The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:45:36

SEJARAH ISLAM 2021

MODUL TUDINGAN DAN KBAT

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Faktor bahasa turut sama menyumbang pembentukan negara bangsa
Mesir. Sebahagian besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian
daripada bangsa Arab, namun kerajaan British menggalakkan masyarakat
Mesir bertutur dalam dialek Misriyah ( untuk mengukuhkan identiti Mesir )
menyebabkan generasi baharu akan tersisih daripada bahasa Arab Fashah
yang digunakan dalam al Quran dan telah menimbulkan kegelisahan dalam
kalangan ulama Mesir. Ini bermakna , kerajaan British berhasrat
mewujudkan kerajaan baharu berteraskan bangsa baharu dengan
menjadikan dialek tempatan sebagai lambang identiti negara bangsa Mesir.

Pembukaan Terusan Suez turut sama menarik perhatian kuasa Barat untuk
menguasainya khususnya British dan Perancis. Khedif Ismail telah
terperangkap dengan jerat British, dibebani dengan hutang menyebabkan
diisytiharkan sebagai muflis sekaligus membolehkan British menguasai jalan
perdagangan utama ini dan membolehkan kuasa Barat tersebut
menempatkan tentera sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat tempatan. Ketidakpuasan hati terhadap British dan
pemerintah Mesir menyebabkan rakyat membangkitkan rasa tidak puas hati
dan merangka untuk membentuk kerajaan baharu

Institusi pendidikan turut sama memainkan peranan dalam pembinaan
negara bangsa Mesir. Antara universiti yang paling dominan ialah Universiti
al Azhar yang berjaya melahirkan ramai golongan intelektual dan golongan
nasionalis. Malah, intitusi – institusi pendidikan telah menjadi pentas kepada
golongan intelektual berbahas dan meluahkan idea berkaitan isu semasa
khusunya pembentukan sebuah negara yang berdaulat. Oleh sebba itu,
institusi ini telah menjadi lokasi penting dalam pembinaan negara bangsa.

Krisis ekonomi yang dialami oleh negara Mesir dan masalah yang berkaitan
turut sama menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir.
Kegagalan Mesir melunaskan hutang dalam projek Terusan Suez sehingga
mengundang kemasukan pemodal Eropah dan Barat bagi membantu
menguruskan kewangan negara. Campur tangan sebegini pastinya
mengundang ketidakpuasan hati rakyat, terutama apabila kuasa Barat
seperti British dan Perancis telah menggugat kemerdekaan dan kedaulatan,
ditambah dengan pemerintah Mesir seolah tidak berusaha memperbaiki
taraf hidup masyarakat.

Penyebaran ideologi Barat dalam pemikiran masyarakat tempatan turut
sama menyumbang kepada pembentukan negara bangsa. Ideologi seperti
sekularisme, nasionalisme, sentimen anti Turki Uthmaniyah, berjaya
mempengaruhi minda untuk berfikir tentang jatidiri dan maruah negara.
Antara tokoh tempatan yang terpengaruh dengan idea – idea seperti ini
ialah Saad bin Zaghlul dan Muhammad Farid.

Perang Dunia I turut menyumbang kepada pembentukan negara bangsa,
golongan petani kini dikerah menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang
Merah dan menjadi hamba tentera di Palestine, Gallipoli dan Perancis.
Perang Dunia I juga telah menyebabkan kebangkitan golongan tuan – tuan

[email protected]/2020
101

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

tanah akibat penanaman kapas kini tersekat dan golongan menengah di
bandar terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan terlalu tinggi.
Terdapat pelbagai factor yang menyumbang kepada pembentukan negara
bangsa Mesir, perjuangan semakin ketara berikutan penguasaan Barat
terhadap Mesir dan pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
Kehadiran tokoh nasionalis melengkapkan dan mempercepatkan lagi
pembentukan negara bangsa Mesir.

[email protected]/2020
102

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

SOALAN KBAT 2021

TEMA 1 : MASYARAKAT

1.1 Masyarakat Jahiliyah

Huraikan faktor kepelbagaian agama dan kepercayaan
masyarakat Arab sebelum Islam.

Masyarakat Arab sebelum Islam diidentitikan sebagai masyarakat Jenis jenis Agama Ciptaan
jahiliyah. Jahiliyah berasal daripada perkataan Arab, Jahala , yang  Berhala Samawi
bermaksud bodoh, bebal, dungu, ketinggalan dan sebagainya.  Majusi
Kebodohan yang ketara jelas dilihat dari sudut agama dan kepercayaan  Cakrawala
memandangkan mereka telah meninggalkan ajaran Nabi dan Rasul  Hanif
terdahulu serta mempraktikkan tradisi nenek moyang mereka secara  Yahudi
membuta tuli. Secara amnya, agama yang dianuti terbahagi kepada  Nasrani
agama wathani seperti penyembahan berhala, penyembahan api,
cakrawala dan agama samawi seperti agama Yahudi dan Nasrani serta Kejahilan Dalam Kehidupan
agama Hanif.  Agama : sesat
 Kepercayaan : tahyul
Antara faktor munculnya pelbagai agama ini ialah disebabkan  Sosial; perpecahan ketara
ketaasuban terhadap tradisi nenek moyang. Penganut agama ini  Ekonomi; penindasan
mempercayai penyembahan berhala ini akan dapat mendekatkan diri  Politik ; tidak berkembang
mereka dengan Tuhan. Malah, mereka turut sertakan patung - patung  Baca tulis : buta huruf
berhala ketika memeterai perjanjian dan mengadakan upacara  Peperangan : kelaziman
pengorbanan. Tradisi ini telah diamalkan sejak Umar bin Luhai,
pemimpin Bani Khuzaah telah membawa patung berhala, Hubal dari Ketamadunan Masy Arab Sebelum Islam
Syam ke Makkah. Patung - patung berhala yang popular ialah al Latta, al  Ekonomi : perdagangan
Uzza, al Manat, Wadd, Yaguth, Yau’q, dan Nasr. Malah, di sekeliling
kaabah, terdapat 360 buah patung berhala diletakkan di sekeliling antarabangsa dan mata wang serta
Kaabah. Pengukiran patung - patung berhalayang diperbuat daripada pasar
batu, kayu mahupun logam kini dianggap sebagai profesyen  Politik : pentadbiran yang
sebagaimana penjaga Kaabah. sistematik dan amalan demokrasi
 Keamanan : wujud bulan suci
Pengaruh asing turut membawa kepada munculnya pelbagai agama
seperti penyembahan api atau Majusi yang dibawa daripada Parsi. Ia
bukan sahaja dianggap sebagai agama, malah menjadi falsafah
kehidupan kepada masyarakat khususnya di Timur Tengah dan Asia
Tengah. Agama yang diasaskan oleh Zarathustra ini menjadikan api
sebagai objek penyembahan dan pemujaan. Dalam konteks ini, timbul
fahaman api membawa kebaikan apabila membantu dalam kehidupan
dan keburukan atau kejahatan sekiranya membawa kemusnahan atau
kerosakan. Salah satu fahaman yan terdapat ajaran agama ini ialah
menghalalkan perkahwinan sedarah, umpama anak dengan ibu, adik
beradik dan sebagainya. Penganut agama ini banyak terdapat di selatan
Semenanjung Tanah Arab seperti Himyar, Yaman, dan Madain

Persekitaran turut mempengaruhi kewujudan pelbagai agama di Tanah
Arab. Hal ini didapati adanya sesetengah masyarakat Arab menganut
agama penyembahan bulan, bintang, dan matahari. Penyembahan
sumber cakrawala tersebut dikaitkan dengan ‘kekuatan’ objek - objek
berkenaan. Umpamanya, matahari disembah kerana membekalkan
tenaga, bulan dipuja kerana menerangi kegelapan malam, manakala

[email protected]/2020
103

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

bintang disembah kerana banyak membantu mereka dalam  Sastera : pertandingan syair dan
menentukan arah perjalanan khususnya dalam kalangan pedagang dan pidato
pengembara. Penganut penyembahan matahari terdapat di Sana’a,
manakala kabilah Bani Tamim menyembah binang al dabaran,  Ilmu pgthn : jejak musuh, perubatan,
sementara kabilah Lakhm memuja bintang shi’ra, dan kabilah Kinanah astrologi
pula menyembah bulan.

Peranan pendeta juga telah mencorakkan aspek keagamaan sesebuah
masyarakat. Kelaziman yang dilakukan oleh pendeta ialah
mengubahsuai kandungan asal kitab Taurat dan kitab Injil yang telah
menyebabkan agama ini dianggap sesat. Kesesatan agama Yahudi
dikaitkan dengan penyembahan patung anak lembu yang diperbuat
daripada emas sekaligus menjelaskan wujudnya kesyirikan. Begitu juga
dengann tindakan para pendeta agama Nasrani yang mengemukakan
konsep Trinity termasuk Isa merupakan anak Tuhan jelas
menggambarkan kesesatan.

Begitu juga dengan aspek kepercayaan yang ada dalam masyarakat Struktur Masy Arab Jahiliyah
Arab sebelum Islam, tidak dinafikan ianya berpunca daripada sikap
yang taasub terhadap terhadap tradisi nenek moyang menyebabkan  Masy terbahagi kpd Arab Badwi dan
timbulnya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat seperti menanam Arab Hadhari
bayi perempuan, adanya adat sangkasuka dan sangkaduka serta adat
menguji kesetiaan seseorang yang terang - terang menampakkan  Kehidupan masyarakat berbentuk
menganiayai golongan wanita dalam kalangan masyarakat Arab kabilah
sebelum Islam.
 Assabiyah menghidupkan sesebuah
Kesimpulannya, tidak dinafikan kemunculan pelbagai agama dan kabilah
kepercayaan dalam masyarakat berpunca daripada kegagalan
masyarakat pada masa itu berfikir secara rasional, sehingga tidak  Wujud jurang sosial antara kelas
mampu menilai impak buruk daripada aktiviti yang dijalankan. atasan dgn kelas bwh
Ketiadaan Nabi dan Rasul serta panduan kitab suci antara tahun 300 -
610 Masihi seolah - olah menjadi pemangkin kepada kewujudan  Amalan nilai mulia dan hina dalam
pelbagai agama dalam kalangan masyarakat pada masa utu. masy

Bincangkan struktur masyarakat di Makkah dan di Yathrib
sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan.

Zaman sebelum kedatangan Islam sering diistilahkan sebagai zaman
jahiliyah. Dalam konteks ini, ini tidak dinafikan situasi yang sama
berlaku di Makkah dan Yathrib, sehingga masyarakat di sana khususnya
bangsa Arab dikaitkan dengan sifat - sifat kejahilan. Perbincangan
berkaitan struktur masyarakat dapat dilihat dari sudut pembahagian
masyarakat, kehidupan berkabilah, wujudnya fahaman assabiyah dan
perkara - perkara berkaitan dengannya yang menyerlahkan kejahilan
masyarakat di sana.

Di Makkah, secara amnya dihuni oleh masyarakat berbangsa Arab yang
dapat dibahagikan kepada kaum Badwi dan kaum Hadhari yang
mempunyai kelainan dari sudut corak hidup, petempatan, dan kegiatan
harian. Kaum Badwi merupakan kelompok bangsa Arab yang tinggal di
kawasan pedalaman, dan hidup secara berpindah randah dari satu
tempat ke tempat lain terutama kawasan yang ada bekalan air bagi
membolehkan mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan

[email protected]/2020

104

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

menternak binatang. Manakala bagi masyarakat Arab Hadhari,
kehidupan mereka adalah bersifat menetap di kawasan - kawasan
bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pekerjaan
utama mereka. Quraisy merupakan kelompok masyarakat paling
dominan di Makkah, terbahagi kepada Quraisy a Zawahir dan Quraisy
al Bitah. Quraisy al Zawahir tinggal di kawasan pinggir bandar, dan
menjalani kehidupan umpama orang Badwi, manakala golongan al
Bitah pula tinggal di dalam kota Makkah, terlibat dalam bidang
perdagangan, politik, dan pentadbiran.

Sementara penduduk di Yathrib agak kompleks, sekelompok berbangsa
Arab yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj atau dikenali dengan
kelompok Bani Qailah. Daripada suku Aus, muncul Bani Abd al Asyhal
dan Bani Amru bin Auf. Manakala daripada suku Khazraj, muncul suku
- suku seperti Bani al Najjar, Bani Zurayq, Bani Salim bin Auf, Bani
Salimah, Bani Sawad, Bani Sai’dah, Bani al Harith, dan Bani al
Qawaqilah. Sekelompok lagi masyarakat di Yathrib ialah kaum Yahudi
yang datang daripada Palestine. Terdapat tiga suku kaum utama di sini,
iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa
menjalankan pekerjaan berdagang dan bertukang, manakala Bani
Nadhir pula terlibat dengan pertanian, selain bertukang dan berniaga.
Bani Quraizah pula yang merupakan kelompok terkaya pula terlibat
dengan aktiviti pertanian khususnya di kawasan Wadi Mahzur.

Sama ada di Yathrib atau Makkah, kehidupan masyarakat adalah
berbentuk kabilah, dengan setiap kabilah mempunyai pemimpin yang
berpengaruh. Di Yathrib, Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz
merupakan antara indvidu yang berpengaruh dalam suku Khazraj dan
Aus. Begitu juga dalam kalangan Yahudi, mereka juga ada pemimpin
yang berpengaruh, umpamanya Hayy bin Akhtab merupakan seorang
yang cukup berpengaruh bukan dalam Bani Nadhir sahaja, malah
mampu mempengaruhi pemimpin Bani Quraizah menentang
kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Persamaan kelompok Yahudi ini
ialah, mereka sering melaga - lagakan golongan Aus dan Khazraj
sehingga tercetusnya beberapa kali peperangan bagi memastikan tiada
penyatuan dalam kalangan bangsa Arab yang boleh mengancam
kedudukan mereka.

Di Makkah, kehidupan masyarakat juga adalah berbentuk kabilah.
Umpamanya kabilah Quraisy, terbentuk hasil daripada gabungan bani -
bani seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Khuzaah, Bani Bakr, Bani
Makhzum dan beberapa keluarga. Setiap bani, sebagaimana masyrakat
di Yathrib mempunyai pemimpin tersendiri, umpamanya Bani Hashim,
muncul Abdul Mutalib dan Abu Talib. Persaingan antara bani - bani
sering berlaku sehingga tercetusnya beberapa kali perang saudara,
umpamanya Perang al Basus antara Bani Bakr dengan Bani Taghlib dan
Perang al Fijar antara Bani Hawazin dengan Bani Kinanah.

Selain itu, dalam masyarakat Makkah dan Yathrib sebelum kedatangan
Nabi Muhammad s.a.w.,wujud fahaman assabiyah yang dikatakan
menghidupkan sistem kabilah pada masa itu. Dari satu sudut, fahaman
assabiyah dikatakan akan mengukuhkan dan memperkuatkan
kedudukan sesebuah kabilah, tanpa mengira benar atau salah, setiap

[email protected]/2020
105

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

ahli kabilah akan mempertahankan kabilah. Namun, apa yang pasti,
fahaman inilah yang kerap mengundang perbalahan dalam kalangan
masyarakat sehingga mencetuskan peperangan, pembunuhan, dan
dendam yang tidak berkesudahan. Contoh yang paling jelas, Perang
Bu’ath antara Aus dengan Khazraj dan Perang al Fijar antara Bani
Kinanah dengan Hawazin. Peperangan itu tudak berlaku sekali, malah
berpanjangan, dan ianya akan terhenti apabila tibanya bulan - bulan
yang diharamkan berperang..

Satu lagi aspek penting dalam masyarakat di Yathrib dan Makkah Kronologi Pembentukan Ummah
sebelum Islam, wujudnya jurang sosial yang luas antara golongan Di Makkah
atasan dengan golongan bawahan. Golongan miskin, wanita dan hamba  Usaha dakwah
dipandang hina oleh golongan atasan. Status mulia dan hina ditentukan  Penentangan kaum Quraisy
berdasarkan harta yang dimiliki, kekuatan fizikal, ilmu dan dan  Dakwah ke Taif
kemahiran yang ada, serta keturunan. Di Yathrib, bangsa Yahudi sering  Hijrah ke Habsyah
mendabik dada dengan melaungkan merekalah yang paling hebat,  Perjanjian Aqabah
memandangkan Nabi dan Rasul terdahulu adalah berbangsa Yahudi.
Keegoan dan kesombongan mereka jelas apabila memandang rendah H
terhadap bangsa - bangsa lain termasuk bangsa Arab. Tegasnya, I
masyarakat pada masa ini lebih mementingkan sifat keakuan atau J
individualistic baik di Makkah mahupun di Yathrib. R
A
Kesimpulannya, ternyata struktur masyarakat sebelum Islam sama ada Kronologi PembentHukan Ummah
di Makkah mahupun di Yathrib berada dalam keadaan pincang, Di Yathrib
memandangkan tidak wujud keadilan sosial dalam masyarakat, setiap  Pembentukan negara
masyarakat hidup dengan kabilah masing - masing. Situasi ini terus  Penyatuan masyarakat
berkekalan sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak  Penggubalan Dustur/ Piagam;
memperkenalkan dan membentuk konsep ummah dalam masyarakat diperkenalkan konsep ummah
dengan menjadikan masyarakat di Madinah sebagai role model diikuti
di tempat - tempat lain termasuk Makkah. Masjid pertama: Masjid Quba’; Solat Jumaat
diwajibkan
1.2 Masyarakat Islam

Perihalkan usaha - usaha Nabi Muhammad s.a.w. membentuk
konsep ummah di Madinah

Ummah dari segi bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks
Perlembagaan Madinah, perkataan ummah ini merujuk kepada warga
negara Madinah yang berada di bawah kepemimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. selepas Baginda s.a.w. berjaya mendirikan negara
Islam di sini. Pun begitu harus disedari, usaha Nabi Muhammad s.a.w.
membentuk ummah ini telah bermula apabila Baginda s.a.w.
diperintahkan agar menyebarkan Islam kepada seluruh umat manusia
denga Makkah, menjadi sasaran pertama. Malangnya, rancangan
tersebut menemui jalan buntu, memaksa Baginda s.a.w. berhijrah ke
Yathrib ( Madinah ).

Usaha Nabi Muhammad s.a.w. membentuk ummah di Madinah bermula
dengan tindakan Baginda s.a.w. bertindak menyatukan dua suku kaum
utama di Madinah, iaitu Aus dengan Khazraj. Penyatuan kedua - dua
suku kaum ini dilakukan atas prinsip persaudaraan di samping
penerapan iman ke dalam sanubari mereka. TIndakan ini sebenarnya
susulan daripada termeterainya dua kali Perjanjian Aqabah, antara

[email protected]/2020
106

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Nabi Muhammad s.a.w. dengan wakil suku Aus dan Khazraj yang Langkah Pengukuhan Ummah
berjanji akan meninggalkan segala amalan - amalan jahiliyah.
Penyatuan dalam kalangan kedua - dua kelompok ini amat penting,  Penghapusan semangat assabiyah
kerana ianya merupakan asas kepada pembinaan masyarakat baharu.  Penguatkuasaan Piagam Madinah
Selain itu, penerapan iman juga dilakukan bagi menamatkan isu  Pelaksanaan amalan syura
dendam ekoran kerap kali tercetus peperangan ekoran perbalahan  Pelaksanaan sistem ekonomi Islam
yang sering berlaku itu.  al Quran menjadi asas peraturan

Kejayaan Baginda s.a.w. menyatukan Aus dengan Khazraj yang dikenali bermasyarakat
dengan gearan Ansar ini sebenar bertujuan agar dengan adanya  Pengusiran kaum Yahudi
kekuatan dan sokongan daripada penduduk Madinah sendiri, golongan
Muhajirin akan diberikan inspirasi dan membina semula kekuatan, baik
dari segi psikologi mahupun kewangan, memandangkan golongan
Muhajirin ini dikatakan berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Baginda s.a.w. telah bertindak
mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin, iaitu
persaudaraan berpaksikan akidah. Hamzah bin Abdul Mutalib telah
dipersaudarakan dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar dengan Kharijah
bin Zuhayr, Umar al Khattab dengan Utbah bin Malik dan Abdul Rahman
bin Auf dengan Saad bin al Rabi’.

Susulan daripada kejayaan menyatukan Ansar dengan Muhajirin, Istilah Muhajirin dan Ansar hanya
Baginda s.a.w. telah bersama - sama umat Islam telah mendirikan digunapakai pada zaman Nabi Muhammad
sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Nabawi. Pembinaan s.a.w
masjid ini, bukan sekadar untuk memudahkan umat Islam beribadat
dan mendapatkan ilmu pengetahuan, malah yang lebih penting Masyarakat Islam Zaman Khulafa al
diharapkan dengan pembinaan masjid ini, ukhwah dalam kalangan Rasyidin
umat Islam kian erat sekaligus menjadi asas kepada pembinaan  Arab
kekuatan dalam kalangan umat Islam ( ummah ). Keluasan masjid ini  Mawali
850 meter persegi dengan ketinggian 2.9 meter, atapnya diperbuat  al Riddah
daripada pelepah tamar, disimen dengan tanah liat. Baginda s.a.w.  Ahl al Ayyam
sendiri turut sama dalam pembinaan masjid ini apabila bersama - sama  Ahl al Qurra
memikul dan membawa batu - batu sebagai bahan binaan.  ProAli
 ProUmaiyah
Pembentukan ummah dapat direalisasikan apabila Nabi Muhammad  Khawarij
s.a.w. telah mengemukakan Perlembagaan Madinah yang digubal
bersumberkan wahyu dengan norma masyarakat juga diambil kira Bagi menangani golongan al Riddah, 11
asalkan tidak bertentangan dengan sumber syarak. Perlembagaan yang pasukan tentera dibentuk di bawah pimpinan
digubal ini mengandungi 47 fasal dalam 10 bab; 23 perkara menyentuh  Khalid al Walid
hal berkaitan orang - orang Islam daan baki 24 fasal lagi dikhususkan  Ikrimah bin Abu Jahal
kepada kaum bukan Islam. Piagam ini mengandungi beberapa perkara  al Muhajir bin Abi Umaiyah
utama, bermula dengan kepemimpinan tertinggi, hak orang - orang  Syurahbil bin Hasanah
bukan Islam, tanggungjawab orang Islam, tanggungjawab bersama  Huzairah bin Muhsin
dalam mempertahankan negara, dan yang paling penting pengenalan  Arfajah bin Harsamah
konsep ummah; gambaran konsep yang diwarwarkan kini dapat  Suwaid bin Muqran
direalisasikan.  Al A’la bin Hadhrami
 Thuraifah bin Hajiz
Kesimpulannya, pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah,  Amru bin al As
hal ini disebabkakn pelbagai halangan diterima oleh Rasulullah s.a.w.  Khalid bin Said
daripada orang - orang Quraisy termasuk berhasrat membunuh Nabi
Muhammad s.a.w. yang menyebabkan berlakunya peristiwa hijrah ke
kota Madinah. Penghijrahan yang berlaku ini menjadi titik tolak
pembentukan ummah, memandangkan Baginda s.a.w. telah bertindak

[email protected]/2020
107

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

melengkapkan negara Madinah ini dengan penggubalan dan
penguatkuasaan perundangan tertinggi, Piagam Madinah yang telah
merealisasikan identiti baharu masyarakat di Madinah yang dikenali
sebagai ummah.

