BERSAMA MEMAKMUR
BUMI
EDITOR PENYELARAS
ZAINI UJANG | RAZUL IKMAL RAMLI | ZURINA MOKTAR
BERSAMA MEMAKMUR
BUMI
BERSAMA MEMAKMUR
BUMI
EDITOR PENYELARAS
ZAINI UJANG | RAZUL IKMAL RAMLI | ZURINA MOKTAR
KUALA LUMPUR
2021
Buku BERSAMA MEMAKMURKAN BUMI
Diterbitkan oleh:
KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Blok F11, Kompleks F Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Tel.: 03-8091 7000
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks,
ilustrasi, foto dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan
keizinan bertulis daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air.
ISBN: 978-967-19266-8-0
Cetakan Pertama 2021
Penerbitan © Kementerian Alam Sekitar dan Air
Teks dan foto © Kementerian Alam Sekitar dan Air
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Zaini Ujang, 1965-
Bersama Memakmurkan Bumi / Editor Penyelaras Zaini Ujang, Razul Ikmal Ramli,
Zurina Mokhtar
ISBN 978-967-19266-8-0
1. Sustainability.
2. Sustainable development.
3. Green technology.
4. Government publications--Malaysia.
I. Zaini Ujang. II. Razul Ikmal Ramli. III. Zurina Moktar.
338.927
Editor penyelaras: Zaini Ujang, Razul Ikmal Ramli dan Zurina Moktar
Penyelaras projek: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Alam Sekitar dan Air
Penasihat penerbitan: Mohd Khair Ngadiron
Atur huruf dan reka bentuk buku serta kandungan: Zinitulniza Abdul Kadir
Khidmat penerbitan oleh: Forum Press Sdn. Bhd.
(1397197-A)
The Bunglow
No. 22, Lorong Hillview 2D
Taman Hillview
68000 Ampang, Selangor
Dicetak di Malaysia oleh:
Attin Press Sdn Bhd
No. 8, Jalan Perindustrian PP4
Taman Perindustrian Putera Permai
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor, Malaysia.
Kandungan
PRAKATA vii
01
BAHAGIAN 1
MEMAKMUR BUMI
BAB SATU 01
Memakmur Bumi Melalui Pendekatan Kesihatan Planet 02
▶ Pendekatan Kesihatan Planet 05
▶ Konsep Mizan dan Kesihatan Planet 06
▶ Mengubah Sempadan kepada Perkaitan dan Tanggungjawab Bersama
11
BAB DUA
11
Portfolio Pelestarian Alam Sekitar dan Air 12
▶ Fungsi Pelestarian Alam Sekitar dan Air Sebelum 2020 13
▶ Penubuhan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) 14
▶ Bidang Kuasa KASA 17
▶ Cabaran Pengoperasian KASA dalam Norma Baharu 20
▶ Visi, Misi dan Kepimpinan Utama KASA 20
▶ Peruntukan Kewangan Mengurus dan Pembangunan KASA 22
▶ Formula Kejayaan KASA
▶ Sumbangan 34
35
BAHAGIAN 2
38
TERAS STRATEGIK
KASA Peneraju Pelestarian Alam Sekitar Malaysia 2020-2030 39
43
BAB TIGA 48
50
Pengukuhan Tadbir Urus 51
▶ Inisiatif 1: Sungai Bersih 53
▶ Inisiatif 2: Meningkatkan Kualiti Udara 61
▶ Inisiatif 3: Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia 63
▶ Inisiatif 4: Penubuhan Suruhanjaya Alam Sekitar Malaysia 70
▶ Inisiatif 5: Keberkesanan Perkhidmatan Meteorologi dalam Geofizik 72
▶ Inisiatif 6: Meningkatkan Kecekapan Air 76
▶ Inisiatif 7: Rizab Margin Air Terawat 80
▶ Inisiatif 8: Kemampanan Kewangan
▶ Inisiatif 9: Perkhidmatan Pembetungan Bersambung Bandar
▶ Inisiatif 10: Air Pulih Guna
▶ Inisiatif 11: Penubuhan Pusat GHG Kebangsaan
▶ Inisiatif 12: Pengurusan Risiko Banjir
KANDUNGAN
▶ Inisiatif 13: Pematuhan Perjanjian Paris/Pencapaian Nationally 82
Determined Contribution (NDC) 86
▶ Inisiatif 14: Hala Tuju Inovasi Air 2021-2040 88
▶ Inisiatif 15: Penyelidikan Air Hujan dan Air Bawah Tanah Sebagai 92
94
Sumber Air Alternatif
▶ Inisiatif 16: Mekanisme Penetapan Harga Air Mentah 98
▶ Inisiatif 17: Kerangka Kerja Biokeselamatan Negara
99
BAB EMPAT 101
103
Pertumbuhan Hijau 104
▶ Inisiatif 18: Ekonomi Hijau
▶ Inisiatif 19: Pekerjaan Hijau 106
▶ Inisiatif 20: Produk dan Servis MyHIJAU Mark
▶ Inisiatif 21: Perolehan Hijau Kerajaan 107
111
BAB LIMA 115
123
Kerjasama Strategik 124
▶ Inisiatif 22: Perlindungan Kawasan Pantai Rentan
▶ Inisiatif 23: Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu 127
▶ Inisiatif 24: Inovasi Teknologi Hijau
▶ Inisiatif 25: Amalan Pejabat Lestari dan Gaya Hidup Hijau 136
▶ Inisiatif 26: Penubuhan Fasiliti "Kekayaan daripada Sisa"
▶ Inisiatif 27: Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali 137
Guna (2018-2030) 140
142
BAB ENAM
148
Keterangkuman Sosial
▶ Inisiatif 28: Denai Sungai Kebangsaan 148
▶ Inisiatif 29: Kadar Kitar Semula Sisa Buangan Terjadual 149
▶ Inisiatif 30: Penubuhan Yayasan Kelestarian Malaysia, MyAlam 161
181
BAHAGIAN 3
188
BUDAYA LESTARI 189
192
BAB TUJUH 202
Budaya Lestari
Memperkasa Tadbir Urus
Amalan Budaya Lestari
BAHAGIAN 4
PENUTUP
Kesimpulan
Nota Hujung
Senarai Pegawai KASA
Prakata
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
Alhamdulillah. Saya sebagai kemudahan, maka
merafakkan kesyukuran berjalanlah di segenap penjurunya,
ke hadrat Allah SWT atas dan makanlah akan rezekinya.
keizinan dan perkenan- Dan hanya kepada-Nya akan
Nya, penerbitan buku ini telah dibangkitkan semula”
disempurnakan dengan baik. Imam
Syafie Rahimahullah pernah berkata, Alam sekitar dan air adalah elemen
penting yang mendasari kehidupan
“Ilmu adalah buruan dan tulisan setiap makhluk. Menginsafi
kepentingan tersebut, agenda
adalah ikatan. Ikatlah buruanmu pelestarian alam sekitar dan air
perlu sentiasa menjadi prioriti
dengan tali yang kuat”. utama polisi kerajaan sama ada di
peringkat Persekutuan, Negeri dan
Firman Allah SWT dalam Surah al- Kerajaan Tempatan.
Mulk ayat ke-15,
Pendekatan pelestarian alam
ه ُو َ ال َّذِي َجع َ َل �ل َكُمُ ا ْل َأ ْر َض ذَل ُولًا ف َا ْمشُوا ف ِي sekitar tidak hanya elemen
konvensional organisasi seperti
﴾١٥﴿ُمَن َا ِكبِه َا وَكُل ُوا مِن رِّ ْزق ِهِ ۖ وَِإل َيْهِ الن ُّشُور dasar, perundangan dan strategi
Maksudnya, “Dialah yang
menciptakan bumi bagi kamu
vii
B E R S A M A PMREAMK A TKAM U R B U M I
malah turut mengimbangi impak terlalu drastik melakar perubahan.
daripada usaha keterangkuman Sebaliknya, lebih memfokuskan
khususnya dalam penerapan kepada usaha menambah baik
kesedaran dan pembudayaan inisiatif dan program sedia ada
dalam kalangan masyarakat. untuk mencapai keberhasilan.
Justeru, keputusan kerajaan Transformasi akan direalisasikan
menubuhkan Kementerian Alam secara progresif, konsisten dan
Sekitar dan Air atau KASA pada diasimilasikan sebagai gaya hidup
9 Mac 2020 sebagai jentera utama baharu Keluarga Malaysia.
menggerakkan agenda pelestarian Buku ini dikategorikan kepada
alam sekitar serta air adalah tepat empat bahagian utama, iaitu
dan bernas. Penubuhan KASA (i) Memakmur Bumi; (ii) Teras
telah membawa perspektif baharu Strategi KASA (iii) Budaya Lestari;
dan perubahan yang signifikan. dan (iv) Penutup.
Dua sektor yang terasing, kini Bahagian I merungkai asas serta
diintegrasikan di bawah satu dasar pelestarian alam sekitar yang
bumbung pentadbiran. dilaksanakan melalui pendekatan
Tidak dinafikan, kedua-dua sektor Kesihatan Planet (Planetary
tersebut memang saling berkaitan. Health). Selain itu, bahagian ini
Terbukti, langkah ini telah turut memuatkan kronologi dan
mewujudkan koordinasi lebih baik, pencapaian KASA sepanjang
perencanaan dasar yang inklusif, penubuhannya.
pemantauan dan penguatkuasaan Bahagian II mengupas empat
efektif serta peluang menggerakkan teras strategi Pelan Pelestarian
penglibatan awam secara lebih Alam Sekitar di Malaysia 2020-
komprehensif. 2030 termasuk 30 inisiatif utama
Buku ini berjudul Bersama mencakupi program pelestarian
Memakmur Bumi dengan hasrat alam sekitar dan air. Keberhasilan
mewajahkan amanah pelestarian inisiatif tersebut diterjemah dalam
alam sekitar dan air adalah pelaporan pencapaian berserta
tanggungjawab kita semua. langkah-langkah strategik yang
Pendekatan senegara atau whole akan dilaksanakan untuk mencapai
of nation approach sangat penting sasaran ditetapkan.
untuk merencana kejayaan dengan KASA sentiasa berusaha gigih
disusuli tindakan berimpak tinggi. mencipta kelainan bagi memastikan
Dalam konteks ini, KASA tidak
viii
PRAKATA
penyampaian perkhidmatannya kemakmuran dan kesejahteraan
dirasai oleh seluruh Keluarga bumi.
