DAPATAN KAJIAN

Analisis dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan ramalan atau jangkaan
pengaruh atau kesan ke atas pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh
ubah bersandar. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan ramalan atau jangkaan hasil


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 72


penyelidikan ini, ujian Regresi Linear Pelbagai digunakan. Jadual 1 menjelaskan
tentang ringkasan model Regresi Linear Pelbagai dapat dihasilkan. Dapatan
2
menunjukkan nilai korelasi KBK dan SPdP (R= .613). Manakala nilai R kuasa dua (R )
yang menunjukkan tahap pengaruh KBK terhadap variasi yang wujud dalam SPdP
dengan nilai R kuasa dua (R =0.376). Berdasarkan dapatan ini menunjukkan terdapat
2
sebanyak 37.6% perubahan dalam variasi SPdP disumbangkan oleh tahap
pengetahuan dan halangan dalam kalangan siswa guru seperti ditunjukkan pada
Jadual 1.

Jadual 1: Ringkasan Model Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis (Pengetahuan dan
Halangan) Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Std. Error of the
Model R R Perubahan R
2
2
Estimate
1 .613 .376 .374 .39245
a
a. Faktor Peramal (Constant): Pengetahuan dan Halangan

Perbincangan seterusnya adalah untuk mengukur pengaruh KBK, iaitu konstruk
pengetahuan dan halangan terhadap SPdP. Analisis Regresi Linear Pelbagai dengan
menggunakan stepwise digunakan bagi menguji tahap pengaruh tersebut. Nilai yang
diperhatikan ialah nilai Beta (β) iaitu nilai pekali Regresi Linear Pelbagai bagi pengaruh
KBK terhadap SPdP. Berdasarkan Jadual 2, hasil dapatan menunjukkan nilai pekali
sumbangan konstruk pengetahuan (β=0.595, p<0.05) mempunyai pengaruh yang
signifikan terhadap SPdP dalam kalangan siswa guru yang dikaji. Seterusnya nilai
pekali Regresi Linear Pelbagai bagi pengaruh halangan (β=0.061, p<0.05) juga
menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan terhadap SPdP dalam kalangan
siswa guru. Secara rumusannya, dapat dilihat faktor tahap pengetahuan KBK siswa
guru lebih mempengaruhi tahap SPdP, iaitu tahap sederhana berbanding faktor
halangan yang menyumbang pada tahap sangat rendah. Dapatan perkaitan pengaruh
tahap KBK (pengetahuan dan halangan) terhadap tahap SPdP seperti paparan pada
Jadual 2.

Jadual 2: Koefisienan Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis (Pengetahuan dan
Halangan) Terhadap Tahap Strategi Pengajaran dan Pengajaran

Unstandardized Standardized
Model Coefficients Coefficients t Sig.
B Std. Error Beta
1 (Konstan) 1.447 .159 9.095 .000
Pengetahuan .591 .038 .595 15.748 .000
Halangan .045 .028 .061 1.605 .109
a. Pemboleh ubah Bersandar: Strategi PdP

Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan ramalan atau jangkaan pengaruh atau
kesan ke atas amalan KBK terhadap KPG dalam kalangan siswa guru. Dapatan
menunjukkan nilai korelasi KBK dan kompetensi guru (r=0.740). Manakala nilai R


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 73


2
kuasa dua (R ) yang menunjukkan tahap pengaruh pengetahuan dan halangan KBK
terhadap variasi yang wujud dalam kompetensi guru dengan nilai R kuasa dua (R 2
=0.548). Berdasarkan dapatan ini menunjukkan terdapat sebanyak 54.8% perubahan
dalam variasi KPG disumbangkan oleh tahap pengetahuan dan halangan KBK dalam
kalangan siswa guru. Dapatan berkaitan pengaruh tahap KBK terhadap tahap KPG
seperti dipaparkan Jadual 3.

Jadual 3: Ringkasan Model Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis (Pengetahuan dan
Halangan) Terhadap Kompetensi Pengajaran Guru

Std. Error of the
2
2
Model R R Perubahan R
Estimate
a
1 .740 .548 .546 .30175
a. Peramal: (Constant), Pengetahuan, Halangan

Berdasarkan Jadual 4, hasil dapatan menunjukkan nilai pekali pengaruh konstruk
pengetahuan (β=0.728, p<0.05) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap KPG
dalam kalangan siswa guru yang dikaji. Seterusnya nilai pekali Regresi Linear
Pelbagai bagi pengaruh halangan (β=0.041, p<0.05) juga menunjukkan terdapat
pengaruh yang signifikan terhadap SPdP dalam kalangan siswa guru. Secara
rumusannya, dapat dilihat faktor tahap pengetahuan KBK siswa guru juga memberi
pengaruh kepada tahap KPG, iaitu tahap tinggi berbanding faktor halangan yang
menyumbang pada tahap sangat rendah. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan
bahawa hipotesis nul Ho9 (tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara tahap KBK
(pengetahuan dan halangan) dengan tahap KPG dalam kalangan siswa guru di IPGM)
adalah ditolak. Dapatan perkaitan pengaruh tahap KBK (pengetahuan dan halangan)
terhadap tahap SPdP seperti paparan pada Jadual 4.

Jadual 4: Koefisien Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis (Pengetahuan dan Halangan)
Terhadap Tahap Kompetensi Pengajaran Guru

Standardize
Unstandardized
Model Coefficients d t Sig.
Coefficients
B Std. Error Beta
1 (Konstan) 1.367 .122 11.172 .000
Pengetahuan .653 .029 .728 22.643 .000
Halangan .028 .021 .041 1.289 .198
a. Pemboleh ubah Bersandar: Kompetensi Pengajaran Guru


PERBINCANGAN

Siswa guru dan merupakan golongan yang bakal terlibat secara langsung untuk
melaksanakan daya usaha menyampaikan KBK dalam SPdP dan KPG bagi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 74


meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang
maksimum diperoleh pelajar di sekolah. Oleh itu, siswa guru perlu lebih kritis dan
inovatif untuk memastikan proses penyampaian menjadi lebih efektif, menarik,
menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Faktor guru
adalah signifikan dalam mempengaruhi komitmen pelajar terhadap pelajaran serta
berpotensi untuk mengubah sikap dan status serta pemikiran pelajar terhadap sesuatu
kurikulum (Blazar & Kraft, 2017). Kebimbangan terhadap kualiti SPdP guru seperti
yang dikemukakan dalam pernyataan Jemaah Nazir Sekolah (Jemaah Nazir Sekolah,
2004; Jemaah Nazir Sekolah & Jaminan Kualiti, 2010) seharusnya diberi perhatian
serius oleh semua warga pendidik kerana perkara ini secara tidak langsung memberi
gambaran kepada peranan guru dalam mencapai matlamat pendidikan negara.

