The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:08:59

Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

ܓAku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada semua syaitan dan

segala racun serta pandangan syaitan”.

Manakala doa yang berikut pula :-

“Dengan menyebut nama Allah, aku meruqyahmu. Semoga Allah menyembuhkanmu dari
segala sesuatu yang menyakitimu, daripada kejahatan semua manusia atau daripada

Üpandangan orang yang hasad. Semoga Allah menyembuhkanmu”,

Doa ini dibaca langsung kepada pesakit dan dibacakan ke atas air yang digunakan
untuk mandi dan minum oleh pesakit. Ini dilakukan ketika orang yang melakukan Al-Ain
yang tidak diketahui.

Sedangkan jika yang melakukannya diketahui, maka perintahkanlah dia untuk mandi

Ìatau berwuduk, lalu bekas airnya digunakan untuk memandikan pesakit, sebagaimana

yang tercatat dalam Sahih Muslim bahawa Nabi bersabda, “Al-Ain itu benar-benar

terjadi. Jika sesuatu dapat mendahului takdir, maka Al-Ain akan dapat mendahuluinya.

Jika kalian mandi, maka basuhlah (orang yang terkena musibah itu)” Dalam riwayat Abu

Dawud daripada Saidatina
ßAisyah
, beliau

berkata, “Orang yang

melakukan Al-Ain

diperintahkan untuk

berwuduk, lalu

bekas airnya dibuat

mandi oleh yang

orang yang terkena

Al-Ain.”

236

Fatwa No. 19369

Dalam Keadaan Seperti Ini, Pilihlah (Mudarat) Yang Paling Ringan

Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi isteri yang diberi pilihan antara mahu menghisap
zakar suaminya atau diceraikan? Perlu diketahui bahawa dia sudah mempunyai empat
orang anak. Namun jika dia menolak melakukan permintaan suami, maka suaminya akan
melaksanakan ancamannya itu.

Fatwa: Dalam fatwa nombor 11124 (Muka surat: 150 Jilid 2) dan 12856 (Muka surat: 152
Jilid 2) telah dibahaskan tentang masalah hukum suami yang meminta isterinya untuk
menghisap kemaluannya tetapi si isteri menolak. Namun jika isteri diberi pilihan antara
diceraikan dengan melakukan permintaan suami sedangkan dia tahu bahawa suaminya
pasti akan merealisasikan ancamannya itu, maka isteri boleh memenuhi permintaan suami
sambil menjelaskan kepadanya bahawa perbuatan ini tidak seharusnya dilakukan. Jika
boleh, tunjukkanlah fatwa yang ditunjukkan tadi (iaitu nombor 11124 dan 12856) (Muka
surat: 150 Jilid 2), maka itu lebih baik.

Fatwa No. 19950

Selaput Dara dan Sangkaan Suami

Pertanyaan: Saya menikah dengan anak perempuan bapa saudara saya sejak dua
minggu lalu dan kami baru melakukan persetubuhan sejak seminggu ini. Ketika pertama
kali saya masukkan zakar saya ke dalam farajnya, saya tidak memperolehi sebarang
kesulitan, sedangkan dia merintih kesakitan. Oleh kerana itu, saya tidak meneruskannya
sebab saya tidak ingin membebaninya.

Namun daripada farajnya tidak keluar darah dan saya juga tidak melihat adanya darah
yang melekat pada zakar saya. Situasi ini membuatkan saya berasa ragu dan saya secara
terus-terang menanyakan perkara ini kepadanya. Dia menangis dan mengaku tidak
pernah terjadi apa pun kepada dirinya sebelum ini, dia sendiri tidak tahu kenapa boleh
jadi begini. Akhirnya saya melupakan masalah ini supaya tidak melukakan hatinya.

Kami pun kembali melakukan persetubuhan setiap hari dan dia sangat menikmatinya
tanpa berasa kesakitan, sedangkan saiz zakar saya agak besar. Saya juga merasakan
farajnya sedikit demi sedikit semakin melebar. Hal ini membuat keraguan saya semakin
bertambah, namun saya tidak ingin menzaliminya kerana dia berasal daripada keluarga
yang taat agama dan hidup dalam persekitaran masyarakat yang menjaga nilai-nilai
tersebut. Jadi, apakah yang harus saya lakukan?

237

Fatwa: Kebanyakan pemuda dan pemudi yang akan melangsungkan pernikahan
membayangkan bahawa mengoyakkan selaput dara itu sangat sulit sehingga
mengakibatkan pendarahan dan disertai rasa sakit yang amat sangat, sedangkan
anggapan seperti ini tidak benar. Sebab selaput dara itu sangat nipis. Para doktor
mengatakan bahawa selaput dara itu lebih nipis daripada kertas pembungkus rokok,
di mana lelaki tidak akan merasakan adanya halangan yang begitu jelas ketika mema-
sukkan zakarnya ke dalam faraj, sebagaimana wanita juga tidak merasakan sakit yang
teramat sangat kecuali jika urat kemaluannya kejang dan mencengkam. Terbukanya
selaput dara juga hanya menghasilkan satu atau dua titis darah sahaja yang biasanya
bercampur dengan air mani lelaki dan wanita yang keluar daripada faraj. Jadi darah
yang keluar tidak nampak dengan jelas.

Keadaan ini berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lain. Bahkan ada
sebahagian wanita yang memiliki selaput dara yang kenyal dan tidak dapat dikoyakkan
oleh zakar yang masuk ke dalam faraj. Ianya baru terkoyak ketika wanita tersebut
melahirkan anak untuk pertama kali.

Ada sebahagian wanita pula yang selaput daranya boleh hilang tanpa perlu melakukan
hubungan badan, seperti ketika dia melompat, memasukkan jari ke dalam faraj,
mengalami haid yang sangat menyakitkan dan sebagainya. Walaupun sedemikian,
secara hukum dia masih benar-benar seorang gadis yang perawan. Apa yang anda
sebutkan tadi bahawa isteri anda berasa sakit ketika melakukan persetubuhan pertama
kali menunjukkan bahawa dia masih perawan dan masih suci. Oleh kerana itu, anda tidak
boleh tunduk pada perasaan was-was yang dapat membahayakan kehidupan rumah
tangga anda dan isteri anda.

238

Fatwa No. 31564
Adakah Mangsa Rogol Mempunyai Hak (Untuk Membuat Tuntutan) Ke Atas Perogol
Pertanyaan: Bagaimanakah untuk mengembalikan hak orang yang dizalimi berhubung
dengan tindakan jenayah rogol?
Fatwa: Perkara yang wajib dilakukan oleh perogol adalah bertaubat kepada Allah

Ü disebabkan zina (rogol) adalah salah satu dosa besar. Perbuatan itu sendiri dapat

direalisasikan dengan menjauhkan diri daripada perbuatan dosa, bertekad untuk tidak
mengulanginya lagi dan menyesal atas apa yang telah terjadi. Ini yang berkaitan dengan

Ühak Allah . Adapun yang berkaitan dengan wanita yang dizina, hukumnya berbeza-

beza sesuai dengan perbezaan keadaan pada ketika penzinaan itu terjadi sebagaimana
dijelaskan dalam fatwa nombor 20931. (Muka surat: 251 Jilid 2)

239

Fatwa No. 599

Seluruh Tubuh Wanita Adalah Aurat Bagi Mahramnya

Pertanyaan: Apakah batasan aurat wanita dengan mahram lelaki dan wanitanya,
khususnya saudara lelaki, ibu dan ayah. Begitu juga di antara dia dengan wanita yang
lain?

Fatwa: Seluruh tubuh wanita adalah aurat bagi mahramnya kecuali bahagian hujung
seperti kepala, kedua tangan dan kaki, mahramnya tidak boleh melihat selain daripada
bahagian tubuh tersebut. Hal ini kerana, jika dia tidak takut, maka akan terjadinya fitnah.
Namun jika takut terjadinya fitnah, haram bagi mahramnya melihat bahagian tubuh itu
dan dia harus ingat bahawa hubungan mahram tidak boleh menghalalkan kenikmatan
yang diharamkan. Bahkan mengadakan hubungan dengan mahram itu lebih keji
daripada mengadakan hubungan dengan yang bukan mahram.

Adapun batasan auratnya dengan wanita muslimah yang lain yang bukan mahram
adalah antara pusat dan lutut. Disini tidak ada perbezaan antara keluarga dengan yang
bukan keluarga. Sedangkan batasan auratnya dengan wanita lain yang bukan muslimah
adalah seperti batasan auratnya dengan lelaki yang bukan mahram.

