PENGUKUHAN TADBIR URUS
dan masyarakat. NAHRIM sejak tahun 2001 telah mula melaksanakan
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (Research,
Development, Innovation and Commercialisation, RDIC) TuaiHujan,
khususnya pada teknik dan sistem rawatan air hujan. Pada masa yang sama,
pengiktirafan turut diterima daripada Malaysian Book of Records (MBoR)
yang mengiktiraf TuaiHujan di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi
(MHI), NAHRIM sebagai tadahan air hujan terbesar di Malaysia bagi
kategori makmal. TuaiHujan yang dibina ini digunakan sebagai sumber
air bagi aktiviti pemodelan fizikal di MHI, siraman landskap dan siraman
tandas di Bangunan Pentadbiran dan Auditorium NAHRIM. Selain itu,
kajian dan projek TuaiHujan di beberapa agensi luar seperti di Zoo Negara,
SUK Selangor dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)78 turut
dikendalikan oleh NAHRIM.
Pencapai projek TuaiHujan. (Dari kiri) (1) Zoo Negara, SUK Selangor dan INSTUN.
TuaiHujan sebagai kaedah rekreasi air di Paya Indah Wetland, Dengkil.
89
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Antara faedah yang diperoleh daripada kajian tersebut ialah pengurangan
kebergantungan kepada air terawat, mengatasi masalah banjir kilat,
mengurangkan kadar pencemaran ke dalam tasik, mengekalkan ekosistem
serta kelestarian alam sekitar, dan seterusnya menggalakkan orang ramai
mengunjungi Paya Indah Wetland (PIW) untuk pelbagai aktiviti riadah. Pada
masa yang sama, hasil dan teknologi kajian ini juga diguna pakai Pelan Induk
Pengurusan Sumber Air Hujan Peringkat Bandaraya, khususnya di tempat-
tempat yang kerap mengalami banjir kilat. Kajian ini menjadi projek induk
bagi penyediaan pelan pengurusan sumber air hujan di kawasan bandar.
Selain rawatan air hujan untuk sentuhan badan, NAHRIM juga mengorak
langkah melaksanakan kajian terhadap potensi kegunaan air hujan untuk
tujuan air minuman (pembotolan air hujan) melalui pelaksanaan projek
TuaiHujan dan inkubator pemprosesan air hujan. Sumber air hujan bagi
kajian ini ialah Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang dan di Surau NAHRIM
di Seri Kembangan, Selangor, manakala inkubator pemprosesan dibina
di NAHRIM. Lesen “Mengambil Air Minuman Berbungkus (AMB) bagi
maksud Perdagangan atau Perniagaan” telah diperoleh NAHRIM daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 21 September 2018 melalui
produk air hujan terawat raindrop (Tadahan Kuala Tahan) dan CloudRain
(Tadahan NAHRIM). Berikut di bawah ialah ringkasan bagi proses penuaian
dan penghasilan air minuman hujan keluaran NAHRIM.
Ringkasan Proses Penghasilan Air Minuman Hujan NAHRIM
Sejajar dengan komitmen negara terhadap jaminan dan sekuriti air, kerajaan
Malaysia sedang merangka undang-undang baharu membabitkan penggunaan
sumber air tanah bagi kegunaan harian dan industri untuk tempoh jangka
panjang. Ketika ini belum ada undang-undang khusus untuk penggunaan
90
PENGUKUHAN TADBIR URUS
sumber air tanah bagi menangani isu-isu berkaitan impak perubahan iklim.
Peningkatan penggunaan sumber air yang dianggarkan pada kadar lima
peratus setiap tahun dan penggunaan air per kapita yang dianggarkan 250 liter
sehari menggambarkan bahawa pencarian sumber air lestari, iaitu air tanah
ialah pilihan terbaik untuk dibangunkan. Teknologi rawatan bersesuaian, kadar
abstraksi optimum dan terkawal serta kelestarian sumbernya ialah faktor yang
perlu diberi perhatian dalam penyelidikan air tanah.
Imbuhan Akuifer Terurus (Managed Aquifer Recharge, MAR) ialah
langkah penyesuaian yang menjanjikan pengurangan kerentanan terhadap
perubahan iklim dan kebolehubahan hidrologi. MAR boleh berperanan
mengawal pengambilan berlebihan dan memulihkan keseimbangan air
tanah dengan mengisi semula akuifer yang mengalami penurunan aras
air bagi mengawal penerobosan air masin. Kaedah ini juga mencegah
mendapan tanah. Pada masa yang sama, MAR juga boleh digunakan untuk
mempertahankan atau meningkatkan fungsi ekosistem dan kualiti air tanah.
Kelebihan utama teknologi MAR ialah fleksibiliti dan penerapannya pada
skala dan tujuan berbeza. Bagaimanapun, MAR bukan penyelesaian untuk
masalah kekurangan air di semua kawasan. Keadaan akuifer mesti sesuai
dan sumber air (berlebihan) perlu ada. Justeru, potensi aplikasi MAR harus
dinilai terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti lapangan.
Sumber air tanah boleh merosot jika tidak diurus secara mapan, selain
sukar dipulihkan setelah ia tercemar. Justeru, NAHRIM yang menyediakan
kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan air bawah tanah perlu
diberi mandat serta peranan lebih besar untuk menyelidik, membangunkan
dan menguruskan sumber tersebut. Penyelidikan dan pengurusan secara
mapan boleh mengawal dan mempertingkatkan sumbangan terhadap sosial,
ekonomi dan kepentingan alam sekitar. Bagi mengekalkan kadar simpanan
dan jaminan air pada masa depan, NAHRIM maju setapak ke hadapan
apabila melakukan penyelidikan Takungan Air Bawah Tanah (TAB),
iaitu satu antara teknologi MAR di Pulau Langkawi, Kedah sebagai water
banking yang dapat menyimpan air tanah sehingga 48.6 juta liter sehari,
selain membekalkan air tanah sehingga 22.8 juta liter sehari. Selain itu,
Kajian Sistem Bekalan Air Konjuktif (SBAK) di Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur untuk menghasilkan Pelan Induk Sistem Bekalan Air Konjuktif
turut dijalankan NAHRIM untuk menampung keperluan 7.2 juta penduduk
Lembah Klang, sekali gus mengelakkan masalah sumber air terhad. Kajian
ini antara lain melihat potensi air permukaan dan air tanah secara konjuktif
dapat menyimpan bekalan sehingga 82 juta liter sehari dan berkeupayaan
membekalkan air tanah sehingga 27 juta liter sehari berdasarkan 30 peratus
daripada jumlah keseluruhan air tanah yang wujud.
91
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Cadangan Konsep Takungan Air Bawah Tanah (TAB), Langkawi, Kedah
INISIATIF 16
Mekanisme Penetapan Harga Air Mentah
Sumber air mentah ialah input penting dalam proses penyediaan bekalan air
terawat. Berdasarkan Water and Sewerage Fact Book 2019 yang disediakan
SPAN79, sejumlah 81.3 peratus sumber air mentah diperoleh daripada sungai,
17.4 peratus (empangan) dan 1.3 peratus (air bawah tanah). Bagaimanapun,
sumber air mentah daripada sungai yang berkualiti untuk tujuan rawatan air
semakin sukar diperoleh kerana bilangan terhad sungai yang mempunyai air
berkualiti tinggi (Kelas I). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2019 melaporkan
bahawa hanya 29 sungai dikategorikan sebagai Kelas I, 379 (Kelas II), 191
(Kelas III) dan 23 (Kelas IV). Berdasarkan pengelasan ini, hanya 60 peratus
dikategorikan sebagai bersih, 31 peratus (sedikit tercemar) dan sembilan
peratus (tercemar). Justeru, pelestarian kawasan tadahan air khususnya hutan
di kawasan hulu dan usaha mengawal pencemaran penting bagi memastikan
jaminan berterusan sumber dan kualiti air di kawasan hiliran.
Harga sumber air mentah yang dijual kerajaan negeri kepada operator
air adalah berbeza, iaitu di antara RM0.01/m3 hingga RM0.06/m3. Hasil
jualan sumber air mentah ini menjana pendapatan kepada kerajaan negeri
antara RM1.8 juta sehingga RM34.5 juta setahun. Selain itu, kerajaan negeri
turut menjual air mentah kepada negeri-negeri lain melalui perjanjian
perbekalan air mentah antara negeri. Selain itu, kadar serta kaedah harga
yang ditetapkan juga pelbagai dan tiada keseragaman. Sebagai contoh,
Pahang menjual air mentah kepada Selangor pada kadar RM0.10/m3,
manakala pada peringkat antarabangsa, Malaysia membekalkan sumber air
kepada Singapura pada kadar RM0.008/m3 seperti dipersetujui kedua-dua
pihak di bawah Perjanjian Air 1962.
92
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Perbandingan Kualiti Air Sungai80
Kajian awal yang dilaksanakan oleh NAHRIM menunjukkan bahawa
sumber air bersih mempunyai nilai ekonomi yang tinggi berbanding sumber
air tercemar yang bukan sahaja kurang nilai ekonominya tetapi juga berisiko
menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem dan alam sekitar. Sumber air
mentah yang berkualiti akan membantu operator air mengurangkan kos
rawatan air dan penyelenggaraan loji secara keseluruhan, selain mencapai
kecekapan operasi dan mengurangkan risiko henti tugas loji akibat insiden
pencemaran atau bacaan parameter kekeruhan air yang tinggi. Bagaimanapun,
sumber air mentah berkualiti untuk rawatan air semakin sukar diperoleh,
disebabkan jumlah terhad bilangan sungai yang dikenal pasti mempunyai air
berkualiti tinggi (Kelas I).
Sebagai langkah untuk menggalakkan usaha pelestarian sumber air dan
sekali gus meningkatkan komitmen kerajaan negeri terhadap usaha menjaga
kualiti sumber air, mekanisme penetapan kadar harga air mentah di Malaysia
bakal dibangunkan oleh KASA melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar
di Malaysia 2020-2030 untuk menetapkan harga air mentah berdasarkan
kategori kelas kualiti air sungai. Pengiraan ini menggunakan pendekatan
perkhidmatan ekosistem dan faktor pencairan. Dalam konteks tersebut,
harga air mentah yang dibekalkan akan ditentukan berdasarkan pada kualiti
Kelas I dan kadar harga air ini akan berkurangan sekiranya kelas yang lebih
rendah (Kelas II, Kelas III atau Kelas IV) dibekalkan kepada operator air.
Pelaksanaan mekanisme ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan
kerajaan negeri apabila jualan air mentah dapat dibuat pada kadar lebih
tinggi berbanding mekanisme sedia ada. Pertambahan pendapatan secara
berterusan akan membolehkan program penjagaan sumber air dilaksanakan,
sekali gus mengurangkan pergantungan pendapatan kepada sumber lain,
seperti penebangan hutan yang boleh menjejaskan kualiti air. Pembangunan
mekanisme penetapan kadar air mentah ini ialah strategi serampang dua
mata yang bertujuan mempertingkatkan kualiti sumber air di Malaysia dan
93
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pada masa yang sama memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air
kepada pengguna.
Kerangka mekanisme penetapan harga air mentah ini telah
dibentangkan kepada Majlis Air Negara pada 25 Mac 2021. Sesi libat urus
antara KASA bersama kerajaan negeri dan pihak berkepentingan akan
dilaksanakan sepanjang 2022 bagi memantapkan cadangan tersebut sebelum
ia dilaksanakan bermula 2023 untuk dalam negeri, 2025 antara negeri dan
2030 untuk jualan air mentah peringkat antarabangsa.
INISIATIF 17
Kerangka Kerja Biokeselamatan Negara
Sejak beberapa dekad lalu, bidang bioteknologi moden semakin menjadi
tumpuan disebabkan keupayaan dan kepentingannya memacu kepesatan
perkembangan pelbagai sektor penting, khususnya berkaitan ekonomi,
pertanian, pengeluaran makanan, kesihatan serta keselamatan, dan
pertahanan81. Seperti negara lain, Malaysia turut mengambil peluang daripada
perkembangan ini dengan meneroka dan mengoptimumkan penggunaan
teknologi moden untuk menggembleng hasil daripada sumber biologi
negara. Usaha ini telah menampakkan hasil positif berdasarkan peningkatan
sumbangannya kepada ekonomi. Industri bioteknologi menyumbang sekitar
2.5 peratus daripada KDNK tahun 2010, empat peratus (2015) dan melebihi
lima peratus (2020)82. Justeru, bidang bioteknologi semakin mendapat
tempat dalam kalangan industri yang kini berlumba-lumba meningkatkan
produktiviti dan kelebihan bagi mengatasi saingan.
