PENGURUSAN INDUSTRI
Industrial Management
Senarai pengarang
Azuwan bin Salehuddin
Zahiran bin Hamzah
Feroz Shah bin Zainordin
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Azlan Shah
35950 Behrang
Diterbitkan oleh:
Politeknik Sultan Azlah Shah
Behrang Stesen
35950 Behrang, Perak
Tel : 05-4544431
Fax:05-4544993
Email: http://www.psas.edu.my
Edisi Pertama November 2021
Hakcipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun kecuali setelah mendapat
kebenaran daripada Politeknik Sultan Azlan Shah
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Pengurusan Industri
e ISBN : 978-967-2409-51-9
Dicetak oleh :
Politeknik Sultan Azlan Shah
PRAKATA
Alhamdulillah. Dengan rasa rendah dirinya, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran yang tidak
terhingga kepada Allah s.w.t. yang telah menganugerahkan kekuatan, ilham dan inayah-Nya
kepada saya dan sahabat-sahabat untuk mengemaskinikan dan menyusun nota Pengurusan
Industri ini walaupun dalam keadaan dhaif.
Sesungguhnya segala ilmu pengetahuan dan kebaikan yang terdapat dalam nota ini bukanlah
datang dari ilmu kami tetapi semuanya datang dari Allah s.w.t. yang Maha luas ilmu-Nya
Sememangnya nota ini tidak begitu lengkap dan banyak kekurangannya. Walaupun begitu,
andaikata ada manfaatnya, kami hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kami yang telah
banyak memberi dorongan kepada kami untuk memahami erti kehidupan ini. Juga kepada
guru-guru kami yang banyak berjasa kepada kami. Tidak lupa juga kepada pasangan hidup
kami dan anak-anak kami yang tersayang.
“Ya Allah, terimalah usaha kecil kami ini. Jauhkan perasaan hati ini dari tujuan-tujuan yang
lain selain dari kerana mengharap keredhaan-Mu. Kami mohon keampunan-Mu Ya Allah,
sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sebarang teguran dan pembetulan dari semua pihak dalam memperbaiki kesilapan dan
kesalahan di dalam nota ini amat dihargai.
Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan rakan sekerja yang sama-
sama mengambil inisiatif sehingga nota ini dapat disiapkan. Sesungguhnya, segala yang baik
itu datangnya dari Allah dan segala kesalahan itu datangnya dari kelemahan diri kami yang
dhaif ini.
Wassalam
Salam hormat
Feroz Shah bin Zainordin
Politeknik Sultan Azlan Shah
[email protected]
November 2021
Kandungan 1
2
1.0 Pengurusan Industri (Industrial Management) 2
1.1 Pengenalan 3
1.2 Definisi Pengurusan 4
1.3 Fungsi Pengurusan 5
1.4 Konsep Kejuruteraan dan Pengurusan Industri 7
1.5 Evolusi Kejuruteraan Industri 9
1.6 Pengurusan Hendry Gantt 10
1.7 14 Prinsip Pengurusan Hendri Fayol 13
1.8 Pengurusan Taylor 15
1.9 Daya Pengeluaran 16
1.10 Pengukuran Kerja 17
1.11 Konsep organisasi 19
1.12 Prinsip organisasi
1.13 Proses pengurusan 23
1.14 Polisi @Dasar, Matlamat dan Objektif 23
24
2.0 Rekabentuk Sistem Kerja (Work System design)
2.1 Apa itu reka bentuk sistem kerja 25
2.2 Kepentingan reka bentuk pekerjaan
2.3 Pengdekatan asas untuk reka bentuk pekerjaan 27
2.4 Keleihan dan keburukan
2.5 Kajian pergerakan 33
2.6 Carta Proses Aliran 34
2.7 Teknik Kajian Pergerakan 35
2.8 Mengira ukuran kerja 36
37
3.0 Lokasi dan Susun atur Loji (Plant Location and Plant Layout) 38
3.1 Pengenalan 39
3.2 Konsep susun atur loji 44
3.3 Faktor yang memberi kesan 45
3.4 Prinsip-prinsip susun atur loji
3.5 Prosedur susun atur loji 51
3.6 Susun atur fasiliti loji 52
3.7 Jenis-jenis susun atur fasiliti loji 52
3.8 Pemilihan susun atur loji 53
3.9 Imbangan garis (line balancing) 54
54
4.0 Pengurusan Kawalan Industri (Industrial Control Management) 58
4.1 Pengenalan 61
4.2 Objektif kawalan Industri 64
4.3 Jenis-jenis inventori 65
4.4 Kos inventori
4.5 Model Kawalan Inventori
4.6 Model Kawalan Pesanan Ekonomi (EOQ)
4.7 Model Kawalan Pesanan Pengeluaran Ekonomi (EPQ)
4.8 Model Diskaun Kuantiti
4.9 Perancangan Keperluan Bahan (MRP)
4.10 Bil Bahan (BOM)
Kandungan 77
77
5.0 Pengurusan Jadual (Sheduling Management) 77
5.1 Pengenalan 78
5.2 Kebaikan penggunaan jadual 79
5.3 Objektif penggunaan jadual 80
5.4 Konsep penjadualan 81
5.5 Sistem penjadualan High-Volume 84
5.6 Sistem penjadualan Low-Volume 86
5.7 Common Sequencing Rule
5.8 Assigment Method 91
5.9 Johnson Rule 92
93
6.0 Pengurusan Kualiti (Quality Management) 94
6.1 Pengenalan 94
6.2 Definisi 94
6.3 Pengasas Pengurusan Kualiti Moden 95
6.4 Dimensi kualiti 95
6.5 Kos Kualiti
6.6 Kebaikan Pengurusan Kualiti
6.7 Pensijilan Pengurusan Kualiti
6.8 Total Quality Management
TAHUKAH ANDA?
1. Belajar menjadi ibadah jika dimulakan dengan menyebut nama Allah (membaca Bismillah…)
2. Diberkati dan mudah difahami pula jika dibaca doa sebelum memulakan belajar
3. Setelah selesai belajar dibaca pula doa berikut, InsyaAllah ilmu yang diperolehi akan bertambah berkat:
“Maha Suci Engkau ya Alah dan segala pujian bagi Mu, tiada Tuhan yang benar layak disembah
melainkan Engkau, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu, maka ampunlah aku. Sesungguhnya tiada
yang dapat memberi keampunan melainkan Engkau
4. Sebaiknya gunakanlah bahan bacaan/buku/kitab yang asli. Undang-undang hak cipta dan harta intelek
telah diiktiraf oleh ulama-ulama kontemporari Islam. Di dalam keputusan Persidangan Fiqh Islam
Sedunia ke-6 di Kuwait pada 1-6 jamadil awwal 1409 Hijrah, resolusi persidangan ini menyatakan
bahawa: ‘Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara dan dilinduungi serta diiktiraf
mengikut Syariat Islam. Hak-hak itu adalh kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus dicerobohi’
5. Surah an-nahl ayat 69….dari perut lebah itu keluar minuman (madu)…..Keistimewaan madu antaranya
adalah mencerdikkan akal, memberi tenaga dan sebagai agen penjagaan kesihatan.
6. Kismis berkahsiat untuk mencerdaskan minda. Makanlah 7 biji 3 kali sehari, sebelum sarapan, tengahari
dan sebelum tidur
7. Rasulullah besabda “ sebaik-baik wangian adalah kasturi” (Riwayat Muslim). Haruman Kasturi adalah
santapan rohani. Apabila roh sihat, minda juga turut sihat.
8. Daun pekaga dikatakan ulam yangbagus untuk meningkatkan daya ingatan
9. Antara perkara yang dikatakan penyebab lupa adalah : memakan makanan yang dimasuki serangga,
makan kepala ikan, makan organ dalaman binatang, membaca tulisan di atas batu nisan dan kerap
melihat kemaluan walaupun kemaluan sendiri
10. Dapatkan tidur yang cukup kerana ia membantu merehatkan otak setelah belajar. Waupuun begitu
elakkan tidur di antara Asar dan Maghrib dan selepas Subuh kerana diaktakan akan mewarisi penyakit
lupa dan kepapaan.
SELAMAT MENCUBA – SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARI NYA
Konsep pengurusan /1
1
Pengurusan Industri
Industrial Management
1.1 PENGENALAN
Pengurusan dalam kehidupan sebenarnya telahpun bermula sejak manusia bekerjasama
melaksanakan sesuatu tugas dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila sekumpulan atau
sekelompok manusia bekerjasama sama dalam satu kumpulan, maka kumpulan itu
bolehlah kita namakan sebagai organisasi. Terdapat pelbagai jenis organisasi disekeliling
kita seperti organisasi kerajaan, swasta dan juga sukarelawan seperti pertubuhan-
pertubuhan NGO.
