The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roticelup01, 2022-08-18 08:33:07

ebook ddl

ebook ddl

Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang menekan loceng rumah. Rania terus
bngun dari pembaring, di melihat jam di dinding. Pukul 5:30 petang.

Flashback
"Aku nak keluar, jumpa Rayyan dan Zarif. Kau duduk rumah je, tak payah ikut aku"
kata Lucca sambil bersiap-siap. Dia mengambil minyak wangi Dior Sauvage EDT,
dan menyemburnya di badan. Wangi satu biliknya dengan haruman itu. Terbuai sebentar
Rania apabila mengidu bauan itu.
"Kau dengar tak apa aku cakap?" Tersentak Rania dari lamunanya.
"Dengar" jawab Rania ringkas.
"Ok, aku mungkin balik lewat. Dalam pukul 9 malam aku sampai rumah. Jadi
dengar pesan aku. Jangan buka pintu selagi aku belum balik. Kalau ada orang ketuk pintu pon
jangan bukak. Faham" tegas Lucca. Dia mengambil kunci keretanya dan terus keluar.
"Dia keluar macam tu aje? Tak bye aku pon. Tunggu kau nanti lepas kahwin" kata
Rania lalu terus menguncikan pintu rumah.
End flashback
Lucca cakap dia balik pukul 9 malam. Dan sekarang masih lagi pukul 5 petang. Jadi
yang tekan loceng rumah itu siapa? Rania kemudiannya melangkah ke arah pintu, teragak-agak
nak buka. Dia melangkah pula kearah CCTVyang terdapat di dinding rumah.
Dia melihat seorang lelaki yang bertopeng hitam menutup seluruh wajahnya. Lelaki
bertopeng itu masih lagi di hadapan pintu rumah. Tak lama selepas itu, lelaki bertopeng itu
melangkah pergi. Siapa?

Bab 21

Lucca, Rayyan dan Zarif yang baru sahaja selesai berbincang tentang isu
perkahwinannya bersama Rania. Perkahwinan yang akan dilakukan dalam masa terdekat,
iaitu hujung minggu ini.

Segala barangan perkahwinan diuruskan oleh pihak butik perkahwinan yang terkenal
dan telah siap sepenuhnya. Ada duit, segalanya berjalan dengan lancar. Tinggal nak goncang
tangan tok kadi sahaja.

Lucca melihat jam di tangannya 8:30 malam. Dia memberitahu Rania yang dia akan
pulang pada pukul 9 malam. Jadi sekarang ini, dia harus pulang.

"Bro, aku gerak dulu. Cau". Lucca menyilangkan tanggannya kepada Rayyan dan
Zarif tanda bersalaman cara orang lelaki.

Rania menunggu kepulangan Lucca di ruang tamu kondo itu. Dia kehulu kehilir
menanti Lucca. Lambatnya dia ni nak balik, dah lupa jalan balik rumah ke macam mana?

Klak!
Pintu rumah dibuka dari luar. Lucca yang baru sahaja sampai ke kondonya diterpa
oleh Rania.
"Dah lupa jalan balik rumah ka??!" Marah Rania. Geram rasanya. Dah la tinggal dia
sorang-sorang di rumah. Janji pukul 9 sampai rumah. Sekarang ni pukul 12:00 malam, baru
sampai rumah.

"Jalan jem tadi. Tu yang lewat sikit sampai. Asal kau tak tidur lagi. Dah lewat ni. Ke
kau nak tidur dengan aku. Nak aku dodoikan kau ke baru kau nak tidur? "Balas Lucca. Dia
menyangkutkan kunci keretanya di dinding lalu melangkah ke arah sofa. Televisyen yang
terbuka di tontonnya.

"Ishh...bukan lah. Saya nak cakap sikit ni. Dengar tau". Ujar Rania.
"Apa?" Lucca menjongketkan keningnya.
"Tadi, waktu awak tak ada tadi. Ada seseorang ni, dia tekan loceng rumah ni. Saya
ingat awak, jadi saya nak buka pintu. Then saya teringat kata-kata awak, awak balik lewat.
Saya tak terus buka, saya pergi tengok skrin CCTV, saya ada nampak seorang lelaki bertopeng
hitam berdiri depan pintu. Lama dia berdiri. Kemudian dia pergi. Siapa dia?" panjang lebar
Rania menerangkan kejadian tadi.
Lucca yang mendengarnya tersenyum sinis. Kau cari dia sampai ke rumah rumah aku.
Makin rancak kau punya permainan.
"Baguslah kalau kau dengar arahan aku. Dia siapa tak penting, yang penting kau
selamat" ujar Lucca tenang.
"Dah, pergi masuk tidur. Dah lewat dah ni"
"Awak tak nak tidur ke?" Soal Rania.
Terjongket kening Lucca mendengar soalan Rania.
"Kau nak aku tidur sebelah kau ke malam ni. Aku on je" Lucca berura-ura untuk
bangun.
Rania yang mendengar jawapan Lucca berdesup masuk ke bilik. Tak agak betul nak
tidur sebelah aku. Tak serik ke kena tendang dengan aku.
Lucca yang melihat Rania berlari, ketawa kecil. Perangai macam budak-budak.
Comel. Lucca mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan diatas meja kopi sebentar tadi.
"Zarif ada job. Kau hack CCTV depan kondo aku dengan kawasan kondo. Ada orang
berani jejak kaki kawasan kondo aku" kata Lucca. Riak wajahnya bertukar sinis.
"Ok bro"

Talian dimatikan. Lucca akhirnya duduk bersilang kaki diatas sofa. Memikirkan
rancangan musuhnya yang mahukan Rania.

Kring!!! Kringg!! Kringg!!!
"Bro, konco-konco Dato Lim. Dia masih nak pastikan yang Rania masih lagi dengan
kau" Zarif terus memberikan maklumat yang dia dapat kepada Lucca.
"Ada budak kita yang spy musuh bagitahu maklumat yang diorang nak culik Rania
dari kau di luar kawasan mansion kita" sambung Zarif.
"Heh, itu je ke yang musuh aku boleh buat?" Ujar Lucca. Tak mudah untuk mereka
menentang ketua Black Jaguar.

Bab 22

“Nak culik Rania dari aku. Heh, ni baru betul game on. Let's see...siapa yang akan
menang nanti. Esok jumpa aku dekat pejabat." Lucca mematikan panggilan telefon. Lucca
tersenyum sinis. Kau nak culik Rania dari aku ye, ok kita lihat nanti siapa yang kena culik
dulu, Rania ke kau yang kena culik. Pantang dia apabila orang yang dia sayang diapa-apakan.
Pasti dia akan cari orang tu sampai ke lubang cacing.

Lucca kemudiannya bangun dari duduknya lalu melangkah ke biliknya. Bilik yang
diduduki Rania. Dia membuka pintu bilik kemudian melangkah masuk mendekati katil. Dia
melihat tubuh Rania yang sedang tidur. Dia duduk di birai katil melihat Rania yang tidur pulas,
kemudian dia melihat bantal yang jatuh daripada katil. Terjongket keningnya. Sah tidur buas.
Lucca mengambil bantal yang jatuh itu, diletakkan kembali di atas katil.

"I will protect you my little baby. I will love you until my last breath. No one can hurt
you little baby. Decapiterò chiunque osi toccarti. I want to take care of you my little baby until

Jannah". Ucap Lucca dalam suara bisiknya di celah telinga Rania. Suara masculine yang
menggoda.

Lucca kemudiannya berlalu mengambil tuala dan meloloskan diri ke dalan bilik air
untuk membersihkan badannya.

Selesai sahaja dia membersihkan badannya, dan siap berpakaian. Lucca merebahkan
diri diatas sofa yang terdapat didalam bilinya. Lalu matanya dipejam rapat.

Zarif yang sedang meneliti sesuatu di laptopnya dengan wajah yang serius seorang
hacker. Tugas Zarif sebagai hacker berjalan buat masa ini. Dia yang sedang menghack CCTV
di kawasan kondo Lucca untuk mendapatkan no plate kereta konco-konco Dato Lim yang
berjaya.

"Bro, ni no plate. VDU 5498. Kereta jenis Toyota Camry, warna hitam". Terang Lucca.
"Apa rancangan kau lepas ni?" Soal Rayyan. Rayyan yang sedang menggilap snipernya
memandang Lucca dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Dato Lim mahukan Rania kan, okey aku bagi Rania dekat dia?" Jawab Lucca ringkas.
Dia tahu apa yang dia nak buat.
Terhenti jari Zarif yang sedang menaip sesuatu di laptopnya. Terkedu mendengar
jawapan Lucca. Manakala Rayyan sudah ternganga.
"Kau biar betul? Kau tak sayang dia ka? Kau tau tak rancangannya kau ni akan
menghancurkan hidup dia"
"Aku tahu apa aku nak buat. Korang tak payah risau hal tu". Jawab Lucca tenang.

"Kau buat apa tu?" Soal Lucca. Selesai sahaja dia berbincang dengan Rayyan dan Zarif.
Dia keluar mencari Rania di merata rumah.

"Saya buat speghetti carbonara. Mana Rayyan dan Zarif. Nak ajak diorang makan
sekali" Rania yang sedang menyediakan air oren menoleh kearah Lucca. Lama betul diorang
dekat bilik, sampaikan bosan dia menunggu. Akhirnya dia ke dapur dan membuat speghetti.

"Ada dekat atas"
"Wanginya bauu....masak apa?Wahh...speghetti lah. Woii Rayyan meh la makan...bibik
kita masak ni" tak semena-menanya senduk yang dipegang Rania untuk mengacau air dalam
jug singgah di kepala Zarif.
"Woii...sakit laa sial" Zarif menggosok kepalanya yang terasa sakit.
"Padan muka. Sapa bibik kau. Aku buat spaghetti untuk korang ni dah cukup syukur
tahu". Bidas Rania. Geram pula terhadap Zarif yang sengaja mencari pasal dengannya.
"Hahahahaa...padan muka kau. Sedap kau kau ja panggil orang bibik" balas Rayyan.
Dia mencedokkan spegattinya kedalam pinggan. Begitu juga Lucca dan Zarif.

Bab 23

Lucca memandang dirinya yang segak berbaju melayu putih dan bersamping sedondon
dengan bajunya. Kemas, segak dan bergaya. Dia melihat jam di tangan, pukul 2 dia akan

mengangkat nikah.
"Bro, dah siap ke? Tok kadi dah ada dekat bawah" kata Rayyan. Dia membelek tubuh
Lucca. Kemas.
"Jom.". Jawab Lucca tenang.

Rania bersama dengan Zarif dan juga mak andamnya. Mekapkan si Rania. Zarif yang
berdiri tegak di hadapan pintu, seperti bersiap sedia tentang kemungkinan yang berlaku. Dah
macam bodyguardnya pula.

Flashback
"Nyah, hati-hati dengan mak andam ni. Nampak mencurigakan. Aku tak percaya dia"
kata Zarif sambil berbisik-bisik. Wajahnya serius. Tiada riak senyum
"Tak ada apa-apalah. Awak janganlah risau. Kan Lucca dah ketatkan kawalan dekat
sini. Jadi tiada apa yang akan berlaku" jawab Rania cuba menenangkan Zarif.
"Aku tahu, tapi aku takut-takut ada orang cuba ambil kesempatan jadi saksi ke, tok kadi
ke". Balas Zarif.
"Rayyan dengan Lucca kan ada. Diorang kan pandai berlawan"
"Habis aku tak pandai berlawan ke?" Bidas Zarif. Dia menjeling kearah Rania.
"Dah tu yang nak risau kenapa?"
"Kalau kau hilang aku tak kisah. Yang aku kisahkan kepala aku akan hilang
kena pancung dengan Lucca kalau kau hilang"
Rania menjeling kearah Zarif. Tak nak kalah lah dia ni. Nak menang je. Geram kadang-
kadang.
End flashback.
Rania ketawa kecil melihat Zarif yang muka ketat apabila ditenung oleh jurumekapnya.
Juru mekapnya kejap-kejap mencuri melihat Zarif yang berdiri.
"Awak suka dia ke?" Tanya Rania.
"Eh, tak lah. Hehehe" juru mekapnya tersengeh malu. Kantoi pula usya anak teruna
orang.
"Yeke?" Rania mengusik lagi. Eleh cover malu lah tu.
Juru mekap hanya tersenyum malu.

