SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
kerajaan Uthmaniyah dikehendaki menyerahkan wilayah Crimea
kepada Rusia, dan sebagai galang gantinya, Moldovia dan Wallachia
diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah. Sungai Dnister telah
diisytiharkan sebagai kawasan sempadan antara kedua - dua kuasa ini.
Pada tahun 1798 ekoran serangan Perancis yang ghairah melakukan Dendam menjadi punca Kuasa Barat
peluasan kuasa di bawah pimpinan Napoleon, Mesir yang merupakan
kawasan strategik dari sudut politik dan ekonomi bagi kerajaan Islam menyasarkan ingin menguasai wilayah -
jatuh ke tangan kuasa Barat tersebut. Namun, hasil kerjasama kerajaan wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah
Uthmaniyah dengan British, pada tahun 1802, Perancis telah berjaya
dikalahkan. Pun begitu, pada tahun 1830, Algeria telah jatuh ke tangan
Perancis, yang merupakan langkah kuasa Barat tersebut untuk
mengimbangi kuasa British. Walaupun British menarik balik tentera,
namun dari segi jangka panjangnya, British telah melihat akan potensi
Mesir dari sudut politik dan ekonomi. Tidak hairanlah, selepas daripada
itu, British berazam menguasai Terusan Suez yang terdapat dalam
negara Mesir.
Walaupun termeterainya Perjanjian Dardanella antara British dengan
kerajaan Uthmaniyah, kuasa Barat berkenaan berjanji akan
meninggalkan semua wilayah kekuasaan Turki, namun kerajaan
Uthmaniyah berjanji mengakui secara rasmi hak - hak konsulat British
di wilayah - wilayah Uthmaniyah. Hakikat sebenar perjanjian ini,
British bukan sahaja terselamat daripada ancaman Rusia, malah dapat
mengawal laluan Selat Bosphorus dan Dardanella.
Tahun 1877 menyaksikan sekali lagi termeterai perjanjian antara Rusia
dengan kerajaan Uthmaniyah yang dikenali sebagai Perjanjian San
Stefeno berikutan tercetusnya peperangan antara kedua - dua pihak.
Perjanjian ini telah membawa kepada kemerdekaan beberapa buah
wilayah jajahan di rantau Balkan seperti Romania, Serbia, Montenegro
dan memberikan autonomi kepada Bosnia Herzegovina. Sementara
Bulgaria, negara yang terletak di Eropah Timur diserahkan kepada
Rusia. Penyerahan wilayah demi wilayah cukup menggambarkan
pengaruh kerajaan Uthmaniyah jelas semakin mengecil.
Kegagalan kerajaan Turki Uthmaniyyah menyerap tekanan kuasa –
kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda
yang menuntut agar kuasa Sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan
prinsip demokrasi. Keengganan Sultan Abdul Hamid II melayan
permintaan perjuangan Gerakan Turki Muda yang kini mendapat
sokongan golongan tentera telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid
digulingkan. Tegasnya, tidak dapat dinafikan punca lemahnya kuasa
dan pengaruh kerajaan Uthmaniyah ini berppunca daripada perjanjian
- perjanjian yang dimeterai.
[email protected]/2020
151
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
2.1 Ekonomi
Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mewujudkan sistem ekonomi
yang jelas mementingkan keadilan selepas terbentuknya
negara Islam Madinah. Jelaskan.
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja telah membawa Ciri - ciri sistem
kepada pembentukan negara Islam, malah secara langsung telah ekonomi Islam
membolehkan Baginda s.a.w. memperkenalkan sistem ekonomi Islam. bersumberkan
Ekonomi Islam merujuk kepada sebarang kegiatan bermula daripada
perolehan, penggunaan dan penyelenggaraan sesuatu sumber yang wahyu
berasaskan hukum syarak demi mendapat keredaan Allah s.w.t. mengharamkan
Sememangnya tidak dapat dinafikan, sistem ekonomi yang
diperkenalkan di Madinah jelas memaparkan keadilan berbanding segala penindasan
sistem ekonomi Jahiliyah yang dipraktikkan sebelum ini. pengagihan harta
Pengenalan sistem ekonomi Islam bermakna segala bentuk penindasan secara sama rata
kini tidak dibenarkan atau lebih tepat diharamkan sama sekali. Amalan penglibatan
penipuan dalam sukatan dan timbangan begitu juga dengan
pelaksanaan riba. Segala aktiviti ekonomi yang dijalankan mestilah kerajaan
memberikan manfaat kepada semua pihak, baik pengeluar atau penjual
mahupun pengguna. Selain itu, setiap individu yang terlibat dengan
kegiatan ekonomi mesti mematuhi hukum syarak, sebarang aktiviti
yang memudaratkan sebagaima disebut di atas baik kepada diri
mahupun masyarakat tidak dibenarkan sama sekali termasuk aktiviti
berjudi.
Pelaksanaan sistem ekonomi Islam bermakna Nabi Muhammad s.a.w.
telah berjaya menghapuskan eksploitasi ekonomi oleh kaum Yahudi di
kota Madinah. Tidak dinafikan ketiga - tiga suku kaum utama Yahudi,
iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah memegang ekonomi
Madinah. Bani Qainuqa’ terlibat dengan aktiviti berniaga atau
perniagaan dan bertukang, manakala Bani Nadhir pula terlibat dalam
kegiatan ekonomi bertukang, bertani, dan berniaga. Bani Quraizah pula
terlibat dengan sektor pertanian, dan mereka inilah antara puak Yahudi
yang paling mewah. Kekayaan dan kemewahan puak - puak Yahudi ini
menyebabkan mereka dapat menguasai ekonomi Madinah termasuk
melaksanakan sistem pajak gadai yang zalim, bangsa Arab bukan sahaja
kehilangan tanah malah anak dan isteri kerana tidak mampu
melangsaikan hutang. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam bermakna
sistem pajak gadai sebegini telah dihapuskan.
Seterusnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga memastikan berlakunya
berlakunya pengagihan kekayaan secara sama rata dalam kalangan
umat Islam. Dlam konteks ini, umat Islam di Madinah telah diwajibkan
berzakat mulai tahun 2 H. Tujuan zakat ini selain menunaikan salah
satu Rukun Islam, melalui pembayaran zakat, ianya akan dapat
mengurangkan beban atau kesempitan hidup dalam kalangan golongan
asnaf. Secara tidak langsung, melalui pembayaran zakat ini, jurang
sosial antara golongan berada dan bawahan dapat dikurangkan
sekaligus dapat merapatkan ukhwah dalam kalangan umat Islam. Selain
[email protected]/2020
152
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
itu, umat Islam juga digalakkan bersedekah atau berinfak bagi
membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti golongan fakir
dan miskin. Tegasnya, kewajipan berzakat dan galakan bersedekah
memberikan gambaran Islam mengajurkan keadilan sosial dalam
masyarakat.
Bagi memastikan umat Islam tidak dibelenggu dengan masalah Asas - asas ekonomi
kemiskinan atau menjadi mangsa penindasan pihak - pihak tertentu,
Nabi Muhammad s.a.w. telah menggalakkan umat Islam menjalankan Islam
aktiviti - aktiviti ekonomi yang mampu meningkatkan taraf hidup konsep uluhiyyah
mereka kelak. Hal ini bersesuaian dengan peranan manusia sebagai konsep rububiyyah
khalifah di muka bumi yang bukan sahaja menjadi hamba-Nya malah konsep tazkiyah
bertanggungjawab memakmurkan muka bumi. Sehubungan dengan itu, konsep
orang - orang Muhajirin digalakkan memanfaatkan potensi mereka
sebagai pedagang yang hebat, manakala orang - orang Ansar pula persaudaraan
memanfaatkan tanah - tanah yang subur di bumi Madinah. Ternyata konsep manusia sbg
galakan Rasulullah s.a.w. ini telah mendapat respons yang positif,
buktinya Abdul Rahman bin Auf telah muncul sebagai korporat yang khalifah
berjaya di kota Madinah, manakala Saad bin Rabiq hebat dalam bidang konsep al falah
pekebunan mewakili golongan Ansar.
Kerajaan Islam Madinah juga melakukan rombakan dalam sistem
pencukaian. Cukai merupakan sumber pendapatan penting kepada
sesebuah negara, dalam konteks ini, sekiranya zakat diwajibkan ke atas
umat Islam, beberapa jenis cukai telah diperkenalkan ke atas warga
Madinah. Jizyah dikenakan ke atas golongan non muslim yang berada di
bawah naungan kerajaan Islam, namun ianya akan dipulangka semula
kepada pembayar atau kewajipan pembayarannya gugur apabila
kerajaan Islam gagal melaksanakan tanggungjawab memelihara harta
dan nyawa mereka. Selain itu, cukai jizyah ini hanya dikenakan ke atas
golongan tertentu sahaja, iaitu lelaki, sihat tubuh badan, sampai umur,
merdeka, dan bukannya golongan agama. Apa yang pasti cukai yang
dilaksanakan ini berbeza dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan
Parsi yang diistilahkan sebagai gezit atau yang dibayar kepada kerajaan
Rom yang dikenali sebagai tributrem capitis.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan pelaksanaan sistem ekonomi
Islam telah membawa perubahan yang ketara dalam kegiatan atau
akiviti ekonomi masyarakat di Madinah. Baginda s.a.w. telah
menjadikan sumber wahyu sebagai asas bagi menggerakkan kegiatan
ekonomi masyarakat bagi mewujudkan keadilan kepada semua pihak.
Huraikan faktor - faktor perkembangan kegiatan pertanian dan
perdagangan pada zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11
hingga abad ke-12 Masihi.
Abad ke-11 hingga abad ke-12 menyaksikan kerajaan Abbasiyah berada
pada era kemerosotan. Pun begitu, kegiatan ekonomi khususnya
pertanian dan perdagangan masih berlangsung dan mampu
menyumbang kepada pendapatan negara. Terdapat beberapa faktor
yang menyumbang kepada perkembangan kegiatan - kegiatan ekonomi
[email protected]/2020
153
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
pada masa ini, antaranya peranan pemerintah, faktor geografi, jaminan
keselamatan, dan sebagainya.
Pertanian khususnya penanaman bijiin dan buah - buahan seperti Kegiatan ekonomi
tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal merupakan kegiatan
utama yang dijalankan pada masa ini. Terdapat beberapa faktor yang zaman kerajaan
menyebabkan perkembangan sektor ini, antaranya ialah terdapat
banyak kawasan yang subur khususnya berhampiran Sungai Furat dan Abbasiyah
Dajlah. Kedua - dua batang sungai inii sentiasa membekalkan tanah
lanar yang membolehkan aktiviti pertanian dapat diusahakan secara pertanian
besar - besaran di samping menyediakan kemudahan bekalan air
semula jadi. Malah, daerah Tigris - Eupharates merupakan daerah perdagangan
terkaya selepas Mesir, dan dianggap sebagai Syurga Aden. Daerah
Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur, dengan industri pembuatan
kota Bukhara merupakan daerah perkebunan paling subur, disinilah
terletaknya lembah Sogdiana , iaitu salah satu daripada empat syurga perlombongan
dunia.
Faktor lain yang menyumbang kepada perkembangan sektor pertanian
dikaitkan dengan dasar kerajaan Abbasiyah. Kerajaan bukan sahaja
memberikan pelbagai insentif kepada golongan petani, malah
memberikan kebebasan kepada penduduk mengusahakan aktiviti
pertanian. Kerajaan Abbasiyah juga menyediakan kemudahan sistem
saliran, terusan besar pertama yang dikenali sebagai Nahr I’sa setelah
digali kembali oleh keluarga al Mansur, menghubungkan aliran Sungai
Eupharates di Anbar di sebelah barat dengan Sungai Sungai Tigris di
Baghdad.
Seterusnya, faktor yang membawa kepada perkembangan sektor
pertanian ialah peranan sekolah - sekolah pertanian yang dibuka khas
untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Melalui kajian dan
penyelidikan yang dijalankan, sifat - sifat tanah akan dianalisis bagi
memastikan tanaman yang sesuai diusahakan. Oleh sebab adanya
aktiviti - aktiviti sebeginilah pelbagai tanaman diusahakan di kawasan
panas mahupun dingin seperti kacang, limau nipis, terung, tebu,
pelbagai jenis bunga, buah - buahan seperti lemon, epal, apricot, buah
zaitun, delima dan sayuran seperti terung, lobak, selasih dan lain - lain.
Impak daripada ini, kerajaan telah mewujudkan ladang - ladang
pertanian, penternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al baqar
Berkaitan dengan perdagangan pula, tidak dinafikan dalam kerajaan ini
munculnya bandar yang bertindak sebagai pelabuhan memandanngkan
kedudukan yang strategik yang menghadap perairan yang menjadi
laluan aktiviti perdagangan antarabangsa. Baghdad merupakan pusat
ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq
Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan
perdagangan antarabangsa menggalakkan perkembangan aktiviti
perdagangan pada masa ini; menjadi tumpuan pedagang dari Timur dan
Barat. Barang yang dibawa ke kota tersebut datang daripada Wasit,
Ubdullah, Azwas, Fars, Oman Yamamah, dan Bahrain menerusi Sungai
Tigris. Menerusi Sungai Furat pula barangan dagangan dibawa ke hilir
dari Dyar Mudar, Riqqar, kota di Syam, dan Afrika. Pelabuhan -
[email protected]/2020
154
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
pelabuhan lain ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah, Tripoli, Fez dan
Iskandariah.
Peranan pemerintah juga menyediakan kemudahan seperti ruang
niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman lanun dan
rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan
pada zaman ini. Kekuatan tentera telah dimanfaatkan bagi memastikan
tidak timbul kekacauan politik yang boleh menjejaskan aktiviti ekonomi
termasuk kegiatan perdagangan. Berkaitan kemudahan, selain ruang
niaga yang selesa sebagaimana Suq Baghdad, kerajaan juga membina
rumah api sebagai panduan kepada kapal - kapal untuk berlabuh di
pelabuhan - pelabuhan berkaitan.
Faktor lain yang menyebabkan perkembangan kegiatan perdagangan
pada zaman ini ialah berkaitan dengan perkapalan dan pelayaran.
Zaman kerajaan Abbasiyah menyaksikan perkembangan industri
perkapalan, mampu mengeluarkan kapal - kapal yang besar dan
berkualiti bagi menjalankan aktiviti perdagangan jarak jauh.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, memang masyarakat Arab
memiliki kemahiran belayar dan berdagang sejak zaman sebelum
kedatangan Islam, maka tidak hairanlah, berlaku perkembangan pesat
aktiviti perdagangan antara abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi.
Aktiviti perdagangan jarak jauh dijalankan juga ada kaitan dengan
adanya hubungan diplomatik dengan negara - negara lain yang pastinya
turut memberikan impak terhadap aktiviti ekonomi yang dijalankan.
Kesimpulannya, sememangnya tidak dinafikan perkembangan kegiatan
pertanian dan perdagangan berkait rapat dengan dasar - dasar yang
dilaksanakan oleh pemerintah. Perkembangan pesat aktiviti ekonomi
turut menyaksikan pembabitan pihak persendirian dalam menjana atau
memacu kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.
Sejauh manakah pelaksanaan dasar ekonomi telah membawa
kepada kemunculan Melaka sebagai pelabuhan entreport pada
abad ke-15 Masihi.
Sebelum abad ke-15, telah muncul beberapa buah pelabuhan yang
memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot, di Tanah Melayu,
contohnya Kuala Kedah, Jenderam Hilir, Kuala Berang, manakala di
Sumatera, muncul Perlak dan Pasai. 1400 Masihi, Melaka telah berubah
daripada sebuah perkampungan nelayan kepada pusat perdagangan
disebabkan kebijaksanaan pemerintahnya, Parameswara
melaksanakan dasar - dasar negara. Peranan Melaka semakin ketara
pada abad ke-15, berikutan beberapa dasar ekonomi yang dilaksanakan
untuk menarik kedatangan pedagang - pedagang daripada Timur dan
Barat.
Antara dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh pemerintah Melaka ialah
melaksanakan dasar pencukaian. Terdapat dua jenis cukai yang
dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import)
atau panduan dan cukai tidak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada
sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar
masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka
[email protected]/2020
155
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Pedagang juga perlu
membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk
urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga Surat
Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan
perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan.
Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Faktor perkembangan
Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut
kawasan dan hubungan dengan Melaka Pedagang dari Barat seperti pelabuhan Melaka
India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%.
Sementara cukai sebanyak 3% dikenakan ke atas pedagang yang tinggal kedudukan Melaka
tetap di Melaka dan pedagang dari Kepulauan Melayu, manakala
pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai yg strategik
tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada
Sultan, Temenggung dan Syahbandar. pentadbiran
Seterusnya, kerajaan Melaka memastikan segala aktiviti jualbeli sistematik
menggunakan mata wang sebagai perantara untuk mendapatkan hubungan
barangan kerana ianya lebih ekonomik berbanding sistem barter.
Kerajaan Melaka memperkenalkan mata wang logam yang diperbuat diplomatik
daripada timah yang dikenali sebagai calains. Selain itu, wang emas
tempatan juga dalam urusan jual beli di Melaka. Mata wang emas, undang - undang yg
perak, dan timah yang dibawa dari Pedir, Pasai, Kembayat, dan Gujerat
juga dibenakan penggunaannya di pelabuhan Melaka. adil
sistem cukai
Selain dasar ekonomi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemudahan
perkembangan pelabuhan Melaka yang berperanan sebagai pelabuhan
entrepot. Antaranya, kewujudan sistem perundangan yang adil dan prasarana
mampu mewujudkan keaamanan dan kestabilan politik. Bagi
memastikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar, kerajaan dasar peluasan
Melaka telah menggubal dan menguatkuasakan Undang - undang Laut
Melaka bagi melengkapkan Hukum Kanun Melaka yang sedia ada. kuasa
Undang - undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal, dilaksanakan bahasa Melayu
bukan sahaja untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan
adil, malah memberikan keyakinan kepada para pedagang asing untuk perana sbg pusat
berlabuh dan berdagang di pelabuhan Melaka. Terdapat beberapa
perkara penting dalam undang - undang ini, antaranya peraturan dan perdagangan
tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum - hukum jenayah yang
berlaku di atas kapal, dan larangan serta tanggungjawab nakhoda, kiwi,
dan anak kapal.
Faktor seterusnya ialah kewujudan pentadbiran yang sistematik sejak
Parameswara mengubah imej Melaka daripada sebuah perkampungan
nelayan. Temenggung diberikan tanggungjawab menjaga keamanan
dalam negeri, Laksamana pula bersama Orang Laut menjaga
keselamatan perairan Melaka, manakala jawatan Syahbandar
diwujudkan bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar di
pelabuhan. Terdapat empat orang Syahbandar dilantik, dan individu -
individu iini bertanggungjawab menjaga kebajikan pedagang,
keselamatan pedagang, menguruskan pasar dan gudang, memeriksa
alat timbang dan sukat , menguruskan cukai, bertindak sebagai hakim
di pelabuhan, dan menguatkuasa peraturan keluar masuk kapal.
