The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRIS 2017, 2019-12-19 03:10:16

BUKU PROSIDING 2019

BUKU PROSIDING 2019

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN PENSYARAH & PERTANDINGAN
INOVASI PELAJAR

09 APRIL 2019

Anjuran
Kolej Komuniti Jelebu
Jalan Seperi
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan
Tel : 06-613 8381
Faks : 06-613 8745
Email : [email protected]
Website : www.kkjel.edu.my

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN PENSYARAH & PERTANDINGAN
INOVASI PELAJAR
Kolej Komuniti Jelebu

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Jelebu (KKJU).
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalty atau honorarium.

Edisi Data-Pengkatalogan-dalam penerbitan
2019
ISBN 978-967-15625 - 5 - 0
Perpustakaan Negara Malaysia

Editor
Siti Nor Lailiyah Binti Ibrahim (Ketua)
Siti Nurakmal Bt Mat Yusoff

ii

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

Penghargaan : Muhammad Aznor Bin Abdul Aziz, Pengarah MUKA SURAT
Kolej Komuniti Jelebu ix
x
Sekapur Sirih : Sharifah Norakhil Bt Syed Loed, Ketua Unit xi
Penyelidikan, Inovasi & Komersial, Kolej Komuniti Jelebu xiii

Jawatankuasa Seminar Penyelidikan Pensyarah dan 1
Pertandingan Inovasi Pelajar
31
Senarai Panel Juri
47
Senarai Penyelidikan Pensyarah 71

1 Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Kolej 84
Komuniti Jelebu 2016
Pn. Wan Nadirah Binti Rosli, Pn. Jalifa Binti Ridzuan & Pn. 100
Zaryati Binti Zaini 119
143
2 Keberkesanan Program Knowledge Transfer @ Industry :
Industrialised Building System Dalam Proses Pengajaran 159
dan Pembelajaran Bagi Program Sijil Teknologi
Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu
Pn. Ts. Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi

3 Development Of Product Crust Surface During Freezing
Process
Pn. Nur Hanim Binti Othman & Pn. Nor Shahira Binti
Kamaruzaman

4 Perbezaan Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Kolej
Komuniti Jelebu
Pn. Nur Amanina Binti Roslee

5 Penggunaan 4U Plexiglass Rack Server Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pelajar Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian
Pn. Sharifah Juliana Binti Yaakub & Pn. Zainatul Fakih Binti
Zainon

6 Persepsi Graduan Program Sijil Teknologi Pembinaan
Bangunan (STP) Terhadap Keberkesanan Perkhidmatan
Pengajian Di Kolej Komuniti
Pn. Haniza Binti Sidi

7 Tahap Kecerdasan Emosi Guru Pendidikan Khas
Integrasi Di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu
Pn. Azmawati Binti Salleh

8 Pemahaman Akidah Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti
Jelebu Dan Kesannya Terhadap Kesalahan Seksual
Pn. Nor Shahira Binti Kamaruzaman & Pn. Nur Hanim Binti
Othman

9 Pola Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan Pelajar Semester
1 Di Kolej Komuniti Jelebu
Pn. Mardhiah Binti Shari & Pn. Sharifah Juliana Binti Yaakub

iii

10 Penerimaan Pengguna Terhadap Produk Sejuk Beku 171
Berdasarkan Kaedah Pembakaran Microwave Yang
Dicadangkan 186
Pn. Sharifah Norakhil Binti Syed Loed 187
Senarai Inovasi – Kategori Pemasangan Elektrik 188
189
11 Ampai PVC (PE 01) 190
Ahmad Adib Nadzmi Bin A’zri, Muhammad Zahiruddin Azhad 191
Bin Sari, Muhammad Imran Hakim Bin Mohd Kolek & Pn. Wan 192
Nadirah Binti Rosli 193

12 Simulasi Pendawaian Fasa Tunggal (PE 02) 194
Muhammad Mustaqim Bin Isa, Muhaimin Bin Kamaruzaman, 195
Muhammad Zulhilmi Bin Mohammad Jasni & En. Abdul 196
Ghaffar Bin Abu Hassan 197

13 Soket Mudah Alih (PE 03)
Muhammad Taufik Hidayat Bin Zaidi, Muhammad Iqmal
Haziq Bin Hamran, Muhammad Daniel Hakimie Bin Shamsul
Akmar & Pn. Wan Nadirah Binti Rosli

14 Voltage Detector Device (PE 04)
Puteri Nadhiratul Aliah Binti Megat Rahman, Amirul Afiq Bin
Aladib, Muhamad Amirul Asyraf Bin Zaidi & Pn. Wan Nadirah
Binti Rosli

15 Meja Laptop (PE 05)
Mohamad Qil Daniel Bin Mohamed Shamsi, Zulhilmi Bin
Abdul Razak, Muhammad Alif Aqlan Bin Abdullah & Pn. Wan
Nadirah Binti Rosli

16 Decoration Lamp (PE 06)
Muhammad Zuhair Bin Muhammad Suhud, Muhammad
Haikal Bin Mohd Razi, Nurul Amira Binti Nor Affendi & Pn.
Wan Nadirah Binti Rosli

17 Powerbank (PE 07)
Shahril Amrillah Bin Shaharuddin, Habib Awfajar Bin Priyono,
Akmal Hafiz Bin Azlizam & Pn. Wan Nadirah Binti Rosli

18 Ie Buzz (PE 08)
Amir Haziq Bin Badrol Hussainee, Aidil Syazwan Bin
Sulaiman & Pn. Mardhiah Binti Shari
Senarai Inovasi – Kategori Sistem Komputer Dan
Rangkaian

19 Mengenali Alam Semulajadi (SK 01)
Nur Aiman Bin Azli & Pn. Noor Aziana Binti Abu Taib

20 Easy Network Game (SK 02)
Izaruddin A/K Idris, Mohammad Nazirul Haq Bin Mohd Niza &
Pn. Zainatul Fakih Binti Zainon

21 Fun Book MoBo (SK 03)
Mohamad Zharif Bin Zainudin, Nurmuizz Bin Haridan & Pn.
Zainatul Fakih Binti Zainon

22 Ijat Health Advisor (SK 04)
Muhammad Arif Aizat Bin Razali & Pn. Noor Aziana Binti Abu
Taib

iv

23 Mengenali Alam Semulajadi (SK 05) 198
Aliff Aiman Bin Mohd Farok & Pn. Noor Aziana Binti Abu Taib 199
200
24 Koba USB (SK 06) 201
Ahmad Zaid Syahmi Bin Fadzil, Mohamad Aiman Nasir Bin 202
Abdullah & Pn. Siti Nor Lailiyah Binti Ibrahim 203

25 Sistem Pertukaran Unit Keluasan Metrik (SK 07) 204
Khairun Nisha Binti Nor Hisham, Muhammad Aqil Bin Roslan
& Pn. Suzila Binti Sabil 205
206
26 Mengenali Budaya Dan Suku Kaum Orang Asli (SK 08) 207
Hidayat Yam Victor & Pn. Noor Aziana Binti Abu Taib 208
209
27 Proud Squirrel (SK 09)
Nurshaerah Azdlin Binti Roslai & Pn. Noor Aziana Binti Abu 210
Taib 211

28 SiSKeP ‘DB (SK 10) 212
Mimi Nurain Binti Bakri, Syahira Binti Khairuddin & Pn. Siti
Nurakmal Binti Mat Yusoff

29 SiSTraGent ‘DB (SK 11)
Roziana Binti Asmara, Nurul Aida Binti Hata Sanawi, Syarifah
Syafidatul Syifa Binti Sayed Mohamad & Pn. Siti Nurakmal
Binti Mat Yusoff

30 Aturcara Teorem Phytagoras (SK 12)
Ahmad Zaid Syahmi Bin Fadzil, Muhammad Adri Bin Mohd
Rasis & Pn. Suzila Binti Sabil

31 Web Magic Board (SK 13)
Nur Adilah Binti Nazri & Pn. Noor Aziana Binti Abu Taib

32 Zhest. Co (SK 14)
Muhammad Wafey Bin Mohd Don & Pn. Noor Aziana Binti
Abu Taib

33 Sistem Pengiraan Isipadu Geometri (SK15)
Mahamad Eizhan Bin Mahamad Haizan, Muhammad Adli
Hazmie Bin Shamsul Bahrin & Pn. Suzila Binti Sabil

34 Sistem Pertukaran Metrik Panjang (SK16)
Muhammad Aqil Bin Roslan & Pn. Suzila Binti Sabil

Senarai Inovasi – Kategori Teknologi Makanan

35 Bingka Betik (TM 01)
Nurul Hanis Binti Jamil, Iffa Shahwanie Binti Azahar, Nur
Aqillah Binti Fadzlisham & Pn. Latifah Binti Mahmood

36 Crispy Coconut Snack (TM 02)
Muhammad Firdaus Bin Zulkofli, Mohd Arif Najat Bin Mohd
Mortaji, Zulkarnain Bin A. Razak & Pn. Sharifah Norakhil Binti
Syed Loed

37 D’ Coconut Finger (TM 03)
Halimatul Aisyah Bt Che Hussain, Putri Nur Rabiatul
Aidawiyah Bt Shujairi, Nur Aini Bt Hishah & Pn. Sharifah
Norakhil Binti Syed Loed

v

38 Healthy Coconut Biscuit (TM 04) 213
Eizatul Husna Bt Omar, Nurul Syafiqah Bt Affendi, Nurul 214
Shafika Bt Mahrod & Pn. Sharifah Norakhil Binti Syed Loed 215
216
39 Jem Serbaguna (TM 05) 217
Noor Shafinas Binti Mahmur, Nurul Irfan Irdina Zamzuri, 218
Noorshamira Binti Nasree & Pn. Nur Hanim Othman 219
220
40 Kek Betik (TM 06) 221
Muhammad Ikhmal Bin Rosdi, Muhammad Nazaruddin Bin 222
Jaafar, Muhammad Amir Hafizuddin Bin Mohd. Nazari & Pn. 223
Latifah Binti Mahmood 224

