RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN JASMANI
DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDIDIKAN KHAS
4 TINGKATAN
PENULIS
Fatimah binti Mustaffa
Khairul Anuar bin Ismail
Azulhaimi bin Ahmad
EDITOR
Siti Fatiha binti Yahya
PEREKA BENTUK
Wan Ahmad Firdaus bin Wan Abdullah
ILUSTRATOR
Meor Mohd. Shukor bin Muhamad Suhaimi
20201199
No Siri Buku : 0148 PENGHARGAAN
KPM2019 ISBN 978-967-2212-56-0 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2019 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan • Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan
elektronik, mekanik, penggambaran semula • Jawatankuasa Penyemakan
mahupun dengan cara perakaman tanpa Pembetulan Pruf Muka Surat,
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Penyemakan
Naskhah Sedia Kamera,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W)
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, • Pegawai-Pegawai
Taman Desa Damai, Sungai Merab, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
No. Telefon: 03-8925 8975
No. Faksimile: 03-8925 8985 • Pegawai-Pegawai
Laman Web: www.arasmega.com Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Jawatankuasa Kawalan Mutu,
Muka Taip Teks: Roman San Serif Aras Mega (M) Sdn Bhd.
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin
• Kor SUKSIS,
Dicetak oleh: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Attin Press Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Perindustrian PP4, • Persatuan Sukan Goalball Orang Buta
Taman Perindustrian Putra Permai, Malaysia.
43000 Seri Kembangan, Serdang,
Selangor Darul Ehsan. • Pusat Latihan Gurney,
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.
• Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pendidikan Teknik,
Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek.
• Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka.
• Xiang Yi Art and Culture Society, Selangor.
Semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam usaha menjayakan
penerbitan buku ini.
KANDUNGAN
JAPSENMDIDAIKNANI
Pendahuluan v Unit 3
Penerangan vi Kemahiran Asas Permainan 58
Ikon Kategori Jaring 68
78
Bola Tampar
Pingpong Ubah Suai
Sepak Takraw
Unit 1 Unit 4
Pergerakan Berirama Rekreasi dan Kesenggangan
90
Tarian Singa 2 Perlumbaan Eksplorasi 92
Perlumbaan Berhalangan 94
Permainan Aci Bulat 96
Unit 2 Permainan Tiang Empat
Kemahiran Asas Permainan Unit 5
Kategori Serangan Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Bola Sepak 12 Kesihatan
Goalball 22 Kapasiti Aerobik 102
Bola Jaring 32 Kelenturan 105
Bola Baling 48 Daya Tahan Otot 107
Kekuatan Otot 109
Komposisi Badan 111
Pentaksiran Kecergasan Fizikal 112
iii
PENDIDIKAN
KESIHATAN
Unit 1 Unit 2 178
Pendidikan Kesihatan Reproduktif Pemakanan
dan Sosial (PEERS)
1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif
• Kemahiran Membuat Keputusan: Unit 3
Abstinen dalam Pencegahan
Pertolongan Cemas 184
Tingkah Laku Seksual Sebelum Nikah 120
• Menangani Tingkah Laku Seksual: 128
Hubungan Seks Sebelum Nikah
2.0 Penyalahgunaan Bahan 134 191 Rujukan
193 Indeks
3.0 Pengurusan Mental dan Emosi 142
4.0 Kekeluargaan 150
5.0 Perhubungan 158
6.0 Penyakit 166
7.0 Keselamatan 172
iv
PENDAHULUAN
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 4
ini memberi fokus berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(KSSMPK) yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan mengambil kira keupayaan dan potensi Murid Berkeperluan Khas (MBK)
dari pelbagai kategori dan kefungsian. Kandungan buku ini merangkumi penguasaan
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dan menyumbang kepada
pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid. Matlamat penulisan buku
teks ini adalah untuk membantu murid-murid berkeperluan khas menjadi lebih cergas
dan sihat. Murid juga didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan melakukan aktiviti
fizikal agar bersikap positif bagi mencapai kesejahteraan hidup yang berkualiti.
Buku ini mengandungi dua bahagian, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Kandungan Pendidikan Jasmani terbahagi kepada dua bidang, iaitu bidang
kemahiran dan bidang kecergasan yang menekankan tiga domain utama, iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif. Manakala, kandungan Pendidikan Kesihatan disusun mengikut tiga
elemen utama iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan
Pertolongan Cemas.
Setiap unit pembelajaran dipaparkan dalam bentuk yang mudah dan interaktif
melalui foto, ilustrasi dan infografik. Persembahan kandungan bagi bidang kemahiran
asas permainan kategori serangan dan jaring diolah berdasarkan pendekatan Teaching
Games for Understanding (TGfU). Maklumat tambahan dalam setiap unit dimasukkan
dalam bentuk QR Code bagi memudahkan guru dan murid memahami sesuatu permainan
dan aktiviti. Persembahan kandungan juga disertakan peraturan dan cara bermain
berdasarkan keperluan dan keupayaan setiap MBK dalam keadaan selamat dan terkawal.
Pada akhir setiap unit terdapat latihan dan rumusan bagi merangsang minat murid dalam
proses pembelajaran.
