J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 95
Semasa mengajar, saya akan mengemukakan 4.46 .641 T
soalan yang memerlukan murid menjawab secara
ringkas
Semasa mengajar, saya akan mengemukakan 4.38 .711 T
soalan yang memerlukan murid membuat
penjelasan lanjut
Saya meminta murid bertanya soalan pada akhir 4.37 .807 T
waktu pengajaran
Saya menggalakkan murid untuk bertanya soalan 4.28 .844 T
ketika sedang mengajar
Min Keseluruhan 4.47 .500 T
Motivasi Guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus
Min keseluruhan item bagi konstruk motivasi guru Pendidikan Islam pula ialah 4.38
dan sisihan piawai 0.51 yang berada pada tahap interpretasi min tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan lapan item soal selidik berada pada tahap yang tinggi manakaa satu
item berada pada tahap sederhana tinggi.
Pernyataan yang mempunyai nilai skor min yang paling tinggi berbanding item-
item lain ialah “saya berasa puas apabila standard pembelajaran berjaya dicapai
melalui kejayaan murid” (Min = 4.60, SP = 0.61) dengan peratusan setuju sebanyak
96%. Dapatan ini menjelaskan bahawa kejayaan murid yang dihasilkan daripada
keberkesanan amalan pengajaran sangat mempengaruhi motivasi guru.
Walaubagaimanapun terdapat satu dapatan item yang ganjil daripada item lain
iaitu “Saya lebih suka menggunakan kaedah sedia ada dalam amalan pengajaran
daripada menggunakan kaedah yang baharu (PAK-21)” (Min = 3.87, SP = 1.0). Skor
min item tersebut berada pada tahap sederhana tinggi dengan peratus setuju dan
sangat setuju 69.4%. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru Pendidikan Islam di
daerah Kuala Nerus mempunyai motivasi untuk mengajar namun belum mencapai
tahap motivasi yang tinggi untuk mengajar dengan pelbagai kaedah yang baharu
seperti pembelajaran abad ke-21.
Keseluruhannya, dapatan ini menjelaskan bahawa guru Pendidikan Islam di
Kuala Nerus sangat bermotivasi untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan elemen kaedah pengajaran, kemahiran penggunaan
bahan bantu mengajar dan amalan penyoalan. Namun begitu, kaedah pengajaran
yang baharu seperti pembelajaran abad ke-21 menjadi cabaran kepada guru untuk
terus bermotivasi dalam melaksanakan PdP yang berkesan. Jadual 6 menunjukkan
min, sisihan piawai dan interpretasi skor min bagi motivasi guru Pendidikan Islam
Kuala Nerus.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 96
Jadual 6: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min motivasi guru Pendidikan
Islam Kuala Nerus.
Pernyataan Min S.P Tahap
Saya berasa puas apabila standard pembelajaran 4.60 .613 T
berjaya dicapai melalui kejayaan murid
Saya bersemangat melakukan sesi soal jawab 4.53 .587 T
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Saya mempunyai matlamat yang jelas untuk 4.46 .620 T
melaksanakan kaedah pengajaran berpusatkan
murid
Saya sentiasa berusaha mempelbagaikan bahan 4.46 .682 T
bantu mengajar yang terbaik untuk murid
Saya sentiasa mendorong diri sendiri untuk 4.43 .649 T
menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan bahan
bantu mengajar
Saya merasakan mata pelajaran Pendidikan Islam 4.43 .628 T
dapat memupuk kemahiran penyoalan semasa
proses pengajaran
Saya bersemangat untuk mengasah kemahiran 4.37 .670 T
penyoalan selaras dengan tahap pemikiran murid
Saya seronok mengajar dengan menggunakan 4.25 .770 T
bahan bantu mengajar berasaskan multimedia
Min Keseluruhan 4.38 .510 T
Hubungan antara setiap elemen yang terdapat dalam amalan pengajaran dengan
tahap motivasi Guru Pendidikan Islam di Kuala Nerus
Berdasarkan jadual 7, hasil analisis mendapati terdapat hubungan positif dan
signifikan antara setiap elemen dalam amalan pengajaran dengan motivasi guru
Pendidikan Islam Kuala Nerus iaitu bagi aspek kaedah pengajaran (r = .677, p <0.01),
kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (r = .669, p < 0.01) dan kemahiran
penyoalan (r = .829, p <0.001). Ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar ini
mempunyai nilai r yang tinggi antara satu sama lain manakala nilai p pula tidak
melebihi 0.05.
Kesimpulannya, keseluruhan elemen dalam amalan pengajaran mempunyai
hubungan yang positif dan signifikan dengan motivasi guru Pendidikan Islam.
Hubungan antara pemboleh ubah ini berada pada tahap yang sangat kuat dan kuat
antara ±0.61 – ±1.00 Pada aspek kekuatan hubungan pula, korelasi antara aspek
amalan penyoalan dan motivasi guru Pendidikan Islam lebih tinggi berbanding aspek
lain.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 97
Jadual 7: Hubungan antara setiap elemen dalam amalan pengajaran dengan motivasi
guru Pendidikan Islam Kuala Nerus
Kaedah Kemahiran Penggunaan Kemahiran
Pengajaran Bahan Bantu Mengajar Penyoalan
**
**
**
Motivasi .677 .669 . 829
Korelasi Pearson .000 .000 .000
(2 – hujung)
N=150
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati guru Pendidikan Islam sekolah rendah
di daerah Kuala Nerus menguasai amalan pengajaran dari aspek kaedah pengajaran,
penggunaan bahan bantu mengajar dan kemahiran penyoalan dengan baik. Manakala
dapatan juga menunjukkan motivasi pengajaran guru Pendidikan Islam berada pada
tahap yang tinggi dan terdapat hubungan yang positif dan signifkan antara setiap
elemen dalam amalan pengajaran dengan motivasi guru. Walaubagaimanapun, setiap
elemen ini masih perlu dilakukan penambahbaikan dan diperkemaskan dengan lebih
teliti khususnya dalam penguasaan kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar
yang berada pada tahap sederhana tinggi. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa
bersedia untuk melakukan perubahan dalam amalan pengajaran agar perkembangan
motivasi guru adalah secara berterusan untuk meningkatkan keberhasilan kualiti
pengajaran yang berkesan.
Cadangan penambahbaikan untuk kajian ini bagi pengkaji akan datang ialah:
1. Menggunakan pelbagai pendekatan dan reka bentuk kajian yang lebih
mendalam seperti kualitatif.
2. Bilangan sampel ditingkatkan lagi supaya mendapat keputusan yang lebih
tepat, sampel dipelbagaikan dan dikaji kepada populasi responden yang lebih
luas seperti guru Pendidikan Islam di Negeri Terengganu.
3. Menjadikan konstruk motivasi sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan
manakala elemen amalan pengajaran sebagai pemboleh ubah bersandar.
4. Menjalankan analisis lain seperti Ujian-T, regrasi, MANOVA, SEM dan
ANCOVA untuk memperoleh dapatan kajian yang lebih mendalam mengikut
kesesuaian kajian.
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi kajian yang utama ialah kepada guru Pendidikan Islam sekolah rendah di
seluruh Malaysia. Walaupun kajian ini hanya memfokuskan kepada guru Pendidikan
Islam di daerah Kuala Nerus namun guru Pendidikan Islam dari daerah dan negeri lain
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 98
juga dapat mengambil manfaat daripada hasil kajian ini. Penekanan terhadap kaedah
pengajaran abad ke-21 perlu dipertingkatkan dan penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia atau teknologi maklumat dan komunikasi juga perlu
dititikberatkan oleh para guru. Hasil kajian menunjukkan tentang realiti amalan
pengajaran guru Pendidikan Islam masa kini dan beberapa maklumat lain yang perlu
diambil tindakan oleh guru.
Selain itu kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak berwajib seperti Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak sekolah dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti merancang kursus amalan pengajaran yang
berfokuskan kepada masalah yang dapat dilihat daripada dapatan kajian seperti
pembangunan kemahiran membina bahan bantu mengajar berasaskan multimedia
atau teknologi maklumat dan komunikasi. Antara aktiviti atau tindakan lain yang boleh
dilaksanakan adalah menyediakan sebuah platform khusus yang mengandungi bahan
bantu mengajar berbentuk multimedia untuk dimanfaatkan secara terus oleh guru
Pendidikan dalam bilik darjah. Usaha baik ini sangat membantu guru-guru veteran
terutamanya untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran yang variasi dengan
berbantukan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran
guru pendidikan islam berkesan berteraskan konsep mu'allim.
http://journalarticle.ukm.my/777/1/14.pdf
Abdul Halim Masnan. (2014). Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan.
https://www.researchgate.net/profile/Abdul_Halim_Masnan/publication/307134
108_AMALAN_PEDAGOGI_GURU_PRASEKOLAH_PERMULAAN/links/57c2
288f08aeb95224d74844/AMALAN-PEDAGOGI-GURU-PRASEKOLAH-
PERMULAAN.pdf
Abdullah Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof, & Mohd Isha
Awang. (2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang
dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan
pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. International Seminar on
Generating Knowledge Through Research (599-608). Kedah: ICECRS.
Anuar Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru
dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1-11.
Chung, Hui Ching, Melvina, & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 99
pengajaran di Sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35 (1), 59-69.
Gamal Abdul Nasir Zakaria, Salwa Mahalle, & Aliff Nawi. (2015). Kajian amalan
pengajaran guru bahasa arab sekolah menengah di negara Brunei
Darussalam. The Online Journal of Islamis Education, 32-40.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd
Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru cemerlang pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of
Islamic and Arabic Education 3 (1), 59-74.
Mohammad Rusdi Ab Majid. (2017). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan
kreativiti. studentsrepo.um.edu.my (PHA 110022)
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan amalan
pengajaran guru pendidikan islam sekolah menerusi kaedah penyoalan
berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina
Ummah 3 (1), 42-53.
Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2016). Amalan pengajaran jawi dalam pendidikan
masa kini: Suatu tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 2 (2), 70-85.
Noor Lela Ahmad, & Nur Afrina Haziqah Azman. (2020). Tahap amalan pengajaran
berkesan guru prinsip perakaunan berasaskan model Slavin. Jurnal Pendidikan
Malaysia 45 (1), 53-62.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Mohd Isa Hamzah, Khadijah
Abdul Razak, & Maimun Aqsha Lubis. (2018). Strategi penyoalan guru
pendidikan islam dalam pengajaran berfikir kritis. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), Volume 2 (1),
72-87.
Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila, & Mashita Abu
Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru pendidikan islam di
sekolah kebangsaan. JaMOR 2019, Vol 1, No 4, 1-23.
Sapora Sipon. (2007). Keberkesanan Kaunseling kelompok pemusatan insan, rasional
emotif tingkah laku dan psikologi kognitif ad-Din ke atas tahap tekanan,
kepuasan kerja, strategi berdaya tindak dan sokongan sosial guru. Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 100
Sharifah Bee. (2015). Transformasi dijana legasi : Koleksi Ucapan 2012-2015. Dr.
Hajah Sharifah Bee Binti Hj. Aboo Bakar, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau
Pinang. KPM, JPPP. Pulau Pinang: Crucetak Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-
QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2), 53-64.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 101
HUBUNGAN PELIBATAN DALAM PROGRAM KEROHANIAN DENGAN
PENGHAYATAN AKHLAK ISLAMIAH SISWA GURU IPGKDRI
1
Nurul Nadia Mohamed @ Mahmood ([email protected])
2
Mohd Hasaidi Hassan ([email protected])
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Abstrak
Program kerohanian merupakan satu aktiviti keagamaan yang sering diadakan dalam
membina jati diri yang kukuh dalam kalangan mahasiswa. Pelaksanaannya ini juga
membawa kepada matlamat dalam meningkatkan penghayatan akhlak Islamiah
dalam kalangan mahasiswa. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti
tahap penglibatan siswa guru dalam program kerohanian yang dianjurkan Gabungan
Pelajar Agama Islam (GAPAI) dan juga tahap penghayatan akhlak Islamiah dalam
empat skop utama iaitu penghayatan akhlak Islamiah terhadap Allah dan Rasul, diri
sendiri, masyarakat dan alam sekitar. Skop dan batasan kajian ini tertumpu kepada
semua siswa guru Pendidikan Islam dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan dan pengumpulan data kajian menggunakan kaedah
kuantitatif. Nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah (0.852) yang menunjukkan
kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang tinggi. Sampel dalam kajian ini
menggunakan 186 orang responden yang dipilih menggunakan rawak berstrata bagi
setiap ambilan menggunakan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Nilai Data yang
diperoleh melalui instrumen soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) dengan menjalankan analisis deskripitif dan kolerasi
Pearson. Hasil dapatan kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu tahap penglibatan dalam
program kerohanian dan juga pemboleh ubah-pemboleh ubah yang bersandar iaitu
penghayatan akhlak Islamiah terhadap Allah dan rasul, diri sendiri, masyarakat dan
alam sekitar (p<0.05). Tahap penglibatan dalam program kerohanian dan juga
penghayatan akhlak Islamiah dalam kalangan siswa guru dalam keempat-empat skop
didapati berhubung secara positif. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan dalam
memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti program kerohanian di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail supaya dapat memastikan peningkatan
penghayatan akhlak Islamiah kepada siswa guru secara berterusan.
