The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRIS 2017, 2019-12-19 03:10:16

BUKU PROSIDING 2019

BUKU PROSIDING 2019

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kepada pengkelasan min. Ini bertujuan bagi menentukan sama ada tinggi atau
rendah sesuatu tahap kecerdasan emosi.

Jadual 4.8 Min Sisihan
Tahap Kecerdasan Emosi Guru Piawai

Dimensi Kecerdasan Emosi
Guru

Dimensi Kesedaran Kendiri 4.72 .39
Kesedaran Emosi 4.58 .34
Penilaian Kendiri 4.78 .42
Keyakinan Diri 4.78 .42
Dimensi Regulasi Kendiri 4.55 .46
Pengawalan Kendiri 4.44 .38
Kebolehpercayaan 4.60 .49
Kepekaan 4.60 .49
Penyesuaian 4.60 .49
Inovatif 4.60 .49
Dimensi Motivasi Kendiri 4.47 . 39
Pencapaian 4.31 .42
Komitmen 4.52 .44
Inisiatif 4.60 .45
Optimis 4.53 .45
Dimensi Kesedaran Emosi 4.56 .43

Sosial 4.36 .36
Empati 4.60 .47
Orientasi Pencapaian 4.58 .47
Membangunkan Orang Lain 4.64 .48
Kepelbagaian Kekuatan 4.60 .47
Kesedaran Politik 4.66 .40
Dimensi Kemahiran sosial 4.53 .34
Pengaruh 4.73 .44
Komunikasi
Kolej Komuniti Jelebu
136

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Kepimpinan 4.71 .44
Pemankin Perubahan 4.72 .44
Kecerdasan Emosi Guru 4.59 .18

Jadual 4.8 menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas
Integrasi sekolah rendah secara keseluruhannya berada pada tahap yang agak
tinggi (M=4.59, SP = .18). Manakala nilai min bagi setiap dimensi kecerdasan
emosi pula berada pada tahap yang agak tinggi bagi dimensi kesedaran kendiri
(M=4.55, SP = .46), motivasi kendiri (M=4.47, SP = .39), kesedaran emosi sosial
(M=4.56, SP = .43) dan kemahiran sosial (M=4.66, SP = .40). Analisis terhadap
dimensi kecerdasan emosi mendapati dimensi kesedaran kendiri mempunyai nilai
min yang paling tinggi (M=4.72, SP = .39) diikuti dimensi kemahiran sosial
(M=4.66, SP = .40), dimensi kesedaran emosi sosial (M=4.56, SP = .43), dimensi
regulasi kendiri (M=4.55, SP = .46) dan bacaan min yang paling rendah dicatatkan
bagi dimensi motivasi kendiri (M=4.47, SP = .39).

9.0 Perbincangan

9.1 Tahap Kecerdasan Emosi Guru Pendidikan Khas Integrasi

Berdasarkan hasil penganlisisan data secara keseluruhan, tahap kecerdasan
emosi Guru Pendidikan Khas Integrasi berada pada tahap yang agak tinggi
dengan nilai min 4.59. Manakala nilai min bagi setiap dimensi pula ialah 4.72 (agak
tinggi) bagi dimensi kesedaran kendiri, 4.55 (agak tinggi) bagi dimensi regulasi
kendiri, 4.47 (agak tinggi) bagi dimensi motivasi kendiri dan 4.66 (agak tinggi) juga
bagi dimensi kemahiran sosial diikuti oleh dimensi kesedaran emosi sosial dengan
min 4.56 (agak tinggi).

Dapatan ini menunjukkan bahawa, guru Pendidikan Khas Integrasi di sekolah
rendah Daerah Besut adalah agak tinggi. Secara khususnya, dimensi kesedaran
kendiri mencatatkan nilai min yang tertinggi berbanding dimensi yang lain. Dapatan
ini telah menjelaskan bahawa guru Pendidikan Khas Integrasi ini begitu peka
dalam mengawal emosi yang wujud dalam diri dengan pengawalan perasaan
secara efektif dan tidak memudaratkan individu lain serta diri sendiri. Dapatan ini

137
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad (1999) yang membuktikan
bahawa kegagalan guru dalam pengawalan emosi kendiri akan menghasilkan
tekanan yang cukup hebat di dalam diri mereka. Sunbul (2003) juga menyokong
dengan menyatakan bahawa pelbagai kesan yang negatif akan timbul sekiranya
guru tidak rasional dalam mengawal emosi diri. Kesannya, prestasi kerja akan
menurun dan guru tidak mempunyai keupayaan untuk mendorong pelajar untuk
terus berjaya di dalam setiap bidang yang diceburi (Minhat et.al, 2012).

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dimensi motivasi kendiri mencatatkan skor
min yang paling rendah berbandig dimensi yang lain. Ini menunjukkan bahawa
motivasi kendiri guru masih perlu dipertingkatkan kerana ia turut menyumbang
kepada tahap kecerdasan emosi yang baik. Kajian yang dijalankan oleh Fletcher
(2007) juga turut menjelaskan bahawa kecerdasan emosi merupakan elemen yang
amat penting dalam membantu guru mengawal emosi kendiri yangakhirnya akan
menghasilkan keupayaan untuk memotivasikan diri dan bertahan dalam setiap
cabaran yang diterima.

Dimensi kemahiran sosial turut menyumbang kepada nilai min yang tinggi kepada
tahap kecerdasan emosi. Ini dapat dilihat dari aspek pengaruh, komunikasi,
kepimpinan serta peranan guru sebagai pemangkin perubahan. Hal ini disokong
oleh hasil kajian yang dikemukakan oleh Idris et.al (2008) yang menyatakan
bahawa guru teknikal menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan pelajar.
Kemahiran komunikasi dan sosial ini merupakan domain kecerdasan emosi yang
membantu seseorang individu untuk mengenalpasti masalah orang lain dan
seterusnya mewujudkan suasana yang kondusif untuk komunikasi berkesan.
Selain itu, Nazir (2006) menyatakan bahawa guru yang berjaya adalah guru yang
mempunyai kemahiran sosial yang baik serta berkemampuan untuk
menyampaikan sesuatu idea dengan berkesan. Hasil kajian daripada Mohd dan
Hassan (2002) pula menyokong bahawa gaya komunikasi dipengaruhi oleh emosi
dan komunikasi yang berkesan. Oleh itu, masalah komunikasi perlu diambil kira
dalam menilai tahap kecerdasan emosi seseorang pendidik.

138
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

9.2 Implikasi Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi
kecerdasan emosi memainkan peranan yang penting menentukan tahap
kecerdsan emosi seseorang guru. Ini melibatkan bagaimana keupayaan guru
dalam mengawal emosi sendiri, memberikan motivasi kepada pelajar serta mampu
membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran bergelar pendidik pada
zaman millennium ini. Sehubungan dengan itu, dimensi kesedaran kendiri,
regulasi kendiri, motivasi kendiri, kesedaran emosi sosial serta kemahiran sosial
harus dilihat sebagai elemen yang penting dalam merancang sesuatu program
bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi seseorang guru.

Dapatan ini juga dilihat dapat menyumbang kepada percambahan ilmu dalam
melahirkan guru Pendidikan Khas Integrasi yang lebih kreatif dalam menarik minat
murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran di sekolah walaupun
mempunyai banyak cabaran yang mungkin akan merendahkan motivasi para guru.

9.3 Cadangan Kajian Akan Datang

Cadangan-cadangan kajian dikemukakan dari aspek dapatan kajian terhadap isu-
isu kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas Integrasi. Kajian ini telah mendapati
bahawa tahap kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas berada pada tahap yang
agak tinggi. Kecerdasan emosi adalah bersifat subjektif dan merupakan suatu
komponen dalaman yang sukar ditafsirkan. Justeru, konstruk kecerdasan emosi
ini dapat dipertingkatkan lagi melalui proses percambahan ilmu seperti seminar,
latihan dan kursus yang terarah kepada pemantapan kecerdasan emosi guru.
Maka, dicadangkan agar pelbagai program latihan dan perkembangan
profesionalisme diadakan di peringkat Kementerian untuk pembinaan kecerdasan
emosi yang selari dengan cabaran dunia pendidikan semasa.

Kajian ini turut memfokuskan kepada tahap kecerdasan emosi yang turut
dipengaruhi oleh faktor demografi seperti jantina, umur serta pengalaman kerja.
Secara keseluruhannya, faktor demografi ini turut menyumbang kepada tahap
kecerdasan emosi seseorang guru Pendidikan Khas Integrasi. Pengukuran tahap

139
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kecerdasan emosi guru ini dapat ditambahbaik dengan mengkaji faktor lain seperti
faktor persekitaran dan cabaran semasa dalam menilai tahap kecerdasan emosi
guru. Ini adalah satu percambahan ilmu yang dapat dibangunkan untuk menilai
dan mencari pendekatan yang sesuai untuk memantapkan tahap kecerdsan emosi
seseorang pendidik.
Kajian ini juga dapat diperkembangkan lagi dengan meluaskan populasi kajian
kepada guru Pendidikan Khas Integrasi di sekolah menengah di daerah lain. Ini
adalah bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian dapatan kajian yang dapat
membezakan tahap kecerdasan emosi guru Pendidikan Khas Integrasi di sekolah
rendah dan menengah. Secara tidak langsung, pendekatan dalam pengajaran
akan dapat diperbaiki selari dengan dapatan kajian memandangkan kurikukulum
pendidikan khas sekolah rendah dan menengah adalah berbeza.

140
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rujukan

Amabile. T. (1988). The intrinsic motivation principle of creativity. In B. Staw & L.L.

Cummings (Eds). Research in organizational behavior. Greenwich, CT : JAI Press.

Ambron, S,R. 1981. Child Development. New-York: Holt Rinehart and Winston.
Boyatzis, R.E., Goleman, D., & Hay Group. (1999). Emotional Competence

Inventory – Revised, Boston, MA : Hay Group.

Boyatzis, R.E., Goleman, D., & Rhee, K.S. (2000). Clustering competence in
emotional intelligence. In R. Bar-On & J. D.A. Parker (Eds.), The handbook of
emotional intelligence (pp. 343-362). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

D’Amanto, A& Herzfeldt, R. (2008). Learning orientation, organizational
commitment and talent retention a cross generations. Journal of Managerial
Pychology, 23(8), 929-953.

Dulweicz, V. & Higg. M. (2000). Emotional intelligence: a review and evaluation
study. Journal of Mangerial Psychology 15(4):341-372.

Goleman, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam.

Goleman, D., Boyatzis, R. E., & McKee, A. (2002). Primal Leadership: Realizing
the Power of Emotional Intelligence. Boston: Harvard Business School
Publishing.

Mayer, J.D., Salovey, P. & Caruso, D. (2002). MSCEIT User's Manual. Toronto,
ON: Multi-Health Systems.

Mayer, J.D., Salovey, P., & Caruso, D. (2000). Competing models of emotional
intelligence. Dlm. Sternberg, R.J. (pnyt.). The Handbook of Intelligence. New
York: Cambridge University Press.

Mayer, J.D. & Cobby, D. (2000). Educational policy on emotional intelligence: Does
it make sense. Educational Psychology Review 12(2):163-184.

Mayer, J.D., Caruso, D. & Salovey. (1999). Emotional intelligence meets traditional
standards for an intelligence. Intelligence 27:267 – 298.

Mayer, J.D., Salovey, P. & Caruso, D. (1998). Competing models of emotional
intelligence. Dlm. Sternburg, R.J. (pnyt.). Handbook of Human Intelligence.
Ed. ke-2. New York: Cambridge University Press.

