The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Teks Digital PPKI SMKPT, 2022-02-20 19:01:15

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Khas Tingkatan 4

PPKI

Keywords: PPKI

UNIT 1 3.0 Pengurusan Mental
dan Emosi

PENGENALAN

Kemurungan ialah satu masalah kesihatan mental yang boleh dilihat melalui
kesedihan, kehilangan minat atau keseronokan, perasaan rasa bersalah, gangguan
tidur dan selera makan, keletihan serta kurang tumpuan. Oleh itu, remaja perlu
didedahkan dengan ilmu dan kemahiran mengurus kesihatan mental dan emosi bagi
mengelak kemurungan.

SP 3.1.1 143

Minda Sihat

Mengenal pasti tanda-tanda kemurungan.

Antisosial

Tertekan Pelajaran
merosot

Emosi Tingkah laku
terganggu agresif

Tanda-tanda

Kemurungan

Secara berkumpulan, jana idea bagaimana anda mengurus kesihatan mental
dan emosi bagi mengelak kemurungan.

144 SP 3.1.2

UNIT 1 3.0 Pengurusan Mental
dan Emosi

Punca Kemurungan

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan. Berikut
merupakan antara punca-punca penyebab berlakunya kemurungan.

Perubahan kimia Ubat-ubatan Penyakit-penyakit lain
dalam otak
Sesetengah Gangguan fungsi thyroid
Ketidakseimbangan ubat boleh hypothyroidism.
neurotransmiter. mencetuskan
emosi
kemurungan.

Kesedihan Antara Punca Persekitaran
Kemurungan Pengalaman
Kehilangan silam hidup
insan dan kurang
disayangi. sokongan
keluarga.
Corak pemikiran Stres
Penyalahgunaan bahan
Cara individu berfikir Jika tidak dikawal boleh Penyalahgunaan dadah/
negatif. mencetuskan episod
kemurungan. gam/alkohol.

SP 3.1.3 145

Ayuh Atasi Kemurungan

Ikuti perbualan dalam blog antara Maya bersama Dr. Frienders di bawah
untuk mengetahui cara-cara mengatasi kemurungan.

Blog Dr. Frienders

Nama: Maya
Pesanan:
Dr. Frienders, mengapa saya berasa sangat sedih? Jiwa
saya terasa kosong dalam kehidupan. Kadang-kadang
saya hilang minat dan tiada keseronokan. Saya cepat
letih, tidak bertenaga dan kerap marah. Saya juga rasa diri
ini tidak berguna dan mudah cemas. Ini menyebabkan
saya hilang selera makan dan semakin kurus. Saya juga
sukar tidur dan sering sakit kepala.
Tolong bantu saya Dr. Frienders!

Hantar

146

UNIT 1 3.0 Pengurusan Mental
dan Emosi

Nama: Dr. Frienders

Pesanan:

Dari penulisan Maya, perkara yang saya dapat kenal pasti
ialah Maya mengalami tanda-tanda dan gejala kemurungan.
Saya cadangkan Maya untuk atasi kemurungan dengan
menguruskan kesihatan mental dan emosi dengan baik.
Contohnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Di sini saya syorkan beberapa langkah yang perlu Maya
ambil. Antaranya ialah:

• Berjumpa dengan kaunselor atau doktor di klinik
kesihatan berhampiran.

• Berkongsi masalah dengan keluarga.
• Bertenang dan sentiasa bersikap positif.
• Sertai aktiviti yang akan membuat Maya rasa gembira.
• Rehatkan diri daripada perkara rutin.
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko.
• Bahagikan tugasan yang besar kepada yang kecil dan

beri keutamaan.
• Dekatkan diri kepada Tuhan.

Hantar

SP 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4 Info
Penyakit kemurungan boleh dirawat dan dapat disembuhkan
sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif.
Antaranya seperti:
• Penggunaan ubat anti-depressant’
• Terapi elektrokonvulsif
• Psikoterapi
• Kaunseling

147

LatihLaantPiheannguPkeunhguaknuhan

Sekolah anda menganjurkan Karnival Minggu Kesihatan. Kelas anda telah
diminta mempromosikan “Pengurusan Kesihatan Mental dan Emosi”. Secara
berkumpulan, anda perlu menghasilkan cenderamata penanda buku yang
mengandungi kata-kata semangat untuk menangani kemurungan.

Alat dan bahan: Variasi
• Kertas A4 keras Murid-murid boleh
• Gunting menggunakan
• Pensel dan pembaris alatan, bahan
• Pensel warna lukisan dan
• Pen gel mesej mengikut
• Penebuk lubang kreativiti.
• Tali atau reben

Langkah-langkah:
1 234

Lukiskan garisan di atas Gunting bahagian Lukis bunga Tulis ‘kata-kata
kertas A4 keras mengikut yang telah atau lukisan lain semangat’
saiz penanda buku. ditanda. Tiga mengikut kreativiti dengan
Bahagikan kertas A4 bahagian yang murid-murid. menggunakan
kepada empat bahagian. lain boleh diberi pen gel.
kepada murid-
murid yang lain.

56

Tebuk lubang Ikat penanda Hasil.
di bahagian atas buku dengan
penanda buku. tali atau reben. Tip Keselamatan
Awasi penggunaan
alatan tajam.

148

UNIT 1 3.0 Pengurusan Mental
dan Emosi

Rumusan

Kemurungan ialah satu masalah kesihatan mental seperti kesedihan, kehilangan
minat atau keseronokan, perasaan rasa bersalah dan hilang tumpuan.

Masalah kesihatan mental
yang menyebabkan kesedihan,
kehilangan minat atau keseronokan

dan perasaan marah.