Bagaimanapun, perkembangan pesat bioteknologi moden masih perlu
dikawal selia memandangkan ia bidang baharu yang sekali gus mempunyai
potensi risiko luar jangka. Selain itu, penggunaan bioteknologi yang tidak
terkawal dikhuatiri boleh menyebabkan kemusnahan terhadap kelangsungan
ekosistem alam sekitar dan biodiversiti83. Sebagai contoh, penyelidikan
dalam sektor pertanian84 telah menunjukkan bahawa penggunaan tanaman
yang diubah suai secara genetik boleh meningkatkan tahap ketahanan
terhadap racun herba dan kerintangan racun serangga pada rumpai dan
serangga perosak. Bagaimanapun, hal ini mendorong kepada evolusi
teknologi rintangan dan peningkatan penggunaan racun perosak secara
berterusan dalam sistem pertanian. Bahayanya, amalan pertanian tidak
lestari seperti ini boleh menyebabkan gangguan dan kemusnahan yang
sukar dipulihkan terhadap keseimbangan dinamik sesuatu ekosistem serta
takungan kepelbagaian biologi85.
94
PENGUKUHAN TADBIR URUS
Melihat kepada hal yang begitu, jelas bahawa kemajuan pesat
bioteknologi tidak sekadar menjanjikan perspektif baharu dari aspek
kegunaan yang berfaedah, tetapi turut mendatangkan risiko dan implikasi
tersendiri. Teknologi yang asalnya diharap dapat meningkatkan kualiti
hidup sebaliknya mungkin mempunyai kesan buruk, tidak hanya kepada
manusia, tetapi juga haiwan, tumbuhan dan alam sekitar secara keseluruhan.
Dengan peningkatan pembangunan dan penggunaan bioteknologi
moden di Malaysia, kebimbangan mengenai implikasi buruk kepada
kesihatan manusia dan alam sekitar telah membangkitkan usaha untuk
membangunkan mekanisme kawal selia lebih ketat, khususnya dalam
aspek penilaian berkaitan keselamatan makanan dan risiko alam sekitar.
Berlandaskan kepada keperluan tersebut, Malaysia telah membangunkan
kerangka perundangan dan keinstitusian dalam mengawal selia bidang
bioteknologi moden. Susulan itu, pada 11 Julai 2007, Parlimen Malaysia
meluluskan Akta Biokeselamatan [Akta 678]86.
Dalam usaha menambah baik pelaksanaan kawal selia dan
penguatkuasaan akta tersebut, Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi
dalam Amalan Biokeselamatan dilaksanakan secara kerjasama antara
Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan United Nation Environment Programme
(UNEP)87. Projek ini ialah lonjakan besar JBK ke arah pembangunan rangka
kerja komprehensif dalam pengawalseliaan aktiviti bioteknologi moden
dan aspek biokeselamatan, selain menyediakan keupayaan yang diperlukan
untuk bertindak selaras dengan komitmen Malaysia sebagai negara parti
kepada Protokol Cartagena Mengenai Biokeselamatan88.
Projek ini juga antara lain menetapkan sasaran untuk mewujudkan suatu
kerangka kebangsaan yang merangkumi lima komponen utama berikut:
1. Dasar kebangsaan dan dasar-dasar sektoral berkaitan biokeselamatan
dan bioteknologi.
2. Rejim perundangan.
3. Sistem pentadbiran.
4. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan.
5. Mekanisme untuk penglibatan dan kesedaran awam.
Komponen pertama dan kedua kerangka ini, iaitu dasar-dasar
(termasuk dasar kebangsaan dan strategi sektoral) berkaitan bioteknologi
dan biokeselamatan, selain rejim perundangan bakal menetapkan asas-
asas penting dalam pelaksanaan sistem kawal selia lebih efektif89. JBK
menyasarkan Dasar Biokeselamatan Kebangsaan dan pindaan Akta 678
dapat disediakan dan dikuatkuasakan menjelang 2023. Selain itu, dua
95
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
peraturan penting berkaitan biokeselamatan, iaitu Peraturan-Peraturan
Biokeselamatan (Pelabelan Living Modified Organism, LMO dan hasilannya)
serta Peraturan-Peraturan dan Garis Panduan Biokeselamatan (Pengendalian,
Pembungkusan, Pemunggahan, dan Pengangkutan) juga dijangka dapat
diperkenalkan mulai 2025.
Dalam memastikan pelaksanaan mekanisme perundangan dan usaha
kawal selia yang berkesan, pematuhan oleh pengendali aktiviti LMO dan pihak
yang terlibat dalam penghasilan produknya adalah elemen yang kritikal. Akta
678 dan Bahagian II Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan)
2010 menetapkan bahawa setiap organisasi yang menjalankan kajian dan
pembangunan bioteknologi moden perlu menubuhkan Jawatankuasa
Keinstitusian Biokeselamatan (Institutional Biosafety Committee, IBC) dan
mendaftar dengan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. IBC berperanan
penting sebagai pentadbir biokeselamatan pada peringkat institusi kerana ia titik
fokus bagi pembangunan dan pelaksanaan polisi serta tatacara biokeselamatan
bagi meminimumkan potensi ancaman daripada patogen dan potensi salah
guna maklumat, produk atau teknologi yang terhasil daripada penyelidikan
melibatkan LMO. IBC membantu untuk memantau dan memastikan semua
penyelidikan dibuat dengan mematuhi standard tertinggi bagi melindungi
kesihatan penyelidik, masyarakat umum dan alam sekitar. Menyedari
kepentingan peranan IBC ini, selain atas dasar perkongsian tanggungjawab
dan akauntabiliti, KASA sedang merangka suatu kaedah penilaian kendiri
(self-assessment tool) bagi membolehkan institusi membuat penilaian sendiri
terhadap IBC masing-masing serta program-program penyelidikan yang sedang
dilaksanakan bagi menyemak dan menilai pematuhan kepada keperluan SOP
atau terma ditetapkan.
Pelaksanaan inisiatif ini akan diberi perhatian melalui komponen ketiga
pengukuhan kerangka biokeselamatan kebangsaan, iaitu di bawah hal ehwal
tadbir urus90 dan keinstitusian, selain pengurusan aktiviti bioteknologi
moden. JBK selaku urus setia Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan sedang
membangunkan sistem bagi membolehkan urusan-urusan berkaitan IBC
dibuat secara digital, termasuklah penghantaran pendaftaran IBC, kemas kini
maklumat dan laporan tahunan. Selain itu, IBC dan masyarakat umum akan
dapat mengakses sistem untuk menyemak status pendaftaran, mengakses
maklumat serta panduan penting berkaitan bioselamatan, dan berinteraksi
secara terus dengan pegawai JBK bagi rundingan dan pertanyaan melalui
interfasa web. Semua ini akan direalisasikan melalui Sistem MyBiosafety
yang sedang dibangunkan.
Sementara itu, komponen keempat kerangka merangkumi aspek
tindakan-tindakan pemantauan dan penguatkuasaan sebagai jentera penting
96
PENGUKUHAN TADBIR URUS
pengawalseliaan yang juga perlu ditambah baik pelaksanaannya91. Antara
inisiatif penting di bawah komponen ini ialah peningkatan kapasiti dan
kemahiran JBK serta agensi-agensi strategik dalam aktiviti pengesanan dan
pemantauan LMO.
Selain itu, pembangunan makmal analisis LMO juga akan menjadi
inisiatif penting di bawah komponen ini. Tanpa fasiliti makmal, JBK tidak
mempunyai kapasiti untuk menjalankan pengesanan dan pemantauan
secara efektif. Kekurangan ini boleh menyebabkan berleluasanya pelepasan
LMO atau produk LMO ke persekitaran negara secara tidak sah, sekali gus
membangkitkan risiko terhadap kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, alam
sekitar dan kepelbagaian biologi. Memandangkan LMO ialah sesuatu yang
sukar dilihat oleh mata kasar, kemudahan dan peralatan makmal berteknologi
tinggi diperlukan untuk mengesan, mengenal pasti dan menentusahkan
kehadirannya dalam sampel yang diambil ketika aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan. KASA menyasarkan untuk merealisasikan pembangunan
dan pelaksanaan operasi makmal analisis dan forensik LMO pada 2023.
Komponen kelima ialah mekanisme bagi penglibatan dan kesedaran
awam dalam penyediaan sokongan bukan teknikal92. Berdasarkan kajian
baseline kesedaran awam terhadap biokeselamatan pada 2021, pemahaman
awam terhadap biokeselamatan dari aspek istilah, kesedaran terhadap kesan
dan potensi risiko serta perundangan yang berkaitan berada pada paras
sederhana. Selain itu, kesedaran tentang hak dan peranan awam dalam
pertimbangan mengenai produk LMO juga sederhana. Justeru, dapatan kajian
ini mencadangkan beberapa strategi bagi meningkatkan kesedaran awam
khususnya pendekatan baharu dalam menjalankan hebahan awam berkaitan
permohonan kelulusan pelepasan produk-produk hasilan ke pasaran
negara. Melalui pelaksanaan kerangka baharu ini, penglibatan awam dalam
pembuatan keputusan akan dipertingkatkan dengan pengenalan mekanisme
dan teknologi baharu yang lebih meluas jangkauannya93. Pengenalan Garis
Panduan Hebahan Awam dan Pelan Komunikasi Biokeselamatan yang
dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan 2022 akan memberi ruang
dan peluang untuk pembuatan keputusan yang lebih telus dan berkesan,
seterusnya meningkatkan tahap keyakinan dan penerimaan awam94.
Pembangunan kerangka kawal selia biokeselamatan yang komprehensif
serta pelaksanaan sistem yang efektif ini selari dengan komitmen dan
obligasi pada peringkat domestik dan antarabangsa, yang semestinya sebuah
usaha besar, kompleks dan memerlukan banyak sumber (tidak terhad kepada
kewangan). Biarpun demikian, KASA yakin objektif ini dapat direalisasikan
melalui JBK dan seterusnya melonjakkan keupayaan Malaysia untuk
melaksanakan pelbagai langkah biokeselamatan berkesan di negara ini.
97
BAHAGIAN 2
BAB EMPAT
PERTUMBUHAN
HIJAU
Pertumbuhan
Hijau
INISIATIF 18
K Ekonomi Hijau
ASA melalui MGTC terus komited untuk memastikan ekosistem
yang menyokong pertumbuhan ekonomi hijau dapat diwujudkan
di negara ini. Melalui Pelan Pelestarian Malaysia 2030, sasaran
ditetapkan untuk menjana nilai sumbangan RM100 bilion ekonomi
hijau kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) pada 2030.
Sasaran ini bakal dicapai secara progresif bermula RM50 bilion pada 2023,
RM70 bilion (2025), dan RM100 bilion (2030).
Selaras dengan ini, pendekatan-pendekatan sedia ada ditambah baik
bagi mendorong minat pihak industri untuk beralih kepada perolehan
hijau, khususnya dari aspek penawaran insentif pembiayaan. Bagi tujuan
tersebut, tiga inisiatif bagi merangsang pertumbuhan dan ekonomi telah
dilaksanakan di bawah KASA.
Inisiatif pertama ialah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (Green
Technology Financing Scheme, GTFS) yang menawarkan skim pinjaman kos
rendah kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau untuk pembiayaan
projek teknologi hijau. Usaha ini disokong dengan kemudahan jaminan
99
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
kerajaan sebanyak 60 peratus daripada jumlah yang dibiayai dengan rebat
dua peratus setahun pada kadar keuntungan yang dikenakan oleh institusi
kewangan. Sehingga kini, pelaksanaan GTFS 1.0 dan 2.0 telah merekodkan
sejumlah 431 projek yang diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM5.5 bilion
daripada 28 institusi kewangan yang mengambil bahagian. Selain itu, anggaran
pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) berjumlah lima juta tCO2eq
dan 5,400 pekerjaan hijau telah diwujudkan melalui program ini.
Inisiatif kedua ialah program Insentif Cukai Teknologi Hijau. Program
ini dimulakan sejak 2014 bagi menyumbang kepada perkembangan
teknologi hijau yang progresif di Malaysia. Melalui inisiatif ini, industri
boleh memanfaatkan dua pilihan insentif cukai, iaitu Green Investment
Tax Allowances (GITA) untuk aset dan projek, atau Green Income Tax
Exemption (GITE) untuk pembekal perkhidmatan. Pada 2020, MGTC
telah meluluskan 243 permohonan yang dianggarkan dapat mengurangkan
pelepasan GHG sehingga 575,564 tCO2 setara. Permohonan yang telah
diluluskan mempunyai potensi nilai pelaburan hijau berjumlah RM965.6
juta dan dijangka mewujudkan 471 pekerjaan hijau. Kebanyakan projek yang
dilaksanakan tertumpu kepada usaha meningkatkan kecekapan penggunaan
tenaga dalam kalangan pemain industri.