[email protected]/2020
156
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Faktor yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan Aktiviti ekonomi yg
perkembangan Melaka sebagai pelabuhan entrepot ialah kewujudan
hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan kerajaan luar dijalankan oleh
yang jelas meninggalkan impak dari sudut poitik dan ekonomi.
Hubungan dengan China, bukan setakat menggalakkan kedatangan masyarakat Melaka
pedagang dari negara tersebut, malah China telah menjadikan Melaka
sebagai kerajaan di bawah naungannya serta bersedia melindungi penanaman padi
Melaka daripada ancaman musuh. Manakala hubunga dengan Pasai, berdusun
Siak, dan Kampar membolehkan Melaka memperoleh barangan seperti menternak binatang
lada hitam, rempah ratus lain, emas dan beras. Begitu juga hubungan
dengan Siam, Melaka memperoleh barangan seperti beras, kayu jati dan memburu
bahan makanan. Selain itu, Melaka turut menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara - negara Arab, Parsi, India, Ryukyu, dan lain memungut hasil
- lain.
hutan
Kesimpulannya, tidak dinafikan sememangnya dasar ekonomi menangkap ikan
memainkan peranan yang cukup penting menjadikan Melaka sebagai
pelabuhan entrepot pada abad ke-15 di samping faktor - faktor kraftangan /
berkaitan dengan dasar politik dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh
sultan - sultannya. Faktor - faktor ini membolehkan Melaka bertukang
berkembang sebagai pelabuhan antarabangsa sekaligus dapat berniaga
memanfaatkan kedudukan kerajaan ini dari segi geografi yang
strategik, di tengah - tengah jalan perdagangan antarabangsa di Meliputi kegiatan
samping bentuk muka buminya yang terlindung dan berbukit bakau
yang memiliki kelebihan tersendiri. ekonomi sara diri dan
ekonomi komersial
Penubuhan institusi Baitulmal bertujuan meningkatkan taraf
hidup umat Islam. Bincangkan pernyataan tersebut dengan
merujuk zaman Khulafa al Rasyidin
Baitulmal atau istilah modennya Perbendaharaan Negara merupakan
institusi yang ditubuhkan bagi menyelenggarakan atau menguruskan
segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, institusi
ini juga ditubuhkan bagi menjaga harta amanah khususnya harta wakaf.
Institusi ini telah ditubuhkan sejak zaman Rasulullah s.a.w., namun
disebabkan pendapatan negara Islam masih terbatas, fungsinya kurang
jelas. Institusi ini menjadi badan formal menguruskan sumber
kewangan Islam bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab
disebabkan pendapatan negara kian bertambah dan pelbagai serta
memerlukan pengurusan yang sistematik terutamanya bagi
memastikan fungsinya yang dapat meningkatkan taraf hidup umat
Islam.
Antara bukti penubuhan institusi yang dahulunya dikenali sebagai
Diwan ini dapat meningkatkan taraf hidup umat Islam ialah sumber -
sumber pendapatan digunakan untuk membantu golongan asnaf atau
yang tidak bernasib baik. Terdapat lapan golongan yang dikategorikan
sebagai golongan asnaf iaitu, golongan fakir, miskin, mualaf, hamba
yang inginkan kemerdekaan, orang berhutang, musafir yang putus
bekalan, orang berjihad di jalan Allah ( fi sabilillah ), dan amil (
pemungut zakat ). Bantuan yang dihulurkan kepada golongan setidak -
tidaknya dapat mengurangkan beban atau kesempitan hidup golongan
- golongan sekaligus dapat membantu mereka meningkatkan taraf
[email protected]/2020
157
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
hidup. Khalifah Umar dikatakan pernah memperuntukkan sebidang
tanah khusus untuk keperluan fakir miskin, dijadikan padang ragut
untuk memelihara binatang ternakan serta diawasi tidak dihalang oleh
penternak kaya. Malah, Khalifah Umar juga pernah memperuntukkan
sejumlah wang untuk membeli hamba abdi dan mengaihkan harta
rampasan kepada golongan tersebut.
Seterusnya, pada zaman Khulafa al Rasyidin khususnya zaman Khalifah Peranan Baitulmal
Umar al Khattab, sumber Baitulmal juga dimanfaatkan untuk membina
dan menyediakan kemudahan - kemudahan asas yang boleh Zaman Bani Abbasiyah
meningkatkan taraf hidup umat Islam amnya. Penyediaan kemudahan
bukan sahaja untuk tujuan pembangunan, malah merupakan membantu golongan
tanggungjawab sosial dari sudut kebajikan yang dilaksanakan oleh
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Pembinaan jalan raya dan jambatan bukan asnaf
sahaja memudakan perhubungan, malah pemasaran hasil - hasil menyediakan
ekonomi. Begitu juga pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran,
iaitu Terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Terusan Abu Musa al kemudahan -
Asy’aari di Basrah, sumbernya diambil daripada Baitulmal. Khalifah
Uthman bin Affan pula sanggup melaburkan wang untuk membeli kemudahan awam
sebuah telaga bagi memberikan bekalan air percuma kepada kaum memajukan
muslimin.
kegiatan intelektual
Sumber Baitulmal juga dimanfaatkan untuk memastikan syiar Islam
berkembang. Dalam konteks ini, melalui sumber yang diperuntukkan, meluaskan syiar
bukan sahaja pendakwah - pendakwah diberikan insentif, malah
sumber kewangan yang ada ini, setiap kali kejayaan kempen Islam gaji
peperangan, panglima - panglima perang diarahkan mendirikan rumah membayar
ibadat di kawasan yang dikuasai atau berjaya mengalahkan pihak
bukan Islam. Tujuan pembinaaan masjid, bukan sekadar beribadat, kakitangan kerajaan
tetapi tempat menyampaikan ilmu, dengan harapan ilmu yang
diperoleh akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap akidah Islam termasuk tentera
dan memanfaatkannya untuk memperbaiki kehidupan. Pembukaan menjayakan
Mesir oleh Amru al As membuktikan pernyataan ini, apabila beliau telah
mendirikan sebuah masjid apabila berjaya mengalahkan Rom di sana, ekspedisi
dan dari segi jangka panjangnya masjid tersebut telah menjadi tempat
umat menimba ilmu pengetahuan, buktinya menjadi tumpuan ulama ketenteraan
mencurahkan ilmu di samping kewujudan lebih daripada 40 kumpulan
halaqah di masjid berkenaan. Kuttab diperkenalkan untuk subsidi dan
menempatkan kanak - kanak membaca, menulis dan mengira serta
menghafal, didirikan berhampiran masjid untuk memudahkan ilmu - pinjaman
ilmu dipraktikkan. biasiswa / insentif
Pembayaran gaji berserta elaun kepada kakitangan kerajaan dan
golongan tentera juga menunjukkan fungsi Baitulmal meningkatkan
taraf hidup umat Islam. Melalui gaji dan serta elaun yang diterima
dalam perkhidmatan awam dan ketenteraan, umat Islam dapat
memanfaatkan untuk menunaikan nafkah kepada keluarga, malah
menggunakan sumber - sumber berkenaan bagi menyediakan
kemudahan yang lebih selesa. Bukti yang lebih jelas, sekiranya ketua
keluarga yang berkhidmat dalam tentera Islam terkorban di medan
perang, bermula zaman Umar al Khattab, elaun sara hidup diberikan
kepada keluarga si mati bagi memastikan keluarga yang ditinggalkan
[email protected]/2020
158
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
boleh menjalani kehidupan seperti biasa sekaligus mengelak ditimpa
kesusahan atau kesempitan hidup.
Seterusnya, sumber Baitulmal pernah digunakan untuk membantu Sumber Baitulmal
golongan bukan Islam. Umpamanya, Khalifah Umar memerintahkan
pengurus Baitulmal memberi bantuan peruntukkan fakir miskin Zakat
kepada seorang Yahudi yang cacat penglihatan. Malah, demi Cukai jizyah
memastikan Yahudi berkenaan tidak mengalami kesempitan hidup, Cukai kharaj
jizyah yang dikenakan terhadapnya juga telah dibatalkan. Golongan Cukai usyur
atau Zimmah juga diberikan peluang menjawat jawatan - jawatan yang Ghanimah
tidak melibatkan penggubalan polisi - polisi negara. Sehubungan al Fayy
dengan itu, pastinya pihak berkenaan akan menerima gaji atau imbuhan Harta wakaf
melalui perkhidmatan tersebut sekaligus dapat menampung keperluan Harta karun
harian dan keluarga masing - masing. Sedekah
Tidak dinafikan sememangnya penubuhan institusi Baitulmal bukan
sahaja bertujuan untuk berfungsi sebagai badan yang
bertanggungjawab menguruskan pendapatan negara, malah dalam
konteks ini turut berperanan sebagai badan kebajikan yang mampu
meningkatkan taraf hidup umat Islam khasnya dan masyarakat di
bawah kepemimpinan para khalifah pada masa ini.
Huraikan pelaksanaan sistem pencukaian pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab
Salah satu bentuk pendapatan negara Islam ialah hasil cukai yang
dikenakan terhadap warga negara sama ada yang beragama Islam atau
bukan Islam. Dalam hal ini pada zaman Khulafa al Rasyidin khususnya
pada zaman Khalifah Umar al Khattab, cukai merupakan antara sumber
pendapatan terbanyak yang diperoleh hasil daripada kempen - kempen
ketenteraan yang dilakukan terhadap wilayah - wilayah di dalam
mahupun luar Semenanjung Tanah Arab. Sumber cukai pada zaman ini
terbahagi kepada cukai jizyah, kharaj , dan usyur.
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam
terhadap orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap
perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
Cukai ini telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah s.a.w., namun
dikemaskinikan pada zaman Khalifah Umar al Khattab kesan dengan
bertambahnya wilayah yang berada di bawah naungan kerajaan Islam
dengan kadarnya mengikut kemampuan seseorang kafir zimmi, dan
perlu dijelaska pada hujung tahun. Pembayaran jizyah ini gugur
seandainya individu berkenaan menganut agama Islam atau kegagalan
kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan kafir zimmi.
Pelaksanaan jizyah dapat dilihat apabila kempen ketenteraan telah
digerakkan ke wilayah - wilayah kekuasaan Parsi dan Rom. Kejayaan
mengalahkan Parsi di Iraq, menyebabkan penduduk non muslim
dikenakan cukai ini dengan kadar yang ditetapkan, begitu juga dengan
kejayaan menguasai Syria, Palestine dan Mesir yang berada di bawah
Rom sebelum ini.Pemimpin Baitul Maqdis sendiri telah mengadakan
perjanjian dengan Khalifah Umar dengan menyatakan persetujuan
membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan
[email protected]/2020
159
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
keselamatan harta dan nyawa mereka. Begitu juga, penduduk Qibti di
Mesir yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula
bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun, sementara di Syria pula,
kadarnya jizyah antara 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status
individu
Sementara kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik - Cukai baharu yang
pemilik tanah. Pada zaman Khalifah Umar, tanah – tanah yang diperkenalkan oleh
dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Khalifah Umar al
Iraq. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah Khattab
tersebut memeluk Islam. Tanah – tanah lain yang dikenakan cukai Cukai kharaj
kharaj ialah tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam
dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam, tanah – tanah - wazifah
yang diusahakan oleh golongan zimmi dengan kebenaran pemerintah - muqasammah
Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam, dan tempat Cukai perdagangan
tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian. - 2.5% - Islam
Tugasan mengutip cukai diserahkan kepada golongan Ahli al Ayyam. - 5% - zimmi
- 10% - kafir harbi
Kharaj terbahagi kepada kharaj wazifah / masahah iaitu cukai yang
dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok
yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jarib
anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham, manakala kharaj
muqasamah: merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah
hasil yang diperoleh daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat
berdasarkan kepada banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan
kepada petani. Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan
tidak membebankan, kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil;
dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan. kharaj
muqasamah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperoleh. Faktor –
faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami
air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman
dan lokasi tanah dengan bandar.
Sementara usyur pula ialah cukai perniagaan atau perdagangan yang
dikenakan kepada pedagang atau peniaga yang berniaga dalam negara
Islam Madinah dan di kawasan – kawasan yang berada di bawah
naungan kerajaan Khulafa al Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang
dikenakan cukai ini sama ada beragama Islam atau tidak beragama
Islam, kadarnya berbeza antara satu sama lain, pun begitu ianya tidak
membebankan golongan tersebut.
Kadar yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%,
manakala bagi orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan
kafir zimmi dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang
tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak
10%. Salah satu fungsi cukai usyur ini ialah untuk memastikan para
pedagang atau peniaga menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan
termasuk penyediaan ruang berniaga yang selesa dan kemudahan –
kemudahan di kawasan pelabuhan
[email protected]/2020
160
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Pelaksanaan cukai - cukai pada zaman Khalifah Umar al Khattab
sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan cukai ini
tidak membeban pembayar, umpamanya sekiranya keseluruhan hasil
tanaman musnah akibat bencana alam, maka pemilik tanah
dikecualikan membayarnya, begitu juga dengan jizyah, Khalifah Umar
dilaporkan meminta individu kafir zimmi bersumpah menyatakan
kadar yang dikenakan tidak membebankan mereka. Situasi - situasi ini
mencerminkan keadilan pemerintahan Umar al Khattab yang
menyumbang kegemilangan kerajaan di bawah pimpinannya.
Bincangkan pelaksanaan dan kepentingan zakat pada zaman
kerajaan Abbasiyah pada abad ke-9 hingga ke 11 Masihi
Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan ke atas umat Islam,
oleh sebab itu, ianya tetap dilaksanakan pada zaman kerajaan
Abbasiyah memandangkan ianya termasuk salah satu daripada Rukun
Islam. Cuma dari segi pelaksanaannya, agar berbeza berbanding zaman
- zaman sebelumnya kerana pada masa ini telah muncul mazhab -
mazhab utama dalam Islam yang mempengaruhi pelaksanaannya.
Zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan Kewajipan zakat
zakat harta. Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus ditunaikan “Dan dirikanlah kamu
sebelum solat aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya ia dianggap akan solat serta
sedekah biasa. Sementara zakat harta pula merupakan kewajipan keluarkan zakat dan
kepada individu tertentu apabila harta yang dimiliki cukup kadarnya taatlah kepada Rasul
dan genap dimiliki selama setahun. Pada zaman ini, harta yang wajib supaya kamu beroleh
dikeluarkan zakat ialah binatang ternakan, emas dan perak, barang rahmat
perniagaan dan hasil pertanian seperti beras, gandum, barli dan lain-
lain S. al Nur
( 56 )
Binatang ternakan yang wajib ditunaikan zakat ialah unta, lembu, dan
kambing, yang merupakan hasil pendapatan pada masa itu, syarat
wajib zakat ternakan ialah cukup haul dan cukup nisab. Binatang ini
mestilah diternak di padang rumput yang bebas dan tidak digunakan
untuk bekerja. Padi dan gandum merupakan antara kategori tanaman
yang dikenakan zakat pertanian. Syarat wajib mengeluarkan zakat ini
ialah beragama Islam, mengetahui hukum wajib berzakat, dan tanah
pertanian yang diusahakan itu merupakan tanah yang dikenakan
cukai usyur, iaitu tanah milik sendiri. Jika tanah berkenaan, tanah
rampasan perang, maka tidak wajib berzakat, sebaliknya dikenakan
kharaj. Kadar nisab zakat pertanian ialah tidak kurang daripada 5
ausuq, 1/10 jika disiram air hujan dan 1/20 jika menggunakan alat
penyiram.
Sementara zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya
memenuhi syarat yang ditetapkan, antaranya cukup nisab, genap
setahun memilikinya ( disimpan ) dan milik sempurna. Nisab emas,
menurut pandangan empat mazhab ialah 20 dinar, manakala nisab
perak pula sebanyak 200 dirham. Manakala zakat perniagaan
dikenakan kepada mana - mana peniaga yang memenuhi syarat
tertentu seperti niat untuk mendapatkan keuntungan daripada
perniagaannya, serta cukup nisab dan haulnya.
[email protected]/2020
161
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Berkaitan dengan kepentingan zakat, tidak dinafikan fungsinya sama
sebagaimana zaman - zaman sebelumnya, antaranya dapat
mengeratkan hubungan persaudaraan antara umat Islam khasnya
antara golongan kaya dan miskin, sekaligus membantu golongan
yang kurang bernasib baik menjalani kehidupan lebih sempurna
bahkan dapat menguatkan perpaduan umat Islam. Bagi pengeluar
zakat pula, persepakatan ulama menjelaskan kepentingan zakat
dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor seperti
bakhil, sombong, mementingkan diri, sayangkan harta, dengan
terhapusnya sifat-sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih
aman dan bahagia serta saling bekerjasama
Pelaksanaan zakat zaman bani Abasiyyah secara tidak langsung Sejarah pelaksanaan
membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat. Pelajar -
pelajar atau golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah zakat
memanfaatkannya sebaik mungkin seterusnya membawa
kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat keilmuan sebagaimana Zaman sebelum
zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al Rasyid dan
puteranya, al Makmu, dan diteruskan pada abad ke-9 hingga ke-11 Nabi Muhammad
Sesungguhnya zakat merupakan sumber pendapatan yang amat s.a.w. diutuskan
penting kepada Negara dan masyarakat Islam kerana ia bukan sahaja
dapat mewujudkan suasana muhibah bahkan dapat meningkatkan Sebelum Nabi
ketakwaan seseorang terhadap Allah swt sekaligus menghapuskan
penyakit-penyakit hati dalam kalangan umat Islam. Pemerintah atau Muhammad s.a.w.
khalifah pula dilihat dapat menunaikan tanggungjawab sosial yang
amat diharapkan oleh golongan yang tidak bdernasib baik berhijrah ke Yatrib
2H; diwajibkan
zakat - Baginda
s.a.w. di Madinah
Huraikan perkembangan sistem pendidikan pada zaman
kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi
Sejarawan telah membahagikan era pemerintahan kerajaan Abbasiyah
kepada empat peringkat, iaitu peringkat pertama yang bermula
daripada tahun 750M - 847M, yang juga zaman kegemilangannya,
peringkat kedua ( 847M - 945M ), dikenali zaman pengaruh Turki
pertama, peringkat ketiga 945M - 1055M sewaktu kekuasaan Dinasti
Buwaih, dan peringkat keempat bermula 1055M - 1194M di bawah
pengaruh Seljuk. Semasa berada di bawah pengaruh Seljuklah, kerajaan
Abbasiyah telah runtuh diserang oleh orang - orag Monggol. Walaupun
kerajaan Abbasiyah telah dikuasai oleh Bani Buwaih dan Bani Selju,
bermula dari peringkat ketiga, perkembangan pendidikan masih
berlaku, dan semakin memberangsangkan berikutan pembukaan
madrasah - madrasah yang kemudiannya menjadi institusi pengajian
tinggi.
