The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRIS 2017, 2019-12-19 03:10:16

BUKU PROSIDING 2019

BUKU PROSIDING 2019

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kemahiran dan kognitif pelajar-pelajar bagi memudahkan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian
pengajaran merupakan komponen penting untuk memotivasikan minat pelajar-
pelajar terhadap pembelajaran selain daripada menggalakkan pelajar untuk terus
belajar.

Inovasi pengajaran bermaksud pendekatan yang digunakan oleh
pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan pemahaman
pelajar. Oleh itu projek inovasi “4U Plexiglass Rack Server” telah dibina untuk
membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek SSK 2053 Teknologi Rangkaian bagi Topik 4 iaitu Pemasangan
Perkakasan Rangkaian yang seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik
pelajar.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Antara masalah yang wujud sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran
adalah seperti berikut :

 Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai bidang sebelum melanjutkan
pelajaran di Kolej Komuniti Jelebu maka tidak dapat membuat gambaran
hubungkait apa yang dipelajari secara teori dan amali.

 Pelajar tidak mahir didalam membuat perlabelan pada kabel pendawaian
bagi memudahkan semasa membuat penyelenggaraan.

 Pelajar kurang jelas bagaimana sesuatu pendawaian untuk pemasangan
perkakasan dan penarikan kabel di rak server dilakukan dengan kemas
dan teratur.

 Kolej Komuniti tidak mempunyai bilik khas dan perkakasan/peralatan yang
cukup disebabkan oleh kekangan kewangan untuk melaksanakan amali
pendawaian rangkaian.

 Kos untuk membangunkan satu bilik khas pendawaian rangkaian adalah
sangat tinggi.

86
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

 Rak server yang sebenar diperbuat daripada besi dan berat. Rak ini sukar
untuk dialihkan kedudukannya jika latihan amali dilaksanakan pada
makmal yang berlainan.

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kerangka Kelayakan Malaysia menghuraikan bahawa pelajar yang menjalani
pengajian tahap sijil adalah merupakan kemahiran aras 1 hingga 3 yang
dianugerahkan kepada individu yang telah menunjukkan kebolehan yang telah
diperolehi atau diamalkan dengan kompeten untuk melaksanakan sesuatu tugas
(KKM, 2011). Kolej Komuniti Malaysia adalah institusi pengajian tinggi yang
menawarkan sijil kemahiran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2000) kemahiran ditakrifkan sebagai
kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Pengajaran kemahiran
memerlukan penerapan semua aspek-aspek psikomotor (Harold, 2001).
Terdapat tujuh kelas di dalam domain psikomotor persepsi, set, respons
berpandu, mekanisme, respon ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen
(Simpson, 1972; Dave, 1970; Harrow,1972). Penerapan psikomotor dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang positif kepada
pelajar untuk sentiasa aktif di dalam bilik kuliah. Kemahiran membuat sesuatu
secara amali adalah antara cabang proses dalam tujuh domain psikomotor dan ia
dapat dikenalpasti apabila seseorang pelajar berusaha meningkatkan kualiti
pergerakan dalam amali kemahiran dengan melakukan pergerakan tersebut
berulang kali (Selamat, 2000). Kemahiran juga merupakan satu gagasan ilmu
yang berkaitan dengan perlakuan seseorang dimana ianya ditunjukkan melalui
kaedah demonstrasi dan dipelajari melalui pengalaman secara praktikal.

Keupayaan pelajar dalam pembelajaran adalah bergantung kepada
pelbagai teknik pengajaran pensyarah serta komunikasi yang baik di antara
pensyarah dan pelajar mengikut kepada latar belakang pelajar (Robiah Sidin,
2000). Gaya pembelajaran bagi setiap pelajar di dalam bilik kuliah adalah
berbeza bergantung kepada latar belakang mereka. Pembelajaran yang

87
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

melibatkan pelajar dewasa memerlukan pensyarah untuk melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses pembelajaran dan pensyarah akan bertindak sebagai
fasilitator ketika proses pembelajaran dan pengajaran (Malcolm Knowles, 1980).
Pensyarah perlu mengaitkan teori dan konsep dengan pengalaman yang relevan
dalam topik yang dipelajari.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pembelajaran
abad ke-21 yang didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan
pelajar berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika. Pencapaian akademik akan merosot jika gaya
pembelajaran yang tidak sesuai digunakan oleh pensyarah dan pelajar di dalam
bilik kuliah. Oleh itu, elemen komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar,
pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan bantu mengajar (BBM) dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan
pelajar lain. Ini adalah salah satu usaha KPM untuk memastikan pelajar memiliki
kemahiran untuk kehidupan masa hadapan yang membolehkan mereka
berkomunikasi, berkolaboratif, menyelesai masalah berdasar realiti semasa
kehidupan.

Selaras dengan keperluan PAK-21, penggunaan BBM adalah salah satu
tarikan yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dilaksanakan. Selain daripada itu, BBM
adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mendalami topik yang
dipelajari di dalam bilik kuliah. Malah BBM yang dihasilkan boleh digunakan
sendiri oleh pelajar atau masyarakat untuk mempelajari sesuatu terutama sekali
pembelajaran bahasa kedua (CH Norhayati, 2011). Proses P&P akan dianggap
berkesan jika BBM disediakan terlebih dahulu sebelum proses P&P dilaksanakan
disamping pensyarah mempelbagaikan kaedah pengajaran (Marzuki, 2005).
Penggunaan BBM terutama yang menggunakan pelbagai pancaindera seperti
bahan-bahan yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik dan juga
bahan-bahan yang dapat didengar dan dirasa membolehkan pelajar mengaitkan
konsep-konsep baru yang dipelajari dengan pengalaman-pengalaman baru.
Dapatan kajian Amirudin. M.H (2009) menunjukkan bahawa BBM melibatkan ICT

88
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

yang terkini masih lagi tidak mencukupi untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
Pengkaji berpendapat penggunaan BBM yang dihasilkan oleh pensyarah bagi
topik yang berkaitan adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan
kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti
dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun. Kesimpulannya, BBM
memainkan peranan penting dalam membantu keberkesanan pengajaran
pensyarah dan pembelajaran pelajar. Selain daripada ia dapat menjimatkan
masa dan tenaga pensyarah dan pelajar, penggunaan BBM juga adalah
merupakan cara yang terbaik untuk membantu menyelesaikan penyampaian
konsep yang abstrak secara lebih baik.

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif adalah seperti berikut :
 Pelajar mendapat gambaran untuk menghubungkaitkan apa yang
dipelajari secara teori dengan pelaksanaan amali yang dijalankan.
 Pelajar akan lebih mahir dalam membuat perlabelan pada kabel
pendawaian dan sejurusnya memudahkan pelajar dalam membuat
penyelenggaran jika ada kerosakkan atau kabel tidak berfungsi.
 Pelajar akan lebih memahami bagaimana pemasangan perkakasan dan
penarikan kabel rangkaian dilaksanakan semasa amali dijalankan dengan
menggunakan 4U Plexiglass Rack Server.

89
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.0 CIRI-CIRI INOVASI
Ciri – ciri adalah seperti berikut :

 Rekabentuk 4U Plexiglass Rack Server yang dibangunkan dengan
menggunakan kepingan akrilik bagi memberi kefahaman kepada pelajar
bagaimana untuk merekabentuk dan melaksanakan struktur pendawaian
pada rak server yang sebenar mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

 Bahan akrilik yang digunakan mempunyai ciri-ciri bahan yang lutsinar dan
menarik untuk dipamerkan.

 Pelajar akan dapat melihat sendiri kekemasan pada penarikan kabel yang
telah dilakukan.

 Pelajar juga dapat melakukan perlabelan pada kabel bagi memudahkan
penyelenggaraan dibuat jika terdapat masalah pada penyambungan
pendawaian rangkaian.

 Penjimatan kos untuk membangunkan 4U Plexiglass Rack Server.
 4U Plexiglass Rack Server sangat fleksible dan boleh dibawa ke mana

sahaja.
 Lebih ringan jika ingin dibandingkan dengan berat rak server sebenar

yang berada di pasaran

90
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

6.0 CARA OPERASI
Mula

Kenalpasti peralatan dan Pelajar mengenalpasti
perkakasan yang digunakan peralatan dan perkakasan
yang digunakan
Tidak
Pelajar akan membuat
Membuat perlabelan penarikan kabel, perlabelan
dan penarikan kabel kabel, pengujian, kekemasan
mengikut piawaian kabel dan seterusnya
memastikan mengikut
yang ditetapkan piawaian yang ditetapkan.

Ya Setelah penarikan kabel
pelajar akan memastikan
Perlabelan dan Penarikan kabel kabel-kabel tersebut dalam
mengikut piawaian dan kekemasan keadaan kemas kemas dan
boleh digunakan

Tamat

91
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan terhadap
pembelajaran topik 4 pendawaian rangkaian kepada pelajar Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian di Kolej Komuniti Jelebu. Kajian ini dilaksanakan
dengan membuat perbandingan dua kaedah pengajaran iaitu sebelum
penggunaan produk inovasi dan selepas penggunaan produk inovasi sebagai
bahan bantu mengajar.

Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan pendekatan kaedah
kuantitatif iaitu mengumpul data melalui instrumen ujian pra dan pasca.
Instrumen ujian pra dan pasca yang dibina adalah berdasarkan sukatan pelajar
bagi topik pendawaian rangkaian. Soalan-soalan yang dibuat adalah dalam
bentuk objektif. Rekabentuk ujian pra dan pasca menggunakan soalan yang
sama dengan pengukuran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas
penggunaan produk inovasi.

7.1 PENSAMPELAN DAN RESPONDEN

Keseluruhannya terdapat 32 orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan
responden. Sebanyak 32 set soalan pra dan pasca telah diedarkan kepada
pelajar-pelajar. Responden terdiri daripada pelajar semester 2 bagi Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian. Pelajar-pelajar ini terlibat secara langsung di dalam
bidang kajian.

Data ditafsirkan dalam bentuk peratus dan kekerapan bagi setiap soalan
untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar berkaitan dengan topik pendawaian
rangkaian yang dipelajari. Data-data yang diperolehi dianalisa dengan
mengunakan SPSS. Kesannya dikenal pasti melalui perbezaan keputusan ujian
pra dan pasca bagi kumpulan pelajar tersebut.

92
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

8.0 ANALISA PRODUK INOVASI

Hasil analisa produk inovasi ini telah dibuat menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for Social Science). Tujuan utama SPSS digunakan adalah
untuk meringkaskan dan mempersembahkan data dengan menggunakan
nombor. Berikut adalah hasil dapatan yang diperolehi setelah data dianalisis.

