SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Gerakan ini juga berjaya menarik sokongan rakyat yang menjadi
pelarian politik di luar Turki. Gerakan Turki Muda akhirnya ditukar
menjadi sebuah parti selepas revolusi 1908 dan akhirnya memenangi
pilihanraya serta memimpin kerajaan Uthmaniyyah di bawah sistem
parlimen. Golongan ini berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan
ketenteraan. Contohnya sebagai Halim Pasha Perdana Menteri, Enver
Pasha sebagai Menteri Perang dan Mustafa Kamal menguasai
ketenteraan. Golongan ini berhasrat menggantikan Sultan Abdul Hamid
II dengan Murad V, dengan mengisytiharkan slogan “Equality,
Fraternity, Liberty, and Justice” bagi membolehkan golongan ini
menguasai politik Turki. Pada tahun 1908, sistem pemerintahan
khalifah berperlembagaan telah dilaksanakan. Sekitar tahun 1910
hingga 1915, mereka telah menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh
empayar Turki Uthmaniyyah sebagai reaksi kepada pemberontakan
penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Apa yang
pasti dasar ini mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa
Turki.
Selain itu, pembentukan negara bangsa Turki juga dikaitkan dengan
kelemahan khalifah yang memerintah kerajaan tersebut. Pemerintah
atau khalifah dipersalahkan berikutan campur tangan kuasa barat di
wilayah-wilayah kekuasaan Turki. Kelemahan kian jelas apabila
semakin banyak wilayah diserahkan kepada kuasa-kuasa Barat
mengikut persetiaan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.
Kelemahan kian jelas apabila pemimpin Turki terpaksa akur dengan
tuntutan golongan minoriti sehingga terpaksa menerima dan
melancarkan gerakan pembaharuan atau Tanzimat di Turki.
Pembaharuan tentera elit, Janissaries telah melemahkan kuasa khalifah
dan tentera baharu diwujudkan agak longgar disiplin, malah peranan
ulama mula diketepikan. Situasi-situasi yang berlaku menyebabkan
kesedaran membentuk identiti baharu kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Dasar Tanzimat diharapkan akan memberikan hak sama rata kepada
warga negara bukan Islam (Kristian) dalam aspek ekonomi dan jaminan
keselamatan. Dasar ini juga bertujuan menyelamatkan kerajaan
Uthmaniyyah ekoran kelemahan yang wujud dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran dan ianya dilaksanakan dalam Piagam
Hetti Humayyun.
Walau bagaimanapun dasar ini dilihat sebagai suatu kegagalan kerana
pengaruh Barat dilihat telah meresap dalam pentadbiran kerajaan.
Situasi bertambah buruk disebabkan lahirnya pembesar proBarat,
terikat dengan sistem kapitalis dan budaya hidup dipengaruhi Barat.
Situasi-situasi sebeginilah yang membawa kepada terbentuknya
gerakan untuk membentuk negara bangsa Turki.
Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
(1914-1918) telah mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa
Turki. Golongan Turki Muda memainkan peranan penting melibatkan
kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Kekalahan
demi kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam beberapa siri
peperangan sehingga terpaksa menandatangani beberapa perjanjian
yang merugikan kerajaan menyebabkan rakyat turut mempertikaikan
kemampuan sultan untuk mentadbir negara.
[email protected]/2020
201
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Kuasa barat meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan
pemimpin Arab, meniupkan fahaman bangsa Turki tidak layak
menguasai dunia sekiranya dibandingkan dengan bangsa Arab.
Impaknya muncul dua keluarga iaitu keluarga Saud di Najd dan Shariff
Hussain di Hijaz yang bersikap antiUthmaniyyah. Keengganan taat
kepada Turki Uthmaniyyah terserlah apabila sanggup mengorbankan
maruah dengan menjadi tali barut kepada pihak Barat yang menaja
gerakkan nasionalisme melalui pertubuhan al Ittihad wa al Taraqqi
yang melaungkan konsep Pan Turkinisme yang merupakan idea
mempercepatkan penubuhan negara bangsa Turki.
Tekanan kuasa-kuasa imperialis seperti Britian, Perancis dan Rusia,
Jerman dan Austria- Hungary bersaing antara satu sama lain untuk
menguasai kekayan Turki Uthmaniyyah mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Turki. Hal ini kerana kerajaan Turki
Uthmaniyyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum.
