PENGHARGAN
BAB 1
Bang! bang! bang!....
Bunyi tembakan memenuhi ruang Villa Sora House dan darah tepercik merata-rata
tempat. Mayat-mayat bergelimpangan diatas lantai.
Bang!
"Zarif…kau okey ke? Zarif" teriak Rayyan sambil menggoncang badan Zarif akibat
terkena tembakan musuh.
"Kau nmpak aku okey ke sekarang ni?" jeling Zarif. Dah tengok aku nak nazak lagi dia tanya
aku okey ke tidak.
"Yelah. Aku risau kan kau, nasib peluru tak kena tempat-tempat penting"
"Aku okey je lah. Kena dekat bahu je pun. Acah2 risau konon"
"Sudah jom balik. Semua dah setel. Aaron bawa org tua tak guna tu ke ke markas kita.
Jangan sampai dia terlepas, lagi satu aku nak kau orang bersihkan tempat ni. Jangan ada yang
tertinggal satu pon. Mayat-mayat tu bakar je" arah Lucca kepada anak buahnya.
"Ok bos"
Sampai sahaja di rumah banglo milik Lucca, Rayyan terus mencampak Zarif ke sofa.
"Woi, kau pehal tolak-tolak aku, aku dah la tengah sakit ni"
" Alah, yang sakitnya bahu kau bukannya kaki kau setan nak suruh aku papah kau pulak" marah
Rayyan.
Lucca belalu meninggalkan Zarif dan Rayyan di ruang tamu menuju ke bilik bawah
tanah
"Wei kau nak pegi mana tu, alahh rilek dulu, orang tua tu tak lari mana lah" kata Zarif.
"Aku nak pergi menjahanamkan orang tua tu, aku nak seksa dia sampai aku puas hati"
ujar Lucca dengan amarahnya sambil berlalu pergi.
Di bilik bawah tanah, Lucca memilih beberapa senjata tajam untuk menyiksa Dato
Hisyam yang telah diikat kemas diatas kerusi. Kemudian Lucca mencangkung di hadapan Dato
Hisyam sambil mata memandang tajam ke arah Dato Hisyam.
"Kau siapa hah, kenapa kau culik aku? Kenapa kau bunuh anak bini aku? aku tak penah
cari pasal dengan siapa-siapa sebelum ni. Siapa kau?” jerkah Dato Hisyam kepada Lucca.
"Aku? Kau tak ingat ke dulu kau pernah bunuh mummy dan daddy aku? 16 tahun yang
lalu kau bunuh mummy dan daddy aku depan mata aku!! Aku anak Dato Lucas Alexander dan
Datin Angeline Rose. Kau bunuh mereka depan aku!!! Sekarang tiba masa aku pulak nak balas
dendam bagi pihak mummy dan daddy aku". kata Lucca dengan pandangan sinis sambil
memainkan pisau rambonya di wajah Dato Hisyam.
Flashback
Diruang tamu, mummy dan daddy Lucca meluangkan masa bersama
Lucca pada malam hari kerana kesibukkan kerja. Sedang menonton televisyen bersama tiba-
tiba semua lampu terpadam.
"Mummy??Daddy?? Lucca takut la", panggil Lucca
"Ya sayang, mummy dan daddy dekat sini? " sahut mummy
"Sayang dengan Lucca tunggu sekejap, daddy nak pergi tengok main distributor
box kejap". kata daddy sambil berlalu.
Rumah
yang gelap kembali terang, namun seseorang bertopeng hitam telah memegang Dato Lucas
Alexander sambil mengacukan pistol di tepi kepalanya dan
Bang!!
"Ya Allah !! Abang!!" jerit Datin Angeline
"Daddy!!" jerit Lucca yang berdiri kaku
Datin Angeline
Rose berlari mendapatkan tubuh suaminya yang rebah berlumuran darah sambil menangis
"Abang bangun abang, jangan tinggalkan sayang dan anak." rayu Datin Angeline Rose
Bang!! Bang!!
Lucca terkedu memandang mummy
dan daddynya terbaring kaku dengan berlumuran darah
"Hello bos, setel semuanya" kata lelaki bertopeng hitam.
End flashback
"Kau anak diorang? Hahahahaha, kenapalah aku tak bunuh kau sekali waktu tu".
"Sebab kau bodoh, kau pikir budak macam aku tak tau balas dendam. Dasar orang tua
bodoh!!" jerkah Lucca.
"Yoo!! Laa hidup lagi orang tua ni? Aku ingat dan mampos dah? Kalau kau tak nak
bunuh dia bak sini pisau tu aku nak buat eksperimen sikit dekat orang tua ni" Zarif terus
merampas pisau rambo ditangan Lucca.
Zarif mendekati Dato Hisyam kemudian dia mencangkung dihadapan orang tua tu
"Jadi ni lah orang tua yang tak sedar diri tu" kata Zarif sambil menoreh pisau rambo ke
perut Dato Hisyam. Darah meleleh keluar.
"Kau bunuh sajalah aku" kata Dato Hisyam.
"Bunuh kau? nanti dulu aku belom puas nak bermain dengan pisau kesayangan aku
hahahaha".
"Tangan ini yang tembak mummy dan daddy Lucca kan?" Zarif mengambil kapak
disisinya kemudian memotong kedua dua belah tangan Dato Hisyam. Darah memancut keluar.
"Arghhhhh, sakit" jerit Dato Hisyam.
"Sakit? Kau tahu tak aku lagi sakit tengok mummy dan daddy aku meninggal di depan mata
aku!!" jerkah Lucca.
"Giliran kau pulak Rayyan" kata zarif sambil menghulurkan pistol Glock-17
"Disebabkan aku malas nak tengok muka orang tua ni dan aku malas nak kotorkan
tangan aku yang bersih lagi suci ni, heh" kata Rayyan sambil mencapai Glock-17 di atas meja di
dalam bilik tersebut kemudian melangkah mendekati Dato Hisyam dan
Bang!! Bang!! Bang!!
"Bagus bro, akhirnya. Mati jugak orang tua ni. Jumpa di neraka yaa. Hahahahaha" gelak
Zarif dengan jahat.
"Aku nak budak-budak bersihkan bilik ni sampai bersih" kata Lucca sambil berlalu
pergi.
"Rania!!Rania!! mana kau budak? Aku panggil ni. Raniaa!! Kau pekak ke!!" jerit mak
zaiton iaitu mak tiri Rania.
Rania Zahra yang tinggal bersama dengan mak tirinya yang kejam. Selepas kematian
ayahnya 2 tahun yang lalu, perangai mak tirinya semakin menjadi lebih teruk. Setiap malam
ada sahaja teman lelaki Mak Zaiton datang ke rumah untuk meniduri Mak Zaiton. Faham-
faham sahajalah bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram buat apa kan? Tak padan
dengan tua.
"Rania kau pekak ke?!! Aku panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak aku tahu tak!!
jerkah Mak Zaiton sambil mencengkam rambut rania.
"Ahhh!! Sakit mak cik. Lepaskan rambut Rania mak cik" rayu Rania.
Mak zaiton menarik tangan Rania kasar keluar daripada bilik itu kemudian menolak
tubuh Rania ke arah teman lelakinya untuk menjual Rania kepada Ah Long. Sejak dari dulu
lagi Mak Zaiton tidak menyukai Rania, kerana arwah suami Mak Zaiton iaitu bapa Rania selalu
menyebelahi Rania dan memanjakannya.
"Aku nak kau ikut dia sekarang, aku dah tak nak tengok muka kau lagi dekat rumah
aku pergi!!" Halau mak zaiton
"Mak cikk. Rania tak nak mak cik. Rania nak tinggal dengan mak cik. Rania dah tak
ada sesiapa dah mak cik" rayu Rania sambil memegang betis mak zaiton
Mak zaiton menendang tubuh Rania agar menjauhi dirinya..
"Aku benci kau...pergi!! Kau jangan cari aku lagi, menyusahkan hidup aku saja!! John
bawa budak ni pergi" arah Mak Zaiton.
Tubuh Rania ditolak masuk ke dalam sebuah van. Rania meronta ronta sambil merayu
agar dilepaskan malangnya, pipinya ditampar beberapa kali oleh lelaki yang berada didalam
van.
Sampai sahaja di kelab malam. Rania dibawa masuk oleh beberapa anak buah Ah Long
untuk berjumpa dengan bos mereka. Rania mengikut tanpa bantahan.
"Bos, ni budak yang bos nak" kata john
"Wah... Ini budak manyak cantik wo. Body lu mantap. Bawa dia ke bilik VIP" kata Dato
Lim sambil mengelus wajah Rania dan menjilat bibirnya sendiri.
"Baik bos"
Tubuh Rania ditolak masok ke dalam bilik mewah. Pintu bilik ditutup rapat. Rania
terkedu.
"Aku kena jadi pelacur ke, apa aku nak buat ni. Aku tak sanggup gadaikan maruah aku
aku kena lari dari sini" otak rania ligat berfikir .
Tiba tiba seorang perempuan masok berkata.
"Woi perempuan, aku nak kau pakai baju ni kejap lagi, kau kena layan VIP China, dia
dah bayar kau RM200 juta, faham!! Bamm!! Pintu bilik dihempas kuat.
"Ya Allah. Selamatkan lah aku Ya Allah. Macam mana aku nak lari dari tempat ni"
gumam Rania
Rania membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Dia mengintai dari celah pintu bilik
yang terbuka sedikit untuk membolehkan dia melihat suasana kelab malam agar tiada siapa
yang mengesyaki dirinya yang mahu melarikan diri. Rania keluar dari bilik itu dan berjalan
melintasi manusia yang telah mabuk bagaikan dirasuk jin. Bau air kencing syaitan menusuk
hidung. Kuat. Busuk. Rania berjalan laju menuju ke pintu keluar yang dia masuk tadi. Keluar
sahaja dari kelab itu, tanpa dia berfikir dia terus berlari sekuat hati agar dirinya tidak ditangkap
lagi.
"Woiii, macam mana budak tu bole hilang" jerkah John kepada anak buah Dato Lim
"Apsal kau tak kunci bilik tadi. Pergi cari dia cepat sebelum VIP tu sampai" arah John
dengan nada marah.
"Woi budak jangan lari" Rania tersedar dirinya dalam bahaya. Anak buah Dato Lim
mengejar dari belakang.
"Aduhh kena kejar lagi, ingatkan dah terlepas" gumam Rania.
Rania berlari sekuat hati sambil berdoa agar dirinya tidak dijadikan lauk orang kaya
tiba-tiba
Bam!!
Tubuh Rania rebah diatas jalan raya...Darah mengalir di kepalanya...
Lelaki yang mengejar Rania terhenti apabila melihat ada sebuah kereta yang melanggar
Rania. Salah seorang anak buah menelefon seseorang.
"Hello bos, budak tu kena langgar"
"Ok bos, cau"mereka segera beredar dari tempat itu.
"Heii. Heii. Aduhmak. Aku langgar orang pulak. Adeyhh" aduh Lucca
Tanpa melengahkan masa, Lucca mencempung tubuh Rania masok ke dalam kereta,dan
memecut laju keretanya ke hospital.
BAB 2
Tutt...tutt...tutt…
"Wei, Lucca kau dekat mana? Dah malam kau tak balik rumah lagi. Dah lupa jalan
balik rumah ka? Kejap aku hantar location rumah kau" ujar Zarif
"Bongoklah kau, aku dekat hospital ni sial"
"Kau buat apa dekat hospital?"