Maksud
kemurungan

Punca Tanda
kemurungan kemurungan

• Ubat-ubatan • Tertekan
• Penyakit lain • Tingkah laku agresif
• Persekitaran • Emosi terganggu
• Stres • Antisosial
• Corak pemikiran • Pelajaran merosot
• Kesedihan

149

Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)

4.0 Kekeluargaan

4.1 Aspek Kehidupan Berkeluarga:
Kemahiran Keibubapaan

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
4.1.1 Menjelaskan kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga.
4.1.2 Membincangkan kesan kekurangan kemahiran keibubapaan terhadap ahli keluarga.
4.1.3 Menjana idea kepentingan kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga.
150

PENGENALAN
Institusi kekeluargaan terbentuk melalui ikatan perkahwinan. Kedua-dua pasangan
hendaklah berusaha mengekalkan perhubungan mereka dan membentuk keluarga
bahagia. Keluarga bahagia terbentuk hasil daripada persefahaman suami dan
isteri serta ahli keluarga. Kemahiran keibubapaan yang perlu dikuasai pasangan
berkahwin adalah seperti suri teladan, mendengar, berbincang, membimbing,
insaniah dan komunikasi.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Muhaya Mohamad. 2011. Keluarga Bahagia Aset Akhirat).

151

Keluarga Bahagia, Anak Gembira

Berikut ialah artikel mengenai kemahiran keibubapaan.

Penulis: Pay Ah Mui
Kemahiran keibubapaan amat penting. Namun ramai yang tidak menyedari
bahawa kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini supaya ibu
bapa tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak-anak. Kemahiran
keibubapaan ialah kemahiran menjaga, mendidik dan menunaikan segala
hak-hak anak sebagaimana yang dituntut oleh agama.
Isu pengabaian, penderaan, dan penganiayaan emosi semakin
menular dalam kalangan remaja hari ini serta menjadi satu situasi yang amat
membimbangkan. Ini terjadi akibat kekurangan kemahiran keibubapaan
dalam ahli keluarga. Ilmu keibubapaan perlu diamalkan bermula dari
peringkat bayi dengan mengajar nilai dan prinsip murni kepada anak-anak
menerusi contoh teladan yang baik.
Perbuatan tidak menghormati ibu bapa dan ahli keluarga memanglah
tidak berlaku sewaktu anak itu kecil. Namun, sama ada kita sedar ataupun
tidak, ramai ibu bapa gagal membina sahsiah dan tingkah laku anak dengan
baik berpunca daripada kekurangan kemahiran keibubapaan. Akibatnya,
anak-anak yang diabaikan ini terjebak dengan gejala tidak bermoral.
Kemahiran keibubapaan ini amat penting pada masa kini, sejajar
dengan trend kehidupan moden, terutama ibu bapa yang mempunyai
anak-anak istimewa.

152

UNIT 1 4.0 Kekeluargaan

Kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga diterangkan dalam
peta minda berikut:

Kemahiran
membimbing

Kemahiran Kemahiran
mendengar berbincang

Kemahiran Kemahiran Kemahiran
berkomunikasi Keibubapaan insaniah

Suri Kemahiran
teladan mendidik/
mendisiplin

anak

Berdasarkan artikel di atas, 153
bincangkan kesan kekurangan
kemahiran keibubapaan.

SP 4.1.1, 4.1.2

Kasih Sayang Keluarga Amat Bernilai

Seijan, seorang remaja yang sering memberontak dengan menjerit-jerit
tanpa sebab. Selaku guru kelasnya, Cikgu Yana berasa sangat bimbang dengan
kerenah Seijan. Walaupun daripada keluarga yang berada, ibu bapanya gagal
menunjukkan suri teladan kepada Seijan. Seijan tidak berpeluang berkomunikasi
manja atau berbincang dengan kedua-dua ibu bapanya kerana mereka
sentiasa pulang lewat.

Suatu hari, Cikgu Yana melihat Seijan memberontak dan menjerit-jerit.
Cikgu Yana berjaya menenangkan Seijan. Setelah menetapkan janji temu,
Cikgu Yana telah bertemu dengan keluarga Seijan.

Seijan perlukan kasih sayang Maafkan kami cikgu. Kami kurang ilmu
daripada ibu bapanya. Jiwanya kemahiran keibubapaan yang diperlukan
kosong dan mengharapkan Seijan. Kami ingat dengan berikan
sebuah keluarga bahagia. kemewahan kepada Seijan sudah mencukupi.

Seijan selalu mengadu dia berasa Cikgu apa perlu kami lakukan
tertekan dan kemurungan. Sebab itu dia sering untuk mengatasi masalah ini?
bertindak luar kawalan. Jika tidak dikawal
dan diambil peduli, Seijan boleh mengalami
masalah kemurungan.

154

Encik dan puan harus mengamalkan UNIT 1 4.0 Kekeluargaan
kemahiran keibubapaan dan memberi
lebih tumpuan kepada Seijan. Baiklah, cikgu. Mulai hari ini, kami akan
memberikan perhatian sepenuhnya
kepada Seijan. Terima kasih cikgu.

Cara Kenali dan Fahami Anak-Anak

1. Sedar, faham dan mainkan peranan sebagai pendidik dan pembimbing.

2. Cuba sediakan kemudahan-kemudahan yang baik, selesa dan sesuai di
rumah dan di sekitar untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

3. Sentiasa berbincang, memberikan sokongan, dorongan dan rangsangan
kepada anak-anak.

4. Peka kepada perubahan-perubahan fizikal, emosi, dan sikap yang berlaku
kepada anak-anak.

5. Kenali rakan-rakan dan pihak yang bergaul, berhubung atau yang boleh
mempengaruhi anak-anak.

6. Sentiasa memantau perkembangan mereka. Aktiviti Berkumpulan

Secara berkumpulan,
bincangkan kaedah
lain untuk membantu
keluarga Seijan ke arah
pembentukan keluarga
bahagia. Bentangkan
hasil dapatan tersebut
di dalam kelas.

