The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emram, 2022-05-25 12:30:43

MoLIB - Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza

MoLIB Literasi 2021_update 31 okt 2021

Keywords: Modul Latihan,MoLIB

1

MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza

#24 PLaN
Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah

LITERASI

#24 PLaN
#MoLIB-Literasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

#24 PLaN
#MoLIB-Literasi
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza - Literasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan oleh:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://ipgm.moe.edu.my/

© Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Hak
cipta Kementerian Pendidikan Malaysia 2019. Semua petikan daripada
penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang
boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara
sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya
tanpa mendapat keizinan daripada penerbit.

September 2020

PANEL PENULIS MoLIB-LITERASI

PENASIHAT Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM
PENYELARAS
KETUA PANEL Dr Jamiah binti Mohamad, Timbalan Rektor Kanan, PKA
PENOLONG KETUA Dr Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor, PPL
PANEL Zaiton binti Arshad, Pusat Pembangunan Latihan
PANEL Dr. Isnariah binti Idris, Pusat Kecemerlangan Akademik
Siti Salamah Binti Mohamad Yusof , IPGK Bahasa Melayu
PANEL SOP
Mazura binti Sulaiman, IPGK Bahasa Melayu
PENILAI MODUL
REKA BENTUK Dr. Ruslan bin Abdullah, IPGK Bahasa Melayu
DAN REKA LETAK Zaharilah binti Abdul Kadir, IPGK Raja Melewar
HALAMAN Dr. Yusfarina binti Mohd Yussof, IPGK Pendidikan Islam
Dr. Zarina binti Ahmad, IPGK Pendidikan Islam
Anuar bin Mohd Amin, PPD Klang i
Mahzir bin Ibrahim, PPD Klang
Syariman bin Jahari, PPD Sepang
Azahari bin Daud, PPD Hulu Selangor
Mahat bin Mohamed Amin, SJK(C) Sg. Chua, Kajang
Robeah binti Salman, SJK(T) Kajang, Kajang
Mas Ahmad Ezanee b. Mohd Yusoff, SK Damansara Damai 1
Abdul Rani bin Abdul Rahman, SK Taman Seri Gombak
Abdul Hafiz b. Seman@Kamarulzaman, SK Kampung Tunku
Dr. Zainal Abiddin bin Masleh, IPGK Batu Lintang
Rodzita binti Yahaya, IPGK Keningau
Dr. Rahmah binti Abdul Ghani, IPGK Gaya
Mazania bin Kasimin, IPGK Tawau
Syahidatunisa binti Samian, SJKC Chong Hwa Rengit
Mohd. Khairi Azuan bin Sopa’ai, SK Ladang Yong Peng
Sukiman bin Saad, IPGK Tun Hussein Onn.
Hamdan bin Abdul Kadir, JPN Kelantan
Shamdzul bin Ahmad, JPN Pahang
Mohd Kamal bin Ismail, JPN Terengganu
Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor
Dr Mazlan bin Ismail, KPP BPK
Dr Abdul Razak bin Othman, IPGK Pulau Pinang
Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor
Rohaizan binti Mohamad Sahid, PPD Kuala Selangor
Nor Hayati binti Mohd Shaharim, PPD Petaling Perdana
Syuhaila binti Elias, PPD Gombak
Siti Zuhaidah binti Md Zubir, PPD Klang
Tan Pei Choo, PPD Gombak
Siti Suhaili binti Sarif, PPD Kuala Selangor
Chia Lee Shan, SJKC Pandamaran A, Klang

MoLIB Literasi

ISI KANDUNGAN …. i
…. ii
MoLIB-LITERASI …. iii

Panel Penulis …1
Isi Kandungan
Kata Alu-aluan …6

01 Garis Panduan MoLib … 12
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza … 14
Pedagogi Berfokus dan Terbeza … 30
… 55
02 Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza … 80
… 97
03 MoLIB TAHUN 2
04 … 129
Kemahiran Mendengar dan Bertutur … 131
Kemahiran Membaca … 149
Kemahiran Menulis … 170
Aspek Seni Bahasa … 190
Aspek Tatabahasa … 206

MoLIB TAHUN 3 … 233

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Aspek Seni Bahasa
Aspek Tatabahasa

Penghargaan

MoLIB Literasi ii

Kata Alu-aluan

ISI KANDUNGARNektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

MODUL LATIHAN INTERVAEssNaSlaImLIuTaElRaiAkSuImDwAaNraNhUmMatEuRllAaShIi w(MabOaLrIaBk-aLItuThERdAaSnIs)alam sejahtera.

Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi peneraju dalam melaksanakan program
literasi dan numerasi demi mencapai hasrat kemenjadian murid menjelang 2025
melalui inisiatif #24. Program Literasi dan Numerasi sekolah rendah (Inisiatif #24)
perlu dilaksanakan secara kemas dan tersusun bagi menjamin kemenjadian murid
dalam penyampaian ilmu dan kemahiran oleh para guru. Oleh itu, Modul Literasi dan
Numerasi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dibina untuk membantu para guru Bahasa
Melayu dan Matematik sekolah rendah dalam menguasai dan melaksanakan
pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza. Hal ini bagi membolehkan penyampaian
ilmu dan kemahiran bahasa Melayu dan matematik dapat disalurkan dengan lebih
tepat dan sampai kepada kumpulan sasarannya .

