The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

plan-molib-literasi-edited-flipbook-pdf_compress

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tetloi78, 2022-06-17 00:29:15

plan-molib-literasi-edited-flipbook-pdf_compress

plan-molib-literasi-edited-flipbook-pdf_compress

1

MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza

#24 PLaN
Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah

LITERASI

#24 PLaN
#MoLIB-Literasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

#24 PLaN
#MoLIB-Literasi
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza - Literasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan oleh:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://ipgm.moe.edu.my/

© Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua hak cipta
terpelihara. Hak cipta Kementerian Pendidikan Malaysia 2019.
Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya
tanpa mendapat keizinan daripada penerbit.

September 2020

PANEL PENULIS MoLIB-LITERASI

PENASIHAT Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM
PENYELARAS Dr. Jamiah binti Mohamad, Timbalan Rektor Kanan, PKA
Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor, PPL

Zaiton binti Arshad, Pusat Pembangunan Latihan
Dr. Isnariah binti Idris, Pusat Kecemerlangan Akademik

KETUA PANEL Siti Salamah Binti Mohamad Yusof , IPGK Bahasa Melayu
PENOLONG KETUA
PANEL Mazura binti Sulaiman, IPGK Bahasa Melayu
PANEL Dr. Ruslan bin Abdullah, IPGK Bahasa Melayu
Zaharilah binti Abdul Kadir, IPGK Raja Melewar
PANEL SOP Dr. Yusfarina binti Mohd Yussof, IPGK Pendidikan Islam
Dr. Zarina binti Ahmad, IPGK Pendidikan Islam
Anuar bin Mohd Amin, PPD Klang
Mahzir bin Ibrahim, PPD Klang
Syariman bin Jahari, PPD Sepang
Azahari bin Daud, PPD Hulu Selangor
Mahat bin Mohamed Amin, SJK(C) Sg. Chua, Kajang
Robeah binti Salman, SJK(T) Kajang, Kajang
Mas Ahmad Ezanee b. Mohd Yusoff, SK Damansara Damai 1
Abdul Rani bin Abdul Rahman, SK Taman Seri Gombak
Abdul Hafiz b. Seman@Kamarulzaman, SK Kampung Tunku

Hamdan bin Abdul Kadir, JPN Kelantan
Shamdzul bin Ahmad, JPN Pahang
Mohd Kamal bin Ismail, JPN Terengganu
Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor

PENILAI MODUL Dr. Mazlan bin Ismail, KPP BPK
Dr. Abdul Razak bin Othman, IPGK Pulau Pinang

REKA BENTUK Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor
& REKA LETAK Rohaizan binti Mohamad Sahid, PPD Kuala Selangor
HALAMAN Nor Hayati binti Mohd Shaharim, PPD Petaling Perdana
Syuhaila binti Elias, PPD Gombak
Siti Zuhaidah binti Md Zubir, PPD Klang
Tan Pei Choo, PPD Gombak
Siti Suhaili binti Sarif, PPD Kuala Selangor
Chia Lee Shan, SJKC Pandamaran A, Klang

MoLIB Literasi i

ISI KANDUNGAN …. i
…. ii
MoLIB-LITERASI …. iii

Panel Penulis
Isi Kandungan
Kata Alu-aluan

Garis Panduan MoLib …1

Modul Latihan Intervensi Berfokus & …6
Terbeza
… 12
Pedagogi Berfokus & Terbeza … 12
… 27
Modul Latihan Intervensi Berfokus & … 52
Terbeza … 76
… 89
MoLIB TAHUN 2
… 121
Kemahiran Mendengar & Bertutur … 121
Kemahiran Membaca … 138
Kemahiran Menulis … 158
Aspek Seni Bahasa … 177
Aspek Tatabahasa … 193

MoLIB TAHUN 3

Kemahiran Mendengar & Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Aspek Seni Bahasa
Aspek Tatabahasa

Penghargaan … 220

MoLIB Literasi ii

ISI KANDUNGAN

MODUL LATIHAN INATsEsaRlVamENuSaIlaLikIuTEmRwAaSrIahDmAaNtuNllaUhMi EwRaAbSaIra(kMaOtuhLIdBa-LnIsTaElRaAmSsIe)jahtera.

Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi peneraju dalam
melaksanakan program literasi dan numerasi demi mencapai hasrat
kemenjadian murid menjelang 2025 melalui inisiatif #24. Program
Literasi dan Numerasi sekolah rendah (Inisiatif #24) perlu dilaksanakan
secara kemas dan tersusun bagi menjamin kemenjadian murid dalam
penyampaian ilmu dan kemahiran oleh para guru. Oleh itu, Modul
Literasi dan Numerasi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dibina untuk
membantu para guru Bahasa Melayu dan Matematik sekolah rendah
dalam menguasai dan melaksanakan pendekatan pedagogi berfokus
dan terbeza. Hal ini bagi membolehkan penyampaian ilmu dan
kemahiran bahasa Melayu dan matematik dapat disalurkan dengan
lebih tepat dan sampai kepada kumpulan sasarannya .

Kumpulan sasaran MoLiB ialah murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3
sekolah rendah yang berada pada tahap penguasaan III dalam
pentaksiran bilik darjah (PBD). Murid-murid ini sudah mempelajari
kemahiran asas literasi dan numerasi namun perlu diberikan aktiviti
pengukuhan untuk mereka menguasai kemahiran asas dan seterusnya
menyediakan mereka untuk menguasai tahap penguasaan IV dalam
pentaksiran bilik darjah. Bagi mencapai tujuan ini, para guru Bahasa
Melayu dan Matematik perlu didedahkan dengan pedagogi berfokus
dan terbeza.

Pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza mendasari modul
ini. Pedagogi secara umum ditafsirkan sebagai sains dan seni yang
membantu guru mereka bentuk pengajaran untuk memastikan ilmu
yang disampaikan kepada murid dapat diterima dan dimanfaatkan
dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa
(DSKP,2017:06). Penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi
membolehkan murid-murid tahap I menguasai kemahiran asas dengan
mantap dan seterusnya mereka berupaya menguasai fasa-fasa tahap
kemahiran yang seterusnya.

Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penggubalan Modul Latihan Intervensi Berfokus dan
Terbeza (MoLIB). Semoga pelaksanaan MoLIB akan mencapai hasrat
dan matlamat untuk memberdayakan murid-murid menguasai literasi
dan numerasi.

DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia

MoMLIBo|LINBumLietrearsai si 7 iii

01 GARIS PANDUAN MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza

PENGENALAN

Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP)
memainkan peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik
mampu mempelbagaikan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras
kebolehan muridnya. Oleh itu, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi
yang berfokus dan terbeza dalam merencana pencapaian tahap
penguasaan seseorang murid.
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini
boleh dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu (BM) dan Matematik yang berkesan pada tahap 1 sekolah
rendah. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu
merujuk Scheme of Work (SoW) seperti yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berasaskan Common European
Framework of Reference (CEFR).
Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta
mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap
penguasaan murid. Modul ini juga mampu membantu guru yang bukan
opsyen untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP.
Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September -
Oktober 2019 di 54 buah sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas
Sabah dan Julau Sarawak. Dapatan daripada pelaksanaan rintis berkenaan,
usaha menambah baik MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan modul ini
lebih mudah digunakan. Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas
pelaksanaannya kepada sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mulai tahun 2020.

MoLIB 2.0

RASIONAL

Berdasarkan kajian, beberapa sekolah yang pencapaian akademiknya rendah ialah
sekolah yang kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli/peribumi
yang diajar oleh guru bukan orang asli dan guru yang bukan opsyen mengajar mata
pelajaran teras. Guru kurang berkemahiran dalam merancang aktiviti yang
melibatkan murid dengan pelbagai aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan
sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua.

MATLAMAT

Modul MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk
merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi
pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.

Memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza
bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh
menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja
dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama.

OBJEKTIF Tema: Keluarga

Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat:

menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan
pelbagai aras kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi);

melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkat
tahap penguasaan murid; dan

menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam
merancang PdP.

SASARAN SEKOLAH

Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah bawah KPM.

SASARAN GURU b. BUKAN OPSYEN c. ASLI/PERIBUMI

a. MURID RAMAI Guru bukan opsyen Guru mata
yang mengajarkan pelajaran Bahasa
Guru mata pelajaran mata pelajaran Melayu, Bahasa
Bahasa Melayu, Bahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan
Inggeris dan Matematik Bahasa Inggeris Matematik Tahap 1
Tahap 1 yang mengajar dan Matematik yang mengajar
di kelas yang kapasiti Tahap 1; dan murid orang
muridnya ramai; asli/peribumi.

MoLIB 2.0

KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga

GARIS MASA PELAKSANAAN

KAEDAH PELAKSANAAN

1. PdP TERBEZA
Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB;

2. SKPMg2 STANDARD 4
Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan
semasa PdP setiap mata pelajaran terlibat berasaskan kepada SKPMg2 Standard
4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

3. PAK-21
Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
yang terdiri daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran,
pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir, pentaksiran
pembelajaran, dan ekosistem bilik darjah yang positif berdasarkan standard asas
PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N).

MoLIB 2.0

STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKAN MoLIB

Langkah 1 Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP)
Langkah 2 yang sesuai dengan merujuk MoLIB.

Langkah 3 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB;
Langkah 4 a) Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan

tahap murid dalam kelas, atau
b) Guru boleh gunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP

Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti
MoLIB.

Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi
PdP.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
a) Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul
b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-

bahagian KPM dan JPN
c) Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD

dan sekolah
d) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
a) Membantu KPM merancang dan melaksanakan

penataran kepada PPD dan sekolah
b) Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang

disediakan
c) Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan

peringkat JPN
d) Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala
e) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB

daripada PPD
f) fMelaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM

MoLIB 2.0

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
a) Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis

panduan yang ditetapkan
b) Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan
c) Memastikan keberkesanan pelaksanaan oleh pihak sekolah
d) Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD

dan JPN
e) Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan

Pentadbir Sekolah
a) Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan

yang disediakan
b) Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC
c) Mencerap PdP guru secara berkala
d) Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam

dialog prestasi
e) Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan

MoLIB kepada PPD

Guru Mata Pelajaran
a) Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus

dan terbeza
b) Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian

dengan keperluan murid semasa PdP
c) Menambah baik PdP bagi membantu murid yang

tidak mencapai tahap penguasaan minimum
d) Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

berdasarkan DSKP

RUMUSAN

Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan
MoLIB dalam PdP murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB
ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak demi membantu
meningkatkan penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di
sekolah.

MoLIB 2.0

02 PEDAGOGI BERFOKUS DAN TERBEZA
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza

PENGENALAN

Pengajaran Terbeza, ialah proses memastikan apa yang pelajar belajar dan
bagaimana pelajar menunjukkan apa yang dipelajari selaras dengan tahap
kesediaan pelajar, minat dan cara pembelajaran yang terbaik.
Tomlinson (2014)

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza

ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

KUMPULAN MURID

01 ARAS ASAS 02 ARAS SEDERHANA 03 ARAS TINGGI

Aplikasi pengajaran literasi berfokus dan terbeza ini dijelmakan dengan setiap
kemahiran dan aspek bahasa memberi fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran tiga kumpulan murid berbeza aras kognitif iaitu aras asas, aras
sederhana dan aras tinggi.

