The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qolbi1979, 2018-12-20 02:13:22

Dinamika full book with cover

Dinamika full book with cover

Bab 13 233

Ayat ini menuntut agar para sahabat r.a. yang berjihad
menyampaikan agama agar menilai diri mereka dengan skala iman,
bukan dengan penilaian golongan yang menolak dakwah mereka
ketika itu. Dengan kata lain, skala yang perlu digunakan dalam
menilai diri orang beriman adalah skala asas dalam prinsip agama.
Berdasarkan analisis hadith-hadith tematik, self esteem dalam
konsep SESH boleh mengalami keadaan tinggi dan rendah, dan
kedua-dua keadaan boleh terkesan dengan penilaian luar seperti
reaksi dan penerimaan orang sekeliling, perbandingan sosial,
pencapaian dan kegagalan, serta penilaian daripada orang lain.
Kesan ini wujud sehingga self mula kembali sedar tentang nilai
dirinya yang sebenar berdasarkan piawaian yang lebih konkrit dan
berada pada garis yang betul iaitu self ideal berdasarkan piawaian
al-Qurān dan al-Sunnah. Kedudukan dan tahap self esteem dalam
konsep SESH ialah dengan menganggarkan jarak di antara self
sebenar dengan self ideal menurut konsep SESH. Semakin dekat
jarak self sebenar dengan self ideal, semakin tinggi self esteem
seseorang. Semakin jauh jarak self sebenar dengan self ideal,
semakin rendah self esteem seseorang mengikut konsep SESH.

Analisis hadith-hadith tematik dalam Ṣahih al-Bukhāri
juga menghasilkan rumusan sumber dan ciri self esteem tinggi.
Dalam masa yang sama, hadith-hadith tematik ini memberikan
panduan mengenal self ideal supaya pendakwah boleh
menganggarkan jarak dirinya dengan self ideal pada satu-satu
masa dan keadaan.

Jadual 1 berikut menunjukkan sebahagian hadith-hadith
yang menggariskan secara kasar sumber self esteem (the sources
of self esteem) bagi pendakwah.

234 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Jadual 1. Sebahagian hadith tematik yang menggariskan sumber self esteem

No. Kitab Matan Sumber Self Esteem (SE) Dan
dan Bab Keterangan

Hadith

Sumber S: Ikhlas.

1 ‫كتاب بدء‬ ‫ وإنما لكل‬،‫إنما الأعمال بالنيات‬ Keterangan: Sumber self esteem
‫الوحي‬ ‫امرئ ما نوى‬ tertinggi bagi pendakwah ialah

ikhlas berdakwah kerana Allah.

Sumber SE: Mengingati mati
dan melibatkan diri dalam
aktiviti menziarahi dan
menyembahyangkan jenazah.

Keterangan:

Menziarahi jenazah dapat

meningkatkan self esteem apabila
‫ أَ َّن َر ُسو َل اللَّ ِه‬،‫ َع ْن أَ ِب ُه َريْ َر َة‬:
“ ‫صلى الله عليه وسلم قَا َل‬

‫ َم ِن اتَّ َب َع َج َنا َز َة ُم ْس ِل ٍم ِإيمَانًا‬1. Aktiviti tersebut
‫ َو َكا َن َم َع ُه َحتَّى‬،‫َوا ْح ِت َسابًا‬ mengingatkan kepada

47 ‫ كتاب الإيمان‬،‫ َويَ ْف ُر َغ ِم ْن َدفْ ِن َها‬،‫يُ َص َّل َعلَ ْي َها‬ kematian.

،‫فَ ِإنَّ ُه يَ ْر ِج ُع ِم َن الأَ ْج ِر ِب ِقي َراطَ ْ ِي‬
‫ َو َم ْن َص َّل‬،‫ ُك ُّل ِقي َرا ٍط ِمثْ ُل أُ ُح ٍد‬2. Melaksanakan solat jenazah
‫َعلَيْ َها ثُ َّم َر َج َع قَبْ َل أَ ْن تُ ْدفَ َن فَ ِإنَّ ُه‬
.“ ‫يَ ْر ِج ُع ِب ِقي َرا ٍط‬ 3. Mengiringi jenazah sampai
ke kubur.

Melakukan aktiviti yang
bermanfaat dalam agama boleh
meningkatkan self esteem
seseorang, lebih-lebih lagi
apabila seseorang itu mengetahui
kedudukan dan kelebihannya
dalam agama.

‫‪Bab 13 235‬‬

‫إِ َّن َوفْ َد َعبْ ِد الْ َق ْي ِس لَ َّم أَتَ ُوا‬
‫ال َّن ِب َّي صلى الله عليه وسلم قَا َل‬
‫“ َم ِن الْ َق ْو ُم أَ ْو َم ِن الْ َوفْ ُد “‪.‬‬
‫قَالُوا َر ِبي َع ُة‪ .‬قَا َل “ َم ْر َح ًبا ِبالْ َق ْو ِم‬
‫ـ أَ ْو ِبالْ َوفْ ِد ـ َغ ْ َي َخ َزايَا َولاَ‬
‫نَ َدا َمى “‪ .‬فَ َقالُوا يَا َر ُسو َل اللَّ ِه‪،‬‬
‫إِنَّا لاَ نَ ْستَ ِطي ُع أَ ْن نَأْتِيَ َك إِل َاّ‬
‫ِف َش ْه ِر الْ َح َرا ِم‪َ ،‬وبَ ْي َن َنا َوبَ ْي َن َك‬
‫‪َ Sumber SE: Self Awareness‬ه َذا الْ َح ُّى ِم ْن كُ َّفا ِر ُم َ َض‪ ،‬فَ ُم ْرنَا‬
‫ِبأَ ْم ٍر فَ ْص ٍل‪ ،‬نُ ْخ ِ ْب ِب ِه َم ْن َو َرا َءنَا‪،‬‬
‫‪َ Keterangan: Memiliki self‬ونَ ْد ُخ ْل ِب ِه الْ َج َّن َة‪َ .‬و َسأَلُو ُه َع ِن‬
‫‪ awareness tinggi iaitu menyedari‬الأَ ْ ِشبَ ِة‪ .‬فَأَ َم َر ُه ْم ِبأَ ْربَعٍ‪َ ،‬ونَ َها ُه ْم‬
‫‪53‬‬ ‫كتاب الإيمان‬ ‫‪َ keadaan sebenar diri dalam‬ع ْن أَ ْربَعٍ‪ ،‬أَ َم َر ُه ْم ِبال ِإيمَا ِن ِباللَّ ِه‬

‫‪َ menghadapi situasi sebenar yang‬و ْح َد ُه‪ .‬قَا َل “ أَتَ ْد ُرو َن َما ال ِإي َما ُن‬
‫‪ِ dihadapi meningkatkan self‬باللَّ ِه َو ْح َد ُه “‪ .‬قَالُوا اللَّ ُه َو َر ُسولُ ُه‬
‫‪ esteem.‬أَ ْعلَ ُم‪ .‬قَا َل “ َش َها َد ُة أَ ْن ل َا إِلَ َه‬
‫إِلاَّ اللَّ ُه َوأَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسو ُل اللَّ ِه‪،‬‬
‫َو ِإقَا ُم ال َّصلاَ ِة‪َ ،‬و ِإيتَا ُء ال َّزكَا ِة‪،‬‬
‫َو ِصيَا ُم َر َم َضا َن‪َ ،‬وأَ ْن تُ ْعطُوا ِم َن‬
‫الْ َم ْغ َن ِم الْ ُخ ُم َس “‪َ .‬ونَ َها ُه ْم َع ْن‬
‫أَ ْربَعٍ َع ِن الْ َح ْنتَ ِم َوال ُّدبَّا ِء َوال َّن ِقيرِ‬
‫َوالْ ُم َزفَّ ِت‪َ .‬و ُر َّ َبا قَا َل الْ ُم َق َّيِ‪.‬‬
‫َوقَا َل “ ا ْح َفظُو ُه َّن َوأَ ْخ ِ ُبوا ِب ِه َّن‬
‫َم ْن َو َرا َءكُ ْم “‪.‬‬

‫“ َم ْن يُ ِر ِد اللَّ ُه ِب ِه َخ ْ ًيا يُ َف ِّق ْه ُه‬ ‫التفقه في الدين ‪Sumber SE:‬‬
‫ِف ال ِّدي ِن‪َ ،‬و ِإ َّنَا أَنَا قَا ِس ٌم َواللَّ ُه‬
‫يُ ْع ِطي‪َ ،‬ولَ ْن تَ َزا َل َه ِذ ِه الأُ َّم ُة‬
‫‪71‬‬ ‫كتاب العلم‬ ‫قَا ِئَ ًة َع َل أَ ْم ِر اللَّ ِه لاَ يَ ُ ُّض ُه ْم‬ ‫‪Keterangan: Sumber self esteem‬‬
‫َم ْن َخالَ َف ُه ْم َحتَّى يَأْ ِ َت أَ ْم ُر‬ ‫‪pendakwah ialah mendalami ilmu‬‬
‫‪agama dengan disiplin yang benar.‬‬
‫اللَّ ِه “‪.‬‬

236 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Sumber SE: Wudhu’

‫ ثُ َّم‬،‫ َم ْن تَ َو َّضأَ نَ ْح َو ُو ُضو ِئ َه َذا‬Keterangan : Wudhu’ yang
‫ لاَ يُ َح ِّد ُث ِفي ِه َم كتاب‬،‫ َص َّل َركْ َعتَ ْ ِي‬diamalkan secara betul dan penuh
158 ‫ ُغ ِف َر لَ ُه َما تَ َق َّد َم ِم ْن الوضوء‬،‫ نَ ْف َس ُه‬penghayatan boleh membantu

.“ ‫ َذنْ ِب ِه‬meningkatkan self esteem kerana
unsur al-nafs boleh dibersihkan

dengan cara berwudhu’.

Sumber SE: Amalan dan
penghayatan doa-doa dan zikir-
zikir ma’thur.

Unsur yang meningkatkan self

ْ‫ إِ َذا أَتَ ْي َت َم ْض َج َع َك فَتَ َو َّضأ‬esteem dalam doa ini ialah -
‫ ثُ َّم ا ْضطَ ِج ْع‬،‫ َو ُضو َء َك لِل َّصل َا ِة‬1. Ikrar menghadap Allah (SWT))
‫ َوقُ ِل اللَّ ُه َّم‬،‫َع َل ِش ِّق َك الأَ ْيَ ِن‬
‫ َوفَ َّو ْض ُت‬،‫ أَ ْسلَ ْم ُت نَ ْف ِس ِإلَيْ َك‬2. Ikrar menyerahkan segala
‫ َوأَلْ َجأْ ُت ظَ ْه ِري‬،‫ أَ ْم ِري إِلَ ْي َك‬urusan kepada Allah (SWT)
‫ ل َا‬،‫ َر ْهبَ ًة َو َر ْغبَ ًة إِلَيْ َك‬،‫ِإلَيْ َك‬
244 ‫كتاب‬ ،‫َملْ َجأَ َول َا َم ْن َجا ِم ْن َك إِل َّا ِإلَيْ َك‬ 3. Ikrar bergantung harap kepada
‫الدعوات‬ ،‫آ َم ْن ُت ِب ِكتَا ِب َك الَّ ِذي أَنْ َزلْ َت‬ Allah (SWT) dalam semua

‫ فَ ِإ ْن ُم َّت‬.‫َو ِب َن ِبيِّ َك الَّ ِذي أَ ْر َسلْ َت‬ urusan, dalam keadaan takutkan
‫ فَا ْج َعلْ ُه َّن‬،‫ُم َّت َع َل الْ ِفطْ َر ِة‬ balasan buruk dan harapkan
balasan baik daripadaNya.
‫ فَ ُقلْ ُت‬.“ ‫آ ِخ َر َما تَ ُقو ُل‬
‫أَ ْستَ ْذكِ ُر ُه َّن َو ِب َر ُسولِ َك الَّ ِذي‬
‫ َو ِب َن ِبيِّ َك‬،‫ قَا َل “ ل َا‬.‫أَ ْر َسلْ َت‬ 4. Ikrar hanya Allah (SWT)
sebenarnya tempat pertolongan
.“ ‫الَّ ِذي أَ ْر َسلْ َت‬ dan tempat kembali.