Kuasa-kuasa besar itu turut bergabung untuk menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyyah. Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang
dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat.
Peluasan tanah jajahan dan penaklukan melambangkan kekuatan dan
kekayaan kuasa Barat tersebut. Penglibatan kerajaan Turki dengan
sistem ekonomi kapitalis Barat turut membebankan kerajaan akibat
peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat, konflik di
Balkan dan juga pembinaan Terusan Suez yang akhirnya membawa
padah kepada ekonomi negara. Tindakan kuasa-kuasa Barat tersebut
turut mempercepatkan ke arah pembentukan negara bangsa Turki oleh
golongan nasionalis melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan
sebagainya.
Kuasa-kuasa Barat menghasut penduduk minoriti dan melakukan
provokasi di wilayah-wilayah kekuasaan juga membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki. Pihak Barat juga menghasut
penduduk bukan Islam diwilayah Turki Uthmaniyyah untuk
memberontak. Dendam merupakan punca negara-negara Eropah ingin
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyyah untuk merebut wilayah-
wilayah dan harta peninggalannya. Impaknya lahir gerakkan
antiUthmaniyyah di Balkan dan Armenia yang didokong oleh kuasa-
kuasa besar. Ketidaksetiaan penduduk minoriti dengan melakukan
pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin
nasionalis Turki untuk mewujudkan negara bangsa Turki.
Kewujudan Institusi pendidikan Kristian dan persatuan kebajikan yang
dinaungi oleh gereja Barat merupakan antara faktor pengaruh luar yang
menyokong gerakan Turki Muda seperti Shibli Shumayyil seorang
Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan masyarakat yang
waras dan adil, unsur-unsur agama dan negara dipisahkan
(sekularisme). Begitu juga dengan pembaharuan yang dilaksanakan
pada zaman Sultan Abdul Hamid II menyebabkan banyak sekolah dan
institusi pengajian tinggi telah didirikan. Ramai dalam kalangan pelajar
dihantar ke Eropah. Keadaan ini menyebabkan idea-idea baharu dari
Barat seperti nasionalime, negara bangsa dan sekularisme mula
meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki.
[email protected]/2020
202
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Peranan golongan Turki Muda sememangnya menjadi faktor utama
pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20. Gerakan ini
seolah-olah berwatak seperti pejuang tulen, namun di sebalik itu,
mempunyai matlamat tersendiri bagi melemahkan kerajaan
berkhalifah sebaliknya bersekongkol dengan kuasa Barat berikutan
kuatnya fahaman sekularisme yang mempengaruhi perjuangan
golongan ini. Kelemahan Kerajaan Uthmaniyyah, tersebarnya
nasionalisme Arab dan tekanan kuasa Barat mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Turki, sekaligus membentuk Kerajaan
Republik Turki.
Perihalkan sebab - sebab yang membawa kepada pembentukan
negara bangsa Mesir pada abad ke-20
Negara bangsa merupakan sebuah negara yang berdaulat dan bebas
daripada campur tangan mana - mana pihak. Dalam konteks negara
bangsa
Mesir, matlamat pembentukannya berbeza dengan negara bangsa
Turki, hal ini disebabkan pembentukan negara bangsa Turki bertujuan
menamatkan pemerintahan berkhalifah, sedangkan tujuan
pembentukan negara bangsa Mesir ialah berhasrat menamatkan
penjajahan kuasa asing, British. Hasrat membentuk negara bangsa ini
amat ketara selepas timbulnya kesedaran dalam kalangan rakyat
tempatan yang selama ini dibelenggu dengan penjajahan.
Kemunculan dan peranan golongan nasionalis antara faktor penting
yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Mesir. Nasionalis
yang menggerakkan ke arah usaha ini ialah mereka yang berpendidikan
Barat sama ada dalam ataupun luar negeri khususnya. Individu -
individu yang kebanyakkannya lulusan dalam bidang undang - undang
seperti Saad Zaghlul, Muhammad Farid dan Mustaffa Kamil berani
menyuarakan tuntutan kemerdekaan dan bercita - cita membentuk
sistem parlimen. Mereka mendapat inspirasi daripada pensyarah
berketurunan Perancis agar bangkit menentang penjajahan British.