"Mana Rania? Tak nampak pon?" Tanya Lucca. Matanya meliar mencari susuk tubuh
Rania.

"Dekat atas, aku dah suruh Zarif bawa turun Rania. Haa...tu" Rayyan menunjukkan
kearah Rania yang sedang menuruni tangga bersama Zarif.

Lucca melihat Rania dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Cantiknya. Dengan
berbaju kurung simple berwarna putih dengan dihiaskan batu Swarovski sebagai hiasan baju.
Rania memilih tempat yang dikhaskan untuk dia duduk.

"Ok, boleh kita mulakan akad nikah" soal tok kadi yang berada dihadapan Lucca.
Lucca hanya menganggukkan kepalanya.
Tok kadi menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Lucca.

"Aku nikahkan dikau Dante de Lucca bin Lucas Alexander dengan Rania Zahra
binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak 5000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Rania Zahra binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak
RM5000 tunai".

"Sah?" Tanya tok kadi kepada saksinya.
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Tak sah!! Tak sah!" Jerit Zarif. Rayyan mengetuk kepala Zarif yang berada di
sebelahnya. Tetamu yang hadir hanya ketawa melihat telatah Zarif yang jenis tak boleh bawa
bincang.
"Kau ni, sehari tak buat hal tak boleh ke?" Perli Rayyan.
"Kalau aku tak buat hal. Bukan Zarif nama dia" balas Zarif dengan bangga.
"Jom tok kadi, kita pergi makan bawah khemah sana" pelawa Rayyan dengan ramah.

Penat seharian terasa apabila melayan tetamu-tetamunya walaupon tetamu itu terdiri
daripada anak buah Lucca sahaja. Lucca memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada anak
buahnya. Ramai. Tak tahu berapa orang tapi cukup ramai, sehinggakan anak buahnya dari Itali,
Sepanyol dan China turut hadir meraikan bos besar mereka. Majlis yang diadakan di mansion
Lucca sudah cukup untuk memuatkan anak buahnya bermalam di situ.

"Arghhh...penatnya. Otot muka pon dah letih nak senyum" ujar Rania yang merebahkan
dirinya diatas katil. Matanya dipejam seketika untuk merehatkan matanya. Lucca yang masih
berada di bawah sedang bersantai dengan anak buahnya. Akhirnya Rania terlelap bersama baju
pengantinnya yang ditukar tengah hari tadi untuk majlis persandingannya.

Bab 24

Lucca menolah daun pintu biliknya lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik
dikunci. Bukan boleh percaya sangat anak buahnya itu, ada yang terlebih nakal, hyperactive
semacam. Tapi bila diberi arahan kerja yang dilakukan selalunya mantap. Tiada satu pon hasil
kerja yang tertinggal.

Dia merapati katil lalu berbaring mengiring di sebelah Rania dan menghadap isterinya
yang sedang tidur. Tangan kirinya menongkat kepalanya. Lucca tersenyum sendirian. Akhirnya
kau jadi milik aku juga, little baby. Letih sangat ke sampai tak sempat mandi.

Tangan kanan Lucca mengelus rambut Rania yang berjurai ke dahi isterinya. Tidur pon
cantik.

Rania terjaga daripada tidurnya apabila terasa ada seseorang yang sedang
memerhatinya. Matanya terbuka luas dan memandang tepat siling yang berwarna kelabu lalu

menoleh ke sisinya. Rania yang melihat Lucca yang sedang merenung kearahnya sambil
tersenyum.

Rania terus menegakkan badannya 90° lalu menutup mukanya. Malunya. Bila masa
pula Lucca masuk dalam bilik?.

Lucca yang melihat telatah malu isterinya hanya ketawa kecil. Lucu.
"Pergi mandi dulu, dah lewat dah ni" ujar Lucca. Rania hanya menganggukkan
kepalanya lalu menyambar tuala yang disangkut di wardrobe lalu bergegas ke bilik air.
" Jangan mandi lambat sangat sayang!!! Kalau tak aku terjah masuk nanti" jerit Lucca
dari bilik. Sengaja mahu mengusik isterinya.
Rania yang yang mendengar jeritan suaminya di luar bilik air merasa gelisah. Hesh, dia
ni, tak reti sabar ke. Aku baru masuk dah suruh cepat. Sudah la butang baju ni di belakang, dari
atas sampai ke pinggang. Macam mana nak buka ni, tangan tak sampai. Resah rania didalam
bilik air. Siapa lah yang mereka baju ni, menyusahkan betul. Nak pakai tadi ada orang tolong,
sekarang ni nak buka tak ada orang tolong. Takkan nak minta bantuan Lucca pula. Malu lah.
Tok! Tok! Tok!
"My little baby, lambat lagi ke dekat dalam tu?" Soal Lucca.
"Errr....kejap" aduh macam mana ni? Nak tak nak terpaksa dia meminta bantuan Lucca.
Pintu bilik air dibuka dari dalam, Rania merapati Lucca yang sedang duduk di birai
katil sambil bermain telefon pintarnya.
Rania berdiri dihadapan Lucca dengan wajah yang membahang. Malunya. Lucca
menjongketkan keningnya memandang Rania yang belum mandi.
"Kenapa belum mandi? Nak aku mandikan kau ke? Boleh jer. Jom" ujar Lucca yang
berura-ura untuk bangun lalu menarik tangan Rania.
"Eh! Nanti. Saya nak minta awak tanggalkan butang belakang baju saya boleh?" Kata
Rania dengan wajah yang merah padam menahan malu. Nanti kau designer, aku bakar kedai
kau nanti. Reka baju yang bukan-bukan untuk aku.

Lucca yang mendengar permintaan Rania menyepetkan matanya. Senyumanya
disembunyikan. Lucca menarik tangan Rania lalu dipusingkan tubuh itu membelakangkan
dirinya. Lucca merapatkan tubuhnya ke badan Rania. Nafas hangat Lucca dirasai Rania. Lucca
yang melihat bulu roma isterinya yang meriding menahan ketawa dalam hati. Aku baru usik
sikit, terpacak habis bulu roma kau. Hahaha

Rania yang menahan debaran di dada terasa mahu meletup. Dugaan apakah ini? Bukan
ini yang kuminta. Apabila terasa belakang tubuhnya terdedah, Rania melarikan dirinya
sepantas kilat ke dalam bilik air. Lalu dikunci. Terdengar suara ketawa Lucca di luar bilik
mandi.

Aku baru usik sikit dah gelabah biawak. Tunggu kau nanti, blah macam tu je. Tak
terima kasih pon dekat aku ni yang tolong kau ni. Akal jahatnya untuk mengenakan isterinya
muncul di benak fikirannya.

Manakala diluar bilik mereka, anak buahnya memasang telinga. Zarif punca kepalanya.
Flashback
"Wei, aku rasa, aku nak hack CCTV bilik Lucca la" soap Zarif tiba-tiba. Buat hal lagi
mamat ni.
"Kau gila! Tak pasal-pasal kepala kau kena pancung dengan Lucca"
jawab Accardi. Rakan baik Lucca, Zarif dan Rayyan yang berada
di Itali yang menguruskan syarikat Lucca di sana. Fasih berbahasa melayu seperti mereka.
"Alah, relax la. Bukan aku sorang kena pancung, kau dengan Rayyan kena pancung
sekali dengan aku" balas Zarif selamba. Suka hati dia je, nak mengheret orang sekali.
"Mana laptop aku?" Zarif mencapai beg laptopnya dibawah sofa di ruang tamu, lalu
laptopnya dibawa keluar dari beg.

Nada dering yang berbunyi dari telefon Zarif berbunyi. Nama
Spinosaurus Aegyptiacus di skrin telefon pintarnya.

"Spinosaurus Aegyptiacus? Nama scientific dinosaur? Siapa yang
kau gelarkan dinosaur tu?" Soal Accardi. Pelik-pelik nama budak ni letak.

"Lucca" jawab Zarif ringkas.
"Hahahahahahaha, serious lah wei? Kau letak nama dinosaur dekat Lucca. Mati kau
kalau dia tahu nanti" meleleh air matanya kerana ketawa akibat geli hati dengan perangai si
Zarif. Gila betul mamat ni. Panggilan daripada Lucca diangkat lalu speaker dibuka.
"Kau jangan nak buat hal hack cctv dalam bilik aku. Kau ingat aku tak tahu perangai
kau!!. Baik kau simpan laptop sebelum aku hempuk laptop tu!" Kata Lucca
dengan tegas. Taliam dimatikan.
"Simpan je lah niat kau tu Zarif" kata Rayyan dengan pasrah. Macam dia pula nak
buat kerja jahat.
End flashback

Bab 25

"Xiōngdì, nǐ bù huì yīnwèi zuò zhè zhǒng fēngkuáng de gōngzuò ér gǎndào nèijiù".
(Bro, kau tak rasa bersalah ke buat kerja gila ni). Soal Li Jun yang menyertai Zarif yang
terhendap-hendap dihadapan pintu bilik Lucca. Sahabat baik Lucca dari China yang juga
menguruskan hal syarikat di sana. Anak buahnya yang mahir dalam pelbagai bahasa.

"Bùshì"(tak). Li Jun menepuk dahinya sendiri. Gila betul si Zarif ni.
Sedang elok telinga Zarif melekat di pintu bilik Lucca, tiba-tiba pintu dibuka dari
dalam. Jatuh tersembam Zarif bersama Li Jun. Manakala Rayyan hanya berdiri memeluk tubuh
menyandarkan dirinya ke dinding melihat dua monyet seperti nangka busuk.

Lucca melangkah keluar dari biliknya sambil menggalas raffle yang terdapat di dalam
biliknya. Bersedia untuk menembak monyet-monyet yang galak dihadapan biliknya.

Zarif dan Li Jun segera bangun dan membuat tiada apa berlaku. Pening kepala Lucca
apabila sahabat-sahabatnya berkumpul. Ada sahaja perkara yang membuatkan kepalanya mahu
meletup.

"Baik korang belah, sebelum badan korang kena tembus dengan peluru" ujar Lucca
dengan bersahaja.

"Alah, kitorang nak tengok kau okey ke tak, mana tahu kau kena balun teruk-teruk ke
nanti, siapa nak ganti tempat kau nanti" ujar Li Jun dengan selamba, menayangkan gigi
colgatenya tu.

"Tak payah, baik korang belah sekarang sebelum bini aku keluar dari tandas" balas
Lucca dengan sedikit geram. Geram dengan perangai sahabatnya yang tak habis-habis buat hal.

"Ok, kitorang belah, kalau ada masalah apa-apa bagitahu kitorang, okey. Mana tahu,
tak pasal-pasal ketua Black Jaguar meninggal dunia dimalam pertama pernikahannya, siapa
nak bertanggungjawab menghadap reporters tu" balas Rayyan sambil menayangkan wajah
poker facenya.

Zarif dan Li Jun yang mendengar ayat Rayyan melompat-lompat sambil tepuk tangan.
Gembira apabila Rayyan menyebelahi mereka.

"Sebelum badan korang bertiga ni hancur, baik korang belah sebelum peluru ni hinggap
di kepala korang. Satu!!!!! Dua!!!!!! Tii...gaaaa!!!!!..." Berdesup Rayyan, Zarif dan Li Jun
menuruni tangga meninggalkn Lucca yang berada di atas ruang biliknya.

"Fuh, nasib baik kepala aku masih elok. Kalau tak, aku nak suruh kau buatkan pulut
kuning nanti hantar dekat kubur aku" kata Zarif. Badannya direbahkan diatas sofa. Penat berlari
punya pasal.

"Kepala hotak kau pulut kuning" balas Li Jun.
"Tapikan, sejak bila Rayyan jadi stranger Lucca ni. Selalu senyap je, cakap bila perlu"
sambung Li Jun.