Kumpulan sasaran MoLiB ialah murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 sekolah
rendah bagi menguasai tahap penguasaan III dalam pentaksiran bilik darjah (PBD).
MoLIB juga jika dapat digunakan sebagai bahan sokongan untuk membantu murid-
murid yang sudah mencapai tahap penguasaan III bagi mencapai tahap penguasaan
yang lebih baik. Murid-murid ini sudah mempelajari kemahiran asas literasi dan
numerasi namun perlu diberikan aktiviti pengukuhan. Bagi mencapai tujuan ini, para
guru Bahasa Melayu dan Matematik perlu didedahkan dengan pedagogi berfokus dan
terbeza.

Pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza mendasari modul ini. Pedagogi
secara umum ditafsirkan sebagai sains dan seni yang membantu guru mereka bentuk
pengajaran untuk memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid dapat diterima
dan dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa (DSKP,2017:06).
Penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi membolehkan murid-murid tahap I
menguasai kemahiran asas dengan mantap dan seterusnya mereka berupaya
menguasai fasa-fasa tahap kemahiran yang seterusnya.

Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan Modul
Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB). Semoga pelaksanaan MoLIB akan
mencapai hasrat dan matlamat untuk memberdayakan murid-murid menguasai literasi
dan numerasi.

DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia

MoMLIBoL|IBNuLmiteerraassii 7 iii

01 GARIS PANDUAN MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza

01 PENGENALAN

Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan utama
dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu mempelbagaikan aktiviti bersesuaian dengan
pelbagai aras kebolehan muridnya. Oleh itu, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang
berfokus dan terbeza dalam merencana pencapaian tahap penguasaan seseorang murid.

Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh dijadikan rujukan
untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Matematik yang berkesan
pada tahap 1 sekolah rendah. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu merujuk
Scheme of Work (SoW) seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) berasaskan Common European Framework of Reference (CEFR).

Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta mengandungi aktiviti
dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap penguasaan murid. Modul ini juga mampu
membantu guru yang bukan opsyen untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP.

Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September - Oktober 2019 di 54 buah
sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas Sabah dan Julau Sarawak. Dapatan daripada
pelaksanaan rintis berkenaan, usaha menambah baik MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan
modul ini lebih mudah digunakan. Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas pelaksanaannya kepada
sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020.

Mo Modul
L Latihan
I Intervensi
berfokus dan terbeza
B

MoLIB 2.0 1

02 RASIONAL

Berdasarkan kajian, beberapa sekolah yang pencapaian akademiknya rendah ialah sekolah yang
kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli atau peribumi yang diajar oleh guru
bukan orang asli dan guru yang bukan opsyen mengajar mata pelajaran teras. Guru kurang
berkemahiran dalam merancang aktiviti yang melibatkan murid dengan pelbagai aras tahap
penguasaan. Masalah ini berlanjutan sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua.

03 MATLAMAT

Modul MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.

Memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza bersesuaian dengan
pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh menjadikan amalan Professional Learning
Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan
keberhasilan bersama.

04 OBJEKTIF Tema: Keluarga

Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat:

menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan pelbagai aras
kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi);

melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkat tahap penguasaan
murid; dan

menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam merancang PdP.

05 SASARAN SEKOLAH

Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah bawah KPM.

06 SASARAN GURU b. BUKAN OPSYEN c. ASLI/PERIBUMI

a. MURID RAMAI Guru bukan opsyen yang Guru mata pelajaran
mengajarkan mata Bahasa Melayu, Bahasa
Guru mata pelajaran Bahasa pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik
Melayu, Bahasa Inggeris dan Melayu, Bahasa Inggeris Tahap 1 yang mengajar
Matematik Tahap 1 yang dan Matematik Tahap 1 murid orang asli atau
mengajar di kelas yang peribumi.
kapasiti muridnya ramai;

MoLIB 2.0 2

07 KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga
08 GARIS MASA PELAKSANAAN

09 KAEDAH PELAKSANAAN

1 PDP TERBEZA

Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB;

2 SKPMg2 STANDARD 4

Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan semasa PdP setiap
mata pelajaran terlibat berasaskan kepada SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc).

3 PAK-21

Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang terdiri
daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran, pembelajaran koperatif dan kolaboratif,
kemahiran berfikir, pentaksiran pembelajaran, dan ekosistem bilik darjah yang positif berdasarkan
standard asas PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N).

MoLIB 2.0 3

10 STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKAN MoLIB

Langkah 1 Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP) yang sesuai dengan
Langkah 2 merujuk MoLIB.

Langkah 3 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB;
a) Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan tahap murid

dalam kelas, atau
b) Guru boleh gunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP

Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti MoLIB.

Langkah 4 Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi PdP.