Diharapkan buku ini dapat membantu MBK menguasai pembelajaran dan permainan
yang ditunjukkan sesuai dengan keperluan murid dalam melakukan aktiviti fizikal
dengan selamat dan mencapai kepuasan kendiri sekali gus mencapai objektif KSSMPK
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
v
PENERANGAN IKON
N OTA GUR
U
Glosari Aktiviti Berkumpulan
Ikon yang merujuk kepada makna Aktiviti pembelajaran di dalam
sesuatu perkataan atau istilah. atau di luar kelas secara
berkumpulan.
Nota Guru
Info
Panduan pelaksanaan pengajaran Memuatkan fakta atau
dan pembelajaran serta informasi maklumat tambahan.
tambahan bagi guru.
Tahukah Anda Rumusan
Maklumat lengkap yang berkaitan Kesimpulan berkaitan topik
dengan topik yang dipelajari. yang dipelajari.
Variasi KBAT
Memberikan cadangan berkaitan Menguji pemahaman dan
permainan yang dilakukan. kemahiran berfikir bagi murid.
Tip Keselamatan QR CODE
Peringatan terhadap teknik
dan lakuan yang betul semasa Mengandungi maklumat yang
melakukan aktiviti. boleh diimbas secara pantas
menggunakan aplikasi khas.
Latihan Pengukuhan
Ikon yang merujuk aktiviti atau
latihan yang dapat mengukur tahap
pencapaian murid.
vi
JAPSENMDIDAIKNANI
v1ii
UNIT1
PERGERAKAN BERIRAMA
Tarian Singa
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut muzik.
2.1 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
2
UNIT 1
PERGERAKAN BERIRAMA
Peralatan Tarian Singa
Simbal Gendang Besar
Gong QR CODE
Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-
link/pj-video-penuh-tarian-
singa untuk menonton video
tarian singa.
(Dicapai pada 16 April 2019).
PENGENALAN
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina. Tarian ini dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina atau
majlis keramaian. Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Tarian singa dimainkan oleh dua pelaku iaitu seorang di bahagian
hadapan dengan menggerakkan bahagian kepala singa. Manakala pasangan
penari akan memainkan bahagian belakang dengan menggerakkan bahagian
ekor kostum singa tersebut. Kedua-dua pelaku itu akan bergerak seakan-akan
singa di atas pentas. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, gendang besar,
simbal dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Murid pendidikan khas boleh melibatkan diri dalam tarian ini kerana tidak
melibatkan pergerakan fizikal yang sukar. Pergerakan dalam tarian singa
melibatkan kerjasama dengan pasangan sahaja dan pemain-pemain yang
bermain instrumen.
3
Asas Pergerakan Tarian Singa - Bukan Lokomotor
Terjaga dari Tidur 2 3
1
Kemahiran: mengilas.
• Murid hadapan duduk, murid belakang memegang pinggang murid hadapan
sambil membongkok.
• Muzik bermula dengan perlahan kemudian dikuatkan.
Menggaru Kaki
1 23
Kemahiran: membongkok.
• Angkat kepala singa kemudian turunkannya ke bahagian kaki kiri. Buat aksi
seperti menggaru kaki.
• Muzik dimainkan ketika membuat aksi menggaru kaki.
Tanda Hormat 2 3
1
Kemahiran: mengayun, memusing.
• Murid hadapan menggerakkan kepala singa ke atas kiri dan kanan dalam
kedudukan statik sambil menghentakkan kaki.
• Murid belakang mengikut pergerakan kaki murid hadapan secara serentak.
4
UNIT 1
PERGERAKAN BERIRAMA
45 QR CODE
• Murid hadapan membuat aksi terkejut apabila muzik Layari laman sesawang
dimainkan. Mata singa dibuka lalu pandang ke kiri http://arasmega.com/
dan ke kanan. qr-link/tarian-singa-terjaga-
dari-tidur/ untuk menonton
• Kepala singa digerakkan dengan perlahan-lahan ke video pergerakan terjaga
kanan dan ke kiri. dari tidur.
(Dicapai pada 16 April 2019).
45 QR CODE
• Ulang perlakuan ke kaki kanan. Layari laman sesawang
• Murid belakang membongkok dan menggoyangkan http://arasmega.com/qr-
link/tarian-singa-menggaru-
punggung. kaki/ untuk menonton video
• Ulang perlakuan 3 atau 4 kali. pergerakan menggaru kaki.
• Akhir sekali, angkat kepala singa dan goyangkannya.
(Dicapai pada 16 April 2019).
QR CODE
45
Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/tarian-
singa-tanda-hormat/ untuk
menonton video pergerakan
tanda hormat.
(Dicapai pada 16 April 2019).
• Bergerak ke sisi kanan dalam pergerakan melengkung
sambil mengangkat kepala singa ke atas dan ke bawah.
• Kaki kanan mencecah ke hadapan.
• Ulang pergerakan ke sisi kiri.
SP 1.1.1, 5.2.3, 5.3.2 5
Asas Pergerakan Tarian Singa - Pergerakan Lokomotor
Curiga 2 3 4
1
Kemahiran: melompat.