"Aku tengah main boling ni haa"
"Kepala hotak hang la, aku tanya, ni kau buat apa dekat hospital" marah Zarif
"Aku terlanggar budak perempuan tadi, ni aku teman dia dalam ward. Teruk jugak
budak ni kena langgar. Tak sedar lagi ni" kata Lucca
"Tulah kau, kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan orang. Kau ambik
lesen copy ori ke apa ni? Bawa kereta sampai langgar orang" ujar Zarif dengan sinis
"Sial lah kau, cau dulu"
"Asal?" tanya Rayyan
"Lucca terlanggar budak perempuan, dia ada dekat hospital. Esok lah kita pergi
tengok."
Lucca memandang Rania yang terlantar diatas katil. Terpalit rasa kasihan terhadap
tubuh itu. Siapa kau? Kenapa diorang kejar kau? Mana mak bapak kau? Diorang tak risaukan
kau ke? Kenapa diorang tak cari kau? Beribu soalan dalam fikiran Lucca. Kesiannya muka
lebam-lebam, tangan calar kaki pulak berdarah akibat lari atas jalan tar tanpa selipar. Yelahkan,
lari dari orang yang nak jadikan dia pelacur, mestilah lari.
Lucca meletakkan kepalanya disisi katil yang diduduki Rania dan akhirnya Lucca
terlelap disisi katil.
Rania tersedar dari pengsan. Kemudian memandang ke sekelilingnya. Aduh aku dekat
mana ni? Hospital ke? Aikk kepala aku berbalut? Tangannya meraba kepalanya sendiri. Tiba-
tiba matanya memandang seseorang yang tidur di sisi katilnya. Siapa ni? Tidur dekat sini pulak
tu. Lama Rania memandang lelaki itu sebelum membuat keputusan untuk mengejutkan lelaki
itu.
"Kesian lah pulak nak kejut. Lagipun sekarang pukul 3 pagi. Esok je lah". Gumam
Rania sambil matanya melihat jam di dinding ward yang dia duduki.
Lucca tersedar dari tidurnya. Dia merenggangkan segala ototnya yang terasa sakit
akibat tidurnya yang kurang selesa. Matanya memandang Rania yang terkelip-kelip
memandang Lucca yang baru bangundari tidur.
"Kau dah sedar? Pukul berapa kau bangun? Asal tak kejut aku?" baru bangun dari tidur
banyak pulak soalan aku. Hahahaha
"Dah. Pukul 3 pagi tadi. Saya tak kejut encik sebab saya tengok encik letih sangat, saya
tak sampai hati nak kejut" jujur Rania
"Kaut tak payahlah nak encik-encik. Panggil aku Lucca"
"Ok. Nama saya Rania"
"Aku nak tanya kau banyak benda, boleh jawab jujur"
"Nak tanya apa?" tanya Rania
Baaammm!!!
"Mana budak perempuan tu? Aku nak tengok dia. Mana? Mana? Mesti lawa kan?"
kecoh si Zarif
"Kau memang tak reti bagi salam ke mangkuk?" perli Lucca
"Alah kau jugak yang ajar aku macam tu kan sayangggg" kata Zarif dengan nada
manjanya
"Hai, nama aku Rayyan. Mangkuk ayun sebelah aku ni Zarif". Sapa Rayyan
"Ouhh...hai, nama saya Rania"
"Wow, Rania. Sedap nama tu. Sama cantik dengan tuan punya badan" kata Zarif sambil
mengenyitkan matanya kearah Rania
"Dah la woi mengorat anak dara orang" marah Lucca
BAB 3
" Ok, aku nak tanya kau asal kau lari malam tu? Sapa yang kejar kau? Aku nak jawapan
detail jangan ada yang tinggal satu pon" tegas Lucca
"Ermm, sebenarnya mak tiri saya jual saya dekat Ah long. Malam tu konco-konco Ah
long tu datang rumah saya. Diorang bawa saya ke kelab malam nak jadikan saya pelacur. Saya
tak nak, saya tak sanggup nak gadaikan maruah saya. Diorang nak saya layan VIP dari China.
Ibu dan ayah saya dah meninggal jadi saya duduk dengan mak tiri saya. Mak tiri saya jahat,
dia selalu dera saya setiap hari. Malam tu dia yang jual saya. Bila saya dapat peluang, saya
terus melarikan diri daripada mereka. Saya tak sangka mereka dapat kejar saya sampai lah ada
kereta yang langgar saya" jujur Rania
"Umur kau berapa" tanya Lucca
"20 tahun"
"Hmmmm tak apa lah, lepas ni kau duduk dengan kitorang, kitorang akan jaga kau"
kata Lucca
Rania hanya mengangguk. Bersyukur ada orang yang mahu menjaga dia. Dia bukannya
ada sesiapa.
" au anggap je lah kami ni abang-abang kau" kata Rayyan
"Kau nak anggap aku ni boyfriend kau pun boleh" seloroh Zarif
Ktukk!!
"Sakit lah sial" marah Zarif
"Padan muka kau" kata Rayyan
Rania dan Lucca hanya menggeleng kepala melihat perangai tak matang mereka tu.
"Kau anak tunggal ke? Tak de adik beradik lain? Tanya Lucca
Rania hanya menggeleng.
"Bila agaknya saya boleh keluar dari hospital" Tanya Rania
"Nanti aku tanya doktor" jawab Rayyan
Keluar sahaja dari perut kereta, Rania memandang rumah agam itu tidak berkelip di
hadapannya. Besar. Cantik. Luas lamannya. Ada kolam!! Matanya memandang kolam di
hadapan rumahnya. Cantik design kolam tu. Mesti best kalau berenang ni. Fikir Rania. Teramat
cantik.
"Tutup mulut tu nanti ada lalat masuk tak pasal-pasal mati tercekik" ujar Rayyan
Rania hanya tersengih. Rumah tersebut dikelilingi anak buah Lucca. Siap galas
senapang bagai.
"Kenapa diorang semua galas senapang tu? Nak tembak orang ke?" tanya Rania pelik
"Haah, nak tembak kepala kau laahh" kata Zarif dengan tawanya sambil menunjal dahi
Rania. Kuajo betul si Zarif ni.
"Dah, jom masuk dalam" arah Lucca
Masuk sahaja dalam rumah Rania terpegun lagi sekali. Gilalah. Ni rumah ka apa ni?
Diluar saja dah gempak masuk dalam lagi meletopp ahh!!
"Oiii budak!! Berangan je kau kan" kata Lucca.
"Ni aku nak bagitau kau banyak benda. Pertama, jangan keluar dari rumah ni kalau kau
tak nak mati. Kau boleh keluar kecuali ada kitorang je. Faham? Kedua, tingkat atas sekali bilik
no 1 dan 2, kau dilarang masuk dalam bilik tu. Faham??" kata Lucca dengan tegas.
Rania hanya mengangguk
"Kalau saya duduk lepak dekat luar pon tak bole ke?? Kalau bosan?" tanya Rania
"Kau ni kan, aku dah cakap kan kalau kau nak hidup jangan keluar dari rumah ni"tegas
Lucca
"Ok lah..."
"Good girl" Lucca menggosok kepala Rania sehingga serabut rambutnya.
"Eeeee, janganlah" marah Rania
BAB 4
"Bilik kau tingkat 2, bilik no 3, sebelah bilik kau bilik aku. Bilik Rayyan dan Zarif
tingkat 3" kata Lucca
"Dah pergi masuk bilik kau dan mandi. Tah berapa lama kau tak mandi, bau macam kerbau
tahu tak" arah Lucca.
"Tapi saya tak de baju"
"Nanti aku bagi kau baju aku. Kau pakai lah dulu esok kita keluar cari barang-barang
kau" balas Lucca sambil melabhkan punggungnya di sofa.
"Weh, aku tengah tengok wayang free weh!" kata Zarif sambil menyilangkan kakinya.
Badan disandarkan ke dinding sofa.
"Ye dowh, lagi best kalau ada popcorn dengan air pepsi, pergh...rancak wayang ni!"
tambah Rayyan.
"By the way Rayyan, sejak bila mamat sejuk beku ni caring pasal perempuan eh?
Selalunya kalau jumpa perempuan kan, macam nak ditelannya perempuan tu hidup-hidup."
soal Zarif sambil jarinya mengetuk dagu.
Ktukk!!!
"Asal kau ketuk kepala aku bodoh! Sakit tahu tak?" marah Zarif. Dia mencapai bantal
yang berada di tepi sofa, kemudian membaling kearah Lucca.
"Kau jangan nak mengarut bole tak? Baik kau diam sebelum aku humban kau dalam
loji belakang rumah" ugut Lucca. Dia sudah masak dengan perangai anak-anak buahnya yang
suka mengusik itu.
"Uwuuuu...tacod ah bebeh! Btw kau dah jatuh cintan dengan budak tu ke?" usik Zarif
tidak henti-henti. Tak makan saman dengan ugutan Lucca. Lucca hanya menggelengkan
kepalanya.
"Hah kau, tunggu apa lagi? Pergi naik atas" arah Lucca kepada Rania
"Uwuuu...garangnya abang hensem kita ni. Tacod kita tau." usik Zarif dengan suara
perempuannya.
"Diam ah setan!" bidas Lucca. Kaki melangkah menuju ke biliknya.
Rania melangkah masuk ke dalam bilik yang diberitahu Lucca tadi. Selesai menutup
pintu, dia berpaling menghadap biliknya. Ternganga? Terkedu? Wah, bapak arghh!!. Ini bilik
ke apa ha? Bilik aku dekat rumah arwah abah tak delah macam ni. Tapi bilik ni, seriously?
Lawa gila. Cantik. Design dia memang mengena citarasa aku. Siap ada set sofa. Satu set
hometeater. Kaki melangkah ke arah bilik air.
Buka sahaja pintu bilik air. Lagi sekali? Dia ternganga...mak aih, ni kalau aku masuk
mandi ni tak keluar dah gaya ni. Siap dengan tub mandi yang mewah lagi. Kayanya lelaki ni.
Kerja apa?
"Ah, mandi dululah badan pun dah melekit ni. Bak kata Lucca, bau macam kerbau"
tangan mencapai tuala yang berada didalam almari dan menuju ke bilik air.
"
Ah, selesanya. Segar sikit badan aku" gumam Rania perlahan. Kaki melangkah keluar
dari bilik air.
Ktakk!!
Pintu dibuka dari luar dan tersembullah wajah Lucca. Mata aku terbeliak melihatnya.
Aku dah lah tengah berkemban ni.
"Arghhhh...kalau ya pun ketuk lah pintu dulu!!" jeritku. Kaki laju melangkah kearah
katil. Comforter dicapai lalu menutup tubuhnya yang terdedah.
"Rumah aku, jadi suka hati akulah. Yang kau berkemban ni apahal?" bidas Lucca.
"Orang baru lepas mandi lah" jawab Rania dengan perlahan.
"Ni baju aku, pakailah dulu, Esok kita pergi cari baju kau" ujar Lucca, baju diletakkan
diatas katil.Sebelum melangkah pergi, Lucca menghampiri Rania yang menyelubungi diri.
"By the way your fragrance seduces me. You make me turn on" sinis Lucca berkata
kemudian melangkah keluar dari biliknya. Rania mendengar pintu biliknya ditutup. Pipi Rania
usah dikata, merah macam udang bakar. Rania memegang jantungnya yang laju. Gila, kau goda
aku ke.