Bagi merealisasikan hasrat langkah awal ialah dengan menyatukan
masyaraakat tempatan melalui pertubuhan yang dikenali sebagai
Hizbul Ummah.
Faktor seterusnya dikaitkan dengan bahasa, isunya tindakan British
yang menggalakkan rakyat bertutur dalam dialek tempatan
membimbangkan golongan ulama akan hilang generasi yang mampu
menguasai bahasa Arab Fushah ( bahasa al Quran ). Begitu juga dengan
penggunaan bahasa dalam perjawatan dan urusan rasmi, dasar British
mementingkan penguasaan bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan
timbulnya kebimbangan golongan nasionalis akan terhakis identiti
bangsa melalui bangsa.
Peranan akhbar dan majalah juga begitu berpengaruh dalam
pembentukan negara bangsa. Banyak artikel menyentuh konsep
negara bangsa disiarkan dalam akhbar dan majalah bagi menimbulkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan. Akhbar seperti
Salafiya sering menyiarkan artikel yang merangsang minda masyarakat
[email protected]/2020
203
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
serta menyedarkan pentingnya pembentukan negara bangsa bagi
mengatasi kemunduran dalam pelbagai aspek. Rashid Rida pernah
menulis punca kemunduran adalah disebabkan kegagalan menguasai
ilmu pengetahuan, kezaliman pemerintah dan kejumudan ulama. Al
Ahram diterbitkan untuk membangkitkan penentangan terhadap
penjajah; ditubuhkan oleh pemimpin Lubnan yang berpusat di
Iskandariah. Kandungan akhbar ini berkisar pembentukan jati diri,
nasionalisme, kenegaraan dan impak buruk penjajahan British. al
Manar diterbitkan untuk menyedarkan umat Islam akan kemunduran,
penyelesaian terbaik ialah kembali kepada Islam yang sebenar, tidak
menolak ilmu daripada Barat dan menyiarkan idea berkaitan Pan
Islamisme.
Institusi pendidikan turut memainakan peranan penting ke arah
pembentukan negara bangsa Mesir. Universiti a Azhar telah melahirkan
tokoh nasionalis dan dan menjadi pusat gerakan nasionalisme. Para
intelektual menjadikan institusi ini sebagai platform untuk berbincang
isu - isu negara termasuk kedaulatan yang membawa kepada kepada
idea pembentukan negara bangsa Mesir.
Isu Terusan Suez juga menjadi faktor pembentukan negara bangsa
Mesir. kejayaan British menguasai terusan ini bermakna kuasa Barat
tersebut akan menguasai ekonomi Mesir. Kejayaan British menguasai
ini dikaitkan dengan kejayaannya berjaya memerangkap Khedif Ismail
apabila menerima tawaran meminjam sejumlah wang. Kegagalan
melangsaikan hutang berkenaan menyebabkan Khedif Ismai
mengalami keberhutangan yang serius sehingga hampir muflis. Bagi
mengatasi masalah ini, Khedif terpaksa menjual saham Terusan Suez
kepada British yang telah membuka ruang kepada kuasa Barat tersebut
menguasai laluan perdagangan utama tersebut serta bertindak
mengetatkan kawalan dengan penempatan tentera. Tindakan ini telah
menyebabkan kebangkitan rakyat bagi menebus maruah akibat
‘terlepas’ terusan ini.
Satu lagi isu ekonomi yang menyebabkan muncul hasrat membentuk
negara bangsa do Mesir ialah berpunca daripada tindakan pelaksanaan
pembagai jenis cukai yang membebankan khususnya golongan petani.
Kemasukan golongan Yahudi juga menimbulkan rasa tidak puas hati,
memandangkan mereka memiliki modal yang besar sehingga mampu
mengawal ekonomi Mesir.
Krisis ekonomi dan kewangan yang dihadapi oleh Mesir semasa
penjajahan British turut sama menjadi faktor pembentukan negara
bangsa di negara ini. Rakyat tempatan berhadapan dengan pelbagai
cukai yang membebankan menyebabkan para petani khususnya
dihimpit dengan masalah kemiskinan.
