The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:08:59

Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

adalah dalam masalah ini dan perkara itu sudah menjadi sebuah ketetapan. Di antara
kitab tersebut adalah kitab Tafsir Jalalain. Penjelasan ini diperlukan untuk menghilangkan
kesamaran dalam masalah ini yang kadangkala boleh membingungkan para pembaca
yang tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mendalam.

Fatwa: Mendatangi dubur wanita hukumnya haram berdasarkan nas Al-Quran. Bahkan
ianya dianggap sebagai salah satu dosa besar, seperti yang tercatat dalam beberapa
hadith. Hukum masalah ini telah dijelaskan sebelum ini secara terperinci di dalam
jawapan fatwa Nombor 8130 (Muka surat: 183). Manakala dalam kitab-kitab tafsir yang
muktamad (menjadi pegangan), di antaranya Tafsir Jalalain, tidak ada teks mahupun
asbabun nuzul (sebab turunnya ayat) yang menunjukkan bahawa masalah ini sudah
dijadikan ketetapan hukum.

Dalam teks kitab Tafsir Jalalain tertulis :-

Maksudnya : Pada ayat (Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu)

maksudnya tempat menanam kalian untuk mendapatkan anak. Pada ayat (oleh itu

datangilah kebun tanaman kamu) maksudnya tempat untuk mendapatkan anak iaitu

qubul atau faraj. Lafaz di sini bererti (bagaimana sahaja). Manakala pada ayat

(kamu sukai) maksudnya adalah apa yang kamu inginkan, seperti dengan cara berdiri,

duduk, baring, dari arah depan dan dari arah belakang. Ayat ini turun untuk membantah

kenyataan orang Yahudi yang mengatakan bahawa barangsiapa yang mendatangi

qubul isterinya dari arah belakang, maka anaknya nanti akan lahir dalam keadaan

matanya juling.

Ayat, “Untuk membantah pernyataan orang Yahudi ...” sampai akhir matan,

ämengisyaratkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Jabir

yang berkata:

“Seorang wanita Yahudi berkata, “Jika suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang,
maka anaknya akan lahir dalam keadaan matanya juling,” maka diturunkanlah ayat,
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu”

186

äAl-Hakim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas , dia berkata: penduduk kampung ini

berasal daripada suku Quraisy. Mereka menikahi kaum wanita dan mencari kenikmatan
dengan isteri mereka dengan mendatangi farajnya dari arah depan dan arah belakang.
Ketika mereka datang ke Madinah dan menikahi wanita kaum Ansar, mereka berniat
melakukan apa yang pernah mereka lakukan ketika berada di Mekah. Namun para
wanita Ansar mengingkari perbuatan tersebut sambil berkata, “Kami tidak didatangi
(disetubuhi) dengan cara seperti ini”. Maka tersebarlah berita ini sehingga akhirnya

Ì Üsampai ke telinga Nabi . Lalu Allah menurunkan ayat,

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu”

Maka begitulah, asbabun nuzul ayat yang disebutkan para ahli tafsir tidak memberikan
petunjuk adanya pemahaman bahawa mendatangi dubur wanita hukumnya boleh.
Bahkan asbabun nuzul ayat tersebut menjelaskan hukum yang sebaliknya, sebagaimana
terpapar jelas daripada teks di atas.

Fatwa No. 16127

Kenyataan Imam Asy-Syaukani Tentang Mendatangi Dubur Wanita

Pertanyaan : Seseorang mendengar bahawa Imam Asy-Syaukani membolehkan suami
mendatangi dubur isterinya ketika suami tidak dapat menahan nafsunya. Bagaimanakah
menurut pendapat tuan?

Fatwa: Tentang mendatangi dubur wanita telah dijelaskan hukumnya dalam fatwa
nombor 8130 (Muka surat: 183). Manakala tentang apa yang anda sebutkan bahawa
Imam Asy-Syaukani membolehkan perbuatan tersebut itu tidak ada asasnya. Ini
disebabkan Imam Asy-Syaukani sendiri menetapkan pengharaman perbuatan
seumpama ini. Lihat misalnya dalam Nail Al-Authar: 6/622, kitab nikah, dalam bab:
an-nahyu an ityan al-mar’ah fi duburiha (larangan mendatangi dubur wanita) di mana
beliau berkata, “Tidak diragukan lagi bahawa hadith-hadith yang disebutkan dalam
bab yang berkaitan dengan pengharaman mendatangi dubur wanita itu saling

Ümenguatkan antara satu sama lain. Pengkhususan larangan mendatangi dubur ini diambil

daripada keumuman firman Allah ,

187

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al Baqarah : 223)

Manakala untuk orang yang mendengar kenyataan tersebut, kami anjurkan untuk duduk

Üdi hadapan Allah . Apa yang akan dikatakannya kepada Tuhan alam semesta ketika

dia ditanya tentang masalah tersebut. Perlu diketahui bahawa ini adalah perbuatan dosa

paling besar kerana dapat mengheret seseorang melakukan liwat (melakukan tindakan

×homoseksual), dan inilah perkara awal yang mula dilakukan oleh kaum Nabi Luth

bersama kekejian mereka, sebagaimana yang diisyaratkan oleh lebih daripada satu

pihak. Jika dia terus mengingatinya, maka akan menjadi masalah besar baginya dan

tindakan bertaubat akan nampak tidak bererti bagi dirinya.

ÜNamun jika dia benar-benar bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya
Üwalaupun begitu banyak dosa yang dilakukannya. Allah berfirman,

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Az-Zumar : 53)

188

Fatwa No. 27093
Hukum Mencium Dan Mencari Kenikmatan Dengan Isteri Pertama Di Hadapan Isteri Kedua
Pertanyaan: Bolehkah jika seorang lelaki yang mempunyai dua orang isteri mencium
isterinya yang pertama di hadapan isterinya yang kedua? Adakah boleh tidur bersama
mereka di atas satu katil dan adakah boleh merayu, mencium dan menyetubuhi mereka
berdua di satu tempat yang sama? Pertanyaan ini bagi seseorang yang mempunyai dua
orang isteri dalam satu rumah, kedua-duanya saling mencintai antara satu sama lain
seperti saudara, bahkan tidak saling mencemburui antara satu sama lain.
Fatwa: Mencium salah seorang isteri di hadapan isteri yang lain adalah suatu tindakan

Ìyang sebaik-baiknya tidak dilakukan kerana merosakkan sifat malu dan menyingkap

sesuatu yang seharusnya disembunyikan. Nabi bersabda, “Sifat malu adalah salah
satu cabang iman”. (Riwayat Muttafaq alaihi) Dalam Sahih Bukhari dikatakan bahawa,
“Sifat malu adalah sebahagian daripada iman”. Dalam Sahih Bukhari juga dikatakan
bahawa, “Sifat malu tidak datang kecuali (dengan membawa) kebaikan”. Sedangkan
dalam Sahih Muslim menggunakan ayat, “Semua bentuk sifat malu adalah baik.” Dalam

ÌSahih Bukhari juga dikatakan, “Di antara perkataan Nabi kepada manusia adalah,

“Jika kalian tidak malu, maka lakukanlah sesuatu sesuka hatimu”.
Jika hukum ini berlaku dalam masalah mencium dan yang seumpama dengannya, jadi
bagaimana pula dengan persetubuhan? (Untuk masalah ini, kami telah menjawabnya
dalam fatwa nombor 4072.) (Muka surat: 171)

189

Fatwa No. 27482
Tidak Memenuhi Permintaan Suami Kerana Sesuatu Yang Bertentangan Dengan Fitrah Itu
Adalah Lebih Utama
Pertanyaan: Suami saya tidak mahu menyetubuhi saya kecuali jika saya mahu menghisap
zakarnya. Adakah jika menolak keinginannya maka saya akan termasuk golongan
orang-orang yang dilaknat para malaikat?
Fatwa: Suami tidak boleh memaksa isterinya untuk melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan fitrahnya dan bertentangan dengan peribadinya, sama seperti
masalah yang ditanya. Manakala isteri berhak menolak perbuatan seperti ini dan dia
tidak berdosa. Bahkan penolakannya lebih baik daripada jika dia menurutinya. (Lihat
fatwa nombor 2146) (Muka surat: 73)
Fatwa No. 27761
Haram Menyebarkan Rahsia Yang Terjadi Di Antara Suami Isteri Ketika Bersetubuh

ÌPertanyaan: Daripada salah seorang imam masjid, saya mendengar hadith Nabi

yang menjelaskan tentang keadaan sebahagian penghuni neraka, di antaranya orang
yang tidak bersuci sesudah buang air kecil, orang yang mengumpat saudaranya dan
orang yang mengeluarkan perkataan keji (kotor). Imam tersebut menafsirkannya dengan
perkataan yang diucapkan ketika bersetubuh. Adakah kata-kata yang diucapkan ketika
suami menyetubuhi isterinya itu haram? Atau mungkin yang dimaksudkan itu adalah kata-
kata tersebut dapat menjadi penyebab sesuatu yang haram?

190

ÜFatwa: Seseorang itu tidak boleh melakukan ghibah, namimah, dan ucapan atau

perbuatan keji (fahish) kerana Allah berfirman,

“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain”.
(Al-Hujraat : 12)

ÌNabi bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang mengadu domba (namimah)”.
Ì Ü(Riwayat Muslim) Baginda juga bersabda, “Allah tidak menyukai perkataan dan
Üperbuatan yang keji dan kata-kata yang kotor”. (Riwayat Muslim). Pada hadith lain

dikatakan, “Allah membenci orang yang mengucapkan kata-kata keji dan lucah.”
(Riwayat At-Tirmidzi)

Dengan dalil-dalil di atas, orang yang melakukan perbuatan haram berhak mendapat

Üancaman, dan bererti menyerahkan dirinya sendiri kepada seksaan kubur dan api
neraka jika Allah tidak memaafkannya. Namun sebahagian orang kadangkala

menggunakan kata-kata “keji” untuk menunjukkan sesuatu peristiwa yang terjadi

antara suami isteri sebelum atau ketika sedang bersetubuh, dan ini tidak diharamkan.

Keduanya tidak dihukum selama tidak menceritakannya kepada orang lain.

Jika mereka atau salah seorang daripada kedua-duanya menceritakannya, maka

hukumnya haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Said
ä Ìal-Khudri , beliau berkata: Nabi
bersabda, “Manusia yang paling buruk
Ükedudukkannya di sisi Allah pada hari kiamat nanti adalah suami yang mendatangi

isterinya dan isterinya mendatangi suaminya, kemudian menceritakan rahsianya”. Imam

An-Nawawi berkata, “Hadith ini melarang (mengharamkan) suami menceritakan apa

yang terjadi antara dirinya dengan isterinya ketika bersetubuh dengan

menggambarkannya secara terperinci dan menceritakan perkataan dan perbuatan

yang dilakukan isterinya. Manakala jika hanya menyebutkan persetubuhan tanpa

mengandungi manfaat dan tanpa keperluan, maka hukumnya makruh kerana

bertentangan dengan sifat muruah. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini,

lihat fatwa nombor 23508.) (Muka surat: 166)

191

Fatwa No. 28166

Sengaja Menyusu Pada Isteri Adalah Perbuatan Yang Keluar Daripada Fitrah Yang Sihat

Pertanyaan: Adakah secara syarak suami saya boleh meminum air susu saya? Sebab dia
ingin meminumnya ketika saya menyusukan anak saya. Jika anak saya yang masih kecil
belum kenyang, adakah saya boleh melarang suami saya untuk menyusu? Dan apakah
yang harus saya katakan kepadanya?

Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya
dengan menghisap payudaranya. Dan jika saat menghisapnya,
air susu isteri keluar sehingga sampai ke kerongkongnya, maka
ianya tidak memberi kesan sebarang hukum bagi suami dan
juga tidak mempengaruhi pada kesihatan isteri.

Namun jika suami sengaja menghisapnya,

maka ini termasuk dalam kategori

perbuatan menyimpang dan keluar daripada

fitrah asas yang sihat, apatah lagi

jika membahayakan anaknya

yang masih kecil. Ulamak

Hanafiyah menjelaskan

bahawa makruh hukumnya

meminum air susu isteri

secara sengaja. Jadi anda

seharusnya menasihati suami

anda untuk meninggalkan

perbuatan tersebut. Sebab

terdapat sebahagian ulamak berpendapat bahawa radhaah (penyusuan) yang

dilakukan orang yang sudah dewasa hukumnya haram. Jadi untuk lebih berhati-hati,

sebaik-baiknya orang yang sudah menikah meninggalkan perbuatan tersebut.

192

Fatwa No. 28341

Hukum Menyetubuhi Isteri Yang Sudah Meninggal Dunia Menurut Adab Dan Fiqh
(Hukum Syarak)

Pertanyaan: Apakah hukumnya menyetubuhi isteri yang sudah meninggal dunia
kerana suami sangat mencintainya dan sebagai tanda perpisahan, di mana ketika
melakukannya suami tahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia?

Fatwa: Perbuatan ini termasuk tindakan yang zalim dan penganiayaan ke atas
kehormatan jenazah. Perbuatan ini juga dianggap sangat menjijikkan oleh orang
yang mempunyai jiwa yang bersih dan fitrah asas yang sihat. Kerana itulah, tidak ada
nas daripada syarak yang mewajibkan hukuman had (hudud) bagi pelakunya kerana
cukup menganggapnya sebagai perbuatan yang sangat menjijikkan dan
memuakkan. Di dalam kitab Al-Mughni (9/55) pada masalah menyetubuhi orang yang
telah meninggal dunia, Ibnu Qudamah berkata, “Kerana tidak ada ghairah untuk
menyetubuhi orang yang sudah meninggal dan perbuatan ini juga dianggap sebagai
sangat menjijikkan, maka syarak tidak perlu mensyariatkan adanya zajr (peringatan).
Sedangkan hukuman had diwajibkan sebagai bentuk daripada zajr itu sendiri.

Para ulamak fiqh telah menetapkan pengharaman menyetubuhi orang yang sudah
meninggal dunia, sama ada yang meninggal itu isterinya atau bukan.
Penulis kitab Al-Inshaf (8/309) berkata: “Dalam menjawab
masalah ini, Al-Qadhi berkata,
“Menyetubuhi yang sudah meninggal
dunia hukumnya haram”. ‘Ulaisy
dalam kitab Minah Al-Jalil
(/247) berkata, “Suami yang
menyetubuhi isteri atau hambanya
yang sudah meninggal dunia
tidak dikenakan had meskipun
hukumnya haram. Cukup
diberikan pengajaran ke
atasnya sahaja.”

193

Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan haram ini, dia harus melakukan beberapa
perkara berikut:

Pertama, harus mandi junub. Imam Abu Ishaq Asy-Syairazi berkata, “Jika seseorang
memasukkan kemaluannya ke dalam faraj wanita yang sudah meninggal, maka dia
wajib mandi kerana faraj yang sudah meninggal dunia kedudukannya tetap sama
sebagai faraj manusia sehinggakan sama seperti faraj wanita yang hidup”. (Lihat
Al-Majmu’ [2/1551)

Kedua, jika mayat tersebut sudah dimandikan, adakah harus dimandikan lagi? Imam
An-Nawawi menyebutkan dua pendapat yang masyhur, di mana yang paling sahih
menurutnya adalah bahawa mayat tidak wajib dimandikan semula kerana tidak terkena
taklif. Kewajipan memandikan mayat hanyalah sebagai bentuk daripada penyucian dan
penghormatan kepadanya sahaja.

ÜKetiga, orang yang melakukan perbuatan ini harus bertaubat kepada Allah dan

memperbanyakkan beristighfar.

Fatwa No. 21843

Adakah Mendatangi Isteri Daripada Duburnya Adalah Satu Masalah Perbezaan Pendapat?

Pertanyaan: Saya banyak membaca buku-buku tafsir dan syarah hadith bahawa ramai
ulamak yang membolehkan menyetubuhi isteri pada duburnya. Adakah perbuatan ini
dapat dianggap sebagai masalah khilafiyah (perbezaan pendapat) yang tidak dapat
diingkari, sebagaimana ratusan masalah khilafiyah yang lain?

Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah salah satu dosa besar dan termasuk masalah

yang tidak dapat diingkari. Syeikh Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang kewajipan

apa yang ditanggung seorang suami yang mendatangi dubur isterinya dan adakah

seorang ulamak yang membolehkannya? Beliau menjawab, “Mendatangi dubur isteri
Ìadalah haram berdasarkan kitabullah, sunah Nabi
dan seluruh pendapat para

Üimam kaum Muslim dari kalangan sahabat, tabiin, dan yang lain. Dalam Al-Quran, Allah
berfirman,

194

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al Baqarah : 223)

“Dalam Ash-Sahih dikatakan bahawa orang-orang Yahudi mengatakan jika seorang

Ìsuami mendatangi dubur isterinya, maka anaknya akan lahir dalam keadaan juling. Lalu

kaum Muslim menanyakan hal itu kepada Nabi maka turunlah ayat berikut :-

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al-Baqarah : 223)

Lafaz adalah tempat bercucuk tanam dan benih (anak) ditanam di faraj, bukan

di dubur. Sedangkan lafaz untuk mengisyaratkan tempat anak dilahirkan.

Adapun lafaz dari arah mana sahaja yang kalian kehendaki, sama ada dari
Üarah depan, belakang, kanan dan kiri. Allah
menamakan kaum wanita sebagai

tempat bercucuk tanam dan bercucuk tanam adalah pada faraj, bukan pada dubur.

Dalam selain athar disebutkan bahawa wathi (memasukkan zakar) pada dubur itu

termasuk dalam kategori liwat sughra (liwat kecil).

Ì ÜNabi
bersabda, “Allah tidak malu daripada kebenaran, janganlah

Ükalian mendatangi wanita pada duburnya, kerana dubur adalah tempat kekotoran.
Allah mengharamkan mendatangi wanita yang sedang haid kerana ada najis

pada farajnya, lalu bagaimanakah dengan tempat yang mengandungi najis

mughalazah (berat)? Sudah pasti lebih tidak dibolehkan lagi. Di samping itu, tindakan ini

juga termasuk dalam kategori liwat kecil. Menurut mazhab Abu Hanifah, para sahabat

Imam Syafie, Imam Ahmad dan pengikutnya, perbuatan ini adalah haram.

195

Pendapat ini juga menjadi pendapat yang lahir daripada Imam Malik dan para
sahabatnya. Namun sebahagian orang menyampaikan riwayat lain yang berbeza
dengan riwayat Imam Malik dan para sahabatnya di atas. Di antara mereka ada yang
mendustakan riwayat ini (daripada Imam Malik yang membolehkan wathi pada dubur)
dan mencelanya. Riwayat ini berasal daripada Nafii yang memetiknya daripada Ibnu
Umar. Dan Salim bin Abdullah telah mendustakan Nafii dalam hal ini.

“Jika Nafii atau orang yang di atasnya melakukan kesalahan, jika sebahagian

Ìorang melakukan kesalahan, namun masalah ini tetap tidak boleh bertentangan

dengan kitab dan sunah Nabi . Sebagaimana halnya jika ada sekelompok orang
yang melakukan kesalahan dengan membolehkan penukaran satu dirham dengan
dua dirham, sedangkan para imam mazhab telah mengharamkan perbuatan tersebut
(mendatangi dubur isteri) berdasarkan hujah daripada pelbagai hadith sahih. Perkara
ini juga sama dengan orang yang melakukan kesalahan dalam perkara pelbagai jenis

Ìminuman, sedangkan Nabi telah bersabda, “Setiap yang memabukkan adalah
Ìarak dan setiap arak itu adalah haram”. Ketika Nabi ditanya tentang pelbagai jenis

nabiz (air yang diperam) baginda menjawab, “Setiap yang memabukkan itu haram.
Apa sahaja yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram.’
Jadi, wajib mengikuti sunah-sunah yang sudah pasti ini dan kerana sunah ini pula
aturan-aturan dalam syariat yang ditetapkan.

“Barangsiapa yang mendatangi dubur isterinya, maka kedua-duanya harus dihukum
dengan hukuman yang dapat menjadi peringatan bagi kedua-duanya. Jika kedua-
duanya tidak boleh ditegur, maka kedua-duanya harus dipisahkan.”

Daripada huraian ini anda dapat mengetahui bahawa masalah ini termasuk
dalam kategori permasalahan yang harus diingkari, sebab kebenaran salah satu
pendapat di antara yang membolehkan dan melarang wathi pada dubur isteri telah
diketahui secara meyakinkan.

Dalam kitab I’lam Al-Muwaqqiin Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata, “Kenyataan
orang yang mengatakan bahawa masalah khilafiyah itu tidak boleh diingkari adalah
pendapat yang tidak benar. Sebab pengingkaran itu dapat ditujukan pada suatu
pendapat, fatwa, atau perbuatan.

196

“Pertama tentang pendapat: Jika suatu pendapat bertentangan dengan sunah
atau ijmak, maka telah disepakati bahawa pendapat ini wajib diingkari. Jika tidak
bertentangan dengan sunah dan ijmak, maka dengan menjelaskan kelemahan
dan pertentangannya dengan dalil yang ada juga dapat dijadikan bahan untuk
mengingkari pendapat tersebut.

“Kedua tentang perbuatan: Jika suatu perbuatan bertentangan dengan sunnah
atau ijmak, maka perbuatan itu harus diingkari sesuai dengan kadarnya. Bagaimana
mungkin seorang faqih dapat mengatakan bahawa masalah khilafiyah tidak boleh
diingkari sedangkan para ulamak daripada pelbagai golongan telah menjelaskan
secara menyeluruh bahawa keputusan hakim terbatal ketika bertentangan dengan kitab
atau sunnah meskipun keputusan itu dipersetujui oleh sebahagian ulamak? Sedangkan
jika dalam suatu masalah tidak ada dalil daripada kitab, sunnah mahupun ijmak dan
termasuk dalam kategori masalah yang boleh diijtihad, maka orang yang melakukannya
berdasarkan ijtihad atau taklid tidak boleh diingkari.

