PANDUAN
PERNIAGAAN
DALAM EBAY
& PAYPAL
Pendahuluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana melabur untuk
ilmu ebay dengan mendapatkan panduan dan tutorial ini.
Panduan ini ditulis oleh Mohd Farhan Bin Ahmad dan juga Mohd Fazley Bin
Hamzah dimana kedua-duanya merupakan full time ebay seller sejak hujung
2014. Farhan mula menjual di ebay secara suka-suka pada tahun 2011.
Selepas berjaya membuat banyak jualan, Farhan selalu bercerita tentang
potensi ebay dengan Fazley. Hampir setiap minggu Farhan berjumpa dengan
Fazley pada waktu petang tahun 2013.
Hasil “racun” Farhan berjaya membuka hati Fazley untuk tambah pendapatan
melalui ebay. Kami masing-masing mempunyai pekerja seramai 2 orang yang
menguruskan order ebay. Hampir setiap hari kami berhubung untuk
berbincang dan berkongsi tentang masalah, pengurusan order dan juga apa-
apa yang berhubung kait dengan ebay.
Sejak tahun 2014, setiap hari mempunyai order di ebay tidak kira Hari Raya
Puasa, Hari Raya Haji, Hari Raya Cina, Taipusam dan juga Hari Raya
lain. Barang yang kami jual semuanya berada di Malaysia. Banyak potensi
barang yang terdapat di kedai seperti kedai hardware, kedai plastik, kedai alat
tulis dan kedai runcit terjual di ebay. Yang jual barangan ini adalah seller dari
Malaysia.
Alhamdulillah hasil dari jualan di ebay kami mampu membeli kereta dan
rumah. Tidak susah sebenarnya nak mohon pinjaman untuk membeli rumah
dan kereta hasil jualan di ebay.
Semenjak 2 tahun yang lepas (2017), kami dapati ramai penjual Shopee,
Lazada jual barang dengan harga murah. Ini merupakan peluang terbaik.
Dengan membuat research di ebay dan menjual barangan yang terdapat di
Shopee dan Lazada, keuntungan bersih boleh konsisten 4 hingga 5 angka
1
sebulan hanya menjual barang yang di ambil di Shopee dan Lazada. Selepas
konfiden barang yang di ambil di Shopee dan Lazada, kami mencari supplier
yang menjual barang yang sama. Kalau jumpa memang akan dapat harga yang
lebih murah dan yang paling best, ada barang yang boleh dipulangkan
sekiranya tidak laku.
Supplier kami bukan dari Shopee dan Lazada sahaja. Untuk bertahan lama di
ebay korang kena pandai cari supplier. Hampir semua orang boleh membuat
jualan di ebay tetapi tidak ramai yang berjaya bertahan. Salah satu sebabnya
ialah tidak jumpa supplier.
Korang kena cari kenalan dan juga network yang sama-sama buat ebay.
Mana nak cari? Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar
ataupun kelas ebay. Orang yang memasuki kelas itu memang mempunyai
minat yang sama. Sudah masuk kelas, korang boleh ambil nombor telefon
masing-masing.
2
Pengenalan Ebay & Paypal
Bagi yang belum tahu apa itu Ebay, ebay adalah platform untuk menjual
barang. Ebay lebih popular di luar negara seperti di Amerika Syarikat, United
Kingdom dan juga Australia berbanding pengguna tempatan.
Ebay sama seperti Lazada, shopee, 11street, lelong. Ianya adalah paltform
untuk menjual. Website untuk ebay USA adalah di ebay.com,ebay United
Kingdom di ebay.co.uk, ebay Australia adalah ebay.com.au dan untuk ebay
Malaysia adalah ebay.com.my.
Biasanya orang yang memasuki ebay, mereka memang hendak mencari
barang. Sama seperti shopee dan Lazada, mereka yang memasuki website
ebay hanya untuk membeli barang. Berbeza pula dengan laman sosial seperti
facebook, mereka yang melayari facebook mungkin hendak mengisi masa
lapang ataupun bersosial.