5. Ikrar beriman kepada al-
Qurān  yang Allah turunkan dan
kepada Nabi Muḥammad (SAW)
yang Allah (SWT) utuskan.

‫‪Bab 13 237‬‬

‫َع ْن أَ ِب ُه َريْ َر َة‪ ،‬أَ َّن ال َّن ِب َّي صلى‬
‫الله عليه وسلم لَ ِق َي ُه ِف بَ ْع ِض‬
‫طَ ِري ِق الْ َم ِدي َن ِة َو ْه َو ُج ُن ٌب‪،‬‬
‫فَانْ َخ َن ْس ُت ِم ْن ُه‪ ،‬فَ َذ َه َب فَا ْغتَ َس َل‪،‬‬
‫ثُ َّم َجا َء فَ َقا َل “ أَيْ َن ُك ْن َت يَا كتاب الغسل ‪279‬‬
‫أَبَا ُه َريْ َر َة “‪ .‬قَا َل كُ ْن ُت ُج ُن ًبا‪،‬‬
‫فَ َك ِر ْه ُت أَ ْن أُ َجالِ َس َك َوأَنَا َع َل‬
‫َغ ْ ِي طَ َها َر ٍة‪ .‬فَ َقا َل “ ُس ْب َحا َن‬
‫اللَّ ِه‪ ،‬إِ َّن الْ ُم ْؤ ِم َن ل َا يَ ْن ُج ُس “‪.‬‬ ‫‪Sumber SE: Ilmu yang sahih.‬‬

‫‪Keterangan: Ilmu tentang‬‬

‫‪kebenaran punca self esteem‬‬

‫‪tinggi. Salah faham tentang ilmu‬‬

‫عن َعائِ َش َة‪ ،‬تَ ُقو ُل َخ َر ْج َنا لاَ‬ ‫‪dan tidak cukup maklumat boleh‬‬
‫نَ َرى إِل ّاَ الْ َح َّج‪ ،‬فَلَ َّم كُ َّنا ِب َ ِس َف‬ ‫‪menjadi punca self esteem rendah.‬‬

‫ِح ْض ُت‪ ،‬فَ َد َخ َل َع َ َّل َر ُسو ُل‬
‫اللَّ ِه صلى الله عليه وسلم َوأَنَا‬
‫أَبْ ِك قَا َل “ َما لَ ِك أَنُ ِف ْس ِت كتاب الحيض ‪290‬‬
‫“‪ .‬قُلْ ُت نَ َع ْم‪ .‬قَا َل “ ِإ َّن َه َذا‬
‫أَ ْم ٌر َكتَ َب ُه اللَّ ُه َع َل بَ َنا ِت آ َد َم‪،‬‬
‫فَاقْ ِض َما يَ ْق ِض الْ َحا ُّج‪َ ،‬غ ْ َي‬
‫أَ ْن ل َا تَطُو ِف ِبالْ َبيْ ِت “‪.‬‬

‫‪Sumber SE: Self awareness yang‬‬

‫‪tinggi.‬‬

‫َع ِن ابْ ِن ُع َم َر ـ رضى الله عنهما‬
‫ـ أَ َّن ال َّن ِب َّي صلى الله عليه وسلم‬ ‫)‪Nabi Muhammad (SAW‬‬
‫‪815‬‬ ‫كتاب صفة‬ ‫قَا َل ِف َغ ْز َو ِة َخيْ َ َب “ َم ْن أَ َك َل‬ ‫‪memberi nasihat bagi mewujudkan‬‬
‫الصلاة‬ ‫ِم ْن َه ِذ ِه ال َّش َج َر ِة ـ يَ ْع ِني الثُّو َم ـ‬ ‫‪kesedaran bagi self bahawa‬‬

‫‪ sesuatu yang dilakukan boleh‬فَلاَ يَ ْق َربَ َّن َم ْس ِج َدنَا “‪.‬‬
‫‪menyebabkan gangguan kepada‬‬

‫‪orang lain.‬‬

238 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Sumber SE: Self awareness yang
tinggi.

Nabi Muhammad (SAW)

mengambil berat hal ehwal

personal hygiene, khususnya

selalu melakukan siwak

atau membersihkan gigi.

847 ‫كتاب الجمعة‬ ‫لَ ْول َا أَ ْن أَ ُش َّق َع َل أُ َّم ِتي ـ أَ ْو َع َل‬ Hadith-hadith yang mendidik
‫ال َّنا ِس ـ لأَ َم ْرتُ ُه ْم ِبال ِّس َوا ِك َم َع‬ umat Islam tentang personal
hygiene juga menunjukkan
. ‫ُك ِّل َصل َا ٍة‬ bahawa self awareness penting

dalam memelihara self esteem.

Kebersihan diri memberikan

keadaan yang selesa bagi tuan

empunya diri khususnya semasa

beribadah, dan juga orang di

sekitarnya. Penampilan yang

tidak baik pula akan memberikan

keadaan yang sebaliknya.

Analisis keseluruhan hadith-hadith tematik SESH menyimpulkan
bahawa terdapat lima unsur ataupun punca utama yang dapat
meningkatkan self esteem, iaitu:

1) Ikhlas kepada Allah (SWT)
2) Tafaqquh fi al-din
3) Ganjaran daripada Allah (SWT)
4) Amalan ibadah yang sahih
5) Memiliki self concept dan self awareness yang baik.

Jadual 2 pula menyenaraikan sebahagian hadith-hadith
yang menggariskan ciri self esteem tinggi (high self esteem) dan
self esteem rendah (low self esteem). Ciri-ciri ini memberi panduan
dalam mengenali dan membentuk pendakwah yang memiliki self
esteem tinggi.

Bab 13 239

Jadual 2. Sebahagian hadith tematik yang menggariskan ciri self esteem tinggi dan
rendah

No. Kitab Matan Ciri Self Esteem (Tinggi
Hadith ataupun Rendah)

1 Ciri SE Tinggi: Ikhlas.

9 ‫كتاب بدء‬ Keterangan: Ciri pendakwah
‫الوحي‬
self esteem tinggi ialah ikhlas

‫ وإنما‬،‫ إنما الأعمال بالنيات‬berdakwah kerana Allah
‫( لكل امرئ ما نوى‬SWT).

Semakin tinggi tingkat
keikhlasan, semakin tinggi self
esteem seorang pendakwah.

Ciri SE Tinggi: Malu.

‫كتاب الإيمان‬ ،‫ ال ِإيمَا ُن ِب ْض ٌع َو ِستُّو َن ُش ْعبَ ًة‬Ciri pendakwah self esteem
.“ ‫ َوالْ َح َيا ُء ُش ْع َب ٌة ِم َن ال ِإي َما ِن‬tinggi ialah menghiasi peribadi

dengan sifat malu yang sesuai
dengan konteks.

‫‪240 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam‬‬

‫ِإ َّن َوفْ َد َع ْب ِد الْ َق ْي ِس لَ َّم أَتَ ُوا‬
‫ال َّن ِب َّي صلى الله عليه وسلم‬
‫قَا َل “ َم ِن الْ َق ْو ُم أَ ْو َم ِن الْ َوفْ ُد‬
‫“‪ .‬قَالُوا َر ِبي َع ُة‪ .‬قَا َل “ َم ْر َح ًبا‬
‫ِبالْ َق ْو ِم ـ أَ ْو ِبالْ َوفْ ِد ـ َغ ْ َي َخ َزايَا‬
‫َول َا نَ َدا َمى “‪ .‬فَ َقالُوا يَا َر ُسو َل‬
‫اللَّ ِه‪ ،‬إِنَّا لاَ نَ ْستَ ِطي ُع أَ ْن نَأْتِ َي َك‬
‫ِإل ّاَ ِف َش ْه ِر الْ َح َرا ِم‪َ ،‬وبَ ْي َن َنا‬ ‫‪Ciri SE Tinggi: Self‬‬
‫َوبَيْ َن َك َه َذا الْ َح ُّى ِم ْن كُ َّفا ِر‬ ‫‪awareness tinggi.‬‬

‫‪53‬‬ ‫كتاب الإيمان‬ ‫ُم َ َض‪ ،‬فَ ُم ْرنَا ِبأَ ْم ٍر فَ ْص ٍل‪ ،‬نُ ْخ ِ ْب‬ ‫‪Ciri pendakwah self‬‬
‫ِب ِه َم ْن َو َرا َءنَا‪َ ،‬ونَ ْد ُخ ْل ِب ِه الْ َج َّن َة‪.‬‬ ‫‪esteem tinggi ialah‬‬
‫َو َسأَلُو ُه َع ِن الأَ ْ ِشبَ ِة‪ .‬فَأَ َم َر ُه ْم‬ ‫‪memiliki self awareness‬‬
‫ِبأَ ْربَعٍ‪َ ،‬ونَ َها ُه ْم َع ْن أَ ْربَعٍ‪ ،‬أَ َم َر ُه ْم‬ ‫‪tinggi, iaitu kesedaran diri‬‬
‫ِبال ِإيمَا ِن ِباللَّ ِه َو ْح َد ُه‪ .‬قَا َل “‬ ‫‪terhadap personaliti, hakikat‬‬
‫أَتَ ْد ُرو َن َما ال ِإيمَا ُن ِباللَّ ِه َو ْح َد ُه‬ ‫‪dan kemampuan diri sendiri‬‬
‫“‪ .‬قَالُوا اللَّ ُه َو َر ُسولُ ُه أَ ْعلَ ُم‪.‬‬ ‫‪dan membezakannya dengan‬‬
‫قَا َل “ َش َها َد ُة أَ ْن ل َا إِلَ َه إِلاَّ‬ ‫‪suasana sekeliling sebagai satu‬‬
‫اللَّ ُه َوأَ َّن ُم َح َّم ًدا َر ُسو ُل اللَّ ِه‪،‬‬ ‫‪identiti.‬‬
‫َو ِإقَا ُم ال َّصلاَ ِة‪َ ،‬وإِيتَا ُء ال َّز َكا ِة‪،‬‬
‫َو ِصيَا ُم َر َم َضا َن‪َ ،‬وأَ ْن تُ ْعطُوا ِم َن‬
‫الْ َم ْغ َن ِم الْ ُخ ُم َس “‪َ .‬ونَ َها ُه ْم َع ْن‬
‫أَ ْربَعٍ َع ِن الْ َح ْنتَ ِم َوال ُّدبَّا ِء َوال َّن ِقي ِر‬
‫َوالْ ُم َزفَّ ِت‪َ .‬و ُر َّبَا قَا َل الْ ُم َق َّ ِي‪.‬‬
‫َوقَا َل “ ا ْح َفظُو ُه َّن َوأَ ْخ ِ ُبوا ِب ِه َّن‬
‫َم ْن َو َرا َء ُك ْم “‪.‬‬

‫“ َم ْن يُ ِر ِد اللَّ ُه ِب ِه َخ ْ ًيا يُ َف ِّق ْه ُه‬ ‫‪Ciri SE Tinggi:‬‬
‫ِف ال ِّدي ِن‪َ ،‬وإِ َّنَا أَنَا قَا ِس ٌم َواللَّ ُه‬ ‫‪Memahami agama dengan‬‬
‫يُ ْع ِطي‪َ ،‬ولَ ْن تَ َزا َل َه ِذ ِه الأُ َّم ُة‬ ‫‪mendalam.‬‬

‫‪71‬‬ ‫كتاب العلم‬ ‫قَا ِئَ ًة َع َل أَ ْم ِر اللَّ ِه لاَ يَ ُ ُّض ُه ْم‬ ‫‪Ciri pendakwah self esteem‬‬
‫َم ْن َخالَ َف ُه ْم َحتَّى يَأْ ِ َت أَ ْم ُر اللَّ ِه‬ ‫‪tinggi ialah memahami ilmu‬‬
‫‪agama dengan mendalam.‬‬
‫“‪.‬‬

‫‪Bab 13 241‬‬

‫‪Ciri SE Tinggi: Ghibtah dalam‬‬
‫‪soal ilmu dan harta untuk‬‬
‫‪kepentingan agama.‬‬

