"Ouchh, sakitlah" jeling Rania.
"Tahu pun sakit. Memang lah abang ni suami sayang. Tapi abang juga leader Black
Jaguar. Lupa ker?" Soal Lucca. Matanya memandang isterinya yang tersengih-sengih seperti
kerang busuk.
"Ouh...lupa. Jadi awak selalu keluar malam balik lewat ada misi lah ye?" Teka Rania.
Kenapalah dia lupa yang suaminya seorang mafia. .
"Ye... Pandai pun"
"Ehehehe....nak ikut bole?" Pinta Rania.
"Tak bole sayang, bahaya"
"Ala... boleh lah" pintanya sekali lagi.
"Tak boleh sayang. Kalau jadi apa-apa nanti. Siapa susah? Lagi pun bahayalah" kata
Lucca. Tidak sanggup dia membahayakan nyawa isterinya.
"Kalau saya tinggal dekat hotel, lagi bahaya. Seorang diri pula tu" balas Rania lagi.
Meyakinkan Lucca dengan kata-katanya.
Lama Lucca memandang wajah Rania. Memikirkan cara. Ada betulnya juga. Kalau
dibawanya Rania, dia boleh tinggal sebentar bersama Zarif nanti.
"Ok boleh. Tapi janji dengan abang. Sayang kena jaga diri waktu abang pergi nanti"
tegas Lucca seperti memberi nasihat kepada anak kecil.
"Okey bos". Tabik Rania kepada Lucca. Lucca tersenyum puas melihat gelagat
isterinya sambil menggeleng kepala.
"Kenapa selalu tukar panggilan? Kejap-kejap panggil little baby, kejap-kejap panggil
sayang, kejap-kejap panggil abang. Kejap-kejap kau aku" soal Rania. Naik pening dia
mendengar panggilan Lucca untuknya.
Terjongket kening Lucca mendengar soalan Rania. Dalam banyak-banyak soalan,
soalan ni jugak yang dia tanya.
"Ikut suka aku lah aku nak panggil kau apa" balas Lucca. Rania mencebik.
"Panggil ajelah satu-satu. Apa masalah?"
"Masalahnya, suka hati aku lah"
"Tahu lah suka hati awak, cuba awak panggil saya satu panggilan sahaja. Kan senang
hidup" cadang Rania. Ini tidak, time dia nak sweet baby-baby habis semua dia keluar.
"Kau nak aku panggil kau apa?" Soal Lucca. Dia menarik tubuh Rania merapati dirinya.
"Ermm...saya nak awak panggil saya sayang, dan saya panggil awak abang. Boleh"
Rania memegang buku lima Lucca yang berada di pahanya.
"Aku bukan abang kau" soal Lucca kembali.
"Memang lah bukan abang kandung. Tapi awak tu suami saya. Panggilan abang kan tu
untuk menyatakan rasa hormat kita pada suami. Bukan macam orang tu, kau aku dengan isteri
dia. Dia pikir isteri dia kawan dia ke. Ish ish ish...tak patut" perli Rania. Dia menyandarkan
kepalanya di dada bidang suaminya. Dia menyembunyikan senyuman yang terukir dibibir.
Seronok pula perli orang ni.
Terjongket kening Lucca. Amboi budak kecik ni. Tak padan dengan kecik, pendek pula
tu ada hati nak perli-perli orang. Tunggu kau budak.
"Kau perli aku ke?" Soal Lucca.
Rania tersengih menayangkan gigi colgatenya yang tersusun cantik. Muka tidak
bersalah ditayangkan.
Bab 39
Semua mata memandang dirinya yang berhoodie hitam milik suaminya. Rembat aje.
Rayyan menoleh kearah Lucca dengan wajah yang tidak percaya.
"Bro, kenapa dia ada sekali? Kita nak pergi bekerja. Bukan jalan-jalan. Lagipun
bahaya" kata Rayyan. Dia memandang semula wajah Rania yang selamba.
"Dia nak ikut"
"IKUT!!!" serentak Zarif, Li Jun, Esteve dan Rayyan berkata.
"Habis siapa nak jaga dia nanti kalau jadi apa-apa?" Soal Zarif.
"Kau lah" jawab Lucca. Ringkas dan padat.
"What??!!" Zarif memicitkan pelipis kepalanya. Tidak pening tiba-tiba jadi pening.
Aduh.
