Pengukuhan
Tadbir Urus
INISIATIF 1
K Sungai Bersih
ebersihan sungai ialah satu antara indikator penting dalam
pelestarian alam sekitar. Sungai yang bersih menjamin keseimbangan
ekosistem akuatik, sekali gus memastikan kelangsungan bekalan air
dengan menyediakan sumber air mentah yang selamat untuk dirawat
dan diagihkan kepada rakyat. Menyedari kepentingan tersebut, program
pemantauan dan pengawasan kualiti air sungai telah dijalankan Jabatan Alam
Sekitar (JAS) sejak 1978, bertujuan menentukan status kualiti sungai di Malaysia
dan memantau perubahannya dari semasa ke semasa.
Sehingga kini, 672 sungai utama dipantau melalui 1,353 stesen manual
dan 30 stesen automatik. Pemantauan ini dilaksanakan menerusi 47 parameter
kualiti. Sejumlah 30 parameter dipantau secara manual, manakala 17 lagi
melalui kaedah automatik. Bagi membantu proses pengawasan dan penilaian
kualiti air sungai, JAS membangunkan Standard Kualiti Air Kebangsaan yang
diterjemahkan dalam bentuk Indeks Kualiti Air (IKA). Ia menetapkan tiga
julat indeks, iaitu Bersih (skor 81-100), Sederhana Tercemar ( skor 60-80)
dan Tercemar (0-59). Penetapan julat indeks ini adalah berdasarkan kepada
tahap kebersihan, kegunaan dan pencemaran air sesebuah sungai.
39
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Jadual 1: Indeks Kualiti Air di bawah Standard Kualiti Air Kebangsaan
Indeks BERSIH JULAT INDEKS TERCEMAR
SEDERHANA TERCEMAR
IKA 81-100 60-80 0-59
SUMBER: Jabatan Alam Sekitar⁵
Enam parameter petunjuk pencemaran utama yang digunakan dalam IKA
ialah Oksigen Terlarut (DO), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan
Oksigen Kimia (COD), Ammonikal Nitrogen (NH3-N), pH dan Jumlah Pepejal
Terampai (TSS). Kesemua parameter ini boleh menjadi petunjuk kepada
punca pencemaran, sama ada berpunca daripada aktiviti kerja tanah, industri,
pencemar organik, sisa kumbahan atau ternakan.
Enam Parameter Petunjuk Pencemaran Utama
Sumber: Jabatan Alam Sekitar6
Daripada 672 sungai yang dipantau, IKA tahun 2020 menunjukkan
peningkatan peratusan bilangan sungai bersih, meningkat daripada 61
peratus pada 2019 kepada 66 peratus pada 2020. Peratus bilangan sungai
yang dikategorikan sederhana tercemar pada tahun 2020 juga mencatatkan
pengurangan berbanding 2019.
Data-data yang dilaporkan ini tidak sekadar penting untuk
menggambarkan situasi kualiti semasa, tetapi ia pada masa sama turut
memperlihatkan tahap amalan dan pencapaian usaha Malaysia melestarikan
sungai-sungainya yang menjadi nadi kehidupan kepada semua. Sewajarnya
data pengawasan kualiti air sungai dijadikan panduan dalam menentukan
perancangan pembangunan berkaitan, memperhebatkan penguatkuasaan
dan memantapkan komunikasi strategi dalam usaha pelestarian sungai.
40
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Trend Kualiti Air Sungai, 2008-2020
100%
90% 672 672
638 66%
Peratus bilangan sungai 80% 579 577 570 464 477 477 477 477 477 477 61% 29%
70% 58% 53% 51% 59% 58% 58% 51% 58% 47% 46%43%
60% 56%
38% 36% 32% 34% 35% 43%
50%
40% 36% 39% 36%
30%
34%
31%
20% 8% 13% 8% 8% 10% 10% 11% 8% 9%
10% 9% 5%
6% 7%
0%
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Bersih/ Clean Sederhana Tercemar/Slightly Polluted Tercemar/Polluted Jumlah Sungai/Total Number of River
Sumber: Laporan Kualiti Alam Sekeliling 20207
Mengambil kira pencapaian positif pada tahun 2020, KASA menyasarkan
peratus jumlah sungai bersih dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa
dalam tempoh 10 tahun akan datang. Berikut ialah sasaran sungai bersih
yang ditetapkan kementerian:
Tahun Asas/Sasaran Perincian
357 buah Pencapaian sungai bersih tahun 2018 (357 sungai) digunakan sebagai
asas memandangkan pencapaian tinggi yang 2019 (408 sungai) dan
sungai bersih 2020 (443 sungai) dipengaruhi oleh faktor pelaksanaan PKP yang
menghadkan operasi aktiviti sosio ekonomi.
2021 1% Peningkatan sungai bersih sebanyak 1% dari pencapaian tahun asas
2022 3%
2023 5% Peningkatan sungai bersih sebanyak 3% dari pencapaian tahun asas
2025 10% Peningkatan sungai bersih sebanyak 5% dari pencapaian tahun asas
2030 25%
Peningkatan sungai bersih sebanyak 10% dari pencapaian tahun asas
Peningkatan sungai bersih sebanyak 25% dari pencapaian tahun asas
Pelaksanaan inisiatif ini bagaimanapun, memerlukan komitmen daripada
semua institusi, baik pada peringkat agensi, Persekutuan, negeri dan kerajaan
tempatan, pihak swasta, NGO dan masyarakat. Justeru, beberapa tindakan
diatur bagi dilaksanakan sepanjang tempoh 2021-2030.
Antara langkah utama adalah memantapkan penguatkuasan Akta Alam
Sekeliling 1975. Usaha ini antara lainnya termasuklah memperhebatkan
aktiviti penguatkuasaan, memperbanyakkan operasi penguatkuasaan secara
mengejut dan memperkukuhkan strategi penguatkuasaan secara bersepadu
41
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti PBT, SPAN dan polis. Operasi
tersebut bakal dilaksanakan di luar waktu pejabat, selain pada musim
perayaan, dengan tumpuan di kawasan-kawasan industri yang berpotensi
besar memberi impak tinggi terhadap pencemaran sungai. Sebagai
langkah mempertingkatkan keberkesanan, kaedah smart enforcement akan
dilaksanakan dengan memaksimumkan penggunaan teknologi seperti
drone dan geospatial. Kaedah ini terbukti membantu pihak JAS mengenal
pasti punca-punca pencemaran ke sungai, selain dapat merancang strategi
penguatkuasaan dengan tumpuan kepada punca sebenar yang dikenal pasti.
Sebagai menyokong usaha ini, Program Pengawasan Kualiti Alam
Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme, EQMP) akan
terus dimantapkan, khususnya dari aspek pengawasan kualiti air sungai.
Melalui pendekatan ini, EQMP dapat berperanan secara signifikan sebagai
mekanisme pengesanan dan amaran awal dalam menangani pencemaran
sungai melalui pengesanan perubahan kualiti air sungai pada masa tertentu,
secara real time dan berterusan. Antara aspek pemerkasaan yang bakal
dilaksanakan termasuklah penambahan stesen manual dan automatik
dengan tumpuan kepada kawasan punca bekalan air minuman, kawasan
kegunaan berfaedah yang dikenal pasti, dan kawasan berisiko tinggi kepada
pencemaran, contohnya lokasi perindustrian dan loji kumbahan.
Selain itu, kaedah pemuliharaan kualiti air sungai melalui pendekatan
pengawalan beban pencemar yang memasuki sungai juga akan diperkenalkan.
Mekanisme pelaksanaannya bermula dengan menetapkan Jumlah Beban
Maksima Harian (Total Maximum Daily Load, TMDL) yang dibenarkan
untuk dilepaskan setiap punca pencemaran air - berdasarkan daya tampung
sungai berkenaan. TMDL ini ditetapkan mengikut kegunaan berfaedah yang
dikehendaki, agar kemasukan beban bahan pencemar ke dalam sungai tidak
akan menyebabkan kemerosotan kualiti air sungai, sekali gus menjejaskan
kegunaannya. Sementara itu, dalam aspek perancangan pembangunan, PBT
dan pihak-pihak yang meluluskan projek-projek pembangunan yang tidak
tertakluk kepada Perintah-perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan
Kepada Alam Sekitar) 2015 dan aktiviti-aktiviti yang tidak tertakluk Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diminta melaksanakan pendekatan Best
Management Practices (BMP), khususnya kawalan terhadap kumbahan dan
air basuhan dari restoran, pusat basuhan kereta dan pasar basah.
Melalui pendekatan memantapkan kompetensi modal insan, kursus-
kursus berkaitan Kawalan Pencemaran Air telah dipertingkatkan oleh Institut
Latihan Alam Sekitar (EiMAS), selain pelaksanaan kursus secara dalam
talian. Inisiatif ini bagi memastikan pihak industri mempunyai pengetahuan
asas yang penting dalam pengoperasian loji sistem rawatan air sebelum efluen
42
PENGUKUHAN TADBIR URUS
dari industri dilepaskan ke sungai. Selain pendekatan bersifat struktural dan
penguatkuasaan, KASA juga memperhebatkan strategi penglibatan awam
dalam mencapai aspirasi serta sasaran jumlah sungai bersih yang ditetapkan.
Bagi tujuan tersebut, kempen kesedaran awam akan dilaksanakan secara
berterusan dan secara holistik bagi mendidik semua pengguna termasuk
pihak berkepentingan mengenai pencemaran dan kepentingan penjagaan
sungai. Antara lain, aktiviti turun padang dan penyertaan bersama komuniti
seperti bergotong-royong membersihkan sungai akan turut dimantapkan.
Akan turut dilaksanakan menerusi inisiatif ini adalah memperkenalkan
program Membaikpulih Sungai Secara Usahasama bersama pihak NGO dan
persatuan penduduk yang tinggal di sekitar lembangan sesebuah sungai,
selain melaksanakan program rawatan intervention kepada anak sungai (river
tributary) sebelum ia mengalir ke sungai utama. Kejayaan kesemua program
ini bukan sahaja akhirnya boleh diukur dari aspek pertambahan jumlah
sungai bersih, tetapi juga diukur dari segi keupayaannya membudayakan
masyarakat yang prihatin kepada kepentingan pelestarian sungai.
INISIATIF 2
Meningkatkan Kualiti Udara
Udara bersih ialah asas penting bagi kehidupan sihat, selamat dan sejahtera.
Bagaimanapun, pertumbuhan sektor industri dan pembangunan yang pesat
tanpa diimbangi usaha pelestarian berisiko menyumbang ke arah kemerosotan
kualiti udara yang merupakan satu antara komponen penting alam sekitar.
Antara sumber pencemaran udara termasuklah pelepasan asap kenderaan
bermotor, pelepasan asap dari cerobong industri, efluen industri, dan pelbagai
punca tidak tetap (non-point sources) seperti pembakaran terbuka, pembakaran
di tapak pelupusan haram sampah domestik, jerebu merentas sempadan dan
pelupusan haram buangan toksik serta berbahaya.
Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) 2020 melaporkan bahawa punca
utama beban pencemar habuk halus di Malaysia bagi tahun 2020 terhasil dari
loji jana kuasa elektrik (39 peratus) dan industri (29 peratus). Sementara itu,
kenderaan bermotor dan punca-punca lain menyumbang masing-masing 12
dan 20 peratus kepada habuk halus di udara. Sumber bagi punca-punca lain
ialah pelepasan bahan pencemar udara dari kawasan perumahan, komersial
dan penggunaan bukan tenaga.
Mulai 2017, JAS menaik taraf rangkaian pengawasan kualiti udara
di seluruh negara dengan menambah 65 stesen pengawasan kualiti udara
43
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
automatik di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP).
Stesen-stesen pengawasan kualiti udara ini ditempatkan di lokasi strategik,
iaitu di kawasan bandar, sub-bandar dan perindustrian, bertujuan untuk
mengesan sebarang perubahan ketara ke atas kualiti udara yang mungkin
memberi kesan kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Tujuan rangkaian
stesen pengawasan kualiti udara ini dibangunkan adalah untuk pemantauan
status kualiti udara secara berterusan di seluruh Malaysia.
Beban Punca Pencemar Habuk Halus di Malaysia bagi Tahun 20208
Status kualiti udara di Malaysia ditunjukkan menerusi bacaan Indeks
Pencemar Udara (IPU) dan sentiasa dipaparkan di laman web Air Pollutant
Index of Malaysia (APIMS). IPU dikira berdasarkan pengukuran kepekatan
enam bahan pencemar utama di setiap stesen pengawasan kualiti udara, iaitu
ozon di permukaan bumi (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida
(NO2), sulfur dioksida (SO2), habuk halus bersaiz kurang 10 mikron (PM10)
dan habuk halus bersaiz kurang 2.5 mikron (PM2.5). Lima kategori IPU telah
digunakan bagi menggambarkan bacaan kualiti udara, iaitu baik, sederhana,
tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya. PM2.5 mula diukur dan dianalisis
bermula pertengahan 2017. Bagaimanapun, analisis bagi PM2.5 dilaporkan
dalam Laporan Kualiti Alam Sekitar sejak 2018. Bermula 16 Ogos 2018,
pengiraan IPU Malaysia telah mengambil kira kepekatan habuk halus yang
bersaiz diameter 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5), dan mula dipaparkan oleh
JAS melalui APIMS untuk dilihat oleh orang awam.