11 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
a) Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul
b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-bahagian KPM dan

JPN
c) Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD dan sekolah
d) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada JPN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
a) Membantu KPM merancang dan melaksanakan penataran kepada

PPD dan sekolah
b) Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang disediakan
c) Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan peringkat JPN
d) Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala
e) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada PPD
f) Melaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM

MoLIB 2.0 4

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
a) Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis panduan

yang ditetapkan
b) Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan
c) Memastikan keberkesanan pelaksanaan oleh pihak sekolah
d) Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD dan JPN
e) Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan

Pentadbir Sekolah
a) Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan yang disediakan
b) Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC
c) Mencerap PdP guru secara berkala
d) Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam dialog prestasi
e) Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan MoLIB kepada

PPD

Guru Mata Pelajaran
a) Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus dan terbeza
b) Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan

keperluan murid semasa PdP
c) Menambah baik PdP bagi membantu murid yang tidak

mencapai tahap penguasaan minimum
d) Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan

DSKP

12 RUMUSAN

Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan MoLIB dalam PdP
murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB ini akan dapat memberikan manfaat
kepada semua pihak demi membantu meningkatkan penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dalam
kalangan murid-murid di sekolah.

MoLIB 2.0 5

02 PEDAGOGI BERFOKUS DAN TERBEZA
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza

01 PENGENALAN

Pengajaran Terbeza, ialah proses memastikan apa yang pelajar belajar dan bagaimana pelajar
menunjukkan apa yang dipelajari selaras dengan tahap kesediaan pelajar, minat dan cara
pembelajaran yang terbaik.

Tomlinson (2014)

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 6

02 ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

03 KUMPULAN MURID

01 ARAS ASAS 02 ARAS SEDERHANA 03 ARAS TINGGI

Aplikasi pengajaran literasi berfokus dan terbeza ini dijelmakan dengan setiap kemahiran dan
aspek bahasa memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran tiga kumpulan murid
berbeza aras kognitif iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi.

Pengajaran berfokus bermaksud memastikan murid pelbagai aras ini mencapai objektif yang
sama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 7

04 ELEMEN BERFOKUS Tema: Keluarga

Kumpulan Murid FOKUS : Mencapai Objektif yang
• Asas sama pada akhir PdP
• Sederhana
• Tinggi Aras
Tinggi
KEMAHIRAM
MENDENGAR Kemahiran Menulis:
DAN BERTUTUR Menulis Ayat Majmuk

Aras Aras
Rendah Sederhana

KEMAHIRAN
MEMBACA

FOKUS KEPADA DSKP KEMAHIRAN
BM MENULIS

ASPEK SENI
BAHASA

ASPEK
TATABAHASA

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 8

05 MoLIB LITERASI

Aspek pengajaran yang terbeza dicadangkan dalam MoLIB;
a) Terbeza Proses,
b) Terbeza Produk, dan
c) Terbeza Kandungan.

a) Terbeza Proses
Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi
• Murid menulis tulisan • Murid meniru tulisan • Murid menulis tulisan

berangkai putus- berangkai berangkai daripada
putus tulisan biasa

b) Terbeza Produk
Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi
• Murid menulis tulisan • Murid menulis tulisan • Murid menghasilkan

berangkai pada pada kad ucapan seni kata lagu
gambar tunggal bertulisan berangkai

c) Terbeza Kandungan
Contoh| Kemahiran Menulis : Menulis Karangan Berpandu

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi

• Murid menulis • Murid menulis • Murid menulis
karangan karangan karangan

• 2 isi • 3 isi • 4 isi
• Tajuk mudah : Aku • Tajuk agak sukar : • Tajuk lebih sukar :
• Aku sebuah kereta • Aku sebuah buku
sebatang pen

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 9

06 KELEBIHAN MoLIB

1. KEMAHIRAN GURU 3. PEDAGOGI TERBEZA

Guru menguasai asas kemahiran Guru melaksanakan pedagogi
pengajaran dan pembelajaran yang yang berfokus dan terbeza
berkesan berdasarkan pelbagai aras dalam meningkatkan
kebolehan murid. penguasaan murid.

4. MODUL MoLIB

Manual penggunaan yang
mudah dan mesra
pengguna .

2. PDP

Guru berkeupayaan
membangunkan bahan
pengajaran dan pembelajaran
berfokus dan terbeza
berdasarkan keperluan murid

5.SENI BAHASA

Kreatif, inovatif dan didik hibur

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 10

07 RUMUSAN

KEMAHIRAN GURU

Pemilihan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid.
Guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza.

TERBEZA

Aktiviti kebahasaan seperti pantun, syair, gurindam, sajak dan nyanyian lagu kanak-kanak,
lagu rakyat hendaklah mengikut aras penguasaan dan kecerdasan pelbagai murid.

BAHAN SAMA

Bahan yang sama digunakan untuk 3 aras (asas, sederhana, tinggi) yang berbeza dengan
aktiviti yang berbeza.

MODEL GURU

Guru menjadi model melakukan aktiviti kebahasaan bagi meyakinkan murid.

AUDIO VISUAL

Bahan audio visual boleh juga digunakan tetapi kompetensi guru perlu lebih menyerlah.

