c. Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari;
d. Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am;
e. Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh
penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan
ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka
perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya;
f. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-
sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan
kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan
persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai;
g. Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh
perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak
Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah
kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh
dibawa ke hadapan;
h. Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan
dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
i. Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan
perkhidmatan dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan
kemudahan ini; dan
j. Kemudahan Cuti Umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod
Perkhidmatan pegawai.
2
JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri :
KERAJAAN MALAYSIA
_________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016
_________________________________
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan
berkaitan dengan kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
LATAR BELAKANG
2. Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24
Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar
negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan
pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau
pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak
penyakit berjangkit.
3. Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji
penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan
di perenggan 2 di atas.
1
4. Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks
penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin
diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan
perlu dikuarantin.
PELAKSANAAN
Tafsiran
5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain:
‘anak kandung’ bermaksud anak sendiri.
‘anak tiri tanggungan’ bermaksud anak kepada suami atau isteri hasil
daripada perkahwinannya yang terdahulu yang tinggal bersama dan ditanggung
nafkahnya.
‘anak angkat de facto’ bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam
jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai
anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak
kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh
permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
[Akta 253].
‘anak angkat’ bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh
Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula di bawah Akta Pengangkatan
1952 [Akta 257].
2
‘anak pelihara’ bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan,
jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e)
Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611].
‘Ketua Jabatan’ bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi
sesuatu kementerian, jabatan, institusi atau agensi dan termasuklah
mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan Cuti Rehat bagi
kementerian, jabatan, institusi atau agensi.
‘kuarantin’ bermaksud sekatan kebebasan pergerakan seorang pegawai yang
anaknya menghidap penyakit berjangkit dan telah dikeluarkan perakuan
keatasnya.
‘perakuan’ bermaksud perakuan secara bertulis atau sijil sakit yang
dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta.
KELAYAKAN
6. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana
pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti
Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
7. Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.
8. Anak adalah termasuk:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
3
(e) anak pelihara.
9. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut:
(a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5)
hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh
mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana
yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am; dan
(b) dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
(i) berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah
21 tahun; dan
(ii) tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya
dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk
menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat
otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal
sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
PELAKSANAAN
10. Kemudahan Cuti Kuarantin hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila
masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana
pegawai perubatan Kerajaan atau swasta;
4
(b) senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah
seperti di Lampiran A, atau pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa
ke semasa; dan
(c) permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta
perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan
Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti
Kuarantin seperti di Lampiran B.
CUTI KUARANTIN DI BAWAH PENJAGAAN SEMENTARA
11. Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang
dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas
apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan,
jika anak itu perlu dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai
boleh diberikan kemudahan Cuti Kuarantin, tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan di atas.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
12. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan ini diberikan mengikut
tempoh yang boleh diluluskan terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi memenuhi
keperluan pegawai itu dalam menguruskan apa-apa perkara yang berhubung peraturan
di atas.
13. Bagi permohonan Cuti Kuarantin di bawah perenggan 11, kemudahan ini
adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
14. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan kemudahan Cuti Kuarantin
pegawai dalam rekod perkhidmatan Kerajaan.
5
LAMPIRAN A
SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria
Nota:
Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari
semasa ke semasa.
7
LAMPIRAN B
KERAJAAN MALAYSIA
_________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016
_________________________________
BORANG PERMOHONAN
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN
PP 11/2016 Borang Cuti Kuarantin
PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN
DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016
Arahan: Maklumat hendaklah dilengkapkan dengan jelas dan menggunakan huruf besar.
BAHAGIAN I : BUTIRAN DIRI PEGAWAI
1. Nama Penuh :
2. No. Kad Pengenalan :
3. Jawatan :
4 . Gred :
BAHAGIAN II : BUTIRAN ANAK
5. Nama Anak :
6. No. Kad Pengenalan/ :
MyKid/No. Sijil Kelahiran/
Sijil Pendaftaran Pengangkatan
7. Umur Anak : tahun bulan (pada tarikh kuarantin)
8. Hubungan dengan Pegawai : Anak kandung
Anak tiri tanggungan
Anak pelihara
Anak angkat de facto
Anak angkat
Anak jagaan:
9. Perakuan Kuarantin adalah seperti di lampiran.
(Sila sertakan perakuan kuarantin yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan/swasta)
2
PP 11/2016 Borang Cuti Kuarantin
BAHAGIAN III : PENGESAHAN PEGAWAI
10. Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat sebagaimana yang dinyatakan di Bahagian I
dan II adalah benar. Sehubungan itu, saya memohon kemudahan Cuti Kuarantin selama
hari, pada/mulai sehingga
Tandatangan :
Tarikh :
BAHAGIAN IV : PENGESAHAN DAN KEPUTUSAN KETUA JABATAN
KEGUNAAN PEJABAT
11. Permohonan kemudahan Cuti Kuarantin bagi pegawai adalah DILULUSKAN/TIDAK
DILULUSKAN* pada/mulai sehingga
Tandatangan :
Nama dan jawatan :
(cap rasmi)
Tarikh :
*potong mana yang tidak berkenaan
3
BIDANG
KURIKULUM
PANDUAN
PENGENDALIAN UJIAN AMALI SAINS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN 5
6
Pengenalan 7
Definisi
Akronim
BAHAGIAN A PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN SERTA PENGETUA
SEKOLAH PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Ujian Amali Sains 8
Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains 10
Bilangan Petugas Ujian Amali Sains 12
Bahan Peperiksaan 13
BAHAGIAN B TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGENDALI PUSAT
UJIAN AMALI SAINS
KPPK/KPP SPP JPN 14
Penyelia Kawasan 15
Ketua Pengawas Amali 15
Pengawas Amali 16
Penyelia Kanan Sains 18
Penyelia Mata Pelajaran 18
Pembantu Makmal 19
Guru Bertugas Harian 20
BAHAGIAN C ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH, PENYELIA KANAN
SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN
Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan 21
Senarai Awal 22
Arahan Persediaan 22
Senarai Akhir 23
Jadual Waktu Ujian Amali Sains 23
Pergerakan Calon 24
Arahan Am 24
1
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN D ARAHAN KESELAMATAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN
Penyerahan dan Penyemakan Kertas Peperiksaan di Bilik Kebal 25
Penyimpanan Kertas Peperiksaan di Pusat Peperiksaan 25
Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon 26
Keselamatan Radas dan Bahan 26
Dokumen Pengenalan Diri Calon 27
Waktu Ujian Amali Sains 27
Laporan Kehadiran Calon 28
Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) 29
Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan 29
Penerangan Kepada Calon 30
Pengurusan di Makmal Peperiksaan 31
Keselamatan Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan 34
BAHAGIAN E KES-KES KHAS 36
37
Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin 37
Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 38
Kekurangan Radas dan Bahan Peperiksaan 39
Calon Bantahan 39
Calon Menumpang 40
Calon Berkeperluan Khas 42
Kes Kecemasan
Kes Salah Laku 44
Lampiran
2
Diterbitkan oleh:
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1,2,5 – 13, Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Peserkutuan
62604 WP Putrajaya
Tel: 03-8884 3260
Faks: 03-88893344
www.lp.moe.gov.my
© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana
bahagian dalam buku ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat
yang terkandung dalam buku
Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia
Mulai Tahun 2021
dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
ISBN xxx
3
PRAKATA
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat
menerbitkan buku Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran
Malaysia Mulai Tahun 2021. Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penghasilan buku ini.
