Fatwa No. 25560
Boleh Bersetubuh Tanpa Had Pada Malam Bulan Ramadhan
Pertanyaan: Saya baru menikah dua bulan lalu. Dan ketika ini adakah saya boleh
mengurangkan persetubuhan dengan suami saya pada bulan Ramadhan dengan hanya
melakukannya dua kali seminggu? Adakah mengeluarkan air mani bukan di dalam faraj
isteri hukumnya haram? Bilakah saya harus bersuci pada bulan Ramadhan, sebelum
waktu subuh atau sebelum waktu zohor?
ÜFatwa: Allah berfirman,
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-
isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka”.
(Al-Baqarah : 187)
Berdasarkan ayat ini, maka pasangan suami isteri boleh melakukan persetubuhan pada
malam bulan Ramadhan tanpa batasan, semuanya bergantung pada keinginan mereka
berdua. Sedangkan mengeluarkan air mani di luar faraj ketika bersetubuh hukumnya
boleh selama mana dengan keredhaan kedua-dua belah pihak. Inilah yang dikenali
dengan nama azl (mengeluarkan air mani di luar faraj).
ÌDalam ash-Sahihain daripada Jabir, dia berkata, “Pada zaman Nabi kami
melakukan azl dan ketika itu Al-Quran sedang diturunkan”.
Manakala bersuci daripada junub pada bulan Ramadhan harus dilakukan di dalam
rangkaian waktu di mana dia boleh melaksanakan solat fajar dan belum terkeluar dari
waktu solat. Jadi tidak boleh menangguhkan mandi tanpa adanya uzur.
36
Jika sudah menginjak waktu pagi dan dia
masih dalam keadaan junub, maka hal itu
tidak memberi kesan pada puasanya,
kerana dalam Ash-Sahihain daripada
Ummu Salamah dikatakan bahawa di pagi
Ìhari Nabi
dalam keadaan junub daripada
jimak, lalu baginda mandi dan berpuasa. Dalam
salah satu riwayat dinyatakan bahawa baginda
tidak mengqadha puasanya.
Manakala menangguhkan mandi hingga keluarnya waktu solat fajar atau sampai
sebelum zohor, maka hukumnya tidak boleh kerana bererti mengakhirkan solat dari
Üwaktu asalnya. Jelas ini adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah yang
menyuruh kita untuk melaksanakan solat pada waktunya di mana dia berfirman,
“Maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-
orang yang beriman, yang tertentu waktunya”.
(An-Nisa : 103)
Fatwa No. 3735
Wajib Mandi Ketika Zakar Sudah Dimasukkan Ke Dalam Faraj Atau Ketika Keluar Air Mani
Pertanyaan: Suami menyetubuhi isterinya dengan menggunakan kondom dan
tidak terjadi iylaj (memasukkan zakar ke dalam faraj) tetapi mengeluarkan air mani.
37
Sedangkan isterinya tidak mengalami klimaks sama sekali dan tidak mengeluarkan
cecair, jadi apakah isteri wajib mandi atau tidak?
Fatwa: Jika suami telah memasukkan kepala zakarnya ke faraj isterinya, maka kedua-
duanya sudah wajib mandi. Baik kedua-duanya klimaks mahupun tidak atau hanya salah
seorang sahaja yang klimaks. Ini berdasarkan pada hadith di dalam Ash-Sahihain dan
ä Ìal Musnad daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda, “Jika seorang lelaki
duduk di kawasan peha isterinya, lalu menyetubuhinya (dengan atau tanpa
mengeluarkan air mani) maka dia telah wajib mandi.” Imam Muslim dan Ahmad
menambahkan matan, “Walaupun tidak klimaks.”
Dalam keadaan seperti ini, penggunaan kondom tidak memberi kesan. Manakala jika
kepala zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj, maka tidak wajib mandi kecuali jika terjadi
klimaks dan yang wajib mandi adalah yang mengalami klimaks saja.
Fatwa No. 38250
Mencari Kenikmatan Yang Dibolehkan Dan Yang Diharamkan
Pertanyaan: Adakah wanita yang tidak menikah diharamkan atau tidak berhak untuk
mencari kenikmatan?
Fatwa: Kami tidak tahu apa yang dimaksudkah dengan hak wanita yang tidak menikah
Üuntuk mencari kenikmatan. Jika yang dimaksudkan adalah mencari kenikmatan dengan
sesuatu yang dihalalkan Allah , seperti dalam hal pakaian, makanan dan yang
seumpama dengannya, maka tidak ada perbezaan bagi wanita yang menikah mahupun
yang belum.
ÜAllah berfirman,
38
“Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan
Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-
benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya
itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman)
dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang
beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami
satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui”.
(Al-A’raf : 32)
ÜJika yang dimaksudkan adalah mencari kenikmatan dengan sesuatu yang haram, seperti
berzina, maka sudah pasti haram. Allah berfirman,
“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka
menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada
limpah kurniaNya”
(An-Nur : 33)
ÜDalam ayat ini Allah menyuruh orang yang belum mampu menikah untuk bersabar
Üdan menjaga kesucian dirinya sehingga Allah
memberikan kemudahan kepada
mereka untuk mengeluarkan dorongan nafsu syahwat yang ada sesuai dengan tuntutan
syarak. Mereka tidak boleh mengambil kaum lelaki sebagai kekasihnya ataupun teman
hidupnya (tanpa ikatan pernikahan).
39
Fatwa No. 49362
Suami Boleh Melihat Seluruh Tubuh Isterinya
Pertanyaan: Saya adalah seorang pemuda yang mana pada ketika ini sedang
mempersiapkan kelengkapan rumah untuk pernikahan saya. Setelah saya membeli
kelengkapan bilik tidur dengan gaya moden di mana almari dan tandasnya mempunyai
banyak cermin, sebahagian orang memperingatkan saya bahawa hiasan bilik tersebut
masih mengandungi perkara yang haram disebabkan adanya cermin tersebut. Dengan
adanya cermin itu, saya dan isteri saya dapat melihat bentuk tubuh masing-masing di
cermin di dalam keadaan telanjang ketika melakukan persetubuhan. Perkara ini dapat
membuatkan kami diganggu jin atau menyebabkan kami terpersona untuk melakukan
gaya yang buruk ketika kami melihat diri kami telanjang dengan cara seperti itu.
Fatwa: Setiap pasangan suami isteri boleh melihat seluruh tubuh
pasangannya masing-masing. Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa
Sulaiman bin Musa pernah ditanya tentang suami yang melihat
faraj isterinya, lalu Sulaiman berkata,”Aku bertanya kepada
Athaa. Maka Athaa berkata,”Aku bertanya kepada Saidatina
ß ßAisyah dan Saidatina Aisyah menuturkan hadith yang
Ìmenyebutkan dirinya mandi bersama dengan Nabi dari
satu tempat air. Dan inilah asas permasalahannya.
Ibnu Urwah Al-Hanbali dalam kitab Al-Kawakib berkata,
“Suami isteri masing-masing boleh melihat dan menyentuh
seluruh tubuh pasangannya hingga faraj sekalipun dengan
berdasarkan pada hadith ini. Ini kerana suami boleh mencari
kenikmatan dengan faraj isterinya, maka dia pun boleh
melihat dan menyentuhnya seperti mana anggota
tubuhnya yang lain”
Adapun tentang melihat auratnya sendiri, sebahagian ulamak
menghukumkan sebagai makruh tanpa membezakan adakah
dia melihatnya secara langsung ataupun dengan melalui
cermin. (Lihat fatwa nombor 13572) (Muka surat: 82)
Berdasarkan hal ini, meletakkan cermin di bilik tidur hukumnya
makruh jika boleh menyebabkan pasangan suami isteri
40
melihat auratnya masing-masing, jadi bukan kerana dapat merangsang ghairah seks
kerana rangsangan itu tidak membahayakan selama mana kedua-dua belah pihak
dapat memuaskan ghairah seks pasangannya.
Apa yang anda katakan bahawa hal itu dapat mengakibatkan adanya gangguan
jin, kami tidak mempunyai pengetahuan tentang hal ini. Hanya sahaja, jika memang
ada, maka dapat dihindari dengan membaca zikir khusus pada waktu pagi dan petang
serta membaca doa sebelum tidur, seperti ayat kursi, al-muawwiza-taini dan sebagainya.
Fatwa No. 71322
Bertayamum Kerana Berjunub Disebabkan Cuaca Sejuk
Pertanyaan: Saya seorang lelaki yang sudah bernikah dan Alhamdulillah saya
menunaikan kewajipan-kewajipan agama. Namun saya mengabaikan (mengurangi)
kewajipan saya terhadap isteri disebabkan cuaca yang sejuk kerana saya takut
untuk mandi dalam keadaan udara yang sejuk. Perlu diketahui bahawa saya bekerja
pada waktu pagi dan kembali ke rumah waktu petang. Saya juga menunaikan solat
berjemaah. Pertanyaan saya ialah adakah mungkin saya boleh menjalani kehidupan
suami isteri secara biasa dan hanya melakukan tayamum selama satu atau dua hari? Ini
disebabkan saya malu jika bertayamum di hadapan teman-teman saya.
Fatwa: Persetubuhan itu bergantung pada bangkitnya syahwat dan kemampuan
seseorang. Namun jika suami khuatir isterinya akan terheret pada perbuatan yang
Üdiharamkan Allah ketika tidak disetubuhi, maka ketika itu juga ia harus menjaga
kesucian diri isterinya. Orang yang bersetubuh tidak boleh meninggalkan mandi junub
dan cukup melakukan tayamum, sedangkan air masih ada. Adapun rasa sejuk dapat
diatasi dengan memanaskan air terlebih dahulu, kecuali dia berada di tengah padang
pasir dan seumpama dengannya sehingga tidak
boleh memanaskan air dan takut mengalami
kebinasaan atau ditimpa bahaya
yang diambil kira oleh syarak.
Dalam situasi seperti ini, barulah
dia boleh bertayamum.
Manakala jika ketika tidak
ada air dia ingin
menyetubuhi isterinya,
ulama Malikiyah
berpendapat bahawa dia
tidak boleh melakukannya. Sedangkan
41
ulamak Syafiiiyyah dan kebanyakan ahli ilmu berpendapat, dia boleh melakukannya.
Imam Syamsuddin Ar-Ramali dalam kitab Nihayah Al-Muhtaj berkata, “Suami boleh
menyetubuhi isterinya ketika waktu solat sudah masuk walaupun dia tahu tidak ada air.
Dalam situasi ini dia boleh bertayamum dan solat tanpa harus mengulangi solatnya”.
