Yang bestnya guna Singapore Post ni, kalau korang hantar hari ni, bill yang
perlu dibayar dalam masa 30 hingga 45 hari dari tarikh yang kita guna. Tetapi
hati-hati ya, takut korang rasa banyak sangat duit.
Sebenarnya itu duit bill Singapore Post. Contoh macam gambar di bawah,
Shipment yang dihantar pada 28 December 2018, 31 December 2018, 2
Januari 2019, 3 Januari 2019 dan 7 Januari 2019 perlu di bayar pada 13
Febuari 2019.
100
3. DHL Ecommerce
Dulu nama DHL Ecommerce ni DHL Global Mail. Sama juga macam Singapore
Post, order korang kena buat dalam bentuk fail excel. Training pun akan
diberikan. Mereka akan hubungi korang.
Boleh hubungi nombor ni untuk daftar 03-3099 2800
Portal mereka untuk korang generate tracking number adalah
https://ecommerceportal.dhl.com/Portal/pages/login/userlogin.xhtml
Contoh tracking number yang DHL Ecommerce
Contoh Bill DHL Ecommerce
101
4. DHL Express
Apa yang best DHL Express ini kalau barang tu tak sampai, diorang akan call
beritahu customer tak angkat telefon. Jadi kita tahu barang sampai ke tak.
Servis ni memang mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan Singapore
Post, DHL Ecommerce ataupun Pos Malaysia. Tapi memang cepat sampai.
Macam biasa, DHL akan bagi training guna portal mereka melalui telefon.
Nanti lepas dah register korang boleh suruh DHL bagi training.
Kalau dah banyak shipment, DHL akan bagi korang printer for FREE. Ya,
percuma. Kertas dia bagi, ink pun dia bagi. Best tak?
102
Boleh hubungi nombor ni untuk daftar akaun DHL Express 1-800-888-388
Barang mahal biasannya pakai DHL Express. Contoh tracking number DHL
Express
Contoh tracking number DHL Express
103
Biasanya bill DHL akan dibayar dalam masa 2 hingga 3 minggu dari tarikh
penghantaran. Contoh bill DHL macam ini
104
105
Tips dan perkara yang perlu dilakukan dengan syarikat
kurier
Dalam contoh sebelum ini kami beri 4 jenis syarikat kurier yang kami gunakan
pada masa ini. Pos Malaysia kami guna pada tahun dengan banyak pada tahun
2013. Selepas itu kami menggunakan khidmat Singapore Post, DHL
Ecommerce dan juga DHL Express. Antara tips yang korang boleh gunakan
adalah
1. Pos Malaysia untuk newbie
Untuk permulaan memang kena guna Pos Malaysia. Rate dari Pos Malaysia
untuk barang yang kecil memang murah. Harga untuk penghantaran ke USA
untuk barang yang beratnya kurang 150 gram hanya RM8.00 dan kena tambah
tracking number sebanyak RM4.60. Cuma yang tidak best adalah kena pergi
ke pejabat Pos Malaysia. Ini adalah kos pengangkutan dan kos masa. Kos
tersembunyi ini yang korang kena atasi dengan cepat-cepat pandai buat
research produk dan jual barang dengan banyak supaya dapat register dengan
syarikat kurier yang lain
2. Setiap syarikat kurier ada kelebihan masing-masing
Tiada satu pun syarikat kurier yang boleh memenuhi semua kriteria yang kita
perlukan. Kami daftar dengan 3 syarikat kurier iaitu Singapore Post, DHL
Ecommerce dan juga DHL Express. Untuk penghantaran biasa yang
memerlukan 2 minggu hingga 4 minggu untuk sampai, kami menggunakan
Singapore Post dan DHL Ecommerce. Ada negara yang Singpost murah dan
ada negara yang DHL Ecommerce murah. DHL Express adalah untuk barang
mahal dan perlu penghantaran segera.
106
3. Daftar dengan beberapa syarikat kurier
Jangan setia dengan satu syarikat kurier. Kalau bergantung kepada hanya
satu syarikat kurier memang menjadi ancaman terhadap bisnes. Biasanya
syarikat kurier akan menaikkan harga pada awal tahun. Pernah terjadi satu
syarikat kurier itu kos penghantaran naik sampai hampir 2 kali ganda. Kos
penghantaran yang naik itulah untung. Nasib baik ada backup syarikat kurier
yang lain. Ada juga kes dimana portal syarikat kurier menghadapi masalah
selama 2 hari. Hari ketiga public holiday. Memang stress dan jem kepala otak.
