UNIT 4
REKREASI DAN KESENGGANGAN
Guling Balak
Golek Rim Basikal Bola dalam
Imbang dan Lalu Sudu
Variasi
Guru boleh ubah suai alatan
dan permainan mengikut
kesesuaian dan kreativiti.
QR CODE
Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/
perlumbaan-berhalangan/
untuk menonton permainan
perlumbaan berhalangan.
(Dicapai pada 16 April 2019).
93
Permainan Aci Bulat
Permainan Aci Bulat adalah suatu permainan untuk riadah bagi mengisi masa
lapang. Permainan ini mempunyai ruang khas yang dilukis dalam bentuk
bulatan sebagai rumah pemain. Terdapat seorang pemain yang digelar
Tukang Jadi, dia perlu menyentuh pemain lain untuk menggantikannya
sebagai Tukang Jadi. Tukang Jadi tidak dibenarkan memasuki bulatan yang
dilukis itu. Permainan ini menguji ketangkasan dan kepantasan Tukang Jadi
untuk menyentuh pemain. Selain itu, kebijaksanaan pemain juga diuji ketika
menggunakan ruang yang terhad bagi mengelakkan diri daripada disentuh
oleh Tukang Jadi. (Sumber: Shamsul Anuar & Ahmad Shahar, 2015).
Cara Bermain
1. Sediakan 2 bulatan berukuran jejari 1.5 meter yang dilukis di atas gelanggang.
2. Sebelum permainan dimulakan, lakukan undian untuk memilih seorang Tukang
Jadi. Pemain-pemain yang lain akan masuk ke dalam bulatan. Manakala Tukang
Jadi akan berdiri di antara 2 bulatan yang telah dibentuk.
94
UNIT 4
REKREASI DAN KESENGGANGAN
3. Apabila permainan dimulakan, Tukang Jadi yang berada di luar bulatan cuba
menyentuh mana-mana pemain yang berada di dalam bulatan tadi. Dia boleh
mengelilingi bulatan sambil mengacah-acah pemain, bergantung kepada kreativiti
Tukang Jadi.
4. Sepanjang masa permainan, pemain-pemain mesti berada di dalam bulatan.
Pemain boleh bergerak ke bulatan yang lain untuk mengelakkan dirinya daripada
disentuh oleh Tukang Jadi.
5. Sekiranya pemain berjaya disentuh oleh Tukang Jadi, maka mereka berdua akan
bertukar peranan. Pemain tersebut akan menjadi Tukang Jadi yang baharu.
6. Permainan akan diteruskan seperti langkah di atas. Masa permainan adalah selama
10 minit.
SP 1,.9,.2, 2.9.2, 5.3.1, 5.54.21, 5.5.2 Info
Aktiviti rekreasi dan
kesenggangan dapat
meningkatkan tahap
kecergasan seseorang.
95
Permainan Tiang Empat
Permainan Tiang Empat merupakan sejenis permainan popular yang mudah
dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang. Permainan ini dapat
menguji kepantasan dan ketangkasan pergerakan serta kebijaksanaan dalam
menangani situasi semasa merebut tiang sesama pemain. (Sumber: Shamsul
Anuar & Ahmad Shahar, 2015).
Cara Bermain
1. Lima orang pemain dan empat batang tiang.
2. Lima orang pemain akan berdiri di tengah-tengah kawasan tiang secara bulatan
menghadap antara satu sama lain.
3. Guru akan menyebut ‘mula’ bagi memulakan permainan. Kelima-lima pemain akan
cuba merebut tiang-tiang tersebut. Pemain yang gagal mendapatkan tiang akan
menjadi Tukang Jadi.
Sekiranya anda tukang rebut,
bagaimana tindakan anda untuk
merebut tiang dengan pantas?
96
UNIT 4
REKREASI DAN KESENGGANGAN
4. Tukang Jadi akan berdiri dalam bulatan terletak di tengah antara empat tiang untuk
memulakan permainan.
5. Apabila mendengar arahan ‘tukar tiang’ dari guru, pemain yang memegang tiang
akan mula bertukar-tukar tiang sesama mereka dengan pantas dan kreatif untuk
mengelakkan tiang mereka direbut oleh Tukang Jadi.
6. Mana-mana pemain yang kehilangan tiang kepada Tukang Jadi akan
menjadi Tukang Jadi yang baharu manakala Tukang Jadi akan mengambil
alih tiang tersebut. Permainan dimulakan semula.
7. Semasa berebut tiang utamakan keselamatan agar tidak terlanggar
sesama sendiri.
SP 1.9.2, 2.9.2, 5.3.1, 5.4.1, 5.5.2 97
Latihan Pengukuhan 1T
2B 3 i g 4B
5 k 9 6 11 b
g a
n s i
7K
8s
10 R
12 R
Melintang
2. Salah satu nilai yang penting perlu sentiasa ada pada murid-murid.
5. Proses melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu untuk mengetahui sesuatu.
8. Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan
memberi kepuasan kepada seseorang individu.
10. Gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu rangsangan.
11. Tidak cepat marah atau tidak cepat putus asa.
12. Aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan.
Menurun
1. Tidak rendah.
3. Salah seorang pemain dalam permainan tiang empat atau aci bulat.
4. Sekiranya nilai ini ada, tugas yang berat akan jadi mudah.
5. Nilai jujur dan amanah.
6. Perlu ada dalam permainan tiang empat.
7. Nilai yang perlu ada pada seorang ketua.
9. Tingkah laku atau tindakan.
Rekreasi Kesenggangan Aksi Bekerjasama
Sabar Inkuiri Kepimpinan Tinggi
Reaksi Bertanggungjawab Tiang Integriti
Tukangjadi
98
UNIT 4
REKREASI DAN KESENGGANGAN
Rumusan
Kepimpinan Pembentukan Personaliti
Rekreasi dan Permainan
Kesenggangan Aci Bulat
Perlumbaan
Berhalangan
Permainan
Tiang Empat
Perlumbaan
Eksplorasi
Meningkatkan Kecergasan Pembangunan Insan
99
UNIT 5
KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN KESIHATAN
STANDARD KANDUNGAN
3.1 Melakukan senaman kecergasan fizikal mengikut komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan.
3.2 Mengukur tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan.
4.1 Mengaplikasi pengetahuan prinsip kecergasan dan strategi bagi meningkatkan
kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan.
4.2 Mengaplikasi konsep, prinsip dan strategi dalam pentaksiran kecergasan fizikal.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
100
QR CODE
Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/kecergasan-
fizikal/ bagi mengetahui kepentingan
bersenam dan menjaga kesihatan fizikal.