"Relax okey. Saya tak kacau awak semua buat kerja. Lagipun lagi bahaya tinggal saya
seorang diri dekat hotel. Macam-macam boleh berlaku. Jadi saya ikutlah awak semua. Saya
janji saya tak kacau" janji Rania kepada mereka. Ya, dia tak akan kacau mereka.
Zarif mengeluh lemah. Dekat hotel aku kena jaga budak tak cukup tinggi ni, misi ni
pun aku kena jaga jugak. Esteve menepuk-nepuk bahu Zarif.
"Tabahlah" bisik Esteve.
Li Jun ketawa kecil melihat muka ketat Zarif.
"Dah, jom gerak" kata Li Jun. Pacuan empat roda mula bergerak ke tempat pertempuran
mereka malam ini.
"Bro, tengok-tengokkan bini aku" kata Lucca. Zarif hanya mengangguk.
"Abang, hati-hati. Sayang tunggu abang dekat sini" kata Rania. Air matanya mula
bertakung.
"Don't worry about me, dear. Take care of yourself. Go to go. Bye" kata Lucca sambil
tangannya menggosok kepala isterinya.
"Move" arah Lucca.
Dengan pantas mereka bergerak ke dalam semak samun. Kini tinggal dia dan Zarif yang
sedang memantau mereka melalui CCTV yang terpapar di skrin laptop.
Tiba di pintu pagar utama. Lucca dan Li Jun sudah bersiap sedia dengan pisau
rambonya. Manakala Esteve sudah bersiap sedia memegang pistol yang telah
dipasang silencer.
Empat orang yang tengah berkawal di pintu pagar sedang rancak bersembang.
Lucca mengisyaratkan Li Jun dan Esteve mengekorinya dari belakang. Dekat sahaja
mereka dengan empat lelaki tadi. Lucca dan Li Jun terus bertindak mengkelar leher mereka
dari belakang. Esteve pula menembak dua lelaki tepat pada dada kirinya.
"Bersihkan" arah Lucca.
Lucca terus menarik kaki lelaki tadi, begitu juga Esteve dan Li Jun.
"Bro, nasib kau baik harini. Orang tua tu ada dalam hangar dengan orang kanannya
dalam satu bilik" inform Zarif kepada Lucca. Setelah dia menghack CCTV di dalam hangar.
"I can't wait to see the bitch"
Masuk sahaja kedalam hangar, Lucca memberi arahan kepada Esteve bergerak ke kiri
hangar. Manakala Li Jun mengekorinya.
"Rayyan, shoot all of them. Cover Esteve" kata Lucca melalui earpiece.
"Orite"
Rayyan sebagai sniper yang berada di dalam semak samun kawasan hangar bersiap
sedia untuk menembak musuhnya. Silencer digunakan untuk menyeyapkan tembakannya.
Seorang demi seorang telah tumbang di tangannya.
"Bro, clear" kata Rayyan. Dia dengan snipernya tidak dapat dipisahkan.
"Orite"
"Bro, orang tua tu dah nak gerak keluar"
Lucca terus bergerak masuk ke dalam hangar dengan selamba diikuti Li Jun dan Esteve.
Mereka memerhati sekeliling kawasan hangar. Empat buah kapal terbang termasuk private jet
yang dicuri. Hebat, tapi tak sehebat dia yang bakal menghancurkan hangar ni nanti.
"Kau buat lah apa cara sekalipun, aku tak nak dia tahu yang kapal terbang dia dah
disabotaj" kata Tan Sri Zainudin kepada orang kanannya tanpa menyedari kehadiran mereka
yang sedang berdiri di dalam kawasan hangar sambil menyilangkan tangan memeluk tubuh.
Pap! Pap! Pap!
"Wow, Tan Sri Zainudin. Seorang CEO yang hebat sanggup melakukan kerja-kerja
yang tidak bertaraf CEO" kata Lucca sambil menepuk-nepuk tangannya.
Tan Sri Zainudin yang terkejut dengan kedatangan Lucca beriak tenang.
"Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Tan Sri Zainudin sambil mengawal riak wajahnya.
"Kalau datang bagitahu, tak suprise lah namanya, kan?" Kata Lucca sambil
menjongketkan keningnya. Dia bergerak kearah sofa yang disediakan lalu melabuhkan
punggungnya.
"Duduk lah" jemput Lucca. Wajahnya bertukar dingin. Mood mafia sudah muncul.
"Straight to the point, kenapa kau curi kapal terbang aku? Bukan kapal aku sorang, tu
Aircoupe, hawker HS-125 dan de Havilland" soal Lucca. Senyum sinis dipamerkan.