Kata Kunci: Penglibatan program kerohanian, Gabungan Pelajar Agama Islam
(GAPAI), penghayatan akhlak Islamiah, siswa guru IPGKDRI.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 102
Abstract
Spiritual programs are a religious activity that is often held to build a strong identity
among students. Its implementation also leads to the goal of increasing the
appreciation of Islamic morality among students. Thus, this study was conducted to
identify the level of involvement of teacher students in spiritual programs organized by
the Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI) and also the level of appreciation of
Islamic morality in four main scopes in appreciation of Islamic morality towards Allah
and Rasul, self appreciation, society and environment. The scope and limitations of
this study are focused on all Islamic Education students in the Bachelor of Teaching
Program in IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. This study is a survey study in
acccordance with quantitative methods. The Cronbach’s Alpha value obtained was
(0.852) which indicates high reliability and validity of the questionnaire. The sum of the
sample in this study is 186 respondents, which is selected using stratified
randomization for each intake using Krejcie and Morgan’s (1970) table. Data values
obtained through the questionnaire instrument were analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) by conducting descriptive analysis and Pearson
correlation. Pearson correlation results show that there is a significant relationship
between the independent variables and the dependent variables (p <0.05). The level
of involvement in spiritual programs as well as the appreciation of Islamic morality
among teacher students in the four scopes were found to be positively related. The
results of this study can contribute to increasing and improving the quality of spiritual
programs at IPG Kampus Dato 'Razali Ismail in order to ensure an increase in the
appreciation of Islamic morals to student teachers on an ongoing basis.
Keywords: involvement of teacher students in spiritual programs, Gabungan Pelajar
Agama Islam (GAPAI), appreciation of Islamic morality, students
PENDAHULUAN
Akhlak merupakan tujuan utama dalam membina umat Islam ke arah kejayaan. Rasul
junjungan kita, Nabi Muhammad SAW diutuskan Allah ke muka bumi sebagai utusan
dalam menyempurnakan akhlak manusia serta menjadi suri teladan yang terbaik bagi
umatnya. Sungguhpun begitu, akhlak mulia bukan hanya perlu diterapkan kepada
anak-anak sahaja, bahkan ia juga teraplikasi kepada semua masyarakat termasuk
golongan-golongan belia yang terdiri daripada penuntut dan mahasiswa di menara
gading. Apabila mereka ini baik dari segi akhlak, maka sudah tentulah agama Islam
dapat disebarkan dengan lebih luas serta masa depan negara akan terjamin kerana
tindak-tanduk mereka sentiasa berpaksikan akhlak mulia. Tambahan pula, masa
muda merupakan masa yang penuh dengan kekuatan serta semangat yang tinggi dan
ketika inilah modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Tambahan pula, pada
waktu beginilah belia dapat membuat penilaian kepada diri sendiri, menentukan
identiti dan proses membentuk akhlak dan moral. Hal ini kerana akhlak mulia yang
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 103
didasari dengan batas-batas syarak merupakan satu pelengkap kepada individu yang
berilmu dan terpelajar (Azlan Shaiful, 2019). Oleh itu, menjadi tanggungjawab pelajar
untuk menyusun masa mereka dengan menyertai program-program berbentuk
kerohanian sebagai nilai tambah terhadap penghayatan akhlak dalam kehidupan
supaya dapat melahirkan individu terpelajar dan mempunyai akhlak Islamiah yang
tinggi.
PENYATAAN MASALAH
Pada hari ini banyak pihak yang membincangkan tentang kerosakan dan keruntuhan
akhlak dalam kalangan anak muda terutamanya dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi universiti. Hal ini kerana, berdasarkan dapatan awal kajian Mohd Farid dan
Mohd Khairi (2016) menyatakan bahawa beberapa permasalahan dan perubahan
sikap serta akhlak dalam kalangan anak muda khususnya yang dilaporkan di dada-
dada akhbar dan media massa, seperti budaya lepak, mencuri, vandalisme,
penyalahgunaan dadah dan segala perbuatan-perbuatan yang bertentangan nilai-nilai
agama dan akhlak Islamiah menunjukkan trend menaik sehingga menimbulkan
keresahan kepada pelbagai pihak. Kurangnya pendedahan kepada ilmu agama,
pendidikan Islam dan program kerohanian secara meluas merupakan salah satu faktor
isu ini terjadi (Nor Hayati Fatmi, Bani Hidayat & Adibah Hasanah, 2018).
Kajian ini juga selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mazdi et.al (2019),
yang mana kajian tersebut telah menyatakan bahawa kecenderungan mahasiswa
untuk menyertai program yang berunsurkan kerohanian masih lagi di tahap yang
kurang memuaskan walaupun program-program sebegini telah banyak dianjurkan
oleh pelbagai pihak. Di samping itu, dapatan kajian yang dilakukan oleh Ahmad
Sahlan, Mohd Nizam dan Rosmawati (2019) menyatakan, antara faktor yang lain
adalah kurangnya penghayatan akhlak Islamiah dalam diri mahasiswa. Farah Ellina et
al. (2019) juga menyatakan dalam kajian mereka bahawa terjadinya masalah
penghayatan akhlak dalam kalangan mahasiswa pada masa kini terjadi kerana jati diri
mereka yang kurang kukuh. Walau bagaimanapun, hasil kajian yang telah dilakukan
oleh Mohd Khairi dan Mohamad Khairi (2016), telah menunjukkan bahawa pelajar
bersetuju bahawasanya program keagamaan dan kerohanian membantu
meningkatkan tahap penghayatan akhlak pelajar, namun dapatan kajian juga
merekodkan bahawa sebilangan pelajar tidak mengamalkannya khususnya perkara
yang berkaitan dengan akhlak.
Bertitik tolak hasil daripada kajian-kajian lalu yang telah dilakukan dalam skop
yang sama, ia mendorong penyelidik untuk melakukan kajian yang dapat menguji
hubungan program kerohanian yang telah dijalankan terhadap penghayatan akhlak
siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI).
Tambahan pula, melalui pemerhatian awal penyelidik, kajian ini ingin dilaksanakan
kerana masih belum ada penyelidikan atau kajian dalam skop yang berkaitan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 104
dilakukan terhadap siswa guru IPGKDRI. Sementelahan itu, program-program
berbentuk kerohanian ini sudah sekian lama dijalankan di IPGKDRI dan sudah tiba
masanya untuk menilai sejauh mana hubungan tahap penglibatan siswa guru dalam
program kerohanian dengan penghayatan akhlak dalam kalangan mereka. Di samping
itu, keperluan bakal guru khususnya bakal guru Pendidikan Islam yang juga
merupakan subjek kajian untuk menghayati program kerohanian dan melaziminya
supaya usaha untuk berdakwah di lapangan nanti akan dapat menjana akhlak yang
baik dalam kalangan murid mereka sendiri (Ruzain, 2015).
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap penglibatan siswa guru pendidikan Islam dalam program
kerohanian di IPGKDRI;
2. Mengenalpasti tahap penghayatan akhlak siswa guru IPGKDRI;
3. Menganalisis hubungan antara tahap penglibatan siswa guru dalam program
kerohanian dengan penghayatan akhlak siswa guru IPGKDRI.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penglibatan siswa guru pendidikan Islam dalam program
kerohanian di IPGKDRI?
2. Apakah tahap penghayatan akhlak siswa guru IPGKDRI?
3. Adakah terdapat hubungan signifikan antara penglibatan pelajar dalam
program kerohanian dengan penghayatan akhlak siswa guru IPGKDRI?
KEPENTINGAN KAJIAN
Apabila kajian ini dilaksanakan, ia dapat memberi manfaat dan faedah kepada pihak-
pihak yang ingin mendapatkan maklumat dan persoalan-persoalan yang dikemukakan
melalui dapatan kajian yang akan diperolehi. Hal ini akan membantu pihak berkenaan
contohnya Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI) sendiri untuk menambahbaik
program-program kerohanian yang telah dijalankan sepanjang tahun secara berkala
mengikut situasi dan keperluan siswa guru IPGKDRI. Kajian ini juga berfungsi untuk
menjadi panduan kepada pihak-pihak yang ingin menganjurkan apa-apa program
baharu yang berkaitan kepada siswa guru. Hal ini kerana, pihak tersebut boleh memilih
dan merangka program yang sesuai dengan merujuk dapatan tahap penghayatan
akhlak siswa guru yang paling tinggi dalam kajian tersebut. Oleh itu, program yang
akan dijalankan akan mendapat sambutan baik dan memberi kelebihan yang besar
kepada siswa guru dalam penghayatan akhlak Islamiah.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 105
Selain itu, kajian ini juga berfungsi memberi gambaran sebenar dan generalisasi
tentang tahap penglibatan dan penghayatan akhlak siswa guru Pendidikan Islam
melalui setiap program kerohanian yang telah dianjurkan. Hasil kajian ini juga dapat
membantu pihak berwajib dan terlibat untuk mengenalpasti apakah tindakan dan
program yang lebih berkesan dalam penghayatan akhlak Islamiah siswa guru
IPGKDRI.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini, iaitu sampel yang besar
dapat dikaji di mana hasil dapatan kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi
kajian. Reka bentuk tinjauan digunakan untuk mengumpul maklumat dan data untuk
menghubungkaitkan antara dua pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar.
Pemboleh ubah tidak bersandar adalah tahap penglibatan siswa guru dalam program
kerohanian manakala pemboleh ubah bersandar pula adalah tahap penghayatan
akhlak Islamiah siswa guru yang difokuskan kepada Allah dan Rasul, diri sendiri,
masyarakat dan juga alam sekitar. Sementelahan itu, data kuantitif bagi kajian ini
kumpul dengan menggunakan soal selidik menggunakan platform atas talian iaitu
aplikasi Google Form.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi yang telah terlibat dalam kajian ini adalah dalam kalangan siswa guru
Pendidikan Islam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI). Populasi ini terdiri daripada
ambilan Jun 2018, Jun 2019. Jun 2020 dan Jun 2021 seramai 359 orang. Kajian ini
menggunakan sampel rawak berstrata kerana ianya jumlah kumpulan dalam populasi
kajian yang telah dinyatakan bersifat tidak seragam (heterogen). Penyelidik
menentukan saiz sampel bagi populasi ini berdasarkan penentuan saiz sampel yang
paling hampir dalam jadual yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970) iaitu
seramai 186 orang yang membawa wajaran penisbahan setiap kumpulan iaitu
seramai 20 orang (Jun 2018), 60 orang (Jun 2019), 65 orang (Jun 2020) dan 41 orang
(Jun 2021).
Instrumen Kajian
Penyelidik telah menggunakan instrumen kajian yang berbentuk soal selidik dengan
menggunakan lima skala likert untuk mendapatkan data bagi tahap penglibatan dalam
program kerohanian dan juga tahap penghayatan akhlak Islamiah dalam kalangan
siswa guru Pendidikan Islam. Soal selidik ini berbentuk tertutup dan mempunyai
beberapa bahagian iaitu bahagian A untuk mengumpul maklumat mengenai demografi
siswa guru, seterusnya pada bahagian B mengenai penglibatan mereka terhadap
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 106
program kerohanian yang dilaksanakan di IPGKDRI, kemudiannya pada bahagian C,
D, E dan F merupakan instrumen soal selidik yang digunakan untuk mengumpul
maklumat berkenaan dengan penghayatan akhlak siswa guru dari segi akhlak Allah
dan Rasul, diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar.
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Penyelidik telah mengesahkan instrumen kajian dengan tujuh orang pakar rujuk.
Pakar-pakar rujukan ini akan melihat dan mengesahkan instrumen ini sama ada ianya
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dari segi isi kandungan, konstruk soalan
dan sebagainya berdasarkan bidang dan kepakaran maisng-masing sebelum
intrumen dapat disebarkan. Setelah melalui proses kesahan, soal selidik telah
dijalankan kepada 30 orang sampel kajian melalui kajian rintis. Hasil daripada kajian
rintis yang telah dijalankan, pekali Alpha Cronbach bagi kebolehpercayaan
keseluruhan item soal selidik adalah pada nilai 0.852 yang mana interpretasi skornya
yang baik dan boleh diterima dapat mewajarkan kajian untuk diteruskan.
Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian
(Google Form) yang telah diedarkan melalui aplikasi WhatsApp. Hasil dapatan data
direkodkan di dalam apliksi Google Form dan Spreadsheet untuk tujuan analisis dan
interpretasi data.
Prosedur Penganalisisan Data
Data-data yang telah diperolehi untuk kajian ini diproses dengan menggunakan
aplikasi ‘Statistical Package for The Social Science’ versi 22.0 (SPSS 22.0).
Seterusnya, pengumpulan data ini dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang
menggunakan indeks mod, min, frekuensi dan peratusan. Selain itu, penyelidik juga
menganalisis kajian secara inferensi melalui ujian korelasi Pearson untuk
menganalisis kedua-dua hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan tidak
bersandar bagi kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang diperolehi akan menghuraikan jawapan secara lebih
terperinci kepada persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
i. Apakah tahap penglibatan siswa guru pendidikan Islam dalam program kerohanian
di IPGKDRI?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 107
Jadual 1: Taburan kekerapan, min, sisihan piawai, dan interpretasi min tahap
penglibatan siswa guru dalam program kerohanian anjuran GAPAI
IPGKDRI.
