SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
TEMA 2
Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12
Masihi
Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang
dilancarkan ke atas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H.
Era kegemilangan bermula pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai
kemuncaknya sewaktu pemerintahan Harun al Rasyid, dibuktikan dengan
banyaknya nilaian harta dalam Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini
di kawasan yang strategik serta terdapat dua batang sungai yang
melimpahkan tanah yang subur membolehkan aktiviti perdagangan dan
pertanian berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11 hingga abad ke-
12 Masihi pada era kekuasaan Bani Buwaih
Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal SOALAN KLON
ini disebabkan mempunyai banyak kawasan yang subur khususnya
berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah tanaman bijirin Huraikan faktor – faktor
khususnya tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah kemajuan ekonomi pada
berperanan memajukan sektor pertanian; menyediakan kemudahan sistem zaman kerajaan Abbasiyah
saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah – tanah
baharu serta melebarkan sungai dan terusan. Bagi meningkatkan jumlah
pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan; lahir ramai tokoh cendekiawan
yang mencetuskan idea – idea baharu melalui penguasaan ilmu botani.
Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana Dua batang sungai yang
pendapatan ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat melimpahkan tanah lanar ialah:
ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq Sungai Furat
Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan Sungaj Dajlah
antarabangsa menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan pada
masa ini Peranan pemerintah seperti menyediakan kemudahan seperti Dua batang sungai yang
ruang niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman lanun
dan rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan membawa kepada
pada zaman ini. Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang pada
zaman ini ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah pembentukan Tamadun
Mesopotamia pada zaman silam
Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani Bukti aktiviti perdagangan
Abbasiyah sewaktu era kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran Di sepanjang pelabuhan,
utama ialah hasil tenunan dan permaidani yang dikeluarkan oleh kilang –
kilang di Baghdad, Syiraz dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga terdapat beratus kapal
pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan dagang dan kapal perang
mozek yang dihasilkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Mesir dan Syam, Deretan bangunan kedai
barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir dan Maghribi, manakala didirikan
barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang terletak di Yaman, Terdapat pelbagai barangan:
Khurasan, Bahrain, dan Lubnan - rempah ratus ( India )
- sutera ( China )
- batu permata ( Turki )
- madu ( Scandinavia )
- gading ( Afrika Timur )
- gandum ( Mesir )
- minyak wangi ( Parsi )
mdzaki7650@gmail.com/2020 51
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Satu lagi sektor atau kegiatan ekonomi yang penting terdapat pada kerajaan Sumber Pendapatan Kerajaan
Abbasiyah ialah perlombongan. Kegiatan – kegiatan perlombongan emas Abbasiyah
dan perak serta batu – batu permata dijalankan di beberapa buah wilayah Cukai Jizyah; hasil
kekuasaan kerajaan ini khususnya di kawasan Asia Tengah. Aktiviti
mencarigali sumber – sumber galian ini menyumbang kepada terdirinya kemenangan ke atas Rom
kilang – kilang atau kemunculan industri pembuatan khususnya penghasilan Cukai tanah
barang – barang kemas yang merupakan salah satu sumber eksport utama Cukai pendapatan
kerajaan Abbasiyah. Cukai air
Cukai tol
Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era Cukai pasir
kemerosotan kerajaan Bani Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha Harta rampasan perang
membangunkan sektor – sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian
bagi memastikan umat Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dan Cukai dibayar dalam bentuk
melaluinya, kerajaan dapat menyediakan prasarana yang menggambarkan wang emas / wang perak
kebajikan rakyat tidak diabaikan
Bincangkan faktor – faktor kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan pada abad ke-15 Masihi.
Sejarah mencatatkan Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400
Masihi, dengan daya kepemimpinan semulajadi serta sikapnya yang
berpandangan, Parameswara telah berjaya mengubah lannskap Melaka dari
sebuah perkampungan nelayan bertukar kepada sebuah pelabuhan yang
menjadi tumpuan pedagang antarabangsa sama ada pedagang dari China
mahupun India. Amnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kemunculan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan sama ada faktor
semulajadi mahupun dasar pemerintah.
Faktor semulajadi utama pastinya dikaitkan dengan kedudukan Melaka dari Masyarakat Melaka
segi geografi. Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi
tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya mengusahakan dua kegiatan
dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu
terletak di tengah - tengah jalan perdagangan antara India dan China. ekonomi:
Pelabuhannya terlindung daripada angin monsun, perairan yang dalam dan
jauh daripada paya bakau. Pun begiti paya bakau itu bertindak sebagai - Sara diri
banteng pertahanan semulajadi pelabuhan Melaka. Kedudukannya yang
strategik membolehkan Melaka berfungsi sebagai pelabuhan entreport; Bersawah
terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah Berdusun
ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah Menternak binatang
menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka. Memburu
Memungut hasil hutan
Selain itu, dasar pemerintah turut membawa kepada kemunculan Melaka Kraftangan
sebagai pusat perdagangan. Pemerintah Melaka telah membentuk sistem Berniaga secara kecil –
pentadbiran yang sistematik bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan
lancer, umpamanya menjadi tanggungjawab Temenggung menjamin kecilan
keamanan, manakala Laksamana diharapkan menjamin perairan Melaka
terselamat daripada ancaman musuh khususnya lanun. Pemerintah turut - Komersial
melantik golongan tertentu menguruskan perdagangan, Syahbandar Perdagangan
menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai
mdzaki7650@gmail.com/2020 52
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
hukum dan sistem percukaian serta memastikan keselesaan pedagang. SOALAN KLON
Manakala Nakhoda dan Kiwi pula dipertanggungjawabkan dalam hal
perdagangan, perkapalan dan pelayaran. Orang Laut dilantik menjadi Kemunculan Melaka
tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan sebagai pelabuhan
khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.
antarabangsa dikaitkan
Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan dengan dasar kerajaan.
membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka.
Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar Berikan ulasan anda.
menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan
daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang - gudang dikelilingi oleh
pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.
Keselamatan dan kestabilan politik diperkukuhkan dengan penggubalan
dan pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang – undang Laut Melaka
khasnya membolehkan para pedagang mendapat jaminan keselamatan
barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun.
Kerajaan Melaka telah memperkenalkan Sistem Cukai Berkeutamaan bagi Kemajuan Melaka pada abad ke-
menarik kedatangan para pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan 15 Masihi
Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi - Pelabuhan entreport
sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar - Pusat penyebaran agama
Barat yang menetap di Gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi
bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Islam
Maluku dan Sumatera. - Pusat pendidikan Islam
Perkara yang tidak kurang penting dalam menjamin Melaka muncul sebagai
pelabuhan ialah Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan
daripada China daripada ancaman musuh. Hubungan ini telah
menyelamatkan Melaka daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan
damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga
telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan
wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.
Dasar imperialisme Kerajaan Melaka turut sama merancakkan lagi
kemunculan dan perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa. Kerajaan Melaka berjaya menguasai kawasan yang luas
sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil
tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke
atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.
Kesimpulannya, kemunculan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa
khususnya sebagai pelabuhan entreport berpunca daripada kelebihan dari
segi fisikal ditambah dengan kecekapan para pemerintah merangka strategi
dan dasar sehingga menjadi tumpuan para pedagang antabangsa.
Kedatangan Islam merancakkan lagi peranannya sebagai pusat
perdagangan, kerana secara tidak langsung ianya akan menarik kedatangan
mdzaki7650@gmail.com/2020 53
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
para pedagang daripada Tanah Arab dan Parsi, serentak dengan itu, turut
berperanan sebagai pusat penyebaran agama Islam di Alam Melayu.
Huraikan peranan Baitulmal dalam sesebuah kerajaan Islam bermula
zaman Khulafa al Rasyidin.
Baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggung jawab
menyelenggara harta – harta umum atau menyimpan barangan yang
berharga. Institusi ini juga dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara.
Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman
Rasulullah s.a.w. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam agak
terhad. Institusi ini dipercayai berperanan dengan berkesan dan ditubuhkan
secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan
bertambahnya kawasan jajahan negara Islam yang secara tidak langsung
telah meningkatkan sumber pendapatan negara.
Peranan dan pelaksanaan institusi ini menjadi penting dan lebih formal pada SOALAN KLON
zaman Khalifah Umar al Khattab, disebabkan harta negara Islam kian
bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Berikutan dengan Penubuhan Baitul mal amat
situasi sedemikian, Khalid al Walid telah mencadangkan kepada Umar al penting bagi menjana
Khattab supaya ditubuhkan sebuah badan khusus untuk mengawal urusan ekonomi umat dan syiar
pentadbiran ke atas harta – harta tersebut. Sehubungan dengan itu, Khalifah Islam. Jelaskan.
Umar al Khattab telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal
dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi yang dikenali sebagai
Diwan atau Khazanah.
Antara kepentingan penubuhan institusi ini ialah untuk membasmi Sumber Baitul mal
kemiskinan. Melalui sumber zakat yang diperoleh sama ada zakat fitrah
ataupun zakat harta, ianya akan diagihkan kepada golongan yang berhak Zakat
menerimanya khususnya golongan fakir dan miskin. Implikasi daripada Jizyah
tindakan ini bukan sahaja masalah golongan ini dapat dikurangkan, malah Kharaj
ia secara tidak langsung ia dapat mendekatkan jurang sosial sekaligus Usyur
mewujudkan masyarakat yang harmonis dalam sesebuah negara. Ghanimah
Al Fayy
Sumber – sumber Baitul mal juga digunakan untuk penyediaan keperluan – Sedekah
keperluan asas. Antara keperluan asas yang diberikan keutamaan oleh Harta wakaf
pemerintah ialah pembinaan masjid, kemudahan jalan raya, sistem
pengairan dan sebagainya. Kemudahan – kemudahan asas yang disediakan
merupakan lambang tanggungjawab sosial pemerintah yang tidak
mengabaikan soal kebajikan masyarakat di bawah pentadbirannya.
Sumber Baitul mal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan 54
termasuk anggota tentera. Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan
peraturan larangan para anggota tentera memiliki tanah – tanah yang
dirampas sebaliknya tanah – tanah tersebut diserahkan kepada pemilik –
pemilik asal tanah berkenaan. Sebagai balasan, anggota tentera diberikan
imbuhan atau elaun yang diambil daripada Baitul mal. Tujuan Khalifah Umar
al Khattab berbuat demikian untuk mengelakkan timbulnya perselisihan
sesama anggota tentera yang boleh menggugat kestabilan negara dan
menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kepentingan institusi ini antaranya ialah untuk meningkatkan taraf hidup
umat Islam. Melalui sumber Baitul mal, pelajar – pelajar Islam akan diberikan
bantuan dalam bentuk insentif kewangan atau biasiswa bagi mendalami
ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan. Begitu juga dengan
individu – individu yang ingin memulakan perniagaan atau melibatkan diri
dalam kegiatan pertanian, mereka akan diberikan bantuan oleh pihak
pemerintah melalui sumber kewangan ini.
Seterusnya kepentingan institusi ini ialah menjaga harta yang diwakafkan Pengurusan Baitul mal Zaman
oleh seseorang individu ataupun menjadi pemegang amanah kepada
individu yang meninggal dunia tanpa sebarang waris. Kebiasaan harta yang Khalifah Umar al Khattab
menjadi amanah kepada Baitulmal ialah hartanah dan sejumlah wang.
Pelaksanaan secara formal
Penubuhan Baitulmal pada zaman Khulafa al Rasyidin sesungguhnya dapat Perlantikan pegawai khas
menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam Harta amanah Allah
bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta Penyediaan buku catatan
memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaik yang mungkin Kegunaan seperti bantu
berdasarkan syariat yang ditetapkan, malah intitusi ini juga
menggambarkan kehebatan kerajaan Islam menguruskan ‘amanah’ Allah golongan asnaf, penyediaan
dan sumber yang ada digunakan untuk menjana ekonomi umat Islam.
kemudahan awam
Huraikan tindakan pemerintah zaman Bani Abbasiyah untuk
memulihkan sumber kewangan negara antara abad ke-9 hingga
abad ke-11 Masihi.
Zaman Bani Abbaisyah merupakan salah satu zaman kegemilangan Islam 55
terutamanya dalam bidang inteleketual dan ekonomi. Para sejarawan
mencatatkan sebelum Khalifah Harun al Rasyid meninggal dunia, beliau
telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak dalam Baitulmal. Namun
selepas pemerintahan khalifah – khalifah berikutnya, kewangan agak
meruncing menyebabkan beberapa usaha dilakukan untuk memulihkan
kembali institusi kewangan tersebut.
Zaman pemerintahan Khalifah al Musta’in, institusi Baitulmal telah
mengalami sedikit perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai
wazir dan Ahmad al Khasib sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji
tentera dan kakitangan kerajaan dua bulan sekali dan menyatukan
pentadbiran kewangan negara dan pentadbiran ketenteraan untuk
menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al Khasib. Manakala pda
zaman pemerintahan Khalifah al Muhtadi, baginda berusaha
memperbaharui dasar Baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalkan oleh Utamish, sebaliknya bertindak membayar gaji tentera
dan pegawai awam sebulan sekali
Pada zaman pemerintahan Khalifah al Mu’tadid pula menyaksikan usaha
untuk memulihkan kewangan negara, antara meminta kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham sebagai balasan diberikan
kuasa memerintah wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan
Samaniyah. Kerajaan juga mewujudkan undang – undang pusaka Islam yang
baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 56
menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada
pihak waris menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik
perbendaharaan negara.Kerajaan pada masa ini juga memperkenalkan
sistem percukaian ala pertanian di kawasan – kawasan langsung kerajaan
pusat, sistem konsesi di daerah – daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
perdagangan menuju ke kota dikenakan bayaran 7000 dinar sehari. Namun,
apa yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tadid masih tidak dapat
meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan telah
menelan kos pentadbiran yang tinggi.
Pada zaman pemerintahan Khalifah al Muqtadir, sumber Baitulmal masih
mencukupi disebabkan beberapa buah wilayah yang telah merdeka seperti
Syria, Armenia, dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam
bentuk wang perak ataupun dinar, ianya dapat menampung perbelanjaan
negara.Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa ternyata masalah
kewangan semakin meruncing terutamanya kos menjaga kota Makkah dan
Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah dan
membayar gaji tentera istana kian meningkat.Khalifah al Muqtadir terpaksa
mendapat bantuan kewangan daripada saudagar – saudagar yang kaya
malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga dan khalifah – khalifah
yang terdahulu demi kepentingan negara.
Bermula zaman pemerintahan Khalifah al Radi dan kekuasaan Bani Buwayh,
keadaan kewangan semakin meruncing sehinggakan tidak mampu
membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut juga harga barangan
melambung tinggi. Pada tahun 989 Masihi, sewaktu pemerintahan Khalifah
al Qadir, sumber kewangan negara mengalami sedikit pemulihan
disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit, dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang
yang banyak.
Selepas kekuasaan Bani Buwayh, antara tahun 1055 Masihi hingga 1242
Masihi, pentadbiran kerajaan diambil alih oleh Bani Seljuk. Pada zaman ini,
keadaan politik negara agak stabil dan tidak berlaku masalah kewangan
yang meruncing sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan
oleh orang – orang Mongol atau Tartar sekaligus membolehkan puak
tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan pusat Abbasiyah.
Huraikan jenis – jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab merupakan era
kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja dikaitkan dengan
kejayaan kempen ketenteraan dan pembaharuan yang dilaksanakan, tetapi
yang menjadi kehebatan kerajaan Khulafa al Rasyidin pada masa ini ialah
kepelbagaian sumber pendapatan yang diperoleh. Sumber – sumber
pendapatan ini diperoleh sama ada melalui kempen pendakwahan dan
aktiviti peluasan kuasa. Impaknya, negara meraih sumber zakat, jizyah,
kharaj, usyur, ghanimah, al fayy, dan sebagainya.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap Zakat tidak termasuk dalam
orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau kategori cukai
jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun,
bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka Zakat merupakan fardhu ke
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, atas umat Islam; terangkum
berkemampuan, merdeka, serta bukan ahli agama seperti paderi atau dalam Rukun Islam
pendeta. Kadar jizyah yang dikenakan ialah antara 12 – 48 dirham
bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah
akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam
gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang –
orang kafir dhimmi.
Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Umar al
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul
Maqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.Penduduk Qibti
yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula bersetuju
membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1 hingga 4 dinar
bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijan pula
walaupun diberikan kelonggaran membayar pada tahun 22 H, namun tahun
berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
Kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam
ia bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama
ada secara rundingan ataupun peperangan. Sistem kharaj yang
diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban
golongan petani berbanding cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan
Parsi dan Rom. Pada zaman Umar, tanah – tanah yang dikenakan kharaj
terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak
dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah –
tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang
dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam, tanah – tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan
kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang
Islam, dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.
Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dengan penaklukan
Iraq.Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kharaj
wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan
setiap jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham dan kharaj
muqasamah: merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil
mdzaki7650@gmail.com/2020 57
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 58
yang diperoleh daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat
berdasarkan kepada banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan
kepada petani. Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak
membebankan, kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar
dalam bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan.
Faktor – faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah,
disirami air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih
tanaman dan lokasi tanah dengan bandar. Kharaj tidak akan dikenakan
sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj akan
tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan
tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya
pemilik tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah
tersebut untuk diusahakan kepada orang lain. Sekiranya tanah kharaj
dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas
pemajak.
Usyur merupakan cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah
Umar al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam. Usyur dapat
didefinisikan sebagai cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan
kepada pedagang atau peniaga yang berniaga dalam negara Islam Madinah
dan di kawasan – kawasan yang berada di bawah naungan kerajaan Khulafa
al Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang dikenakan cukai ini sama ada
beragama Islam atau tidak beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu
sama lain, pun begitu ianya tidak membebankan golongan tersebut. Kadar
yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%, manakala bagi
orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir zimmi
dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak 10%. Salah satu fungsi
cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang
berniaga yang selesa dan kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan.
Oleh sebab pelaksanaan cukai ini banyak memberi manfaat bukan sahaja
kepada kerajaan Islam malah kepada golongan peniaga, cukai ini diteruskan
pelaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi
Talib serta kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah
Oleh sebab kepelbagaian sumber pendapatan zaman pemerintahan
Khalifah Umar, bagi menguruskan harta berkenaan, Baitulmal telah
ditubuhkan secara rasmi dengan pengurusan yang lebih sistematik bukan
sahaja di Madinah, malah di kawasan tanah – tanah jajahan seperti Mesir,
Iraq, Iran, dan Palestin
Bincangkan pelaksanaan zakat sehingga zaman Bani Umaiyah
Zakat dari sudut bahasa bermaksud penambahan atau penyucian; dikaitkan
penambahan pahala dan berkat serta pembersihan jiwa dari sifat kedekut
atau bakhil. Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan ke atas umat
Islam yang cukup syaratnya, hal ni disebabkan zakat merupakan salah satu
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 59
daripada Rukun Islam, dan kewajipannya terbukti dengan firman Allah yang
bermaksud, “Dirikan solat serta keluarkan zakat”.
Sebagai Khalifa pertama, Abu Bakar al Siddiq telah bertindak tegas
terhadap kemunculan golongan al Riddah yang enggan membuat zakat.
Setelah gagal berdiplomasi, 10 pasukan tentera telah dibentuk untuk
memastikan agama Islam tidak dirosakkan oleh golongan ini. Implikasinya,
golongan ini berjaya dihapuskan dan sesetengahnya kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar.
Bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Amil dilantik untuk
melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang
layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat pada
Zaman Khulafa al Rasyidin disalurkan kepada lapan golongan asnaf iaitu
orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang miskin,
orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, dan musafir. Kutipan
zakat bertambah meningkat dengan dasar peluasankuasa yang dijalankan
pada zaman Umar al Khattab serta para khalifah berikutnya ekoran
penerimaan golongan bukan Islam terhadap agama Allah ini, misalnya di
Iraq, Syria, Yaman, Basrah, Mesir, dan lain – lain lagi.
Sewaktu pemerintahan Bani Umaiyah pula, di bawah pemerintahan Umar
Abdul Aziz, amil telah dilantik di bahagian – bahagian yang berbeza dalam
dunia Islam untuk memungut zakat. Selain itu, untuk memastikan pengutan
zakat lebih sistematik, Diwanul al Kharaj dibentuk untuk mengutip cukai
termasuk zakat serta mengeluarkan perbelanjaan negara, wang yang
berlebihan akan direkodkan.Pada zaman Umar Abdul Aziz juga, masyarakat
disaran bekerja keras dan tidak boleh mengharapkan belas ihsan orang lain,
saranan beliau ini disambut baik sehinggakan dilaporkan tiada orang yang
berhak menerima zakat pada zaman pemerintahannya.
Zakat pada zaman Bani Umaiyah dapat dibahagikan kepada lima, iaitu: zakat
emas dan perak; dikenakan 2.5%, zakat binatang ternakan; kambing, lembu,
dan unta, zakat barang perdagangan, 2.5%, harta rikaz dan galian di bumi
perang 1/5 dan di bumi aman 2.5%, dan zakat tanam – tanaman dan buah
– buahan, siraman hujan 1/10 manakala siraman sendiri 1/20. Kadar zakat
pada zaman Bani Umaiyah bergantung kepada keuntungan, hak milik, dan
peralatan pertanian. Sekiranya ada individu Islam enggan megeluarkan
zakat ia akan dikenakan tindakan berdasarkan hukum syarak.
Zakat merujuk kepada bayaran yang dikenakan ke atas semua umat Islam,
sesuai dengan turunnya wahyu yang bermaksud, “Dirikanlah solat dan
keluarkan zakat …” yang termaktub dalam Rukun Islam. Sesiapa yang
enggan mengeluarkan zakat, wajib diperangi kerana ia telah mencabul
kesucian agama Islam sebagaimana tindakan Abu Bakar memerangi
golongan al Riddah.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Huraikan pelaksanaan zakat pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.
Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas al Saffah pada tahun
136 Hijrah. Zaman pemerintahan kerajaan ini khususnya sewaktu
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al Mansor sehingga Khalifah al Makmun
dianggap zaman kegemilangan umat Islam memandangkan kerajaan ini
bukan sahaja memiliki empayar yang luas, berperanan sebagai pusat
intelektual, malah mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai termasuk
zakat.
Dari segi pembahagian zakat, pada zaman ini ianya terbahagi kepada dua
iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua umat
Islam kecuali golongan asnaf, ditunaikan setelah selesai mengerjakan puasa
Ramadan. Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas individu yang
mampu dan memiliki harta yang cukup dan haulnya. Apa yang menarik dan
kelainan berbanding zaman sebelumnya, pelaksanaan zakat adalah
berdasarkan pemikiran empat imam mazhab; Maliki, Shafie, Hambali, dan
Hanafi. Harta benda yang diwajibkan zakat ialah bunatang ternakan, emas
dan perak, barang perdagangan dan bijirin yang menjadi makanan asasi.
Pada zaman pemerintahan Abduh al Daulah, beliau bukan sahaja
mengenakan cukai tetapi juga telah mengenakan zakat binatang ternakan.
Binatang ternakan yang dikenakan zakat ialah lembu, unta, dan kambing.
Zakat bintang ternakan yang diberikan haruslah memenuhi syarat supaya
ianya tidak membebankan golongan yang memberi dan menguntungkan
golongan yang menerima. Binatang – binatang ternakan mestilah dipelihara
di padang rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk bekerja.
Begitu juga dengan zakat perniagaan, sebagaimana zaman Nabi
Muhammad SAW, ianya telah diteruskan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Sebagaimana zakat harta lain, selain
cukup nisab dan haulnya, syarat penting dalam penentuan atau kewajipan
pengeluaran zakat ini ialah niat untuk mendapatkan keuntungan melalui
aktiviti perniagaan yang dijalankan dan menceburi dalam aktiviti yang
dibenarkan oleh syarak yang tidak memudaratkan diri dan masyarakat.
Pada zaman ini juga telah diwujudkan jawatan baharu, Ketua Kadi yang
memiliki kepakaran dalam hukum syariah. Individu yang pertama
memegang jawatan ini ialah Abu Yusuf, yang pernah didatangi oleh Khalifah
Harun al Rasyid yang meminta nasihat berhubung dengan penggunaan dan
pelaksanaan harta atau sumber zakat.
mdzaki7650@gmail.com/2020 60
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Dari segi agihan sumber zakat, sebagaimana zaman – zaman sebelumnya,
sumber zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf, iaitu golongan
fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang berhutang,
musafir, mualaf, orang yang berjihad dan amil yang bertanggungjawab
mengutip sumber – sumver zakat ini. Berhubung dengan kadar zakat dan
waktu pengeluarannya, ianya adalah gerdasarkan pemikiran mazhab –
mazhab yang berkembang pada masa ini selagi ianya tidak bercanggah
dengan syarak.
Bincangkan pelaksanaan cukai jizyah pada zaman pemerintahan
kerajaan Bani Umaiyah.
Cukai jizyah merupakan cukai politik atau disebut juga sebagai cukai Pelaksanaan kharaj di Iraq
perlindungan. Pada asasnya, cukai ini merupakan cukai yang dikenakan ke
atas golongan kafir zimmi, iaitu golongan bukan Islam yang berada di Memastikan tanah diukur
bawah naungan kerajaan Islam. Cukai ini dilaksanakan sebagai balasan keluasan
kepada kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan kafir
berkenaan, dan simbolik kekuatan kerajaan Islam. Cukai ini telah Kadar kharaj berdasarkan
dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan pada jenis tanaman dan kualiti
zaman – zaman berikutnya termasuk zaman kekuasaan kerajaan Bani tanah,
Umaiyah yang telah melakukan beberapa perubahan dalam melaksanakan
cukai ini. Tanah tidak diusahakan
dikenakan 1 dirham/jarib
Antara perubahan yang dilaksanakan oleh pemerintah kerajaan Bani
Umaiyah dalam melaksanakan cukai ini ialah bermula zaman pemerintahan Kadar kharaj yang baharu
Khalifah Abdul Malik bin Marwan yang dibantu oleh gabenornya di Iraq al untuk tanaman baharu
Hajjah bin Yusuf al Thaqaffi, cukai ini turut dikenakan golongan Islam bukan
berbangsa Arab yang diistilahkan sebagai golongan Mawali. Alasan yang Kadar kharaj dipastikan
dikemukakan oleh pihak kerajaan ialah semakin ramai kaum bukan Arab tidak akan membebankan
yang menganut Islam semata – mata untuk mengelak daripada pembayaran
jizyah, bukannya kerana iman dan jujur terhadap Islam, yang sekaligus akan Mengekalkan taraf dan hak
mengurangkan sumber pendapatan negara yang disimpan dalam Baitul golongan marzaban dan
mal.
dahqan ( pemilik asal )
Faktor lain yang menyebabkan Khalifah Abdul Malik melaksanakan jizyah Pelaksanaan Kharaj di Mesir
terhadap golongan bukan Arab ialah negara sedang menghadapi krisis Merombak pelaksanaan
kewangan, yang banyak dihabiskan untuk menangani pemberontakan
dalam dan luar negara serta terpaksa menyumbangkan sejumlah wang yang cukai tanah zaman Firaun
besar kepada kerajaan Byzantine yang berjanji akan memberikan jaminan
keamanan kepada kerajaan Bani Umaiyah. dan Rom
Bayaran boleh dibuat dalam
Selain itu, sebelum melaksanakan dasar ini, Khalifah Abdul Malik dikatakan
telah membuat bancian di Mesopotamia, dan baginda mendapati jumlah bentuk tanaman / padi,
pendapatan belum lagi mencukupi. Selari dengan polisi ini, Khalifah Abdul
Malik juga mengubah cukai – cukai lain dengan mewajibkan pembayaran sekiranya dihantar pada
dalam bentuk tunai sahaja. musim kebuluran, kerajaan
akan bayar
Kadar kharaj diubahsuai,
pakar dihantar bagi anggar
kadar cukai
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik juga, golongan rahib turut 61
dikenakan cukai jizyah dengan kadar sebanyak satu dinar, dan segala
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
urusan pemungutan cukai ini dikendalikan oleh sebuah jabatan yang Pelaksanaan Kharaj di Syria
dikenali sebagi Diwan al Kharaj, yang bertanggungjawab menyelenggara
dan menguruskan segala sumber pendapatan negara termasuk dalam Sistem Yunani dikekalkan
bentuk cukai. Polisi Khalifah Abdul Malik ini telah diteruskan oleh anaknya, Kadar kharaj berdasarkan
Khalifah al Walid yang giat melakukan ekspedisi peperangan di luar dan
dalam Semenanjung Tanah Arab. Kejayaan menguasai wilayah di India kualiti dan kesuburan
khususnya Sind dan Multan, sempadan China, Asia Tenggah, dan Andalus
telah diikuti dengan pengenalan cukai ini terhadap golongan kafir zimmi tanaman
dan golongan Mawali yang sedikit sebanyak telah meningkatkan sumber
pendapatan kerajaan Bani Umaiyah.
Namun begitu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
pelaksanaan jizyah kembali berubah sebagaimana zaman Khulafa al
Rasyidin. Baginda telah bertindak menghapuskan polisi pelaksanaan cukai
terhadap golongan Mawali, dan bagi mengukuhkan dasarnya ini, Khalifah
Umar telah menggalakkan asimilasi melalui perkahwinan campur antara
bangsa Arab dan golongan Mawali serta tidak lagi menggunakan istilah
tersebut bagi mengelak prasangka dan diskriminasi. Khalifah Umar Abdul
Aziz juga telah bertindak dengan berani menrunkan semula kadar jizyah
mengikut kemampuan golongan bukan Islam, dan menekankan perbezaan
antara cukai jizyah dan cukai kharaj.
Walau bagaimanapun polisi Khalifah Umar ini hanya seketika sahaja, selepas
kewafatannya, penggantinya Khalifah Yazid kembali melaksanakan cukai ini
terhadap golongan Mawali dan menaikkan kadar cukai sebanyak 50%
menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati terhadap golongan anti
kerajaan Bani Umaiyah.
Huraikan perkembangan pendidikan pada zaman Bani Umaiyah.
Pendidikan dalam Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang
hayat. Tidak dapat dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan
pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
Perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah penerusan atau
kesinambungan perkembangan pendidikan zaman sebelumnya, Khulafa al
Rasyidin dengan berlaku beberapa khususnya pertambahan pelbagai
institusi pendidikan dan pengenalan dan perkembangan kurikulum baharu.
Berhubung dengan institusi pendidikan, masjid masih kekal sebagai institusi
pendidikan selain berperanan sebagai pusat ibadat, antara masjid utama
pada zaman ini ialah Masjid Umawi yang terletak di Damsyik, selain masjid
– masjid yang terletak di Fustat, Kufah dan Basrah. Begitu juga dengan istana
khalifah turut berperanan sebagai institusi pendidikan khususnya untuk
anak – anak khalifah dan golongan bangsawan. Bagi golongan rakyat biasa,
pendidikan berlangsung di kuttab yang terbahagi kepada dua, Kuttab al
Sabil yang dibuka khas untuk anak – anak miskin dengan pembelajaran
percuma, dan kuttab untuk orang – orang awam yang dikenakan yuran
pengajian.
mdzaki7650@gmail.com/2020 62
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Masjid merupakan intitusi pendidikan terbuka kepada semua individu, di Pendidikan Zaman Bani
sana tenaga pengajar terdiri daripada golongan ulama, antaranya Abdullah
bin Abbas yang merupakan ilmuwan dalam bidang Tafsir, Hadis, Feqah dan Umaiyah
Sastera, manakala Hassan al Basri pula dikaitkan dengan feqah dan
usuluddin. Di istana, kurikulum tertumpu kepada persiapan kepada bakal Perkembangan dikaitkan
khalifah dan pentadbir kerajaan seperti sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato,
moral, ilmu siasah dan cara bergaul dengan masyarakat. Di kuttab pula, dengan peranan khalifah
pembelajaran tertumpu kepada pengajian al Quran dan asas – asas agama.
