The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitalami, 2021-12-27 23:08:59

Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan

Ebook Anda Bertanya Ulama Menjawab Tentang Persetubuhan (Jilid - 1).

Adapun yang berkaitan dengan apa yang anda tanyakan di atas, maka harus diteliti
lebih dalam. Jika apa yang dilakukan orang kafir itu bertentangan dengan syarak, seperti
menyetubuhi wanita yang sedang haid, nifas, atau mendatangi duburnya, maka jelas
haram mengikuti mereka. Sedangkan jika yang mereka lakukan bertentangan dengan
akhlak dan fitrah asas yang suci, maka tidak selayaknya mengikuti mereka. Sebenarnya,
dengan berbekalkan agama dan akhlak yang dimiliki oleh seorang Muslim tidak perlu
mengikuti dan mencontohi perilaku orang-orang kafir.
Fatwa No. 29050
Boleh Mencari Kenikmatan Di Antara Dua Daging Punggung Isteri Tanpa Memasukinya
Pertanyaan: Suami mencari kenikmatan isterinya dari belakang dengan memeluknya
dan kadangkala berusaha menyelitkan zakarnya pada punggung namun tidak
memasukkannya, adakah perbuatan ini haram?
Fatwa: Islam telah membolehkan suami untuk mencari kenikmatan dengan isterinya
selama mana hal itu tidak mengheretnya jatuh dalam perbuatan haram seperti

Ümenyetubuhi isteri ketika haid dan memasukkan zakarnya ke dalam dubur, berdasarkan

firman Allah ,

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka
sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah
kepada kamu.

(Al-Baqarah : 222)

86

Dalam hadith, sebagaimana yang disebutkan dalam Mu’jam Ath Thabrani dinyatakan,
“Datangilah isterimu dari arah depan dan belakang selama mana masih di faraj.” Dalam
Al-Mughni Ibnu Qudamah berkata, “Tidak mengapa suami mencari kenikmatan dari
kedua-dua daging punggung isterinya selama zakarnya tidak dimasukkan ke dalam
dubur. Sebab sunah hanya mengharamkan lubang dubur, dengan demikian ini bersifat
khusus”.
Dari sini diketahui bahawa suami boleh mencari kenikmatan dengan isterinya dengan
pelbagai cara, namun dengan syarat menjauhi wathi (memasukkan zakar) di dubur atau
ketika isteri sedang haid.
Fatwa No. 36273
Suami Boleh Menyetubuhi Isterinya Pada Antara Kedua-dua Pehanya
Pertanyaan: Adakah suami boleh menyetubuhi isterinya pada di antara pangkal kedua-
dua pehanya, bukan di lubang dubur?
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya dengan sebarang cara dan
di bahagian mana pun daripada tubuhnya kecuali di dubur. Perkara ini berdasarkan

äpada hadith di dalam Ash-Sahihain daripada Jabir yang berkata, “Ketika seorang

wanita Yahudi berkata, “Barangsiapa yang mendatangi isterinya dari arah belakang
(dubur), maka anaknya akan lahir dengan mata yang juling”, maka turunlah ayat, “Isteri-
isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman
kamu menurut cara yang kamu sukai” ....Dalam Sahih Muslim menggunakan matan,
“Jika dia mahu, boleh dari arah depan dan boleh juga dari arah belakang. Namun yang
penting pada satu lubang (iaitu faraj isteri)”

87

ÜSelain itu, dilarang menyetubuhi isterinya ketika isteri sedang haid atau nifas berdasarkan

firman Allah ,

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu”

(Al-Baqarah : 222)
Oleh itu, suami boleh menyetubuhi isterinya pada di antara kedua-dua peha isterinya.
Fatwa No. 40012
Suami Boleh Mencari Kenikmatan Daripada Isterinya Yang Sedang Menyusukan Anaknya
Pertanyaan: Adakah suami saya boleh mencari kenikmatan saya yang sedang
menyusukan anak?
Fatwa: Suami boleh mencari kenikmatan daripada isterinya pada bila-bila masa yang
diingininya dan dengan sebarang caranya, kecuali jika isteri sedang haid atau nifas.
Dalam keadaan haid atau nifas, haram bagi suami menyetubuhinya. Keadaan anda
yang sedang menyusukan anak, tidak menjadi penghalang bagi suami anda untuk
mencari kenikmatan dan menyetubuhi anda. Sebab berdasarkan hukum asal, suami
boleh mencari kenikmatan daripada isterinya kecuali jika isterinya sedang haid, nifas atau
mendatangi duburnya. Namun jika mencari kenikmatan itu membuatkan isteri ditimpa
bahaya, sama ada pada anggota tubuh mahupun pada jiwanya, seperti payudaranya
terasa sakit ketika mencari kenikmatan, maka suami harus menghindarinya. Menyusunya
suami pada isteri tidak memberi kesan pada sahnya pernikahan.

88

Fatwa No. 40333

Mencari Kenikmatan Dengan Menuangkan Jus Minuman Pada Tubuh Isteri Lalu
Menjilatnya

Pertanyaan: Saya menuangkan jus koktail bercampur susu pada tubuh isteri saya ketika
bersetubuh lalu menjilatnya. Adakah perbuatan ini haram? Cara seperti ini memberikan
kenikmatan yang besar pada saya. Selain itu, jus tersebut juga mengenai farajnya.

Fatwa: Setiap suami isteri boleh mencari kenikmatan daripada sekujur tubuh pasangan
masing-masing selama mana bukan pada saat haid, nifas, tidak mendatangi dubur,
bukan pada saat ihram untuk haji atau umrah dan selama mana bukan pada waktu
berpuasa.

Adapun meletakkan makanan atau minuman
pada tubuh pasangan sebaik-baiknya perbuatan
itu tidak dilakukan kerana perbuatan itu bererti
membuang rezeki tanpa manfaat dan tidak
menghormati makanan itu sendiri, apatah lagi
jika diletakkan pada tempat najis. Ulamak telah
menetapkan bahawa haram hukumnya beristinjak
sambil makan. Jika perbuatan ini sahaja dilarang
yang mana tujuannya bersifat syarie, apatah lagi jika
hanya untuk main-main sahaja, tentu lebih dilarang
lagi. Al-Hatabi Al-Maliki memetik daripada penulis kitab
At-Taudih, “Para ulamak bersepakat bahawa tidak boleh
beristinjak dengan membawa makanan demi untuk menghormati makanan itu sendiri”.

Fatwa No. 43434

Boleh Mencari Kenikmatan Di Antara Payudara Isteri

Pertanyaan: Seorang suami melakukan persetubuhan dengan cara yang aneh iaitu dia
suka meletakkan zakarnya di antara kedua payudara isterinya, adakah cara seperti ini
dibolehkan?

89

ÜFatwa: Allah membolehkan suami isteri untuk mencari kenikmatan daripada

pasangannya dengan sebarang gaya kecuali mendatangi dubur isterinya atau ketika

ä Ìisteri sedang haid atau nifas. Imam Ahmad dan Ashab As-Sunan meriwayatkan daripada

Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mendatangi isterinya

yang sedang haid atau mendatangi duburnya, atau mendatangi dukun lalu dia

mempercayainya, maka dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada

Muhammad”.

Jadi bentuk mencari kenikmatan dengan cara selain yang disebutkan dalam hadith ini

Üdibolehkan. Allah berfirman,

“Isteri-isteri anda adalah sebagai kebun tanaman anda, oleh itu datangilah kebun
tanaman anda menurut cara yang anda sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik)
untuk diri anda dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya anda akan
menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang beriman”.

(Al-Baqarah : 223)

Dalam ayat lain dinyatakan seperti berikut :-

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

(Al-Mukminun : 5-7)
Oleh kerana itu, apa yang ditanyakan itu adalah dibolehkan.

90

Fatwa No. 44045
Hukum Menggunakan Tangan Untuk Menyempurnakan Persetubuhan Dengan Isteri
Pertanyaan: Adakah haram bagi suami menggunakan tangannya untuk memegang
zakarnya (dan isterinya menggunakan tangannya sendiri untuk memegang farajnya) demi
menyempurnakan syahwat ketika sedang bersetubuh atau ketika keluarnya air mani? Ini
bukan onani, tetapi hanya menyempurnakan persetubuhan sahaja. Jadi bukankah ini
boleh dianggap sebagai tindakan penyempurnaan dalam persetubuhan?
Fatwa: Jika penggunaan tangan tidak ditujukan untuk membangkitkan syahwat dan
mengeluarkan air mani, tetapi hanya sebagai penyempurnaan ketika bersetubuh dengan
isteri dan memberi kenikmatan kepadanya, maka itu tidak dilarang. Ini kerana dalam
bersetubuh cara seperti ini diperlukan dan ini juga tidak tergolong sebagai onani, jika
memang gambarannya sama seperti yang disebutkan di dalam pertanyaan. Sedangkan
jika apa yang dimaksudkan adalah untuk ejakulasi dengan tangan, maka itu tergolong di
dalam perbuatan onani yang diharamkan. (Lihat juga fatwa nombor 31390) (Muka surat:
207 Jilid 2)
Fatwa No. 61779
Penjelasan Terperinci Sebahagian Gaya Bersetubuh
Pertanyaan: Saya banyak membaca fatwa lajnah ini dan jawapan masalah menghisap
dan menjilat (alat kelamin pasangan) saya fikir tidak cukup kerana masih ada penghalalan
dan pengharamannya. Adakah ini bererti tidak mengapa menghisap atau menjilatnya
tanpa menelan peluhnya atau bagaimana?

91

Fatwa: Berkaitan dengan masalah mencari kenikmatan dengan alat kelamin antara
suami isteri, seperti menghisap dan menjilat yang kami ketahui fatwa-fatwa kami
terdahulu dalam masalah ini tidak ada yang mengharamkan sebarang gaya dalam
mencari kenikmatan selain daripada dua perkara iaitu mendatangi dubur atau
menyetubuhi isteri yang sedang haid atau nifas.
Selain dua perkara di atas, tidak ada nas yang mengharamkan satu pun daripada
gaya yang ada kerana hukum asalnya adalah boleh. Tujuannya adalah kami ingin
mengatakan bahawa sebahagian gaya seperti menjilat faraj misalnya adalah suatu
perbuatan yang tentunya dianggap kotor atau keluar daripada perilaku yang sihat atau
gaya itu adalah salah satu yang digembar-gemburkan media massa dan ditiru daripada
kaum yang tidak berakhlak yang menjadi hamba syahwat kerana gaya tersebut tidak
dikenali di kalangan kaum Muslim. Kami menyebutkan tentang semua perkara itu untuk
menyelaraskan antara mencari kenikmatan dengan selera yang sihat dan perilaku yang
seimbang.
Kadangkala kami lebih suka melarang sebahagian gaya di dalam mencari kenikmatan
yang ditanyakan demi menutup jalan yang dapat mengheret seseorang jatuh ke dalam
perbuatan yang diharamkan atau bersentuhan dengan najis. Apa yang pasti dalam
masalah ini, semua bentuk mencari kenikmatan antara pasangan suami isteri, selain
daripada apa yang dikecualikan sebelum ini, pada dasarnya tidak haram termasuk
menghisap dan menjilat faraj. Perbuatan itu kadangkala diharamkan kerana adanya
faktor luar seperti bersentuhan dengan najis tanpa keperluan yang telah ditetapkan
ulamak sebagai perkara yang haram.

