Barangkali isteri anda melakukan perkara ini kerana menyangka anda menyukai dan
mengaguminya. Dia terpengaruh oleh sangkaannya tentang cinta anda kepadanya
sehingga menghilangkan sifat malunya. Perbuatannya tak boleh dianggap sebagai
perbuatan yang haram atau makruh kecuali jika tidak sesuai dengan sebahagian
kebiasaan yang banyak berlaku. Tentang sebahagian lekuk badannya yang kelihatan
daripada belakang pakaian yang dipakainya, sebagaimana yang anda sebutkan, jika
hal itu nampak ketika sedang bersama anda sahaja atau bersama kaum wanita, maka
secara syarak perkara itu adalah boleh. Namun jika disertai dengan kehadiran kaum
lelaki ajnabi (bukan mahram), maka hukumnya haram. Tetapi perkara ini dapat
diatasi dengan cara anda menasihati dan memerintahkannya untuk menutup semua
bahagian tubuh yang wajib ditutup, melainkan wajah dan kedua-dua telapak tangan.
Berkaitan dengan masalah meletakkan zakar ke dalam mulut, lihat fatwa nombor 2146
(Muka surat: 73). Apa yang jelas, keadaan ini boleh diperbaiki dengan cara melarang
dan me-merintahkannya untuk tidak melakukan perbuatan seperti ini lagi.
Ringkasnya, perbuatan seperti ini yang dilakukan isteri kepada suaminya tidak boleh
dijadikan aras petunjuk tentang lemahnya agama dan rasa malu yang dimiliki
isteri. Seterusnya, secara syarak tidak ada alasan yang boleh dibenarkan untuk
menceraikannya. Oleh kerana itu, kami nasihatkan kepada anda untuk tidak
menceraikannya jika memang tidak ada catatan-catatan lain daripada anda
tentang dirinya kecuali hanya yang anda sebutkan tadi. Ini kerana hal itu dapat
mengakibatkan bahaya dan kesan buruk pada Muslimah ini tanpa sebarang sebab.
Fatwa No. 66693
Menceritakan Kejadian Malam Pertama
Pertanyaan: Dalam masyarakat kami terdapat adat kebiasaan yang berkaitan khusus
dengan malam pertama dalam pernikahan. Ketika itu, pengantin lelaki harus masuk
ke dalam biliknya untuk memecahkan dara isterinya, sedangkan tetamu masih ramai
lagi sehingga perkara ini menjadi bahan bualan semua hadirin. Bahkan kadangkala
keluarga pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki mengharuskan perkara ini
diselesaikan secepat mungkin. Jadi, mereka akan terus bertanya sama ada daranya
sudah dipecahkan atau belum. Akhirnya semua kejadian malam pertama diketahui oleh
para tetamu.
136
Pertanyaannya ialah apakah pendapat
syarak tentang hal ini? Apakah
tentang
Ìbimbingan daripada Nabi
malam pertama? Adakah menyebarkan
berita pecahnya dara pengantin perempuan
(walaupun hanya kepada keluarga kedua-
dua pengantin) termasuk di dalam kategori
menyebarkan rahsia dan kehormatan
suami isteri, sebagaimana yang disabdakan
ÌNabi
, “Manusia yang paling buruk
Ükedudukannya di sisi Allah
pada hari
kiamat adalah suami yang mendatangi
isterinya dan isterinya mendatangi suaminya, lalu
dia menyebarkan rahsianya”.
Fatwa: Adat kebiasaan ini bertentangan dengan
syarak dan akhlak yang terpuji. Haram bagi
suami atau isteri menceritakan persetubuhan yang terjadi di antara mereka dan
menggambarkannya secara terperinci. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Siid
ÌAl-Khudri bahawa Nabi
bersabda, “Manusia yang paling buruk kedudukannya
Üdi sisi Allah pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya
mendatangi suaminya, lalu dia menyebarkan rahsianya”.
Jika ini benar-benar terjadi, maka perbuatan ini termasuk di dalam kategori adat
kebiasaan buruk yang tidak boleh diteruskan. Dengan demikian, jelas bahawa perbuatan
Ìini terangkum di dalam hadith di atas. (Adapun tentang bimbingan daripada Nabi
untuk melalui malam pertama telah dijelaskan dalam fatwa nombor 10267) (Muka surat:
121)
Fatwa No. 66948
Mengatasi Masalah Isteri Yang Takut Dengan Mencari Kenikmatan Bersama Suaminya
Pertanyaan: Saya menikahi isteri saya sejak sebulan lalu dan kami saling mencintai. Tetapi
masalahnya adalah setiap kali saya akan mencari kenikmatan bersamanya, dia selalu
menangis. Ketika saya menyoalnya, dia menjawab bahawa dia berasa takut. Saya
sangat bingung dan tidak tahu bagaimanakah untuk menghadapinya supaya saya
dapat menjauhkannya daripada rasa takut?
137
Fatwa: Rasa takut yang timbul pada suami isteri yang baru menikah boleh menimpa
pada sebahagian wanita kerana pelbagai sebab. Di antaranya ialah maklumat
yang salah tentang hubungan seks, rasa malu yang berlebihan, takut pada rasa sakit
ketika selaput dara dikoyakkan dan sebagainya. Rasa takut ini akan hilang secara
beransur-ansur sehingga akhirnya hilang sama sekali. Jadi diharapkan agar janganlah
anda berasa tidak mampu lagi menghadapi situasi seperti ini. Sebab ini adalah
keadaan biasa yang boleh terjadi pada ramai wanita. Sebaik-baiknya anda mengatasi
masalah ini dengan bijak, penuh kelembutan dan kesabaran sehingga rasa takutnya
hilang. Anda dapat mengatakan kepadanya dengan penuh mesra bahawa tidak ada
alasan untuk takut menghadapi semua ini.
Fatwa No. 74002
Menyetubuhi Isteri Setelah Akad Nikah Namun Sebelum Kenduri Kahwin Dapat
Mengakibatkan Kerosakan
Pertanyaan: Telah terjadi akad qiran (nikah gantung) secara sah di mana ada wali, saksi
dan mahar. Lalu si lelaki menyetubuhi isterinya sebelum kenduri kahwin dijalankan tanpa
pengetahuan orang lain. Beberapa ketika berlalu, si lelaki meninggal dunia sebelum
kenduri kahwin dijalankan dan tanpa seorang pun tahu bahawa dia sudah menyetubuhi
Üisterinya. Maka adakah dia akan dihisab di hadapan Allah ? Adakah dia melakukan
dosa? Adakah patut menyetubuhi isteri sebelum majlis pernikahan diumumkan?
Fatwa: Jika akad nikah telah sempurna di mana semua syarat dan rukunnya dipenuhi,
suami boleh menyetubuhi isterinya sebelum majlis pernikahan tanpa harus diumumkan.
Namun menyetubuhi isteri setelah akad nikah dan sebelum kenduri kahwin boleh
menimbulkan banyak kerosakan. Oleh kerana itu, uruf (adat atau kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakat) mencela perbuatan menyetubuhi isteri sebelum kenduri
kahwin, sebagaimana dijelaskan pada fatwa nombor 35026 (Muka surat: 131).
Sedangkan jika yang terjadi baru pada peringkat lamaran dan janji pernikahan, maka
dia berdosa kerana persetubuhan yang terjadi adalah penzinaan.
138
Fatwa No. 50045
Hukum Menikahi Wanita Yang Hamil Kerana Zina
Pertanyaan: Salah seorang kawan saya ingin menikahi teman wanitanya yang
dihamilkan olehnya dan telah mengumumkan kelslamannya. Adakah pernikahannya
dengan perempuan tersebut dibolehkan syarak? Perlu diketahui bahawa perempuan
tersebut masuk Islam kerana keinginannya sendiri bukan kerana pernikahan.
Fatwa: Para ulamak berbeza pendapat tentang pernikahan orang yang berzina
dengan perempuan yang hamil disebabkan olehnya. Ulamak Malikiyah, Hanabilah dan
Abu Yusuf daripada mazhab Hanafi berpendapat tidak boleh menikahinya sebelum dia
Ìmelahirkan anak. Pendapat ini berdasarkan sabda Nabi , “Wanita hamil tidak boleh
dinikahi sehingga dia bersalin”. (Riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim, beliau menilainya
sebagai sahih).
Selain itu, berdasarkan hadith daripada Said bin Al-Musayyab bahawa terdapat seorang
Ìlelaki yang menikahi seorang wanita. Ketika disetubuhi, dia mendapati wanita tersebut
hamil. Maka masalah ini diajukan kepada Nabi dan baginda memisahkan mereka
berdua. Sementara itu, ulamak Syafiiyah dan Hanafiyah berpendapat bahawa boleh
menikahi wanita hamil kerana zina, sebab tidak ada pengakuan (penghormatan)
bagi keturunan hasil penzinaan dengan dalil penzinaan tidak menetapkan adanya
Ìhubungan nasab. Ini juga berdasarkan sabda Nabi , “Anak untuk suami dan kebinasaan
bagi penzina”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika lelaki yang menikahinya adalah orang yang tidak berzina dengannya,
maka lelaki tersebut tidak boleh menyetubuhinya sehingga dia
Ìmelahirkan anak dengan berdasarkan sabda Nabi , “Tidak halal bagi
Üorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyiramkan
airnya ke tempat bercucuk tanam orang lain”. (Riwayat Abu Dawud)
Manakala ulamak Syafiiyah berpendapat bahawa boleh
menyetubuhinya dengan pernikahan, sebagaimana
terdapat dalam kitab Futuhat Al-Wahhab karya
Sulaiman Al-Jamal. Jika lelaki yang menikahinya
adalah orang yang berzina dengannya, orang
tersebut boleh menyetubuhinya. Namun menurut
salah satu qaul, anak yang pertama (sedang
139
dalam kandungan) tidak dinasabkan kepadanya. Jadi tidak ada hubungan sama sekali
antara anak tersebut dengan pezina. Kedua-duanya juga tidak boleh saling mewarisi dan
nasab anak tersebut tidak disandarkan kepada si pezina itu.