“Kekeliruan atau kesamaran ini muncul daripada orang yang berkeyakinan bahawa
masalah-masalah khilafiyah adalah masalah ijtihad, sebagaimana diyakini sebahagian
orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk menganalisa secara ilmiah. Sedangkan
yang benar adalah sebagaimana yang dikatakan oleh para imam, bahawa masalah
ijtihadiyah adalah masalah yang di dalamnya tidak mengandungi dalil yang secara zahir
menunjukkan adanya kewajipan mengamalkan masalah tersebut, seperti hadith sahih
yang tidak boleh ditentang dengan hadith yang sejenis dengannya. Jika tidak ada dalil
yang secara zahir mengharuskan untuk diamalkan masalah itu, atau kerana dalil yang
dijadikan hujah bertentangan dengan dalil lain ataupun kerana dalil yang digunakan
untuk masalah tersebut masih samar, maka ketika itu baru dibolehkan berijtihad.

Seorang ulamak yang menyatakan, “Masalah ini bersifat qathi (pasti) atau meyakinkan,
jadi tidak boleh ditentang” bukan bererti dia menuduh atau meragui orang yang
menentang masalah tersebut. Dia juga tidak boleh dianggap sebagai orang yang
dengan sengaja menentang kebenaran.

Masalah-masalah yang diperselisihi oleh ulamak salaf dan khalaf, dan kedua-duanya
meyakini kebenaran salah satu dari dua pendapat dalam masalah tersebut, itu banyak.
Oleh kerana itu para imam menjelaskan bahawa pendapat hukum yang dikeluarkan
seorang ulamak yang bertentangan dengan pendapat yang ditetapkan oleh ramai
ulamak yang lain itu terbatal, namun tanpa mencela ulamak yang mengeluarkan
pendapat tersebut.

197

ÜApa yang jelas, tidak ada alasan di sisi Allah di hari kiamat nanti bagi orang yang

mengetahui pelbagai hadith dan athar yang tidak bertentangan dengan masalah yang
ditanganinya termasuk masalah ini dan masalah yang lain untuk menyembunyikan dalil-
dalil tersebut di sebalik punggungnya, lalu mengikuti orang yang dia sendiri melarang
untuk mengikutinya, sambil berkata kepadanya, “Kamu tidak boleh berpendapat
dengan pendapatku, jika pendapat itu bertentangan dengan sunah. Dan jika hadith itu
sahih, maka jangan hiraukan pendapatku itu”. Sebab meskipun dia tidak mengatakan hal
ini kepadanya, namun itulah kewajipan yang harus dilakukannya. Walaupun apa yang
dikatakan kepadanya berbeza, tetapi dia harus mengikuti hujahnya.

Manakala jika dalam suatu masalah yang mana tidak ada dalil daripada hadith atau
Ìathar sama sekali, maka seorang Mukmin mengetahui bahawa Nabi
memang

tidak memberitahu dan menunjukkan penyelesaian untuk masalah tersebut kepada

Üpara sahabatnya. Keadaan ini tidak memerlukan dalil yang lebih banyak selain

mengetahui hakikat agama yang disampaikan Allah melalui rasulNya”. (Kami juga

telah menjelaskan masalah ini dalam fatwa nombor 8130.) (Muka surat: 183)

Fatwa No. 30289

Tempat Mencari Kenikmatan Yang Disyariatkan Adalah Pada Faraj

Pertanyaan: Isteri saya selalu meminta saya untuk menyetubuhinya pada dubur. Dia
mengaku tidak berasa nikmat kecuali jika persetubuhan dilakukan pada dubur dan
kadangkala saya memenuhi keinginannya. Adakah perbuatan ini dibolehkan?

Fatwa: Jika anda menyetubuhinya dengan memasukkan zakar anda ke dalam duburnya,
Ìmaka hukumnya haram. Ini termasuk dosa besar. Nabi
bersabda, “Terlaknatlah

äsuami yang mendatangi dubur isterinya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud daripada Abu

Hurairah ), hadith ini dinilai sebagai hasan oleh Al-Arnaut dan Al-Albani.)

Manakala jika anda menyetubuhinya dengan memasukkan zakar anda ke dalam faraj

Üdari arah belakang (dubur), maka hukumnya boleh kerana Allah berfirman,

198

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al Baqarah : 223).

Maksudnya, sama ada dari arah depan mahupun arah belakang. Apa yang penting
adalah di tempat bercucuk tanam iaitu faraj.

Fatwa No. 31598

Tidak Patut Bersetubuh Seumpama Ini Dengan Isteri, Apatah Lagi Jika Bukan Dengan
Isterinya

Pertanyaan : Saya hidup di negara barat sangat lama dan daripada mereka saya
meniru beberapa gaya bersetubuh seperti menggunakan mulut dan menelan air mani.
Bagaimanakah hukumnya menurut syarak? Jadi, adakah dianggap sebagai penzinaan
jika dilakukan bukan dengan isteri?

Fatwa: Tentang perbuatan seperti ini yang dilakukan bersama isteri telah dipaparkan
dalam fatwa nombor 12856 dan 20685 (Muka surat: 150 Jilid 2 dan 29 Jilid 2). Sedangkan
jika dilakukan bukan dengan isteri, maka itu hukumnya zina namun bukan zina yang wajib

Ìdihukum dengan had. Nabi bersabda, “Mata berzina dan hati juga berzina. Zinanya

mata dengan melihat dan zinanya hati dengan berangan-angan. Dan kemaluan itulah
yang membenarkan atau mendustakan apa yang terjadi”. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud
dan yang lain)

Jelas sekali bahawa perbuatan seperti ini yang dilakukan bukan dengan isterinya
telah menngheretnya ke lembah penghinaan dan kekejian. Pelakunya harus ingat

Übagaimana nasibnya nanti saat berdiri di hadapan Allah dengan disaksikan oleh

semua makhluk dan jawapan apa yang akan diberikan.

Masya Allah, sudah seberapa jauh keadaan ini berubah? Kami tidak menyangka
akan menjawab pertanyaan tentang perbuatan seperti ini yang dilakukan dengan
isteri sehingga akhirnya muncul pertanyaan tentang hukumnya jika dilakukan bukan

199

Ìdengan isteri. Benarlah Nabi ketika bersabda, “Jika kamu sudah tidak berasa malu

lagi pada perkataan para nabi yang diketahui manusia, maka lakukanlah apa sahaja

äyang kamu inginkan”. (Riwayat Bukhari daripada Ibnu Mas’ud )

Fatwa No. 32056

Jangan Cemari Nikmat Pernikahan Dengan Perkara Yang Haram

Pertanyaan: Saya baru sahaja menikah dan ketika akan menyetubuhi isteri saya, dia tidak
berhasrat untuk melakukannya. Jadi adakah boleh saya menunjukkan filem lucah atau
gambar-gambar kepadanya untuk membangkitkan ghairah isteri saya?

ÜFatwa : Di antara kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang-orang Islam
Üadalah diberikan yang halal. Jika Allah telah mengurniakan nikmatnya pernikahan
Ükepada anda, maka jangan dikotori dengan perbuatan haram. Sebagaimana Allah

telah memerintahkan untuk menundukkan pandangan, Dia juga memerintahkan untuk

menjaga kemaluan. Dia berfirman,

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.

(An-Nur : 30)

Oleh kerana itu, anda tidak boleh menonton filem lucah dengan alasan yang tidak jelas
seperti ini. (Untuk lebih jelas, sila baca fatwa nombor 3605) (Muka surat: 173)

200

Fatwa No. 34560
Adakah Suami Yang Mendatangi Isterinya Bukan Pada Tempatnya Akan Masuk Neraka?
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya suami yang mendatangi dubur isterinya? Adakah
dia benar-benar akan masuk neraka berdasarkan nas yang sarih (jelas)?
Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah perbuatan maksiat dan pelakunya
dilaknat serta ditolak daripada mendapat rahmat. Jika ketika meninggal dunia dia

Ümasih melakukan perbuatan tersebut, maka dia berada di bawah kehendak Allah .
ÜAllah boleh menyeksanya dan boleh juga memaafkannya, semuanya bergantung

kepada kehendakNya. Sebab menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, ayat-ayat
yang mengandungi ancaman itu bersifat muqayyadah (dibatasi). Dia boleh sahaja tidak
masuk ke neraka kerana taubat, diampuni, mendapat syafaat ataupun perkara yang lain
yang dapat menghapuskan dosa.

201

Fatwa No. 34984

Hukum Mencium Isteri Di Hadapan Isteri Yang Lain

Pertanyaan: Adakah suami boleh duduk dengan kedua-dua isterinya yang mana
bahagian lutut sampai pusat mereka tertutup, lalu dia mencium kedua-duanya dan
menghisap payudara kedua-duanya secara bersama-sama?

Fatwa: Pada fatwa nombor 4072 (Muka surat: 171) telah dijelaskan hukum suami yang

menyetubuhi isterinya di hadapan isterinya yang lain. Di situ kami memetik apa yang

ditulis oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni daripada Saidatina Aisyah tentang
Ì ß Ìbagaimana Nabi bersetubuh. Saidatina Aisyah
menyatakan bahawa Nabi

tidak menyetubuhi salah seorang isterinya sedangkan isterinya yang lain melihat atau

mendengar suara rengekannya. Beliau juga tidak mencium dan menggaulinya di

hadapan orang lain. Kemudian Ibnu Qudamah berkata bahawa Imam Ahmad berkata,

“Tidak ada yang membuatkan aku berasa kagum kecuali jika semua ini disembunyikan”.

Apa yang khusus berkaitan dengan masalah kita di sini

adalah pernyataan Ibnu Qudamah, “Nabi
tidak mencium dan menggaulinya
Ì

di hadapan orang lain,” dan pada

perkataan Imam Ahmad, “Tidak ada

yang membuatkan aku berasa

kagum kecuali jika semua ini

disembunyikan”.

Imam Al-Kharasyi daripada
mazhab Maliki dalam kitab
Syarah Mukhtashar Khalil
berkata, “Menurut pendapat
yang masyhur, suami tidak
boleh mengumpulkan kedua-dua
isterinya, atau mengumpulkan isteri
dengan hambanya, atau beberapa
orang isterinya atas satu katil
meskipun dia tidak menyetubuhi
salah seorang daripada mereka”.

202

Dalam hal ini mereka mengemukakan dua alasan:

Pertama, mengumpulkan mereka di atas satu katil dapat menimbulkan prasangka
suami menyetubuhi salah seorang daripada mereka dengan kehadiran isteri yang lain.

Kedua, hal ini akan menimbulkan perasaan cemburu yang sangat besar pada diri mereka
berdua.

Fatwa No. 35238

Hukum Menyetubuhi Salah Seorang Isteri Dengan Disaksikan Oleh Isteri Yang Lain

Pertanyaan: Adakah saya boleh menyetubuhi keempat-empat orang isteri saya (jika saya
menikah) satu-persatu dan mereka berasa suka dengan perbuatan itu? Bagaimanakah
hukumnya menurut syarak?

