HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Norkhalid Salimin Dr Azali Rahmat Nur Akmal Ishak Albeny Joslyn Panting Pises Busu Abdul Ghani Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Edisi Pertama, Disember 2007 Edisi Kedua, Disember 2012 Edisi Ketiga, Ogos 2020 (MREP) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2020, HBHE2203 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman Dr Aliza Ali Open University Malaysia Penulis Modul: Norkhalid Salimin Dr Azali Rahmat Nur Akmal Ishak Universiti Pendidikan Sultan Idris Albeny Joslyn Panting Pises Busu versiti Pendidikan Sultan Idris Penyederhana: Rosinah Mahmod Open University Malaysia Tan Huey Ning Enhancer: Dr Rosinah Mahmod Open University Malaysia Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Panduan Kursus xi–xvi Topik 1 Pengenalan Kesihatan Diri 1 1.1 Mengenali Tubuh Badan 2 1.1.1 Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan 3 1.1.2 Fungsi Organ Badan 4 1.1.3 Menghargai Anggota Tubuh Badan 6 1.2 Penjagaan Kesihatan Diri 7 1.2.1 Pengurusan Kesihatan Diri 7 1.2.2 Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh 16 1.2.3 Penjagaan dan Kebersihan Peralatan 17 1.3 Peranan Gender 17 1.3.1 Peranan Lelaki 18 1.3.2 Peranan Perempuan 18 1.3.3 Stereotaip Gender 19 Rumusan 21 Kata Kunci 22 Rujukan 22 Topik 2 Amalan Kesihatan Diri 24 2.1 Amalan Asas Kesihatan 25 2.1.1 Kesan Amalan Kebersihan Harian 26 2.1.2 Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya 26 2.1.3 Kemajuan Teknologi Berkaitan dengan Peningkatan 27 Penjagaan Kesihatan 2.2 Amalan Pemakanan 29 2.2.1 Pemilihan Jenis dan Kualiti Makanan 31 2.2.2 Penyimpanan Makanan 32 2.2.3 Penyediaan Makanan 33 2.3 Pemeriksaan Fizikal dan Klinikal 35 2.3.1 Peringkat Bayi, Kanak-kanak dan Remaja 35 2.3.2 Peringkat Dewasa 36 Rumusan 38 Kata Kunci 39 Rujukan 39 Isi Kandungan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
iv ISI KANDUNGAN Topik 3 Pendidikan Kesihatan Keluarga 40 3.1 Konsep Pendidikan Kesihatan Keluarga 41 3.1.1 Definisi Pendidikan Kesihatan Keluarga 42 3.1.2 Matlamat 44 3.1.3 Objektif 44 3.2 Pendekatan Pendidikan Kesihatan Keluarga 45 3.2.1 Pendekatan Pendidikan Kesihatan Keluarga 45 Merentasi Kurikulum 3.2.2 Tumpuan kepada Teknik 47 3.2.3 Kefahaman Diri dan Orang Lain 48 3.3 Kandungan Pendidikan Kesihatan Keluarga 49 3.3.1 Tubuh Manusia 50 3.3.2 Kesihatan Diri dan Keluarga 51 3.3.3 Nilai Moral dan Agama 63 Rumusan 64 Kunci 65 Rujukan 66 Topik 4 Anatomi Sistem Reproduktif Manusia 67 4.1 Sistem Reproduktif Lelaki 68 4.2 Sistem Reproduktif Perempuan 70 4.3 Akil Baligh 72 4.3.1 Ovulasi (Pengeluaran Ovum) 73 4.3.2 Haid 73 4.3.3 Ihtilam 74 Rumusan 75 Kata Kunci 75 Rujukan 76 Topik 5 Proses Reproduktif Manusia 77 5.1 Persenyawaan 78 5.1.1 Pergerakan Sperma 79 5.1.2 Pergerakan Persenyawaan 79 5.1.3 Pembahagian Sel 80 5.2 Kehamilan 82 5.2.1 Peringkat dalam Proses Kehamilan 83 5.2.2 Perubahan Fizikal Ibu 85 5.3 Penjagaan Asas Kehamilan 85 5.3.1 Pemeriksaan Kesihatan Berkala 86 5.3.2 Amalan Senaman dan Makanan Seimbang 88 5.3.3 Rehat dan Sokongan Emosi 90 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN v Rumusan 92 Kata Kunci 93 Rujukan 94 Topik 6 Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi, Kanak-kanak dan Remaja 95 6.1 Perubahan dan Perkembangan Fizikal Lelaki dan 96 Perempuan 6.1.1 Peringkat Kanak-kanak 96 6.1.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun 98 6.1.3 Awal Remaja 98 6.2 Perubahan dan Perkembangan Emosi 100 6.2.1 Peringkat Kanak-kanak 100 6.2.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun 101 6.2.3 Awal Remaja 102 6.3 Perubahan dan Perkembangan Sosial 103 6.3.1 Kanak-kanak 103 6.3.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun 104 6.3.3 Awal Remaja 104 Rumusan 106 Kata Kunci 108 Rujukan 108 Topik 7 Tingkah Laku Sosial 109 7.1 Imej Kendiri 110 7.1.1 Penghargaan Kendiri 110 7.1.2 Konsep Kendiri 111 7.1.3 Kasih Sayang 113 7.2 Tingkah Laku Remaja 115 7.2.1 Kepentingan Memelihara Kehormatan Diri 116 7.2.2 Delinkuen Juvenil 117 7.2.3 Masalah Psikologi Remaja 119 7.3 Seksualiti Semasa Kanak-kanak dan Remaja 120 7.3.1 Pregenital dan Genital 121 7.3.2 Kesan daripada Pengabaian Menjaga Kehormatan 122 Diri 7.3.3 Kehamilan Remaja dan Risiko Kehamilan Remaja 124 Rumusan 126 Kata Kunci 127 Rujukan 127 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
vi ISI KANDUNGAN Topik 8 Institusi Kekeluargaan 128 8.1 Perkahwinan 129 8.1.1 Definisi dan Konsep Perkahwinan 130 8.1.2 Perkahwinan Sivil 131 8.1.3 Perkahwinan Secara Islam 132 8.2 Jenis Keluarga 132 8.2.1 Keluarga Nuklear (Asas) 133 8.2.2 Keluarga Sekunder 134 8.3 Kebahagiaan dalam Hidup Berkeluarga 136 8.3.1 Kerukunan Rumah Tangga 136 8.3.2 Memanfaatkan Masa Bersama Keluarga 138 8.3.3 Kebajikan Anggota Keluarga 139 Rumusan 143 Kata Kunci 144 Rujukan 144 Topik 9 Keluarga Bahagia 145 9.1 Konsep Keluarga Bahagia 146 9.1.1 Keluarga Bahagia dari Perspektif Islam 146 9.1.2 Keluarga Bahagia dari Perspektif Sivil 147 9.2 Ciri-ciri Keluarga Bahagia 147 9.2.1 Kepercayaan dan Kebudayaan 148 9.2.2 Taraf Pendidikan 150 9.2.3 Sosioekonomi 150 9.3 Peranan, Tanggungjawab dan Kepentingan Ahli Keluarga 152 9.3.1 Suami atau Isteri 152 9.3.2 Ibu Bapa 153 9.3.3 Anak 154 9.3.4 Masyarakat 155 Rumusan 157 Kata Kunci 158 Rujukan 158 Topik 10 Isu Kekeluargaan 159 10.1 Keruntuhan Rumah Tangga 160 10.1.1 Kurang Penghayatan terhadap Konsep 161 Kekeluargaan 10.1.2 Konflik Peranan dan Tanggungjawab 162 10.1.3 Kemiskinan 164 10.2 Penderaan 166 10.2.1 Keganasan terhadap Pasangan 166 10.2.2 Gangguan Seksual dan Sumbang Mahram 169 10.2.3 Penderaan Kanak-kanak 170 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
ISI KANDUNGAN vii 10.3 Undang-undang Kekeluargaan 172 10.3.1 Ordinan 173 10.3.2 Enakmen 174 10.3.3 Akta 174 Rumusan 175 Kata Kunci 176 Rujukan 176 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