Fatwa No. 75269
Hukum Meraba Tubuh Isteri Yang Sedang Solat
Pertanyaan: Kita tahu bahawa suami berhak mencari kenikmatan dengan isterinya pada
bila-bila masa sahaja. Namun pertanyaannya adalah adakah boleh suami melakukan
perbuatan itu ketika isteri sedang solat (misalnya dengan meraba tubuhnya). Si isteri
sudah memberitahu kepada suaminya berkali-kali bahawa ia mengganggu solatnya dan
menghilangkan kekhusyukannya. Si isteri memberitahu kepada suaminya bahawa dia
Ütidak bertanggungjawab atas perbuatannya di hadapan Allah . Adakah perkara ini
cukup menjadi keuzuran bagi isteri, ataupun dia juga dianggap turut bersubahat dengan
suami dalam melakukan dosa? Perlu diketahui bahawa suaminya seorang multazim
(komited melakukan amalan agama) dan tidak mendekati perbuatan haram dan
mungkar.
Fatwa: Dalam membicarakan masalah ini, ianya boleh dilihat daripada dua segi:-
Pertama, daripada segi rosak atau tidaknya solat dengan perbuatan ini. Perkara ini
berdasarkan pada perselisihan tentang batal atau tidaknya wuduk dengan persentuhan.
Kedua, daripada segi dosa atau tidaknya melakukan perbuatan ini. Di sini harus dibezakan
antara solat fardhu dan sunat. Jika solat fardhu, maka jelas suami berdosa. Sebab dia
tidak boleh merosakkan solat fardhu setelah tiba waktunya. Perbuatan ini juga termasuk
mengganggu orang yang sedang solat dan ini hukumnya haram. Sebab ada nas yang
melarang seseorang melintas di hadapan orang yang sedang solat kerana dapat
mengganggu solatnya. Dalam Al-Majmuk, Imam An-Nawawi berkata, “Para pengkaji
daripada kalangan ahli fiqh dan ahli hadith menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan
dengan memutuskan di sini adalah memutuskan kekhusyukan dan zikir kerana disibukkan
dan perhatiannya dialihkan olehnya, bukan kerana perbuatan tersebut merosakkan solat”.
Jadi, bagaimanakah dengan hukum menyentuh, jika melintasi sahaja sudah dihukumkan
mengganggu orang yang solat?
42
Manakala jika solat sunat, isteri tidak boleh sibuk dengan solat sunat sedangkan suaminya
memerlukannya. Jika dia terus melaksanakan solat sunat, dia berdosa. Manakala suami
boleh mencegah ibadah sunat isterinya kerana hak suami adalah wajib dan yang
wajib harus didahulukan daripada yang sunat. Ketika menjelaskan kenyataan penulis
kitab Mukhtashar Khalil yang berbunyi, “Isteri tidak boleh melakukan ibadah sunat saat
suaminya memerlukannya”, Al-Kharasyi berkata dalam Syarahnya, “Maksudnya, isteri
tidak berhak melakukan puasa sunat atau amalan sunat yang lain ketika suaminya
memerlukannya. Jika isteri tetap melakukannya, suami boleh terus membatalkan
puasa isterinya dengan menyetubuhinya, bukan lagi dengan makan dan minum,
meskipun isteri telah meminta izin suaminya (sebelum itu). Jika suami berkata, ‘Jangan
puasa’, lalu ternyata isterinya berpuasa, maka suami boleh menyetubuhinya jika dia
menginginkannya. Begitu juga ketika suami mengajaknya ke atas katil ketika isteri
melakukan takbiratul ihram untuk solat sunat. Ketika itu, suami boleh memutuskan solatnya
dan menarik isterinya kepadanya”.
Al-Bahauti Al-Hanbali berkata dalam kitab Kasyaf Al-Qina, “Boleh mengeluarkan isteri
daripada ibadah sunat kerana hak suami. Sebab hak suami adalah wajib dan wajib harus
didahulukan ke atas sunat. Berbeza halnya jika perkara itu adalah ibadah wajib”.
Ar-Rahibani Al-Hanbali berkata dalam Mathalib Aula An Nahyi,
“Orang yang sedang solat sunat harus menjawab panggilan
kedua-dua orang tuanya demi menjaga hak mereka
berdua dan berbuat baik kepada keduanya. Isteri harus
keluar (membatalkan) daripada solat sunatnya untuk
memenuhi hak suami kerana memenuhi panggilan
suami adalah wajib bagi
isterinya”.
43
Fatwa No. 47824
Mencari Kenikmatan Tanpa Keluar Air Mani Tidak Wajib Mandi
Pertanyaan: Saya tidak faham makna hadith :-
Maka adakah jika suami saya mencari kenikmatan dengan faraj dan payudara saya
tanpa memasukkan zakarnya, saya wajib mandi?
äFatwa: Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith ini daripada Abu Hurairah
Ìbahawa Rasulullah bersabda :-
“(baina syuabiha) sebagaimana dalam kitab Ad Dibaj Ala Muslim adalah kedua-dua
kaki dan tangannya. Terdapat juga yang memberi makna di antara kedua kaki dan
pahanya. Ada pula yang mengertikan di antara kedua-dua kaki dan bibir kemaluannya.
Al-Qadhi memberi makna sebagai empat bahagian sisi faraj. Jadi erti hadith di atas
adalah, “Jika seseorang duduk di antara kedua-dua kaki dan tangannya, lalu
menekannya (menempelkan zakar pada faraj), maka dia telah wajib mandi.” Sedangkan
jika hanya mencari kenikmatan tanpa melakukan persetubuhan dan tidak mengeluarkan
air mani, maka dia tidak wajib mandi. (Lihat fatwa nombor 14342) (Muka surat: 48)
Fatwa No. 55847
Isteri Melakukan Pemanasan Sendiri
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya perbuatan wanita yang mencari kenikmatan
dirinya sendiri ketika akan bersetubuh dengan meletakkan tangannya di kawasan dada
dan kadangkala di bibir faraj tanpa memasukkannya, di mana semua ini dilakukan agar
dia boleh mencapai klimaks ketika suami tidak boleh melakukan apa yang seharusnya
dilakukan. Adakah perbuatan ini termasuk dalam kategori onani yang diharamkan?
Perlu diketahui bahawa dia tidak boleh klimaks kecuali dengan cara seperti ini kerana
suaminya lemah, atau dia ingin mencari kenikmatan dengan cara tertentu supaya boleh
klimaks, namun tidak dipenuhi oleh suami.
44
ÌFatwa: Pertamanya, kami ingin nasihatkan kepada para suami untuk mengamalkan
sabda Nabi , “Jika salah seorang daripada kalian menyetubuhi isterinya, maka
bersedekahlah kepadanya. Jika dia telah menunaikan hajatnya sedangkan isterinya
belum, maka janganlah tergesa-gesa untuk mengakhirinya sehingga isteri menunaikan
hajatnya”. Dalam Majmak Az-Zawaaid, Al-Haithami berkata, “Hadith ini diriwayatkan oleh
Abu Ya’la. Pada sanadnya ada perawi yang tidak disebutkan. Adapun perawi lainnya
thiqah. Suami harus berusaha untuk membuatkan isterinya mencapai klimaks. Jika dia
mengalami ejakulasi awal, carilah jalan penyelesaiannya. Di antara perkara yang dapat
membantu suami menunaikan tugasnya adalah dengan mencari kenikmatan kepada
isteri sebelum bersetubuh supaya ghairahnya bangkit.
Berkaitan dengan masalah isteri yang mencari kenikmatan dirinya sendiri di kawasan dada
ketika suami menyetubuhinya, hukumnya boleh. Sedangkan, jika mencari kenikmatan
dengan meletakkan tangannya pada faraj, maka ini termasuk onani yang diharamkan.
Dia boleh mencari kenikmatan dirinya sendiri dengan menggunakan tangan suaminya.
Jika ini yang dilakukan, maka ianya termasuk dalam kategori onani yang dibolehkan.
Dalam Tuhfah Al-Muhtaj, saat mendefinisikan onani atau melancap, Ibnu Hajar
Al-Haithami berkata, “Istimnak adalah mengeluarkan air mani dengan cara yang haram
tanpa melakukan persetubuhan, iaitu dengan menggunakan tangannya sendiri. Atau
dengan cara yang mubah (harus), iaitu dengan menggunakan tangan suami”.
45
Fatwa No. 1049
Wanita Wajib Mandi Junub Ketika Bersetubuh Dan Mimpi Basah
Pertanyaan: Apakah yang mewajibkan wanita mandi junub?
Fatwa: Wanita wajib mandi junub disebabkan dua faktor:
Pertama, berlakunya persetubuhan di mana kedua organ seksual bertemu dan kepala
zakar telah masuk ke dalam faraj, meskipun tidak keluar air mani. Dalam situasi ini, wanita
dan lelaki sama-sama wajib mandi. Kedua, keluar air mani kerana mimpi atau mencari
kenikmatan.
ÌDalil untuk sebab pertama adalah hadith di dalam Ash-Sahihain bahawa Nabi
bersabda, “Jika seseorang duduk di antara kedua-dua kaki dan tangannya, lalu
menekannya (menempelkan zakar ke faraj), maka dia telah wajib mandi.” Dalam riwayat
ÌMuslim ada tambahan teks (matan), “Meskipun tidak keluar air mani”. Nabi juga
bersabda, “Jika dua alat kelamin bertemu dan kepala zakar telah ditutup, maka telah
wajib mandi.”
Di samping itu, dalil untuk faktor kedua adalah hadith riwayat Bukhari daripada Ummu
ÌSalamah, bahawasanya Ummu Sulaim berkata, “Wahai Nabi , sesungguhnya
ÜAllah tidak malu dengan kebenaran. Adakah wanita wajib mandi ketika dia mimpi?”
ÌNabi menjawab, “Ya, jika dia melihat cecair (mani)”. Ummu Salamah pun tertawa,
Ìlalu bertanya, “Adakah perempuan boleh mimpi basah?” Nabi
bertanya balik
kepadanya, “Mirip siapakah anaknya nanti?” Dalam Sunan Abu Dawud, diriwayatkan
ä Ìdaripada Anas
bahawa Nabi bersabda, “Jika dalam tidurnya seseorang
wanita itu menemui apa yang ditemui lelaki, maka dia wajib mandi”.
Fatwa No. 2148
Pelbagai Cecair Yang Keluar Daripada Lelaki Dan Wanita
Pertanyaan: Apakah cecair yang keluar daripada wanita dan lelaki dan cecair manakah
yang mewajibkan mandi? Bilakah wanita menjadi junub? Apakah hanya setelah
bersetubuh sahaja?