Fatwa: Suami tidak boleh menyetubuhi salah seorang isterinya dengan disaksikan
oleh isterinya yang lain. Ulamak telah menetapkan larangan bersetubuh dengan
kehadiran seseorang, sama ada isterinya sendiri ataupun orang lain. Khalil Ishaq Al-Maliki
dalam Mukhtasarnya berkata, “Apa yang berkaitan dengan larangan adalah masuk bilik
mandi bersama mereka berdua dan mengumpulkan kedua-duanya di atas satu katil
meskipun tanpa terjadi persetubuhan”.

Dalam menjelaskan teks ini, Al-Hatabi berkata, “Dia berkata dalam kitab At-Taudih,
‘Suami tidak boleh menyetubuhi isterinya, sementara di rumahnya ada orang lain,
sama ada orang tersebut terjaga mahupun tertidur”. Ibnu Arafah berkata, “Larangan
bersetubuh di rumah yang di dalamnya ada orang yang sedang tidur atau seumpama
dengannya, sangat sukar dilaksanakan kecuali bagi keluarga yang kaya”. Al-
Jazuli berkata, “Diriwayatkan bahawa setiap kali Ibnu Umar ingin bersetubuh, dia
mengeluarkan semua orang yang ada dalam rumah sehingga bayi yang masih dalam
buaian sekalipun”. Inilah yang dinyatakan oleh pensyarah kitab Al-Mukhtashar itu.

Oleh kerana tu, anda tidak boleh menyetubuhi salah seorang isteri anda dengan
disaksikan oleh isteri yang lain. Sebab perbuatan ini bertentangan dengan keharusan
untuk ditutupi ketika bersetubuh, sifat malu dan akhlak yang mulia. Ulamak juga
menghukumkan makruh persetubuhan yang memperdengarkan suara. Al-Hatabi
berkata, “Makruh hukumnya bersetubuh di rumah sampai terdengar suara rengekannya.”

203

Adapun jika mereka berada di tempat yang terpisah di mana antara yang satu dan
yang lain tidak dapat melihat dan mendengar suara rengekan (misalnya setiap isteri
ditempatkan di bilik yang kedap suara), maka boleh menyetubuhi mereka satu-persatu
secara langsung tanpa harus mandi terlebih dahulu setelah bersetubuh dengan
isteri pertama, atau mandi setiap kali habis bersetubuh dengan seorang isteri untuk
melakukannya lagi dengan isteri yang lain. Jika tidak mandi, dia dianjurkan untuk
membasuh zakarnya dan berwuduk terlebih dahulu sebelum menyetubuhi yang lain.

Setelah menyebutkan pelbagai hadith yang berkaitan dengan masalah ini, Imam
An-Nawawi berkata, “Orang yang sedang berjunub (berhadas besar) boleh tidur,
makan, minum dan menyetubuhi isteri yang lain sebelum mandi dan ini telah menjadi
ijmak. Hal ini dikuatkan dengan anjuran membasuh zakar terlebih dahulu ketika dia ingin
menyetubuhi isteri yang belum disetubuhinya”.

Fatwa No. 38103

Risikonya Adalah Tidak Selamat

Pertanyaan: Bagaimanakah pendapat tuan tentang merakam persetubuhan suami isteri
demi untuk lebih membangkitkan ghairah kedua-duanya, di mana rakaman ini disimpan
dalam fail komputer yang terlindung dengan menggunakan kod angka sehingga tidak
seorang pun yang dapat melihat isinya?

Fatwa: Meskipun rakaman ini disimpan dalam fail terlindung dengan menggunakan
kod angka, namun orang lain tetap sahaja masih boleh menyaksikannya. Sebab kod-
kod itu berkemungkinan juga boleh dipecahkan. Berapa banyak maklumat negara dan
organisasi yang disimpan rapi dengan disertai kod-kod tertentu, boleh dirungkai dan
diketahui oleh orang ramai. Perlu diketahui bahawa sebahagian ulamak menghukumkan
makruh bagi perbuatan melihat kemaluan diri sendiri atau pasangannya. Sebahagian lagi
mengharamkan merakamkan gambar tanpa keperluan, dan apa yang anda sebutkan
itu tidak boleh dianggap sebagai keperluan. Apa yang jelas, perbuatan ini tetap saja
berisiko. Oleh kerana itu lebih baik ianya dijauhi.

204

Fatwa No. 17646

Haiwan Jenis Apa Sekalipun Tidak Melakukan Perbuatan Seperti Ini

Pertanyaan: Adakah suami boleh menghisap payudara isterinya dan menjilat duburnya?

Fatwa: Tentang menghisap payudara isteri, tidak ada larangan untuk melakukannya.
Manakala tentang menjilat dubur isteri, kami tidak dapat membayangkan akal manusia
yang sihat memikirkan perbuatan menyimpang yang begitu rendah seperti ini dan
melakukan apa yang tidak dilakukan oleh haiwan sekalipun.

Perbuatan seperti ini didorong oleh syahwat mereka yang sama sekali tidak menjaga
adab dan akhlak. Perbuatan seperti ini bukanlah perkara yang asing di kalangan orang-

Üorang kafir, sebab Allah menyebutkan bahawa mereka itu seperti binatang atau
Übahkan lebih rendah daripada binatang. Allah berfirman,

“Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau
memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti
binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi”.

(Al-Furqan : 44)

Maha Benar Zat yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Jenis binatang apa pun,
sepanjang yang kami ketahui, tidak ada yang melakukan perbuatan seperti ini.

Apa yang benar-benar aneh di sini adalah ada seorang Muslim yang memikirkan
cara-cara seperti itu. Cukuplah! Jauhilah perbuatan seperti itu. Bagaimanakah perkara
ini boleh terjadi padanya sedangkan dia adalah orang yang mempercayai syariat Allah

Ü yang suci, yang dasarnya adalah kesucian dan akhlak mulia, dan ajaran-ajarannya

menganjurkan kemuliaan akhlak? Perkara seperti ini tidak merasuki kaum Muslim kecuali
setelah terjadinya keterbukaan (liberalisasi) pemikiran yang memberi kesan tidak baik
pada umat yang tidak mahu menjaga nilai-nilai mulia dan akhlak yang terpuji.

205

Fatwa No. 21145

Perkara-perkara Yang Dilarang Ketika Bersetubuh

Pertanyaan: Ketika melakukan persetubuhan, suami saya selalu menyuruh saya
membayangkan ada seorang teman wanita saya sedang tidur bersama saya di atas
ranjang ini dan kami melakukan persetubuhan bersama wanita tersebut (lesbian). Dengan
cara ini dia dapat mencapai puncak kenikmatan seksual hingga saya sendiri tidak
boleh melakukan persetubuhan kecuali dengan cara seperti ini. Suami saya juga selalu
melakukan persetubuhan dengan saya ketika menyaksikan filem lucah dan meminta
saya untuk melakukan apa yang kami saksikan, dan saya juga melakukan onani ketika
sedang bersetubuh. Bagaimanakah hukumnya perbuatan ini, adakah halal atau haram?

Fatwa: Hukum mengkhayalkan perbuatan maksiat ketika bersetubuh telah dijelaskan
dalam fatwa nombor 15558 (Muka surat: 220 Jilid 2). Di situ kami telah menyatakan
pelbagai pendapat ulamak secara terperinci, dan (menurut pendapat yang rajih)
perbuatan seperti itu tidak dibolehkan. Oleh kerana itu, dia wajib bertaubat.

Ini adalah perbuatan yang tidak dapat dipaksakan oleh suami ke atas isterinya
kerana termasuk dalam perbuatan batin (hati). Namun alangkah baiknya jika isteri dapat
menasihati suaminya dan menyebutkan kepadanya bahawa perbuatan itu hukumnya
adalah haram.

Tentang menonton filem lucah, hukumnya telah dijelaskan dalam fatwa

nombor 3605 (Muka surat: 173). Jadi anda dapat merujuknya kembali. Hukum

melakukan onani juga telah dijelaskan dalam fatwa

206

sebelum ini. Kami ingatkan kepada saudari bahawa seorang
isteri tidak boleh mentaati suaminya untuk melakukan perbuatan maksiat kepada Allah

Ü. Ini disebabkan tidak boleh taat kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Khaliq.

Oleh kerana itu, isteri harus berusaha sekuat mungkin untuk menasihati dan memberi
petunjuk kepada suaminya supaya suaminya tidak lagi melakukan perbuatan maksiat.

Fatwa No. 39365

Mencari Kenikmatan Bukan Pada Tempat ‘Bercucuk Tanam’

Pertanyaan: Suami ingin mencari kenikmatan isterinya di kawasan dubur dengan
pelbagai gaya yang berbeza-beza, tetapi isteri tidak menyukainya. Dia sendiri tidak tahu
adakah perbuatan ini halal ataupun haram?

Fatwa: Setiap suami isteri boleh mencari kenikmatan daripada pasangannya dengan
sebarang cara yang disukainya, namun dia harus menjauhi perbuatan yang telah
kami sebutkan dalam fatwa nombor 2146 (Muka surat: 73). Adapun yang berkaitan
dengan mencari kenikmatan di dubur, jika mencari kenikmatan itu bersentuhan dengan
najis, maka hukumnya haram. (Lihat fatwa nombor 7908) (Muka surat: 51 Jilid 2). Jika
mencari kenikmatanitu tidak bersentuhan dengan najis, maka hukumnya harus. Tetapi
isteri berhak menolaknya jika perbuatan itu mengandungi sesuatu yang merendahkan
atau dianggap kotor meskipun tidak bersentuhan dengan najis. (Lihat fatwa nombor
31037) (Muka surat: 49 Jilid 2)

Kami ingatkan bahawa apa yang terjadi antara suami isteri tidak boleh disebarkan,
sama ada kepada sahabat karib mahupun kepada orang lain. Adapun untuk
mengetahui hukum syaraknya dapat dilakukan dengan cara menyebutkan kejadiannya
sahaja seperti mengatakan, “Bagaimanakah hukumnya orang yang melakukan
perbuatan ini?” Kami ingatkan juga kepada suami untuk menghindarkan diri daripada
perbuatan yang tidak sepatutnya ini yang dapat mengheretnya kepada hal-hal yang
memberikan kesan yang menghinakan.

207

Fatwa No. 40297

Mencari Kenikmatan Pada Dubur Dalam Bulan Ramadhan

Pertanyaan: Saya mendatangi dubur isteri saya pada waktu siang hari di bulan
Ramadhan, namun tanpa memasukkan zakar ke dalamnya. Kemudian saya
menyesalinya. Adakah saya menanggung sesuatu?

Fatwa: Perbuatan ini tidak boleh dilakukan pada bulan Ramadhan kerana
merosakkan kemuliaan bulan yang mulia ini. Jika perbuatan ini menyebabkan anda
mengeluarkan air mani atau air mazi, maka puasa anda terbatal dan anda wajib
mengqadhanya. Selain itu anda juga harus segera bertaubat dan memperbanyakkan
istighfar.