Rayyan yang mendengar hanya buat tak tahu. Nanti dilayan makin menjadi-jadi pula.
"Por qué eres esta persona? Sudoroso miré? Acabas de volver de hacer jogging?
(Kau orang ni dah kenapa? Berpeluh-peluh aku tengok.
Baru balik joging ke?). Soal Esteve yang muncul dari dapur dengan enam botol minum keras
jenama champagne Piper Heidsieck yang dikilek di tangannya. Minuman itu diletakkan diatas
meja ruang tamu. Esteve mengambil tempat disebelah Li Jun, tangannya memegang pembuka
penutup botol lalu botol minuman keras dibuka.
Plup! Plup! Plup!
Botol minuman yang dibuka dihulurkan kepada Li Jun dan Zarif. Zarif hanya
memandang botol di tangan Esteve manakala Li Jun menyambutnya.
"Aku tak minum sial"
Esteve hanya mengangkat bahu. Zarif menjeling Esteve yang selamba meneguk
champagne. Rayyan hanya memerhati Li Jun dan Esteve riak kosong. Esteve seorang kawan
mereka dari Sepanyol yang menguruskan syarikat Lucca di sana. Seorang yang mahir dalam
martial art, menembak, hacker, dan seorang psiko. Sapu bersih.
Kemudian Zarif bangun dari duduknya menuju ke dapur. Zarif membuka peti sejuk dan
mengambil beberapa air tin Coca Cola dan bersama snek di tangannya. Dia kembali ke ruang
tamu, dam membaling air tin Coca Cola kepada Rayyan. Hanya dia dan Rayyan sahaja yang
tidak minum minuman itu. Jadi hanya minum sahaja air tin.
Televisyen dibuka untuk memeriahkan suasana di ruang tamu.
Li Jun dan Esteve yang sudah mabuk kerana minum minuman itu tertidur diatas sofa.
Li Jun yang sedang tidur berbantalkan paha Esteve manakala Esteve pula menyengetkan
badannya menyandar ke sofa dengan mata yang pejam.
Zarif yang minum air bertin-tin lagaknya seperti orang mabuk, padahal hanya minum
air bergas sahaja. Selerak ruang tamu dipenuhi makanan snek dan tin-tin kosong.

Rania yang telah selesai membersihkan dirinya dan siap berpakaian keluar dari bilik
air. Dia melihat tubuh Lucca yang terbaring elok diatas katil, dengan mata yang terpejam.

Rania merapati suaminya ingin mengejutkan dia untuk mandi. Rania mendekatkan
wajahnya ke wajah Lucca. Memerhati setiap inci wajah Lucca. Kening yang lebat dan tersusun
cantik, hidung yang mancung, mata yang sepet, wajah bersih dari sebarang jerawat. Matanya
jatuh melihat bibir Lucca yang merah, tidak merokok. Rania tersenyum sendiri.

"Puas dah tilik muka aku?" Sergah Lucca.
Rania yang terkejut dari sergah itu berdiri tegak. Malunya usah dikata. Kantoi pula tilik
muka orang.
"Sa...saya nak kejut awak, pergi mandi" jawab Rania tergagap-gagap.
"Kau nak kejut aku ke? Kau nak cium aku?" Soal Lucca. Senyumnya
disimpan. Seronok dia mengusik isterinya. Lucca bangun dari baringnya dan berdiri tegak
dihadapan Rania.
Rania yang takut mengundur kebelakang. Lucca merapati isterinya dan menarik
pinggang Rania supaya dekat dengannya. Tubuh Rania dan Lucca melekap antara satu sama
lain. Rania menahan dada Lucca yang semakin rapat dengannya.
Lucca yang melihat wajah kalut Rania tergelak kecil. Geli hati melihat tingkah isterinya
yang ketakutan. Baru sentuh sikit dah melompat. Hahaha
"Kenapa takut? Aku baru sentuh kau sikit, kalau aku sentuh kau lebih-lebih macam
mana agaknya?" Soal Lucca. Matanya tepat memandang wajah Rania yang malu.
"Errr....aw...awak pergilah mandi. Tak elok mandi lewat malam" Rania menolak dada
Lucca supaya menjauhinya.
Lucca menindih bibir Rania. Lama. Sehinggakan nafas Rania hampir terputus.

"Lagi sekali kau tolak aku suruh aku pergi mandi, aku akan pastikan kau akan mandi
dua 2 kali lepas ni, ok little baby" balas Lucca. Tercungap-cungap Rania mencari nafas. Rania
yang mendengar balasan Lucca hanya terdiam. Lagi sekali bibirnya ditindih Lucca. Lama
mereka berkeadaan begitu. Akhirnya Lucca melepaskan bibir isterinya. Matanya memandang
tepat kedalam anak mata isterinya.

Rania seperti memahami kehendak suaminya akhirnya merelakannya.

Bab 26

Rania yang telah selesai mandi dan siap berpakaian menuruni tangga mansionnya
menuju ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Sampai sahaja di ruang tamu,
matanya terbuntang luas melihat keadaan rumahnya yang bersepah seperti tongkang pecah.
Apakah?

Botol-botol minuman keras yang yang terbalik, plastik-plastik makanan yang selerak
dengan makanan yang jatuh bertaburan. Apa yang diorang buat semalam? Berparti ke? Bau
busuk memenuhi ruang tamunya. Siapa yang nak kemas ni nanti. Rania memicitkan kepalanya
melihat perangai sahabat suaminya.

Zarif yang tidur diatas sofa dengan kepala terjuntai kebawah manakala kakinya
disandarkan ke dinding sofa. Li Jun tidur dalam keadaan duduknya disandarkan ke sofa,
manakala Rayyan yang tidur berbaring diatas lantai. Esteve pula tidur diatas dada Rayyan.
Haih. Rania mengeluh apabila melihat mereka yang tidur bergelimpangan.

Rania menggelengkan kepalanya melihat perangai mereka. Biarlah Lucca yang uruskan
mereka. Kakinya terus melangkah kearah dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Lucca terus yang baru sahaja keluar dari biliknya menuruni tangga terhenti apabila
matanya melihat keadaan ruang tamu yang tidak seperti ruang tamu rumahnya. Haih...bila nak

matang budak-budak ni. Akhirnya Lucca mengeluh. Dia merapati jejaka-jejaka yang sedang
enak tidur bergelimpangan sana sini. Dia menendang kaki Li Jun untuk mengejutkan dia.

"Woi, bangun. Matahari dah terpacak atas kepala dah" Tiada respon? Rayyan pula
didekatinya

"Rayyan bangun. Sebelum aku campak korang dalam kandang Xavante. Baik korang
bangun." Senyap. Takda respon jugak. Lucca tersenyum sinis.

Lucca kemudiannya melangkah kearah bilik air yang berdekatan dengan dapur. Dia
mengambil dua buah baldi kemudian diisi penuh baldi itu.

Rania yang melihat Lucca yang sedang mengisi air didalam baldi itu memandang pelik.
"Awak nak buat apa isi air dalam baldi tu"
"Nak kejutkan empat ekor babi dalam rumah ni" Lucca terus mengangkat dua buah
baldi yang terisi air itu ke ruang tamu. Rania yang melihat langkah Lucca hanya membiarkan
sahaja. Rania menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Tangannya lincah
melakukan kerja.
Tiba sahaja di ruang tamu, Lucca meletakkan sebuah baldi diatas lantai manakala satu
lagi di pegangannya. Dia melangkah kearah Li Jun dan Zarif yang tidur di sofa lalu mengangkat
baldi itu tinggi dan
Bbrruurr
Air tersebut dicurahkan kepada Li Jun dan Zarif. Kemudian Lucca mengambil satu lagi
baldi lalu diangkat tinggi dan
Bbrruuurr
Dicurahkan pula air baldi yang kedua kepada Esteve dan Rayyan. Terpinga-pinga
mereka apabila dibangunkan secara kasar oleh Lucca.
"Oh, shit!" carut Esteve. Dia meraup mukanya yang basah terkena air.
"Ó, huǒjì, nǐ wèishéme yào zhèyàng duì wǒ. Ó cāo" (oh man, why you do this to me?
Sial). Kini Li Jun pula bersuara dengan muka tidak puas hatinya memandang Lucca yang
berdiri cekak pinggang.

"Wǒ jiào nǐ qǐlái,taoi méiyǒu nǐ de huíyīng. Suǒyǐ, zhè jiùshì fāngfǎ". (Aku suruh kau
bangun, tapi tiada respon dari kau. so, inikan caranya). Balas Lucca dengan selambanya.

"Wǒ bùxiǎng zài kàn wǒ de kètīngle. Gānjìng, fǒuzé wǒ huì zài lóngzi fùjìn gěi nǐmen
mázhěn Xavante ràng tā chī diào nǐmen suǒyǒu rén" (Aku tak nak tengok ruang tamu aku ni
selerak lagi. Bersihkan atau aku campak korang semua dekat sangkar Xavante suruh dia makan
korang semua". Dia melangkah kearah dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isterinya.

Esteve dan Li Jun yang sedang berselera menjamu sarapan pagi buatan Rania. Yelah sorang
tinggal di Sepanyol, sorang lagi tinggal di China, mana pernah rasa makanan Melayu macam
ni. Baru buat nasi goreng dah bertambah-tambah pinggan, belum rasa lagi nasi lemak air
tangannya pula.

"Bapak argh, sedap dowh" kata Li Jun dengan makanannya masih penuh dalam mulut.
"Habiskan dulu makanan dalam mulut kau tu. Kemudian baru kau cakap" tegur Rayyan.
Dia kemudian menghabiskan makanannya yang masih bersisa dalam pinggan.
Rania yang sedari tadi memandang Esteve dengan riak wajah yang lucu. Macam tak
makan 10 tahun. Berkali-kali juga dia menambah nasi gorengnya ke dalam pinggan. Dia yang
melihat Esteve makan terasa mahu pecah perut. Tak kenyang lagi ke mamat ni?
Esteve yang perasan akan pandangan Rania mengangkat kepala memandang Rania.
Kemudian kening dijongketkan. Kenapa?
"Dah berapa lama awak tak makan nasi Esteve?"
"Lama jugak, semenjak Lucca hantar aku untuk menetap di Sepanyol. Jadi tak ada
orang masakkan nasi untuk aku. So, sarapan pagi aku setiap hari Bocadillode Huevos" Terang
Esteve. Dia meletakkan sudu garfunya diatas pinggan lalu mencapai air teh dan meneguknya.
Rania yang hanya mendengar kata-kata Esteve hanya mengangguk faham. Macam
menarik je, boleh lah aku cuba buat nanti. Ehehehe.

Lucca yang melihat riak wajah isterinya yang tersengeh-sengeh seperti kerang busuk
seperti mengetahui akal isterinya itu.

"Kau jangan hancurkan dapur rumah ni sudah ye, little baby. Macam aku tak tahu akal
kau dalam kepala tu. Tengok pon dah tahu" Kata Lucca sambil menjentik lembut dahi licin
isterinya.

"Mana ada" Jeling Rania. Macam tahu-tahu saja mamat ni.
"Iyelah tu" Balas Lucca sambil menghabiskan air tehnya.

Bab 27

Lucca yang berada di dalam biliknya, bersiap-siap untuk ke pejabatnya. Dia
mengenakan pakaian kasual, t-shirt hitam jenama Polo dan berseluar jean biru sahaja.

Rania yang baru sahaja masuk ke biliknya melihat suaminya yang sedang bersiap-siap
seperti hendak keluar.

"Awak nak pergi mana" soal Rania.
"Aku nak ke pejabat sekejap. Ada masalah dengan client aku. Dah setel masalah, aku
balik terus okey" jawab Lucca. Tangannya mencapai minyak wangi jenama Dior Sauvage lalu
menyemburkan ke tubuhnya.
"Ouh..." Rania kemudian berlalu ke birai katil lalu melabuhkan punggungnya. Dia
memandang belakang badan suaminya yang membelakangkan dirinya. Bau semburan minyak
wangi memenuhi ruang bilik. Nasib baik imannya masih kuat, jika tidak mahu dia menerkam
jugak suaminya itu. Tergoda dengan bauan minyak wangi dari tubuh Lucca.
Lucca yang perasan dirinya diperhatikan isterinya memusingkan tubuhnya menghadap
isterinya yang memandang dirinya tidak berkedip mata.

"Aku tahu aku handsome, little baby, tapi janganlah nampak sangat yang kau tengah
tergoda tengok aku". Kata Lucca dengan senyuman sinis.