BAB 5
Rania bangun awal pada pagi itu, sempat juga dia membuat nasi lemak, resepi dari
arwah ibunya.
"Good morning sunshine, awal kau bangun pagi ni" ujar Rayyan dengan memberikan
senyuman manis buat Rania.
"Good morning, eh meh lah duduk, saya ada buat nasi lemak pagi ni" Rania meletakkan
pinggan di hadapan Rayyan kemudian menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan.
"Ermm...wanginya bau". Rayyan mencapai sudu kemudiannya menyuapkan nasi ke
dalam mulutnya.
"Sedapnya.Siaapa yang ajar kau masak?" Soal Rayyan.
"Arwah mak saya yang ajar saya memasak" Rayyan hanya mengangguk. Sedap betul
nasi lemak ni. Kenyang dia pagi ni sebelum ke pejabat.
Lucca yang baru tiba di dapur bersama Zarif. Segak berpakaian, nak pergi kerja kot.
"Good morning everyone!!!" Jerit Zarif. Ceria betul muka Zarif pagi ni. Rayyan
bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Zarif.
Panggg!!!!!
Terteleng muka Zarif akibat terima penampar Rayyan. Jerit macam dalam rumah ni ada
20 orang.
”KAU APA HAL SHIBAL. LEMPANG AKU. BERGEGAR OTAK AKU TAHU
TAK!!! Marah Zarif
"Salam good morning dari aku" jawab Rayyan selamba.
Rania hanya menahan tawanya dari meletus. Pagi-pagi dah buat hal diorang ni
"Lahanat lah kau ni, sini kau aku kerjakan. Kau dah rosakkan mood pagi aku tahu
tak!!!!" Jerit Zarif sambil mengejar Rayyan yang berlari keluar dari rumah.
Ya Allah, nasib baik lah rumah Lucca ni dibina dengan konkrit yang kukuh. Kalau tak
dah lama runtuh bila dengar jeritan Zarif.
Lucca hanya menggeleng melihat perangai anak buahnya yang seperti budak-budak tak
cukup kasih sayang. Kepala kongkam betul tenuk-tenuk ni.
"Kau masak apa pagi ni" soal Lucca, sambil menhirup kopi yang disediakan oleh Rania.
"Saya ada buat nasi lemak, awak nak makan?" Tanya Rania, Lucca hanya mengangguk.
Lincah tangan Rania menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan.
Rania hanya memerhati Lucca yang menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
Ermm...cara makan pun sopan. Mata meliar ke arah rambut Lucca yang disikat kemas.
Rambutnya style spiky quiff sesuai dengan wajah yang hensem. Hensem?? Ni kalau Lucca
tahu yang dia puji ni, mau terbang ke langit dia pagi ni. Kening yang terletak elok, alis mata
yang cantik dan bibir yang merah. Nampak sangat tak merokok.
"Dah puas dah kau tenung aku yang hensem ni? Aku tahu muka aku ni hensem, tapi
tutup mulut kau tu bole? Lalat masuk nanti satu hal pulak jadi" bidas Lucca. Ceh! Rania
mencebik, lalu mengambil pinggan dan mencedokkan nasi ke dalam pinggannya. Baru sahaja
dia ingin menyuapkan nasi ke dalam mulutnya,
Bang! Bang! Bang!
Rania dan Lucca menoleh ke arah pintu rumah. Tanpa membuang masa, laju mereka
menuju ke halaman rumah.
"Mari sini kau!! Aku nak tembak kau harini jugak. Aku dah lama sabar dengan kau ni
Rayyan" jerit Zarif sambil mengacukan pistol ke arah Rayyan. Rayyan mengangkat kedua-dua
belah tangan ke udara. Liur ditelan kesat.
Rania terkejut melihat Zarif mengacukan pistol kearah Rayyan. Pistol? Zarif nak
tembak Rayyan ke? Terasa lembik kakinya berdiri, pandangannya semakin kelam dan akhirnya
jatuh terbaring diatas rumput.
"Apa yang korang buat ni!!! Korang ingat pistol tu benda mainan ka??!! Sial lah korang
ni! Jangan sampai aku yang bunuh korang berdua! Korang tahu tak korang dah takutkan
Rania!!!" Jerkah Lucca kearah Rayyan dan Zarif. Terhinjut bahu mereka apabila dijerkah oleh
Lucca. Mula Lucca yang tegang seperti mahu ditelannya Zarif dan Rayyan tu hidup-hidup.
Zarif dan Rayyan hanya menunduk ke bawah, takut untuk menentang mata dengan
Lucca yang tajam memandang mereka berdua.
Tubuh Rania yang terjelepuk di bawah dicempung oleh Lucca dan dibawa masuk ke
dalam rumah. Rania diletakkan diatas sofa ruang tamu.
BAB 6
Rania msih lagi terkejut. Pistol weh! Pistol! Baru nampak pistol, belum lagi senjata lain.
Akhirnya Rania mengeluh.
"Errr... Kami mintak maaf pasal tadi. Aku bukannya sengaja pon, tapi aku geram
dengan si tenuk ni ha. Suka hati je nak sentuh muka yang suci ni" ujar Zarif sambil menjeling
kearah Rayyan.
"Sorry lah bro, aku bergurau je. Sakit sangat ke aku buat tadi?" Soal Rayyan dengan
muka tak bersalahnya. Dah tahu tanya pula.
"Errr…Rania kitorang mintak maaf eh. Sorry sebab buat kau terkejut" ucap Zarif
dengan bersungguh-sungguh. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya.
"Macam mana awak bole ada pistol? Awak semua orang jahat ke? Awak semua bunuh
orang ke? Kalau awak semua bunuh orang, nanti awak pon akan bunuh saya juga ke?" Soal
Rania bertubu-tubi. Rayyan dan Zarif memandang Lucca, meminta Lucca untuk menjawab
soalan Rania tadi. Lucca yang berdiri dihadapan Rania menyelukkan tangan ke dalam poket,
kemudian menelefon seseorang.
"Hello, aku tak masuk office harini" ujar Lucca. Kedua-dua belah tangan dimasukkan
ke dalam poket seluat.
"Jadi apa yang kau nak tahu" soal Lucca, kening dijongketkan dan mata memandang
tepat ke dalam anak mata Rania.
"Jawab semua soalan saya tadi". Kata Rania dengan tegas. Lucca memandang Zarif dan
Rayyan dengan tajam dan akhirnya mengeluh.
"Kitorang mafia. Mafia Black Jaguar. Aku leader. Rayyan headhunter dan Zarif
hacker. Ada lagi geng-geng kitorang dari luar negara. Dan yang berada dekat luar rumah tu
semua, diorang adalah anak buah aku. Diorang jaga rumah ni dari serangan musuh aku. Of
course kitorang dah dilatih dari kecil untuk bermain senjata, martial arts dan kitorang jugak
bunuh orang dengan kejam dan kitorang tak akan bunuh orang yang kitorang sayang. Tapi
kitorang akan bunuh orang yang berani sentuh orang yang kami sayang, sunshine" terang Lucca
sambil memandang Rania. Rania hanya mengangguk.
"Jadi sunshine, kalau kau nak pergi mana-mana, pastikan ada orang teman kau, sebab
dekat luar sana bahaya, sunshine. Musuh aku dekat luar ramai" sambungnya lagi. Jangan lah
panggil sunshine kerap sangat. Gugur iman oiii.
"Kau tak takut ke dengan kitorang? Kitorang mafia kot, bunuh-bunuh orang adalah
makanan kami?" Soal Rayyan. Rasa ingin tahu perasaan Rania bila Rania mendapat tahu yang
mereka adalah mafia.
"Tak, lagipun Lucca cakap, dia takkan bunuh orang yang dia sayang. Jadi saya mesti
orang yang dia sayang sebab tu dia tak bunuh saya. Kalau tak, dah semestinya dia dah bunuh
saya sekarang ni" jawab Rania dengan tenang membalas kata-kata Rayyan.
"Perghh jawapan yang confident, haa, tepukkk!!!" Kata Zarif sambil menepuk
tangannya.
Lucca yang mendengar jawapan dari mulut Rania tersedak air liurnya sendiri. Perit
terasa kerongkongnya. Rania hanya memandang Lucca yang menggosok dadanya sendiri.
"Awak ok ke Lucca?" Soal Rania. Lucca hanya mengangguk.
"Weh asal kau batuk weh! Jadi betullah apa yang Rania cakap tu. Kau sayang dia eh..."
Usik Zarif dengan nada meleret. Zarif menjongketkan keningnya mengusik Lucca yang
menjeling kearahnya.
"Diam ah, kau!" Bidas Lucca.
BAB 7
Lucca menuju ke arah bilik yang diduduki Rania terus menerjah bilik itu.
"Siap cepat, kita keluar beli barang kau, aku bagu masa 10 minit, lambat tinggal" kata
Lucca dan terus berlalu keluar.
Tanpa melengahkan masa Rania terus bersiap. 10 minit oii...mana sempat. Bersiap ala
kadar je la. Terus Rania turun ke bawah dan menuju ke kereta Lamborghini Aventador milik
Lucca. Tanpa membuang masa. Rania terus menerobos masok ke tempat penumpang.
"Rayyan dan Zarif ikut kita ke?" Tanya Rania. Mata memandang Lucca yang tampan
berpakaian kasual.
"Tak" jawab Lucca, mata fokus kearah pemanduan.
Sampai sahaja di pusat beli belah. Rania mengikut langkah Lucca yang laju
meninggalkannya.
"Ramainya orang dekat sini" gumam Rania. Kaki tetap melangkah mengikut Lucca
rapat. Takut hilang pula. Tiba-tiba Lucca berhenti secara mendadak. Rania yang sedang
berjalan dengan pandangan liar kearah kedai-kedai pakaian terlanggar belakang Lucca. Bau
wangian Lucca menusuk hidungnya.
"Ke...kenapa awak berhenti tiba-tiba ni" Tanya Rania. Perghh, bau dia menggoda siak,
jerit Rania dalam hati.
"Aku nak ingatkan kau, jangan jalan jauh dari aku, nak pergi mana-mana bagi tahu aku
dulu. Faham!" Tegas arahan dari Lucca. Rania hanya mengangguk tanpa banyak soal. Good
girl.
Terus tangan Rania dicapai dan digenggam. Lucca menarik tangan Rania ke arah satu
kedai pakaian.
"Pilih baju yang kau nak. Aku ada dekat depan tu. Faham. Dan jangan keluar dari kedai
ni tanpa aku". Tegas Lucca sambil menunjukkan kearah sofa yang berdekatan dengan kaunter
pembayaran. Rania hanya mengangguk. Dah macam burung belatuk dah. Dari tadi kejanya
mengangguk sahaja.
Lucca berlalu kearah sofa dan melabuhkan punggungnya disitu. Kaki disilangkan dan
telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya.
"Hello Zarif, kau tolong hack CCTV Sentosa Mall ni. Ada orang cuba ikut aku dengan
Rania. Lepastu kau bagitahu maklumat pasal diorang. ASAP"
Matanya memandang kearah Rania yang sedang memilih baju. Bibirnya tersenyum
nipis. Senang di handle kau ni. Aku bagi arahan, kau cuma angguk je. Tak de pulak nak
bangkang ke apa. Kata Lucca dalam hatinya. Lucca tersenyum sendiri melihat Rania.
Ting!
