MODUL PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1 (ENSEMBEL NYANYIAN) Disediakan oleh CIKGU TAN AI LING
Kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik TINGKATAN 1 1.0 Ensembel Nyanyian 2.0 Ensembel Muzik 3.0 Penghasilan Muzik 4.0 Apresiasi Muzik 5.0 Membaca dan Menulis Notasi Muzik
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir ENSEMBEL NYANYIAN
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Bernyanyi secara unison dengan; i. pic yang betul. ii. dinamik yang sesuai. iii. tempo yang betul. 1.1.2 Bernyanyi dengan teknik yang betul: i. postur ii. pernafasan
Tarikh Masa Mata Pelajaran • Pendidikan Muzik Sasaran • Semua murid Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Tajuk Bertemakan • Nyanyian Lagu “Kita Bersatu” Standard Kandungan • Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir •1.1.1 Bernyanyi secara unison dengan; •i. pic yang betul. •ii. dinamik yang sesuai. •iii. tempo yang betul. Standard Pembelajaran •Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyanyikan lagu Objektif Pembelajaran dengan pic, teknik dan dinamik yang sesuai mengikut tempo (TP4) Tempoh Masa • 60 minit
SILA PATUHI ARAHAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1: Durasi pembelajaran 60 minit 1. Baca nota yang diberikan. 2. Laksanakan Latihan Pemanansan Suara 1 & 2. 3. Dengarkan keseluruhan lagu Kita Bersatu 4. Nyanyikan lagu baris demi baris. 5. Nyanyikan lagu secara keseluruhan. 6. Bernyanyi sambil menepuk detik lagu Kita Bersatu dalam tempo yang berbeza 7. Rakamkan nyanyian anda dan hantar kepada cikgu
APAKAH PIC? Pic ialah tinggi atau rendah nada suara atau bunyi. Dalam nyanyian, pic tinggi atau rendah terhasil akibat daripada getaran yang berlaku pada pita suara. Untuk menghasilkan pic tinggi, pita suara bergetar laju sementara untuk menghasilkan pic rendah pita suara bergetar perlahan. Rongga hidung Rongga mulut Lidah Pita suara Trakea
Cara membuka mulut dengan betul merupakan aspek penting dalam nyanyian untuk penghasilan suara dan sebutan yang jelas MEMBUKA MULUT KETIKA MENYANYI AH (a) AE (e) OO (u) EE (i) OH (o)
Nyanyian unison merupakan nyanyian kumpulan atau nyanyian secara beramai-ramai tanpa lapisan suara NYANYIAN UNISON https://www.youtube.com/watch?v=94oz9pH40NI
Kebiasaannya, lelaki menghasilkan pic yang rendah ketika bercakap Perempuan pula menghasilkan pic yang tinggi ketika bercakap.
POSTUR DALAM NYANYIAN Postur penting dalam teknik vokal. Postur yang baik dapat membantu pernafasan serta meningkatkan mutu pengeluaran suara. Terdapat dua postur yang lazim dalam aktiviti nyanyian iaitu postur berdiri dan postur duduk
POSTUR BERDIRI DALAM NYANYIAN Kepala & leher Pandang ke hadapan posisi lazim seiring dengan tulang belakang Badan Tegak dan mendada Tangan Di sisi secara relaks Lutut Relaks dan tidak kaku Kaki Direnggangkan sedikit dan sebelah kaki ke hadapan sedikit untuk mengawal keseimbangan badan
POSTUR DUDUK DALAM NYANYIAN Kepala & leher Pandang ke hadapan posisi lazim seiring dengan tulang belakang Badan Tegak dan mendada Tangan Diletakkan di atas peha Punggung Duduk pada setengah atau ¾ di atas tempat duduk dan tidak menyandar. Kaki Letakkan di lantai, sebelah kaki ke hadapan sedikit
Tempo ialah kelajuan sesuatu karya muzik. Dalam sesebuah karya, muzik mempunyai : Tempo Cepat (Allegro), Sederhana Cepat (Andante), Sederhana (Moderato) atau Lambat (Adagio). Tempo juga boleh ditulis dengan kaedah Maelzel Metronome (m m) = 100. TEMPO https://www.youtube.com/watch?v=T_PcEXlioAA
AKTIVITI PEMBELAJARAN 1 : 1 LATIHAN PEMANASAN SUARA 1
Lirik di bawah dinyanyikan secara rap semasa nyanyian korus rangkap kedua (bar 12) Mari semua, tak kira apa bangsa Perkara yang lalu, Jangan dikenang juga Bersama-sama kita, Menuju puncak jaya Menuju cita-cita, Membangunkan negara.