46
Fatwa: Wanita mengeluarkan cecair yang dikenali dengan al-ifrazat al-mahbili (getah
faraj). Wanita juga mengeluarkan cecair yang dikenali dengan air mani. Cecair ini
mewajibkannya untuk mandi. Dalilnya dengan hadith yang diriwayatkan oleh Asy
ÌSyaikhani bahawa Ummu Sulaim bertanya kepada Nabi , “Adakah wanita harus mandi
Ìketika bermimpi?” Nabi
menjawab, “Jika dia melihat air (mani)”. Wanita menjadi
orang yang junub (wajib mandi) ketika berada pada salah satu daripada dua situasi
berikut: Pertama, ketika disetubuhi suaminya meskipun tidak keluar air mani. Kedua, ketika
mimpi basah.
Lelaki juga mengeluarkan air mani yang menurut pendapat paling sahih hukumnya suci.
Orang yang keluar air mani wajib mandi. Lelaki juga mengeluarkan air mazi ketika dia
mencari kenikmatan bersama isterinya atau kerana sebab lain. Ulamak sepakat bahawa
cecair ini hukumnya najis dan orang yang mengeluarkan cecair ini harus membasuh
kemaluannya atau bahagian tubuh lain yang terkena cecair tersebut. Jika cecair ini
terkena pakaian, ada dua pendapat tentang cara menyucikannya:
Pendapat pertama, pakaian itu harus dicuci, ini adalah pendapat jumhur ulamak.
Pendapat kedua, pakaian itu cukup dipercikkan air sahaja. Perkara ini berdasarkan hadith
Ìriwayat At-Tirmidzi daripada Sahl bin Hanif yang mengadu kepada Nabi tentang
kesusahan yang dialaminya kerana air mazi. Sahl bertanya, “Bagaimanakah dengan
cairan yang mengenai pakaianku?” Nabi menjawab, “Kamu cukup mengambil air satu
cedokan tangan, lalu percikkanlah ke pakaianmu sampai kelihatan air itu mengenai air
mazi”.
Lelaki juga mengeluarkan cecair yang dinamakan wadi, iaitu cecair yang keluar
setelah kencing. Hukum cecair ini adalah najis. Cara membersihkannya sama dengan
membersihkan air kencing.
Fatwa No. 239
Memasukkan Zakar Ke Dubur Tanpa Disengajakan
Pertanyaan: Seorang suami menyetubuhi isterinya dan di tengah-tengah persetubuhan
tanpa disengajakan, dia memasukkan zakarnya ke dubur isterinya, adakah dia berdosa?
Dan apakah yang harus dilakukannya?
47
Fatwa: Jika dia terus mencabut zakarnya, Insya Allah dia tidak berdosa kerana dia tidak
Überniat melakukannya. Firman Allah ,
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah.
(Al-Baqarah : 286)
Di samping itu, jika dia meneruskannya sedangkan dia mengetahui hukumnya, bererti
dia melakukan dosa besar, kerana ada riwayat yang kandungannya membawa maksud
melaknat orang yang melakukan perbuatan seperti ini. Disebabkan itu, dia harus
bertaubat, beristighfar dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi.
Fatwa No. 14342
Hakikat Mencari Kenikmatan Yang Mengharuskan Mandi
Pertanyaan: Adakah mandi junub diwajibkan ketika keluarnya cecair, namun tanpa
melakukan persetubuhan atau terjadinya persentuhan antara organ seksual suami dan
isteri? Saya seorang wanita yang kadangkala mengeluarkan cecair akibat mencari
kenikmatan oleh suami saya, namun tanpa melakukan persetubuhan.
Fatwa: Jika cecair yang keluar adalah air mani, maka anda wajib mandi. Namun jika
bukan, maka tidak wajib mandi. Mencari kenikmatan yang tidak disertai dengan keluarnya
cecair juga tidak mewajibkan mandi. Kecuali jika mencari kenikmatan itu disertai dengan
memasukkan zakar ke dalam faraj, bukan hanya persentuhan antara organ seksual
sahaja. (Lihat pula fatwa nombor. 1049, 3735 dan 2148) (Muka surat: 46, 37 dan 46)
48
Halangan
DALAM
PERSETUBUHAN
4
HALANGAN DALAM PERSETUBUHAN
Fatwa No. 9962
Mengatasi Kemandulan Secara Rohani Dan Jasmani
Pertanyaan: Saya sudah menikah dan mempunyai empat orang anak. Namun sejak
beberapa waktu yang lalu saya tidak mempunyai rasa minat terhadap wanita. Saya
sudah berusaha semampu saya untuk mengatasinya dengan berubat kepada beberapa
orang doktor jiwa, namun tiada hasilnya. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah
ini?
Fatwa: Untuk mengatasi masalah seperti ini pertama adalah dengan taat kepada Allah
Ü secara berterusan, mohon perlindungan kepadaNya dengan merendah diri, berdoa
Üdan terus-menerus beristighfar. Sebab Allah berfirman,
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala
urusannya”.
(At-Talaq : 4)
Dalam ayat lain dinyatakan,
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu”.
(Al-Mukmin : 60)
Ì ÜNabi juga bersabda, “Barangsiapa yang terus-menerus beristighfar, maka Allah
akan memberikan kepadanya jalan keluar daripada segala kesempitan dan memberikan
kelapangan daripada segala kegelisahan”. (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
52
Anda juga harus mengambil jalan perubatan secara jasmani iaitu dengan pergi
berjumpa doktor pakar untuk mengubati penyakit ini disertai dengan kesabaran dan
melakukan beberapa perkara yang dapat membantu anda dalam rawatan ini, seperti
menjauhkan diri daripada isteri selama beberapa hari secara berkala dengan pergi
ke suatu tempat atau lain-lain, sebab banyaknya pertemuan dengan isteri dapat
melemahkan keinginanmu terhadapnya. Menjamah makanan dan minuman yang
dapat menguatkan nafsu seks seperti makan halia, susu dicampur madu dan pelbagai
jenis makanan dan minuman yang lain yang secara klinikal dapat membangkitkan dan
menguatkan nafsu seksual. Selain itu, isteri juga dianjurkan berhias, mempercantikkan diri
dan menunjukkan rasa sayangnya dengan cara yang dapat membangkitkan ghairah
suami untuk bersetubuh dengan isteri, dengan cara yang baik. Jika anda tetap sahaja
tidak mempunyai hasrat kepadanya, maka anda sudah mendapatkan pahala daripada
penjagaan anda kepadanya dan usaha anda mencari nafkah untuk anak-anak serta
pelbagai kegiatan lain yang disyariatkan.
Fatwa No. 11658
Zakar Yang Pendek Tidak Mempengaruhi Persetubuhan
Pertanyaan: Masalah saya adalah alat kelamin saya pendek. Adakah saya dapat
bersetubuh dengan isteri saya tanpa sebarang masalah? Adakah saya dapat
menyetubuhinya dari arah belakang? Adakah perkara ini mengurangkan keperibadian
lelaki?
Fatwa: Pendeknya alat kelamin sepatutnya tidak menghalang anda untuk menikah,
sebab alat kelamin yang pendek tidak boleh menjadi penghalang bagi seseorang
untuk bersetubuh dan mencari kenikmatan antara suami isteri. Manakala jika maksud
pertanyaan anda, “Adakah saya dapat menyetubuhinya daripada belakang?” Adalah
memasukkan alat kelamin anda ke dalam faraj dari arah belakang, maka itu dibolehkan.
ÜSebab Allah berfirman,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al-Baqarah : 223)
53
Maksudnya: Dengan cara apa sekalipun yang anda inginkan, yang penting dilakukan di
tempat bercucuk tanam, iaitu faraj. Sedangkan jika yang dimaksudkan “belakang” di sini
adalah dubur, maka hukumnya haram dan sudah pasti tercela. (Baca pula fatwa nombor
8130) (Muka surat: 183)
Fatwa No. 31920
Boleh Bersetubuh Dengan Kehadiran Anak Yang Belum Berakal
Pertanyaan: Adakah boleh menyetubuhi isteri di hadapan anak saya yang baru berusia
sepuluh bulan? Berapakah had umur anak yang sudah tidak boleh melihat saya
bersetubuh? Mohon pembatasan umur itu dinyatakan dalam bentuk tahun.
Fatwa: Boleh menyetubuhi isteri di hadapan anak kecil yang belum berakal. Hal ini
ditetapkan oleh mazhab Hanbali dan segolongan ulamak. Penulis kitab Daqaiq berkata,
“Makruh hukumnya memperlihatkan atau memperdengarkan suara persetubuhan
kepada orang lain selain kepada anak yang belum berakal meskipun kedua-duanya
(suami isteri) menyetujuinya.” Maksud makruh di sini adalah ketika kedua-duanya
melakukan hubungan tersebut secara sembunyi-sembunyi daripada orang lain (misalnya
di dalam bilik), namun tetap dilihat atau didengar juga. Apatah lagi jika secara terbuka,
maka hukumnya haram. Tidak ada batasan usia tertentu untuk memastikan sama ada
berakal atau tidak seorang anak kecil kerana adanya perbezaan keadaan antara
seorang anak dengan anak yang lain.
Fatwa No. 40369
Lebih Baik Tidak Bersetubuh Ketika Anak Berada Di Sisi Meskipun Sedang Tidur
Pertanyaan: Adakah boleh suami menyetubuhi isterinya ketika anak mereka yang sedang
tidur berada di tengah-tengah mereka? Bagaimanakah jika dia hanya mempunyai
sebuah bilik sahaja?
Fatwa: Alangkah lebih baik jika tidak bersetubuh pada saat anak-anak berada di antara
kalian meskipun menurut kalian mereka sedang tidur, sedangkan mungkin sebenarnya
tidak sedemikian. Al-Mutahafa Al-Khadami Al-Hanafi dalam kitab Bariqah Mahmudiyah
berkata, “Ketika bersetubuh gunakanlah penutup sebaik mungkin. Janganlah bersetubuh
ketika anak kecil ataupun binatang berada di antara kedua-dua suami isteri. Sedangkan
jika anak sedang tidur, lebih baik tetap tidak melakukannya”. Jika rumah yang didiami
54
hanya mempunyai sebuah bilik sahaja, anda boleh menggunakan tirai untuk dijadikan
pembatas antara anda dan anak-anak anda.
Fatwa No. 40778
Tidak Mampu Melakukan Persetubuhan, Jadi Apakah Yang Harus Dilakukan?