240

Fatwa No. 3901

Lelaki Dewasa Yang Menyusu Dengan Seorang Wanita Tidak Menjadikannya Mahram
Bagi Wanita Tersebut

Pertanyaan: Ketika seorang lelaki dewasa menyusu kepada seorang wanita, adakah dia

menjadi muhrim baginya? Adakah wanita itu menjadi ibu susuannya? Apakah benar
ßriwayat yang menyatakan bahawa Saidatina Aisyah
mengirimkan kaum lelaki

dewasa yang ingin menemuinya kepada salah seorang saudara perempuannya atau

anak perempuan saudara lelakinya untuk menyusu kepada mereka sehingga lelaki itu

pun haram baginya? Bagaimanakah hukum perbuatan seperti ini jika memang benar-

benar terjadi?

Fatwa: Jumhur ulamak, termasuk empat Imam mazhab dan yang lain berpendapat

bahawa menyusunya seorang lelaki dewasa kepada seorang wanita tidak

menyebabkan berlakunya hubungan mahram di antara mereka. Sedangkan Saidatina
ßAisyah
dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa menyusunya seorang lelaki dewasa

kepada seorang wanita mengakibatkan wujudnya hubungan mahram antara kedua-
ßduanya. Saidatina Aisyah
dan Ibnu Hazm berhujah berdasarkan hadith yang
Ìmenyatakan bahawa Nabi menyuruh isteri Abu Hudzaifah untuk menyusui Salim,

hamba kepada Abu Hudzaifah.

ÌNabi berkata, “Susukanlah dia, maka dia akan menjadi mahrammu.” Dalam

riwayat lain menggunakan matan, “Susukanlah dia supaya dia boleh masuk menemuimu

(tanpa Abu Hudzaifah harus merasa cemburu).” Lalu isteri Abu Hudzaifah bertanya,

“Bagaimanakah harus aku menyusuinya sedangkan Salim adalah lelaki dewasa?” Nabi

Ì tersenyum, lalu berkata, “Aku tahu memang dia seorang lelaki dewasa.” Hadith ini

terdapat di dalam Sahih Muslim dan kitab hadith yang lain.

ßDalam Al-Muwathak, Al-Musnad dan Sunan Abu Dawud dikatakan bahawa Saidatina
Aisyah menyuruh saudara perempuan dan anak saudara perempuannya untuk

menyusui kaum lelaki dewasa yang ingin menemuinya. Ini adalah hadith sahih yang

panjang dan mengandungi beberapa manfaat.

241

ÜSedangkan jumhur ulamak berhujah berdasarkan firman Allah ,

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu
bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

(Al-Baqarah : 233)

ßManakala hadith riwayat Saidatina Aisyah yang terdapat di dalam Ash-Sahihain
Ìdan yang lain-lain, meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Menyusu itu hanya untuk

mengatasi rasa lapar,”. Sedangkan rasa lapar orang dewasa tidak dapat diatasi hanya

dengan menyusu.

Jumhur ulamak menyatakan bahawa kisah yang dijadikan hujah Saidatina

ßAisyah hanya berlaku khusus bagi isteri Abu Hudzaifah yang berkata, “Semua isteri
ÌNabi tidak mahu ditemui oleh sesiapa pun dengan cara menyusuinya, lalu mereka
ßberkata kepada Saidatina Aisyah , “Demi Allah, ini adalah rukhsah yang diberikan
ÌNabi , khusus bagi Salim. Maka tidak ada seorang pun yang dapat menemui kami

dengan cara susuan seperti itu,” dan kami pun berpendapat sedemikian.

Pada fatwa juz ke 34, halaman 60, Ibnu Taimiyah menjelaskan pendapat Saidatina
ßAisyah
dan menggabungkan pelbagai dalil yang ada. Beliau berkata, “Hadith ini
ß Ì ßdigunakan oleh Aisyah dan ditolak oleh seluruh isteri Nabi . Sedangkan Aisyah

sendirilah yang meriwayatkan hadith, “Menyusu itu hanya untuk mengatasi rasa lapar.”

Namun, adanya perbezaan antara yang dimaksudkan dengan menyusui (radhaah) dan

pemberian makanan (taghdziyah). Jika yang dimaksudkan adalah yang kedua, maka

ia tidak mewujudkan hubungan mahram kecuali jika dilakukan sebelum bercerai susu.

Sedangkan jika yang dimaksudkan adalah yang pertama, dan kalau memang diperlukan,

maka yang menyusu dapat menjadi mahramnya. Jadi memang ada sesuatu yang tidak

dibolehkan kecuali pada saat ia diperlukan.

242

Daripada apa yang kami sampaikan, anda dapat mengetahui bahawa masalah ini
adalah diperselisihi (khilaf), dan tidak diragukan lagi bahawa yang rajih (kuat atau paling
kukuh) adalah pendapat jumhur. Oleh kerana itu, tidak selayaknya seseorang berpaling
daripada pendapat jumhur, apatah lagi para ulamak menyatakan telah terjadi ijmak
di dalam masalah ini. Adapun hadith Salim berfungsi untuk mengatasi satu keadaan
yang telah ada sebelum Islam, iaitu adanya kebiasaan mengambil keluarga angkat
dan Islam telah pun menyelesaikannya. Jadi tidak masuk akal jika kebiasaan ini diulangi
lagi kecuali oleh orang-orang yang baru masuk Islam, di mana keadaan seperti ini ada
di dalam persekitaran mereka.

Fatwa No. 1103

Nusyuz Ialah Menganggap Suami Remeh Dan Menderhakainya

Pertanyaan: Apakah itu nusyuz dan bilakah perkataan ini patut dinisbahkan kepada
wanita?

Fatwa: Wanita yang nusyuz adalah wanita yang menguasai, berasa lebih tinggi, derhaka
dan tidak taat kepada suaminya di dalam perkara yang mengharuskannya taat kepada
suami. Ini disebabkan dia membenci dan berpaling daripada suaminya. Asal makna
nusyuz adalah al-irtifak (tinggi). Jadi, perkataan ini digunakan pada wanita yang
menentang perintah suaminya. Dengan demikian, wanita yang berpaling daripada
suaminya, tidak mentaatinya, berasa lebih tinggi dan mengabaikan hak suaminya.

Di antara bentuk nusyuz adalah isteri mengizinkan orang yang dibenci oleh suaminya

untuk memasuki rumahnya dan dia keluar rumah tanpa keizinan suaminya. Bentuk

nusyuz banyak sekali dan had batasannya adalah: Segala sesuatu yang dilakukan isteri

tanpa redha suami, namun dengan syarat tidak memerintahkan atau mengizinkan isteri

melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak. Perkara yang harus dilakukan
Üoleh suami di dalam situasi seperti ini adalah mengingatkan isteri akan Allah dan
Ümengancamnya dengan ancaman-ancaman azab Allah
kerana dia melakukan
Üperbuatan yang diharamkan Allah yakni derhaka kepada suami. Jika cara ini tidak

berkesan, maka jauhilah dia dari tempat tidur. Jika tidak dapat memperbaikinya, pukullah

dia dengan pukulan yang tidak menyakitkan, tetapi mendidik.

243

ÜAllah berfirman,

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah
mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(An-Nisa : 34)

244

Fatwa No. 50015

Pertanyaan Wanita Tentang Masalah Persetubuhan

Pertanyaan: Adakah wanita boleh bertanya tentang masalah persetubuhan melalui
telefon tanpa berasa malu?

Fatwa: Jika tujuannya itu adalah untuk mengetahui hukum syarak daripada masalah
yang dipertanyakan, maka boleh menanyakannya kepada ulamak dengan menjauhi
penggunaan kata-kata keji yang boleh diganti dengan kata-kata yang lain, memakai
perkataan kiasan dan sebaik mungkin memakai kata-kata yang sopan, demi menjaga
adab Islam dan rasa malu.

Jika pertanyaannya tersebut bukan untuk tujuan meminta fatwa, tetapi untuk
mengetahui masalah hubungan suami isteri yang tidak difahami secara betul, itupun
dibolehkan sambil tetap menjaga adab yang berlaku. Sebaliknya, membicarakan
masalah persetubuhan dengan selain suami tidak dibolehkan kerana dapat
membangkitkan syahwat, menjatuhkan maruah dan menjadi jalan menuju kerosakan
yang lebih besar lagi.