Kalau kena masalah ini korang tak boleh buat apa-apa kalau hanya daftar satu
syarikat kurier.
4. Sentiasa hubungi account manager
Jaga hubungan yang baik dengan account manager. Biasanya account
manager yang akan jaga segala masalah yang akan kita hadapai. Kalau
dengan Pos Malaysia tiada account manager. Mengikut pengalaman lagi
banyak order yang korang hantar lagi bagus layanan yang diberikan. Segala
isu yang teknikal memang cepat dapat diatasi dengan adanya akaun manager
ini membantu korang. Dengan hanya whatsapp ataupun call, masalah korang
akan dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas.
5. Minta rate penghantaran yang murah dari masa ke masa
Yang ni memang korang kena selalu buat. Kalau order tengah banyak, minta
terus rate yang rendah. Katakan syarikat A tak bagi rate yang rendah, boleh
tanya kenapa syarikat B boleh bagi murah? Lepas tu korang banyak guna
kurier syarikat B. Nanti bila account manager syarikat kurier A perasan yang
penghantaran korang dah semakin kurang, account manager syarikat kurier A
akan hubungi korang untuk counter back. Disini korang dah boleh main sedikit
harga. Dapat jimat satu shipment katakan RM1, kalau seminggu ada seribu
shipment dah boleh jimat seribu ringgit.
107
6. Combine shipment
Cara ini agak berisiko tetapi inilah yang kami gunakan. Kami (Farhan & Fazley)
hanya register satu akaun. Contohnya akaun DHL Ecommerce, Singapore Post
dan DHL Express kami hanya register satu akaun untuk setiap syarikat kurier
tetapi yang menggunakannya 2 orang. Account manager kami tahu tentang
perkara ini dan tiada masalah kerana pembayaran bill kami sentiasa on time
mengikut due date. Sebulan beribu shipment yang kami hantar dan rate yang
kami dapat murah sedikit.Ianya berisiko sekiranya salah seorang tidak bayar.
Yang kena tanggung adalah nama yang digunakan untuk register syarikat
kurier.
Masa mula-mula kami daftar, kami daftar menggunakan nama masing-masing.
Kami hanya guna akaun yang sama semenjak 3 tahun lepas (2016). Selepas
berbincang dan bersetuju, kami hanya daftar menggunakan satu nama. Macam
yang diberitahu sebelum ini, ianya sangat berisiko.
108
Cara-cara untuk keluarkan duit dari akaun Paypal ke
akaun bank Malaysia
Order sudah dapat, payment sudah masuk dan sudah clear. Inilah masanya
untuk mengeluarkan duit dan hasil jualan dari oversea. Cara-caranya adalah
seperti dibawah
Langkah 1 & Langkah 2 : Klik “wallet” dan klik “link a bank account”. Kalau
sudah link bank account sebelum ini tidak perlu tambah bank akaun lagi ke
akaun Paypal.
109
Langkah 3 : Klik “add”
Langkah 4, Langkah 5 & Langkah 6 : Masukkan “Bank Name”, MEPS Bank
routing code dan juga akaun number.
110
Untuk langkah 4 dan langkah 5, korang boleh rujuk gambar di bawah
111
Selepas siap isi detail bank pergi ke halaman utama PayPal.
Langkah 7 : Klik “withdraw fund“
Langkah 8 & Langkah 9 : Masukkan berapa banyak yang nak dikeluarkan dan
pilih samada hendak keluarkan ke akaun bank ataupun kad visa. Klik
“continue”.
112
Langkah 10 : Klik ‘withdraw“. Tahniah. Sudah berjaya keluarkan duit dari
akaun Paypal ke akaun bank Malaysia. Tunggu sehingga 2 hingga 3 hari
bekerja untuk duit “clear” kedalam akaun bank. Mengikut pengalaman, selepas
beberapa kali keluarkan duit dari akaun paypal ke akaun bank, hanya
mengambil masa sehari sahaja untuk clear. Keluarkan duit dari Paypal
sebelum pukul 9 pagi dan pada pukul 4 hingga 5 petang pada hari yang sama,
duit sudah clear didalam akaun bank.
113
Bagaimana untuk cancel order di ebay
Bangun tidor dapat email. Satu dari Ebay yang menyatakan sudah ada order.