44
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Bacaan IPU yang Boleh Dilayari di Laman Web APIMS9
Secara purata, nilai tahunan PM2.5 dalam udara ambien dari tahun
2018 hingga 2020 masih belum melebihi had ditetapkan dalam Standard
Kualiti Udara Ambien Malaysia bagi IT-2, iaitu 25 μg/m3. Dalam hubungan
ini bacaan tahunan PM2.5 yang direkodkan dari 2018 hingga 2020 ialah
masing-masing 16μg/m3, 20 μg/m3 dan 12 μg/m3. Bacaan PM2.5 bagi
tahun 2020 lebih rendah berbanding tahun 2018 dan 2019, disebabkan
pengurangan kes-kes kebakaran hutan dan belukar dalam negara, selain
tiada kejadian jerebu merentas sempadan direkodkan pada tahun tersebut.
Pada masa yang sama, keadaan cuaca yang lebih lembap juga menyumbang
kepada pengurangan kepekatan PM2.5 pada tahun tersebut.
Berdasarkan kategori guna tanah, nilai kepekatan PM2.5 bagi ketiga-
tiga tahun tersebut direkodkan mematuhi Standard Kualiti Udara Ambien
Malaysia IT-2. Trend sepanjang 2018 hingga 2020 menunjukkan kepekatan
PM2.5 tertinggi mengikut guna tanah dikesan di kawasan bandar, sebelum
diikuti kawasan sub-bandar, industri dan kawasan pedalaman. Ini
menunjukkan bahawa pelepasan dan pengawalan pencemar udara PM2.5 di
kawasan bandar dan sub-bandar perlu diberi lebih perhatian.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa pendedahan kepada habuk halus
dalam udara boleh menyebabkan kesan negatif terhadap manusia, dan nilai
kepekatan berkadar PM2.5 akan lebih memudaratkan berbanding PM10.
Habuk halus berukuran kurang 2.5 mikron (anggaran tiga peratus diameter
rambut manusia) boleh menembusi paru-paru dengan mudah, seterusnya
45
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
merengsa, menghakis dinding alveolar dan seterusnya mengganggu fungsi
paru-paru manusia10.
Purata Kepekatan Tahunan Habuk Halus Bersaiz 2.5 Mikron (PM2.5), 2018-202011
Mengambil kira risiko tersebut, Pelan Strategik KASA bagi tempoh
2020 hingga 2030 menyasarkan pengurangan peratus penghasilan pencemar
PM2.5 dalam kandungan udara ambien daripada 25 peratus μg/m3 pada
tahun 2020 kepada lima peratus pada 2030. Usaha bagi mencapai sasaran
ini diterajui oleh JAS dan bakal dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan.
Ini termasuklah memperketatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling (AKAS) 1974 yang berkaitan dengan pelepasan pencemar udara,
mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan, dan
melaksanakan Prosedur Tetap Operasi Program Mencegah Kebakaran
Tanah Gambut bagi mengurangkan bilangan kes pembakaran terbuka,
khususnya di kawasan tanah gambut sebagai sumber utama pelepasan
PM2.5 ke udara. Demikian juga program kesedaran dan pendidikan untuk
memberi kesedaran terhadap bahaya PM2.5 kepada orang awam, selain
mempertingkatkan kerjasama serantau dua hala dalam aktiviti kawalan
jerebu merentas sempadan.
Dalam melaksanakan inisiatif ini, JAS turut memperkukuhkan
pelaksanaan Pelan Tindakan Udara Bersih sedia ada dengan menjadikannya
lebih inklusif. Antara elemen pengukuhan penting yang diberi perhatian
termasuklah uasaha menambah baik pelan tindakan bagi merangkumi
46
PENGUKUHAN TADBIR URUS
isu-isu pencemaran udara semasa. Dalam hal ini, langkah pencegahan dan
pemulihan yang holistik akan dirangka bagi merangkumi peranan semua
pihak berkepentingan agar tidak tertakluk semata-mata kepada JAS.
Purata Kepekatan Tahunan Habuk Halus bersaiz 2.5 mikron (PM2.5) Mengikut Guna
Tanah, 2018-201012
Mengambil kira kepentingan agenda tersebut, kerajaan melalui RMKe-
12 telah meluluskan peruntukan RM1,000,000, bagi melaksanakan projek
Kajian Pembentukan Pelan Induk Udara Bersih Kebangsaan ke Arah Langit
Biru bagi tempoh dua tahun, bermula 2021 hingga 2022. Output utama
kajian ini ialah Pelan Induk Udara Bersih Kebangsaan (National Clean Air
Master Plan, NCAMP) yang komprehensif dan holistik bagi dilaksanakan
hingga 2030. Pelaksanaan pelan ini bakal melibatkan peranan semua pihak
berkepentingan, seperti institusi kerajaan, pemain industri, NGO, institusi
pendidikan dan beberapa yang lain. Menerusi Pelan Induk Udara Bersih
Kebangsaan, usaha mengurangkan kepekatan PM2.5 dalam udara akan
dapat dijadikan sebagai visi untuk dikongsi bersama dalam usaha mencapai
pembangunan mampan, sekali gus menjamin kesejahteraan bersama.
47
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Pelan Tindakan
Udara Bersih13
INISIATIF 3
Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia
Pengukuran prestasi alam sekitar ialah satu antara aktiviti penting dalam
usaha mencapai matlamat pelestarian alam sekitar. Melalui instrumen
pengukuran, tahap pencapaian dapat ditentukan dan dibandingkan bagi
tujuan penambahbaikan berterusan berdasarkan piawaian ditetapkan.
Dalam konteks ini, Environmental Performance Index (EPI) ialah rujukan
utama yang diterima pakai di seluruh dunia dalam mengukur prestasi alam
sesebuah negara. Kajian EPI yang dilaksanakan secara dwitahunan sejak
2006 oleh Yale University dan Columbia University dengan kerjasama
World Economic Forum ialah kaedah penaksiran berangka bagi menanda
aras prestasi berdasarkan polisi alam sekitar. Laporan EPI menentukan
kedudukan (ranking) tahap kelestarian bagi negara-negara yang terlibat,
termasuk Malaysia. Pada awal pengenalan EPI, sejumlah 25 indikator
berorientasikan hasil telah digunakan bagi penilaian merentasi enam polisi
utama, iaitu (i) kesihatan alam sekitar; (ii) pencemaran udara; (iii) sumber
air (iv) biodiversiti dan habitat; (v) sumber semula jadi produktif dan
(vi) perubahan iklim. Terkini, menerusi EPI 2020, indeks sedia ada telah
ditambah kepada 32 indikator.
Laporan EPI telah menunjukkan bahawa Malaysia mengalami
kemerosotan prestasi alam sekitar. Pada tahun 2006, Malaysia menduduki
tangga kesembilan daripada 133 negara (skor indeks 83.3) sebelum turun
ke kedudukan 68 daripada 180 negara pada tahun 2020 (skor indeks 57.02).
48
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Ringkasan Prestasi Kedudukan Malaysia dalam EPI Global 2006-202014
Tahun Kedudukan Malaysia Jumlah Negara terlibat
2006 9 133
2008 26 149
2010 57 163
2012 25 132
2014 51 178
2016 63 180
2018 75 180
2020 68 180
Situasi ini telah diambil perhatian oleh KASA, dan beberapa tindakan
strategik sedang dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki
kedudukan Malaysia dalam EPI. Mengambil kira peluang yang ada untuk
terus menambah baik EPI, selain usaha mengurangkan jurang ketersediaan
maklumat yang tepat mengenai Malaysia bagi tujuan penilaian EPI, KASA
pada tahun 2021 telah memulakan inisiatif membangunkan Indeks Prestasi
Alam Sekitar Malaysia atau ringkasnya MyEPI. Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dalam konteks ini telah dilantik sebagai rakan strategik
bagi membantu membangunkan kerangka, instrumen dan indikator MyEPI.
Jangkaannya, pembangunan MyEPI yang disasarkan siap pada 2025
akan dapat menangani masalah jurang maklumat yang dihadapi EPI
peringkat global, di mana ia ketika ini terpaksa menggunakan data yang
diperoleh dari sumber ketiga, seperti laporan negara kepada badan-badan
dunia, artikel dan jurnal akademik serta sebagainya. Selain itu, MyEPI juga
kelak berkemampuan menawarkan indeks tepat, dengan mengambil kira
pelbagai faktor setempat yang bersesuaian serta relevan dalam konteks
Malaysia. Berbanding penggunaan data daripada pihak ketiga, MyEPI akan
menggunakan data terkini dan sahih yang diterbitkan agensi kerajaan,
contohnya laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta serta
statistik mengenai kualiti air sungai dan laut, status kualiti udara, serta
penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya.
Hakikatnya, pelaksanaan MyEPI oleh KASA mencerminkan keseriusan
kerajaan dalam melaksanakan program pemantauan alam sekitar secara
berterusan, selain menambah baik pencapaiannya dari semasa ke semasa.
Pada masa yang sama, pembangunan MyEPI juga merupakan suatu bentuk
potensi baharu yang akan memposisikan Malaysia sebagai sumber rujukan
antarabangsa dalam pengurusan pengukuran prestasi alam sekitar.
49
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
INISIATIF 4
Penubuhan Suruhanjaya Alam Sekitar Malaysia
“Melihat kepada fragmentasi kuasa berkenaan alam sekitar,
dicadangkan untuk mengkaji kewajaran untuk mewujudkan sebuah
suruhanjaya mengenai Alam Sekitar sebagai usaha memantapkan
tadbir urus alam sekitar di Malaysia.”15
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN | Menteri Alam Sekitar dan Air
Kerangka kawal selia alam sekitar yang mantap serta pelaksanaan secara
berkesan ialah komponen penting yang mendasari tadbir urus alam
sekitar lestari. Dalam konteks Malaysia, pelbagai instrumen perundangan
berkaitan alam sekitar telah diwujudkan sebelum ini, merentasi bidang
tugas pelbagai agensi.
Selain Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], terdapat hampir
50 undang-undang lain yang berkaitan alam sekitar di Malaysia. Antaranya
ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Pemuliharaan
Tanah 1960 [Akta 385], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta
172], Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], dan banyak lagi. Walau
bagaimanapun, setiap perundangan sedia ada mempunyai keterbatasan dari
segi pelaksanaan, disebabkan sempadan kuasa yang diperuntukkan. Malah,
jurang kelompongan bidang kuasa turut wujud, di mana sesuatu aspek tidak
diliputi oleh mana-mana perundangan.
Selain KASA, terdapat minimum 35 jabatan/agensi/badan yang
dipertanggungjawabkan mengawal kualiti alam sekitar di Malaysia. Situasi
ini mewujudkan fragmentasi kuasa yang mempengaruhi keberkesanan
perancangan kawal selia, pemantauan dan penguatkuasaan undang-
undang, selain pelaksanaan pelan tindakan komprehensif dan holistik dalam
memelihara alam sekitar di Malaysia.
Sebagai langkah strategik untuk mendepani cabaran ini, KASA
berhasrat menubuhkan agensi kawal selia alam sekitar yang bersifat supra-
agency dengan mengintegrasi semua perundangan dan aktiviti berkaitan
alam sekitar di Malaysia. Agensi yang dicadang dikenali sebagai Suruhanjaya
Alam Sekitar Negara ini bakal dianggotai Kerajaan Persekutuan dan
kerajaan-kerajaan negeri. Dalam melaksanakan fungsinya, suruhanjaya ini
bertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan bidang kuasa
kawalan alam sekitar merentasi kementerian, agensi, negeri dan PBT.
50
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Perkara ini antara lain termasuklah mengharmonikan strategi, dasar, fungsi,
dan instrumen perundangan sedia ada yang berkaitan bidang kuasa kawal
selia alam sekitar.
Pendekatan secara kolaboratif dan integrasi di bawah Suruhanjaya
Alam Sekitar Negara ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada
keberkesanan tadbir urus alam sekitar, sekali gus meningkatkan kecekapan
dalam menangani isu pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan
hasrat pembangunan mapan. Selain itu, penubuhan suruhanjaya ini
akan turut disertakan dengan usaha pemerkasaan modal insan JAS dan
penambahbaikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, selain perundangan
subsidiarinya. Sasaran penubuhan suruhanjaya ini ditetapkan pada 2025,
dan proses penubuhannya akan melibatkan kajian mendalam serta libat urus
dengan semua pihak berkepentingan sepanjang tempoh 2022 hingga 2023.
INISIATIF 5
Keberkesanan Perkhidmatan Meteorologi
dalam Geofizik
Perkhidmatan meteorologi dalam geofizik yang disediakan oleh MET
Malaysia ialah aspek penting bagi memastikan pengurusan alam sekitar dan
air yang lestari dapat diwujudkan di Malaysia. Menerusi ramalan dan amaran
cuaca awam, pelaksanaan semua aktiviti dapat dirancang dengan rapi dan
diletakkan dalam situasi siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Maklumat awal dapat membantu persediaan mental, fizikal dan mobilisasi
sumber strategik bagi mendepani cabaran alam sekitar yang disebabkan
cuaca ekstrem, perubahan iklim, bencana gempa bumi, banjir dan tsunami.
Di bawah Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030, MET
Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memperkukuhkan pengurusan
meteorologi, iklim dan geofizik negara. Menerusi strategi ini perkhidmatan
meteorologi ditambah baik melalui pelbagai projek, antaranya penambahan
radar meteorologi di lokasi strategik pencerapan, pembangunan sistem
komputer berprestasi tinggi (HPC) untuk menjana produk ramalan cuaca,
penggantian dan menaik taraf peralatan meteorologi, peningkatan keupayaan
sistem pencerapan cuaca penerbangan, serta pembangunan model ramalan
cuaca bermusim dan unjuran perubahan iklim. Sementara itu, projek
pengukuhan sistem amaran awal gempa bumi dan tsunami diharap dapat
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan geofizik yang diberikan MET
Malaysia. Kualiti perkhidmatan meteorologi dari segi ketepatan, kualiti
51
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
perkhidmatan geofizik dari segi masa (lapan minit) dan tahap kepuasan
pelanggan disasarkan meningkat daripada 75 peratus pada 2020 kepada 85
peratus pada 2025, dan seterusnya 90 peratus pada 2030.