Dalam kajian ini menunjukkan terdapat sumbangan antara tahap KBK dengan
tahap KPG. Siswa guru atau guru yang berkompetensi mempunyai empat ciri yang
baik iaitu pengurusan bilik darjah yang baik, komitmen guru untuk terus memperbaiki
diri sendiri, guru yang menyayangi pelajar dan komitmen guru terhadap pelajar
mereka (Tuğrul Mart, 2013; Vallance, 2000). Jemaah Nazir Sekolah pula telah
menetapkan lima kompetensi guru cemerlang iaitu kecemerlangan peribadi,
pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi (Jemaah Nazir Sekolah,
1994). Guru yang berkualiti akan menggalakkan perkembangan tahap KBK pelajar
semasa proses PdP.

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap KBK, SPdP dan KPG dalam
kalangan siswa guru di IPG, oleh itu kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan
menguji perkaitan antara tahap KBK, SPdP dan KPG dalam kalangan siswa guru di
IPG dan dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar di sekolah rendah, kualiti guru
dan beban tugas guru, komitmen guru dengan tugas-tugas pentadbiran dan kepuasan
kerja guru.


KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan KBK, SPdP dan KPG siswa guru semasa
menjalani latihan praktikum adalah berada pada tahap tinggi. Namun terdapat
pengaruh yang sederhana dan rendah antara KBK dengan SPdP dan KPG
berdasarkan pengetahuan dan halangan dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras
tinggi mereka. Suatu usaha perlu dipertingkatkan bagi memberi pemahaman terhadap
siswa guru dalam meningkatkan kemahiran tersebut sebagai persediaan mereka di
masa hadapan sebagai seorang profesional dalam bidang pengajaran.


Rujukan

Aliakbari, M., & Sadeghdaghighi, A. (2013). Teachers’ perception of the barriers to
critical thinking. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 70, 1–5.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 75



Athanases, S. Z., Bennett, L. H., & Wahleithner, J. M. (2015). Adaptive teaching for
english language arts: Following the pathway of classroom data in preservice
teacher inquiry. Journal of Literacy Research, 47(1), 83-114.

Çansoy, R., Parlar, H., & Polatçan, M. (2018). Teacher candidates’ critical thinking
tendencies research in turkey: A content analysis. Universal Journal of
Educational Research, 6(9), 1974-1980.

César, P., Carril, M., Sanmamed, M. G., & Sellés, N. H. (2013). Pedagogical roles and
competencies of university teachers practicing in the e- learning environment. The
International Review of Research in Open and Distance Learning, 14(3), 462-487.

Choy, S. C., & Cheah, P. K. (2009). Teacher perceptions of critical thinking among
students and its influence on higher education. International Journal of Teaching
and Learning in Higher Education, 20(2), 198-206.

Darling-Hammond, L., & Bransford, J. (2005). The design of teacher education
programs. In preparing teachers for a changing world : What Teachers Should
Learn and Be Able to Do (389-441). Jossey-Bass.

Gashan, A. K. (2015). Exploring Saudi pre-service teachers’ knowledge of critical
thinking skills and their teaching perceptions. International Journal of Education
and Literacy Studies, 3(1), 26-33.

Gellin, A. (2003). The effect of undergraduate student involvement on critical thinking:
A meta-analysis of the literature 1991-2000. Journal of College Student
Development, 44(6), 746–762.

Ghavifekr, S., & Rosdy, W. A. W. (2015). Teaching and learning with technology:
effectiveness of ICT integration in schools. International Journal of Research in
Education and Science, 1(2), 175.

Gillies, R. M. (2016). Cooperative learning: Review of research and practice. Australian
Journal of Teacher Education, 41(3), 39-54.

Grossman, P., Hammerness, K., & McDonald, M. (2009). (2009). Redefining teaching,
re‐imagining teacher education. Teachers and Teaching, 15(2), 273–289..pdf.
Teachers and Teaching: Theory and Practice, 15(2), 273–289.

Hernandez, P. K., & Fletcher, S. S. (2019). Critical thinking in teacher education :
learning to teach in practical settings. In G. Mariano & F. Figliano (Eds.),
Handbook of Research on Critical Thinking Strategies in Pre-Service Learning
Environments (Issue 1938, pp. 1–3). IGI Global.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 76



Kowalczyk, N., Hackworth, R., & Case-Smith, J. (2012). Perceptions of the use of
critical thinking teaching methods. Radiologic Technology, 83(3), 214–226.

Lauer. (2005). Teaching critical thinking skills using course content material. Journal
of College Science Teaching, 34(6), 34-44.

López-Barajas, D. M., & Carrascosa, J. R. (2005). The Evaluation of teaching
university dimensions and variables most relevant. Journal of Educational
Research, 23(1), 57-84.

Mahamod, Z., & Lim, N. R. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu melalui pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 51-56.

Martinez, A. C. (2008). Proposal of a quality assessment questionnaire consented
university teachers entrealumnos and teachers. Journal of Educational Research,
26(1), 25-44.

McMillan, J. H. (1987). Enhancing college students’ critical thinking: A review of
studies. In Research in Higher Education.

Moreno-Murcia, J. A., Silveira Torregrosa, Y., & Belando Pedreño, N. (2015).
Questionnaire evaluating teaching competencies in the university environment.
Evaluation of teaching competencies in the university. Journal of New Approaches
in Educational Research, 4(1), 54-61.

Qing, Z., Chungeng, Y., Shuyu, Z., Liya, L., & Lijuan, X. (2012). A Preliminary
investigation into critical thinking of in-service and pre-service middle school
chemistry teachers in Shaanxi Province of China. Asia-Pacific Forum On Science
Learning & Teaching, 13(2), 1-13.

Shim, W., & Walczak, K. (2012). The Impact of faculty teaching practices on the
development of students’ critical thinking skills. International Journal of Teaching
and Learning in Higher Education, 24(1), 16-30.

Willingham, D. T., & Rottherham, A. J. (2010). 21st-Century Skills. not new but a
worthy challenge. American Educator, Spring, 17-20.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 77


PERSEPSI GURU ALIRAN PERDANA TERHADAP KESEDIAAN PELAKSANAAN
PENDIDIKAN INKLUSIF

1
Nik Nurul Afiqah Wan Zainodin ([email protected])
2
Zizawati Fauzi ([email protected])
3
Nor Haslynda A.Rahman ([email protected])

1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka


Abstrak

Guru merupakan aspek penting dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Pengetahuan
dan kemahiran pengajaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi persepsi
guru terhadap pendidikan inklusif. Oleh itu, guru aliran perdana seharusnya
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk mengajar murid
berkeperluan khas di kelas inklusif agar dapat memenuhi keperluan serta memberi
akses pendidikan yang berkualiti dan sama rata kepada murid berkeperluan khas.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran
pedagogi guru aliran perdana terhadap pendidikan inklusif. Kajian yang dijalankan
adalah kuantitatif iaitu menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Seramai 60
orang guru aliran perdana di sekolah-sekolah rendah daerah Melaka Tengah terlibat
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 25.0 (Statistical Package for Sosial
Science 25.0). Hasil kajian mendapati sikap dan persepsi terhadap PPI adalah tinggi
(min=3.79), tahap pengetahuan aspek pedagogi guru aliran perdana adalah tinggi
dengan nilai min= 4.56 dan tahap pengetahuan am guru aliran perdana terhadap PPI
adalah tinggi (min=3.98). Secara keseluruhannya, guru aliran perdana
berpengetahuan dan menyokong pelaksanaan PPI. Implikasinya, pengetahuan guru
yang tinggi terhadap PPI perlu dikekalkan dan ditambah baik dari masa ke semasa
agar kecemerlangan MBK dalam PPI dapat dicapai.