Satu dari PayPal yang menyatakan sudah dapat pembayaran. Memang
gembira. Tidak lama kemudian dapat mesej dari buyer yang menyatakan
hendak cancel order. Jangan frust ye. Memang kadang kala ragam manusia
tidak boleh dijangka.
Sebab salah order barang ataupun tidak perasan barang akan sampai dalam
masa 3 hingga 4 minggu ataupun apa-apa jua alasan daripada buyer. Ataupun
buyer suruh hantar ke alamat lain selain dari alamat PayPal. Ingat ye. Hanya
hantar ke alamat PayPal. Kalau hendak hantar ke alamat lain kena cancel
order dulu di ebay lepas itu Paypal akan auto refund ke buyer. Lepas itu baru
suruh buyer itu beli balik ikut alamat yang betul.
Kena cancel order dengan cepat takut buyer tu marah tidak dapat refund duit
yang tersalah order. Ebay tidak akan kenakan fee bagi setiap order yang kita
cancel. Cara-cara nak cancel ikuti langkah ini.
1.Klik anak panah kebawah sebelah print postage
label
2.Klik Cancel Order
3.Pilih buyer ask to cancel the order ataupun
something wrong with the buyer’s delivery
address
114
Jangan pilih The item is out of stock or is damaged. Ianya akan menjejaskan
rating korang di ebay.
115
Cara-cara untuk revise negative feedback yang buyer
berikan
Kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita. Kita dah buat sehabis baik hantar
barang, description yang kita tulis di ebay pun kita dah buat dengan betul dan
tepat tetapi apabila berurusan dengan manusia ada sahaja masalah yang tak
kena. Walaupun dengan jelas kita tulis, buyer itu tak baca, kalau nasib tidak
baik akan dapat negative feedback. Untuk seller baru, feedback sudah la
sedikit lepas itu dapat negative feedback, memang tension. Potensi buyer pun
berfikir nak beli dengan kita.
Biasa kalau tengok seller ebay baru, ada juga yang tak revise feedback.
Memang biasanya seller baru ini tak tahu ada fungsi yang ebay berikan untuk
revise negative ataupun neutral feedback. Ataupun seller baru ini tiada skill
iaitu hubungi buyer dulu untuk selesaikan apa-apa masalah. Tengok salah satu
contoh seller dari Malaysia ini yang tak pernah revise feedback
Kalau seller ini jaga feedback mungkin sales akan lebih lagi. Contoh seller dari
Malaysia yang dah revise feedback
116
Sebelum hantar request revision negative ataupun neutral feedback, biasanya
kami buat perkara ini dahulu
1. Salah siapa?
Kalau memang salah kita, offer buyer itu half refund ataupun full refund. Salah
satu contoh salah kita adalah cara packing kita tak betul, ataupun kurang
bubble wrap. Kalau buyer itu setuju dengan offer kita, refund kepada buyer
dahulu. Lepas itu baru send request feedback button.
2. Salah buyer
Yang ni kadang-kala kalau fikir memang kelakar. Ada juga beberapa kes yang
buyer nak bagi positive feedback tetapi tertekan negative feedback, memang
naya kita. Yang ni memang kena hubungi buyer cepat-cepat. Lepas buyer itu
bersetuju ataupun respon dengan mesej kita baru kita hantar request feedback
button.
3. Salah syarikat kurier
Yang ni memang diluar kawalan kita. Barang dah pack betul-betul tetapi rosak.
Mungkin staff syarikat kurier itu terduduk ataupun seribu satu masalah lain.
Yang ni memang biasanya kena full refund ataupun korang janji nak hantar
yang baru. Lepas buyer itu setuju dengan terma dan syarat yang korang bagi
baru send request feedback revision.
117
Jangan terus hantar ataupun send request feedback button. Ini kerana lepas
korang request, buyer hanya ada masa 10 hari dari tarikh kita send request
feedback button. Selepas itu kalau buyer itu tidak revise, kita sudah tidak
boleh request untuk tevise buat kali kedua.
Cara-cara nak revise feedback ialah
1. Klik My ebay
2. Klik Account
3. Klik Feedback
Lepas itu klik Request Feedback Revision dan pilih negative ataupun neutral
feedback yang kita nak hantar kepada buyer.