Walaupun Mesir kaya dengan hasil bumi, namun segala kekayaan
dibolot oleh penjajah dan golongan Yahudi yang menguasai hampir
keseluruhan gedung perniagaan. Oleh itu, pembentukan negara bangsa
diharapkan dapat merungkaikan kemelut ekonomi yang dihadapi
negara Mesir.
[email protected]/2020
204
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Pembentukan negara bangsa Mesir juga dikaitkan dengan beberapa
faktor luaran, antaranya ialah kelemahan kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap penyumbang kepada kemasukan atau peluasan kuasa British
di Mesir. Kelemahan Khedif, iaitu wakil kerajaan Uthmaniyah menyekat
peluasan kuasa Barat telah menyebabkan bukan sahaja Mesir diduduki,
malah segala hasil mahsul telah dikaut oleh kuasa Barat berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pembentukan negara bangsa Mesir bukan
sahaja akan menamatkan penjajahan British, yang paling penting juga
ialah memisahkan Mesir daripada naungan kerajaan Uthmaniyah.
Gerakan nasionalisme Arab juga menjadi penyumbang kepada
pembentukan negara bangsa Mesir. British telah mengapi - apikan
perjuangan bangsa Arab agar membebaskan diri daripada cengkaman
kerajaan Uthmaniyah. Elemen bangsa merupakan gagasan penting yang
mempengaruhi identiti dan jati diri bangsa Mesir. Kejayaan Keluarga
Saud di Najd dan Shariff Husain di Hijaz, telah dijadikan inspirasi
kepada bangsa Mesir mereka mampu melakukan juga dengan
pembentukan negara bangsa Mesir.
Impak Perang Dunia I juga mempengaruhi pembentukan negara bangsa
Mesir. Rakyat Mesir telah menjadi mangsa kepada penglibatan British
dalam perang ini. Golongan petani telah dikerah menjadi sukarelawan
pasukan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba tentera British
di Palestine, Gallipoli dan Perancis. Malah, Perang Dunia I ini juga
menyebabkan semangat antipenjajah kian jelas, tuan - tuan tanah
tertindas akibat kegiatan menanam kapas terhenti dan golongan kelas
menengah pula terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan yang
tinggi. Situasi ini menimbulkan kesedaran bagi rakyat Mesir untuk
mempertahankan imej dan maruah negara serta bangsa daripada
cengkaman penjajah Baart.
Kemasukan ideologi Barat telah menyumbang kepada pembentukan
negara bangsa Mesir. Fahaman seperti nasionalisme, sekularisme,
antiUthmaniyyah, nasionalisme Arab telah mempengarihi minda
masyarakat agar berfikir tentang jati diri dan maruah negara.
Pemikiran - pemikiran ini telah dibawa dalam perjuangan oleh tokoh -
tokoh seperti Saad Zaghlul, Syariff Hussain, Muhammad Farid dan lain
- lain
Pertapakan kuasa Barat di Mesir dianggap sebagai pencerobohan
maruah yang perlu dihentikan, dan ianya akan dapat dilakukan
seandainya negara bangsa Mesir dapat dibentuk melalui kemerdekaan
yang akan dituntut daripada pihak British. Menyedari akan
kepentingan inilah, maka rakyat Mesir telah bangun bersama golongan
nasionalis bagi menjayakan hasrat membentuk negara bangsa dengan
cara mengusir atau menamatkan penjajahan British.
[email protected]/2020
205
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Sejauh manakah isu politik menjadi sebab keruntuhan
kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-20
Kerajaan Uthmaniyah merupakan antara kerajaan teragung dalam
sejarah dan politik umat Islam. Keagungan jelas ketara pada zaman
pemerintahan dua pemimpin yang dianggap tersohor iaitu Sultan
Muhammad al Fateh dan Sultan Sulaiman al Qanuni. Wilayah kekuasaan
kerajaan ini telah mencakupi hampir seluruh benua, namun selepas
kemangkatan dua tokoh berkenaan, kerajaan Uthmaniyah mula meniti
era kemerosotan yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Tidak dinafikan faktor politik antara punca kemerosotan dan kejatuhan
kerajaan ini, antaranya berpunca ketiadaan pemimpin yang berwibawa,
berlakunya perebutan dan perbalahan antara pentadbiran, kelemahan
tentera dan sebagainya. Contoh pemerintah yang lemah ialah Sultan
Uthman II berusia 13 tahun yang sekadar menjadi boneka kepada
golongan pembesar di Turki, begitu juga dengan Sultan Murad III yang
lalai dengan kemewahan dunia. Keadaan bertambah para apabila ada
komplot dalam istana untuk menyingkirkan individu tertentu, seperti
Sultan Ibrahim yang dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isterinya
agar menyingkirkan Wazir Agung yang boleh menggugat pengaruh dan
kekuasaan mereka, Kara Mustaffa. Ketiadaan sistem yang khusus dalam
menentukan pengganti pemerintah. Perebutan takhta sering berlaku
ditambah dengan persaingan antara golongan bangsawan. Sistem syura
diketepikan sebaliknya pemilihan pemimpin berdasarkan pengaruh.