"Mana ada, saya tak tergoda pon dengan awak. Perasan" Rania membuat rolling eyes.
"Yeke? Okey, let's see it" Lucca menyelukkan kedua-dua belah tangannya kedalam
poket seluar jeans dan berjalan merapati Rania yang sedang duduk di birai katil mereka, dengan
senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Sampai sahaja di hadapan Rania, Lucca
membongkokkan sedikit bandannya ke tubuh Rania. Dia merapatkan wajahnya ke wajah
isterinya sehingga dahinya menyentuh lembut dahi licin isterinya.
Tanpa Rania sedar, Lucca menolak lembut tubuhnya kebelakang lalu rebah di atas katil.
Lucca menindih separuh tubuh isterinya.
Lucca menahan senyuman dari terukir di bibirnya apabila melihat wajah isterinya yang
sedang tergoda dengan kelakuannya. Tergoda tapi tak nak mengaku. Alahai isteri.
Lucca merapatkan lagi wajahnya ke wajah isterinya seperti ingin menciumnya. Rania
yang merasakan wajah Lucca yang semakin hampir dengannya menutup rapat matanya. Lama.
"Hahahahahaha" Akhirnya Lucca melepaskan tawanya setelah mengenakan isterinya.
"Oh, my little baby, kau cakap tadi kau tak tergoda kan? Kenapa kau tutup mata kau?
Tergoda lah tu. Ke kau tunggu aku cium kau. Ermm" soal Lucca dengan sisa tawanya. Kening
dijongketkan kepada isterinya.
Wajah Rania cemberut apabila Lucca mentertawakannya. Terkena pula dengan usikan
Lucca.
"Ok little baby, i have go to go. Duduk rumah elok-elok okey. Don't be mad at me" kata
Lucca sambil mencium sekilas pipi gebu isterinya tanda memujuk.
Rania melihat langkah suaminya yang keluar dari bilik tidur. dia kemudian mengikuti
langkah Lucca hingga ke muka pintu.
"Awak" panggil Rania. Lucca yang mendengar panggilan isterinya menoleh melihat
wajah isterinya lalu kening dijongketkan.

"Nak salam" Rania menghulurkan tangannyauntuk bersalam dengan suaminya. Lucca
yang melihat Rania menghulurkan tangan menyambut tangan isterinya lalu disalam. Lucca
tersenyum dalam diam. My good wife.

"Ti Amo piccola, grazie per essere mia moglie" (i love you little baby. Terima kasih
sebab menjadi isteri saya). Kata Lucca sambil menggosok kepala isterinya. dia kemudian
meloloskan diri ke dalam perut kereta Lamboghini Hurucan miliknya. Kereta meluncur keluar
dari kawasan mansion itu.

Setelah kereta Lucca hilang dari matanya, Rania melihat sekeliling kawasan mansion
baru itu. Luas. Dia melangkah ke kawasan belakang mansion dan melihat kandang yang di
singa yang luas dikelilingi pagar besi dan kawad duri diatas pagarnya. Terlihat seekor singa
yang sedang elok tidur diatas batu besar. Dipintu pagarnya terdapat tulisan besar "XAVANTE".

"Xavante!" jerit Rania. Xavante yang mendengar namanya dipanggil terus menuju
kearah pintu kandangnya lalu mengaum dengan kuat, menerkam kearah pintu.

Rania yang terkejut dengan tindakan Xavante terjatuh terlentang keatas tanah. bunyi
ngauman Xavante bergema seluruh mansion. Rania berlari meninggalkan kandang itu dan terus
masuk ke dalam rumahnya.

Bab 28

Zarif, Rayyan, Esteve dan Li Jun yang telah awal sampai di syarikat Lucca berkumpul
di biliknya.

Zarif dan Esteve yang sibuk menaip sesuatu di keyboard laptop milik Zarif manakala
Li Jun dan Rayyan hanya duduk bersantai sahaja di sofa yang terdapat di dalam pejabat Lucca.

Lucca yang baru sahaja sampai di pejabatnya menerjah masuk.
"Bro, dah dapat maklumat pasal pesawat tu? Ada dekat mana sekarang?" Soal Lucca.
Dia menghempaskan punggungnya di kerusi kerjanya.
"Dekat kawasan pedalaman Jiangxi. Dalang sebalik ni Tan Sri Zainudin, dia arahkan
anak buah dia sabotaj kapal terbang D' Lucca airline"
"Dia masih berdendam lagi dengan kai sebab kau tak nak bekerjasama dengan dia
tempoh hari. Jadi dia sabotaj kau kapal terbang". Kata Zarif, setelah menghack keberadaan
kapal terbang milik syarikat Lucca dengan bantuan Esteve yang juga handal dalam bab hacker.
"Diorang sabotaj pesawat tu bila tiada flight dengan penumpang yang lain. Jadi dalam
flight tu hanya ada anak buah dia sahaja. Aku dah hack CCTV dalam flight. Pilot jugak anak
buah orang tua tu" kata Esteve dengan wajah yang serius.
"So, apa rancangan kau?" Tanya Rayyan. Lucca yang sedang duduk di kerusinya hanya
terlihat santai sahaja sambil menghirup air kopinya yang baru dihantat oleh staffnya tadi.
"Dia salah percaturan. Salab langkah dia cari pasal dengan aku. Kapal terbang aku pon
dia nak curi? MiskiNnya dia. Tak apa, dia akan tahu nanti siapa leader Black Jaguar
sebenarnya" kata Lucca dengan wajah yang tidak beriak dengan kata-kata yang penuh dengan
makna tersirat.

Pulang sahaja dari pejabat Lucca, Zarif memarkirkan keretanya di tapak parkir yang
tersedia. Dia memarkirkan keretanya dihadapan kedai 7Eleven untuk membeli air tin Nescafé
yang berperisa pandan. Air tin limited edition tu, harus dapatkan, kalau tak mahu berhari-hari
mengidam.

Tanpa membuang masa, Zarif terus melangkah keluar dari perut kereta lalu menutup
pintu dan menguncinya. Laju sahaja dia meluru masuk ke 7E untuk mendapatkan Nescafé
limited edition.

Selesai sahaja membuat pembayaran, Zarif menghidupkan keretanya, lalu mengundur
keretanya keluar dari tapak parking tersebut.

Bumm!!!
"Arghhhhh....shit man" Zarif menghentakkan tangannya ke stereng kereta. Zarif keluar
dari perut kereta dan melihat bonet keretanya telah hancur dihentam sebuah kereta Myvi.
Zarif menoleh ke arah kereta Myvi yang telah melanggar keretanya dan dia meluru
kearah pemandu tersebut.
"Keluar kau, sini keluar kau!"
Pemandu tersebut membuka pintu dan melangkah keluar dari keretanya.
"Kau tak nampak ke aku tengah reverse!!!" Amuk Zarif. Bengang apabila bonet
keretanya hancur. Sakit mata pula dia melihat keretanya.
"Apa salah saya pula? Awak tu yang tak tengok cermin pandang belakang ke? Dah tahu
orang nak lalu yang awak pergi reverse kenapa?" Marah Anna Elisa. Bengang dengan sikap
lelaki itu.
"Memang salah kau pon, dah tahu aku nak reverse kenapa kau tak berhentikan kereta?
Ni kereta aku, dah jahanam. Aku nak kau bayar ganti rugi" kata Zarif. Muka tak puas hati
melihat kereta Lamborghini Aventadornya yang kemik.
"Eh, hello! Kereta saya pon jahanam jugak. Kalau saya bayar ganti rugi kereta encik,
encik pon kena bayar ganti rugi jugak. Tak adil lah. Encik pon salah jugak sebab reverse tak
tengok cermin belakang" jawab Anna Elisa dengan tegas.
"Alah, setakat kereta buruk kau ni. Aku boleh beli 10 buah kereta macam kau ni tahu
tak!" Bidas Zarif. Geram pulak aku dengan perempuan ni. Tak nak mengaku kalah.
"Kalau macam tu, encik bayar lah dekat saya" bidas Anna Elisa. Dia melihat lelaki yang
berdiri dihadapannya. Bongkak betul, mulut macam gunung berapi. Main tembak ikut sedap
mulut dia ja. Muka hensem tapi sayang, mulut puaka.
Zarif yang melihat perempuan di hadapannya melihat dirinya dengan penuh berani.
Akhirnya Zarif mengeluh lemah. Lama-lama perang mulut pon tak menjadi kerja jugak.

Dia mengeluarkan dompetnya di belakang seluar, lalu menarik beberapa not bewarna
unggu. Dia menyimpan semula dompetnya di dalam poket seluar lalu mangambil tangan
perempuan itu lalu meletakkan wang tersebut di tangan Anna Elisa.

Zarif melangkah masuk ke dalam perut kereta Lamborghini Aventador. Kereta itu
meluncur laju meninggalkan Anna Elisa yang kebingungan.

Anna Elisa melihat wang yang berada di tangannya. Dia tersenyum sendirian. Dia kenal
siapa dia yang berhadapan dengannya sebentar tadi.

Bab 29

Rania yang sedang elok bersantai menonton rancangan yang ditayangkan di televisyen
mendengar deruman 3 buah kereta yang diparkir dihadapan mansion.

Tahulah dia yang mereka sudah pulang dari pejabatnya. Dia segera melangkah ke muka
pintu, lalu pintu dibuka. Menyambut kepulangan suaminya. Tangannya dihulurkan kepada
Lucca untuk bersalam. Akan dia jadikan sebagai rutin hariannya apabila suami hendak keluar
dan pulang dari pejabatnya.

Lucca menyambut huluran tangan isterinya lalu mencium dahi licin isterinya. Dia
kemudian melangkah masuk diikuti Esteve, Li Jun, Rayyan dan Zarif.

Zarif menghulurkan kepada Rania. Rania memandang pelik. Dah kenapa mamat ni
hulur tangan? Kenapa?

"Nak apa?" Soal Rania yang kebingungan.
"Salam"
Bukkk
"Woi, kurang ajar! Habis muka hensem aku" Esteve yang selamba membaling bantal
sofa ke muka Zarif.

"Bini orang oii, yang kau nak mengorat tu" balas Esteve.
"Kau tak tahu Esteve, bini orang lah sedap nak buat anak. Hahahaha" jawab Li Jun
membela Zarif.
"Yeah...that's my bestfriend who always support me". Kaya Zarif dengan riang berlari
menuju kearah Li Jun dengan mendepakan tangannya untuk memeluk Li Jun. Setelah itu,
diorang berhi-five pula. Seronok nampak.
"I always support you baby, walaupon kerja yang kau buat tu teramat bodoh" kata Li
Jun kepada Zarif.
"Gilalah korang ni, Lucca tahu korang cakap macam tu, silap-silap kau jadi makanan
singa tu" balas Esteve
"Alah, takkan mati punyalah, Lucca kan sayang kitorang" balas Li Jun manakala Zarif
mengiyakan sahaja.
"Aku dengar la bodoh" kata Lucca yang entah muncul dari mana.
"Awak saya nak tanya ni. Tadi saya ada pergi belakang rumah ni. Lepastu saya ada
nampak ada kandang singa. Singa tu siapa punya?" Tanya Rania. Li Jun, Rayyan, Esteve dan
Zarif yang mendengar soalan Rania hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk. Lucca
hanya memandang Rania dengan riak tenang.
"Aku punya"
"Awak punya? Bukan tak boleh bela singa ke? Nanti kena tangkap dengan
PERHILITAN macam mana? Hidupan kiar tu?" Soal Rania bertubi-tubi.
"Aku dah ada lesen nak bela dia"
"Macam mana pula awak nak bela dia? Mana awak dapat singa tu? Orang lain nak dekat
dengan singa pon takut. Awak boleh pula bela dia, belakang rumah pulak tu. Dashat betul laki
aku". Kata Rania dengan wajah yang tidak percaya. Buatnya dia mengamuk. Mahu orang
dalam rumah ni jadi santapan dia.
"Aku bela dia macam mana aku bela kau la. Duku aku ada masuk hutan, kemudian aku
ada dengar bunyi anak singa tu macam mencari mak dia. Lepastu aku cari la dia dekat mana?

