150
Sudah berjaya hantar invoice dan hanya perlu tunggu buyer bayar. Deal
macam ni tidak banyak berlaku tetapi kena pastikan kalau dapat deal macam
ni pastikan untung terus berbaloi. Kalau mereka sudah percaya, mereka akan
repeat order dengan korang. Jadi korang boleh bayangkan berapa besar
potensi kalau korang dapat ramai buyer macam ni.
Jangan terlalu gopoh untuk deal macam ni. Tanya dulu dengan buyer tu.
Contoh mesej yang diterima di ebay
“Hi,
I wish to order ** boxes again. Can you provide discount for this?
Thanks”
Lepas tu balas di email. Masuk email kemudian send melalui email, bukannya
send melalui ebay message
“Hello (nama buyer),
I got your message regarding discount. I can only give you discount if I send
to you the invoice via PayPal.
I can give you (price).
If that one ok with you, I will send invoice to your Paypal.
Thank you.”
Lepas tu buyer tu balas
“Hi,
Thanks for getting back to me. This price is fine. Can you send the invoice to
this PayPal account :
****@gmail.com
Is this okay? The delivery address is the same on both accounts. I will pay for
this right away once you have sent the invoice.
Thanks,”
151
Tanya dulu. Kalau buyer tu ok baru kita deal. Jangan tergesa-gesa kerana ada
juga buyer yang hanya mahu deal di ebay sahaja.
Kalau korang taknak email tapi nak whatsapp mereka pun boleh juga.
Bergantung kepada buyer tu kalau mereka ada whatsapp. Selamat mencuba!
152
Cara-cara untuk menguruskan order dari Ebay dan
hantar barang menggunakan Flexipack International
Bila dapat notifikasi email
Congratulation. your item sold and it’s been paid for.
Kalau baru first time terjual memang teruja. Tak sangka omputih beli barang
aku. . Berbaloi buat kajian barang yang berpotensi dan akhirnya barang
yang dijual tu laku. Contoh dibawah adalah akaun yang tiada feedback, akaun
baru 3 minggu dan hanya ada 3 listing semasa terjual satu barang.
Masa ni kena prepare untuk langkah seterusnya. Mula-mula kena semak order
tu dulu. Kalau jual di
Ebay United States masuk sini ebay.com/sh/ovw
Ebay United Kingdom masuk sini ebay.co.uk/sh/ovw
Ebay Australia masuk sini ebay.com.au/sh/ovw
Contoh disini barang ini terjual di ebay USA. Selepas masuk ke
ebay.com/sh/ovw klik ikut langkah seperti dibawah
Selepas klik langkah kedua, paparan seperti dibawah akan keluar
153
Maklumat ni yang korang perlu tulis di Flexipack International Pos Malaysia.
Tulis guna pen pun boleh. Memang di opis ada printer kertas sticker, tim saya
gunakan lah.
154
Untuk customs declaration, contoh ini tulis health support kit. Korang boleh
tulis gift toy ataupun deskripsi yang ringkas. Tak payah tulis detail sangat.
Kalau dapat staf Pos Malaysia banyak tanya nanti diorang cakap tak boleh lah,
tu lah. ini lah. Untuk barang yang kurang dari 2kg dan normal postage,
kebiasaannya tiada masalah kastam. Dan beribu-ribu shipment kami hantar ke
luar negara menggunakan normal postage, semua tiada masalah. Bahagian
belakang korang isi detail macam dibawah.
Korang kena simpan tracking number ye. Selepas tampal di flexipack, ada satu
copy kena simpan. Rujuk gambar di bawah
155
Dibahagian belakang, tulis nama buyer tu dengan barang apa yang dibeli.
Nanti senang nak refer tracking number ni untuk apa. Kalau order sikit tiada
masalah, nanti akan ada satu masa yang order dah banyak. Masa tu la pening
kepala tak tahu tracking number ni untuk order apa .
156
Macam ni lah langkah demi langkah yang korang perlu lakukan. Mudah sahaja.
Teruskan usaha mencari barang yang berpotensi tinggi laku di ebay.
157
Segala aktiviti ebay korang berada di Dashboard ebay
ni
Untuk korang lihat dan semak segala aktiviti di akaun ebay, korang perlu
masuk ke laman sini
ebay.com/sh/ovw
Disini boleh lihat listing yang sudah dibuat, order yang belum dihantar, order,
mesej dan bermacam-macam lagi.
Jika kita lihat contoh diatas, jumlah listing yang masuh aktif ada sebanyak 74
listing. Kalau nak edit listing ataupun revise listing, klik listing dan pilih listing
mana yang korang nak revise.
Jumlah order yang belum dihantar ada 6 (awaiting shipment).
Kalau nak tengok order boleh klik order. Ataupun refer bab “Update 2019-03-
19 : Cara Uruskan Order menggunakan Flexipack”
Kalau korang nak ubah ikut kesesuaian masing-masing boleh klik customize
dan paparan yang akan keluar adalah seperti dibawah
158
Kalau pernah minta naikkan selling limit, korang boleh tengok berapa baki
selling limit yang tinggal. Kalau belum minta takde ye option ni di paparan
dashboard ebay korang.
Fungsi ini boleh drag and drop. Paparan mungkin berbeza ikut fungsi yang
mana korang aktifkan. Selamat mencuba!
159
Rate Singapore Post dan bagaimana hendak mendaftar
Bagi yang ingin mencari alternatif selain daripada Pos Malaysia, anda boleh
menggunakan khidmat Pos Malaysia. Kami Tim Export Mudah sudah
menggunakan servis ini sejak 2013.