Soalan yang biasa orang tanya, kalau jual kat luar negara, macam mana
pembeli nak bayar? Diorang bukannya ada maybank2u, cimbclicks ataupun
bank tempatan. Kena buka akaun bank USA ke?
Jawapannya adalah akaun PayPal. Mereka akan membayar dengan
menggunakan akaun PayPal mereka. Hanya perlu masukkan email akaun
PayPal ke ebay dan pembeli boleh membeli barang di ebay.
Untuk menjual barang kena ada akaun Ebay dan untuk menerima
pembayaran kena ada akaun PayPal.
Apa yang best kalau menjual di ebay adalah
Tak perlu buat Facebook Ads ataupun Google Ads. Jualan barang di ebay yang
sudah sedia ada trafik berbilion setiap bulan dan potensi untuk terjual memang
tinggi kerana sudah ada ready buyer
3
Tak perlukan email list
Modal yang tidak besar untuk permulaan. Kurang RM50 pun dah boleh mula
menjual sekiranya sudah ada laptop, talian internet dan juga kad debit
Tak perlu membuat video,website ataupun copywriting. Kalau barang memang
laku keras, tulis sikit sahaja description dah boleh terjual
4
Syarat-syarat dan keperluan untuk membuka akaun ebay
& PayPal
Nak guna platform ebay ni kena ikut peraturan ebay. Sejak 2014 akaun ebay
kami masih bertahan sehingga kini. Untuk yang baru bermula hanya perlu satu
akaun ebay sahaja. Apa yang kami buat dan lakukan untuk maintain akaun
sejak 2014 adalah seperti dibawah
1. Laptop ataupun desktop
Korang mesti gunakan laptop ataupun desktop untuk menjual di ebay. Ebay
ada juga menawarkan apps tapi lebih sesuai korang gunakan laptop ataupun
desktop. Ada banyak feature yang ada di laptop/desktop tetapi tiada di apps
telefon.
2. Email, Nombor telefon, kad debit/kredit yang belum digunakan untuk
mendaftar akaun ebay dan PayPal
Ini sangat penting. Kalau korang dah pernah guna untuk daftar akaun ebay,
kena guna yang lain. Contohnya kalau dah pernah guna email A untuk daftar
ebay, tak boleh guna email A lagi. Guna email yang lain. Sama juga kalau dah
pernah guna nombor telefon ataupun kad debit, tak boleh guna yang sama
lagi. Guna nombor telefon dan kad debit yang lain. Kalau guna juga memang
kebarangkalian akaun korang itu kena suspend sangat tinggi.
Sebelum daftar ebay, pastikan akaun bank mempunyai baki RM50. Perlu
hubungi bank dan beritahu yang hendak aktifkan international purchase.
Ini kerana setiap bank akan membuat sekatan untuk kad debit membuat
transaksi di luar negara. Memang kena call bank untuk aktifkan international
purchase. Boleh lihat nombor belakang kad debit untuk mengetahui nombor
khidmat pelanggan bank. Pastikan kad debit ada logo visa ataupun
mastercard.
5
Senarai bank yang pernah digunakan untuk membuat akaun ebay dan paypal
adalah
1. Maybank
2. Ambank
3. RHB
4.Affin Bank
5. Hong Leong Bank
6. BSN
Kalau korang guna bank selain dari Bank di atas, cuba dulu. Kalau tidak boleh
baru boleh cuba pula bank yang disenaraikan di atas. Buat masa ini kad
debit CIMB, Bank Islam dan Public Bank tidak boleh digunakan untuk
mendaftar akaun Ebay.
Untuk Maybank, korang kena aktifkan e-payment (kena call maybank) dan juga
kena aktifkan international purchase di maybank2u. Korang kena call maybank
dan nanti mereka akan ajar cara-cara nak aktifkan e-payment dan juga
international purchase.