41 Kordial Refreshing Lemint (TM 07) 225
Puteri Nur Atirah Binti Maidin, Nur Hidayah Izzati Binti Ashari,
& Pn. Azah Airiza Binti Norman

42 Kordial Greeney Fresh (TM 08)
Muhamad Zulfannaqib Bin Muhamad Zamree, Syazaitul
Azlina Binti Kamaruzaman, Muhd Syafiq Bin Ahmad Zulkifli, &
Pn. Azah Airiza Binti Norman

43 Nugget Soya Crispy (TM 09)
Firas Aliyan Bin Mohd Fazli, Mohd Muiz Bin Sakimin, Khairin
Isyraq Bin Kamarul Zaman & En. Muhammad Akmal Bin
Jelani

44 Okara Chipzz Crunchy – (OCC) (TM 10)
Afiq Fikri Bin Mohamad Azmi, Muhammad Aqil Bin Mohd.
Afandi, Iman Zul Haqim Bin Norzafarin & Pn. Latifah Binti
Mahmood

45 Rencah Ikan Bilis Podeh (TM 11)
Muhammad Ezam Bin Saharudin, Faznur Ashikin Binti
Khairul Nisam, Nurul Nabihah Binti Khairul Salleh & Pn. Nur
Amanina Binti Roslee

46 Slice Sos (TM 12)
Nur Amirah Binti Mohamad Nasri, Nur Fadiah Dinie Binti
Fazli, Shahida Hilal Binti Shah Nurin & Pn. Nur Amanina Binti
Roslee

47 Sos Serbaguna (3 dalam 1) (TM 13)
Noramira Binti Jalil, Muhammad Sharif Izzudin Bin Abdul
Rahman, Muhammad Haikal Bin Kamaruddin & Pn. Nur
Hanim Othman

48 Tauhu Ayam Tomyam (TM 14)
Syaza Farhanim Binti Hamran, Muhammad Adeeb Haeqal
Bin Ruslan, Muhammad Amirul Hakim Bin Johari & Pn.
Latifah Binti Mahmood

49 W’care Juice (TM 15)
Nazrul Danial Bin Jeesmi, Tengku Ahmad Adli Bin Tengku
Ahmad Azam, Mohammad Syahmi Bin Mohammad Fauzi &
Pn. Sharifah Norakhil Binti Syed Loed

Senarai Inovasi – Kategori Teknologi Pembinaan

50 AP Corner Kit (TP 01)
Amir Hanafi Bin Mohd Isa, Muhammad Afiq Bin Ramlan &
Pn.Ts. Aini Nurrasyidah Bt Md Zokhi

vi

51 Building Bone Model Version 1.0 @ BBMv1.0 (TP 02) 226
Umar Akasyah B. Mohd. Zamri Shah, Muhammad Alif 227
Ridhwan B. Mohd. Sabri & Pn. Hjh. Mazzuin Binti Yusof 228
229
52 Creative Pattern Paint (CPP) Roller Kit (TP 03) 230
Muhammad Iqhtiari Mianji Bin Mohammad Iqbal, Muhamad 231
Azim Bin Shahruddin & En. Ahmad Fairil Azarin Bin Asrapil 232
233
53 Diy Kid Stone (TP 04)
Yaifros Bin Amran, Muhammad Hakimi Bin Norsham & Pn. 234
Azmawati Binti Salleh
235
54 Computer Aided IBS Scoring System (CaIBS) (TP 05) 236
Muhammad `Azim Shah Bin Muzaffar Shah & Pn. Aini 237
Nurrasyidah Bt Md Zokhi 238
239
55 Easy Bricklaying (TP 06)
Muhammad Zhahirin Azwar Bin Mokthar, Nazrulnizam Bin
Che Salim, Muhammad Qamarul Adam Bin Shaiful Nizam, &
En. Ahmad Fairil Azarin Bin Asrapil

56 EGGO System v2 (TP 07)
Amir Hanafi Bin Mohd Isa, Muhammad Afiq Bin Ramlan & Pn.
Ts. Aini Nurrasyidah Bt Md Zokhi

57 Ezy B-Level Kit (TP 08)
Muhammad Hafiz Bin Yusoff Fhadillah, Muhammad Syafiq
Idham Bin Azlizam, Pn. Haniza Binti Sidi

58 Terabest (TP 09)
Muhammad Azrai Bin Ismail, Muhammad Faris Iman Bin
Mohd Hisham, Nurul Fahsha Binti Mohamad Samsudin & Pn.
Nurriswin Binti Jumadi

59 Vr Revit Box (TP 10)
Khaireen Balqis Binti Abdul Rahman, Aina Nabila Binti Khirul
Azhar, Umar Akasyah Bin Mohd Zamri Shah & Pn. Nur
Hasyyati Binti Md Ghafar

Senarai Inovasi – Kategori Umum

60 3D-J Apron (U 01)
Zulaikha Binti Hassan & Pn. Malziana Binti Kamal

61 Kit Jalan-jalan (U 02)
Muhammad Ikmal Bin Mohamad Zaki, Muhammad Afiq
Afandi Bin Mohamad Asri, Ahmad Azim Firdaus Bin Mohd
Hadri & Pn. Suzila Binti Sabil

62 Cram Quizzes (U 03)
Muhammad Rasydan B Rosli, Nurul Afiqah Bt Mohd Aris &
Pn. Norshahira Binti Kamarzaman

63 360 Ergo Book Rack (EBR) (U 04)
Noor Alif Ikhwan Bin Noor Haizan, Ezzan Ezzuhar Bin Arsa &
Pn. Ts. Aini Nurrasyidah Bt Md Zokhi

64 Easy Track Nest (ETN) (U 05)
Muhammad Azrai Bin Ismail, Nurafiqah Binti A Aziz, Nurul
Fahsha Binti Mohamad Samsudin & Pn. Nurriswin Binti
Jumadi

vii

65 Qunut Puzzle 2.0 (U 06) 240
Nursyafiqah Binti Sulaiman, Nur Nadirah Binti Ramli, Siti 241
Mariam Masyitah Binti Abdullah & Pn. Norshahira Binti
Kamarzaman

66 Vita Brevlådor (U 07)
Muhammad Danial Zulhilmi Bin Muhammad Halimi,
Gunaseelan A/L Palanisamy & En. Mohamad Izwan Bin Ayob

viii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera

Bismillahirrahmanirrahiim..

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izinNya, penerbitan e-Buku
Prosiding Seminar Penyelidikan Pensyarah dan Pertandingan Inovasi Edisi 2019
telah berjaya dilaksanakan. Setinggi – tinggi penghargaan kepada Unit
Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Komuniti Jelebu atas gerak kerja dan inisiatif
yang diambil dalam menerbitkan e-buku ini.

E-Buku Prosiding Seminar Penyelidikan Pensyarah dan Pertandingan Inovasi
Edisi 2019 ini merupakan koleksi penulisan di kalangan pensyarah Kolej Komuniti
Jelebu yang melibatkan pensyarah dari pelbagai bidang pengkhususan . Syabas
dan tahniah kepada pensyarah yang telah menyumbangkan hasil penulisan
mereka dalam e-buku ini. Selain daripada itu, e-buku ini juga turut mengumpulkan
pelbagai reka cipta inovasi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar. Ia
memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk mengembangkan idea
dan meningkatkan kualiti graduan Kolej Komuniti.

Akhir kata, diharapkan e- Buku Prosiding Seminar Penyelidikan Pensyarah dan
Pertandingan Inovasi Edisi 2019 menjadi penggalak dan motivasi dalam
penulisan penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah di Kolej Komuniti
Jelebu pada masa akan datang. Semoga usaha murni daripada para pensyarah
Kolej Komuniti Jelebu ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan yang akhirnya
mampu untuk menjana proses perkembangan ilmu sejajar dengan kewujudannya
sebagai salah satu Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian,terima kasih.

Muhammad Aznor Bin Abdul Aziz
Pengarah
Kolej Komuniti Jelebu

ix

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera

Bismillahirrahmanirrahiim..

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izinNya, saya mewakili Unit
Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Kolej Komuniti Jelebu ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti Jelebu dan rakan sekerja
yang memberikan semangat dan kerjasama sehingga terbitnya e-Buku Prosiding
Seminar Penyelidikan Pensyarah dan Pertandingan Inovasi Pelajar Edisi 2019 ini.

Kejayaan buku ini adalah dapat mengumpulkan semua kertas penyelidikan dan
inovasi daripada pensyarah dan pelajar yang telah menyertai Seminar
Penyelidikan Pensyarah dan Pertandingan Inovasi Pelajar yang telah dianjurkan
oleh Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, Kolej Komuniti Jelebu. Ia adalah
satu platform kepada warga Kolej Komuniti sebagai penyumbang idea, inovasi
atau pengetahuan dalam bidang masing-masing. Selain daripada itu, pensyarah
dan pelajar dapat menunjukkan kemampuan dalam mencipta atau menambahbaik
sesuatu produk. Semoga e-buku ini dapat dijadikan panduan oleh pensyarah untuk
mencari idea yang lebih kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan semasa
dunia pendidikan.

Akhir kata, semoga e-Buku e-Buku Prosiding Seminar Penyelidikan Pensyarah
dan Pertandingan Inovasi Pelajar Edisi 2019 menjadi penggalak dan motivasi para
pensyarah untuk terus menghasilkan inovasi seterusnya mendokumentasikan
hasil inovasi kepada bentuk penulisan ilmiah.