• Murid hadapan menggerakkan kepala singa ke atas kiri dan kanan sebanyak 4 kali.
• Kemudian kaki dibuka dan dirapatkan sambil kepala diangkat ke atas dan ke bawah.
• Melompat dan bergerak ke arah objek hijau di lantai.
Gembira dan Menelan Objek
1 23 4
Kemahiran: berjalan.
• Tunjukkan perasaan gembira dengan membuat lompatan kecil sambil mengangkat
kepala singa ke atas dan ke bawah.
• Buat aksi menghidu objek dengan menggerakkan kepala singa ke kanan dan kiri.
Menikmati Makanan
12 3 4 5
Kemahiran: langkah silang.
• Buat aksi sedang menikmati makanan.
• Bergerak ke sisi kanan dan kiri dalam pergerakan melengkung sambil
menggerakkan kepala singa.
• Selepas aksi menikmati makanan, tunduk dan keluarkan semula objek hijau.
6 SP 1.1.1, 5.2.3, 5.3.2, 5.4.1
56 UNIT 1
PERGERAKAN BERIRAMA
Tip Keselamatan
Tarian singa memerlukan
keserasian antara penari.
• Buat aksi curiga dengan mengelilingi objek tersebut QR CODE
ke kiri dan kanan.
Layari laman sesawang
• Cuba mendekati objek tersebut. Uji objek itu http://arasmega.com/qr-
menggunakan kaki kiri. link/tarian-singa-curiga/
untuk menonton video
• Muzik dimainkan secara lembut kepada rancak. pergerakan curiga.
(Dicapai pada 16 April 2019).
56 QR CODE
• Tundukkan kepala singa ke arah objek dan ambil objek Layari laman sesawang
hijau itu dengan tangan. http://arasmega.com/qr-
link/tarian-singa-gembira-
• Murid hadapan mengerdipkan mata singa dan murid dan-menelan-objek/
belakang menggoyangkan bahagian ekor tanda gembira. untuk menonton video
pergerakan gembira dan
menelan objek.
(Dicapai pada 16 April 2019).
6
N• Angkat kepala singa ke atasU Variasi QR CODE
• Gunakan bola,
dan ke bawah untuk Layari laman sesawang
OTAGURtunjukkan aksi kenyang kotak kecil, daun, http://arasmega.com/
atau kain sebagai qr-link/tarian-singa-
sambil mengerdipkan mata. objek hijau. menikmati-makanan/
• Gunakan gelung untuk menonton video
bagi menggantikan pergerakan menikmati
kepala singa. makanan.
(Dicapai pada 16 April 2019).
Nota Guru 7
Guru boleh membimbing murid melakukan pergerakan di atas.
Aktiviti Berkumpulan
Reka Cipta Tarian Singa
Secara berpasangan, reka cipta dan persembahkan tarian singa mengikut
pilihan muzik.
• Tarian singa anda perlu mengandungi sekurang-kurangnya:
(i) tiga jenis pergerakan lokomotor,
(ii) dua jenis pergerakan bukan lokomotor,
(iii) dua konsep pergerakan, muzik dan prop yang digunakan.
• Rakam pergerakan pasangan anda dan pasangan lain.
• Berikan cadangan penambahbaikan persembahan pasangan lain.
Pergerakan / Kemahiran Penambahbaikan
Alatan / Muzik
Variasi
i. • Hasilkan prop kostum
Lokomotor ii. kepala singa mengikut
kreativiti murid-murid.
iii. • Gunakan kotak, kertas
warna, tali rafia, surat
Bukan i. khabar, cat atau
Lokomotor ii. warna air.
Konsep i. Tip Keselamatan
Pergerakan ii. • Pastikan peralatan
Prop Sangat sesuai yang digunakan tidak
Sesuai berbahaya.
Kurang sesuai • Kawasan pergerakan
perlu luas supaya
Muzik Sangat sesuai murid mudah bergerak.
Sesuai
Kurang sesuai
8 SP 1.1.1, 1.1.2, 2.1.1, 2.1.2, 5.2.3, 5.3.1, 5.3.2, 5.4.2
UNIT 1
PERGERAKAN BERIRAMA
Latihan Pengukuhan
Secara berkumpulan, anda dikehendaki menamakan gerak tarian singa di
bawah dan tentukan pergerakan tersebut sama ada lokomotor atau bukan
lokomotor.
Pergerakan:
Kemahiran:
Pergerakan:
Kemahiran:
Pergerakan:
Kemahiran:
9
Rumusan
Tarian singa ialah tarian tradisional masyarakat Cina yang sering
dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina atau majlis keramaian. Tarian
ini memerlukan beberapa alatan seperti gong, gendang besar dan simbal
serta kostum singa. Tarian singa dimainkan dengan iringan muzik yang
rancak dan memerlukan keserasian antara pelaku. Pergerakan tarian singa
menggambarkan aksi atau perasaan singa itu sendiri.