Soalan Jawapan SSK 2A
I dan IV Pre Post
Rak server adalah Count % Count %
rak yang diperbuat
dari bahan besi dan 2 11.1% 17 94.4%
direka khas sebagai
penempatan bagi SSK 2B

5 35.7% 7 50.0%

Jadual 6.1 : Soalan 1

Hasil analisa bagi jadual 6.1 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang fungsi sebuah rak server. Data menunjukkan sebelum penggunaan
produk inovasi tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK 2A dan SSK 2B adalah
rendah iaitu antara 11.1% hingga 35.7%. Manakala selepas penggunaan produk
inovasi tahap kefahaman pelajar meningkat kepada lebih daripada 50.0% hingga
94.4%.

Soalan Jawapan SSK 2A
Pre Post
Berikut adalah jenis- Plywood Rack Count % Count %
jenis rak server
KECUALI 7 38.9% 10 55.6%

SSK 2B

5 35.7% 10 71.4%

Jadual 6.2 : Soalan 2

93
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Hasil analisa bagi jadual 6.2 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang jenis-jenis rak server yang terdapat di pasaran. Data menunjukkan
sebelum penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK
2A dan SSK 2B adalah rendah iaitu antara 35.7% hingga 38.9%. Manakala
selepas penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar meningkat kepada
lebih daripada 55.6% hingga 71.4%.

Soalan Jawapan SSK 2A
Pre Post
Berikut adalah ciri – Diperbuat daripada Count % Count %
ciri rak server yang plastik 3 16.7% 10 55.6%
terdapat di pasaran
KECUALI SSK 2B
7 50.0% 10 71.4%

Jadual 6.3 : Soalan 3

Hasil analisa bagi jadual 6.3 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang ciri-ciri rak server yang terdapat di pasaran. Data menunjukkan sebelum
penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK 2A dan
SSK 2B adalah rendah iaitu antara 16.7% hingga 50.0%. Manakala selepas
penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar meningkat kepada lebih
daripada 55.6% hingga 71.4%.

Soalan Jawapan SSK 2A
Pre Post
Ketinggian pelayan U Count % Count %
atau perkakasan 6 33.3% 18 100.0%
rangkaian diukur
dalam unit standard SSK 2B
yang dipanggil
6 42.8% 14 100.0%

Jadual 6.4 : Soalan 4

94

Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Hasil analisa bagi jadual 6.4 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang unit standard rak server yang digunakan di pasaran. Data menunjukkan
sebelum penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK
2A dan SSK 2B adalah rendah iaitu antara 33.3% hingga 42.8%. Manakala
selepas penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar meningkat
sehingga 100% bagi kedua-dua kelas yang terlibat.

SSK 2A

Soalan Jawapan Pre Post

Count % Count %

Jika rak server 14 unit 6 33.3% 16 88.9%
SSK 2B
mempunyai saiz 42U,

berapakah unit

server bersaiz 3U 3 21.4% 3 21.4%
boleh dimasukkan

pada rak tersebut?

Jadual 6.5 : Soalan 5

Hasil analisa bagi jadual 6.5 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang bagaimana untuk mengira jumlah perkakasan yang boleh ditempatkan
pada rak server mengikut saiz rak server yang digunakan. Data menunjukkan
tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK 2A meningkat daripada 33.3% sehingga
88.9% sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi. Manakala tahap
kefahaman pelajar kelas SSK 2B tidak menunjukkan sebarang perubahan
sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi.

Soalan Jawapan SSK 2A
Pre Post
Count % Count %

Lebar bagi sebuah 19 inch 0 0.0% 16 88.9%
rak server adalah

SSK 2B

4 28.6% 2 14.3%
Jadual 6.6 : Soalan 6
Kolej Komuniti Jelebu
95

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Hasil analisa bagi jadual 6.6 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar

tentang saiz standard lebar bagi sesebuah rak server. Data menunjukkan tahap

kefahaman pelajar bagi kelas SSK 2A meningkat daripada 0.0% sehingga 88.9%

sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi. Manakala tahap kefahaman

pelajar kelas SSK 2B menunjukkan penurunan peratusan daripada 28.6%

kepada 14.3% sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi.

SSK 2A

Soalan Jawapan Pre Post

Count % Count %

Label pada kabel 30 cm 5 27.8% 4 22.2%
perlu diletakkan SSK 2B
dalam lingkungan

_____________ dari 2 14.3% 8 57.1%
akhir kabel.

Jadual 6.7 : Soalan 7

Hasil analisa bagi jadual 6.7 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang bagaimana untuk meletakan label pada kabel mengikut kepada piawaian
EIA/TIA 606B. Data menunjukkan tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK 2B
meningkat daripada 14.3% kepada 57.1% sebelum dan selepas penggunaan
produk inovasi. Manakala tahap kefahaman pelajar kelas SSK 2A menunjukkan
penurunan peratusan daripada 27.8% kepada 22.2% sebelum dan selepas
penggunaan produk inovasi.

SSK 2A

Soalan Jawapan Pre Post

Count % Count %

Berikut adalah ciri-ciri Mesti menggunakan 6 33.3% 11 61.1%

bagi pelabelan tulisan tangan

mengikut kepada SSK 2B

EIA/TIA 606 4 28.6% 7 50.0%
KECUALI

Jadual 6.8 : Soalan 8

96
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Hasil analisa bagi jadual 6.8 adalah berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar
tentang unit standard rak server yang digunakan di pasaran. Data menunjukkan
sebelum penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar bagi kelas SSK
2A dan SSK 2B adalah rendah iaitu antara 28.6% hingga 33.3%. Manakala
selepas penggunaan produk inovasi tahap kefahaman pelajar meningkat lebih
daripada 50.0% sehingga 61.1% bagi kedua-dua kelas yang terlibat.
9.0 GAMBARAJAH INOVASI

97
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

10.0 IMPAK INOVASI

Kos pembelian sesebuah rak server adalah mahal dan penggunaan akrilik
sebagai bahan utama dapat menjimatkan kos. Bahan akrilik yang digunakan
dapat memberi pelajar gambaran jelas contoh pemasangan yang kemas. Pelajar
juga dapat mempelajari bagaimana penyelenggaraan perkakasan rangkaian
boleh dilakukan pada rak server jika terdapat sebarang masalah. Selain itu
pelajar boleh mengaplikasikan penyambungan kabel yang betul pada rak server
apabila berada di alam pekerjaan sebenar.

Impak produk inovasi ini adalah pelajar akan lebih memahami bagaimana
pemasangan perkakasan dan penarikan kabel rangkaian dilaksanakan semasa
amali dijalankan dengan menggunakan 4U Plexiglass Rack Server. Impak
kepada pensyarah modul pula adalah menunjukkan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan mencapai CLO dan PLO yang telah ditetapkan
oleh jabatan. Impak pada organisasi iaitu Kolej Komuniti Jelebu pula adalah
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompeten dalam kursus yang
diambil.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

 Penambahbaikan pada casing rak iaitu membuat ruang udara.

 Penambahbaikan dengan memasang kipas untuk menyejukkan ruang
dalam rak server tersebut.

12.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada hasil inovasi ini, ia dapat memudahkan pensyarah dan
pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih mudah dan
efektif. Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan lebih mudah dan
objektif pembelajaran dan pengajaran bagi subjek SSK 2053 topik 4 tercapai.
Pelajar lebih mudah untuk memahami tentang fungsi, ciri dan piawaian bagi rak
server yang digunakan dalan pendawaian rangkaian dengan lebih baik.

98
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

RUJUKAN

Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the
Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House.

Dave, R. H. (1975). Developing and Writing Behavioural Objectives. (R J
Armstrong, ed.) Educational Innovators Press.

Harrow, A. (1972). A taxonomy of psychomotor domain – a guide for developing
behavioural objectives. New York: David McKay.

Knowles, M. (1980). The Modern Practice of Adult Education. New York:
Cambridge Brown.

George (1982). Explanations and Explaining: A Teaching Skills Workbooks.
Hampshire: Macmillan Education.

Zol Azlan Bin Hamidin. (2000). Strategi Pengajaran. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia Sdn.Bhd.

Robiah Sidin (2000), Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Tempatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Harold Wenglinsky, (2001) Teacher Classroom Practices and Student
Performance: How Schools Can Make a Difference, Educational Testing
Service Princeton.

Embi, MA.(2001), Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan
Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana

CH Norhayati. (2011), Keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab,
Tesis Pengajian Ijazah Sarjana Universiti Malaya

Faizah Binti Ja’apar, (2017) Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Daerah Pontian, Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional,
University Tunn Hussein Onn Malaysia

Kerangka Kelayakan Malaysia, Titik Rujukan Dan Persefahaman Bersama
Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi Di Malaysia.

Pembelajaran Abad ke-21 (2011), Kementerian Pelajaran Malaysia

99
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

PERSEPSI GRADUAN PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
PEMBINAAN BANGUNAN (STP) TERHADAP KEBERKESANAN

PERKHIDMATAN PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI

Haniza Binti Sidi
Kolej Komuniti Jelebu
[email protected]

Abstrak

Kualiti perkhidmatan merupakan pengukur yang sangat penting dan diambilkira
dalam usaha organisasi untuk memuaskan dan mengekalkan pelanggannya. Oleh
itu, satu kajian keberkesanan perkhidmatan pengajian yang disediakan oleh Kolej
Komuniti bagi program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) dijalankan.
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kesesuaian kandungan
kurikulum kepada pelajar dan mengenal pasti tahap kualiti perkhidmatan tenaga
pelajar berdasarkan persepsi pelajar. Rekabentuk kajian adalah penyelidikan
kuantitatif berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai
instrumen untuk mendapatkan data yang diperlukan. Responden adalah terdiri
daripada graduan STP dari empat buah Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti Jelebu,
Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti Terengganu dan Kolej Komuniti Bandar
Penawar. Data diambil dari Kajian Pengesanan graduan TVET 2018 yang
menggunakan soal selidik secara atas talian pada tahun 2018. Data dianalisis
adalah menggunakan Statistical Packages for The Sosial Sciences (SPSS)
dengan menggunakan pendekatan skala Likert dan skor min. Kajian menunjukkan
bahawa kandungan kurikulum yang disediakan kepada pelajar mendapat skor min
4.27 (Sisihan piawai = 0.94) berada pada aras persetujuan yang tinggi dan ini
menunjukkan kandungan kurikulum adalah bersesuaian dengan kehendak pelajar.
Manakala persepsi pelajar terhadap kualiti perkhidmatan tenaga pengajar
mendapat skor min 4.17 (sisihan piawai = 1.09) juga berada pada aras persetujuan
yang tinggi. Ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap kualiti perkhidmatan
tenaga pengajar adalah tinggi. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan kualiti
perkhidmatan pengajian di Kolej Komuniti yang diberikan kepada pelajar bagi
program Sijil Teknologi Pembinaan (STP) adalah berkesan.