118
Bagaimana untuk selesaikan masalah apabila buyer
open case di PayPal
Biasanya buyer yang open case di PayPal disebabkan 2 perkara iaitu barang
tak sampai dan juga chargeback. Buyer ada 2 pilihan untuk open case apabila
barang tidak sampai iaitu samada untuk open case di ebay ataupun di PayPal.
Kebiasaannya buyer open case di PayPal apabila tidak boleh open case di
ebay kerana sudah lebih 60 hari dari tarikh pembelian. Chargeback pula
adalah buyer tidak authorise ataupun buyer tidak beri kebenaran untuk
membeli barang itu. Memang pelik, sudah buat pembayaran tetapi buyer cakap
tidak authorise.
Setiap order yang dapat di ebay mestilah dihantar mengikut alamat buyer di
Paypal. Kalau alamat ebay dengan Paypal berbeza, ikut alamat PayPal. Ini
kerana sekiranya buyer open case dan korang tunjukkan bukti yang hantar ke
alamat selain dari alamat PayPal, memang korang susah untuk menang kes
itu. Ada buyer yang “bijak” dan “cerdik” tahu mengenai hal ini dan buyer itu
meminta korang hantar ke alamat selain alamat PayPal. Memang korang cari
nahas kalau hantar alamat selain dari alamat PayPal.
Kalau order yang kecil seperti bawah $20 USD, buyer minta hantar ke alamat
lain biasanya kami hantar kerana kalau open case tidaklah terbeban sangat
(tidak pernah buyer open case untuk order kecil ini). Kalau order besar
memang kami tidak akan hantar dan kalau buyer itu suruh juga hantar, order
yang telah dibuat dengan kesalahan alamat itu akan di cancel kan dulu dan
buyer itu akan dapat refund. Kemudian suruh buyer itu beli semula dengan
alamat yang betul.
Setiap open case dari buyer, korang akan dapat email. Untuk melihat senarai
open case di Paypal, login ke Paypal korang dan klik open case
119
Klik respond
Selepas itu pilih salah satu daripada 3 pilihan seperti dibawah. Kalau belum
refund dan sudah hantar barang, klik I’ve already shipped the product or
provide the service.
120
121
Apa yang korang perlu buat adalah berikan PayPal bukti penghantaran yang
barang itu korang telah hantar ke alamat buyer mengikut alamat PayPal buyer
itu. Contoh bukti yang barang telah dihantar adalah seperti tracking number
dari DHL Ecommerce ataupun Singapore Post ataupun DHL Express
122
123
Selepas upload tracking number ini di PayPal, akan tulis keterangan bahawa
barang ini boleh di track melalui
DHL Ecommerce : https://webtrack.dhlglobalmail.com
Singapore Post : http://track.quantiumsolutions.com
DHL Express : https://www.logistics.dhl/my-en/home/tracking.html
Selepas pihak PayPal dapat butiran yang korang hantar mereka akan check
samada barang ini sudah sampai ataupun tidak. Sekiranya sudah sampai maka
korang akan menang dan akan dapat email macam ini
124
Kalau dah menang rasa gembira macam dapat sales. . Ye la kan, kalau
order $100USD dah lebih kurang RM400. Kalau order besar memang korang
kena pastikan syarikat kurier yang korang guna boleh track barang itu sudah
sampai ke tak. Kalau barang value yang kecil tiada masalah untuk refund.
Kalau barang nilai besar memang sedih.
125
Cara-cara untuk menaikkan selling limit
Untuk akaun baru, biasanya anda hanya boleh list ataupun jual kuantiti 50
barang sahaja. Dengan value barang sebanyak RM4,00.0 Ebay punya game
memang tak boleh terus laju. Ebay nak pastikan marketplace ebay selamat
untuk digunakan.
Takde feedback pun takpe buat listing. Tak perlu tunggu dapat feedback atau
beli feedback baru buat listing. Ramai dah pembeli panduan kami yang buat
listing dengan feedback kosong dan berjaya membuat jualan.
Untuk naikkan selling limit, anda perlu hubungi ebay. Hanya boleh email ke
ebay sahaja untuk naikkan selling limit. Anda hanya boleh hubungi ebay
selepas 30 hari dari kali pertama ebay naikkan selling limit.
Untuk akaun baru, ebay akan suspend. Selepas akaun anda tidak suspend lagi
biasanya ebay akan naikkan selling limit kepada 50 listing dan nilai sebanyak
RM4,000. Selepas ebay naikkan selling limit ini, anda hanya boleh minta
selepas 30 hari dari tarikh ebay naikkan limit yang pertama.