Inisiatif ketiga yang dilaksanakan ialah Geran Audit Tenaga Bersyarat
(Energy Audit Conditional Grant, EACG) bagi sektor perindustrian. Inisiatif
ini diperkenal di bawah RMKe-11, bertujuan mempromosikan kecekapan
tenaga. PelaksanaaninisiatifiniditerajuiMGTCyangmengurus, mempromosi,
melaksanakan latihan, memantau dan mengesahkan keberkesanan projek.
Sejak diperkenal sehingga Disember 2020, EACG telah merekod penjimatan
tenaga keseluruhan berjumlah 141.334 GWh, bersamaan penjimatan kos
tenaga sebanyak RM52.638 juta dan 94.782 ktonCO2 setara yang berjaya
dikurangkan dengan jumlah pelaburan RM122.747 daripada 108 syarikat.
Inisiatif Pembiayaan Hijau
100
PERTUMBUHAN HIJAU
Pasaran Hijau
MGTC berperanan penting dalam memacu pertumbuhan teknologi hijau
negara melalui Persidangan dan Pameran Antarabangsa Greentech dan
Produk Eko Malaysia (International Greentech & Eco Products Exhibition &
Conference Malaysia, IGEM), selain penyertaan di platform global.
Sejak diperkenalkan pada 2010, IGEM telah menjadi acara perdagangan
terbesar di Asia Tenggara untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko-
inovasi. IGEM 2021 yang dianjurkan bersama KASA dan MGTC berjaya
menawarkan peluang penjanaan pelaburan optimum bagi penyedia solusi dan
perniagaan tenaga hijau. Pemain industri yang terlibat dapat memanfaatkan
pasaran ASEAN yang kian pesat dengan mempamerkan inovasi terkini
kepada pembuat dasar, organisasi kerajaan, pelabur, dan pasaran massa.
Pada masa sama, IGEM 2021 juga memupuk kesedaran kepada masyarakat
mengenai teknologi hijau di samping menjana hampir RM33 bilion petunjuk
perniagaan, dengan 508,000 pelawat dari lebih 79 negara.
INISIATIF 19
Pekerjaan Hijau
Aspirasi pertumbuhan hijau yang dihasratkan KASA tidak hanya tertumpu
kepada usaha pembudayaan amalan serta aplikasi teknologi hijau, tetapi turut
mencakupi pembangunan modal insan. Dalam konteks ini, pekerjaan hijau telah
dijadikan sebagai satu antara indikator penting bagi menyokong pertumbuhan
hijau. Pekerjaan hijau merujuk kepada pekerjaan yang baik (decent work)
dan menyumbang kepada pelestarian serta pemuliharaan alam sekitar. Skop
pekerjaan hijau kebiasaannya tertumpu kepada aspek meningkatkan kecekapan
tenaga dan sumber, pengurusan sains GHG, pengurangan penjanaan sisa dan
pencemaran, pelestarian ekosistem alam sekitar, serta menyokong tindakan
mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar
di Malaysia 2020-2030, sasaran ditetapkan untuk meningkatkan jumlah
pekerjaan hijau daripada 145,000 pada 2020 kepada 221,500 pekerjaan hijau
menjelang 2030 menerusi semua sektor dan industri.
Selaras dengan itu, MGTC giat mempromosikan usaha melahirkan
dan menyiapkan tenaga kerja tempatan seiring dengan dasar pembangunan
teknologi hijau negara. Ini termasuklah melahirkan peluang pekerjaan hijau
untuk menjayakan program Insentif Cukai Teknologi Hijau. MGTC melaporkan
101
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
bahawa melalui program GTFS dan GTFS 2.0 sahaja, sejumlah 4,909 tenaga
mahir berjaya diwujudkan pada akhir 2020. Malah dalam situasi penularan
pandemik COVID-19 sedang melanda dunia, tambahan 962 lagi tenaga
mahir berjaya diwujudkan pada suku akhir 2020.
Dalam usaha mempergiatkan bilangan pekerja hijau yang berkemahiran
untuk memenuhi permintaan industri teknologi hijau, Program Pengurusan
Tenaga dan Perubahan Iklim (Energy Management and Climate Change
Programme, EMCP) akan diteruskan bagi menawarkan pelbagai program
di Pusat Kemahiran Hijau. Tiga program diwujudkan, dan ini melibatkan
(i) Program Pensijilan dan Profesional (ii) Program Bukan Pensijilan dan
Kesedaran (iii) Program Kursus Singkat.
Dilancarkan secara berperingkat sejak 2013, Program EMCP ini antara
lainnya memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran
mereka dalam bidang teknologi hijau. Sebanyak 8,842 tenaga mahir telah
dilatih dan 1,974 tenaga mahir dalam pekerjaan hijau telah diiktiraf melalui
program pensijilan seperti Energy Manager Training Course (EMTC),
Certified Energy Auditor (CEA) dan Certified Profession Measurement and
Verification (CPMV).
Bilangan Tenaga Kerja yang Dilatih Program EMCP Berdasarkan Tahun
102
PERTUMBUHAN HIJAU
INISIATIF 20
Produk dan Servis MyHIJAU Mark
MyHIJAU Mark and Directory ialah inisiatif yang diwujudkan untuk
mempromosi sumber dan pembelian produk serta perkhidmatan hijau di
Malaysia. Program ini memperakui produk dan perkhidmatan yang diberi
pengiktirafan MyHIJAU Mark selepas memenuhi piawaian domestik dan
antarabangsa. Produk dan perkhidmatan yang diberi pengiktirafan ini
seterusnya direkod dalam direktori dalam talian yang boleh dicapai oleh
orang ramai. Penggunaan produk serta perkhidmatan hijau bukan sahaja
penting bagi membudayakan gaya hidup lestari malah penting dalam
penjanaan pertumbuhan hijau.
MGTC sebagai agensi di bawah KASA diberi peranan penting dalam
mengawal selia pensijilan bagi program MyHIJAU Mark. Sehingga 31 Mei
2021, program ini berjaya merekodkan penyertaan daripada 504 syarikat
dengan sejumlah 8,273 produk hijau dan perkhidmatan diperakui.
Pendaftaran MyHIJAU Mark Tahunan Sehingga 31 Mei 2021
Melalui Pelan Pelestarian Malaysia, KASA menyasarkan supaya jumlah
produk dan perkhidmatan hijau yang didaftarkan dapat dipertingkatkan
kepada 15,000 pada 2023, 25,000 (2025), dan 50,000 (2030). Kejayaan ini
akan menjadi pemangkin penting untuk memperkukuhkan pertumbuhan
hijau di negara ini, sekali gus menjadikan produk hijau sebagai suatu
kelebihan dalam usaha meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.
103
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
INISIATIF 21
Perolehan Hijau Kerajaan
Perolehan kerajaan ialah satu antara penyumbang besar kepada KDNK,
iaitu antara 12 hingga 15 peratus. Mengambil kira potensi tersebut, usaha
mempromosikan penggunaan produk dan perkhidmatan hijau wajar
dilaksanakan melalui strategi perolehan kerajaan. Selaras dengan itu, dasar
Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement, GGP) yang telah
diperkenalkan Kerajaan Malaysia akan diteruskan pelaksanaannya di bawah
KASA sebagai satu antara instrumen dalam usaha menggalakkan penggunaan
produk dan perkhidmatan hijau dalam sektor awam.
Berdasarkan data tahun 2017, strategi Perolehan Hijau Kerajaan berjaya
menjana nilai perolehan berjumlah RM286.3 juta. Nilai ini bersamaan dengan
pengurangan pelepasan karbon sebanyak 6,545 tCO2 setara. Mengambil kira
kemajuan memberangsangkan itu, Garis Panduan GGP 2.0 telah ditambah
baik. Susulan itu, menerusi Garis Panduan GGP 2.0, 40 kriteria produk dan
perkhidmatan hijau telah disenaraikan.
Matlamat KASA melalui Pelan Pelestarian Malaysia menyasarkan untuk
mempertingkatkan komitmen kerajaan dalam perolehan hijau bagi memacu
pertumbuhan hijau. Dalam hal ini, sasaran 40 peratus perolehan kerajaan ke
atas produk dan perkhidmatan yang disenaraikan ditetapkan untuk tahun
2025. Jumlah ini akan dinaikkan dari semasa ke semasa kepada 50 peratus
pada 2025 dan 100 peratus pada 2030. Kesimpulannya, pada 2030, kerajaan
akan membuat 100 peratus perolehan ke atas produk dan perkhidmatan
hijau yang disenaraikan dalam Garis Panduan GGP.
104
PERTUMBUHAN HIJAU
Puisi Teknologi Hijau
Antologi 100 Puisi Alam Sekitar KASA
Matahari indah kepunyaan Tuhan
alam terbentang menampung rezeki
laut berombak terhasil tenaga
air sumber utama bumi.
Semarakkan pembangunan lestari
indahkan alam tanpa perkosaan
demi kemajuan teknologi hijau
elektrik terhasil daripada suria
hidrogen pengganti sumber tenaga.
Perhebat pembangunan kediaman hijau
terokai harapan solar panel
sistem penuaian air hijau dan penyejuk
gunakan segala peralatan dan tenaga cekap
yakini teknologi bagi pembangunan hijau mampan.
Pn. Azlina Hashim
MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CENTRE
105
BAHAGIAN 2
BAB LIMA
KERJASAMA
STRATEGIK
Kerjasama
Strategik
INISIATIF 22
P Perlindungan Kawasan Pantai Rentan
antai Malaysia yang terdiri daripada kawasan berpasir, berbatu dan
berlumpur ialah harta tidak ternilai bagi negara. Kawasan zon tersebut
kebanyakannya dibangunkan secara meluas untuk tujuan kediaman,
komersial, pelancongan dan perindustrian. Bagaimanapun, aktiviti
pembangunan di kawasan pantai ini telah menyebabkan peningkatan
kejadian hakisan, dan keadaan bertambah serius akibat perubahan cuaca
dunia dengan kejadian ombak besar yang berlaku setiap kali musim monsun,
selain kenaikan paras air laut yang menyebabkan kadar hakisan berlaku lebih
cepat. Pada masa sama, limpahan ombak turut menyebabkan kerosakan
dan kemusnahan harta benda, khususnya di kawasan pesisiran. Impaknya,
kestabilan pantai negara sukar dikekalkan dan ini ialah ancaman dan cabaran
besar yang perlu ditangani.
Pada 1985, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menjalankan
Kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Studies, NCES)
dan dikemas kini pada 2015. Tujuan kajian tersebut dibuat ialah untuk
memastikan keadaan pantai Malaysia diurus sebaik mungkin membabitkan
107
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pelbagai aspek, seperti hakisan dan pembangunan. Menerusi dapatan
kajian, panjang garis pantai keseluruhan di Malaysia termasuk di bahagian
kepulauan ialah 8,840km, manakala pantai yang mengalami hakisan ialah
1,347.6km berbanding 1,382.1km pada 1985. Biarpun demikian, bilangan
kawasan hakisan kritikal kategori I telah bertambah menjadi 44 kawasan
berbanding 1985, iaitu hanya sembilan kawasan. Ini menunjukkan bahawa
meskipun pelbagai projek kawalan hakisan telah dilaksanakan, kejadian
hakisan pantai masih boleh berlaku.
Berdasarkan Laporan NCES pada 2015, garis pantai yang mengalami
hakisan di Malaysia ialah 1,347.6km, dan daripada jumlah tersebut, 55.4km
sedang mengalami masalah hakisan pantai yang kritikal, iaitu melebihi empat
meter setahun. Laporan NCES 2015 juga ada menyatakan bahawa antara
faktor yang meningkatkan kadar hakisan ialah aktiviti mengorek pasir laut,
selain kesan fenomena pemanasan global. Akibatnya, jumlah kehilangan
tanah akibat hakisan pantai ialah 12,485 hektar atau 124.85km2, melebihi
dua kali keluasan Putrajaya seperti ditunjukkan pada rajah di bawah:
Kehilangan Tanah Pantai Akibat Hakisan bagi Tempoh 2004–2014
Sumber: Kajian NCES 2015
Hakisan pantai berlaku disebabkan dua faktor, iaitu manusia dan
semula jadi. Faktor manusia bermaksud sebarang aktiviti yang mengubah
proses semula jadi di pesisiran pantai sehingga mengakibatkan hakisan
pantai. Ini antaranya termasuklah perlombongan pasir laut, pembinaan
pelabuhan, penebusgunaan tanah, pembinaan struktur yang merintangi
pantai, dan pembinaan struktur-struktur yang terlalu hampir dengan
108
KERJASAMA STRATEGIK
pantai. Sementara itu, faktor semula jadi bermaksud proses semula jadi
yang berlaku di kawasan pantai dan laut yang mengakibatkan hakisan
pantai semakin serius. Fenomena kenaikan paras air laut dan pusuan ribut
(storm surge) ialah contoh faktor semula jadi yang menyebabkan kawasan
pantai terhakis dan ditenggelami air laut. Dengan mengambil kira kedua-
dua faktor ini, dianggarkan bahawa pada 2100, hampir 444,000 hektar
kawasan pesisiran pantai akan ditenggelami laut, membabitkan anggaran
kerugian RM70 bilion.