Rupanya dia dalan semak samun. Aku ambil lah dia waktu tu, badan dia penuh dengan luka-
luka, kaki dia patah. Mak dia pula mati kena tembak dengan orang yang memburu secara
haram. Aku pon ambil dia dan bawa balik rumah. Aku suruh vaterinar datang rumah aku dan
rawat dia. Sekarang ni, tengok lah dia macam mana sekarang. Sihat kan?"

"Sihat je dia, aku terus buat lesen kebenaran untuk bela dia" sambung Lucca lagi.
Nampak? Betapa jahatnya manusia sekarang, memburu secara haram demi kepentingan diri
sendiri tanpa memikirkan akibatnya.

"Kenapa awak pergi hutan? Awak buat apa dekat sana? Kenapa awak tak kepaskan dia
balik ke habitat asal dia?"

"Ada sebab kenapa aku ke sana dan ada sebab kenapa aku tak boleh bagitahu kau. Aku
nak lepaskan dia ke habitat asal? Tak kot rasanya. Kalau aku lepaskan dia, mungkin aku takkan
jumpa dia lagi. Mungkin dia akan dibunuh sama seperti maknya. Aku sayang Xavante. Aku
yang bela dia dari kecil sampai lah ke besar. Dia lah kawan aku bila aku perlukan dia" kata
Lucca. Yelah kan, bila bela binatang dari kecil, memang susah nak lepaskan kalau dah jatuh
sayang.

"Jom ikut aku" Lucca mencapai tangan Rania dan menarik isterinya mengikut
langkahnya ke belakang rumah.a

"Sampai sahaja di kandang Xavante, Lucca terus membuka kunci dari luar pintu pagar
besi. Selesai sahaja membuka pintu, Lucca menarik tangan Rania supaya berdiri di
belakangnya. Risau kalau Xavante menerkam Rania kerana tidak mengenali orang.

"Xavante!!!" Jerit Lucca.
"Xavante yang baru sahaja keluar dari gua buatan itu berlari menuju kearah Lucca
apabila mendengar namanya dipanggil tuannya.
Rania yang melihat Xavante berlari seperti hendak menerkam mangsa memeluk erat
belakang Lucca. Risau aku pula yang dia baham nanti.
Lucca mendepakan tangannya, apabila Xavante sudah sampai ke dalam pelukkanya lalu
memeluk singa itu. Kini Lucca berada di tengan-tengah antara Xavante dan Rania.

Rania yang merasakan bulu-bulu ditangannya terus melepaskan Lucca. Rania melihat
Xavante yang berguling-guling dengan Lucca diatas rumput.

Gila! Kalau mati tadi macam mana. Buat kenduri tahlil malam ni jugak.
"Xavante, she is your new friend, Rania and Rania, the big lion in front of you is
Xavante. Hope you guys can be a bestfriend forever" sengeh Lucca. Bff kepala hotak dia.
"Okey, little baby, gosok kepala dia dengan tapak tangan kau macam aku buat ni" kata
Lucca sambil menggosok kepala Xavante.
Terketar-ketar Rania hendak menggosok tangannya ke kepala Xavante. Buatnya dia
ngap tangan aku, mahu kudung tangan aku. Huhuhuhu.
"Chill little baby, he don't harm you. Trust me and trus Xavante" kata Lucca untuk
menenangkan aku.
"Xavante dah dilatih dari kecil untuk kenal sama ada manusia itu jahat ataupun tidak.
Dia dilatih untuk memburu mangsa" sambung Lucca lagi.
Lama jugak dia hendak serasi dengan dengan Xavante. Bukan senang nak biasakan diri
dengan binatang omnivore. ni
Lucca yang berdiri bersandarkan oagar besi tersenyum melihat kemesraan Xavante dan
Rania. Dia merapati Rania dan Xavante yang sedang bermain.
"Lama betul kau nak kamceng dengan Xavante" kata Lucca sambil tertawa. Rania
hanya menjeling. Yelah singa kot, bukan kucing parsi.

Bab 30

Zarif dan Li Jun yang sedang bermain PS4, manakala Esteve pula, tidur terbongkang di
tengah-tengah ruang tamu. Rayyan pula hanya bersantai bermain Instagram di telefon
bimbitnya. Suara keriuhan Zarif dan Li Jun memenuhi ruang tamu rumah Lucca.

"Gollll!!!!!, Akhirnya aku menang jugak" sorak Zarif. Seronok kerana akhirnya dia
menang jugak untuk game sekian kalinya.

"Aku menang bro!"
"Alah, aku bagi chance je tu dekat kau, kesian sangat asyik kalah je" kata Li Jun
menyampah.
"Dengki la tu aku menang"
"Tak kuasa aku nak dengki dengan kau. Aku dah menang 10 kali, kau baru sekali. Tu
dahi kau pun merah tak hilang lagi" kata Li Jun dengan bangga. Tanggannya menolak dahi
Zarif yang kemerahan.
"Ah, aku tak kira. Sini kau. Sini dahi kau tu aku nak starlight. Dah tiba masanya untuk
aku balas dendam pulak. Asyik kau je"
Zarif melekapkan tapak tangannya di muka Li Jun dan menarik jari hantunya sekuat
hati dan melepaskan.
Pakk!
Zarif melihat dahi Li Jun, semakin lama sekalin merah. Yelah, orangnya putih, kena
sikit dah merah. Badan Li Jun mengeras tiba-tiba selepas distarlight oleh Zarif.
"Kau dah kenapa? Takkan kena macam tu sikit dah sakit? Aku kena sepuluh kali chill
je" kata Zarif dengan bangga. Sado kot. Setakat starlight dahi apalah sangat. Kacang je.
"Kau betul-betul balas dendam dekat aku ke macam mana? Bergegar otak aku tahu
tak!"
"Hahahaha, siotlah. Kena starlight dahi gegar otak! Hahahahaha" Rayyan yang
mendengar perdebatan mereka berdua ketawa menggila-gila. Gegar otak dia. Hahahahah.
Lawak antarabangsa mana dia dapat ni.
"Korang buat apa ni?" Soal Lucca yang baru muncul bersama Rania sambil
berpegangan tangan. Lu pikir sweet ke?

"Kau tahu tak? Li Jun kena starlight dekat dahi sebab kalah game dengan Zarif dah
gegar otak. Hahahaha. Baru starlight, belum kena peluru sniper lagi" gelak Rayyan tidak
berhenti-henti sehingga mengalir air matanya mentertawakan Li Jun.

"Aku nak korang semua get ready awal pagi, esok kita bertolak pergi ke Jiangxi" arah
Lucca. Dia perlu mendapatkan balik pesawat yang telah disabotaj oleh Tan Sri Zainudin. Bukan
dia tidak ada duit hendak mengeluarkan kapal terbang baharu dan bukannya hanya satu itu
sahaja kapal terbang yang dia ada. Banyak lagi. Tetapi dia ingin mengajar orang tua tu supaya
tidak menggunakan cara yang kotor untuk mendapatkan sesuatu benda dengan mudah. Jika
terpaksa berperang pon dia akan berperang.

Mereka yang memahami apa yang dikatakan oleh Lucca hanya mengangguk.
"Jiangxi?? Awak nak pergi sana buat apa? Awak nak tinggalkan saya seorang dekat sini
ke?" Soal Rania. Hurmm.
"Ya, Jiangxi. Takkan aku sorang yang pergi, mestilah aku angkut kau sekali. Mana
boleh bantal busuk aku ni tak ade, tak nyenyak aku nak tido nanti" kata Lucca sambil menjeling
ke arah Zarif, Li Jun dan Rayyan.
Mereka yang mendengar ayat terakhir Lucca terasa mahu muntah. Berbulu telinga
mereka dengar. Sejak bila ketua Black Jaguar jadi gedik macam ni.
"Nak buat apa pergi sana?"
"Kita berHONEYMOON dekat sana lah" tekan Lucca dengan aksi yang manja
ditunjukkan kepada mereka. Sekali lagi mereka terasa mahu muntah hijau.
"Hah? Honeymoon bawa 4 ekor beruk ni?" Terkejut Rania. Biar betul. Kalau nak pergi
honeymoon bawa 4 ekor ni, bukan honeymoon namanya. Macam nak pergi berperang pon ada.
"Oii, kau panggil kitorang beruk? Tunggu kau, nanti aku jadi beruk dekat sana. Ganggu
korang punya honeymoon tu" balas Zarif dengan muka yang tidak puas hati.
"Nak kata honeymoon pon tak juga sebab aku pergi sana ada hal kerja. Jadi sambil kerja
aku bawa lah sekali. Boleh little baby? Nanti ada masa free, aku bawa kau honeymoon puas-
puas?" Janji Lucca kepada Rania. Rania hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Nanti kau berdua pergi sana, jangan nak sweet-sweet eh. Hormat sikit orang yang
single and available ni. Hormat menghormatikan amalan mulia" kata Li Jun dengan penuh
semangat.

Lucca yang mendengar ayat Li Jun yang terakhir terus mencium bibir isterinya laju.
Muka selamba diberikan kepada mereka, manakala wajah isterinya membahang malu. Gila!.

"Oh....how dare you Lucca, apa kau buat ni, berzina di tengah-tengah ruang tamu ni"
kata Zarif dengan muka bengangnya.

Bukk!!
"Kau ni, zina celah mana diorang dah kahwin. Kalau mata kau berzina kot lah tengok
yang 18sx. Bodoh tu simpan dekat anak cucu sama" Rayyan dengan selamba mengetuk kepala
Zarif yang bengong tahap dewa tu.
"Dan ada bini bro, mana boleh tahan. Kalau boleh depan korang jugak aku buat" kata
Lucca dengan wajah yang selamba. Layan budak-budak ni bukan boleh jadi pembaris sangat,
kena kona-kona sikit.
Rania yang mendengar balasan Lucca menampar dada suaminya.
"Apa awak cakap macam tu. Malu saya" jeling Rania. Geram pula rasanya 4 ekor ni.
Esteve pula tidur jadi tak ada kena mengena.

Bab 31

Sedang Rania mengemaskan baju-bajunya dan Lucca untuk dibawa ke Jiangxi, terasa
pinggangnya dipeluk erat oleh Lucca dari belakang. Dia mencium rambut lembut isterinya
yang mengurai terlepas bebas. Wanginya.

"Awak pergi mana tadi?" Soal Rania. Tangannya lincah mengemas beg pakaiannya
bersama Lucca.

Soalan daripada Rania dihiraukan. Bauan isterinya membangkitkan lagi nafsunya. Dia
mencium belakang leher isterinya bertalu-talu.

Rania menggeliat kegelian apabila diperlakukan seperti itu. Rania yang merasakan
Lucca seperti hanyut dalam dunianya mengelak kegelian.

Lucca yang tersedar memandang Rania dengan mata kuyu.
"Why?"
"Err...awak, saya nk buat kerja ni. Nak lipat baju awak". Jawab Rania mengelak
daripada Lucca supaya tidak terlalu hanyut dengan perasaan. Malu sebenarnya.
Lucca yang memerhati tindakan isterinya berlalu mencapai tuala yang disangkut di
wardrobe. Lucca terus melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa memandang isterinya yang
sedang memerhatinya.
"Merajok ke? Marah?" Soal Rania dalam hati. Aduhai merajok pula. Bukan dia tak nak.
Maksudnya dia nak. Eh! Rania menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan dia tak nak, cuma
dia masih malu lagi dengan Lucca. Baru sekali dia dengan suaminya bersama, mestilah malu
lagi.
Selesai sahaja Rania mengemaskan beg pakaiannya Dan Lucca dia menunggu
suaminya di birai katil sehingga suaminya siap membersihkan badannya.
Pintu bilik air dibuka dari dalam. Lucca yang sudah pun siap mandi. Tuala dililitkan di
pinggangnya. Longgar. Bauan sabun yang melekat di tubuh suaminya memenuhi ruang bilik
tidur.
Aduhmak! Wanginya. Asal aku mandi tak bau kuat macam ni pun.
Lucca berlalu ke wardrobe lalu menghiraukan pandangan isterinya. Wardrobe dibuka
dan baju T-shirt putih diambil lalu disarung ke badan. Kemudian seluar pendek paras lutut pula
dipakai.
Rania memerhati setiap langkah suaminya tanpa mengerdipkan matanya. Pergh,
hensemnya suami aku lepas mandi. Rambut basah yang terjuntai di dahi diraupkan rambutnya
ke belakang dengn tangannya sahaja.