Untuk naikkan selling limit kali ketiga, anda hanya boleh hubungi ebay 30 hari
dari tarikh terakhir ebay naikkan selling limit anda. Dan begitu juga untuk
naikkan selling limit keemapt, kelima dan seterusnya. Pendek kata setiap 30
hari anda perlu hubungi ebay.
Cara-cara untuk hubungi ebay melalui email untuk menaikkan selling limit
adalah seperti dibawah. Ingat ye, hubungi ebay.com.my (bukannya ebay.com)
126
Kemudian klik selling >> selling problem >> Increase your selling limits seperti
dibawah
127
Kemudian klik contact us
Kemudian klik Email us
128
Isikan detail akaun anda seperti dibawah.
Untuk ruangan “Please provide a brief description of your issue” Anda boleh
isikan seperti diatas. Comtoh ayat lain yang anda boleh isikan seperti dibawah
Hello Ebay,
I want to increase my selling limit. Thank you.
Ataupun ayat dibawah
Hello Ebay,
I want to list more item. Kindly please increase my selling limit. Thank
you.
Ataupun anda boleh guna ayat sendiri. Pastikan guna ayat yang lemah
lembut
129
Selepas anda email ke pihak ebay, ebay akan balas mesej anda seperti
dibawah
Tahniah, anda sudah berjaya naikkan selling limit. Biasanya untuk kali pertama
anda ingin naikkan selling limit, ebay akan hubungi anda. Untuk kali kedua
dan seterusnya, kebiasaannya apabila anda email, ebay akan terus naikkan
selling limit terus.
130
Cara-Cara Menghubungi Ebay
Ada banyak sebab untuk anda hubungi ebay. Anda boleh chatting ataupun
email dengan ebay. Ada beberapa kategori yang anda hanya boleh email
sahaja dengan ebay. Contohnya jika akaun anda kena suspend ataupun anda
ingin naikkan selling limit.
Untuk naikkan selling limit dan akaun suspend, anda hanya boleh email ke
ebay. Untuk chat dengan ebay, hanya pada waktu bekerja iaitu Hari Isnin
hingga Jumaat pada pukul 9 pagi hingga 6 petang sahaja.
Pejabat ebay di Malaysia terletak di One Utama Damansara Petaling Jaya.
Contoh dibawah hendak hubungi ebay untuk menaikkan selling limit
Cara-cara untuk chat dengan ebay adalah seperti dibawah. Dalam contoh ini.
hendak hubungi ebay melalui chat untuk tujuan “update contact information”.
Anda juga boleh hubungi ebay untuk tujuan lain. Hanya pilih mana-mana
pilihan yang sesuai.
Langkah 1 : Masuk ke ebay.com.my dan klik “Help & Contact”
Cara-caranya klik Account >> updating account information >> contact us
131
Langkah seterusnya ikut seperti dibawah
132
Dalam kes ini, ebay ada terangkan cara-cara untuk “updating account
information”. Hanya perlu ikut langkah yang ebay terangkan seperti dibawah.
Jika anda tidak faham juga, anda boleh chat dengan pihak ebay seperti
dibawah
133
Strategi Keuntungan Berganda
1. Jual barang secara banyak ataupun bulk
Barang yang kuantiti satu pun jual. Barang yang sama dengan kuantiti yang
banyak contohnya 20,30 ataupun 40 pun jual juga. Macam yang diterangkan
sebelum ini, tidak selalu laku tetapi kalau laku memang banyak untungnya.
Ramai seller ebay yang lama guna strategi ini. Buyer yang beli bulk ini
biasanya penjual juga. Biasanya buyer yang beli bulk ini korang boleh guna
strategi no 2 macam di bawah.
2. Berurusan di luar ebay
Lepas buyer beli barang, korang akan dapat email. Boleh guna email itu untuk
buat marketing dan suruh buyer itu beli di website korang kalau ada. Kalau
korang takde website boleh email buyer itu berminat tak nak beli di luar ebay
untuk order seterusnya. Jangan cakap nak deal luar ebay. Mungkin korang
boleh offer buyer tu kalau nak beli banyak boleh email ke korang dulu untuk
dapatkan discount. Lepas buyer itu email korang, mungkin boleh bagi diskaun
5%. Ebay fee 10%, kalau bagi diskaun 5% masih jimat 5%. Kemudian create
invois di PayPal dan send kepada buyer itu. Ingat ya, kalau orang tu belum
beli lagi dengan korang, jangan pandai-pandai nak deal luar ebay. Ebay akan
bagi warning nanti. Ada juga yang tidak minat untuk deal luar ebay dan peratus
yang nak deal luar ebay hanyalah sedikit.