Faktor-faktor Hakisan Pantai
Bermula RMKe-9 hingga RMKe-11, kerajaan telah memperuntukkan
RM2,720 juta bagi melaksanakan program-program menangani hakisan pantai
menerusi Projek Hakisan Pantai. Program sama bakal turut dilaksanakan
menerusi RMKe-12 membabitkan kawasan pantai yang mengalami hakisan
kritikal, antaranya Pantai Kuala Nerus di Kuala Terengganu; Pantai Mek
Mas dan Pantai Airport City Sabak (Kelantan); Pantai Tanjung Batu, Nenasi
(Pahang); Pantai Pasir Hitam, Langkawi (Kedah); Pantai Morib (Selangor);
Pantai Kampung Muara Tebas, Kampung Semarang dan Kuala Hilir Oya
(Sarawak); dan Kampung Mentadak Baru, Tawau (Sabah). Pelaksanaan projek
ini antara lain akan membantu melindungi kawasan pantai negara daripada
ancaman hakisan pada masa depan. Secara tidak langsung, integriti, bentuk,
fungsi, dan daya tahan persekitaran pesisiran pantai dapat dipelihara.
Pelaksanaan projek-projek ini dijangka dapat melindungi sejumlah 216,124
penduduk di kawasan sekitar pinggiran pantai.
109
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
KASA melalui JPS turut menyasarkan 30km perlindungan kawasan pantai
rentan pada 2030 melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-
2030. KPI ini merujuk kepada pengurusan pantai di Malaysia untuk melindungi
pantai daripada masalah hakisan dengan menyiapkan struktur lapis lindung
dan penambakan pantai. Pelaksanaan KPI ini dapat memberi perlindungan
kepada keselamatan nyawa dan harta benda penduduk setempat yang tinggal
di kawasan pesisiran pantai terlibat, selain dapat menjana pendapatan serta
menaik taraf kualiti hidup penduduk setempat. Perincian KPI yang ditetapkan
adalah seperti jadual berikut:
Sasaran KPI Perlindungan Kawasan Pantai Rentan 2020-2030
Tahun Sasaran
2021 3.6 km
2022 10.7 km
2023 15 km
2025 24 km
2030 30 km
Selain itu, kepentingan perancangan pembangunan lestari adalah amat
penting bagi mengurangkan hakisan pantai pada masa depan. Sehubungan
dengan itu, Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline
Management Plan, ISMP) diwujudkan sebagai garis panduan kawalan
hakisan berikutan daripada pembangunan di kawasan pantai. Pelan ini akan
memberi sumbangan yang besar ke arah mencapai SDG dan membentuk
perancangan ekonomi masa depan.
Selaras dengan itu, JPS melancarkan strategi menyeluruh dalam
pembangunan infrastruktur, iaitu creating for resilience, building with nature,
bring back the beaches dan make room for water. Empat strategi ini akan
mewujudkan infrastruktur sumber air yang mesra alam, mampan, dan
berdaya tahan.
Menerusinya, fokus akan diberi kepada perancangan infrastruktur
pantai yang mesra alam, ekonomi dan berkemampuan untuk meningkatkan
aktiviti sosial. Seterusnya, perancangan pemuliharaan pantai yang lebih
mesra alam akan dititikberatkan bagi memastikan keindahan pantai negara
dapat dikembalikan dan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat.
Melalui sinergi empat strategi menyeluruh ini, projek infrastruktur JPS
bukan sahaja dapat mengelakkan kemerosotan nilai atau potensi tanah dan
sumber semula jadi, malah bencana berkaitan dengan air dapat dikurangkan
dan pada masa yang sama, memperoleh manfaat daripada kekayaan sumber
biologi semula jadi. Strategi ini selaras dengan saranan YB Menteri KASA
agar kepentingan pantai dijaga sebagai antara sumber ekonomi negara.
110
KERJASAMA STRATEGIK
Kepentingan pendekatan holistik amat penting untuk dilaksanakan semua
pihak, khususnya kerajaan negeri, bagi mengatasi masalah hakisan pantai
agar tidak berlanjutan dan seterusnya memberi kesan langsung kepada garis
pantai dan ekologi sekitarnya, selain masyarakat setempat.
INISIATIF 23
Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu
Variasi perubahan iklim semasa telah meningkatkan kadar kekerapan banjir
yang teruk, selain memanjangkan tempoh kejadian kemarau di Malaysia.
Selain itu, banjir turut berpunca daripada aktiviti pembangunan yang pesat
serta sistem perparitan sedia ada yang tidak mencukupi. Meskipun projek-
projek tebatan banjir giat dilaksanakan oleh KASA melalui JPS, perancangan
pembangunan juga perlu diberi kepentingan, demi mengurangkan risiko banjir
pada masa akan datang. Ini boleh mengelakkan perbelanjaan yang tinggi untuk
membina projek tebatan banjir.
Kegagalan aspek perancangan sumber air dalam pembangunan
tanah akan mengundang pelbagai isu negatif, antaranya kekurangan air,
pencemaran sumber air, banjir dan kemusnahan alam sekitar. Ini akan
menjejaskan ekonomi, pelaburan dan kesejahteraan hidup rakyat. Laporan
Review of National Water Resources Study (2000–2050) tahun 2011 oleh JPS
menyatakan bahawa lima negeri akan mengalami defisit air, iaitu Selangor,
Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis. Sebagai contoh, Perlis akan
mengalami defisit air sehingga 293.7mm pada 2020. Negeri seperti Pulau
Pinang, Melaka dan Perlis akan mengalami kesulitan, berikutan kawasan
tadahan lembangan sungainya yang kecil, selain isipadu storan takungan
empangannya rendah.
Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar 2017, sembilan peratus,
iaitu 60 daripada 672 sungai yang dipantau JAS didapati tercemar dengan
parameter Oksigen Biokimia (Biochemical Oxygen Demand, BOD), Ammonia
Nitrogen (NH3-N) dan pepejal terampai (Suspended Solids, SS). Laporan
Updating Condition of Flooding and Flood Damages Assessment 2012 oleh
JPS melaporkan bahawa 33,298km2, iaitu anggaran 10.1 peratus daripada
keluasan negara dikategorikan sebagai Kawasan Mudah Banjir. Sementara
itu, Laporan Global Forest Watch pula menyebut bahawa Malaysia telah
kehilangan 2.63 juta hektar hutan sejak 2002 sehingga 2019. Bagi mengawal
semua impak negatif ini, JPS mula memperkenalkan konsep pendekatan
IRBM sejak pertengahan 1990-an. Integrated River Basin Management
111
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
(IRBM) atau Pengurusan Sistem Lembangan Saliran Bersepadu ialah proses
penyelarasan, pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan air, tanah serta
sumber-sumber berkaitan yang merangkumi pelbagai sektor tanpa mengira
sempadan pentadbiran di dalam sesebuah lembangan sungai. Pelaksanaan
IRBM bertujuan memaksimumkan manfaat ekonomi dan sosial yang
diperoleh daripada sumber air secara saksama di samping mengekalkan dan
memulihkan ekosistem sumber air.
Pelan IRBM akan memberikan sumbangan besar kepada aspirasi kita ke
arah SDG dan ia wajib dijadikan rujukan perancangan ekonomi masa depan.
Kita seharusnya sedar bahawa kelestarian pembangunan ekonomi hanya
akan tercapai dengan jaminan sumber air. Lembangan sungai yang terurus
akan memastikan jaminan sumber air, seterusnya melindungi ekosistem dan
biodiversiti untuk generasi akan datang.
Contoh Pendekatan IRBM di Lembangan Sungai Kemaman – Penyelesaian Isu Banjir
Pelan IRBM turut berperanan penting dalam komponen utama
Pengurusan Sumber Air Negara. Menerusinya, cara sumber air sedia ada
dapat dieksploitasi potensinya, termasuk perancangan dan pembangunan
empangan berdekatan sungai, pengurusan banjir dan datarannya,
saliran lokaliti yang mesra alam, pengairan dan saliran pertanian, serta
pemuliharaan muara sungai. Sementara itu, pelaksanaan Pelan IRBM di
negeri-negeri akan dimanfaatkan dalam aspek pengenalpastian sumber
bekalan air yang boleh menjana serta meningkatkan hasil negeri.
Perancangan di dalam sesebuah lembangan sungai semestinya memerlukan
112
KERJASAMA STRATEGIK
peruntukan, dan Pelan IRBM akan menjadi asas dalam permohonan oleh
pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Pada masa yang sama, di peringkat kerajaan tempatan, Pelan IRBM
ialah sebahagian asas perancangan untuk penyelesaian lembangan sungai
yang holistik untuk Rancangan Tempatan dan Struktur bagi pembangunan
lebih lestari. Bertitik tolak daripada Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara
(MSAN) ke-2 pada 29 Julai 2003, persetujuan dicapai supaya kerjasama lebih
erat diwujudkan di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan PBT
bagi menguruskan lembangan sungai secara bersepadu. Lanjutan daripada
keputusan MSAN ini, JPS mempergiatkan usahanya dalam menyediakan
Pelan IRBM bagi lembangan sungai di seluruh negara. Pendekatan IRBM
yang selari dengan DSAN akan membantu pihak kerajaan, badan bukan
kerajaan, akademik, institusi penyelidikan, sektor swasta, dan masyarakat
menterjemahkan pelan tindakan strategik ini kepada tindakan.
Secara keseluruhannya, JPS telah menyediakan 24 pelan IRBM yang
meliputi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keluasan Semenanjung
Malaysia. Sejumlah 13 pelan IRBM kini dalam peringkat penyediaan,
manakala dua lagi sedang dalam proses pelantikan perunding. Sementara
itu, menerusi perancangan RMKe-12, 25 pelan IRBM dirancang untuk
disediakan, meliputi 14 di Semenanjung Malaysia, empat di Sabah dan
tujuh di Sarawak. Rajah berikut menunjukkan senarai lembangan sungai
yang terlibat:
Status Pelan Pelaksanaan IRBM
Contoh projek penyelesaian menggunakan pendekatan IRBM di
lembangan Sungai Selangor yang meliputi tiga objektif IRBM, iaitu
113
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
memastikan air yang mencukupi, bersih dan mengurangkan risiko banjir
ialah Skim Hybrid off River Augmentation Storage (HORAS). Projek yang
dipelopori Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ini bertujuan mengenal pasti
potensi sumber air dari kolam, bekas kolam perlombongan dan air bawah
tanah. Projek ini akan meningkatkan hasil dan penyimpanan sumber air
Selangor, selain mengurangkan banjir di kawasan hilir di Bestari Jaya. Pada
masa sama, projek HORAS juga dapat digunakan dalam keadaan darurat
untuk mengurangkan pencemaran Sungai Selangor dan mengurangkan
kadar kekeruhan air melalui kolam pemendapan. Justeru, penutupan loji
rawatan dapat dielakkan apabila berlaku kejadian pencemaran.
Bagi mencapai objektif keempat, iaitu meningkatkan pelestarian
alam sekitar, pelbagai program disusun. Satu antara contoh ialah program
menanam anak pokok bakau di Bagan Nakhoda di Sabak Bernam. Program
ini melibatkan agensi kerajaan dan pelajar-pelajar sekolah berhampiran
dengan harapan ia dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam
kalangan masyarakat. Secara teknikalnya, pelan IRBM dapat membantu
dalam penyediaan pelan peta hazard banjir yang dijadikan sumber rujukan
dalam mengurangkan risiko kemusnahan dan kerugian akibat bencana air,
seterusnya mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan infrastruktur
banjir. Sebagai contoh, pendekatan penyelesaian isu banjir dengan mengambil
kira struktur sahaja di Lembangan Sungai Kemaman akan membabitkan
perbelanjaan berjumlah RM744.47 juta, berbanding dengan penggunaan
konsep IRBM yang mengambil kira penyelesaian menyeluruh melibatkan
struktur dan bukan struktur, integrasi pelaksanaan antara pelbagai agensi
dan komuniti, ia dianggarkan hanya menelan belanja RM670.43 juta.