Pergerakan
Asas Tarian
Singa
Lokomotor Bukan Lokomotor
1. Curiga 1. Terjaga dari tidur
2. Gembira dan menelan objek 2. Menggaru kaki
3. Menikmati makanan 3. Tanda hormat
Alatan
Simbal Gendang Besar
Gong
10
KEMAHIRAN
ASAS PERMAINAN
11
UNIT 2
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN
KATEGORI SERANGAN
Bola Sepak
STANDARD KANDUNGAN
1.2 Melakukan kemahiran bola sepak menggunakan pelbagai strategi dalam
situasi permainan.
2.2 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan strategi dalam
permainan bola sepak.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti.
12
PENGENALAN
Bola sepak ialah permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang
mempunyai 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan
dengan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan lawannya.
Permainan bola sepak merupakan permainan menyerang dan bertahan. Oleh
yang demikian, setiap pemain perlu mempunyai kecergasan dan menguasai taktik,
strategi serta teknik untuk membentuk pasukan yang mantap. Di samping itu,
sistem permainan untuk menyerang dan bertahan merupakan faktor penting dalam
permainan bola sepak bagi menentukan kejayaan sebuah pasukan.
Bola sepak untuk murid pendidikan khas juga tidak dipinggirkan. Permainan ini
boleh dimainkan oleh murid pendidikan khas mengikut kategori masing-masing dan
disesuaikan berdasarkan tahap keupayaan murid.
13
Hebat Seranganku
Cara Bermain
Murid dibahagikan Permainan dimulakan pemain C dapat meloloskan
kepada dua kumpulan.
dengan pemain C berlari diri dari benteng pertahanan
Kumpulan menyerang
seramai 5 orang (3 ke arah kiri padang diikuti untuk menjaringkan gol
penyerang dan 2
pemain tengah). oleh pemain B berlari (penetration).
Kumpulan bertahan menyokong di bahagian Serangan boleh bermula
seramai 4 orang. tengah (depth & mobiliti). dari bahagian tengah, kiri
Satu gol kecil Pemain A membuat atau kanan.
digunakan tanpa
penjaga gol. hantaran bola dari arah Kumpulan menyerang
kanan padang kepada perlu mengaplikasi strategi
pemain C. menyerang yang berkesan
Pemain B bertindak dan tepat mengikut
memberi tekanan kepada situasi permainan.
kumpulan pertahanan agar
Pastikan anda
menggunakan
kemahiran mengelecek.
A
14
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan penalti akan diberikan memulakan semula
kepada kumpulan permainan dan kumpulan
Kawasan permainan menyerang. bertahan mendapat satu
separuh padang bola. jaringan.
Jika kumpulan
Kumpulan bertahan bertahan dapat Tiada tendangan sudut dan
tidak dibenarkan merampas bola, tiada offside.
melakukan takel. bola perlu disepak ke
kawasan penyerang. Kumpulan yang berjaya
Kumpulan bertahan memperoleh jaringan
perlu berada 10 meter Kumpulan terbanyak akan dikira
dari kawasan gol. Jika menyerang akan sebagai pemenang.
masuk dalam kawasan
tersebut, sepakan
Variasi Tip Keselamatan Info
Guru boleh ubah suai: Terdapat enam strategi menyerang
• Saiz padang. Pastikan murid-murid dalam bola sepak, iaitu:
• Bilangan pemain. melakukan sesi 1. Penetration (menembusi).
• Masa permainan. memanaskan badan 2. Depth (sokongan tanpa bola).
• Gantikan tiang gol sebelum memulakan 3. Width (melebar di bahagian
permainan.
dengan kon. sayap).
4. Mobiliti (pergerakan mencari
Saya perlu berlari
dengan pantas untuk ruang kosong).
membuka peluang ke 5. Improvisasi (kemahiran individu).
6. Penyudah.
arah sayap kiri.
BC
SP 1.2.1, 2.2.1, 5.1.1, 5.2.1, 5.4.1 15
Kental Pertahananku
Cara Bermain Pemain tengah masing-masing di
pertahanan akan hadapan gol untuk
Murid dibahagikan kepada bergerak ke hadapan mengawal dan
dua kumpulan. untuk memberi tekanan menahan bola.
Kumpulan bertahan kepada kumpulan
seramai 6 orang (4 menyerang agar Gunakan strategi
pertahanan, 1 pemain melakukan kesilapan. bertahan yang berkesan
tengah dan penjaga gol). dan tepat mengikut
Kumpulan menyerang Pemain pertahanan situasi permainan.
seramai 4 orang. di belakang akan
mengekalkan posisi
Variasi
Guru boleh ubah suai:
• Saiz padang.
• Bilangan pemain.
• Masa permainan.
• Gantikan tiang gol dengan kon.
16
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan Kumpulan bertahan Semua undang-undang
akan mendapat satu bola digunakan kecuali
Kawasan permainan jaringan sekiranya offside.
separuh padang bola. berjaya merampas bola.
Kumpulan menyerang Kumpulan yang berjaya
Kumpulan bertahan akan memulakan memperoleh jaringan
tidak dibenarkan semula permainan. terbanyak akan dikira
membuat takel. sebagai pemenang.