‫‪73‬‬ ‫كتاب العلم‬ ‫ل َا َح َس َد ِإل َّا ِف اثْ َنتَ ْ ِي َر ُج ٌل‬ ‫‪Ciri pendakwah self‬‬
‫آتَا ُه اللَّ ُه َمال ًا فَ ُسلِّ َط َع َل‬ ‫‪esteem tinggi ialah‬‬
‫َهلَ َك ِت ِه ِف الْ َح ِّق‪َ ،‬و َر ُج ٌل آتَا ُه‬ ‫‪wujudnya iri hati dalam‬‬
‫اللَّ ُه الْ ِح ْك َم َة‪ ،‬فَ ْه َو يَ ْق ِض ِب َها‬ ‫‪perkara ilmu dan harta untuk‬‬
‫‪agama, seterusnya ghibtah ini‬‬
‫َويُ َعلِّ ُم َها‬

‫‪menjadi titik muhasabah serta‬‬

‫‪momentum bagi meneruskan‬‬

‫‪usaha menambah nilai diri.‬‬

‫َع ْن أَ ِب ُه َريْ َر َة‪ ،‬قَا َل ِإ َّن ال َّنا َس‬
‫يَ ُقولُو َن أَكْ َثَ أَبُو ُه َريْ َر َة‪َ ،‬ولَ ْول َا‬
‫آيَتَا ِن ِف ِكتَا ِب اللَّ ِه َما َح َّدثْ ُت‬
‫َح ِديثًا‪ ،‬ثُ َّم يَتْلُو {إِ َّن الَّ ِذي َن‬
‫يَ ْكتُ ُمو َن َما أَنْ َزلْ َنا ِم َن الْ َب ِّي َنا ِت}‬ ‫‪Ciri SE Tinggi: Takut dosa‬‬
‫ِإ َل قَ ْولِ ِه {ال َّر ِحي ُم} إِ َّن ِإ ْخ َوانَ َنا‬ ‫‪menyembunyikan ilmu.‬‬

‫‪118‬‬ ‫كتاب العلم‬ ‫ِم َن الْ ُم َها ِج ِري َن َكا َن يَ ْش َغلُ ُه ُم‬ ‫‪Ciri pendakwah self esteem‬‬
‫ال َّص ْف ُق ِبالأَ ْس َوا ِق‪ِ ،‬و ِإ َّن إِ ْخ َوانَ َنا‬ ‫‪tinggi: Menyampaikan‬‬
‫ِم َن الأَنْ َصا ِر كَا َن يَ ْش َغلُ ُه ُم‬ ‫‪agama kerana takut dosa‬‬
‫الْ َع َم ُل ِفأَ ْم َوالِ ِه ْم‪َ ،‬وإِ َّنأَبَا ُه َريْ َر َة‬ ‫‪menyembunyikan ilmu‬‬
‫كَا َن يَلْ َز ُم َر ُسو َل اللَّ ِه صلى الله‬
‫عليه وسلم ِب ِش َبعِ بَطْ ِن ِه َويَ ْح ُ ُض‬
‫َما لاَ يَ ْح ُ ُضو َن‪َ ،‬ويَ ْح َف ُظ َما ل َا‬
‫يَ ْح َفظُو َن‪.‬‬

‫َع ْن أَنَ ِس بْ ِن َمالِ ٍك‪ ،‬أَ َّن ال َّن ِب َّي‬
‫‪ Ciri SE Tinggi: Sabar dan‬صلى الله عليه وسلم َرأَى‬
‫‪ tenang menghadapi kerenah‬أَ ْع َرا ِبيًّا يَ ُبو ُل ِف الْ َم ْس ِج ِد فَ َقا َل كتاب الوضوء ‪216‬‬
‫‪َ “ orang yang jahil.‬د ُعو ُه “‪َ .‬حتَّى ِإ َذا فَ َر َغ َد َعا‬

‫ِبَا ٍء فَ َص َّب ُه َعلَ ْي ِه‪.‬‬

‫‪242 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam‬‬

‫عن َعبْد الله بْ َن َم ْس ُعو ٍد أَ َّن‬
‫ال َّن ِب َّي صلى الله عليه وسلم َكا َن‬
‫يُ َص ِّل ِع ْن َد الْبَ ْي ِت‪َ ،‬وأَبُو َج ْه ٍل‬
‫َوأَ ْص َحا ٌب لَ ُه ُجلُو ٌس‪ ،‬إِ ْذ قَا َل‬
‫بَ ْع ُض ُه ْم لِبَ ْع ٍض أَيُّ ُك ْم يَ ِجي ُء‬
‫ِب َس َل َج ُزو ِر بَ ِني فُل َا ٍن فَ َي َض ُع ُه‬
‫َع َل ظَ ْه ِر ُم َح َّم ٍد إِ َذا َس َج َد‬
‫فَانْبَ َع َث أَ ْش َقى الْ َق ْو ِم فَ َجا َء‬ ‫‪1. Ciri SE Rendah:‬‬

‫ِب ِه‪ ،‬فَ َنظَ َر َحتَّى إِ َذا َس َج َد ال َّن ِب ُّي‬ ‫‪a. Menyakiti dan menghina‬‬
‫صلى الله عليه وسلم َو َض َع ُه‬ ‫‪lawan dengan kotoran‬‬
‫َع َل ظَ ْه ِر ِه بَ ْ َي كَ ِت َف ْي ِه َوأَنَا‬
‫‪237‬‬ ‫كتاب الوضوء‬ ‫‪ b. Menyakiti fizikal‬أَنْظُ ُر‪ ،‬ل َا أُ َغ ِّ ُي َشيْئًا‪ ،‬لَ ْو َكا َن ِل‬

‫َم ْن َع ٌة‪ .‬قَا َل فَ َج َعلُوا يَ ْض َح ُكو َن‬ ‫‪dan mental, tidak fokus‬‬
‫َويُ ِحي ُل بَ ْع ُض ُه ْم َع َل بَ ْع ٍض‪،‬‬ ‫‪kepada persoalan dan‬‬
‫َو َر ُسو ُل اللَّ ِه صلى الله عليه‬ ‫‪permasalahan sebenar‬‬
‫وسلم َسا ِج ٌد لاَ يَ ْرفَ ُع َرأْ َس ُه‪،‬‬
‫َحتَّى َجا َءتْ ُه فَا ِط َم ُة‪ ،‬فَطَ َر َح ْت‬
‫َع ْن ظَ ْه ِر ِه‪ ،‬فَ َرفَ َع َرأْ َس ُه ثُ َّم قَا َل‬
‫“ اللَّ ُه َّم َعلَيْ َك ِب ُق َريْ ٍش “‪.‬‬
‫�ثَل َا َث َم َّرا ٍت‪ ،‬فَ َش َّق َعلَ ْي ِه ْم ِإ ْذ‬
‫َد َعا َعلَ ْي ِه ْم ـ قَا َل َوكَانُوا يُ َر ْو َن أَ َّن‬
‫ال َّد ْع َو َة ِف َذلِ َك الْبَلَ ِد ُم ْستَ َجابَ ٌة‬

‫َع ْن أَ ِب ُه َريْ َر َة‪ ،‬قَا َل أُ ِقي َم ِت‬
‫‪ Ciri SE Tinggi:‬ال َّصل َا ُة‪َ ،‬و ُع ِّدلَ ِت ال ُّص ُفو ُف‬
‫ِقيَا ًما‪ ،‬فَ َخ َر َج إِلَيْ َنا َر ُسو ُل اللَّ ِه‬
‫‪ Mengutamakan perkara yang‬صلى الله عليه وسلم فَلَ َّم قَا َم‬
‫‪271‬‬ ‫كتاب الغسل‬ ‫‪ِ lebih utama, mengenepikan‬ف ُم َصلاَّ ُه َذ َك َر أَنَّ ُه ُج ُن ٌب فَ َقا َل‬

‫‪ malu jika malu itu membawa‬لَ َنا ‪َ “ :‬م َكانَ ُك ْم “‪ .‬ثُ َّم َر َج َع‬
‫‪ mudarat yang lebih besar.‬فَا ْغتَ َس َل‪ ،‬ثُ َّم َخ َر َج ِإلَيْ َنا َو َرأْ ُس ُه‬
‫يَ ْقطُ ُر‪ ،‬فَ َك َّ َب فَ َصلَّ ْي َنا َم َع ُه‪.‬‬

‫‪Bab 13 243‬‬

‫َع ْن أَ ِب ُمو َس‪ ،‬قَا َل َجا َء‬
‫َر ُج ٌل ِإ َل ال َّن ِب ِّي صلى الله عليه‬
‫‪ Ciri SE Tinggi:‬وسلم فَ َقا َل ال َّر ُج ُل يُ َقاتِ ُل َح ِم َيّ ًة‬
‫‪7020‬‬ ‫َويُ َقاتِ ُل َش َجا َع ًة َويُ َقاتِ ُل ِريَا ًء‪،‬‬
‫‪7022‬‬ ‫فَأَ ُّى َذلِ َك ِف َس ِبي ِل اللَّ ِه قَا َل “‬ ‫‪Berusaha bersungguh-sungguh‬‬
‫‪954‬‬
‫كتاب التوحيد‬ ‫َم ْن قَاتَ َل لِتَ ُكو َن كَلِ َم ُة اللَّ ِه ِه َي‬ ‫‪untuk menyampaikan ajaran‬‬
‫‪2267‬‬ ‫الْ ُعلْيَا‪ ،‬فَ ْه َو ِف َس ِبي ِل اللَّ ِه “‪.‬‬ ‫‪agama.‬‬

‫‪ Ciri SE Tinggi:‬ل َا يَ َزا ُل ِم ْن أُ َّم ِتي أُ َّم ٌة قَا ِئَ ٌة ِبأَ ْم ِر‬
‫اللَّ ِه‪َ ،‬ما يَ ُ ُّض ُه ْم َم ْن َك َّذبَ ُه ْم‪َ ،‬ولاَ‬
‫َم ْن َخالَ َف ُه ْم‪َ ،‬حتَّى يَأْ ِتَ أَ ْم ُر اللَّ ِه‬ ‫‪Tetap pendirian dalam‬‬
‫‪mempertahankan prinsip dan‬‬
‫َو ُه ْم َع َل َذلِ َك‬ ‫‪disiplin ilmu agama.‬‬

‫‪Ciri SE Tinggi: Ittiba’ sunnah‬‬

‫‪َ Nabi Muhammad (SAW).‬ع ْن َس ِعي ِد بْ ِن يَ َسا ٍر‪ ،‬أَنَّ ُه قَا َل‬
‫ُك ْن ُت أَ ِسي ُر َم َع َعبْ ِد اللَّ ِه بْ ِن‬
‫ُع َم َر ِبطَ ِري ِق َم َّك َة فَ َقا َل َس ِعي ٌد‬ ‫‪Ciri self esteem tinggi yang ada‬‬
‫فَلَ َّم َخ ِشي ُت ال ُّص ْب َح نَ َزلْ ُت‬ ‫‪pada sahabat nabi ra ialah pada‬‬
‫فَأَ ْوتَ ْر ُت‪ ،‬ثُ َّم لَ ِح ْقتُ ُه فَ َقا َل َعبْ ُد‬ ‫‪mengikut tunjuk ajar Nabi‬‬
‫اللَّ ِه بْ ُن ُع َم َر أَيْ َن ُك ْن َت فَ ُقلْ ُت‬ ‫‪Muhammad (SAW).‬‬

‫كتاب الوتر‬ ‫َخ ِشي ُت ال ُّص ْب َح‪ ،‬فَ َن َزلْ ُت‬ ‫‪Semakin tinggi‬‬
‫فَأَ ْوتَ ْر ُت‪ .‬فَ َقا َل َع ْب ُد اللَّ ِه أَلَيْ َس‬ ‫‪kebarangkalian sesuatu amalan‬‬
‫كتاب‬ ‫لَ َك ِف َر ُسو ِل اللَّ ِه صلى الله‬
‫الإستقراض‬ ‫عليه وسلم أُ ْس َو ٌة َح َس َن ٌة فَ ُقلْ ُت‬ ‫‪bertepatan dengan amalan‬‬
‫‪Nabi Muhammad (SAW) ,‬‬
‫‪ semakin tinggi self esteem‬بَ َل َواللَّ ِه‪ .‬قَا َل فَ ِإ َّن َر ُسو َل اللَّ ِه‬
‫‪ mereka,‬صلى الله عليه وسلم كَا َن يُوتِ ُر‬
‫َع َل الْبَ ِعيرِ‪.‬‬ ‫‪meskipun‬‬