Fatwa No. 51685

Pahala Isteri Yang Bersabar Atas Ketiadaan Suaminya

Pertanyaan: Suami saya sudah pergi sekitar 9 bulan lalu. Saya ingin tahu adakah isteri yang
menunggu suaminya pulang, akan mendapat pahala? Kadangkala saya melakukan
onani kerana saya memerlukannya. Demi Allah, saya ingin meninggalkan perbuatan ini,
tetapi bagaimanakah caranya? Apakah bahayanya bagi tubuh saya?

Fatwa: Sudah jelas bahawa ketiadaan suami melebihi waktu yang ditetapkan syarak
iaitu enam bulan adalah suatu ujian, di mana isteri akan mendapatkan pahala atas
kesabarannya menunggu suami. Sebab perkara ini termasuk di dalam kategori dugaan

Üyang menimpa orang Mukmin. Dan Allah akan menghapus kesalahan dan dosanya

dengan dugaan ini. Imam At-Tirmidzi mengeluarkan hadith yang dinilai sebagai sahih

ä Ìoleh Al-Albani daripada Abu Hurairah , beliau berkata Nabi bersabda, “Ujian akan
Üterus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan sehingga Allah mencampakkan

dosa-dosanya.”

245

Fatwa No. 53381

Makna Hadith....

Pertanyaan: Apakah hukumnya melihat wanita yang bukan mahram? Sebab dalam

salah satu karya Imam Ibnu Hajar, saya pernah membaca hadith yang kandungannya
Ìmenerangkan bahawa Nabi
melihat salah seorang wanita di mana ketika itu

baginda sedang bersama para sahabatnya. Lalu baginda pergi dan kembali lagi sambil

berkata, “Jika kalian melihat seorang wanita, maka datangilah isteri kalian”. Kemudian

Ibnu Hajar berkata, “Kami membiarkan hadith ini sebagaimana adanya (tidak memberikan

sebarang penafsiran)”. Pertanyaannya: Adakah hadith ini sahih?

Fatwa: Jika melihat wanita yang bukan mahram yang dilakukan secara sengaja, maka

Ühukumnya haram berdasarkan firman Allah ,

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.

(An-Nur : 30)

ÜIbnu Kathir berkata, “Ini adalah perintah Allah kepada hambaNya yang beriman

untuk menundukkan pandangan daripada perkara-perkara yang dilarang. Jadi

janganlah melihat sesuatu kecuali yang halal dan tundukkanlah pandangan kalian

daripada segala yang diharamkan.

äAbu Thalhah Zaid bin Sahl berkata, “Kami duduk di halaman rumah sambil
Ìberbincang. Lalu Nabi
datang sambil bertanya, “Apakah yang kalian lakukan

dengan duduk di tempat tinggi seperti ini? Jauhilah majlis-majlis yang mengandungi sifat

ketinggian (sombong).” Kami menjawab, “Kami duduk hanya untuk membicarakan (hal

Ìbaik) dan mengucapkan zikir”. Nabi bersaba, “Jika tidak, maka tunaikanlah haknya,

jagalah pandangan, ucapkanlah kata-kata manis, jawablah salam dan gunakan

kata-kata yang baik”. (Riwayat Muslim)

246

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, “Jika anda melihat wanita lain yang diharamkan tanpa

disengajakan, maka palingkanlah muka anda dengan segera”. Jarir bin Abdullah

ä Ìberkata: Aku bertanya kepada Nabi tentang melihat wanita ajnabi secara

tiba-tiba? Lalu baginda menjawab, “Palingkanlah wajahmu”.

(Riwayat Muslim)

Al-Qurthubi dalam Tafsirnya berkata, “Pandangan pertama tidak dapat dikawal sehingga
tidak termasuk dalam rangkuman khitab syarie, sebab dilakukan dengan tidak sengaja.
Dengan demikian dia tidak terkena taklif dan hisab.”

Ì äOleh kerana itulah Nabi berkata kepada Saidina Ali bin Abi Thalib , “Wahai Ali,

janganlah anda ikutkan pandangan pertama dengan pandangan kedua. Pandangan
yang pertama boleh bagimu sedangkan yang seterusnya tidak”. (Riwayat Ahmad,
At-Tirmidzi, dan yang lain. Imam At-Tirmidzi menyatakan bahawa darjat hadith ini
adalah hasan gharib, sedangkan Al-Albani menilai sebagai hadith hasan)

äManakala hadith riwayat Imam Muslim dalam sahihnya daripada Jabir bin Abdullah
Ìmenyatakan bahawa pada suatu hari Nabi melihat seorang wanita. Lalu baginda

mendatangi Zainab yang sedang menyamak kulit untuk menunaikan hajatnya. Kemudian
baginda keluar menemui para sahabatnya sambil berkata, “Wanita datang dan pergi
dalam bentuk (menyerupai) syaitan. Jika salah seorang daripada kalian melihat seorang
wanita, maka datangilah isterinya (untuk bersetubuh). Hal ini dapat menolak apa yang
bergelora dalam dirinya”. Hadith ini termasuk dalam bab nazar Al-Fujatan (melihat secara
tiba-tiba atau tidak sengaja), iaitu pandangan pertama.

Ketika menjelaskan hadith ini di dalam kitab Faidh Al-Qadir, Al-Imam Al-Hafiz Al-Manawi

berkata, “Jika salah seorang daripada kalian melihat seorang wanita yang menyebabkan

engkau tertawan, disebabkan tujuan daripada melihat sesuatu yang mengagumkan itu

adalah untuk mencari kebaikannya, maka datangilah isteri anda iaitu menyetubuhinya.

ÌSebab dengan menyetubuhinya dapat mengalahkan apa yang bergelora di dalam
hati. Di sini Nabi memberi petunjuk kepada para sahabat yang syahwatnya

bergelora untuk menyetubuhi isterinya demi memadamkan syahwatnya, menyatukan

Ìhatinya dan menolak rasa was-was syaitan. Inilah salah satu bentuk pengubatan Nabi
. Inilah yang dilakukannya ketika melihat wanita yang membuatnya tertawan, baginda

masuk ke rumah Zainab untuk menunaikan hajat, lalu keluar dan menuturkan hadith ini

pada para sahabat”.

247

Ibnu Al-Arabi berkata, “Makna hadith ini gharib (asing) kerana yang terjadi pada diri

Ì ÜNabi adalah suatu rahsia yang hanya diketahui Allah . Jika baginda menyebarkan

apa yang ada pada dirinya bererti hanya sebagai bentuk hiburan dan pelajaran bagi
makhluk. Memang baginda adalah anak adam yang mempunyai syahwat, namun
baginda terpelihara daripada kehinaan. Apa yang diceritakan tentang keperibadiannya
ketika melihat perempuan adalah masalah yang secara syarak tidak boleh dihukumi dan
tidak mengurangi keagungan baginda.

Kekaguman pada wanita yang muncul dalam diri baginda menunjukkan sifat
kemanusiaannya yang kemudian dikalahkan oleh penjagaan sehingga gelora yang ada
dalam jiwa dapat diredakan. Lalu rasa kagum dan syahwat adamiyah (kemanusiaan)
diselesaikan dengan penjagaan dan rasa kasih sayang pada isterinya. Hadith ini adalah
bantahan bagi (segelintir) kaum sufi yang berpendapat bahawa keinginan syahwat
harus dimatikan sehingga ketika wanita berada di samping lelaki itu adalah seperti
tembok yang dipukuli. Ingat! Tidak ada kerahiban dalam agama ini”. Inilah kenyataan
Ibnu Al-Arabi dengan sedikit perubahan. (Lihat fatwa nombor. 27370 dan 31368) (Muka
surat:77 Jilid 2 dan 248)

Fatwa No. 31368

Cara Menjaga Diri Daripada Fitnah Syahwat

Pertanyaan: Apakah makna hadith, “Jika salah seorang daripada kalian berasa kagum
kepada seorang wanita, lalu (bayangan) wanita tersebut terlintas dalam hatinya, maka
datangilah isterinya dan setubuhilah. Sesungguhnya hal itu dapat menolak apa yang
terlintas dalam hatinya?” Adakah ada hadith lain yang seumpama dengan hadith ini?