viii ISI KANDUNGAN Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Kesihatan dengan Kepujian. Modul ini bertujuan menerangkan pelbagai konsep, pendekatan, strategi, teknik dan kaedah yang terkandung dalam pengajaran pendidikan kesihatan. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara ringkas kandungan kursus 3 Memahami modul 60 Menghadiri 3 sesi tutorial 10 Penyertaan dalam talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20 ANGGARAN JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menunjukkan amalan asas kesihatan ke arah melahirkan individu yang sihat melalui pengajaran dan pembelajaran PK; 2. Mengenal pasti jenis pemeriksaan kesihatan fizikal yang boleh dijalankan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga; 3. Prihatin terhadap kepentingan aspek fizikal, sosial serta gender dalam membentuk individu dan keluarga yang sihat dan sejahtera melalui PK; dan 4. Prihatin tentang kepentingan keluarga bahagia dalam membentuk warga negara yang harmonis dan sejahtera. SINOPSIS KURSUS Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan diri dan keluarga dalam usaha melahirkan individu yang sihat dan harmoni. Selain itu, kursus ini meliputi tajuk yang berkaitan dengan sistem reproduktif, pertumbuhan dan perkembangan, tingkah laku sosial dan institusi kekeluargaan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta konsep Malaysia Madani. Topik 1 meninjau dan mengenali bahagian dan fungsi badan manusia. Penjagaan kesihatan diri dari segi pengurusan, tanggungjawab dan kesedaran menjaga badan diri sendiri. Topik ini juga meninjau peranan gender dan isu yang berkaitan dengannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xiii Topik 2 meliputi kesan amalan asas kesihatan diri, tahap kebersihan diri dengan rakan sebaya dan kemajuan teknologi yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Selain itu, topik ini juga akan membincangkan amalan pemakanan dari segi pemilihan makanan, penyimpanan dan cara penyediaan makanan. Seterusnya, aspek pemeriksaan fizikal dan klinikal meliputi jenis pemeriksaan, kebaikannya dan alatan yang digunakan. Topik 3 merupakan topik tentang pendidikan kesihatan keluarga dari aspek definisi, matlamat dan tujuannya. Selain itu, pendekatan pendidikan kesihatan merentasi kurikulum juga dibincangkan. Kandungan pendidikan kesihatan keluarga meliputi tajuk badan manusia, kesihatan diri, keluarga, nilai moral dan agama. Topik 4 meliputi bahagian dan peranan sistem reproduksi lelaki dan perempuan. Topik ini juga membincangkan tajuk akil baligh, ovulasi, haid dan ihtilam. Topik 5 meliputi proses sistem pembiakan manusia dari segi persenyawaan, kehamilan dan penjagaan asas kehamilan. Topik 6 menjelaskan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari aspek fizikal, emosi dan sosial daripada peringkat kanak-kanak, lewat kanak-kanak dan awal remaja. Topik 7 membincangkan tingkah laku sosial dari aspek imej kendiri, tingkah laku remaja dan seksualiti. Topik 8 menjelaskan institusi kekeluargaan dari aspek perkahwinan, jenis keluarga dan konsep bahagia hidup berkeluarga. Topik 9 menjelaskan konsep dan ciri-ciri keluarga bahagia. Selain itu, peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga ke arah mencapai keluarga bahagia dibincangkan. Topik 10 menjelaskan isu kekeluargaan seperti keruntuhan rumah tangga, penderaan dan undang-undang kekeluargaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xiv PANDUAN KURSUS PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xv Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE. RUJUKAN Masood Abdul Rashid, & Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Saad Abd Rahman. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan perkahwinan. Petaling Jaya, Malaysia: Intel Multimedia and Publication. Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-undang keluarga di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: The Butterworth Group. Zaleha Kamarudin, & Raihanah Abdullah. (2002). Kamus istilah undang-undang keluarga Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Zebra. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xvi PANDUAN KURSUS PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24×7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat mempelajari modul HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga. Kita mulakan modul ini dengan topik pertama yang bertajuk Pengenalan Kesihatan Diri. Mengapakah kita perlu menjaga kesihatan diri? Sekiranya, anda berjaya menjaga kesihatan diri anda, ini bermakna badan dan minda anda dapat berfungsi dengan baik. Sebagai pelajar yang belajar di institusi ini, kesihatan diri yang baik adalah penting untuk anda sihat dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Keadaan diri yang sihat membuat anda berasa baik dan membolehkan anda melakukan kerja harian anda dengan lebih berkesan. Sebagai permulaan, anda akan diperkenalkan dengan organ tubuh badan dan fungsinya kerana anda akan lebih menghargainya dengan lebih baik. Seterusnya, anda akan mempelajari enam aspek dalam pengurusan kesihatan diri, iaitu: (a) Kebersihan badan; (b) Kebersihan pakaian; Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti fungsi setiap organ badan manusia; 2. Menghuraikan enam aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan 3. Membandingkan peranan antara lelaki dengan perempuan dalam kesihatan keluarga. HASIL PEMBELAJARAN Topik 1 Pengenalan Kesihatan Diri Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI (c) Pengurusan tahap kesihatan; (d) Pengurusan pemakanan yang betul; (e) Pengurusan berat badan; dan (f) Pengurusan stres. Selain itu, anda akan turut didedahkan dengan cara untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan serta kepentingan menjaga kebersihan peralatan seharian. Akhirnya, dalam topik ini juga, anda akan mempelajari peranan gender dalam kesihatan keluarga. Sudahkah anda bersedia untuk memulakan satu pembelajaran baharu? Mari kita mulakan topik ini dahulu! MENGENALI TUBUH BADAN Kita mulakan topik pertama modul ini dengan mengenali tubuh badan kita. Tubuh badan manusia terdiri daripada trilion sel. Sel ini membentuk struktur badan, mengambil nutrien daripada makanan, menukar nutrien tersebut menjadi tenaga dan melaksanakan fungsi khusus. Sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsinya tersendiri. Tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ. Misalnya, jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita. Seterusnya, tubuh badan kita menjadi lengkap dengan anggota badan seperti bahagian kepala, dada, abdomen, kaki dan tangan yang juga mempunyai fungsinya tersendiri. Bahagian dan organ akhirnya membentuk sistem yang membolehkan tubuh badan kita berfungsi sepenuhnya. Mengenali tubuh badan kita adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk menghargai tubuh badan kita. Oleh itu, dalam subtopik yang berikutnya, kita akan mengenali dengan lebih dekat bahagian tubuh badan, organ, fungsinya dan cara kita menghargainya. 1.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 3 1.1.1 Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan Mari kita mengenal pasti organ dan bahagian tubuh badan kita berdasarkan Rajah 1.1. Rajah 1.1: Organ tubuh manusia Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