‫‪amalan itu lebih ringan dan‬‬

‫‪mudah.‬‬

‫َع ْن ُع ْر َو َة‪ ،‬أَ َّن َعائِ َش َة ـ رضى‬
‫‪ Ciri SE Tinggi:‬الله عنها ـ أَ ْخ َ َبتْ ُه أَ َّن َر ُسو َل‬
‫‪ Memelihara hubungan baik‬اللَّ ِه صلى الله عليه وسلم كَا َن‬
‫‪ sesama insan.‬يَ ْد ُعو ِف ال َّصل َا ِة َويَ ُقو ُل “‬
‫اللَّ ُه َّم ِإ ِّن أَ ُعو ُذ ِب َك ِم َن الْ َمْثَ ِم‬
‫‪َ Orang yang terpelihara‬والْ َم ْغ َر ِم “‪ .‬فَ َقا َل لَ ُه قَائِ ٌل َما‬
‫‪ daripada belitan hutang‬أَ ْك َ َث َما تَ ْستَ ِعي ُذ يَا َر ُسو َل اللَّ ِه‬
‫‪ِ memiliki self esteem yang‬م َن الْ َم ْغ َر ِم قَا َل “ ِإ َّن ال َّر ُج َل‬
‫‪ lebih tinggi.‬إِ َذا َغ ِر َم َح َّد َث فَ َك َذ َب َو َو َع َد‬

‫فَأَ ْخلَ َف “‪.‬‬

244 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Seseorang pendakwah memiliki self esteem tinggi apabila dia
menghampiri self’ ideal menurut al-Qurān  dan al-Sunnah.
Seseorang individu memiliki self esteem rendah apabila wujud
jurang yang besar di antara realiti selfnya dengan self yang ideal
menurut al-Qurān dan al-Sunnah. Berdasarkan ciri-ciri spesifik,
didapati bahawa ciri makro self esteem tinggi dalam konsep
SESH terbahagi kepada lima iaitu iman yang sahih kepada Allah
(SWT), ilmu agama yang sahih, ittiba’ dalam amalan ibadah,
memelihara hubungan baik sesama insan dan memelihara jatidiri
serta penampilan diri.

Penutup

Analisis hadith-hadith tematik menunjukkan terdapat
hubungan timbal balik di antara sumber self esteem dengan
unsur yang meningkatkan self esteem serta ciri self esteem
tinggi. Sebagai contoh, hadith pertama dalam Ṣahih al-Bukhāri
menunjukkan bahawa keikhlasan kepada Allah (SWT) dalam
melakukan sesuatu menjadi sumber self esteem kepada seorang
muslim. Manakala hadith ke-71 menunjukkan bahawa tafaqquh fi
al-din juga menjadi punca self esteem. Seseorang pendakwah akan
menilai dirinya secara positif sekiranya dia ikhlas kepada Allah
dalam berdakwah dan memahami disiplin ilmu agama secara
mendalam, meskipun masyarakat setempat pada satu-satu masa
menanggapinya secara negatif. Apabila pendakwah itu terkesan
dengan reaksi negatif daripada luar, dia boleh memulihkan self
esteem yang terjejas dengan mengingatkan semula dirinya tentang
tujuan dakwah dilakukan, iaitu ikhlas mengajak insan kembali
kepada ajaran sebenar yang diperintahkan Allah (SWT), yang

Bab 13 245

dipandukan melalui sunnah Nabi Muḥammad (SAW). Apabila
self esteem pulih dan ditingkatkan semula, usaha dakwah mampu
diteruskan sehingga satu tahap masyarakat boleh menerima
dengan baik nilai-nilai yang diketengahkan oleh pendakwah
tersebut.



BAHAGIAN IV :
ISLAM & KAJIAN SOSIAL



BAB 14

‘Semua Agama Adalah Benar’ Dalam
Pluralisme Agama : Satu Penilaian

Mohd Nizam Sahad, Azhar Abdul Rahman,
Suhaila Abdullah,Nor Azira Mohd Radzi & Mohd

Farid Mohd Sharif

Pendahuluan

Slogan “Semua Agama Benar” merupakan slogan yang dikaitkan
dengan kelompok yang mendukung idea pluralisme agama. Slogan
yang lahir dari kesimpulan idea dan pemikiran pluralisme agama
ini yang mendapat kritikan dan tentangan hebat dari pelbagai pihak
sehinggakan telah ada fatwa yang mengharamkannya dari diikuti
dan dituruti. Sebagai contoh Majelis Ulama Indonesia (MUI)
pada Julai 2005 menerusi Musyawarah Nasional VII (MUNAS)
telah mengeluarkan fatwa menghukum haram pluralisme,
liberalisme dan sekularisme. Begitu juga di Malaysia, terdapat
beberapa sarjana yang melahirkan kebimbangan berhubung
idea dan gagasan pluralisme agama. Sebagai contoh, menurut
Felo Utama, International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC), Al-Marhum Dr. Muhammad Uthman El-
Muhammad (2010) ketika membentangkan kertas kerjanya dalam
Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap
Masyarakat Islam di Universiti Islam Antarabangsa, menyatakan
bahawa ‘Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak

250 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin
keselamatan dan kebahagiaan, tidak boleh diterima malah ditolak
dalam agama Islam’.

Prof Dato’ Sidek Baba (2010) di dalam bukunya, Dari
Jendela Islam pula ketika membincangkan berkenaan pluralisme
dan cabaran antara tamadun mengatakan bahawa, ‘memadai kita
mengakui bahawa perbezaan tetap ada pada setiap agama dan
sikap berbeza itu harus dipelihara dengan bijaksana dan realiti
masyarakat hari ini tidak harus menjadi alasan menjustifikasikan
bahawa semua agama itu adalah benar’. Dalam hal ini, Prof
Syed Naquib al-Attas berpandangan bahawa kesatuan transenden
agama-agama itu sendiri cukup menyesatkan, kerana sesuatu
istilah itu boleh menjadi suatu motif bagi agenda terselubung.
(Syed Naquib al-Attas, 1995).

Namun demikian, ada juga pihak yang menjadi penyokong
kepada idea kontroversi ini, malah pihak yang mengharamkannya
sebagai mempunyai pengetahuan yang begitu dangkal tentang
agama. Sebagai contoh, KH Husein Muhammad dalam prolog
buku Argumen Pluralisme Agama menempelak puak yang
menentang pluralisme agama, katanya:

Boleh jadi, kerana sesuatu dan lain hal, individu-individu
mahupun kelompok-kelompok yang menolak pluralisme
sudah tidak lagi percaya pada konstitusi, keputusan-
keputusan negara mahu pun organisasi-organisasi besar
Islam tersebut. Boleh jadi mereka hanya percaya pada
hukum Tuhan dan negara khilafah. Kerana, menurut
mereka, hanya Hukum Tuhan atau Syari’at Islamiyyah

Bab 14 251

sajalah yang harus diikuti dan ditaati. Konsekuensi
pandangan ini adalah bahawa hukum Tuhan wajib
ditegakkan. Argumen yang dipergunakan adalah firman
Tuhan yang menyatakan bahawa orang yang tidak
berhukum dengan apa yang diturunkan Allah adalah
orang kafir, zalim, dan fasik ( al-Maidah, 5: 44,45,47 ).
Juga firman Allah : “ Apakah hukum jahiliyyah yang
mereka kehendaki, dan ( hukum ) siapakah yang lebih
baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang
yakin.” ( al-Ma’idah, 5: 50 ). Berdasarkan ayat-ayat Al-
Qurān tersebut, mereka meyakini bahawa tidak boleh
menerima keyakinan dan fikiran lain kecuali keyakinan
dan pemikiran Islam. Dengan begitu, menurut mereka,
pluralisme adalah idea yang terlarang dalam Islam. Para
pengusung dan pendukung idea pluralisme juga harus
dilawan.”

(Abdul Moqsith Ghazali, 2009)

“Membaca argumentasi kelompok anti-pluralisme di
atas, tampak jelas bahawa mereka tidak mempunyai
pengetahuan yang cukup mendalam dan luas untuk
memahami sumber-sumber otoritatif agama ( Islam ),
Al-Qurān dan al-Sunnah. Pembacaan mereka atas teks-
teks keagamaan tampak sangat dangkal, partikulatif,
eklektik, dan harfiah, lalu membuat generalisasi
atasnya. Argumen mereka sangat kering dan konservatif.
Pola pembacaan teks seperti itu, bagaimana pun, telah

252 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

mereduksi Ilmu Tuhan yang Maha Tak Terbatas.
Hujahan kebenaran atas pemahaman literal, tunggal,
dan final sambil menyalahkan pemahaman pihak
lain adalah bentuk kebodohan yang nyata sekaligus
kekeliruan besar terhadap teks-teks suci Islam. Al-
Qurān mengkritik mereka sebagai orang-orang yang
tertutup fikiran dan hatinya. ( QS Muhammad [47] :
24). (Abdul Moqsith Ghazali, 2009)

Dari teks di atas jelas memaparkan segelintir pihak yang
menghukum dan mengkritik pihak yang menentang pluralisme
agama sebagai jahil dan tidak memahami kehendak nas al-Qur’an.

Ideologi Pluralisme Agama

Menurut Bowden (2005), isu pluralisme agama sebagai
sebuah ideologi mula menjadi isu utama dan hangat dibahaskan
pada awal abad ke-21. Menurut Anis Malik Thaha (2005)
pula, istilah pluralisme agama itu sendiri buat pertama kalinya
diperkenalkan pada zaman Pencerahan Eropah abad ke-18M.

Ideologi ini muncul hasil daripada ideologi modernisme,
liberalisme dan sekularisme. Pada hakikatnya, liberalisme
adalah produk modenisme (Ahmad Zaki Ibrahim, 2009) dan dari
liberalisme. Lahirnya sekularisme yang akhirnya mencetuskan
idea pluralisme agama (Anis Malik Thaha, 2005, Bowden, 2005).

Faktor kemunculan ideologi ini adalah kerana munculnya
tradisi yang mengutamakan pemikiran logik (Anis Malik Thaha,
2005 dan Bowden, 2005). Bagi pendokong aliran ini, semua hal

Bab 14 253

memiliki penjelasan empirikal (Anis Malik Thaha, 2005), tidak
hanya dalam ilmu sains tetapi juga dalam sejarah dan budaya
termasuklah dalam hal agama. Kemunculan ilmu Sains Tabie
Moden begitu ketara dan telah menjadi autonomi, manakala
kawalan agama terhadap manusia menjadi semakin pudar.
(Bowden, 2005).

Alasan di sebalik autonomi logik dan kekuatan bukti nyata
adalah kerana agama (Kristian) pada zaman Pencerahan Eropah
dipandang rendah dan dianggap sebagai sekatan sehingga tidak
lagi berlakunya perkembangan teori-teori saintifik dan kemajuan
dalam fikiran. Perkara yang telah dijumpai saintis bertentangan
pula dengan konsep-konsep yang diperkenalkan oleh Kristian
(Anis Malik Thaha, 2005).

Namun demikian, John Hick (2006) tidak menyetujui
pluralisme agama sebagai produk liberalisme Barat pasca-
Pencerahan. Katanya:

“Dakwaan bahawa Pluralisme Agama muncul ketika
zaman Pencerahan Eropah adalah salah, memandangkan
idea asas pluralis beberapa kurun mendahului
Pencerahan Eropah, yang berlaku pada kurun ke-18.
Ia difikirkan oleh pemikir-pemikir seperti Rumi dan
Ibn ‘Arabi pada kurun ke-13, dan Kabir, Nanak, dan
ramai lagi pemikir pada kurun ke-15 India. Malah
ia terkandung dalam perisytiharan maharaja Asoka
yang Buddha pada kurun ke-2 Sebelum Masehi.
Jangankan hendak dikata ia berasal dari Barat moden,
hakikatnya Barat moden baru sekarang cuba mengikuti

254 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

jejak Timur purba ! Bahkan di dalam Kristian sendiri
terdapat ekspresi pluralisme keagamaan lama sebelum
Pencerahan. Nicholas of Cusa pada kurun ke-15 menulis
bahawa “hanya ada satu agama dalam kepelbagaian
ritual” (De Pace Fidei, 6). Bererti, adalah satu kesalahan,
lahir dari kejahilan, untuk mengatakan yang pluralisme
keagamaan adalah ciptaan Barat yang moden”

Dari sudut perkembangan pemikiran ideologi, pluralisme
agama adalah ideologi yang masih diperdebatkan (Legenhausen,
2005 dan Anis Malik Thaha, 2005). Anis Malik Thaha (2005)
menegaskan bahawa walaupun pluralisme agama pertama
kalinya diperkenalkan oleh Barat, apa yang boleh dipersoalkan
ialah tidak ramai sarjana bersepakat tentang apa sebenarnya inti
pati ideologi pluralisme agama. Dalam hal ini, Anis Malik Thaha
(2005) berpendapat bahawa pluralisme agama masih merupakan
ideologi yang diperdebatkan dan membawa kekaburan dan
ketidakpastian.