134
135
Gambar di atas dalam salah satu contoh buyer yang beli di luar ebay setelah
beri invoice pada mereka.
3 . Jual barang berkaitan hobi atau barang rare
Barang berkaitan hobi ni memang kadang kala tidak masuk akal bagi bukan
peminat. Kalau kebetulan memang korang ada barang-barang ini, memang
dapat “jackpot”. Bagi peminat barang itu memang biasa pada mata mereka.
Bagi mereka yang ada koleksi macam duit lama, stem, baju bundle yang rare
memang boleh buat banyak duit.
Korang boleh guna advanced search ebay macam yang ditunjukkan sebelum
ini dan gunakan keyword ini
1) Bank negara >> akan jumpa duit Malaysia yang dijual dengan harga mahal.
Ramai seller luar negara yang jual duit Malaysia lama. Ada juga ternampak
orang mencari duit lama di group Facebook. Sekarang korang dah tahu kan
mana diorang jual dan dapat keuntungan berganda
2) Johor / Malacca ataupun negeri korang >> banyak khazanah dijual di
ebay. Harga memang mahal
3) Hot wheels >> barang mainan kecil. Yang ini memang ada banyak jenis.
Kalau korang ada koleksi memang boleh jual di ebay
4) Vintage >> banyak baju bundle yang keluar kalau korang buat item location
Malaysia masa buat kajian menggunakan advanced search di ebay. Yang ni
senang sikit nak cari. Boleh pergi ke kedai bundle. Kalau towkey kedai bundle
tu tak tengok harga kat ebay, ada harga baju tu RM10 korang boleh jual $50
atau $100 atau $200. Kalau towkey bundle tu selalu tengok harga di ebay,
memang harga kapak diorang jual kat kedai bundle.
136
Cuma kalau nak jual bundle banyak masa yang korang habiskan nak cari satu-
satu baju di kedai bundle. Ramai yang menjual baju vintage ataupun bundle
bermula dengan cari baju di kedai bundle. Lepas ada modal dan keyakinan
disebabkan baju banyak laku dan untung biasanya mereka ambil guni terus
ataupun geng bundle panggil “bale”.
Untuk startegi nombor 3 memang tak ramai ada kelebihan. Kalau yang
memang ada contoh senarai nombor 3 memang kelebihan. Jangan risau, guna
strategi nombor 1 dan nombor 2 pun dah ok sebenarnya. Kadang-kadang satu
transaksi boleh untuk RM500 hingga 4 angka.
137
Kenapa mesti aktifkan out-of-stock-option
Apa yang korang perlu tahu tentang out-of-stock-option adalah macam ini.
Katakan korang buat listing Good ‘Til Cancelled dan barang yang dijual itu ada
3 kuantiti. Katakan 3 kuantiti ini sudah dibeli dan habis dijual. Listing korang
tidak akan end atau tidak akan terhenti. Listing itu hanya menunjukkan kuantiti
kosong dan bukannya listing itu terhenti. Apabila korang revise balik kuantiti
barang itu, potensi buyer boleh lihat dan beli barang itu.
Ianya sangat penting kerana apabila ada history yang barang dijual itu terjual
dengan kuantiti yang banyak, potensi buyer lebih yakin kerana sudah ramai
yang beli. Lebih-lebih lagi apabila potensi buyer itu tengok feedback yang
bagus, memang senang terjual.
Cara untuk mengaktifkan out-of-stock-option sangat mudah. Hanya perlu ikuti
langkah ini
1. Klik My Ebay
2. Klik Account
3. Klik Site preferences
4. Tick “Yes”
Mudah kan. Lepas ni korang tak perlulah tergesa-gesa buka akaun ebay setiap
kali barang hot yang banyak terjual itu sudah hendak habis kuantitinya.
138
Bagaimana hendak membuat pinjaman rumah dan
kereta menggunakan hasil jualan di ebay
Mempunyai rumah dan kereta atas nama sendiri merupakan idaman dan
impian bagi ramai orang. Jika dilihat dari dada akhbar dan juga television
pemilikan hartanah dikalangan bumiputra sangatlah rendah. Mungkin salah
satu faktor adalah ekonomi. Hendak sampai hujung bulan pun kadang-kadang
“tak lepas” lagilah hendak cerita mengenai pemilikan hartanah.