McKee, A., Johnston, F., Mwelwa, E. and Rotondo, S. 2009: Resonant leadership
for results: An emotional and social intelligence program for change in South
Africa and Cambodia. In M. Hughes, H.L. Thompson and J.B. Terrell (eds.).
Handbook for Developing Emotional and Social Intelligence: Best Practices,
Case Studies, and Strategies. San Francisco, CA: Pfeiffer, pp. 49-72.

141
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Nazir, M. and Masrur, R. (2010): An exploration of emotional intelligence of the
students of IIUI in relation to gender, age and academic achievements.
Bulletin of Educational Research, 32(1), pp. 37-51.

Norsidah Mohd Noordin. (2008). Relationship between emotional intelligence,
leadership behaviour and organizational commitment with organizational
rediness for change in Malaysian Institute of Higher Learning. Tesis Phd.
yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

Noriah Mohd. Ishak, Siti Rahayah & Syed Najamuddin Syed Hassan (2003).
Hubungan Antara Faktor Kecerdasan Emosi, Nilai Kerja Dan Prestasi Kerja
di Kalangan Guru Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal Teknologi. 39(E): 75-
82.

Platsidou, M. (2010). The emotional intelligence of Greek special education
teachers in relation to burnout and job satisfaction.School Psychology
International. 31(1). 60- 70.

Rorlinda Yusof. (2009). Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangan
terhadap komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah. Tesis,
penyelidikan Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan UKM.

142
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

PEMAHAMAN AKIDAH DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ
KOMUNITI JELEBU DAN KESANNYA TERHADAP KESALAHAN

SEKSUAL

Norshahira Kamarzaman
Nur Hanim Othman
Kolej Komuniti Jelebu

[email protected]

Abstrak

Akidah yang baik adalah kesan daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang
diperolehi secara formal atau tidak formal. Pada masa kini, kepincangan akidah
timbul dalam masyarakat kita yang sukar dibendung lagi. Penghayatan akidah
islam yang kurang di pengaruhi oleh pelbagai faktor kefahaman pelajar memberi
kesan kepada serta akhlak pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
kefahaman akidah di kalangan pelajar Islam dan kesannya terhadap perlakuan
seksual dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Jelebu. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal
selidik yang diadaptasi daripada borang kaji selidik pengamalan akidah dalam
kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang di bina oleh
Mohd Khairi Bin Shafie sebagai instrument kajian. Responden dalam kajian ini
adalah seramai 98 pelajar muslim yang mengambil Pendidikan Islam 1 yang terdiri
daripada program Sijil Pemprosesan Dan Kualiti Makanan, Sijil Teknologi Elektrik,
Sijil Teknologi Pembinaan dan Sijil Sistem Komputer. Analisis deskriptif akan
digunakan dalam kajian ini bagi menjawab semua persoalan kajian yang
dikemukakan. Dapatan daripada kajian akan dapat memperlihatkan kefahaman
akidah di kalangan pelajar islam dan kesannya terhadap perlakuan seksual dalam
kalangan pelajar Kolej Komuniti Jelebu. Oleh yang demikian, melalui kajian ini
para pensyarah dapat menjadikan panduan untuk melaksanakan program-
program yang melibatkan penghayatan akidah kepada pelajar muslim di Kolej
Komuniti Jelebu.

Katakunci : akidah, Kolej Komuniti Jelebu

143
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pendahuluan

Akidah mengandungi substance batiniah atau kejiwaan serta zahir yang
direalisasikan dalam bentuk kelakuan (Abdul Ghani. 1989: 241). Akidah difahami
sebagai prinsip-prinsip yang ditentukan wahyu untuk mengatur pelakuan,
menetukan hubungan seseorang dengan orang lain sehinggan menccapai
matlamat kewujudan di dunia secara sempurna.

Dari sudut ilmu, akidah ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat
perbuatan, kepercayaan, mengkaji makna dan erti keimanan, keburukan diri,
kewajipan kepada pencipta, hakikat kebahagiaan, penilaian akhlak yang patut
menjadi landasan kepada kehidupan manusia.

Akidah yang benar dan sahih ialah akidah yang berasaskan kepada al-Quran, al-
Sunnah dan Ijma‘. Akidah ini diistilahkan kepada akidah Ahl al-Sunnah Wa al-
Jama‘ah iaitu yang bersumberkan wahyu Ilahi. Akidah ini menjadi asas pegangan
mukmin kerana akidah merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia
seluruhnya. Hasil daripada akidah yang sahih ini, akan melahirkan mukmin yang
benar-benar menghayati akidah dalam ruang lingkup kehidupan mereka. Hal ini
bersesuaian dengan sifat akidah yang merangkumi segala aspek kehidupan
seperti sosial, politik, ekonomi, perundangan, akhlak, muamalah dan sebagainya.

2.0 Penyataan masalah

Keruntuhan akidah masyarakat yang terdiri daripada belia, remaja dan orang
dewasa merupakan suatu yang tidak asing lagi. Masyarakat dunia kini sedang
melalui fenomena ‘kemerosotan moral’ (moral decline) ‘dekadensi moral’ (moral
decadent) dan juga ketidakpastian moral (moral uncertainty). Suasana ini sangat
berkait rapat dengan penjajahan pemikiran dan pendominasian budaya barat
secara berterusan terhadap seluruh warga dunia melalui wahana globalisasi dan
imperialisme budaya (Abd. Rahman Embong, 2002). Corak pemikiran dan budaya
barat ini mengekal dan mengembangkan fahaman sekular yang membuat
pemisahan secara terang-terangan antara agama dan aspek kehidupan yang lain.

144
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Perkembangan ini dikatakan menjadi punca kepada keruntuhan dalam aspek
kejiwaan manusia dan keruntuhan nilai yang amat ketara (Osman Bakar, 1997).

Daripada hasil kajian Siti Mariam Samat (2002) ke atas salah sebuah politeknik
mendapati bahawa pihak pengurusan politeknik tersebut telah melakukan
pengawalan yang tinggi bagi menangani masalah sosial, namun masalah sosial
ini tetap berterusan walaupun ia tidak kritikal atas faktor-faktor di luar kawalan
pihak pengurusan. Sikap sebahagian pihak pentadbiran institusi-institusi
pendidikan dan juga pengajar-pengajar yang hanya mementingkan kepada
kecemerlangan akademik semata-mata haruslah diperbetulkan di mana aspek
pembangunan insan dan penerapan nilai harus diberikan perhatian yang
menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah tinggi.
Sehubungan itu, dalam kajian Ab. Halim Tamuri (2000) mendapati bahawa masih
ramai guru yang tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung.

Di sini dikuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Asmahan berkenaan
pengamalan ajaran Islam difokuskan dalam aspek akidah, ibadah dan akhlak.
Hasil kajian beliau mendapati tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan
responden kajian berada pada tahap yang tinggi bagi setiap aspek yang dikaji.

Sehubungan itu, timbul persoalan sejauhmanakah pula kefahaman akidah di
kalangan pelajar Kolej Komuniti Jelebu dan kesannya terhadap perlakuan seksual.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif tersebut:
3.1 Untuk mengenalpasti tahap kefahaman akidah serta kesannya
terhadap kesalahan seksual dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti
Jelebu.
3.2 Untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar Kolej Komuniti
Jelebu melakukan kesalahan seksual.

145
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.0 Persoalan Kajian

4.1 Bagaimanakah tahap kefahaman pelajar Kolej Komuniti Jelebu dan
kesannya terhadap kesalahan seksual?

4.2 Apakah faktor yang mendorong pelajar Kolej Komuniti Jelebu
melakukan kesalahan seksual?

5.0 Skop Kajian

Skop kajian adalah terdiri daripada semua pelajar beragama Islam yang
mengambil subjek Pendidikan Islam 1 di Kolej Komuniti Jelebu.

6.0 Kajian Literatur

Pengertian akidah

Akidah berasal dari perkataan arab aqada bererti simpulan atau ikatan. Manakala
menurut Ibnu Manzur, ikatan dan simpulan tersebut memberi maksud perjanjian.
Perkataan aqada disebut tujuh kali dalam al-Quran daripada kata dasar aqada.

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman tepatilah janji kamu”
Surah al-Maidah (5):1

Akidah menurut istilah ialah perkara yang dibenarkan di dalam jiwa dan ditetapkan
di dalam hati dengan yakin bahawa pegangan itu benar dan tidak ada keraguan
padanya. Jelas di sini bahawa akidah merujuk kepada keputusan yang keluar dari
hati nurani seorang tanpa syak dan ragu. Keimanan yang teguh dijadikan ikutan
untuk menentukan halatuju manusia.

Permasalahan penghayatan akidah dalam kalangan pelajar telah dibincangkan
oleh Yahya (2004) yang melihat penglibatan golongan remaja dalam aktiviti black

146
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

metal boleh merosakkan akidah. Gejala black metal sering dikaitkan dengan aliran
muzik liar, brutal dan songsang serta mengandungi pemujaan syaitan yang
berupaya memesongkan akidah dan menjerumuskan golongan remaja ke lembah
keruntuhan akhlak yang serius (Hazman. 2011:16, Ridhuan Tee. 2009: 72, Yahya.
2004;22 dan Wan Noor Afizatun.2003: 25). Kumpulan ini sering melakukan aktiviti
yang memperlekehkan akidah Islam seperti menghina Rasulullah s.a.w. (Hazman.
2011: 8) serta memijak dan membakar al-Quran al-Karim (Yahya. 2004:30). Selain
itu, ahli kumpulan black metal juga sering dikatakan terlibat dengan kegiatan
negatif lain seperti melakukan hubungan seks bebas, meminum arak, menghisap
dadah, penyalahgunaan pil khayal serta mengamalkan cara hidup yang
bertentangan dengan norma masyarakat (Yahya 2004:9).

Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan
seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur
hidupnya (Fathi Yakan.1992: 56). Malah akidah menjadi asas sesuatu amalan
diterima oleh Allah SWT serta membentuk diri manusia menjadi mukmin dan
muslim (Haji Said: 1996: 34). Akidah ini tidak akan berubah kerana pergantian
zaman atau tempat atau kerana perbezaan golongan atau masyarakat (Sayid
Sabiq. 1978: 67). Akidah yang sahih ialah i’tikad, kepercayaan yang pasti dan
tetap dalam hati seseorang yang tertakluk di bawahnya enam perkara yang
dikenali sebagai Rukun Iman (Zakaria Stap.1999: 23). Menurut Haji Said (2000),
yang sahih ini menjadi asas agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-
Sunnah, di mana amal ibadat seseorang itu hanya sah dan diterima Allah jika
terbit dari yang sahih. Penekanan yang kuat terhadap kedudukan tauhid ini
bertujuan mengembangkan intelek dan keupayaan fizikal manusia dan
memerdekakannya supaya dia boleh menemui kebenaran serta
menggunakannya menurut maksud kejadian asalnya (Wan Mohd Nor Wan
Daud: 1994: 20). Sayid Sabiq (1978) mengatakan bahawa akidah ini
merupakan roh bagi setiap orang yang mana dengan berpegang teguh
kepadanya ia akan hidup dalam keadaan baik dan mengembirakan. Sebaliknya
jika ditinggalkan akan mematikan semangat kerohanian manusia. Malah dengan
itu barulah mereka mampu menampilkan contoh tauladan yang sempurna
kepada umat-umat lain dan sesuai dijadikan sebagai pedoman dan ikutan yang
baik (Yusuf al-Qardhawi. 1996: 56). Kajian tentang Uluhiyyah dalam aliran

147
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Asya’irah telah dilakukan oleh Mohd Fauzi (2002). Hasil kajiannya mengenai
mengenai peranan akidah dalam perancangan pembangunan ummah mendapati
akidah adalah aset yang paling penting dalam mencorakkan kegiatan hidup
manusia. Akidah mesti dijadikan teras kepada seluruh pembangunan negara
dalam semua keadaan. Penerapan nilai-nilai akidah khususnya melalui institusi
pendidikan mampu mendidikan generasi muda ke arah cara dan corak hidup yang
jelas dan bersepadu. Zakaria (2005) telah menjalankan kajian mengenai
kefahaman terhadap keimanan kepada Allah dan amalan harian murid, kajian
kes di Perak. Tujuan kajiannya adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
kefahaman tentang keimanan kepada Allah terhadap amalan murid seharian.
Hasil kajian mendapati bahawa hubungan antara kefahaman terhadap
keimanan kepada Allah dengan wajid adalah sederhana manakala amalan
sunat dan amalan meninggalkan larangan Allah adalah berada pada tahap
yang lemah.