4 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Adakah terdapat organ lain yang tidak dinyatakan? Cuba anda kenal pasti dan tandakan di tempat yang sesuai. 1.1.2 Fungsi Organ Badan Sekarang, mari kita mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan kita. Pengetahuan tentang fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita mengetahui cara untuk menjaga dan menghargainya. Jadual 1.1 menerangkan secara ringkas kedudukan organ utama badan dan fungsinya. Jadual 1.1: Fungsi Organ Organ Kedudukan Fungsi Otak Dalam ruang tengkorak • Memuatkan pusat (intelek, fikiran, ingatan atau kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti badan. Paruparu Dalam ruang toraks • Membawa masuk udara beroksigen ke dalam badan dan membawa keluar karbon dioksida serta wap daripada darah. Jantung Di belakang tulang dada dalam ruang toraks di antara paru-paru • Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh badan serta mengekalkan aliran ataupun peredaran darah setiap masa. Perut Perut bersambung terus dengan kerongkong. Perut tergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen. • Perut menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan. Hati Di bawah otot diafragma dalam ruang abdomen • Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat dalam darah seperti serum untuk perkumuhan dan metabolisme. AKTIVITI 1.1 Bagaimanakah tahap kebersihan diri mempengaruhi tahap kesihatan kita? Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 5 Buah pinggang Di dinding belakang abdomen • Membuang air yang berlebihan dalam badan. • Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik. • Mengawal kepekatan ataupun kuantiti bahan yang terkandung dalam darah. Kulit Di seluruh badan • Kulit merupakan organ terbesar manusia dan kulit melindungi otot, tulang, ligamen dan organ dalaman. Pankreas Di belakang perut • Merembeskan hormon insulin dan glukagon untuk mengawal keseimbangan paras glukosa dalam darah. Lidah Di lantai mulut • Merupakan organ yang mempunyai deria rasa serta membantu dalam mengunyah dan menelan sesuatu. Selain itu, lidah juga penting untuk percakapan. Hidung Di bahagian depan muka • Mempunyai deria bau dan membantu sistem pernafasan. Otot Melekat pada tulang • Membolehkan pergerakan berlaku. Telinga Di kedua-dua belah sisi muka. • Mempunyai deria mendengar serta mengawal keseimbangan badan. Mata Di bahagian depan muka • Akan memerangkap cahaya dan imej lalu menghantarnya ke otak untuk ditafsirkan. SEMAK KENDIRI 1.1 Senaraikan fungsi organ berikut: (a) Jantung (b) Paru-paru (c) Perut atau abdomen Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
6 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 1.1.3 Menghargai Anggota Tubuh Badan Tahukah anda cara untuk menghargai tubuh badan kita? Caranya mudah sahaja, iaitu dengan mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian anggota tubuh badan kita memerlukan cara penjagaan yang berbeza. Secara umumnya, terdapat dua cara penjagaan, iaitu penjagaan dalaman dan penjagaan luaran seperti yang diterangkan dalam Rajah 1.2. Rajah 1.2: Dua cara umum penjagaan badan Selain itu, kita juga harus sedar bahawa kita perlu menjaga anggota tubuh badan kita daripada tercedera. Pelbagai program dan kempen kesihatan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tahun 2019, antaranya ialah Program „Kampungku Sihat‰ yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mencegah peningkatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD − Non-communicable Diseases) dan Program „Gotongroyong Mega Perangi Aedes‰ yang bermatlamat meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya penyakit denggi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 7 Bagi yang menggemari aktiviti berisiko seperti aktiviti berbasikal dan memanjat gunung, mereka perlu memakai peralatan ataupun pakaian keselamatan dan mempraktikkan cara yang selamat ketika melakukan aktiviti tersebut. Langkah keselamatan ini perlu diberi penekanan kerana aktiviti itu adalah agak berbahaya dan boleh mendedahkan mereka kepada kecederaan. Oleh itu, jika kita menghargai anggota tubuh badan kita, sudah tentu kita akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri kita dan juga orang di sekeliling kita. PENJAGAAN KESIHATAN DIRI Anda tentu sedar bahawa sistem dalam tubuh badan kita mampu berfungsi sepenuhnya, jika dijaga dengan betul. Oleh itu, pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan adalah amat penting. Tahukah anda bahawa pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh badan ialah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu? Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas. Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan dan pengurusan stres. Kita akan mempelajari keenam-enam pengurusan kesihatan diri ini dengan lebih lanjut dalam subtopik berikut. Teruskan membaca! 1.2.1 Pengurusan Kesihatan Diri Anda tentu bersetuju bahawa pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesejahteraan kesihatan kita. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk kita hidup sihat sepanjang hayat. Masihkah anda ingat apakah aspek pengurusan kesihatan diri yang harus diberi perhatian? Mari kita rujuk Rajah 1.3 untuk mengetahui jawapannya. 1.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
8 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Rajah 1.3: Enam aspek pengurusan kesihatan diri Sekarang mari kita pelajari dengan lebih lanjut setiap aspek ini. (a) Pengurusan Kebersihan Tubuh Badan Membersihkan tubuh badan ialah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari (rujuk Rajah 1.4). Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada badan berbau dan dijangkiti penyakit kulit seperti kudis. Rajah 1.4: Mandi Tahukah anda bahawa tangan kita adalah antara anggota badan yang paling banyak mengumpul kuman? Perkara ini berlaku kerana setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman dari orang lain boleh dipindahkan ke tangan kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa membersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan (rujuk Rajah 1.5). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 9 Rajah 1.5: Mencuci tangan Kuku yang panjang akan menyediakan ruang untuk kuman menghuni pada tangan kita. Apabila kita makan, kuman akan berpindah dari tangan ke mulut dan seterusnya ke dalam makanan kita. Oleh itu, pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek dan bersih. Bagaimanakah pula dengan rambut? Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala kita. Tahukah anda secara umumnya, terdapat dua jenis kulit kepala, iaitu kulit kepala berminyak dan kering? Jadi, anda perlu memilih syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut anda meskipun terdapat banyak jenis dan jenama syampu di pasaran. Selain itu, terdapat juga masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan rambut, iaitu masalah kutu rambut dan masalah kulit kepala. Jika anda menghadapi masalah ini, anda boleh mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik yang berhampiran dengan anda. Pengurusan kebersihan badan yang berikutnya ialah penjagaan mulut. Penjagaan mulut yang utama melibatkan penjagaan gigi. Kita perlu menggosok gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Selain itu, pastikan mulut dan gigi anda dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam (rujuk Rajah 1.6). Anda boleh menggunakan flos gigi untuk membuang sisa makanan pada celah gigi. Pemeriksaan gigi sebanyak dua kali setahun juga perlu dilakukan. Jika anda terlibat dengan sukan lasak, gunakanlah alat pelindung gigi sebagai langkah keselamatan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