Huraikan faktor - faktor kemunculan golongan baharu dalam
kalangan masyarakat Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, era pemerintahan negara
dan umat Islam kini diterajui oleh para khalifah bermula dengan
Khalifah Abu Bakar al Siddiq diikuti oleh Umar al Khattab, Uthman bin
Affan, dan Ali bin Abi Talib selama 29 tahun. Sepanjang era
pemerintahan kerajaan ini, bukan sahaja agama Islam tersebar meluas
bahkan kini agama Islam kini dianuti oleh pelbagai bangsa sehingga
wujud kelompok – kelompok baharu di dalam dan luar Semenanjung
Tanah Arab. Antaranya, golongan Mawali, al Riddah, al Ayyam, al Qurra,
Khawarij dan lain - lain.

Usaha - usaha pendakwahan yang pesat sejak zaman Khalifah Abu
Bakar dan terutamanya pada zaman Khalifah Umar al Khattab telah
menyebabkan agama Islam bukan sahaja diterima oleh orang - orang
Arab babhkan kalangan bukan Arab. Hal ini ditambah dengan
pelaksanaan etika dalam peperangan Islam yang menyarankan
golongan bukan Islam menerima Islam sebagai al din atau membayar
jizyah bagi mengelak berlakunya peperangan. Keadaan inilah yang
membawa kepada kemunculan golongan bukan Aran yang diistilahkan
sebagai Mawali di kawasan - kawasan seperti Iraq, Iran, Mesir, utara
Afrika, dan Asia Tengah seperti Bukhara dan Samarqand.

Seterusnya, ketidakfahaman sepenuhnya terhadap ajaran Islam juga
menjadi asbab kepada munculnya golongan baharu pada zaman
Khulafa al Rasyidin. Hal ini juga berlaku berikutan tindakan sesetengah
pihak yang menerima agama Islam secara tergesa - gesa atau
disebabkan ingin mempertahankan status quo yang dimiliki. Situasi ini
jelas berlaku di Yaman, Yamamah, Oman, dan Bahrain pada zaman
Khalifah Abu Bakar, apabila munculnya golongan yang dikenali sebagai
golongan al Riddah yang terdiri daripada golongan yang murtad,
enggan membayar zakat, dan mengaku menajdi nabi ( nabi palsu ).
Contohnya, di Najd muncul Tulaihah al Khuwailid, Ailat bin Ka’ab ( al
Aswad ) di Yaman, dan Musailamah di Yamamah. Khalifah Abu Bakar
terpaksa membentuk pasukan tentera bagi menangani golongan ini
selepas usaha berdiplomasi kurang berkesan.

Pembukaaan wilayah baharu turut menjadi penyumbang kepada
kemunculan golongan baharu khasnya pada zaman Khalifah Umar al
Khattab. Pembukaan wilayah Iraq, Syria, dan Mesir telah membawa
kepada munculnya golongan yang dikenali sebagai Ahl al Ayyam. Di
Iraq, pembukaan wilayah ini disertai sama oleh bekas - bekas individu
yang pernah murtad, dianggarkan kempen berkenaan disertai oleh
12 000 orang tentera. Khalifah Umar telah memberikan kuasa kepada
golongan ini untuk mentadbir ladang dan tanah termasuk urusan
pertanian dan pungutan cukai. Antara individu yang tergolong dalam

[email protected]/2020
108

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

golongan ini ialah asl Asytar, Malik bin Harith al Nakhai’I, Hujr bin Adi, Kandungan Utama Piagam Madinah /
dan Yazid bin Qays.  Kepemimpinan
Hasrat meningkatkan status telah membawa kepada kemunculan  Pengenalan konsep ummah
golongan Ah al Qurra, iaitu bebas daripada gejala murtad sebelum ini.  Tanggungjawab orang Islam
Mereka inilah yang sebenarnya mentadbir wilayah - wilayah baharu  Hak orang bukan Islam
berikutan Khalifah Umar tidak membenarkan mereka yang pernah  Tanggungjawab bersama
murtad memegang jawatan penting di wilayah yang dikuasai di
samping ada dalam kalangan sahabat kembali ke Hijaz, Makkah, pertahanankan negara
Madinah selepas kempen peperangan. Golongan Ahli al Qurra ini
menganggap tanah yang dikelolakannya sebagai hak milik mereka yang
tidak boleh ditukar milik kepada sesiapa. Oleh sebab itulah, apabila
Khalifah Uthman telah menggantikan mereka dengan kaum Quraisy,
golongan ini telah bangun memberontak dan dikatakan
bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khalifah Uthman. Ketika
tercetusnya Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka telah menyokong
Khalifah Ali yang menghadapi protes Sayyidatina Aisyah, Talhah, Zubair
dan Muawiyyah.

Faktor seterusnya yang menimbulkan golongan baharu dalam
masyarakat Islam ialah perubahan politik yang berlaku pada zaman
Khalifah Ali. Impaknya, muncul golongan yang dikenali sebagai
Khawarij dan golongan proAli dan proUmaiyah serta tidak memihak
kepada mana - mana pihak yang berkonflik. Peristiwa pembunuhan
Khalifah Uthman telah menimbulkan ketegangan politik pada zaman
pemerintahan Khalifah Ali. Kegagalan Khalifah Ali menyelesaikan isu ini
telah menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati terutamanya
Muawiyyah. Konflik antara kumpulan Khalifah Ali dan kumpulan
proMuawiyyah jelas mencorakkan situasi politik pada masa ini
sehingga telah mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai
Perang Siffin. Tindakan Khalifah Ali yang menerima permohonan damai
Muaiwiyyah dengan mengadakan Majlis Tahkim telah menyebabkan
golongan yang tidak bersetuju dengan Khalifah Ali menarik sokongan
dengan membentuk kumpulan yang dikenali sebagai Khawarij.
Golongan ini merupakan ekstrimis dalam perjuangan sehingga
mengisytiharkan halal membunuh sesiapa yang enggan menyokong
perjuangan mereka,.

Kesimpulannya, sememangnya tidak dinafikan perkembangan agama Prinsip - prinsip Piagam Madinah
Islam yang semakin pesat di samping perkembangan politik semasa  Kepemimpinan
telah menyaksikan munculnya pelbagai kelompok baharu dalam  Kerjasama / persaudaraan
masyarakat Islam. Keadaan bertambah komplikated pada zaman -  Persamaan hak
zaman seterusnya apabila muncul pula serpihan daripada kelompok itu  Kebebasan
misalnya golongan Khawarij terbahagi kepada golongan Azariqah dan  Kesetiaan / ketaatan
Najdiyah.  Amar makruf nahi mungkar
 Keadilan

[email protected]/2020
109

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

1.3 Sistem Pemerintahan

Penggubalan Perlembagaan Madinah telah berjaya
menyelesaikan pelbagai permasalahan dalam negara Islam
Madinah. Bincangkan.

Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja berlaku Nabi
Muhammmad s.a.w. berjaya mendirikan negara Islam pada tahun 1 H.
Perlembagaan atau piagam ini merupakan undang – undang bertulis
pertama, dan ianya mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan
untuk orang – orang Islam, manakala yang selebihnya dikhasnya
kepada orang – orang bukan Islam. Sumber penggubalan
perlembagaan ini ialah wahyu dan norma - norma masyarakat yang
tidak bertentangan dengannya. Tidak dapat dinafikan penggubalan dan
penguatkuasaan perlembagaan ini telah berjaya menyelesaikan banyak
perkara di Madinah umpamanya berkaitan dengan kepemimpinan

negara, peranan warga Madinah, keamanan negara dan sebagainya.

Penggubalan Perlembagaan Madinah telah menyelesaikan isu
berkaitan dengan kepemimpinan. Sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke
Madinah, golongan Yahudi amat berkuasa, malah dikatakan menanam
cita - cita untuk menjadi raja di kota ini. Namun begitu, hasrat
berkenaan terpaksa dilupakan memandangkan Perlembagaan Madinah
telah menetapkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi
negara. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda s.a.w. akan bertindak
sebagai ketua negara, ketua hakim, ketua agama, dan ketua tentera.
Namun begitu, demi memastikak kestabilan politik, Baginda s.a.w. tidak
pernah mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Hal ini terbukti apabila
dilaksanakan prinsip dan amalan syura dalam pemerintahan dan
pengekalan peranan ketua kabilah dalam kabilah masing - masing.

Penggubalan dan penguatkuasaan piagam ini juga membolehkan Nabi
Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warga
Madinah sama ada masalah yang dihadapi oleh orang - orang Islam
mahupun orang - orang bukan Islam. Bagi menangani masalah sosial
dan ekonomi umat Islam khususnya dalam kalangan golongan
Muhajirin, melalui peruntukan yang terdapat dalam piagam ini adalah
menjadi tanggungjawab sesama umat Islam meringan beban dan
penderitaan saudara seagama mereka. Dalam konteks ini, jelaslah
golongan Ansar telah bertindak membantu golongan Muhajirin dengan
pelbagai cara sama ada menyediakan tempat tinggal, menghulurkan
bantuan dalam bentuk kewangan, malah ada yang sanggup
menceraikan isteri – isteri agar harta yang ditinggalkan dapat diwarisi
oleh saudara seagama kelak.

Piagam Madinah juga berperanan Perlembagaan Madinah juga Sistem Pemerintahan Kerajaan Islam
berfungsi mengawal perilaku serta tindak tanduk masyarakat. Melalui Madinah
penggubalan piagam ini adalah menjadi harapan Nabi Muhammad
s.a.w. dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin serta saling  Diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w
bekerjasama sekaligus membentuk masyarakat yang harmoni. Malah,
piagam yang digubal ini bagi menghapuskan sikap curiga – mencurigai,
hasut – menghasut sehingga mengundang perpecahan dan
ketiakstabilan politik negara Islam Madinah

[email protected]/2020

110

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Selain itu, piagam ini digubal bagi memastikan kedaulatan negara Islam  Sistem perundangan
terutamanya mengelak ancaman dan pencerobohan musuh sekaligus  Sistem birokrasi
menyelesaikan isu berkaitan keselamatan negara. Semua warga  Amalan syura
Madinah tanpa mengira agama dan bangsa wajib mempertahankan  Sistem pertahanan
negara seandainya diancam oleh musuh. Setiap warga Madinah  Sistem ekonomi
dilarang mengadakan apa – apa perjanjian baik secara sulit mahupun
secara terbuka dengan pihak tertentu tanpa merujuk Nabi Muhammad
s.a.w. Bagi orang – orang Islam pula, mereka disaran menyertai
angkatan tentera disebabkan ianya terangkum dalam konsep jihad iaitu
sesuatu yang amat mahal harganya andainya gugur di medan
perjuangan.

Tidak kurang pentingnya, melalui piagam ini juga amalan semangat
assabiyah yang sering mengundang perpecahan dihapuskan sebaliknya
digantikan dengan konsep ummah yang mengandungi tiga elemen
penting iaitu persaudaraan, persamaan taraf dan prinsip amal makruf
nahi mungkar dengan terasnya akidah iaitu mentauhidkan Allah Yang
Esa. Penggubalan Piagam ini bermakna golongan Yahudi yang sentiasa
berusaha melaga - lagakan bangsa Arab demi kepentingan mereka kini
tidak lagi bebas berbuat sedemikian. Sebaliknya, dengan ada prinsip -
prinsip persamaan, persaudaraan, dan keadilan, masyarakat kini hidup
saling menghormati seterusnya mewujudkan keharmonian dalam
negara Islam Madinah.

Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Piagam Madinah ini telah
dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dengan masyarakat yang
saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Malah,
dengan penggubalan perlembagaan ini, ianya telah menyerlahkan
bakat kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w.
sehingga Baginda s.a.w. dianggap negarawan yang ulung.

Huraikan struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah telah meninggalkan
kesan politik yang cukup besar, apabila ianya telah membawa kepada
pembentukan negara Islam Madinah. Walaupun negara Islam ini agak
kecil, namun ianya menepati ciri - ciri sesebuah negara apabila
dilengkapi dengan pemimpin, pusat pemerintahan, sistem
perundangan, birokrasi dan sebagainya. Komponen - komponen inilah
yang mengambarkan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. membentuk
kerangka struktur pemerintahan yang sistematik yang kemudiannya
diwarisi oleh generasi sahabat.

Kerajaan Islam Madinah diketuai sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai ketua negara, Baginda s.a.w. berperanan menggubal dasar –
dasar negara Islam sama ada dasar politik, keagamaan, ekonomi, sosial
dan sebagainya. Baginda s.a.w. bertanggungjawab menyelesaikan
sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan kabilah dan penduduk
Madinah. Meskipun Baginda s.a.w. menjadi pemimpin tertinggi negara,
peranan ketua – ketua kabilah di Madinah tidak dinafikan. Hal ini
menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. mengekalkan struktur
pemerintahan yang sedia ada, namun sekiranya ketua – ketua kabilah

[email protected]/2020

111

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan
mereka, persoalan tersebut boleh dirujuk kepada Baginda s.a.w.

Bagi membolehkan pemimpin tempatan dan warga Madinah
mengambil bahagian dalam pentadbiran dan pemerintahan, prinsip
dan amalan syura menjadi asas pemerintahan dan pentadbiran. Segala
dasar dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti.
Pelaksanaan amalan syura ini bukan sahaja digalakkan oleh agama
Islam, malah ia sebenarnya merupakan hak rakyat dan hak pemerintah
bagi mewujudkan keadilan terutamanya dalam melaksanakan sesuatu
dasar. Prinsip utama amalan ini ialah keikhlasan yang merupakan
tunjang utama kepada prinsip musyawarrah.

Seterusnya, Perlembagaan Madinah telah digubal selepas terbentuknya
negara Islam menjadi sistem perundangan tertinggi negara.
Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini digubal bersumberkan
wahyu dan norma masyarakat menjelaskan hak – hak orang Islam dan
bukan Islam serta tanggungjawab bersama mempertahankan negara
selain mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
pemimpin tertinggi negara. Dengan kata lain, sistem perundangan ini
mencakupi hal berkaitan kepemimpinan, tanggungjawab orang Islam,
hak orang bukan Islam, aspek keselamatan dan pembentukan sistem
sosial atau kemasyarakatan baharu yang dikenali sebagai ummah.

Bagi memastikan sistem pemerintahan kerajaan Islam sistematik, Ciri - ciri Kenabian / Kerasulan
Baginda s.a.w. membentuk sistem birokrasi sama ada di Madinah  Siddiq
sendiri atau di kawasan yang berada di bawah naungan Islam, dengan  Fathonah
kata lain wujudnya pentadbiran peringkat pusat dan juga peringkat  Amanah
wilayah. Di Madinah, yang merupakan pusat pemerintahan, Baginda  Tabligh
s.a.w. dibantu oleh para sahabat kanan sama ada dalam kalangan Ansar
mahupun Muhajirin seperti Abu Bakar, Umar al Khattab, Saad bin Muaz, Ciri - ciri Kepemimpinan
Ali bin Abi Talib, Saad bin Ubadah, dan Zaid bin Thabit. Beberapa  Bijak
jawatan telah diwujudkan seperti Setiausaha Negara, Diplomat,  Berani
Timbalan atau Pemangku, Panglima Tentera, Penyimpan Rahsia dan  Tegas
Munshir atau Penasihat  Bertolak ansur
 Berpandangan jauh
Di peringkat wilayah, Nabi Muhammad s.a.w. turut membentuk  Cekal
birokrasi yang diketuai oleh individu berjawatan gabenor atau wali bagi
menguruskan hal berkaitan pentadbiran Amru bin Said telah dilantik
sebagai Gabenor Wadi al Qura, manakala Yazid bin Abu Suffian telah
dilantik sebagai Gabenor Taima’. Makkah pula diletakkan di bawah
pentadbiran Hubairah bin Shibl diikuti oleh Attab bin Asid, manakala
Usamah bin Abi al As dilantik sebagai Gabenor Taaif, dan Muaz bin Jabal
ditempatkan di Yaman. Tugas Gabenor di peringkat wilayah ialah
memastikan keselarasan dasar pemerintahan dengan kerajaan pusat.
Gabenor juga berperanan sebagai pendakwah, hakim, mencegah
kemungkaran, mengarahkan pemungutan zakat dan mengutip cukai
naungan atau jizyah. Gabenor juga dibenarkan berijtihad dalam perkara
yang tidak terdapat dalam al Quran dan al Sunnah. Jawatan lain yang
diwujudkan di peringkat wilayah ialah pentadbir tempatan/ ketua
kabilah, naqib dan hakim. Nabi Muhammad s.a.w. juga mewujudkan
jawatan Pentadbir Pasar di setiap wilayah bagi memastikan penyeliaan
setiap pasar dan menguatkuasakan peraturan berkaitan aktiviti

[email protected]/2020

112

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

perniagaan di pasar. Antara individu yang pernah dilantik memegang Nabi Muhammad: Pemimpin Masyarakat
jawqatan ini ialah Said bin Said al As di Makkah dan Umar al Khattab di  Menghapuskan semangat assabiyah
Madinah.  Memartabatkan kaum wanita
 Memperkenalkan konsep ummah
Struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. memperlihatkan meskipun Baginda s.a.w. berada di
puncak pemerintahan, namun sebagai individu yang mementingkan
keadilan dan kepuasan dalam kalangan rakyat, prinsip yang digunakan
dalam pemerintahan ialah amalan pengagihan kuasa dan memberikan
hak yang sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Piagam
Madinah.

1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad: Pemimpin Politik

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin politik yang berjaya  Menggubal Piagam Madinah
di Madinah. Huraikan pernyataan tersebut.  Memperkenalkan prinsip syura
 Membentuk struktur pemerintahan /
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah telah membawa
kepada pembentukan negara Islam yang pertama, bagi melengkapkan birokrasi
negara tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggubal Piagam  Mewujudkan hubungan diplomatik
Madinah yang menjadi asas atau sistem perundangan tertinggi negara.
Piagam yang digubal tersebut telah meletakkan Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pemimpin tertinggi negara yang menjadi asas atau titik tolak
kepada kejayaan Baginda s.a.w. sebagai pemimpin di Madinah.

Antara bukti kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin politik
yang di Madinah ialah menggubal Perlembagaan Madinah yang menjadi
sistem perundangan tertinggi negara. Penggubalan perlembagaan ini
bukan sahaja telah menstabilkan politik negara malah dapat
membentuk sebuah negara yang berdaulat. Melalui perlembagaan ini,
Nabi Muhammad s.a.w. telah memperutukkan perkara berkaitan
kepimpinan negara, tanggungjawab orang – orang Islam, hak orang –
orang bukan Islam, dan tanggungjawab bersama tanpa mengira agama
khususnya berkaitan dengan keselamatan. Jelaslah, penggubalan dan
penguatkuasaan Piagam ini membolehkan Baginda s.a.w. mengawal
perilaku warga Madinah dan juga mengesahkan kedudukannya sebagai
pemimpin tertinggi negara.

Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. juga dapat dilihat dengan tindakan Nabi Muhammad: Perancang Ekonomi
Baginda s.a.w. memperkenalkan konsep jihad dalam kalangan umat  Memperkenalkan sistem ekonomi
Islam yang menjadi asas kepada kejayaan umat Islam di medan perang
tatkala berhadapan dengan musuh. Konsep jihad yang diiringi dengan Islam
kebijaksanaan Baginda s.a.w. merangka strategi peperangan telah  Memulihkan ekonomi umat Islam
membawa kemenangan Islam dalam beberapa eskpedisi peperangan  Menghapuskan eksploitasi kaum
misalnya Perang Badar dan Perang Khandak seterusnya pembukaan
kota Makkah dari tangan Quraisy, mengalahkan Rom dalam Perang Yahudi
Tabuk dan berjaya mengusir Yahudi, bermula dengan Bani Qainuqa’,  Memperkenalkan sistem cukai
Bani Nadhir dan Bani Quraizah ekoran pengkhianatan mereka terhadap
negara Islam Madinah. Kejayaan mengalahkan musuh – musuh Islam Nabi Muhammad: Panglima Tentera
bukan sahaja telah membawa kestabilan politik malah memastikan
syiar Islam terus berkembang di dalam dan luar Tanah Arab.

[email protected]/2020
113

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Pelaksanaan prinsip dan amalan syura juga telah menyerlahkan  Mengetuai angkatan tentera Islam
kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Pelaksanaan syura  Memperkenalkan konsep jihad
memaparkan Baginda s.a.w. tidak mengamalkan dasar pemusatan  Merancang strategi dan taktik
kuasa, sebaliknya sentiasa memberi ruang dan peluang kepada warga
Madinah tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan mengambil peperangan
bahagian dalam pentadbiran. Warga Madinah berhak mengemukakan  Memperkenalkan etika dalam
pandangan mahupun kritikan akan dasar serta tindakan yang
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Pelaksanaan polisi ini jelas peperangan
menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mewujudkan kerjasama
dan meyakinkan kepada seluruh warga Madinah khususnya dan dan
dunia luar amnya, bahawa Baginda s.a.w, tidak bersikap prejudis
terhadap golongan bukan Islam apatah lagi menganiaya atau menzalimi
termasuk memaksa mereka menganut agama Islam.