6
Untuk bank BSN, korang perlu aktifkan e-payment dan juga international
purchase di mesin ATM BSN. Boleh call Bank BSN untuk cara-cara pengaktifan
ini.
Untuk bank lain, korang kena call bank untuk aktifkan international purchase.
3. Browser internet seperti mozilla, chrome dan safari.
Jangan guna private browsing. Guna seperti biasa kerana pihak ebay hendak
membaca cookies. Dan pastikan jika hendak melayari akaun ebay, layari di
komputer ataupun laptop yang sama. Jika membuka di komputer lain ataupun
anda telah clearkan cookies, biasanya pihak ebay akan meminta kepastian
melalui email ataupun nombor telefon.
4. Talian internet seperti Celcom, Maxis, Digi ataupun Unifi/Streamyx
Jangan buka akaun ebay guna wifi office, wifi starbuck, wifi kedai maple
or cc. Gunakan wifi hotspot handphone ataupun wifi rumah. Jika guna
wifi public, mereka (bahagian IT) boleh tahu username dan password
korang gunakan. Memang sangat berbahaya.
Jika korang nak buka hanya satu akaun ebay sahaja, tiada masalah guna talian
internet dari mana-mana telco. Tetapi kalau nak buka banyak akaun, korang
kena pastikan yang ip address korang berbeza setiap kali ingin membuka
akaun ebay yang lain. Cara nak tentukan ip address adalah dengan google
“what is my ip address”. Sebagai contoh boleh lihat di bawah
7
Kemudian matikan talian internet. Dan buka kembali talian internet di user
windows yang berbeza. Cara nak buka user akan diterangkan di bawah.
Selepas buka user yang berlainan, semak samada ip address korang berbeza
ataupun tidak. Jika berbeza memang dah boleh pakai talian internet itu.
Ingat ye, cara ini hanya untuk yang buka beberapa akaun ebay. Kalau hanya
satu akaun ebay sahaja tidak perlu buat.
5. Cara buka user untuk buat beberapa akaun ebay dan paypal
Untuk yang belum buka akaun ebay, satu akaun sahaja sudah
cukup. Mahirkan dulu selok belok ebay, macam mana penjual ebay berfungsi
baru boleh fikir untuk buka banyak akaun.
8
Penjual lama di ebay yang lama memang ada banyak akaun. Tujuannya adalah
katakan akaun 1 bermasalah, ada backup lagi akaun 2. Katakan akaun 2
bermasalah ada akaun 3. Begitulah seterusnya. Cara yang kami gunakan
adalah dengan membuka beberapa user windows di laptop ataupun komputer.
User 1 untuk akaun 1, user 2 untuk akaun 2, user 3 untuk akaun 3 dan juga
seterusnya. Kami juga daftar akaun ebay dan PayPal menggunakan nama
orang lain seperti
Akaun 1 nama korang
Akaun 2 nama pasangan
Akaun 3 nama emak
Dan seterusnya
INI SANGAT PENTING!
PASTIKAN SETIAP AKAUN EBAY DAN PAYPAL MENGGUNAKAN KAD
DEBIT, NOMBOR TELEFON YANG BERBEZA
HANYA BUKA EMAIL ATAUPUN AKAUN EBAY DI USER BERKENAAN.
KATAKAN USER 1, HANYA BUKA EMAIL DAN EBAY USER 1. JANGAN
KORANG BERCAMPUR ADUK. KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK AKAUN
DI SUSPEND
PASTIKAN MATIKAN TALIAN INTERNET DAN BUKA SEMULA TALIAN
INTERNET UNTUK MENGUBAH IP ADDRESS
9
Cara-cara nak buka user di window
Langkah 1 : Klik di bahagian setting.