(Dicapai pada 5 Ogos 2019).
PENGENALAN
Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan
cergas tanpa rasa penat yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi
untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup
menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.
101
Kapasiti Aerobik
Kapasiti aerobik ialah jumlah penggunaan oksigen yang maksimum oleh tubuh
badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Tahap kecergasan seseorang akan
meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata
kapasiti aerobik.
Salah satu latihan yang dapat meningkatkan tahap sistem kapasiti aerobik
adalah latihan Parcourse. Latihan Parcourse merupakan gabungan beberapa
aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen. Tujuan latihan ini adalah
untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan kardiovaskular serta menjadikan
badan bertambah sihat dan cergas.
Mengambil dan mengira kadar nadi.
Aktiviti Sebelum Latihan Parcourse
1. Mengambil dan mengira kadar nadi. Sebelum memulakan aktiviti, murid
perlu mengira kadar nadi. Julat Kadar Nadi Latihan (KNL) antara 65 peratus
hingga 85 peratus daripada Kadar Nadi Maksimum.
2. Lakukan aktiviti memanaskan badan untuk mendapatkan KNL. Aktiviti yang
boleh dilakukan adalah seperti berlari setempat atau berlari perlahan di
kawasan padang atau di sekeliling gelanggang.
3. Lakukan regangan dengan memberikan Bagaimanakah anda
tumpuan kepada otot-otot besar dari bahagian mengukur tahap
kepala hingga ke bahagian kaki. kecergasan seseorang
berdasarkan kadar
denyutan nadi selepas
latihan? Bincangkan.
102
Cara Pelaksanaan Latihan Parcourse Tip Keselamatan
• Dilaksanakan secara serentak. 1. Lakukan aktiviti memanaskan badan dan
• Murid berlari perlahan ke stesen regangan terlebih dahulu.
berikutnya. 2. Elakkan bersenam ketika cuaca panas.
• Guru boleh mengubah suai jenis aktiviti, 3. Minum air secukupnya.
bilangan set, bilangan aktiviti dan saiz Stesen
padang mengikut kemampuan murid.
1
Lompat tali Stesen
Lari zig zag 2
Stesen
4
40 meter
Lompat melepasi 40 meter Stesen
halangan
Lompat bintang 3
SP 3.1.1, 4.1.1, 5.1.2
UNIT 5
KECERGASAN
103
Cadangan Latihan
Melaksanakan aktiviti latihan Parcourse mengikut jadual latihan
berprinsipkan FITT bagi mencapai 65% – 85% Kadar Nadi Latihan (KNL)
Jadual 1 di bawah merupakan contoh jadual latihan Parcourse mengikut prinsip FITT.
Jadual latihan ini boleh diaplikasikan untuk latihan-latihan lain bagi meningkatkan
kapasiti aerobik murid mengikut Kadar Nadi Latihan masing-masing.
Perkara Jadual 1: Jadual Latihan Parcourse
Minggu 1
F Isnin Selasa Khamis Jumaat Ahad
(Frequency)
I Rendah Rendah Tinggi Rendah Sederhana
40% 65% 80% 60% 70%
(Intensity)
T 30 minit 30 minit 30 minit 30 minit 30 minit
(Time)
T Latihan Parcourse
Lompat bintang – Lari zig zag – Lompat tali – Lompat melepasi halangan
(Type)
Variasi Aktiviti Berkumpulan
Intensiti latihan boleh
Secara berkumpulan, laksanakan aktiviti
diubah suai mengikut tahap berdasarkan Jadual 1. Sila catatkan kadar
nadi maksimum dan kadar nadi individu.
kemampuan murid.
104 SP 3.1.1, 4.1.2, 5.2.4
UNIT 5
KECERGASAN
Kelenturan
Kelenturan bermaksud keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen untuk
membenarkan anggota badan kita bergerak pada julat pergerakan yang
maksimum. Pada umumnya, individu yang aktif dalam aktiviti fizikal mempunyai
tahap kelenturan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak aktif bersenam.
Stesen 1:
Regangan Leher
Otot: Sternocleidomastoid,
Trapezius
Stesen 4: Stesen 2:
Regangan Hamstring Regangan Bahu
Otot: Hamstring, Gluteus Otot: Pectoralis major,
maximus Deltoid
Aktiviti:
Kelenturan
1 minit bagi
setiap stesen
SP 3.1.2, 4.1.1, 5.1.1, 5.2.4 Stesen 3:
Regangan Sisi
Otot: External oblique,
Latissimus dorsi
Tip Keselamatan
Murid perlu melakukan aktiviti regangan
di atas permukaan yang rata dan stabil
bagi mengelakkan kecederaan.
105
Panduan Penggunaan Prinsip FITT dalam Senaman
Prinsip FITT (Frequency, Intensity, Time, Type of Exercise) merupakan prinsip
latihan yang menyeluruh dan boleh digunakan untuk meningkatkan kelenturan
seseorang. Jadual 2 merupakan contoh jadual senaman kelenturan mengikut
prinsip FITT.
Jadual 2: Jadual Senaman Kelenturan Mengikut Prinsip FITT
Perkara Minggu 1 Minggu 2
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Rabu Khamis
(Frequency)
I Rendah Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah
2 kali 4 kali 2 kali 3 kali 5 kali 2 kali
(Intensity)
ulangan ulangan ulangan ulangan ulangan ulangan
T 60 saat 60 saat 60 saat 60 saat 60 saat 60 saat
(Time)
T Regangan leher, bahu, sisi dan Regangan leher, bahu, sisi dan
hamstring. hamstring.
(Type)
Perkara Minggu 3 Minggu 4
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Rabu Khamis
(Frequency) Rendah Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah
2 kali 4 kali 2 kali 3 kali 5 kali 2 kali
I
ulangan ulangan ulangan ulangan ulangan ulangan
(Intensity)
60 saat 60 saat 60 saat 60 saat 60 saat 60 saat
T
(Time)
T Regangan leher, bahu, sisi dan Regangan leher, bahu, sisi dan
hamstring. hamstring.
(Type)
Tip Keselamatan
Lakukan aktiviti senaman kelenturan
mengikut kemampuan diri anda sendiri.
106
UNIT 5
KECERGASAN
Daya Tahan Otot
Daya tahan otot ialah kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali dalam
jangka masa yang lama. Contoh aktiviti daya tahan otot adalah seperti larian
dan berbasikal.
