The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2023-02-04 07:27:47

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM JILID 7/2022

J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 195


Abstract

Leveraging digital is the most important element in implementing Pedagogy Capacity
for Deep Learning (KPPB) in the Institut Pendidikan Guru (IPG) throughout Malaysia.
Therefore, this study aims to identify the level of digital technology competency of IPG
lecturers under the implementation of KPPB. This study used a quantitative study
design. The sample of this study consisted of 2385 lecturers in 27 campuses
throughout Malaysia. The research instrument consisted of a Digital Technology
Competency Level Questionnaire developed by the research team. The research data
collected were analysed using SPSS Software. The findings of the study show that the
percentage of high level of digital technology competency among IPG lecturers is
79.29 %. This was followed by a moderate level of 19.96 %, and a low level of 0.75
%. Study also found the percentage of IPG lecturers who mastered Basic Software
Tool Suite application software usage at 99.7%, Internet Tools (96.0%) and Web-
based Learning Tools (86.8%). However, the percentage of IPG lecturers that had
mastered in application software for deep learning is low. Specifically, the percentages
of lecturers mastering Hypermedia Tools is 59.6%, Teaching Software (29.2%), Web-
based Course Development Software (29.0%), Education Application (29.4)%,
Internet Tools (27.1%) and Virtual Environment (7.6%). Based on the finding, it is
highly suggested that digital technology competency enhancement program for deep
learning to be held for IPG lecturers. Enhancement program focus should be given to
application software for productivity that potentially can be use to achieve deep
learning among the students.

Keywords : Pedagogy Capacity, Leveraging Digital, Deep Learning, IPG Lecturer,
Digital Technology


PENGENALAN

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) merupakan salah satu inisiatif
utama Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Inisiatif KPPB ini telah dilaksanakan di seluruh 27
buah IPG melalui tiga fasa pelaksanaan. Pelaksanaan KPPB fasa pertama dimulakan
pada tahun 2018 melibatkan tiga kampus iaitu IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG
Kampus Pulau Pinang, dan IPG Kampus Ipoh. Pada tahun 2019, pelaksanaan inisiatif
KPPB fasa kedua dilaksanakan melibatkan 14 buah kampus. Langkah seterusnya
pada tahun 2020 dan 2021, perluasan inisiatif fasa ketiga dilaksanakan melibatkan 10
buah kampus IPG.

Konsep utama pelaksanaan KPPB adalah terhadap pencapaian
pembelajaran bermakna sepertimana ditunjukkan pada Rajah 1.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 196








































Rajah 1: Konsep Pembelajaran Bermakna (Fullan & Langworthy, 2014)


Berdasarkan Rajah 1, pembelajaran bermakna merujuk kepada kebolehan pelajar
mencipta dan menggunakan pengetahuan baharu dalam kehidupan sebenar yang
boleh dicapai oleh pelajar melalui pembangunan kapasiti pedagogi guru. Dalam hal
ini, pelajar dan guru bersama-sama bekerja sama sebagai rakan pembelajaran dalam
menguasai dan meneroka kandungan dengan disokong oleh teknologi digital yang
bersifat “ubiquitous”. Konsep pembelajaran bermakna ini berbeza dengan konsep
pembelajaran sebelumnya yang mementingkan kepada penguasaan kandungan.

Sementara itu, set atribut ini adalah selaras dengan kompetensi pembelajaran
bermakna seperti mana dicadangkan oleh Fullan, McEachen dan Quinn (2016)
melalui New Pedagogies for Deep Learning (NPDL). Enam kompetensi pembelajaran
bermakna ("6C") yang diperlukan oleh semua pelajar untuk berjaya. Kompetensi
pembelajaran bermakna terdiri daripada sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif,
komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Antara langkah untuk mencapai
pembelajaran bermakna adalah melalui pemanfaatan teknologi digital. Oleh itu,
pensyarah di IPG perlu membangunkan kompetensi digital sejajar dengan keperluan
untuk memanfaatkan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada Fullan, McEachen dan Quinn (2018), terdapat empat elemen
yang harus dilaksanakan dengan bijak untuk mencapai pembelajaran bermakna iaitu
(1) amalan pedagogi; (2) perkongsian pembelajaran; (3) persekitaran pembelajaran;