Kumpulan bertahan
perlu mempertahankan
gawang daripada
dibolosi.
Tip Keselamatan Info
Murid perlu memakai
pelindung betis (shin pads) Terdapat enam strategi bertahan dalam
bagi mengelakkan bola sepak, iaitu:
kecederaan semasa bermain. 1. Memberi tekanan (supaya kumpulan
Saya perlu memberi penyerang melakukan kesalahan).
tekanan supaya pihak 2. Melengahkan.
3. Sokongan pada rakan pertahanan.
lawan melakukan 4. Keseimbangan struktur pertahanan.
kesalahan. 5. Padat di kawasan hadapan gol.
6. Mengawal dan bertahan.
SP 1.2.2, 2.2.1, 5.1.1, 5.2.1, 5.4.1 17
Sistem Bertahan 5:2:3 dan Sistem Menyerang 4:3:3
Cara Bermain
Murid dibahagikan Sistem menyerang mengaplikasi strategi
kepada dua kumpulan. melibatkan 4 orang pemain menyerang.
pertahanan, 3 orang
Sistem bertahan pemain tengah dan 3 orang Kumpulan yang hilang
melibatkan 5 orang pemain penyerang. penguasaan bola akan
pemain pertahanan, 2 mengaplikasi strategi
orang pemain tengah Serangan boleh bermula bertahan.
dan 3 orang pemain dari tepi, kiri atau kanan.
penyerang. Undang-undang sebenar
Kumpulan yang diguna pakai dalam
menguasai bola akan permainan ini.
Variasi
Guru boleh ubah suai:
• Sistem permainan.
Contoh 5:4:1, 4:1:2:3,
4:2:4 dan 3:5:2.
• Saiz padang.
• Bilangan pemain.
• Masa permainan.
18
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan
Kawasan permainan Kumpulan menyerang Kumpulan yang berjaya
menggunakan padang perlu menjaringkan gol memperoleh jaringan
bola yang sebenar. sebanyak mungkin. terbanyak akan dikira
sebagai pemenang.
Saya perlu mencari
ruang kosong untuk
membuat hantaran.
Saya perlu
menahan dan
mengawal bola.
Info
• Sistem Menyerang 4:3:3
Kelebihan sistem ini adalah pertahanan yang seimbang dan tiga penyerang hadapan
boleh bertukar posisi di antara mereka. Manakala kelemahannya adalah pemain
memerlukan stamina yang tinggi untuk bermain.
• Sistem Bertahan 5:2:3
Kelebihan sistem ini adalah mempunyai dua pemain pertahanan tengah dan pertahanan
yang padat dan kukuh. Manakala kelemahannya adalah lambat dalam melakukan
serangan pantas.
SP 1.2.3, 2.2.2, 2.2.3, 5.2.3, 5.5.1, 5.5.2 19
Latihan Pengukuhan
1. Tuliskan tiga kelebihan sistem 4:4:2 dalam permainan bola sepak.
i. _________________________________
ii. _________________________________
iii. _________________________________
2. Labelkan posisi pemain bola sepak bagi sistem permainan 4:3:3.
4
1
3
2
Pemain Penyerang Tengah Pemain Tengah Bertahan
Penjaga Gol Pemain Pertahanan Tengah
20
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Rumusan
Berikut adalah enam strategi menyerang dan bertahan dalam permainan bola
sepak serta formasi yang digunakan.
Penetration Depth
(menembusi) (sokongan tanpa
i bola)
ii
Penyudah vi Strategi iii Width
Menyerang (melebar di
bahagian sayap)
v iv
Mobiliti
Improvisasi
(kemahiran (pergerakan mencari
ruang kosong)
individu)
Memberi Melengahkan
tekanan ii
i
Mengawal vi Strategi iii Sokongan pada
dan bertahan Bertahan rakan pertahanan
v iv
Keseimbangan
Padat di kawasan
hadapan gol struktur
pertahanan
Sistem Menyerang 4:3:3 Sistem Bertahan 5:2:3
4 pemain pertahanan, 3 pemain 5 pemain pertahanan, 2 pemain
tengah dan 3 pemain penyerang. tengah dan 3 pemain penyerang.
21
Goalball
Penutup mata Pelapik siku Pelapik lutut Bola
STANDARD KANDUNGAN
1.3 Melakukan kemahiran goalball.
2.3 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan strategi dalam permainan goalball.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti.
22
PENGENALAN
Goalball merupakan permainan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah penglihatan.
Permainan ini terdiri daripada 6 orang pemain bagi setiap pasukan. 3 orang pemain
utama dan 3 lagi pemain simpanan. 3 pemain utama itu ialah pemain tengah, sayap
kiri dan sayap kanan.
QR CODE QR CODE
Layari laman sesawang http:// Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/goalball- arasmega.com/qr-link/goalball-
peralatan/ untuk melihat contoh video-para-asean-2017/ untuk
peralatan goalball. menonton video perlawanan goalball.
(Dicapai pada 16 April 2019). (Dicapai pada 16 April 2019).