Telefon bimbit Lucca berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Zarif
Anak buah Dato Lim. Diorang ikut kau dan Rania sebab
diorang nak culik Rania daripada kau. Sebabnya Rania larikan diri semasa mak tiri dia jual
dia dulu. Aku rasa kau boleh je handle anak buah dia. 3 orang anak buah dia. Satu dah standby
dalam kereta, dua lagi tengah follow korang.
Ian tersenyum sinis. Nak ambil Rania dari aku? Over my dead body first.
"Awak saya dah siap pilih baju" ujar Rania sambil memandang Lucca yang tersenyum
sinis memandang telefonnya.
Apahal mamat ni senyum sorang-sorang, gila apa? Gumam Rania dalam hatinya. Kalau
cakap depan-depan tak pasal-pasal kena tembak nanti.
"Ok, jom bayar"
Selesai sahaja membuat bayaran. Lucca terus mencapai tangan Rania dan diheret Rania
ke tempat parkir keretanya. Tubuh Rania ditolak masuk ke dalam perut kereta.
Rania terpinga-pinga. Apahal mamat ni kelam kabut semacam je aku tengok. Benda
bole rilek kan, buat apa kalut-kalut.
Lucca terus memandu keluar dari tempat parking bawah tanah dan keretanya meluncur
laju meninggalkan Sentosa Mall.
Makin lama, makin laju kereta yang dipandu Lucca. Rania menoleh ke sisi. Wajah
Lucca menjadi tegang dan merah.
"Aa…awak jangan laju sangat. Saya takut" bagitahu Rania dengan tergagap. Sumpah,
aku dah tak boleh rilek dah.
BAB 8
"Ada orang follow kita dekat belakang. Tu anak buah Dato Lim yang nak jadikan kau
pelacu malam tu. Diorang datang nak culik kau". Terbuntang mata Rania mendengar
penjelasan Lucca. Dia menoleh kebelakang. Dua biji kereta sedang mengikut rapat kereta
Lucca.
"Kau ambil pistol dalam dashboard depan kau tu cepat" arah Lucca.
What!! Serius lah. Seumur hidup aku, aku tak pernah pegang senjata api macam tu. Gila
apa. Rania membuka dashboard dan mengambil pistol jenis Baretta APX dengan terketar-
ketar.
"Kau duduk dekat sebelah ni diam-diam. Faham". Rania hanya mengangguk.
Fikirannya merewang. Adakah malaikat maut bakal menjemput aku? Ya Allah, bala apa lagi
ni. Selamatkanlah aku dari bala ini Ya Allah. Doa Rania dalam hatinya. Mata Rania terpejam
rapat apabila Lucca memusingkan keretanya 180 darjah kearah kereta belakangnya mengekori
tadi dan bergerak secara mengundur.
Bang! Bang! Bang!
Tayar dan cermin kereta tersebut pecah dan retak akibat daripada tembakan yang
dilepaskan oleh Lucca dari luar cermin tingkapnya. Berpusing-pusing kereta itu akibat hilang
kawalan dan akhirnya terbakar.
"Heh! You wanna play with me? Orite, let's play together". Kata Lucca dengan sinis.
Stereng kereta dipusingnya kembali 180 dan meluncur laju untuk pulang ke mansionnya.
Tiba sahaja di mansionnya. Rania melangkah keluar dari kereta dengan kaki yang
lemah. Lucca menoleh kearah Rania yang masih terketar-ketar melangkah masuk ke dalam
rumah sambil memegang dinding untuk menampung badannya dari jatuh.
"Kau okey tak?" Tanya Lucca dengan sinis. Baru sikit dah terketar-ketar. Lemah!!!
"Awak ada nampak saya okey ke? Tak kan!! Kalau mati tadi macam mana? Saya ni
kahwen pon tak lagi tahu tak!!! Saya pon nak jugak rasa bahagia hidup berkeluarga. Kalau rasa
nak mati, mati sorang-sorang. Jangan ajak saya!" Marah Rania. Dadanya berombak menahan
sabar. Geram pula rasa.
Mak aih...perempuan ni. Garang nak mampus. Aku ingatkan lembik semacam je.
Rupanya mulut pon sama laju dengan pistol aku tadi. Kata Lucca dalam hati.
Zarif dan Rayyan yang baru turun dari tangga terkejut dan meluru ke arah Lucca dan
Rania dihadapan muka pintu.
"Weh, pontianak mana yang terjerit-jerit tadi. Sampai ke atas dengar doh". Kata Rayyan
yang memandang wajah Lucca. Muka tak bersalahnya dia bertanya macam tu.
"Bodoh betullah kau ni Rayyan. Sape je yang perempuan dalam rumah ni. Dah tentulah
minah ni yang terjerit-jerit. Dia kan pontianak" kata Zarif dengan selamba dengan matanya
memandang Ipad di tangan. Sepasang mata mencerlung matanya memandang Zarif yang
selamba mengata dia pontianak.
"Kau kata aku pontianak. Habis kau tu apa??!! Hantu raya!! Mari sini kau". Rania terus
mengejar Zarif. Zarif yang baru menyedari terus melarikan diri.
"Tak guna betul. Mari sini lah!! Aku dapat kau memang aku lapah kau hidup-hidup".
Zarif melarikan diri ke arah dapur. Rania yang ingin menangkap Zarif terhalang oleh kitchen
island yang berada diantara mereka. Berpusing-pusing Rania mahu menangkap Zarif.
BAB 9
Zarif melihat wajah Rania yang berubah merah menahan sabar. Perempuan marah
jangan dibawa main. Nanti tak pasal-pasal gempa bumi berlaku.
"Okey, okey. I'm sorry. Aku tak cakap dah kau pontianak" ucap Zarif tercungap-
cungap. Mengaku kalah dah. Lemah!
"Apa? Saya tak dengar. Ulang sekali lagi" balas Rania dengan muka sinis. Tahu takut.
Zarif mengeluh.
"Okey, aku minta maaf sebab cakap kau pontianak tadi". Ucap Zarif. Rania tersenyum
puas.
"Macam tu lah." Hehehee. Sengeh Rania apabila dapa mengenakan Zarif.
"Tapi betul apa, kau menjerit tadi macam pontianak" Rayyan dan Lucca hanya
menggeleng kepala melihat Rania dan Zarif yang sedari tadi bertikam lidah. Selamani Rania
hanya diam sahaja bersama mereka. Apa yang dicakapkan, Rania hanya mengangguk. Tapi
tadi, tak sangka pula Rania seorang yang ceria. Mungkin Rania sudah kenal dengan perangai
mereka. Hilang sudah sifatnya yang satu itu.
"Sudah-sudah, aku ada benda nak bincang dengan korang. Ikut aku naik atas. Rania,
masuk bilik kau, kemaskan barang-barang kau" Lucca terus berlalu bersama Rayyan dan Zarif
meninggalkan Rania yang terpinga-pinga. Seriusnya muka diorang. Kenapa? Rania
mengangkat bahu dan mencapai barang-barang yang dibeli tadi dibawa masuk ke dalam bilik.
"Bro, diorang dah berani cari pasal dengan kita. Target pertama diorang adalah Rania".
Kata Rayyan. Mukanya tiada riak senyum apabila berkaitan dengan musuh mereka. Ketat.
"Kau dapat maklumat pasal Dato Lim?" Tanya Lucca kepada Zarif. Matanya tajam
memandang Zarif yang sibuk dengan Ipadnya.
"Dato Lim pengusaha Bar Chat & Chew yang terkenal. Pelangan-pelangganya terdiri
daripada orang kayangan. Pekerjanya pula terdiri daripada GRO yang seramai 150 yang
melayan pelanggannya. Anak buah dia pula 350 orang. Diorang ni budak gangster yang suka
membuli orang yang masuk tempat diorang" terang Zarif. Pensil tablet ditanganya dipusing-
pusingkan di jari.
"Dengar nama bar dia pun dah macam nama anak-anak beruk. Hahaha" kata Rayyan
dengan gelak tawanya.
"So, kita nak buat apa lepas ni? Nak tunggu diorang serang kita atau kita sendiri yang
serang diorang?" Soal Zarif dengan serius. Bila time bekerja dialah orang yang paling serius,
tapi bila dah datang crackhead dia, mampus orang hendak melayan perangai yang tak matang
dia tu.
"Rumah ni dah lengkap dengan CCTV. Anak buah aku dah cukup ramai untuk jaga
kawasan rumah. Kawalan keselamatan rumah ni sangat ketat. Jadi diorang takkan dapat
tangkap Rania, hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk dalam kawasan ini. Jadi kita
tunggu sahaja diorang masuk ke kandang kita, baru kita serang diorang habis-habisan. Lagi
pun tak rancak kalau kita yang serang diorang". Kata Lucca sambil bermain dengan senapang
AK-47.
"Wei Lucca asal kau caring hah dengan budak tu? Kau dah jatuh chenta sama dia ka
bro? Aku berani jamin punya, kau dah jatuh sayang dekat dia sampai kau nak protect dia kan.
Sebab apa tau, sebab kau tak pernah bawa mana-mana perempuan keluar shopping, bawa
perempuan balik rumah dan paling penting kau protect dia dari Si Lim buncit tu" kata Zarif
dengan menjongketkan keningnya tanda mengiyakan apa yang dikatan itu benar.
"Yelah, aku pun nampak kau dah lain. Sebelum ni mana ada kau kisah sangat pasal
perempuan. Ayat yang keluar dari mulut kau pasal perempuan sebelum ni 'menyusahkan aku
jelah' tu jelah ayat kau" ajuk Rayyan dengan gaya pondannya yang tak siap.
Lucca hanya diam ditempatnya. Fikirannya melayang memikirkan wajah Rania yang
cantik dan comel. Lucca tersenyum sendiri tanpa menyedari Zarif dan Rayyan yang sedang
memandang dirinya dengan pandangan pelik.
Rayyan menendang kaki Zarif di bawah meja. Tangan mengisyaratkan "gila" kepada
Zarif sambil memandang Lucca. Zarif hanya mengangguk setuju.
BAB 10
Pranggg!!!
"Arghhh!!! Tak guna!! Berani kau bunuh anak buah aku!! Jerkah Dato Lim dengan
membaling gelas kaca ke dinding.
"Kau tunggu nanti, aku akan pastikan mayat kau jadi debu nanti".
"John arah budak-budak siap sedia. Kita akan serang diorang malam nanti. Pastikan
perempuan tu hidup dan bawa dia dekat aku" arah Dato Lim, mukanya merah menahan amarah
yang membuak-buak. Anak buah kesayangan mati ditembak Lucca.
"Baik bos" kata John sambil menunduk hormat kepada bosnya. Kemudian dia
melangkah keluardari bilik itu. Telefon didalam poket dicapai dan terus menelefon anak buah
yang lain untuk bersiap sedia.
Ketung!!!! ketang!!!
Rania yang berada di dapur sibuk memasak nasi goreng kegemarannya untuk dimakan
sebentar lagi. Tangannya lincah bekerja tanpa dia sedari ada sepasang mata yang sedang
memerhati dia melakukan kerjanya. Langkah diatur perlahan ke arah Rania.
"Masak apa tu?" bisik Lucca perlahan di tepi telinganya. Perlahan dan menggoda
sehingga bau perfume yang digunakan oleh Lucca dapat dihidu Rania. Bau menusuk hidung,
wangi. Jantung Rania dah hilang entah kemana dah. Berdebar. Ya Allah kenapalah malam-
malam macam ni kau nak goda aku. Bisik hati Rania.