"Ahahahaha...bijak kau. Sampai ke sini kau cari kapal terbang. Aku ingat kau ni CEO
biasa-biasa je. Rupanya ada akal cerdik" kata Tan Sri Zainudin dengan bangga. Dia
memandang orang kanannya seperti mengarahkan sesuatu. Lelaki itu mengangguk faham. Dia
mengeluarkan telefon untuk menelefon seseorang tetapi tidak diangkat. Lelaki itu menggeleng
kepalanya kepada Tan Sri Zainudin.
Citt
Lucca berdecit. Lucu terasa melihat lelaki tua dihadapannya ini.
"Telefon siapa? Anak buah?. Diorang dah arwah dah tadi. Anak buah aku dah settle
kan diorang semua tadi. Tinggal kau je sekarang ni. Now, your turn" kata Lucca dengan
selamba.
"Kenapa kau bunuh diorang?!!" Jerkah lelaki tua itu. Dia bingkas berdiri dari duduknya
memandang tajam kearah Lucca.
"Well, sebab bos tua diorang buat kerja tak clean. Sangguo guna tipu helah, guna vara
kotor untuk dapatkan sesuatu yang bernilai" kata Lucca dengan sinis.
"Kau kenal tak aku siapa? Kau dah salah orang nak cari pasal" sambung Lucca.
"Siapa kau?" Soal lelaki tua. Tak senang dengan pandangan tajam Lucca terhadap dia.
"Aku ketua mafia Black Jaguar. Mafia yang digeruni musuh yang lain. Mafia yang
paling kejam dan ganas. Bertindak dengan perlahan dan senyap tetapi mampu membunuh
mangsanya dengan diam"
Selesai sahaja Lucca berkata, lelaki tua terus menelan liur yang terasa kesat. Dia sudah
salah orang nak bermain.
"Aku bagi dua pilihan, kau nak mati secara damai atau kau nak mati seperti orang
berperang"
"To..tolong lepaskan aku. Aa..aku minta maaf. Aa..aku tak tahu kau adalah ma..mafia"
tergagap-gagap lelaki tua itu berkata. Resah keadaan dirinya.
"Lepaskan kau? Memang tidak lah. Kau dah cari pasal dengan aku, ingat aku nak
lepaskan kau? Esteve, Li Jun aku serahkan lelaki tua ni dengan orang kanannya sekali dekat
kauorang berdua. Aku tak nak kotorkan tangan aku" kata Lucca sambil menyilangkan kaki.
Bersantai.
Esteve dan Li Jun terseyum riang. Wohoo, dapat permainan baru lah.
"Kau ambil yang tua, aku ambil yang muda. Selera aku selera orang muda" kata Li
Jun.
Bab 40
Setelah mengikat lelaki tua itu dan orang kanannya, Esteve merapati lelaki tua dengan
pisau rambo di tangannya. Begitu juga dengan Li Jun.
"Bro, kau nak bedah dia ke?" Soal Li Jun
"Why"
"Aku rasa malas pula nak kotorkan hoodie adidas aku yang baru beli ni. Bau kedai
pon tak hilang lagi" kata Li Jun sambil mencium-cium bajunya. Baru dia teringat tentang
bajunya yang baru dibeli tempoh hari.
"Kepala hotak kau! Tadi beria-ria" marah Esteve.
" Tu tadi, ni sekarang" kata Li Jun dengan wajah selamba.
"Dah lah, aku pon malas. Tembak je lah" kata Esteve sambil mengacukan pistol ke
dahi lelaki tua itu.
"Mafia pon malas" Li Jun menayangkan sengihan di bibirnya apabila Esteve
menjeling.
Bang! Bang!
Settle. Tembakan Esteve tepat di kepala lelaki tua bersama orang kanannya.
Berlubang. Li Jun dan Esteve merapati Lucca yang sedang membelek kapal terbang miliknya.
Kapal terbang pertama yang dilancarkan telah melakukan penerbangan ke Itali.
"Bro, dah settle. Jom balik" kata Esteve.
Lucca menoleh melihat Li Jun dan Esteve. Memerhati mereka dari bawah sampai ke
atas.
"Cepatnya. Kata nak main tadi?" Soal Lucca.
" Tak jadi. Sayang baju ma. Baju baru beli wo. Bau kedai pon tarak hilang lagi. Macam
mana mau bagi kotor" kata Li Jun. Sengaja dibuat pelat Cina.