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 11



Tahun 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Mendengar, mengecam,
memahami dan menyebut
dengan betul dan tepat;
(i) frasa

1.1 1.1.2 Mendengar, memahami, dan
Mendengar memberikan respons terhadap;
dan memberikan (i) soalan
respons
1.1.3 Mendengar, dan memberikan
respons dengan membuat
tafsiran terhadap;
(i) soalan bercapah

1.2 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan
Bertutur untuk sesuatu perkara secara
menyampaikan bertatasusila mengikut konteks.
maklumat dan
idea bagi pelbagai 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan
tujuan. maklumat yang tersurat dan
tersirat dengan menggunakan
idea yang kritis dan kreatif.

MoLIB | Literasi 13

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.1

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut dengan betul dan
tepat;
(i) frasa
(ii) ayat tunggal

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Dengar dan Ajuk Pasang Telinga dan Sebut Teka Frasa
1. Mendengar rakaman audio
1. Mengajuk sebutan guru 1. Melihat gambar dan
sambil melihat gambar. dan menyebut semula frasa menyebut frasa yang sesuai
yang didengar. dengan gambar.
Contoh frasa: Contoh frasa:
- selamat pagi - selamat pagi Contoh frasa:
- menjemur kasut - menjemur kasut - mengetuk pintu
- mencuci basikal - mencuci basikal - mencuci kasut
- memesin rumput - memesin rumput - memesin rumput

2. Menyebut frasa secara Bahan cadangan; 2. Mendengar bunyi, sebut dan
berulang-ulang sambil  Kad gambar teka frasa yang sesuai.
melihat gambar.  Kad frasa
 Rakaman audio 3. Menonton video dan meneka
Bahan cadangan; frasa yang sesuai daripada
 Kad gambar video yang ditonton.
 Kad frasa
 Kad perkataan Bahan cadangan;
 Bahan audio & video
 Kad perkataan
 Kad gambar

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 14

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran dan

1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami
memberikan respons menyebut dengan betul dan tepat;

(i) frasa
(ii) ayat tunggal

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Dengar dan Ajuk

1. Dengar dan ajuk sebutan guru sambil melihat gambar.
2. Sebut frasa secara berulang-ulang sambil melihat gambar.

Selamat pagi Memesin rumput

Menjemur kasut Mencuci basikal

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Pasang Telinga dan Sebut

Perhatian: Guru perlu membuat rakaman audio.
Murid mendengar rakaman audio dan murid menyebut semula frasa.

Selamat pagi Memesin rumput Menjemur kasut Mencuci basikal

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 15

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Teka Frasa!
Perhatian: Guru perlu merakam atau memuat turun audio, gambar dan video.
1. Murid melihat gambar dan menyebut frasa yang sesuai dengan gambar.

Menyanyikan lagu
Mencuci kasut
Memesin rumput

2. Murid mendengar rakaman bunyi dan teka frasa yang sesuai.

Contoh:
Bunyi bertepuk tangan
Bunyi mencuci kasut
Bunyi mesin rumput
Bunyi tapak kasut
Bunyi pintu sedang dibuka
Bunyi kucing mengiau

Klik pautan atau imbas kod QR:
http://gg.gg/lqysr

3. Murid menonton video dan meneka frasa yang sesuai dengan aktiviti di dalam video yang
ditonton.
Klik pautan atau imbas kod QR:
http://gg.gg/lqv0t

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 16

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.2

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap;

(i) soalan (iii) pesanan

(ii) suruhan (iv) permintaan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Jom Ikut Cikgu Permainan Kerusi Panas Kamera, Sedia, Lakon

1. Mendengar dan mengajuk 1. Memberi respons terhadap 1. Murid melakonkan watak Amir
soalan dan respons daripada soalan yang dikemukakan dan Selvam menggunakan
guru. oleh kawan-kawan dalam dialog yang mengandungi

kumpulan. soalan dan jawapan. Murid
lain pula menilai lakonan
Contoh:

Adakah kamu mempunyai kawan mereka dengan memberi

baik? Contoh: markah atau bintang.
Respons: Ya, saya mempunyai Soalan: Nama kawan baik kamu Contoh:
kawan baik. siapa?

Siapakah nama kawan baik Respons: Nama kawan baik saya Amir: Selvam, mari kita ke
kamu? Muthu. padang petang ini.
Selvam: Boleh, Amir. Pukul

Respons: Nama kawan baik saya Soalan: Mengapakah kamu suka berapakah kita hendak ke
Chong Beng. berkawan dengan Muthu? padang?
Respons: Saya suka berkawan Amir: Lebih kurang pukul 5:00

dengan Muthu kerana dia baik petang.
hati. Selvam: Boleh saya mengajak Jia
Le sekali?

Bahan cadangan; Amir: Boleh, Selvam. Dia kawan
 Kad soalan baik saya juga.