Pertanyaan: Saya adalah seorang wanita yang sudah menikah sejak sepuluh tahun lalu
dan ketika ini menetap di Jerman. Bersamaan dengan berjalannya waktu, saya menjadi
tidak mampu lagi bersetubuh. Seringkali saya bersetubuh hanya kerana untuk menunaikan
kewajipan kepada suami, sedangkan suami saya sendiri menolak untuk melakukannya jika
persetubuhan ini dilakukan hanya berdasarkan pada kewajipan semata-mata. Akhirnya
perkara ini menjadi masalah besar dan mempengaruhi jiwa saya serta menyebabkan
munculnya pelbagai masalah ke atas saya. Jadi, apakah yang harus saya lakukan?
Fatwa: Dilihat daripada sudut pandang syarak, anda tidak bersalah jika tidak menerima
ajakan suami untuk bersetubuh kerana perbuatan ini diluar kemampuan anda. Suami
anda juga tidak berhak meminta sesuatu daripada anda diluar kemampuan anda.
Namun kami sarankan agar anda mendapatkan nasihat doktor pakar psikologi dan
anggota badan, serta banyakkanlah membaca buku-buku yang bermanfaat dalam
masalah seks. Anda harus beribadah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Semoga
ÜAllah memberikan sesuatu kepada anda yang dapat membuatkan suami anda redha
terhadap anda dan anda pun redha terhadapnya. (Lihat fatwa nombor 710) (Muka surat:
124 Jilid 2)
55
Fatwa No. 71984
Persetubuhan Dilakukan Atas Dasar Saling Memahami Di Antara Suami Isteri
Pertanyaan: Suami saya tidak mahu membeli rumah dengan alasan kami boleh tinggal
di rumah orang tuanya. Kami hanya mempunyai sebuah bilik dan di bilik ini juga anak
perempuan kami yang berusia 15 bulan tidur. Masalah saya adalah keinginan bersetubuh
suami saya tidak pernah padam dan kerana anak kami tidurnya di tengah malam, kami
terpaksa menunggu sehingga dia tidur. Jika ternyata saya tertidur dan kepenatan, adakah
menurut agama dia berhak mengejutkan saya untuk bersetubuh? Untuk makluman saya
juga bekerja seperti dirinya dan rasa letih saya melebihi yang dialaminya tatkala saya juga
harus menjaga anak saya kerana dia jarang sekali membantu saya menguruskan hal ini.
Fatwa: Seharusnya kalian saling bekerjasama dalam mengatur tidur si anak sehingga
waktu tidurnya adalah waktu yang sesuai bagi kalian. Adalah menjadi hak suami agar
isterinya menerima ajakannya ketika dia mengajak isterinya bersetubuh kecuali jika perkara
ini menimbulkan bahaya kepada isteri. Kedua-duanya harus sabar, saling membantu
dan memahami. Sebab kehidupan rumah tangga hanya dapat dibina dengan perkara
tersebut. Jika kalian dapat tinggal di rumah sendiri, maka itu akan lebih baik lagi.
Fatwa No. 35384
Sebab Terjadinya Ketidakpuasan Dalam Bersetubuh
Pertanyaan: Saya baru sahaja menikah dan ketika ini mempunyai masalah yang sangat
mengganggu saya iaitu ketika saya dan suami bersetubuh, saya tidak berasa puas
sehingga pada had yang tertinggi. Sedangkan suami saya tidak mengurangi atau
memendekkan jangka waktu persetubuhan dengan saya dan seringkali bersabar
menghadapi saya (menunggu saya mencapai klimaks). Namun diri saya berasa letih
dengan keadaan ini. Perlu diketahui bahawa saya juga mencapai klimaks, tetapi tetap
tidak berasa puas sehingga akhirnya letih tanpa mendapatkan kepuasaan yang saya
harapkan. Saya tidak tahu apakah penyebabnya.
56
ÌFatwa: Di antara panduan daripada Nabi yang berkaitan dengan persetubuhan
suami isteri adalah anjuran bagi suami untuk tidak segera menyudahi persetubuhan
sebelum isteri menunaikan hajatnya (mencapai klimaks), perkara ini telah dipaparkan
dalam fatwa nombor 32301(Muka surat: 33 Jilid 2). Ini adalah daripada satu sisi, sedangkan
daripada sisi yang lain pula, boleh jadi penyebab tidak wujudnya kepuasan dalam
bersetubuh diakibatkan oleh beberapa anggota tubuh badan yang seharusnya berada
dalam penelitian para doktor pakar. Jadi dalam hal ini, sebaik-baiknya anda dapatkan
Ünasihat mereka. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anda melalui usaha
mereka.
Fatwa No. 39303
Ada Anak Kecil Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Saya mempunyai anak perempuan berusia setahun setengah. Dia selalu
ada bersama kami ketika kami bersetubuh, sebab dia tidak mahu dijauhkan. Adakah ini
berdosa? Jika tidak berdosa, pada usia berapakah seorang anak tidak boleh bersama
dengan ibu bapanya yang sedang bersetubuh?
Fatwa : Kami berpendapat bahawa adanya anak ini bersama kalian yang sedang
bersetubuh itu tidak haram kerana dia belum mumayyiz (boleh membezakan yang baik
dan yang buruk) dan tidak berkaitan dengan hukum syarak. Namun perlu diketahui
bahawa perasaan dan watak seorang anak terpengaruh oleh sesuatu yang dilihatnya,
lalu apa yang dilihatnya itu akan tersemat dalam fikirannya. Kemudian dia mengingatinya
kembali ketika sudah besar. Oleh kerana itu, ulamak salaf menghukumkan makruh adanya
seseorang (meskipun anak kecil) di tengah-tengah suami isteri yang sedang bersetubuh.
Ibnu Umar ketika setiap kali ingin bersetubuh akan mengeluarkan semua orang yang
berada di dalam rumahnya (biliknya), termasuk anak kecil yang masih
dalam buaian.
Jika kalian berdua tidak dapat mengeluarkannya,
tentu secara syarak tidak baik
bersetubuh dalam keadaan di mana
anak itu terjaga. Oleh kerana itu,
kalian harus melatihnya untuk
berjauhan ketika kalian
berdua bersetubuh
sehingga ketika dia
mumayyiz, dia tidak
terus bergantung kepada
57
kalian seperti saat ini. Usia mumayyiz antara anak adalah berbeza-beza iaitu antara lima
hingga tujuh tahun. Tanda-tanda mumayyiz adalah ketika anak tersebut dapat
memahami suatu perbualan dan mampu menjawabnya.
Fatwa No. 44052
Mati Pucuk Dan Penawarnya
Pertanyaan: Adakah suami yang mati pucuk adalah balasan bagi isterinya di dunia?
Fatwa: Islam telah mewajibkan suami untuk menyetubuhi isterinya dengan cara yang
makruf dan ini menjadi hak asas bagi seorang isteri, sebagaimana haknya mendapat
nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami tidak mampu melakukan hal ini, maka
Ì Üdia harus mengubatinya sesuai dengan sabda Nabi , “Allah menurunkan penyakit
dan ubat dan menjadikan setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah tetapi jangan
berubat dengan sesuatu yang haram”. (Riwayat Abu Dawud)
Manakala isteri yang menghadapi situasi ini harus bersabar, mungkin ini adalah dugaan
Üdan ujian daripada Allah untuk menghapus dosa yang dilakukan isteri. Selain itu, dia
Üjuga harus banyak meminta kepada Allah untuk disembuhkan suaminya. Kemudian
menggunakan pelbagai kemudahan yang dapat mengibarkan dan membangkitkan
hasrat suami, seperti memperhiaskan diri. Jika dia takut terheret dalam perbuatan haram,
dia boleh meminta cerai daripada suaminya supaya ada kesempatan baginya menikah
dengan lelaki lain dan menunaikan hajatnya.
Fatwa No. 47686
Ejakulasi Awal Tidak Seharusnya Menjadi Penghalang Menuju Perkahwinan
Pertanyaan: Saya adalah seorang pemuda berusia 30 tahun dan ingin menikah dengan
seorang gadis Muslimah. Tetapi masalah saya adalah saya sangat cepat mencapai
klimaks, bahkan kurang dari satu minit. Oleh kerana itu saya bimbang dengan reaksi isteri
saya nanti yang kehendaknya seksualnya tidak dipuaskan. Oleh kerana inilah saya berasa
ragu untuk menikah.
58
Fatwa: Memang benar, ejakulasi awal dapat menghilangkan sebahagian kenikmatan
yang seharusnya dirasai isteri, sebagaimana dijelaskan dalam fatwa nombor 25893.
(Muka surat: 76 Jilid 2) Namun yang jelas, ini bukanlah aib yang harus diceritakan kerana
bukan tergolong keaiban yang ditetapkan oleh para ulamak. Oleh kerana itulah kami
anjurkan agar anda segera menikah, sebab apa yang menimpa anda boleh jadi
diakibatkan oleh terlalu lamanya anda membujang. Jika mampu bersetubuh dalam
waktu yang cukup lama dengan isteri, ini bererti keluhan anda telah hilang atau
berkurang. Apa yang penting, janganlah ejakulasi awal dijadikan penghalang untuk
menikah.
Fatwa No. 48307
Saya Berasa Mengalami Ejakulasi Awal
Pertanyaan: Sebulan lagi saya akan menikah, namun saya berasa sangat bimbang. Ini
disebabkan saya berasa sama ada saya mampu memuaskan kehendak seksual isteri
saya atau tidak, kerana saya mengalami sesuatu yang dikenali sebagai ejakulasi awal,
sedangkan saya tidak pernah menikah sebelum ini. Saya juga tidak pernah melakukan
persetubuhan dengan mana-mana gadis.
Fatwa: Kami anjurkan anda untuk cepat menikah sebagai memenuhi sabda Nabi
Ì “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu untuk menikah,
maka menikahlah. Ini kerana ianya dapat menundukkan pandangan dan menjaga
kemaluan. Sedangkan barangsiapa yang belum mampu melakukannya, maka
berpuasalah kerana puasa itu dapat menjaganya daripada jatuh ke dalam kesalahan
(penzinaan)”. (Muttafaq alaihi)
Mungkin apa yang anda rasakan hanyalah sekadar perasaan was-was dan
kebimbangan belaka. Andai sahaja keadaan itu benar terjadi, boleh sahaja perkara itu
tidak memberi kesan kepada isteri anda, dan barangkali juga perkara ini timbul akibat
al-azubah (membujang). Namun ketika anda sudah bercampur dengan isteri anda
dalam tempoh yang cukup lama, maka keadaan itu akan hilang atau paling tidak
berkurangan. Jika setelah menikah keadaannya tetap sama, maka ketika itu anda
boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan pemeriksaan diri bagi
Ümenyelesaikan masalah ini. Ini kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali
Dia juga pasti menurunkan ubatnya. (Lihat fatwa nombor. 25893) (Muka surat: 76 Jilid 2)
59
Fatwa No. 67661
Tidak Mampu Ereksi...Sebab dan Ubatnya
Pertanyaan : Saya tidak mampu ereksi dengan sempurna ketika bersetubuh, tetapi masalah
ini timbul setelah saya bernikah sahaja. Para doktor sendiri mengesahkan bahawa saya
sihat. Jadi apakah jalan penyelesaiannya?