Pelaksanaan semula Ujian Amali Sains secara peperiksaan pusat ini merupakan
satu usaha Lembaga Peperiksaan dalam menyahut hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 antara lain Memperkukuhkan Asas Pembelajaran
STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM (Inisiatif #49) dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan semua pihak
yang terlibat dalam menguruskan Ujian Amali Sains. Arahan piawai ini diterbitkan
bagi memastikan penjaminan kualiti pengurusan dan pengendalian Ujian Amali
Sains dapat memberikan keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.
Keutuhan dan kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam kendalian
Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan
pengurusan peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti.
Sehubungan dengan itu, kerjasama serta budaya kerja yang baik dan sistematik
daripada semua pihak yang terlibat amat dihargai. Usaha ini diharap dapat
diteruskan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu adil, sahih dan
amanah.
Terima kasih.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
4
PENGENALAN
Panduan ini dinamakan Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada
20 November 2020. Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang sedang
berkuat kuasa.
Semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains
Tambahan hendaklah mendapatkan maklumat terkini daripada Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan keperluan makmal bagi tujuan
pelaksanaan Ujian Amali Sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai
tahun 2021 sebelum pendaftaran calon peperiksaan dilaksanakan.
Pengetua sekolah hendaklah memastikan makmal sains dalam keadaan yang
kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains.
Calon yang mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen
amali, wajib mengambil ujian amali bagi mata pelajaran berkenaan.
Calon persendirian yang ingin mendaftar mana-mana mata pelajaran yang
mempunyai komponen ujian amali hendaklah merujuk kepada Pengarah Pendidikan
JPN, tempat calon mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut.
5
Definisi
(a) Pusat Ujian Amali Sains ialah sekolah yang telah mendaftar sebagai pusat
peperiksaan dan mempunyai kemudahan bilik-bilik Ujian Amali Sains.
(b) Bilik Persediaan ialah bilik untuk Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu
Makmal menyediakan semua radas dan bahan yang diperlukan untuk Ujian
Amali Sains seperti yang dinyatakan dalam Senarai Awal, Senarai Akhir dan
Arahan Persediaan.
(c) Makmal Peperiksaan ialah makmal yang digunakan untuk pelaksanaan
Ujian Amali Sains.
(d) Bilik Lapor Diri ialah tempat calon melapor diri dan berkumpul secara
terkawal.
(e) Bilik Kuarantin ialah tempat calon yang telah mengambil Ujian Amali Sains
ditempatkan sebelum mereka dibenarkan balik mengikut jadual sidang yang
ditetapkan.
(f) Ketua Pengawas Amali (KPA) ialah mana-mana guru terlatih dari
sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk
menjalankan tugas yang dinyatakan di pusat Ujian Amali Sains di sekolah
lain.
(g) Pengawas Amali (PA) ialah guru dalam kalangan guru terlatih dari
sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk
bertugas di pusat peperiksaan sekolah lain. Pengawas Amali terdiri daripada
Pengawas Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas
Kuarantin.
(h) Penyelia Kanan Sains (PKS) ialah Guru Kanan Mata Pelajaran Sains yang
dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk mengurus Ujian Amali Sains
di sekolahnya.
(i) Penyelia Mata Pelajaran (PMP) ialah guru mata pelajaran yang berkenaan
yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan tugas-tugas
berkaitan Ujian Amali Sains di sekolahnya.
6
(j) Pembantu Makmal (PM) ialah Pembantu Makmal Kanan atau Pembantu
Makmal yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan
tugas-tugas berkaitan persediaan Ujian Amali Sains seperti yang diarahkan
oleh PKS dan PMP.
(k) Senarai Awal merupakan senarai radas/alatan yang diperlukan bagi setiap
Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang. Dokumen ini
berstatus TERHAD dan dihantar sebulan sebelum ujian.
(l) Arahan Persediaan ialah panduan penyediaan bahan Ujian Amali Sains.
Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian.
(m) Senarai Akhir ialah senarai bahan/radas/alatan yang diperlukan khusus
bagi setiap Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang.
Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian.
Akronim
LP - Lembaga Peperiksaan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
SPP - Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
KPPK/KPP - Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah
PK - Penyelia Kawasan
KPA - Ketua Pengawas Amali
PA - Pengawas Amali
PKS - Penyelia Kanan Sains
PMP - Penyelia Mata Pelajaran
PM - Pembantu Makmal
CBK - Calon Berkeperluan Khas
JPSJP - Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan
SJP - Skrip Jawapan Peperiksaan
7
BAHAGIAN A PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN
SERTA PENGETUA SEKOLAH PUSAT
UJIAN AMALI SAINS
1.0 Pusat Ujian Amali Sains
Pusat Ujian Amali Sains hendaklah dilengkapi dengan bilik-bilik yang berikut:
• Bilik Lapor Diri
• Bilik Persediaan
• Makmal Peperiksaan
• Bilik Kuarantin
1.1 Bilik Persediaan
1.1.1 Bilik Persediaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh arahan
1.1.2 makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai.
1.1.3
Bilik Persediaan boleh dijadikan tempat untuk Penyelia Mata Pelajaran
melaksanakan amali kawalan.
Pembantu Makmal dan Penyelia Mata Pelajaran hendaklah sentiasa berada
di dalam Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung.
1.2 Makmal Peperiksaan
1.2.1 Makmal Peperiksaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh
1.2.2 arahan makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai.