Fatwa No. 60666
Menikahi Wanita Hamil Kerana Zina
Pertanyaan: Lelaki menikahi wanita yang hamil dua bulan kerana berzina dengannya
demi menyelamatkannya daripada aib. Dari situ, dia memperolehi empat orang anak.
Dia tidak tahu bahawa pernikahan lelaki dengan wanita yang sedang hamil itu batil
dan akad nikahnya juga batil. Namun dia mengetahui hal ini secara kebetulan sahaja
ketika membaca beberapa fatwa yang menyatakan bahawa menikah dengan wanita
yang hamil adalah batil, oleh kerana itu akad nikah harus diperbaharui. Dari segi lain dia
sudah menjatuhkan talak satu kepada wanita ini dan merujuknya kembali ketika iddah,
tetapi dia tidak rujuk di depan saksi kerana kejahilannya tentang perkara ini. Kemudian
dia memperbaharui akad nikah yang pertama dengan wanita ini, tetapi tidak dicatat
sebagai akad nikah yang baru.
Pembaharuan akad ini dilakukan secara lisan dengan kehadirannya, wanita tersebut dan
walinya serta seorang saksi. Lalu setelah pembaharuan akad nikah, dia menjatuhkan satu
talak kepadanya dan merujuknya kembali pada masa iddah. Pertanyaannya adalah
adakah memperbaharui akad nikah secara lisan sahaja dan hanya dihadiri seorang saksi
itu sah? Adakah talak pertama yang dijatuhkan sebelum pembaharuan akad nikah ini
dianggap sebagai talak.
Fatwa: Masalah menikahi wanita yang hamil akibat penzinaan telah menjadi
perselisihan di kalangan ulamak, sebagaimana dijelaskan dalam fatwa nombor 50045
(Muka surat: 139). Apa yang kami pilih adalah pendapat ulamak Syafiiyah dan Hanafiyah
yang menyatakan air mani (keturunan) akibat penzinaan tidak mendapat pengakuan
dengan dalil perzinaan tidak boleh menetapkan adanya hubungan nasab kerana Nabi
Ì bersabda, “Anak bagi suami dan kebinasaan bagi penzina”.
Akad nikah yang semua syarat dan rukunnya telah dipenuhi hukumnya sah.
Oleh kerana itu, talak yang terjadi sesudahnya itu dikira sebagai talak. Ringkasnya,
wanita ini tetap menjadi isterinya dengan dasar akad nikah yang pertama. Sedangkan
anak tersebut tetap tidak dapat dinisbahkan kepadanya kerana anak ini berasal dari
penzinaan, bukan pernikahan. Semua penjelasan ini ada di dalam fatwa sebelum ini.
140
Mendengar
BACAAN AL-QURAN
ATAU KATA-KATA KESAT
SAAT BERSETUBUH
8 MENDENGAR BACAAN AL-QURAN ATAU
KATA-KATA KESAT SAAT BERSETUBUH
Fatwa No. 24234
Mendengar Bacaan Al-Quran Ketika Sedang Bersetubuh
Pertanyaan: Adakah saya boleh mendengar bacaan Al-Quran ketika sedang
menyetubuhi isteri saya? Atau adakah perbuatan ini adalah merupakan satu bentuk
penghinaan terhadap kalamullah?
ÜFatwa: Tidak mengapa mendengar bacaan Al-Quran ketika sedang bersetubuh,
sebab ianya termasuk dalam kategori zikir kepada Allah dengan hati. Dalam keadaan
seperti ini, hukumnya tidak makruh.
Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitab Tuhfah Al-Muhtaj Fi Syarh Al-Minhaj berkata,
“Berzikir dengan hati ketika menunaikan hajat dan bersetubuh menurut ijmak tidak makruh.
Sedangkan berzikir dengan lidah pada ketika itu adalah merupakan bentuk perbuatan
Ìyang tidak disyariatkan, bukan salah satu etika yang diajarkan Nabi kepada kita,
dan tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan adanya seorang sahabat yang
melakukan perkara tersebut”.
Fatwa No. 24667
Mendengar Bacaan Al-Quran Ketika Sedang Bersetubuh.... Dilihat Daripada Perspektif
Adab
Pertanyaan: Adakah boleh melakukan persetubuhan sambil mendengarkan radio yang
sedang menyiarkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran?
ÜFatwa: Di antara etika mendengar bacaan ayat suci Al-Quran adalah mendengar dan
menghayatinya dengan tenang. Allah berfirman,
144
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A’raf : 204)
Meskipun ayat ini menunjukkan adanya perintah untuk menghayati dan mendengarkan
bacaan Al-Quran dalam solat, namun menurut ulamak perintah ayat ini bersifat umum
dan berlaku untuk semua waktu, meskipun tidak dalam bentuk wajib.
Walaupun seseorang tidak dilarang untuk mendengarkan bacaan Al-Quran dalam
Üsegala keadaan, namun alangkah lebih baiknya dia mengagungkan Allah
dan
menjaga Al-Quran daripada segala sesuatu yang menunjukkan penghinaan terhadap-
Ìnya. Nabi
bersabda, “Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada
kitabullah, maka dia berhak mendapatkan kebaikan berlipat kali ganda. Barangsiapa
yang membacanya, maka dia akan mempunyai cahaya pada hari kiamat nanti”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad) Sebahagian orang salaf berkata, “Tidak ada rahmat yang
lebih cepat sampai kepada seseorang melebihi cepatnya rahmat yang sampai
kepada pendengar Al-Quran”.
Kenyataan ini terpancar dari pemahaman terhadap makna ayat,
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al A’raf : 204)
145
Jadi jika anda tidak mendengarkan bacaan Al-Quran, sebaik-baiknya radio itu ditutup.
Oleh yang demikian, kami tidak melihat adanya nas yang melarang seseorang melakukan
persetubuhan ketika sedang mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ketika
adab syariyyah menginginkan seorang Muslim untuk mendengarkan Al-Quran dengan
penuh penghayatan, maka jika dia tidak dapat menghayatinya (kerana disibukkan
dengan persetubuhan), maka sebaiknya tutupkan radio tersebut.
Fatwa No. 45697
Mengeluarkan Kata-kata Lucah Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Pertama, isteri saya seronok mendengarkan kata-kata lucah ketika sedang
bersetubuh, bagaimanakah hukumnya? Adakah perbuatan ini yang dimaksudkan
dengan rafats (perkataan yang mengundang syahwat) dan bagaimanakah hukum
mengucapkan kata-kata ini?
Kedua, Ketika ini, saya tinggal jauh daripada isteri saya yang mana tempohnya
boleh mencapai selama setahun. Adakah menurut syarak dan adab kami boleh
mengucapkan kata-kata yang dapat membangkitkan ghairah seks disertai jaminan
tidak ada seorang pun yang mendengarkan perbualan ini? Untuk makluman, dialah
Ìyang memintanya. Sesungguhnya dalam masalah ini saya berada dalam keadaan yang
sukar tatkala mengingat sabda Nabi , “Tidak termasuk beriman orang yang melaknat,
mengeluarkan kata-kata keji dan kotor”.
ÌImam At-Tirmidzi juga meriwayatkan daripada Abu Dardaa bahawa Nabi
bersabda, “Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan orang Mukmin pada hari
Ükiamat nanti melebihi timbangan akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah membenci
kata-kata yang keji dan lucah”. Sedangkan pada waktu yang sama saya ingin
menggembirakan isteri saya dan memberikan apa yang diharapkannya dalam
hubungan khusus di antara kami.
Ketiga (terakhir), adakah perbuatan ini mengurangkan sikap saling menghormati
ke atas pihak masing-masing? Untuk makluman, kata-kata ini diucapkan hanya ketika
bersetubuh sahaja. Sedangkan ketika tidak bersetubuh, saya tidak boleh mengingkari
akhlak, adab dan rasa malu yang ditunjukkannya. Dengan kata lain saya menerima
segala apa yang dilakukannya.
146
Fatwa: Dalam syarak tidak ada larangan memenuhi keinginan
isteri dengan mengucapkan kata-kata tersebut ketika
bersetubuh dengan syarat tidak ada orang lain yang
mendengarkannya. Kata-kata seperti ini
bukan termasuk dalam kata-kata
keji yang dilarang dalam hadith.
Penulis kitab Tuhfah Al-Ahwadzi
berkata, “Secara zahir yang
dimaksudkan hadith ini adalah
cacian yang jika disebutkan
menjadi memalukan”.
Tentang membincangkan
masalah seks melalui telefon,
sebaik-baiknya ditinggalkan
kerana dibimbangi ada orang lain
yang mendengarkannya. Di samping itu, ianya
dapat membangkitkan ghairah ketika kalian
berdua tidak mungkin dapat menunaikannya,
hingga akhirnya mengheret kalian melakukan
perbuatan yang diharamkan. Inilah yang harus diwaspadai oleh setiap Muslim. (Untuk
mengetahui lebih dalam, baca fatwa nombor 23508 dan 7875) (Muka surat: 166 dan 132
Jilid 2)
Fatwa No. 20141
Batasan Perbualan Yang Dibolehkan Ketika Sedang Bersetubuh
Pertanyaan: Ketika sedang bersetubuh, isteri saya meminta saya untuk mengucapkan
sesuatu dengan suara yang jelas kerana dia sangat menikmati perbuatan ini, seperti
menyebutkan nama yang berkaitan dengan organ seksual saya dan organ seksualnya,
menyebutkan nama lain bagi persetubuhan dengan bahasa pasar dan yang seumpama
dengannya. Kadangkala saya menikmatinya, namun saya merasakan ada sesuatu
yang salah. Adakah seorang isteri harus tetap mempunyai rasa malu hingga ketika
di atas ranjang? Atau adakah dengan wujudnya ikatan suami isteri ini dapat menafikan
perasaan malu antara kedua-duanya? Apakah pendapat agama tentang ini? Adakah
kata-kata ini termasuk dalam kategori perkataan yang lucah?