Katakunci: Keberkesanan, Perkhidmatan, Kolej Komuniti

100
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pengenalan

Setelah tamat sesi persekolahan dan menerima slip keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), perkara yang menjadi pertanyaan adalah ke mana hala tuju untuk
menyambung pelajaran. Ramai pelajar akan berasa dilema dan tercari-cari
institusi pengajian tinggi awam atau swasta mana yang hendak dipohon serta
bidang apa yang hendak diambil berdasarkan keputusan yang diperolehi. Sebelum
membuat keputusan untuk memilih aliran bidang, pelajar seharusnya mengenal
pasti dahulu kebolehan dan kemahiran apakah yang ada pada diri sendiri dan
boleh membantu atau memudahkan sepanjang sesi pembelajaran. Kolej Komuniti
merupakan salah satu institusi pengajian awam yang menyediakan pelbagai
bidang latihan kemahiran kepada pelajar yang ingin belajar. Terdapat lebih kurang
100 buah Kolej Komuniti telah diwujudkan di setiap daerah dan negeri-negeri di
Malaysia. Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
kemahiran di peringkat sijil dan diploma.

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang pesat di dalam bidang
industri menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan
berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Kolej Komuniti telah
merancang dan mewujudkan program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)
bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri dalam bidang
tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala teknologi yang berkaitan secara
praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam.
Sepanjang pengajian, pelajar dibekalkan segala pengetahuan dan kemahiran
berkaitan bagi memudahkan persediaan pelajar untuk mencari pekerjaan.

Pelajar yang tamat pengajian, diberikan satu kajian soal selidik bagi
mendapatkan pandangan dan pengalaman sepanjang pengajian. Ini kerana,
selepas membekalkan produk mahupun menyediakan sesuatu perkhidmatan,
kepuasan pelanggan merupakan satu aspek yang penting serta perlu diberi
perhatian. Ini kerana mutu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh
sesebuah organisasi tersebut dapat dinilai dan seterusnya perkhidmatan dapat
ditambah baik berdasarkan pandangan yang diperoleh daripada pelanggan.

101
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

2.0 Pernyataan Masalah

Walau pelbagai usaha gigih telah dijalankan bagi memastikan perkhidmatan yang
diberikan adalah yang terbaik, namun kegagalan kadang-kadang berlaku juga.
Kegagalan ini mungkin berlaku semasa proses memberi perkhidmatan atau
hasilnya. Antara kegagalan yang berlaku ialah semasa memberi perkhidmatan
ataupun respon kepada keperluan dan permintaan pelanggan. Ini adalah kerana
kajian Abdul Rahim Othman, Zulkifli Ariffin & Yahya Don (2017) mengatakan
perkhidmatan yang diberikan oleh Kolej Komuniti adalah sederhana dan secara
tidak langsung memberi kesan kepada keberkesanan program di Kolej Komuniti.
Kegagalan yang berlaku ini perlu ditangani untuk memuaskan dan mengekalkan
pelanggan bagi mengelak perasaan tidak puas hati dan mereka beralih kepada
pesaing. Fokus utama dalam kajian ini ialah perkhidmatan pengajian yang
diberikan oleh Program STP kepada pelanggannya iaitu pelajar dari segi
kandungan kurikulum dan tenaga pengajar.

3.0 Objektif Penyelidikan

Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan
perkhidmatan pengajian yang diberikan oleh Program Sijil Teknologi Pembinaan
Bangunan (STP) di Kolej Komuniti kepada pelajar sepanjang mereka berada di
institusi pengajian. Objektif yang lebih spesifik adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap kesesuaian kandungan kurikulum berdasarkan
persepsi pelajar.

ii. Mengenal pasti tahap kualiti perkhidmatan tenaga pengajar
berdasarkan persepsi pelajar.

4.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan perkhidmatan pengajian yang
diberikan oleh Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti
kepada pelajar sepanjang mereka berada di institusi pengajian. Maklum balas

102
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

yang diperolehi oleh penyelidik akan dijadikan sebagai panduan untuk
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan. Seterusnya, maklum balas
ini juga akan dikongsi kepada rakan sekerja dan diperpanjangkan kepada semua
Kolej Komuniti yang terlibat khasnya dan Kolej Komuniti amnya agar sama-sama
dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.

5.0 Kajian Literatur

Sebuah organisasi yang beroperasi, memerlukan beberapa orang pekerja bagi
membantu menguruskan dan melancarkan operasi organisasi tersebut. Pekerja
yang bekerja itu menggerakkan perkhidmatan organisasi tersebut kepada
pelanggan.

5.1 Perkhidmatan

Menurut Fadilah Mat Nor, Safura Ahmad Sabri & Khairuddin Khalid (2014),
perkhidmatan yang terbaik adalah tulang belakang bagi memastikan pelanggan
berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Setelah mengenalpasti
kelebihan dan kelemahan kualiti perkhidmatan maka dapatlah organisasi
memperuntukkan sejumlah sumbernya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan
yang disampaikan. Selain itu, dalam kajian Hussin, Zolkafli, Yeop Yunus & Nek
Kamal (2002) mengatakan kegagalan dalam memberi perkhidmatan boleh
berlaku semasa proses perkhidmatan atau hasilnya. Terdapat tiga jenis kegagalan
iaitu kegagalan dalam pemberian perkhidmatan, tindakbalas pekerja terhadap
keperluan dan permintaan pelanggan dan tindakan pekerja perkhidmatan yang
tidak diminta dan tidak diduga.

Bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Kolej Komuniti kepada
pelanggannya, ada kajian mendapati perkhidmatan yang diberikan adalah
sederhana. Hal ini adalah seperti yang ditegaskan oleh Abdul Rahim Othman et
al. (2017), berkaitan pemantapan kursus-kursus kemahiran di kolej komuniti masih
lagi berada di tahap yang sederhana. Perkara ini secara tidak langsung memberi
kesan kepada keberkesanan program di kolej komuniti seterusnya kepada
pembangunan negara.

103
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.2 Kurikulum

Menurut Mohd. Salleh Lebar (1996), kurikulum berasal daripada perkataan
Latin Curere yang membawa maksud ‘laluan’. Dalam Bahasa Inggeris perkataan
kurikulum bermaksud ‘jelmaan’ atau ‘metamorfosis’. Campuran daripada kedua-
dua perkataan itu menghasilkan ‘kurikulum’ yang membawa maksud laluan dari
satu peringkat ke satu peringkat. Menurut beliau juga, dalam bahasa Melayu pula
perkataan kurikulum bermaksud sebagai bidang pelajaran di sekolah. Dalam
kajian lain Hanifah Mahat, Zainudin Othman, Yazid Saleh, Mohmad Isa Hashim,
Adnan Jusoh & Norazlan Hadi Yaacob.(2016) menyatakan pendapat mereka
bahawa keberkesanan sebuah kurikulum itu apabila sentiasa dinilai dari semasa
ke semasa agar dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memenuhi
kehendak majikan. Selain itu juga, Mohini Mohamed & Fatmahanim Mohammad
(2010) menyatakan bahawa kurikulum bagi sesuatu program yang hendak
dijalankan memerlukan pemerhatian secara menyeluruh. Ini adalah kerana,
kurikulum yang baik dapat memenuhi kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan
kemudahan yang disediakan.

5.3 Tenaga Pengajar

Kurikulum yang disediakan di sebuah organisasi pengajian akan
disampaikan oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada guru atau pun pensyarah.
Kebijaksanaan tenaga pengajar ini menyampaikan kandungan kurikulum dapat
dilihat dari segi sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Hasanah Safein @ Shafie,
Anisah Jawawi & Mohamad Shafie Isa (2017) mengatakan bahawa corak
pembelajaran dan kaedah pendekatan yang dilaksanakan oleh pensyarah adalah
penting bagi meningkatkan sikap dan motivasi pembelajaran pelajar.
Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran mampu menarik minat pelajar untuk
terus mengikuti pembelajaran. Selain itu, Noorafini Kassim, Saini Ag. Damit &
Muhammad Suhaimi Taat (2017) turut mengatakan bahawa sesi pengajaran
merupakan satu proses penyebaran ilmu dan kemahiran kepada murid yang
melibatkan proses yang teliti iaitu melalui aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian. Untuk menjadi tenaga pengajar yang
berkesan, Abdull Sukor Shaari, Nurahimah Mohd Yusoff, Mohd Izam Ghazali,

104
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rafisah Osman (2012) mengatakan bahawa guru itu mampu melaksanakan
pelbagai jenis tugas seperti penyampai pengetahuan, pemudahcara, memberi
motivasi, menjadi mentor dan lain lagi. Ini adalah kerana ada kalangan guru yang
tidak lagi melaksanakan peranan sebagai agen penggalak atau pemotivasi kepada
pelajar dan tidak memperdulikan sebarang bakat yang ada pada pelajar.Ini kerana
guru menganggap semua pelajar dalam kelasnya itu homogen dari segi
kemampuan minda mereka. Kenyataan dari Mohini Mohamed & Fatmahanim
Mohammad (2010) dalam kajiannya mengatakan keberkesanan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah bergantung kepada pelbagai faktor
antaranya ialah guru, pelajar, kemudahan pembelajaran seperti peralatan dan
bahan dan bilik darjah. Fartor yang dinyatakan ini adalah saling mempengaruhi
antara satu dengan yang lain.

5.4. Bimbingan Kerjaya

Kerja yang menyediakan perkhidmatan bimbingan kerjaya adalah dilakukan
oleh seorang kaunselor. Menurut kenyataan Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee
Ahmad (2002), bimbingan kerjaya ialah satu susunatur yang melibatkan proses
perbincangan yang teratur mengenai masalah yang dihadapi oleh seseorang serta
usaha bagi mengatasi dan menyelesaikannya melalui bimbingan dan nasihat.
Salwa Radwani Zahiruddin (2008) menyatakan pensyarah memainkan peranan
yang amat penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu sistem pelajaran.
Ini kerana, pensyarah bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan malah bertanggungjawab sebagai pembentuk keperibadian pelajar
dan bertanggungjawab untuk menentukan arah tuju dan masa depan pelajar.
Tambahan kenyataan daripada Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah,
Jamaludin Ahmad & Wan Marzuki Wan Ahmad (2016) mendapati kajian-kajian
lepas menunjukkan kesediaan kerjaya pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi
menghadapi masalah yang sederhana.