92



Waktu
PERSETUBUHAN



6
WAKTU PERSETUBUHAN

Fatwa No. 16607

Waktu Bersetubuh Bergantung Pada Ghairah Suami Dan Keinginan Isteri

Pertanyaan: Saya dan isteri saya sudah melakukan ujian makmal dan Alhamdulillah kami
tidak menghidapi sebarang penyakit. Sekarang saya ingin sekali mempunyai anak, jadi
apakah ada doa atau zikir yang mempercepatkan kami untuk memiliki zuriat? Adakah
persetubuhan mempunyai waktu-waktu tertentu seperti yang dikatakan kepada saya
bahawa saya harus menggauli isteri saya setiap hari, namun saya tidak melakukannya
kecuali hanya dua atau tiga kali sebulan. Adakah perbuatan ini haram?

Fatwa: Tidak ada batasan waktu tertentu bagi suami untuk mendatangi isterinya.
Semuanya terserah pada keghairahan suami dan keinginan isteri. Apa yang jelas, masing-
masing harus saling berusaha memberikan kebahagiaan kepada pasangannya. Jika
salah seorang ingin bersetubuh sedangkan satu pihak lagi tidak ingin, maka pihak yang

pertama harus berusaha menahan diri untuk memberikan kebahagiaan pada
pihak kedua. Suami tidak berdosa jika tidak menggauli isterinya selama
beberapa hari atau beberapa minggu atau mungkin lebih daripada itu.

Namun kadangkala perasaan berat muncul

ketika sampai empat bulan lebih. Maka hak

isteri atas suaminya adalah untuk disetubuhi

selama masa empat bulan. Hal ini berdasarkan

pada hadith yang diriwayatkan Imam Malik

dalam Al-Muwatha daripada Abdullah

äbin Dinar yang berkata: “Suatu malam
Umar bin Al-Khattab keluar dan

mendengar seorang perempuan

bersyair, “Betapa panjang dan

gelapnya malam ini disisinya. Aku

rindu adanya teman yang dapat

bermain denganku. Demi Allah,

andai sahaja bukan keranaNya,

96

äaku akan mendekatinya untuk menggerakkan hujung-hujung katil ini.” Lantas Umar

bin Al-Khattab bertanya kepada anaknya, Hafsah, “Berapa lamakah seorang isteri

ädapat bertahan jika tidak disetubuhi?” Hafsah menjawab, “Enam atau empat bulan.”
Umar bin Al-Khathab berkata, “Aku tidak akan menahan seorang tentera pun

melebih daripada waktu ini.” Imam Ahmad menegaskan bahawa perkiraan waktu dalam

Ühadith ini adalah empat bulan kerana Allah menetapkan hak maula (hamba) dengan

waktu selama ini, begitu juga dengan hak orang yang lain.

As-Saadi dalam Hasyiyat berkata, “Secara zahir, seorang isteri mempunyai hak untuk

disetubuhi sekurang-kurangnya setiap empat bulan sekali atau kurang daripada itu.
äPerkara ini diperkuatkan lagi oleh kisah Umar bin Al-Khattab
yang mendengar

keluhan wanita tentang hal tersebut. (Lihat Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah: 5/241)

Adapun tentang doa-doa yang makthur agar cepat mendapatkan anak telah dijawab
sebelum ini dalam fatwa nombor 15268. (Muka surat: 41 Jilid 2)

Fatwa No. 25804

Waktu Yang Dibolehkan Untuk Bersetubuh Setelah Bersalin

Pertanyaan: Bilakah waktu yang mana suami dibolehkan menyetubuhi isterinya yang
baru melahirkan anak?

Fatwa: Jika telah melebihi empat puluh hari dan
darah nifas tidak lagi menitis, maka suami boleh
menyetubuhi isterinya. Sebab pendapat
yang rajih daripada kalangan ulamak
adalah bahawa waktu nifas itu selama
empat puluh hari.

Jika darah sudah tidak lagi menitis sebelum
empat puluh hari, atau mungkin terus menitis
setelah empat puluh hari, maka suami juga
boleh menyetubuhinya kerana tidak adanya
penghalang seperti haid dan nifas. Namun
sebahagian ulamak menganjurkan untuk tidak
menyetubuhi isteri ketika darah masih lagi menitis daripada tempat keluarnya darah
haid meskipun itu bukan darah haid atau nifas.

97

Fatwa No. 70591

Bersetubuh Sehari Sebelum Kedatangan Haid Dan Hukum Mencegah Kehamilan

Pertanyaan: Apa yang saya tahu tentang datang bulan pada wanita adalah waktu
keluarnya darah ketika sel telur tidak bercambah (terjadi antara tiga hingga sepuluh hari).
Berdasarkan hal inilah waktu pernikahan saya nanti ditentukan dengan maksud agar
ketika itu darah haidnya tidak keluar. Lalu apakah mungkin dapat melakukan
persetubuhan dan terjadi kehamilan pada masa suci antara haid sebelumnya (pertama)
dengan hari setelah haid yang sesudahnya (kedua)? Adakah ini yang dimaksudkan
dengan waktu datang bulan di mana pada saat itu keluarnya darah atau di situ ada fasa
yang mendahuluinya? Mohon dijelaskan masalah ini secara terperinci. Bagaimanakah
caranya melakukan persetubuhan tanpa menggunakan kondom namun tidak berlaku
kehamilan?

Fatwa: Ulamak berbeza pendapat tentang masa haid yang paling sedikit dan paling
banyak. Pendapat yang rajih (kukuh) menurut kami adalah bahawa masa haid yang
paling sedikit adalah sehari semalam. Sedangkan yang kebanyakannya terjadi adalah
enam atau tujuh hari. Adapun yang paling banyak adalah lima belas hari, bukan tiga
belas hari. Jika telah lebih lima belas hari, maka itu adalah darah istihadah yang tidak
menjadi penghalang untuk melakukan persetubuhan.

Oleh kerana itu, seseorang tidak boleh menyetubuhi wanita yang sedang haid sebelum
darahnya berhenti dalam tempoh waktu lima belas hari. Jika selama tempoh waktu lima
belas hari dia telah suci, maka dia boleh disetubuhi. Adapun masa suci yang paling sedikit
di antara dua haid adalah lima belas hari.

Perkataan “datang bulan” digunakan untuk menunjukkan masa haid. Perkataan ini
digunakan sebagai usaha untuk menghindari penggunaan perkataan “darah” atau
“haid” dan diganti dengan ungkapan yang lebih baik.

98

Adapun hari terakhir masa suci iaitu sebelum keluarnya darah, tetap dihitung sebagai
masa suci di mana pada masa itu boleh melakukan persetubuhan dan kemungkinan
boleh menyebabkan kehamilan. Manakala jika seseorang ingin melakukan persetubuhan
tanpa terjadinya kehamilan, maka dia dapat menggunakan pelbagai cara untuk
mencegah kehamilan. Cara ini ada dua jenis: (i) dapat mencegah kehamilan secara
berkekalan dan ini hukumnya haram, (ii) mencegah kehamilan hanya sementara sahaja
dan ini hukumnya boleh.

Fatwa No. 30648

Tiada Larangan Bersetubuh Pada Malam Rabu

Pertanyaan: Sebahagian orang mengatakan bahawa tidak boleh mendekati isteri pada
malam rabu. Jika isteri berbual ketika bersetubuh, maka aib suaminya akan kelihatan.
Bagaimanakah pendapat tuan tentang hal ini?

Fatwa: Suami boleh menyetubuhi isterinya pada bila-bila masa sahaja, tidak ada batasan

Üwaktu tertentu kecuali ketika isteri sedang haid atau nifas. Dalilnya adalah firman Allah

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al-Baqarah : 223)

Dalam Tafsir At-Tahrir Wa At-Tanwir, ketika membahaskan ayat ini Ibnu Asyur berkata,

“Ayat ini adalah keterangan kedua daripada ayat “Maka datangilah mereka menurut

jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu”, yang mana tujuannya adalah agar

orang-orang yang diajak berbicara (mukhatab) dapat mengambil manfaat dan bersikap

ramah kepada mereka supaya mereka berasa bahawa larangan mendekati isteri pada
Üketika haid itu bersifat sementara dan demi kebaikan mereka. Allah
mengetahui

bahawa isteri-isteri mereka menjadi tempat perhatian dan pakaian mereka. Mencegah

mereka untuk mendekati para isteri pada sebahagian keadaan bukanlah untuk

merendahkan mereka, tetapi untuk menjaga mereka daripada kekotoran”.

99

Manakala yang berkaitan dengan melakukan perbualan ketika sedang bersetubuh,
sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukumnya makruh kerana dapat
mengakibatkan anaknya bisu. Dalam Al-Mughni Ibnu Qudamah berkata, “Banyak bicara

Ìketika sedang bersetubuh dimakruhkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh

Qabishah bin Dzu’aib bahawa Nabi bersabda, “Janganlah kalian banyak bicara
ketika sedang menyetubuhi isteri. Sesungguhnya perkara itu dapat menyebabkan bisu
dan gagap pada anak”. Sebab jika bicara ketika kencing sahaja dimakruhkan apatah
lagi ketika sedang bersetubuh, tentu lebih lagi dimakruhkan”.

Namun hadith yang dijadikan hujah oleh kelompok ini, menurut Syeikh Al-Albani dalam
Silsilah Adh-Dhaifah sanadnya sangat lemah sehingga tidak dapat dijadikan hujah.
Dengan demikian khabar ini mungkar.

Fatwa No. 40809

Hukum Menyetubuhi Isteri Ketika Berbuka Puasa

Pertanyaan: Adakah suami boleh menyetubuhi isterinya ketika berbuka puasa iaitu setelah
solat maghrib dalam bulan Ramadhan?

ÜFatwa: Allah membolehkan suami isteri melakukan persetubuhan pada malam
Übulan Ramadhan. Allah berfirman,

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-
isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka”.

(Al-Baqarah : 187)
Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara permulaan dan akhir malam. Waktu malam
dimulai dengan terbenamnya matahari dan diakhiri dengan terbitnya fajar siddiq.

100

Fatwa No. 42055

Boleh Bersetubuh Setelah Menunaikan Solat Subuh Selama Tidak Ada Larangan Syarie
Tetapi...

Pertanyaan: Adakah boleh bersetubuh setelah solat subuh?

Fatwa: Boleh bersetubuh setiap waktu selama mana tidak ada larangan syarie, seperti
isteri sedang haid, nifas, kedua-dua suami isteri atau salah seorang daripadanya sedang
melaksanakan puasa wajib, sedang menggunakan pakaian ihram atau persetubuhan
itu mengganggunya dalam menunaikan kewajipan seperti persetubuhan itu
menyibukkannya daripada menunaikan solat fardhu hingga waktu solat habis dan
sebagainya.