Pencapaian perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang cekap mampu
memberi spektrum baharu dalam pembudayaan rakyat kepada fungsi MET
Malaysia dengan mengadaptasi konsep 3R (Reliable, Relevant dan Referred).
Kebolehpercayaan orang awam dan pihak berkepentingan terhadap
perkhidmatan yang diberi turut boleh dinilai melalui pengiktirafan diterima
pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Operasi meteorologi
di Malaysia antaranya telah diiktiraf sebagai perkhidmatan bertaraf dunia
oleh pasukan Dutch Risk Reduction (DRR) dari Belanda berdasarkan laporan
bertarikh 10 Julai 2018.16 Pasukan DRR ini menilai dan melaporkan kejadian
banjir di Pulau Pinang pada 4 hingga 5 November 2017.
Selain itu, keupayaan sumber manusia yang cekap dan terlatih
turut menyumbang kepada pengiktirafan MET Malaysia pada peringkat
antarabangsa. Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) ialah sistem yang
dibangunkan sendiri pegawai MET Malaysia dan diperakui The Economic
and Social Commission for Asia and the Pacific/World Meteorological
Organization (ESCAP/WMO) sebagai nowcasting tool yang boleh digunakan
untuk operasi National Meteorological and Hydrological Services (NMHSs).
Regional Specialized Meteorological Centre (RSMC) untuk nowcasting, iaitu
Hong Kong Observatory (HKO) telah mengguna pakai algoritma RaINS
dalam perisian mereka, COM-SWIRLS versi 2.0. Selain itu, projek latihan
kepada negara-negara anggota mengenai RaINS oleh MET Malaysia juga
diteruskan sebagai Annual Operating Plan (AOP) 2020 di bawah tajaan
ESCAP/WMO Typhoon Committee. Demikian juga kumpulan pegawai
Thai Meteorological Department serta China Meteorological Administration
yang memilih menjalani latihan oleh pegawai MET Malaysia.17
Pembangunan model cuaca numerikal secara dalaman (in house)
oleh pegawai MET Malaysia turut mendapat peratusan tinggi, mencapai
sehingga 95 peratus oleh jawatankuasa penilaian hasil projek semasa audit
inspektorat. Model cuaca yang beroperasi dengan resolusi sehingga 1km
dan mempunyai paparan interaktif menggunakan GIS 3D untuk rantau
Malaysia ini adalah yang pertama di dunia. Ia kemudian menjadi contoh
kepada negara-negara lain dan mendapat perhatian Argentina Weather
Services dan Vietnam Air Traffic Management (VATM) yang membuat
lawatan kerja untuk mendalami pembangunan serta pengoperasian
model terbabit.
52
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Ramalan Hujan daripada Model Cuaca (Atas): Lawatan Vietnam Air Traffic
WRF, MET Malaysia Management ke MET Malaysia.
(Bawah): Lawatan Argentina
Weather Services ke Pusat Data
Sektor Awam Bandar Enstek yang
menempatkan sistem model cuaca
numerical MET Malaysia.
INISIATIF 6
Meningkatkan Kecekapan Air
Kecekapan penggunaan air ialah satu antara aspek penting yang menjamin
ketersediaan bekalan air bersih terawat yang mencukupi pada setiap
masa untuk memangkin aktiviti ekonomi dan sosial. Selaras dengan itu,
dua inisiatif dikenal pasti bagi dilaksanakan, iaitu pengurangan Kadar
Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water, NRW) dan pengurangan kadar
penggunaan air domestik.
Mengurangkan Kadar NRW
Cabaran utama dalam menyediakan perkhidmatan air yang efisien di
Malaysia adalah bagaimana mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).
Isu ini telah berlarutan sekian lama dan banyak dipengaruhi penuaan
prasarana bekalan air, kemapanan kewangan dan kecekapan operator air
untuk melaksanakan program kawalan NRW secara menyeluruh.
Umumnya, NRW merujuk kepada kehilangan air terawat disebabkan
perbezaan antara jumlah kuantiti air pengeluaran daripada loji rawatan air
53
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
dengan jumlah kuantiti air pada bacaan meter pengguna18. Dalam konteks
pemahaman mudah, ia merupakan air terawat yang ‘hilang’ sebelum sampai
kepada pelanggan. NRW boleh disebabkan oleh tiga punca, iaitu kehilangan
fizikal (kebocoran), kehilangan komersial (contohnya melalui kecurian atau
ketidaktepatan bacaan meter) dan penggunaan air yang sah tetapi tidak
dibilkan (seperti penggunaan pili bomba untuk tujuan kecemasan)19. Jika
kadar NRW berjaya dikurangkan, ia akan mengoptimumkan penjanaan
pendapatan daripada air terawat yang dihasilkan, mengurangkan kos
pengeluaran, mengurangkan pelaburan modal untuk membina infrastruktur
baharu, dan dapat meningkatkan keupayaan penyimpanan air serta
pengagihannya ke kawasan yang menghadapi kekurangan air.
Statistik SPAN menunjukkan bahawa kadar purata NRW kebangsaan pada
2020 ialah 36.4 peratus, meningkat berbanding kadar dicatatkan bagi tahun
2018 dan 2019, masing-masing 36.2 dan 35.5 peratus20. Kadar NRW yang tinggi
ini memberi implikasi kewangan kepada operator air, justeru perlu dikawal
kerana menyebabkan pembaziran besar kepada sektor bekalan air negara.
Kerugian besar daripada pembaziran ini dianggarkan bernilai RM2
bilion setiap tahun, atau bersamaan dengan kehilangan kira-kira 5,000 juta
liter air terawat setiap hari. Jumlah ini bersamaan dengan jumlah bekalan
air harian yang dibekalkan kepada Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Pada masa sama, pengurangan kadar purata NRW
juga dapat meningkatkan peratusan rizab margin melalui penjimatan air
terawat (saving) daripada pelaksanaan pelbagai program NRW.
Peratusan NRW Kebangsaan Tahun 2011 hingga 2020
Sumber: SPAN (2011 dan 2020)22
Sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kehilangan ini, Program
NRW Kebangsaan dimulakan pada 2017 hingga 2020 di bawah RMKe-11 dan
54
PENGUKUHAN TADBIR URUS
disambung hingga kini. Program ini dimulakan KeTTHA, mula pelaksanaannya
oleh KATS dan kini diteruskan melalui KASA dengan peruntukan keseluruhan
berjumlah RM1.907 bilion (2018-2020). Melalui KASA, sasaran pengurangan
NRW Kebangsaan ditetapkan daripada 36.4 peratus (2020) kepada 25 peratus
(2025), dan 20 peratus pada 2030.
Peratusan NRW Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, 2019 dan 2020
Negeri % NRW Peningkatan &
Johor 2019 2020 Penurunan (%)
Kedah
Kelantan 24.9 26.7 1.8
Melaka 48.5 48.4 -0.1
Negeri Sembilan 50.8 51.7 1.0
Pulau Pinang 21.2 30.0 8.8
Pahang 31.9 31.8 -0.2
Perak 22.9 23.5 0.6
Perlis 47.4 50.3 2.9
Selangor 29.5 30.1 0.6
Terengganu 63.3 64.9 1.6
Wilayah Persekutuan Labuan 29.6 28.5 -1.1
Semenanjung Malaysia & WP Labuan 34.7 35.2 0.6
29.8 33.6 3.8
Sumber: SPAN (2019 dan 2020)21 33.2 33.8 0.7
Bagi mencapai sasaran ini, Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1
dan Pendekatan 2 akan diteruskan. Program NRW Nasional Pendekatan 1
dilaksanakan bagi memastikan pengukuran data berkaitan pengeluaran dan
penggunaan air adalah betul dan tepat untuk pengiraan NRW. Keperluan
asas untuk pengukuran yang tepat ini perlu dimiliki semua negeri bagi
memastikan pengukuran dibuat mencerminkan keadaan sebenar yang
berlaku dan bukan sekadar anggaran kasar atau jangkaan semata-mata. Di
bawah Pendekatan 1, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan Geran
Persekutuan berjumlah RM535.5 juta bagi membantu tujuh operator air
yang mencatat kadar NRW lebih 40 peratus, iaitu Kelantan, Kedah, Pahang,
Perlis, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Antara skop kerja
yang terlibat ialah pemasangan meter System Input Volume (SIV) baharu,
penggantian meter pengguna yang rosak dan berusia lebih tujuh tahun,
55
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pembaikan tangki-tangki air yang bocor, dan penyediaan Geographical
Information System (GIS). Pendekatan ini diselaras serta dikawal selia oleh
Bahagian Bekalan Air (BBA)23.
Sementara itu, menerusi Program NRW Nasional Pendekatan 2,
Kerajaan Persekutuan menyediakan pemberian insentif secara Geran
Sepadan (Matching Grant) dengan pembiayaan berjumlah RM1.371 bilion
kepada operator air di negeri yang mencatat kadar NRW kurang 40 peratus,
iaitu Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, dan
Selangor. Sementara itu, operator air yang layak akan diberi imbuhan balik
50 peratus atau 75 peratus daripada jumlah perbelanjaan pengurangan NRW,
sekiranya sasaran pengurangan NRW tahunan yang ditetapkan berjaya
dicapai atau pencapaiannya berganda.
Program Pendekatan 2 dilaksanakan pada 2018 hingga 2020 di bawah
RMKe-11 dan disambung di bawah RMKe-12 bermula 2021 hingga 2025,
atau sehingga peruntukan diluluskan habis digunakan. Antara skop kerja
yang terlibat di bawah Pendekatan 2 ialah penggantian paip, pengesanan dan
pembaikan kebocoran, penukaran dan pemasangan meter, pembentukan
District Meter Zone (DMZ), pembentukan Pressure Management Area
(PMA) serta pengawalan tekanan, pembangunan sistem pemantauan, dan
pembangunan GIS. Semua pelaksanaan pendekatan ini diselaras dan dikawal
selia oleh SPAN24 .
Selain Program NRW pendekatan 1 dan 2, pelaksanaan Program NRW
di bawah PAAB melalui pelan perniagaan operator air juga dimantapkan bagi
menampung keperluan tambahan yang tidak mampu dilaksanakan melalui
Program NRW Kebangsaan. Selain itu, di bawah RMKe-12, model pembiayaan
alternatif NRW secara pendekatan performance-based contract bakal
diperkenalkan bagi meningkatkan keberkesanan program NRW sedia ada,
sekali gus menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam pelaburan industri air.
Mengurangkan Kadar Penggunaan Air Domestik
Pengurusan perkhidmatan bekalan air yang cekap dan mapan tidak
sekadar diserlahkan melalui keupayaan menyediakan perkhidmatan
tersebut kepada pengguna, tetapi juga merangkumi aspek penggunaannya
secara lestari. Dalam hubungan ini, penjimatan penggunaan air mampu
meningkatkan kecekapan air, sekali gus menjamin ketersediaan bekalan
air pada setiap masa. Pembudayaan penggunaan secara bertanggungjawab
(responsible consumption) akan memastikan penggunaan sumber dapat
diminimumkan, sekali gus memastikan pelaburan dalam perkhidmatan air
dapat dioptimumkan untuk kesejahteraan semua.
56
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Proses membaiki tangki air yang bocor
Kerja-kerja menggantikan meter
Penyediaan Meter System Input Volume (SIV)
Penyediaan Geographical Information System (GIS)
57
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Proses mengesan kebocoran paip
Kerja-kerja penggantian paip
Pembentukan District Meter Zone
Pembentukan Pressure Management Area
58
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Antara parameter penting yang digunakan untuk mengukur corak
penggunaan air ialah kadar penggunaan air domestik yang merujuk kepada
penggunaan air oleh isi rumah bagi kegunaan minuman, penyediaan makanan
dan kebersihan.25 Kadar penggunaan air domestik dikira berdasarkan
ukuran liter per kapita per hari (l/c/d)26. Menurut pangkalan data SPAN,
penggunaan air domestik per kapita bagi Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan ialah 230 l/c/d bagi tahun 2019, dan 244 l/c/d
bagi tahun 2020. Corak penggunaan air ini memperlihatkan penggunaan
yang tinggi serta cenderung ke arah pembaziran air berbanding amalan di
negara-negara lain. Jadual di bawah menunjukkan perincian penggunaan air
domestik bagi tahun 2019 dan 202027.
Melihat kepada trend yang ditunjukkan, terdapat peningkatan sebanyak
enam peratus terhadap penggunaan air domestik bagi tempoh dua tahun
kebelakangan ini. Penggunaan air domestik meningkat di kebanyakan
negeri kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan. Negeri Sembilan dan
Selangor merekodkan peningkatan penggunaan air tertinggi, iaitu meningkat
8.5 peratus. Ini antara lain berlaku disebabkan pertambahan penggunaan air
oleh isi rumah kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik
COVID-19 melanda negara, apabila air menjadi elemen penting dalam
memastikan tahap kebersihan yang tinggi 29.