Fatwa: Hadith yang disebutkan dalam pertanyaan diriwayatkan oleh Imam Muslim

ä Ìdaripada Jabir , bahawasanya suatu hari Nabi melihat seorang wanita. Lalu

baginda mendatangi isterinya, Zainab yang sedang menyamak kulit untuk menunaikan
hajatnya. Kemudian baginda keluar sambil berkata, “Wanita itu datang dan pergi
dalam bentuk (seperti) syaitan. Jika salah seorang daripada kalian melihat wanita, maka
datangilah isterinya. Sebab hal itu dapat menolak apa yang ada dalam dirinya”.

248

Makna hadith ini, sebagaimana

yang dikatakan oleh Imam

An-Nawawi adalah: “Bagi

lelaki yang melihat seorang wanita

hingga hasratnya bergelora,

dianjurkan untuk mendatangi

isteri atau hamba perempuannya

jika dia memilikinya. Kemudian,

setubuhilah dia untuk menghilangkan

syahwatnya, menenangkan hatinya

dan menyatukan kembali hatinya

daripada sesuatu yang berada di

hadapannya.

Tentang ayat dalam hadith

“Wanita itu datang dan

pergi dalam bentuk

(seperti) syaitan”,

Imam An-Nawawi juga berkata: Ulamak berkata, “Maknanya ialah untuk mengisyaratkan

adanya syahwat dan ajakan menuju fitnah disebabkan oleh wanita, kerana Allah

Ü menciptakan kecenderungan pada wanita dalam diri kaum lelaki dan merasai

kenikmatan tatkala melihat mereka.

Wanita menyerupai syaitan dalam ajakannya untuk melakukan keburukan dengan rasa
was-was dan perhiasan yang ditunjukkannya kepada kaum lelaki. Daripada hadith ini
boleh juga diambil satu ketentuan bahawa tidak selayaknya wanita keluar bersama
lelaki kecuali jika di dalam keadaan darurat. Seharusnya kaum lelaki juga menundukkan
pandangan daripada pakaian yang dipakai oleh wanita dan berpaling darinya secara
mutlak”.

249

Fatwa No. 58545

Celaan Bagi Orang Yang Menyebarkan Rahsia Hubungan Suami Isteri

Pertanyaan: Suami saudara perempuan saya diminta bantuan oleh seorang lelaki yang
menikah dengan wanita yang menurutnya pembuat kacau, bersikap acuh tak acuh dan
mempunyai banyak sifat buruk. Misalnya, wanita itu menceritakan kepadanya keadaan
wanita lain bersama suaminya, termasuklah menceritakan masalah peribadi mereka.
Akibatnya lelaki ini tidak boleh mengelak jika hubungan rahsia suami isteri antara dirinya
dengan wanita itu diceritakan kepada orang lain. Sebagai maklumat tambahan dan
mungkin ini yang terpenting, beberapa pemuda menceritakan kepada lelaki ini bahawa
dulu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum dia menikah dan ini
dibuktikan dengan gambar-gambar yang ada. Ketika lelaki ini bertanya kepada isterinya,
dia mengingkarinya. Namun ketika lelaki tersebut menunjukkan bukti-bukti yang ada,
isteri tersebut mengakuinya sambil berkata bahawa itu hanya sekadar hubungan biasa
yang tidak memberi sebarang kesan pada dirinya. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki
ini telah bersumpah tidak akan melihat gambar-gambar itu. Jika dia melihatnya, bererti
isterinya jatuh talak. Kerana itulah lelaki tersebut menolak untuk melihat gambar tersebut,
namun dia tidak menuduh isterinya melakukan hal yang tidak senonoh (berzina). Lelaki ini
menceritakan bahawa kadangkala isterinya menolak apabila diajak bersetubuh. Si isteri
juga pernah berkata kepada suaminya bahawa suaminya pernah mendatangi duburnya,
tetapi si suami berfikir tidak pernah melakukan hal tersebut.

Jadi saya mohon tuan membantu saya kerana masalah ini adalah amanah yang harus
saya pikul sehingga saya memberi jawapan kepadanya. Apatah lagi lelaki ini sudah
bertekad untuk menceraikan isterinya supaya dia dapat menikah dengan wanita lain
yang boleh membuatnya tenang. Sebab dia tidak mampu menyediakan dua buah
rumah dan menyara kedua-dua isterinya jika dia menikah lagi tanpa menceraikan isteri
pertama yang berkelakuan buruk itu.

Fatwa: Seseorang itu tidak boleh membuka rahsia orang lain, apatah lagi jika rahsia ini
berkaitan dengan hubungan persetubuhan suami isteri. Sebab itu, dalam hadith sahih
terdapat celaan bagi orang yang melakukan perbuatan ini, sama ada lelaki ataupun

Ìwanita. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi
Übersabda, “Manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat

nanti adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatangi suaminya, lalu
dia menyebarkan rahsianya”. Dari sini diketahui bahawa wanita yang menceritakan

250

Ürahsia rumahtangganya kepada orang lain itu berdosa dan wajib mendapat hukuman

daripada Allah jika dia tidak bertaubat.

ÌNabi pernah bertanya, “Ingatlah, adakah wanita yang mungkin menceritakan

perbuatan suaminya ketika berdua-duaan dengannya kepada orang lain? Adakah

lelaki yang mungkin menceritakan perbuatannya ketika berdua-duaan dengan isterinya

kepada orang lain?” Seorang wanita yang di kedua-dua pipinya ada bintik merah

kehitam-hitaman berkata, “Demi Allah, para suami dan isteri melakukan perbuatan

Ìitu”. Nabi berkata, “Janganlah kalian melakukannya. Inginkah bahawa aku beritahu

kepada kalian perumpamaan orang yang melakukan perbuatan ini? Dia seperti syaitan

jantan yang mendatangi syaitan betina di tengah jalan, lalu menyetubuhinya sedangkan

orang ramai melihat persetubuhan itu”.

Berkaitan dengan sumpah lelaki ini yang akan mentalakkan isterinya jika dia melihat
gambar itu, maka talaknya akan jatuh (berlaku) dengan dia melihat gambar tersebut.
Menurut Ibnu Taimiyyah, talak ini termasuk dalam talak muallaq yang berlaku ketika ada
Al-Muallaq alaihi (yang digantungkan padanya, iaitu dengan melihat gambar tersebut)
jika tujuannya bukan untuk memberi ancaman, berbeza dengan pendapat jumhur yang
tidak mensyaratkan ada atau tidaknya ancaman. Memasukkan zakar ke dalam dubur
adalah perbuatan maksiat, namun jika dilakukan tanpa sengaja, maka dia terbebas dari
dosa. Isteri tidak boleh menolak ajakan bersetubuh suami tanpa alasan.

Kami sarankan kepada lelaki ini untuk tetap mempertahankan isterinya (tidak

menceraikannya) dan menutupi aibnya serta tidak membicarakan hubungan masa lalu

isterinya itu, apatah lagi jika isterinya sudah bertaubat. Jika dia belum bertaubat, maka

Üajaklah dia untuk segera bertaubat kepada Allah . Kami juga menyarankan kepada

si suami untuk bersabar atas ujian berupa sifat buruk yang menimpa isterinya. Dia harus

membimbing isterinya agar boleh mengubah akhlaknya menjadi wanita yang berakhlak

Übaik. Ingatlah bawa Allah memerintahkan suami untuk menjaga diri dan keluarganya
Üdaripada jilatan api neraka. Allah berfirman,

251

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka
yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala)”.

(At-Tahrim : 6)

Dia akan mendapat pahala besar yang ditunggu-tunggunya jika isterinya mendapat
Ì Üpetunjuk kerananya. Nabi
bersabda, “Demi Allah, Allah memberi petunjuk

kepada seorang lelaki disebabkan olehmu itu lebih baik bagimu daripada engkau

mempunyai unta merah (harta yang paling berharga bagi orang arab)”. (Riwayat Bukhari

dari Sahl bin Saad)

Fatwa No. 64948

Beberapa Kesalahan Suami Tidak Boleh Dijadikan Alasan Untuk Minta Cerai

Pertanyaan: Saya telah menikah sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak. Pada
masa awal pernikahan kami, suami saya duduk di depan internet untuk bergabung dalam
satu kumpulan di dunia maya (chatting) dalam waktu yang cukup lama. Beberapa hari
berlalu, saya perhatikan dia membaca email yang dikirimkan kepadanya oleh anggota
kumpulan yang kadangkala ada juga daripada kaum wanita. Mengetahui perkara ini, diri
saya berasa gelisah dan tertekan. Setelah beberapa hari saya perhatikan dia berbicara
melalui fasiliti messenger, ketika saya bertanya siapa mereka, dia menjawab, “Mereka
adalah teman-teman saya dan anak lelaki pakcik saya di Mesir”.