10 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Rajah 1.6: Menggosok gigi Akhirnya, tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Bagaimanakah caranya? Caranya adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti (rujuk Rajah 1.7). Rajah 1.7: Tidur yang berkualiti Tahukah anda, kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding dengan orang dewasa? Keperluan masa tidur ini berbeza kerana mereka membesar ketika tidur. Sebelum tidur, anda perlu memastikan tubuh anda dan anak anda dibersihkan dahulu seperti mandi dan memberus gigi. (b) Pengurusan Kebersihan Pakaian Seterusnya, mari kita membincangkan tentang pengurusan kebersihan pakaian. Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi? Kadar kelembapan yang tinggi ini boleh menyebabkan kita cepat berpeluh. Oleh itu, adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan juga pakaian yang sudah dipakai dicuci dahulu sebelum dipakai semula untuk membersihkan baju tersebut daripada kekotoran, kuman, bau dan peluh. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 11 Selain itu, kita perlu membersihkan dan menjemur bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelakkan pembiakan hama dan kuman. (c) Pengurusan Tahap Kesihatan Tahukah anda bahawa sesetengah penyakit dianggap sebagai „pembunuh senyap‰? Penyakit ini berlaku kerana ada antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit ini; kita mungkin menghidapnya walaupun secara zahirnya kita nampak sihat. Misalnya, penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu „pembunuh senyap‰ dan merupakan salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Bagaimanakah kita boleh mengurus tahap kesihatan kita? Pengurusan tahap kesihatan boleh kita lakukan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik ataupun hospital (rujuk Rajah 1.8). Di situlah kita boleh mengetahui tanda awal sesuatu penyakit. Misalnya, melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetes ataupun tidak. Rajah 1.8: Pemeriksaan kesihatan Apakah jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan di klinik ataupun di hospital? Terdapat tujuh jenis pemeriksaan, iaitu: (i) Pemeriksaan tekanan darah; (ii) Saringan paras glukosa darah; (iii) Saringan paras kolesterol; (iv) Indeks Jisim Badan (BMI − Body Mass Index); (v) Pemeriksaan kanser serviks dan payudara; Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI (vi) Ujian kadar lemak; dan (vii) Saringan minda sihat. (d) Pengurusan Pemakanan yang Sihat Adakah kita hidup untuk makan ataupun makan untuk hidup? Jawapannya mudah sahaja. Sebenarnya, kita makan untuk hidup! Hal ini demikian kerana kita memerlukan makanan untuk menghidupkan fungsi organ dalam tubuh badan kita. Makanan memberi segala zat ataupun nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita (rujuk Rajah 1.9). Oleh itu, adalah amat penting untuk kita makan sajian yang seimbang bagi mendapatkan semua jenis zat yang diperlukan. Rajah 1.9: Makanan yang mempunyai zat Masihkah anda ingat tentang makanan seimbang? Apakah maksudnya? Apakah faedah mengambil makanan yang seimbang? Secara umumnya, pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen dapat memberikan kita tenaga, membina badan dan mencegah daripada penyakit. Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri daripada komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 13 Bagaimanakah pula dengan pengurusan pemakanan yang sihat? Apakah maksudnya? Terdapat tiga waktu makan utama dalam kehidupan seharian kita, iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kita dinasihatkan supaya makan sarapan pagi setiap hari. Mengapakah sarapan pagi ini begitu penting? Pengambilan sarapan pagi mustahak kerana sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Kalori dan nutrien ini perlu ditambah untuk memulihkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda kita pada setiap hari. Tahukah anda bahawa makan mengikut keperluan ialah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat? Pengambilan jumlah kalori makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan ataupun penggunaan tenaga kita. Bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar, mereka banyak bergerak aktif secara fizikal. Oleh itu, mereka memerlukan jumlah makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka juga adalah lebih tinggi. Bagaimanakah pula dengan orang lain? Bagi mereka yang bekerja tanpa memerlukan banyak tenaga seperti bekerja di pejabat, mereka perlu menjaga dan mengawal pemakanan mereka. Penjagaan dan pengawalan makanan adalah perlu kerana amalan memakan secara berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Oleh sebab kerja mereka tidak banyak menggunakan tenaga, lemak berlebihan ini hanya tersimpan dan terkumpul dalam badan. Akibatnya, mereka yang tidak aktif akan menjadi obes. Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk amalan pemakanan seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Terdapat beberapa amalan pemakanan tidak sihat yang perlu kita elakkan. Antaranya ialah: (i) Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, terutamanya sarapan pagi dan makan tengah hari. Amalan ini akan menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih banyak lagi pada waktu yang tidak sesuai. (ii) Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini akan menyebabkan badan tidak mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan. (iii) Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek. (iv) Mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi secara berlebihan. Amalan ini akan mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat penyakit diabetes. (v) Mengambil makanan yang tinggi kadar lemak dan minyak secara berlebihan. Amalan ini akan menyebabkan terkumpulnya lebihan lemak dalam tubuh badan, jika tidak digunakan. (vi) Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi. (e) Pengurusan Berat Badan Tahukah anda, obesiti merupakan salah satu penyebab penyakit diabetes, jantung, darah tinggi dan kanser? Oleh itu, anda perlu mengurangkan berat badan anda untuk mengelakkan obesiti. Diabetes sering kali dikaitkan dengan obesiti. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira 3.5 juta orang rakyat negara ini menghidap diabetes dengan tahap prevalen 17.5 peratus daripadanya ialah orang dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas (Siti Zarinah Sahib, 2019). Tahukah anda bahawa kecergasan fizikal ialah petunjuk kesihatan badan? Kecergasan fizikal di sini tidak merujuk senaman yang tetap semata-mata. Aktiviti ini meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Dengan kata lain, aktiviti fizikal merujuk sebarang aktiviti yang memerlukan tenaga dalam bentuk pembakaran lemak dalam tubuh kita (rujuk Rajah 1.10). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 15 Rajah 1.10: Joging merupakan salah satu aktiviti fizikal Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak ini dapat mengelakkan badan kita daripada menyimpan lemak yang berlebihan. Aktiviti fizikal akan meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL − high density lipoprotein) ataupun lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. HDL dikenal sebagai „kolesterol baik‰ kerana fungsinya yang baik, iaitu memungut kolesterol dalam darah dan membantu membuangnya daripada badan melalui hati. (f) Pengurusan Stres Akhirnya, mari kita mempelajari cara menguruskan stres/tekanan. Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan stres? Seseorang boleh mengalami stres sama ada di rumah, di sekolah dan di tempat kerja. Stres yang sedikit adalah baik kerana fenomena ini boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Namun, stres yang serius mungkin mendorong seseorang untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana stres adalah sebahagian daripada kehidupan. Maka, di sinilah pentingnya untuk kita mempelajari cara mengurus stres dengan bijak supaya dapat menjauhkan kerunsingan dan kemurungan. Stres ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Salah satu caranya adalah dengan menguruskan masa dan kerja secara bijak. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Jika rasa tidak lagi mampu, janganlah berputus asa. Anda boleh mendapatkan bantuan rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan. Malah, bantuan profesional juga boleh didapati daripada badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. 1.2.2 Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan badan dapat dididik? Kita dapat menyemai kesedaran dan amalan penjagaan tubuh melalui empat institusi berikut seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.2. Jadual 1.2: Empat Institusi untuk Menyemai Kesedaran dan Amalan Penjagaan Badan Institusi Peranan Keluarga • Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga semenjak peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa ialah model terbaik dalam penjagaan kesihatan. • Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini akan menjadi budaya ahlinya. Individu diharap akan dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila meningkat dewasa. Klinik kesihatan ataupun hospital • Selain keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak juga turut memainkan peranan. Ibu akan diberi nasihat dan tunjuk ajar tentang cara penjagaan asas kesihatan yang baik. Misalnya, dalam penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak. Sekolah • Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan pada peringkat sekolah rendah. • Di samping itu, pasukan kesihatan dari pejabat kesihatan daerah yang berdekatan dengan sekolah akan turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah. Pasukan ini akan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar. Malah terdapat satu program yang dikenal sebagai „Program Doktor Muda‰ diperkenalkan di sekolah rendah. Program ini diadakan bertujuan mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 17 Kementerian Kesihatan Malaysia • Kerajaan juga melaksanakan „Kempen Cara Hidup Sihat‰ melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Kempen ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental dan sosial seseorang. 1.2.3 Penjagaan dan Kebersihan Peralatan Akhirnya, mari kita lihat penjagaan dan kebersihan peralatan. Anda tentu sedar bahawa dalam penjagaan kesihatan, kebersihan alatan seharian juga perlu diberi perhatian. Amalan penjagaan kebersihan ini amat penting untuk mengelakkan peralatan yang kita gunakan menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Dengan kata lain, kita perlu memastikan peralatan yang kita gunakan untuk memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya bersih dan yang paling penting, bebas kuman. Kebersihan peralatan ini adalah penting untuk mencegah penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut. Oleh itu, peralatan mainan kanak-kanak perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman, termasuk di taska dan di tadika. PERANAN GENDER Sedarkah anda bahawa kesihatan diri yang baik akan dapat memastikan setiap individu berupaya menjalankan fungsi sosial masing-masing dengan berkesan? Pada masa kini, kesamarataan dari segi gender sudah semakin ketara. Oleh itu, semua individu tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Apakah peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan diri? Mari kita ikuti penjelasannya dalam subtopik berikut. 1.3 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
18 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 1.3.1 Peranan Lelaki Mari kita lihat dahulu peranan lelaki. Tahukah anda bahawa negara kita mengamalkan sistem patriarki? Apakah maksud sistem ini? Secara tidak langsung, sistem ini memberi kuasa kepada lelaki untuk memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi dan kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga. Namun begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa seperti peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang berpendidikan tinggi. Pada masa kini, tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri. Selain itu, bapa juga perlu menjadi model peranan yang baik untuk anak lelakinya. Teladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan membantu anak lelakinya membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga adalah dari aspek perancangan keluarga. Secara umumnya, peranan merancang keluarga dilihat lebih memfokuskan perempuan. Namun, untuk membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia, pihak lelaki juga perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan peranan dua pihak, iaitu suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama, adil dan saksama. 