Malaysia. Sehubungan itu, ia KASA menuntut sokongan padu
dimulakan dengan penerapan daripada pelbagai pihak agar
budaya pelestarian alam sekitar momentum terus kekal dinamik.
yang diamalkan pada semua Penghayatan terhadap kandungan
peringkat anggota pentadbiran, buku ini sewajarnya menyuntik
pengurusan tertinggi, pegawai, dan kesedaran kita untuk terus
warga KASA. Bahagian III buku ini menyayangi dan melestarikan alam
memuatkan contoh pelaksanaan demi kepentingan hari ini dan
budaya tersebut untuk teladan dan generasi akan datang.
dilaksanakan secara lebih meluas. Sekalung penghargaan kepada
semua pihak yang bertungkus lumus
Mengakhiri buku ini, Bahagian IV merealisasi penerbitan buku ini
meringkaskan hasil pencapaian khususnya kepada Ketua Setiausaha,
KASA dan sumbangan serta Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha,
impak yang ditempa sepanjang Ketua-ketua Pengarah, Ketua-ketua
tempoh penubuhannya. Pegawai Eksekutif agensi, para
pegawai yang menyumbang secara
Bersandarkan justifikasi bahawa langsung dan tidak langsung dalam
setiap keputusan masa depan pengolahan kandungan buku ini.
perlu digarap berasaskan hikmah Tidak dilupakan kepada mantan
kebijaksanaan, maka penulisan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan
buku ini sewajarnya dijadikan Air, YB Senator Dato’ Dr Ahmad
rujukan penting kepada Masrizal Muhammad atas jasanya
semua pemegang taruh dalam sepanjang menabur khidmat bakti
pengurusan alam sekitar dan kepada KASA.
air termasuk para ilmuwan yang Harapan saya agar segenap titisan
ingin mengamati perkembangan keringat yang dicurahkan diganjari
kemajuan sektor ini sejak oleh Allah SWT, menjadi episod
penubuhan KASA. pengalaman menarik dalam
memperkaya ilmu, menajam
Besar harapan saya agar buku kemahiran serta mengasah
Bersama Memakmur Bumi profesionalisme semua pihak.
menjadi korpus ilmu dan gudang Terima kasih.
manfaat kepada pembaca.
Paparan ilmu yang dihidangkan
diharap mempengaruhi sudut
pandang yang betul ke arah
ix
BAHAGIAN 1
BAB SATU
MEMAKMUR BUMI
MELALUI PENDEKATAN
KESIHATAN PLANET
Memakmur Bumi
Melalui Pendekatan
Kesihatan Planet
Formula yang melatari kejayaan sesebuah organisasi tidak bergantung
semata-mata pada kapasiti sumber kewangan, keupayaan modal
insan, kecanggihan aplikasi teknologi dan inovasi serta kepimpinan
berkarisma. Perkara yang lebih penting ialah keupayaan organisasi
menggembleng sumber-sumber tersebut bagi menghasilkan output dan
impak keberhasilan yang dirancang.
Dalam konteks Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), antara
keberhasilan utama yang didambakan rakyat antaranya ialah sungai yang
lebih bersih, kualiti udara lebih baik, dan jaminan perkhidmatan bekalan
air yang berterusan serta selamat untuk digunakan. Hakikatnya, semua
keberhasilan tersebut tidak boleh diasingkan berikutan semuanya saling
berkait antara satu sama lain.
Sebagai contoh, bagi memberikan perkhidmatan bekalan air 24 jam atau
365 hari setahun tanpa gangguan, sistem rawatan dan pengagihan bekalan
air perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan beroperasi dengan
baik. Risiko yang menyebabkan terhentinya operasi loji rawatan air seperti
penutupan loji akibat pencemaran sumber air mentah perlu diminimumkan.
Bagi tujuan tersebut, sungai perlu bersih dan terhindar daripada segala
bentuk pencemaran. Tugas untuk memastikan pencemaran ini tidak berlaku
1
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai penguat kuasa, tetapi juga
memerlukan penglibatan orang awam sebagai mata dan telinga kepada
aktiviti penguatkuasaan. Malah, masyarakat awam juga boleh bekerjasama
dengan membantu memperindah sungai bagi memastikan kualiti air mentah
sentiasa terpulihara.
Implikasinya, segala perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan
pada peringkat KASA, jabatan dan agensi di bawahnya perlu dilaksanakan
secara bersepadu melalui pendekatan holistik. Walaupun terdapat garis
pemisah dari segi skop dan bidang kuasa, kerjasama sebagai satu pasukan
membolehkan sinergi terhasil dalam penyampaian.
Tugas ini tidak mudah kerana setiap jabatan dan agensi mempunyai
pengalaman, dorongan serta visi berbeza di bawah kementerian sebelumnya.
Cabaran terbesar KASA ialah mengintegrasikan empat komponen besar,
iaitu pengurusan sumber air, pengurusan perkhidmatan bekalan air dan
pembetungan, pengurusan alam sekitar, dan pengurusan perubahan iklim
dalam sebuah visi perjuangan.
Pendekatan Kesihatan Planet
Sebagai langkah mendepani cabaran tersebut, KASA mengadaptasi
pendekatan memakmurkan bumi melalui konsep Kesihatan Planet (Planetary
Health) sebagai asas utama yang mendasari agenda pelestarian alam
sekitar dan air di Malaysia. Premis 'kelestarian bumi' yang diketengahkan
The Rockefeller Foundation-Lancet Commission on Planetary Health pada
20151 menekankan pendekatan Kesihatan Planet kepada premis bahawa
kesejahteraan manusia dalam jangka panjang bergantung pada kelestarian
ekosistem bumi.
Kesihatan Planet lebih luas spektrumnya berbanding dengan kesihatan
individu (individual health), kesihatan awam (public health), kesihatan
global (global health), dan kesihatan sejagat (one health). Konsep Kesihatan
Planet diasaskan berdasarkan pemahaman bahawa kesihatan dan survival
peradaban manusia bergantung pada keupayaan dalam menjaga dan
mengekalkan ekosistem alam semula jadi2.
Namun demikian, cabaran besar yang dihadapi dunia ketika ini ialah
ekosistem semula jadi ini sedang mengalami ancaman yang menjejaskan
kelangsungannya. Manusia sejak beratus tahun dahulu berusaha membina
ketamadunan, mencapai status kemajuan, dan membina kekayaan. Bermula
dari zaman awal ketamadunan manusia menuju ke revolusi perindustrian
pertama sehingga yang terkini, ekosistem bumi menjadi sumber yang
2
MEMAKMUR BUMI MELALUI PENINGKATAN KESIHATAN PLANET
membolehkan kejayaan itu dicapai. Lebih menyedihkan apabila tindak-tanduk
manusia hari demi hari menjadikan bumi dan ekosistemnya semakin terjejas.
Gangguan ke atas ekosistem ini telah mengundang pelbagai bentuk
ancaman seperti bencana, wabak serta penyusutan kualiti alam, dan perkara
ini berlaku dalam situasi tidak dijangka. Keghairahan manusia sehingga
melangkaui norma sedia ada juga telah menyebabkan gangguan kepada
ekosistem yang akhirnya membawa permasalahan pada kesihatan manusia.
Contoh terdekat ialah wabak COVID-19 yang berpunca daripada penularan
penyakit daripada haiwan kepada manusia3.
Lebih awal daripada konsep Kesihatan Planet dibincangkan, kerangka
Sempadan Planet (Planetary Boundaries)4 telah diperkenalkan pada 2009.
Kerangka ini mengenal pasti ruang operasi yang selamat atau sempadan
pembangunan oleh manusia berdasarkan sembilan proses biofizikal yang
memastikan kestabilan ekosistem bumi. Daripada kajian dijalankan, didapati
hanya tiga proses diklasifikasikan sebagai selamat, manakala semua proses
lain dilaporkan berada pada kedudukan yang melangkaui zon selamat. Ini
boleh mendatangkan risiko kepada planet dan seterusnya membawa kesan
langsung kepada kesihatan manusia.
Jelas bahawa manusia ketika ini sedang menghadapi bahaya akibat
kemusnahan ekosistem alam semula jadi, dan langkah transformasi perlu
diambil segera bagi melindungi survival generasi akan datang. Sistem
tadbir urus dan pengurusan pengetahuan sedia ada tidak mencukupi untuk
menangani ancaman Kesihatan Planet. Oleh yang demikian, pendekatan
baharu diperlukan dengan mensintesis dasar sosial, ekonomi, alam sekitar
serta bidang ilmu membabitkan pengetahuan lain bagi membina semula
Kesihatan Planet. Matlamat Kesihatan Planet akhirnya akan dapat dicapai
apabila setiap entiti menghormati integriti ekosistem semula jadi dan
bersedia mengamalkan perubahan cara hidup ke arah yang lebih lestari.
Oleh itu, pendekatan Kesihatan Planet dilihat mampu meminimumkan
risiko tersebut dan memastikan proses pembangunan dan kehidupan manusia
tidak melangkaui zon selamat, sekali gus membawa kemudaratan kepada bumi.
Kesihatan Planet akan memastikan kelestarian ekosistem dan komponen
alam termasuk kehidupan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Manusia
dalam konteks ini tidak boleh memisahkan dirinya daripada Kesihatan
Planet, kerana ia menentukan survival manusia di muka bumi. Kesedaran
terhadap kepentingan alam sekitar berlaku apabila manusia mula dapat
merasakan seakan ada yang tidak kena dalam hubungan di antara manusia
dan persekitarannya. Perubahan luar biasa terhadap persekitaran seperti
kemerosotan kualiti alam sekeliling, masalah pencemaran dan perubahan
iklim luar jangka antara lainnya menyebabkan manusia menimbang semula
3
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
perilaku dan tindak-tanduk luar batasan ketika berinteraksi dengan alam
semula jadi. Ia mungkin punca kepada masalah yang melanda.