Legenhausen (2005) pula berpendapat bahawa beberapa
penulis menggunakan istilah pluralisme agama untuk merujuk
kepada pandangan teologis yang membolehkan keselamatan bagi
para penganut agama yang berbeza dan mengakui keabsahan idea
kepelbagaian agama yang benar belaka untuk beroleh keselamatan.
Menurut beliau lagi, ada penulis lain yang menggunakan istilah
pluralisme agama dalam konteks politik bagi satu pandangan
yang menganjurkan penerimaan dan penghormatan terhadap para
pengikut agama yang berbeza-beza.

Perbahasan Legenhausen (2005) tentang definisi pluralisme
agama lebih bersifat abstrak. Beliau lebih gemar memberi definisi

Bab 14 255

pluralisme agama dengan menyatakan bahawa pluralisme agama
adalah doktrin di mana sifat yang menguntungkan dianggap
terbentuk daripada kepelbagaian agama. Legenhausen (2005)
berpandangan bahawa salah satu cara untuk mengelakkan
kekurangan pluralisme adalah mendakwa bahawa sungguhpun
setiap agama mempunyai beberapa status positif khusus, status-
status tersebut adalah tidak sama.

Namun demikian, pembela pada zaman moden ini serta
penentang pluralisme agama tidak menganggap perkara tersebut
sebagai pluralisme. Mereka mendefinisikan pluralisme dari segi
penekanan terhadap kesetaraan status. Definisi seumpamanya
terdapat dalam definisi pluralisme agama yang ditakrifkan oleh
Peter Byrne (1995). Byrne (1995) mendefinisikan pluralisme
agama dalam tiga keadaan kesetaraan:

1. Semua tradisi agama khusus adalah setara dari segi
kelaziman membuat rujukan tentang suatu perkara yang
melampaui batas akal manusia, realiti kudus;

2. Semua tradisi agama khusus adalah setara dalam
menyediakan sesuatu pengertian untuk menyelamatkan manusia
daripada balasan dosa;

3. Semua tradisi agama khusus adalah setara dalam
ketidakmampuan menyediakan norma yang boleh menafsirkan
yang lain dan memberikan penanggapan terhad tentang sifat-sifat
kudus.

Sudut pandangan Byrne (1995) boleh digambarkan
sebagai kesetaraan pluralisme yang berbeza daripada konsep
pluralism agama. Dalam hal ini, Byrne (1995) tidak menyebut

256 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

tentang kesetaraan agama, tetapi tentang tradisi keagamaan
(Legenhausen, 2005).

Legenhausen (2005) juga turut menekankan tentang
kesetaraan pluralisme dengan mengambil versi definisi yang
mendefinisikan pluralisme keagamaan dengan mengaitkan ciri-
ciri lain. Antara mereka yang mendefinisikannya berhubung
dengan ciri-ciri lain ialah John Hick (2006) dan Frithjof Schuon
(1953). John Hick (2006) lebih menekankan kepada fungsi moral
sesuatu agama sementara Frithjof Schuon (1953) menegaskan
bahawa kesatuan tentang perkara yang melampaui batas akal
manusia dalam sesuatu agama boleh didapati dalam dimensi khas
yang melibatkan kumpulan tertentu dalam sesuatu agama itu.

Dalam hal yang sama, Wan Mohd Noor Salim (2009) turut
menyokong pandangan bahawa pluralisme agama ini merupakan
ideologi yang masih samar dan pendukungnya mempunyai
definisi yang berbeza untuk apa yang dikatakan sebagai pluralisme
agama. Secara umum, gagasan utama pluralisme agama dari
sudut pandang penyokongnya adalah untuk menyokong idea-idea
kesatuan transenden agama (Wan Mohd Noor Salim, 2009; lihat
juga Anis Malik Thaha, 2005).

Menurut Abd Moqsith Ghazali (2009) pula, pluralisme
agama tidak hendak menyatakan bahawa semua agama adalah
sama. Perbezaan syariat menunjukkan bahawa agama tidaklah
sama. Setiap agama mempunyai konteks perinciannya yang
tersendiri dan tidak mungkin semua agama menjadi setara dan
sama. Apa yang dikehendaki dari gagasan pluralisme agama
adalah adanya pengakuan secara aktif terhadap agama lain.
Agama lain ada sebagaimana keberadaan agama yang dipeluk

Bab 14 257

oleh diri yang bersangkutan. Setiap agama punya hak hidup.

Begitu juga pandangan yang diutarakan oleh Nurcholish
Madjid (2000) yang menyatakan bahawa pluralisme agama itu
adalah suatu sistem nilai yang memandang keberagaman atau
kemajmukan agama secara positif dengan menerimanya sebagai
kenyataan atau sunnatullah dan berupaya agar berbuat sebaik
mungkin berdasarkan kenyataan itu. Apa yang ditegaskan oleh
Abd Moqsith Ghazali (2009) dan Nurcholish Madjid (2000)
pada hakikatnya merupakan sifat dan sikap terhadap agama yang
bertolak ansur terhadap agama lain. Dalam hal ini, ia merupakan
aspek religious plurality yang diterima dalam Islam dan
bukannya pluralisme agama yang tegak atas satu bentuk ideologi
yang melihat agama semua benar dalam bentuk menuju ke arah
keselamatan dan kebenaran.

Daripada perbincangan di atas, dapat dilihat dengan jelas
bahawa para sarjana dan intelektual sendiri tidak dapat mencapai
kemuafakatan dan persetujuan tentang apakah konotasi yang
konkrit dalam ideologi pluralisme agama. Masih ada yang keliru
antara istilah religious pluralism dengan religious plurality.
Namun demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa ideologi
pluralisme agama memberi konotasi kesatuan tentang perkara
yang melampaui batas akal manusia dalam sesuatu agama yang
bermaksud bahawa semua agama adalah setara dan benar belaka
dalam beroleh keselamatan dan kejayaan dari Tuhan.

Slogan Semua Agama Benar

Slogan ‘Semua Agama Benar” merupakan slogan yang
boleh dikaitkan dengan golongan yang mendukung aliran

258 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

pluralisme agama. John Hick (2006) sebagai contoh amat
mendukung pemikiran semua agama benar dan berhipotesis
bahawa agama-agama dunia orientasinya ke arah Wujud Mutlak
yang sama. Bagi John Hick (2006) pluralisme agama percaya
bahawa tidak ada satu agama memonopoli kebenaran atau jalan
kehidupan yang membawa kepada keselamatan. Baginya lagi,
tidak akan ada keamanan sebenar dalam kalangan agama-agama
dunia selagi masing-masing merasakan diri lebih istimewa
berbanding yang lain. (Al-Mustaqeem Mahmod Radhi & Khairul
Anam Che Mentri, 2006) Pandangan dan idea John Hick (2006)
ini dilihat cuba untuk menjustifikasikan akan wajarnya gagasan
pemikiran pluralisme agama dan menolak sikap buruk sesetengah
pihak yang terlalu eksklusif terhadap agama masing-masing.

Begitu juga sesetengah pandangan yang sarjana lain
seperti KH Husein Muhammad (2009) yang sanggup mentafsirkan
tidak beragama itu sebagai satu pilihan yang bebas dibuat hanya
berdasarkan firman Allah yang bermaksud “tidak ada paksaan
dalam beragama.” Beliau memahami konteks ayat ini bahawa
di samping tidak boleh ada paksaan bagi seseorang untuk
memeluk suatu agama atau bertukar agama, manusia juga
dibebaskan apabila memilih tidak beragama. Hal ini bertitik
tolak dari hakikat bahawa jalan yang benar dan jalan yang
salah sudah dibentangkan secara jelas oleh Allah SWT. Terserah
kepada setiap orang untuk memilih antara dua jalan tersebut,
tentu dengan segala akibatnya.

Begitu juga pemikiran mengenai “kebebasan” yang
diketengahkan oleh Komaruddin Hidayat (2011) yang agak
kontroversi dan mendampakkan kesan ruang beragama yang
terlalu bebas dan menyokong pihak yang tidak beragama. Beliau

Bab 14 259

berpandangan bahawa:

“ ruang kebebasan untuk tidak beragama secara moral
sesungguhnya sangat masuk akal. Sebab, sebuah tindakan
dan pilihan akan memiliki nilai moral hanya jika dilakukan
atas dasar pilihan bebas. Tindakan apa pun yang dilakukan
atas dasar paksaan dan semata-mata berdasarkan insting
tidak memiliki akibat moral. Makanya, orang yang berbuat
kerana dipaksa atau tanpa pertimbangan akal sihat seperti
orang sakit jiwa ataupun anak kecil yang tidak boleh
dijatuhi hukuman.”

Pemikiran yang diketengahkan oleh dua sarjana di atas
jelas, menidakkan kebenaran agama Islam dan menganjurkan
faham bebas beragama secara melampau dan secara tidak
langsung juga mendukung pemikiran pluralisme agama. al
ini secara tidak langsung menafikan hakikat bahawa Islam
merupakan agama benar dan terakhir dalam sejarah keagamaan
manusia yang wajib diikuti dan dipercayai. Dalam hal ini, pada
hakikatnya telah ada hujah dan dalil yang dibawa oleh sarjana
bagi membuktikan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang
benar dan diredhai Tuhan. Wan Salim Mohd Noor (2009) telah
menyusun empat dalil bagi membuktikan bahawa agama Islam
adalah satu-satunya agama yang benar. Dalil tersebut ialah dalil
tekstual, rasional, historikal dan saintifik. (2009: 64-67) Dalam
kategori dalil tekstual, beliau membawa beberapa ayat al-Qur’an

260 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

seperti berikut (yang bermaksud):

“Dia (Allah) yang mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad)
dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk
dizahirkan di atas semua agama (yang lain) sekalipun
orang-orang musyrik membencinya.”

(Surah al-Taubah, 9 : 33)

Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kebesaran/
kekuasaan) Allah yang Kami bacakan kepadamu dengan
kebenaran dan sesungguhnya engkau (Muhammad)
adalah salah seorang daripada para Rasul.

(Surah al-Baqarah, 2: 252)

Allah tiada Tuhan melainkan Dia; Tuhan yang hidup lagi
berdiri sendiri. Dia telah menurunkan al-Kitab (al-Qur’an)
ke atasmu (Muhammad) dengan sebenarnya

.(Surah Ali ‘Imran, 3; 26)

Katakanlah (Muhammad), hai manusia! Sesungguhnya
telah datang kepada kamu kebenaran (al-Qur’an) dari
Tuhan kamu.

(Surah Yunus, 10: 108)

Sementara itu bagi dalil rasional pula, Wan Salim Mohd
Noor (2009) menghujahkan bahawa hakikat tiada lagi nabi baru

Bab 14 261

yang datang selepas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penamat
rangkaian para nabi dan rasul. Setiap orang yang mendakwa
dirinya sebagai nabi selepas baginda telah gagal mempertahankan
kebenaran dakwaan masing-masing. Begitu juga dengan al-
Qur’an sebagai kitab suci agama Islam, tiada lagi wahyu Allah
yang baru selepas penurunannya dan setiap kitab yang didakwa
diwahyukan Tuhan telah terbukti kepalsuannya. Kebenaran Nabi
Muhammad dan kitab yang dibawanya (al-Qur’an) menunjukkan
bahawa agama Islam adalah agama yang dikehendaki Allah
sebagai agama atau versi agama-Nya yang muktamad, kekal dan
sejagat.