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 197


dan (4) pemanfaatan digital. Manakala Jacobs dan Alcock (2017) didapati sejajar
dengan Fullan, McEachen dan Quinn dlam menjelaskan kapasiti guru kontemporari.
Menurut mereka kapasiti guru kontemporari terdiri daripada enam bentuk kerja guru :
Guru sebagai pelajar profesional diri; guru sebagai kontraktor sosial; guru sebagai
pengkritik media, pembuat media, dan penerbit; guru sebagai pereka inovatif; guru
sebagai warganegara yang berkaitan secara global; dan guru sebagai pendukung
untuk pembelajaran dan pelajar. Ini menunjukkan, kompetensi teknologi digital dalam
kalangan pensyarah IPG adalah amat diperlukan dalam pelaksanaan KPPB.
Sehubungan itu, tahap kompetensi teknologi digital pensyarah IPG dalam
pelaksanaan KPPB perlu dikenal pasti dan dikaji sebagai langkah awal transformasi
peningkatan kapasiti pensyarah IPG ke arah pelaksanaan pedagogi kontemporari
(Jacobs & Alcock, 2017).


PENYATAAN MASALAH

Bell (2018) menjelaskan bahawa dunia pendidikan perlu berubah sejajar dengan
keperluan dunia sebenar. Menurut Bell, teknologi digital khususnya telah mengubah
cara belajar. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa teknologi bukanlah
penyelesaian tetapi lebih kepada peluang untuk menyelesaikan masalah. Sementara
itu, pendapat ini adalah konsisten dengan Kolb (2017) yang menyarankan prinsip
pembelajaran yang pertama, teknologi yang kedua ketika berurusan dengan integrasi
teknologi. Kolb (2017) mencadangkan bahawa pelajar mesti terlibat dengan hasil
pembelajaran, meningkatkan pembelajaran dengan teknologi dan dapat melanjutkan
pembelajaran mereka kepada amalan praktikal atau dunia sebenar. Kolb (2017) telah
memperkenalkan Kerangka kerja 3E yang berusaha untuk menentukan apa yang
berkesan semasa mengintegrasikan alat teknologi yang dapat menyokong
pencapaian matlamat pembelajaran. Kerangka kerja ini berdasarkan tiga komponen:
Pelibatan ke arah matlamat pembelajaran, Pengembangan ke arah matlamat
pembelajaran, dan Perluasan ke atas matlamat pembelajaran. Ringkasnya,
penggunaan teknologi digital bukan langkah automatik yang menjamin pencapaian
pembelajaran bermakna. Tahap kompetensi yang tinggi diperlukan bagi
membolehkan teknologi digital dapat dimanfaatkan bagi mencapai pembelajaran
bermakna. Oleh itu, kajian bagi mengenal tahap-tahap kompetensi teknologi digital
pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB adalah diperlukan bagi menentukan
langkah peningkatan profesional yang diperlukan oleh pensyarah.

Fullan, Quinn, dan McEachen (2018), menjelaskan bahawa kompetensi global
6C adalah termasuk pemerolehan pengetahuan secara bermakna dan pemahaman
tentang isu-isu global dan antara budaya; keupayaan untuk belajar dari dan hidup
dengan orang dari pelbagai latar belakang; dan sikap dan nilai yang diperlukan untuk
berinteraksi dengan hormat dengan orang lain. Walau bagaimanapun, elemen digital
yang digunakan dalam pedagogi baru ini merangkumi bidang tumpuan utama
mengenai reka bentuk dan keberkesanan KPPB. Malah, pemanfaatan digital adalah


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 198


salah satu dimensi penting dalam setiap 6C. Berdasarkan Fullan (2014),
memanfaatkan perkembangan digital dapat dibangunkan dan diukur dengan rubrik
kemajuan: bukti terbatas, muncul, berkembang, memecut, dan mahir. Penggunaan
teknologi digital dalam pendidikan telah menunjukkan bahawa teknologi digital sahaja
bukanlah jawapan dari hasil belajar yang mendalam. Pembelajaran bermakna dalam
tindakan dan hasilnya merangkumi teknologi digital sebagai pencapaian hasil
pembelajaran, sedangkan pedagogi baru yang dilaksanakan oleh guru dan dipercepat
oleh teknologi digital, adalah pemacu yang sebenar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam kebanyakan kes, pelajar dan rakan pembelajaran mereka
memanfaatkan teknologi digital untuk mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan
berhubung dengan orang lain, membuat alat dan pembelajaran baru, dan sebaliknya
membolehkan atau meningkatkan pembangunan 6C (Fullan, & Langworthy, 2014).
Ini melibatkan penggunaan pelbagai jenis perisian bagi menyokong aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan
pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB perlu dikenal pasti kerana peranan
pentingnya dalam pembangunan langsung kompetensi pembelajaran bermakna.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan menentukan tahap kompetensi teknologi digital pensyarah IPG
dalam pelaksanaan KPPB. Secara khususnya, objekti kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap-tahap kompetensi teknologi digital pensyarah IPG dalam
pelaksanaan KPPB; dan
2. Mengenal pasti tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan
pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada tujuan dan objektif kajian serta sorotan kajian maka kajian ini
cuba mencari jawapan bagi persoalan-persoalan kajian berikut:

1. Apakah tahap-tahap kompetensi teknologi digital pensyarah IPG dalam
pelaksanaan KPPB ?
2. Apakah tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan pensyarah
IPG semasa pelaksanaan KPPB.


SOROTAN LITERATUR

Beberapa penulis telah membincangkan kepentingan kompetensi teknologi digital
bagi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Antaranya adalah Bell (2018), Kolb (2017), dan Sheninger (2014). Ketiga-tiga penulis


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 199


ini menegaskan keperluan mengambil tindakan yang berhati-hati dalam penggunaan
teknologi digital supaya dapat memastikan matlamat pembelajaran dapat dicapai.
Sheninger (2014) menegaskan pentingnya memfokuskan kepada pedagogi terlebih
dahulu berbanding penggunaan teknologi itu sendiri. Sehubungan itu, beliau
mencadangkan Kerangka kerja Pedagogi Untuk Alatan Digital iaitu Pengajaran
Polifonik sepertimana ditunjukkan pada Rajah 2.





























Rajah 2. Kerangka kerja Pedagogi untuk Alatan Digital

Berdasarkan Rajah 2, guru mendorong perspektif pelajar yang berbeza mengenai
mata pelajaran dalam pengajaran polifonik. Manakala alatan digital digunakan untuk
menyokong kolaborasi dalam penghasilan pengetahuan. Kerangka kerja ini
menunjukkan bahawa kompetensi teknologi digital adalah signifikan dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti
kolaboratif bagi mencipta pengetahuan.

Bell (2018) melalui Model Kerangka kerja Pembelajaran Dinamik menegaskan
kepentingan menggunakan alatan digital bagi melakukan perkara baharu dan bukan
ke atas perkara lama sekadar untuk mengurangkan penggunaan kertas. Beliau telah
mencadangkan penggunaan alatan digital bagi tujuan mendapatkan maklumat
baharu, menghasilkan persekitaran pembelajaran interaktif, mendapatkan maklum
balas tepat pada masanya dan pelaksanaan aktiviti kolaboratif secara segera.
Cadangan ini adalah sejajar dengan Kolb (2017) yang menekankan kepentingan
berlakunya pelibatan terhadap aktiviti dan matlamat pembelajaran, pengembangan
pembelajaran dan perluasan pembelajaran dalam penggunaan alatan digital bagi
mempastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Berasaskan kerja Bell (2018) dan
Kolb (2017), didapati kompetensi dalam pelbagai perisian aplikasi yang sesuai untuk


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 200


kegunaan aktiviti pembelajaran tertentu adalah amat diperlukan bagi mencapai
matlamat pembelajaran.

Kerangka Teori Kajian

Kajian ini berasaskan kepada Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(Fullan, Quinn, & McEachen, 2018) sepertimana ditunjukan pada Rajah 3 dan
Kerangka kerja 3E (Kolb, 2018) sepertimana ditunjukkan pada Rajah 4.















Rajah 3: Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(Fullan, Quinn, McEachen, 2018)

Berasaskan Rajah 3, fokus utama model adalah pencapaian pembelajaran bermakna
melalui reka bentuk pembelajaran yang terdiri daripada amalan pedagogi, rakan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan pemanfaatan digital yang digerakkan
melalui Inkuiri Secara Kolaboratif. Manakala Kolb (2017) menegaskan bahawa
pencapaian matlamat pembelajaran memerlukan aktiviti pemanfaatan digital yang
membolehkan berlakunya pelibatan terhadap aktiviti pembelajaran (B),
pengembangan aktiviti pembelajaran (C) dan perluasan aktiviti pembelajaran (D)
sepertimana ditunjukkan pada Rajah 4.