Kerangka Sempadan Planet (Planetary Boundaries)
Sumber : Myres S. dan Frumkin H et.al (2020)
Secara analoginya, seseorang itu tidak akan dianggap sihat jika dia
menghidap selesema. Sedangkan selesema hanya simptom kecil dalam
permasalahan sistem pernafasan dan bukan kegagalan keseluruhan sistem
badan5. Namun, ia tetap dijadikan pengukur bagi menggambarkan keadaan
kesihatan manusia. Begitu juga Kesihatan Planet dan kesihatan manusia.
Kita tidak boleh membuat anggapan mudah bahawa kehidupan kita sejahtera
sedangkan planet yang kita diami sedang menghadapi pelbagai ancaman
yang suatu hari nanti akan menggugat kesejahteraan hidup manusia.
Perspektif ini sesungguhnya menuntut sebuah paradigma baharu dalam
menilai indikator kesihatan secara holistik.
4
MEMAKMUR BUMI MELALUI PENINGKATAN KESIHATAN PLANET
Konsep Mizan dan Kesihatan Planet
Keseimbangan dan keadilan dilihat sebagai elemen penting yang sentiasa
wujud dalam setiap pensyariatan yang ditetapkan Allah SWT. Terdapat
banyak petunjuk daripada al-Quran mahupun hadis yang memberi penegasan
mengenai kepentingan mencari keseimbangan dan keadilan dalam setiap
perkara yang dilakukan.
Istilah "mizan" atau "al-mizan" berasal daripada perkataan Arab yang
bermaksud "timbangan". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017),
“timbangan” antaranya diberi definisi sebagai pertimbangan fikiran
(pendapat) yang memperhitungkan buruk baik sesuatu. Dalam Islam,
setiap hamba Allah SWT perlu mengukur atau memastikan timbangan amal
kebajikannya sentiasa lebih berat daripada amal keburukannya. Timbangan
keadilan inilah yang dinamakan sebagai 'mizan' atau 'al-mizan'.
Perbahasan mengenai mizan tidak terhad kepada keadilan sahaja.
Mizan dalam tafsiran yang lebih luas turut merujuk pada keseimbangan,
piawaian, batasan, dan had yang membenarkan kejadian sistem semesta
berfungsi secara semula jadi. Sistem tersebut tidak terhad kepada
keseimbangan cakerawala, bintang, planet, udara, dan bulan, malah
keseimbangan kepada manusia dan kepelbagaian biodiversiti yang
mendiami planet bumi. Keseimbangan alam sekitar ini termasuklah lima
lapisan atmosfera, iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan
eksosfera yang mempunyai fungsi tertentu6. Allah SWT jelas menegah
manusia daripada melampaui keseimbangan tersebut dengan merosakkan
piawaian, batasan dan had diciptakan-Nya menerusi ayat berikut:
َوَٱل َ ّسمَ ٓاء َ رَف َع َهَا وَوَ َض َع ٱلْميِزَان
َأ َلّا ت َ ْطغ َوْا۟ ف ِى ٱلْميِزَا ِن
َو َأق ِيمُوا۟ ٱل ْو َ ْزنَ ب ِٱل ْقِ ْس ِط وَلَا ُتخْسِرُوا۟ ٱلْميِزَان
TERJEMAHAN: Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan
keseimbangan. Agar kamu jangan merosak keseimbangan itu dan tegakkanlah
keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan
itu. (Surah Al-Rahman: Ayat 7-9)
Oleh itu, visi memastikan Kesihatan Planet sentiasa terjamin nyata selaras
dengan usaha mengekalkan keseimbangan atau mizan yang diperintahkan oleh
Allah SWT. Keseimbangan tidak akan wujud jika manusia terus mencemar
5
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
sumber air, mengotorkan sungai dengan bahan buangan berbahaya dan
sewenang-wenangnya melepaskan gas rumah kaca ke atmosfera.
Hakikatnya kemusnahan persekitaran berlaku disebabkan oleh tingkah
laku manusia itu sendiri, sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:
َظهَر َ ال ْفَسَادُ ف ِي ال ْب َرِّ وَال ْب َ ْحرِ ب ِم َا َكسَب َ ْت َأي ْدِي ال َن ّا ِس ل ِي ُذِيقَهُم
َب َعْ َض الَ ّذِي ع َمِل ُوا ل َع َل ّهُ ْم ي َرْ ِجع ُون
TERJEMAHAN: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian
daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah al-Rum: Ayat 41)
Kesihatan Planet bukan sahaja membawa perspektif saintifik dalam
mengimbangi usaha mencapai objektif pelestarian alam dan kemajuan,
tetapi juga menepati citra akidah untuk mengurangkan kerosakan dan
bencana di muka bumi akibat daripada kerakusan manusia atas justifikasi
pembangunan. Malah, kesanggupan manusia dan sistem sedia ada berubah
kepada amalan tadbir urus dan gaya hidup yang mementingkan Kesihatan
Planet akan memastikan lima matlamat syariat (maqasid syariah) dapat
dipenuhi, iaitu (i) menjaga agama,; (ii) menjaga jiwa; (iii) menjaga akal;
(iv) menjaga keturunan; dan (v) menjaga harta7.
Mengubah Sempadan kepada Perkaitan
dan Tanggungjawab Bersama
Strategi memperjuangkan agenda Kesihatan Planet sepatutnya tidak
terhad kepada pelaksanaan domain organisasi sahaja. Apa yang dirujuk
sebagai domain organisasi dalam konteks ini ialah perancangan, formulasi,
pelaksanaan, dan penambahbaikan ke atas dasar, perundangan, program,
aktiviti serta projek, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun bukan fizikal.
Tumpuan besar kepada domain organisasi hanya menghasilkan output dan
memerlukan kos tinggi bagi tujuan pelaksanaan.
Maka dengan itu, pendekatan dalam menyelesaikan isu ini perlu
diperbaharui dengan melipatgandakan penyertaan masyarakat sama ada
dalam bentuk pemakluman, perundingan, penyertaan, kerjasama dan
permberian kuasa untuk terlibat secara langsung. Menerusi pendekatan ini
6
MEMAKMUR BUMI MELALUI PENINGKATAN KESIHATAN PLANET
transformasi budaya akan terhasil dan ia secara progresif bakal merubah
tabiat, tingkah laku dan budaya masyarakat kepada perubahan kekal yang
mendasari gaya hidup rakyat Malaysia.
Keberhasilan (outcome) inilah yang menjadi matlamat kerana ia
melibatkan perubahan kepada domain peribadi dan tidak tertumpu
kepada domain organisasi semata-mata, seperti negara, sistem, tadbir
urus, dan infrastruktur fizikal. Kerangka yang dikenal sebagai Eco-Shift ini
membolehkan sistem tadbir urus negara dan masyarakat berubah secara
menyeluruh ke arah pelestarian alam sekitar.
Oleh yang demikian, frasa Kesihatan Planet dalam konteks KASA
melangkaui motif atau justifikasi yang merasionalkan pelaksanaan strategi,
program dan aktiviti. Lebih besar daripada itu, ia suatu perjuangan untuk
mengubah gaya hidup rakyat Malaysia agar lebih lestari. Kesannya, Kesihatan
Planet membantu mentransformasi corak interaksi antara jabatan daripada
sempadan kepada perkaitan dan tanggungjawab bersama.
Seperti dinyatakan sebelum ini, sempadan empat bidang tugas utama
KASA, iaitu (i) sumber air; (ii) perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;
(iii) pengurusan alam sekitar; serta (iv) perubahan iklim, yang diwarisi daripada
kepelbagaian kementerian telah menyebabkan kekurangan sinergi dalam
pelaksanaan agenda pelestarian alam sekitar di Malaysia. Setiap kementerian
dan agensi bertindak melalui ruang lingkup tersendiri dan dalam situasi tertentu.
Selain itu, setiap jabatan juga bertindak mempertahankan bidang kuasa
masing-masing. Kesan langsung daripada konsep pelaksanaan tersebut ialah
pembaziran sumber dan pendekatan yang bersifat tidak holistik, sedangkan
keberhasilan diperoleh adalah sangat minimum.
Pada awal penubuhan KASA, agenda pelestarian alam sekitar tertumpu
kepada mengenal pasti perkaitan antara bidang kuasa yang mereka laksanakan
dengan impaknya kepada bidang kuasa yang dilaksanakan oleh jabatan lain.
Setiap jabatan kini tidak lagi bertindak secara terpisah (silo) tetapi lebih
bersifat melengkapi antara satu sama lain ke atas sesuatu isu. Kesan positif
yang dapat dilihat ialah tindakan dapat dilaksanakan secara bersepadu
berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan. Contoh jelas ialah operasi bersama
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
bagi membanteras kes pencemaran sungai serta pembuangan sisa terjadual di
dalam lurang pembetungan. Perkara ini memberi impak positif, khususnya
dalam aspek memperlihatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat dan
berkesan berbanding sebelumnya.
7
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Kerangka Eco-Shift
Sumber : Zaini Ujang (2018)8
Melalui strategik Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030,
Kesihatan Planet telah dijadikan asas yang mendasari agenda pelestarian
alam sekitar yang diterajui KASA. Melalui pelan ini, Kesihatan Planet perlu
dihayati sebagai tanggungjawab bersama. Strategi ini memfokuskan kepada
sinergi tindakan antara jabatan untuk memastikan matlamat yang ditetapkan
dapat dicapai. Sebagai contoh, inisiatif Sungai Bersih diletakkan di bawah
tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sungai yang bersih bukan sahaja
memberikan manfaat kepada alam sekitar tetapi juga menjamin bekalan air
yang berterusan dapat diberikan oleh operator air yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Menyedari akan kepentingan
tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diamanahkan untuk
memulakan projek Denai Sungai Kebangsaan sebagai pendekatan menjaga
kualiti melalui penyertaan awam. Bagi memberikan impak yang lebih besar
agensi KASA seperti SPAN, Malaysian Green Technology Corporation
(MGTC), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), dan Indah Water Konsortium
(IWK) turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek sungai angkat.
8
MEMAKMUR BUMI MELALUI PENINGKATAN KESIHATAN PLANET
Perspektif Sempadan, Perkaitan dan Tanggungjawab Bersama
Sumber: Adaptasi Zaini Ujang 2020 (Syarahan Anugerah Merdeka)9.