Pertambahan ilmu pengetahuan dan arus permodenan turut mempengaruhi pendekatan
pengurusan sesuatu organisasi. Bidang industri juga turut terlibat dalam perubahan sistem
pengurusan mereka ditambah pula hampir keseluruhan kerja sekarang dilakukan oleh
mesin-mesin atau robot. Ini semua memerlukan perancangan pengurusan yang teliti dan
teratur. Tenaga kerja perlulah dilatih ke arah penyelesaian masalah-masalah yang
dihadapi di industri terutama yang melibatkan proses pembuatan atau pengeluaran agar
industri mereka tetap seiring dengan perkembangan semasa. Kegagalan sesuatu industri
untuk berdaya saing akan menyebabkan mereka kerugian atau ketinggalan dan
seterusnya mungkin terpaksa berundur diri dari industi tersebut seperti contoh industri
KODAK yang kini tidak didengari lagi namanya apabila mereka gagal bersaing dengan
teknologi camera digital.
Kepentingan untuk kita mempelajari pengurusan industri antaranya
adalah:
i. Membuat keputusan mengenai bahan yang hendak dipesan, jumlahnya, dan
bila ia diperlukan.
ii. Merancang produk apakah yang harus dibuat dahulu.
iii. Menetapkan jumlah dan tugasan pekerja serta melatih pekerja
iv. Menetapkan tahap kualiti
v. Menetapkan inventori bagi barang-barang yang diperlukan
vi. Menyelesaikan masalah pekerja
vii. Memastikan mesin dan aset dalam keadaan baik agar tidak mengganggu
operasi pengeluaran
Konsep pengurusan /2
1.2 DEFINISI PENGURUSAN
Istilah pengurusan mempunyai pelbagai takrif. Secara umumnya pengurusan merupakan
proses yang melibatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan pekerja bawahannya
atau subordinat.
Pengurusan terdiri daripada proses mengarah dan mengawal sekumpulan manusia atau
entity untuk tujuan menyelaras kumpulan tersebut bagi mencapai objektif atau matlamat
organisasi.
Pengurusan juga boleh didefinasikan sebagai proses mengoptimakan penggunaan
sumber-sumber manusia, kewangan, bahan, teknologi dan sumber alam semula jadi bagi
mencapai matlamat organisasi
Pengurusan saintifik (Scientific Management) membawa maksud
memberi tumpuan kepada keprihatinan untuk membangun dan menerapkan model atau
konsep yang boleh dibuktikan berguna dalam membantu menangani isu pengurusan dan
menyelesaikan masalah pengurusan, serta merancang dan membangunkan model
organisasi yang cemerlang dan lebih baik
1.3 FUNGSI PENGURUSAN
i. Perancangan Proses penentuan matlamat dan tindakan di semua
(Planning) peringkat organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi
ii. Pentadbiran Proses mengatur sumber dan kegiatan organisasi untuk
(Organising) melaksanakan sesuatu rancangan demi mencapai
matlamat organisasi
iii. Mengarah Proses mempengaruhi staf untuk berusaha demi
(Directing) mencapai matlamat organisasi
iv. Pengawalan Proses memantau operasi, merekod hasil operasi
(Controlling) sebenar, membandingkan hasil operasi dengan standard
yang ditetapkan supaya tindakan pembetulan dapat
dilakukan segera
v. Perjawatan Proses mendapatkan dan mengekalkan tenaga kerja
(Staffing) dalam bentuk kuantiti dan kualiti yang diperlukan
Konsep pengurusan /3
1.4 KONSEP KEJURUTERAAN DAN PENGURUSAN INDUSTRI
Kejuruteraan industri merupakan cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan ilmu untuk
mengoptimumkan proses, sistem atau organisasi. Jurutera Industri perlu merancang agar
dapat menggelakkan pembaziran masa (waste of time), wang, bahan, jam masa bekerja,
masa penggunaan mesin, tenaga dan sumber lain yang tidak memberi keuntungan dan
nilai (value).
Pengurusan industri pula merupakan proses organisasi yang merangkumi perancangan
strategik, penetapan objektif, pengurusan sumber, pengurusan kewangan, penguruan
asset dan pengurusan manusia ke arah untuk mencapai matlamat organisasi. Fungsi
pengurusan tidak terhad kepada pengurus dan penyelia sahaja, malahan setiap anggota
organisasi mempunyai peranan untuk memastikan matlamat organisasi tercapai.
Pengurusan Industri juga harus menjaga hubungan yang mesra dan sihat antara
pengurusan dengan pekerja, mewujudkan suasana yang selesa dan aman dalam aspek-
aspek seperti berikut:.
i. Melindungi kepentingan pekerja.
ii. Menetapkan gaji munasabah
iii. Menyediakan keadaan kerja yang baik
iv. Menyediakan langkah-langkah keselamatan sosial yang lain
v. Menyokong kesatuan sekerja yang aktif
vi. Melakukan perundingan yang kolektif
Rajah 1.1 : Elemen Kejuruteraan Industri
Konsep pengurusan /4
1.5 EVOLUSI KEJURUTERAAN INDUSTRI
Pengurusan Saintifik
menekankan kajian bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan
produktiviti organisasi
Fredick W Taylor Teknik Pengurusan Saintifik 1856-1915
Henry Laurence Gantt Carta Gantt 1861-1919
Frank and Lilian Gillbreth Time and Motion Study 1868-1924
Pengurusan Pentadbiran
Menekankan pembentukan satu struktur organisasi yang berkesan
Max Weber Teori birokrasi 1864-1920
Henri Fayol Bapa Pemikiran Pengurusan 1841-1925
Pengurusan berasaskan tingkahlaku dan
hubungan manusia
Mary Parker Follet Pengaruh kumpulan 1868-1933
Elton Mayo Pengaruh motivasi terhadap kerja 1880-1949
Pengurusan Saintifik
Konsep pengurusan /5
Jadual 1 : Ringkasan sejarah pengurusan industri
Years Concept Originator
1776 Division of Labor Adam Smith
1790 Interchangeable parts Eli Whitney
1911 Principles of scientific management Frederick W. Taylor
1911 Motion study : use of industrial psychology Frank and Lillian Gilbreth
1912 Chart for scheduling activities Hendry Gantt
1913 Moving assembly line Hendry Ford
1915 Mathematical model for inventory management F.W. Harris
1930 Hawthorne studies on worker motivation Elton Mayo
1935 Statistical procedures for sampling and quality H.F Dodge, H.G Romig
control W.Shewhart, L.H.C.Tippett
1940 Operations research application iin warfare Operations research group
1947 Linear programming George Dantzig
1951 Commercial digital computers Sperry Univac
1950s Automation Numerous
1960s Extensive development of quantitative tools Numerous
1975 Emphasis on manufacturing strategy W.Skinner
1980s Emphasis on quality, flexibility, time based Japanese manufacturing
competition
1990s Internet Numerous
Source : Production Operation Management by William J. Stevenson : ISBN 0-07-366112-0
1.6 PENGURUSAN HENRY GANTT
Memperbaiki konsep yang telah diperkenalkan oleh
Frederick W. Taylor (bapa Pengurusan Saintifik)
Mementingkan konsep kerjasama yang harmoni di antara
pihak pengurusan dan pekerjanya
Menekankan bahawa kesemua ahli-ahli organisasi perlu
mempelajari untuk memahami masalah-masalah yang
terdapat dalam organisasi
Memperkenalkan siystem bonus sebagai ganjaran kepada pekerja
yang cemerlang
Mencipta Carta Gantt yang mengambarkan rancangan berpandukan masa
Kebaikan Carta Gantt Keburukan Carta Gantt
Mudah dilukis dan dibaca Tidak membantu dalam mengoptimumkan
Baik bagi persekitaran yang pembahagian tugas
statik
Memberi gambaran keseluruhan
aktiviti kerja
Konsep pengurusan /6
Kaedah membina Carta Gantt
•Kenalpasti tugas yang perlu dijadualkan. Patikan aktiviti
1 sudah dimuktamadkan dan tidak diubah
•Tentukan masa jangkaan yang diperlukan oleh setiap
2 aktiviti
3 •Tentukan kebergantungan antara aktiviti.
4 •Senaraikan aktiviti dan rekodkan janggkaan masa
5 •Tentukan masa mula dan tamat
Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Pertemuan dengan Penyelia P
A
Penyerahan cadangan projek P
Pembelian bahan mentah / A
komponen P
Proses pembuatan A
P
Pengujian projek A
Proses penambahbaikan dan P
kerja penyudahan A
Persiapan pameran P
A
Pameran projek P
A
Penulisan laporan 25% siap P
A
Penulisan laporan 50% siap P
Penulisan laporan A
75% siap P
Penulisan laporan A
95% P
Edit dan penjilidan A
P
Penyerahan laporan dan projek A
P
A
P
A
Nota P Plan
A Actual
Rajah 1.2: Carta Gantt yang asas
Konsep pengurusan /7
1.7 14 PRINSIP PENGURUSAN HENRI FAYOL
Hendri Fayol merupakan individu yang membincangkan
pengurusan sebagai satu proses dan ia juga mempunyai fungsi-
fungsi yang khusus yang perlu diikuti oleh setiap pengurus.