Ada juga pemaju yang mengenakan hanya sedikit wang pendahuluan untuk
pemilikan rumah dan pemaju tanggung kos guaman. Walaupun kena bayar kos
pendahuluan yang minima untuk beli rumah baru, banyak sebenarnya kos yang
diperlukan. Boleh dikatakan kos yang minimun ada berbelas ribu ringgit.
Biasanya kos berbelas ribu ringgit ini kos asas sahaja seperti kos wiring,
membeli lampu, kipas, tambah soket dan kelengkapan rumah yang lain.
Anda bertuah kerana memilih untuk memiliki panduan ini dimana kami akan
tunjukkan langkah-langkah bagaimana kami berjaya membuat pinjaman bank
dengan menggunakan hasil jualan ebay. Dengan teknik ini kami berjaya
membuat pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman ASB, dan juga kad
kredit. Kredit kad kami gunakan untuk membayar bill DHL. Tiada caj kad kredit
yang dikenakan dan selepas bayar bill DHL menggunakan kredit kad malahan
akan dapat point. Point ini ada yang kami gunakan untuk tebus PS4 dengan
hanya perlu membayar separuh harga sahaja dengan pengeluar kredit kad.
Tapi awas, jangan salah gunakan kredit kad.
Semasa awal menjual di ebay, kami daftar lesen enterprise dari SSM.
Walaupun jualan kami sikit sahaja, kami sudah daftar SSM. Kami membuka
akaun bank mengunakan lesen enterprise ini. Segala resit perbelanjaan
membeli barang kami simpan. Ebay fee pun kami simpan dan cetak. Hampir
semua resit perbelanjaan yang kami keluarkan untuk menjual di ebay kami
simpan dalam fail.
139
Untuk setiap akaun ebay, sebagai contoh Akaun ebay A yang menggunakan
nama kami sendiri. Segala pengeluaran duit dari PayPal akaun A akan kami
transfer ke akaun syarikat. Untuk akaun ebay B yang menggunakan nama isteri
akan di transfer juga ke akaun syarikat. Dengan menggabungkan beberapa
akaun ebay, hasil jualan ebay kami konsisten 5 angka ke 6 angka sebulan.
Selepas itu kami gunakan khidmat syarikat yang boleh mengira cukai
keuntungan jualan ebay kami. Segala jenis dokumen yang mereka minta kami
sudah sediakan dan simpan didalam fail. Selepas pengiraan keuntungan
dilakukan, kami membayar cukai. Setelah ada bukti dan resit pembayaran
cukai, hendak buat pinjaman bank memang senang. Biasanya pihak bank ingin
melihat dalam 2 tahun lepas ada bayar cukai ataupun tidak. Kalau ada bayar
cukai untuk 2 tahun berturut-turut memang senang nak lulus pinjaman.
140
Biasanya dokumen yang bank minta untuk buat pinjaman rumah adalah bank
statement, e-filing LHDN, resit pembayaran cukai, SSM yang sudah 3 tahun.
Setiap bank berbeza keperluan dan dokumen yang mereka pinta. Walaupun
korang baru mula menjual di ebay, buatlah lesen niaga SSM. Kalau jenis bank
yang memerlukan pemohon ada perlu SSM yang sudah 3 tahun, sekurang-
kurangnya korang dah bersedia dari awal. Kalau jualan korang memang sudah
konsisten 5 angka tetapi korang tidak bayar cukai memang susah hendak lulus
permohonan. Mengikut logik bank, kalau tanggungjawab terhadap negara pun
tak dilaksanakan apatah lagi tanggungjawab terhadap pinjaman bank. Contoh
surat pembelian rumah seperti dibawah
141
Pada mulanya kami berjaya menyelesaikan pinjaman kereta yang kecil (viva
dan kancil) kemudian kami berjaya menyelesaikan pinjaman kereta myvi
masing-masing. Selepas itu kami berjaya selesaikan hutang PTPTN dan
memang nampak banyak potensi kalau betul-betul fokus.