Perbandingan ditunjukkan pada jadual di bawah:
Analisis Kos Penyelesaian Isu Banjir Dengan/Tanpa Pelan IRBM –
Lembangan Sungai Kemaman
Bil Perbandingan Cadangan Penyelesaian Isu Kos
(Rm Juta)
1. PENGGUNAAN KONSEP IRBM (PENYELESAIAN MENYELURUH) 670.43
- Struktur dan Bukan Struktur, Integrasi pelaksanaan antara pelbagai agensi
dan komuniti
2. PENDEKATAN PENYELESAIAN ISU BANJIR SAHAJA 744.47
- Struktur sahaja, Pelaksanaan oleh JPS sahaja
Bagi memastikan pendekatan IRBM dapat dilaksanakan secara lebih
efektif, KASA melalui Pelan Pelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030
menyasarkan sejumlah 50 pelan IRBM untuk disiapkan sepenuhnya. Jadual
berikut berkongsi perincian KPI yang ditetapkan:
114
KERJASAMA STRATEGIK
Aggregate Cumulative of Active IRBM Studies’ Progress Completed Between 2020-2030 (%)
Tahun Sasaran
2021 30% (13 Pelan Siap)
2022 36% (Proses Lantikan Perunding)
2023 49% (6 Pelan Siap)
2025 79% (11 Pelan Siap)
2030 100% ( 50 Pelan Siap)
Bagi memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko dalam
sesuatu perancangan pembangunan, Pelan IRBM perlu menjadi blueprint dalam
perancangan sumber air dan tebatan banjir, sekali gus menjadi asas perancangan
dan pembangunan lembangan sungai. Sehubungan dengan itu, pelan IRBM
wajar dijadikan sebagai asas sebagai dokumen rujukan dalam perancangan
pembangunan tanah pada peringkat negeri dan kerajaan tempatan.
INISIATIF 24
Inovasi Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang diwujudkan sejak 2009 telah
menjadi rujukan awal dalam pembangunan hijau di Malaysia. Dasar ini
menggariskan matlamat pembangunan hijau dalam jangka pendek, sederhana
dan jangka panjang bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana
pertumbuhan lestari negara. Lima teras utama menjadi tunjang DTHN ke arah
mempergiatkan penyelidikan dan inovasi, iaitu (i) memperkukuhkan kerangka
institusi; antaranya menerusi penubuhan dan penstrukturan semula Pusat
Tenaga Malaysia (PTM) sebagai agensi pelaksana teknologi hijau, iaitu MGTC;
(ii) menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan teknologi
hijau; (iii) mempergiatkan pembangunan modal insan dalam teknologi hijau;
(iv) mempergiatkan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau; dan (v) promosi
dan kesedaran orang ramai.
Bagaimanapun, aplikasi dan pembangunan inovasi dalam bidang
teknologi hijau masih kurang diberi perhatian. Antara cabaran dan
kekangan yang dihadapi dalam usaha memperluaskan aplikasi teknologi
hijau ialah (i) kurang kesedaran dalam kalangan rakyat dan industri
terhadap kepentingan teknologi terkini; (ii) kadar penerimaan teknologi
hijau dalam kalangan penyelidik dan industri yang rendah; (iii) tiada
sokongan menyeluruh bagi memupuk inovasi tempatan dalam bidang
teknologi hijau; (iv) kurang persaingan dalam memupuk budaya inovasi
dalam bidang teknologi hijau; dan (v) kekurangan dan ketiadaan pusat
115
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
pangkalan data dan sumber maklumat serta perolehan data datang dari
sumber yang berasingan.
Bagi memperkukuhkan hala tuju teknologi hijau negara, Pelan Induk
Teknologi Hijau Negara (Green Technology Master Plan, GTMP) telah
diperkenalkan pada 2017. Ia melibatkan enam sektor utama yang terdiri
daripada tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, sisa, dan air. Selaras
dengan teras (iv) DTHN, iaitu mempergiatkan penyelidikan dan inovasi
teknologi hijau, KASA melalui MGTC sedang membangunkan National
Green Technology Innovation Roadmap (NGTIR) yang akan memacu
aplikasi teknologi hijau dalam beberapa sektor utama yang disenaraikan
menerusi GTMP.
Bermula dari 2020 hingga 2030, NGTIR akan dibangunkan secara
berperingkat melalui tiga fasa utama, seperti ditunjukkan pada rajah di
bawah. Konsep awalnya dibentangkan dan diluluskan Mesyuarat High-Tech
Nation Council pada 7 Disember 2020 yang dipengerusikan Menteri MOSTI.
Pembangunan Berperingkat National Green Technology Innovation Roadmap
Fasa pembangunan kedua dijangka melibatkan tempoh antara 2021
hingga 2022. Beberapa tindakan utama akan diberikan perhatian dalam
tempoh tersebut, termasuklah membangunkan Pelan Tindakan Inovasi
Teknologi Hijau, mendapatkan kelulusan Majlis Sains Negara, dan
mengenal pasti kaedah pembiayaan yang sesuai bagi pelaksanaan inisiatif
di bawah Pelan Tindakan Inovasi Teknologi Hijau. Selanjutnya, sepanjang
tempoh 2022 hingga 2030, inisiatif-inisiatif di bawah pelan ini akan
116
KERJASAMA STRATEGIK
dilaksanakan dan melalui proses pemantauan serta semakan bagi tujuan
penambahbaikan berterusan.
KASA dalam fasa ini menyasarkan rancangan penubuhan sebuah Hab
Inovasi Teknologi Hijau. Jika ini berjaya dilaksanakan, kerjasama strategik
pada peringkat tempatan dan antarabangsa akan dapat diperkukuhkan. Bagi
tujuan tersebut, beberapa indikator pencapaian penting ditetapkan oleh
KASA, seperti penubuhan Taman Teknologi Hijau, Dana Khas Teknologi
Hijau, penerbitan, dan pembangunan sehingga 100 tenaga pakar setahun
pada peringkat PhD dalam bidang teknologi hijau menjelang 2030.
Pelaksanaan Pelan Inovasi Teknologi Hijau dijangka menjadi pemacu
inovasi melalui tindakan intervensi strategik yang dirancang. Pada masa
yang sama, ia juga akan melengkapi dan menjadi pemangkin kepada inisiatif
teknologi hijau yang sedia dilaksanakan seperti enam senarai berikut:
Khidmat Nasihat Hijau
Program Khidmat Nasihat Hijau MGTC berfungsi untuk membantu
organisasi melaksanakan strategi hijau yang berkesan dan mengamalkan
pembudayaan teknologi hijau dalam pengurusan organisasi. Justeru itu,
MGTC memperkenalkan projek MyRelamp, iaitu projek perintis untuk
pelaksanaan GGP pada peringkat PBT melalui penyesuaian lampu dalam
menyokong inisiatif Bandar Rendah Karbon. Pada masa yang sama, projek ini
dapat meningkatkan aplikasi inisiatif GGP kepada PBT melalui pemasangan
pencahayaan mesra alam dan cekap tenaga. Projek rintis yang diperkenalkan
pada 2020 ini berjaya merekodkan penglibatan empat PBT dan diharap
menjadi contoh kepada PBT lain di seluruh negara.
Inisiatif Bandar Rendah Karbon
Pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon merupakan kerjasama strategik
antara MGTC dengan PBT sejak 2011. MGTC telah membangunkan Rangka
Kerja Bandar Rendah Karbon (Low Carbon Cities Framework, LCCF)
sebagai panduan kepada PBT melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon
dan mengukur tahap pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) pada
peringkat bandar. Rangka kerja tersebut memberi fokus kepada inisiatif dan
projek kecekapan tenaga dan air, mobiliti rendah karbon, pengurangan sisa,
dan peningkatan kawasan hijau dalam sesebuah kawasan perbandaran.
Sehingga kini, sejumlah 13 PBT telah melaksanakan inisiatif bandar
rendah karbon dan menetapkan pelan tindakan pembangunan rendah
karbon95. PBT berkenaan mengguna pakai rangka kerja tempatan seperti
LCCF mahupun rangka kerja organisasi antarabangsa seperti C40 Cities
Climate Leadership Group (C40), Local Government for Sustainability
117
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
(ICLEI) dan Global Covenant of Mayors (GCOM). Selain itu, MGTC turut
menganjurkan siri bengkel yang bertujuan membimbing pegawai PBT dalam
pelaksanaan inisiatif rendah karbon. Program latihan dan pembangunan
kapasiti ini merangkumi pembangunan pelan tindakan, penglibatan pihak
berkepentingan dan pengukuran pelepasan GHG. Sebanyak 64 daripada
keseluruhan 154 PBT di seluruh negara menyertai program ini bagi
pelaksanaan LCCF sehingga 2020.
Buku Low Carbon Cities:
Framework & Assessment System
Bagi menggalakkan kerjasama PBT, badan-badan kerajaan dan pihak
swasta dalam inisiatif rendah karbon, MGTC menganjurkan program
Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) pada 2019. Program ini
meletakkan sasaran untuk mewujudkan 200 Zon Rendah Karbon dan 1,000
Rakan Rendah Karbon menjelang 2030. Program LCC2030C akan memberi
Anugerah Pengiktirafan Berlian kepada Zon Rendah Karbon dan Rakan
Rendah Karbon terlibat, berdasarkan jumlah pengurangan pelepasan GHG96.
Sejumlah 24 Zon Rendah Karbon dan 45 Rakan Rendah Karbon di
bawah pentadbiran 16 PBT mengambil bahagian dalam program LCC2030C
sehingga 2020. Daripada penyertaan terbabit, sejumlah 148,572 tan karbon
dioksida dicatatkan sebagai jumlah pengurangan pelepasan GHG. Sebagai
penghargaan terhadap usaha PBT dan organisasi terlibat, Majlis Anugerah
Bandar Rendah Karbon diadakan dan disempurnakan perasmiannya oleh
YB Menteri KASA97.
Menyedari keperluan dasar nasional bagi memacu hala tuju bandar
rendah karbon, Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (National Low
Carbon Cities Masterplan, NLCCM) dibangunkan dan kemudian dilancarkan
oleh YAB Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin pada 13 Julai
2021. Pelan induk ini menetapkan pendekatan utama 3M, iaitu Measure,
Manage dan Mitigate dalam pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon pada
118
KERJASAMA STRATEGIK
peringkat negeri dan tempatan. NLCCM menekankan pelaksanaan strategi
sektoral seperti perancangan bandar, pengangkutan, tenaga, dan sisa secara
sistematik serta holistik98.
Majlis Anugerah Bandar
Rendah Karbon
Sejumlah 33 kawasan PBT dan Pihak Berkuasa Koridor dikenal pasti
bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG secara mutlak yang
tinggi menjelang 2050. PBT ini terdiri daripada Majlis Bandaraya dan
Majlis Perbandaran yang mempunyai kadar populasi penduduk yang tinggi
dan telah melaksanakan program serta inisiatif bandar rendah karbon.
Kriteria pemilihan PBT berkaitan adalah memastikan impak pengurangan
pelepasan GHG yang signifikan dapat dicapai.
Artikel mengenai PBT bakal
terima geran RM35 juta untuk
laksana bandar rendah karbon
Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan menerusi Program
Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah meluluskan
Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) berjumlah RM35 juta.
119
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Inisiatif GeRAK bertujuan menggalakkan pelaksanaan projek bandar rendah
karbon oleh PBT seluruh negara. Sehingga Jun 2021, sejumlah RM15.2 juta
geran diluluskan bagi pelaksanaan projek oleh 64 PBT. Penyaluran geran
ini bermatlamat mengurangkan pelepasan GHG pada peringkat tempatan,
selain pada masa yang sama menbuka ruang menjana peluang ekonomi
setempat, khususnya berkaitan dengan teknologi hijau.
GeRAK: Geran
Pemangkin Bandar
Rendah Karbon
Mobiliti Rendah Karbon
Pengangkutan darat yang menggunakan Internal Combustion Engine (ICE)
ialah penyumbang utama pelepasan GHG. Justeru, usaha peralihan kepada
pengangkutan darat rendah GHG kini menjadi lebih kritikal. Pada masa
yang sama, pengeluar automotif juga giat menukar hala tuju kepada konsep
kenderaan mesra alam. Ini sekali gus mewujudkan beberapa keperluan lain
bagi menyokong industri mobiliti rendah karbon, contohnya kemudahan
untuk mengecas kenderaan mesra alam.
Di Malaysia, MGTC melalui Bahagian Mobiliti Rendah Karbon
memainkan peranan proaktif dalam mendorong peralihan tersebut. Pada
17 Ogos 2016, MGTC memperkenalkan chargEV, jenama rangkaian stesen
pengecasan EV awam. Selain menyediakan titik pengisian yang mudah
diakses untuk pengguna kenderaan elektrik, ia juga berfungsi sebagai model
bagi orang ramai untuk mengalami sendiri gaya hidup Electric Vehicle (EV)
dalam landskap Malaysia. Dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad,
pengguna EV kini dapat menikmati kemudahan ini di Malaysia Timur
kerana lima stesen telah siap dipasang di Kuching.