147
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya dengan sebarang
cara yang diinginkannya. Begitu juga dengan isterinya, dia berhak mencari kenikmatan
daripada suaminya dengan sebarang cara yang diinginkannya, termasuk dalam bentuk
perkataan mahupun perbuatan. Namun dengan syarat persetubuhan itu tidak dilakukan
ketika isteri sedang haid, nifas, ataupun memasukkan zakar ke dalam dubur serta
perkataan yang diucapkan bukan yang benar-benar diharamkan.
Berdasarkan hal ini, maka kalian berdua boleh mencari kenikmatan dengan cara yang
kalian sebutkan tadi. (Lihat juga fatwa nombor 3768 tentang adab bersetubuh) (Muka
surat: 24 Jilid 2)
Fatwa No. 52490
Sebaik-Baiknya Siaran Bacaan Al-Quran Dimatikan Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Apakah hukumnya membuka siaran radio yang mengumandangkan
bacaan Al-Quran ketika sedang bersetubuh? Untuk makluman, siaran radio ini dibuka
sepanjang waktu di bilik tidur, jadi bukan hanya ketika bersetubuh sahaja.
Fatwa: Di antara etika mendengar bacaan Al-Quran adalah merenungkan dan
Ümenghayatinya dengan sempurna dan penuh ketenangan. Allah berfirman,
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.
(Al-A’raf : 204).
Meskipun ayat ini menunjukkan kewajipan untuk menghayati dan mendengarkan
bacaan Al-Quran dalam solat, namun menurut ulamak keumuman lafaz itu berlaku bagi
setiap waktu, walaupun tidak sampai pada peringkat wajib. Meskipun seseorang dapat
mendengarkan bacaan Al-Quran setiap waktu, namun lebih baik dia mengagungkan
Ükemuliaan Allah
dan menjaga Al-Quran daripada segala perkara yang
Ìmenunjukkan sikap tidak hormat terhadapnya. Nabi bersabda, “Barangsiapa yang
148
mendengarkan satu ayat Al-Quran, maka dia mendapat satu kebaikan yang berlipat kali
ganda. Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari
kiamat”. (Riwayat Ahmad)
Sebahagian salaf berkata, “Tidak ada rahmat yang lebih cepat sampai kepada
seseorang, melebihi kecepatan rahmat yang sampai kepada pendengar Al-Quran”.
Pemahaman ini bersumber daripada makna ayat “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan,
maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”. (Al-A’raf : 204). Jadi jika anda tidak
mendengarkannya, lebih baik siaran radio itu dimatikan.
Kesimpulannya, kami tidak menemukan nas yang melarang bersetubuh ketika
sedang mendengar bacaan Al-Quran. Adab syarak menghendaki seorang Muslim
untuk mendengarkan bacaan Al-Quran sambil direnungkan, tetapi jika tidak mampu
merenunginya, maka sebaik-baiknya siaran radio itu dimatikan, sama ada ketika itu
sedang bersetubuh ataupun melakukan perkara yang lain.
Fatwa No. 55088
Hukum Mendengar Nyanyian Atau Bacaan Al-Quran Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Ketika sedang bersetubuh, adakah boleh mendengarkan nyanyian atau
bacaan Al-Quran? Adakah boleh memperdengarkan nyanyian yang mana liriknya saya
tujukan kepada isteri saya?
Fatwa: Tidak boleh mendengarkan nyanyian yang diharamkan dalam setiap situasi
dan tidak ada seorang pun yang membolehkannya ketika sedang bersetubuh.
Jika nyanyian itu mengandungi bunyi alat
muzik, berdasarkan ijmak, sebagaimana
yang disampaikan oleh segolongan
ulamak, hukumnya adalah haram
didengarkan oleh lelaki
dan perempuan. Boleh
melantunkan syair dan puisi yang
ditujukan kepada isteri sebagai
bentuk rayuan dan memberi kenikmatan
kepadanya.
149
Tidak mengapa mendengarkan bacaan Al-Quran ketika bersetubuh. Namun
alangkah lebih baik lagi jika seseorang itu mencurahkan waktu dan fikirannya untuk
mendengarkan bacaan Al-Quran dan merenungkan maknanya demi mendapatkan
rahmatNya seperti yang disebutkan dalam firmanNya,
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.
(Al-A’raf : 204)
Jika seseorang sibuk dengan pekerjaan lain sehingga tidak dapat memperhatikan dan
mendengarkan dengan baik apa yang dibacakan daripada Al-Quran, maka lebih baik
dia tidak mendengarkannya dan menangguhkannya sehingga dia mempunyai waktu
untuk mendengarkannya.
Fatwa No. 72819
Berbual Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Ketika bersetubuh dengan isteri saya, dia meminta saya mengucapkan
kata-kata yang saya sendiri malu untuk mengatakannya kepada tuan. Hal ini juga yang
menyebabkan saya berasa ragu kepadanya. Perlu diketahui, pada awal pernikahan
kami, dia sama sekali tidak pernah berbual ketika bersetubuh.
Fatwa: Jika kata-kata yang diminta isteri anda untuk diucapkan adalah kata-kata yang
keji atau mengandungi sesuatu yang menggugat sifat malu dan menodai kewibawaan,
maka kata tersebut tidak boleh diucapkan. Anda seharusnya mengajar dan memberi
kefahaman kepadanya tentang hukum berbicara. Apa yang haram diucapkan, begitu
juga dengan ucapan yang makruh dan sebagainya. Sedangkan jika kata-kata yang
diminta isteri anda untuk diucapkan adalah kata-kata pujuk rayu yang tidak dilarang,
maka boleh diucapkan.
150
Tentang keraguan anda terhadap isteri anda yang disebabkan kata-kata tersebut,
Ükami berpendapat bahawa itu adalah sangkaan buruk yang harus dijauhi. Allah
berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”.
(Al-Hujraat : 12)
Fatwa No. 3811
Tidak Boleh Membaca Al-Quran Ketika Bersetubuh
Pertanyaan: Adakah boleh membaca Al-Quran ketika sedang bersetubuh hingga dapat
mengurangkan tumpuan dan memperlambatkan ejakulasi? Perkara seperti ini pernah
saya dengar daripada seorang doktor yang memberi nasihat bahawa membaca
Al-Quran ketika sedang bersetubuh dapat mengatasi ejakulasi awal.
ÜFatwa: Apa yang ingin kami katakan kepada anda adalah: semoga Allah
memaafkan anda, wahai saudaraku. Sebab apakah yang patut dalam keadaan
seperti ini untuk membaca Al-Quran? Kami fikir doktor yang anda sebutkan itu tidak
memiliki pengetahuan sama sekali sehingga dia berani mengatakan perkara seperti itu.
ÜSedangkan perbuatan ini termasuk di dalam kategori meremehkan Al-Quran. Allah
berfirman,
151
“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah
maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan
daripada sifat-sifat takwa hati orang mukmin”.
(Al-Hajj : 32)
Ketahuilah bahawa perbuatan ini tidak boleh dilakukan. Kami berharap semoga
ÜAllah mengampuni anda.
152
Tentang
KONDOM DAN ‘AZL
9
TENTANG KONDOM DAN ‘AZL
Fatwa No. 36987
Kondom Dan Mandi Junub
Pertanyaan: Saya sangat mencintai isteri saya dan menghormatinya. Oleh kerana itu,
saya tidak ingin dia menangguhkan solatnya disebabkan terkena kewajipan akibat
bersetubuh iaitu mandi wajib dan bersuci. Namun masalahnya adalah saya terus
mengajaknya bersetubuh kerana saya tidak dapat mengendalikan diri saya sama sekali.
Pertanyaan saya adalah adakah boleh menggunakan kondom dengan tujuan agar isteri
saya tidak terkena najis, lebih-lebih lagi keadaan ketika ini menghalangi kami untuk mandi
setiap hari? Selain itu, air dapat merosakkan gaya rambutnya yang sudah rapi di hadapan
teman-temannya meskipun dia memakai hijab.
Fatwa: Tentang bersetubuh dengan mengenakan kondom telah dijelaskan dalam
fatwa nombor 3735 (Muka surat: 37). Kondom sendiri tidak dapat mencegah seseorang
daripada kewajipan mandi junub. Ketahuilah bahawa dalam mandi junub wanita
tidak harus merosakkan ikatan rambutnya atau merosakkan gaya rambutnya dengan
berdasarkan pada hadith Sahih Muslim bahawa Ummu Salamah bertanya, “Wahai
Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang memiliki ikatan rambut yang sangat
Ìrumit, adakah aku harus menanggalkannya untuk mandi junub?” Nabi menjawab,
“Tidak perlu. Cukup engkau memenuhi kedua-dua telapak tanganmu dengan air, lalu
mengalirkannya ke atas kepalamu, lakukanlah sebanyak tiga kali. Kemudian alirkanlah
air ke seluruh tubuhmu, maka kamu telah bersuci”. (Lihat hukum isteri menerima ajakan
suaminya yang ingin bersetubuh dengannya pada fatwa nombor. 9572) (Muka surat: 149
Jilid 2)
Jika anda ingin agar isteri anda tidak dikenakan kewajipan mandi junub, maka anda
boleh mencari kenikmatan dengannya tanpa melakukan persetubuhan sehingga anda
mencapai klimaks sementara dia tidak mencapainya. Namun jika dia juga mencapai
klimaks, maka dia pun tetap wajib mandi.