Fatwa: Tidak boleh ereksi adalah suatu keadaan yang tidak normal, kerana itu ianya
harus diubati. Untuk mengubatinya harus diadakan pemeriksaan terlebih dahulu untuk
mengetahui adakah keadaan ini disebabkan oleh sakitnya anggota tubuh badan, jiwa,
terkena sihir, atau kerana tidak melakukan pemanasan dan sebagainya. Jika penyakitnya
sudah dikenalpasti, maka akan mudah mengubatinya. Semua kemungkinan ini boleh
terjadi, dan tadi anda menyebutkan bahawa doktor memastikan bahawa anda dalam
keadaan yang sihat. Jadi kemungkinan pertama tertolak, tetapi masih ada kemungkinan
yang lain. Kami sarankan bagi anda agar melakukan pemeriksaan pada ahli psikologi.
Jika ahli psikologi memastikan bahawa keadaan jiwa anda baik, maka anda dapat
melakukan ruqyah syariiyah sendiri atau meminta orang lain untuk meruqyahkan anda.
Anda dan isteri anda juga harus melakukan pemanasan dengan melakukan ciuman dan
sebagainya yang dapat membangkitkan ghairah seks anda.
pertanyaan anda adalah suami menyetubuhi isterinya yang sedang dalam keadaan
junub akibat daripada persetubuhan sebelumnya dan dia masih belum mandi, maka
hukumnya harus (suami tidak berdosa).
60
Gaya
BERSETUBUH
5
GAYA BERSETUBUH
Fatwa No. 1572
Suami Boleh Beristimtak (Mencari Kenikmatan) Bersama Isterinya Dengan Cara Apa Pun
Yang Diinginkannya Selain Mendatanginya Dari Dubur Dan Pada Masa Haid
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya bagi wanita yang menghisap atau menjilat kulit
lelaki, adakah ianya halal atau haram?
Fatwa: Pertama, jika yang dimaksudkan oleh yang bertanya adalah apa yang terjadi
antara suami dan isteri, maka isteri boleh menikmati tubuh suaminya sebagaimana
suami boleh menikmati sekujur tubuh isterinya dengan mencari kenikmatan, meniduri,
Ümenyetubuhi dan sebagainya, kecuali dalam perkara yang diharamkan Allah iaitu
mendatanginya dari dubur atau menyetubuhinya ketika sedang haid dan nifas. Adapun
selain daripada itu, maka kedua-duanya boleh menikmati dan mencari kenikmatan
dengan pasangannya. Kedua, jika yang dimaksudkan oleh yang bertanya adalah bukan
suaminya, maka hukumnya haram meskipun lelaki itu kaum kerabat yang dekat, apatah
lagi jika bukan mahramnya.
64
Fatwa No. 12923
Datangilah Tanah Tempat Bercucuk Tanam Anda Dengan Cara Yang Dikehendaki
Pertanyaan: Apa yang banyak kami dengar tentang mendatangi dubur isteri adalah
perbuatan tersebut hukumnya haram dengan berdasarkan pada nas Al-Quran, dan yang
saya fahami daripada perkataan ‘dubur’ itu adalah memasukkan kemaluan ke lubang
punggung, nauzubillahi min zalik. Pertanyaan saya ialah seandainya seorang isteri tidur
di dalam pelukan suaminya dengan posisi isteri dipeluk daripada belakang, kemudian
terjadi persetubuhan dalam posisi seperti itu, namun zakar suami tetap masuk ke dalam
faraj, adakah posisi seperti ini juga dianggap bersetubuh pada dubur? Jika jawapannya
‘ya’, apakah akibat bagi orang yang melakukan perbuatan ini kerana kejahilannya
dengan menganggap bahawa posisi seperti itu bukanlah bersetubuh pada dubur?
äFatwa: Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya dari Jabir bin Abdullah
bahawa ketika terdapat seorang wanita Yahudi berkata, “Jika ada lelaki yang mendatangi
qubul (faraj) isterinya dari arah dubur, maka anaknya akan lahir dalam keadaan matanya
juling,” maka diturunkanlah ayat,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al Baqarah : 223)
Ayat ini menunjukkan bahawa tempat untuk bersetubuh (memasukkan zakar) adalah
tempat untuk menanam, dengan kata lain tempat untuk mendapatkan anak, iaitu qubul
(faraj), baik ketika mendatanginya itu dari arah depan, belakang mahupun tepi. Semua
posisi dibolehkan selama mana zakar suami dimasukkan ke dalam faraj.
65
Fatwa No. 50708
Hukum Mencium Faraj Ketika Mencari Kenikmatan
Pertanyaan: Saya meminta ulasan tuan tentang fatwa daripada para ulamak yang
berbeza-beza dan sudah tersebar luas berkaitan khusus dengan kebolehan mencari
kenikmatan alat kelamin antara suami isteri dengan mulut, di mana fatwa-fatwa ini
sekarang menjadi rujukan ramai daripada kalangan kaum Muslim di barat dan timur
untuk membolehkan gaya tersebut. Bahkan ramai doktor mendorong dan menganjurkan
kaum Muslim untuk melakukannya. Adapun pertanyaan saya adalah seperti berikut:
i) Beberapa masa lalu saya membaca berita perubatan yang menyatakan bahawa
gaya mencari kenikmatan seperti ini (gaya 69) berperanan menimbulkan penyakit
kanser mulut pada pelakunya akibat berpindahnya virus 16HPV ke dalam mulut.
Virus yang ada pada selaput lendir dalam tubuh, khususnya pada leher rahim, dapat
menyebabkan wanita terkena kanser rahim. Ketika melakukan gaya mencari
kenikmatan seperti ini, virus berpindah daripada leher rahim ke mulut dan membuat
pihak lelaki terkena kanser mulut. Virus yang ada pada selaput kemaluan lelaki atau
pada bahagian lubang zakar juga dapat berpindah kepada wanita yang melakukan
gaya seperti ini sehingga dia pun boleh terkena kanser mulut.
ii) Adakah perbuatan suami yang memasukkan zakarnya ke dalam mulut isteri boleh
dianggap sebagai tindakan mendatangi isteri bukan pada tempatnya (faraj) yang
diharamkan syarak? Adakah boleh mengqiyaskan perbuatan ini dengan perbuatan
mendatangi dubur isteri? Jika dilihat secara keseluruhan, wajah adalah bahagian
tubuh yang mendapat penghormatan manusia paling tinggi, di mana pada wajah
tercermin pula ilmu dan zikir seseorang. Hikmah syarak tentang meletakkan
Ü sesuatu pada tempatnya akan kelihatan jelas terlihat di saat kita mengamatinya
di mana ternyata Allah menjadikan kemaluan berada di tempat kotor, penuh
bakteria dan penyakit. Lalu, adakah melakukan persetubuhan dengan posisi 69
di mana posisi lelaki dan perempuan saling terbalik, masing-masing menghadapi
kemaluan pasangannya untuk mencari kenikmatan itu bertentangan dengan fitrah
dan tabiie, mencegah pertemuan dua wajah untuk saling merasakan bisikan
Ü pasangan masing-masing dan merosakkan hikmah disebalik penciptaan Allah
terhadap tubuh manusia?
66
iv) Adakah perbuatan lelaki atau wanita yang memasukkan lidahnya ke dalam dubur
pasangannya dapat diqiyaskan pada perbuatan wathi di dubur? Ini adalah cara
bersetubuh melalui mulut yang lain, yang dilakukan orang kafir.
Üv) Allah menciptakan alat kelamin pada lelaki dan wanita disesuaikan dengan
fungsinya. Mulut mempunyai gigi yang sangat kuat di mana akan mengakibatkan
rasa sakit jika digunakan untuk menggigit alat kelamin. Mulut juga mempunyai dua
bibir dan lidah yang sangat lembut dan sensitif rasa, yang dapat menimbulkan
penyakit pada alat kelamin. Para doktor menyatakan bahawa mulut mempunyai
banyak sekali bakteria yang dapat memberi kesan pada organ seks ketika mulut
diletakkan pada organ tersebut. Begitu juga sebaliknya. Bakteria yang ada pada
organ seks juga dapat menyebabkan manusia sakit ketika bakteria itu sampai ke
tubuh pasangannya melalui mulut. Pertanyaannya ialah adakah bahaya seumpama
ini dapat menjadi landasan untuk mengukur cara bersetubuh seperti ini ataupun
tidak?
Daripada penelitian tentang cara bersetubuh, para ilmuwan sampai pada kesimpulan
bahawa keinginan seksual kedua-dua pasangan dapat dipuaskan dengan pelbagai
cara dan gaya yang tidak boleh dikira, di antaranya dengan cara menggunakan mulut.
Apakah ada alasan yang sangat mendesak untuk menggunakan cara ini, atau para
doktor psikologi Muslim dapat merasionalkannya, lalu menganjurkan kaum Muslim untuk
melakukannya walaupun dengan risiko yang telah kami sebutkan tadi?
Fatwa: Kami telah membicarakan masalah mencari kenikmatan antara suami
isteri dalam banyak fatwa. Pada sebahagian fatwa, kami
menyebutkan bahawa sebahagian cara bersetubuh
itu kurang sesuai dilakukan dan sangat merendahkan,
jadi lebih baik menjauhinya. Namun
kami tidak dapat mengharamkannya
selama mana tidak ada nas syarak yang
mengharamkan. Tetapi jika bahaya yang
diakibatkan oleh cara bersetubuh seperti ini
boleh dipastikan, maka boleh dihukumkan
haram dengan bersandarkan pada
Üfirman Allah ,
67
“Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
(Al-A’raf : 157)
Ìdan sabda Nabi , “Tidak boleh ada bahaya dan menimbulkan sesuatu yang
membahayakan”. (Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwathak dan Ibnu Majah dalam
As-Sunan)
Ulamak mazhab Hanbali telah menetapkan tentang kebolehan mencium faraj isteri
ketika sebelum bersetubuh dan memakruhkannya ketika setelah bersetubuh. Ulamak
lain menetapkan bahawa haram bersentuhan dengan najis tanpa suatu keperluan.