Bahan cadangan;  Kad jawapan Bahan cadangan;
 Kad gambar  Kad dialog
 Kad soalan  Kad / Carta ayat
 Kad pujian

 Kad jawapan Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga

tahap penguasaan tetapi aktiviti dan

penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 17

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan
memberikan respons
respons terhadap;

(i) soalan (iii) pesanan

(ii) suruhan (iv) permintaan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Jom Ikut Cikgu
1. Murid mendengar dan mengajuk soalan serta respons yang guru sebut dengan kuat.

Adakah kamu mempunyai kawan baik?

a Ya, saya mempunyai kawan baik.

Siapakah nama kawan baik kamu?

b Nama kawan baik saya, Chong Beng.

Apakah hobi kawan baik kamu?

c Hobi kawan baik saya bermain badminton.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Kerusi Panas

Perhatian: Guru meminta murid menyusun kerusi untuk permainan ini.

1. Murid mengambil tempat masing-masing dan menyediakan soalan.
2. Murid yang duduk di kerusi panas perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kawan-

kawan.

 Nama kawan baik kamu siapa?
 Mengapakah kamu suka berkawan dengan (nama)?
 Apakah hobi kawan baik kamu?
 Namakan aktiviti yang kamu dan kawan baik kamu lakukan?
 Bagaimana kamu membantu kawan kamu yang menghadapi masalah dalam pelajaran?

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 18

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Kamera, Sedia, Lakon

Perhatian: Guru perlu menyediakan dialog untuk dilakonkan oleh murid.

Murid melakonkan watak Amir dan Selvam menggunakan dialog yang mengandungi soalan dan
jawapan. Murid lain pula menilai lakonan mereka dengan memberi markah atau bintang.

Amir : Selvam, mari kita ke padang petang ini.
Selvam : Boleh, Amir. Pukul berapa kita hendak ke padang?
Amir : Lebih kurang pukul 5:00 petang.
Selvam : Boleh saya mengajak Jia Le sekali?
Amir : Boleh, Selvam. Dia kawan baik saya juga.
Selvam : Baiklah. Terima kasih, Amir. Amir jangan lupa membawa bola ya.
Amir : Baiklah, Selvam.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 19

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.3

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap;
(i) soalan bercapah
(ii) pesanan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Kerjaya Kita Permainan Bola Beracun Jiranku
1. Melafazkan dialog dengan
1. Murid yang terkena bola 1. Murid berbincang dalam
bimbingan guru. perlu menjawab soalan yang kumpulan dan menjawab
2. Murid melafazkan dialog dipilih dari balang kaca yang soalan-soalan bercapah yang
mengandungi pelbagai diambil dari balang kaca
yang dibaca oleh guru atau soalan bercapah. yang mengandungi pelbagai
rakan-rakan. soalan bercapah.
Bahan cadangan;
Bahan cadangan;  Bola getah Bahan cadangan;
 Kad dialog  Balang kaca  Bola getah
 Gulungan kertas yang  Balang kaca
 Gulungan kertas yang
mengandungi soalan bercapah
mengandungi soalan bercapah

Bahan yang sama boleh dibina untuk
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi
aktiviti dan penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 20

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.3 Mendengar memberikan respon dengan
memberikan respons membuat tafsiran terhadap;
(i) soalan bercapah
(ii) pesanan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Murid melafazkan dialog yang dibaca oleh guru.

Amin : Apakah pekerjaan Pak Cik Osman?
Amrita : Pak Cik Osman bekerja sebagai kerani di pejabat sekolah kita.
Amin : Isteri Pak Cik Osman pula bekerja sebagai apa?
Amrita : Isteri Pak Cik Osman suri rumah tangga.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Bola Beracun

Bola getah yang lembut dilambung secara rawak. Murid yang terkena bola getah itu perlu
menjawab soalan bercapah yang diambil dari balang kaca.

Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran?
Soalan : Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran?
Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada

jiran?
Soalan : Mengapakah kita perlu melawat jiran yang

sakit?

Guru boleh menambah beberapa soalan bercapah 21
yang sesuai.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Perbincangan Kumpulan

Murid berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan-soalan bercapah yang diambil dari
balang kaca.

Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran?

Soalan : Bagaimanakah cara untuk
mengeratkan hubungan dengan jiran?

Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata
yang sesuai untuk diberikan kepada jiran?

Soalan : Sekiranya jiran kamu sakit, apakah
tindakan yang patut kamu lakukan?

Soalan : Jiran kamu pergi bercuti selama seminggu. Mereka meminta kamu
menjaga rumahnya. Senaraikan perkara yang perlu kamu buat.

Soalan : Kamu dan anak jiran kamu sebaya. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh
kamu lakukan bersama-sama.

Soalan : Jiran kamu bercadang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi
untuk anaknya. Sebagai jiran yang baik hati, apakah yang boleh
kamu lakukan untuk membantu mereka?

Guru boleh menambah beberapa soalan bercapah yang sesuai.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 22

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN 1.2.
1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

02 Standard Pembelajaran

1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Mari Dengar Ceritaku Apa Kau Rasa? Wah, Banyaknya Faedah!