Akidah dan hubungannya dengan Akhlak

Kemelut moral masyarakat kita hari ini adalah berpunca daripada krisis pegangan
akidah atau keimanan. Permasalahan akidah yang tidak selesai dalam keyakinan
diri sebahagian para muslim tertentu telah menyebabkan terlambaknya perlakuan
akhlak negatif seperti ponteng sekolah, vandalisme, gengsterisme, lumba haram,
perzinaan dan banyak lagi. Mereka kelihatan tidak gerun terhadap ancaman
seksaan hidup di akhirat dan tidak pula mereka tertarik dengan tawaran hidup di
syurga. Bukan itu sahaja, jenayah keagamaan dilakukan secara sewenang-
wenangnya oleh masyarakat Islam bagaikan Malaikat Raqib dan Atid sudah
bersara daripada tugas mereka. Ini semua menunjukkan kesan positif
kepercayaan kepada rukun iman yang sepatutnya menjadi tunjang kehidupan
mereka tidak menjadi kenyataan dalam kehidupan harian kalangan tertentu umat
Islam khususnya mereka yang terlibatnya dengan jenayah.

Iman dan akhlak merupakan dua perkara penting yang perlu kita fahami sebagai
seorang muslim. Kepentingan memahami kedua-duanya bukan sahaja dari sudut
agama, malahan penting juga dari segi usaha manusia ingin mencapai kehidupan
yang bahagia yang menjadi matlamat semua manusia. Firman Allah s.w.t :

148
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

‘Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan..’(Surah al-
Nahl (16) : 97).

Tunjang agama Islam itu terdiri daripada akidah dan syariah. Dengan kata lain,
akidah maknanya keimanan dan syariah ialah amal perbuatan iaitu akhlak. Ini
dibuktikan dengan hadith yang bermaksud Sesungguhnya iman itu ialah amal.
Berdasarkan hadis ini, hubungan antara iman dan amal sebenarnya sangat
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Amal atau akhlak itu adalah manifestasi
daripada keimanan dan seorang muslim yang hanya mempunyai iman tetapi tidak
melakukan amalan berprinsipkan Islam tidak akan sempurna keislamannya dan
demikian sebaliknya. Menurut ahli tafsir bahawa iman dan amal (akhlak) disebut
bersama sebanyak 730 kali (Tariq Muiz Muhammad. 2001:24).

Kesimpulannya iman dan akhlak saling sempurna dan menyempurnakan antara
satu sama lain. Pengasingan dua bidang tersebut merupakan jenayah besar
kepada hakikat Islam sebagai agama Allah menurut pengertiannya yang
diistilahkan menurut al-Quran tentunya pada aspek dan penyerahan diri kepada
Allah.

Akidah dan hubungannya dengan akhlak

Tujuan kajian ini adalah melihat sejauhmana permasalahan akidah pelajar hari ini
mempunyai hubungannya dengan akhlak. Kertas ini bertujuan memberi maklumat
realiti sebenar penghayatan pelajar terhadap pengertian dan tuntutan akidah
Islam.

149
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Sample kajian

Kajian ini dijalankan kepada semua pelajar Kolej Komuntiti Jelebu yang beragama
Islam. Bilangan responden seramai 98 orang responden yang mengambil subjek
pendidikan Islam 1.

Berikut dinyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh penulis:

Pemahaman akidah Tahu Tidak Jumlah
tahu
Kefahaman maksud akidah 95 (96.6%) 3 (3.1%) 98
98 (100%) 98
Pengetahuan tentang rukun iman 98 (100%) - 98
97 (99%) - 98
Pengetahuan tentang rukun islam 97 (99%) 1 (1%) 98
97 (99%) 1 (1%)
Pemahaman anda tentang solat – niat
97 (99%) 1 (1%) 98
Pemahaman anda tentang solat – sujud
Pemahaman anda tentang solat – 98 (100%) 1 (1%) 98
takbiratul ihram
Pemahaman anda tentang solat – tahiyat - 98
awal
Kesan akidah dapat membentuk akhlak
yang baik

Berdasarkan rajah di atas, seramai 3 orang pelajar tidak tahu maksud akidah
manakala 95 orang pelajar yang menjawab tahu. Seterusnya dapatan
menunjukkan pengetahuan pelajar tentang rukun Iman dengan bilangan kesemua
pelajar iaitu 98 orang menjawab tahu tentang rukun Iman dan rukun Islam.
Seterusnya penulis turut menguji sejauhmana kefahaman pelajar terhadap
perkara rukun dan sunat solat iaitu niat, duduk tahiyat awal, sujud dan takbiratul
ihram. Penulis memilih item- item tersebut kerana niat, tahiyat awal, sujud dan lain-
lain merupakan perkara yang paling mudah dan perkara asas dalam menunaikan
solat. Hasil kajian mendapati 99% mengetahui tentang rukun dan sunat solat.
Hanya 1% sahaja yang tidak tahu membezakan rukun dan sunat solat. Hasil
dapatan 1% sahaja yang tidak mengetahui niat menyatakan bahawa niat adalah
sunat di dalam solat. Perbuatan sujud pula, jawapan pelajar yang mewakili 1%
mengatakan sujud sebagai sunat solat dan 1% yang tidak mengetahui bahawa

150
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

takbiratul ihram adalah rukun solat. Akhir sekali, bagi pemahaman pelajar terhadap
tahiyat awal 1% yang mewakili tidak tahu, menyatakan bahawa tahiyat awal ialah
rukun di dalam solat. Seterusnya, dapatan menunjukkan peratusan 100% dengan
jumlah 98 orang mengetahui bahawa kefahaman akidah dapat membentuk akhlak
yang baik dalam diri pelajar.

Kesimpulannya, ini menunjukkan pelajar-pelajar ini mengetahui bahawa
pemahaman akidah yang betul dan baik secara tidak langsung dapat membentuk
peribadi dan akhlak yang baik dalam diri mereka. Pelajar-pelajar juga tahu perkara
rukun dan perkara sunat dalam solat dengan baik tetapi dari segi kesedaran untuk
melakukan solat masih belum mencapai tahap yang memusakan. Ini dikuatkan lagi
berdasarkan pengalaman penulis apabila penulis mengadakan ujian amali
terhadap beberapa orang pelajar yang menyatakan mereka tahu tentang solat
tetapi mereka sengaja tidak melakukan solat dengan alasan bangun lewat pagi
terutama solat waktu subuh (Ujian lisan. 13/3/2019). Tambahan lagi, melalui ujian
lisan yang dilakukan oleh penulis mendapati pelajar-pelajar masih tidak fasih dan
sempurna dalam bacaan solat (Ujian lisan. 21/3/2019). Ada dari kalangan mereka
yang tergagap-gagap dari segi bacaan qunut dan bacaan fatihah yang tidak betul
tajwidnya. Bayangkan sekiranya pelajar masih tidak betul bacaan di dalam solat
mereka dan masih ada yang sengaja meninggalkan solat yang wajib sedangkan
mereka tahu dan sedar tentang kewajipan mereka sebagai hamba Allah, ini secara
tidak langsung akan memberikan kesan kepada peribadi mereka dan sekaligus
akan memberikan kesan yang tidak baik ke dalam akhlak dan sahsiah mereka.
Apabila solat tidak sah, mereka dengan automatiknya dikira tidak menunaikan
solat walaupun pada zahirnya mereka menunaikan solat.

151
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Masalah sosial (perlakuan seksual)
Berikut dinyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap aktiviti seks.

Masalah Pernah Tidak Jumlah
pernah 98
Membuat hubungan seks 4(4.1%) 94(95.9%) 98
98
Melihat sumber lucah 53(53.6%) 45(46.4%)

Membuat hubungan “ringan” bersama 28(28.9%) 70 (71.1%)
pasangan

Analisa rajah 2 menunjukkan 94 orang dengan peratusan 95.9% pelajar tidak
pernah membuat hubungan seks manakala 4 orang dengan peratusan 4.1%
pelajar pernah melakukan hubungan seks.

Walaupun 94 orang pelajar tidak pernah melakukan hubungan seks, namun 53
orang pelajar dengan peratusan 53.6% pelajar pernah melihat sumber bahan
lucah. Hanya 45 orang dengan peratusan 46.4% pelajar yang tidak pernah melihat
sebarang sumber bahan lucah.

Pelajar yang pernah melakukan hubungan ringan seperti berpelukan,
berpegangan tangan, bercium dan lain-lain seramai 70 orang dengan peratusan
71.1% pelajar tidak pernah melakukannya manakala 28 orang pelajar dengan
peratusan 28.9% pernah melakukannya.

Faktor terlibat dengan aktiviti seks Bilangan Peratusan
Perkara 73 73.7%
75 75.8%
Pengaruh rakan 45 45.5%
Pengaruh media massa 33 33.3%
Kehendak sendiri/ingin mencuba 46 46.5%
Paksaan teman lelaki/wanita 46 46.5%
Ibu bapa tidak ambil tahu & jahil agama 25 25%
Selalu menonton bahan lucah 6 6.1%
Tidak tahu kegiatan seks salah di sisi agama
Benci agama yang dianuti

152
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Setelah penulis memaparkan penglibatan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat seperti di atas, pastinya kita akan tertanya mengapa mereka melakukan
aktiviti tersebut. Rajah di atas menunjukkan sebab mereka boleh terjebak dengan
kegiatan seks. Sebagaimana kita ketahui jiwa remaja gemar melakukan suatu
perkara yang baru dan mencabar (Che Noraini Hashim. 2005 :19), 45 pelajar
melakukan kegiatan ini kerana pilihan mereka sendiri .

Tiga faktor besar yang menyumbang mereka terjebak dalam kancah maksiat ini
ialah pengaruh rakan (73.3%), pengaruh media massa (75.8%) dan selalu
menonton bahan lucah (46.5%). Diikuti dengan ibu bapa tidak ambil tahu & jahil
agama (46.5%), perlakuan atas kehendak sendiri (45.5%), paksaan pasangan
sendiri (33.3%), tidak tahu perbuatan ini salah di sisi agama (13.1%) dan tanda
protes agama sendiri (6.1%) . Selain itu, pergaulan yang terlalu bebas dan tiada
teguran oleh staff dan rakan- rakan di kolej juga menyumbang serba sedikit kepada
permasalahan ini.