Berdasarkan perkara ini, jika ketika suami menyentuh faraj isteri dengan tangan atau
lidahnya, ada najis yang melekat akibat air kencing atau cecair yang keluar dari dalam
faraj, maka menyentuhnya tanpa diperlukan adalah haram. Hal ini berbeza jika cecair itu
berasal daripada luar faraj yang jika disentuh tidak menimbulkan penyakit atau bahaya
sehingga menyentuhnya tidak haram, di samping kerana cecair ini suci. Hukum cecair
ini seperti peluh, sebagaimana yang ditetapkan ulamak Syafiiyyah dan yang lain. (Lihat
fatwa nombor 2146) (Muka surat: 73)
Sedangkan mengqiyaskan perbuatan mencari kenikmatan faraj dengan mulut, dengan
wathi pada dubur tidak boleh dilakukan kerana adanya perbezaan (qiyas maal fariq).
Dubur adalah tempat najis dan tidak dapat mengeluarkan anak dan sebagainya,
sedangkan faraj adalah tempat untuk mengeluarkan anak.
Fatwa No. 26419
Hukum Meletakkan Zakar Ke Mulut Isteri
Pertanyaan: Apakah hukumnya perbuatan yang disebut dengan jimak mulut atau
meletakkan zakar ke dalam mulut isteri, dan adakah isteri boleh memegang zakar
suaminya dengan tangan kanannya?
Fatwa: Tentang hukum meletakkan zakar ke dalam mulut isteri, tidak ada nas sarih (jelas)
yang menunjukkan sama ada perbuatan itu boleh ataupun tidak, namun perbuatan itu
68
bertentangan dengan akhlak yang luhur dan menafikan adanya selera asas yang sihat.
Oleh kerana itu, sebagai bentuk berhati-hati, sebaik-baiknya perbuatan itu ditinggalkan.
Manakala memegang zakar suami hukumnya boleh kerana masing-masing berhak
mencari kenikmatan dengan seluruh bahagian tubuh pasangannya, kecuali untuk
perbuatan yang telah ditetapkan pengharamannya seperti mendatangi dubur isteri, atau
mendatangi faraj ketika isteri sedang haid atau nifas.
Sebaik-baiknya anda memegang zakarnya dengan tangan kiri anda dengan
berdasarkan pada keumuman hadith yang menganjurkan agar tangan kanan bersih
daripada segala perkara yang dianggap kotor.
Fatwa No. 65843
Berdamai Itu Baik
Pertanyaan: Apakah pendapat syarak tentang mencari kenikmatan dari dubur isteri
dengan menggunakan tangan suami di mana suami menganggapnya seperti mencari
kenikmatan, dan melakukan ciuman untuk membangkitkan ghairah sebelum bersetubuh,
lalu menyetubuhinya dari arah depan? Apakah pendapat syarak ketika suami
menyetubuhi isterinya, dia dalam keadaan sedang bertengkar dengan isterinya dan
pertengkaran ini terus berlanjutan setelah bersetubuh?
Fatwa: Dalam fatwa nombor 7908 (Muka surat: 51 Jilid 2) telah dijelaskan hukum mencari
kenikmatan dubur isteri dengan tangan suami. Manakala hukum menyetubuhi isteri
di dalam situasi kedua-duanya sedang bertengkar dan keadaan ini terus berlaku
setelah bersetubuh, hukumnya tiada apa-apa jika pertengkaran itu dibolehkan syarak,
maksud-nya disebabkan oleh sesuatu yang berkaitan dengan syarak. Kami sarankan
kepada suami isteri untuk berdamai dan meninggalkan pertengkaran yang terjadi.
ÌIngatlah sabda Nabi “Janganlah kalian saling memarahi, saling hasad dengki, saling
Übermusuhan, saling memutuskan silaturrahim dan jadilah kalian hamba Allah yang
bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim membiarkan (tidak menegur) saudaranya
lebih dari tiga hari”. (Muttafaq aalaihi)
69
Fatwa No. 1710
Anda Tidak Berdosa Melakukannya, Tetapi Cepatlah Mengubatinya
Pertanyaan: Saya seorang lelaki yang sudah menikah sejak sepuluh tahun lalu dan
mempunyai dua orang anak perempuan berusia 7 dan 9 tahun. Setelah itu, isteri saya
tidak melahirkan anak lagi disebabkan saya tidak menyetubuhinya dengan cara yang
betul. Dalam memenuhi keperluan biologi, kami cukup sekadar melakukannya dengan
menggosok-gosokkan kemaluan saya di luar saja, tidak dimasukkan ke dalam dan isteri
saya menyetujui cara ini. Ini terjadi kerana zakar saya tidak dapat menegang secara
sempurna. Pertanyaan saya adalah, adakah kami berdosa melakukan perbuatan
tersebut?
Fatwa: Untuk pertanyaan ini, jawapannya dibahagikan kepada dua bahagian:
Pertama, perbuatan ini tidak berdosa dan boleh dilakukan kerana ia adalah isteri anda
dan anda berhak menikmatinya dengan cara apa pun yang anda inginkan kecuali jika
istimtak dilakukan dengan cara mendatangi dubur atau menyetubuhinya ketika dia
sedang haid atau nifas. Ketiga-tiga perkara ini haram untuk dilakukan.
Kedua, anda harus segera mengatasi masalah yang menimpa anda ini. Ini kerana, isteri
anda juga mempunyai hak untuk mendapat kenikmatan (istimtak) sebagaimana yang
anda telah dapat.
ÜAllah berfirman,
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)
(Al-Baqarah : 228)
70
ÜKami berharap semoga Allah segera memberikan kesembuhan bagimu,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Al-Baqarah : 286)
Fatwa No. 1884
Suami Boleh Mendatangi Faraj Isteri Dari Arah Belakang (Dubur)
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum bagi suami yang mendatangi faraj isterinya yang
sedang hamil dari arah belakang kerana jika mendatanginya dari depan, dia bimbang
akan menyakiti isteri dan janinnya?
Fatwa: Jika keadaannya memang seperti apa yang dinyatakan oleh yang bertanya, maka
ähukumnya harus. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dengan sanad
ä Ìyang sahih, dia berkata, Umar bin Al Khattab datang kepada Nabi sambil berkata,
Ì“Ya Rasulullah, celakalah aku.” Nabi bertanya, “Apa yang membuatkan engkau
äcelaka?” Umar bin Al Khattab menjawab, “Kelmarin aku mendatangi faraj isteriku
ä Ìdari arah belakang.” Ibnu Abbas
berkata: Nabi tidak memberikan sebarang
ä Üjawapan kepada Umar bin Al Khattab Lalu Allah menurunkan wahyu kepada
ÌNabi yakni pada ayat yang berbunyi:-
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al-Baqarah : 223)
71
ÌNabi juga bersabda, “Setubuhilah (datangilah faraj) isterimu dari arah depan dan
arah belakang. Jauhilah dubur dan isteri yang sedang haid.” (Riwayat At Tirmidzi dari jalur
lain dengan sanad yang sahih)
Dengan demikian, hukumnya boleh selama mana zakar suami dimasukkan ke dalam faraj
isteri (bukan ke dalam duburnya) dan perkara ini tidak terbatas oleh keadaan isteri yang
sedang hamil ataupun yang lain. Secara ringkas, perbuatan seperti ini hukumnya harus
sebagaimana yang termaktub dalam hadith di atas.
Fatwa No. 1974
Boleh Menghisap Atau Menjilat Buah Dada Isteri
Pertanyaan: Adakah suami dibolehkan untuk menghisap buah dada isteri pada saat
mereka sedang bersetubuh?
Fatwa: Suami boleh menikmati tubuh isterinya dengan cara apa pun yang diinginkannya,
namun dia harus menjauhkan diri daripada perbuatan memasukkan alat kelaminnya
ke dubur atau ke faraj ketika isteri sedang haid.
ÜIni berdasarkan pada firman Allah ,
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri
mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
(Al-Baqarah : 222)
ÌBerdasarkan hadith Nabi , “Terlaknatlah suami yang mendatangi dubur” (Riwayat
Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasaai)
72
Dengan demikian pertanyaan yang diajukan oleh yang bertanya termasuk di
dalam kategori perbuatan yang dibolehkan. Jika payudara itu (pada saat dihisap)
mengeluarkan air susu lalu suami meminumnya, maka perkara ini tidak memberi kesan
pada kesinambungan hubungan suami isteri. Sebab yang menjadi pegangan jumhur
ulamak dalam masalah ini (menyusui) adalah bahawa perbuatan orang dewasa yang
menyusu pada seorang wanita itu tidak menimbulkan hukum haram (bagi terjadinya
hubungan pernikahan). Namun untuk lebih berhati-hati, sebaik-baiknya menjauhkan diri
daripada perbuatan tersebut.
Fatwa No. 2146
Hukum Menghisap Alat Kelamin Di Antara Suami Isteri
Pertanyaan: Apakah hukum bagi isteri yang menghisap kelamin suaminya? Kemudian
apakah hukum suami menjilat kelamin isterinya pada saat keluarnya sebahagian najis,
baik daripada zakar mahupun faraj?
Fatwa: Suami atau isteri boleh mencari kenikmatan dengan tubuh pasangan masing-
Ümasing. Allah berfirman,
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian
bagi mereka”.
(Al-Baqarah : 187)
dan
73
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai”
(Al-Baqarah : 223)
Namun dalam hal ini ada dua perkara yang perlu diperhatikan:
Pertama, menjauhi sesuatu yang telah ditetapkan sebagai perkara yang haram iaitu:
(i) mendatangi dubur isteri. Perbuatan ini termasuk di dalam salah satu dosa besar dan
bentuk liwat, berfirman,
Ü(ii) mendatangi faraj isteri yang sedang haid, kerana Allah
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu”.
(Al-Baqarah : 222)
maksud menjauhkan diri di dalam ayat ini adalah menjauhkan diri daripada
menyetubuhinya. Begitu juga saat isteri sedang nifas kecuali jika dia telah suci dan mandi
wajib.
Kedua, hendaklah persetubuhan suami isteri dan istimtak (mencari kenikmatan) masih
dalam kerangka dan batasan etika agama. Mengenai pertanyaan si penanya tentang
menghisap atau menjilat organ tubuh pasangannya memang tidak ada nas sarih (dalil
jelas yang mengharamkannya), namun hal ini bertentangan dengan etika yang luhur dan
akhlak terpuji serta menafikan perasaan fitrah yang sama. Oleh kerana itu, untuk lebih
berhati-hati sebaik-baiknya perbuatan seperti ini ditinggalkan. Ditambah lagi dengan
adanya kebarangkalian bahawa perbuatan itu dapat mengakibatkan tercampurnya
najis. Dengan tercampurnya najis, dan akibat yang ditimbulkannya dengan menjilat
74
najis bersamaan dengan air ludah, adalah perkara yang diharamkan. Ada pula
yang memancutkan air mani atau mazi di mulut isterinya sehingga si isteri merasa jijik
Üdengannya. Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi
orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.