Untuk bertahan lama dalam ecommerce salah satu faktor adalah kurier yang
anda gunakan. Mereka yang baru akan menggunakan Pos Malaysia tetapi
apabila untuk upgrade to the next level, salah satu pilihan adalah Singapore
Post.
Kebiasaannya Singapore Post boleh collect barang dari tempat anda.
Singapore Post membuat kontrak dengan syarikat dari Malaysia untuk collect
barang dari tempat anda.
Perlu hubungi mereka untuk memastikan kawasan anda termasuk dalam
coverage mereka ataupun tidak. Hanya perlu berikan poskod.
Perlu hubungi mereka untuk memastikan kawasan anda termasuk dalam
coverage mereka ataupun tidak. Hanya perlu berikan poskod.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah salinan SSM dan juga
kad pengenalan anda. Jika ada dokumen tambahan mereka akan minta
160
daripada anda. Ini untuk memastikan anda tiada masalah seperti bankrap
ataupun masalah yang seangkatan dengannya.
Hubungi Tel: (603) 5569 6901 untuk mendaftar dengan Singaopore Post.
Pejabat mereka di Shah Alam.
Contoh rate yang anda akan dapat seperti dibawah. Ini rate bagi shipment
yang sikit setiap bulan dimana bill anda adalah kurang dari RM1,000 sebulan.
Bill bermaksud bill Singapore Post
161
162
Harga diatas termasuk dengan tracking number. Sebagai contoh kos
penghantaran ke USA untuk berat 100 gram adalah RM 24.95. Pengiraan
minimum adalah 100 gram dimana jika berat barang anda 50 gram, masih
dikira 100 gram.
Harga kos penghantaran adalah mengikut berat sebenar. Sebagai contoh jika
berat barang anda 123 gram, mereka akan kira 123 gram. Bukannya 150 gram
seperti Pos Malaysia.
Setelah penggunaan anda banyak, anda boleh minta rate yang lebih rendah.
Ianya tertakluk kepada berapa banyak yang anda guna sebulan dan approval
daripada pihak atasan Singapore Post.
163
Pengurusan order menggunakan Singapore Post
Jangan risau jika tidak tahu menggunakan sistem Singapore Post. Pihak
mereka akan memberikan anda latihan melalui telefon. Semasa kami mulakan
dulu, mereka akan bimbing kami melalui telefon.
Jika anda sudah menggunakan Singpost, jika terdapat sebarang masalah,
anda perlu hubungi mereka. Ini adalah contoh bagaimana kami
menguruskan order menggunakan Singpost.
Setelah pendaftaran anda berjaya, anda perlu masuk ke laman
ezyparcels.com. Ianya adalah portal Singpost di Malaysia.
Anda perlu muat turun fail excel di portal kemudian isikan butiran order anda.
Contohnya seperti ini.
164
Ini adalah sebahagian butiran yang anda perlu isi di excel. Kemudian upload
kembali ke portal ezyparcels.com. Selepas itu anda akan dapat tracking
number.
165
Print tracking number ini menggunakan printer laser jet. Printer deskjet tidak
boleh digunakan. Contoh printer laserjet kami gunakan adalah seperti
dibawah. Model Canon LBP 6030/6040. Harga masa beli lebih kurang RM300.
166
Selepas print, tampal tracking number ini di sampul bungkusan anda.
167
Pengurusan Order Menggunakan DHL Express
Kebiasaanya barang yang lebih dari $70 USD, kami akan gunakan DHL
Express. kelebihan DHL Express ialah barang akan cepat sampai ke
pembeli.
Untuk bandar utama di USA, UK dan juga mana-mana negara, ianya hanya
mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke destinasi pembeli.
Jika anda sudah menggunakan DHL Express, jika terdapat sebarang
masalah, anda perlu hubungi DHL Express. Pihak DHL sediakan latihan
bagi pengguna baru. Hubungi di talian ini 1-800-888-388
Tak semua barang DHL Express boleh hantar. Kebiasaannya pihak DHL
akan tanya barang apa yang anda jual. Anda boleh semak dengan mereka
dahulu.
Portal DHL adalah seperti gambar diatas. Rate DHL berbeza bagi setiap
pengguna. Dibawah adalah contoh rate DHL
168
169
170
Rate document adalah untuk surat manakala rate untuk non-document
adalah untuk barang. Cara DHL kira rate adalah untuk setiap 500 gram.
Sebagai contoh jika barang itu beratnya 100 gram ataupun 250 gram ataupun
450 gram, ianya dikira 500 gram. Jika berat 550 gram ataupun 650 gram
ianya dikira 1 kilogram.
Ada juga kos lain seperti fuel surcharge dimana ianya mengikut harga minyak
semasa. Pada masa artikel ini ditulis fuel surcharge adalah hampir 19%
daripada rate DHL.
Contohnya jika menghantar ke USA dengan berat 0.5 kg, anda akan
dikenakan RM 73 ditambah dengan fuel surcharge 19%. Jadi bayaran
tambahan ialah 19% didarab dengan RM73 iaitu RM 13.87. Jumlah yang
perlu bayar ialah RM 73 + RM 13.87 = RM 86.87.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar ialah salinan SSM dan juga
kad pengenalan.
Selepas pendaftaran berjaya, akan ada seorang sales manager yang
menjaga akaun anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah anda boleh
hubungi sales manager itu.
171