Maklumat Penggunaan Air Domestik bagi Tahun 2019 dan 202028
Penggunaan Air Domestik per kapita (l/c/d)
Negeri 2019 2020
Johor 222 229
Kedah 253 263
Kelantan 86 89
Melaka 225 231
Negeri Sembilan 260 282
Pulau Pinang 281 301
Pahang 203 219
Perak 270 281
Perlis 315 306
Selangor 239 260
Terengganu 213 227
WP Labuan 179 168
Semenanjung Malaysia dan WP Labuan 230 244
Sumber: Pangkalan data SPAN
59
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Selaras dengan saranan World Health Organization (WHO) yang
mencadangkan 160 l/c/d sebagai mencukupi untuk kegunaan asas30, KASA
menerusi Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia 2020-2030 meletakkan
sasaran untuk mengurangkan kadar penggunaan air domestik sedia ada (244
l/cld) kepada 180 l/c/d pada tahun 2025 dan 160 l/c/d menjelang 2030. Bagi
tujuan tersebut, pelbagai inisiatif dilaksanakan, antaranya memperhebatkan
promosi penggunaan produk cekap air, memperkenalkan tarif air bersifat
punitif kepada amalan pembaziran, dan melaksanakan kempen kesedaran
berterusan ke arah usaha penjimatan air. Strategi ini tidak hanya dapat
memenuhi sasaran penggunaan yang disyorkan, tetapi juga penting bagi
mengurangkan permintaan air secara keseluruhan serta meningkatkan rizab
margin bekalan air.
Skim Perlabelan Produk Cekap Air (SPPCA) yang dilancarkan SPAN
pada 2013 ialah sebahagian usaha untuk mempromosikan amalan baik bagi
mengurangkan pembaziran dan pemuliharaan air. Sehingga kini, terdapat
lima produk cekap air yang telah mempunyai label penarafan bintang
‘cekap air’, iaitu peralatan tandas, mesin basuh, pancuran mandi, tab air,
dan kelengkapan urinal. Penggunaan peralatan cekap air dapat membantu
penggunaan air secara lebih berhemah, sekali gus mengurangkan purata
penggunaan air harian individu. Susulan itu, SPAN giat menjalankan
pelbagai kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai
mengenai pentingnya usaha menjimatkan air melalui penggunaan produk
cekap air. Kempen-kempen ini masih diteruskan melalui siaran media cetak,
selain media sosial KASA. Rajah di bawah menunjukkan senarai produk
SPPCA yang mempunyai label penarafan bintang cekap air.
Sumber: Media sosial rasmi
(Facebook) SPAN, 19 Ogos 202131
60
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Selain itu, tarif air yang bersifat punitif juga bakal dilaksanakan
melalui Mekanisme Penetapan Tarif Air baharu sebagai langkah untuk
mengurangkan kadar penggunaan air domestik. Penetapan komponen kos
yang lebih banyak berbanding penggunaan asas akan menyebabkan kadar
tarif air menjadi lebih tinggi.
INISIATIF 7
Rizab Margin Air Terawat
Rizab margin air terawat ialah satu antara indikator penting dalam
pengurusan air terawat. Rizab margin ditakrifkan sebagai kapasiti reka
bentuk Loji Rawatan Air (LRA) berbanding pengeluaran dan permintaan.
Kadar rizab margin yang direkodkan memberi gambaran situasi semasa
bekalan air di sesebuah negeri. Purata bagi rizab margin selesa yang
ditetapkan SPAN adalah di antara 15 hingga 20 peratus32. Rizab margin
yang selesa penting bagi memastikan kelangsungan bekalan air kepada
pengguna, walaupun ketika berlaku gangguan terhadap sumber air. Pada
masa yang sama, ia juga menjamin kemampanan ekonomi negara dengan
memberi keyakinan kepada pelabur.
Perkara Unit 2019 2020 Perbezaan
15,369 16,166 + 797 @ 5.2%
Air Mentah jlh
Bilangan Loji Rawatan Air yang Bil. 328 330 +2 LRA
beroperasi jlh 16,500 17,901 + 1,401 jlh @ +8.5%
Kapasiti Reka Bentuk Loji Rawatan Air 16,596 17,949 + 1,352 jlh @ +8.1%
14,723 14,916 +192 jlh @ +1.3%
Kapasiti Reka Bentuk Loji Rawatan Air jlh
(Permintaan) jlh 14,764 15,026 + 262 jlh @ +1.8%
Pengeluaran jlh 11.0 16.3 5.3%
Jumlah Isi padu air yang dibekalkan ke 4 8 4%
dalam sistem (System Input Volume – %
SIV) %
Rizab Margin
Pengeluaran vs. Air Mentah
(Kehilangan Air di loji)
Sumber: SPAN33
Jadual di atas menunjukkan rizab margin keseluruhan bagi tahun 2019
dan 2020. Rekod menunjukkan berlaku peningkatan daripada 5.3 peratus
61
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pada tahun 2019 kepada 16.3 peratus pada 2020, manakala kapasiti reka
bentuk loji turut mencatatkan peningkatan 8.1 peratus atau 1,352 juta liter
sehari (jlh).
Beberapa negeri mempunyai rizab margin rendah pada tahun 2020,
dengan kadar di bawah 10 peratus, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan
Perlis (rujuk jadual di halaman sebelah). Kesannya, sistem bekalan air di
negeri-negeri ini berada dalam risiko tinggi sekiranya berlaku gangguan
bekalan air apabila operasi loji rawatan air dihenti tugas akibat kerja-kerja
penyelenggaraan atau pencemaran sumber air. Sementara itu, rizab margin
Selangor mencatatkan peningkatan ketara kepada 17.7 peratus, dan ini
disumbang oleh peningkatan kapasiti loji rawatan air dengan pembinaan
dan kerja-kerja menaik taraf LRA Labohan Dagang dan LRA Langat 2.
Peningkatan rizab margin Selangor turut menyumbang kepada peningkatan
rizab margin secara keseluruhan, di mana kenaikan rizab margin Selangor
pada 2020 telah melonjakkan rizab margin keseluruhan kepada 16.3 peratus.
Pihak SPAN menyasarkan supaya semua negeri mempunyai rizab
margin minimum 20 peratus pada setiap masa. Ini bertujuan memastikan
bekalan air sentiasa boleh dibekalkan, walaupun dalam keadaan krisis, sama
ada gangguan berjadual mahupun tidak berjadual. Hakikatnya, rizab margin
yang selesa ini penting sebagai langkah jaminan kepada pengguna.
KASA komited memastikan kemapanan bekalan air, terutama bagi
negeri-negeri yang rizab marginnya berada pada tahap yang rendah. Bagi
tujuan ini, KASA dan PAAB telah merangka pelbagai projek, sama ada baharu
atau sambungan, yang memberi fokus kepada kerja-kerja menaik taraf loji
rawatan air sedia ada dan pembinaan loji rawatan air baharu, terutama di
negeri-negeri yang mempunyai rizab margin yang rendah. Selain itu, sumber
air bawah tanah juga turut diterokai, seperti di Kelantan, di mana ia sumber
utama bekalan air mentah yang menyumbang sekitar 53.0 peratus untuk loji
rawatan air.
Selain kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan loji rawatan air baharu,
pengurusan kadar NRW yang baik dan pengurusan permintaan air secara
bersepadu juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan rizab
margin air terawat35. KASA menyasarkan rizab margin di Semenanjung Malaysia
dan Wilayah Persekutuan Labuan mencapai kadar 20 peratus menjelang 203036.
Pendidikan dan promosi berterusan turut membantu untuk mendidik serta
memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjadikan amalan penggunaan
air secara berhemah sebagai amalan dalam kehidupan harian.
62
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Rizab Margin Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan 2016-2020
Negeri 2016 2017 2018 2019 2020
Johor 16.4% 15.4% 12.8% 7.8% 9.7%
Kedah 0.0% 8.3% 8.3% 1.4% 0.5%
Kelantan 5.8% 5.7% 5.0% 0.0% 0.0%
WP Labuan 29.2% 30.1% 30.1% 24.6% 18.7%
Melaka 20.1% 19.7% 19.7% 15.8% 11.2%
N.Sembilan 22.1% 22.8% 23.0% 21.1% 20.0%
Pulau Pinang 34.1% 33.8% 33.8% 31.6% 30.7%
Pahang 21.4% 25.1% 25.1% 19.3% 14.2%
Perak 28.7% 28.8% 28.8% 28.1% 26.2%
Perlis 1.0% 2.1% 7.3% 1.9% 4.2%
Selangor 0.0% 0.0% 0.0% 0.0% 17.7%
Terengganu 27.2% 25.6% 27.1% 24.6% 23.6%
Semenanjung Malaysia &
WP Labuan 13.0% 13.9% 12.9% 11.0% 16.3%
Sumber: SPAN34
INISIATIF 8
Kemampanan Kewangan
Membina Kemampanan Kewangan Operator Bekalan Air
Kemampanan kewangan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
keupayaan operator air dalam memberi perkhidmatan berkualiti kepada
pengguna. Pendapatan bil air yang setara dengan perbelanjaan operator air
akan membolehkan peningkatan kualiti air secara progresif dilaksanakan.
Akhirnya, masalah seperti teknologi rawatan air minimum dan gangguan
bekalan air sehingga menjejaskan kehidupan serta ekonomi seperti paip
usang, insiden kebocoran serta bau dan warna air terjejas akan dapat diatasi.
Selain itu, tidak mustahil melalui langkah ini, air yang dibekalkan akhirnya
boleh diminum terus dari pili dalam rumah.
Inisiatif meningkatkan kemampanan kewangan operator perkhidmatan
bekalan air diletakkan di bawah seliaan SPAN dan Bahagian Perkhidmatan
63
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Air dan Pembetungan, KASA. Menerusi inisiatif ini, asas kemampanan
kewangan industri perkhidmatan bekalan air akan dibina bagi mencapai
pemulihan kos operasi (Operational Cost, OPEX) dan bergerak ke arah
pemulihan kos penuh dalam jangka masa panjang. Pemulihan kos operasi
merujuk kepada pendapatan tahunan hasil jualan air terawat yang mampu
menampung kos operasi penyediaan perkhidmatan air. Kos operasi bagi
perkhidmatan bekalan air termasuklah kos rawatan (elektrik, bahan kimia,
sumber air mentah/royalti negeri), kos agihan (elektrik) dan lain-lain
kos (pentadbiran, gaji/upah dan bayaran sewa pajakan). Sementara itu,
pemulihan kos penuh merujuk kepada keupayaan menanggung kos operasi
dan kos perbelanjaan modal (Capital Expenditures, CAPEX) seperti naik
taraf loji rawatan, pembinaan loji baharu dan penggantian paip usang.
Pada 2020, hanya empat operator air berjaya melepasi atau pemulihan kos
operasi 100 peratus, iaitu Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Pengurusan
Air Pulau Pinang (PBAPP), Ranhill SAJ (RSAJ) dan Syarikat Air Terengganu
(SATU)37. Melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-
2030, KASA menyasarkan 10 operator utama air negeri berjaya mencapai
pemulihan kos operasi di mana pendapatan tahunannya mampu mencapai
pemulihan kos operasi penyediaan perkhidmatan bekalan air. Melepasi atau
pemulihan kos operasi merujuk kepada pendapatan tahunan hasil jualan
air terawat mampu menampung kos operasi penyediaan perkhidmatan air.
Berikut ialah jadual perincian KPI yang ditetapkan:
Sasaran KPI Kemampanan Kewangan Operator Bekalan Air 2020-2030
Tahun Sasaran
2021 5 daripada 11 operator air mencapai pemulihan kos operasi
2022 5 daripada 11 operator air mencapai pemulihan kos operasi
2023 6 daripada 11 operator air mencapai pemulihan kos operasi
2025 7 daripada 11 operator air mencapai pemulihan kos operasi
2030 10 daripada 11 operator air mencapai pemulihan kos operasi
Sumber: Kamus Pelan Strategik KASA 2020-203038
Usaha membina kemampanan jangka panjang industri sebenarnya
telah bermula sejak 2007 melalui Skim Penstrukturan Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air. Matlamat utama skim ini adalah membina
kemampanan kewangan secara progresif melalui pemulihan kos operasi
dan seterusnya mencapai pemulihan kos penuh dalam tempoh 45 tahun.
Sebagai industri yang telah mencapai pemulihan kos penuh, industri air
tidak dibelenggu permasalahan bankability dan berupaya menjana modal
64
PENGUKUHAN TADBIR URUS
secara fleksibel melalui pendanaan alternatif bersumberkan pelaburan
swasta, modal pasaran kewangan, sukuk, pinjaman bank komersil dan
bank pembangunan.
Selain kawal selia SPAN bagi memastikan matlamat ekonomi,
teknikal, kepenggunaan dan sosial sentiasa diimbangi, pelaksanaan
skim penstrukturan ini juga disokong dengan penubuhan PAAB untuk
membangun dan menaik taraf infrastruktur air kepada operator39.
Menerusi model yang dikenali sebagai “aset ringan”, PAAB menawarkan
kos pembangunan infrastruktur yang kompetitif melalui pendekatan ‘bina
dan pajak’. Selain itu, tempoh pajakan yang panjang turut membantu
mengurangkan tekanan bagi mengelakkan operator air menaikkan kadar
tarif terlalu tinggi kepada pengguna40. Sehingga 31 Ogos 2020, inisiatif
penstrukturan ini telah dipersetujui dan dilaksanakan di Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang
dan Kelantan. Selain itu, PAAB juga meluluskan peruntukan RM6 bilion
untuk tujuan membangunkan pelbagai infrastruktur air di negeri-negeri
yang menyertai skim ini41.
Pelaksanaan skim penstrukturan semula kini telah melalui tempoh
14 tahun. Biarpun demikian, perjalanan untuk industri perkhidmatan
air di Malaysia mencapai kemampanan kewangan masih lagi belum
memperlihatkan hasil yang positif. Isu kadar tarif air yang rendah tidak
menggambarkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan kepada pengguna,
dan ini kekal membelenggu industri perkhidmatan air di negara ini. Tarif
air purata yang sedang dikuatkuasakan ialah RM1.40 bagi setiap meter padu
penggunaan (m3), berbanding kos keseluruhan purata, iaitu RM1.61/m3
yang merangkumi perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi42.