SP 4.1.2, 4.1.3 155

LatihLaantPiheannguPkeunhguaknuhan
1. Tuliskan aktiviti dan kemahiran yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam

konteks kekeluargaan berdasarkan situasi di bawah.

Aktiviti: _______________________________
_______________________________

Kemahiran: _______________________________
_______________________________

Aktiviti: _______________________________
_______________________________

Kemahiran: _______________________________
_______________________________

Aktiviti: _______________________________
_______________________________

Kemahiran: _______________________________
_______________________________

Aktiviti: _______________________________
_______________________________

Kemahiran: _______________________________
_______________________________

156

UNIT 1 4.0 Kekeluargaan

Rumusan

Institusi kekeluargaan amat penting dalam melahirkan sebuah keluarga
yang harmoni dan bahagia. Bagi mewujudkan sebuah institusi keluarga
yang harmoni memerlukan kemahiran keibubapaan yang baik dan
persefahaman antara suami dan isteri serta ahli keluarga. Ibu bapa
merupakan suri teladan kepada anak-anak. Keluarga yang bahagia akan
melahirkan masyarakat yang positif.

Kemahiran keibubapaan perlu Kemahiran menjaga, mendidik dan
dikuasai oleh setiap ibu bapa bagi menunaikan segala hak anak-anak
melahirkan anak-anak yang sihat
dan hebat

Contoh kemahiran • Suri teladan
keibubapaan • Kemahiran mendengar
• Kemahiran berbincang
• Kemahiran membimbing

Kesan kekurangan kemahiran • Anak menjadi stres
keibubapaan • Kemurungan
• Sering bertindak luar kawalan

157

Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)

5.0 Perhubungan

5.1 Isu Hubungan dalam Dunia Siber:
Seks Siber

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
5.1.1 Menyatakan maksud seks siber.
5.1.2 Menyatakan salah laku berkaitan seks siber.
5.1.3 Menjelaskan kesan tingkah laku seks siber.
5.1.4 Menjana idea kemahiran mengelakkan diri daripada seks siber.
158

PENGENALAN
Perhubungan interpersonal melibatkan komunikasi berkesan iaitu wujudnya
penyampaian dan penerimaan mesej antara dua atau lebih individu. Kemunculan
Internet dan media sosial kini memberi banyak pengaruh dan kesan kepada
komunikasi dan tingkah laju remaja. Internet dan telefon pintar ialah salah satu
daripada media canggih yang digunakan secara meluas. Penggunaan Internet dan
telefon pintar yang tidak terkawal menjadikan aktiviti seks siber semakin menular
dalam kalangan remaja.

159

Bijak Berkomunikasi, Maruah Diri Dilindungi

Navin telah terpilih mewakili daerah ke pertandingan syarahan peringkat
negeri. Berikut merupakan syarahan yang disampaikan oleh Navin.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seks
siber adalah satu perbuatan melakukan
hubungan komunikasi dua hala melalui
perantara media Internet dengan
menghantar mesej yang lucah, sama
ada dalam bentuk ayat dan huruf atau
foto yang memberikan makna lucah.

Antara contoh salah laku seks siber ialah:
• Menaip ayat yang membawa makna lucah.
• Mendapat kepuasan seks secara fantasi

atau perbuatan onani melalui mesej yang
diberikan berserta foto.
• Perlakuan lucah melalui web camera.

160 SP 5.1.1, 5.1.2

UNIT 1 5.0 Perhubungan

Tahukah anda faktor-faktor yang
menyebabkan remaja masa kini terlibat
dengan aktiviti seks siber? Antara
faktornya ialah:
• Diri sendiri
• Media massa
• Pengaruh rakan
• Masalah kewangan
• Kurang pengetahuan pendidikan seks

Tuan-tuan dan puan-puan, tahukah 161
anda, ketagihan seks siber ini memberi
kesan negatif terhadap remaja itu sendiri
dan rakan di sekelilingnya. Antara
kesannya ialah:
• Kesan hubungan interpersonal.
• Kurang komunikasi dengan keluarga.
• Kurang perhubungan sosial dengan

orang lain.
• Emosi individu juga terganggu.
• Mengalami tekanan.
• Tidak sensitif dengan perasaan orang

lain.
• Merangsang kepada aktiviti kurang

bermoral.

SP 5.1.3

Tuan-tuan dan puan-puan, akhir kata, beberapa langkah perlu diambil
bagi mengawal perbuatan ini agar dapat mewujudkan golongan
remaja yang mempunyai fikiran waras, sihat dan tidak terlibat dalam
aktiviti seks siber ini.
• Pemantauan daripada pihak kerajaan ke atas laman-laman yang

memberikan kandungan lucah.
• Agensi kerajaan perlu lebih proaktif dalam memberi kesedaran

kepada pengguna Internet mengenai bahayanya perbuatan
aktiviti siber ini.
• Ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak.
• Memantau kegiatan anak-anak di alam siber.
• Pendidikan seks juga boleh diterapkan kepada golongan remaja.
Sekian, terima kasih.

Bincangkan bagaimanakah
individu dapat mengelakkan diri
daripada seks siber?
162 SP 5.1.1, 5.1.4

UNIT 1 5.0 Perhubungan

Bijak Menepis, Maruah Selamat

Berdasarkan situasi gambar di bawah, cipta dialog atau kemahiran "KATAKAN
TIDAK" bagi mengelakkan diri daripada seks siber.