156
Fatwa No. 37908
Boleh Menumpahkan Air Mani Di Luar Faraj
Pertanyaan: Jika saya tidak ingin mengeluarkan air mani di dalam faraj isteri saya,
bolehkah saya mengeluarkannya di luar farajnya, misalnya di dada atau di wajahnya?
Fatwa : Boleh mengeluarkan air mani di luar faraj atas kerelaan isteri berdasarkan
ähadith dalam Ash Sahihain daripada Jabir , beliau berkata, “Kami melakukan azl
Ì(mengeluarkan air mani di luar faraj) pada zaman Nabi dan ketika itu Al-Quran
masih diturunkan”. Pendapat yang masyhur di kalangan ulamak menyatakan bahawa
air mani itu suci kerana itu menumpahkannya di tubuh diperbolehkan. Namun sebaik-
baiknya anda menjauhi perbuatan ini kerana bukan termasuk dalam kategori akhlak
yang baik dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan, khususnya jika air mani itu
dipancutkan pada wajah.
Fatwa No. 1803
Boleh Melakukan Azl Dengan Syarat Harus Mendapat Keizinan Isteri
Pertanyaan: Apakah seorang Muslim boleh mengeluarkan air mani di bahagian luar
faraj isterinya untuk mencegah kehamilan?
Fatwa: Mengeluarkan air mani di luar faraj isteri adalah azl (mengeluarkan air mani
di luar faraj) dan menurut pendapat yang rajih (benar atau lebih kukuh) hukumnya adalah
harus.
Dalam Ash Sahihain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Kami melakukan azl pada
zaman Nabi dan pada waktu itu Al-Quran turun”.
Berkenaan perkara ini, ulamak mensyaratkan harus mendapat persetujuan isteri kerana
azl dapat mengurangkan kenikmatan yang diperolehi isteri atau menghilangkan haknya
untuk mendapat keturunan, sedangkan kedua-dua pihak berhak mendapatkannya. Jadi
suami tidak boleh melakukan azl kecuali jika isteri menyetujuinya. Ketahuilah bahawa azl
Ütidak mencegah kehamilan yang ditakdirkan Allah . Ini kerana ketika para sahabat
memberitahu kepada baginda bahawa mereka melakukan azl ke atas para tawanan,
157
ÌNabi bersabda kepada para sahabat, “Tidak ada bahaya apa pun jika kalian
tidak melakukannya. Tidak ada makhluk yang ditakdirkan hidup di dunia ini sampai hari
kiamat, kecuali dia pasti akan hidup (meskipun kalian melakukan azl).” Hadith ini terdapat
di dalam Ash-Sahihain dan yang lain-lain daripada riwayat Abu Said.
äDalam Sunan Abu Dawud daripada Abu Said diriwayatkan bahawa ada seorang
lelaki berkata, “Ya Rasulullah, aku memiliki seorang hamba perempuan dan aku
melakukan azl kerana aku tidak mahu dia hamil. Aku menginginkan apa yang diinginkan
oleh lelaki, namun orang Yahudi mengatakan bahawa azl sama dengan menguburkan
Ìanak perempuan hidup-hidup”. Nabi bersabda, “Orang Yahudi itu berbohong, jika
ÜAllah ingin menciptakannya, kamu tidak akan dapat menghalangiNya”.
Fatwa No. 9951
Tidak Boleh Menggunakan Kondom Untuk Bersetubuh Ketika Isteri Sedang Haid
Pertanyaan: Haram bersetubuh ketika isteri sedang haid kerana haid adalah najis. Jadi,
bagaimanakah jika menggunakan kondom untuk menghindari najis ini?
158
ÜFatwa: Wanita yang sedang haid tidak boleh disetubuhi meskipun dapat dihindari
daripada kotoran haid. Sebab Allah mengharamkan menyetubuhi wanita yang
sedang haid secara mutlak dan tidak diizinkan untuk menyetubuhinya kecuali dengan
dua syarat iaitu berhentinya darah haid dan mandi dengan air.
ÜAllah berfirman,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka
sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah
kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”.
(Al-Baqarah : 222)
Jika darah haid yang menjadi tanda wujud atau tidak wujudnya kotoran dan selesai atau
tidak selesainya masa haid yang biasa dialami, telah berhenti mengalir, tetap sahaja
tidak dibolehkan menyetubuhi isteri sebelum dia mandi terlebih dahulu, sebagaimana
pendapat jumhur ulamak. Dengan demikian penggunaan kondom tetap tidak boleh
dijadikan alasan untuk menyetubuhi isteri yang sedang haid. Oleh yang demikian,
penggunaan kondom tetap tidak dapat mengubah hukum larangan menyetubuhi
wanita haid.
159
Fatwa No. 31733
Wajib Mengikuti Saranan Doktor Dalam Keadaan Seperti Ini
Pertanyaan: Seorang lelaki mempunyai isteri yang sedang hamil dan ketika bersalin
pembedahan akan dilakukan. Setelah pembedahan, doktor memintanya untuk tidak
melakukan persetubuhan selama enam bulan, jadi, pengambilan pil anti-kehamilan
dilanjutkan dengan masa menunggu sampai dua tahun. Namun suami tidak dapat
bersabar untuk tidak bersetubuh, sedangkan di sisi lain dia tidak mempunyai harta
untuk menikah lagi. Oleh kerana itu dia pun menyetubuhi isterinya, namun dengan
mengeluarkan air mani jauh dari faraj isterinya. Adakah perbuatannya itu dapat
dibenarkan? Dan dengan apakah kami harus menasihatinya?
Fatwa: Suami boleh menyetubuhi isterinya dengan sebarang cara yang diinginkan,
asalkan dia menjauhi isterinya yang sedang haid dan kawasan dubur. Hukum ini berlaku
jika dalam situasi biasa.
Sedangkan jika dalam situasi sebagaimana yang dilontarkan oleh penanya, maka dia
harus melaksanakan perintah doktor jika dia mempercayai dan membenarkan maklumat
yang diberikan. Boleh jadi kehamilan dalam masa-masa ini dapat membahayakan
hidup isterinya sendiri sebelum dua tahun. Jika keadaannya memang sedemikian,
tidak sepatutnya seorang suami menjadikan kehidupan isterinya dalam bahaya hanya
demi untuk memuaskan nafsu syahwatnya yang dapat diatasi dengan berpuasa
Ìdan bersabar. Nabi bersabda, “Tidak boleh menimpakan bahaya dan membalas
bahaya dengan bahaya yang lain pula”.
Di sisi lain, menggunakan pil anti-kehamilan pada masa-masa terakhir kadangkala
dapat menjaga kehidupan suami isteri. Oleh kerana itu, ikutilah nasihat para doktor.
Fatwa No. 16967
Cara Mencegah Berlakunya Kehamilan
Pertanyaan: Bagaimanakah caranya mengawal kelahiran? Bagaimanakah caranya
mengukur waktu antara satu kelahiran dengan kelahiran yang lain dan atas dasar apa
ukuran tersebut?
160
Fatwa: Ada dua cara mencegah berlakunya kehamilan:
Pertama, secara kekal, iaitu dengan menghilangkan kemampuan wanita untuk
memiliki zuriat (atau dengan melakukan pembedahan pengeluaran rahim), atau
mengembiri lelaki ataupun meminum ubat yang dapat menghilangkan kemampuan
mendapatkan anak. Perbuatan ini hukumnya haram kerana mengubah ciptaan
Ü ÜAllah dan membinasakan kejadian manusia. Dalam menafsirkan firman Allah ,
“Dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang
ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu”.
(An-Nisa : 119),
Imam Al-Qurthubi berkata, ‘Mengembiri manusia itu dilarang kerana itu bererti
Ü ämengubah makhluk Allah . Ibnu Mas’ud berkata, “Kami berperang bersama Nabi
Ì dan tidak ada wanita di antara kami. Lalu kami bertanya, ‘Bolehkah mengembiri diri
Ìsendiri?’ Namun Nabi melarangnya”. (Muttafaq alaihi)
161
Jika kembiri yang hukumnya haram adalah cara untuk mencegah memperolehi zuriat
secara berkekalan bagi kaum lelaki, begitu pula dengan pencegahan kehamilan secara
berkekalan yang dilakukan kaum wanita, hukumnya haram. Ini kerana kedua-duanya
mencegah kehamilan dari akarnya. Dalam mensyarahkan hadith di atas, Ibnu Hajar
berkata, “Larangan ini menunjukkan pengharaman dan tidak ada perselisihan ulamak
mengenai hal ini. Hikmah dilarangnya kembiri adalah agar zuriat dapat diperbanyakkan
untuk meneruskan jihad melawan kaum kafir. Jika hal ini dibolehkan, maka secara
perlahan mereka akan melakukannya hingga akhirnya terputuslah keturunan.
Di antara tujuan syariat Islam adalah menjaga keturunan dan meneruskannya.
Dengan demikian, mencegah keturunan secara berkekalan dapat menghancurkan
tujuan syariat yang agung ini. Oleh kerana itu perbuatan ini diharamkan.
Kedua, mencegah kehamilan hanya sementara sahaja. Ini harus dilihat di mana jika
dilakukan kerana adanya darurat yang nyata, seperti wanita tidak boleh bersalin secara
normal sehingga harus melakukan pembedahan untuk mengeluarkan janin yang ada,
atau menunda kehamilan demi kemaslahatan (manfaat) yang dianggap penting oleh
kedua-dua suami isteri, maka dalam situasi seperti ini tidak dilarang untuk mencegah
atau menunda kehamilan sesuai dengan kemaslahatan (manfaat) yang ada. Dalil
keharusannya adalah hadith Jabir yang berkata, “Kami melakukan azl dan saat itu
ÌAl-Quran masih turun (maksudnya pada zaman Nabi )” Jika azl haram, sudah pasti
ÜAllah akan melarangnya. Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan segolongan
sahabat yang menunjukkan keharusan azl.
