The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:45:36

SEJARAH ISLAM 2021

MODUL TUDINGAN DAN KBAT

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN
HUBUNGAN LUAR

Perihalkan struktur masyarakat Arab Jahiliyah.

Jahiliyah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh dan Ciri – ciri Agama dan
bebal. Ungkapan perkataan ini dikaitkan dengan masyarakat yang muncul Kepercayaan Masyarakat Arab
di Tanah Arab antara tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi yang mempunyai Jahiliah
akidah yang sesat serta akhlak yang amat buruk. Sejarawan Islam  Ciptaan manusia
mencatatkan terdapat empat ciri umum masyarakat pada tempoh masa
tersebut iaitu masyarakat yang tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab berdasarkan akal dan nafsu
suci sebagai panduan, berakhlak buruk, tidak berperadaban ( bertamadun )  Dipengaruhi dengan
dan majoritinya buta huruf.
persekitaran
Masyarakat Arab pada zaman ini terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu  Warisan nenek moyang
masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. Golongan Arab Badwi tinggal di  Pengaruh asing
kawasan pedalaman berhampiran dengan sumber air ( oasis / wadi). Mereka  Semangat assabiyah
mengamalkan kehidupan bercorak nomad, dan hal ini berbeza dengan
masyarakat Arab Hadhari yang tinggal secara menetap di bandar – bandar Agama Samawi
besar seperti Makkah, Yathrib, Yaman, dan lain – lain. Kelainan dua  Yahudi
kelompok masyarakat ini juga dapat dilihat dari segi aktiviti hariannya,  Nasrani
golongan Badwi cenderung menjalankan aktiviti bercucuk tanam,  Hanif
menternak binatang, malah ada merompak kafilah – kafilah dagang.

Apa yang pasti kedua – dua masyarakat ini mengamalkan kehidupan Agama Ciptaan
bercorak kabilah. Anggota dalam sesebuah kabilah mempunyai pertalian
darah antara satu sama lain. Seandainya ada individu lain berhasrat  Berhala
mengganggotai kabilah lain, individu itu perlu bersumpah di hadapan  Cakerawala
patung berhala. Setiap kabilah akan diketuai oleh pemimpin yang bergelar  Api
Syeikh Kabilah yang mempunyai kuasa mutlak. Walaupun dinasihati oleh
Majlis Kabilah, kuasa tetap di tangan Syeikh Kabilah. Ahli – ahli kabilah wajib
mencurahkan kesetiaan sepenuhnya kepada kabilah masing – masing.

Setiap kabilah akan memegang suatu fahaman yang dinamakan assabiyah
bagi menjamin kekuatan dan keutuhan kabilah tersebut serta kesetiaan
yang tidak berbelah bagi anggota dalam sesuatu kabilah. Fahaman
assabiyah yang berperanan menghidupkan aktiviti sosioekonomi dan politik
sesebuah kabilah. Fahaman inilah sering mencetuskan keadaan huru – hara;
tanpa mengira benar atau salah setiap individu dalam sesuatu kabilah akan
mempertahankan kabilahnya. Keadaan bertambah buruk apabila
peperangan yang dilancarkan adalah semata – mata untuk menunjukkan
kemegahan serta kekuatan kabilah tersebut serta menjadikan tawanan –
tawanan perang sebagai hamba abdi yang bebas diperlakukan.

Dalam masyarakat ini wujud juga jurang yang luas antara golongan
bangsawan dan golongan bawahan khasnya hamba; susun lapis atau
organisasi sosial yang wujud rigid sekali. Bagi golongan wanita, ia langsung
tidak mendapat tempat sama ada dalam keluarga apatah lagi dalam kabilah;

[email protected]/2020 1

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kehadiran bayi – bayi perempuan dianggap akan menjatuhkan maruah
keluarga; timbullah amalan membunuh bayi – bayi perempuan. Pendek kata
wanita zaman tersebut hanyalah objek yang dijadikan tempat memuaskan
hawa nafsu.

Berhubung dengan nilai mulia dan hina, ukurannya dinilai daripada
daripada harta, kemahiran, dan ilmu yang dimiliki serta keturunan yang
diwarisi. Individu yang kaya seperti pedagang, ahli – ahli sihir, pahlawan
akan disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat sedangkan golongan
miskin, hamba abdi dipandang hina oleh kelompok masyarakat Arab zaman
jahiliah. Maka, tidak hairanlah, masyarakat Arab Quraisy menentang keras
pengenalan konsep persamaan taraf, kerana ianya dianggap menjatuhkan
maruah golongan bangsawan yang terpaksa bergaul dengan golongan
bawahan seperti fakir miskin dan hamba sahaya.

Struktur masyarakat Arab sebelum Islam jelas mencerminkan berlakunya SOALAN KLON
perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat, namun senario tersebut Huraikan kedudukan dan
mula berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w. telah membawa nur ( Islam ) kepentingan kaum Quraisy
yang mengubah peradaban masyarakat Arab yang mementingkan keadilan sebelum Islam
dan persaudaraan, persamaan sekaligus merealisasikan konsep ummah.

Huraikan ciri – ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah

Jahiliyah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh dan Kaum Quraisy terbahagi kepada
bebal. Ungkapan perkataan ini dikaitkan dengan masyarakat yang muncul
di Tanah Arab antara tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi yang mempunyai dua:
akidah yang sesat serta akhlak yang amat buruk. Sejarawan Islam
mencatatkan terdapat empat ciri umum masyarakat pada tempoh masa - Al Bitah; menetap dalam kota
tersebut iaitu masyarakat yang tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab
suci sebagai panduan, berakhlak buruk, tidak berperadaban dan menjalankan aktiviti
( bertamadun ) dan majoritinya buta huruf.
ekonomi seperti
Dari segi agama, masyarakat pada masa ini menganut agama yang bersifat
sesat, terbahagi kepada dua iaitu agama ciptaan dan agama Samawi yang perdagangan
telah diselewengkan kandungan ajarannya. Majoriti dalam kalangan
masyarakat Arab Jahiliyah menganut agama Wathani iaitu agama - Al Zawahir; kehidupan
menyembah berhala. Kebanyakan mereka menyembah berhala dengan
kepercayaan berhala – berhala itu dapat mendekatkan diri mereka dengan umpama kaum Badwi;
Tuhan. Selain itu, ada dalam kalangan mereka menganut agama
penyembahan cakrawala seperti bulan, matahari dan bintang. Pengaruh menjaga keselamatan dan
Parsi menyebabkan timbulnya agama Majusi, penyembahan api yang
mempercayai kewujudan Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Apa yang pasti, kawal kota Makkah
agama yang dianuti jelas terepsong dan sukar dijadikan pedoman untuk
menempuh kehidupan.

Meskipun masyarakat Arab Jahiliyah memiliki akhlak positif, seperti melayan
tetamu, membantu golongan miskin, namun di sebalik kebaikan itu, mereka
mengharapkan akan pujian agar timbul rasa megah dan dihormati. Selain
itu, apa yang ketara dalam masyarakat ini, mereka dibuai dengan
keseronokan duniawi dengan mengutamakan kepentingan hawa nafsu,

[email protected]/2020 2

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

maka tidak hairanlah gejala minum arak, berzina, berjudi, mengadu domba, Peranan Kota Makkah Sebelum
menyebarkan fitnah dan membunuh anak perempuan yang kononnya
untuk menjaga maruah keluarga amat berleluasa. Islam
Dalam bidang ekonomi pula, selepas pecahnya Empangan Maarib, keadaan
ekonomi agak merosot, aktiviti pertanian terbatas, bagi golongan Badwi - Pusat Kebudayaan; dikelilingi
mereka mengusahakannya di kawasan oasis. Dalam kalangan masyarakat
ini, terdapat aktiviti perniagaan dan perdagangan, pun begitu aktiviti jelas oleh kawasan peradaban awal
membebankan golongan pengguna, penipuan dan amalan riba amat
menjadi – jadi menyebabkan golongan berpendapatan terpaksa berhutang manusia spt Babylon,
dan menggadaikan segala harta yang ada. Di Yathrib, golongan Arab bukan
sahaja mencagarkan tanah dan rumah, malah anak isteru juga digadai. Bagi Mesopotamia, Sidon dan Tyre.
golongan Badwi, ada yang terlibat dalam aktiviti rompakan terhadap kafilah
dagang. - Pusat Ibadat; terbinanya

Sementara dalam bidang sosial, berlaku perpecahan yang ketara dalam Kaabah, mengerjakan haji dan
masyarakat, hal ini disebabkan adanya fahaman assabiyah, pergeseran kecil
boleh mengundang perbalahan sehingga membawa kepada pembunuhan pusat penyembahan berhala
dan hasad dengki. Adanya fahaman assabiyah, menyebabkan setiap kabilah
tidak akan menganggu kabilah, setiap kabilah akan berusaha - Pusat Perdagangan;
mempertahankan kabilahnya, tanpa mengira benar ataupun salah. Dalam
masyarakat ini juga timbul diskriminasi terhadap golongan wanita, hamba kedudukan yang strategik dan
dan golongan miskin. Oleh sebab mereka terlalu mendewa – dewakan
sistem feudal, golongan berharta atau bangsawan dianggap golongan kemahiran kaum Quraisy
mulia sedangkan golongan yang dinyatakan tadi dianggap sebagai
golongan hina. - Pusat Kebudayaan;

pertandingan syair, pidato

dan sajak – pesta kesenian

pada musim haji

Sementara dalam bidnag politik pula, jelas sekali aktiviti politik hanya terad Faktor Kemajuan Kota Makkah
dalam kabilah masing – masing dengan setiap Syeikh Kabilah mempunyai - Kedudukan yang strategik
kuasa mutlak walaupun dinasihati oleh Majlis Kabilah. Tanggungjawab ahli - Keberkatan doa Nabi Ibrahim
– ahli kabilah hanyalah akur dengan arahan dan kehendak ketua kabilah - Peranan kaum Quraisy
masing – masing. Pendek kata, tidak berlaku agihan kuasa dalam kalangan - Kaabah dan peranan sebagai
ahli kabilah, termasuk sama dalam hal ini, kuasa perundangan juga berada
di tangan Syeikh Kabilah. Sementara itu, di utara dan selatan Semenanjung pusat ibadat
Tanah Arab, dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi membelenggu bangsa
Arab; menjadi boneka atau ’kuda tunggangan’ kepada kedua – dua kuasa
tersebut. Keadaan yang sama berlaku di Yathrib, apabila Yahudi lebih
dominan berbanding suku Aus dan Khazraj yang kerap berbalah antara satu
sama lain.

Kesimpulannya, apabila ditinjau dari sudut agama, akhlak, kepercayaan atau
adab serta bidang ekonomi, politik dan sosial, masyarakat Arab pada masa
ini jelas dalam keadaan terumbang – ambing, maka tidak hairanlah
dikatakan zaman ini sinonim dengan istilah Zaman Gelap sehinggalah
diutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa wahyu seterusnya
membuka lembaran baharu kepada masyarakat ini.

[email protected]/2020 3

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Huraikan agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam

Zaman sebelum Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, suatu tempoh atau Ciri – ciri Kehidupan
era masyarakat berada dalam kegelapan disebabkan kejahilan masyarakat Masyarakat Arab Jahiliyah
berkenaan dari sudut agama dan akhlak, sesuai dengan perkataan jahiliah - Agama : Bersifat sesat
yang berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau pun - Adat : Bersifat tahyul
sesat. Zaman ini dikatakan bermula selepas pecahnya Empangan Maarib - Politik : Tidak berkembang
yang menjadi nadi pembangunan kerajaan Saba’ hinggalah Baginda SAW - Ekonomi : Mundur
menerima wahyu pertama. Terdapat beberapa ciri umum masyarakat ini, - Sosial : Perpecahan
antaranya tidak mempunya nabi, rasul dan kitab suci, tidak berakhlak, tidak - Peperangan: Kelaziman
berperadaban dan majoriti buta huruf. - Pendidikan: Buta huruf
- Perundangan: Fikiran Syeikh
Dari segi agama, tidak dinafikan masyarakat ini menganut agama yang
bersifat sesat, bertindak mencipta agama mengikut hawa nafsu dan akal Kemunduran masyarakat Arab
fikiran semata dan menyelewengkan kandungan kitab yang diturunkan sebelum Islam menyebabkan
kepada nabi dan rasul terdahulu. Penyembahan berhala merrupakan agama zaman tersebut dikenali
yang paling dominan dan berpengaruh, berpusat di Makkah, sekeliling sebagai Zaman Gelap
kaabah dikatakan terdapat lebih kurang 360 buah patung yang berbeza saiz
dan bentuk, malah bahan buatan ada yang diperbuat drp logam, tanah liat,
dan batu. Patung yang disembah ini menjadi perantara mendekatkan diri
mereka dengan Tuhan, oleh sebab itulah objek ini dianggap suci dan ianya
menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Arab khususnya di kota Makkah.

Penyembahan cakerawala khususnya bulan, bintang dan matahari juga
berpengaruh dalam kalangan masyarakat, dianggap sumber kekuatan alam
ini dan mempunyai kelebihan serta membantu kehidupan seharian mereka.
Bulan dianggap Tuhan Perempuan disembah kerana menerangi kegelapan
malam, bintang, kelebihannya dapat memandu perjalanan, dan matahari
yang dianggap Tuhan Lelaki disembah kerana membantu kehidupan dan
menyuburkan tanaman mereka. Penganut agama - agama ini dikatakan
membina rumah ibadat masing – masing dan ianya terdapat di utara dan
selatan Tanah Arab.

Satu lagi agama yang begitu popular dalam kalangan masyarakat arab
Jahiliah ialah penyembahan api atau dikenali sebagai Majusi yang dibawa
masuk oleh penjajah Parsi dan dianuti oleh kabilah – kabilah Arab di
bahagian selatan Tanah Arab yang menjadi taklukan dan naungan kuasa
besar tersebut seperti di Hirah, Anbar, dan Tadmur. Agama ini mempercayai
akan kewujudan Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Dalam agama ini wujud suatu
fahaman yang menghalalkan perkahwinan sedarah, misalnya antara ayah
dan anak serta perkahwinan adik beradik.

Dalam aspek kepercayaan pula, tidak dinafikan masyarakat sebelum ini
mengamalkan pelbagai kepercayaan tahyul yang diwarisi sejak zaman
nenek moyang mereka, malah ada antara kepercayaan tersebut tidak logik
dan mengenal erti kemanusiaan. Contoh yang paling ketara ialah amalan
membunuh bayi perempuan, percaya kepada ramalan ahli sihir atau ahli
nujum, percaya kepada amalan sangkasuka dansangkaduka sebelum

[email protected]/2020 4

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

memulakan pengembaraan dan perjalanan jauh serta mengamalkan adat
yang kononnya menguji kesetiaan seseorang isteri.

Kesimpulannya, agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam Kerajaan – kerajaan Sebelum
sememang jelas melanggar batas – batas kemanusiaan dan seolah – olah Kedatangan Islam
menghalalkan pelbagai kemungkaran disebabkan apa yang dipraktikkan - Ma’in
adalah bertunjangkan akal dan hawa nafsu semata serta meninggalkan - Tadmur / Anbar
segala ajaran Nabi da terdahulu serta sanggup mengubah dan - Makkah
menyelewengkan kitab – kitab yang diturunkan terdahulu seperti Taurat dan - Ghassan
Injil. - Himyar

Bincangkan ketamadunan kaum Quraisy sebelum Nabi Muhammad
s.a.w. diutuskan.

Kaum Quraisy berasal daripada keturunan Fihr bin Malik bin al Nadr, oleh Ketamadunan Bangsa Arab
sebab kemunculan kaum ini sebelum diutuskan Nabi Muhammad sebagai
nabi dan rasul akhir zaman, kaum ini juga tergolong dalam kalangan Ekon - Perdag
masyarakat Jahiliyah. Nama Quraisy pula digunapakai berikutan kejayaan a/bangsa
Qusay bin Kilab berjaya menyatukan kelompok- kelompok tertentu; sesuai
dengan perkataan taqarrasya yang bermaksud penyatuan. Meskipun - Pertukangan
muncul pada zaman Jahiliyah, kabilah ini telah memaparkan identiti - Pertanian
memiliki ketamadunan yang tinggi.
Politik - Jabatan
Kaum Quraisy memiliki sistem pentadbiran yang sistematik bagi - Demokrasi
mentadbir kota Makkah sejak zaman Qusay bin Kilab lagi, apabila - Diplomatik
dibentukknya beberapa jawatan dan jabatan. Penubuhan jabatan –
jabatan ini diperlukan bagi menguruskan pentadbiran khususnya pada Budaya - Pidato
musim haji. Antara jabatan yang dibentuk ialah Majlis Hijabah, Majlis - Syair
Siqayah, Majlis Rifadah, dan Majlis Liwa. Jabatan – jabatan ini akan diisi
oleh ahli keluarga / Bani Abd Manaf dan Abd al Dar selepas kematian Ilmu - Hafalan
Qusay bin Kilab. Darul Nadwah telah didirikan sebagai tempat - Peperangan
perbincangan, menggambarkan wujudnya amalan demokrasi dalam - Perubatan
kaum ini. Selain itu, kaum Quraisy mempunyai sebuah majlis tertinggi
yang dikenali sebagai Mala’ yang akan disi oleh ketua – ketua suku, Akhlak - Layan tetamu
namun keputusan dalam majlis ini sering dipengaruhi oleh golongan kaya - Org miskin
dan lebih berpengaruh. Apa yang pasti, ternyata kaum Quraisy memiliki - Taat / Setia
sistem pentadbiran yang kemas dan segala keputusan adalah secara
kolektif. Perang - Kebanggaan
- Strategi
- Bulan suci

Quraisy dianggap antara kaum bertamadun disebabkan kemampuan
mereka menjalan dan menjana ekonomi. al Quran sendiri mengiktiraf akan
kehebatan kaum ini menjalankan aktiviti perdagangan pada dua musim
perdagangan yang berbeza, iaitu musim panas, dengan Syam menjadi
destinasi dan Yaman pada musim dingin. Kehebatan mereka menjalankan
perdagangan berskala antarabangsa dibuktikan dengan jalinan
hubungan dengan Parsi, Habsyah, Mesir, China, dan India. Kedudukan
Makkah di tengah tengah jalan perdagangan juga telah menyebabkan
kota ini berkembang sebagai pusat perdagangan dan ianya bertambah
pesat ketika musim haji. Situasi yang sibuk menyaksikan pembukaan
pasar – pasar seperti Ukadz, Zul Majaz dan al Majinah. Aktiviti ekonomi
lain yang dijalankan oleh kaum Quraisy ialah penternakan dan

[email protected]/2020 5

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pertukangan khususnya mengukir patung patung berhala. Apa yang SOALAN KLON
menarik, dalam aktiviti ekonomi khususnya perdagangan, kaum Quraisy
telah menggunakan wang dinar dan dirham sebagai medium pertukaran. Pembentukan ummah
Malah, golongan peniaga bijak membuat spekulasi, manipulasi kredit dan berlaku secara evolusi.
melabur yang meliputi kegiatan perekonomian dari Aden di selatan Jelaskan.
hinggalah ke Damsyik di utara. Saudagar yang kaya dari kalangan Bani
Umaiyyah dan Bani Makhzum dikatakan mempunyai kawasan SOALAN KLON
perdagangan khas di Najran dan Tabalah serta Taif.
Sejauh manakah
Walaupun masyarakat Arab sebelum Islam dikatakan majoriti buta huruf,
namun kelebihan kaum Quraisy mereka mampu menghasilkan karya – penentangan kaum Quraisy
karya lisan sastera berbentuk syair dan pidato secara lisan. Malah, pada
musim haji telah dianjurkan festival syair di pasar – pasar tersohor di kota membawa penghijrahan
Makkah itu. Kebiasaanya festival ini dijalankan pada bulan Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Syair –syair yang terbaik akan digantung Nabi Muhammad SAW ke
di dinding kaabah untuk tatapan khalayak. Pada zaman ini, lahir ramai
penyair dan penyajak serta pemidato seperti Amru al Qays, Zuhair, Labid, Madinah.
‘Antarah dan Tarafah. Syair dan sajak yang dinukilkan dikatakan
mengandungi nilai sastera yang tinggi dan mengandungi informasi Usaha Pengukuhan Ummah
tentang kehidupan masyarakat Arab. Malah, syair juga digunakan untuk - Pengukuhan penyatuan
menyemarakkan perjuangan di medan perang sebagaimana ketika
tentera Quraisy bertempur dengan tentera Islam dalam Perang Uhud Ansar dan Muhajirin
- Memperkasa fungsi masjid
Kabilah Quraisy mewujudkan keamanan dengan memperkenalkan bulan - al Quran dan Hadis sbg
– bulan suci. Pada bulan - bulan ini, segala konflik akan dihentikan serta
merta termasuk pergaduhan dan peperangan. Inilah antara faktor asas peraturan
menyebabkan kota ini berkembang sebagai pusat perdagangan. Selain - Penguatkuasaan Piagam
itu, keamanan kota Makkah juga dikaitkan dengan kebijaksanaan
pemimpin Quraisy mengadakan perjanjian keselamatan dengan kerajaan Madinah
Byzantine, Parsi, dan Habsyah. Moyang Nabi Muhammad, Hashim juga - Mengawasi munafik
mengadakan perjanjian yang sama dengan kabilah – kabilah Arab di - Menyingkirkan Yahudi
sekitar Semenanjung Tanah Arab, perjanjian ini juga menawarkan - Menegakkan keadilan dan
perkongsian perdagangan serta melindungi kota Makkah daripada
serangan luar. kesejahteraan sosial

Di sebalik akhlak yang buruk, terselit juga sifat terpuji dalam kalangan
masyarakat ini. Antaranya, sifat berani, lasak, menepati janji dan sumpah,
serta sentiasa membantu golongan yang memerlukan sama ada
golongan miskin mahupun anak yatim. Selain itu, mereka juga sentiasa
melayan tetamu dengan baik demi menjaga imej mereka.