Situasi Tindakan

Danial:

_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

Ranuka:

_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

SP 5.1.4 Bahiah:

_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

163

LatihLaantPiheannguPkeunhguaknuhan
1. Sempena Program Kesihatan Sekolah, kelas anda diminta untuk mereka

cipta satu risalah yang bertemakan Kempen Hidup Sihat tanpa Seks Siber.
Secara berkumpulan, sediakan risalah yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
(i) Kandungan berbentuk soal jawab.
(ii) Antara contoh soalan adalah seperti berikut:

• Anda mempunyai masalah ketagihan seks siber yang teruk?
• Bagaimanakah kami dapat membantu anda?
• Apakah manfaat kemahiran ini kepada anda?
• Di manakah lokasi kami?
(iii) Langkah-langkah mengelakkan seks siber.
2. Edarkan risalah yang telah disahkan oleh guru anda kepada rakan,
keluarga dan masyarakat.

164

UNIT 1 5.0 Perhubungan

Rumusan

Seks siber merupakan perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan
seseorang yang lain melalui perantara media elektronik dengan menghantar
mesej berbaur lucah.

Seks Siber

A Salah laku seks siber

• Menaip ayat atau mesej lucah.
• Mendapat kepuasan seks secara fantasi.
• Boleh dilakukan dengan web camera.

B Kesan tingkah laku seks siber C Faktor-faktor tingkah laku
seks siber
• Kesan hubungan interpersonal.
• Kurang komunikasi dengan keluarga. • Diri sendiri.
• Kurang hubungan sosial dengan • Media massa.
• Pengaruh rakan.
orang lain. • Kewangan.
• Emosi individu terganggu. • Pendidikan seks.
• Stres.
• Tidak sensitif dengan perasaan

orang lain.

165

Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)

6.0 Penyakit

6.1 Penyakit Genetik: Talasemia

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
6.1.1 Mengetahui maksud Talasemia.
6.1.2 Mengenal pasti tanda Talasemia.
6.1.3 Menjelaskan kesan Talasemia kepada diri, keluarga dan masyarakat.
6.1.4 Membincangkan kepentingan pencegahan Talasemia kepada diri,

keluarga dan masyarakat.
166

QR CODE

Layari laman sesawang
http://arasmega.com/
qr-link/dr-muda-talasemia-
adakah-saya-pembawa/
untuk membaca komik Dr.
Muda Talasemia: Adakah
Saya Pembawa?
(Dicapai pada 16 April 2019).

PENGENALAN

Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat
menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.
Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk
membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan manusia. Talasemia menjejaskan
penghasilan hemoglobin kerana berlakunya mutasi pada gen terlibat. Talasemia
merupakan penyakit genetik yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak.
Penyakit ini tidak boleh berjangkit atau dipindahkan melalui transmisi darah, udara
dan air, sentuhan fizikal dan seksual. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang
yang sama untuk mewarisi penyakit ini.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 2014).

SP 6.1.1 167

Pencegahan Awal Bawa Kebahagiaan

Nur Akmal dan Huat Tian sedang menyiapkan folio bertajuk Penyakit Talasemia:
Pencegahan Awal Bawa Kebahagiaan. Selain mendapatkan maklumat daripada
Internet, mereka juga telah menemu ramah Doktor Rahman Jamal daripada
Unit Pediatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nur Akmal : Selamat sejahtera, doktor. Adakah penyakit talasemia merupakan

penyakit keturunan yang melibatkan masalah darah dan apakah
tanda-tanda penyakit ini?
Doktor : Ya, betul. Talasemia ialah penyakit berkaitan keturunan. Talasemia
boleh diklasifikasi kepada tiga:
• Pembawa gen talasemia (talasemia minor)
• Penyakit talasemia intermedia
• Penyakit talasemia major
Antara gejala talasemia major ialah:
• Keadaan pucat yang ketara
• Lemah dan resah
• Anemia
• Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
Huat Tian : Doktor, apakah kesan talasemia kepada diri, keluarga dan masyarakat?

168

UNIT 1 6.0 Penyakit

Doktor : Setiap anak yang dilahirkan oleh pasangan yang menghidap
talasemia minor berisiko mempunyai 25% talasemia major,
50% talasemia minor (pembawa) dan 25% bebas daripada
penyakit ini.

Penghidap talasemia minor tidak mengalami sebarang gejala
penyakit. Namun kebanyakan orang hanya sedar apabila
anak yang dilahirkan mengalami gejala penyakit ini seperti
pucat, mudah letih dan perut buncit disebabkan hati dan limpa
membengkak.

Nur Akmal : Adakah talasemia boleh dicegah, doktor?

Doktor : Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti
pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak
perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.

Nur Akmal dan : Terima kasih Doktor Rahman atas maklumat yang bermanfaat.
Huat Tian

Doktor : Sama-sama.

Info QR CODE
Kepentingan maklumat talasemia:
• Mengurangkan kes talasemia. Layari http://arasmega.
• Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman com/qr-link/talasemia-
video-ujian-saringan/
berkenaan talasemia. untuk menonton video ujian
• Menggalakkan saringan talasemia. saringan talasemia. (Dicapai
• Bantuan pesakit talasemia. pada 29 April 2019).

Siapakah yang layak menjalani ujian saringan talasemia?
• Remaja 16 tahun ke atas.
• Pasangan yang bercadang berkahwin.
• Mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap

talasemia.

Tahukah Anda

Penyakit talasemia diwarisi dalam situasi berikut:
• Perkahwinan antara dua orang pembawa talasemia.
• Perkahwinan antara pesakit dan pembawa talasemia.