Jika hal ini sudah diketahui, maka anda juga tahu bahawa bersetubuh setelah solat subuh
dibolehkan selama mana tidak ada larangan syarak yang dilanggar. Namun alangkah
baiknya jika waktu setelah solat subuh digunakan untuk berzikir, berdoa dan membaca
Al-Quran hingga matahari terbit dan meninggi iaitu
sekitar dua puluh minit setelah matahari terbit
kemudian menunaikan solat dua rakaat.

ä ÌDalam Sunan At-Tirmidzi daripada Anas
, Nabi bersabda, “Barangsiapa

yang solat Subuh dengan berjemaah, lalu

Üduduk untuk berzikir kepada Allah

sehingga terbitnya matahari, lalu solat dua

rakaat, maka dia mendapat pahala seperti

pahala mengerjakan haji dan umrah yang

dilakukan secara sempurna”. Hadith

ini dinilai sebagai sahih oleh Al-Albani.

Perkara ini adalah disyorkan jika anda

tidak berhasrat untuk bersetubuh.

Namun jika anda berhasrat

untuk bersetubuh, maka

persetubuhan ini didahulukan

daripada duduk setelah

solat subuh untuk zikir dan

berdoa.

101

Fatwa No. 49045

Bersetubuh Pada Hari-Hari Tertentu

Pertanyaan: Dalam salah satu pengajian di masjid, kami mendengar seorang syeikh
Ìmengatakan bahawa Nabi
menyetubuhi isterinya dua hari dalam seminggu,

iaitu hari Isnin dan Khamis. Adakah maklumat ini benar? Jika benar, adakah saya harus

Ìmengikuti sunah Nabi ? Adakah perbuatan itu harus diamalkan?

Fatwa: Segolongan ulamak menyatakan bahawa dianjurkan bersetubuh pada malam
Jumaat dan waktu siangnya dengan berdasarkan pada hadith Ibnu Umar bahawa

ÌNabi bertanya kepada salah seorang sahabat, “Hari ini adakah engkau menjenguk

orang sakit?” Sahabat menjawab, “Tidak.” “Adakah engkau bersedekah?” Nabi

Ì bertanya lagi. Dia menjawab, “Tidak.” “Adakah engkau menyembahyangkan
Ìjenazah?” Nabi bertanya lagi. Dia menjawab, “Tidak.” “Adakah engkau mendatangi
Ì Ì(menyetubuhi) isterimu?” Tanya Nabi . Dia menjawab, “Tidak”, Nabi berkata,

“Datangilah mereka, bererti engkau bersedekah kepada mereka”. Dan ketika itu
adalah hari Jumaat. Dalam kitab Majmak Az-Zawaaid Al-Haithami berkata, “Hadith ini
diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Awsath. Dalam sanadnya terdapat An-Nashr bin
Aashim bin Hilal Al-Bariqi, aku tidak mengetahui tentang dirinya. Sedangkan rijal (perawi)
yang lain adalah thiqah (dipercayai)”

ä ÌKetika mensyarahkan hadith riwayat Abu Hurairah yang berbunyi bahawa Nabi

bersabda, “Barangsiapa yang mandi junub pada hari Jumaat, lalu pergi ke masjid pada
awal waktu, dia seakan-akan bersedekah dengan seekor unta. Barangsiapa yang pergi
pada waktu kedua, dia seakan-akan bersedekah dengan seekor lembu. Barangsiapa
yang pergi pada waktu ketiga, dia seakan-akan bersedekah dengan seekor keldai.
Barangsiapa yang pergi pada waktu keempat, dia seakan-akan bersedekah dengan
seekor ayam. Barangsiapa yang pergi pada waktu kelima, dia seakan-akan bersedekah
dengan sebiji telur. Ketika khatib keluar, para malaikat hadir mendengarkan zikir
(khutbahnya)”.

102

Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata dalam Al-Fath, “Secara zahir, perumpamaan di sini
hanya daripada segi sifat atau kualitinya sahaja, bukan daripada segi hukum. Ini adalah
pendapat kebanyakan ulamak. Ada yang berpendapat, hadith ini mengisyaratkan untuk
bersetubuh pada hari Jumaat supaya dia mandi janabah pada hari itu. Hikmahnya,
supaya jiwanya tenang ketika pergi ke masjid dan matanya tidak memandang terlalu
lama pada sesuatu yang dilihatnya. Hadith ini juga boleh ditafsirkan bagi wanita iaitu
agar dia mandi pada hari tersebut. Imam An-Nawawi berkata, “Sebahagian sahabat
kami berpegang dengan pendapat ini, namun pendapat ini lemah atau batil. Apa yang
benar adalah pendapat pertama.”.

Ibnu Qudamah meriwayatkan pendapat kedua ini daripada Imam Ahmad dan
dipastikan pula dari sekelompok sahabat. Al-Qurthubi berkata, “Ini adalah
pendapat yang paling sesuai. Jadi tidak ada alasan untuk membatalkannya meskipun
pendapat pertama lebih kuat. Barangkali pendapat kedua ini dianggap batil hanya
dalam pandangan mazhab (maksudnya mazhab Syafie yang dipegang oleh Imam
An-Nawawi)”.

As-Suyuthi berkata, “Pendapat yang menganjurkan bersetubuh pada hari Jumaat
dikuatkan dengan hadith, “Apakah salah seorang daripada kalian tidak mampu
menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat? Sesungguhnya bersetubuh pada
hari Jumaat mengandungi dua pahala, satu pahala untuk mandinya dan satu pahala

älagi untuk mandikan isterinya”. Hadith ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syuub al-Iman

daripada hadith Abu Hurairah .

Fatwa No. 58700

Adakah Boleh Bersetubuh Ketika Tidak Ada Air?

Pertanyaan: Adakah suami boleh menyetubuhi isterinya ketika air tidak mencukupi
untuk mandi junub?

Fatwa: Menurut pendapat yang rajih(kukuh) di kalangan ulamak, suami boleh
menyetubuhi isterinya walaupun dia tahu bahawa air tidak mencukupi untuk mandi
junub setelah bersetubuh. Imam An-Nawawi telah menjelaskan secara terperinci
masalah ini dalam Al-Majmuk. Beliau berkata, “Imam Asy-Syafiie dalam kitab Al-Umm dan
para pengikut mazhabnya berkata, “Musafir dan orang yang berada di atas unta boleh
menyetubuhi isterinya walaupun tidak ada air yang cukup untuk mandi wajib, dia hanya
perlu membasuh kemaluannya dan bertayammum”.

103

Para sahabat kami bersepakat tentang

keharusan bersetubuh ini tanpa

kemakruhannya. Mereka berkata, “Jika dia mampu

membasuh kemaluannya, maka basuhlah, kemudian

bertayammum dan solat, maka solatnya sah dan dia

tidak perlu mengulanginya. Jika kemaluannya tidak

dibasuh, maka dia wajib mengulangi solatnya.

Ini adalah jika kita berpendapat bahawa

cecair basah pada faraj itu najis. Namun jika

kita berpendapat ianya tidak najis, dia tidak

wajib mengulanginya, menurut pendapat

yang paling sahih, cecair basah yang mengenai

zakar itu suci”. Inilah penjelasan mazhab kami”. Ibnu

Al-Mundzir meriwayatkan keharusan bersetubuh

daripada Ibnu Abbas, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Al-Basri,

Qatadah, Ath Thauri, Al-Auzaai, Ahlu Raayi, Ahmad dan Ishaq dan pendapat inilah yang

dipilih Ibnu Mundzir. Dia juga meriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas’ud, Ibnu

Umar, Az-Zuhri tentang ketidakbolehan bersetubuh ketika tidak ada air.

Imam Malik berkata, “Aku tidak suka seseorang mendatangi isterinya kecuali jika ada air”.
Athaa berkata, “Antara waktu bersetubuh dengan waktu tidak adanya air itu hanya tiga
hari, maka suami tidak boleh menyetubuhi isterinya. Namun jika lebih dari tiga hari, dia
boleh menyetubuhinya”. Ada dua riwayat daripada Imam Ahmad yang menghukumkan
makruh. Dalil kami untuk semua pendapat ini adalah hujah yang digunakan Ibnu
Al-Mundzir bahawa bersetubuh itu hukumnya boleh, maka kita tidak boleh melarang
atau memakruhkannya kecuali dengan dalil. Inilah dalil yang muktamad (dapat
dijadikan pegangan). Sedangkan hadith Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada
datuknya, beliau berkata, “Seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, seseorang pergi

Ìmencari air tetapi tidak menemuinya, adakah dia boleh menyetubuhi isterinya?” Nabi

menjawab, “Ya”. Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad dalam Al-Musnad, tetapi tidak
boleh dijadikan hujah kerana hadith ini dhaif. Sebab ini adalah riwayat Al-Hajjaj bin Artah
dan dia seorang dhaif.

Dalam Al-Mughni, Ibnu Qudamah berkata, “Apakah orang yang yakin dirinya tidak
akan terheret dalam penzinaan, makruh hukumnya menyetubuhi isterinya ketika tidak
ada air? Dalam masalah ini ada dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan
hukumnya makruh, kerana ia mensia-siakan keadaan dirinya yang dalam keadaan suci
dan masih mungkin boleh dipertahankan.

104

Pendapat kedua menyatakan hukumnya tidak makruh. Ini adalah pendapat
Jabir bin Zaid, Al-Hasan, Qatadah, Ath Thauri, Al-Auzaai, Ahlu Raayi dan Ibnu Al-Mundzir.
Diriwayatkan daripada Al-Auzaai bahawa dia berpendapat jika waktu bersama antara
suami dengan isterinya sampai empat malam, maka suami boleh menyetubuhi isterinya.
Tetapi jika hanya tiga malam atau kurang, maka tidak boleh menyetubuhinya. Pendapat
yang lebih baik adalah boleh menyetubuhi isteri tanpa dimakruhkan. Sebab Abu Dzar

Ìberkata kepada Nabi , “Aku tidak mempunyai air sementara isteriku bersama denganku.

Lalu aku terkena kewajipan mandi junub, adakah aku boleh solat tanpa bersuci?”

ÌNabi menjawab, “Debu yang bersih itu suci”. (Riwayat Abu Dawud dan An-Nasaai)

ä“Ibnu Abbas pernah menyetubuhi hambanya yang berbangsa Rom, sedangkan

ketika itu beliau tidak mempunyai air. Lalu beliau solat bersama para sahabatnya,

ädi antaranya Ammar, dan mereka tidak mengingkari perbuatan Ibnu Abbas .
ÌIshaq bin Rahawaih mengatakan, “Ini adalah sunah yang ditetapkan Nabi , pada

Abu Dzar, Ammar dan yang lain. Jika kedua-duanya melakukan persetubuhan

(dengan isteri masing-masing), lalu menemui air maka dibasuh kemaluannya, kemudian

bertayammum. Jika tidak menemui air, kedua-duanya bertayammum untuk bersuci

daripada janabah (hadas besar), hadas kecil dan najis, lalu kedua-duanya bersolat”.