Item Kekerapan Min S.P Tahap
TP JJ KK K SK
Program Bacaan Yassin 10 29 65 61 21 3.29 1.035 ST
5.4% 15.6% 34.9% 32.8% 11.3%
Program Qasidah 8 44 51 59 24 3.25 1.088 ST
4.3% 23.7% 27.4% 31.7% 12.9%
Tadarus al-Quran 17 38 65 42 24 3.10 1.144 ST
9.1% 20.4% 34.9% 22.6% 12.9%
Kuliah Maghrib 0 17 60 76 33 3.67 0.873 ST
- 9.1% 32.3% 40.9% 17.7%
Bengkel al-Fatihah. 6 16 38 66 60 3.85 1.070 ST
3.2% 8.6% 20.4% 35.5% 32.3%
Ceramah Nuzul al-Quran. 2 8 34 76 66 4.05 0.899 T
1.1% 4.3% 18.3% 40.9% 35.5%
Minggu Kesenian Islam 3 10 28 78 67 4.05 0.934 T
1.6% 5.4% 15.1% 41.9% 36%
Program Ihya’ Ramadan 0 2 18 82 84 4.33 0.695 T
0% 1.1% 9.7% 44.1% 45.22%
Program Tahsin al-Quran. 2 12 32 77 63 4.01 0.933 T
1.1% 6.5% 17.2% 41.4% 33.9%
Malam Mahabbah Rasul. 2 7 23 76 78 4.19 0.871 T
1.1% 3.8% 12.4% 40.9% 41.9%
Min Keseluruhan 3.78 ST
Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, lima item berada pada tahap sederhana
tinggi dengan nilai min di antara 3.10 hingga 3.85. Manakala, baki lima item yang lain
bagi komponen tahap penglibatan dalam program kerohanian berada pada tahap
yang tinggi, iaitu berada dalam lingkungan nilai min 4.01 hingga 4.33. Item dengan
nilai min tertinggi adalah penglibatan dalam program Ihya’ Ramadan ketika bulan
Ramadan (Min=4.33, SP=0.695). Hal ini menjelaskan bahawa tahap penglibatan
siswa guru dalam program kerohanian masih lagi pada tahap sederhana perlu
ditambah baik dari semasa ke semasa.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 108
ii. Tahap Penghayatan Akhlak Siswa Guru IPGKDRI dari Aspek Penghayatan
Akhlak Islamiah
Jadual 2: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap
Penghayatan Akhlak Islamiah Terhadap Allah dan Rasul
Item Kekerapan Min S.P Tahap
STS TS TP S SS
Mengutamakan 0 0 2 52 132 4.71 0.483 T
perintah Allah dan - - 1.1% 28% 71%
Rasul-Nya daripada
keperluan diri.
Melaksanakan perintah 0 0 3 38 145 4.76 0.463 T
Allah dan Rasul-Nya - - 1.6% 20.4% 78%
dengan hati yang
terbuka.
Mengamalkan sunnah 0 0 4 66 116 4.55 0.533 T
Rasulullah SAW. - - 2.2% 35.5% 62.4%
Berselawat kepada 0 2 8 61 115 4.58 0.632 T
Rasulullah SAW. - 1.1% 4.3% 32.8% 61.8%
Bersegera menunaikan 0 0 12 84 90 4.42 0.612 T
solat fardu pada awal - - 6.5% 45.2% 48.4%
waktu.
Menunaikan solat 0 7 26 66 87 4.25 0.835 T
berjemaah berbanding - 3.8% 14% 35.5% 46.8%
solat bersendirian.
Menunaikan ibadat 0 0 1 27 158 4.84 0.378 T
puasa wajib di bulan - - 0.5% 14.5% 84.9%
Ramadan (kecuali uzur
syarie).
Melazimi solat sunat. 0 11 29 73 74 4.13 0.869 T
- 5.4% 15.6% 39.2% 39.8%
Memperuntukkan 0 2 6 56 122 4.60 0.609 T
bacaan al-Quran pada - 1.1% 3.2% 30.1% 65.6%
setiap hari.
Istighfar apabila 0 0 2 61 123 4.65 0.500 T
melakukan kesilapan - - 1.1% 32.8% 66.1%
dan kesalahan.
Min Keseluruhan 4.56 T
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 109
Jadual 3: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Aspek
Penghayatan Akhlak Islamiah Terhadap Diri Sendiri
Item Kekerapan Min S.P Tahap
STS TS TP S SS
Menjaga batas 0 3 10 56 117 4.54 0.674 T
pergaulan antara - 1.6% 5.4% 30.1% 62.9%
lelaki dan perempuan.
Memakai pakaian 0 2 0 63 121 4.63 0.547 T
yang menutup aurat - 1.1% - 33.9% 65.1%
dengan sempurna.
Sengelakkan diri 0 0 0 37 149 4.80 0.400 T
daripada membuka - - - 19.9% 80.1%
aurat di media sosial.
Memberi bantuan 0 0 0 65 121 4.65 0.478 T
kepada orang yang - - - 34.9% 65.1%
memerlukan.
Mengucapkan salam 0 4 22 60 100 4.38 0.777 T
apabila bertemu orang - 2.2% 11.8% 32.3% 53.8%
lain.
Bersegera menjawab 0 0 0 49 137 4.74 0.442 T
salam apabila - - - 26.3% 73.7%
mendengar orang
mengucapkan salam.
Mendapatkan nasihat 2 0 8 46 130 4.62 0.672 T
daripada pensyarah. 1.1% - 4.3% 24.7% 69.9%
Mendapatkan nasihat 0 0 2 55 129 4.68 0.489 T
daripada rakan. - - 1.1% 29.6% 69.4%
Memberi senyuman. 0 2 5 62 117 4.58 0.603 T
- 1.1% 2.7% 33.3% 62.9%
Bercakap sopan 0 0 2 65 119 4.63 0.506 T
dengan orang lain. - - 1.1% 34.9% 64.0%
Min Keseluruhan 4.62 T
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 110
Jadual 4: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Aspek
Penghayatan Akhlak Islamiah Terhadap Masyarakat
Item Kekerapan Min S.P Tahap
STS TS TP S SS
Suka membantu rakan 0 0 2 40 144 4.76 0.451 T
- - 1.1% 21.5% 77.4%
Patuh peraturan di 0 0 3 80 103 4.54 0.531 T
kampus. - - 1.6% 43.0% 55.4%
Minta izin ketika hendak 0 2 10 68 106 4.49 0.651 T
keluar daripada sesuatu - 1.1% 5.4% 36.3% 57.0%
majlis ilmu.
Beri tumpuan semasa 0 4 11 87 84 4.35 0.691 T
sesi pembelajaran. - 2.2% 5.9% 46.8% 45.2%
Elakkan diri daripada 0 0 2 57 127 4.67 0.493 T
menyampuk semasa - - 1.1% 30.6% 68.3%
pensyarah sedang
mengajar.
Menasihati rakan 0 5 8 84 89 4.38 0.697 T
supaya tidak terikut-ikut - 2.7% 4.3% 45.2% 47.8%
dengan perkara yang
menyalahi syariat.
Berkongsi barang 0 2 2 55 127 4.65 0.561 T
dengan rakan. - 1.1% 1.1% 29.6% 68.3%
Menyerahkan barang 0 0 2 45 139 4.73 0.515 T
yang ditemui kepada - - 1.1% 24.2% 74.7%
pihak berwajib.
Patuhi etika Islam 0 0 0 59 127 4.68 0.467 T
ketika bergaul dengan - - - 31.7% 68.3%
masyarakat.
Bersedekah kepada 0 0 15 72 99 4.45 0.641 T
orang yang - - 8.1% 38.7% 53.2%
memerlukan.
Min Keseluruhan 4.58 T
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 111
Jadual 5: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Penghayatan
Akhlak Islamiah Terhadap Alam Sekitar
Item Kekerapan Min S.P Tahap
STS TS TP S SS
Pastikan tempat tinggal 0 0 0 42 144 4.77 0.419 T
bersih daripada - - - 22.6% 77.4%
kekotoran.
Pastikan tempat tinggal 0 0 0 35 151 4.81 0.392 T
bersih daripada najis. - - - 18.8% 81.2%
Meletakkan kenderaan di 0 0 2 44 140 4.74 0.463 T
tempat yang telah - - 1.1% 23.7% 75.3%
disediakan.
Menggunakan sumber 0 0 0 54 132 4.71 0.455 T
air dengan cermat. - - - 29% 71%
Menggunakan sumber 0 0 0 54 132 4.71 0.455 T
elektrik dengan - - - 29% 71%
berhemah.
Membuang sampah di 2 1 2 46 135 4.67 0.637 T
tempat yang telah 1.1% 0.5% 1.1% 24.7% 72.6%
disediakan.
Mengutip sampah yang 0 0 4 57 125 4.65 0.521 T
didapati bersepah- - - 2.2% 30.6% 67.2%
sepah.
Mengelakkan diri 0 0 0 30 156 4.84 0.369 T
daripada meludah - - - 16.1% 83.9%
merata-rata.
Meletakkan semula 0 0 0 32 154 4.83 0.378 T
kemudahan yang - - - 17.2% 82.8%
disediakan di tempat
asal selepas
menggunakannya.
Mengitar semula 2 10 30 49 95 4.21 0.972 T
barangan yang boleh 1.1% 5.4% 16.1% 26.3% 51.1%
dikitar semula.
Min Keseluruhan 4.69 T
Berdasarkan jadual-jadual tersebut, hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi
komponen penghayata akhlak Islamiah yang paling tinggi adalah pada komponen
penghayatan akhlak terhadap alam sekitar (Min=4.61, SP=0.36) berbanding
komponen-komponen yang lain. Sungguhpun begitu, nilai skor min bagi komponen
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 112
lain masih berada pada tahap yang sama dan hampir sekata, iaitu tahap yang tinggi
iaitu nilai min skor dalam lingkungan 4.58 hingga 4.62. Jumlah keseluruhan skor min
bagi setiap komponen ini adalah berada pada tahap yang tinggi (Min=4.61, SP=0.34).
iii. Hubungan Antara Penglibatan Pelajar Dalam Program Kerohanian Dengan
Penghayatan Akhlak Siswa Guru IPGKDRI
Jadual 6: Hubungan Tahap Penglibatan Dalam Program Kerohanian Dengan Tahap
Penghayatan Akhlak Islamiah Siswa Guru IPGKDRI
Tahap Penglibatan Penghayatan Akhlak
Keseluruhan
Tahap Penglibatan Korelasi Pearson 1 0.442**
Sig 0.000
(2-hujung)
N 186 186
Penghayatan Korelasi Pearson 0.442** 1
Akhlak
Keseluruhan Sig 0.000
(2-hujung)
N 186 186
N=186
** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)
Berdasarkan Jadual 6, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang
signifikan antara tahap penglibatan dalam program kerohanian dengan penghayatan
akhlak Islamiah siswa guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’
Razali Ismail. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap penglibatan dalam program kerohanian dengan penghayatan
akhlak Islamiah siswa guru secara keseluruhan bagi kesemua komponen yang dikaji
iaitu penghayatan akhlak Islamiah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, masyarakat
dan alam sekitar (r=0.442, p<0.01) yang membawa nilai korelasi yang sederhana.
Walaupun kekuatan hubungan adalah sederhana, namun ia membuktikan bahawa
pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ini berkait antara satu sama lain dan
memberi impak dalam pengamalan akhlak siswa guru dalam kehidupan mereka.
PERBINCANGAN
Penyelidik berpandangan bahawa siswa guru Pendidikan Islam di Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail masih mempunyai jati diri dan penhayatan akhlak
Islamiah yang amat baik dan mempunyai kaitan dengan pengamalan dan penglibatan
mereka dalam program kerohanian sepanjang berada di kampus. Namun begitu,
keterlibatan dalam program-program berbentuk kerohanian serta keagamaan ini
masih lagi perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan dalam
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 113
penyuburan dan penghayatan akhlak dalam diri mereka. Selain itu, penyelidik juga
berharap agar hasil dapatan kajian yang telah dinyatakan ini dapat memberi maklumat
penting tentang tahap penglibatan dalam program kerohanian dan juga tahap
penghayatan akhlak Islamiah siswa guru Pendidikan Islam sepanjang menuntut di
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali kepada pihak-pihak yang
memerlukannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, keterlibatan siswa guru Pendidikan Islam program-program yang
berunsurkan kerohanian di kampus ini telah memberi impak dan hubungan yang
positif terhadap penghayatan akhlak mereka dari segenap aspek seperti terhadap
Allah dan rasul, diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar. Sewajarnya, siswa guru
Pendidikan Islam mestilah mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk
mempersiapkan diri dengan akhlak yang baik sebelum ditempatkan di medan dakwah
dan lapangan kelak.
Rujukan
Abdullah Muhammad Zin (2017, Disember 29). Nilai kerohanian, jasmani perlu
diseimbangkan. Diakses daripada BH Online pada 20 Oktober
2020:https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/12/368520/nilaikeroh
anian-jasmani-perlu-diseimbangkan
Abu Bakar Yang (2005, Jun 28). Pendidikan islam asas pembentukan akhlak mulia.