Kejayaan seterusnya yang dapat dilihat ialah berjaya mendapat
pengiktirafan akan kewujudan kerajaan Islam Madinah daripada
kerajaan - kerajaan lain termasuk di luar Semenanjung Tanah Arab. Hal
ini dapat dipraktikkan melalui tindakan Baginda s.a.w. yang
menghantar utusan atau diplomat yang mewakili Baginda s.a.w. Utusan
- utusan turut dihantar menemui Maharaja Rom dan Kisra Parsi
meskipun kedua - dua kuasa tersebut sering berperang dan
memberikan ancaman kerajaan Islam. Namun, demi memastikan
keamanan serta menyebarluaskan agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w
telah menghantar Dahiyah bin Khalifah ke Rom dan Abdullah bin
Huzaifah ke Parsi. Selain itu, Khalid al Walid telah dihantar ke Najran,
Muaz bin Jabal ke Yaman, Amru al As ke Oman, dan al A’la bin Hadhrami
ke Bahrain. Ternyata dasar Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan
kesan positif, apabila ada pemerntah yang sedia menerima Islam dan
ada yang mengiktiraf akan kekuatan kerajaan Islam apabila sanggup
membayar jizyah untuk berada di bawah naungan kerajaan Islam.

Kesan positif seterusnya ialah pada tahun ke -9 Hijrah, berduyun - dyun
kabilah Arab telah menemui Baginda s.a.w. untu menyatakan keislaman
dan bersedia berada di bawah naungan kerajaan diperintah oleb
Baginda s.a.w.

Satu lagi kejayaan besar yang dapat dilihat ialah keupayaan Baginda Pembentukan Institusi Khalifah
s.a.w. membentuk sistem pentadbiran yang sistematik. Nabi
Muhammad s.a.w. telah mewujudkan dua bentuk pentadbiran, dengan  Kewafatan Nabi Muhammad tanpa
menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran di samping diduga / tiada wasiat
pembentukan jawatan tertentu yang akan diisi oleh individu
berwibawa bagi membantu melancarkan urusan pemerintahan dan  Orang Ansar berkumpul; cadang
pentadbiran termasuk menggubal dasar - dasar yang akan memberikan lantik Saad bin Ubadah
manfaat kepada semua pihak. Di peringkat wilayah pula, Nabi
Muhammad s.a.w. telah melantik beberapa orang gabenor seperti Muaz  Bantahan kaum Muhajin; diketuai oleh
bin Jabal di Yaman dan Hubairah bin Shibil di Makkah bagi memastikan Abu Bakar
penyelarasan urusan pentadbiran negara.

Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang politik ini telah
menyerlahkan kehebatan Baginda s.a.w. sebagai pemimpin negara
walaupun sebelum ini Baginda belum pernah mentadbir mana - mana
negara. Kejayaan dalam bidang politik ini membolehkan Baginda s.a.w.
merancang ekonomi negara di samping menyelesaikan masalah -

[email protected]/2020
114

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

masalah sosial umpamanya menghapuskan semangat assabiyah dan  Mencadangkan nama Umar al Khattab
mengembalikan maruah golongan wanita. / Abu Ubaidah - namanya pula
dicadangkan
Bagaimanakah ciri – ciri kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
dapat membentuk masyarakat yang bersatu di Madinah  Abu Bakar dibaiah

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja membawa
kepada pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting ianya
menjadi titik tolak kepada permulaan Baginda s.a.w. menjadi pemimpin
tertinggi kerajaan Islam pertama. Sememangnya tidak dapat dinafikan,
ciri – ciri kepemimpinan yang ada pada diri Baginda s.a.w. seperti adil,
bijaksana, berani serta berpandangan jauh telah berjaya membentuk
sebuah negara yang mantap serta masyarakat yang bersatu padu.

Sifat serta sikap adil Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Saqifah Bani Saidah
terbukti apabila Baginda s.a.w. bertindak memperkenalkan sistem
ekonomi Islam yang mementingkan agihan kekayaan sama rata serta  Bangunan beratap yang didirikan oleh
menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan penipuan yang dapat Bani Saidah, salah satu suku kaum
membantu golongan yang tidak baik atau teraniaya, malah sifat adil Khazraj
Baginda s.a.w. terserlah apabila berrindak memartabatkan maruah
kaum wanita dengan memberikan hak – hak sewajarnya termasuk  Tempat pemilihan Abu Bakar sebagai
larangan membunuh bayi - bayi perempuan. Keadilan Baginda s.a.w. khalifah pertama
juga terserlah apabila Baginda s.a.w. membuka ruang sepenuhnya
kepada warga Madinah tanpa mengira agama mengemukakan apa – apa
pandangan dan kritikan berhubung dengan dasar negara yang boleh
memberi manfaat kepada semua pihak melalui pengenalan prinsip dan
amalan syura

Ciri kepemimpinan seterusnya yang ada pada Baginda s.a.w. ialah
bijaksana, hal ini terserlah dengan kehebatan Baginda s.a.w. merangka
perlembagaan negara yang bersifat menyeluruh tanpa mengenepikan
hak – hak golongan bukan Islam . Selain itu, kebijaksanaan Baginda
s.a.w. dapat dilihat apabila bertindak mempersaudarakan antara
golongan Ansar dengan Muhajirin yang dapat memulihkan masalah
ekonomi golongan pendatang sekaligus membentuk masyarakat yang
Islam yang bersatu di Madinah

Keberanian Baginda dalam sesuatu tindakan juga antara penyumbang Prinsip - prinsip Syura
kepada kejayaan Baginda SAW sebagai pemimpin, malah membantu
membentuk negara Islam yang kukuh, antaranya Baginda s.a.w. sendiri  al Quran; sumber rujukan utama
yang bertindak mengepalai angkatan tentera tatkala menghadapi  Berlandaskan perbincangan
ancaman musuh, contoh ketika berhadapan dengan Quraisy dalam  Keputusan adalah berdasarkan
Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan lain – lain. Keberanian persepakatan
Baginda s.a.w. ini diiringi dengan keyakinan serta semangat jihad yang
pasti menyuntik semangat bukan sahaja pada diri Baginda s.a.w. malah  Sebarang keputusan adalah
dalam kalangan tentera Islam amnya. gambaran kesepakatan,

Ciri kepemimpinan lain yang dapat membantu Baginda s.a.w. kesefahamandan kesatuan pendapat
membentuk negara yang mantap ialah tegas, walaupun Baginda s.a.w.
mempunyai sifat tolak ansur, namun dalam keadaan tertentu Baginda )
s.a.w. terpaksa bertegas khususnya terhadap golongan atau individu
yang enggan mematuhi peraturan walaupun diperingatkan buat sekian  Menggunakan kebijaksanaan ( hikmah
kalinya, buktinya golongan Yahudi telah diusir satu persatu dari bumi dan lembut )

[email protected]/2020  Segala keputusan adalah
115 berdasarkan kepentingan

 Menghormati pandangan pihak lain

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Madinah bermula dengan Bani Qainuqa’, diikuti Bani Nadhir dan akhir
sekali Bani Quraizah ekoran tindakan golongan Yahudi berkenaan
melanggar perjanjian atau Perlembagaan Madinah. Pengusiran ini
membantu Nabi Muhammad s.a.w. membentuk negara yang aman dan
membolehkan pembentukan masyarakat yang bersatu ekoran
terhapusnya ‘duri dalam daging’ ini

Ciri kepemimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan suatu aset yang amat bernilai, bukan sahaja dapat
membentuk negara yang mantap dan kukuh, namun yang lebih penting,
pembentukan negara yang mantap ini pastinya membantu
pembentukan masyarakat yang bersatu di Madinah.

1.5 INSTITUSI KHALIFAH

Merujuk zaman Khulafa al Rasyidin, bincangkan konsep
institusi khalifah dalam konteks pemerintahan.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan peristiwa yang tidak
terduga dalam kalangan umat Islam. Hal ini disebabkan negara Islam

baharu sahaja mengecapi kegemilangan berikutan kejayaan
pembukaan kota Makkah ( Fath Makkah ) tambahan Nabi

Muhammad s.a.w. tidak pernah membayangkan akan meninggalkan
umat Islam selama - lamanya. Oleh sebab itu, telah timbul pelbagai isu
berikutan peristiwa ini, antaranya benarkah Baginda s.a.w. telah

meninggalkan mereka ( krisis kepercayaan ), dimanakah Baginda s.a.w.
akan dimakamkan, dan yang paling utama, siapakah yang bakal mengisi

kekosongan jawatan yang ditinggalkan, atau disebut dengan istilah
khalifah.

Dari segi bahasa, khalifah membawa maksud pengganti. Dalam konteks Peranan Majlis Syura
siasah ( politik ), ianya merujuk kepada pengganti kepada Nabi
Muhammad s.a.w. bagi mengetuai negara dan umat Islam di Madinah.  Tempat rujukan bagi melaksanakan
Individu yang dilantik akan memegang jawatan yang disebut khilafah. hukum Allah
Hampir semua mazhab dalam agama Islam kecuali beberapa serpihan
Mazhab Muktazilah dan Khawarij mewajibkan umat Islam mewujudkan  Memilih calon khalifah
jawatan ini demi kepentingan agama, negara, dan umat Islam. Harus  Memiliki kuasa melucutkan jawatan
diingat jawatan ini merupakan pengganti kepada Rasulullah s.a.w.
sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Bakar, “Aku bukanlah Khalifah seseorang khalifah
Allah, melainkan khalifah Rasulullah s.a.w.”  Memberikan bantuan / nasihat

teknikal berkaitan perundangan

Terdapat beberapa ciri yang menjadi kriteria seseorang individu layak
diangkat sebagai khalifah, antaranya beragama Islam, lelaki, baligh,
merdeka, adil, bijak berhujah dan berpolitik, berani, berilmu
pengetahuan, dan warak. Pun begitu, syarat - syarat ini sebenarnya
dibuat selepas kewafatan Baginda s.a.w. Hal ini disebabkan Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri tidak menjelaskan ciri - ciri penggantinya,
buktinya terdapat maksud Hadis, “Jika aku melantik khalifah, maka
orang yang aku lantik itu adalah orang yang lebih baik daripadaku, dan
jika aku serahkan ( perlantikan itu ), kepada mereka, maka mereka yang
disearhkan itu pula adalah lebih daripadaku”.

[email protected]/2020
116

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Oleh sebab tiada ditetapkan pengganti yang jelas, terserah kepada umat
Islam untuk menentukan cara pemilihan seseorang khalifah sesama
mereka. Sehubungan dengan itu, syura menjadi cara terbaik dalam
pemilihan seseorang khalifah pada zaman Khulafa al Rasyidin.
Umpamanya, pemilihan Abu Bakar, dikaitkan dengan rundingan antara
golongan Muhajirin dengan Ansar, manakala perlantikan Umar
walaupun diwasiatkan oleh Abu Bakar, wasiat berkenaan tetap
disyurakan dalam kalangan umat Islam. Perlantikan Uthman bin Affan
lebih jelas, Majlis Syura telah memutuskan beliau lebih layak dilantik
sebagai khalifah ketiga selepas berbincang. Begitu juga dengan
perlantikan Ali, berlaku permesyuaratan ( syura ) dalam kalangan
penyokongnya yang mendesak Ali mengisi kekosongan jawatan yang
ditinggalkan oleh Khalifah Uthman yang dibunuh oleh sekkumpulan
pemberontak.

Sesseorang individu yang dilantik sebagai khalifah akan disahkan
jawatannya melalui proses baiah. Ibn Khaldun menjelaskan baiah ialah
perjanjian di atas ketaatan. Dalam konteks pemerintahan, khalifah yang
dibaiah mestilah komited dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan, begitu juga dengan rakyat akan memberikan
kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Namun, sekiranya pemerintahan
seseorang khalifah bertentangan dengan dengan syarak ( al Quran
mahupun al Sunnah ), maka wajar individu berkenaan meletak jawatan
atau dilucutkan jawatan.

Individu yang diberikan tanggungjawab ini berperanan menjaga
kesucian agama Islam, sebagaimana tindakan Abu Bakar memerangi
golongan al Riddah, mentadbir negara berdasarkan hukum syarak,
menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh, sebagaimana
dasar Khalifah Umar yang menggerakkan tentera Islam bagi menangani
Rom dan Parsi, meluaskan syiar Islam, dan menghapuskan sebarang
bentuk kezaliman, contohnya menamatkan kekejaman Rom yang
memerintah Mesir atas permintaan kaum Qibti. Selain itu, seseorang
Khalifah juga bertanggungjawab menghidupkan amalan syura dalam
pemerintahan, oleh sebab itu, Khalifah Umar telah menginstitusikannya
dengan membentuk Majlis Syura serta mengungkapkan kata - kata,
“Tiada Khalifah tanpa musyawarrah”.

Kesimpulannya, sememangnya wajar jawatan ini diwujudkan bagi
memastikan kesinambungan pemerintahan dan dasar - dasar yang
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini juga bertepatan
dengan pandangan Ibn Khaldun yang menyatakan tugas khalifah ialah
menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syariah
untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

[email protected]/2020
117

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Pemilihan Abu Bakar al Siddiq dan Uthman bin Affan sebagai
Khalifah jelas menunjukkan pelaksanaan syura. Bincangkan
pernyataan tersebut.

Khalifah merujuk kepada individu yang dipilih oleh umat Islam bagi
menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin negara dan umat

Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., muncul era
pemerintahan yang dikenali sebagai zaman Khulafa al Rasyidin yang
diisi oleh Abu Bakar, diikuti Umar al Khattab, Uthman bin Affan dan Ali
Ciri Kepemimpinan Abu Bakar
bin Abi Talib. Apa yang pasti pemilihan khalifah - khalifah itu, jelas Bijak Selesai isu pengganti Nabi
melalui proses atau amalan syura ( pemesyuaratan ) dalam
Muhammad
kalangan umat Islam sebelum dibaiah oleh umat Islam. Berani Gerakkan tentera ke

Perlantikan Abu Bakar al Siddiq jelas menggambarkan berlakunya Ghassan
amalan musyawarrah. Hal ini terbukti apabila berlakunya Tegas Perangi golongan al Riddah
Berpand Mengumpul ayat al Quran
perbincangan dalam kalangan orang - orang Ansar dan Muhajirin di Jauh Mencalonkan penggantinya
Saqifah Bani Saidah bagi memilih individu yang akan mengisi
kekosongan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kejayaan menyelesaikan masalah selepas
Perbincangan berlaku apabila orang - orang Ansar berhasrat melantik dibaiah sebagai khalifah menyebabkan Abu
Saad bin Ubadah sebagai khalifah sekaligus mengundang rasa kurang Bakar digelar Penyelamat Negara dan Umat
senang dalam kalangan golongan Muhajirin. Abu Bakar al Siddiq telah Islam
menggunakan kebijaksanaannya bagi menolak hasrat golongan Ansar
dengan mengemukakan beberapa hujah. Walaupun tidak menafikan
besarnya peranan golongan Ansar, Abu Bakar menjelaskan sumbangan
Muhajirin lebih besar memandangkan merekalah yang
bertanggungjawab membawa ‘nur’ yang menguba kehidupan golongan
Ansar yang dibelenggu dengan amalan Jahiliyah.

Selain itu, Abu Bakar juga mengemukakan hujah akan kebimbangannya Kejayaan - kejayaan Abu Bakar
akan berlaku perbalahan antara golongan Aus dengan Khazraj menyelesaikan masalah menjadi asas kepada
sebagaimana keadaan sebelumnya. Sekiranya Saad bin Ubadah dilantik, kejayaan Umar al Khattab yang dibaiah
ada kemungkinan akan menimbulkan rasa kurang senang dalam sebagai penggantinya
kalangan golongan Ansar. Oleh sebab itu, langkah terbaik ialah melantik
dalam kalangan kaum Muhajirin. Abu Bakar al Siddiq juga
mengemukakan hujah akan hebatnya kepemimpinan silam kaum
Mujahirin khususnya kaum Quraisy. Abu Bakar telah mencadangkan
nama Umar al Khattab atau Abu Ubaidah al Jarrah, namun Umar telah
mencalonkan Abu Bakar atas kelebihan - kelebihannya lalu
memberikan baiah diikuti oleh individu - individu lain sama ada
daripada golongan Muhajirin sendiri mahupun golongan Ansar.

Pemilihan Uthman bin Affan lagi jelas menggambarkan amalan syura.
Sebelum Khalifah Umar meninggal dunia, baginda ada menyenaraikan
nama - nama yang layak disyurakan untuk diangkat sebagai khalifah.
Antara nama - nama tersebut ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib,
Zubair al Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Talhah bin Ubaidillah, dan
Abdul Rahman bin Auf. Selepas kemangkatan Khalifah Umar al Khattab,
keenam - enam orang sahabat dijemput menghadiri perbincangan bagi
mengisi kekosongan jawatan tersebut. Pemesyuaratan tersebut telah
dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf yang telah menarik diri

[email protected]/2020
118

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

daripada pencalonan tersebut. Abdullah bin Umar pula telah dilantik
sebagai saksi dalam perbincangan berkenaan. Walau bagaimanapun,
Saad dan Zubair telah menarik diri, manakala Talhah pula tidak
menghadirkan diri menyebabkan tinggal dua calon sahaja, iaitu Ali dan
Uthman.

Majlis Syura telah meneliti akan calon - calon berkenaan yang jelas Pembaharuan Politik Khalifah Umar al
mempunyai ciri kepemimpinan yang hampir sama dan selayaknya Khattab
mengisi kekosongan yang ditinggalkan ini. Selain itu, Abdul Rahman bin  Menginstitusikan amalan syura
Auf juga dikatakan meninjau pandangan para sahabat dan dan ketua -  Membahagikan negara Islam kepada
ketua kabilah akan kelebihan atau kekurangan yang ada pada Uthman
mahupun Ali. Apa yang pasti ternyata Majlis Syura masih belum mampu 8 buah wilayah
membuat keputusan sehinggalah Abdul Rahman bin Auf menggunakan  Penubuhan Jabatan Tentera
inisiatifnya untuk bertanyakan kedua - dua calon akan kesanggupan  Memisahkan Jabatan Kehakiman drp
mereka memegang amanah ini. Ketika ditanyakan Ali, sepupu Nabi
s.a.w. ini mengungkapkan, “Aku harap aku boleh melakukannya di atas jabatan lain
kadar kebolehan dan kemampuanku”. Manakala Uthman bin Affan,  Melaksanakan undang - undang tanah
apabila dikemukakan isu yang sama, menantu Rasulullah s.a.w. ini
menyatakan, “Ya, aku sanggup”. Atas ketegasan dan kesungguhan baharu
jawapan serta reaksi Uthman bin Affan ini, Majlis Syura yang
dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf telah mengisytiharkan Pembaharuan Ekonomi Khalifah Umar al
perlantikan Uthman sebagai Khalifah ketiga, serta memberikan baiah Khattab
atau sumpah setia terhadapnya diikuti oleh individu - individu lain  Menjadikan Baitulmal badan formal
termasuk Ali bin Abi Talib dan penyokongnya walaupun dikatakan  Mengemaskini sistem cukai
tidak berpuas hati, namun berjaya diredakan oleh Abdul Rahman bin  Menggalakkan pembukaan tanah
Auf.
untuk aktiviti pertanian
Jelaslah di sini, sememang amalan syura merupakan jalan terbaik dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan termasuk berkaitan dengan Pembaharuan Sosial Khalifah Umar al
kepemimpinan negara khususnya pemilihan bakal pengganti. Apa yang Khattab
pasti, syura yang berlaku adalah bertunjangkan keikhlasan, dan setiap  Menyediakan kemudahan sistem
keputusan adalah dibuat berdasarkan suara majoriti dan bukannya
kerana kepentingan pihak tertentu seperti meraih popular apatah lagi pengairan
menjadikan jawatan pemimpin itu sebagai warisan keluarga, terbukti  Membina jalan raya
dengan Umar al Khattab sendiri hanya mengesyorkan anaknya sebagai  Memberikan bantuan kepada non
saksi sahaja bukannya calon menggantikan tempatnya.
muslim
Perihalkan kejayaan Khalifah Abu Bakar al Siddiq  Membina masjid; syiar Islam dan
menyelesaikan isu - isu politik semasa menerajui kerajaan
Khulafa al Rasyidin. pendidikan
 Membina penjara
Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abu Qahafah dilahirkan  Membela nasib golongan hamba
pada tahun 574 Masihi berasal daripada keturunan Bani Tamim.
Merupakan individu yang memiliki kebijaksanaan berpolitik seperti
berhujah, berani dan tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Sepanjang pemerintahannya, Abu Bakar menghadapi cabaran - cabaran
yang begitu besar sama adaaspek politik mahupun sosial. Keupayaan
menangani isu - isu yang timbul telah menyebabkan beliau dikenali
dengan gelaran Penyelamat Negara dan Umat Islam.

[email protected]/2020
119

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Isu pertama yang diselesaikan oleh Khalifah Abu Bakar ialah
menyelesaiakan gerakan al Riddah di Yaman, Yamamah, Bahrain, Oman
dan lain - lain. Golongan ini terbahagi kepada golongan nabi palsu,
enggan membayar zakat, dan golongan murtad. Kemunculan golongan
ini berpunca daripada ketidafahaman sepenuhnya akan ajaran Islam,
ingin menandingi populariti Nabi Muhammad s.a.w., enggan menerima
kepemimpinan Abu Bakar yang dianggap orang luar ( muncul semula
fahaman assabiyah ), dan enggan terikat dengan ajaran Islam yang
dianggap mengongkong kehidupan mereka. Antara pemimpin golongan
al Riddah ialah Musailamah al Kazzab yang mengaku menjadi nabi
berserta pengikutnya, Bani Haniffah, Malik bin Nuwairah berserta Bani
Yarbu’ pula mengisytiharkan enggan membayar zakat. Abu Bakar telah
membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan ini selepas
seruannya agar golongan berkenaan kembali kepada Islam kurang
mendapat sambutan. Tindakan menggempur habis - habisan telah
berjaya menamatkan gerakan ini, termasuk membunuh beberapa nabi
palsu dan mengembalikan pengikut mereka kepada Islam.