Fatwa No. 45494

Boleh Bersetubuh Setiap Waktu Selain Daripada Waktu yang Diharamkan Syarak

Pertanyaan: Adakah terdapat waktu-waktu tertentu yang diharamkan atau dimakruhkan
untuk bersetubuh, seperti pada awal dan akhir bulan misalannya? Adakah terdapat hari-
hari tertentu yang dianjurkan untuk bersetubuh? Bagaimanakah hukumnya berdoa ketika
sedang bersetubuh?

Fatwa: Para ulamak telah menetapkan adab bersetubuh dan kami tidak menemui
terdapatnya waktu tertentu yang diharamkan atau dimakruhkan untuk bersetubuh,
kecuali ketika isteri sedang haid atau melaksanakan puasa wajib, dan ini berkaitan
dengan keadaan tertentu. Kami juga tidak mengetahui terdapatnya hari-hari tertentu
yang dianjurkan untuk bersetubuh. (Semua itu kembali pada kemampuan suami dan
keinginan isteri, sebagaimana yang dijelaskan dalam fatwa nombor 16607 dan 3768)
(Muka surat: 96 dan 24 Jilid 2)

105

Fatwa No. 43841
Bersetubuh Pada Hari Kesepuluh Zulhijjah Tidak Dilarang
Pertanyaan: Dalam salah satu ruangan di surat khabar tentang puasa pada tarikh 10
Zulhijjah, saya terbaca bahawa jika kaum wanita berniat untuk berpuasa, maka para
suami tidak boleh menyetubuhinya sehingga puasanya selesai. Adakah berita ini benar?
Fatwa: Sepanjang yang kami tahu, tidak ada seorang ulamak pun yang berpendapat

Üdemikian. Jika Allah sahaja telah membolehkan suami menyetubuhi isterinya di malam
Übulan Ramadhan, apatah lagi dengan selain bulan ini. Allah berfirman,

“Dihalalkan bagi anda, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan
isteri-isteri anda. Isteri-isteri anda itu adalah sebagai pakaian bagi anda dan anda pula
sebagai pakaian bagi mereka”.

(Al-Baqarah : 187)

106



Tentang
PERNIKAHAN DAN
MALAM PERTAMA



7
TENTANG PERNIKAHAN DAN MALAM
PERTAMA

Fatwa No. 41355

Bersetubuh Pada Malam Pertama

Pertanyaan: Dalam masalah memecahkan selaput dara, adakah harus dilakukan
secara sempurna pada malam pertama dengan sekali persetubuhan sahaja atau boleh
menunggu setelah satu atau dua hari? Atau mungkin mengulanginya hingga beberapa
kali dan menangguh-nangguhkan waktu persetubuhan sejak daripada malam pertama?

Fatwa: Masalah ini bergantung kepada kedua suami isteri. Jika kedua-duanya
menghendakinya, maka ianya boleh dilakukan dalam sekali persetubuhan sahaja dan
boleh juga dua kali, tiga kali atau bahkan lebih lagi daripada itu. Tidak ada batasan syarie
dalam perkara ini, semuanya kembali kepada keinginan kedua-duanya.

Fatwa No. 60368

Tidak Seharusnya Melakukan Persetubuhan Sebelum Majlis Pernikahan

Pertanyaan: Saya sudah melaksanakan akad nikah dengan seorang gadis, namun
belum menyetubuhinya. Adakah jika saya ingin mencari kenikmatan bersamanya seperti
mana mencari kenikmatan suami isteri, tetapi dia menolak. Adakah dia sama dengan
isteri yang menolak ajakan suaminya tanpa alasan sehingga malaikat melaknatnya?

Fatwa: Gadis ini sudah menjadi isteri anda, namun di dalam masyarakat berlaku adat
kebiasaan bahawa seorang lelaki tidak boleh mendekati isterinya kecuali setelah
pengantin perempuan diserahkan kepadanya. Bahkan masalah ini, jika anda tetap
melakukannya, boleh menimbulkan bahaya dan kesan buruk bagi isteri di samping Allah

Ü boleh mentakdirkan kalian berdua berpisah. Apa yang bakal terjadi jika diketahui dia

belum diserahkan kepada anda, tetapi dia sudah hamil terlebih dahulu atau dia sudah
tidak perawan lagi? Kerana itu, tidak sepatutnya kalian berdua melakukan hubungan
kelamin sebelum majlis kenduri kahwin. Bagi gadis tersebut, tidak mengapa dia menolak
permintaan anda itu.

110

Fatwa No. 74206

Suami Memastikan Keperawanan Isteri Pada Malam Majlis Pernikahan

Pertanyaan: Di negara kami Algeria, pada malam pertama pengantin lelaki memasukkan
jarinya ke dalam faraj pengantin perempuan untuk memastikan keperawanannya.
Adakah perbuatan ini dibolehkan syarak dan bagaimanakah cara yang sepatutnya?

Fatwa: Boleh dipastikan perbuatan ini adalah salah satu bentuk penyeksaan tersurat
dan tersirat terhadap kaum wanita dan mewujudkan kekeliruan ke atas seorang Muslim,
di samping tidak ada manfaatnya bagi pengantin lelaki. Sebab ketika dia mengatakan
isterinya sudah tidak perawan, dia tidak boleh dipercayai ketika isterinya mengingkari
dakwaannya itu. Walaupun demikian, kami tidak boleh menetapkan larangannya. Sebab
dengan adanya akad nikah, lelaki boleh mencari kenikmatan dan menyentuh seluruh
bahagian tubuhnya kecuali bersetubuh ketika sedang haid atau pada dubur. Cara yang
seharusnya bagi orang yang ingin menikah adalah sebaik-baiknya pasangan hidup yang
dipilihnya mempunyai pengetahuan agama yang cukup dan berakhlak.

Lelaki boleh meminta jaminan kepada calon isteri atau walinya bahawa calon isterinya
itu masih perawan. Jika setelah menikah diketahui ternyata isterinya itu sudah tidak
perawan, maka lelaki mempunyai hak untuk memilih antara membatalkan pernikahan
dan meminta kembali mahar daripada pihak yang menipunya, sama ada perempuan itu

sendiri ataupun walinya, atau meneruskan pernikahan yang semuanya
dijelaskan secara terperinci dalam kitab-kitab fiqh. Perlu diketahui
pula bahawa selaput dara boleh hilang dengan pelbagai cara
selain bersetubuh seperti melompat
dan sebagainya.

111

Fatwa No. 44634

Beberapa Adab Dan Hukum Yang Diperlukan Oleh Kedua-Dua Pengantin Ketika Malam
Majlis Perkahwinan

Pertanyaan: Saya adalah seorang pemuda yang telah melangsungkan akad nikah
dengan seorang gadis dan majlis perkahwinan Insya Allah akan diadakan sebulan lagi.
Di dalam pelbagai laman sesawang, saya membaca masalah pernikahan dan perkara
paling penting yang saya baca adalah wajib membincangkan tentang beberapa
masalah hukum sebelum malam pertama. Pertanyaan saya ialah berikut

• Isteri saya sangat pemalu, apakah ada cara lain untuk membuka perbualan
dengannya?

• Sebelum menyetubuhinya di malam pertama, wajibkah mengerjakan solat dua
rakaat kemudian apakah doanya harus dibaca dengan kuat atau dengan
perlahan? Adakah dianjurkan untuk membaca surah-surah tertentu?

• Untuk memecahkan dara, adakah boleh dilakukan dengan cara memasukkan
zakar ke dalam faraj untuk sekali sahaja atau harus sehingga menyelesaikan
persetubuhan?

Fatwa: Jika seorang lelaki telah mengikat seorang wanita dengan akad yang sah, maka
dia boleh mendapatkan sebarang kenikmatan darinya sama seperti yang diperolehi
suami daripada isterinya seperti kenikmatan memandang, berduaan, bersetubuh dan
sebagainya. Dengan demikian, tidak ada halangan baginya untuk membincangkan
beberapa adab dan hukum yang diperlukan oleh kedua-dua pengantin pada malam
pertama nanti dengannya, yang mana sebahagiannya telah kami sebutkan dalam
fatwa nombor 2521 dan 10267 (Muka surat: 11 dan121)

Manakala jika baru bertunang sahaja, pihak
lelaki tidak boleh membincangkan masalah di
atas dengan tunangnya kerana tunangnya
itu masih berstatus sebagai orang lain.
Apa yang khusus berkaitan dengan proses
memecahkan dara itu bergantung pada
keinginan dua-dua pengantin, tidak
dibatasi waktu tertentu.

112

Fatwa No. 567

Wasiat Orang Tua Bagi Mempelai Wanita Sebelum Menikah

Pertanyaan: Apakah yang harus saya lakukan bersama calon suami pada malam
pertama pernikahan kerana beberapa bulan lagi saya akan menjadi seorang isteri?

ÜFatwa: Anda harus semakin bertakwa kepada Allah , memperbaiki niat anda dan
Ütetapkan hati untuk taat kepada Allah dan suami anda. Kemudian, pada malam

pertama anda harus berhias diri dengan pakaian, perhiasan, wangi-wangian yang

Üdihalalkan Allah dan membersihkan diri untuk suami anda kerana itu adalah hak

suami anda ke atas diri anda. Anda juga harus berhati-hati dan menghindarkan diri
daripada perbuatan menayangkan perhiasan (tabaruj) dan membuka tudung (sufur)
yang nampaknya sudah menjadi kebiasaan pada situasi seperti ini di hadapan kaum
lelaki bukan mahram (ajnabi). Anda juga harus menjauhi lagu-lagu dan tarian haram serta

Überbagai-bagai perkara lain yang diharamkan Allah . Ketika anda bersetubuh, kalian

berdua dianjurkan untuk berwuduk dan solat dua rakaat terlebih dahulu, lalu berdoa

Ükepada Allah .

Alangkah baiknya jika kalian berdua saling menasihati, saling terbuka dan
berterus-terang kepada pasangan tentang apa yang disukai dan dibencinya agar
pasangan dapat menghindarinya. Di samping itu, bagi keluarga perempuan sebaik-
baiknya memberikan wasiat kepadanya dan melaksanakan kerja-kerja rumah dengan
sebaik-baiknya. Kami anjurkan kepada anda untuk membaca pelbagai jenis buku dan
majalah yang berisi penjelasan tentang adab pernikahan dan wasiat-wasiat yang sangat
berharga.

Fatwa No. 2521

Apakah Yang Harus Dilakukan Seseorang Pada Malam Pertama Pernikahan?

Pertanyaan: Apakah syarat yang ditetapkan oleh Islam yang harus dipenuhi oleh
seseorang pada malam pertama pernikahan dan bagaimanakah kita berinteraksi
dengan isteri pada malam tersebut?

113

ÜFatwa: Pernikahan adalah salah satu tanda yang agung daripada tanda-tanda kebesaran

Allah . Dia berfirman,

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Ar-Rum : 21)
Dalam hubungan perkahwinan, manusia merasai nikmat cinta, kasih sayang, penjagaan,
kesucian, kemuliaan hidup dan berasa dilindungi. Selain itu, anak-anak juga membesar,
berbagai-bagai kejadian mula berkembang, dan terjalinlah hubungan antara dua jiwa
dan kedua hati juga saling bersatu.