1. Menceritakan pengalaman 1. Menyatakan perasaan 1. Menyatakan faedah-faedah
melakukan aktiviti yang semasa melakukan aktiviti. aktiviti menanam pokok di
menarik dengan Murid menunjukkan kad riak rumah. Murid bercerita
menggunakan gambar atau muka sambil menyatakan menggunakan boneka
benda maujud. perasaan. stoking.

Contoh: Contoh: Contoh:
 menanam pokok bunga  rasa gembira, sedih, teruja Faedah:
 masa, tempat dan aktiviti  bertatasusila  mengisi masa lapang
 mengeratkan hubungan
yang dilakukan  terima kasih  Menambah pengetahuan
 bertatasusila  ucapan selamat  bertatasusila
 puji-pujian
 terima kasih  terima kasih
 ucapan selamat Bahan cadangan;  ucapan selamat
 puji-pujian  Kad ayat  puji-pujian
 Kad riak muka
Bahan cadangan; Bahan cadangan;
 Kad gambar  Kad gambar
 Kad ayat  Boneka stoking
 Bahan maujud

Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga tahap
penguasaan tetapi aktiviti dan penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 23

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.2 Bertutur untuk menyampaikan 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara
maklumat dan idea bagi secara bertatasusila mengikut konteks
pelbagai tujuan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Mari Dengar Ceritaku

Menceritakan pengalaman melakukan aktiviti yang
menarik dengan menggunakan gambar atau benda
maujud.

Contoh:
 Menanam pokok

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Apa Kau Rasa?

Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti. Murid menunjukkan kad riak muka sambil
menyatakan perasaan.

Contoh:

Gembira Sedih Teruja

Bertatasusila :
 Terima kasih
 Ucapan selamat
 Puji-pujian

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 24

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Wah, banyaknya faedah!

Menambah pengetahuan

Mengisi masa lapang Menyatakan faedah-faedah Mengeratkan
aktiviti menanam pokok di hubungan

rumah.

Murid bercerita
menggunakan boneka

stoking.

Bertatasusila
Terima kasih
Ucapan selamat
Puji-pujian

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 25

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.2.2

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

02 Standard Pembelajaran

1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Cuaca Hari Ini Cuaca, Oh, Cuaca! Ramalan Cuaca Hari Ini

1. Bersoal jawab untuk 1. Menyatakan maklumat 1. Membuat simulasi
memahami maklumat tentang tersirat dan tersurat menggunakan maklumat
cuaca pada hari ini. Murid berdasarkan dialog yang tersurat dan tersirat yang
melihat gambar sambil dibaca. dibincangkan dalam
bertutur. kumpulan.
Emak: Suzi, jangan bermain di
 Maklumat tersurat luar rumah. Sila masuk sekarang. Emak: Suzi, jangan bermain di
- cuaca panas Suzi: Baiklah, mak. Jom, Ai Ling. luar rumah. Cuaca hari ini panas.
Mari kita masuk ke dalam Sila masuk sekarang.
 Maklumat tersirat rumah. Emak saya memanggil Suzi : Baiklah, mak. Jom, Ai Ling.
- tidak boleh bermain di kita masuk. Mari kita masuk ke dalam rumah.
luar rumah Ai Ling: Mengapa emak kamu Emak saya memanggil kita masuk.
- boleh menyebabkan menyuruh kita masuk, Suzi? Ai Ling: Mengapa emak kamu
demam atau sakit Suzi: Oh, cuaca panas la, Ai Ling! menyuruh kita masuk, Suzi?
Emak saya bimbang, kita akan Suzi: Oh, cuaca panas la, Ai Ling!
 Maklumat tersurat demam nanti. Emak saya bimbang, kita akan
- Hujan turun Bahan cadangan; demam nanti.
• Kad dialog 2. Minta murid membuat
 Maklumat tersirat
- segera masuk ke dalam Bahan yang sama boleh dibina untuk simulasi dengan
rumah ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi menggunakan situasi yang
- tidak kesejukan aktiviti dan penggunaannya berbeza. lain. Contohnya, musim hujan,
- tidak selesema / sakit musim angin kencang dan
lain-lain.
Bahan cadangan;
 Kad ayat
 Kad gambar
 Kad maklumat

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 26

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.2 Bertutur untuk menyampaikan 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang
maklumat dan idea bagi tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea
pelbagai tujuan yang kritis dan kreatif

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Cuaca Hari Ini

Bersoal jawab untuk memahami
maklumat tentang cuaca pada
hari ini. Murid melihat gambar

sambil bertutur.

Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat
cuaca panas - tidak boleh bermain

Maklumat Tersurat di luar rumah
Hujan turun - boleh menyebabkan demam

Maklumat Tersirat
- segera masuk ke

dalam rumah
- supaya tidak kesejukan
- supaya tidak selesema

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 27

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Cuaca, Oh, Cuaca!

Menyatakan maklumat tersirat dan tersurat berdasarkan dialog
yang dibaca.

Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah.
Sila masuk sekarang ya.

Suzi : Baiklah, emak. Jom, Ai Ling.
Mari kita masuk ke dalam rumah.
Emak saya memanggil kita masuk.