Fatwa No. 40322

Mencari Kenikmatan Yang Dilarang

Pertanyaan: Isteri saya memasukkan jarinya ke dalam lubang dubur saya sebagai
satu cara mencari kenikmatan bagi kedua-dua belah pihak iaitu saya dan isteri saya.
Bagaimanakah hukumnya?

Fatwa: Suami mahupun isteri tidak boleh meletakkan jarinya ke dalam dubur
pasangannya kerana dapat menyentuh najis tanpa darurat mahupun kerana satu
keperluan. Perbuatan seperti ini dapat membuatkannya ketagihan dan terbiasa
hingga akhirnya dia ingin pula mendatangi duburnya. Ketika berbicara tentang adab
menunaikan hajat, Ibnu Al-Hajj Al-Maliki dalam Al-Madhkal berkata, “Berhati-hatilah
daripada perbuatan memasukkan jari ke dalam duburnya kerana ini adalah perbuatan
terburuk manusia yang dilarang. Disebabkan dia melakukannya sendiri dan itu hukumnya
haram”.

An-Nafrawi dalam Al-Fawakih Ad-Dawani berkata, “Tidak diwajibkan ataupun
di sunatkan bagi orang yang beristinjak untuk membasuh bahagian dalam dua lubang
(dubur dan qubul). Bahkan manusia tidak boleh membebani diri dengan melakukan hal
seperti itu, iaitu dengan memasukkan jarinya ke dalam dubur bagi lelaki dan ke dalam
qubul bagi wanita. Sebab ini adalah perbuatan bidaah yang dilarang. Jika dilakukan
oleh lelaki, ianya adalah seperti melakukan liwat. Jika dilakukan oleh wanita, dia seperti
seorang lesbian”.

208

Dalam Bariqah Mahmudiyyah, ketika membicarakan masalah dosa tangan, Al-Khadimi
berkata, “Di antara dosa tangan adalah memasukkan jari ke dalam dubur dan faraj
meskipun ketika sedang istinjak, kecuali jika untuk tujuan perubatan”.
Kumpulan kenyataan daripada para ahli fiqh ini menunjukkan bahawa seseorang itu
tidak boleh memasukkan jari ke dalam duburnya sendiri, apatah lagi ke dalam dubur
orang lain meskipun dia adalah suaminya sendiri. (Lihat fatwa nombor 7908) (Muka surat:
51 Jilid 2)
Fatwa No. 55539
Mencari Kenikmatan Yang Tidak Dibolehkan
Pertanyaan: Saya telah menikah dengan anak lelaki pakcik saya sejak dua bulan
lalu dan saya mencintainya. Namun setelah menikah baru saya tahu bahawa dia tidak
boleh melakukan persetubuhan dengan sempurna. Dia memang sudah berusaha,
namun sebelum zakarnya masuk, air maninya sudah terkeluar. Sedangkan gelora nafsu
saya sangat kuat. Sekarang dia membelikan saya zakar buatan daripada plastik. Dia
berkata, “Carilah kenikmatan dengan alat ini”. Tetapi saya mahu memiliki anak. Dia
berkata, “Keluarkan air mani di tangan awak dan simpanlah dalam botol”. Saya pun
menerimanya dan menggunakannya pada faraj saya. Bagaimanakah hukumnya
perbuatan ini? Sekarang setiap malam dia menggunakan zakar buatan untuk
dimasukkan ke dalam faraj saya, sedangkan zakarnya dimasukkan ke mulut saya sehingga
dia mengeluarkan air mani dalam mulut saya. Adakah perbuatan ini dibolehkan?

209

Fatwa: Pasangan suami isteri masing-masing boleh mencari kenikmatan daripada
seluruh bahagian tubuh pasangannya, kecuali dua perkara yang harus dijauhi iaitu
wathi di dubur dan di qubul ketika isteri sedang haid atau nifas, kedua-dua perbuatan
ini hukumnya haram. Suami-isteri juga dianjurkan menjaga adab Islam dalam cara
bersetubuh, di antaranya tidak menghisap dan menjilat alat kelamin pasangan.

Usaha mencari kenikmatan dengan menggunakan alat bantuan yang lain demi
memuaskan kehendak seksual pasangan tidak dibolehkan, seperti menggunakan zakar
buatan (palsu). Daripada sini penanya tahu bahawa dia telah melakukan dosa yang
wajib baginya untuk bertaubat. Keredhaan suami untuk melakukan perbuatan tersebut
tetap tidak dapat mengubah hukum ini.

Adapun yang berkaitan khusus dengan keadaan suami, dia boleh berubat pada doktor
pakar yang mana kadangkala dapat dilakukan dengan mudah jika yang dideritai
oleh suami itu hanya kerana ejakulasi awal, sebagaimana yang kami fahami daripada
pertanyaan di atas.

Fatwa No. 16827

Adakah Isteri Boleh Menelan Air Mani Suaminya?

Pertanyaan: Adakah boleh jika suami saya beronani di atas tubuh saya tanpa
saya menyentuhnya sama sekali, lalu saya menelan air maninya? Adakah dia boleh
meletakkan zakarnya di antara kedua-dua belah payu dara saya untuk beronani?

Fatwa: Suami boleh beronani dengan tangan isteri atau bahagian

Ütubuhnya yang lain. Sebab Allah menghalalkan suami mencari

kenikmatan dengan seluruh bahagian tubuh isterinya, selain dubur
dan faraj ketika isteri sedang haid.

Manakala menelan air mani suami adalah tindakan yang
bertentangan dengan fitrah asas yang sihat dan perbuatan
yang luhur. Sebahagian ulamak berpendapat bahawa air
mani itu najis. Jadi bersandar pada pendapat mereka,
haram untuk menelannya.

Tentang sama ada air mani itu suci ataupun tidak:

210

Ulamak Hanafiyah, Malikiyah, salah satu qaul dalam mazhab Syafiie dan Hanbali
berpendapat bahawa air mani itu najis. Penjelasannya adalah sebagai berikut:

Ulamak Hanafiyah: Air mani itu najis, sama ada berasal daripada manusia atau
binatang, tanpa membezakan antara binatang yang dagingnya boleh dimakan ataupun
tidak.

Ulamak Malikiyah: Air mani itu najis jika berasal daripada manusia atau binatang yang
haram dimakan. Sedangkan air mani yang berasal daripada binatang yang halal
dimakan, terdapat perselisihan; ada yang menghukumkannya sebagai suci dan ada pula
yang menghukumkannya sebagai najis kerana kekotorannya dan kerana dapat berubah
menjadi sesuatu yang berbau busuk. Pendapat terakhir inilah yang masyhur.

ßUlamak Hanafiyah berhujah dengan hadith Saidatina Aisyah yang berkata, “Aku
Ìmencuci jinabah (maksudnya air mani) daripada pakaian Nabi lalu baginda keluar

menunaikan solat dalam keadaan air masih menitis daripada pakaiannya”. Pelajaran
ßyang diambil daripada hadith ini adalah bahawa Saidatina Aisyah
Ìdaripada pakaian Nabi dan ini dilakukan kerana adanya najis. mencuci air mani

ÌNabi sendiri mengetahui hal ini dan menguatkannya, baginda tidak mengatakan

bahawa air mani itu suci. Selain itu, kerana air mani keluar daripada salah satu dari dua

lubang, maka hukumnya najis sebagaimana najis yang lain.

Mereka juga berhujah dengan athar daripada sebahagian sahabat, di antaranya

äAbu Hurairah yang berkata tentang air mani yang mengenai pakaian, “Basuhlah air

maninya jika kamu melihatnya, dan basuhlah seluruh pakaian jika kamu tidak melihatnya.”

Juga dari tabiin, iaitu Al-Hasan yang berkata, “Air mani itu seperti air kencing.”

Sedangkan ulama Malikiyah mengatakan bahawa penyebab najisnya air mani
kerana air mani adalah darah yang dapat berubah menjadi cecair yang hancing
dan busuk. Hukum kenajisan air mani binatang itu bergantung pada prosesnya menjadi
najis, kerana air mani adalah darah yang dapat berubah menjadi cecair yang hancing
dan busuk. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara satu binatang dengan binatang
yang lain, sebagaimana yang dikatakan Ad-Dardiri. Selain itu, kerana air mani keluar
daripada lubang air kencing, maka ia harus dihukumi sebagai najis.

211

Sementara itu, menurut mazhab Hanbali dan pendapat yang azhar (majoriti) di

dalam mazhab Syafiie menyatakan bahawa air mani manusia suci, sama ada lelaki
ßmahupun wanita. Mereka berhujah dengan hadith Saidatina Aisyah bahawa beliau
Ìmengikiskan kesan air mani yang terdapat pada baju Nabi
lalu baginda solat
Ìdengan baju itu.” Hadith ini menunjukkan bahawa Nabi melakukan solat dan kesan

air mani yang melekat pada bajunya. Ini menunjukkan kesucian air mani.

ä ÌBegitu juga dengan hadith Ibnu Abbas
yang berkata: Nabi ditanya tentang
Ìair mani yang mengenai pakaian dan baginda menjawab “Ia seperti air ludah atau

hingus. Kamu cukup mengelapnya dengan kain lap atau rumput idzkhir (jenis tumbuh-

Ìtumbuhan sebangsa lalang).” Secara zahir, hadith menunjukkan bahawa Nabi

menyamakan air mani dengan ludah atau hingus, suatu perkara yang menunjukkan

kesucian air mani dan dapat dibersihkan dengan cara apa sekalipun, meskipun dengan

menggunakan rumput idzkhir, kerana hanya dianggap sebagai kotoran sahaja (bukan

najis).

Ketika baju Saad bin Abi Waqqas terkena air mani, dia membezakannya terlebih dahulu.
Jika air mani itu basah maka dia mengelapnya, sedangkan jika air mani itu kering dia
akan mengikiskannya. Selain itu, air mani adalah sumber penciptaan manusia, maka
dihukumkan suci seperti mana tanah liat. Begitu juga dengan air mani binatang yang
dihukumkan suci pada masa hidupnya, air mani itu menjadi sumber penciptaannya yang
menghasilkan binatang yang suci pula. Berbeza dengan pendapat majoriti, sebahagian
kecil ulamak Syafiiyah mengatakan bahawa air mani itu najis. Pendapat ini juga menjadi
salah satu qaul dalam mazhab Hanbali.

Dalam salah satu qaul, ulamak Syafiiyah mengatakan bahawa, air mani wanita
najis sedangkan air mani lelaki tidak najis. Perkara ini berdasarkan pada najisnya cecair
faraj wanita. Ini juga menjadi salah satu qaul dalam mazhab Hanbali. Tentang air mani
selain manusia, ulamak Syafiiyah menyatakan dalam pendapat asah (lebih benar)
bahawa mani selain manusia dan sejenis anjing itu najis, seperti halnya cecair busuk
daripada faraj dan cecair busuk yang lain.