Berdasarkan dalil sejarah pula, terbukti bahawa akidah
Tauhid adalah teras dan inti agama Allah SWT yang sebenarnya,
sementara syirik bukan agama Allah yang asli atau tulen. Justeru
itu, agama yang menyeru kepada kepercayaan Tauhid inilah yang
diseru oleh sekalian rasul dari sisiAllah SWT.Agama-agama syirik
sama ada direka cipta oleh manusia sejak awal lagi ataupun telah
menyimpang daripada landasan Tauhid di dalam perkembangan
sejarahnya seperti agama Yahudi dan Kristian. Misalnya Nabi
Ibrahim ‘a.s. adalah salah seorang rasul dan nabi Allah yang
membawa akidah Tauhid (Islam) sepertimana yang ditegaskan
di beberapa tempat di dalam al-Qur’an; salah satunya ialah
firman Allah SWT (bermaksud):“Tiadalah Ibrahim itu seorang
Yahudi atau Nasrani, tetapi dia adalah seorang hanif/primordial
lagi Muslim.”(Surah Ali ‘Imran, 3: 67). Namun, perkembangan
sejarah kemudiannya telah menukar agama Tauhid atau Islam
yang diseru Nabi Ibrahim itu menjadi agama syirik; hinggakan
Ka’bah yang didirikan baginda bersama puteranya Nabi Ismail
‘a.s. untuk menyembah Allah yang Maha Esa itu telah dipenuhi
sekelilingnya oleh 360 buah berhala yang disembah oleh orang
Arab pada zaman Jahiliyah. Satu lagi contoh ialah agama Tauhid

262 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

(Islam) yang dibawa oleh Nabi ‘Isa ‘a.s. Firman Allah SWT
(bermaksud):

“Dan sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan
kamu, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.”

(Surah Maryam, 19: 36)

Selain daripada itu, kebenaran agama Islam juga terbukti
dari sudut kesahihan kitab sucinya (al-Qur’an) yang terus
terpelihara sejak mula ia diturunkan sehingga ke hari ini. Sejarah
Islam menceritakan bagaimana ayat-ayat al-Qur’an ditulis
sepenuhnya sebaik saja Rasulullah s.a.w. menerimanya daripada
Jibril ‘a.s. Di samping itu, terdapatnya ratusan ribu umat Islam
yang menghafaz Kitab Allah ini sejak zaman Nabi s.a.w. hingga
kini.

Manakala bagi dalil saintifik pula, Wan Salim Mohd Nor
membawa contoh diskusi seorang pengkaji Barat (Perancis)
iaitu Dr. Maurice Bucaille di dalam The Bible, the Qur’an and
Science. Antara lain katanya: “The Qur’an does not contain a
single statement that is assailable from a modern scientific point
of view.”

Berdasarkan empat hujahan di atas, beliau membuat
kesimpulan bahawa hanya Islam sahaja agama Allah yang
sebenarnya, sedangkan agama-agama lain yang ada di dunia
pada masa kini bukan agama Allah yang sebenarnya; sama
ada direka cipta oleh manusia sejak awalnya lagi ataupun telah
menyeleweng daripada agama Allah yang asal. Maka nyatalah
bahawa jalan keselamatan di akhirat kelak hanyalah satu sahaja
iaitu Islam yang dibawa dan diseru oleh sekalian rasul yang telah
diutus Allah kepada manusia sejak Nabi Adam ‘a.s. sehinggalah

Bab 14 263

berakhir dengan Risalah Khatimah/the Final Divine Mission yang
diwahyukan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Apa yang diketengahkan sebagai hujah oleh beliau selari
dengan pandangan seorang sarjana yang lain itu Seyyed Hossein
Nasr (1994) yang menyatakan Islam datang dengan tujuan
membenarkan ajaran tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul
terkemudian. Islam adalah agama sejagat dan merupakan agama
besar terakhir diturunkan. Islam juga ialah agama yang sempurna
dari segenap segi sehingga ayat terakhir diturunkan menekankan
perihal yang sedemikian.

Perbincangan

Dalam menyelesaikan permasalahan kajian berhubung
pemikiran pluralism agama, beberapa persoalan kajian akan
dirungkaikan terlebih dahulu. Antaranya, Siapakah penentu
sesuatu kebenaran? Sumber manakah yang hendak digunakan
untuk menyatakan kebenaran? Jika persoalan ini mampu dijawab
dan diterima sebagai asas perbincangan dalam konteks dialog
antara agama, maka ia sesuatu yang mampu memecahkan
kontroversi persoalan “semua agama adalah benar”? Dari sudut
akidah Islam, apabila berbicara soal epistemologi tidak dapat tidak
Islam meletakkan sumber ajarannya kepada dua sumber wahyu
yang utama iaitu al-Qur’an dan Sunah yang sahih. Sementara
akal, pancaindera dan sebagainya wajib menepati kebenaran
wahyu al-Qur’an dan al-Sunah.

Hujahan aliran Pluralisme Agama bahawa semua agama
benar jika diamati secara mudah memanglah dapat diterima akal.
Namun, implikasinya kepada akidah Islam dan syariatnya amat
besar. Pemikiran ini jika dibiarkan berleluasa dalam masyarakat
akan meningkat gejala murtad, sikap acuh tidah acuh terhadap

264 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

ajaran agama dan terselewengnya akidah Islam dari landasan
kebenaran. Ia akan menjadi ancaman besar kepada kesucian
akidah Islam yang dipertahankan sekian lama. Ia akan menjadi
slogan yang bertentangan dengan hakikat firman Allah SWT yang
menjelaskan bahawa agama yang benar dan diterima di sisi-Nya
hanyalah Islam. Agama Islam sahaja yang diredhai-Nya sebagai
anutan agama umat manusia di muka bumi ini. Firman Allah
SWT:

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi
Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah
tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka.
dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya.

(Ali Imran, 3: 19)

Oleh yang demikian, dimanakah mahu diletakkan firman
Allah yang jelas hanya memperakui agama yang diterima di sisi-
Nya hanyalah agama Islam jika idea dan slogan pluralisme agama
ini diterima? Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat di atas jelas
menyatakan bahawa hanya agama Islam sahaja yang diterima di
sisi-Nya, manakala agama lain tidak diterima oleh Allah. Agama
Islam juga merupakan agama yang diikuti oleh semua rasul yang
diutuskannya sehingga rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. (Ibn Kathir, 1998M/1419H: 694)

Bab 14 265

Sebenarnya, golongan Islam Liberal yang mengusung
idea pluralisme agama ini cuba menegakkan fahaman kebebasan
beragama menurut acuan dan gaya Barat yang akhirnya
memungkinkan seseorang muslim menjadi non-muslim. Bagi
mereka tidak salah berpegang juga kepada ajaran dan akidah
agama lain kerana semua agama adalah sama dan benar dan
menyeru ke arah kebenaran. Golongan ini mentafsirkan al-Qur’an
dan Sunnah menurut hukum akal bagi menyesuaikannya dengan
pandangan mereka. Mereka menolak pandangan ulama muktabar
dan kesepakatan ulama (ijma’) dalam banyak hal seperti dalam
hal poligami, kewajipan menutup aurat, keperluan bersamaan
agama dalam pernikahan dan sebagainya.

Kesimpulan

Fahaman Pluralisme Agama akan terus diperdebatkan
lantaran asas epistemologi dalam membicarakannya berbeza
antara pihak yang menyokong dan menentangnya. Pihak yang
membenarkannya wajib berpijak pada saranan akidah Islam
yang meletakkan al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai penyelesaian
masalah. Di samping itu juga, penafsiran terhadap ayat al-Qur’an
wajib menuruti kaedah yang muktabar dan bersandarkan kepada
tafsiran ulama tafsir yang dipegang oleh majoriti. Akal yang sihat
harus menuruti kehendak nas dan tidak harus mendahului nas dan
juga tidak harus memilih dan menafsirkan ayat sekadar mahu
penyokong pandangan akal. Islam secara jelas tidak menolak
konsep fitrah kepelbagaian agama dan bangsa, tidak menolok
konsep toleransi dalam beragama tetapi Islam juga datang dengan
membawa hujah yang jelas bahawa hanya sanya agama Islam
sahaja yang benar dan diterima di sisi Allah sebagaimana dalil
yang dikemukakan dalam perbicaraan terdahulu.

BAB 15

Impak Perlaksanaan Service-Learning Di
Universiti Awam Malaysia

Najah Nadiah Amran, Zainab Ismail, Maznah
Ibrahim, Suria Baba, Maharam Mamat, Hamdi

Ishak & Norain Azlan

Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia sedang melalui proses transformasi yang
terancang dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi) atau PPPM (PT) menggariskan peranan universiti dalam
mempersiapkan belia Malaysia menerusi sistem pendidikan
tinggi dan Institusi Pengajian Tinggi yang ditransformasi bagi
menghadapi cabaran masa depan yang sentiasa berubah. Satu
daripada sepuluh lonjakan dalam mencapai hasrat dan aspirasi
sistem dan pelan pembangunan pendidikan tinggi ini adalah
keberhasilan graduan yang holistik, keusahawanan dan seimbang.
Antara Inisiatif utama dalam menghasilkan graduan holistik
ialah menambah baik pengalaman pembelajaran pelajar dengan
memperluas kolaborasi industri dan komuniti dalam merangka
kurikulum dan melaksanakan program akademik, meningkatkan
pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning)
dan mengetengahkan pembelajaran berasaskan perkhidmatan

Bab 15 267

(service-learning) bagi membangunkan kemahiran yang sesuai
untuk abad ke-21 (Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 – Pendidikan Tinggi 2015).

Menurut Schwartzman (1999), pengalaman berinteraksi
dengan kepelbagaian masyarakat dan menyelesaikan masalah lebih
berharga berbanding kemahiran mengendalikan alat teknologi.
Najah Nadiah dan Hamdi (2017) juga berpendapat bahawa
pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning)
adalah pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berkesan
kerana ia membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan
teori (kognitif) yang diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada
aplikasi ilmu atau penyelesaian masalah dalam situasi dunia
yang sebenar. Service-learning juga kaedah pembelajaran yang
berasaskan pengalaman kerana ia menyediakan peluang dan
ruang kepada pelajar untuk menggunakan pengalaman memberi
khidmat kepada komuniti bagi mengukuhkan lagi kefahaman
mereka terhadap kandungan kursus atau teori pembelajaran. PdP
ini merupakan satu keseimbangan di antara tugasan di dalam bilik
kuliah dengan aktiviti khidmat kepada masyarakat. Kebaikannya
tidak hanya di sisi pelajar, tetapi turut dialami dan diperoleh oleh
masyarakat (Kerins, 2010).

Persoalannya ialah bagaimanakah Service-learning
di universiti awam Malaysia dapat membantu pelajar untuk
menggunakan teori (kognitif) dalam kehidupan mereka, komuniti
dan negara? Apakah wajar universiti awam Malaysia memberi
tumpuan untuk menghasilkan insan robotik berteknologi tinggi
(high tech) sahaja, atau harus diseimbangkan dengan sentuhan
atau aspek keinsanan (high-touch). Keseimbangan antara aspek
fizikal dan keinsanan dalam Service-learning akan menjadikan

268 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

seseorang itu insan yang terbaik seperti firman Allah (SWT)
dalam al-Qurān “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)
dan kamu pula beriman kepada Allah (SWT) (dengan sebenar-
benar iman)…” (Ali Imran 3:110). Aspek keinsanan dalam sistem
pendidikan yang dimaksudkan ini adalah aspek keinsanan yang
dapat membina kemajuan dan pembangunan negara berasaskan
nilai dan etika yang tinggi (Sidek Baba, 2010). Oleh itu, artikel
ini bertujuan untuk membincangkan impak perlaksanaan Service-
learning di universiti awam Malaysia.