(Al-Baqarah : 222)
Inilah yang dilarang ke atas suami ketika mendatangi isterinya yang sedang haid.
Meskipun demikian, kami tidak menetapkan secara tetap bahawa menghisap dan
menjilat (alat kelamin pasangan masing-masing) adalah haram selama najis tidak
ber¬campur dengan air ludah dan masuk ke kerongkong. Sebab lidah yang digunakan
untuk membaca Al-Quran tidak layak untuk bercampur (merasai) najis. Apa yang
Üdiizinkan Allah untuk dinikmati itu sangat longgar bagi orang yang selamat fitrahnya.
Peringatan: Sudah jelas bahawa orang yang melakukan perbuatan seperti itu
kadangkala terkena beberapa penyakit. Untuk mengetahuinya lebih jelas, anda boleh
mencari maklumat tentangnya daripada doktor yang pakar di dalam bidang ini.
Fatwa No. 2620
Mencari Kenikmatan Dubur Isteri Tanpa Memasukinya
Pertanyaan: Apakah hukum mencari kenikmatan dubur isteri dengan kemaluan suami,
namun tidak sampai memasuki ke duburnya? Justeru, adakah ada kesan pada kesihatan
jika kami melakukan perkara yang dapat mengotorkan sesuatu kebersihan yang sudah
lazim?
75
Fatwa: Para ulamak telah menetapkan bahawa yang diharamkan hanyalah
memasukkan zakar ke dubur, selain daripada itu adalah dibolehkan. Namun perkara ini
dibatasi oleh sesuatu ketentuan, iaitu jika anda berasa selamat melakukannya. Imam an-
Ì ÜNasaai meriwayatkan hadith daripada Khuzaimah ibnu Imarah daripada ayahnya bahawa
Nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak berasa malu daripada kebenaran,
maka janganlah kalian mendatangi isteri kalian dari duburnya”. Hadith ini dihukumi
sebagai hasan oleh Imam as Suyuthi. Abu Dawud juga meriwayatkan daripada Abu
ÌHurairah, dia berkata, Nabi bersabda, “Terlaknatlah orang yang mendatangi dubur
Ìisterinya.” Hadith ini dihukumi sebagai sahih oleh Al Albani. Dalam hadith riwayat Nukman
bin Basyir yang muttafaq alaihi, Nabi menyamakan orang yang berputar-putar
di sekitar masalah yang haram seperti penggembala yang menggembalakan
gembala¬annya di sekitar tanah terlarang di mana dia nyaris memasukinya.
Para ulamak telah menetapkan bahawa jika tidak dapat meninggalkan perkara yang
diharamkan dengan sempurna, kecuali dengan meninggalkan ia dengan sesuatu yang
lain, maka sesuatu itu harus ditinggalkan. Kami anjurkan kepada anda untuk meninggalkan
Ü Ümasalah ini dan menyesuaikan sesuatu yang anda inginkan sesuai dengan petunjuk Allah
, iaitu tempat bercucuk tanam. Allah berfirman,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al-Baqarah : 223)
Jadi anda harus menyetubuhi isteri anda di farajnya walau dengan apa posisi sekalipun.
Kami ingatkan bahawa barangsiapa yang mendatangi dubur isterinya, bererti telah
melakukan dosa besar dan keduanya (suami isteri) wajib mandi disertai dengan taubat,
istighfar dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi kerana adanya larangan di atas. Bagi
perbuatan seperti ini, kafarahnya hanya seperti itu, tidak ada yang lain.
76
Fatwa No. 2798
Hukum Menyentuh Dan Mencium Kemaluan Pasangan
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum suami yang mencium dan menyentuh kemaluan
isterinya ketika mencari kenikmatan (pemanasan), dan begitu juga dengan sebaliknya?
Fatwa: Perbuatan menyentuh dan mencium kemaluan salah seorang pasangan,
baik dilakukan oleh suami mahupun isteri, hukumnya boleh dan tidak berdosa kerana
perbuatan ini termasuk dalam kategori istimtak. Sebab jika wathi (memasukkan zakar ke
faraj) sahaja dibolehkan, maka pelbagai macam perbuatan istimtak ataupun yang lain
daripadanya juga dibenarkan, kecuali perbuatan yang telah ditetapkan keharamannya
oleh syarak seperti memasukkan zakar ke dubur atau ke faraj ketika isteri sedang haid
atau nifas.
Fatwa No. 2886
Boleh Mencari Kenikmatan Punggung Isteri Tanpa Memasukkan Zakar Ke Dalamnya
Pertanyaan: Apakah hukumnya mencari kenikmatan punggung isteri tanpa memasukkan
zakar ke dalam dubur?
Fatwa: Tidak mengapa mencari kenikmatan punggung
isteri tanpa memasukkan zakar ke dalam dubur
jika suami yakin bahawa dirinya tidak akan
melakukan hal tersebut. Namun jika suami
tidak yakin dalam erti kata dia boleh
sahaja melakukannya, maka sebaik-
baiknya tidak melakukannya supaya
tidak jatuh dalam perbuatan yang
Üdiharamkan Allah . Dalam keadaan
seperti ini, dia umpama orang yang
Ìdiisyaratkan dalam sabda Nabi “Seperti
penggembala yang menggembala
di sekitar tanah terlarang di mana dia
nyaris menggembala di dalamnya”. (Riwayat
Muslim)
77
Fatwa No. 3533
Suami Boleh Menyetubuhi Isterinya Dengan Cara Memasukkan Zakar Ke Faraj Dari Arah
Belakang (Dubur)
Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi orang yang mendatangi faraj isterinya dari arah
belakang? Adakah ianya halal atau tidak?
ÜFatwa: Cara seperti ini boleh dilakukan. Allah berfirman,
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Al Baqarah : 223)
Riwayat daripada Jabir, beliau berkata, “Ada seorang wanita Yahudi berkata, “Jika suami
mendatangi faraj isterinya dari arah belakang, maka anaknya akan lahir dalam keadaan
matanya juling”. Maka diturunkanlah ayat, “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu
sukai”. Dalam riwayat az-Zuhri ada tambahan matan, “Jika dia (suami) menginginkannya,
maka boleh dari belakang dan boleh juga tidak, namun semua itu dilakukan untuk satu
tujuan, iaitu faraj.” (Muttafaq alaihi) Apa yang diharamkan adalah mendatangi dubur
Ìisteri berdasarkan sabda Nabi , “Terlaknatlah suami yang mendatangi dubur isterinya”.
(Hadith sahih riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)
Fatwa No. 8010
Bersetubuh Itu Memang Harus
Pertanyaan: Adakah boleh bersetubuh dengan pelbagai gaya, seperti duduk, berdiri,
terlentang, mengiring dan gaya-gaya yang lain? Apakah kesan bagi orang yang
melakukannya?
78
Fatwa: Suami boleh menyetubuhi isterinya dengan gaya apa sekalipun, asalkan tempat
yang didatanginya adalah tempat yang seharusnya, iaitu faraj, sebagaimana yang
ätercatat dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir , beliau berkata:
“Ketika ada orang Yahudi berkata, “Jika suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang,
maka anak yang akan lahir adalah dalam keadaan matanya juling,” maka diturunkanlah
ayat,
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai”.
(Al-Baqarah : 223)
äDalam riwayat Abu Dawud daripada Ibnu Abbas , beliau meriwayatkan bahawa
penduduk desa daripada suku Quraisy ini menyetubuhi isterinya dengan gaya yang
mana menurut penduduk Madinah keji. Mereka daripada suku Quraisy menikmati
hubungan dengan isterinya dari arah depan, belakang dan mengiring. Ketika kaum
Muhajirin datang ke Madinah, salah seorang lelaki daripada mereka menikahi wanita Ansar
dan mengamalkan gaya yang biasa dilakukan mereka. Maka isterinya mengingkarinya
dan berkata, “Kami hanya didatangi dari satu arah (iaitu arah depan), maka lakukanlah
perbuatan seperti itu. Jika tidak, jauhilah dariku.” Akhirnya masalah mereka berdua
Ì Ütersebar ke merata tempat sehingga didengari oleh Nabi . Maka Allah menurunkan
ayat,
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai”.
(Al-Baqarah : 223),
iaitu boleh dari arah depan, belakang, mengiring, berdiri dan gaya-gaya yang lain. Apa
yang penting tempat masuknya adalah faraj.
79
Fatwa No. 8296
Boleh Menyetubuhi Isteri Yang Sedang Mandi
Pertanyaan: Apakah hukum menyetubuhi isteri yang sedang berendam di kolam yang
ada di bilik mandi?
Fatwa: Syarak membolehkan suami menyetubuhi isterinya di mana-mana tempat
sekalipun, asal tempat itu tertutup daripada pendengaran dan penglihatan orang lain.
Penulis kitab Al-Ighna berkata, “Suami boleh mencari kenikmatan dengan isterinya setiap
waktu dan dengan gaya apa sekalipun (yang penting pada faraj), meskipun dari posisi
yang sulit bagi isteri, asalkan ianya tidak membuat isterinya melupakan perkara-perkara
fardhu atau membahayakannya. Harus menggunakan gaya apa sekalipun meskipun
isteri sedang berada di tungku api (dapur) atau di dalam tandu yang berada di atas
belakang unta”. Dalam Musnad Imam Ahmad daripada hadith Ibnu Abi Aufa dikatakan,
“Meskipun ketika suami berhajat kepada dirinya, dia berada dalam tandu yang ada di
belakang unta, maka isteri harus memberikan dirinya kepada suami”.
Fatwa No. 9092
Penjelasan Tentang Sebahagian Gaya Mencari Kenikmatan Antara Suami Isteri
Pertanyaan: Daripada beberapa penelitian dan pengamatan saya ke atas pelbagai
pertanyaan yang dilontarkan dan jawapannya terhadap berbagai-bagai masalah yang
berkaitan dengan persetubuhan suami isteri, saya melihat ada beberapa pertanyaan
yang begitu sama dan diulang-ulang daripada orang yang bertanya. Oleh kerana itu,
saya berharap ada penjelasan menyeluruh untuk masalah-masalah ini demi menghindari
terjadinya pengulangan kembali dengan mengajukan pertanyaan berikut ini:
Apakah ada dalil qathi (pasti) yang mengharamkan perbuatan suami yang mencari
kenikmatan dengan isterinya dengan cara apa sekalipun yang diinginkannya, selain
mendatangi dubur atau ketika isteri sedang haid atau nifas yang keharamannya
sudah disepakati ulamak? Dengan kata lain, adakah dalil yang mengharamkan semua
perbuatan yang dilontarkan oleh orang yang bertanya?