Berhubung dengan tenaga pengajar, taraf berbeza mengikut tempat atau sebagai penaung dan amat
institusi pembelajaran. Guru di kuttab kurang berpengalaman berbanding
guru di istana yang kurang ilmu pengetahuan berbanding tenaga pengajar meminati ilmu pengetahuan
di masjid ( ulama ). Guru – guru yang mengajar di istana dikenali sebagai
muadib dan tenaga pengajar di kuttab menerima gaji daripada kerajaan. Beberapa buah bandar
Ringkasnya, dapat dinyatakan pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada dijadikan pusat keilmuan
beberapa tahap, tahap prasekolah dikenali sebagai kuttab, diikuti peringkat
persekolahan di madrasah atau masjid yang terbahagi kepada peringkat Institusi pendidikan
rendah, menengah, dan tinggi.
terbahagi kepada masjid,
Sesuatu yang menarik perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah
munculnya pelbagai cabang ilmu yang menjadi kurikulum di institusi – istana, kuttab, dan halaqah
institusi pendidikan. Antaranya, ilmu falsafah yang mula diajar pada zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz, ilmu Hadis, dan ilmu Qiraat iaitu ilmu membaca Mata pelajaran yang diajar:
al Quran; diperkenalkan tanda – tanda baca dan penambahan titik pada
huruf konsonan termasuk huruf yang dibariskan dan ditanwinkan serta - Ilmu falsafah
diletakkan tanda syaddah. Tugas ini diselenggarakan oleh Nasr bin Asim
yang mendapat arahan daripada Gabenor Iraq, Hajjaj bin Yusuf al Thaqafi. - Sejarah
Ringkasnya, ilmu – ilmu yang didedahkan terbagai kepada ilmu aqli dan ilmu
nakli - Sastera
Perkembangan pendidikan di sini berpunca daripada galakan Khalifah - Ilmu perubatan
khususnya Umar Abdul Aziz yang banyak menginiasiatifkan pembukuan
Hadis dan khalifah sebelumnya, Abdul Malik bin Marwan. Dorongan dan - Kesenian
galakan serta pelbagai insentif yang diberikan kepada penuntut telah
menyebabkan pendidikan kian berkembang. Selain itu, kemunculan ulama - Fiqah,
atau ilmuwan yang membuka kelas – kelas pengajian turut merangsang
perkembangan pendidikan pada zaman ini. Perkara yang tidak kurang - Tafsir
pentingnya yang merancakkan perkembangan pendidikan ialah keperluan
terhadap ilmu tertentu untuk berhujah dengan ilmuwan Yahudi dan Nasrani - Tauhid
menyebabkan lahirnya ilmu falsafah Islam.
- Hadis
- Nahu
- Ilmu qiraat
Perkembangan pendidikan Islam pada zaman ini menunjukkan bahawa
ianya adalah bersifat sejagat dan dinamis serta serta sesuai sepanjang
zaman. Lahir ilmu – ilmu baharu menunjukkan Islam tidak pernah menolak
akan ilmu berkenaan selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak dan
memberi manfaat kepada masyarakat amnya.
mdzaki7650@gmail.com/2020 63
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 64
Jelaskan faktor – faktor perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan pada abad ke-16 Masihi
Selepas kejatuhan Melaka, ekoran serangan Portugis, pusat peradaban
Islam kini beralih arah ke utara Sumatera, iaitu Acheh. Kemunculan Acheh
pada abad ke-16 bukan sahaja telah mengambil alih peranan Melaka
sebagai pusat perdagangan. Malah Acheh kini menjadi tumpuan orang –
orang Islam termasuk para ulama membolehkannya muncul sebagai pusat
pendidikan Islam pada era tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang
membawa kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat pendidikan
malah berperanan sebgai pusat intelektual yang unggul dalam tempoh
masa tersebut.
Pemerintah memainkan peranan penting menjadikan Acheh sebagai pusat
pendidikan, khususnya Sultan Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar
Thani yang bukan sahaja berminat malah mempunyai inisiatif
mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menjadikan istana sebagai
pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga di raja dan golongan
bangsawan. Malah pemerintah berkenaan banyak memberi galakan dalam
bidang intelektual Islam seperti menubuhkan balai gadang dianggotai oleh
para ulama dan sentiasa berdamping dengan golongan cerdik pandai.
Pemerrintah Acheh telah menyediakan kemudahan dan perlindungan
kepada para ulama luar menetap di Acheh seperti Muhammad al Yamani
Kewujudan pelbagai sistem pendidikan yang sistematik serta mempunyai
pelbagai tahap telah menyebabkan Acheh menjadi tumpuan masyarakat
bagi mendapatkan ilmu, Tiga buah institusi pendidikan yang popular di
Acheh ialah meunasah, rengkang, dayah dan Jamiah Baitul al Rahman.
Setiap institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan tenaga pengajar yang
berbeza. Jamiah Baitul Rahman sememangnya institusi paling terkenal,
terdapat banyak fakulti yang menawarkan pengajian yang berbeza, dengan
tenaga pengajar terdiri daripada ulama luar dan ulama tempatan, yang
pastinya menarik kelompok masyarakat yang ingin menuntut ilmu
Kebanjiran ulama – ulama luar turut berperanan menyemarakkan lagi
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Contohnya ulama yang
terkenal ialah Sheikh Abdul Qadir, Nuruddin al Raniri banyak membantu
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Golongan ini menjadi
tenaga pengajar di Jamiah Baitul al Rahman – menghasilkan karya yang
bermutu termasuk karya sastera bercorak tasawwuf. Kehadiran ulama –
ulama luar ini disokong pula dengan kemunculan ulama tempatan yang
menghasilkan penulisan bercorak keagamaan, politik dan sejarah, antaranya
Hamzah Fansuri, Shamsuddin al – Sumaterani dan Bukhari al Jauhari. Antara
ulama luar ialah Abu Khayr ibn Hajar, Syeikh Idrus al Bayan, Muhammad
Yamani dan Muhammad Jailani dari Gujerat
Iklim intelektual yang bebas telah telah menggalakkan polemik dan
menyuburkan ilmu pengetahuan. Polemik berlaku disebabkan pentafsiran
dan pemahaman serta kaedah yang berbeza dalam mendalami ilmu
pengetahuan khususnya berhubung dengan ilmu tasawwuf. Hal ini agak
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 65
ketara berlaku pada zaman Sultan Iskandar Muh Muda Mahkota Alam yang
bersikap liberal terhadap dua fahaman yang berbeza iaitu Wahadatul Wujud
dengan Wahdatul Syuhud.
Sememangnya tidak dapat dinafikan perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan berpunca daripada peranan pemerintah yang mampu
menyediakan iklim politik yang stabil serta memastikan prasarana
mencukupi bagi menampung keperluan dalam bidang ini, apatah lagi
wujudnya kestabilan politik,sehingga mampu menarik para pelajar untuk
mendalami ilmu pengetahuan sekaligus dikenali dengan gelaran Serambi
Kota Makkah
Huraikan kepelbagaian institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-
16 Masihi.
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membawa
kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat perdagangan, malah
berperanan sebagai pusat pendidikan terkenal di Alam Melayu. Pendidikan
di Acheh terdiri kepada bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Peranan
pemerintah khususnya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam serta Sultan
Iskandar Thani begitu ketara dalam usaha menjadikan Acheh sebagai pusat
pendidikan dan keilmuan dengan mendirikan institusi yang pelbagai tahap
bermula daripada peringkat paling asas hinggalah peringkat tertinggi.
Antara institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi ialah
Meunasah. Meunasah merupakan institusi paling asas atau terendah yang
didirikan di setiap kampung. Institusi ini menawarkan pembelajaran asas-
asas ilmu agama seperti membaca, menulis dan menghafal huruf-huruf dan
asas ajaran agama Islam yang diistilahkan ilmu fardu ain. Perkara-perkara
yang diberikan keutamaan ialah Rukun Iman, Rukun Islam, kisah Nabi dan
lain-lain. Di sini, murid-murid yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab
agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan
dan Risalah Masail Muhtadin. Selain pembelajaran tersebut, murid-murid
juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama seperti zikir dan
selawat.
Selain itu, rangkang merupakan institusi kedua yang menjadi lanjutan
daripada meunasah. Rangkang didirikan sama ada bersambungan dengan
masjid atau menjadi bangunan yang berasingan yang berfungsi sebagai
kediaman atau asrama para pelajar berkenaan. Rangkang yang terkenal
terletak di Banda Acheh Barussalam. Pembelajaran di rangkang berbeza
antara satu sama lain, bergantung kepada tenaga pengajar dan kitab yang
digunakan. Kebiasaanya pelajar yang pintar akan berpindah dari satu
rangkang ke rangkang yang lain bagi mendapatkan ilmu-ilmu yang berbeza.
Kitab yang digunakan ada berbahasa Melayu dan berbahasa Arab.
Pembelajaran meliputi Ilmu Fiqh, Ibadat, tauhid, Tassawuf dan Sejarah Islam
serta ilmu Geografi, Sejarah dan Matematik. Individu yang cemerlang akan
melanjutkan pelajaran keluar negara seperti Mesir, Makkah dan India.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Seterusnya insitusi pendidikan yang terdapat di Acheh ialah Dayah. Dayah
merupakan institusi yang mengendalikan pendidikan menengah atas dan
didirikan di setiap negeri. Pembelajarannya lebih mendalam berbanding
rangkang kerana ia menggunakan kitab dan bahasa Arab sepenuhnya.
Tenaga pengajar pula melibatkan ulama dari luar negara. Dayah yang
terkenal di Acheh ialah Dayah Cot Kala yang telah melahirkan ramai ulama
yang menjadi pendakwah Islam di Nusantara dan Dayah Teungku Chik.
Pembelajaran merangkumi ilmu Fiqah, Usuluddin, Jinayat, Munakahat,
Bahasa Arab, Sejarah, Geografi, Matematik, Ilmu Falak, Akhlak dan
sebagainya. Di sini, dayah terbahagi kepada dua iaitu Dayah Umum dan
Dayah Khusus. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja,
yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan,
ilmu perniagaan dan sebagainya yang menurut syariat Islam.
Akhir sekali, institusi pendidikan tertinggi yang didirikan di Acheh ialah
Jamiah Baitul Rahman yang berlangsung di Masjid Bait al Rahman setelah
dinaiktaraf menjadi universiti. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri
mendirikan Masjid Bait al Rahman yang digunakan semata-mata untuk
dijadikan tempat menuntut ilmu. Di sini dijadikan tempat pengajian
dikendalikan oleh ulama-ulama tersohor sama ada secara halaqah mahupun
secara formal. Pembelajaran tidak terhad dalam ilmu keagamaan, malah
merangkumi pelbagai cabang ilmu bersesuaian dengan terbentuknya 17
buah fakulti seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran,
Fakulti Ilmu Akal, Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Ilmu Sejarah, Fakulti Ilmu
Tauhid dan sebagainya. Tenaga pengajar di sini dibayar gaji oleh kerajaan
dan kebanyakannya datang dari Timur Tengah seperti Makkah, Yaman,
Parsi, dan Turki serta India.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan pada abad ke-16, sememangnya
Acheh menjadi tumpuan bukan sahaja golongan pelajar, bahkan golongan
ilmuwan. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan
intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al Sumatrani, Abdul Rauf
Singkel dan Hamzah Fansuri. Kesannya, telah membawa kepada
perkembangan Islam di Nusantara.
Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual pada
zaman kerajaan Abbasiyah.
Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah adalah selari dengan Pendidikan Zaman Abbasiyah
perkembangan peradaban Islam di Andalus sekaligus menggambarkan Peringkat pembelajaran;
wujudnya dua lokasi yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama
iaitu iaitu menyuburkan dan memperkembangkan peradaban Islam, dalam rendah, menengah, dan
konteks kerajaan Abbasiyah, pastinya dikaitkan dengan ibu kotanya iaitu
Bahgdad yang sememangnya antara factor yang menjadi penyumbang tinggi
kepada perkembangan intelektual Islam pada era tersebut. Institusi pendidikan terdiri
Antara faktor perkembangan intelektual pada zaman ini ialah peranan yang daripada masjid, istana,
dimainkan oleh para pemerintah bermula daripada zaman Khalifah Harun al
Rasyid hinggalah pada zaman kekuasaan Bani Buwaih dan golongan Seljuk. madrasah, perpustakaan (
Para pemerintah telah menaungi kegiatan intelektual yang amnya berpusat awam, separa awam dan
persendirian )
mdzaki7650@gmail.com/2020 66
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
di kota Baghdad. Sikap para pemerintah Abbasiyah yang mencintai ilmu Perkembangan ilmu
pengetahuan telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota - Hadis
Baghdad. Umpamanya, Khalifah Harun al Rashid telah menarik ramai - Kalam
penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu
terpenting dalam dunia pada ketika itu, begitu juga pada zaman Bani - Tasawwuf
Buwaih dan Bani Seljuk telah berlaku perkembangan yang pesat dalam
bidnag keilmuan sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli. Sifat keterbukaan - Falsafah
pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah - Sejarah
menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Pelbagai unsur
daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan - Sains dan Perubatan
pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.
- Geografi
- Kesenian
Kewujudan sistem dan institusi pendidikan yang pelbagai juga telah
mendorong perkembangan intelektual yang pesat pada zaman ini. Kegiatan
ilmu pengetahuan bukan sekadar berpusat di istana mahupun masjid
sahaja, malah kegiatan itu telah berlaku di mana – mana tempat sama ada
secara formal ataupun informal. Bermula pada zaman pemerintahan
Khalifah al Makmun, pendidikan ditingkatkan lagi dengan tindakan nya
mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan
institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal.
Perkembangan ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bait al
Hikmah yang membawa kepada kegiatan perbahasan dan penyelidikan
serta penterjemahan.
Kepesatan aktiviti penterjemahan karya – karya Yunani terutama dalam
bidang perubatan dan sains ke dalam bahasa Arab telah merancakkan lagi
perkembangan intelektual di sini contohnya ialah karya-karya Galen,
Hippocrates Plato dan Aristotle. Khalifah al Ma’mun telah mengutuskan
wakilnya menemui Maharaja Byzantine untuk mendapatkan naskhah-
naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah
di Bait al Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah
memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. Para pemerintah berperanan
menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam dan mengumpulkan
para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Faktor seterusnya yang membawa perkembangan intelektual ialah peranan
tokoh atau cendekiawan Islam. al Khawarizmi telah memberikan
sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah. Dalam
bidang kimia, muncul Jabir ibn Hayyan yang berjaya memajukan
pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalam bidang kesusasteraan,
keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang mengilhamkan
penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini seperti karya Alfu Lailah wa-
Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian
Nights)
Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan
intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan
pemerintah yang bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan
ini meniti kemerosotan pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun
mdzaki7650@gmail.com/2020 67
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
‘kecacatan’ itu ditampung dengan munculnya sarjana – sarjana Islam yang
terkenal yang mewarnai perkembangan peradaban tamadun dunia amnya
Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelektual.
Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada zaman
kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu pemerintahan dua orang
khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun.
Perkembangan intelektual yang begitu pesat berkait rapat dengan peranan
pemerintah atau khalifah sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan
keilmuan di samping galakan mereka yang membawa kepada kedatangan
golongan cerdik pandai di Baghdad
Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah peranan Baitul Hikmah, Perpustakaan Utama
iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya yang terletak di Bahgdad - Baitul Hikmah; perpustakaan
sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam atau
The Golden Age of Islam. Antara peranan institusi ini ialah menjadi pusat teragung
penyimpanan pelbagai khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan Perpustakaan Haidari al Najf
penyalinan pelbagai karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli. - Mengand buku berbahasa
Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul Arab dan Parsi
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau Khaizanat Sabur
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman - Terdapat 100 buah naskhah al
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan nama
Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul Hikmah dengan Quran yg ditulis oleh Bani
berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya klasik dari Parsi, Muqlah
Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan mencatatkan Baitul Hikmah ini
mengalami kemajuan pesat pada masa Khalifah Al Makmun, badan atau - Terdpt 100 000 jilid buku
institusi ini merupakan salah satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap, bertulis tangan
yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan
yang telah berkembang pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku Dar al Hikmah
terjemahan dari bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku - Dibina di Kaherah, buku yang
yang disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain. Buku berasal dari istana
– buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya al Sekolah Mustansiriyyah
Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem - Terdapat lebih 80 000 jilid
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang tersimpan.
buku
Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai karya
telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar dengan gaji
yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn bin Ishaq, dan
Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan antaranya teks
perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku berkaitan ilmu geometri dan
astronomi. Khalifah al Ma’mun juga mengarahkan agar kitab atau karya
agama diterjemahkan kepada bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan
kawasan – kawasan yang dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada
mdzaki7650@gmail.com/2020 68
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
aktiviti penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.
Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh tertentu
seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu – ilmu baharu
berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra melalui kitab al
Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau digelar
Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi tidak terhad di situ, beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan sistem nombor dan ilmu – ilmu yang
berkaitan seperti perpuluhan dan memperkenalkan angka sifar. Tokoh –
tokoh lain yang aktif melakukan penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam
bidang perubatan begitu juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang
dikaitkan dengan bidang geografi dan sejarah
Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan ilmuwan
agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang berdiskusi bagi
membentang teori – teori yang dihasilkan dan memperjuangkan
pandangan masing – masing. Dalam bidang perubatan lahir tokoh seperti
Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al Batani dan al Biruni menonjolkan diri
dalam bidang astronomi, manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al
Waqidy bidang sejarah dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu
akliah. Dalam bidang keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan
empat mazhab utama, mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam
Malik membawa mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori
Mazhab Syafie dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab
Hanbali. Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.
Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk
menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha menarik
kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas
pemerintahan kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil,
peranan Baitul Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha
mengelak tersebarnya pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh merosakkan
pemikiran umat Islam.
mdzaki7650@gmail.com/2020 69
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan
impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan
pernyataan tersebut.
Ibn Sina merupakan ilmuwan Islam yang dilahirkan pada tahun 980 Masihi Bidang Keilmuan Zaman
di sebuah daerah yang dikenali sebagai Afsanah, Turkestan. Abbasiyah
Keperibadiannya yang mudah menguasai sesuatu ilmu merupakan salah
satu faktor kemunculannya sebagai ilmuwan terbilang, buktinya seawal usia Ilmu Akli
10 tahun, telah berjaya menghafal al Quran dan menguasai banyak cabang - Matematik; muncul al
ilmu agama. Selain menguasai ilmu agama, tokoh ini turut menguasai ilmu
– ilmu seperti ilmu falsafah, geometri, astronomi, geografi, dan yang Khwarizmi dgn pengenalan
sinonim dengan dirinya iaitu ilmu perubatan. Kerjayanya sebagai pakar sistem nombor dan algebra
perubatan bermula apabila beliau berjaya menyembuhkan seorang - Kimia; penemuan asid galian,
pentadbir kerajaan Nuh bin Mansur yang tidak dapat diubati oleh alcohol dan pembaikian
kebanyakan doktor. Bermula dari saat itu, beliau telah mendapat galakan penghasilan kaca
daripada tokoh berkenaan dan dilantik sebagai doktor istana. - Ilmu Fizik; pergerakan jirim,
pantulan cahaya dan ciptaan
Tokoh ini telah berjaya menghasilkan karya – karya perubatan yang bukan cermin mata
sahaja bermanfaat pada zamannya malah telah menjadi sumber rujukan - Geografi; ukuran keluasan
kepada pakar – pakar perubatan hari ini. Qanun al Tibb merupakan bumi dan membtk peta dunia
khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama pertama dlm btk glob
di universiti – universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam - Perubatan; lahir Ibn Sina,
karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hari ini. penemuan penyakit rubella,
Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. alahan, cacar dan ubat bius
Buku yang menjadi buku rujukan utama di universiti - universiti Eropah - Ilmu Falak; ukur jarak bumi
hingga 1500 Masihi ini telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam dgn matahari dan ciptaan
bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Prof. William astrolab – lahir al Biruni
Osler menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku – buku
perubatan lain, sehinggakan menggelarkannya Medical Bibble. Antara Ilmu Nakli
kandungan karya ini yang menjadi rujukan ialah perbincangan mengenai - Tafsir; muncul al Tabari dan al
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.
Quran disusun mengikut
Tokoh ini juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberikan judul surah
Remedies For The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam - Ilmu Fiqh; muncul 4 orang
karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit Imam Mazhab
dan cara mengubatinya. Kitab – kitab lain lain yang dihasilkan oleh tokoh ini - Ilmu Hadis; penyusunan hadis
yang turut menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitab al Majmu dan Kitab dan kemunculan pakar Hadis
al Syifa, iaitu kitab mengenai cara – cara rawatan beserta ubatannya yang seperti al Bukhari
terbahagi kepada kepada 18 jilid, kitab ini juga dikenali sebagai ensiklopedia - Ilmu Tauhid, munculnya ulama
perubatan, dan dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Sanatio. seperti Abu Hassan al Asya’ri
bagi memurnikan akidah
umat Islam yang berhadapan
falsafah Yunani
Ibn Sina juga dianggap sebagai individu terawal yang mengemukakan Teori 70
- teori Anatomi Dan Fisiologi. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-
buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos
(dunia besar). Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya
yang menggambarkan keterangan – keterangan yang lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa - sketsa tertentu. Melalui pengetahuan
dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 71
tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah
Penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini telah membawa kepada
penemuan penyakit baru serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. Penyakit seperti rubella, alahan
( allergy ), cacar ( smallpox ), penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibn Sina
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air adalah pembawa segala
kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi
telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah
menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan
lain-lain. Malah, hasil daripada penyelidikannya, dijelaskan simpton –
simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul
daripadanya.
Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu
perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Beliau telah menjelaskan
pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi. Tokoh ini telah mempraktikkan kaedah psikoterapi ini ketika
merawat seorang pembesar yang tidak mahu makan dan minum kerana
menghadapi masalah kejiwaan. Melalui kaedah emosi, pembesar tersebut
dapat ditenteramkan, bukan sahaja telah mengambil makanan berzat malah
makan ubatan yang disediakan oleh tokoh ini. Kaedah ini telah digunakan
oleh pakar psikologi hari ini menangani kes – kes yang berkaitan dengan
kejiwaan atau mental
Tidak dapat dinafikan sumbangan tokoh ini begitu besar dalam bidang
perubatan, banyak penghargaan yang diterimanya menjadi bukti, antaranya
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan,
Universiti Paris, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum
Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat, malah kehebatan dan
kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal-Rais (Mahaguru Pertama).
Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan.
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota
Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al-Ghazali mengembara untuk
mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam Al-
Radzakani dan Imam Al-Abi Nash Al-Ismail’li. Kealiman beliau dalam
menuntut ilmu telah membolehkan beliau menguasai ilmu falsafah,
usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil
bersempena pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-
Ghazzal). Keintelektualan al-Ghazali terselah sehinggakan beliau dikenali
dengan pelbagai gelaran termasuklah Hujjatul Islam (Pembela Islam).
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 72
Antara sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan ialah
menghasilkan karya falsafah Islam bagi memurnikan dan menyaingi falsafah
Yunani yang berdasarkan fikiran semata – mata. Penulisan beliau menerusi
kitab Maqasid Falasifah (Tujuan Ilmu Falasafah) memerihalkan teori falsafah,
manakala Kitab Tahafut al-Falasifah (Kekacauan Para Filosofi) yang
membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang Fizik dan metafizik
daripada sudut pandangan Islam. Hasil karya berkaitan falsafah Islam ini
lahir di tengah-tengah kecelaruan yang timbul dalam dunia keintelektualan
Islam yang mula diresapi pengaruh falsafah Barat. Hujah-hujah yang
dikemukakan oleh al-Ghazali sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah
umat Islam dari terus direntap oleh fahaman falsafah Yunani yang tidak
bertunjangkan ketuhanan Yang Esa.
Selain itu, keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat apabila beliau
mengkategorikan ahli falsafah kepada tiga golongan pada zamannya yang
membincangkan perkara yang berhubung kait dengan falsafah ketuhanan.
Golongan ini membincangkan soal ketuhanan berdasarkan akal semata-
mata, golongan atheis (menafikan wujudnya pencipta) dan golongan
natural yang banyak mengkaji tabiat, kejadian dan anatomi manusia,
tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tiada kebangkitan semula,
tiada dosa dan tiada pahala. Hal ini mendapat kritikan yang hebat daripada
al-Ghazali yang kemudiannya menolak hujah-hujan tersebut dengan
mengkategorikan ilmu falsafah ini kepada ilmu matematik, mantik, fizik,
ketuhanan, siasah dan akhlak
Keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat menerusi bidang politik. Al-
Ghazali mempelajari ilmu sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau
menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad Dhalal dan Iqtishad fil
I’tiqad. Karyanya, Iqtishad fil I’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi
sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara untuk membaiki
urusan politik dengan memberi pengertian pemasalahan, menasihati
pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam karyanya
berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Hal ini jelas menunjukkan al-
Ghazali seorang yang sangat berani mengemukakan idea baharu, bahkan
sanggup mengkritik pemimpin yang mula meninggalkan ajaran Islam yang
sebenar.
Di samping itu, al-Ghazali juga terkenal dalam bidang keagamaan
khususnya bidang tasawwuf, menerusi karya agungnya iaitu Ihya’
Ulumuddin yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.
Karangan beliau ini dihasilkan ketika falsafah Yunani mula meresap masuk
dalam jiwa umat Islam. Beliau juga menyentuh peri pentingnya
keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat. Antara kata-kata terkenal
beliau “tidaklah akan ada sistem yang baik bagi agama kecuali dengan
adanya sistem yang baik untuk urusan-urusan dunia”. Al-Ghazali juga
menekankan kepentingan mempelajari ilmu, dan memiliki akhlak yang baik,
selain memaparkan kaedah pembelajaran yang baik serta kepentingan ilmu
sains seperti perubatan, pertanian, matematik, teknik dan lain-lain yang
mesti selari dengan al-Quran dan sunnah Rasul. Hasil daripada keilmuan al-
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Ghazali masyarakat Muslim di Andalusia mampu menterjemahkannya dalam - Ilmu aqli dapat didefiniskan
bentuk pembinaan teknologi dan sains yang sangat pesat setelah ketiadaan sebagai ilmu yang
beliau. bersumberkan akal, dan
ianya dibahagikan kepada
Selain itu, al-Ghazali juga terkenal dengan kehebatan ilmu Kalam. Beliau sains tabii ( natural
banyak mematahkan hujah-hujah pihak yang keterlaluan ketika science ), sains sosial, dan
membahaskan isu-isu yang timbul berkaitan ilmu kalam ini. Al-Ghazali sains kemanusiaan.
berpendapat mempertahankan dan membela akidah ahli sunnah waljamaah
menjadi keutamaan beliau. Beliau juga tidak menyukai majlis perdebatan - Di antara ilmu-ilmu akal ini
berkaitan ilmu Kalam kerana sekiranya silap berhujah, tanpa berpaksikan al-
Quran dan Hadis, kelak akan meningkatkan kecelaruan dalam masyarakat ialah ilmu perubatan,
ketika itu. Baginya, Ilmu Kalam tidak menjadi keutamaan kerana kurang
memberikan manfaat dan mudah tersasar dari mengenal Allah serta astronomi, geologi,
menyimpang jauh daripada perkara yang dibincangkan oleh para ulama
salaf. Jelaslah bahawa walaupun al-Ghazali seorang yang hebat berkaitan matematik, sejarah,
ilmu kalam, namun beliau dapat melihat sekiranya tidak ditangani
pemasalahan ilmu kalam ini sebaik mungkin, perpecahan dalam kalangan sosiologi, psikologi,
masyarakat Islam akan berlaku.
falsafah dan
Kesimpulannya, keintelektulan al-Ghazali telah membolehkan beliau
menguasai pelbagai disiplin ilmu yang menunjukkan bahawa beliau seorang sebagainya.
yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam
bidang falsafah, keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah-tengah - lmu aqli menduduki taraf
umat Islam berhadapan pemikiran Barat dengan menangkis dan
memberikan hujah-hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar yang kedua selepas ilmu
dengan Hujjatul Islam.
nakli kerana ia
bersumberkan pemikiran
akal dan pancaindera yang
ada kalanya benar, dan ada
kalanya salah.
-
Al Khwarizmi merupakan ilmuwan matematik terbilang. Jelaskan
idea – ideanya.
al Khwarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Musa 73
dilahirkan pada tahun 780 Masihi di daerah Khawarizmi. Di Barat, tokoh ini
dikenali dengan pelbagai nama seperti al Khawarizmi, al Cowarizmi, al
Ahawizmi, al Karismi, al Goritmi, al Gorismi dan sebagainya. Sumbangan
tokoh ini dalam bidang matematik amat ketara, pelbagai idea yang
diutarakannya bukan sahaja dimanfaatkan pada zamannya, malah telah
diwarisi hingga kini. Antara idea matematiknya yang teragung ialah
pengenalan sistem nombor termasuk sifar dan mempelopori bidang
algebra.
Sumbangan terbesar al Khwarizmi kepada tamadun dunia ialah
memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu
0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Pengenalan sistem nombor ini
bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan
meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan
ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah, beliau
juga merupakan individu dalam kalangan ilmuwan yang memperkenalkan
angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka
sifar, akan terbit nombor yang mencapai infiniti. Malah, nombor atau istilah
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 74
‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al Khwarizmi oleh tokoh ini telah dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
Melalui penyelidikan yang dijalankan al Khwarizmi telah memperkenalkan
sistem algebra, sehinggakan beliau dikenali dengan gelaran Bapa al-Jabar,
yang sekaligus membawa kepada pengenalan kepada cabang baharu dalam
bidang matematik iaitu aritmetik. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan
satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah
penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah,
banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-
masalah pengiraan komplikated yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat
diatasi. Bagi memperluaskan idea ini, beliau telah menghasilkan sebuah
buku yang berjudul al Jabar wa al Muqabalah yang kemudiannya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa – bahasa serta menjadi
rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai abad
ke12 Masihi hingga ke 16 Masihi.
Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar
matematik sebelum ini. Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu
tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pemboleh
ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar ( c ). Contohnya, Al-
Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab
yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan
bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga
serta isipadu bentuk piramid dan kon.Kesannya, umat Islam dikatakan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.
Kehebatan tokoh ini dalam bidang matematik diserlahkan dengan
sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri, iaitu pecahan
kepada bidang matematik. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini disentuh
dalam karyanya Hisab al-Jabr wa- al Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri
berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan
dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri berkaitan dengan
pengiraaan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang
diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan
yang lebih rumit.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, idea al Khwarizmi dikatakan dapat
menyelesaikan masalah – masalah praktikal. Melalui pengenalan sistem
nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan, masalah umat
khususnya dalam pembahagian harta pusaka dan pengiraan kadar atau
nisab zakat dapat diatasi. Sungguhpun pelaksanaan kaedah berkenaan ada
dinyatakan atau terkandung dalam al-Quran dan Hadis, namun melalui ilmu
matematik yang dilontarkan oleh ilmuwan ini, ianya telah dapat membantu
mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak
dihuraikan dalam kedua-dua sumber wahyu itu.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 75
Sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar, bukan
sahaja kepada umat Islam dan mencerminkan kehebatan dan keunggulan
tamadun Islam, malah apa yang membanggakan sumbangan beliau telah
menjadi pemangkin kepada kemajuan orang – orang Barat yang mendalami
teori – teori yang dikemukakan serta berkekalan hingga hari in
Huraikan kepentingan catatan Ibn Majid hasil sepanjang pelayaran
yang dilakukannya.
Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi
merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9. Beliau
adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut ”. Beliau telah
mempelajari ilmu pelayaran menerusi Muhammad bin Shadan, Sahi bin
Aban dan Layth bin Kahlah dan ahli-ahli pelayaran zaman Abbassiyah.Beliau
telah menghasilkan 25 buah karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi
yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan
lain – lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran
dan geografi.
Beliau telah menghasilkan kitab ilmu laut yang berjudul al-Fawaid fi Usul
’Ilm al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah –faedah
ilmu laut) bertarikh 895 H. Hasil karya dalam bentuk prosa ini dibahagikan
kepada 12 bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum
magnet, bulan, bintang, kompas, laluan laut Lautan Hindi, sepuluh buah
pulau yang paling terkenal , monsun yang sesuai bagi pelayaran dengan
tarikh dalam perkiraan bangsa Parsi bagi setiap monsun dan Laut Merah.
Antara tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama ini ialah hasratnya
ingin memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan – catatan yang
dilakukan oleh pelayar sebelumnya.
Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul’ Ilm al-Bihar yang bertarikh 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh ( tahun ), ilmu bahasa, ilmu
bintang, berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika,
laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, dan pantai dan pelabuhan,
garis lintang dan ilmu astronomi.
Kitab Al-Urjuzah al-Mu-arrabah 890 H membicarakan pelayaran di Teluk
Aden secara terperinci yang dapat menarik perhatian bukan sahaja khalayak
pembaca malah memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah –
penjelajah lain. Karya Aribah al-Daraib pula merupakan huraian yang
lengkap mengenai penggunaan bintang dalam pelayaran. Beliau juga telah
menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul
Urjuzah Al-Maimiyah.
Karya yang berjudul Qailah al-Isla fi Jami’ al-Dunya merupakan karya yang
berbentuk puisi. Ia mengandungi huraian berangkap tentang menentukan
arah kibkat dari mana-mana darat dan laut. Beliau mendakwa mempunyai
kaedah yang tepat dalam perkara ini.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 76
Catatan Ibn Majid hasil daripada pelayarannya telah membawa
peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang geografi, dan ianya
telah menjadi perangsang pelayaran tokoh – tokoh Islam lain. Kehebatan
mengolah catatan dalam bentuk puisi dan prosa menunjukkan beliau bukan
setakat ahli pelayaran dan geografi malah diakui sebagai sasterawan.
Bincangkan sumbangan Ibn Batuttah hasil daripada aktiviti
pelayarannya.
Ibnu Batttutah, atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi yang telah
memulakan pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21
tahun. Beliau memiliki keperibadian yang menggemari menyelidiki sesuatu
yang mendorongnya melakukan pelayaran ke sesuatu tempat bagi
memenuhi hasrat ingin tahunya dan mempunyai sifat yang cekal. Kejayaan
pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun yang merentasi sejauh 75 batu
atau120,000 kilometer antara tahun 1325 Masihi – 1353 Masihi telah
meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti
Marco Polo. Keberanian Ibnu Battutah dalam pengembaraan menyebabkan
ramai sarjana menggelar beliau sebagai “The Prince of Muslim Travelers”.
Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya
menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al Nazar atau lebih dikenali
sebagai al Rihlah. Sarjana Barat atau orientalis menyifatkan Ibnu Battutah
sebagai The Prince of Muslim Travellers. Karya atau catatannya sepanjang
pengembaraan tersebut menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi
pelbagai negara yang telah dilawatinya. Melalui karya al Rihlah, khalayak
pembaca didedahkan pelbagai aspek kehidupan seperti agama, politik,
sosial, ekonomi, dan kebudayaan masyarakat di sana khususnya negara –
negara seperti di Afrika Barat dan di India. Di India, catatannya berkisar
tentang pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh orang Hindu, malah
beliau turut menyatakan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di
India khususnya untuk upacara penyucian diri.
Karya yang dihasilkannya turut menggambarkan negara Islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives. Ibnu Battutah juga menulis catatan tentang
kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan
Sifahan dan terdapat juga catatan tentang tempat-tempat yang dilawati di
Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.
Kejayaan ekspedisi – ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong
kepada para pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hal ini
telah membawa kepada kemunculan beberapa tokoh lain seperti Ibn
Hawqal, Sulayman al Mahri dan sebagainya. Ibnu Hawqal, umpamanya
telah memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara,
negara – negara Arab, Armenia, Adzerbaijan, dan Sicily dari tahun 947
Masihi hingga 973 Masihi. Sementara Sulayman al Mahri berjaya merentasi
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 77
lautan – lautan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan
Artik, Lautan Atlantik, perairan Mediterranean melalui Selat Gibraltar.
Karya Ibnu Battutah telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
dan aspek pensejarahan. Dalam bidang geografi, beliau mencatatkan
keadaan geografi sesebuah negara, antara catatan terpenting ialah iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Kepentingan catatan
seumpama ini ialah dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah
pangkalan perdagangan.
Di Constantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi
dengan pasar atau gudang membeli – belah, jalan raya yang indah yang
dibina daripada batu, dan kewujudan sebuah gereja besar yang dikenali
sebagai Gereja Sancta Sophia di tengah – tengah kota berkenaan. Pasai pula
dicatatkan sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok
kelapa, cengkih, gaharu, dan lain – lain.
Keperibadiannya yang hebat menyebabkan beliau dilantik sebagai pegawai
kerajaan di tempat beliau singgah; sesuatu yang agak unik, umpamanya
pada zaman pemerintahan kerajaan Tughluq, beliau dilantik sebagai kadi
dan pernah menjadi wakil kerajaan tersebut bagi menemui atau
menjalankan ekspedisi ke China. Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah
ini juga, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat – sifat
tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap amat berbudi bahasa, Raja
Hindustani ( peramah ), Raja Yaman ( berakhlak mulia ), Raja Turki ( gagah
perkasa ), Raja Rom ( pemaaf ), Raja Turkestan ( bertoleransi ), dan Raja
Pasai ( berilmu pengetahuan seumpama ulama ). Pentingnya catatan ini
ialah memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya
berkaitan dengan persiapan apabila berlabuh di negara – negara berkenaan
Walaupun Ibn Batuttah hakikatnya adalah seorang ahli pelayaran, namun
catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap sebagai individu
serba boleh, bukan sahaja tokoh dalam bidang geografi, malah yang
menariknya beliau juga dianggap sebagai guru dalam bidang kehakiman
dan sejarah dan pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi
Berdasarkan empat bangunan yang terdapat pada zaman kerajaan
Mughal, bincangkan keunikan bangunan – bangunan berkenaan.
Salah satu keunikan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah
terdapatnya pelbagai bangunan yang didirikan sewaktu pemerintahan Syah
Jehan sehingga diwarisi hingga hari ini. Antara bangunan – bangunan yang
dirikan ialah masjid, istana, kubu, taman bunga, makam diraja dan
sebagainya. Menariknya bangunan – bangunan ini disebabkan penggunaan
bahan –bahan binaan yang tahan lasak dan mampu memukau pandangan
serta banyak kemudahan yang dapat dimanfaatkan terutamanya binaan
yang berkaitan dengan masjid
Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara
yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur lain terdapatnya
kubah – kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 78
puncak yang meruncing. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk
kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman ini terbina masjid
yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah kompleks, contohnya
Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Istana merupakan bangunan yang tersohor pada zaman ini, binaannya
hampir sama sebagaimana masjid, terdapat gabungan antara gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akbar
diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.
Sebuah pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan
kehebatan binaan ini. Di sekelling istana, terdapat tembok batu yang
mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan
ruang rasmi pemerintah. Istana terkenal ialah Taj Mahal, bangunan yang
didirikan di Agra sebagai tanda cinta dan kasihnya Syah Jehan terhadap
isterinya, Mumtaz. Bangunan ini didirikan di hujung sebuah taman yang luas
dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.
Bahan binaan bangunan ini ialah batu marmar merah dan keadaan ini
menimbulkan kontra yang menarik dengan bahagian induk di bahagian
tengah yang menggunakan batu marmar biru dan putih sebagai bahan
binaannya. Di bangunan tersebut juga didirikan juga masjid – masjid yang
mempunyai seolah – olah tiga atau hingga tujuh buah mihrab yang dibina
bersebelahan. kedapatan juga masjid – masjid lain yang berdinding tebal,
tanpa jendela dibuat kosong tanpa sebarang hiasan, identitinya hanya
terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah
kubur atau tempat pemakaman raja – raja dan kaum kerabatnya. Bangunan
yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan – bahan
merah yang kekal lama. Kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi
dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara
bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
Contoh paling jelas Makam Diraja Humayun, strukturnya terdiri daripada
batuan merah, batu putih dna marmar hitam dan putih dikelililingi taman
bunga
Kubu merupakan satu lagi bentuk seni bina yang terdapat di India, paling
jelas Kota Merah binaan sepanjang 2 kilometer, memperlihatkan gabungan
seni bina Parsi dan tempatan. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu
bata merah, batu marmar yang dihiasi dengan corak flora, dilengkapi dua
buah kubah dan di dalamnya terdapat ruangan khas seperti rang mengadap
dan ruangan khusus untuk maharaja
Binaan yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
menggambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina
yang dimiliki oleh orang – orang Mughal. Oleh sebab sumbangan Syah
Jehan yang begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar oleh sejarawan
sebagai Bapa Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Mughal di India.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 79
Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Granada pada abad ke-13 Masihi.
Abad ke 13 merupakan antara tempoh akhir kerajaan Islam Nasriyah
berkuasa di Sepanyol, namun demikian, kerajaan ini telah meninggalkan
sumbangan yang besar dalam bidang seni bina. Seni bina Islam yang
bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia meliputi
bangunan, masjid, istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri
keislaman. Ini kerana, menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk
membina masjid ketika membuka sesuatu bandar.
Seni bina yang lahir di Granada terbahagi kepada dua jenis iaitu kesenian
Granada dan kesenian Mudejar. Kesenian Granada merupakan kesenian
yang dilahirkan di Granada manakala kesenian Mudejar dihasilkan oleh
orang Islam dan bukan Islam pada abad ke -13 dan 14 Masihi. Contohnya,
Alcazar di Seville dan gereja Toledo. Namun begitu, bangunan-bangunan
yang dibina tetap mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu menepati ciri-ciri seni
bina Islam seperti dihiasi kaligrafi Arab khususnya ayat-ayat al-Quran,
selesa dan mempunyai ruang peredaran yang selesa.
Di samping itu, binaan menara melambangkan ciri-ciri seni bina Granada,
antara fungsi menara ialah tempat muazzin melaungkan azan. Ia dibina
lebih tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan
sembahyang berjemaah di masjid. Kebanyakan menara di Granada
berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’, yang memperlihatkan gaya
yang ditiru daripada masjid-masjid di Syria. Di sekeliling Istana al-Hambra
juga dikatakan terdapat 13 buah menara yang antaranya menjangkau 26
meter. Antara fungsi menara yang dibina disekitar istana dikaitkan dengan
ciri keselamatan iaitu untuk mengesan sebarang pergerakan yang
mencurigakan. Terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau
dibina di atas Banjaran Sierra Nevada. Ia bertujuan untuk melihat keindahan
kota Granada yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon buah-buahan
yang menghijau.
Ciri seterusnya ialah, bangunan-bangunan yang dibina mempunyai ruang-
ruang khas. Setiap ruang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya
di istana al-Hamra terdapat beberapa ruangan khas, dewan besar, ruang
duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja, halaman yang
dihiasi kolam air pancut dan taman dengan bunga-bunga yang indah dan
berbau harum. Di sekitarnya juga terdapat 128 batang tiang bulat yang
diperbuat daripada marmar yang indah . Setiap ruang menjanjikan
keterasingan, keselesaan, dan keindahan yang tersendiri.
Selain itu, bangunan yang dibina juga mempunyai nilai keindahan atau
estetika berdasarkan ukiran tulisan kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat
al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya.
Contohnya di pintu masuk Masjid al-Mulk tertulis perkataan Arab, ‘Azza
Maulana al-Sultan Abdillah’, dan di bawahnya terdapat syair yang
menyentuh kemurniaan agama Islam manakala dibahagian dinding masjid
diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran seperti, al Qudratu
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
bi’llah. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan struktur
mihrab itu sendiri yang bertahtakan permata zamrud, yaqut dan sebagainya.
Terdapat juga hiasan yang menggambarkan corak tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Maka terbentuklah seni geometri yang halus dan abstrak.
Ciri-ciri seni bina Granada juga amat menitikberatkan agar ruangan dalam
bangunan yang dibina mendapat pencahayaan yang tidak terlalu terik dan
tidak terlalu kurang. Dengan sistem pencahayaan yang baik dalam seni bina
Islam ini memberi impak yang lebih cerah, hening dan tenang kepada
penghuninya. Justeru, bangunan-bangunan yang dibina di Granada sama
ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang
menembusi sesuatu bangunan itu.
Kesimpulannya, kehebatan Kerajaan Islam Nasriyah menggabungkan seni
Islam dengan seni tempatan asing menghasilkan seni bina yang unik di
Granada. Ia juga menggambarkan ketinggian nilai ketamadunan Islam.
Namun, bangunan-bangunan ini telah dimanfaatkan oleh orang Kristian
apabila kerajaan Islam di Andalusia dihancurkan oleh orang Kristian.
mdzaki7650@gmail.com/2020 80
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 81
TEMA 3
Bincangkan faktor – faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan
Uthmaniyah mulai abad ke-19 Masihi.
Abad ke-15 M, bangsa Eropah melancarkan gerakan imperialisme secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu
sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah
cengkamannya. Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak terkecuali menghadapi
ancaman kuasa Barat ini, kuasa – kuasa Barat berusaha bukan sahaja
bertapak di Turki malah mula bertindak menguasai wilayah – wilayah yang
berada di bawah jajahan kerajaan Turki Uthmaniyyah ini. Hal ini disebabkan
selepas kemangkatan Sultan Muhammad al Fateh, teraju pemerintahan kini
berada di bawah pemerintahan sultan – sultan yang kurang berwibawa.
Kuasa – kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-
Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah, timbul persaingan antara satu sama lain untuk merebut
bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka.
Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa-kuasa Barat tersebut.
Contohnya, Rusia memang kerap kali berperang dengan Turki Uthmaniyah
bagi mendapatkan wilayah tertentu khususnya di Balkan
Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa – kuasa Barat
berusaha mendapatkan tanah jajahan serta mencari kawasan pasaran untuk
barangan keluaran mereka kelak. Kerajaan Uthmaniyyah dan wilayah -
wilayahnya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum yang
mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk
mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini
walaupun dengan tipu muslihat
Sentimen agama turut mempengaruhi peluasan kuasa Barat di Turki,
kekalahan Barat dalam siri Perang Salib sebelum ini sememangnya
menyebabkan kuasa – kuasa Barat menyimpan perasaan dendam terhadap
mana – mana individu atau kerajaan Islam, bukan sahaja disebabkan agama
Kristian terpaksa bersaing dengan agama Islam, malah negara – negara
Barat telah hilang banyak wilayah yang kini berada dalam genggaman
kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Penentangan sebegini mendapat
sokongan padu daripada institusi gereja. Golongan Barat berusaha untuk
membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun Barat sambil menyemai
kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai
agama yang mundur, antikemajuan dan tidak berperikemanusiaan
Faktor teknologi juga penyumbang kepada situasi ini, penggunaan kapal
laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa
Eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 82
perdagangan di seberang laut. Penggunaan kapal berkuasa wap bukan
sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepatkan
tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada
pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana
wilayah turki Uthmaniyah ditambah pula dengan pembukaan Terusan Suez
yang memendekkan perjalanan dan hubungan antara Timur dengan Barat
Tujuan sebenar negara-negara Eropah berusaha keras untuk memotong
dan mengerat tubuh Turki Uthmaniyyah yang digelar mereka sebagai
“Orang Sakit Eropah” adalah untuk mendapat bahagian masing-masing
daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyyah.
Tanzimat merupakan implikasi daripada peluasan kuasa Barat di
Turki pada abad ke-18 hingga abad ke-20. Bincangkan.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul, pemimpin
yang berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat dengan
Kesultanan Seljuk bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini mencapai
era keagungan sewaktu pemerintahan Muhammad al Fatih apabila berjaya
menguasai kota Constantinople dan terus berkembang hingga meliputi
benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat bermaksud pembaharuan atau
reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi antara tahun 1839 hingga
1876 yang meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya
dan umat Islam amnya.
Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali
sebagai Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru
kepada reformasi yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap
institusi masyarakat dengan syarak tetap menjadi undang – undang negara
Turki. Piagam ini menjanjikan keselamatan nyawa, maruah dan harta untuk
semua rakyat tanpa mengira agama di samping jaminan persamaan hak dan
pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka. 1856, muncul piagam kedua
yang mengesahkan segala janji yang termaktub dalam Hatt-i Gulhane,
namun apa yang mengejutkan segala aspek syarak digugurkan sama sekali
( gambaran pengaruh sekular kian menular )
Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah mengemaskinikan
pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian – kementerian seperti
Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Polis.