“Innovation is seeing what everybody has seen and thinking what nobody has
thought”

~ Dr Albert Szent Gyorgyi

Sekian, terima kasih

Sharifah Norakhil Binti Syed Loed
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial
Kolej Komuniti Jelebu

x

JAWATANKUASA
SEMINAR PENYELIDIKAN PENSYARAH & PERTANDINGAN INOVASI

PELAJAR

Pengerusi
Muhammad Aznor Bin Abdul Aziz

Timbalan Pengerusi 1
Mohamad Izwan Bin Ayob

Timbalan Pengerusi 2
Izwan Kamal Bin Abdul Wahab

Pengarah Program
Sharifah Norakhil Binti Syed Loed

Floor Manager Pertandingan Inovasi
Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi

Floor Manager Seminar Pembentangan
Zainatul Fakih Binti Zainon

Setiausaha
Azmawati Binti Salleh

Bendahari
Mohd Fairuz Bin Isa

Teknikal Pertandingan Inovasi
Mohd Khaidir Bin Abdul Khalid (K)

Mohd Akmal Bin Jelani
Azah Airiza Binti Norman

Urusan Juri
Siti Rohaiza Binti Zainol (K)
Mohd Syahrulzaman Bin Sapar
Nur Athirah Binti Mohd Arif
Nur Afiqah Binti Mohamad Nasir
Amirah Farhana Binti Mohd Fauzi

Seminar Penyelidikan
Wan Nadhirah Binti Rosli (K)

Malziana Binti Kamal

Prosiding
Siti Nor Lailiyah Binti Ibrahim (K)

Siti Nurakmal Binti Mat Yusoff

xi

Sijil
Haniza Binti Sidi (K)
Nur Amanina Binti Roslee
Rislah Binti Hasan

Suzila Binti Sabil

Buku Program
Sharifah Juliana Binti Yaakub (K)

Zaryati Binti Zaini

Pengurusan Majlis & Bacaan Doa
Siti Noor Aishah Binti Abdul Latif Sabri (K)
Syed Mohd Nur Azman Bin Syed Ahmad

Cenderahati / Hadiah
Mardhiah Binti Shari (K)
Hassyati Binti Md Ghafar
Nor Shahira Binti Kamarzaman

Fotografi & Video
Zurina Binti Zamri (K)
Mohd Shaqirin Bin Ayob
Nur Azura Binti Abd Rahim

Persiapan Tempat & PA Sistem
Ahmad Fairil Azarin Bin Asrafil (K)

Ngui Hwa Hung
Muhamed Harries Bin Sazali

Noor Soudiqqin Bin Ismail
Abdul Ghaffar Bin Abu Hassan

Mohd Fauzi Bin Kamarudin
Mohd Hisham Bin Mohd Takkim

Jemputan & Sambutan
Noraminahanim Binti Abd Maulud (K)

Nur Hanim Binti Othman
Norazah Binti Mohd Kassim

Makanan
Nor Ashikin Binti Ismail (K)

Saripah Binti Kasim

Pendaftaran
Maisharah Binti Osman (K)
Noor Aziana Binti Abu Taib

Mazzuin Binti Yusof

xii

SENARAI PANEL DAN JURI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENSYARAH & PERTANDINGAN INOVASI

PELAJAR
Panel Penilai Kertas Penyelidikan

Dr. Nursafra Binti Mohd Zhaffar
Kolej Komuniti Tangga Batu
Juri Pertandingan Inovasi
Dr Mohd Isa Bin Jaffar
Kolej Komuniti Segamat

Pn. Noor Suhaina Binti Abd Azis
Kolej Komuniti Bukit Beruang

Dr Wan Mimi Diyana Binti Wan Zaki
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dr Helmi Adly Bin Mohd Noor
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology

(UniKL MITEC)

xiii



Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

KAJIAN KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP GRADUAN
KOLEJ KOMUNITI JELEBU 2016

Wan Nadirah Binti Rosli
Kolej Komuniti Jelebu
Email : [email protected]

Jalifa Binti Ridzuan
Kolej Komuniti Jelebu
Email : [email protected]

Zaryati Binti Zaini
Kolej Komuniti Jelebu
Email : [email protected]

Abstrak

Kebolehpasaran graduan adalah indikator bagi kejayaan sesebuah insitusi dalam
usaha untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti. Kolej Komuniti Malaysia
bertindak sebagai salah satu sumber tenaga kerja separa mahir berkualiti
kepada negara memegang tanggungjawab yang besar untuk melahirkan pekerja
yang bukan sahaja berkemahiran, malah berpengetahuan tinggi dan mempunyai
kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bidang kerjaya pada masa kini.
Kemahiran teknikal merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu
aktiviti yang khusus, terutama yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan
teknik. Pengetahuan pula merujuk kepada tahap kefahaman dan pengalaman
individu mengenai bidang kerja yang diberikan. Aspek kemahiran insaniah yang
diuji pula merujuk kepada kebolehan yang memfokus kepada pembangunan
ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Ketiga-tiga aspek ini iaitu
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dinilai oleh majikan dalam
menentukan kebolehpasaran graduan kolej komuniti. Sehubungan itu, satu kajian
kepuasan majikan telah dijalankan bagi mengukur persepsi majikan terhadap
lepasan Kolej Komuniti Jelebu dalam memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan
di atas. Seramai 67 majikan telah dipilih dalam kajian ini dan kaedah soal selidik
telah dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan secara umum . Dapatan
kajian menunjukkan rata-rata majikan mempunyai persepsi yang baik terhadap
lepasan Kolej Komuniti dan konstruk-konstruk yang diuji mendapat nilai min yang
tinggi.

Katakunci : Kebolehpasaran, Majikan,Kemahiran

1
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pengenalan

Pelaburan dalam modal insan sangat kritikal untuk menjadikan ia sebuah negara
maju di Malaysia (Ramlee, 2013a). Di samping itu, Malaysia perlu meningkatkan
modal sosial dan kapasiti masyarakat. Raslan (2011) pula mengatakan
perubahan landskap geopolitik baharu di Malaysia menuntut kepada graduan
untuk menghadapi saingan global. Sifat retorik semata-mata adalah sia-sia.
Wawasan 2020 memberi gambaran yang jelas bahawa kejayaan sesebuah
negara tidak hanya terletak kepada kebijaksanaan pemimpin mencipta wawasan
dan gagasan tetapi juga berperanan sebagai agen perubahan dengan menukar
paradigma rakyat serta menggerakkan pihak industri sebagai enjin pertumbuhan
ekonomi untuk merealisasikan Wawasan 2020 (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
Walau bagaimanapun, untuk memajukan Malaysia ke barisan hadapan dari
aspek pengetahuan, pelaburan modal insan adalah kritikal. Ekonomi yang
berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) memerlukan ramai pekerja yang kreatif
dan inovatif (Ramlee, 2013a).

Selain daripada Wawasan 2020, kerajaan Malaysia turut tidak ketinggalan terlibat
sama dengan perkembangan revolusi perindustrian keempat. Salah satu
terjemahan kerajaan Malaysia dalam industri 4.0 adalah Transformasi Nasional
2050 (TN50). TN50 merangka satu sasaran jangka masa 30 tahun di mana satu
usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.
Pembentukan TN50 merupakan susulan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan
wawasan 2020 (1991-2020). Tujuan TN50 adalah menyasar menjadi antara
negara teratas di dunia dalam aspek ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Bagi mencapai hasrat TN50, pelbagai usaha dan strategik yang dirangka oleh
kerajaan melalui dialog, wacana, penyelidikan dan seminar. Usaha dan strategik
ini diperlukan bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak dalam
masyarakat Malaysia.

Keupayaan memanipulasi pembangunan sumber manusia (modal insan) dengan
baik akan menyebabkan sesebuah negara mampu bersaing dengan negara maju
yang lain walaupun tidak mempunyai sumber fizikal yang baik (Rahmah, 2000).
Maran et al. (2009) menegaskan firma yang menyediakan latihan, pengetahuan,

2
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kemahiran dan pendidikan kepada sumber manusia akan menyebabkan
pencapaian syarikat menjadi bertambah baik. Sesebuah organisasi yang memiliki
sumber manusia (modal insan) yang dapat menangani perubahan persekitaran
seperti k-ekonomi dan globalisasi akan memudahkan matlamat sesebuah
organisasi dicapai (Kamaruddin, 2010). Pendidikan Teknikal dan Vokasional
perlu mengintegrasikan elemen kemahiran kebolehkerjaan dalam kurikulum
supaya graduan releven dengan permintaan majikan dan industri (Fitrisehara,
2008).

Penggunaan teknologi terkini, prestasi ekonomi yang agak sederhana dan
penciptaan peluang pekerjaan yang perlahan berbanding limpahan graduan telah
mewujudkan persaingan dalam kalangan graduan bagi mendapat pekerjaan
(Ishak et al., 2008). Penggunaan teknologi terkini juga akan memberi kesan
kepada modal manusia yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang
mampan agar dapat mencapai matlamat Model Ekonomi Baru. Model Ekonomi
baru ini mempunyai lapan inisiatif dan salah satu inisiatif ialah pembangunan
modal insan yang dapat membangunkan tenaga kerja yang berkualiti. Namun
keupayaan mendapat pekerjaan dalam kalangan siswazah serta kekurangan dan
ketidakpadanan kemahiran merupakan penghalang pembangunan modal insan
di Malaysia (Ramlee, 2013a).

Oleh itu, kesan globalisasi dan k-ekonomi menuntut perubahaan sistem
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional untuk menghasilkan modal insan
yang berkemahiran tinggi dan berkualiti (Md. Nor, 2011). Berdasarkan
Transformasi Nasional 2050 (TN50), menjelang tahun 2050 negara memerlukan
tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 37% kepada 55%. Justeru sebagai
langkah untuk merealisasi sasaran negara, Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) perlu diarusperdanakan dan dipertingkatkan keupayaannya
termasuk meningkatkan imej TVET pada pandangan masyarakat (Ramlee,
2013). Kamaruddin (2010) serta Tan dan Nor Hazwin (2010) mempersoalkan
sama ada graduan-graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi dapat
memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Persoalan ini juga tidak terkecuali
kepada graduan-graduan Kolej Komuniti kementerian pengajian tinggi Malaysia.