Rajah 4: Kerangka kerja 3E (Kolb, 2017)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 201


Berdasarkan kepada Rajah 4, Kolb (2017) menegaskan ketiga-tiga elemen B, C dan
D perlu dilaksanakan semasa menggunakan teknologi digital bagi mencapai matlamat
pembelajaran. Oleh itu, penguasaan pelbagai jenis perisian dalam kalangan
pensyarah IPG adalah diperlukan bagi memastikan pencapaian pembelajaran
bermakna.


METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kaedah kutipan data dijalankan melalui soal selidik. Reka bentuk kajian tinjauan dipilih
bagi memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu
populasi atau bidang yang dikaji secara fakta dan tepat (Fraenkel & Wallen, 2009).
Sehubungan itu, kajian ini menggunakan statistik deskriptif kerana melibatkan
pengumpulan maklumat yang menerangkan fenomena yang berkaitan bagi
membolehkan pengkaji mengenalpasti peratusan, min dan sisihan piawai bagi
pembolehubah yang dikaji. Responden kajian terdiri daripada 2385 orang pensyarah
di 27 buah kampus di seluruh Malaysia.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini terdiri daripada Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi Teknologi
Digital. Instrumen kajian ini dibangunkan sendiri oleh pasukan penyelidik
bersandarkan kepada Elemen Memanfaatkan Kemudahan Digital dalam Model Reka
bentuk Pembelajaran Bermakna sepertimana ditunjukkan pada Rajah 5.




























Rajah 5: Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna

Berdasarkan Rajah 5, terdapat empat elemen utama dalam Model Reka Bentuk
Pembelajaran Bermakna iaitu elemen Amalan Pedagogi, Rakan Pembelajaran,


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 202


Persekitaran Pembelajaran, dan Memanfaatkan Kemudahan Digital. Keempat-empat
elemen ini diperlukan bagi mencapai pembelajaran bermakna 6C yang merupakan
kompetensi pembelajaran global. Menurut Fullan, Quinn dan McEachen (2018)
kompetensi global 6C terdiri daripada 6 elemen iaitu Character (Sahsiah), Citizenship
(Kewarganegaraan), Creativity (Kreativiti), Critical Thinking (Pemikiran Kritikal),
Communication (Komunikasi), dan Collaborative (Kolaboratif). Walau bagaimanapun,
aspek memanfaatkan kemudahan digital didapati merentasi semua elemen 6C. Oleh
itu, pembangunan instrumen kajian ini ditumpukan kepada aspek memanfaatkan
kemudahan digital. Dari segi kandungan, item-item instrumen kajian telah disemak
oleh Task Force Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Manakala dari
segi bahasa, item-item instrumen telah disemak oleh pakar bahasa. Berdasarkan
maklum balas pakar dan bahasa, beberapa item telah dimurnikan dan disahkan
semula oleh pakar. Draf akhir item bagi Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi
Teknologi Digital ini mengandungi 8 item bagi mewakili konstruk Kompetensi
Teknologi digital sepertimana ditunjukkan pada Lampiran 1.

Kaedah Pengumpulan Data

Draf akhir Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi Teknologi Digital telah ditadbirkan
secara dalam talian kepada semua pensyarah di 27 buah kampus IPG seluruh
Malaysia. Arahan mengisi nstrumen telah dikeluarkan oleh IPGM kepada semua
Pengarah IPG Kampus bersama dengan alamat penentu sumber seragam (URL)
yang berkaitan.

Kaedah Analisis Data

Semua data yang diperoleh melalui prosedur pengumpulan data dianalisis
menggunakan “Statistical Package for Social Sciences (SPSS)” versi 21 . Data-data
kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu melibatkan frekuensi,
peratus dan min. Manakala profil individu dikenal pasti berdasarkan nilai min dengan
merujuk kepada skala yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Tafsiran Min Instrumen Kajian


Julat Min Tahap Kompetensi

1.00 ≤ x ≤ 1.99 Rendah

2.00 ≤ x ≤ 2.99 Sederhana

3.00 ≤ x ≤ 4.00 Tinggi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 203


DAPATAN KAJIAN

Bagi menjawab persoalan kajian, dapatan dan perbincangan kajian ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu (1) tahap-tahap kompetensi teknologi digital pensyarah
IPG dalam pelaksanaan KPPB; dan (2) tahap kompetensi menggunakan perisian
dalam kalangan pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB.