Langkah 2 : Klik Accounts
10
Langkah 3 : Klik Family & other people
Langkah 4 : Klik Add someone else to this PC
11
Langkah 5 : Klik I don’t have this person’s sign-in information
Langkah 6 : Klik Add a user without a Microsoft account
12
Langkah 7 : Letakkan nama username ebay yang korang nak buat
Langkah 8 : Katakan saya letak nama “User2” lepas tu klik Next
13
Langkah 9 : Tahniah kerana korang dah berjaya create user baru
Lepas dah berjaya. Log off user sekarang. Tutupkan talian internet. Buka user
baru yang dah berjaya create. Hidupkan semula internet. Tengok IP address
berubah ataupun tidak. Macam ini lah langkah demi langkah untuk jaga akaun
ebay yang lebih dari satu.
Untuk pengguna laptop Mac, korang boleh buat user macam ini
System Preferences >> User & Groups >> Add a user account (lambang
+)
Ingat ya, setiap user hanya buka akaun ebay dan email bagi akaun yang
sama. Tak perlu login microsoft akaun ataupun apple id untuk user yang
berbeza. Contohnya user 1 tak perlu login microsoft akaun ataupun apple
id yang sama untuk user 2.
14
Kalau korang pening, tak payah buka banyak akaun. Macam yang diberitahu
sebelum ini, buka hanya satu akaun dahulu. Mahirkan selok belok ebay. Lepas
dah berjaya dan konsisten membuat jualan baru boleh fikir buka beberapa
akaun. Kalau satu akaun masih tak konsisten jualan, kebiasaannya buka
banyak mana akaun pun hasilnya masih sama.
15
Langkah demi langkah membuka akaun Ebay & PayPal
Pastikan sebelum register akaun ebay & PayPal, korang sudah call bank untuk
mengaktifkan “international purchase” dan juga e-payment. Kebiasaannya
student kami ada baki sekurang-kurangnya RM50 didalam akaun.
Langkah pertama masuk ke website ebay.com dan klik register
Isikan nama, email dan password kemudian klik create account
16
Seterusnya klik pada account setting
Korang kena kemas kini secret question dan registered name, address &
phone number. Pastikan nama, alamat dan juga nombor telefon yang betul.
Letak ikut alamat sama seperti “proof of address” kerana senang nanti kalau
korang nak naikkan selling limit, ebay akan minta “proof of address” untuk
verification
Proof of address adalah dokumen yang ebay akan minta seperti
Bill utiliti iaitu bill api dan air
Statement bank yang terkini
Apa-apa surat dari Jabatan Kerajaan yang ada nama korang di alamat yang
nak register ebay tu
Korang guna alamat untuk didaftarkan di ebay mengunakan alamat proof of
document ini. Maksudnya document ini ada nama anda dan alamat anda.
17
Secret question kena simpan di fail word ataupun excel ataupun tulis di kertas.
Ada masanya sistem ebay akan tanya secret question ini. Rujuk gambar di
bawah untuk buat secret question dan memasukkan nama, alamat dan nombor
telefon
Contoh secret question dan juga address yang perlu diisi seperti di bawah
18
Ada kalanya ebay akan hantar SMS untuk verify nombor telefon. Ada kalanya
ebay tidak SMS. Pastikan menggunakan nombor yang betul.
Apabila selesai mendaftar alamat dan secret questions korang kena kembali
kepada account setting. Disini korang akan mendaftar PayPal akaun
menggunakan maklumat yang korang isi di ebay. Jadi tidak perlu mengisi
alamat pada paypal. Paypal akan mengambil maklumat melalui ebay. Apa yang
perlu buat klik pada sign up. Sekiranya sudah ada akaun PayPal, klik Link
My Paypal Account.
19
WARNING !!
Jika anda sudah mempunyai account ebay dan paypal sebelum ini, guna
yang lama.
JANGAN BUAT ACCOUNT BARU ATAS NAMA SENDIRI.