Perbandingan Purata Tarif Berbanding Kos Operasi dan Kos Keseluruhan
Sumber: Laporan Prestasi Industri Air 201943
Hakikatnya, kos keseluruhan ini akan lebih tinggi jika ditambah dengan
kos sumber air seperti empangan dan takungan air pinggiran sungai yang
65
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
disediakan melalui geran Kerajaan Persekutuan. Bagi negeri Pahang, Perlis,
Kedah dan Kelantan, kadar tarif sedia ada yang sedang dikuat kuasa adalah
lebih rendah berbanding kos operasi RM0.96/m3. Situasi ini antara lain
dipengaruhi oleh semakan tarif yang sudah tidak dibuat untuk tempoh
terlalu lama. Di Pahang contohnya, tarif air kali terakhir disemak pada 1983,
manakala Perlis pada 1996. Perbandingan antarabangsa juga membuktikan
bahawa kadar tarif air di Malaysia lebih rendah berbanding Laos, Indonesia,
Thailand dan Vietnam44. Pada masa yang sama, kadar terlalu rendah ini
turut menyebabkan pembaziran air dalam kalangan pengguna, sekali
gus menggambarkan amalan yang tidak lestari. Purata penggunaan air di
Malaysia pada 2020 ialah 244 liter/hari/kapita berbanding jumlah yang
disarankan WHO, iaitu 160 liter/hari/kapita45.
Penyediaan perkhidmatan bekalan air sememangnya memerlukan
kos yang tinggi bagi tujuan pembelian air mentah, teknologi dan bahan
rawatan bagi menjadikan ia selamat diminum, pengagihan, pembangunan
infrastruktur seperti naik taraf loji, pembangunan loji baharu dan
penggantian paip usang untuk mengelakkan kualiti air dibekalkan kepada
pengguna berkeadaan terjejas. Tidak dapat tidak, setiap perbelanjaan operasi
dan perbelanjaan modal perlu diimbangi dengan kadar tarif yang setara.
Hakikatnya, inilah formula yang mendasari kejayaan perkhidmatan utiliti
lain seperti elektrik dan telekomunikasi dalam menyampaikan perkhidmatan
terbaik kepada pengguna.
Sebagai komitmen untuk membawa semula industri perkhidmatan
air ke landasan betul demi mencapai matlamat penstrukturan, SPAN telah
membangunkan Mekanisme Penetapan Kadar Tarif Air (Tariff Setting
Mechanism, TSM). TSM ialah mekanisme penetapan tarif air yang adil,
sistematik, progresif, telus, dan seragam bagi memacu industri perkhidmatan
air ke arah kemampanan jangka panjang, selain melindungi kepentingan
pengguna. TSM merangkumi empat elemen, iaitu (i) penyeragaman struktur
tarif air, (ii) penyeragaman komponen kos tarif, (iii) penetapan caj minimum
berdasarkan consumption threshold, dan (iv) tempoh masa pelarasan tarif
sistematik.
Di bawah TSM, empat komponen kos tarif yang perlu ditampung
ialah OPEX, CAPEX, keuntungan yang dikawal selia, dan kos alam sekitar.
Pengguna yang menggunakan air secara berhemah hanya akan dikenakan
caj komponen kos asas, sekali gus mewujudkan unsur punitif bagi tujuan
mengelakkan pembaziran. Kaedah penetapan caj minimum diseragamkan
untuk semua negeri berdasarkan consumption threshold berjumlah 10 meter
padu. Selain itu, pelarasan kadar tarif akan dilaksanakan di semua negeri
secara sistematik bagi setiap tiga tahun, selaras dengan tempoh lesen individu
66
PENGUKUHAN TADBIR URUS
dan rancangan perniagaan yang dikemukakan oleh operator-operator air
kepada SPAN. Pelaksanaan TSM secara sistematik akan membantu membina
asas kemampanan kewangan operator air secara progresif ke arah pemulihan
kos operasi (jangka sederhana) dan seterusnya bergerak ke arah pemulihan
kos penuh (pasca 2030).
Selain melaksanakan proses rundingan dengan semua pihak
berkepentingan termasuk pengguna, NGO, operator air dan kerajaan-
kerajaan negeri, KASA telah membentangkan cadangan TSM kepada
Jawatankuasa Kerja Utiliti, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTHSN),
Jawatankuasa Eksekutif MTSHN, Jawatankuasa Teknikal, MTSHN dan
Jawatankuasa Eksekutif MTSHN. Semua proses ini dilaksanakan sebagai
satu bentuk manifestasi amalan tadbir urus terbaik (good governance)
dalam formulasi dan pelaksanaan dasar awam.
Mengimbangi aspek kepentingan rakyat dan industri, pelaksanaan TSM
dijangka hanya akan dimulakan selepas Pelan Pemulihan Negara COVID-19
Malaysia berakhir. Dalam pada itu, KASA akan memantapkan pelan
komunikasi, merangka program bantuan khas seperti diskaun, potongan
rebat dan pengecualian bayaran bil bagi membantu pengguna daripada
golongan kurang berkemampuan.
TSM yang bakal dilaksanakan ini akan berfungsi sebagai serampang
dua mata untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air kepada
pengguna, selain pada masa yang sama menjamin kemapanan jangka
panjang operator air. Jaminan bekalan air yang berkualiti akan seterusnya
memastikan kelangsungan dan menyokong pertumbuhan ekonomi serta
kesejahteraan negara.
Keperluan semakan tarif air
secara berkala
Membina Kemapanan Kewangan
Operator Pembetungan
Dalam menyokong dasar kelestarian alam sekitar negara, KASA komited
terhadap usaha menjadikan industri perkhidmatan pembetungan negara
sebagai mapan dan berdaya maju. Ketika ini perkhidmatan pembetungan
67
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
negara yang dilaksanakan oleh IWK belum mencapai status kemapanan
kewangan. IWK dalam konteks ini berada dalam situasi defisit operasi di
mana pendapatannya tidak mampu menanggung kos sebenar penyediaan
perkhidmatan kepada pengguna. IWK sejak 2005 masih bergantung kepada
suntikan dana subsidi kerajaan dalam melaksanakan operasinya.
Perbandingan Pendapatan dan Kos Operasi IWK
Sumber: Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (2021)
Keadaan defisit ini berpunca daripada beberapa masalah fundamental
yang telah dikenal pasti, antaranya kadar tarif terlalu rendah, kebanyakan loji
sedia ada majoritinya tidak ekonomik, keengganan pelanggan membayar caj
bil perkhidmatan pembetungan, dan keperluan pembiayaan CAPEX serta
perbelanjaan OPEX yang tinggi.
Berdasarkan keperluan semasa dan sasaran penyambungan kepada
perkhidmatan pembetungan awam sehingga 80 peratus di bandar-bandar
utama di bawah RMKe-11, perkhidmatan pembetungan memerlukan
suntikan CAPEX dalam jumlah yang besar. Perbelanjaan tinggi yang
diperlukan industri ini tidak hanya untuk kegunaan membina kemudahan
baharu, tetapi juga membaik pulih atau menaik taraf kemudahan sedia ada
bagi merawat kumbahan dan pelepasan efluen mengikut piawaian Peraturan-
peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Kadar tarif perkhidmatan pembetungan yang mapan ialah faktor
utama yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan pembetungan yang baik.
Kadar tarif yang rendah akan menjejaskan daya maju serta kemampuan
operasi operator pembetungan. Kesannya, operator akan beroperasi dalam
68
PENGUKUHAN TADBIR URUS
keadaan defisit kewangan dan tidak mampu memenuhi obligasi operasi dan
perbelanjaan modal. Situasi ini akan menyebabkan sistem pembetungan
tidak dapat diurus dengan baik dan sisa kumbahan tidak dapat dirawat
serta dilupuskan secara baik. Akhirnya, pencemaran sumber tidak dapat
dibendung dan mengganggu proses kitaran sumber air.
Kadar tarif perkhidmatan pembetungan domestik di bawah IWK tidak
pernah dinaikkan sejak perkhidmatan pembetungan diambil alih syarikat
tersebut pada 1994. Sebaliknya, tiga semakan semula terhadap kadar
tarif telah dibuat bagi menurunkan kadar bagi kategori komersial. Tiada
kenaikan tarif bagi kategori domestik, selain pengurangan tarif bagi kategori
komersial telah menjejaskan kedudukan aliran tunai IWK. Kutipan hasilnya
tidak dapat menampung jumlah kos operasi yang semakin meningkat setiap
tahun. Perkara ini menyebabkan IWK tidak dapat memenuhi sebahagian
obligasi untuk menaik taraf dan membaik pulih sistem pembetungan awam.
Sebagai langkah memulihkan industri pembetungan di Malaysia dan
memastikan perkhidmatan lebih baik dapat disediakan kepada rakyat, KASA
berdasarkan syor SPAN telah bersetuju melaksanakan semakan kadar tarif
perkhidmatan pembetungan IWK. Semakan ini dipersetujui secara dasar dan
akan melalui proses konsultasi dengan pengguna, pemain industri dan pihak
berkepentingan lain sebelum ia dilaksanakan. Selain itu, KASA juga bersetuju
menyemak semula kadar caj perkhidmatan nyahenap cemar sedia ada bagi
memastikan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna. Pada masa yang
sama, langkah ini juga bertujuan menetapkan tanggungjawab pengguna untuk
menyahenap tangki septik masing-masing bagi mengelakkan gangguan awam,
mengawal punca pencemaran dan mencegah penularan penyakit bawaan air.
Selain itu, struktur tarif baharu yang berasaskan isipadu penggunaan
air (volumetrik) akan dipertimbangkan untuk tujuan pelaksanaan. Ini
bermaksud bahawa caj perkhidmatan pembetungan adalah berdasarkan
jumlah penggunaan air setiap pengguna, berbanding kaedah caj dikenakan
ketika ini yang berbentuk kadar tetap (flat rate). Penggunaan kadar tarif
perkhidmatan pembetungan berasaskan penggunaan air ini dibuat untuk
mewujudkan kesaksamaan dan ketelusan dalam menentukan kadar tarif
kepada pelanggan. Ini bermakna pelanggan akan dikenakan caj berasaskan
penggunaan air, selaras prinsip 'bayaran bagi setiap penggunaan’ (pay-per-
use) atau prinsip 'pencemar membayar harga tinggi' (polluters’ pay principle).
Pada masa yang sama, pendekatan ini akan menggalakkan penjimatan
penggunaan air dan konservasi sumber air. Selain itu, ia juga bertujuan
memupuk kesedaran dan tanggungjawab bahawa penjagaan alam sekitar
ialah tanggungjawab setiap individu.
69
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Sebagai usaha menjamin sumber pendapatan kukuh, IWK turut diberi
peluang meluaskan fungsi perkhidmatan teras kepada fungsi sampingan
bagi menjana pendapatan bukan tarif. Antara inisiatif yang dicadangkan
termasuklah perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan sistem
pembetungan milik Kerajaan Persekutuan, perluasan liputan perkhidmatan
IWK meliputi rawatan air sisa daripada aktiviti industri, perluasan model
perniagaan IWK untuk menjalankan aktiviti sampingan bagi menjana
pendapatan tambahan bukan berasaskan tarif, pengendalian operasi dan
penyelenggaraan constructed wetlands, penghasilan air pulih guna, baja
bagi tumbuhan bukan makanan, dan pajakan kecil tanah pembetungan
untuk sewaan menara telekomunikasi, penghasilan tenaga solar atau kabel
fiber optik.
Bagi membolehkan perkara ini dilakukan, Jemaah Menteri pada 21
Oktober 2021 telah bersetuju supaya satu Perjanjian Tambahan (SA) kepada
Perjanjian Konsesi dibuat bagi membolehkan IWK melaksanakan aktiviti
sampingan bukan berasaskan tarif yang dilihat mampu untuk menjamin
kemapanan kewangan IWK, selain pada masa yang sama membolehkan
ia terus menjalankan fungsi sebagai operator pembetungan utama negara.
Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Konsesi ini telah dimeterai antara
Kerajan Malaysia dan IWK pada 12 Ogos 2021.
INISIATIF 9
Perkhidmatan Pembetungan Bersambung Bandar
Sejak 1963, sistem pembetungan seperti tangki septik individu, tangki
septik komunal dan kolam oksidasi telah diguna pakai bagi kumbahan
di Malaysia46. Bagaimanapun, pengurusan semua sistem tersebut oleh
pihak berwajib ketika itu tidak dibuat secara holistik, dan itu akhirnya
menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Justeru, dengan wujudnya
Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508), Kerajaan Persekutuan
pada 1993 telah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab mengurus dan
mengawal selia perkhidmatan pembetungan di Malaysia. Dengan peralihan
terhadap bidang kuasa ini, Kerajaan Persekutuan dapat berperanan
lebih penting dalam merancang strategi dan seterusnya melaksanakan
pembangunan sistem pembetungan di Malaysia secara lebih cekap dan
holistik. Selari pembangunan pesat yang dialami Malaysia, pembangunan
fasiliti perkhidmatan pembetungan juga berterusan meningkat bagi
70
PENGUKUHAN TADBIR URUS
menampung keperluan semasa dalam aspek pengurusan sisa kumbahan.
Sehingga pertengahan 2021, terdapat lebih 8,000 loji rawatan kumbahan
awam di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang
dioperasi dan diselenggarakan IWK47.
Loji Rawatan Kumbahan
Berpusat Pantai 2 di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur.
Sumber: IWK Sdn. Bhd.