Beliau digelar "Bapa Pemikiran Pengurusan" disebabkan
oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan.
i. Pembahagian kerja. Division of Work
Pengurus perlu membahagikan kerja di antara kumpulan dan individu dalam setiap
kumpulan. Membahagi pelbagai jenis pekerjaan di kalangan individu akan memberikan
mereka ruang untuk mahir dalam bidang kerja tertentu. Fayol percaya kemahiran
(kepakaran) akan meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.
ii. Kuasa dan tanggungjawab. Authority and responsibility
Pengurus perlu mempunyai kuasa untuk mengawal dan memberi arahan kepada anggota di
bawah selian mereka. Pengurus juga haruslah bertanggungjawab terhadap prestasi kerja
anggota kumpulan mereka
iii. Disiplin. Discipline
Kumpulan kerja perlu mempunyai disiplin untuk menyelesaikan tugas mereka. Mereka juga
perlu mengikuti peraturan organisasi. Ini termasuk menerima arahan pengurus mereka
iv. Satu arahan. Unity of Command
Sesuatu kapal tidak boleh mempunyai dua nakhoda. Begitu jugalah dengan organisasi.
Hanya seorang yang mengeluarkan arahan. Setiap anggota bawahan perlu menyokong
arahan tersebut. Ia juga bermakna setiap orang harus mempunyai seorang sahaja penyelia
yang menyelia mereka.
v. Satu matlamat. Unity of Difection
Matlamat keseluruhan dan objektif untuk semua orang dalam organisasi harus sama.
Biarpun antara bahagian atau jabatan berbaza, namum semua matlamat tersebut haruslah
untuk mencapai matlamat utama organisasi.
vi. Kepentingan organisasi. Subordination of Individual Interest to the common good
Kepentingan organisasi adalah lebih penting daripada kepentingan seseorang, walaupun ia
seorang pengurus.
vii. Imbuhan. Remuneration
Kadar gaji pekerja untuk kerja (atau perkhidmatan) yang mereka berikan haruslah adil. Dasar
ini haruslah memberi kepuasan yang maksima. Imbuhan tidak semestinya dalam bentuk
kewangan. Ia juga boleh berbentuk pendidikan, insuran, perubatan dan kemudahan
kediaman.
Konsep pengurusan /8
viii. Pemusatan pengurusan. Centralization and Decentralization
Organisasi yang berpusat dikuasai oleh seorang pengurus atau ibu pejabat yang
akan membuat keputusan. Sementara organisasi decentralization membenarkan
jabatan atau ketua kumpulan tertentu untuk membuat keputusan. Fayol percaya
bahawa penting untuk mempunyai keseimbangan antara centralization dan
decentralization. Pemilihan kaedah yang sesuai adalah bergantung kepada struktur
dan objektif organisasi.
ix. Rantaian skala hierarki organisasi. Scalar Chain
Ini adalah mengenai hierarki organisasi, di mana orang di bahagian atas organisasi
(misalnya ketua pegawai eksekutif) mempunyai kuasa yang paling tinggi dan jumlah
kuasa berkurangan apabila turun ke setiap peringkat pengurusan melalui penyelia
dan akhirnya pekerja. Fayol percaya hierarki adalah penting untuk kejayaan
organisasi dan pekerja harus tahu kedudukan mereka dalam rantaian organisasi.
x. Perintah. Order
Prinsip ini menekankan pentingnya mengatur segala-galanya dan mempunyai sistem
untuk segalanya termasuk pekerja, jentera dan bahan. Ia bertujuan untuk
memastikan semuanya berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang selamat dan
bersih.
xi. Ekuiti. Equity
Para pekerja harus dilayan dengan adil, baik dan wajar. Disiplin harus seimbang dengan
pendekatan yang saksama. Pendekatan yang saksama termasuk adil dalam memberi
perhatian kepada setiap pekerja.
xii. Kestabilan Masa Bekerja. Stability of Tenure of Personnel
Pengurus juga harus memastikan bahawa jumlah masa bekerja setiap pekerja di
kedudukannya adalah tetap untuk menjadikan ia efektif. Fayol menegaskan bahawa
jika pekerja dipindahkan posisi kerja mereka terlalu cepat, ini menyebabkan mereka
tidak cukup masa untuk belajar bagaimana untuk meyelesaikan sesuatu masalah
kerja. Kebajikan pekerja juga perlu dijaga untuk memastikan mereka tidak
meninggalkan syarikat kerana untuk melatih pekerja baru memerlukan masa dan
kewangan.
xiii. Inisiatif. Initiative
Inisiatif atau cadangan pekerja harus juga diberi perhatian. Ia akan membantu
organisasi memperbaiki dan memberi idea baru. Pekerja juga harus dimotivasikan
tahap kesedaran mereka terhadap matlamat organisasi agar mereka juga bersama-
sama dalam memberi inisiatif untuk menyelesaikan dan menangani masalah
ditempat kerja.
xiv. Kerjasama. Espirit de Corps
Pengurusan harus memupuk semangat bekerjasama dikalangan pekerjanya.
Suasana ketegangan di kalangan pekerja boleh menggangu dan mewujudkan
suasana kerja yang buruk. Fayol menekankan keperluan untk membina dan
mengekalkan keharmonian di antara pekerja, pasukan kerja dan hubungan
interpersonal yang kukuh.
Konsep pengurusan /9
Pembahagian Disiplin Satu Rantaian skala
kerja Arahan
Kuasa dan
Perintah 14 Perinsip tanggungjawab
Hendri
Kepentingan Fayol Kestabilan
organisasi masa bekerja
Imbuhan Kerjasama
Inisiatif Satu Ekuiti Pemusatan
matlamat organisasi
Rajah 1.3 : Prinsip Hendri Fayol
1.8 PENGURUSAN TAYLOR
Frederick W.Taylor dikatakan adalah pelopor kepada
pengurusan saintifik
Pendekatan pengurusan saintifik yang digariskan oleh beliau
berdasarkan empat prinsip berikut:
i. Kenalpasti kaedah terbaik untuk setiap kerja. Eksperimen harus dilakukan untuk
mengembangkan teknik-teknik baru yang menjadikan kerja lebih mudah dan
cepat.
ii. Memilih dan melatih pekerja yang sesuai. Pilihlah pekerja yang cekap dan mahir
untuk setiap pekerjaan. Beri latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran
iii. Kerjasama yang jujur antara pengurusan dan pekerja. Pekerja dan pengurus
harus bersama-sama menetukan standard yang hendak dicapai. Ini
meningkatkan penglibatan semua dan seterusnya meningkatkan rasa
tanggungjawab.
iv. Pembahagian tugas yang adil antara pengurus dan pekerja. Ia juga perlu
diambil perhatian bahawa setiap individu harus diperuntukkan kerja mengikut
kemampuan dan minatnya.
Konsep pengurusan /10
1.9 DAYA PENGELUARAN
Produktiviti.. satu ungkapan yang sering digunakan oleh pelbagai pihak
Apakah yang anda faham mengenai produktiviti?
Secara mudahnya, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak
daripada input
Ia juga adalah satu ukuran kecekapan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Contohnya:
Sekiranya kita meletakkan tempoh dua jam untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang
sepatutnya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan, maka sekiranya ia mampu
dilakukan secara teknikalnya kita adalah produktif.
INPUT Proses OUTPUT
Pengurusan
Tenaga manusia Hasil produk
Teknologi Keluaran
Peralatan/Mesin Perkhidmatan
Modal
Sistem Pengurusan
Terdapat dua jenis pengukuran yang biasa diukur:
i. Produktiviti buruh
ii. Produktiviti berbilang factor
Konsep pengurusan /11
Beberapa contoh Partial _O__u_tp_u_t_ _O_u_t_p_u_t_ _O_u_t_p_u_t_
pengukuran measures Labor Energy Machine
produktiviti
Multifactor ____O__u_t_p_u_t____ ________O_u_t_p_u_t________
measures Machine + Labor Capital + Labor + Energy
Total __________P_e_rk_h_i_d_m_a_t_a_n_a_t_a_u_P__ro_d_u_k___________
measures Semua keperluan (input) untuk menghasilkannya
BEBERAPA CONTOH DALAM PENGIRAAN ‘PARTIAL PRODUCTIVITY’
Labor Productivity - Units of output per labor hour
- Units of output per shift
- RM value of output per labor hour
Capital Productivity - Unit of output per RM input
- RM value of output per RM input
Machine Productiviti - Units of output per machine hour
- RM value of output per machine hour
Energy Productiviti - Units of output per kW hour
Contoh :
Kirakan produktiviti bagi
a) 3 orang pekerja yang berjaya memasang 800 meter persegi karpet dalam 6 jam.