Ai Ling : Mengapa emak kamu menyuruh kita
masuk, Suzi ?

Suzi : Oh, cuaca panas la, Ai Ling! Emak
saya bimbang, kita akan demam nanti.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Ramalan Cuaca Hari Ini

Membuat simulasi menggunakan maklumat tersurat dan tersirat yang dibincangkan dalam
kumpulan.

Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah. Cuaca panas hari ini. Masuk
cepat!

Suzi : Baiklah, mak. Jom Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah.
Emak saya memanggil kita masuk.

Ai Ling : Mengapa mak kamu menyuruh kita masuk, Suzi ?
Suzi : Oh, cuaca panas la, Ai Lin! Mak saya bimbang, kita akan demam nanti.

Minta murid membuat simulasi dengan
menggunakan situasi yang lain.
Contoh : Musim hujan, musim angin

kencang dan lain-lain.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 28

STANDARD TAHUN 2
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1
Asas membaca dan 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul
memahami. dan intonasi yang sesuai;
(ii) ayat

2.1.2 Membaca dan memahami;
(i) perkataan

2.2 2.2.1 Membaca, memahami, dan
Membaca, mengenal pasti;
memahami, dan (i) kosa kata
menaakul bahan
grafik dan bukan
grafik.

2.3 2.3.1 Membaca, mengenal pasti dan
Membaca dan menyatakan nilai daripada bahan
mengapresiasi bukan sastera dan bahan sastera;
karya sastera dan (i) lagu kanak-kanak
bukan sastera.
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya
sastera dan karya bukan sastera dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;
(iii) pantun

MoLIB | Literasi 29

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.1.1

2.1 Asas membaca dan memahami

02 Standard Pembelajaran

2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;

(i) perkataan (ii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Kembar Tiga Permainan Kotak Beracun Baca dan Fahami
1. Contoh petikan: Sambutan
1. Contoh petikan: Sambutan 1. Contoh petikan: Sambutan
Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan.
(Rujuk Lampiran A) (Rujuk Lampiran A) (Rujuk Lampiran B)

Bahan cadangan; Bahan cadangan; 2. Perenggan dan petikan.
 Kad huruf / Kad suku kata  Teks petikan 3. Main Peranan : Giliran
 Kad gambar  Kad perkataan
 Kad ayat  Kerusi Kasih.
 Kad gambar
Bahan cadangan;
 Petikan
 Kad perkataan
 Kad / Carta ayat
 Kad gambar

Bahan yang sama boleh dibina untuk
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi
aktiviti dan penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 30

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

LAMPIRAN A 2.1.1

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada
tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari
Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya.
Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam
kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang
biasanya dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan
adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik,
mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

LAMPIRAN B 2.1.1

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.
Sambutan Hari Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan
sebagainya.

Murid juga dapat belajar cara tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang. Dengan itu,
sambutan Hari Kemerdekaan dapat menanam semangat jati diri dalam kalangan rakyat
Malaysia.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 31

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Asas membaca dan 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
memahami
yang sesuai;

(i) perkataan (iii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Kembar Tiga

1. Guru menyediakan beberapa kad ayat.
2. Murid memilih tiga kad ayat yang diberikan.
3. Murid membaca kad ayat yang dipilih dengan susunan yang betul.

Contoh petikan:

disambut pada tanggal Perayaan Hari Kemerdekaan negara 31 Ogos setiap tahun
kita

Sambutan Hari Kemerdekaan

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap
tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini mempunyai banyak kebaikannya.
Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan
sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan nyanyian patriotik,
mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

Contoh bahan interaktif:
(Lagu suku kata)
https://youtu.be/ikRNErwR0pc

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 32

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Kotak Beracun

1. Guru mengedarkan kotak beracun yang mengandungi petikan.
2. Murid bermain permainan kotak beracun dengan tertib.
3. Murid yang memegang kotak beracun perlu membaca satu ayat dalam petikan mengikut

nombor yang diterima.
4. Permainan diteruskan sehingga semua murid yang terlibat membaca ayat yang diberi.

Contoh ayat:

1. Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut
pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

2. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak
kebaikannya.

3. Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam
kalangan murid.

4. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah
seperti pertandingan nyanyian patriotik,
mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 33

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Baca dan Fahami

1. Guru mengedarkan petikan.
2. Murid bergilir-gilir membaca dua ayat atau lebih dalam perenggan.
3. Guru memberi sokongan / pujian kepada murid yang dapat membaca

dengan lancar.