Pengajaran berfokus bermaksud memastikan murid pelbagai aras ini
mencapai objektif yang sama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza

ELEMEN BERFOKUS Tema: Keluarga

Kumpulan Murid FOKUS : Mencapai Objektif
• Asas yang sama pada akhir PdP
• Sederhana
• Tinggi Aras
Tinggi
KEMAHIRAN
MENDENGAR Kemahiran Menulis:
DAN BERTUTUR Menulis Ayat Majmuk

Aras Aras
Rendah Sederhana

KEMAHIRAN
MEMBACA

FOKUS KEPADA KEMAHIRAN
DSKP BM MENULIS

ASPEK SENI
BAHASA

ASPEK
TATABAHASA

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza

MoLIB LITERASI

Aspek pengajaran yang terbeza dicadangkan dalam MoLIB;
a) Terbeza Proses,
b) Terbeza Produk, dan
c) Terbeza Kandungan.

a) Terbeza Proses
Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi
• Murid menulis • Murid meniru • Murid menulis

tulisan berangkai tulisan berangkai tulisan berangkai
putus-putus daripada tulisan
biasa

b) Terbeza Produk
Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi
• Murid menulis • Murid menulis • Murid

tulisan berangkai tulisan pada kad menghasilkan seni
pada gambar ucapan kata lagu
tunggal bertulisan
berangkai

c) Terbeza Kandungan
Contoh| Kemahiran Menulis : Menulis Karangan Berpandu

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi

• Murid menulis • Murid menulis • Murid menulis
karangan karangan karangan

• 2 isi • 3 isi • 4 isi
• Tajuk mudah : Aku • Tajuk agak sukar : • Tajuk lebih sukar :
• Aku sebuah • Aku sebuah buku
sebatang pen
kereta

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza

KELEBIHAN MoLIB

1. KEMAHIRAN GURU 3. PEDAGOGI TERBEZA

Guru menguasai asas Guru melaksanakan
kemahiran pengajaran dan pedagogi yang berfokus
pembelajaran yang berkesan dan terbeza dalam
berdasarkan pelbagai aras meningkatkan
kebolehan murid. penguasaan murid.

2. PDP 4. MODUL MoLIB

Guru berkeupayaan Manual penggunaan yang
membangunkan bahan mudah dan mesra
pengajaran dan pembelajaran pengguna .
berfokus dan terbeza
berdasarkan keperluan murid 5.SENI BAHASA

Kreatif ,inovatif dan didik hibur

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza

RUMUSAN
KEMAHIRAN GURU

Pemilihan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid.
Guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza.

TERBEZA

Aktiviti kebahasaan seperti pantun, syair, gurindam, sajak dan nyanyian
lagu kanak-kanak/lagu rakyat hendaklah mengikut aras penguasaan dan
kecerdasan pelbagai murid.

BAHAN SAMA

Bahan yang sama digunakan untuk 3 aras (asas/ sederhana/ tinggi) yang
berbeza dengan aktiviti yang berbeza.

MODEL GURU

Guru menjadi model melakukan aktiviti kebahasaan bagi meyakinkan
murid.

AUDIO VISUAL

Bahan audio visual boleh juga digunakan tetapi kompetensi guru perlu lebih
menyerlah.

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza



TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.1

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut dengan betul dan
tepat;
(i) frasa
(ii) ayat tunggal

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Dengar dan Ajuk Pasang Telinga dan Teka Frasa
Sebut
1. Mengajuk sebutan guru 1. Melihat gambar dan
sambil melihat gambar. 1. Mendengar sebutan menyebut frasa yang
audio dan menyebut betul.
Contoh frasa: semula frasa.
- selamat pagi Contoh frasa:
- menjemur kasut Contoh frasa: - menyiram pokok bunga
- membasuh basikal - selamat pagi - mencuci kasut
- memesin rumput - menjemur kasut - memesin rumput
- membasuh basikal
- memesin rumput 2. Mendengar bunyi, sebut
dan teka frasa yang
2. Menyebut frasa secara Bahan cadangan; sesuai.
berulang-ulang sambil ▪ Kad gambar
melihat gambar. ▪ Kad frasa 3. Menonton video dan
▪ Rakaman audio meneka frasa yang
Bahan cadangan; sesuai dengan video
▪ Kad gambar yang ditonton.
▪ Kad frasa
▪ Kad perkataan Bahan cadangan;
▪ Bahan audio & video
▪ Kad perkataan
▪ Kad gambar

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 12

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.2

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap;

(i) soalan (iii) pesanan

(ii) suruhan (iv) permintaan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Jom Ikut Cikgu Permainan Kerusi Panas Kamera, Sedia, Lakon

1. Mendengar dan 1. Memberi respons 1. Murid melakonkan watak
mengajuk soalan dan terhadap soalan yang Amir dan Selvam
respons daripada guru. dikemukakan oleh menggunakan dialog yang
kawan-kawan dalam mengandungi soalan dan
Contoh: kumpulan. jawapan. Murid lain pula
Adakah kamu mempunyai menilai lakonan mereka
kawan baik? Contoh: dengan memberi markah
Ya, saya ada kawan baik. Soalan: Nama kawan baik atau bintang.
kamu siapa?
Siapakah nama kawan Respons: Nama kawan baik Contoh:
baik kamu? saya Muthu. Amir: Selvam, mari kita ke
Nama kawan saya Chong padang.
Beng. Soalan: Mengapakah kamu Selvam: Boleh, Amir. Pukul
suka berkawan dengan berapakah kita hendak ke
Muthu? padang?
Respons: Saya suka Amir: Lebih kurang pukul
berkawan dengan Muthu 5.00 petang.
kerana dia baik hati.
Selvam: Boleh tak saya
Bahan cadangan; Bahan cadangan; ajak Jia Le?
▪ Kad gambar ▪ Kad soalan Amir: Boleh, Selvam. Dia
▪ Kad soalan ▪ Kad jawapan kawan baik saya juga.
▪ Kad jawapan
Bahan yang sama boleh dibina untuk Bahan cadangan;
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti ▪Kad dialog
dan penggunaannya berbeza. ▪Kad / Carta ayat
▪Kad pujian