Sesuatu yang membezakan perkembangan pendidikan yang berlaku
pada abad ke-11 dan abad ke-12 ini ialah permulaan sistem
persekolahan secara formal berikutan penubuhan sekolah pertama di
kota Baghdad yang diinisiatifkan oleh Nizam Mulk, wazir terhebat
dalam kerajaan Abbasiyah pada era ini. Penubuhan sistem kelas atau
sekolah atau lebih madrasah menjadikan ianya merupakan institusi
paling dominan dan menjadi asas kepada penubuhan sekolah - sekolah
lain di kawasan yang dikuasai oleh kerajaan Abbasiyah. Pun begitu,
[email protected]/2020
162
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
institusi - institusi yang sedia ada seperti masjid yang menjad tempat Institusi pendidikan di
pengajian umum, istana, tempat pembelajaran golongan pemerintah,
dan kuttab, iaitu tempat pembelajaran paling asas tetap wujud Acheh
walaupun kini dibayangi dengan sistem madrasah. Begitu juga dengan
institusi - intitusi lain seperti pepustakaan, kedai - kedai kitab, dan Meunasah
salun kesusasteraan tetap menjadi medan menuntut ilmu, yang dihadiri Rengkang
oleh orang - orang yang berwibawa dalam ilmu pengetahuan, Dayah
sedangkan kanak - kanan dianggap tidak berada di salun ini keran
wacana ilmiah yang berlangsung amat tinggi arasnya. Jamiah Baitul
Berkaitan dengan dengan kurikulum, dengan terbentuknya madrasah, Rahman
bahan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada peringkat asas dan Masjid
rendah sahaja, malah merangkumi pengajian tertinggi. Sumber
pembelajaran pengajian agama tentunya al Quran dan al Sunnah yang Tahap pendidikan di
membawa kepada pelaksanaan pengajian ilmu fiqh, al Quran dan
Tafsir, Hadis dan ilmu berkaitan Hadis Nabi s.a.w., ilmu kalam, Acheh
tasawwuf dan lain - lain. Sementara pengajian ilmu bukan agama
tertumpu kepada pengajian ilmu falsafah, matematik, kimia, dan Rendah -
astronomi, tawarikh, syair serta bahasa. Walau apa pun yang dipelajari,
pembelajaran al Quran, solat, doa, ilmu nahu serta asas - asas bahasa berlangsung di
Arab serta membaca dan menulis adalah wajib dilaksanakan di mana -
mana institusi pendidikan. Betapa pentingnya bahasa Arab dan Meunasah
pembelajaran al Quran, setiap institusi pendidikan wajib mempunyai Menengah rendah -
sekurang - kurangnya seorang tenaga bahasa Arab dan pengajar kajian
al Quran. di rengkang
Mengenai kaedah pengajaran, walaupun kaedah halaqah masih Dayah - peringkat
berlangsung di institusi - institusi sedia ada, dengan penubuhan sistem
kelas atau madrasah beberapa metode digunakan, antaranya kaedah menengah tinggi
lisan yang terdiri daripada imla’, ceramah, bacaan, dan diskusi. Kaedah
imla’ antara yang terbaik disebabkan sekiranya pelajar tidak Jamiah Baitul
mempunyai daya ingatan yang kuat, catatan boleh membantunya
memahami pembelajaran. Kaedah hafalan amat penting digunakan bagi Rahman - peringkat
membolehkan para pelajar berhujah dengan yakin ketika berdiskusi
atau berdebat. Manakala metode tulisan amat perlu untuk menyalin tertinggi /
karya - karya ulama, penyalinan semula mampu meningkatkan daya
keintelektualan seseorang pelajar, hingga menimbulkan sistem ta’liqah universiti
terhadap karya - karya ulama.
Berkaitan dengan tenaga pengajar pula, sebagaimana zaman - zaman
sebelumnya, ulama - ulama akan mencurahkan ilmu tanpa
mengharapkan sebarang imbuhan - imbuhan di masjid. Antara ulama
yang menjadi tenaga pengajar pada zaman ini ialah Abu Ishaq al Syirazi,
al Qazwaini, al Ghazali, dan Ibn al Jauzi. Pun begitu, di institusi - institusi
pendidikan formal seperti kuttab dan madrasah, tenaga pengajar
menerima imbuhan atau gaji daripada pemerintah. Guru - guru yang
mengajar di Madrasah Nizamiyyah diwajibkan menganut aliran
keagamaan yang selari dengan aliran keagamaan pemerintah, iaitu
Sunni. Oleh sebab itulah juga madrasah ini telah dijadikan sarana atau
wadah menghidupkan mazhab Sunni dan fahaman Asy’ariyah. Status
seseorang tenaga pengajar juga ditentukan oleh kerajaan, malah
kerajaan juga yang memperuntukkan dana yang cukup utuk keperluan
[email protected]/2020
163
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
fizikal seperti bangunan sekolah dan asrama serta biasiswa kepada
pelajar dan wang pencen untuk tenaga pengajar.
Pengaruh Madsarah Nizamiyyah terhadap perkembangan pendidikan
dapat dilihat apabila institusi - institusi pendidikan yang didirikan di
daerah lain bermodelkan proses pengajaran dan pembelajaran di sini.
Umpamanya, yang didirikan di kota Balkh, Nisabur, Isfahan, Mosul,
Basrah, Tibrisan dan lain - lain. Hal ini termasuk pembayaran gaji guru
berdasarkan kelayakan atau keilmuan seseorang guru tersebut, dan
para pelajar ditempatkan mengikut aras dan keupayaan pembelajaran
masing - masing. Universiti Nizamiyyah telah melahirkan ilmuwan
hebat seperti Imam al Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang
menjadi tonggak kepada mazhab Sunni hingga hari ini.
Berinspirasikan penubuhan Universiti Nizamiyyah, pada tahun 625H, Faktor Aceh muncul
Khalifah al Mustansir telah membina Institusi al Mustansiriyyah
disebabkan wujudnya masyarakat berbilang mazhab di kota Baghdad sebagai pusat
pada masa itu. Insttusi ini peringkat awalnya hanya mengandungi 62
orang pelajar untuk setiap mazhab. Antara tokoh yang pernah pendidikan Islam
berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sini ialah Muhyidin Abu
Abdullah bin Fadhlan al Baghdadi, Rashid al Din Umar bin Muhammad kejatuhan Melaka
al Farghani dan beberapa orang lagi tokoh terkenal. peranan
Kesimpulannya, pada zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah antara pemerintah
abad ke-11 dan ke 12 ini menyaksikan berlakunya perubahan yang
ketara dalam sistem pendidikan, berikutan pengenalan sistem kewujudan pelbagai
pendidikan formal sesuai dengan tuntutan semasa, pun begitu tradisi
mendapatkan ilmu di masjid mahupun menggunakan kaedah masih inst. pendidikan
tetap kekal menggambarkan keunikan dalam aktiviti menuntut dalam
sejarah dan ketamadunan umat Islam khususnya pada Zaman peranan ulama
Pertengahan ini.
tempatan
peranan ulama luar
pusat perdagangan
hubungan
diplomatik
Huraikan perkembangan pendidikan Islam di Mesir bermula
abad ke-8 Masihi
Kejayaan mengalahkan Rom, menjadi asas kepada pertapakan dan
perkembangan bukan sahaja agama Islam, malah sistem pendidikan
Islam. Amru al As yang memimpin gerakan ketenteraan tersebut telah
diarahkan membina masjid yang akan berfungsi bukan sahaja sebagai
tempat ibadat malah berperanan sebagai pusat pendidikan dan
pembelajaran kepada masyarakat Islam di sini. Sejak dari itu, bermula
akhir pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan hingga awal
pemerintahan Harun al Rasyid, perkembangan pendidikan Islam
menjadi antara agenda utama pemimpin daripada dua kerajaan
tersebut.
Masjid masih kekal menjadi institusi utama mendapatkan ilmu
pengetahuan, selain menjadi tempat ibadat kepada umat Islam. Masjid
Amru al As yang didirikan sejak pertapakan Islam di Mesir, merupakan
masjid terulung yang memainkan peranan ini. Peranan masjid ini
sebagai pusat pendidikan Islam masih dikekalkan oleh para pemerintah
kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah yang mengambil alih teraju
pemerintahan kerajaan Islam termasuk Mesir.
[email protected]/2020
164
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Pada zaman - zaman berikutnya, menyaksikan di Masjid Amru al As Peranan Acheh
dikatakan terdapat 40 kelompok majlis pengajian yang sentiasa
dipenuhi oleh para pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan pusat pendidikan
membuat kajian. Antara kelompok utama ialah Kelompok Imam Shafie
yang dikenali juga dengan panggilan ‘Zawiyah’; tenaga pengajar terdiri pusat pendakwahan
daripada para ahli fiqah dan ulama terkenal yang silih berganti, pusat
kelompok al Majdiah; yang diwujudkan oleh Majduddin Abu al Asybal (
salah seorang wazir ) telah menempatkan Abdul Wahab al Bahnasi iaitu kesusasteraan
ulama yang menyandang jawatan Qadi Besar di Mesir, dan kelompok al
Shibiah pula diusahakan oleh al Sahib Muhammad Ibn Fakhruddin yang tasawwuf
menempatkan dua orang tenaga pengajar yang masing – masing dari
Mazhab Shafie dan Mazhab Maliki bagi memberikan pelajaran pusat perdagangan
mengikut mazhab masing – masing.
pusat keilmuan
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, sebagaimana di
Makkah dan Madinah, pembelajaran berasaskan al Quran dan Hadis di termasuk
Mesir kian berkembang. Pembelajaran ilmu tafsir dan hadis telah
membawa kepada muncul pula ilmu -ilmu seperti seperti ilmu nahu dan penyelidikan
saraf yang diperluaskan dengan penyusunan cara baharu. Kepelbagaian
bangsa yang menerima Islam sebagai al din, menyebabkan pengenalan pusat pembelajaran
tanda - tanda baca seperti dhammah,kasrah dan fathah.
mengerjakan haji
Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkeal dengan polisi dakwahnya telah Peranan Sultan
menghantar sepuluh orang ahli fiqh ( al fuqaha al asyrah ) ke wilayah
di utara Afrika termasuk Mesir untuk mengajar agama kepada para Iskandar Mahkota
penduduknya. Antaranya, Ismail bin Ubadillah bin Abi al Muhajir, Bakar
bin Sawadah al Judzami, Jutsul bin Ahad al Ru’aini, Hibban bin Jibillah al Alam Memajukan
Qurasyi, Saad bin Mas’ud al Tujaibi, Thalaq bin Jab’an al Farisi, Abdul
Rahman bin Rafi’ al Taknukhi, Abdullah al Mughirah, Abdullah bin Yazid Acheh
al Muafiri, dan Wahab bin Hayy.
keperibadian
Tidak dinafikan pada ke-8 ini, segala aktiviti pendidikan tertumpu di hubungan
masjid. Hal ini termasuk pembelajaran ilmu - ilmu bukan agama yang
dikategorikan sebagai fardu kifayah seperti ilmu geografi, ilmu diplomatik
pendidikan, karang - mengarang, pengajian sains, kimia, dan perubatan,
semuanya hanya menggunakan masjid - masjid sebagai pusat institusi pendidikan
pengajian.
peranan ulama
tempatan dan luar
pusat perdagangan
antiPortugis
Sewaktu Mesir berada di bawah pemerintahan kerajaan Abbasiyah,
perkembangan pendidikan juga berlaku di sini sebagaimana pusat
pentadbiran di Baghdad, selain masjid berperanan sebagai pusat
pentadbiran, kuttab didirikan untuk pembelajaran kanak -- kanak.
Membaca, menulis, nahu, Hadis Rasulullah s.a.w., asas matematik, dan
syair merupakan kurikulumnya dengan mengutamakan sistem hafalan.
Di peringkat lebih tinggi, mata pelajaran seperti tafsir, kajian hadis, ilmu
kalam didedahkan manakala untuk pembelajaran bukan agama, mata
pelajaran yang diajar ialah antaranya geometri, falsafah, dan perubatan.
Tidak dinafikan perkembangan sistem pendidikan yang berlaku di
Mesir adalah ditentukan dengan corak dan dasar pemerintahan
seseorang khalifah. Namun, apa yang ketara perkembangan sistem
pendidikan di negara ini bermula daripada institusi masjid, bermula
[email protected]/2020
165
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
dengan kelas - kelas pengajian ilmu fardu ain diikuti dengan
pembelajaran ilmu - ilmu bukan agama. Pun begitu, perkembangan
pendidikan kian ketara ketika dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah,
apabila didirikan lebih banyak institusi pendidikan selain masjid, iaitu
kuttab, istana, dan rumah gurum malah pembelajaran semakin
mencakupi skop yang luas dengan diuruskan oleh tenaga - tenaga
pengajar bergaji.
Bincangkan sumbangan golongan ilmuwan dalam kegiatan
intelektual di Andalusia dan Baghdad pada abad ke-11 hingga
abad ke-13 Masihi
Andalusia dan Baghdad merupakan dua buah kawasan yang muncul
sebagai pusat ketamadunan Islam yang hebat pada Zaman Pertengahan.
Hal ini disebabkan peranan pemerintah di sana yang bertindak sebagai
penaung kegiatan keilmuan di samping terdirinya institusi pengajian
yang menggalakkan perkembangan ilmu dalam tempoh masa tersebu.
Selain itu, keaktifan pada ilmuwan menghasilkan kajian dan karya turut
menyumbang kepada perkembangan di dua buah tapak ketamadunan
Islam tersebut.
Sama ada di Baghdad atau Andalusia, telah muncul ramai ilmuwan yang
menguasai pelbagai ilmu, sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli, dan
apa yang uniknya ilmuawan ini menguasai bukan menguasai satu
cabang ilmu sahaja bahkan pelbagai ilmu, bersesuaian dengan gelaran
ulul albab terhadap ilmuwan - ilmuwan berkenaan. Di Baghdad, antara
tokoh ilmu aqli yang muncul antara abad ke-11 hingga abad ke-13 ialah
ibn Sina yang terkenal dengan bidang perubatan, berjaya menghasilkan
karya al Qanun fi al Tibb, yang merupakan karya ensiklopedia
perubatan serta menjadi rujukan kepada pengamal - pengamal
perubatan dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Karya ini
membicarakan secara meluas penyakit berjangkit, penemuan penyakit
baharu, simpton dan cara rawatan, teori anatomi dan fisiologi serta
kaedah pembedahan. Ibn Sina juga berjaya menghasilkan karya
berkaitan ilmu geografi dan fasafah.
Tokoh ilmuwan lain ialah Ibn Haitham yang terkenal dalam bidang
matematik, astronomi dan fizik. Beliau melakukan banyak ujikaji
mengenai optik dan visual yang menjadi prinsip asas dalam pembuatan
mikroskop dan teleskop. Tokoh ini juga kerap menghasilkan penulisan
berkaitan ilmu falsafah, teologi dan perubatan. Beliau turut membahas
tentang lingkaran cahaya yang terdapat di sekitar bulan dan matahari.
Kitab al Manazir merupakan salah satu karyanya yang terkenal.
Tokoh ilmu aqli yang lahir dalam tempoh masa ini ialah Umar Khayyam
yang dikaitkan dengan ilmu matematik khususnya bidang algebra.
Karyanya, Mazalat fi al Jabr wa al Muqabala adalah karya agungnya
dalam bidang ini dan sangat penting dalam perkembangan ilmu
algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan olehnya adalah
berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Beliau juga mengenal pasti
[email protected]/2020
166
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
13 jenis bentuk persamaan kiub. Dalam bidang geometri, beliau banyak Perkembangan intelektual
membuat kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan - perkembangan ilmu aqli
selari. Beliau pernah diarahkan oleh Sultan Seljuq menentukan - perkembangan ilmu naqli
kalendar solat, dan hampir - hampir menghasilkan kalendar yang tepat
dinamakan al Tarikh al Jalali.
Berhubung dengan ilmu naqli, di Andalusia muncui beberapa orang
ulama dalam ilmu tafsir antara Imam al Qurtubi yang telah
menghasilkan karya tafsir, al Jami’ li Ahkam al Quran wa al Mubayyin
lima Tadlammanah min al Sunnah wa al al Furqan. Karya ini merupakan
salah satu kitab tafsir yang sangat luar biasa, bercorak fiqg kerana
banyak membincangkan persoalan - persoalan fiqh daripada persoalan
lain. Karya ini juga dianggap karya ulama besar yang berwawasan,
memiliki banyak kelebihan berbanding kitab - kitab lain. Di samping
kelebihan itu, ada beberapa catatan sebagai kritik atas karya ini dan
menjadi bahagian dari kekurangannya.
Tokoh ilmu naqli yang pernah lahir di Andalusia ialah Qadi Iyad yang
berasal daripada Ceuta, merupakan individu yang memiliki kepakaran
dalam il,u hadis dan fiqh serta menghasilkan lebih 20 buah kitab dalam
bidang - bidang tersebut. Kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau
ditugaskan sebagai penasihat kerajaan al Murabitun yang
sememangnya menjadikan mazhab Maliki sebagai mazhab utama.
Di Baghdad lahir juga tokoh ulama dalam bidang atau ilmu naqli ini,
antaranya ialah al Imam al Ghazali yang sememangnya menguasai
banyak cabang ilmu agama seperti ilmu tasawwuf, ilmu fiqh dan ilmu
kalam di samping ilmu - ilmu aqli. Karya teragung al Ghazali ialah Ihya
Ulumuddin, persoalan yang disentuh antaranya ialah untuk
membersihkan fahaman asing atau segala amalam yang boleh
merosakkan dalam kalangan ahli - ahli tasawwuf. Begitu juga dalam
ilmu kalam, tokoh ini bersandarkan al Quran dan al Sunnah sewaktu
berhujah dan menghasilkan karya sekaligus menentang keras fahaman
yang berasaskan akal seperti Muktazilah dan Jabariyah.
Kesimpulannya, kemunculan ilmuwan pada zaman - zaman keagungan
Islam ini sebenarnya telah meninggalkan impak yang cukup besar
kepada peradaban dunia. Idea tokoh - tokoh ini bukan sahaja amat
penting kepada umat Islam, malah dunia amnya turut mengagumi
sumbangan tokoh - tokoh Islam sehinggakan karya - karya mereka
diterjemahkan dan dijadikan asas untuk menghasilkan karya - karya
bidang berkaitan.
Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat
perkembangan intelektual.
Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada
zaman kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu
pemerintahan dua orang khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al
Rasyid dan puteranya, al Makmun. Perkembangan intelektual yang
begitu pesat berkait rapat dengan peranan pemerintah atau khalifah
sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan keilmuan di samping
[email protected]/2020
167
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
galakan mereka yang membawa kepada kedatangan golongan cerdik
pandai di Baghdad. Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah
peranan Baitul Hikmah, iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya
yang terletak di Bahgdad sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai
Zaman Kegemilangan Islam atau The Golden Age of Islam. Antara
peranan institusi ini ialah menjadi pusat penyimpanan pelbagai
khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan penyalinan pelbagai
karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli.
Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan
nama Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul
Hikmah dengan berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya
klasik dari Parsi, Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan
mencatatkan Baitul Hikmah ini mengalami kemajuan pesat pada masa
Khalifah Al Makmun, badan atau institusi ini merupakan salah satu
contoh perpustakaan Islam yang lengkap, yang berisi ilmu agama Islam
dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan yang telah berkembang
pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku terjemahan dari
bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku yang
disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain.