Lucca kemudian melangkah kearah katilnya bersaiz king lalu merebahkan dirinya
diatas tilam. Dia mengalihkan badannya membelakangi isterinya yang sedang
memerhatikannya. Sebuah keluhan terbit di bibirnya.

Rania yang mendengar keluhan kecil di bibir suaminya berasa bersalah. Dia merapati
Lucca lalu lengan suaminya disentuh.

"Awak" lembut suara isterinya memanggilnya. Tetapi tiada sahutan dari suaminya.
"Awak" panggil Rania lagi. Kini Rania menggongcangkan sedikit tangan Lucca.
Lucca masih berdiam diri. Mahu melihat sejauh mana isterinya mahu memujuknya.
"Awak, saya minta maaf. Pusinglah sini" pujuk Rania. Lucca masih lagi mengeraskam
badannya. Tidak mahu kalah dengan pujuk rayu isterinya, walaupun hakikatnya dia mahukan
isterinya.
Rania akhirnya mengalah. Dia merebahkan diri menghadap belakanh Lucca yang
membelakangi dirinya. Bukan dia sengaja mahu menolak apabila Lucca ingin bersama. Tetapi
dia masih malu, walaupun dia telah menjadi hak mutlak milik suaminya.

Bab 32

Keesokkan paginya, kesemua anggota Black Jaguar dan Rania berkumpul di kawasan
lapanh D' L Airlines untuk penerbangan ke Jiangxi dengan menggunakan private jet milik
Lucca.

"Mana si mangkuk hayun ni. Buat pengesahan passport ke, buat cop passport. Lama
siot, habis terbakar muka aku nanti kena sinar uv" rengek Zarif. Mengada-ngada tahap biawak
laa dia ni.

"Aku perhati je dua ketul ni. Sorang ni asyik pandang yang sorang tu. Yang sorang tu
pulak buat don't know je. Macam orang disini tak wujud" kata Esteve dengan nada kiasan. Dari
tadi dia melihat Rania dan Lucca tidak bertegur sapa. Jangan kata bertegur sapa, pandang pun
tidak.

"Bro, kau perli-perli siapa ni bro?" Tanya Li Jun yang sedang elok bersila diatas simen
menanti Rayyan membuat pengesahan passport mereka. Walaupon mereka golongan mafia dan
pemilik D'L Airlines mereka tetap mengikut peraturan. Baik kan?.

"Kau rasa sapa?" Soal Esteve kembali. Lucca yang sedang elok berdiri dengan sebelah
tangan memegang iPadnya manakala sebelah lagi tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Pakaian kasual sahaja dikenakan di tubuhnya.

Rania yang melihat Lucca berdiri agak jauh darinya, memandang Lucca dengan dahi
berkerut. Serabut memikirkan masalahnya dengan suaminya semalam. Akhirnya dia mengeluh
lemah.

"Why?" Soal Li Jun prihatin. Mendongak memandang lembut wajah Rania yang agak
serabut.

Rania menggelengkan kepalanya. Tanda tiada apa-apa.
Li Jun bingkas bangun dari duduknya dan menepuk sedikit punggungnya yang berbekas
pasir halus simen itu. Dia menarik tangan Rania yang berlapik baju menjauhi Lucca, Esteve
dan Zarif.
"You dengan Lucca ada masalah ke? Korang berdua bergaduh ke? Dari tadi lagi I
tengok muka you macam ayam berak kapur" soal Li Jun memandang wajah Rania yang muram.
Rania hanya mengangguk. Ya, Lucca masih marahkannya. Dia menunduk memandang
kakinya sendiri.
Li Jun menoleh ke belakang melihat Lucca yang memandangnya dengan pandangan
yang tajam. Li Jun menoleh kembali menghadap Rania yang menunduk memandang kakinya
dari tadi.

Kepalanya ligat memikirkan sesuatu sambil memerhati Rania yang menguis pasir-pasir
kecil dengan kakinya. Li Jun tersenyum sinis. Apabila akal jahatnya muncul.

"Děngzhe qiáo ba bǎobèi"(just wait and see ya baby). Ucap Li Jun dengan sinis.
"Let's go. Rayyan dah siap dah ty" kata Li Jun menarik tangan Rania menghampiri
mereka yang sedang berdiri. Lucca memandang Rania dengan pandangan yang tidak puas hati.
"Jom, nanti lambat sampai ke Jiangxi" kata Rayyan lalu melangkah masuk ke dalam
private jet. Lucca mengekori langkah Rayyan dan diikuti oleh yang lain.
Esteve memilih tempat duduk disebelah Rayyan di tepi tingkap. Zarif pula memilih
tempat duduk berhadapan dengan Rayyan.
"Bro, kau duduk sebelah Lucca" arah Li Jun.
Zarif memandang Li Jun dengan pelik. Dah kenapa aku kena duduk sebelah mangkuk
hayun terlebih emo macam orang period ni. Bini dia ada.
Li Jun yang faham dengan reaksi di wajah Zarif mengisyaratkan dia suruh bangun dan
duduk di sebelah Lucca.
Zarif yang bermalasan mengambil tahu hal mereka bergerak ke tempat duduk di sebelah
Lucca lalu melabuhkan punggungnya.
Li Jun menarik tangan Rania untuk duduk di sebelahnya. Lucca yang melihatnya hanya
menayang wajah ketat.
Li Jun yang perasan akan pandangan Lucca dibiarkan begitu sahaja. Kau jual mahal
lagi dengan bini kau. Li Jun tersenyum sinis kepada Lucca yang memandangnya seperti mahu
ditelan.
"Esteve, kau bawa tak beg tu" soal Lucca.
"Bawa" jawab Esteve ringkas.
Rania yang merasakan tidak selesa memandang Lucca dan Li Jun bersilih ganti. Lucca
dengan wajah yang ketat merebahkan tempat duduknya lalu matanya dipejam. Sakit pula hati
melihat.
Li Jun yang perasan Rania memandangnya menoleh.

"Why bõa bèi?" ( Kenapa sayangku ). Sengaja dia menggunakan panggilan itu kepada
Rania. Nak bakar ego Lucca punya pasal.

Esteve yang sedang menghirup kopinya tersedak mendengar panggilan itu. Rayyan
menepuk-nepuk belakang Esteve untuk meredakan batuk.

Lucca yang mendengar panggilan sayang kepada isterinya itu mencelikkan
matanya. Tempat sandar dibelakang ditegakkan kembali. Tidak senang melihat Li Jun
melayani isterinya.

"Apa kau panggil Rania tadi" soal Esteve mahu mengsahihkan lagi apa yang dia dengar
sebentar tadi.

"Bõa bèi" selamba Li Jun mengulang semula.
Terbuntang mata Esteve. Gila lah kau ni. Kau sedar tak orang yang kau panggil ni
siapa? Esteve memandang Lucca. Nampam rahang Lucca bergerak. Dia menelan liur. Jangan
ada pertumpahan darah disini sudah.

Bab 33

Apabila private jet sudah berlepas, Rania yang berada di tempat duduknya merasa tidak
selesa. Kepalanya terasa pening, tekaknya loya. Dia memicitkan kepalanya yang terasa
berdenyut. Menahan diri dari memuntahkan isi perut yang terasa sampai ke tekak.

Li Jun menoleh ke arah Rania. Perasan dengan perubahan di wajah Rania. Pucat.
"Kenapa bõa bèi? Tak sihat ke?" Soal Li Jun prihatin.
Rania mengabaikan soalan daripada Li Jun. Kepalanya terasa berdenyut hebat. Rania
menunduk melihat wajah Rania yang semakin pucat.
Lucca yang melihat terasa kasihan pada isterinya. Dia ingin membantu tetapi ego
menguasai dirinya.

"Pening? Nak muntah?" Soal Li Jun cemas. Rania hanya mengangguk.
"Okey, tunggu sekejap" Li Jun bangun dan bergerak kearah belakang kabin untuk
mengambil ubat mabuk yang tersimpan di dalam kit kecemasan.
Sampai sahaja di depan Rania, Li Jun duduk melutut dan memberikan ubat yang telah
diambil sebentar tadi.
Rania mengambil dan menelan terus ubat mabuk, botol air mineral disuakan kepada
Rania.
Rania meneguk separuh air mineral. Li Jun melihat Rania memejamkan matanya buat
seketika.
"Ubat ni akan buat you rasa mengantuk tau" bagitahu Li Jun. Rania hanya mengangguk
lemah.
Matanya semakin memberat. Pening rasa di kepalanya dan loya tekaknya semakin
beransur kurang. Rania menyandarkan kepalanya di tempat penyandar.
Li Jun yang melihat terasa kasihan. Dia menekan button untuk merebahkan tempat
duduk Rania menjadi pembaring. Bukan tidak ada bilik tidur untuk menempatkan Rania. Tetapi
cukup sahaja dia melayan Rania setakat ini sahaja. Takkan lah dia mahu mengendong Rania
untuk dibawa ke bilik tidur. Dia masih hormat lgi bahawa Rania adalah isteri orang a.k.a isteri
kawan baiknya sendiri. Tak main hentam kromo je.
Zarif, Rayyan dan Esteve hanya mampu melihat sahaja perbuatan Li Jun tanpa ada yang
bersuara. Walaupun mereka mafia yang kejam dan pembunuh tetapi mereka masih
menghormati seorang wanita yang berada di sisi mereka.
Lucca yang melihat hanya menjeling. Panas terasa hatinya apabila lelaki lain yang
melayan isterinya dengan baik. Lucca memejamkan matanya untuk menenangkan hatinya yang
tengah panas membara.
Li Jun kembali ke tempat duduknya lalu memandang Lucca dengan wajah yang
bersahaja. Dia tersenyum sinis ego tinggi melambung. Ternampak rahangnya bergerak

walaupun matanya terpejam. Tengah tahan marah ke tu bang oi.
Lucca menayangkan wajah ketat, terasa mahu di bomnya Li Jun biar bersepai tulang.
"Kau pandang aku kenapa? Bawa lah bini kau masuk bilik tidur. Kesian dia tidur

macam tu, sakit pinggang dia nanti. Jangan sampai aku yang bawa dia masuk bilik nanti" arah
Li Jun. Keningnya dijongketkan. Memerli Lucca.

Lucca bingkas bangun lalu mencempung isterinya yang sedang tidur lalu dibawa masuk
ke dalam kabin yang menempatkan bilik tidur.

Tubuh Rania diletakkan perlahan diatas katil. Selimut dicapai lalu di menyelimutkan
tubuh isterinya. Lucca menaiki katil itu lalu berbaring di sebelah isterinya. Memejam mata buat
seketika.

"Bro, kau pakai ilmu apa bro. Sedap kau arah dia, pakage perli lagi tu. Ajar aku sekali.
Nak jugak aku arah dia macam bos. Asyik dia ja arah aku macam-macam" soal Zarif. Dia
memindahkan tempat duduknya lalu duduk disebelah Li Jun.

"Aku pakai ilmu apa? Ilmu susuk kot. Kau tengok dia dengar cakap aku kan. Susuk la
tu" balas Li Jun.

"Kau ni, bodoh tu simpan dekat anak cucu kau sama. Jangan balun kau sorang. Susuk
tu nak bagi kau nampak cantik" bidas Zarif. Geram pula dengan Li Jun.

"Ouh, mana lah aku tahu. Aku tak duduk Malaysia, mana aku tahu semua tu. Yang aku
tahu susuk je"

"Kau pernah pakai ke susuk" soal Zarif berminat ingin tahu.
"Bro, walaupun aku ni jahat, kejam, bunuh orang sana sini. Aku belum pernah lagi buat
kerja terkutuk tu tahu"
"Elleh kau. Terkutuk kepala hotak. Ko ingat suci sangat ke" jawab Zarif dengan muka
menyampah.

Bab 34

Rania mencelikkan matanya setelah tersedar dari tidur yang panjang. Matanya
memandang sekeliling ruang bilik itu. Aku dekat mana ni? Bilik asing?

Dia bingkas bangun dari pembaring mencari kelibat Lucca. Tapi hampa. Dia membuka
pintu bilik, menjengukkan kepala dimuka pintu.