Melihat pada ancaman pencemaran daripada sisa kumbahan khususnya
kepada kesihatan awam dan industri pelancongan, Kerajaan Persekutuan
bertindak memberi keutamaan kepada pembangunan perkhidmatan
pembetungan di kawasan bandar-bandar utama. Satu antara inisiatif
dilaksanakan bagi memastikan kemudahan sistem pembetungan sentiasa
tersedia kepada pengguna adalah meningkatkan liputan perkhidmatan
pembetungan bersambung di bandar-bandar utama. Dalam hal ini, liputan
perkhidmatan pembetungan bersambung membawa maksud ketersediaan
kemudahan perkhidmatan pembetungan seperti loji rawatan kumbahan
dan rangkaian paip pembetungan untuk diakses oleh pengguna di sesuatu
kawasan. Kerajaan Persekutuan telah mula melaksanakan inisiatif ini sejak
RMke-9 dan diteruskan sehingga kini.
KASA sebagai kementerian yang ketika ini bertanggungjawab terhadap
perkhidmatan pembetungan sedang dan telah melaksanakan beberapa
program serta pelan tindakan dalam usaha menjayakan dan memastikan
sasaran liputan perkhidmatan pembetungan yang ditetapkan dapat dicapai.
Selaras dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020–2030,
KASA menetapkan sasaran 95 peratus bagi perkhidmatan pembetungan
bersambung di bandar-bandar utama pada 203049. Penyiapan loji rawatan
kumbahan berpusat di bandar-bandar utama seperti LRK Berpusat Pantai 2
di Lembah Pantai, LRK Berpusat Bunus di Kuala Lumpur dan LRK Berpusat
Jelutong di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan dalam peratusan
liputan perkhidmatan pembetungan bersambung sejak 2016 hingga 2020.
Berikut ialah jadual perincian pencapaian peratusan liputan pembetungan
bersambung di bandar-bandar utama:
71
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Pencapaian Peratusan Perkhidmatan Bersambung di Bandar-bandar Utama*
Tahun Pencapaian
2016 75.55 %
2017 76.65 %
2018 76.90 %
2019 77.00 %
2020 77.62 %
Sumber: Pengkalan data Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.50
* Tidak termasuk Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor
Bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai, beberapa lagi
projek pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat sedang dilaksanakan,
antaranya di Ipoh, Kuantan, Langat, Melaka dan Bayan Baru, Pulau
Pinang. Loji-loji ini dijangka dapat berfungsi sepenuhnya menjelang 2025,
seterusnya meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan bersambung
secara keseluruhan51. Bagaimanapun, pembangunan sesebuah loji rawatan
kumbahan perlu disokong penyediaan rangkaian paip pembetungan
yang berfungsi mengalirkan sisa kumbahan dari premis ke loji rawatan
kumbahan. Justeru, selaras dengan pertambahan bilangan loji rawatan
kumbahan, pembinaan rangkaian paip pembetungan juga giat dilaksanakan
bagi memastikan kemudahan sistem perkhidmatan pembetungan dapat
diakses oleh pengguna. Dalam hal ini, panjang paip pembetungan juga telah
bertambah daripada 19,046km pada 2016 kepada 20,868km pada 2020 dengan
lebih 1,000 kemudahan rangkaian stesen pam52.
Secara umumnya, peningkatan liputan perkhidmatan pembetungan
bersambung ini amat penting kerana ia bakal menyediakan kemudahan
perkhidmatan pembetungan lebih menyeluruh dan efisien kepada
pengguna di Malaysia, khususnya di bandar-bandar utama ketika ini. Secara
keseluruhan, inisiatif ini bertujuan menyokong aspirasi dan hasrat kerajaan
untuk meletakkan perkhidmatan pembetungan negara pada tahap terbaik,
tersedia dan memuaskan.
INISIATIF 10
Air Pulih Guna
Sasaran penghasilan air pulih guna dari efluen kumbahan telah ditetapkan di
bawah Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030. Menerusi pelan
ini, KASA menyasarkan penghasilan air pulih guna sehingga 50 liter juta liter
sehari (JLS) pada 2023 dan meningkat kepada 1,500 JLS menjelang 203053.
72
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Model Pelaksanaan Loji Rawatan Air Pulih Guna (LRAP)
Sumber: IWK 2021
Loji-loji air pulih guna ini akan merawat bio efluen daripada loji rawatan
kumbahan dan menukarnya menjadi air pulih guna melalui proses ultra fitrasi
(ultra filtration) dan osmosis balikan (reverse osmosis). Air pulih guna yang
telah diproses akan diagihkan syarikat operator air negeri kepada industri
perniagaan yang bukan berasaskan makanan dan minuman. Loji rawatan air
pulih guna (LRAP) antara lain bertujuan untuk mengoptimumkan sumber air
negara sedia ada sambil memelihara alam sekitar ke arah industri perkhidmatan
air yang lestari. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan beban permintaan
terhadap air minum terawat, selain pada masa yang sama memastikan wujud
bekalan sumber air bersih yang berterusan.
Bagi tujuan tersebut, syarikat IWK memulakan inisiatif air pulih guna
dengan usaha sama syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)
melalui penubuhan syarikat tujuan khas, iaitu Central Water Reclamation Sdn.
Bhd. (CWR) yang dimiliki Air Selangor (60 peratus) dan IWK (40 peratus)54.
CWR bertanggungjawab untuk mengambil alih loji rawatan air pulih
guna di Setia Alam, Shah Alam yang mampu menghasilkan air pulih guna
pada kapasiti maksimum lapan juta liter sehari. Pada masa yang sama, CWR
juga merancang untuk membina dua loji rawatan air pulih guna berskala
besar di Seksyen 23, Shah Alam dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang
masing-masing mampu mengeluarkan 30 juta dan 100 juta liter sehari. Air
pulih guna ini seterusnya akan dibekalkan terus melalui paip khas ke premis-
premis perniagaan pelanggan55.
Sejak 2015, IWK telah memulakan projek berskala kecil penggunaan
semula bioefluen dengan kerjasama PBT untuk kegunaan penyiraman
tanaman landskap. Langkah penggunaan bioefluen ini kemudian diperluas
menerusi perjanjian usaha sama strategik IWK dengan syarikat Terasek E
Hydra Sdn. Bhd. (TESB) pada 30 Januari 2018 menerusi pembinaan LRAP
perintis berkapasiti lima juta liter sehari (JLS) di atas tapak LRK Setia Alam
(SAM 163) hasil pembekalan bioefluen oleh IWK. LRAP ini telah beroperasi
73
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
sejak Januari 2019 di mana air pulih guna yang dihasilkan telah dibekalkan
kepada anak syarikat Kossan Rubber Industries Berhad (KOSSAN), iaitu
Kossan Latex Industries (M) Sdn. Bhd., Ideal Quality Sdn. Bhd. dan Wearsafe
(M) Sdn. Bhd. KOSSAN menjadi pelanggan pertama air pulih guna untuk
kegunaan industri bukan berasaskan makanan atau minuman yang dihasilkan
CWR daripada LRAP yang dibekalkan Air Selangor menerusi memorandum
persefahaman yang ditandatangani pada 9 April 202156.
Sumber: BERNAMA, 2021
Inisiatif sama turut diadakan bersama Syarikat Air Melaka Berhad
(SAMB) melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani
pada 5 Mei 2021 bagi tujuan menerokai perniagaan air pulih guna di
Melaka. Melalui persefahaman tersebut, IWK dipertanggungjawabkan
untuk mengenal pasti lokasi dan kapasiti yang bersesuaian bagi
74
PENGUKUHAN TADBIR URUS
membangunkan projek LRAP di negeri tersebut. Sementara itu, SAMB
pula bertanggungjawab mengenal pasti kawasan tadahan yang sesuai
untuk projek berkenaan, selain melakukan libat urus bersama pelanggan
bagi mendapatkan persetujuan menggunakan air pulih guna di kawasan
perindustrian. Melalui inisiatif ini, SAMB menjangkakan penggunaan air
pulih guna berjumlah 15 juta liter sehari57.
Majlis menandatangani
persefahaman antara
Syarikat Air Melaka Berhad
dan IWK bagi pembangunan
air pulih guna pada
5 Mei 2021
Sumber: IWK
Kerjasama perniagaan antara kedua-dua organisasi ini telah membuka
lembaran baharu dalam industri air negara kerana ia tidak hanya mampu
menjana ekonomi kitaran, malah pada masa sama menjadi tonggak penting
dalam melengkapkan usaha dan penyelesaian ketika negara berdepan
masalah kekurangan air, khususnya ketika musim kemarau. Selain itu,
kerjasama ini juga bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap air
terawat yang digunakan bagi tujuan perindustrian, sebaliknya menggunakan
air pulih guna sebagai langkah alternatif.
Pada masa yang sama, inisiatif ini selari dengan hala tuju pembangunan
industri perkhidmatan pembetungan negara yang telah dipersetujui
Jemaah Menteri pada 7 Mac 2018 dalam menyokong inisiatif perluasan
model perniagaan IWK untuk menjalankan aktiviti bukan berasaskan
tarif bagi menjana pendapatan tambahan. Melalui inisiatif tersebut, IWK
tidak hanya diberi kebenaran menjana pendapatan dengan membekalkan
bioefluen kepada operator air yang terlibat, malahan dapat mengurangkan
kebergantungan kepada subsidi kerajaan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat
mengurangkan tekanan ke atas sumber air mentah sedia ada, di mana sektor
industri dan komersial mempunyai sumber air alternatif untuk kegunaan
perniagaan. Bagi memperluaskan ekosistem bagi sistem pembetungan
sedia ada agar turut merangkumi air pulih guna, KASA melalui SPAN
akan melaksanakan pindaan bersesuaian ke atas Akta 655 dan seterusnya
menggubal perundangan subsidiari yang dianggap sesuai.
75
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
INISIATIF 11
Penubuhan Pusat GHG Kebangsaan
Usaha menangani isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa dilaksanakan
di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan PBB
(United Nations Framework Convention on Climate Change, UNFCCC).
Malaysia sebagai negara parti di bawah UNFCCC mempunyai tanggungjawab
untuk melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, selain
melaporkan inventori GHG serta melaksanakan dasar dan mekanisme yang
boleh memacu agenda perubahan iklim negara.
Maklumat-maklumat tersebut dilaporkan kepada UNFCCC menerusi
beberapa laporan kebangsaan58 seperti Biennial Update Report (BUR59)
dengan kekerapan satu pelaporan bagi setiap dua tahun, selain National
Communication (NC) dengan kekerapan satu pelaporan bagi setiap empat
tahun. Penyediaan pelaporan perlu melibatkan pematuhan terhadap garis
panduan yang disediakan UNFCCC. Sebagai contoh, pada Disember
2020, Malaysia mengemukakan laporan Third Biennial Update Report
kepada UNFCCC60.
Penyediaan inventori GHG negara perlu mematuhi prinsip-prinsip
ketelusan, ketepatan, kelengkapan, kebolehbandingan dan ketekalan
(transparency, accuracy, completeness, comparability and consistency)
yang ditetapkan konvensyen berkenaan. Selain itu, penyediaan laporan
seperti BUR turut melibatkan proses analisis dan konsultasi antarabangsa
(international consultation and analysis, ICA61) di mana pelaporan negara
akan dinilai sekumpulan pakar yang dilantik Sekretariat UNFCCC. Proses
penilaian ini melibatkan ruang lingkup di mana negara-negara parti lain turut
berpeluang mengambil bahagian dalam menilai pelaporan negara. Proses ini
amat penting bagi negara-negara parti kerana ia melambangkan kredibiliti
dan komitmen sesebuah negara terhadap usaha menangani perubahan iklim
dan mendokong objektif konvensyen tersebut.
Justeru, pelaporan baharu yang dibuat bermula 2024, iaitu Biennial
Transparency Report (BTR) bagi menggantikan BUR adalah lebih mencabar
berikutan terdapat keperluan baharu untuk melaporkan kemajuan pencapaian
Nationally Determined Contribution (NDC62). NDC ialah komitmen
negara-negara parti termasuk dalam menetapkan sasaran pengurangan
GHG yang perlu dicapai. Dengan itu, terdapat keperluan supaya tadbir
urus bagi memenuhi obligasi pelaporan negara dijalankan oleh satu badan
penyelarasan bagi membolehkan pelaporan tersebut dikemukakan mengikut
garis panduan serta masa ditetapkan. Walaupun Malaysia telah meratifikasi
76
PENGUKUHAN TADBIR URUS
konvensyen UNFCCC sejak 1994, negara masih tidak mempunyai agensi
(badan berkanun atau jabatan kerajaan) khusus untuk melaksanakan tadbir
urus perubahan iklim secara holistik pada peringkat kebangsaan.
Berdasarkan keputusan mesyuarat Malaysia Climate Change Action
Council (MyCAC) pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 13 April
2021, KASA selaku focal point kepada UNFCCC akan melaksanakan pelbagai
program dan inisiatif, termasuk bagi mengukuhkan tadbir urus perubahan
iklim di mana sebahagiannya adalah melalui pembangunan NGC.
Oleh yang demikian, Pusat Greenhouse Gas (GHG) Kebangsaan (National
Greenhouse Gas Centre, NGC) ditubuhkan di bawah Bahagian Perubahan
Iklim (BPI), bertujuan menjalankan obiligasi negara terhadap UNFCC.
Proses penubuhan ini melibatkan aktiviti bagi pembangunan sumber
manusia, pengukuhan keupayaan kapasiti menggunakan sokongan dana
kewangan dari dalam dan luar negara, dan penyediaan polisi berkaitan yang
akan membantu pelaksanaan fungsi NGC secara berkesan. Selaras dengan
itu, proses penubuhannya dibahagikan kepada beberapa fasa pembangunan
bermula dari 2020 sebelum dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030.