1.2.3
1.2.4 Langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil supaya radas dan bahan
peperiksaan tidak dapat dilihat dari luar selepas tarikh arahan tutup makmal.
Pastikan pengudaraan di dalam Makmal Peperiksaan berada dalam keadaan
baik sepanjang hari peperiksaan.
Sebarang bahan pengajaran yang terdapat di dalam Makmal Peperiksaan
hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup dengan sempurna.
8
1.2.5 Makmal yang digunakan untuk peperiksaan hendaklah sesuai dan selamat.
1.2.6 Semua kemudahan asas di Makmal Peperiksaan hendaklah lengkap dan
sempurna.
1.2.7 Jam dinding hendaklah digantung di bahagian hadapan dan belakang setiap
Makmal Peperiksaan.
1.2.8 Pastikan terdapat papan tulis di setiap Makmal Peperiksaan.
1.2.9 Pastikan terdapat sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap di setiap
Makmal Peperiksaan.
1.2.10 Pastikan Alat pemadam api disediakan di setiap Makmal Peperiksaan.
1.2.11 Jarak antara calon hendaklah tidak kurang dari 1.5 meter pada setiap masa
sepanjang ujian berlangsung.
1.3 Bilik Lapor Diri
1.3.1 Bilik Lapor Diri ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.
1.3.2
Bilik Lapor Diri dan Bilik Kuarantin hendaklah di laluan yang berlainan supaya
1.3.3 calon tidak dapat saling berhubung.
Bilik Lapor Diri hendaklah berdekatan dengan tandas.
1.4 Bilik Kuarantin
1.4.1 Bilik Kuarantin ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.
1.4.2
Bilik Kuarantin dan Bilik Lapor Diri hendaklah di laluan yang berlainan supaya
1.4.3 calon tidak dapat saling berhubung.
Bilik Kuarantin hendaklah berdekatan dengan tandas.
9
2.0 Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains
Petugas Ujian Amali Sains yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN terdiri
daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas Amali, Pengawas Amali,
Penyelia Kanan Sains, Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal.
2.1 Penyelia Kawasan (PK)
2.1.1 Sekurang-kurangnya dua orang Penyelia Kawasan (PK) dilantik bagi setiap
2.1.2 bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci dan tata
2.1.3 kira bilik kebal.
PK boleh terdiri daripada guru berpengalaman di sekolah yang mempunyai
bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci bilik kebal.
PK dari sekolah lain pula bertanggungjawab sebagai pemegang tata kira bilik
kebal.
Dua orang PK dilantik bagi setiap kawasan dan bilangan maksimum pusat
peperiksaan di bawah jagaan mereka ialah lima pusat. Walau bagaimanapun,
bilangan tersebut bolehlah disesuaikan dengan keadaan setempat.
2.2 Ketua Pengawas Amali (KPA)
2.2.1 Hanya seorang Ketua Pengawas Amali (KPA) dilantik untuk setiap pusat Ujian
2.2.2 Amali Sains.
KPA akan dibantu oleh Pengawas Amali yang terdiri daripada Pengawas
Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin.
2.3 Pengawas Amali (PA)
2.3.1 Pengawas Amali terdiri daripada:
a) Pengawas Lapor Diri
2.3.2 b) Pengawas Makmal Peperiksaan
2.3.3 c) Pengawas Kuarantin
Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas Makmal Peperiksaan dilantik bagi
setiap makmal di pusat peperiksaan.
Pengawas Amali bagi sesebuah pusat peperiksaan hendaklah terdiri daripada
guru yang berbilang kaum.
10
2.3.4 Sekurang-kurangnya seorang PA lelaki dilantik jika pusat peperiksaan itu
2.3.5 mempunyai calon lelaki atau minima seorang PA perempuan dilantik jika
pusat peperiksaan itu mempunyai calon perempuan.
Melantik Pengawas Amali tambahan yang berkebolehan untuk mengawasi
calon berkeperluan khas sekiranya perlu.
2.4 Penyelia Kanan Sains (PKS)
Penyelia Kanan Sains dilantik dalam kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran
Sains atau jawatan yang setara (selain dari sekolah KPM) dari pusat Ujian
Amali Sains yang berkenaan.
2.5 Penyelia Mata Pelajaran (PMP)
Penyelia Mata Pelajaran dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran dari
pusat Ujian Amali Sains berkenaan.
2.6 Pembantu Makmal (PM)
Pembantu Makmal dilantik dalam kalangan Pembantu Makmal yang
dicadangkan oleh Pengetua.
2.7 Guru Bertugas Harian
Guru Bertugas Harian dilantik oleh Pengetua.
11
3.0 Bilangan Petugas Ujian Amali Sains
Bilangan petugas Ujian Amali Sains adalah seperti yang berikut:
Bil. Pegawai Bilangan Yang Dilantik
i. Penyelia Kawasan
ii. Ketua Pengawas Amali Minima dua orang bagi setiap bilik kebal
iii. Pengawas Amali
Seorang bagi setiap pusat peperiksaan
a) Pengawas Makmal Peperiksaan:
Dua orang bagi setiap Makmal Peperiksaan
b) Pengawas Lapor Diri:
dilantik mengikut formula yang berikut:
Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Lapor Diri
Contoh:
Bilangan Bilik Lapor Diri 123 4
Bilangan Pengawas lapor Diri 234 5
ATAU:
Pada kadar seorang Pengawas Lapor Diri untuk setiap
Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Lapor Diri
ditempatkan di dewan sekolah.
c) Pengawas Kuarantin:
dilantik mengikut formula yang berikut:
Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Kuarantin
Contoh:
Bilangan Bilik Kuarantin 123 4
Bilangan Pengawas Kuarantin 234 5
ATAU:
Pada kadar seorang Pengawas Kuarantin untuk setiap
Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Kuarantin
ditempatkan di dewan sekolah.
iv. Penyelia Kanan Sains Seorang bagi setiap pusat peperiksaan
v. Penyelia Mata Pelajaran
vi. Pembantu Makmal Seorang bagi setiap mata pelajaran setiap pusat peperiksaan
Minima dua orang bagi setiap pusat peperiksaan; dan
minima empat orang bagi pusat yang menggunakan tiga atau
lebih makmal peperiksaan
12
4.0 Bahan Peperiksaan
4.1 Jadual Waktu Ujian Amali Sains
Jadual Waktu Peperiksaan dipamerkan di setiap pusat peperiksaan.