Kata Kunci: Pendidikan Inklusif, murid masalah pembelajaran, pengetahuan,
kemahiran

Abstract

Teachers are an important aspect in inclusive education program (IEP). Teaching
knowledge and skills are among the factors that influence teachers' perceptions in
inclusive education. Mainstream teachers should have sufficient knowledge and skills
to teach students with special needs to meet their needs and provide them with good
education and an equal access to education. The aim is to identify the level of
pedagogical knowledge and skill of mainstream teachers towards inclusive education.
The study conducted is quantitative: descriptive and inferential analysis. A total of 60
mainstream teachers in primary schools of Melaka Tengah involved in this study. The


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 78


research instrument is questionnaire. Data were analyzed using SPSS 25.0 software
(Statistical Package for Social Science 25.0). The results of the study found that
attitudes and perceptions towards IEP is high (mean = 3.79), the level of knowledge
of pedagogical aspects of mainstream teachers is high with mean value = 4.56 and
the level of general knowledge of mainstream teachers towards IEP is high (mean =
3.98). Overall, mainstream teachers are knowledgeable and supportive toward IEP
implementation in school. Implication from this study is teachers' knowledge in IEP
needs to be maintained and improved to ensure students with special need’s
excellence can be achieved.

Keywords: Inclusive Education Program, special needs student, knowledge, skill.


PENDAHULUAN

Resolusi Konvensyen Hak Asasi OKU menerusi Artikel 10 menjelaskan setiap negara
hendaklah memastikan setiap manusia mendapat hak ‘sedia ada’ untuk hidup dan
mengambil tindakan perlu bagi memastikan semua orang kurang upaya (OKU) dapat
menikmati hidup sama rata seperti orang lain (Ikmal, 2014). Namun pada hari ini,
ramai kanak-kanak dikecualikan daripada pendidikan atas pelbagai alasan dan ini
termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas (UNICEF, 2019). Peranan pendidikan
dilihat lebih efektif apabila ia menjadi alat yang mampu diakses oleh semua murid.
Justeru itu, Pendidikan inklusif berupaya memberi peluang pendidikan yang sama
kepada murid berkeperluan khas seperti murid-murid yang lain (Hunter-Johnson &
Newton, 2014). Sehubungan dengan itu, pendidikan inklusif telah meningkatkan akses
kepada pendidikan bagi kanak- kanak berkeperluan khas menjadikan inklusif sebagai
polisi pendidikan utama di seluruh negara (Tiwari, Das, & Sharma, 2015).

Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah program yang ditawarkan kepada
murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran dalam kelas aliran perdana
bersama murid-murid tipikal dan diajar oleh guru biasa (Mohd. Mokhtar & Farhana,
2019). Pendidikan inklusif merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi
murid berkeperluan khas. Hal ini kerana, setelah mengambil kira prinsip Pendidikan
Untuk Semua (EFA), pendidikan inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas mendapat hak pendidikan yang sama rata seperti murid yang lain di samping
menentang sikap diskriminasi dalam pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas, 2013).
Program ini merupakan satu inisiatif bagi mencapai hala tuju Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu menyediakan semua rakyat Malaysia dengan kesamarataan
akses kepada pendidikan berkualiti (PPPM 2013- 2025).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 79


PENYATAAN MASALAH

Pedagogi merupakan asas bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru (Nurul Nashrah, Noor Hasimah & Nur Aida, 2015). Mengajar murid
berkeperluan khas (MBK) merupakan tugas yang mencabar bagi guru aliran perdana.
Guru aliran perdana seharusnya mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang mencukupi untuk mengajar MBK dalam kelas inklusif (Norfishah et
al., 2018). Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai permasalahan yang berlaku
sehingga mengganggu keberkesanan pelaksanaan PPI termasuklah permasalahan
terhadap pengajaran guru aliran perdana (Siti Fatimah & Mustafa, 2018). Segelintir
daripada guru aliran perdana mempertikaikan kewajaran pelaksanaan program
inklusif ini serta tidak mengalu-alukan kehadiran murid-murid inklusif untuk menyertai
sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini dilihat berpunca daripada
sebilangan besar guru aliran perdana tidak mengetahui dan mampu memberikan
pengajaran yang terbaik dalam kelas inklusif.


OBJEKTIF KAJIAN

Secara lebih khusus, kajian ini berasaskan kepada objektif berikut:

1. Mengenal pasti sikap dan persepsi guru aliran perdana terhadap pendidikan
inklusif;
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan aspek pedagogi guru aliran perdana
terhadap pendidikan inklusif;
3. Mengenal pasti tahap pengetahuan am guru aliran perdana terhadap
pendidikan inklusif;
4. Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan aspek pedagogi guru aliran
perdana berdasarkan demografi jantina terhadap pendidikan inklusif.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah sikap dan persepsi guru aliran perdana terhadap kesediaan pendidikan
inklusif?
2. Apakah tahap pengetahuan aspek pedagogi guru aliran perdana terhadap PPI?
3. Apakah tahap pengetahuan am guru aliran perdana terhadap PPI?
4. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan aspek
pedagogi guru aliran perdana terhadap pendidikan inklusif berdasarkan
demografi jantina?


KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keupayaan guru dalam
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kelas inklusif. Guru-guru yang


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 80


terlibat akan memperolehi pandangan yang lebih jelas terhadap tanggungjawab
mereka dalam mengendalikan kelas inklusif. Kajian ini juga penting dalam
meningkatkan pencapaian dan penglibatan murid berkeperluan khas dalam
pendidikan inklusif. Hal ini kerana, kajian ini membantu memberi kesedaran kepada
semua individu berkaitan semua murid mempunyai hak yang sama untuk memperoleh
pendidikan yang berkualiti tanpa diskriminasi serta semua murid memiliki kemampuan
untuk mengikuti proses pembelajaran tanpa melihat kelainan dan perbezaan. Selain
itu kajian ini membantu pihak sekolah menjayakan dan meningkatkan kualiti Program
Pendidikan Inklusif di sekolah. Hal ini kerana, pihak sekolah khususnya pentadbir akan
turut memahami masalah dan isu yang berlaku yang mempengaruhi keberkesanan
perlaksanaan pendidikan inklusif.


METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan analisis
deskriptif dan inferensi. Sampel kajian ini adalah seramai 60 orang guru aliran perdana
di sekolah rendah daerah Melaka Tengah. Seterusnya, data kajian dimasukkan dan
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science
(SPSS) Version 25.0. Dalam kajian ini pengkaji mengubahsuai soal selidik daripada
kajian Nurul Shahida Abdul Razak (2020). Soal selidik ditadbir dengan menggunakan
skala likert 1 hingga 5 untuk memudahkan proses menganalisis data. Instrumen soal
selidik mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D seperti dinyatakan berikut:

Jadual 1: Jadual Instrumen Soal Selidik


Bahagian Konstruk Bilangan Item Sumber

A Profil responden 4 -
Sikap dan Persepsi Guru
B Aliran Perdana terhadap 10 -
Pendidikan Inklusif
Pengetahuan Aspek Pedagogi Nurul Shahida Abdul
C Guru Aliran Perdana Terhadap 13 Razak (2020)
Pendidikan Inklusif
Pengetahuan Am Guru Aliran Nurul Shahida Abdul
D Perdana Terhadap Pendidikan 11 Razak (2020)
Inklusif
Jumlah 33

Pengkaji telah menjalankan proses kesahan kandungan dengan menggunakan
khidmat pakar dalam bidang pendidikan khas dan pakar dalam statistik kuantitatif.
Kriteria pemilihan adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka iaitu mempunyai
pendidikan dalam pendidikan khas serta berpengalaman luas dalam dunia
penyelidikan. Seterusnya, kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang guru aliran


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 81


perdana yang mempunyai ciri yang sama seperti sampel sebenar. Nurul Salwana,
Mohd Hanafi dan Mohd Mokhtar (2014) menegaskan dapatan daripada kajian rintis
akan menentukan bahawa sampel kajian dapat menjawab dan memahami item soalan
dengan baik atau sebaliknya. Dapatan kajian rintis mendapati bahawa, setiap item
dalam soal selidik tidak perlu diubah suai kerana nilai Alpha Cronbach mempunyai
indeks kebolehpercayaan tinggi dan setiap item boleh diterima. Instrumen soal selidik
diedarkan kepada sampel yang melalui aplikasi atas talian iaitu Google Form.


DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan 60 responden yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak
langsung dalam pelaksanaan PPI di sekolah. Demografi responden dalam kajian ini
dihuraikan berdasarkan kepada jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman
mengajar. Jadual 2 menunjukkan profil demografi responden yang telah dianalisis.

Jadual 2: Jadual Demografi Responden


Profil Kekerapan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 18 30
Perempuan 42 70


Umur
21- 30 Tahun 17 28.3

31- 40 Tahun 14 23.3
41- 50 Tahun 18 30.0
50 Tahun ke atas 11 18.3


Pengalaman Mengajar
1-5 Tahun 14 23.3
6-10 Tahun 3 5.0
11-15 Tahun 10 16.7
16-20 Tahun 6 10.0
21-25 Tahun 18 30.0
26-30 Tahun 9 15.0
Kelulusan Akademik
Diploma 0 91.7
Sarjana Muda 55 8.3
Sarjana 5
Jumlah keseluruhan (n) = 60

Dapatan kajian bagi keseluruhan aspek yang dikaji dirumuskan seperti yang terdapat
dalam Jadual 3.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 82


Jadual 3: Tahap Keseluruhan Aspek Kesediaan Guru Aliran Perdana Terhadap PPI

Aspek kesediaan Min Tahap
Sikap dan persepsi guru aliran perdana terhadap 3.79 Tinggi
PPI
Pengetahuan aspek pedagogi guru aliran perdana 4.56 Tinggi
terhadap PPI
Pengetahuan Am guru aliran perdana terhadap 3.98 Tinggi
PPI
Min Keseluruhan 4.11 Tinggi


PERBINCANGAN

Dapatan kajian mendapati, guru-guru aliran mempunyai sikap dan persepsi positif dan
menyokong pelaksanaan PPI di sekolah dengan nilai min=3.79. Dapatan kajian ini
disokong oleh Landasan (2016) iaitu sebanyak 88% guru mempunyai sikap positif
terhadap PPI kerana program ini berupaya membuka peluang kepada MBK untuk
berinteraksi secara berkesan dengan murid aliran perdana. Hal ini membuktikan
bahawa guru-guru aliran perdana semakin percaya dan yakin bahawa pendidikan
inklusif merupakan satu platform yang terbaik untuk memberikan pendidikan sama
rata kepada MBK di samping meningkatkan perkembangan MBK pada tahap yang
optimum.

Seterusnya, tahap pengetahuan aspek pedagogi bagi guru aliran perdana
terhadap pendidikan inklusif mencatatkan min tinggi dengan nilai min=4.56. Ini
menunjukkan bahawa guru aliran perdana berkemahiran dalam mengajar MBK di
kelas inklusif. Guru-guru aliran telah dapat mengenal pasti cara PdPC yang
bersesuaian untuk MBK apabila dimasukkan di dalam kelas inklusif. Norizan et al.
(2014) yang menyatakan bahawa guru aliran perdana menggalakkan kerja
berkumpulan antara murid aliran perdana dengan MBK untuk mewujudkan interaksi
dan mengurangkan jurang antara mereka. Oleh yang demikian, adalah amat penting
untuk guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang baik agar dapat
memberi impak yang positif dan terbaik kepada MBK dalam PPI.

Selain itu, tahap pengetahuan am guru aliran perdana terhadap PPI juga
mencatatkan tahap yang tinggi dengan nilai min= 3.98. Berdasarkan dapatan yang
diperolehi, guru aliran perdana mempunyai pengetahuan yang baik dan positif
terhadap pendidikan inklusif. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Hanafi dan Mohd Mokhtar (2016) iaitu guru aliran perdana bersikap positif terhadap
konsep umum pendidikan inklusif. Bukan itu sahaja, dapatan kajian Nurul Shahida
(2020) juga mendapati, guru aliran perdana memberi fokus kepada penyediaan
perkhidmatan terbaik tanpa mendiskriminasikan kekurangan murid. Oleh itu,
pengetahuan yang jelas dan baik tentang pendidikan inklusif dapat membantu
meningkatkan kualiti pendidikan inklusif sekali gus berupaya memberi peluang
pendidikan sama rata kepada MBK. Rumusannya, berdasarkan dapatan yang


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 83


diperolehi, guru-guru aliran perdana dilihat semakin terbuka dan menyokong
pelaksanaan PPI di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan kepada MBK di kelas inklusif dan menerima kehadiran MBK dalam kelas
mereka dengan baik.


KESIMPULAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan guru aliran perdana
terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dari aspek sikap dan persepsi, kemahiran
dan pengetahuan pedagogi. Hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa persepsi guru
aliran perdana terhadap kesediaan pelaksanaan pendidikan inklusif adalah tinggi. Hal
ini dapat dibuktikan dengan nilai min yang tinggi pada tahap sikap dan persepsi guru
aliran perdana. Bukan itu sahaja, tahap pengetahuan pedagogi dan tahap
pengetahuan am guru aliran perdana terhadap pendidikan inklusif juga berada pada
tahap yang tinggi. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan guru aliran
perdana adalah signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pendidikan
inklusif di sekolah. Seiring dengan hala tuju KPM iaitu menyediakan semua rakyat
Malaysia dengan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti mampu dicapai
apabila guru aliran perdana sebagai penggerak utama dalam menjalankan PPI.