7.0 Kesimpulan

Apa yang dinyatakan di sini, berdasarkan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa
pemahaman akidah pelajar Islam Kolej Komuniti Jelebu pada tahap yang tinggi
tetapi tahap pelaksanaan dari segi tuntutan agama masih pada tahap yang
membimbangkan. Keimanan mereka masih lagi goyah dan jati diri Islam itu masih
lagi seperti lalang ditiup angin jika mereka terdorong pada situasi di mana rakan-
rakan yang mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
baik dan pengaruh media massa. Lantas pihak yang bertanggungjawab perlu
bergerak dari sekarang dalam membendung daripada masalah seksual ini terus
berleluasa. Pemantuan ibu bapa dan guru juga amat penting terutama
penggunaan gadget pada masa kini sangat tidak dapat dibendung. Disamping itu,
budaya hedonisme yang semakin berleluasa dan menjadi-jadi kini disokong pula
dengan media cetak dan media elektronik. Sasaran utamanya ialah remaja.
Bersesuaian dengan jiwa remaja yang sentiasa mahu mencuba perkara yang baru,
lain daripada yang lain dan adakalanya melakukan perkara-perkara mencabar
yang tidak kena pada tempatnya menyebabkan permasalahan salah laku remaja
masih lagi diperkatakan sehingga kini. Justeru, iman yang mantap akan

153
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

menghalang individu itu melakukan sebarang perkara yang boleh merosakkan
agama dan diri mereka. Mereka yang jahil dalam akidah akan binasalah iman dan
amalan mereka dan banyaklah musibah dan dosa yang akan dilakukan kerana
rapuhnya pegangan dalam kehidupan.

Kesedaran pelajar juga amat penting dalam memilih rakan sebaya kerana faktor
pada masa kini amat membimbangkan apabila pelajar mudah terpengaruh dengan
hasutan dan ajakan rakan sebaya untuk melakukan perkara yang boleh
merosakkan diri mereka. Pemahaman dan akidah yang kuat serta berterusan
dalam meningkatkan iman amat penting bagi para pelajar. Ini dikuatkan lagi dalam
penuliasn Mohd Fauzi Hamat yang menayatakan bahawa akidah yang mantap
dapat merangsang serta memotivasikan seseorang muslim untuk melakukan
amalan baik dan mulia dalam hidupnya. Peranan ini membuktikan akidah yang
tersemat kukuh dalam diri individu muslim akan menggerakkan seluruh anggota
untuk menterjemahkan secara praktikal seluruh ajaran Allah yang diyakininya
sebagai benar dan perlu dihayatinya dalam kehidupan. Bersesuaian dengan
firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 24-25 yang bermaksud: “tidakkah kamu
perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik
seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
pohon itu memberikan buahnya manusia supaya mereka selalu ingat”.

Peranan pelajar perlulah mengukuhkan akidah kerana ia membentuk nilai akhlak
dan peribadinya yang mencorak tingkah laku amalan dan perbuatannya samada
pada individu mahupun dalam kalangan masyarakat dan seterusnya dalam
lingkungan yang lebih luas lagi untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah
di muka bumi. Apabila manusia sedar tanggungjawab, mereka tidak akan
melakukan perbuatan yang sia-sia kerana akidah yang mantap telah
menghasilkan kesan natijah yang positif dalam pelakuannya. Orang yang beriman
dengan kewujudan Allah dan sentiasa menyedari perbuatan dan perilaku hidupnya
tidak terlepas daripada nilaian dan timbangan-Nya akan membentuk satu
kesedaran jiwa dalam dirinya. Melalui cara ini, dia akan sentiasa
mempertingkatkan pencapaian akhlak yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Berbeza sekali dengan dasar kepercayaan dan nilai yang bersifat sementara yang
tidak mendorong mereka melakukan amal soleh selaras dengan nilai-nilai akhlak

154
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

yang mulia, sebaliknya mendorong kepada perlakuan yang sesuai dengan
kehendak nafsu yang sentiasa menambahkan rasa kepentingan diri.

Akidah dapat melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan
optimis dalam kehidupan. Kepercayaan muslim tentang wujudnya Tuhan dan alam
barzakh yang bakal ditempuhi selepas meninggalkan dunia ini menjadikannya
sebagai manusai yang berpandangan jauh. Individu akan melakukan amalan
berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima ketentuan hidup
tanpa adanya prasangka buruk terhadap tuhan. Sesuatu tindakan yang dilakukan
adalah berdasarkan keyakinan diri terhadap prinsip-prinsip hidup dan tidak sekali-
kali menyalahkan segala qada’ dan qadar yang berlaku dalam hidupnya.

Ini disokong melalui penulisan Zakaria Stapa, 1999 menyakatakan bahawa akidah
juga dapat menyumbangkan cahaya kepada hati individu muslim seperti yang
dijelaskan dalam ungakapan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a Maksudnya: “Keimanan
itu di dalam hati nampak berupa titik-titik putih; setiap kali bertambah keimanan,
maka titik-titik putih akan bertambah putih. Apabila seorang hamba telah dapat
menyempurnakan keimanannya, maka seluruh hatinya menjadi sangat putih.
Sesungguhnya munafik itu nampak dalam hati berupa titik-titik hitam, setiap kali
bertambah sifat munafik itu, maka titik-titik hitam pun bertambah pula. Apabila
seseorang hamba itu menjadi sempurna sifat munafiknya, maka seluruh hati
menjadi sangat hitam”.

Akidah juga dapat melahirkan masyarakat cintakan ilmu dan menghindari budaya
hendonisme. Kepentingan ilmu merupakan perkara pertama yang Allah tekankan
berdasarkan surah al-‘Alaq. Begitu juga terdapat suruhan Rasullah s.a.w yang
amat menekankan usaha penguasaan ilmu pengetahuan. Ini dikuatkan lagi seperti
dalam penulisan Wan Mohd Nor Wan Daud, Ilmulah yang akan melahirkan
masyarakat bertamadun dan unggul dari segi rohani dan jasmaniah. Dengan ilmu
mencukupilah akan menghindarkan manusia daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak bermoral dan dapat berfikir sebelum mengeluarkan pendapat.

Paparan dan statistik yang diberikan hanya mewakili sebahagian kecil individu
sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar Kolej Komuniti Jelebu. Namun, ini

155
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

hanyalah sebahagian sample yang boleh dijadikan rujukan pihak yang berkaitan
untuk memperbaiki keadaan sebelum bertambah parah lagi. Sekiranya tiada
tindakan dilakukan, anak remaja kita akan semakin hari semakin bertambah
semakin rosak akhlak dan peribadi mereka sekaligus hilanglah rasa malu dalam
diri mereka. Penulis berpendapat pembelajaran berbentuk teori dan dan praktikal
perlu diperkasakan untuk setiap subjek pengajian umum ini bagi menaiktarafkan
mata pelajaran ini yang hanya dikenali sebagai subjek syarat mendapatkan sijil
sahaja. Pelajar seharusnya berupaya mengaplikasikan subjek pengajian umum ini
dalam kehidupan seharian mereka. Penulis juga berharap sample ini sebagai
cabaran kepada bidang-bidang lain untuk membentuk satu kerangka dasar atau
pelan bagi membendung masalah akhlak daripada berterusan.

156
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rujukan

Abdul Ghani bin Shamsuddin (1989), Tajdid Dalam Pendidikan dan Masyarakat,
Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar dan Persatuan Ulama Malaysia.

Abd. Rahman Embong, 2002). Abd. Rahman Embong, 2002. Faktor ideologi politik
dan budaya dalam penutupan minda Melayu Islam.Himpunan kertas kerja isu
dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam. Dewan Bahasa &
Pustaka: Kuala Lumpur.

Ab. Halim Tamuri. “Pengetahuan Akhlak di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah”. University of Birmingham : Tesis Ph.D, 2000.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM:
Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abadi, A’bi al-Tayyib Muhammad Syams Al-Haq Al-'Azim Abadi, 'Awn Al-Ma'bud
Syarh Sunan Abi Dawud ( 1415H/1995M ), Jil. 6, Cetakan Kedua, Beirut: Dar
al-Kutub al-Ma'rifah

Abu ‘Abd Allah bin Muhammad bin Yazid bin Majah (t.t), Sunan Ibn Majah, Kitab
Zuhud, Bab al-Wara‘ wa al-Taqwa, no hadith 4218.

al-Bustami, Fuad Afran (1923), Munjid Tullab, Cet. 22, Beirut : Darul Masyriq

Che Noraini Hashim (2005), “Keruntuhan Akhlak dan Pembangunan Remaja
Masakini: Cabaran Pendidikan Islam di Malaysia”, Prosiding Wacana
Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti Pendidikan, UKM.

Fathi Yakan. 1992. Apa ertinya saya menganut agama Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Ibn Manzur, Imam ( t.t), Lisan al-Arab, Jil. 14, Beirut: Dar Sadir

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1983), al-Fawa´id, cet.4, Beirut: Dar al-Nafai’s

Ibn Manzur (1956), Lisan al-‘Arab, Jilid 10, Beirut: Dar al-Sadir.

Mohd Fauzi Hamat (Dr) (2002), “Peranan Akidah Dalam Perancangan
PembangunanUmmah: Satu Analisis Dalam Konteks Masyarakat Kini”,
Jurnal Usuluddin, Bil. 16, Disember 2002 (Mohd Fauzi Hamat. 2002:29).

Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Abd al-Qadir al-Razi (1981), Mukhtar al-Sihah,
Beirut: Dar al-Fikr.

157
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Mohd Fauzi Hamat. 2002. Peranan akidah dalam pembangunan ummah satu
analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal usuluddin. Disember 2002
(bil.16).

Osman Bakar (1997), Pembinaan Semula Tamadun Islam: Strategi Ke Arah
Mengembalikan Kegemilangan Umat Islam dalam Bidang Sains dan
Teknologi. Dlm. Kecemerlangan Tamadun Islam dalam Menghadapi Cabaran
Abad Ke- 15 Hijrah/21 Masihi, Shah Alam: Institut Teknologi Mara.

Siti Mariam Samat. “Tahap Pengawalan Pihak Pengurusan Politeknik di Dalam
Mengurangkan Gejala Sosial di Kalangan Pelajar”. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia: Tesis Sarjana, 2002.

Sunan al-Turmudhi, Kitab al-‘ilm ‘an Rasul Allah, Bab Ma Ja a’ Fi Fadl al-Fiqh ‘ala
al-‘ibadah, no hadith 2606.

Sunan al-Turmudhi, Kitab al-Bir Wa al-Silah ‘an Rasululullah, Bab Ma ja a’ fi al-
Nasihah., no. hadith 1849 dan 1885.

Sayid Sabiq. 1978. Akidah Islam. Terj. Moh Abdai Rathomy. Bandung: Diponegro
Said Haji Ibrahim, (1995), ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Kuala Lumpur:

Dar al-Ma‘rifah
Sahih Bukhari, Kitab al-Muzlim wa al-Ghadab, Bab La Yazlimu al-Muslim al-Muslim

Wala Yusallimuhu, no.hadith 2262.
Toriq Muiz Muhammad (2001), Hubungan Hakikat Diri dan Dua Kalimah

Syahadah, cet. 1, Kuala Lumpur: Usnie Sdn. Bhd .
Wan Mohd Nor Wan Daud.1994. Konsep Ilmu dalam Islam. Terjemahan Rosnani

Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusuf al-Qardhawi. 1996. Membangun ummah satu kenyataan bukan khayalan.

Terjemahan Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves: Thinkers Library Sdn.
Bhd.