Majlis Diraja diberikan jenama baharu iaitu Majlis Tanzimat yang
berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah
dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahi – ahli yang dipilih berpendidikan
Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan
demokrasi. Pentadbiran yang dirangka adalah bermodelkan pentadbiran
Perancis.
Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah aliran
akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang
ditubuhkan bermula dari sekolah rendah hingga peringkat universiti.
Kurikulum yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasaskan ilmu
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 83
aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Implikasi
daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para
pelajar muslim tentang Islam kian berkurangan menyebabkan kehilangan
identiti dalam kalangan mereka. Selain itu, sekolah atau madrasah kian
ketinggalan berbanding sekolah – sekolah profesional corak awam dan
militer.
Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada pelaksanaan
tanzimat beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa penglibatan
para ulama. Peraturan – peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan
dan pelayaran diubahsuai berdasarkan undang – undang Perancis. Institusi
mahkamah turut mengalami perubahan, mahkamah sekular didirikan bagi
mengendalikan atau menjalankan undang – undang baharu. 1847,
mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil
dengan dihakimi oleh sama ada hakim berbangsa Eropah atau yang
beragama Islam. Sedikit demi sedikit peranan ulama mula diketepikan
dalam pelaksanaan perundangan dan kehakiman.
Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai hubungan
keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar - bandar diberikan
peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Dalam hal ini,
telah muncul pegawai – pegawai muda yang memainkan peranan penting
melncarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi
kesultanan di Turki.
Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk puisi,
novel, dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai keislaman
telah diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan menyentuh isu raja
perlembagaan sedangkan isu ketaatan beragama tidak pernah disentuh.
Penyediaan kemudahan infrastruktur ( pengangkutan dan perhubungan )
juga disediakan, namun kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.
Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan keutamaan
termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah merancang agar
kerajaan Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau modal menyebabkan
kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal – pemodal asing. Malah,
Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan
makanan, peralatan, dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.
Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka untuk
memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative disebabkan
pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah
pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi
sedikit yang akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini di
tangan individu yang berfikiran nasionalis dan sekular.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 84
Nilaikan sebab - sebab penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam
Perang Dunia I
Perang Dunia I tercetus pada tahun 1914 antara dua buah kuasa besar
dikenali sebagai Pakatan Bertiga yang dianggotai oleh British, Perancis dan
Rusia dengan Pakatan Pusat yang dianggotai oleh Jerman dan Austria
Hungary. Penglibatan Turki dalam perang ini merupakan jalan terakhir
kerajaan ini untuk mengekalkan wilayah – wilayah yang dikuasainya dapat
berkekalan daripada ‘kerakusan’ kuasa Barat untuk mendapatkannya
dengan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Jerman.
Permusuhan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia bukanlah suatu
perkara baharu, sejak abad ke-17 Masihi, permusuhan antara kedua pihak
telah menyebabkan tercetusnya peperangan yang kerap kali dimenangi
oleh Rusia, impaknya kerap kali berlaku perjanjian antara dua – dua pihak
seperti Perjanjian Radsin, Perjanjian Karlowitz, Perjanjian Kainarji, Perjanjian
Jassy, dan Perjanjian San Stefeno. Perjanjian – perjanjian ini menyebabkan
beberapa buah wilayah yang dimiliki oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah
diserahkan kepadanya seperti Ukraine, Hungary, wilayah Azov, kota Crimea,
dan pembebasan wilayah seperti Romania, Serbia, dan Montenegro. Oleh
sebab Perang Dunia I turut disertai oleh Rusia, penyertaan Turki
Uthmaniyah adalah untuk menyelamatkan wilayah – wilayah daripada terus
dimiliki oleh kuasa Barat tersebut. Penyertaan dalam perang ini diharapkan
akan dapat juga mengelak diri daripada ancaman Rusia termasuk
membebaskan rakyatnya di Caucasus dan Asia Tengah daripada kekuasaan
Rusia dan Armenia
Penyertaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I ini juga didorong ingin
mendapatkan semula wilayah – wilayah lain yang terlepas kepada kuasa
Barat lain ekoran konflik – konflik yang berlaku sebelum ini, antaranya
Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus. Kawasan lain yang pernah
terlepas ialah Dalmatia yang diserahkan kepada Venice selepas Perang
Petewarden. Malah kehilangan kawasan strategik iaitu zon perniagaan Laut
Hitam dan Selat Bosphorus dan Dardanella kepada British menyebabkan
merupakan sesuatu yang perlu diambil kembali
Sokongan Turki Uthmaniyah atau sebab utama Turki Uthmaniyah
menyebelahi Jerman adalah kerana bimbang dengan rancangan Rusia yang
ingin menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah di kawasan Balkan.
Lagipun Jerman tidak di anggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa
imperialis seperti Britain,Perancis, dan Rusia yang menjajah negara umat
Islam.Kaiser Wilhelm ll(Jerman) menonjolkan imejnya sebagai pembela
umat Islam. Kaiser Jerman cuba memujuk orang Islam bahawa mereka akan
membantu perjuangan umat Islam dalam menentang penjajahan di Afrika
Utara dan percubaan kuasa asing menduduki kawasan-kawasan yang masih
berada di bawah penguasaan orang Islam.Dengan bersekutu bersama
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 85
Jerman dan Austria,Turki Uthmaniyah berharap empayarnya dapat di
pertahankan.
Pembabitan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I tidak dapat dielakkan
lagi apabila dua buah kapal perang Jerman yang menggunakan nama Turki
telah diserang oleh tentera laut British, serangan ini dilancarkan disebabkan
ianya berada di kawasan perairan Turki Uthmaniyah , tindak balas kapal
tersebut menyebabkan Rusia dan sekutunya bertindak balas yang
membawa kepada pengisytiharan jihad Syeikhul Islam Turki terhadap tiga
kuasa besar iaitu British, Perancis, dan Rusia. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga
telah melancarkan slogan Pan Islamisme, namun hanya mendapat sokongan
di Libya dan Mesir termasuk bantuan ketenteraan, namun ia tetap gagal
mematahkan serangan pihak lawan disebabkan taktik kuasa Barat
khususnya British lebih licik apabila apabila bekerjasama dengan orang
Islam dengan menjanjikan kemewahan seandainya dapat mengalahkan
kerajaan Turki Uthmaniyah
Perang Dunia I yang berlaku meninggalkan impak yang cukup besar kepada
kerajaan Turki Uthmaniyah, kekalahan sekutunya menyebabkan Turki
menanggung padah, bukan sahaja makin banyak wilayah terlepas dan
dibebaskan, malah ianya menjadi salah satu punca kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah.
Nilaikan kesan – kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia I
Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918, melibatkan dua
buah kuasa besar yang dikenali sebagai Tripple Alliance yang dianggotai
oleh Jerman, Itali dan Austria-Hungary menentang Tripple Entente yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Penglibatan kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam perang ini berpunca daripada beberapa faktor,
antaranya keinginan Turki mendapatkan semula wilayah – wilayah yang
terlepas seperti Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus ekoran beberapa
siri perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat sebelum tercetusnya Perang
Dunia I
Penglibatan Turki dalam perang ini bermula apabila Enver Pasha berserta
pemimpin Kaum Turki Muda memutuskan untuk menyertai pakatan yang
diketuai oleh Jerman sebagai langkah terakhir memastikan wilayah -
wilayah jajahannya. Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam
perang ini menyebbakan Turki menerima tempias yang sama, kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya termasuk
Palestine. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berbejaya dipecahkan
melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatanganis perti Perjanjian Mudros
Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak
membubarkan sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan
berbentuk republik yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui
Perjanjian Lausanne yang turut mengisytiharkan penamatan sistem
berkhalifah, harta khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baharu akan
dibentuk berasaskan sekularisme
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 86
Bukan sahaja sistem berkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan
terhadap pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul
Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti
perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke kota Ankara.
Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara
Barat, Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal
seperti memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah
Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan
gelaran keluarga mengikut budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah
kepada huruf Latin
Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat
telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian
ketara dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan
semangat persaudaraan kian luntur.
Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan
Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British,
Perancis, dan Itali. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana
bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain
Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah,
malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya
lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku
umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran
Islam sekaligus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman
kekuasaannya
Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan
Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai
Tripple Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang
ini, ianya telah melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak
menyokong Jerman. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini
bertujuan untuk mengelakkan wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang
dikuasai oleh kuasa Barat di samping usaha mendapatkan semula tanah –
tanah jajahan berkenaan dengan bantuan Jerman
Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan
seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada
keagungannya pada masa lampau, berjuang mempertahankan tanah air
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 87
mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-
kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa
‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British.
Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari
bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah,
negara berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara
sekular yang memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat
setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan
menandakan lenyapnya kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3
Mac 1924
Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara
Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan
yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan
madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman
amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke),
penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian
topi ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam
Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat,
pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan
Kalendar Gregorian, penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi
menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi
negara, penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah
dan menengah kerajaan, memberikan hak mengundi dan memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya,
penerimaan sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam
perlembagaan Turki
Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk
khilafah, apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan
minda oleh kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki
sendiri sebagai tunggangannya.
Kuasa-kuasa Barat telah mengadakan siri perjanjian sulit sebaik
sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang
Dunia I. Jelaskan.
Konflik yang berlaku antara dua blok kuasa besar, Pakatan Bertiga yang
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia dan Pakatan Kuasa Tengah yang
terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary telah mencetuskan Perang Dunia
I yang berlaku pada tahun 1914 hingga 1918. Kerajaan Turki Uthmaniyah
turut terheret dalam kancah peperangan ini kerana bertindak menyokong
Jerman. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam perang ini
merupakan usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya
kekal dalam kekuasaan empayarnya.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 88
Sebaik sahaja Turki menyertai Perang Dunia I, blok Pakatan Bertiga yang
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia telah bertindak secara sulit
dengan merancang untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya. Oleh
hal yang demikian, satu persetujuan telah dicapai untuk memenuhi tuntutan
Rusia apabila Perjanjian Constantinople ditanda tangani pada 18 Mac 1915.
Berdasarkan perjanjian sulit ini, British dan Perancis bersetuju
memperuntukkan Kota Istanbul (Constantinople) dan sekitarnya kepada
Rusia.
Seterusya pada 26 April 1916, satu perjanjian rahsia ditandatangani antara
British, Perancis, Rusia dan Itali di London. Perjanjian London ini merupakan
hadiah kepada Itali yang menyertai blok tentera Pakatan Bertiga. Antara
wilayah Turki yang dijanjikan kepada Itali ialah wilayah Libya dan Kepulauan
Docecanese yang terletak di luar pantai Anatolia. Dengan termenterainya
Perjanjian London, Itali secara rasminya mengisytiharkan perang menentang
Turki Uthmaniyah pada Ogos 1916.
Setelah berjaya menyelesaikan tuntutan Rusia dan Itali, maka persetujuan
seterusnya ialah untuk memenuhi tuntutan British dan Perancis. Pada 16
Mei 1916, Perjanjian Skyes-Picot telah dimenterai untuk membahagikan
wilayah Timur Tengah kepada penguasaan British dan Perancis. Antara
kandungan perjanjian ini ialah, pembahagian kawasan di bawah pengaruh
British dan Perancis. Antaranya Syria dan Mosul diserahkan kepada
Perancis, manakala wilayah Palestin hingga ke sempadan Iran diserahkan
British. Atas permintaan daripada negara Arab berkenaan, kedua-dua
kawasan ini disediakan seorang penasihat. Wilayah Palestin akan diletakkan
di bawah pentadbiran antarabangsa, yang mana bentuk pentadbirannya
akan ditentukan dengan persetujuan Rusia, sekutu-sekutunya dan Sharif
Husain, Gabenor Makkah. Impak daripada perjanjian ini juga Perancis dan
British mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah jajahannya hingga
membawa kepada kemunculan negara bangsa walaupun hakikatnya mereka
satu agama.
Kesimpulannya, penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I telah
mengubah landskap dunia Islam keseluruhannya. Perjanjian-perjanjian sulit
antara kuasa-kuasa Barat telah berjaya melemahkan kekuasaan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Setelah perang tamat, wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah
dibahagi-bahagikan kepada kuasa-kuasa Barat dan sistem pemerintahan
khalifah berakhir di Turki dan digantikan dengan sistem republik.
Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi
Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun
1299 Masihi, sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa tokoh
pemimpin yang terkenal antaranya ialah Muhammad al Fateh yang
bertanggungjawab membuka kota Constantinople dan Sulayman al Qanuni,
namun selepas kemangkatan dua tokoh berkenaan kerajaan Turki mula
menuju kemerosotan dan kejatahan
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 89
Tidak dinafikan faktor politik antara punca kemerosotan dan kejatuhan
kerajaan ini, antaranya berpunca ketiadaan pemimpin yang berwibawa,
berlakunya perebutan dan perbalahan antara pentadbiran, kelemahan
tentera dan sebagainya. Contoh pemerintah yang lemah ialah Sultan
Uthman II berusia 13 tahun yang sekadar menjadi boneka kepada golongan
pembesar di Turki, begitu juga dengan Sultan Murad III yang lalai dengan
kemewahan dunia. Keadaan bertambah para apabila ada komplot dalam
istana untuk menyingkirkan individu tertentu, seperti Sultan Ibrahim yang
dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isterinya agar menyingkirkan Wazir
Agung yang boleh menggugat pengaruh dan kekuasaan mereka, Kara
Mustaffa
Faktor politik yang dapat dikaitkan lagi dengan kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah ini ialah berlakunya kepincangan dalam system ketenteraan
kerajaan ini. Tentera Janissari yang selama ini amat dibanggakan kian alpa
dengan tugasan serta latihan, disiplin kian merosot, malah golongan tentera
elit ini tidak lagi tinggal dalam kem, sehingga latihan ketenteraan diabaikan,
malah ada yang terlibat dengan gejala tidak sihat seperti minum arak,
rasuah, berfoya – foya dan seumpamnya. Kelemahan tunjang kekuatan ini
sememangnya mempercepatkan lagi kejatuhan kerajaan ini.
Pembaharuan atau gerakan Tanzimat yang dilancarkan turut menjadi punca
kejatuhan kerajaan ini, pembaharuan dalam bidang ekonomi, menyebabkan
kerajaan ini terjerat dengan perancangan jahat kuasa – kuasa Barat sehingga
menanggung beban hutang yang amat serius. Begitu juga dengan
pembaharuan dalam bidang pendidikan, walaupun matlamat gerakan ini
untuk melahirkan golongan intelektual, namun keadaan sebaliknya berlaku
apabila muncul golongan berpendidikan dan berfikiran sekular yang
dikenali sebagai Turki Muda mula mengkritik pemerintahan berkhalifah,
menanamkan cita – cita untuk membentuk sebuah negara berbentuk
republik moden. Sokongan kuasa Barat menyebabkan, situasi kerajaan Turki
umpama retak menanti belah semata – mata
Pengaruh luar yang membawa kepada kejatuhan kerajaan ini dikaitkan
dengan dasar imperialisme kuasa – kuasa Barat yang semakin kuat menekan
kerajaan ini. Kuasa – kuasa Barat seperti British, Rusia, dan Perancis semakin
aktif di Turki terutama selepas sekutu Turki dalam Perang Dunia I telah
dikalahkan, perjanjian damai yang dimeterai seperti Perjanjian Mudros dan
Perjanjian Versailles hanya menguntungkan kuasa – kuasa Barat, sedangkan
kerajaan Turki dipaksa membayar gantirugi, dan membubarkan tentera bagi
melemahkan system pertahanan dan ketahanan kerajaan khilafah terakhir
ini.