SP 6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4 169

LatihLaantPiheannguPkeunhguaknuhan
Layari laman sesawang dan cari bahan-bahan yang berkaitan dengan
talasemia. Hasilkan satu sudut maklumat yang kreatif berkenaan penyakit ini
sempena Hari Talasemia Sedunia peringkat sekolah.
1. Sudut maklumat mengandungi:

i. Pengenalan penyakit talasemia.
ii. Tanda talasemia.
iii. Jenis talasemia.
iv. Cara pencegahan.
2. Paparan/poster sudut maklumat perlu mengandungi:
i. Tema/Tajuk.
ii. Pengenalan.
iii. Isi kandungan.
iv. Kreativiti persembahan – murid boleh menggunakan sebarang bahan

kitar semula, grafik dan adaptasi menggunakan komputer dibenarkan.
v. Rumusan.
vi. Saiz paparan/poster 2 kaki lebar x 3 kaki panjang.
Contoh poster adalah seperti berikut:

(Sumber: Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia & Agensi Berita Nasional
Malaysia 2018).
170

UNIT 1 6.0 Penyakit

Rumusan

Talasemia merupakan penyakit keturunan yang melibatkan masalah darah.
Pemeriksaan awal perlu dijalani bagi mengesan penyakit talasemia dan
bagi mengelakkan risiko melahirkan anak yang menghidap penyakit ini.

Jenis Talasemia • Pesakit talasemia
• Pembawa talasemia

Gejala Talasemia

Anemia Jaundis Keadaan pucat Lemah
yang ketara dan resah

Pencegahan Talasemia • Ujian saringan
• Pemeriksaan kesihatan

171

Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
sosiaL (peers)

7.0 Keselamatan

7.1 Isu Hak Asasi Manusia:
Pemerdagangan Manusia

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
7.1.1 Menerangkan maksud dan jenis pemerdagangan manusia.
7.1.2 Menjelaskan situasi yang menyebabkan individu berisiko menjadi mangsa

pemerdagangan manusia.
7.1.3 Menunjuk cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa

pemerdagangan manusia.
172

PENGENALAN
Pemerdagangan manusia dikenali sebagai perhambaan zaman moden. Masalah ini
haruslah dibanteras dan diatasi dengan tegas oleh semua negara. Pemerdagangan
manusia melibatkan mangsa yang dianiaya dan dieksploitasi untuk kepentingan dan
keuntungan pihak yang tertentu.

173

Maksud dan Jenis Pemerdagangan Manusia

Murid Tingkatan 4 Sekolah Pendidikan Khas Setaling telah mengadakan lawatan ke
stesen Televisyen Utama yang terletak di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang
mengikuti rakaman secara langsung slot Rancangan Isu Terkini berkenaan
pemerdagangan manusia. Ikuti rakaman stesen televisyen tersebut.

Selamat datang ke stesen Pemerdagangan manusia
Televisyen Utama. Boleh Dr. Cheah merupakan perdagangan atau
Swee Neo berikan maksud dan perniagaan yang melibatkan
jenis pemerdagangan manusia? migrasi manusia secara
haram, termasuk aktiviti buruh
secara sah dan secara paksa.

Jenis-jenis pemerdagangan
manusia ialah:
• Eksploitasi seks
• Penghambaan
• Penyeludupan manusia
• Penjualan bayi
• Eksploitasi kanak-kanak

QR CODE

Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/pk-
keselamatan-akta-670/ untuk mengetahui tentang Akta 670.
(Dicapai pada 16 April 2019).

174 SP 7.1.1, 7.1.2

UNIT 1 7.0 Keselamatan

Jenis-jenis pemerdagangan manusia ialah:

Apakah situasi Berikut adalah situasi
yang berisiko kepada
yang berisiko? Kanak-kanak individu:
• Senang untuk dikawal

Individu berkeperluan khas
• Senang diperdaya

Remaja
• Menjadi keldai dadah di luar negara

Wanita
• Menjadi pembantu rumah tanpa permit

Bagaimana kaedah Mari kita lihat
untuk mengelakkan diri paparan berikut.
daripada menjadi mangsa
pemerdagangan manusia?

Kaedah Mengelakkan Diri
Pengetahuan mengenai pemerdagangan manusia.
Menghubungi talian kecemasan.
Mengikuti kelas seni mempertahankan diri.
Pemantauan berterusan oleh ibu bapa.

Baiklah, terima kasih di atas perkongsian Dr. Cheah
Swee Neo. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan
panduan kepada penonton.

SP 7.1.2, 7.1.3 175

LatihLaantPiheannguPkeunhguaknuhan

1 Secara berkumpulan, hasilkan karya
secara kreatif cara mengelakkan
diri daripada menjadi mangsa
pemerdagangan manusia.

Karya anda boleh dalam 2
bentuk puisi (pantun, sajak
atau gurindam).

3 Persembahkan karya anda
dalam Program Bulan
Akademik peringkat sekolah.

176

UNIT 1 7.0 Keselamatan

Rumusan

Pemerdagangan manusia merupakan perdagangan atau perniagaan yang
melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti
buruh secara sah dan secara paksa.

Pemerdagangan HENTIKAN
Manusia PEMERDAGANGAN

MANUSIA

Jenis • Eksploitasi seks.
• Penghambaan.
• Penyeludupan manusia.
• Penjualan bayi.
• Eksploitasi kanak-kanak.

Situasi • Kanak-kanak.
Berisiko • Individu berkeperluan khas.
• Golongan remaja.
• Golongan wanita.

Langkah • Pengetahuan mengenai
Mengelakkan pemerdangan manusia.

Diri • Menghubungi talian kecemasan.
• Mengikuti kelas seni

mempertahankan diri.
• Pemantauan yang berterusan

oleh ibu bapa.