Contoh petikan:

Perayaan Hari Kemerdekaan Negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos
setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak kebaikannya.
Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan
sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian
patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

Murid juga dapat belajar cara
tokoh-tokoh kemerdekaan
berjuang. Dengan itu, sambutan Hari
Kemerdekaan dapat menanam
semangat jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 34

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.1.2

2.1 Asas membaca dan memahami

02 Standard Pembelajaran

2.1.2 Membaca dan memahami;

(i) perkataan (ii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Memancing Permainan Sambut Kasih Main Peranan: Giliran Kasih
Perkataan
1. Contoh petikan: 1. Contoh petikan:
1. Contoh perkataan: Rujuk Lampiran C Rujuk Lampiran D
 Ogos
 bendera 2. Contoh perkataan: 2. Contoh perkataan:
 tokoh  Ogos  bendera
 sekolah  sekolah  berhias
 perayaan  perayaan  perayaan
 gemilang  gemilang  menyambut
 kebangsaan  kebangsaan  kemerdekaan
 kemudahan  negara  pasukan
 sambutan  sambutan
 pejabat Bahan cadangan;  pejabat
 Teks petikan
Bahan cadangan;  Kad perkataan Bahan cadangan;
 Kad huruf / Kad suku kata  Kerusi  Petikan
 Petikan  Kad gambar  Kad perkataan
 Kad gambar  Kad / Carta ayat
 Alatan memancing  Kad gambar
 Kad perkataan

Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-tiga
tahap penguasaan tetapi aktiviti dan
penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 35

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

LAMPIRAN C 2.1.2

Setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai
memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara
tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman.

LAMPIRAN D 2.1.2

Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Perayaan ini disambut
sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu.
Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di
Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar,
pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 36

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Asas membaca dan 2.1.2 Membaca dan memahami;
memahami
(i) perkataan (iii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Memancing Perkataan

1.Guru menyediakan alatan memancing dan juga kad perkataan.
2.Murid memancing kad perkataan secara individu dan bergilir-gilir.
3.Murid akan membaca perkataan yang terdapat pada kad yang berjaya dipancing oleh murid.
4.Murid dapat menjelaskan maksud perkataan yang telah dibacanya.

Contoh:

kebangsaan

sekolah kemerdekaan

tokoh bendera

perayaan gemilang
pejabat
Ogos

Contoh bahan interaktif:

(Lagu suku kata)
https://youtu.be/ikRNErwR0pc

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 37

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Sambut Kasih

1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan.
2. Guru memaparkan perkataan yang terdapat dalam petikan.
3. Murid membaca dan mencari perkataan tersebut dalam petikan yang diberi. Murid

membaca ayat yang mempunyai perkataan tersebut secara bergilir-gilir.

Ogos sekolah perayaan gemilang kebangsaan negara
Contoh petikan:

Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun.
Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai
kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur
Gemilang akan dikibarkan di
tempat-tempat tertentu. Antara
tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 38

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Main Peranan : Giliran Kasih

1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan.
2. Guru mengedarkan petikan.
3. Murid bergilir-gilir membaca perkataan dalam petikan-petikan tersebut.

Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap
tahun. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh
negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di
tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah
pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan
di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai
pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja
dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 39

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.2.1

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik

02 Standard Pembelajaran

2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan:

(i) kosa kata (iv) idea utama

(ii) isi tersurat (v) idea sampingan

(iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Meneka Simbol Permainan Meneka Simbol Permainan Meneka Simbol

Bahan grafik Bahan grafik Bahan grafik
Kad gambar yang mengandungi Kad gambar yang mengandungi Kad gambar yang mengandungi
simbol-simbol tertentu seperti: simbol-simbol tertentu seperti: simbol-simbol tertentu seperti:
 Pondok telefon  Pondok telefon  Pondok telefon
 Tandas lelaki  Tandas lelaki  Tandas lelaki
 Tandas wanita  Tandas wanita  Tandas wanita
 Tempat letak kereta  Tempat letak kereta  Tempat letak kereta
 Restoran  Restoran  Restoran

1. Murid membaca kad 1. Murid membaca kad frasa 1. Murid membaca penyataan
perkataan dan memadankan dan memadankan dengan dan memadankan dengan
dengan simbol. simbol yang sesuai. simbol yang sesuai.

Contoh: Contoh: Contoh:
• Telefon • Pondok telefon • Tempat orang awam
• Lelaki • Tandas lelaki
• Wanita • Tandas wanita menggunakan perkhidmatan
• Parkir • Parkir kereta telefon.
• Tandas yang digunakan
hanya untuk orang lelaki.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 40

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

03 Aktiviti yang dicadangkan 2.2.1

ASAS SEDERHANA TINGGI

Bahan cadangan; Bahan cadangan; Bahan cadangan;
 Kad gambar  Video  Gambar tunggal
 Bahan maujud  Kad / Carta perkataan
 Kad perkataan

Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-
tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan
penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 41

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.2 Membaca, memahami dan 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan
menaakul bahan grafik dan
bukan grafik untuk mendapatkan:

(i) kosa kata (iv) idea utama

(ii) isi tersurat (v) idea sampingan

(iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Meneka Simbol
Murid membaca kad perkataan dan memadankan dengan simbol.





telefon lelaki wanita
OKU dilarang merokok
parkir restoran

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 42

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Meneka Simbol

1. Murid membaca kad frasa dan memadankan dengan simbol yang sesuai.

pondok telefon tandas lelaki Orang Kelainan Upaya

parkir kereta kedai makan tandas wanita dilarang merokok




MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 43


Click to View FlipBook Version