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian
bagi mereka.

(Al-Baqarah :187)
Pernikahan adalah institusi untuk membangunkan keluarga Muslim dan mendirikan
perkara asas untuk membina masyarakat Muslim. Kebanyakkan kaum Muslim (semoga

ÜAllah memberi hidayah kepada mereka) memulakan kehidupan mereka dengan
Ümelakukan maksiat kepada Allah . Anda dapat melihat mereka (pada hari pernikahan)
Ümemainkan piano, menggunakan pelbagai alat muzik, menjemput para penari dan

melakukan semua yang dimurkai Allah . Sedangkan kaum Muslim seharusnya
menjauhi hal-hal tersebut.

114

Memang dianjurkan untuk mengumumkan pernikahan dan memukul rebana,

Ìsebagaimana yang diriwayatkan Muhammad bin Hatib, dia berkata: Nabi

bersabda, “Pembeza antara halal dan haram adalah (menggunakan) rebana dan

suara (bernyanyi) dalam pernikahan.” (Riwayat An Nasaai)

Ketika majlis perkahwinan, boleh melantunkan syair dan ghazal (puisi cinta),

pendapat ini dipetik daripada Imam Ahmad. Namun hal ini (dilakukan) tanpa adanya
Ìpercampuran antara kaum lelaki dan perempuan kerana Nabi
berkata kepada

kaum Ansar, “Kami mendatangi kalian, kami mendatangi kalian. Kami berasa malu dan

kalian pun berasa malu. Jika sahaja bukan kerana emas itu merah, undangan kalian itu

tidak halal. Jika saja bukan kerana minyak samin, maka anak gadis kalian tidak akan

gemuk.”

Jika anda masuk ke bilik menemui isteri anda, maka ucapkanlah doa yang diriwayatkan

ÌAmr bin Syuaib, daripada ayahnya, daripada datuknya, daripada Nabi , baginda

bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian menikahi perempuan atau membeli

hamba, maka berdoalah:

“Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikan dirinya (tubuhnya) dan kebaikan akhlak
yang Engkau kurniakan kepadanya. Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada
keburukannya dan keburukan ciptaan yang Engkau berikan kepadanya.” (Riwayat Abu
Dawud)

Dengan demikian, sebelum bersetubuh anda harus melakukan pemanasan terhadap

isteri anda seperti ciuman dan sebagainya dan menjauhkan diri

daripada memasukkan kemaluan ke dubur ketika bersetubuh.

Begitu juga memasukkan kemaluan ke dalam faraj pada saat

si isteri sedang haid. Perkara ini berdasarkan pada pelbagai

hadith yang melarang perbuatan seperti itu dan

ancaman bahawa akan mendapat seksaan yang

berat bagi sesiapa sahaja yang melakukannya.
ÜKami memohon kepada Allah
agar

memberikan kurniaan dalam hidup anda dan

memberkati keluarga anda.

115

Fatwa No. 2940

Berdua-Duaan Dengan Isteri Setelah Akad Qiran (Nikah) Dan Sebelum Menyetubuhinya

Pertanyaan: Apakah boleh berdua-duaan dengan isteri sebelum majlis perkahwinan,
namun bagaimanakah setelah akad nikah? Jika boleh, apakah hukum menciumnya?

Fatwa: Seorang lelaki sudah dapat dihukumi sebagai pemilik perempuan setelah
terjadinya akad nikah. Setelah itu, perempuan itu menjadi isterinya sehingga halal
baginya untuk berdua-duaan dengannya, melihat apa yang diinginkan darinya dan
menyetubuhinya pada bila-bila sahaja dan pada waktu yang dibolehkan.

Namun alangkah baiknya jika al-aqid (suami) menjaga kebiasaan (adat) yang berlaku
di daerahnya dan memenuhi kesepakatan dengan wali perempuan jika memang
sebelumnya ada kesepakatan bahawa pergaulan suami dengan isterinya ditunda atau
ditangguhkan sampai beberapa ketika setelah akad. Ataupun di situ sudah ada suatu
kebiasaan yang sifatnya sudah menjadi seperti kesepakatan dan kebiasaan ini tidak
bertentangan dengan nas daripada Al-Quran dan sunah. Dalam masalah pernikahan,
ada beberapa hukum syarak yang terbentuk setelah terjadinya akad dan beberapa
hukum lain pula terbentuk setelah terjadinya persetubuhan. Hukum yang tergantung
pada adanya akad ialah: diharamkan bagi seorang ibu (bagi suami anaknya) ketika
terjadi akad nikah pada anak perempuannya, dan anak perempuan yang diakadkan
(menantu perempuan) terus menjadi haram selamanya bagi ayah suaminya.

Sedangkan hukum-hukum yang ditentukan oleh syarak setelah terjadinya
persetubuhan adalah kewajipan membayar semua mahar dan kewajipan beriddah
bagi isteri yang ditalak.

Seorang lelaki harus menjaga apa yang telah dipersetujuinya dan menjalankan
kebiasaan yang berlaku di daerahnya. Jika terjadi persetubuhan atau berdua-duaan
yang secara hukum syaraknya adalah benar, maka Insya Allah, dia tidak berdosa.
Sebab perempuan tersebut sudah benar-benar menjadi isterinya. Oleh kerana itu, semua
hukum (yang muncul akibat) daripada persetubuhan pun berlaku. Jadi anak yang lahir
daripada si isteri adalah anaknya dan dia (suami) wajib membayar mahar secara penuh.

116

Fatwa No. 5714

Hukum Percintaan Dalam Islam

Pertanyaan: Adakah cinta itu haram?

Fatwa: Cinta adalah cenderung kepada sesuatu yang dapat merangkumi pelbagai
perkara. Rasa cinta itu ada yang masyruk (dianjurkan), ada yang mazmum (tercela), ada
yang muncul secara semulajadi dan ada pula yang diusahakan.

ÜMencintai Allah dan rasulNya adalah kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah,
Übahkan cinta ini adalah salah satu syarat iman. Allah berfirman,

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman
itu lebih cinta (taat) kepada Allah”.

(Al-Baqarah : 165)

ÌNabi bersabda, “Tidak dianggap beriman salah seorang daripada kalian

sehingga diriku lebih dicintai olehnya melebihi cintanya kepada kedua-dua orang tua

dan anaknya serta sekalian manusia”. (Muttafak alaihi) Rasa cinta ini mengharuskan

pencinta mentaati yang dicintai. Sebab siapa sahaja yang mencintai orang lain, maka

dia akan segera mendapatkan redhanya. Siapa sahaja yang menyangka dirinya
Ümencintai Allah
dan rasulNya, namun melanggar perintah kedua-duanya atau

menempuh jalan yang tidak disyariatkanNya, maka sesuai dengan dalil yang ada

yang mana anggapannya itu adalah batil.

117

Mencintai orang Mukmin, ulamak dan orang-orang soleh termasuk cara terbaik dan
Ü Ìibadah yang agung untuk mendekatkan diri kepada Allah . Nabi
bersabda,

“Ada tiga perkara yang di dalamnya, kamu dapat menemui manisnya iman iaitu

Ühendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintainya melebihi cintanya kepada selain dari
Ükedua-duanya, dia mencintai seseorang hanya kerana Allah dan membencinya jika
Üorang itu kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripada kekafiran

tersebut sebagaimana dia benci jika dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadith Muttafak

Ìalahi) At-Tabrani meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Iman yang paling bersih
Üadalah mencintai dan membenci hanya kerana Allah ”. Sebagaimana seorang

hamba wajib mencintai kaum Mukmin yang soleh, dia juga wajib membenci orang kafir,

para pelaku perkara keji dan maksiat, semuanya sesuai dengan kadarnya.

Cinta ada beberapa jenis :-

• Cinta kepada isteri atau suami dan anak. Rasa cinta kepada isteri adalah amrun jabilli
muktasab (suatu perasaan yang kemunculannya diusahakan), sebab secara
fitrahnya, seseorang itu lebih cenderung kepada isterinya dan akan berasa tenang
dengannya. Rasa cinta ini akan semakin bertambah ketika isterinya cantik atau
memiliki akhlak yang baik dan agama yang kuat, atau dia mempunyai sifat yang
dapat membuat suami terpikat kepadanya. Begitu pula dengan rasa cinta kepada
anak, ini adalah perasaan semulajadi yang muncul dalam diri setiap manusia.
Disebabkan olehnya, seseorang itu tidak dihukum jika rasa cintanya kepada salah
seorang anaknya itu lebih besar berbanding kepada anaknya yang lain. Begitu
pula jika rasa cintanya kepada salah seorang isterinya lebih besar dibandingkan
kepada isterinya yang lain, jika dia mempunyai dua orang isteri atau lebih. Ini terjadi
kerana cinta adalah masalah hati di mana manusia tidak mempunyai pilihan dalam
masalah ini dan juga tidak memiliki kemampuan untuk menguasainya.

ß ÌSaidatina Aisyah
berkata: Rasulullah memberi bahagian kepada para isterinya

lalu berkata, “Ya Allah, ini adalah bahagianku yang aku mampu berikan, maka jangan

Engkau hukum aku atas apa yang Engkau miliki namun tidak aku miliki.” Apa yang

diharamkan adalah mengutamakan yang dicintai dengan memberi pelbagai pemberian

Ülebih dari yang lainnya dengan alasan yang tidak dibolehkan. Allah berfirman,

118

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga
kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan);

(An-Nisa : 129)

ÌNabi bersabda, “Barangsiapa yang memiliki dua orang isteri, lalu dia lebih

kepada salah seorang daripadanya, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang

dalam keadaan setengah bahagian tubuhnya senget”. (Riwayat An Nasaai dan
Ì ÜAl-Hakim) Baginda juga bersabda, “Bertakwalah kepada Allah
dan berlaku

adillah kepada anak-anak kalian”. (Hadith Muttafak alaihi). Apa yang dimaksudkan

dengan cenderung adalah cenderung dalam masalah pembahagian dan nafkah,

bukan rasa cinta.

• Cinta kepada kedua orang tua dan kaum kerabat. Semua manusia diciptakan
untuk mencintai kedua-dua orang tuanya kerana kedua-duanya lah yang berbuat
baik kepadanya ketika dia kecil dan sanggup bersusah payah demi dirinya. Cinta
seperti ini boleh dalam bentuk wajib dan boleh pula sunah sesuai dengan
penjelasan syarak.

• Cinta antara pemuda dan pemudi. Cinta seperti ini terbahagi kepada dua:

Pertama, lelaki yang dalam hatinya tercetus rasa cinta kepada seorang wanita.

Ü Dalam situasi seperti ini, dia harus bertakwa kepada Allah dan menundukkan

pandangannya sehingga dia menemui jalan untuk menikahinya. Jika tidak, dia harus

memalingkan hatinya daripada wanita tersebut supaya dirinya tidak disibukkan oleh

Ü hal-hal yang tidak bermanfaat yang dapat membuatnya lalai terhadap kewajipan

yang ditetapkan oleh Allah .