Kesimpulannya, konsep Kesihatan Planet berjaya mengubah perspektif
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab daripada suatu sempadan kepada
perkaitan yang melengkapi dan seterusnya kepada tanggungjawab bersama.
Melalui pendekatan ini, kepakaran, teknologi, kepelbagaian sumber, dan
keupayaan digembleng semaksimumnya bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Penglibatan agensi secara langsung membantu memberikan
pengalaman dan pengetahuan mengenai saling kaitan antara tugas yang
dilaksanakan bagi menjayakan agenda Kesihatan Planet.
9
BAHAGIAN 1
BAB DUA
PORTFOLIO
PELESTARIAN ALAM
SEKITAR DAN AIR
Portfolio Pelestarian
Alam Sekitar dan Air
Fungsi Pelestarian Alam Sekitar
F dan Air Sebelum 2020
ungsi pengurusan alam sekitar dan air di Malaysia telah dilaksanakan
melalui pelbagai kementerian dan jabatan, sebelum kerajaan pada
2004 memperkemaskannya dengan menggabungkan portfolio alam
sekitar dan sumber asli bagi membentuk Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (Ministry of Natural Resources and Environment, NRE).
Selain itu, turut ditubuhkan ialah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
(KTAK) yang memfokuskan perkhidmatan utiliti perkhidmatan air, tenaga dan
komunikasi. Bagi tempoh 2009 hingga 2018, Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (Ministry of Science, Technology and Innovation, MOSTI), Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan NRE bertanggungjawab ke
atas pengurusan berkaitan alam sekitar dan air.
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, kerajaan membentuk
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
11
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
(Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change
MESTECC) dengan menggabungkan keseluruhan komponen MOSTI,
komponen tenaga dan teknologi hijau daripada KeTTHA dan komponen
berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada NRE. Menerusi kabinet
ini, pengurusan air telah disatukan di bawah Kementerian Air, Tanah dan
Sumber Asli (KATS).
Penubuhan Kementerian
Alam Sekitar dan Air (KASA)
Susulan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ke-7 pada 24 Februari 2020, kerajaan baharu dibentuk pada 9
Mac 2020. Dalam ucapan pengumuman senarai Kabinet, Perdana Menteri
Malaysia ke-8, Tan Sri Mahiaddin Mohd. Yassin menyatakan secara jelas
bahawa aspek pelestarian alam sekitar amat penting dalam mewujudkan
kehidupan yang lebih sejahtera buat rakyat Malaysia. Aspek kelestarian alam
sekitar bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia hari ini, malah
memberi kesan kepada generasi akan datang. Sumber-sumber semula jadi
kurniaan Tuhan di negara ini mesti dipelihara dengan baik dan sempurna.
Selaras dengan itu, kerajaan telah bersetuju menubuhkan Kementerian
Alam Sekitar. Portfolio alam sekitar sebelum ini diletakkan di bawah
MESTECC. Berasaskan justifikasi bahawa air ialah satu antara dimensi
penting dalam alam sekitar, kerajaan telah mengintegrasikan portfolio
pengurusan sumber air, perkhidmatan bekalan air dan pembetungan untuk
diletakkan bersama di bawah kementerian ini. Pengintegrasian tersebut
membawa kepada penjenamaan baharu Kementerian Alam Sekitar kepada
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Pewujudan kementerian yang khusus mengenai hal ehwal alam sekitar
bukanlah suatu perkara baharu bagi kebanyakan negara lain. Hampir
kebanyakan negara maju mempunyai kementerian khusus berkaitan alam
sekitar, antaranya Korea Selatan, Jepun, Sweden, Denmark, dan New Zealand.
Dalam konteks Malaysia, penjajaran fungsi ini membuka peluang untuk
alam sekitar dan air diuruskan secara holistik demi manfaat kesejahteraan
bersama.
Susulan itu, melalui Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan
(No. 3) 2020, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Menteri
Alam Sekitar dan Air, manakala YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal
Muhammad sebagai Timbalan Menteri bagi menerajui kepimpinan KASA.
Tarikh kuat kuasa pelantikan ialah 10 Mac 2020.
12
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Bidang Kuasa KASA
Portfolio KASA telah dimuktamadkan oleh kerajaan menerusi Warta
Kerajaan Persekutuan (P.U. [A]) 201 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan
Persekutuan (No. 3) 2020 bertarikh 9 Julai 2020. Warta ini telah
memuktamadkan peranan KASA yang merangkumi pengurusan alam
sekitar dan air yang meliputi sumber air, perkhidmatan bekalan air dan
perkhidmatan pembetungan.
Bagi membolehkan perjalanan fungsi ini berlaku secara efektif dan
berkesan, 12 jabatan atau agensi telah dipertanggungjawabkan kepada
KASA, iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Meteorologi Malaysia
(MET Malaysia), Jabatan Biokeselamatan (JBK), Jabatan Perkhidmatan
Pembetungan (JPP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut
Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (sebelumnya Institut Penyelidikan
Hidraulik Kebangsaan Malaysia [National Hydraulic Research Institute
of Malaysia], NAHRIM), Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.,
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN), Malaysian Green Technology and Climate Change
Centre (MGTC), Bahagian Bekalan Air (BBA), dan Yayasan Penyelidikan
Antartika Sultan Mizan (YPASM). Daripada 12 agensi ini, tujuh ialah
jabatan Persekutuan, iaitu JAS, JPS, MET Malaysia, NAHRIM, BBA, JPP,
dan JBK; satu badan berkanun, iaitu SPAN. Manakala empat lagi di bawah
pendaftaran syarikat, iaitu PAAB, IWK, MGTC dan YPASM.
Jabatan serta agensi di bawah KASA ini melaksanakan fungsi dan
menjalankan kuasa di bawah undang-undang yang berkaitan, iaitu Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Akta Biokeselamatan 2007
[Akta 678], Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654],
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], Akta Perkhidmatan
Pembetungan 1993 [Akta 508], Akta Kawasan Pengairan 1953 [Akta 386],
dan Akta Kerja Penyaliran 1954 [Akta 354].
Julung kali dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Malaysia, sektor alam
sekitar digabungkan bersama sektor air di bawah satu kementerian khusus.
Penyusunan fungsi ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menjayakan
agenda pelestarian alam sekitar. Walau bagaimanapun, sektor lain yang turut
berkait rapat dengan alam sekitar, iaitu tenaga, biodiversiti, perlombongan,
air tanah, dan perhutanan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga
dan Sumber Asli (KeTSA). Keputusan kerajaan menubuhkan KASA dilihat
bertepatan sebagai langkah awal untuk memacu pengurusan alam sekitar
secara holistik. Setidak-tidaknya melalui KASA, dimensi alam sekitar dan air
13
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
dapat diuruskan melalui satu ekosistem yang holistik, dengan turut mengambil
kira perubahan iklim yang menjadi cabaran kepada Malaysia dan dunia amnya.
Cabaran Pengoperasian KASA
dalam Norma Baharu
KASA memulakan operasi secara sementara di Blok F10, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Kompleks F, Putrajaya sebelum berpindah ke Blok F11
mulai awal 2021. Parcel F ialah kompleks pentadbiran Kerajaan Persekutuan
baharu yang bertempat di Presint 1, Putrajaya.
Sejumlah 20 pegawai daripada pelbagai peringkat memulakan tugas
di Blok F10, KASA tanpa dibekalkan kemudahan operasi yang lengkap
seperti peralatan automasi pejabat, kenderaan, peralatan ICT, dan bahan
cetak. Operasi harian digerakkan dengan menggunakan peralatan sendiri
dan kelengkapan pejabat yang disumbangkan beberapa jabatan serta agensi
berkaitan seperti SPAN, JPS dan JAS.
Lima bahagian terawal yang mula beroperasi ketika itu ialah Bahagian
Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Unit Perancangan Strategik
dan Hubungan Antarabangsa, Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Unit
Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat.
Pejabat YB Menteri KASA beroperasi di Aras 2, Blok F10, manakala
pejabat YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) ditempatkan di
Aras 1. Sementara itu, pegawai KASA diletakkan secara berkelompok di Aras
1 dan 2. Pada masa sama, Sektor Alam Sekitar dan Sektor Air masing-masing
beroperasi di bangunan pejabat asal, di Wisma Sumber Asli, Presint 3 dan
Kompleks C, Presint 1, Putrajaya.
Walaupun beroperasi dengan sumber dan kemudahan yang amat terhad,
situasi ketika itu tidak sedikit pun mematahkan semangat warga KASA dalam
membina asas pentadbiran dan pengurusan kementerian. Bagaimanapun,
keadaan jadi lebih mencabar disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) diumumkan berkuat kuasa di seluruh negara mulai 18
Mac 2020, sekali gus menyukarkan operasi, pergerakan, komunikasi, dan
penyelarasan tindakan.
Pada peringkat awal operasi, setiap pegawai menggunakan peralatan
sendiri, seperti komputer riba, talian komunikasi digital dan alat
tulis. Kemudahan mesin pencetak juga tersedia hanya satu unit untuk
kegunaan seluruh warga KASA di Aras 1, Blok F10. Keadaan bertambah
rumit apabila arahan PKP membataskan pergerakan pegawai dan semua
proses perolehan bagi kelengkapan pejabat terpaksa ditangguhkan. Atas
14
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR Kompleks Kerajaan di Parcel F
15
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
semangat kerjasama, semua agensi di bawah KASA berkongsi sumber
dengan meminjamkan pelbagai peralatan pejabat dan kenderaan bagi
membolehkan KASA beroperasi.
KASA mengadaptasi pengurusan secara maya bagi disesuaikan dengan
arahan PKP. Bagaimanapun, kemudahan talian Internet yang kurang baik
merupakan cabaran besar yang perlu ditangani pada ketika itu. Insiden
gangguan perkhidmatan sentiasa berlaku dan ini menjejaskan perbincangan
atau mesyuarat dalam talian, termasuklah yang melibatkan YB Menteri
dan pihak luar. Namun hasil kecekapan dan inovasi pegawai, langkah
mitigasi yang bersesuaian telah dilaksanakan bagi tujuan menambah baik
keberkesanan pengurusan secara maya.