"Dah jom. Aku pasang bom dalam hangar ni tadi" terus kakinya melangkah keluar
bersama Li Jun, Esteve dari hangar menuju ke pacuan mereka. Rayyan dan Zarif telah
menunggu mereka di sana.
Sewaktu mereka berjalan. Lucca mengeluarkan alat kawalan jauh untuk meletupkan
bom yang dipasang tadi. Tanpa membuang masa, dia terus menekan button merah pada alat
kawalan itu.
Boom!
Terbakar habis gudang itu bersama dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Api
menjadi marak dan asap-asap hitam berkepul-kepul di udara. Lucca tersenyum sinis. Sesiapa
sahaja yang bermain dengannya, pasti akan menerima nasib yang sama.
"Settle semua kerja kita. Jom balik" kata Lucca.
"Balik?? Rilex arr...kerja kita dah settle dah. Jom arr pergi makan" ajak Zarif. Dia
menggosok-gosok perutnya.
"Makan-makan~" kata Li Jun.
"Jom" mereka terus meloloskan diri kedalam pacuan mereka. Kereta meluncur pergi
dari kawasan hangar itu.
Sampai sahaja di kawasan parking depan hotel, Zarif terus keluar dari pacuan itu
meluru ke pintu masuk hotel tanpa menoleh kiri kanan.
"Bro!!!!. Tandas tak lari bro. Hati-hati, jangan sampai cirit dekat koridor" jerit Li Jun.
"Kepala bana kau!! Pergi mampuss lah!!" Sayup-sayup suara Zarif kedengaran. Dia
tidak peduli dengan pandangan pelik orang lain terhadap dirinya. Baginya yang penting
sekarang ini adalah tandas.
"HAHAHAHAHA" serentak mereka ketawakan Zarif.
Flashback
"Bro, kau boleh bawa kereta laju sikit takkk!!" Bentak Zarif. Mukanya berkerut
menahan sakit perut yang dialami. Apalah yang dia makan sakit perut. Memulas.
Li Jun yang sedang memandu perlahankan lagi pemanduannya. Sengaja.
Zarif yang berada di belakang tempat duduk Li Jun bangun untuk melihat berapa
kilometer yang dibawa Li Jun.
"Woi, kau bawa 50km/j. Kau tahu tak aku tengah bertarung nyawa ni" bentak Zarif
lagi. Dia sudah tidak tahan. Terasa seperti usus besarnya tengah berbelit sekarang ni.
"Laju-laju nak pergi mana? Balik hotel jugak. Biar lambat asalkan selamat. Aku bawa
lima nyawa ni termasuk diri aku. Jadi aku kena lah hati-hati" balas Li Jun dengan selamba.
"Kepala hotak kau. Mati dulu, selamat kemudian. Cepat lah. Aku nak tercirit ni"
merah padam muka Zarif ketika ini.
"Bro, singgah kedai jap" kata Esteve .
Zarif yang mendengar menoleh ke arah Esteve.
"Buat apa?"
"Nak beli pampers dekat kau lah"
"Hahahaha, idea yang bernas" sokong Li Jun. Rayyan dan Lucca hanya menggeleng
sahaja. Rania sedari tadi lagi menahan tawanya dari meletus. Geli hati.
"Sial lah korang ni" marah Zarif.
Bobb...bobb...bobbb
Semua orang yang berada di dalam kereta diam. Terrrkezutt.
"Woiiiii, busuk macam bangkai. Uhuk!!" Jerkah Lucca. Sial lah budak
ni sekor. Kentut dalam kereta. Empat-empat cermin kereta diturunkan.
"Gila sial. Bau macam petai. Kau makan petai ke" kata Rayyan. Dia mengeluarkan
kepalanya dari sisi kereta. Bau tak menahan betul.
Rania mengibas-ngibaskan tangannya. Busuknya. Berapa hari dia simpan najis dia
ha? Tak pergi bertapa dalam tandas ke?
"Hahaha, baru korang tahu seksanya menahan kentut plus cirit. Puas hati aku" senyum
Zarif apabila dapat mengenakan mereka.
"Bro, dah berapa lama kau simpan bijih besi kau dalam perut tu ha?" Soal Li Jun.
"Agak lama sehingga dia bau macam ni" Hahahaha. Puas hati gila.
"Cepat lah balik gila, sebelum aku tercirit dalam ni pulak" kata Zarif. Tak rilek betui.
End flashback