Stesen 1:
Tekan Tubi Tanpa Henti
Otot: Pectoralis major, Biceps, Triceps
Stesen 4: Stesen 2:
Lompat Squat Bangkit Tubi Tanpa Henti
Otot: Gluteus maximus,
Gastrocnemius Otot: Abdominal
Aktiviti:
Daya Tahan Otot
1 minit bagi
setiap stesen
Stesen 3: Variasi
Naik Turun Bangku Ubah suai jenis aktiviti,
Otot: Quadriceps, Hamstring bilangan set, bilangan
aktiviti dan saiz kawasan
aktiviti mengikut
kemampuan murid.
SP 3.1.3, 4.1.1, 5.2.1 107
Panduan Penggunaan Prinsip FITT dalam Senaman
Jadual 3: Jadual Senaman Daya Tahan Otot Mengikut Prinsip FITT
Perkara Minggu 1 Minggu 2
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Khamis
(Frequency)
I Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sederhana
2 set 4 set 3 set
(Intensity) 2 set 3 set
T 15 ulangan 15 ulangan 18 ulangan 20 ulangan 18 ulangan
(Time)
T Tekan Tubi, Bangkit Tubi, Tekan Tubi, Bangkit Tubi,
Lompat Squat, Naik Turun Bangku Lompat Squat, Naik Turun Bangku
(Type)
Perkara Minggu 3 Minggu 4
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Khamis
(Frequency)
I Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sederhana
2 set 4 set 3 set
(Intensity) 2 set 3 set
T 15 ulangan 15 ulangan 18 ulangan 20 ulangan 18 ulangan
(Time)
T Tekan Tubi, Bangkit Tubi, Tekan Tubi, Bangkit Tubi,
Lompat Squat, Naik Turun Bangku Lompat Squat, Naik Turun Bangku
(Type)
Info
Set ialah satu pusingan bagi keempat-empat stesen. Ulangan lakuan semaksimum yang
mungkin di setiap stesen dan bergerak ke stesen seterusnya dalam masa 15 saat. Setelah
lengkap satu set, rehat selama satu minit sebelum memulakan set kedua.
108
UNIT 5
KECERGASAN
Kekuatan Otot
Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan
daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan semasa mengangkat,
menarik atau menolak sesuatu beban. Kekuatan otot dapat ditingkatkan
dengan menambah beban melalui latihan kekuatan otot.
Stesen 1:
Plank Sisi
Otot: Rectus abdominis
Stesen 4: Stesen 2:
Plank Superman Lompat Gunting
Otot: Gluteus maximus, Otot: Hamstring
Trapezius, Hamstring
Aktiviti:
Kekuatan Otot
1 minit bagi
setiap stesen
Stesen 3: Variasi
Jumping Jack Ubah suai jenis aktiviti,
Otot: Biceps, Quadriceps, bilangan set, bilangan
Pectoralis major aktiviti dan saiz kawasan
aktiviti mengikut
SP 3.1.4, 4.1.1, 5.2.3, 5.4.1 kemampuan murid.
109
Panduan Penggunaan Prinsip FITT dalam Senaman
Jadual 4: Jadual Senaman Kekuatan Otot Mengikut Prinsip FITT
Perkara Minggu 1 Minggu 2
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Khamis
(Frequency)
I Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sederhana
2 set 4 set 3 set
(Intensity) 2 set 3 set
T 8 ulangan 8 ulangan 10 ulangan 12 ulangan 10 ulangan
(Time)
T Plank Sisi, Lompat Gunting, Jumping Plank Sisi, Lompat Gunting,
Jack, Plank Superman Jumping Jack, Plank Superman
(Type)
Perkara Minggu 3 Minggu 4
F Selasa Khamis Sabtu Isnin Khamis
(Frequency)
I Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sederhana
2 set 4 set 3 set
(Intensity) 2 set 3 set
T 8 ulangan 8 ulangan 10 ulangan 12 ulangan 10 ulangan
(Time)
T Plank Sisi, Lompat Gunting, Jumping Plank Sisi, Lompat Gunting, Jumping
Jack, Plank Superman Jack, Plank Superman
(Type)
110
UNIT 5
KECERGASAN
Komposisi Badan
Komposisi badan ialah peratusan lemak dalam tubuh berbanding otot, tulang
dan tisu badan yang mempengaruhi keupayaan individu melakukan tugasan
harian. Komposisi badan berupaya berubah melalui senaman yang konsisten.
Cara Mengukur Lilitan Pinggang dan Pinggul
Berdasarkan ukuran lilitan pinggang dan pinggul, individu dapat mengetahui
sama ada mereka memiliki berat badan yang normal atau tidak. Dapatkan
ukuran dalam inci pada kedua-dua bahagian lilitan pinggang dan pinggul
menggunakan pita pengukur. Seterusnya bahagikan lilitan pinggang dengan
lilitan pinggul.
Lilitan pinggang (cm)
WHR = Lilitan pinggul (cm)
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ukuran lilitan pinggang dan
pinggul yang sihat adalah:
• 0.9 atau kurang untuk lelaki
• 0.85 atau kurang untuk wanita
Jadual 5: Cara Mengukur Lilitan Pinggang dan Pinggul
Kawasan 123 4
Pinggang
Cari bahagian atas Bernafas Lilit pita ukur di
tulang pinggul anda seperti pinggang. Letakkan
dan di bawah tulang biasa. pita ukur di sekitar 2.5
cm dari atas pusat.
rusuk.
Pinggul Cari kawasan pinggul Bernafas Lilit pita ukur di
anda yang paling seperti sekeliling pinggul.
besar (maksimum). biasa.
Carta Nisbah Pinggang ke Pinggul
Risiko Kesihatan Wanita Lelaki QR CODE
Rendah 0.80 atau lebih rendah 0.95 atau lebih rendah Layari laman sesawang
http://arasmega.com/
Baik 0.81 – 0.85 0.96 – 1.0 qr-link/pj-borang-ukur-lilit/
untuk muat turun borang
Tinggi 0.86 atau lebih tinggi 1.0 atau lebih tinggi ukur lilit.
(Dicapai pada 19 Jun 2019).
(Sumber: World Health Organization. (2011). Waist Circumference
and Waist–Hip Ratio:Report of a WHO Expert Consultation).
SP 3.1.5, 4.1.3 111
Pentaksiran Kecergasan Fizikal
Senaman berterusan akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal kita.
Ujian SEGAK digunakan di sekolah-sekolah untuk menilai tahap kecergasan
murid. Setelah memperoleh keputusan ujian SEGAK, kita perlu mengenal
pasti tindakan susulan sama ada untuk meningkatkan atau mengekalkan
tahap kecergasan kita.