Tidak dinafikan walaupun bangsa Arab sebelum Islam sering dikaitkan
dengan kemunduran dan kejahilan, namun begitu kalau diperhatikan
secara terperinci terdapat kemajuan yang dicapai oleh kaum tertentu,
sebagai contohnya kaum Quraisy di Makkah yang telah berjaya
menonjolkan nilai ketamadunan yang tinggi, maka tidak hairanlah
daripada suku kaum ini lahir pemimpin yang berwibawa termasuk Nabi
Muhammad s.a.w. yang membawa perubahan besar dalam kehidupn
masyarakat di Tanah Arab.

[email protected]/2020 6

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Bincangkan pengertian ummah dan pembentukannya di Madinah

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, penduduk
Madinah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu berbangsa Arab dan
bangsa Yahudi. Dua suku kaum utama berbangsa Arab yang mendiami kota
Madinah ialah Aus dan Khazraj, manakala kelompok Yahudi pula terbahagi
kepada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah. Apa yang pasti,
sebelum Baginda SAW sampai di Madinah, golongan Yahudi jelas
mendominasi bangsa Arab sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun
sosial sehinggalah Baginda SAW membentuk konsep masyarakat baharu
yang dikenali sebagai ummah.

Pengertian ummah dapat dilihat daripada beberapa perspektif. Dari sudut SOALAN KLON
bahasa bermaksud masyarakat atau sekumpulan manusia yang tertumpu di
sesuatu tempat. Mengikut al Quran, ummah bukan sahaja terdiri daripada Huraikan usaha Nabi
manusia malah termasuk sama golongan jin, yang terdiri daripada golongan
yang beriman dan sebaliknya. Mengikut Piagam Madinah pula, ummah Muhammad SAW
terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan Islam dan bukan Islam yang
berada di bawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan Islam mengukuhkan konsep
terdiri daripada golongan Muhajirin, iaitu golongan pendatang dan
golongan Ansar, iaitu suku kaum Aus dan Khazraj yang merupakan ummah yang dibentuk di
penduduk asal Madinah. Golongan bukan Islam pula majoritinya berbangsa
Yahudi. Madinah

Pembentukan ummah di Madinah dikaitkan dengan peristiwa penghijrahan
Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Penghijrahan ini telah meninggalkan
impak yang cukup besar, sebaik sahaja Baginda SAW sampai di Madinah,
Masjid Nabawi telah didirikan di Madinah bukan sahaja untuk memudahkan
umat Islam, malah ianya telah menjadi markas pentadbiran negara Islam,
dan yang lebih penting ialah ianya menjadi tempat penyatuan dalam
kalangan umat Islam. Masjid Nabawi yang didirikan ini merupakan masjid
yang kedua selepas Masjid Quba yang didirikan semasa perjalanan Nabi
Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Seterusnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak menyatukan masyarakat
di Madinah, umpamanya antara golongan Aus dan Khazraj yang kerap
bersengketa sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Penyatuan
ini dilakukan atas konsep persaudaraan dan penerapan iman sekaligus
menamatkan semangat assabiyah yang membelenggu masyarakat sebelum
ini. Langkah yang sama dilakukan untuk menyatukan golongan Muhajirin
dengan golongan Ansar sekaligus telah memantap dan mengukuhkan umat
Islam di Madinah.

Pembentukan ummah di Madinah dapat direalisasikan apabila Nabi
Muhammad s.a.w. telah bertindak menggubal dan menguatkuasakan
Perlembagaan Madinah pada tahun pertama Hijrah dengan
memperkenalkan istilah dan konsep ummah dalam perlembagaan bertulis
ini. Melalui konsep ummah semua warga Madinah, khususnya dalam

[email protected]/2020 7

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kalangan orang – orang Islam wajib saling menghormati antara satu sama Langkah Nabi Muhammad SAW
lain dan tidak membebani saudara seagama dengan pelbagai masalah. menyatukan masyarakat di
Malah, melalui konsep ummah ini, disebabkan golongan bukan Islam
dikategorikan sebagai ummah juga, mereka dikehendaki patuh dengan Madinah
pelbagai peraturan di samping tidak mengabaikan akan hak – hak mereka
demi menjamin keharmonian dalam negara Islam Madinah.  Mempersaudarakan Ansar

Kesimpulannya, walaupun usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dengan Muhajirin
menghadapi cabaran yang begitu getir di Makkah bagi membentuk ummah,
namun dengan kesabaran dan kecekalan Baginda SAW, konsep ummah  Menyatukan Aus dengan
telah berjaya dilaksanakan di Madinah apabila Piagam Madinah yang Khazraj
menjadi perundangan tertinggi negara telah digubal dan menjadi peraturan
kepada seluruh warga Madinah dengan memaktubkan fasal berkaitannya  Penggubalan Piagam
demi mewujudkan keharmonian masyarakat dan kestabilan politik negara
Islam Madinah. Madinah

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak menyatukan  Melaksanakan konsep,
masyarakat berbilang kaum di Madinah.
prinsip dan amalan syura
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja telah membawa kepada
pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting telah membentuk  Melaksanakan sistem
sebuah masyarakat baharu yang dikenali sebagai ummah. Perkataan ini
merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah kepemimpinan ekonomi Islam
Baginda SAW yang terdiri daripada orang – orang Islam dan bukan Islam
khususnya bangsa Yahudi yang sebelum ini menguasai urusan politik,  Mendirikan dan
ekonomi, dan sosial Madinah.
memakmurkan Masjid

Nabawi

 Mengusir golongan Yahudi

Baginda SAW bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang begitu
sebati dengan kehidupan masyarakat. Penghapusan semangat assabiyah
dalam kalangan orang Islam dihapuskan melalui konsep persaudaraan dan
penerapan iman. Implikasi dari penghapusan semangat assabiyah ini juga
telah membawa kepada penerimaan warga Madinah Nabi Muhammad kini
merupakan pemimpin tertinggi Madinah khususnya dalam kalangan Aus
dan Khazraj serta Yahudi yang selama ini tidak boleh menerima orang luar
sebagai pemimpin mereka. Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai golongan
Ansar kini menerima golongan Muhajirin sebagai saudara mereka, sehingga
sanggup mengorbankan harta demi membantu meringankan beban hidup
gologan yang berhijrah dalam keadaan sepinggang tersebut. Bukti
penghapusan semangat assabiyah ini ialah penerimaan warga Madinah
akan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara, iaitu
sesuatu di luar kebiasaan masyarakat di Tanah Arab menerima orang luar
sebagai pemimpin mereka.

Penyatuan dalam kalangan warga Madinah diperkukuhkan lagi dengan 8
penggubalan Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan
teringgi negara. Piagam yang digubal ini mengandungi 47 perkara yang
menyentuh tentang kepemimpinan, konsep ummah, tanggungjawab orang
- orang Islam, hak orang bukan Islam dan tanggungjawab bersama dalam
mempertahankan negara Islam Madinah. Berkaitan hak dan tanggungjawab
warga Madinah, semua orang Islam diwajibkan hidup saling bekerjasama

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

sekaligus merealisasikan konsep persaudaraan, manakala orang bukan SOALAN KLON
Islam pula diberikan kebebasan bersuara dan mengamalkan agama serta
adat istiadat masing – masing menunjukkan bahawa agama Islam tidak Perihalkan usaha – usaha
pernah memaksa mana - mana penganut agama lain menerima Islam Nabi Muhammad SAW
sebagai pegangan hidup. Fasal berkaitan tanggungjawab bersama menyatukan masyarakat
mempertahankan negara daripada ancaman musuh bertujuan memastikan Islam di Madinah
kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara dan kepemimpinan Nabi
Muhammad SAW sekaligus membentuk sebuah negara yang utuh dan
harmoni dalam kalangan warganya.

Seterusnya, bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah,
Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam
pemerintahan. Tujuan Baginda SAW memperkenalkan prinsip ini dalam
pemerintahan ialah bagi membolehkan semua warga Madinah terlibat
dalam pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi Muhammad bersikap
berat sebelah dan mendiskriminasikan orang – orang bukan Islam.
Keterbukaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan Baginda SAW
bukanlah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik
atau berkuasa mutlak

Pengenalan sistem ekonomi Islam juga merupakan tindakan yang dilakukan Kandungan Piagam Madinah
oleh Baginda SAW. Melalui pelaksanaan sistem ini, segala bentuk atau
amalan penindasan dihapuskan, malah ianya juga dapat menghapuskan  Sumber: wahyu dan norma
monopoli atau eksploitasi kaum Yahudi dalam kegiatan ekonomi, termasuk masyarakat
tidakan mereka melaksanakan sistem pajak gadai yang tidak
berperikemanusiaan, dengan menetapkan agar anak isteri sebagai galang  Kepemimpinan
ganti seandainya tiada lagi harta seperti tanah yang boleh dicagarkan.  Tanggungjawab orang Islam
Pengenalan dan pelaksanaan sistem ekonomi Islam yang adil ini  Hak orang bukan Islam
membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara sama rata, orang - orang  Tanggungjawab bersama
Islam diwajibkan membayar zakat dan digalakkan bersedekah bagi  Konsep ummah
membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Masalah Golongan Ansar
Seterusnya, Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan masyarakat di
Madinah ialah dengan mengenakan hukuman yang keras terhadap  Perbalahan antara Aus
golongan Yahaudi yang terang - terangan melanggar atau mencabuli dengan Khazraj
Perlembagaan Madinah. Bermula dengan Yahudi Bani Qainuqa’ yang diusir
kerana menjatuhkan maruah seorang wanita Islam di samping tindakan  Belenggu Yahudi
mereka yang memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang
Badar. Ini disusuli dengan tindakan terhadap Yahudi Bani Nadhir yang  Kekayaan jatuh ke tangan
dikenakan hukuman yang sama setahun selepas itu disebabkan Yahudi
perancangan jahat pemimpin mereka untuk membunuh Nabi Muhammad
SAW. Manakala Yahudi Bani Quraizah pula bukan sahaja diusir bahkan  Penyesuaian dengan
semua lelaki dewasa telah dijatuhkan hukuman bunuh berikutan
pengkhianatan mereka yang menyokong bala tentera Ahzab yang saudara baharu
mengepung kota Madinah. Pengusiran golongan Yahudi ini jelas
menunjukkan bahawa Baginda SAW terpaksa bebrbuat demikian bagi
menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat dalam kota Madinah,
malah paling penting ialah mewujudkan negara yang stabil disebabkan
perilaku Yahudi seumpama ini sering mengundang kegelisahan dalam
masyarakat.

[email protected]/2020 9

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Kesimpulannya kepemimpinan semulajadi yang ada pada diri Baginda SAW
merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang
saling bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah
yang stabil sekaligus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan
kesejahteraan ummah.

Jelaskan bagaimana Nabi Muhammad SAW menangani masalah –
masalah yang timbul dalam kalangan warga Madinah.

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, warga Madinah dapat Masalah Golongan Muhajirin
dibahagikan kepada kepada beberapa kelompok masyarakat, antara suku  Berhijrah dalam keadaan
Aus dan Khazraj yang mewakili bangsa Arab dan golongan Yahudi yang
terdiri daripada beberapa puak utama seperti Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, sehelai sepinggang
dan Bani Quraizah. Tidak dinafikan Nabi Muhammad SAW berhadapan  Diburu oleh musyrikin
dengan tugasan besar menangani dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan ditimbulkan oleh warga Madinah sebaik sahaja dilantik Makkah
sebagai pemimpin tertinggi sama ada masalah yang timbul dalam kalangan
umat mahupun bukan Islam. Masalah Yahudi
 Menguasai politik dan
Bagi menangani masalah Aus dan Khazraj, tindakan Baginda SAW ialah
dengan menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu mereka ekonomi Madinah
sebelum ini. Fahaman ini jelas mengundang banyak kesan negatif,  Memecahbelahkan penduduk
disebabkan perkara kecil, akan berlaku perbalahan sehingga membawa
kepada peperangan dan pembunuhan, sekaligus mendedahkan akan MadinahMenjadi kewajipan
kelemahan bangsa Arab ini. Keadaan diburukkan lagi apabila golongan warga Madinah
Yahudi sering melaga – lagakan antara Aus dan Khazraj agar tidak berlaku mempertahan negara
perpaduan dalam kalangan bangsa Arab yang boleh mengugat pengaruh daripada ancaman musuh
dan kedudukannya di Madinah. Sehubungan dengan itu, Nabi Muhammad
SAW telah memperkenalkan konsep persaudaraan berdasarkan ikatan Larangan mengadakan apa –
akidah dan menerapkan iman dalam kalangan Aus dan Khazraj bagi apa perjanjian dengan musuh
mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara mereka dan
secara tidak langsung akan menguatkan kedudukan mereka di kota Setiap warga negara
Madinah digalakkan menyertai tentera
ketika ekspedisi ( sukarela )

Konsep dan semangat persaudaraan ini dipraktikkan lagi dalam kalangan
umat Islam apabila Baginda SAW menggunakannya bagi membantu
golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang
ekoran penghijrahan ke Madinah dalam keadaan tergesa – gesa. Melalui
konsep persaudaraan, golongan Ansar sedia menghulurkan apa jua bantuan
kepada saudara seagama mereka, ada yang memberikan bantuan tempat
tinggal, pakaian, modal untuk memulakan perniagaan sebagaimana Abdu
Rahman bin Auf. Malah ada dalam kalangan golongan Ansar yang sanggup
menceraikan isteri – isteri mereka agar harta yang dimiliki oleh para isteri itu
dapat diwarisi oleh saudara seagama dalam kalangan golongan Muhajirin.
Penyatuan Ansar dan Muhajirin ini juga menggambarkan fahaman
assabiyah yang dianuti kini kian pudar dan mulai terhakis.

[email protected]/2020 10

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 11

Penggubalan Perlembagaan Madinah menambahkan lagi kekuatan dan
ikatan persaudaraan dalam kalangan warga Madinah. Dalam Piagam
Madinah, termaktub fasal yang menyentuh tanggungjawab orang – orang
Islam, setiap warga Madinah wajib menghormati dan saling bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan seandainya saudara
seagama berhadapan dengan masalah. Fasal ini jelas memberikan
gambaran bahawa Nabi Muhammad SAW berhasrat umat Islam
menghayati konsep ukhwah Islamiyyah dan membentuk sebuah masyarakat
baharu yang berpaksikan akidah dan akhlak amal makruf nahi mungkar
yang pastinya mampu menyelesaikan masalah politik, ekonomi, dan sosial
dalam kalangan umat Islam.

Berhubung dengan masalah Yahudi, tidak dinafikan golongan ini umpama
duri dalam daging dalam kalangan warga Madinah. Kedatangan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah menyebabkan kedudukan politik dan
ekonomi mereka kini tergugat. Sehubungan dengan itu, pelbagai provokasi
yang ditimbulkan bagi melemahkan umat Islam sama ada dari segi agama
mahupun politik. Bagi memastikan golongan Yahudi memberikan kesetiaan
terhadap negara Islam Madinah, Baginda SAW meletakkan fasal kewajipan
bersama mempertahankan negara seandainya negara Islam diancam oleh
musuh. Selain itu, golongan bukan Islam khususnya puak Yahudi ini dilarang
mengadakan apa – apa perjanjian atau pakatan dengan musuh Islam tanpa
pengetahua Rasulullah SAW. Keengganan mematuhi fasal ini boleh
menyebabkan tindakan tegas digunakan.

Keengganan Yahudi mematuhi fasal inilah menyebabkan Baginda SAW
bertindak mengusir golongan Yahudi daripada bumi Madinah. Yahudi Bani
Qainuqa’ diusir disebabkan tingkahlaku mereka yang tidak menghormati
kaum lain khususnya umat Islam, buktinya mereka telah bertindak
mengaibkan maruah seorang wanita Islam, malah keberanian golongan
Yahudi terserlah apabila memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam
Perang Badar, menyebabkan Baginda SAW mengarahkan perkampungan
mereka dikepung dan diarahkan keluar daripada kota Madinah. Begitu juga
dengan Yahudi Bani Nadhir, golongan ini diusir kerana adanya komplot
untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dengan Yahudi Bani
Quraizah, tindakan mereka bersekutu dengan tentera Ahzab yang
mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak telah mengundang
padah. Perbicaraan salahlaku golongan ini telah membawa kepada
hukuman yang lebih keras, semua lelaki dewasa telah dijatuhkan hukuman
bunuh, manakala kanak – kanak dan wanita dikehendaki keluar dari kota
Madinah.

Nabi Muhammad SAW telah menggunakan kewibawaannya sebagai
pemimpin politik bagi menangani masalah yang dihadapi oleh warga
Madinah yang berbilang bangsa dan agama. Kebijaksanaan Baginda SAW
menangani masalah ini ternyata telah menyumbang kepada kewujudan
negara yang stabil dan masyarakat yang saling menghormati sekaligus
mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadi role model kepada generasi
masa hadapan.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Bincangkan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman
Khulafa al Rasyidin.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, era pemerintahan negara dan Tada lagi penggunaan istilah
umat Islam kini diterajui oleh para khalifah bermula dengan Khalifah Abu Muhajirin dan Ansar selepas
Bakar al Siddiq diikuti oleh Umar al Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin kewafatan Nabi Muhammad
Abi Talib selama 29 tahun. Sepanjang era pemerintahan kerajaan ini, bukan
sahaja agama Islam tersebar meluas bahkan kini agama Islam kini dianuti
oleh pelbagai bangsa sehingga wujud kelompok – kelompok baharu di
dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab

Pada zaman Khulafa al Rasyidin, golongan Arab merupakan golongan
majoriti dan paling berpengaruh. Golongan ini merupakan tunjang kepada
kekuatan dan aset yang bernilai dalam pentadbiran kerajaan ini. Buktinya,
para khalifah terdiri daripada bangsa Arab, bermula dengan Abu Bakar,
diikuti oleh Umar al Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Begitu
juga dengan jawatan gabenor dan pegawai kerajaan lain juga diisi oleh
individu – individu berbangsa Arab umpamanya, Khalid al Walid, Ikrimah
bin Abi Jahal, Abu Ubaidah al Jarrah, Saad bin Abi Waqqas dan lain – lain.
Golongan ini merupakan golongan yang diidentitikan sebagai golongan
Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad SAW

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, muncul golongan yang
dikenali sebagai al Riddah merupakan suatu cabaran kepada Khalifah Abu
Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda SAW,
memandangkan golongan ini bertindak sebagai golongan antikerajaan dan
ajaran Islam. Golongan ini dibahagikan kepada golongan nabi palsu, enggan
membayar zakat, dan murtad, muncul seperti Yaman, Yamamah, Bahrain,
Oman dan sebagainya. Kemunculan golongan ini adalah disebabkan
ketidakfahaman terhadap ajaran Islam, muncul semula semangat assabiyah
dan enggan menandingi populariti Nabi Muhammad SAW. Golongan ini
berjaya dihapuskan melalui tindakan ketenteraan berikutan usaha menerusi
kaedah diplomasi menemui jalan buntu.