"Mana semua orang?" Sunyi je. Diorang semua keluar tinggal aku sorang ke?"
"Baru bangun ke cik kak oi?" Perli Zarif yang menyandarkan badannya di dinding bilik
Rania.
"Mana semua orang pergi?"
"Diorang ada hal nak diuruskan. Jadi dia suruh aku jaga kau sekejap"
"Ouhh"
"Kau lapar ke? Aku nak order makanan. Kau nak makan apa?" Soal Zarif. Dia terasa
lapar.
"Order je lah apa-apa"
"Ok, aku order sup kaki babi dekat kau. Sedap. Nak try?"
Citt
Rania hanya menjeling. Geram aku si ketul Zarif ni. Dia meninggalkan Zarif di muka
pintu. Lebih baik dia pergi mandi dari melayan budak tak cukup akal ni.

"Esteve, kau dapat maklumat, berapa orang yang tengah berkawal hangar" soal Lucca
kepada Esteve yang sibuk dengan melihat laptopnya. Tugas Zarif diambil alih oleh Esteve.
Manakala Zarif pula sibuk melayan karenah puan besar yang tak berapa nak besar tu.

"30 orang"
"30 orang. Kita sekarang ni ada 4 orang. Tambah Zarif sorang lagi jadi 5. 5 lawan 30?
Alah, celah gigi je tu" kata Li Jun dengan bangga.
"Kacang tak kacang, kena pasang strategi dulu" kata Rayyan yang sibuk memfokuskan
matanya kepada telefon pintarnya.
"Bila masa nak serang diorang? Aku rasa kita kena spy dulu tempat diorang. Senang
sikit kerja kita" cadang Rayyan. Lucca mengiyakan cadangan Rayyan.
"Zarif, kerja dia akan hack semua CCTV yang ada. Rayyan kau sebagai sniper dengar
arahan atau isyarat yang aku bagi. Li Jun dan Esteve kau akan follow aku dari belakang" arah
Lucca. Dia perlu memastikan apa yang dirancang berjaya. Aku takkan lepaskan kau TAN SRI
ZAINUDIN.
Mereka hanya mengangguk memahami arahan Lucca. Li Jun bangun daripada kerusi
dan menuju ke sebuah bilik tempat penyimpanan pelbagai jenis senjata termasuk bom.
Dia membuka semua peti penyimpanan senjata-senjata mereka dan satu case
penyimpanan 5 set earpiece.
"Li Jun siapkan peralatan untuk malam ni. Kita spy dulu tempat diorang. Esok malam
kita lancarkan misi kita"

Klak
Bunyi pintu bilik dibuka dari luar, Lucca melihat isterinya terbaring diatas katil. Dia
yakin isterinya belum tidur lagi.
Dia menanggalkan bajunya kemudian mencapai tuala yang disangkut pada penyidai
pakaian yang disediakan. Dia melangkah kearah bilik mandi lalu membersihkan dirinya.
Selesai sahaja dia berpakaian, Lucca melangkah kearah katil. Dia melabuhkan
punggungnya di birai katil. Dia melihat belakang tubuh isterinya yang terhinjut-hinjut menahan

tangisan. Bukan dia tidak dengar tangisan isterinya, tapi dia tidak tahu bagaimana hendak
memujuk. Haih...lemah!

Dia meyentuh bahu isterinya, ingin memujuk.
"Little baby, asal kau nangis ni" soal Lucca.
Soalan Lucca dibiarkan sepi. Tiada rasa ingin menjawab.
"Sayang...aku ada buat salah ke? Kenapa kau nangis. Jangan lah nangis. Jangan lah
marah. Aku dah lah tak reti bab pujuk" Lucca menukarkan panggilan little baby kepada sayang.
Mana tahu makan pujukan.
Rania masih lagi mendiamkan diri. Tidak peduli dengan soalan daripada suaminya.
Tanya pulak apa salah dia. Lucca menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Lucca membalikkan tubuh Rania yang mengiring itu menghadapnya. Air mata Rania
membasahi pipi gebu isterinya. Lucca mengusap air mata yang masih bersisa.
"I am sorry baby. Please don't cry. It's hurting me" bisik Lucca dengan nada merayu.
"Hurmm...baby, say something"
"Awak pergi mana tinggalkan saya sorang?" Air matanya masih mengalir deras.
"Aku ada hal tadi" Lucca mengusal air mata isterinya dengan lembut.
"Ermm…jangan nangis lagi, aku tak reti nak pujuk baby besar aku ni"
Rania menjeling kearah Lucca. Dah la tinggal aku, lepastu pujuk aku pun tak reti.
"Malam ni pun aku ada hal sikit".
"Awak nak tinggalkan saya lagi ke?" Rania terus menegakkan tubuhnya menghadap
Lucca. Keluar lagi?
"Ada hal sikit. Mungkin aku balik lewat. Jangan tunggu aku. Lagi satu, tolong kunci
pintu bilik, kalau ada orang ketuk, tolong jangan buka. Boleh?" Kata Lucca dengan tegas. Dia
risau mahu meninggalkan Rania keseorangan di hotel. Nak bawa dia pula, lagi lah risau.
"Awak nak pergi mana. Saya nak ikut" Rania ingin bangun dari duduknya, namun
dihentikan oleh suaminya.

"Kau tak boleh ikut aku. Bahaya" anak mata Lucca memandang tepat kedalam mata
isterinya. Wajah kerisauan terbias diwajahnya. Hidup seorang mafia pasti sekelilingnya
mempunyai ramai musuh yang berdendam dengannya.

"Kenapa saya tak boleh ikut awak?" Soal Rania. Ingin mengetahui sebabnya.
"Little baby, aku nak kau percayakan aku. Percaya dalam setiap tindak tanduk aku.
Percaya apa yang aku buat. I repeat, I want you to trust me, believe me in my every action"
ucap Lucca. Dia tahu apa yang dia buat, dan dia takkan sia-sia hidupnya bersama Rania. Lama
dia merenung anak mata isterinya mencari kepercayaan daripada isterinya.
"I know my husband is a man who keeps his promises. I believe what you do. I will
always to support you . I love you my husband" Rania memegang tangan suaminya lalu
menggenggam lembut tangan Lucca. Dia tahu yang suaminya akan jujur dengannya.
Lucca akhirnya menarik tubuh isterinya merapatinya lalu memeluk tubuh ramping
isterinya. Dia menyembamkan wajahnya di celah leher isterinya lalu diciumnya disitu.
"Thank you sayang" Lucca memeluk erat tubuh isterinya

Bab 35

Pukul 3.00 pagi, dengan pakaian serba hitam dan bertopeng muka. Sebuah hangar usang
yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Black Jaguar yang sudah yang sudah mengetahui
kewujudan hangar di hutan Jiangxi, China.

"Aku tak faham la, kenapa lah dia pilih hutan gunung-gunung ni jugak buat tapak
persembunyian. Macam tak de tempat lain nak buat. Lagi satu, macam mana dia bawa kapal
terbang yang besar tu masuk sini? Sungguh ini tidak masuk akal". Rungut Zarif sambil
menggeleng kepalanya. Earpieces dicapai lalu disambungkan untuk berhubung dengan yang
lain. Memudahkannya dia dan rakannya melakukan kerja.

"Low class betul citarasa orang tua ni. Kalau dia buat dalam laut kan senang sikit. Tak
de lah aku nak kena redah hutan, pacat semua ni" tambah Li Jun. Dia mencapai pisau rambonya
lalu di selitkan di belakang seluarnya.

Krik...krik...
Zarif, Rayyan dan Esteve memandang Li Jun dengan wajah grumpy.
"Cek korang punya earpieces. Function ke tidak. Lagi satu aku nak ingatkan, malam ni
tak ada pertumpahan darah. Tujuan kita malam ni cuma nak spy tempat diorang je. Spy diorang
punya pergerakan sahaja. Zarif kau tunggu sini dan cek keadaan sekeliling".
Lucca memandang wajah rakan-rakannya yang ditutupi mask hitam kemudian
mengangguk.
"Move"
Mereka melangkah keluar dari pacuan empat roda yang dibawa mereka, lalu bergerak
dengan laju menghampiri hangar usang.
Lucca menyembunyikan diri di sebalik pokok begitu juga Rayyan, Esteve dan Li Jun.
"Bro, aku dah cek CCTV pintu pagar depan. Ada 5 orang tengah berkawal. Diorang
ada galas senapang" bagitahu Zarif.
"Ok, ada pintu lain tak?" Soal Lucca. Matanya meliar melihat kiri kanan kawasan yang
diduduki mereka.
"Ada, pintu pagar belakang. Ada satu pondok pengawal terbiar. Aku rasa tak ada orang
jaga dekat situ".
Lucca mengisyaratkan kepada rakan-rakannya untuk bergerak melalui pintu belakang.
Mereka hanya mengangguk tanda memahami isyarat yang diberikan.
Pantas mereka bergerak kearah pintu belakang hangar. Rumput tinggi separas pinggang
mereka.
"Bro, hati-hati. Dua orang tengah round kawasan". Pantas sahaja Zarif memberitahu
mereka.

Esteve, Rayyan dan Li Jun pantas merebahkan diri apabila cahaya lampu suluh yang
terang melintasi mereka. Lucca menyembunyikan diri di balik pokok yang besar.

Terhenti pergerakkan lelaki itu, apabila terdengar bunyi sesuatu yang datang dari semak
samun. Dia menyuluh ke tempat bunyi itu. Tapi tiada apa-apa.

"Nǐ zài kàn shénme?" (Ku tengok apa?). Soal kawannya.
"Méiyǒu shé me. Dàn gāngcái wǒ kàn dàole yīgè yǐngzi" (Tak ada apa-apa. Tapi tadi
aku nampak macam ada bayang). Kata lelaki itu.
Disuluh sekali lagi kearah kawasan mereka menyembunyikan diri. Memastikan tiada
apa-apa yang pelik.
"Nà shì nǐ de gǎnjué" (perasaan kau je tu).
Beredar sahaja merek dari situ. Lucca menarik nafas panjang. Setelah memastikan dua
orang anak buah musuhnya telah beredar. Lucca segera merapati pintu pagar besi. Dirantai dan
dimangga.
"Kunci" kata Rayyan. Rayyan memandang keatas pagar. Di kelilingi kawad duri.
"Balik ke kereta". Arah Lucca.
Sampai sahaja di kereta, Lucca membuka mask hitamnya dan meloloskan diri ke dalam
perut kereta.
"Cepatnya. Aku ingat korang nak masuk dalam" tanya Zarif.
"Tak masuk. Saja buang masa dekat situ nak cek kawasan" balas Rayyan.
"Tak sangka aku, aku boleh terjebak dalam geng mafia yang santai macam ni. Masuk
tempat orang bawa earpiece dengan pisau rambo je. Dah tu, buat mission macam nak pergi
perang malam ni, alih-alih nak tengok pintu pagar je". Kata Zarif dengan selamba. Dia
mengemaskan laptop yang digunakan tadi lalu menyimpan semula kedalam beg.
Li Jun mengambil tempat sebagai pemandu terus memandu pulang ke hotel mereka.

Bab 36

"Good morning baby" ucapan lembut serta ciuman sang suami buat si isteri tercinta
sebaik sahaja tersedar dari lenanya.

Rania menggeliat panjang apabila terdengar suara Lucca menyapa gegendang
telinganya. Dia menjeling kearah suaminya. Merajok. Lucca yang melihat jelingan isterinya
tersenyum. Tahu sahaja isterinya itu merajok dengannya.

"Oh mygosh! Aku dapat jelingan daripada isteri aku di pagi hari yang indah ini.
Oh...sakitnya" kata Lucca dengan nada yang sengaja dibuat-buat sedih. Tangannya mengurut
dada kirinya.

"Awak balik pukul berapa semalam?" Soal Rania. Dia bingkas bangun dari pembaring
dan bergerak menjauhi suaminya yang sedang berbaring mengiring.