Penubuhan NGC amat penting supaya Malaysia sentiasa bersedia
memenuhi tanggungjawab pelaporan kepada UNFCCC. Berdasarkan
peranan dan senario perubahan iklim antarabangsa semasa, skop dan fungsi
NGC yang dicadangkan adalah berpandukan kepada tiga tanggungjawab
peranan KASA di bawah UNFCCC.
Peranan pertama membabitkan ketersediaan negara berhubung
pelaporan maklumat inventori GHG kebangsaan. Pelaporan inventori
GHG kebangsaan ini memerlukan sumber manusia terlatih dalam 2006
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Guideliness. Peraturan
ini ialah panduan utama dalam pelaporan inventori GHG, selain melibatkan
garis panduan pelaporan bagi sektor-sektor pelepasan GHG antropogenik,
iaitu tenaga (energy), industri pemprosesan dan guna produk (industrial
processes and product use, IPPU), sisa (waste), pertanian, serta perhutanan
dan guna tanah lain (agriculture, forestry and other land use, AFOLU).
Maklumat pelaporan inventori ini memerlukan kordinasi yang efektif kerana
pengumpulan data inventori sifatnya bersilang kementerian. Untuk itu, pusat
ini akan dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Maklumat Inventori GHG
(Greenhouse Gas Information Management System) yang sedang dibangunkan
oleh KASA.
Peranan kedua adalah berhubung pelaporan kemajuan pelaksanaan
NDC. Malaysia telah mengemukakan pengemaskinian NDC pertama kepada
UNFCCC pada 30 Julai 202164. Proses pengemaskinian ini dilaksanakan
77
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
setiap lima tahun. Pelaporan kemajuan NDC meliputi sistem rangka
kerja semasa yang perlu dipatuhi negara-negara parti, iaitu Measurement,
Reporting and Verification (MRV)65. Selain itu, Perjanjian Paris66 juga
telah menetapkan rangka kerja baharu yang dinamakan sebagai Enhanced
Transparency Framework (ETF)67 di mana Modaliti, Prosedur dan Garis
Panduan (Modality, Procedure and Guideliness, MPG68) berkaitan inventori
GHG dan kemajuan pelaksanaan NDC telah ditetapkan. Sehubungan itu, NGC
berperanan membangunkan Integrated Assessment Model yang sedang dalam
proses pembangunan. Pembangunan model yang merupakan evidence-based
policy tool ini juga akan dapat membantu mengukuhkan tadbir urus dari
aspek perancangan jangka panjang tindakan-tindakan mitigasi perubahan
iklim merentas sektor pada peringkat kebangsaan.
Pada masa yang sama, NGC akan turut bertanggungjawab terhadap
pelaporan di bawah mekanisme pasaran karbon yang merupakan satu
antara pendekatan yang semakin giat dilaksanakan pada peringkat
antarabangsa69 bagi memenuhi sasaran pengurangan pelepasan GHG. NGC
akan melaksanakan pemantauan registry dan penyelarasan berpadanan
bagi membolehkan pelaporan pencapaian NDC dilaksanakan berdasarkan
MPG yang telah ditetapkan UNFCCC. Ketika ini, Unit Inventori GHG
dan Pelaporan di bawah Bahagian Perubahan Iklim sedang melaksanakan
fungsi-fungsi tersebut. Selain itu, KASA juga telah memulakan proses
yang berkaitan, selain keperluan dari segi aspek sumber manusia dan
permohonan sokongan kewangan dan teknikal dari dalam serta luar negara
bagi menjalankan fungsi-fungsi pusat ini.
Pembangunan kepakaran dan kumpulan Subject Matter Expert (SME)
bagi pegawai-pegawai yang akan ditempatkan di bawah NGC adalah
penting berdasarkan fungsi NGC yang bersifat teknikal. KASA sedang
melaksanakan proses latihan dan persijilan pegawai membabitkan bidang
perubahan iklim melalui kerjasama strategik dengan beberapa badan
antarabangsa. Selain itu, KASA juga menjalin kerjasama dengan Kerajaan
Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) untuk
membantu aspek pembangunan kapasiti dan latihan kemahiran teknikal
berkaitan inventori GHG dari National Institute for Environmental Studies
(NIES), Jepun. Kerjasama ini akan melibatkan beberapa siri latihan yang
merentas isu berkaitan inventori dan penambahbaikan pelaporan kepada
UNFCCC di bawah ETF.
Pembangunan kepakaran compiler inventori setiap sektor akan
dijalankan melalui latihan kompetensi dan pensijilan daripada Greenhouse
Gas Management Institute (GHGMI),70 Washington. Selain itu, kumpulan
78
PENGUKUHAN TADBIR URUS
pegawai juga akan dilatih untuk menjadi UNFCCC reviewer, iaitu kumpulan
pakar inventori yang diiktiraf UNFCCC bagi menjalankan aktiviti penilaian
untuk pelbagai pelaporan yang disediakan negara-negara parti.
Melalui Malaysia–Australia Comprehensive Strategic Partnership
(CSP)71, KASA bekerjasama dengan Department of Industry, Science,
Energy and Resources (DISER), Australia bagi membangunkan sistem GHG
Information Management System. Pembangunan kapasiti akan dilaksanakan
bagi menjalankan pengumpulan data, pengiraan GHG, QA/QC dan analisis
yang diperlukan bagi melengkapkan inventori GHG mengikut tempoh masa
ditetapkan. Selain itu, KASA juga bekerjasama dengan University College
London, United Kingdom bagi melatih kumpulan pegawai KASA dan
kementerian berkaitan (khusus bagi sektor tenaga) dalam kemahiran khusus
membabitkan modelling menggunakan The Integrated MARKAL-EFOM
System (TIMES) modeling.
Enam projek di bawah peruntukan RMKe-12 akan dilaksanakan,
termasuk membangunkan beberapa komponen untuk membantu fungsi-
fungsi utama NGC. Di bawah fungsi pelaporan inventori GHG, sistem
GHG Information Management System yang sedang dibangunkan akan
memudahkan proses dan kitaran penyediaan inventori GHG berpusat dan
bersepadu. Ini akan melibatkan proses pengumpulan data, QA/QC, analisis
data, dan pengurusan data serta sistem arkib bagi kesemua sektor di bawah
2006 IPCC Guideliness merentas kementerian. Selain itu, pelaksanaan
projek-projek National GHG Inventory Improvement Plan turut membantu
dalam proses penambahbaikan data pelaporan inventori GHG.
Bagi fungsi berkaitan pelaporan pelaksanaan NDC, pembangunan NDC
Tracking and Monitoring dan Domestic MRV System Platform akan membantu
proses menjejak dan melaporkan tindakan mitigasi GHG dan NDC negara
kepada UNFCCC. NDC Roadmap akan turut dibangunkan bersama-sama
komunikasi Long Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS)72
yang akan memberi panduan kepada laluan rendah karbon (low carbon
pathway) negara bagi tempoh jangka panjang.
Pada masa yang sama, KASA juga sedang dalam proses membangunkan
Panduan Pasaran Karbon Sukarela Antarabangsa untuk dijadikan sebagai
asas rujukan kepada mana-mana pihak atau entiti seperti kerajaan negeri
atau pihak swasta yang berhasrat terlibat dalam mekanisme pasaran karbon
sukarela antarabangsa. Panduan ini akan membantu KASA menjalankan
penyelarasan berpadanan bagi pelaporan kemajuan pelaksanaan NDC,
sekali gus memastikan integriti pelaporan dicapai dengan mengelakkan
kemungkinan berlaku pengiraan berganda (double counting).
79
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Melalui pembangunan sumber manusia, kapasiti teknikal, pembangunan
dasar berkaitan NDC dan pembangunan sistem-sistem berkaitan, NGC
akan dapat memperkasa peranan KASA sebagai focal point perubahan iklim
negara, sekali gus memantapkan ketersediaan Malaysia dalam memenuhi
tanggungjawab pelaporannya di bawah Perjanjian Paris secara lebih berkesan.
INISIATIF 12
Pengurusan Risiko Banjir
Variasi perubahan iklim semasa telah meningkatkan kekerapan banjir yang
teruk serta mengakibatkan kemusnahan harta benda awam. Selain itu, bencana
tersebut turut berpunca daripada aktiviti pembangunan pesat, sehingga
memberi impak terhadap alam sekitar. Justeru, keperluan bagi pembangunan
fizikal yang berdaya tahan untuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian
alam sekitar amat penting bagi memacu pembangunan ekonomi negara.
Disebabkan biodiversiti secara langsung dan tidak langsung menyumbang
kepada ekonomi negara, pelaksanaan projek pembangunan masa depan
perlu mengambil kira aspek penjagaan alam semula jadi. Pengetahuan yang
lebih mendalam akan memandu ke arah penyelesaian kejuruteraan yang
tidak hanya dapat mengurangkan kesan bencana, tetapi juga meningkatkan
keupayaan proses pemulihan.
Untuk menangani masalah banjir yang berlaku atas apa juga faktor,
strategi mampan pembinaan yang mesra alam perlu dilaksanakan untuk
projek pembangunan infrastruktur sumber air. Sehubungan itu, program
tebatan banjir dirancang dan dilaksanakan dalam kadar segera. Di bawah
RMKe-12, KASA melalui JPS telah memohon 98 projek tebatan banjir dengan
kos berjumlah RM9.19 bilion untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia, dan
dijangka dapat melindungi 2,627,778 penduduk daripada impak kejadian
banjir, selain mengurangkan jumlah kawasan yang berisiko dilanda banjir.
Walaupun pelaksanaan projek ini meliputi seluruh negara, ia bagaimanapun
tertumpu kepada kawasan di Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, KASA melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia
2020-2030 turut menyasarkan tiga juta penduduk dapat dilindungi pada
2030 menerusi pengurusan risiko banjir. KPI ini merujuk pada populasi
yang dilindungi daripada banjir melalui projek-projek yang dirancang oleh
JPS. Berdasarkan rekod, 1.6 juta penduduk berjaya dilindungi dalam tempoh
pelaksanaan projek ini sejak 2010 sehingga 2020 seperti ditunjukkan jadual
di sebelah.
80
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Sasaran KPI Perlindungan Kawasan Pantai Rentan 2020-2030
Tahun 2010 2021 2024 2025
Sasaran - - - -
2020 2023 2025 2030
2.0j 2.5j 3.0j
1.6j (Kumulatif ) (Kumulatif ) (Kumulatif )
Berikut ialah matlamat keseluruhan KPI mengikut tahun yang
menyasarkan pencapaian kumulatif sehingga 2.5 juta penduduk untuk
tempoh 2021 hingga 2025:
Kamus Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030
Tahun Sasaran (Bilangan Penduduk yang Dilindungi)
2021 1.73 Juta
2022 1.87 Juta
2023 2.0 Juta
2025 2.5 Juta
2030 3.0 Juta
Hakikatnya, pengetahuan mendalam mengenai alam sekitar sangat
membantu dalam memandu ke arah penyelesaian kejuruteraan yang tidak
sekadar dapat mengurangkan kesan bencana, tetapi juga meningkatkan
keupayaan proses pemulihan. Selaras dengan itu, JPS menekankan strategi
overarching melalui empat konsep utama dalam pembangunan infrastruktur,
iaitu Creating for Resilience, Building with Nature, Bring Back the Beaches dan
Make Room for Water. Strategi pembinaan yang mesra alam, mampan, berdaya
tahan dan mengambil kira aspek alam sekitar perlu diamalkan untuk projek
pembangunan infrastruktur sumber air.
KASA komited melaksanakan
langkah pencegahan banjir yang
lebih baik dan lebih praktikal
bagi mengelakkan banjir daripada
berulang dan memberi impak
kepada penduduk, harta, tanaman
mahupun nilai hartanah di
kawasan yang terjejas.
Sumber: Kenyataan Media Mantan Timbalan
Menteri Alam Sekitar dan Air, 6 April 2021
Sementara itu, dari aspek pengurusan bencana, JPS menekankan
pentingnya ramalan awal bencana air dibuat secara lebih cekap dan berkesan
81
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
bagi mengurangkan risiko banjir, selain pada masa yang sama dapat
mengoptimumkan air banjir sebagai sumber alternatif. Penekanan sinergi ini
menyokong kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dengan
cara itu, projek-projek JPS tidak sekadar dapat mengelakkan masalah, malah
bencana berkaitan air juga dapat dikurangkan, selain pada masa yang sama
memperoleh manfaat daripada kekayaan sumber biologi semula jadi.
INISIATIF 13
Pematuhan Perjanjian Paris/Pencapaian
Nationally Determined Contribution (NDC)
Menurut Artikel 1 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate
Change, UNFCCC), perubahan iklim ditakrifkan sebagai perubahan secara
langsung atau tidak langsung terhadap sistem iklim yang disebabkan oleh
aktiviti manusia mengubah komposisi atmosfera global dan tambahan
kepada keragaman iklim semula jadi yang diperhatikan dalam satu tempoh
masa tertentu73.
Sejak era 90-an, isu perubahan iklim menjadi topik hangat dan
sering dibincangkan sebagai agenda utama komuniti sains pada peringkat
antarabangsa. Ini berikutan penemuan awal oleh dua saintis, Jean Baptiste
Fourier dari Perancis dan Svante Arrhenius dari Sweden lebih 100 tahun dahulu
mengenai peningkatan karbon dioksida di atmosfera yang dikenal pasti boleh
meningkatkan suhu bumi. Penyelidikan berterusan terhadap perkara tersebut
kemudiannya membawa kepada pengenalan fenomena kesan rumah kaca (GHG).