105
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

6.0 Kaedah Penyelidikan

Kaedah penyelidikan ialah metodologi kajian yang menerangkan
bagaimana kaedah kajian dijalankan merangkumi rekabentuk, tempat, populasi
dan sampel, instrumen, prosedur dan analisis kajian.

Rekabentuk kajian adalah jenis penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian
deskriptif tinjauan. Kajian ini melibatkan empat buah Kolej Komuniti yang
menawarkan Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP). Kolej Komuniti
yang terlibat ialah Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti
Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Terengganu. Responden adalah terdiri
daripada 95 orang graduan yang telah tamat pengajian. Kajian ini menggunakan
soal selidik secara atas talian kepada graduan yang menggunakan pilihan skala
Likert sebagai jawapan. Data ini diambil daripada Kajian Pengesanan Graduan
TVET bagi tahun 2018 bagi Kolej Komuniti.

Skala Tahap

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Jadual 1. Skala Likert

Kaedah analisis data adalah menggunakan Statistical Packages for The
Social Science (SPSS) dengan menggunakan pendekatan statistik dan skor min.

Kod Kumpulan Skor Min Aras Persetujuan
1
2 1.00 – 2.33 Rendah
3
2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

(Sumber: Landell, 1977)

Jadual 2. Skor min

106
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.0 Analisis Data

Kesemua hasil dapatan telah dianalisa menggunakan kaedah deskriptif
statistik. Ini adalah bagi menjelaskan maklumbalas daripada responden berkenaan
perkhidmatan yang diberikan oleh Kolej Komuniti bagi Sijil Teknologi Pembinaan
Bangunan (STP).

7.1 Persembahan dapatan

Data yang diperolehi diterjemahkan melalui gambarajah bagi
menyampaikan maklumat dengan lebih jelas. Kesemua data yang diperolehi
dibahagi kepada tiga bahagian dimana bahagian latar belakang responden
dianalisis menggunakan skor kekerapan manakala bahagian kedua iaitu
kandungan kurikulum dan ketiga tenaga pengajar dianalisis menggunakan skor
min bagi setiap soalan. Skor min digunakan dalam menentukan aras persetujuan
responden terhadap soalan yang diajukan.

7.1.1 Latar Belakang Responden

Responden Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan yang mengisi dan
menjawab soalan dalam Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018 ialah seramai
95 orang dari empat buah kolej komuniti yang menawarkan program tersebut. Data
menunjukkan responden dari Kolej Komuniti Terengganu mencatat bilangan yang
teramai dan diikuti oleh responden dari Kolej Komuniti Jelebu dengan masing-
masing mencatat 34 dan 33 responden. Manakala responden dari Kolej Komuniti
Bentong mencatat 16 orang dan responden yang paling sedikit seramai 12 orang
adalah dari kolej Komuniti Bandar Penawar.

107
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Bilangan 33 34
35
30 16
25 12
20
15 Bentong Bandar Terengganu
10 Penawar

5
0

Jelebu

Rajah 1. Jumlah Responden

Berikut ialah pembahagian responden mengikut jantina dan kolej. Hasil
daripada data, jumlah keseluruhan pelajar lelaki adalah seramai 67 orang dan 28
orang bagi perempuan. Ini menunjukkan pelajar lelaki memonopoli bagi program
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan. Bagi Kolej Komuniti Terengganu, pelajar
lelaki adalah seramai 28 orang dan perempuan 6 orang juga diikuti rapat oleh Kolej
Komuniti Jelebu dengan 24 orang pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan
seramai 9 orang. Bagi Kolej Komuniti Bentong, pelajar lelaki seramai 11
berbanding 5 orang perempuan. Berbeza dengan Kolej Komunti Bandar Penawar,
pelajar perempuan mencatat lebih ramai pelajar perempuan dengan 8 orang
berbanding lelaki dengan hanya mencatat 4 orang.

Terengganu Jantina Pelajar 28
Bandar Penawar 24
6
Bentong
Jelebu 8
4

5
11

9

Rajah 2. Perempuan Lelaki

Pembahagian responden mengikut jantina dan kolej

108
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.1.2 Kandungan Kurikulum

Bahagian ini akan menjawab objektif pertama, iaitu mengenal pasti sejauh
mana kesesuaian kandungan kurikulum kepada pelajar. Kandungan kurikulum
yang dimaksudkan ialah kandungan program pengajian iaitu Sijil Teknologi
Pembinaan Banugnan (STP) itu sendiri secara keseluruhan. Terdapat lima item
yang dinilai pada item ini iaitu dari segi kesesuaian kandungan pengajian, program
latihan industri/praktikum, mata pelajaran wajib institusi, persediaan dunia
pekerjaan dan manfaat latihan industri dalam mendapatkan pekerjaan.

Bagi item pertama iaitu kesesuaian kandungan pengajian, Kolej Komuniti
Bentong mencatat skor min yang tertinggi berbanding empat kolej yang lain
dengan nilai 4.31. Skor min yang kedua tertinggi ialah 4.21 dari Kolej Komuniti
Terengganu dan diikuti oleh Kolej Komuniti Jelebu dengan skor min 4.21. Skor min
yang mencatat nilai yang terendah ialah dari Kolej Komuniti Terengganu dengan
nilai 4.08. Walaupun nilai yang diperolehi oleh Kolej Komuniti Terengganu adalah
rendah dari Kolej Komuniti yang lain, namun skor min ini masih lagi di dalam aras
persetujuan yang tinggi. Purata skor min bagi item kandungan kurikulum ini
mencatat skor min 4.18. Merujuk kepada jadual skor min, ini menunjukkan aras
persetujuan bagi kandungan kurikulum mengikut pesepsi graduan adalah pada
aras tinggi.

Item yang seterusnya dinilai ialah program latihan industri. Pada item ini
Kolej Komuniti Bentong masih lagi mencatat nilai skor min yang tertinggi dengan
bacaan 4.69 dan diikuti oleh Kolej Komuniti Terengganu dan Kolej Komuniti
Bandar Penawar dengan skor min masing-masing ialah 4.29 dan 4.25. Kolej
Komuniti Jelebu mencatat nilai skor min yang terendah antara empat Kolej
Komuniti dengan nilai 4.21. Nilai skor min yang terendah dicatatkan ini masih lagi
mempunyai aras persetujuannya yang tinggi. Purata skor min bagi program latihan
industri ini pula mendapat 4.33 dan ini menunjukkan secara keseluruhannya aras
persetujuan graduan berdasaarkan jadual skor min juga berada pada aras yang
tinggi.

109
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kursus wajib industri merupakan item ketiga yang dinilai. Antara kursus
wajib ini terdiri daripada Pendidikan Islam / Moral, Inggeris, Kemahiran Insaniah,
Kokurikulum dan lain-lain. Kolej komuniti yang mencatat nilai skor min yang
tertinggi ialah Kolej Komuniti Bentong yang masih mengekalkan kedudukannya.
Skor min yang dicatat ialah 4.44. Kolej Komuniti yang mencatat kedua dan ketiga
tinggi ialah Kolej Komuniti Jelebu dan Kolej Komuniti Terengganu dengan skor min
yang diperolehi masing-masing ialah 4.39 dan 4.38. Skor min yang terendah ialah
3.83 yang dicatat oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar. Skor min yang rendah ini
juga masih berada pada aras persetujuan yang tinggi. Purata skor min bagi item
ketiga ini ialah 4.33 dan ianya masih juga berada pada aras persetujuan yang
tinggi. Nilai ini hampir memberi aras persetujuan yang sederhana namun masih
lagi melebihi daripada nilai skor min 3.68.

Item persediaan dunia pekerjaan yang dinilai masih lagi menunjukkan Kolej
Komuniti Bentong mencatat skor min yang tertinggi dengan bacaan 4.44 dan diikuti
oleh Kolej Komuniti Terengganu dengan skor min 4.32. Seterusnya Kolej Komuniti
Jelebu mencatat 4.21 dan yang terendah ialah Kolej Komuniti Bandar Penawar
dengan bacaan skor min 4.00. Purata min bagi item ini juga mencatat aras
persetujuan yang tinggi iaitu 4.26.

Akhir sekali item yang dinilai ialah manfaat latihan industri dalam
mendapatkan pekerjaan kepada graduan. Berbeza dengan item lain, Kolej
Komuniti Terengganu mencatatkan skor min yang tertinggi dengan bacaan 4.35
diikuti oleh Kolej Komuniti Bentong dengan skor min 4.31. Kolej Komuniti Jelebu
memberi skor min 4.24 dan Kolej Komuniti Bandar Penawar mendapat skor min
4.00. Purata skor min bagi keseluruhan item ini ialah 4.26. Jadi aras persetujuan
yang diterima ialah tinggi merujuk kepada jadual skor min.

110
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.00Skor Min TINGGI
4.80 SEDERHANA
4.60
4.40 Kandungan Latihan industri Kursus Wajib Persediaan Manfaat latihan
4.20 pengajian / praktikum dunia pekerjaan industri
4.00 4.21 4.39 4.24
3.80 4.12 4.69 4.44 4.21 4.31
3.60 4.31 4.25 3.83 4.44 4.00
3.40 4.08 4.29 4.38 4.00 4.35
3.20 4.21 4.32
3.00

Jelebu

Bentong

Bandar Penawar

Terengganu

Rajah 3. Kurikulum

Secara keseluruhannya, graduan berpendapat bahawa Sijil Teknologi
Pembinaan Bangunan (STP) adalah sesuai di mana keseluruhan nilai skor min
yang diperolehi ialah 4.27 dengan sisihan piawai 0.94 berada di atas aras
persetujuan yang tinggi iaitu melebihi 3.68. Nilai sisihan piawai yang kecil
menunjukkan kurikulum yang disediakan oleh Kolej Komuniti adalah bersesuaian
dan memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Sesuai dengan kenyataan
Hanifah Mahat et al (2016) menyatakan bahawa keberkesanan sebuah kurikulum
itu berlaku apabila sentiasa dinilai dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan
graduan yang berkualiti dan mampu memenuhi kehendak majikan. Oleh itu,
penilaian yang dilakukan ini adalah sangat bermakna bagi mengetahui tahap
perkhidmatan yang diberikan oleh Kolej Komuniti kepada pelajar. Dapatan ini juga
menyokong dapatan kajian Mohini Mohamed & Fatmahanim Mohammad (2010)
yang menyatakan bahawa kurikulum bagi sesuatu program yang hendak
dijalankan memerlukan pemerhatian secara menyeluruh kerana, kurikulum yang
baik dapat memenuhi kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan kemudahan
yang disediakan. Perkara inilah yang telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti bagi
menjamin perkhidmatan yang dilaksanakan dapat disampaikan dan memenuhi
kehendak pelanggan.