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 13

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.1.3

1.1 Mendengar dan memberikan respons

02 Standard Pembelajaran

1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap;
(i) soalan bercapah
(ii) pesanan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Kerjaya Kita Permainan Bola Beracun Jiranku

1. Melafazkan dialog 1.Murid yang terkena bola 1. Murid berbincang
dengan bantuan guru. perlu menjawab soalan dalam kumpulan dan
yang dipilih daripada menjawab soalan-
2. Murid melafazkan balang kaca yang soalan bercapah yang
dialog yang dibaca disediakan pelbagai soalan diambil daripada
oleh guru atau rakan- bercapah. balang kaca yang
rakan. mengandungi pelbagai
Bahan cadangan; soalan bercapah.
Bahan cadangan; ▪Bola getah
▪ Kad dialog ▪Balang kaca Bahan cadangan;
▪Gulungan kertas yang ▪ Balang kaca
mengandungi soalan ▪ Gulungan kertas yang
bercapah
mengandungi soalan
bercapah

Bahan yang sama boleh
dibina untuk ketiga-tiga tahap
penguasaan tetapi aktiviti dan
penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 14

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.2.1

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

02 Standard Pembelajaran

1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Mari Dengar Ceritaku Apa Kau Rasa? Wah, Banyaknya
Faedah!
1. Menceritakan 1. Menyatakan perasaan
pengalaman semasa melakukan 1. Menyatakan faedah-
melakukan aktiviti yang aktiviti. Murid faedah aktiviti
menarik dengan menunjukkan kad riak menanam pokok di
menggunakan gambar muka sambil rumah. Murid bercerita
atau benda maujud. menyatakan perasaan. menggunakan boneka
stoking.

Contoh: Contoh: Contoh:
✓ menanam pokok bunga ✓ rasa gembira, sedih, Faedah:
✓ masa, tempat dan aktiviti ✓ mengisi masa lapang
teruja ✓ mengeratkan hubungan
yang dilakukan ✓ bertatasusila ✓ Menambah
✓ bertatasusila
▪ terima kasih pengetahuan
▪ terima kasih ▪ ucapan selamat ✓ bertatasusila
▪ ucapan selamat ▪ puji-pujian
▪ puji-pujian ▪ terima kasih
Bahan cadangan; ▪ ucapan selamat
Bahan cadangan; ▪ Kad ayat ▪ puji-pujian
▪ Kad gambar ▪ Kad riak muka
▪ Kad ayat Bahan cadangan;
▪ Bahan maujud ▪ Kad gambar
▪ Boneka stoking

Bahan yang sama boleh dibina untuk ketiga-
tiga tahap penguasaan tetapi aktiviti dan
penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 15

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

01 Standard Kandungan 1.2.2

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

02 Standard Pembelajaran

1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Cuaca Hari Ini Cuaca, Oh Cuaca! Ramalan Cuaca Hari Ini

1. Bersoal jawab untuk 1.Menyatakan maklumat 1. Membuat simulasi
memahami maklumat tersirat dan tersurat menggunakan maklumat
tentang cuaca pada berdasarkan dialog yang tersurat dan tersirat yang
hari ini. Murid melihat dibaca. dibincangkan dalam
gambar sambil bertutur. kumpulan.
Emak: Suzi, jangan bermain
❖ Maklumat tersurat di luar rumah. Sila masuk Emak: Suzi, jangan bermain
- cuaca panas sekarang ya. di luar rumah. Cuaca panas
Suzi: Baiklah, mak. Jom, Ai hari ini. Masuk cepat!
❖ Maklumat tersirat Ling. Mari kita masuk ke Suzi : Baiklah, mak. Jom, Ai
- tidak boleh bermain dalam rumah. Emak saya Ling. Mari kita masuk ke
di luar rumah memanggil kita masuk. dalam rumah. Emak saya
- Menyebabkan Ai Ling: Mengapa mak memanggil kita masuk.
demam kamu menyuruh kita masuk, Ai Ling: Mengapa mak kamu
Suzi? menyuruh kita masuk, Suzi?
❖ Maklumat tersurat Suzi: Ouh, cuaca panas la, Suzi: Ouh, cuaca panas la,
- musim hujan Ai Ling! Mak saya bimbang, Ai Ling! Mak saya bimbang,
kita akan demam nanti. kita akan demam nanti.
❖ Maklumat tersirat 2. Minta murid membuat
- segera masuk ke Bahan cadangan;
dalam rumah •Kad dialog simulasi dengan
- tidak kesejukan menggunakan situasi
- Tidak selesema Bahan yang sama boleh dibina yang lain. Contohnya,
untuk ketiga-tiga tahap musim hujan, musim
Bahan cadangan; angin kencang dan lain-
▪ Kad ayat penguasaan tetapi aktiviti dan lain.
▪ Kad gambar penggunaannya berbeza.
▪ Kad maklumat

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 16

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami
memberikan respons dan menyebut dengan betul dan tepat;
(i) frasa
(ii) ayat tunggal

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Dengar dan Ajuk!