Namun ada satu hari, ketika mengawasinya saya berasa ragu kerana melihatnya
mengirim email kepada seseorang yang tidak saya ketahui latar belakangnya, sama ada
lelaki atau wanita, dengan pesanan, “Saya takut isteri saya mengesyaki saya”. Setelah
itu dia mengirim email dengan pesanan, “Saya mencintai awak” kepada seseorang.
Sejak saya melihat perkara itu, dada saya berasa sesak dan sakit kerana saya tidak
boleh mengungkapkan apa yang dilakukannya kepadanya. Beberapa hari berlalu,

252

saya menemui cakera padat (vcd) filem lucah di meja komputer. Saya pun meminta
penjelasan darinya dan dia mengatakan bahawa cakera padat tersebut dimiliki oleh
temannya yang tidak ingin isterinya tahu bahawa dia memilikinya. Lalu dia bersumpah
kepada saya bahawa dia tidak melihat isi kandungannya dan dia akan segera
memulangkannya pada hari esok kepada temannya dan memutuskan hubungan
dengannya. Pada waktu yang lain, ketika saya duduk di depan internet, saya menemui
bahawa dia menyaksikan filem lucah di internet. Ketika saya minta penjelasannya,
dia mengatakan bahawa temannyalah yang mengirimkan kepadanya melalui email
kerana saya dianggap lemah atau mengurangi persetubuhan dengannya, sedangkan
kelemahan itu disebabkan kerana saya dan anak saya sedang sakit dan saya nyatakan
perkara itu kepadanya.

Sekarang saya memberitahu kepadanya bahawa saya memaafkannya, tetapi hati
saya sebenarnya berasa sakit. Namun saya tidak ingin memberitahu masalah ini kepada
sesiapa pun supaya tidak menjadi masalah di antara kami. Dia sudah berjanji tidak akan
melakukan perkara itu, namun saya tidak percaya selagi temannya itu masih bersama
dengannya dan dia tidak mahu berpisah darinya. Ketika saya memintanya melakukan
perkara tersebut, dia hanya menjawab, “Baiklah”. Namun setelah beberapa waktu
berlalu, timbul beberapa masalah darinya dan saya berasa hidup dengan manusia
pendusta.

ÜKadangkala saya berasa ragu dengan perbuatannya, namun saya terus meminta
ampun kepada Allah dan memohon perlindunganNya daripada gangguan

syaitan. Saya katakan kepadanya bahawa jika sekali lagi dia melakukan kesalahan

tersebut, saya tidak akan hidup bersamanya kerana saya tidak boleh hidup dengan

orang yang tidak matang tetapi seusia dengan saya dan saya akan terus meraguinya

kerana dibohongi dan ditipu. Ketika ini saya berusaha untuk tidak memiliki anak lagi

dengannya sehingga saya benar-benar yakin bahawa dia boleh dipercayai. Adakah

saya berdosa jika meminta cerai ketika dia melakukan kesalahan lagi pada masa akan

datang? Untuk makluman, kami menunaikan kewajipan kami secara berterusan dan

tepat pada waktunya, tetapi saya tidak boleh hidup dengan seorang penipu.

253

Fatwa: Menurut hukum asal, seorang Muslim harus berbaik sangka kepada sesama
Muslim yang lain dan tidak boleh mengintipnya. Hal seperti ini juga berlaku pada hak
suami. Ketika timbul keraguan daripada isteri terhadap suaminya atau sebaliknya,
maka yang harus dilakukan adalah saling menasihati dan bicara terus terang dengan
bahasa yang lembut dan penuh kasih sayang, saling menutupi aib pasangan daripada
orang lain dan tidak menyebarkan rahsianya. Apa yang diharapkan daripada kewujudan
hubungan erat antara suami isteri adalah masing-masing mengharuskan diri untuk melayani
pasangannya dengan baik dalam masalah agama dan dunia. Jika salah satu pihak lupa,
maka yang lain mengingatkannya. Jika tidak tahu, maka yang lain akan mengajarinya.
Jika melakukan kesalahan, maka yang lain menasihati dan bersabar menghadapinya.

Dia juga tidak boleh menyelidiki dan mengungkit segala kesalahan dan kelalaian
pasangannya serta tidak boleh meragui kejujuran dan kepercayaannya. Perlu diketahui
tidak ada seorang manusia pun yang tidak melakukan dosa, semua manusia melakukan
kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat daripada
kesalahannya, sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith.

Kami ingatkan juga kepada anda bahawa meminta cerai itu tidak dibolehkan tanpa
wujudnya sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Dalam masalah anda ada dua
perkara yang harus diperhatikan. Pertama, segala hal yang anda saksikan daripada
suami anda tidak bersifat pasti dan meyakinkan kerana suami anda mengingkarinya.
Kedua, andaikan sahaja apa yang anda mengesyaki itu benar, maka ingatlah bahawa
tidak ada seorang pun yang bebas daripada segala aib dan bersih daripada segala
dosa. Berdasarkan hal ini, anda tidak boleh meminta cerai kepada suami anda hanya
disebabkan oleh alasan sedemikian.

254

Fatwa No. 64474

Keluarga Melarang Perbuatan Suami Isteri Sebelum Dilaksanakan Majlis Pernikahan

Pertanyaan: Saya adalah seorang gadis berusia enam belas tahun setengah. Ada
seorang saudara yang ingin melamar saya. Lalu terjadilah akad qiran (akad nikah tanpa
berkumpul antara suami dan isteri atau nikah gantung) supaya saya menjadi halal
baginya. Setelah akad nikah, saya meneruskan persekolahan saya. Demikian juga dengan
dia sehingga persekolahannya selesai dalam tempoh waktu tiga tahun. Namun ketika di
antara waktu-waktu itu, kami bertemu dan melakukan segala perkara kerana kami sudah
seperti suami isteri. Kami ingin melakukan perbuatan ini demi menjaga diri kami daripada
perbuatan mungkar. Tetapi ayah saya tidak menerima perkara ini dan saya tidak berani
menghadapinya. Jadi, apakah yang harus saya lakukan. Saya ingin menjaga diri saya
dan menjauhkan diri daripada melakukan onani dan Alhamdulillah saya adalah orang
yang paling sedikit melakukannya dibandingkan dengan yang lain. Sedangkan saudara
saya (suami saya) tetap berterusan melakukannya. Dia juga ingin menjaga dirinya. Jadi
apakah yang harus saya lakukan?

ÜFatwa: Semoga Allah memberikan hidayah dan perlindungan kepada anda untuk

taat kepadaNya dan menjauhi diri anda daripada perbuatan buruk dan dosa serta

perkara-perkara yang dapat menodai kesucian dan sifat malu anda. Dialah zat yang

Maha Mendengar dan mengabulkan doa. Untuk masalah yang anda tanyakan ini,

kami ingin mengatakan bahawa akad qiran yang terjadi di antara anda dengan

Ìpemuda itu ataupun dengan orang lain itu tidak sah tanpa keizinan dan redha ayah
anda. Sebab Nabi bersabda, “Tidak ada pernikahan kecuali dengan wali”.

(Riwayat Abu Dawud)

ÌNabi juga bersabda, “Sesiapa sahaja daripada kaum wanita yang menikah

tanpa mendapat keizinan daripada walinya, maka pernikahannya terbatal (diucapkan

tiga kali)”. (Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi dan dinilai sebagai sahih oleh Al-Albani).

Syarat pernikahan yang sah adalah anda memberitahu kepada ayah anda atau

memberitahukan kepada orang yang dapat menyampaikan keinginan anda untuk

menikah, agar dapat menjaga kesucian diri anda daripada perbuatan haram, atau

pemuda itu pergi sendiri menemui keluarga dan meminta untuk menikahi anda sesuai

dengan kebiasaan dan adat yang berlaku.