Diakses daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia pada 20 Oktober 2020.
http://www.ikim.gov.my/index.php/2005/06/28/pendidikanislam-asas-
pembentukan-akhlak-mulia-remaja/
Ahmad Sahlan, Abdul Hatim, Mohd Nizam Sabad & Rosemawati Mohd Rasit. (2019).
Persepsi pelajar terhadap pembentukan akhlak melalui penerapan nilai murnia
dalam aktiviti dakwah kesenian di SMKA Negeri Kedah. International Journal of
Islamic Civilization Studies, Jilid 7 (2), 1-16.
Azizi Yahya et. al (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azlan Shaiful Baharom. (2019, November 26). Akhlak mulia pelengkap diri orang
berilmu. Diakses daripada MyMetro pada 21 Oktober 2020:
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/11/520796/akhlak-muliapelengkap-diri-
orang-berilmu
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 114
Farah Ellina et. al (2019). Keberkesanan program 'Salam Ad Dhuha' di Kolej Komuniti
Segamat. Politeknik & Kolej Komuniti. Journal of Lifelong Learning, Jilid 3 (1).
161-173.
Lay , Y. F., & Khoo, C. H. (2008). Pengenalan kepada analisis statistik dalam
penyelidikan sosial. Selangor Darul Ehsan: Venton Publishin (M) Sdn Bhd.
Lee, K., Zakri Abdullah, & Chua, L. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Farid Hafiz Ahmad & Mohamad Khairi Othman (2016). Pusat Islam POLIMAS:
Penglibatan program dakwah dan hubungannya dengan pengamalan ibadat
solat dan pengamalan akhlak pelajar. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, Jilid 1 (1), 653-652.
Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman (2016). Kefahaman dan pengamalan
akhlak dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
International Seminar on Generating Knowledge Through Research UUM-
UMSIDA, Jilid 1 (1), 663-676.
Mohd Khusyairie Marzuki (2013). Kajian pendekatan dan program dakwah terhadap
pembangunan akhlak mahasiswa. Pusat Pemikiran dan Kefaham (CITU) UiTM
Kelantan Kampus Machang. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaya.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian rintis bagi
pelaksanaan komposisi pengajaran guru Pendidikan Islam yang
mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menerusi pendidikan
akidah sekolah rendah. Attarbawiy: Malaysian Journal of Education, Jilid 2 (2),
55-60.
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, & Sabri Mohamad. (2018).
Menangani keruntuhan akhlak masa kini menurut Islam. Jurnal alTurath Jilid 3
(1), 55-63.
Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, & Norazlina Abd Wahab. (2017).
Penyertaan program pembangunan kerohanian di Malaysia. Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship, Jilid 1 (1), 214-233.
Nor Hayati Fatmi Taib, Bani Hidayat Mohd Shafie, & Adibah Hasanah Abd Halim.
(2018). Tahap pengetahuan pendidikan islam dan penghayatan akhlak pelajar
semester 1, satu kajian di Politeknik Banting Selangor. JQSS- Journal of Quran
Sunnah and Special Needs, Jilid 2 (2), 1-13.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 115
Norafidah Gordani & Abdul Ghafar Don. (2017). Sukatan usrah dalam membentuk
akhlak mulia: di Maahad Tahfiz Wal tarbiyyah Darul Iman (satu dapatan awal).
Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, Jilid 4 (1),104-114.
Norhisham Muhammad. (2018). Pengaruh ansyitah (aktiviti) terhadap pembentukan
akhlak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA). Sains Humanika, Jilid
3 (4), 9-19.
Norhisham Muhammad & Azmil Hashim. (2017). Pelaksanaan biah solehah dan kesan
terhadap penghayatan akhlak pelajar di SMKA. Technical & Social Science
Journal, Jilid 1 (8), 25-43.
Ruzain Syukur Mansor. (2015, Disember 11). Pendidik mesti hidupkan budaya Islam
di sekolah. Diakses daripada BH Online pada 15 Oktober 2020:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/104037/pendidik mesti-
hidupkan-budaya-islam-di-sekolah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 116
KOMPETENSI GURU ALIRAN PERDANA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN INKLUSIF
1
Nur Syaza Isamudin ([email protected])
2
Suziela Md. Tahir
3
Kamarudin Abu Hassan, PhD
1,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Abstrak
Program pendidikan inklusif (PPI) merupakan satu program pendidikan yang
membolehkan murid berkeperluan khas (MBK) belajar bersama-sama dengan murid
aliran perdana dalam kelas yang sama. Guru aliran perdana sebagai tenaga pengajar
bagi PPI kompeten untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran namun,
dapatan kajian lalu menunjukkan guru aliran perdana masih kurang kompeten dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap
kompetensi guru aliran perdana dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta mengenalpasti perbezaan antara
jantina dengan tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek kemahiran dalam
pengajaran dan pembelajaran inklusif. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen serta melibatkan seramai 60 orang guru
aliran perdana yang terlibat dengan program inklusif sebagai responden. Data-data
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi
25 bagi mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian-t tidak
bersandar. Hasil analisis mendapati tahap kompetensi guru aliran perdana dalam
pengajaran dan pembelajaran inklusif dari aspek pengetahuan dan sikap berada pada
tahap yang tinggi iaitu skor min yang diperolehi pada aspek pengetahuan adalah 3.87
dan aspek sikap adalah 4.17 manakala dari aspek kemahiran berada pada tahap
sederhana dengan min 3.57. Analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara jantina guru aliran perdana dengan tahap kompetensi guru dari aspek
kemahiran dengan nilai signifikan 0.07. Beberapa cadangan penambahbaikan juga
dikemukakan dalam kajian ini. Hasil daripada kajian ini dapat digunakan sebagai
cadangan garis panduan untuk memantapkan lagi PPI di Malaysia.
Kata Kunci: kompetensi, pendidikan inklusif, guru aliran perdana, pengetahuan,
kemahiran, sikap
Abstract
The Inclusive Education Programme (IEP) is an educational program that allows
students with special needs to study with mainstream students in the same class.
Mainstream teachers as educators for IEP have to be competent in implementing
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 117
teaching and learning however, the findings of previous studies show that mainstream
teachers are still less competent in terms of knowledge, skill and attitude. Thus, this
study aims to identify the competence level of mainstream teachers in inclusive
teaching and learning in terms of knowledge, skill and attitude and to identify
differences between gender and the competence level of mainstream teachers in
terms of skills in inclusive teaching and learning. This study is a survey study that uses
a questionnaire as an instrument and involves 60 mainstream teachers who are
involved in inclusive programs as respondents. The data were analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25 to obtain the frequency,
percentage, mean, standard deviation and independent t-test. The results of the
analysis found that the competence level of mainstream teachers in inclusive teaching
and learning in terms of knowledge and attitude is at a high level where the mean score
obtained in terms of knowledge is 3.87 and attitude is 4.17 while skills is at moderate
level with mean 3.57. The analysis also found that there was no significant difference
between the gender of mainstream teachers with the competence level of teacher in
terms of skills with a significant value of 0.07. Several suggestions for improvement
are also presented in this study. The results of this study can be used as a guideline
proposal to strengthen IEP in Malaysia.
Keywords: competence, Inclusive Education Programme, mainstream teachers,
knowledge, skill, attitude
PENGENALAN
Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 menyatakan bahawa Program
Pendidikan Inklusif ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-
sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Terdapat dua
pendekatan PPI yang digunakan di Malaysia iaitu Inklusif Penuh dan Inklusif Separa.
Inklusif Penuh bermaksud MBK dalam PPI belajar bersama-sama murid arus perdana
secara sepenuh masa dan mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran
akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah
suai. Inklusif separa pula bermaksud MBK belajar bersama-sama murid arus perdana
dalam inklusif separa akademik atau inklusif separa bukan akademik (Bahagian
Pendidikan Khas, 2018). MBK ini akan diajar oleh guru arus perdana dengan
kerjasama guru pendidikan khas sebagai guru resos dan guru pendamping. Menurut
Umar Musa dan Abdullah (2020), kompetensi guru harus dianggap sebagai faktor
utama untuk kejayaan pelaksanaan pendidikan inklusif. Oleh itu, guru aliran perdana
sebagai guru yang akan mengajar MBK perlu mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada MBK dan juga murid aliran perdana dalam
program inklusif.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 118
PENYATAAN MASALAH
Gelombang 3 dalam PPPM menyasarkan 75 peratus murid berkeperluan khas
mendaftar dalam program pendidikan inklusif menjelang 2025 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran ini semestinya
memerlukan kompetensi guru yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap bagi menjayakan pendidikan inklusif namun, timbul beberapa masalah berkaitan
kompetensi guru aliran perdana dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Dapatan kajian Lee et al., (2015) menunjukkan pengetahuan dan kemahiran guru
tentang pedagogi inklusif adalah tidak jelas dan minima.
Selain aspek pengetahuan, guru juga perlu kompeten dari aspek kemahiran
untuk mengajar dalam kelas inklusif namun, timbul beberapa isu mengenai kemahiran
guru untuk mengajar MBK dalam kelas inklusif antaranya Siti Fatimah dan Mustafa
(2018) mendapati guru aliran perdana tidak mempunyai kemahiran untuk
menyampaikan isi pelajaran kepada MBK serta tidak mahir untuk membina dan
menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan MBK. Selain kompetensi guru
dari aspek pengetahuan dan kemahiran, isu lain yang menjadi masalah dalam
pelaksanaan inklusif ialah mengenai sikap guru terhadap MBK dalam kelas inklusif.
Terdapat guru beranggapan bahawa penglibatan murid khas di dalam kelas biasa
akan mengganggu proses pengajaran dalam usaha guru untuk menyempurnakan
sukatan pelajaran (Lee & Sailajah, 2018).
Berdasarkan masalah yang berlaku dalam pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif, pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan PPI ini masih belum mencapai
tahap yang memuaskan dan masih terdapat banyak kelompongan yang perlu
ditambahbaik. Oleh itu, pengkaji membuat kajian ini untuk meninjau tahap kompetensi
yang dimiliki oleh guru aliran perdana dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif
dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk melihat sama ada tahap
kompetensi guru ini menjadi salah satu punca kelompongan dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran inklusif untuk PPI.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek
pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif;
2. Mengenalpasti tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif;
3. Mengenalpasti tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek sikap
dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif;
4. Mengenal pasti perbezaan antara jantina guru aliran perdana dengan
tahap kompetensi dari aspek kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran inklusif.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 119
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek pengetahuan
dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif?
2. Apakah tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek kemahiran
dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif?
3. Apakah tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek sikap dalam
pengajaran dan pembelajaran inklusif?
4. Adakah terdapat perbezaan antara jantina guru aliran perdana dengan
tahap kompetensi dari aspek kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran inklusif?
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan yang melibatkan guru
seramai 60 orang guru aliran perdana yang terlibat dengan pendidikan inklusif di
beberapa buah sekolah kebangsaan di sekitar Melaka Tengah. Instrumen soal selidik
yang digunakan mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A berkaitan dengan
demografi responden, Bahagian B mengandungi 10 soalan tentang kompetensi guru
dari aspek pengetahuan, Bahagian C pula terdiri daripada 10 soalan mengenai
kompetensi guru dari aspek kemahiran dan Bahagian D mengandungi 10 soalan
mengenai kompetensi guru dari aspek sikap. Format maklum balas adalah merujuk
kepada Skala Likert. Pengkaji mengumpulkan data dengan menyebarkan soal selidik
melalui Google Form. Bagi prosedur penganalisisan data, pengkaji menggunakan
Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 25. Analisis deskriptif digunakan
untuk mendapatkan min, kekerapan, sisihan piawai dan peratusan. Selain itu, pengkaji
juga menggunakan statistik inferensi untuk menganalisis data iaitu menggunakan
Ujian t tidak bersandar.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini melibatkan 60 orang guru aliran perdana yang terlibat dalam mengajar murid
berkeperluan khas dalam program inklusif sama ada dalam bidang akademik, bukan
akademik dan dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan bukan akademik. Huraian
terperinci mengenai profil peserta kajian ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1
Jadual 1.1 Profil Peserta Kajian
Demografi Kekerapan (f) Peratus (%)
Jantina
Lelaki 22 36.7
Perempuan 38 63.3
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 120
Umur
21-30 Tahun 13 21.7
31-40 Tahun 16 26.7
41-50 Tahun 22 36.7
51-60 Tahun 9 15.0
Kelulusan Akademik
SPM 0 0
STPM 0 0
Diploma 0 0
Ijazah Sarjana Muda 58 96.7
Sarjana 2 3.3
PHD 0 0
Pengalaman Mengajar Inkusif
1-5 Tahun 33 55.0
6-10 Tahun 5 8.3
11-15 Tahun 5 8.3
16-20 Tahun 7 11.7
21 Tahun ke atas 10 16.7
Penglibatan Pengajaran Murid Berkeperluan
Khas dalam Bidang
Akademik 41 68.3
Bukan akademik (kokurikulum) 5 8.3
Akademik dan bukan akademik 14 23.3
N=60
Berdasarkan jadual tersebut, seramai 22 orang guru lelaki (36.7%) dan 38 orang guru
perempuan (63.3%) telah menjadi responden bagi kajian ini. Kajian ini
menginterpretasikan nilai min berdasarkan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan
tinggi berdasarkan Jadual Interpretasi Min yang dirujuk dalam Ghazali dan Sufean
(2018) serta diubahsuai seperti Jadual 1.2.