1. Dengar dan ajuk sebutan guru sambil melihat gambar.
2. Sebut frasa secara berulang-ulang sambil melihat gambar.

Selamat pagi Memesin rumput

Menjemur kasut Membasuh basikal

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Pasang Telinga dan Sebut!

Perhatian: Guru perlu membuat rakaman audio.
Murid mendengar rakaman audio dan murid menyebut semula frasa.

Selamat pagi Memesin rumput Menjemur kasut Membasuh basikal

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 17

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Teka Frasa!
Perhatian: Guru perlu merakam atau memuat turun audio, gambar dan video.
1. Murid melihat gambar dan menyebut frasa yang sesuai dengan gambar.

Menyiram pokok bunga
Mencuci kasut
Memesin rumput

2. Murid mendengar rakaman bunyi dan teka frasa yang sesuai.

Contoh:
Bunyi menyiram pokok bunga
Bunyi mencuci kasut
Bunyi mesin rumput
Bunyi tapak kasut
Bunyi pintu sedang dibuka
Bunyi kucing mengiau

Klik pautan atau imbas kod QR:
http://gg.gg/lqysr

3. Murid menonton video dan meneka frasa yang sesuai dengan aktiviti di dalam
video yang ditonton.
Klik pautan atau imbas kod QR:
http://gg.gg/lqv0t

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 18

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.2 Mendengar, memahami dan
memberikan respons
memberikan respons terhadap;

(i) soalan (iii) pesanan

(ii) suruhan (iv) permintaan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Jom Ikut Cikgu

1. Murid mendengar dan mengajuk soalan serta respons yang guru sebut dengan

kuat.

a Adakah kamu mempunyai kawan baik?
Ya, saya mempunyai kawan baik.

b Siapakah nama kawan baik kamu?
Nama kawan baik saya, Chong Beng.

c Apakah hobi kawan baik kamu?
Hobi kawan baik saya bermain badminton.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Kerusi Panas

Perhatian: Guru meminta murid menyusun kerusi untuk permainan ini.

1. Murid mengambil tempat masing-masing dan menyediakan soalan.
2. Murid yang duduk di kerusi panas perlu menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan oleh kawan-kawan.

▪ Nama kawan baik kamu siapa?
▪ Mengapakah kamu suka berkawan dengan (nama)?
▪ Apakah hobi kawan baik kamu?
▪ Namakan aktiviti yang kamu dan kawan baik kamu lakukan?
▪ Bagaimana kamu membantu kawan kamu yang menghadapi masalah dalam

pelajaran?

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 19

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Kamera, Sedia, Lakon

Perhatian: Guru perlu menyediakan dialog untuk dilakonkan oleh murid.

Murid melakonkan watak Amir dan Selvam menggunakan dialog yang
mengandungi soalan dan jawapan. Murid lain pula menilai lakonan mereka
dengan memberi markah atau bintang.

Amir : Selvam, mari kita ke padang.
Selvam : Boleh, Amir. Pukul berapa nak ke padang?
Amir : Lebih kurang pukul lima petang.
Selvam : Boleh tak saya ajak Jia Le?
Amir : Boleh, Selvam. Dia kan kawan saya juga.
Selvam : Baiklah. Terima kasih, Amir. Amir jangan lupa bawa bola

Amir yang biasa kita main tu.
: Baiklah, Selvam.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 20

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.3 Mendengar memberikan respon dengan
memberikan respons membuat tafsiran terhadap;
(i) soalan bercapah

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Murid melafazkan dialog yang dibaca oleh guru.

Amin : Apakah pekerjaan jiran kamu?
Amrita : Pak Cik Osman bekerja sebagai kerani di pejabat

Amin sekolah kita.
Amrita : Isteri Pak Cik Osman pula bekerja sebagai apa?
: Isteri Pak Cik Osman suri rumah tangga.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Bola Beracun

Murid yang terkena bola perlu menjawab soalan yang dipilih daripada balang
kaca yang disediakan pelbagai soalan bercapah.

Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran?
Soalan : Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran?
Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada

jiran?
Soalan : Mengapakah kita perlu melawat jiran yang

sakit?

Guru boleh menambah beberapa soalan bercapah
yang sesuai.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 21

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Perbincangan Kumpulan

Murid berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan-soalan bercapah yang
diambil daripada balang kaca yang mengandungi pelbagai soalan bercapah.

Soalan : Mengapakah kita mesti berbaik-baik dengan jiran?

Soalan : Bagaimanakah cara untuk
mengeratkan hubungan dengan
jiran?

Soalan : Apakah hadiah atau cenderamata
yang sesuai untuk diberikan
kepada jiran?

Soalan : Sekiranya jiran kamu sakit, apakah
tindakan yang patut kamu lakukan?

Soalan : Jiran kamu pergi bercuti selama satu minggu. Mereka meminta kamu
menjaga rumahnya. Senaraikan perkara yang perlu kamu buat.

Soalan : Kamu dan anak jiran kamu sebaya. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh
kamu lakukan bersama-sama.

Soalan : Jiran kamu bercadang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi
untuk anaknya. Sebagai jiran yang baik hati, apakah yang boleh kamu
lakukan untuk membantu mereka?

#Guru boleh menambah soalan yang sesuai.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 22

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.2 Bertutur untuk 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu
menyampaikan perkara secara bertatasusila mengikut
maklumat dan idea bagi konteks
pelbagai tujuan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Mari Dengar Ceritaku

Menceritakan pengalaman melakukan aktiviti
yang menarik dengan menggunakan gambar
atau benda maujud.