Tahap Kompetensi Teknologi Digital Pensyarah IPG Dalam Pelaksanaan KPPB

Bilangan pensyarah IPG yang terlibat sebagai responden kajian adalah seramai 2385
orang. Jumlah ini merupakan 87.8 % daripada keseluruhan populasi pensyarah IPG
di seluruh Malaysia Sehubungan itu, taburan responden kajian adalah sepertimana
ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Taburan Responden Pensyarah Mengikut Kampus

Jumlah Kadar Respons
Bil. Kampus
Responden mengikut kampus
1 IPG Kampus Keningau 30 100.0%
2 IPG Kampus Sarawak 35 100.0%
3 IPG Kampus Rajang 20 71.4%
4 IPG Kampus Batu Lintang 76 91.6%
5 IPG Kampus Tawau 42 93.3%
6 IPG Kampus Kent 70 87.5%
7 IPG Kampus Gaya 80 100.0%
8 IPG Kampus Kota Bharu 109 92.4%
9 IPG Kampus Dato' Razali Ismail 99 93.4%
10 IPG Kampus Sultan Mizan 94 91.3%
11 IPG Kampus Tengku Ampuan 43.5%
Afzan 37
12 IPG Kampus Temengging Ibrahim 92 86.8%
13 IPG Kampus Perempuan Melayu 120 98.4%
14 IPG Kampus Raja Melawar 110 96.5%
15 IPG Kampus Pendidikan Teknik 55 36.9%
16 IPG Kampus Ilmu khas 124 91.2%
17 IPG Kampus Darul Aman 164 98.8%
18 IPG Kampus Bahasa Melayu 93 92.1%
19 IPG Kampus Pendidikan Islam 124 83.8%
20 IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 72 75.0%
21 IPG Kampus Perlis 66 93.0%
22 IPG Kampus Ipoh 170 85.9%
23 IPG Kampus Sultan Abdul Halim 90 97.8%
24 IPG Kampus Pulau Pinang 115 95.0%
25 IPG Kampus Tun Hussein Onn 78 98.7%


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 204


26 IPG Kampus Tuanku Bainun 148 100.0%
27 IPG Kampus Tun Abdul Razak 72 96.0%

Jumlah 2385 87.8%


Tahap kompetensi teknologi digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB adalah
sepertimana ditunjukkan pada Jadual 3.

Jadual 3: Tahap Kompetensi Teknologi Digital Pensyarah IPG Dalam Pelaksanaan
KPPB

Tahap Julat Min n Peratus (%)
kompetensi

Rendah 1.00 ≤ x ≤ 1.99 18 0.75
Sederhana 2.00 ≤ x ≤ 2.99 476 19.96
Tinggi 3.00 ≤ x ≤ 4.00 1891 79.29
2385 100.00

Berdasarkan Jadual 3, didapati peratus tahap tinggi bagi kompetensi teknologi digital
dalam kalangan pensyarah IPG adalah 79.29 % (1891). Ini diikuti dengan peratus
tahap sederhana bagi kompetensi teknologi digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan
KPPB sebanyak 19.96 % (476), dan peratus tahap rendah bagi kompetensi teknologi
digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB sebanyak 0.75% (18). Ini
menunjukkan majoriti pensyarah IPG mempunyai tahap tinggi dari segi kompetensi
teknologi digital semasa pelaksanaan KPPB di seluruh 27 buah kampus IPG.
Berdasarkan Sheninger (2014), kompetensi teknologi digital adalah signifikan dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti
kolaboratif bagi mencipta pengetahuan. Oleh itu, IPG mempunyai potensi yang besar
bagi merealisasikan pemanfaatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan pensyarah IPG
semasa pelaksanaan KPPB

Tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan pensyarah IPG semasa
pelaksanaan KPPB adalah sepertimana ditunjukkan pada Jadual 4.