Oleh yang demikian, dapatan kajian yang diperolehi memberi nilai tambah dan
berguna kepada KPM untuk mentransformasi pendidikan khususnya yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Justeru
itu, KPM sebagai badan induk perlu menyediakan peluang dan ruang kepada guru
aliran perdana dalam memantapkan kemahiran dan pengetahuan dengan
mengadakan bengkel latihan atau kursus mengenai PPI. Bukan itu sahaja, kejayaan
pelaksanaan pendidikan inklusif juga bergantung kepada kerjasama pentadbir
sekolah, guru-guru dan warga sekolah. Justeru itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh
dapat menjadi satu sumbangan kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu
pendidikan inklusif di sekolah. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak
sekolah dalam menyusun dan merangka strategi-strategi yang lebih baik untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru aliran perdana terhadap pendidikan
inklusif. Kesannya, semua pihak khususnya guru akan lebih cakna dan berkemahiran
tentang MBK sekali gus berupaya mewujudkan suasana sekolah yang inklusif dengan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.


Rujukan

Bahagian Pendidikan Khas (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 84


Landasan, S (2016). Extent of implementation of inclusive education. Unpublished
Master’s Thesis, Laguna Polytechnic State University, Los Banos, Laguna.

Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2016). Pengubahsuaian tingkah laku disruptif
menggunakan intervensi "the good behavior game". Universiti Kebangsaan
Malaysia

Mohd. Mokhtar Tahar & Farhana Najib (2019). Kesediaan guru aliran perdana
terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norizan Saed Ahmad, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2014).
Pengetahuan, sikap dan persepsi guru terhadap program pendidikan inklusif
pendidikan khas Johor. Univerisiti Kebangsaan Malaysia

Norfishah Mat Rabi, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Grace Annammal Ghana
Piragasam & Norziana Mat Rabi (2018). Kepentingan kursus pendidikan
inklusif ke arah persediaan guru pra perkhidmatan mengajar murid berkeperluan
khas di sekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan & Nur Aida Abd Hamid (2015).
Matematik dan kemahiran abad ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan
Matematik, 3(1), 24-36.

Nurul Shahida Abdul Razak (2020). Kesediaan guru aliran perdana terhadap program
pendidikan inklusif (PPI). Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.

Ikmal Hisham Md. Tah (2014). Orang kurang upaya (OKU) dan hak untuk hidup: Satu
analisis perundangan di Malaysia. International Conference on Law, Policy and
Social Justice. Universiti Teknologi MARA (Pahang) Kampus Kuantan.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar (2018). Masalah pengajaran guru dalam
program pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal, 1(2), 243 263

Tiwari, A., Das, A., & Sharma, M. (2015). Inclusive education a “rhetoric” or “reality”?
Teachers’ perspectives and beliefs. Teaching and Teacher Education 52, 128-
136.

UNICEF (2019). UNICEF education annual results report, 2018. UNICEF 3 United
Nations Plaza New York, New York.

Yvonne Hunter-Johnson & Norissa G. L. Newton (2014). What does teachers’
perception have to do with inclusive education: A bahamian context.
International Journal of Special Education, 29(1).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 85


PENGUASAAN AMALAN PENGAJARAN DAN HUBUNGANNYA TERHADAP
MOTIVASI GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUALA NERUS

Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi ([email protected])
1
2
Mohammad Rusdi Ab. Majid ([email protected])
3
Aisyah Balqis Mohd Nizam ([email protected] )
Nur Husnina Anuar ([email protected])
4

1,2,3,4 Institut PendidikanGuru Kampus Dato’ Razali Ismail


Abstrak

Penguasaan amalan pengajaran merupakan elemen penting dalam meningkatkan
kualiti pendidikan masa kini. Sistem pendidikan kini yang mencabar memberi
penekanan terhadap faktor motivasi dalam meningkatkan kualiti guru dalam proses
menjayakan sebuah pengajaran dan pembelajaran. Maka kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti penguasaan amalan pengajaran guru pendidikan Islam dari aspek
kaedah pengajaran, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar dan amalan
penyoalan serta hubungannya terhadap motivasi guru pendidikan Islam. Kajian ini
menggunakan kaedah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpul data dari sampel kajian
secara rawak mudah. Skop dan batasan kajian tertumpu kepada guru pendidikan
Islam di daerah Kuala Nerus dengan bilangan sampel seramai 150 orang guru
daripada populasi seramai 233 orang guru. Metodologi kajian turut melibatkan proses
pembinaan instrumen, pemurnian, kesahan pakar dan kebolehpercayaan. Data
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
22. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan amalan penyoalan berada pada
tahap yang paling tinggi berbanding tahap penguasaan kaedah pengajaran dan
penguasaan kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap motivasi
guru pendidikan Islam pula berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian mendapati
terdapat hubungan signifkan antara ketiga-tiga aspek dalam amalan pengajaran
dengan tahap motivasi guru pendidikan Islam Daerah Kuala Nerus. Hasil kajian ini
diharapkan dapat memberi input yang penting mengenai penguasaan amalan
pengajaran guru dari aspek kaedah pengajaran, kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar, kemahiran penyoalan dan hubungannya terhadap motivasi guru untuk
meningkatkan kualiti guru seiring dengan keperluan sistem pendidikan.

Kata kunci: Kaedah pengajaran, kemahiran bahan bantu mengajar, amalan
penyoalan, motivasi guru Pendidikan Islam.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 86


Abstract

Mastery of teaching practice is an important element in improving the quality of
education today. The current education system emphasis on motivational factors in
improving the quality of teachers in the process of making teaching and learning a
success. Therefore, this study aims to identify the mastery of teaching practices of
Islamic education teachers from the aspect of teaching methods, skills in the use of
teaching aids and questioning practices as well as their relationship to the motivation
of Islamic education teachers. This study uses a quantitative survey method by using
a questionnaire as a tool to collect data from a simple random study sample. The scope
and limitations of the study focused on Islamic education teachers in Kuala Nerus
district with a sample number of 150 teachers from a population of 233 teachers. The
research methodology also involves the process of instrument construction,
refinement, expert validity and reliability. The data was analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) software version 22. The findings of the study
show that the level of mastery of questioning practices is at the highest level compared
to the level of mastery of teaching methods and the mastery of skills in the use of
teaching aids. While the level of motivation of Islamic education teachers is at a high
level. In addition, the study found that there is a significant relationship between the
three aspects in teaching practice and the level of motivation of Islamic education
teachers in the Kuala Nerus District. The results of this study are expected to provide
important input regarding the mastery of teachers' teaching practices from the aspect
of teaching methods, skills in the use of teaching aids, questioning skills and their
relationship to teacher motivation to improve the quality of teachers in line with the
needs of the education system.