"Ermm...agak lewat sedikit, dalam pukul 5.00 pagi. Ala... lewat sedikitttttt sahaja" balas
Lucca. Dia menekankan perkataan sedikit bagi meyakinkan Rania. Hujung ibu jarinya dan jari
telunjuk bertemu menandakan sedikitnya itu. Melihat akan pandangan tajam yang diberikan
Rania mematikan senyuman Lucca. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"What the f**k" Rania terus meninggalkan Lucca yang terpinga-pinga dia atas katil.
Lucca masih kaku di tempatnya. Terkejut dengan ucapan yang keluar dari mulut
isterinya. Pertama kali dia mendengar carutan sebegitu. Lucca mengeluh lemah. Tu lah kau.
Tinggalkan dia lagi. Selagi masalahnya dengan Tan Sri Zainudin tidak selesai. Selagi itu lah
Rania akan melancarkan perang dingin dengannya. Haih...sabar lah. Esok malam sahaja lagi.

Zarif menyiku lengan Li Jun apabila ternampak susuk tubuh Rania yang sedang
berjalan kearah mereka yang tengah bersarapan pagi di lobi hotel.

Rania melabuhkan punggungnya di sofa. Wajahnya masam mencuka. Semua mata yang
memandang dirinya tidak dihiraukan. Hatinya tengah panas.

"Kau dah kenapa ni oi. Turun kebawah dengan baju tidur. Muka pun baru bangun tidur.
Air liur basi pon melekat lagi dekat pipi kau. Busuk tahu". Kata Zarif dengan selamba. Dia
mencapai sandwich yang dipesannya tadi lalu digigit.

Rania menjeling sekilas kearah Zarif. Ni sekor lagi, ada juga yang makan penampar
kejap lagi. Sandwich tak dapat, 5 jari juga dapat ni. Rania menggosok pipinya yang dikatakan
ada air liur basi lalu mencalit kepada baju Zarif dengan selamba.

"Nah, amek sikit. Buat perfume"
"Eeee...pengotor kau ni" marah Zarif.
Ting! Ting!
Telefon Esteve yang berada di dalam poket dicapai lalu dibuka. Satu mesej daripada
Lucca.
Lucca B.Jaguar.
Bro.
Ada nampak wife aku tak?
Terjongjet kening Esteve membaca mesej daripada Lucca. Hai bro, bini hilang pon
tanya member? Tiba-tiba idea nakalnya muncul untuk mengenakan Lucca.
Esteve
Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari keluar dari pintu lobi dengan baju tidur dia.
"Rania, I ada soalan untuk you ni"
"Apa? Cepatlah tanya. I tengah tak ada mood ni" balas Rania. Dengan selamba dia
mencapai air kopi Rayyan lalu menghirupnya. Fuh! Nikmat habis. Bitter plus sweet.
Rayyan yang melihat tingkah Rania ternganga. Woii...air kopi aku weh. Haih...nasib
aku sayang kau sebagai adik. Kerana terpaksa aku relakan air kopi aku dikebas kau budak.

"You bergaduh dengan Lucca ke pagi ni?" Soal Esteve sambil menongkat dagunya
dengan tangannya. Menanti jawapan Rania.

"Haah, geram aku, tahu. Buat muka tak bersalah pulak tu. Tersengih-sengih macam
kerang busuk. Pikir dia hensem ke, senyum macam tu. Dah bersalah tu, salah je lah. Cakap nak
pergi honeymoon, ini tidak. Tinggalnya aku sorang-sorang dekat bilik" dengus Rania. Dia
mencapai sekeping roti sandwich yang terakhir lalu menyuapkan sandwich itu kedalam
mulutnya dengan kasar. Li Jun, Esteve, Zarif dan Rayyan hanya memandang Rania yang
sedang melahap seperti tidak makan setahun.

Bab 37

Dari jauh Esteve memandang tubuh Lucca yang sedang berlari kearah mereka dengan
wajah yang kemerahan. Dah kenapa pula ni.

"Bro, kau betul-betul nampak ke wife aku lari keluar dari hotel ni tadi" soal Lucca
dengan tercungap-cungap. Penat berlari punya pasal.

"Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari sebelah sana" dengan pantas Esteve menjawab.
Jari dituding ke pintu masuk hotel.

"Ok bro, thanks" Lucca terus berlari keluar dari hotel untuk mencari isterinya tanpa
melihat keadaan di sekelilingnya. Baginya, isterinya adalah lebih penting dari segala-galanya.

Semua mata memandang Esteve dengan tidak percaya. Begitu mudah ketua mafia
Black Jaguar tertipu dengan kawan baiknya sendiri di depan mata. Esteve menjongketkan
keningnya dihadapan rakan-rakannya. Bangga.

"HAHAHAHAHAHA" akhirnya pecah juga tawa mereka apabila dapat mengenakan
Lucca. Bukan selalu dapat chance macam ni.

"Ehemm...seronok kenakan aku?" Soal Lucca. Matanya tajam memandang Esteve dan
rakan-rakannya termasuk isterinya.

Terhenti ketawa mereka apabila terdengar suara Lucca yang berada di belakang
mereka.

Kening dijongketkan apabila matanya bertembung dengan anak mata isterinya. Tajam
merenung wajah isterinya.

"Seronok ke sayangggg" sengaja dia menekankan perkataan sayang dengan lebih keras.
Gulp. Rania menelan liur yang terasa pahit. Gerun pula melihat wajah Lucca yang ketat.
Lucca akhirnya melangkah ke pintu lift meninggalkan mereka yang masih duduk di
situ. Butang lift ditekan lalu meloloskan diri kedalam lift.
"Kau kenapa duduk dekat sini lagi. Pergi lah ikut dia" arah Zarif.
"Takutlah. Jom lah teman saya"
"Eeee....tak kuasa aku nak ikut kau"
"Hurmmm..." Akhirnya Rania bangun dari duduknya dan ingin bergerak balik ke
biliknya bersama Lucca.
"Nanti, aku nak minta tolong. Tolong aku pujuk si Lucca". Pinta Esteve. Matanya
dikenyitkan kepada Rania.
"Huh, tadi bukan main kenakan dia. Alih-alih aku kena pujuk" rungut Rania.
"Alah, tolong lah. Nanti aku belanja kau. Okey"
"Okey. Janji eh. Belanja aku".
Esteve hanya menganggukkan kepala.
Rania tersenyum apabila Esteve ingin membelanjanya. Dia terus melangkah ke arah
lift.
Pintu bilik dibuka, matanya mencari tubuh suaminya. Tiada? Dia melihat langsir
beralun ditiup angin. Sliding door terbuka. Dia yakin yang suaminya berada di situ.
"Awak" terus Rania memeluk tubuh Lucca yang tidak berbaju yang sedang merokok di
beranda bilik.

Lucca terus memadamkan asap rokoknya apabila tubuhnya didakap erat oleh isterinya.
Rania menyembamkan wajahnya ke dada bidang suaminya.
"Awak...saya minta maaf. Saya tak ada niat nak ketawakan awak". Ucap Rania.
Lucca hanya menunduk memandang kepala isterinya.
"Hmmm"
Rania mendongak memandang wajah suaminya. Tak ada perasaan ke. Biar betul. Beku
gila muka.
"Hmmm je? Cakap lah something" rengek Rania dengan membuat muka manja.
"Something"
What??!! Sejak bila pula ketua mafia pandai bergurau-gurau ni. Ghisau...aaa ghisau.
"Betul-betul la" Rania mencubit pinggang suaminya. Tiada tindakan reflex dari
suaminya. Tak geli ke? Betul-betul tak ada perasaan ni.
"Betul-betul la ni"
Akhirnya Rania jatuh terduduk. Alahai encik suami. Beginikah caramu. Huhuhuhu.
Lucca yang melihat Rania yang jatuh duduk mencangkung dihadapan isterinya.
Keningnya dijongketkan. Senyuman sinis dipamerkan.
"Why?" Soal Lucca.
Rania hanya menggelengkan kepalanya. Betul-betul punya betul tak ada perasaan. Dia
bangun dari duduknya dan ingin melangkah meninggalkan Lucca. Tanpa sempat dia pergi,
Lucca menarik pinggangnya lalu dipeluk erat.
"Seronok ke tengok aku berpeluh-peluh, berlari sana sini, telefon kau beratus kali nak
cari kau yang hilang ni. Seronok ke?" Soal Lucca. Dagunya disangkut pada bahu isterinya.
Matanya dipejam seketika.
"Errrr...takk" Rania meramas jarinya sendiri. Gugup terasa apabila kedudukannya
dengan Lucca serapat ini.
"Dah tu, kenapa tak panggil aku waktu kau ada dengan diorang?"
"Errrr...sa...saya tak sempat nak panggil awak. Aa...wak dah berlari keluar"

"Sa...saya mintak maaf" kata Rania penuh dengan rasa bersalah.
"Hurmm..."
"Jangan lah hurmm je. Awak maafkan saya tak?" Rania memusingkan tubuhnya
menghadap suaminya. Wajah Lucca dipandang.
"Kau nak aku maafkan kau ke?" Soal Lucca.
"Of course lah" Dengan bersemangat Rania menyatakannya. Mestilah nak suami
maafkan isterinya apabila melakukan kesilapan. Siapa je yang tak nak?.
"Then you need to do something" bisik Lucca di telinga Rania.
"Apa?" Berkerut dahi Rania. Apa-apa je lah. Asalkan suaminya memaafkannya.
"Mandi dengan aku. Kau tak mandi lagi kan. Jom mandi sama-sama". Sebaik
sahaja Lucca berkata seperti itu, tubuh Rania terus dicempung lalu dibawa masuk ke dalam
bilik air.

Bab 38

Lucca yang sedang bersantai di atas katil memandang isterinya yang berada di dressing
table. Memerhati setiap pergerakan isterinya.

Rania yang menyedari dirinya diperhatikan oleh suaminya menoleh. Dahinya berkerut.
Dah kenapa pandang aku macam tu? Nak main tenung-tenung ke? Okey, jom.

1 minit... 2 minit... 3 minit... Tettt...
Akhirnya Rania mengerdipkan matanya. Kalah. Rania mengecilkan matanya apabila
mendengar tawa halus dari suaminya. Dia bangun lalu merapati katil.
"Kalah ke baby?" Perli Lucca. Keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Ishh...awak ni. Kenapa pandang saya macam tu? Saya ingat awak nak main staring-
staring dengan saya" kata Rania selamba.

"Haih...nasib baiklah kau tak jadi cikgu. Kalau tak habis rosak tatabahasa English"
Lucca mencuit hidung isterinya. Ada sahaja karenah nakalnya.

"Aku nak bagitahu something ni" kata Lucca. Matanya memandang wajah isterinya
yang mulus. Pipi dah macam donut. Bulat.

"Nak bagi tahu apa?" Soal Rania. Menanti jawapan Lucca.
"Harini aku tak dapat nak bawa kau keluar" kata Lucca dengan perlahan. Riak wajah
isterinya mula berubah.
"Hurmm" Rania terus bangkit dari katil namun sempat ditahan Lucca.
"Dengar dulu. Hari ni aku tak dapat nak bawa kau keluar jalan-jalan. Dan malam ni
jugak, aku akan balik lewat"
"Okey, stop" cantas Rania. Cepat-cepat Rania berdiri menjauhi Lucca.
"Stop. Tak nak dengar" Rania berjalan laju kearah pintu bilik dan pintu dibuka tetapi
ditahan sekali lagi oleh Lucca.
"Sayang abang. Dengar dulu abang sayang ni nak cakap. Malam ni abang balik lewat.
Jadi abang nak sayang kunci pintu bilik duduk diam-diam. Okey. Kalau ada orang ketuk pintu
bilik jangan buka. Okey". Panjang lebar Lucca memberi pesanan kepada isterinya.
"Kenapa balik lewat? Ada perempuan lain dibelakang awak ke?" Tembak Rania. Tidak
berpuas hati dengan Lucca. Sudah dua malam dia balik lewat.
"Sayang....sayang tahu tak siapa abang sebenarnya? Sayang kenal abang tak?" Soal
Lucca kembali.
"Awak?" Lucca hanya mengangguk.
"Suami saya lah. Kenapa tanya". Jawab Rania. Dia menyilangkan kedua-dua tangan ke
dada.
Alahai isteri. Noobnya. Tergelak kecil Lucca mendengar jawapan dari mulut isterinya.
Dia menjentik kuat dahi licin isterinya.


Click to View FlipBook Version