23
Strategi Lontaran Tiga Langkah
1. Murid berdiri 2. Bermula dengan 3. Murid perlu mengayun tangan
menghadap kaki bukan dominan, yang memegang bola ke
arah sasaran. kira tiga langkah ke belakang setinggi yang boleh
Pegang bola hadapan dan lontar. supaya dapat menghasilkan
dengan kemas. daya lontaran yang maksimum.
4. Fleksi lutut untuk 6. Bola akan dilepaskan pada posisi
merendahkan pusat graviti bawah dan tangan ikut lajak lontaran.
dan keseimbangan.
Info
5. Arah lontaran lurus ke Posisi lontaran, arah lontaran, dan cara
hadapan atau melintang lontaran adalah penting dalam strategi
dari sudut tiang gol sendiri menyerang. Kombinasi daya dan momentum
ke sudut tiang gol lawan. tiga langkah dapat menghasilkan daya
lontaran yang maksimum.
24
Laju Lontaranku Kumpulan menyerang UNIT 2
Cara Bermain menggunakan
lontaran tiga langkah. PERMAINAN KATEGORI
Murid dibahagikan kepada SERANGAN
dua kumpulan.
Pemain kumpulan
menyerang akan
melontar ke arah kiri,
kanan atau tengah
kumpulan bertahan.
Bertahan
12 3 4 56
Saya perlu mengayun
tangan ke belakang
setinggi yang boleh.
65 4321
Serangan
Syarat Permainan
Kumpulan bertahan perlu Masa 10 saat diberikan untuk
mempertahankan golnya daripada dibolosi. pemain membuat lontaran ke
gol pihak lawan.
Tidak dibenarkan membuat bising
semasa menunggu lontaran daripada Kumpulan yang berjaya
kumpulan menyerang. memperoleh jaringan terbanyak
dikira sebagai pemenang.
Variasi Info Tip Keselamatan
Guru boleh ubah suai: • Nombor 1 hingga 6 dan grid
• Saiz gelanggang. Pastikan bola tidak
• Masa permainan. digunakan sebagai panduan untuk dihantar tinggi
• Gaya lontaran murid dalam menentukan zon bagi mengelakkan
pertahanan dan membuat lontaran sebarang kecederaan.
yang berbeza. bola ke arah pasukan lawan.
• Bilangan pemain.
SP 1.3.1, 2.3.1, 5.2.1, 5.4.1, 5.4.2 25
Strategi Bertahan
1. Murid bersedia 2. Lutut kiri menyentuh 3. Murid memberikan
dalam kedudukan lantai dan fleksi lutut tumpuan dengan
duduk dekam dan kanan. Kedua-dua menggunakan
kedua-dua hujung tapak tangan deria pendengaran
kaki bersedia untuk menyentuh lantai untuk mengagak
bergerak ke hadapan. untuk meningkatkan arah lontaran bola
kestabilan badan. kumpulan menyerang.
4. Murid akan melonjak 5. Kedua-dua kaki dan tangan akan
serta merebahkan diluruskan untuk mengadang bola
badan ke sisi masuk ke dalam gol.
kiri atau kanan
berdasarkan bunyi Info
loceng dalam bola. Susun atur pemain, posisi dan arah rebahan badan
penting dalam strategi bertahan. Pemain juga perlu
26 peka terhadap bunyi loceng ketika bola dilontarkan oleh
kumpulan menyerang.
SP 1.3.2, 2.3.2, 5.2.2, 5.4.1, 5.5.1
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Padu Bertahan sisi kiri bergantung kiri atau kanan kumpulan
kepada lontaran bertahan.
Cara Bermain kumpulan menyerang. Pengadang akan
Murid dibahagikan berusaha menghalang
kepada dua kumpulan. Pemain tengah bola daripada masuk ke
Kumpulan bertahan merebahkan badan dalam gol.
perlu menggunakan sama ada ke sisi kiri Kumpulan bertahan perlu
kemahiran membuat atau kanan. berusaha menangkap
adangan. atau menepis bola.
Pemain sayap kanan Kumpulan menyerang
dan kiri merebahkan akan membuat Saya akan
badan ke sisi kanan atau lontaran ke arah sayap membuat
adangan di sini.
Saya perlu Bertahan
merebahkan badan
untuk mengadang
bola dengan baik.
12 3456
65 43 21
Serangan
N U Syarat Permainan Sekiranya kumpulan bertahan berjaya
menangkap bola, masa 10 saat
Kumpulan bertahan perlu diberikan untuk pemain membuat
mempertahankan golnya lontaran ke gol pihak lawan.
daripada dibolosi.
Kumpulan yang berjaya menangkap
Tidak dibenarkan membuat bising dan menepis bola paling banyak
OTAGUR semasa menunggu lontaran dikira sebagai pemenang.
daripada kumpulan menyerang.
Nota Guru 27
Guru perlu menerangkan aspek keselamatan kepada murid semasa melakukan
permainan goalball.
Mantap Serangan dan Pertahananku
Cara Bermain Kumpulan menyerang Kumpulan bertahan perlu
perlu membuat menggunakan strategi
Murid dibahagikan kepada lontaran yang pelbagai bertahan berdasarkan
dua kumpulan. berdasarkan strategi arah lontaran kumpulan
serangan. menyerang.