212

Akan tetapi Imam An-Nawawi berkata, “Menurut pendapat yang asah (paling benar),
air mani selain anjing, babi dan keturunannya adalah suci. Sebab air mani tersebut
adalah bahan asas daripada binatang yang suci, maka hukumnya sama dengan air
mani manusia. Manakala bertentangan daripada itu, pendapat yang asah dalam
mazhab Syafie dan menjadi salah satu qaul mazhab Hanbali menyatakan bahawa air
mani binatang yang boleh dimakan adalah suci, sedangkan yang tidak boleh dimakan
hukumnya najis, sebagaimana air susunya. (Lihat Al-Mausuah Al-Fiqhiyah)

Daripada pelbagai dalil dan kenyataan ulamak di atas, pendapat yang unggul menurut
kami adalah bahawa air mani manusia itu suci, sama ada lelaki mahupun wanita.
Dianjurkan membasuhnya jika air mani itu basah dan cukup dengan mengikiskannya
jika dalam keadaan kering. Seseorang tidak perlu mengulangi solatnya meskipun ada air
mani pada pakaian atau badannya.

Menurut kami, berdasarkan pendapat yang menghukumkan sucinya air mani, maka
tidak haram menelannya meskipun perbuatan tersebut berlawanan dengan akhlak yang
terpuji.

Fatwa No. 22228

Tidak Boleh Menelan Air Mani

Pertanyaan: Adakah saya boleh meminta isteri untuk menelan air mani setelah dia
menghisap kemaluan saya?

Fatwa: Isteri tidak boleh menelan air mani suaminya dan suami pun tidak boleh
memerintah atau meredhai isterinya untuk melakukan hal tersebut. Sebab menurut
kebanyakan ahli fiqh, seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan salah satu riwayat
daripada Imam Ahmad menyatakan bahawa air mani itu najis, dan menelan najis
hukumnya adalah haram.

Sementara pendapat yang menyatakan kesucian air mani, seperti mazhab Syafie
mengatakan bahawa berdasarkan pendapat yang sahih, air mani tidak boleh ditelan.
Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk berkata, “Adakah boleh makan (menelan) air mani
yang suci? Di sini ada dua pendapat; menurut pendapat yang sahih dan masyhur, tidak

Üboleh kerana air mani dianggap kotor. Allah berfirman,

213

“Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk”.

(Al-A’raf : 157)

Pendapat kedua pula menyatakan boleh. Ini adalah pendapat Syeikh Abu Zaid Al-Maruzi.
Alasannya, air mani itu suci dan tidak membahayakan. Dan daripada penjelasan di atas,
anda harus tahu bahawa perbuatan seperti ini tidak dipersetujui oleh orang yang memiliki
akal dan perilaku yang sihat.

Fatwa No. 63639

Hukuman Bagi Suami Yang Mendatangi Dubur Isteri

ÜPertanyaan: Adakah Allah tetap tidak akan melihat suami yang mendatangi dubur

isterinya walaupun dia telah bertaubat?

Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah salah satu perbuatan yang diharamkan dan
merupakan dosa besar. Imam At-Tirmidzi dan An-Nasaai meriwayatkan bahawa Nabi

Ì Übersabda, “Allah tidak melihat lelaki yang mendatangi dubur lelaki atau wanita”.

(Hadith ini dinilai sebagai hasan oleh At-Tirmidzi dan dinilai sebagai sahih oleh Al-Albani.)

äImam At-Tirmidzi dan perawi yang lain juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah ,

“Barangsiapa yang mendatangi wanita haid, atau duburnya, atau mendatangi dukun
bererti telah mengingkari ajaran yang diturunkan kepada Muhammad”. (Dinilai sebagai
sahih oleh Al-Albani)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengingkari’ dalam hadith ini bukanlah keluar
daripada agama, tetapi untuk menunjukkan betapa besar dan beratnya kemungkaran
perbuatan ini. Imam At-Tirmidzi berkata, “Makna hadith ini menurut para ulamak adalah

Üat-taghlidz (memberatkan)”. Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa Allah tidak

melihat orang sudah bertaubat daripada perbuatan mendatangi dubur isterinya. Sebab
ancaman tersebut dikaitkan dengan perbuatan dosa dan sebagaimana yang diketahui,
orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa. Tidak

Üada dosa yang tidak diampuni Allah atau tidak ada taubat yang tidak diterima

214

ÜAllah walaupun taubat itu daripada perbuatan syirik yang merupakan dosa paling

besar. Dengan kata lain, semua taubat adalah diterima, tetapi dengan syarat segala
rukun taubat dipenuhi dan dilakukan pada waktu yang masih dibolehkan, iaitu sebelum
roh sampai di kerongkongnya dan sebelum matahari terbit daripada arah barat.

Fatwa No. 70300

Menyetubuhi Isteri Yang Bukan Gilirannya

Pertanyaan: Adakah suami boleh menyetubuhi isteri yang bukan gilirannya, tetapi giliran
isteri yang lainnya?

Fatwa: Haram bagi suami masuk menemui isteri yang bukan gilirannya, apatah
lagi menyetubuhinya. Inilah yang ditetapkan oleh para ulamak dalam tulisan-tulisan
mereka. Keadaan ini berlaku jika suami bekerja pada waktu siang, lalu diberikan giliran
kepada isterinya pada waktu malam. Jika dia bekerja pada waktu malam, manakala
giliran isterinya diberi pada waktu siang, maka haram baginya memasuki bilik isteri
yang bukan gilirannya pada waktu siang. Imam Ibnu Hajar Al Haithami dalam kitabnya
At-Tuhfah berkata, “Tidak boleh bersama isteri yang pertama pada waktu malam,
walaupun ada keperluan, jika malam itu adalah giliran bagi isteri yang lain. Melainkan
dalam keadaan darurat seperti mengalami sakit yang membimbangkan.

Jika ketika bersama dengannya dalam keadaan darurat yang memerlukan
waktu yang panjang, maka harus ditetapkan berdasarkan uruf (adat) yang berlaku,
melebihi waktu yang diperlukan biasanya. Ketentuan waktu ini tidak boleh ditetapkan
sama sekali. Sedangkan jika melebihi waktu yang biasa berlaku berdasarkan uruf, maka
harus ditentukan waktunya. Jika secara uruf, waktu berdiam dirinya tidak panjang, maka
tidak boleh ditetapkan kerana dalam hal ini dia diberi kelonggaran”.

215

Fatwa No. 44834

Hukum Mempelajari Dan Membincangkan Cara Bersetubuh

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya mempelajari dan membincangkan cara-
cara bersetubuh dengan orang-orang yang belum menikah dengan tujuan untuk
mengajarkan tentang masalah ini pada umum?

Fatwa: Membincangkan cara bersetubuh dengan orang yang belum menikah
tidak dibolehkan jika pendengar-pendengar itu dikhuatiri akan terkena fitnah dan
membangkitkan ghairah mereka sehingga mendorong mereka melakukan perbuatan
yang terlarang, lebih-lebih lagi jika pendengar tersebut berjiwa lemah. Hukum ini berlaku
jika yang membicarakannya adalah sesama jantina. Sedangkan jika berlainan jantina
(lelaki dan perempuan) maka hukumnya haram. (Baca juga fatwa nombor 13726) (Muka
surat: 126)

Fatwa No. 61426

Membebaskan Pandangan Dengan Alasan Supaya Dapat Bersetubuh Dengan Isteri

Pertanyaan: Saya telah menikah sejak setahun lalu, tetapi tidak boleh bersetubuh

kecuali setelah melihat wanita cantik di jalan atau menonton filem dan melihat gambar

lucah. Perbuatan ini dapat membangkitkan kehendak seks saya di mana zakar saya

menegang dengan begitu keras dan saya mampu bersetubuh dalam waktu yang lama.

Ketika saya menjauhkan cara seperti ini, kerana perbuatan tersebut haram dan saya

takut kepada Allah, saya sering berkata dalam hati, “Barangsiapa yang meninggalkan
Ü Üsesuatu kerana Allah
maka Allah akan memberikan ganti yang lebih baik

daripada sebelumnya”. Tetapi apa yang terjadi ialah saya tidak mampu ereksi

secara sempurna. Jadi apakah yang harus saya lakukan?

Fatwa: Ada pelbagai nas Al-Quran dan sunah yang melarang manusia melihat

Üperkara yang diharamkan. Allah firman,

216

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.

(An-Nur : 30)

ä ÌDaripada Ali bin Abi Thalib
bahawa Nabi bersabda, “Janganlah ikut

pandangan yang pertama dengan pandangan yang kedua. Pandangan yang pertama

untukmu sedangkan pandangan yang kedua bukan”. (Riwayat Abu Dawud dan

At-Tirmidzi). Bahkan melihat wanita dan filem lucah dapat dianggap sebagai

Ì Üpenzinaan. Dalam Ash-Sahihain (dengan matan dari Imam Bukhari) disebutkan bahawa
Nabi bersabda, “Allah telah menetapkan manusia melakukan penzinaan

yang tidak dapat dihindarinya. Zinanya mata dengan melihat, zinanya lidah

dengan bicara dan zinanya hati dengan berangan-angan dan bersyahwat. Dan

kemaluan itulah yang membenarkan atau mendustakan apa yang terjadi”.

äAth-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Kabir daripada Ibnu Mas’ud bahawa
ÌNabi
bersabda, “Melihat adalah salah satu anak panah iblis yang beracun.

Sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana takut kepadaku, maka aku akan

menggantinya dengan keimanan yang manisnya dia temui dalam hatinya”.

Berdasarkan perkara ini, anda harus bertaubat dan beristighfar daripada maksiat

ini. Alasan yang anda kemukakan tidak boleh dijadikan faktor yang mengizinkan

anda untuk melakukan dosa ini secara berterusan. Tetapi anda harus berhenti daripada

semua itu dan mencari cara lain yang dibolehkan untuk sampai pada matlamat

Üanda. Di antaranya, taat kepada Allah , memohon kesihatan padaNya, lalu menyuruh

isteri anda berhias diri dengan baik. Jika diperlukan, boleh mendapatkan nasihat doktor
Ìkerana Nabi memerintahkan kita berubat ketika ditimpa penyakit dalam sabdanya,
ܓBerubatlah, sesungguhnya setiap kali Allah
menurunkan penyakit, Dia juga

menurunkan ubatnya, kecuali untuk satu penyakit”. Para sahabat bertanya, “Apakah itu,

ÌYa Rasulullah?” Nabi menjawab, “Usia tua” (Riwayat Abu Dawud dan yang lain, dinilai

sebagai sahih oleh Al-Albani)

217

Tempat
PERSETUBUHAN



11
TEMPAT PERSETUBUHAN

Fatwa No. 45891
Hukum Bersetubuh Di Bilik Yang Terletak Di Atas Masjid
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum bersetubuh di dalam bilik yang terletak di tingkat
kedua di atas masjid, sedangkan masjidnya berada di tingkat bawah?
Fatwa: Sebelum menjawab pertanyaan ini, kita harus tahu terlebih dahulu hukum
membina rumah di atas masjid. Menurut pendapat yang rajih (kukuh), boleh membina
rumah di atas masjid, jika masjid yang berada di tingkat bawah diniatkan sebagai wakaf.
Berdasarkan hal ini, maka rumah yang berada di atas masjid tidak dianggap sebagai
masjid. Dengan demikian, segala hukum yang berkaitan dengan masjid seperti solat
tahiyyatul masjid, melarang wanita yang sedang haid dan junub berduduk dalam masjid,
menjauhi jual beli dan sebagainya, tidak boleh diterapkan pada rumah tersebut. Jadi
orang yang tinggal di rumah itu boleh menyetubuhi isterinya, sama ada rumahnya
benar-benar terletak di atas masjid ataupun selang dua tingkat atau lebih.