"Sa...saya tengah buat nasi goreng ni. Da..dah nak siap dah pun. Aa…wak nak makan?"
Tergagap-Gagap Rania menjawab. Merah pipinya menahan malu.
"Ouh...tak apalah. Balik kejap lagi aku makan. Aku, Rayyan dengan Zarif nak keluar.
Kitorang ada hal nak urus. Kau duduk rumah elok-elok, kalau ada apa-apa cepat-cepat call aku.
Jangan keluar dari rumah ni. Faham, dan anak-anak buah aku ada diluar tengah kawal rumah
ni. Jangan keluar dari rumah ni faham." Tegas Lucca dengan serius. Berat rasa hati nak
tinggalkan Rania sorang-sorang dalam rumah ni. Tapi terpaksa dia tinggalkan Rania sebab ada
urusan yang perlu dia uruskan bersama Rayyan dan Zarif.
"Okey, saya okey ja duduk rumah sorang-sorang. Awak tak payah risaukan saya. Awak
balik rumah pukul berapa?" tanya Rania sambil tersenyum kepada Lucca bagi menghilangkan
riak risau diwajah lelaki itu. Manis, semanis tuannya.
"Aku mungkin balik lewat. Kau tak payah tunggu aku. Kau tido je terus dan kunci pintu
bilik kau. Lagi satu kalau apa-apa jadi dekat luar, cepat-cepat masuk dalam bilik kau dan kunci
pintu. Sebab bilik kau bilik kebal. Okey, aku pergi dulu". Kaki melangkah ke pintu keluar
rumah. Lucca meloloskan diri kedalam perut kereta.
Zarif dan Rayyan mengikut kereta Lucca yang meluncur laju meninggalkan rumah.
Pintu pagar elektrik ditutup rapat. Kawalan keselamatan diperketatkan. Rania masih lagi berdiri
dihapan pintu rumah melihat kereta Lucca yang berlalu pergi. Rania melangkah masuk ke
dalam rumah lalu menutup dan mengunci pintu. Langkah diatur menuju ke kewasan dapur
untuk mengemas dapur yang telah dia gunakan. Tanggannya lincah mengemas dapur yang
selerak sedikit.Selesai sahaja dia mengelap tangannya, dia terdengar bunyi bising di luar
rumah.
Bang!!! Bang!!! Bang!!!
Rania mengintai disebalik langsir rumah itu, dia melihat ramai anak buah Lucca jatuh
ditembak oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Mereka diserang hendap oleh anak buah Dato
Lim. Rania teringat pesan Lucca sebentar tadi. Kakinya laju berlari kearah bilik dan mengunci
pintu. Rania mengintai kembali kawasan luar rumah, mereka masih lagi berperang dengan
senjata. Rania mencapai telefonnya lalu dengan pantas dia menelefon Lucca.
BAB 11
Lucca yang sedang memandu merasakan tidak sedap di hatinya. Tanggan lantas mencapai
telefon yang berada di tempat letak telefon. Laju jarinya mendail Zarif yang mengekori Lucca
dari belakang dengan kereta yang dipandu Rayyan.
"Bro, kau hack CCTV rumah jap. Aku tak sedap hati. Rania. Kau tengok Rania okey
ke tak". Kata Lucca. Menyesal pula tinggalkan Rania sorang-sorang di rumah. Kalau aku
angkut dia sekali tak adalah aku risaukan dia.
"Bro, rumah kau kena pecah masuk. Anak buah kau tengah berlawan dengan diorang.
Musuh pon ramai yang tumbang" kata Zarif.
"Oh shit!! Balik mansion sekarang" Arah Lucca. Laju tangannya memusingkan stereng
kereta. Keretanya meluncur laju.
Kringg!!! Kringg!! Kringg!!
Telefon Lucca berdering, Lucca melihat nama pemanggil di telefonnya. Rania.
"Awak ada orang cuba ceroboh rumah awak, dan diorang cuba untuk pecah masuk bilik
saya. Awak, saya takut, cepat lah balik". Kata Rania dengan kalut.
"Kau sabar kejap. Aku on the way balik ni. Duduk dalam bilik tu diam-diam. Jangan
cuba-cuba buka pintu. Diorang tak kan dapat pecah masuk bilik tu" panggilan diputuskan.
"Arghhh!!! Shitt!! Kau tak kenal aku siapa lagi Lim. Kau dah kejutkan harimau yang
tengah tidur." stereng kereta dihentak. Kereta dipandu laju pulang ke mansionnya.
Sampai sahaja di mansionnya. Lucca mencapai raffle AR-15 yang disimpan dibawah
seat penumpang keretanya. Pintu kereta dibuka dan melangkah masuk ke dalam mansionnya
diikuti Rayyan dan Zarif yang menggalas senapang masing-masing.
Bang!! Bang! Bang! Bang
Bang! Bang!
Kesemua anak buah Dato Lim tumpas ditangan Lucca, Rayyan dan Zarif. Bertaburan
mayat- mayat diatas tanah berlumuran dengan darah.
"Salah orang lah kau orang nak bermain" kata Lucca dengan sinis.
"Kau orang dah masuk ke kandang harimau. Aku takkan biarkan kau orang hidup-
hidup". Kata Rayyan sambil menyepak kepala musuhnya.
Kpakk!!
"Fuh…seram gila bunyi dia" kata Zarif yang merasakan ngilu dilehernya.
Bomm!!
Lucca terus berlari masuk kedalam mansionnya apabila terdengar bunyi letupan bom
di hadapan bilik Rania. Rayyan dan Zarif mengikuti Lucca dari belakang dan
Bang!! Bang!! Bang!!
3 musuhnya sudah dibunuh dan tinggal sorang yang masih hidup.
"Huh, kau ingat kau boleh pecah masuk ke bilik ni" tanya Lucca dengan
mengjongketkan keningnya dengan wajah sinis.
"3 orang kawan kau dah kena bunuh. Lepasni giliran kau pulak" kata Zarif dengan
mengacukan rafflenya ke arah musuh.
"Ampun bang, maafkan saya bang" kata musuhnya sambil melutut dihadapan Lucca.
"Aik, kau ni spesis tak boleh dibuat kawan betul. Dasar pembelot" kata Rayyan dengan
sinis sambil mencangkung dihadapan musuhnya.
"Kau orang dah hancurkan mansion aku, kau tahu tak. Rayyan, ikat dia kemudia bawa
dia ke markas. Arahkan budak-budak bersikan tempat ni". Arah Lucca dengan tenang.
BAB 12
Ikut aku" Rayyan mengilas tangan musuhnya ke belakang dan membawa musuh ke
markas Lucca diikuti oleh Zarif.
Tok! Tok! Tok!
"Rania aku ni. Buka pintu sekarang. Kau dah selamat" kata Lucca dengan berdiri
dihadapan pintu bilik dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Menanti Rania
keluar dari biliknya.
"Awak ke? Lucca?" Tanya Rania lagi. Memastikan suara Lucca. Bukan dia tak cam
suara Lucca. Cuma takut-takut je.
"Ye, ni aku. Keluarlah cepat"
Pintu bilik dibuka luas. Wajah Rania yang takut-takut sudah hilang apabila melihat
Lucca yang berada di hadapannya.
"Dah jom keluar dari sini. Sini dah tak selamat" kata Lucca sambil menarik tangan
Rania.
Tiba sahaja dihadapan pintu keluar. Mata Rania dijamu dengan mayat-mayat yang
bergelimpangan diatas tanah.
"Zam, kau arahkan budak-budak yang lain cuci kawasan ni" arah Lucca sambil menarik
tangan Rania dan berlalu pergi ke keretanya.
"Baik bos"
"Masuk" Rania masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Kereta mula bergerak ke
markas Lucca. Rayyan dan Zarif yang sudah sampai menanti Lucca yang belum tiba. Kereta
mula meluncur laju. Rania hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
"Jom turun, dah sampai"
"Kita dekat mana ni?" Tanya Rania. Matanya meliar melihat kawasan itu. Gudang yang
terbiar. Soalan Rania dibiarkan sepi. Terus tangan Rania ditarik masuk ke dalam gudang itu.
"Yow bro, meh la duduk dulu, lepak-lepak, makan-makan. Sini Rania duduk dulu."
Zarif menepuk-nepuk sofa disebelahnya menyuruh Rania duduk di sebelahnya.
"Kau makanlah dulu. Aku nak uruskan budak tu. Kau pergilah duduk sana" kata Lucca
kepada Rania. Tangan Rania dilepaskan. Lucca menuju ke satu pintu yang menempatkan
musuhnya yang dibawa balik Rayyan sebentar tadi.
Rania memilih tempat duduknya diantara Rayyan dan Zarif. Kalau dirumah Lucca,
anak buahnya hanya berbadan tegap. Tapi kuat berlawan. Kalau digudangnya ini, bukan setakat
tegap, tinggi dan berbadan besar lagi, siap dengan menggalas senjata. Gerun dia melihat.
Zarif dan Rayyan memandang antara satu sama lain. Kemudian memandang Rania
yang berada ditengah-tengah mereka.
"Kau dah kenapa nyah?" Kata Zarif dengan mengerutkan keningnya. Pelik.
"Hehehehe...saya takut. Dekat rumah diorang berbadan tegap. Tapi dekat sini bukan
kaleng-kaleng, badan dah macam pemain gusti WWE" kata Rania dengan menggarukan
keningnya yang tidak gatal.
"Jadi selamani kau usya badan diorang lah. Badan aku kau tak nak usya jugak ke? Aku
pon sado lah" kata Zarif sambil menunjukkan muscle di lenggannya.
"Tak kuasa aku nak tengok, bukan hensem pon" jawab Rania sambil mencapai sekeping
pizza diatas meja lalu dimakannya selamba. Rayyan tergelak kecil mendengar jawapan dari
mulut Rania.
"Kau gelak kenapa?" Marah Zarif.
"Kau tak hensem. Hahahaha"
Bab 13
"Kau tahu tak, yang bos kau dah salah orang dia nak main?" Kata Lucca dengan sinis.
Dia berjalan ke arah almari yang berada dihujung sudut bilik itu. Pintu almari dibuka dan
pelbagai jenis senjata yang disusun didalan almari.
Lucca mengambil berapa set alat pembedahan dengan wajah psikonya, kemudian
berlalu kearah musuhnya. Set alat pembedahan dilemparkan dihadapan musuhnya kemudian
dia duduk mencangkung. Set pembedahan dibuka satu persatu dengan wajah psiko.
"Kk... kau nak buat apa ni?" Tergagap-gagap musuhnya bertanya. Takut. Yang
berhadapan dengannya sekarang ni ialah mafia yang terkenal dengan sikap psikonya, kejam
dan digeruni oleh musuhnya yang lain. Soalan tadi dibiarkan sepi.
Lucca mencapai scalpel kemudian menunjukkan pisau itu dihadapan mata musuhnya.
"Harini aku rasa nak play something la. Something yang menyeronokkan" Lucca
memusingkan pisau ditangannya.
"Aa...apa kau nak buat ni? Tolong jangan apa-apakan aku. Aku minta maaf". Kata
musuhnya. Siapa yang tidak takut dengan orang yang berada dihadapannya sekarang ini.
"Aku ingat, aku nak main doktor-doktor la malam ni. Kau nak jadi patient aku tak?
Pembantu aku tak ada pulak malam ni, diorang tengah makan. Tapi tak apa, aku sorang pon
boleh". Kata Lucca dengan sinis. Dengan payah musuhnya menelan liur yang terasa kesat.