Kumpulan yang
mempunyai bola akan
membuat serangan dan
sebaliknya.
Bertahan
1 23 4
6543
Serangan
28 SP 1.3.3, 2.3.3, 5.1.2, 5.3.1, 5.5.1
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan
Kumpulan menyerang bertindak sebagai Kumpulan yang berjaya
dan bertahan perlu penyerang dan memperoleh jaringan
memilih strategi sendiri sebaliknya. terbanyak akan dikira
semasa perlawanan. sebagai pemenang.
Masa 10 saat diberikan
Kumpulan yang untuk pemain
menguasai bola akan membuat lontaran ke
gol pihak lawan.
Saya perlu Info
menangkap lontaran • Cadangan tempoh
bola pihak menyerang
permainan: 10 minit.
dengan kemas. • Rehat: 45 saat.
• Pastikan suasana
56
dalam keadaan
Saya perlu senyap semasa
membuat balingan permainan berlangsung.
yang pantas. Glosari
Duduk dekam ialah
21 duduk dalam keadaan
bersedia untuk melompat
(menerkam).
Variasi
Guru boleh ubah suai:
• Saiz gelanggang.
• Masa permainan.
• Gaya lontaran.
29
Latihan Pengukuhan
1. Berdasarkan gambar di bawah, pilih gambar yang mempunyai daya lontaran
yang kuat supaya dapat menghasilkan gol. Mengapa?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. Pilih dan susun teknik lontaran dan teknik adangan mengikut urutan
yang betul.
• Bertindak melonjakkan badan ke kiri atau ke kanan.
• Memegang bola pada paras pinggang dan ayun ke hadapan.
• Mengadang bola yang dijangka daripada memasuki gol.
• Bersedia dan memegang bola dengan kemas.
• Bersedia menjangka bola dengan kedudukan betul.
• Lontar bola pada paras rendah dengan daya maksimum.
Teknik Lontaran Teknik Adangan
30
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Rumusan
Goalball merupakan permainan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai
masalah penglihatan. Permainan ini dimainkan antara 2 kumpulan yang terdiri
daripada 3 orang sepasukan iaitu pemain tengah, sayap kiri dan sayap kanan.
Peralatan
Penutup mata Pelapik siku Pelapik lutut Bola
Susunan Pemain
dalam Goalball
Bertahan
12 3 4 5 6 Zon
Arah
lontaran
654321
Serangan
31
Bola Jaring
STANDARD KANDUNGAN
1.4 Melakukan kemahiran bola jaring menggunakan pelbagai strategi dalam situasi permainan.
2.4 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan strategi dalam permainan bola jaring.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.
32
PENGENALAN
Permainan bola jaring merupakan permainan yang popular dalam kalangan murid
di sekolah. Permainan ini digemari oleh semua lapisan masyarakat termasuk murid
lelaki dan murid perempuan. Peraturan permainan ini boleh diubah berdasarkan
kepada kebolehan pemain, bilangan pemain, dan mengikut kesesuaian murid
pendidikan khas. Permainan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak atau
ruang yang luas. Murid juga boleh bersosial di antara mereka ketika bermain
permainan ini.
33
Pantas Hantaran Tengahku
Cara Bermain Murid boleh menggunakan Kumpulan yang
semua kemahiran asas menguasai bola
Murid dibahagikan kepada yang telah dipelajari. akan bertindak
dua kumpulan yang terdiri sebagai penyerang
daripada 7 orang pemain Kumpulan menyerang dan sebaliknya.
bagi setiap kumpulan. perlu menggunakan
Permainan dimulakan strategi menyerang yang
dengan C membuat pilihan sesuai berdasarkan
hantaran dari tengah ke WA bilangan pemain.
atau GA dan terus ke GS.
Pergerakan
saya perlu
pantas.
Pastikan anda menukar
rentak permainan.
Saya akan
cuba lambatkan
pergerakan
lawan.
34
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan menghalang pemain C Kumpulan yang dapat
kumpulan penyerang menjaringkan lebih
Murid tidak dibenarkan untuk menghantar bola banyak gol berbanding
menyentuh badan kepada WA, GA atau GS kumpulan lawan dikira
pihak lawan. kumpulan menyerang. sebagai pemenang.
Pemain C kumpulan
bertahan tidak
dibenarkan untuk
Info
Terdapat lima strategi
menyerang dalam
permainan bola jaring, iaitu:
1. Bola dalam kawalan.
2. Pergerakan awal.
3. Buka ruang.
4. Tukar rentak (pace).
5. Ketepatan jaringan.
Variasi
Guru boleh ubah suai:
• Saiz gelanggang.
• Bilangan pemain.
• Masa permainan.
QR CODE
Layari laman sesawang
http://arasmega.com/
qr-link/bola-jaring-strategi-
dan-taktik-permainan/ untuk
menonton strategi dan taktik
bola jaring.
(Dicapai pada 17 April 2019).