Sehingga suku keempat tahun 2021, angka perjawatan KASA
keseluruhannya berjumlah 299 orang dan pengisian pegawai telah mencapai
91 peratus. Selaras dengan pertambahan warga kerja, KASA memerlukan
pertambahan ruang bagi menampung penempatan warga kerjanya. Bahagian
Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2020
bersetuju agar KASA turut menggunakan Blok F11 sementara menunggu
bangunan kekal untuk KASA disediakan. Pada penghujung 2020, ketetapan
telah dibuat untuk mengekalkan operasi KASA di Blok F11, Kompleks F.
Susulan itu, proses pengubahsuaian telah dirancang bagi menyesuaikan
bilangan kakitangan dan perjawatan di KASA. Kini hampir keseluruhan
bahagian dan jabatan yang sebelumnya berada di lokasi berbeza berjaya
dikumpulkan di Blok F11.
Blok F11, Kompleks F
16
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Visi, Misi dan Kepimpinan Utama KASA
Mengambil kira hasrat besar kerajaan untuk melihat agenda pelestarian
alam sekitar dan air diberi perhatian yang serius sebagai teras kesejahteraan,
KASA menetapkan visi dan misi seperti yang berikut:
VISI MISI
Peneraju pelestarian alam Memastikan pelestarian alam sekitar
sekitar dan air yang mampan. dan air yang mampan melalui
penggubalan dasar, pematuhan
perundangan, aktiviti mitigasi, adaptasi
dan pendidikan, selaras dengan
standard serta amalan antarabangsa.
Dalam usaha memenuhi misi dan mencapai visi yang ditetapkan, KASA
bertuah kerana mempunyai barisan kepimpinan yang berkaliber serta seimbang
dari aspek pengetahuan, pengalaman dan komitmen dalam memastikan
kejayaan dalam bidang tugas dipertanggungjawabkan.
MENTERI
YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkelulusan Sarjana Muda Pengajian
Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan) dan Sarjana
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Sebelum terlibat sebagai ahli politik, beliau pernah
berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford,
Kuala Lipis selain bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun
di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Manjong, Perak dan
Cawangan Jengka, Pahang. Pelantikan beliau sebagai Menteri Alam Sekitar
dan Air berkuatkuasa pada 10 Mac 2020 sebelum dilantik semula untuk kali
ke 2 pada 30 Ogos 2021 selepas berlaku rombakan Kabinet.
TIMBALAN MENTERI
YB Dato’ Mansor Othman berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial dengan
Kepujian dan Sarjana Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau turut memiliki Sarjana Falsafah dan Sarjana Sastera daripada
Universiti Yale, Amerika Syarikat. Sebelum terlibat sebagai ahli politik,
beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di USM selama 13 tahun
17
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
18
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
sejak 1976 dan bertugas sebagai Profesor Madya serta Pengarah Pusat
Penyelidikan Dasar USM bermula 1993 sehingga 1996. Beliau kemudiannya
dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2009-2013.
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bagi tempoh 30
Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri
Alam Sekitar dan Air pada 30 Ogos 2021.
MANTAN TIMBALAN MENTERI
YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad dilantik sebagai
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air selepas mengangkat sumpah
sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara,
Tan Sri Dato' Sri SA Vigneswaran di Dewan Negara pada 12 Mac 2020.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian ( Pendidikan –
Geografi) daripada USM, Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Perancangan
Pendidikan) daripada Universiti Malaysia dan Doktor Falsafah dalam
bidang Kepimpinan Strategik daripada UKM. Pernah berkhidmat sebagai
guru selain perunding di Institut Aminuddian Baki sebelum dilantik
sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada
2015. Tempoh perkhidmatannya sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar
dan Air bermula pada 30 Mac 2020 sebelum berakhir pada 16 Ogos 2021
apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
KETUA SETIAUSAHA
Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, dilantik sebagai KSU KASA pada 23
Mac 2020 susulan penubuhan kementerian ini oleh Kerajaan Malaysia.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dan
Doktor Falsafah dari Universiti Newcastle, United Kingdom. Memulakan
kerjaya sebagai Pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 dan menjadi Naib
Canselor UTM pada September 2008 hingga Julai 2013, beliau menyertai
Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1 Oktober
2011. Berpengalaman luas dalam bidang bidang pendidikan, perancangan,
penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air, beliau sebelumnya
pernah berkhidmat sebagai KSU bagi Kementerian Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Pengajian Tinggi.
19
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Peruntukan Kewangan Mengurus dan
Pembangunan KASA
Walaupun KASA baru ditubuhkan dengan saiz perjawatan yang kecil,
kerajaan telah menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk tujuan
operasi dan pelbagai projek pembangunan seperti rancangan tebatan banjir,
program pengurangan hakisan pantai, projek sumber dan bekalan air serta
sistem pembetungan.
Jumlah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) KASA bagi 2020 ialah
RM528,963,100. Pelbagai projek infrastruktur yang dilaksanakan KASA
melibatkan nilai peruntukan yang tinggi. Di bawah Rolling Plan Keempat
Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11), KASA diperuntukkan RM3.19 bilion
untuk melaksanakan 304 projek.
Meskipun berdepan cabaran penularan pandemik COVID-19 yang
membawa kepada penguatkuasaan PKP sejak Mac 2020, KASA tetap
komited melaksanakan pelbagai program dan aktiviti. Pada 2021, sejumlah
RM551.794 juta diperuntukkan oleh kerajaan sebagai Perbelanjaan
Mengurus. Jumlah ini bertambah 4.35 peratus (RM552 juta) berbanding
tahun 2020. Sementara itu, peruntukan asal perbelanjaan pembangunan bagi
Rolling Plan Pertama (RP1) RMKe-12 tahun 2021 ialah RM2.9 bilion dan
digunakan bagi melaksanakan 339 projek yang telah diluluskan.
Formula Kejayaan KASA
Kejayaan KASA dalam tempoh singkat selepas penubuhannya berkait
rapat dengan perancangan tersusun yang digariskan kepimpinan KASA
serta diterjemahkan secara berkesan oleh warga kerja dan semua agensi
di bawahnya. Antara formula yang boleh dijadikan contoh ialah corak
kepimpinan pengurusan tertinggi yang lebih memfokuskan keberhasilan
utama berbanding proses birokrasi yang melambatkan penyampaian. Empat
perkara utama yang sering diberi tumpuan ialah kepantasan bertindak,
ketepatan tindakan, kualiti kerja, dan kepimpinan melalui teladan.
Pendekatan ‘let managers manage’ dilaksanakan dengan akauntibiliti serta
amalan integriti yang diperkukuhkan.
Ketepatan masa ialah satu antara elemen yang diberi perhatian serius di
bawah KASA. Majoriti mesyuarat diselesaikan dalam tempoh hanya satu atau
dua jam, termasuklah Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Pascakabinet.
Keputusan-keputusan penting dikemukakan bagi pertimbangan melalui tatacara
yang tersusun dan mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat.
20
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Perbandingan Peruntukan antara Kementerian dalam
Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-12 Tahun 2021
BIL KEM PERUNTUKAN ASAL 2021 (RM)
1 MOF 14,122,622,200
2 JPM 7,231,476,900
3 KPLB 6,657,431,000
4 KKR 6,088,067,900
5 KKM 4,717,819,000
6 MinDef 4,505,188,000
7 MOT 4,174,938,100
8 KDN 3,158,496,800
9 KPM 3,087,552,900
10 KASA 2,922,926,900
11 KPT 2,819,832,100
12 KPKT 2,138,889,800
13 MAFI 1,512,574,700
14 KKMM 1,150,311,200
15 KeTSA 1,038,401,200
16 KWP
17 MITI 700,465,000
18 KSM 623,893,800
19 MOSTI 464,508,800
20 MEDAC 425,225,600
21 KBS 356,300,400
22 MPIC 326,444,100
23 MOTAC 252,726,300
24 KPWKM 153,833,300
25 KPN 125,639,900
26 KLN 102,950,100
27 KPDNHEP 74,785,100
66,698,800
JUMLAH
69,000,000,000
21
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Protokol dan perbezaan gred berdasarkan perjawatan tidak dijadikan
asas dalam pelaksanaan tugas, sekali gus mempercepatkan pembinaan
semangat kerjasama berpasukan yang merentasi sektor. Melalui kepercayaan
yang tinggi, tembok pemisah seolah-oleh tidak wujud dalam konteks KASA,
dan setiap sektor dilihat sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. Pada
masa sama, penggunaan teknologi telah memudahkan dan mempercepatkan
proses pembuatan keputusan di KASA. Menjadi amalan kebiasaan, WhatsApp
Group diwujudkan serta-merta bagi membincangkan sebarang isu yang timbul
bagi membolehkan penyelesaian segera dicapai untuk tujuan tindakan.
Tidak dinafikan, kepakaran yang ditunjukkan agensi teknikal dan kawal
selia juga menyumbang kepada kejayaan KASA. Situasi ini unik kerana
pegawai-pegawai teknikal dan pengurusan bekerjasama sebagai satu pasukan
dengan semangat saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap masalah
yang timbul seperti insiden banjir, gangguan bekalan air, insiden pencemaran,
dan pembakaran terbuka disusul dengan segera untuk tindakan. Pendekatan
secara bersepadu dalam aktiviti penguatkuasaan khususnya melibatkan
SPAN, JAS dan JPS juga membolehkan banyak kes pencemaran air ditangani
dengan segera.
Sumbangan
Dalam usia kematangan penubuhan yang belum menjangkau dua tahun,
KASA berjaya menyumbang secara signifikan kepada agenda pelestarian
alam sekitar dan air. Pencapaian ini dapat dilihat melalui inisiatif pelaksanaan
pelbagai program berimpak tinggi, penyelesaian kepada banyak tindakan
yang sebelumnya tertangguh, penggubalan dasar dan perundangan baharu,
inovasi, serta anugerah pengiktirafan.
Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air
Idea penubuhan Wakaf Air sebagai model pendanaan alternatif yang inovatif
telah dicetuskan YB Menteri Alam Sekitar dan Air dengan mengambil
teladan daripada sejarah telaga “Rummah” yang diwakafkan Sayidina
Uthman bin Affan pada 1,400 tahun lalu untuk manfaat masyarakat. Sejak
pengumuman tentang cadangan inisiatif ini dibuat pada Jun 2020, KASA
telah membangunkan model pelaksanaan melalui kerjasama strategik yang
dijalinkan dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Wakaf Air menyasarkan pembiayaan pelbagai projek perkhidmatan
air berskala kecil yang bernilai tidak lebih RM50 ribu. Keutamaan diberi
kepada penyediaan akses bekalan air di luar bandar dan kawasan pedalaman
22
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
yang tidak dapat dicapai oleh operator air, namun boleh diperluaskan bagi
membiayai projek pemuliharaan sumber air dan pembetungan pada masa
depan. Manfaat Wakaf Air juga tidak terhad kepada orang Islam semata-mata,
tetapi mencakupi kegunaan untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa dibatasi
sempadan bangsa dan agama.
Usaha penubuhan Wakaf Air adalah sejajar dengan hala tuju Transformasi
Sektor Air 2040, di mana satu antara teras pentingnya ialah meneroka
pembiayaan alternatif baharu bagi menampung keperluan pengurusan air
negara. Langkah ini bagaimanapun tidak bermakna kerajaan melepaskan
tanggungjawabnya dalam menyediakan sumber serta bekalan air mentah
kepada rakyat. Wakaf Air dalam konteks ini berperanan sebagai platform
penglibatan awam untuk menjayakan agenda negara dan peluang untuk rakyat
berkemampuan merebut ganjaran pahala berwakaf. Menerusi Wakaf Air,
pembiayaan yang bersifat mudah, cepat dan mampan boleh disediakan untuk
manfaat segera rakyat yang memerlukan, berbanding kaedah pembiayaan
projek awam konvensional.
Pada 17 Disember 2020, Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air atau
Wakaf Air dilancarkan. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman
(MoU) di antara KASA dengan YWM telah disaksikan oleh YB Menteri Agama
dan YB Menteri Alam Sekitar dan Air. Pemeteraian kerjasama ini menetapkan
YWM selaku entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah
[Pemerbadanan] 1952 sebagai pemegang amanah kepada tabung Wakaf
Air, manakala pihak KASA bertanggungjawab melaksanakan projek wakaf
berdasarkan skop yang dipersetujui. Sebagai menjamin wujudnya amalan
tadbir urus yang baik serta mematuhi tuntutan syariah, struktur pengurusan
yang telus diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan Wakaf Air melibatkan
pelbagai jabatan dan agensi, termasuklah Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) yang menerajui usaha kemajuan infrastruktur di kawasan
luar bandar.
Majlis Menandatangani
MoU Tabung Wakaf Tunai
Perkhidmatan Air Malaysia
(Wakaf Air) antara KASA dan
Yayasan Waqaf Malaysia pada
17 Disember 2020
23
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Bertemakan “Pahala Mengalir Seperti Air”, dalam tempoh hampir
sembilan bulan penubuhannya, Wakaf Air berjaya mengumpul sumbangan
wakaf sejumlah RM3.32 juta hasil sumbangan badan korporat dan orang
perseorangan, temasuk penyumbang bukan Islam. Perkara ini membuktikan
bahawa model pendanaan ini diterima awam dan tidak terhad kepada
masyarakat Islam semata-mata.
Pada peringkat permulaan, sejumlah enam projek Wakaf Air dilaksanakan
di seluruh negara dengan kos keseluruhan RM266,486. Pelaksanaan projek
ini telah memanfaatkan hampir 3,000 rakyat Malaysia dalam bentuk akses
kepada bekalan air yang lebih baik berbanding kemudahan sedia ada.
Sebelum berakhir tahun 2021, KASA menyasarkan untuk melaksanakan
sekurang-kurangnya 12 lagi projek di seluruh Malaysia, selain pada masa
sama mempergiatkan promosi bagi menambah dana Wakaf Air.
PPrroosseess KKeerrjjaa PPeellaakkssaannaaaann PPrroojjeekk WWaakkaaff AAir
LAWATAN KE LOKASI LANTIKAN DAN PELAKSANAAN
Kajian kebolehlaksanaan ke Lantikan kontraktor/gotongroyong
lokasi permohonan dan pelaksanaan projek
01 02 03 04 05
PENERIMAAN PERMOHONAN PENILAIAN OLEH JAWATANKUASA PENYERAHAN PROJEK
Permohonan melalui JPKK, Pembentangan projek kepada Serahan projek kepada
JKK, ADUN dan lain-lain Jawatankuasa Penilaian Teknikal kontraktor yang
jawatankuasa dan Induk dipertanggungjawabkan
Denai Sungai Kebangsaan
Sungai dan persekitarannya penting kepada kehidupan manusia, baik dari
aspek sosial, ekonomi, mahupun kelestarian alam sekitar. Selain mengalirkan
air dan enapan dari kawasan tadahan ke lautan, sungai juga berfungsi sebagai
jalan pengangkutan, sumber bekalan air (domestik, industri, pertanian dan
penjanaan tenaga elektrik), selain dijadikan kawasan rekreasi. Terdapat 2,986
lembangan sungai di seluruh Malaysia yang terbentuk daripada 10,198 aliran
sungai dengan jumlah panjang 60,593 kilometer (km).
Menyedari kepentingan tersebut, projek Denai Sungai Kebangsaan
(DSK) dilancarkan pada 24 Oktober 2020 sebagai usaha untuk memupuk
kesedaran awam terhadap penjagaan sungai. DSK ialah strategi tindakan
24
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan di punca penyelesaian
secara nature-based. Menerusi penglibatan orang ramai dalam aktiviti
pembinaan denai sungai, mereka akan mendapat pendedahan langsung
mengenai fungsi sungai dalam kehidupan dan peranan aktif yang boleh
dimainkan untuk memastikan insiden pencemaran sungai tidak berlaku.
Perkara ini termasuklah menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam
mengawal pencemaran sungai. Pada masa yang sama, tebing sungai yang
bersih dan terjaga kebiasaannya tidak akan menjadi sasaran pencemar bagi
membuang bahan tercemar.
Sejak 2020, KASA merancang pembinaan DSK sepanjang 1,000km
sehingga 2023, selain menyasarkan keseluruhan 10,000km menjelang 2030.
Bagi memenuhi tujuan tersebut, KASA giat menjalinkan kerjasama dengan
kerajaan-kerajaan negeri dalam mengenal pasti kawasan rizab sungai yang
sesuai dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan
aktiviti pengindahan sungai. Sehingga kini sebanyak 84 program DSK berjaya
dilaksanakan di seluruh Malaysia melibatkan kerja-kerja pembinaan serta
penambahbaikan laluan denai sungai secara kumulatif sepanjang 420km.
12
[1] Lawatan Menteri KASA ke Denai Sungai Pengkalan Datu, Kelantan.
[2] Program Jom Turun Sungai di Denai Sungai Air Hitam yang melibatkan penduduk
Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor.
Dalam konteks KASA, DSK bukan sekadar platform untuk penglibatan
awam, tetapi juga platform bagi memupuk semangat kerja berpasukan antara
warga kementerian dan agensi. Melalui projek Sungai Angkat dan program
Jom Turun Sungai di beberapa kawasan komuniti seperti di Kampung Dato’
Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor, semangat kolaborasi antara warga KASA
dan agensi serta komuniti berjaya digemblengkan untuk manfaat bersama.
Hasil melalui gotong-royong mingguan, sungai yang sebelumnya kotor akibat
25
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pembuangan sampah dapat dibersihkan. Pada masa yang sama, kesedaran
untuk menjaga kebersihan sungai dapat dipupuk dan diperkasakan.
Program Ibadat Rumah Hijau
KASA melalui MGTC telah memperluas agenda pelestarian alam sekitar kepada
rumah ibadat melalui Program Rumah Ibadat Hijau. Ia antara lain bertujuan
menjadikan rumah ibadat sebagai model bagi mencetuskan kesedaran
gaya hidup lestari kepada komuniti setempat melalui inisiatif hijau yang
dipromosikan menerusi program ini, seperti penggunaan tenaga secara cekap,
penjimatan penggunaan air, amalan rendah karbon, dan kawalan pencemaran.
KASA menyasarkan 10 masjid di seluruh Malaysia terlibat dalam
pelaksanaan program ini sepanjang 2021 dan menjadikan Masjid Al-Hasanah di
Bangi sebagai perintis. Menerusi program ini, empat elemen utama diterapkan
di masjid, iaitu penjimatan elektrik, air, urus sisa buangan, dan penggunaan
produk hijau. Bagi pelaksanaan projek rintis di Masjid Al-Hasanah, dana bagi
pelaksanaan projek sebahagian besarnya ditampung sendiri pihak masjid,
manakala MGTC membantu dalam aspek khidmat nasihat dan penyeliaan.
Pada masa yang sama, KASA turut meneroka usaha kerjasama dengan
YWM bagi mewujudkan Tabung Wakaf Masjid Hijau untuk membiayai
program pelestarian alam sekitar yang bakal dilaksanakan di Masjid Hijau.
Kejayaan pelaksanaan projek rintis ini akan membantu KASA menerangkan
pendekatan yang sesuai bagi tujuan pelaksanaannya di rumah-rumah ibadat
kepercayaan agama lain pada masa depan.
Perakuan Awam Berhubung Inisiatif Strategik
Pelestarian Alam Sekitar dan Air
Pelaksanaan PKP oleh pihak kerajaan hakikatnya telah membuka peluang
kepada KASA untuk meneroka peluang baharu dalam menyampaikan ilmu
berhubung kesedaran pelestarian alam sekitar dan air kepada masyarakat
dan pihak berkepentingan.
Sepanjang tempoh PKP hingga September 2021, KASA berjaya
menganjurkan lebih 30 webinar utama dan persidangan secara dalam talian
(online) yang melibatkan YB Menteri, YB Timbalan Menteri, KSU, dan
pengurusan tertinggi serta figura penting yang dihormati dalam bidang
berkaitan.
Antara tema yang menjadi pilihan ialah gaya hidup lestari, penjimatan
air, Kesihatan Planet, kawalan pencemaran, risiko berkaitan air seperti
banjir, fenomena hujan lebat dan perubahan iklim, penghayatan semangat
hijrah, serta merdeka dalam konteks pelestarian alam sekitar.