3
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kolej Komuniti perlu memainkan peranan bagi menghasilkan graduan yang
berilmu dan berkemahiran tinggi bagi menangani perubahan ekosistem
pengajian tinggi negara (Fazlina, 2007). Oleh itu, untuk menjadi institusi pilihan
dalam pendidikan teknik dan vokasional, pihak pengurusan Kolej Komuniti
haruslah berusaha untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai satu institusi yang
ulung dan seterusnya graduan yang dihasilkan memenuhi kehendak majikan
serta juga pasaran kerja pada masa kini. Graduan yang diingini oleh majikan
pada masa kini ialah tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan
kemahiran kebolehkerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai kemahiran
kebolehkerjaan pelajar Kolej Komuniti Malaysia menurut kaca mata majikan.

2.0 Pernyataan Masalah

Kajian Pengesanan Graduan menunjukkan pengangguran disebabkan oleh
kurangnya kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kebolehpasaran pekerjaan
(Esa et al., 2015). Esa et al. (2014) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar
kejuruteraan mempunyai kemahiran teknikal yang baik, namun kemahiran
insaniah mereka tidak berada di tahap yang sama. Ini adalah kerana mereka
mempunyai kekurangan dari segi komunikasi, keyakinan diri, dan penyesuaian
diri di tempat kerja. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan para
majikan memerlukan graduan yang menyerlah dalam kemahiran insaniah yang
merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, serta mempunyai sikap yang positif terhadap kerja
(Hanapi & Kamis, 2017; Leo, 2016; Machart, 2017).

Para pengkaji berpendapat ketidaksepadanan pengetahuan dan kemahiran yang
berlaku dalam kalangan graduan adalah jurang di antara kriteria yang diperlukan
oleh industri dengan pendidikan yang dilalui para graduan (Bilal & Ummah, 2016;
Wesley et al., 2017). Berdasarkan kajian Bilal dan Ummah (2016), terdapat
kelompangan dari segi pengetahuan teorikal dan praktikal dalam kalangan
pelajar di sebuah universiti semasa mereka menjalani latihan industri. Dapatan
kajian Hanapi dan Kamis (2017) pula menunjukkan ketidaksepadanan kemahiran
teknikal dan kemahiran kebolehpasaran menjadi antara penyebab berlakunya
pengangguran dalam kalangan graduan.

4
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kajian-kajian lepas pula sukar untuk menunjukkan satu persetujuan yang nyata
tentang kemahiran yang manakah yang menyumbang kepada kebolehpasaran
(Suleman, 2016). Walaupun terdapat majikan yang menjadikan kemahiran
interpersonal, komunikasi dan bekerjasama dalam pasukan sebagai pilihan
mereka, namun terdapat juga majikan yang memberi keutamaan kepada
kebolehan teknologi maklumat. Bagi Kwok et al. (2014) pula, kemahiran generik
dan kemahiran bukan generik memainkan peranan yang sama penting dalam
menentukan kebolehpasaran graduan. Justeru, terdapat keperluan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran insaniah bagi graduan Kolej
Komuniti.

3.0 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan
dan kemahiran insaniah dari persepsi majikan terhadap graduan Kolej Komuniti
Malaysia. Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:

3.1 Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

3.2 Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

3.3 Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Kolej Komuniti
Jelebu berdasarkan persepsi majikan.

4.0 Kepentingan Kajian

Modal insan yang ingin dibangunkan adalah kemahiran kebolehkerjaan
termasuklah berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai
ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global
yang sering berubah-ubah. Pelajar atau graduan yang berkualiti sangat penting
dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020 tercapai. Dalam Pelan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025 (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017) menegaskan peranan

5
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
menjelang 2020 (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017).

Berdasarkan tinjauan literatur, kemahiran kebolehkerjaan adalah merupakan
bidang kemahiran yang sangat berpengaruh dalam memastikan kejayaan dan
kemajuan sesebuah syarikat atau industri secara amnya. Sumber manusia yang
berketrampilan dan berkebolehan serta mahir dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan adalah menjadi impian dan harapan pihak
pusat pemberi latihan terhadap para pelatihnya. Keupayaan para pelatih yang
dihasilkan dalam memberi kepuasan kepada majikan dan penerimaan baik para
majikan terhadap tenaga kerja yang dihasilkan adalah petanda baik bagi program
yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Jelebu.

5.0 Tinjauan Literatur

Berdasarkan tinjauan literatur, didapati para majikan menginginkan pekerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran pekerjaan termasuk pengetahuan dan
kemahiran insaniah. Kebolehkerjaan graduan yang dihasilkan juga merupakan
kayu pengukur kepada kejayaan kolej komuniti dan program yang diikuti oleh
pelajar tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat dan menambah
baik elemen-elemen kebolehkerjaan yang harus diberi penekanan dalam
melaksanakan program pengajian di kolej komuniti serta elemen-elemen
kebolehkerjaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah
yang diperlukan oleh pihak majikan dan industri seiring dengan gagasan
Revolusi Industri 4.0.

5.1 Kebolehkerjaan dalam Kalangan Graduan

Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya
mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada pengetahuan dan
kemahiran insaniah terhadap kebolehkerjaan agar pekerja mereka dapat
menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama

6
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

memiliki “multi skills” (Butcher et al., 2011). Graduan yang menganggur
merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa kini. Perangkaan pasaran
buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan masih
tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu
kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor
utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih
tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Elemen-elemen yang perlu
ada bagi seorang graduan seperti kemahiran teknikal, pengetahuan dan
kemahiran insaniah merupakan aspek yang amat penting untuk ketrampilan
seseorang pelajar (Cremin Colin, 2010). Ketrampilan seseorang pelajar telah
menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab instisusi-institusi
pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang
tinggi serta memenuhi keperluan pasaran.

Kebolehkerjaan adalah kemahiran bukan teknikal yang sering dikaitkan dengan
sikap dan personaliti yang penting bagi seseorang graduan untuk mendapatkan
kerja. Penerapan elemen- elemen kebolehkerjaan seperti kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah adalah perlu oleh tenaga pengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan tenaga mahir yang
berkualiti dan diperlukan oleh majikan. Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan
biasanya sering dikaitkan dengan gambaran personal, sikap, tabiat, tingkah laku,
gaya berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan
serta kebolehan mengorganisasikan. Goodwin & Vicki (2012) pula mentakrifkan
kebolehkerjaan sebagai satu set pencapaian, kefahaman dan sifat peribadi yang
membuatkan individu supaya lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan
berjaya dalam pekerjaan yang dipilih oleh mereka.

5.2 Pembentukan Kerangka Kajian

Kerangka kajian ini dibina berdasarkan konsep dan istilah yang dirujuk
berdasarkan kebolehkerjaan. Kerangka konseptual kajian akan menjana
permasalahan kajian, persoalan kajian, teknik pengumpulan dan analisis data
serta bagaimana mengintergrasi dapatan kajian (Abowitz & Toole, 2010).
Kerangka konseptual kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 bertujuan untuk

7
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah graduan
kolej komuniti di Malaysia.

Kemahiran Teknikal
• Kemahiran pengurusan maklumat

• Kemahiran menggunakan komputer

dalam pemprosesan peralatan/
• Kemahiran memilih

teknologi
• Kemahiran berfikir secara kreatif dan

inovatif
• Kemahiran membuat keputusan
• Kemahiran menyelesaikan masalah

Pengetahuan KEPUASAN
MAJIKAN
• Pengetahuan teknikal berdasarkan
keperluan kerja

• Pengetahuan mengaplikasi teknologi
• Pengetahuan pengurusan tentang

organisasi
• Pengetahuan berkaitan dengan bidang

tugas

Kemahiran Insaniah

• Berdisiplin dalam menjalankan tugas
• Kebolehan komunikasi dengan baik
• Kebolehan bekerja secara berpasukan
• Kemahiran menguasai bahasa inggeris
• Ketelitian dalam tugasan
• Pengamalan nilai-nilai murni
• Kemahiran keusahawanan

Rajah 2.1 Pembentukan Kerangka Kajian

8
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

2.3.1 Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan
dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan
kaedah, proses, prosedur dan teknik (Hellwig, 2010). Kemahiran teknikal juga
merupakan suatu pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam
penggunaan alat-alat dan teknik dalam disiplin tertentu seperti dalam
kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, elektronik mahupun sistem maklumat
(Ramlee, 2016). Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk
mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang
khusus atau kebolehan mahupun kecekapan.

Kemahiran ini diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya. Bagi
memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa,
pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Oleh itu, kurikulum yang
sesuai perlu dirangka untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja di masa
depan. Menurut beliau, salah satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar
dengan ilmu teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya. Kemahiran
analitikal akan mempelopori pentas global dunia pekerjaan serta menjadi pilihan
majikan (Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2016). Tenaga kerja yang mempunyai
kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani perubahan sosial dan keadaan
ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011).