Pada akhir 2020, MGTC berjaya memasang sejumlah 330 stesen chargEV
di 228 lokasi awam, meliputi pusat membeli-belah, hotel, stesen Petronas
dan lokasi tertentu tumpuan awam. Tambahan, chargEV turut menerapkan
ciri inovatif dan praktikal dengan menyediakan aplikasi mudah alih untuk
memudahkan penggunanya mengesan stesen pengecasan terhampir.
120
KERJASAMA STRATEGIK
Penghargaan dan Pengiktirafan
Corak pemikiran terhadap teknologi hijau kian mendapat tempat dalam
kalangan organisasi dan masyarakat. Ini terbukti menerusi peningkatan
produk dan perkhidmatan yang ada menerusi peningkatan penggunaannya
oleh orang ramai. Usaha MGTC selama satu dekad telah menyokong
momentum ini yang secara terbuka mengiktiraf pencapaian dalam
teknologi hijau dan seterusnya mengukuhkan kepentingan pembangunan
lestari demi masa depan. Pengiktirafan bukan hanya satu usaha untuk
mempromosi dan membina ekonomi hijau, malah juga bertujuan untuk
memberi motivasi kepada penyertaan pemain industri agar mengadaptasi
amalan hijau pada peringkat masing-masing.
National Energy Award (NEA) ialah inisiatif kerajaan yang dimulakan
pada 2018 untuk menghargai dan mengiktiraf amalan kecekapan tenaga dan
usaha tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan sektor swasta dan awam
di Malaysia. NEA ialah tonggak usaha sama di antara sektor kerajaan dan
swasta untuk inovasi dalam produk, penyelesaian dan pengkomersialan ke
arah ekonomi hijau. Ia dibiayai Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik
Malaysia (AAIBE) dan disokong sepenuhnya Suruhanjaya Tenaga (ST)
dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA). Pada
masa sama, ia juga berfungsi sebagai platform untuk mengenal pasti amalan
terbaik Malaysia dalam bidang kecekapan tenaga (Energy Efficiency, EE) dan
tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy, RE) untuk mewakili Malaysia
di ASEAN Energy Awards (AEA) setiap tahun.
Sejak NEA diperkenalkan, sejumlah 54 anugerah telah disampaikan
kepada pelbagai organisasi Malaysia, dengan 42 daripadanya diberikan
pengiktirafan serantau di AEA. Selain itu, 15 organisasi telah diiktiraf di
AEA 2020, termasuk MGTC yang menerima penganugerahan melalui GEO
Building dengan Zero Energy Building in Energy Efficiencies Category di
bawah kategori Special Submission.
National
Energy Awards
Pendedahan Pembelajaran dan Demonstrasi Projek
MGTC turut menawarkan peluang pembelajaran secara langsung kepada
pengguna berpotensi. Ini dilaksanakan khususnya melalui lawatan di
lokasi, demonstrasi projek, simulasi model dan pelbagai inisiatif lain yang
121
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
dirancang bagi menyemai serta memupuk semangat untuk menerapkan
amalan gaya hidup yang lebih hijau.
Dengan menggabungkan teknologi dan penyelesaian hijau seperti sistem
pengurusan tenaga inovatif dan sistem penuaian air hujan, GEO Building
muncul sebagai mercu tanda reka bentuk dan pembinaan lestari di rantau
ini. Ini telah menarik minat yang kuat, sehingga beroleh banyak permohonan
lawatan. Bagi memenuhi permintaan tersebut, MGTC menganjurkan
program yang dinamakan GEO Tour. Melaluinya, MGTC menerima lawatan
daripada segenap lapisan masyarakat, termasuk delegasi menteri tempatan
dan luar negara, organisasi, institusi pendidikan dan orang ramai yang
berminat mempelajari lebih lanjut mengenai teknologi hijau serta kaedah
mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, MGTC turut menggunakan pelbagai saluran
kontemporari yang inovatif untuk tujuan meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap teknologi hijau dan impak tindakan iklim. Selain
media cetak dan elektronik, MGTC turut menggunakan media sosial
sebagai satu antara cabang komunikasi, termasuk Facebook dan YouTube
untuk menarik minat belia dan kalangan profesional. Inisiatif MGTC ini
dibuat melalui Green Talk, sebuah program wawancara yang menampilkan
pelbagai tetamu daripada pelbagai sektor industri bagi membincangkan isu-
isu sebenar berkaitan alam sekitar, teknologi hijau dan perubahan iklim
di Malaysia. Sejumlah 10 episod berjaya diterbitkan pada 2020, antara
lainnya menampilkan personaliti membabitkan pegawai MGTC dan ketua
organisasi, selain aktivis hijau dan petani, bahkan artis dan selebriti terkenal
media sosial untuk pendekatan lebih berkesan.
Selain itu, MGTC juga menganjurkan beberapa siri forum bual
bicara melalui Climate Change Conversation (CCC), sebuah platform yang
membolehkan peserta daripada pelbagai sektor berkongsi keprihatinan,
pandangan dan pengalaman mereka mengenai perubahan iklim. Siri forum
ini ialah satu antara aspirasi MGTC untuk mengumpulkan pakar tempatan
daripada pelbagai latar belakang untuk mencetuskan idea baharu, selain
menginspirasi tindakan baharu mengenai perubahan iklim dan kelestarian
alam sekitar. Pada masa yang sama, CCC turut bertujuan untuk saling
mencetuskan wacana intelektual melalui dialog antara pemain utama
membabitkan pelbagai sektor seperti kementerian, agensi, kerajaan negeri,
industri swasta, universiti, NGO, dan pakar-pakar berkaitan. Pada 2020,
siri forum ini diadakan secara webinar bagi mengadaptasi norma baharu
dengan penganjuran tiga siri dengan topik “Perubahan Iklim dan Langkah
ke Hadapan dalam Melestarikan Alam”, “Building Resilience in Cities”, dan
“Climate Change and Its Impact on Food Security in Malaysia”. Sejumlah 347
122
KERJASAMA STRATEGIK
peserta mengambil bahagian dalam siri webinar ini, selain menerima 17,678
tontonan dengan 122,596 interaksi melalui Facebook.
Kesedaran Terhadap Pelepasan Rendah Karbon
Bagi mewujudkan model simulasi tempatan untuk Malaysia, MGTC
bekerjasama dengan Foreign and Commonwealth Office of the United Kingdom,
menggunakan pembiayaan daripada Department for Business United Kingdom
dan Energy and Industrial Strategy (BEIS) untuk membangunkan Simulator
Tindakan Iklim Malaysia (Malaysia Climate Action Simulator, MCAS).
Projek ini dimulakan pada November 2019 dan dijangka berakhir pada April
2022. Tujuan utama simulasi ini ialah meningkatkan kesedaran masyarakat
umum untuk memahami bagaimana dasar, teknologi dan gaya hidup boleh
memberi kesan kepada pelepasan gas rumah kaca. Pada masa yang sama,
ia juga bertujuan memberi pemahaman mengenai interaksi sektor seperti
pengangkutan, bangunan dan penggunaan tanah.
INISIATIF 25
Amalan Pejabat Lestari dan Gaya Hidup Hijau
Konsep Bangunan Hijau telah diperkenalkan MGTC sebagai satu antara
inisiatif inovatif untuk mempromosikan amalan teknologi hijau di Malaysia.
Dalam konteks ini, ibu pejabat MGTC dibangunkan berasaskan ciri-ciri
Bangunan Hijau yang dikenali sebagai Green Energy Office (GEO) Building.
Bagi mencerminkan statusnya dalam kecekapan tenaga, pelbagai strategi
reka bentuk aktif dan pasif disertakan ke dalam reka bentuk GEO Building.
Antara ciri inovatif ini ialah sistem sinaran penyejukan penyaman udara
yang kali pertama digunakan di Malaysia. Dalam hal ini, 50 peratus punca
penyejukan adalah dari siling dan lantai yang berlaku melalui radiasi
penyejukan, manakala selebihnya dari sistem perolakan udara bagi setiap
zon bangunan. Sehingga kini, bangunan MGTC masih dijadikan rujukan
dalam usaha memangkin kemajuan teknologi hijau.
Bagi memperhebatkan amalan hijau, selain pada masa sama memupuk
kesedaran kelestarian dan gaya hidup hijau pada peringkat pejabat dan individu,
KASA melalui MGTC melancarkan Garis Panduan Pejabat Lestari dan Gaya
Hidup Hijau. Garis panduan ini merangkumi lima komponen pengurusan
amalan hijau, iaitu (i) Perolehan; (ii) Pengurangan Sisa; (iii) Pengurusan
Sumber; (iv) Pengoperasian Pejabat; dan (v) Pembudayaan Gaya Hidup Hijau.
123
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Panduan Pejabat Lestari dan Gaya Hidup Hijau
KASA melalui Pelan Pelestarian Malaysia 2020–2030 menyasarkan
supaya garis panduan ini dapat diterima pakai dan dipraktikkan pada
peringkat KASA dan 11 agensi di bawahnya selewat-lewatnya pada 2022.
Adaptasi garis panduan ini akan diperluas kepada 27 kementerian pada
2023, 14 pejabat setiausaha kerajaan negeri pada 2025, dan 154 PBT
menjelang 2030. Sasaran ini penting untuk direalisasikan bagi memastikan
amalan hijau dapat diperluas di seluruh negara menjelang 2030 dan role
model pelaksanaannya dapat diwujudkan. Adaptasi amalan bangunan
lestari dan cara hidup hijau pada semua peringkat institusi kerajaan akan
memudahkan agenda ini dikembangkan kemudian kepada institusi-institusi
lain termasuklah bangunan milik swasta dan persendirian.
INISIATIF 26
Penubuhan Fasiliti “Kekayaan daripada Sisa”
Penubuhan fasiliti kekayaan daripada sisa ialah inisiatif di bawah seliaan JAS
yang bertujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan buangan terjadual di
Malaysia. Pada masa yang sama, inisiatif ini juga menyokong konsep Circular
Economy dan pengurusan sumber secara lestari. Indikator yang digunakan
ialah peningkatan jumlah kemudahan buangan terjadual bersepadu.
124
KERJASAMA STRATEGIK
Di Semenanjung Malaysia ketika ini, hanya Kualiti Alam Sdn. Bhd. di
Bukit Pelandok, Negeri Sembilan (kini Cenviro Sdn. Bhd.) sahaja mempunyai
sistem Kemudahan Rawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual Bersepadu
sejak ia mula beroperasi pada 1998. Kewujudan fasiliti tersebut mengambil
kira kuantiti (volume) buangan terjadual yang dijana pada masa itu, yang
tidak memungkinkan wujud lebih daripada satu fasiliti. Selain itu, lokasi
dipilih juga strategik bagi menerima buangan terjadual dari seluruh Malaysia.
Berdasarkan reka bentuk asal, jangka hayat operasi fasiliti ini dijangka boleh
berpanjangan sehingga 2035 atau 2040.
Konsesi Kualiti Alam Sdn. Bhd. tamat pada 2015, dan mengambil kira
peningkatan penjanaan buangan terjadual, beberapa pelabur menyatakan
minat untuk membangunkan sistem yang sama bagi menangani isu
pengolahan rawatan dan pelupusan buangan terjadual di Malaysia.
Sementara itu , sehingga kini hanya wujud satu fasiliti berkaitan, iaitu
di Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. di Mambong, Sarawak yang mempunyai
kemudahan tapak pelupusan sanitari, tapak pelupusan selamat dan insinerator
(pembakar) buangan terjadual. Mula beroperasi pada 2000, fasiliti ini juga
dilesenkan pada 2018 untuk menjalankan pengolahan separa untuk buangan
terjadual SW110. Pada masa yang sama, mereka juga mendapat kelulusan
Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment,
EIA) pada akhir 2019 untuk membina satu lagi fasiliti serupa di Samalaju,
Bintulu yang dijangka akan mula dibina pada 2022.
Secara dasarnya, sebarang fasiliti Kemudahan Rawatan dan Pelupusan
Buangan Terjadual Bersepadu perlu mempunyai minimum semua kemudahan
yang tersenarai seperti berikut:
1. Kemudahan pemerolehan kembali.
2. Kemudahan rawatan terma.
3. Kemudahan rawatan fizikal kimia.
4. Kemudahan solidifikasi.
5. Tapak pelupusan selamat (secured landfill).
Selain itu, semua kemudahan di atas perlu dilengkapi dengan sistem
rawatan air larut resap (leachate treatment plant) dan sistem kawalan
pencemaran udara serta sistem pengawasan alam sekitar yang lengkap bagi
memantau impak terhadap alam sekitar dari semasa ke semasa.