26
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Program-program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan seterusnya
menggalakkan penglibatan awam dalam bertindak untuk memastikan alam
sekitar di Malaysia dijaga secara bersama.
Webinar “Peranan Malaysia Menangani
Perubahan Iklim” bersempena Hari Bumi
Sedunia 2021 yang mendapat liputan
luas pihak media, termasuk menerima
sokongan untuk ditayangkan secara
langsung di Astro Awani.
Green Vaccination Programme
Pelancaran buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari telah disempurnakan
YB Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri
MOSTI pada 5 April 2021. Sejak penularan pandemik COVID-19 di Malaysia
pada Disember 2019, terdapat peningkatan dalam penjanaan sisa klinikal,
secara puratanya setiap bulan. Sebagai contoh, jumlah kuantiti sisa klinikal
tertinggi yang direkodkan ialah 4,082 metrik tan pada Januari 2021, berbanding
2,478 metrik tan pada Januari 2020. Garis panduan ini ialah dokumen khas
yang merangkumi tatacara pengurusan bahan buangan klinikal, pembudayaan
amalan hijau dan inisiatif pengimbangan pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG)
di semua pusat pemberian vaksin dan fasiliti kesihatan yang menjalankan
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
YB Menteri Alam Sekitar dan
Air (tengah) di Majlis Pelancaran
Buku Garis Panduan Program
Vaksinasi Lestari. Turut serta
ialah Mantan Menteri Kesihatan,
Dato' Sri Dr. Adham Baba (kiri)
dan Menteri MOSTI selaku
Penyelaras Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan,
YB Khairy Jamaluddin Abu
Bakar.
27
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Memuktamadkan Perjanjian Penstrukturan Semula
Industri Perkhidmatan Air Pahang, Perlis dan Kedah
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang dimulakan sejak
2007 ialah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula
industri perkhidmatan air pada peringkat negeri. Langkah ini bertujuan
memastikan kemapanan jangka masa panjang (full cost recovery), sekali gus
mewujudkan jaminan kelangsungan perkhidmatan bekalan air berkualiti
kepada pengguna, pada kadar tarif yang munasabah.
Langkah penstrukturan ini melibatkan empat komponen utama, iaitu
(i) pengambilalihan pinjaman bekalan air kerajaan negeri oleh PAAB, dan
penyusunan semula tempoh bayaran melalui sewa pajakan selama 45 tahun;
(ii) penyediaan pembiayaan modal (capital expenditure, CAPEX) oleh PAAB
bagi menambah baik kecekapan serta kualiti perkhidmatan air; (iii) operator
air beroperasi berdasarkan model aset ringan; dan (iv) kawal selia SPAN ke
atas prestasi perkhidmatan bekalan air berdasarkan petunjuk prestasi utama
yang ditetapkan.
Sehingga Mac 2020, lapan negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kelantan telah menandatangani Perjanjian
Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air. Pada masa sama,
usaha memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan
bekalan air bagi Kedah, Pahang dan Terengganu telah tertangguh melebihi
tempoh tujuh tahun atas beberapa faktor, antaranya penentuan nilai
pinjaman yang perlu dinovasikan, perubahan kepimpinan dan penerimaan
berbeza kepada usaha penstrukturan.
Menerusi kepimpinan dan komitmen YB Menteri, KASA berjaya
memuktamadkan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan
Bekalan Air Pahang, Kedah dan Perlis dalam tempoh tidak sampai setahun
selepas penubuhan KASA. Antara strategi digunakan ialah menyediakan
peluang hapus kira pinjaman bekalan air luar bandar kepada negeri-negeri
terlibat. Pendekatan ini banyak membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam
konteks mengurangkan jumlah pinjaman yang akan diambil alih oleh PAAB.
Selain itu, semangat 'menang-menang' dan pendekatan fleksibiliti dan bukan
one size fits all turut menjadi formula kejayaan dalam proses rundingan.
Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air Pahang telah diadakan pada 23 Disember 2020,
bertempat di Kuantan, Pahang. Sementara itu, perjanjian bagi tujuan
memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan
air bagi Perlis dan Kedah telah ditandatangani pada 4 Mac 2021 di Kangar,
Perlis dan Alor Setar, Kedah.
28
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Hasil penstrukturan ini akan dapat dilihat dalam jangka masa sederhana
dan panjang. Operator air, iaitu Pengurusan Air Pahang (PAIP), Syarikat
Air Darul Aman (SADA) dan Syarikat Air Perlis (SAP) akan berkeupayaan
membina asas kemapanan kewangan dan ini seterusnya dapat meletakkan
mereka di landasan betul ke arah menjadi operator perkhidmatan air yang
efisien, berdaya maju dan mapan. Operator air yang berdaya maju akan
sentiasa berkeupayaan memberi perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.
Melalui operasi secara aset ringan, operator-operator air akan dapat
menumpukan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
Kemudahan pembiayaan projek infrastruktur bekalan air baharu pada
kadar rendah akan mengurangkan tekanan kenaikan tarif kepada rakyat.
Strategi ini akan membolehkan perkhidmatan air berkualiti yang ditawarkan
pada harga yang adil dan berpatutan disediakan kepada pengguna.
Pelaksanaan kesemua projek naik taraf bekalan air juga akan membolehkan
operator mencapai KPI teknikal dan bukan teknikal yang ditetapkan SPAN,
sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap lebih tinggi.
Majlis Menandatangani
Perjanjian Penstrukturan
Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan
Air Pahang pada 23
Disember 2020.
Majlis Menandatangani
Perjanjian Penstrukturan
Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air
Perlis pada 4 Mac 2021.
Majlis Menandatangani
Perjanjian Penstrukturan
Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air
Kedah pada 4 Mac 2021.
Penyerahan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang
Fasa 1 dan Fasa 2A kepada Pulau Pinang
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Pulau Pinang dimulakan pada
2011 dengan tujuan menyediakan sumber air tambahan. Melalui ketersediaan
sumber air tambahan, jaminan bekalan air yang berterusan dapat diberi,
29
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
walaupun kemungkinan berlaku beberapa perkara di luar jangkaan, seperti
pencemaran sumber utama air dan peningkatan permintaan secara mendadak.
Projek tersebut dibiayai Kerajaan Persekutuan melalui kaedah geran
dengan peruntukan RM1.2 bilion. Pembangunannya melibatkan empat fasa,
iaitu (i) Fasa 1: Pembinaan pembesaran empangan; (ii) Fasa 2A: Menaik taraf
rumah Pam Mak Sulong; (iii) Fasa 2B: Penyaluran air mentah dari Stesen Pam
Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua; dan (iv) Fasa 2C: Cadangan pembinaan
baharu rumah Pam Lahar Yooi, tertakluk kepada hasil kajian keperluan dan
kecukupan sumber air dari Sungai Muda.
Biarpun demikian, penyerahan komponen projek, iaitu Fasa 1 dan Fasa
2A yang telah siap sejak 2017 tertangguh atas beberapa isu penyerahan yang
terlebih dahulu perlu dipersetujui secara bersama oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, hasil rundingan
yang diterajui KASA, Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1
dan Fasa 2A berjaya diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang pada 26 Oktober 2020.
12
[1] Majlis Penyerahan Projek Penyerahan Empangan Mengkuang Fasa 1 dan Fasa 2A.
[2] Empangan Mengkuang.
Pindaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
dan Akta Industri Perkhidmatan Air
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] telah
dikuatkuasakan pada 1 Februari 2007, disusuli dengan penguatkuasaan
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] pada 1 Januari 2008.
Kedua-duanya bertujuan mewujudkan mekanisme kawal selia industri
perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Malaysia. Selepas lebih 15
tahun Akta 654 dan Akta 655 dikuatkuasakan, beberapa penambahbaikan
dikenal pasti bagi memastikan kedua-duanya kekal relevan dan selari
dengan perkembangan industri perkhidmatan air. Antara lain, proses
pindaan dimulakan sejak 2012 menerusi siri bengkel dan libat urus dengan
30
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
beberapa pihak berkepentingan seperti pemegang lesen dan permit, pemain
industri, kementerian dan agensi kerajaan serta pengguna.
Pindaan ke atas Akta 654 bertujuan memperkasa sistem tadbir urus SPAN,
khususnya berkaitan tempoh lantikan anggota SPAN, syarat perkhidmatan
pekerja, tatacara pengurusan tatatertib pegawai, penetapan had berkontrak,
penawaran biasiswa, penurunan kuasa, dan kawalan penggunaan logo
SPAN. Sementara itu, beberapa pindaan utama yang dicadangkan di bawah
Akta 655 memfokuskan usaha memperkasa ekosistem kawal selia industri
perkhidmatan air agar sesuai dengan usaha mentransformasi sektor air
sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi negara.
Antara pindaan dicadangkan ialah (i) menyenaraikan kesalahan-
kesalahan baharu dan meningkatkan hukuman ke atas tindakan yang berisiko
menyebabkan pencemaran air; (ii) memperkenalkan air pulih guna sebagai
sumber bekalan air alternatif untuk kegunaan bukan domestik; (iii) pengurusan
sisa air yang lebih efektif dan ekonomik; (iv) meletakkan tanggungjawab
melaksanakan nyahenap cemar ke atas pemilik premis bagi mengelakkan risiko
kacau ganggu dan ancaman kepada awam; (v) memantapkan perhubungan
pengguna dan industri melalui penubuhan Tribunal Industri Perkhidmatan
Air; dan (vi) mewujudkan sempadan bidang kuasa jelas dalam pengawalseliaan
bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.
KASA pada 27 Januari 2021 berjaya mendapatkan persetujuan secara
prinsip daripada Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) untuk meminda Akta
654 dan 655. Persetujuan ini seterusnya disusuli dengan rundingan bersama
kerajaan-kerajaan negeri, selaras keperluan Perkara 79, Perlembagaan
Persekutuan berhubung Perjalanan Kuasa Bersama. Sebanyak empat siri
rundingan berjaya diadakan dan maklum balasnya dijadikan asas untuk
memantapkan draf pindaan sedia ada. Rang Undang-undang (RUU) Pindaan
Akta 654 dan 655 dijangka dapat dibentangkan untuk kelulusan Parlimen
pada suku kedua tahun 2022 selepas melalui proses semakan Jabatan Peguam
Negara dan kelulusan Jemaah Menteri.