"Kita mulakan dengan telinga dulu lah. Sebelah kiri ke sebelah kanan eh? Hmmm...kiri
lah dulu" Dengan sekelip mata telinga disebelah kiri terputus dari kepala. Darah memancut
keluar.
"Arghhh...sakit...stop!!" Meraung-raung musuhnya menjerit minta diberhentikan
perbuatan Lucca.
"Stop? Sabarlah. Aku tak puas lagi nak main ni. Baru 5 minit awal ada lagi satu jam"
tangannya mencapai pula telinga di sebelah kanan dan
Zapp!!
Putus. Lucca menayangkan telinga yang dipotongnya tadi dihadapan mata musuhnya.
Riak wajah Lucca hanya kosong.
"Arghhhh...tolong aku. Sakit bro" Lucca tidak mengendahkan kata-kata musuhnya.
Seronok sangat main doktor-doktor.
Lucca mencapai gunting kemudian baju diguntingnya hingga terbelah dua. Pisau yang
digunakan tadi diambil semula dan mula membelah perut musuhnya. Darah mula mengalir
dengan laju.
"Haaaa...oppss, darah...darah. Kejap aku tolong jahitkan" kata Lucca dengan nada yang
dibuat-buat terkejut. Scalpel diletak kembali ke tempatnya. Jarum yang tekah dimasukkan
benang diambil dan tangannya laju menjahit perut yang telah dibelahnya sebentar tadi. Dah
macam jagit kain dibuatnya.
"Bunuh sajalah aku. Tak perlu sikaa aku macam ni" kata musuhnya dengan lemah.
Tidak mampu untuk berlawan.
"Ok done. Aku dah siap jahit dah. Cantikkan aku buat sulaman atas perut kau. Memang
aku akan bunuh kau pon. Bosanlah hari-hari aku siksa orang" ujar Lucca dengan senyum
senget. Dia menegakkan tubuhnya dan mencapai pistol yang diselit dibelakang badannya dan
Bang! Bang! Bang!
Tembakannya tepat mengena dahi musuh. Berlubang! Setel!
Bab 14
"Bro, lama nau kau dekat dalam. Best ke?" Tanya Rayyan sambil menjongketkan
keningnya yang memandang Lucca yang baru sahaja keluar dari bilik seksaan.
"Gila tak best. Aku ajak dia main doktor-doktor lagi" jawab Lucca dengan riak
bersahaja. Kemudian dia memandang Rania yang tertidur dibahu Zarif.
"Bro..." Zarif mengisyaratkan Lucca untuk membawa Rania yang tertidur untuk pulang.
Rania yang setia menunggu Lucca yang seronok menyiksa habuannya sebentar tadi
akhirnya terlena dibahu Zarif. Zarif yang tidak sampai hati mengejutkan Rania akhirnya
dibiarkan sahaja. Lucca yang dari tadi memandang Rania akhirnya melangkah ke arah Zarif
lalu tubuh Rania dicempung ke dalam dukungannya.
"Kau nak bawa dia balik mana?" Soal Rayyan.
"Balik kondo aku. Esok kita jumpa dekat mansion aku. Nanti aku bagi location" kata
Lucca yang mula melangkah ke keretanya yang parkir tidak jauh.
"Asal lak kena bagi location bagai. Bukan kitorang tak tahu mansion kau dekat mana"
kata Zarif. Walaupon mansion Lucca banyak, dalam negara mahupon luar negara, Rayyan dan
Zarif tahu dimana tempatnya.
"Mansion yang ini korang tak tahu lagi dekat mana, sebab tu aku bagi location nanti.
Mansion ni boleh jauhkan Rania dari sebarang sebarang musuh yang cuba dekat dengan kita.
Gerak lu, chau" ujar Lucca selamba ke keretanya.
Lucca meletakkan Rania di sebelah tempat duduk penumpang. Tali pinggang ditarik
dan dipakaikan kepada Rania. Wajah Rania yang tidur lena ditenung Lucca. Cantik. Kening
yang terbentuk elok, alis mata yang cantik. Hidung yang mancung, pipi yang putih gebu tanpa
sebarang jerawat dan bibir yang merah lembab. Lama dia merenung bibir Rania yang nerah
ranum. Semakin lama, semakin dekat wajahnya dengan wajah Rania. Dengan perlahan Lucca
menindih lembut bibir Rania.
Setelah 2 minit, Lucca seperti tersedar tentang perbuatannya. Cepat-cepat dia menutup
pintu kereta dan memandu pulang ke kondonya miliknya. Menyempat kau ek Lucca, kalau
Rania tahu tadi, mahu kena penyepak la kau.
Rania mencelikkan matanya apabila tersedar dari lenanya. Rania menggeliatkan
tubuhnya kiri kanan untuk mereganggkan segala uratnya sehingga dia merasakan sesuatu yang
pelik. Aku dekat mana ni? Bukan semalam aku dekat gudang lama ka?
Kemudian Rania menoleh ke arah kanannya. Dia melihat Lucca yang tidur di
sebelahnya yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek, dengan tangganya yang
diletakkan di atas dahi. Manakala tangan kirinya dijadikan bantal Rania. Hmmm... Lucca tidur
sebelah aku.
Mata Rania terbuntang luas. Bagaikan baru tersedar.
"Lucca!!!!" Jerit Rania sejurus tendangannya tepat diberikan kepada Lucca yang
sedang tidur disebelahnya.
Gedebuk!!
Tergolek-golek Lucca jatuh dari katil disebabkan tendangan padu yang diberi oleh
Rania sebentar tadi.
"Aduh!! Kau tendang aku dah kenapa mangkuk. Pagi-pagi cari gaduh" soal Lucca
dengan muka yang tak puas hati.
"Bukan saya, tapi awak. Kenapa awak tidur sebelah saya, dengan tak pakai bajunya
lagi" tanya Rania. Mukanya merah menahan malu dan geram.
"Asal? Kau tergoda ke? Kau malu tidur sebelah aku? Ke kau nak aku peluk kau time
kau tidur? Aku boleh jer". Balas Lucca dengan wajah mengusik.
"Tak kuasa saya. Kita bukannya dah kahwin. Jadi tak boleh tidur sekali. Haram tahu
tak" bidas Rania. Matanya menjeling geram kearah Lucca.
"Eleh kau. Habis yang kau tidur dekat bahu Zarif semalam, tak haram?" Bidas Lucca
kembali.
'Amboi mamat ni. Terbaik dia punya savage aku balik. Tak nak kalah tu'
"Pasal tu, semalam saya tertidur...tak sedar" jawab Rania sambil menunduk.
"Macam tu lah aku. Aku drive balik semalam letih-letih. Letih mengangkat kau lagi
yang berat dah macam gajah. Tak kan aku nak tinggalkan kau dalam kereta pulak. Sudah tu,
tak kan aku nak humban kau atas sofa, aku tak kejam lagi lah nak buat dekat kau macam tu.
Sebab tu aku letak kau dalam bilik aku, atas katil aku” erang Lucca dengan panjang lebarnya.
Lucca bangun dari duduknya. Tangannya mencapai tuala mandi yang elok tersangkut.
"Dah tu kenapa awak tak letak saya dekat bilik lain je" soal Rania dengan muka tak
puas hati.
"Rumah aku, jadi suka hati akulah. Lagi pon aku tak buat apa-apalah dekat kau. Aku
cuma tidur je. Lagipun kalau aku sentuh kau, mustahil kau bangun dengan pakaian yang
lengkap macam ni" ujar Lucca dengan malas dan terus melangkah kearah bilik mandi yang
terdapat didalam bilik itu.
Rania terpinga-pinga diatas katil Lucca. Memikirkan jawapan Lucca sebentar tadi,
kemudian dia memandang dirinya yang masih berpakaian. Haah...betul lah. Rania mengetuk
dahinya sendiri. Malu.
Bab 15
"Ni rumah siapa pula ni?" Soal Rania. Lucca hanya memandang persekitaran
mansionnya. Dua buah kereta Lamborghini Hurucan dan Lamborghini Aventador milik
Rayyan dan Zarif diparkir elok. Soalan Rania hanya dibiarkan sahaja.
Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang mansion barunya. Rania mengikuti langkah
Lucca dari belakang.
"Yow bro, lambat datang, tadi kemain suruh kitorang awal. Soronok sangat ke
'berhoneymoon' dengan cinta hati ulam jantung" sakay Zarif. Zarif ni kalau tak buat hal
menyakat orang, kacau orang, memang tak sah lah hidupnya.
"Haah, aku honeymoon dengan bakal mem besar semalam. Rancak bro, korang tunggu
9 bulan, nanti dapat lah anak buah baru" bidas Lucca dengan nada perlian. Kalau melayan akal
si Zarif ni, memanh takkan habis.
"Aku nak twins bro" celah Rayyan yang entaah datang dari mana tiba-tiba sahaja
menyampuk.
Lucca melabuhkan punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Mata memandang Rania
yang berdiri tidak jauh dari mereka yang ralit melihat dekorasi ruang tamu.
Susunan atur perabot yang nampak elegant dengan warna hitam kelabu. Biasalah kalau lelaki
yang dekorasi dan mendiami rumah, semestinya warna hitam menjadi kegemarannya.
"Aku nak pergi office pukul 10:00 kejap lagi. Kita ada meeting dengan Tan Sri
Zainudin" kata Lucca yang sibuk melihat jadual yang baru sahaja dihantat oleh setiusahanya.
"Alah...malasnya nak masuk meeting. Dah lama cuti ni, rasa malas nak masuk office
balik" ujar Zarif dengan muka malasnya. Badannya dijatuhkan diatas sofa dan mula memejam
mata.
"Kau tak nak masuk office tak apa. Tapi gaji kau bulan ni aku potong separuh" ugut
Lucca kepada Zarif
"Ok jom pergi office. Tetiba aku rasa semangat pula nak masuk meeting pagi ni. Rasa
semangat aku dah membuak-buak. Rugi la kalau gaji aku kena potong. Rugi-rugi...aku nak
pergi office awal sikit hari ini" terbuntang mata Zarif mendengar ugutan daripada Lucca. Terus
badannya ditegakkan dan berdiri sambil mengemaskan kemejanya yang sedikit berkedut.
Tangannya mencapai kot yang dilemparnya diatas sofa dan terus mancapai kunci kereta diatas
meja kopi. Kaki melangkah keluar dari mansion itu.
"Aku nak pergi office kejap lagi. Kau duduk rumah ni elok-elok. Petang kejap lagi aku
balik dalam pukul 5 macam tu. Anak buah aku ada dekat luar. Kalau ada apa-apa, call aku
terus. Kau lapar makan je, nak masak ke apa ke, semua dah ada dekat dapur. Okey" ujar Lucca
kepada Rania yang sedari tadi diam membisu.
"Saya nak ikut awak pergi office boleh?" Kata Rania dengan puppy eyesnya. Lucca
yang melihat Rania yang membuat muka comelnya bagaikan terpaku.
"Awak, boleh tak... saya nak ikut awak pergi office?" Ulang Rania sekali lagi dengan
menggoncangkan lengan Lucca bagi menyedarkan Lucca dari lamunanya.
"Aku ada meeting, lama. Kau boleh tunggu ke. Nanti kau bosan, macam mana?" Soal
Lucca. Aku meeting bukannya sekejap. 3 jam aku meeting. Itu pon kalau pekerjanya tak buat
hal.