Sejajar dengan penjelasan sebahagian ulamak yang membolehkan minum ubat untuk
menggugurkan janin yang belum genap berusia 40 hari, pengambilan pil pencegah
kehamilan harus disertai dengan keizinan suami kerana dia juga berhak ke atas anak.
Di samping itu, harus juga mendapatkan nasihat doktor tentang pil yang akan diambil,
sama ada berbahaya ataupun tidak.
Fatwa No. 18375
Syarat Diperbolehkan Untuk Menggunakan Pencegah Kehamilan
Pertanyaan: Bagaimanakah hukum menggunakan pil pencegah kehamilan dan apa
sahaja jenis barang yang serupa dengan pil pencegah kehamilan itu? Bagaimanakah
hukumnya bagi seorang isteri yang menolak untuk memiliki zuriat sedangkan suaminya
menginginkannya?
162
Fatwa: Tidak ada larangan menggunakan pil pencegah kehamilan, dengan pelbagai
jenisnya, namun harus memenuhi empat syarat berikut:
ÌPertama, penggunaannya tidak membahayakan isteri kerana Nabi bersabda,
“Tidak boleh membahayakan dan membalas bahaya dengan bahaya yang lain”. Hadith
ÜRiwayat Ahmad dan Ibnu Majah. Hadith ini disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Ghayah
Al-Maram. Allah juga berfirman,
“Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengasihani kamu.
(An-Nisa : 29)
Kedua, harus dengan persetujuan suami isteri kerana adanya zuriat adalah salah satu
tujuan asas pernikahan dan masing-masing berhak mendapatkannya. Oleh kerana itu
salah satu pihak tidak boleh mencegah kehamilannya tanpa persetujuan pihak yang lain.
Ketiga, jika memang diperlukan, seperti seorang ibu berasa letih kerana bersalin terus-
menerus atau kandungannya lemah dan sebagainya.
Keempat, tidak bertujuan untuk memutuskan keturunan secara kekal.
163
Larangan
BERKAITAN
PERSETUBUHAN
10
LARANGAN BERKAITAN PERSETUBUHAN
Fatwa No. 23508
Apakah Yang Boleh Dan Yang Tidak Boleh Diucapkan Ketika Sedang Bersetubuh
Pertanyaan: Isteri saya suka mendengar perkataan-perkataan Al-fahisyah (lucah dan
kotor) ketika bersetubuh, bagaimanakah hukumnya? Apakah yang dimaksudkan dengan
ar-rafats (perkataan yang mengundang syahwat)? Bagaimanakah hukum perkataan-
perkataan tersebut?
Fatwa: Jika apa yang dimaksudkan dengan perkataan Al-fahisyah di sini adalah
kata-kata tentang persetubuhan, menggambarkan keadaan isteri, suami atau yang
seumpama dengannya, maka hal itu di bolehkan di antara suami isteri. Perkataan inilah
yang termasuk dalam kategori Ar-rafats yang dilarang ketika berihram.
Jika apa yang dimaksudkan dengan Al-fahisyah di sini adalah menggunakan lafaz-
lafaz celaan dan cacian, maka lafaz ini termasuk dalam kategori Al-fahisyah yang
Üdiharamkan, sama ada ketika sedang bersetubuh ataupun tidak. Ini kerana Allah
membenci perkataan-perkatan yang kotor, iaitu perkataan yang diucapkan
dan dilakukan oleh orang yang berperilaku keji dan
tidak tahu malu. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan
ädaripada Abdullah bin Mas’ud , dia berkata:
ÌNabi
bersabda, “Bukanlah termasuk
Mukmin orang yang suka mencela orang lain,
melaknat, berkata-kata keji dan orang yang tidak
tahu malu”. Imam At-Tirmidzi juga meriwayatkan
Ìdaripada Abu Darda’ bahawa Nabi
bersabda, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat
dalam timbangan orang Mukmin pada hari
Ükiamat selain akhlak yang baik. Sesungguhnya
Allah membenci orang yang berlaku keji
(berkata-kata lucah) dan tidak tahu
malu”.
166
Fatwa No. 12911
Haram Menceritakan Kejadian Di Atas Ranjang Kepada Orang Lain
Pertanyaan: Saya mempunyai seorang kakak yang sudah menikah. Ketika ini saya sudah
dilamar dan kakak saya berkata, “Jika sudah menikah, beritahu saya apa yang terjadi
antara awak dengan suami awak dan peristiwa yang terjadi bersamanya”. Adakah saya
boleh memberitahukan kepadanya tentang persetubuhan yang saya lakukan dengan
suami saya nanti?
Fatwa: Masalah khusus yang terjadi antara suami isteri, seperti mencari kenikmatan
dan bersetubuh adalah salah satu amanah yang harus dijaga. Oleh yang demikian,
mengkhianati amanah iaitu dengan menceritakannya adalah tindakan pengkhianatan
terbesar.
ÌDalam Sahih Muslim diceritakan bahawa Nabi bersabda, “Manusia yang paling
buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat nanti adalah lelaki yang mendatangi
isterinya dan isterinya mendatanginya, lalu dia menyebarkan rahsianya”. Kandungan
hadith ini adalah menunjukkan haram bagi lelaki menceritakan masalah persetubuhan,
dengan pelbagai cara, yang terjadi di antara dirinya dengan pasangannya. Ancaman
dalam hadith ini juga merangkumi kaum wanita yang menyebarkan rahsia suaminya.
167
ä ÌDalam hadith Abu Hurairah
yang panjang diceritakan bahawa Nabi
membalas pernyataan seorang wanita yang berkata “Mereka (kaum lelaki)
menceritakannya dan mereka (kaum wanita) juga menceritakannya” yang maksudnya
baik suami mahupun isteri menceritakan rahsia pasangan mereka masing-masing,
Ìdengan bertanya, “Adakah kalian tahu perumpamaan untuk orang seperti itu?” Nabi
berkata lagi, “Mereka itu seperti syaitan wanita yang bertemu dengan syaitan lelaki di
satu lorong, lalu syaitan lelaki itu menunaikan hajatnya kepada syaitan wanita, sedangkan
manusia melihatnya ....” (Riwayat Abu Dawud dan perawi yang lain)
Berdasarkan hadith ini, anda tidak boleh menceritakan hal yang berkaitan dengan
persetubuhan yang terjadi di antara anda dengan suami kepada kakak anda ataupun
kepada orang lain.
Fatwa No. 37524
Hukum Suami Yang Menyetubuhi Isterinya Dalam Keadaan Mabuk
Pertanyaan: Adakah terdapat hadith yang mengharamkan suami menyetubuhi isterinya
dalam keadaan mabuk?
Fatwa : Sudah jelas bahawa meminum arak adalah salah satu dosa paling besar.
Ü ÌAllah
ÌNabi telah mengharamkannya di dalam Al-Quran dan melalui lisan Nabi .
sendiri melaknat arak dan peminumnya. Abu Dawud meriwayatkan
Ì Ühadith daripada Ibnu Umar bahawa Nabi bersabda, “Allah
melaknat arak,
peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, yang meminta
perahannya, pembawanya dan penerimanya”.
Adapun untuk hadith yang secara khusus mengharamkan isteri melayani suaminya
yang sedang mabuk, kami tidak menemukannya. Namun isteri berhak meminta cerai
kepada suaminya yang pemabuk setelah sebelumnya dinasihati terlebih dahulu. Jika
suami tetap seorang pemabuk dan maksiatnya semakin menjadi-jadi, maka isteri berhak
mengajukan permohonan cerai ke mahkamah syariah disebabkan oleh kefasikan suami
dan bahaya yang menimpa diri isteri dan anak-anaknya akibat perbuatan suaminya
itu. Sebelum mahkamah mengeluarkan keputusan cerai, dia masih berstatus sebagai
isterinya yang wajib mentaati suaminya dalam perkara yang baik, terutama yang
berkaitan dengan persetubuhan suami isteri.
168
Fatwa No. 52796
Tentang Riwayat, “Jangan Bersetubuh Seperti Setubuhnya Ayam”
Pertanyaan: Bagaimanakah kebenaran khabar yang diriwayatkan Abu Yala,
“Jika seorang suami menyetubuhi isterinya, maka jangan bersetubuh seperti setubuhnya
ayam” ?
Fatwa : Kami tidak menemui ulamak yang membincangkan sahih atau tidaknya
hadith ini. Ad-Dailami menyebutkan hadith ini di dalam Al-Firdaus dan sebagaimana
diketahui kitab ini adalah tempatnya hadith-hadith dhaif. Ini kerana hadith yang
diriwayatkan hanya sekali (tidak ada teks hadith lain yang sepertinya) menjadi ianya
dianggap sebagai hadith dha’if.
äNamun Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf meriwayatkan daripada Anas satu
Ìhadith marfuk yang mempunyai persamaan makna atau seumpama dengan hadith
ini. Hadith tersebut berbunyi: Nabi bersabda, “Jika seseorang mendatangi isterinya,
maka bersedekahlah kepadanya. Jika dia telah menunaikan hajatnya sedangkan
isterinya belum, maka janganlah terburu-buru menyudahinya”. Al-Allamah Al-Manawi
dalam kitab Faidh Al-Qadir Ala Al-Jami’ Ash-Shaghir, ketika menjelaskan hadith ini
berkata, “Seseorang yang mendatangi isterinya tidak boleh menyudahi hubungan
kelamin sehingga isteri menunaikan hajatnya, sebagaimana dirinya berasa senang
hajatnya sudah tertunaikan. Inilah salah satu bentuk keadilan dan muasyarah bil makruf,
sebagaimana yang ditetapkan syariat dalam firmanNya,
169
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)
(Al-Baqarah : 228)
Begitu pula dalam firmanNya,
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19),
Makna hadith yang terkandung di sini sama makna dengan khabar Abu Yala, Jika
seorang suami mencampuri isterinya, maka janganlah bersetubuh seperti bersetubuhnya
ayam. Hendaklah dia merapat ke perutnya sehingga isteri mendapat seperti apa yang
didapatkan oleh suaminya”.