Contoh:
▪Menanam pokok

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Apa Kau Rasa?

Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti. Murid menunjukkan kad riak
muka sambil menyatakan perasaan.

Contoh: Gembira Sedih Teruja

Bertatasusila :
▪ Terima kasih
▪ Ucapan selamat
▪ Puji-pujian

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 23

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Wah, banyaknya faedah!

Menambah
pengetahuan

Mengisi masa Menyatakan faedah- Mengeratkan
lapang faedah aktiviti hubungan

menanam pokok di
rumah.

Murid bercerita
menggunakan boneka

stoking.

Bertatasusila
Terima kasih
Ucapan selamat
Puji-pujian

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 24

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.2 Bertutur untuk 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang
menyampaikan tersurat dan tersirat dengan
maklumat dan idea bagi menggunakan idea yang kritis dan
pelbagai tujuan kreatif

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Cuaca Hari Ini

Bersoal jawab untuk
memahami maklumat
tentang cuaca pada hari
ini. Murid melihat gambar

sambil bertutur.

Maklumat tersurat Maklumat tersirat
Cuaca panas Tidak boleh bermain

Maklumat tersurat di luar rumah
Musim hujan Menyebabkan demam

Maklumat tersirat
Segera masuk ke dalam

rumah
tidak kesejukan
tidak selesema

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 25

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Cuaca Oh Cuaca!

Menyatakan maklumat tersirat dan tersurat
berdasarkan dialog yang dibaca.

Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah.
Suzi Sila masuk sekarang ya.

Ai Ling : Baiklah mak. Jom, Ai Ling.
Suzi Mari kita masuk ke dalam rumah.
Emak saya memanggil kita masuk.

: Mengapa mak kamu menyuruh kita
masuk, Suzi ?

: Ouh, cuaca panas la, Ai Ling! Mak
saya bimbang, kita akan demam nanti.

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Ramalan Cuaca Hari Ini

Membuat simulasi menggunakan maklumat tersurat dan tersirat yang
dibincangkan dalam kumpulan.

Emak : Suzi, jangan bermain di luar rumah. Cuaca panas hari ini. Masuk
cepat!
Suzi
: Baiklah mak. Jom Ai Ling. Mari kita masuk ke dalam rumah.
Ai Ling Emak saya memanggil kita masuk.
Suzi
: Mengapa mak kamu menyuruh kita masuk, Suzi ?

: Ouh, cuaca panas la, Ai Lin! Mak saya bimbang, kita akan demam
nanti.

Minta murid membuat simulasi dengan
menggunakan situasi yang lain.
Contoh : Musim hujan, musim angin

kencang dan lain-lain.

MoLIB Literasi | Kemahiran Mendengar dan Bertutur 26

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.1.1

2.1 Asas membaca dan memahami

02 Standard Pembelajaran

2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;

(i) perkataan (ii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Kembar Tiga Permainan Kotak Baca dan Fahami
Beracun
1. Contoh petikan: 1.Contoh petikan:
Sambutan Hari 1. Contoh petikan: Sambutan Hari
Kemerdekaan. Sambutan Hari Kemerdekaan.
(Rujuk Lampiran A) Kemerdekaan.
(Rujuk Lampiran A) (Rujuk Lampiran B)

Bahan cadangan; Bahan cadangan; 2.Perenggan dan petikan.
▪ Kad huruf / Kad suku kata 3.Main Peranan : Giliran
▪ Kad gambar ▪ Teks petikan Kasih.
▪ Kad ayat ▪ Kad perkataan
▪ Kerusi Bahan cadangan;
▪ Kad gambar ▪Petikan
▪Kad perkataan
▪Kad / Carta ayat
▪Kad gambar

Bahan yang sama boleh
dibina untuk ketiga-tiga tahap
penguasaan tetapi aktiviti dan

penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 27

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

LAMPIRAN A 2.1.1

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita
disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.
Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak
kebaikannya. Antaranya dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti
yang biasanya dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan adalah seperti pertandingan
nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak
dan sebagainya.

LAMPIRAN B 2.1.1

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos
setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada banyak kebaikannya.
Antaranya dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya dijalankan
sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti pertandingan nyanyian
patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

Murid juga dapat belajar cara tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang.
Dengan itu, sambutan Hari Kemerdekaan dapat menanam semangat jati diri
dalam kalangan rakyat Malaysia.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 28

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.1.2

2.1 Asas membaca dan memahami

02 Standard Pembelajaran

2.1.2 Membaca dan memahami;

(i) perkataan (ii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Memancing Permainan Sambut Kasih Main Peranan: Giliran
Perkataan Kasih
1.Contoh petikan:
1.Contoh perkataan: Rujuk Lampiran C 1.Contoh petikan:
❑ Ogos Rujuk Lampiran D
❑ bendera 2.Contoh perkataan:
❑ tokoh ❑ Ogos 2.Contoh perkataan:
❑ sekolah ❑ sekolah ❑ bendera
❑ perayaan ❑ perayaan ❑ berhias
❑ gemilang ❑ gemilang ❑ perayaan
❑ kebangsaan ❑ kebangsaan ❑ menyambut
❑ kemudahan ❑ negara ❑ kemerdekaan
❑ sambutan ❑ pasukan
❑ pejabat Bahan cadangan; ❑ sambutan
▪Teks petikan ❑ pejabat
Bahan cadangan; ▪Kad perkataan
▪Kad huruf / Kad suku kata ▪Kerusi Bahan cadangan;
▪Petikan ▪Kad gambar ▪Petikan
▪Kad gambar ▪Kad perkataan
▪Alatan memancing ▪Kad / Carta ayat
▪Kad perkataan ▪Kad gambar

Bahan yang sama boleh dibina untuk
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi
aktiviti dan penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 29

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

LAMPIRAN C 2.1.2

Setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Perayaan ini
disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat
tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan
rumah kediaman.