Golongan Mawali pula merupakan golongan bukan Arab yang menerima
agama Islam, golongan ini muncul akibat kempen pendakwahan serta
ketenteraan yang dijalankan khususnya zaman Khalifah Umar al Khattab,
golongan ini diberikan hak sebagaimana berbangsa Arab termasuk jawatan
– jawatan penting serta dikecualikan cukai jizyah, contoh golongan ini ialah
bangsa Barbar di utara Afrika pada zaman Khalifah Uthman dan kaum Qibti
di Mesir khususnya zaman Khalifah Umar al Khattab. Kemunculan golongan
ini semakin bertambah ekoran kejayaan demi kejayaan ekspedisi
peperangan sebagaimana yang dinyatakan.

Selepas kejayaan menguasai wilayah di Iraq, Syam, dan Mesir, Khalifah Umar 12
al Khattab telah menyerahkan wilayah – wilayah ini untuk ditadbir kepada
golongan yang dikenali sebagai golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini
berperanan sebagai pemegang amanah dan dipertanggungjawab mengutip
cukai – cukai seperti jizyah dan kharaj untuk manfaat negara dan umat Islam,

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

antara golongan ini ialah Bani Syaiban di bawah pimpinan al Asytar bin
Malik. Jumlah golongan Ahl al Ayyam dikatakan mencecah 12 000 orang,
antara pemimpin mereka ialah al Asytar, Malik Bin Harith, Hijr bin Adi al
Kindi, dan Yazid bin Qais. Golongan ini juga terdiri daripada suku Arab yang
kecil seperti Bani Syaiban.

Golongan al Qurra juga muncul pada zaman pemerintahan kerajaan ini,
berasal daripada golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakan antara
kedua – duanya ialah golongan ini tidak pernah terlibat tatkala peristiwa al
Riddah. Namun begitu, pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan, golongan ini dikatakan telah memberontak terhadap dasar Khalifah
Uthman dan dikatakan bertanggungjawab terhadap Khalifah Uthman.
Golongan ini telah memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi
Talib terutama dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, selepas berakhirnya
Perang Jamal, golongan ini berpaling tadah dengan menentang Khalifah Ali;
dan dikenali sebagai golongan Khawarij.

Golongan Khawarij muncul berikutan tidak puas hati atas tindakan Khalifah
Ali yang menerima perjanjian damai yang dikenali sebagai Peristiwa Tahkim
ketika tentera Khalifah Ali bertempur dengan tentera Muawiyyah bin Abu
Sufyan. Golongan ini bertindak ekstrim termasuk mengsiytiharkan halal
membunuh individu yang menolak perjuangannya, dilemahkan oleh
Khalifah Ali dalam pertempuran di Nihawan. Malah, individu daripada
golongan inilah, Abdul Rahman bin Maljam yang bertanggungjawab
membunuh Khalifah Ali dan menamatkan pemerintahan kerajaan Khulafa al
Rasyidin.

Kemunculan pelbagai golongan baharu dalam masyarakat Islam
mencerminkan bahawa agama Islam ini bersifat universal, sesuai untuk
semua masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan sempadan negara.
Pun begitu, di sebalik perkembangan agama Islam ini, kemunculan
golongan baharu telah menimbulkan konflik dengan pihak pemerintah
disebabkan politik yang diamalkan tidak sehaluan dengan mereka anuti
sehingga berlakunya perang saudara atau pertumpahan sesama umat Islam
bermula dengan Perang Jamal diikuti dengan Perang Siffin.

Bincangkan peranan Piagam Madinah pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w.

Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja berlaku Nabi Muhammmad SOALAN KLON faktor
s.a.w. berjaya mendirikan negara Islam pada tahun 1 H. Perlembagaan atau Piagam
piagam ini merupakan undang – undang bertulis pertama, dan ianya Bincangkan
mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan untuk orang – orang Islam, penggubalan
manakala yang selebihnya dikhasnya kepada orang – orang bukan Islam. Madinah
Perlembagaan yang bersumberkan wahyu ini mengandungi beberapa
perkara, antaranya berkaitan dengan kepemimpinan negara, hak dan
tanggungjawab orang – orang Islam dan orang orang bukan Islam serta
tanggungjawab bersama warga Madinah mempertahankan keselamatan
dan kedaulatan negara..

[email protected]/2020 13

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Antara peranan Piagam Madinah yang dapat dikenalpasti ialah ianya Kandungan Utama Piagam
menjadi asas kepada penyelesaian masalah yang ditimbulkan oleh warga
Madinah, umpamanya dalam menangani masalah sosial dan ekonomi umat - Kepemimpinan
Islam khususnya dalam kalangan golongan Muhajirin, melalui peruntukan - Tanggungjawab Orang
yang terdapat dalam piagam ini adalah menjadi tanggungjawab sesama
umat Islam meringan beban dan penderitaan saudara seagama mereka. Islam
Dalam konteks ini, jelaslah golongan Ansar telah bertindak membantu - Konsep Ummah
golongan Muhajirin dengan pelbagai cara sama ada menyediakan tempat - Hak Orang Bukan Islam
tinggal, menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, malah ada yang - Tanggungjawab Bersama
sanggup menceraikan isteri – isteri agar harta yang ditinggalkan dapat
diwarisi oleh saudara seagama kelak.

Seterusnya, peranan Piagam Madinah ialah menjadi sumber perundangan
tertinggi negara. Hal ini disebabkan teras perlembagaan ini ialah al Quran
dan Hadis, maka sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah, Nabi
Muhammad s.a.w. telah memanfaatkan perlembagaan ini bagi membentuk
dan melaksanakan pemerintahan yang adil, telus, amanah dan sebagainya.
Malah, melalui perlembagaan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak
tegas terhadap golongan Yahudi yang mengkhianati umat dan negara Islam
dengan mengusir satu persatu golongan Yahudi bermula dengan Bani
Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah

Selain itu, piagam ini digubal bagi memastikan kedaulatan negara Islam Piagam Madinah merupakan
terutamanya mengelak ancaman dan pencerobohan musuh. Semua warga
Madinah tanpa mengira agama dan bangsa wajib mempertahankan negara sistem perundangan tertinggi
seandainya diancam oleh musuh. Setiap warga Madinah dilarang
mengadakan apa – apa perjanjian baik secara sulit mahupun secara terbuka negara
dengan pihak tertentu tanpa merujuk Nabi Muhammad s.a.w. Bagi orang –
orang Islam pula, mereka disaran menyertai angkatan tentera disebabkan  Bersifat menyeluruh
ianya terangkum dalam konsep jihad iaitu sesuatu yang amat mahal  Bersumberkan wahyu
harganya andainya gugur di medan perjuangan. Selain kedaulatan negara
dapat dipertahankan, kandungan akan kewajipan bersama mempertahanka  Tidak mengetepikan norma
negara ini dapat mengukur sejauh mana kesetiaan warga Madinah terhadap
negara dan kepemimpinan Nabi Muhammad SAW. masyarakat

Perlembagaan Madinah juga berfungsi mengawal perilaku serta tindak  Menyentuh hal
tanduk masyarakat. Melalui penggubalan piagam ini adalah menjadi
harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat membentuk masyarakat yang kepemimpinan
berdisiplin serta saling bekerjasama sekaligus membentuk masyarakat yang
harmoni. Malah, piagam yang digubal ini bagi menghapuskan sikap curiga  Menyentuh tanggungjawab
– mencurigai, hasut – menghasut sehingga mengundang perpecahan dan warga Madinah
ketiakstabilan politik negara Islam Madinah. Tidak kurang pentingnya,
melalui piagam ini juga, amalan semangat assabiyah yang sering  Menngandungi hak – hak
mengundang perpecahan dihapuskan sebaliknya digantikan dengan
konsep ummah yang mengandungi tiga elemen penting iaitu persaudaraan, warga Madinah
persamaan taraf dan prinsip amal makruf nahi mungkar dengan terasnya
akidah iaitu mentauhidkan Allah Yang Esa. Pemberian hak kepada
golongan bukan Islam seperti:
 Kebebasan bersuara
 Kebebasan beragama

Mencerminkan keadilan

pemerintahan Nabi Muhamma

Perlembagaan Madinah yang digubal dan dikuatkuasakan ini juga secara
tidak langsung telah membawa kepada pengiktirafan akan kepemimpinan

[email protected]/2020 14

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bukan sahaja diterima oleh umat
Islam sebagai pemimpin tertinggi, malah orang bukan Islam khususnya
Yahudi pun akur dengan ketetapan fasal ini. Pun begitu, Nabi Muhammad
SAW bukanlah pemimpin yang mengamalkan pemrintahan kuasa mutlak
atau diktator, sebaliknya Baginda SAW telah memaparkan kewibawaan
dengan memberikan ruang dan peluang kepada warga Madinah terlibat
dalam pentadbiran dengan memperkenalkan prinsip dan amalan syura
dalam pemerintahan. Malah, Baginda SAW masih mengekalkan peranan
ketua setiap kabilah, dan diberikan kebebasan meyelesaikan sebarang
permasalahan dalam kabilah masing - masing selagi mampu.

Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Piagam Madinah ini telah
dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dengan masyarakat yang
saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Malah, dengan
penggubalan perlembagaan ini, ianya telah menyerlahkan bakat
kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
Baginda s.a.w. dianggap negarawan yang ulung.

Huraikan ciri - ciri kepemimpinan yang terdapat pada Nabi
Muhammad s.a.w. sepanjang pemerintahannya di Madinah.

Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin negara Islam Madinah Ciri – Ciri Kepemimpinan
sejurus sesampainya Baginda SAW di kota Madinah. Kepemimpinan Nabi
Baginda SAW ini sebenarnya telah terserlah sebelum kerasulan lagi, ini
dibuktikan apabila Nabi Muhammad SAW berjaya menyelesaikan pertikaian - Bijaksana
dalam kalangan kaum Quraisy berhuung dengan isu perletakan Batu Hajar - Adil
Aswad ke tempat asalnya. Daya kepemimpinan Baginda SAW yang hebat di - Berani
Madinah menyebabkan Baginda SAW menerima pelbagai jolokan seperti - Tegas
pemimpin politik, penyatu masyarakat, panglimaperang, perancang - Bertolak ansur
ekonomi dan lain - lain. - Berpandangan jauh

Keberanian memimpin angkatan tentera telah menyerlahkan
kepemimpinannya. Hal ini dibuktikan ketika Perang Badar, Baginda SAW
telah mengetuai 313 orang tentera Islam bagi menghadapi tentera Quraisy.
Bagitu juga dengan peperangan - peperangan lain seperti Perang Uhud,
Perang Khandak dan pembukaan kota Makkah ( Fath Makkah ) pada tahun
8 H. Sebagai panglima perang, Baginda SAW telah menerapkan semangat
jihad bagi menyemarakkan perjuangan mempertahankan agama, negara
dan maruah diri. Penerapan semangat jihad dalam perjuangan merupakan
suatu suntikan psikologi yang banyak membantu kemenangan umat Islam
dalam menghadapi ancaman musuh khususnya di medan perang. Baginda
SAW juga berani bertindak dengan menghantar utusan dakwah luar
daripada Madinah termasuk Parsi dan Rom bagi memastikan agama Islam
tersebar luas di samping mendapat pengiktirafan daripada kerajaan atau
kabilah - kabilah lain. Sifat keberanian ini menunjukkan Baginda SAW bukan
sahaja pendakwah yang tegar malah pemimpin negara yang berpandangan
jauh.
Seterusnya, ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dapat dilihat akan
kebijaksanaan Baginda SAW menguruskan atau mengendalikan

[email protected]/2020 15

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pentadbiran negara Islam. Hal ini terbukti dengan tindakan Baginda SAW Dasar – dasar yang dijalankan
menggubal dan menguatkuasakan Piagam Madinah yang dijadikan sistem seperti dasar ekonomi, dasar
perundangan tertinggi negara Islam Madinah. Melalui Piagam Madinah ketenteraan dan sosial serta
juga, segala permasalahan dalam kalangan warga Madinah dapat dileraikan hubungan diplomatic boleh
bagi mewujudkan kestabilan politik negara Islam Madinah dan menjamin dikaitkan dengan pentadbiran
kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di sana. Permasalahan golongan kerajaan Islam Madinah zaman
Muhajirin diselesaikan melalui persaudaaan dengan golongan Ansar, Nabi Muhammad SAW
manakala bagi golongan bukan Islam khususnya bangsa Yahudi, mereka
tetap diberikan kebebasan bersuara, bergerak, dan mengamalkan agama
dan adat mereka selagi tidak menggugat ketenteraman negara. Begitu juga
di medan perang, kebijaksanaan Baginda SAW terserlah dengan
menggunakan pelbagai strategi dan taktik dalam menghadapi musuh;
bersesuaian siapa yang dihadapi dan lokasi, umpamanya dalam Perang
Uhud tentera pemanah ditempatkan di atas Bukit Uhud, manakala ketika
Perang Khandak, Baginda SAW menggunakan strategi bertahan sementara
dalam Perang Taif dan Fath Makkah, tentera Islam menggunakan kaedah
pengepungan dan melancarkan serangan bertubi - tubi.

Kepemimpinan Baginda SAW juga dapat dilihat dengan sifat toleransi dan Aspek negara Islam
adil yang dimiliki. Sifat tolak ansur sebagai pemimpin negara dapat dilihat
dengan tindakan Baginda SAW yang tidak bertindak keras terhadap  Pemimpin tertinggi
tawanan - tawanan perang, umpamanya tawanan Perang Badar dikenakan  Syura
syarat tebusan diri sekiranya ingin bebas, bukannya memaksa mereka  Pusat pentadbiran
menerima agama Islam. Begitu juga ketika pembukaan Makkah, Baginda  Birokrasi
SAW tidak mengenakan hukuman keras kecuali terhadap beberapa individu  Pentadbiran wilayah
berbahaya. Keadilan Baginda SAW ini juga dapat dilihat dengan tindakannya  Pengurusan ketenteraan
yang memperkenalkan sistem ekonomi baharu yang adil dan saksama  Pengurusan ekonomi
sekaligus menghapuskan ekonomi jahiliyah yang bersifat penindasan.  Hubungan diplomatik
Malah, dengan pelaksanaan sistem ekonomi Islam, monopoli atau
eksploitasi golonga Yahudi di Madinah turut ditamatkan. Hal ini jelas
menunjukkan Nabi Muhammad SAW merupakan pemikir dan perancang
sistem ekonomi. Begitu juga dengan tindakan Baginda SAW yg
meninggikan martabat kaum wanita, juga menyerlahkan Nabi Muhammad
SAW merupakan pemimin yang memiliki ciri kepemimpinan unggul.

Pun begitu, di sebalik dasar tolak ansur yang dipraktikkan, Nabi Muhammad SOALAN KLON
SAW juga memaparkan sifat tegas terhadap musuh. Ini jelas apabila Baginda
SAW telah mengenakan hukuman yang keras terhadap pengkhianat negara Huraikan usaha Nabi
atau mana - mana pihak serta kabilah yang melanggarkan perjanjian
Perlembagaan Madinah. Dalam konteks ini, golongan Yahudi telah satu Muhammad SAW
persatu diusir daripada bumi Madinah kerana pengkhianatan mereka
terhadap kepemimpinan Rasulullah SAW dan negara Islam Madinah. Yahudi membentuk struktur
Bani Qainuqa’ telah diusir kerana tindakan mereka yang mengaibkan
seorang wanita Islam di samping sikap mereka yang memperlekehkan kerajaan yang sistematik.
kemenangan tentera Islam dalam Peperangan Badar. Sementara Yahudi
Bagi Nadhir pula dikenakan hukuman yang sama kerana ada usaha dalam
pemimpin mereka yang merancang membunuh Baginda SAW. Manakala
Yahudi Bani Quraizah dkenakan hukuman yang lebih tegas kerana tidak
mengambil iktibar akan peristiwa yang menimpa dua puak sebelum itu.
Tindakan mereka yang berkospirasi dengan bala tentera Ahzab yang

[email protected]/2020 16

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 17

menyerang Madinah pada tahun 5 H, telah membawa kepada hukuman
bunuh ke atas semua lelaki dewasa, namun bersesuaian dengan etika dalam
perang yang dianjurkan wanita dan kanak- kanak dibebaskan, dan
diarahkan daripada kota Madinah dengan sejumlah harta ( muat seekor
unta atau kuda ).

Kesimpulannya, ciri kemimpinan yang dimiliki oleh Nbai Muhammad SAW
seperyi nijak, berani, adil, tolak ansur dan tegas ini menggambarkan akan
kehebatan Baginda SAW bukan sahaja sebagai pemimpin negara, malah
bertindak sebagai pemimpin masyarakat, pendakwah, panglima perang,
dan perancang ekonomi. Kepemimpinan Baginda SAW sebeginilah
menyebabkan Nabi Muhammad SAW telah diangkat atau menerima
jolokan sebagai negarawan Islam yang unggul sepanjang pemerintahannya
dan menjadi suri teladan kepada pemimpin atau generasi seterusnya seperti
al Fateh di Turki dan Salehuddin al Ayyubi di Mesir.

Huraikan peranan Nabi Muhammad SAW sehingga mendapat
jolokan negarawan di Madinah.

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang
diutuskan oleh Allah s.w.t.. untuk memimpin umat manusia ke jalan yang
benar bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Ketika Baginda berusia
40 tahun, Baginda SAW telah menerima wahyu yang pertama, iaitu Surah al
Alaq yang menandakan pengiktirafan baginda sebagai seorang Nabi diikuti
turunnya Surah al Mudathir yang menandakan rasminya tugas baginda
sebagai Nabi dan Rasul. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke kota
Madinah, yang bermakna bermulalah tugas Baginda SAW sebagai
pemimpin negara. Kehebatan Baginda SAW menguruskan pentadbiran
negara Islam jelas apabila Baginda SAW dianggap negarawan apabila
berjaya dalam tugasannya sebagai pemimpin masyarakat, pemimpin
negara, perancang ekonomi, panglima tentera, pendakwah dan sebagainya.

Sebagai pemimpin masyarakat, kewibawaan Rasulullah SAW terserlah
dengan kemampuan Baginda SAW menyatupadukan masyarakat Madinah
yang pelbagai kaum bangsa dan agama dan memperkenalkan konsep
ummah turut menjadi bukti kehebatannya, di kalangan orang – orang Islam
mereka dipersaudarakan , manakala orang – orang bukan Islam pula terikat
dengan Perlembagaan Madinah. Kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW
mengalami perubahan yang mendadak sekiranya pada zaman Jahiliyah,
golongan wanita dipandang hina serta menjadi alat pemuas hawa nafsu
semata – mata, pada era permulaan dan kebangkitan Islam, golongan
wanita telah diberikan hak yang bersesuaian, termasuk hak berpolitik seperti
menyuarakan pandangan dan sebagainya.