Analisis Keputusan Ujian SEGAK
BORANG UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH MENENGAH
Kelas Pendidikan Khas: Masalah Pembelajaran (LD)
Nama: Ahmad Shukri bin Tarmizi
Tingkatan: 4 Dedikasi
Sekolah: SMK Masjid Baru, Asahan
Jantina: Lelaki Bangsa: Melayu
Tarikh Lahir: 27 Ogos 2004 Umur: 16 tahun
Tarikh Ujian: 23 Mac 2020
Berat: 46 kg Tinggi: 160 cm
Penglibatan Murid dalam Sukan dan Permainan:
Mewakili sekolah dalam olahraga dan bola sepak
Bil Jenis Ujian Skor
1. Naik turun bangku 5
2. Tekan tubi 5
3. Ringkuk tubi separa 5
4. Jangkauan melunjur 2
Indeks Jisim Badan 18
Jumlah Skor / Gred
17/B
Skor Markah Keseluruhan
Jumlah Skor Keseluruhan Gred Pernyataan
18 – 20 markah A 5 bintang Aktiviti Berkumpulan
15 – 17 markah B 4 bintang Sudahkah anda memperoleh
keputusan ujian SEGAK? Secara
12 – 14 markah C 3 bintang berkumpulan, bincangkan
tindakan susulan sama
8 – 11 markah D 2 bintang ada ingin meningkatkan
atau mengekalkan tahap
4 – 7 markah E 1 bintang kecergasan masing-masing.
(Sumber: Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). (2016). Kementerian
Pendidikan Malaysia).
112 SP 3.2.1, 4.2.1, 5.2.4
UNIT 5
KECERGASAN
Merancang Pelan Kecergasan bagi Meningkatkan Prestasi Skor
dalam Ujian SEGAK
Dalam ujian SEGAK yang lalu, Ahmad Shukri memperoleh gred B
(4 bintang). Walaupun Ahmad Shukri mendapat markah penuh bagi komponen
lain, skor jangkauan melunjur Ahmad Shukri yang kurang memuaskan telah
menyebabkan grednya menjadi B. Apakah yang boleh dilakukan oleh Ahmad
Shukri untuk memperbaiki keputusan SEGAK itu?
Berikut merupakan contoh pelan latihan yang boleh dijalankan oleh
Ahmad Shukri bagi memperbaiki keputusan ujian SEGAK untuk komponen
jangkauan melunjur.
Perkara Isnin Minggu 1 Sabtu Isnin Minggu 2 Sabtu
F Sesi 1 Rabu Sesi 3 Sesi 4 Rabu Sesi 6
Sesi 2 Sesi 5
(Frequency)
I 2 set 2 set 3 set 2 set 3 set 2 set
(Intensity) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan)
T Rujuk keterangan pada gambar rajah.
(Time)
Aktiviti 1: Putaran Bahu
Mula : Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.
Kedua-dua tangan diluruskan di sisi.
Perlakuan : Putarkan lengan secara perlahan-lahan.
Besarkan saiz putaran sehingga lengan
menyentuh kedua-dua telinga, kemudian
kecilkan saiz putaran.
T Ulangan : 10 kali putaran sekali sahaja.
(Type of
exercise) Aktiviti 2: Lentik Badan
SP 3.1.6, 3.2.2, 4.1.2, 4.2.2, 5.4.2
Mula : Berdiri tegak kaki rapat dan tangan di sisi.
Perlakuan : Kaki kanan melangkah ke hadapan,
pada masa yang sama angkat kedua-
dua tangan ke atas sehingga lengan
menyentuh sisi telinga dan lentikkan
badan. Kekal posisi tersebut dalam
kiraan 10. Tukar kaki.
Ulangan : Berdasarkan intensiti.
113
Perkara Isnin Minggu 1 Sabtu Isnin Minggu 2 Sabtu
F Sesi 1 Rabu Sesi 3 Sesi 4 Rabu Sesi 6
Sesi 2 Sesi 5
(Frequency)
I 2 set 2 set 3 set 2 set 3 set 2 set
(Intensity) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan) (10 ulangan)
T Rujuk keterangan pada gambar rajah.
(Time)
Aktiviti 3: Ringkuk Sisi
Mula : Berdiri dengan kaki
dibuka luas. Tapak tangan
menyentuh bahagian
belakang kepala.
Perlakuan : Tolak sisi badan ke kiri
semaksima mungkin. Kekal
dalam kiraan 10. Tukar arah
ke kanan.
Ulangan : Tiga kali ulangan setiap sisi.
T
(Type of
exercise)
Aktiviti 4: Melangkah Luas
Mula : Tegakkan badan. Langkah
kaki kanan jauh ke hadapan.
Kedua-dua tangan memegang
pinggang untuk kestabilan. Jika
perlu, rakan memegang bahu.
Perlakuan : Kekal dalam kiraan sepuluh.
Ulangan : Tiga kali ulangan setiap sisi.
114
UNIT 5
KECERGASAN
Perkara Isnin Minggu 3 Sabtu Isnin Minggu 4 Sabtu
F Sesi 1 Rabu Sesi 3 Sesi 4 Rabu Sesi 6
Sesi 2 Sesi 5
(Frequency)
I 2 set 3 set 4 set 3 set 3 set 4 set
(Intensity) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan)
T Rujuk keterangan pada gambar rajah.
(Time)
Aktiviti 5: Regangan Belakang Kaki
Mula : Kedua-dua tangan lurus
menyokong dinding. Jarak
kedua-dua kaki dari dinding ialah
0.5 meter.
Perlakuan : Silangkan kaki kiri di belakang betis
kanan. Pastikan tapak kaki kanan
rapat di lantai. Perlahan-lahan
rapatkan dada ke dinding dengan
membengkokkan siku 45 darjah.
Kekalkan posisi dalam kiraan 10.
Ulangan : Berdasarkan intensiti.
T
(Type of
exercise)
Aktiviti 6: Melentik
Mula : Meniarap di atas lantai. Kedua-dua tangan diluruskan ke atas.
Perlakuan : Luruskan siku, angkat bahagian atas badan ke atas.
Kemudian cuba angkat setinggi yang boleh dan kekalkan
posisi dalam kiraan 10.
Ulangan : Berdasarkan intensiti.
115
Perkara Isnin Minggu 3 Sabtu Isnin Minggu 4 Sabtu
F Sesi 1 Rabu Sesi 3 Sesi 4 Rabu Sesi 6
Sesi 2 Sesi 5
(Frequency)
I 2 set 3 set 4 set 3 set 3 set 4 set
(Intensity) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan) (5 ulangan)
T Rujuk keterangan pada gambar rajah.