Buku – buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya
al Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang
tersimpan.
Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai
karya telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar
dengan gaji yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn
bin Ishaq, dan Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan
antaranya teks perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku
berkaitan ilmu geometri dan astronomi. Khalifah al Ma’mun juga
mengarahkan agar kitab atau karya agama diterjemahkan kepada
bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan kawasan – kawasan yang
dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada aktiviti
penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.
Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh
tertentu seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu –
ilmu baharu berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra
melalui kitab al Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini
menyebabkan beliau digelar Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi
tidak terhad di situ, beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan
sistem nombor dan ilmu – ilmu yang berkaitan seperti perpuluhan dan
memperkenalkan angka sifar. Tokoh – tokoh lain yang aktif melakukan
[email protected]/2020
168
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam bidang perubatan begitu
juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang dikaitkan dengan bidang
geografi dan sejarah
Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan
ilmuwan agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang
berdiskusi bagi membentang teori – teori yang dihasilkan dan
memperjuangkan pandangan masing – masing. Dalam bidang
perubatan lahir tokoh seperti Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al
Batani dan al Biruni menonjolkan diri dalam bidang astronomi,
manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al Waqidy bidang sejarah
dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu akliah. Dalam bidang
keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan empat mazhab utama,
mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam Malik membawa
mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori Mazhab Syafie
dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab Hanbali.
Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.
Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan
untuk menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha
menarik kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas
pemerintahan kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil,
peranan Baitul Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha
mengelak tersebarnya pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh
merosakkan pemikiran umat Islam.
Nilaikan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik
dan yang berkaitan dengannya.
Al Khwarizmi atau nama sebenarnya, Muhammad ibn Musa dilahirkan
di Bukhara pada tahun 780 Masihi. Dikenali dengan nama al Khwarizmi,
sempena nama tempat kelahirannya, Khwarizm yang terletak di selatan
Laut Arab, terkenal juga dengan nama - nama seperti al Cowarizmi, al
Ahawizmi, al Karismi, al Goritmi dan al Gorismi. Tokoh yang
mempunyai keperibadian bijak, berwawasan, tekun menuntut ilmu
memiliki kemahiran bukan sahaja dalam bidang matematik, malah ilmu
falsafah, logik, astronomi, geometri, kejuruteraan dan beberapa bidang
lain, yang menariknya bidang - bidang ini dikaitkan dengan kemahiran
ilmu matematiknya.
Tokoh ini banyak memberikan sumbangan semasa pemerintahan
Khalifah al Makmun, dan menjawat jawatan penting di Baitul Hikmah,
kedudukan ini memberikan ruang dan peluang kepada tokoh ini
mencetuskan pelbagai idea berkaitan matematik. Antara karya yang
dihasilkan oleh tokoh ini ialah al Muktasar fi Hisab al Jabr wa al
[email protected]/2020
169
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Muqabalah, Mafatih al Ulum, aljami wa al Tafsir bi Hisab al Hind, al Amal
bi’ Usturlab dan lain - lain.
Dalam bidang matematik, tokoh ini merupakan individu penting yang Al Khwarizmi pernah
mengembangkan sistem nombor yang dikenali sebagai sistem dikatakan mengislamkan
pernomboran Arab dan India yang digunapakai hingga hari ini. Angka ilmu matematik Yunani
- angka yang diperkenalkan ini menggunakan simbol - simbol tertentu
yang mewakili nilaian tertentu. al Khwarizmi merupakan individu
pertama yang memperkenalkan angka sifar ( 0 ) dalam ilmu matematik.
Pengenalan angka sifar menyebabkan munculnya nilaian angka
sehingga mencecah infiniti. Istilah sifar yang diperkenalkan oleh al
Khwarizmi dipinjam oleh bahasa - bahasa Eropah dengan sebutan -
sebutan tertentu seperti cifre, chiffre, dan zero. Dalam bidang ini juga,
al Khwarizmi telah berjaya mengembangkan dan memperkenalkan
sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Teknik penulisan
nombor serta penggunaan titik perpuluhan telah diterjemahkan ke
dalam bahasa - bahasa lain dalam beberapa ratus tahun kemudian.
Karya berkaitan sistem nombor diterjemahkan ke bahasa Latin sebagai
De Numero Indorum
Al Khwarizmi juga dikatakan merupakan individu yang
bertanggungjawab mempelopori ilmu algebra, sehingga mendapat
jolokan Bapa al-jabr ( Bapa Matematik Moden ) berikutan
sumbangannya dalam jurusan aritmetik, iaitu al-jabr (algebra). Al-jabr
merupakan suatu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan.
Beliau telah menggunakan simbol bagi mewakili nombor, nilai dan
pemboleh ubah. Melalui kaedah ini, banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan. “Aljabar al-Khawarizmi dianggap sebagai landasan dan
batu tanda sains, jika dibandingkan dengan Diofantus, hal ini kerana
al-Khawarizmilah orang yang pertama mengajar aljabar, sedangkan
Diofantus mengutamakan kepada teori nombor. Karya teragungnya,
iaitu al-Jabr wa al-Muqabilah telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan di universiti-universiti di
Eropah hingga abad ke-16. Beliau orang pertama yang mengajar algebra
dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti
pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui
karyanya.
Melalui sistem nombor termasuk angka sifat yang diperkenalkan, al
Khwarizmi dianggap sebagai pencipta ilmu dan istilah baharu dalam
matematik. Dalam kitab yang dihasilkan oleh beliau, pelbagai istilah
baharu tentang ilmu matematik ini diperkenalkan dan digunakan
sehingga kini. Antaranya ialah pembolehubah (x), pembolehubah kuasa
dua (x²) dan pemalar (c). Karya beliau yang bertajuk, Hisab al-Jabr wa
al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topik
seperti pengiraan darab, campur tolak dan bahagi, persamaan,
timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga dan isi padu
bentuk piramid dan kon. Malah, dengan pengenalan sistem angka yang
sistematik oleh al-Khawarizmi operasi pengiraan matematik
diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya,
malah turut membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang
dengan lebih pesat.
[email protected]/2020
170
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Al Khwarizmi juga menjadi individu yang membangunkan cabang
daripada bidang matematik, iaitu ilmu trigonometri dan geometri. Ilmu
geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut,
permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri pula
berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya.
Terdapat satu bab dalam kitab Al-Mukhtasar yang menceritakan secara
terperinci tentang ilmu geometri tanpa ada unsur-unsur pengaruh
Greek dari segi istilah mahupun unsur-unsur Euklid ( Sarjana Geometri
Greek terkenal , yang membuatkan tokoh-tokoh Greek terdahulu
kagum dengan beliau. Tokoh ini telah menerangkan banyak kaedah dan
konsep sin, kos dan tan dalam trigonometri dengan terperinci,
memperkenalkan konsep algoritma, dan mencipta pemakaian secans
dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Selain tu, sumbangan al Khwarizmi dapat dilihat sumbangannya dalam
bidang astronomi. Beliau telah menggunakan kepakarannya dalam ilmu
matematik bagi menghasilkan penemuan dalam bidang astronomi.
Beliau berjaya menghitung jadual astronomi; menghasilkan karya, Zij al
Sindhind yang membincangkan peredaran matahari, bulan, dan lima
planet serta kitab al Tarikh dan al Ruhkmat yang membicarakan alat
yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari. Karya The Book
of Astronomi Table pula menjelaskan berkaitan gerhana dan fasa - fasa
bulan. Kesemua karya yang dihasilkan ini ada kaitan dengan ilmu
matematik berdasarkan kiraan yang dilakukannya.
Dalam bidang geografi pula, melalui karya Surah al Ard, iaitu penjelasan
kordinat lokasi di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika, beliau bukan
hanya menyemak pandangan Ptolemy, malah membetulkan kesilapan
yang ditemuinya berdasarkan kajian atau penemuan baharunya. Tokoh
ini juga dikatakan pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan
mendapatinya ukurannya seluas 40.248km berbanding penemuan kini
seluas 40.070km.
Satu lagi sumbangan al Khwarizmi yang dikaitkan kegunaan umat Al Khwarizmi bersama 70
Islam, contohnya penggunaan ilmu matematik dalam menyelesaikan ahli geografi lain melakar
masalah - masalah praktikal. Ilmu matematik digunakan bagi peta dunia
menyelesaikan pengiraan dan pembahagian harta pusaka berdasarkan
hukum fara’id dan menentuka nisab serta pengagihan zakat. Pakar
matematik Islam ini ada mengaitkan angka dan juga bagaimana untuk
mencari wanita terbaik. al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya
tentang wanita terbaik. Beliau menjawab, jika wanita solehah dan
beragama bersamaan = , Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10, jika dia
kaya, tambah lagi 0 = 100 dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah
lagi 0 = 1000. Namun, jika yang “1” tiada, maka tiada apa yang tersisa
padanya kecuali sekelompok “0”
Kesimpulannya, al Khwarizmi merupakan seorang pakar matematik
yang diakui bukan sahaja oleh dunia Islam, malah diakui khalayak
pencinta ilmu dunia amnya. Kehebatan tokoh ini dalam memanipulasi
angka - angka sehingga terhasilnya beberapa ilmu baharu, dan yang
paling menarik telah mempersembahkan idea - ideanya dalam bentuk
karya dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
[email protected]/2020
171
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Pemikiran al Ghazali telah membawa kepada perkembangan
ilmu, bukan sahaja ilmu aqli bahkan ilmu naqli. Bincangkan
pernyataan ini.
Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad atau al Ghazali dilahirkan pada
tahun 950 M di sebuah perkampungan Ghazalah, di pinggir kota Tus
dalam wilayah Khurasan. Tokoh yang mempunyai keperibadian yang
bijak, cerdas, kuat ingatan, dan pandai berhujah ini terkenal dengan
beberapa gelaran, antaranya Hujjatul Islam, Zayn al Din, dan The
Greatest Muslim. Tokoh ini mendapat didikan daripada guru - guru yang
hebat seperti Abu al Ma’ali al Juwayni yang terkenal dengan gelaran
Imam al Haramain, Abu Nasr al Ismaili, dan Yusuf al Nasaj. Kepakaran
tokoh ini diakui dalam ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu tasawwuf, sirah dan
turut dianggap sebagai filosofis, dan banyak mengemukakan idea
berkaitan pendidikan dan politik.
Dalam bidang falsafah, tokoh ini membahagikan golongan yang
membahaskan ilmu falsafah berdasarkan akal semata - mata kepada
tiga golongan iaiti, golongan atheis, natural, dan teologi. al Ghazali
merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu
falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik,
ketuhanan, siasah dan akhlak. Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji
aspek ketuhanan dari perspektif akal. Metodologi yang diasaskan oleh
Imam al Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci berbanding
perbahasan ahli – ahli falsafah sendiri, memandangkan pemikiran tidak
bercanggah dengan hukum syarak. Pembabitan al Ghazali dalam bidang
falsafah ini tidak lain untuk mengelak umat Islam terjejas akidah ekoran
daripada pengaruh pemikiran atau falsafah Yunani. Oleh sebab itu,
karya - karya falsafah yang dihasilkan adalah bertujuan
mengharmonikan pemikiran - pemikiran falsafah Yunani dengan
pemikiran falsafah Islam. Sehubungan itu, beliau telah menghasilkan
karya - karya seperti Maqasid Falasifah, Tahafut al Falasifah dan al
Ma’riful Aqaliyah. Idea dan penulisan al Ghazali turut mempengaruhi
pemikiran ahli falsafah berikutnya seperti Jalaluddin al Rumi, Ibn
Rusyd, dan Syah Wali Allah di India
Dalam bidang pendidikan, tokoh ini menjelaskan melalui pengajaran
dan pembelajaran, individu akan memperoleh ilmu, dan amalannya
akan menentukan darjat atau kedudukannya. Tujuan atau matlamat
mendapat pendidikan dari segi jangka panjangnya adalah bertujuan
untuk mengenal Allah, manakala dari segi jangka pendeknya, meraih
kepakaran dengan bakat dan kemampuannya. al Ghazali menjelaskan
pembahagian ilmu kepada ilmu fardu ain dan fardu kifayah, dan
terdapat juga ilmu terpuji iaitu ilmu yang mendatangkan manfaat dan
ilmu tercela yang tidak akan memberikan manfaat kepada manusia.
Tokoh ini juga mengutarakan adab - adab menuntut ilmu, sama ada
adab pendidik terhadap yang dididik dan adab yang dididik terhadap
pendidik. Antara karya berkaitan pendidika ialah al Munqiz Min al
Dhalal, Ihya Ulumuddin, Mahkun Nazar, dan Miyarul Ilmu.
[email protected]/2020
172
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Al Ghazali turut mengemukakan idea dalam bidang politik, beliau
mengesyorkan pendekatan secara berhemah dan melaksanakan
tindakan dalam bentuk nasihat. Beliau mengkritik tindakan
menjatuhkan pemimpin dengan cara yang kejam, kerana ini akan
memudaratkan lagi keadaan, masyarakat akan bertambah kacau, huru
hara sekar dipulihkan, dan ketidakpuasan hati akan menguasai iklim
politik negara. Hubungan antara pemimpin dengan rakyat adalah ibarat
dua tonggak yang saling memerlukan. Ideanya dalam kitab al Tibr al
Masbuk fi Nashihat al Muluk mengandungi nasihat terhadap pemimpin
yang berkuasa, wajib laksanakan tugas dengan penuh beretika. Beliau
mengkritik amalan politik kotor yang pasti akan menjejaskan sesebuah
negara. Ulama wajar memainkan peranan sebagai penasihat kepada
pemimpin.
Selain ilmu aqli, tokoh ini juga mengemukakan idea berkaitan ilmu
naqli, antaranya mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu
kalam. al Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang
keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada
perbincangan ilmu Kalam. Beliau berusaha mempertahankan dan
membela akidah ahli al Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-
Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain, iaitu guru
Imam Al-Ghazali. Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak
menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam, beliau
berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa
berpaksikan kepada Al-Quran dan al-Sunnah hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika
itu. Al-Ghazali menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan
isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah
termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam.
Beliau mengatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia
kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari
matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Keduanya,
perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang
daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf.
Dalam ilmu tasawwuf pula, al Ghazali berusaha membersihkan
tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara
yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar.
Apabila al Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam
bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina
yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang
daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan
kemurnian Islam. Karya termasyhur Ghazali dalam bidang tasawwuf
ialah Ihya’ Ulumuddin, diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain
seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Perancis. Sumbangan al Ghazali adalah cukup besar dalam bidang
tasawwuf kerana beliau telah memurnikan semula ilmu tasawwuf
daripada kesesatan dan bid’aah.
Tidak dinafikan sumbangan al Ghazali dalam bidang keilmuan amat
besar, idea - idenya bukan sahaja dimanfaatkan untuk kegunaannya,
malah kesan daripada penyebaran karya - karya melalui aktiviti
[email protected]/2020
173
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
terjemahan dan pengajaran ulama - ulama seterusnya menyebabkan
namanya sering dijulang sebagai ilmuwan unggul terutama
penyampaian buah fikiran yang cukup bernas kepada penuntut -
penuntut ilmu.
Huraikan pemikiran Ibn Khaldun dalam ilmu kemasyarakatan
pada abad ke-15 Masihi.
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya, Abdul Rahman bin Muhammad bin
Muhammad dilahirkan di kawasan Khalduniyah, Tunisia pada tahun
1352 M. Figura hebat ini sudah menghafaz al Quran sejak kecil, dan
menguasai pelbagai ilmu ketika berusia belasan tahun. Tokoh ini
mempunyai kepakaran dalam bidang sosial, politik, pendidikan,
falsafah, sosiologi dan lain - lain. Penulisannya tersohor ialah al
Muqaddimah yang merupakan jilid pertama kitab pertamanya, al Ibar
yang mempunyai tujuh jilid. Tidak dinafikan pemikiran Ibn Khaldun
boleh dijadikan landasan untuk membina peradaban manusia.
Ibn Khaldun mengemukakan pandangan bagi membina peradaban,
ilmu amat penting. Sehubungan dengan itu, ilmu perlu dibina dengan
akal, pembelajaran intelektualisme dan tenaga pengajar yang betul.
Masyarakat yang jahil mustahil akan mampu membina peradaban
manusia. Ibn Khaldun mengesyorkan supaya pemerintah atau golongan
berada perlu mengeluarkan kos yang besar untuk membina intelektual,
antara yang dicadangkan ialah melalui sistem wakaf. Tenaga pengajar
juga memainkan peranan penting dengan melakukan kerja buat
mendidik dan bukannya untuk sekadar mencari rezeki melalui
pekerjaan tersebut. Ibn Khaldun berpandangan, usaha memajukan
sesebuah negara ialah melalui pembinaan jiwa - jiwa dan pemikiran
dengan ilmu dan pengetahuan, bukannya membina bangunan batu.
kerana ketamadunan dibina oleh manusia bukannya oleh batu. Politik
yang kondusif juga mampu meningkatkan kecemerlangan ilmu.
Ibn Khaldun juga mengemukakan pandangan tentang pembinaan
sesebuah negara. Negara yang baik mengutamakan keselamatan dan
kebersihan untuk mencapai maqasid, iaitu mewujudkan kebaikan dan
menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan. Berkaitan
dengan keselamatan, Ibn Khaldun mencadangkan negara berada di
tempat yang tinggi sebagai benteng daripada serangan musuh,
manakala berkaitan kebersihan, Ibn Khaldun mengutamakan
kebersihan sungai sebagai sumber air dan elakkan pencemaran udara,
yang merupakan keperluan kepada manusia. Aktiviti perladangan dan
penternakan perlu diusahakan di luar kota bagi mengelak pencemaran
dan suasana tidak kondusif. Apa yang penting, perlunya perancangan
untuk sesuatu tempat yang dibangunkan sebagai sesebuah negara.
Dalam bidang ekonomi, Ibn Khaldun membincangkan beberapa prinsip
dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama
(cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness. Ibn Khaldun
telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan
asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat
dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Beliau tidak
melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya
[email protected]/2020
174
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau
menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo
Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi
misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan
perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib
mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan
mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Ibn Khaldun juga merupakan individu penting yang memajukan teori
nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh. Beliau memperkenalkan
pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibn
Khaldun juga merupakan antara individu yang menyedari kesan
dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga serta keuntungan,
menolak cukai yang tinggi dan menyokong perdagangan bebas dengan
orang asing. Beliau juga percaya dengan kebebasan memilih. Tujuannya
bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diir mereka.