Sesi rundingan bersama kerajaan
negeri berhubung pindaan Akta
654 dan 655 yang dibuat secara
dalam talian pada 5 Julai 2021.
31
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Penggubalan Perundangan Subsidiari
di bawah Akta 654 & Akta 655
Sebanyak 10 undang-undang subsidiari telah dirancang untuk digubal
atau dipinda dalam tempoh 2020-2025 sebagai usaha berterusan untuk
memantapkan kawal selia industri perkhidmatan air di Malaysia. Sehingga
30 September 2021, dua perundangan subsidiari berjaya dikuatkuasakan,
iaitu Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan
Nyahenap Cemar) 2021 dan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air
(Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) (Pindaan) 2021.
Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan
Nyahenap Cemar) 2021 telah diwartakan pada 29 Mac 2021. Peraturan ini
bertujuan menetapkan tanggungjawab pemilik, pengurusan dan penghuni
untuk tangki septik dinyahenap cemar oleh pemegang lesen perkhidmatan
di bawah Seksyen 65 Akta 655. Sementara itu, Kaedah-kaedah Industri
Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) (Pindaan) 2020
yang diwartakan pada 10 Mei 2021 bertujuan menyeragamkan kaedah sedia
ada dengan perkara-perkara substantial, format, teks, dan standard yang
ditetapkan Jabatan Standard Malaysia berkaitan sistem bekalan air.
Perundangan-perundangan subsidiari lain yang sedang melalui proses
semakan adalah yang berkaitan penetapan standard pengguna, kadar
perkhidmatan bekalan air, pengkompaunan kesalahan, pelesenan dan permit,
pendaftaran pembekal, dan penetapan petunjuk prestasi utama. Pewartaan
kaedah-kaedah ini akan membolehkan KASA mewujudkan ekosistem kawal
selia industri perkhidmatan air yang lebih mantap, sekali gus menyokong
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pengiktirafan Asia Environmental
Enforcement Awards 2020
JAS menerima penganugerahan Asia Environmental Enforcement Award
2020 daripada United Nations Environment Programme (UNEP) di majlis
Ceremony for the Asia Environmental Enforcement Awards 2020 yang
diadakan secara maya pada 17 Februari 2021. Pengiktirafan ini berikutan
kejayaan JAS sepanjang tempoh Januari 2019 hingga Disember 2020 dalam
menghantar semula 254 kontena ke negara pengeksport dengan anggaran
berat 5,512 metrik tan sisa plastik tanpa melibatkan sebarang kos oleh
Kerajaan Malaysia. Selain itu, JAS juga dalam tempoh masa sama berjaya
mengekang operasi 204 kilang kitar semula sisa plastik haram.
32
PORTFOLIO PELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN AIR
Pengiktirafan IWK
Pada 2020, IWK dianugerahkan National Energy Awards (NEA) di ASEAN
Energy Awards (AEA) 2020. NEA ialah pengiktirafan tahunan untuk
menghargai pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam memacu
agenda lestari negara. Selain itu, 24 Mei 2021 ialah tarikh bermakna untuk
IWK sebagai syarikat pembetungan nasional apabila menerima anugerah
Professional Development Award 2021 sebagai pengiktirafan antarabangsa
daripada Persatuan Air Antarabangsa (International Water Association,
IWA). Anugerah ini mengangkat nama IWK sebagai syarikat sektor air
yang menyumbang kepada pembangunan profesional pekerja, sekali gus
melahirkan pakar dalam sektor air demi generasi akan datang.
Tidak sekadar itu, IWK turut dipilih sebagai penerima anugerah bagi
kategori Renewable Energy Awards 2020 oleh MGTC ketika Asean Energy
Awards 2020. IWK yang diwakili Encik Narendran Maniam, Ketua Pegawai
Eksekutif IWK telah dipilih menerima anugerah Winner of the Special
Submission Category for the Reuse of Biogas from Sewage Sludge to Generate
Renewable Energy at Pantai 2 Regional Sewage Treatment Plant. Demikian juga
anugerah HR Employee Experience Award (Silver in Best Management Training
Programme), ASEAN Energy Award 2021 (kategori Energy Management for
the Small and Medium Industries), dan National Energy Award 2021 (kategori
Energy Management in Small and Medium Industry).
Pengiktirafan MGTC
Pejabat Tenaga Hijau (Green Energy Office, GEO) yang menempatkan
pejabat MGTC telah menerima anugerah Bangunan Tenaga Sifar dalam
Kategori Kecekapan Tenaga, Anugerah Tenaga ASEAN 2020.
33
BAHAGIAN 2
TERAS
STRATEGIK
KASA Peneraju
Pelestarian Alam Sekitar
Malaysia 2020-2030
KASA telah memberi komitmen untuk menjadi nadi utama agenda
pelestarian negara. Komitmen ini dizahirkan melalui pelaksanaan
Pelan Strategik 10 tahun yang dikenali sebagai Pelan Pelestarian Alam
Sekitar di Malaysia 2020-2030. Pelan strategik ini memusatkan 30
inisiatif utama KASA sebagai peneraju pelestarian alam sekitar dan pengurusan
air yang mampan di Malaysia. Ia dilancarkan pada 5 Jun 2021 oleh YB Menteri
KASA, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersempena Hari Alam Sekitar
Sedunia 2021. Antara lain, beliau menyifatkan pelan ini sebagai satu dokumen
komprehensif dalam menetapkan sasaran jelas ke arah mencapai kelestarian
alam sekitar di Malaysia menjelang 20301.
Draf pertama pelan ini awalnya dirangka menerusi bengkel pengurusan
tertinggi KASA yang diadakan di Cherating, Pahang pada 21 Jun 2020, sejurus
selepas penubuhan KASA. Keterlibatan kesemua pihak yang membabitkan
dua sektor, enam jabatan, satu suruhanjaya, satu konsortium, dua syarikat
dan dua institusi penyelidikan di bawah KASA telah membawa kepada
35
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
(Kiri): Bengkel Pengemaskinian
Pelan Strategik KASA
2020-2030 di Kuala Lumpur pada
23 April 2021.
(Bawah): Pengurusan
Tertinggi KASA, tonggak
pengimplementasian Pelan
Pelestarian Alam Sekitar di
Malaysia 2020-2030
wujudnya Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030. Dalam
mendepani cabaran semasa dan ekspektasi dinamik, pelan ini ditambah
baik pada 23 April 2021 bagi memastikan ia kekal relevan. Secara dasarnya,
ia merangkumi 30 inisiatif jangka pendek (tiga tahun), jangka sederhana
(lima tahun) dan jangka panjang (10 tahun) untuk dibangunkan berteraskan
empat tunjang utama seperti berikut:
Pengukuhan tadbir urus - Sejumlah 17 inisiatif dengan 21 indikator dan
64 sasaran dibangunkan sebagai langkah proaktif pemantapan institusi
pelestaran di peringkat kementerian melalui akta, peraturan dan dasar
yang diolah untuk meningkatkan autonomi dan akauntibiliti KASA.
Pertumbuhan hijau - Empat inisiatif dengan empat indikator dan
12 sasaran dibangunkan untuk memacu agenda pertumbuhan hijau
yang menjadi pemangkin pembangunan mampan yang mengimbangi
keperluan ekonomi, sosial serta alam sekitar.
Kolaborasi strategik - Enam inisiatif dengan enam indikator dan 18
sasaran dibangunkan untuk memastikan agenda pelestarian disokong
36
TERAS STRATEGIK
oleh semua pihak berkepentingan melalui pemantapan kerjasama sedia
ada dan kerjasama akan datang.
Keterangkuman sosial - Tiga inisiatif dengan tiga indikator dan lapan
sasaran dibangunkan bagi memastikan elemen sosial diambil kira
supaya semua pihak boleh menjadi ejen penyumbang kepada agenda
pelestarian negara.
Pelan strategik yang bersifat holistik ini juga mencakupi semua
komponen pengurusan dan pelestarian alam sekitar: di atmosfera (udara),
hidrosfera (air), litosfera (darat) dan biosfera (makhluk hidup). Setiap inisiatif
juga mempunyai indikator kuantitatif dan kualitatif yang secara langsung
turut mendokong enam daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari 2030
(Sustainable Development Goals 2030).
Selain itu, konsep Kesihatan Planet turut digarap sebagai teras
pelaksanaan pelan ini. Dalam konteks pelestarian alam, 'kesihatan planet'
merujuk pada perkaitan antara kesihatan manusia dan kesihatan alam2.
Sebagai contoh, aktiviti harian manusia boleh menyumbang kepada
pencemaran antropogenik, perubahan iklim dan kemerosotan kebersihan
air yang seterusnya menjejaskan kesihatan manusia melalui perubahan pola
penyakit atau kematian3. UN Environment menyifatkan kesihatan planet
sebagai asas kepada semua jenis kesihatan di muka bumi dan ia penting dalam
usaha mengakhiri tiga krisis utama dunia, iaitu perubahan iklim, kehilangan
biodiversiti dan pencemaran4. Penyebaran pendemik COVID-19 sejak 2019
telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kesedaran awam mengenai
pentingnya menjaga kesejahteraan alam kerana ia amnya merupakan tunjang
kepada kesejahteraan manusia. Sehubungan dengan itu, semua inisiatif yang
digariskan Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030 merupakan
serampang dua mata yang bertujuan meningkatkan tahap kesejahteraan alam.
Sejak dilancarkan, Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030
tidak hanya menjadi manifestasi iltizam warga kerja KASA ke arah pelestarian
Malaysia, tetapi juga menjadi sumber rujukan utama pihak berkepentingan
lain seperti sektor swasta, universiti tempatan dan lain-lain. Secara tidak
langsung, dokumen ini dapat menyumbang meningkatkan kefahaman awam
berkenaan kesejahteraan alam sebagai tanggungjawab bersama.
Pelan Pelestarian Alam Pelan Pelestarian Alam
Sekitar di Malaysia 2020-2030 Sekitar di Malaysia 2020-2030
(Bahasa Melayu) (Bahasa Inggeris)
37
BAHAGIAN 2
BAB TIGA
PENGUKUHAN
TADBIR URUS