(Time)
Aktiviti 7: Kilas Badan Hadapan
Mula : Berdiri tegak dan buka
kaki luas. Letakkan tapak
tangan di belakang
kepala. Bongkokkan
badan lurus 90 darjah ke
hadapan.
Perlakuan : Pastikan kaki lurus, dan
bawa siku kanan ke
arah lutut kiri semaksima
mungkin. Kekalkan
kedudukan dalam kiraan
10 dan tukar posisi.
Ulangan : Berdasarkan intensiti.
T
(Type of
exercise)
Aktiviti 8: Meniarap dan Depa Tangan
Mula : Meniarap di atas lantai. Depakan tangan paras bahu, tapak
tangan menghadap ke bawah.
Perlakuan : Angkat kedua-dua tangan ke atas semaksima mungkin. Kekalkan
posisi dalam kiraan 10.
Ulangan : Berdasarkan intensiti.
116
UNIT 5
KECERGASAN
Latihan Pengukuhan
Padankan komponen kecergasan dengan aktiviti yang sesuai.
Komponen kecergasan Aktiviti
Kapasiti aerobik Melakukan senaman
Kelenturan Latihan bebanan
Daya tahan otot Berjoging
Kekuatan otot Latihan regangan
Komposisi badan Tekan tubi tanpa henti
117
Rumusan Kelenturan
Kapasiti Aerobik Melakukan senaman
Melakukan senaman yang kelenturan yang dirancang
dapat meningkatkan kapasiti sekurang-kurangnya 3 kali
aerobik yang dirancang pada seminggu.
intensiti sederhana 5 kali
seminggu.
Kecergasan Fizikal
Berdasarkan Kesihatan
Kekuatan Otot Daya Tahan Otot
Melakukan senaman Melakukan senaman
meningkatkan kekuatan otot yang meningkatkan daya tahan
dirancang sekurang-kurangnya otot yang dirancang
2 hingga 3 kali seminggu. sekurang-kurangnya 2 hingga
3 kali seminggu.
Komposisi Badan
Mengukur lilitan pada bahagian pinggul dan pinggang.
Pentaksiran Kecergasan Ujian SEGAK
Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan ujian SEGAK
mengikut prosedur yang betul.
118
UNIT 1
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif
2.0 Penyalahgunaan Bahan
3.0 Pengurusan Mental dan Emosi
4.0 Kekeluargaan
5.0 Perhubungan
6.0 Penyakit
7.0 Keselamatan
UNIT2
Pemakanan
UNIT3
Pertolongan Cemas
119
Pendidikan Kesihatan
UNIT 1 Reproduktif dan
sosiaL (peers)
1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
1.1 Kemahiran Membuat Keputusan:
Abstinen dalam Pencegahan
Tingkah Laku Seksual
Sebelum Nikah
STANDARD PEMBELAJARAN
Di akhir topik murid dapat:
1.1.1 Menyatakan maksud abstinen.
1.1.2 Menjelaskan kepentingan abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah.
1.1.3 Mengaplikasi kemahiran abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah.
1.1.4 Mengenal pasti cabaran mengamalkan abstinen dalam pencegahan tingkah
laku seksual sebelum nikah.
120
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
PENGENALAN
Setiap remaja perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang tepat terutama
berkaitan abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual sebelum nikah. Abstinen
adalah menahan diri daripada perhubungan seksual. Remaja perlu berkemahiran
membuat keputusan menolak pelawaan seks sebelum nikah melalui pujukan, ajakan,
penipuan atau secara paksaan. Remaja perlu menguasai kemahiran menangani
cabaran dalam mengamalkan abstinen melalui rakan, media sosial, diri sendiri,
persekitaran dan seks siber.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2012).
121
“KATAKAN TIDAK” Hargai “KITA PUNYA”
Abstinen merujuk kepada penahanan diri daripada melakukan perbuatan yang
membawa kepada keseronokan dan pemuasan nafsu yang bertentangan
dengan ajaran agama dan moral individu. Ikuti sesi wawancara di salah
sebuah stesen televisyen bersama Dr. Mazlan, pakar kaunselor remaja
berkaitan abstinen dengan tema “KATAKAN TIDAK” Hargai “KITA PUNYA”.
Pengacara : Boleh doktor terangkan maksud abstinen?
Dr. Mazlan : Abstinen bermaksud menahan diri daripada perhubungan
seksual.
Pengacara : Apakah kepentingan abstinen dalam pencegahan tingkah laku
seksual sebelum nikah?
Dr. Mazlan : Kepentingan abstinen ke arah pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah boleh dijelaskan seperti berikut:
Psikologi & Sosial Perubatan Pelajaran
• Masalah perhubungan • Kehamilan yang • Merosot
• Mengalami gangguan • Hilang fokus
tidak diingini
emosi • Pengguguran anak Info
• Tiada keharmonian • Pembuangan bayi Statutory rape ialah
• Jangkitan penyakit hubungan seks dengan
keluarga dan sosial gadis di bawah umur 16
• Implikasi undang-undang Kepentingan tahun walaupun dengan
Abstinen kebenaran gadis tersebut.
-statutory rape Hal ini demikian kerana
gadis di bawah umur 16
Agama Keluarga tahun tidak boleh membuat
• Aurat • Malu keputusan sendiri di sisi
• Maruah • Nama tercemar undang-undang.
• Salah di sisi agama • Anak tidak sah taraf (Sumber: Portal Rasmi
MyHealth, Kementerian
Kesihatan Malaysia).
122
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
Pengacara : Apakah antara contoh pelawaan seks sebelum nikah?
Dr. Mazlan : Terdapat banyak kaedah pelawaan seks sebelum nikah.
Antaranya pujukan, ajakan, penipuan dan paksaan.
Pengacara : Doktor, apakah kemahiran tertentu dalam pencegahan tingkah
laku seksual sebelum nikah?
Dr. Mazlan : Saya boleh bahagikan kepada empat iaitu:
1. Berbicara tentang pendidikan kesihatan reproduktif seperti
anggota “KITA PUNYA” perlu dilindungi dan dihargai.
2. “KATAKAN TIDAK” pada ajakan seks sebelum nikah.
3. Sentiasa memantau dan mengawasi anak.
4. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Pengacara : Bolehkah doktor rumuskan perbincangan kita pada hari ini?
Dr. Mazlan : Remaja perlu mengetahui fungsi abstinen terhadap diri sendiri,
keluarga dan masyarakat.