Berkaitan dengan sejarah, Ibn Khaldun berpandangan memahami
sejarah adalah penting, sejarah adalah suatu catatan atau maklumat
tentang organisasi sosial manusia dan tamadun dunia , perbahasan
terhadap sifat - sifat manusia dan mengenai revolusi sesuatu golongan
manusia ke atas manusia lain. Karya al Muqaddimah dianggap sebagai
sumbangan gemilang dalam bidang pensejarahan atau historiografi,
apabila prinsip - prinsip kajian beliau berusaha meletakkan kaedah
ilmiah dan kritikan ke atas aspek periwayatan sejarah. Pemikiran
pensejarahan sejarah Ibn Khaldun adalah bersifat analitik dan kritis,
mencari kebenaran dan menganalisis sebab musabab sesuatu peristiwa
bersejarah itu berlaku. Ibn Khaldun juga mengatakan para sejarawan
tidak boleh bersikap berat sebelah atau bias.
Pemikiran Ibn Khaldun sememangnya agak luar biasa, mendapat
pengiktirafan dan kajiannya menjadi rujukan dalam bidang - bidang
berkaitan. Malah, buah pemikirannya sering dijadikan wacana, tema-
tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, serta judul-judul buku
dan tesis di peringkat pengajian tinggi, malah suatu anugerah ilmiah
yang berpestij telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibn Khaldun
Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika, dan namanya diabadikan
dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti
Ibn Khaldun
Nilaikan sumbangan Ibn Battutah kesan daripada pelayarannya
terhadap peningkatan pelbagai ilmu.
Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi. Sejarah
pengembaraannya bermula ketika usianya 21 tahun apabila
meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di
Mekah dan mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan hal ehwal
agama Islam. Tokoh ini mendapat pendidikan agama sejak kecil
daripada bapanya yang merupakan seorang ulama dan bertugas
sebagai kadi. Ibn Battutah memiliki keperibadian yang mulia,
berwibawa, pandai berdiplomasi, berpendirian tegas, gigih, dan mahir
[email protected]/2020
175
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa asing seperti bahasa Parsi
dan Turki selain bahasa Arab.
Sumbangan terpenting Ibn Battutah dalam bidang pelayaran ialah
kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al-Nazar
atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat
menyifatkan beliau sebagai The Prince of Muslim Travellers. Sepanjang
pelayarannya, beliau mencatat keadaan geografi, sosial, adat,
keagamaan, politik dan ekonomi tempat-tempat yang dilawati sekaligus
dapat memberikan sumbangan terhadap peningkatan pelbagai ilmu
Ibn Batuttah meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan
pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al Nizar fi Gharaib al-Ansar
wa 'Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas
permintaan Sultan Maghribi. Beliau memperkenalkan disiplin baharu
ilmu pensejarahan melalui metodologi penulisan sejarah meggunakan
kaedah pemerhatian, pengalaman, temuramah dan sebagainya. Rihlah
lbn Batuttah merupakan rekod penting sejarah Zaman Pertengahan
bagi pelbagai negara yang dilawati termasuk negeri-negeri Afrika,
China, India dan Asia Tenggara. Buku ini merakamkan sejarah bagi
aspek kehidupan bangsa-bangsa pada abad ke-14M seperti agama,
sosial, budaya, politik dan lain-lain. Karya lbn Batuttah, Al Rihlah ini
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris,
Portugis, Perancis dan Jerman. Ibn Battutah juga turut menulis tentang
sejarah negara-negara Islam seperti India, Anatolia, Maldives, Afrika
dan lain-lain.Catatan Ibn Battutah turut menjadi sumber rujukan
sejarah tentang kedatangan Islam ke China dan Asia Tenggara.
Pengembaraan Ibn Batuttah memberi persepsi baharu terhadap
bidang geografi. Beliau berkongsi maklumat terperinci melalui hasil
catatan dari segi perbandingan tentang geografi sesuatu tempat
berdasarkan pengamatannya. Karya Ibn Battutah turut menjelaska
tentang laut dan keadaan fizikal sesuatu kawasan yang
sememangnya memberi maklumat yang berguna dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan. Ibn Battutah membuktikan bahawa
iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Beliau juga
menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas seperti yang disangka.
Catatan Ibn Battutah berjaya membantu pedagang-pedagang Arab
dalam memilih tempat untuk dijadikan pangkalan perdagangan. Ibn
Battutah turut mencatatkan bahawa Pasai merupakan kawasan yang
subur yang dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih, gaharu dan lain-
lain.
Pengembaraanya selama 28 tahun merentasi tiga benua (Afrika,
Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan jarak perjalanan
117,000 km, hal ini meletakkan beliau setaraf dengan tokoh
pengembara lain seperti Marco Polo. Pengembaraan Ibn Battutah
dapat dibahagikan kepada 4 peringkat, iaitu peringkat pertama,
perjalanan Ibn Battutah dari Maghribi ke kota Makkah. Peringkat
kedua, perjalanan pulang Ibn Battutah dari kota Makkah, lokasi awal
yang ditujuinya ialah selatan Iraq seterusnya ke Parsi, Anatolia, kota
Baghdad dan kembali semula ke kota Makkah. Manakala peringkat
ketiga, dari kota Makkah ke Utara Afrika merentasi Yaman melalui
[email protected]/2020
176
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Laut Merah, seterusnya sampai ke Oman dan Bahrain kemudian
kembali semula ke kota Makkah. Peringkat keempat pula dari kota
Makkah ke Turki, Asia Tengah, Asia Tenggara dan kembali ke
Maghribi. Kejayaan pengembaraan Ibn Batuttah menjadi dorongan
dan ikutan pengembara Islam dan Barat, contohnya Ibn Hawqal,
Sulayman al Mahri dan sebagainya. Catatan beliau menjadi sumber
panduan kepada pelayar Eropah yang berusaha mencari jalan ke
Timur pada abad ke-15 dan l6 M seperti Vasco da Gamma.
Sepanjang pengembaraannya, Ibn Batuttah telah berinteraksi dengan
beberapa pemimpin negara. Keperibadian, kewibawaan dan mahir
berdiplomasi dalam beberapa bahasa seperti Parsi dan Turki,
menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan
untuk meneruskan pengembaraannya. Ibn Batuttah pernah dilantik
sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughluq di India dan menjadi
utusan ke negara China pada tahun 1342M. Di Pasai, Sultan al-Malik
al-Zahir memberi penghormatan kepada beliau sebagai ulama dengan
menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke China. Ibn
Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui
Kaiser Byzantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.
Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah, beliau telah
mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat- sifat tertentu,
umpamanya Raja di Iraq dianggap berbudi bahasa, Raja Hindustani
(peramah), Raja Yaman (berakhlak mulia), Raja Turki (gagah perkasa),
Raja Rom (pemaaf), Raja Turkestan (bertoleransi) dan Raja Pasai
(berilmu pengetahuan seumpama ulama). Pentingnya catatan ini
ialah, memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya
berkaitan dengan persiapan apabila berlabuh di negara-negara
berkenaan.
Ibn Batuttah arif dalam bidang agama terutama dalam bidang
perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antara matlamat
pengembaraannya adalah untuk mendalami ilmu agama. Hal ini
terbukti apabila beliau tinggal di Makkah selama dua tahun. Dalam
pengembaraan awalnya, beliau telah menemui tokoh ulama seperti
Syeikh Abu Abbas Ibn al Zahir, Nasir al Din, Mujd al Din, Jamal al Din
Ibn Sadid dan lain-lain lagi.
Ibn Batuttah banyak menyumbangkan kepada penyebaran agama
Islam sepanjang pengembaraannya. Antaranya, beliau menetap
selama lapan tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau
memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Sultan
Muhammad Tughluq. Beliau turut dilantik sebagai kadi di kepulauan
Maldives selama 18 bulan. Begitu juga beliau turut memegang jawatan
kadi di Maghribi di negara kelahirannya sehingga ke akhir hayatnya
Hasil dari pelayaran Ibn Battutah, beliau telah berkongsi maklumat
secara terperinci melalui catatan beliau dari segi perbandingan
budaya, peradaban, sosial, ekonomi dan geografi masyarakat
setempat berdasarkan pengamatannya setelah singgah di sesebuah
tempat atau negara. Contohnya, Ibn Battutah mencatat tentang
budaya, adat dan amalan ritual yang diamalkan oleh penganut Hindu
di India termasuk tentang sungai Ganges yang digunakan untuk
[email protected]/2020
177
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
penyucian diri. Ibn Battutah juga turut mencatat bahawa sepanjang
pelayarannya ke 44 buah negara, negara China merupakan negara
paling aman yang pernah dilawatinya. Di Constantinople, beliau
mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi dengan pasar atau
gudang membeli-belah, jalan raya yang indah yang dibina daripada
batu, dan kewujudan sebuah gereja besar yang dikenali sebagai Gereja
Sancta Sophia di tengah-tengah kota berkenaan.
Ibn Battutah turut memberi sumbangan terhadap perkembangan
dalam bidang perundangan. Melalui karya al-Rihlah, beliau banyak
mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah
negara. Catatan beliau adalah secara langsung daripada pemerintah
dan pegawai tinggi pada masa tersebut yang menjadi sumber primer
dalam konteks sejarah. Contohnya, beliau banyak mencatat berkaitan
dengan pemerintahan dan undang-undang di India pada zaman
kerajaan Tughlug kerana beliau pernah menjadi kadi di sana selama 7
tahun
Walaupun Ibn Battutah pada dasarnya adalah seorang ahli pelayaran,
namun catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap
sebagai individu serba boleh. Pengembaraannya memberikan kesan
besar dalam pelbagai bidang ilmu yang telah menjadi rujukan pada
zaman tersebut dan selepasnya. Malah yang lebih menariknya beliau
juga dianggap sebagi guru dalam bidang kehakiman, sejarah dan
pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi.
Huraikan kepentingan catatan Ibn Majid hasil sepanjang
pelayaran yang dilakukannya.
Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi
merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9.
Beliau adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut ”.
Beliau telah mempelajari ilmu pelayaran menerusi Muhammad bin
Shadan, Sahi bin Aban dan Layth bin Kahlah dan ahli-ahli pelayaran
zaman Abbassiyah.Beliau telah menghasilkan 25 buah karya sama ada
berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran,
perjalanan bintang, angin, ombak dan lain – lain yang menggambarkan
penguasaannya dalam bidang pelayaran dan geografi.
Beliau telah menghasilkan kitab ilmu laut yang berjudul al-Fawaid fi
Usul ’Ilm al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah
–faedah ilmu laut) bertarikh 895 H. Hasil karya dalam bentuk prosa ini
dibahagikan kepada 12 bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan
pelayaran, jarum magnet, bulan, bintang, kompas, laluan laut Lautan
Hindi, sepuluh buah pulau yang paling terkenal , monsun yang sesuai
bagi pelayaran dengan tarikh dalam perkiraan bangsa Parsi bagi setiap
monsun dan Laut Merah. Antara tujuan beliau menghasilkan karya yang
pertama ini ialah hasratnya ingin memperbaiki dan memperbetulkan
kesilapan catatan – catatan yang dilakukan oleh pelayar sebelumnya.
[email protected]/2020
178
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul’ Ilm al-Bihar yang bertarikh 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh ( tahun ), ilmu bahasa, ilmu
bintang, berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan
Afrika, laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, dan pantai dan
pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi.
Kitab Al-Urjuzah al-Mu-arrabah 890 H membicarakan pelayaran di
Teluk Aden secara terperinci yang dapat menarik perhatian bukan
sahaja khalayak pembaca malah memberikan tarikan yang tersendiri
kepada penjelajah – penjelajah lain. Karya Aribah al-Daraib pula
merupakan huraian yang lengkap mengenai penggunaan bintang
dalam pelayaran. Beliau juga telah menghasilkan karya mengenai
bintang-bintang di kutub utara berjudul Urjuzah Al-Maimiyah.
Karya yang berjudul Qailah al-Isla fi Jami’ al-Dunya merupakan karya
yang berbentuk puisi. Ia mengandungi huraian berangkap tentang
menentukan arah kibkat dari mana-mana darat dan laut. Beliau
mendakwa mempunyai kaedah yang tepat dalam perkara ini.
Catatan Ibn Majid hasil daripada pelayarannya telah membawa
peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang geografi, dan ianya
telah menjadi perangsang pelayaran tokoh – tokoh Islam lain.
Kehebatan mengolah catatan dalam bentuk puisi dan prosa
menunjukkan beliau bukan setakat ahli pelayaran dan geografi malah
diakui sebagai sasterawan.
Pelayaran yang dilakukan oleh al Mas’udi banyak meninggalkan
impak terhadap peradaban manusia. Bincangkan.
Al Mas’udi atau nama sebenarnya Abu Hassan Ali bin Husayn dilahirkan
pada tahun 895 Masihi merupakan antara tokoh pelayaran Islam,
memulakan pelayaran sejak berusia 20 tahun. Minat yang tinggi dalam
aktiviti pelayaran serta sikapnya yang gemar meneroka dan melakukan
penyelidikan menyebabkan beliau berjaya sampai di negara – negara
seperti India, China, Madagascar, Oman dan lain – lain. Segala
pengalaman pelayaran dirakamkan dalam karyanya yang terkenal
seperti Muruj al Dhahab. Tidak dinafikan,pelayaran yang dilakukannya
banyak meninggalkan impak terutama dalam bidang geografi dan
pelayaran itu sendiri.
Karya Muruj al Dhahab yang dihasilkan merupakan ensiklopedia
geografi terawal, Bagi memastikan penulisannya dapat menarik
perhatian beliau telah menggunakan disiplin baharu dalam penulisan
dengan menggabungkan ilmu geografi dan disiplin sejarah agar ia
menjadi lebih menarik. Beliau telah menghuraikan dan
menggambarkan keadaan gempa bumi di Iskandariah yang
menumbangkan menara di sana, perairan Laut Mati, lapisan bumi dan
sebagainya. Beliau juga menyebut tentang kincir air di Sijistan yang
merupakan penemuan baharu orang Islam.
Melalui karya yang dihasilkan, al Mas’udi menyokong Teori
Determinisme Alam Sekitar iaitu tanggapan bahawa faktor persekitaran
iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang
[email protected]/2020
179
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
rapat dengan sikap manusia. Matahari dan bulan dikatakan
menentukan nasib dan hidup orang dari utara menyebabkan mereka
berbakat tinggi dalam aspek peperangan berbanding manusia di
selatan yang mempunyai sifat yang lebih suka bertafakur atau hidup
dalam suasana aman. Beliau cuba mengaitkan di antara fenomena alam
semula jadi dengan kehidupan manusia. Misalnya beliau mengatakan
perwatakan serta gaya hidup orang – orang Arab Badwi adalah berkait
dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. al Masudi berpendapat
bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum,
contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak sama dengan
dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki. Beliau membincangkan
dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan
antropoligikal.
Karya al Mas’udi juga menggambarkan keadaan persekitaran di India
khususnya flora dan fauna yang terdapat berhampiran tepi Laut
Combay. Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakak tua,
burung merak, buah oren, kelapa, dan lain – lain. Beliau juga berjaya
mengupas secara terperinci kawasan – kawasan di India seperti
Makran, Sind, dan Pantai Barat India setanding dengan apa yang
dihasilkan oleh Ibnu Khurdazbih dan Istakhri. al Mas’udi juga membuat
kajian tentang tanah fayy iaitu tanah yang diperoleh tanpa berlaku
peperangan.
Sumbangan seterusnya al Masudi ialah beliau berusaha membetulkan
kefahaman pelaut – pelaut yang menyatakan setiap laut adalah
berasingan. Beliau menjelaskan bahawa setiap lautan iaitu Lautan Parsi,
Laut China, Laut Rom, dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu
sama lain. Sehubungan dengan pendapat ini, beliau juga dapat
membetulkan kekeliruan pelayar Arab dengan menjelaskan bahawa
Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam. al Mas’udi
ialah penjelasan bahawa jarak antara benua Eropah dengan China ialah
setengah lingkungan bumi. Selain itu, beliau juga telah menamatkan
kekeliruan nama sungai – sungai yang direntasi semasa pelayaran dan
menerangkan keadaan, lokasi, dan aktiviti perdagangan bagi
masyarakat atau pedagang di India apabila sampai di sana.
al Mas’udi juga memberikan sumbangan dalam bidang sejarah,
penulisannya menggunakan pendekatan tematik berbanding
kebanyakan penulis yang menggunakan pendekatan berdasarkan
tahun. Beliau memasukkan peristiwa politik, peperangan, cara hidup
masyarakat dan sempadan geografi yang diikuti oleh sejarawan lain
seperti Ibn Khaldun
al Mas’udi boleh dianggap sebagai tokoh serba boleh bukan sahaja
bidang, geografi, bahkan menguasai ilmu seperti fizik dan sejarah
sehinggakan masyarakat Arab menggelarnya Herodotus dan Plinius
Arab kerana membuat revolusi dalam penulisan ilmu sejarah
[email protected]/2020
180
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Setiap binaan di India pada zaman kekuasaan Moghul jelas
mempunyai ciri tersendiri. Bincangkan.
Abad ke-16 di India menyaksikan tertegaknya kerajaan Mogul yang
mengambil alih pemerintahan selepas kerajaan Kesultanan Delhi.
Sewaktu pemerintahan Syah Jehan ( 1628 - 1658 ), banyak binaan dan
kesenian telah berkembang, sehingga tokoh ini digelar Bapa
Kebudayaan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul. Antara binaan
yang didirikan pada zaman ini ialah masjid dan istana yang
memmupunyai ciri - ciri tersendiri.
Antara ciri yang jelas terdapat pada binaan yang didirikan pada abad
ke-16 ini ialah kukuh dan tahan lama. Istana Taj Mahal menjadi bukti
yang jelas betapa kukuhnya bangunan ini yang diperbuat daripada batu
marmar putih dan batu permata. Binaan daripada batuan yang kukuh
ini menggambarkan kemahiran mereka dalam bina arkitek,
kejuruteraan, matematik dan sebagainya. Makam Mumtaz Mahal juga
dibina daripada marmar putih bertatahkan permata terbaik seperti jed,
kristal, batu lapis lazuli, batu amethyst dan batu turquoise. Kesemua
batu permata berharga direka bentuk dan diukir semula dengan
menggunakan teknik Pietra Dura, iaitu mengukir atau mengetuk batu -
batu sehingga menjadi bentuk yang lebih kecil, dan akan dicantumkan
mengikut bentuk yang telah dibuat sehingga menjadi satu bentuk dan
corak yang besar.
Istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akbar diperbuat daripada
batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar. Sebuah pintu
gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan
binaan ini. Di sekelling istana, terdapat tembok batu yang mempunyai
ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang
rasmi pemerintah
Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan
menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur lain
terdapatnya kubah – kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang
mempunyai puncak yang meruncing. Binaan ini menggambarkan
gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman
ini terbina masjid yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah
kompleks, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul
ialah kubur atau tempat pemakaman raja – raja dan kaum kerabatnya.
Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan
– bahan merah yang kekal lama. Kebiasaannya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri
secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang
menjadi induknya. Contoh paling jelas Makam Diraja Humayun,
strukturnya terdiri daripada batuan merah, batu putih dan marmar
hitam dan putih dikelililingi taman bunga
Kubu merupakan satu lagi bentuk seni bina yang terdapat di India,
paling jelas Kota Merah binaan sepanjang 2 kilometer, memperlihatkan
[email protected]/2020
181
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
gabungan seni bina Parsi dan tempatan. Kubu ini dibina dengan
menggunakan batu bata merah, batu marmar yang dihiasi dengan
corak flora, dilengkapi dua buah kubah dan di dalamnya terdapat
ruangan khas seperti rang mengadap dan ruangan khusus untuk
maharaja
Bahan binaan dikatakan mempunyai ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-
Quran. Ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran merupakan satu motif Islam
yang diketengahkan dalam seni bina India. Ukiran-ukiran kaligrafi ini
dapat dilihat pada binaan Istana Taj Mahal. Juru khat bernama Amanat
Khan telah dibawa dari Parsi dan dipertanggungjawabkan untuk
mengukirnya.Makam Humayun juga mempunyai kaligrafi ayat-ayat al-
Quran seperti yang terdapat pada Mihrabnya. Sekiranya tiada ukiran
ayat-ayat suci al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain yang digunakan
adalah berasaskan alam semulajadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan
dan bunga-bungaan serta geometri
Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan
sesuatu binaan di India. Unsur air dapat dilihat pada binaan Taj Mahal.
Taj Mahal dibina di tebing kiri sungai Jumna kerana keadaan
geografinya yang mempesona dan penuh keindahan. Terdapat banyak
aliran air terjun yang dibina merentasi setiap struktur bangunan.
Contohnya terdapat dalam Kota Merah. Setiap binaan dibina dengan
begitu teliti dan indah. Tempat tinggal peribadi maharaja (Nahr-i-
Behish) terdiri daripada beberapa pavilion yang dihubungi oleh air
yang sentiasa mengalir atau dikenali sebagai “Syurga Anak Sungai”. Air
ini dialiri dari sungai Jumna (Yamuna) dari menara Shahi Burj.
Setiap bangunan atau binaan di India mempunyai tembok. Pembinaan
tembok ini jelas dilihat pada binaan istana. Istana Taj Mahal mempunyai
tembok yang dihiasi dengan takukan-takukan dan istana yang terletak
di Fathipur Sikri juga mempunyai tembok batu yang mempunyai ruang
tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi
pemerintah.
Binaan yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
menggambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina
yang dimiliki oleh orang – orang Mughal. Oleh sebab sumbangan Syah
Jehan yang begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar oleh sejarawan
sebagai Bapa Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Mughal di India.
Bincangkan ciri – ciri seni bina di Andalus pada abad ke-13
Masihi.
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka
bentuk, reka letak yang dibina oleh manusia. Sementara seni bina Islam
merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia
sangat dipengaruhi oleh rohaninya. Meskipun abad ke-13 Masihi
merupakan tempoh terakhir kewujudan kerajaan Islam di Sepanyol,
namun kerajaan Nasriyah atau Bani al Ahmar memberikan sumbangan
yang membanggakan dalam pembinaan dan perkembangan seni bina.
Tumpuan pemerintah ialah pembinaan masjid, madrasah, istana,
rumah kediaman, pintu gerbang ( gapura ) dan sebagainya
[email protected]/2020
182
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Hasil seni bina yang terdapat di Andalus pada tempoh masa ini
terbahagi kepada dua jenis iaitu kesenian yang lahir di Granada
dikenali sebagai keseniaan Granada, manakala kesenian di luar Granada
dipanggil kesenian Mudejar. Keseniaan di luar Granada telah dilahirkan
bersama oleh orang-orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13
Masihi dan ke-14 Masihi, contohnya Alcazar di Seville dan gereja
Toledo. Walaupun ada pembahagian sebegini, namun monumen atau
bangunan – bangunan yang bersejarah yang didirikan ini tetap
mempunyai persamaan iaitu menepati ciri seni bina Islam seperti tahan
lama, dihaisi dengan kaligrafi Arab khususnya ayat – ayat al Quran,
selesa dengan mempunyai ruang peredaran udara yang mencukupi dan
sebagainya.
Binaan yang dihasilkan mempunyai menara, umpamanya terdapat dua
buah menara ( tower ) yang tinggi dan berkilauan yang dibina di atas
Bukit Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah dapat
melihat keindahan kota Granada dengan taman – taman bunga dan
pohon – pohon buah – buahan yang subur menghijau. Di samping
pentingnya pembinaan menara di kawasan istana atau sempadan ialah
bagi memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan, dengan lain
perkataan dikaitkan dengan ciri keselamatan
Kebiasaan bangunan – bangunan yang didirikan mempunyai ruang –
ruang khas ( bilik ) yang mempunyai fungsi yang tersendiri.
Umpamanya, Istana al Hambra mengandungi beberapa buah bilik yang
berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai
halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman. Di
sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang diperbuat daripada
marmar. Malah di istana berkenaan terdapat ruang duta, ruang
persalinan permaisuri, ruangan persiraman diraja dan lain – lain yang
menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi
keindahannya
Bangunan ini turut mempunyai nilai – nilai keindahan yang dapat
dilihat dengan terukirnya tulisan – tulisan / kaligrafi yang
mengandungi ayat – ayat al Quran, puji – pujian, gelaran pemerintah (
amir ) dan sebagainya. Di pintu Masjid al Mulk, tertera sepotong tulisan
Arab, Azza Maulana al Sultan-Abdillah, dan di bawah perkataan tersebut
terdapat sebuah syair yang menyentuh kemurnian agama Islam, malah
permukaan dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan
ukiran yang berselang – selang dengan ayat – ayat menggunakan tulisan
Arab seperti, al Qudratu bi’lLah, al Mulku li’lLah, La ghaliba illa’lLah.
Begitu juga dengan mihrabnya dipenuhi dengan hiasan yang berwarna
emas termasuk struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata
zamrud, yaqut, dan sebagainya.
Keupayaan menghasilkan pelbagai bangunan yang indah atau
mempunyai nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti
istana serta masjid menggambarkan bahawa pemerintahan kerajaan
Nasriyyah pada tempoh masa tersebut tidak mengabaikan bidang
keseniaan, malah impak daripada kejayaan kerajaan ini terutamanya
membina Istana al Hambra menggambarkan nilai ketamadunan yang
tinggi serta tiada tolak bandingnya malah bangunan – bangunan
[email protected]/2020
183
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
seumpama ini telah dimanfaatkan oleh orang – orang Kristian apabila
kerajaan – kerajaan Islam di Sepanyol dihancurkan oleh tentera
Kristian selepas itu
[email protected]/2020
184
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
3.1 PELUASAN KUASA BARAT
Sejauh manakah kelemahan kerajaan Uthmaniyah membawa
kepada peluasan kuasa Barat di wilayah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga abad ke-20
Abad ke-19 menyaksikan kuasa - kuasa Barat giat melancarkan gerakan
imperialisme di dunia sebelah Timur, dan salah satu kawasan yang
menjadi sasaran mereka ialah wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah
yang sememangnya strategik dari segi politik dan ekonomi. Ruang dan
peluang kepada kuasa - kuasa untuk merealisasikan hasrat tersebut
makin cerah apabila kerajaan Uthmaniyah pada masa ini berada dalam
keadaan lemah baik dari sudut politik mahupun ekonomi serta
ketenteraan.
Selepas kemangkatan dua orang pemerintah berwibawa, Muhammad al
Fateh dan Sulaiman al Qanuni, boleh dikatakan kerajaan Uthmaniyah
telah ketandusan pemimpin berwibawa. Walaupun Sultan Abdul Hamid
II kedua menaiki takhta, namun keadaan kerajaan Uthmaniyah sedang
berada dalam keadaan nazak, bukan sahaja menghadapi tekanan kuasa
- kuasa Barat, malah berlaku kritikan daripada golongan Uthmani Muda
dan Turki Muda. Malah, kelemahan kepemimpinan juga ketara, apabila
ada pemerintah yang dasarnya banyak dipengaruhi oleh golongan
harem dan kelompok tertentu dalam istana. Malah, ada sultan yang
dilantik berusia belasan tahun dan ada juga yang terlalu mementingkan
kemewahan dunia, Kesemua kelemahan -kelemahan jelas memberikan
ruang yang luas untuk kuasa Barat meluaskan kuasa.
Kelemahan kerajaan Uthmaniyah juga berpunca daripada kelemahan Kerajaan Uthmaniyah
tentera yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan Islam memerintah selama
ini. Pembubaran tentera elit atau Janissari jelas meninggalkan kesan 625 tahun, meliputi
yang cukup mendalam. Disiplin dan moral tentera yang selama ini kawasan seluas 23 juta
begitu mantap kian luntur, hal ini disebabkan tentera kini dibenarkan km persegi dan
terlibat dalam aktiviti - aktiviti lain termasuk kegiatan ekonomi dan merangkumi lebih 30
tidak perlu tinggal di kem, malah dibenarkan berkahwin. Walaupun ada buah negara
usaha - usaha pemodenan dilakukan, namun ianya jelas tidak cukup
untuk menyekat peluasan kuasa Barat termasuk musuh tradisi kerajaan
Uthmaniyah, Rusia yang begitu ghairah untuk mendapatkan semula
wilayah - wilayah di Balkan.
Selain faktor kelemahan kerajaan Uthmaniyah terdapat beberapa
faktor lain yang menyumbang kepada peluasan kuasa Barat ini.
Antaranya, keperluan bahan - bahan mentah di negara Eropah kesan
daripada berlakunya Revolusi Perindustrian di sana sejak abad ke-18.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, wilayah kekuasaan
kerajaan Uthmaniyah memiliki bahan mentah yang berharga seperti
bijih besi dan paling utama penemuan telaga - telaga minyak yang
menyebabkan mereka berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan
konsesi mencarigali telaga minyak di Kuwait, Arab Saudi mahupun
Bahrain. Selain sumber galian, kuasa Barat menyedari Mesir dan Algeria
merupakan antara kawasan yang subur, sesuai dijadikan kawasan
[email protected]/2020
185
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
pertanian, sehubungan dengan itu, British dan Perancis jelas begitu Tentera Janissari
bersungguh - sungguh untuk menguasai negeri - negeri terebut.
Peluasan wilayah juga diperlukan untuk melindungi pelaburan ditubuhkan pd tahun
pemodal - pemodal di utara Afrika.
1326; pegawal peribadi
Keinginan menguasai Terusan Suez juga menjadi asbab peluasan kuasa
Barat. Penguasaan Terusan Suez bermakna akan membolehkan mana - sultan, sangat setia,
mana kuasa Barat menguasai jalan perdagangan dunia. Hak ini
disebabkan penguasaan terusan ini akan menjimatkan masa dan kos, tangkas, hebat dalam
memandangkan kini para pedagang tidak memerlukan perjalanan
mengelilingi Afrika untuk sampai ke Asia atau sebaliknya. Antara kuasa strategi perang
Barat yang begitu berminat ingin mendapatkan kawasan ini ialah
British yang telah menyimpan hasrat apabila apabila membantu
kerajaan Uthmaniyah mengusir British daripada Mesir. Pada masa yang
sama, British telah membeli saham kompeni Terusan Suez sebagai
langkah jangka panjang untuk meluaskan kuasa kelak.
Faktor seterusnya yang menyebabkan berlakunya peluasan kuasa ialah
faktor keagamaan, sentimen antiIslam jelas ada dalam kalangan kuasa
- kuasa Barat untuk menguasai wilayah - wilayah kerajaan Uthmaniyah.
Kekalahan dalam Perang Salib, tumbangnya kota Constantinople, dan
jatuhnya Baitulmaqdis di tangan umat Islam jelas memberikan
tamparan hebat kepada kuasa - kuasa Barat. Pemimpin - pemimpin
gereja memainkan peranan penting menyemarakkan perjuangan
peluasan kuasa ini. Atas sebab inilah, fatwa jihad telah dikeluarkan oleh
pemimpin Islam bagi menghadapi cabaran kuasa Barat ini. Perebutan
pengaruh antara Britain dan Rusia untuk menjadi wakil penduduk
Kristian di wilayah Uthmaniyah merancakkan sentiment antiIslam ini.
Faktor yang tidak kurang pentingnya oleh kuasa - kuasa Barat untuk Terusan Suez terletak di
Mesir menghubungkan
menguasai wilayah milik kerajaan Uthmaniyah ialah kononnya Laut Mediterranean dan
menyebarkan falsafah pemikiran dan budaya Barat di dunia sebelah Laut Merah.
Timur. Kuasa - kuasa Barat telah menggunakan slogan White Men
Burden bagi membawa arus pemodenan di wilayah kerajaan
Uthmaniyah. Mereka mendakwa mereka lebih maju, dan pada masa
yang sama memburukkan imej umat dan agama Islam dengan menuduh
menolak kemajuan di sampin menggunakan fahaman sekularisme
untuk mempengaruhi umat Islam agar mengkritik kerajaan
Uthmaniyah yang dianggap lemah dan gagal.
Kesimpulannya, tidak dinafikan peluasan kuasa Barat ini berpnca
daripada hasrat mereka mendapatkan semula wilayah yang terlepas,
apatah lagi menyedari ini kesempatan terbaik berikutan kelemahan
pelbagai sudut kerajaan Uthmaniyah. Walaupun kuasa - kuasa Barat
begitu aktif meluaskan kuasa dan bersaing sesama mereka demi
meningkatkkan imej mereka, di satu sisi jelas mereka bersatu untuk
menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah, dan ini dapat direalisasikan apabila
memerangkap kerajaan Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia I dan
isu Tanzimat.
Bincangkan perubahan yang berlaku kesan daripada
pelaksanaan Tanzimat di Turki pada abad ke-18 hingga abad ke-
20.
[email protected]/2020
186
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul,
pemimpin yang berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat
dengan Kesultanan Seljuk bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini
mencapai era keagungan sewaktu pemerintahan Muhammad al Fatih
apabila berjaya menguasai kota Constantinople dan terus berkembang
hingga meliputi benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat bermaksud
pembaharuan atau reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi
antara tahun 1839 hingga 1876 yang meninggalkan kesan mendalam
pada masyarakat Turki khasnya dan umat Islam amnya.
Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali
sebagai Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru
kepada reformasi yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap
institusi masyarakat dengan syarak tetap menjadi undang – undang
negara Turki. Piagam ini menjanjikan keselamatan nyawa, maruah dan
harta untuk semua rakyat tanpa mengira agama di samping jaminan
persamaan hak dan pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka. 1856,
muncul piagam kedua yang mengesahkan segala janji yang termaktub
dalam Hatt-i Gulhane, namun apa yang mengejutkan segala aspek
syarak digugurkan sama sekali ( gambaran pengaruh sekular kian
menular )
Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah Tanzimat merupakan
mengemaskinikan pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian
– kementerian seperti Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, gerakan reformasi,
dan Kementerian Polis. Majlis Diraja diberikan jenama baharu iaitu
Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan serta penyusunan semula dan
mengelak amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahi – ahli
yang dipilih berpendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan pembaik pulih yg dilakukan
untuk mewujudkan amalan demokrasi. Pentadbiran yang dirangka
adalah bermodelkan pentadbiran Perancis. dari tahun 1839 - 1876
Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah
aliran akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan
yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah hingga peringkat
universiti. Kurikulum yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran
berasaskan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan
Akademi Pelajaran. Implikasi daripada penekanan terhadap mata
pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar muslim tentang Islam kian
berkurangan menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan
mereka. Selain itu, sekolah atau madrasah kian ketinggalan berbanding
sekolah – sekolah profesional corak awam dan militer.
Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada
pelaksanaan tanzimat beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa
penglibatan para ulama. Peraturan – peraturan berhubung jenayah,
tanah, perniagaan dan pelayaran diubahsuai berdasarkan undang –
undang Perancis. Institusi mahkamah turut mengalami perubahan,
mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan atau menjalankan
undang – undang baharu. 1847, mahkamah campuran didirikan bagi
[email protected]/2020
187
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi oleh sama ada
hakim berbangsa Eropah atau yang beragama Islam. Sedikit demi
sedikit peranan ulama mula diketepikan dalam pelaksanaan
perundangan dan kehakiman.
Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai
hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar -
bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera
laut. Dalam hal ini, telah muncul pegawai – pegawai muda yang
memainkan peranan penting melncarkan gerakan merampas kuasa
dengan menggulingkan institusi kesultanan di Turki.
Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk
puisi, novel, dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai
keislaman telah diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan
menyentuh isu raja perlembagaan sedangkan isu ketaatan beragama
tidak pernah disentuh. Penyediaan kemudahan infrastruktur (
pengangkutan dan perhubungan ) juga disediakan, namun
kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.
Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan
keutamaan termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah
merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau
modal menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal
– pemodal asing. Malah, Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi
mendapatkan bekalan makanan, peralatan, dan modal bagi
perbelanjaan pembangunannya.
Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka
untuk memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative
disebabkan pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih
condong kea rah pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula
diketepikan sedikit demi sedikit yang akhirnya membawa kegoyahan
dan kejatuhan kerajaan ini di tangan individu yang berfikiran nasionalis
dan sekular.
3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan
Galurkan perjuangan rakyat tempatan di Mesir terhadap usaha
peluasan kuasa British antara abad ke-19 hingga abad ke-20
Sebelum Mesir jatuh ke tangan British, negara ini pernah berada d
bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, namun pada tahun 1798,
negara tersebut telah berada di bawah kekuasaan Perancis yang
berjaya menguasai negeri ini sehingga tahun 1801. Namun begitu,
kerjasama antara British dengan kerajaan Uthmaniyah telah
menyebabkan Perancis berundur, dan memberikan peluang kepada
British untuk mencari ruang bagi bertapak kukuh di Mesir, dan hal ini
dapat direalisasikan bermula pada tahun 1882.
[email protected]/2020
188
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Tindakan British yang berhasrat menguasai Mesir telah disedari oleh
masyarakat terutamanya menjadikan Khedif sebagai boneka yang
memberikan ruang seluasnya untuk menjayakan cita - cita tersebut
menyebabkan munculnya gerakan untuk menghalang peluasan kuasa
ini dengan dimulai oleh Gerakan Rosetta.