Sebagai pemimpin politik Baginda SAW kini diiktiraf sebagai ketua negara
Islam Madinah bagi memimpin seterusnya menyelesaikan masalah yang
didapai oleh masyarakat yang pelbagai kaum. Kehebatan Baginda SAW
sebagai pemimpin politik semakin terserlah apabila berjaya menggubal
Sahifah Madinah yang berpandukan al Quran dan al Hadis. Melalui

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Perlembagaan Madinah, Baginda SAW telah berjaya menyelesaikan masalah
– masalah yang ditimbulkan oleh golongan Yahudi , misalnya menghentikan
tindakan mereka melaga – lagakan orang – orang Arab serta berusaha
berkuasa di kota Madinah. Baginda SAW telah berusaha menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara – negara lain baik di dalam ataupun
di luar Semenanjung Tanah Arab. Perutusan yang dihantar bukan sekadar
untuk menjalinkan hubungan politik, bahkan ia turut berusaha
memperkenalkan Islam, misalnya dihantar ke Parsi, Rom, Habsyah, dan
sebagainya.

Selepas berhijrah ke Madinah, dasar politik Rasulullah SAW turut berubah Dasar Politik Nabi Muhammad
terhadap musuh – musuh Islam khususnya kaum Quraisy di Makkah.
Sekiranya sebelum berhijrah Baginda SAW hanya bersabar serta bersikap - Memperkenalkan prinsip dan
defensif, namun selepas berhijrah dengan penubuhan negara Islam, segala
bentuk penentangan atau kekerasan akan dibalas juga dengan kekerasan. amalan syura
Oleh sebab itulah, telah berlaku beberapa siri peperangan antara umat Islam
dengan Quraisy misalnya Perang Badar, Uhud, dan Ahzab. Begitu juga - Menggubal Piagam Madinah
dengan orang Yahudi yang khianat, Rasulullah SAW terpaksa bertegas
memerangi serta menghalau mereka dari bumi Madinah . - Melaksanakan hubungan

Kehebatan Baginda SAW dalam bidang ketenteraan dapat dilihat peranan diplomatik
Baginda SAW sebagai pemimpin tertinggi di medan perang. Sepanjang
penglibatan umat Islam dalam peperangan, Baginda SAW akan mengetuai - Mewujudkan struktur
sesuatu peperangan, contohnya Perang Badar, Perang Uhud dan juga
Perang Ahzab. Segala arahan sama ada menyerang ataupun bertahan pentadbiran sistematik
ataupun mengadakan perjanjian dengan pihak musuh berada di tangan
Baginda SAW. Kehebatan sebagai perancang strategi menggambarkan - Menerapkan konsep jihad
Baginda SAW sebagai negarawan yang unggul. Bukti kecekapannya dapat
dilihat sewaktu Perang Badar, Baginda SAW mengarahkan tentera Islam dalam perjuangan
menguasai tempat strategik, iaitu kawasan punca bekalan air, manakala
dalam Perang Uhud, Baginda SAW mengarahkan tentera Islam berada di Dasar Ekonomi Nabi
atas Bukit Uhud bagi menghujani panah ke arah musuh.
Muhammad
Rasulullah SAW memperkenalkan sistem atau dasar ekonomi Islam yang adil
yang berteraskan syariah. Matlamat sistem ekonomi Islam ini adalah tidak - Memperkenalkan sistem
lain untuk mengagihkan kekeyaan secara sama rata dan adil baik di
kalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Ini berbeza dengan sistem ekonomi Islam
ekonomi Jahiliyah yang mementingkan kepentingan individu serta
bermatlamatkan keuntungan semata – mata. Sebagai perancang ekonomi, - Memperkenalkan sistem
Baginda SAW berjaya membangunkan ekonomi umat Islam, berjaya
memulihkan ekonomi umat Islam khususnya golongan Muhajirin yang cukai
berhijrah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang. Melalui konsep
persaudaraan serta galakan bekerja, dengan bantuan golongan beberapa - Mewajibkan zakat ( agihan
sahabat telah muncul sebagai tokoh perniagaan yang berjaya seperti Abdul
Rahman bin Auf. Pelaksanaan sistem ekonomi ini menamatkan eksploitasi kekayaan )
Yahudi dalam kegiatan ekonomi yang memperkenalkan sistem pajak gadai
yang zalim serta mengamalkan amalan riba demi meraih keuntungan yang - Menggalakkan aktiviti
tinggi.
Bukti Baginda SAW sebagai pemimpin agama ialah kemampuannya perniagaan dan pertanian
menyebarkan agama melalui seruan serta penghantaran utusan sebagai
Dasar Sosial Nabi Muhammad
- Mneghapuskan semangat

assabiyah
- Mewujudkan keadilan social
- Memperkenalkan konsep

ummah
- Memartabat kaum wanita

[email protected]/2020 18

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pendakwah untuk memperkenalkan Islam kepada dunia luar. Meskipun ada
utusan dihina serta dibunuh Baginda SAW tidak pernah berputus asa
berdakwah. Berpandukan al Quran, Baginda SAW telah menjelaskan
pelbagai aspek sama ada dalam soal ibadat, kekeluargaan, jinayat, siasah,
dan sebagainya. Segala hukum hakam yang terdapat dalam al Quran telah
dijadikan asas atau landasan dalam pelaksanaan dasar - dasar negara, dan
segala teori akan disertai dengan perlakuan Baginda SAW agar difahami
oleh umat Islam khasnya serta menjadi contoh dan teladan kepada umat
manusia seluruhnya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah SAW yang
diutuskan kepada umat manusia bukan sahaja berperanan sebagai Nabi dan
Rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar bahkan Baginda
s.a.w. boleh dianggap sebagi role model dalam semua aspek sama ada dari
segi politik, ketenteraan, ekonomi, kekeluargaan, agama dan sebagainya.

Galurkan pembentukan institusi khalifah dalam sistem
pemerintahan kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW.

Peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW merupakan sesuatu yang tidak Kriteria Seseorang Khalifah
dijangkakan, apatah Baginda SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat - Islam
menyebabkna umat Islam kini berada dalam dilema dalam menangani isu - Lelaki
ini. Kewafatan Nabi Muhammad SAW sesungguhnya telah meninggalkan - Merdeka
beberapa persoalan kepada umat Islam, antara benarkah Nabi Muhammad - Sihat fizikal dan mental
SAW wafat?, dimanakah perlu dimakamkan Baginda SAW, dan yang paling
besar siapakah yang bakal menerajui kepemimpinan negara Islam selepas - Adil
ini? - Hebat bersiasah

Ketika golongan Muhajirin sibuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW, Tokoh Khalifah
golongan Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Saidah bagi
membincangkan kekosongan isu kepemimpinan negara Islam Madinah.  Abu Bakar: Penyelamat
Dalam hal ini, kaum Khazraj berhasrat melantik pemimpin daripada Negara dan Umat Islam
kalangan mereka iaitu Saad bin Ubadah mengisi jawatan tersebut dengan
alasan Saad merupakan individu terawal yang menerima Islam serta banyak
mengorbankan kekayaannya bagi membantu golongan Muhajirin. Malah,
Saad bin Ubadah pernah bersama Saad bin Muaz dipilih oleh Nabi
Muhammad SAW bagi menangani isu pengkhianatan golongan Yahudi Bani
Quraizah. Selain itu, Saad bin Ubadah juga merupakan individu yang sering
dipertanggungjawabkan memegang panji bagi pihak Ansar dalam
perjuangan di medan perang serta pernah mengetuai tentera Islam ketika
peristiwa Fath Makkah pada tahun 8 H.

Golongan Ansar merasakan diri mereka berhak memimpin umat Islam  Umar al Khattab: Melaksana
memandangkan merekalah yang bertanggungjawab menghulurkan Reformasi
bantuan pada saat Rasululla SAW dan umat Islam ditindas oleh orang –
orang kafir Quraisy Makkah. Bagi orang – orang Muhajirin, tindakan  Umar Abdul Aziz: Khalifah
golongan Ansar ini amat mengejutkan kerana mereka juga mempunyai Bani Umaiyah paling adil
pandangan serta calon yang tersendiri, umpamanya Umar al Khattab, Abu

[email protected]/2020 19

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Ubaidah al Jarrah, dan juga Abu Bakar al Siddiq serta Ali bin Abu Talib.
Golongan Muhajirin bertindak membantah tindakan golongan Ansar
tersebut. Dalam keadaan yang kalut itu, ada di kalangan sahabat iaitu
Hubbab al Mundhir mencadangkan agar dipilih dua orang khalifah, namun
ditolak oleh Abu Bakar sebaliknya menyatakan golongan Muhajirin sebagai
pemimpin ( umara’ ), sementara golongan Ansar sebagai pembantu
( wuzara’ ).

Dalam pada itu, Sayyidina Abu Bakar telah mengemukakan beberapa hujah Kaedah Pemilihan Khalifah
yang penting, antaranya ialah sewajarnya khalifah dari kalangan kaum Zaman Khu al Rasyidin
Quraisy kerana suku kaum ini sememangnya terkenal dengan bakat - Perundingan
kepemimpinan semulajadi umpamanya Abdul Mutalib, Abu Sufyan malahan - Wasiat Khalifah Terdahuu
Rasulullah s.a.w. sendiri. Hujah yang paling penting dikemukakan oleh - Pemesyuaratan
Sayyidina Abu Bakar ialah kebimbangannya berulang kembali perbalahan - Desakan
atau perang saudara antara golongan Aus dan Khazraj seandainya salah
seorang dari pemimpin kaum berkenaan dipilih. Oleh sebab itu, sahabat Pengesahan perlantikan
akrab Nabi Muhammad SAW ini mencadangkan agar Umar al Khattab atau
Abu Ubaidah dilantik sebagai khalifah. seseorang khalifah selepas

Sebelum mereka membuat apa – apa keputusan tiba – tiba Umar al Khattab berlakunya baiah
mengangkat tangan Abu Bakar dan membaiahnya dengan alasan Abu Bakar
merupakan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. dan pernah
dilantik oleh Rasulullah s.a.w. mengetuai solat jemaah tatkala Baginda s.a.w.
uzur. Tindakan Umar ini diikuti oleh peserta – peserta lain di Saqifah Bani
Saidah yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar termasuk Saad bin Ubadah
dan Ali bin Abi Talib.

Perlantikan Abu Bakar al Siddiq sebenarnya bukan sahaja dapat
menyelesaikan krisis kepemimpinan yang dihadapi oleh umat Islam, bahkan
kesan yang paling besar dengan perlantikan Abu Bakar ini, negara Islam
terus unggul dan sistem pemerintahan berkhalifah berkekalan sehingga
tahun 1900-an , apabila Kerajaan Turki Uthmaniyah dijatuhkan oleh regim
Barat di bawah pimpinan Mustapha Kamal Atarturk.

Bincangkan peranan khalifah dalam institusi pemerintahan kerajaan
Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin

Perkataan khalifah dari sudut bahasa bermaksud pengganti, dalam konteks
pemerintahan atau siasah pula ialah pengganti kepada Nabi Muhammad
SAW bagi mengetuai negara dan umat Islam di Madinah. Institusi ini
diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, dan Abu Bakar al
Siddiq merupakan individu pertama yang memikul tanggungjawab dan
amanah ini. Individu – individu yang mengisi jawatan khalifah harus
memiliki dan memenuhi kriteria seperti beragama Islam, lelaki, baligh,
merdeka, sihat tubuh badan dan akal, bijak berpolitik, dan adil. Sepanjang
pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin, terdapat tiga orang lagi khalifah
selain Abu Bakar, iaitu Umar al Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi
Talib

[email protected]/2020 20

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Antara peranan khalifah apabila dilantik oleh umat Islam ialah menjaga
kesucian agama Islam daripada tercemar umpamanya tindakan musuh yang
mempersendakan ajaran Islam atau adanya gerakan – gerakan yang
merosakkan kemurnian agama Islam dalam kalangan umat Islam sendiri.
Contoh yang paling jelas ialah tindakan Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang
memerangi golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu, murtad, dan
enggan membayar zakat setelah usahanya melalui kaedah diplomasi
menemui jalan buntu.

Khalifah juga berperanan mempertahankan negara daripada ancaman Kaedah Pemilihan Khalifah
musuh, umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq
dan Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam telah menggempur Rom dan - Pemilihan Abu Bakar
Parsi yang kerap mengancam keselamatan negara Islam Madinah. Hasil
daripada ekspedisi – ekspedisi yang digerakkan bukan sahaja ancaman – dilakukan secara
ancaman tersebut dihapuskan, bahkan empayar Islam kian meluas dengan
penguasaan wilayah – wilayah seperti Syam, Mesir, Palestine, Iraq, perundingan
Mesopotamia dan lain – lain
- Wasiat khalifah
Tugas lain seseorang khalifah ialah menggubal dasar – dasar pentadbiran
sama ada dasar politik, ekonomi, ketenteraan dan lain – lain. Umpamanya sebelumnya sebgm
berkaitan dengan ekonomi, khalifah bertanggungjawab menyusun sistem
pencukaian berdasarkan hukum syarak, contohnya pengenalan cukai perlantikan Umar
baharu seperti usyur dan kharaj, selain mengekalkan cukai jizyah dan
kewajipan berzakat sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW. - Pemilihan berikutan

Seseorang khalifah juga bertanggungjawab menghidupkan konsep terdpt bbrp orang calon;
musyawarrah memandang syura merupakan hak pemerintah dan hak rakyat
bagi memastikan keadilan wujud dalam pemerintahan dan pentadbiran. perlantikan Uthman
Zaman Khalifah Umar al Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, Majlis
Syura dibentuk dengan ahli – ahli syura yang dilantik berperanan sebagai - Secara paksaan;
penasihat khalifah dan menggubal dasar – dasar negara berdasarkan suara
majoriti perlantikan Khalifah Ali

oleh para penyokongnya

** Dilakukan melalui amalan
syura

Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan maruah umat Islam,
umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab,
sepasukan tentera telah digerakkan berikutan laporan seorang wanita Islam
dianiaya oleh musuh Islam. Tindakan ini sebagaimana Nabi Muhammad
SAW bertindak terhadap Yahudi Bani Qainuqa’ yang bertindak menjatuhkan
maruah seorang wanita Islam di Madinah.

Khalifah juga bertanggungjawab menghapuskan kezaliman tanpa mengira
kaum, sama ada kaum tersebut beragama Islam atau sebaliknya. Contoh
yang paling jelas pada zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera di bawah
pimpinan Amru al As telah dihantar ke Mesir berikutan bantuan yang
diminta oleh kaum Qibti yang berhasrat menamatkan pemerintahan zalim
Rom di sana dan bersedia berada di bawah naungan kerajaan Islam.

Jawatan khalifah merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Islam, individu
yang dipilih dan dibaiah bertanggungjawab memikul amanah menguruskan
pentadbiran negara demi kestabilan dan kesesejahteraan masyarakat

[email protected]/2020 21

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

melalui penggubalan dasar politik, ekonomi mahupun sosial serta
meneruskan pemerintahan negara yang adil sebagaimana zaman
pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

Bincangkan isu – isu yang berjaya diselesaikan oleh Khalifah Abu
Bakar sepanjang pemerintahannya.

Khalifah Abu Bakar al Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi
Quhafah merupakan individu pertama yang dilantik memegang jawatan
khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan Abu Bakar
sebagai khalifah dikaitkan dengan kebijaksanaannya menyelesaikan isu
pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi memimpin negara dan umat
Islam. Sepanjang pemerintahannya, pelbagai isu dapat diselesaikan sama
ada isu politik, keselamatan mahupun agama.

Kejayaan menghapuskan golongan al Riddah menggambarkan SOALAN KLON
kebijaksanaannya menyelesaikan isu agama yang timbul selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w. Golongan al Riddah terdiri daripada golongan nabi palsu, Huraikan ciri – ciri
enggan membayar zakat, dan murtad, yang jelas kemunculannya kepemimpinan yang dimiliki
merosakkan kesucian agama Islam. Peringkat awalnya, Khalifah Abu Bakar oleh Khalifah Abu Bakar al
telah bertindak menggunakan kaedah diplomasi, namun sambutan agak Siddiq
dingin menyebabkan kaedah kekerasan digunakan dengan membentuk 11
pasukan tentera. Melalui gerakan ketenteraan, ada musuh yang dapat Sumbangan Abu Bakar Sebelum
dibunuh, melarikan diri dan kembali semula kepada agama Islam. Antara
yang berjaya dibunuh ialah Musailamah al Kazzab dan Sajah al Harith. Diangkat Sbg Khalifah
Malah, keabilah – kabilah Arab seperti Bani Haniffah dan Bani Yarbu’ mula
kembali mentaat kepemimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam. Apa - Menyelesai krisis
yang pasti tewasnya golongan al Riddah telah menyelamatkan kesucian
agama Islam daripada tercemar akibat tindakan tidak bertanggungjawab kepercayaan Nabi wafat
golongan berkenaan.
- Menyelesaikan isu
Sebagai pemimpin tertinggi negara Islam, Khalifah Abu Bakar telah
menerima cadangan Umar al Khattab agar ayat – ayat al Quran dikumpul pemakaman
dan disimpan di suatu tempatan. Meskipun cadangan ini merupakan
cabaran yang besar, namun demi kepentingan masa hadapan, disebabkan - Menyelesaikan isu pengganti
kematian ramai penghafal al Quran terutamanya selepas Perang al Riddah
sekaligus mengelak hilangnya al Quran di muka bumi, Zaid bin Thabit telah / khalifah
dilantik bagi mengetuai urusan pengumpulan ayat – ayat al Quran dan
penyusunannnya. Hasilnya, ayat – ayat ini berjaya dikumpul pada suatu Sumbangan Abu Bakar Selepas
tempat dan disimpan di rumah isteri Nabi Muhammad SAW.
Dilantik Sebagai Khalifah
Seterusnya, Abu Bakar juga telah berjaya mempertahankan negara Islam
daripada ancaman musuh khususnya Rom, Khalifah Abu Bakar telah - Menyelesaikan isu al Riddah
bertindak menggerakkan semula tentera Islam ke sempadan Ghassan bagi
menghadapi masalah yang sering dicetuskan oleh Rom termasuk bertindak - Mengumpul al Quran
membunuh utusan – utusan Nabi Muhammad SAW. Tentera ini sebenarnya
telah dibentuk oleh Rasululllah SAW, namun belum sempat digerakkan , - Mengatasi ancaman Rom
Baginda SAW telah wafat menyebabkan ekspedisi ini ditangguhkan.
Khalifah Abu Bakar telah melantik Usamah bin Zaid bagi mengetuai tentera - Membentuk pentadbiran; 10

daerah

- Mewasiatkan bakal

penggantinya

[email protected]/2020 22

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

ini, hasilnya kemenangan telah diperoleh, dan tentera ini
dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah daripada
ancaman musuh.

Bagi memastikan kestabilan politik negara Islam Madinah dan meneruskan
kepemimpinannya, Abu Bakar telah mewasiatkan agar jawatan khalifah
selepasnya pegang oleh Umar al Khattab. Hal ini disebabkan Khalifah Abu
Bakar bimbang akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam
sewaktu pemilihan kelak sebagaimana berlakunya kegawatan di Saqifah
Bani Saidah selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam hampir
bertelagah apabila golongan Ansar berhasrat mendapatkan jawatan
khalifah, dibantah pula oleh golongan Muhajirin sehinggalah Abu Bakar
dengan bijaksana berhujah untuk menyelesaikan isu ini.

Kesimpulannya, kejayaan Abu Bakar menyelesaikan pelbagai isu berkaiatan
agaman, ketenteraan, dan kepemimpinan ini telah berjaya menyelesaikan
dan menamatkan krisis yang boleh menggugat kestabilan politik negara,
kejayaan ini menyebabkan beliau dianggap sebagai Penyelamat Negara dan
Umat Islam

Bincangkan faktor – faktor yang membawa kejayaan Khalifah Umar
al Khattab sehingga dianggap sebagai khalifah yang paling berjaya
pada zaman Khulafa al Rasyidin.

Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa al Pembaharuan Khalifah Umar al
Rasyidin, dipilih dan dibaiah oleh umat Islam selepas Abu Bakar
meninggalkan wasiat jawatan ini diberikan kepadanya memandangkan Khattab
beliau mempunyai perwatakan, keperibadian dan ciri kepemimpinan yang
mampu memimpin umat Islam. Maka, tidak hairanlah, sepanjang 10 tahun - Menginstitusikan amalan
pemerintahannya, banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah
Umar sehingga sejarawan menganggap zamannya sebagai zaman syura
keemasan / keagungan kerajaan Islam. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada kejayaan ini, antaranya keperibadian dan - Membahagikan negara
kepemimpinannya sebagai khalifah, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi
dan lain – lain. kepada 8 buah wilayah

Faktor asas yang membawa kepada kejayaan Umar al Khattab dikaitkan - Menubuhkan angkatan
dengan keadaan politik yang stabil, segala masalah dalaman seperti krisis
kepemimpinan, ancaman golongan al Riddah serta Rom telah berjaya tentera
ditangani oleh khalifah sebelumnya, Abu Bakar al Siddiq. Oleh sebab itu,
Umar al Khattab mempunyai peluang dan ruang yang sepenuhnya - Membahagikan tanah kepada
meneruskan dasar – dasar yang sedia ada serta menambahbaik aspek –
aspek tertentu mengikut keadaan semasa, umpamanya membahagikan tanah bertuan dan sebaliknya
negara Islam kepada 8 buah wilayah yang lengkap dengan ibu kota serta
sistem birokrasi yang sistematik dengan Madinah kekal sebagai pusat - Membangunkan sector
pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Keadaan yang aman ini membolehkan
Khalifah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang sosioekonomi ekonomi
serta pentadbiran dan pengurusan tanah.
- Mengemaskini sistem cukai

- Menubuhkan Baitul mal

secara rasmi

- Memisahkan Jabatan

Kehakiman drp jabatan lain

[email protected]/2020 23

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Seterusnya faktor yang menyumbang kejayaan Khalifah Umar dikaitkan SOALAN KLON
dengan keperibadian dan daya kepemimpinannya yang adil telah
memuaskan hati semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau Huraikan pembaharuan
sentiasa memberikan ruang kepada rakyat untuk mengemukakan apa apa yang dilaksanakan pada
pandangan demi kepentingan bersama, sehinggalah beliau zaman pemerintahan
mengungkapkan kata – kata, ‘Tiada Khalifah Tanpa Musyawarrah’. Bagitu Khalifah Umar al Khattab
juga dengan pelaksanaan cukai, tokoh ini telah mengenakan cukai dengan
kadar yang berpatutan kepada golongan berkenaan, umpamanya cukai
jizyah, kadarnya berdasarkan kemampuan seseorang individu ( 12 – 48
dirham setahun ). Bagi memastikan dasar – dasarnya tidak menyusahkan
rakyat, Khalifah Umar telah bertindak menginstitusikan amalan syura
dengan membentuk Majlis Syura dengan ahlinya – ahlinya dilantik oleh
khalifah dan bertindak sebagai penasihat atau seolah – olah Majlis
Perundingan Negara.

Kekuatan tentera yang dimiliki oleh Khalifah Umar merupakan penyumbang
kepada kejayaan membina empayar kerajaan Islam. Khalifah Umar telah
melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan
Jabatan Tentera serta membahagikan tentera kepada kepada tentera tetap
dan tentera simpanan yang diberikan gaji dan elaun. Peringkat awal, tentera
Islam diketuai oleh Khalid al Walid yang kemudiannya digantikan oleh Abu
Ubaidah al Jarrah, namun perubahan ini tidak menjejaskan kekuatan tentera
Islam, buktinya dua kuasa besar Rom dan Parsi dapat dilemahkan apabila
satu persatu wilayah dapat dikuasai seperti Syam, Palestine, Iraq, Iran, Mesir
dan lain – lain. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah ini membolehkan
Khalifah Umar melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh.

Akhir sekali, faktor yang menyumbangkan kejayaan Khalifah Umar ialah Kekuatan tentera zaman
mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh dimanfaatkan bagi menjalankan Khalifah Umar telah
aktiviti pembangunan negara. Kejayaan kempen ketenteraan dan dakwah
yang dijalankan menyebabkan pelbagai sumber pendapatan diperoleh menyebabkan Rom dan Parsi
seperti jizyah, kharaj, harta rampasan perang dan lain – lain. Segala sumber
pendapatan ini disimpan dan diuruskan oleh Baitul mal yang ditubuhkan kehilangan banyak wilayah dan
secara rasmi dan berperanan sebagai institusi yang menyelenggarakan menjadi titik tolak kelemahan
urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Penubuhan Baitul mal ini
membolehkan pendapatan negara ini dimanfaatkan untuk membantu kerajaan ini
golongan yang tidak bernasib baik, merancang dan menyedia program
pembangunan dan kebajikan, meluaskan syiar Islam dan sebagainya.

Kesimpulannya, tidak dinafikan kejayaan Umar al Khattab khususnya
pelaksanaan dasar pembaharuan yang diperkenalkan merupakan simbol
kejayaannya sebagai khalifah, kejayaan ini sebenarnya bertitik tolak
daripada tindakan bijak khalifah sebelumnya yang meletakkan asas yang
kukuh bagi membolehkan Khalifah Umar melakukan pembaharuan yang
menyeluruh sehingga zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman
kegemilangan kerajaan Islam.

[email protected]/2020 24

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 25

Bincangkan sumbangan Khalifah Harun al Rasyid dalam bidang
politik, ekonomi, dan perkembangan intelektual.

Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah,
dilahirkan di Rayy, merupakan individu yang mempunyai keperibadian
bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama, dan berfikiran terbuka yang
dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai pemerintah
kelak. Dasar politik, ekonomi, dan social khususnya dalam bidang intelektual
telah menyebabkan zaman pemerintahan dianggap zaman kecemerlangan
kerajaan ini.

Dalam bidang politik, Khalifah Harun al Rasyid telah mengekalkan Baghdad
sebagai pusat pentadbiran, dan bagi memastikan kedudukannya tidak
tergugat, baginda telah bertindak menghapuskan pengaruh Keluarga
Barmaki yang dirasakan menjadi penghalang kepada pemerintahannya
walapun keluarga ini banyak membantu kerajaan Abbasiyah pada peringkat
awal pemerintahannya. Selain itu, Khalifah Harun al Rasyid juga menghantar
Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Utara Afrika, dan
mengizinkan penubuhan kerajaan Aghlabiyah yang akan membayar ufti
tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al Rasyid. Malah,
bagi memastikan tiada ancaman musuh, kekuatan tentera diperkukuhkan
dari semasa ke semasa bagi memastikan bebas daripada ancaman dalam
dan luar negara serta di darat dan kawasan perairan.

Bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiyah, Khalifah Harun juga bertindak
menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar, antara kerajaan
Perancis di bawah pimpinan Chalermagne, bukan sahaja atas sebab faktor
politik kerana kerajaan ini berhadapan musuh yang sama, malah telah
membawa kepada penyebaran agama Islam ke negara tersebut, dan paling
menarik berlaku pertukaran hadiah antara kedua – dua pemimpin.
Hubungan dengan Romyang sentiasa berada dalam keadaan tegang
dihentikan apabila tentera Islam berjaya mengalahkan kuasa besar tersebut
sehingga pemerintah Rom, Maharani Irene IV dan penggantinya sanggup
membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dirham setahun. Kerajaan
Abbasiyah juga menjalinkan hubungan dengan China yang pastinya
merancakkan lagi hubungan perdagangan antara kedua – dua pihak.

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al Rasyid telah menjadikan kota
Baghdad sebagai pusat perdagangan utama, kesibukan aktiviti
perdagangan di kota tersebut amat ketara disebabkan menjadi tumpuan
pedagang Timur dan Barat, kemudahan prasarana serta jaminan
keselamatan menjadi penarik kedatangan para pedagang asing
umpamanya dari India, China, Mesir, Turki, Afrika dan Syria. Kedatangan
para pedagang asing pastinya menyumbang pendapatan kepada kerajaan
ini dan menambah kemajuan bandar Baghdad. Selain itu, Khalifah Harun
juga memastikan aktiviti pertanian dan perindustrian berasaskan
pembuatan dimajukan. Galakan kepada peneroka tanah dan subsidi kepada
para petani telah diberikan di samping adanya kemudahan Terusan Ain

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Zubaidah yang berperanan mengairi kawasan pertanian membolehkan
aktiviti penanaman seperti kurma, buah zaitun, anggur, apricot dapat
diusahakan dengan meluas.

Dalam bidang intelektual, penubuhan Baitul Hikmah telah menyebabkan SOALAN KLON
Baghdad muncul sebagai pusat perkembangan intelektual yang terunggul.
Peranan institusi ini bukan sahaja sebagai tempat tumpuan para Analisiskan pembaharuan
cendikiawan berkumpul, malah menjadi tempat penghasilan karya serta yang dilaksamakan oleh
penterjemahan dan penyalinan karya – karya asing daripada India, Mesir, Khalifah Umar Abdul Aziz
China, Yunani dan sebagainya. Ringkasnya, Baghdad telah menjadi tempat
perkembangan ilmu akli dan ilmu naqli, ramai tokoh ilmuwan yang
dilahirkan seperti al Khawarizmi yang terkenal dalam bidnag matematik,
falsafah dan astronomi.

Kesimpulannya, tindakan Khalifah Harun al Rasyid yang menjadikan
Baghdad sebabgai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman
telah membolehkan kerajaan ini berkembang dan stabil terutamanya untuk
diwarisi oleh para penggantinya, maka tidak hairanlah zaman
pemerintahannya dianggap zaman kegemilangan dan baginda merupakan
antara pemerintah yang berjaya

Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Islam pada zaman kerajaan
Khulafa al Rasyidin.

Kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan kerajaan Islam yang terbentuk Pemerintahan kerajaan Khulafa
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih tepatnya sebaik sahaja
Abu Bakar diangkat atau dipilih sebagai khalifah pertama bagi memimpin al Rasyidin adalah penerusan
negara dan umat Islam. Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 30 tahun,
dan diketuai oleh tiga orang khalifah lagi selain Abu Bakar, iaitu Umar al zaman Nabi Muhammad,namun
Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib. Amnya, kerajaan ini masih
mengekalkan bentuk pemerintahan sebagaimana zaman Nabi Muhammad ada pembaharuan
s.a.w., namun bermula zaman Khalifah Umar al Khattab ia telah mengalami
beberapa pembaharuan demi kelancaran pentadbiran dan kepentingan  Kepimpinan tertinggi ialah
rakyat yang diperintah. khalifah ambil peranan

Individu yang memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan Islam kini ialah Rasulullah
Khalifah, namun sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin
tertinggi, kekuasaan khalifah tidaklah bersifat mutlak. Semua khalifah  Amalan syura diteruskan
bermula dari Abu Bakar sehingga Ali bin Abi Talib melaksanakan prinsip dan dan diinstitusikan
amalan syura dalam pemerintahan sekaligus menjamin pengagihan kuasa.
Khalifah bukan sahaja bertanggungjawab mengetuai negara malah  Madinah kekal sebagai pusat
diamanahkan mempertahankan kesucian agama Islam dan
mempertahankan maruah umat Islam serta menghidupkan amalan syura. pentadbiran
Walau bagaimanapun, khalifah mempunyai hak untuk berijtihad atas
sesuatu perkara yang difikirkan perlu, sekaligus menggambarkan adanya  Pentadbiran wilayah
kuasa perundangan di tangan khalifah.
diperluaskan

 Pengurusan Baitul mal
sistematik dan formal

 Penubuhan Jabatan Tentera

Dari segi pusat pemerintahan, kerajaan Khulafa al Rasyidin masih
mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam, dengan

[email protected]/2020 26

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Masjid Nabawi menjadi markas kepada gerakan kerajaan Islam Ahli – ahli syura yang dilantik
sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w., malah segala perbincangan berkaitan dalam Majlis Syura, cirinya
dasar negara dibincangkan dalam masjid ini. Walau bagaimanapun, pada menepati ciri seseorang
zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, telah berlaku perubahan khalifah
apabila pusat pentadbiran negara Islam terpaksa dipindahkan ke Kufah,
memandangkan ianya lebih strategik berikutan Khalifah Ali menghadapi
menghadapi banyak konflik dalaman sepanjang pemerintahannya.

Amalan syura merupakan teras pemerintahan kerajaan Islam termasuk
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar al
Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, dengan kata lain Majlis Syura
telah dibentuk secara formal bagi menjadi penasihat kepada khalifah
terutama dalam pelaksanaan dasar – dasar negara sama ada dasar politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Ahli – ahli yang dilantik dalam majlis ini
merupakan individu yang berpengalaman dan berkelayakan, dan segala
keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti termasuk khalifah
kena akur dengan keputusan yang diambil. Amalan syura ini dipraktikkan
sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah. Tegasnya, boleh dikatakan
kuasa eksekutif zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin dipegang oleh ahli – ahli
dalam Majlis Syura.

Bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran khususnya di peringkat Pentadbiran Wilayah
wilayah, setiap wilayah akan ditadbir oleh Gabenor yang akan
bertanggungjawab terhadap khalifah, malah bermula zaman Umar al Zaman pemerintahan Khalifah
Khattab, lapan buah wilayah yang ditadbir oleh gabenor akan dibantu oleh Abu Bakar, negara Islam
pegawai kerajaan lain seperti pemungut cukai, hakim, ketua polis dan dibahagikan kepada 10 kawasan
panglima tentera yang menggambarkan wujudnya system birokrasi yang
sistematik. Pembentukan birokrasi sebegini amat diperlukan Zaman Khalifah Umar al
memandangkan wilayah kekuasaan Islam sepanjang luas bukan sahaja di Khattab, negara Islam
Semenanjung Tanah Arab bahkan meliputi luar Tanah Arab seperti Mesir, dibahagikan kepada 8 buah
malah pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah kekuasaan meliputi wilayah
kawasan Asia Tengah dan persisiran Laut Mediterranean.

Walaupun kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan ‘kerajaan baharu’ yang
terbentuk selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., namun bentuk dan corak
pemerintahan yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. tetap menjadi asas
kepada pembentukan negara Islam yang teguh diikuti dengan
pembaharuan bagi melancarkan urusan kewangan, ketenteraan dan lain –
lain.

Huraikan struktur pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada
abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertoghrul pada tahun 27
1281 Masihi. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini terdapat 37 orang
pemerintah yang menggunakan gelaran sultan. Antara sutan yang terkenal
ialah Sulaiman al Qanuni dan Muhammad al Fateh. Sepanjang kekuasaan
kerajaan ini banyak aktiviti perluasan kuasa dijalankan. Sejarawan
mencatatkan pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni, jajahan
takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Turki Uthmaniyyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik

Di peringkat pusat, Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa Gelaran Yang Dikaitkan Dengan
tertinggi; dalam bidang agama, politik, pentadbiran mahupun kewangan. Sultan
Kekuasaan sultan digambarkan juga dengan penggunaan gelaran seperti - Bayazid sbg Sultan al Rum
Khalifah Allah di muka bumi oleh Sultan Murad I setelah berjaya menawan - Murad II sbg Sultan al
Adrianople. Peringkat awalnya, sultan terdiri daripada para amir yang
menjadi tuan tanah dan serta pengaruh yang luas. Dalam urusan Barain wa al Bahrain
pentadbiran, sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua - Murad I sbg Khalifah Di
pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini
merupakan ketua kepada para menteri ( wazir ) dan amir. Bumi

Undang – undang Turki yang dikenali sebagai Kanunname mencatatkan
Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan individu
yang dilantik jawatan tersebut dianugerahkan cop mohor. Wazir Agung
dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey ( ketua
turus tentera Sultan ), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam
urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha ( wakil tentera darat ), seorang
Laksamana dan seorang Nishanji bagi monogram sultan

Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, kerajaan ini memperkenalkan
jawatan mufti ( Sheikh al Islam ). Tugasan utamanya ialah mengeluarkan
fatwa dalam semua aspek agama dengan berpusat di Istanbul. Antara
tanggungjawab mufti utama ialah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan ini
dalam kalangan orang Islam. Mufti juga diberikan hak untuk melantik para
pegawai yang berkhidmat di istana, memberikan gambaran kedudukannya
yang tinggi dalam kerajaan Uthmaniyah. Pun begitu, adakalanya, sultan
yang berkuasa penuh bertindak mengatasi segala keputusan yang dibuat
oleh mufti.

Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang
bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan
dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap
daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum
jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al Quran dan
al Hadis. Multezim diberikan pula tanggungjawab mengutip semua cukai
daripada kawasan – kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan
meningkatkan pendapatan kerajaan ini yang boleh dimanfaatkan untuk
mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara dan menjamin ekspedisi
perluasan kuasa dijalankan. Golongan intelektual muslim
bertanggungjawab untuk pentadbiran keadilan, pengurusan waqaf untuk
menyokong perkembangan sekolah dan hospital, dan pendidikan belia
Muslim

Bagi memastikan kekuatan kerajaan ini, khususnya di peringkat pusat serta
menjamin keselamatan kekuatan tentera tidak diabaikan. Bagi mendapat
sokongan tentera, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tentera

[email protected]/2020 28

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan dianugerahkan tanah.
Tentera elit Turki Uthmaniyyah yang dikenali sebagai tentera Janissari
adalah perintis kepada tentera moden pertama di dunia, dibayar gaji secara
tetap mengikut ranking dalam tentera. Tentera ini terbahagi kepada
tiga divisyen iaitu Cemaat atau jemaat (Tentera barisan depan), dengan
kekuatan 101orta ( battalion ), Beyliks atau beuluks ( Pengawal peribadi
Sultan ), dengan kekuatan 61orta (batallion) dan Sekban atau seirnen,
dengan kekuatan 34 orta ( batallion). Pada zaman kegemilangan Turki
Othmaniyyah atau lebih dikenali Pax Ottoman, Tentera elit Janissari sangat
ditakuti oleh musuh kerajaan Turki Othmaniyyah. Ini adalah kerana tentera
Janissari terkenal dengan semangat berani mati, taat setia pada Sultan dan
empayar dan disiplin tentera yang tersusun. Malahan tentera ini memiliki
skuad pancaragam tentera yang pertama di dunia. Pancaragam tentera
merupakan sub-divisyen bagi Janissari yang mana ditugaskan untuk
menaikkan semangat ketika di medan peperangan.

Tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya
pegawai yang membantu sultan memerintah kerajaan ini mengukuhkan
kekuatan kerajaan tersebut. Malah, dengan kepimpinan yang berwibawa
para pemerintah, kerajaan ini telah muncul sebagai sebuah kuasa besar
sebelum abad ke-19 Masihi.

Bincangkan dasar Maharaja Akbar bagi mengukuhkan kekuasaan
kerajaan Moghul di India

Kerajaan Mohul bertapak di India selepas kejayaan Babur menumpaskan SOALAN KLON
Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat yang telah membawa kejatuhan
kerajaan Kesultanan Delhi pada tahun 1526. Kerajaan ini bertahan sehingga Nilaikan dasar Aurangzeb
tahun 1857, salah seorang pemerintah terkenal ialah Maharaja Akbar yang sehingga dianggap tokoh
terkenal dengan dasar liberalnya dalam usaha mengukuhkan kekuasaan Islam paling berjaya di India
kerajaan Moghul di India.