111
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.1.3 Tenaga Pengajar

Bahagian ini pula akan menjawab objektif yang kedua iaitu mengenal pasti
tahap persepsi pelajar terhadap kualiti perkhidmatan tenaga pengajar.
Perkhidmatan tenaga pengajar ini terbahagi kepada dua iaitu dari segi bimbingan
kerjaya dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Bimbingan kerjaya

Bahagian ini mempunyai dua item yang dinilai iaitu dari segi penyampaian
maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya serta bantuan dalam
mendapatkan pekerjaan. Item yang pertama menunjukkan Kolej Komuniti Bentong
mencatat nilai skor min yang tertinggi iaitu 4.50 berbanding Kolej Komuniti yang
lain. Skor min yang seterusnya diikuti oleh Kolej Komuniti Jelebu dan Kolej
Komuniti Terengganu dengan nilai skor masing-masing ialah 4.24 dan 4.21. Kolej
Komuniti Bandar Penawar mencatatkan nilai skor min yang terendah iaitu 3.92.
Purata skor min bagi item ini ialah 4.23. Ini menunjukkan aras persetujuan bagi
item ini adalah tinggi merujuk kepada jadual skor min.

Seterusnya, item yang dinilai ialah bantuan yang diberikan kepada graduan dalam
mendapatkan pekerjaan. Pada item ini, Kolej Komuniti Bentong masih lagi
memberi nilai skor min yang tertinggi dengan nilai 4.50 dan diikuti oleh Kolej
Komuniti Terengganu dengan skor min 4.18. Seterusnya Kolej Komuniti Bandar
Penawar dengan bacaan skor min 3.83 dan skor min yang paling paling rendah
ialah Kolej Komuniti Jelebu. Purata skor min bagi item ini pula ialah 4.02. Ini
menunjukkan aras persetujuan bagi item ini masih lagi tinggi. Kolej Komuniti
Bandar Penawar dan Jelebu berada pada skor min yang rendah hampir kepada
aras persetujuan yang sederhana.

112
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Skor MIn 5.00 Bimbingan Kerjaya 4.21
4.24 4.18
4.50
4.00 3.70 3.92
3.83

3.00 Bentong Bandar Penawar Terengganu
Jelebu

a. Maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya
b. Bantuan dalam mendapatkan pekerjaan

Rajah 4. Bimbingan Kerjaya

Hasil kajian, persepsi graduan terhadap bimbingan kerjaya yang diberikan kepada
pelajar Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) adalah tinggi apabila purata
skor min yang diperolehi ialah 4.13 dengan sisihan piawai 1.23. Ini dapat dijelaskan
melalui jadual skor min yang menunjukkan aras persetujuan graduan adalah tinggi
dengan serakan sisihan piawai adalah kecil dan tertumpu. Ini menunjukkan
bimbingan kerjaya dari segi penyampaian maklumat mengenai peluang pekerjaan
dan kerjaya serta bantuan dalam mendapatkan pekerjaan yang disediakan oleh
Kolej Komuniti kepada pelajar adalah berkesan dan memenuhi keperluan dan
kehendak pelajar. Dapatan ini disokong oleh Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee
Ahmad (2002) mengatakan proses bimbingan kerjaya yang diberi mampu
mengatasi dan menyelesaikan masalah melalui bimbingan dan nasihat.
Kenyataan ini jelas menunjukkan graduan Kolej Komuniti tidak mempunyai
masalah dalam mendapatkan pekerjaan apabila pelajar rata-rata mengatakan
mereka bersetuju atas bimbingan kerja yang diberikan mampu membantu mereka
dalam mendapatkan pekerjaan. Namun, dapatan kajian ini bertentangan dengan
kajian Mohd Izwan Mahmud et al (2016) yang mendapati kesediaan kerjaya pelajar
dari Institusi Pengajian Tinggi berada pada tahap yang sederhana. Dapatan ini
menunjukkan perkara ini tidak berlaku kepada graduan dari kolej komuniti bagi Sjiil
Teknologi Pembinaan Bangunan (STP). Ini kerana kajian Mohd Izwan Mahmud et
al (2016) mengambil kira banyak faktor kemahiran seperti minat, kebolehan dan

113
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

bakat pelajar, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran mencari maklumat,
serta hubungan interpersonal.

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Bahagian ini pula mempunyai dua item yang dinilai. Item pertama menilai interaksi
tenaga pengajar dengan pelajar dan item kedua menilai penyampaian kuliah dan
kualiti pengajaran. Item yang pertama, Kolej Komuniti Bentong mendapat skor min
yang tertinggi dengan nilai 4.56 dan diikuti oleh Kolej Komuniti Terengganu dengan
skor min 4.41. Seterusnya diikuti oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan
bacaan skor min 4.25. Kolej Komuniti Jelebu merekodkan nilai skor min yang
terendah dengan bacaan 4.00. Walaupun nilai ini terendah berbanding nilai skor
yang lain, tetapi masih lagi berada pada aras persertujuan yang tinggi.

Seterusnya item yang kedua mengenai penyampaian kuliah dan kualiti
pengajaran. Kolej Komuniti Bentong menunjukkan prestasi yang sangat baik
dimana mencatatkan bacaan skor min yang tertinggi iaitu 4.81. Nilai skor min yang
tertinggi seterusnya diikuti oleh Kolej Komuniti Terengganu dengan bacaan 4.42.
Seterusnya, Kolej Komuniti Bandar Penawar mencatatkan nilai skor min 4.25. Skor
min yang terendah dicatat oleh Kolej Komuniti Jelebu dengan bacaan 3.85 namun
masih lagi berada di aras persetujuan yang tinggi.

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

5.00 4.81

4.41

4.00 4.25
4.00 4.56

Skor Min 3.85

3.00 Bentong Bandar Penawar Terengganu
Jelebu

a. Interaksi dengan pelajar b. Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran

Rajah 5 Pengajaran dan Pembelajaran

114
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Secara keseluruhannya, persepsi yang diberikan oleh graduan kepada sesi
PdP Kolej Komuniti bagi STP adalah tinggi apabila purata skor min yang diperolehi
ialah 4.27 dengan nilai sisihan piawai 1.07. Dapatan ini menunjukkan bahawa
tenaga pengajar di Kolej Komuniti mampu melaksanakan pelbagai jenis tugas
seperti penyampai pengetahuan, pemudahcara, memberi motivasi, menjadi
mentor dan lain lagi seperti yang dinyatakan oleh Abdull Sukor Shaari, Nurahimah
Mohd Yusoff, Mohd Izam Ghazali, Rafisah Osman (2012). Kajian Mohini Mohamed
& Fatmahanim Mohammad (2010) mengatakan keberkesanan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah bergantung kepada pelbagai faktor
diantaranya ialah guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Katanya lagi, faktor
yang dinyatakan ini adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, bimbingan kerjaya dan sesi PdP ini
berjaya atas daya usaha pelajar itu sendiri dan kemudahan prasarana yang
disediakan.

8.0 Kesimpulan Dan Perbincangan

Berdasarkan dapatan kajian, setiap item telah mencapai aras persetujuan yang
tinggi iaitu purata skor min bagi setiap bahagian ialah 4.27 (Sisihan piawai = 0.94)
bagi penilaian kandungan kurikulum dan 4.17 (Sisihan piawai = 1.09) bagi tenaga
pelajar .Ini menunjukkan objektif kajian untuk menentukan kandungan kurikulum
dan perkhidmatan tenaga pengajar yang diberikan oleh Kolej Komuniti bagi
Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) adalah tercapai dan sangat
memuaskan bagi persepsi graduan STP. Ini menunjukkan perkhidmatan Kolej
Komuniti adalah sesuai dengan keperluan graduan bagi menentukan halatuju
selepas tamat pengajian. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui dan menilai mutu
penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar Program Sijil Teknologi
Pembinaan dengan meningkatkan perkhidmatan pada mana-mana skor yang
rendah. Pihak kolej yang terlibat dengan skor yang rendah, perlu mengambil
maklum dan melakukan sesuatu tindakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan
masing-masing. Berdasarkan item yang dinilai, aspek kualiti perkhidmatan tenaga
pelajar bagi bimbingan dan kerjaya serta pengajaran dan pembelajaran perlu diberi
perhatian dan dipertingkatkan. Cadangan penambahbaikan yang dicadangkan
adalah memberi kursus latihan interaksi serta pemantapan penyampaian PdP dan

115
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

bimbingan kerjaya kepada tenaga pengajar STP dan bukan sahaja kepada
kaunselor sahaja kerana yang paling rapat dan banyak masa bersama pelajar
adalah tenaga pengajar itu sendiri. Ini adalah bagi membantu meningkatkan kualiti
perkhidmatan yang diberikan oleh Kolej Komuniti bagi memajukan lagi sistem
pendidikan serta membantu Kolej Komuniti merancang program yang lebih baik
pada masa akan datang. Hasil kajian ini amatlah berguna bagi setiap pihak yang
terlibat baik bagi pihak Kolej Komuniti, pembangun kurikulum dan tenaga pengajar
itu sendiri. Pihak tersebut boleh merujuk kajian ini sebagai panduan dan rujukan
pada masa akan datang. Selain itu, cadangan kajian lanjut boleh dijalankan
terhadap perkhidmatan Kolej Komuniti dari segi prasarana yang disediakan bagi
mengukuhkan lagi kajian mengikut pandangan pengkaji-pengkaji yang lepas.