Jadual 1.2: Interpretasi Nilai Min Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Inklusif
Nilai min Interpretasi Tahap Kompetensi
1.00 - 2.33 Rendah Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi Tinggi
Diadaptasi dan diiubahsuai daripada Ghazali & Sufean (2018)
Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana Dari Aspek Pengetahuan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Inklusif
Jadual 1.3: Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana dari Aspek Pengetahuan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Inklusif
Konstruk Min S.P Tahap
Ti
4.01
Konsep Inklusif 0.74 nggi
Ti
Kurikulum 3.93 0.78
gi
ng
Pedagogi Inklusif 0.85 ederhana
S
3.65
3.67
Pengendalian Murid 0.81 Sederhana
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 121
4.09
Peranan Guru 0.77 gi
Ti
ng
Skor min purata 3.87 Tinggi
N=60
Berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 1.3, pengkaji mendapati bahawa tahap
kompetensi guru aliran perdana dari aspek pengetahuan dalam pengajaran dan
pembelajaran inklusif berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan guru aliran
perdana yang terlibat dengan program inklusif telah mendapat pendedahan mengenai
program inklusif seperti konsep inklusif, kurikulum yang digunapakai dalam program
inklusif, pengendalian murid dalam program inklusif serta peranan mereka dalam
program inklusif. Dapatan ini selari dengan kajian Noor Syafiqah dan Noryani (2020)
yang mendapati bahawa majoriti guru aliran perdana mempunyai pengetahuan sedia
ada yang baik mengenai Program Pendidikan Inklusif yang dijalankan di sekolah.
Selain itu, peningkatan pengetahuan guru aliran perdana ini juga berkemungkinan
disebabkan oleh usaha guru menghadiri kursus dan latihan yang dianjurkan
berkenaan program inklusif. Hal ini bertepatan dengan kajian Norliah dan Mohd Hanafi
(2016) yang mendapati bahawa 64.10% responden bersetuju bahawa kursus yang
dianjurkan membantu meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru serta
membantu guru melaksanakan pengajaran dalam inklusif dengan lebih komprehensif.
Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana Dari Aspek Kemahiran Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Inklusif
Analisis deskriptif mengenai tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif dirumuskan oleh pengkaji
dalam Jadual 1.4 yang berikut.
Jadual 1.4: Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana dari Aspek Kemahiran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Inklusif
Konstruk Min S.P Tahap
Pedagogi 3.55 0.90 Sederhana
Membina Bahan Bantu Mengajar 3.57 0.94 Sederhana
Pengendalian Murid 3.53 0.96 Sederhana
Komunikasi 3.65 0.93 Sederhana
Skor purata min 3.57 Sederhana
N=60
Berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 1.4, pengkaji mendapati bahawa tahap
kompetensi guru aliran perdana dari aspek kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran inklusif berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan guru aliran
perdana masih perlu meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam program inklusif
seperti kemahiran pedagogi, kemahiran membina bahan bantu mengajar, kemahiran
mengendalikan murid dan kemahiran untuk berkomunikasi dengan murid
berkeperluan khas yang terlibat dengan program inklusif.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 122
Dapatan ini selari dengan kajian Nurul Shahida dan Noraidah (2020) yang
mendapati bahawa kemahiran guru aliran perdana dalam mengajar murid di kelas
inklusif berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.89. Tahap kemahiran guru
yang kurang baik ini berkemungkinan disebabkan oleh majoriti responden iaitu
sebanyak 55.0% merupakan guru yang baru sahaja melibatkan diri dalam program
inklusif iaitu selama 1-5 tahun. Oleh itu, guru-guru ini masih kurang berpengalaman
dan latihan untuk menjadikan mereka mahir dalam mengendalikan murid
berkeperluan khas dalam program inklusif. Hal ini disokong oleh kajian Noor Syafiqah
dan Noryani (2020) yang menyatakan bahawa guru aliran perdana memerlukan
latihan dan pengalaman yang lebih lagi supaya mereka mampu melaksanakan
program inklusif dengan baik.
Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana Dari Aspek Sikap Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Inklusif
Analisis deskriptif mengenai tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek sikap
dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif dirumuskan oleh pengkaji dalam Jadual
1.5 yang berikut.
Jadual 1.5: Tahap Kompetensi Guru Aliran Perdana dari Aspek Sikap dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Inklusif
Konstruk Min S.P Tahap
Penerimaan Guru 4.10 0.76 Tinggi
Kerjasama Guru 4.10 0.74 Tinggi
Keprihatinan Guru 4.32 0.67 Tinggi
Skor purata min 4.17 Tinggi
N=60
Berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 1.5, pengkaji mendapati bahawa tahap
kompetensi guru aliran perdana dari aspek sikap dalam pengajaran dan pembelajaran
inklusif berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan guru aliran perdana sudah
mula menerima pelaksanaan program inklusif di sekolah mereka. Dapatan ini adalah
selari dengan kajian Aien Farha dan Mustafa (2020) yang mendapati bahawa 52.6%
guru bersetuju bahawa program inklusif adalah program yang baik dan mula
menerima pelaksanaan program ini di sekolah mereka. Selain itu, sikap guru yang
positif berdasarkan dapatan kajian ini berkemungkinan kerana guru aliran perdana
telah mempunyai pengetahuan yang baik serta memahami pelaksanaan program
inklusif. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang tinggi seperti dapatan kajian ini,
sikap dan persepsi guru juga menjadi positif mengenai pelaksanaan program inklusif.
Hal ini dibuktikan dengan dapatan kajian Mohd. Mokhtar dan Farhana (2019) yang
mendapati tahap pengetahuan guru aliran perdana dalam pendidikan inklusif akan
mempengaruhi persepsi mereka dalam pelaksanaan inklusif iaitu jika guru aliran
perdana mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi, maka persepsi positif guru
aliran perdana juga akan meningkat.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 123
Perbezaan Antara Jantina Guru Aliran Perdana Dengan Tahap Kompetensi Dari
Aspek Kemahiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Inklusif
Hasil analisis ujian-t dirumuskan oleh pengkaji dalam Jadual 1.6 yang berikut.
Jadual 1.6: Perbezaan Antara Jantina Guru Aliran Perdana Dengan Tahap
Kompetensi Dari Aspek Kemahiran Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Inklusif
Jantina N Min Sisihan t Tahap
piawai Signifikan
Lelaki 22 3.81 0.60
Perempuan 38 3.43 0.98 1.82 0.07
Dapatan analisis menunjukkan nilai min guru lelaki ialah 3.81 dengan sisihan piawai
sebanyak 0.60 dan nilai min guru perempuan pula ialah 3.43 dengan sisihan piawai
sebanyak 0.98. Dapatan menunjukkan nilai t ialah 1.82 manakala nilai p ialah 0.07
iaitu nilai alpha adalah lebih besar daripada nilai aras signifikan iaitu >0.05.
Berdasarkan dapatan analisis, kompetensi guru aliran perdana lelaki dan perempuan
dari aspek kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif adalah sama. Hal
ini menunjukkan kompetensi seorang guru dari aspek kemahiran tidak dipengaruhi
oleh faktor jantina dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dapatan ini
disokong oleh Umar Musa dan Abdullah (2020) dalam temu bual yang dijalankan,
peserta kajiannya menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan program inklusif
perlu menghadiri kursus khas atau bengkel bagi meningkatkan kemahiran pendidikan
inklusif.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan guru aliran perdana yang
terlibat dengan program inklusif di daerah Melaka Tengah mempunyai kompetensi
yang tinggi dari aspek pengetahuan dan sikap serta mempunyai tahap kompetensi
yang sederhana dari aspek kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif.
Dapatan ini memberi satu gambaran yang positif dalam meningkatkan lagi
keberkesanan PPI di Malaysia.
Di akhir kajian, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas
dan holistik. Pendekatan ini membolehkan pengkaji memperoleh maklumat yang lebih
terperinci dengan melaksanakan kaedah temu bual, pemerhatian dan senarai semak.
Pengkaji juga dapat berurusan secara langsung dengan responden kajian. Tambahan
lagi, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan lebih meluas iaitu
melibatkan guru-guru aliran perdana di sekitar negeri Melaka. Oleh itu, bilangan
responden yang terlibat dalam kajian akan bertambah.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 124
Dapatan kajian memberi implikasi kepada beberapa pihak untuk membantu
melancarkan lagi pelaksanaan PPI. Pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) perlu meneydiakan lebih banyak kursus dan latihan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru aliran perdana dalam pengajaran dan pembelajaran
inklusif. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif untuk memperkasakan
program perkongsian dan kerjasama antara guru aliran perdana dengan guru
pendidikan khas agar guru ini dapat bertukar-tukar idea dan membincangkan masalah
untuk diatasi bersama bagi memastikan PPI berjalan lancar. Seterusnya, hasil kajian
membolehkan guru aliran perdana membuat refleksi kendiri mengenai tahap
kompetensi mereka dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir sekali, hasil
kajian ini akan dapat membantu MBK yang berada dalam PPI untuk belajar dengan
lebih baik dengan adanya guru kompeten yang mengajar mereka.
Rujukan
Aien Farha Mohd Khosaini & Mustafa Jantan. (2020). Kesediaan pengetahuan dan
sikap guru aliran perdana terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif
(PPI) untuk murid berkeperluan khas. (Tesis Ijazah Sarjana Muda). IPG
Kampus Perempuan Melayu.
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul latihan
pembangunan profesional guru (pendidikan inklusif). Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam
pendidikan amalan dan analisis kajian (edisi kedua). Penerbit Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kod amalan pendidikan murid
berkeperluan khas. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Lee, K.C., & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan inklusif. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Lee P. G., Nazifah, S. I., Norliza, J, & Mohd On, A.(2015). Amalan pedagogi inklusif di
dalam bilik darjah di sekolah daerah Klang. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN,
32, 17-26.
http://tempawan.ipgkik.edu.my/wpcontent/uploads/2018/11/2_tempawan2015.
pdf
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 125
Mohd Mokhtar Tahar & Farhana Najib. (2019). Kesediaan guru aliran perdana
terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. e-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/154_KK_Mohd_Mokhtar_Tah
ar__Farhana_Najib_UKM.pdf
Noor Syafiqah Dahlan & Noryani Yusof. (2020). Kesediaan guru aliran perdana
terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi murid khas
pembelajaran. (Tesis Ijazah Sarjana Muda). IPG Kampus Perempuan Melayu.
Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan program
pendidikan inklusif murid berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015. [Conference presentation]. International
Conference On Special Education In Southeast Asia Region 6 Th Series 2016,
UKM Malaysia.
https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Yasin3/publication/299447306_Pel
aksanaan_Program_Pendidikan_Inklusif_Murid_Berkeperluan_Khas_dalam_
Pelan_Pembangunan_Pendidikan_Malaysia_2013_-
2015/links/56f87f5a08ae95e8b6d35ea0/Pelaksanaan-Program-Pendidikan-
Inklusif-Murid-Berkeperluan-Khas-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-
Malaysia-2013-2015.pdf
Nur Shahera Farhana Awang & Norsiah Bahari. (2020). Sikap guru aliran perdana
(GAP) terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Prosiding
Penyelidikan PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2016. IPG Kampus
Perempuan Melayu.
Nurul Shahida Abdul Razak & Noraidah Yaakub. (2020). Kesediaan guru aliran
perdana terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI). Prosiding Penyelidikan
PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Jun 2016. IPG Kampus Perempuan
Melayu.
Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam
program pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-
263. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/88/43
Umar Musa Abba & Abdullah Mat Rashid. (2020). teachers' competency requirement
for implementation of inclusive education in Nigeria. Universal Journal of
Educational Research, 8(3C), 60-69.
https://www.researchgate.net/publication/340688656_Teachers'_Competency
_Requirement_for_Implementation_of_Inclusive_Education_in_Nigeria
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 126
TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH
KEBANGSAAN SEKITAR KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
1
Halimatul Saadiah Binti Raffee ([email protected])
Nik Zul Azhar Bin Nik Hassan ([email protected])
2
Musliha Binti Ismail ([email protected])
3
1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Abstrak
Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap Guru
Pendidikan Islam (GPI) di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan,
Sarawak dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Seramai 56 orang guru mata
pelajaran Pendidikan Islam di daerah Asajaya dan daerah kecil Sadong Jaya terlibat
sebagai responden kajian. Data kajian yang dikumpul menggunakan borang soal
selidik dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package of the Social Sciences”
(SPSS) versi 25.0 dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian ini
menunjukkan tahap pengetahuan GPI dalam penggunaan BBM adalah pada tahap
tinggi dengan min=4.09, manakala tahap sikap GPI dalam penggunaan BBM adalah
pada tahap sederhana tinggi dengan min=3.84. Sebagai kesimpulannya, GPI perlulah
sentiasa memastikan pengetahuan dan sikap perlu seiring dengan penggunaan BBM
bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, selain daripada memastikan kemenjadian murid di sekolah lebih
terjamin.