Fenomena ini dipengaruhi faktor semula jadi dan aktiviti manusia yang boleh
menyumbang kepada penambahan karbon dioksida dalam udara. Meskipun
kesan rumah kaca penting dalam memastikan suhu bumi sesuai didiami oleh
hidupan, peningkatan karbon dioksida yang tidak terkawal, khususnya yang
berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil telah
mencetuskan konflik sangat membimbangkan, iaitu pemanasan global.
Pada peringkat antarabangsa, UNFCCC berperanan penting sebagai
konvensyen utama menangani isu perubahan iklim di bawah PBB. Melalui
UNFCCC, 197 negara ahli kepada konvensyen bersepakat memacu agenda
global untuk menangani isu perubahan iklim dengan mengambil kira prinsip
asas sejagat seperti kesaksamaan (equity) dan tanggungjawab bersama, beban
berbeza dengan keupayaan tersendiri (Common but Differentiated Responsibilities
and Respective Capabilities, CBDR-RC).
82
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Sementara itu, Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
berperanan sebagai badan saintifik berkaitan perubahan iklim yang
menyokong usaha-usaha di bawah UNFCCC untuk menangani isu
perubahan iklim global. Penemuan saintifik IPCC turut membantu negara-
negara ahli UNFCCC membangunkan dasar-dasar berkaitan perubahan
iklim yang bersesuaian keperluan dan keutamaan pembangunan sesebuah
negara. Hasil penemuan kajian saintifik perubahan iklim IPCC menerusi
laporan terkini Working Group I – Physical Science Basis yang menyumbang
kepada Laporan IPCC’s Sixth Assesment Report (AR6) menyatakan perihal
kebarangkalian tinggi untuk dunia mencapai 1.5 darjah Celsius pemanasan
global dalam beberapa dekad akan datang. Ia boleh berlaku, melainkan semua
negara seluruh dunia mengambil tindakan mengurangkan kadar pelepasan
GHG dalam skala lebih besar dan lebih pantas. Jika pelepasan GHG global
berterusan pada kadar sedia ada tanpa sebarang tindakan pengurangan,
pemanasan global akan mencapai tahap 1.5 hingga 2.0 darjah Celsius. Jika itu
berlaku, sebarang tindakan penyelesaian bagi mengekang impak pemanasan
global sudah mustahil untuk dilaksanakan74.
Pada 13 Julai 1994, Malaysia secara rasmi menjadi negara ahli UNFCCC.
Selaku negara ahli, Malaysia bertanggungjawab menyediakan laporan
perubahan iklim negara kepada konvensyen tersebut, iaitu laporan National
Communication (NC) dan Biennial Update Report (BUR). Pada masa yang
sama, Malaysia juga komited untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim
yang meliputi tindakan mitigasi dan adaptasi bagi menyumbang kepada
matlamat UNFCCC dalam menangani isu perubahan iklim pada peringkat
global. Selain itu, Malaysia juga komited kepada protokol dan perjanjian di
bawah UNFCCC, iaitu Protokol Kyoto dan Perjanjian Paris. Malaysia telah
meratifikasi tempoh komitmen pertama Protokol Kyoto (2008–2012) pada
4 September 2002 dan seterusnya meratifikasi tempoh komitmen kedua
Protokol Kyoto (2013–2020) pada 12 April 2017.
Selain itu, Malaysia dan 195 negara ahli UNFCCC juga telah mempersetujui
Perjanjian Paris pada 12 Disember 2015 pada Persidangan ke-21 negara parti
kepada UNFCCC (UNFCCC COP-21) di Paris, Perancis. Matlamat utama
Perjanjian Paris adalah mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini
supaya tidak melebihi 2.0 darjah Celsius, selain meningkatkan usaha jangka
panjang untuk mengehadkan peningkatan suhu agar tidak melebihi 1.5
darjah Celsius berbanding tahap era praindustri75. Malaysia meratifikasikan
Perjanjian Paris pada 16 November 2016, proses yang memperlihatkan
komitmen negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang bakal
menyumbang kepada matlamat global. Demikian juga usaha progresif negara
dalam melaksanakan pembangunan rendah karbon yang turut menyumbang
kepada Maklumat Pembangunan Mampan (SDG).
83
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Di bawah UNFCCC, negara ahli yang telah meratifikasi Perjanjian Paris
bertanggungjawab menyedia dan melaksanakan pelan tindakan perubahan
iklim yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC).
NDC mengandungi hasrat sesebuah negara dalam melaksanakan tindakan
pengurangan pelepasan gas rumah kaca bagi menyumbang kepada matlamat
Perjanjian Paris untuk mengehadkan peningkatan suhu purata global. Selain
itu, NDC sesebuah negara juga boleh mengandungi maklumat mengenai
tindakan adaptasi perubahan iklim seperti strategi dan matlamat jangka masa
panjang bagi tindakan tersebut. Berdasarkan keputusan UNFCCC, semua
negara ahli kepada konvensyen perlu mengemukakan NDC baharu, atau
mengemas kini NDC sedia ada dengan kekerapan setiap lima tahun. Selain
itu, baik NDC baharu mahupun yang dikemas kini, perlu mengandungi
sasaran mitigasi lebih tinggi berbanding sasaran sebelumnya. Malaysia
mengemukakan NDC pertamanya pada 16 November 2016, pada tarikh
sama ia meratifikasi Perjanjian Paris.
Sebagai negara yang progresif, Malaysia komited dalam memenuhi
pelbagai tanggungjawab dan komitmen perubahan iklim pada peringkat
antarabangsa, khususnya di bawah UNFCCC, termasuk Perjanjian Paris.
Obligasi Perubahan Iklim Negara yang Perlu Dipenuhi Malaysia Merangkumi
Aspek Pembangunan Dasar, Pelaporan dan Pembiayaan Perubahan Iklim
NDC Malaysia yang dikemukakan pada 16 November 2016 menyatakan
hasrat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak
45 peratus berdasarkan KDNK (Gross Domestic Product, GDP) menjelang
2030 berasaskan intensiti pelepasan GHG pada 2005. Daripada keseluruhan
sasaran pengurangan ini, 35 peratus akan dilaksanakan tanpa syarat
84
PENGUKUHAN TADBIR URUS
(unconditional), manakala baki 10 peratus lagi adalah bersyarat (conditional)
dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan
teknologi, dan pembangunan kapasiti dari negara maju. Tempoh pelaksanaan
NDC Malaysia adalah selama 10 tahun bermula 2021 hingga 2030.
Teks NDC Pertama Malaysia76
yang telah dikemas kini.
Pada masa yang sama, terdapat keputusan UNFCCC berkaitan yang
memohon negara-negara ahli kepada Perjanjian Paris mengemas kini NDC
masing-masing atau mengemukakan NDC baharu mengikut garis panduan
penyediaan NDC yang dipersetujui di bawah UNFCCC. Disebabkan tempoh
pelaksanaan NDC Malaysia ialah 10 tahun (2021 hingga 2030), tiada
keperluan untuk negara menyediakan NDC yang baharu.
Malaysia memulakan proses mengemas kini NDC negara pada 2020.
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak 2020 sedikit
sebanyak memberi cabaran, namun akhirnya pada 30 Julai 2021, proses
tersebut berjaya dilengkapkan dan NDC negara yang telah dikemas kini
dikemukakan kepada UNFCCC. Menerusinya, Malaysia meletakkan sasaran
lebih bercita-cita tinggi, iaitu meliputi hasrat negara untuk mengurangkan
intensiti pelepasan GHG yang merentas ekonomi sehingga 45 peratus
(berdasarkan GDP) pada 2030, berbanding tahapnya pada 2005 tanpa syarat.
Penetapan sasaran tanpa syarat dalam NDC Malaysia yang dikemas kini ini
telah dipersetujui secara bersama oleh pihak berkepentingan, khususnya
kementerian dan agensi yang bertanggungjawab selaku pelaksana dasar dan
tindakan mitigasi perubahan iklim negara.
Sasaran NDC yang dikemas kini ini juga 10 peratus lebih tinggi
berbanding sebelumnya, dengan sasaran pengurangan 35 peratus intensiti
pelepasan GHG tanpa syarat ditingkatkan kepada 45 peratus. Turut dinyatakan
menerusi NDC kemas kini itu ialah tujuh jenis GHG, iaitu karbon dioksida
(CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O), hidrofluorokarbon (HFCs),
perfluorokarbon (PFCs), sulfur heksafluorida (SF6), dan nitrogen trifluorida
(NF3). Ini ialah satu perkembangan dari segi jenis GHG, berbanding hanya
tiga jenis GHG yang disenaraikan sebelumnya. Selain itu, Malaysia turut
menyatakan bahawa pencapaian sasaran NDC negara akan dilaksanakan
melalui pelbagai tindakan mitigasi perubahan iklim dalam negara dan tidak
melibatkan pembelian kredit karbon dari luar negara. Pengemaskinian NDC
Malaysia ini dilihat akan membantu usaha menyokong dasar-dasar lain
85
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
berkaitan perubahan iklim, seperti Dasar Tenaga Negara 2040 dan RMKe-12
yang akan menjadi asas bagi pembangunan jangka panjang negara.
INISIATIF 14
Hala Tuju Inovasi Air 2021-2040
Pelan Hala Tuju Inovasi Air Kebangsaan 2040 (National Water Innovation
Roadmap, NWIR 2040)77 ialah pelan tindakan berkaitan inovasi air negara
yang dirangka untuk menangani masalah sumber air dan ekosistem air
negara, selain menjamin sumber air mencukupi serta selamat pada masa
depan melalui penyelidikan dan pembangunan berorientasikan inovasi
serta infrastruktur berdaya tahan demi keselamatan dan kesejahteraan
rakyat. Pelan ini diluluskan Majlis Sains Negara (National Science Council,
NSC) pada 27 Februari 2021 yang dipengerusikan Mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Yasin.
NWIR 2040 berperanan penting memperkukuhkan aktiviti, penyelidikan
dan pembangunan serta inovasi sektor air berteraskan lima elemen penting,
iaitu Sungai Bersih (CR), Margin Rizab (RM), Air Pintar (SM), Pengurangan
Risiko Bencana (DDR), dan Pembiayaan Air (WF).
Hala Tuju Inovasi Air Kebangsaan 2021–2040
86
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Perincian Lima Aspek National Water Innovation Roadmap 2021–2040
Berikut ialah sebahagian inisiatif inovasi yang berjaya dilaksanakan
menerusi pelaksanaan NWIR:
1) Sistem Penderia Persekitaran NAHRIM (NAHRIM Environmental
Sensor System, NUESS) bagi memantau pencemaran menggunakan
peranti kawalan pencemaran yang mampu mengesan tahap kualiti
air persekitaran secara lebih efektif.
2) Standard HP 35 (Hydrological Standard for Water Quality Station
Instrumentation) sebagai standard stesen pemantauan kualiti air.
3) Indeks Kualiti Air (Water Quality Index, WQI) dan Standard Kualiti
Air Kebangsaan (National Water Quality Standards for Malaysia, NWQS)
yang bertujuan memantau kualiti air serta menilai kualiti air mentah.
4) Aplikasi dan portal bagi MyDSK yang dilancarkan pada 26 September
2021 bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia.
5) Memperluaskan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS)
sebagai sumber inovatif alternatif penyimpanan air mentah, selain
berkemampuan mengawal situasi banjir.
87
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Selain itu, inisiatif ini turut merangka hala tuju R&D sektor berasaskan
teknologi IR4.0, termasuk mengenal pasti penyelesaian khusus dan terperinci
bagi menjamin penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan teknologi
turbin dalam paip.
Bagi tujuan pengukuran dan pemantauan, NWIR 2040 menyediakan
tiga indikator prestasi, iaitu penjimatan dana kerajaan, penjanaan ekonomi
dan pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor persekitaran air. Berikut
ialah sasaran ditetapkan untuk tempoh 2021 hingga 2040.
Penjimatan Dana Sasaran NWIR 2040
Kerajaan Sasaran 2021 Sasaran 2023 Sasaran 2025 Sasaran 2030
Penjanaan RM11.2 juta RM33.6 juta RM56 juta RM336 juta
Ekonomi
Peluang RM60 juta RM90 juta RM320 juta RM1.9 bilion
Pekerjaaan
6,000 orang 20,000 orang 30,000 orang 180,000 orang
INISIATIF 15
Penyelidikan Air Hujan dan Air Bawah Tanah
Sebagai Sumber Air Alternatif
Malaysia ialah negara yang dikurniakan taburan jumlah hujan yang banyak,
mencapai sehingga 970 bilion meter padu setahun. Biarpun demikian,
peningkatan terhadap permintaan air, khususnya pada musim kering atau
kemarau menyebabkan gangguan bekalan air terawat sering berlaku. Isu ini
boleh membangkitkan risiko terhadap pembangunan negara, kelestarian air
dan kualiti hidup rakyat. Bagi mengatasi masalah tersebut, selain pada masa
yang sama mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air domestik,
KASA melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030
menetapkan sasaran secara progresif bermula 2021 untuk mencapai 100 juta
liter sehari (jld) penuaian air hujan dan 3,000 jld takungan air bawah tanah
pada 2030.
Sasaran ini akan dicapai melalui pembangunan mekanisme simpanan
air hujan sebagai air minuman dan kegunaan domestik, selain pembangunan
kemudahan simpanan air bawah tanah untuk pertanian dan industri.
Dalam konteks air hujan sebagai sumber air alternatif, NAHRIM telah
menjalankan kajian mengenai TuaiHujan (sebelumnya dikenali sebagai
Sistem Penuaian Air Hujan atau SPAH) secara intensif, kerana TuaiHujan
mempunyai lebih banyak potensi dan kelebihan untuk persekitaran
88