b) Sebuah mesin yang boleh mengeluarkan produk sebanyak 70 unit dalam 2 jam
Penyelesaian :
a) Produktiviti Jumlah produk yang disiapkan 800 meter persegi = 44.44 meter/jam
buruh = _________________________________ = _________________
Masa yang diambil untu siapkan produk 3 pekerja x 6 jam/pekerja
b) Produktiviti Jumlah produk yang disiapkan 70 unit = 35 unit/jam
mesin = _________________________________ = _________
Masa yang diambil untu siapkan produk 2 jam
Konsep pengurusan /12
Contoh :
Kirakan produktiviti berbilang factor bagi maklumat bergabung berikut
Output : 1700 unit produk
Input : Buruh = RM1000 , Bahan Mentah = RM500 dan Overhead = RM2000
Penyelesaiannya
Multifactor Output 1700 unit 0.48 unit/RM
Productivity = ________________________ = _______________________ =
Labor + Material +Overhead RM1000 + RM500 + RM2000
Faktor-faktor yang memberi kesan kepada produktiviti adalah:
i. Kaedah
Kaedah yang paling berkesan (efisen) akan memberikan produktiviti yang
paling baik. Ia boleh diperolehi melalui kajian-kajian kerja terhahap aktiviti
penghasilan produk tersebut.
ii. Modal
Tanpa modal, proses pengubahsuaian dan pembelian teknologi tidak akan
dapat dilakukan
iii. Kualiti
Kos untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi biasanya akan meningkat
apabila peralatan berteknologi tinggi digunakan.
iv. Teknologi
Teknologi juga boleh mempengaruhi sesuatu penghasilan produk. Ia biasanya
berkaitan masa untuk menyiapkan produk, kuantiti, penggunaan bahan baru
dan sebagainya.
v. Pengurusan
Ini merupakan faktor utama yang mempengaruhi produktiviti. Pengurusanlah
yang bertanggungjawab dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Seorang pengurus yang bijak pasti akan berusaha untuk meningkatkan
produktiviti mereka. Ini termasuklah mendapatkan teknologi baru, merubah
kaedah pengeluaran, mengurangkan pekerja, latihan pekerja dan sebagainya.
Konsep pengurusan /13
1.10 PENGUKURAN KERJA
Merupakan satu pendekatan atau perkhidmatan yang menggunakan teknik tertentu untuk
mengkaji keberkesanan setiap aktiviti kerja secara sistematik untuk menghasilkan aktiviti
kerja yang produktif.
Ciri- ciri pengukuran kerja berdasarkan Sains Pengurusan adalah
i. Sains pengurusan adalah pendekatan saintifik untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan
ii. Sains pengurusan merangkumi pendekatan logik untuk menyelesaikan
masalah
iii. Sains pengurusan boleh digunakan dalam pelbagai organisasi untuk
menyelesaikan pelbagai jenis masalah
iv. Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai proses mengenalpasti perbezaan
antara keadaan yang sebenarnya dan yang ingin dilakukan
Teknik-teknik yang digunakan dalam Pengurusan Saintifik adalah seperti berikut:
i. Kajian Kerja (Work Study)
Ini melibatkan pengukuran kerja dan peningkatan kerja melalui kajian masa,
gerakan, kaedah dan kelesuan yang dijalankan secara saintifik.
ii. Kajian Masa (Time Study)
Ia melibatkan ukuran yang teliti terhadap masa yang diperlukan untuk
melakukan setiap bahagian operasi. Tujuan asas kajian masa adalah
menentukan masa yang tepat untuk melaksanakan operasi.
iii. Kajian Pergerakan (Motion Study)
Jika mengkaji pergerakan pengendali (atau mesin) dalam menjalankan operasi
untuk menghapuskan pergerakan yang tidak berguna. Tujuan kajian
sedemikian adalah untuk mengetahui kaedah kerja yang terbaik yang
diharapkan oleh setiap pekerja.
iv. Kajian Kaedah (Method Study)
Ini melibatkan penentuan tugas standard yang akan dilakukan oleh pekerja.
v. Kajian Kelesuan (Fatigue Study)
Tujuan kajian ini adalah untuk menyediakan langkah-langkah untuk
menghapuskan atau meminimumkan kelesuan atau keletihan pekerja di tempat
kerja. Adalah perlu untuk mengawal selia waktu kerja dan memberi rehat
kepada para pekerja pada selang waktu yang ditentukan. Ini akan memberikan
pekerja peluang untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melakukan
kerja yang berterusan.
Konsep pengurusan /14
Elemen-elemen dan alatan (tools of scientific management) yang digunakan dalam
Pengurusan Saintifik adalah seperti berikut:
Separation of planning and doing
Functional foremanship
Job analysis
Standardization
Scientific selection and training of workers
Financial incentives
Economy
Mental revolution
Work Study Time Motion Method Study
Fatigue study Study economy
Financial & non
financial Incentives
Value Analysis Tool of scientific Inventory
management control
Material handling
Analysis Standardization System Job analysis
analysis
Production Operations research
Planning & control techniques
Rajah 1.4 : Elemen-elemen dan Kaedah yang digunakan dalam Pengurusan Saintifik
Punca-punca produktiviti rendah
i. Kecenderungan menyimpan yang rendah manakala kecenderungan berbelanja
yang tinggi. Ini akan melembabkan pertumbuhan modal dan seterusnya
menggalakkan pembelian barangan luar
ii. Polisi dari kerajaan yang semakin bertambah yang kadang kala membebankan
syarikat
iii. Pemintaan ke atas perkhidmatan yang bertambah
iv. Terlalu menekankan prestasi atau keuntungan jangka pendek
v. Kebiasaan melakukan penyelesaian jangka pendek berbanding penyelesaian
jangka panjang
vi. Takut melabur untuk jangka panjang kerana khuatir tidak dapat mengambil
peluang yang ada
Konsep pengurusan /15
Kaedah untuk meningkatkan daya pengeluaran
i. Menetapkan ukuran produktiviti untuk semua operasi, kerana ukuran ini
merupakan langkah pertama dalam pengurusan dan kawalan sesuatu operasi
itu
ii. melihat sistem secara menyeluruh dan tentukan operasi mana yang perlu diberi
perhatian jika terdapat ruang untuk diperbaiki
iii. Membinakan kaedah baru untuk mencapai peningkatan produktiviti seperti
mendapatkan fikiran daripada pekerja, penandaaraskan ke firma lain, mengkaji
firma lain atau membuat kajian semula dsb
iv. Adakan matlamat yang munasabah untuk peningkatan sasaran (KPI)
v. Nyatakan dengan jelas pengurusan yang menyokong dan menggalakkan
peningkatan produktiviti. Perimbangkan insentif seperti hadiah
vi. Mengukur peningkatan yang telah dicapai dan hebahkan kepada pekerja
1.11 KONSEP ORGANISASI
i. Organisasi adalah satu sistem dimana beberapa individu atau kelompok
manusia membentuk satu struktur tertentu dan bekerjasama untuk mencapai
objektif kumpulan tersebut.
ii. Unsur utama bagi sesuatu organisasi adalah :
- Kegiatan yang hendak dijalankan
- Manusia
- Kerjasama
- Pembahagian kerja
- Kuasa & kepimpinan
iii. Struktur organisasi amat penting dalam proses untuk membuat keputusan
iv. Struktur organisasi membolehkan pengagihan kuasa dilaksanakan. Sebagai contoh
apabila seseorang memulakan pekerjaan, dia tahu kepada siapa yang harus dia
laporkan diri dan siapa bakal menjadi ketua mereka.
v. Penting untuk menilai prestasi pekerja. Struktur organisasi membolehkan penyelia
untuk menilai kerja bawahan mereka dengan lebih baik
Men
Money Material
6 “M”
model
organaization
Market Machine
Method
Rajah 1.5 : Prinsip asas organisasi berasaskan 6 “M”
Konsep pengurusan /16
1.12 PRINSIP ORGANISASI
Prinsip-prinsip organisasi untuk menghasilkan organisasi yang berkesan
i. Mempunyai tujuan atau objektif yang jelas. Organisasi haruslah mempunyai
satu matlamat yang jelas. Sekiranya tiada matlamat yang jelas, setiap unit akan
membuat matlamat sendiri dan ini mungkin bercanggah dengan matlamat
utama organisasi.
ii. Prinsip Kepakaran (Principle of Specialization). Keseluruhan pekerjaan yang
utama harus dibahagikan antara pekerja bawahan berdasarkan kelayakan,
kebolehan dan kemahiran.
iii. Prinsip Fungsi yang jelas (Principle Definition Functional). Semua fungsi
jabatan harus jelas kepada pengurus dan pekerja bawahan. Ini boleh dilakukan
dengan menentukan kewajipan, tanggungjawab, kuasa dan perhubungan
antara satu sama lain. Sebagai contoh, fungsi utama pengeluaran, pemasaran,
kewangan dan tanggungjawab pihak pengurusan di dalam jabatan-jabatan ini
harus jelas ditakrifkan kepada setiap individu yang berada pada jabatan
tersebut.
iv. Prinsip Kawalan (Principles of Span of Control). Mengikut prinsip ini, seorang
pengurus harus dapat mengendalikan pekerja di bawahnya dengan berkesan.
v. Prinsip Rantai Perintah (Principle of Scalar Chain). Rangkaian aliran perintah
dari atas ke bawah hendaklah tidak terputus. Ini dapat menjamin agar
komunikasi tidak terjejas dan pertindihan kerja dapat dielakkan.
vi. Prinsip Perpaduan Arahan (Principle of Unity of Command). Setiap orang
bawahan bertanggungjawab kepada seorang ketua pada satu-satu masa. Ini
membantu mengelakkan jurang komunikasi dan tindak balas akan menjadi
pantas.
vii. Prinsip Penyelarasan aktiviti (Principle of co-ordination). Penyelarasan aktiviti
yang berlainan adalah prinsip penting. Seharusnya ada yang bertanggungjawab
untuk menyelaraskan aktiviti pelbagai jabatan. Dengan ketiadaan penyelarasan
ada kemungkinan untuk jabatan menetapkan matlamat yang berbeza antara
jabatan yang berlainan.
viii. Prinsip Kuasa dan Tanggungjawab (Principle of Authority and Responsibility).