4.2 Radas dan Bahan Ujian Amali Sains
Radas dan bahan disediakan seperti di dalam arahan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa, berada di dalam keadaan selamat dan mencukupi.
4.3 Kertas Peperiksaan
Bilangan kertas peperiksaan bagi setiap pusat peperiksaan mencukupi dan
disimpan dengan selamat.
4.4 Laporan Kehadiran Calon
Kehadiran calon direkod menggunakan aplikasi e-Kehadiran yang boleh
diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my.
4.5 Laporan Penyelia Mata Pelajaran
Diisi oleh setiap Penyelia Mata Pelajaran bagi setiap sidang.
4.6 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)
Diterima daripada LP.
4.7 Bahan Am Peperiksaan
a. LP/Am 29
b. Helaian Tambahan
c. Pembungkus Plastik Keselamatan
d. Tali Pengikat Bungkusan
e. Kad Pelapik
13
BAHAGIAN B TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
PENGENDALIAN PUSAT UJIAN AMALI SAINS
1.0 KPPK/KPP SPP JPN
1.1 Mengurus, mengendali dan mengawal Ujian Amali Sains bagi negeri
1.2 berkenaan supaya berjalan dengan lancar dan selamat mengikut prosedur
1.3 yang ditetapkan oleh LP.
1.4
1.5 Menghadiri mesyuarat dan menerima Surat Siaran mengenai pengurusan
1.6 Ujian Amali Sains.
1.7 Memastikan semua pusat Ujian Amali Sains memuat turun Senarai Awal,
1.8 Senarai Akhir dan Arahan Persediaan Ujian Amali Sains daripada portal rasmi
1.9 LP mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
1.10
Melantik petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan (PK),
Ketua Pengawas Amali (KPA), Pengawas Amali (PA), Penyelia Kanan Sains
(PKS), Penyelia Mata Pelajaran (PMP), dan Pembantu Makmal.
Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada
semua petugas peperiksaan sebelum peperiksaan.
Memastikan petugas Ujian Amali Sains mengisi dan menandatangani Borang
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan
Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan,
bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi
standard dan Arahan Keselamatan.
Menentukan perjalanan Ujian Amali Sains adalah lancar dan mengikut
prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan.
Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
14
2.0 Penyelia Kawasan (PK)
2.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
2.2 Bertanggungjawab menguruskan Ujian Amali Sains dalam kawasan seliaannya
dan memastikan keselamatan bilik kebal, kertas peperiksaan serta pusat-pusat
peperiksaan supaya peperiksaan berjalan dengan lancar dan selamat.
2.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
2.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
2.5 Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan,
bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi
standard dan Arahan Keselamatan.
2.6 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
2.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
3.0 Ketua Pengawas Amali (KPA)
3.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
3.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
3.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
3.4 Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan perbincangan dengan Pengetua
selewat-lewatnya satu hari sebelum peperiksaan untuk menentukan semua
Arahan Persediaan dan Arahan Ujian Amali Sains dipatuhi.
3.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada
petugas di pusat peperiksaan.
3.6 Menyemak dan merekodkan kehadiran calon di bilik-bilik peperiksaan.
3.7 Memastikan Pengawas Lapor Diri membacakan arahan umum keselamatan
peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri.
3.8 Memastikan Pengawas Makmal Peperiksaan membacakan arahan
keselamatan Ujian Amali Sains kepada calon di Makmal Peperiksaan.
3.9 Menyelia pengawasan di semua Makmal Peperiksaan.
15
3.10 Memaklumkan kepada calon dan PMP tentang errata (jika ada). Errata
3.11 hendaklah dibacakan secara lisan dan dicatatkan dengan jelas di papan tulis
3.12 atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh LP.
3.13 Mengumpulkan Laporan Penyelia Mata Pelajaran pada setiap sidang.
3.14
Memastikan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon bagi setiap sidang
dibungkus bersama-sama Laporan Penyelia Mata Pelajaran. Sampul bagi
setiap sidang dibungkus dalam satu sampul mengikut pusat peperiksaan
bersama-sama Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) mengikut
tatacara pembungkusan SJP yang sedang berkuat kuasa.
Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dan PK dari semasa ke semasa.
4.0 Pengawas Amali (PA)
4.1 Pengawas Amali (PA) terdiri daripada Pengawas Lapor Diri, Pengawas
Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin.
4.2
4.3 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
4.4
Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
4.5
Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
4.6 Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
4.7 Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
4.8 Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan
terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan.
4.9
Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan.
4.10
4.11 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
Peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
Berada di pusat Ujian Amali Sains sekurang-kurangnya setengah jam sebelum
prosedur peperiksaan bermula.
Sepanjang tempoh peperiksaan, PA tidak dibenarkan meninggalkan bilik-bilik
peperiksaan tanpa kebenaran KPA.
Memaklumkan kepada KPA sekiranya tidak dapat hadir bertugas.
PA hendaklah mengawasi calon-calon di dalam bilik-bilik Ujian Amali Sains
supaya tidak berhubung dengan calon-calon yang belum memulakan ujiannya
atau calon-calon yang sudah tamat menjalani ujian.
16
4.12 PA hendaklah memastikan tiada calon membawa masuk atau menggunakan
4.14 sebarang alat peranti elektronik dan barang larangan di bilik-bilik ujian.
4.15 PA tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh mengalih perhatian
daripada tugasnya seperti makan, minum, menggunakan alat peranti elektronik
4.16 dan seumpamanya.
4.17
4.18 Pengawas Lapor Diri hendaklah merekodkan kehadiran calon di Bilik Lapor Diri
4.19 sebelum tamat tempoh lapor diri bagi setiap sidang menggunakan senarai
4.20 nama yang disediakan oleh pusat peperiksaan.
4.21
4.22 Pengawas Lapor Diri hendaklah menyemak dokumen pengenalan diri calon
4.23 untuk memastikan calon yang sah sahaja menduduki ujian.
4.24
4.25 Pengawas Lapor Diri hendaklah membacakan arahan umum keselamatan
peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri.
4.26
Pengawas Lapor Diri hendaklah memastikan calon berada di Makmal
Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
Pengawas Lapor Diri bersama-sama Pengawas Makmal Peperiksaan
hendaklah mengiringi calon ke Makmal Peperiksaan.
Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah membacakan arahan keselamatan
Ujian Amali Sains di Makmal Peperiksaan.
Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengawasi setiap sidang Ujian
Amali Sains di Makmal Peperiksaan.
Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan PMP menjalankan
Amali Kawalan bagi setiap sidang.