Jadual 4: Penguasaan Teknologi Digital Mengikut Kategori Perisian Aplikasi

Kategori Perisian Ya % Tidak %
Basic Software Tool Suite. 2378 99.7% 7 0.3%
Word Processing Software (eg: MS Word, Google 2347 98.4% 38 1.6%
Docs)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 205


Spreadsheet Software (eg: MS Excel, Google 1876 78.7% 509 21.3%
Sheet)
Presentation Software (eg: MS Powerpoint, Google 2262 94.8% 123 5.2%
Slide)
Database Software (eg: MS Access, mySQL, 647 27.1% 1738 72.9%
Google App Engine)

Software Support Tools 2085 87.4% 300 12.6%
Materials Generators (eg: MS Publisher, Worksheet 1396 58.5% 989 41.5%
Generator, Padlet, Blendspace)
Data Collection & Analysis Tools (eg: SPSS, Google 1469 61.6% 916 38.4%
Analytics, Google Form)
Graphics Tools (eg: Adobe Photoshop, MS Paint, 1138 47.7% 1247 52.3%
Google Drawing)
Planning & Organizing Tools (eg: Google Calendar, 806 33.8% 1579 66.2%
MS Mind Map, Trello)
Research & Reference Tools (eg: Google Scholar, 1094 45.9% 1291 54.1%
Mendeley, EndNote, e-Dictionaries)
Tools to Support Specific Content Areas (eg: 391 16.4% 1994 83.6%
Graphing Calculators, Music Editors, AutoCad,
GSP)
Computational Software Tools (eg: Mathamatica, 187 7.8% 2198 92.2%
GeoGebra, WolframAlpha)


Hypermedia Tools 1422 59.6% 963 40.4%
Presentation Hypermedia (eg: Ebooks, Online 931 39.0% 1454 61.0%
Infographics)
Audio/Video Production & Editing Systems (eg: 996 41.8% 1389 58.2%
Audacity, Youtube Creator’s Studio, Windows
Moviemaker)
Hypermedia Production Software (eg: Macromedia 322 13.5% 2063 86.5%
Authorware, Multimedia Toolbook)
Virtual Environments (eg: Virtual Reality, 181 7.6% 2204 92.4%
Augmented Reality)

Internet Tools 2290 96.0% 95 4.0%
Navigation (eg: Social Bookmarking) 949 39.8% 1436 60.2%
Searching & Storing (eg: Google Search, Google 2019 84.7% 366 15.3%
Drive, MS Onedrive, DropBox)
Communicating (eg: Whatsapp, WeChat, Google 2078 87.1% 307 12.9%
Hangout, Skype)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 206


Social Networking & Collaborations (eg: Facebook, 1983 83.1% 402 16.9%
Google+, Schoology)
Apps in Education (eg: G Suite In Education, 701 29.4% 1684 70.6%
Microsoft Education)

Web-Based Learning Tools 2069 86.8% 316 13.2%
Integrated Learning System (eg: Edmodo, Google 1730 72.5% 655 27.5%
Classroom, OLL IPGM)
Web Course Development (eg: Moodle, Google 692 29.0% 1693 71.0%
Course Builder)
Web-Based Learning Activities (eg: Frog VLE, OLL 1582 66.3% 803 33.7%
IPGM)

Berdasarkan Jadual 4, Basic Software Tool Suite merupakan perisian aplikasi yang
dikuasai oleh majoriti pensyarah IPG. Basic Software Tool terdiri daripada perisian
aplikasi untuk produktiviti seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan
perisian persembahan. Dapatan kajian menunjukkan peratus pensyarah IPG yang
menguasai penggunaan perisian aplikasi Basic Software Tool Suite adalah 99.7%.
Seterusnya diikuti oleh Internet Tools (96.0%) dan Web-based Learning Tools
(86.8%). Walau bagaimanapun, peratus pensyarah IPG yang menguasai perisian
aplikasi untuk pembelajaran bermakna adalah rendah. Secara khususnya, peratus
pensyarah menguasai Hypermedia Tools adalah 59.6%, Perisian Pengajaran
(29.2%), Perisian Pembangunan Kursus Berasaskan Web (29.0%), Aplikasi
Pendidikan (29.4%), Internet Tools (27.1%), dan Persekitaran Maya (7.6%).

Dapatan menunjukkan bilangan paling rendah adalah pengetahuan tentang perisian
aplikasi khusus untuk pengajaran dan pembelajaran (instructional software).
Penggunaan perisian aplikasi khusus untuk pendidikan sebenarnya boleh membantu
pensyarah untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos. Oleh itu, kompetensi pensyarah
dari segi penggunaan perisian yang relevan dan boleh memberi impak yang baik
kepada pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan penekanan dalam pelaksanaan
KPPB. Berasaskan Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Fullan, Quinn,
& McEachen, 2018), Kerangka kerja Pedagogi Untuk Alatan Digital iaitu Pengajaran
Polifonik (Sheninger, 2014), Kerangka kerja pembelajaran Dinamik (Bell,2018) dan
Kerangka kerja 3E (Kolb, 2017) didapati kompetensi teknologi digital membantu
pensyarah IPG memanfaatkan kemudahan digital yang boleh menyokong
pembelajaran khususnya pembangunan kompetensi 6C.