Selepas korang klik sign up PayPal seperti langkah sebelum ini, korang akan
terus ke halaman seperti di bawah. Isi maklumat
Selepas selesai isi maklumat, klik return to ebay
20
Buka website www.paypal.com/my dan log in. Klik “Wallet” kemudian klik pada
“link a card”
Tekan link a credit card. Jika tiada credit card, guna debit card pun boleh tiada
masalah.
21
Masukkan 16 digit nombor kad debit anda, expiration date kad debit dan CSC(3
digit). Kalau tak tahu boleh lihat contoh di bawah
22
23
Selepas selesai,kembali ke home page paypal,tekan wallet, klik visa dan klik
card confirm your card seperti di bawah
24
Di bahagian ini pihak PayPal akan mengesahkan kad melalui 4 digit nombor
pin. Rujuk gambar di bawah dan klik Get A Code.
25
Dan jika berlaku masalah ini, call bank
26
Pastikan anda tekan GET A CODE SEKALI SAHAJA, dan pastikan RM 10
sudah ditolak dari akaun bank anda.
SELAGI ANDA TAK DI CHARGE RM 10 ANDA TIDAK AKAN DAPAT 4 DIGIT
CODE.
Code 4 digit boleh didapatkan melalui 3 cara
1. Melalui SMS dari pihak bank atau
2. Akan dapat dalam masa 3-4 hari menerusi maybank2u apps atau
3. Cara paling mudah, call customer service bank untuk minta code 4 digit
Ini contoh cara melalui SMS,Biasanya korang akan dapat SMS dalam mana
10minute selesai tekan GET A CODE,
Tapi kadang kadang tak semua orang akan dapat SMS.
27
Anda yang tak dapat SMS boleh guna cara ke 2 dan 3. Iaitu akan dapat dalam
masa 3-4 hari menerusi maybank2u apps atau call customer service bank
untuk minta code 4 digit
28
Gambar di atas adalah cara ke 2 iaitu check melalui apps maybank2u. Korang
perlu tunggu 2-3 hari untuk dapatkan code 4 digit
Kalau nak cepat guna cara ke 3 call bank, nombor telefon customer services
ada belakang card bank.
WARNING !! pastikan korang mendapatkan 4 digit code,baru boleh teruskan
langkah seterusnya.
Setelah mendapatkan 4 digit code, anda kena confirmkan your card.
Tekan wallet > Tekan Visa> tekan confirm your card
Kadang-kadang paparan PayPal berbeza. Jika berbeza seperti ini, sama juga
stepnya. Masukkan 4 digit kod.
29
Yey! Tahniah. Dah berjaya buka akaun PayPal. Lepas ni korang dah boleh
terima duit dari luar negara.
30
Account eBay yang telah siap daftar tadi hendaklah didaftarkan sebagai akaun
penjual. Cara untuk daftar akaun penjual klik masuk website ebay.com
kemudian
klik my ebay>> account>> personal information. Kemudian klik pada
automatic payment method seperti di bawah
31
Klik automatic payment method
32
Kemudian klik create a seller account
Selepas itu kembali kepada step seperti diatas untuk upadate automatic
payment iaitu dengan klik my ebay>> account>> personal information.
Kemudian klik pada automatic payment method
Jika ebay suruh login balik, masukkan username dan password. Ada kalanya
ebay nak verify phone number. Masukkan text code yang diterima dari pihak
ebay.
33
34
Isi maklumat kad debit or kad kredit korang disini. Selepas selesai, klik save
Tahniah. Sudah berjaya mendaftar akaun ebay sebagai penjual. Sudah boleh
terima order dari oversea .
35
Seterusnya korang boleh terus chat ebay untuk naikkan selling limit account.
Refer ebook chapter “case study naikkan selling limit” untuk step step naikkan
selling limit.
Ini adalah gambaran akaun korang kena suspend selepas register akaun ebay.
Ebay suspend hanya untuk verify account sahaja.
Korang perlu contact ebay untuk gunakan balik akaun ni.
Cara untuk Handle Account Suspend
Kenal pasti account ebay suspend. Account suspend untuk verification akan
dapat email macam ni.