Setiap individu diberi kuasa untuk melaksanakan kerja. Ia bertanggungjawab
terhadap kerja yang diberikan. Penyelia pekerja tersebut pula bertanggjawab
terhadap pekerja tersebut untuk memastikan pekerja tersebut melaksanakan
kerja
ix. Prinsip Seimbang (Principle of Balance). Prinsip ini bermakna peruntukkan
masa kerja harus sesuai dengan beban kerja yang diberikan.
x. Prinsip Kesinambungan (Principle of Continuity). Organisasi harus dinamik
dan tidak statik. Organisasi perlu diselaraskan mengikut situasi semasa
sekiranya berlaku perubahan dalam kaedah pengeluaran dan sistem
pemasaran.
xi. Prinsip Keseragaman (Principle of Uniformity). Organisasi harus menyediakan
kawasan kerja yang sesuai dan seragam. Setiap pegawai perlu
bertanggungjawab di kawasan masing-masing untuk mengelakkan konflik kerja.
xii. Prinsip Pengecualian (Principle of Exception). Prinsip ini menyatakan bahawa
pengurusan atasan hanya campur tangan apabila berlaku masalah sahaja.
Konsep pengurusan /17
Sekiranya pekerjaan berjalan mengikut perancangan, pengurusan atasan tidak
perlu campur tangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kepercayaan
harus diberi kepada pihak ketiga yang lebih rendah perjawatannya untuk
meguruskan kerja-kerja yang rutin. Prinsip ini membolehkan pengurusan atasan
menumpukan kepada perancangan dan penggubalan dasar.
xiii. Prinsip Kesederhanaan (Principle of Simplicity). Struktur organisasi haruslah
ringkas supaya mudah difahami oleh setiap orang. Kewajipan, tanggungjawab
dan kedudukan setiap orang perlu dijelaskan supaya tidak ada kekeliruan.
Struktur organisasi yang kompleks akan menimbulkan keraguan dan konflik di
kalangan pekerja.
xiv. Prinsip Kecekapan (Prinsip of Efficiency). Organisasi harus dapat mencapai
objektif syarikat dengan kos yang minimum. Piawaian kos dan pendapatan perlu
ditentukan.
STRUKTUR LINE ORGANIZATION STRUCTURE
ORGANISASI YANG LINE-STAFF ORGANIZATION STRUCTURE
FUNCTIONAL ORGANIZATION STRUCTURE
DIGUNAPAKAI
PROJEK ORGANIZATION STRUCTURE
MATRIX ORGANIZATION STRUCTURE
Rajah 1.6 : Jenis-jenis struktur organisasi
1.13 PROSES PENGURUSAN (PROCESS OF MANAGEMENT)
Proses pengurusan adalah proses di mana pengurus membuat keputusan, mengarah,
menyelenggara dan mengendali organisasi dengan sistematik, koordinasi bersama dan
kerjasama untuk mencapai tujuan atau matlamat organisasi.
Komponen utama proses
pengurusan adalah:
i. Merancang (Planning)
ii. Mengelola (Organizing)
iii. Memimpin (Leading)
iv. Mengawal (Controlling)
Rajah 1.7 : Proses Pengurusan
Konsep pengurusan /18
PERANCANGAN
i. Perancangan adalah fungsi utama pengurusan
ii. Ia melibatkan penentuan tindakan untuk mencapai hasil / objektif yang
dikehendaki
iii. Perancangan adalah titik permulaan proses pengurusan dan semua fungsi
pengurusan lain berkaitan dengan dan bergantung kepada fungsi
perancangan
iv. Perancangan adalah kunci kejayaan, kestabilan dan kemakmuran dalam
perniagaan. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyelesaikan masalah unit
perniagaan
v. Perancangan yang berkesan melibatkan
a) membuat keputusan berdasarkan strategi yang hendak dilaksanakan bagi
mencapai objektif
b) Pengagihan sumber kepada bahagian-bahagian tertentu
c) Penjadualan bagi memastikan matlamat tercapai
d) Penyediaan system kawalan agar tindakan pembetulan dapat diambil
vi. Perancangan memainkan peranan penting dalam pengurusan perniagaan. Ia
membantu untuk menggambarkan masalah masa depan dan
vii. memastikan pengurusan bersedia dengan penyelesaian yang mungkin
MENGELOLA / PENGORGANISASIAN
i. Merupakan proses pengurusan kedua selepas perancangan
ii. Merupakan proses penyusunan dan penyelarasan yang melibatkan sumber
(buruh, bahan, mesin dan lain-lain) bersama-sama dan menggunakannya
dengan betul untuk mencapai matlamat organisasi.
iii. Pengagihan sumber mengikut keperluan secara sistematik dapat membantu
organisasi mengelakkan berlaku masalah pembaziran dan menjimatkan kos
pengeluaran
iv. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan berlakukan sebarang masalah
pertindihan dalam pembahagian tugas
v. Melalui pengorganisasian, seorang ketua dapat bekerja bersama-sama
pekerjanya untuk menjayakan aktiviti yang dirancang
vi. Struktur organisasi yang dibentuk boleh dijadikan panduan untuk membentuk
sistem komunikasi yang berkesan dan proses membuat keputusan yang efektif
MEMIMPIN
i. Menghasilkan tindakan yang perlu untuk mencapai objektif yang ditetapkan
ii. Antara aktivit yang terlibat adalah
- Menangani perubahan
- Mengurus konflik
- Menyelaras kerja-kerja atau tugas
- Motivasi
- Menurunkan kuasa
Konsep pengurusan /19
MENGAWAL
i. Kawalan adalah fungsi pengurusan yang penting.
ii. Adalah perlu bagi individu dan jabatan untuk mengelakkan tindakan dan aktiviti
yang salah
iii. Antara aktiviti kawalan adalah:
- menyediakan system ganjaran
- membuat tindakan pembaikan dan pembetulan
- melaksanakan aktiviti pengukuran pencapaian organisasi
- menetapkan piawaian prestasi
- mewujudkan system laporan maklum balas
iv. Pengurus perlu menggunakan kawalan yang berkesan untuk membawa
kejayaan kepada pelan perniagaan.
v. Kawalan berkait rapat dengan fungsi pengurusan lain. Ia dianggap sebagai
jiwa proses pengurusan
1.14 POLISI @ DASAR, MATLAMAT (GOAL) DAN OBJEKTIF
Polisi @ Dasar adalah mekanisme untuk mengawal kelakuan sesebuah organisasi
dengan mengawal kelakuan orang yang bekerja dalam organisasi tersebut. Polisi
diwujudkan untuk memastikan setiap pekerjaan dilakukan dengan cara yang telah
ditetapkan untuk mengekalkan keselamatan dan kepentingan organisasi.
Polisi @ dasar yang dibuat perlulah bermenafaat bagi sesuatu matlamat dan ia sering
dinyatakan sebagai prinsip asas sesuatu tindakan.
Polisi yang dibangunkan bertujuan untuk menangani perkara tertentu. Ia dimulakan
dengan memberi takrifan untuk mencapai matlamat dan objektif. Ia juga merupakan
langkah pertama penyelesaian masalah dengan membentuk asas piawaan kerja.
Contohnya,
Jika anda membangunkan polisi memandu anda sendiri, prinsip asas yang mungkin ada
adalah keselamatan dan keselesaan semasa anda memandu.
Polisi anda mungkin mempunyai beberapa matlamat yang tidak semestinya berkaitan
langsung dengan prinsip asas.