Situasi politik yang dapat dikaitkan lagi dengan kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah ini ialah berlakunya kepincangan dalam sistem
ketenteraan kerajaan ini. Tentera Janissari yang selama ini amat
dibanggakan kian alpa dengan tugasan serta latihan, disiplin kian
merosot, malah golongan tentera elit ini tidak lagi tinggal dalam kem,
sehingga latihan ketenteraan diabaikan, malah ada yang terlibat dengan
gejala tidak sihat seperti minum arak, rasuah, berfoya – foya dan
seumpamnya. Kelemahan tunjang kekuatan ini sememangnya
mempercepatkan lagi kejatuhan kerajaan ini. Malah, tentera ini telah
dibubarkan oleh Sultan Mahmud II yang merancang melaksanakan
reformasi. Malangnya, disebabkan disiplin tentera yang agak merosot
di samping teknologi yang jauh ketinggalan menyebabkan tentera
kerajaan Uthmaniyyah gagal menyaingi tentera – tentera kuasa Barat.
Keadaan bertambah parah, apabila kepemimpinan golongan tentera
diambil alih oleh golongan muda yang agak rakus atau agresif.
Seterusnya faktor yang menyumbag kemerosotan dan kejatuhan
kerajaan Uthmaniyah ialah isu kewangan. Kerajaan ini menghadapi
beban hutang yang cukup besar apatah lagi berlakunya gejala rasuah
dalam pentadbiran kerajaan. Walaupun Sultan Abdul Hamid II berazam
menanganinya, ternyata ianya amat sukar. Pembabitan dalam sistem
ekonomi kapitalis menyebabkan keadaan makin parah. Kerajaan
Uthmaniyyah bukan sekadar melepaskan wilayah – wilayah kekuasaan,
malah kini bergantung kepada kuasa Barat mendapat bekalan
makanan, peralatan, dan modal bagi pembangunan negara.
[email protected]/2020
206
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Pembaharuan atau gerakan Tanzimat yang dilancarkan turut menjadi
punca kejatuhan kerajaan ini, pembaharuan dalam bidang ekonomi,
menyebabkan kerajaan ini terjerat dengan perancangan jahat kuasa –
kuasa Barat sehingga menanggung beban hutang yang amat serius.
Begitu juga dengan pembaharuan dalam bidang pendidikan, walaupun
matlamat gerakan ini untuk melahirkan golongan intelektual, namun
keadaan sebaliknya berlaku apabila muncul golongan berpendidikan
dan berfikiran sekular yang dikenali sebagai Turki Muda mula
mengkritik pemerintahan berkhalifah, menanamkan cita – cita untuk
membentuk sebuah negara berbentuk republik moden.
Sokongan kuasa Barat menyebabkan terhadap pejuang antikerajaan
berkhalifah memperlihatkan kerajaan Uthmaniyah umpama retak
menanti belah semata – mata. Kuasa – kuasa Barat menjadi dalang
kepada kebangkitan atau penentangan penduduk non muslim atau
minoriti di tanah – tanah jajahan. Golongan minoriti turut sama
menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah, paling
ketara golongan Yahudi dan Armenia. Bangsa Yahudi melakukan
pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan khilafah ini seperti
memupuk semangat perkauman dan mempelawa mana – mana pihak
yang berminat menyertai pertubuhan sulit yang dikenali sebagai
Freemason.