Dari segi politik, Akbar telah menggunakan dasar liberalnya dengan
menggunakan khidmat golongan bukan Islam sebagai pembantu atau
menteri kanan kerajaan ini. Tujuan perlantikan golongan tersebut ialah
mendapat kerjasama golongan bukan Islam sekaligus mewujudkan iklim
politik yang stabil. Akbar juga telah membentuk pentadbiran pusat yang
mantap dengan mewujudkan empat jabatan utama iaitu Perdana Menteri,
Menteri Kewangan, Bendahari, dan Ketua Sadr. Antara individu yang dilantik
memegang jawatan utama ialah Todar Mal, Muzaffar Khan, Asar Khan,
Adham Khan, dan Khan Zaman.

Akbar juga bertindak membahagikan negara India tau wilayah kekuasannya
kepada 15 buah subas. Setiap subas akan diketuai oleh Sipar Salar dan
dibantu oleh beberapa pegawai lain seperti Diwan, Sadr, Bakhshi, Kotwal
dan lain – lain. Setiap subas dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil
iaitu, Sarkar diikuti unit politik yang lebih kecil iaitu parghanah.
Pembentukan sistem pentadbiran peringkat wilayah ini menunjukkan hasrat

[email protected]/2020 29

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 30

Akbar untuk menyeragam dan menyelaraskan sistem pentadbiran yang
diperkenalkan dan memudahkan dasar yag bakal dilaksana diterima oleh
rakyat berbilang kaum.

Akbar turut memperkenalkan sistem mansabdar; pegawai yang dilantik
bukan sahaja menguruskan pentadbiran awam malah mengururuskan
pentadbiran ketenteraan. Individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai
bangsa merangkumi bangsa Turki, Parsi, Afghan dan Hindu. Pengunaan
sistem ini diteruskan zaman pemerintahan Syah Jehan. Peraturan mengenai
perlantikan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai berada di tangan
Akbar, gaji yang diberikan agak lumayan sama ada dalam bentuk tunai atau
tanah.

Dalam bidang ekonomi, Akbar telah bertindak menamatkan pembayaran
cukai jizyah yang selama ini dikenakan terhadap golongan bukan Islam.
Cukai – cukai lain yang dihapuskan ialah cukai beribadat, cukai am seperti
penjualan lembu, garam, minyak, cukai timbang, cukai pembelian dan
penjualan rumah. Akbar juga melaksanakan sistem cukai tanah; kadar cukai
tanah memgikut kepesatan pertanian atau jenis dan kesuburan tanah..
kadar bayaran cukai adalah tetap dan mudah difahami oleh rakyatnya.

Dalam bidang sosial pula, Akbar telah memperkenalkan agama baharu yang
dikenali sebagai agama Din Illahi, iaitu agama yang merupakan gabungan
semua agama di India, , dan memberi galakan agar agama ini diterima oleh
semua rakyat demi perpaduan dan kestabilan politik India. Akbar juga
bertindak mengharamkan beberapa adat yang menyusahkan umpamanya,
adat sutee, tidak menggalakkan perkahwinan kanak – kanak, melarang
pembunuhan bayi perempuan,larangan perkahwinan paksa, mengenakan
cukai ke atas pengantin, dan larang berpoligami. Akbar juga melarang
amalan menjadikan isteri dan anak tawanan perang sebagai hamba. Bagi
mendapat sookongan golonagn berpendapatan rendah, Akbar telah
mendirikan rumah – rumah kebajikan untuk golongan Islam dan bukan
Islam.

Kesimpulannya, sememangnya tidak dapat dinafikan dasar Akbar sama ada
politik, ekonomi mahupun sosial bertujuan untuk mendapat sokongan
golongan bukan Islam kerana dasar yang dilaksanakan adalah bersifat
liberal.

Jelaskan sistem pemerintahan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Islam bertapak di Sepanyol ( Andalusia ) pada tahun 711 Masihi apabila
tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan
pemerintahan Visigoth. Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk kerajaan
Islam di Andalusia yang dapat dibahagikan kepada beberapa tahap
sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang berpusat di Granada di
bawah pemerintahan Bani Ahmar ( Nasriyyah ) dikalahkan oleh tentera –
tentera Kristian. Pun begitu, sepanjang abad ke-13 Masihi telah
memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil, iaitu kerajaan

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 31

Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem pemerintahan
tersendiri.

Sama ada kerajaan Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyyah, kedua –
duanya mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri. Kerajaan
Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka
selepas kejayaan menyeberang Andalusia. Susulan daripada kejayaan ini,
beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santarem, dan Granada.
Sejarah mencatatkan, kerajaan ini mempunyai 13 orang pemerintah, dan
pemerintah yang terkenal ialah Sultan Abu Ya’qub Yusuf. Di bawah
pimpinan Ibn Hud pula, Amir ini telah menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya, dan memulakan usaha menguasai wilayah seperti
Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz. Manakala kerajaan Nasriyyah pula
diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga dikenali sebagai
Ibn al Ahmar telah menjadikan Granada sebagai pusat pentadbirannya pada
tahun 1235 memandangkan kedudukannya yang strategik, antara Almeria
dan Gibraltar serta dikelilingi oleh kubu pertahanan yang kuat. Kekuatan
kerajaan ini menyebabkan Bani al Ahmar dapat bertahan sehingga tahun
1396 Masihi.

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua – dua
buah kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah, amir,
mahupun sultan. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran amir
merupakan simbol kekuasaan tertinggi dan bertujuan memastikan jawatan
ini berkekalan dan diwarisi oleh putera – putera mahkota. Pun begitu, ada
sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al Mahdi, al Nasir dan
al Mansor yang bertujuan menggambarkan akan keagungannya sebagai
pemerintah; secara tidak langsung menggambarkan adanya pengaruh Syiah
dalam kerajaan ini. Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat
pemerintah yang menggunakan gelaran Sultan selain penggunaan gelaran
yang sinonim dengan kerajaan al Muawahidun iaitu Amir. Apa yang pasti,
gelaran yang digunapakai ini menggambarkan bertujuan menunjukkan
pemusatan kuasa di tangan pemerintah.

Seterusnya, bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar, pemerintah
sama ada Amir mahupun Sultan akan membentuk sistem birokrasi sama ada
di peringkat pusat mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah agak
terhad. Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang
merupakan wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik pegawai –
pegawai untuk membantunya dalam urusan. Jabatan dan jawatan lain yang
dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun antaranya ialah Rais al Dawlah,
al Wuzara, al Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah al Jund, dan Nizam al
Jibayah. Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik,
kewangan, ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus memberikan
gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah kepada
pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.

Oleh sebab kedua – dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana yang
agak terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu, polisi
ketenteraan merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan ini. Bagi

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 32

kerajaan al Muwahidun umpamanya, mereka telah mengadakan perjanjian
damai dengan pihak Kristian yang telah bertahan selama 10 tahun sebelum
berlakunya semula pertelagahan antara kedua – dua pihak. Begitu juga
dengan Ibn Ahmar pada tahun 1246 Masihi telah menandatangani
perjanjian damai dengan pihak Kristian serta sedia membayar ufti dan
menyerahkan beberapa buah wilayah demi menyelamatkan kedudukannya
sebagai pemerintah tunggal di Granada dan mengekalkan penguasaan
kerajaan Nasriyah. Pun begitu sentimen antiIslam yang menebal dalam
kalangan pemimpin Kristian telah menyebabkan kerajaan Granada diserang
bertali arus sekaligus melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492 Masihi.

Salah satu keunikan dua buah kerajaan ini ialah dasar liberal yang
dilaksanakan, umpamanya bagi kerajaan al Muwahidun, pemerintah tidak
memihak kepada mana – mana mazhab sebagaimana kerajaan Murabitun
sebelum ini yang memihak kepada Mazhab Maliki. Sikap liberal ini
menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada orang – orang
Islam. Dasar liberal kerajaan Nasriyah pula dapat dilihat, apabila pemimpin
– pemimpin kerajaan ini memberikan layanan yang baik kepada golongan
bukan Islam sekaligus telah mendapat kesetiaan daripada penduduk
Granada. Dasar liberal yang dilaksanakan sesungguhnya dapat menjamin
kekuatan dan keutuhan sama ada kerajaan al Muwahidun mahupun
kerajaan Nasriyah.

Kesimpulan, walaupun kedua – dua buah kerajaan Islam ini menghadapi
ancaman yang begitu getir daripada golongan bukan Islam khususnya
golongan Kristian, namun dengan pentabiran yang sistematik khususnya
pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun Sultan, ditambah dengan dasar
– dasar yang dilaksanakan kerajaan ini telah dapat bertahan sehingga
penghujung abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang bernilai di
bumi Eropah

Bincangkan pengertian jihad dan pembahagiannya.

Peperangan bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam, namun begitu
ianya dibenarkan apabila agama, negara dan maruah umat Islam terancam.
Dalam Islam, peperangan dikaitkan dengan konsep jihad iaitu berjuang
demi agama dan kerana Allah. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, negara
Islam, musuh – musuh kerajaan Islam terdiri daripada kaum Quraisy, Yahudi,
Rom mahupun Parsi.

Berbaik kepada jihad, dari segi bahasa jihad berasal daripada perkataan
Arab al Jahdu yang bermaksud berusaha melepaskan diri atau
membebaskan diri daripada sesuatu cengkaman. Dari syarak pula, jihad
dikaitkan dengan peperaangan dan segala persiapan berkaitan dengan
peperangan termasuk sebelum, semasa dan selepas peperangan. Individu
yang berjihad diistilahkan sebagai mujahid, manakala golongan yang gugur
di medan perang semasa jihad dianggap sebagai syuhada serta

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kematiannya diistilahkan sebagai mati syahid dengan ganjaran syurga
menantinya kelak.

Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan Allah dan
mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang – orang kafir.
Oleh sebab itu dalam erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan
sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,
diistilahkan sebagai fi sabilillah.

Jihad terbahagi kepada beberapa kategori, paling utaa ialah jihad nyawa
dan tenaga iaitu pengorbaban jiwa dan raga. Lazimnya jihad sebegini adalah
jihad di medan perang dan orang yang terkorban diistilahkan syahid.
Umpamanya, Saidina Hamzah yang syahid di medan perang ketika Perang
Uhud, dan beberapa sahabat lain seperti Abdullah bin Rawahah, Ikrimah bin
Abu Jahal, dan Jaafar bin Abi Talib yang gugur di medan perang ketika
berhadapan Rom dalam Perang Mu’tah.

Pengorbanan wang dan harta juga termasuk di dalam jihad fi sabillah. Jihad Strategi Peperangan
ini amnya melibatkan golongan hartawan atau bangsawan yang sedia
mengorbankan harta demi perjuangan Islam. Contoh paling jelas, Abu Bakar  Bertahan
pada zaman awal Islam, begitu banyak mengorbankan hartanya bagi - Perang Ahzab
membebaskan umat Islam yang dibelenggu oleh kaum Quraisy. Begitu juga
dengan Siti Khadijah, harta – harta dimiliki kerap digunakan demi  Menguasai tempat strategic
perkembangan syiar Islam. Semasa kempen Perang Tabuk, Uthman bin - Perang Badar
Affan yang terkenal dengan kekayaannya telah mengorbankan hartanya - Perang Uhud
sama ada wang, kuda dan unta untuk kegunaan tentera Islam menghadapi
Rom dalam Perang Tabuk.  Mengepung
- Perang Taif
Seterusnya terdapat juga jihad Jihad akal fikiran yang dikaitkan dengan - Pembukaan Makkah
sumbangan buah fikiran dan idea yang bermanfaat demi kpentingan
bersama dan syiar Islam. Idea untuk menangani ancaman musuh juga  Tidak mengejar musuh
dikategorikan dalam jihad ini. Contoh terbaik ialah idea Salman al-Farisi agar - Perang Tabuk
digali parit sekeliling kota Madinah sebagai benteng terakhir menghadapi
ancaman tentera Ahzab. Oleh sebab itulah, Islam amat menggalakkan  Memeterai perjanjian
umatnya bermusyawarrah agar timbul idea yang bermanfaat demi - Perjanjian Hudaibiyah
kepentingan bersama, malah Khalifah Umar al Khattab sendiri pernah
menekankan betapa pentingnya amalan ini sehingga menyebut, “Tiada  Muslihat
Khalifah tanpa musyawarrah’. - Perang Uhud
- Perang Ahzab
Selain itu terdapat juga jihad melawan hawa nafsu yang dianggap sebagai
jihad yang paling tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya, seluruh  Merahsiakan jumlah musuh
tenaga disalurkan supaya menuruti jalan ( manhaj ) yang digariskan oleh - Perang Badar
Allah SWT. Perjuangan ini adalah perjuangan dalam diri setiap individu
muslim dan ianya adalah fardhu ain. Mencari petunjuk agama yang benar  Satu lawan Satu
atau mencari ilmu adalah tergolong di dalam jihad melawan nafsu; dengan - Perang Badar
berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,
menyebarkan dakwah Islamiyyah serta sabar di atas segala ujian dan
cabaran yang diterima.

[email protected]/2020 33

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Jihad menentang syaitan juga dimerupakan salah satu jihad utama
memandangkan syaitan adalah seteru manusia yang sebenar-benarnya,
terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara
syaitan dan manusia. Banyak kisah Nabi Adam dan iblis serta dendam Iblis
kepada manusi diabadikan dalam al Quran, umpamanya dalam surah al-
Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan adalah musuh manusia,
“Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau
layanilah sebagai seteru”. Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai
jihad dalam kategori Fardu Ain, ia menunjukkan setiap manusia Islam
mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana
kedua-duanya adalah musuh di dalam diri mereka sendiri.

Jihad menentang golongan munafik, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran

yang banyak membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Dalam surah

al-Munafiqun terdapat dalil al-Quran surah at-Taubah ayat 96 yang

menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah “Hai Nabi,

berjihadlah ( melawan ) orang-orang kafir dan mereka orang-orang

munafik itu, bersikap kasar terhadap mereka”.

Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran, dikaitkan
dengan jihad menentang hawa nafsu. Umat Islam juga digalakkan
menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam sesebuah pemerintahan.
Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.
Terdapat dalil daripada al-Quran Surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud,
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia yang
mungkar dan beriman kepada Allah”.
Akhir sekali, terdapat juga jihad menuntut ilmu, yang bertujuan memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam digalakkan
mempelajari segala Ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah,
tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ianya
juga b bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,
bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam
yang mempelajarinya.

Huraikan tujuan peperangan pada zaman Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar al Khattab.

Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Islam yang datangnya 34
dari Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah
untuk membawa manusia ke arah kesejahteraan dan keamanan sebagai
khalifah di muka bumi. Namun peperangan tidak dapat dielakkan
seandainya agama, negara dan maruah umat Islam diancam oleh musuh.
Peperangan dalam Islam dimantapkan lagi adanya konsep jihad bagi
menyemarakkan lagi semangat tentera Islam ketika berhadapan dengan
musuh. Oleh itu tujuan peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin adalah
kesinambungan daripada peperangan yang telah berlaku pada zaman
Rasulullah iaitu untuk menjaga kesucian agama, mempertahan negara dan
juga maruah umat Islam itu sendiri.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 35

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, tentera digerakkan bagi
menghapuskan golongan yang menyeleweng dan cuba mencemar serta
menghancurkan kesucian agama Islam terutamanya selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w. Pada ketika itu munculnya penentangan golongan al
Riddah yang terdiri daripada nabi-nabi palsu, golongan yang murtad dan
enggan membayar zakat. Antara yang mengaku sebagai nabi ialah
Musailamah al Kazzab (Yamamah), Tulaihah bin Khuwailid (Najd), Sajjah al
Harith (Yaman) dan Al Aswad al Ansi (Yaman). Manakala golongan yang
tidak mahu mengeluarkan zakat pula pula wujud di Yamamah, Yaman dan
Oman yang dipimpin oleh Malik al Nuwairah. Khalifah Abu Bakar telah
membentuk 11 pasukan tentera dan berjaya memerangi golongan tersebut.
Impak ke atas kemenangan ini Islam telah berjaya diperkukuhkan semula
sekaligus dapat memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin juga untuk menjaga maruah
umat Islam daripada diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Khalifah
Abu Bakar telah menggerakkan semula tentera yang telah dibentuk oleh
Rasulullah s.a.w bagi menghadapi ancaman Rom di Ghassan. Hal ini kerana
penduduk Ghassan yang dinaungi oleh Rom telah membunuh beberapa
orang utusan Nabi Muhammad s.a.w yang dilihat telah menjatuhkan
maruah umat Islam itu sendiri. Tentera ini tidak sempat digerakkan
disebabkan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu khalifah Abu Bakar
telah memerangi Ghassan di bawah pimpinan Usamah bin Zaid. Impaknya,
tentera ini telah memperoleh kemenangan yang cemerlang dan sekali gus
dapat menjaga maruah umat Islam keseluruhannya.

Seterusnya, peperangan pada zaman Khulafa al Rasyidin juga bertujuan
untuk mengatasi ancaman pihak yang sentiasa memusuhi Islam
terutamanya Rom dan Parsi. Contohnya Khalifah Abu Bakar telah melantik
Khalid al Walid sebagai panglima bagi memerangi Rom dan Parsi. Kesannya
tentera Islam berjaya mengambil alih kawasan Damsyik, Hims di Palestine
dan di Jordan. Bagi mengatasi Parsi pula Khalifah Abu Bakar telah
menghantar Muthana bin Harithah dan juga Khalid bin al Walid. Tentera
Islam telah berjaya menewaskan Parsi di Teluk Parsi, menawan Sg Furat dan
turut berjaya menawan Hirah dan Anbar. Impaknya kerajaan Islam di
Madinah pada masa itu berjaya melemahkan Rom dan Parsi yang menjadi
ancaman kepada pemerintahan Islam ketika itu.

Peperangan yang berlaku pada zaman Khulafa al Rasyidin juga berperanan
meluaskan kekuasaan empayar kerajaan Islam yang berpusat di Madinah.
Contohnya semasa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab empayar Islam
telah merebak dengan luasnya sehinggga ke Afrika Utara (Mesir).
Sebelumnya Khalifah Umar melalui panglima Saad bin Abu Waqas dan
panglima Nukman bin Muqarin telah berjaya menawan Parsi. Panglima-
panglima Islam juga berjaya menakluki Syria dan Palestine. Ekoran daripada
luasnya empayar pada zaman tersebut Khalifah Umat telah mewujudkan
bandar- bandar tentera di sempadan negara seperti Fustat, Basrah, Kufah
yang dilengkapi dengan kubu demi menjamin keselamatan negara. Kesan
daripada penaklukan tersebut juga telah menyebabkan dakwah Islam turut
tersebar ke wilayah-wilayah taklukannya.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 36

Khalifah Umar al Khattab juga telah menggerakkan tentera bagi
menghapuskan kezaliman. Dalam konteks ini, ianya berlaku di Mesir, apabila
kaum Qibti telah memohon bantuan daripada Khalifah Umar agar
menamatkan pemerintahan zalim di sana. Sehubungan dengan itu, Khalifah
Umar telah membentuk dan menghantar tentera di bawah pimpinan Amru
al As. Hasilnya, Rom telah berjaya dikalahkan. Kesan kemenangan ini, bukan
sahaja Islam telah bertapak di Mesir, malah penduduk Qibti telah
menyatakan kesanggupan membayar jziyah sebagai balasan berada di
bawah naungan kerajaan Islam.

Kesimpulannya, peperangan yang dianjurkan dalam Islam terutama dalam
konteks peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin telah berjaya
membantu mengukuhkan kedudukan agama Islam Negara Islam Madinah
pada masa tersebut. Kejayaan tentera Islam dalam peperangan juga telah
menyebabkan Islam berkembang luas di seluruh Semenanjung Tanah Arab
dan meluaskan pengaruhnya sehingga ke Afrika Utara.

Merujuk zaman Nabi Muhammad SAW, perihalkan etika perang
yang dianjurkan oleh Islam.

Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah
turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi
Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan tentera Islam yang
dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan
angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta
kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan
musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.Dalam konteks peperangan
menghadapi musuh – musuh Islam sama ada Rom, Parsi, Yahudi dan
Quraisy, Islam menggariskan prinsip atau tatacara tingkahlaku tentera agar
tidak bertindak melampaui batas terhada kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Islam telah menetapkan tatacara berperang atau berjihad di jalan Allah yang
merangkumi sebelum, semasa, dan selepas peperangan. Antara etika
sebelum peperangan ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum
memeranginya. Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Abu Bakar al Siddiq
sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan tiga pilihan
kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi
musuh seandainya mereka memerangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat
terutamanya ketika Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan
musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan secara besar –
besaran.

Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang
kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak – kanak,
kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika
inilah golongan – golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khalafa
al Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara
Islam.Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 37

pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat untuk
menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini
membuktikan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan
kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w
mengepung kota Taif, harta – harta musuh Islam langsung tidak diusik.

Berkaitan dengan etika semasa perang, terdapat larangan atau peraturan
yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Antaranya, tentera Islam dlirang
bertindak terhadap golongan yang dikategorikan sebagai lemah atau tidak
berupaya, seperti golongan tua, kanak – kanak dan wanita. Oleh sebab
itulah, Baginda SAW hanya mengenakan tindakan keras terhadap golongan
lelaki dewasa Yahudi Quraizah tatkala mereka mengkhianati Piagam
Madinah sedangkan kanak – kanak dan wanita diarahkan keluar daripada
bumi Madinah. Islam juga melarang juga tentera Islam bertindak terhadap
golongan paderi atau rahib, gambaran Islam tidak pernah mengongkong
agama lain.

Larangan lain yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam ialah tidak dibenarkan
merosakkan harta atau kemudahan sewenang – wenangnya. Baginda SAW
telah mempraktikkan etika ini semasa Perang Taif, tentera Islam yang
mengepung kota Taif telah melancarkan serangan bertubi – tubi, namun
masih gagal mengalahkan musuh, Bani Thaqif dan Bani Hawazin. Hal ini
menyebabkan Baginda SAW menggunakan kaedah provokasi dengan
menggugut akan membakar kebun – kebun di Taif, ternyata ini telah
melemahkan psikologi pihak musuh yang sedia menyerah kalah.

Sesuai dengan pilihan – pilihan yang diberikan kepada seteru – seteru Islam,
maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah
menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian
damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Sehubungan
dengan itu, Baginda SAW begitu berpegang kepada persetujuan gencatan
senjata yang dipersetujui ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
Baginda SAW hanya bertindak balas selepas tindakan Quraisy melanggar
ketetapan yang dipersetujui bersama itu.

Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh
mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat
atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh
Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara
Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.

Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan
dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh
– musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w.
tidak menerima sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi,
tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama Islam sebagai ad-din.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 38

Ternyata etika – etika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja
memberikan kesan yang positif kepada tentera – tentera Islam sendiri,
bahkan ia menjadi saluran ataupun wadah dakwah. Hal ini terbukti khasnya
melalui Perang Badar, etika – etika yang diamalkan telah menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama ini.

Bincangkan kepentingan pelaksanaan etika peperangan mengikut
pandangan Islam.

Peperangan merupakan perkara yang tidak digalakkan oleh Islam, namun
ianya dibenarkan apabila agama Islam, maruah umat Islam serta negara
Islam terancam dengan tindak tanduk musuh. Dalam sejarah perjuangan
umat Islam, pelbagai musuh yang dihadapi, bermula dengan ancaman
Quraisy pada zaman Nabi Muhammad diikuti provokasi Yahudi, serta
ancaman Rom dan Parsi menyebabkan umat Islam perlu sentiasa bersedia
dan menyusun strategi bagi menghadapi ancaman tersebut.

Salah satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh ialah
pelaksanaan etika dalam peperangan yang boleh membentuk disiplin para
pejuang Islam, umpamanya mematuhi arahan daripada pemimpin atau
mengikut strategi yang dirangka. Tragedi Perang Uhud membuktikan
perlunya akur dengan arahan pemimpin, kegagalan mengikut arahan Nabi
Muhammad apabila para pemanah yang berada di Bukit Uhud
meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan sahaja telah
menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan
gugurnya 70 orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda
SAW turut mengalami kecederaan.

Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya
agama Islam terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung
akan dapat menarik golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima
Islam sebagai pegangan hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan
membunuh golongan lemah, tidak memusnahkan harta awam atau
persendirian, dan layanan yang baik terhadap tawanan – tawanan perang.
Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan tawanan Badar, malah
dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan Baitulmaqdis dan
Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople

Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang
mementingkan perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan
etika sebelum peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau
membayar jizyah sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan
kepada mana – mana pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan
Islam. Begitu juga dengan etika semasa peperangan, para tentera Islam
mesti menghentikan peperangan seandainya pihak musuh memohon
perdamaian, malah ditegaskan setiap perjanjian yang ditandatangani wajib
ditaati, umpamanya ketetapan gencatan senjata selama 10 tahun antara
umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan musyrikin
Makkah.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 39

Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun
selepas peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep
jihad yang disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan
kesucian agama Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam
tidak dihina atau diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu,
dalam merealisasikan konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi
panduan kepada para pejuang Islam sama ada zaman Nabi Muhammad
SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta zaman – zaman seterusnya.

Bincangkan ciri – ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Muhammad
al Fateh dalam bidang ketenteraan.

Nama sebenar Muhammad al Fateh ialah Muhammad bin Murad Bin
Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi
(833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila
menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah
empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–
1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang
panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan yang membuktikannya sebagai pemimpin yang memiliki ciri
kepemimpinan yang hebat.

Antara ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh tokoh ini ialah kebijaksanaan
merangka strategi dan taktik peperangan. Kebijaksanaan ini terserlah
sebelum tercetusnya perang, al Fateh sentiasa merangka strategi yang
terbaik dengan mengkaji pelan kota Constantinople, kelemahan strategi
terdahulu dan sentiasa berbincang kaedah terbaik dalam menangani
musuh. Ketika berperang dengan musuh tradisi Islam itu, pelbagai strategi
dan taktik diperkenalkan seperti menggunakan alatan perang moden
seperti meriam, menara bergerak, dan membina terowong, dan taktik yang
tidak masuk akal yang mengelirukan musuh, iaitu dengan meluncurkan
kapal – kapal perang ke Teluk Golden Horn melalui kawasan berbukit yang
telah melemahkan benteng terakhir pihak lawan.

Keberanian al Fateh di medan perang merupakan ciri yang ada pada diri
tokoh ini, ditabah dengan adanya semangat jihad serta istiqamah dalam
perjuangan. Al Fateh telah berjaya mengumpul 250 ribu tentera Islam bagi
menggempur ibu kota Rom Timur itu. Al Fateh telah menyampaikan
khutbah dengan mengingatkan para tenteranya pengertian jihad, membaca
ayat – ayat al Quran untuk menaikkan semangat para pejuang, dan akan
kemuliaan tentera yang berjaya menghapuskan keangkuhan kuasa Barat
tersebut.

Sifat berani dan kebijaksanaan al Fateh diperkukuhkan lagi dengan
keperibadiannya yang sentiasa berusaha menaikkan semangat juang
anggota tenteranya. Ketika di medan perang, al Fateh telah membawa para
ulama dan motivator bagi membakar semangat jihad tenteranya. Al Fateh
sentiasa berpidato kepada tenteranya agar tidak berputus asa. Ketika
menghampiri kubu pihak musuh, al Fateh telah mengarahkan agar azan

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 40

dilaungkan dari setiap penjuru sekaligus berjaya melemahkan psikologi
pihak lawan. Ketika di medan perang, tokoh ini sendiri yang mengepalai
sendiri tentera menentang musuh, mals dengan berani tampil ke hadapan
menunggang kuda.

Al Fateh juga memiliki sifat tegas, bukan sahaja mementingkan disiplin
dalam kalangan tentera termasuk peripentingnya bermunajat dan beribadat
semasa berperang, malah tatkala berhadapan dengan musuh al Fateh
enggan berkompromi dalam beberapa perkara. Ketika berunding dengan
Raja Byzantine, ketegasannya ketara apabila al Fateh bertindak meneruskan
kepungan terhadap kota itu apabila Raja Bayzantine enggan menyerah
kepada kerajaan Islam tersebut.

Baginda merupakan seorang yang bertawaduk, ketika membina banteng
kubu Rumeli Hissari, baginda mencerminkan sifat kepemimpinan melalui
teladan. Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir
hingga para ulama dan menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas, dan kuat menyimpan rahsia
pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan sentiasa berbincang
dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Beliau juga memaparkan karisma sebagai seorang pemimpin, ketika
tenteranya tertera kebosanan mengepung kota pihak musuh selama 53 hari,
beliau bangkit berpidato menyemarakkan semangat juang dalam kalangan
para sahabat. Impak pidato berkenaan, Hassan Ulubate bertindak
mengetuai sekumpulan 30 orang tentera menyerbu pihak musuh sehingga
syahid. Namun, ianya tidak melemahkan semangat juang tentera Islam,
serangan terus dilancarkan bertali arus sambal melaungkan kalimah Allahu
Akbar.

Kesimpulannya, kejayaan al Fateh mengalahkan musuh khususnya Rom
berpunca daripada daya kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh
ini. Selain itu, kejayaan tokoh ini juga berpunca dengan kekuatan tentera
ditambah dengan semangat jihad yang dimiliki oleh tentera Islam sehingga
timbul dakwaan kononnya tentera Islam dibantu oleh jin. Bagi orang – orang
Barat kehebatan tokoh ini dikenali sebagai Grand Seigneur yang bermaksud
pemimpin agung

Grand Seigneur ( Pemimpin Agung ) merupakan gelaran yang
sinonim dengan Muhammad al Fateh. Huraikan sumbangan tokoh
ini dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

Muhammad al Fateh merupakan salah seorang pemerintah teragung
kerajaan Uthmaniyyah. Tokoh ini dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H)
di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Baginda
telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan
ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang
begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. sebagai
pemerintah yang ulung sehingga digelar sebagai Grand Seigneur, terdapat

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pelbagai kejayaan yang dicapai oleh tokoh ini sama ada bidang politik, Ciri Kepemimpinan Salehuddin
ekonomi mahupun sosial.
al Ayyubi
Dari segi politik, kejayaan terbesar tokoh ini ialah keupayaan mengalahkan
kerajaan Rom Timur termasuk membuka kota Constantinople yang  Bijak merancang strategi
merupakan kubu dan ibu kota kerajaan tersebut. Kejayaan menguasai kota  Istiqamah dalam perjuangan
ini disebabkan kelicikan pemerintah ini mengatur strategi sebelum dan  Prihatin
semasa pengepungan terhadap kota tersebut. Kebijaksanaan tokoh ini  Tangkas dan berani berjuang
termasuklah menjadikan kota Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan,  Tegas
mengadakan perikatan dengan kerajaan Wallachia untuk memencilkan  Berdiplomasi / Tolak ansur
kuasa kerajaan Rom Timur. Sepanjang peperangan al Fateh sentiasa  Mementingkan kebajikan
menyemarakkan semangat jihad tenteranya melalui pidato serta  Berpandangan jauh
menggunakan khidmat para ulama dan motivator. Tindakannya yang luar  Adil
biasa dengan meluncurkan kapal daripada kawasan pergunungan ke Teluk
Golden Horn merupakan kemuncak kepada kejayaannya sehingga berjaya
memporak perandakan kubu musuh sehingga berjaya dilemahkan dan
akhirnya tunduk kepada tentera Islam di bawah pimpinan al Fateh ini.

Susulan daripada kejayaan membuka kota Constantinople, al Fateh berjaya Kejayaan / Sumbangan
menyatukan bahagian utara Balkan bagi mengelak serangan kaum Magyar.
Pun begitu, bagi mendapatkan wilayah berkenaan, al Fateh berhadapan Salehuddin al Ayyubi
cabaran hebat daripada tentera Kristian. Pun begitu dengan kekuatan yang
ada, Serbia, Belgrade berjaya dikuasai disusuli menghapuskan perikatan  Membuka kota Baitulmaqdis
tentera Albania menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah. Kejayaan seterusnya,
menjatuhkan kerajaan Trebizond, iaitu kerajaan Yunani terakhir, tentera  Memperkukuhkan benteng
Venice dan berjaya mengekang kebangkitan kaum Venetian.
pertahanan kerajaan
Dalam bidang ekonomi pula, al Fateh berjaya merancang dan menjana
ekonomi umat Islam dengan menggalakkan aktiviti pertanian, perdagangan, Ayyubiyah
dan perindustrian. Al Fateh telah bertindak memiliknegarakan tanah – tanah,
mengagihkan tanah kepada golongan petani, serta menyediakan  Memajukan sistem
kemudahan sistem saliran dan subsidi kepada golongan petani. Dalam
bidang perdagangan pula, al Fateh telah melengkapkan kemudahan pendidikan
insfrastruktur dan prasarana. Bandar Nicae telah dibangunkan sehingga
berjaya membentuk jaringan perdagangan yang maju dengan wilayah –  Membangunkan ekonomi
wilayah lain.
umat Islam; kemaskini

sistem cukai dan memajukan

sektor pertanian dan

perdaganga

 Mementingkan kebajikan

rakyat

Sultan Muhammad al Fateh telah memperkenalkan mata wang baharu dan
seragam bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar. Mata
wang yang dihasilkan merupakan simbol kekuatan dan kerajaan yang
berautoriti serta berdaulat. Bagi memastikan segala kekayaan dikongsi
bersama, al Fateh telah menghalang penguasaan individu ( monopoli )
seperti sabun, garam, dan lilin yang kini dijadikan produk negara.

Kerajaan juga telah membina kilang – kilang termasuk kilang senjata bagi
memastikan keselamatan negara terjamin dan dari segi pulangan pastinya
mendatangan keuntungan yang besar. Al Fateh juga telah telah membina
limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan
menara kawalan

[email protected]/2020 41

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 42

Sementara dalam bidang sosial pula, kejayaan al Fateh dilihat berusaha
memajukan bidang pendidikan. Masjid kekal sebagai institusi pendidikan,
pun begitu bagi merancakkan lagi perkembangan pendidikan, al Fateh telah
membuka madrasah dan perpustakaan. al Fateh dikatakan telah membina
lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang
makan, perubahan kurikulum, dan menyeragamkan sistem pendidikan
antara kawasan pedalaman dengan pusat bandar serta memberikan
bantuan dalam bentuk biasiswa. al Fateh juga menggalakkan para menteri
atau wazir, ulama dan hartawan membangunkan institusi pendidikan seperti
sekolah, masjid dan mewakafkan harta kekayaan

Bagi menjaga kebajikan rakyat, beliau juga mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir miskin dan menyediakan kemudahan telaga. Hospital
yang didirikan menawarkan perubatan percuma tanpa mengira bangsa dan
agama

Sultan al Fateh juga bertindak memperkenalkan dasar kependudukan
baharu, penempatan semula semua pedagang Islam dari kawasan Balkan
dan Anatolia ke Constantinople, impaknya penduduk kota tersebut
mencecah bilangan 100 000 orang dengan majoriti umat Islam di samping
bangsa lain seperti Greek, Yahudi, dan Armenia. Al Fateh juga mengarahkan
negeri – negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing – masing
ke kota tersebut bagi memakmurkan kota tersebut.

Al Fateh juga berusaha memastikan syiar Islam berkembang. Gereja Besar
St Sophia telah diubahsuai menjadi masjid yang dikenali sebagai Masjid Ain
Sofia. Masjid ini dijadikan mercu tanda syiar Islam di Constantinople. Selain
itu, al Fateh juga membina 11 buah masjid lain termasuk berhampiran
makam Abu Ayub al Ansari. Salah satu strategi dakwah al Fateh ialah
melaksanakan dasar kebebasan beragama, membenarkan golongan Kristian
mengamalkan ajaran mereka dan mengarahkan gereja tidak dimusnah atau
dirosakkan. Dasar sebegini membolehkan golongan bukan Islam melihat
akan keadilan agama Islam.

Kesimpulannya, dasar politik, ekonomi dan sosial khususnya di
Contantinople telah berjaya menonjolkan tokoh ini sebagai tokoh terbilang
kerajaan Uthmaniyyah sehingga diiktiraf dengan gelaran Grand Seigneur
oleh sarjana Barat.

Salehuddin al Ayyubi merupakan pemimpin yang berjaya.
Bincangkan.

Salehuddin al Ayyubi dilahirkan di Tirkit pada tahun 1138 Masihi bukan
sahaja merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, malah dianggap sebagai
pembela agama, negara dan maruah umat Islam. Kejayaan Salehuddin
dalam segala perancangan berkait rapat dengan sifat kepemimpinan yang
ada pada dirinya seperti berani, tegas, bertolak ansur, berpandangan jauh
dan sebagainya.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 43

Kejayaan membuka Baitumaqdis merupakan kejayaan gemilang tokoh ini
selepas sekian lama berada di kekuasaan golongan Kristian. Daya
kepemimpinan seperti bijak merancang dengan menjadikan Ra’su al Ma
sebagai pusat gerakannya telah membolehkan tentera Islam bergerak dan
berjaya menguasai satu persatu wilayah seperti Karak, Syubak, dan Tabariah.
Malah ketegasan terhadap musuh Islam seperti Raynald yang menghina
Rasulullah SAW telah menggerunkan musuhnya. Sikapnya yang memberi
peluang kepada golongan bukan Islam khususnya tentera Salib keluar
daripada Baitumaqdis serta membenarkan golongan bukan Islam
mengamalkan ajaran sedia ada telah menyebabkan tokoh ini dianggap
pemerintah yang adil bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan
golongan bukan Islam.

Kejayaan Salehuddin dibuktika dengan keupayaannya mengukuhkan
banteng pertahanan kota Kaherah dengan mengarahkan pembinaan kubu
Qal’ah al Jabal. Salehuddin juga menubuhkan Diwan Armada bagi
memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman musuh dan
bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal – kapal perang dan
armada perang yang besar. Tindakan ini dilakukan setelah beliau mendapati
Mesir adalah tempat yang sesuai untuk membina angkatan laut dan darat.
Benteng pertahanan Kota Iskandariah telah diperkuatkan bagi mengelak
pencerobohan Perancis sama ada melalui jalan darat atau perairan.

Dalam bidang sosial, sebagai tokoh yang berpandangan jauh dan
mementingkan aspek pendidikan, Salehuddin telah banyak membina
sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya
Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali
dengan nama Sistem al Katib, mempelajari al Quran, menghafal Hadis dan
meningkatkan kemahiran seni khat. Kanak – kanak juga diajar asas ilmu
matematik, syair, kata – kata hikmat dan asas beribadat seperti solat
berjamaah Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting
khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Antara masjid yang terkenal
pada zamannya ialah Masjid Amru al As, Masjid al Azhar, dan Masjid al
Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliau dalam aspek pendidikan
terserlah apabila beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai untuk
dijadikan sekolah malah membiayai guru – guru yang mengajar di sekolah
– sekolah yang didirikan.

Salehuddin al Ayyubi juga mempamerkan pemerintah yang mementingkan
kebajikan rakyat, hospital telah didirikan dengan mengubah sebuah dewan
di istana yang dibina oleh al Aziz bin al Muiz dengan menjadikannya sebuah
hospital yang dinamakan Bimaristan al Atiq. Sebuah gedung ubatan
disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit, malah di hospital yang dibina terdapat
ruangan khas untuk pesakit wanita dan jaring – jaring besi bagi mengelak
pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Dari segi ekonomi, Salehudin mempamerkan watak pemimpin yang adil,
walaupun beliau melaksanakan dasar pencukaian, kadar yang dikenakan
tidak membebankan, sama ada cukai jizyah dan kharaj. Cukai yang
membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

yang dikenakan ke atas jemaah haji. Beliau turut menumpukan perhatian
terhadap sektor pertanian, penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan
dan memperkenalkan teknik pertanian agar berlaku peningkatan
produktiviti. Mesir juga telah menjadi pusat pertemuan para pedagang
Timur dan Barat. Beliau juga membina banyak pasar di Mesir dan Syria dan
memulih dan meluaskan pasar – pasar yang sedia ada.