Konsep dan Aktiviti Service-Learning

Service-learning adalah kaedah pembelajaran yang melibatkan
usaha memberikan khidmat kepada masyarakat dan refleksi
tentang apakah yang telah dipelajari melalui sumbangan
tersebut. Ia merupakan manifestasi falsafah pendidikan
berasaskan pengalaman. Kaedah ini mengintegrasikan khidmat
komuniti melalui sebuah proses memberi arahan dan refleksi
untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran, dan
menanamkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat melalui
aktiviti komuniti (Kamisah Osman, 2011). Penekanan diberikan
terhadap pengalaman dan penglibatan sebenar di lapangan bagi
memenuhi kehendak komuniti dan pada masa yang sama pelajar
mengaplikasikan teori ilmu yang telah diperoleh dalam kuliah
mereka (Aliyu et al., 2015).

Service-learning tidak sama dengan konsep aktiviti

Bab 15 269

sukarelawan. Namun ada yang menganggap ia sama (Greenwood,
2015). Perbezaan yang paling jelas pada objektif dan perlaksanaan
Service-learning yang berkait rapat dengan kursus ataupun subjek
yang diambil oleh pelajar. Sebaliknya, aktiviti kesukarelawanan
mempunyai objektif program yang umum dan tidak berkait dengan
kursus-kursus tertentu (melainkan kursus kesukarelawanan).
Kaedah atau aktiviti Service-learning perlu dijelaskan dengan
terang bahawa ia termasuk dalam tugasan atau aktiviti kursus
yang akan dinilai. Ini bermaksud pelajar mengetahui dengan
jelas bahawa memberikan khidmat komuniti adalah sebahagian
daripada tugasan dan penilaian kursus yang perlu diselesaikan
(Greenwood, 2015; Najah Nadiah Amran et al., 2016).

Pengetahuan yang jelas dan menyeluruh berkaitan
tujuan dan perlaksanaan Service-learning berbanding khidmat
komuniti secara kesukarelawanan akan menghasilkan aktiviti
pembelajaran yang berkualiti dan ia lebih bermanfaat untuk
pelajar, universiti dan juga komuniti (Billig, 2000). Kajian
lepas menunjukkan terdapat perubahan positif yang dialami
oleh pelajar apabila mereka melaksanakan Service-learning
iaitu: Pertama, berlaku perubahan sikap diri sendiri (a) semasa
menjalankan aktiviti komuniti; (b) perubahan terhadap sikap
semasa di universiti; dan (c) sikap mereka terhadap pembelajaran
mereka. Pelajar memperoleh pandangan baharu dalam dimensi
kognitif, emosi dan sosial (Pribbenow, 2005). Kedua, Service-
learning melorongkan mereka kepada penglibatan dan kesedaran
sivik secara berterusan melalui usaha kerjasama, warganegara
demokrasi dan tanggungjawab moral (Astin et al., 2000; Hébert
dan Hauf, 2015; Sanders et al., 2016; Miftachul Huda et al., 2018).
Ketiga, Service-learning dapat meningkatkan kemahiran sosial

270 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

khususnya kemahiran komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian
masalah. Keempat Service-learning membantu pencapaian
akademik (White, 2001; Billig, 2009; Conway et al., 2009).

Service-learning telah disenaraikan sebagai PdP berimpak
tinggi kerana ia telah terbukti meningkatkan pencapaian akademik
pelajar (Markus et al., 1993; Giles & Eyler, 1994; Billig, 2009;
Harwood & Radoff, 2009). Selain itu, pelajar yang terlibat dalam
Service-learning turut menunjukkan peningkatan keyakinan diri,
ada nilai tambah, sikap yang lebih positif terhadap universiti
dan pendidikan, mempunyai minat yang mendalam, memberi
komitmen dan peka terhadap keperluan masyarakat serta yakin
bahawa mereka mampu membuat perubahan dalam persekitaran
hidup mereka (Billig, 2009, Billig et al., 2005).

Service-learning juga menjadi ruang dan peluang bagi
pelajar melihat dengan jelas perkaitan antara teori pengetahuan
yang mereka pelajari dalam kuliah dengan realiti sebenar menerusi
pengalaman khidmat (Seifer & Connors, 2007). Dalam konteks
ini, universiti menjadi jambatan penghubung antara pelajar dengan
masyarakat (Astin et al., 2000). Penglibatan secara kolaboratif
ini menjadi lebih efektif apabila ahli fakulti ataupun akademik
saling terlibat dalam membantu masyarakat dan menyediakan
solusi untuk mereka (Seifer & Connors, 2007). Service-learning
menjadi medan penglibatan dan komitmen pensyarah terhadap
pengajaran mereka secara total. Ia juga mengeratkan hubungan di
antara ahli fakulti dengan segenap lapisan pelajar dan masyarakat.
Dari segi sumbangan sosial, impak Service-learning ini ternyata
menjangkau kepada peningkatan ekonomi, operasi dan sosial
masyarakat (Seifer & Connors, 2007).

Bab 15 271

Metodologi Kajian

Data yang dibincang dalam kertas ini adalah data yang dikumpul
melalui penyelidikan FRGS yang bertajuk Pembinaan Model
Service-Learning Universiti Awam Malaysia. Reka bentuk kajian
ini adalah kajian kualitatif eksploratori. Sampel dalam kajian
ini terdiri daripada pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang
melaksanakan Service-learning dalam kursus mereka. Artikel ini
melaporkan hasil kajian daripada lapan orang pensyarah yang
dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian. Pengumpulan
data dilakukan melalui temu bual berstruktur dalam perbincangan
kumpulan fokus (focus group discussion) dan secara individu.
Data yang dikumpul melalui temu bual, dirakam dan ditranskripsi
untuk proses analisis data. Penganalisisan data dilakukan
menggunakan pendekatan analisis tematik.

Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Service-learning adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan aplikasi teori dalam dunia realiti. Ia bukan
aktiviti kesukarelawan, tetapi ia merupakan refleksi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada penilaian
hasil pembelajaran kursus. Dalam konteks untuk menganalisis
impak perlaksanaan Service-learning di universiti awam
Malaysia, kajian ini menunjukkan terdapat satu isu berkaitan
impak perlaksanaan service-learning dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam perbincangan bersama peserta kajian.

272 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Impak Service-Learning dalam PdP

Impak service-learning dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah penerimaan pelajar,
universiti dan komuniti setelah mengikuti aktiviti service-
learning yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan impak
Service-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya
membawa perubahan kepada pelajar, pensyarah dan universiti.

Impak Perubahan Pelajar

Impak perubahan yang berlaku kepada pelajar yang mengikuti
service-learning ialah (1) impak pemikiran matang tiga dalam
satu; dan (2) impak pembelajaran lebih bermakna.

Impak Pemikiran Matang Tiga dalam Satu

Impak pemikiran matang tiga dalam satu yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah impak dari segi kognitif. Hasil kajian menunjukkan
pelajar yang mengikuti service-learning mempunyai ‘pemikiran
matang tiga dalam satu’. Menurut PK3, “memang betul lah dia
akan apply ilmu daripada kuliah daripada bidang dia, dia apply
pada bidang dan tempat dia dan memang service dan learning tu
memang berlaku serentak”. Malah “peluang tersebut membuka
ruang kepada pelajar untuk menggunakan idea” (PK7). Idea ini
akan muncul apabila perlaksanaan service-learning ini dilakukan
dengan cara “merentas jabatan dan merentas disiplin” (PK7).
Sebagai contoh “Kalau KH, dia datang bawa ideanya, kalau
sukan, student datang bawa idea sukannya, kesihatan, dan TESL,
dia bawa English. Daripada projek ini, kita wujudkan kelab
suka belajar” (PK7). Selain itu, “untuk membantu meningkatkan

Bab 15 273

ekonomi tu, dia boleh gunakan kreativiti dia…dia boleh apply
apa yang dia belajar di dalam kelas” dan “kreativiti mereka
dalam khidmat yang diberikan” (PK3).

Menurut PK1, para pelajarnya membuktikan mereka
berhasil mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kuliah di
lapangan sebenar, “dia ada pengalaman hands on macam mana
nak handle program. Pasal dia rasa selama ni, ohh kita belajar
teori islah tu tokoh, tokoh islah siapa, Sheikh Muhamad Abduh,
Hassan al-Banna. Jadi tokoh tu seolah, tokoh tu sudah tidak ada,
macam mana mereka nak melakukan islah pada peringkat mereka
sendiri. Yang itu yang kita bagi, mereka boleh laksanakan islah
walaupun kecik. Tu effect changes la maknanya…”

Pandangan PK1, PK3 dan PK7 ini adalah relevan dengan
pendapat Susan J. Deeley (2014), Maznah et al. (2015) serta Najah
Nadiah Amran dan Hamdi Ishak (2017) yang menyatakan service-
learning menggabungkan tiga elemen penting sekaligus iaitu
objektif pembelajaran akademik, kemahiran interpersonal dan
khidmat bakti pelajar dalam memberikan sumbangan bermakna
kepada masyarakat. Pengalaman pembelajaran seperti ini telah
memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori
pembelajaran dari dalam kuliah ke aplikasi sebenar di lapangan.
Hasil daripada impak service-learning ke atas kognitif, pelajar
ternyata lebih yakin dan memahami kandungan kursus serta
lebih tersedia mengolah pengetahuan ke dalam realiti kehidupan
(Hebert & Hauf, 2015). Pelajar yang dilahirkan adalah “pelajar
yang realistik, bukan pelajar yang bersifat retorik berbincang
secara teori saja” (PK1).

274 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Impak Pembelajaran Lebih Bermakna

Impak pembelajaran lebih bermakna yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah impak deep learning dari segi pengalaman. Hasil
kajian menunjukkan pelajar yang mengikuti service-learning
mempunyai impak pengalaman pembelajaran lebih bermakna
khususnya dari segi (a) membentuk kemahiran menganalisis dan
menyelesai masalah; (b) membantu ke arah perubahan sikap dan
pembangunan diri; (c) kesedaran yang tinggi terhadap kebudayaan
dan sikap toleransi; (d) kepekaan terhadap isu semasa dalam
masyarakat; dan (f) memperbaiki hubungan komunikasi.

Membentuk Kemahiran Menganalisis dan Menyelesai
Masalah

Kemahiran menganalisis dan menyelesai masalah adalah impak
pertama yang berlaku kepada pelajar yang mengikuti aktiviti
Service-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
PK3, “dia apply ketika dia dah identify apa masalah dia dalam
industri. Contohnya ada dulu isu yang pertanian, ada hama
penyakit ke…kebetulan ada pelajar di sana kumpulan dia …
daripada industri asas tani. Jadi dia cari maklumat… dia belajar
macam mana nak halau hama ni...”. Kemahiran menganalisis
dan menyelesai masalah ini juga boleh dilihat dalam program
pelajar Sarjana. Menurut PK2, “pelajar master yang ana, benda
utama nak tengok penguasaan ilmu, bagaimana mereka nak
menyampaikan ilmu, dan bagaimana mereka nak menyelesaikan
persoalan-persoalan… dari masyarakat, dan bagaimana mereka
berurusan dengan agensi yang terlibat, sesuai dengan kedudukan
pelajar master”.

Bab 15 275

Membantu ke Arah Perubahan Sikap dan Pembangunan
Diri

Perubahan sikap dan pembangunan diri adalah impak kedua yang
berlaku kepada pelajar yang mengikuti aktiviti service-learning
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK1, “yang tulah
yang mereka paling seronok dari segi keyakinan. Maksudnya,
yang mereka ungkapkan, mereka pun tak sangka yang mereka
boleh buat perkara tersebut. Maksudnya, mereka mencabar diri
mereka sendiri”. PK1 juga mendapati para pelajarnya mempunyai
semangat dan motivasi untuk belajar dan membuat pembaikian
dengan lebih positif. Mereka juga terbuka dan memberikan
respon positif terhadap aktiviti yang mereka jalankan. PK1,
“Maknanya dari segi sikap (pelajar) melihat learning tu sesuatu
yang continuous. Bila dia mencabar diri dia, masih banyak lagi
dia boleh belajar. Dia nak expand lagi diri dia. So dia lebih
melihat kepada pembinaan diri, buka pembinaan target nak
lulus exam. Saya nampak pelajar boleh respond melihat dengan
cara yang lebih positif, open, terbuka untuk dia terus baiki diri
dia.”. Satu lagi aspek pembangunan diri pelajar yang dikenalpasti
oleh PK6 yang mendapati pelajar-pelajar beliau lebih berani
untuk menjalankan aktiviti dan merebut peluang. Menurutnya,
mereka “lebih berani untuk berdikari, lebih berani untuk merebut
peluang…”

276 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Kepintaran Kebudayaan dan Sikap Toleransi

Kesedaran yang tinggi terhadap kebudayaan dan sikap toleransi
adalah impak ketiga yang berlaku kepada pelajar yang mengikuti
aktiviti service-learning dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut PK3, “yang boleh masuk dalam SEED ialah dipanggil
cultural diversity salah satu daripada hight impacts educational
practise… kiranya banyak dalam SEED ni ada banyak pendekatan
high impact yang telah tercapai sebenarnya… saya nampak boleh
tambah lagi satu aspek culture diversity”. Manakala PK2 pula
menyatakan “jadi ana nak tengok toleransi dalam kerjasama…,so
ana akan nilai benda-benda…sebenarnya ana nak nilai akhlak
agama”.