Pengacara : Terima kasih Doktor Mazlan atas perkongsian ilmu yang amat
bermakna.
Dr. Mazlan : Sama-sama.
Aktiviti Berkumpulan
Murid-murid boleh melakonkan semula
sesi wawancara dalam situasi sebenar
sebagai aktiviti dalam kelas.
SP 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3 123
Bijak Membuat Keputusan “KATAKAN TIDAK”
Berikut merupakan cabaran dalam mengamalkan abstinen bagi pencegahan
tingkah laku seksual sebelum nikah.
Rakan
Seks siber Cabaran Media
pencegahan sosial
tingkah laku
seksual
Persekitaran Diri sendiri
Berdasarkan situasi di bawah, bincangkan cara anda
mengatakan “TIDAK”.
Aktiviti
Berkumpulan
Lakonkan situasi
pencegahan
tingkah laku
seksual sebelum
nikah dalam
kumpulan kecil.
Tunjukkan aksi
ajakan dan
penolakan "TIDAK"
secara berhemah.
124 SP 1.1.4
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
Tahukah Anda?
Berikut merupakan pengetahuan dan kemahiran abstinen menangani tingkah
laku seksual.
Guru mendidik murid Latihan menahan
kefahaman asas diri (abstinen) untuk
kesihatan reproduktif berkata "TIDAK".
dan seksualiti.
Pengetahuan dan Ibu bapa sentiasa
kemahiran abstinen mengawasi aktiviti
menangani tingkah anak-anak mereka.
laku seksual
Guru sentiasa
mengawasi murid dan
terapkan nilai-nilai moral.
Luangkan masa berkualiti
bersama keluarga.
Wujudkan sesi perbincangan
antara guru dengan murid dan
ibu bapa yang mempunyai
keraguan hal reproduktif dan
seksualiti.
Tahukah Anda Info
Perbincangan hal-hal reproduktif dan
keseksualan adalah sukar. Oleh itu, ibu bapa
perlu mulakan perbincangan tersebut lebih awal
secara kerap dengan cara yang mudah difahami.
Lama-kelamaan perkara ini akan menjadi lebih
mudah apabila mereka meningkat dewasa.
(Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara).
125
Latihan Pengukuhan
Anda telah dilantik sebagai ikon Doktor Muda di sekolah. Anda diminta
menyertai pertandingan membuat poster abstinen dalam pencegahan tingkah
laku seksual sebelum nikah. Butirannya adalah seperti berikut:
PERTANDINGAN MEMBUAT
POSTER ABSTINEN DALAM
PENCEGAHAN TINGKAH LAKU
SEKSUAL SEBELUM NIKAH
Tema
Hak Kita, Milik Kita Perlu Dijaga dan
Dilindungi, “KATAKAN TIDAK”.
Pilihan Tajuk
• Kepentingan abstinen dalam
pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah.
• Kemahiran abstinen dalam
pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah.
• Cabaran mengamalkan abstinen
dalam pencegahan tingkah laku
seksual sebelum nikah.
Format Poster
• Pengenalan.
• Isi kandungan.
• Rumusan/harapan/impak.
• Bebas menggunakan bahan mewarna.
• Boleh menggunakan lukisan grafik dan
adaptasi komputer.
• Saiz poster 2 kaki lebar x 3 kaki panjang.
126
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
Rumusan
Kemahiran Membuat Keputusan:
Abstinen dalam Pencegahan Tingkah
Laku Seksual Sebelum Nikah
Maksud abstinen Kepentingan abstinen Cabaran mengamalkan
dalam pencegahan abstinen dalam
Menahan tingkah laku seksual
diri daripada sebelum nikah pencegahan tingkah
perhubungan laku seksual sebelum
• Martabatkan agama
seksual dan norma masyarakat nikah
• Elak maruah tercemar • Rakan
• Elak seks rambang • Media sosial
• Elak pengguguran • Diri sendiri
• Persekitaran
kandungan • Seks siber
• Elak anak tidak sah taraf
• Elak kemerosotan
pelajaran
• Elak kehamilan
sebelum nikah
• Elak jangkitan penyakit
berorientasikan seksual
127
1.2 Menangani Tingkah Laku Seksual:
Hubungan Seks Sebelum Nikah
Remaja dan Seks:
Apa yang berlaku di Malaysia?
Hasil kajian remaja 13-17 tahun
7.3% Sudahpun
melakukannya
35% 27% 21% 11% 6% 5%
Terlibat ialah Berhubungan Masih lagi
di bawah umur dengan banyak pasangan melakukan
hubungan seks
14 tahun
(Sumber: Adolescent Health Survey, NHMS 2017 www.iku.gov.my)
STANDARD PEMBELAJARAN
Di akhir topik murid dapat:
1.2.1 Mengenal pasti situasi yang mendorong kepada hubungan seks sebelum nikah.
1.2.2 Menilai kesan seks sebelum nikah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1.2.3 Menjana idea cara untuk menangani situasi seks sebelum nikah.
128
PENGENALAN
Setiap remaja perlu menguasai kemahiran menangani pengaruh dalaman dan
luaran kesihatan diri dan reproduktif. Antara pengaruh dalaman ialah nafsu yang
ada dalam diri setiap remaja, manakala pengaruh luaran ialah rakan, media sosial,
persekitaran dan seks siber. Antara contoh tingkah laku seksual ialah meraba,
bergesel, berpelukan, bercumbu dan terlibat dengan aktiviti pornografi. Remaja perlu
menguasai kemahiran menangani tingkah laku seksual ini bagi memperoleh gaya
hidup sihat ke arah kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
129
Hidup Bermaruah dan Sihat
Satu bual bicara dengan tema “Hidup Bermaruah dan Sihat” telah diadakan
bersama tiga panel iaitu Yang Berbahagia Encik Hashim bin Mustafa (Pakar
Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja), Dr. Maryam Abdullah (Kaunselor
Berdaftar) dan Dr. Hasimah binti Husin (Doktor Pakar Sakit Puan).
Kes 1:
“S, berumur 15 tahun datang sendirian ke klinik kesihatan kerana
masalah haid yang tidak teratur. Haid akhir adalah 3 bulan yang
lalu. Pengamal perubatan menyatakan bahawa masalah tersebut
adalah masalah biasa dalam kalangan gadis belasan tahun. S
tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain, tetapi akhirnya
mengaku bahawa S pernah melakukan hubungan seks rambang
dengan teman lelaki. Pemeriksaan kehamilan mengesahkan S
mengandung.” Ini antara situasi kerap berlaku kesan daripada
perhubungan seks remaja sebelum nikah.