220

Fatwa No. 55799

Hukum Bersetubuh Di Dalam Tandas

Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya suami yang menyetubuhi isterinya di dalam
tandas, di dalam kebun atau di dalam kereta yang mana dia berusaha supaya tidak ada
sesiapa pun yang dapat melihatnya?

Fatwa: Boleh bersetubuh di tempat yang selamat, di mana tidak ada seorang pun
yang dapat melihatnya seperti di dalam kebun atau di dalam kereta. Manakala jika
di tempat-tempat seperti ini ada orang, sedangkan bersetubuh memerlukan
membuka aurat, maka hukumnya tidak boleh.

Fatwa No. 33482

Berada Di Sisi Masjid Bukan Halangan Untuk Melakukan Perbuatan Yang Dihalalkan Allah

Pertanyaan: Adakah boleh menyetubuhi isteri di dalam penginapan yang begitu dekat
dengan Masjidil Haram?

Fatwa: Tidak ada larangan melakukan persetubuhan di dalam rumah atau hotel yang
dekat dengan Masjidil Haram. Ketika seseorang berada di tempat-tempat ini, tidak ada

Ülarangan baginya untuk melakukan persetubuhan yang dihalalkan Allah baginya.
ÌNabi sendiri menyetubuhi isterinya, sedangkan di antara masjid dan bilik baginda

hanya dipisahkan oleh dinding.

Fatwa No. 33652

Persetubuhan Harus Dilakukan Dalam Situasi Tersembunyi, Tertutup Dan Terpelihara

Pertanyaan: Dalam fatwa nombor 30637 (Muka surat: 134 Jilid 2) dijelaskan bahawa
melakukan hubungan seks (antara lelaki dan perempuan) melalui internet dianggap
sebagai penzinaan. Jadi, adakah hal ini dibolehkan jika dilakukan bersama isteri ketika
kedua-duanya tinggal saling berjauhan? Adakah saling berkirim surat dengan rakan
sekuliah untuk mengetahui keadaannya atau berkenalan dengan tujuan untuk mencari
pasangan hidup dibolehkan?

221

Fatwa: Tidak boleh melakukan persetubuhan di antara suami dan isteri melalui internet
kerana hubungan seperti ini seharusnya dilakukan di dalam situasi tersembunyi,
tertutup dan terpelihara daripada penglihatan orang lain. Hal inilah yang tidak boleh
dipenuhi dalam hubungan seks melalui internet. Sebab kemungkinan orang lain dapat
mendengarkannya dan merakam perbualannya, bahkan boleh juga merakam
gambarnya jika perbuatan ini dilakukan dengan menggunakan media gambar
(seperti menggunakan telefon bimbit 3G). Selain itu hubungan seks dengan cara
seperti ini termasuk dalam kategori perbuatan onani atau melancap yang diharamkan,
sebagaimana dijelaskan dalam fatwa nombor 28967 (Muka surat: 56 Jilid 2).
Tidak boleh melakukan surat-menyurat dengan rakan sekuliah mahupun yang lain,
kerana hal ini dapat menjadi perantaraan untuk melakukan perbuatan yang diharamkan

ÜAllah . Ulamak telah menetapkan bahawa sesuatu yang dapat mengakibatkan

perbuatan haram hukumnya haram.

222



Masalah
RUMAHTANGGA



12
MASALAH RUMAHTANGGA

Fatwa No. 25761

Jangan Memberitahu Suami Apa Yang Pernah Terjadi Sebelum Pernikahan

Pertanyaan: Ketika berusia lapan sehingga sepuluh tahun, saya tidak ingat waktunya,
anak-anak lelaki pakcik saya datang ke rumah untuk menonton televisyen yang ada
di dalam bilik tidur saya. Kami pada ketika itu masih kanak-kanak, saya sendiri ada tiga
orang saudara lelaki dan saya tidak tahu apa-apa tentang seks. Ketika itu, anak lelaki
pakcik saya mencari kenikmatan dengan mengeluarkan kemaluannya ketika saya
sedang tidur nyenyak dan tidak tahu apa yang dilakukannya kepada saya. Ketika saya
sudah besar dan menginjak usia baligh, baru saya tahu apa yang dilakukannya kepada
saya. Adakah perbuatan ini dianggap zina, sedangkan ketika itu saya tidak faham apa
yang dilakukannya kepada saya? Sekarang saya sudah menikah dan memiliki tiga orang
anak, adakah saya perlu menceritakan kepada suami saya kisah masa lalu yang saya
sendiri tidak melakukan kesalahan apa pun ketika itu?

Fatwa: Manusia tidak dihukum atas perbuatan dosa yang dilakukannya sebelum baligh.
Usia baligh itu sendiri dapat diketahui dengan salah satu daripada empat tanda berikut:
(i) mimpi, (ii) tumbuhnya bulu kemaluan, (iii) mencapai usia lima belas tahun, dan (iv)
mengalami haid bagi wanita. Jika terjadi salah satu daripada keempat-empat perkara
tersebut pada diri seseorang, maka dia dianggap sudah baligh sehingga terkena taklif
(beban tanggungjawab) dan segala perbuatan dosa yang dilakukannya akan dihisab.
Manakala jika belum baligh, dia tidak dikenakan sebarang beban tanggungjawab dan
tidak menanggung dosa.

Dilihat daripada keadaan anda, nampaknya peristiwa ini terjadi sebelum anda baligh,

oleh kerana itu anda tidak berdosa. Hendaklah anda menjadikan peristiwa ini sebagai

pengajaran dalam mendidik anak-anak anda dan nasihat bagi manusia yang sudah

biasa memberikan kemudahan bagi pencampuran di antara anak lelaki dan perempuan.

Jika dianggarkan peristiwa ini berlaku setelah baligh, sebaik-baiknya anda
Ümenyembunyikan masalah ini sebagaimana Allah
menutupinya dan jangan

diberitahu pada sesiapa pun. Jangan sampai berita ini sampai ke telinga suami anda

kerana dapat mengakibatkan kerosakan, bukan kebaikan yang mungkin diharapkan.

226

Fatwa No. 16970

Di Antara Penyebab Wujudnya Ketidakserasian Adalah Persetubuhan

Pertanyaan: Saya adalah seorang lelaki yang sudah menikah dan mempunyai dua
orang anak, namun tidak berasa senang untuk bersetubuh dengan isteri saya. Situasi ini
sangat aneh buat diri saya. Perlu diketahui bahawa saya pernah menikah sebelum ini
yang mana berakhir dengan perceraian kerana wujudnya perselisihan faham. Dan ketika
ini saya menyukai seorang wanita, namun saya tidak dapat mengawal diri saya dan
menghadapi pelbagai tentangan. Wanita itu sendiri bukan berasal daripada negara saya
dan saya bimbangkan perasaannya kerana dia termasuk orang asing di negara saya.
Jadi bagaimanakah jalan penyelesaiannya?

Fatwa: Kadangkala wujudnya ketidakserasian dalam persetubuhan disebabkan oleh
kejahilan salah satu pihak atau kedua-duanya tentang cara-cara yang ideal yang
dapat menyempurnakan persetubuhan suami isteri. Ini disebabkan perhubungan itu
memiliki adab yang tersendiri yang semuanya telah dijelaskan dalam kitab Tuhfah
Al-Arus, maka kami anjurkan anda untuk membacanya.

Anda harus menjauhi perkara-perkara yang dapat membangkitkan ghairah
sebagaimana yang diisyaratkan dalam pertanyaan, dengan mewajibkan diri untuk

Ümenundukkan pandangan. Dengan izin Allah ini akan memberi kesan yang besar
Ükepada anda. Sebab Allah berfirman,

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.

(An-Nur : 30)

227

Mungkin penanya bertanya-tanya, “Bagaimanakah saya dapat menundukkan
pandangan?” Baginya, cukuplah apa yang dikatakan Al-Junaid ketika ditanya tentang
sesuatu yang dapat membantu seseorang di dalam menundukkan pandangan, beliau
menjawab, “Dengan pengetahuanmu bahawa pandangan Zat yang memandangmu

Ü(iaitu Allah ) itu mendahului pandanganmu kepada orang yang kamu pandang”.

Kesimpulannya, kami cadangkan anda untuk mempertahankan isteri anda demi
menjaga perasaannya dan menjaga pendidikan anak-anak anda dengan pendidikan
yang benar. Sebagaimana diketahui bahawa keretakan keluarga menjadi penyebab
paling kuat hancurnya masa depan anak-anak.

Fatwa No. 16755

Dalil Al-Quran Dan Sunah Tentang Kesan Al-Ain (Sihir Mata)

Pertanyaan: Adakah mungkin sifat hasad dapat merosakkan hubungan suami isteri dan
apakah Al-Ain juga sedemikian? Atau adakah perkara itu memang sudah ditakdirkan?

Fatwa: Apa yang sebaiknya diketahui terlebih dahulu adalah bahawa segala sesuatu

Üyang terjadi di dunia ini semua bergantung pada takdir Allah . Apa yang dikehendaki-
ÜNya pasti terjadi dan yang tidak dikehendaki, tidak akan terjadi. Allah berfirman,

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah
ditentukan).

(Al-Qamar : 49)

Kehidupan seorang Mukmin harus terikat dengan akidah ini dengan penuh keyakinan
Übahawa Allah
Ü, lah yang mentakdirkan rezeki dan ajal manusia. Rujuklah firman Allah

228

“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu
pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang
menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

(At-Taubah : 51)

ÜNamun di antara hikmah Allah adalah Dia menjadikan Al-Ain dengan izin-Nya tentu

mempunyai kesan. Hal ini ditunjukkan oleh Al-Quran dan sunah, di antaranya adalah
Ü ×firman Allah tentang Nabi Yakqub
,

“Dan dia berkata lagi: “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari
sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah daripada beberapa buah pintu yang berlainan”.

(Yusuf : 67)

×Para ulamak mengatakan bahawa Nabi Yakqub mengucapkan perkataan ini

kerana khuatir mereka terkena Al-Ain.

× ÜSetelah Nabi Yakqub
mengucapkannya, Allah berkata,

“Dan sesungguhnya dia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan
perantaraan wahyu”

(Yusuf : 68)

229

ÜAllah juga juga berfirman,

“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan
menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan
dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya
(Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.

(Al-Qalam : 51)

Sedangkan dalil daripada hadith antara lain adalah:

ÌNabi bersabda, “Al-Ain itu benar-benar nyata. Seandainya ada sesuatu yang

dapat mendahului takdir, maka dia akan dapat didahului oleh Al-Ain”. (Riwayat Muslim

dan Imam Ahmad)

äAbu Nuaim dalam Al-Hilyah dan Ibnu Adiy mengeluarkannya dengan sanad yang hasan

daripada Jabir , bahawa Nabi bersabda, “Al-Ain dapat memasukkan seseorang
ke dalam kubur dan unta ke dalam periuk”.