Bangsa Armenia yang selama ini begitu setia kini berpaling tadah,
membantu Rusia kerana terpengaruh dengan idea nasionalisme dan
bertindak membentuk pergerakan bersenjata yang bila – bila masa
boleh memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah Pengaruh
luar yang membawa kepada kejatuhan kerajaan ini dikaitkan dengan
dasar imperialisme kuasa – kuasa Barat yang semakin kuat menekan
kerajaan ini.
Kerajaan Uthmaniyyah juga berhadapan dengan golongan Zionis yang
begitu aktif untuk menguasai tanah – tanah jajahan kerajaan
Uthmaniyyah. Sasaran bangsa Yahudi tidak lain ialah Palestine, pelbagai
usaha dilakukan untuk mendapatkan tanah suci termasuk menawarkan
pinjaman dan membantu menyelesaikan hutang, namun ditolak oleh
Sultan Abdul Hamid II. Hal ini menyebabkan ekstrimis Yahudi,
Theodore Herzl bersumpah untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II
dalam apa jua cara.
Kuasa – kuasa Barat seperti British, Rusia, dan Perancis semakin aktif
di Turki terutama selepas sekutu Turki dalam Perang Dunia I telah
dikalahkan, perjanjian damai yang dimeterai seperti Perjanjian Mudros
dan Perjanjian Versailles hanya menguntungkan kuasa – kuasa Barat,
sedangkan kerajaan Turki dipaksa membayar gantirugi, dan
membubarkan tentera bagi melemahkan system pertahanan dan
ketahanan kerajaan khilafah terakhir ini. Kuasa Barat juga bertindak
menaja mana – mana pertubuhan yang berhasrat menjatuhkan
kerajaan Turki, contohnya membantu pertubuhan atau kumpulan al
ittihad wa al Taraqqi yang kini dipengaruhi dengan fahaman
nasionalisme yang melampau. Kumpulan ini telah menguasai
pentadbiran Turki selepas berjaya menyingkirkan Sultan Abdul Hamid
II, segala dasar kerajaan Turki dibuat oleh kumpulan termasuk
penyertaan dalam Perang Dunia II yang menjadi pemangkin kepada
kejatuhan kerajaan.
[email protected]/2020
207
SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021
Propaganda pertubuhan ini yang menggunakan slogan kebangsaan,
perlembagaan baharu, persamaan dan kebebasan berjaya
mempengaruhi pemikiran pentadbir utama bagi membentuk kerajaan
baharu menggantikan kerajaan khilafah.
Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I juga menjadi
penyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan
Uthamniyyah. Kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini
menyebabkan tempias turut dirasai oleh kerajaan Islam ini. Malah,
kuasa – kuasa Barat telah merancang membahagikan wilayah
kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah ini sesama mereka apabila
menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada mereka. Perjanjian
Sykes – Picot 1916 antara Britain dan Perancis jelas menggambarkan
perancangan jahat dua kuasa Barat ini
Kebijaksanaan Barat meniup dan menyemarakkan nasionalisme Arab
juga menjadi punca kemerosotan pengaruh kerajaan ini di Tanah Arab.
Dalam hal ini, British memainkan peranan penting mempengaruhi dua
keluarga Arab, Saud dan Shariff Hussain menentang kerajaan
Uthmaniyyah. British menanamkan sentimen kononnya bangsa Arab
lebih mulia dan layak memerintah bukannya bangsa Turki.Impaknya,
Shariff Hussain telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang
merdeka atau bebas daripada campur tangan kerajaan Uthmaniyyah
yang dikenali sebagai Arab Saudi, namun tidak bertahan lama, pun
begitu dengan sokongan British berjaya membentuk kerajaan Bani
Hashim Jordan
Tidak dinafikan kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Uthmaniyah ini
diaitkan dengan kepelbagaian isu politik yang timbul pada zaman -
zaman akhir pemerintahannya ini. Kelemahan - kelemahan yang
berlaku ini telah disalahgunakan oleh pemimpin tempatan yang
dpengaruhi oleh pelbagai aliran pemikiran Barat, tekanan puak Yahudi,
di samping peranan penting kuasa Barat sendiri yang sering melakukan
provokasi baik di hadapan atau belakang pemerintahan berkahliafah
ini.
[email protected]/2020
208