119

ä ÌDaripada Ibnu Abbas , Nabi bersabda, “Kami tidak melihat (apa yang

terjadi) kepada dua orang yang saling mencinta seperti halnya (yang terjadi) pada

pernikahan”. (Riwayat Ibnu Majah)

Kedua, orang yang dalam hatinya bersemayam rasa cinta namun tidak mampu untuk
menyucikan dirinya sehingga perasaan ini berubah menjadi rasa rindu. Lalu kerinduan
ini dikuasai oleh pelbagai gambaran indah dan kebaikan. Cinta seperti ini diharamkan
kerana kelihatannya sangat membahayakan. Rindu adalah salah satu penyakit hati yang
berbeza dengan jenis penyakit yang lain dalam hal zat, sebab dan ubatnya.

Rindu ingin melihat gambar seseorang adalah ujian bagi hati yang kosong daripada
rasa cinta kepada Allah, di mana hati tersebut berpaling dariNya dan menggantikannya
dengan yang lain. Apa yang lebih buruk lagi, cinta buta yang dialami kaum lelaki. Ini

Üadalah rasa cinta yang sangat menyimpang dan tercela. Jika hati seseorang dipenuhi

oleh rasa cinta dan rindu kepada Allah , maka perasaan itu akan dapat menolak
penyakit rindu yang dialaminya dan dapat menghalau penyakit rasa rindu.

Kebanyakkan orang yang mempunyai hubungan cinta sebelum menikah, ketika
mengetahui pasangannya memiliki kekurangan, akan saling menjauhi kerana masing-
masing dapat melihat cacat-cela pasangannya yang belum pernah dilihat sebelum ini.

ÜSelain itu, rasa rindu dapat memalingkannya daripada pelbagai kewajipan. Allah

sendiri telah menjelaskan ubat cinta dalam bentuk
amaliyah sambil menekan gelora syahwat
yang berkobar-kobar. Pertama dimulai
dengan menundukkan
pandangan, menjauhi
hal-hal yang dapat

120

membangkitkan ghairah, selalu melakukan pengawasan, menghancurkan syahwat
dengan berpuasa dan menikah jika memang mampu melakukannya serta menentukan
kriteria khusus dalam memilih pasangan.

Ketika mencari pasangan hidup seseorang lelaki mahupun perempuan harus melihat

kualiti agamanya. Inilah panduan yang harus digunakan dalam memilih pasangan

Ìhidupnya. Nabi bersabda, “Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara iaitu

kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya. Beruntunglah orang yang

memilih kerana agamanya”. (Muttafak alaihi)

Fatwa No. 10267

Nasihat Bagi Pasangan Yang Akan Bernikah

Pertanyaan: Apakah nasihat yang dapat tuan berikan kepada kami yang akan bernikah
dan doa apakah yang harus dibaca suami isteri tatkala akan bertemu di antara satu
sama lain?

Fatwa: Ketika suami akan masuk menemui isterinya disunatkan untuk mencium dahinya
dan membaca doa sebagaimana yang tertera di dalam hadith, “Jika salah seorang
daripada kalian akan mengambil manfaat daripada wanita atau hamba, maka
ucapkanlah :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu daripada kebaikannya dan kebaikan sifat
yang diciptakan untuknya. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan
keburukan sifat yang diciptakan baginya)”. (Riwayat Ibnu Majah dan dinilai sebagai
hasan oleh Al-Albani)

Disunatkan bagi suami solat dua rakaat bersama isteri dan berdoa dengan doa yang

makthur, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq di dalam Al-Mushannaf,

dalam bab nikah daripada Abu Wail, beliau berkata: Seorang lelaki dari Bujailah datang

kepada Ibnu Mas’ud dan berkata, “Aku telah menikahi seorang hamba yang perawan

dan aku khuatir jika dia memarahiku”. Ibnu Mas’ud pun berkata, “Keserasian (munculnya
Üperasaan cinta) berasal daripada Allah
dan kemarahan itu berasal daripada
Üsyaitan kerana syaitan membenci apa yang telah dihalalkan Allah baginya (suami).

Jika dia (isterimu) masuk menemuimu, maka perintahkan dia untuk solat dua rakaat

di belakangmu”.

121

Al-Amasy berkata: Lalu aku menyebutkan perkara ini kepada Ibrahim dan Ibrahim
berkata, “Kemudian Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ucapkanlah:

“Ya Allah, berikanlah keberkatan ke atas keluargaku untukku dan berilah keberkatan
kepadaku untuk mereka, berikanlah rezeki daripada mereka untukku dan berikanlah
rezeki dariku untuk mereka. Ya Allah, satukanlah kami dengan sesuatu yang Engkau
satukan demi kebaikan dan pisahkanlah kami jika memang Engkau memisahkannya demi
kebaikan.’”

Ketika akan menyetubuhinya, suami harus mematuhi beberapa adab yang dianjurkan
oleh Islam, di antaranya:

• Memakai wangi-wangian sebelum bersetubuh. Di dalam Ash-Sahihain daripada

ß Saidatina Aisyah , beliau berkata, “Aku memberikan wangi-wangian kepada
Ì Nabi lalu baginda berkeliling kepada isteri-isterinya (untuk bersetubuh). Pada

pagi harinya baginda mengenakan pakaian ihram dengan air yang masih menitis

dan bau wangi-wangian yang masih melekat”.

• Mencium isteri sebelum bersetubuh untuk membangkitkan ghairahnya sehingga
dia memperolehi kenikmatan sebagaimana yang diperolehi suami.

• Membaca doa bersetubuh sebagaimana yang tertera dalam Ash-Sahihain daripada
ä Ì Ibnu Abbas
yang berkata: Nabi bersabda, “Jika salah seorang

daripada kalian akan mendatangi isterinya, maka ucapkanlah:

“Dengan menyebut nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan
jauhkanlah syaitan daripada anak yang dikurniakan kepada kami.”

Jika kedua-duanya ditakdirkan memperolehi anak, maka syaitan tidak akan dapat
membahayakan kepada anak tersebut selama-lamanya”.

122

• Mengetahui gaya-gaya bersetubuh yang dibolehkan. Dalam bersetubuh, tidak boleh
memasukkan zakar kecuali hanya ke faraj yang menjadi tempat bercucuk tanam
dan melahirkan anak, sama ada ketika dia menyetubuhinya dilakukan melalui arah

ä depan mahupun dari arah belakang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan

daripada Jabir , beliau berkata: “Ketika seorang wanita Yahudi berkata, “Jika
suami mendatangi faraj isterinya dari arah dubur, maka anaknya akan lahir dalam
keadaan matanya juling,” maka turunlah ayat,

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

(Al-Baqarah : 223)

• Jika suami telah mencapai klimaks, janganlah dia terus menarik zakarnya daripada
faraj isterinya sehingga isterinya juga mencapai klimaks.

• Haram menyetubuhi wanita yang sedang haid. At-Tirmidzi dan Abu Dawud
ä Ì meriwayatkan daripada Abu Hurairah
bahawa Nabi bersabda,

“Barangsiapa yang mendatangi wanita yang sedang haid, atau mendatangi

duburnya, atau mendatangi dukun, maka dia telah mengingkari apa yang

diturunkan kepada Muhammad”.

• Haram memasukkan zakar ke dalam dubur. Abu Dawud meriwayatkan di dalam

Ì As-Sunan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda, “Terlaknatlah suami

yang mendatangi dubur isterinya”.

• Haram menyebarkan rahsia yang berkaitan dengan persetubuhan di antara

suami isteri. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi
Ì Ü
bersabda, “Manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada

hari kiamat adalah lelaki yang mendatangi isterinya dan isterinya pun

mendatangi dirinya, lalu dia menyebarkan rahsia isterinya”.

123

• Mandi wajib setelah bersetubuh meskipun tidak keluar air mani. Imam Muslim

ä Ì meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda, “Jika lelaki

duduk di antara peha dan kakinya, lalu kemaluan lelaki itu menyentuh kemaluan

wanita (saling bertemu), maka telah wajib mandi”. Dalam riwayat At-Tirmidzi

menggunakan matan, “Jika kepala zakar telah masuk ke dalam faraj, maka telah

wajib mandi”.

• Menggunakan selimut ketika bersetubuh. Perkara ini berdasarkan pada hadith, “Jika
salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, maka gunakanlah selimut dan
janganlah kedua-duanya telanjang bulat”. (Riwayat Ibnu Majah, namun hadith ini
dhaif, jadi harus jika tidak memakai selimut).

Jika manusia mematuhi adab-adab ini disertai dengan menundukkan pandangannya
Üdaripada yang haram, berusaha merasakan nikmat Allah
yang memberikan

kemudahan dalam pernikahannya, menghadirkan niat untuk mengasihi keluarganya

dan menjaga mereka daripada yang haram, maka dia akan dapat memenuhi

keperluan batinnya dan isterinya, sebagaimana yang diinginkannya. Tidak ada larangan

mengambil manfaat daripada buku-buku yang berisi tentang bagaimana menjalinkan

hubungan seks antara suami isteri dan bagaimana untuk mengatasi masalah yang

terjadi di dalamnya, seperti buku Tuhfah Al-Arus, Al-Liqa Baina Az-Zaujaini dan buku

Mut’ah Al-Hayah Az-Zaujaini.

Fatwa No. 13450

Wanita Yang Sudah Dinikahi Halal Bagi Suami, Namun Harus Tetap Menjaga Uruf

Pertanyaan: Apakah batasan mencari kenikmatan yang harus dipatuhi oleh lelaki
terhadap wanita yang sudah dinikahinya, namun belum dukhul (disetubuhi)? Dan apakah
perbezaan hak antara suami isteri sebelum dan sesudah dukhul?

Fatwa: Jika telah terjadi ikatan pernikahan yang sah dengan dipenuhi seluruh syarat
dan rukunnya, maka wanita menjadi halal bagi lelaki dan sebaliknya. Dengan demikian,
kedua-dua belah pihak boleh mencari kenikmatan di antara satu sama lain.

124

Namun biasanya, sebagaimana yang terjadi di dalam masyarakat, seorang lelaki
tidak boleh dukhul (menyetubuhi) dan mencari kenikmatan secara sempurna dengan
wanita kecuali setelah diadakan kenduri kahwin. Oleh yang demikian, dalam perkara ini
sebaiknya menjaga perasaan keluarga isteri. (Lihat fatwa nombor 2940) (Muka surat: 116)

Manakala untuk masalah hak suami isteri sebelum dan setelah dukhul tidak ada
perbezaan. Hanya sahaja isteri atau walinya berhak melarang suami untuk dukhul dan
mencari kenikmatan dengan isteri selama mana suami belum membayar maharnya
secara penuh, dan kedua-duanya iaitu isteri dan walinya tidak berdosa melakukan
perbuatan sedemikian.

Jika suami sudah membayar mahar, maka isteri tidak boleh melarang suaminya. Jika

Üdia melarangnya tanpa alasan yang jelas, maka dia wajib mendapat laknat Allah ,

sebagaimana yang terkandung di dalam pelbagai hadith sahih.