Pengacara : Situasi seperti ini boleh berlaku kepada mana-mana remaja.
Bolehkah Encik Hashim terangkan situasi yang mendorong remaja
kepada hubungan seks sebelum nikah?
Panel 1 : Banyak situasi yang mendorong remaja kepada hubungan seks
sebelum nikah. Antaranya kurang pengetahuan agama dan
nilai-nilai moral, kurang pengetahuan seksualiti, kurang
kesedaran melindungi maruah diri, menonton bahan pornografi,
berdua-duaan di tempat sunyi, berpakaian kurang sopan dan
lemah dalam kemahiran sosial.
130
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
Pengacara : Doktor Maryam, boleh jelaskan bagaimana cara untuk menangani
situasi hubungan seks sebelum nikah?
Panel 2 : Cara untuk menangani situasi hubungan seks sebelum nikah bagi
remaja ialah:
• Menerapkan pengetahuan agama dan nilai-nilai moral.
• Pendidikan seksualiti yang formal dan sesuai dengan
konteks negara.
• Mengawal nafsu atau abstinen.
• Kesedaran tentang kepentingan memelihara maruah diri.
• Menimbulkan rasa hormat remaja lelaki terhadap
remaja perempuan.
• Kemahiran komunikasi menolak pelawaan seks seperti
penangguhan, penolakan, pujukan dan integrasi.
Pengacara : Bolehkah Doktor Hasimah jelaskan kesan hubungan seks sebelum
nikah?
Panel 3 : Kesan seks sebelum nikah akan mendatangkan impak negatif
terhadap:
Individu Keluarga Masyarakat
• Hubungan seks terlarang. • Mencemarkan maruah • Peningkatan anak tidak
sah taraf.
• Jangkitan penyakit keluarga.
• Peningkatan masalah
kelamin. • Kemurungan kepada ahli sosial dalam masyarakat.
• Kehamilan sebelum nikah. keluarga.
• Kemerosotan akademik. • Berlaku pergaduhan dan
perbalahan.
Pengacara : Berdasarkan bual bicara pada hari ini, dapatlah disimpulkan
bahawa persekitaran yang dialami oleh remaja juga amat
berbeza dengan suasana yang telah dialami oleh remaja generasi
dahulu. Perkembangan sosioekonomi dan teknologi digital yang
amat pesat menyebabkan remaja pada masa kini lebih terdedah
kepada persekitaran yang sangat mencabar.
SP 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3 131
Latihan Pengukuhan
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil berlima. Murid diminta untuk
menyediakan video pendek seperti butiran berikut:
Tema • “Hargai Diri, Amalkan Gaya
Hidup Sihatˮ
Isi • Mempunyai cabaran, kesan
kandungan dan cara tangani.
video
• Menepati tema.
• Memperkasakan remaja dalam
mendapatkan bantuan dan sokongan.
• Penyampaian video dalam bentuk
positif dan kreatif.
Format video • Tempoh klip video tidak melebihi 5 minit.
• Rakaman menggunakan telefon pintar.
132
UNIT 1 1.0 Kesihatan Diri
dan Reproduktif
Rumusan
Menangani Tingkah Laku Seksual: Hubungan Seks Sebelum Nikah
Remaja pada hari ini lebih mudah terdedah kepada unsur-unsur negatif. Oleh
itu, setiap remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkah laku yang positif
ke arah kehidupan bermaruah dan sihat.
Situasi yang mendorong hubungan seks sebelum nikah
• Tiada kesedaran lindungi maruah diri.
• Terlibat dengan bahan pornografi.
• Berpakaian kurang sopan.
• Berdua-duaan di tempat sunyi.
• Tiada pengetahuan pendidikan seksual.
Kesan seks sebelum nikah kepada: Cara menangani situasi seks
sebelum nikah
• Individu
Berlaku jangkitan penyakit kelamin, • Pengetahuan agama dan
kehamilan sebelum nikah, lahirnya penerapan nilai-nilai moral.
anak tidak sah taraf, kemerosotan
akademik, mencemarkan maruah diri. • Pendidikan seksualiti formal.
• Menghindari situasi
• Keluarga
Mencemarkan maruah keluarga, berisiko tinggi.
kemurungan, pergaduhan. • Kesedaran kepentingan
• Masyarakat memelihara maruah diri.
Peningkatan masalah sosial dalam • Menimbulkan rasa hormat
masyarakat, peningkatan anak tidak
sah taraf. dalam kalangan remaja.
133
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)
2.0 Penyalahgunaan
Bahan
2.1 Isu Semasa: Jerat Dadah
JUMLAH TANGKAPAN KELDAI DADAH
SEJAK 2013 HINGGA OKTOBER 2018
425MELIBATKAN 19DI
Warga Buah
MALAYSIA Negara
TANGKAPAN RAKYAT MALAYSIA MENGIKUT NEGARA
SINGAPURA 175 (Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
INDONESIA 85 Bukit Aman).
THAILAND 49
AUSTRALIA 34
JEPUN 21
ARGENTINA 2
BRAZIL 2
PERU 1
STANDARD PEMBELAJARAN
Di akhir topik murid boleh:
2.1.1 Mengetahui isu jerat dadah.
2.1.2 Menjelaskan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah.
2.1.3 Membincangkan implikasi jerat dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat.
2.1.4 Menjana idea cara mengelak jerat dadah.
134
Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
PENGENALAN
Jerat dadah ialah keadaan seseorang yang terpedaya menjadi mangsa dadah
seperti penagihan dadah dan keldai dadah. Keldai dadah ialah individu yang
dipujuk, ditipu, dipaksa oleh individu lain atau ejen kepada pengedaran dadah.
(Dipetik dan diubah suai dari Kosmo Online, 7 April 2018).
135
Mangsa Keldai Dadah
Laporan Media Akhbar
NOR IDAYU AZMAN
30 Oktober 2018 2:31 a.m
Percutian yang sepatutnya menggembirakan, sedikit pun tidak dapat
menghilangkan rasa gundah yang terbuku di hati Noor Azimah. Pengalaman
bertukar menjadi mimpi ngeri selepas dia terkandas di Peru. Gara-gara semasa
percutian seorang kawan mahu mengirim ‘barang’.
Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Peru, dia yang berseorangan
ditahan ketika mahu berlepas ke Madrid, Sepanyol. “Depan mata saya, polis
pecahkan beg itu dan mengeluarkan dadah yang tersembunyi di dalamnya.
Waktu itu saya sangat terkejut, marah dan keliru dengan apa yang berlaku.