Kata Kunci: Pengetahuan, sikap, penggunaan, bahan bantu mengajar
Abstract
The research aims to identify the level of knowledge and attiitude of Islamic Education
teachers toward the use of teaching aids in National Schools around the Samarahan
District Sarawak. The research is devised using quantitative methodology. About 56
Islamic Education teachers in Asajaya District and Sadong Jaya Small District was
involves in this research. The information gathered was analysed using “Statistical
Package of the Social Sciences” application version 25.0 through descriptive statistics.
The result of this study showed that the level of knowledge of Islamic Education
teachers toward the use of teaching aids at hight level with mean=4.09. While the level
of attitude of Islamic Education teachers toward the use of teaching aids is only at
moderate high with mean=3.84. In conclusion, Islamic Education teachers must
always ensure that knowledge and attitudes are necessary to go hand in hand with the
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 127
use of teaching aids to ensure effectiveness in the delivery of effective teaching and
learning.
Keywords: Knowledge, Attitude, Usage, Teaching Aids
PENDAHULUAN
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan komponen penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail,
Kamarul Azmi (2013) telah mendapati penggunaan BBM mampu mewujudkan
tumpuan pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya
meningkatkan pembelajaran yang cekap. Teknik dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dari guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan tanpa melalui BBM (Noor Azlan & Nurdalina, 2010).
Menurut Omardin (1999), penggunaan BBM ini dapat menyelesaikan pelbagai
masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman. Oleh hal yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, BBM
wujud bagi membantu merangsang dunia pelajar untuk belajar dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih afektif.
Bagi mencapai fungsi penggunaan BBM tersebut, guru Pendidikan Islam (GPI)
perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan serta mempunyai sikap yang positif
terhadap penggunaan BBM. Hal ini adalah untuk memastikan BBM yang digunakan
sesuai denga isi pelajaran yang diajar serta dapat diikuti oleh setiap murid dengan
lebih baik dan mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru dan pelajar (Mohd Faez et al., 2013). Justeru, pengetahuan penggunaan BBM
dan sikap yang positif seharusnya diberikan penekanan yang sewajarnya kepada GPI
bagi memastikan proses pengajaran guru dirancang dengan baik, diatur mengikut
tahap murid dan disokong dengan BBM bagi merangsang potensi murid ke tahap yang
maksimum.
PENYATAAN MASALAH
Penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran sudah tidak asing lagi dalam
dunia pendidikan khususnya dalam mendepani pembelajaran abad ke 21.
Penggunaan BBM dalam kalangan guru di sekolah bukan sahaja memberi kesan yang
positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar, malah terhadap kaedah pengajaran
guru itu sendiri (Nurutthoilah et al., 2018). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
juga telah menjadikan penggunaan BBM sebagai komponen penting dalam
pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012). Semenjak dahulu lagi BBM telah digunakan oleh para guru, namun teknik,
bentuk dan penyampaiannya adalah berbeza. Ini membuktikan bahawa penggunaan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 128
BBM sangat penting dalam profesion perguruan dan kualiti sesuatu pengajaran dan
pembelajaran amat bergantung kepada keberkesanan guru dalam memilih dan
menggunakan BBM yang sesuai.
Namun begitu, disebabkan kurangnya kemahiran dan pengetahuan mengenai
kaedah pengendalian BBM, masih terdapat sebilangan GPI yang langsung tidak
memanfaatkan BBM dan masih mengamalkan kaedah tradisional dalam pengajaran
dan pembelajaran (Siti Fatimah & Ab Halim, 2010). Malah menurut Mohd Faeez et al.,
(2022), kaedah chalk and talk masih menjadi pilihan walaupun sistem pendidikan telah
diintegrasikan dengan kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
seiring dengan perkembangan pendidikan di era Revolusi Industri 4.0. Oleh hal yang
demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
dan tahap sikap GPI dalam penggunaan BBM di sekolah-sekolah rendah sekitar Kota
Samarahan, Sarawak.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota
Samarahan;
2. Mengenal pasti tahap sikap GPI terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan;
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan?
2. Apakah tahap sikap GPI terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan?
SOROTAN LITERATUR
Setelah membuat tinjauan literatur, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian lalu
yang mengkaji berkaitan tahap amalan dan penggunaan BBM dalam kalangan GPI.
Melalui kajian-kajian ini, pengkaji menggumpulkan maklumat yang mempunyai
hubungan dengan tahap pengetahuan dan tahap sikap guru terhadap penggunaan
BBM dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi konstruk pengetahuan, dapatan
kajian oleh Omar (2014) dan Norhiza Fadila, Zamri dan Wan Muna Ruzanna (2016)
menyatakan bahawa masalah yang timbul dalam penerapan BBM adalah disebabkan
oleh masalah guru-guru yang tidak menguasai ilmupengajaran yang terkini dan
kesukaran dalam mengaplikasikan BBM dalam pengajaran. Selain itu, Noorazman et
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 129
al., (2019) menyatakan bahawa walaupun guru mengamalkan penggunaan BBM
dalam pengajaran dan pembelajaran akan tetapi masih terdapat sebilangan guru-guru
yang kurang mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan BBM yang baik dan
sempurna.
Seterusnya, bagi konstruk sikap guru pula, Mohd Khairuddin dan Halimah (2014)
menyatakan bahawa sikap akan mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan
bertindak balas terhadap persekitarannya. Hasil dapatan kajian Mohd Faeez et al.,
(2013) mendapati sikap guru boleh mempengaruhi penggunaan BBM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini disokong oleh dapatan kajian
oleh Jeffery (2018) mendapati bahawa guru yang bersikap positif dengan nilai min
tertinggi terhadap penggunaan BBM yang dihasilkan sendiri menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Namun sikap guru terhadap penggunaan
BBM berasaskan komputer adalah bersikap positif terhadap penggunaannya, akan
tetapi jarang menggunakannya disebabkan kekangan-kekangan yang dihadapi
seperti kekurangan kemahiran, kekangan masa dan sebagainya (Jeffery, 2018).
Kajian oleh Noorazman et al., (2019) pula mendapati bahawa kebanyakan responden
mempunyai sikap minat untuk menggunakan BBM dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana yakin bahawa BBM boleh memotivasikan pelajar untuk
memahami sesuatu topik yang telah dipelajari.
Rumusannya, tahap pengetahuan dan sikap guru memainkan peranan yang
sangat penting terhadap penggunaan BBM di dalam bilik darjah. Mohd Faeez et al.,
(2013) menyatakan bahawa faktor guru tidak menggunakan BBM adalah disebabkan
guru tidak bersedia, tidak yakin, tidak pandai, membebankan, dan tidak minat untuk
menggunakan BBM. Maka, guru harus mempunyai iltizam dan kesungguhan yang
tinggi ketika menggunakan BBM dengan memberikan seluruh usaha untuk
mempelajari dan menguasai penggunaan BBM.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian yang digunakan pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah
kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Reka bentuk ini dipilih bagi membantu pengkaji
mengumpul maklumat secara sistematik berkenaan tahap pengetahuan dan sikap GPI
terhadap penggunaan BBM. Noraini (2010) menjelaskan bahawa antara kebaikan
menggunakan reka bentuk kajian ini ialah hasil dapatan kajian ini mudah diuruskan
oleh pengkaji serta banyak soalan berkaitan tajuk yang hendak dikaji boleh ditanyakan
kepada ramai responden. Tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen
soal selidik bagi memperolehi maklum balas daripada responden.
Seterusnya, bagi teknik pensampelan yang digunakan di dalam kajian ini pula
adalah pensampelan secara rawak mudah. Persampelan rawak mudah memberikan
peluang yang sama kepada satu populasi yang mempunyai ciri yang sama untuk
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 130
terlibat sebagai sampel (Nor'ain, Azman, Mohd Fazir & Najihah 2015). Seramai 56
daripada 67 orang GPI di sekitar daerah Asajaya dan daerah kecil Sadong Jaya dipilih
sebagai responden kajian berdasarkan jadual penentuan sampel kajian oleh Krejcie
dan Morgan (1970) bagi mewakili GPI sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota
Samarahan.
Manakala, bagi proses penganalisisan data pula, analisis deskriptif digunakan
dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS)
versi 25.0. Statistik yang digunakan terdiri daripada analisis kekerapan, peratus dan
min. Skor min tahap pengetahuan dan sikap GPI diinterpretasikan kepada empat
tahap seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Pemeringkatan Skor Min
Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
(Maimun Aqsha, Wan Nurul Syuhada’ & Mohd Isa, 2017)
DAPATAN KAJIAN
Soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat
demografi responden seperti maklumat berkenaan umur, jantina, tahap pendidikan
dan tempoh perkhidmatan, bahagian B terdiri daripada 20 item bagi tahap
pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM dan bahagian C pula mengandungi 16
item bagi mengukur sikap guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan BBM. Seramai
56 orang responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan yang terdiri daripada
guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Responden dipilih dalam
kalangan GPI di sekitar daerah Asajaya dan daerah kecil Sadong Jaya. Daripada
analisis data, didapati 100% responden kajian memberi respon kepada semua item
soal selidik yang diberikan.
a. Tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan.
Bahagian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan GPI terhadap
penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
kebangsaan sekitar Kota Samarahan. Item dibahagikan kepada kontruk-konstruk
yang lebih kecil iaitu pengetahuan kepentingan BBM bukan elektronik (PKB),
pengetahuan kepentingan BBM elektronik (PKE), pengetahuan penggunaan BBM
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 131
bukan elektronik (PGB), pegetahuan penggunaan BBM elektronik (PGE),
pengetahuan penyediaan BBM bukan elektronik (PSB) dan pengetahuan penyediaan
BBM elektronik (PSE) seperti dalam jadual 2.
Jadual 2 : Taburan min tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM mengikut
konstruk
Item Min S.P
PKB01, PKB02, PKB03, PKB04 4.14 0.62
PKE01, PKE02, PKE03, PKE04 4.49 0.55
PGB01, PGB02, PGB03 4.05 0.53
PGE01, PGE02, PGE03 4.01 0.62
PSB01, PSB02, PSB03 3.89 0.64
PSE01, PSE02, PSE03 3.81 0.74
Keseluruhan 4.09 0.51
Berdasarkan analisis dapatan soal selidik, tahap pengetahuan terhadap kepentingan
penggunaan BBM dan pengetahuan penggunaan BBM sama ada BBM bukan
elektronik atau BBM elektronik mencatatkan tahap min yang tinggi dengan nilai min
berada di antara 4.01 sehingga 5.00. Manakala, bagi pegetahuan terhadap
penyediaan BBM berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min berada di
antara 3.01 sehingga 4.00. Ini jelas membuktikan bahawa GPI di sekolah-sekolah
rendah sekitar Kota Samarahan, Sarawak mempunyai pengetahuan yang tinggi
terhadap penggunaan BBM dengan nilai min keseluruhan ialah 4.09 (sp=0.51).
Dapatan ini menunjukkan perbezaan dengan dapatan kajian oleh Noorazman
Abd Samad et.al (2019) yang menyatakan bahawa pengetahuan guru yang kurang
dalam penghasilan BBM yang baik dan sempurna. Malah dapatan kajian ini juga
bertentangan dengan hasil dapatan oleh Omar (2014) dan Norhiza Fadila et.al (2016)
yang menyatakan bahawa masalah yang timbul dalam penerapan BBM adalah
disebabkan oleh masalah guru-guru yang tidak menguasai ilmu pengajaran yang
terkini dan kesukaran dalam mengaplikasikan BBM dalam pengajaran. Hal ini kerana
pengkaji mendapati pengetahuan guru dalam penghasilan BBM adalah berada pada
tahap yang tinggi dan boleh menggalakkan penggunaan BBM dalam pengajaran dan
pembelajaran.
b. Tahap sikap GPI terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan.
Bahagian ini pula adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap GPI terhadap
penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
kebangsaan sekitar Kota Samarahan. Item pada bahagian ini juga di bahagikan
kepada konstruk-konstruk yang lebih kecil iaitu sikap menggunakan BBM bukan
elektronik (SGB), sikap menggunakan BBM elektronik (SGE), sikap menyediakan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 132
BBM bukan elektronik (SSB) dan sikap menyediakan BBM elektronik (SSE) seperti
dalam jadual 3.
Jadual 3: Taburan min tahap sikap GPI terhadap penggunaan BBM mengikut
konstruk
Item Min S.P
SGB01, SGB02, SGB03, SGB04 4.23 0.46
SGE01, SGE02, SGE03, SGE04 4.23 0.56
SSB01, SSB02, SSB03, SSB04 2.90 0.66
SSE01, SSE02, SSE03 4.04 0.53
Keseluruhan 3.84 0.35
Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati kebanyakan item soalan
pada bahagian ini adalah berada di antara tahap tinggi berdasarkan jadual
pemeringkatan skor min. Hanya 3 item iaitu SSB01, SSB02 dan SSB03 iaitu bagi sikap
menyediakan BBM bukan elektronik berada pada tahap sederhana rendah dengan
mencatatkan purata nilai min 2.90 (sp=0.66) seperti dalam Jadual 3.