Dasar Pemanduan yang anda bangunkan mungkin mempunyai matlamat berikut:
Matlamat 1: Kurangkan risiko kecederaan dan kerosakan
Matlamat 2: Penyelenggaraan rekod memandu yang baik
Matlamat 3: Premium insurans rendah
Matlamat 4: Kos pembaikan dan penyelenggaraan yang lebih rendah
Nota: Mungkin ada matlamat lain yang tidak disebutkan di sini
Konsep pengurusan /20
Matlamat Objektif
Kurangkan risiko kecederaan dan kerosakan Tiada kemalangan,
Penyelenggaraan rekod memandu yang baik Tiada rekod kemalangan hingga 3 tahun
Premium insuran rendah Premium insuran di bawah RM900
Kos pembaikan dan penyelenggaraan yang Pembaikan dan senggaraan bawah
lebih rendah RM1000 setahun
Selalunya akan berlaku kekeliruan antara matlamat dan objektif.
Matlamat merupakan penyataan tujuan atau harapan yang hendak dicapai yang
dinyatakan dalam bentuk umum.
Objektif pula adalah pernyataan niat yang secara amnya membimbing keputusan
masa depan dalam bidang tertentu
Sebaiknya binalah dasar yang mempunyai objektif yang boleh diukur dan memenuhi
keperluan organisasi. Penyataan Objektif Dasar akan membantu pekerja memahami apa
yang perlu mereka lakukan untuk mematuhi dasar tersebut. Dasar perlu dinyatakan dan
diterjemahkan dengan baik dan jelas agar mudah difahami dan diikuti.
MATLAMAT VS OBJEKTIF
Matlamat dan objektif perkataan sering keliru antara satu sama lain. Kedua-duanya
menggambarkan perkara yang mahu dicapai. Matlamat disini bermaksud bermaksud
perkara yang hendak dicapai dalam jangka masa panjang atau tertentu”.
Objektif pula membawa maksud pencapaian yang boleh dicapai dengan mengikuti
beberapa langkah tertentu. Matlamat dan tujuan sering digunakan secara bergantian,
tetapi perbezaan utama datang dalam tahap penekanan mereka. Objektifnya adalah
sangat konkrit, manakala matlamat kurang berstruktur.
Jadual 2 : Perbandingan matlamat berbanding Objektif
Matlamat Objektif
Makna Tujuan ke arah mana satu Sesuatu yang usaha atau tindakan
usaha diarahkan seseorang untuk mencapai tujuan;
sasaran.
Ciri-ciri Matlamat adalah abstrak Objektif adalah lebih spesifik
Contoh Saya ingin mencapai Saya ingin melengkapkan tesis ini
kejayaan dalam bidang mengenai penyelidikan sumber
penyelidikan sumber tenaga tenaga solar menjelang akhir bulan
solar ini.
Tindakan Tindakan generik, atau lebih Tindakan spesifik - matlamat
baik lagi, menyokong pencapaian matlamat
yang berkaitan
Ukur Matlamat mungkin tidak Harus diukur dan ketara.
boleh diukur atau ketara
Tempoh masa Jangka Panjang dan boleh Jangka masa pendek atau
dikatakan tidak terikat sederhana
dengan masa
Konsep pengurusan /21
Rajah 1.8 : Polisi yang dibangunkan oleh PSAS
Konsep pengurusan /22
5 Syarat agar pekerjaan kita
menjadi ibadah
1. Niat mesti betul kerana Allah SWT.
2. Amalan yang dibuat dan pelaksanaanya
tidak melanggar hukum syarak.
3. Amalan itu dilakukan dengan penuh
ketekunan.
4. Natijah dari usaha diatur ke jalan Allah
SWT untuk kemakmuran alam dan
manusia sejagat.
5. Ibadah asas seperti solat, puasa,
berzakat, haji, dan menutup aurat tidak
diabaikan.
Hiasan
Rekabentuk Sistem Kerja / 23
2
Rekabentuk Sistem Kerja
Work System Design
Rekabentuk Sistem Kerja / 24
Rekabentuk Sistem Kerja / 25
Rekabentuk Sistem Kerja / 26
Rekabentuk Sistem Kerja / 27
Rekabentuk Sistem Kerja / 31
Rekabentuk Sistem Kerja / 32
Lukman Al-Hakim
Lokasi dan susunatur loji /33
3
Lokasi dan Susun atur Loji
Plant Location and Plant layout
3.1 PENGENALAN
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka:
Loji (Plant) membawa maksud:
i. Gedung atau bangunan besar.
ii. Kilang termasuk bangunan dan alat-alat jentera
di dalamnya
Susun atur kemudahan (Facility layout)
Susun atur kemudahan merupakan susunan pelbagai aspek
pembuatan dengan cara yang sesuai untuk mencapai hasil
pengeluaran yang diinginkan. Susun atur kemudahan
mengambil kira hubungan yang ideal antara semua ruang
yang tersedia, hasil produk, keselamatan dan keselesaan
pengguna, kos yang minimum dan kemudahan operasi.
Susun atur loji (Plant layout)
Susunatur loji adalah mengenai susun atur fizikal yang
paling berkesan membabitkan pejabat, kumpulan kerja,
stesen kerja, mesin, peralatan dan sebagainya yang
berkaitan dengan perindustrian untuk mencapai objektif
industri.
Pemilihan lokasi yang baik akan memastikan kos bekalan
bahan mentah, buruh, dan pengangkutan adalah rendah.
Pemilihan tapak, perlu mempertimbangkan aspek teknikal,
komersil, & kewangan & kemudian memilih tapak yang boleh
memberikan keuntungan maksimum
Lokasi dan susunatur loji /34
3.2 KONSEP SUSUN ATUR LOJI
Faktor-faktor yang memerlukan kepada susun atur loji adalah:
i. Pembinaan kilang yang baru Kenapa
ii. Pembesaran loji yang sedia ada perlu susun
iii. Pertukaran rekabentuk keluaran atur?
iv. Terdapat keluaran baru
v. Kadar kemalangan yang meningkat
vi. Suasana pekerjaan yang tidak elok
vii. Perubahan kadar permintaan terhadap pengeluaran
viii. Melakukan penempatan semula (re-located) loji sedia ada ke tempat baru
ix. Perubahan kelengkapan yang terlalu lama @ out-dated
x. Pengurangan kos @ perbelanjaan
Susun atur loji merangkumi skop yang sangat luas. Kajian terperinci terhadap
perkara-perkara di bawah harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik:
i. Kaedah pembuatan Kajian perlu untuk
ii. Penyimpanan dan penghantaraan produk mendapatkan hasil
iii. Pengendalian bahan
iv. Proses-proses yang terlibat yang baik
v. Pengangkutan
vi. Penyimpanan bahan mentah
vii. Bekalan kuasa
viii. Keselamatan
ix. Bahan buangan
x. Tapak/Tanah/Lokasi loji
xi. Pejabat pengurusan dan bangunan
FAKTOR YANG MEMBERI KESAN TERHADAP PEMILIHAN LOKASI LOJI
a. Faktor negara
b. Factor daerah / rantau
c. Faktor komuniti
d. Faktor tanah
Lokasi dan susunatur loji /35
3.3 FAKTOR YANG MEMBERI KESAN TERHADAP
PEMILIHAN LOKASI LOJI
Faktor Negara Faktor Daerah/ Kawasan / Rantau
Kestabilan politik, dasar pemerintah a) Bahan mentah
Budaya, social dan ekonomi Kemudahan memperolehi bahan mentah di
Kadar tukaran matawang
Kuota eksport & import lokasi loji membolehkan –
Sikap masyarakat, tenaga buruh, mengurangkan kos pengangkutan.
Mengurangkan kos penyimpanan bahan.
produktiviti Contohnya Kilang Beras Sg Ranggam yang
Sumber tenaga dan bahan api terletak di jelapang padi Negeri Perak
b) Berhampiran dengan pasaran
Faktor komuniti Barang yang dihasilkan adalah untuk dijual
kepada pengguna setempat.
a) Ketersedian tenaga kerja Contohnya Pusat Servis Proton.
Bekalan buruh yang cukup pada kadar c) Ketersediaan tenaga atau kuasa elektrik
Contohnya Perwaja Steel Terengganu
upah yang berpatutan sangat penting d) Kemudahan pengangkutan
untuk kejaya industri. Kemudahan kereta api, jalan raya, udara
b) Kemudahan kewangan dan penyelidikan atau air yang sesuai untuk ke lokasi loji
Modal yang mencukupi adalah penting Contoh Perak-Hanjoong Simen Kuala
untuk berjaya dalam mana-mana Kangsar
organisasi e) Kesesuaian iklim
c) Kemudahan awam untuk pekerja Terdapat industri tertentu yang bergantung
Tempat tinggal dan kemudahan kepada iklim yang lembab seperti tekstil.
penggangkutan awam f) Dasar Kerajaan
Kemudahan rekreasi seperti kelab, Dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan
taman, sekolah untuk kanak-kanak juga mempengaruhi perkembangan indstri
d) Kemudahan air dan api Contoh Dasar Pembangunan Negara, Dasar
Terdapat industri yang banyak Perindustrian Negara dan Dasar Industri
menggunakan tenapa air dan api untuk Kreatif
menggerakkan industri mereka. g) Persaingan di antara negeri
Contohnya Stesen Jana Kuasa Hidro Insentif, pengecualian cukai dan pelbagai
Kenyir yang menggunakan air untuk lagi kemudahan yang ditawarkan oleh rantau
menghasilkan tenaga atau daerah lain juga mempengaruhi
e) Cukai dan pentadbiran tempatan kemasukan pihak industri.