Hasrat British untuk mendapatkan Mesir bermula apabila adanya
jalinan kerjasama antara British dengan Alfi Bey yang merupakan
kesempatan kepada British untuk menguasai pantai atau kawasan
persisiran Mesir. Hal ini terbukti pada tahun 1807, seramai 2 000
orang tentera British telah mendarat di bandar Rosetta dengan hasrat
menjadikan bandar berkenaan sebagai pusat gerakan untuk
meluaskan kuasa. Walau bagaimanapun usaha British telah dapat
dihidu oleh pemimpin tempatan yang diketuai oleh Gabenor Rosetta,
Ali Bey yang telah bertindak menggerakkan masyarakat di bandar
pelabuhan ini mempertahankan bandar Rosetta menyebabkan
berlakunya pertentangan yang mengorbankan banyak nyawa antara
kedua - dua pihak, namun bagi masyarakat tempatan, peristiwa
menjadi asas kebangkitan terhadap kuasa Barat berkenaan
Perjuangan Ali Bey telah mendapat perhatian ulama tempatan, al Sayyid Pengaruh Barat
Umar Makram yang tidak putus - putus menyemarakkan semangat
jihad dalam kalangan masyarakat tempatan agar berani Terhadap Muhammad
mempertahankan kedaulatan. Kemunculan ulama ini telah
menyemarakkan perjuangan golongan massa dan penuntut Universiti Ali Pasha
al Azhar agak menggerakkan api perjuangan. Gerakan ini telah
menyusun strategi dengan menggerakkan tentera melalui dua - Dasar pecah dan
kumpulan; masing - masing bergerak ke lembah Sungai Nil dan
sepasukan lagi akan menyerang bandar yang terletak di selatan perintah, ketepikan
Baitulmaqdis. Serangan ini telah memberikan impak yang cukup besar
kepada perjuangan masyarakat tempatan, British akur dengan ulama dan mana -
kekalahan dan mulai meninggalkan pelabuhan Islandariah pada
September 1807. mana yg kritiknya
Seterusnya, berlaku Gerakan Islah yang dipelopori oleh dua orang - Modenisasi tentera
golongan cerdik pandai Islam, Jamaluddin al Afghani dan Muhammad
Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat bermodelkan
di samping kekolotan pemikiran masyarakat tempatan. Jamaluddin al-
Afghani dan Muhammad Abduh telah memperkenalkan Gerakan Perancis
Pemulihan Islam dengan menyeru masyarakat tempatan kembali
kepada ajaran Islam sebenar bagi meningkatkan kemajuan dalam - Meluaskan kuasa;
kehidupan di samping tidak menolak sains dan teknologi. Ciri – ciri
utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Sudan dan Levant
Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.Kesemua idea dan program
islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui proses serta berjaya
pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta
karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan- menghapuskan
jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-
tokoh ini membangkitkan semangat perasaan antipenjajah. usaha
Jamaluddin al Afghani telah menubuhkan Misri al Falat dan al Hizb al
Watani bagi membebaskan Mesir daripada penjajahan Barat. pemberontakan
- Membaikpulih
sistem pendidikan;
orientasi Barat
serta akt
terjemahan
- Galak tanaman
kapas, perkenal
monopoli demi
keuntungan
[email protected]/2020
189
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Perjuangan seterusnya dilaksanakan oleh golongan Fellahin yang
terdiri daripada oleh golongan bangsawan ( Pasha ), ulama dan tuan
tanah bersatu dengan golongan tentera. Penyatuan ini berpunca
daripada bangsa Eropah menunjukkan sikap dan dasar permusuhan
terhadap kedua – dua golongan tersebut dan menyokong Khedif Taufiq
yang menindas rakyat. Kebangkitan utama ini sebenarnya berpunca
daripada ketidakpuasan hati golongan tentera tempatan yang telah
didiskriminasikan. Gaji golongan tentera beberapa bulan tidak dibayar,
dan ketegangan semakin memuncak apabila pegawai berpangkat
rendah yang berketurunan fellahin tidak diberikan peluang yang sama
dalam soal kenaikan pangkat berbanding pegawai tinggi yang
berketurunan Turki – Circassia dan yang akrab dengan pihak istana.
Khabar angin ramai tentera fellahin akan diberhentikan perkhidmatan
membangkitkan kemarahan tentera tempatan ini. Sementara golongan
tuan tanah menyertai penentangan Urabi disebabkan mereka
berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh
peminjam wang Kristan Lubnan. Kegagalan melangsaikan hutang
menyebabkan tanah mereka tergadai atau dirampas. Malah, golongan
ini juga menanggung bebanan cukai yang tinggi. Jaminan Ahmad Urabi
yang akan mengurangkan masalah ini menyebabkan mereka
menyokong Pemberontakan Urabi.
Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M pula merupakan gerakan
menuntut kemerdekaan Mesir, dikenali sebagai pemberontakan
Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme
Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang
asing ( Perancis, British dan Turki). Namun, akhimya gerakan ini
menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan termasuk
menyingkirkan Khedif Taufiq yang bertindak memohon bantuan
British. British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam
kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Urabi Pasha.
Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Lanka. Syeikh Muhammad Abduh
turut diusir keluar dari Mesir.
Kebangkitan seterusnya digerakkan oleh nasionalis berpendidikan
Barat; kebanyakannya lulusan undang - undang. Nasionalis ini begitu
lantang menuntut ha daripada British khususnya pembabitan penuh
dalam pentadbiran. Golongan nasionalis ini mendapat inspirasi
daripada pensyarah undang - undang berbangsa Perancis yang
sememangnya bersikap antiBritish. Antara pemimpin daripada
kelompok nasionalis ini ialah Muhammad Farid dan Mustaffa Kamil.
Mustaffa Kamil memimpin Kongres Nasional pertama dengan
mengemukakan resolusi mendapatkan kemerdekaan penuh Mesir.
Pembabitan rakyat tempatan secara paksaan dalam Peramg Dunia I
ditambah dengan kehilangan pendapatan dalam kalangan pengusaha
ladang dan kilang tekstil serta British memaksa anak watan terlibat
sebagai sukarelawan menambahkan rasa kurang senang terhadap
British. Pada tahun 1918 juga, Saad Zaghlul telah mengetuai delegasi
ke London untukmembincangkan isu kemerdekaan, namun gagal.
[email protected]/2020
190
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kesimpulannya jelas pada kita bahawa kebangkitan rakyat di Mesir
adalah silih berganti, tindakan keras British yang menekan gerakan -
gerakan ini hanya menghentikan seketika perjuangan golongan yang
menggelarkan diri mereka sebgaai nasionalis. Malah, kebangkitan
rakyat tempatan jelas memberikan isyarat akan datang muncul lagi
gerakan antiBritish menyebabkan British terpaksa berhati - hati
dengan polisi yang akan dilaksanakan.
Perjuangan menentang Perancis di Algeria dipelopori oleh
golongan ulama. Bincangkan.
Salah satu kuasa Barat yang berhasrat menguasai wilayah kekuasaan
kerajaan Uthmaniyah ialah Perancis. Selain Mesir, Algeria merupakan
sasaran kuasa Barat ini disebabkan beberapa faktor, antaranya
kekayaan sumber bahan mentah dan dijadikan batu loncatan untuk
menyaingi British dan meluaskan kekuasaan. Pun begitu, dasar - dasar
Perancis yang mencengkam penduduk, melaksanakan dasar
Kristianisasi dan membolot kekayaan diikuti menjadikan Algeria
sebahagian wilayah Perancis telah menimbulkan rasa kurang senang
penduduk tempatan khususnya para ulama.
Tidak dinafikan golongan ulama antara pejuang awal masyarakat
tempatan di Algeria menentang penjajahan dan penguasaan Perancis di
sini. Salah seorang yang memainkan peranan yang cukup aktif ialah
Syeikh Abdul Qadir yang juga merupakan Gabenor Mascara antara
tahun 1830an hingga 1840an. Syeikh Abdul Qadir pernah menimba
pengalaman kepemimpinan bukan sahaja di Algeria, malah di Makkah,
Madinah, dan Damsyik. Sumbangan terbesar tokoh ini dalam
menentang kuasa Barat ialah menanam dan meniupkan semangat jihad
dalam kalangan pejuang - pejuang agar bangun menentang kuasa Barat
tersebut. Beliau telah mengemukakan fatwa mewajibkan umat Islam di
Algeria bangun mempertahankan negara dan dengan lantangnya
mengisytiharkan Algeria sebagai sebuah negara Islam.
Tindakan Syeikh Abdul Qadir seterusnya ialah telah berjaya
menyatukan pelbagai puak di Algeria bergerak dalam satu saf
perjuangan bagi menghadapi dasar imperialisme atau kolonisasi kuasa
Barat ini. Bagi merealisasikan perjuangan, Syeikh Abdul Qadir telah
menggunakan kaedah serangan gerila terhadap Perancis, yang jelas
mengalami kesukaran, dan kalah dalam beberapa kali pertempuran,
sejak daripada kebangkitannya hinggalah pada tahun 1845. Dalam
pertempurandi wilayah barat Algeria, ribuan umat Islam telah dibunuh,
dan Syeikh Abdul Qadir sendiri gagal menangkis serangan tersebut, dan
terpaksa menyerah diri pada Disember 1847.
Selain Syeikh Abdul Qadir, seorang lagi pejuang yang bergerak seiring
dengan Syeikh Abdul Qadir, iaitu Abu Ma’zi yang berasal dari Morocco.
Pengaruh Abu Ma’zi begitu ketara apabila berjaya mengumpul
pengikut bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan penduduk
Kristian dan Yahudi bagi menentang penjajahan Perancis. Kerjasama
atau gandingannya dengan Syeikh Abdul Qadir telah membuahkan
hasil apabila berjaya mengalahkan kuasa Barat tersebut pada tahun
1845. Pun begitu, sebagaimana disebutkan awal tadi, gerakan besar -
[email protected]/2020
191
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
besaran Perancis di bawah pimpinan Begeaud telah menamatkan
perjuangan pejuang berjiwa keagamaan ini.
Perjuangan nasionalis berbentuk keislaman telah diteruskan oleh
gerakan yang moderat yang dikenali sebagai Algeria Muda atau Jeunes
Algeriens. Golongan ini telah menghantar memorandum kepada
kerajaan Perancis agar penduduk tempatan diberikan peluang
mengundi dan melantik perwakilan dalam kalangan masyarakat
tempatan. Pejuang ini telah mewujudkan kerjasama dengan golongan
modenis di Timur Tengah bagi mencari jalan untuk membebaskan diri
daripada dasar imperialisme Eropah sama ada dari sudut politik,
ekonomi, mahupun kebudayaan.
Terdapat juga perjuangan rakyat tempatan yang menjadikan dasar Pan
Islamisme sebagai penyelesaian kepada permasalahan di Algeria antara
tahun 1900 hingga 1909. Pejuang - pejuang kelompok ini bergerak
secara rahsia, terdiri daripada pengikut tareqat tasawwuf yang tinggal
di pondok - pondok seluruh Algeria. Perjuangan golongan ini
diselaraskan dan dinasihati oleh ulama - ulama seperti Abu al Huda al
Sayadiyy dan al Syeikh Rahmat al Hindi. Bagi Perancis, kelompok ini
sangat berbahaya dan dianggap pertubuhan bersenjata. Pejuangan
kelompok ini telah berjaya menyekat usaha kritianisasi yang dilakukan.
Walaupun terdapat gerakan bercorak keislaman tidak dinafikan
terdapat juga gerakan bersifat antiBarat di Algeria, antaranya yang
terawal gerakan yang dipimpin oleh Husain Dey berkaitan isu hutang
dan tindakan Perancis yang mencemarkan masjid, tanah perkuburan,
dan merampas tanah subur umat Islam di Algeria. Begitu juga dengan
kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai Pemberontakan Kabylia
ekoran tindakan Perancis yang merampas tanah - tanah penduduk
tempatan melalui reformasi undang - undang tanah baharu. Pun begitu
gerakan - gerakan yang berlaku gagal memberikan impak yang besar
sebagaimana perjuangan yang dipelopori oleh ulama atau pertubuhan
bercorak keislaman.
Kesimpulan, perjuangan rakyat Algeria sebenarnya tidak pernah
berakhir, hatta selepas Perang Dunia I, kebangkitan semakin hebat
dilakukan terhadap Perancis. Sesuatu yang menarik perjuangan selepas
Perang Dunia I berinspirasikan perjuangan tokoh - tokoh Islam yang
dijadikan suri teladan dalam usaha menyanggah pemerintahan
Perancis sebagai usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.
3.3 Gerakan nasionalisme
Bincangkan perjuangan golongan intelektual dalam
menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke-
20
Semangat nasionalisme merupakan semangat cinta akan negara yang
mana ia akan membuatkan mana-mana warganegara yang mempunyai
semangat ini akan rela berjuang dan berkorban demi kesejahteraan
rakyat. Kebangkitan nasionalisme di Mesir disebabkan oleh hasrat
rakyat yang inginkan kemerdekaan dan bebaskan negara daripada
[email protected]/2020
192
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
pemerintahan barat. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, golongan
intelektual di mesir memainkan peranan mereka dengan penuh
wawasan. Di Mesir, terdapat dua golongan inteltual iaitu golongan yang
berpendidikan islam dan golongan yang berpendidikan barat. Antara
peranan golongan ini ialah membawa Gerakan Islah, memperjuangkan
konsep Pan-Islamisme, menubuhkan organisasi, menulis dalam akhbar
dan mengadakan rundingan dengan British.
Sumbangan golongan intelektual yang pertama ialah membawa
Gerakan Islah. Gerakan ini juga dikenali sebagai Gerakan Pemulihan
Islam. idea untuk menubuhkan Gerakan ini dihasilkan oleh Jamaluddin
al Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua tokoh tersebut
merupakan tokoh yang berpendidikan Islam dan meruapakan pelajar
lepasan Universiti al Azhar. Tujuan gerakan ini dilakukan adalah untuk
mengembalikan dan memulihkan umat islam yang mana telah
ketinggalan jauh akibat pemerintahan barat. Antara tindakan yang
dilakukan melalui gerakkan ini ialah menggesa umat Islam untuk
berpegang teguh dengan ajaran al Quran dan al Sunnah serta
meninggalkan amalan khurafat yang akan menyekat kemajuan.
Gerakkan ini juga memujuk masyarakat agar membuka minda mereka
supaya menerima pembaharuan yang dilakukan khususnya dalam ilmu
sains dan teknologi.
Golongan intelektual turut memperjuangkan konsep Pan Islam. Istilah- Jamaluddin al Afghani
istilah lain bagi perjuangan ini dikenali sebagai Al- Wihdah al Islamiyah - mempelopori gerakan
dan Al Jamiah al Islamiyah. Dalam perjuangan ini, mereka menyeru dan
menggesa umat Islam yang berada di Mesir supaya bersatu padu dan Pan Islamisme
berkerjasama dalam menghadapi kemaraan dan penjajahan kuasa- - memulakan gerakan
kuasa Barat. Masyarakat mesir disarankan untuk kembali bersatu dan
patuh akan kerajaan Uthmaniyah memandangkan pada satu ketika Islah
- menubuhkan Misri al
dahulu, kerajaan inilah yang telah memimpin umat Islam. penyatuan
semala rakyat dengan kerajaan uthmaniyah sudah pasti akan Falat dan al Hisb al
membolehkan pemerintahan kuasa Barat dipatahkan oleh umat Islam. Wataniyah al Hurr
Individu yang bersungguh memperjuangkan dan mempertahankan - Menulis dalam al
konsep Pan Islamisme ini ialah Jamaluddin al Afghani. Beliau sering kali Manar dan al Urwah
menyampaikan pidato dengan tujuan ingin menjayakan misi ini. al Wuthqa
penghasilan Gerakan ini bukan sahaja mendapat sokongan yang jitu - Sokongan terhadap
daripada orang di Mesir malah di seluruh kawasan - kawasan yang telah Urabi
dijajah oleh kuasa Barat.
Selain itu, golongan ini juga telah menubuhkan beberapa organisasi. Muhammad Abduh
Organisasi-organisasi ini ditubuhkan oleh golongan yang
berpendidikan Islam dan Barat. Tujuan penubuhan organisasi adalah - menyokong idea al
untuk memastikan perancangan perjuangan yang dilakukan lebih
sistematik dan tersusun. Pada peringkat awal, mereka menubuhkan Afghani seperti Pan
sebuah organisasi secara sulit. Organisasi tersebut dikenali sebagai
Misri al Falat ( Kaum Muda Mesir ) dan Hizb Al Wataniy a Hurr. Islamisme dan Islah
Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membebaskan Mesir
daripada kekuasaan Barat dan menjadi boneka kepada British semasa - mengesyorkan
di bawah pemerintahan Khedif. Golongan berpendidikan Barat juga
bertindak dengan mendesak diberikan kemerdekaan dan berhasrat pendidikan moden /
membentuk sebuah parlimen ala Barat. Selain itu, Parti Wafd dan Parti
al Watan yang bermatlamat ingin mengusir British. buka minda
[email protected]/2020 - perjuangkan
193 kemerdekaan
- memperjuang
kepentingan bhs
Arab
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Di samping itu ialah, golongan intelektual menulis dalam akhbar. - Menulis dalam akhbar
Saluran ini digunakan adalah untuk meluahkan rasa dan hasrat untuk dan majalah
mendapatkan kemerdekaan. Golongan intelektual ini bukan sahaja
berani mengemukakan sesuatu melalui media awam malah berani
melakukan kritikan melalui media tersebut. Mustafa Kamil telah
melakukan penulisan di dalam akhbar Al Ahram dan Al Muayyad serta
menerbitkan akhbar Al Liwa’. Melalui akhbar tersebut, beliau lantang
mengkritik dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh British semasa di
Mesir. Beliau menyatakan bahawa dasar british merupakan dasar yang
membebankan rakyat. Dalam Al Salafiya pula, Rasyid Reda bukan sahaja
telah mengkritik British malah bertindak menggesa umat islam di Mesir
untuk menyahut seruan modenisasi. Jamaluddin al Afghani,
Muhammad Abduh dan Yusuf Al Bustani kerap kali menyumbangkan
idea-idea mereka ke dalam akhbar Al Ahram.
Golongan intelektual juga menghasilkan karya kreatif. Karya-karya Rashid Rida
kreatif ini sering digunakan oleh golongan intelektual. Tujuannya
adalah untuk menyemarakkan semangat nasionalisme. Antara sajak - Gerakan Islah
yang mengandungi perkara tersebut ialah sajak yang bertemakan
antipenjajah dan antikolonialisme. Sajak antipenjajah ini telah - Pendidikan moden
dihasikan oleh salah seorang golongan inteltual yang ada pada ketika
itu iaitu Hafez Ibrahim. Sajak ini dihasilkan dalam dielek Mesir. - Pan Islamisme
Terdapat juga karya-karya yang dihasilkan untuk mengkritik tindakan
british. Karya tersebut dihasilkan dalam bentuk novel dan cerpen. - Hidupkan semula
Tujuan karya sebegitu dihasilkan adalah untuk menyedarkan anak-
anak tempatan. sistem berkhalifah
Sumbangan seterusnya ialah menubuhkan madrasah. Tujuan
penubuhan madrasah ini adalah untuk memberikan pendedahan - Menghasilkan byk
kepada umat Islam tentang ilmu-ilmu tertentu. Selain daripada
bahan penulisan;
pendedahan ilmu islam, masyarakat juga akan didedahkan dengan ilmu
sains dan teknologi. Muhammad Abduh dan Rasyid Reda pula telah akhbar dan majalah
menganjurkan satu anjuran. Melalui anjuran ini, pelajar akan
didedahkan dengan ilmu duniawi. Selain itu, Rasyid Reda juga telah
membuka satu madrasah yang dikenali sebagai madrasah Al Dakwah Al
Irsyad. Tujuan penubuhan madrasah tersebut adalah untuk
menyelaraskan pendidikan moden dengan pendidikan agama.
penubuhan madrasah ini juga adalah untuk menyaingi dan
mengimbangi sekolah Kristian agar umat Islam tidak ketinggalan jauh.