Kesimpulannya, kami tidak menemui ulamak yang membincangkan atau mengulas
tentang sanad hadith ini, namun jika dilihat daripada segi pergaulan suami isteri, makna
hadith ini benar.
Fatwa No. 1101
Haram Menyetubuhi Salah Seorang Isteri Di Hadapan Isteri Yang Lain
Pertanyaan: Adakah lelaki yang mempunyai dua orang isteri (atau lebih) boleh
menyetubuhi kedua-duanya dalam satu waktu dan tempat yang sama?
Fatwa: Lelaki yang mempunyai dua orang isteri (atau lebih) tidak boleh menyetubuhi
salah seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain, kerana hubungan suami isteri
adalah suatu perkara yang mesti dilindungi dan dirahsiakan. Tidak mungkin orang yang
benar-benar beriman ingin melakukan perbuatan ini dengan sengaja di hadapan
Ìisterinya yang lain. Nabi sendiri mendatangi isterinya satu persatu iaitu ketika tiba
giliran mereka dan setiap kali baginda mendatangi salah seorang dari mereka, baginda
berwuduk dan membasuh kemaluannya.
170
ÌNabi bersabda, “Iman itu lebih daripada tujuh puluh cabang dan sifat malu
adalah salah satu cabang daripada iman”. Maka tidak dibolehkan untuk bertolak-ansur
dan tidak juga dibenarkan jika ada suami menyetubuhi kedua-dua isterinya dalam
satu waktu dan tempat. Jika yang dimaksudkan oleh yang bertanya adalah, suami
menyetubuhi salah seorang isterinya hanya setelah menyetubuhi isterinya yang lain maka
hukumnya boleh. Namun dengan syarat perbuatan itu tidak dilakukan di hadapan dan
dengan penglihatan isterinya yang lain.
Fatwa No. 4072
Haram Mengumpulkan Dua Orang Isteri Sekaligus Dalam Satu Waktu Di Mana Kedua-
duanya Saling Dapat Melihat Tubuh Antara Satu Sama Lain
Pertanyaan: Adakah boleh mengumpulkan dua orang isteri di dalam satu waktu di atas
ranjang?
Fatwa: Mengumpulkan dua orang isteri di dalam satu tempat dan waktu adalah
ßperbuatan mungkar dan haram. Saidatina Aisyah
menceritakan tentang cara
ÌNabi bersetubuh, “Janganlah seorang suami mengumpulkan dua orang isterinya di
mana salah seorang daripada kedua-duanya dapat melihat pihak lain atau mendengar
rengekan kedua-duanya, dan janganlah mencium dan menggaulinya di hadapan
manusia.”
171
Tentang orang yang menyetubuhi salah seorang isterinya sedangkan isterinya
yang lain mendengarkan rengekannya, al-Hasan berkata, “Mereka (isteri yang
mendengar) membenci suara yang samar-samar.” Sementara itu Ibnu Qudamah
berkata, “Meskipun isteri rela suaminya menyetubuhi isterinya yang lain di mana dia
dapat melihatnya, hukumnya tetap tidak boleh. Sebab perbuatan ini mengandungi unsur
penghinaan, meremehkan dan menjatuhkan maruah. Oleh kerana itu tidak dibolehkan
meskipun kedua-dua isterinya saling meredhai. Di samping itu, perbuatan ini juga bererti
menyingkap aurat salah seorang daripada kedua-duanya di hadapan yang lain, dan ini
tidak dibolehkan.
Fatwa No. 4128
Suami Tidak Boleh Mendatangi Dubur Isterinya
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya jika saya memasukkan zakar ke dubur isteri saya,
adakah haram? Jadi, apakah yang harus dilakukan jika saya sudah melakukannya?
Fatwa: Suami yang mendatangi dubur isterinya bererti telah melakukan salah satu dosa
Ìbesar. Perkara ini berdasarkan pada sabda Nabi , “Barangsiapa yang mendatangi
wanita yang sedang haid atau di duburnya atau mendatangi dukun bererti telah
Ìmendustakan apa yang diturunkan kepada Muhammad
ädaripada Abu Hurairah ) .” (Riwayat At-Tirmidzi
Dalam riwayat lain menggunakan matan, “Maka dia telah terlepas diri daripada
äsesuatu yang diturunkan kepada Muhammad.” Daripada Abu Hurairah diriwayatkan
bahawa Nabi bersabda, “Terlaknatlah orang yang mendatangi isterinya di duburnya.”
(Riwayat Abu Dawud dan dinilai sebagai sahih oleh Imam As-Suyuthi dan Al-Albani)
ÜBarangsiapa yang sudah terlanjur melakukannya haruslah bertaubat pada Allah dan
meminta keampunanNya atas dosa besar ini serta berjanji tidak mengulanginya lagi.
Sedangkan isterinya tetap halal baginya kerana dalam syarak tidak ada hadith yang
menunjukkan pengharamannya (hubungan suami isteri).
172
Fatwa No. 3605
Menonton Filem Lucah Hukumnya Haram
Pertanyaan: Apakah hukum menonton filem lucah bagi lelaki yang sudah menikah
dengan tujuan untuk mempelajari beberapa gaya bersetubuh sahaja dan bukan untuk
mencari kenikmatan? Dan apakah hukum menontonnya bagi yang belum menikah bagi
tujuan untuk meringankan gelojak nafsu?
ÜFatwa: Hanya kepada Allah lah kami kembalikan atas kemunduran akhlak dan
pemahaman yang terbalik yang dialami kaum Muslim. Benarlah yang dikatakan Nabi
Ì dalam sabdanya, “Kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal
demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga saat mereka masuk ke lubang biawak
sekalipun, kalian tetap akan mengikuti mereka.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah,
Ì(maksudnya mengikuti) orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Nabi
menjawab,
“Siapa lagi?” (Riwayat Bukhari)
Kaum Muslim asyik mengikuti kebiasaan orang-orang barat yang tidak memiliki rasa
Ümalu dan meninggalkan syariat Allah yang Maha Pemurah, yang memerintahkan
Üuntuk mengikuti keutamaan dan menganjurkan berakhlak mulia. Allah
telah
memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan daripada bahagian tubuh yang
haram dilihat dan daripada aurat mereka dalam firmanNya,
173
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
174
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji daripada orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan
kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.
(An-Nur : 30-31)
Maka tidak boleh melihat aurat seseorang kecuali di dalam situasi darurat seperti doktor
yang melihat pada aurat pesakit dan yang sejenis dengannya. Sedangkan, melihat
sesuatu yang buruk dengan alasan untuk belajar atau mengatasi kelemahan diri adalah
alasan yang sengaja diada-adakan. Sebab dia boleh sahaja mempelajari dan mengatasi
kelemahan dirinya daripada kitab-kitab hadith dan fiqh yang membicarakan masalah
pernikahan, di mana sebahagian masalah ini dijelaskan secara terperinci.
Adapun bahaya yang muncul antara lain adalah dapat merosakkan hubungannya
dengan isteri, membuat hatinya keras, tidak peduli dengan orang yang dihalalkan,
selalu ingin melakukan perbuatan haram yang lain dan sebagainya di mana semua
ini dapat dibuktikan kebenarannya. Oleh kerana itu, tidak boleh menonton filem
seperti ini dan jangan pula dimasukkan ke dalam kehidupan rumah tangga. Sebab
Ü ÌAllah
memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan dan Nabi juga
memerintahkan untuk selalu menjaga aurat kecuali terhadap isteri atau hamba yang
Ìterikat dengan sumpah. Baginda bersabda, “Jagalah auratmu kecuali terhadap
isterimu atau hamba yang terikat dengan sumpah.” (Riwayat At Tirmidzi)
Jika kerosakkan seperti ini sudah ditetapkan bagi orang-orang yang sudah menikah,
maka bagi yang belum menikah tahap keharamannya lebih besar lagi dan bahayanya
juga lebih besar bagi mereka. Sebab perbuatan ini dapat mendorong mereka untuk
melakukan khalwat, menghinakan diri dan menghilangkan kekuatan serta kesabaran
mereka. Semua kerosakan ini bertentangan dengan keadaan mereka. Apa yang dituntut
daripada mereka adalah menjauhi perkara-perkara yang dapat membangkitkan
Üsyahwat, menundukkan pandangan dan menjaga kesucian diri. Firman Allah ,
175
“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka
menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada
limpah kurniaNya”.
(An-Nur : 33)
ÜSemoga Allah memperbaiki keadaan kaum Muslim dan memberikan petunjuk
dalam masalah agama mereka.
Fatwa No. 4340
Hukuman Menyetubuhi Isteri Dari Dubur
Pertanyaan: Apakah hukuman bagi suami yang mendatangi dubur isterinya dan adakah
perbuatan ini mengharuskan kedua-duanya dipisahkan meskipun dia sudah bertaubat
dan menyesali perbuatannya serta tidak mengulanginya lagi?
Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah perbuatan keji yang diharamkan syarak menurut
Üpendapat jumhur salaf dan khalaf daripada kalangan sahabat, tabiin dan para imam
mazhab. Pelakunya diancam tidak dapat melihat Allah pada hari kiamat.