Khalifah Abu Bakar juga telah menggerakkan tentera ke Ghassan,
berikutan adanya ancaman daripada Rom yang sering menggunakan
kabilah Arab untuk mengancam negara dan penganut Islam.
Sebenarnya tentera ini hampir digerakkan pada zaman Rasulullah
s.a.w., namun terpaksa ditangguhkan disebabkan peristiwa kewafatan
Baginda s.a.w. Sebaik sahaja menyelesaikan masalah al Riddah, Khalifah
Abu Bakar telah melantik Usamah bin Zaid bagi menggerakkan semula
tentera ini. Hasilnya, tentera Islam telah mencapai kemenangan, dan
tentera ini telah diamanahkan menjaga keselamatan negara Islam
Madinah. Hal ini juga telah menyebabkan golongan Zubyan dan Absy
yang ingin menyerang kota Madinah telah dibatalkan.

Selain Rom, Parsi juga menjadi penghalang kepada kerajaan Islam.
Khalifah Abu Bakar telah menghantar tentera di bawah kepemimpinan
al Muthana bin Harithah, malangnya tentera ini telah dapat ditewaskan.
Bantuan daripada Khalid al Walid membolehkan tentera Islam
menebus kekalahan, dan mula menguasai beberapa wilayah seperti
Hirah, Anbar, Ain al Tamar, dan Daumat al Jandal di Iraq. Kejayaan
ekspedisi di Iraq ini, disusuli dengan kejayaan kempen peperangan di
wilayah kekuasaan Rom seperti Busra dan peperangan terbesar, Perang
Yarmuk yang berlaku di penghujung usianya telah melemahkan
kekuatan pihak musuh dan mengikis keegoan mereka.

Satu lagi isu politik yang berjaya diselesaikan oleh Khalifah Abu Bakar Pembaharuan Sosial Khalifah Umar Abdul
ialah menentukan bakal penggantinya. Khalifah Abu Bakar merupakan Aziz
individu yang berpandangan jauh, enggan melihat krisis kepemimpinan
berlaku sebagaimana selepas kewafatan Nabi s.a.w., apabila perdebatan

antara golongan Ansar dengan Muhajirin begitu tegang sehinggalah
Abu Bakar bijak berhujah untuk meredakan isu ini. Oleh sebab itulah,
Khalifah Abu Bakar telah memanggil Uthman bin Affan agar menulis
wasiat agar jawatan Khalifah ini diserahkan kepada Umar al Khattab
seandainya dia meninggal dunia kelak. Ternyata pilihan Khalifah Abu
Bakar adalah tepat, kerana Umar al Khattab telah melakukan banyak
sekali pembaharuan sepanjang pemerintahannya sehingga zaman

[email protected]/2020
120

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pemerintahannya dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan  Menamatkan dasar diskriminasi
Islam. terhadap golongan Mawali

Sebagai penutupnya, dapat dirumuskan Khalifah Abu Bakar  Memperluaskan usaha dakwah
sememangnya seorang pemimpin yang berwibawa, kehebatan tokoh  Memajukan pembelajaran ilmu Hadis
ini amat terserlah apabila berjaya menangani pelbagai isu yang boleh  Menghapuskan cacian terhdp
melemahkan kerajaan Islam sekiranya gagal ditangani dengan baik.
Kejayaan menyelesaikan isu - isu politik ini telah membawa kepada Keluarga Khalifah Ali
kestabilan politik sehingga dianggap antara faktor utama yang
membolehkan Umar al Khattab melaksanakan pelbagai pembaharuan
dalam negeri.

Analisiskan sumbangan Khalifah Umar al Khattab dalam bidang
ketenteraan.

Khalifah Umar al Khattab dipilih menjadi khalifah kedua kerajaan Para sejarawan menyatakan Khalifah Umar
Abdul Aziz adalah khalifah ke-5 kerajaan
Khulafa al Rasyidin susulan daripada wasiat yang ditinggalkan oleh Khulafa al Rasyidin
Khalifah Abu Bakar, dan ianya telah sokongan daripada seluruh umat
Islam yang memberikan baiah sepenuhnya pada tahun 634 Masihi.
Sepanjang pemerintahannya, banyak pembaharuan yang dilaksanakan
dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial seperti menginstitusikan
amalan syura, mengemaskini sistem cukai dan Baitulmal, dan yang
tidak kurang pentingnya bagi memastikan kekuatan kerajaan Islam
ialah melaksana pembaharuan dan mengemaskini sistem ketenteraan
kerajaan Islam.

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam bidang
ketenteraan ialah menubuhkan Jabatan Tentera / Diwan al Jund.
Tentera - tentera kerajaan Islam pada zaman Khalifah Umar bukan lagi
tentera sukarela sebagaimana zaman - zaman sebelumnya, malah kini
dibentuk tentera tetap dan tentera simpanan. Tentera tetap merupakan
unit tentera yang dianggotai individu bergaji tetap serta mendapat
elaun, sedangkan tentera simpanan pula, merupakan unit tentera yang
dikerah seandainya perlukan bantuan, dan anggota tentera ini akan
mendapat elaun sepanjang perkhidmatannya. Pun begitu, seandainya
anggota tentera sama ada tentera tetap atau tentera simpanan gugur di
medan perang, keluarga anggota berkenaan akan diberikan elaun sara
hidup. Apa yang pasti, imbuhan yang diberikan kepada tentera cukup
untuk menyemarakkan perjuangan mereka selain disuntik dengan
semangat jihad yang menjanjikan ganjaran syahid.

Seterusnya, Khalifah Umar juga telah merombak struktur pentadbiran Keberanian Khalifah Umar Abdul Aziz
tentera Islam, yang merupakan sesuatu yang tidak pernah diduga oleh Merombak Tradisi
umat Islam. Khalifah Umar al Khattab telah bertindak menggantikan
jawatan Khalid al Walid sebagai Panglima Agung dengan Abu Ubaidah  Menghidupkan kembali amalan syura
al Jarrah ketika ekspedisi menghadapi Rom dalam Perang Yarmuk.  Penghapusan karenah birokrasi
Tujuan pemecatan bukannya kerana Khalifah Umar bimbang akan  Menghapuskan pelaksanaan jizyah
pengaruh Khalid, tetapi ianya bertujuan untuk menjaga akidah umat
Islam. Hal ini disebabkan timbulnya persepsi setiap kali perjuangan terhadap golongan Mawali
yang disertai oleh Khalid, tentera Islam akan memperoleh kemenangan,  Harta Baitulmal dianggap amanah
dan kemenangan ini disambut dengan pujian yang melampau kepada
Khalid termasuk menyanyikan lagu dan mendendangkan syair yang Allah
memujinya, sehingga mengabaikan pujian terhadap Allah yang  Menghentikan dasar peluasan kuasa

[email protected]/2020

121

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

membantu kemenangan. Ternyata pemecatan berkenaan tidak  Menghentikan cacian terhadap
merencatkan semangat perjuangan Khalid, tokoh hebat ini terus keluarga Khalifah Ali
bersama Abu Ubaidah menggempur pihak lawan khususnya Rom dan
Parsi sehingga dapat melemahkan kuasa besar tersebut.

Khalifah Umar al Khattab juga melaksanakan beberapa peraturan
baharu terhadap golongan tentera bagi memastikan komitmen mereka
terhadap bidang ini terjejas. Setiap anggota tentera diwajibkan
menjalani latihan keras seperti menunggang kuda, memanah, berjalan
tanpa menggunakan alas kaki semata - mata untuk memastikan
anggota tentera dalam keadaan berdisiplin dan mantap dari segi fizikal.
Anggota juga dilarang mengambil mana - mana tanah sebagai hak milik
mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak dilarang untuk membeli
tanah - tanah di wilayah yang dikuasai. Hal ini bertujuan untuk
mengelak timbul situasi yang kurang menyenangkan dalam kalangan
penduduk tempatan.

Khalifah Umar al Khattab juga telah mendirikan pusat - pusat tentera di
kawasan yang strategik atau sempadan bukan sahaja untuk
memastikan kawalan dari segi keselamatan, malah dari segi jangka
panjang pusat - pusat ini seperti di Kufah, Basrah, Mosul, Fustat, dan
Hims menjadi pusat pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan
hasil asimilasi dan integrase antara orang - orang Islam dan penduduk
tempatan. Di pusat - pusat ketenteraan tersebut, dikuatkuasakan
peraturan yang ketat bagi memastikan disiplin tinggi dalam kalangan
anggota tentera.

Sumbangan terbesar Khalifah Umar al Khattab dalam bidang Dasar Politik Khalifah Harun al Rasyid
ketenteraan pastinya berjaya melemahkan dua kuasa besar, iaitu Rom
dan Parsi. Kejayaan mengalahkan dua kuasa besar ini, bermakna  Mengekalkan Baghdad sebagai pusat
Khalifah Umar menjadi individu pertama yang mengorak langkah pentadbiran
membentuk empayar kekuasaan kerajaan Islam. Kejayaan menguasai
Mada’in, yang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Parsi  Menggunakan khidmat Keluarga al
merupakan titik tolak jatuhnya kerajaan tersebut. Susulan daripada itu, Barmaki dan menghapuskannya
tercetusnya Perang Nihawand, ianya telah melenyapkan sama sekali
pengaruh dan kekuasaan Parsi terhadap kabilah - kabilah Arab di  Melaksanakan hubungan diplomatik
sebelah selatan Semenanjung Tanah Arab. Bagi menggerakkan dan dengan kuasa - kuasa besar
melemahkan Rom pula, Khalifah Umar mengarahkan tiga panglima
hebat menggempur musuh tersebut, Khalid al Walid, Abu Ubaidah, dan  Meneruskan dasar perangi Rom
Amru al As. Impaknya, wilayah seperti Syam yang mengandungi Jordan  Mengemaskini angkatan tentera
dan Syria, Palestine termasuk ibukotanya, Baitulmaqdis, Babylon dan
Iskandariah di Mesir jatuh ke tangan kerajaan Islam, dan sedia darat dan tentera laut
membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan
Islam.

Tidak dinafikan sumbangan Khalifah Umar al Khattab dalam bidang
ketenteraan cukup besar, malah tidak keterlaluan dikatakan
kemenangan dan kejayaan melemahkan Rom khususnya telah menjadi
inspirasi kepada para pejuang Islam untuk menguasai pusat
pentadbirannya di Constantinople. Walaupun telah ada usaha - usaha
tentera Islam mara ke Asia Tengah dan ke utara Afrika, namun ianya
terpaksa dihadkan demi faktor keselamatan kerana Umar al Khattab

[email protected]/2020
122

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

sedar pergerakan atau peluasan wilayah melalui kempen peperangan
kini terlalu jauh daripada pusat pentadbiran, Madinah al Munawarrah.

Nilaikan dasar politik dan ekonomi Khalifah Umar Abdul Aziz
sehingga mendapat jolokan Khalifah al Rasyidin ke- 5.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan pemerintah ke-8 kerajaan Dasar Ekonomi Khalifah Harun al Rasyid
Bani Umaiyah ( 99 - 101 H ). Walaupun tempoh masa pemerintahan  Melaksanakan sistem cukai
tokoh ini agak singkat, namun polisi atau dasar yang dilaksanakan jelas  Memantapkan pengurusan Baitulmal
berbeza dengan amalan para khalifah sebelumnya, sehinggakan  Memajukan sektor:
baginda dianggap sebagai khalifah yang paling adil serta mampu
membersihkan imej kerajaan Umaiyah. Dasar - dasar yang - pertanian
dilaksanakan seperti dasar politik, ekonomi, dan sosial yang mirip - perdagangan
pemerintahan moyangnya, Umar al Khattab menyebabkan baginda - industri pembuatan
dianggap sebagai Khalifah al Rasyidin yang ke-5. - perlombongan

Antara dasar politik yang dilaksanakan Khalifah Umar ialah Peranan Baitul Hikmah
menghidupkan kembali amalan syura dalam melaksanakan urusan  Pusat pengumpulan karya /
pemerintahan dan pentadbiran. Baginda enggan dianggap sebagai
individu yang mengamalkan dasar pemusatan kuasa, apatah lagi perpustakaan
mengenepikan hak - hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta  Penghasilan karya ( ilmu aqli dan ilmu
kritikan. Khalifah Umar telah membuka ruang seluasnya kepada rakyat
untuk mengemukakan apa - apa syor yang boleh memberikan manfaat naqli )
bersama. Jawatan pengawal peribadi, pengawal istana, sekatan atau  Penyalinan karya
protokol tertentu bagi menemui Khalifah telah dihapuskan. Pegawai -  Penterjemahan karya
pegawai yang dilantik adalah berasaskan merit; kelayakan dan  Pusat penyelidikan
kewibawaan bukannya berdasarkan keturunan atau pengaruh. Apa  Pusat diskusi ilmiah
yang pasti, tujuan Khalifah Umar berbuat demikian ialah untuk
memastikan rakyat sentiasa dilindungi dan berada dalam harmoni
serta sejahtera.

Khalifah Umar Abdul Aziz melaksanakan dasar - dasar yang selari
dengan hukum syarak, bagi memastikan ianya akan memberikan
keadilan kepada semua pihak tanpa mengira agama, bangsa mahupun
keturunan. Mana - mana pegawai kerajaan yang melaksanakan polisi
yang bertentangan dengan hukum syarak dan sekiranya didapati benar
selepas disiasat, pasti akan dipecat. Khalifah Umar bertindak
menghapuskan dasar diskriminasi terhadap golongan Mawali,
diberikan hak yang sewajarnya termasuk menggalakkan dasar
asimilasi seperti perkahwinan campur antara orang Arab dan bukan
Arab. Khalifah Umar juga mengarahkan polisi berbaik - baik dengan
dengan keluarga Khalifah Ali dengan mengarahkan seruan perdamaian
di mimbar - mimbar Jumaat. Dasar - dasar yang mencerminkan
keadilan jelas meninggalkan impak positif apabila golongan Khawarij
dan Syiah menghentikan seketika pemberontakan.

Khalifah Umar juga telah mengubah dasar luar negara khususnya
berkaitan dengan peluasan kuasa. Kempen - kempen ketenteraan telah
dihentikan, kerana Khalifah Umar mendapati perjuangan bukan lagi
berasaskan prinsip jihad apatah lagi dengan dakwah Islamiyyah.
Peluasan wilayah seolah - olah untuk mendapatkan kemegahan.
Sehubungan dengan itu, tentera - tentera di sempadan dipanggil balik

[email protected]/2020

123

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

termasuk yang sedang mengepung kota Constantinople yang jelas Khalifah Umar Menjadikan Pemerintahan
banyak membuang masa, tenaga, dan kos. Sebaliknya, Khalifah Umar Rasulullah Sebaga Model
Abdul Aziz telah bertindak menggunkan polisi dakwah dengan
menghantar para pendakwah merentasi sempadan antarabangsa  Khalifah menggantikan Rasulullah
kerana baginda berpendapat kaedah ini lebih berkesan untuk menarik  Amalan syura digantikan dengan
mereka menerima agama Islam serta mengadakan hubungan
diplomatik dengan kerajaan Islam. Majlis Syura
 Madinah kekal sebagai pusat
Dalam bidang ekonomi pula, Khalifah Umar berusaha memulihkan
institusi Baitulmal. Segala sumber Baitulmal dianggap sebagai amanah pentadbiran
Allah, bukannya milik atau harta kerajaan yang boleh digunakan  Perlembagaan Madinah kekal sbg
sewenang - wenangnya. Segala harta yang dimiliki oleh keluarga
Umaiyah secara tidak sah dikembalikan semula kepada Baitulmal. Bagi sistem perundangan
memastikan sumber kewangan Baitulmal kukuh, Khalifah Umar Abdul  Pertambahan kawasan wilayah
Aziz telah menyerahkan dan memasukkan sebahagian harta  Penubuhan Jabatan Tentera
peribadinya dan barangan kemas isterinya ke dalam isntitusi
kewangan tersebut. Khalifah Umar juga mengarahkan semua kuda -
kuda pilihan dijual dan hasilnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.
Perbelanjaan dibuat secara berhemat, majlis keraian, upacara rasmi
negara, dan hadiah mewah kepada tetamu dianggap membazir serta
perlu dihapuskan.

Khalifah Umar juga telah bertindak mengemaskini sistem cukai bagi
memastikan cukai - cukai yang dikenakan tidak membebankan serta
berlaku penyalahgunaan kuasa. Khalifah Umar Abdul Aziz telah
menamatkan kutipan cukai jizyah dalam kalangan golongan pendeta
dan golongan Mawali. Malah, cukai jizyah juga telah diturunkan
mengikut kemampuan golongan kafir zimmi, umpamanya cukai jizyah
terhadap golongan Yahudi yang selama ini 2 000 dirham telah
diturunkan kepada 200 dirham. Begitu juga dengan cukai kharaj, cukai

berkenaan akan dikenakan ke atas semua pemilik tanah, penentuan
kadar kharaj adalah sebagaimana yang dipraktikkan pada zaman
Khulafa al Rasyidin, iaitu mengikut jenis tanaman, kualiti tanah, air
siraman, dan lokasi tanah berkenaan daripada kawasan pemasaran.

Bagi memastikan pembangunan ekonomi negara, Khalifah Umar
menggalakkan rakyat mengusahakan aktiviti pertanian dan
perdagangan. Rancangan pembukaan tanah - tanah pertanian
dijalankan di seluruh negara, dan bagi memastikan tanah pertanian
mendapat bekalan air yang mencukupi kemudahan terusan dan tali air
disediakan di kawasan pertanian ( sawad ) di Iraq, Damsyik, dan Mesir.
Khalifah Umar sentiasa menggalakkan umat Islam mencari rezeki,
sehingga dilaporkan pada zaman pemerintahannya, tidak terdapat
golongan yang layak menerima sumber zakat. Malah, satu lagi
pembaharuan yang dilaksanakan ialah memberikan bantuan modal

daripada sumber Baitulmal kepada orang bukan Islam yang tidak
mempunyai harta untuk memulakan pekerjaan.

Kesimpulannya, sememangnya polisi atau dasar Khalifah Umar Abdul
Aziz lebih adil dan segala perancangan terebut jelas menggambarkan
mesra rakyat, sehingga zaman pemerintahannya dikatakan bebas
daripada konflik dalaman yang sering menjadi igauan kepada
pemimpin kerajaan Umaiyah.

[email protected]/2020
124

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Kegemilangan Khalifah Harun al Rasyid dapat dilihat melalui
pelaksanaan dasar luarnya dan menjadikan kota Baghdad
sebagai pusat tumpuan masyarakat antarabangsa. Jelaskan
pernyataan ini.

Harun al Rasyid merupakan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah selepas
pemerintahan al Mahdi, memerintah sejak berusia sejak 21 tahun
sehingga tahun 809 Masihi. Tokoh yang dilahirkan di Rayy ini
sememangnya mempunyai keperibadian yang hebat seperti gemar
bergaul dengan ulama, berani, bijak, tegas, dan berfikiran terbuka
sehingga mampu mencorak dasar pemerintahannya dengan berkesan.
Impaknya, pusat pemerintahannya Baghdad telah muncul sebagai
pusat ekonomi dan perkembangan intelektual yang tekenal sejak abad
ke-9 Masihi.

Kejayaan Khalifah Harun dikaitkan dengan kebijaksanaannya Pentadbiran Wilayah Kerajaan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa - kuasa luar yang telah Uthmaniyah
meninggalkan impak yang cukup besar dari sudut politik, ekonomi, dan  Ketua pentadbir wilayah ialah
sosial. Hubungan dengan Perancis telah membawa kepada kerjasama
pertahanan dan membawa pengiktirafan kuasa Barat tersebut terhadap Gabenor
kerajaan Abbasiyah. Dari sudut ekonomi, pedagang - pedagang kedua -
dua negara boleh berdagang antara satu sama lain, dan bagi kerajaan - perundangan
Abbasiyah situasi ini boleh dimanfaatkan untuk memastikan syiar - kehakiman
Islam berkembang ke Eropah Barat melalui Perancis. Kesan yang sama - ketenteraan
dapat dilihat apabila wujudnya hubungan dengan China dan India, - cukai / kewangan
bukan sahaja merancakkan aktiviti perdagangan dengan negara -  Multezim
negara berkenaan, malah kerajaan Abbasiyah telah memanfaatkan
teknologi yang ada bangsa China dan India termasuk menggalakkan - mengutip cukai
kemasukan karya - karya ilmiah untuk diterjemahkan.  Sanjak bey
Hubungan dengan Rom memang tidak dapat dinafikan sentiasa dalam
tegang. Namun, pada zaman kerajaan Abbasiyah ini khususnya sewaktu - ketua subwilayah
pemerintahan Khalifah Harun, kemenangan sering berpihak - rekrut tentera
kepadanya, Rom terpaksa akur dengan kekalahan yang diterima dan  Kadi
memohon perjanjian yang diakhiri dengan gencatan senjata sewaktu
pemerintahan Maharani Irene. Perjanjian tersebut menetapkan ufti - hakim - bicara kes jenayah dan
yang perlu dibayar yang pastinya menambahkan khazanah kekayaan sivil
kerajaan Islan ini. Gencatan ini juga memberikan ruang kepada
pendakwah dan pedagang Islam memainkan peranan masing - masing  Nahiye
di kawasan perairan Mediterranean tanpa sebarang ganggu gugat.
- mentadbir kampung
Seterusnya, kegemilangan pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid
dapat dilihat daripada dasar ekonominya yang menyebabkan Baghdad
menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Paling utama pastinya
tokoh ini memainkan peranan yang cukup penting melaksanakan dasar
buka pintu dengan menggalakkan kemasukan pedagang - pedagang ke
pelabuhan Baghdad yang pastinya membawa masuk barangan
daripada negara masing - masing. Umpamanya, pedagang China
membawa sutera, rempah ratus dan cat daripada India, batu permata
dan permaidani daripada Turki, madu, lilin, barangan kulit daripada
Scandinavia dan Rusia, gading dan emas daripada Afrika Timur,
gandum daripada Mesir, barangan kaca dan buah - buahan daripada
Syria, dan minyak wangi serta sutera daripada Parsi. Khalifah Harun

[email protected]/2020

125

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

memastikan kemudahan - kemudahan seperti ruang niaga seperti  Sistem millet
pasar, gudang, dan jaminan keselamatan agar Baghdad terus menjadi - menjaga kebajikan dan kehakiman
tumpuan masyarakat dunia. Hal ini terbukti dengan penemuan mata non muslim
wang Arab di Jerman, Rusia, Sweden, Finland apatah lagi China dan - kebebasan beragama
India. Khalifah Harun juga berhasrat untuk menghubungkan Laut
Mediterranean dengan Laut Merah, namun tidak dapat dilaksanakan
atas sebab keselamatan.