36
37
Email ini adalah perkara normal untuk menjadi seorang penjual di ebay. Ebay
hanya hendak mengesahkan akaun anda sahaja. (Verification)
Apa yang anda perlu buat email dengan Ebay.com.my (bukan ebay.com).
Ni cara-cara nak email ebay
Langkah 1: Buka ebay.com.my. Kemudian klik Help & Contact.
Langkah 2 : Klik Account seperti dalam gambar di bawah.
38
Langkah 3: Pilih Account restriction and selling limit.
Langkah 4: Pilih Suspended Ebay Account
39
Langkah 5: Pilih Contact Us
40
Langkah 6: Klik Email Us
Langkah 7: Korang boleh tengok contoh di bawah untuk cara email kepada
ebay. Isikan yang bertanda anak panah.
41
Langkah 8: Pastikan nombor telefon betul dan ebay akan menghubungi untuk
verification. Ebay akan menghantar email jika tidak dapat dihubungi. Ebay
memberi pilihan waktu yang sesuai untuk ebay hubungi. Jadi, korang reply la
email bagi masa yang sesuai untuk ebay hubungi korang
Langkah 9: Soalan-soalan ebay akan tanya melalui panggilan telefon untuk
pengesahan(verification)
1. Nama penuh (mengikut daftar dekat ebay)
2. Alamat lengkap (mengikut daftar dekat ebay)
3. Email address yang berdaftar dengan ebay dan paypal
4. Senarai listing yang diremoved (jika pernah buat listing)
5. Tarikh daftar akaun (check dekat email)
6. Berapakah planning listing (jawab 500)
7. Purata Harga barang yang hendak dijual (jawab rm 60)
8. Adakah dropshipping (jawab bukan dropshipping)
Tak kesemua soalan di atas ebay akan tanya. Ebay akan secara rawak tanya
soalan. Mungkin ada soalan lain juga di tanya berkenaan dengan diri anda.
Langkah 10: Selepas ebay verified melalui telepon ebay akan menghantar
email menyatakan akaun korang sudah verified dan selling limit di naikkan
secara automatic 50 listings amount 4000myr. Good Luck!
Ada juga kes dimana ebay tidak telefon anda tetapi ebay akan suruh anda
submit dokumen untuk verify.
Ebay akan minta anda submit document
1. Copy IC atau Copy Lesen
2. Bill utilities atau Bank statement
3. Resit Barang
Semak dulu sebelum submit-
Check nama dan alamat register dekat ebay. Biasa kitarang screenshot nama
dan alamat masa register incase account kena suspen kita boleh check balik.
Pastikan nama sama register ebay dengan IC copy.
42
Bill utilites pula untuk address – pastikan ebay register address sama dengan
bill utilies. Jika bill utilities nama orang lain, kena inform dekat email. Seperti
menyewa atau tingal dengan keluarga. Jika korang submit bank statement,
korang kena pastikan bank statement ni nama dan alamat sama dengan ebay
register.
Resit – Jika korang pernah buat listing submit resit yang listing korang buat.
Kuantiti dekat resit hendaklah sama atau lebih dengan listing yang korang
buat. Jika Korang belum lagi buat listing, korang submitlah resit barang yang
hendak jual. Kalau boleh elakkan resit yang melibatkan MAKANAN. Resit yang
senang approve yang ada nama dan alamat korang dan nama alamat supplier.
Nama dan alamat sama dengan register ebay.
Korang boleh submit dekat email yang ebay bagi. Guna email yang register
ebay untuk submit document. Jangan guna email lain. Kalau tak ebay takkan
dapat email yang kita hantar.
Document hendak mengikuti kreteria ebay.
1. Copy IC atau Copy Lesen hendaklah yang ada color depan dan belakang. Yang
hitam putih ebay tak terima (fotostat tak terima). IC tak boleh crop. Korang nak
senang ambik gambar guna handphone depan dan belakang. Kemudian tranfer
masuk computer.