2.3.2 Pengetahuan

Pelbagai definisi pengetahuan diutarakan oleh sarjana dalam bidang
perkongsian pengetahuan. Pengetahuan ditakrif sebagai gabungan pengalaman,
nilai, pembelajaran, kemahiran maklumat dan pemahaman individu (Rajalakshmi
& Banu, 2012; Babalola, 2016). Pengetahuan juga didefinisi sebagai pengalaman
dan pemahaman individu yang diterjemah ke dalam bentuk yang bermakna dan
diguna oleh individu untuk menjalankan tugas. Menurut Nonaka (2010)
pengetahuan yang baharu dicipta boleh diucap, dirumus, ditulis, dilukis dan
dikumpul oleh individu. Pengetahuan ini boleh disimpan dalam pelbagai format
seperti dokumen, gambar dan video. Pengetahuan dibahagi kepada dua iaitu

9
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

pengetahuan tersirat dan tersurat. Pengetahuan tersirat merupakan pengetahuan
peribadi berasaskan pengalaman individu dan melibat faktor seperti naluri, nilai
peribadi dan kepercayaan Rosenberg et al., (2012). Sebagai contoh di Institusi
Pengajian Tinggi, pengetahuan tersirat yang dicipta oleh ahli akademik dan
tertanam dalam minda mereka adalah merupakan gudang modal intelek.

Dalam merekrut pekerja baharu, pasaran kerja sentiasa memberi
penekanan kepada pengalaman bekerja sebagai tambahan kepada kelayakan
sijil. Maka, keperluan latihan industri atau pengalaman bekerja menjadi asas
dalam sesebuah institusi pengajian tinggi Tickle & Louise (2013). Di Malaysia,
sesebuah institusi pengajian tinggi kini menyediakan pelajar dengan memberi
peluang bagi menterjemah pengetahuan yang diperolehi kepada amalan melalui
latihan industri. Tempoh latihan yang berlangsung kira-kira empat ke enam bulan
bertujuan bagi membangunkan pengetahuan seiring dengan kemahiran yang
diperlukan oleh industri dan ini seolah-olah menjadi peranan penting untuk
menyediakan tenaga kerja yang berkualiti dan profesional pada masa depan
(Omar et. al., 2008). Pengetahuan adalah suatu perkara yang sememangnya
perlu ada apabila memperkatakan tentang tenaga pengajar, ini adalah kerana
sebagai tenaga pengajar yang baik dan mantap seharusnya memiliki
pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diajar khasnya dan bidang-bidang
yang lain amnya (Yahya et. al, 2014).

2.3.3 Kemahiran Insaniah

Aspek kemahiran insan perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran
teknikal. Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik. Kemahiran insaniah
menjurus kepada penguasaan seseorang dalam kemahiran yang terfokus
kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Selain
daripada itu, kemahiran insaniah juga merangkupi komunikasi, kebolehan untuk
mengurus, bersifat fleksibel, mempunyai kesungguhan, jati diri, sentiasa bersifat
proaktif mengikut kehendak semasa (Paadi, 2014). Graduan lepasan kolej
komunititelah melalui satu fasa khusus dalam melengkapkan diri dengan
kemahiran teknikal berupa pengetahuan di dalam disiplin khusus sepanjang
pengajian juga. Berlandaskan kehendak industri, pelbagai usaha dijalankan

10
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

dalam memperkasa kurikulum pengajian bagi menambah baik kebolehpasaran
dengan penekanan kepada kemahiran generik.

Kini, kemahiran generik menjadi keutaamaan di tempat kerja (Paadi,
2014). Kewajaran untuk menguasai pengetahuan, kompetensi serta kebolehan
untuk mengenal pasti kemahiran generik menjadi keperluan bagi membentuk
asas kepada kebolehpasaran graduan (Adebakin et al., 2015; Makki et al., 2015;
Hamilton et al., 2015). Malah, pelbagai dapatan kajian telah juga menyarankan
bahawa graduan perlu memaksimakan tahap kebolehpasaran masing-masing
dengan menyeimbangankan kombinasi antara kemahiran teknikal dan kemahiran
generik. Graduan juga perlu mempersiapkan diri dengan ciri-ciri kesedaran dan
minat terhadap kecerdasan emosi, empati dan kemahiran kakitangan adalah
aspek yang terdapat dalam kemahiran insaniah (Hamilton et al., 2015; AL-Mutairi
et al., 2014; McLean et al., 2015).

2.3.4 Kepuasan Majikan

Cabaran yang lebih besar lagi ialah untuk menyediakan modal insan yang
benar-benar diperlukan oleh industri dan menepati kepuasan majikan. Menurut
Siti Zaleha et al. (2017), matapelajaran yang ditawarkan oleh institusi pengajian
di Malaysia perlulah memenuhi keperluan industri. Seringkali dibangkitkan
tentang graduan yang tidak mempunyai cukup kemahiran dan tidak menepati
kehendak industri yang bakal mereka ceburi. Banyak dakwaan mengatakan
bahawa graduan di Malaysia sukar mendapatkan pekerjaan kerana tidak
memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran (Siti Zaleha et al., 2017).
Pengangguran dalam kalangan graduan adalah fenomena di banyak negara dan
ini mungkin disebabkan oleh beberapa factor seperti kadar pertumbuhan
ekonomi yang perlahan, permintaan industri yang berubah di luar jangkaan dan
graduan yang dihasilkan tidak sepadan dengan permintaan industri.

Pendapat Marlina dan Shaharom (2016) menyatakan bahawa kajian yang
telah dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada tahun 2005
mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan siswazah gagal
mendapatkan pekerjaan. Faktor utama yang disenaraikan oleh majikan ialah

11
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kemahiran komunikasi, manakala pencapaian akademik berada di tangga
kelapan. Menurut Azah, Farah Liza dan Haryati (2010), masalah pengangguran
dalam kalangan graduan universiti sering dikaitkan dengan isu kekurangan dan
kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian itu sendiri.
Kurikulum di institusi pengajian tempatan juga dikatakan tidak memenuhi
keperluan dan tuntutan pasaran kerja sektor swasta yang menyediakan 90
peratus peluang pekerjaan di negara ini.

12
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan metodologi penyelidikan dan prosedur yang
digunakan bagi kajian yang dijalankan. Metodologi merupakan satu perkara yang
penting dalam menjalankan sesuatu penyelidikan untuk mendapatkan maklumat
yang tepat dan kesahan yang tinggi. Menurut Mohd Majid (2010) metodologi
merupakan kaedah yang penting untuk memperoleh maklumat dan seterusnya
mendapatkan keputusan dalam sesuatu kajian. Sehubungan itu, bab ini
memfokus kepada perbincangan mengenai populasi, pengukuran, pembentukan
soal selidik, pengurusan soal selidik dan data analisis.

3.2 Rekabentuk Kajian

Bagi pendekatan kajian kuantitatif, tinjauan kaji selidik dijalankan ke atas
67 majikan mengikut sektor industri di seluruh Malaysia. Mohd Majid (2010)
menjelaskan penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang
bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menerangkan apa yang sedang
berlaku. Ini adalah selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Ahmad Munawar
& Mohd Nor Shahizan (2014) iaitu kajian berbentuk deskriptif dapat memberi
gambaran atau maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu,
di samping membantu membuat perancangan pada masa akan datang. Ia
sesuai digunakan dalam kajian ini kerana dapatan kajian ini merupakan
maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk masa akan datang.

13
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

3.3 Populasi dan Persampelan
Dalam kajian ini, populasi adalah sebanyak 67 majikan yang tersenarai

dalam direktori pengesanan graduan Kolej Komuniti Malaysia. Kajian telah
dilaksanakan secara kuantitatif dengan membuat tinjauan ke atas sampel
majikan graduan. Penyelidik menggunakan teknik pensampelan rawak dalam
pemilihan sampel kajian. Pemilihan kaedah ini dibuat untuk memastikan sampel
kajian dapat mewakili populasi majikan di sesebuah kolej komuniti. Jumlah saiz
majikan adalah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejecie dan
Morgan (1970) dengan aras keyakinan 95% seperti di Jadual 3.1. Min sampel
menyamai min populasi sebanyak 95% bermakna kemungkinan penyelidik
melakukan kesalahan dalam menganggarkan kesamaan min sampel terhadap
min populasi hanya 5% (Cohen, 2011). Sebagai contoh jika jumlah populasi
majikan adalah 100 maka sempel kajian adalah 80 sampel majikan sahaja.

Jadual 3.1 Jadual Penentuan Sempel Populasi

(Sumber : Krejcie, R., & Morgan, D. (1970).
Justeru, kajian ini akan menggunakan 67 majikan yang telah dipilih secara
rawak mudah. Ini untuk memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi
industri yang sebenar.

14
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

3.4 Pengumpulan Data

Kajian soal selidik yang dibentuk dari bahagian sebelum ini, digunakan
sebagai alat pengumpulan data. Borang soal selidik yang digunakan untuk
kajian ini mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A terdiri dari maklumat
latar belakang syarikat, Bahagian B pula mengenai maklumat umum graduan
Kolej Komuniti dan Bahagian C lebih kepada penilaian aspek kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah. Soal selidik tersebut telah dihantar dan
diemel kepada majikan dan dibuat tindakan susulan melalui panggilan telefon
untuk memastikan majikan benar-benar menerima instrumen yang telah
dihantar. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri juga disediakan bagi
tujuan penghantaran semula borang soal selidik yang lengkap diisi.

3.5 Pengukuran Item

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang
mengandungi tiga konstruk dengan 18 item. Bahagian A soal selidik
merangkumi maklumat latar belakang syarikat atau responden yang
mengandungi empat item. Bahagian B iaitu berkaitan maklumat umum
graduan dan mempunyai tujuh item. Bahagian C berkaitan kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah dan mempunyai bilangan item
keseluruhan sebanyak 18. Di bahagian yang terakhir soal selidik, sebanyak
empat belas item maklumat persepsi majikan terhadap kemahiran generik
graduan Kolej Komuniti. Pembahagian item mengikut soal selidik yang telah
diadaptasi ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Item soal selidik ini diukur dengan
menggunakan Skala Likert. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua et al., 2013)
Skala Likert yang digunakan ialah (1) Sangat Rendah, (2) Rendah, (3)
Sederhana, (4) Tinggi, dan (5) Sangat Tinggi.