Caj untuk bekalan air, elektrik dan
kemudahan lain yang dikenakan oleh
kerajaan tempatan juga perlu
dipertimbagankan oleh pihak inidustri.
Faktor tanah
a) Bagi industri berdasarkan pertanian ia memerlukan tanah yang subur.
b) Kawasan berbatu dan berbukit yang berbukit tidak sesuai untuk lokasi tanaman.
c) Peruntukan kawasan bagi pelupusan sisa industri dan sisa dosmestik.
d) Terdapatnya kawasan untuk perkembangan masa depan juga
e) Isu-isu alam sekitar
f) Kemudahan asas seperti jalan raya, air, bekalan elektrik
Lokasi dan susunatur loji /36
3.4 PRINSIP-PRINSIP SUSUN ATUR LOJI
Integrasikan keseluruhan faktor (Integration of all factor)
1 Semua kemudahan dan perkhidmatan kilang perlu disatukan sepenuhnya ke unit
operasi tunggal. Ini untuk meminimumkan kos pengeluaran.
Pergerakan yang minima (Minimum movement)
2 Pergerakan bahan dan buruh hendaklah pada jarak yang minima. Ini menjimatkan
kos dan masa pengangkutan dan pengendalian bahan.
Arah pergerakan yang searah (Uni-direction flow)
3 Susunatur yang baik adalah membuat bahan hanya ke arah hadapan, atau arah
ke proses seterunya tanpa gangguan.. Arah aliran U, Zig-zag juga boleh diterima
jika ia tidak mengganggu dan merupakan jarak terbaik yang diperolehi.
Penggunaan ruang yang berkesan (Effective use of avaible space)
4 Menggunakan ruang yang ada secara mendatar dan menegak. Bahan-bahan
mentah, barang siap atau dalam proses harus tersusun rapi dan bukan dalam
keadaan berselerak
Kebolehlihatan yang maksima (Maximum visibility)
5 Susun atur yang baik adalah apabila semua buruh, mesin dan bahan boleh
diperhatikan pada setiap masa
Kebolehcapaian yang maksima (Maximum accessibility)
6 Semua titik penyelenggaraan haruslah mudah diakses. Area panel elektrik dan alat
pemadam api harus bebas dari halangan.
Fleksibiliti
7 Layout harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan perubahan yang diperlukan
oleh pengembangan atau pengembangan teknologi.
Ketergantungan (Interdependence)
8 Operasi dan proses yang saling bergantung harus terletak berdekatan dengan satu
sama lain. Ini bagi meminimumkan perjalanan produk
Keselamatan (Safety)
9 Perlu ada perkiraan faktor keselamatan dalam reka bentuk susun atur. Ini untuk
menyediakan keselesaan dan keselamatan pekerja.
Aliran pergerakan yang lancar (Smooth flow)
10 Susun atur harus dirancang sedemikian rupa untuk mengurangkan kesesakan
kerja dan memudahkan aliran kerja yang tidak terganggu di seluruh kilang.
Ekonomi (Economy)
11 Susun atur ini seharusnya bertujuan untuk mempengaruhi ekonomi dari segi
pelaburan dalam aset tetap.
Penyeliaan (Supervision)
12 Susun atur yang baik harus memudahkan pengawasan yang berkesan terhadap
pekerja.
Kepuasan (Satisfaction)
13 Susun atur yang baik harus meningkatkan semangat pekerja, dengan
menyediakan mereka dengan kepuasan kerja maksimum.
Lokasi dan susunatur loji /37
OBJEKTIF i. Menyelaraskan aliran bahan di dalam kilang
SUSUN ATUR ii. Meminimumkan pengendalian pergerakan bahan
iii. Mengekalkan keseimbangan proses pembuatan
LOJI iv. Mengekalkan fleksibiliti pengaturan dan operasi
v. Mengekalkan perolehan inventori yang tinggi
vi. Penggunaan pekerja, peralatan dan ruang yang
berkesan
vii. Meningkatkan moral pekerja
viii. Mengurangkan gangguan disebabkan mesin
ix. Memastikan tidak berlaku kelewatan terhadap
proses pembuatan
x. Menyediakan persekitaraan kerja yang selesa dan
selamat
xi. Mengurangkan pelaburan pembelian peralatan
(menggunakan peralatan yang perlu sahaja).
3,5 PROSEDUR SUSUN ATUR LOJI
Prosedur Susun Atur Loji Reed (Reed’s Plant Layout Procedure)
i. Menganalisis produk yang akan dihasilkan.
ii. Tentukan proses yang diperlukan untuk menghasilkan produk
iii. Sediakan carta perancangan susun atur.
iv. Tentukan stesen kerja.
v. Menganalisis keperluan kawasan simpanan.
vi. Menetapkan lebar lorong minimum.
vii. Menetapkan keperluan pejabat.
viii. Pertimbangkan kemudahan dan perkhidmatan kakitangan.
ix. Lakukan kaji selidik loji.
x. Sediakan maklumat untuk perkembangan masa depan.
Prosedur Susun atur secara umum
1 - Pengumpulan Data yang diperlukan
- Tentukan apa yang akan dihasilkan
- Tentukan berapa banyak yang akan dihasilkan
- Tentukan apa komponen akan dibuat atau dibeli
- Menentukan operasi yang diperlukan
- Tentukan urutan operasi
- Tetapan masa yang ditetapkan untuk setiap operasi
- Data tentang saiz loji, ruang yang ada
- Data mesin dan saiznya
Lokasi dan susunatur loji /38
2 – Penyediaan pelan lantai
- Mengetahui keperluan aliran
- Tentukan hubungan aktiviti
- Layout setiap stesen kerja
- layout laluan / pergerakan
- Lokasi / pergerakan bahan
- Lokasi pejabat / stor
3 – Penyediaan carta proses dan aliran kerja
- Pilih peralatan pengendalian bahan
- Pilih jenis susun atur yang hendak digunakan
4 - Pelaksanaan dan Penilaian
- Buat pelan induk
- Memasukkan input dan menyesuaikan
- Persyaratan kelulusan
- Install
- Masalah yang tidak dapat dilihat akan muncul di peringkat ini
- Ujian harus diulang beberapa kali untuk memastikan susun atur menghasilkan
pengeluaran yang maksimu dengan kos yang minimum
3.6 SUSUN ATUR FASILITI LOJI
Bagi sesebuah organisasi untuk mempunyai unit perkilangan yang berkesan dan
cekap, adalah penting perhatian khusus diberikan kepada susun atur fasiliti loji. Susun
atur fasiliti loji yang berkesan akan menghasilkan pengeluaran yang optima.
Susun atur fasiliti loji yang berkesan akan memastikan terdapat aliran bahan,
peralatan dan tenaga kerja yang lancar dan mantap dengan kos yang minimum.
Objektif utama perancangan susun atur fasiliti loji adalah untuk merekabentuk aliran
kerja yang berkesan agar peralatan dan pekerja lebih produktif.
OBJEKTIF i. Menyediakan ruang yang optimum untuk mengatur
SUSUN ATUR peralatan dan memudahkan pergerakan barang dan
FASILITI LOJI mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan
selesa.
ii. Mengurangkan pergerakan pekerja, bahan mentah
dan peralatan
iii. Menbina suasana pekerjaan yang selamat
iv. Memudahkan perubahan susun atur untuk
menampung produk baru atau perubahan pengunaan
mesin berteknologi semasa
v. Meningkatkan kapasiti pengeluaran organisasi
Lokasi dan susunatur loji /39
Organisasi dapat mencapai objektif yang disebutkan di atas dengan
memastikan:
i. Latihan pekerja dan penyelia yang lebih baik.
ii. Mewujudkan kesedaran tentang bahaya kesihatan dan keselamatan
iii. Penggunaan maksimum tenaga kerja dan peralatan
iv. Menggalakkan budaya “empowerment” (kuasa yang diberi kepada
seseorang untuk melakukan sesuatu) dan mengurangkan kerja-kerja
pentadbiran dan urusan-urusan kerja yang tidak berkaitan.
Terdapat tiga teknik untuk merekabentuk susun atur fasiliti loji iaitu:
i. Model sedia ada dua atau tiga dimensi (Two or Three Dimensional
template). Teknik ini menggunakan pembangunan model skala
berdasarkan lukisan yang diluluskan.
ii. ‘Sequence Analysis’. Teknik ini menggunakan teknologi komputer dalam
merancang susun atur kemudahan dengan menyusun semua aktiviti dan
kemudian mengaturnya dalam bentuk keliling atau garis lurus.
iii. ‘Line Balancing’. Teknik jenis ini digunakan untuk ‘line assembly’.