177

UNIT 2 PEMAKANAN

Pengurusan Amalan Pemakanan:
Suplemen

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
8.1.1 Menjelaskan maksud suplemen.
8.1.2 Membincangkan tujuan pengambilan suplemen berdasarkan preskripsi doktor.
8.1.3 Menilai kesan pengambilan suplemen untuk kesihatan tanpa preskripsi doktor.
178

PENGENALAN

Pada abad ke-21, permintaan untuk suplemen meningkat secara mendadak selaras
dengan peningkatan taraf hidup di seluruh dunia. Penggunaan perubatan alternatif
dan produk semula jadi seperti suplemen menjadikan kualiti hidup menjadi lebih baik.
Sebahagian suplemen boleh diambil secara langsung untuk melengkapkan diet normal
seperti mineral, fiber dan asid amino. Suplemen juga boleh bertindak sebagai pemangkin
untuk menghasilkan bahan lain seperti enzim dalam tubuh badan. Suplemen hanya
diambil dengan preskripsi doktor.

(Sumber: Portal MyNutri, Kementerian Kesihatan Malaysia).

SP 8.1.1 179

Obses Suplemen Merana Diri

Zuraida seorang remaja yang terlalu obses untuk kurus dan sering mengambil
suplemen tambahan untuk menguruskan badannya. Suplemen yang dibeli
di pasaran berkemungkinan mengandungi bahan yang membahayakan
kesihatan. Suplemen itu juga tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Kesannya Zuraida telah dimasukkan ke hospital. Ikuti nasihat
doktor kepada Zuraida dan kedua-dua ibu bapanya.
Ibu : Doktor, kenapa dengan anak saya?
Doktor : Anak puan telah mengambil suplemen tambahan untuk menguruskan

badan tanpa preskripsi doktor dan menyebabkan berlakunya
komplikasi kesihatan.
Bapa : Boleh doktor terangkan tujuan pengambilan suplemen berdasarkan
preskripsi untuk kesihatan?
Doktor : Tujuan pengambilan suplemen adalah sebagai pelengkap diet
normal seharian kerana nutrisi makanan mudah hilang. Namun
bergantung kepada keperluan individu dan dos yang ditetapkan. Tujuan
pengambilan suplemen bukan untuk mengurangkan berat badan,
membina otot badan, kecantikan fizikal dan menambah tenaga batin.
Ibu : Jika begitu, apakah kesan pengambilan suplemen tanpa kawalan
dan nasihat doktor?
Doktor : Antara kesan pengambilan suplemen tanpa kawalan ialah berlaku
kerosakan organ dalaman seperti otak, buah pinggang dan hati kerana
bahan kimia dalam suplemen akan larut dalam darah dan menyebabkan
kesan advers iaitu tekanan darah rendah, serangan jantung dan mati
mengejut. Cadangan saya, amalkan suplemen semula jadi dengan
merujuk kepada kelas makanan dalam piramid makanan.
Zuraida : Baik, terima kasih doktor.
Doktor : Sama-sama.

SP 8.1.2, 8.1.3

180

UNIT 2 PEMAKANAN

Perkongsian Maklumat Amalan Suplemen Semula Jadi
untuk Kesihatan di Laman Blog Sihat

Piramid Makanan
Malaysia

Lemak, minyak, gula, garam Ikan, ayam, daging,
Vitamin larut lemak (A, D, E, K) kekacang
klorida, sodium Fosforus, vitamin B1, B3,
• Perkembangan organ, B12, kalium
• Kekuatan tulang, gigi,
meningkatkan sistem
ketahanan badan kesihatan otot dan saraf,
kulit, penghasilan tenaga
Susu
Vitamin A, B12, Buah dan sayur
kalsium Vitamin A, vitamin C,
• Penglihatan kalium, zat besi, dan
fiber
dan kesihatan • Kekuatan tulang dan
saraf, tulang
dan gusi gigi, meningkatkan
kesihatan jantung,
(Sumber: Portal MyNutri, Nasi, mi, roti, bijirin dan ubi meningkatkan
Kementerian Kesihatan Kanji, serat, vitamin B, zat besi pertahanan tubuh
Malaysia). dan zink terhadap jangkitan
• Pembekal tenaga, kulit dan kesihatan mata

yang sihat dan saraf QR CODE

Info Senaraikan sumber semula Layari laman sesawang
Konsep pinggan sihat: jadi makanan yang http://arasmega.com/
Suku (1/4), suku (1/4) dan mengandungi vitamin. qr-link/pemakanan-video-
separuh (1/2). suku-suku-separuh/ untuk
menonton video pinggan
SP 8.1.1, 8.1.2, 8.1.3 sihat suku suku separuh.
(Dicapai pada 16 April 2019).

181

Latihan Pengukuhan
1. Secara berkumpulan hasilkan drama pendek kreatif kesan pengambilan

suplemen untuk kesihatan tanpa preskripsi doktor. Persembahkan drama
kreatif anda.

Garis panduan:
1. Pastikan tiada sebarang jenama suplemen atau ubat-ubatan

yang dipaparkan dalam video.
2. Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus

bebas royalti.
3. Dilarang sama sekali menggunakan unsur-unsur lucah, politik,

penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang
boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau
menjurus kepada bahasa kasar.

Syarat:
1. Tema: Realiti Dunia Suplemen Kesihatan.
2. Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran,

kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti
agama dan budaya.
3. Durasi drama: 3-5 minit.

182

UNIT 2 PEMAKANAN

Rumusan

Suplemen ialah makanan tambahan untuk melengkapkan diet normal seperti
vitamin, mineral, fiber, asid amino, atau asid lemak dan enzim. Pastikan
suplemen yang diambil mengikut preskripsi yang dicadangkan oleh doktor.
Amalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera tanpa membahayakan diri.

Mengekalkan Pelengkap nutrisi
kesihatan. badan seharian.

Tujuan
pengambilan

suplemen

Amalan Nutrisi makanan
pemakanan senang hilang.
yang tidak sihat.

Kesan Kerosakan organ dalaman seperti
pengambilan otak, buah pinggang dan hati kerana
bahan kimia dalam suplemen akan
suplemen larut dalam darah.

Menyebabkan kesan advers iaitu
tekanan darah rendah, serangan
jantung dan mati mengejut.