https://www.youtube.com/watch?v=HJRrpR7465A MARILAH BERNYANYI BERSAMA-SAMA LAGU KITA BERSATU
Rap merupakan satu stail dalam nyanyian yang dinyanyikan secara percakapan https://www.youtube.com/watch?v=amxpXAmlksg RAP
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH
Tarikh Masa Mata Pelajaran • Pendidikan Muzik Sasaran • Semua murid Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Tajuk bertemakan • Nyanyian Lagu “Keutuhan Bangsa” Standard Kandungan • Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir • 1.1.2 Bernyanyi dengan teknik yang betul: • i. postur • ii. pernafasan Standard Pembelajaran •Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyanyikan lagu dengan Objektif Pembelajaran pic, teknik dan dinamik yang sesuai mengikut tempo secara konsisten (TP5) Tempoh Masa • 60 minit
SILA PATUHI ARAHAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2: Durasi pembelajaran 60 minit 1. Baca nota yang diberikan. 2. Laksanakan Latihan Pemanansan Suara 3 & 4. 3. Dengarkan keseluruhan lagu Keutuhan Bangsa 4. Nyanyikan lagu baris demi baris. 5. Nyanyikan lagu secara keseluruhan. 6. Nyanyikan lagu Keutuhan Bangsa dengan postur berdiri & postur duduk yang betul 7. Rakamkan nyanyian anda dan hantar kepada cikgu 8. Jawab soalan penilaian melalui link quizizz yang diberikan pada akhir sesi pembelajaran
AKTIVITI PEMBELAJARAN 2 : LATIHAN PEMANASAN SUARA 4
MARILAH BERNYANYI BERSAMA-SAMA LAGU KEUTUHAN BANGSA https://www.youtube.com/watch?v=-Cka__FOKp4
https://quizizz.com/join?gc=62824418
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir ENSEMBEL NYANYIAN
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.3 Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik: i. sebelum, semasa dan selepas latihan. ii. sebelum, semasa dan selepas persembahan.
Tarikh Masa Mata Pelajaran • Pendidikan Muzik Sasaran • Semua murid Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Tajuk Bertemakan • Nyanyian Lagu “Keutuhan Bangsa” Standard Kandungan • Menyanyikan lagu secara ensembel daripada pelbagai repertoir •Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik: •i. sebelum, semasa dan selepas latihan. •ii. sebelum, semasa dan selepas persembahan. Standard Pembelajaran •Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengamalkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh kepada murid yang lain dan menunjuk cara kepada rakan yang lain. (TP6) Objektif Pembelajaran Tempoh Masa • 60 minit
SILA PATUHI ARAHAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3: Durasi pembelajaran 60 minit 1. Baca nota yang diberikan. 2. Laksanakan Latihan Pemanansan Suara 4 & 5. 3. Dengarkan keseluruhan lagu Keutuhan Bangsa 4. Menyanyi mengikut frasa lagu. 5. Nyanyikan lagu secara keseluruhan. 6. Menyanyi dengan cara pernafasan yang betul 7. Mengamalkan etika latihan, etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti muzik
AKTIVITI PEMBELAJARAN 3 : LATIHAN PEMANASAN SUARA 4
ETIKA PERSEMBAHAN 1. Bersedia lebih awal 2. Bersedia dengan pensel dan pemadam untuk membuat catatan 3. Bersedia dengan skor muzik. 4. Membuat latihan sendiri untuk memahirkan diri. 1. Memberi tumpuan sepenuhnya 2. Membuat catatan jika ada sebarang pindaan pada skor 3. Merujuk kepada ketua atau konduktor jika tidak memahami sesuatu perkara 4. Setiap teguran daripada ketua perlu diperbaiki 5. Mengikut arahan ketua atau konduktor 1. Memastikan bilik latihan bersih sebelum meninggalkannya 2. Mengamalkan amalan berterima kasih kepada ketua dan rakan. 3. Memastikan barang-barang yang dibawa tidak ditinggalkan di dalam bilik latihan
SEBELUM • Bersedia lebih awal • Melaksanakan sesi pemanasan suara (warming up) • Bersedia dengan kostum dan solekan • Peka dengan setiap arahan yang diberikan oleh ketua atau konduktor SEMASA • Berbaris di tempat yang telah disediakan. • Pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa dan bersedia untuk memulakan persembahan • Berdiri dalam keadaaan postur yang betul • Tumpukan sepenuh perhatian kepada konduktor • Bergerak keluar pentas dalam keadaan tertib SELEPAS • Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk menerima arahan daripada konduktor atau ketua • Elakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh mengganggu peserta atau penonton • Sebelum meninggalkan bilik persalinan pastikan semua barang anda tidak tertinggal • Kostum dan segala alat yang dipinjam perlu dipulangkan kepada yang berkenaan.
Nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam aktiviti nyanyian koir
MARILAH BERNYANYI BERSAMA-SAMA LAGU KEUTUHAN BANGSA https://www.youtube.com/watch?v=-Cka__FOKp4
PENILAIAN: Nyanyikan lagu pilihan anda dengan pic, tempo dan pernafasan yang betul. 2 1 Anda telah dilantik menjadi ketua dalam kumpulan koir sekolah. Kumpulan koir tersebut akan membuat persembahan dalam satu majlis Hari Anugerah Gemilang di sekolah anda. Anda diberi masa tiga bulan untuk melatih kumpulan koir anda. Pada perjumpaan pertama dengan kumpulan koir nanti, anda sebagai ketua berhasrat untuk memberikan satu taklimat kepada ahli-ahli koir tentang amalan etika persembahan sebelum, semasa dan selepas latihan. Buat satu peta minda mengenai etika untuk disampaikan kepada semua ahli koir dalam majlis perjumpaan yang pertama itu nanti. Bincangkan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam aktiviti nyanyian koir. 3
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH
TAN AI LING 39 LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2
STANDARD PRESTASI Menyanyikan lagu dengan pic yang betul Menyanyikan lagu dengan pic yang betul mengikut tempo. Menyanyikan lagu dengan pic dan teknik yang betul mengikut tempo Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan dinamik yang sesuai mengikut tempo Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan dinamik yang betul mengikut tempo secara konsisten. Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan dinamik yang betul mengikut tempo secara ekspresif dan konsisten. SENARAI SEMAK NAMA MURID :
STANDARD PRESTASI Menerima etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik semasa aktiviti muzik Menerima dan mempamerkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik semasa aktiviti muzik Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik Sentiasa mengamalkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik Sentiasa mengamalkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh kepada murid yang lain Sentiasa mengamalkan etika persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh kepada murid yang lain dan menunjuk cara kepada rakan yang lain SENARAI SEMAK NAMA MURID :
MODUL PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1 (ENSEMBEL MUZIK) Disediakan oleh CIKGU TAN AI LING
Kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik TINGKATAN 1 1.0 Ensembel Nyanyian 2.0 Ensembel Muzik 3.0 Penghasilan Muzik 4.0 Apresiasi Muzik 5.0 Membaca dan Menulis Notasi Muzik
STANDARD KANDUNGAN 2.1 Memainkan muzik secara ensembel ENSEMBEL MUZIK
STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Memainkan muzik secara ensembel berdasarkan skor: i. bermain alat muzik dengan teknik betul. ii. bermain alat muzik dengan pic yang betul atau ton yang baik iii. bermain alat muzik dengan irama yang betul mengikut tempo. iv. mengamalkan cara penjagaan alat
Tarikh Masa Mata Pelajaran • Pendidikan Muzik Sasaran • Semua murid Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Tajuk Bertemakan • Bermain Gitar Dengan Penjarian Kord C Major Standard Kandungan • Memainkan muzik secara ensembel • Memainkan muzik secara ensembel berdasarkan skor: Standard Pembelajaran • i. bermain alat muzik dengan teknik betul. • Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat memainkan muzik dengan pic yang betul atau ton yang baik dan irama yang betul mengikut tempo berdasarkan skor (TP3) Objektif Pembelajaran Tempoh Masa • 60 minit
SILA IKUTI ARAHAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1: Durasi pembelajaran 60 minit 1. Baca nota yang diberikan 2. Mengenal dan menghafal bahagian-bahagian gitar 3. Tunjukkan postur bermain gitar dalam keadaan berdiri dan duduk 4. Kenali alat penalaan gitar 5. Belajar bermain gitar 6. Aktiviti bermain gitar dengan penjarian kord C Major dengan betul
GITAR Gitar ialah alat muzik popular yang diklasifikasikan sebagai alat muzik bertali. Asal usul gitar dapat dikesan sejak 3300 tahun dahulu bermula dari Mesir dan Mesopotamia kemudian telah berkembang ke Eropah. Pada abad ke-18, gitar mula mengalami perubahan. Pada asalnya gitar mempunyai empat utas tali dan kini gitar dimainkan dengan enam utas tali. Reka bentuknya pula telah berubah di Sepanyol pada abad ke-19 menjadi bentuk gitar moden seperti yang ada sekarang.
Postur merupakan aspek penting bagi menjamin keselesaan dan kualiti persembahan semasa bermain gitar. Foto di bawah menunjukkan postur bermain gitar yang betul.