Golongan minoriti turut sama menyumbang kepada kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah, paling ketara golongan Yahudi dan Armenia. Bangsa
Yahudi melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan khilafah ini
seperti memupuk semangat perkauman dan mempelawa mana – mana
pihak yang berminat menyertai pertubuhan sulit yang dikenali sebagai
Freemason. Bangsa Armenia yang selama ini begitu setia kini berpaling
tadah, membantu Rusia kerana terpengaruh dengan idea nasionalisme dan
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 90
bertindak membentuk pergerakan bersenjata yang bila – bila masa boleh
memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah
Kuasa Barat juga bertindak menaja mana – mana pertubuhan yang
berhasrat menjatuhkan kerajaan Turki, contohnya membantu pertubuhan
atau parti al ittihad wa al Taraqqi yang kini dipengaruhi dengan fahaman
nasionalisme yang melampau. Kumpulan ini telah menguasai pentadbiran
Turki selepas berjaya menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II, segala dasar
kerajaan Turki dibuat oleh kumpulan termasuk penyertaan dalam Perang
Dunia II yang menjadi pemangkin kepada kejatuhan kerajaan. Propaganda
pertubuhan ini yang menggunakan slogan kebangsaan, perlembagaan
baharu, persamaan dan kebebasan berjaya mempengaruhi pemikiran
pentadbir utama bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan
khilafah
Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah dikaitakan dengan faktor politik
khususnya yang berkisar dalam kerajaan Turki Uthmaniyah, dan kerajaan
khilafah ini kian lemah ekoran penyertaan dalam Perang Dunia 1, sehingga
timbul kritikan dan gerakan antikerajaan khilafah yang didalangi oleh kuasa
Barat bagi membentuk negara Turki baharu yang dianggap moden dan
berbentuk republik baharu
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa
Barat di Mesir pada abad ke- 19 Masihi.
Sebagaimana tempat – tempat lain, Mesir turut menjadi sasaran kuasa –
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa disebabkan negara ini kaya dengan
bahan mentah khususnya pertroleum dan di sana terdapat laluan
antarabangsa terpenting iaitu Terusan Suez. Penguasaan Mesir akan
memberikan kesan yang bermakna kepada mana – mana kuasa Barat.
Antara kuasa Barat yang menunjukkan minat menguasai negara ini ialah
Perancis dan Britain. Bermula pada tahun 1798 Masihi, Mesir telah terdedah
dengan pencerobohan Perancis, dengan kekuatan tentera yang tidak
mampu disaingi oleh tentera Mamluk, negara Mesir mudah dikuasai pada
tahun 1801 hasil kerjasama antara kerajaan Uthmaniyyah dengan British.
Implikasi daripada peristiwa ini, penduduk Mesir berhadapan pula dengan
dasar – dasar British yang memaksa kebangkitan protes menentang kuasa
Barat tersebut.
Ketidakpuasan hati masyarakat tempatan di Mesir diterjemahkan dengan
kebangkitan yang dikenali sebagai Pemberontakan Keherah yang
merupakan susulan daripada pengisytiharan jihad oleh Majlis Syura al Azhar
yang telah membawa kepada kebangkitan Syeikh Muhammad al Sadat.
Kebangkitan kali kedua ini telah menggabungkan orang – orang Islam dan
penduduk Qibti Kristian yang bersepakat membeli senjata dan ubat bedil
bagi menentang Perancis. Kebangkitan ini meragut banyak nyawa apatah
lagi penduduk tempatan dibantu oleh kerajaan Uthmaniyah yang mendapat
kerjasama seteru Perancis, British.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Usaha British untuk bertapak di Mesir sebagaimana Perancis telah
menyebabkan kebangkitan masyarakat tempatan. British berhasrat
menjadikan Rosetta sebagai pusat gerakan untuk meluaskan kuasa.
Gabenor Rosetta, Ali Bey berusaha mempertahankannya, namun ditewaskan
dan dibunuh oleh kuasa Barat berkenaan. Pun begitu, ianya tidak
menamatkan perjuangan rakyat tempatan yang bangkit semula di bawah
pimpinan Naqib al Ashraff al Sayyid Umar Makram yang bertanggungjawab
menyemarakkan perjuangan penuntut Universiti al Azhar. Serangan yang
dilancarkan dalam bentuk dua kumpulan telah membawa kepada kekalahan
British , dan meninggalkan Iskandariah setelah menyerah kalah pada 1807.
Pun begitu, British kembali menyusun strategi, kejayaan mendapat konsesi
pembinaan Terusan Suez menjadi titik tolak untuk British mencampuri hal
ehwal politik dan ekonomi Mesir, sehinggalah berjaya menguasai Kaherah
pada tahun 1882 yang menandakan bermulanya pula penjajahan British di
Mesir secara rasmi.
Dasar British yang mencengkam penduduk Mesir telah membawa kepada
kemunculan tokoh – tokoh intelektual untuk memulihkan kemunduran dan
membawa kemajuan umat Islam di Mesir. Antara tokoh yang muncul ialah
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Rida. Jamaluddin al
Afghani begitu komited dengan perjuangannya terutamanya gerakan
pemulihan Islam dan melontarkan idea – idea kerajaan berperlembagaan,
kemerdekaan daripada penjajahan asing, dan membina tradisi keilmuan
Islam dengan meminjam sains dan teknologi Barat. Kempen – kempen yang
dijalankan oleh tokoh ini telah menimbulkan perasaan antiBritish dalam
kalangan rakyat Mesir termasuk Pemberontakan Urabi.
Kebangkitan rakyat tempatan di Mesir kian jelas apabila Muhammad Abduh
mengambil alih perjuangan daripada gurunya. Beliau telah
memperkembangkan idea dinamisme Islam, perlunya penyatuan seluruh
umat Islam, dan menekankan kemajuan pendidikan bagi memperoleh
kejayaan. Beliau menggesa umat Islam di Mesir kembali kepada Islam yang
sebenar bagi menghadapi kejahilan, kezaliman pihak penguasa Barat, dan
amalan khurafat serta tahyul yang menghalang kemajuan mereka. Baginya,
pendidikan Islam dan sains harus bersepadu untuk membina kekuatan. Pun
begitu, akibat penglibatan bersama dengan golongan Urabi , beliau telah
diusir dari bumi Mesir.
Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan terhadap peluasan
kuas Barat ialah tercetusnya Pemberontakan Urabi. Gerakan ini dipimpin
oleh para pemimpin yang berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang
bagi mempertahankan kepentingan Mesir. Gerakan antiBritish ini diketuai
oleh Kolonel Ahmed Urabi yang bercita – cita mengusir seluruh bangsa
Eropah keluar dari bumi Mesir. Beliau yang mendapat sokongan wakil
pemerintah Uthmaniyyah, Khedif Ismail telah menubuhkan Hizb al Watani
yang berjuang menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir,
menyeru kuasa Khedif dipulihkan, dan segala pendapatan daripada
perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.
mdzaki7650@gmail.com/2020 91
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 92
Namun begitu, perjuangan ini telah digagalkan oleh kuasa Barat. Pun begitu
perjuangan diteruskan, apabila pegawai kerajaan, ulama dan petani yang
tertindas telah memberikan sokongan padu kepada golongan tentera yang
mencetuskan kebangkitan Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga
tahun 1882 dengan memperjuangkan penubuhan sebuah parlimen tetap
dan pelaksanaan sistem pemerintahan berperlembagaan dan memperbaiki
nasib golongan tentera tempatan yang didiskriminasi. Tindakan mengambil
alih kuasa daripada Khedif menyebabkan British bertindak menggempur
dan membedil kubu serta menakluk bandar – bandar seperti Port Said,
ismailiyah, dan Suez sekaligus menamatkan pemberontakan ini.
Berakhirnya Pemberontakan Urabi tidak bermakna tamatnya perjuangan
golongan nasionalis di Mesir, sebaliknya suara – suara penentangan
semakin hebat terutamanya pada abad ke-20, masyarakat tempatan
menggunakan pelbagai saluran untuk membangkitkan kesedaran
kebangsaan, antaranya melalui akhbar, penulisan karya kreatif, dan
kemunculan golongan intelektual seperti Mustaffa Kamil dan Saad Zaghlul
yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Mesir daripada British.
Jelaskan sumbangan Muhammad Ali Pasya dalam usaha
memodenkan Mesir.
Muhammad Ali Pasha berasal dari keturunan Albania. Beliau telah dihantar
ke Mesir bersama – sama tentera Uthmaniyyah oleh Sultan Salim III bagi
menentang pencerobohan Perancis. Pada tahun 1805, beliau telah diakui
oleh Sultan Salim III sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberikan
gelaran Pasha, setelah berjaya menumbangkan pihak berkuasa Mamluk.
Pengaruh golongan Mamluk dihapuskan sama sekali dengan menggunakan
kaedah tipu muslihat dan memburu golongan tanpa belas kasihan di hulu
dan hilir Mesir.
Setelah berjaya menegakkan kuasa di Mesir, beliau telah menggunakan
model Perancis bagi memastikan sistem pentadbirannya berkesan. Beliau
melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengetepikan golongan
ulama dalam urusan pentadbiran. Ulama yang dianggap mengancam
kedudukannya seperti Umar Makram dan Shaikh Ahmad Tantawi telah
dibuang daerah. Bagi mengukuhkan cengkamannya beliau menawarkan
ganjaran yang lumayan kepada mana – mana individu yang mendokong
hasrat dan cita – citanya.
Muhammad Ali turut sama melaksanakan pembaharuan atau modenisasi
dalam bidang ketenteraan. Aspek ini diberikan keutamaan disebabkab
beliau sedar kekuatan tentera akan membolehkan beliau mengukuhkan
pengaruh dan kekuasaan di Mesir khasnya dalam menghadapi
pencerobohan musuh dari luar dan musuh politik dalam negara.
Sebagaimana dalam bidang pentadbiran, modenisasi dalam bidang
ketenteraan juga bermodelkan negara Perancis setelah hasratnya mendapat
bantuan teknikal daripada Itali menemui jalan buntu. Kekuatan tentera juga
dimanfaatkan olehnya untuk mengimbangi kuasa antara Mesir dengan
negara – negara Barat.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 93
Oleh sebab kekuatan dan modenisasi dalam bidang ketenteraan,
Muhammad Ali telah bertindak melancarkan kempen ketenteraan
khususnya di luar Mesir seperti Sudan, daerah Levant, malah beliau diminta
oleh ‘tuannya’ di Turki Sultan Mahmud II menumpaskan pemberontakan
yang dilancarkan oleh para pemberontak Yunani atau Greek. Malah,
kehebatannya dalam bidang ketenteraan terserlah apabila merebut Syria
daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah.
Muhammad Ali turut sama berusaha memperbaiki sistem pendidikan di
Mesir. Beliau telah membuka beberapa buah sekolah moden dan teknikal
untuk melatih tenteranya. Beliau telah mengimport tanaga pengajar dari
Eropah di sekolah – sekolah tersebut bagi menyusun angkatan tentera
Mesir. beliau telah menggunakan khidmat golongan petani atau fellahin
sebagai tunjang kekuatan tenteranya setelah kegagalan bangsa Sudan
memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dalam bidang pendidikan beliau telah mengelolakan segala perubahan
melalui Jabatan Pelajaran. Beliau telah membina sekolah rendah dan sekolah
menengah yang berorientasikan Barat diikuti dengan penubuhan maktab
dan sekolah tinggi. Individu yang lulus peperiksaan akan diserap ke dalam
unit ketenteraan dan pentadbiran. Malah, untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran, beliau telah menggalakkan aktiviti
penterjemahan buku – buku ilmiah dari bahasa Eropah ke bahasa Arab dan
bahasa Turki.
Dalam bidang ekonomi, Muhammad Ali telah bertindak memperkenalkan
tanaman kapas. Hal ini dilakukan setelah menyedari ekonomi yang teguh
akan mampu menstabilkan pemerintahan dan kekuasaannya. Bagi
memastikan peningkatan pendapatan negara, Muhammad Ali telah
memperkenalkan sistem monopoli khususnya hasil – hasil pertanian. Beliau
bertindak mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah
serta membeli hasil usaha petani dengan murah sebaliknya menjual di
pasaran dengan harga yang tinggi kepada masyarakat tempatan dan para
pedagang asing.
Kesimpulannya akibat pengaruh Barat yang kian menular di Mesir,
Muhammad Ali pasha berusaha menggunakan pengetahuan Barat yang
dimilikinya bagi memodenkan Mesir. Namun bagitu, hasrat Bapa
Pemodenan Mesir untuk bertahan lama dalam bidang politik berakhir
apabila British yang menguasai Mesir selepas Perancis diusir telah
terperangkap dengan muslihat British dan kuasa Eropah yang memaksa
Muhammad Ali menandatangani Perjanjian London pada tahun 1840 telah
dihadkan kuasanya begitu juga dengan saiz tenteranya. Kegagalannya juga
disebabkan beliau tidak mendapat sokongan ulama kerana terlalu
mementingkan pemodenan dengan mengabaikan soal kerohanian atau
syariah.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Huraikan bentuk – bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah 94
kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.
Abad ke-19 Masihi menyaksikan dunia terdedah dengan ancaman kuasa –
kuasa imperialis yang begitu aktif menncari tanah jajahan. Dalam hal ini,
kerajaan Uthmaniyah tidak terkecuali dengan ancaman kuasa Barat, apatah
lagi kerajaan ini telah kerap bertempur dengan kuasa khususnya Rusia sejak
abad ke-16 Masihi. Dua kuasa buah kuasa Barat yang menjadi ancaman
kepada kepada Daulah Islamiyyah ini ialah Perancis dan British yang telah
bertindak sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan melakukan
pelbagai provokasi ke atas wilayah – wilayah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyyah demi melemahkannya, seterusnya menguasai wilayah –
wilayah berkenaan.
Bentuk imperialisme yang paling sinonim dengan gerakan peluasan kuasa
Barat ini ialah bertindak secara langsung dengan menyerang bagi
menguasai sepenuhnya wilayah – wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Contoh
paling jelas penguasaan Algeria oleh Perancis dan Mesir oleh British. Libya
pula terdedah dengan serangan Itali dan berjaya dikuasai pada tahun 1911,
manakala Rusia dalam tempoh masa ini begitu rakus menguasai wilayah –
wilayah di kawasan Asia Tengah. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah
berkenaan membolehkan kuasa Barat mengeksploitasi sepenuhnya hasil
bumi demi kepentingan mereka termasuk membawa masuk rakyat
sebagaimana keadaan di Algeria yang menjadi tumpuan pendatang dari
Perancis, Malta, Itali dan Sepanyol bagi mengusahakan aktiviti pertanian di
sana. Begitu juga keadaan di Mesir sewaktu pemerintahan regim Cromer,
segala sumber kekayaan dieksploitasi sepenuhnya sedangkan kepentingan
dan kebajikan rakyat tempatan diabaikan sama sekali.
Penguasaan secara langsung juga merupakan antara bentuk imperialisme
yang dijalankan oleh kuasa Barat di wilayah tertentu. Melalui kaedah ini,
dilaksanakan sistem naungan ( Protectorate Treaty ). Melalui kaedah ini,
kuasa Barat akan mengekalkan struktur politik tempatan sedia ada, namun
ianya akan diawasi sepenuhnya bagi mengelak kepentingannya tidak akan
terancam. Bentuk peluasan kuasa ini dipraktikkan oleh British di Mesir pada
tahun 1840 dan Perancis semasa menguasai Tunisia dan Morocco pada
penghujung abad ke-19 Masihi.
Pelaksanaan Sistem Mandat dilaksanakan oleh kuasa – kuasa Barat dengan
‘izin’ Liga Bangsa. Contohnya, Liga Bangsa telah memberikan kuasa atau
mandat kepada British untuk menguasai wilayah Palestine, Transjordan dan
Iraq. Manakala Perancis pula telah mendapat mandat menguasai Syria dan
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 95
Lubnan. Alasan yag diberikan untuk menghalalkan tindakan kuasa Barat ini
ialah membantu kemajuan negara – negara berkenaan sekaligus
membimbing ke arah berkerajaan sendiri kelak. Dalam konteks ini,
beberapa wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah kini bukan sahaja terdedah
dengan sistem pemerintahan Barat malah telah mempengaruhi sistem
pemikiran, maka tidak hairanlah di penghujung kerajaan Uthmaniyyah ini,
sekularisme bergitu menular sehingga membawa kejatuhan kerajaan ini.
Imperialisme juga berlaku ekoran termeterainya beberapa perjanjian
persahabatan. Dalam hal ini, kuasa Barat khususnya British telah
mempelopori kaedah ini, beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan
kabilah – kabilah Arab seperti al ‘Adali, al Aqrabi, al Awali dengan matlamat
kepentingan dan keselamatan aktiviti perdagangan akan terjamin. Dasar
sebegini dijalankan untuk menjaga kepentingannya di Aden yang
merupakan pelabuhan persinggahan sebelum ke India dan Asia. Impak
perjanjian yang dimeterai, kuasa Barat akan menempatkan wakil atau
penasihat yang bertindak sebagai penguasa sebenar berbanding pentadbir
tempatan.