Semua ini tidak terkeluar dari realiti bahawa Al-Ain adalah salah satu daripada takdir

ÜAllah . Oleh kerana itu, apa yang harus dilakukan adalah menolak takdir dengan takdir.

Dan Al-Ain adalah takdir, begitu pula dengan zikir dan doa, semuanya juga takdir yang

Ütelah ditetapkan Allah .

ÜAllah telah memerintahkan kita untuk berlindung daripada keburukan orang yang

hasad dan memberi petunjuk tentang bagaimana kita menolak keburukan orang yang

hasad tersebut.

230

Fatwa No. 4310
Tentang Ruqyah Syariyyah
Pertanyaan: Apakah itu ruqyah syariyyah dan apakah ayat-ayat yang menyebut tentang
masalah ruqyah?
Fatwa: Ruqyah syariyyah adalah sesuatu yang di dalamnya tergabung tiga perkara:

Üi) Hendaklah menggunakan ayat-ayat Allah , nama-nama dan sifat-sifatNya
Ì atau dengan doa makthur dari Nabi .

ii) Syeikh Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan satu syarat iaitu hendaklah (diucapkan)
dengan bahasa Arab dan diketahui maknanya. Segala kalimat yang tidak diketahui
maknanya, maka tidak boleh digunakan untuk ruqyah, lebih-lebih lagi untuk
berdoa meskipun diketahui maknanya. Sebab makruh hukumnya berdoa dengan
selain bahasa Arab. Namun dibolehkan untuk orang yang tidak dapat
berbahasa Arab dengan baik. Sedangkan menjadikan lafaz-lafaz akjamiyah (kata-
kata yang bukan bahasa Arab) sebagai syiar bukanlah termasuk dalam kategori
agama Islam.
iii) Harus berkeyakinan bahawa ruqyah itu sendiri tidak memberi kesan apa-apa

Ü kecuali dengan takdir Allah .
ÌJika ketiga syarat ini dipenuhi, maka itulah yang dinamakan ruqyah syariyyah. Nabi

bersabda, “Tidak mengapa melakukan ruqyah selama tidak terjerumus ke dalam syirik.”
(Riwayat Muslim)

231

Ruqyah yang paling bermanfaat dan paling besar kesannya adalah ruqyah seseorang
pada dirinya sendiri. Perkara ini berdasarkan pada pelbagai nas yang ada, berbeza
dengan kepercayaan yang diyakini dan yang sudah masyhur di dalam masyarakat,
di mana ketika seseorang ingin diruqyah, dia mencari seseorang yang dapat
meruqyahnya meskipun orang itu adalah orang biasa atau ahli sihir.

Surah Al-Fatihah adalah surah yang paling bermanfaat untuk dibaca pada pesakit
kerana kandungan surah yang agung ini antara lain adalah menunjukkan nilai
keikhlasan beribadah, pujian, penyerahan segala urusan, meminta bantuan,
bertawakkal dan memohon segala bentuk kenikmatan yang ditujukan hanya kepadaNya.
Selain itu ada pelbagai nas yang menunjukkan bahawa surah Al-Fatihah adalah surah
yang paling bermanfaat untuk ruqyah, seperti ruqyah daripada gigitan ular yang
tercatat di dalam Sahih Bukhari.

Ketika meruqyah orang yang sakit, maka ucapkanlah:

“Dengan menyebut nama Allah, aku meruqyahmu. Semoga Allah menyembuhkanmu
daripada segala sesuatu yang menyakitimu, daripada kejahatan semua manusia atau

Üdaripada pandangan orang yang hasad dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

(Riwayat Muslim)

Jika seseorang mengeluh sakit di tubuhnya, maka letakkanlah tangannya di bahagian
yang sakit, lalu ucapkanlah:

“Dengan menyebut nama Allah.” (sebanyak tiga kali), kemudian menyebut :-

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya daripada keburukan penyakit yang
sedang menimpaku mahupun yang aku waspadai (sebanyak tujuh kali) “
(Riwayat Muslim)

232

Ruqyah syariyyah dapat bermanfaat untuk menyembuhkan seseorang daripada
Al-Ain (pandangan orang yang hasad dengki), sihir dan guna-guna. Begitu pula untuk
penyakit anggota tubuh.

ÌTentang kesan Al-Ain, Nabi , bersabda, “Al-Ain itu benar-benar terjadi. Jika ada

sesuatu dapat mendahului takdir,maka ia akan didahului oleh Al-Ain.”

(Riwayat Muslim).

ß ÌSaidatina Aisyah
berkata, “Nabi memerintahkan agar kami meruqyah orang
Ìyang terkena Al-Ain.” (Riwayat Muslim). Ketika Nabi berada di rumah Ummu Salamah,

Ìbaginda melihat seorang hamba wanita yang di wajahnya terdapat titik hitam, maka

Nabi berkata, “Ruqyahlah dia, sesungguhnya dia terkena Al-Ain.”

(Riwayat Bukhari).

Jika orang yang melakukan Al-Ain diketahui, maka perintahkanlah dia untuk

Ìmelakukan apa yang diperintahkan Nabi sebagaimana yang tercatat di dalam

sebuah hadith bahawa suatu hari Amir bin Rabi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang
mandi. Lalu Amir berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melihat kulit yang sangat putih

Ìseperti hari ini.” Seketika itu pula Sahl berteriak dan jatuh tersungkur ke tanah. Maka

Amir dibawa kepada Nabi dan baginda kelihatan sangat marah kepadanya. Lalu
baginda bertanya, “Kenapa salah seorang daripada kalian sanggup membunuh
saudaranya? Tidakkah kamu ingin memberkati? Basuhlah dia.” Lalu Amir membasuh
wajah, kedua-dua tangan, kedua-dua siku, kedua-dua lutut, hujung kedua-dua kaki dan
bahagian dalam kainnya, dalam satu baldi air yang besar. Kemudian air itu disiramkan
kepada Sahl dan Sahl pun kembali berasa sihat untuk berkumpul dengan orang lain.
(Riwayat Imam Malik)

Di antara yang dapat menjaga seseorang daripada keburukan Al-Ain adalah

Üzikir yang dibaca pagi dan petang serta bertawakkal kepada Allah . Sedangkan sesuatu

yang paling bermanfaat dapat melindungi seseorang daripada sihir, bahkan daripada

segala jenis keburukan adalah membaca zikir pagi dan petang secara bersambungan,

mem-baca ayat Kursi, surah Al-Ikhlas dan Al-Muawwidzataini (Al-Falaq dan An-Nas)

setiap kali selesai solat dan sebelum tidur, serta membaca dua ayat terakhir daripada

surah Al-Baqarah setiap malam.

233

Fatwa. 7151

Tanda Dan Gejala Orang Yang Ditimpa Al-Ain (Sihir Mata) Dan Pengubatannya

Pertanyaan: Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang dapat membezakan antara
musibah yang diakibatkan oleh sifat hasad dengki dan musibah yang tidak ada
hubungannya sama sekali dengan sifat hasad dengki. Contohnya, saya perhatikan
akhir-akhir ini diri saya telah mengalami pelbagai rantaian peristiwa yang tidak saya
temui penafsirannya seperti mengalami kemalangan, sakit, masuk hospital, tidak dapat
menyelesaikan pekerjaan sebagaimana yang diinginkan, di mana situasi ini belum pernah
saya alami sebelum ini. Kemudian seseorang mengatakan kepada saya bahawa saya
terkena hasad (Al-Ain).

Tetapi bagaimanakah caranya saya dapat mengetahui perkara itu, sedangkan saya
sendiri tidak mengetahui orang yang berhasad dengki terhadap saya? Ini hanya
berdasarkan pada andaian bahawa ada orang yang benar-benar hasad kepada saya.
Jadi, adakah cara ilmiah dan jelas untuk membezakan antara sesuatu yang bersumber
dari sifat hasad dan yang lain, dan bagaimanakah untuk mengubati penyakit akibat sifat
hasad tanpa mengetahui siapa yang hasad dengki kepada kita?

Fatwa: Bagi membezakan musibah atau penyakit yang diakibatkan oleh sifat hasad
dan bukan, ada baiknya kita mengetahui gejala-gejala musibah atau penyakit yang
diakibatkan oleh hasad dan Al-Ain:

Gejala penyakit yang diakibatkan oleh Al-Ain biasanya adalah penyakit yang ada
pada anggota tubuh, namun untuk penyembuhannya bukan dalam bidang kemahiran
doktor, seperti rasa sakit pada sendi-sendi, berasa cepat letih, insomnia, tumbuh jerawat,
muncul bintik-bintik nanah yang nampak pada kulit, anggota keluarga, masyarakat
sekitar dan rakan sekolah menjauhkan diri darinya, dan sebahagian penyakit yang
berkaitan dengan sifat gugup dan kekacauan jiwa. Namun perlu diperhatikan juga
bahawa wajah yang pucat disebabkan oleh terhalangnya aliran darah dari urat wajah,
berasa tertekan, terus merintih, selalu menarik nafas panjang, sering terlupa, bahagian
belakang kepala dan bahu merasa berat, dan hujung jari-jari terasa seperti dicucuk
-cucuk jarum, kebanyakan adalah diakibatkan oleh Al-Ain. Begitu pula dengan rasa
panas di badan dan berasa sejuk di bahagian hujung jari.

234

Tentang gejala musibah yang diakibatkan oleh sifat hasad, Abdul Khalik Al-Athar
mengatakan, “Gejala musibah yang diakibatkan oleh sifat hasad akan nampak pada
harta, tubuh dan keluarga sesuai dengan susunannya. Jika hasadnya itu pada jiwa (atau
diri seseorang), maka orang yang ditimpa itu akan mengalami penyakit seperti penyakit
jiwa, seperti dia mengalami rasa malas untuk pergi ke kuliah, sekolah atau pejabat.
Ataupun dia berasa bebal atau sulit untuk menerima, mempelajari, mengingat dan
menguasai ilmu yang diajarkan, daya ingatan dan hafalannya berkurang. Kadangkala
dia kelihatan bersifat ego, lebih senang menyendiri dan menjauhkan diri daripada
kehidupan keluarga dan masyarakat. Bahkan kadangkala dia berasa orang yang paling
dekat dan paling dicintainya tidak benar-benar sayang, cinta dan tulus kepadanya serta
pelbagai gejala yang lain.

Oleh yang demikian, hasad dan Al-Ain adalah dua penyakit yang dapat diketahui
dengan mengetahui gejala-gejalanya dan cara mengubatinya adalah dengan ruqyah
syariyyah; seperti membaca surah Al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir dari surah

ÌAl-Baqarah, ayat 51 daripada surah Al-Qalam, surah Al-Ikhlas, Muawwidzataini,

sebahagian doa-doa daripada Nabi seperti:

235


Click to View FlipBook Version