255

Tidak ada salahnya dia melakukan perbuatan itu jika dia benar-benar serius mengajak
anda untuk menikah. Anda tidak boleh terus berbicara dan berdua-duaan dengannya
selagi belum terjadi akad yang sempurna di antara kalian berdua. Wali anda juga tidak

Ìboleh menghalangi anda untuk menikah jika yang melamar anda adalah orang yang

diredhai agama dan akhlaknya serta sepadan. Nabi bersabda, “Jika seseorang yang
baik agama dan akhlaknya datang untuk melamar (anak perempuan) kalian, maka
nikahkanlah dia (dengan anakmu). Jika kalian tidak menikahkannya (dan hanya ingin
mencari jodoh yang berharta dan berpangkat untuk anakmu), maka akan terjadi fitnah
di bumi dan kerosakan yang besar.” (Riwayat At-Tirmidzi dan dinilai sebagai hasan oleh
Al-Albani)

Jika telah terjadi akad nikah yang sempurna di antara kalian dengan memenuhi semua
syarat yang kami sebutkan tadi, maka dia sudah sah menjadi suami anda dan anda
menjadi isterinya. Namun barangkali keluarga melarang dalam beberapa perkara,
seperti bersetubuh, sehingga semua masalah selesai. Tentang masalah onani, anda harus
menjauhinya kerana diharamkan oleh syarak dan dapat menimbulkan bahaya pada
jiwa, tubuh badan dan yang lain. Jadi tinggalkanlah secara mutlak.

Fatwa No. 14778

Membolehkan Pernikahan Muhallil (Cina Buta) Demi Menjaga Kemaslahatan (Manfaat)
Keluarga, Hukumnya Batal Di Sisi Syarak

Pertanyaan: Adakah muhallil diharamkan secara kekal atau ada situasi-situasi tertentu
yang membolehkan pernikahan muhallil dilakukan, seperti untuk menjaga keutuhan
rumahtangga daripada kehancuran dan menjaga anak-anak daripada penceraian
misalnya, di mana isteri tidak berdosa atas perbuatan suaminya. Dan sekarang, setelah
ditalak tiga, dia harus meninggalkan rumah dan anaknya yang masih dalam usia kecil
dan membimbangkan jika ditinggalkan bersendirian?

256

ÜFatwa: Allah telah

memberikan had tertentu

kepada manusia dan

memerintahkan mereka

untuk tidak melanggar

had tersebut, di antaranya

dalam masalah talak. Allah

Ü telah memberikan dua

peluang kepada suami untuk

rujuk kembali dan melihat mana

yang lebih baik. Barangsiapa yang

melanggarnya bererti telah menutup

peluangnya sendiri untuk rujuk kembali

dan status isterinya menjadi talak bain

(talak tiga).

Dalam keadaan seperti ini, isteri sudah tidak halal lagi baginya sehingga isteri menikah
lagi dengan lelaki yang lain, dengan pernikahan rughbah (pernikahan kerana cinta
dan keinginannya sendiri), bukan pernikahan tahlil (pernikahan untuk membuat dirinya
menjadi halal kembali bagi suami yang pertama). Ulamak menegaskan bahawa
hikmah dibataskan talak hanya sampai tiga kali adalah untuk menyelamatkan kaum
wanita daripada menjadi permainan lelaki hidung belang, sebagaimana keadaan
wanita pada zaman jahiliyah, dan menjaga kemaslahatan (manfaat) keluarga serta
masyarakat sesuai dengan aturan syarak.

Oleh kerana inilah suami diberi hak untuk rujuk kembali kepada isterinya setelah talak
pertama dan kedua. Islam menghalalkan suami untuk menikahi wanita yang telah
ditalak tiga, jika wanita tersebut telah menikah dengan lelaki lain dan ditalak. (Lihat
fatwa nombor. 4093) (Muka surat: 258) Dengan demikian, menjaga kemaslahatan
(manfaat) keluarga dengan membolehkan pernikahan muhallil termasuk dalam
kategori maslahah mulghah (kemaslahatan yang dibatalkan) yang tidak diakui syarak.

257

Fatwa No. 4093

Haram Jika Bekas Isteri Menikah Dengan Orang Lain Supaya Dapat Kembali Semula
Kepada Bekas Suaminya

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya jika suami meminta kepada bekas isterinya
untuk menikah dengan muhallil (cina buta) supaya dia menjadi halal baginya?

Fatwa: Pernikahan muhallil adalah haram menurut seluruh ulamak seperti ulamak mazhab

Ì ÜMaliki, Syafiie, dan Hanbali. Perkara ini berdasarkan sabda Nabi , “Allah melaknat

al-muhallil (lelaki yang menikahi wanita agar menjadi halal kepada bekas suaminya)

dan al-muhallal lahu (suami yang sudah mentalak isterinya namun menginginkannya

kembali)”. (Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

ÌNabi menamakan Al-Muhallil sebagai tais al-mustaar (kambing yang dipinjamkan).
ä ÌIbnu Majah meriwayatkan daripada Uqbah bin Amir
bahawa suatu hari Nabi

Ì Übertanya, “Kalian ingin tahu apakah itu tais al-mustaar?” Para sahabat menjawab, “Ya.”

Nabi berkata “la adalah muhallil Allah melaknat muhallil dan muhallal lahu”.

Di sisi syarak, pernikahan muhallil itu tidak memberi kesan dan wanita yang ditalak tiga

tidak halal ke atas bekas suaminya dan tidak boleh kembali kepadanya. Berdasarkan

perkara ini, tidak sepatutnya wanita yang sudah ditalak memenuhi keinginan bekas

Üsuaminya. Sebab tidak ada ketaatan pada makhluk untuk bermaksiat kepada Khalik

(Allah ).

Fatwa No. 71779

Suami Isteri Sepakat Untuk Tidak Bersetubuh

Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi suami isteri yang melepaskan hak bersetubuh
masing-masing tanpa diawali dengan pertengkaran dan perselisihan, di mana kedua-
duanya tidur di bilik yang berasingan di dalam satu rumah?

Fatwa: Bersetubuh adalah hak suami isteri. Jika kedua-duanya meninggalkan hak
persetubuhan dengan sukarela, kedua-duanya tidak berdosa. Jika kedua-duanya
sepakat untuk tidur di bilik yang berasingan atau satu pihak di rumah dan satu pihak lagi
di luar rumah, kedua-duanya juga tidak berdosa. Namun hak bersetubuh masing-masing
masih tetap ada dan boleh diminta setiap waktu. Jika salah seorang daripada kedua-
duanya meminta, maka pihak yang lagi satu harus memenuhinya.

258

Fatwa No. 73543

Klimaks Wanita Tidak Seperti Lelaki

Pertanyaan: Saya sudah menikah sejak tiga tahun yang lalu, tetapi sehingga saat ini saya
tidak tahu bilakah wanita mencapai klimaks? Saya berasa bahawa isteri saya merasai
kenikmatan ketika bersetubuh dan dia pun mengesahkan perkara ini, namun saya tidak
pernah melihatnya mencapai klimaks walaupun hanya sekali. Adakah keluarnya air mani
wanita sama dengan lelaki, iaitu memancut ataupun dengan cara yang lain? Saya
bimbang akan mengurangi haknya dan kerana kebaikannya, dia tidak mahu berterus
terang kepada saya. Tetapi sampai bila dia boleh bersabar? Adakah saya boleh meminta
isteri saya untuk mencium payudara, biji kelentit dan punggung dengan tangannya
sendiri ketika sedang bersetubuh? Atau adakah menyentuh kelentitnya sendiri dianggap
sebagai onani walaupun di tengah-tengah persetubuhan?