80
Saya berharap mendapatkan keterangan yang benar-benar jelas tentang perbuatan
suami isteri yang dipastikan keharamannya dan disertai dengan dalil-dalilnya sehingga
dapat menjadi jawapan bagi semua orang yang bertanya. Dengan demikian, tidak perlu
lagi mengulangi jawapan setiap kali muncul pertanyaan yang sama.
Fatwa: Terima kasih atas keaktifan anda dan pengamatan terhadap segala perkara
yang diterbitkan oleh pusat fatwa. Berkaitan khusus dengan pertanyaan yang anda
lontarkan, ada dua perkara yang ingin kami sampaikan di sini:
Pertama, adanya pengulangan fatwa yang berkaitan dengan sesuatu masalah
diakibatkan oleh bentuk pertanyaan dan keadaan yang berbeza-beza di antara satu
penanya dengan penanya yang lain meskipun jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan
tersebut hampir sama. Biasanya para penanya akan berasa senang jika pertanyaan yang
mereka lontarkan dijawab dengan satu fatwa khusus, dan kami sebaik mungkin ingin
memenuhi keinginan mereka.
Kedua, berkaitan khusus dengan hukum yang ditanyakan, sepanjang yang kami ketahui,
kami tidak pernah mengharamkan segala macam bentuk pencarian kenikmatan (istimtak)
antara suami-isteri selain daripada yang telah kami isyaratkan sebagai pengecualian
iaitu: mendatangi dubur atau qubul pada masa haid dan nifas. Selain daripada itu,
tidak ada nas yang mengharamkannya. Untuk sebahagian bentuk persetubuhan yang
ditanyakan, kami memberi peringatan dengan mengatakan bahawa perbuatan itu
dianggap perbuatan yang kotor atau perbuatan tersebut menyimpang daripada fitrah
manusia yang sudah ditetapkan, atau perkara itu digembar-gemburkan oleh media
massa dan dipetik daripada orang-orang yang menjadi hamba syahwat kerana perkara
seumpama itu tidak dikenali di tengah-tengah komuniti Muslim.
Kami menyebutkan perkara ini sebagai usaha untuk menyelaraskan antara
istimtak, kenikmatan yang boleh dicapai dan sifat yang istiqamah, namun tanpa
menetapkan secara pasti pengharaman sesuatu perbuatan yang tidak ada dalil yang
mengharamkannya atau perbuatan itu diletakkan sebagai qiyas jali. Dalam masalah
istimtak, kami ingin mencegah sebahagian bentuk perbuatan yang ditanyakan sebagai
usaha untuk menutup jalan (saddu ad-zaraii) yang dapat menjerumuskan seseorang
jatuh dalam perbuatan yang diharamkan atau dirinya bercampur dengan najis. Inilah
yang kami ketahui tentang fatwa yang terkandung dalam bab ini dan kami berasa tidak
perlu melakukan pembetulan dan memeriksa fatwa (atas kesalahan yang luput daripada
perhatian)
81
Fatwa No. 11525
Saling Mencari Kenikmatan Di Antara Suami Isteri Merupakan Sebahagian daripada
Kesempurnaan Bersetubuh
Pertanyaan: Adakah sifat malu harus ada di antara suami isteri ketika sedang
bersetubuh? Sebab sebahagian watak kaum lelaki mengharuskan mereka meniru orang
barat dalam bersetubuh sebagaimana yang mereka lihat di dalam filem lucah.
Fatwa: Sifat malu adalah sifat yang membatasi atau menghalangi seseorang daripada
perbuatan keji dan menjadikannya terlindungi daripada kekejian tersebut. Jika dia
tergelincir, maka dia akan jatuh di dalam situasi yang menakutkan. Abdurrahman Al-
Midani dalam kitabnya, Al-Akhlak Al-Islamiyah berkata, “Sifat malu dapat mendorong
seseorang menghiasi dirinya dengan segala sesuatu yang indah dan sedap dipandang,
serta menanggalkan segala keburukan yang dibenci. Keindahan adalah bahagian
daripada kesempurnaan, sedangkan keburukan adalah bahagian daripada kekurangan.
Keindahan dalam perilaku dan perbuatan lebih terhormat daripada keindahan dalam
bentuk dan penampilan. Oleh kerana itu, agama Islam menganjurkan manusia untuk
mencantikkan diri dengan sifat malu dan menjauhi segala bentuk tindakan tidak tahu
malu, kurang ajar, keji, tidak sopan dan bersikap lucah”.
Namun tidak termasuk dalam kategori sifat malu, seorang isteri yang menolak suaminya
mencari kenikmatan (kerana berasa malu). Bahkan sifat malu seperti ini termasuk
dalam kategori sifat malu yang tercela kerana menghalangi suami untuk beristimtak
secara sempurna. Tindakan ini dapat mendorong suami melihat perkara-perkara yang
diharamkan. Sebelum ini telah dijelaskan tentang perkara-perkara yang dihalalkan bagi
suami daripada isterinya dalam fatwa nombor 3907. (Muka Surat: 194 Jilid 2)
Fatwa No. 13572
Makruh Melihat Aurat Sendiri
Pertanyaan: Adakah persetubuhan antara suami isteri di depan cermin hukumnya
haram? Apakah keinginan wanita menghisap zakar suaminya adalah suatu
penyimpangan?
82
Fatwa: Suami dan isteri masing-masing boleh melihat seluruh bahagian tubuh
pasangannya, sama ada ketika sedang bersetubuh ataupun tidak. Namun kebanyakkan
ulamak menghukumkannya sebagai makruh bagi perbuatan melihat auratnya sendiri
tanpa sesuatu alasan (keperluan). Dan apa yang jelas, melihat pada cermin itu sama
seperti melihat secara langsung kerana cermin memantulkan bentuk yang sama dengan
yang asal. (Untuk pertanyaan yang lain, lihat jawapan fatwa nombor. 2146) (Muka surat:
73)
Fatwa No. 14190
Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj
Pertanyaan: Adakah saya boleh mencari kenikmatan isteri dengan mencium bibir,
leher dan payudaranya agar dirinya bersedia untuk bersetubuh meskipun tindakan ini
membuatkan saya klimaks terlebih dahulu sebelum bersetubuh? Ataupun adakah air
mani seharusnya sentiasa keluar di dalam faraj selain ketika bermimpi?
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan dengan isterinya melalui cara apa sekalipun
yang diinginkannya selain mendatangi dubur atau faraj ketika isteri sedang haid atau
nifas.
Mencium dan segala perbuatan yang dapat membangkitkan syahwatnya untuk
bersetubuh adalah dianjurkan. Perkara ini dilakukan supaya isteri boleh mencapai
klimaks. Jika suami klimaks terlebih dahulu dan mengeluarkan air mani di luar faraj, maka
itu dibolehkan. Begitu pula ketika perbuatan itu dilakukan kerana keinginannya sendiri
namun harus mendapat keizinan daripada isterinya. (Lihat pula jawapan fatwa nombor
1803) (Muka surat: 157)
83
Fatwa No. 14340
Hukum Beristimtak (Mencari Kenikmatan) Dengan Meletakkan Zakar Di Antara Kedua-dua
Payudara
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya meletakkan zakar di antara kedua-dua payudara?
Fatwa: Suami isteri boleh mencari kenikmatan daripada pihak masing-masing selama
mana masih dalam batasan syarak. Kedua-duanya harus menjaga adab yang luhur dan
akhlak yang terpuji serta harus menjauhkan diri daripada meniru orang yang bersifat keji
dan akhlak yang buruk kerana mengikuti nafsu binatang mereka. (Lihat fatwa nombor
2146 dan 3768) (Muka surat: 73 dan 24 Jilid 2)
Fatwa No. 19292
Meletakkan Zakar Di Antara Dua Daging Punggung Hukumnya Makruh
Pertanyaan: Apakah hukum menempelkan zakar ke punggung isterinya (dan mungkin
hanya masuk di permukaannya sahaja) dengan tidak sengaja? Jadi, apakah kafarahnya?
Adakah boleh memasukkan zakar ke bahagian luar punggung sama ada ketika haid
ataupun tidak?
Fatwa: Apa yang diharamkan adalah mendatangi dubur isterinya. Sedangkan mencari
kenikmatan di antara kedua-dua daging punggungnya, tanpa memasukkan zakar ke
dalam dubur hukumnya dibolehkan kerana apa yang diharamkan hanyalah memasukkan
zakar ke dalam dubur saja. Dengan demikian hukum haram ini bersifat khusus.
Namun para ulama memakruhkan wathi (memasukkan zakar) di antara dua daging
punggung, sebab keadaan ini dapat menjadi penyebab wathi ke dalam dubur. Tahap
kemakruhannya adalah jika suami berasa yakin tidak akan memasukkan zakarnya ke
dalam dubur. Sedangkan jika tidak yakin, dia harus meninggalkannya. Sebab sesuatu
yang menjadi penyebab kesempurnaan kewajipan, hukumnya wajib dan meninggalkan
wathi di dubur itu hukumnya wajib.
84
Suami boleh menggauli isterinya yang sedang haid di bahagian daging punggung
dengan memenuhi syarat yang sudah kami sebutkan tadi. Perkara ini berdasarkan
Ükepada hadith Riwayat Muslim yang mengatakan bahawa ketika turun firman Allah ,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu..”
(Al-Baqarah : 222),
ÌNabi bersabda, “Lakukanlah segala sesuatu kecuali nikah (jimak)”. (Riwayat Muslim)
Fatwa No. 25369
Meniru Orang Barat Dalam Bersetubuh Daripada Perspektif Akhlak
Pertanyaan: Adakah boleh bagi pasangan Muslim meniru gaya orang barat dalam
bersetubuh? Mohon disertakan dalil yang kuat daripada Al-Quran dan sunah.
Fatwa: Tentang adab bersetubuh dalam Islam yang sebaik-baiknya diikuti oleh kaum
Muslim telah dijelaskan dalam fatwa nombor 3768 (Muka surat: 24 Jilid 2). Manakala
yang berkaitan khusus dengan pertanyaan tentang meniru orang-orang barat dalam
melakukan persetubuhan, jawapannya adalah: Hukum asal menetapkan seorang
Muslim harus berbeza dengan orang kafir. Sebab tidak selayaknya seorang Muslim
mengikuti orang kafir, kerana perkara itu boleh menjadi tanda atas kecintaan dan
kerelaannya terhadap semua yang dilakukan oleh orang kafir. Jika keadaannya demikian,
maka itu bererti bahaya yang amat besar bagi kaum Muslim. Ini dilihat dari perspektif
umum.
85