LAMPIRAN D 2.1.2

Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Perayaan
ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-
tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai
dan rumah kediaman.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap
negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera.
Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil
bahagian.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 30

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.2.1

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik

02 Standard Pembelajaran

2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan:

(i) kosa kata (iv) idea utama

(ii) isi tersurat (v) idea sampingan

(iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Permainan Meneka Permainan Meneka Permainan Meneka
Simbol Simbol Simbol

Bahan grafik Bahan grafik Bahan grafik
Kad gambar yang Kad gambar yang Kad gambar yang
mengandungi simbol- mengandungi simbol- mengandungi simbol-
simbol tertentu seperti: simbol tertentu seperti: simbol tertentu seperti:
❑ Pondok telefon ❑ Pondok telefon ❑ Pondok telefon
❑ Tandas lelaki ❑ Tandas lelaki ❑ Tandas lelaki
❑ Tandas wanita ❑ Tandas wanita ❑ Tandas wanita
❑ Tempat letak kereta ❑ Tempat letak kereta ❑ Tempat letak kereta
❑ Restoran ❑ Restoran ❑ Restoran

1. Murid membaca kad 1. Murid membaca kad 1. Murid membaca
perkataan dan frasa dan memadankan penyataan dan
memadankan dengan dengan simbol yang memadankan dengan
simbol. sesuai. simbol yang sesuai.

Contoh: Contoh: Contoh:
• Telefon • Pondok telefon • Tempat orang awam
• Lelaki • Tandas lelaki
• Wanita • Tandas wanita menggunakan
• Parkir • Parkir kereta perkhidmatan telefon.
• Tandas yang digunakan
hanya untuk orang
lelaki.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 31

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

03 Aktiviti yang dicadangkan 2.2.1

ASAS SEDERHANA TINGGI

Bahan cadangan; Bahan cadangan; Bahan cadangan;
▪ Kad gambar ▪ Video ▪ Gambar tunggal
▪ Bahan maujud ▪ Kad / Carta perkataan
▪ Kad perkataan

Bahan yang sama boleh dibina untuk
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi
aktiviti dan penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 32

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.3.1

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

02 Standard Pembelajaran

2.3.1 Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai daripada bahan sastera

dan bahan bukan sastera;

(i) lagu kanak-kanak (iii) pantun

(ii) cerita (iv) petikan

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Lompat Si Katak Lompat Lompat Si Katak Lompat Lompat Si Katak Lompat

1. Membaca. 1. Membaca. 1. Membaca.

”Lompat si katak lompat, ”Lompat si katak lompat, ” Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi, Lompatlah tinggi-tinggi, Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah adik cepat, Cepatlah adik cepat, Cepatlah adik cepat,
Cepatlah bangun pagi- Cepatlah bangun pagi- Cepatlah bangun pagi-
pagi.” pagi. pagi.

2. Menyatakan nilai. Lompat si katak lompat, Lompat si katak lompat,
Contoh: Lompat si katak lompat, Lompat si katak lompat,
- Menghargai masa Cepatlah adik cepat, Cepatlah adik cepat,
cepatlah pergi mengaji.” cepatlah pergi mengaji.

2. Menyatakan nilai. Lompat si katak lompat,
Contoh: Lompatlah tinggi-tinggi,
- Berhemah tinggi Cepatlah adik cepat,
- Kerajinan Cepatlah pergi belajar.”

Bahan cadangan adalah sama bagi ketiga-tiga 2. Menyatakan nilai.
Contoh:
aras dan hanya sebagai panduan sahaja: - Kita akan bahagia

▪ Senikata lagu - ”Lompat Si Katak Lompat” kalau kita berjaya.
- Kita akan berjaya jika
▪ Radio/muzik Bahan yang sama boleh dibina
▪ Pantun dua kerat untuk ketiga-tiga tahap kita rajin.
penguasaan tetapi aktiviti dan
penggunaannya berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 33

TAHUN 2 PEMETAAN DSKP : AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Kemahiran Membaca

01 Standard Kandungan 2.3.2

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

02 Standard Pembelajaran

2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera

dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;

(i) lagu kanak-kanak (iii) pantun

(ii) cerita (iv) petikan bukan sastera

03 Aktiviti yang dicadangkan

ASAS SEDERHANA TINGGI

Pantun Dua Kerat Pantun Nasihat Pantun Nasihat

1. Berbalas pantun. 1.Berbalas pantun. 1. Berbalas pantun.

Contoh: A: A:
Mak Timah melipat kain, Air melurut ke tepian mandi,
Ada ubi ada batas, Bersama baju kain dilipat, Kembang berseri bunga
Ada budi boleh dibalas. Saling menolong satu sama senduduk,
lain, Elok diturut resmi
Banyak udang banyak Hidup bermuafakat padi,
garam, membawa berkat. Semakin berisi semakin
Banyak orang banyak tunduk.
ragam. B:
Rusa betina berbelang B:
Bahan cadangan; kaki, Daun sirih pinang muda,
▪ Radio/muzik Mati terkena jerat sembat, Sambil meraut daun lidi,
▪ Pantun dua kerat Orang yang muda kita Walaupun banyak ilmu di
sanjungi, dada,
Orang yang tua kita Biar merunduk resmi padi.
hormati.