Keywords: Teaching methods, skills of teaching aids, questioning practice, motivation
of Islamic education teachers.


PENDAHULUAN

Saban hari sistem pendidikan kian mencabar dan berubah secara drastik mengikut
keperluan dan kehendak semasa. Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
hari ini mengalami sebuah tranformasi holistik yang memberi kesan kepada sistem
pendidikan, kualiti kepimpinan sekolah, kualiti guru, kemenjadian murid serta
pemantapan tadbir urus yang lebih efisien (Sharifah Bee, 2015). Implikasi daripada
perubahan ini memerlukan warga pendidik untuk melakukan anjakan paradigma dan
memperkemaskan ketrampilan serta ilmu pengetahuan untuk menyediakan keperluan
pendidikan.

Maka, antara perkara utama yang perlu ditekankan adalah kemahiran mengajar
yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara
efektif mengikut bidang maisng-masing. Guru bertanggungjawab dalam menentukan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 87


keberkesanan proses pembelajaran murid melalui pengajarannya kerana guru ialah
individu yang berhubung secara langsung dengan murid di dalam bilik. Usaha
mencorak dan membentuk pelajar yang cemerlang serta berkualiti tinggi memerlukan
golongan pendidik yang juga cemerlang dan berkemahiran tinggi.

Menurut Mohammad Rusdi (2017), antara aspek yang perlu diberi perhatian
khusus dalam amalan pengajaran dan ilmu pedagogi adalah aspek tempoh, kuantiti
dan kualiti maklumat, aktiviti pengajaran yang relevan, tahap penyertaan pelajar,
ketepatan fakta dan konsep yang diajar, aktiviti pengembangan isi yang sesuai,
intonasi suara, teknik menyoal, proses penilaian dan sebagainya. Terdapat banyak
kajian yang telah dilakukan berkaitan amalan pengajaran yang diamalkan dengan
tahap pengetahuan serta kefahaman guru. Dalam konteks kajian ini hanya tiga elemen
amalan pengajaran yang diberi perhatian dan penekanan oleh penyelidik dalam
melihat hubungan antara penguasaan amalan pengajaran dengan motivasi guru
Pendidikan Islam iaitu kaedah pengajaran, kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) dan kemahiran penyoalan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dilaksanakan.


PENYATAAN MASALAH

Masalah kajian yang dihadapai oleh pengkaji adalah melihat kepada tuntutan sistem
pendidikan yang makin mencabar dan berubah secara drastik mengikut perubahan
situasi semasa. Keperluan kualiti amalan pengajaran guru perlu bergerak seiring
dengan kemajuan sistem pendidikan. Sekiranya guru sebagai agen yang
menyampaikan pendidikan gagal berfungsi dengan efektif maka matlamat pendidikan
tidak akan tercapai sekalipun sistem pendidikan yang dimiliki adalah yang terbaik.
Berdasarkan kajian-kajian lepas masih terdapat guru Pendidikan Islam (GPI)
mengamalkan pengajaran secara tradisional dan tidak mengikut perkembangan dunia
teknologi. Kamarul Azmi et al. (2011) menjelaskan bahawa guru cemerlang
Pendidikan Islam sendiri lebih banyak menggunakan buku teks dan modul berbentuk
kertas edaran atau modul berbentuk kertas disebabkan ianya lebih senang diurus dan
dinilai. Bahkan masih terdapat guru Pendidikan Islam yang tidak memanfaatkan
kelebihan bahan bantu mengajar dalam PdP mereka dan lebih memilih kaedah
pengajaran secara tradisional yang berpusatkan guru (Khadijah & Shahrin, 2006
dalam Siti Fatimah & Ab. Halim, 2010).

Kajian yang dijalankan oleh Faizah (2017) juga mendapati bahawa masih ramai
guru yang lebih selesa menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran
mereka dan menjadikan buku teks sebagai satu-satunya bahan pengajaran. Cara
pengajaran yang selesa ini seharusnya sudah perlu diubah seiring dengan kehendak
dunia pendidikan agar dapat memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara
aktif. Manakala dalam kajian Wan Ali, Mohd Isa, Khadijah dan Maimun (2018)
menegaskan masih terdapat GPI yang mengendalikan pengajaran yang bersifat


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 88


lemah dan kurang meningkatkan daya intelek murid melalui kemahiran penyoalan
yang berkesan. Menurut Zamri dan Nor Razah (2011) menjelaskan kebanyakan
soalan yang dilontarkan oleh guru hanya memerlukan murid untuk mengingati semula
pelajaran yang telah dipelajari dan tidak menggunakan peluang yang ada untuk
mengemukakan soalan pada aras kognitif yang tinggi walaupun pengajaran guru
berpusatkan murid.

Seterusnya, menurut Chung et al. (2010) faktor kesediaan yang rendah untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar
dalam PdP dilihat mempengaruhi semangat dan motivasi guru untuk menguruskan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana motivasi guru yang
dipengaruhi oleh penguasaan amalan pengajaran akan memberi kesan kepada
keefisienan kerja guru tersebut. Sekiranya guru mempunyai tahap motivasi yang
rendah, mereka akan cenderung untuk bersikap pesimis terhadap sebarang
perubahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
pihak sekolah (Nurliyana, 2021).


OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti penguasaan kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam di
daerah Kuala Nerus;
2. Mengenal pasti penguasaan kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus;
3. Mengenal pasti penguasaan kemahiran penyoalan Guru Pendidikan Islam
di daerah Kuala Nerus;
4. Mengenal pasti dan memahami tahap motivasi Guru Pendidikan Islam di
daerah Kuala Nerus;
5. Mengenal pasti hubungan antara setiap elemen yang terdapat dalam
amalan pengajaran dengan tahap motivasi Guru Pendidikan Islam di Kuala
Nerus;

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah penguasaan kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam di daerah
Kuala Nerus?
2. Apakah penguasaan kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar guru
Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus?
3. Apakah penguasaan kemahiran penyoalan Guru Pendidikan Islam di
daerah Kuala Nerus?
4. Apakah tahap motivasi Guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus?
5. Apakah hubungan antara setiap elemen yang terdapat dalam amalan
pengajaran dengan tahap motivasi Guru Pendidikan Islam di Kuala Nerus?


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 89


METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan.
Kajian ini melibatkan populasi guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah
kebangsaan di daerah Kuala Nerus. Guru Pendidikan Islam yang dipilih dalam kajian
ini adalah guru yang telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan. Menurut maklumat
dari Sektor Pengurusan Sekolah Rendah Daerah Kuala Nerus, jumlah guru
Pendidikan Islam dalam daerah Kuala Nerus adalah seramai 233 orang mengikut data
yang dikemaskini pada tahun 2019. Pensampelan secara rawak dilakukan bagi
memastikan setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai
sampel.

Berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), bilangan sampel yang paling
hampir dengan populasi ini adalah seramai 148 orang daripada jumlah populasi 233
guru Pendidikan Islam di Kuala Nerus. Bagi meningkatkan ketepatan dapatan, maka
pengkaji meningkatkan jumlah sampel kajian kepada 150 orang. Penambahan ini
adalah melihat kepada cadangan Cohen dan Manion (2000) yang berpandangan
sampel yang besar diperlukan dalam penggunaan reka bentuk tinjauan.

Instrumen Kajian

Kajian tinjauan dalam penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai alat utama pengujian. Borang soal selidik dibina berdasarkan beberapa
adaptasi dan modifikasi daripada instrumen kajian-kajian lepas. Instrumen berkenaan
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

Bahagian A : Maklumat Demografi Responden
Bahagian B : Penguasaan Kaedah Pengajaran
Bahagian C : Penguasaan Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar
Bahagian D : Penguasaan Kemahiran Penyoalan
Bahagian E : Motivasi Pengajaran Guru

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Sekumpulan panel pakar rujukan dibentuk dengan bilangan sebanyak 8 orang pakar
yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran mengikut bidang masing-
masing untuk mengesahkan soal selidik yang dibina. Seramai 3 orang pakar
diletakkan dalam aspek bidang berfokuskan kandungan amalan pengajaran, 3 orang
pakar aspek bahasa dan 2 orang pakar keseluruhan. Manakala bagi mendapatkan
kebolehpercayaan pula, kajian rintis dilaksanakan dan memperolehi nilai Alpha
Cronbach 0.774 iaitu berada pada tahap yang baik. Menurut Mohd Najib (1999) bagi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 90


soal selidik sosial seperti kajian dalam bidang pendidikan sudah memadai dengan nilai
pekali alpha 0.6.

Kaedah Pengumpulan Data

Bagi memperolehi data dalam kajian ini, surat kebenaran menjalankan kajian dipohon
terlebih dahulu daripada pihak Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
dengan kelulusan IPGM bagi memudahkan proses mendapatkan maklumat guru
Pendidikan Islam yang terlibat dengan kajian. Kebenaran bertulis daripada IPGM ini
digunakan untuk memohon kebenaran daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan juga pihak sekolah yang terlibat dalam kajian.Soal selidik disebarkan
melalui Google Form kepada guru Pendidikan Islam daerah Kuala Nerus yang terlibat.

Kaedah Analisis Data

Data dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social
Science Version 22.0 (SPSS). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan
inferensi. Statistik seperti kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min digunakan
dalam analisis deskriptif bagi menjelaskan tentang tahap penguasaan amalan
pengajaran berdasarkan tiga komponen amalan pengajaran yang dikaji. Manakala
analisis inferensi pula digunakan bagi mengenalpasti hubungan korelasi antara setiap
elemen dalam amalan pengajaran dengan motivasi guru Pendidikan Islam.


DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini memberi tumpuan terhadap pelaporan keputusan analisis data daripada
soal selidik yang telah ditadbir berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Analisis
dapatan kajian adalah berdasarkan kepada lima soalan kajian yang telah dibina.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap pembolehubah dalam amalan
pengajaran iaitu penguasaan Kaedah Pengajaran berada pada tahap tinggi (Min =
4.15, SP = 0.54), penguasaan Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar pula
berada tahap sederhana tinggi (Min = 3.92, SP = 0.55), Penguasaan Kemahiran
Penyoalan pada tahap tinggi (Min = 4.47, SP = 0.50). Manakala bagi pembolehubah
bersandar iaitu Motivasi Pengajaran guru Pendidikan Islam pula berada pada tahap
tinggi (Min = 4.38, SP = 0.51). Kesemua pembolehubah berada pada tahap
interpretasi min antara sederhana tinggi dan tinggi.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 91


Jadual 2: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min amalan pengajaran dan
motivasi guru Pendidikan Islam Daerah Kuala Nerus.

Aspek Min SP Tahap
Penguasaan Kaedah Pengajaran 4.15 0.54 Tinggi
Penguasaan Kemahiran Penggunaan Bahan 3.92 0.55 Sederhana
Bantu Mengajar Tinggi
Penguasaan Kemahiran Penyoalan 4.47 0.50 Tinggi
Motivasi guru Pendidikan Islam 4.38 0.51 Tinggi

Penguasaan Kaedah Pengajaran Guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus

Min keseluruhan semua item bagi Penguasaan Kaedah Pengajaran ialah 4.15 dengan
sisihan piawai 0.54 berada pada tahap interpretasi min tinggi (4.01-5.00). Dapatan ini
menjelaskan tahap Kaedah Pengajaran guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus
berada pada tahap sangat menguasai aspek kaedah pengajaran. Manakala dapatan
menunjukkan enam item kaedah pengajaran berada pada tahap min tinggi dan tiga
item berada pada tahap sederhana tinggi.

Antara item tersebut ialah “saya memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk
mencapai standard pembelajaran” (Min=4.59, SP = 0.58) dengan peratusan setuju
dan sangat setuju 96.7% merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi
berbanding item-item lain. Sehubungan itu, dapatan juga menunjukkan 137 orang
guru dengan peratusan 91.3 peratus sangat mahir menjalankan kaedah pengajaran
yang berkesan. Manakala item “saya sering menyampaikan isi pembelajaran
Pendidikan Islam secara syarahan” (Min=3.80, SP=0.90) merupakan item yang paling
rendah bagi tahap sederhana tinggi dengan peratusan sangat bersetuju 22.7%,
sangat setuju 43.3%, tidak setuju 7.3%, 0.1% sangat tidak bersetuju dan tidak pasti
26.0%.

Namun begitu, walaupun skor min kaedah pengajaran berada pada tahap yang
tinggi terdapat beberapa aspek yang ingin ditekankan oleh pengkaji dalam dapatan
ini. Pengkaji mendapati masih ramai guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus
dengan peratusan 66 peratus orang guru bersetuju bahawa mereka sering
menyampaikan isi pembelajaran Pendidikan Islam secara syarahan dan 84 peratus
guru menggunakan kaedah bercerita.