Baghdad juga menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dikaitkan
dengan peranannya sebagai pusat intelektual berikutan terdirinya
gedung ilmu terbesar, Baitul Hikmah. Di institusi ini, pelbagai aktiviti
keilmuan berlangsung sama ada penghasilan karya, penyalinan karya,
aktiviti penterjemahan, diskusi ilmiah, dan penyelidikan. Institusi ini
terbuka kepada sarjana yang beragama Islam dan bukan beragama
Islam. Polisi ini dilaksanakan bagi memastikan Baitul Hikmah menjadi
pusat perkembangan pelbagai ilmu yang merangkumi ilmu berkaitan
keagamaan ( ilmu naqli ) dan ilmu aqli. Walaupun kegemilangan Baitul
Hikmah ini agak ketara sewaktu pemerintahan anaknya, al Makmun,
namun realitinya tokoh inilah yang menyediakan asas yang kukuh ke
arah kegemilangan. Ramai tokoh ilmuwan dapat dilahirkan di institusi
ini seperti Hunayn bin Ishaq, al Batani, al Biruni, al Khwarizmi
menggambarkan peranan Baghdad sebagai pusat ilmu aqli dan ilmu
naqli yang aktif.

Khalifah Harun al Rasyid sememangnya merupakan individu yang amat Pegawai / pentadbir yang dilantik dalam
bijak merangka dasar - dasar negara. Keupayaannya menjalinkan kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja
hubungan luar seolah - olah menggambarkan ada hubung kaitnya berbangsa Turki, malah bangsa asing dan
peranan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan dan pusat bukan beragama Islam
perkembangan intelektual. Tidak hairanlah disebabkan polisi ini,
Khalifah Harun telah memulakan era The Golden Age of Islam yang

berpusat di kota Baghdad.

1.6 BENTUK PEMERINTAHAN Antara tahun 1453 - 1623, hanya 5 orang
Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Islam sewaktu Wazir Agung berbangsa Turki, selebihnya
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab ( 634 M - 644 M )
bangsa - bangsa lain

Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa Tentera Uthmaniyah
al Rasyidin yang memerintah selama 10 tahun. Perlantikan Khalifah - Tentera darat; infantri, kavalri, pembawa
Umar merupakan permulaan kerajaan Islam ke arah kegemilangan
disebabkan sepanjang pemerintahan pelbagai pembaharuan senjata dan tentera pembantu
dilaksanakan merangkumi aspek politik, ekonomi, mahupun sosial. - Tentera laut
Khalifah Umar masih lagi meneruskan dasar pemerintahan yang sama
sebagaimana zaman sebelumnya dengan mengekalkan dua bentuk
pemerintahan, pusat dan wilayah dengan melakukan beberapa
penambahbaikan demi kecekapan pengurusan.

Khalifah Umar masih lagi mengekalkan kota Madinah sebagai pusat
pemerintahan kerajaan Islam Madinah memandangkan kedudukannya
yang startegik di kawasan Hijaz di samping inilah kota pertama yang
dijadikan pusat pentadbiran oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid
Nabawi juga masih dikekalkan sebagai markas atau bilik gerakan

[email protected]/2020
126

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kepada kerajaan Islam, dan di sanalah segala dasar - dasar kerajaan
yang akan dilaksanakan akan disyurakan bagi mendapat sokongan
majoriti sekaligus memberikan manfaat kepada warga negara tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan.

Di peringkat pusat, Khalifah akan bertindak sebagai pemerintah
tertinggi. Khalifah Umar berperanan sebagai perundangan, ketua
eksekutif, ketua kehakiman dan panglima tertinggi dalam bidang
ketenteraan. Walau bagaimanapun, khalifah bukanlah individu yang
berkuasa mutlak, sebaliknya konsep pengagihan kuasa dipraktikkan
dengan pelaksanaan amalan syura dan pengekalan peranan ketua -
ketua tempatan di samping mengekalkan peranan Gabenor bagi
menguruskan pentadbiran peringkat wilayah. Keistimewaan Khalifah
ialah boleh mengeluarkan ijtihad sekiranya sesuatu masalah tiada
penyelesaian dalam al Quran mahupun al Sunnah.

Di peringkat pusat, Khalifah Umar telah melakukan satu perubahan
yang cukup menarik bagi memastikan kecekapan pentadbiran, dengan
menginstitusikan amalan syura melalui pembentukan Majlis Syura.
Badan ini bertindak umpama sebuah majlis perundingan yang akan
menjadi penasihat kepada Khalifah sebelum sesuatu dasar
dilaksanakan. Ahli - ahli dalam Majlis Syura ini dikenali sebagai Ahl al
Syura atau Ahl al Hal wa al ‘Aqd merupakan individu - individu yang
dilantik berdasarkan kelayakan dan kewibawaan. Kriteria seseorang
yang dipertimbangkan sebagai ahli majlis ini ialah lelaki, beragama
Islam, merdeka, baligh, adil, dan berfikiran tajam khususnya berkaitan
dengan politik dan pentadbiran. Amalan syura diperluaskan kepada
rakyat; digalakkan mengemukakan pandangan dan kritikan serta
dilaksanakan juga di peringkat wilayah kekuasaan kerajaan Islam.

Sistem birokrasi juga dibentuk oleh Khalifah Umar melalui
pembentukan jawatan dan jabatan tertentu bagi mengendalikan urusan
pemerintahan dan pentadbiran. Antara individu yang dilantik mengisi
jawatan - jawatan utama dalam kerajaan ialah Uthman bin Affan, Ali bin
Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, al Muthanna bin Harithah, Zubair al
Awwam dan lain - lain. Beberapa buah jabatan telah ditubuhkan untuk
memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar, antaranya Diwan al
Jund ( Jabatan Tentera ), Diwan al Qadhi ( Jabatan Kehakiman ), Diwan
al Syurthah ( Polis ), dan Diwan al Barid ( Pos ). Baitul mal telah
dijadikan pusat penyelenggaraan segala perbelanjaan dan pendapatan
negara, Jabata Kehakiman telah dipisahkan daripada jabatan lain untuk
memastikan ketelusan, dan satu rombakan terbesar dilakukan ialah
menggantikan Khalid al Walid dengan Abu Ubaidah sebagai Panglima
Perang.

Perlembagaan Madinah tetap menjadi sistem perundangan tertinggi Kerajaan Muwahiddun terletak di Morocco
dalam negara Islam semasa pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin.
Khalifah Umar al Khattab masih menjadikan perundangan bertulis ini
bagi memastikan warga negara patuh ketetapan bersama serta
mempunyai rasa setia terhadap negara Islam Madinah. Khalifah Umar
juga memastikan setiap warga Madinah akan dilindungi di bawah
undang - undang yang sama, manakala orang - orang bukan Islam tetap
diberikan kebebasan, khususnya mengamalkan agama masing - masing

[email protected]/2020
127

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

dan mengemukakan apa - apa pandangan demi kepentingan bersama.
Pindaan - pindaan yang dilakukan disebabkan keperluan menyesuaikan
diri dengan keadaan semasa, umpamanya berkaitan dengan cukai,
harta rampasan perang, aspek pertahanan dan lain - lain.

Berkaitan dengan pentadbiran pperingkat wilayah pula, Khalifah Umar

al Khattab telah membahagikan negara Islam kepada 8 buah wilayah
dengan Madinah sebagaimana yang disebut di atas menjadi pusat

pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Setiap wilayah akan diketuai oleh
Gabenor yang bertanggungjawab terhadap Khalifah serta mempunyai

ibu kota masing - masing, umpamanya Hijaz, ibu negeri Makkah, Syam
( Damsyik ), Iran ( Basrah ), Iraq ( Kufah ), Mesir ( Fustat ),

Palestine (Baitumaqdis ), dan Jazirah atau Mesopotamia ( Hims ).
Sebagaimana pentadbiran peringkat pusat, kerajaan wilayah juga
memiliki birokrasi bagi membantu Gabenor, iaitu perlantikan Pengarah

Perbendaharaan, Pemungut Cukai, Ketua Polis, dan Hakim. Setiap
hujung tahun, laporan perlu dihantar atau pegawai berkenaan perlu

hadir ke kota Madinah. Bagi memastikan pengurusan kewangan
berjalan lancar, cawangan Baitulmal telah didirikan di setiap wilayah.

Pegawai - pegawai yang dilantik wajib mengisytiharkan harta bagi
mengelak penyalahgunaan kuasa.

Kesimpulannya, bentuk pemerintah yang dipraktikkan pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab walaupun berasaskan zaman -
zaman sebelumnya, namun Khalifah Umar memiliki idea tersendiri bagi
menambahbaik sistem pentadbiran sehingga mampu kerajaan ini
bertahan 41 H, apabila Khalifah Ali dibunuh oleh golongan Khawarij
yang menandakan berakhirnya pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di
peringkat pusat pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi

Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman 1 pada tahun 1299,
dan berjaya bertahan sehingga tahun 1922 apabila terbentuk kerajaan
republik yang ditunjangi oleh pemimpin berjiwa sekular yang
menjatuhkan Daulah Islam terakhir ini. Kerajaan ini mencapai
kegemilangan terutamanya sewaktu di bawah kepemimpinan beberapa
sultan seperti Muhammad al Fateh, Sutan Selim 1, dan Sultan Suleiman
1 yang juga dikenali dengan gelaran Sulaiman al Qanuni. Kejayaan
membentuk empayar yang luas telah menyebabkan pemerintah
Uthmaniyah membentuk dua bentuk pentadbiran, iaitu peringkat pusat
dan peringkat wilayah.

Di peringkat pusat, pastinya Sultan merupakan individu yang paling
berkuasa dan berpengaruh. Keperibadian seseorang sultan dan
kecekapan dalam menguruskan pentadbiran akan menentukan jatuh
bangunnya kerajaan ini. Sultan mengamalkan dasar pemusatan kuasa
bukan sahaja dalam pemerintahan, malah kewangan dan ketenteraan.
Pemusatan kuasa memberikan gambaran fungsi amalan syura agak
terbatas. Bermula zaman Sultan Selim I, salah satu cara yang digunakan
untuk mengukuhkan kuasa yang dipraktikkan ialah membunuh putera
sultan yang lain dan waris lelaki sebaik sahaja menjadi sultan. Amalan
tersebut dibenarkan berdasarkan kod undang - undang yang digubal

[email protected]/2020

128

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

oleh Mehmed II, oleh sebab itu, Sultan Selim I telah membunuh semua
adik beradik lelaki dan anak saudara lelaki sebaik sahaja menjadi
sultan, malah membunuh semua empat anak lelakinya kecuali Suleiman
yang akan dijadikan pewaris tunggal.

Bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran, jawatan Wazir Agung
dibentuk, juga akan bertindak sebagai penasihat seseorang Sultan.
Dalam undang - undang bertulis Turki, Kanunname, dinyatakan bidang
kuasa individu yang menggunakan gelaran Pasha ini amat luas sehingga
mencakupi segala aspek pentadbiran. Malah, Wazir Agung ini memiliki
cop mohor yang menggambarkan betapa berpengaruhnya tokoh ini
dalam pemerintahan, sekaligus menggambarkan posisinya mewakili
sultan dalam keadaan - keadaan tertentu. Lantikan dan pemecatan
seseorang Wazir Agung berada di tangan Sultan. Sejak pertengahan
abad ke-17, pentadbiran sepenuhnya dikendalikan oleh Wazir Agung,
sedangkan Sultan umpama boneka. Antara Wazir Agung terkenal ialah
Mehmed Koprulu dan Fazil Mustafa Koprulu.

Bagi menambahkan kecekapan, Wazir Agung akan dibantu oleh
beberapa orang individu berpengaruh, iaitu tiga orang hakim tentera,
dua orang Beylerbey ( ketua turus tentera sultan ), dua orang Defterdar
yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan, seorang
Agha yang mewakili tentera darat, seorang Laksamana, dan seorang
Nishanji yang memegang monogram ( mohor ) Sultan. Pada zaman
pemerintahan Sultan Suleiman I, perlantikan pegawai kerajaan
termasuk gabenor amatlah ketat bagi membantunya melaksanakan
undang - undang Islam dengan berkesan. Sultan sendiri dikatakan
merisik pegawai yang akan dilantik bagi memastikan benar - benar
bersih dan cekap kerana individu berkenaan akan mewakili kerajaan
Uthmaniyah.

Pada zaman pemerintahan Sultan Selim 1, jawatan mufti telah Aurangzeb merupakan tokoh yang
diwujudkan. Individu yang menggunakan gelaran Syeikhul Islam amat bertanggungjawab memartabatkan Islam di
berpengaruh dalam pemerintahan, malah adakalanya menjadi rujukan
utama seseorang sultan. Antara kepentingan Syeikhul Islam ialah India
mengeluarkan fatwa, misalnya fatwa jihad tatkala kerajaan
Uthmaniyyah terlibat dalam peperangan, memandangkan dalam Beza Dasar Akbar Berbanding Dasar
tempoh ini, kerap berlaku peperangan antara kerajaan Uthmaniyah
dengan kuasa - kuasa Barat khususnya Rusia, dan Britain serta Venice. Aurangzeb
Adakalanya mufti diberikan hak untuk melantik pegawai - pegawai
istana di Istanbul. Sewaktu pemerintahan Sultan Suleiman I, Mehmed Akbar Aurangzeb
Ebusuud Efendi dilantik sebagai Syeikhul Islam, dan merupakan
individu penting dalam pelaksanaan Qanun yang berasaskan syariah Dasar liberal Islamisasi
atau dengan kata lain gigih menegakkan hukum Islam termasuk
mengeluarkan beberapa fatwa yang penting. Reformasi sosial Martabatkan Islam
Agama Din Illahi Din Illahi
Sejak abad ke-16, jawatankuasa Diraja atau Divan -I Humayun dibantu dihapuskan
oleh oleh dua buah seksyen utama bagi melancarkan urusan Non Muslim - Utamakan Ulama
pentadbiran khususnya membuata keputusan dan menyimpan rekod, pentadbir
iaitu Biro Divan Diraja dan Biro Pentadbiran Kewangan. Biro Divan Amalkan dasar 14 di utara
Diraja berfungsi untuk menggubal dan mengeluarkan semua dikri dan p/kuasa 6 Deccan
undang - undang, menyimpan rekod Wazir Agung, Kadi, dan Gabenor 1 Kabul
Wilayah. Manakala Biro Pentadbiran Kewangan berperanan Hapuskan jizyah Hidupkan semula
jizyah

[email protected]/2020
129

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

menguruskan hal ehwal berkaitan pendapatan dan perbelanjaan
negara yang diperoleh daripada cukai, duti, dan tol yang dibayar oleh
rakyat Turki dan jajahan takluk . Biro yang diketuai oleh Ketua Pegawai
Kewangan ini juga bertanggungjawab membayar gaji pegawai kerajaan
dan tentera.

Satu lagi unit pentadbiran yang penting dalam kerajaan Uthmaniyah ini
tentera. Beylerbey ialah pangkat ketenteraan tertinggi, dengan jawatan
ini hanya disandang oleh beberapa orang sahaja. Beylerbey yang paling
berpengaruh ialah Beylerbey Anatolia dan Beylerbey Rumali di Eropah.
Beylerbey mempunyai kuasa yang amat luas sehinggakan Putera
Mahkota tunduk kepadanya. Seterusnya, Bey yang merupakan gelaran
ketua bataliondan bertanggungjawab membawa bendera dalam
sesuatu peperangan. Pasukan tentera sememangnya menjadi tulang
belakang kepada kerajaan Uthmaniyah, bukan sekadar untuk
mempertahankan negara, malah meluaskan kekuasaan sehingga
mencakupi 3 benua pada zaman Sultan Suleiman 1.

Kerajaan Uthmaniyah tidak menafikan peranan golongan bukan Islam
dalam pentadbiran. Sistem millet diwujudkan; pemimpin dalam
kalangan bukan Islam dilantik dalam pentadbiran bagi menguruskan
penduduk - penduduk non muslim dari segi kebajikan dan kehakiman.
Pegawai - pegawai yang dilantik ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

Sebagai rumusannya, tidak dinafikan struktur pentadbiran kerajaan
Uthmaniyah jelas mementingkan aspek pengukuhan kekuasaan
bermula daripada Sultan sehinggalah pegawai - pegawai tadbirnya.
Lemahnya, seseorang Sultan akan memberikan kesempatan kepada
pentadbir untuk menonjolkan pengaruh khususnya Wazir Agung dan
pemimpin - pemimpin tentera.

Jelaskan sistem pemerintahan di Andalusia pada abad ke-13
Masihi.

Islam bertapak di Sepanyol ( Andalusia ) pada tahun 711 Masihi apabila
tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan
pemerintahan Visigoth. Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk
kerajaan Islam di Andalusia yang dapat dibahagikan kepada beberapa
tahap sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang berpusat di
Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar ( Nasriyyah ) dikalahkan
oleh tentera – tentera Kristian. Pun begitu, sepanjang abad ke-13 Masihi
telah memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil, iaitu
kerajaan Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem
pemerintahan tersendiri.

Sama ada kerajaan Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyyah, kedua –
duanya mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri. Kerajaan
Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan
mereka selepas kejayaan menyeberang Andalusia. Susulan daripada
kejayaan ini, beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santarem,
dan Granada. Sejarah mencatatkan, kerajaan ini mempunyai 13 orang
pemerintah, dan pemerintah yang terkenal ialah Sultan Abu Ya’qub

[email protected]/2020
130

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Yusuf. Di bawah pimpinan Ibn Hud pula, Amir ini telah menjadikan Kebenaran mengangkat senjata
Murcia sebagai pusat pemerintahannya, dan memulakan usaha “Diizinkan berperang bagi orang-orang
menguasai wilayah seperti Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz. (Islam) yang diperangi (oleh golongan
Manakala kerajaan Nasriyyah pula diasaskan oleh Muhammad bin penceroboh), kerana sesungguhnya mereka
Yusuf bin Nasr yang juga dikenali sebagai Ibn al Ahmar telah telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat
menjadikan Granada sebagai pusat pentadbirannya pada tahun 1235 Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai
memandangkan kedudukannya yang strategik, antara Almeria dan kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari
Gibraltar serta dikelilingi oleh kubu pertahanan yang kuat. Kekuatan kampung halamannya dengan tidak
kerajaan ini menyebabkan Bani al Ahmar dapat bertahan sehingga berdasarkan sebarang alasan yang benar,
tahun 1396 Masihi. (mereka diusir) semata-mata kerana mereka
Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua – berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan
dua buah kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah, kalaulah Allah tidak mendorong setengah
amir, mahupun sultan. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran manusia menentang pencerobohan
amir merupakan simbol kekuasaan tertinggi dan bertujuan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah
memastikan jawatan ini berkekalan dan diwarisi oleh putera – putera tempat-tempat pertapaan serta gereja-
mahkota. Pun begitu, ada sesetengah pemerintah telah menggunakan gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat
gelaran al Mahdi, al Nasir dan al Mansor yang bertujuan sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-
menggambarkan akan keagungannya sebagai pemerintah; secara tidak masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut
langsung menggambarkan adanya pengaruh Syiah dalam kerajaan ini. nama Allah banyak-banyak padanya dan
Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa
menggunakan gelaran Sultan selain penggunaan gelaran yang sinonim yang menolong ugamaNya (ugama Islam);
dengan kerajaan al Muawahidun iaitu Amir. Apa yang pasti, gelaran sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
yang digunapakai ini menggambarkan bertujuan menunjukkan Kuasa.”
pemusatan kuasa di tangan pemerintah.
[al-Hajj: 39 – 40]
Seterusnya, bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar,
pemerintah sama ada Amir mahupun Sultan akan membentuk sistem
birokrasi sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah, walaupun
penguasaan wilayah agak terhad. Antara jawatan yang dibentuk ialah
Gabenor Jeneral yang merupakan wakil bagi khalifah
bertanggungjawab melantik pegawai – pegawai untuk membantunya
dalam urusan. Jabatan dan jawatan lain yang dibentuk pada zaman
kerajaan Muawahidun antaranya ialah Rais al Dawlah, al Wuzara, al
Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah al Jund, dan Nizam al Jibayah.
Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik, kewangan,
ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus memberikan
gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah kepada
pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.

Oleh sebab kedua – dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana
yang agak terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu,
polisi ketenteraan merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan
ini. Bagi kerajaan al Muwahidun umpamanya, mereka telah
mengadakan perjanjian damai dengan pihak Kristian yang telah
bertahan selama 10 tahun sebelum berlakunya semula pertelagahan

antara kedua – dua pihak. Begitu juga dengan Ibn Ahmar pada tahun
1246 Masihi telah menandatangani perjanjian damai dengan pihak
Kristian serta sedia membayar ufti dan menyerahkan beberapa buah
wilayah demi menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah
tunggal di Granada dan mengekalkan penguasaan kerajaan Nasriyah.
Pun begitu sentimen antiIslam yang menebal dalam kalangan
pemimpin Kristian telah menyebabkan kerajaan Granada diserang

[email protected]/2020
131

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

bertali arus sekaligus melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492
Masihi.

Salah satu keunikan dua buah kerajaan ini ialah dasar liberal yang Peristiwa yang hampir sama berlaku pada
dilaksanakan, umpamanya bagi kerajaan al Muwahidun, pemerintah zaman pemerintahan Khalifah Umar al
tidak memihak kepada mana – mana mazhab sebagaimana kerajaan
Murabitun sebelum ini yang memihak kepada Mazhab Maliki. Sikap Khattab
liberal ini menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada
orang – orang Islam. Dasar liberal kerajaan Nasriyah pula dapat dilihat,
apabila pemimpin – pemimpin kerajaan ini memberikan layanan yang
baik kepada golongan bukan Islam sekaligus telah mendapat kesetiaan
daripada penduduk Granada. Dasar liberal yang dilaksanakan
sesungguhnya dapat menjamin kekuatan dan keutuhan sama ada
kerajaan al Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyah.