Pengawas Kuarantin hendaklah mengiring calon dari Makmal Peperiksaan
ke Bilik Kuarantin sebaik tempoh Ujian Amali Sains tamat.
Pengawas Kuarantin hendaklah menyemak semula kehadiran calon yang telah
tamat Ujian Amali Sains di Bilik Kuarantin.
Pengawas Kuarantin hendaklah menahan atau melepaskan calon dari Bilik
Kuarantin mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Sidang dan setelah
mendapat kebenaran KPA.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
17
5.0 Penyelia Kanan Sains (PKS)
5.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
5.2
5.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
5.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
5.5 atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
5.6 Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
5.7 taklimat.
5.8
Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
5.9 Pengetua mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
5.10
Mengurus dan mengawal persediaan Makmal Peperiksaan bagi pusat
5.11 peperiksaan yang berkenaan.
5.12
5.13 Memastikan bahawa stok bahan Ujian Amali Sains adalah mencukupi
mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Senarai Awal.
Memastikan langkah-langkah keselamatan Ujian Amali Sains dipatuhi.
Menyimpan semua kunci Makmal Peperiksaan, Bilik Persediaan dan bilik stor
yang digunakan untuk Ujian Amali Sains di dalam almari besi berkunci di bilik
Pengetua.
Menyediakan jadual tugas dan menyelia tugas Penyelia Mata Pelajaran dan
Pembantu Makmal.
Memeriksa dan memantau persediaan pusat Ujian Amali Sains dalam tempoh
dua minggu sebelum peperiksaan dimulakan untuk memastikan semua
peraturan dan arahan telah dipatuhi dan dijalankan dengan sempurna.
Hanya boleh berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains
berlangsung.
Hanya boleh masuk ke dalam Makmal Peperiksaan dengan kebenaran KPA
apabila diperlukan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
6.0 Penyelia Mata Pelajaran (PMP)
6.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
6.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
6.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
18
6.4 Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
6.5 taklimat.
6.6
6.7 Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
6.8 Pengetua atau PKS mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
6.9
Menyediakan kelengkapan Ujian Amali Sains bagi mata pelajaran yang
6.10 berkenaan dengan betul dan selamat berpandukan Senarai Awal.
6.11
6.12 Menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains seperti yang terdapat dalam
6.13 Senarai Akhir dan Arahan Persediaan.
6.14 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains
6.15 mencukupi, sempurna dan selamat digunakan berpandukan Senarai Akhir.
Mengawal selia tugas Pembantu Makmal (PM).
Menjalankan Amali Kawalan bagi setiap sidang seperti diarahkan dalam
Arahan Persediaan di Bilik Persediaan atau di makmal lain yang berhampiran
yang juga dijadikan kawasan larangan.
Menyediakan Laporan Penyelia Mata Pelajaran untuk diserahkan kepada KPA.
Menerima errata (jika ada) daripada KPA untuk kegunaan Amali Kawalan.
Membantu KPA menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan
radas dan bahan dalam Ujian Amali Sains.
Memberi bantuan kepada calon di dalam Makmal Peperiksaan jika kesukaran
benar-benar berpunca daripada radas atau bahan (seperti yang dinyatakan
dalam Arahan Persediaan).
Tidak boleh berada di kawasan meja kerja calon kecuali ketika menjalankan
tugas yang dinyatakan dalam perkara 6.13.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
7.0 Pembantu Makmal (PM)
7.1 Menerima lantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
7.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
7.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
dan Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri
(LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.
19
7.4 Bertanggungjawab untuk:
7.4.1 membantu PMP menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains.
7.4.2 membantu PMP semasa Ujian Amali Sains dijalankan.
7.5 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains adalah
dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi.
7.6 Sentiasa berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung.
7.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.
8.0 Guru Bertugas Harian
8.1 Menerima lantikan daripada Pengetua.
8.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
8.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.
8.4 Bertanggungjawab untuk:
8.4.1 Mengumpulkan calon dan memastikan semua calon hadir mengikut
waktu dan sidang yang ditetapkan.
8.4.2 Memastikan semua calon membawa dokumen pengenalan diri.
8.4.3 Memastikan tiada calon yang membawa sebarang alat peranti
elektronik atau barang larangan ke dalam bilik peperiksaan.
8.4.4 Memastikan semua calon melapor diri kepada Pengawas Lapor Diri.
8.4.5 Memaklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kepada KPA.
8.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan KPA dari
semasa ke semasa.
20
BAHAGIACN C ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA
SEKOLAH, PENYELIA KANAN SAINS DAN
PENYELIA MATA PELAJARAN
1.0 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan
1.1 Pengetua dan PKS hendaklah memastikan Makmal Peperiksaan berada dalam
keadaan yang kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains.
1.2 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan yang digunakan untuk Ujian Amali
Sains hendaklah dikunci. Semua kunci tersebut hendaklah disimpan di dalam
almari besi berkunci di bilik Pengetua.
1.3 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan merupakan kawasan larangan dan
hendaklah ditutup dalam tempoh dua minggu sebelum Ujian Amali Sains.
1.4 Semua tingkap, pintu berkaca, jaring dan lubang udara pada dinding Makmal
Peperiksaan dan Bilik Persediaan berkenaan hendaklah ditutup dengan langsir
hitam atau kain berwarna gelap yang tebal atau kertas berwarna hitam yang
tebal untuk mengelakkan peralatan atau bahan-bahan yang disimpan atau
dipasang di dalam bilik tersebut dilihat dari luar makmal.
1.5 Peta, carta, model dan peralatan pengajaran sains dalam Makmal Peperiksaan
hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup sepanjang ujian dijalankan.
1.6 Menyediakan dua salinan pelan tempat duduk calon di dalam Makmal
Peperiksaan bagi menunjukkan susun atur kedudukan meja guru dan calon
semasa peperiksaan. Tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut angka
giliran. Pusat peperiksaan hendaklah memastikan salinan pelan tempat duduk
calon disediakan seperti yang berikut:
i. Salinan pertama ditampal di pintu masuk Makmal Peperiksaan;
ii. Salinan kedua dimasukkan ke dalam Buku Rekod Pengawasan.
1.7 Susun atur kedudukan calon hendaklah dipatuhi. (Lampiran Bil.1).
21
2.0 Senarai Awal
2.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Awal mengikut Jadual Kerja
Ujian Amali Sains (Lampiran Bil. 2) yang ditetapkan oleh LP.