116
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rujukan

Abdul Rahim Othman, Zulkifli Ariffin & Yahya Don (2017). Penilaian Outcome
Dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia. Advanced
Journal of Technical and Vocational Education 1 (2), 146-154. eISSN:
2550-2174

Abdull Sukor Shaari, Nurahimah Mohd Yusoff, Mohd Izam Ghazali, Rafisah Osman
(2012). Hubungan Antara Gaya Pengajaran Pensyarah Dengan
Penglibatan Akademik Pelajar Universiti. Dimuat turun daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/91.pdf (20
Mac 2019)

Fadilah Mat Nor, Safura Ahmad Sabri & Khairuddin Khalid (2014). Tahap
Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam
Di KUIS. Proceeding of the 1st International Conference on Management
and Muamalah 2014 (1st ICoMM). e-ISBN: 978-967-0850-01-6

Hanifah Mahat, Zainudin Othman, Yazid Saleh, Mohmad Isa Hashim, Adnan Jusoh
& Norazlan Hadi Yaacob (2016). Keberkesanan kurikulum pendidikan sains
sosial di Malaysia: Kajian perspektif guru siswazah dan pengetua sekolah di
UPSI. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12
issue 1,37-48. , ISSN 2180-2491

Hasanah Safein @ Shafie, Anisah Jawawi & Mohamad Shafie Isa (2017).
Pengaruh Pendekatan Pensyarah Terhadap Sikap Dan Gaya Pembelajaran
Pelajar Dalam Matematik Kejuruteraan Satu. Dimuat turun daripada
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PMJSSH/article/view/2928/709 (20
Mac 2019)

Hussin, Zolkafli, Yeop Yunus & Nek Kamal (2002). Kegagalan perkhidmatan:
Implikasi kepada usahawan dalam industri perkhidmatan. Dimuat turun
daripada http://repo.uum.edu.my/4306/. (20 Mac 2019)

Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad (2002). Bimbingan Kerjaya Menurut
Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 8.
63-70

Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad & Wan Marzuki Wan
Ahmad (2016). Modul Kesediaan Kerjaya Berdasarkan Teori Cognitive
Information Processing (CIP). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
59-75

Mohd. Salleh Lebar (1996). ”Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan
Malaysia.” Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. 37-51.

117
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad (2010). Kajian Penilaian

Kurikulum Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Teknologi Malaysia.

Dimuat turun daripada

http://eprints.utm.my/id/eprint/11314/1/Kajian_Penilaian_Kurikulum_Pendi

dikan_Matematik_Dan_Sains_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf (20 Mac

2019)

Noorafini Kassim, Saini Ag. Damit & Muhammad Suhaimi Taat (2017). Pengaruh

Sikap Pelajar Dan Pengajaran Guru Terhadap Penguasaan Bahasa Arab
Dalam Kalangan Pelajar PPIB, UMS. Jurnal ‘Ulwan Jilid 1.125-142

Norhayati Binti Othman & Intan Junizah Abu Samah (2017). Pengaruh Pemilihan
Pengajian Ke Kolej Komuniti Dan Cadangan Promosi. Dimuat turun
daripada https://www.kkselayang.edu.my/images/penerbitan/kertas3.pdf
(20 April 2019)

Salwa Radwani Zahiruddin (2008). Peranan Pensyarah : Pendidik, Penyelidik
Atau Khidmat Masyarakat (Konsulti). Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/7196722/PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK
_PENYELIDIK_ATAU_KHIDMAT_MASYARAKAT (15 April 2019)

118
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

TAHAP KECERDASAN EMOSI GURU PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH BESUT,
TERENGGANU

Alwanie Binti Salleh
Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh

[email protected]

Azmawati Binti Salleh
Kolej Komuniti Jelebu
[email protected]

Abstrak
Kecerdasan emosi menjadi salah satu penentu paling penting untuk mengukur
kejayaan dalam kerjaya seseorang guru. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan
bagi mengkaji kecerdasan emosi guru-guru Pendidikan Khas Integrasi di sepuluh
buah sekolah rendah daerah Besut, Terengganu. Lima konstruk kecerdasan
emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, kesedaran emosi
sosial dan kemahiran sosial. Kajian ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi
guru-guru Pendidikan Khas Integrasi dan juga kecerdasan emosi berdasarkan
faktor demografi. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan
statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru-
guru pendidikan khas berada pada tahap tinggi (min=4.59). Secara
keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat memberi tunjuk arah kepada guru-guru
pendidikan khas bagi meneruskan peningkatan kualiti diri, kerjaya dan seterusnya
melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Justeru itu, penyelidik mencadangkan kajian seperti ini perlu dilanjutkan
di setiap daerah atau negeri agar kompetensi diri guru dapat dipertingkatkan.
Pada masa yang sama, kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan emosi
khususnya, amat penting sebagai sumber untuk guru-guru meningkatkan
kecerdasan emosi.

Kata kunci : Kecerdasan Emosi, Pendidikan Khas, Sekolah Rendah

119
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan dan perkembangan
sesebuah negara. Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang mampu
dimanfaatkan oleh setiap individu dengan merangkumi semua aspek yang
diperlukan oleh murid mengikut perbezaan individu. Ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepada melahirkan modal
insan yang seimbang dan harmonis dari aspek emosi, rohani, jasmani, intelek dan
sahsiah.

Di Malaysia, Pendidikan Khas telah diberikan perhatian apabila Akta Pendidikan
1996 menyatakan bahawa program Pendidikan Khas layak diwujudkan untuk
memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas yang boleh dididik. Jamila
K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa program Pendidikan Khas juga
diertikan sebagai salah satu program percantuman bagi murid berkeperluan khas
di sekolah harian biasa. Teras utama bagi pelaksanaan program ini adalah untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, dan berpotensi untuk berdikari
selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (1997).

Menurut Hamalik (2003), guru merupakan seorang individu yang
bertanggungjawab dalam mengajar dan mendidik pelajar agar mencapai
pertumbuhan dan perkembangan dari aspek jasmani, emosi dan rohani yang
seimbang. Ini membuktikan peranan guru yang menjadi tonggak utama dalam
pembangunan modal insan yang berkualiti. Dalam menjalankan peranan mereka,
guru seharusnya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang baik agar dapat
menjalankan tugas dengan efektif.

Noriah (1994) pula berpendapat bahawa beban tugas guru yang terlalu banyak
telah menyebabkan para guru tidak dapat membuat pembahagian masa dengan
optimum dan akhirnya memberikan tekanan kerja kepada guru. Keadaan ini
ditambah dengan keperluan sistem pendidikan semasa yang menuntuk kepakaran
dan keperluan guru dalam pelbagai bidan seperti bidang teknologi maklumat.
Pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan dan hasilnya membuktikan bahawa

120
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kebanyakan guu menghadapi kesukaran untuk membuat dan menyesuaikan diri
dengan perubahan semasa (Fullan & Miles, 1992).

Menurut Abdul (2005), tekanan guru terus bertambah dengan adanya faktor
kepuasan kerja yang perlu dipenuhi dalam sesebuah organisasi. Hal ini
memberikan cabaran yang besar kepada para pendidik untuk melaksanakan
tugasan hakiki mereka. Dalam konteks cabaran yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Khas, mendidik pelajar berkeperluan khas memerlukan nilai kesabaran
yang tinggi dan pemikiran yang kreatif untuk memastikan bahawa setiap pelajar
berkeperluan khas ini dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajarkan kepada
mereka seperti yang dinyatakan oleh Donny Chin (Utusan Online, 2011). Ini
menuntut kepada tahap kecerdasan emosi yang baik perlu disemai di dalam diri
setiap guru pendidikan khas khususnya.

Setiap permasalah dan cabaran yang dihadapi ini akan menyebabkan guru mudah
mengalami kemurungan, tekanan perasaan dan juga mempunyai tahap amarah
yang tinggi sehingga menyebabkan kualiti kerja mereka terjejas dan turut
memberikan kesan yang buruk kepada pelajar dan diri guru sendiri. Ini adalah
disebabkan faktor kecerdasan emosi yang rendah dan kurang stabil yang akhirnya
menyebabkan pelbagai tindakan negative dilakukan oleh guru (Noah dan
Muhammad,1999).

Secara keseluruhannya, pengawalan emosi yang baik akan membantu guru untuk
berfikir dan bertindak secara rasional dalam sesuatu perkara (Hashim et. al, 2007).
Menurut Goleman, 1996; Elias et al, 1992, pengawalan emosi seseorang individu
adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap kecerdasan emosi seseorang iaitu
keadaan yang membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian dengan
sebaiknya tanpa dipengaruhi oleh sifat negatif seperti kebencian, dengam dan
amarah. Kecerdasan emosi yang tinggi dilihat dapat membantu seseorang
memelihara keadaan harmoni dan tenteram pada diri sendiri dan akhirnya akan
mempunyai keyakinan dalam mengharungi cabaran kehidupan serta suasana
pekerjaan di institusi pendidikan.
Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan oleh Fletcher (2007) yang
menjelaskan bahawa kecerdasan emosi amat penting kepada guru pendidikan

121
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

khas bagi mengawal emosi mereka melayan sikap pelajar, ibu bapa dan pihak
pengurusan. Hal ini juga disokong oleh kajian Yahya dan Hussin (2007) yang
menyatakan bahawa kecerdasan emosi dapat membantu seseorang guru untuk
menjadi seorang pendidik yang kreatif, berjiwa besar serta produktif dalam
menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat
pendidikan sesebuah negara. Manakala guru merupakan individu yang
memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan
ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
pelajar sekolah. Banyak kajian di dalam dan di luar negara yang mengkaji tentang
pengaruh guru terhadap pendidikan dari pelbagai aspek dan faktor yang
mempengaruhi. Kajian yang telah dijalankan oleh Najmudin (2007), Rorlinda
(2010) dan Syafriman (2010) menunjukkan bahawa guru di Malaysia mempunyai
tahap kecerdasan emosi yang sederhana, terutamanya bagi aspek kesedaran
kendiri. Ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi guru masih belum mantap dan
perlu ditambahbaik dengan segera bagi memastikan kualiti profesion perguruan
terus terjamin.

Dalam konteks profesion guru, kecerdasan emosi guru turut dipengaruhi oleh
beberapa aspek yang penting. Menurut Goleman (2001), kecerdasan emosi
merupakan satu keupayaan dalam mengawal diri serta emosi pihak lain dalam
menterjemahkan tindakan yang rasional dalam sesuatu perkara. Aspek ini
diperincikan mengikut lima dimensi utama iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri,
motivasi kendiri, kesedaran emosi sosial dan kemahiran sosial.

Thorndike, Hull dan Skinner (1971) telah membuat kajian yang menunjukkan
bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang
pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk
mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah
ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat oleh
mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada pada

122
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras
pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar.

Kounin dan Gump (1974) juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya
menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku
pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang
daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan
denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat
maklumat berkaitan dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di
sekolah’. Setiap orang pelajar tersebut ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan
yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-
dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda,
menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik
dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau
sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya
disekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Berdasarkan kepada kajian-kajian tersebut, guru memainkan peranan yang sangat
penting dalam mendidik pelajar samada dari aspek pengetahuan, kemahiran,
personaliti dan banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian
pelajar. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dalam konteks guru pendidikan khas dan
mengambil faktor kecerdasan emosi agar dapat melihat kepentingan guru dalam
perspektif yang berbeza.