"Tak apa, saya boleh tunggu. Lagipun dekat rumah ni tak ada sapa-sapa. Lagi buatkan
saya bosan" Rania menundukkan wajahnya. Matanya tepat memandang jari kakinya. Lucca
memandang Rayyan yang menjongketkan keningnya dan akhirnya mengeluh. Tinggal kang
nangis pulak. Nak tak nak, kna angkut jugak.
"Dah jom. Lambat tinggal" kata Lucca sambil melangkah keluar dari mansion menuju
ke kereta yang diparkir dihadapan mansionnya. Rania yang mendengar ajakan Lucca
tersenyum dan mengikut Lucca dari belakang. Rania mengambil tempat disebelah penumpang,
dan kereta meluncur keluar dari kawasan mansion. Manakala Rayyan hanya mengekori Lucca
dari belakang dengan keretanya.
Bab 16
"Bos, anak buah kita dah ramai yang mati. Kita tak boleh biarkan mereka belah macam
tu ja. Kita kena ajar mereka cukup-cukup" kata John, orang kanan Dato Lim yang setia
berkhidmat untuknya.
"Kita kena cari jalan untuk hancurkan bangsat tu" ujar Dato Lim dengan nada yang
benci. Bencinya terhadap ketua Black Jaguar semakin meninggi.
"Bos, saya dengar diorang dah pindah ke tempat baru. Tapi tempat diorang penuh
dengan kawalanCCTV. Sangat ketat kawalannya berbanding tempat yang kita serang haritu.
Jadi sedikit susah untuk kita dapatkan perempuan tu. Tapi saya ada plan bos" ujar John dengan
menyakinkan cadangannya kepada Dato Lim.
"Apa rancangannya?" Soal Dato Lim. Ingin tahu tentang plan orang kanannya yang
ingin menghancurkan ketua Black Jaguar.
Sampai sahaja di pejabat, Lucca melabuhkan duduk dikerusinya. Rayyan, Rania dan
Zarif melabuhkan punggung di sofa.
Krikk! Krikk!
Zarif memandang Rayyan, Rayyan memandang Zarif, kemudian kedua-dua mereka
memandang Rania yang santai melihat Lucca yang sibuk di meja kerjanya.
Ehemmm!!
Batuk Zarif memecahkan suasana ruang pejabat Lucca. Semua mata memandang Zarif.
"Kau dah kenapa, sakit tekak ke?" Tanya Lucca sambil menjeling kearah Zarif. Dia
meyambung semula kerjanya. Fail-fail yang terbuka diatas meja diambil lalu disemak sebelum
dia memulakan meetingnya.
"Kenapa kau bawa minah ni datang pejabat? Dia datang mintak kerja ke? Jawatan apa?
Kalu bab jawatan aku ada satu jawatan kosong" ujar Zarif dengan selamba. Sengaja cari pasal
dengan Rania. Pagi-pagi kena ambil mood kacau orang sebelum masuk meeting.
"Apa kau panggil aku? Minah!! Hello brother, aku ada nama lah. Mak aku bagi nama
sedap-sedap, kau panggil aku minah!" Bentak Rania terhadap Zarif. Suka hati panggil aku
minah. Jeling Rania kepada zarif.
"Ok lah, aku panggil kau minah dari aku panggil kau Jemah. Ni aku ada jawatan kosong
untuk kau, nak?" Tanya Zarif dengan mengjongketkan keningnya. Ada sahaja akalnya yang
mahu mengusik Rania.
Rania hanya mengangkat keningnya mengisyaratkan apa? Dia hanya memberi riaksi
biasa dihadapan Zarif dengan wajah yang selamba.
"Jawatan kosong cleaner office aku". Sejurus itu, bantal disofa dilemparkan tepat di
muka Zarif. Padan muka. Kenakan aku lagi.
"Hahahahahaha, padan muka kau. Kenakan orang lagi. Mendapat kau, makan bantal tu
puas-puas. Hahahaha, jom masuk meeting, jangan nak mengelat pula" kata Rayyan dengan sisa
tawanya. Rayyan mengemaskan kemejanya yang sedikit berkedut dan mencapai kotnya lalu
dipakai ke badan. Rayyan menepuk bahu Zarif kemudian melangkah keluar dari bilik Lucca
menuju ke bilik meeting.
Muka Zarif yang tadinya galak mengusik Rania berubah kepada masam mencuka. Kau
tunggu la nanti. Aku balas dendam balik nanti. Ada sahaja akal jahatnya untuk mengacau
Rania. Zarif kemudia bangun dan melangkah keluar dari pejabat Lucca.
“Aku nak masuk meeting, maybe lama. Kalau aku lambat keluar untuk lunch, kau
order je apa kau nak. Lepastu bagi tahu PA aku. Nanti aku bayarkan balik dekat dia. Ok. Kalau
kau perlukan apa-apa, bagi tahu PA aku." Ujar Lucca lalu bangun dari duduknya dan
mengemaskan mejanya kembali yang selerak dengan fail. Dia mengambil fail dan pen yang
berada diatas meja lalu diselitkan dipoket kotnya disebelah dalam. Lucca melangkah kearah
pintu pejabatnya lalu pintu itu ditarik.
"Errr...awak. Saya nak pinjam iPad awak atas meja tu boleh tak." Pinta Rania. Lucca
menoleh kearah meja kerjanya melihat iPad yang berada diatas meja.
"Ambilah" kata Lucca yang sudah melangkah keluar. Rania melangkah kearah meja
dan mengambil iPad Lucca lalu melangkah kearah sofa. Dia melabuhkan duduknya, lalu iPad
dibuka.
Bab 17
"Macam mana bro, kerjasama kita dengan Tan Sri Zainudin tu, kalau nak diikutkan atas
perbincangan tadi, kita yang akan rugi, pandai dia bermain kata-kata untuk masuk jeratnya.
Tapi tak mudah untuk dia kenakan kita" kata Rayyan sebaik sahaja selesai perbincangannya
dengan Tan Sri Zainudin. Licik betul orang tua tu.
"Aku takkan bekerjasama dengan orang tua tu, lagipun aku tak rugi apa-apa kalau aku
tak bekerjasama dengan dia. Syarikat aku merupakan syarikat yang gah, besar dan terkenal.
Lagipun ramai yang ingin bergandingan dengan syarikat aku. Setakat orang tua tu, apalah
sangat" kata Lucca sebaik sahaja menutup failnya. Dia bangun dari duduknya dan melangkah
kearah pejabatnya. Diikuti oleh Rayyan dan Zarif dibelakangnya.
Masuk sahaja di dalam pejabatnya, dia melihat tubuh Rania yang terbaring diatas sofa
dengan iPadnya yang di pinjam sebentar tadi. Jam yang berada di tangan di lihat sekilas, waktu
lunch. Tapi Rania tengah tidur, tak sampai hati pula mahu kejut.
Rayyan hanya melihat sahaja, manakala Zarif pula, dengan riak wajah yang sukar di
tafsirkan. Akal jahatnya sudah muncul untuk kacau Rania yang sedang nyenyak tidur.
Perlahan-lahan dia mendekati Rania, ipad yang berada di tangan Rania diambil dan di
letakkan diatas meja kopi terlebih dahulu. Kang pecah ipad tu mampos dia nak kena bayar.
"Woi...woii...bangun-bangun. Bangunan ni nak runtuh. Cepat selamatkan diri. Cepat-
cepat".
"Apa????!!!! Nak runtuh!!!" Jerit Rania setelah bangun dari tidurnya dan terus berlari
keluar dari pejabat Lucca, tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Pekerja-pejerja Lucca
hanya memerhati Rania yang bergegas lari menuju ke pintu tangga yang terletak di aras pejabat
itu.
"Hahahahahhah" Zarif ketawa berdekah-dekah melihat Rania yang berlari seperti lipas
kudung untuk menyelamatkan diri. Dia ketawa sehingga mengalirkan air mata. Padan muka
kau, Rania. Rayyan dan Lucca hanya menggeleng kepala melihat perangai Zarif yang
crackhead. Ikut sedap dia ja. Tunggu Rania datang kejap lagi, bukan setakat bangunan ni
runtuh, habis semua orang tertimbus dengan kemarahan Rania.
"Tak guna betul si tong drum ni, berani dia kenakan aku, urghhhh!! Tak pasal-pasal aku
kena daki 50 anak tangga balik" kata Rania dengan tercungap-cungap, menahan amarah di
dada. Dia menolak daun pintu tangga tadi dan mula melankah masuk ke ruang pejabat pekerja
Lucca. Rata-rata memandang ke arah Rania dengan pandangan pelik. Melihat wajah Rania
yang kemerahan dan berpeluh-peluh di dahi, mungkin dapat agak yang bos ketiga mereka
sedang kenakan Rania.
"Hahahahahah, padan muka dia. Siapa suruh dia baling bantal dekat muka aku yang
hensem ni. Hahahahahaha" Rayyan dan Lucca yang melihat Rania melangkah masuk ke dalam
pejabat hanya mendiamkan diri, manakala tawa Zarif hanya kedengaran di ruang pejabat
Lucca. Zarif yang membelakangkan pintu pejabat tidak menyedari kehadiran Rania di
belakangnya. Wajah Rania usah dicakap, merah padam.
Gedebushh!!
Sesaat sahaja tubuh Zarif menyembah lantai, terdiam Lucca dan Rayyan dengan
tindakan Rania. Dengan sekali tendangan sahaja tubuh Zarif mencium lantai. Dengan pantas
Rania duduk di belakang Zarif dan menarik rambut Zarif.
"Arghhhhhh...sakit la sial" marah Zarif. Lucca dan Rayyan hanya melihat Zarif yang
berteriak, tanpa ada niat hendak menolong, haa, padan muka kau. Kacau orang lagi.
"Sakit!! Aku lagi sakit la...kena panjat 50 anak tangga balik nak naik atas ni. Kau ni
memang tak boleh tengok aku senang kan!!!" jerit Rania. Geramnya terhadap Zarif semakin
membuak-buak. Rania menarik kuat rambut Zarif. Sehinggakan timbul uratnya di dahi.
"Arghhhhh....sakit woi!!! Habis rambut aku. Gugur nanti. Jeritan Zarif memenuhi ruang
pejabat itu. Rata-rata pekerja hanya menahan ketawa sampai berair air mata melihat bos mereka
kena buli.
Rania melepaskan rambut Zarif dan bangun dari tubuh Zarif. Rania menjeling kearah
Zarif dan meluru keluar dari pejabat. Butang lif ditekan dan pintu lif terbuka. Rania melangkah
masuk ke dalam lift dan pintu ditutup.
"Hahahahaha" Rayyan ketawa melihat Zarif yang menjadi mangsa buli si Rania.
"Tu lah kau, kacau harimau yang tengah tidur, memang tu makan dia. Nasib dia tarik
rambut kau, kalau dia patahkan leher kau, macam mana? Hahahaha, padan muka kau." Kata
Rayyan dan mula melangkah kearah pintu lift.
"Dah jom turun, lunch aku lapar, Rania dah tunggu dekat bawah dah" ujar Lucca sambil
menepuk-nepuk bahu Zarif yang sedang membetulkan rambutnya selepas ditarik Rania.
Bab 18
"Bro, aku nak balik kondo aku, korang stay lah dekat sini, esok petang aku datang?"