Pada masa yang sama, Kemudahan Bersepadu juga boleh mengambil
inisiatif memperluaskan perkhidmatan fasiliti, antaranya waste blending
dan co-processing bagi menghasilkan produk hijau. Bagaimanapun, produk
yang dihasilkan perlu mematuhi standard produk yang telah ditetapkan
dan mempunyai nilai pasaran atau dapat diguna pakai oleh industri lain
125
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
sebagai bahan mentah alternatif tanpa menjejaskan kesihatan awam dan
alam sekitar.
Berikut ialah isu-isu semasa dalam pembangunan Kemudahan Rawatan
dan Pelupusan Buangan Terjadual Bersepadu yang perlu diberi perhatian:
1. Keperluan untuk pelabur mengguna pakai kemudahan berteknologi
tinggi yang berupaya meningkatkan kadar pemerolehan kembali
bahan-bahan daripada buangan terjadual.
2. Kadar pemulihan yang tinggi.
3. Kadar ketulenan (purity) bahan yang diperoleh kembali.
4. Melaksanakan amalan terbaik bagi pengurusan buangan terjadual.
5. Kadar bayaran bagi rawatan dan pelupusan buangan terjadual yang
berpatutan dan tidak membebankan industri.
Selain itu, pembangunan fasiliti ini juga perlu mempunyai hala tuju yang
jelas agar konsep waste to green product dan waste eco park dapat dilaksanakan
secara berkesan dan menguntungkan tanpa menjejaskan komitmen negara
dalam menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup rakyat.
Biarpun demikian, terdapat beberapa cabaran yang dikenal pasti akan
memberi impak terhadap pembangunan Kemudahan Rawatan dan Pelupusan
Buangan Terjadual Bersepadu. Berikut ialah sebahagian antaranya:
1. Buangan terjadual yang dihasilkan akan mula berkurangan dengan
pelaksanaan konsep circular economy, pengurangan sisa dan penggunaan
semula sisa yang kini diamalkan dan menjadi dasar semasa kerajaan;
2. Pemilihan tapak sesuai yang menjadi kekangan kepada penerimaan
kerajaan negeri dan masyarakat setempat;
3. Ketiadaan tapak yang sesuai dan jelas dalam Pelan Fizikal Negara
bagi pembangunan Kemudahan Rawatan dan Pelupusan Buangan
Terjadual Bersepadu.
Justeru, Pelan Induk Strategi Kebangsaan bagi Pengurusan Buangan
Terjadual perlu dibangunkan bagi menetapkan hala tuju yang jelas terhadap
pengurusan buangan terjadual negara, termasuk keperluan fasiliti bersepadu
dan inisiatif penggunaan semula buangan terjadual, khususnya sebagai
alternative fuel.
Sehingga Ogos 2021, beberapa cadangan pembangunan Kemudahan
Rawatan dan Pelupusan Buangan Terjadual Bersepadu baharu telah diterima
oleh JAS. Walau bagaimanapun, ia masih di peringkat Terms of Reference
atau penyediaan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).
126
KERJASAMA STRATEGIK
Buat masa ini, satu cadangan projek kemudahan telah diluluskan, iaitu
Pusat Rawatan Buangan Terjadual Lestari di bawah Berjaya Alam Murni
Sdn. Bhd. di Selangor yang akan dilengkapi kemudahan Wastes to Energy
(WTE) dan Solidification dan Secured Landfill. Selepas Kualiti Alam dan
Trienekens, fasiliti ini akan menjadi fasiliti bersepadu ketiga di Malaysia bagi
menguruskan buangan terjadual.
Pada masa yang sama, turut wujud kemudahan baharu bagi merawat
sisa klinikal di Kemaman, Terengganu yang turut diluluskan laporan EIA
oleh JAS pada 2020. Demikian juga beberapa projek lain seumpamanya
yang mungkin berpotensi dikembangkan bagi menerima buangan-buangan
terjadual lain serta dilengkapi tapak pelupusan selamat bagi memenuhi
perancangan atau sasaran KPI ditetapkan, iaitu lima kemudahan tambahan
untuk Malaysia seperti ditunjukkan jadual di bawah:
Sasaran KPI Penubuhan Fasiliti Baharu 2020-2030
Tahun Sasaran
2021 2 buah kemudahan baharu
2022 2 buah kemudahan baharu (sama)
2023 3 buah kemudahan baharu (tambahan 1 kemudahan)
2025 4 buah kemudahan baharu (tambahan 1 kemudahan)
2030 5 buah kemudahan baharu (tambahan 1 kemudahan)
Sumber: Kamus Pelan Strategik KASA 2020-2030
Penubuhan fasiliti-fasiliti baharu ini dijangka dapat memenuhi
keperluan pengolahan dan pelupusan buangan terjadual yang dijana oleh
pertambahan industri apabila Malaysia menyasarkan lebih banyak pelaburan
dalam industri pembuatan. Justeru, pengurusan buangan terjadual yang
lebih berkesan dapat dicapai bagi memastikan pembangunan lestari dengan
mengamalkan konsep pengurusan buangan terjadual yang mesra alam sejajar
dengan amalan antabarangsa.
INISIATIF 27
Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik
Sekali Guna (2018–2030)
Sejak 1950-an, penggunaan plastik telah meningkat dua kali ganda sehingga
mencapai 360 juta tan pada 2018. Ini berpunca daripada kos plastik
yang rendah dan bersifat pelbagai guna untuk pelbagai kegunaan, selain
127
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
berketahanan tinggi. Pada 2018, industri plastik Malaysia menyumbang
RM30.98 bilion (USD7.23 bilion) kepada ekonomi negara, mewakili 4.7
peratus daripada KDNK negara. Tidak dinafikan pertumbuhan industri
plastik telah membawa manfaat ekonomi kepada Malaysia. Namun,
penggunaan secara meluas tanpa strategi pengurusan sisa yang mantap telah
menyumbang kepada isu peningkatan buangan sisa plastik, terutama plastik
sekali guna yang kritikal kepada kelestarian alam sekitar.
Secara purata, sejumlah 1.1 juta tan sisa plastik telah dibuang saban tahun
dengan anggaran antara 0.14 hingga 0.37 juta tan sisa ini hanyut ke lautan.
Selain menjejaskan alam sekitar dan sektor ekonomi seperti pelancongan,
perkapalan dan perikanan, sisa plastik ini akan menjadi mikroplastik,
seterusnya memasuki rantaian nilai makanan dan memberi impak negatif
terhadap kesihatan manusia.
Menyedari pentingnya pencemaran plastik dibendung sebelum ia
menjadi lebih kritikal sehingga menjejaskan keseimbangan pembangunan
ekonomi, alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, Pelan Hala Tuju
Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna telah dibangunkan. Dokumen
ini dijadikan rujukan oleh semua institusi dalam memastikan penggunaan
aspirasi sifar plastik sekali guna menjelang 2030 dapat direalisasikan.
Selain memenuhi aspirasi kebangsaan, pelan ini juga selaras dengan SDG.
Usaha mencapai sasaran sifar plastik sekali guna memberi fokus kepada
pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan beralih kepada proses
serta produk lebih mesra alam. Menerusi pendekatan ini, industri plastik
diharap dapat terus berkembang maju melalui adaptasi teknologi hijau yang
menjadi pemacu penting dalam usaha pelestarian alam sekitar.
Pendekatan secara holistik telah digunakan dalam pembangunan
pelan ini dengan mengintegrasikan peranan Kerajaan Persekutuan,
kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pihak industri, badan bukan
kerajaan, dan masyarakat awam. Justeru, proses pembangunan pelan turut
melibatkan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan.
Pelan ini dilaksanakan secara berfasa, melibatkan beberapa komponen
penting seperti pelaksanaan dan penguatkuasaan, piawaian, pembangunan
dan penyelidikan produk alternatif, mewujudkan pelan ekonomi kitaran
bagi produk plastik dan memberi kesedaran kepada orang awam, serta
memupuk budaya keprihatinan kepada alam sekitar melalui program
Communication, Education and Public Awareness (CEPA) yang berkesan.
Sebagai menyokong pelaksanaan pelan ini beberapa inisiatif penting
dilaksanakan oleh KASA, termasuklah tiga yang khusus, iaitu Kempen Tiada
Beg Plastik, Malaysia Sustainable Plastics Roadmap dan Skim Pelupusan
Tanggungjawab Pengeluar.
128
KERJASAMA STRATEGIK
Kempen Tiada Beg Plastik
Kempen Tiada Beg Plastik oleh PBT dilaksanakan selari dengan kelulusan
daripada Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 18
November 2020. Kempen ini antara lainnya bertujuan untuk menyeragamkan
pelaksanaan pengenaan caj pencemaran di seluruh negara. Melalui kempen
ini, pengguna dikenakan caj minimum 20 sen ke atas setiap beg plastik
konvensional yang diterima daripada kaunter premis tetap. Hasil kutipan
caj pencemaran ini akan digunakan pihak kerajaan negeri dan PBT untuk
melaksanakan aktiviti kesedaran awam bagi tujuan pelestarian alam sekitar.
Menerusi pelaksanaan kempen ini, kerajaan negeri perlu mengemukakan
pelaporan berkala kepada KASA bagi tujuan pemantauan lanjut. Pendekatan
user pay principle ini diharap dapat berfungsi sebagai faktor mencegah untuk
mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna.
Bengkel Mekanisme Pelaksanaan
Caj Pencemaran Plastik bersama
kerajaan negeri pada 23 April 2019.
Sesi Libat Urus dengan Kerajaan Negeri
129
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Keratan akhbar mengenai pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik99
Kempen Tiada Beg Plastik yang dilaksanakan KASA ini berbeza dengan
Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik yang sebelumnya dilaksanakan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK). Melalui kempen yang diperkenalkan KPDNKK pada 2011
itu, peruncit atau pasar raya diberi kebenaran mengenakan bayaran 20 sen
bagi setiap beg plastik pada setiap Sabtu. Hasilnya bagaimanapun disimpan
oleh peruncit dan digunakan untuk tujuan tanggungjawab sosial, manakala
pelaporannya dibuat secara sukarela oleh peruncit.
KASA melalui mekanisme libat urus bersama semua kerajaan negeri
dan wakil PBT sentiasa memantau perkembangan pelaksanaan kempen ini.
Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan caj
pencemaran melalui Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sejak 2009. Dalam
konteks Pulau Pinang, kadar caj beg plastik telah dinaikkan daripada 20
sen menjadi RM1 bagi setiap plastik bermula 1 Januari 2021. Sementara itu,
Selangor telah mula mengenakan caj pencemaran 20 sen sejak Januari 2020.
Selain itu, Perlis juga telah memulakan pelaksanaan kempen ini
bermula 1 Mac 2021, diikuti Johor (1 Jun 2021) dengan kadar 20 sen
bagi setiap helaian. Wilayah Persekutuan seterusnya menyusul dengan
pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik berasaskan petroleum dan
mengenakan caj 20 sen ke atas beg biodegradasi sejak 15 Mac 2019. KASA
berhasrat agar kesemua PBT (154 seluruh negara) dapat melaksanakan
sepenuhnya kempen ini menjelang Januari 2022. Selain itu, juga bermula
pada 2022, pelaksanaan kempen ini akan diperluas ke premis tidak tetap,
contohnya pasar tani, pasar malam dan bazar.
130
KERJASAMA STRATEGIK
Malaysia Sustainable Plastics Roadmap
Selari dengan hasrat untuk mentransformasi industri plastik dengan beralih
kepada proses dan produk lebih mesra alam, semua pihak berkepentingan
dalam rantaian nilai plastik di Malaysia perlu beralih daripada model
ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Pendekatan ini tidak hanya mampu
melestarikan alam sekitar, tetapi ia pada masa yang sama mampu menawarkan
peluang penerokaan prospek baharu yang memangkin pertumbuhan ekonomi
hijau di Malaysia100. Bagi tujuan tersebut, ekosistem plastik di Malaysia
perlu ditransformasi secara menyeluruh bagi mengurangkan pencemaran
sisa plastik yang berpunca daripada aktiviti pengeluaran dan penggunaan
bahan tersebut dalam industri serta pasaran domestik.
Pelan Hala Tuju Kemampanan/Kelestarian Plastik
Susulan itu, ekonomi kitaran plastik dicadangkan dengan berlandaskan
kepada prinsip-prinsip merancang penggunaan sumber dengan efisien pada
peringkat reka bentuk, sekali gus memastikan sisa dan pencemaran produk
plastik adalah terkawal, selain memastikan penggunaan plastik menawarkan
manfaat terbaik kepada persekitaran, sosial dan ekonomi. Pelaksanaan
ekonomi kitaran plastik dapat memastikan material plastik dapat dirancang
untuk kegunaan semula, dibuang dengan cara yang selamat dan bersih,
serta boleh dikitar semula pada penghujung akhir hayat sesuatu produk.