Hal ini mengukuhkan lagi dapatan Rozita dan Abdul Rashid (2012) dalam
kajiannya yang menjelaskan bahawa guru yang sedang melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran sekarang ini masih belum mampu melakukan kaedah
pengajaran yang pelbagai dan berpusatkan murid. Justeru itu, dapatan kajian ini
disokong oleh kajian yang dilaksanakan oleh Naquiah Nahar dan Jimain Safar (2016)
bahawa guru Pendidikan Islam kerap mengamalkan strategi pengajaran berpusatkan
guru, menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang statik dan membosankan.
Jadual 3 menunjukkan data yang diperolehi bagi setiap item soal selidik penguasaan
kaedah pengajaran.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 92



Jadual 3: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Kaedah
Pengajaran Guru Pendidikan Islam

Pernyataan Min S.P Tahap
Saya memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk mencapai 4.59 .581 T
standard pembelajaran

Penerangan saya dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran 4.31 .634 T

Saya mahir menjalankan kaedah pengajaran yang berkesan 4.27 .631 T

Saya sering menyampaikan isi pembelajaran Pendidikan Islam 4.18 .778 T
melalui kaedah bercerita

Saya mahir menggunakan kaedah perbincangan secara 4.16 .724 T
berkumpulan dalam pengajaran Pendidikan Islam

Saya sentiasa menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam 4.10 .730 T
pengajaran untuk membina daya kreativiti murid

Saya sentiasa membimbing murid melaksanakan tugasan lakonan 3.97 .878 ST
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Saya mengembangkan potensi indidvidu murid menerusi 3.96 .842 ST
pembelajaran berasaskan projek

Saya sering menyampaikan isi pembelajaran Pendidikan Islam 3.80 .897 ST
secara syarahan

Min Keseluruhan 4.15 T

Penguasaan Kemahiran Penggunaan bahan bantu mengajar guru Pendidikan
Islam di daerah Kuala Nerus

Min keseluruhan semua item bagi kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar
ialah 3.92 dengan sisihan piawai 0.55 berada pada tahap interpretasi skor min
sederhana tinggi. Dapatan ini menjelaskan tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Kuala
Nerus berada pada tahap menguasai namun belum mencapai tahap sangat
menguasai yang sepatutnya bagi seorang guru terlatih. Dapatan kajian menunjukkan
hanya empat item daripada sepuluh item soal selidik berada pada tahap tinggi
manakala selebihnya berada pada tahap sederhana tinggi.

Antara item tersebut ialah “saya mudah mengajar menggunakan buku teks” (Min
= 4.32, SP = 0.71), diikuti item “saya menggunakan bahan maujud dalam penerangan
pengajaran seperti model pakaian, dadu, dll” (Min = 4.18, SP = 0.69) dan “saya
mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik”
(Min = 4.07, SP = 0.73). Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran guru Pendidikan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 93


Islam dalam menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) berada pada tahap yang
baik namun hanya tertumpu kepada penggunaan BBM maujud.

Manakala enam lagi pernyataan berada pada tahap sederhana tinggi antaranya
ialah “saya menggunakan projektor dan slaid interaktif dalam pengajaran dan
pembelajaran” (Min = 3.58, SP= 1.01), “saya mahir mencipta bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia” (Min = 3.64, SP = 0.93) dan “saya lebih selesa menulis di
papan hitam atau putih berbanding menggunakan komputer” (Min = 3.88, SP = 0.90).
Keseluruhannya dapatan ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam hanya
bersetuju dan segelintirnya tidak bersetuju mengenai kemahiran penggunaan BBM
berasaskan multimedia atau teknologi. Data menjelaskan hampir separuh guru
Pendidikan Islam iaitu seramai 40% orang guru cenderung memilih tidak bersetuju
dalam mencipta BBM berasaskan multimedia. Jadual 4 menunjukkan data yang
diperolehi bagi setiap item soal selidik amalan pengajaran bagi aspek kemahiran
penggunaan bahan bantu mengajar.

Jadual 4: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Penguasaan Kemahiran
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pernyataan Min S.P Tahap
Saya mudah mengajar menggunakan buku teks 4.32 .708 T

Saya menggunakan bahan maujud dalam penerangan 4.18 .686 T
pengajaran seperti model pakaian, dadu, dll

Saya mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan 4.07 .730 T
bahan bantu mengajar yang menarik

Saya mahir mengendalikan komputer dan laptop 4.01 .781 T
dalam pengajaran

Saya mahir mengendalikan kelas secara dalam talian 3.94 .943 ST
melalui aplikasi Google Meet

Saya lebih selesa menulis di papan hitam atau putih 3.88 .904 ST
berbanding menggunakan komputer

Saya melakukan pentaksiran dalam PdP dengan 3.84 .927 ST
menggunakan aplikasi (Kahoot, Quizizz,
Liveworksheet dan sebagainya)

Saya sering menayangkan video dalam pengajaran 3.74 .993 ST

Saya mahir mencipta bahan bantu mengajar 3.64 .929 ST
berasaskan multimedia

Saya menggunakan projektor dan slaid interaktif 3.58 1.005 ST
dalam pengajaran dan pembelajaran

Min Keseluruhan 3.92 ST


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 94


Penguasaan kemahiran penyoalan guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus

Min keseluruhan semua item bagi konstruk ini ialah 4.47 dengan sisihan piawai 0.50
berada pada tahap interpretasi min tinggi (4.01-5.00). Dapatan ini menjelaskan tahap
amalan penyoalan dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah
Kuala Nerus berada pada tahap sangat menguasai. Dapatan menunjukkan kesemua
sembilan item soal selidik kemahiran penyoalan berada pada tahap min tinggi dan nilai
min adalah hampir sekata antara 4.61 hingga 4.28.

Antara item tersebut ialah “semasa mengajar saya sering mengemukakan
soalan secara lisan kepada murid” (min = 4.55, SP = 0.57), “saya sentiasa membuka
peluang kepada murid untuk bertanya soalan” (min = 4.61, SP = 0.58) dengan
peratusan setuju sebanyak 96.7% dan “semasa mengajar, saya akan mengemukakan
soalan yang memerlukan murid menjawab secara ringkas” pula menunjukkan skor min
= 4.46 dan SP = 0.64.

Manakala pernyataan yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah ialah
“saya menggalakkan murid untuk bertanya soalan ketika sedang mengajar” (Min =
4.28, SP = 0.84). Rumusan daripada dapatan ini menunjukkan bahawa guru
Pendidikan Islam mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif dengan
mengadakan interaksi dua hala antara guru dan murid melalui soal jawab. Namun
begitu, sebilangan guru kurang bersetuju untuk menggalakkan murid bertanya soalan
ketika sedang mengajar kerana boleh mendatangkan gangguan terhadap penerangan
yang sedang diberikan. Jadul 5 menunjukkan min, sisihan piawai dan interpretasi min
bagi penguasaan kemahiran penyoalan guru Pendidikan Islam Kuala Nerus.

Jadual 5: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Penguasaan kemahiran
penyoalan guru Pendidikan Islam Kuala Nerus

Pernyataan Min S.P Tahap
Saya sentiasa membuka peluang kepada murid 4.61 .578 T
untuk bertanya soalan

Semasa mengajar saya sering mengemukakan 4.55 .574 T
soalan secara lisan kepada murid

Saya memberi peluang kepada murid untuk berfikir 4.55 .597 T
sebelum menjawab soalan

Saya memberi pujian kepada murid yang dapat 4.53 .652 T
menjawab soalan walaupun dengan jawapan yang
salah

Saya segera beralih kepada soalan yang lebih 4.48 .683 T
mudah apabila seseorang murid gagal memberi
jawapan yang betul terhadap soalan yang
dikemukakan


Click to View FlipBook Version