1.3.2 Peranan Perempuan Bagaimanakah pula dengan peranan perempuan? Salah satu peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil dan melahirkan anak. Pada masa kini, peranan biologi ini tidak lagi mengehadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Golongan perempuan juga mendapat kebebasan untuk belajar sehingga Sistem patriarki merupakan satu sistem masyarakat yang berasaskan bapa sebagai ketua keluarga dan segala kekuasaan diwarisi berasaskan keturunan bapa ataupun nisab bapa. (Dewan Bahasa dan Pustaka) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 19 peringkat tertinggi. Kebebasan ini membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan di sektor awam ataupun swasta dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki. Peningkatan bilangan pekerja wanita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan penglibatan mereka dalam industri kecil-kecilan di rumah secara separuh masa ataupun sambilan seperti membuat kuih dan keropok. Pada masa yang sama, mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga rumah tangga dan anak. Kegigihan mereka memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pendapatan dan menjana ekonomi keluarga. Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan perempuan termasuklah: (a) Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan amalan cara hidup sihat; (b) Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang berkaitan dengan kesihatan dan keluarga; (c) Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat kepada keluarga; (d) Mengurus kebersihan di dalam dan di luar rumah; (e) Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan penjagaan yang sebaik-baiknya; dan (f) Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Walau bagaimanapun, peranan perempuan seperti yang disebut tadi perlu juga dipikul bersama suami dan anak. Walaupun dalam masyarakat kita, seorang suami dianggap sebagai ketua keluarga tetapi ini tidak bermakna tanggungjawab mengurus rumah tangga dan keluarga perlu diserah bulat-bulat kepada isteri sahaja. Pada masa kini, terdapat ramai suami yang ringan tulang dan tidak lokek membantu isteri dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga; bak kata pepatah „berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.‰ 1.3.3 Stereotaip Gender Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita membincangkan satu isu yang berkaitan dengan gender, iaitu stereotaip gender. Sedarkah anda bahawa stereotaip gender selalu diperkatakan dalam masyarakat, terutamanya dari aspek peranan? Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki ataupun kaum bapa, stereotaip gender ini masih ketara diamalkan. Lazimnya, sejak usia muda lagi anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya berpakaian, berkomunikasi dan bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat. Apabila mereka dewasa, mereka diharapkan supaya mampu mencari rezeki dan mengetuai keluarga sendiri. Oleh itu, perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar ataupun lari daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai masalah dalam gender, misalnya, lelaki „pondan‰. Hal ini akan menimbulkan masalah kecelaruan identiti gender. Selain itu, golongan lelaki seperti ini juga sering dipandang serong oleh masyarakat kerana pembawaan diri mereka yang agak mengelirukan dan tidak diterima di sisi agama. Bagi anak perempuan pula, mereka akan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan sebagai seorang perempuan yang diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah lembut, bersopan-santun dan mahir dalam menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan ciri-ciri seorang lelaki pula akan dilabel sebagai ala lelaki (tomboy). Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan lelaki, namun mereka masih diperlukan untuk melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu. Walaupun perempuan tersebut belum berkahwin ataupun memilih untuk hidup membujang, namun ibu bapa atau masyarakat masih mengharapkan supaya perempuan tersebut mampu melaksanakan tugas biasa seorang suri rumah seperti memasak dan mengemas rumah. Dalam dunia pekerjaan pula, stereotaip gender sudah semakin berkurangan. Ramai perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Misalnya, bekerja sebagai anggota polis dan tentera. SEMAK KENDIRI 1.2 1. Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik. 2. Bagaimanakah peranan amalan pengurusan pemakanan dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan? Jelaskan. 3. Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan diri. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 21 • Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. • Sistem tubuh manusia terdiri daripada beberapa organ. Contohnya, otak, jantung, paru-paru, ginjal dan pankreas. • Kita perlu mengetahui fungsi organ badan supaya kita mengetahui cara untuk menghargai dan menjaganya. Contohnya, paru-paru yang berfungsi membawa masuk udara beroksigen dan membawa keluar karbon dioksida dan wap daripada darah. • Cara penjagaan badan meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran. • Pengurusan kesihatan diri meliputi: − Pengurusan kebersihan tubuh badan; − Pengurusan kebersihan pakaian; − Pengurusan tahap kesihatan; − Pengurusan pemakanan yang sihat; − Pengurusan berat badan; dan − Pengurusan stres. • Untuk menyemai kesedaran dan amalan penjagaan badan, keluarga, klinik kesihatan ataupun hospital, sekolah dan Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan masing-masing. AKTIVITI 1.2 Kecelaruan gender menjadi salah satu isu sosial yang sering diperkatakan pada masa kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini? Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
22 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI • Peranan gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita. • Antara peranan lelaki ialah sebagai model peranan yang baik untuk anak lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami, dan pekerja yang sihat fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. • Antara peranan perempuan pula adalah mengurus kebersihan di dalam dan di luar rumah, merawat ahli keluarga yang sakit, merancang dan menyediakan makanan yang sihat dan seimbang. Fungsi organ Kecergasan fizikal Kesedaran dan tanggungjawab Pengurusan berat badan Pengurusan kebersihan pakaian Pengurusan kebersihan tubuh badan Pengurusan pemakanan sihat Pengurusan tahap kesihatan Pengurusan stres Penjagaan kesihatan diri Peranan gender Stereotaip gender Tubuh badan Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi mental sihat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 23 Mafauzy, M. (2006). Diabetes control and complications in public hospitals in Malaysia. Medical Journal Malaysia, 61, 477−483. Masood Abdul Rashid, & Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia 2016−2020. Siti Zarinah Sahib. (2019). Bersama atasi kencing manis. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/WM/2019/12/525736/bersama-atasikencing-manis VanPutte, C., Regan, J., & Russo, A. (2010). SeeleyÊs essentials of anatomy and physiology (Ed. ke-7). New York, NY: McGraw-Hill. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PENGENALAN Selamat datang ke Topik 2. Topik ini akan membicarakan amalan kesihatan diri. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri? Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya kita (rujuk Rajah 2.1): Rajah 2.1: Amalan kesihatan diri yang baik Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan amalan asas kesihatan yang baik; 2. Menyenaraikan amalan pemakanan yang sihat; dan 3. Menyarankan pemeriksaan fizikal dan klinikal mengikut peringkat umur. HASIL PEMBELAJARAN Topik 2 Amalan Kesihatan Diri Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 25 Kedua, apakah kepentingan amalan ini? Amalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira usia. Pakar kesihatan awam sedia maklum bahawa amalan kesihatan diri yang baik ialah kunci kepada kesihatan seseorang dan masyarakat. Jika individu sihat, keluarga akan sihat dan negara pun akan sejahtera. Oleh itu, dalam topik ini anda akan mempelajari peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik dan menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri. Akhirnya, kita akan menyarankan jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal yang perlu kita dapatkan pada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Jadi, sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan! AMALAN ASAS KESIHATAN Kita mulakan topik ini dengan mempelajari amalan asas yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan yang baik. Tahukah anda apakah amalan tersebut? Cuba anda senaraikan. Yang berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan: (a) Kebersihan diri; (b) Kebersihan pakaian; (c) Kebersihan peralatan; (d) Kebersihan di dalam dan di luar rumah; (e) Pemakanan yang sihat termasuklah diet seimbang mengikut keperluan dan mengikut cara penyediaan yang sihat; 2.1 AKTIVITI 2.1 Sebelum meneruskan bacaan, senaraikan amalan asas kesihatan diri yang baik dan amalan kesihatan diri yang tidak baik yang anda telah amalkan dalam tempoh satu hari yang lepas. Kongsikan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
26 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI (f) Amalan aktiviti fizikal ataupun senaman yang kerap; (g) Mengurus tekanan atau stres dengan baik; (h) Dapatkan pemeriksaan doktor, jika tidak sihat; dan (i) Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol. 2.1.1 Kesan Amalan Kebersihan Harian Sekarang, mari kita lihat kesan amalan kebersihan harian yang kita amalkan. Anda tentu menyedari bahawa kebersihan harian memainkan peranan penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik dapat memastikan tubuh badan serta persekitaran kita daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kuman. 2.1.2 Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya Tahukah anda kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik? Kebersihan diri adalah perlu kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau dan berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya ataupun orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku. AKTIVITI 2.2 Fikirkan ahli keluarga ataupun kenalan anda yang merokok ataupun menggemari air berkarbonat. Apakah pandangan anda terhadap status kesihatan mereka? Kongsikan pandangan anda dengan rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE. SEMAK KENDIRI 2.1 Senaraikan amalan kesihatan diri yang baik. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 27 Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya, jika kulit seseorang dijangkiti kudis, penyakit ini boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat dengannya, jika mereka berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan mentalnya kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Sesungguhnya, kita mempunyai tanggungjawab untuk menasihati rakan sebaya yang kurang mementingkan penjagaan kebersihan diri. Nasihat ini diberi kerana berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan juga ialah amalan yang baik (rujuk Rajah 2.2). Rajah 2.2: Berkongsi pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan diri dengan rakan sebaya 2.1.3 Kemajuan Teknologi Berkaitan dengan Peningkatan Penjagaan Kesihatan Pada umumnya, kesedaran penjagaan kesihatan sekarang ini sudah menjadi lebih mudah dengan adanya kemajuan teknologi, terutamanya teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh mendapat pelbagai maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan pada peringkat tempatan dan global. Contohnya, anda boleh merujuk laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organization) di https://www.who.int/ mahupun Info Sihat di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di https://www.infosihat.gov.my/. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
28 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI Penggunaan Internet untuk menyebarkan ataupun berkongsi maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit (rujuk Rajah 2.3). Rajah 2.3: Berkongsi maklumat berkaitan dengan kesihatan melalui penggunaan Internet Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia. Melalui ICT, doktor yang bekerja di kawasan pedalaman boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosis penyakit dan rawatan berkaitan. Begitu juga sebaliknya, staf di klinik luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama ataupun ibu pejabat kesihatan untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat. Selain itu, peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri juga semakin mudah didapati. Contohnya, peralatan untuk memeriksa tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah. Peralatan ini memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Keputusan yang diperoleh adalah segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik. Hasilnya, individu tersebut boleh mengambil beberapa langkah pencegahan ataupun pengawalan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, terutamanya dalam pemakanan untuk menurunkan paras glukosa darah. Antara peralatan pemeriksaan segera yang boleh didapati dalam pasaran ialah glukometer (rujuk Rajah 2.4), accutrend dan strip. Peralatan ini boleh memberi keputusan dengan segera tentang tahap glukos dan kolesterol dalam darah. Melalui peralatan seperti ini, kita tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan ini di makmal. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 29 Rajah 2.4: Glukometer Sumber: www.dreamstime.com Malah, tahukah anda terdapat pemeriksaan secara percuma untuk mengetahui paras glukosa dan kolesterol anda? Perkhidmatan ini boleh didapati di klinik dan di hospital berdekatan anda. Di samping itu, pemeriksaan seumpama ini juga boleh didapati semasa kempen kesihatan dijalankan sama ada di pusat beli-belah, pasar raya dan sebagainya. Kini, teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi semakin popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara. Apakah fungsi pusat ini? Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut dan penurunan berat badan. Senario ini menunjukkan betapa teknologi dapat membantu dan memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan mereka menjadi lebih baik. AMALAN PEMAKANAN Mungkin anda pernah mendengar petikan „kita adalah apa yang kita makan.‰ Petikan ini menunjukkan bahawa amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat, maka kita akan terdedah kepada risiko penyakit. Tahukah anda apakah asas amalan pemakanan yang sihat? Antara asas amalan pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan berdasarkan prinsip piramid makanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5. 2.2 SEMAK KENDIRI 2.2 Terangkan cara-cara kemajuan teknologi dapat membantu menjaga tahap kesihatan seseorang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