158
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

POLA KECERDASAN PELBAGAI DI KALANGAN PELAJAR
SEMESTER 1 DI KOLEJ KOMUNITI JELEBU

Sharifah Juliana Binti Yaakub
Mardhiah Binti Shari
Kolej Komuniti Jelebu

Abstrak
Pendidikan berasaskan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kini semakin
mendapat perhatian masyarakat dalam menjana tenaga kerja mahir untuk keperluan
industri. Kolej Komuniti di Malaysia adalah salah sebuah institusi yang menawarkan
latihan teknikal dan vokasional kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Mereka ini adalah terdiri daripada golongan pelajar yang lemah dalam bidang
akademik namun boleh digilap kemahirannya dengan menjalankan latihan teknikal.
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti pola Kecerdasan Pelbagai bagi pelajar
semester 1 sesi Julai 2016 yang menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Teknologi
Elektrik dan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan dengan menggunakan instrumen
borang soal selidik. Pola Kecerdasan Pelbagai yang dikaji adalah Kecerdasan Verbal-
Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal,
Intrapersonal dan Naturalis. Hasil dapatan menunjukkan pelajar menunjukkan nilai
min yang terendah pada kecerdasan kinestetik iaitu 2.73. Implikasi kajian
menunjukkan pensyarah modul perlu peka terhadap kecerdasan pelbagai yang
berbeza bagi setiap individu pelajar. Pensyarah disarankan bagi menggunakan
sepenuhnya kemudahan prasarana Kolej Komuniti untuk mencungkil kecerdasan ini
bagi memaksimumkan prestasi pelajar dalam bidang kemahiran. Ini kerana banyak
latihan amali akan dilaksanakan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Kata Kunci: Pola Kecerdasan, Pelajar, Latihan Vokasional

159
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 Pengenalan

Pelajar-pelajar yang menyambungkan pelajaran di Kolej Komuniti Jelebu pada
peringkat sijil akan didedahkan dengan modul-modul yang melibatkan teori dan latihan
amali di sepanjang tempoh pembelajaran mereka di sini. Kebanyakan pelajar tidak
mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan subjek yang dipelajari kerana
latar belakang akademik yang berbeza ketika di sekolah menengah. Pensyarah perlu
mengambil peranan dalam mengetahui kaedah penyampaian yang berkesan ketika
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Ini merupakan strategi B2 di bawah
memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah baik
kebolehpasaran graduan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-
2020. Namun masih ada masyarakat pada masa kini lebih mementingkan gred
berbanding dengan kebolehan ataupun kemahiran seseorang. Mereka yang gagal
dalam peperiksaan awam di peringkat persekolahan ditafsirkan akan mengalami
kegagalan sepanjang hayat (Ibrahim, 2003) di dalam Siti Rahayah Ariffin et. al (2011).
Sejajar dengan keperluan dalam menambah baik kebolehpasaran graduan, tenaga
pengajar tidak boleh menganggap setiap pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam memahami subjek yang di ajar. Menurut Gardner (2005) menerusi Norhafiza
(2011) setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dan kekuatan serta
kelemahan dalam satu-satu bidang tidak boleh meramalkan kekuatan atau kelemahan
dalam bidang yang tertentu bagi seseorang individu.

Sesi pembelajaran yang berkesan menjadi fokus dalam dunia pendidikan hari ini.
Pelajar mudah bosan dan tidak fokus ketika sesi pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Oleh itu, ini akan menyukarkan pensyarah untuk menarik minat pelajar.
Kajian Pengajaran dilaksanakan untuk meninjau keberkesanan Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) yang mana setiap individu
mempunyai kecerdasan pelbagai. Kecerdasan ini perlu dicungkil dan dikenal pasti
dalam setiap pelajar.

160
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

2.0 Pernyataan Masalah Kajian

Latar belakang akademik pelajar di Kolej Komuniti Jelebu terdiri daripada golongan
pelajar yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang lemah. Kelemahan
atau kegagalan dalam peperiksaan yang terdahulu tidak dapat dijadikan satu hipotesis
awal kepada pelajar dalam mempengaruhi masa depan mereka. Setiap modul yang
dipelajari di Kolej Komuniti Jelebu memerlukan pelajar untuk menggunakan
psikomotor dalam latihan amali. Sebagai seorang tenaga pengajar, kepekaan
terhadap potensi dan kebolehan yang ada pada pelajar perlu disesuaikan dengan sesi
pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung (Norazura Tukiran, 2010). Oleh itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kecerdasan pelajar bagi memudahkan
para tenaga pengajar menysesuaikan pembelajaran dan pengajaran terutama ketika
sesi latihan amali dijalankan. Dengan mengetahui pola kecerdasan pelajar, tenaga
pengajar juga boleh menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi.

3.0 Skop Kajian

Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 78 orang pelajar
semester 1 program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) dan Sijil Teknologi
Elektrik (STE) di Kolej Komuniti Jelebu bagi sesi pengajian Julai 2016. Responden
diambil berdasarkan modul subjek yang hampir sama pada semester 1. Pelajar yang
diambil sebagai sampel kajian ini adalah pelajar baharu bagi sesi tersebut dan soal
selidik ditadbir pada minggu ke 2 sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Analisa yang dibuat adalah berdasarkan kepada data yang diambil sepanjang kajian
ke atas sampel kajian berdasarkan borang soal selidik yang diberi.

4.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji pola kecerdasan di kalangan pelajar SKS dan STE
semester 1 bagi Kolej Komuniti Jelebu dalam aspek berikut:

i. Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar.
ii. Mengenal pasti perbezaan kecenderungan kecerdasan pelbagai bagi

kursus pengajian berlainan.

161
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.0 Ulasan Kepustakaan

Charles Spearman menyarankan tentang adanya kecerdasan umum pada awal kurun
20-an. Kecerdasan ini boleh dimiliki oleh seseorang dan diukur melalui pengetahuan
dalam bentuk perbendaharaaan kata yang dikuasai dan kemahiran matematik
merujuk pada Salhah Abdullah (2011).

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) melalui
kajian Poon Chong Khim (2007) menyatakan setiap orang mempunyai satu himpunan
kebolehan, bakat, kecekapan kognitif atau kemahiran mental yang sama dikenali
kecerdasan dan semua orang boleh menggunakan kebolehan tersebut secara
produktif. Teori ini memberi penekanan kepada usaha untuk memajmukkan konsep
tentang kecerdasan dan untuk memperjelaskan bahawa kecerdasan tidak boleh
diukur dengan tepat melalui ujian kertas dan pensil. Terdapat lapan jenis kecerdasan
pelbagai yang diperkenalkan iaitu:

i. Kecerdasan verbal-linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam bentuk lisan
dan tulisan. Menurut Poon Chong Khim (2007) seseorang dengan
kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir
memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan
melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan
menghubungkaitkan.

ii. Kecerdasan logical-matematik
Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, mempunyak
keupayaan logik, menaakul dan bijak berhujah. Kecerdasan ini
menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.

iii. Kecerdasan visual-ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik. Berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan
warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.

162
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

iv. Kecerdasan muzikal
Keupayaan untuk melihat, mengubah dan membezakan antara bentuk
muzik dan mengesan irama dan lagu. Individu yang mempunyai
kecerdasan ini sensitive kepada bunyi seperti suara manusia dan alat
muzik.

v. Kecedasan kinestetik
Kebolehan dan kemahiran untuk mengawal pergerakan badan untuk
menyatakan idea, perasan dan menyelesaikan masalah. Mempunyai minat
pada aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam
aktiviti menggunakan kemahiran motor.

vi. Kecerdasan interpersonal
Kebolehan memahami perasan, motivasi dan tabiat serta memberi maklum
balas yang wajar kepada orang lain. Individu ini boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang
lain.

vii. Kecerdasan intrapersonal
Kebolehan memahami perasan, kelemahan, kekuatan dan potensi diri
sendiri. Individu ini mempunyai keyyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang
kuat dan boleh berdikari.

viii. Naturalis
Kebolehan dan kepekaan terhadap alam sekitar dan perubahannya.

Mendidik para pelajar yang tercicir itu mungkin memerlukan kecenderungan dan
kemahiran dalam domain lain seperti Kecerdasan Visual Ruang, Muzik, Kinestatik,
Interpersonal dan Intrapersonal yang kurang ditegaskan dalam sistem pendidikan. Siti
Rahayah et al. (2004) menyatakan bahawa penekanan dalam pentaksiran tersebut
tidak menjadi kesalahan tetapi sewajarnya diberikan juga penekanan kepada

163
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

kecerdasan lain bagi melahirkan seseorang individu yang berjaya dan mampu
bersaing.

Teknik pengajaran Kecerdasan Pelbagai juga boleh meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar. Sebagai contoh jika pensyarah menggunakan Kecerdasan Kinestetik adalah
dengan mengubahsuai alat dan bahan yang digunakan ketika latihan amali dijalankan.
Ia boleh menarik minat para pelajar disamping mengukuhkan kefahaman para pelajar.

6.0 Metodologi Kajian

Soal selidik merupakan instrumen bagi kajian ini. Soal selidik digunakan kerana ia
mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk di analisis.
(Mohamad Najib, 1999). Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada
responden bagi mendapatkan maklum balas. Satu set borang soal selidik
mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada Bahagian I, dan Bahagian II telah
dibangunkan. Soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik ini adalah soalan
yang memerlukan responden untuk memilih kecenderungan mengikut skala Likert.

Analisa yang dibuat adalah berdasarkan kepada data yang diambil sepanjang kajian
ke atas sampel kajian berdasarkan borang soal selidik yang diberi. Ketepatan data
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pengalaman masa lampau, sikap individu,
dorongan keluarga dan pengetahuan.

Borang soal selidik ini menyentuh 8 aspek Kecerdasan Pelbagai verbal-linguistik,
logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis. Bahagian A mengandungi soalan yang merujuk kepada ciri-ciri demografi
responden. Ia merangkumi jantina dan kursus yang diambil oleh responden. Maklumat
demografi ini bertujuan untuk melihat latar belakang responden dan boleh dijadikan
sebagai maklumat tambahan kajian. Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan
untuk tujuan menganalisa data pada bahagian ini.

Bahagian B pula terdiri dari soalan-soalan yang berkaitan dengan Kecerdasan
Pelbagai Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik,
Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis dengan menggunakan skala Likert.
Menurut Mohd Najib (1999), melalui kaedah skala Likert responden dikehendaki

164
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala,
dari ekstrem kepada ekstrem yang lain. Responden akan diminta untuk memilih
kecenderungan mengikut skala Likert bagi kepentingan elemen-elemen yang diajukan
kepada mereka sama ada sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju, atau
sangat setuju.

Jadual 6.1 : Skala Likert (Mohamed Najib, 1999)

Darjah Persetujuan Skala

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

6.1 Pensampelan dan Responden

Keseluruhannya terdapat 78 orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan responden.
Sebanyak 78 set soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar. Responden
terdiri daripada pelajar semester 1 Sijil Teknologi Elektrik (STE) dan Sijil Sistem
Komputer dan Sokongan (SKS). Pelajar-pelajar ini terlibat secara langsung di dalam
bidang kajian. Responden diambil berdasarkan modul subjek yang hampir sama pada
semester 1

Data ditafsirkan dalam bentuk peratus dan min skor setiap item dalam soal selidik
untuk mengetahui pola Kecerdasan Pelbagai verbal-linguistik, logik-matematik, visual-
ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Data-data yang
diperolehi dianalisa dengan mengunakan SPSS. Antara analisa yang akan dilakukan
meliputi jumlah skor, peratus kekerapan, dan min. Dalam analisa ini, hanya taburan
frekuensi dalam bentuk peratus dan min akan diambil kira. Merujuk kepada objektif
kajian ingin mengenalpasti pola kecerdasan pelbagai pelajar bagi kursus STE dan
SKS.