Pada peringkat global, kebanyakan negara telah mula beralih kepada model
ekonomi kitaran untuk mengurangkan sisa dan meningkatkan produktiviti,
sekali gus mengatasi isu kekurangan sumber bahan mentah.
Kajian mengenai potensi plastic circularity dan ekosistem plastik di
Malaysia telah dilaksanakan dengan kerjasama World Bank Group yang
bertujuan memahami realiti ekosistem pengurusan plastik bermula dari
131
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
peringkat pengeluaran sehingga ke pengurusan akhir hayat produk (sisa
plastik). Selain itu, kajian ini juga memberikan gambaran jelas kepada
pembuat dasar serta pemain industri berhubung usaha-usaha yang perlu
ditingkatkan untuk mencapai ekosistem plastik yang lestari. Berdasarkan
kajian asas tersebut, negara dikenal pasti telah kehilangan peluang penjanaan
pendapatan bernilai USD1.1 bilion daripada sisa plastik.
Malaysia Plastics Sustainability Roadmap (Pelan Hala Tuju
Kemampanan/Kelestarian Plastik Malaysia) ialah dokumen yang
mengandungi pelan tindakan, kerangka dasar dan sistem sokongan bagi
pertumbuhan industri yang dihasilkan dengan mengambil kira input pihak-
pihak berkaitan terhadap realiti serta potensi Malaysia untuk mencapai
objektif ekosistem plastik yang lestari. Rangka kerja ini juga selari dengan
RMKe-12, Dasar Ekonomi Kitaran dan usaha penambahbaikan pengurusan
sisa perbandaran yang sedang dibangunkan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT).
Skim Peluasan Tanggungjawab Pengeluar
Konsep ekonomi kitaran perlu dilaksanakan secara menyeluruh dalam
industri, merangkumi pelbagai elemen dalam menguruskan impak akhir
hayat produk plastik101. Seperti dibuktikan melalui pelaksanaan di negara-
negara maju, Skim Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (Extended Producer
Responsibility, EPR) berperanan penting dalam memastikan kejayaan objektif
amalan konsep ekonomi kitaran. Peluasan tanggungjawab pengeluar (EPR)
ialah pendekatan dasar, iaitu pihak pengeluar bertanggungjawab, sama ada
dalam bentuk kewangan atau fizikal untuk menambah baik produk sebelum
diperkenalkan dalam pasaran bagi meningkatkan keupayaan untuk dikitar
semula, selain merawat dan melupuskan produk selepas guna, yang telah
dibawa masuk ke dalam pasaran.
EPR ialah komponen penting yang bakal dilaksanakan di bawah Malaysia
Plastics Sustainability Roadmap. Setiap pemain industri mempunyai peranan
yang sangat signifikan dalam menjayakan EPR. Antaranya, pengeluar produk
plastik perlu menginovasi dan menambah baik produk masing-masing bagi
meningkatkan jangka hayat serta keupayaan produk untuk dikitar semula,
menggunakan mesin kitar semula sebagai input tanpa menjejaskan kualiti
produk di samping memenuhi peraturan, dan mematuhi garis panduan
pengeluaran produk yang ditetapkan pihak berwajib. Pada masa yang sama,
pengedar dan pemilik jenama perlu memastikan sisa produk mereka pada
132
KERJASAMA STRATEGIK
pasca penggunaan, seperti bahan pembungkus dikutip semula mengikut
proses yang teratur, diproses semula di fasiliti yang sesuai, dan penghantaran
sisa ke tapak pelupusan sampah diminimumkan.
Pelaksanaan EPR akan dibuat secara berfasa, iaitu Inception of Voluntary
EPR (2021–2022), Adoption of Voluntary EPR (2023–2025) dan EPR
Mandatory bermula pada 2026. Pelaksanaan EPR bagi produk plastik akan
diselarikan dengan kerangka EPR yang sedang dibangunkan oleh KPKT
bagi semua jenis bahan atau sektor, termasuklah dalam aspek penetapan
yuran yang dikenakan, selain tadbir urus sistem EPR tersebut. Pada masa
yang sama, KASA akan bekerjasama dengan KPKT untuk mengukuhkan
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi
memastikan EPR dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia.
Kesimpulannya, pelaksanaan semua tiga inisiatif di atas membuktikan
bahawa KASA komited untuk memastikan Pelaksanaan Pelan Hala
Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna terus dilaksanakan dan
direalisasikan pada 2030. Bagi mencapai tujuan itu, beberapa KPI penting
telah ditetapkan seperti ditunjukkan jadual berikut:
Sasaran KPI Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik
Sekali Guna, 2018-2030
Tahun Sasaran
2020 Pembangunan draft Malaysia Plastics Sustainability Roadmap
2023 Peluasan pelaksanaan caj beg plastik
2025 Pelaksanaan skim Extended Producer Responsibility secara sukarela
2030 Pelaksanaan skim Extended Producer Responsibility secara mandatori
Sumber: Kamus Pelan Strategik KASA 2020-2030
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju ini dijangka
dapat menambah baik ekosistem pengurusan plastik di sepanjang rantaian
nilainya, sekali gus mengurangkan pencemaran sisa plastik. Pengenalan dan
pelaksanaan skim EPR juga akan dapat mengurangkan bebanan pengurusan
sisa ke atas kerajaan, sebaliknya kos pengurusan sisa plastik serta usaha
menambah baik produk berpandukan prinsip kitaran-hayat, piawaian dan
amalan terbaik global dipertanggungjawabkan kepada pengeluar produk dan
pemilik jenama itu sendiri. Visi ke arah sifar plastik sekali guna akan dapat
dicapai dengan usaha bersepadu yang bersifat whole-of-nation approach,
dengan penglibatan pihak kerajaan, industri, akademia, organisasi bukan
kerajaan serta masyarakat Malaysia.
133
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Usaha memajukan agenda pertumbuhan hijau
adalah penting untuk mencapai pemerkasaan
ekonomi, kemampanan alam sekitar dan
keterangkuman sosial. Malaysia umpamanya,
melancarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-
12) yang secara praktikalnya menyelaraskan
keutamaan pembangunan negara kepada
Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) melalui
pendekatan penglibatan seluruh negara.
Dengan fokus 'tiada pihak yang ketinggalan', usaha
menjadikan inisiatif SDGs beracuan tempatan
perlu dipergiatkan. Meningkatkan pemahaman
dan kesedaran awam adalah penting dalam
melaksanakan SDGs pada peringkat tempatan.
Oleh itu, pengarusperdanaan kemampanan adalah
penting dalam memastikan peralihan yang lancar
kepada ekosistem yang lebih hijau.
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Perdana Menteri Malaysia
Malaysia juga mempunyai aspirasi untuk
mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal-
awalnya pada tahun 2050, tertakluk kepada
penyediaan strategi jangka masa panjang
pembangunan rendah karbon Malaysia pada
tahun 2022.
Bagi mencapai aspirasi dan sasaran tersebut,
Malaysia akan melaksanakan perkara-perkara
berikut:
134
KERJASAMA STRATEGIK
• melaksanakan dasar carbon pricing secara
berfasa untuk menyokong usaha negara
dalam mengurangkan pelepasan GHG;
• mencapai kapasiti penjanaan tenaga boleh
baharu sebanyak 31% pada tahun 2025 dan
40% pada tahun 2035 bagi grid kebangsaan
melalui Pelan Peralihan Tenaga Malaysia
2021-2040
• aspirasi sasaran perolehan 100% kenderaan
kerajaan yang bukan berasaskan enjin
pembakaran dalaman pada tahun 2030;
• mengekalkan sekurang-kurangnya 50%
litupan hutan negara seperti yang diumumkan
di Persidangan Bumi Rio pada tahun 1992;
• melaksanakan kaedah natural-based solution
sebagai asas penyelesaian global bagi
mengurangkan kesan jangka panjang seperti
penanaman 100 juta batang pokok bermula
pada tahun 2021 hingga 2025;
• mencapai sasaran sifar sisa yang dihantar ke
tempat pelupusan sampah melalui konsep sisa
kepada tenaga dan meningkatkan kadar kitar
semula kepada 40% pada tahun 2025;
• transformasi bandar di Malaysia ke arah
pembangunan rendah karbon di bawah Pelan
Induk Bandar Rendah Karbon; dan
• meningkatkan ketahanan kepada impak
jangka masa panjang perubahan iklim melalui
pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan.
Tambahan pula, dua syarikat berkaitan tenaga
negara juga telah melancarkan pelan untuk
mencapai sasaran pelepasan GHG bersih sifar
pada tahun 2050.
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIN TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
135
BAHAGIAN 2
BAB ENAM
KETERANGKUMAN
SOSIAL
Keterangkuman
Sosial
INISIATIF 28
I Denai Sungai Kebangsaan
nsiden pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang dan Sungai
Kim Kim, Johor telah menjejaskan bekalan air kepada jutaan pengguna.
Pada masa sama, insiden ini turut menjejaskan kepercayaan rakyat
terhadap keupayaan kerajaan menyediakan bekalan air yang bersih.
Justeru, tindakan proaktif merentasi agensi atau jabatan perlu dilaksanakan
semua pihak, baik pada peringkat Persekutuan mahupun negeri, dalam
menangani kes-kes pencemaran air oleh pihak tidak bertanggungjawab105.
Dalam hal ini, KASA mewujudkan Program Denai Sungai Kebangsaan
(DSK) sebagai nature-based solution sebagai usaha menjamin kelestarian alam
sekitar106. Melalui program DSK, kawasan rizab sungai akan dibangunkan
sebagai tapak rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan.
Ini secara tidak langsung akan menggalakkan nature-based activities seperti
berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat,
selain merangsang aktiviti ekonomi masyarakat tempatan seperti river
ecotourism. Kehadiran dan tumpuan orang ramai di kawasan denai akan
menghalang tindakan pihak tidak bertanggungjawab daripada menjadikan
sungai sebagai tempat pembuangan sisa107.
137
BERSAMA MEMAKMUR BUMI
Pembinaan denai sungai ialah langkah strategik dalam mengawal masalah
pencemaran di punca (control at source) kerana ia berupaya meningkatkan
tahap kesedaran komuniti setempat dalam menjaga kelestarian sungai.
Selain itu, program DSK juga mewujudkan shared responsibility dan sense
of belonging antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan korporat,
badan bukan kerajaan (non-governmental organization, NGO), dan komuniti
setempat, termasuk pelajar108.
KASA menyasarkan pembinaan denai sungai sepanjang 10,000km di
seluruh negara menjelang 2030 bagi menangani cabaran sosio-alam sekitar,
menjamin kelestarian sungai dan sekali gus mengawalnya daripada risiko
serta aktiviti pencemaran109. Bagi mencapai matlamat tersebut, sasaran
1,000km DSK telah ditetapkan untuk dicapai pada 2023 dan 5,000km
selebihnya pada 2025.
Dalam menjayakan program DSK, KASA mengalu-alukan penglibatan
aktif badan korporat melalui platform Corporate Social Responsibility
(CSR) seperti program sungai angkat yang dapat membantu dari aspek
penyelenggaraan denai dan secara tidak langsung memastikan denai yang
dibina dapat digunakan untuk tempoh lama110.
Sebagai permulaan, KASA melalui JPS telah melaksanakan beberapa
projek rintis DSK pada 2020, seperti Denai Sungai Pengkalan Datu, Denai
Sungai Langat, Denai Sungai Air Hitam, Denai Sungai Damansara dan Denai
Sungai Kim Kim111.
Hasrat KASA adalah menyasarkan pembinaan 10,000km denai di
kawasan rizab sungai seluruh negara menjelang 2030. Oleh demikian, KASA
sentiasa melihat success story pelaksanaan DSK di luar negara. Contoh ialah
pelaksanaan denai Sungai Charles di Boston, Amerika Syarikat. Seperti
dimaklumi, Boston terkenal sebagai pusat pengajian terkemuka dunia
menerusi Universiti Harvard dan Massachusetts Institute of Technology (MIT)
yang berpusat di sana. Disebabkan fokus dan peruntukan besar diberikan
kepada sistem pendidikan, beberapa sektor lain kurang diberi perhatian,
dan ini antara lain termasuklah pengurusan Sungai Charles. Akibatnya,
sungai tersebut mengalami masalah pencemaran teruk dan itu akhirnya
memberi kesan kepada komuniti setempat. Bagaimanapun, setelah dibina
laluan denai serta kemudahan riadah di sekitar Sungai Charles, kualiti airnya
beransur-ansur pulih dan bertambah baik, sekali gus mengurangkan masalah
pencemaran sisa yang sebelumnya kerap berlaku. Ini adalah sebahagian
contoh impak penglibatan orang awam menerusi aktiviti riadah yang secara
tidak langsung berkesan mengawal serta mengekang aktiviti pencemaran
pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sungai Charles112.
138