SP 1.4.1, 2.4.1, 5.4.2 35
Pantas Hantaran ke Dalam
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada Mulakan permainan WA akan hantar bola ke
dua kumpulan yang terdiri apabila pemain C GA dan terus ke GS untuk
daripada 7 orang. membuat hantaran ke membuat jaringan.
dalam. Pemain C boleh
Murid boleh menggunakan membuat hantaran ke Pergerakan perlu pantas.
semua kemahiran asas WA atau GA.
yang telah dipelajari.
Saya
mesti dapatkan
bola.
Saya perlu
membuat jaringan
yang tepat untuk
menghasilkan gol.
36 SP 1.4.1, 2.4.1, 5.4.1, 5.5.2
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan Kumpulan menyerang perlu
mengggunakan strategi menyerang.
Kumpulan bertahan perlu
mempertahankan golnya. Kumpulan yang berjaya memperoleh
Kumpulan yang menguasai bola jaringan terbanyak dikira sebagai
akan bertindak sebagai pemenang.
penyerang dan sebaliknya.
Variasi
Guru boleh ubah suai:
• Saiz gelanggang.
• Bilangan pemain.
• Masa permainan.
Tip Keselamatan
Guru perlu memastikan
kuku murid sentiasa
pendek supaya tidak
mencederakan murid lain.
Cari ruang
kosong.
N OTA GURU
Nota Guru 37
Guru perlu menerangkan aspek keselamatan ketika murid membuat adangan.
Tepat Penaltiku Murid boleh Jika berlaku kesalahan
Cara Bermain menggunakan semua dalam permainan,
kemahiran asas yang penalti akan diberikan.
Murid dibahagikan kepada pernah dipelajari.
dua kumpulan yang terdiri
daripada 7 orang pemain
bagi setiap kumpulan.
Info
Pemain akan diberi penalti jika melakukan kesalahan
seperti menyentuh pihak lawan, kurang tiga kaki ketika
membuat halangan dan percubaan hantaran yang
tidak mengikut peraturan permainan bola jaring.
Pemain C bib kuning
dikenakan penalti kerana
melakukan kesalahan.
38
Syarat Permainan Tiada sebarang gerakan UNIT 2
dibenarkan sehingga
Sekiranya pemain bola itu lepas dari tangan PERMAINAN KATEGORI
didapati melanggar pemain yang membuat SERANGAN
peraturan halangan hantaran. Sekiranya
dan sentuhan, bergerak sebelum bola Jika penalti diberikan
mereka akan didenda dihantar, penalti akan dalam kawasan gol,
dan perlu berdiri di diberikan semula. pemain berkenaan
sebelah pemain yang boleh membuat
mengambil penalti. hantaran atau
menjaringkan gol.
Saya perlu
memberi tekanan
kepada pihak lawan
supaya melakukan
kesalahan.
SP 1.4.1, 2.4.1, 5.4.1, 5.5.2 Saya perlu mencari
ruang kosong.
39
Rapat Pertahanan Satu Lawan Satu
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada satu tanpa melakukan Bersedia melompat
dua kumpulan yang terdiri kesalahan. untuk menghalang
daripada 7 orang pemain hantaran bola dari
bagi setiap kumpulan. Pemain mengadang kumpulan lawan
dengan menggunakan atau menghalang
Kumpulan bertahan perlu satu atau dua tangan untuk percubaan menjaring.
menggunakan strategi menghalang bola dengan
kawal rapat satu lawan mematuhi peraturan jarak.
Saya perlu
mengehadkan ruang
pergerakan pihak
lawan.
Pastikan pihak lawan
tidak mempunyai ruang
untuk menerima bola.
40
UNIT 2
PERMAINAN KATEGORI
SERANGAN
Syarat Permainan Kumpulan yang Pemenang dikira
menguasai bola akan berdasarkan jumlah
Kumpulan bertahan bertindak sebagai jaringan terbanyak
perlu mempertahankan penyerang dan yang dibuat dalam
golnya. sebaliknya. tempoh permainan.
Info
• Semasa menerima bola,
mata fokus pada bola.
• Tangan dihulurkan ke
hadapan.
• Rapatkan tangan ke
bahagian dada setelah
menerima bola.
SP 1.4.2, 2.4.2, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.3, 5.5.1 41
Sayangi Zonku Sekiranya bola dihantar Pemain mengadang
ke zon yang dikawal, dengan menggunakan
Cara Bermain cuba sedaya upaya satu atau dua tangan
untuk merampas untuk cuba menghalang
Murid dibahagikan bola dari kumpulan bola dengan syarat
kepada dua kumpulan. menyerang. mematuhi peraturan jarak.
Kumpulan menyerang
dan bertahan seramai Kumpulan bertahan Pemain C akan menjaga
7 orang. perlu memaksa zon tengah, GD dan WD
Kumpulan bertahan kumpulan menyerang akan menjaga zon gol
perlu menggunakan melakukan hantaran dan GK akan menjaga gol.
strategi mengawal zon tinggi agar bola mudah
masing-masing. untuk dirampas.
Saya mesti sentiasa
mengawal GA.
Gol Zon gol Zon tengah
42 SP 1.4.2, 2.4.2, 5.3.1, 5.4.1, 5.4.2