3.6 Analisis Data

Kaedah kuantitatif yang digunakan bagi kajian ini yang merangkumi
tinjauan soal selidik. Data yang dikumpul telah di analisa menggunakan program

15
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

SPSS 22 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan sisihan
piawai untuk menjawab setiap persoalan kajian yang diutarakan di dalam Bab 1.
Penggunaan jumlah skor digunakan berbanding dengan skor individu. Ini
disebabkan oleh kesahan dan ketepatannya adalah lebih tinggi berbanding
dengan skor secara individu (Creswell, 2014). Berdasarkan Jadual 3.3, jika
skor min sesuatu item menunjukkan julat di antara 1.00 sehingga 2.33
pengkaji mengandaikan bahawa item berada pada tahap rendah. Jika skor min
sesuatu item menunjukkan julat di antara 2.34 sehingga 3.67, pengkaji
mengandaikan bahawa item berada pada tahap sederhana dan sekiranya
skor min sesuatu item menunjukkan julat di antara 3.68 sehingga 5.00, pengkaji
mengandaikan bahawa item berada pada tahap tinggi.

Jadual 3.2 Intrepretasi Julat Min

Kod Kumpulan Julat Tahap

1 1.00-2.33 Rendah

2 2.34-3.67 Sederhana

3 3.68-5.00 Tinggi

Sumber : Wiersma (2000)

16
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

BAB 4

ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

4.1 Pengenalan

Bab ini melaporkan dapatan kajian yang telah dilakukan ke atas data yang
telah diperolehi daripada responden. Analisis dilakukan dengan menggunakan
SPSS versi 22. Hasil dapatan kajian juga digunakan untuk menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan iaitu:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

Kaedah analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan
mengenai dapatan kajian. Antara maklumat yang dipaparkan melalui analisis ini
ialah jumlah, nilai min, kekerapan dan nilai sisihan piawai bagi setiap item yang
diuji. Melalui analisa deskriptif ini juga, maklumat demografik responden seperti
bidang dan gaji yang ditawarkan dapat dianalisis oleh perisian. Selain itu, analisis
deskriptif yang dijalankan dapat memberikan nilai purata bagi setiap item. Nilai ini
seterusnya dapat digunakan untuk memberi input kepada pihak yang
berkepentingan dalam kajian ini.

17
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.2 Analisis Kuantitatif

Analisis kuantitatif yang dijalankan melibatkan para responden yang terdiri
daripada para majikan kepada para graduan Kolej Komuniti Jelebu. Sebanyak 60
majikan telah memberi maklum balas melalui kaji selidik yang dijalankan.

Ujian kesahan untuk kajian ini menggunakan pengiraan koefisyen
Cronbach Alpha. George & Mallary (2003), Nunnaly (1978) dan Pallant (2011)
menyatakan nilai Alpha Cronbach mestilah melebihi 0.7. Dapatan analisis alpha
cronbach yang dilakukan menunjukkan nilai bacaan bagi kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah adalah melebihi 0.7.

Konstruk Bil Item Alpha Cronbach
Kemahiran 18 0.739
Pengetahuan
Kemahiran Insaniah

Jadual 4.1 Analisis kebolehpercayaan

Organisasi Kekerapan Peratusan
Swasta 56 93.33
Kerajaan 4 6.67
Jumlah 60 100

Jadual 4.2 Taburan Majikan

4.2.1 Analisis Demografik

Analisis demografik bagi dapatan kajian menunjukkan kesemua majikan
adalah majikan swasta.

ii. Kluster

Kebanyakan majikan yang mengambil graduan ini bekerja iaitu sebanyak 26.6%
adalah dari kluster penginapan dan perkhidmatan makanan minuman dan
gabungan 26.6% adalah dari bidang perkhidmatan lain serta bekalan elektrik,
wap, gas dan pendingin udara. Jumlah ketiga terbanyak adalah dari kluster

18
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

perdagangan borong dan runcit, iaitu sebanyak 11.7%. Sebanyak 3 majikan
yang mewakili 5.0 % dari jumlah majikan adalah dari maklumat
telekomunikasi,pendidikan serta pembaikkan kenderaan bermotor dan motosikal.

Bil Kluster Kekerapan Peratus (%)

1 Pertanian,perhutanan & perikanan 2 3.3

2 Pembuatan 4 6.7

3 Pembinaan 2 3.3

4 Pengangkutan & penyimpanan 2 3.3

5 Maklumat & telekomunikasi 3 5.0

6 Pendidikan 3 5.0

7 Perkhidmatan lain 8 13.3

8 Bekalan elektrik,gas,wap dan pendingin udara 8 13.3

9 Perdagangan borong dan runcit 7 11.7

10 Pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal 3 5.0

11 Fesyen dan kecantikan 2 3.3

12 Penginapan dan perkhidmatan makanan 16 26.7
minuman

Jumlah 60 100.0

Jadual 4.3 Kekerapan mengikut bidang

iii. Gaji Permulaan

Majoriti dari lepasan kolej komuniti ini iaitu sebanyak 89.5% diberikan gaji
permulaan antara melebihi RM500. Rata-rata dari graduan ini menerima gaji
antara RM 1,001 ke RM 1,500. Namun begitu, terdapat 10 seorang graduan telah
menerima gaji permulaan RM501 ke RM1,000 dan terdapat 2 orang lepasan
Kolej Komuniti Jelebu yang menerima gaji permulaan melebihi RM1,500.

Gaji (RM) Kekerapan Peratus (%)
RM501-RM1000 10 16.7
RM1001-RM1500 48 80.0
RM1501-RM2000 2 3.3
Jumlah
60 100

Jadual 4.4 Kekerapan mengikut Gaji

19
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.2.2 Analisis Deskriptif

Bagi mengetahui tahap kemahiran para graduan kolej komuniti, enam item
soal selidik telah disertakan dalam instrumen yang disediakan. Item-item yang
disertakan adalah mengenai kemahiran pengurusan maklumat, menggunakan
komputer, memilih teknologi, berfikir secara kreatif dan inovatif, membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah. Item-item bagi pengetahuan pula
adalah berkenaan pengetahuan teknikal, teknologi, pengurusan dan bidang
tugas. Manakala bagi kemahiran insaniah, beberapa item berkaitan komunikasi,
disiplin, kerjasama, ketelitian, kemahiran bahasa Inggeris, nilai-nilai murni dan
kemahiran usahawan disertakan dalam soal selidik.

i. Kemahiran

Analisis min yang dilakukan menunjukkan nilai min 3.72 dengan sisihan
piawai 0.37 iaitu mewakili nilai baik atau mahir. Kebanyakan pelajar lepasan
Kolej Komuniti Jelebu telah dikelaskan sebagai berkemahiran oleh para majikan.

Jadual 4.5 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran

Item Kemahiran Min S.P
3.73 .58
i. Kemahiran pengurusan maklumat 3.62 .67
3.90 .75
ii. Kemahiran menggunakan komputer dalam 3.77 .74
pemprosesan maklumat 3.82 .75
3.48 .75
iii. Kemahiran memilih peralatan/teknologi 3.72 .37

iv. Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif

v. Kemahiran membuat keputusan

vi. Kemahiran menyelesaikan masalah

Min keseluruhan konstruk kemahiran

20
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

ii Pengetahuan

Dari segi pengetahuan, rata-rata pelajar Kolej Komuniti Jelebu
dikategorikan berpengetahuan dengan nilai min 3.92 dan sisihan piawai 0.52.

Jadual 4.6 Dapatan bagi Konstruk Pengetahuan

Item Pengetahuan Min S.P
.78
i Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja 4.00 .81
.76
ii Pengetahuan mengaplikasi teknologi 4.02 .83
iii Pengetahuan pengurusan tentang organisasi 3.78 .52

iv Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas 3.87

Min keseluruhan konstruk pengetahuan 3.91

i. Kemahiran Insaniah

Dapatan analisis menunjukkan secara purata, para pelajar Kolej Komuniti
Jelebu dikategorikan mempunyai kemahiran insaniah dengan nilai min 3.78 dan
sisihan piawai 0.41.

Jadual 4.7 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran Insaniah

Item Kemahiran Insaniah Min S.P
4.03 .78
i Berdisiplin dalam menjalankan tugas 3.98 .77
3.83 .79
ii Kebolehan berkomunikasi dengan baik 3.82 .83
4.02 .83
iii Kebolehan bekerja secara berpasukan 3.68 .73
3.75 .90
iv Kebolehan dalam menguruskan maklumat yang
diberikan

v Kemahiran menguasai bahasa Inggeris

vi Ketelitian dalam tugasan

vii Pengamalan nilai-nilai murni

21

Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019) 3.20 .86
3.78 .41
iv Kemahiran keusahawanan
Min keseluruhan konstruk kemahiran insaniah

ii. Keseluruhan

Secara keseluruhan, nilai purata yang diperolehi bagi konstruk kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah pelajar Kolej Komuniti Jelebu adalah pada
min keseluruhan 3.81 iaitu berada pada tahap tinggi dan dengan sisihan piawai
0.34.

Jadual 4.8 Rumusan Keseluruhan

Konstruk Min S.P
3.72 0.37
Kemahiran 3.91 0.52
Pengetahuan 3.78 0.41
Kemahiran Insaniah 3.81 0.34
Min keseluruhan

22
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis data dinilai dan dirumus
dalam bentuk perbincangan. Menurut Chua (2013), perbincangan lazimnya
merujuk kepada kajian dengan merujuk kepada persoalan kajian dan hipotesis
serta dibanding dengan kajian lepas.

5.2 Pencapaian Objektif

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang
dikehendaki iaitu untuk mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah dalam kalangan para majikan terhadap graduan kolej
komuniti Malaysia. Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Kolej Komuniti Jelebu
berdasarkan persepsi majikan.

Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan
terhadap tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Jelebu adalah tinggi iaitu nilai

23
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

min 3.81. Dapatan ini selari dapatan kajian Makki et al. (2015) yang merumuskan
graduan yang berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh
pekerjaan dan menepati kehendak pekerjaan. Justeru objektif kajian dapat
dicapai.

5.3 Sumbangan dan Impak

Kajian kepuasan majikn ini memberi impak kepada pihak perkepentingan
dalam bidang pengajian Kolej Komuniti. Antara pihak-pihak yang mendapat
manfaat dari dapatan dan rumusan kajian adalah pihak Kolej Komuniti Jelebu,
industri, majikan dan pelajar.

5.3.1 Kementerian

Dapatan kajian ini dapat memberi pihak kementerian satu data yang
konkrit yang menunjukkan index kepuasan majikan terhadap graduan kolej
komuniti. Pencapaian kolej komuniti sebagai salah satu akses pendidikan dan
institusi TVET dalam membekal modal insan separa profesional kepada negara
dapati diukur. Item kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran
generik yang telah dinilai oleh majikan telah dapat membuktikan graduan Kolej
Komuniti yang seimbang dari segi pengetahuan dan rohani. Dapatan kajian ini
juga membolehkan kementerian mengenalpasti bahawa arah tuju kolej komuniti
adalah selari dengan lonjakan pertama dan keempat PPPM (PT) 2015-2025.

5.3.2 Kolej Komuniti Jelebu

Pihak Kolej Komuniti Jelebu dapat mengenalpasti kekuatan dan juga
kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara
keseluruhannya, pihak majikan menilai tinggi graduan Kolej Komuniti Jelebu dari
segi kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik, tetapi pihak
kolej komuniti masih dapat mengesan ruang yang dapat dipertingkatkan lagi.
Seterusnya, mempunyai peluang untuk meningkatkan mutu pendidikan dari segi
teknikal dan kemahiran generik untuk memastikan graduan Kolej Komuniti Jelebu

24
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

menepati semua kehendak yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang dinamik.
Justerus menjamin graduan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

5.3.3 Industri dan Majikan

Dapatan kajian menunjukkan seramai 100% pihak majikan sanggup
menerima graduan Kolej Komuniti Jelebu sebagai pekerja jika terdapat
kekosongan. Dengan itu, majikan juga bermanfaat dengan langkah
penambahbaikan yang akan diambil oleh pihak Kolej Komuniti Jelebu untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik
graduan yang bakal menjadi pekerja mereka yang lebih terlatih. Pasaran
pekerja separa profesional dapat diisi dengan graduan yang menepati keperluan
dan kehendak industri tanpa perlu diberi latihan semula yang melibatkan kos
tambahan. Sumber tenaga terlatih ini akan dapat membantu pihak industri dan
majikan untuk bergerak dengan lebih maju selaras dengan PPTM (PT).

5.3.4 Pelajar

Pelajar dapat mengetahui keperluan dan harapan majikan terhadap
mereka. Dengan itu, pelajar dapat melengkapkan diri sendiri dengan
menambahbaik kelemahan yang didapati dalam dapatan kajian seperti
kemahiran bahasa inggeris, kemahiran analitikal, bekerja secara kumpulan,
kemahiran pengurusan, ketelitian dalam tugasan kerja melalui usaha sendiri dan
bantuan pihak kolej komuniti melalui pelbagai program. Pada masa yang sama
perkara ini juga dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar pada masa depan.

5.4 Kajian Masa Depan

Bagi menyempurnakan kajian kepuasan majikan ini, Kolej Komuniti Jelebu
bercadang untuk menambahkan bilangan responden dengan cara meminta
bantuan graduan Kolej Komuniti Jelebu untuk mengedar borang kepada majikan
serta memulangkannya semasa konvokesyen.

25
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Langkah-langkah lain seperti pengedaran borang kaji selidik kepada pihak
majikan yang mengambil graduan Kolej Komuniti Jelebu sebagai pekerja semasa
lawatan latihan industri oleh pensyarah pemantauan latihan industri.

Teknologi baru seperti kajian atas talian, applikasi telefon seperti
“whatsapp”, “telegram” dan “wechat” dapat digunakan untuk meluaskan liputan
kajian dan seterusnya membantu meningkatkan bilangan responden dan
kebolehpercayaan kajian.

26
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rujukan

Abbas Tashakkori & Charles Teddlie. (2010). Mixed Methods in Social &
Behavioral Research. (Vicki Knight, Ed.) (2nd ed.). United States of America:
Sage Publications.

Abowitz, D. A., & Toole, T. M. (2010). Mixed Method Research: Fundamental
Issues of Design, Validity, and Reliability in Construction Research. Journal
of Construction Engineering and Management.
doi:10.1061/(ASCE)CO.1943-7862.0000026

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan
Islam:Perspektif Islam. (Ahmad Munawar Ismail, Ed.) (1st ed.). Bangi:
Penerbit UKM.

Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan (Cetakan Pe.).
Dawama Sdn.Bhd, Kompleks Dawama.

Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2016. A Case Study on the Impact of
Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special
Reference to South Eastern University of Sri Langka. Proceedings of the
3rd International HR Conference, 3(1).

Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of
good practice in employability and Enterprise Development by Centres for
Excellence in Teaching and Learning. York: Higher Education Academy.

Chua, Y. . (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan 1: Buku 1. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. (Y. P. Chua, Ed.) (3rd Editio).
McGraw-Hill.

Cremin Colin (2010) “Never employable enough: The (im) possibility of satisfying
the boss’s desire,” Organization, 17(2): pp. 131-149.

Creswell, J. W. (2014). Research Design:Qualitatitive, Quantitative and Mixed
Methods Approaches. (Thousand Oaks, Ed.) (3rd ed.). Sage Publications.

Creswell, J., & Clark, P. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods
Research (2nd editio). SAGE Publications, Inc.

Cohen, M. (2011). Research Methods in Education. Routledge; 7 edition (April
28, 2011 ).

Douglas A. Lind, William G. Marchal, S. A. W. (2015). Statistical Technique in
Business & Economics. (Douglas Reiner, Ed.) (16th ed.). New York:
McGraw-Hill Education.

27
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft
skills in engineering programme at polytechnic Malaysia. Procedia Social
and Behavioral Sciences, 140, 115-120.

Gay et al. (2006). Perceptions of information and communication technology
among undergraduate management students in Barbados. , 2, 6-17.
International Journal of Education and Development Using Information and
Communication Technology (IJEDICT), 2, 6–17.

Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York:
Higher Education Academy.

Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability

and graduate attributes: Universities and enhancing learning for beyond

university. Enhancement themes. Available at

http://www.enhancementthemes.ac.uk/

documents/G21C/Employability_230210.pdf

Halimahton, M. S. (2011). Kepimpinan Instruksional Menjana Generasi Kreatif
dan Inovatif (pp. 1–25).

Hanapi, Z, & Kamis., A. (2017). Analisis perbandingan di antara industri,

pensyarah dan graduan terhadap kepentingan kemahiran teknikal dan

kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik
di kolej komuniti. Humanika, 9(1-5), 67–75.

Hair, F. ., Black, W. ., Babin, B. ., & Anderson, R. . (2010). Multivariate data
analysis. Upper Saddle River, Boston: Pearson.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Perspektif Wawasan 2020. Retrieved from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-
perspektif-wawasan-2020.html

John W. Creswell. (2012). Educational Research, Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.

Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. 2014. Work readiness: a study of student
intern’s self-perception and supervisor evaluation. International Conference
on Teaching & Learning in Higher Education, National University of
Singapore.

Leo, M. 2016. Edu Advisor: What You Didn’t Know About Fresh Graduate
Unemployment in Malaysia. Available at https://eduadvisor.my/articles/what-
didnt-know-fresh-graduate-unemployment-malaysia-infographic/, accessed
19 March 2017.

28
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Little, Brenda M. (2011) “Employability for the workers: What does this mean?,”
Education and Training, 53(1): pp. 57-66.

Lowden, Kevin, Hall, Stuart, Elliot, Dely, and Lewin, Jon (2011). Employers’
Perceptions of the Employability Skills of New Graduates. London: The
Edge Foundation.

Machart, R. 2017. The implementation of industrial training in tertiary education
in Malaysia: Objectives, realisations and outputs in the case of foreign
language students. International Review of Education, 63 (1), 103–122.

Ofsted (2010) Good practice in involving employers in work-related education
and training.

Pegg, Ann, Waldcock, Jeff, Hendy-Isaac, Sonia and Lawton, Ruth (2012).
Pedagogy for Employability. York: Higher Education Academy

Ramlee Mustapha. (2013a). Transforming Education toward K-Economy in
Malaysia. International Journal for Educational Studies, 6(1). Retrieved from
http://educare-ijes.com/transforming-education-toward-k-economy-in-
malaysia/?s=Transforming+Education+toward+K-Economy+in+Malaysia

Ramlee Mustapha. (2013b). Transforming Education toward K-Economy in
Malaysia. International Journal of Education Studies.

Rosenberg, Stuart, Heimler, Ronald, and Morote, Elsa-Sofia (2012) “Basic
employability skills: a triangular design approach,” Education and Training,
54(1): pp. 7-20.

Sekaran, U. (2013). Research Methods for Business (4th ed.). Hoboken, New
Jersey: John Wiley & Sons.

Sherri L. Jackson. (2014). Research Methods: A Modular Approach (3rd ed.).

Shury,J, Winterbotham, M. Davies, B and Oldfield K with Spilsbury, M. and
Constable, S. (2010). National Employer Skills Survey for England 2009:
Main report: Evidence Report 23. IFF Research and UK Commission for
Employment and Skills

Suleman., F. 2016. Kebolehkerjaan skills of higher education graduates: little
consensus on a much-discussed subject. Procedia Social and Behavioral
Sciences, 228 (20), 169-174.

Tickle, Louise (2013). “Employability initiative winner: Edinburgh College of Art,”
The Guardian, 28 February.