Ciri kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh ini banyak
menyumbang kejayaan tokoh ini dalam menerajui kerajaan dan umat Islam
khususnya berhadapan dengan musuh khususnya tentera Salib sehingga
berjaya merebut kembali kota suci itu. Kejayaan terbesar itu telah menjadi
titik tolak kepada usaha pengukuhan dan pembangunan yang
mencerminkan beliau merupakan tokoh yang berjaya.

Nilaikan impak hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman
Nabi Muhammad SAW

Pembentukan negara Islam Madinah dapat direalisasikan apabila Nabi
Muhammad s.a.w melakukan hijrah dari Makkah berikutan tentangan yang
kian hebat daripada kaum Quraisy. Bagi mengukuhkan negara Islam yang
baharu dibentuk, Baginda s.a.w. merangka pelbagai strategi, salah satu
kaedah yang digunakan ialah berusaha menjalinkan hubungan dengan
negara - negara luar serta kabilah - kabilah Arab bagi mendapat
pengiktirafan daripada negara atau kabilah berkenaan di samping
mempunyai matlamat dari segi ekonomi, agama, sosial dan sebagainya.

Bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak - pihak luar, Baginda Utusan Diplomatik Zaman
s.a.w. telah menggunakan kaedah dengan menghantar utusan yang Nabi Muhammad
membawa surat Baginda s.a.w. menemui pemimpin - pemimpin kabilah
Arab dan negara - negara dalam dan luar Tanah Arab. Antara kabilah yang Muaz bin Jabal ke Yaman
menjadi sasaran Nabi Muhammad s.a.w. ialah Bani Tamim, Bani Hanifah, Khalid al Walid ke Najran
Bani Amir, Bani Tayy’, Bani Murrah, Bani Kindah, dan Bani Hamdan yang Amru b Umaiyah ke Habsyah
bukan sahaja menerima dengan terbuka utusan yang dihantar oleh Baginda Al Ala Hadhrami ke Bahrain
s.a.w. malah turut sama menyatakan keislaman sekaligus mengukuhkan Amru As ke Oman
negara Islam dan pengaruh Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalangan kabilah Dahiyah al Kalbi ke Rom
- kabilah Arab. Abdullah b Huzaifah ke Parsi

Kejayaan atau respons positif yang diterima ini, menyebabkan Nabi
Muhammad s.a.w. mengorak langkah lebih jauh dengan berusaha
mewujudkan hubungan diplomatic dengan kerajaan - kerajaan yang lebih
besar. Sasaran awal Baginda s.a.w. ialah negara - negara yang berhampiran
dengan negara Islam Madinah. Baginda s.a.w. telah menghantar seperti
Shuja’ bin Wahab ke Ghassan, al A’la al Hadhrami ke Bahrain, Amru al As ke
Oman. Pelbagai respons yang diterima, antaranya di Bahrain, gabenornya al
Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan keislaman dan memohon agar
Baginda s.a.w. membimbingnya dan menyelesaikan permasalahan berkaitan
agama dan perkara – perkara umum. Begitu juga di Oman, kehebatan wakil
Rasulullah s.a.w. berhujah menyebabkan Raja Oman menyatakan
keislamannya , malah Amru al As telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.

[email protected]/2020 44

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 45

tinggal di Oman beberapa ketika bagi membantu pemerintah berkenaan
mendalami hal - hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Bagi memastikan kekuatan kerajaan Islam, Baginda s.a.w. turut sama
berusaha mendapat pengiktirafan daripada negara - negara di luar Tanah
Arab, antara tindakan yang dilakukan ialah berusaha mengukuhkan semula
hubungan dengan pemimpin kerajaan Habsyah yang banyak membantu
perjuangan Islam pada peringkat awalnya. Respons positif Raja Najasyi
berkekalan sehingga pemrintah berkenaan mangkat, maka tidak hairanlah
Nabi Muhammad s.a.w. telah menunaikan solat jenazah secara ghaib
apabila mendengar berita kewatan pemimpin yang turut menganut dan
menyembah Tuhan Yang Esa ini. Di Mesir, respons yang diterima oleh
Baginda s.a.w. juga agak positif, meskipun al Muqaiqis, Raja Mesir meskipun
tidak menerima Islam, baginda telah menghantar hadiah termasuk seorang
hamba, Mariyyah al Qibtiyah yang kemudiannya menjadi isteri Baginda
s.a.w. dan melahirkan putera kepada Nabi Muhammad s.a.w. namun
meninggal dunia ketika

Berbeza dengan pemerintah Rom dan Parsi yang mengamalkan ideologi
politik yang berbeza, meskipun Nabi Muhammad s.a.w. sedar betapa
tingginya risiko menghantar utusan menemui pemerintah kerajaan
berkenaan, Baginda s.a.w. tetap tegar berusaha unuk menjayakannya.
Baginda s.a.w. telah menghantar Abdullah bin Huzaifah menemui Kisra Parsi
dan Dahiyah bin Khalifah bagi mengadap Raja Rom. Sebagaimana yang
dijangkakan, Kisra Parsi telah menunjukkan kebiadapannya, bukan sahaja
utusan Nabi Muhammad s.a.w. telah dihina dan ditohmah dengan pelbagai
nista, surat yang dikirimkan oleh Baginda s.a.w. turut sama telah dikoyak
oleh pemerintah berkenaan. Keadaan di Rom sedikit berbeza, peringkat
awal, Kaisar Rom, Heraclius menerima secara baik, nemun setelah
mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan para pembesar, Kaisar
Rom telah mengambil keputusan menolak dan mengusir utusan yang
dihantar oleh Baginda s.a.w.; salah sebabnya ialah bimbang hilang
kedudukan sebagai pemerintah dan terpaksa tunduk kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

Apa yang pasti hubungan diplomatik yang diinisiatifkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sememangnya banyak meninggalkan impak yang positif.
Dari segi agama, umpamanya agama Islam kini kian berpengaruh dan
diterima oleh kabilah - kabilah dan sesetengah pemimpin kerajaan.
Gambarannya, Islam bukan sahaja bertapak dan diterima oleh bangsa Arab
malah bangsa - bangsa lain. Bukti penerimaan Islam dalam kalangan kabilah
Arab dan pemimpin kerajaan lain ialah seruan Nabi Muhammad s.a.w.
melalui pelaksanaan hubungan diplomatik ini terbukti apabila pada tahun
10 H, 100 000 orang Islam telah menyahut seruan Baginda s.a.w.
mengerjakan haji bersamanya yang dikenali sebagai Hajjat al Wada’

Dari segi politik, penerimaan agama Islam menggambarkan kerajaan Islam
kini diiktiraf oleh negara - negara lain, begitu juga dengan kesanggupan
pemimpin kerajaan lain, respons positif menggambarkan kerajaan -
kerajaan seperti Oman, Bahrain. Dan Habsyah sanggup berada di bawah

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kerajaan Islam Madinah. Begitu juga kabilah - kabilah yang enggan
menerima Islam, kesanggupan berdamai dengan kerajaan Islam
menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. kian menghampiri menguasai
keseluruhan kota Madinah.

Manakala dengan Rom dan Parsi, sikap bidap pemerintah negara berkenaan
telah meneruskan ketegangan atau api permusuhan dengan kerajaan Islam.
Rom telah menggunakan sekutunya, kabilah di Ghassan untuk mengancam
negara Islam Madianah, malah bertidak kejam membunuh utusan - utusan
Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Parsi, akhirnya kerajaan ini telah
jatuh ke tangan kerajaan Islam atas sebab kebiadapan pemimpinnya yang
mengoyak surat yang dihantar sehingga Baginda s.a.w. bersabda, kerajaan
akan koyak rabak atas sebab ‘tangan’ Kisra Parsi yang tidak mengenal erti
persahabatan dan diplomasi.

Kesimpulannya, apa yang pasti hubungan diplomatic yang diinisiatifkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya menggambarkan Baginda s.a.w.
merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang hebat, malah
kejayaan Baginda mewujudkan hubungan yang erat dengan kabilah dan
negara lain mengesahkan lagi bahawa Baginda sememangnya layak digelar
negarawan yang ulung apatah lagi dasar ini menjadi turning point ke arah
pembentukan negara Islam yang stabil serta mengambil alih peranan Rom
dan Parsi dari segi jangka panjangnya.

Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Khulafa
al Rasyidin dan Bani Umaiyah pada abad ke-7 Masihi hingga 8 Masihi

Pelaksanaan hubungan luar merupakan salah satu simbol kedaulatan dan Konsep naungan politik
lambang pengiktirafan sesebuah negara terhadap negara lain. Dalam
konteks sistem sistem naungan, pelaksanaannya dikaitkan dengan dikaitkan dengan pelaksanaan
pembayaran jizyah yang merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas jizyah negara atau kabilah
golongan bukan Islam sebagai balasan perlindungan nyawa dan harta serta
simbol kekuasaan kerajaan Islam. Pelaksanaan sistem naungan sebegini berada di bawah kepemimpinan
sebenarnya telah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan pada zaman Khulafa al Rasyidin dan Bani Umaiyah. Nabi Muhammad SAW dan para
khalifah
Pelaksanaan sistem naungan sememangnya lebih ketara pada zaman
Khulafa al Rasyidin, berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan
dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab. Melalui
ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama
Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam. Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, kejayaan
mengalahkan beberapa kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq,
menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, Ain al Tamar sanggup
membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam
di Madinah.

[email protected]/2020 46

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Zaman Khalifah Umar al Khattab menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam,
umpamanya di Mesir setelah kejayaan Amru al As menghapuskan
penjajahan Rom di sana. Begitu juga dengan penduduk Baitul Maqdis,
melalui pemimpinnya yang telah menandatangani perjanjian damai dengan
Khalifah Umar al Khattab telah menyatakan kesanggupan membayar jizyah
dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa
dan harta benda semua penduduk Baitul Maqdis, jaminan kebebasan
beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitul Maqdis, dan
bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh
penduduk Baitul Maqdis kepada pemerintahan Islam.

Selain itu, Syria, Palestine, Jordan turut sama menyatakan kesanggupan
membayar jizyah berikuatan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan
Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan Rom dalam
beberapa siri peperangan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan pula, beberapa kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah,
umpamanya penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli, dan Nubah.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pula, terutama sewaktu pemerintahan
al Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua
Asia, Afrika, dan Eropah telah menyebabkan beberapa kawasan menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Kempen
ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al Qassim, bukan
sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, pemerintah Sind, malah
kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya
menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.

Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, kejayaan
menakluk Marw, Karminiyah dan Bukhara, penduduk yang enggan
menganut agama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Bani Umaiyah melalui gabenornya
iaitu Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara
pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan
Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Septah, sekaligus
membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu
loncatan kemaraan tentera Islam ke Sepanyol

Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa
kepada pengiktiafan negara – negara lain termasuk Parsi dan Rom meskipun
kerajaan ini mempunyai sikap antiIslam. Melalui hubungan yang dijalankan
ini legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui
sempadan geografi.

[email protected]/2020 47

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Huraikan kepentingan hubungan luar yang dijalankan oleh kerajaan
Abbasiyah

Kerajaan Bani Abbasiyah yang dibentuk selepas kejayaan menjatuhkan Kerajaan Yang Menjalinkan
kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 750 Masihi. Sepanjang pemerintahan
kerajaan yang berpusat di Baghdad ini, terdapat beberapa orang tokoh Hubungan Dengan Kerakaan
khalifah yang berwibawa, antaranya Abu Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid, Abbasiyah ( persahabatan )
dan puteranya, al Makmun. Bagi memastikan kekuatan dan kedaulatan
kerajaan ini, hubungan telah dijalinkan dengan kerajaan – kerajaan luar  Perancis
sama ada dengan kerajaan di Tanah Arab mahupun luar Semenanjung  India
Tanah Arab, seperti China, India, Rom dan lain – lain. Hubungan yang  China
dijalinkan ini meninggalkan banyak kesan sama ada dati sudut politik,
ekonomi, agama dan sebagainya.

Hubungan dengan Perancis dijalinkan amya telah memberikan banyak Hubungan Akibat Peperangan /
manfaat dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Sejarah mencatatkan Melalui Perjanjian Damai
hubungan begitu akrab antara dua orang pemimpin, iaitu Harun al Rasyid  Rom
dan Raja Charlemagne bagi pihak Perancis. Dari sudut politik, hubungan ini
terbentuk disebabkan kedua – dua kerajaan menghadapi musuh yang sama, Hubungan dengan kerajaan
iaitu kerajaan Umaiyah di Andalus, oleh sebab itu dengan kerjasama kedua Aghlabiyah di utara Afrika juga
– dua pihak akan memperkuatkan lagi banteng pertahanan masing – masing adalah sebagai tanda naungan
daripada pencerobohan kerajaan di Andalus. Impak perjanjian atau kerajaan Abbasiyah kerana
hubungan yang dijalinkan ini telah membawa kepada pertapakan dan Khalifah Harun al Rasyid
perkembangan agama Islam khususnya di Perancis dan Eropah Barat amnya, melantik Ibrahim al Aghbiyyah
begitu juga dengan aktiviti perdagangan, berlakunya perdagangan dua hala sebagai pentadbir wilayah
antara kedua – dua buah negara yang saling memerlukan ini. berkenaan

Berhubung dengan Rom atau kerajaan Byzantine pula, hubungan antara Wilayah yang dikuasai di Asia
kedua – dua negara sentiasa dalam keadaan tegang. Peperangan Minor
merupakan suatu kelaziman, serangan tentera Islam yang diketuai oleh  Heraclea
Harun al Rasyid pada tahun 780 Masihi telah memaksa Ratu Irene menyerah  Tyans
kalah, bersedia membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dinar setahun dan  Iconium
mempersetujui gencatan senjata. Malah, kemenangan ini telah  Ephesus
membolehkan agama Islam disebarkan di kawasan kekuasaan Rom Timur  Cyprus
serta membolehkan umat Islam menjalinkan aktiviti perdagangan di
persisiran Laut Mediterranean. Pun begitu, Rom sekali lagi menguji kekuatan
tentera Islam, apabila Nicephorus bertindak menyerang, menyebabkan
Harun al Rasyid bertindak balas, bukan sahaja berjaya mengalahkannya,
bahkan menguasai beberapa buah wilayah di Asia Minor milik kerajaan Rom
Timur. Apa yang pasti perjanjian damai ini telah memberikan impak yang
positif kepada kerajaan Islam.

Kerajaan ini turut menjalinkan hubungan dengan India dan China, yan
pastinya memesatkan lagi ativiti perdagangan memandangkan kedua – dua
negara berkenaan sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan.
Melalui hubungan ini, bukan sahaja Baghdad dan pelabuhan – pelabuhan
lain kian sibuk, malah secara tidak langsung membolehkan kerajaan
Abbasiyah meraih pendapatan dalam bentuk cukai khususnya cukai

[email protected]/2020 48

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

perdagangan , atau disebut usyur. Malah telah pertukaran barangan,
berikutan berlakunya kegiatan import dan eksport antara negara berkenaan
dengan kerajaan Bani Abbasiyah.

Kepentingan lain hubungan luar antara kerajaan Bani Abbasiyah dengan
kerajaan – kerajaan luar ialah berlkaunya perkembangan intelektual yang
pesat pada zaman itu, apatah lagi khalifah – khalifah bukan sahaja bertindak
sebagai penaung malah telah mendirikan pelbagai institusi pendidikan dan
keilmuan, umpamanya Harun al Rasyid telah mendirikan gedung ilmu yang
dikenalis ebagai Baitul Hikmah yang menjadi tumpuan golongan cerdik
pandai baik beragama Islam mahupun bukan beragama Islam menghasilkan
karya, menjalankan aktiviti penterjemahan, dan berdialog atau
bermuzakarah sekaligus menjadikan kota Baghdad sebagai pusat
perkembangan intelektual ilmu aqli dan ilmu naqli tersohor pada tempoh
masa tersebut.

Kesimpulannya, hubungan luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyah
menunjukkan betapa pentingnya kepada sesebuah negara, bukan sahaja
mencerminkan kedaulatan sesebuah negara, bahkan yang lebih penting
ialah ianya dapat memperkuatkan negara dari pelbagai aspek.

Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyyah umpama retak menanti belah
apabila menandatangani perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat
mulai abad ke-17 Masihi . Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibentuk selepas jatuhnya kerajaan Abbasiyah Perjanjian perjanjian yang
di tangan tentera Monggol yang berjaya menguasai dan memusnahkan
kota Baghdad pada pertengahan abad ke-13 Masihi. Kerajaan Uthmaniyyah ditandatangani antara kerajaan
ini ditubuhkan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 1281 dan bertahan Uthmaniyyah dengan kuasa
sehingga tahun 1924. Menjelang abad ke-17 Masihi, kerajaan ini mula
meniti era kesuraman berikutan tekanan dan provokasi kuasa Barat Barat:
termasuk dan Russia di samping pemberontakan di wilayah kekuasaan
menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani menyebabkan  Perjanjian Radsin
wilayah kekuasaan kian mengecil dan dikatakan kerajaan Turki Uthmaniyyah  Perjanjian Karlowitz
menjadi titik tolak kemerosotan kerajaan ini.  Perjanjian Passaorowit
 Perjanjian Belgrade
Tekanan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula apabila kejayaan  Perjanjian Kainarji
Sultan Muhammad IV yang menerajui ekspedisi ketenteraan di Poland pada  Perjanjian Jassy
tahun 1676 yang membawa kepada penguasaan wilayah Ukraine, ekoran  Perjanjian Dardanela
termeterainya perjanjian damai antara kedua – dua pihak. Namun, perjanjian  Perjanjian San Stefeno
damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang tidak berpuas
hati dengan penyerahan wilayah ini. Kerajaan Turki terpaksa campur tangan
ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia.

Sultan Muhammad IV telah menandatangani Perjanjian Radsin dengan 49
Russia setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini,
kerajaan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka
perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang Turki telah hilang
kuasa mereka di Laut Hitam yang merupakan kawasan stategik bukan sahaja
dari sudut pertahanan malah perdagangan antarabangsa.

[email protected]/2020

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III ( 1703 M), kerajaan Turki SOALAN KLON
Uthmaniyyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan
Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada Perjanhian dengan kuasa –
zaman Sultan Mustafa II. Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian kuasa Barat menjadi titik
Karlowitz. Kesan daripada perjanjian ini ialah sebahagian besar daripada tolak kelemahan kerajaan
wilayah Turki Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, termasuk Uthmaniyah. Jelaskan.
Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.

Serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Venice dan Austria telah berjaya
mengalahkan tentera Turki Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam
Peperangan Petewarden. Melalui Perjanjian Passarowit, Turki telah
kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania.
Manakala Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada tahun
1770, sewaktu Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III,
tercetus Perang Chesme di pantai Asia Minor antara Turki Uthmaniyyah
dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada
tahun 1774 menyaksikan Turki kehilangan wilayah – wilayah seperti Kinburn,
Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin
parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang
berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek – Byzantine, ini terbukti
apabila perikatan ini merampas Moldovia dan Wallachia

1876 pula menyaksikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid, setahun selepas itu Rusia telah mengisytiharkan
perang ke atas Turki Uthmaniyyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian
San Stefeno pada tahun 1878. Perjanjian ini sekali lagi menguntungkan
Rusia sedangkan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin mengecil ekoran
pembebasan wilayah kekuasaannya serta kini berpindah milik kepada Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Kegagalan kerajaan Turki Uthmaniyyah menyerap tekanan kuasa – kuasa
Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang
menuntut agar kuasa Sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip
demokrasi. Keengganan Sultan Abdul Hamid melayan permintaan
perjuangan Gerakan Turki Muda yang kini mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid digulingkan.

[email protected]/2020 50


Click to View FlipBook Version