Bahan yang sama boleh dibina untuk
ketiga-tiga tahap penguasaan tetapi
aktiviti dan penggunaannya
berbeza.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 34

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Asas membaca dan 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul
memahami
dan intonasi yang sesuai;

(i) perkataan (iii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Kembar Tiga

1. Guru menyediakan petikan.
2. Murid membaca petikan yang diberi secara beramai-ramai.
3. Murid perlu mencari ayat yang mempunyai tiga suku kata (ingatan semula

pembelajaran perkataan).
4. Murid cuba untuk membaca secara keseluruhan ayat yang mengandungi

perkataan tersebut.

Contoh petikan:

Sambutan Hari Kemerdekaan

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal
31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada
banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat
patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan
nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

Contoh bahan interaktif:
(Lagu suku kata)

https://youtu.be/ikRNErwR0pc

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 35

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Asas membaca dan 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul
memahami
dan intonasi yang sesuai;

(i) perkataan (iii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Kembar Tiga

1.Guru menyediakan beberapa kad ayat.
2.Murid memilih tiga kad ayat yang diberikan.
3.Murid membaca kad ayat yang dipilih dengan susunan yang betul.

Contoh petikan:

disambut pada tanggal Perayaan Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun
negara kita

Sambutan Hari Kemerdekaan

Perayaan Hari Kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal
31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada
banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk semangat
patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan
nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak dan sebagainya.

Contoh bahan interaktif:
(Lagu suku kata) https://youtu.be/ikRNErwR0pc

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 36

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Kotak Beracun

1.Guru mengedarkan kotak beracun yang mengandungi petikan.
2.Murid bermain permainan kotak beracun dengan tertib.
3.Murid yang memegang kotak beracun perlu membaca satu ayat dalam
petikan mengikut nombor yang diterima.
4.Permainan diteruskan sehingga semua murid yang terlibat membaca ayat
yang diberi.

Contoh ayat:

1. Perayaan Hari Kemerdekaan negara
kita disambut pada tanggal 31 Ogos
setiap tahun.

2. Sambutan Hari Kemerdekaan ini ada
banyak kebaikannya.

3. Antaranya dapat memupuk semangat
patriotik dalam kalangan murid.

4. Pada peringkat sekolah, antara aktiviti

yang biasanya dijalankan sepanjang

bulan kemerdekaan adalah seperti

pertandingan nyanyian patriotik,

mendeklamasikan sajak dan

sebagainya.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 37

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Baca dan Fahami

1.Guru mengedarkan petikan.
2.Murid bergilir-gilir membaca dua ayat atau lebih dalam perenggan.
3. Guru memberi sokongan/ pujian kepada murid yang dapat membaca

dengan lancar.

Contoh petikan:

Perayaan Hari Kemerdekaan Negara kita disambut pada
tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan
ini ada banyak kebaikannya. Antaranya dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan murid.

Pada peringkat sekolah, antara aktiviti yang biasanya
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan adalah seperti
pertandingan nyanyian patriotik, mendeklamasikan sajak
dan sebagainya.

Murid juga dapat belajar cara
tokoh-tokoh kemerdekaan
berjuang. Dengan itu, sambutan Hari
Kemerdekaan dapat menanam
semangat jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 38

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Asas membaca dan 2.1.2 Membaca dan memahami;
memahami
(i) perkataan (iii) perenggan

(ii) ayat (iv) petikan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Memancing Perkataan

1.Guru menyediakan alatan memancing dan juga kad perkataan.
2.Murid memancing kad perkataan secara individu dan bergilir-gilir.
3.Murid akan membaca perkataan yang terdapat pada kad yang berjaya
dipancing oleh murid.
4.Murid dapat menjelaskan maksud perkataan yang telah dibacanya.

Contoh:

kebangsaan

sekolah kemerdekaan

tokoh bendera

perayaan gemilang
Ogos pejabat

Contoh bahan interaktif:

(Lagu suku kata)
https://youtu.be/ikRNErwR0pc

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 39

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS SEDERHANA

Permainan Sambut Kasih

1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan.
2. Guru memaparkan perkataan yang terdapat dalam petikan.
3. Murid membaca dan mencari perkataan tersebut di dalam petikan yang

diberi. Murid membaca ayat yang mempunyai perkataan tersebut secara
bergilir-gilir.

Ogos sekolah perayaan gemilang kebangsaan negara

Contoh petikan:

Negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan setiap
tahun. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh
negara kita mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur
Gemilang akan dikibarkan di
tempat-tempat tertentu. Antara
tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan
rumah kediaman.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 40

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS TINGGI

Main Peranan : Giliran Kasih

1. Guru menayangkan video tentang sambutan Hari Kemerdekaan.
2. Guru mengedarkan petikan.
3. Murid bergilir-gilir membaca perkataan dalam petikan-petikan tersebut.

Negara kita menyambut ulang tahun Hari
Kebangsaan setiap tahun. Perayaan ini disambut
sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, bendera Jalur Gemilang akan
dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat
tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan
rumah kediaman.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut
diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut
akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu,
pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut
mengambil bahagian.

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 41

TAHUN 2 LEMBARAN KERJA

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.2 Membaca, memahami 2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul
dan menaakul bahan
grafik dan bukan grafik bahan untuk mendapatkan:

(i) kosa kata (iv) idea utama

(ii) isi tersurat (v) idea sampingan

(iii) isi tersirat (vi) idea keseluruhan

Aktiviti yang dicadangkan | ARAS ASAS

Permainan Meneka Simbol
Murid membaca kad perkataan dan memadankan dengan simbol.





telefon lelaki wanita

parkir restoran OKU dilarang merokok

MoLIB Literasi | Kemahiran Membaca 42


Click to View FlipBook Version