Kompetensi penggunaan perisian yang paling rendah adalah pengetahuan
tentang persekitaran maya seperti realiti maya (virtual reality). Kemudahan digital ini
juga merupakan teknologi digital yang menunjukkan penguasaan paling rendah dalam
kesemua kategori teknologi digital. Perisian dalam kategori ini perlu diberi penekanan
oleh IPGM kerana perisian aplikasi yang melibatkan realiti maya merupakan trenda
pendidikan global terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 juga memfokuskan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 207


kepada penggunaan alat dan teknologi digital seperti realiti maya untuk latihan industri
dan pendidikan pada masa akan datang. Di samping itu, kompetensi teknologi digital
berkaitan Computational Software juga antara paling rendah dikuasai oleh para
pensyarah IPG. Trenda pendidikan masa kini berteraskan keputusan yang
berasaskan bukti serta data (evidence-based education), maka pengetahuan atau
kemahiran yang berkaitan Computational Software adalah satu kelebihan jika
dikuasai. Oleh itu, kompetensi pengunaan Computational Software dalam kalangan
pensyarah IPG perlu ditingkatkan demi menjayakan pelaksanaan KPPB.


KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan majoriti pensyarah IPG mempunyai kompetensi
teknologi digital pada tahap tinggi.Walau bagaimanapun, majoriti pensyarah IPG
menguasai penggunaan perisian aplikasi Basic Software Tool Suite, Internet Tools
dan Web-based Learning Tools. Sebaliknya, peratus pensyarah IPG yang menguasai
perisian aplikasi untuk pembelajaran bermakna adalah rendah terutama dalam
perisian realiti maya dan perisian komputasional. Berdasarkan keputusan kajian,
dicadangkan supaya program peningkatan kompetensi teknologi digital untuk
pembelajaran bermakna dilaksanakan untuk pensyarah IPG. Fokus program
peningkatan perlu diberikan kepada perisian aplikasi untuk produktiviti yang
berpotensi digunakan untuk mencapai pembelajaran bermakna dalam kalangan
pelajar.


Rujukan

Bell. K. (2018). Shake up learning: Practical ideas to move learning from static to
dynamic. California: ISTE.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How to design and evaluate research in
th
education (7 ed.). New York: McGraw-Hill.

Fullan, M. (2013). The new pedagogy: Students and teachers as learning partners.
Learning Landscapes, 6(2), Spring 2013 , 23 – 29.

Fullan, M., & Langworthy, M. (2013). Towards a new end: New pedagogies for deep
learning. Washington; Collaborative Impact


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 208


Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How pedagogies find deep
learning. Diperoleh daripada Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam:
How pedagogies find deep learning

Fullan, M., Quinn, J., & McEachen, J. (2018). Deep learning: Engage the world
change the world. SAGE Publications. Kindle Edition.

Jacobs, H. H., & Alcock, M. H. (2017). Bold move for schools. Virginia: ASCD.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kolb, L. (2017). Learning first, technology second. Oregon: ISTE.

New Pedagogies for Deep Learning (2018). 2018 NPDL Global Report. Ontario,
Canada: McEachen, J., Fullan, M., & Quinn, J. Retrieved from:
http://npdl.global/wp-content/uploads/2018/05/NPDL-Global-Report-2018.pdf

New Pedagogies for Deep Learning. (2016). NPDL global report. (1st ed.). Ontario,
Canada: Fullan, M., McEachen, J., Quinn, J. Retrieved from http://npdl.global/wp-
content/ uploads/2016/12/npdl-global-report-2016.pdf

New Pedagogies for Deep Learning Global Partnership (2014). School conditions for
deep learning rubric. Retrieved from : https://docushare.everett.k12.wa.us/
docushare/dsweb/Get/Version-68942/1.1%20Deep%20Learning%20Rubric.pdf.

Sheninger, E. (2014). Digital leadership: Changing paradigms for shanging times.
California: Corwin.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 209










COVER BELAKANG


Click to View FlipBook Version