Fatwa No. 13709

Akad Nikah Menghalalkan Apa Yang Tidak Dibolehkan

Pertanyaan: Apa yang biasa terjadi di dalam masyarakat adalah akad nikah dilakukan
terlebih dahulu dan setelah beberapa waktu, barulah boleh melakukan hubungan suami
isteri. Keadaan itu disebabkan oleh beberapa perkara khusus seperti mempersiapkan
kenduri kahwin dan sebagainya. Jika dalam upacara akad nikah hanya dihadiri oleh
kalangan tertentu seperti hanya keluarga pihak isteri sahaja, tanpa mengundang kerabat,
teman atau tanpa melakukan pengumuman pernikahan ketika akad nikah terjadi,
adakah suami boleh menyetubuhi isterinya? Adakah untuk melakukan hubungan suami
isteri disyaratkan untuk mengumumkan pernikahan kepada khalayak atau dengan cukup
dengan akad nikah sahaja, baik pernikahan itu diumumkan ataupun tidak?

125

Fatwa: Jika dalam akad nikah telah dipenuhi segala syarat sahnya, seperti adanya
wali, saksi dan tidak ada penghalang sehingga yang tinggal hanyalah melakukan
pengumuman pernikahan, maka suami sudah boleh mencari kenikmatan bersama
isterinya dengan akad tersebut. Sebab mengumumkan pernikahan hanya bersifat anjuran
saja, bukan menjadi syarat sahnya pernikahan.

Namun perlu diketahui bahawa isteri dan walinya mempunyai hak untuk melarang suami
menyetubuhi isterinya hingga suami membayar mahar yang telah disyaratkan untuk
dibayar secepatnya. Perlu juga diingat bahawa para ulamak berkata, “Saksi nikah itu
tidak sah jika berasal daripada adik beradik isteri atau yang mempunyai kedudukan
sama dengan adik beradik, jadi harus daripada orang-orang yang kesaksiannya boleh
diterima. Manakala kesaksian seseorang kepada saudara dekatnya ditolak kerana boleh
mengundang suatu tuduhan (seperti melakukan persekongkolan dan konspirasi).

Fatwa No. 13726

Pendapat Syarak Tentang Membaca Buku-buku Berkaitan Seks

Pertanyaan: Adakah membaca buku-buku seks hukumnya haram?

Fatwa: Jika yang anda maksudkan dengan buku-buku seks adalah buku yang
menjelaskan tentang bagaimana seorang suami mendatangi isterinya dengan cara-
cara yang tidak dibenarkan, maka buku seperti itu tidak boleh dibaca dan dilihat
meskipun mengandung sebahagian maklumat yang bermanfaat, namun kebanyakan
isinya mengandungi perkara-perkara yang haram. Buku seperti itu diharamkan kerana
menganjurkan perbuatan keji dan kemungkaran serta membangkitkan syahwat.
Pengharaman membaca buku seumpama ini semakin besar jika isinya mengandungi

Ügambar telanjang lelaki dan perempuan. Sebab melihat aurat hukumnya haram. Dalam

Al-Quran, Allah berfirman,

126

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.

(An-Nur : 30)

Manusia tidak memerlukan buku seumpama ini kerana pertemuan antara suami
dan isteri adalah perkara asas yang diketahui oleh pihak masing-masing tanpa
memerlukan pengajaran dari orang lain.

Sedangkan jika apa yang anda maksudkan adalah buku-buku yang mengajarkan
adab hubungan suami isteri menurut Al-Quran, sunah serta perkataan para ulamak salaf,
maka dibolehkan kerana ianya bertujuan menjelaskan masalah agama dan kerana itu
pula Islam memperhatikan masalah ini.

ÜDi dalam Al-Quran Allah berfirman,

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.
(An-Nisa : 19)

127

Perintah di sini bersifat umum, merangkumi semua bentuk pergaulan termasuk
pergaulan dalam persetubuhan antara suami isteri.

ÌDalam sunah, Nabi memerintahkan kaum lelaki untuk bersifat lemah-lembut

terhadap wanita dan menciumnya. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Jabir
ä Ìmenikahi seorang wanita perawan, lalu Nabi
berkata kepadanya, “Ayuh,

bermainlah dengannya maka dia akan bermain denganmu”. Dalam satu riwayat

menggunakan matan, “Buatlah dia ketawa maka dia akan membuatmu ketawa,” dan

matan lain yang seumpama dengannya.

Sunah juga menunjukkan perjalanan hidup baginda dengan para isterinya.

Baginda sering mencium para isterinya sedangkan baginda sedang puasa, baginda
ßbiasa minum dengan gelas yang digunakan Saidatina Aisyah
yang sedang

haid dan pelbagai adab-adab yang lain. Sedangkan perkataan ulamak yang

menunjukkan betapa penting-nya menjaga adab ini antara lain daripada Imam

Al-Ghazali dalam kitab Al-Ihya’, beliau berkata, “Jika suami telah menunaikan hajatnya,

maka perlambatkanlah sehingga isteri juga menunaikan hajatnya (mencapai klimaks).

Sebab kadangkala klimaks isteri lambat dicapai sehingga ketika suami sudah klimaks,

syahwatnya masih berkobar-kobar.

Menyudahi persetubuhan secara terus iaitu setelah suami klimaks akan menyakiti hati
isteri. Timbulnya cara mengeluarkan air mani yang berbeza-beza dapat menyebabkan
ketidakharmonian ketika suami lebih sering keluar terlebih dahulu. Sedangkan klimaks
yang boleh dicapai secara bersama-sama akan dirasakan lebih nikmat oleh isteri, kerana
suami akan lebih sibuk dengan dirinya sendiri ketika klimaks. Berbanding dengan dirinya,
kadangkala isteri akan nampak malu. Sebaik-baiknya suami mendatangi isterinya setiap
empat malam sekali dan ini lebih seimbang kerana jumlah wanita (yang boleh dinikahi)
adalah empat. Namun boleh juga jika lebih daripada itu.”

Pernyataan-pernyataan seperti ini boleh dibaca kerana dapat membantu seseorang
di dalam menunaikan dan menjaga hak-hak isteri. Tidak ada perbezaan hukum
antara buku yang ditulis oleh ulamak; doktor; ataupun ahli psikologi, selama mana buku
tersebut tidak terkeluar dari batas-batas yang telah ditentukan syarak.

128

Fatwa No. 29026

Cara Mengalahkan Nafsu Syahwat

Pertanyaan: Saya masih dalam masa akad (maksudnya sudah menikah namun belum
mengadakan kenduri kahwin) dan suami saya mempunyai ghairah seks yang sangat
besar. Demi menjaga dirinya agar tetap mencintai saya, saya sendiri takut untuk
menolak keinginannya untuk mencari kenikmatan dengan saya. Kemudian salah seorang
tua menasihatinya dengan mengatakan bahawa apa yang dilakukannya itu salah dan
dia pun berhenti melakukannya. Namun pada masa-masa ini rasa ghairah saya bergelora.

Untuk makluman, suami saya adalah satu-satunya orang yang menyayangi saya
sehingga perkara ini menyebabkan diri saya sangat bergantung kepadanya. Apatah lagi
ketika datang masa di mana dia harus pergi daripada saya dan akan pulang kembali
selepas satu minggu. Jadi dia tidak selalu bersama saya setiap waktu. Jadi bagaimanakah
saya mengatasi kebergantungan saya yang berlebihan ini kerana terus-terang saya
katakan saya tidak boleh fokus untuk melakukan apa pun. Sesungguhnya saya berasa
tercekik daripada jauh ketika mendengar suaranya meskipun saya sudah berusaha untuk
bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia sangat mempengaruhi diri saya, dan dia
menolak jika saya memutuskan terus perhubungan melalui telefon dengannya. Adakah
saya berhak mendapatkan hal itu sehingga saya mengatasi gelora hasrat saya? Jadi,
apakah ubat rindu kepada suami?

Fatwa: Suami harus memperlakukan isterinya dengan baik dan yang paling penting
dalam perlakuan ini adalah memenuhi keperluan batinnya. Jika isteri sedang dalam
keadaan syahwat yang memuncak, maka suami hendaklah tidak pergi darinya dalam
masa di mana isteri boleh terkesan disebabkan pemergiannya. Jika suami dapat
membawa isteri ikut bersamanya, maka itu lebih baik demi untuk menunjukkan kasih
sayangnya kepada isteri. Jika tidak boleh, maka sebaiknya suami tidak mengharuskan
isterinya untuk terus menghubunginya atau yang seumpama dengannya, jika telefonnya
itu mempengaruhi gelora syahwatnya .

Manakala isteri juga harus berusaha mengendalikan dirinya ketika suaminya berjauhan.
Bagi menyibukkan diri dan fikirannya, hendaklah dia menjauhkan segala hal yang
dapat membangkitkan hasratnya, dan tidak ada sesuatu yang pengaruhnya lebih
besar untuk menghilangkan hasratnya selain mengingati mati, alam kubur dan

Ìkejadian mengerikan pada hari kiamat. Hal ini berdasarkan hadith Nabi , “Jika kalian

mengetahui apa yang aku ketahui, maka kalian akan sedikit ketawa dan banyak

129

Ümenangis. Kalian tidak akan mencari kenikmatan dengan isteri kalian di atas ranjang

dan memilih jalan untuk keluar beribadat kepada Allah ”. (Riwayat At-Tirmidzi, beliau
mengatakan bahawa darjat hadith ini hasan gharib.)

Tambahan pula, isteri juga harus menghindari makanan yang dapat membangkitkan

Ìsyahwat dan memperbanyakkan berpuasa kerana puasa dapat menjaganya
dari penzinaan berdasarkan sabda Nabi “Wahai para pemuda, barangsiapa

di antara kalian yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Disebabkan ianya

dapat menundukkan pandangan dan menjaga faraj. Sedangkan barangsiapa yang

belum mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana puasa itu dapat menjaganya

daripada jatuh ke dalam kesalahan (penzinaan).” (Riwayat Muttafaq alaihi)

Perlu diketahui bahawa ketika telah terjadi akad nikah secara sempurna, maka halal
bagi suami untuk bersunyi-sunyian dengan isterinya, bermusafir dengannya ataupun
menyetubuhinya. Namun hal ini sebaik-baiknya tidak dilakukan melainkan setelah
diumumkannya pernikahan atau mengadakan kenduri kahwin”.

Fatwa No. 29593

Lebih Baik Menjaga Kebiasaan Yang Berlaku Dalam Masyarakat

Pertanyaan: Adakah boleh menyetubuhi wanita yang sudah dinikahi, meskipun tanpa
mengadakan kenduri kahwin?