2.0 Penyataan Masalah Kajian

Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang amat penting dalam mendidik
pelajar. Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran mengalami tekanan emosi yang berkaitan
dengan masalah mereka. Pelajar dengan masalah pembelajaran cenderung
mempunyai tahap yang lebih tinggi kebimbangan emosi, seperti kemurungan,

123
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kesepian, dan rendah diri daripada rakan-rakan lain yang tidak mengalami
masalah pembelajaran.

Ambron (1981) menyatakan bahawa sebahagian besar kanak-kanak kurang
upaya pembelajaran mempunyai beberapa masalah emosi yang berkaitan dengan
kesukaran pembelajaran. Manakala Sabornie (1994) dalam kajian literaturnya
mengesahkan bahawa pelajar kurang upaya pembelajaran mempunyai konsep diri
yang lemah yang berkaitan dengan alam persekolahan mereka. Penyelidik lain
juga mendapati bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya pembelajaran
mempunyai pandangan yang negatif atau rendah diri terhadap subjek akademik
tertentu (Hiebert et al., 1982).

Oleh yang demikian, guru berperanan dalam membantu pelajar menghadapi
beberapa kemahiran yang melibatkan kecerdasan emosi pelajar itu sendiri seperti
kemahiran menyelesaikan sesuatu konflik dan kemahiran dalam kawalan diri.
Guru juga perlu membimbing pelajar untuk mengenali tentang kehidupan dan
tentang diri mereka sendiri di samping membantu meningkatkan pencapaian
akademik. Secara anatomi, otak merupakan organ yang terakhir mencapai
kematangan di mana ia terbentuk melalui peneguhan yang berulang. Ini memberi
kanak-kanak peluang belajar bagaimana mengurus tekanan, bagaimana
mengawal kemarahan dan bekerjasama dengan orang lain.

Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami
masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta
masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina
keyakinan diri. Sebagai contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong telah mengatakan
bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah pernah diminta oleh ibu
bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke
sekolah (Utusan Online, 2011).

Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang
sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah.
Lain pula dengan Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau

124
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kota apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan
membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara
pengurusan diri. (Kosmo, 2008).

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi guru-
guru pendidikan khas di sekolah rendah berdasarkan lima konstruk kecerdasan
emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, kesedaran emosi
sosial dan kemahiran sosial. Kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan
kecerdasan emosi mengikut jenis jantina, tempoh perkhidmatan dan jenis
penempatan sekolah. Seterusnya kajian ini juga melihat perkaitan antara tahap
kecerdasan emosi guru dengan faktor demografi guru.

3.0 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan, objektif kajian ini adalah
untuk:

3.1 Mengenal pasti tahap kecerdasan emosi Guru Pendidikan Khas
Integrasi di sekolah rendah daerah Besut, Negeri Terengganu.

4.0 Soalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah digariskan oleh pengkaji, kajian ini
cuba menjawab persoalan berikut:

4.1 Apakah tahap kecerdasan emosi Guru Pendidikan Khas Integrasi di
sekolah rendah daerah Besut, Terengganu?

5.0 Kepentingan Kajian

Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi dianggap sebagai “master aptitude”
kerana peranannya dalam membantu pengawalan daya intelek dan keupayaan
yang lain. Ini membuktikan bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang
amat penting dalam rutin kehidupan. Hein (2009) menyatakan bahawa seseorang
individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah

125
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

berkemampuan untuk mengawal emosi dengan lebih baik. Justeru, individu akan
lebih berkeupayaan untuk menguruskan diri, emosi den kehidupan harian dengan
lebih positif.

Secara praktikalnya, kajian ini adalah selari dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang memberikan penekanan kepada penghasilan guru yang
mampu memberikan persaingan kepada dunia luar dari aspek ilmu pengetahuan,
kemahiran serta tahap kompetensi seseorang guru (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013-2025). Justeru, pendidik perlu memfokuskan usaha ke
arah peningkatan profesionalisme dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani
dalam membina modal insan yang berkualiti.

Kecerdasan emosi dilihat sebagai satu faktor yang amat penting dalam proses
mendidik pelajar terutamanya bagi murid berkeperluan khas (Zalizan Mohd Jelas,
2009). Sabornie (1994) pula menjelaskan bahawa pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang lemah dan amat
memerlukan sokongan daripada guru untuk terus meningkatkan usaha dalam
pencapaian akademik mereka. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan
untuk meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan konflik dalaman mereka
dan bersedia untuk menjadi pemangkin motivasi pelajar istimewa.

Seterusnya, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan untuk membuat penilaian tahap
keceradasan emosi guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk murid istimewa. Kecerdasan
emosi yang mantap diperlukan kerana cabaran yang lebih besar perlu dihadapi
dalam menangani permasalahan dalam mendidik murid berkeperluan khas.

Walaupun kecerdasan emosi dititikberatkan oleh Goleman (2004), namun beliau
juga tidak menafikannya hubungannya dengan kecerdasan intelektual. Oleh yang
demikian, terdapat hubungan di antara kecerdasan intelektual dan juga
kecerdasan emosi seseorang. Justeru, sepertimana kecerdasan intelektual dapat
ditingkatkan dari semasa ke semasa, maka begitulah juga dengan kecerdasan
emosi yang turut dapat ditingkatkan secara beransur ansur melalui pengalaman
individu dalam kehidupannya (Goleman, 2004), yang menegaskan bahawa setiap
individu dilahirkan dengan asas kecerdasan emosi biasa yang dapat ditingkatkan
melalui pembelajaran yang dilalui dalam kehidupannya.

126
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan
sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, guru perlu sentiasa menggunakan
pendekatan yang baik dalam mengawal emosi bagi berdepan dengan murid.

6.0 Tinjauan Literatur

6.1 Definisi, Konsep dan Teori Kecerdasan Emosi

6.1.1 Teori Kecerdasan Emosi Goleman

Teori ini dirangka oleh Goleman (2000) berasaskan penulisannya di dalam buku
The Emotionally Intelligent Workplace yang bertajuk Working with Emotional
Intelligence. Goleman membahagikan kecerdasan emosi kepada empat dimensi
iaitu (a) kesedaran kendiri (b) kawalan kendiri (c) kesedaran sosial atau empati
dan (d) kemahiran sosial di mana kesedaran kendiri dan pengurusan diri adalah
subset kepada kompetensi diri manakala kesedaran sosial dan kemahiran
sosial adalah komponen kompetensi sosial.

Dimensi pertama ialah kesedaran diri yang meliputi kesedaran mengenai emosi
diri, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan diri. Kesedaran emosi diri seperti
dapat mengenal pasti keadaan yang boleh membangkitkan emosi, memahami
bagaimana emosi atau perasaan akan memberi kesan kepada tindakan,
penampilan diri dengan cara meyakinkan dan sebagainya. Justeru, kesedaran diri
menunjukkan cara seseorang itu mengawal emosinya, terutama semasa
berhubungan dengan subordinat atau pelanggan dalam sesebuah organisasi.
Pemerhatian Goleman (1998) terhadap pengurusan di syarikat kewangan
mendapati bahawa kesedaran emosi diri mempunyai hubungan yang signifikan
dengan prestasi kerja perancangan kewangan. Hal ini kerana interaksi antara
pegawai perancang kewangan dan pelanggan bersifat sensitif, berhadapan
dengan karenah pelanggan dan sebagainya. Goleman mendapati bahawa
kesedaran diri pegawai perancang kewangan dapat membantu mereka
menangani dan memperbaiki situasi-situasi yang genting dan bersifat sensitif.

Dimensi kedua, iaitu pengurusan diri mencakupi orientasi pencapaian, inisiatif,
sikap optimis, ketelusan, kefleksibelan dan pengawalan emosi sendiri. Aspek

127
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kecerdasan dalam kelompok ini memperlihatkan guru yang menguasai
kecerdasan ini dapat mengawal dan mengurus situasi-situasi tertekan atau
berurusan dengan seseorang yang bermasalah dan bersikap lebih optimistik
dalam kerjayanya (Rahim & Psenicka, 1996).

Selain itu, menurut Amabile (1998), kefleksibelan merupakan aspek kecerdasan
emosi yang membenarkan seseorang guru untuk kekal selesa dengan
kebimbangan dan ketidakpastian yang sering dihadapi. Mereka akan berusaha
mencari dan menyumbang idea-idea baharu dan lebih kreatif dalam melaksanakan
kerja. Sebaliknya, mereka yang tidak selesa dengan risiko dan perubahan akan
cenderung kepada penghakisan idea-idea yang bersifat inovatif atau lambat untuk
bertindak balas terhadap sesuatu perubahan dalam organisasi.

Dimensi ketiga ialah kelompok kesedaran sosial termasuklah kebolehan
meletakkan diri dalam kedudukan orang lain atau mempunyai sifat empati,
kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan seperti menyelia kepuasan
pelanggan, bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan pelanggan, tidak
mengamalkan politik di tempat kerja dan sebagainya (Steele, 1997). Kesedaran
sosial juga memainkan peranan utama dalam meningkatkan prestasi
perkhidmatan kerana ia melibatkan keupayaan untuk mengenal pasti keperluan-
keperluan dan kebimbangan-kebimbangan yang sering kali tidak dinyatakan oleh
pelanggan dan subordinat.

Dimensi yang terakhir, iaitu kelompok kemahiran sosial yang merangkumi
membangunkan orang lain (mengenal pasti kekuatan tertentu orang lain, maklum
balas yang membina, menyediakan latihan dan tunjuk ajar yang berterusan),
kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengaruh, pengurusan konflik
dan kerjasama berkumpulan (Goleman, 1995). Dalam kelompok ini, kemahiran
sosial adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyesuaikan diri atau
mempengaruhi emosi orang lain. Perlu ditegaskan bahawa kecerdasan dalam
kemahiran sosial adalah berasaskan kepada kelompok kecerdasan emosi yang
lain, terutama pengurusan diri dan kesedaran sosial.

128
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.0 Metodologi Kajian

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan tahap kecerdasan emosi guru
Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah di Daerah Besut. Kajian yang dijalankan
ini adalah kajian berbentuk deskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik yang
bermatlamat untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas
Integrasi. Menurut Noraini (2010), reka bentuk deskriptif ini bertujuan
mendapatkan pandangan sebahagian populasi yang dikaji tentang sesuatu isu
atau masalah, memerhatikan beberapa pembolehubah dan meneliti perkaitan
antara pembolehubah tersebut.
Bagi kajian ini, penyelidik telah memilih penyelidikan secara kuantitatif iaitu melalui
kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
merupakan demografi responden seperti jantina, umur, pengalaman kerja, status
perkahwinan, tahap pendidikan dan lokasi sekolah. Sementara Bahagian B pula
merupakan pernyataan-pernyataan berdasarkan lima dimensi kecerdasan emosi
(Goleman, 2001).