2.2 Senarai Awal (Lampiran Bil. 3) ini hendaklah disimpan dalam almari besi
berkunci di bilik Pengetua dan dikeluarkan apabila hendak digunakan.
3.0 Arahan Persediaan
3.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Arahan Persediaan (Lampiran Bil. 4)
dan melaksanakan persediaan Ujian Amali Sains mengikut Jadual Kerja Ujian
Amali Sains yang ditetapkan oleh LP.
3.2 Arahan Persediaan dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik
Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa
dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan
yang dibekalkan oleh SPP JPN.
3.3 Setiap kali selepas digunakan, Arahan Persediaan, semua rajah, catatan dan
pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula
di dalam bilik Pengetua.
3.4 Pengeluaran dan penyimpanan Arahan Persediaan hendaklah direkodkan dan
disaksikan oleh Pengetua.
3.5 Arahan Persediaan ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi
berkunci di dalam bilik Pengetua.
22
4.0 Senarai Akhir
4.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Akhir (Lampiran Bil. 5)
mengikut Jadual Kerja Ujian Amali Sains yang ditetapkan oleh LP.
4.2 Senarai Akhir dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik
Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa
dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan.
4.3 Setiap kali selepas digunakan, Senarai Akhir, semua rajah, catatan dan
pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula
di dalam bilik Pengetua.
4.4 Pengeluaran dan penyimpanan Senarai Akhir hendaklah direkodkan dan
disaksikan oleh Pengetua.
4.5 Senarai Akhir ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi berkunci
di dalam bilik Pengetua.
5.0 Jadual Waktu Ujian Amali Sains
5.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Jadual Waktu Ujian Amali Sains
mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP.
5.2 Pusat peperiksaan hendaklah mematuhi sidang-sidang Ujian Amali Sains yang
telah ditetapkan oleh LP seperti pada Jadual Waktu Ujian Amali Sains.
(Lampiran Bil. 6: Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM).
5.3 Pusat peperiksaan hendaklah menyediakan jadual sidang yang khusus bagi
calon yang menduduki ujian untuk dua mata pelajaran dan tiga mata pelajaran
mengikut kapasiti makmal dan bilangan calon.
5.4 Sebarang perubahan sidang hendaklah mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan JPN.
23
6.0 Pergerakan calon
6.1 Guru Bertugas Harian hendaklah mengiring calon ke Bilik Lapor Diri mengikut
masa yang diperuntukkan dalam Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM.
6.2 Bilik Lapor Diri mestilah tidak terlalu jauh dari Makmal Peperiksaan supaya
calon tiba di Makmal Peperiksaan pada masa yang ditetapkan.
6.3 Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Lapor Diri mengiringi calon
ke Makmal Peperiksaan.
6.4 Selepas selesai menjalani ujian, Pengawas Kuarantin dan seorang Pengawas
Makmal Peperiksaan akan mengiringi calon ke Bilik Kuarantin.
6.5 Calon akan ditempatkan di Bilik Kuarantin sehingga tempoh kuarantin yang
ditetapkan tamat.
6.6 Senarai semak pergerakan calon boleh dirujuk di Lampiran Bil. 7.
7.0 Arahan Am
7.1 Kerja-kerja penyelengaraan dan pembinaan bangunan yang berhampiran
Makmal Peperiksaan perlu ditangguhkan sepanjang Ujian Amali Sains.
7.2 Sekiranya bilangan makmal di sesebuah sekolah tidak mencukupi, pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan JPN.
7.3 Pihak sekolah hendaklah memastikan semua perolehan radas dan bahan
adalah mematuhi kaedah perolehan yang sedang berkuat kuasa.
7.4 Pihak sekolah juga hendaklah memastikan bahan kimia dilupuskan dengan
mematuhi kaedah pelupusan yang sedang berkuat kuasa.
7.5 Pihak sekolah hendaklah menjaga kebajikan calon dalam semua aspek seperti
waktu solat, makan minum dan kemudahan tandas.
24
BAHAGIDAN D ARAHAN KESELAMATAN DAN
PENTADBIRAN PEPERIKSAAN
1.0 Penyerahan Dan Penyemakan Kertas Peperiksaan Di Bilik Kebal
1.1 KPA dan seorang PA hendaklah hadir awal di bilik kebal untuk mengambil
bekalan kertas peperiksaan. Semua urusan serah terima bekalan kertas
peperiksaan hendaklah dilaksanakan di ruang kerja.
1.2 KPA dan PA hendaklah menyemak bungkusan kertas peperiksaan yang
diserahkan olek PK seperti yang berikut:
1.2.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh.
1.2.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul
luar dan pada tingkap sampul adalah betul. Pastikan juga tanda
tetulang (spine tag) berada dalam keadaan sebaris.
1.2.3 Sampul kertas peperiksaan tersebut adalah untuk kegunaan di pusat
peperiksaan pada hari yang berkenaan.
1.2.4 Bilangan kertas peperiksaan cukup untuk calon berpandukan
maklumat yang tercatat dalam Borang Akuan Penyemakan dan
Penerimaan Kertas Peperiksaan (APPKP).
1.3 KPA dan PA hendaklah menandatangani borang APPKP setelah perkara 1.2
dilaksanakan dan didapati betul. Satu salinan borang APPKP diserahkan
kepada PK.
1.4 KPA hendaklah memasukkan sampul kertas peperiksaan yang telah disemak
ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan seal keselamatan (mouse
tail), merekodkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Buku
Rekod Pengawasan dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi sebuah kereta.
1.5 KPA dan PA hendaklah terus menuju ke pusat peperiksaan tanpa singgah
di mana-mana tempat dalam perjalanan.
2.0 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Di Pusat Peperiksaan
KPA hendaklah menyimpan karung keselamatan yang mengandungi kertas
peperiksaan bagi sidang berikutnya di dalam almari besi berkunci di Makmal
Peperiksaan Utama.
25
3.0 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon
3.1 Pengawas Makmal Peperiksaan dan PMP/PKS hendaklah menyemak nombor
siri seal keselamatan (mouse tail) dan memotong seal keselamatan (mouse tail)
3.2 karung di hadapan calon dalam Makmal Peperiksaan Utama. Rekodkan
3.3 maklumat berkaitan dalam Buku Rekod Pengawasan.
3.4
3.5 PMP/PKS hendaklah mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan
3.6 tersebut tidak diceroboh dan hanya untuk kegunaan di pusat peperiksaan yang
3.7 berkenaan.