130

Fatwa: Jika akad nikah telah sempurna di mana semua syarat dan rukunnya telah
dipenuhi, maka wanita yang telah diakad nikah sudah sah menjadi isteri anda. Jadi dia
telah halal bagi anda sebagaimana yang dibolehkan bagi suami atas isterinya. Namun
lebih baik menjaga adat yang berlaku di dalam masyarakat anda. Jika adat melarang
anda menyetubuhi isteri anda sebelum kenduri kahwin, maka lebih baik anda
membiarkannya demi menjaga diri anda, isteri anda dan keluarga kalian berdua
daripada menjadi bahan perbualan orang sekeliling dan pandangan umum masyarakat.
(Lihat juga fatwa nombor 2940) (Muka surat: 116)

Fatwa No. 35026

Hukum Adat Mencela Perbuatan Menyetubuhi Isteri Sebelum Kenduri Kahwin

Pertanyaan: Saya adalah seorang pemuda berusia 28 tahun. Saya telah menikahi
seorang gadis yang saya kahwini secara akad nikah yang syarie (namun tanpa kenduri
kahwin). Adakah dia sudah boleh dianggap sebagai isteri saya dengan tanpa sebarang
had batasan, ataupun adakah memang ada batasannya?

Fatwa: Jika seluruh rukun dan syarat akad nikah telah dipenuhi, maka gadis itu sudah
sah menjadi isteri anda, di mana dia halal bagi anda sebagaimana yang dihalalkan
bagi suami atas isterinya. Namun dalam tempoh begini,alangkah baiknya jika anda
menjauhinya terlebih dahulu dan tidak melakukan perbuatan melanggar adat sehingga
diadakan majlis kenduri kahwin. Sebab adat yang berlaku di dalam masyarakat adalah
mencela perbuatan suami yang menyetubuhi isterinya sebelum diadakannya majlis
kenduri kahwin.

Di samping itu, perbuatan ini juga dapat menghancurkan perasaan keluarga
perngantin wanita. Oleh kerana itu, alangkah baiknya jika anda menjaga perasaan
mereka dan adat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat yang tidak bertentangan

Üdengan syariat Allah . Perlu diketahui juga bahawa isteri atau walinya berhak

mencegah suami menyetubuhi isterinya sampai dia membayar mahar yang sudah
dinyatakannya kepada mereka. (Sebagai tambahan, rujuk fatwa nombor 2940) (Muka
surat: 116)

131

Fatwa No. 36163

Ayah Saya Menyuruh Untuk Menyetubuhinya Sebelum Majlis Kenduri Kahwin

Pertanyaan: Saya adalah seorang pemuda. Insya Allah, seminggu lagi akan
melangsungkan kenduri kahwin. Saya sendiri sudah melakukan akad nikah sejak lapan
bulan yang lalu. Ketika ini ayah saya menyuruh saya untuk menyetubuhi isteri saya sebelum
majlis kenduri kahwin kerana khuatir isteri saya akan terkena sihir yang boleh menjadi
penghalang bagi saya untuk menyetubuhinya. Pertanyaan saya ialah adakah saya boleh
melakukannya untuk melindunginya dari sihir? Sedangkan saya lebih suka menunggu
sehingga pada malam majlis kenduri kahwin, namun ayah saya terus mendorong saya
untuk melakukannya dan saya tidak ingin derhaka kepadanya.

Fatwa: Jika telah terjadi akad nikah secara sempurna di mana semua rukun dan
syaratnya dipenuhi, maka suami boleh menyetubuhi isterinya meskipun sebelum
malam majlis kenduri kahwin. Namun lebih baik menjaga adat kebiasaan yang berlaku
dalam masyarakat di mana seseorang itu hidup demi menjaga perasaan keluarga
pihak isteri dan sebagai langkah berjaga-jaga dari terjadinya firqah (perpisahan) yang
disertai dengan kehamilan si perempuan sebelum majlis kenduri kahwin, suatu keadaan
yang dapat menyebabkan dirinya dan keluarganya berada dalam kesulitan serta
menyebabkan orang lain tidak ada yang mahu menikahinya lagi.

Masalah ini telah dijelaskan dalam fatwa nombor 2940, 13450, 29593 dan 35026
(Muka surat: 116, 124, 130 dan 131). Kami berpendapat anda harus memujuk ayah
anda dengan cara yang baik dan menjelaskan bahawa apa yang dianjurkannya itu
bertentangan dengan adat kebiasaan masyarakat sekeliling serta jelaskan pula
kepadanya akibat-akibat yang mungkin timbul daripada perbuatan tersebut.

Jika masih juga tidak boleh, maka taatilah ayah anda kerana dia tidak memerintahkan

anda untuk melakukan perbuatan yang haram atau meninggalkan kewajipan. Namun

perlu diketahui bahawa isteri juga mempunyai hak untuk tidak disetubuhi dahulu

sebelum suami menyerahkan mahar kepadanya. Adapun tentang ketakutan anda

terhadap sihir, maka anda boleh menyingkirkannya dengan memperbanyakkan berzikir
Ükepada Allah
selalu berusaha untuk taat kepadanya dan menggunakan ruqyah

syariyyah sebagaimana dijelaskan pada fatwa nombor 4310 (Muka surat: 231)

132

Fatwa No. 36199

Hukum Membicarakan Masalah Yang Berkaitan Dengan Seks

Pertanyaan: Adakah berbicara masalah seks dengan tujuan sebagai ilmu pengetahuan,
pelajaran dan maklumat tambahan hukumnya haram?

Fatwa: Membicarakan masalah seks dengan orang lain dapat membangkitkan
syahwat dan mengheret seseorang jatuh ke dalam perbuatan yang haram, khususnya
bagi orang-orang yang belum menikah. Di samping itu, kerosakan yang ditimbulkan lebih
banyak daripada manfaatnya seperti mempelajari beberapa masalah yang membantu
suami dalam menyetubuhi isterinya.

Oleh yang demikian, kami berpendapat perkara itu tidak boleh kecuali bagi orang
yang sudah benar-benar terdesak dan tidak mendapatkan cara yang lain untuk
mengetahuinya seperti membaca buku-buku ilmiah atau fiqh yang merangkumi masalah
ini. Dia juga boleh bertanya kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan di dalam
bidang ini di mana orang tersebut beragama, adil dan tidak membawanya kepada
perbuatan yang haram.

Membicarakan masalah seks dan yang seumpama dengannya dapat menanamkan sifat
tidak tahu malu dan bertentangan dengan cita-cita yang luhur serta jiwa yang mulia.
Oleh kerana itulah seorang ulamak salaf berkata kepada saudaranya, “Jauhkanlah
majlis kami ini daripada menyebutkan masalah perut dan isteri, khususnya jika hal itu
berkaitan dengan apa yang terjadi antara suami isteri”.

133

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan hadith yang dinilai sebagai sahih oleh
äAl-Albani dalam Al-Jami Ash-Shaghir daripada Abu Hurairah
bahawasanya Nabi
Ìmelaksanakan solat. Setelah salam, baginda berpaling kepada para sahabat yang

lelaki sambil berkata, “Tetaplah di tempat kalian. Adakah salah seorang daripada

kalian yang mana ketika mendatangi isterinya, menutup pintu dan membiarkan

tirainya terjuntai, lalu setelah selesai dia keluar dan menceritakannya dengan berkata,

Ì“Aku melakukan begini-begini kepada isteriku?”. Para sahabat terdiam. Jadi, Nabi

berpaling kepada sahabat yang perempuan (sahabiyah) sambil bertanya, “Adakah salah

seorang daripada kalian yang mahu bercerita?” Lalu isteri Kaab berdiri dengan bersandar

Ìpada salah satu daripada lututnya dalam tempoh yang begitu lama supaya Nabi

melihatnya dan mendengar perkataannya. Beliau berkata, “Ya Rasulullah, demi Allah
Ìpara suami dan isteri sama-sama menceritakannya”. Nabi
bertanya, “Tahukah

kalian, seperti apa orang yang melakukan perbuatan ini? Orang yang melakukan

perbuatan ini adalah seperti syaitan jantan dan syaitan betina yang saling bertemu

di jalan. Lalu syaitan jantan menunaikan hajatnya kepada syaitan betina, sedangkan

orang ramai melihat mereka berdua (sedang bersetubuh)”.

Fatwa No. 51907

Perkara-Perkara Yang Harus Dijaga Bagi Seseorang Yang Akan Ke Jinjang Pelamin

Pertanyaan: Tidak beberapa lama lagi, saya akan menikah, nasihat apakah yang dapat
tuan berikan kepada saya? Apakah pendapat agama tentang pakaian pengantin
pada zaman sekarang ini? Apakah yang harus dipakai oleh pengantin wanita? Adakah
boleh mencium pengantin perempuan di hadapan orang lain, sedangkan perbuatan ini
termasuk dosa besar, tetapi sudah menjadi adat kebiasaan?

Fatwa: Apa yang ingin kami anjurkan kepada anda adalah:-

Pertama, pilihlah isteri yang solehah yang dapat menjaga hukum agamanya supaya dia
dapat membantu anda mendidik anak-anak anda dengan baik dan benar.

Kedua, jauhi adat kebiasaan yang bertentangan dengan syarak dalam majlis pernikahan
seperti percampuran lelaki dan perempuan, hiburan muzik, konsert dan sebagainya.
Di antara kebiasaan buruk yang lain adalah seperti yang anda sebutkan tadi, iaitu
mencium pengantin wanita di hadapan orang lain. Perbuatan ini bertentangan dengan
sifat malu, jadi tidak seharusnya dilakukan. Namun perbuatan ini tidak sampai pada
tahap dosa besar. (Lihat fatwa nombor 27093) (Muka surat: 189)

134

Fatwa No. 53631

Kebanyakkannya Sudah Tidak Ada Rasa Malu Di Dalam Perkara Seperti Ini

Pertanyaan : Saya menikahi seorang gadis yang dalam pengetahuan saya, dia
taat beragama. Namun setelah akad nikah (sehingga catatan ini, saya belum lagi
menyetubuhinya) saya baru tahu bahawa ternyata dia bukanlah orang yang taat
beragama disebabkan beberapa alasan:-

Pertama, pakaiannya memperlihatkan semua sikunya.

Kedua, dia mencium saya, namun ciumannya tidak seperti ciuman yang layak bagi
seorang wanita yang mempunyai rasa malu. Kemudian dia berkata kepada saya,
“Kenapa awak malu, saya ingin tidur di pangkuan awak ketika di atas katil”, sedangkan

saya tidak memintanya melakukan perbuatan itu. Apa yang lebih parah lagi, dia
memegang zakar saya dan meletakkannya di dalam mulutnya sehingga membuatkan
saya berasa takut kepadanya dan ingin mengakhiri akad pernikahan ini. Mohon
jawapannya kerana saya tidak melihat sifat malu pada diri gadis ini.

Fatwa: Jika akad nikah telah sempurna, maka halal bagi kedua-dua pasangan
pengantin bersenang-senang atau mencari kenikmatan daripada pasangannya, seperti
yang dijelaskan dalam fatwa nombor 2940 (Muka surat: 116). Oleh kerana itu, apa yang
dilakukan isteri anda terhadap diri anda tidak boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan
bahawa dia bukan orang yang taat beragama dan tidak mempunyai rasa malu. Sebab
perasaan malu antara suami isteri dalam masalah seperti ini biasanya sudah tidak ada
lagi.

135


Click to View FlipBook Version