Fatwa: Wahai saudaraku, anda tidak perlu menyibukkan diri dengan perkara-perkara

seperti ini. Ingat, klimaks wanita tidak sama dengan klimaks lelaki. Anda cukup
Ìmengamalkan sabda Nabi
“Jika salah seorang daripada kalian menyetubuhi

isterinya, maka bersedekahlah kepadanya. Jika dia sudah menunaikan hajatnya terlebih

dahulu sebelum isteri, maka janganlah segera menyudahinya sampai isteri menunaikan

hajatnya”. Al-Haithami di dalam Majmak Az-Zawaaid berkata, “Hadith ini diriwayatkan

oleh Abu Ya’la. Dalam sanadnya ada perawi yang tidak disebutkan, sedangkan perawi

lainnya thiqah”. Tentang isteri yang mencium dirinya sendiri sudah dijelaskan secara

terperinci dalam fatwa nombor 55847 (Muka surat: 44)

259

Fatwa No. 52317

Tidak Wajib Melaksanakan Wasiat Ibu Untuk Tidak Menikah Dengan Si Fulan

Pertanyaan: Saya seorang pemuda Muslim yang berusaha menyempurnakan ajaran
agama dengan menikah. Saya mengenali seorang gadis yang berasal daripada
kampung yang lain. Setelah berbicara dan bertukar pendapat melalui telefon,
pengetahuan saya tentang dirinya semakin bertambah dan saya ingin sekali menjadikan

Üdia sebagai isteri saya, begitu juga dengannya. Lalu kami berjanji dengan Allah

sebagai saksinya untuk kami bersatu. Ketika dinyatakan kepadanya bahawa saya ingin
ke rumahnya untuk melamarnya sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunah, sayang
sekali ibunya menolak kedatangan saya. Dia berkata, “Kampung ini adalah tempat yang
asing bagi awak dan saya takut terjadi sesuatu pada awak”. Saya dan gadis tersebut
saling memahami di dalam segala perkara. Namun ibunya ingin menikahkannya dengan
saudara dekatnya, sebab di sampingnya dia seorang yang kaya, dia juga mempunyai
talian kekeluargaan sehingga jika terjadi sesuatu antara mereka, dia masih dekat dengan
keluarga. Untuk makluman, gadis tersebut telah mengatakan berulangkali kepada ibunya
bahawa dia hanya akan menikah dengan saya dan menganggap saudaranya itu seperti
adik beradik lelakinya sendiri.

Akhirnya semua keluarganya mengetahui masalah kami dan setelah itu saudaranya
pun turut mengetahui masalah yang sebenarnya. Oleh kerana ini, ibunya menyesal dan
menolak saudaranya. Pada suatu hari, gadis tersebut membicarakan masalah ini kepada
ibunya dan akhirnya ibunya setuju menemui saya. Namun sayang, setelah saya bersiap-
siap datang ke rumahnya, ibunya dibedah dan ketika sedang dalam pembedahan
ini, dia menulis pesanan ketika hampir meninggal dunia. Ketika meninggal dunia, gadis
tersebut berada di sisinya. Saya tidak tahu apa penyebab kebimbangannya terhadap
anak perempuannya itu, namun dia mengatakan kepada anaknya agar tidak menikah
dengan kedua-duanya sekali iaitu saudaranya dan juga saya.

260

Setelah itu, gadis tersebut berasa gelisah dan berkata, “Saya tidak akan menikah sama
sekali, begitu juga dengan awak. Awak tidak dapat menikahi saya demi menjalankan
pesanan ibu”. Kezaliman seperti apakah ini akibat wasiat ibunya? Sedangkan kami sudah
saling bergantung antara satu sama lain sehingga saya tidak berfikir untuk menikah
dengan orang lain selain dirinya. Bagaimanakah saya boleh menikah dengan gadis
lain sedang saya tidak boleh melupakannya? Jika saya menikah dengan gadis lain dan
menyebut namanya di hadapan keluarga saya, sudah pasti saya akan merosakkan
rumahtangga saya. Begitu juga dengannya, jika dia menyebut nama saya di hadapan
suaminya seandainya dia menikah dengan orang lain.

Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi sedang kami sudah saling terikat dan perasaan
kami sudah bersatu? Atau kami tetap berpisah dengan janjinya masing-masing, lalu ketika

ÜAllah mentakdirkan kami untuk saling bertemu, kami bimbang melakukan maksiat
Üyang tidak diampuni Allah . Adakah boleh berwasiat seperti ini yang merugikan dan
Ümenzalimi kami, sedangkan kami menginginkan sesuatu yang suci, diredhai Allah dan

pada waktu yang sama mahu beribadah? Saya berharap kami melakukan ijab qabul
ketika usia saya dan usianya sama-sama 29 tahun. Saya mohon tuan membantu saya
mengatasi masalah ini. Jika gadis tersebut menyalahi permintaan ibunya, dia boleh

Üdianggap menentang perintah Allah . Untuk makluman, wasiat ini menzalimi kami

dan membuatkan kami dalam keadaan bahaya dan serba kesulitan daripada semua
segi kerana menjalankannya, sedangkan di sisi lain kami ingin melakukan perbuatan

Ü Ìyang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan sunah Nabi . Kami takut terjadinya
Ükerosakan dan melakukan maksiat yang tidak diizinkan Allah .

Fatwa: Seorang pemuda Muslim tidak boleh menjalin hubungan cinta dan kasih dengan
wanita ajnabi, sebab hal itu boleh menjadi jalan menuju fitnah dan kerosakan. Manakala
melaksanakan wasiat ibu untuk tidak menikah dengan anda atau saudaranya, meskipun
perkara ini tergolong berbuat baik kepada ibu, namun tidak wajib dilaksanakan oleh gadis
tersebut. Dengan demikian dia boleh menikah dengan anda atau saudaranya. Nasihat ini
berkaitan dengan gadis tersebut.

261

Nasihat yang berkaitan dengan anda pula, jika gadis ini taat beragama dan berakhlak,

Üanda boleh menikahinya. Namun jika tidak, anda mesti takut kepada Allah dan
Ümemalingkan hati anda daripada terus memikirkan dirinya serta membuang segala

kenangan yang terlintas. Semoga Allah memberikan ganti buat diri anda gadis yang

lebih baik darinya. Dia berfirman,

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.

(Al-Baqarah : 216)

Terlebih lagi anda tidak mengenali gadis ini secara mendalam. Di sisi lain, adanya
perbezaan adat antara kampung anda dan kampungnya boleh menimbulkan kesan
yang tidak diinginkan.

Kami juga ingin mengingatkan beberapa perkara iaitu:-

(i) Kenyataan gadis tersebut bahawa saudaranya itu seperti adik beradiknya sendiri

secara syarak tidak boleh menjadi penghalang bagi saudaranya untuk menikahinya,

selama mana tidak ada penghalang syarie seperti satu susuan dan sebagainya.

(ii) Tidak seharusnya gadis tersebut menolak untuk menikah dengan sesiapa pun,

sebab syarak menganjurkannya.

(iii) Wali adalah salah satu syarat sahnya pernikahan. Jadi tidak cukup dengan hanya

persetujuan wanita tanpa keizinan daripada walinya. , sama ada janji itu

Ü(iv) Ulamak berbeza pendapat tentang janji kepada Allah

termasuk sumpah atau bukan. Sebagai langkah berjaga-jaga dan membebaskan

diri daripada tanggungan, ada baiknya seorang Muslim membayar kafarah

sumpah jika dia tidak mampu memenuhi janjinya.

262

Fatwa No. 50264

Tidak Melaksanakan Wasiat Ibu Untuk Tidak Menikah Dengan Wanita Tertentu Bukanlah
Satu Bentuk Penderhakaan

ÜPertanyaan: Saya adalah seorang mahasiswa di salah sebuah negara barat. Allah

telah memberikan kekurniaan kepada saya untuk dapat mengajak seorang gadis Kristian
memeluk Islam. Saya melihat keislamannya baik dan kerana kebimbangan saya yang
sangat besar akan hilangnya agama gadis ini disebabkan tidak ada komuniti Muslim di
daerah tempat tinggalnya, dan kerana negaranya sangat menggalakkan sekularisme,

Ümaka saya berniat menikahinya kerana Allah . Namun keinginan saya ini ditolak keras

oleh keluarga kerana beberapa perkara seperti anak-anak, adat dan kebiasaan, sindiran
orang lain dan sebagainya. Di antara yang menolak rancangan ini adalah ibu saya (ayah
saya telah meninggal dunia). Kemudian saya mendapat tahu bahawa ibu saya sudah
wafat beberapa bulan lalu dalam keadaan dia masih tetap tidak bersetuju.

Untuk makluman, saya telah menikahi gadis tersebut (sebelum ibu saya meninggal
dunia) tanpa pengetahuan keluarga. Di antara syarat pernikahan adalah berlakunya
perceraian jika keluarga saya tidak menyetujuinya. Namun saya tidak ingin
menceraikannya. Setelah mendapat tahu ibu saya meninggal dunia dan wasiatnya
kepada saya, maka saya pun ingin menceraikannya. Pertanyaan saya ialah adakah
saya dianggap derhaka kepada ibu jika tidak menceraikannya (atau) pernikahan saya
menimbulkan bahaya kepada keluarga saya seperti aib, dibenci oleh ahli keluarga yang
lain sehingga tidak mahu datang untuk meminang salah seorang anggota keluarga
saya? Adakah saya dianggap menzalimi mereka dengan pernikahan saya ini? Andai
sahaja saya belum menikahi gadis ini dan mengetahui wasiat ini, adakah saya dianggap
derhaka kepada ibu jika menikahinya tanpa redha daripada ibu?