Selepas keterangan diambil, saya dibawa ke penjara sementara menanti
hukuman dijatuhkan.” Dalam tempoh itu, saya meringkuk selama setahun
sehinggalah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun lapan bulan.
Itulah antara rintangan yang terpaksa dialami Noor Azimah 10 tahun lalu
selepas menjadi mangsa keldai dadah kepada sindiket dadah antarabangsa.
Melalui tawaran melancong secara percuma ke Peru, selain diberikan wang
saku sebanyak AS$1,000 (RM3,866), dia menjadi gelap mata dan mengakui
tidak cukup matang untuk menyedari dirinya dipergunakan untuk tujuan
dijadikan keldai dadah.
Serik dengan pengalaman pahit yang terjadi kepada dirinya, dia mahu orang
ramai lebih berhati-hati sebelum menerima apa-apa tawaran, baik peluang
pekerjaan atau percutian ke luar negara daripada individu tidak dikenali.
QR CODE Secara berkumpulan, bincangkan
kaedah lain yang digunakan oleh
Layari laman sesawang http:// sindiket dadah untuk memerangkap
arasmega.com/qr-link/pk-akta-dadah- mangsa sebagai Keldai Dadah.
berbahaya-1952/ untuk mendapat Pamerkan dapatan perbincangan
maklumat tentang Akta Dadah Berbahaya menggunakan peta pemikiran.
1952. (Dicapai pada 16 April 2019).
136 SP 2.1.1, 2.1.2
UNIT 1 2.0 Penyalahgunaan
Bahan
Bijak Keputusan, Hindari Terjerat
Fahami dan tangani situasi berisiko yang menjurus kepada jerat dadah.
1
Lee meminta Ana menjaga beg hitamnya.
Ana tidak mengenali Lee. Dia merasakan
Lee terlibat dengan sindiket dadah
berdasarkan penampilannya.
Apakah keputusan yang perlu Ana ambil?
2
Raja memujuk Danial supaya menghantar
satu beg ke Pantai Timur. Danial tidak
mengetahui isi di dalam beg tersebut. Ini
menyebabkan Danial berasa serba salah.
Apakah keputusan yang Danial perlu lakukan?
3
Dahlia telah diminta oleh abangnya untuk
menyorokkan dadah di dalam kereta. Apakah
tindakan yang Dahlia perlu lakukan?
Aktiviti Berkumpulan
Lakonkan situasi berisiko menjurus kepada jerat dadah. Secara berkumpulan, tunjukkan aksi
ajakan jerat dadah dan penolakan secara berhemah.
SP 2.1.2, 2.1.4 137
Isu Jerat Dadah: Implikasi kepada Diri, Keluarga
dan Masyarakat
Jerat dadah ialah keadaan seseorang terpedaya menjadi mangsa dadah
seperti penagihan dadah dan keldai dadah.
Pengabaian tanggungjawab Keluarga Perpecahan institusi
terhadap keluarga kekeluargaan
Implikasi jerat
dadah terhadap
Masyarakat Diri
Masyarakat tidak aman Diri tidak terurus
dan negara tidak stabil Hilang maruah diri
Penularan penyakit
Keruntuhan akhlak Jangkitan AIDS/HIV
Peningkatan kadar Perubahan tingkah laku
jenayah dan sistem tubuh
138 Aktiviti Berkumpulan
Secara berkumpulan, murid mencari maklumat mengenai
implikasi dadah daripada pelbagai sumber. Analisis maklumat
yang diperoleh dan bentangkan dalam bentuk peta minda.
SP 2.1.2, 2.1.3
UNIT 1 2.0 Penyalahgunaan
Bahan
Cara mendapatkan bantuan bagi mereka
yang sudah terlibat dengan jerat dadah
1. Berbincang dengan:
• Ibu bapa
• Guru kaunseling
• Guru
• Sahabat yang dipercayai
• Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
• Doktor
2. Kumpulan penyokong:
• Pegawai Kebajikan Masyarakat
• Pegawai Pemulihan (Agensi Antidadah Kebangsaan)
Cara pencegahan daripada jerat dadah
1. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan mengenali jenis dadah
yang menyebabkan ketagihan.
2. Hadapi ajakan dengan tegas, “KATAKAN TIDAK”.
3. Kendali masalah anda dengan berkesan.
• Belajar untuk menyelesaikan masalah.
• Minta bantuan orang dewasa yang dipercayai.
4. Peka dengan persekitaran.
• Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa
boleh ditiru.
• Pilih kawan yang baik.
• Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko.
(Sumber: Portal MyHealth, KKM 2012 http://www.myhealth.gov.my/
penyalahgunaan-dadah).
SP 2.1.4 139
Latihan Pengukuhan
Bina kad selak daripada kalendar terpakai sempena Kempen Antidadah
bertemakan “Jerat Dadah, Kita Boleh Elakkan”. Murid perlu menyediakan
sekurang-kurangnya lima kad selak dengan memasukkan tajuk, maklumat
dan gambar yang sesuai berdasarkan tema di atas. Kandungan kad selak
perlu mengandungi maklumat seperti berikut:
• Kemahiran mengelak jerat dadah
• Implikasi jerat dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat
Kad selak ini akan dipertandingkan dalam Program Pendidikan Pencegahan
Dadah sekolah anda. Contoh persembahan kad selak kalendar adalah seperti
di bawah:
140
UNIT 1 2.0 Penyalahgunaan
Bahan
Rumusan
Jerat dadah ialah keadaan seseorang terpedaya menjadi mangsa dadah
seperti penagihan dadah dan keldai dadah.
Situasi berisiko
• Keldai dadah.
• Penagihan dadah.
Jerat Implikasi
Dadah
• Diri (tidak terurus, hilang maruah, jangkitan penyakit,
perubahan tingkah laku).
• Keluarga (hilang rasa tanggungjawab, perpecahan
institusi keluarga).
• Masyarakat (penularan penyakit, keruntuhan akhlak dan
peningkatan kadar jenayah).
Cara mengelak
• Jauhkan diri daripada terpedaya.
• Berfikir sebelum bertindak.
141
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)
3.0 Pengurusan Mental
dan Emosi
3.1 Mengurus Mental dan Emosi: Kemurungan
STANDARD PEMBELAJARAN
Di akhir topik murid boleh:
3.1.1 Menyatakan maksud kemurungan.
3.1.2 Mengenal pasti tanda kemurungan.
3.1.3 Menjelaskan contoh punca kemurungan.
3.1.4 Menjana idea mengurus kesihatan mental dan emosi untuk mengelak kemurungan.
142