Kesimpulan, walaupun kedua – dua buah kerajaan Islam ini
menghadapi ancaman yang begitu getir daripada golongan bukan Islam
khususnya golongan Kristian, namun dengan pentabiran yang
sistematik khususnya pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun
Sultan, ditambah dengan dasar – dasar yang dilaksanakan kerajaan ini
telah dapat bertahan sehingga penghujung abad ke-15 dan berjaya
meninggalkan legasi yang bernilai di bumi Eropah

Nilaikan dasar - dasar pemerintahan Aurangzeb yang telah
berjaya mengukuhkan kerajaan Moghul di India

Kerajaan Moghul bertapak di India selepas kejayaan pengasasnya,
Babur mengalahkan pemerintah terakhir kerajaan Kesultanan Delhi,
Sultan Ibrahim Lodi dalam Peperangan Panipat pada tahun 1526.
Bermula dari situ, terbentuk kerajaan ini sehingga tahun 1867, apabila
pemerintah terakhirnya, Bahadur Shah II telah dibuang ke Myanmar
kerana terlibat dalam peristiwa Dahagi India. Sepanjang pemerintahan
kerajaan ini lebih kurang 3 abad, muncul beberapa orang tokoh
terkenal, antaranya Akbar, Syah Jehan dan Aurangzeb. Aurangzeb
merupakan individu yang bertanggungjawab mengukuhkan kerajaan
ini melalui dasar politik, ekonomi dan sosial dengan menjadikan agama
Islam sebagai terasnya.

Dari sudut politik, Aurangzeb telah mengukuhkan kerajaan Moghul
dengan memastikan hanya orang - orang Islam sahaja diberikan
jawatan penting menguruskan pentadbiran negara, berbeza dengan
Akbar yang bersikap tolak ansur dengan memberikan peluang kepada
golongan bukan Islam sama ada golongan Hindu dan Sikh menjawat
jawatan utama. Sehubungan dengan itu juga, Aurangzeb telah
menggunakan khidmat ulama sebagai penasihatnya, dan segala
keputusan dibuat berdasarkan prinsip musyawarrah. Pun begitu, bagi
golongan bukan Islam, mereka masih diberikan peluang mengisi
jawatan - jawatan tertentu, umpamanya pegawai rendah dalam
kerajaan. Tindakan Aurangzeb ini telah mendapat sokongan daripada
orang - orang Islam, memandangkan agama Islam dan maruah orang -
orang Islam kembali dimartabatkan sekaligus akan mengukuhkan
kerajaan bercorak keislaman ini.

[email protected]/2020
132

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Dari sudut perundangan, bagi mengukuhkan kerajaan Moghul,
Aurangzeb bersama para ulama telah menyusun Fatwa Alamgiri bagi
mengislamisasikan kehidupan masyarakat di India. Melalui
perundangan ini, Aurangzeb mengirim utusan - utusan ke seluruh
negeri untuk menegakkan hukum Islam dan membanteras gejala -
gejala yang tidak sihat seeprti minum arak, berjudi, pelacuran atau
segala perbuatan yang buruk lagi keji. Aurangzeb telah menubuhkan
jabatan khusus untuk mengawal akhlak oran - orang Islam, termasuk
bertindak meghapuskan saki baki ajaran Din Illahi yang diteruskan oleh
Dara Shikoh, iaitu putera kepada Syah Jehan.

Bagi mengukuhkan kerajaan Moghul juga, Aurangzeb teah
melaksanakan dasar luar dengan mengadakan hubungan diplomatik
dengan kerajaan - kerajaan Islam. Sepanjang pemerintahannya,
Aurangzeb kerap menerima kunjungan diplomat - diplomat daripada
negara - negara Islam seperti Makkah, Parsi, Balkh, Bukhara, dan Turki
Uthmaniyah. Hubungan dengan negara - negara ini pasti memberikan
impak positif dari segi moral, kekuatan dan naungan, ekonomi, dakwah
Islamiyyah dan lain - lain yang pastinya memantapkan lagi kerajaan
Moghul ini.

Pengukuhan kerajaan Moghul juga dilakukan melalui pelaksanaan Tiga situasi etika peperangan:
dasar peluasan kuasa terhadap kawasan - kawasan yang sering - Sebelum perang
memberikan ancaman terhadap kerajaan Moghul. Sejarah mencatatkan - Semasa perang
pada zaman ini, kerajaan Moghul telah berjaya menguasai 14 buah - Selepas perang
wilayah di utara India, 6 buah wilayah di Deccan, dan sebuah wilayah di
Kabul. Aurangzeb telah menggunakkan kekuatan tenteranya bagi " Kami bersama Rasulullah SAW dalam
menyerang kaum - kaum Hindu, iaitu Panthan, Jat dan Satnami antara sebuah peperangan. Beliau melihat orang-
tahun 1667 - 1672, menghapuskan pemberontakan kaum Sikh yang orang berkumpul mengelilingi sesuatu. Lalu
diketuai oleh Guru Tegh Bahadur, Guru Arjan, dan Gobindal Singkh beliau mengutus seseorang untuk melihatnya.
pada tahun 1675, kaum Rajput di bawah pimpinan Raja Udahipur pada Beliau berkata, 'Coba lihat mengapa mereka
tahun 1678, dan kaum Mahratas di Deccan yang diketuai oleh Sivaji berkumpul?' Tak lama kemudian orang itu
diikuti anaknya, Sambaji pada tahun 1689. Kemenangan ke atas puak - kembali dan berkata, 'Mereka berkumpul
puak fanatik Hindu dan Sikh ini jelas mengukuhkan kedudukan menyaksikan mayat seorang wanita yang
kerajaan Moghul di India. terbunuh.' Beliau berkata, 'Bukan mereka
yang harus dibunuh!' Ketika itu pasukan
Dalam bidang sosial pula, Aurangzeb berusaha mengembalikan imej dipimpin oleh Khalid bin Walid. Lalu Rasulullah
institusi pendidikan dan institusi agama bagi umat Islam. Aurangzeb SAW mengutus seseorang dan bersabda,
sendiri telah mendermakan tanah dan hartanya untuk mendirikan 'Katakanlah kepada Khalid, janganlah
pusat pengajian Islam. Kanak - kanak Islam kini dilarang belajar di kuil membunuh wanita dan jangan membunuh
- kuil Hindu meskipun menghadapi kekurangan institusi pendidikan. pegawai/buruh'."
Beliau melarang pembinaan kuil - kuil baharu, namun tidak
menghalang orang - orang bukan Islam mengamalkan agama dan adat
mereka. Di Banares, Aurangzeb telah mendirikan sebuah masjid dengan
kubah berwarna putih dilengkapi menara yang tinggi., malah kota
Banares ditukar nama kepada Ahmadabad.

Berkaitan dengan dasar ekonomi pula, Aurangzeb telah bertindak
memperkenalkan semula cukai jizyah terhadap golongan bukan Islam,
dan menghapuskan 80 jenis cukai yang bertentangan dengan syarak
kerana ada unsur kezaliman. Hanya individu yang beragama Islam
sahaja dilantik sebagai pemungut cukai. Aurangzeb juga menggalakkan
aktiviti perdagangan, namun enggan bertolak ansur dengan pedagang

[email protected]/2020
133

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Barat yang boleh memberikan ancaman, umpamanya bertindak
menawan Surat bagi mengurangkan ancaman Portugis yang berhasrat
meluaskan pengaruh di Lembah Brahmaputra serta mendesak
pedagang British keluar daripada wilayah Benggala, namun hasil
rundingan, Aurangzeb bersedia memberikan peluang kepada British
berdagang di Port William.
Kesimpulannya, tidak dinafikan Aurangzeb telah berjaya mengukuhkan
kerajaan Moghul melalui dasar pengislamannya dan menolak keras
amalan liberal yang dipraktikkan oleh para pemerintah sebelumnya
yang jelas memberikan kesempatan kepada golongan bukan Islam
mendominasi orang - orang Islam. Kebijaksanaan ditambah dengan
sikap agresifnya telah banyak menyumbang kepada menonjolnya
peranan Aurangzeb sebagai tokoh yang mengembalikan maruah umat
dan kerajaan Islam di India pada abad ke -16 Masihi.

1.7 PERTAHANAN DAN PEMBUKAAN WILAYAH Umat Islam juga dilarang lari dari medan
perang; dosa besar
Bincangkan pengertian jihad dalam konteks peperangan dan
kepentingannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Allah yang Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. Beliau
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ini bertujuan membawa bersabda: “Jauhilah tujuh (dosa) yang
manusia ke arah kesejahteraan dan keamanan sebagai khalifah di muka membinasakan!” Mereka (para sahabat)
bumi. Namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama, bertanya: “Wahai Rasûlullâh, apakah itu?”
negara dan maruah umat islam diancam oleh musuh. Peperangan Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
dalam Islam dimantapkan lagi dengan adanya konsep jihad bagi “Syirik kepada Allâh; sihir; membunuh jiwa
meyemarakkan semangat tentera Islam ketika berhadapan dengan yang Allâh haramkan kecuali dengan haq;
musuh. Antara peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. memakan riba; memakan harta anak yatim;
termasuklah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. berpaling dari perang yang berkecamuk;
Kepentingan jihad pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ialah untuk menuduh zina terhadap wanita-wanita
menjaga kesucian agama, mempertahankan negara serta maruah umat merdeka yang menjaga kehormatan, yang
Islam itu sendiri. beriman, dan yang bersih dari zina”.

Dari sudut bahasa, jihad berasal daripada perkataan al Juhd yang
bermaksud keberatan dan kesusahan. Menurut istilah syarak pula,
jihad ialah berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang
menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran
bagi menegakkan agama Allah. Jihad ialah segala usaha mengerah
tenaga untuk mencapai kejayaan dan kemenangan demi mendapat
keredhaan Allah. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza
tentang jihad. Menurut Mazhab Hanafi, jihad ialah mengajak orang kafir
ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang
menolaknya. Menurut Mazhab Shafie pula, jihad sebagai berperang di
jalan Allah SWT dan mengerah segala kemampuan untuk memerangi
orang kafir. Dalam konteks peperangan pula, jihad dikaitkan dengan
perjuangan menentang musuh dari segenap aspek yang berkaitan
dengan peperangan termasuk persediaan fizikal dan rohani. Individu
yang berjihad dan terkorban di medan peperangan digelar syuhada dan
dijanjikan syurga

Antara kepentingan jihad ialah menjaga kepentingan agama Islam, hal
ini dapat dilihat tatkala Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi ancaman
Musyrikin Quraisy. Mereka merancang pelbagai strategi untuk untuk

[email protected]/2020
134

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

menamatkan agama Islam termasuklah usaha untuk membunuh Nabi Strategi dan Taktik Peperangan bergantung:
Muhammad s.a.w. Namun perancangan tersebut gagal. Kaum Quraisy - musuh yang dihadapi
telah membentuk pasukan tentera bagi memerangi agama Islam - keadaan persekitaran
sehingga menjadi asas kepada tercetusnya Perang Badar. Selepas - kekuatan tentera yang dimiliki
mendapat wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, - kemudahan persenjataan
maka Nabi Muhammad s.a.w. membentuk angkatan tentera yang terdiri
daripada golongan Muhajirin dan Ansar bagi mempertahankan Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w.
kesucian agama Islam daripada dinodai musuh dalam Perang Badar. memakai pakaian yang sama dengan tentera
Impak ke atas kemenangan ini telah berjaya mengukuhkan Islam lain bagi mengelirukan musuh
sekaligus dapat memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Jihad dilaksanakan berikutan adanya ancaman Quraisy yang
menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan
tentera bagi menjaga keselamatan negara Islam. Hal ini menyebabkan
tercetusnya Perang Uhud, walaupun pada awalnya tentera Islam
hampir memperoleh kemenangan, namun kealpaan tentera Islam yang
tidak mematuhi arahan ketua akhirnya mengundang padah dan
akhirnya tewas.Kaum Quraisy masih lagi tidak berpuas hati, lalu
membentuk gabungan dengan kabilah Arab serta golongan Yahudi. Hal
ini mengundang kepada tercetusnya Perang Khandak atau Ahzab.
Strategi menggali parit hasil cadangan daripada Salman al Farisi
sebagai benteng pertahanan membuahkan hasil kerana memaksa pihak
musuh berundur dari medan peperangan. Hal yang sama dilakukan
apabila Rom mengancam ketenteraman negara di sempadan Ghassan,
tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan
Perang Tabuk. Jelaslah bahawa pentingnya jihad untuk memastikan
keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh sama ada
musyrikin Makkah, golongan Yahudi, Rom mahupun Parsi.

Jihad juga diterapkan dalam perjuangan bagi menjaga maruah umat

Islam,hal ini dapat dilihat melalui Tindakan Nabi Muhammad s.a.w
terhadap Yahudi Bani Qainuqa’. Hal ini berlaku berikutan peristiwa
seorang wanita Islam diaibkan oleh sekumpulan Yahudi Bani Qainuqa
di sebuah pasar. Seorang pemuda Islam yang telah membantu wanita
tersebut telah dibunuh. Kesannya setelah hampir 15 hari
perkampungan mereka dikepung, akhirnya mereka menyerah kalah.
Akhirnya mereka dihalau keluar dari bumi Madinah ke kawasan
berhampiran dengan negeri Syam di Utara Semenanjung Tanah Arab.
Mereka dibenarkan membawa bersama harta benda mereka yang ada
di Madinah. Jelaslah bahawa kepentingan jihad adalah untuk
mempertahankan maruah umat Islam agar tidak diperlekeh-lekehkan
oleh pihak musuh.

Konsep jihad dipraktikkan bagi menamatkan ego pihak musuh. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dimeterai
Peristiwa ini dapat dilihat dalam Perang Hunayn apabila tindakan Bani apabila wakil Quraisy, Suhail bin Amru

Hawazin yang mengancam negara Islam telah melancarkan serangan memohon perdamaian apabila melihat
ala gerila. Hal ini menyebabkan tentera Islam hampir terperangkap. tentera Islam begitu bersemangat ingin
Walau bagaimanapun, perubahan srategi telah menyebabkan musuh menuntut bela kononnya Uthman bin Affah
terpaksa berundur ke Taif. Bani Hawazin dan Bani Thaqif yang telah dibunuh. Sumpah ini dikenali sebagai Baiah al
bergabung berjaya dikepung oleh tentera Islam dn akhirnya menyerah Ridhwan
kalah. Tindakan pihak musuh iaitu pemerintah Byzantine yang telah
membunuh utusan Rasulullah menyebabkan berlakunya Perang
Mu’tah. Mereka menerima tentangan yang hebat. Namun kehebatan

[email protected]/2020
135

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al Walid telah membawa
kemenangan.

Selain itu konsep jihad juga diterapkan bagi mempertahankan Taif merupakan antara kawasan / daerah
perjanjian yang telah dimeterai. Nabi Muhammad s.a.w.telah menerima pekebunan yang subur. Rasulullah s.a.w.
syarat-syarat perjanjian damai iaitu Perjanjian Hudaibiyah walaupun pernah berlindung seketika di sebuah kebun
dilihat lebih menguntungkan pihak Quraisy. Antara syarat perjanjian ketika dihina dan dilontar bantu oleh
ialah menetapkan gencatan senjata antara dua pihak selama 10 tahun. penduduk Taif
Namun orang Quraisy telah mencabuli syarat tersebut. Buktinya
berlaku konflik apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy Mekah telah
meyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah.
Orang Quraisy telah campur tangan dengan memberi bantuan kepada
Bani Bakr. Bani Khuzaah telah mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
kerana pihak Quraisy secara jelas telah melanggar gencatan senjata
yang telah dipersetujui. Impaknya Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengepung kota Makkah dan berjaya membuka kota berkenaan.

Jihad yang dianjurkan dalam Islam terutama dalam konteks
peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.aw. telah berjaya
mengukuhkan negara Islam Madinah dan seterusnya bertambah
mantap pada zaman seterusnya. Kejayaan tenera Islam dalam
peperangan juga menyebabkan Islam semakin bekembang luas
sekaligus berjaya membantuk iklim politik yang stabil di Madinah.

Nilaikan pelaksanaan etika peperangan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.

Peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dapat dibahagikan
kepada dua, iaitu sariyah dan ghazwah. Sariyah merujuk kepada
sekatan yang dikenakan terhadap musuh, dan ianya tidak disertai oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ghazwah pula merupakan
peperangan yang berlaku secara terbuka, dan kebiasaannya Baginda
s.a.w. sendiri yang akan mengetuai angkatan tentera Islam. Antara
peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ialah
Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Hunain, Perang
Taif, Perang Tabuk, dan peristiwa pembukaan kota Makkah. Setiap
peperangan yang berlaku, pastinya tentera Islam diterapkan peraturan
atau etika yang terbahagi kepada etika sebelum, semasa dan selepas
peperangan.

Antara etika sebelum peperangan ialah tentera Islam disarankan
menyeru pihak musuh agar menerima agama Islam sebagai pegangan
hidup, dan sekiranya enggan, meminta pihak lawan agar membayar
jizyah sebagai simbol kesediaan berada di bawah pemerintahan
kerajaan Islam atau balasan kerajaan Islam sedia melindungi harta dan
nyawa mereka. Etika ini jelas menggambarkan agama Islam menolak
sebarang kekekerasan, sebaliknya berusaha mewujudkan kedamaian,
sekaligus menggambarkan umat Islam tidak berhenti berdakwah hatta
di medan peperangan. Sekiranya pihak enggan menerima agama Islam
atau membayar jizyah, tentera Islam mengamalkan sikap tunggu dan
lihat, dan tidak akan memulakan sama sekali peperangan yang boleh
mengakibatkan kerosakan segala harta benda. Pun begitu, apabila

[email protected]/2020
136

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

tentera diasak, tentera Islam akan bertindak balas sebagamana
‘pecahnya’ Perang Badar.

Seterusnya terdapat banyak sekali etika berkaitan dengan peraturan
semasa peperangan. Dalam etika ini, terdapat banyak larangan atau
peraturan yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Antaranya, tentera
Islam dilarang membunuh golongan lemah seperti wanita, kanak -
kanak, orang tua, orang cacat malah kaum pendeta sendiri. Etika ini
menunjukkan bahawa agama Islam menghormati individu yang tidak
terlibat dengan secara langsung atau tidak langsung dengan
peperangan. Begitu juga larangan bertindak kepada golongan pendeta,
rahib atau sami. Pun begitu, sekiranya ada antara golongan yang
dikategorikan lemah itu atau golongan pendeta menjadi tongga atau
teraju kepada musuh Islam, maka tindakan keras terhadap golongan
tersebut perlu diambil.

Selain itu, terdapat juga etika yang melarang tentera Islam merosakkan
tanaman, kebun atau kediaman melainkan rumah atau kediaman
tersebut boleh memberikan kesan berbahaya kepada tentera Islam,
umpamanya sesebuah rumah menjadi pusat gerakan pihak lawan.
Kepatuhan terhadap etika ini dapat dlihat ketika Nabi Muhammad
s.a.w. melakukan pengepungan terhadap kota Taif yang menjadi tempat
persembunyian Malik bin Auf bersama sekutunya Bani Hawazin serta
mendapat sokongan Bani Thaqif. Walaupun melakukan serangan
bertubi - tubi ke arah lawan dan mengugut akan membakar kebun -
kebun di dalam kota tersebut, ianya hanya serangan psikologi, dan
ternyata ugutan ini membawa kesan postif apabila musuh yang
sayangkan harta tersebut mengambil keputusan menyerah kalah.
Jelaslah etika yang dianjurkan oleh Islam di sini bertujuan mengelak
berlaku kemusnahan yang merugikan.

Etika seterusnya ialah berkaitan dengan perjanjian yang
menggambarkan Islam mementingkan keamanan daripada konflik
yang merugikan harta benda apatah nyawa. Etika ini menyarankan agar
tentera Islam menerima perdamaian sekiranya pihak lawan
menyatakan kesanggupan untuk berdamai. Contoh terbaik, Quraisy
yang memohon perdamaian apabila tentera Islam telah bertindak
mengepung setiap penjuru kota Makkah. Oleh sebab itu, apabila berjaya
membuka kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tentera
Islam tidak mengapa - apakan kaum Quraisy kecuali meruntuhkan
berhala - berhala yang mencemarkan Kaabah. Begitu juga dengan etika
memeterai perjanjian, setiap perjanjian yang dimeterai akan ditaati,
umpamanya Perjanjian Hudaibiyah yang menetapkan gencatan senjata
selama 10 tahun, namun disebabkan tindakan Quraisy yang melanggar
perjanjian itu menyebabkan tentera Islam terpaksa bertindak balas,
sehingga tercetusya apa yang dipanggil Fath Makkah pada tahun 8 H.

Satu lagi etika peperangan yang penting dipraktikkan ialah akur dengan
arahan pemimpin. Etika ini penting bukan sekadar untuk
memantapkan disiplin angkatan tentera Islam malah menjayakan
strategi dan taktik yang dirancang. Perihal ini dapat dilihat ketika
Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan pasukan pemanah

[email protected]/2020
137

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kekal berada di Bukit Uhud walau apa pun yang berlaku. Ternyata
kepatuhan arahan ini membolehkan tentera Islam menangani dengan
baik ancaman pihak lawan. Malangnya, tatkala musuh meninggalkan
banyak harta, tentera pemanah telah meninggalkan posisi masing -
masing, menyebabkan benteng pertahanan tentera Islam menjadi
longgar memberikan kesempatan kepada tentera Quraisy bertindak
balas, menyebabkan tentera berada dalam keadaan kelam kabut,
akhirnya mengundang padah, tentera Islam tewas, ramai yang syahid
termasuk Baginda s.a.w. mengalami luka. Jelas sekali betapa pentingnya
etika mematuhi arahan pemimpin, kerana ketidakakuran akan pasti
mengundang masalah.

Akhirnya, terdapat juga etika selepas peperangan, iaitu berkaitan
melayan tawanan perang. Setiap musuh yang ditawan dikehendaki
dilayan dengan baik, dan tidak diperlakukan dengan sewenang -
wenangnya. Musuh - musuh yang ditawan dilayan dengan baik, diberi
makan dan minum serta pakaian. Kesemua ini menggambarkan betapa
bertolak ansurnya agama Islam dan juga merupakan cara Baginda s.a.w.
berdakwah. Ketika peristiwa Fath Makkah, Baginda s.a.w.
mengisyitiharkan mana - mana musuh yang berlindung di rumah Abu
Sufyan atau di kawasan Masjidil Haram akan aman, malah Baginda
s.a.w. telah membebaskan tawanan - tawanan tersebut tanpa syarat,
maka tidak hairanlah ramai yang menyatakan keislaman selepas
peristiwa ini.