165
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

7.0 Dapatan Kajian

Kebolehpercayaan soal selidik yang dilaksanakan diproses dengan menggunakan
perisian SPSS. Dapatan Alpha yang diperolehi adalah seperti di Jadual 7.1. Nilai
kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi setiap faktor kecerdasan pelbagai pula
ditunjukkan dalam Jadual 1 adalah antara 0.8 hingga 0.90 iaitu mempunyai
kebolepercayaan tinggi, ini adalah kerana pekali alfa melebihi 0.7 dikatakan
mempunyaikebolepercayaan tinggi (Pallant, 2007).

Jadual 7.1: Statistik Kebolehpercayaan

Cronbach's Alpha

Cronbach's Based on
Alpha
.920 Standardized Items N of Items

.922 80

Analisa kajian menunjukkan nilai min bagi pola Kecerdasan Pelbagai pelajar semester
1 Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan. Jadual 7.2
menunjukkan secara keseluruhan pelajar-pelajar semester 1 Sijil Teknologi Elektrik
dan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan mempunyai skor min tinggi dalam dua faktor
iaitu faktor kecerdasan Intrapersonal (3.1295) dan faktor kecerdasan Interpersonal
(3.2462). Manakala skor min terendah adalah faktor kecerdasan Kinestatik (2.7346).

166
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Jadual 7.2 : Peratus Min 8 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Pelbagai Min

Natural 2.9564
Muzik 3.1060
Matematik 2.9446
Interpersonal 3.2462
Intrapersonal 3.1295
Kinestetik 2.7346
Verbal 3.0564
Visual 2.9648

Jadual 7.3 menunjukkan, skor min pelajar Sijil Teknologi Elektrik adalah lebih baik
berbanding pelajar lelaki hanya dalam dua faktor iaitu faktor kecerdasan Matematik
(3.07) berbanding pelajar Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (2.81). Namun nilai
min Kecerdasan Pelbagai Muzik bagi Sijil Sistem Komputer dan Sokongan lebih tinggi
iaitu (3.17) berbanding pelajar Sijil Teknologi Elektrik dengan nilai min (3.05).

Jadual 7.3 : Perbezaan Min Kecerdasan Pelbagai Bagi Dua Kursus Yang
Berlainan.

Kursus

Kecerdasan Sijil Sistem
Pelbagai
Sijil Teknologi Komputer dan
Natural
Muzik Elektrik Sokongan
Matematik
Interpersonal Mean Mean
Intrapersonal
Kinestetik 2.99 2.92
Verbal
Visual 3.05 3.17

3.07 2.81
3.26 3.23

3.13 3.12

2.86 2.59
3.10 3.00

2.99 2.94

167
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Merujuk kepada dapatan kajian, pola kecerdasan kinestetik merekodkan nilai yang
terendah bagi pelajar kursus Sijil Sistem Komputer dan Sokongan dan Sijil Teknologi
Elektrik. Sepertimana yang diketahui Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan dan
kemahiran untuk mengawal pergerakan badan untuk menyatakan idea, perasan dan
menyelesaikan masalah. Mempunyai minat pada aktiviti fizikal seperti menari,
bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama
dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan Kinestetik ini
perlu bagi pelajar ketika sesi latihan amali dijalankan di dalam kelas. Oleh itu,
pensyarah bagi semester 1 Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Sistem Komputer dan
Sokongan perlu peka tentang teknik pengajaran yang sesuai digunakan untuk
menarik minat pelajar dalam menjalankan latihan amali ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran. Ini sekaligus akan menggalakkan penghasilan inovasi dan penyelidikan
baru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

Kesimpulan

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji mendapati pelajar yang menyambung pelajaran
ke Kolej Komuniti perlu ditingkatkan kecerdasan kinestik bagi mencapai perancangan
untuk mencapai 100% tenaga kerja mahir bagi tahun 2050. Usaha pensyarah dalam
merancang pengajaran yang baik agar tidak ada pelajar yang tercicir. Kepelbagaian
Kecerdasan yang dominan dalam satu kelas yang sama menjadi satu cabaran kepada
pensyarah. Dalam masa yang sama potensi setiap pelajar yang telah dikenalpasti
dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu pembelajaran mereka bagi
mengarusperdanakan pendidikan vokasional.

168
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Rujukan

Armstrong, T. (2009). Multiple Intelligences In The Classroom (3rd Ed). Alexandria,
VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences: The Theory in Practice, New York: Basic
Books.

Gardner, H. (1999). Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for the 21st Century.
New York: Basic Books.

Gardner, H., Kornhaber, M., & Wake, W. (1996). Intelligence: Multiple
perspectives.Fort Worth, TX: Harcourt Brace.

Spearman, C. ( 1904). General Intelligence : Objectively Determined and Measured.
American Journal of Psychology, 15, 201-293

Poon Ching Khim (2007). Pola Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan Pelajar Pintar.
Universiti Teknologi Malaysia.

Azizah Sarkowi, Suhailah Shariff, Siti Balkeh (2015), Kecerdasan Pelbagai Murid
Prasekolah :Jenis Kecerdasan Dominan Dan Perbezaan Kecerdasan Antara
Jantina

Siti Rahayah Ariffin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim
Mohamed Zin. (2004). Analisis kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) di
kalangan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Jurnal Teknologi
41: 33-42.

Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Abdul Ghaffur Ahmad, Rosadah
Majid,Norshidah Salleh & Rohaty Mohd. Majzub. (2005). Manual penggunaan
Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA). Laporan
penyelidikan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti
Kebangsaan Malaysia: 35-55.

Siti Rahayah Ariffin. Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin, Nik Noralhuda Nik Mohamed,
(2011). Faktor Kecerdasan Pelbagai dalam Pembetukan Profil Remaja.

Kamariah Abdul Rahim, Siti Raihanni Selamat (2014) Penerapan Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam Pengajaran Jenis-jenis Ayat.

Salhah Abdullah. (2009) Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dan Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). ―Penyelidikan Pendidikan.‖ Edisi Pertama. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). ―Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.‖
Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

169
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi (2010).
– Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar di
dalam Kelas. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salhah Abdullah, Amin Al-Hadi Shafie (2011). – Kecerdasan dan Kaedah
Peningkatannya. Universiti Sains Islam Malaysia.

Norhafiza Binti Nasiron (2011). – Pola Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar
Fizik Berpencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di Daerah Kulai. Universiti
Teknologi Malaysia.

170
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

PENERIMAAN PENGGUNA TERHADAP PRODUK SEJUK BEKU
BERDASARKAN KAEDAH PEMBAKARAN MIKROWAVE YANG

DICADANGKAN

Sharifah Norakhil binti Syed Loed
Kolej Komuniti Jelebu, Kementerian Pendidikan Malaysia

Email : [email protected]

Abstrak
Penggunaan pemanas gelombang mikro ke atas makanan sejuk beku sangat
banyak digunakan oleh pengguna pada hari ini. Ini kerana apabila pemanas
gelombang mikro digunakan sebagai kaedah pengeringan akhir, masa
pemprosesan juga telah dikurangkan. Penilaian sensori adalah satu disiplin ilmu
yang digunakan untuk mengukur dan menganalisis tindak balas ciri-ciri sesuatu
produk dan bahan apabila dinilai menggunakan deria bau, rasa, sentuh dan
dengar. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan ketuhar
gelombang mikro terhadap produk makanan sejuk beku berdasarkan teknik
pembakaran yang dicadangkan seterusnya melihat penerimaan pengguna melalui
penilaian sesosi yang dijalankan. Daripada kajian yang dijalankan, pelabelan pada
pembungkusan produk menunjukkan terdapat kesilapan pada kaedah pemasan
yang disyorkan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Produk perlu dilakukan
penambahbaikan kaedah pemanasan supaya ciri-ciri produk menepati kehendak
pengguna. Melalui ujian penilaan sensori terdapat perbezaanyang signifikan
(p<0.05) terhadap penerimaan warna pada sampel B. Manakala penerimaan ahli
panel bagi atribut, aroma, off flavour dan penerimaan keseluruhna tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05). Didapati panel lebih cenderung
memilih sampel B dan sampel E yang kaedah pemanasannya diubahsuai
sepenuhnya.

Kata Kunci: Penggunaan microwave; penilaian sensori; ujian diskriptif; ujian
hedonik

171
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

1.0 PENGENALAN

Pemanasan gelombang mikro berlaku disebabkan oleh kesan polarisasi
gelombang elektromagnet pada frekuensi di antara 300 MHz ( λ =1m) dan 300
GHz (λ =1mm) (Decareau, 1985). Produk teknologi radar ini telah mula
dibangunkan semasa Perang Dunia II, namun kini pemanasan menggunakan
gelombang mikro telah digunakan hampir 92% daripada rumah-rumah di Amerika
Syarikat (Giese,1992). Pemanasan gelombang mikro juga mendapat tempat
dalam industri makanan, termasuk makanan sejuk beku yang digunakan untuk
pemprosesan selanjutnya, pemprosesan pra-memasak daging, dan proses
pengeringan akhir produk pasta.

Penilaian sensori adalah satu disiplin sains yang digunakan untuk
merangsang, mengukur, menganalisis dan menginterpretasi tindak balas ciri-ciri
sesuatu produk dan bahan-bahan apabila dinilai oleh deria lihat, bau, rasa, sentuh
dan dengar. Penilaian sensori juga meliputi analisis dan interpretasi respons oleh
pakar sensori yang menghubungkan antara dunia dalaman perkembangan hasil
produk dan pemasaran (Aminah, 2000). Kelebihan utama penilaian sensori adalah
mengukur kualiti sesuatu produk sebagaimana yang dilihat oleh pengguna (Ryan,
2005). Kebanyakan ciri-ciri luaran dan dalaman sampel produk sejuk beku tidak
dapat diukur dengan peralatan dan hanya dapat dinilai secara kaedah penilaian
sensori.

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan ketuhar gelombang
mikro terhadap produk makanan sejuk beku berdasarkan kaedah pembakaran
yang dicadangkan pada label pembungkusan produk serta menambah baik
kaedah penggunaan ketuhar gelombang mikro mengikut kesesuaian produk
makanan sejukbeku. Seterusnya produk sejukbeku itu dinilai secara penilaian
sensori dengan kaedah analisis diskriptif kuantitatif dan kaedah efektif iaitu
hedonik.

172
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

2.0 ULASAN PERPUSTAKAAN

2.1 Ketuhar Gelombang Mikro

Ketuhar gelombang mikro seperti Rajah 2.1 mempunyai gelombang mikro yang
dihasilkan dalam magnetron ke dalam ruang memasak. Ketuhar yang berbentuk
kuboid ini mempunyai ruang dinding logam dan bertindak sebagai sangkar
Faraday. Pintu depan ketuhar diperbuat daripada kaca dan kawasan cahaya
mentol kedua-duanya dilindungi oleh logam. Kebanyakan ketuhar gelombang
mikro akan memasak makanan melalui putaran turntable (Vollmer, 2004).

Rajah 2.1 : Gambarajah skema ketuhar gelombang mikro
Sumber : Vollmer (2004)

2.2 Proses Pemanasan Ketuhar Gelombang Mikro

Ketika proses pemanasan menggunakan ketuhar gelombang mikro, kualiti
produk merupakan perkara penting yang menjadi perhatian pengguna.
Pemanasan dan pengeringan bahan makanan yang menggunakan ketuhar
gelombang mikro menyebabkan terdapat tindak balas kimia terhadap makanan.
Tindak balas ini menyebabkan kemusnahan vitamin, pengoksidaan lipid, tindak
balas pemerangan dan sebarang mekanisme yang dipengaruhi faktor-faktor lain
seperti kepekatan, suhu dan aktiviti air (Aw) (Bruin & Luyben, 1980).