Kepekaan Terhadap Isu Masyarakat

Menurut PK1, menjadi hasrat beliau agar pelajarnya mampu
berperanan dalam masyarakat. Oleh itu dalam aktiviti service-
learning kursus beliau salah satu tugasan pelajar adalah
memikirkan dan mengemukakan solusi kepada isu masyarakat.
Menurut beliau, “saya masukkan kesedaran dan juga kebolehan
menangani isu semasa. Maknanya isu semasa tu saya relate kan
dengan masyarakat. Jadi kebolehan itu saya fahamkan bukan
sekadar kebolehan dari segi kognitif mengungkap masalah tetapi
kebolehan untuk menangani tu saya tafsirkan sebagai dia boleh
mendepani, menyelesaikan masalah”.

Memperbaiki Hubungan Komunikasi

Memperbaiki hubungan komunikasi adalah impak kelima yang
berlaku kepada pelajar yang mengikuti aktiviti service-learning
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK2, “ana akan

Bab 15 277

tengok dari tutur kata dia… dia respon dan buat satu tindakan
ni, ana akan tanya pihak penganjur secara personal macam
mana… bagaimana mereka beri kerjasama, bina empati kepada
kawan-kawan yang penat”. Tujuan service-learning ini adalah
untuk “memberi pendedahan sebenar kepada pelajar terhadap
realiti dunia luar” (PK1), “dunia kerjaya” (PK4). Ini bererti “you
make the students understand what is actually life. Itu pentingnya
kita bawa student kita pada masyarakat dan tunjukkan realiti”
(PK1), dan “ini bukan saja pensyarah dapat sebenarnya budak
tu sendiri. Sebab dia belum kerja lagi tapi kita dah expose
dia” (PK4). Kenyataan PK1, PK2 dan PK4 ini menunjukkan
perlaksanaan service-learning memberi impak kepada pelajar
khususnya bagaimana untuk memperbaiki hubungan komunikasi.

Secara keseluruhannya, impak service-learning
pengalaman pembelajaran lebih bermakna berupaya menghasilkan
lima karakter pelajar iaitu (1) pelajar yang mempunyai kemahiran
menganalisis dan menyelesai masalah; (2) membantu ke arah
perubahan sikap dan pembangunan diri; (3) mempunyai kesedaran
yang tinggi terhadap kebudayaan dan sikap toleransi; (4) kepekaan
terhadap isu masyarakat; serta (5) memperbaiki hubungan
komunikasi. Pengalaman pembelajaran lebih bermakna dalam
aktiviti service-learning ini memberi pulangan yang praktikal
kepada pelajar sama ada dari segi pembangunan personal dan
potensi diri atau jaringan sosial (Eyler & Giles, 1999; Steffes,
2004; Bartolome, 2013; Hebert & Hauf, 2015; Najah Nadiah
Amran & Hamdi Ishak, 2017).

278 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Impak Perubahan Pensyarah

Impak perubahan yang berlaku kepada pensyarah yang mengikuti
service-learning ialah (1) impak kepada aplikasi bidang
kepakaran; (2) impak mengalami pengalaman sebenar; serta (3)
impak perkaitan teori dengan realiti.

Impak Kepada Pensyarah Mengaplikasikan Bidang
Kepakaran

Menurut PK6, “kursus (USK4012) ini memberi peluang kepada
saya untuk rasa saya ni dekat dengan bidang saya, sebab
macam saya kongsi mula-mula tadi, masa saya daftar di UMK
ni. UMK tak offer kerja sosial tapi USK 4012 ni dekat dengan,
dekat dengan hati sayalah. Saya boleh katakan macam tu,
dekat dengan diri saya, dekat dengan apa yang saya nak buat.
Jadi samalah USK 4012…dia buatkan saya rasa dekat dengan
bidang saya, membolehkan saya untuk praktis apa yang saya
belajar...saya mampu berkongsi lebih banyak”. Pandangan PK6
ini menunjukkan beliau dapat meneruskan dan mengaplikasikan
bidang kepakaran beliau melalui kursus yang dikendalikan.

Impak Mengalami Pengalaman Sebenar

Mengalami pengalaman sebenar adalah impak kedua yang
berlaku kepada pensyarah yang melaksanakan aktiviti service-
learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK3,
“kepada pensyarah ni dia memang akan memberi pengalaman
kepada kita, mungkin kita sendiri dalam pengajaran kita lebih
banyak di kelas… yang ini ok kita berhubungan dengan real
case..real community.. sifat masyarakat itulah yang kita jumpa..
di kuliah ni kita hanya belajar sekadar teori.. case study.. ini

Bab 15 279

memang real case yang kita jumpa bagaimana kita nak settle…”.
Pandangan PK3 ini menunjukkan pensyarah selaku pengajar
dan pengendali kursus turut menyatakan impak yang diperoleh
melalui service-learning iaitu mendapat pengalaman berhadapan
dengan masyarakat yang terlibat.

Perkaitan Teori dengan Realiti

Perkaitan teori dengan realiti adalah impak kedua yang berlaku
kepada pensyarah yang melaksanakan aktiviti service-learning
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK1, “bila kita
engage dengan masyarakat, kita test, kita punya teori kita.
Kita sendiri test, ini kita anggap cara kita nak islah macam
ni”. Dalam hal ini, PK5 menyatakan “kadang-kadang, kita ni
sebagai individulah, kita banyak limitation. So, bila kita dapat
share, pelajar kita ratusan kan, so kita sendiri memang highly
impacted”, manakala PK6 pula menyatakan “pertama sekali
saya rasa, service-learning ni sangat memberi impak yang positif
pada saya”. Kenyataan PK1, PK5 dan PK6 ini menunjukkan
pengalaman tersebut membuka ruang kepada pensyarah untuk
mengaplikasikan teori pengajaran mereka kepada masyarakat
dan membantu pensyarah untuk menguji teori yang diaplikasikan
melalui refleksi pelajar yang dihasilkan. Kajian lepas telah
mengupas impak service-learning kepada pelajar, ternyata kajian
ini menunjukkan bahawa impak positif tersebut turut diperolehi
oleh pensyarah mereka.

280 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Impak Perubahan Universiti

Impak perubahan yang berlaku kepada universiti yang
melaksanakan service-learning ialah perkongsian pintar expertise
pelbagai bidang.

Impak Perkongsian Pintar Expertise dari Pelbagai Bidang

Perkongsian pintar expertise pelbagai bidang adalah impak
pertama yang berlaku kepada universiti yang melaksanakan aktiviti
service-learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
PK3, “dulu pelajar sahaja…tapi (aktiviti service-learning) yang
kedua kita cuba modify kita ikutkan expert, pakarnya dari mana,
so lecturer dia orang juga. Jadi sekarang ni, kalau dia orang ada
masalah pertanian.. ada hama penyakit.. macam mana? …ada
expert… kita cari expert yang sesuai.. kita ambil dari industri
asas tani… expert ni yang akan beri advice kepada pelajar,
pelajar akan buatkan. Manakala PK7 pula menyatakan bahawa
aktiviti khidmat yang dijalankan “merentas jabatan dan merentas
disiplin”. Selanjutnya, PK8 menyatakan bahawa “kalau (pelajar
kursus) Kemahiran Hidup, dia datang bawak ideanya, kalau
(bidang) Sukan, student datang bawak idea sukannya, begitu juga
student kesihatan. dan TESL, dia bawa English. Daripada projek
tu, kita wujudkan Kelab Suka Belajar…dan kalau pelajar tu Sains
Sukan, maka projek itu berkaitan dgn Sains Sukan dan Kesihatan,
kalau berkaitan dgn Kemahiran Hidup, maka berkaitan dengan
Kemahiran Hidup…”.

Pada asasnya dapat dikatakan service-learning ini adalah
bersifat bekerja dan berkolaborasi. Aktiviti service-learning ini
melibatkan ahli akademik dan pentadbiran universiti serta pelajar
dalam pembelajaran tersebut dalam satu ikatan kerja. Apabila

Bab 15 281

aktiviti dijalankan ia akan melibatkan semua pihak sebagai pelajar
melalui sumbangan mereka terhadap komuniti (Schwartzman,
1999; Maznah et al., 2015). Ringkasnya aktiviti service-learning
ini telah menjadi satu pengalaman pembelajaran di lapangan yang
mampu melibatkan semua pihak dan mewujudkan gabungan
beberapa disiplin ilmu di bawah satu program yang sama.
Gabungan pakar dari pelbagai bidang ini menjadikan setiap
ahlinya memainkan peranan masing-masing mengikut bidang
dan keunikan masing-masing.

Impak Perubahan Kepada Komuniti

Impak perubahan yang berlaku kepada komuniti yang
melaksanakan service-learning ialah (1) hubungan rapat dengan
komuniti dan agensi; (2) meningkatkan ekonomi komuniti; (3)
menanam nilai sepunya; dan (4) penambahbaikian kehidupan
komuniti dan institusi setempat.

Impak Hubungan Rapat dengan Komuniti dan Agensi

Hubungan rapat dengan komuniti adalah impak pertama yang
berlaku kepada komuniti yang melaksanakan aktiviti service-
learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK1,
“kita yang bagi perasmian dengan tempat tu sendiri, kalau tempat
tu ada penyelia, penyelaras, so program perasmian tu ada, jadi
maknanya kita dapat membina hubungan dengan pihak komuniti.
Jadi pensyarah sendiri berjumpa. Lepas tu kita tanya feedback
kepada mereka macam mana gerak kerja, respons pelajar. On
the spot kita boleh dapat”. Manakala PK3 pula menyatakan
“kalau komuniti…dia impak, dia akan membantu membaiki
untuk solve problemlah sedikit walaupun bukan besar, kalau
komuniti nak besarkan produk dia atau industri, mungkin selama

282 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

ni dia tak nampak tapi at least kita bagi maklumat caranya”.
PK6 pula menjelaskan pelajar-pelajar beliau mendapat peluang
untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan komuniti dan agensi-
agensi yang membantu masyarakat. Menurutnya, “boleh kita kata
dipertemukan dengan sumber-sumber yang boleh membantu dia
kan, kalau macam program SEED tu. Memang, memang pelajar
itu mendapat kredit USK 4102 jugak. Memang dipertemukan
dengan agensi-agensi kerajaan yang menawarkan bantuan-
bantuan...”

Impak Meningkatkan Ekonomi Komuniti

Meningkatkan ekonomi komuniti adalah impak kedua yang
berlaku kepada komuniti yang melaksanakan aktiviti service-
learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK6,
“kita fokus kepada aktiviti yang ada impak kepada impak
ekonomi kepada masyarakat. Sebab kita selecting juga” dan PK7
‘intercommunity! Kita boleh twin kampung”. Pandangan PK6 dan
PK7 ini adalah relevan dengan pandangan Mungai et al. 2016 dan
Pajunen 2017 yang menegaskan bahawa khidmat yang diberikan
oleh service-learning ini adalah untuk meningkatkan ekonomi
sesebuah komuniti dan membina jaringan sosial antara sebuah
komuniti dengan komuniti lain.

Menanam Nilai Sepunya

Menanam nilai sepunya adalah impak ketiga yang berlaku kepada
komuniti yang melaksanakan aktiviti service-learning dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut PK7, “kalau kita lihat
daripada projek yg kita lakukan di tempat itu kan, dia dapat
menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat belia,


Click to View FlipBook Version
Previous Book
MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
Next Book
Sample 20-12