Meskipun pelbagai bentuk imperialisme yang diperkenalkan oleh kuasa
Barat, matlamatnya tetap sama iaitu menguasai sepenuhnya ekonomi dan
politik kerajaan atau wilayah yang dikuasai. Dalam konteks kerajaan
Uthmaniyah, bentuk imperialisme yang pelbagai ini telah membawa kepada
penularan modenisasi dan sekularisme yang akhirnya menjadi titik tolak
kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Huraikan faktor kebabangkitan semangat nasionalisme di Syria
pada abad ke-20.
Kebangkitan semangat kebangsaan atau nasionalisme merupakan suatu
yang relatif dengan dasar penjajahan kuasa Barat, di Syria , situasi yang sama
berlaku berikutan kesedaran akan kelemahan umat Islam serta dasar
Perancis yang mencengkam masyarakat tempatan sehingga berada dalam
kemunduran. Impak daripada itu, pelbagai reaksi telah timbul sama ada
melalui orang perseorangan dan pertubuhan – pertubuhan tertentu yang
membawa kepada kebangkitan nasionalisme pada abad ke-20
Kemunculan dan peranan golongan intelektual antara faktor yang
mendorong gerakan nasionalisme, antaranya ialah Rasyid Rida yang juga
merupakan reformis terkenal di Timur Tengah, berusaha membawa idea
pemulihan Islam bagi mengatasi kemunduran umat Islam dengan
menekankan kembali kepada ajaran Islam sebenar yang akan dapat
mengelak terus terkebelakang ekoran dasar Perancis. Tokoh ini juga
membawa idea Pan Islamisme bagi menghadapi kemaraan kuasa Barat
Peranan akbar dan kewartawanan tidak kurang pentingnya, majalah al
Manar yang diterbitkan oleh bekas – bekas penuntut al Azhar termasuk
Rasyid Rida bertanggungjawab menyebarkan idea – idea seperti
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 96
nasionalisme, modenisme, Pan Islamisme bagi menimbulkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat . Majalah ini memberikan ruang untuk
perbincangan pelbagai isu, mempelopori pertukaran idea serta
mengemukakan cara-cara baharu menangani isu-isu sosial. Sejak tahun
1899, majalah ini disebarkan ke seluruh wilayah Islam.
Faktor lain yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme ialah
pengaruh agama. Keadaan ini muncul dalam kalangan tokoh-tokoh agama
untuk menghalang imperialisme dan menjaga kesucian agama Islam.
Mereka menekankan perpaduan umat Islam untuk menyekat perluasan
kuasa Barat. Atas kesedaran agama Islam, muncul penggerak-penggerak
nasionalis di Syria. Golongan ini mengambil berat tentang kedudukan orang
Islam di negara jiran, iaitu di Palestin. Semangat nasionalisme juga muncul
kerana tindakan orang Yahudi yang ingin menempatkan orang Yahudi di
kawasan orang Palestin. Keadaan ini menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan orang Syria
Pendidikan juga memainkan peranan dalam kebangkitan semangat
nasionalisme di Syria. Sebuah akademi bahasa ditubuhkan di Syria dan
menjadi tempat pertemuan golongan ahli linguistik untuk berkumpul dan
bertukar-tukar fikiran. Mereka mengutamakan bahasa Arab dan ingin
melihat penubuhan sebuah negara Arab di Syria. Di bandar Damsyik dan
Beirut, universiti-universiti didirikan dengan fungsi sebagai tempat
perbincangan dan perdebatan golongan intelektual. Penubuhan akademi
bahasa membolehkan cerdik pandai berkumpul dan bertukar – tukar fikiran.
Selain itu, focus penubuhan akademi ini ialah menyatukan bangsa Arab
walapun menyedari halangannya begitu sukar, tapi kemungkinan itu ada
melalui wadah bahasa Arab.Abu Khaldun Sati al Husri menyokong
penubuhan negara Arab yang merdeka di Syria. Penubuhan beberapa buah
universiti telah menjadi asas kepada kelahiran golongan cerdik pandai yang
lantang bersuara dan mengkritik penjajah.
Faktor luar turut mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Syria,
antaranya ialah Dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki
Uthmaniyah semasa pemerintah Sultan Abdul Hamid II. Pengaruhnya juga
terdapat di Syria kerana Syria merupakan kawasan di bawah pemerintahan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan
menyeru kepada penduduk Syria untuk menentang kemaraan kuasa Barat.
Dia juga menggesa orang Syria supaya melawan orang British semasa
Perang Dunia Perta
Kebangkitan nasionalis di Syria berpunca daripada amalan kerajaan
Perancis, di samping timbulnya kesedaram bahawa perlunya penyatuan
dalam pelbagai demi membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan
Perancis.
Huraikan pengaruh bahasa dan sastera dalam gerakan nasiomalisme
di Mesir pada abad ke-20 Masihi.
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 97
Gerakan nasionalisme di Mesir dikatakan bermula sebelum ke- 18 Masihi,
namun mencapai kemuncaknya tatkala Mesir dijajah oleh Perancis selama
tiga tahun diikuti oleh British. Punca kebangkitan semangat kebangsaan ini
ialah berikutan ancaman atau penguasaan ekonomi dan politik kuasa –
kuasa tersebut di Mesir. Terdapat beberapa faktor yang membawa
kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir, antaranya pengaruh bahasa dan
tulisan yang dikaitkan dengan kemunculan penulis menghasilkan karya
tertentu bagi mengkritik pihak penjajah.
Kemunculan penulis – penulis bagi membangkitkan gerakan nasionalisme
di Mesir dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang
melahirkan ramai penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani. Penulis –
penulis di sini menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei, artikel
yang kesemuanya bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk Mesir khususnya pada abad ke-20 Masihi.
Taha Husayn telah menghasilkan karya - karya yang pelbagai bentuk
meliputi bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam dan
fiksyen yang memuatkan idea – ideanya mengkritik masalah kemisikinan,
kejahilan, dan berbaur politik yang ditujukan kepada imperial Bristish
khasnya.
Bagi meningkatkan taraf hidup penduduk, beliau menyarankan agar
pendidikan percuma diperkenalkan kerana ia akan mampu melahirkan
golongan cerdik pandai yang mampu mengubah lanskap masyarakat di
Mesir. Antara karya yang dihasilkan oleh Taha Husayn ialah Wednesday Talk,
A Man of Letters, An Egyptian Childhood mengandungi unsur – unsur di
atas yang bakal menimbulkan angin perubahan dalam pemerintahan
kolonial di Mesir.
Najib al Kilani pula merupakan penulis yang aktif menulis dalam pelbagai
genre; novel, buku, cerpen, karya berbentuk kritikan dan sebagainya. Idea –
idea yang membangkitkan semangat kebangsaan telah menyebabkan
beliau beberapa kali diseret ke penjara, namun itu bukan halangan baginya
menghasilkan karya sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Karya –
karya yang dihasilkan lebih kepada berbentuk kritikan sosial; umpamanya
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta menentang
kezaliman dan kebatilan.
Beliau juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuwan
dalam karya – karyanya. Antara karya yang dihasilkan oleh Najib al Kilani
ialah al Tariq al Tawil, Dumu’ al Amir, ‘Umar Yazhar fi al Quds, al Islamiyyah
wa al Mazahib al Adabiyyah, dan ‘Ala Aswar Dimashq. Kehebatan karya –
karya yang dihasilkan oleh penulis seperti Najib al Kilani terserlah apabila
buku karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai seperti Indonesia, Inggeris,
Jerman, Perancis, dan Urdu yang akan membawa kepada penukaran idea –
ideanya ke seceruk tempat.
Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh
penulis – penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani sesungguhnya
menjadi inspirasi keapada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir. Malah,
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
ianya menjadi satu cara ‘lembut’ yang digunakan oleh barisan pejuang
nasionalis bagi menentang British dan sekutunya dengan mengharapkan
kemerdekaan akan diperoleh kelak
Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Turki. 98
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada
tahun1281M. Kerajaan Turki Uthamniyah merupakan sebuah empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Namun empayar Turki
Uthamniyah mula merosot pada penghujung abad ke-19.Akibat daripada
pengaruh Barat, sekularisme mempengaruhi pemikiran masyarakat
termasuk kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki
Pembentukan negara bangsa Turki selari dengan kejatuhan Khilafah
Uthmaniyah. Hal ini kerana pembentukan negara bangsa pada abad ke-20
dikaitkan dengan kelemahan khalifah yang memerintah kerajaan
tersebut.Sultan Mahmud II (1808-1839) meningkatkan kekuasaan mutlak
khalifah dengan menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem Eshkinji dan
membubarkan tentera elit Janissari dan menguasai golongan ulama.
Keadaan ini telah melemahkan pengaruh dan kuasa khalifah. Perjuangan
pembentukan negara bangsa Turki yang pada awalnya untuk menentang
campur tangan kuasa Barat akhirnya berubah menjadi penentangan
terhadap khalifah berikutan kelemahan khalifah dan kerajaan dalam
menghadapi kuasa-kuasa imperialisme Barat. Situasi ini membangkitkan
kesedaran rakyat untuk membentuk identiti baharu bagi kerajaan Turki
Uthmaniyah.
Selain itu, kemunculan dan peranan golongan Turki Muda membawa
kepada pembentukan negara bangsa Turki. Golongan ini merupakan para
pelajar yang dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke barat
terutamanya dalam bidang perubatan. Golongan ini berjaya mendominasi
pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Contohnya, Halim Pasha sebagai
Perdana Menteri, Enver Pasha sebagai Menteri Perang dan Mustafa Kamal
menguasai bidang ketenteraan. Golongan ini telah menguasai politik Turki
sekitar tahun 1910 hingga 1915 mereka talah menekankan dasar Turkifikasi
bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada
penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-
wilayah Balkan. Dasar yang dianjurkan ini telah mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Turki.
Kegagalan dasar tanzimat turut membawa kepada pembentukan negara
bangsa Turki. Dasar Tanzimat diharapkan akan memberikan hak sama rata
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021 99
kepada warga negara bukan Islam (Kristian) dalam aspek ekonomi dan
jaminan keselamatan. Dasar ini juga bertujuan menyelamatkan kerajaan
Uthmaniyah ekoran kelemahan yang wujud dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran. Dasar ini dilaksanakan dalam Piagam Hatti Humayyun pada
tahun1856. Walau bagaimanapun dasar ini dilihat sebagai suatu kegagalan
kerana pengaruh Barat dilihat telah meresap dalam pentadbiran kerajaan.
Situasi in membawa kepada kemunculan gerakan memperjuangkan
pembentukan negara bangsa Turki.
Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-
1918) turut memberi ruang kepada pembentukan negara bangsa. Kekalahan
Kuasa Pusat dalam Perang Dunia Pertama mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Turki. Golongan Turki Muda memainkan
peranan penting melibatkan kerajaan Turki Uthamniyah dalam Perang
Dunia Pertama. Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki Utahmaniyah
dalam beberapa siri peperangan sehingga terpaksa menandatangani
beberapa perjanjian yang merugikan kerajaan menyebabkan rakyat turut
mempertikaikan kemanpuan sultan (khalifah) untuk mentadbir Negara.
Tekanan kuasa – kuasa imperialis seperti Britain, Perancis dan Rusia, Jerman
dan Austria dan Hungary bersaing antara satu sama lain untuk menguasai
kekayaan turki Uthmaniyah mempercepatkan lagi pembentukan negara
bangsa Turki. Hal ini kerana kerajaan Turki Uthmaniyah kaya dengan sumber
ekonomi terutamanya petroleum. Kuasa-kuasa besar itu turut bergabung
untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Selain itu, bagi mereka
semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang
diperoleh kuasa-kuas Barat. Keluasan tanah jajahan dan penaklukan
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Penglibatan
kerajaan Turki dengan sistem ekonomi kapitalis Barat turut membebankan
kerajaan akibat peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat,
konflik di Balkan dan juga pembinaan terusan Suez yang akhirnya
membawa padah kepada ekonomi Negara. Tindakan kuasa-kuasa barat
tersebut turut mempercepatkan ke arah pembentukan negara bangsa Turki
oleh golongan nasionalis melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan
sebagainya.
Tindakan kuasa – kuasa Barat yang menghasut penduduk minoriti dan
melakukan provokasi di wilayah – wilayah kekuasaan juga membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki. Pihak Barat juga menghasut penduduk
bukan Islam di wilyah Turki Uthamaniyah untuk memberontak. Dendam
merupan punca negara - negara Eropah ingin menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyah untuk merebut wilayah-wilayah dan harta
peninggalannya. Impaknya, lahir gerakan antiUthmaniyah di Balkan dan
Armenia yang didokong oleh kuasa-kuasa besar. Ketidaksetiaan penduduk
minoriti dengan melakukan pemberontakan dan pengkhianatan telah
mendorong pemimpin nasionalis Turki untuk mewujudkan negara bangsa
Turki.
Kewujudan institusi pendidikan Kristian dan persatuan kebajikan yang
dinaungi oleh gereja Barat juga menyumbang ke arah pembentukan negara
mdzaki7650@gmail.com/2020
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
bangsa Turki. Pengaruh luaran yang menyokong gerakan Turki Muda seperti
Shibli Shumayyil seorang Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan
masyarakat yang waras dan adil di mana unsur-unsur agama dan negara
dipisahkan (sekularisme). Begitu juga dengan pembaharuan yang
dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul Hamid II menyebabkan banyak
sekolah dan institusi pengajian tinggi telah didirikan. Ramai dalam kalangan
pelajar telah dihantar ke Eropah. Keadaan ini menyebabkan idea-idea
baharu dari Barat seperti nasionalisme, negara bangsa dan sekularisme mula
meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki.
Termeterainya beberapa perjanjian antara kuasa – kuasa besar turut
membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki. Matlamat utama
perjanjian – perjanjian tersebut ialah menghancurkan kerajaan Turki
Uthmaniyah, antaranya Perjanjian London, Perjanjian Sykes-Picot, Perjanjian
antara Sharif Hussein dan McMohan. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa
menyerahkan beberapa wilayahnya kepada kuasa Barat, contohnya Ukraine
diserahkan kepada Poland. Beberapa wilayah turut diserahkan kepada Rusia.
British dan Perancis juga turut memberikan tekanan kepada kerajaan Turki
Uthmaniyah. Perjanjian-perjanjian ini telah berjaya menggerakkan
pergerakan anti Turki dan timbul kesedaran rakyat Turki untuk membentuk
imej kerajaan Uthmaniyah yang baharu.
Proses pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 melibatkan
pelbagai faktor. Gabungan faktor dalaman seperti peranan tokoh Turki
Muda Mustafa Kamal Ataturk yang menjadi pembinaan bangsa Turki dan
faktor luaran merupakan faktor pendesak kepada kemunculan negara
bangsa Turki.
Jelaskan faktor – faktor pembentukan negara bangsa di Mesir pada
abad ke- 20 Masihi.
Sebelum terbentuknya negara bangsa di Mesir, negara ini berada di bawah
naungan kerajaan Uthmaniyyah, pun begitu di penghujung abad ke- 18,
Mesir telah dikuasai oleh Perancis dalam tempoh masa tertentu sebelum
dikuasai semula oleh kerajaan Uthmaniyyah yang mendapat sokongan
pihak British. Pada pertengahan abad ke-19, Mesir dikuasai sepenuhnya
oleh Britsih menyebabkan timbulkan gerakan – gerakan antiBarat, namun
masih gagal perluasan kuasa Barat tersebut yang bertindak pula menaja
pembentukan negara bangsa bagi mengukuhkan kedudukannya di sana.
Antara faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa di Mesir
ialah kebangkitan nsionalis – nasionalis berpendidikan Barat. Golongan
yang berkelulusan undang – undang ini telah bangkit dan menuntut
kemerdekaan dan sistem Parlimen sebagaimana yang dipraktikkan di
negara – negara Barat. Apa yang menariknya, perjuangan nasionalis
terhadap kuasa British yang digerakkan oleh tokoh seperti Mustaffa Kamil
ini turut mendapat sokongan pensyarah Perancis yang bertugas di Mesir
dengan menghasut pelajar bangkit menentang British.
mdzaki7650@gmail.com/2020
100