3.7 JENIS-JENIS SUSUN ATUR FASILITI LOJI
i. Susun Atur Posisi yang tetap (fixed-position layout)
ii. Susun Atur Posisi berasaskan proses/fungsi (process layout)
iii. Susun Atur Posisi berasaskan produk (produck layout)
iv. Group technology (cellular) layout
v. Retail layout
vi. Office layout
vii. Warehouse layout
Hiasan
Lokasi dan susunatur loji /40
i. Susun Atur Posisi yang tetap (fixed-position layout)
- Pekerja dan peralatan berada disekitar projek (cth kapal, bangunan)
Kelebihan Kelemahan
- Pengendalian komponen - Pengendalian komponen kecil
besar dapat dikurangkan bertambah
- Penukaran terhadap hasil - Susah untuk mengekalkan
produk boleh dilakukan kerja sepenuh masa
dengan mudah
- Penggunaan bahan yang
- Perancangan yang sedikit berlebihan
- Jumlah produk boleh diubah
- Pelaburan yang tinggi untuk
mengikut permintaan pembelian alatan
Lokasi dan susunatur loji /41
ii. Susun Atur Posisi berasaskan proses/fungsi (process
layout)
- Semua peralatan dan mesin yang membuat suatu operasi atau proses
yang sama di letakkan secara bersama.
Kelebihan Kelemahan
- Boleh menghasilkan pelbagai - Bahan kerja yang seimbang
jenis produk sukar dipastikan untuk setiap
kumpulan
- Pekerja menjadi mahir pelbagai
operasi - Masalah koordinasi kumpulan
akan timbul
- Kerosakan sebuah mesin tidak
menghalang proses - Penggunaan bahan yang
pengeluaran yang lain berlebihan
- Penggunaan mesin yang - Memerlukan loji yang besar
berkesan - Masa untuk melatih pekerja
- Penyeliaan yang khusus dapat yang mahir adalah lama
diberikan kepada pekerja
-
Lokasi dan susunatur loji /42
iii. Susun Atur Posisi berasaskan produk (produck layout)
- Bahan mentah bergerak pada satu aliran yang menyerupai satu garis
melalui turutan proses yang dirancang (cth automobil, elektronik)
Kelebihan Kelemahan
- Masa kerja digunakan - Ubahsuai menjadi sukar jika
sepenuhnya produk bertukar
- Melahirkan pekerja yang mahir - Pelaburan peralatan yang tinggi
- Mengurangkan kos - Pekerja mahir satu bidang
pengendalian bahan sahaja
- Menghasilkan jumlah keluaran - Kerosakan satu mesin
yang maksimum menyebabkan proses terganggu
Gambar hiasan
Lokasi dan susunatur loji /43
iv. Hybrid layout @Group technology layout
Gabungan susun atur fasiliti loji agar dapat meningkatkan produktiviti.
a. Susun atur selular (cellular layout).
Dalam susun atur selular, setiap stesen pembuatan mampu melakukan
semua langkah pembuatan yang diperlukan untuk membuat produk. Ini
bermaksud bahawa jika terdapat lima stesen kerja, maka lima produk
dapat dibuat secara serentak. Sebagai contoh, daripada meletakkan
semua tukul yang tergantung di dinding jauh, dalam susunan selular
setiap stesen kerja akan mempunyai tukul sendiri. Pekerja tidak perlu
meninggalkan stesen kerja mereka untuk mencari alat. Setiap stesen
kerja akan mempunyai semua alat yang diperlukan oleh pekerja.Manfaat
untuk susun atur jenis ini adalah peningkatan kualiti produk. Dengan
jenis susun atur ini, mudah untuk mencari sumber kemungkinan
masalah dengan produk. Sekiranya produk dari satu stesen kerja
tertentu tetap rosak, maka hanya stesen itu sahaja akan akan
disenggara.
b. Susun atur fleksibel (Flexible manufacturing) , Mesin digunakan
untuk susun atur fleksibel adalah yang mampu menghasilkan pelbagai
produk. Sebagai contoh, syarikat percetakan 3D mempunyai mesin
pembuatan yang fleksibel kerana syarikat itu dapat mencetak barang
yang diminta oleh pelanggan. Yang diperlukan hanyalah perlu
menghantar fail khusus ke pencetak 3D, dan mesin dapat menghasilkan
produk mengikut fail yang diberikan.
c. Mixed-model assembly lines.
Merupakan susunan sebaris yang mampu membuat beerapa bahagian
yang berbeza untuk jangka masa tertentu. Contohnya adalah dalam
industri pengeluaran kenderaan.
v. Retail layout
- Kedudukkan produk mengikut jenis yang sama (cth pasaraya, kedai
hardware)
Lokasi dan susunatur loji /44
vi. Office layout
- Kedudukkan pekerja dan peralatan disamping mereka mengikut bidang
masing-masing (cth unit kewangan, perkeranian, akaun)
vii. Warehouse layout
- Kedudukkan produk mengikut zon antara bahan yang hendak di bawa
dengan ruang kerja. (cth ikea)
3.8 PEMILIHAN PROSES SUSUN ATUR LOJI
Pemilihan proses merujuk kepada cara menentukan pengeluaran barangan atau
perkhidmatan. Ia memberi kesan kepada seluruh organisasi dan keupayaannya untuk
mencapai matlamatnya. Ia adalah proses menukar input (bahan mentah) kepada
output (produk). Secara umumnya jenis proses yang ada adalah seperti berikut:
i. PROJEK
Digunakan untuk membuat satu produk dalam satu masa. Ia biasanya
berasaskan pada spesifikasi yang diberi oleh pelanggan.
Contoh kaedah ini adalah pembinaan kapal, pembinaan rumah, jahitan
khusus dan rekabentuk dalaman
ii. BATCH
Apabila produk dihasilkan dalam jumlah yang sederhana berdasarkan
permintaan pelanggan atau spesifikasi produk
Contohnya roti, kek dan pencetakkan akhbar
iii. LINE PROSES
Apabila produk dihasilkan seragam dan dalam kuantiti yang besar
Contohnya kereta, computer, kasut dan pakaian
iv. BERULANG-ULANG (REPETITIVE)
Produk sama dengan jumlah yang banyak dan penghasilan yang
berulang-ulang
Contoh pensil, ubat gigi, kasut sekolah dan komponen televisyen
v. BERTERUSAN (CONTINUOUS FLOW)
Jumlah produk yang sama pada jumlah yang sangat tinggi dan
bererusan penghasilannya.
Contoh gula, tepung, keluli dan minyak
vi. JOB SHOP
Biasanya beroperasi pada skala yang kecil. Pemprosesan adalah
sekejap. Fleksibiliti yang tinggi menggunakan peralatan tujuan umum
dan
pekerja mahir adalah ciri penting Job Shop.
Contohnya custom product, paint shop, machine tool shop
Lokasi dan susunatur loji /45
Rendah
Product Standardization 1. Projek Operasi sekali sekala
atau atas permintaan
Kapal,
Rumah
2. Batch
Roti,
Pencetakan akhbar
3. Line Operasi
Kasut, berterusan
Kereta
4. Berterusan
Gula,
Minyak
Tinggi Kuantiti produk Tinggi
Rendah
Source: Adapted from Robert H. Hayes and Steven C. Wheelwright, “Link Manufacturing Process andProduct Life Cycles,”
Harvard Business Review, January-February, 1979, pp. 133–140.
3.9 IMBANGAN GARIS (LINE BALANCING)
Imbangan Garis (Line balancing) dalam susun atur bermakna pengaturan keupayaan mesin
untuk mendapatkan aliran yang seragam pada kapasiti operasi yang optimum.
Ia juga boleh dikatakan sebagai susun atur yang mempunyai masa operasi yang sama pada
operasi berturut-turut dalam proses secara keseluruhan. Susun atur produk memerlukan
pengimbangan pada semua aliran kerja. Jika terdapat laluan baris pengeluaran yang tidak
seimbang, ia memungkinkan penggunaan peralatan atau mesin yang kurang sempurna.
Contohnya sekiranya kita mempunyai barisan kerja yang terdiri dari stesyen kerja x , y dan z.
Setiap mesin di x, y dan z masing-masing boleh menghasilkan 200, 100 dan 50 item produk
setiap sejam. Jika setiap mesin menghasilkan hanya 50 item sejam maka setiap jam mesin di
x dan y akan menjadi tidak berfungsi atau beroperasi selama 45 dan 30 minit. Ini adalah
kerana mesin x hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk menghasilkan 50 item tersebut
manakala mesin y mengambil masa selama 30 minit untuk jumlah yang sama. Susun atur
sedemikian akan menjadi tidak seimbang dan barisan pengeluaran perlu disusun agar
menjadi seimbang.