Hasil dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Jeffery Tikok (2018)
yang mendapati bahawa guru bersikap positif terhadap penggunaan BBM yang
dihasilkan sendiri. Bahkan pada item SSE01, SSE02 dan SSE03 juga bertepatan
dengan dapatan beliau yang mendapati kebanyakan guru mengakui amat berminat
dan bersikap positif terhadap penggunaan BBM berasaskan komputer tetapi jarang
menggunakannya disebabkan kekangan-kekangan yang dihadapi untuk menyediakan
BBM seperti kekangan masa. Ini dibuktikan oleh item SSE03 iaitu seramai 15 orang
(26.8%) GPI sangat bersetuju dan 27 orang (48.2%) GPI bersetuju bahawa mereka
mempunyai kekangan masa untuk menyediakan BBM elektronik. Secara
keseluruhannya, analisis dapatan kajian itu juga mendapati nilai min keseluruhan bagi
tahap sikap GPI terhadap penggunaan BBM ialah pada tahap sederhana tinggi iaitu
dengan nilai min 3.84 (sp=0.35).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil daripada dapatan kajian ini membantu pengkaji menjawab
persoalan kajian yang telah dinyatakan. Hasil dapatan kajian ini jelas menunjukkan
bahawa pengetahuan GPI terhadap penggunaan BBM berada pada tahap tinggi dan
sikap GPI terhadap penggunaan BBM adalah pada tahap sederhana tinggi. Walaupun
GPI mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan BBM, namun sikap
GPI juga sangat memainkan peranan dan memberikan pengaruh terhadap
penggunaan BBM. Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Mohd Faez Ilias et.al
(2013) yang mendapati bahawa sikap guru boleh mempengaruhi penggunaan BBM
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Justeru, GPI perlulah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 133
mengambil perhatian terhadap pengetahuan dan sikap GPI terhadap penggunaan
BBM dan sentiasa memastikan pengetahuan dan sikap perlu seiring dengan
penggunaan BBM bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan, selain daripada memastikan kemenjadian murid di
sekolah lebih terjamin.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Bagi mengkaji lebih luas dan mendalam berkaitan tahap pengetahuan dan sikap GPI
terhadap penggunaan BBM, pengkaji mencadangan supaya menggabungkan dua
reka bentuk kajian iaitu dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian
kuantitatif digunakan untuk meninjau tentang pemboleh ubah yang digunakan seperti
dalam kajian ini. Manakala, kajian kualitatif pula dapat memberikan pengetahuan dan
gambaran yang lebih mendalam tentang sesuatu fenomena yang dikaji.
Selain itu, bagi memperolehi maklumat yang lebih tepat, saiz sampel juga boleh
diperluaskan lagi kepada semua sekolah yang ada di bahagian Samarahan atau
melibatkan GPI di beberapa kawasan Sarawak yang lain agar dapat memberikan
gambaran yang paling hampir dengan situasi yang sebenar. Hal ini kerana semakin
besar saiz sampel, maka lebih tepat hasil yang diperolehi (Borg, Gall & Gall, 2003)
dan dapat meningkatkan kualiti statistik yang diperlukan dalam dapatan kajian. Oleh
itu, kajian-kajian ini boleh menjadi sumber rujukan bagi pihak tertentu dalam
menambahbaik dan meningkatkan lagi pengetahuan dan sikap GPI terhadap
penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Jeffery Tikok. (2018). Sikap dan jantina guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah
Serian terhadap pemilihan bahan bantu mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Tahunan 2012. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Krejie, R. V. & Morgan, D. W. (N.D.). Determining sample size for research activities.
educational and psychological measurement,30 (3), 607-610.
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap
Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah
di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan
Islam. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and
Civilization (Acer-J) 1 Volume 1(1).
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail, & Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Faktor
dorongan dan halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 134
pendidikan Islam di sekolah bestari. (Motivation Factors And Obstacles Use Of
Teaching Aids The Islamic Education Teacher In Smart School) In 3rd.
International Conference On Islamic Education. EPF Institute, Kajang,
Selangor, Malaysia.
Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji. (2014). Kepimpinan pengajaran dan sikap
guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4.(1).
Noor Azlan Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud. (2010). Penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih UTM yang mengajar matapelajaran
matematik. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid, Hairuddin Harun, Mohd Hasril & Suhaizal
Hashim, Faizah Ja’apar. (2019). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
daerah Pontian. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM.
Nor'ain Abdullah, Azman Ismail, Mohd Fazir Abdul, & Najihah Omar. (2015). Amalan
komunikasi mentor membangunkan psikososial menti. Jurnal Personalia
Pelajar. 57-69.
Noraini Idris. (2010). Penyelididkan dalam pendidikan. Kuala Lumpur. The Mcgraw-
Hill Companies.
Nurutthoilah Mohd Nabil, Noornajihan Jaafar Norakyairee, & Nursyahirah Wahidah.
(2018). Pembangunan perisian interaktif audio buku pendidikan Islam sekolah
menengah kebangsaan (I-Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid
Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan. International Journal for Studies on
Children, Women, Elderly and Disabled, Vol. 4.
Omardin Ashaari. (1999). Pembelajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rosnaini Mahmud & Mohd Arif Isamail. (2010). Impact of training and experience in
using ICT on in-service teachers' basic ict literacy. Malaysian Journal of
Educational Technology, 10 (2).
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran J-
Qaf. Jiae: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2).
Walter R. Borg, M. D. Gall, & Joyce P. Gall. (2003). Educational research: An
introduction, 7th Edition. Pearson.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 135
TAHAP PENGETAHUAN TMK, TAHAP KEMAHIRAN TMK DAN TAHAP AMALAN
GURU PELATIH TERHADAP PENGGUNAAN TMK DALAM PROSES PDPC
SAINS
1
Nurul Amni Athirah Mat Hussin ([email protected])
2
Hairiah Munip, PhD ([email protected])
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Abstrak
Kajian tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap tiga pemboleh
ubah iaitu pengetahuan TMK, kemahiran TMK dan amalan guru pelatih terhadap
penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal
pasti hubungan antara tahap pengetahuan TMK dan tahap kemahiran TMK dengan
tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains serta
perbezaan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK berdasarkan
jantina. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan deskriptif, inferensi
kolerasi dan inferensi ujian-T dengan menggunakan soal selidik yang dibina. Populasi
keseluruhan kajian terdiri daripada 155 orang guru pelatih pengkhususan Sains yang
telah menjalani latihan mengajar dari empat buah IPG iaitu IPGK Pendidikan Teknik,
IPGK Pulau Pinang, IPGK Temenggong Ibrahim dan IPGK Kent. Bilangan sampel
yang terlibat dalam kajian tinjauan ini adalah seramai 108 orang. Jumlah sampel
ditentukan dengan merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan
Morgan (1970). Pemilihan sampel secara rawak mudah dilaksanakan namun
penyelidik terlebih dahulu melaksanakan perkadaran mengikut strata mencukupi.
Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis dengan kaedah analisis deskriptif
dan analisis inferensi menggunakkan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 28.0. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian ini mendapati
bahawa tahap pengetahuan TMK, tahap kemahiran TMK dan tahap amalan guru
pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains berada pada tahap yang
tinggi dengan masing-masing M=4.80, M=4.71 dan M=4.62. Malahan juga, dapatan
kajian ini turut mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara tahap
pengetahuan TMK dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih
terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Hubungan antara tahap
pengetahuan TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK
dalam proses PdPc Sains adalah positif kuat (r=.634) dan tahap kemahiran TMK
dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains adalah positif sangat kuat (r=.908). Dapatan kajian juga mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan
TMK dalam proses PdPc Sains berdasarkan jantina (p=0.840). Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran memainkan peranan serta
memberi pengaruh kepada tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK
dalam proses PdPc Sains.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 136
Kata kunci: Pengetahuan TMK, Kemahiran TMK, Amalan TMK, Guru Pelatih Sains.
Abstract
This survey study was carried out with the aim of identifying the level of three variables,
which are ICT knowledge, ICT skills and trainee teachers' practices regarding the use
of ICT in the PdPc Science process. This study also aims to identify the relationship
between the level of ICT knowledge and the ICT skill level with the level of trainee
teachers' practice of using ICT in the PdPc Science process as well as the difference
in the level of trainee teachers' practice of using ICT based on gender. This study uses
a descriptive survey research approach, correlation inference and T-test inference by
using a constructed questionnaire. The entire population of the study consisted of 155
trainee teachers specializing in science who had undergone teaching training from
four IPGs, namely IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Pulau Pinang, IPGK Temenggong
Ibrahim and IPGK Kent. The number of samples involved in this survey is 108 people.
The sample size was determined by referring to the Krejcie and Morgan (1970)
Sample Size Determination Table. Random sample selection is used but the
researcher first implements the proportion according to the strata is sufficient. The
data obtained from the questionnaire was analyzed with descriptive analysis and
inferential analysis using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) version
28.0 software. Overall, the results of this study found that the level of ICT knowledge,
the ICT skill level, and the level of trainee teachers' practice of using ICT in the Science
PdPc process were at a high level with M=4.80, M=4.71 and M=4.62 respectively. In
fact, the findings of this study also found that there is a significant positive relationship
between the level of ICT knowledge and the ICT skill level and the level of trainee
teachers' practice towards the use of ICT in the PdPc Science process. The
relationship between the level of TMK knowledge and the level of trainee teachers'
practice of using TMK in the Science PdPc process is strongly positive (r=.634) and
the level of TMK skills and the level of trainee teachers' practice of using TMK in the
Science PdPc process is very strongly positive (r=. 908). The findings of the study also
found that there was no significant difference in the level of practice of trainee teachers
regarding the use of ICT in the Science PdPc process based on gender (p=0.840).
Therefore, it can be concluded that the level of knowledge and skills play a role and
influence the level of practice of trainee teachers on the use of ICT in the Science
PdPc process.
Keywords: TMK Knowledge, TMK Skills, TMK Practice, Science Trainee Teachers.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 137
PENDAHULUAN
Revolusi Perindustrian 4.0 memberi impak yang besar kepada global malahan
tuntutan kemahiran yang diperlukan juga perlu sesuai dengan landskap baru industri.
Seiring dengan itu, Malaysia memerlukan modal insan yang dilengkapi dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran bagi berdepan cabaran Revolusi Perindustrian
4.0. Justeru, hal ini secara langsung menuntut sistem pendidikan negara yang
merupakan asas kepada penyedia tenaga kerja pada masa hadapan untuk melakukan
transformasi secara holistik dengan mengubah corak dan cara pembelajaran agar
dapat memenuhi kehendak industri dan pasaran kerja berteraskan Revolusi
Perindustrian 4.0. Revolusi Perindustrian 4.0 berkait rapat dengan aplikasi teknologi
moden, digital, penyebaran maklumat serta pengenalan kepada komunikasi moden.
Sehubungan itu, penguasaan dan pemanfaatan TMK dalam PdPc adalah perlu
dalam usaha melahirkan individu yang berkemahiran tinggi, mempunyai pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif bagi mendepani cabaran teknologi masa hadapan yang
menjadi teras dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Pembelajaran menggunakan TMK
merupakan salah satu elemen dalam Pembelajaran Abad ke-21 yang menjadi kunci
utama kepada perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di mana kaedah pengajaran tradisional kini sudah tidak relevan kerana
dunia kini datang dengan pelbagai jenis teknologi yang canggih dan cabaran yang
wujud memaksa individu untuk bertindak dengan cekap dan cermat. Selain daripada
cabaran mendepani Revolusi Perindustrian 4.0, penggunaan TMK sebagai platform
penyampaian pengajaran juga telah menjadi satu keperluan di Malaysia disebabkan
oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia. Kehadiran
ancaman COVID-19 telah membuka norma baharu dalam kaedah pedagogi di
Malaysia.
PENYATAAN MASALAH
Pengintegrasian TMK dalam pendidikan dapat menjadikan proses PdPc lebih
bermakna dan berkesan. KPM telah menekankan penggunaan TMK di dalam bilik
darjah bermula pada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat pengajian
tinggi. Namun begitu, berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik-
penyelidik terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc mendapati guru-guru di
sekolah masih mempunyai masalah dalam penggunaan TMK dalam PdPc. Hal ini
terbukti melalui kajian oleh Janet dan Roslinda (2020) yang menyatakan bahawa
penggunaan TMK guru sekolah rendah dalam PdPc adalah pada tahap yang
sederhana sahaja. Ini juga disokong oleh kajian Johari Surif, Norhasniza dan Rohayu
(2014) yang menunjukkan bahawa amalan TMK dalam kalangan guru Sains adalah
pada tahap sederhana. Hal ini turut dapat dibuktikan dalam penyataan KPM di bawah
keperluan anjakan ketujuh dalam PPPM apabila didapati penggunaan TMK di sekolah
masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 138
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh pihak KPM pada tahun 2010, didapati
bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan TMK kurang satu jam seminggu. Kajian
tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid menyatakan bahawa guru
mereka menggunakan TMK secara tetap. Malahan, menurut kajian oleh Rosmini
(2007), didapati bahawa guru perempuan lebih kerap menggunakan BBM
berbantukan internet jika dibandingkan dengan guru lelaki. Kesan positif tentang
penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) telah
banyak dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini dari pelbagai sudut termasuk
dapat meningkatkan motivasi murid dan sebagai penggerak kemahiran berfikir murid.