3.8
3.9 Pengawas Makmal Peperiksaan kemudiannya memeriksa sampul kertas
3.10 peperiksaan di hadapan calon dalam makmal utama untuk mengesahkan
3.11 bahawa sampul kertas peperiksaan tidak diceroboh.
3.12
KPA membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam Makmal
Peperiksaan Utama.
Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menyemak sekali lagi maklumat
kod mata pelajaran adalah betul dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi.
KPA dan Pengawas Makmal Peperiksaan yang memeriksa sampul dikehendaki
menuliskan nama dan menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan
pada label sampul dan Buku Rekod Pengawasan.
Kertas Peperiksaan untuk kegunaan Makmal Peperiksaan lain hendaklah
dimasukkan ke dalam beg keselamatan sebelum dibawa ke Makmal
Peperiksaan selain dari Makmal Peperiksaan Utama.
KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas
peperiksaan kepada semua calon dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di bahagian atas.
Sebaik sahaja kertas peperiksaan diedarkan, KPA atau Pengawas Makmal
Peperiksaan hendaklah membuat pengumuman meminta calon menyemak
kertas peperiksaan.
Calon diminta mengangkat tangan dengan segera dan memaklumkan kepada
Pengawas Makmal Peperiksaan sekiranya terdapat kertas Peperiksaan yang
salah atau rosak atau cacat.
Mengambil semula kertas Peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat dan
membekalkan kertas Peperiksaan yang betul serta lengkap.
Menyimpan kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau di dalam almari besi
berkunci di Makmal Peperiksaan utama. KPA hendaklah menyediakan laporan
dan mengembalikan kertas peperiksaan tersebut kepada KPPK/KPP SPP
melalui PK.
26
4.0 Keselamatan Radas Dan Bahan
4.1 Maklumat yang disampaikan berhubung dengan Ujian Amali Sains hendaklah
dikawal dengan rapi supaya tiada kebocoran berlaku.
4.2 Radas dan bahan hendaklah disimpan mengikut SOP yang ditetapkan.
4.3 Radas dan bahan yang dikodkan, hendaklah dirujuk dengan kod sahaja dan
bukan nama yang sebenar.
4.4 Set radas dan bahan hendaklah disediakan mengikut bilangan calon berserta
set tambahan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ketika kecemasan.
5.0 Dokumen Pengenalan Diri Calon
5.1 PA hendaklah memastikan calon meletakkan dokumen pengenalan diri yang
bergambar di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang tempoh
peperiksaan berlangsung.
5.2 KPA atau PA boleh menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan
diri calon:
5.2.1 Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) bagi warganegara Malaysia;
5.2.2 MyPR dan MyKAS bagi bukan warganegara Malaysia;
5.2.3 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara;
5.2.4 Pasport Antarabangsa;
5.2.5 Lesen memandu; atau
5.2.6 Borang pengenalan Diri calon (LP/Am 118)
5.3 Bagi dokumen yang diragui kesahihannya, KPA hendaklah menyimpan cap jari
dan tandatangan calon dalam Buku Rekod Pengawasan untuk tindakan
susulan sekiranya perlu.
5.4 Pengawas Amali hendaklah memeriksa dokumen pengenalan diri calon
semasa peperiksaan bagi setiap sidang peperiksaan.
27
6.0 Waktu Ujian Amali Sains
6.1 Waktu ujian adalah tertakluk kepada Jadual Waktu Ujian Amali Sains yang
ditetapkan oleh LP (Lampiran Bil. 6). Sebarang pindaan adalah tidak
dibenarkan.
6.2 Calon hendaklah melaporkan diri di Bilik Lapor Diri di pusat peperiksaan
mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Ujian Amali Sains.
6.3 Calon tidak dibenarkan menduduki Ujian Amali Sains sekiranya calon tiba
selepas tamat tempoh melapor diri pada sidang berkenaan. KPA hendaklah
melaporkan kepada PK atau KPPK/KPP SPP untuk tindakan selanjutnya.
6.4 Calon sidang terakhir TIDAK dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya
mereka melaporkan diri di pusat peperiksaan SELEPAS tamat waktu kuarantin
yang ditetapkan. Laporan bertulis mengenainya hendaklah dibuat kepada
Pengarah Peperiksaan melalui KPPK/KPP SPP.
6.5 Calon Berkeperluan Khas (CBK) diperuntukkan menduduki Ujian Amali Sains
pada sidang terakhir di sesuatu pusat peperiksaan.
7.0 Laporan Kehadiran Calon
7.1 Kehadiran calon hendaklah direkodkan di semua bilik peperiksaan iaitu Bilik
Lapor Diri, Makmal Peperiksaan dan Bilik Kuarantin.
7.2 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon di Makmal Peperiksaan bagi
setiap sidang dengan menggunakan aplikasi e-Kehadiran.
7.3 KPA hendaklah memastikan maklumat yang sedia ada dalam aplikasi
e-Kehadiran tidak dipinda.
7.4 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon dengan betul dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Perkara yang berikut hendaklah dipatuhi:
7.4.1 Bagi pengguna Android, KPA hendaklah memuat turun aplikasi
e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) pada telefon pintar. Manakala bagi
pengguna iOS, KPA perlu melayari laman sesawang
https://elp.moe.gov.my.
7.4.2 Pilih Log Masuk dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang
diberikan oleh KPPK/KPP SPP.
7.4.3 Hanya calon pusat peperiksaan asal yang TIDAK HADIR sahaja
ditanda dalam aplikasi e-Kehadiran.
7.4.4 Kehadiran dan maklumat calon tercicir, calon menumpang dan calon
bantahan direkodkan dalam aplikasi e-Kehadiran.
28
7.5 KPA hendaklah memastikan bahawa jumlah calon yang hadir dan tidak hadir
di sesebuah pusat peperiksaan dikira berdasarkan rekod calon yang
disediakan oleh pusat peperiksaan atau KPPK/KPP SPP.
8.0 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
8.1 KPA hendaklah menggunakan SATU Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29) untuk merekodkan pergerakan calon bagi keseluruhan sidang
di sesuatu pusat peperiksaan.
8.2 KPA hendaklah memastikan boring LP/Am 29 diisi dengan lengkap dan
dijumlahkan dengan tepat bagi keseluruhan sidang. Borang ini penting untuk
mengesan:
8.2.1 Calon hadir;
8.2.2 Calon tidak hadir;
8.2.3 Calon tercicir;
8.2.4 Calon menumpang;
8.2.5 Calon bantahan;
8.2.6 Calon berkeperluan khas.
8.3 KPA hendaklah meletakkan salinan pertama borang LP/Am 29 di atas SJP
di dalam sampul bungkusan SJP pusat berkenaan.