Pada kebiasaannya, adalah tidak ekonomi untuk menggunakan ketuhar
gelombang mikro untuk menggantikan kaedah pengeringan konvensional untuk
proses pengeringan yang lengkap. Bagaimanapun menurut Tang et al. (1998),

173
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

proses pengeringan menggunakan ketuhar gelombang mikro mempunyai
kelebihan utama dalam mempercepatkan pengeringan di takat akhir produk
manakala pengeringan konvensional menjadi kurang berkesan dan mengambil
masa yang lama akibat pengurangan haba dan pemindahan kelembapan. Proses
pengeringan paling berkesan adalah pengeringan produk pasta di mana pasta
akan kering dengan kelembapan kira-kira 13%. Apabila udara panas digunakan,
lapisan permukaan yang keras akan terbentuk akibat kehilangan kelembapan.
Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan kadar penyebaran kelembapan secara
mendadak dan melambatkan proses pengeringan, tetapi juga menyebabkan
keretakan pada produk makanan akibat suhu yang tinggi.

Menurut Tang et al. (1998), masalah keretakan pada produk boleh diatasi
dengan menggunakan proses pengeringan yang perlahan iaitu pada suhu yang
rendah dan kelembapan yang tinggi. Proses pengeringan ini mengambil masa
yang lama. Namun begitu dengan pengunaan ketuhar gelombang mikro,
gelombang mikro akan berinteraksi secara langsung dengan kelembapan dalam
teras pasta seterusnya menyediakan kecerunan positif bagi kelembapan untuk
berhijrah ke arah permukaan di mana sekaligus mengurangkan masa pengeringan
dengan signifikan.

Apabila gelombang mikro digunakan sebagai kaedah pengeringan akhir,
masa pemprosesan juga telah dikurangkan (Microdry 1998). Proses ini
menyebabkan penjimatan tenaga 20 hingga 25% dan produk akhir mempunyai
warna dan tekstur yang lebih baik dan 15 kali lebih kurang bakteria berbanding
produk dari kaedah konvensional (Decareau, 1995).

2.3 Penilaian Sensori

Terdapat dua jenis kaedah yang digunakan dalam penilaian sensori iaitu analitikal
dan afektif. Kaedah analitikal termasuklah diskriminasi dan analisis diskriptif
kuantitatif, manakal kaedah afektif termasuklah hedonik dan kecenderungan.
Diskriminasi adalah untuk mengukur sama ada sesuatu perbezaan boleh dikesan
oleh penilai dan analisis diskriptif kuantitatif adalah menjelaskan ciri-ciri deria
terhadap sesuatu produk menggunakan bahasa harian yang dipersetujui secara

174
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

sistematik dan keamatannya direkodkan. Hedonik adalah untuk menguji sejauh
manakah sesuatu produk disukai dan kecenderungan adalah untuk menguji mana
satu produk lebih disukai. Oleh itu, kaedah afektif adalah untuk mengukur
kesukaan atau kecenderungan pengguna terhadap sesuatu produk.

2.3.1 Ujian Deskriptif

Menurut Aminah (2000), analisis deskriptif kuantitatif telah diperkenalkan dalam
usaha untuk mendapatkan kaedah penilaian deskriptif yang boleh digunakan untuk
semua produk makanan. Setiap atribut akan dikenalpasti oleh panel dan
dinyatakan pada skala 15 cm di mana setiap hujung dilabel dengan perkataan
‘lemah’ dan ‘kuat’ untuk menunjukkan intensiti atribut. Melalui kaedah ini, setiap
panel diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjana sebanyak mungkin
terminologi mengenai persepsi produk. Bilangan panel yang dicadangkan untuk
kaedah ini ialah sekitar 10-12 orang. Panel yang melebihi 12 orang boleh
menyebabkan masalah lain seperti jadual kumpulan latihan. (Aminah, 2000)

Kejayaan ujian deskriptif banyak bergantung kepada terminologi atau istilah
sensori yang dihasilkan semasa produk dinilai. Pembentukan istilah bagi setiap
atribut mengambil masa yang lama iaitu 7 -10 jam sebelum persetujuan muktamad
dicapai. Setiap perkataan mestilah difahami oleh setiap panel dan takrifan atribut
diberi untuk memudahkan proses penilaian. Takrifan akan digunakan oleh panel
sebagai panduan semasa membuat ujian sepaya masalah kekeliruan makna
atribut dapat diatasi. Apabila semua panel berpuas hati dengan atribut yang dipilih
dan memahami takrifannya, penilaian sebenar boleh diteruskan (Aminah 2000).

2.3.2 Ujian Afektif (Penerimaan dan Pemilihan)

Menurut Aminah (2000), ujian afektif atau ujian penerimaan oleh pengguna
merupakan satu komponen penilaian yang perlu ada dalam setiap program
sensori. Ianya direka bentuk untuk menentukan pendapat pengguna mengenai
sampel atau produk. Ujian ini dilakukan untuk menentukan pendapat atau
pandangan pengguna mengenai sampel atau produk dan tidak memerlukan
keputusan atau pemikiran yang mendalam daripada penilai. Umumnya kaedah

175
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

afektif menggunakan bilangan penilai yang lebih besar (biasanya 50 hingga 75
orang), diuji tanpa identiti jenama dan maklum balasnya adalah pasif, iaitu suka
tetapi tiada niat untuk membeli. Kaedah afektif merupakan suatu petanda awal
kesukaan dalam skala ujian yang lebih besar (Yap 2008). Oleh itu, ujian ini lebih
sesuai digunakan untuk panel tidak terlatih di mana ahli panel hanya dikehendaki
memberi penilaian daripada sudut ‘suka’ atau ‘tidak suka’. Ujian afektif boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, ujian bandingan berpasangan, ujian
penyusunan dan ujian pengkadaran. Ujian pengkadaran pula terbahagi kepada
dua iaitu skala pengkadaran hedonik dan skala pengkadaran tindakan makanan.

Ujian pengkadaran skala hedonik mempunyai kaitan dengan kepuasan di
mana ujian hedonik ini boleh mengukur secara terus darjah atau tahap kesukaan
atau penerimaan produk oleh panel. Kaedah ini dipengaruhi oleh keupayaan panel
melapor perasaan kepuasan atau sebaliknya secara terus dan tepat. Skala
hedonik sembilan titik biasanya digunakan untuk pemilihan makanan. Namun
menurut Aminah (2000), skala hedonik tujuh titik adalah lebih baik bagi kegunaan
di Malaysia. Ini adalah kerana kesukaran penilai membezakan istilah ‘paling suka’,
‘paling tidak suka’ dan ‘sangat tidak suka’.

3.0 BAHAN DAN KAEDAH

3.1 Bahan

Sampel produk makanan sejukbeku yang digunakan pada ujikaji ini ialah produk
Premium Chicken Curry Pie, Jenama Bakers’ Street dan Beef Supreme handmade
Pizza, Jenama Kart’s telah dibeli dari Pasaraya Giant Senawang, Negeri
Sembilan. Sampel yang dibeli ini kemudian dibawa ke makmal dan disimpan sejuk
beku sebelum analisis makmal dilakukan.

176
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

3.2 Kaedah

3.2.1 Proses Penyediaan Produk yang Disyorkan

Sampel produk makanan iaitu Chicken Curry Pie dan Beef Supreme Handmade
Pizza telah dimasak menggunakan kaedah memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro yang dicadangkan pada label pembungkusan produk masing-
masing. Bagi produk Chicken Curry Pie, kaedah penyediaan menggunakan
ketuhar gelombang mikro yang dicadangkan ialah produk dikeluarkan dari plastik
pembungkus dan dimasak dengan menggunakan mod suhu tinggi selama 1 minit.
Manakala bagi produk Beef Supreme Handmade Pizza, kaedah penyediaan
menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dicadangkan ialah produk perlu
diasingkan daripada plastik pembungkus dan perlu dinyahbeku didalam ketuhar
gelombang mikro selama 5 minit atau dinyahbeku pada suhu bilik selama 1 jam.
Proses pemasakan yang dicadangkan pada label pembungkusan ialah
menggunakan mod suhu tinggi selama 5 hingga 6 minit dan sedia dihidangkan
apabila keju cair dan doh berwarna kuning keemasan. Perubahan rupabentuk
luaran, tekstur, warna, rasa dan suhu produk dicatatkan. Kedua –dua produk
dimasak menggunakan microwave browner.

3.2.1 Proses Penyediaan yang Diubahsuai

Selepas penyediaan produk mengikut cadangan memasak yang disyorkan,
pengubahsuaian terhadap jangka masa memasak dan pinggan yang digunakan
ketika memasak dilakukan. Hal ini kerana tempoh masa memasak yang disyorkan
menghasilkan produk yang kurang masak atau terlebih masak bergantung kepada
jenis produk. Bagi produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama Bakers’ Street,
tempoh masa memasak yang disyorkan iaitu 1 minit dinaikkan kepada 2 minit serta
jenis pinggan yang digunakan bagi kedua-dua ujikaji adalah berbeza iaitu pinggan
browner dan pyrax seperti yag ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Manakala bagi
produk Beef Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s pula, ujikaji dilakukan
sebanyak 3 kali iaitu yang pertama menggunakan masa memasak yang disyorkan
iaitu 5-6 minit menggunakan pinggan browner, ujikaji kedua menggunakan masa
memasak yang sama iaitu 5-6 minit tetapi menggunakan pinggan berbeza iaitu

177
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

pyrax. Manakala bagi ujikaji ketiga, masa memasak dikurangkan kepada 1 minit,
menggunakan pinggan pyrax dan produk ditutup dengan plastic wrap seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.1 : Produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama Bakers’ Street

Kriteria Sampel A Sampel B

Kaedah Mod suhu Tinggi Tinggi
memasak Masa 1 minit 2 minit
Jenis pinggan Microwave browner pyrax

Catatan Kaedah memasak yang Kaedah memasak yang
disyorkan diubahsuai

Jadual 3.2 : Hasil Produk Beef Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s

Kriteria Sampel C Sampel D Sampel E

Mod suhu Tinggi Tinggi Tinggi

Masa 5-6 minit 5-6 minit 1 minit
Kaedah pyrax Pyrax dan produk
memasak Jenis Microwave ditutupi dengan
browner
pinggan plastic wrap

Kaedah memasak Kaedah memasak

Catatan Kaedah memasak yang disyorkan yang diubahsuai
yang disyorkan menggunakan

pinggan berbeza

3.3 Penilaian Sensori

3.3.1 Ujian Deskriptif dan Pembangunan Bahasa Sensori

Pembangunan panel terlatih dan pembangunan bahasa sensori adalah mengikut
kaedah QDA (Stone & Sidel, 2003). Seramai 6 orang panel terlatih digunakan
untuk memberi penilaian perisa secara objektif di mana panel ini perlu menjana
perkataan-perkataan untuk mencirikan keamatan dan urutan kehadiran aroma dan

178
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

perisa produk sejuk beku. Panel ini juga mengintegrasi respons kepada impresi
keseluruhan dan membentuk satu profil perisa bagi sampel produk sejukbeku
dengan bahasa yang boleh difahami oleh pengguna iaitu panel tidak terlatih.
Analisis profil perisa akan memberi gambaran menyeluruh mengenai sampel
(Aminah, 2000).