Namun, penyelidikan yang berkaitan dengan hubungan antara tahap pengetahuan
TMK, tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru terhadap penggunaan TMK
dalam PdPc masih kurang dijalankan. Rentetan daripada itu, satu penyelidikan
berkaitan tahap pengetahuan TMK, tahap kemahiran TMK dan tahap amalan guru
pelatih terhadap penggunaan teknologi dalam PdPc perlu dikaji.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru pelatih Sains;
2. Mengenal pasti tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru pelatih Sains;
3. Mengenal pasti tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam
proses PdPc Sains;
4. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan TMK guru pelatih dengan
amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains.
5. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran TMK guru pelatih dengan amalan
guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains;
6. Mengenal pasti perbezaan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan
TMK dalam proses PdPc Sains berdasarkan jantina.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru pelatih Sains?
2. Apakah tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru pelatih Sains?
3. Apakah tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses
PdPc Sains?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan TMK
guru pelatih dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK
dalam proses PdPc Sains?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran TMK guru
pelatih dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam
proses PdPc Sains?
6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan guru pelatih
terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains berdasarkan jantina?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 139
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua guru
pelatih khususnya kepada guru pelatih PISMP Sains dalam menjalankan proses PdPc
menggunakan TMK. Hasil daripada kajian ini akan dapat memberikan peluang kepada
guru pelatih untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan TMK, tahap kemahiran
TMK dan amalan dalam menggunakan TMK semasa proses PdPc. Kepentingan
kajian ini kepada pensyarah adalah agar dapat membantu pensyarah-pensyarah
terutamanya pensyarah Jabatan Sains untuk mencari maklumat dan mendapatkan
idea untuk mempertingkatkan lagi prestasi guru pelatih serta membantu mereka
dalam memberikan garis panduan terhadap pelaksanaan proses PdPc menggunakan
TMK. Malahan kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak IPGM dan KPM
dalam meningkatkan prestasi guru pelatih dan seterusnya pendidikan negara ke arah
pendidikan yang berkualiti tinggi.
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan (survey) yang
berbentuk deskriptif dan inferensi iaitu melalui pendekatan secara kuantitatif. Analisis
statistik deskriptif dan analisis inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian
mengenai tahap bagi setiap pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar serta
hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.
Populasi sasaran bagi kajian ini ialah guru-guru pelatih PISMP pengkhususan Sains
yang telah menjalani latihan mengajar iaitu seramai 155 orang daripada beberapa
buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Institut Pendidikan Guru yang
dipilih adalah Institut Pendidikan Guru yang menawarkan pengkhususan Sains
sebagai kursus Teras kepada guru pelatih yang ditempatkan di IPG tersebut iaitu
IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Temenggong Ibrahim, IPGK Kent dan IPGK Pulau
Pinang. Teknik yang akan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan sampel yang
mewakili populasi dengan tepat adalah dengan menggunakan Jadual Krejcie dan
Morgan (1970). Berpandukan Jadual Krejie dan Morgan (1970), bagi populasi
sejumlah 155, bilangan saiz sampel adalah seramai 108 orang. Saiz sampel mengikut
latar belakng IPG ditentukan melalui persampelan rawak berstrata bagi IPGK
Pendidikan Teknik, IPGK Pulau Pinang, IPGK Kent dan IPGK Temenggong Ibrahim
di mana jumlah sampel masing-masing adalah 31, 38,12, dan 27. Keseluruhannya,
jumlah sampel yang diambil adalah seramai 108 orang.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik
yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A
bertujuan untuk mengumpulkan maklumat demografi responden. Bahagian B terdiri
daripada 20 item berkaitan pengetahuan TMK guru pelatih. Manakala Bahagian C
terdiri daripada 16 item berkenaan kemahiran TMK guru pelatih dan Bahagian D
mengandungi 15 item berkaitan amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 140
dalam proses PdPc Sains. Kesemua pembolehubah diukur menggunakan item dalam
bentuk penyataan skala Likert lima nilai. Kajian Tinjauan ini menggunakan instrumen
soal selidik kajian yang diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Muhammad Rafiq
(2018) yang bertajuk Tahap Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam Kalangan Guru Sains Sekolah Rendah di Sekolah Bandar dan Luar Bandar.
Kesemua item dalam soal selidik ini telah dikemukakan kepada tiga orang pensyarah
pakar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang pendidikan untuk disemak bagi
memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati objektif kajian. Selain itu,
kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu bagi mendapatkan kebolehpercayaan
instrumen yang dibina. Berdasarkan hasil analisis menggunakan program SPSS versi
28.0, nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen ialah .966. Bagi konstruk pula
seperti pengetahuan, kemahiran dan amalan masing-masing ialah .906, .907 dan .877
(Jadual 1).
Jadual 1: Nilai kebolehpercayaan instrumen
Bahagian Instrumen Alpha Cronbach
Keseluruhan .966
B: Pengetahuan TMK .906
C: Kemahiran TMK .907
D:Amalan terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc .877
Seterusnya, soal selidik ditadbir melalui dalam talian dengan menggunakan Google
Form. Kajian ini mengaplikasikan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
28.0 dalam melaksanakan proses analisis data.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Tahap Pengetahuan TMK dalam Kalangan Guru Pelatih Sains
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru
pelatih Sains secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi dengan skor min
4.80 (SP=.19) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2: Tahap Pengetahuan TMK dalam Kalangan Guru Pelatih Sains
F (n=108) % M SP
Tahap Pengetahuan
Rendah (1.00 – 2.40)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 141
Sederhana (2.41 –
3.80)
Tinggi (3.81 – 5.00) 108 100 4.80 .19
Dapatan kajian menyokong kajian oleh Intan Marfarrina et al., (2021) terhadap 279
orang guru Bahasa Melayu di sekolah menengah di negeri Kelantan yang
menunjukkan tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
Kelantan berada pada tahap yang tinggi (M=3.958, SP=.63). Namun, dapatan kajian
ini tidak menyokong kajian oleh Ahmad Muslihin, Hashimah dan Nooraida (2018) yang
mendapati bahawa guru-guru Sains sekolah rendah mempunyai tahap sederhana
(71.3%) dalam pengetahuan fasih media teknologi maklumat.
Tahap Kemahiran TMK dalam Kalangan Guru Pelatih Sains.
Dapatan kajian menunjukkan min skor tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru
pelatih Sains berada pada tahap yang tinggi (M=4.71, SP=.22) seperti Jadual 3.
Jadual 3: Tahap Kemahiran TMK dalam Kalangan Guru Pelatih Sains
Tahap Kemahiran f (n=108) % M SP
Rendah (1.00 – 2.40)
Sederhana (2.41 – 3.80)
Tinggi (3.81 – 5.00) 108 100 4.71 .22
Dapatan kajian ini telah menyokong kajian oleh Yee dan Suziyani (2021) yang
menunjukkan tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam
penggunaan TMK di prasekolah adalah tinggi dengan skor min 3.84 dan sisihan
piawai 0.68. Namun, dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Alagesan,
Siti Hajar dan Mohana (2020) terhadap empat orang guru Bahasa Tamil di sebuah
sekolah menengah yang menyatakan bahawa guru-guru Bahasa Tamil memiliki tahap
kemahiran TMK yang sederhana dalam penggunaan TMK seperti perisian, internet,
laman web dan peralatan TMK seperti komputer dan laptop.
Tahap Amalan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan TMK dalam Proses PdPc
Sains.
Hasil kajian menunjukkan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK
dalam proses PdPc Sains berada pada tahap yang tinggi (M=4.62, SP=.23) (Jadual
4).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 142
Jadual 4: Tahap Amalan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan TMK dalam Proses
Pdpc Sains
Tahap Amalan f (n=108) % M SP
Rendah (1.00 – 2.40)
Sederhana (2.41 – 3.80)
Tinggi (3.81 – 5.00) 108 100 4.62 .23
Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Muhammad Rafiq (2018) yang menyatakan
tahap aplikasi TMK guru Sains semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah
bandar dan luar bandar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah tinggi (M=4.00,
SP=.61). Namun begitu, dapatan kajian ini tidak menyokong kajian oleh Lau dan
Roslinda (2020) yang menyatakan bahawa guru Matematik di zon Sentul mempunyai
tahap penggunaan TMK dalam PdPc yang sederhana.
Hubungan antara Pengetahuan TMK Guru Pelatih dengan Amalan Guru Pelatih
terhadap Penggunaan TMK dalam Proses PdPc Sains.
Berdasarkan Jadual 5, didapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara
pengetahuan TMK guru pelatih Sains dengan amalan penggunaan TMK dalam proses
PdPc Sains (r=.634; p<.001). Oleh itu, hipotesis Ho (1) adalah ditolak. Hal ini
bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan TMK guru
pelatih dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses
PdPc Sains. Hubungan diantara pengetahuan TMK guru pelatih dengan amalan guru
pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains adalah positif kuat
dengan nilai r=6.34.
Jadual 5: Hubungan antara antara tahap pengetahuan TMK guru pelatih dengan
tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains.
Amalan
Pengetahuan Penggunaan
TMK
TMK
Pearson 1 .634**
Correlation
Pengetahuan TMK <.001
Sig. (2-tailed) 108 108
N
Pearson
Amalan Penggunaan Correlation .634** 1
<.001
TMK Sig. (2-tailed) 108 108
N
**.Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 143
Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Ahmad Rizal et al., (2015) yang
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan TMK dengan
aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Hubungan yang ditunjukkan
adalah positif sederhana dengan nilai r adalah 0.32 dan p=0.00.
Hubungan Antara Kemahiran TMK Guru Pelatih dengan Amalan Guru Pelatih
Terhadap Penggunaan TMK dalam Proses PdPc Sains.
Jadual 6 menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara kemahiran
TMK guru pelatih Sains dengan amalan penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains
(r=.908; p<.001). Oleh itu, hipotesis Ho (2) adalah ditolak. Hal ini bermaksud terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan TMK guru pelatih dengan tahap
amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Hubungan
diantara pengetahuan TMK guru pelatih dengan amalan guru pelatih terhadap
penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains adalah positif sangat kuat.
Jadual 6: Hubungan antara antara tahap kemahiran TMK guru pelatih dengan tahap
amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains.
Amalan
Kemahiran Penggunaan
TMK
TMK
Pearson 1 .908**
Correlation
Pengetahuan TMK <.001
Sig. (2-tailed) 108 108
N
Pearson
Amalan Penggunaan Correlation .908** 1
<.001
TMK Sig. (2-tailed) 108 108
N
**.Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Muhammad Rafiq (2018) di mana terdapat
hubungan yang positif antara kemahiran TMK dengan aplikasi TMK guru-guru Sains
di bandar dan luar bandar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (r=0.50, p<0.01).
Hubungan ini adalah pada tahap yang positif sederhana.
Perbezaan Amalan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan TMK dalam Proses PdPc
Sains Berdasarkan Jantina
Jadual 7 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan guru
pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains berdasarkan jantina
(p=0.840). Oleh itu, hipotesis Ho (3) adalah diterima.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 7 / 2 0 2 2 | 144
Jadual 7: Perbezaan Amalan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan TMK dalam Proses
PdPc Sains berdasarkan jantina
Ujian Levence Ujian-T
Sig Sig. 2-tailed
Amalan Penggunaan TMK
.630 0.840
Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Muhammad Zulazizi, Azmil Hashim dan
Norisham (2020), di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p=.113, p>.05)
bagi penggunaan teknologi pelbagai media antara guru lelaki dan guru perempuan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan
TMK, tahap kemahiran TMK dan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan
TMK dalam proses PdPc Sains berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian turut
mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara tahap pengetahuan TMK
dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan
TMK dalam proses PdPc Sains. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains berdasarkan jantina. Kajian ini diharapkan agar dapat memberikan pemahaman
kepada pembaca berkenaan teori dan model yang digunakan selain memberi tambah
nilai bidang pengetahuan berkenaan TMK dalam proses PdPc Sains. Tambahan lagi,
kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat dan maklum balas kepada
KPM, IPGM dan guru terhadap pengetahuan, kemahiran dan penggunaan TMK dalam
proses PdPc dan seterusnya dapat merangka program dan inisiatif yang sesuai dalam
meningkatkan pendidikan bagi mencapai kualiti pendidikan bertaraf global. Dalam
pada itu, memandangkan kajian ini mempunyai batasannya tersendiri, maka
cadangan kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan meluaskan lagi skop kajian yang
merangkumi populasi yang lebih besar. Selain itu, dicadangkan juga penyelidik akan
datang untuk menjalankan kajian tentang tajuk kajian ini dari persepsi berbeza seperti
mengkaji terhadap responden guru-guru yang telah lama mengajar di sekolah.
Penyelidik akan datang juga dicadangkan untuk menjalankan satu kajian melalui
pendekatan kajian kaedah gabungan (mixed method approaches) iaitu pendekatan
kuantitatif dan juga kualitatif.