8.4 KPA hendaklah memasukkan salinan kedua borang LP/Am 29 ke dalam Buku
Rekod Pengawasan.
8.5 KPPK/KPP SPP hendaklah menghantar dokumen berikut kepada LP
selewat-lewatnya tiga hari selepas tamat peperiksaan:
i. Buku Rekod Pengawasan kepada KPPK Unit Menengah Atas.
ii. Salinan kedua Borang LP/Am 29 kepada KPP Unit Maklumat dan
Pemprosesan Keputusan.
9.0 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)
9.1 KPA hendaklah merujuk Jadual Pengiriman SJP Ujian Amali Sains bagi tujuan
menghantar bungkusan SJP.
9.2 JPSJP yang mengandungi maklumat kertas Peperiksaan dan alamat
penghantaran bungkusan merupakan dokumen terperingkat SULIT.
9.3 KPA hendaklah menyimpan JPSJP di tempat yang selamat dan
mengembalikannya kepada KPPK/KPP SPP setelah tamat peperiksaan.
29
10.0 Penerangan Kepada Calon
Calon hendaklah diberi penerangan mengenai peraturan dan larangan di pusat
peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
10.1 Pengetua memberi penerangan kepada calon sebelum Ujian Amali Sains:
i. Calon-calon diingatkan tentang arahan dan amaran yang terkandung
dalam Jadual Waktu Peperiksaan.
ii. Sebarang alat peranti elektronik adalah TIDAK DIBENARKAN dibawa
masuk ke dalam mana-mana bililk Ujian Amali Sains.
iii. Calon-calon hendaklah dinasihatkan berpakaian kemas dan sesuai
(calon-calon sekolah memakai pakaian seragam lengkap) dan
sentiasa mengikut tatatertib dalam peperiksaan.
iv. Calon-calon diingatkan supaya sampai ke Bilik Lapor Diri lebih awal
sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
v. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk sebarang catatan
sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti
buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu
Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, bekas alat tulis
dan beg ke dalam Makmal Peperiksaan kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan.
vi. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk telefon bimbit,
alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, ke dalam bilik-bilik Ujian
Amali Sains kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa
peperiksaan.
vii. Calon-calon diingatkan bahawa sebarang kes salah laku yang dikesan
oleh petugas peperiksaan akan dilaporkan kepada Pengarah
Peperiksaan. Jika didapati bersalah, keputusan bagi kertas
peperiksaan berkenaan akan dibatalkan.
10.2 PA hendaklah:
i. membaca arahan, larangan dan peraturan peperiksaan seperti yang
tertera pada Jadual Waktu Peperiksaan kepada calon ketika di Bilik
Lapor Diri dan di Makmal Peperiksaan (Lampiran Bil. 8).
membaca Arahan Keselamatan Ujian Amali Sains di dalam Makmal
Peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan (Lampiran Bil. 9).
30
10.3 Perkara yang berikut perlu dimaklumkan sebelum sidang peperiksaan
dimulakan:
i. Calon diingatkan supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan
yang diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup
bilangan halaman atau kurang soalan, calon hendaklah memaklumkan
kepada PA dengan serta-merta.
ii. Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan nombor
pengenalan diri pada kertas peperiksaan.
iii. Calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku.
iv. Calon diingatkan supaya tidak membawa masuk barang larangan
ke dalam Makmal Peperiksaan.
v. Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah
dicatatkan di papan tulis.
10.4 Semasa peperiksaan sedang berjalan, PA tidak dibenarkan membuat
10.5 sebarang pengumuman kecuali 10 minit sebelum tamat masa peperiksaan.
10.6
Pada akhir masa kertas peperiksaan, PA hendaklah mengarahkan calon untuk
berhenti menulis.
PA menyemak semua SJP yang telah dikutip dan menyerahkan kepada KPA.
11.0 Pengurusan di Makmal Peperiksaan
11.1 Sebelum Sesi Peperiksaan
11.1.1 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan
apabila semua calon telah mengambil tempat di dalam Makmal Peperiksaan.
11.1.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menggunakan 10 minit sebelum
peperiksaan dimulakan untuk membacakan arahan keselamatan Ujian Amali
Sains dan memberikan penerangan kepada calon tentang jarak antara calon
dan had pergerakan calon semasa menjalankan ujian.
31
11.2 Semasa Sesi Peperiksaan
11.2.1 Selepas setengah jam peperiksaan dijalankan, KPA atau PA hendaklah
menyemak dan merekodkan kehadiran calon.
11.2.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan setiap calon
menjawab dalam kertas peperiksaan yang dibekalkan oleh LP.
11.2.3 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengisi angka
giliran, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod kertas
peperiksaan pada kertas peperiksaan.
11.2.4 Calon diarahkan menyemak radas dan bahan yang telah disediakan. Calon
hendaklah memastikan bahawa radas dan bahan mencukupi seperti yang
disenaraikan dalam kertas peperiksaan. Masa yang diperuntukkan ialah
5 minit bagi setiap soalan yang perlu dijawab.
11.2.5 Bagi calon yang tidak hadir pada mana-mana sidang Ujian Amali Sains, KPA
hendaklah:
a) menyediakan sehelai Helaian Tambahan dan mengisi maklumat angka
giliran calon, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod
kertas peperiksaan.
b) menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang,
menandatangani dan menulis nama KPA atau Pengawas Amali pada
Helaian Tambahan tersebut.
c) menyusun Helaian Tambahan ini bersama SJP calon yang hadir
mengikut urutan dalam sampul SJP bagi sidang yang didudukinya.
11.2.6 d) mengambil kira Helaian Tambahan ini sebagai SJP calon tidak hadir
semasa mengisi ruang berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku
Rekod Pengawasan.
Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon tahanan dan
calon berkeperluan khas, KPA hendaklah:
a) menyusun SJP calon tersebut pada kedudukan paling atas bungkusan
bagi sidang yang berkenaan;
b) mengambil kira SJP ini sebagai SJP calon hadir semasa mengisi ruang
berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku Rekod Pengawasan.
11.2.7 Bagi calon yang hadir tetapi tidak menjawab, KPA hendaklah membuat
catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang,
menandatangani dan menulis nama pada Helaian Tambahan atau kertas
peperiksaan calon berkenaan.
32