Vathsala Wickramasinghe, Lasantha Perera, (2010) "Graduates', university
lecturers' and employers' perceptions towards employability skills",
Education + Training, Vol. 52 Issue: 3, pp.226-244,
https://doi.org/10.1108/00400911011037355

29
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Wesley, S. C., Jackson, V. P. & Lee, M. 2017. The perceived importance of core
soft skills between retailing and tourism management students, faculty and
businesses. Employee Relations, 39(1), 79-99.

Zainudin Awang. (2012). Research Methodology and Data Analysis. (S. Dee Sega
Enterprise, Subang Jaya, Ed.). Shah Alam: Penerbit Uitm Press.

Zeyrek, E. Y., & Lester, D. (2008). Cronbach alpha reliability and concurrent
validity of the Collett-Lester Fear of Death Scale in a Turkish sample.
Psychological Reports, 102, 706–708. doi:10.2466/PR0.102.3.706-708

30
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

KEBERKESANAN PROGRAM KNOWLEDGE TRANSFER @
INDUSTRY : INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM
SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI

JELEBU

Aini Nurrasyidah Bt Md Zokhi
Kolej Komuniti Jelebu
[email protected]

Abstrak
Program lawatan akademik merupakan satu alat pengukuran yang boleh
digunapakai dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti keberkesanan program yang dijalankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam meningkatkan pemahaman pelajar bagi subjek Teknologi
Sistem Binaan Berindustri di Kolej Komuniti Jelebu. Antara objektif khusus bagi
kajian ini adalah (i) mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang
dijalankan, dan (ii) mengenalpasi perbezaan kompetensi pelajar dalam aspek
pengetahuan sebelum dan selepas program dijalankan. Metodologi kajian ini
dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif di mana satu set soal selidik diedarkan
kepada pelajar yang menyertai program tersebut. Hasilnya diukur menggunakan
SPSS dimana ianya menggunakan pendekatan skor min dan juga Paired Samples
T-Test. Hasil dapatan menunjukkan purata skor min bagi mengenalpasti tahap
kepuasan pelajar terhadap program yang dijalankan berada pada tahap yang
tinggi iaitu 4.49. Manakala hasil daripada Paired Samples T-Test yang dijalankan
ke atas objektif yang kedua, menunjukkan bahawa bahawa nilai p = 0.000, iaitu
p<0.05 maka wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi
pengetahuan berdasarkan persepsi pelajar bagi sebelum dan selepas program
dijalankan. Daripada nilai min, dapat dilihat, bahawa skor min bagi selepas
program adalah lebih tinggi berbanding sebelum program dijalankan. Program
lawatan akademik adalah relevan untuk diamalkan dalam sesi PdP di mana ianya
akan meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang nyata kepada
para pelajar.

Katakunci: Keberkesanan, Program, Pembelajaran dan Pengajaran

31
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah seringkali dikaitkan dengan
kecemerlangan pelajar. Kaedah penyampaian secara langsung ataupun tidak
memainkan peranan dalam memastikan pelajar menerima input yang betul ketika
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Seiring dengan
pembelajaran abad ke 21 (PAK21) yang bermaksud kaedah pembelajaran yang
berpusatkan pelajar, Program Knowledge Transfer @ Industry : Industrialised
Building System dalam proses PdP merupakan salah satu program yang
mempunyai lima teras utama 4K1N di dalam program yang dijalankan dimana
ianya merangkumi komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti, kolaboratif, nilai murni
dan etika.

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan
program lawatan akademik merupakan antara inisiatif utama yang perlu diambil
berat dan perhatian dalam usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang
bersifat dinamik, menarik serta berupaya memotivasikan pelajar untuk mengikuti
sesi PdP yang holistik yang disampaikan oleh pensyarah. Kursus Teknologi Sistem
Binaan Berindustri (STP2062) merupakan subjek yang wajib di ambil oleh pelajar
semester 2 Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan bagi Kolej Komuniti Jelebu.
Kepelbagaian teknik dan kaedah mod penyampaian dalam proses PdP digunakan
oleh pensyarah dalam memastikan penerimaan seratus peratus input oleh pelajar.
Oleh yang demikian, pensyarah menggunakan pendekatan program lawatan
akademik seperti ini untuk memastikan proses PdP mencapai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan di dalam silibus.

2.0 Pernyataan Masalah

Sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang sangat ketara pada masa
kini. Pelbagai kaedah dan teknik yang baharu banyak diperkenalkan pada masa
kini serta proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah menjadi lebih berkesan
dan mencabar agar pembelajaran dan pemahaman pelajar menjadi lebih
cemerlang dan holistik (Mohd Zainuddin, 2018).

32
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kursus Teknologi Sistem Binaan Berindustri (STP 2062) merupakan subjek teori
di mana seratus peratus pelajar berada di dalam kelas semasa sesi PdP. Untuk
menarik minat pelajar bergiat aktif di dalam sesi PdP di dalam kelas, ini merupakan
salah satu cabaran dan kekangan bagi pensyarah kerana pelajar menjadi bosan,
kurang bersemangat dan tidak bermotivasi ketika di dalam kelas kerana pelajar
tidak mendapat gambaran dan membayangkan situasi yang jelas tentang sistem
binaan berindustri di tapak bina hasil daripada temubual yang dijalankan. Selain
itu, ketika sesi PdP berlangsung, penilaian kompetensi pelajar dijalankan
terutamanya bagi aspek pengetahuan pelajar tehadap sistem binaan berindustri.
Hasil penilaian yang dijalankan seperti kuiz dan tugasan, markah pelajar berada
tahap yang sederhana.

Program Knowledge Transfer @ Industry : Industrialised Building System
merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pensyarah dalam
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang mana ianya memberi
peluang kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara dalam persekitaran
sebenar dan bukan di dalam kelas. Program seperti ini akan mengembangkan
pembelajaran dan pengalaman pelajar melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti
berbentuk amali, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap
realiti sebenar dunia pembinaan sekaligus memberi gambaran yang tepat
berkenaan pembinaan sistem binaan berindustri di tapak bina.

Justeru itu, kajian ini mendapati, kaedah penyampaian berintegrasikan dengan
program lawatan akademik seperti ini perlu dititikberat dalam mencapai tahap
kepuasan pelajar samada ianya mencapai hasil pembelajaran yang optimum
ataupun tidak. Oleh yang demikian, kajian ini perlu dibuat untuk mengenalpasti
keberkesanan program yang telah dijalankan.

33
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

3.0 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Program
Knowledge Transfer @ Industry : Industrialised Building System dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pemahaman pelajar bagi
subjek Teknologi Sistem Binaan Berindustri di Kolej Komuniti Jelebu. Antara
objektif khusus bagi kajian ini adalah:

3.1 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang
dijalankan

3.2 Mengenalpasi perbezaan tahap kompetensi pengetahuan pelajar
sebelum dan selepas program dijalankan berdasarkan persepsi pelajar

Hipotesis nol (Ho): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kompetensi pengetahuan berdasarkan persepsi pelajar bagi sebelum dan selepas
program dijalankan.
Hipotesis alternatif (Ha): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kompetensi pengetahuan berdasarkan persepsi pelajar bagi sebelum dan selepas
program dijalankan.

4.0 Persoalan Kajian
4.1 Apakah tahap kepuasan pelajar setelah menyertai program yang
dijalankan?
4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kompetensi pengetahuan pelajar
dalam bidang teknologi sistem binaan berindustri sebelum dan selepas
program dijalankan berdasarkan persepsi pelajar?

34
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.0 Kepentingan Kajian

Informasi dan data yang diperolehi melalui kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak
yang berkewajipan antaranya pihak Kolej Komuniti, pensyarah, pelajar, dan
institusi pengajian yang menawarkan kursus yang sama di institusi masing-
masing. Kajian ini juga merupakan salah satu platform pemudahcara kepada
pensyarah dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dalam kursus Teknologi
Sistem Binaan Berindustri. Pelajar juga boleh menerima ilmu secara terus melalui
pihak industri. Justeru, program seperti ini amatlah disarankan bagi meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap kursus tersebut.

6.0 Kajian Literatur

Malaysia memerlukan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik
malah dari pelbagai sudut yakni holistik bagi menerajui negara pada masa kini
seiring dengan perkembangan teknologi. Menurut Nur Safurah et.al, (2006) setiap
pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri termasuk golongan pelajar
cemerlang dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Gale (2010),
menyatakan bahawa pembelajaran terbaik adalah apabila pelajar bergiat aktif
secara mental dan fizikal dalam proses PdP. Justeru itu, pensyarah perlu
memainkan peranan yang penting dalam memastikan tahap kecemerlangan
pelajar mencapai tahap yang paling optimum (Rohani et.al, 2010). Menurut Anila
Fatima, et.al (2011), perjalanan bidang pendidikan adalah satu kaedah
pembelajaran yang progresif di mana pelajar meneruskan pengalaman
pembelajaran yang diperlukan di bawah kepimpinan dan bimbingan pensyarah.
Mereka sangat membantu untuk membangunkan keperibadian lengkap pelajar
seperti pembangunan fizikal, mental, sosial dan emosi mereka.

Pembelajaran abad ke 21 (PAK21) yang bermaksud kaedah pembelajaran yang
berpusatkan pelajar, mempunyai empat teras utama iaitu 4K dimana ianya
merangkumi komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti dan kolaboratif. Menurut Ainun
Rahmah, Zamri Mahamod dan Wan Muna Ruzanna (2017) penerapan kemahiran
abad ke-21 akan dapat membantu pelajar dalam mengharungi kehidupan yang
penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam bidang
pendidikan, malah dalam bidang kerjaya. Seiring dengan PAK21, kaedah

35
Kolej Komuniti Jelebu


Click to View FlipBook Version