142
Ianya tidak mudah dan ianya juga tidak mustahil. Untuk mendapat jualan di
ebay memang mudah. Untuk mendapat jualan yang konsisten bukannya
mudah dan cepat. Mungkin rezeki korang cepat sampai dengan panduan ini
ataupun lagi lambat. Yang penting kena ada usaha yang berterusan dan cepat-
cepat korang bina tim sendiri iaitu ada pekerja yang uruskan order, mencari
niche baru dan juga jadi customer service bagi pihak korang.
143
Penutup
Tahniah kerana anda telah berjaya menghabiskan modul panduan ebay mudah
ini. Panduan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.
Ebay punya game bukannya hari ini buat akaun ebay dan PayPal terus boleh
jual banyak barang.
Bagi akaun baru yang hendak menjual di ebay. Mungkin strategi yang boleh
korang jual adalah dengan menjual rendah sedikit daripada harga seller lain.
Ianya bertujuan untuk ada transaksi sebagai penjual di ebay dan untuk
mendapat feedback dari buyer. Jangan jual sampai rugi pula ye.
Mungkin juga untuk akaun baru, katakan seller lain jual dengan harga $30 USD
dengan free shipping. Apa yang korang boleh buat untuk akaun baru mungkin
dengan menjual $23 USD dengan shipping fee $7 USD. Ataupun jual dengan
harga $20 USD dengan shipping $10 USD.
Jangan hanya fokus kepada ebay.com sahaja. Kalau sudah ramai sangat seller
yang jual barang yang sama di ebay USA, cuba jual barang yang sama di ebay
UK pula. Ataupun ebay Australia ataupun ebay di eropah.
Kalau hendak buat beberapa akaun ebay kena ikut langkah demi langkah yang
diterangkan seperti sebelum ini. Akaun ebay kami dari tahun 2014 tidak pernah
kena terminate. Kalau sudah dapat warning yang ebay tak bagi jual barang itu,
jangan jual ye. Barang copyright ke, copy ori ke jangan jual.
Kalau barang tak berjaya terjual pada bulan pertama jangan mudah putus asa
ye. Kami dulu masa baru-baru menjual pun mengalamai masalah yang sama.
Semakin lama kami membuat research barang yang laku semakin cerah
peluang barang yang kami jual itu laku.
144
Group Support Ebay Mudah di Facebook
Untuk group support di facebook korang boleh klik disini. Segala pertanyaan
korang boleh tanya di group ye. Untuk FB personal kami
adalah Farhan dan Fazley. Segala pertanyaan sila tanya di Facebook group
sahaja. Team saya akan berikan support disana.
Jika ada sebarang pertanyaan yang agak sensitif ataupun personal yang
memerlukan korang mesej, sila mesej di group juga ye. Team kami akan
menjawab disana juga. Jika korang personal mesej FB kami takut kami jawab
lambat. Di group memang ada team yang uruskan termasuk kami.
Kami juga ada blog iaitu rentassempadan.com. Boleh layari blog itu untuk
mengetahui trick dan tips serta menambah pengetahuan. Terima kasih.
145
Cara-cara untuk membuat PayPal invoice
Kalau korang sudah lama dan biasa dengan ebay, biasanya akan dapat mesej
dari buyer untuk beli secara bulk ataupun beli dengan kuantiti yang banyak.
Mereka ini ada juga seller dimana mereka beli bulk dan jual balik di negara
mereka. Kalau dapat deal macam ni memang best!
Sebelum nak deal dengan mereka ini, pastikan mereka sudah membeli barang
korang di ebay. Jangan lah kalau belum beli lagi dan korang sudah mahu ajak
mereka deal luar ebay. Yang ni memang cari nahas dengan ebay. Ebay boleh
suspend akaun korang kalau tak ikut rules ebay.
Kalau sudah beli, korang akan dapat email mereka. Apabila mereka tanya
melalui ebay untuk beli secara bulk, korang reply di email mereka. Bukan reply
di mesej ebay. Ada yang nak deal dan ada juga tidak mahu. Mungkin korang
boleh bagi mereka diskaun 5% dari harga barang. Ebay fee secara purata 10%,
dan kalau bagi diskaun 5%, korang masih ada lebihan untung 5%.
Contoh invoice yang sudah dibayar di PayPal dan email seperti dibawah
146
147
Senang sahaja nak buat invoice PayPal untuk dihantar kepada buyer. Lepas
login akaun PayPal klik Tools kemudian klik Invoicing
148
Kemudian klik Create
Masukkan butiran seperti gambar dibawah dan klik send
149