7.2 Populasi dan Pensampelan

Populasi kajian ini terdiri daripada guru Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah
di Sekolah Kebangsaan di Daerah Besut. Terdapat 25 buah sekolah kebangsaan
kesemuanya di Daerah Besut yang menjalankan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI). Sampel kajian terdiri daripada 50 guru Pendidikan Khas Integrasi
sebagai responden yang diambil daripada sepuluh buah sekolah rendah di Daerah
Besut.

Menurut Alias Baba (1992), sampel merangkumi ahli-ahli dari kumpulan kecil yang
dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter populasi.
Persampelan bertujuan dilakukan ke atas guru-guru Pendidikan Khas Integrasi
sekolah rendah berdasarkan sepuluh buah sekolah yang dipilih sebagai lokasi
kajian. Pemilihan sampel bagi kajian ini adalah berdasarkan persampelan rawak

129
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

mudah dan berlapis kerana kaedah tersebut sesuai bagi sampel yang kecil (Ranjit
Kumar, 2000).

Di dalam kajian ini, bilangan populasi ialah 60 orang. Pengkaji hanya mengambil
jumlah sampel seramai 50 orang sahaja sebagai responden yang diwakili oleh 5
orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih.

7.3 Alat Ukur/Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Menurut
Mohd. Majid Konting (2004), soal selidik adalah alat ukur yang terbaik untuk
digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik yang berdasarkan kepada
skala Likert lima mata ini telah dibentuk dan digunakan sebagai instrumen kajian.
Hasil analisis data kajian adalah semata-mata berdasarkan kepada maklum balas
yang diterima daripada responden terhadap soal selidik yang dikemukakan. Soal
selidik yang dibentuk mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

7.4 Ujian Rintis

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan
item-item dalam dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan.
Menurut Polit, Beck dan Hungler (2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian
kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih
besar atau utama. Selain itu, kajian rintis ini juga digunakan untuk mengkaji
permasalahan yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan dan ia perlu
bersesuaian dari segi bahasa dan istilah supaya mudah difahami oleh responden.
Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 50 orang guru Pendidikan Khas Integrasi
yang dipilih secara rawak dan sedang mengajar di sekolah rendah Daerah Besut.

7.5 Kebolehpercayaan Soal Selidik Kajian

Analisis kebolehpercayaan item yang digunakan telah dilakukan selepas analisis
faktor dengan menggunakan Cronbach Alpha berdasarkan bilangan sampel
sebenar (N=50). Menurut Sekaran (2000), nilai alpha ini boleh diterima kerana

130
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

telah melepasi nilai 0.6 seperti yang disarankan oleh kebanyakan penyelidik dalam
bidang sains dan sosial. Hair et.al (2006) menyarankan nilai alpha di bawah 0.50
tidak diterima, manakala nilai 0.60 ke atas adalah biasa, 0.70 lebih dari biasa, 0.80
adalah membanggakan dan jika lebih dari 0.90 adalah sangat baik.

7.6 Prosedur Memungut Data

Bagi proses pengumpulan data, satu kebenaran dipohon terlebih dahulu daripada
bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD). Selepas mendapat kebenaran
ERRD, penyelidik menghubungi sekolah untuk mengedarkan instrumen kajian.
Penyelidik memilih untuk menghantar sendiri instrumen kepada responden kerana
ia lebih mudah ditadbir. Bagi mendapatkan kembali soal selidik tersebut, pengkaji
memungut sendiri soal selidik daripada responden pada hari yang sama borang
tersebut diedarkan.

7.7 Prosedur Menganalisis Data

Analisis statistik merupakan tatacara, teknik dan kaedah yang digunakan untuk
tujuan memahami data dan maklumat, membuat penelitian, meringkas dan
membuat analisis bagi memperihalkan berbagai ragam data. Analisis statistik
terbahagi kepada dua jenis iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi (Zainudin
Awang, 2010). Semua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan
program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Bagi tujuan
kajian ini, statistik deskriptif sahaja digunakan untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan dan sisihan piawai. Data-data kemudiannya disusun dan diperincikan
dalam bentuk jadual.

7.8 Analisis Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif adalah bertujuan untuk memperihalkan data ke dalam bentuk
yang lebih mudah untuk difahami. Langkah pertama ialah dengan mengenalpasti
pembolehubah yang dikaji. Langkah kedua pula ialah dengan menyusun data.
Data tang diperoleh disusun mengikut objektif kajian. Langkah yang ketiga ialah
dengan menggunakan teknik statistik seperti min, median dan mod. Selain

131
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

daripada itu, markat pengukuran perlu dianalisis untuk memberikan gambaran
yang tepat mengenai sesuatu fenomena yang dikaji sukatan serakan seperti
sisihan purata min, sisihan piawai dan varians merupakan sukatan untuk serakan
data yang juga penting untuk memperihalkan data. Dalam kajian ini, statistik
deskriptif digunakan untuk menjawab dua soalan kajian yang dikemukakan.

8.0 Dapatan Kajian

8.1 Profil Responden

Latar belakang responden merupakan salah satu ciri yang penting untuk diambil
kira dalam menentukan keputusan kajian. Dalam kajian ini, ciri demografi yang
diberikan tumpuan adalah berkaitan dengan jantina, umur, kelulusan, pengalaman
mengajar, status perkahwinan dan lokasi sekolah. Responden kajian terdiri
daripada guu-guru Pendidikan Khas Integrasi di lima buah sekolah rendah daerah
Besut. Seramai 50 orang guru yang telah dipilih secara rawak berstrata sebagai
sampel kajian. Sejumlah 50 set soal selidik telah diedarkan kepada responden dan
sebanyak 50 (100.0%) set soal selidik berjaya dipungut kembali. Sebelum analisis
deskriptif dilakukan, penyelidik terlebih dahulu telah menyemak semula data bagi
memastikan soal selidik yang diperoleh adalah lengkap dan bebas daripada
kesilapan yang mungkin berlaku semasa menjawab soal selidik.

Jadual 4.1
Bilangan Guru Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 21 42.0
Perempuan 29 58.0
Jumlah 50 100.0

Berdasarkan Jadual 4.1, bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 50 orang guru. Sementara itu, taburan bagi aspek jantina pula, didapati

132
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

bilangan guru perempuan mengatasi bilangan guru lelaki. Majoriti responden
merupakan guru perempuan (n=29, 58.0%) berbanding dengan guru lelaki (n=21,
42.0%). Taburan ini merupakan feomena biasa di kebanyakan sekolah di Malaysia
dengan bilangan guru perempuan adalah lebih tinggi berbanding guru lelaki.

Jadual 4.2
Bilangan Guru Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus
21 – 30 tahun 4 8.0
31 – 40 tahun 16 32.0
41 – 50 tahun 19 38.0
51 – 60 tahun 11 22.0
50
Jumlah 100.0

Dari aspek umur, data berdasarkan jadual 4.2 menunjukkan bahawa golongan
guru yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun (n=19, 38.0%) lebih ramai
berbanding guru yang berumur dalam lingkungan 31 tahun hingga 40 tahun (n=16,
32.0%) dan dalam lingkungan umur 51 tahun hingga 60 tahun (n=11, 22.0%).
Kategori umur antara 21-30 tahun pula mencatatkan bilangan yang paling rendah
(n=4, 8.0%).

Jadual 4.3
Bilangan Guru Mengikut Kelulusan

Kelulusan Guru Bilangan Peratus
Siswazah 44 88.0
Bukan Siswazah 6 12.0
Jumlah 50 100.0

Berdasarkan Jadual 4.3, bilangan responden yang mempunyai kelulusan
siswazah adalah lebih tinggi (n=44, 88.0%) berbanding guru bukan siswazah (n=6,
12.0%).

133
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Jadual 4.4
Bilangan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengajar Bilangan Peratus
1 – 10 tahun 4 8.0
11 – 20 tahun 16 32.0
21 – 30 tahun 19 38.0
31 – 40 tahun 11 22.0
50
Jumlah 100.0

Berdasarkan jadual 4.4, data menunjukkan majoriti guru mempunyai pengalaman
mengajar lebih daripada 11 tahun (n=46, 92.0%). Dari aspek pengalaman
mengajar, golongan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1 hingga 10
tahun adalah lebih rendah (n=4, 8.0%).

Jadual 4.5
Bilangan Guru Mengikut Status Perkahwinan

Status Perkahwinan Bilangan Peratus
Berkahwin 50 100.0
Belum berkahwin 0 0.0
Jumlah 50 100.0

Berdasarkan jadual 4.5, data menunjukkan bahawa kesemua responden adalah
telah berkahwin (n=50, 100%).

Jadual 4.6
Bilangan Guru Mengikut Lokasi Sekolah

Kelulusan Guru Bilangan Peratus
Bandar 15 30.0
Luar Bandar 35 70.0
Jumlah 50 100.0

134
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Dari aspek lokasi sekolah, data yang ditunjukkan dalam jadual 4.6 menunjukkan
majoriti responden adalah dari kawasan luar bandar (n=35, 70.0%) manakala guru
yang berkhidmat di kawasan bandar adalah lebih rendah (n=15, 30%).

8.2 Statistik Deskriptif

Bahagian statistik deskriptif adalah bertujuan untuk meneliti dapatan deskriptif
pemboleh ubah kajian iaitu kecerdasan emosi menurut persepsi responden.
Intepretasi hasil analisis deskriptif data yang dijalankan melalui penggunaan skor
min dan sisihan piawai kelompok dan dimensi pemboleh ubah kajian. Bagi
menghuraikan tahap pemboleh ubah sama ada tinggi atau rendah, pengkelasan
min berikut digunakan:

Jadual 4.7
Pengkelasan Min dan Tafsirannya

Skor Min Tafsiran
Sangat Rendah
1.00 – 1.99 Rendah
2.00 – 2.99 Sederhana
3.00 – 3.99 Agak tinggi
4.00 – 4.99 Tinggi
5.00 – 5.99 Sangat tinggi
6.00 – 7.00

8.2.1 Tahap Kecerdasan Emosi Guru

Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) digunakan untuk menghuraikan
kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas Integrasi di sekolah rendah dalam
daerah Besut. Tahap kecerdasan emosi guru dinilai menerusi lima dimensi yang
dikaji iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, kesedaran emosi
sosial dan kemahiran sosial. Seterusnya nilai min keseluruhan bagi setiap dimensi
kecerdasan emosi diperoleh dan dibandingkan dengan nilai min berpandukan

135
Kolej Komuniti Jelebu


Click to View FlipBook Version