30 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI Rajah 2.5: Piramid makanan Sumber: http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/ Piramid ini jelas menunjukkan kita sepatutnya makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Satu cara mudah untuk melakukannya adalah dengan memakannya pada setiap waktu makan. Selain itu, kita perlu menyesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan ideal. Kita juga harus mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak, di samping memilih makanan dan minuman yang kurang gula. Tambahan pula, kita perlu sentiasa beringat untuk memilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat. Dapatkah anda senaraikan beberapa penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat? Amalan pemakanan yang tidak sihat meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi dan kanser. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen „Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin‰ pada tahun 2018. Kempen ini bermatlamatkan untuk memberi kesedaran mengenai impak diabetes terhadap keluarga pesakit. Selain itu, kempen yang dilancarkan bersempena Hari Diabetes Sedunia adalah bertujuan mempromosi peranan keluarga dalam rawatan, penjagaan, pencegahan, di samping menyalurkan pengetahuan mengenai penyakit diabetes dan komplikasinya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 31 2.2.1 Pemilihan Jenis dan Kualiti Makanan Tahukah anda pemilihan jenis makanan berkaitan rapat dengan amalan pemakanan ataupun diet seimbang? Pemilihan jenis makanan ini adalah penting kerana setiap komponen makanan mempunyai fungsinya yang tersendiri dan jenis makanan ini perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai. Mengikut panduan makanan sihat, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan berkualiti untuk memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan semua jenis zat. Anda boleh merujuk Jadual 2.1 untuk mengetahui jenis, fungsi dan sukatan makanan. Jadual 2.1: Jenis Makanan Berdasarkan Fungsi dan Sukatan Komponen Makanan Jenis Fungsi Sukatan Keperluan • Karbohidrat Nasi, mi, roti, hasil bijirin dan ubi Membekalkan tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein Perlu dimakan lebih banyak (8–12 sajian). Contohnya, satu sajian ialah ½ cawan nasi ataupun ½ keping capati. • Protein Daging, ikan, telur dan kekacang Membina dan membaik pulih tisu tubuh Makan dengan sederhana (2–3 sajian). Contohnya, satu sajian ialah seketul paha ayam, seekor ikan kembung atau dua biji telur. • Kalsium • Zat besi Susu dan hasil tenusu Tumbesaran Susu dan hasil tenusu (1−2 sajian). Contohnya, satu sajian ialah segelas susu, secawan dadih atau sekeping keju. • Vitamin • Mineral • Serat Semua jenis sayur dan buahbuahan Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit akibat kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit. Makan dengan lebih (3−5 sajian). Contohnya, satu sajian ialah ½ cawan sayur daun hijau ataupun satu hiris betik. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
32 TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI • Garam • Gula • Minyak Makanan diproses, kuihmuih, aiskrim, makanan bergoreng Memberi tenaga dan juga sebagai penyedap makanan. Perlu dimakan sedikit. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (2001) Makanan yang berkualiti akan memastikan tubuh mendapat zat atau nutrien yang secukupnya. Kita perlu ingat bahawa makanan berkualiti bukan bermakna makanan yang mahal. Makanan berkualiti merujuk makanan yang masih segar dan mempunyai kandungan zat yang tinggi. Makanan berkualiti juga bermaksud makanan yang bebas daripada pencemaran bahan asing yang boleh memudaratkan tubuh badan. 2.2.2 Penyimpanan Makanan Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Jika pernah, mungkin makanan yang anda makan itu telah tercemar. Anda perlu ingat bahawa penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan. Langkah ini dapat mengurangkan kerosakan, pencemaran dan pembaziran makanan. Untuk makluman anda, makanan kering dan makanan basah memerlukan cara penyimpanan tersendiri dan tidak boleh dicampurkan. Ikuti panduan dalam Jadual 2.2 tentang kaedah menyimpan makanan kering dan basah. Jadual 2.2: Kaedah Menyimpan Makanan Kering dan Basah Makanan Kaedah Penyimpanan Kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembap akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak ataupun makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Bahkan titisan daripada air makanan mentah ini juga boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 33 Jika anda kerap menyimpan makanan di dalam peti sejuk, berikut adalah panduan yang perlu diikuti (rujuk Rajah 2.6): Rajah 2.6: Panduan penyimpanan makanan 2.2.3 Penyediaan Makanan Mari kita mempelajari pula tentang penyediaan makanan. Penyediaan makanan yang sihat merupakan salah satu langkah yang dapat mengurangkan kes keracunan makanan. Ketika penyediaan makanan dilakukan, anda hendaklah mematuhi peraturan yang selamat supaya tidak berlaku pencemaran. Contohnya, tidak menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak. Selain itu, makanan mentah juga perlu dibersihkan dengan air bersih sebelum dimasak. Secara umumnya, kita perlu mengetahui bahawa bekalan air bersih yang mencukupi adalah sangat penting dalam menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Andaikan anda sebagai penyedia makanan yang perlu memasak makanan untuk perhimpunan keluarga ketika musim perayaan, apakah langkah kebersihan yang perlu dipatuhi? Pertamanya, sebelum memulakan aktiviti memasak, anda perlu mengamalkan kebersihan diri dengan sebaik-baiknya. Mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah berkaitan dengan ciri-ciri penyedia makanan yang sihat. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)