ä Ì ÜIbnu Abi Syaibah, An-Nasaai, Ibnu Hibban dan At-Tirmidzi meriwayatkan daripada
Ibnu Abbas bahawa Nabi bersabda, “Allah tidak melihat suami yang
mendatangi dubur isterinya.” Hadith ini dinilai sebagai hasan oleh At-Tirmidzi dan dinilai
sebagai sahih oleh Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.
Ia juga menjadi sebab untuk dilaknat. Imam Ahmad, Abu Dawud dan An-Nasaai
ä Ìmeriwayatkan daripada Abu Hurairah
bahawa Nabi bersabda, “Terlaknatlah
suami yang mendatangi dubur isterinya.” Hukuman apa yang paling berat dan pedih bagi
Üseorang Muslim selain diharamkan daripada melihat Allah dan terhindar daripada
rahmatNya. Bagi hukuman di dunia, tidak ada hukuman had bagi pelakunya dan dia
tidak dipisahkan daripada isterinya selama dia sudah berhenti melakukannya dan
bertaubat.
176
Kami ingatkan pula pada kaum wanita bahawa mereka tidak boleh membiarkan
dirinya dan memberi kesempatan kepada suami untuk melakukan perbuatan haram ini
kepadanya. Sebab tidak boleh taat kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Khaliq.
Yang harus ditaatinya hanyalah dalam perkara yang baik-baik sahaja. Kami sarankan
Ükepada lelaki ini untuk segera bertaubat, kerana Allah
tidak berasa berat untuk
Ümengampuni dosa pelaku maksiat jika si pelaku mahu bertaubat dari kemaksiatan itu.
Allah berfirman,
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(Az-Zumar : 53)
Fatwa No. 8612
Hukum Merakam Persetubuhan Suami Isteri
Pertanyaan: Apakah hukumnya bagi suami yang tidak bersemangat ketika bersetubuh
dengan isterinya, lalu dia merakam persetubuhannya agar dapat menjadi pencetus
semangat baginya untuk persetubuhan yang akan datang? Adakah perbuatan itu
dibolehkan?
Fatwa: Sebaiknya anda menyelidik terlebih dahulu punca anda tidak bersemangat, lalu
mengubatinya. Tentang merakam persetubuhan anda dengan isteri, kami fikir itu tidak
bermanfaat buat diri anda kerana ada kemungkinan adegan itu disaksikan oleh orang
lain, terutamanya anak anda meskipun setelah beberapa lama selepas itu. Dan boleh
jadi juga rakaman itu akan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
Tidak selayaknya seorang Muslim meniru kebiasaaan orang barat dan pemikiran mereka
yang bertentangan dengan fitrah. Seorang Muslim harus tahu bahawa agama Islam
sangat menganjurkan untuk menutup dan menjaga masalah-masalah khusus yang terjadi
di antara suami isteri.
177
Fatwa No. 10455
Bahaya Mendatangi Dubur Isteri
Pertanyaan: Adakah isteri tertalak ketika disetubuhi melalui dubur? Apakah bahayanya ke
atas suami isteri yang melakukan perbuatan ini?
Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah perbuatan yang bertentangan dengan fitrah,
ditolak oleh tabiat yang sihat dan diharamkan syarak. Namun jika dilakukan tidak
mengharuskan adanya perpisahan antara suami isteri, baik dalam bentuk talak
(perceraian) mahupun fasakh (pembatalan pernikahan) selama mana kedua-duanya
Überhenti melakukannya dan bertaubat kepada Allah . Sedangkan jika suami
menjadikannya sebagai kebiasaan dan isteri mentaatinya, maka menurut aturan agama
kedua-duanya harus dipisahkan. Ibnu Taimiyah berkata, “Jika suami mendatangi dubur
isteri dan isteri mentaatinya, maka kedua-duanya harus dihukum takzir. Jika tidak, maka
kedua-duanya harus dipisahkan seperti mana pemisahan yang diterapkan ke atas pelaku
zina dan pasangannya.” Contoh isteri yang didatangi suami dengan cara seperti ini
adalah isteri yang tidak mampu untuk mencegah dan menolak ajakan suami.
Adapun bahayanya jauh lebih besar lagi daripada hanya sekadar diharamkan dan
dianggap kotor. Jumlah bahayanya pun banyak sekali, sebagaimana yang disebutkan
di dalam kitab-kitab fiqh dan perubatan, di antaranya:
178
• Memalingkan suami daripada mendatangi isterinya dengan cara yang tabiie,
bahkan kadangkala boleh menyebabkannya tidak dapat menyetubuhi isterinya
secara langsung dengan gaya yang biasa sehingga mengakibatkan
lambatnya atau menggagalkan tujuan paling penting dalam pernikahan iaitu
memperolehi keturunan.
• Mempengaruhi organ seksual, menghancurkan sperma dan mempengaruhi
susunan kandungan yang terdapat pada air mani.
• Mempengaruhi otak.
• Menyebabkan kendurnya otot-otot yang tegang dan menghancurkannya, serta
pelbagai lagi bahaya yang lain pada akal dan tubuh, sebagaimana disebutkan oleh
Sayyid Sabiq di dalam Fiqh As-Sunnah yang dipetik daripada buku Al-Islam Wa
At-Tibb karya Dr. Muhammad Wasfi.
Fatwa No. 13909
Mencari Kenikmatan Bersama Isteri Dengan Cara Seperti Ini Tidak Dibolehkan
Pertanyaan: Bagaimanakah hukumnya bagi suami yang menggunakan alat yang
menyerupai zakar lelaki (vibrator) terhadap isterinya hanya untuk mencari kenikmatan
sahaja?
Fatwa: Kegiatan mencari kenikmatan
antara suami isteri dibolehkan selama
tidak melakukan atau menggunakan
barang yang diharamkan seperti onani atau
melancap dengan menggunakan peralatan
yang disebutkan dalam pertanyaan di atas.
Perbuatan yang dilakukan suami kepada
isterinya dengan cara seperti itu termasuk
di dalam kategori perbuatan yang hina. (Kami
anjurkan juga untuk membaca fatwa nombor
2146) (Muka surat: 73)
179
Fatwa No. 15794
Hukum Menggunakan Alat Tiruan Untuk Memuaskan Isteri
Pertanyaan: Terdapat seorang lelaki yang sudah menikah sejak 10 tahun lalu
dan mempunyai 4 orang anak, manakala isterinya masih muda, iaitu baru berusia
29 tahun. Lelaki itu mengalami penyakit diabetes (kencing manis) yang membuatkannya
menderita kelemahan seksual dan jari jemarinya mengeluarkan nanah.
Dia tertanya-tanya, adakah dia boleh memuaskan isterinya dengan cara menggunakan
sesuatu yang menyerupai zakar? Sebab dia tidak mampu menggunakan tangannya
kerana mengeluarkan nanah daripada celah-celah kukunya. Dia menyedari isterinya
telah berubah, namun tidak boleh menceraikannya demi anak-anak.
Fatwa: Perbuatan seumpama ini termasuk melancap atau onani dan hukumnya tidak
boleh, sama ada suami yang melakukannya untuk isteri ataupun isteri yang menjadi
pelaku bagi perbuatan itu.
Perbuatan yang dilakukan oleh suami termasuk salah satu perbuatan buruk yang tidak
disukai oleh orang-orang yang bersikap jantan dan juga tidak diakui oleh syarak. Oleh
kerana itu, anda tidak boleh berfikir menggunakan cara seperti ini. Ubatilah kelemahan
Üanda dengan berjumpa doktor pakar, semoga Allah menyembuhkanmu. Masalah
kelemahan seksual dan usaha untuk memperolehi redha isteri tidak boleh diatasi dengan
Ümenggunakan cara yang tidak dibolehkan. Semoga Allah menyembuhkan kami dan
anda daripada segala macam penyakit zahir dan batin.
180
Fatwa No. 18636
Dilarang Membaca Buku Lucah Untuk Tujuan Melakukan Persetubuhan
Pertanyaan: Adakah seorang suami itu boleh membaca buku lucah dengan tujuan
membangkitkan syahwatnya sebelum melakukan hubungan suami isteri? Perlu diketahui,
buku kisah lucah ini tidak memuatkan gambar sama sekali.
Fatwa: Haram bagi seorang Muslim, baik yang sudah menikah
mahupun yang belum, membaca buku lucah kerana
isi kandungannya mengandungi kefasikan,
kemungkaran dan gambar lucah yang dapat
membuatkan orang mengkhayalkannya. Haram juga
mendengarkan kisah seperti ini sebab seorang Muslim
wajib menjaga pendengaran dan penglihatannya
daripada segala kemungkaran dan kekejian.
Bagi tujuan bersetubuh, ada adab yang bersyarak yang
menjamin tercapainya keinginan suami isteri jika keduanya
mematuhi aturan-aturan tersebut.
Fatwa No. 19468
Hukum Menyetubuhi Salah Seorang Isteri Dengan Pengetahuan Isteri Yang Lain
Pertanyaan: Apakah hukumnya melihat faraj isteri dan menciumnya? Bagaimanakah
pula sebaliknya di mana perkara itu dilakukan kerana keinginan kedua-dua belah
pihak dengan tujuan mencari kenikmatan? Apakah hukum menyetubuhi isteri pertama
dengan pengetahuan isteri kedua ketika kedua-duanya berada di dalam satu rumah?
Jadi, bagaimanakah hukum suami yang berjalan telanjang dalam rumah di hadapan
mereka berdua?