Kesimpulannya ternyata etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam
banyak memberikan manfaat kepada tentera Islam, bukan sahaja
mengambarkan identiti umat Islam yang bertolak ansur, malah paling
penting ianya menggambarkan penekanan Baginda s.a.w. ada
berdiplomasi dan perdamaian, buktinya sepanjang 84 siri peperangan
yang berlaku pada zaman Baginda s.a.w. angka korbannya cuma 321
orang sahaja.

Merujuk peperangan yang berlaku pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w., nilaikan keberkesanan strategi peperangan
yang dipraktikkan.

Peperangan merupakan sesuatu yang tidak digalakkan oleh agama
Islam, pun begitu ianya tidak dapat dielakkan apabila terdapatnya
ancaman terhadap agama, negara dan maruah umat Islam. Pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w. terdapat beberapa siri peperangan yang
berlaku, antaranya Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak,
Perang Tabuk dan sebagainya. Dalam peperangan - peperangan
tersebut pelbagai strategi dan taktik peperangan dipraktikkan bagi
menyesuaikan dengan keadaan persekitaran, musuh yang dihadapi,
dan kekuatan tentera yang dimiliki.

Antara strategi peperangan yang dipraktikkan ialah oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ialah menguasai tempat strategik ketika berhadapan
dengan tentera Quraisy dalam dua siri peperangan yang berbeza. Dalam
Perang Badar, walaupun tentera Islam hanya berjumlah 313 orang
namun telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah
1000 orang. Punca kemenangan antaranya ialah tindakan pantas

[email protected]/2020
138

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

tentera Islam menguasai tempat yang strategik iaitu kawasan punca air
yang menyebabkan pihak musuh keputusan bekalan sehingga
memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam sehinggalah
terjadinya peperangan. Strategi yang sama digunakan dalam Perang
Uhud, apabila Nabi Muhammad s.a.w. telah
menempatkan pasukan pemanah di atas Bukit Uhud yang berperanan
menghujani panah-panah kea rah musuh. Ternyata strategi ini telah
berjaya mengalahkan musuh, namun disebabkan para pemanah cuai
serta pandangan mereka dikaburi dengan harta musuh yang
bertaburan menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing
menyebabkan benteng menjadi lemah dan tentera Islam telah
menerima kekalahan.

Seterusnya, Nabi Muhammad s.a.w. turut mempraktikkan strategi
bertahan melalui dengan membina benteng atau bertahan dalam kota
Madinah. Strategi ini dipraktikkan apabila tentera Islam berhadapan
dengan gabungan tentera musuh yang diketuai oleh kaum Quraisy
bersama kabilah - kabilah Arab dan Yahudi Bani Nadhir serta Bani
Quraizah yang dikenali sebagai tenter Ahzab. Nabi Muhammad s.a.w.
bersama - sama umat Islam telah menggali parit di sekeliling kota
Madinah sebagai benteng terakhir bagi menyekat kemaraan tentera
lawan. Kejanggalan pihak musuh akan benteng pertahanan sedemikian
rupa menyebabkan pihak lawan tersekat di luar kita Madinah dan
keadaan bertambah huru hara apabila Allah menurunkan ribut untuk
memecah belahkan tentera musuh, seterusnya terpaksa berundur
tanpa kemenangan.

Terdapat juga strategi penyamaran atau muslihat yang dipraktikkan
ketika berhadapan musuh. Ketika perang Ahzab, seorang sahabat
Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecah belahkan benteng
pertahanan serta kekuatan golongan Quraisy dan Yahudi yang akhirnya
menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka. Malah dalam
peperangan ini juga, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengarahkan tentera
Islam memasang jamung berhampiran parit yang digali;
menggambarkan seolah – olah bilangan tentera Islam agak ramai
sehingga menggerunkan pihak lawan. Dalam Perang Mu’tah. Khalid al
Walid telah menggunakan kepintarannya dengan mengarahkan tentera
berkuda menaikkan debu pasir ke udara menunjukkan seolah - olah
tentera tambahan telah tiba sehingga menggerunkan pihak lawan.
Malah, Khalid juga menggunakan taktik menyerang dan berundur bagi
menarik pihak lawan ke lokasi berhampiran Madinah yang
menyebabkan pihak musuh ( pakatan Ghassan dan Rom ) mengambil
keputusan menghentikan peperangan.

Memeterai perjanjian juga merupakan strategi yang dipraktikkan oleh
tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Tindakan Nabi
Muhammad s.a.w. menerima perjanjian damai yang dipohon oleh
musyrikin Makkah tatkala Nabi Muhammad s.a.w. mara untuk
membuka kota Makkah memberikan gambaran Baginda s.a.w. seorang
yang berpandangan jauh. Walaupun di atas kertas, Perjanjian
Hudaibiyah memberikan kelebihan kepada musyrikin Makkah, namun
realitinya Nabi Muhammad s.a.w. telah menjangkakan pihak musuh
tidak mampu bertahan lama, buktinya, pihak Quraisy telah melanggar

[email protected]/2020
139

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

gencatan senjata yang dipersetujui menyebabkan tentera Islam
bertindak balas, apabila Baginda s.a.w. telah menyiapkan 10 000
orang tentera Islam mengepung kota Makkah yang membawa kepada
pembukaan kota tersebut.

Selain strategi bertahan yang dinyatakan di atas, tentera Islam turut
mempraktikkan strategi menyerang dengan melaksanakan kaedah
kepung dan melancarkan serangan bertubi - tubi bagi melemahkan
pihak lawan termasuk serangan psikologi. Ketika tercetusnya Perang
Taif iaitu susulan Perang Hunain tenetra Islam telah menggunakan
strategi megepung seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi ke
atas benteng peertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh Malik bin
Auf. Sewaktu pengepungan itu juga Rasulullah s.a.w. telah
menggunakan serangan psikologi dengan mengugut para penyokong
Bani Thaqif akan membakar kebun-kebun mereka seandainya enggan
menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Begitu juga dengan peristiwa Fath Makkah, kota tersebut telah
dikepung oleh tentera Islam di setiap penjuru yang memaksa pihak
Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan terpaksa mengaku kalah.

Akhirnya, terdapat juga tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang
mengarahkan agar tentera Islam tidak mengejar musuh yang lari ke
sempadan mereka. Strategi ini dilaksanakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. ketika bertempur dengan Rom dalam Perang Tabuk.Tindakan ini
terpaksa baginda lakukan demi keselamatan para perajurit yang
kemungkinan terperangkap dengan strategi musuh apatah lagi
peperangan sebelum itu, Perang Mu’tah telah meragut ramai syuhada
seperti Jaafar bin Abi talib, Abdullah bin Rawahah dan sebagainya. Di
sebalik pengunduran tentera Rom tersebut, Nabi Muhammad s.a.w
telah mengadakan perjanjian damai dengan pemimpin Ailah, Jarba’ dan
Azruh yang menyatakan kesediaan berada di bawah naungan kerajaan
Islam dengan membayar jizyah.

Apa yang pasti peperangan - peperangan yang berlaku pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. ini sebenarnya bukanlah untuk menonjolkan akan
kekuatan tentera Islam kerana ianya bertentangan dengan prinsip
jihad, apatah lagi menggunakan senjata untuk menyebarkan agama
Islam. Namun, yang sebenarnya peperangan yang berlaku ini
merupakan jalan penyelesaian terakhir setelah gagal berdiplomasi, dan
kemenangan demi kemenangan yang dicapai jelas menggabarkan
kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panglima tentera.

Bagaimanakah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada diri
Salehuddin Al Ayyubi dimanfaatkannya untuk menjadi seorang
pemimpin terbilang pada abad ke- 12 Masihi.

Nama penuh Salehuddin Al Ayyubi ialah Salehuddin Yusof bin
Najmudin Ayub. Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai ‘Saladin’.
Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy, suku Ruwaidah. Beliau
dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1183 Masihi.
Ketika berusia 17 tahun, beliau telah mula berkhidmat dengan Sultan
Nuruddin di Damsyik. Beliau merupakan panglima tentera, pemimpin
dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada era

[email protected]/2020
140

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Perang Salib. Karier di bidang politik terserlah apabila dilantik sebagai Khalifah Abbasiyah mengiktiraf Salehuddin
Wazir Mesir bagi menggantikan Syirkuh. Beliau merupakan pengasas sebagai Sultan Mesir dengan gelaran, Sultan
kerajaan Ayyubiyah di Mesir dan bertanggungjawab memindahkan
pusat pemerintahan dan kebudayaan ke Mesir. Terdapat ciri-ciri al Islam wa al Muslimin
kepimpinan pada diri Salehuddin al Ayyubi yang dimanfaatkannya
untuk menjadi seorang pemimpin terbilang di Mesir.

Antara ciri kepimpinan yang ada pada diri Salehuddin al Ayyubi Rahsia Kejayaan Salehuddin
termasuklah sifat berani. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila
beliau berani memimpin tentera Islam sejak berusia belasan tahun lagi.  Bertaqwa dan berilmu; sifat yang
Salehuddin al Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan bersama dipupuk sejak remaja
bapa saudaranya,Syirkuh menentang tentera Salib atas arahan Sultan
Nuruddin Zangi dari Syria. Setelah bapa saudaranya meninggal dunia,  Mengambil tanggungjawab; ambil alih
Salehuddin al Ayubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera tempat Shirkuh
Syria. Salehuddin al Ayyubi telah menonjolkan keberanian beliau
memimpin tenteranya melawan tentera Salib di bawah pimpinan  Keluarkan musuh ke tempat sukar;
Amaury 1 di Palestin dan berjaya memperoleh kemenangan. berjaya menarik tentera Sudan
Seterusnya, beliau berjaya menumpaskan tentera Salib di Mesir pada berperang di kawasan padang pasir
tahun 1169 Masihi setelah tentera salib melanggar perjanjian damai
yang dimeterai. Tegasnya, ciri kepemimpinan yang berani  Kecaknaan: sentiasa mengingatkan
membolehkan beliau melawan dan menewaskan musuh sehingga tentera bersedia
dijulang sebagai panglima angkatan tentera.
 Serang musuh yang leka
Ciri kepemimpinan lain yang ada pada diri Salehuddin al Ayyubi ialah  Gunakan muslihat
bijak. Hal ini dapat dibuktikan daripada kebijaksanaan beliau merangka  Musnahkan sumber musuh tanpa
strategi peperangan yang membawa kepada pembukaan kota
Baitulmaqdis. Bagi mengalahkan musuh, Salehuddin al Ayyubi telah hakis nilai kemanusiaan
memilih tempat yang strategik bernama Ra’Su Al Mal’ sebagai pusat  Menyatukan kerajaan Abbasiyah dan
gerakan tenteranya. Hal ini telah memudahkan beliau menawan satu
demi satu bandar bermula dari bandar Busra, Karak, Syubak dan Cardova lwn tentera Salib
Tabariyah. Hal ini telah meningkatkan keyakinan tentera Islam di  Teknologi pedang Damsyik
bawah pimpinan Salehuddin al Ayyubi untuk mengalahkan tentera
Kristian. Menerusi kemenangannya dalam Perang Hittin berikutan
tindakan bijaksana beliau untuk menguasai kawasan sumber air,
Salehuddin al Ayyubi berjaya melumpuhkan tentera Salib dan mara ke
kota Baitulmaqdis. Kemaraan tentera Salehuddin al Ayyubi tidak dapat
dikekang lagi yang membawa kepada penangkapan Raja Baitulmaqdis,
Guy of Lusigna. Raja tersebut kemudianya menandatangani perjanjian
damai yang memberikan hak menduduki kota Baitul Maqdis kepada
orang Islam. Ternyatalah, ciri kepemimpinan Salehuddin yang bersifat
bijak merangka strategi peperangan telah membolehkan beliau
membebaskan kota Baitulmaqdis tanpa berlakunya pertumpahan
darah di kota suci itu.

Selain itu, Salehuddin al Ayyubi turut memiliki ciri kepemimpinan lain Salehuddin meninggal dunia tanpa

iaitu sifat berpandangan jauh. Hal ini dapat dilihat daripada tindakan meninggalkan sebarang harta untuk
beliau memajukan ekonomi setelah dilantik sebagai pemerintah negara diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki
47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas.
Islam. Salehuddin al Ayyubi telah mempelbagaikan sumber pendapatan Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung
negara misalnya jizyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya
diberikan oleh para menteri.
membebaskan diri,harta rampasan perang dan mengenakan cukai
seperti cukai tanah ( kharaj ). Beliau juga menghapuskan cukai

yang membebankan yang dilaksanakan pada zaman kerajaan
Fatimiyyah misalnya cukai yang dikenakan ke atas Jemaah

[email protected]/2020
141

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

haji.Tambahan pula, Salehuddin al Ayyubi turut menumpukan
perhatian terhadap sektor pertanian. Beliau memberikan tumpuan
kepada penyediaan dan penyelenggaraan system terusan dan teknik-
teknik pertanian bagi meingkatkan hasil produktiviti negara dan
mencegah berlakunya kekurangan bekalan makanan. Beliau turut
menggalakkan aktiviti perdagangan dengan membina banyak pasar di
Mesir dan Syria serta memih dan menaik taraf pasar yang sedia ada.
Impaknya, aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dan meningkatkan
taraf hidup rakyat. Tegasnya, sifat berpandangan jauh yang dimiliki
oleh Salehuddin al Ayyubi telah meningkatkan kemajuan dalam bidang
ekonomi umat islam sekaligus merupakan ciri kepimpinan beliau yang
menjadikan beliau seorang pemimpin terbilang di Mesir.

Di samping itu, ciri kepemimpinan yang ada pada diri Salehuddin al
Ayyubi keprihatinan terhadap rakyat. Hal ini dapat dibuktikan apabila
beliau menyediakan kemudahan kesihatan. Dikatakan Salehuddin al
Ayyubi merupakan pemerintah terawal yang membina hospital. Beliau
telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al Aziz bin al
Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan
Bimaristan al Atiq. Sebuah Gedung perubatan turut disediakan bagi
membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada
para pesakit,malah terdapat ruangan khas dalam hospital yang dibina
untuk pesakit wanita dan jarring-jaring besi untuk mengawal pesakit
mental. Hal ini menonjolkan sifat prihatin beliau terhadap kesihatan
rakyatnya dan hidup dalam keadaan sihat sejahtera. Jelaslah
bahawa,sifat prihatin terhadap kebajikan rakyat merupakan ciri
kepemimpinan Salehuddin al Ayyubi yang menjadikan beliau seorang
pemimpin yang cemerlang.

Salehuddin al Ayyubi memiliki beberapa ciri kepimpinan yang

membuatkan beliau dianggap sebagai seorang pemimpin terbilang di
Mesir. Beliau bukan sahaja berjaya menaikkan nama negara dan
agama,malah melakukan pembangunan dalam sudut ekonomi serta
sosial negara Mesir. Kehebatannya kekal menjadi teladan atau suri
teladam kepada pemimpin dunia Islam dalam menjalankan
pemerintahan yang seimbang dan lengkap baik dari segi ketenteraan,
politik, ekonomi dan sosial.

Jelaskan usaha Muhammad al Fateh membuka Constantinople
dan pembangunan kota berkenaan.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Murad Bin Muhammad Bin Faktor Kejayaan al Fateh
Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis iaitu sebuah bandar yang bersempadankan Turki dan  Pembinaan kubu bukan utk bertahan
Bulgaria. Beliau dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana ttp juga menyerang
kejayaannya membebaskan kota Constantinople. Beliau merupakan
seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung  Teknologi persenjataan
yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Beliau telah  Perancangan logistik dan pentadbiran
menaiki takhta seawal usia 19 tahun lagi apabila menggantikan  Kekuatan spiritual / rohani pada al
ayahandanya Sultan Murad II. Beliau telah memerintah empayar yang
begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451 hingga Fateh
1481M. Beliau telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur  Daya kepemimpinan yang hebat
49 tahun. Sepanjang pemerintahan beliau, pelbagai usaha telah

[email protected]/2020

142

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

dilakukan bagi membuka kota Constatinople dan beberapa
pembangunan bagi kota berkenaan.

Usaha Muhammad Al Fateh untuk membuka kota Constantinople dapat
dlihat melalui tindakannya yang berusaha mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan musuh terlebih dahulu. Baginda telah meninjau dan
mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota
Constantinople. Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta,
beliau mengkaji pelan kota Constantinople secara terperinci setiap
malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan
Constantinople. Beliau turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-
kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang strategi-startegi terkini yang
sesuai untuk digunakan.

Beliau telah membuat persiapan rapi selepas meneliti pelan yang telah Vatican City ialah kota atau negara yang
dirancangnya dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan dketuai oleh pemimpin besar Kristian.
canggih dengan para mujahid seramai kira-kira 265,000 orang dan
kapal laut sebanyak 400 buah dan mengarahkan pembinaan peralatan
perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom
seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli Hisari
telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari kota
Constantinople. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi
Selat Bosphorus. Baginda telah bertindak untuk mengikat perjanjian
damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan
Constantinople apabila mereka diserang nanti.

Sultan Muhammad Al Fateh juga telah bertindak membawa pelbagai
peralatan perang seperti meriam dan menara bergerak bagi menawan
kembali kota Constantinople. Sebelum berlakunya peperangan,

baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine
menyerahkan Kota Constantinople kepadanya, tetapi pemerintah
tersebut enggan menyebabkan kota tersebut dikepung dan diserang
pada tahun1453 M. Kubu pihak lawan telah dihujani dengan peluru
daripada meriam rakrasa selama 48 hari namun hanya merosakkan
sebahagian dinding luar kota tersebut. Menara yang dbina bejaya
dimusnahkan oleh tentera Byzantine.

Cabaran seterusnyanya ialah tentera laut Byzantine turut
diperkukuhkan dengan bantuan yang dihantar oleh Vatican dan Eropah
dengan sebanyak lima buah armada. Maharaja Byzantine cuba
memperdaya Sultan Muhammad Al Fateh dengan pelbagai tawaran,
hadiah dan rasuah bagi menyelamatkan kedudukannya tetapi ditolak
dengan tegas oleh baginda dan mengarahkan supaya Constantinople
diserahkan secara aman kepada mereka.

Bagi mengatasi kekalutan tersebut, baginda menggunakan satu kaedah
yang luar biasa apabila beliau dan tenteranya telah membawa kapal-
kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya
semula ke arah Golden Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya
habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem
pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Kejayaan menembusi
terowong yang digali mempercepatkan kejatuhan kota tersebut.

[email protected]/2020

143

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Susulan kejayaan membuka kota tersebut, Muhammad al Fateh Pembangunan ekonomi melibatkan usaha
berusaha melakukan beberapa pembangunan bagi Kota Constantinople memajukan sektor pertanian, perdagangan
seperti memajukan sektor ekonomi dengan memperkenalkan sistem dan menggalakkan industri pembuatan
mata wang baharu dan seragam bagi membolehkan aktiviti ekonomi
berjalan dengan lancar. Mata wang yang dihasilkan merupakan simbol
kekuatan dan kerajaan yang berautoriti serta berdaulat. Bagi
memastikan segala kekayaan dikongsi bersama, Sultan Muhammad Al
Fateh telah menghalang penguasaan individu seperti sabun, garam dan
lilin yang kini dijadikan sebagai produk negara. Baginda juga
menggalakkan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Tanah-tanah telah dimiliknegarakan, dilaporkan 20,000 kampung dan
estet telah berpindah menjadi hak milik negara. Seterusnya, baginda
juga memajukan aktiviti perdagangan dengan melengkapkan
kemudahan infrastruktur dan prasarana. Bandar Nicae telah
dibangunkan sehingga berjaya membentuk jaringan perdagangan yang
maju dengan wilayah-wilayah lain.

Baginda telah melakukan pembangunan dengan mendirikan masjid dan
memajukan sektor pendidikan. Gereja St Sophia dijadikan sebagai pusat
ibadat bagi umat islam sehingga kini ia dikenali sebagai Masjid Aya
Sofia, dan masjid ini diubah suai mengikut seni bina islam. Pada dinding
dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al Quran dengan tulisan khat
yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara, dan pada sultan
berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga buah. Beliau juga
membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid berhampiran dengan
makam Abu Ayyub al Ansar, di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang
berwarna putih dan tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli
tasawwuf.

Baginda telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan khasnya
madrasah dan perpustakaan bagi menggambarkan bahawa beliau amat
mementingkan aspek pendidikan. Baginda dikatakan telah membina
lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang
makan, perubahan kurikulum dan menyeragamkan sistem pendidikan
antara kawasan pedalaman dengan pusat bandar serta memberikna
bantuan dalam bentuk biasiswa. Baginda juga menggalakkan para
menteri atau wazir, ulama dan hartawan membangunkan institusi
pendidikan seperti sekolah, masjid dan mewakafkan harta kekayaan.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad Al Fateh bukan sahaja terkenal
sebagai tokoh yang hebat kerana berjaya menawan kembali kota
Consatntinople tetapi beliau juga boleh dianggap individu yang banyak
memainkan peranan dalam pembangunan di kota berkenaan sehinggan
mendapat gelaran pemimpin agung.

1.8 PERHUBUNGAN LUAR

Bincangkan pelaksanaan hubungan diplomatik pada Zaman
Nabi Muhammad s.a.w.

Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah menandakan
pembentukan secara rasmi negara Islam Madinah di bawah

[email protected]/2020
144

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kepimpinan Nabi Muhammad saw. Nabi mengadakan hubungan Hubungan diplomatik pada zaman Nabi
diplomatik dengan kerajaan-kerajaan dan kabilah-kabilah luar Muhammad lebih bermatlamat mengukuhkan
Madinah bertujuan menyebar luas dakwah Islamiyyah dan memelihara
kestabilan kerajaan Madinah. Hubungan luar terawal dilakukan Nabi negara dan menyebar agama Islam
Muhammad s.a.w. termasuk dengan Raja Najasyi, iaitu pemerintah
Habsyah dan Perjanjian Hudaibiyah dengan pemimpin kota Makkah.
Perjanjian Damai Hudaibiyah telah membuka ruang dan peluang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengadakan hubungan diplomatik dan
seterusnya menyebar dakwah ke semenanjung Tanah Arab

Pelaksanaan hubungan diplomatik berlaku pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w apabila Baginda s.a.w. telah menghantar utusan -
utusan kepada raja-raja dan pemerintah serta pemimpin kabilah di
beberapa buah wilayah. Kandungan surat menyeru pemimpin, wakil
kepada raja, ketua negara serta kaum dan rakyat lain memeluk Islam.
Surat-surat ini ditandatangani dengan cop mohor berupa cincin perak
berukiran kalimah “Muhammad Rasulullah”. Baginda saw telah
menghantar Shuja’ bin Wahab ke Ghassan, al A’la al Hadhrami ke
Bahrain, manakala Muaz bin Jabal ke Yaman dan Khalid al Walid ke
Najran.

Di Bahrain, gabenornya al Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan Utusan - utusan yang dihantar oleh Nabi
keislaman dan memohon agar Baginda s.a.w. membimbingnya dan Muhammad / membawa surat Baginda s.a.,w,
menyelesaikan permasalahan berkaitan agama dan perkara-perkara
umum. Di Oman, kehebatan wakil Rasulullah saw berhujah merupakan individu - individu yang bijak
menyebabkan Raja Oman menyatakan keislamannya, malah Amru al As
telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tinggal di Oman buat berhujah dan berpolitik serta berani
sementara waktu. Sebahagian mereka menerima seruan Rasulullah saw
dan memeluk Islam, namun terdapat juga beberapa pemimpin lain
bersikap biadap dan angkuh.

Selain itu, Baginda Nabi s.a.w. turut menghantar utusan ke luar
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini dapat dibuktikan dengan Nabi s.a.w.
menghantar utusan, Hatib bin Abi Balta’ah menemui pemerintah Mesir.
Walaupun al- Muqaiqis iaitu Raja Mesir tidak menerima Islam, tetapi
beliau menyambut dengan baik utusan itu dengan menghantar hadiah
termasuk dua orang hamba perempuan, Mariah yang dinikahi oleh
Baginda s.a.w. dan Sirin yang dinikahkan dengan Hassan bin Thabit.
Baginda s.a.w. turut meneruskan hubungan baik dengan kerajaan
Habsyah dengan menghantar Amru bin Umaiyah, memandangkan Raja
Najasyi pernah memberikan perlindungan kepada umat Islam ketika
diancam oleh kaum Qurasiy pada zaman awal Islam. Buktinya,
hubungan erat antara kedua-dua kerajaan ini ialah Baginda s.a.w. telah
menunaikan solat jenazah ghaib apabila mendapat perkhabaran akan
kemangkatan raja tersebut.

Seterusnya, Nabi Muhammad s.a.w. turut menghantar utusan ke Rom
dan Parsi. Walaupun hubungan antara negara Islam dengan kedua-dua
kuasa besar itu sentiasa dalam keadaan tegang, Nabi Muhammad s.a.w.
tetap berhasrat untuk menyampaikan mesej Islam kepada pemimpin
kerajaan tersebut sekaligus menghentikan konflik yang sering berlaku.
Baginda saw telah menghantar Abdullah bin Huzaifah menemui Kisra
Parsi dan Dahiyah bin Khalifah bagi menghadap Raja Rom. Namun,

[email protected]/2020

145

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

kedua-duanya pemerintah kerajaan berkenaan telah menolak utusan
tersebut. Kisra Parsi bersikap biadap dengan mengoyak-ngoyak surat
Baginda s.a.w.dan Abdullah telah diusir dengan cara yang amat kasar.
Tindakan Kisra Parsi ini menyebabkan Baginda saw bersumpah
kerajaan Parsi akan musnah sebagaimana surat tersebut dikoyakkan.
Kaisar Rom, Heraclius juga menolak seruan Islam. Pemerintah Rom
menolak kerana bimbang akan takhta yang dimilikinya akan jatuh
kepada individu lain. Pun begitu, Proksi Rom, Gabenor Busra, telah
membunuh utusan Baginda s.a.w. yang menjadi punca tercetusnya
Perang Mu’tah.

Kemuncak hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 Hijrah yang
dikenali sebagai Tahun Perutusan berikutan kedatangan pelbagai
pemimpin kebilah Arab dan wakil delegasi menemui Baginda
s.a.w.sama ada menyatakan keislaman atau sanggup berada di bawah
naungan kerajaan Islam. Antara kabilah Arab yang menyatakan
keislaman ialah Bani Tanim, Bani Hanifah, Bani Amir, Bani Tayy’, Bani
Murrah, Bani Kindah dan Bani Hamdan. Kejayaan seruan Nabi
Muhammad s.a.w. melalui pelaksanaan hubungan diplomatik ini
terbukti apabila pada tahun 10 Hijrah, seramai 100 000 orang Islam
telah menyahut seruan Baginda s.a.w.untuk mengerjakan haji bersama-
samanya yang dikenali sebagai Hajjat al Wada’

Hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad Pelaksanaan hubungan diplomatik pada
s.a.w. memperlihatkan usaha penyebaran Islam secara aman, diplomasi zaman Khulafa al Rasyidin berasaskan dasar
dan perdamaian. Rasulullah s.a.w. adalah seorang ahli diplomatik yang yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad
berjaya kerana melalui surat Baginda s.a.w. menyebabkan seseorang
itu menerima Islam. Hubungan diplomatik terjalin melalui perutusan
wakil kerajaan. Siasah hubungan luar negara Islam Madinah diteruskan
pada zaman Khalifah al Raysidin. Pun begitu disebabkan sikap ego
sesetengah pemimpin seperti Rom dan Parsi, ketegangan masih berlaku
dan terus berlarutan pada zaman-zaman seterusnya.

Jelaskan pelaksanaan hubungan diplomatik dilaksanakan pada
zaman pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

Hubungan diplomatik merupakan salah satu bentuk hubungan luar
yang pada awalnya telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad saw bagi
mendapat pengiktirafan negara Islam Madinah daripada pihak luar
sama ada di Semenanjung Arab mahupun negara-negara luar termasuk
Rom dan Parsi. Pelaksanaan hubungan diplomatik pada zaman Khulafa
al Rasyidin dilaksanakan sebagaimana yang telah digariskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Hubungan ini masih dikaitkan dengan aspek

keselamatan, perluasan pengaruh dan yang paling penting,penyebaran
agama Islam.

Sewaktu pemerintahan Abu Bakar al Siddiq, hubungan diplomatik yang
dilakukan agak terbatas disebabkan Khalifah Abu Bakar terpaksa
menumpukan kepada permasalahan dalam negeri. Selepas Abu Bakar
mengambil alih tampuk pemerintahan,negara Islam mengalami
pelbagai konflik misalnya ancaman golongan Al Riddah. Hal ini

[email protected]/2020

146

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

menyebabkan khalifah Abu bakar terpaksa menumpukan sepenuh Zaman Khalifah Umar al Khattab; hubungan
perhatian untuk menyelesaikan konflik dalaman bagi membetulkan diplomatik dilaksanakan susulan daripada
akidah umat Islam dan mengukuhkan kerajaan Islam Madinah. Beliau
telah berjaya menghapuskan penentangan golongan Al Riddah yang kejayaan kejayaan ekspedisi ketenteraan
terdiri daripada golongan nabi palsu, murtad dan enggan membayar
zakat. Pun begitu, hubungan dengan Parsi dan Rom masih agak tegang.
Hal ini terbukti apabila beliau menggerakkan tentera ke Ghassan bagi
mengekang ancaman Rom termasuklah mengekalkan dan melantik
Khalid al Walid sebagai panglima agung. Ekspedisi ketenteraan turut
dihantar ke Hirah, Anbar, Daumat al Janda, sempadan Syria dan
Ajnadain.

Kemuncak pelaksanaan hubungan diplomatik pada zaman Khulafa al Hubungan diplomatik dengan Palestine
Rasyidin berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. diterjemahkan melalui perjanjian antara
Hal ini dapat dibuktikan melalui dua langkah utama yang dilakukan Khalifah Umar dengan Raja Palestine
oleh Khalifah Umar al Khattab. Pertama, beliau telah melemahkan Parsi
dengan mengerakkan ekspedisi ketenteraan yang berjaya menguasai
seluruh wilayah Iraq. Hal ini dilakukan sedemikian kerana semua
seruan yang dilakukan oleh panglima tentera Khalifah Umar terhadap
musuh negara tidak mendapat respon positif. Hal ini dapat dilihat
daripada tindakan Raja Parsi, Yazdarjid dan panglimanya, Rustum
menolak tawaran diplomasi yang membawa kepada tercetusnya
Perang Qadisiyah. Impak peperangan tersebut telah menjatuhkan
Mada’in yang merupakan pusat gerakan Parsi sekaligus melumpuhkan
kekuasaan negara tersebut di Iraq.

Seterusnya, Khalifah Umar berusaha menguasai wilayah Rom. Hal ini
dilakukan di tiga kawasan utama iaitu di Syam, Palestine dan Mesir.
Melalui Perang Yarmuk yang tercetus di Syam, ibu kota Syam iaitu
Damsyik berjaya dikuasai. Penguasaan Palestin berlaku melalui

diplomasi antara Khalifah Umar dengan Raja Palestine. Raja Palestine
yang gerun terhadap ancaman orang Islam telah tunduk kepada
kekuasaan dan kehebatan umat Islam. Di Mesir pula, penguasaan orang
Islam berlaku disebabkan adanya permintaan daripada orang Mesir
sendiri untuk menamatkan pemerintahan Rom. Panglima perang Amru
al As telah dihantar oleh Khalifah Umar al Khattab bagi membantu
pemberontakan tersebut. Langkah yang dilaksanakan oleh Khalifah
Umar telah Berjaya melumpuhkan pengaruh Parsi dan Rom. Kehebatan
umat Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar al Khattab telah
menarik ramai orang khususnya di dalam semenanjung Tanah Arab
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam.
Jelaslah bahawa,tindakan Khalifah Umar yang melemahkan Parsi dan
berusaha menguasai wilayah Rom bukan sahaja telah melemahkan
penguasaan musuh Islam malah membolehkan lebih banyak hubungan
diplomatik dijalinkan dengan negara luar.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, ekspedisi kententeraan
berlaku dengan menggunakan tentera darat dan laut. Hal ini
membolehkan pengaruh Islam berjaya sampai ke tempat yang lebih
jauh. Hal ini dapat dibuktikan daripada perluasaan pengaruh Islam
sehingga sampai ke Kawasan Mediterranean iaitu di Sicily, Crete dan
Rhodes. Islam juga berjaya sampai ke Utara Afrika termasuklah di
Tripoli, Nubah dan Qairawan. Namun begitu, hubungan diplomatik

[email protected]/2020

147

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib amat terbatas. Hal ini disebabkan
tercetusnya perang saudara sebanyak dua kali yang menghalang
berlakunya perluasan hubungan diplomatik. Tegasnya, hubungan
diplomatik pada zaman Khalifah Uthman dan Ali tidak sebagaimana
zaman Khalifah Umar Al Khattab

Kesimpulannya, hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman
Khulafa’ Al Rasyidin berbeza mengikut zaman pemerintahan
Khalifahnya. Konflik dalaman telah mengakibatkan hubungan
diplomatik berlaku dengan terbatas pada zaman Abu Bakar dan Ali bin
Abi Talib. Pelaksanaan hubungan diplomatik amat penting bagi
mendapat pengiktirafan negara lain dan menyebarluaskan syiar dan
tamadun Islam ke serata dunia.

Huraikan pelaksanaan sistem naungan zaman Khalifah Umar al
Khattab dan zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin
Marwan.

Sistem naungan merujuk kepada kejayaan tentera Islam dalam Pelaksanaan sistem naungan dikaitkan
meluaskan kekuasaan ataupun pengaruh. Apabila tentera Islam berjaya dengan kewajipan membayar jizyah terhadap
meluaskan kekuasaan dan pengaruh secara automatiknya orang yang
bukan Islam berada di bawah naungan kerajaan Islam. Orang-orang pihak - pihak yang berada di bawah naungan
yang bukan Islam yang berada di bawah naungan ini biberikan pilihan
sama ada menganut agama Islam ataupun ingin kekal dengan agama kerajaan Islam
mereka sendiri. Orang-orang yang tidak ingin menganut agama islam,
mereka dikehendaki membayar cukai jizyah. Kerajaan Islam wajib
melindungi harta dan nyawa orang yang bukan islam yang membayar
cukai jizyah ini. Pelaksanaan sistem naungan ini dilaksanakan selepas
mana-mana kerajaan akur dengan kekuatan kerajaan Islam dan sistem
naungan ini disembolikkan dengan pembayaran cukai jizyah yang
ditentukan oleh kerajaan ataupun mengikut kerelaan. Pelaksanaan
sistem naungan ini telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah s.a.w.
dan diteruskan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain.

Pada zaman Khulafa al Rasyidin, kemuncak pelaksanaan sitem naungan Kemuncak pelaksanaan sistem naungan
ini berlaku pada pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Hal ini zaman Khulafa al Rasyidin adalah zaman
dikatakan sedemikian kerana, pada zaman Khalifah umar ini terdapat Khalifah Umar al Khattab
pelbagai kejayaan berikutan kejayaan kampen-kampen kententeraan
yang dilancarkan. Kejayaan yang paling besar adalah Rom dan Parsi
dapat dilumpuhkan. Parsi dapat dilumpuhkan berikutan beberapa
peperangan telah dilakukan seperti Perang Jambatan dan Perang al
Qadisiyah. Kemenangan tentera Islam dalam Perang Qadisiyah ini telah
menyebabkan pusat pemerintah Parsi iaitu kota Mada’in jatuh ke
tangan kerajaan Islam. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk-
penduduk Parsi diberikan pilihan sama ada menerima agama Islam
ataupun mahu kekal dengan agama mereka. Mereka yang memilih
untuk kekal dengan agama mereka, dikehendaki membayar cukai
jizyah bagi memastikan pelindungan mereka terjamin.

Kerajaan Parsi dapat dilumpuhkan sepenuhnya selepas perang
Nihawand. Perang inilah telah memperlihatkan Raja Parsi dikalahkan
menyebabkan agama Islam semakin meluas di Parsi. Keadaan ini dapat
dibuktikan apabila kerajaan Islam dapat mengusai al Ahwaz, Fars,

[email protected]/2020
148

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Kirman dan lain-lain. Penduduk di kawasan ini dikehendaki untuk
membayar cukai jizyah sebagai simbol mereka dinaungi oleh kerajaan
islam. Selepas kerajaan Parsi dijatuhkan, tentera islam meluaskan
kekuasaannya dengan penguasaan wilayah Rom. Penguasaan wilayah
Rom dimulai dengan menguasai kota Damsyik. Bukan itu sahaja, Perang
Yarmuk yang telah tercetus telah membawa kerajaan Islam dapat
menguasai Syam sepenuhnya. Oleh itu, semua penduduk di syam yang
tidak menganut agama islam dikehendaki membayar cukai jizyah
sebagai simbol dinaungi oleh kerajaan Islam. Baitulmaqdis telah
menjadi sasaran yang seterusnya.

Umar al Khattab telah membentuk pasukan tentera di bawah pimpinan Khalifah Abdul Malik merupakan individu
Amru al As bagi memastikan kejayaan menguasai Baitulmaqdis. Namun
begitu, pada peringkat awalnya tentera Baitulmaqdis enggan tunduk pertama yg mengubah pelaksanaan jizyah;
akan kerajaan Islam telah menyebabkan berlakunya peperangan kecil- golongan Mawali dikenakan, malah kadarnya
kecilan. Peperangan ini bermula dengan cara pengepungan diikuti
menyerang secara bertubi-tubi. Serangan yang bertubi-tubi itu telah dinaikkan
menyebabkan penduduk di Baitulmaqdis memohon perdamaian
dengan syarat Umar al Khattab sendiri datang menemui mereka
sekaligus mengadakan perjanjian. Keadaan ini telah menyebabkan
penduduk Baitul Maqdis bersetuju membayar cukai jizyah setiap tahun
dengan kadar 12 - 48 dirham mengikut kemampuan masing-masing.

Pelaksanaan sistem naungan juga dapat dilihat pada zaman Bani
Umaiyyah dimana pelaksanaan sistem ini telah berubah dengan ketara
terutama pada zaman kepimpinan khaalifah Abdul Malik Bin Marwan.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pada zaman pemerintahan Abdul
Malik bin Marwan dianggap sebagai satu kontroversi. Hal ini dapat
dibuktikan apabila, cukai jizyah bukan sahaja wajib dibayar oleh
golongan kafir tetapi juga golongan Mawali.

Bukan itu sahaja, kadar jizyah ini telah dinaikan oleh Abdul Malik bin Kemuncak pelaksanaan zaman Bani Umaiyah
Marwan sebanyak 4 kali ganda. Kadar cukai ini yang dahulunya paling sewaktu pemerintahan Khalifah al Walid bin
rendah adalah 12 dirham tetapi pada zaman pemerintahan Abdul Malik Abdul Malik:
bin Marwan ini cukai jizyah yang paling rendah adalah 48 dirham. Hal
ini menyebabkan golongan kafir dan golongan mawali yang - berjaya kuasai sempadan China termasuk
berpendapatan rendah rasa terbeban. Tidak hanya golongan Mawali kawasan di Asia Tengah
yang harus membayar cukai jizyah ini tetapi golongan paderi dan
pendeta juga dikenankan membayar cukai jizyah dengan kadar 1 dinar. - kuasai India / kawasan Sind
Sistem ini juga telah dilaksanakan di setiap wilayah kekuasaan - kawasan utara Afrika
termasuk Asia Tengah seperti Khurasan. Hal ini telah menyebabkan - Sepanyol / Andalusia
pemerintahan Abdul Malik bin Marwan menimbulkan kontroversi dan
penentangan dalam kalangan golongan bukan Arab.

Kesimpulannya, pelaksanaan sistem naungan di bawah pemerintahan

Umar al Khattab dan Abdul Malik bin Marwan sangatlah berbeza.
Pelaksanaan sistem naungan di bawah pemerintahan Umar al Khattab
lebih menyenangkan orang-orang kafir manakala pada zaman
pemerintahan Abdull Malik bin Marwan menimbulkan bebanan bukan
sahaja golongan kafir malah golongan Mawali. Dasar Khalifah Abdul
Malik ini telah teruskan oleh anaknya, al Walid bin Abdul Malik.

[email protected]/2020
149

SEJARAH SEMESTER 2 STPM 2021

Pengaruh dan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah jelas semakin
merosot berikutan termeterainya perjanjian dengan kuasa -
kuasa Barat antara abad ke-18 hingga abad ke-19

Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibentuk selepas jatuhnya kerajaan
Abbasiyah di tangan tentera Monggol yang berjaya menguasai dan
memusnahkan kota Baghdad pada pertengahan abad ke-13 Masihi.
Kerajaan Uthmaniyyah ini ditubuhkan oleh Uthman bin Ertoghrul pada
tahun 1281 dan bertahan sehingga tahun 1924. Menjelang abad ke-17
Masihi, kerajaan ini mula meniti era kesuraman berikutan tekanan dan
provokasi kuasa Barat dan bertambah ketara pada abad - abad
berikutnya disebabkan kekalahan demi kekalahan yang dialami ekoran
konflik dengan kuasa - kuasa Barat seperti Austria, Britain, dan Rusia.

Perjanjian pertama yang berlaku pada abad ke-18 ialah Perjanjian Tekanan yang ddihadapi oleh

Passarowitz yang dimeterai bagi menamatkan Perang kerajaanUthmaniyah boleh diumpamakan
Petewarden.Dalam peperangan ini, kerajaan Uthmaniyah telah
diserang oleh kerajaan Venice dan Austria. Kekalahan yang berlaku keadaannya kini ibarat retak menanti belah;
mengakibatkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah jajahannya bila - bila masa akan jatuh
seperti Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania yang
diserahkan kepada kepada Austria, manakala Venice yang dipimpin
oleh Prince Eugene of Savoy dapat mengekalkan kawasaan Pantai
Dalmatia. Pengaruh kerajaanUthmaniyah kian ketara lemah apabila
gagal atau tidak mampu mendirikan banteng pertahanan di sekitar
rantau Balkan bagi menyekat serangan kuasa - kuasa Barat.

Tahun 1770, tercetus Peperangan Chesme di pantai Asia Minor antara
kerajaan Uthmaniyah dengan seteru utamanya, Rusia. Pastinya,
kerajaan yang berada dalam keadaan lemah dikalahkan sekali lagi yang
mengakibatkan Sultan Mustaffa III akur dengan kekalahan tersebut.
1774, sekali lagi tercetus peperangan dengan Rusia, namun keputusan
tetap sama, apabila Sultan Abdul Hamid I terpaksa menerima Perjanjian
Kucuk Kainarji. Perjanjian cukup menjelaskan betapa lemahnya
kerajaan ini, hilang wilayah di Eropah Tengah dan Timur. Walaupun
memperoleh semula Wallachia dan Moldova, namun Rusia berhak
campur tangan dalam pemerintahan di kedua - dua buah wilayah
berkenaan.

Ekoran perjanjian yang dikenali juga dengan Perjanjian Catherina ini,
Rusia diberikan hak mendirikan konsulat di seluruh wilayah
Uthmaniyah sekaligus dapat melindungi orang - orang Kristian di sana.
Malah, kerajaan Uthmaniyah dibebani dengan syarat melunaskan ganti
rugi peperangan berjumlah 4.5 juta Rubbel. Penguasaan terhadap zon
ekonomi makin longgar, apabila seluruh kawasan strategik seperti
seluruh pelabuhan di Laut Azov dan Muara Sungai Danube menjadi hak
Rusia, malah kapal perang Rusia dibenarkan bebas melintasi Selat
Dardanella.

Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III, keadaan negara Turki amat
nazak, hal ini disebabkan peperangan demi peperangan telah berlaku,
kesempatan ini digunakan oleh musuhnya, Rusia untuk terus menekan
Daulah Uthmaniyah ini. Pada tahun 1792, berlaku Perjanjian Jassy,

[email protected]/2020
150


Click to View FlipBook Version