Ujar Lucca sambil merenggangkan ototnya lalu menyandarkan tubuh di kerusi setelah selesai
menghadap kerja. Letih badannya terasa apabila menghadap kerja-kerja yang banyak setelah
beberapa hari dia tidak masuk ke pejabat. Jam di tangan dilihat. Pukul 5 dah. Pekerjanya sudah
balik.
"Kau tak balik mansion ke? Asal?" Tanya Rayyan dengan riak wajah pelik. Dah kenapa
pulak.
"Awak nak balik kondo awak ke? Saya nak ikut jugak" pantas Rania menjawab. Dia
yang sedang santai di sofa di ruang pejabat Lucca seronok bermain dengan iPad Lucca yang
dipinjamnya tadi.
"Esok cuti, aku nak rehat dekat kondo aku je" balas Lucca. Faham apa yang
dimaksudkan dengan rehat tu. Kalau rehat tu, maksudnya tidur dari ke pagi sampai ke malam
tanpa ada orang yang kacau. Sebab tu dia cakap nak balik kondo kononnya nak rehat.
"Bro, anak buah kita spy konco-konco Dato Lim, dia bagi tahu dekat aku, yang Dato
Lim dengan orang kanannya tengah rancang sesuatu. Jadi kau kena hati-hati especially Rania"
kata Zarif. Wajahnya yang serius menandakan yang dia tidak bermain-main.
"Kau rasa apa yang diorang tengah rancangkan? Aku rasa diorang mesti attack Rania
dulu, jadi kita mesti jaga Rania dari orang tua keparat tu" balas Rayyan. Dia yakin musuhnya
mesti akan attack Rania dahulu. Tiada perempuan yang berani dekat dengan mafia Black
Jaguar. Tetapi lain pula Rania.
"Aku balik dulu, apa-apa rojer aku. Jom Rania" Lucca menarik tangan Rania lalu
digenggam erat bagaikan tidak mahu dilepasnya.
"Awak okey, saya tengok muka awak serabut je" soal Rania. Selepas apa yang
dikatakan Zarif sebentar tadi wajah Lucca nampak serius sewaktu kali pertama dia bertemu
dengan Lucca.
Soalan Rania dibiarkan sepi. Sampi sahaja di basement parking, Lucca membuka pintu
kereta, lalu Rania meloloskan diri ke dalam perut kereta. Pintu kereta ditutup lalu Lucca
meloloskan diri ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur pergi.
Sampai sahaja di kondominium milik Lucca, Rania terus meluru ke dapur. Peti ais
dibuka lalu air di dalam botol dicapai, penutup botol air dibuka lalu dituangnya air ke dalam
gelas lalu diminum untuk membasahkan tekaknya. Dia termenung seketika apabila teringatkan
kejadian dia bersama Lucca ketika pulang ke kondo.
Flashback
"Kau tahu kan Dato Lim sekarang ni tengah rancangkan sesuatu untuk dapatkan kau
daripada aku" soal Lucca, matanya masih fokus memandu. Tenang sahaja riak wajahnya.
Rania hanya mengangguk. Tahu. Dah dua kali dia diburu oleh Dato Lim, tapi tak
berjaya. Mungkin sekarang ini, dia tengah rancangkan sesuatu yang mungkin dia akan
dapatkan Rania daripada Lucca. Tak mustahil.
"Jadi aku nak kau jadi isteri aku. Senang untuk aku jaga kau." Ringkas dan padat
balasan Lucca kepada Rania.
"Ta...tapi ...sa… saya" tergagap Rania mahu membalas kata-kata Lucca.
"Aku tak mahukan jawapan yang negatif. Kau fahamkan maksud aku. Kalau kau tak
terima, mungkin kau akan berada dalam bahaya. Jadi aku nak kau jadi isteri aku" Lucca masih
lagi beriak tenang. Ya, kalau Rania menjadi isterinya, senang untuk dia handle Rania daripada
tauke lintah darat tu. Lagipun dia betul-betul sayangkan Rania. Cintakan Rania.
"Selepas itu, awak akan ceraikan saya ke? Selepas awak selamatkan saya" soal Rania.
Dia menundukkan kepalanya, apa akan jadi kepada hidupnya nanti sekiranya Lucca
melepaskan dia? Adakah perkahwinan ini hanya sekadar pertolongan?
"Aku takkan ceraikan kau, melainkan kau yang minta daripada aku. Faham. Soal
tanggungjawab kau tak payah risau. Tugas kau cuma jadi isteri aku dan ikut arahan aku je" kata
Lucca. Kereta diparkir dihadapan kondo miliknya.
"Aku nak jawapan esok. Make sure positif. Kalau tak, aku bagi je kau dekat tauke lintah
darat esok"
End flashback
Bab 19
Ketung! Ketang! Ketung! Ketang!
Rania mencelikkan matanya apabila mendengar bunyi bising diluar biliknya. Segera
dia bangun dari pembaring. Jam di dinding dilihat. Pukul 7. Alamak, terlajak tidur. Segera dia
membersihkan diri.
Selesai sahaja membersihkan diri, dia menuju ke dapur. Dia berdiri tegak di belakang
Lucca. Melihat tubuh Lucca yang membongkok sedang melakukan sesuatu di atas table top.
"Awak buat apa tu" soal Rania dari belakang. Lucca yang sedang santai memakai baju
t-shirt hitamnya bersama seluar jeans pendek bewarna biru. Gaya yang santai.
Lucca menoleh melihat Rania yang baru keluar dari biliknya. Dia kemudian membawa
dua mangkuk mee wantan yang baru dibuatnya tadi ke meja makan. Sarapan pagi orang Cina,
disebabkan dia berat ke sebelah ibunya yang berbangsa Cina, jadi rupanya mengikut rupa
ibunya.
"Jom makan" pelawa Lucca. Rania menarik kerusi kemudian melabuhkan
punggungnya disitu. Lucca memberikan sudu dan garfu kepada Rania.
Kemudian, Rania menyuapkan mee wantan kedalam mulutnya. Lucca hanya
memerhati Rania yang sedang menjamah masakannya.
"Sedap, pandai awak masak? Siapa yang ajar?" Tanya Rania. Berminat ingin tahu. Dah
la hensem, bergaya, CEO pula tu pakej dengan pandai masak lagi. Perfect.
"Mummy aku yang ajar. Ni makanan favourite aku dari dulu sampai sekarang" ujar
Lucca lalu menjamah makanan yang berada di hadapannya.
Rania hanya menganggukkan kepalanya. Tidak tahu hendak membalas apa. Akhirnya
dia diam, dan menjamah mee di hadapannya. Suasana menjadi sepi.
"Aku nak tahu jawapan kau pasal semalam" soal Lucca. Lucca memandang Rania yang
menunduk.
"Errr....sa...saya...err....saya..." Tergagap-gagap Rania hendak memberikan jawapannya
kepada Lucca.
"Saya apaa??!!" Jerkah Lucca. Sengaja dia menjerkah kepada Rania. Nak bagi jawapan
pon susah. Lambat sangat.
"Saya setuju!!!!" Jerit Rania, akibat terkejut dengan jerkahan Lucca. Rania tersedar
dengan keterlanjurannya akhirnya Rania menundukkan kepalanya. Malunya. Lucca yang
mendengar perkataan setuju dari mulut Rania tersenyum.
"Nak cakap setuju pon susah kau ni. Malu apa? Bukan kau yang ajak aku kahwin. Lain
lah kau nak malu." Bidas Lucca. Dalam hatinya bersorak riang. Dia akan berkahwin tak lama
lagi. Nasib baik kau setuju Rania. Kalau tak aku terpaksa tanam benih aku dalam rahim kau.
Rania akhirnya menjeling kepada Lucca. Geram pula rasanya. Rania menyambung
makan tanpa mempedulikan Lucca yang masih lagi memerhatinya.
"Apa tengok-tengok? Berapa banyak hutang saya dengan awak?" Soal Rania. Dari tadi
tengok aku makan, dah kenapa mamat ni.
"Banyak. Terlalu banyak. Jadi aku nak kau langsaikan hutang kau secepat mungkin"
balas Lucca. Keningnya dijongket dan menayangkan senyuman sinis kepada Rania.
"Saya tak ada duit nak bayar semua hutang awak. Boleh tak awak bagi saya masa untuk
langsaikan hutang awak?" Soal Rania sambil menundukkan kepalanya. Selama ini Lucca yang
banyak tampung perbelanjaan hidupnya. Apa yang dia perlu, Lucca yang banyak
memberikan wang kepadanya.
"Ada satu cara untuk kau langsaikan semua hutang kau dekat aku" balas Lucca. Dia
menyimpan senyumnya.
"Apa" soal Rania keliru.
"Nanti kau tahu lah"
Bab 20
"Apa???!!!! Nak kahwin???!!" Serentak Rayyan dan Zarif menjerit. Mana tak
menjerit. Terkejut apa yanh disampaikan Lucca sebentar tadi. Lelaki beku, tiada senyuman
dibibir. Perempuan pon takut nak dekat. Ini kan pula nak kahwin. Siapa tak terkejut.
"Hahahaha, kau nak kahwen dengan sapa nyah?" Soal Rayyan, geli hati apabila dengar
Lucca mahu berkahwin.
"Rania"
Bbruuurrrr!!!
Bersembur habis air kopi yang diminum Zarif ke muka Rayyan yang duduk
berhadapan dengannya.
"Woi, babi lah kau ni. Sembur dekat aku dah kenapa. Sial lah" maki Rayyan. Habis
mukannya disembur air kopi Zarif.
"Sorry, Sorry. Aku tak sengaja. Kau nak kahwin dengan Rania? Biar betul kau ni?
Sejak bila kau lamar dia? Dan sejak bila kau jatuh cinta dengan dia ni. Kau demam ke?" Zarif
meraba-raba dahi Lucca. Demam ke budak ni, datang mansion lepastu terus cakap nak kahwin.
"Semalam aku tanya dia, then dia setuju" jawab Lucca tenang.
"Dia setuju macam tu je?" Soal Rayyan. Inginkan kepastian.
"Tak, aku bagi masa dekat dia semalam. Then pagi tadi baru dia cakap yang dia setuju"
balas Lucca sambil menghirup air kopinya. Dia tinggalkan Rania di kondonya. Esok dia mahu
mengajak Rania membeli barang-barang yang perlu.
"Kau kena hati-hati lepas ni. Jangan terlalu lalai. Musuh kita ada di sekeliling kita.
Aku takut diorang apa-apakan Rania" kata Zarif. Sepanjang diorang hidup bertiga, semua
musuh masih lagi berdendam dengan kumpulan Black Jaguar.
"Aku ingat, aku nak buat majlis tertutup sahaja. Hanya jemputan anak buah aku
sahaja. Orang lain tak dibenarkan. Malah kawalan keselamatan lagi ketat. Tak mudah untuk
mereka menyerang. Dan lagi satu, aku tak nak mereka mengenali Rania. "Kata Lucca. Apabila
seorang perempuan mendekati kumpulan Black Jaguar maka, nyawa mereka turut berada
dalam bahaya.
"Aku nak mereka tahu yang Rania bukan siapa-siapa dalam hidup aku" sambungnya
lagi.
Baring atas sofa tak kena, masuk dan keluar dari bilik ke ruang tamu, ruang tamu ke
dapur.
"Arghhhhh...bosannya. Lucca ni, dah la tinggal aku sorang-sorang dekat rumah ni"
rungut Rania. Tidak tahu nak buat apa. Nak kemas rumah, rumah terlampau kemas dan bersih.
Nak makan, dia dah makan tadi.
Ting! Ting! Ting!