183

UNIT 3 PERTOLONGAN
CEMAS

Bantuan Awal: Cardiopulmonary
Resuscitation (CPR)

STANDARD PEMBELAJARAN

Di akhir topik murid boleh:
9.1.1 Mengetahui maksud CPR.
9.1.2 Menjelaskan prinsip dan prosedur CPR.
9.1.3 Menilai situasi kecemasan yang memerlukan CPR.
9.1.4 Mendemontrasi pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur CPR.

184

PENGENALAN

• Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem
jantung (cardio) dan paru-paru/pernafasan (pulmonary) untuk memastikan sistem
kardiorespiratori berfungsi secara normal. Kaedah ini dapat memastikan bekalan
darah dan oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan.

SP 9.1.1 185

JOM BANTU, Selamatkan Nyawa

Pertolongan cemas perlu dipelajari supaya kita sentiasa bersedia dan yakin
dalam memberi bantuan awalan kepada mangsa. Berdasarkan paparan situasi
di bawah, fahami prosedur D.R.A.B.C yang dilakukan.

DANGER 1

Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.
Pastikan keselamatan anda dan mangsa.
Alihkan mangsa daripada bahaya.

RESPONSE 2

Periksa tindak balas dengan menggoncang
tubuh mangsa dan bertanya: “Encik okey?”
Jika mangsa sedar, tanya kecederaan yang
dialami. Sekiranya tidak sedar,

• Periksa tanda-tanda kecederaan pada
badan mangsa.

• Periksa nadi.
• Periksa pernafasan.

AIRWAYS 3

Letak tangan di atas dahi dan
dongakkan kepala mangsa untuk
membuka saluran pernafasan
dengan kaedah head tilt-chin lift.

186

UNIT 3 PERTOLONGAN
CEMAS

4 BREATHING

• Dengar bunyi pernafasan mangsa melalui hidung
dan mulut serta lihat pergerakan dada.

• Sekiranya mangsa tidak bernafas, berikan
bantuan pernafasan dengan menghembuskan
pernafasan ke dalam mulut mangsa.

• Beri dua kali hembusan dengan perlahan
anggaran 1 hingga 2 saat setiap hembusan.

5 CIRCULATION
6
Periksa nadi karotid di bahagian leher
SP 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4 dengan dua jari. Rasa nadi anggaran 5
hingga 10 saat. Jika tiada nadi dan tiada
denyutan jantung, lakukan CPR.

KOMPRESI DADA

• Tetapkan kedua-dua tapak tangan bertindan
menghadap ke bawah dan jari-jari menyelangi
antara satu sama lain di tengah-tengah dada
mangsa.

• Pastikan lengan anda lurus dan lakukan tekanan
dada dengan kadar 100-120 tekanan per minit
dengan menggunakan kekuatan berat badan
bukan kekuatan tangan.

• Pastikan tekanan dada dibuat ke dalam
sekurang-kurangnya 2 inci.

• Benarkan dada kembali kepada kedudukan asal
sebelum memulakan tekanan yang seterusnya.

• Teruskan lakuan tekanan dada sehingga
pertolongan sampai.

• Letakkan mangsa ke posisi pemulihan apabila
pernafasan dan nadi mangsa stabil.

• CPR hanya boleh dilakukan oleh individu yang
terlatih dan bertauliah.

187

Resusitasi Udara Hembusan
(Expired Air Resuscitation - EAR )

EAR merupakan kaedah yang berkesan untuk memasukkan oksigen ke dalam
paru-paru mangsa jika nafas mangsa telah terhenti namun masih mempunyai
denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'.
Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR.

Mulut ke mulut Mulut ke hidung Mulut ke hidung
dan mulut
• Penyelamat • Dilakukan apabila mulut
melekapkan mangsa tidak boleh digunakan • Kaedah pilihan
mulutnya ke akibat kecederaan. Mulut untuk melakukan
mulut mangsa mangsa ditutup. Penyelamat resusitasi kepada
dan bernafas melekapkan mulut ke hidung kanak-kanak,
ke saluran mangsa dan bernafas kerana mulut
udara mangsa perlahan-lahan. Kemudian penyelamat boleh
melalui mulut. rahang dilepaskan untuk menutup mulut dan
membolehkan mangsa hidung kanak-kanak
menghembuskan nafas keluar. tersebut.

Prosedur EAR
• Letakkan sebelah tapak tangan pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh

mungkin.
• Picit hidung mangsa menggunakan tangan yang berada di dahi. Sedut nafas

sedalamnya dan lekapkan mulut anda ke mulut mangsa.
• Hembuskan udara sekuat yang boleh. Dada mangsa akan ternaik kerana udara

tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
• Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama

sebanyak 4 kali secara berterusan dengan cepat.
• Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)

sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan tiba.
• Jika keadaan mangsa merosot, anda perlu lakukan CPR.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 2017).

Info
Tekanan dada yang dilakukan akan menolong mengepam
jantung mangsa yang telah berhenti dan menggerakkan
semula aliran darah.

SP 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4
188

UNIT 3 PERTOLONGAN
CEMAS

Latihan Pengukuhan

Nomborkan semula situasi di bawah mengikut turutan yang betul.

Kompresi Dengar bunyi Periksa nadi
dada. pernafasan karotid di

Lihat melalui bahagian leher
jika ada hidung dan dengan dua jari.
sebarang
tanda mulut.
bahaya.
Periksa
Bantuan respons
kecemasan dengan
menggoncang
tiba. tubuh mangsa.

Buka saluran
pernafasan

dengan
kaedah head

tilt-chin lift .

189

Rumusan
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) merupakan bantuan permulaan
yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kegagalan fungsi
jantung dan pernafasan secara mengejut. Pastikan pelaku adalah seorang
individu yang bertauliah untuk melakukan CPR.