Fatwa: Boleh melihat kemaluan pasangan, sama ada dilakukan oleh suami mahupun
isteri, juga sama ada dengan syahwat ataupun tanpa syahwat. Perkara ini
berdasarkan hadith Bahz bin Hakim daripada ayahnya, daripada datuknya yang berkata:
Ì“Aku bertanya kepada Nabi , “Wahai Rasulullah, aurat bahagian mana yang harus
Ìkami tutupi dan yang boleh kami tidak tutup?” Nabi menjawab, “Jagalah auratmu
kecuali daripada isterimu atau orang yang kamu miliki perjanjian terhadapnya (hamba)”.
181
Jika apa yang anda maksudkan adalah persetubuhan dengan isteri pertama itu diketahui
isteri kedua, namun isteri kedua tidak melihat atau menyaksikannya, maka hukumnya
boleh. Jika memang pada waktu itu adalah giliran isteri pertama. Begitu pula ketika
giliran isteri kedua, tetapi dia mempunyai halangan dan mengizinkan suaminya untuk
berhubungan dengan isteri pertama, hal ini juga dibolehkan.
Berjalan di dalam rumah dalam keadaan telanjang secara syarak tidak dilarang selama
mana tidak ada yang melihatnya melainkan kedua-dua isterinya. Namun perbuatan ini
bertentangan dengan sikap malu dan maruah. Pada penutup hadith di atas, Muawiyah
bin Haidah (datuk kepada Bahz bin Hakim) bertanya, “Ya Rasulullah, (bagaimana) jika
Ì Üsalah seorang daripada kami telanjang?” Nabi menjawab, “Allah lebih berhak
untuk berasa malu daripadanya”.
Fatwa No. 20029
Anjuran Nabi Untuk Mencari Kenikmatan (Pemanasan) Bukan Bererti Membebaskan
Manusia Daripada Melakukan Perbuatan Yang Bertentangan Dengan Fitrah Naluri Yang
Sihat
Pertanyaan : Apakah hukumnya isteri menjilat zakar suami atau sebaliknya? Adakah ini
Ìtermasuk di dalam kategori mencari kenikmatan (pemanasan) yang dianjurkan oleh Nabi
dalam sabdanya :-
“Cumbuilah dia dan dia pun mencumbui kamu”.
Fatwa : Isteri boleh mencari kenikmatan dengan zakar suaminya. Masalah ini sudah
dijawab dalam fatwa nombor 2798 (Muka surat: 77). Namun ianya bukan termasuk
Ì Ì äperbuatan yang dianjurkan Nabi sebagaimana sabda Nabi kepada Jabir ,
“Ayuh, bermainlah dengannya dan dia pun akan bermain denganmu”. (Riwayat Muttafaq
alaihi)
Dalam Riwayat Bukhari menggunakan matan :-
“Ajaklah dia ketawa (bergurau senda) dan dia akan ketawa denganmu”. Namun kami
tidak mengetahui adanya riwayat hadith yang menggunakan ayat:-
“Cumbulah dia dan dia pun mencumbui kamu”.
182
Iaitu dengan menggunakan huruf dal. Apa yang kami ketahui adalah dengan huruf
dzal. (bergurau). yang maksudnya adalah air liur. Perkataan ini mengisyaratkan bahawa
suami menghisap lidah dan menyedut kedua-dua bibir isterinya. Perkara ini terjadi ketika
bergurau senda dan saling mencium, sebagaimana yang dinyatakan Al-Qurthubi.
Adapun menjilat zakar suami dan yang seumpama dengannya, itu adalah jauh sekali
daripada fitrah yang sihat.
Fatwa No. 21508
Suami Tidak Boleh Memerintahkan Isterinya Untuk Menelan Air Mani
Pertanyaan: Adakah saya berhak meminta isteri saya untuk menelan air mani setelah dia
menghisapnya?
Fatwa: Menelan air mani bertentangan dengan fitrah asas yang baik dan sifat yang
terpuji. Tindakan ini salah satu yang mengotori perilaku dan watak manusia. Jumhur
ulamak berpendapat bahawa air mani itu najis. Oleh kerana itu, suami tidak boleh
memerintahkan isterinya untuk menelan air mani.
Seharusnya seorang Muslim memerintahkan atau menghiasi diri dengan akhlak yang
terpuji dan meninggalkan perilaku buruk. Dalam masalah persetubuhan antara
suami isteri, hendaklah kedua-duanya melakukan cara-cara yang dibolehkan syarak di
mana cara tersebut tidak memerlukan perbuatan seperti ini untuk mengecapi puncak
kenikmatan.
Fatwa No. 8130
Mendatangi Dubur Isteri Diharamkan Menurut Pendapat Empat Imam Mazhab
Pertanyaan: Akhir-akhir ini saya membaca beberapa buah buku yang secara tersirat
mengisyaratkan keharusan mendatangi dubur isteri. Mohon penerangan dalam masalah
ini, adakah hukumnya halal atau haram? Dan kenapa mazhab Syiah menghalalkan
perbuatan ini? Jika suami mendatangi dubur isterinya, bagaimanakah hukumnya menurut
mazhab Hanafi dan mazhab-mazhab Sunni yang lain?
183
Fatwa: Mendatangi dubur isteri adalah suatu perbuatan keji dan diharamkan oleh
syarak menurut pendapat sebahagian besar ulamak salaf dan khalaf daripada golongan
sahabat, tabiin dan sebahagian besar para imam. Pelakunya diancam tidak dapat
Ümelihat Allah pada hari kiamat.
Ibnu Abi Syaibah, An-Nasaai, Ibnu Hibban dan at-Tirmidzi (hadith berikut ini dinilai sebagai
ä Ì Ühasan) meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata: Nabi
bersabda, “Allah
tidak mahu melihat lelaki yang mendatangi dubur isterinya.” Hadith ini disahihkan oleh
Ibnu khuzaimah dalam kitab Sahihnya. Selain itu, tindakan ini juga menjadi sasaran laknat,
sebagaimana yang terdapat dalam Musnad Imam Ahmad, Sunan Abu Dawud, dan
Sunan An-Nasaai.
ä ÌDaripada riwayat Abu Hurairah , beliau berkata: Nabi bersabda, “Terlaknatlah
orang yang mendatangi dubur isterinya.” Riwayat yang benar daripada Imam Malik
adalah bahawa beliau mengharamkan mendatangi dubur isteri, seperti pendapat para
imam yang lain. Barangsiapa yang menyandarkan kepadanya pendapat yang bukan
seperti ini, maka sesungguhnya dia telah melakukan kedustaan besar terhadapnya.
Al Hafiz Ibnu Kathir mengatakan dalam kitab Tafsirnya, “Abu Bakar bin Ziyad an-Naisaburi
berkata:Israil bin Ruh menceritakan kepadaku: Aku bertanya kepada Malik bin Anas,
“Apakah pendapatmu tentang suami yang mendatangi dubur isterinya?” Imam Malik
menjawab, “Kalian itu orang Arab, adakah ada tempat lain untuk bercucuk tanam selain
di tempatnya (untuk bercucuk tanam)? Janganlah kalian berpaling daripada faraj”.
Aku berkata, “Wahai Abu Abdullah, mereka mengatakan bahawa kamu membolehkan
wathi di dubur”. Imam Malik berkata, “Mereka itu berdusta atas nama aku”. Inilah
pendapat yang benar daripada Imam Malik.
Ini juga menjadi pendapat ulamak Hanafiyah, Imam Syafie, Ahmad bin Hanbal
dan seluruh sahabatnya. Said bin Al-Musayyab, Abu Salamah, Ikrimah, Thawus, Atha,
Said bin Jubair, Urwah bin Az-Zubair, Mujahid bin Jibr, Al-Hasan dan ulamak salaf yang
lain, mereka sangat mengingkari perbuatan seperti itu. Di antara mereka ada yang
menghukumkan pelakunya sebagai orang kafir dan ini menjadi pendapat jumhur ulamak.”
(Tafsir Ibnu Katsir [1/347])
184
Abu Nasr Ash-Shabagh berkata, “Imam Syafie telah menetapkan larangan
mendatangi dubur wanita dalam enam kitab karangannya”. Sedangkan Imam
Al-Qurthubi dalam Tafsirnya mengatakan, “Telah diriwayatkan daripada Thawus,
×beliau berkata, “Perbuatan yang mula-mula dilakukan kaum Nabi Luth
adalah
mendatangi dubur kaum wanita”.
ÌIbnu al-Mundzir berkata, “Jika sudah ada suatu ketetapan yang pasti daripada Nabi
maka yang lainnya tidak diperlukan.’” (Tafsir al-Qurthubi [3/63-64]). Berdasarkan perkara
ini, kami ingin mengatakan bahawa tidak diragukan lagi jika mendatangi dubur wanita
itu hukumnya haram dan siapa sahaja yang melakukannya, dia telah melakukan salah
satu dosa besar. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Ahmad serta
ulamak yang lain, perbuatan ini juga diharamkan.
Oleh kerana itu, anda jangan berpegang pada pendapat yang
membolehkannya daripada golongan orang-orang yang ucapannya dianggap
sebagai ucapan orang yang hanya mengikuti hawa nafsu dan keinginannya sahaja.
Janganlah anda membaca buku-buku yang dapat mengganggu fikiran anda,
Ümengheret anda jatuh ke dalam perbuatan maksiat kepada Allah , membuatkan
Üanda menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah . Orang-orang yang
membolehkan perbuatan yang menjijikkan ini tidak mempunyai sandaran yang benar
Ìdaripada Al-Quran mahupun sunah Nabi .
Fatwa No. 9835
Semua Kitab Tafsir Menetapkan Pengharaman Wathi Di Dubur
Pertanyaan: Saya berharap kalian dapat menjelaskan kepada saya dan semua
pembaca tentang masalah mendatangi dubur wanita, khususnya dalam beberapa
tafsir dikatakan bahawa di antara sebab turunnya ayat :-
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai”.
(Al-Baqarah : 223),
185