3.3.2 Ujian Hedonik

Seramai 28 orang panel tidak terlatih yang merupakan para pelajar Kolej Komuniti
Jelebu telah digunakan untuk menjalankan penilaian sensori ke atas 5 sampel
produk sejuk beku yang dipilih. Produk sejuk beku dinilai daripada segi
keseluruhan sampel dengan menggunakan skor hedonik skala 7 (1 sangat tidak
suka dan 7 sangat suka) dengan menggunakan kaedah Aminah (2000). Penilaian
yang dilakukan ialah daripada segi warna, luaran, tekstur dan rasa. penerimaan
keseluruhan.

Bagi penyediaan sampel, 1 unit sampel dipotong kepada bahagian yang
kecil sepanjang 4 cm. Seterusnya, 3 digit nombor dikod pada sampel dan
disusunkan secara rawak melalui kaedah permutasi. Keadaan persekitaran bilik
sensori adalah sama seperti dalam sesi latihan panel dan pembangunan bahasa
sensori, iaitu suhu dikawal pada (25 ±1) °C dan bebas daripada sebarang
pencemaran bau

3.4 Analisis Statistik
Data dianalisis dengan menggunakan perisian sistem SPSS Versi 20.0. Ujian
Duncan digunakan untuk menentukan sampel yang mempunyai perbezaan yang
signifikan (P<0.05).

179
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1 Produk yang disediakan mengikut cadangan yang disyorkan

Dalam kaedah penyediaan produk menggunakan ketuhar gelombang mikro, jenis
pinggan yang digunakan turut memainkan peranan utama dalam menentukan
hasil produk akhir. Dalam penyediaan produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama
Bakers’ Street dan Beef Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s untuk ujikaji
yang pertama, iaitu menggunakan kaedah memasak yang disyorkan di bahagian
pembungkusan, kedua-dua produk dimasak menggunakan pinggan jenis
microwave browning. Menurut Berg (1993), pinggan jenis microwave browning,
merupakan plat pemerangan yang mempunyai haba pada sisi pertama yang
menyentuh makanan manakala sisi kedua yang mempunyai lapisan kehilangan
megnet yang memberi warna perang kepada makanan.

Setelah ujikaji 1 dijalankan pada produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama
Bakers’ Street, iaitu dengan memasak mengikut kaedah memasak yang disyorkan,
didapati hasil akhir produk hanya mencapai suhu dalaman 35°C di mana tidak
mencapai suhu dalaman yang dibenarkan iaitu 70°C dan ke atas. Warna luaran
produk jugak pucat dan tekstur produk adalah liat. Didapati tahap kemasakan
produk menunjukkan produk tidak masak secukupnya dibahagian inti pai.

Manakala bagi produk Beef Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s, ujikaji
1 yang dijalankan iaitu kaedah memasak disyorkan, didapati hasil akhir produk
mencapai suhu dalaman yang tinggi iaitu 85°C dan bewarna coklat gelap seperti
yang ditunjukkan pada Jadual 4.2. Rupa bentuk luaran produk juga
menggelembung serta menghasilkan tekstur dalaman produk yang keras dan
kering.. Namun begitu, dalam ujikaji 2 yang dijalankan iaitu masih menggunakan
kaedah memasak yang disyorkan tetapi menggunakan jenis pinggan pyrax,
didapati hasil akhir produk mencapai 70°C dan rupa bentuk luaran produk adalah
menarik iaitu kekuningan dan sedikit hangit. Namun begitu tekstur pizza adalah
keras dan kering serta menghasilkan rasa sedikit pahit.

180
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.2 Produk yang disediakan menggunakan kaedah yang diubahsuai

Setelah penambahbaikan dilakukan terhadap kaedah memasak yang disyorkan,
terdapat perubahan pada hasil produk akhir. Bagi produk Premium Chicken Curry
Pie, Jenama Bakers’ Street, setelah masa memasak dinaikkan daripada 1 minit
kepada 2 minit dan penggunaan microwave browner ditukar kepada pinggan
pyrax, didapati produk akhir chicken pie mencapai suhu yang tinggi iaitu 90 °C dan
menghasilkan warna produk yang menarik iaitu kekuningan. Tekstur produk yang
dihasilkan juga rangup dan produk masak sepenuhnya. Perbandingan hasil produk
bagi sampel A dan B boleh dilihat pada Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Perbandingan Hasil Produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama
Bakers’ Street menggunakan kaedah memasak yang berbeza

Kriteria Sampel A Sampel B

Hasil Suhu 35 0C 90 0C
dalaman

Produk Warna luaran Warna pucat Warna Kekuningan

Tekstur Tekstur liat Tekstur rangup

Catatan Kaedah memasak yang Kaedah memasak yang
disyorkan diubahsuai

Bagi produk Beef Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s pula, setelah
pengubahsuaian dilakukan terhadap kaedah memasak, terdapat perubahan
kepada hasil produk akhir. Dalam ujikaji ini, masa memasak dikurangkan daripada
5 minit kepada 1 minit, menggunakan pinggan pyrax dan produk ditutup dengan
plastic wrap ketika proses memasak. Didapati hasil produk akhir menjadi
bertambah baik di mana suhu dalam pizza mencapai 73°C dan menghasilkan rupa
bentuk yang menarik serta warna produk yang kekuningan. Tektur pizza yang
dihasilkan juga adalah rangup dan ujirasa yang dilakukan mendapati rasa produk
adalah sedap dan tiada rasa pahit. Perbandingan hasil produk bagi sampel B, C
dan D boleh dilihat pada Jadual 4.2.

181
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

Jadual 4.2 : Perbandingan Hasil Produk Beef Supreme handmade Pizza,
Jenama Kart’s dengan menggunakan kaedah memasak yang berbeza

Kriteria Sampel C Sampel D Sampel E

Suhu 85 0C 70 0C 73 0C
dalaman
Hasil Luaran Rupa bentuk Rupa bentuk Rupa bentuk
menggelembung, menarik, warna menarik & warna
Dalaman warna coklat gelap
Tekstur keras dan kekuningan kekuningan
Catatan Tekstur keras dan
kering Tekstur rangup
kering
Kaedah memasak Kaedah memasak Kaedah memasak
yang disyorkan yang diubahsuai
yang disyorkan
menggunakan
pinggan berbeza

4.3 Pembangunan Bahasa Sensori Untuk Penilaian Produk Sejuk Beku

Atribut - atribut yang dipersetujui dalam sesi pembangunan bahasa sensori serta
definisi dan skor rujukan bagi setiap atribut adalah seperti di Jadual 4.3. Skor
rujukan adalah skor bagi setiap atribut (daripada skala 1 hingga 7) yang
dipersetujui oleh semua ahli panel bagi sesuatu sampel produk sejuk beku yang
digunakan sebagai rujukan semasa sesi penilaian sensori. Skor yang lebih rendah
daripada skor rujukan bagi sesuatu atribut menunjukkan sampel yang dinilai
mempunyai pencirian yang negative atau kurang bagi sesuatu atribut tersebut dan
sebaliknya.

Jadual 4.3: Atribut serta definisinya dan skor rujukan penilaian sensori bagi

produk sejuk beku

Atribut Definisi Skor
rujukan
Warna Kekuningan
Aroma/ Bau Bau yang kuat dan menyenangkan 7
Rasa tidak Tiada rasa tidak menyenangkan (off flavour) 7
menyenangkan 7
Rasa dalam Rasa dalam mulut (after taste) yang tidak
mulut diingini 1
Penerimaan Sampel disukai secara keseluruhannya
keseluruhan 7

182
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

4.4 Penilaian Ujian Hedonik

Panel tidak terlatih menjalankan penilaian dan kesukaan pada atribut luaran dan
dalaman sampel produk sejuk beku. Penerimaan panel terhadap atribut sampel
produk sejuk beku ditunjukkan dalam Jadual 4.4. Penerimaan panel terhadap
warna pada sampel B menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05)
berbanding sampel lain. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05)
pada atribut aroma dan off flavor bagi kesemua sampel produk sejuk beku.
Manakala bagi atribut after taste pula, sampel B dan sampel E menunjukkan
perbezaan yang signifikan (p<0.05) berbanding sampel lain dengan nilai min 5.28
dan 5.17. Ini menunjukkan bahawa sampel B dan sampel E tiada langsung kesan
after taste apabila dimakan. Namun begitu penerimaa keseluruhan produk sejuk
beku tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P> 0.05). Ini mungkin
disebabkan panel mampu menerima atribut yang dinilai secara keseluruhan

Jadual 4.4 : Penerimaan ahli panel terhadap atribut dalaman produk sejuk beku

Atribut

Sampel Off Flavour After taste Penerimaan
Aroma keseluruhan
Warna

Sampel A 3.12b 4.68a 4.68a 4.84ab 4.12a
Sampel B 5.56b 5.56a 4.52a 5.28b 5.44a
Sampel C 3.20ab 3.96a 5.68a 4.28ab 5.12a
Sampel D 3.84a 4.24a 3.88a 4.12a 4.40a
Sampel E 5.17a 5.50a 5.67a 5.17b 5.50a

Skala 1, paling tidak suka dan skala 7, paling suka. Nilai min dengan abjad yang

sama pada lajur yang sama tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan

(p>0.05)

183
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara kesimpulannya, kedua-dua pelabelan pada pembungkusan produk iaitu
produk Premium Chicken Curry Pie, Jenama Bakers’ Street dan produk Beef
Supreme handmade Pizza, Jenama Kart’s menunjukkan terdapat kesilapan pada
kaedah penyediaan yang disyorkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Kedua-dua produk perlu dilakukan sedikit penambahbaikan terhadap kaedah
penyediaan supaya hasil akhir produk menepati ciri-ciri produk yang diterima oleh
pengguna. Melalui ujian hedonik pula, bagi atribut produk sejuk beku, terdapat
perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap penerimaan warna sampel B.
Penerimaan ahli panel bagi atribut, aroma, off flavour dan penerimaan
keseluruhan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05). Didapati ahli
panel lebih cenderung dan menyukai produk sejuk beku sampel B dan Sampel E
yang kaedah memasak diubah suai tanpa mengikut label yang ditampal pada
pembungkusan produk. Syarikat pengeluaran produk makanan yang terdiri
daripada unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu melakukan
penyelidikan terhadap kaedah penyediaan produk seperti yang disyorkan di
bahagian label pembungkusan untuk mengelakkan hasil produk yang tidak diingini
oleh pengguna. Penggunaan pelbagai jenis pinggan seperti Microwave browner
perlu dinyatakan di bahagian label untuk menjadi rujukan kepada pengguna.

184
Kolej Komuniti Jelebu

Seminar Penyelidikan Pensyarah & Pertandingan Inovasi Pelajar (SPPiP 2019)

RUJUKAN
Aminah, A. (2000). Prinsip Penilaian Sensori. Bangi: Penerbit UKM
Berg. Lars-Erik (1993). Microwave oven with broening means, a browning plate for

use in a microwave oven. United States Patent.
Bruin, S., & Luyben, K. (1980). Food process engineering. London: Applied

Science Publishers.
DeCareau, R.V. (1995). The microwave sterilization process. Microwave World

16(2):12–15.
Giese, J. (1992). Advances in microwave food processing. Food Tech. 46(9):118–

123.
Microdry (1998). Website: http://www.microdry.com/micro5.htm.
Tang. J., Hao. F. & Lau. M.(1998). Microwave Heating in Food Processing.

Advances in Bioprocessing Engineering. World Scientific Publishing. Co. Pte.
Ltd.
Vollmer. M. (2004). Physics of the microwave oven. Special feature: Food physics
Yap, K.C. S. 2008. Sensory Evaluation - Developing a Qualified Sensory Panel.
Malaysia Cocoa 5(1): 16-21.

185
Kolej Komuniti Jelebu


Click to View FlipBook Version