Periksa mangsa menggunakan prosedur D.R.A.B.C.

Tekan dada mangsa
• Tetapkan kedua-dua telapak tangan bertindan antara

satu sama lain di tengah-tengah dada mangsa.
• Lakukan tekanan dada dengan kadar 100-120 tekanan

per unit.
• Tekanan yang berulang-ulang akan memastikan

pergerakan darah berterusan.

Pastikan mangsa bernafas
• Letak tapak tangan pada dahi mangsa dan

dongakkan kepalanya.
• Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa dan

hembuskan udara sekuat yang boleh.
• Lakukan resusitasi mulut ke mulut pada kadar

10 pernafasan dalam seminit sehingga mangsa
boleh bernafas atau bantuan tiba.

190

RUJUKAN

Bompa, T. O. (1994). Theory and Methodology of Training. (3rd ed.). USA: Kendall and Hunt
Publishing Company.

Borhan Yusof & Mohamed@ Mohd Sadek Mustaffa. (2018). Kemahiran Asas Sukan: Bola
Baling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bouchard, C. et al. (1991). Testing anaerobic power and capacity. In MacDougall, J.D,
Wenger, H.A. & Green, H.J (eds.). Physiological Testing of the High Performance Athlete.
Champaign, Illinois: Human Kinetics Books.

Carlos, C., Bruno, L., & Joao, M.O. (2014). Soccer – Developing a know-how. USA: Prime
Books.

Corbin, C.B. & Lindsey, R. (2007). Fitness for Life. (5th ed.). Champaign, Illinois: Human
Kinetics.

Flek, S. J. & Kraemer, W. J. (1997). Designing Resistance Training Programs. (2nd ed.).
Champaign, Illinois: Human Kinetics Books.

Helen Teng. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication Sdn. Bhd.
Helen Ten. (2013). Siri Sukan Popular Bola Jaring. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
International Blind Sports Federation. Showdown- General Information. http://www.

ibsasport.org/sports/showdown/. (Dicapai pada 12 Jun 2019).
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan

Seksual dan Reproduktif Remaja di Klinik Kesihatan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga, KKM.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Talasemia. http://www.myhealth.gov.my/en/
talasemia-4/. (Dicapai pada 20 April 2019).
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia. Putrajaya:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Basic Life Support Training Manual. Putrajaya: KPM.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Putrajaya: KPM.
Khairudin Saidin, Mohd Zairi Husain dan Wan Azmanan Wan Yusoff. (2016). Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, Pendidikan Khas Tingkatan Satu. Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Lee Chin Choy. (2013). Siri Sukan Popular: Bola Baling. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Luxbacher, J. A. (2014). Soccer: Steps to Success (4th ed.). Champaign, Illinois: Human
Kinetics Books.
Mahirah Masdin. (2014). Hubungan di antara Sikap ke atas Seksual, Norma Subjektif Ibu
Bapa dan Efikasi Kendiri dengan Tingkah Laku Menjaga Kehormatan Seksual dalam
Kalangan Remaja Perempuan. Kuala Lumpur: Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga.

191

Majlis Sukan Negara Cawangan Kejurulatihan. (2012). Nota Sains Sukan Tahap 1. Kuala
Lumpur: Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara.

Maud, P. J. & Carl Foster, C. (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.
Champaign, Illinois: Human Kinetics Books.

McArdle, D. W., Katch, I. F. & Katch, L. V. (1996). Exercise Physiology. USA: Williams &
Wilkins.

Mohad Anizu Mohd Nor. (2011). Kecergasan Fizikal Ke Arah Hidup Sihat Sepanjang Hayat.
Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Montoye, H. J. et al. (1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Canada:
Human Kinetics.

Muhaya Mohamad & Roslan Mohamad. (2011). Keluarga Bahagia Aset Akhirat. Selangor:
Telaga Biru.

Navin, A. (2012). Crowood Sports Guide: Netball – Skills, Techniques, Tactics. Wiltshire: The
Crowood Press Ltd.

Nurul Khairiah Mohamed Yusof. (2018). Jerat cinta lelaki Nigeria. Kosmo Online. http://www.
kosmo.com.my/jurnal/jerat-cinta-lelaki-nigeria-1.643445. (Dicapai pada 20 April 2019).

Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Penyalahgunaan Dadah. http://
www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah. (Dicapai pada 10 Jun 2019).

Portal MyNutri, Kementerian Kesihatan Malaysia. http://mynutri.moh.gov.my/mynutri/
index.php. (Dicapai pada 10 Jun 2019).

Portal MyNutri, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. Menu Sihat. http://mynutri.moh.gov.
my/mynutri/index.php?r=column/ctwo&id=29. (Dicapai pada 20 Mei 2019).

Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2015. Mangsa rogol dan liwat.
http://www.myhealth.gov.my/mangsa-rogol-dan-liwat/. (Dicapai pada 20 April 2019).

Radu, F. L., & Abalasei, B. A. (2015). 101 Team Handball. United Kingdom: Bloomsbury
Publishing Plc.

Shamsul Anuar Nasarah & Ahmad Shahar Nasarah. (2015). Siri Panduan Permainan
Tradisional Kanak-Kanak: Gelek Tempurung. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Anuar Nasarah & Ahmad Shahar Nasarah. (2015). Siri Panduan Permainan
Tradisional Kanak-Kanak: Rangkai-Rangkai Periuk. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sean, D. (2013). Handball: The Beginner’s Guide. USA: Kindle Edition.
Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. (1987). Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan: Sri Bistari.
Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. (1987). Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 2.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan: Sri Bistari.
World Health Organization. (2011). Waist Circumference and Waist–Hip Ratio:Report of a

WHO Expert Consultation, Geneva, 8-11 Disember 2008. World Health Organization.

192


Click to View FlipBook Version