Sumbangan golongan ini juga dapat dlihat melalui usaha mengadakan Faktor - faktor
rundingan dengan pihak British. Masyarakat mesir yang berpendidikan Dalaman
arab telah memanfaatkan saluran ini untuk mendapatkan Membangkitkan
kemerdekaan. Parti wafd yang telah dipimpin oleh Saad bin Zaghlul Semangat
telah memohon kepada british untuk memberikan kemerdekaan yang Nasionalisme
- Agama
mutlak kepada mesir. Golongan intelektual ini melakukan rundingan - Bahasa
dan delegasi ke London namun rundingan ini sering kali menemui - Kesusasteraan
kegagalan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana golongan British - Akhbar
bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Mriesir namun - Golongan intelektual
Mesir perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Btish. - Pendidikan
Meskipun gagal, kesungguhan mereka membuktikan bahawa mereka - Faktor luar
sentiasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.
[email protected]/2020
194
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kesimpulannya, sumbangan golongan intelektual yang ada pada ketika
itu sudah menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat cinta
akan negara yang sangat jitu. Meskipun mereka kerap kali menemui
kegagalan, mereka masih bangkit dan memperjuangkannya semula.
Huraikan faktor - faktor dalaman yang membawa kebangkitan
semangat nasionalisme di Syria pada abad ke-20
Nasionalisme sering dikaitkan dengan rasa cinta kepada negara dan
usaha untuk mendapatkan kemerdekaan atau membentuk sebuah
negara yang berdaulat. Di Syria, penjajahan kuasa Barat khususnya
Peranncis telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap umat
Islam khasnya, kerana bukan sahaja sumber kekayaaan negara
dikaitkan oleh kuasa Barat tersebut, malah martabat dan maruah umat
Islam telah dinjak - injak di bumi mereka sendiri. Oleh sebab itulah,
timbul gerakan - gerakan nasionalisme yang bertujuan memulihkan
semula situasi yang berlaku.
Kebangkitan semangat nasionalisme kian ketara selepas berlakunya
Perang Dunia I dari segi agama, umat Islam khususnya bangsa Arab kini
sedar mereka perlu bersatu dalam menghadapi karenah penjajah Barat
yang begitu rakus dalam tindakannya menguasai sumber kekayaan
yang terdapat di bumi Syria. Umat Islam perlu mengenepikan sentimen
bangsa, sebaliknya wajar menggunakan agama untuk menyatuka
mereka. Tindakan Yahudi yang menempatkan bangsa mereka di
Palestine, bersempadan dengan Syria menyebabkan kesedaran bersatu
melalui agama amat perlu bagi membantu saudara seagama yang
ditekan oleh bangsa Yahudi tersebut. Begitu juga keadaan di Turki,
pengaruh Yahudi dalam gerakan al Tariqat wa Taraqqi begitu besar
sehingga mampu mempengaruhi golongan Turki Muda menyanggah
pemerintahan berkhalifah. Atas kesedaran - kesedaran inilah, umat
Islam di Syria berasakan amat perlu bersatu melalui agama Islam demi
membina kekuatan dan menjayakan perjuangan mereka.
Perkara yang tidak kurang pentingnya yang berlaku di Syria, apabila
orang - orang Arab Kristian turut bangkit menyedarkan umat Islam
untuk memulihkan keadaan melalui gerakan nasionalisme. Ancaman
sekolah missionari telah menyebabkan kebangkitan orang Islam,
kepesatan perkembangan sekolah ini adalah disebabkan institusi ini
mendapat sokongan daripada pertubuhan Arab Kristian seperti Jami’ah
al Nisa yang ditubuhkan di Lubnan. Atas kesedaran ini, golongan ulama
telah bangkit termasuk menubuhkan Persatuan al Fatat yang
menganjurkan konvesyen diikuti penubuhan Jami’ah al Gharra’ yang
mendirikan sekolah – sekolah agama di Syria bagi menyedarkan umat
Isam di Syria.
Seterusnya faktor yang membawa kebangkitan semangat nasionalisme
ialah penubuhan dan peranan persatuan atau organisasi tertentu,
umpamanya orang – orang Islam telah menubuhkan Jami’ah al
Tamaddun al Islami yang merupakan respons orang – orang Islam
berikutan kesedaran agenda politik Perancis di Syria yang
memperkenalkan pendidikan wajib. Bagi memastikan kebajikan orang
– orang Islam, pertubuhan ini yang dianggotai oleh ulama dan golongan
[email protected]/2020
195
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
cerdik pandai Islam telah melaksanakan pelbagai program kebajikan
termasuk menubuhkan sebuah madrasah yang mengendalikan
pendidikan menengah di Syria. Selain itu, pertubuhan ini juga telah
mengasaskan al Rabitah al Ukhwah li Musa’dah Fuqarra al Tullab bagi
memberikan peluang kepada golongan miskin belajar secara percuma
dan memberikan sokongan kepada gerakan intifadah di Palestine.
Peranan golongan cerdik pandai adalah penting untuk menggerakkan
semangat nasionalisme, dalam konteks ini di Syria muncul tokoh
seperti Abdul Rahman al Kawakibi yang melontarkan idea nasionalisme
dalam majalah al Sahbah. Tokoh terkenal Syria pastinya Rasyid Rida
yang banyak berjuang khususnya di Mesir. Tokoh ini terpengaruh
dengan perjuangan Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh.
Rasyid Rida menegaskan kemajuan akan dicapai jika umat Islam
mengatasi kelemahan diri; paling utama ialah dengan kembali kepada
ajaran Islam sebenar. Dalam memulihkan umat Islam, Rasyid Rida juga
mementingkan aspek pemodenan, perlukan ilmu – ilmu lain bagi
melakukan anjakan yang lebih positif.
Bidang penulisan dan sastera juga merupakan penyumbang kepada
kebangkitan semangat nasionalisme, Khalil Gibran telah menghasilkan
puisi yang bertemakan semangat kebangsaan dan kenegaraan. Selain
itu, muncul tokoh seperti Francis Marrash dan Qustaki al Hilmi yang
berjaya cetuskan idea – idea nasionalisme. Shakid Arselan melalui
tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang
mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki
Uthmaniyah. Syaked Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa
penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British
semasa perang dunia pertama, iaitu pada tahun 1916.
Peranan akhbar juga tidak kurang pentingnya membawa kepada
kebangkitan semangat nasionalisme. Faris Nimr telah menerbitkan
majalah al Muqattam diikuti terbitnya akhbar Tariqat al Akbar yang
dipelopori oleh Khalil Huri. Terbitan terkenal pastinya al Manar, dengan
ketua editornya Rasyid Rida, perkara yang sering diutarakan ialah
dakwah, idea Islah, Pan Islamisme, modenisme, dan perkara yang
meliputi bidang sosial dan budaya yang tidak dapat dipisahkan
daripada orang – orang Islam yang berhasrat memulih imej
Seterusnya, penubuhan institusi pendidikan telah merangsang
semangat nasionalisme di Syria, penubuhan sebuah akademi bahasa di
negara ini telah menarik kedatangan golongan ilmuwan dan cerdik
pandai bertukar – tukar idea. Apa yang menarik penibuhan akademi ini
telah membawa kepada kesedaran akan pentingnya Bahasa Arab bagi
menyatukan masyarakat pelbagai budaya. Penubuhan universiti dan
kolej di bandar besar seperti Damsyik dan Beirut telah melahirkan
ramai lagi golongan cerdik pandai dan menggalakkan majlis – majlis
ilmu yang merangsang idea nasionalisme. Tidak ketinggalan golongan
bukan Islam turut sama bangkit memperjuangkan hak golongan Arab
Kristian, perjuangan golongan ini ketara dengan penubuhan institusi
[email protected]/2020
196
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
yang dikenali sebagai Syrian Protestant College, Sekolah – sekolah
Misionari dan Institut Perundangan Syria.
Kesimpulannya, kebangkitan semangat nasionalisme di Syria
sebenarnya berpunca daripada kesedaran umat Islam berikutan
ancaman - ancaman yang mendatang bukan sahaja daripada dunia
Barat, bahkan timbul juga gerakan - gerakan dalam negara Syria sendiri
dalam kalangan non muslim meuntut hak tertentu menyebabkan orang
- orang Islam telah bangkit untuk mempertahankan status quo mereka
di bumi kelahiran masing - masing
3.4 Perang Dunia 1
Nilaikan kesan - kesan pembabitan kerajaan Uthmaniyah
dalam Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918 merupakan
konflik politik terbesar yang berlaku pada abad ke-20. Peperangan ini
telah melibatkan dua buah pakatan yang dikenali sebagai Triple
Alliance yang bertempur dengan Triple Entente. Tanpa diduga, kerajaan
Uthmaniyah telah menyertai peperangan ini dengan menyatakan
sokongan terhadap Jerman atas sebab - sebab politik, umpamanya
keinginan mendapatkan semula wilayah - wilayahnya yang terlepas ke
tangan Rusia dan beberapa buah negara Barat lain. Pun begitu,
kekalahan Jerman dalam perang ini telah menyebabkan kerajaan
Uthmaniyah turut menghadapi impak yang besar dari sudut politik,
ekonomi mahupun sosial.
Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini
menyebabkan kerajaan Uthmaniyah menerima tempias yang sama,
kerajaan Turki Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah
kekuasaannya. Hal ini berpunca daripada percaturan kuasa Barat yang
membahagikan - bahagikan wilayah sesama mereka termasuk
membentuk negara - negara baharu berasaskan bangsa seperti
Lebanon, Palestine dan Syria. Malah kekalahan kerajaan Uthmaniyah
juga telah menyebabkan ada negara khususnya di Balkan menuntut
autonomi sekaligus telah menjejaskan maruah kerajaan Uthmaniyah.
Realitinya, yang berada di belakang negara - negara tersebut ialah kuasa
- kuasa Barat. Antara wilayah yang menuntut autonomi ialah Bosnia
Herzegovina, Serbia, dan Montenegro.
Kesan berikutnya ialah kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya
dipecahkan melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatangani seperti
Perjanjian Mudros, seperti terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya
di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanelles dan Bosphorus
kepada Kuasa Bersekutu. Malah, pasukan tentera Uthmaniyah juga
diarahkan dibubarkan, dan segala perkara berkaitan ketenteraan akan
ditentukan oleh Kuasa Bersekutu, begitu juga dengan penaklukan kota
Istanbul oleh British pada tahun 1918. Sebelum itu, pada tahun 1916,
melalui Perjanjian Sykes Picott, wilayah Uthmaniyah telah dibahagikan
kepada British, Rusia, Perancis, dan Itali.
[email protected]/2020
197
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak
membubarkan sistem kesultanan, dan diganti dengan pemerintahan
berbentuk republik yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Bukan
sahaja telah berlaku penamatan sistem berkhalifah, malah harta
khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baharu akan dibentuk
berasaskan sekularisme. Suatu lagi bentuk penghinaan terhadap
kerajaan Uthmaniyah ialah pemerintah sebelumnya ialah khalifah
terakhir, Khalifah Abdul Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu
ke Switzerland, diikuti berlakunya perpindahan pusat pemerintahan
dari kota Istanbul ke kota Ankara.
Akibat pembabitan kerajaan Uthmaniyah dalam The Great War ini, telah
muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan
negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak
perubahan secara radikal seperti memisahkan politik dengan agama,
menghapuskan Mahkamah Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan
rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya
Barat, dan penulisan huruf Arab diubah kepada huruf Latin.
Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya
Barat telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan
kian ketara dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain
penghayatan semangat persaudaraan kian luntur, apatah lagi tindakan
kuasa Barat yang meniupkan semangat nasionalisme Turki dan pada
masa yang sama disemarakkan dengan semangat nasionalisme Arab.
Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan
Persetujuan Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan
kepada British, Perancis, dan Itali. Kekalahan juga telah telah
menyebabkan kerajaan Uthmaniyah mengalami krisis kewangan yang
kritikal apabila dikehendaki menanggung kos peperangan. Hal ini telah
menyebabkan hutang kerajaan Uthmaniyyah makin bertambah yang
pastinya menjejaskan maruah negara.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana bangsa Eropah kini
menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean,
Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain. Kehilangan kawasan
atau zon perdagangan strategik ini menyebabkan kerajaan Uthmaniyah
hilang sumber pendapatan dalam bentuk cukai sama ada cukai
perdagangan atau pun cukai perdagangan.
Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan
suatu kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh
pemerintah, malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja
kerajaan ini akhirnya lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan
pemikiran dan tingkah laku umat Islam di sana kian ketara merosot dan
menyimpang daripada ajaran Islam sekaligus membolehkan kuasa
Barat mengukuhkan cangkaman kekuasaannya
[email protected]/2020
198
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Bincangkan agenda - agenda politik kuasa - kuasa Barat ekoran
pembabitan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia I
Pembabitan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia I berpunca
daripada hasrat pemimpin mendapatkan semula wilayah - wilayah
yang banyak terlepas ke tangan kuasa - kuasa Barat khususnya Rusia.
Keyakinan pemimpin Uthmaniyah terhadap Jerman berpunca daripada
polisi negara tersebut tidak pernah menjajah negara Islam di samping
adanya hubungan baik antara antara Sultan Abdul Hamid II dengan
Kaiser Wilhem, pemimpin Jerman. Di sebalik pembabitan kerajaan
Uthmaniyah ini, sebenarnya tidak dinafikan terdapat agenda atau
perancangan tertentu oleh kuasa - kuasa Barat terhadap kerajaan Islam
tersebut.
Antara agenda politik kuasa - kuasa Barat terhadap kerajaan
Uthmaniyah ialah perancangan kuasa - kuasa tersebut untuk
membahagikan wilayah milik kerajaan Uthmaniyah sesama mereka
melalui perjanjian yang dimeterai sesama mereka. Sepanjang
pembabitan dalam perang ini terdapat tiga perjanjian telah dimeterai,
iaitu Perjanjian Constantinople, Perjanjian London dan Perjanjian
Sykes-Picot. Perjanjian Constantinople dimeterai antara Rusia, Perancis
dan Britain. Perjanjian ini akan menamatkan kuasa dan pengaruh
British di Istanbul, sebaliknya dijadikan pelabuhan bebas kepada semua
negara Berikat. Selain itu, Rusia diberikan hak menjaga penduduk
Kristian di wilayah Uthmaniyah.
Dalam Perjanjian London 1915 pula, empat kuasa Barat telah
merencanakan agenda politik yang membabitkan empat kuasa, iaitu
British, Perancis, Rusia dan Itali. Mengikut perjanjian ini, Itali akan
diberikan kuasa penuh terhadap Kepulauan Dodecanese yang terletak
berhampiran perairan kerajaan Uthmaniyah, begitu juga dengan
kawasan - kawasan yang dikuasai oleh pemimpin Libya. Pakatan
Tentera Berikat juga bersetuju menyerahkan kepentingan Laut
Mediterranean kepada Itali seandainya menang dalam peperangan
dengan kerajaan Uthmaniyah.
Sementara dalam Perjanjian Sykes - Picot yang ditandatangani antara
Britain dengan Perancis pula memutuskan wilayah - wilayah yang akan
dikuasai oleh kedua - dua negara ini. Perancis akan menguasai wilayah
di utara Iraq, Syria dan Lebanon, manakala Britain mendapat hak
terhadap negara Iraq, Transjordan, pelabuhan Haifa dan Acre.
Sempadan kekuasaan Britain dan Perancis akan mewujudkan negara -
negara Arab baharu yang akan diletakkan di bawah pengaruh kedua
negara Barat berkenaan. Iskandariah diisytiharkan sebagai pelabuhan
bebas, sementara Palestine akan menjadi zon antarabangsa.
Agenda politik terpenting kuasa Barat terhadap kerajaan Uthmaniyah
tidak lain daripada hasrat ingin menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah.
Walaupun sesama kuasa Barat berlaku persaingan untuk mendapatkan
tanah jajahan, di satu sisi sebenarnya kuasa - kuasa Barat ini bersatu
untuk menumbangkan kerajaan Uthmaniyah. Rusia, negara yang
mengamalkan mazhab Kristian Ortodoks antara negara utama yang
[email protected]/2020
199
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
menjadi perancang kepada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam
tersebut. Malah, persidangan gereja - gereja di Kaherah pada tahun
1909 mengemukakan resolusi mendesak kuasa - kuasa Barat menyekat
kebangkitan Islam yang dinaungi oleh kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap berbahaya dan memberikan ancaman besar terhadap
komuniti Kristian khususnya di Balkan. Oleh sebab itu, pelbagai
perancangan dilakukan untuk merealisasikan hasrat ini termasuk
memerangkap kerajaan Uthmaniyah dengan sistem ekonomi kapitalis
dan memperkenalkan aliran pemikiran sekularisme dalam kalangan
umat Islam.
Agenda terakhir kuasa Barat ialah berharap dengan tumbangnya
kerajaan Uthmaniyah, penubuhan Jewish State yang diwarwarkan
antara British dengan Zionis dapat direalisasikan. Gerakan Zionis ini
telah menyatakan sokongan terhadap Kuasa - kuasa Berikat dan
menuntut bumi Palestine sebagai haknya, andainya dapat meruntuhkan
kerajaan Uthmaniyah. Melalui Deklarasi Belfour 1917, British
menyatakan sokongan penubuhan Israel, diikuti Perancis, Itali, dan
Amerika Syarikat.
Kesimpulannya walaupun pembabitan kerajaan Uthmaniyah dalam
Perang Dunia I merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan, namun
disebabkan peristiwa atau pembabitan kerajaan Islam tersebut, kuasa -
kuasa Barat telah mula merangka percaturan untuk menguasai wilayah
- wilayah Uthmaniyah disebabkan keyakinan pemimpin - pemimpin
kuasa Barat agak tinggi bahawa Jerman akan kalah dalam pertempuran
yang berlaku dari tahun 1914 - 1918.
3.5 Negara Bangsa
Sejauh manakah peranan golongan Turki Muda
mempercepatkan pembentukan negara bangsa Turki pada
abad ke-20
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul
pada tahun 1281 M. Kerajaan ini merupakan sebuah empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Namun empayar Turki
Uthmaniyah mula merosot pada penghujung abad ke-19. Akibat
daripada pengaruh barat, pelbagai idea baharu mempengaruhi
pemikiran rakyat. Golongan Turki Muda memainkan peranan penting
dalam membawa kepada pembentukan negara bangsa empayar Turki.
Namun terdapat faktor - faktor lain sama ada faktor dalaman atau faktor
luaran yang turut membawa terbentuknya negara bangsa Turki yang
akhirnya menyumbang kerajaan tersebut pada tahun 1924.
Golongan Turki Muda diasaskan oleh pegawai tentera Turki di Akademi
Perubatan Tentera, Istanbul pada Mei 1887. Golongan ini telah
menubuhkan gerakan yang dikenali sebagai Al Ittihad wa al Taraqqi
yang berpaksikan slogan kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan
kebebasan. Antara tokoh golongan ini, Halim Pasha, Enver Pasha dan
Midhat Pasha. Golongan ini telah membentuk pertubuhan rahsia pada
tahun 1889 bagi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II yang dianggap
tidak cekap kerana melantik para pegawai kerajaan yang korup.
[email protected]/2020
200