Fatwa: Seorang anak harus berbuat baik dan mentaati perintah kedua ibu bapanya

Üselama mana bukan maksiat kepada Allah dan tidak mengandungi bahaya dan

kesukaran besar yang begitu susah untuk dipikulnya. Haram pula bagi anak derhaka
kepada kedua orang tuanya. Imam An-Nawawi mendefinisikan derhaka yang
diharamkan dalam Syarah Sahih Muslim dengan berkata, “Sedikit sekali orang yang
mendefinisikan hakikat derhaka yang diharamkan. Syeikh Abu Amr bin Ash-Solah berkata
dalam fatwanya, “Derhaka yang diharamkan adalah segala perbuatan yang menyakiti
orang tua atau yang seumpamanya, namun tidak sampai merendahkannya, di mana

263

perbuatan tersebut bukanlah perbuatan yang diwajibkan”. Ada yang mengatakan wajib
mentaati kedua orang tua di dalam segala perkara yang bukan maksiat dan menentang
perintah kedua-duanya dalam hal ini dianggap derhaka kepada kedua-duanya. Ramai
ulamak yang mewajibkan taat kepada kedua-dua ibu bapa dalam masalah syubhat”.
Namun seorang anak tidak wajib menikah dengan wanita yang bukan pilihannya. (Lihat
huraiannya dalam fatwa nombor 35285). (Muka surat: 265)

Adapun wasiat untuk tidak menikah dengan si fulanah adalah wasiat yang tidak harus

dilaksanakan. Anda tidak derhaka kepada ibu anda dengan menentang wasiatnya,

Üjuga tidak menzalimi keluarga anda dengan pernikahan ini. Apa yang anda lakukan
adalah yang dibolehkan Allah untuk anda. Sekarang kami akan membahaskan

perkataan anda dalam pertanyaan di atas yang berbunyi: “Di antara syarat pernikahan

adalah berlakunya perceraian jika keluarga saya tidak menyetujuinya”. Jika apa yang

anda maksudkan adalah menggantungkan sah atau tidaknya pernikahan anda (takliq

an-nikah) pada persetujuan keluarga anda, dengan kata lain jika keluarga anda

menyetujuinya, pernikahan itu terus berlangsung dan jika mereka tidak menyetujuinya

pernikahan itu batal, maka ini adalah pernikahan yang batil kerana dalam akad nikah

tidak boleh ada takliq. Sedangkan jika yang anda maksudkan dengan kenyataan ini

adalah menggantungkan talak pada ada atau tidaknya persetujuan dari keluarga anda,

bukan menggantungkan pernikahan, maka anda telah pun mentalakkan isteri anda

setelah anda mengetahui ketidaksetujuan mereka. Dan anda dapat kembali kepadanya

jika anda tetap ingin bersamanya.

Jika apa yang anda maksudkan adalah anda mentalaknya ketika sudah jelas bagi
anda bahawa keluarga anda tidak menyetujuinya, maka pernikahan ini tetap sah dan
syarat yang diucapkan tidak memberi kesan apa-apa. Ini kerana hak menikah ada di
tangan anda dan anda dapat menceraikannya bila-bila masa sahaja, sama ada anda
mensyaratkannya ataupun tidak. Dengan demikian, syarat tersebut tidak mencederai
akad nikah.

264

Fatwa No. 35285

Ibu Bapa Tidak Boleh Memaksa Anaknya Menikah Dengan Orang Yang Tidak Disukainya

Pertanyaan: Adakah saya harus tetap taat kepada kedua-dua orang tua saya sehingga
dalam masalah menikah dengan orang yang tidak saya sukai?

ÜFatwa: Berbuat baik dan berbakti kepada kedua-dua orang tua adalah wajib. Allah

berfirman,

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-
Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa”.

(Al-Israk : 23)

ÌNabi sendiri memperingatkan orang yang melalaikan hak kedua-dua ibu bapa

dalam sabdanya, “Ibu bapa adalah perantara menuju ke pintu syurga. Jika suka, kamu
dapat mengabaikannya atau menjaganya”. (Riwayat At-Tirmidzi, beliau berkata: “Hadith
ini sahih”.)

Seorang Muslim seharusnya mencurahkan segala kemampuannya dalam berbuat baik

Ükepada kedua-dua orang tuanya dan meminta redha kedua-duanya untuk perkara

yang bukan bermaksiat kepada Allah . Jika kedua-duanya memerintahkannya untuk
menikah dengan gadis tertentu yang tidak disukainya, hendaklah dia menolaknya dengan
bahasa yang lembut dan berusaha memujuknya untuk menerima gadis yang disukainya.
Jika kedua-duanya menerima, maka itu adalah suatu kenikmatan. Sedangkan jika tidak,
maka dia harus tetap bersikap baik pada kedua-duanya dan dia tidak wajib mentaati
kedua-duanya untuk menikah dengan orang yang tidak disukainya.

Ibnu Taimiyah berkata, “Kedua-dua orang tua tidak boleh memaksa anaknya menikah
dengan orang yang tidak diinginkannya. Anak tersebut tidak dihukumkan sebagai derhaka
atas penolakannya terhadap permintaan orang tuanya yang menyuruhnya menikah
dengan orang yang tidak disukainya. Keadaan ini sama halnya dengan penolakannya
untuk memakan sesuatu yang tidak disukainya”. (Lihat Al-Fatawa Al-Kubra [5/449])

265

Fatwa No. 49557

Mencari Kenikmatan Dengan Selain Daripada Faraj Wanita Dan Tanpa Melakukan
Khalwat

Pertanyaan: Saya melangsungkan akad nikah dengan seorang gadis, lalu mencari
kenikmatan dengannya lebih daripada sekali namun tanpa memasukkan zakar saya
ke dalam farajnya, jadi dia masih perawan. Setelah itu timbulnya masalah dan hakim
memutuskan bagi saya untuk taat atau nusyuz. Pertanyaan saya ialah adakah perkara
yang telah terjadi termasuk dalam kategori dukhul syarie (persetubuhan yang sesuai
dengan syarak) dan adakah keputusan hakim itu benar?

Fatwa: Dengan adanya akad nikah yang sah, maka wanita sudah berstatus sebagai isteri
orang yang mengikatnya dengan tali pernikahan sehingga wanita tersebut pun halal
baginya, sebagaimana isteri halal bagi suaminya. (Lihat fatwa nombor 2940) (Muka surat:
116). Berdasarkan hal ini, apa yang telah terjadi antara anda dengan wanita yang anda
nikahi itu halal kerana sesuai dengan tuntutan syarak.

Hanya sahaja jika perkara ini terjadi tanpa adanya khalwat (berdua-duaan), lalu, anda
menceraikannya, maka menurut jumhur, maharnya tidak dibayar penuh dan wanita
pun tidak perlu beriddah. Dalam Al-Mughni Ibnu Qudamah berkata, “Barangsiapa
yang mencari kenikmatan dengan isterinya, iaitu menggaulinya tanpa memasukkan
zakar ke dalam farajnya dan tanpa berkhalwat, seperti hanya melakukan ciuman dan
seumpamanya, maka menurut Imam Ahmad dia harus membayar maharnya secara
penuh. Sedangkan kebanyakan ulamak berpendapat bahawa dia tidak perlu membayar
maharnya secara penuh, sebab kata secara zahir maksudnya adalah bersetubuh. Jadi

Ümaksud firman Allah :-

“Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka”,
(Al-Baqarah : 237)

266

adalah anda tidak perlu membayar maharnya secara penuh dan dia pun tidak wajib
beriddah. Adapun yang berkaitan khusus dengan keputusan hakim yang dinisbahkan
kepada anda, kami tidak faham apa yang anda maksudkan. Jika maksud anda
adalah hakim menyuruh isteri anda untuk mentaati anda dan jika tidak dia dihukumkan
nusyuz (derhaka), maka keputusan hakim itu benar. (Lihat hukum nusyuz dalam fatwa
nombor.1103) (Muka surat: 243)

267


Click to View FlipBook Version