2. Bill utilities dan bank statement – Pastikan nama dan alamat sama.
3. Resit – Korang bagi yang dia mintak jer. Kalau boleh dekat resit tu jangan
banyak item yang tak berkaitan. Kalau ebay kurang yakin dengan resit tu. Ebay
akan minta gambar barang beserta dengan IC. Kalau resit tu banyak item,
memang penat la korang.
Kalau korang tak ada idea nak tulis apa. Boleh follow contoh di bawah
43
Document yang kita hantar hendaklah nampak macam professional. Barulah
ebay percaya kita betul-betul hendak menjual dekat ebay. Ebay sebenarnya
ingin filter true seller sahaja. Jangan risau kalau kita betul dan niat betul
insyaallah berjaya. Terima kasih.
44
Perbandingan menjual di ebay berbanding menjual di
Shopee dan Lazada
Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ebay ada
kelebihannya manakala Shopee dan Lazada pun ada kelebihannya. Cuma
pada pandangan kami, Ebay masih lagi platform terbaik untuk menjana
pendapatan. Ramai yang komplen susah menjual di ebay kerana ada banyak
peraturan dan paling mereka tidak suka adalah selling limit. Untuk akaun baru
hanya boleh jual sedikit sahaja untuk permulaan. Ramai yang tidak mahu
menjual di ebay disebabkan perkara ini. Tetapi kami masih menjual kerana
kami tiada masalah dengan selling limit. Dan kalau korang dapat
menyelesaikan masalah kecil ini dimana ianya ada diterangkan didalam
panduan ini, memang boleh buat banyak untung. Mereka jual di Shopee dan
Lazada, kita jual di ebay. Barang yang sama tetapi harga yang berbeza.
Kenapa korang kena pilih platform Ebay berbanding Shopee dan Lazada
1. Boleh tengok barang yang terjual di ebay secara percuma
Di website ebay boleh lihat barang apa yang laku dan percuma dibahagian
sold listing. Selepas jumpa barang yang laku, kita boleh lihat barang lain dari
penjual yang sama jual dan laku. Bahagian ini akan diterangkan dengan lebih
lanjut di bahagian mencari produk yang berpotensi untuk dijual di ebay
45
2. Boleh dapat duit USD, AUD, GBP, EUR
Kalau jual di Shopee dan Lazada hanya dapat duit MYR ataupun Ringgit
Malaysia. Apabila jual di ebay, macam-macam duit yang boleh dapat. Tak perlu
bekerja di luar negara untuk dapat duit USD ke, AUD ke, GBP ke ataupun EUR.
Bekerja di depan laptop ataupun komputer di Malaysia pun boleh dapat duit
ini. Kalau nak dapat duit USD jual di ebay US, kalau nak dapat duit AUD jual
di ebay Australia, kalau nak dapat GBP jual di ebay United Kingdom dan kalau
nak duit EUR jual di ebay eropah.
Contoh transaksi barang terjual di ebay eropah
46
Contoh transaksi jualan di United Kingdom
47
Contoh transaksi jualan di Australia
Contoh transaksi jualan di US
48
3. Tidak banyak PM or DM
Sepanjang kami menjual di ebay, memang tidak banyak buyer ataupun potensi
buyer mesej tanya tentang barang yang dijual. Ada juga sorang dua yang
tanya daripada seratus order. Bangun tidor je korang akan check email, ada
order tak masuk. Akan dapat 2 email, satu dari Ebay dan satu lagi dari PayPal
untuk setiap order.Ini memang sindrom atau penyakit seller ebay. Sindrom
check email nak tengok ada duit masuk ke tak.
4. Ready buyer ataupun pembeli dari seluruh dunia
Boleh tengok website ni untuk tengok berapa banyak traffic ebay.com.
Berbilion setiap bulan dan potensi untuk barang terjual memang tinggi.
49